Khamis, 27 Mei 2010

Israel@Apco mula tertekan dengan kehadiran konvoi Gaza

Tindakan Zionis Israel mengeluarkan kenyataan berbentuk ancaman ke atas konvoi bantuan kemanusiaan antarabangsa ke Gaza jelas menunjukkan mereka kini berada dalam keadaaan tertekan.
Presiden Insani Yardim Vakfi (IHH), Bülent Yildirim, dalam sidang media yang turut dihadiri oleh pemimpin-pemimpin NGO lain menyebut bahawa mereka tidak akan sekali-kali berundur walaupun satu langkah meskipun harus berhadapan dengan tindakan ganas tentera Israel sebagaimana yang disebut oleh media-media Israel.
“Setelah bertungkus-lumus selama 2 bulan bagi membuat persediaan konvoi ini, kini tibalah masanya untuk kita belayar ke Gaza. Semua peserta konvoi menunggu saat kini, dan kini kita sudah bersiap sedia,” kata Bülent yang bertutur dalam bahasa Turki.
Konvoi kemanusiaan antarabangsa ke Gaza ini akan membawa aspirasi kemanusiaan masyarakat dunia yang prihatin terhadap kesengsaraan rakyat Gaza. Berbagai dakwaan dibuat oleh media dan pemimpin Zionis bagi menghalang pergerakan konvoi ini.
“Ini hanyalah satu konvoi bantuan kemanusiaan, tidak ada tujuan lain. Semua mereka yang menyertai konvoi ini adalah mewakili NGO masing-masing. Kami tidak ada apa-apa hubungan, kecuali keikhlasan kami untuk sama-sama membantu rakyat Gaza. Itulah yang menyatukan kami,” tegas Bülent.
Wakil-wakil NGO daripada lebih 50 buah negara akan menyertai konvoi ini.
Israel turut mengumumkan “perang psikologi” terhadap konvoi ini dengan ugutan bahawa mereka telah menyiapkan sebuah pusat tahanan di Sderot khusus untuk menangkap peserta-peserta konvoi.
“Bayangkanlah, semua pihak di Israel, sama ada Presiden mahupun Perdana Menteri, memberi perhatian yang serius terhadap misi kemanusiaan ini. Apakah mereka fikir kami takut kepada ugutan mereka? Kapal-kapal kami membawa 15,000 tan bantuan kemanusiaan, dan kami tidak faham kenapa Israel ingin menghalang,” tambah Bülent lagi.
Bülent turut menjelaskan bahawa tindakan menghantar konvoi bantuan kemanusiaan ke Gaza ini bukanlah suatu perkara yang dibuat secara tergesa-gesa, sebagaimana yang didakwa oleh setengah pihak.
Dalam sidang media tersebut, Bülent telah menunjukkan beberapa pucuk surat yang menjadi bukti kenyataan beliau itu. Menurut beliau, IHH telah menghantar surat permohonan kepada Kedutaan Israel di Turki untuk menghantar bantuan ke Gaza pada 11 hb Februari 2009, iaitu 3 hari selepas tamatnya serangan brutal Operation Cast Lead. IHH juga telah menghantar permohonan yang sama kepada Kedutaan Mesir di Turki.
“Kami telah melakukan usaha terbaik untuk menyelesaikan permasalahan di Gaza secara diplomasi. Tapi sehingga hari ini kami tidak mendapat apa-apa reaksi daripada mereka. Kami bukanlah secara tiba-tiba ingin ke Gaza. Kami telah membuat peracangan yang begitu lama,” jelas Bülent.
Seramai 35 orang ahli parlimen daripada Eropah dan Asia Tengah akan turut menyertai konvoi ini. “Tapi kami tidak akan membawa mana-mana ahli parlimen daripada Turki, tidak seorang pun,” kata Bülent.
Malahan beliau telah menolak permintaan mana-mana ahli parlimen Turki untuk turut menyertai konvoi ini.
“Jika kita membawa ahli-ahli parlimen Turki, mereka (Israel) akan mendakwa bahawa konvoi ini ditaja oleh kerajaan Turki. Konvoi ini tidak ada kaitan langsung dengan kerajaan Turki,” jelas Bülent lagi.
Ada juga pihak yang mendakwa bantuan ini ditujukan kepada pihak Hamas. Bülent menjawab, “Pihak Berkuasa Palestin (PA), golongan berhaluan kiri, Hamas dan lain-lain mempunyai urusan mereka sendiri. Urusan kami pula hanyalah untuk menghantar bantuan kepada rakyat Gaza yang sangat memerlukan. Jika mereka cuba mengaitkan kami dengan mana-mana organisasi tersebut, mereka telah melakukan satu kesilapan,” tegas Bülent lagi.
Beliau turut memberi amaran kepada Israel bahawa jika mana-mana peserta konvoi ditangkap atau dicederakan, demonstrasi secara besar-besaran akan diadakan di lebih 100 buah negara.
“Kepada rakyat Israel, kalau kerajaan anda terus dengan polisi mereka (menghalang bantuan kemanusiaan), negara kamu akan ditinggalkan bersendirian kerana kamu bermusuh dengan semua negara. Akhirnya akan berlaku embargo pula ke atas kamu, kerana kamu menentang kemanusiaan. Sekiranya kami masih hidup ketika kamu dikenakan embargo itu, kami berjanji bahawa kami akan bertindak ke atas kerajaan kamu dan berjuang membantu kamu,” jelas Bülent disambut dengan tepukan gemuruh.
“Saya percaya dunia ini cukup luas untuk setiap kita hidup dengan aman,” sambung beliau.
Sidang media tersebut turut disertai oleh seorang ahli parlimen Israel, Hanin Zo’bi dan Ketua Bishop Vatican, Ilariona Kapuci. Dalam ucapannya, Kapuci menegaskan bahawa mereka akan terus menghantar bantuan ke Palestin sehinggalah al Quds dibebaskan menjadi ibukota Palestin merdeka.
“Kami tidak peduli apa yang akan berlaku ke atas kami, hinggalah Palestin dibebaskan,” hujah beliau penuh bersemangat.
Tekanan ke atas Zionis semakin ketara apabila media-media Israel cuba menghubungi Bülent untuk membuat wawancara dan liputan berita.
Mohd Nizam,
HALUANPalestin

Anwar: ‘Sasaran bertubi Umno adalah saya, bukan parti’


