Selasa, 18 Mei 2010

Pelajar Sains Politik Turun Padang Pada Pilihan Raya Bukan Pelik - Hilman

Oleh IWAN SHU-ASWAD SHUAIB
KUALA LUMPUR: Pelajar jurusan Sains Politik yang ‘turun padang’ pada setiap pilihan raya diadakan telah dianggap menjadi adat bagi mendalami pembelajaran mereka di universiti.
Menurut Hilman Idham yang merupakan salah seorang daripada empat pelajar Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) yang akan didakwa di mahkamah universiti itu, perkara itu turut dilakukan oleh pensyarah Sains Politik dalam mana-mana pilihan raya dan sebelum ini tiada sebarang masalah berlaku.
“Ia sudah jadi adat kami turun ke lapangan pilihan raya, begitu juga pelajar jurusan perubatan akan ke hospital dan pelajar bidang kejuruteraan akan turun melihat tapak projek.
“Tujuan kami ke sana (pilihan raya) bagi melihat bagaimana keadaan politik yang sebenar,” katanya di sini, hari ini.
Selain Hilman, tiga lagi rakannya iaitu Ismail Aminuddin, Azlin Shafina Adzha dan Wong King Chai turut ditahan polis pada 22 April lalu di pekan Rasa dan Ampang Pecah sewaktu berlangsung Pilihan Raya Kecil Parlimen Hulu Selangor.
Kesemuanya akan didakwa kerana melakukan kesalahan menyalahi undang-undang Seksyen 15(5)(a) Akta Universiti & Kolej Universiti 1971 (AUKU).
Dalam pada itu, Hilman mendakwa, pertuduhan itu digugurkan oleh polis kerana tiada bukti untuk disabitkan kesalahan mereka.
Katanya, termasuk Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 (AUKU) yang boleh didakwa pihak polis, namun tiada sebarang bukti untuk berbuat demikian.
“Bagaimanapun, saya hairan kenapa pihak universiti boleh mendakwa saya sedangkan pihak polis tidak mempunyai bukti yang cukup untuk mendakwa saya.
“Saya juga hairan kerana dalam empat yang ditahan, saya didakwa secara berasingan pada 2 Jun, manakala tiga lagi sehari selepas itu,” soalnya.
Jika disabit kesalahan di bawah AUKU, kesemua pelajar terbabit boleh dikenakan tindakan tatatertib dan boleh dihukum di bawah Kaedah-kaedah Universiti Kebangsaan Malaysia (Tatatertib Pelajar-pelajar) 1999.

Tengku Muhammad Faris Bakal Dimasyhur Sebagai Sultan Kelantan?


PETALING JAYA: Desas-desus kuat mengatakan kemelut Istana Kelantan akan berakhir dalam masa terdekat dengan pertabalan Pemangku Raja, Tengku Muhammad Faris Petra sebagai sultan.
Bagaimanapun pihak Istana Kelantan sehingga kini mengambil pendekatan berdiam diri serta enggan mengulas lanjut berhubung khabar angin berkenaan.
Pengelola Istana Kelantan, Datuk Abdul Halim Hamad berkata, beliau tidak mengetahui mengenai desas-desus berkenaan.
Malah beliau turut menyatakan tidak layak untuk menjelaskan mengenai perkara berkenaan kerana hanya bertugas sebagai pegawai kerajaan.
"Saya tidak tahu (pertabalan sultan), saya tak layak komen tentang perkara ini... saya hanya pegawai sahaja," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas mengenai beberapa tulisan di blog-blog yang mengatakan Pemangku Raja akan ditabalkan sebagai Sultan Kelantan dalam masa terdekat.
Blog-blog berkenaan juga mengatakan dengan pertabalan Tengku Muhammad Faris, ia akan menamatkan krisis Istana Kelantan yang berlanjutan sehingga hampir setahun sejak Sultan Kelantan, Tuanku Ismail Petra gering.
Baginda kemudiannya dimasukkan ke Hospital Mount Elizabeth pada 14 Mei tahun lalu berikutan serangan jantung.
Seiiring dengan itu, Tengku Muhammad Faris dilantik sebagai Pemangku Raja pada 24 Mei tahun lalu.

Tabung Bantu Koperal Jenain Subi Dilancar..Apakah PDRM tidak membela anggotanya sendiri..???

PETALING JAYA: Bagi membantu nasib Koperal Jenain Subi - anggota polis yang didakwa menyebabkan kematian Aminulrasyid Amzah, 15, selepas tertembak mangsa pada 26 April lalu - penulis blog Kickdefella melancarkan kutipan derma bagi membiayai kos perbicaraan defendan demi mendapatkan keadilan di mahkamah.
Kickdefella atau Syed Azidi Syed Abdul Aziz dalam entrinya baru-baru ini memberitahu, walaupun sebelum ini keluarga Jenain, 48, menolak untuk menerima sebarang sumbangan namun dia diberi kebenaran untuk melancarkan kutipan bagi membantu Jenain dan keluarganya.
"Saudara Jenain beberapa kali menolak dengan penuh hormat dan terharu usaha pembaca blog ini untuk turut menghulurkan sumbangan kepada mereka namun saya telah diberi kebenaran untuk menggerakkan satu bentuk kutipan bagi membantu keluarga koperal kita bagi mendapatkan keadilan," katanya di sini.
Dia memberitahu, keluarga Jenain terpaksa menggunakan kesemua wang simpanan mereka bagi membayar wang ikat jamin berjumlah RM10,000 sebelum ini.
Dalam pada itu, Syed Azidi berpendapat, melakukan kesilapan sewaktu menjalankan tugas adalah lebih produktif berbanding malas melakukannya kerana takut melakukan kesilapan.
Katanya lagi, seorang yang rajin bekerja akan lebih mudah terdedah melakukan kesilapan berbanding mereka yang tidak melakukan sebarang kerja.
"Insiden ini hendaklah menjadi penanda aras buat pihak berkuasa untuk memastikan kesilapan dalam melakukan tugas dapat dikurangkan tetapi bukan dengan kaedah yang merendahkan moral anggota yang menjalankan tugas," jelasnya.
Minggu lalu, Jenain didakwa di Mahkamah Sesyen Shah Alam kerana menembak pelajar tingkatan tiga, Aminulrasyid sehingga membawa kepada kematiannya.
Beliau bagaimanapun mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan.
Anggota polis itu didakwa di bawah Seksyen 304 Kanun Kesiksaan iaitu menyebabkan kematian tanpa niat membunuh.
Jika disabitkan kesalahan dia boleh dihukum penjara maksimum sehingga 30 tahun.
Hakim M. Gunalan mengenakan ikat jamin sebanyak RM10,000 dan menetapkan 10 Jun depan sebagai tarikh sebutan kes.
Aminulrasyid mati ditembak dalam insiden polis peronda mengejarnya sejauh enam kilometer pada 26 April lalu di Seksyen 11 di sini selepas mangsa enggan memberhentikan kenderaannya.
Sementara itu, akaun Kelab Penyokong Polis Diraja Malaysia (PDRM) di laman sosial Facebook yang antara lain dibuka sebagai tanda sokongan kepada Jenain sehingga pukul 8 malam ini menerima 20,002 hit.

Hadiah Untuk Keegoan Kerajaan BN



Hadiah Untuk Kerajaan Rasuah BN

Rakyat Sudah Benci Dengan Kerajaan BN
Rakyat Sudah Meluat Dengan Kerajaan BN
Rakyat Sudah Menolak Kerajaan Rasuah BN
Kini Rakyat Telah Menolak Kerajaan BN Dalam Pilihanraya Di Sibu
Dan Rakyat akan Tunjukkan Lagi Kebencian Kepada Kerajaan Rasuah BN Dalam
Pilihanraya Yang Akan Datang….
Rakyat Akan tunggu Dan Lihat, Bilakah Pemimpin-Pemimpin Kerajaan BN Akan Sedar
Bahawa Majoriti Rakyat Sudah Menolak Mereka…
Selamatkan Malaysia,Tukarkan Kerajaan BN
Di bawah  ini satu lagi gambar kenangan…

Hulu Selangor and the unstoppable wave of new politics

No amount of money, goodies and strong-arm tactics of the old Politics of Fear, will now ever be able to dismantle and demolish that landscape of the New Malaysian Politics. The ‘division’ of Malaysian electorates has never been more pronounced.


