Ahad, 23 Mei 2010

SUPP taken to task over land rate

KUCHING -  With the decrease of land lease renewal, Sentosa State Assemblyman Chong Chieng Jen (picture) wants the government to reduce the rate of those who had paid the full amount before the announcement of the change in the rate.

In a press conference Saturday afternoon, Chong said a number of land owners had approached him for assistance to reimburse the original rate they had paid up.

chong_jenChong reasoned that in the Sibu by-election, all Sarawakians enjoyed a lower land renewal rate due to the people’s pressure on the government. He said in the next State election, the people should come together and ensure that they get an automatic land renewal with their title of 99 years.

During the Sibu by-election, the Sarawak chief minister announced a decrease of renewal premium for shop houses, land and residential houses.

Taking the SUPP to task, Chong said before the announcement, SUPP had said many times in the media telling the people to pay up the land premium as it is cheap and affordable. He said it is disgusting that SUPP instead of helping the people had wanted the people to pay more to gain favour of the State government.

He also questioned SUPP Central Youth on wanting to compare Sarawak land lease with that of Penang. Chong said the youth chief should do some homework and find out that the Penang government had proposed that all low cost houses be convert to perpetual title free of charge but it was turned down by the Federal government.

Chong said the people in different states have different wants and needs and instead of looking to Penang, he asked the Youth chief to look at what the people of Sarawak wanted.

He pointed out that in Penang, there is no CM who alienated huge parcel of land to his children, his siblings and cronies. Despite all these happenings, SUPP still keeps quiet about it, he added.

On another issue, Chong asked Second Finance Minster, Wong Soon Koh, to answer to the people on two supplementary supply Bill tabled last week.

One of them was to ask for an addition of RM50,000 to buy 150 tie set to add up to the original RM29,110 which was approved.

“What sort of tie set cost RM530 per set? Explain to the people,” Chong said.

He said another amount of RM1 million was spent on the consultation fee of SCORE. Chong said the people need to know who is the consultant undertaking the job. And also what were the recommendations given.

He said Soon Koh can explain that to the people.

Ridhuan Tee Bidas Lesen Judi, Gesa BN Pertimbang Semula

Suara bantahan kepada isu kelulusan lesen judi bolasepak semakin kuat.
Setiausaha Agung Dewan Perdagangan Islam Malaysia Dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah menggesa kerajaan Barisan Nasional supaya mempertimbangkan semula rancangan meluluskan lesen judi kerana ia mengundang mudarat kepada masyarakat Islam.
Beliau berkata pandangan Islam berhubung soal judi sudah jelas lagi nyata lantas soal menghalalkan skim judi Piala Dunia 2010 seharusnya tidak berbangkit sama-sekali.
"Saya ingin menyarankan kepada pihak berkuasa supaya membuat kajian terlebih dahulu sebelum melaksanakan sesuatu dasar. Ya, dari satu segi kerajaan mahu mengelakkan judi haram, namun kita perlu timbangkan mudarat yang lebih besar," tegas beliau.
Dr Ridhuan berkata statistik dan liputan media menunjukkan masalah umat Islam yang terlibat dalam gejala sosial amat menakutkan. Pertambahan pusat judi halal akan hanya menjadikan situasi masyarakat Islam semakin parah.
"Walaupun kita katakan ia untuk orang bukan Islam, tetapi tidakkah kita membuat kajian bahawa betapa ramai umat Islam yang membeli nombor ekor hari ini walaupun tertulis dengan jelas, umat Islam dilarang masuk di premis tersebut, begitu juga perjudian mereka ke Genting Highland."

Pas Gesa Kerajaan Pusat Kaji Semula Dasar Judi Kebangsaan

Presiden Pas Abdul Hadi Awang menggesa Kerajaan Pusat untuk mengkaji semula dasar judi kebangsaan. 
Bercakap kepada pemberita di pelancaran Dewan Himpunan Penyokong Pas di Klang hari ini, Abdul Hadi berkata Pakatan Rakyat bersama dalam pendirian semua pimpinan agama bahawa judi mengundang mudarat.
Namun pembanterasan gejala judi menghadapi kesulitan kerana soal pemberian dan kelulusan lesen judi adalah kuasa mutlak Kerajaan Pusat.
"Kita memang telah lama mengadakan perbincangan dengan semua agama yang menyatakan judi salah di sisi agama dan ia dah lama kita haramkan," katanya.
Presiden Pas ini berkata demikian mengulas cabaran Pertubuhan Pribumi Perkasas Malaysia agar Dewan Pemuda Pas mendesak Pakatan Rakyat menghapuskan lesen judi di negeri yang ditadbir gagasan itu.
Soal pemberian dan kelulusan lesen judi adalah di bawah bidang kuasa Kementerian Kewangan.

Sarawak for Change: The Sibu Declaration

Adopted by DAP Sarawak State Committee
On 23rd May 2010
In Sibu, Sarawak
The Sibu Miracle on 16th May 2010 is the beginning of the awakening of Sarawak. From now on, no one will take us – the people of Sarawak – for granted. One small step in winning Sibu is one big step to winning power in Petrajaya, and a giant step forward to winning power in Putrajaya.
Sarawak is rich. It has the largest land mass in Malaysia and an abundance of resources such as timber, land, palm oil, gold, oil and gas.
But the people of Sarawak are among the poorest in Malaysia because of low pay, poor employment opportunities and a business environment which is monopolised by a selected few.
It is the only state in Malaysia where one family – that of the Chief Minister’s – practically has complete power over the state’s entire economic and political activities.
It’s time that we say ENOUGH IS ENOUGH. Let’s chart a new future for Sarawak and Malaysia.
GOOD GOVERNANCE = NO MORE TAIB
Chief Minister Pehin Sri Abdul Taib bin Mahmud will be in office for three decades by next year. It’s time that we take the mandate back from Taib and herald a new era of reform and rejuvenation for Sarawak.
DAP and Pakatan Rakyat stand for good governance. Taib Mahmud’s BN has a track record of bad governance. Taib’s family through Cahaya Mata Sarawak (CMS) and other crony companies control the most lucrative contracts and businesses, impoverishing the rakyat while making life difficult for small businesses.
EQUAL PARTNERSHIP – DAP and Pakatan Rakyat believe in equal partnership in political coalition and in federal-state relations. The sole purpose of the existence of Sarawak BN is to prop up Taib’s empire whereas Pakatan Rakyat practices equal political partnership for the betterment of the rakyat. Nationally, resource-rich Sarawak has been given a raw deal.
CAT GOVERNANCE – DAP believes in Competency, Accountability and Transparency (CAT) governance. We listen and engage with all citizens, not just those with the money. Less corruption means more for everyone. Sarawak is rich. By having open tender to all government procurements, timber extraction licenses and alienation of state lands for commercial and plantation purposes, all Sarawakians will be richer.
SENIOR CITIZENS’ BONUS - When DAP and Pakatan Rakyat become the Government of Sarawak, all Sarawakians above 60 years of age will receive a minimum of RM400 per annum in appreciation of their contribution to the state.
HARDCORE POVERTY – An annual RM 80 million allocation from the State budget will be set up to eradicate hardcore poverty in Sarawak.
EDUCATION - When DAP and Pakatan Rakyat become the government in Sarawak, all schools regardless of background will be given allocations according to needs as practised in Penang, Selangor and Kelantan so that our children can have a bright future.
OIL ROYALTY – Pakatan Rakyat National Common Policy Platform commits to provide Sarawak 20% in oilroyalties from Petronas, instead of the current 5%, if Pakatan Rakyat wins federal power.
LAND REFORM - When DAP and Pakatan Rakyat become government in Sarawak, all NCR land will be surveyed and titles (communal and individual) issued while all expiring leases will be unconditionally renewed. With lands accessible to the people and not cronies, we believe that the great economic potential of Sarawak will be unleashed.
INVESTING IN THE FUTURE – The flood problems in Sarawak needs serious attention while long term investment in human capital and infrastructure is needed to make Sarawak a great economy. WIFI will be provided free to move Sarawak into a knowledge state.
BN will not and cannot change. For BN to change spells destruction for its leaders. But without change spells certain doom for all Sarawakians. The choice is clear. Sarawak for Change. 

Umno-BN Membisu Apabila Berdepan Isu Moral

Oleh Sidiqin Omar
BUKIT KATIL 23 Mei - Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan  usul dan kaedah dakwah semasa perlulah dilakukan dengan cara yang berhemah bagi memudahkan masyarakat untuk memahami dan menerima syariat Islam.
Anwar dalam tazkirah di Markaz PAS Kampung Paya Dalam, Ayer Molek malam tadi menekankan kepentingan proses tarbiah sebagai benteng kekuatan rohani dan akidah bagi menghadapi cabaran.
Beliau tidak menolak kemungkinan berlakunya pengkhianatan dan pembelotan dalam perjuangan, namun dengan kekuatan akidah segala umpan dan habuan lumayan akan berjaya diatasi.
"Antara contoh terbesar kejayaan dakwah Islamiyah ialah pengIslaman Pulau Jawa oleh Wali Songo. Mereka gunakan kaedah budaya dan sentimen tempatan untuk menyampaikan ajaran Islam. Jadi dalam konteks masyarakat Melayu di Malaysia, kita perlu sesuaikan maksud yang ingin disampaikan dengan keperluan," kata Anwar.
Dalam siri lawatan kerja satu hari ke Melaka beliau turut diundang ke program Ceramah Perdana di Markaz PAS Kawasan Masjid Tanah.
Turut hadir termasuk Pesuruhjaya PAS Melaka, Abdul Ghani Abdul Rahman, Pengerusi Majlis Pimpinan KEADILAN Negeri Melaka, Shamsul Iskandar Mohd Akin dan bekas Exco Pemuda Umno Malaysia, Tamrin Ghafar.
Dalam pidato umumnya malam tadi, Anwar mengingatkan kepada hadirin bahawa sikap curiga melampau orang Melayu perlu dikikis terutamanya terhadap pentadbiran di negeri Pakatan Rakyat.
Beliau mendedahkan perbezaan ketara polisi pentadbiran Pakatan Rakyat di Pulau Pinang berbanding Umno-BN sebelum ini.
Antaranya mengenai peruntukan kepada Sekolah Agama Rakyat (SAR) yang diberikan untuk membina makmal sains yang sebelum ini dihalang oleh bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir.
"Zaman BN perintah, hanya RM12 juta diperuntukkan untuk Majlis Agama Islam. Tapi bila Lim Guan Eng jadi Ketua Menteri, ia ditambah kepada RM24 juta. Adakah ini dikatakan anti Islam? Saya yakin orang Melaka tentu tahu menilainya," kata Anwar.
Beliau menyelar sikap pimpinan Umno-BN yang melakukan serangan peribadi terhadap pemimpin Pakatan Rakyat, sedangkan dalam masa yang sama bersikap hipokrit dengan mengelak memberikan jawapan apabila berhadapan dengan bukti yang dikemukakan oleh beliau.
"Mereka kononnya mengakui sebagai pembela Melayu-Islam, tetapi bila lesen judi diluluskan, tak ada siapa yang bangun membantah. Mereka tohmah pemimpin Pakatan Rakyat rendah moral, tapi membisu bila pemimpin mereka beli syarikat arak," katanya lagi.
Anwar menjelaskan bahawa sikap dan pendiriannya terhadap perkara berkaitan hak keistimewaan orang Melayu, bahasa Melayu dan agama Islam adalah konsisten. Pemimpin Pakatan Rakyat turut berikrar untuk memperkukuhkan institusi tersebut seperti yang termaktub di dalam Perlembagaan Malaysia.
"Kita tidak kompromi tentang hal itu. Walaupun dalam Pakatan Rakyat terdiri dari pelbagai bangsa dan kepercayaan, ia tidak melunturkan identiti kita sebagai orang Melayu dan orang Islam," jelas beliau lagi.

Umno: Jangan sampai kemelut MIC jejaskan komponen BN...kata No Problem..he..he..!!

