Sabtu, 29 Mei 2010
DEMO BANTAH LESEN JUDI DI MASJID AL AMANIAH BATU CAVES
Economic tsunami heading our way
Dr Lim Teck Ghee |
In fact the government should be faulted for not taking earlier action to wean the Malaysian public away from subsidies. Subsidies on the pricing of essential goods and services that do not reflect market prices can only be sustained for a limited period of time in any country unless the country has permanently deep pockets.
The phasing out of subsidies should have taken place much earlier in Malaysia but for political reasons and to curry favour with the electorate, that day of reckoning has been postponed several times by the BN government.
In the last two years, it has become abundantly clear to many economic analysts that the longer the government waits to reform the pricing system, the more economic damage it will inflict on the country.
In 2007, the government spent RM40.1 billion on subsidies. In 2009, the figure had ballooned to RM79 billion. This has led to the country's biggest budget deficit in more than 20 years. The national subsidy bill on petrol and essential goods amounts to some 22 percent of government expenditure – a figure that has finally spooked the government.
Economic impacts of subsidies
It is well recognized that price controls and subsidies not only distort price signals, but they also result in over-consumption and waste. In a scenario where global prices are rising, imported price-controlled items will become increasingly costly to support. It is also important to note that subsidies were originally intended to support the vulnerable groups.
However, what has taken place is that it has been extended to benefit a wider group, including the well-off. This absence of targeting has made the subsidy system in Malaysia wasteful and inefficient.
What has also taken place has been the unintended impact in terms of smuggling and hoarding of subsidized items. Cooking oil which is subsidized for domestic use only, for example, has been hoarded by industrial users for industrial use. During periods of shortage – such as the January 2008 cooking oil crisis – the government imposed a 5kg limit for each purchase to restrain public demand. However, the limit on purchase resulted in buying, which necessitated theg to negotiate with cooking oil manufacturers to increase their supply.
Another example is when vehicles (boats and cars) from neighbouring countries come to Malaysia or Malaysian waters to purchase or smuggle cheap petrol and diesel out of the country. Leakage of these subsidies is costing Malaysia at least several billion ringgit annually.
It is not only the ordinary consumers that will be hard hit by subsidy withdrawal. Businesses such as the construction industry will be adversely affected by the withdrawal of subsidies on steel products and cement. The withdrawal of subsidies on gas and petrol will mean higher energy and transport expenses for all businesses and services, which in turn can be expected to pass on the higher costs to consumers.
From paying more to buy a house to higher prices for public and private transportation, food items, restaurant bills, health care, utilities, Malaysian consumers can expect a steady escalation in their cost of living on all fronts.
How will these higher prices and higher cost of living affect Malaysians?
Various economists have speculated that the impending cuts in subsidies will add a relatively small burden to the Malaysian consumer because of their expectation of a very gradual phasing out of subsidies. Estimates of an increase in the consumer price index by a miniscule 1.5-3.5% for 2010 have been provided by the more optimistic economic analysts.
Since we do not have details yet of the extent of subsidy cut, these low projections are premature.
Any projected low inflation rate in the event of subsidy withdrawal this year, however, seems to be unrealistic if we take into account the Finance Ministry's estimate that the Government is currently spending around RM8,000 per person annually for subsidies on various goods, including rice, sugar and fuel.
Another estimate is that subsidies amount to RM12,900 for every household annually. If these figures are to be believed, it will mean that each household will have to pay tens of thousands of ringgit more in the coming year for the same goods and services they spent on last year, should subsidies be completely removed in one stroke.
Of course this complete withdrawal of subsidies will not happen since it is not desirable nor is it politically possible for the government to remove the subsidy system all at once. Such a drastic measure will certainly bring about a voter backlash that will mean the end to the BN government.
Be prepared
However, even with a very gradual withdrawal of subsidies over a period of years and with the side effects of arbitrary price increases and the expected round of wave of profiteering minimized, we can expect the average Malaysian household to have to spend at least a few thousand ringgit more a year to maintain the present consumption and lifestyle.
So, be prepared for this impending drop in your living standards and new demand on your savings!
Worst hit will be the poorer households. Millions of Malaysians are already struggling to survive. To lessen the serious socio-economic impacts arising from the withdrawal of subsidies, it is essential that the government fully evaluates the impact on poorer households and vulnerable groups and puts in place complementary reforms aimed at reducing the burdens.
As poor households in both rural and urban areas all over the country can be expected to be hard hit, the open day on subsidy rationalization organized by government in Kuala Lumpur on Thursday (May 26) should not be seen as the end of the process of getting public feedback – rather only the beginning.
More details of how much subsidies are costing the country on an itemized basis; where cuts are intended; how much the cuts will add to the cost of the service or product; mitigation measures; etc. need to be made available in the mass media and in the internet so that we can have a meaningful dialogue on the way forward to counter the looming economic tsunami.
Ezam tetap cabar Wan Azizah bersumpah nafi ada cakap padanya ‘perangai jijik’ Anwar
Oleh: ROSLAN BIAN
Nurul Izzah melenting sungguh pada Senator Ezam Mohd Noor gara-gara mendakwa beliau pernah diberitahu tentang ‘ perangai jijik ’ Datuk Seri Anwar Ibrahim oleh isterinya sendiri, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail.
Anak pasangan itu yang juga ahli parlimen Lembah Pantai menyangkal sekeras-kerasnya dakwaan yang dibuat Ezam dalam ceramah di Kota Bharu.
Nurul Izzah seperti dilaporkan akhbar Sinar Harian berkata, tuduhan yang amat jahat seperti itu memang sudah dijangka keluar dari mulut Ezam yang sudah mendapat habuan jawatan Senator kerana menentang Anwar selama ini.
Katanya, pelantikan Ezam sebagai senator sebenarnya berfungsi sebagai pembuat pelbagai tuduhan dan kenyataannya di Kelantan malam kelmarin membuktikannya.