PETALING JAYA, 27 Mei — Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa Parti Keadilan Rakyat (PKR) secara terus-menerus menjadi sasaran serangan dengan dilihat diselubungi krisis politik semata-mata kerana “impian” Umno mahu menamatkan kerjaya politik beliau selepas dipecat 12 tahun lalu.
Di sebalik serangan itu, Ketua Umum Pakatan Rakyat itu berkata, PKR sudah pun menyediakan barisan kepimpinan pelapis daripada kalangan golongan muda untuk meneruskan perjuangan parti dan agenda reformasi.
“PKR menjadi sasaran hanya kerana Anwar berada di sini. Dan, anda boleh lihat fobia dan obsesi ke atas Anwar, sesuatu yang agak keterlaluan,” kata Anwar, yang juga Penasihat PKR kepada The Malaysian Insider dalam pertemuan kira-kira sejam di pejabatnya.
Ia adalah wawancara formal yang pertama bersama The Malaysian Insider selepas permintaan untuk ditemu bual ditolak beberapa kali dan ditunda.
Bekas timbalan perdana menteri dan menteri kewangan ini berkata, serangan itu terbukti dalam bentuk “penggunaan kekerasan” dan juga rasuah, yang dirujuk kepada sebab beberapa wakil rakyat bertindak keluar PKR sejak tahun lalu.
Kini, lima Ahli Parlimen dan lima Ahli Dewan Undangan Negeri dari PKR bertindak sebagai wakil rakyat Bebas. PKR kehilangan satu kerusi Parlimen dalam pilihan raya kecil bulan lalu.
“Sebagaimana saya katakan, sasaran ialah saya, bukannya parti,” katanya.
Ahli Parlimen Permatang Pauh ini berkata, musuh politiknya itu menggunakan kekerasan dan ganjaran kewangan untuk menghancurkan beliau daripada arena politik.
“... kita perlu mengambil pendekatan untuk melakukan pembaharuan di sini,” katanya.
Sebagai contoh, kata beliau, pihaknya berhadapan dengan kesukaran untuk memilih calon bagi mewakili PKR dalam pilihan raya umum yang lalu.
“Tetapi lihat pada kedudukan mereka bercakap (sekarang), apabila (Ahli Parlimen) Bayan Baru (Datuk Seri Zahrain Hashim) meninggalkan parti, kenyataan pertama beliau ialah beliau menentang dasar kami yang (didakwa) kelihatan pro-Cina dan pro-DAP,” katanya.
“Jadi, dengan jelas beliau menggunakan ini sebagai sebab, alasan untuk dikeluarkan dari parti,” katanya yang dibebaskan dari penjara pada 2004.
Anwar yang kembali menjadi wakil rakyat Permatang Pauh menerusi pilihan raya kecil Ogos 2008 berkata, beliau sebenarnya telah “menjangkakan” serangan bertubi-tubi ke atasnya sejak era kepimpinan Tun Dr Mahathir Mohamad.
Anwar (gambar) dipecat oleh Dr Mahathir sebagai timbalan perdana menteri, menteri kewangan dan timbalan presiden Umno.
“Serangan ke atas saya berterusan selama 12 tahun, kemungkinan patennya agak berbeza. Ketika Dr Mahathir, serangan adalah bentuk keganasan, tahanan dan dipukul. “Sekarang, ia secara langsung dan juga bawah sedar. (Tetapi) saya tidak risau tentang tekanan-tekanan yang alami secara peribadi,” katanya.
Anwar kini berhadapan dengan kes liwat kedua dalam tempoh 10 tahun, yang parti itu dan beliau sendiri telah menganggap sebagai satu ‘perangkap” untuk menamatkan kerjaya politiknya.
Kes itu sedang berlangsung.
Sidang Parlimen yang lalu telah merujuk Anwar kepada Jawatankausa Hak dan Kebebasan atas alasan telah mengelirukan Dewan Rakyat dengan membawa isu APCO.
Jika usaha itu berjaya Anwar mungkin boleh digantung.
Anwar berkata, PKR kini mempunyai formula baru di mana ia sedang memfokus ke atas generasi kedua kepimpinan dengan golongan pemimpin muda yang ada pengalaman untuk menggerakkan parti pada masa depan.
“Kami perlu berupaya untuk mengadakan strategi yang lebih baik. Ini adalah ruang bagi kami untuk memilih calon-calon muda berasaskan komitmen, integriti, bukannya mereka yang biasa dengan budaya Umno,” katanya lagi.
Anwar juga mendakwa generasi kedua pemimpin masa depan sudah pun berakar umbi dalam PKR dan kebanyakan mereka bergerak di peringkat negeri.
“Saya merasakan kepimpinan teras akan kekal, tetapi kami akan memperkenalkan barisan generasi kedua pemimpin kalangan profesional Melayu, Cina, India,” kata beliau dengan merujuk kepada kepimpinan seperti Sim Tze Tzin dari Pulau Pinang dan Nik Nazmi Nik Ahmad di Selangor.
Dalam temu bual ini, Ketua Umum Pakatan Rakyat ini juga menolak dakwaan bahawa parti berhadapan dengan isu pengurusan dan beliau tidak mengawal dengan sepenuhnya perjalanan seharian parti.
“Saya tidak mengendalikan parti, setiausaha agung Saifuddin Nasution mengendalikan pengurusan parti.
“Ini adalah harapan orang, mereka mengharapkan saya menguruskan parti. Mengapa perlu saya menguruskan parti? Tidak! Dia (Saifuddin) memberikan mereka hala tuju, tetapi saya tidak menguruskan parti,” katanya lagi.

Samy: Palani Presiden baru MIC, Subra timbalan..he..he..tak perlu undi ka...!! ikut kata......