TEMERLOH, 23 Mei — Kemelut kepimpinan yang melanda parti MIC pada masa ini akan memberi tempias kepada parti-parti komponen Barisan Nasional (BN) yang lain, kata Naib Presiden Umno Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.
Beliau yang juga Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah berkata sebarang isu yang menghantui MIC hendaklah diselesaikan segera bagi mengelakkan masalah dalam parti itu akan memberi kesan buruk kepada BN.
Bercakap kepada pemberita selepas merasmikan mesyuarat berkelompok cawangan-cawangan Umno dalam Bahagian Temerloh di Mentakab hari ini, katanya walaupun Umno tidak berniat untuk campur tangan dalam kemelut yang melanda parti itu tetapi apa yang berlaku dalam parti tersebut sekarang boleh menjejaskan kestabilan BN.
Bagaimanapun beliau menyerahkan kepada kebijaksanaan kepimpinan MIC untuk menyelesaikan masalah parti berkenaan.
Khamis lalu, Timbalan Ketua Pemuda MIC, V. Mugilan mendesak supaya Presidennya, Datuk Seri S. Samy Vellu berundur lebih awal, bukan lapan atau sembilan bulan dari tarikh penggalnya tamat pada Mei 2012.
Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal yang juga Naib Presiden Umno bersalam dengan ahli-ahli Umno selepas merasmikan Majlis Mesyuarat Berkelompok Cawangan-Cawangan Umno dalam Bahagian Temerloh — Gambar Bernama
Berikutan tindakannya itu, Mugilan dipecat daripada MIC. Mohd Shafie berkata penyelesaian kemelut dalaman MIC itu sekali gus dapat memulihkan semula keyakinan rakyat kepada BN. “Kita sedang melakukan tranformasi dalam BN dan pemulihan krisis yang berlaku dalam MIC akan mempercepatkan lagi proses transformasi yang sedang kita lakukan ini,” kata beliau dipetik Bernama.
Semalam Mugilan mengumumkan penubuhan Gerakan Anti Samy Vellu (GAS) yang akan beroperasi bagi mendesak Samy Vellu melepaskan jawatan Presiden parti. Mugilan, yang juga Ketua Pemuda MIC Bahagian Hulu Selangor berkata GAS akan mengadakan perhimpunan pertamanya pada Ahad depan dan menyasarkan penyertaan kira-kira 7,000 penyokong.
Malah, semalam Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri menggesa MIC menyelesaikan masalah dalamannya secepat mungkin agar ia tidak melemahkan jentera BN.
Gesaan ini dibuat ketika BN sedang berusaha untuk pulih daripada prestasi buruk dalam pilihan raya umum 2008.

Pinda perlembagaan negeri, lantik bukan Islam ke dalam Dun

KLANG, 23 Mei: PAS sedang mempertimbangkan untuk meminda perlembagaan di negeri-negeri di bawah pemerintahan parti itu mengenai penyertaan bukan Islam ke dalam Dewan Undangan Negeri (Dun) seperti yang pernah dicadangkan di Terengganu pada 1999.



Namun, Presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, ianya bergantung kepada kedudukan kerusi PAS di Dun masing-masing dan proses yang perlu dilalui setiap negeri.

"Ya, dalam pertimbangan. Tetapi itu bergantung kepada kedudukan kerusi kita (PAS) di Dewan Undangan Negeri dan bergantung kepada proses yang berbeza dengan negeri lain.
"Pindaan perlembagaan negeri perlu melaului penasihat undang-undang, mendapatkan tandatangan Sultan. Banyak proses yang perlu dilalui. Di Terengganu kita dapat melalui proses ini," katanya pada sidang media selepas merasmikan pelancaran Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP), di sini, hari ini.
Menurut timbalannya, Nasharuddin Mat Isa pula, meskipun di Kelantan belum membuat pindaan itu namun negeri itu sudah melantik penghulu di kalangan orang bukan Islam.
"Di Kelantan kita telah melantik penghulu di kalangan bukan Islam," katanya.
Abdul Hadi dalam ucapan perasmiannya sebelum itu ada memberitahu bahawa sewaktu PAS memerintah Terengganu pada 1999 sehingga 2004, perlembagaan negeri telah dipinda bagi membolehkan orang bukan Islam dilantik sebagai ahli Dun meskipun tidak bertanding dalam pilihan raya.
Pindaan itu ujarnya, sehingga sekarang tidak dibantah oleh Umno/Barisan Nasional di negeri itu.
Pada sidang media sama, beliau turut memaklumkan keputusan parti melantik pimpinan tertinggi DHPP dan menyerahkan kepada pimpinan tertingginya untuk mengadakan mesyuarat pertama bagi melantik ahli jawatankuasa yang lain.
Dewan itu seperti juga dewan-dewan yang lain, akan mempunyai setiausaha agung, ketua penerangan,bendahari, pengarah pilihan raya dan 12 ahli jawatankuasa yang lain.
"Saya mengisytiharkan bahawa kami telah membuat keputusan untuk melantik ketua DHPP iaitu Hu pang Chaw, timbalannya N. Balasubramaniam," katanya.
Ditanya samaada PAS akan meletakkan calon bukan Islam pada pilihan raya umum akan datang, beliau berkata ia bergantung kepada keperluan.
"Calon bukan Islam dilihat pada keperluan. Setakat ini kita belum tentukan kouta. Apa yang penting kita tidak mahu berlaku pertembungan dengan rakan-rakan parti dalam Pakatan.
"Kita mahu bertanding dua penjuru sahaja dengan Barisan Nasional," katanya.
Turut bersama pada sidang media itu Naib Presiden, Salahudin Ayub, pengerusi lajnah perpaduan nasional, Dr. Mujahid yusuf Rawa, timbalannya, Dr halimah Ali, ahli jawatankuasa PAS Pusat, Dr. Mariah Mahmod, dan beberpa pimpinan lain.
DHPP kini sudah mempunyai 20, 000 ahli di seluruh negara.

2 anggota CWC MIC hadapi tindakan disiplin minggu ini? Ayoo tuhan MIC sudah marah..!!


KUALA LUMPUR, 23 Mei — Dua anggota Jawatankuasa Kerja Pusat (CWC) MIC yang turut mendesak Datuk Seri S. Samy Vellu agar berundur segera daripada jawatan presiden dijangka berhadapan dengan tindakan disiplin minggu ini.
Malah kedua-dua anggota berkenaan, K.P. Samy dan G. Kumar Aamaan juga menjangkakan mereka akan menerima surat daripada parti seawal-awalnya esok atau dalam beberapa hari lagi.
Mereka meramalkan kemungkinan itu berdasarkan ucapan Samy Vellu ketika merasmikan Konvensyen MIC Pahang di Genting Highlands semalam.
“Saya difahamkan Samy Vellu berkata akan mengambil tindakan ke atas mereka yang mahu mencetuskan masalah dalam parti... jadi, saya boleh jangkakan bila-bila masa melainkan ada tekanan tidak diambil tindakan,” kata beliau ketika dihubungi The Malaysian Insider.
Bagaimanapun setakat petang ini, kata beliau, tidak menerima apa-apa surat ataupun makluman.
“Sebagai anggota CWC saya sedia menerima apa saja kemungkinan, kami cuma hendak menyampaikan pandangan akar umbi.
“Samy Vellu sudah memecat Bharat Maniam, kemudian Mugilan, dan adakah saya dan K.P. Samy selepas ini? Biar ahli membuat penilaian,” katanya lagi.
Samy dan Kumar merupakan dua anggota CWC daripada barisan bukan direstui Samy Vellu (gambar) memenangi pemilihan September lalu. Kedua-dua mereka menyokong kenyataan Mugilan.
Kumar juga muncul pada sidang media Mugilan semalam, yang diadakan untuk mengumumkan Gerakan Anti Samy Vellu (GAS).
Ia akan dilancarkan Ahad ini. Samy yang dihubungi juga mengesahkan beliau menerima sebarang notis lagi.
Beliau yang menghadiri Konvensyen MIC Pahang semalam juga menjangkakan surat tindakan disiplin akan diterima dalam waktu terdekat.
“Berdasarkan ucapan Datuk Seri Samy Vellu, saya menjangkakan esok (Isnin), surat akan sampai,” kata beliau sambil menambah bahawa Presiden MIC menyifatkan “budak-budak kecil sudah mula mempertikaikan kepimpinan beliau sekarang.”
“Datuk Seri Samy Vellu berkata beliau ada cara untuk tangani isu ini,” kata Samy lagi.
 Samy Vellu dipetik berkata akan mengambil tindakan ke atas “budak-budak kecil ini” pada waktu yang sesuai.
Pada Jumaat lau, Samy mendesak Samy Vellu meletak jawatan tahun ini demi kepentingan masyarakat.
Beliau berkata MIC memerlukan satu perubahan segera dalam parti untuk menyelamatkan kepentingan masyarakat India.
Katanya beliau membantah hasrat presiden parti itu yang ingin meletak jawatan dalam masa lapan atau sembilan bulan sebelum tempoh kepimpinannya berakhir pada Mei, 2012.
Samy Vellu, 74, dipilih semula untuk penggal kesembilan pada tahun lepas. Dalam pada itu, Pengerusi Jawatankuasa Disiplin MIC Tan Sri K.S. Nijhar ketika dihubungi memberitahu, beliau belum menerima apa-apa arahan daripada pucuk kepimpinan parti setakat ini.
“Jika Jawatankuasa Disiplin perlu mengambil tindakan, Datuk Seri Samy Vellu menerusi CWC akan memaklumkan saya, dan jika tidak beliau sendiri boleh mengambil tindakan menggunakan kuasanya,” kata beliau.
Samy Vellu menggunakan kuasanya selaku Presiden MIC untuk memecat Bharat Maniam dan Mugilan.

Tawar Jawatan Kepada Dewan Himpunan Pas Satu Kesilapan

MULANYA saya berhajat benar untuk mengikuti pelancaran Dewan Himpunan Penyokong Pas yang diadakan di Klang hari ini. Semalam saya sudah menghubungi Mujahid Yusuf Rawa bertanya lokasi berlangsungnya majlis berkenaan. Tetapi kerana masalah menghalang niat itu tak kesampaian.

Apa yang saya nak tengok pada upacara itu, semangat dalam dewan berkenaan. Mengetahui serba sedikit bagaimana dewan itu diuruskan dan sejauh mana ianya berfungsi memberi nilai tambah kepada Pas dan Islam pada masa akan datang.

Saya menjadi sedikit, 'mendesah' dan bimbang berhubung dengan keperluan menubuhkan dewan berkenaan yang dulunya dikenali dengan kelab penyokong Pas itu. Ini kerana rata-rata dewan berkenaan disertai oleh mereka bukan Islam. Ia semacam ada sedikit masalah (kontradik) sebab Pas dikenali sebagai sebuah parti dan sebuah gerakan Islam nombor wahid di negara ini.

Apakah ianya tidak akan menimbulkan kecelaruan atau konflik interest nanti. Apa lagi kalau takdirnya anggota dewan itu diberi hak sama dengan ahli biasa Pas, tentu ia menimbulkan kecelaruan. Saya tidak pasti bagaimana Pas ingin mengendalikan 'perbezaan' ini kelak.

Sebagai parti Islam Pas mengutamakan soal halal dan haramnya. Perjuangan Pas bertunjangkan kepada aqidah Islamiah. Kerana paksi dan tunjang itulah menjadikan Pas istimewa dan berbeza dengan parti-parti Melayu atau parti nasional lain. Dan kerana tunjang dan paksi itulah juga menjadi ahli atau wakil rakyat Pas kebal dan jadi lebih setia dan tidak mudah goyah berbanding dengan ahli parti-parti lain kalau pun didebur ombak ataupun ditiup ribut taufan.

Walaupun Islam itu luas (syumul) tidak ada batasnya, tetapi bukan menjadi lesen untuk Pas membuka pintu kepada semua orang. Kesyumulan Islam ada kesempurnaan dan bukan kebebasan tanpa batas. Apa lagi kalau hajat membuka pintu itu atas satu matlamat untuk mendapatkan kuasa semata-mata. Saya tidak bersetuju kalau Pas meninggalkan langsung kemelayuannya dan melihat kesejagatan Islam semata-mata. Kesejagatan Islam dalam negara terasnya Melayu, kalau tanpa mempeduli dan meletakkan kepentingannya pada saya adalah silap.

Saya bukan berfikiran sempit di dalam soal ini. Saya sedar sebagai parti politik yang menyertai pilihan raya Pas memerlukan kepada sokongan. Undi dari bukan Islam sama nilainya dengan undi orang Pas walaupun nawaitu undi itu mungkin berbeza. Jangan kerana obses kerana inginkan kepada undi maka Pas sedia mengorbankan segala kepentingan-kepentingan dan keistimewaan-keistimewaannya sebagai sebuah gerakan. Selain itu Pas juga harus sedar bahawa sokongan tegar kepadanya masih dari kalangan orang Melayu.