Dr Dzulkefly Ahmad,
For the plethora of events that have recently unfolded, my silence has, perhaps, been deafening. Few have called in to say ‘hello’ while old friends have jokingly insinuated that I may be contemplating to cross over after Pakatan’s defeat in the Hulu Selangor (HS) by-election. One is now challenged to come out with a commentary on HS.
First let me clarify my position on writing a ‘post-mortem’ of sorts. I have almost decided to only read post-mortems. It may be best that way. Why? If you insist to know, I will tell you. The reason is simple. A post-mortem is done on the dead. A pathologist is almost always right but he is also always 24 hours late.
On the other hand, a traumatologist’s acumen, working in the A&E Department, is critical to save the lives of poisoned or traumatized patients/victims as he manages them in those most critical moments. Rather than simply explaining why someone died, a traumatologist if successful will help survive the ordeal.
I would prefer to assume the role of rescuer. Better still, is to be amongst those who practise ‘preventive medicine’. They strategise for better health care for the community because it is their job to understand causes of mortality or morbidity as to proactively and preemptively provide measures to enhance health-care and well-being. A pathologist is nonetheless still important in medical practice.
I hope this clarifies my reluctance, especially for a by-election that was predictable before 'death' and where those in the position to do something about it, could not or did not do much to avert the pitfall.
Beyond numbers and figures
Now, almost two weeks after HS, I want to revisit the by-election, but not by looking down at numbers and trends, so many have already done that and the typical reactions abound, but more importantly to comment on the political trajectory of endearing Malaysia with a vibrant functional democracy.
Driving back from Hulu Selangor to Shah Alam on the night of April 25, I was asked by two prominent colleagues from Singapore about the outcome. I reproduce those discussions here verbatim for your perusal as it truly reflected my emotion and rationale then and more so now.
“Frankly, I like the results so that it humbles us to be battle ready for the next GE. We can’t win on goodwill alone, while our machineries are nowhere near battle ready…"
Constrained by space, the narrative has to be selective and it is meant to serve the writer’s intention.
The two main take-aways from the Hulu Selangor contest, from the writer’s perspective are the following:
1. The current political environment in Malaysia no longer allows BN to assume power with impunity. Reversion perhaps retrogression to ‘normality’ i.e. unbridled power of the BN pre-12 GE is not no longer an option for the rakyat.
2. Although BN no longer has assurances of sailing to victory, neither does Pakatan Rakyat, and while BN seems to be aware of the work cut out for them, Pakatan, amazingly, seems to think they now have the status that BN previously had.
The recent contest has shed light on the strengthening of democracy in Malaysia and it is heartening for the people.
A full-fledged democracy requires fulfillment of three essential conditions: extensive political contestation based policy advocacy (not smear campaign or character assignation), guaranteed civil and political liberties of the voters including the exclusion of intimidation and fear and equitable access to the media for contesting parties/candidates.
What 'referendum'?
It must now be overwhelmingly evident to Najib and his deputy, that neither the brute force and the entire fire-power of the BN’s machinery, media and money nor cajoling of the electorates with tag-lines like “BN Mampu Berubah – BN Could Change” could ever reverse Malaysian political topography to ‘normality’.
It is not without reasons that Muhyiddin Yassin wanted the BN to win by 6,000 votes. He reminisces and cherishes the days of old when BN could win big, as in a landslide and usually hands-down. The three seats won by BN’s state assemblymen in HS had a total majority of 6167 votes in the March 2008 GE.
Assuming the majority of 198 won by the late PKR member of parliament was almost like ‘personal-to-holder’, he wanted the entire 6,000 votes to return to the BN.
On the back of that optimism, Najib dubbed the by-election a ‘referendum’. What referendum? That surely must be his 1-Malaysia, of his many APCO-manufactured reform-gimmicks and perhaps his newly minted but least understood New Economic Model.
Was that achieved? No. Najib’s BN does not quite understand the dynamics and mechanics of the contestation of the New Politics. Yes the BN candidate P.Kamalanathan has won. Not by 6,000 though but a mere 2.6% or 1725. That was on the back of an increased turnout of almost 2,000 voters. Simply put, 1,800 went to the BN and the rest to PR’s Zaid Ibrahim.
A lot could be said of ethnic shifts and swings with respect to polling stations and streams. But for this narration, those findings are not quite pertinent. Taken as a whole though, PKR retained 36% of Malay vote, 45% of Indian votes and almost had 77% of Chinese votes. You can’t really read and extrapolate too much into it.
Admittedly by all, it was not a small feat for Zaid to have gotten 48% of the votes especially when Najib threw RM100 million into the ring. Zaid and later the Pakatan’s machineries mounted a gallant fight back despite all the smear campaign, allegation of numerous electoral offences and enormous odds staked against him from day 1.
'Hulu' but not gullible
The results are arguably very consoling and reassuring for the well-wishers of democracy and particularly the advocates of the two-party system. After the setback in Bagan Pinang, another difficult constituency for the New Politics, the nation is assured that the rakyat’s commitment to reform is here to stay and has indeed been reinforced.
A thrashing or a thumping victory of the BN, would have time-tunneled us into believing that the one powerful party state of the Old Politics is back. And mind you this is ‘Hulu’, meaning ‘remote’ Selangor or should I say all the more that it is Hulu Selangor - quite like Batang Air (Sarawak) - the more ‘gullible’ and ‘information-deficient’ sections of the rakyat with an Indian-estate, Malay-Felda settlement and pockets of semi-urban settings with perhaps a more ‘informed’ middle-ground electorates.
Even in HS, no semblance of a return to the hegemonic power of the Umno/BN is allowed by the electorates. If there is one thing that gives me great consolation, this is it. Never mind the wake-up call for the Pakatan and all those aspirations for a regime change in the next GE.
To the writer, that could not be more important than observing the fact that if Hulu Selangor and perhaps Kuala Selangor, Hulu Langat, Kuala Langat and all other ‘Hulus and Kualas’ throughout the Selangor State and the entire nation like Hulu Terengganu and Kuala Kerai etc, are amenable to embrace the New Politics of Reason, the future for a vibrant and functional democracy is something within reach and may see the light of the day.
No amount of money, goodies and strong-arm tactics of the old Politics of Fear, will now ever be able to dismantle and demolish that landscape of the New Malaysian Politics. The ‘division’ of Malaysian electorates has never been more pronounced.
New Polity
That is almost a prerequisite for the establishment of a New Polity, i.e. the existence of  ‘well-informed citizenry’, to paraphrase Al Gore, that will serve as the ultimate check and balance for a truly functional democracy, especially when critical democratic institutions of the nation like the Judiciary, EC, Suhakam, MACC, MCMC etc are dysfunctional, severely compromised and endlessly subverted.
Viewed from this perspective, the slow but sure emergence of a two-party system should be welcomed by all. The quest for a vibrant democracy will bring with it an enhanced integrity and a truly responsible government, be it the government of the BN or PR.  It is this that would propel and leap-frog us to a developed nation status.
The sooner Najib and his administration understand these new realities the better it is for the nation. While Najib will surely oppose the rise of Pakatan, as it is most expected of a zero-sum politics, Najib’s BN must not prolong the subversion of the birth of a functional democracy that will pave way for a New Malaysia.

Sultan Kelantan orangnya pintar - Subky Latif

DYMM Sultan Kelantan yang terlantar gering sejak setahun lalu dan tidak lagi mudah berkomunikasi seperti biasa malah dengan orang yang dekat dengan baginda bagi saya adalah seorang yang pintar.

Apa pun orang kata, pada saya semasa sihatnya baginda adalah orang yang pintar.

Allahyarham Haji Idris Othman meninggal awal 2000 adalah penasihat undang-undang Negeri Kelantan yang baginda rundingi bagi mengeluarkan motokar mewah Lamborghini dari simpanan kastam di Subang untuk dibawa ke Kelantan.

Baginda telah menggemparkan negara kerana dapat mengeluarkan motokar itu tanpa menjelaskan cukai besar yang dikenakan dalam tahun 90an dulu dan selamat dibawa ke Kelantan dan bebas digunakan di Kelantan saja.