KUALA LUMPUR, 27 Mei — Presiden MIC Datuk Seri S.Samy Vellu berkata timbalannya Datuk G. Palanivel akan menggantikan beliau apabila beliau berundur “sebelum atau pada” September tahun depan.
Samy Vellu berkata Naib Presiden MIC Datuk Dr S. Subramaniam yang juga Menteri Sumber Manusia akan dinamakan sebagai timbalan presiden parti yang baru, manakala Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk S.K.Devamany dan Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar Datuk M. Saravanan ebagai naib presiden parti.
“Beliau (Palanivel) akan menjadi pemangku presiden MIC apabila saya berundur, beliau ada sembilan bulan untuk jalankan tugas sebagai pemangku presiden, ada banyak peluang untuk pergi ke negeri-negeri dan kenal dengan pemimpin negeri, dengan itu beliau boleh jadi popular,” katanya.
Beliau berkata demikian semasa ditemubual oleh pengantara, Pengarah Eksekutif Berita dan Operasi Editorial Media Prima Datuk Ahmad A. Talib dalam program “Soal Jawab” di TV3 malam tadi.
Beliau berkata Palanivel yang baru dilantik sebagai Senator baru-baru ini mempunyai masa untuk menyesuaikan diri dengan tugas dan tanggungjawab sebagai presiden sehinggalah pemilihan presiden pada Mac 2012.
“Perlembagaan MIC lain dari parti lain, selepas tempoh tiga tahun sebagai presiden selesai, maka secara automatik kerusi presiden kosong dan mesti adakan pertandingan untuk memilih orang baru,” katanya.
Ketika ditanya sama ada Palanivel mampu menerajui parti seperti yang beliau lakukan sejak 31 tahun lalu, Samy Vellu (gambar)  berkata beliau yakin Palanivel berupaya berbuat demikian.
“Beliau boleh buat, dia mempunya pengalaman kerana pada masa dulu dia pernah jadi Setiausaha Akhbar di kementerian saya, jadi dia sudah tahu gambaran itu,” katanya.
Ketika ditanya sama ada beliau akan mengkritik kepimpinan Palanivel selepas ini, beliau berkata: “Saya tidak mahu buka mulut saya, apabila seseorang sudah ambil alih tanggungjawab dia, bekas presiden tidak boleh cakap apa-apa, tapi akan beri nasihat”.
Ditanya mengenai cubaan yang dibuat oleh Timbalan Ketua Pemuda MIC V. Mugilan yang dipecat untuk mendesak Samy Vellu supaya berundur menerusi Gerakan Anti Samy (GAS) Ahad ini, Samy Bellu berkata: “Kita lihat sejauh mana beliau boleh pergi.”
“Biar mereka buat apa yang mereka mahu kerana beliau (Mugilan) bukan lagi di dalam MIC, niat buruknya tidak akan merugikan parti kerana — it will be a mere show,” katanya.
“Saya sudah dipilih secara demokrasi tanpa bertanding oleh ketua-ketua cawangan MIC pada 2009 untuk tempoh tiga tahun, penggal saya berakhir pada 21 May 2012, mereka melanggar perlembagaan parti dengan mempersoal proses demokrasi ini,” katanya.
Ketika ditanya mengenai dakwaan sesetengah pihak bahawa Samy Vellu mahu anaknya S. Vell Paari mengambil alih tugasnya sebagai presiden, beliau menyifatkan bahawa pihak tersebut sebagai “kurang faham”.
“Kalau saya mahu anak saya ambil alih, 20 tahun dulu saya dah panggil dia masuk MIC tapi saya tahan, parti lain pun semua ada anak dalam parti, kalau saya berfikir untuk jadikan anak saya sebagai presiden, saya fikir dia (desakan oleh pihak tertentu) kurang faham,” katanya.
Sementara itu, beliau turut menasihatkan Palanivel agar mempunyai hubungan yang rapat dengan rakyat serta sering turun padang bagi memahami masalah rakyat. — Bernama

Tun Dr Mahathir sifatkan Kuan Yew sebagai ahli politik luar biasa

 

Penulis Tom Plate (kanan) menyerahkan cenderahati berupa lakaran gambar bekas Perdana Menteri Singapura Lee Kuan Yew yang menjadi kulit buku terbarunya Giants of Asia — Conversation with Lee Kuan Yew — Citizen Singapore: How to Build A Nation kepada Lee (kiri) di majlis pelancaran buku tersebut — Gambar Bernama

SINGAPURA, 26 Mei — Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata Lee Kuan Yew, rakan sejawatannya dari Singapura suatu ketika dahulu, akan diingati dalam sejarah sebagai seorang ahli politik dan juga intelektual yang luar biasa. Ulasan beliau itu terdapat dalam buku terbaru mengenai Lee yang ditulis kolumnis dan wartawan berpengalaman Amerika yang dikenali ramai Tom Plate.
Buku itu, bertajuk Conversation with Lee Kuan Yew — Citizen Singapore: How to Build A Nation dan siri pertama mengenai Giants of Asia dilancarkan di sini hari ini.
Lee yang hadir buat seketika pada pelancaran itu berkata Plate “berjaya mengutarakan pendapat saya” dalam bukunya.
Penulis buku itu telah mendapatkan pandangan beberapa pemimpin dunia dan pakar mengenai Lee dan legasinya, dan menyiarkan jawapan mereka di muka surat pertama buku tersebut sebelum pembaca dapat mengikuti perbualan yang bersifat terbuka.
Mengulas lanjut mengenai Lee, Dr Mahathir berkata: “Beliau ibarat seekor katak yang besar di dalam kolam kecil. Beliau menyimpan hasrat untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia.”
“Beliau cuba memberikan syarahan kepada orang tetapi mereka tidak suka cara begitu. Orang ramai memang menganggap beliau seorang intelektual, lebih daripada seorang ahli politik biasa,” katanya.
Bekas Perdana Menteri Britian John Major berkata: “Lee Kuan Yew sewajarnya boleh dipanggil sebagai Bapa Singapura Moden.
“Beliau telah membawa dasar-dasar yang ditiru negara-negara Asia dalam kepimpinannya, dan telah menaikkan profil serta imej Singapura. Ini adalah satu legasi yang akan bertahan,” katanya.
Penulis buku The Clash of Civilisations and the Remaking of World Order Samuel Huntington berkata: “Lee Kuan Yew telah menjadikan Singapura begitu unik di dunia sebelah sini, dengan menjadikannya sebagai salah sebuah negara yang sistem politiknya paling kurang korup di dunia
Ketika ditanya, Plate berkata buku kedua dan seterusnya dalam siri itu akan menampilkan Dr Mahathir sendiri, yang digambarkan sebagai seorang lagi tokoh, “ahli silap mata Malaysia” yang berjaya melakukan transformasi ke atas negara itu seperti yang ada sekarang, di bawah pemerintahannya selama 22 tahun.
Beliau berkata “perhatian mestilah diberikan” kepada para pemimpin yang banyak memberi sumbangan terhadap kemajuan negara mereka, dan bukunya bakal menjadi penyambung idea pemimpin berkenaan, menerusi perspektif seorang rakyat Amerika. — Bernama

Khalid didesak lepaskan jawatan pengerusi PKR Selangor?


