Oleh ramziredang
"Mufti Har
ussani kata judi itu haram di dalam Islam. Itulah ulasannya bila ditanya tentang kelulusan judi bolasepak. Kalau setakat berkata judi haram di dalam Islam, budak budak tadikapun tahu judi itu haram. Apek tanam sayur kat Cameron Highlandpun tahu. India yang beragama hindupun tahu Islam melarang judi. Jadi apa bezanya mufti dengan mereka?
"Mufti Har
ussani kata judi itu haram di dalam Islam. Itulah ulasannya bila ditanya tentang kelulusan judi bolasepak. Kalau setakat berkata judi haram di dalam Islam, budak budak tadikapun tahu judi itu haram. Apek tanam sayur kat Cameron Highlandpun tahu. India yang beragama hindupun tahu Islam melarang judi. Jadi apa bezanya mufti dengan mereka? Sedangkan mufti ini jugalah yang cuba menyeru dan berceramah tentang taat kepada ulil amri. Malah ada setengahnya menghukumkan haram jika tidak taat ulil amri, seperti yang diucapkan oleh Dr Uthman El Muhammady.
Kalau kita hendak menunggu mereka menghukumkan halal sesuatu yang haram tentulah agak sukar. Tetapi mereka akan sentiasa memutarbelit kata kata. Itulah gambarannya ulama dunia. Mereka menilai kehidupan dunia lebih bernilai dari ketaatan kepada hukum Allah. Sedangkan tugas mereka adalah membentuk sebuah negara menjadi negara yang direstui oleh Allah s.w.t. Mereka lupa pesan Rasullullah s.a.w supaya menegakkan hukum sehingga sanggup menggadaikan nyawa sendiri. Seperti sabda junjungan kita Rasullullah s.a.w dalam hadis yang diriwayatkan oleh al hakim:
Penghulu syuhada adalah Hamzah bin Abdul Muthallib dan lelaki yang berkata dihadapan seorang penguasa yang zalim, lalu dia memerintahkannya (pada kemakrufan) dan melarangnya (terhadap kemungkaran), kemudian penguasa itu membunuhnya.
Jadi bolehkah kita merumuskan ada seorang mufti di negara kita yang ingin menjadi penghulu syuhada? Yang sanggup menggadai nyawa menegakkan hukum di depan penguasa yang zalim?
Rasulullah pernah ditanya oleh seorang sahabat, "apakah amal perbuatan yang paling utama?" Baginda menjawab, "Teman yang menolong kamu apabila kamu susah dan mengingatkan kamu jika kamu melakukan kesalahan." Sahabat berkenaan bertanya lagi, "manusia yang bagaimana yang paling buruk?" baginda menjawab, "ulama yang selalu membuat kerosakan."(Hadis Riwayat Jamaah).
Allah s.w.t mencemuh dan murka kepada mereka yang memiliki ilmu(alim ulama) tetapi percakapan dan tindakan mereka tidak seiring dengan pengetahuannya. Allah berfirman (al Shaff ayat 2-3)yang bermaksud:
"Wahai orang orang yang beriman, mengapa kamu mengucapkan hal hal yang tidak(akan) kamu kerjakan? Sangat besar kebencian di sisi Allah apabila kamu mengucapkan hal hal yang tidak kamu lakukan"
Dalam Hadis yang diriwayatkan oleh Dailami, Rasullulah s.a.w bersabda";
Seorang ulama yang menggunakan ilmunya untuk mencari keredhaan Allah, maka segala sesuatu akan tunduk dan kagum kepadanya. Tetapi jika dia menggunakan ilmunya hanya untuk mendapatkan harta dunia, maka hilanglah sesuatu daripadanya."
Seorang ulama yang menggunakan ilmunya untuk mencari keredhaan Allah, maka segala sesuatu akan tunduk dan kagum kepadanya. Tetapi jika dia menggunakan ilmunya hanya untuk mendapatkan harta dunia, maka hilanglah sesuatu daripadanya."