“Nasihat saya, teruskanlah dengan kerja jahat anda. Saya yakin anda akan mendapat balasan setimpal daripada Allah,” katanya.
Bagaimanapun, bekas Setiausaha Politik Anwar itu dalam responsnya terhadap tuduhan Nurul Izzah menasihatkan Anwar dan Wan Azizah tidak mengheret anak mereka dalam kes pertuduhan liwat terhadap Ketua Pembangkang itu.
“Saya tidak mahu Izzah diheret dalam hal ibubapanya kerana beliau terlalu muda dan tidak tahu apa-apa,” kata Ezam menerusi sms kepada Agendadaily lewat petang Khamis.
Menurut Ezam, beliau tidak mahu mengaibkan Anwar, Wan Azizah mahupun keluarganya dengan pendedahan tersebut.
Katanya, beliau hanya mendedahkan apa yang pernah dimaklumkan Wan Azizah mengenai perlakuan Anwar sekarang demi untuk mempertahankan maruahnya selepas difitnah terbabit konspirasi sejak akhir-akhirnya ini.
“Justeru itu, ia bukan soal habuan. Apakah mereka sudah lupa saya bela Anwar selama 10 tahun dan ke penjara ketika Anwar sebagai seorang banduan yang tidak boleh beri saya apa-apa habuan?,” katanya lagi.
Ezam berkata, kalaulah habuan perkiraannya, beliau tidak akan membela seorang banduan hingga beliau sendiri turut di penjara.
Beliau sekali lagi menegaskan keputusannya meninggalkan Anwar kerana prinsip sebagai seorang Islam dan bukan kerana habuan.
“Saya sanggup bersumpah untuk pertahan kenyataan saya dan cabar Anwar dan Azizah sama-sama bersumpah. Saya gesa Anwar dan Azizah jangan heret anak mereka dalam hal liwat ini dan hentikan sandiwara kerana rakyat sudah terlalu lama ditipu,” katanya.
Ezam dalam ceramahnya di Kota Bharu itu antara lain berkata, beliau sanggup bersumpah dengan menjunjung al-Quran bahawa kenyataan tersebut dibuat oleh Wan Azizah sendiri ketika beliau masih bersama dengan parti itu dulu.
“Saya cabar dia (Wan Azizah), dia boleh angkat al-Quran, dia boleh nafikan dengan mengangkat al-Quran dia tidak bagi tahu saya, tapi saya boleh angkat al-Quran untuk menyatakan orang yang bagi tahu kepada saya yang Anwar mempunyai penyakit dan perangai jijik itu tidak lain tidak bukan ialah isteri dia sendiri, Wan Azizah, ini cabaran saya,” katanya.
Bom Jangka dalam UMNO
| Dalam keghairahan UMNO untuk mendapatkan dan mengembalikan sokongan orang Melayu serta menjayakan konsep 1 Malaysia, UMNO berdepan dengan apa yang kita katakan sebagai bom jangka. Bom ini berdetik setiap saat sehingga ke PRU 13 nanti. Bom Jangka ini terbentuk bila ahli parti sendiri di lihat seperti anak tiri dan yang lebih dahsyat sekali – bantahan mereka dalam UMNO terhadap pucuk kepimpinan akan terus bergelora menunggu masa bangkit dan marah, selagi kepimpinan tidak menyelesaikan masalah dalaman parti. Ahli UMNO menunggu perubahan tetapi semakin lama semakin ramai ahli UMNO yang menyuarakan ketidaksetujuan mereka terhadap beberapa isu dalaman UMNO sendiri. Ramai Ahli UMNO mahukan perubahan, kini berdepan dengan hakikat sebenarnya. UMNO dengan budaya kepimpinan yang tidak menyeluruh, gagal mendengar dan melihat suara akar umbi – yang mahukan perubahan. Lebih malang lagi kepimpinan UMNO, yang hari ini menganggotai kerajaan sanggup melakukan apa sahaja untuk memastikan tempat mereka di peringkat negeri tidak terhapus lantas membunuh erti demokrasi dan politik matang yang sepatutnya disegarkan. UMNO dikatakan mengambil jalan mudah sehingga laman-laman pro UMNO mengeluarkan doktrin perjuangan mereka dalam membentuk era perjuangan yang lebih kuat dan jitu. UMNO perlu siasat tindakan segelintir mereka yang sanggup membunuh potensi kepimpinan muda semata-mata mahu menjaga tempat. Ini amat malang – adakah bom jangka UMNO sedang berdetik dan menunggu letupan kuat yang hampir pasti menghilangkan makna UMNO di tanah Melayu ini. ![]() Adakah ini akan di beri perhatian oleh kepimpinan UMNO | |
| CATATAN ANUAR MOHD NOR : Bom Jangka dalam UMNO. Bila artikel ini di keluarkan dalam www.umno-reform2.com – ia bukan satu artikel tanpa asas. Banyak respons yang di terima oleh www.umno-reform2.com membicarakan mengenai perubahan dalam UMNO. Saya sendiri percaya bahawa perubahan ini perlu dan perubahan ini melibatkan ahli UMNO – menggesa kepimpinan UMNO untuk ubah cara dan perangai dalam mengendalikan UMNO. Banyak cadangan usul tentang perubahan namun usul tinggal usul dan perubahan masih tidak nampak terlaksana. UMNO masih begitu, pendekatan kerakyatan masih tidak dilaksanakan hatta, ahli sendiri seperti rakyat marhaen yang tidak mempunyai ruangan untuk menegaskan perubahan. Apabila konsep 1 Malaysia dilancarkan, ahli UMNO sendiri terkebil-kebil mencari makna sehingga 1 Malaysia menjadi senjata tuntutan kaum lain. Penerangan berbentuk melepaskan batuk di tangga di gunakan – mengharap apa sahaja konsep yang di sumbatkan ke mulut ahli akan di terima oleh ahli. Ahli UMNO hari ini ada yang sudah mula tahu membuat perhitungan sesuai dan tidak sesuai. Kalau sebelum ini hanya menerima apa sahaja yang disuapkan – hari ini ahli UMNO sudah tahu