KUALA LUMPUR, 27 Mei — Kongres Nasional Keenam Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang bermula malam ini, dijangka antara lain akan menggesa perubahan kepimpinan parti peringkat negeri khususnya di Selangor.
Desakan perubahan di Selangor dijangka menjadi perhatian ekoran kesan kegagalan mempertahankan kerusi Parlimen Hulu Selangor ketika pilihan raya kecil 25 April lalu.
The Malaysian Insider difahamkan perwakilan dari Selangor dijangka membawa cadangan meminta agar pucuk kepimpinan negeri memikul tanggungjawab atas kegagalan itu dengan melepaskan jawatan sebagai pengerusi negeri Selangor.
Malah difahamkan desakan itu juga antara kandungan laporan bedah siasat yang disediakan baru-baru ini.
Kongres Nasional Keenam bermula malam ini dengan perasmian perhimpunan sayap Pemuda dan Wanita manakala peringkat pusat Sabtu dan Ahad ini.
Dalam ucapannya Presiden PKR Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail dijangka akan menyentuh keberkesanan kepimpinan dan hala tuju Selangor yang diterajui wakil PKR.
“Memang ada pandangan sedemikian agar kepimpinan negeri memikul tanggungjawab dan dirombak seluruh badan perhubungan negeri,” kata seorang pemimpin PKR, yang tidak mahu namanya didesahkan, dengan melihat Selangor sebagai bakal kubu kuat bagi PKR dalam pilihan raya umum ke-13.
Pakatan Rakyat Selangor telah mengadakan pertemuan bagi membincangkan laporan bedah siasat pilihan raya kecil Hulu Selangor, kelmarin.
PKR meletakkan Datuk Zaid Ibrahim sebagai calonnya mewakili Pakatan Rakyat di Hulu Selangor.
Bagaimanapun PKR tidak dapat mempertahankan kerusi itu yang dimenangi pada Mac 2008. Ia dimenangi oleh BN.
Seorang lagi sumber memberitahu syor tentang perubahan kepimpinan negeri akan dibangkitkan ketika kongres dalam usaha memperkemaskan jentera parti di peringkat negeri.
“Secara kebetulan desakan ini wujud ketika parti hendak mengadakan kongresnya... malah pada kebiasaannya pucuk kepimpinan akan membuat perubahan kepimpinan negeri selepas kongres tahunan.
“Jadi, akan ada perwakilan mengemukakan permintaan ini dan ia berlaku secara kebetulan, desakan ini akan dilihat kuat minggu ini,” kata seorang lagi pemimpin kepada The Malaysian Insider.
Menteri Besar Selangor merupakan Pengerusi PKR negeri dan beliau telah bertindak sebagai pengarah pilihan raya kecil PKR di Hulu Selangor.
Pengarah Pilihan Raya PKR Selangor ialah Abdullah Sani Abdul Hamid yang juga Ahli Parlimen Kuala Langat.
“Walaupun tiada desakan rasmi, secara langsung, jika Tan Sri Khalid mengumumkan bahawa beliau akan lepaskan jawatan sebagai pengerusi negeri, beliau akan dilihat sebagai seorang berjiwa besar demi masa depan parti,” katanya.
Bagaimanapun pemimpin ini mengakui adalah tidak adil meletakkan beban itu ke atas bahu Khalid, yang juga Ahli Parlimen Bandar Tun Razak, semata-mata.
Keberkesanan jentera pilihan raya PKR menjadi fokus persoalan ketika kempen bulan lalu.
Walaupun PKR mempunyai pengalaman menguruskan pilihan raya kecil Permatang Pauh, Penanti dan Bukit Selambau secara langsung ia dikatakan longgar di Hulu Selangor.
Dalam pada itu, Ketua Wanita PKR Zuraida Kamaruddin secara terbuka mengakui bahawa perlu adanya perubahan dalam kepimpinan negeri Selangor.
Ahli Parlimen Ampang ini berkata, beliau berpendapat pada masa sekarang tanggungjawab memimpin jentera parti negeri dan pentadbiran kerajaan negeri perlu dipikul berasingan oleh dua yang lain.
“Saya secara peribadi merasakan topi ketua parti negeri dan ketua kerajaan negeri (Selangor) perlu dipikul oleh dua orang yang berlainan,” kata beliau sambil menyangkal beliau mempersoalkan kebolehann Khalid.
“Saya cuma mengambil berat tentang parti. Saya lihat parti perlu diperkuatkan untuk menghadapi pilihan raya umum akan datang,” katanya.
Kini Khalid satu-satunya pemimpin parti negeri turut menyandang jawatan menteri besar.
Pakatan Rakyat memerintah kerajaan negeri Kelantan, Pulau Pinang, Kedah dan Selangor.
Selangor diterajui pemimpin PKR, Pulau Pinang (DAP) manakala Kedah dan Kelantan (PAS).
“Mungkin di parti-parti lain, ketua kerajaan negeri juga memegang jawatan ketua parti negeri.
“Tetapi dalam kes PKR, saya merasakan kita belum bersedia lagi, mungkin satu hari nanti apabila kita sudah kuat, kedua-dua jawatan itu boleh dipegang oleh orang yang sama,” kata beliau dengan mengakui bahawa desakan ini timbul secara kebetulan selepas berakhirnya pilihan raya kecil dan ketika diadakan kongres nasional.
Khalid juga disebut-sebut akan bertanding jawatan timbalan presiden PKR hujung tahun ini.

Rakan, kakak Aminulrasyid beri keterangan di Bukit Aman

Nor Azura Amzah, kakak Aminulrasyid bersama Azamuddin Omar, dan peguam N.Surendran di luar bangunan ibu pejabat polis Bukit Aman hari ini.
KUALA LUMPUR, 26 Mei — Azamuddin Omar, rakan kepada remaja Aminulrasyid Amzah, 15, yang mati akibat terkena tembakan polis bulan lepas dipanggil ke Bukit Aman hari ini. Turut dipanggil untuk memberi keterangan adalah abang Azamuddin, Muhamad Hafizzudin, 24, dan Nor Azura Amzah, 39, kakak kepada Aminulrasyid berhubung laporan yang dibuat mereka di Shah Alam pada 20 Mei. Azamuddin, 15, berada dalam kereta yang dipandu Aminulrasyid ketika kejadian itu di Seksyen 11, Shah Alam, pada awal pagi 26 April.
Ketiga-tiga mereka dilihat tiba di perkarangan Bukit Aman kira-kira pukul 3.30 petang ditemani peguam yang mewakili keluarga Aminulrasyid, N. Surendran dan Lateefah Koya.
Surendran berkata mereka disoal di tiga bilik oleh tiga pegawai polis.
Beliau berkata dalam laporan polis yang dibuat sebelum ini, antara lain, mereka menuntut polis tidak menutup kes itu dan meminta Kementerian Dalam Negeri (KDN) menubuhkan badan bebas untuk menyiasat beberapa kenyataan yang dikeluarkan pihak polis.
Seorang koperal polis telah dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Shah Alam berhubung kejadian itu. — Bernama