Dalam masa Pas tergila untuk mendapat undi Melayu, Pas juga perlu gila-gila untuk mengekalkan sokongan Melayu kepada mereka. Ini saya nampak ada pengabaian oleh Pas. Pas lebih berminat dan berusaha menyakin Cina, India, Orang Asli, Dayak dan Iban kepada Pas, sedangkan usaha sama ke atas Melayu tidak dibuat. Saya sangat bimbang nanti berlaku kepada Pas bak kata arwah ayah saya, melepaskan kura-kura di kaki kerana mengejar burung yang terbang! Maksudnya mungkin Pas akan mendapat sokongan bukan Islam atas maksud menyokong politik baru tetapi hilang orang Melayu yang melihat Pas pejuang Islam dan Melayu.

Hari ini Pas telah sekali lagi menawarkan kebendaan kepada para penyokongnya. Seperti mana dipetik Naib Presiden Pas, Sallahuddin Ayub berkata Pas bersedia untuk memberi tempat kepada bukan Islam (ahli dewan itu) sebagai anggota Dewan Negara. Manakala Presiden Pas, Abdul Hadi Awang (foto) yang melancarkan dewan itu menjelaskan Pakatan Rakyat - Pas akan melantik bukan Islam sebagai anggota dewannya. Apa yang dipraktikan di Terengganu semasa Pas memerintah negeri itu akan diperluaskan ke negeri-negeri lain jika Pakatan (Pas) menang.

Pasti anggota dewan itu senang dengan tawaran dan janji oleh dua pemimpin Pas itu. Mereka mendapat sesuatu yang mereka belum minta walaupun sudah harap. Bak kata orang belum menguap sudah dihulurkan bantal. Nampaknya Sallahudin dan Abdul Hadi dapat membaca apa yang terpeta di dalam hati anggota dewan! Alangkah malangnya kalau tawaran itu dibuat kerana kedua pemimpin itu inginkan populariti atau untuk dinampakkan sebagai seorang yang liberal. Lebih malang lagi kalau cadangan itu dibuat sesuka hati tanpa melihat apakah impak dan implikasinya. Bagi saya tawaran itu melewati soal polisi dan dasar parti.

Sekali lagi saya katakan tidak salah untuk memberi imbuhan kepada mana-mana penyokong. Tetapi sebelum menganugerahkan ia perlu dilihat keperluannya, kepentingannya dan natijah daripada apa yang diberikan itu. Memberi sesuatu yang di kalangan kita sesama sendiri pun tidak mencukupi satu perbuatan yang kurang bijak. Begitu juga kalau meletakkan kepercayaan dan harapan kepada orang yang tidak kamil dengan perjuangan kita, lagi tidak bijak.

Janji dan tawaran dikemukakan itu masih bersifat kebendaan. Sebagai sebuah parti Islam, Pas seharunya tidak menawarkan kebendaan kepada sesiapa. Pas sebagai gerakan Islam sepatutnya memberi ilmu, hidayah kepada mereka. Pas perlu mempertahankan tanggungjawab dan amanah ini, mendakwah manusia. Tawaran untuk melantik mereka sebagai anggota Dewan Negara dan ahli Dun adalah tawaran kebendaan yang pasti akan direbut seperti ghanimah.

Mungkin mereka menyertai dewan itu kerana ingin pembaharuan dalam politik. Mereka sudah muak dan benci dengan budaya politik merebut kuasa dan mengejar kedudukan yang melampau. Mereka mengharapkan Pas membawa islah dalam politik. Mereka menyertai Pas kerana melihat tahap kebolehpercayaan kepada Pas masih tinggi berbanding dengan parti lain.

Pasti juga mereka melihat kepada apa yang berlaku di Kelantan yang dijana dan dilaksanakan oleh Nik Abdul Aziz Nik Mat. Mereka melihat bagaimana kelunakan dan keadilan Nik Aziz dalam melayani umat bukan Islam di sana. Itu kita tidak nafikan. Tetapi perkara yang perlu diinsafi suasana, angka dan nafsu umat bukan Islam di Kelantan berbeza dengan umat Islam di luar Kelantan.

Jangan cuba menyamakan, sikap, penerimaan dan keikhlasan umat bukan Islam di negeri majoriti Melayu dengan sikap dan sifat umat Islam di negeri yang Melayunya minoriti.

Dalam konteks ini bila mereka menyertai Pas sebagai anggota dewan, mereka mengharapkan harapan yang mereka sangka baik itu hendaklah dipenuhi. Tetapi dalam masa sama, lebih baik kalau Pas mengemukakan pendekatan Islam syumul mereka dalam politik. Pas memberi keyakinan kepada mereka bagaimana Islam menjamin keselamatan ummah tanpa mengira warna kulit dan anutan agama. Dengan menawarkan kebendaan itu akhirnya menyebabkan kemasukan - pendekatan mereka kepada Pas dilihat untuk mendapat habuan kebendaan. Sudah tentu mereka tidak akan menolak sesuatu yang menguntungkan mereka.

Salahkah kalau Pas selain dari melayan mereka memberi jaminan untuk menyelesaikan masalah sosial, ekonomi dan politik mereka, Pas mengambil kesempatan cuba menanam semangat dan akidah Islam kepada mereka? Salahkah? Rasanya ini lebih afdal dan sesuai Pas menerima mereka sebagai anggota bukan saja untuk menjamin mereka berada dalam sistem yang selamat di dunia, tetapi juga sejahtra di akhirat.

Kalau Pas hanya memikirkan untuk keselamatan di dunia dengan memberi habuan kebendaan, projek dan pangkat ini bermakna perjuangan Pas tidak ke mana. Ia tidak ada bezanya juga dengan perjuangan UBN yang selamanya cuba menyogokkan kebendaan kepada mereka dan membawa manusia lain menjauhi laman jannah. Untuk mencapai matlamat ini maka menjadi obligasi mereka yang menjadi pelopor dan penggerak maufakat semua bangsa menerusi dewan itu memikir bagaimana untuk membawa anggota himpunan itu sama-sama mencapai mardathillah seperti juga anggota Pas yang sedia kala Islam.

Dalam permasalahan dan implikasi ini tidak seharusnya Pas begitu ghairah menawarkan anggota himpunan dengan kebendaan berupa pangkat dan kebendaan. Sekali lagi ditegaskan paling afdal Pas perlu menawarkan pembaharuan politik kepada mereka dan dalam masa sama mentarbiyahkan mereka bukan saja memahami politik Islam tetapi juga agama Islam.

Pada saya kalau separuh ahli dewan itu dapat memahami kesucian dan kemuliaan Islam ianya lebih bererti daripada Pas memenangi beberapa kerusi di luar Kelantan, Terengganu dan Kedah atas sokongan dewan berkenaan.
MSO.

SPRM Bikin Gua Ketawa Jelah....Najib kata kat SPRM " You help me..I help you"....

Tetapi hari ini... mungkin ada kelainannya sedikit kerana kita semua di hiburkan dengan berita lucah.. ooppsss.. lucu dari SPRM, walau apa pun... terima jelah dengan rasa seronok hilai ketawa... seolah2 lu orang semua sedang menonton program raja lawak... tapi tak lawak mana pun... ha..ha..ha.... semoga berita lucu ini menceriakan lu orang hari ini...


Tahap kelucuannya apabila Ketua SPRM ini melaporkan nak siasat Najib bin Nazak.., oh... setakat lu orang nak siasat... si Najib Nazak tu.. takda hal siasat jelah.. dah berapa banyak laporan lagi yang dilaporkan, bukan setakat Najib Nazak jer... contoh seperti anak toyol selangor, rafidah aziz, azalina dan ramai lagilah puak2 umnobnapco yahudi laknatullah ni... apa sudah jadi...???

Ini di war-warkan nak siasat si Najib Nazak pulak... lu orang siasat jelah.. tak payah kecoh2..., setakat kecoh nak siasat apa barang bro.... tak jadi hal punya... ha..ha..ha.... bikin lawak bodoh jelah SPRM nih...

Yang penting sekali adalah siasatan tu menjurus kepada buka kes fail "Dakwaan". Tujuannya untuk membuat pendakwaan terhadap Najib Nazak, sebelum boleh membuat sebarang pendakwaan, SPRM perlu mendapatkan keizinan atau kelulusan dari Pejabat Pendakwaraya terlebih dahulu. Kuasa untuk mendakwa hanya diperuntukan kepada pendakwaraya. Siapa pula yang memegang teloq pendakwaraya...??? Ehh... sekarang ini musim Petai ke...??? Setahil berapa hengget...??? kah..kah...kah...

Andai kata siasatan SPRM yang berani menyiasat "Ketuanan" mereka ini berasas, adakah pendakwaraya akan memberi kelulusan atau keizinan untuk buka fail pendakwaan...??? ha..ha..ha... di sinilah bermula segalanya... ada berani atau tidak...??? Kesudahanya....

Klimaks pada siasatan ini akan berakhir dengan kenyataan;
"Siasatan telah di jalankan... namun tiada asas yang kukuh untuk sabitkan dakwaan terhadap Najib Nazak dan bla...bla...bla...." macam cibai jer... bunyinya...

Baby dalam buaian pun gelak mengekek-ngekek dengan lawak bodoh lu orang semua, piiiraaahhhh... mampus dengan siasatan sengal lu orang, semuanya nak membodohkan rakyat jer.. konon nak tonjolkan SPRM telus dan bersih... sapa mau percaya sama lu orang selagi duduk bawah telunjuk umnobnapco yahudi laknatullah.

Gua berani tanya di sini...,
" Siapa yang yakin dengan kenyataan Ketua SPRM nak siasat Najib Nazak..???",
mesti ramai yang kata yakin gilerrrr beb.... SPRM bersih, cekap dan Telus.... kua..kua..kua....
"Siapa yang yakin akan ada pendakwaan terhadap Najib Nazak..???",
soalan kedua ni... mesti ramai yang goyang nak jawap.... ha..ha..ha....

Piiiraaahhhh..... Anjing nak siasat "Ketuanan" nya...., gua percaya... gua percaya.... anjing nak buat pendakwaan terhadap "Ketuanan" nya.... gua tak percaya... gua tak percaya... kah..kah..kah.... "Ketuanan" jegil mata terus menikus... menyorok belakang mangkuk tandas...

Dan gua konfiden giler... SPRM akan teruskan siasatan dengan tiada pendakwaan atau adanya siasatan dengan kertas siasatan akan di makan anai-anai.... ha..ha..ha....

(Tak payah lah gua nak bagi link sumber kenyataan lawak bodoh SPRM ni kat sini, buat menyemak blog ni jer...) 
ISA.

Gangsters in ceramah: PKR ticks off MB, police

By Zefry Dahlan

SEREMBAN: Pakatan Rakyat leaders in Rembau took to task the Seremban police for arbitrarily refusing a permit for a ceramah scheduled for May 25.
According to Rembau PKR chief Badrul Hisham Shaharin, the police were forced to relent to pressure from Negeri Sembilan Menteri Besar Mohd Hasan.

Initially the ceramah was to be held at Kampung Nyatoh, Kuala Sawah, Rantau. Police refused a permit, saying that the location was too close to the main road.

The organisers then switched the location to Taman Bandar Ekar, Rantau. Once again, police refused a permit, this time giving a different reason.

"Seremban OCPD Saiful Azly Kamaruddin said a permit could not issued due to the presence of Indian gangsters and Pekida,” said Badrul.

“The OCPD said there was a chance that groups might retaliate as the location of the ceramah was within the menteri besar's constituency.

"The OCPD’s statement clearly shows that the menteri besar is supported by the Indian gangsters and Pekida. The letter from the police clearly states this,” he added.

Badrul said the letter clearly shows that the police were forced to bow to pressure from the menteri besar and his proxy of gangsters.

Badrul, who is also a PKR supreme council member and popularly known as Chegu Bard, challenged Mohd Hasan to a ‘fight’ with facts and not ‘strong-arm tactics’.

Meanwhile Mohd Taufek, the Rembau PAS chief said the police action shows there is no room for democracy, and the impression given by the police is that it is not in control.

"The impression by the police is that it has lost the control over the whole matter. This is worrisome as confidence in the force will be further eroded,” said Mohd Taufek.

Among the speakers who were scheduled to take to the stage at the ceremah were PAS’ crowd-puller Mohamad Sabu, Paroi state assemblyman Mohd Taufek Abdul Ghani, Rahang state assemblyman MK Arumugam, PKR Youth exco Ginie Lim and Badrul Hisham.