Apa pun orang kata tentang  kejadian, tetapi bagi saya ia adalah perancangan pintar baginda dengan Haji Idris hingga kastam dan polis tidak menduga ia berlaku dan dapat dilakukan jika tiada pelan yang pintar.

Mungkin orang boleh berkata macam-macam atas kejadian itu tetapi saya yang mencintai kepintaran, sayang dan mengkagumi kepintaran itu.

Sebelum terbentuk muafakat antara PAS dengan Team B UMNO pimpinan Tengku Razaleigh, saya bertemu dengan Setiausaha Sulit baginda di Kota Bharu yang saya tidak ingat namanya.

Pegawai itu baru membeli motokar baru. Baginda datang menegok kereta itu. Baginda menceritakan tentang enjin motokar itu begitu dan begini yang pegawai itu sendiri tidak tahu sangat tentng injin motokarnya.

Kata pegawai itu, sebut saja apa jenis motokar, Tuanku dapat menyebutkan tentng enjinnya satu persatu. Justeru itu orang-orang yang tahu tentang injin motokar yang hendak mengadap baginda mesti bersedia tentang maklumat berbagai jenis injin kerana baginda nanti akan bertanya sesuatu tentang enjin.

Begitu juga tentang senapang dan pistol. Baginda amat meminati hal ehwal senjatapi dan membaca semua tulisan  tentang senjata. Sekalian panglima tentera yang mengadap mesti bersedia dengan berbagai maklumat terbaru mengenai senjatapi kerana baginda.

Saya tanya pegawai itu tentang tugas hariannya dengan Tuanku? Pagi-pagi lagi Tuanku sudah membaca kebanyakan surat khabar. Tidak lama selepas masuk pejabat, Tuanku mesti bertanya sudah dia membaca rencana dan berita itu dan ini.

Termasuk yang baginda tanya tulisan saya di Harakah. Biasanya pegawai memberitahu dia belum membacanya. Baginda suruh dia membaca rencana-rencana itu. Kalau rencana itu sudah dibacanya, baginda akan tanya pandangannya tentang rencana itu. Mana-mana rencana baik dari akhbar Melayu dan Inggeris yang baginda suruh baca, mesti dibacanya segera kerana tidak lama selepas itu baginda akan bertanya tentang rencana itu.

Beliau tidak menceritakan tentang reaksi Sultan tentang pandangannya terhadap rencana-rencana itu. Tetapi saya percaya tentulah ada perbincangan baginda dengannya atas rencana itu.

Satu hal dirasanya berat tetapi sudah biasa baginya, biasanya baginda kalau tidak ke mana-mana akan ke pejabatnya sekitar pukul 10 pagi. Baginda membawa satu buku yang sudah dibacanya. Disuruhnya pegawai itu membacanya. Sebelah petang nanti baginda akan minta apa pandangannya tentang kandungan buku itu?

Pegawai itu tidak boleh temberang kerana baginda tahu kandungannya. Kadang-kadang berturut-berturut hari. Pegawai itu mesti membaca cepat dan mesti selesai sebelum petang  dan sebelum satu buku baru yang akan diserahkan kepadanya.

Saya tanya, adakah Tuanku kuat kembaca? Jawabnya, ulat buku.

Jika begitu keadaannya, padanlah Sultan Kelantan itu seorang yang pintar.

Tentang motokar Lamborghini yang mahal itu tinggi pula cukai kastam. Baginda pernah dikenakan cukai mudah atas kereta mewah lain sebelum itu. Maka cukai mudah itu tidak diberikan lagi. Motokar itu tidak boleh dikeluarkan selagi cukainya tidak dijelaskan.

Bagaimana baginda hendak mengeluarkannya?

Hal ini tidak boleh dirunding dengan ramai orang. Baginda berbincang dengan Haji Idris saja. Haji Idris dapatkan beberapa maklumat yang diperlukan. Lalu baginda pun pergi melihat motokar itu. Dengan pengetahuan mengenai enjin baginda bolehlah bercakap tentang enjinnya. Baginda cuba menaiki motokar.

Baginda pun minta mencuba pandu sendiri di kawasan berdekatan. Kastam membenarkannya tetapi tidak boleh pergi jauh sangat kerana minyak tidak cukup. Apabila baginda memandu motokar itu, baginda terus ke  stesyen minyak dan dari situ memandunya hingga ke Istana Kelantan di Kuala Lumpur.

Hebohlah kastam kerana motokar mewah bercukai tinggi itu sudah dilarikan. Motokar itu tidak boleh diambil dari kawasan istana. Kalau ia keluar dari kawasan istana, ia akan diambil balik.

Bagaimana hendak mengeluarkan motokar itu dari istana?

Haji Idris mendapatkan maklumat tentang perjalanan dari Kuala Lumpur ke sempadan Pahang dan Kelantan. Masa mana tiada rondaan polis sepanjang perjalanan itu? Biasanya waktu panas terik tengah hari polis membuat kerja lain.

Kata Haji Idris, dia memastikan stesyen minyak di Benta antara Raub dan Kuala Lipis ditutup sejam bagi membolehkan motokar itu tidak terhalang mengisi minyak. Motokar itu tidak boleh berhenti di tengah jalan dan tidak boleh berhenti lama semasa mengisi minyak. Bimbang nanti dikesan polis.

Dan motokar itu mesti dipandu oleh baginda sendiri. Kalau terserempak polis, mungkin polis segan silu dengan Sultan.

Seperti yang dirancang motokar baru yang belum ada air-con itu dipandu dalam keadaan panas hingga ke Benta. Merah menyala wajah Raja oleh panas di luar motokar dan di dalam motokar. Bayangkan suasana yang baginda tidak pernah alami.

Selepas Benta motokar itu dipandu orang lain segera menuju sempadan dan di Kelantan ia terjamin selamat. Sultan menaiki kereta rasmi lain di belakang motokar itu hingga ke sempadan.

Begitulah hebat dan pintarnya Sultan semasa sihat dulu.

Sibu penanda aras PRU 13

KUALA TERENGGANU, 18 Mei: Kemenangan calon DAP yang mewakili Pakatan Rakyat dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Sibu pada 16 Mei lalu menjadi penanda aras ke arah Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 nanti, kata Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali (gambar).
PAS, katanya meramalkan PRU 13 bakal diadakan paling cepat berlaku pada bulan April 2011 yang disekalikan dengan pilihan raya negeri Sarawak.
“Saya yakin dengan perkembangan yang berlaku ini, pilihan raya Sarawak akan dilewatkan sikit.
“Saya lihat, tidak mustahil PRU ke-13 akan datang pada April 2011 tahun depan dan disekaliguskan dengan pilihan raya di Sarawak. Biasanya, diadakan secara berasingan tetapi barang kali akan disekalikan,” jelasnya.
Beliau berkata demikian pada satu sidang media di Pejabat PAS Terengganu, di sini, hari ini.
Menurutnya, pilihan raya umum di negara ini tidak pernah diadakan kurang daripada tiga tahun yang genap pada Mac 2011.
Jelasnya, teori beliau mengenai PRU 13 diramalkan berlaku serentak dengan pilihan raya di Sarawak bagi mengelakkan tekanan kepada Barisan Nasional (BN).
Ini kerana, katanya jika diadakan pilihan raya Sarawak sahaja tekanan cukup hebat kepada BN yang bimbang bakal menerima nasib kekalahan seperti di Sibu.
“Pakatan Rakyat boleh menang jika pilihan raya dibuat di Sarawak sahaja berdasarkan perkembangan di Sibu.
“Jika diadakan (pilihan raya) di Sarawak sahaja tekanan cukup hebat dan akan jadi nasib seperti pilihan raya kecil di Sibu, Barisan Nasional akan kalah,” tegasnya.
Beliau yang juga bekas Pengerusi Jabatan Pilihan Raya PAS Pusat mendakwa Sabah dan Sarawak merupakan kubu terakhir kekuatan BN.
Sebab itu, katanya satu strategi baru dirangka agar Sarawak tidak dijadikan tumpuan ‘serangan’ Pakatan Rakyat dalam PRU ke-13 akan datang.
“Jika dilihat sekarang ini keseluruhan kekuatan BN yang ada, maka Malaysia Timur iaitu Sabah dan Sarawak dianggap sebagai kubu terakhir bagi Barisan Nasional.
“Jadi, kubur terakhir ini jika Sabah dan Sarawak ‘roboh’ habis pemerintahan BN di negara ini, insya Allah,” ujarnya.
Sehubungan itu, katanya Pakatan Rakyat mula diterima di Sarawak setelah rakyat hilang keyakinan kepada kerajaan BN.
Menurutnya, PAS, DAP dan Parti Keadian Rakyat (PKR) kini menjalinkan kerjasama yang sangat baik dalam satu kumpulan pakatan.
“Pakatan Rakyat kini mula diterima di Sarawak. Sebab dahulunya, masing-masing bertanding sendiri. DAP tanding sendiri, PAS tanding sendiri, PKR tanding sendiri. Tetapi kali ini kita (PAS) bekerjasama dalam satu kumpulan pakatan (Pakatan Rakyat),” ujarnya.
Katanya, PAS bersedia pada bila-bila masa jika PRU 13 bakal diadakan seawal tahun 2011.