menilai dan sudah tahu juga menggigit sekiranya apa yang mahu diterapkan tidak sesuai dengan kehendak mereka. Masih awal lagi – tetapi bom jangka dalam UMNO terus berdetik dan UMNO tidak mampu lagi bergerak dalam keadaan seperti tahun 2004 – sehingga UMNO nyaris tumbang. Kepimpinan UMNO sendiri seharusnya sudah mula melihat luar dari kepompong yang ada – sudah patut menilai dan sudah sepatutnya berani menyentuh mereka yang mempunyai potensi untuk menggerakkan perubahan dalam UMNO. Pemuda sendiri sudah sepatutnya tahu bila mahu bangun dari tidur dan bertindak agresif dengan anak-anak muda generasi ini. Kita tidak mahu lagi pendekatan tidak bermaya untuk bertembung dengan anak-anak muda hari ini. Program kita harus agresif dan bukan setakat program makan-makan dan pemeriksaan percuma kesihatan sungguh pun ia bukan untuk dipadamkan secara keseluruhan. Pemuda UMNO harus berani bangkit secara kelompok kecil – bertindak menjadi jurucakap – penyambung lidah bicara untuk UMNO. Program kecil harus melibatkan semua – ahli biasa yang selama ini tercicir dan Cuma di sentuh bila pemilihan. Kenapa dikatakan bom jangka berdetik dalam UMNO? Setakat ini masih banyak lagi kegiatan tidak bermoral - mencantas mereka yang berwibawa kerana takut tempat kita disambar orang. Kita sepatutnya mengubah mereka yang mempunyai nilai pemikiran terlampau ortodoks untuk bersaing dengan anak muda hari ini yang nilai pemikiran mereka sudah memuncak tinggi dengan keberanian yang akan ekstremis. Namun apa yang kelihatan adalah prestasi UMNO dalam zaman-zaman UMNO sedang bergelut dengan krisis penerimaan rakyat terhadap mereka masih mendatar. Kita lihat kepimpinan masih terikat dengan orang sekeliling yang mengangguk – membenarkan kata kepimpinan semata-mata takut hilang tempat di mata kepimpinan mereka lantas mengiakan apa yang tidak sepatutnya di iakan. Kita lihat, kefahaman keperluan oleh kepimpinan ada tetapi pelaksanaannya hampas kerana memberi kepada dua tiga kerat orang di sebelah mereka yang hanya tahu bercerita dan terus bercerita. Kepimpinan Pemuda UMNO masih lembik, masih takut-takut dan masih menjaga kedudukan diri. Kita tidak nampak Pemuda yang ada hari ini berbeza dengan apa yang ada sewaktu zaman Hishammuddin Tun Hussein. Pemuda terus terbelenggu dengan sikap pesimis dalam melakukan program-program dan Pemuda hari ini tidak berani berdepan dengan cabaran minda yang dilakukan oleh anak-anak muda hari ini. Detik bom jangka dalam UMNO semakin hampir bila mana ada kepimpinan muda yang progresif semakin di ketepikan kerana politik mereka yang mementingkan kedudukan dan tempat. Mereka yang di cabar oleh kepimpinan muda atau arus kepimpinan baru akan melenting dan mencari jalan politik untuk mencantas dan membunuh musuh politik mereka dalam politik. Semakin tersisih UMNO dengan kepimpinan baru – muda yang progresif dan inovatif. Akhirnya Pemuda UMNO dan UMNO akan terikat kepada program – program lembek dan tidak bermaya. Maka kita akan lihat program-program yang tidak mencabar – sukan aneka – aktiviti riadah – program kesihatan – program kecil-kecil konvoi dan sebagainya. Memang ada keperluan tetapi dapatkan kita menyentuh anak-anak muda lain yang progresif – anak muda dari kaum lain, anak-anak muda lepasan Universiti. Adakah kita sendiri mencabar minda anak-anak muda yang kita sendiri, membenarkan mereka bergelut dengan cabaran hari ini – mencabar minda dengan program-program agresif. Apakah Pemuda UMNO takut berdepan dengan cabaran anak-anak muda lain- anak muda dari parti lawan – atau Pemuda UMNO mengambil sikap – yang lain kepimpinan atasan tentukan – kerja kita adalah buat program suka-suka dan terus suka-suka. Selagi kita ketepikan minda baru – idea baru dan mereka yang hadir mahu menyuntik arah baru dalam UMNO maka selagi itu bom jangka dalam UMNO akan terus berdetik. Jangan biarkan bom itu meletup pada PRU 13 nanti. UMNO-REFORM. |
Subsidi - suka hati kamu la UMNO oiii!

Pada teman simple je..
Setelah apa yang kita cuba sampaikan kepada rakyat Malaysia..
Setelah sampai maklumat kepada semua rakyat Malaysia..
Suka hatilah kamu duhai UMNO apa yang kamu nak buat!
Dan tak perlu berlakon kononnya kamu prihati kepada rakyat..
Meluluskan lesen judi pun sudah cukup menjadikan rakyat makin meluat dengan kamu!
So, buat lah apa kamu nak buat sebelum tiba masa kamu dibuang jauh-jauh oleh Rakyat Malaysia!
ayat Najib ni pun macam teater.... penuh dengan maksud yang tersirat!
sunsnake 28052010
‘Kekal atau kurang’
KUALA LUMPUR 27 Mei – Keputusan sama ada mengekal atau mengurangkan subsidi akan ditentukan selepas kerajaan mendapat maklum balas daripada rakyat dan pelbagai pihak, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.Perdana Menteri menegaskan, kerajaan amat konsisten untuk bersifat telus dan sentiasa mahu berkongsi dengan rakyat kerana pada akhirnya, segala keputusan akan ditanggung oleh rakyat dan kerajaan sendiri.