In the press conference Badrul conceded to the pressure imposed by the police and announced that  he is shifting the location of the ceramah to an isolated place which is more than 15 kilometers from original place.

With the same line-up of the speakers, the ceramah will be held in Taman Angsa Mas, Mambau at 8.30pm on 25th May 2010.

"Sin Tax" Mesti Diasingkan – Dr Mariah

IMG00083-20100520-1519 Oleh Fazy Sahir


SHAH ALAM: Ahli Parlimen Kota Raja Dr Mariah Mahmud bimbang dengan tindakan kerajaan yang dilihat kurang sensitif membabitkan pengasingan hasil pendapatan percukaian daripada perusahaan haram yang didapati daripada judi, arak dan riba.
Menurut Dr Mariah bagi pembentangan usul di parlimen Jun ini, beliau akan menitikberatkan mengenai cukai arak dan judi yang tergolong sebagai cukai dosa atau ’sin tax’.

Maka beliau menggesa kerajaan agar mengasingkan cukai dosa atau ’sin tax’ ini daripada sebarang akuan atau dana terkumpul negara.
Kebimbangan ini wujud kerana punca dana itu turut diagihkan kepada orang Islam dalam bentuk gaji atau elaun sekaligus menjadi kegunaan seharian mereka.
"Pengasingan "sin tax" ini perlu supaya ia tidak digunakan untuk membayar gaji dan elaun kakitangan awam termasuklah kami sebagai Ahli Yang Berhormat. Lebih membimbangkan sekiranya dana itu digunakan untuk kebajikan atau membina masjid.
"Menjadi persoalan saya di parlimen akan datang untuk mengetahui berapa banyak pendapatan hasil daripada cukai arak dan judi ini yang dikumpul dalam dana yang disatukan (consolidated fund) negara? Kita mengambil berat kerana ia jelas merupakan pendapatan haram.
"Jika cukai dosa ini dicampurkan dengan cukai bersih daripada wang terkumpul negara maka secara tidak langsung ia menjadi darah dan daging rakyat kelak.
"Sekarang ini kita sudah ada judi bola pula yang mereka kumpulkan maka kita tidak tahu pengasingan dan terkumpul tersebut. Maka saya lihat kerajaan perlu peka mengenai hal ini," katanya kepada Free Malaysia Today.
Dalam pada itu beliau turut menyentuh mengenai pengambilan alkohol di kalangan remaja khususnya di bawah umur 18 tahun semakin meningkat iaitu kira-kira 45 peratus, dan mereka ia diambil secara berterusan.
Antara faktor peningkatan itu, kerana arak jenis bir sangat mudah diperolehi di kedai-kedai.
Turut menjadi kebimbangan apabila penglibatan peringkat umur yang lebih awal dalam arak ini.
"19 peratus di kalangan pelajar sekolah menengah mengaku pernah meminum arak, manakala 1 peratus mengaku mengambilnya secara berterusan.
"Dalam satu kajian yang dilakukan ke atas pesakit yang dimasukkan ke hospital KL pada tahun 1993, 48 peratus daripada yang disoal mengaku minum arak.
"Satu pertiga ketagih arak, 61 peratus adalah Cina, 60 peratus India dan 30 peratus Melayu,” katanya beliau.
Ketagihan arak tidak jauh beza dengan najid dadah
Tambah beliau, kesan penggunaan arak ini amat berbahaya terutama kepada fungsi organ utama manusia.
Kesan utama penggunaan arak ini ialah gangguan otak yang menyebabkan kesedaran dan kecerdasan manusia untuk berfikir terganggu.
Maka fungsi ‘akal waras’ terganggu dan sering berlaku kemalangan, penderaan, pergaduhan dan pelbagai lagi.
"Arak beri kesan negatif kepada peminum, keluarga dan masyarakat. Kesan jangka panjang menyebabkan kerosakan organ tubuh termasuklah hati dan otak.
"Maka ketagihan arak atau alkohol tidak jauh beza dari ketagihan najis dadah," kata beliau sebagai menamatkan perbualan.

Cabaran RPK kepada kerajaan: Buktikan saya bersalah di UK!

Raja Petra Kamaruddin (RPK) akhirnya muncul di BPP Law School, London untuk mencabar kerajaan Malaysia agar membuktikan beliau bersalah di United Kingdom, tetapi bukan mengurungnya dengan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).
"Kalau mereka nak main, main ikut peraturan saya!  Bak pepatah, kalau nak tumbangkan musuh, ajak dia main di gelanggang kita.  Gelanggang saya di sini, United Kingdom!" Demikianlah kata-kata RPK sambil berseloroh ketika dijemput oleh Solicitor’s International Human Rights Group untuk berucap di BPP Law School, semalam.
Semasa menjawab soalan dari bawah pentas, RPK mendakwa sebaik sahaja beliau dibebaskan pada Februari tahun lalu, pendakwa raya telah memohon agar mahkamah menggugurkan penghakiman tersebut.  Namun, permohonan itu tidak terjawab sehingga kini.  RPK menjangka dirinya mungkin ditahan semula.
RPK berkata dirinya sanggup berdepan dengan pendakwaan pada bila-bila masa, tetapi enggan melayan seandainya beliau perlu dikurungkan di bawah ISA.
Biarpun RPK pernah dicabar untuk pulang ke mahkamah Malaysia dan membuktikan dirinya tidak bersalah, beliau tetap berkeras, "Penuntut fakulti perundangan tahun pertama juga tahu bahawa tanggungjawab pendakwa raya adalah untuk membuktikan tertuduh bersalah, bukannya tertuduh membuktikan dirinya tidak bersalah.  Kalau mereka ingin membuktikan saya bersalah, datanglah ke mahkamah UK!"
Salah seorang hadirin membandingkan situasai antara RPK dengan Ketua Pembangkang Parlimen Anwar Ibrahim, "Kamu dan Anwar Ibrahim berdepan dengan keadaan yang sama.  Seorang memilih untuk terus berada dalam negara, seorang lagi memilih untuk terbang ke London.  Siapakah pula antaranya yang lebih mungkin untuk mengelakkan diri dari malapetaka?"
Secara terus terang RPK mendakwa Anwar Ibrahim telah bertekad untuk menetap di Malaysia dan menentang sehabis-habisnya, kerana Anwar Ibrahim ingin menjadi Perdana Menteri seterusnya.  Namun, RPK menyatakan bahawa dirinya tidak berniat untuk menjadi ahli politik.
London telah menjadi medan perang antara kerajaan dan pembangkang di Malaysia, lantaran populasi warga Malaysianya yang agak tinggi.  Ahli politik Malaysia seperti Menteri Besar Negeri Perak Zambry Abd Kadir, Anwar Ibrahim, Mohd Nizar Jamaluddin dan lain-lain lagi pernah mendarat di kota antarabangsa ini untuk memberi ucapan politik.  Kini, blogger terkenal di Malaysia, RPK turut tampil berkongsi pengalaman dirinya ketika ditahan di bawah ISA.
ISA bukan warisan penjajah British
RPK menafikan bahawa ISA adalah akta yang diwarisi daripada penjajah British, ketika beliau memulakan ucapannya.  ISA diluluskan selepas tiga tahun negara kita mencapai kemerdekaan.  RPK menambah, ISA dibentangkan oleh bekas PM Abdul Razak pada tahun 1960 (TPM ketika itu), dibantah oleh pemimpin Parti Progresif Rakyat, D. R.Seenivasagam.
Abdul Razak ketika itu memujuk D. R.Seenivasagam dengan alasan bahawa ISA diperlukan untuk menangkis serangan komunis, namun ISA kini telah menjadi alat kerajaan untuk menekan mereka yang berbeza pandangan dan menakut-nakutkan pegawai kerajaan, kata RPK.
Menurut RPK (gambar kanan), OKT (orang kena tahan) akan diasak dengan pelbagai tuduhan dalam tempoh penahanan 30 hari pertama, malah berdepan dengan ancaman agar OKT mengaku salah.  RPK berkata surat pengakuan salahnya setebal 200 muka surat, antaranya termasuklah "membunuh Presiden Kennedy".  Beliau akan dibebaskan seandainya mengaku bersalah, dan meletakkan tandatangan pada setiap muka surat, untuk 30 salinan surat pengakuan yang setebal 200 muka surat.
30 hari kemudiannya, OKT akan diseksa, supaya berpaling tadah untuk menyokong kerajaan.  Malah, OKT akan digoda dengan pangkat, wang, rumah banglo dan sebagainya.  RPK membahagikan OKT kepada dua kategori, iaitu sebahagiannya akan menerima ganjaran setelah kompromi.  Selebihnya pula akan diarah untuk terus kekal dalam pembangkang sebagai "trojan horse" BN.  Kuda Trojan ini akan mencetuskan perselisihan dalam pembangkang untuk mencungkil rasa benci pengundi, malah RPK terus menyindir bahawa Zulkifli Nordin adalah antara yang terjatuh dalam kategori ini.
Disambut dengan penghormatan
Selain itu, RPK juga mendedahkan penyeksaan yang berlaku ketika penahanan di bawah ISA.  Ketika mengulas pilihan raya kecil yang berlangsung di Malaysia setelah dibangkitkan oleh hadirin, RPK berkata pertubuhan antarabangsa harus menghantar pemerhati untuk memantau perjalanan PRK di Malaysia, yang mana penyelewengannya semakin berleluasa.
Ceramah ini diadakan pada jam 2 petang di London, semalam, menarik kehadiran antara 300 hingga 400 orang.  Hadirin berdiri dan menyambut ketibaan RPK dengan tepukan gemuruh.  Malah, ada yang meminta tandatangan RPK selepas ceramah tersebut.
*Sim Tze Wei

Pemberian lesen judi bola: Apa pendirian UMNO dan PERKASA?

Saya mencabar ahli-ahli UMNO dan PERKASA untuk mengumumkan pendirian mereka sama ada mereka menyokong tindakan kerajaan BN untuk memberi lesen judi bola kepada syarikat Ascot Sports Sdn. Bhd yang dikuasai oleh Vincent Tan.
Pada PRK Hulu Selangor, BN dan UMNO mengkritik calon Pakatan Rakyat, Zaid Ibrahim sebagai kaki botol dan judi.  Walaupun dalam isu arak beliau telah bertaubat dan beliau turut menafikan bahawa berliau terlibat dalam perjudian, UMNO tidak habis-habisan mengkritik beliau.
Maka dengan itu, kalau UMNO betul-betul memperjuangkan Islam, maka saya mencabar mereka untuk berdiri dan membantah keputusan kerajaan BN yang membenarkan pemberian lesen judi bola kepada syarikat yang dikuasai oleh Vincent Tan ini.
Saya juga melemparkan tuduhan yang sama kepada pertubuhan PERKASA yang diketuai oleh ahli parlimen Pasir Mas, Ibrahim Ali supaya berbuat demikian.
Jika tidak, ini hanya sekali lagi membongkarkan sikap hipokrit UMNO dan BN, iaitu mereka hanya menggunakan isu ini untuk kepentingan politik sewaktu adanya pilihanraya kecil tetapi apabila kerajaan yang diketuai mereka sendiri melakukan yang sama, mereka terus membisu.
Sehingga sekarang, Perdana Menteri Najib Razak masih membisu dalam isu ini seolah-olah ingin membiarkan isu ini berlalu begitu sahaja.  Sebenarnya, hasrat kerajaan BN membenarkan pemberian lesen judi bola ini adalah amat jelas sekali, iaitu mereka ingin mengutip cukai eksais yang lumayan daripada aktiviti judi bola ini dengan alasan kononnya pemberian lesen judi bola yang sah akan dapat mengawal dan mengurangan aktiviti judi bola haram.
Pertama sekali, alasan bahawa pemberian lesen judi bola yang sah akan dapat mengawal dan mengurangan aktiviti judi bola haram adalah tidak berasas.  Contoh yang paling baik ialah aktiviti judi empat ekor.  Biarpun kerajaan telah memberi beberapa lesen judi nombor empat ekor, aktiviti judi haram masih berlaku dan berleluasa.  Begitu juga dengan aktiviti judi lumba kuda haram.
Oleh itu, kerajaan BN hanya berminat terhadap cukai eksaisnya yang dijangkakan agak lumayan.  Mengikut kerajaan BN, nilai pasaran aktiviti judi bola di Malaysia mencecah RM20 bilion bersamaan 1.5% daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia.
Kalau kerajaan mengutip cukai 10% daripada aktiviti judi bola ini, maka kerajaan akan mendapat pendapatan lebih kurang RM2 bilion setahun.  Ini tidak termasuk cukai pendapatan yang perlu dibayar kepada kerajaan BN setiap tahun.
Kerajaan BN memang memerlukan pendapatan ini kerana mereka gagal menguruskan sumber kekayaan semula jadi Malaysia sehingga mereka perlu memberi lesen judi bola bagi menambah sumber pendapatan mereka.  Ini juga merupakan motifnya apabila kerajaan BN ingin memperkenalkan Cukai Perkhidmatana dan Barangan (GST) sebelum ini.
Malaysia tidak memerlukan lesen judi bola kerana aktiviti-aktiviti judi sedia ada sudah memadai.  Pemberian lesen judi bola hanya akan membebankan masyarakat khususnya masyarakat bukan Bumiputera.
Kalau UMNO dan PERKASA benar-benar ikhlas dalam isu moral, maka mereka perlu membantah sekeras-kerasnya keputusan kerajaan BN ini sepertimana mereka berkempen untuk menolak Zaid Ibrahim semasa PRK Hulu Selangor yang lalu.
*Kenyataan media oleh Lau Weng San selaku ADUN Kampung Tunku, Selangor.