Kan dah di PESAN.. Kalau taknak bagi kat SHARIZAT...

Lelaki : Sayang jom romen-romen...
Perempuan: Ape romen-romen? Tak malu ke?
Lelaki: Alah nak malu mendenye... Nantikan sayang kawin ngan abang...
Perempuan: Lol... Mana leh.. kite tak kawin... Nanti terdapat anak sebelum kawin camne? Kalau Abang lari camne?
Lelaki: Jangan takut Abang tak lari.. buat anak takpe kalau taknak boleh bagi kat SHARIZAT...

kahkahkah ini semua Sharizat punya pasal... kahkahkah
Ini semua undang-undang 1Malaysia...
Sharizat yang seksi.... kahkahkah

MELAKA, 17 Mei (Bernama) -- Polis menahan dua suspek iaitu ibu bayi dan teman lelakinya, yang merupakan pelajar berusia belasan tahun, berikutan penemuan mayat bayi lelaki, yang ditanam di tepi tebing sebatang sungai di sebuah taman perumahan di Batu Berendam di sini pada awal pagi, Khamis lepas.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Melaka, ACP Mohd Adnan Abdullah berkata kedua-dua suspek juvana itu akan didakwa di Mahkamah Majistret Alor Gajah pagi esok.

"Siasatan kes ini telahpun selesai mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran dengan membuang mayat secara sulit," katanya pada satu sidang akhbar di sini hari Isnin.

Mohd Adnan berkata mayat bayi yang dilahirkan cukup sifat itu ditemui pada pukul 4 pagi di Taman Melaka Baru.

"Daripada pemeriksaan doktor ke atas mayat bayi itu, didapati terdapat kesan lebam dan kecederaan di bahagian kepala," katanya.

Mohd Adnan berkata polis menerima laporan daripada ibu kepada pelajar perempuan itu pada kira-kira pukul 10 malam Rabu lepas.

Katanya wanita berusia 30-an itu mendakwa ketika pulang ke rumahnya kira-kira 2.30 petang pada hari sama, anak perempuannya dalam keadaan kesakitan dan terdapat kesan darah pada pahanya lalu membawa anaknya ke hospital untuk rawatan.

Semasa disiasat polis, pelajar itu menyatakan dia melahirkan bayi secara berseorangan di rumah pada pagi Rabu dan telah menghubungi teman lelakinya, yang membawa bayi baru dilahirkan itu ke suatu tempat untuk disembunyikan.

Katanya polis berjaya mengesan teman lelaki pelajar itu pada kira-kira pukul 1.45 pagi di rumahnya, yang kemudiannya membawa polis ke tempat bayi itu ditanam.

-- BERNAMA

PRK Sibu: BN belum sedar dari lamunan


wong_ho_leng-DAP_SWAK Oleh staf FMT
PETALING JAYA: Para pemimpin Barisan Nasional (BN) belum lagi sedar dari lamunan kekalahan pada pilihan raya kecil (PRK) Parlimen Sibu Ahad lalu yang menyaksikan pertarungan sengit di antara calon DAP Wong Ho Leng dan calon SUPP Robert Lau Hui Yew.
Mereka masih berputar-putar mencari punca apakah sebab kekalahan itu dan ada di antara mereka yang tidak dapat menerima hakikat kekalahan dan sokongan yang semakin terhakis.
Mereka mengeluarkan kenyataan bersifat rempah ratus, memujuk diri sendiri dan ada yang sedang mengkaji apakah keperluan masyarakat Sibu sebenar.

Kenyataan Ketua Menteri, Tan Sri Abdul Taib Mahmud berbentuk retorik kerana menyifatkan kemenangan DAP itu bukan isyarat kepada permulaan penguasaan parti pembangkang di Sarawak.
"Jangan sangka apabila seekor ayam berkokok maka ertinya hari sudah siang," katanya yang juga Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu.
Masyarakat Sibu tidak boleh "dibeli" 
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata, BN akan melakukan pembaharuan terhadap jentera pilihan raya parti itu yang kini didapati kurang bertenaga, dan tidak kreatif, sebagai persediaan pada pilihan raya umum yang akan datang.
Menurut beliau, DAP berkempen secara agresif dan menggunakan isu-isu yang sensitif serta banyak mengadakan program dan perjumpaan.
Najib sepatutnya hairan kenapa rakyat Sibu tidak termakan dengan "gula-gula" yang ditaburkannya menjelang PRK itu.
Seperti mana berleluasanya politik wang di Hulu Selangor tempuh hari, Najib memberi wang tunai RM600 untuk setiap pintu di rumah panjang disamping memberi RM5 juta untuk sekolah-sekolah rendah Cina, RM5 juta untuk sekolah-sekolah menengah persendirian Cina dan RM10 juta untuk sekolah-sekolah mubaligh Kristian.
Masyarakat Cina di Sibu khususnya sudah mencapai kematangan berpolitik dan tidak boleh "dibeli" dengan wang seperti mana yang ditunjukkan oleh pengundi-pengundi Cina di Rasa, Hulu Selangor.
Mereka memberi sokongan padu kepada calon Pakatan Rakyat, Dato’ Zaid Ibrahim walaupun Najib menyogok RM3 juta untuk sekolah kebangsaan Cina di situ sehari menjelangnya hari mengundi.
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein menyarankan BN melakukan bedah siasat segera bagi mengenal pasti punca utama calonnya tewas.
"Umno memang kecewa dengan kekalahan itu, tetapi kita menerima keputusan berkenaan secara terbuka.  Walaupun kalah tipis, BN perlu melakukan bedah siasat yang boleh dijadikan panduan untuk menghadapi pilihan raya umum akan datang," ujar Naib Presiden Umno itu.
BN terus berjanji untuk menunaikan janji-janji yang dibuat menjelangnya sesuatu pilihan raya dan begitu juga di Sibu. Kegemaran para pemimpin BN untuk berjanji dengan projek pembangunan membuat rakyat menjadi muak kerana banyak janji yang tidak ditunaikan.
"BN akan tetap menunaikan janji-janji yang telah diumumkan oleh kerajaan kepada rakyat semasa kempen pilihan raya kecil Sibu," kata Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Beliau yang juga Timbalan Pengerusi BN berkata, segala apa yang telah diumumkan oleh Perdana Menteri, dirinya sendiri atau mana-mana pemimpin BN sebelum ini akan ditunaikan.
Bagaimanapun SUPP (Parti Rakyat Bersatu Sarawak) agak lebih berterus terang tentang kekalahan ini. Presidennya, Tan Sri Dr George Chan Hong Nam berkata, lebih daripada 50 peratus pengundi didapati tidak gembira dengan parti tersebut.
"Ini adalah pilihan rakyat dan kita mesti terima keputusan ini. Sekarang kita mesti mengambil tahu kenapa rakyat tidak senang dengan kita," ujar beliau.
Kemenangan Pakatan Rakyat di Sibu menandakan tsunami politik telah melanda negeri Sarawak dan diharap tsunami akan tiba di pantai Sabah tidak lama lagi bagi membawa perubahan dan memperkenalkan politik baru.

Will Taib pick 20/10/2010 for state polls?