Polis Dingatkan Jangan Main Politik Dalam Kes Aminulrasyid

Oleh Frederick Luccas
SHAH ALAM 26 Mei - Saksi utama kes remaja Aminulrasyid Amzah ditembak mati polis bulan lalu, Azamuddin Omar, dan kakak Aminulrasyid dipanggil ke Ibupejabat Polis Bukit Aman hari ini untuk merekodkan kenyataan mereka.
Mereka yang diiringi oleh abang Aminulrasyid dipanggil ekoran laporan polis kali kedua yang difailkan terhadap polis Selangor atas kelewatan membuat penyiasatan dan keengganan polis membersihkan nama Aminulrasyid serta keengganan polis mengakui parang sengaja diletakkan dalam kereta yang dipandu remaja tersebut.
"Azamuddin sedang melalui saat-saat yang genting dalam hidupnya, tambahan pula beliau akan menduduki peperiksaan Penilaian Menengah Rendah hujung tahun ini. Bayangkan tekanan yang dikenakan ke atas Azamuddin yang tinggal di dalam kuarters polis, dikelilingi oleh polis yang berpotensi memberikan tekanan selagi Azamuddin berada di situ.
"Isu ini mudah sahaja untuk diselesaikan, kesemua saksi telah beri keterangan dan saya rasa seluruh masyarakat tahu apa yang telah terjadi malam itu.
Pihak polis telah membuat kesalahan dan patutnya mengakui dan meminta maaf. Itu sahaja," kata Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad dalam satu sidang media semalam di pejabatnya.
Khalid yang kagum dengan pendirian Azamuddin walaupun dengan tekanan yang diterima berkata polis perlu melihat isu ini dari mata masyarakat dan jangan mengorbankan Azamuddin dalam proses ini.
"Sudah cukuplah kita kehilangan seorang remaja, jangan kerana kedegilan sesetengah pihak, menyebabkan sesuatu yang buruk menimpa Azamuddin yang sudah cukup terseksa dengan apa yang telah dan sedang berlaku," kata Khalid lagi.
Menurut beliau, polis Negeri Sembilan telah menunjukkan satu contoh yang amat baik dalam bagaimana menangani situasi sebegini berhubung insiden anggota polis menembak seorang remaja yang cuba melarikan diri daripada sekatan jalan.
"Apabila polis Negeri Sembilan sedar kesilapan mereka, tanpa berlengah lagi dan tanpa membuat alasan remeh, terus mengambil tindakan tegas terhadap anggota yang melepaskan tembakan, dan Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Osman Salleh sendiri telah menemui keluarga mangsa dan meminta maaf," kata Khalid lagi.
Beliau menyuarakan ketidakpuashatian terhadap institusi kepolisan kerana seolah-olah wujudnya percanggahan dalam cara bekerja mengikut negeri.
"Jika di Negeri Sembilan, polis boleh mengaku kesilapan, kenapa tidak di Selangor? Adakah hanya kerana kerajaan pemerintah Negeri Sembilan ialah dari Umno-BN dan kerajaan Selangor ialah Pakatan, maka wujudnya 'double standard' ini"," soal Khalid.
Tambah Khalid lagi, keadaan ini seolah-olah menunjukkan polis juga kini sudah mula bermain politik dengan bertindak menyebelahi kerajaan Umno-BN dan menentang kerajaan Pakatan, dan ini adalah sesuatu yang tidak patut berlaku memandangkan polis sepatutnya merupakan satu badan bebas.

Umno perosak demokrasi

Tidak dinafikan, Malaysia adalah salah sebuah negara mengamalkan sistem demokrasi dengan memisahkan tiga elemen penting dalam perundangan iaitu eksekutif, legislatif dan judiciari.

Gabungan ketiga-tiga elemen ini diperlengkapkan dengan sistem pemerintahan Raja Berperlembagaan, sebagai mengimbangi kuasa eksekutif.

Dengan penyusunan sistem perundangan sedemikian rupa, Malaysia seolah-olahnya menjadi sebuah negara yang mengamalkan demokrasi tulen.

Dalam sistem perundangan Malaysia, diwujudkan pilihan raya untuk memberikan peluang kepada rakyat untuk memilih wakil parti-parti politik yang bertanding untuk membentuk sesebuah kerajaan.

Kerajaan-kerajaan yang dipilih sama ada di peringkat Persekutuan atau Negeri, berperanan sebagai eksekutif. Kuasa eksekutif diimbangi dengan kuasa Yang di-Pertuan Agong atau Raja, kuasa legistalif (Parlimen atau Dun) dan kuasa pengawal undang-undang (judiciari).

Secara teorinya, jika diteliti dari sudut sistem, Malaysia sudah mempunyai sistem perundangan yang lengkap dan berimbang.

Namun dari sudut praktikalnya, wujud banyak kesangsian. Kuasa politik yang dinikmati Umno-Barisan Nasional sejak sebelum merdeka, tidak memungkinkan sistem demokrasi di negara berjalan dengan lancar.

Kesangsian terhadap ketelusan sistem perundangan negara, semakin ketara selepas Pakatan Rakyat berjaya memenangi 82 kerusi Parlimen dan memenangi lima buah negeri iaitu di Kelantan, Kedah, Pulau Pinang, Perak dan Selangor.

Umno yang menjadi peneraju utama BN seperti 'orang kehilangan akal' apabila kuasa mereka di Kerajaan Persekutuan dan kuasa mereka di Negeri terlucut.

Umno-BN tidak boleh duduk diam. Mereka tidak boleh menerima kekalahan dan mereka tidak percaya mereka boleh dikalahkan.

Maka akibat daripada ketamakan kuasa dan kegelojohan pemimpinnya. Umno-BN berusaha menggugat dan menjatuhkan Kerajaan Pakatan Rakyat.

Umno-BN menggunakan taktik yang amat kotor dan jijik. Mereka memerangkap wakil-wakil rakyat Pakatan Rakyat yang lalai dan berkepentingan.

Mereka menaburkan wang jutaan ringgit untuk membeli wakil rakyat. Mereka menggunakan kuasa media, kuasa polis untuk menyekat demokrasi, berpakat dengan hakim untuk membuat keputusan yang memihak dan memanipulasi golongan istana.

Hasil pencabulan demokrasi yang menjijikkan, BN berjaya merampas Perak. Hasil ketamakan pemimpin mereka, kini mereka cuba untuk merampas Kedah pula.

Mereka cuba untuk menggugat Selangor dan Pulau Pinang, tetapi gagal kerana Pakatan Rakyat mempunyai cukup kerusi dengan wakil-wakil rakyat yang sangat setia dan komited.

Jika Umno-BN 'anak jantan' yang menghormati demokrasi, mereka sepatutnya menunggu Pilihan Raya Umum ke-13 untuk cuba mendapatkan mandat semula rakyat.

Malangnya, Umno-BN tidak berani berhadapan dengan Pakatan Rakyat dalam kancah pilihan raya secara demokratik. Mereka ibarat 'pondan siam' yang hanya berani 'berkokok' dalam media massa yang mereka kuasai.

Mereka mahu berkuasa semula dengan memasuki 'pintu belakang', mereka tidak mempedulikan kesahihan dari sudut perundangan atau agama.

Mereka tidak sedar mereka sebenarnya sudah mencetuskan kemarahan dan kebencian rakyat.

Malah sesiapa sahaja yang bersekongkol dengan Umno-BN untuk merampas kuasa secara haram akan menerima balasan daripada rakyat.

Hanya kuasa rakyat sahaja yang mampu menyelamatkan negara. Selamatkan Malaysia!