Judi: Muslimat gesa kerajaan dengar pandangan Abdullah

KOTA BHARU, 23 Mei: Kerajaan digesa mendengar pandangan bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi yang meminta kerajaan mengkaji semula kebenaran lesen judi bola sepak baru-baru ini.
Timbalan Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat, Siti Zailah Mohd Yusof (gambar), berkata kerajaan perlu mendengar nasihat bekas Perdana Menteri supaya mendengar suara rakyat pelbagai lapisan masyarakat sebelum melaksanakannya.
Beliau berkata demikian ketika mengulas kenyataan Abdullah yang meminta kerajaan mendengar pandangan rakyat berhubung perkara itu sebelum ianya dilaksanakan.
Menurut Abdullah lagi, rakyat berhak menyuarakan pandangan dan kerajaan juga perlu mendengar pandangan mereka.
Zailah yang juga Ketua Dewan Muslimat PAS negeri berkata, bantahan terhadap lesen judi ini bukan retorik semata-mata sebagaimana yang didakwa pihak tertentu sebaliknya ia mengenai soal agama dan tanggungjawab umat Islam.
“Pemimpin Malaysia yang pernah mendakwa negara ini sebagai sebuah negara Islam seharusnya sejak awal lagi tidak bercadang mengadakan lesen judi, apa lagi untuk meluluskannya,”ujarnya.
Baru-baru ini, lesen judi yang sah telah diluluskan oleh kerajaan sebagaimana yang diumumkan Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr Awang Adek Hussin, bagi membolehkan kaki judi bertaruh sewaktu  perlawanan bola sepak Piala Dunia 2010 Jun ini.
Tegas Zailah lagi, judi bola sepak bukan sahaja dibantah oleh umat Islam, sebaliknya bukan Islam juga.
Sehubungan itu Zailah menyeru semua rakyat negara ini yang perihatin supaya turut turun membantah lesen judi yang diadakan di tempat berhampiran.

Laksana syariah jalan penyelesaian gejala sosial

SHAH ALAM, 23 Mei: Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia (Jim) berusaha memberikan kefahaman bahawa syariat Islam adalah penyelesaian terhadap segala masalah sosial yang sedang melanda masyarakat hari ini.
Yang Dipertua Jim Selangor, Mohd Kamal Mohd Rathi (gambar) berkata percaya pelaksanaan syariah Islam yang syumul memastikan segala perkara yang makruf digalakkan manakala jalan-jalan maksiat dan kemungkaran ditutup dan dicegah.
Menurutnya, usaha-usaha mengajak kepada kebaikan harus berjalan seiring dengan langkah-langkah mengelakkan kemungkaran.
Katanya lagi, setiap ahli masyarakat pula seharusnya mempunyai kesedaran dan mengambil tanggungjawab di dalam aspek menyeru kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran sebagaimana yang digariskan oleh Islam.
“Sesungguhnya objektif atau maqasid syariah bertujuan memelihara dan melindungi lima perkara dalam kehidupan iaitu agama, nyawa, akal, harta dan keturunan,” ujarnya pada sidang media sempena Seminar Menangani Isu-isu Islam (SeMI) 2010 bertajuk Gejala Sosial: Syariah Jalan Penyelesaian di Dewan Auditorium Sirim di sini, hari ini.
Selain Jim Selangor, SeMI 2010 dianjurkan dengan kerjasama Sekretariat Menangani Gejala Sosial Jais yang turut dianggotai Abim Selangor, Unit Mubalighat Jais, Yayasan Amal Malaysia, Persatuan Pengguna Islam Malaysia, Pertubuhan Mawaddah Malaysia, Unit Hidayah Mafaa dan Persatuan Pelajar Islam Selangor.
Jelasnya, seminar itu diadakan bertujuan untuk memberikan pendedahan sebenar mengenai syariah Islam, penjelasan mengenai pelaksanaan syariah sebagai jalan penyelesaian kepada gejala sosial yang berlaku dan membetulkan beberapa salah faham dan salah tanggapan berkaitan pelaksanaan syariah.
Mohd Kamal menambah, bersempena SeMI 2010 itu, pihaknya berazam bekerjasama dalam memacu usaha-usaha memberi kefahaman sebenar mengenai syariah dan pelaksanaannya dalam masyarakat, mempertingkatkan aktiviti menghalang merebaknya gejala sosial serta menggalakkan peluang dan ruang bagi ahli masyarakat untuk melakukan perkara makruf dan mencegah kemungkaran.
“Kami ingin menyeru seluruh lapisan masyarakat tidak mengira bangsa atau agama termasuk pihak berkuasa agar mengambil perhatian serius dan memberikan sokongan padu ke atas usaha-usaha ke arah membentuk negara Malaysia yang bukan sahaja maju dari segi ekonomi malahan cemerlang dari aspek morak dan akhlak,” ujarnya.

Hadi: PAS sedia luaskan Adun bukan Islam dilantik


Hadi memberi ucapan beliau di majlis pelancaran Dewan Himpunan Penyokong PAS. — Gambar oleh Jack Ooi
KLANG, 23 Mei — Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang menawarkan satu lagi “ganjaran pengiktirafan” — akan memperluaskan peruntukan melantik bukan Islam menganggotai Dewan Undangan Negeri (DUN) jika Pakatan Rakyat memerintah kerajaan persekutuan.
Bekas Menteri Besar Terengganu itu berkata, prinsip yang diperkenalkan ketika PAS memerintah negeri itu antara 1999 dan 2004 akan diperluaskan ke negeri-negeri lain.
Peruntukan itu membolehkan Terengganu melantik bukan Islam menganggotai DUN jika tiada wakil masyarakat itu berjaya dalam pilihan raya.
Kira-kira 90 peratus penduduk Terengganu merupakan masyarakat Islam.
“Semasa kita (PAS) memerintah Terengganu, kita memperkenalkan peruntukan melantik bukan Islam menganggotai Dewan Undangan Negeri. Ini kita akan diperluaskan ke negeri-negeri lain jika memerintah.
“Tapi sampai sekarang Barisan Nasional tidak berani membuang peruntukan ini,” kata beliau merujuk kepada langkah-langkah diambil PAS itu bagi mengiktiraf bukan Islam menyokong parti itu sejak kebelakangan ini.
Pada pilihan raya umum lalu PAS memberi ruang kepada bukan Islam bertanding di kerusinya tetapi tidak menggunakan lambang PAS.
Enam tahun lalu ia menubuhkan Kelab Penyokong PAS dengan keahliannya dianggarkan 20,000 sekarang.
Hadi yang juga Ahli Parlimen Marang berkata demikian ketika berucap merasmikan Dewan Himpunan Penyokong PAS di sini hari ini.
Ia kini menjadi sayap formal dalam PAS, melengkapkan Dewan Ulama, Dewan Pemuda dan Dewan Muslimat.
Dewan Himpunan Penyokong PAS sebelum ini bergerak sebagai Kelab Penyokong PAS.
Langkah itu dilihat praktikal bagi negeri-negeri yang majoriti penduduk adalah beragama Islam seperti Terengganu, Kelantan dan Perlis di mana perwakilan bukan Islam di DUN terhad.
Kelantan diterajui oleh PAS sejak 1990 manakala Terengganu antara 1999 dan 2004 selama satu penggal.
Kelantan juga ada melantik penghulu kalangan bukan Islam.
Bagaimanapun pada pilihan raya umum 2008, Pakatan Rakyat yang dianggotai oleh PAS, menguasai lima negeri iaitu Kelantan, Kedah, Pulau Pinang, Perak dan Selangor.
Mengenai negeri-negeri lain, Hadi berkata, ia bergantung antara satu negeri dengan negeri lain.
“Itu bergantung pada kedudukan kerusi sesuatu negeri. Ia juga bergantung pada proses antara satu negeri dengan negeri lain,” katanya.
Ditanya tentang pemilihan calon bukan Islam dalam pilihan raya umum akan datang, Hadi berkata, bilangannya bergantung pada keperluan semasa nanti.
Mengenai kuota kepada bukan Islam, Hadi menjelaskan, perkara itu masih belum ditentukan.
“Belum tahu lagi, (jumlah kerusi) untuk calon PAS pun belum tahu lagi, kita tidak tahu siapa yang akan bertanding.
“Kita ada pembahagian kerusi antara Pakatan Rakyat. Dan, kita tidak mahu pertembungan antara parti Pakatan Rakyat, kami mahu bertanding dua penjuru sahaja,” katanya.
Terdahulu dalam ucapannya, Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub berkata, pihaknya akan meletakkan calon bukan Islam bertanding dalam pilihan raya menggunakan lambang parti itu.
Langkah ini dibolehkan selaras dengan pelancaran Dewan Himpunan Penyokong PAS hari ini.
Dalam ucapannya, Hadi berkata, majlis pelancaran hari ini mengulangi sejarah apabila Nabi Muhammad SAW mewujudkan “masyarakat pelbagai kaum” di Madinah.
“PAS mewakili Islam yang praktikal, di mana isu-isu politik dan keadilan, Islam berjuang untuk semua kaum dan agama,” kata Hadi.
Hadi mendedahkan idea untuk menerima bukan Islam ke dalam PAS telah digerakkan pada 1998 di mana perkara tersebut telah disentuh pada persidangan pemimpin-pemimpin Islam di Leicester, England.
“Jika semua kaum boleh dibawa bersama, kita boleh mencapai banyak benda, angka 20,000 (keahlian dalam Dewan Himpunan Penyokong PAS) ini bukan sesuatu yang kecil.
“Ini sebabnya mengapa kita memerlukan satu sayap, dengan peraturan dan aturan,” katanya.

Wain: Dr M 'jengkelkan' pentadbiran Najib

Pengaruh Tun Dr Mahathir tidak akan kekal selama-lamanya, dan kini telahpun beransur pudar, kata penulis buku Malaysian Maverick.

Barry Wain berkata, orang mungkin akan mengingati pembangunan yang dicapai ketika Mahathir menjadi perdana menteri, tetapi dasar-dasar yang ditinggalkannya tidak akan diperkatakan selama-lamanya.

"Beliau masih lagi berpengaruh sekarang, tapi saya sangat sangsi sekiranya ia akan bertahan lebih lama," kata Wain dalam satu temubual eksklusif dengan Malaysiakini.

Katanya, mungkin disebabkan faktor itulah yang menyebabkan Mahathir terus bersuara walaupun telah bersara.

Dalam pada itu pula, Mahathir kini kembali menjadi pejuang Melayu dan membuat satu pusingan lengkap dalam karier politiknya apabila tampil memberi sokongan kepada Pertubuhan Peribumi Perkasa Malaysia (PERKASA), katanya.

Beliau berpendapat demikian apabila melihat wawasan Mahathir mula bertukar menjadi "malapetaka" apabila Tun Abdullah Ahmad Badawi mengambil alih.

"Mahathir (memberitahu saya) 'Saya tidak tahu (Abdullah) akhirnya akan jadi begitu. Orang Amerika juga tidak tahu George (W) Bush akan menjadi seperti itu," katanya.

"Mungkin dalam maksud itulah saya rasa (Mahathir) mengharapkan Abdullah untuk mengikut nasihatnya...," katanya lagi.

"Tetapi pastinya ada elemen bahawa (Mahathir) betul-betul inginkan perhatian dan sukar baginya untuk diketepikan (dan menyebabkan Mahathir) menulis perkara yang ekstrem dalam blognya," katanya lagi.