By FMT Staff
SIBU: The dust has barely settled on Sibu but already Feng Shui masters and punters alike are working out the dates and probabilities of an October 2010 state elections.
Word on the ground is that Chief Minister Taib Mahmud may be forced to consider their suggestion as "he cannot afford to wait."
On Sunday, the BN chief minister's coalition partner, Sarawak United People’s Party (SUPP), suffered an ignominious and historical defeat in the Sibu parliamentaryby-election.
A teacher who declined to be named, said: “They (SUPP) did not expect this. If you discount the postal votes, DAP won by more than 2,000 votes. That’s a good majority.
"The Chinese community have committed themselves to DAP. And the momentum is already in effect in place in Bintulu, Miri and other areas.
“SUPP and Taib know this. They can’t afford to give the opposition time. He can't afford to wait."
The Chinese community are the second largest ethnic group comprising 29 percent of the total population in Sarawak.
The defeat of BN’s Robert Lau, who was the late Sibu MP Lau Hoi Chew’s nephew, has rattled the aging SUPP which is struggling to stay relevant in Sarawak politics.
Robert (SUPP) lost to Wong Ho Leng (DAP) by 398 votes. Robert garnered 18,447 votes to Wong’s 18,845 votes.
Will it be 20/10/2010?
Meanwhile feng shui ‘experts’ are recommending that Taib consider choosing Oct 10, 2010 (10/10/10 in short) as the nomination date.
Saying the numbers are good for Taib and SUPP, they have also suggested a 10-day campaign ending with state elections on Oct 20, 2010.
“If the election falls on Oct 20, 2010 it would correspond to the four-digit ‘2010’ which represents this year,” said one expert.
But Taib, on the other hand, has dismissed rumours of an early poll.
“If I want to dissolve the state legislative assembly I will tell you, please do not read too much into rumours. I'm not yet inspired to think about the state election,” he said.

Chua: BN still relevant to us


chua_soilekKUALA LUMPUR -  MCA president Dr Chua Soi Lek said Tuesday the Barisan Nasional is still relevant to the Chinese community and they still have faith in the BN component parties.

"Today, if we are not in the government, who is going to address all these issues?," he asked at a news conference after attending a dialogue with the Association of Used Car Spare Parts Traders here.

He said he also had faith in Prime Minister Najib Abdul Razak, whom he described as a good listener, in leading the government.

"We have confidence that under our prime minister, government policies will eventually reflect the wishes of the people, including the Chinese community. We are still very hopeful and we are still very confident," he said.

Chua was commenting on the BN's loss in parliamentary by-election in Sibu on Sunday, where the majority of the voters are Chinese.

Ibrahim Ali's remark
Asked to comment on Perkasa president Ibrahim Ali's remark that the Chinese are ungrateful and unappreciative, he said the MCA would not respond to that.

"Perkasa is just a non-governmental organisation run by one independent member of Parliament. It is not reflective of the BN government," he said.

Meanwhile, Chua said the Association of Used Car Spare Parts Traders would prepare a memorandum to protest the government's proposal to ban the import of used car spare parts starting June next year.

He said the memorandum would be submitted to the prime minister and the International Trade and Industry Ministry soon as the proposed ban would affect over 5,000 traders and 100,000 workers in the industry.

"If the ban is enforced, it will also jeopardise the industry, which is probably worth RM10 billion, and consumers will also have problems in getting used-car spare parts," he added.

He also asked the relevant ministry to convene a meeting with the traders to understand the issue better. — Bernama  

Get back to reality, BN

OPINION The DAP‘s sensational win in Sibu is shocking to many, especially to the die-hard Barisan Nasional (BN) supporters.
More damning, it comes on the heels of the BN victory in Hulu Selangor.
If at all, it shows the tremendous dissatisfaction of the Chinese and Christian voters towards the BN Government, more so to the Sarawak state leadership.
And, worse, when the 'Allah' issue is still pending and has yet to be resolved.
bnteamIn the Sibu by-election, the Chinese and Christian voters undoubtedly threw their overwhelming support to the DAP candidate.
It shows the BN, especially Umno , will continue to struggle for electoral wins if  they refuse to face reality .
The BN must come to terms that , for it to be politically strong like in the 80s and 90s, it must command the overwhelming confidence of all Malaysians, irrespective of race and religion.
The BN must accept that times have changed and that politics in Malaysia is no more about race and religion. It must face reality and change.
If it accepts reality, then BN will have to change and work on real issues under the 1Malaysia concept.
Winning back confidence
It must show that 1Malaysia is not just a slogan but a tangible and honest concept to unite all Malaysians. There should be no room for the manipulation of issues on race and religion.
Such issues should be treated and handled fairly and in accordance with facts, the law and the Federal Constitution. That is the only - and fastest  - way for BN to win the confidence of all Malaysians.
If the Umno-led BN ruling coalition continues with its dinosaur-like ways in handling issues of public interest, it cannot hope to consolidate or regain its previous political strength.
The writing is clear on the irrelevant ways the BN is using to win elections.
Irrelevant because the millions of ringgit in promised infrastructure developmedap3nt, for education and for socio-development do not command the majority support anymore.
The people today are more educated, more informed. They know it is the job and obligation of the Government to bring development to the people and to the country.
The Government must be seen as a fair and just Government. Development is for every Malaysian because they are taxpayers, irrespective of their political inclination.
In this era of electronic InformationTechnology, which has created a borderless world, it is impossible to suppress truth and reality. So, the only way to win public support is to handle all issues fairly, with honesty and sincerity.
The worst thing to do now is to remain stubborn and to hold people to ransom with what the BN is expected to deliver – a fair and just Government.
In Sibu’s case, deliver the promised millions of funds for flood mitigation projects and others. BN cannot afford to punish Marobert-phang-4laysians, especially the almost equal number of Malaysians who voted for the BN.
Equally of concern is the thorough wake-up call for BN component parties, like the MCA and Gerakan.— Malaysian Mirror
 Tan Sri Robert Phang is chairman of the Social Care Foundation and a member of the advisory panel of the Malaysian Anti-Corruption Commission

Himpuan besar-besaran bantah lesen judi 3 Julai

KUALA LUMPUR, 18 Mei: Dewan Pemuda PAS Pusat akan mengadakan himpunan besar-besaran 3 Julai depan bagi membantan tindakan kerajaan meluluskan lesen judi bolasepak Piala Dunia bermula Jun ini.

Satu memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong juga akan diserahkan pada himpunan tersebut.

Ketua Pemuda PAS Pusat, Nasruddin Hassan berkata, himpunan tersebut akan bermula di masjid negara sebelum bergerak ke Istana negara.

"Pada himpunan tersebut, kita akan menyerahkan memorandum kepada Tuanku, agar mendesak kerajaan menarik balik kelulusan lesen judi yang telah diberikan," katanya kepada Harakahdaily selepas mesyuarat dewan harian Pemuda PAS Pusat petang ini.
Biarpun menerima kritikan hebat dari pelbagai pihak, kerajaan awal bulan ini tetap meneruskan hasrat meluluskan lesen judi bolasepak Piala Dunia kepada Kumpulan Berjaya yang dimiliki Tan Sri Vincent Tan.

Menurut Nasruddin lagi, sebelum himpunan besar itu, satu himpunan serentak di seluruh negara akan di adakan pada Jumaat, 21 Mei ini di masjid negeri masing-masing.

Ianya akan disusuli dengan penyerahan memorandum kepada mufti negeri masing-masing bagi tujuan sama.

"Bemula hujung Mei hingga ke penghujung bulan Jun, kita juga akan menggerakkan usaha untuk menyerahkan memorandum kepada mufti di setiap negeri dan menggesa mereka membawa kepada Majlis Mufti agar mendesak kerajaan membatalkan kelulusan lesen judi itu," tambahnya lagi.

Sepanjang tempoh menjelang himpunan 3 Julai itu juga, dewan pemuda PAS katanya akan mengadakan roadshow ke seluruh negara bagi memberi penjelasan berhubung tindakan kerajaan itu.

"Sepanjang Jun ini, kita akan turun ke setiap negeri bagi memperjelaskan implikasi judi kepada rakyat negara ini dan menyeru mereka agar tidak terlibat dalam kancah perjudian tersebut," jelasnya.