“Terserahlah kepada rakyat untuk memikirkan tentang perkara ini. Apakah kita hendak kebaikan pada jangka panjang atau pun kita nak pertahankan status quo yang ada hari ini tetapi mendedahkan negara kepada risiko-risiko tertentu.
“Kerajaan akan membuat ketetapan selepas itu. Kita mahu rakyat tahu segala implikasinya, kalau kita tidak buat ini (kurangkan subsidi) dan buat ini (kekalkan subsidi) apa implikasinya
-melayau
Rakyat semakin susah apabila kurang subsidi
KUALA LUMPUR: Dalam satu tinjauan rambang di ibu negara hari ini mendapati orang ramai rata-rata bimbang jika subsidi ditarik balik kerana kehidupan mereka akan menjadi semakin tersepit.
Pemandu teksi, Usop Mahat berkata, golongan bekerja sendiri sepertinya yang paling teruk terasa kesannya.
“Bayangkan dengan subsidi seperti sekarang pun, hidup saya sekeluarga bagaikan nyawa-nyawa ikan apatah lagi apabila subsidi ditarik balik.
“Saya ada lima anak, tiga masih sekolah, pendapatan kira kira RM2,000 sebulan. Bagaimana nak hidup?,” keluhnya.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas rancangan kerajaan hendak mengurang dan menghapuskan subsidi secara perlahan-lahan dalam tempuh lima tahun.
Seorang kakitangan swasta, Karim Adam pula berkata, kerajaan perlu memikirkan rancangan itu semasak-masaknya.
“Di manakah slogan kerajaan yang mengutamakan rakyat. Ke mana perginya kekayaan negara?, soal beliau.
Karim berkata, “percayalah rakyat akan merempat selepas ini. Rakyat kita akan jadi seperti rakyat di setengah-setengah negara Afrika.”
Kerajaan melalui Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan (Pemudah) Jabatan Perdana Menteri hari ini menganjurkan Hari Terbuka Makmal Rasionalisasi Subsidi di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur bagi mendapatkan maklum balas daripada orang ramai tentang subsidi.
Pada tahun ini, kerajaan telah memperuntukkan subsidi bernilai RM74 bilion dan cuba mengurangkan sebanyak RM20 bilion sebagai langkah awal untuk mengurang dan menghapuskan subsidi.
Dr Dzul Kepada Idris Jala: Jangan Takutkan Rakyat
Ahli Parlimen Kuala Selangor Dr Dzulkefly Ahmad memberi amaran kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Idris Jala supaya tidak menakutkan rakyat miskin dengan mimpi ngeri negara akan muflis sekiranya subsidi tidak dihapuskan.
Beliau membidas kenyataan Idris yang mendakwa Malaysia akan muflis dalam masa 9 tahun sekiranya rakyat tidak bersedia menampung harga minyak, tol, elektrik dan bahan dapur yang tinggi.
Dr Dzulkefly melahirkan rasa kesal kerajaan BN menggunakan perang psikologi untuk memaksa rakyat menerima penghapusan subsidi.
Menyifatkan kenyataan Dr Idris Jala gempak semata-mata, Dr Dzulkefly mempertikaikan pendekatan kerajaan yang mahu rakyat membayar cukai dan harga yang tinggi, untuk menampung kerajaan yang boros.
Dr Dzulkefly tidak menolak fakta bahawa defisit negara membengkak pada paras yang amat tinggi hari ini, yang berpunca dari sikap kerajaan yang mensia-siakan wang rakyat.
"Betul bahawa kerajaan menanggung subsidi yang besar, tetapi jangan kita tidak tahu dalam persoalan fiskal, ada dua faktor penting. Bagi penentuan pendapatan kerajaan, pendekatan fiscal menggunakan dua perkara iaitu, satu cukai, dua subsidi. Kalau untuk meningkatkan pendapatan ialah dengan cara peningkatan cukai, dan kalau hendak mengurangkan perbelanjaan, dikurangkan subsidi, ini pendekatan fiskal," jelas beliau.
Dr Dzulkefly menasihatkan Dr Idris Jala supaya tidak memaksa orang-ramai tunduk kepada kehendak kerajaan BN yang mahu menampung amalan boros para pemimpin dengan mengenakan cukai tinggi keatas rakyat.
Sebaliknya Dr Idris disaran supaya menegur Perdana Menteri Najib Abdul Razak untuk mengekang pembaziran, menerapkan ketelusan dan ketanggungjawaban dalam operasi kerajaan, dan membebaskan syarikat-syarikat milik kerajaan seperti Sime Darby dan Pos Malaysia dari campurtangan politik.
Apa yang lebih penting, subsidi berbilion ringgit yang diberikan kerajaan BN kepada syarikat-syarikat gergasi seperti pengusaha jana tenaga bebas harus dipertimbangkan semula.
"Isu yang pakar-pakar ekonomi sebutkan bukan hanya tentang subsidi tetapi keseluruhan pengurusan ekonomi itu. Subsidi itu hanya satu sudut, dan kalau hendak ditarik balik pun mesti ada blue print yang menyeluruh, mesti disamakan dalam penampilan dan penyampaian Model Ekonomi Baru itu," jelasnya lagi.
Dr Dzulkefly berkata demikian mengulas kenyataan Idris yang dibuat di Hari Terbuka Makmal Rasionalisasi Subsidi di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur semalam.
Dr Dzulkefly mengingatkan kerajaan BN bahawa subsidi yang diperuntukkan tidak sampai kepada golongan sasar.
"Dalam suasana hari ini, ketika kita dipersimpangan perbincangan tentang pelbagai isu-isu ekonomi termasuklah dalam pengenalan model ekonomi baru, tiba-tiba Idris Jala, Menteri di Jabatan Perdana Menteri menyebutkan bahawa, andainya kalau tidak kerajaan akan bankrup. Hujahnya terlalu mudah dan pada saya ada unsur-unsur tidak bertanggungjawab," katanya.