Mahathir bakal berkonflik dengan Najib?


Tambahnya, Mahathir kini turut "menjengkelkan" pentadbiran Datuk Seri Najib Abdul Razak, namun ia belum membawa ke kancah konflik secara terbuka.

"Saya tidak maksudkan dia mengerahkan dasar atau (maksud sebegitu), tapi saya rasa dia masih boleh menyukarkan (pentadbiran) kerajaan.

"Bu
at masa ini dia belum terheret ke kancah konflik secara langsung dengan Najib, tidak seperti (pertembungan) beliau dengan Abdullah.

"Namun begitu, saya rasa dia sedikit sebanyak telah menjengkelkan Najib. Kita akan lihat jika ia akan membawa kepada konfrontasi," katanya lagi.

Wain turut menyentuh soal pemberian lesen judi sukan, yang berkait rapat dengan sikap dan gaya pentadbiran ketiga-tiga tokoh.

Katanya, pentadbiran bawah Abdullah Badawi mula mengetahui bahawa Tan Sri Vincent Tan telah diberikan lesen perjudian tersebut pada 2003.

"Pentadbiran Abdullah berkata mereka tidak tahu (lesen) itu dikeluarkan pada 2003. Saya ada bertanya kepada Dr Mahathir mengenai perkara itu tapi tidak mendapat apa-apa jawapan yang munasabah.

"Banyak lagi cara yang dilakukan oleh kerajaan pada masa sekarang yang kurang telus. (Rakyat) akan lebih gembira jika (kerajaan) lebih terbuka, membuat lebih banyak penjelasan tentang apa yang berlaku dan apa yang mereka akan lakukan,"

Apapun, perjudian sukan itu nampaknya hendak "diperkenalkan secara senyap-senyap" oleh kerajaan, kata Wain.

Menunggu tsunami ke II PRU ke 13 - Adakah UNDI Melayu akan berubah..??

Setiap pagi Ahad, selain mendapatkan perkembangan berita-berita semasa di akhbar tempatan, saya akan beri perhatian kepada tulisan para pengulas dan penganalisa politik di akhbar-akhbar berkenaan. Sudah pastilah kumpulan pengampu dan propogandis paling ramai di akhbar-akhbar media perdana berbahasa Melayu.

Di situlah para penulis cari makan akan mengagung dan mendewa-dewakan pimpinan mereka, semuanya suci bersih dan geliga belaka, manakala lawan mereka semuanya kotor, hodoh dan dungu. Kesian contoh akhbar Utusan Malaysia, dari Utusan Melayu bawah teraju Said Zahari satu ketika dahulu yang berani, tegas dan benar, kini menjadi tekukur, mengangguk dan menyanyi-nanyi menurut petikan jari tuannya.

Satu ruangan yang seakan wajib saya baca dan telaah adalah INSIGHT yang dikendalikan oleh penulis veteran Joceline Tan. Memang dalam blog ini sepanjang 6 tahun lalu, Joceline sering menjadi bahan saya jika beliau berlebihan menyondol PAS, tetapi saya kena akui beliau seorang yang tajam dalam membuat analisa walaupun kadangkala tidak tepat dan tersasar.

Apa pun saya kenali beliau terutama semasa menjadi Setiausaha Akhbar Presiden PAS dahulu dan masih menjalin hubungan sebagai rakan sehingga kini.

Hari ini Joceline menulis berkenaan pengundi Melayu di bawah tajuk “Greater shift in the Malay vote” http://thestar.com.my/news/story.asp?file=/2010/5/23/focus/6306114&sec=focus
dimana beliau membongkar bahawa dalam pada kita memperkatakan darihal lonjakan sokongan pengundi Cina khasnya terhadap Pakatan Rakyat, sesungguhnya para pengundi Melayu pun sebenarnya sudah mula melangkah beralih kepada PR samada disedari ataupun tidak.

Kebetulan saya rasa inilah “point” yang cuba saya hujahkan dalam posting saya yang lalu bertajuk “Jangan perlekeh keupayaan orang Melayu” di blog ini: http://n32.blogspot.com/2010/05/jangan-perlekeh-keupayaan-orang-melayu.html

Kata Joceline peralihan sokongan orang Melayu ini paling ketara jika dilihat pada lonjakkan sokongan yang diterima oleh PAS. Undi PAS bertambah lebih tiga kali ganda dari tahun 1990 apabila ia hanya menerima 376,000 undi kepada 1.1 juta dalam tahun 2008.

Ini bermakna cara politik lama sudah tidak termakan atau semakin ditolak oleh orang Melayu. Politik kain batek, politik subsidi,politik janji dan wang ringgit semasa kempen pilihanraya semakin memakan diri berbanding dengan memberi sokongan kepada BN sebagaimana satu waktu dahulu.

Orang Melayu sebagaimana rakan-rakan-rakan mereka orang Cina juga mahukan pimpinan yang berkualiti. Pemimpin yang boleh dipercayai, yang memperjuangkan nasib mereka secara tulus dan ikhlas, tidak rasuah, bermoral tinggi semuanya kulaiti yang semakin asing dan jauh dari barisan pimpinan Umno pada hari ini, samada diakui ataupun tidak.

Kerana itu kita jangan sekali-kali menghukum pengundi Melayu sebagaimana orang-orang Umno menghukum pengundi-pengundi Cina bila menolak mereka di Hulu Selangor dan Sibu. Jika tepatlah analisa dan bacaan Joceline bermakna pengundi Melayu berpotensi bangkit sekali secara menyeluruh menolak Umno, syaratnya kita kena berusaha dan bekerja kuat menawan hati mereka.

Saya ambil contoh di Sibu. Semasa DAP bersendirian dahulu,sukar bagi mereka masuk dan berinteraksi dengan para pengundi Melayu khasnya di DUN Nangka. Tetapi dalam tempoh 10 hari, dengan kehadiran para petugas PAS dari seluruh negara, mereka berkampung di DUN Nangka, orang-orang Melayu/Melanau di sana mula membuka pintu pada PR.

Walaupun pintu itu belum lagi dibuka seluas-luasnya namun kesannya dapat dilihat. Di Daerah Mengundi Illir Nangka walaupun BN menang di semua peti undi, namun dengan kehadiran PAS undi DAP bertambah lebih 10 peratus. Ia mungkin kecil tetapi ia suatu petanda yang sangat positif. Illir Nangka adalah daerah mengundi jauh di Sibu, ia bukan Seri Serdang atau Taman Templer di tengah-tengah bumi Selangor!

Orang Melayu memang sudah bangkit menolak BN dalam PRU ke 12 lalu, cuma tahap lonjakkannya berbeza-beza dari satu daerah ke satu daerah dan dari satu negeri ke satu negeri. Dalam erti kata lain belum betul-betul menyeluruh. Di Selangor sahaja buktinya Dato Dr Hasan Ali menang di DUN Gombak Setia yang majoriti pengundi Melayunya 80.3 peratus dengan kelebihan 2,797 undi (calon BN dahulumenang dengan majoriti 2,728). Di DUN Sabak yang majoriti pengundi Melayunya 79.7 peratus,Ustaz Sallehen Mukhyi dari PAS tewas dengan majoriti 117 undi (calon BN dahulu menang dengan majoriti 2,256 undi).

Kesimpulannya pengundi Melayu memang telah bangkit dan insyallah berpotensi bangkit lebih besar lagi kerana mereka peka danmelihat apa yang berlaku di sekeliling mereka. Kata Joceline pakatan antara PAS,DAP dan PKR kelihatan lebih meyakinkan rakyat. Masing-masing bertolak-ansur dan boleh bekerjasama dengan baik demi kepentingan rakyat.

Bagi saya pengundi-pengundi Cina telah memberikan paku terakhir buat keranda MCA dan Gerakan. Mereka tidak kelihatan akan mahu memeluk kembali BN dalam waktu terdekat ini. Keberkesanan kepimpinan kerajaan PR di Pulau Pinang, Selangor, Kedah dan Kelantan terus meyakinkan mereka.

Begitu juga para pengundi Melayu. Mereka dapat melihat kesungguhan PAS dalam memperjuangkan nasib dan masa depan Islam dalam negara selain menjadikan PR sebagai wadah terbaik untuk memimpin dan memperjuangkan nasib dan kebajikan umat Melayu yang berbeza sama-sekali dengan”style” dan kaedah Umno.

Saya yakin bahawa sedikit demi sedikit para pengundi Melayu akan semakin sedar dan celik. Tidak mustahil tsunami yang lebih besar akan melanda dalam PRU ke 13 nanti, dan ianya sumbangan dan bikinan tangan orang-orang Melayu selain rakan-rakan bukan Melayu yang lain.

"Pencerahan" Yang Tertangguh...

Salam Pencerahan!
“Dan janganlah kamu berdebat (untuk membela) orang-orang yang mengkhianati dirinya. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang selalu berkhianat lagi bergelumang dosa.” [4:107]
Pertama

SEPATUTNYA malam semalam ini, saya dihizbah oleh seluruh Perwakilan Pemuda PAS Negeri di Pulau Pinang. Mereka mahu hizbah saya ekoran entri Lebih baik bertanya Allah, dari bertanya Nasharuddin!

Sekitar jam 4.30 petang semalam, saya sendiri menghubungi Ustaz Yusni Mat Piah, Ketua Pemuda Pulau Pinang. Beliau memaklumkan bahawa wacana pencerahan antara saya dan sahabat-sahabat pemuda terpaksa ditangguhkan pada suatu tarikh lain.

Beliau di Kuala Lumpur bersama-sama beberapa pemimpin pemuda negeri kerana menghadiri suatu mesyuarat berkala Dewan Pemuda PAS Pusat.

Para pemimpin pemuda yang berniat untuk bertemu mata dengan saya, menurut beliau, masing-masing turut sibuk dengan tugasan-tugasan tarbawi serta beberapa aktiviti pemuda sempena Muktamar Thanawi tidak lama lagi.

Bagaimanapun, beliau menyatakan rasa sudi untuk mengadakan program wacana tersebut kelak.

Kedua

Mendengar penjelasan tersebut, saya juga merayu kepadanya supaya wacana tersebut diadakan kelak.

Dalam pertimbangan saya, oleh kerana kritikan terbuka dibuat ke atas saya sebelum ini, elok saya dikritik sekali lagi secara berdepan dan secara terbuka oleh para perwakilan Pemuda PAS Pulau Pinang.

Kalau tidak baik untuk diri saya sekali pun, setidak-tidaknya baik untuk agenda pencerahan teman-teman yang mahu melihat PAS bergerak lebih progresif demi menggantikan Umno BN kelak.

Ketiga

Wacana malam ini ditangguhkan. Kepada rakan-rakan blogger Task Force 13 yang menunggu rakaman youtube saya pada sejak malam semalam, saya minta maaf.

Terlalu ramai telah saya jemput melalui sms (sistem pesanan ringkas) sebelum ini. Kalau ada yang masih belum menerima sms pembatalan, saya minta maaf banyak-banyak.

InsyaAllah, agenda pencerahan akan tetap dilaksanakan walau dengan apa cara sekalipun supaya kepemimpinan futuristik PAS holistiknya terdiri oleh:-
* kepemimpinan Islam yang takut (al-khauf) kepada Allah dan senantiasa mengharap (ar-rajaa’) kepada-Nya.
* kepemimpinan yang tidak mengkhianati perjanjian (tahalluf siyasi) sebagaimana yang dipedomankan oleh Rasulullah s.a.w melalui sunnah-sunnah-nya.
* kepemimpinan (al-qiyadah) yang bersedia dihizbah oleh para ahli jamaah Islam PAS (al-jundiyyah).
* kepemimpinan yang berkomited (al-intima’) dan berdisiplin (al-indhibat) dengan dasar-dasar PAS serta muafakat Pakatan Rakyat.
* kepemimpinan futuristik (al-istiqbaliyah) yang bersedia menggantikan Umno BN pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) kelak.
Keempat

Bagi yang terpinga-pinga membaca entri ini, saya minta maaf. Saya sengaja rahsiakan usaha Pemuda PAS Pulau Pinang mahu menghizbah saya sebelum ini atas nasihat beberapa pemimpin Pemuda negeri sendiri. Kebanyakan mereka mahu melihat kebenaran di antara saya dan mereka yang mengkritik saya.