Dua Nakhoda Bukti Umno-BN Makin Reput

SHAH ALAM 18 Mei - Kenyataan bercanggah berhubung janji yang dibuat oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan timbalannya semasa Pilihan Raya kecil P212 Sibu menunjukkan kedua-dua pemipin tersebut tidak sehaluan lagi.
Ahli Parlimen Kuala Langat Abdullah Sani Abdul Hamid  berkata PRK adalah tempat Umno-BN menabur rasuah dan perkara wajib yang dilakukan secara berterusan.
"Ini menunjukkan hubungan yang tidak sehaluan yang ditunjukkan oleh kedua-dua pemimpin berkenaan dengan janji yang dibuat kepada pengundi.
"Najib bertindak sebagai 'keyman' dalam membuat dasar manakala timbalannya pula cuba mengambil hati pengundi dengan pelbagai janji manis.
Menurutnya, selepas beberapa PRK kecil sebelum ini seperti Manik Urai, Kuala Terengganu dan Bagan Pinang, kebanyakkan janji tidak pernah ditunaikan.
"Adakah mereka ini jenis yang berpegang pada janji?," soal Abdullah Sani.
Tambahnya, Najib dan Muhyiddin mempunyai pandangan yang berbeza dan ini adalah isyarat yang menunjukkan Umno-BN berada di dalam ketakutan yang amat sangat sekarang ini.
"Rakyat akan memastikan Umno-BN dimuziumkan dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 nanti," tegas Abdullah Sani ketika dihubungi Suara Keadilan.
Sebelum ini, media melaporkan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin  sebagai berkata BN  tetap menunaikan semua janji yang dibuatnya kepada penduduk Sibu semasa berkempen.
Pada masa yang sama, Najib pula berkira-kira untuk meluluskan peruntukan berjumlah RM5 juta untuk satu projek mitigasi banjir di Sibu apabila Pakatan Rakyat berjaya merampas kerusi yang dikenal pasti sebagai kubu kuat BN di Sarawak.

Ketua Pembangkang Tetap Anwar

SHAH ALAM 18 Mei - Datuk Seri Anwar Ibrahim kekal sebagai Ketua Pembangkang di parlimen berdasarkan kesepakatan KEADILAN, PAS dan DAP dalam Pakatan Rakyat
Mengulas kedudukan Anwar, Ahli Parlimen Rasah  Anthony Loke Siew Fook  menegaskan pendirian DAP jelas dalam isu tersebut.
"DAP secara jelas menyokong Anwar sebagai ketua pembangkang dan Pakatan.
"Tidak timbul isu bilangan kerusi dan jika kenyataan yang mempertikaikan ianya jelas perangkap Umno-Barisan Nasional.
Anthony juga meminta Ketua Penerangan Umno Datuk Ahmad Maslan  supaya tidak menjaga tepi kain orang sebaliknya menyelesaikan masalah yang bergelumang dalam Umno dahulu.
Ahli Parlimen Batu Tian Chua dari KEADILAN juga berkongsi pendapat yang sama.
"Tiada isu tentang jawatan tersebut kerana  ini adalah keputusan bersama kepimpinan tertinggi Pakatan Rakyat dan tidak ada sesiapa yang mempersoalkannya,"
"Sebagai contoh, kita boleh mengambil kerajaan negeri Perak sebelum ini secara bersama memilih Datuk Seri Nizar Jamaluddin sebagai Menteri Besar," tambahnya.
Bagi Ahli Parlimen Kuala Krai pula, Dr Hatta Ramli pula berkata PAS menyokong sepenuhnya Anwar sebagai ketua Pembangkang dan ini telah dipersetujui secara bersama.
"Tidak timbul isu sama ada kita mahu tukar Ketua Pembangkang atau tidak?," soal Hatta.
Selepas PRK Sibu, kedudukan kerusi parlimen di kalangan parti Pakatan Rakyat ialah 29 dimenangi DAP, KEADILAN 24 manakala PAS 23.

Sabah, Sarawak akan terus jadi ‘simpanan tetap’BN kata Salleh Said Keruak...ha..ha...ha....masih mau mimpi kaa..!!!

KOTA KINABALU, 18 Mei — Bekas Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Salleh Said Keruak berpandangan Sabah dan Sarawak akan terus menjadi ‘simpanan tetap’ Barisan Nasional (BN) serta menolak tanggapan BN negeri sedang berdepan krisis kepimpinan.
Salleh yang juga Timbalan Ketua Badan Perhubungan Umno Sabah berkata keputusan pilihan raya kecil Parlimen Sibu yang memihak kepada pembangkang tidak wajar dijadikan asas untuk mendakwa Sabah dan Sarawak bukan lagi ‘simpanan tetap’ BN.
“Ianya (keputusan pilihan raya kecil Sibu) tidak menggambarkan sokongan keseluruhan masyarakat di akar umbi. Ianya kes terpencil yang berasaskan isu-isu tempatan. Saya percaya mereka akan menyesal kerana dengan  mengundi pembangkang tidak akan menyelesaikan masalah mereka, dan pada pilihan raya akan dating mereka akan kembali kepada BN.
“Majoriti rakyat di Sabah, dan saya percaya juga di Sarawak, masih menyokong BN. Kita tidak boleh membuat kesimpulan berasaskan pilihan raya kecil ini sahaja dan kita mesti membuat analisis atau bedah siasat,” katanya kepada pemberita, di sini hari ini.
Salleh mengulas kenyataan Timbalan Presiden Parti Liberal Demokratik (LDP) Datuk Chin Su Phin semalam yang menggesa pemimpin BN pusat agar berhenti melayan Sabah dan Sarawak sebagai ‘simpanan tetapnya’ dan mendakwa BN Sabah sedang menghadapi krisis kepimpinan.
Salleh berkata BN Sabah masih teguh dan majoriti parti komponennya menyokong kepimpinan Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman.
“Ketua Menteri juga mendapat sokongan rakyat Sabah dan pemimpin persekutuan gembira dengan kepimpinan BN negeri. Sebagai sebuah parti komponen BN, kita sepatutnya akur atau menyokong seorang pemimpin yang dipilih oleh kepimpinan BN,” katanya.
Salleh juga kesal dengan kenyataan itu kerana dilahirkan oleh seorang pemimpin parti komponen BN sendiri.
“Saya tidak faham mengapa mereka membuat kenyataan secara terbuka kepada media sedangkan mereka menyatakan telah membangkitkan perkara itu kepada pucuk pimpinan BN (Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak).
“Kita ada saluran yang sesuai untuk meluahkan pandangan atau idea demi kebaikan BN. Contohnya, pemimpin parti komponen BN negeri itu boleh meluahkan pandangannya atau bertemu dengan pengerusi BN negeri atau membangkitkan isu itu kepada Kabinet negeri menerusi wakil LDP yang juga Timbalan Ketua Menteri,” katanya. (Naib Presiden LDP Datuk Peter Pang adalah Timbalan Ketua Menteri Sabah).
Salleh berkata tindakan membuat kenyataan secara terbuka itu adalah tidak wajar dan tidak selaras dengan semangat BN.
Beliau juga menegaskan keputusan pilihan raya kecil Sibu tidak harus dikaitkan dengan senario politik di Sabah, sementelah memberi bayangan bahawa Sabah dan Sarawak tidak lagi harus dianggap sebagai ‘simpanan tetap’ BN.
Salleh seterusnya menyeru semua parti komponen BN negeri itu agar berganding tenaga untuk memastikan BN terus menjadi pilihan pertama rakyat. — Bernama

Islam UMNO Sama Dengan Islam Khawarij

Sapa dia Khawarij ni? Secara mudahnya, Khawarij adalah mereka yang menghalalkan benda yang haram dan mengharamkan perkara yang halal dalam Islam.

Misalnya, Puak Khawarij menghalalkan membunuh orang Islam yang melakukan dosa besar. Padahal darah orang Islam yang berdosa adalah haram untuk ditumpahkan.
Juga, Khawarij mengharamkan ketaatan kepada Saidina Ali padahal ketaatan kepada Saidina Ali bukan sahaja halal tapi wajib.

Dengan mudah, Khawarij mengharamkan yang halal dan menghalalkan yang haram

ISLAM UMNO PULA?