Srikandi Sedia Hadapi Cabaran, Tidak Mahu Jadi Puteri Lilin
KOTA BAHRU 28 MEI: Ketua Srikandi Parti Keadilan Rakyat (PKR), Siti Aishah Shaik Ismail menegaskan pergerakan itu, bukan bersifat puteri lilin sebagaimana tabiat kebanyakan ahli Puteri Umno.
Sebaliknya, beliau berkata, Srikandi sedia mengharungi sebarang cabaran dalam memberi penerangan, malah mereka pernah mengalami pengalaman pahit termasuk serangan berunsur seksual.
Bercakap kepada TV Selangor pada wawancara khas, Siti Aishah berkata, Srikandi mengamalkan pendekatan lasak tapi berhemah lantaran dilahirkan dalam serba daif ketika suasana politik tidak menentu.
Sebaliknya, beliau berkata, Srikandi sedia mengharungi sebarang cabaran dalam memberi penerangan, malah mereka pernah mengalami pengalaman pahit termasuk serangan berunsur seksual.
Bercakap kepada TV Selangor pada wawancara khas, Siti Aishah berkata, Srikandi mengamalkan pendekatan lasak tapi berhemah lantaran dilahirkan dalam serba daif ketika suasana politik tidak menentu.
Terdahulu, Ketua Wanita Keadilan, Zuraida Kamaruddin melancarkan logo baru Srikandi pada kongres ini, diiringi ucapan Siti Aishah dan tayangan video berkaitan aktiviti pergerakan berkenaan.
“Kalau tengok kepada cara mereka, Puteri Umno lebih kepada puteri lilin. Saya sifatkan begitu sebab mereka hanya turun padang ketika pilihan raya dan tidak bersama rakyat, tidak seperti srikandi PKR,” katanya.
Sebaliknya, beliau berkata, ahli Srikandi komited dengan perjuangan dan sedia mengharungi cabaran bagi menegakkan kebenaran tanpa tidak mengejar jawatan mahupun wang ringgit.
Mengulas lanjut, Siti Aishah berkata, Srikandi diiktiraf pada tanggal 28 Februari 2009 sebagai nafas baru oleh Wanita Keadilan dan prestasi mereka begitu memberangsangkan.
"Srikandi dibarisi dengan muka-muka baru generasi wanita muda yang berpotensi dan akan terus mara menggalas amanah yang diberi. Menjadi pengharapan buat kami agar semua wanita muda tidak mensia-siakan peluang yang ada.
Biarpun Srikandi PKR masih belum diserapkan di dalam perlembagaan parti, beliau berkata, ia bukan halangan untuk meneruskan perjuangan sekalipun dihimpit pelbagai masalah pada peringkat awal penubuhan.
"Alhamdulillah berkat usaha rakan-rakan pimpinan sama ada di perigkat Pusat, negeri dan cabang, kita berjaya menunjukkan bahawa kita mampu menggegarkan persada politik ini," katanya.
“Kalau tengok kepada cara mereka, Puteri Umno lebih kepada puteri lilin. Saya sifatkan begitu sebab mereka hanya turun padang ketika pilihan raya dan tidak bersama rakyat, tidak seperti srikandi PKR,” katanya.
Sebaliknya, beliau berkata, ahli Srikandi komited dengan perjuangan dan sedia mengharungi cabaran bagi menegakkan kebenaran tanpa tidak mengejar jawatan mahupun wang ringgit.
Mengulas lanjut, Siti Aishah berkata, Srikandi diiktiraf pada tanggal 28 Februari 2009 sebagai nafas baru oleh Wanita Keadilan dan prestasi mereka begitu memberangsangkan.
"Srikandi dibarisi dengan muka-muka baru generasi wanita muda yang berpotensi dan akan terus mara menggalas amanah yang diberi. Menjadi pengharapan buat kami agar semua wanita muda tidak mensia-siakan peluang yang ada.
Biarpun Srikandi PKR masih belum diserapkan di dalam perlembagaan parti, beliau berkata, ia bukan halangan untuk meneruskan perjuangan sekalipun dihimpit pelbagai masalah pada peringkat awal penubuhan.
"Alhamdulillah berkat usaha rakan-rakan pimpinan sama ada di perigkat Pusat, negeri dan cabang, kita berjaya menunjukkan bahawa kita mampu menggegarkan persada politik ini," katanya.
Srikandi Sayap Baru Wanita KEADILAN
Oleh Faizal Ezzany
KOTA BHARU 28 Mei - Wanita KEADILAN bertambah mantap dan kukuh dengan pelancaran logo baru Srikandi sebagai sayap wanita muda yang diberi tanggungjawab mengalas harapan generasi wanita muda untuk melahirkan kegemilangan politik negara ini.
Justeru itu tema "Srikandi Sinar Negara" dianggap amat bertepatan dengan perana dan tugas sayap muda ini untuk menjana kesedaran politik di kalangan golongan wanita muda.
Ketua Srikandi, Siti Aishah Shaik Ismail dalam ucapannya menjelaskan kedatangan Srikandi dalam politik KEADILAN akan menyemarakkan lagi semangat dan juga keyakinan wanita muda yang berada dalam KEADILAN.
"Semua sedia maklum akan kewujudan satu lagi sayap baru wanita muda yang diletakan di bawah Wanita pada ketika ini yang dikenali sebagai Srikandi KEADILAN Malaysia yang mana ia dianggotai oleh wanita muda dari semua peringkat lapisan bangsa dan umur.
"Srikandi diiktiraf oleh Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada tanggal 28 Februari 2009 dan diberi nafas baru oleh Wanita dan ini merupakan satu pengiktirafan yang besar kepada kami bagi membina dan membentuk organisasi Srikandi dari peringkat bawah.
"Prestasi Srikandi KEADILAN sehingga kini boleh dikatakan amat memberangsangkan. Dilahirkan semula setahun yang lalu dalam keadaan politik negara yang tidak begitu baik dan ini membantu Srikandi KEADILAN untuk terus berdiri dan meneruskan agenda yang dirangka," kata Siti Aishah.