Anwar claims to be Umno’s ‘obsession’


PETALING JAYA, May 27 — Datuk Seri Anwar Ibrahim has claimed that PKR is constantly being attacked and mired in political turmoil due to Umno’s “obsession” to end his political career after he was sacked as deputy prime minister in 1998.
The PKR de facto leader said his party is already lining up a second echelon of young leaders to carry on the political struggle and reforms agenda.
“PKR is the main target because Anwar is there. And you see the phobia and obsession with Anwar is a bit too much,” Anwar (picture) told The Malaysian Insider in an hour-long interview this week.
This is his first formal interview with The Malaysian Insider after several refusals and postponements.
Anwar, who also leads Pakatan Rakyat, said the attacks have been evident in the form of “brute force” as well as corruption, in reference to the apparent reason why a slew of PKR lawmakers had either left or was sacked by the party.
“As I said the target is me, not the party. They use both brute force and financial remunerations and enticement. But we need to undertake measures of reform here.
“For example, choosing candidates we have been really bad, it’s true. But look at the position they are taking, when Bayan Baru (Datuk Seri Zahrain Hashim) left, his first remark was that he was against our policy because our policy was apparently too pro-Chinese and pro-DAP.
“So clearly he is using this as an excuse, pretext to be removed from the party,” said Anwar.
The Permatang Pauh MP said that he had grown to “expect” the attacks against him as it had been going on ever since the time of Tun Dr Mahathir Mohamad.
“The attacks against me have been going on for 12 years, the patterns might have been different. During Tun Dr Mahathir’s time the attacks have been violent, the arrests and the beating.
“Now it’s both direct as well as subliminal. (But) I am not too worried about pressures that I am facing personally,” he added.
PKR has suffered from a string of defections — in under two years, 10 of its lawmakers have left the party, citing dissatisfaction with the way in which PKR was run and its goals and ideals.
The five MPs who have exited PKR are Zahrain, Tan Tee Beng (Nibong Tebal), Zulkifli Noordin (Kulim-Bandar Baharu), Wee Choo Keong (Wangsa Maju) and Mohsin Fadzli Samsuri (Bagan Serai).
Besides the five, PKR also lost five state assemblymen — two from Kedah, two from Perak and one from Selangor.
Apart from Zulkifli, who was sacked from PKR for crossing swords with the party leadership, the other four MPs left citing their dissatisfaction with the party leadership and Pakatan Rakyat.
During a parliamentary debate last month, Zahrain took the opportunity to reveal details on Anwar’s purported government takeover plan on Sept 16, 2008, while Zukifli divulged how he had been asked to link Prime Minister Datuk Seri Najib Razak and his wife, Datin Seri Rosmah Mansor, to the murder of Mongolian model Altantuya Shaariibuu four years ago.
Following their stunning revelations, Najib himself said he had spoken with the duo on the party’s secrets during their trip to Washington recently. But Anwar remained optimistic of the party’s future.
Anwar said PKR now had a new formula whereby it would focus on equipping a second generation of young leaders with the experience needed to run the party in the future.
“We have to be able to arrange a better strategy. This is an avenue for us to choose future younger candidates based on commitment, integrity, not people who are used with Umno culture,” said Anwar.
He claimed that the “second generation” of future party leaders was already firmly rooted within PKR and that most of them were operating on a state level.
“The second generation is already there. It’s just that they are not so obvious because they work in the state level.
“I think the core leadership will remain, but we will introduce (the) second generation lineup of leaders of Malay, Chinese, Indian professionals,” he said, citing leaders like Sim Tze Tzin in Penang and Nik Nazmi Nik Ahmad.
Anwar dismissed the notion that the party had management issues and claimed that he did not exercise any control or hold over the party’s day-to-day activities.
“I don’t run the party, secretary-general Saifuddin Nasution runs the management of the party.
“These are people’s expectations, they expect me to run the party, why should I manage? I don’t. He (Saifuddin) gives them directions, but I don’t manage the party,” said Anwar.
He said the reason why he did not interfere with party affairs was because he was worried that PKR’s “democratic spirit” would be lost.
“Many of the meetings held I missed. Because I think (it is better to) let them move on, have a better team. There are two schools of thought within the party... some think that I’m too forceful, I decide a bit too much. Some say I should do less.
“What’s important is the position. I am helping, running the party in terms of programmes. I’m not even in the party management committee, I don’t do much. I complain, but the rest they themselves do it. I think that’s how you bring up leaders,” said Anwar, who was once touted as a future prime minister within the ruling Barisan Nasional.

Hishammuddin minta Vell Paari tunjuk bukti atau mohon maaf..he.he.. u ok sham...!!!



PUTRAJAYA, 26 Mei — Naib Presiden Umno Datuk Seri Hishammuddin hari ini meminta S. Vell Paari, anak Presiden MIC Datuk Seri S. Samy Vellu membuktikan dakwaan yang UMNO menggunakan pendekatan “pembunuhan politik” untuk memecahbelahkan MIC, atau memohon maaf atas dakwaan tersebut.
Menteri Dalam Negeri itu berkata beliau bukan sahaja marah dengan tuduhan tersebut, malah menganggap ia tuduhan melulu, tidak bertanggungjawab dan cubaan untuk mengalihkan pandangan orang ramai terhadap permasalahan dalaman sebenar parti berkenaan.
“Cukup-cukuplah semua yang tak kena dilemparkan dan dituduh kepada Umno,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Hishammuddin (gambar) diminta mengulas dakwaan anggota Jawatankuasa Pusat MIC itu bahawa Umno menjadi punca masalah dalaman MIC.
Dalam pada itu, seramai 10,000 orang dijangka menghadiri pelancaran Gerakan Anti Samy Vellu (GAS) di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) Ahad ini, melebihi jangkaan awal 7,000 orang, dakwa bekas timbalan ketua Pemuda MIC V.Mugilan.
“Pada hari itu, saya kata 7,000 orang tetapi sekarang angka itu telah meningkat kepada 10,000 orang kerana kami sedang mendapatkan sokongan daripada pelbagai pihak,” Mugilan berkata pada sidang akhbar hari ini.
Mereka yang dijangka datang termasuk anggota MIC, pemegang saham Maika dan kaum India yang bukan anggota MIC.
Mugilan juga berkata beliau sendiri yang telah menempah Dewan Merdeka di PWTC untuk perhimpunan pada Isnin lepas dan bukan Umno seperti yang didakwa oleh ketua Pemuda MIC T.Mohan semalam.
Oleh kerana dewan tersebut boleh menempatkan kira-kira 5,000 orang, beberapa layar besar akan dipasang di luar dewan untuk yang lain mengikuti perhimpunan itu.
Mugilan, yang dipecat oleh presiden MIC Datuk Seri S.Samy Vellu Khamis lepas, mendesak presiden MIC itu berundur Julai ini.
“Pada mulanya, saya mendesak beliau untuk berundur akhir tahun ini tapi sekarang saya telah menukar strategi dan membuat keputusan untuk mendesak beliau berundur pada bulan Julai ini,” kata Mugilan.
Katanya, keputusan terbaru itu diambil selepas mendapati sokongan untuk mendesak Samy Vellu adalah “terlalu kuat dan sentimen anti-Samy Vellu ini bagus”.
Mugilan berkata beliau akan mengumumkan satu pelan pada pelancaran itu untuk mendesak Samy Vellu berundur lebih awal.
Turut hadir pada sidang akhbar itu ialah bekas anggota jawatankuasa kerja pusat K.P.Samy dan G.Kumar Aamaan yang juga dipecat Samy Vellu pada Isnin lepas.
Ditanya jika perhimpunan itu gagal mendesak Samy Vellu membut demikian, Mugilan berkata: “Kami akan memberitahu media bahawa Samy Vellu adalah pemimpin terbaik. Kami akan duduk diam dan menyerah.”
Mugilan juga menunjukkan resit penempahan Dewan Merdeka dengan bayaran awal RM5,000 bertarikh 24 Mei.
“Resit penempahan dewan itu atas nama saya, kita telah membuat bayaran awal RM5,000 pada 24 Mei. Saya telah berjumpa dengan orang PWTC pada hari Isnin dan telah menempah sebagai orang biasa,” katanya sambil menafikan tuduhan Mohan.
Katanya, resit tersebut telah diserahkan di Balai Polis Dang Wangi bagi memohon permit dari polis untuk mengadakan perhimpunan ituyang belum diterima lagi. — Bernama