Perangai dan fahaman Khawarij begitu jelas terserlah dalam UMNO. Misalnya, UMNO bermati-matian “berjuang” menghalang orang bukan Islam menggunakan kalimah Allah. Tapi, hakikatnya hukum orang bukan Islam menggunakan kalimah Allah tidak haram.
Sebegitu radikal puak Khawarij yang membunuh nyawa orang tidak berdosa, UMNO telah membakar beberapa gereja dalam Malaysia.

Pada waktu yang sama, UMNO dan Najib Tun Razak mengeluarkan lesen judi bola dan “Special Draw”. Kita tak dengar pun mana-mana ahli UMNO bangun menentang pemberian lesen judi ini. Malahan, mereka seperti menyokong tindakan pimpinan mereka ini.
Di sini kita lihat betapa rapatnya UMNO dengan Khawarij. Malahan, bagi saya, UMNO adalah Khawarij cawangan Malaysia.

Pokok kesesatan baik UMNO mahupun khawarij adalah mereka mengubah hukum Allah SWT sesuka hati mereka. Terutama sekali dalam bab-bab berkaitan dengan perkara yang jelas dan terang dalam syariat.

Bagi saya, pengikut-pengikut UMNO harus meninggalkan UMNO secepat mungkin kalau mereka tidak mahu mengikut jejak langkah Khawarij.

JAIS PUN DAH TERPENGARUH DENGAN MADZHAB KHAWARIJ ALA UMNO

Sewaktu isu Kalimah Allah dulu, JAIS siap buat banting dan lancar kempen mengharamkan orang bukan Islam menggunakan Kalimah Allah.

Punyalah JAIS bertungkus lumus untuk melacurkan diri kepada UMNO, dia tak sedar di Selangor semua Gereja menjalankan upacara agama mereka dalam Bahasa Inggeris. Maka, kalimah Allah tidak digunakan oleh gereja-gereja di Selangor.

Yang hairannya kita tak dengar pula Khusrin Rahmat bersuara dalam kes Judi Bola tajaan Najib Tun Razak ni. Apasal JAIS senyap pasal isu judi bola ni. Malahan dalam khutbah2 tulisan JAIS, tak sebut pasal judi bola.

Akibat JAIS mula mengamalkan Islam Khawarij UMNO, maka JAIS sudah nampak macam orang mereng.

Tulang Besi 

Mantan wakil rakyat Umno desak batal judi bola

Pertubuhan Mantan Wakil Rakyat Umno (PAKKU) mendesak kerajaan membatalkan serta merta lesen perjudian bola untuk membenarkan pertaruhan dilakukan semasa kejohanan bola sepak Piala Dunia 2010 yang akan berlangsung awal bulan depan.

Keputusan itu dibuat pada mesyuarat dewan tertinggi pertubuhan itu yang dipengerusikan presiden Tan Sri Adam Abdul Kadir dan dihadiri beberapa anggota lain antaranya bekas menteri pertanian Tan Sri Sanusi Junid dan bekas menteri kebudayaan, kesenian dan pelancongan Tan Sri Sabbaruddin Chik, kata naib presiden Tamrin Ghafar dalam kenyataan di Kuala Lumpur hari ini.

Berjaya Corp dilaporan telah menerima kembali lesen perjudian sukan.

Pada 6 Mei, Timbalan Menteri Kewangan Datuk Dr Awang Adek Hussin berkata kerajaan mempertimbangkan kemungkinan mengeluarkan lesen berkenaan bagi mengelak berleluasanya aktiviti perjudian dan pertaruhan haram di negara ini.

-- Bernama

DAP/PR victory in Sibu sparks new hopes for a PR Federal Government in next general election

The Sibu by-election result has triple far-reaching implications for Sibu, Sarawak and Malaysia.
Most important of all, the DAP/PR victory in the Sibu parliamentary by-election on Sunday sparks new hopes for a Pakatan Rakyat Federal Government in the next 13th General Election in Malaysia.
In one fell swoop, the Sibu Miracle achieved triple national impacts: viz:
  • Steadied parliamentary democracy and strengthened Pakatan Rakyat’s parliamentary position to ensure that the Barisan Nasional does not steal back its previous unbroken two-thirds parliamentary majority;
  • Sent a clear and unmistakable signal that Sarawak and Sabah are no more Barisan Nasional “fixed deposit” states which had saved the Barisan Nasional federal power in the 308 political tsunami of the 2008 general election and Umno and Putrajaya cannot continue to take the people of Sarawak and Sabah for granted in disregarding their legitimate grievances and discontents.
  • Demonstrated growing maturity and effectiveness of the Pakatan Rakyat political alliance. The Sibu by-election is the first foray of Pakatan Rakyat Sarawak comprising PKR,PAS, DAP and SNAP. The campaigning by all Pakatan Rakyat leaders including Datuk Seri Anwar Ibrahim, Datuk Seri Azizah Ismail, Azmin Ali, Saifuddin Nasution, Zuraida Kamaruddin, Fuziah Salleh, Nurul Izzah, Zaid Ibrahim (PKR) and Datuk Seri Hadi Awang, Nasharuddin Mat Isa, Salahuddin Ayub, Mahfuz Omar, Mustapha Ali, Datuk Seri Nizar Jamaluddin, Mat Sabu, Datuk Wan Abdul Rahim, Dzulkefly Ahmad (PAS) have demonstrated not only to Sibuans but also to Sarawakians and Malaysians of the quality and nature of the New Politics for a New Malaysia.
What is most promising is the support Pakatan Rakyat received from both voters (including voters who had voted for BN in the by-election) and the young generation who are not registered voters, showing that the future is one that holds great promise provided Pakatan Rakyat parties are prepared to work from now onwards on Sarawak state.
There was a swing of some 6.4% of the Chinese voters from 63% to 69.4% (there would have been a greater swing to probably 75% if not for the Najib factor).
There was interestingly a 2.7% increase of Malay/Melanau vote for Ho Leng as compared to 2008.
The SUPP/BN campaign in the Sibu by-election was most successful in locking up the Iban long houses with the twin politics of money and intimidation, resulting in the DAP/PR candidate suffering a marginal loss of 2.6% of Iban votes.
However, the favourable support the DAP/PR campaign received among both Iban and Melanau/Malay voters demonstrated that both the Iban and Melanau/Malay constituencies are fertile grounds for making inroads for the forthcoming Sarawak state and federal elections.

Sensasi Hari Selasa : Apa Citer Bung....!!!!!

Anggota Parlimen Kinabatangan, Datuk Bung Moktar Radin bersama isteri keduanya, pelakon Zizie Izette Abdul Samad ketika tiba di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur, Taman Keramat di sini, hari ini. Pada 20 April lalu, Bung Moktar, 51, dan Zizie, 31, mengaku bersalah di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur di sini atas pertuduhan berkahwin tanpa kebenaran mahkamah, hujung tahun lepas. Bung Moktar dituduh berpoligami tanpa kebenaran mahkamah dengan isterinya di rumah No 12, Jalan TC2B/3 Cemerlang Heights, Taman Melati, Gombak pada 8.50 malam, 16 Dis tahun lepas. Zizie juga dituduh berkahwin dengan Bung Moktar tanpa kebenaran Pendaftar Nikah, Cerai dan Rujuk di alamat, waktu dan tarikh yang sama. 

BN tidak tahu apa Cina mahu?