Beliau menberitahu bermula dengan sejarah penubuhanya satu ketika dulu yang digilap oleh Wanita kini Srikandi KEADILAN dibarisi dengan muka baru generasi wanita muda yang berpotensi dan akan terus mara menggalas amanah yang diberi.
"Menjadi pengharapan buat kami agar semua wanita muda yang ada di dalam parti tidak mensia-siakan peluang yang ada untuk bersama dengan kami dalam meneruskan perancanaan agenda dalam meneruskan perjuangan rakyat.
"Harapan dan impian ini kami sambut demi untuk melihat generasi akan datang lebih mempunyai jaminan masa depan yang baik dari melihat generasi yang ada terus berlalu tanpa dipimpin.
"Biarpun Srikandi KEADILAN masih belum diserapkan di dalam perlembagaan parti namun itu bukanlah satu halangan buat kami untuk meneruskan setiap erti kata perjuangan yang kami ingin bina. Biarpun kami dihimpit dengan pelbagai permasaalahan pada peringkat awal penubuhan, namun kini alhamdulillah berkat usaha rakan pimpinan sama ada di peringkat pusat, negeri atau cabang kita telah berjaya menunjukan bahawa kita mampu menggegarkan persada politik negara ini.
"Kesyukuran saya panjatkan dan seribu penghormatan dan rakaman terima kasih saya tujukan kepada pimpinan Srikandi disemua peringkat atas daya usaha dan juga semangat anda untuk menjadikan impian ini menjadi satu realiti," jelasnya lagi dihadapan perwakilan pagi tadi.
Siti Aishah juga mengucapkan penghargaan dan ribuan terima kasih kepada semua barisan kepimpinan Wanita terutamanya Ketua Wanita dan wanita dari semua peringkat yang memberikan kepercayaan kepada Srikandi bersama-sama menghadapi cabaran.
"Tanpa sokongan dan juga kepercayaan anda pastilah kami tidak berada di tahap ini, semoga perjuangan murni KEADILAN kita galasi bersama. Menyekat kemaraan Wanita Umno mahupun Puteri Umno adalah agenda utama kami," kata beliau lagi.
AMK Perlu Wujudkan Program Latihan, Mantapkan Pendaftaran Pemilih Baru
KOTA BHARU 28 Mei - Angkatan Muda KEADILAN digesa meletakkan kepentingan latihan dan kursus yang disasarkan kepada pucuk pimpinan dan ahli demi mewujudkan organisasi yang berdisiplin yang faham mengenai perjuangan parti.
Ini antara saranan yang dilontarkan oleh pembahas yang membahaskan ucapan dasar Ketua AMK pada Kongres Nasional Tahunan AMK 2009 pagi tadi.
Wakil AMK Sungai Petani, Azman Nasrudin berkata kelemahan program latihan dan kursus dalam AMK perlu diperbaiki supaya setiap pemimpin dan ahli benar-benar faham perjuangan bagi mengalas tanggungjawab di depan mereka.
"Saya meminta supaya AMK mengadakan program yang tersusun serta mengadakan latihanuntuk pimpinan parti dan ahli kerana ramai ahli yang belum lagi terdedah kepada erti perjuangan KEADILAN. Program yang mantap perlu kerana ini akan memberi ruang untuk membina semangat dan pengisian.
Berhubung cadangan untuk menurunkan had umur keahlian dalam AMK darpada 40 kepada 35 tahun, Azman berharap pucuk kepimpinan parti mengkaji isu ini lebih mendalam.
"Ini kerana kalau perubahan ini dilakukan pada pemilihan akan datang kebanyakan perwakilan yang hadir pada kongres kali ini dan juga pucuk pimpinan AMK di atas pentas ini tidak lagi akan memegang jawatan kerana kebanyakan mereka hampir mencecah usia 40 tahun.
"Saya cadangkan agar pindaan ini dikekalkan tetapi berilah 30 peratus kepimpinan AMK kepada golongan yang berusia antara 35 hingga 40 tahun. Ini bagi menyediakan lapisan pemimpin pelapis apabila mereka tidak lagi dalam AMK.
Saranan ini disambut oleh Ahli Dewan Undangan Negeri Batu Kawan, Ong Chin Wen yang menyatakan KEADILAN merupakan parti pertama di Malaysia yang menghadkan umur keahlian AMK kepada 35 umur.
Wakil Besut, Abdul Ghani Jaafar mahu AMK memberi perhatian kepada pendaftaran pemilih baru terutamanya dikalangan golongan muda.
"Di Terengganu umpamanya terdapat 80,000 pengundi layak yang belum didaftarkan sebagai pemilih. Pakatan Rakyat hanya mampu mendaftar 1,800 pemilih baru. Jika kita mahu menang di Terengganu isu ini mesti diberi perhatian serius," kata Abdul Ghani.
Syed Hamzah Syed Zainal daripada Wangsa Maju berkata untuk menarik pendaftaran pemilih baru, pimpinan AMK perlulah mendekati golongan muda di semua cabang di seluruh negara.
"Kita yakin generasi mampu menakhoda zaman dan membuat transformasi. Oleh itu kita mahu golongan ini didekati dengan lebih kerap dan menyalurkan maklumat yang tepat kepada mereka," kata Syed Hamzah lagi.
AMK Diingatkan Berhati-hati Musuh Dalam Selimut
KOTA BHARU 28 Mei - KEADILAN yang merupakan parti muda yang berpotensi besar kerana populariti dan penerimaan rakyat terhadap perjuangannya yang berteraskan kepada nilai keadilan dan kesaksamaan menjadikan parti itu sasaran dan serangan bertubi-tubi Umno-Barisan Nasional yang mahu menyekat kemaraannya.