Saya menulis entri ini pun atas nasihat mereka supaya tidak ada mana-mana pihak dikelirukan oleh pihak tertentu yang tidak gembira dengan budaya wacana pencerahan yang mahu dilaksanakan oleh kepemimpinan dinamik Ustaz Yusni dan saya sendiri.

Nak dipendekkan cerita, semuanya bermula pada Muktamar Dewan Pemuda PAS Negeri sebulan yang lalu apabila suatu usul tergempar telahpun dibuat Ustaz Mat Taliban untuk memecat saya.

Dari semakan semula minit daripada beberapa perwakilan yang mendengar ucapan tersebut, berikut adalah inti dakwaan Ustaz Mat Taliban ke atas saya:-
* Zainulfaqar tidak mempunyai etika kewartawanan Islam dan beliau wajar dipecat kerana menegur pemimpin PAS (Ustaz Nasharuddin Mat Isa) secara terbuka; termasuk menggunakan blognya.
* Beliau berkata, “Orang jahat-jahat ini, kita (Mat) kena sebut nama. Kalau saya tak sebut nama Zainulfaqar pun, saya percaya akan ada orang (perwakilan) di sini menyampaikan kata-kata saya kepadanya.
* Ustaz Mat turut mengumumkan no.telefon (0195454183) dan alaman kediamannya di depan semua perwakilan Pemuda supaya disampaikan kepada saya; sambil mencabar saya untuk dihizbah.
Selain Ustaz Mat, seorang lagi pemimpin pemuda yang saya sendiri tidak kenal, dilaporkan telah mendakwa saya sebagai liberalis, khawarij dan agen perosak jamaah (PAS).

Tidak cukup dengan itu, dilaporkan Sdr. Zuzalee Ariffin (Exco Pemuda PAS Pulau Pinang) turut membuka komputer riba untuk menunjukkan kebiadaban wartawan badwi yang bernama Zainulfaqar Yaacob.

Saya secara peribadi tidak percaya kerana Zuzalee yang saya kenal adalah seorang Murabbi; walaupun beliau sewaktu di sekolah menengah dahulu adalah junior.

Sebab itu, sejak saya diberitakan sedemikian, saya terus menghubungi Zuzalee (0135044040). Tetapi. Namun, panggilan saya tidak pernah dijawab.

Mungkin siangnya sibuk dengan urusan di sekolah. Malamnya pula, sibuk melaksanakan program tarbawi di Universiti, Maktab dan dakwah di peringkat sekolah.

Kalau benar pun, saya tidak salah. Memang saya mahu entri-entri pencerahan dari blog kecil ini menggamit semua pihak untuk marah dan mengkritik saya.

Sekurang-kurangnya, memberi kesempatan kepada saya untuk menghadapi mereka secara rasional dan ilmiah; bukannya emosional tanpa pedoman ilmu.

Bagaimana pun, dalam wacana yang bakal dijadualkan kelak, saya boleh bertemu dengan beliau dan Ustaz Mat Taliban dalam suasana yang penuh harmoni lagi ilmiah.

Kelima

Tujuan saya bertanya sedemikian, bukan untuk mencari salah sesiapa. Saya mahu melihat di mana salah saya? Sebab itu, saya perlu semakan semula (double check) setiap pengkhabaran yang sampai ke telinga saya.

Saya tidak mahu menerima berita daripada orang-orang yang fasik. (49:6)

Di bilik berita, banyak juga pengkhabaran yang terlalu peribadi, saya dengar daripada pihak ketiga. Saya terus menghubungi mereka atas rasa husn al-dzhon untuk mengabsahkan berita-berita tersebut. Rakan-rakan sekerja mungkin tersenyum kerana wartawan badwi yang bernama Zainulfaqar terlalu berterus-terang dalam percakapannya.

Begitu juga dengan pelbagai pengkhabaran dari Pejabat Agong PAS. Pernah satu ketika, seorang pemimpin Pemuda PAS Selangor menghubungi saya dan memberitahu bahawa Ketua Pemuda PAS Pusat Ustaz Nasruddin Hassan Tantawi kuat mengkritik saya dalam suatu menyuarat.

Orang bodoh berpolitik lagi badwi seperti saya terus menghubungi Ustaz Nasruddin. Alhamdulillah, kami akhirnya berwacana. Lihat entri Jangan Tampar.

Keenam

Semalam, Muhammad Al-Amin Mohd Sobri (Pengerusi Sekretariat Penerangan PAS Pulau Pinang) kebetulan ke tempat yang sepatutnya diadakan wacana pencerahan dan hizbah. Beliau berkata, tarikh wacana semalam (22 Mei) bukan ditetapkan oleh beliau. Ustaz Yusni (Ketua Pemuda PAS) yang menetapkan tarikh tersebut.

Katanya lagi, saban hari beliau follow up Ustaz Mat Taliban serta beberapa sahabat beliau melalui panggil panggilan pertemuan (liqa’), panggilan telefon serta sms. Namun, beliau berkata, hanya Ustaz Yusni (Ketua Pemuda) sahaja yang menunjukkan keikhlasan serta komitmen yang padu untuk mengadakan wacana pencerahan tersebut.

Saya berkata kepadanya, Ustaz Yusni sebenarnya sama memang seorang pemimpin masa depan PAS Pulau Pinang. Beliau seperti Ustaz Nasruddin Tantawi yang begitu santuni wacana dan ilmu. Semoga Allah mengangkat kepemimpinan dinamik ini di Malaysia/Pulau Pinang kelak.

Sehubungan itu, beliau meminta saya jelaskan dalam entri ini bahawa penangguhan tersebut tidak patut diletakkan di atas pundak Dewan Pemuda PAS Pulau Pinang. Bukan pemuda yang bersalah. Kalau bersalah pun, mungkin pihak tertentu yang saya memang tidak mahu sebut nama mereka di sini.

Suka saya nyatakan di sini bahawa saya tidak ada apa-apa masalah berhubung penangguhan wacana pencerahan semalam.

Bagi saya, oleh kerana saya didakwa dihadapan khalayak, lebih elok saya dihizbah secara rasional dan ilmu oleh mereka yang terbabit juga di depan khalayak.

Sesungguhnya saya berpegang kepada Hadith Rasulullah s.a.w seperti yang diriwayatkan oleh at-Tarmizi; yang bermaksud:

“Keterangan di atas pihak yang mendakwa dan sumpah di atas pihak yang menafikan (yang kena dakwa)…”

Ketujuh

Banyak pemimpin yang saya temui acapkali mempersoal soal adab saya dengan pemimpin.

Kebanyakan mereka mendakwa tindakan saya menegur Ustaz Nasharuddin Mat Isa, Timbalan Presiden PAS secara terbuka dan menggunakan blog seakan tidak wala’ kepada pemimpin jamaah PAS.

Dakwah mereka lagi, tindakan saya itu seakan membuka aib seorang muslim sebagaimana terlarang di sini Islam.

وَمَنْ سَتَرَ مُسْلِمًا سَتَرَهُ اللَّهُ يَوْمَ الْقِيَامَةِ

Maksud: “Barang siapa menutup (aib) muslim (yang lain), pasti Allah akan menutup (aibnya) pada hari qiamat.” [Bukhari: 2262]

Saya yakin semua kita membaca Hadith ini. Waktu berwacana dengan Ustaz Nasruddin pun, hadith ini digunakan untuk memandulkan usaha pencerahan yang saya lakukan.

Semalam, Ustaz Sheikh Abdul Qadir al-Jofri (Pegawai Penyelidik Dewan Ulama PAS Pusat merangkap penasihat Ustaz Nasruddin) dalam PMiUSM’s internal workshop pun mengkritik saya, mungkin atas hujjah zahiri hadith ini.

Mengapa saya seorang sahaja dipersalahkan?

Mengapa tidak ada langsung pemimpin Pemuda PAS Pusat dan negeri yang bangkit mempersoal tindakan Nasharuddin asyik berbincang ’sesuatu’ di Cafeteria Ahli Parlimen; pada kala semua Ahli Parlimen Pembangkang yang lain (tidak kira Muslim atau non-Muslim) sedang bergolok gadai menentang usaha Umno membawa masuk agen Yahudi ke tanah air di Dewan Rakyat?

Sekali lagi, saya merayu kepada Lembaga Disiplin PAS supaya memanggil saya selaku ahli biasa untuk dihizbah. Sekiranya saya terbukti melakukan sesuatu yang sah bertentangan dengan syariat, sila pecat saya sebagai Ahli PAS danwartawan biasa di Harakahdaily.

Berbalik pada potongan hadith berkaitan aib di atas, suka saya nyatakan bahawa inti pada matan hadith ini terdiri olehlafaz umum; iaitu ianya masih boleh dikhususkan dengan nas-nas sahih yang lain.

1. Firman Allah s.w.t, yang bermaksud:

“Dan janganlah kamu cendung kepada orang-orang yang melakukan kezaliman yang kelak (boleh) mengakibatkan kamu disambar api neraka dan sesekali kamu tidak mempunyai penolong pun melainkan Allah s.w.t (maka sekiranya kamu zalim) kemudian kamu tidak akan diberi pertolongan.” [11:113]

Suka saya nyatakan bahawa tindakan saya mempersoal tindakan Nasharuddin kerana iltizam saya untuk menentang apa jua usaha membawa jamaah PAS bergabung dengan Umno. Saya juga penentang sesiapa saya yang berniat menggagalkan tahalluf siyasi atas nama Pakatan Rakyat kerana mengkhianati perjanjian bukan sifat Rasulullah dan sifat khianat adalah sesuatu yang zalim. Ini motif tulisan saya.

Maka, sesiapa yang mahu menolak saya atau lebih tepat mempertahankan tindak-tanduk Nasharuddin itu, adakah kalian turut menolak iltizam saya yang tidak mahu cenderung pada aktiviti-aktiviti yang dekat pada kezaliman?

2. Firman Allah yang lain, yang bermaksud:

“(Iaitu) orang-orang yang telah kamu ambil perjanjian daripada mereka, sesudah itu mereka mengkhianati janjinya (janji bersama Rasulullah s.a.w) pada setiap kalinya, dan mereka tidak takut (akibat-akibatnya).” [8:56]

Menurut riwayat Ibn Abbas, ayat ini diturunkan (asbab al-nuzul) ekoran Yahudi Bani Quraizah yang mengikat perjanjian dengan Rasulullah s.a.w. Mereka kemudiannya bukan sahaja mengkhianati perjanjian itu, malah bergabung dengan musyrikin Makkah untuk menentang Rasulullah s.a.w.

Mereka kemudiannya meminta maaf kepada nabi dengan berkata, “Kami tersilap…” Kemudian, mereka memeterai satu lagi perjanjian bersama-sama Rasulullah s.a.w. Tetapi, mengkhianati sekali lagi perjanjian tersebut. Kemudian mengkhianati perjanjian ketika Perang Badar al-Qubra. Selepas itu, mereka mengikat satu lagi perjanjian [at-Tafsir al-Kabir, Jilid 7, h.420]

Al-Alusi menambah, Kaab (Ketua Kabilah Bani Quraizah) ketika menaikan kuda lalu berkata, “Dia bersumpah untuk menyerang Rasulullah s.a.w…”

Berdasarkan ayat di atas, saya hanya mahu bertanya kepada mereka yang begitu iltizam mempertahankan tindak-tanduk Nasharuddin pula, apakah pandangan kalian terhadap pemimpin tertentu dalam jamaah Islam PAS yang ternyata menipu ahli-ahlinya serta berusaha mengkhianati tahalluf siyasi dengan pergi ‘berunding dengan Umno dalam gelap’?

3. Firman Allah yang lain, yang bermaksud:

“Allah tidak menyukai ucapan buruk (yang diucapkan) dengan terus terang, melainkan oleh orang-orang yang teraniaya. Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui. [4:148]

Imam Fakhruddin ar-Razi berkata, “Allah s.w.t tidak suka makian melainkan kepada mereka yang jika tidak dilakukan demikian akan mengakibatkan keburukan (mudharat) yang lebih besar. Ketika itu, hukum makian itu diharuskan.

Ar-Razi menafsir demikian dengan suatu hadith Rasulullah s.a.w yang bermaksud, “Sebutlah apa-apapun terhadap orang-orang fasiq supaya manusia berhati-hati terhadapnya…”

Tidak cukup dengan itu, al-Razi menegaskan bahaw mencela kezaliman Sang Penzalim tidak termasuk di bawah ketegori mengumpat (al-Ghibah) [at-Tafsir al-Kabir, jilid 5, h. 424]

Sekali lagi saya mahu bertanya, salahkah saya bertanya kepada Nasharuddin di Cafeteria Ahli Parlimen beberapa bulan lalu?