"Dei Muhyiddin! Saya pun boleh kata awak biadab

Ketua Pemuda MIC, T Mohan kata, dia pun boleh kata Timbalan Perdana Menteri tu biadab jugak. Itu yang tersurat. Yang tak tersuratnya, bila dia kata gitu, dia boleh dianggap dah kata Muhyiddin pun biadab juga. Mohan juga memberitahu, orang-orang MIC dah angin satu badan kat Muhyiddin.

S Vell Paari, anak Presiden MIC Datuk Seri S Samy Vellu pula tak teringin langsung nampaknya nak minta maaf kepada Umno kerana menuduh parti penghasut perkauman itu mahu membunuh kerjaya politik orang tuanya. Dia siap debik Umno lagi dan lagi:
Meanwhile, Vell Paari also refused to apologise for his statements regarding the issues afflicting the Indian community.

"Umno claims it is not involved in the campaign against my father. I am ready to apologise if I had wrongly accused them. But I would not back down on the other issues.

"You call me rude, fine. But Umno remained silent for two years on reports claiming that Umno wants my father to step down. You allowed others to use your name to undermine MIC," he told FMT.

"If they say I am rude, then imagine how the non-Malays must have felt when Perkasa chairman Ibrahim Ali unsheathed a keris on stage and said all those things," he added (baca selanjutnya dalam berita FMT semalam "MIC Youth chief: We can call them 'biadap' too").
Mudah-mudahan Allah s.w.t. mentaqdirkan pergaduhan mereka tak menemui titik penghujung. Gaduh! Gaduh!
PB.

Flash Back: Luahan nenek kepada Gadis yang dirogol Bekas Ketua Menteri Melaka

Oleh: LeeSlimShady

"Kenyataan Sabri bin Mohamed Yasin Bagi Pihak Ibunya Pendek binti Ahmad, Nenek Kepada Noryati Binti Mohamad Yusop, Mangsa Rogol Yang Terlibat Dengan Bekas Ketua Menteri Melaka Tan Sri Abdul Rahim Tamby Chik Di Hotel Belmount, Melaka Pada 3hb November 1999 .

Saya tidak faham mengapa cucu saya hanya menyatakan sekarang tidak mempunyai hubungan sulit dengan Tan Sri Rahim bila dia telah mengakui selama 5 tahun kebelakangan ini sejak 1994 bahawa dia mempunyai hubungan sulit dengan Tan Sri Rahim, termasuk membuat keterangan bersumpah di mahkamah di depan tuan hakim

Cucu saya, , telah membuat satu kenyataan pada 2hb November 1999 menafikan keterangan Datuk Seri Anwar Ibrahim di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 29hb Oktober 1999 bahawa dia mempunyai hubungan sulit dengan bekas Ketua Menteri Melaka Tan Sri Abdul Rahim Tamby Chik pada tahun 1994.

Saya amat terkejut dengan kenyataan cucu saya ini kerana sepanjang 5 tahun ini, cucu saya telah mengakui mempunyai hubungan sulit dengan Tan Sri Rahim semasa cucu saya masih berumur 15 tahun. Cucu saya juga memberitahu ahli keluarga dan saya bahawa Tan Sri Rahim merupakan orang lelaki pertama yang melakukan hubungan sulit dengannya.

Oleh kerana cucu terlibat dengan Tan Sri Rahim, dia ditahan oleh pihak polis pada akhir bulan Ogos 1994 sehingga saya sebagai nenek yang membesarkannya tidak dapat berjumpa dengannya. Saya hairan mengapa pihak polis dan kerajaan BN boleh membenarkan seorang mangsa rogol ditahan sedangkan mereka yang merogolnya bebas tanpa dipenjarakan. Ini boleh dilihat selepas 14 lelaki, kecuali Tan Sri Rahim, mengakui merogol gadis bawah umur di mahkamah tetapi tidak dipenjarakan sebaliknya dibebaskan. Akibat peristiwa hitam itu, cucu saya telah melahirkan seorang anak perempuan pada 1995.



Oleh kerana tidak dapat menjumpai cucu saya, saya telah meminta bantuan daripada Ahli Parlimen Kawasan Kota Melaka YB Lim Guan Eng yang berjaya memaksa pihak polis membenarkan saya melawat cucu saya. Saya amat kesal dan sedih bahawa YB Lim dalam usaha membantu mendapat keadilan untuk cucu saya telahpun dipenjarakan di Penjara Kajang pada 25hb Ogos 1998 dan kehilangan statusnya sebagai Ahli Parlimen.

Dalam kes mahkamah Lim Guan Eng yang mulai pada 20hb Jun 1995, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Mok Siew Hoong menyatakan bahawa cucu saya telah mengakui mempunyai hubungan sulit dengan Tan Sri Rahim. Pada 27hb Februari 1997, cucu saya pula memberikan keterangan sebagai seorang saksi kepada hakim Mahkamah Tinggi dalam kes YB Lim Guan Eng bahawa Tan Sri Rahim mempunyai hubungan sulit dengannya.

Selepas itu cucu saya, semasa berjumpa dengan saya, masih mengakui bahawa Tan Sri Rahim ada hubungan sulit dengannya. Malah, cucu saya telah membuat satu ucapan di depan kami di Hotel Federal, Kuala Lumpur pada 27hb Januari 1999 menyokong YB Lim Guan Eng yang dipenjarakan seperti berikut:-

"Saya merasa sungguh kesal atas apa yang telah berlaku di masa lampau, dan merasa sungguh sedih sekali kerana YB Lim Guan Eng kini telah dipenjarakan. Apa yang beliau cuba lakukan hanyalah untuk membantu saya. Tetapi beliau sendiri pula menjadi mangsa. Semua ini sungguh tidak adil. Saya berdoa semoga keadilan akan dikembalikan kepada YB. Malam ini, saya telah membawa dua surat rayuan, satu kepada Yang Di Pertuan Agong dan satu lagi kepada Yang Di Pertua Negeri Melaka, meminta supaya YB Lim Guan Eng diampunkan dan dibebaskan segera supaya meneruskan tanggungjawab sebagai seorang Ahli Parlimen sejati Malaysia. Saya meminta supaya YB Lim Kit Siang selaku Ketua Pembangkang Parlimen boleh membantu sampaikan surat-surat rayuan saya ini kepada kedua-dua pihak itu."