Timbalan Ketua Angkatan Muda KEADILAN, Fariz Musa berkata oleh kerana Umno-BN amat takut dan gentar kepada kuasa rakyat yang menjadi tunggak parti serta diterajui oleh pemimpin ulung seperti Datuk Seri Anwar Ibrahim maka sebab itulah segala jentera Umno-BN dijuruskan untuk memusnahkan KEADILAN.
"Oleh kerana itu kita lihat Umno-BN bermatian-matian menggunakan segala sumber dan kekuatannya untuk menghalang kemajuan parti ini.
"Dalam pilihan raya umum 2008 melihat dan mengkaji bahawa kekuatan KEADILAN datangnya dari kawasan campuran atau 'mixed areas' di mana ada pengundi Melayu, Cina dan India. Ini menjadikan Umno-BN amat takut kerana KEADILAN mampu menghancurkan segala impian mereka untuk terus menindas rakyat pada PRU 13 nanti.
Fariz berkata lagi Umno-BN melalui pengkhianat parti seperti Senator Ezam Mohd Nor yang pernah mengetuai AMK dahulu akan terus menerus menanam propaganda terhadap KEADILAN supaya rakyat hilang keyakinan terhadap parti.
"Hasil daripada itu kita melihat beberapa pemimpin parti lompat meninggalkan perjuangan. saya tidak berapa risau mengenai mereka kerana kita sudah tahu pendirian mereka terhadaparti dan kita boleh lawan mereka dalam arena politik.
"Yang lebih merbahaya ialah mereka yang duduk di dalam parti tetapi menjadi pengkhianat seperti musuh dalam selimut dan gunting dalam lipatan," Fariz memberi amaran semasa pengulungan perbahasan Kongres Nasional Tahunan AMK 2009 petang tadi.
Beliau mengingatkan supaya ahli AMK memilih pemimpin yang menghayati dan ikhlas kepada perjuangan parti serta tidak leletakkan kepentingan peribadi mengatasi agenda parti.
"Pilih pemimpin berdasarkan merit, kemampuan, kebolehan serta prestasi kepimpinan dan bukan berdasarkan cai (kumpulan pilihan)," kata beliau.
Perjuangan berasaskan nilai, bukan bertuhankan harta dan kuasa
"Nilai adalah tetap. Konsisten. Nilai tidak berubah dengan kerana hawa nafsu manusia. Di dalam Islam, nilai baik dan buruk adalah seperti yang ditetapkan oleh al-Quran dan Sunnah Rasulullah. Di dalam semua agama samawi dan tradisi Asia, terdapat pegangan yang teguh kepada nilai-nilai murni. Tidak ada mana-mana sistem nilai yang meletakkan perkara jelek sebagai baik."
Demikianlah garis yang diletakkan oleh Ketua Angkatan Muda Keadilan, Shamsul Iskandar Mohd.Akin (gambar kanan) untuk membezakan antara perjuangan PKR yang "berasaskan nilai", dengan perjuangan Barisan Nasional yang "berkiblatkan kuasa dan harta". Beliau menyampaikan ucapan dasarnya yang bertajuk "Mewarisi Nilai Mempertegas Perjuangan", dalam Kongres Nasional Tahunan AMK ke-6, pagi ini."Pada masa kita menjadikan nilai sebagai paksi, kiblat BN hanya kuasa dan harta. Dengan kuasa yang dipegang, mereka merebut kekayaan negara. Mereka merobek perbendaharaan negara untuk kepentingan sendiri. Kekayaan yang dimiliki pula dijadikan senjata untuk membeli sokongan bagi mengekalkan kuasa," tambahnya.
Shamsul: Ezam ketua pelacur politik
Ketika mengulas fenomena "lompat parti", terutamanya Mohd.Ezam Mohd Nor (gambar bawah) yang kini kembali ke pangkuan UMNO, Shamsul Iskandar secara terbuka membidas, "Nafsu mendorong mereka (UMNO-BN) untuk percaya bahawa gerakan ini akan tersungkur apabila pengasas dan bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan belot. Mereka lupa bahawa perjuangan kita ini berpaksikan nilai dan bukan bertuhankan manusia."
'Dan Muhammad itu tidak lain hanyalah seorang Rasul yang sudah didahului oleh beberapa Rasul (yang telah mati atau terbunuh). Jika demikian kalau beliau pula mati atau terbunuh, (patutkah) kamu berbalik (berpaling tadah)?...'"
Shamsul Iskandar menjelaskan, apabila tiba Rasulullah benar-benar wafat dan ada di kalangan para sahabat yang tidak dapat menerima hakikat tersebut, maka Saidina Abu Bakar as-Siddiq memberikan mereka peringatan daripada ayat tersebut.Sambil menggelar Ezam (gambar kanan) sebagai "ketua pelacur politik", Shamsul Iskandar berkata, "Tidak semua ahli parti yang bersama dengan perjuangan ini kekal sehingga ke hari ini. Ada yang digoda harta dunia dan ada yang tertekan akibat beban sejarah, lantas memilih untuk menjadi pelacur politik."
"Angkatan Muda Keadilan tidak akan melupakan mereka, tidak akan memaafkan mereka. Kita percaya rakyat juga akan menghukum mereka," katanya.
Sekretariat Keadilan Untuk Anwar
Beliau mengimbas sejarah pertubuhan parti, yang sememangnya berkait rapat dengan apa yang menimpa ke atas Ketua Umum sekarang, Anwar Ibrahim, sebelum mengungkit bagaimana "konspirasi politik" kini berulang menimpa ke atas bekas TPM ini.
"Kita harus membezakan perjuangan yang berpaksikan nilai ini daripada parti politik yang bertuhankan harta dan kuasa," Shamsul Iskandar bersambung, "Parti Keadilan Rakyat adalah sebuah parti perjuangan yang berpaksikan nilai. Parti kita terzahir atas gelombang besar Reformasi apabila rakyat Malaysia, khususnya anak-anak muda, mara ke hadapan menentang kezaliman dan menuntut keadilan.""Bermula dengan penentangan terhadap fitnah dan kezaliman, gerakan masyarakat bertukar menjadi parti politik yang memimpin perubahan. Setelah satu dekad, BN hampir-hampir menghadapi pukulan maut di dalam PRU ke-12," menurut Shamsul.