Saya juga mahu bertanya kalian, di antara adab al-insan yang kalian tegakkan demi mempertahankan tindakan Nasharuddin dan adab al-Quran yang saya jelaskan di sini, kalau saya memilih untuk berpegang dengan adab al-Quran,adakah saya bersalah?

4. Lihat sabda Rasulullah s.a.w dalam Sahih Muslim, No.70 :

مَنْ رَأَى مِنْكُمْ مُنْكَرًا فَلْيُغَيِّرْهُ بِيَدِهِ فَإِنْ لَمْ يَسْتَطِعْ فَبِلِسَانِهِ فَإِنْ لَمْ يَسْتَطِعْ فَبِقَلْبِهِ وَذَلِكَ أَضْعَفُ الْإِيمَانِ

Maksud: “Barangsiapa yang melihat kemungkaran, maka hendaklah dia menukarnya dengan tangannya. Jika tidak mampu, maka dengan lidahnya. Jika tidak mampu, maka dengan hatinya. Demikian adalah selemah-lemah iman.

Hadith ini bukan menuntut kita memilih menegur dengan hati dengan mengatakan bahawa, “kalau nak menegur pemimpin PAS, sebenar ana lagi banyak perkara nak cakap, kalau nak tulis pun, ana boleh tulis blog lebih banyak dari wartawan badwi itu. Ana nak jaga parti saja sheikh, sebab itu ana tolak dengan hati sahaja.”

Hadith ini juga bukan menuntut kita hanya berani cakap belakang sahaja. Sebab itu, seperti tindakan ana sebelum ini menegur Nasharuddin serta mengajak beberapa pemimpin Pemuda PAS Pulau Pinang berwacana, insyaAllah jika tiadaaral melintang, saya berminat untuk mengajak Ustaz Abdul Qadir al-Joffri berwacana kelak tentang adab dengan pemimpin sebagaimana yang beliau gambarkan di depan adik-adik USM semalam.

Kebanyakan cendekiawan Islam mentakwilkan tangan dari hadith ini dengan kekuasaan. Kekuasaan di sini bermakna apabila PAS berkuasa, bukan memaksa masyarakat Islam dan bukan Islam secara paksaan seperti yang dilakukan oleh puak-puak Kerajaang Perpaduang sekarang.

Firman Allah yang bermaksud, “Tidak ada paksaan untuk (memasuki) agama (Islam); sesungguhnya telah jelas jalan yang benar daripada jalan yang sesat...” [2:256]

Sebab itu kalau dicermati dari sirah Rasulullah s.a.w, selepas Rasulullah s.a.w menjadi Ketua Negara Madinah al-Manawwarah, penyebaran Islam dilakukan secara hujjah dan futuwwah.

Dan sebab itu juga, saya mahu menasihatkan puak-puak Kerajaan Perpaduang supaya tampillah ke hadapan untuk berhujjah dengan saya dan rakan-rakan dalam Task Force 13 atas perkara-perkara yang kita berbeza.

Ini bukan zaman jahiliah moden yang membolehkan para pemimpin parti memaksa ahli-ahli partinya membuta tuli mengikut kehendak mereka. Ini zaman demokrasi liberal yang relatik yang cukup menyanjung rasional dan ilmu.

Jadi, apakah sebenarnya ‘ibrah (pengajaran) yang mahu dihayati daripada hadith tersebut? Bagi saya, hadith ini bukan menjelaskan tentang kepentingan menentang kemungkaran menggunakan tangan (kekuasaan), lidah (pengucapan) atau hati.

Tetapi, bagi saya hadith ini memberi isyarat kepada kita bahawa kemungkaran pada tahapan mana sekalipun mesti ditentang kerana ia terkait rapat dengan persoalan keimanan kita kepada Allah s.a.w dan Rasul-Nya.

Tuntasnya, salahkah saya mempersoal tindak-tanduk Nasharuddin secara bersemuka dan menggunakan blog ‘kecil’ ini?

Khatimah

Setakat ini dulu, wacana pencerahan saya. Saya yakin, tulisan ini mungkin akan mencuit rakan-rakan Blogger Pondan (meminjam istilah blogger Tulang Besi) yang enggan menerima kebenaran hujjah dan rasional.

InsyaAllah, semoga idea-idea pencerahan boleh memperkukuhkan dasar-dasar jamaah Islam PAS seperti yang termaktub dalam perlembagaan seterusnya melonjak PAS bersama-sama Pakatan Rakyat untuk menggantikan rejim Umno BN pada PRU13 kelak.

WaLlahu ‘alam. Selebihnya, maafkan saya…

SAYA MUSLIM, SAYA BENCI PENGKHIANATAN

PRU13: BERSAMA RAKYAT TOLAK PEMIMPIN KHIANAT

Zainulfaqar Yaacob

Pakatan Rakyat Melaka Pencetus Perubahan Pada PRU-13

Oleh Sidiqin Omar
MELAKA 23 Mei - Permuafakatan di kalangan rakan kongsi Pakatan Rakyat bertambah mantap dan kukuh dengan pelancaran Pakatan Rakyat Melaka semalam oleh Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Pakatan Rakyat Melaka merupakan yang kedua selepas Pakatan Rakyat Sarawak dilancarkan sejurus sebelum pilihan raya kecil Sibu yang menempa.
Program pelancaran yang bertemakan 'Semboyan Halilintar ke Putrajaya' yang diadakan di Dewan Sekolah Pay Fong malam tadi dihadiri lebih 2,000 tetamu termasuk Pengerusi Majlis Pimpinan KEADILAN Negeri Melaka, Shamsul Iskandar Mohd Akin, Pesuruhjaya PAS Melaka, Abdul Ghani Abdul Rahman dan Ahli Parlimen Kota Melaka, Sim Tong Him.
"Angin perubahan dari Semenanjung kini telah tiba di Sibu. Tempat yang dikatakan sebagai kubu kuat Umno-BN kini telah berjaya kita tembusi. Saya yakin orang Melaka juga tak mahu ditinggalkan dalam usaha untuk membawa perubahan kepada Malaysia," kata Anwar yang menyuntik semangat kepada hadirin.
Beliau mengingatkan modal politik perkauman kini tidak layak dijadikan kempen politik. Kerosakan dalam pentadbiran dan masalah ekonomi yang melanda negara adalah berpunca dari sikap pemimpin yang mementingkan diri, sanak saudara dan kroni pemimpin Umno-BN kata Anwar.
"Adakah kita ingin membiarkan maruah diri kita dipijak? Saya ingin tegaskan, sebagai orang Melayu dan Islam, kita dilarang sama sekali mengambil hak orang lain, kerana agama dan budaya kita tidak pernah mengajar begitu. Pemimpin Umno-BN adalah hipokrit kerana berbohong atas tindakan yang mereka lakukan," tegas beliau lagi.
Anwar mengakui timbul sedikit perbezaan pendapat dalam Pakatan Rakyat mengenai beberapa isu namun ia tidak menghalang kesepaduan dan keikhlasan dalam perjuangan kerana tindakan, dasar dan polisi yang akan dibuat adalah untuk kepentingan rakyat Malaysia.
"Ia sukar tapi tidak mustahil. Sikap hormat-menghormati dan tegur-menegur yang diamalkan dalam budaya Pakatan Rakyat lebih jujur dari sikap lidah bercabang dua yang dilakukan oleh pemimpin Umno-BN. Mereka di sini cakap lain, di sana cakap lain," tambah Ketua Pembangkang itu.
Beliau yakin dengan sokongan dan respon baik terhadap sambutan program Pakatan Rakyat yang ditunjukkan rakyat Melaka akan membawa perubahan yang besar kepada sistem politik dan ekonomi di negara ini.

Tidak dibenar lawat, isteri kedua Sultan Kelantan hampa lagi..siapa dia yang tak benarkan..???


Elia Suhana di pekarangan Istana Mahkota bersama peguamnya Fakhrul Azman (tengah) ketika beliau cuba melawat Sultan Kelantan.
 
KOTA BARU, 23 Mei — Elia Suhana Ahmad, isteri kedua Sultan Kelantan sekali lagi hampa apabila hasratnya untuk melawat terhalang, kali ini lebih malang apabila baginda sendiri dikatakan bertitah tidak membenarkan dia menghadap.
Elia Suhana dan peguamnya Fakhrul Azman Abu Hassan bersama beberapa rombongannya tiba di Istana Mahkota, Kubang Kerian kira-kira pukul 1 tengah hari tadi dan meninggalkan premis itu 30 minit kemudian apabila tidak dibenarkan masuk.
“Maaf encik, saya dititahkan oleh Tuanku sendiri (Sultan Kelantan) tidak benarkan menghadap.
“Saya hanya menjalankan perintah,” kata seorang pegawai Istana Mahkota ketika menyampaikan titah itu kepada rombongan Elia Suhana di pintu pagar Istana Mahkota.
Cubaan kali pertama Elia Suhana untuk melawat Sultan Kelantan sekembalinya dari Singapura 4 Mac lalu yang juga berakhir dengan kegagalan setelah dikatakan dihalang oleh Raja Perempuan Tengku Anis Tengku Abdul Hamid pada 12 Mac lalu.
Sultan Kelantan telah berkahwin dengan Elia Suhana pada 31 Dis 2007.
Pada 21 Feb lalu, Elia Suhana memfailkan saman menghina mahkamah ke atas Tengku Anis kerana ingkar mematuhi perintah Mahkamah Tinggi Syariah yang telah membenarkan beliau menziarahi baginda antara Sabtu dan Isnin setiap minggu.
Perintah mahkamah membenarkan Elia Suhana melawat Sultan Kelantan sepertimana hari dan masa yang ditetapkan tersebut telah dikeluarkan pada 4 Feb lalu melalui Hakiam Syarie Abdullah Man yang ketika itu baginda sedang menerima rawatan di Hospital Mount Elizabeth, Singapura.
Elia Suhana kelihatan kecewa apabila kehadirannya atas kapasiti sebagai seorang isteri terus mendapat halangan.
“Sebagai isteri saya juga mempunyai hak untuk menziarah Tuanku.
“Kehadiran saya atas kapasiti seorang isteri, lagipun dengan perintah mahkamah.
“Perintah mahkamah berhubung hak lawatan saya ke atas Tuanku setiap Sabtu hingga pagi Isnin masih sah,” kata beliau kepada pemberita.
Rabu lepas Mahkamah Tinggi Rayuan Syariah Kota Baru membenarkan Elia Suhana melawat Sultan Kelantan seperti yang ditetapkan Mahkamah Tinggi Syariah 4 Feb lalu.
Panel tiga hakim iaitu Ketua Hakim Syarie Datuk Daud Mohamad, Hakim Tan Sri Nik Hashim Nik Abdul Rahman dan Hakim Wan Hassan Wan Muhamad membenarkan lawatan itu setelah mengadakan semakan terhadap afidavit dan autoriti pihak Elia Suhana, 31, dan pihak Raja Perempuan Kelantan.
Daud berkata, keputusan penangguhan oleh Mahkamah Tinggi Syariah pada 4 April lalu adalah tidak sepatutnya kerana perintah itu telah dikeluarkan ke atas isteri yang sah.
Pada 4 April lalu, mahkamah yang sama telah menangguh kes permohonan Elia Suhana bagi mendapatkan hak lawatan kekal ke atas suaminya dengan alasan mahu permohonan itu didengar selepas kes bantahan awal pengesahan lafaz cerai Sultan Kelantan ke atas Elia Suhana.
Pada 21 Mac lalu, Elia Suhana memfailkan permohonan interlokutori (permohonan dalam permohonan) untuk membatalkan permohonan lafaz cerai Sultan Kelantan terhadap dirinya yang difailkan seorang wanita Nik Rorhana Wan Abdul Rahman, 60, sebelum ini yang mendakwa Sultan Kelantan telah menjatuhkan talak ke atas Elia Suhana pada 12 Feb lalu.
Dalam pada itu, Fakhrul Azman berkata, pihaknya akan mengambil tindakan selanjutnya berhubung kes ini di mahkamah.
“Kita dimaklumkan oleh seorang pegawai istana tadi mengatakan Sultan (Kelantan) bertitah tidak mahu jumpa dengan Che Puan Elia dengan alasan mengatakan Sultan telah melafazkan cerai.
“Jadi kita akan fikir macam mana tindakan selanjutnya sebab kes ini berada di mahkamah,” katanya.