Saya tidak faham mengapa cucu saya hanya menyatakan sekarang tidak mempunyai hubungan sulit dengan Tan Sri Rahim bila dia telah mengakui selama 5 tahun kebelakangan ini sejak 1994 bahawa dia mempunyai hubungan sulit dengan Tan Sri Rahim, termasuk membuat keterangan bersumpah di mahkamah di depan tuan hakim.

Saya berasa hampa, malu dan marah atas kejadian rogol yang menimpa cucu saya. Tetapi saya berasa lebih hampa, malu dan marah bila cucu saya boleh membelakangkan kebenaran dan keadilan dengan melupai jasa baik YB Lim sehingga bersedia bohong dengan menafikan dia mempunyai hubungan sulit dengan Tan Sri Rahim. Nyata sekali, ini adalah satu lagi konspirasi kerajaan BN menutup kebenaran demi kepentingan politik.

Saya masih mengingati cucu saya begitu tersiksa semasa ditahan di Pusat Pemulihan Rembau sehingga cuba melarikan diri banyak kali. Dia memberikan keterangan di mahkamah bahawa dia berjaya melarikan diri daripada tahanan sekali sebelum ditangkap balik. Jelas, kasih sayang keluarga kami kepadanya tidak dibalas.

Apa yang dilakukan oleh cucu saya adalah tidak adil kepada YB Lim Guan Eng yang telah kehilangan begitu banyak, termasuk dipenjarakan kerana cuba mempertahankan hak cucu saya ini. Saya tidak boleh lupa betapa susah anak-anak dan isterinya yang sering menangis merindui bapa mereka semasa dipenjara. Oleh itu, saya ingin meminta maaf kepada YB Lim atas apa yang cucu saya telah lakukan.

Saya juga berhasrat memberikan jaminan kepada YB Lim bahawa keluarga kami sentiasa mengenang pengorbanan beliau dan mengingati kesediaan beliau menanggung segala penderitaan dan kerugian kewangan demi membantu sebuah keluarga Melayu miskin yang dianiayai oleh kezaliman kerajaan BN. Kami tidak akan lupai YB Lim adalah satu-satunya orang yang bersedia menegakkan keadilan untuk kami bila tidak ada seorang pun yang berani tolong sama kami.

Semoga Allah S.A.W. boleh memaafkan cucu saya.

Pendek binti Ahmad
Sabri bin Mohamad Yasin
Alamat: Batu 13, Kampung Sungai Petai, 78000 Alor Gajah, Melaka .



LSS : Persoalannya di mana kah Haram jadah nie? dengar cerita dia dah jadi pengerusi Badan Bertindak Perpaduan Melayu! halamak ! ini sudah bahaya ! kalau PR berjaya tawan PutraJaya pada PRU ke-13 esok tak tahu lah berapa ratus keping penerajang la hinggap ke muka mangkuk ayun ni yek!!!

Vincent Tan Pelekeh Demo Bantahan Judi



Tan Sri Vincent Tan yang diberikan oleh pimpinan Umno lesen judi sukan memperlekehkan Demo bantahan rakyat terhadap tindakan kerajaan BN untuk meluluskan lesen judi piala dunia 2010.

Bercakap kepada pemberita di London ,pemilik rangkaian kedai spot toto itu dengan angkuh dan sombong membidas pihak yang melarang kerajaan BN untuk meluluskan lesen judi sukan tersebut sebagai "amat berpemikiran cetek" dan tidak "berfikir secara munasabah"

Vincent Tan menyatakan bahawa lesen perjudian tersebut perlu diluluskan kerana ia memberikan sumber kewangan kepada negara dan mengekang perjudian haram.

Juragan: nada dan rentak serta lenggok ayat taukeh judi ni...sama seperti
cakap Awang Adek
yang mengatakan lesen judi ini dapat mengekang perjudian
haram jadah dan
sebagai satu sumber kepada negara....patutlah gejala sosial
semakin bertambah dan tidak terkawal gara-gara semakin ramai rakyat
yang gelap dan tertutup hati mereka dengan memakan wang haram
yg disogok oleh kerajaan BN selama ini.

Bukti Umno terlibat jatuhkan Samy Vellu

Krisis dalam BN semakin kronik dan sudah tidak dapat diselamatkan lagi apabila mereka saling bercakaran sesama sendiri.

Semalam anak Samy Vellu S. Vell Paari yang kini menjadi ahli Jawatankuasa Kerja MIC (CWC) menuduh Umno melakukan ‘pembunuhan politik’ (political assassin).

Ini rentetan daripada pilihan raya kecil Hulu Selangor apabila calon tulen MIC Dato G Palanivel tersingkir gara-gara calon proksi Umno, P.Kalamanathan terpilih menjadi calon.

Kenyataan anak samy Vellu itu menyebabkan 'pejuang-pejuang' Umno melenting dengan menuduh S.Vell Pari sebagai kurang ajar dan biadab. Mereka termasuk Tan sri Muhyiddin Yassin mendesak agar Samy Vellu meminta anak kesayangannya itu mengunci mulut.

Persengketaan dalaman MIC makin 'meriah' apabila Samy Vellu melancarkan Ops Pecat mereka yang tidak sehaluan dengannya. Terbaru bekas timbalan Ketua Pemuda MIC M. Mugilan dan dua angoota CWC MIC.

Mugilan yang dipecat menubuhkan Gerakan Anti Samy (GAS). Umno menafikan mereka terlibat menaja GAS, Mugilan pun turut menafikannya.

Tetapi hari ini tak pasal-pasal tembelang Umno bersekongkol dengan GAS pecah. Menurut Mugilan satu perhimpunan besar-besaran akan diadakan Ahad ini yang dijangka melibatkan kehadiran lebih 10 ribu penyokongnya. Di mana? Di Dewan Merdeka Pusat Dagangan Dunia Putera. Dewan dan bangunan tersebut milik siapa? PAS, PKR atau DAP?

Mana mungkin Umno tak terlibat dalam GAS kalau tidak macam mana GAS boleh guna PWTC? Sepatutnya Umno tak boleh luluskan dewan tersebut sebagai menghormati Samy Vellu dan MIC. Tetapi dewan tersebut diluluskan juga kepada seorang yang kini dilabel sebagai pengkhianat dalam MIC. Saya tak fikir pemimpin atasan Umno tidak menyedari perkara ini.

Semua ini menjadi petunjuk bahawa BN yang diterajui oleh UMNO makin hancur apabila bertelagah sesama sendiri. Mungkin inilah istilah paling tepat perpaduan dan kerjasama erat dalam BN yang dikatakan oleh pemimpin mereka selama ini!