Beliau menyambung, "Kerana itu konspirasi kedua disusun untuk menganiaya Ketua Umum kita. Para pelakon yang menabur fitnah bertukar. Jika dahulu seorang pemandu, kali ini seorang bekas pelajar yang kecundang dalam pelajaran. Namun plot dan jalan cerita tetap sama."
"Apabila BN gagal menundukkan suara rakyat di dalam pilihanraya, maka mahkamah diperkudakan untuk melaksanakan rancangan jahat mereka. Bukti dan keterangan saksi enggan diserahkan kepada pasukan pembelaan. Pendakwaraya berlagak bagaikan pengganas yang mengintai-intai untuk melakukan serangan hendap. Saksi utama pendakwaan pula memberikan keterangan kejadian berlaku tanpa rela, padahal pendakwaraya pula membuat pertuduhan bahawa kesalahan dilakukan dengan rela."Untuk menentang kezaliman ini, Shamsul berkata, 'Kita gembleng tenaga segenap lapisan rakyat, tanpa mengira usia atau keturunan, untuk menzahirkan kemarahan rakyat terhadap kezaliman yang berlaku ini di bawah Sekretariat Keadilan Untuk Anwar. Setiap daripada kita mempunyai peranan ibarat kata bidalan lama: Yang buta meniup lesung, yang kurap memikul buluh, yang pekak membakar meriam, yang capek menghalau ayam."
Sampai bila kempen bermodalkan air percuma?
Juga, Shamsul Iskandar mengakui kelemahan yang wujud dalam pentadbiran kerajaan negeri Pakatan Rakyat, tetapi menyarankan agar perbezaan pendapat diuruskan dengan adab dan akhlak yang sebaiknya.
"Pun begitu, pematuhan kepada adab dan disiplin parti tidak seharusnya bermakna kita menjadi kelu dan kaku tatkala berhadapan kepincangan. Seandainya kita melihat kelemahan dan kekurangan, tetapi tidak berdaya mencari keberanian untuk menegur dan menyatakan kebenaran, bermakna kita gagal menjiwai perjuangan. Lebih malang sekiranya yang begini sifatnya ialah anggota Angkatan Muda. Padahal identiti kita, citra kita, adalah sebagai barisan hadapan parti yang memimpin rakyat tanpa rasa gentar atau pilih kasih.""Kerajaan-kerajaan Pakatan Rakyat tidak boleh bersandar pada kelemahan BN selama ini. Benar, setelah lebih 50 tahun memerintah, masih terlalu banyak yang gagal dilakukan oleh BN. Benar, adalah tidak adil untuk mengharapkan kerajaan yang belum pun genap tiga tahun memperbetulkan kesilapan dan memperbaiki semua kepincangan yang ditinggalkan BN," katanya.
Biarpun tanpa menyebut nama secara terus, jelas Shamsul Iskandar menyasarkan kritikannya kepada Menteri Besar Selangor Khalid Ibrahim, apabila melontarkan soalan, "Sampai bila kita mahu terus berkempen kepada rakyat hanya dengan bermodalkan bekalan air percuma?"
Penghargaan terhadap MP Kapar
Malah, Shamsul merakamkan penghargaannya secara terbuka terhadap S. Manickavasagam (gambar kanan), ahli parlimen Kapar-PKR, yang lantang mengkritik Menteri Besar Selangor dalam isu pasir baru-baru ini, walaupun tidak bersetuju dengan pendekatan yang digunakan oleh Manickavasagam.Shamsul Iskandar menyeru agar sejarah keruntuhan BN kerana amlan korupsi, kolusi dan nepotisme (KKN) dijadikan pengajaran kepada PKR. "KKN juga menjadikan UMNO-BN bobrok dan ditolak rakyat. Satu-satunya cara untuk kita menyelamatkan parti dan perjuangan supaya tidak terbabas ke jurang korupsi ialah dengan memastikan setiap anggota dan pemimpin menggenggam erat perjuangan berpaksikan nilai."
"Kita tidak boleh menuruti cara lama UMNO-BN. Kita mesti punya keberanian, courage, untuk mencetuskan perubahan dan terus berjuang memastikan perubahan itu berjaya," katanya.
Shamsul Iskandar meneruskan, "Tanya diri kita apa yang sudah diberikan kepada perjuangan ini; kerana perjuangan ini akan memberikan kepada kita manfaat yang tidak terperi. Perjuangan ini yang akan memerdekakan negara Malaysia tercinta ini daripada penjajahan minda oleh BN. Natijahnya nanti kemakmuran akan dapat dikecapi secara adil oleh seluruh rakyat."
Mandat datang dengan yakin
"Kita akan meminta rakyat untuk memberikan mandat kepada kita. Tetapi undi dan mandat tidak akan diberi rakyat sekiranya mereka tidak mempunyai keyakinan terhadap kita. Sekiranya kita masih teragak-agak; masih takut kepada risiko dan enggan melakukan perubahan; maka masa depan kita suram. Jika begitu keadaannya, kita sendiri yang akan menjadikan ramalan jahat BN sebagai kenyataan," amaran yang diberi Shamsul Iskandar.
"Sekiranya kita terpaksa membersihkan parti ini daripada unsur-unsur anti-Reformasi yang mesra dengan pengamal korupsi, Angkatan Muda Keadilan bersedia," katanya dengan tegas.
"Kita tidak takut dengan risiko. Kita bersedia menghadapinya, sebagaimana kita tidak pernah gentar memerangi rasuah di dalam kerajaan selama ini. Kita bertanya kepada elemen-elemen anti-Reformasi, apakah mereka mempunyai keberanian menghadapi kita?"
Langgan:
Catatan (Atom)