Kecaman tegas di dalam al-Quran terhadap golongan ulamak dunia dapat difahami dalam Surah Al-A’raf ayat 175 dan 176, di mana firman Allah s.w.t yang bermaksud: “Allah telah mengumpamakan orang-orang yang mendustakan ayat-ayat yang diturunkan kepada rasul-Nya,dan berkata, “Wahai Nabi, bacakanlah kepada kaummu kisah tentang seorang lelaki daripada Bani Israil yang mengetahui ayat-ayat yang Kami turunkan kepada rasul-rasul, tetapi kemudian ia tidak mempedulikannya. Syaitan pun lalu mengikuti jalannya hingga mampu menggodanya. Maka ia pun termasuk kelompok orang-orang yang sesat. Jika kami menghendaki untuk mengangkat darjatnya ke golongan orang baik, nescaya Kami lakukan dengan memberinya petunjuk untuk mengamalkan ayat-ayat yang Kami turunkan. Akan tetapi dia lebih memilih tersungkur di bumi dan tidak mengangkat derajatnya ke langit. Dia selalu mengikut hawa nafsunya yang rendah. Keadaannya yang selalu berada dalam gundah gulana dan sibuk mengejar hawa nafsu duniawi seperti anjing yang selalu menjulurkan lidah, baik ketika dihalau mahupun tidak, selalu tergila-gila dengan kesenangan dan hawa nafsu duniawi. Sesungguhnya ini merupakan perumpamaan orang-orang yang mendustakan ayat-ayat yang kami turunkan. Maka, ceritakanlah, wahai Nabi, kisah ini kepada kaummu, agar mereka berfikir dan beriman.”
Mufti Harussani atau mufti yang mana sekalipun tidak pernah mengajak umat Islam menyokong judi. Dia memang mengharamkan judi bila masa ditanya tentang hukum judi tetapi pada masa yang lain dia menyeru kita menyokong dan taat terhadap pemerintah yang menghalalkan judi. Maka ini semua memberi maksud yang sama iaitu menyokong dan bersekongkol dengan pemerintah yang menghalalkan judi. Ulamak yang menyeru taat ulil amri, yang berganding bahu dengan umarak yang menghalalkan judi. Hari Isnin mereka menyebut tentang haramnya judi tetapi hari selasa mereka menyebut tentang perlunya taat kepada ulil amri.
Ringkasnya mereka juga menghalalkan judi.















Mereka membuat gesaan tersebut dalam satu kenyataan bersama selepas mesyuarat wakil mereka malam tadi.







Sementara itu, anda juga dijemput untuk menghadiri "Malam Tak Nak Potong 528" pada 8 malam di KLSCAH. Pelbagai acara persembahan yang berkaitan tentang siaran bahan-bahan yang telah ditapis akan diadakan.
Semperna menyambut ulang tahun ke-9 bagi 528 - iaitu tarikh di mana NanYang Holdings telah diambilalih oleh MCA, pihak penganjur ingin menjemput secara terbuka, Presiden NUJ Norila, Group Managing Director bagi kumpulan media Sinchew Liew Chen Chuan, dan semua wartawan, pengarang serta rakyat Lembah Klang, untuk mengambil bahagian dalam dalam program tersebut.
Pendedahan Chou tentang self-censorship di RTM mencerminkan kelakuan pengurusan media yang mengabaikan sama sekali kepentingan hak rakyat untuk menyampaikan suara mereka, dan hak pembaca untuk mengetahui apa yang sebenarnya berlaku di masyarakat dan Negara kita. Perlu ditekankan di sini bahawa, dalam kedua-dua kes di ntv7 dan RTM tersebut, pilihanraya kecil telah didakwa sebagai unsur-unsur yang menyebabkan perbincangan dan pendedahan terhadap isu semasa telah diharamkan dan dibatalkan.
Mugilan mengumumkan bahawa majlis pelancaran GAS akan diadakan pada 30 Mei, Ahad ini di PWTC, dalam satu sidang media yang dipanggil pada hari ini.
Mugilan (gambar kiri) enggan mendedahkan maklumat selanjutnya, cuma berkata ahli yang "memeranjatkan" akan muncul di majlis pelancaran GAS. Mugilan berkata, meskipun Samy Vellu sering berjanji, tetapi kerap berakhir dengan mungkir janji.
Pergelutan kuasa MIC semakin bergelora, malah membabitkan UMNO. Vel Paari semalam menuduh GAS yang gerakan Mugilan didalangi UMNO. Timbalan Presiden UMNO Muhyiddin Yassin sebaliknya menyifatkan tindakan Vel Paari sebagai "biadap".