Keputusan PRK Sibu akhirnya diumumkan secara rasmi pada jam 10.58 malam kelmarin.  Calon DAP-Pakatan Rakyat Richard Wong Ho Leng yang sebelum ini dianggap tidak berpeluang mengecapi kemenangan, akhirnya membuat kejutan apabila menang tipis ke atas calon SUPP-BN Robert Lau Hui Yew dengan majoriti 398 undi.
Kemenangan ini sekurang-kurangnya menceriakan PR yang terpalit dengan "fenomena lompat parti" kebelakangan ini.  Malah, kesudahan ini mungkin di luar jangkaan Perdana Menteri merangkap Pengerusi Barisan Nasional, Najib Razak yang telah menaburkan peruntukan RM18 juta kepada sekolah Cina tempatan - apabila pengundi Cina menjadi penentu kemenangan PR di Sibu.
PRU 8 Mac 2008 menyaksikan bagaimana kuasa kerajaan di lima negeri jatuh ke tangan PR, dan majoriti dua pertiga BN dalam parlimen dinafikan.  11 PRK yang diadakan selepas tanggal tersebut, sama ada melibatkan kawasan DUN mahupun parlimen, memperlihatkan kecenderungan orang Cina terhadap PR.  Biarpun calon PKR-Pakatan Rakyat Zaid Ibrahim gagal mempertahankan kerusi PR dalam PRK Hulu Selangor pada 25 April 2010, namun PR tetap meraih sokongan kira-kira 80% pengundi Cina.
Dalam PRK Sibu, pengundi Cina masih menyebelahi PR, dengan undi yang lebih kepada DAP berbanding PRU ke-12.  Daripada mengatakan bahawa senario ini merupakan krisis SUPP, lebih baik dikatakan ia merupakan krisis bersama parti yang berasaskan orang Cina dalam BN (seperti MCA dan Gerakan).  Daripada mengatakan ia krisis bersama parti yang berasaskan orang Cina, lebih baik dikatakan ia krisis ketandusan idea BN untuk menangani sokongan Cina yang semakin kehilangan.  Malah, model "perkongsian kuasa" dalam BN telah menemui jalan buntu.
Namun demikian, "krisis" mungkin bukan istilah yang paling tepat untuk menggambarkan keadaan BN sekarang.  Sejak PRU pada tahun 2008, BN bukannya tidak tahu bahawa sokongan Cina terhadapnya semakin mengurang.  Malah, kerana pemahaman itulah, BN semakin bersungguh-sungguh dalam usahanya untuk memikat undi orang Cina.  Misalnya, ketika PRK Hulu Selangor dan PRK Sibu, Najib turun sendiri ke padang untuk menaburkan jutaan dan puluhan juta ringgit kepada sekolah Cina dan kawasan perumahan Cina.
Ironinya, serangan berpelurukan wang dana yang dilancarkan oleh BN ke atas komuniti Cina bukan sahaja tidak mendatangkan pulangan, malah mengundang kesan yang sebaliknya.  Pengundi Cina tetap mengundi calon PR, menongkah segala wang ringgit dan janji manis yang ditaburkan.  Mesej yang tersirat di sebaliknya, berbunyi "hegemonic discourse" yang digunakan oleh BN sepanjang puluhan tahun untuk memperdayakan orang Cina seperti "kesulitan dipermudahkan seandainya ada orang sebangsa dalam pucuk kerajaan", "perkongsian kuasa"-- sedang terburai kalau bukan telah terburai.
Imaginasi baru untuk pengundi
Apa yang memilukan BN adalah, mungkin mereka masih tidak tahu, semakin mereka memikat undi Cina dengan gula sedemikian, semakin terdedahnya ketidaksaksamaan dasar kerajaannya ketika melayani kaum bukan bumiputera dalam puluhan tahun yang lepas.  Semakin BN menabur peruntukan sekali gus kepada sekolah Cina, semakin hebat ia mencungkil ketidakpuasan dan rasa protesnya yang terpendam pada zaman  di mana "mustahil berlaku pertukaran kerajaan".
PR berjaya memerintah di lima negeri selepas tahun 2008, dengan dasar yang secara bandingannya lebih adil untuk semua kaum.  Ia bukan sahaja menonjolkan ketidakadilan BN, malah melakar imaginasi baru dalam politik untuk pengundi.  Kepiluan BN adalah, biarpun dengan sumber yang lumayan dalam genggamannya, namun ia gagal mengutarakan politik baru yang boleh menandingi PR, membina semula hegemoninya yang hampir termusnah.
Saban kali apabila kehilangan undi Cina dalam pilihan raya, BN akan berlagak bingung dan mengajukan soalan, "Apa orang Cina mahu?"  Selepas kekalahan dalam PRK Sibu, Timbalan Setiausaha SUPP Wong Soon Koh ketika menjawab soalan daripada media berkata, "Saya sudah tidak tahu apa yang orang Cina Sibu mahu."
Inilah kepiluan BN.  Namun, apakah BN benar tidak tahu apakah kemahuan Cina, malah kemahuan semua kaum?  Atau BN langsung tidak sanggup memandang berat terhadap tuntutan untuk perubahan, kerana kepentingan dirinya yang sudah berakar umbi dalam sistem yang lama?
Sokongan pengundi Cina terhadap PR, terutamanya mengundi calon Melayu di kawasan majoriti Melayu seperti Hulu Selangor, telah menyanggah tuduhan bahawa Cina bersikap cauvinis.  Pada hakikatnya, ia merupakan satu langkah ke depan dalam politik berbilang kaum, dan apa yang dikecapi hari ini merupakan hasil yang terkumpul sejak pergerakan reformasi pada tahun 1998.
Namun demikian, kemanisan datang bersama keresahan.  Selepas PRU 2008, suasana politik yang memperlihatkan konflik antara kaum berkembang seiring dengan politik baru yang dianjurkan PR.  PR mungkin menyambut sokongan pengundi Cina, tetapi pada masa yang sama perlu berdepan dengan ideologi yang dibawa oleh UMNO dan PERKASA (Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia).  Harus diingatkan, perluasan pengaruh politik berbilang kaum adalah usaha politik yang lebih penting daripada sekadar memenangi PRK.

Kehilangan Kerusi Parlimen Sibu, Amaran Kepada BN Sarawak

SIBU: Kegagalan Barisan Nasional (BN) mengekalkan penguasaan di kawasan Parlimen Sibu pada pilihan raya kecil kawasan itu Ahad lepas mungkin sesuatu yang mengejutkan bagi orang luar tetapi bukannya kepada penduduk setempat yang telah membuat keputusan lebih awal dan menunjukkan rasa tidak puas hati mereka dengan mengundi lawan BN.
Ramai penduduk Sibu tidak berpuas hati dengan pemimpin politik setempat tertentu yang mereka rasa gagal menyelesaikan masalah mereka secara efektif dan tidak mampu menyelesaikan isu yang telah berlarutan sejak sekian lama.
Mereka jelas tidak gembira dengan keadaan ekonomi yang semakin menyusut di bandar pinggir sungai ini yang merupakan pintu masuk ke daerah pedalaman, sehingga mendorong semakin ramai berhijrah untuk mencari kerja di bandar dan negeri lain.
"Saya tidak faham kenapa kami di Sibu yang mempunyai tanah yang luas tidak mampu membawa masuk pelaburan untuk mewujudkan lebih banyak kerja untuk penduduk. Kami telah kerugian selama ini. Apa yang kami tahu ialah sesetengah rumah ahli politik semakin hari semakin besar," kata seorang pemandu teksi yang hanya mahu dikenali melalui nama keluarganya Wong.
Selain itu, katanya penduduk mahu melihat lebih banyak institusi pendidikan didirikan di Sibu, sama ada kampus cawangan atau institusi penuh kerana ini akan dapat membantu penduduk menjimatkan kos daripada perlu menghantar anak mereka melanjutkan pelajaran di tempat lain.
"Kami tidak kisah sama ada kampus cawangan atau kolej dan universiti penuh ditubuhkan di Sibu. Apa yang kami mahu ialah menjimatkan kos dengan tidak perlu menghantar anak kami melanjutkan pelajaran ke peringkat tinggi di tempat lain. Jika Miri dan Kuching ada kemudahan itu, kenapa tidak Sibu?" katanya.
Kuching dan Samarahan mempunyai cawangan Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) dan beberapa kampus universiti dan kolej swasta manakala di Miri terdapat kampus Universiti Curtin.
Juga tidak mengejutkan apabila faktor penentu dalam pilihan raya kecil Sibu ialah undi penduduk di kawasan bandar, dan bukannya undi penduduk di kawasan luar bandar yang sentiasa memihak kepada BN dalam tiga pilihan raya berturut-turut yang lepas.
Pada kali ini, apabila peti undi dari pusat-pusat pengundian di kawasan bandar dibuka, undi diberikan kepada DAP. Apabila pengiraan selesai, undi untuk calon DAP Wong Ho Leng adalah sekali ganda lebih banyak daripada yang diperoleh calon BN Robert Lau Hui Yew dari Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP).
Kemenangan pakatan pembangkang ternyata lebih manis kepada DAP setelah 28 tahun berlalu dengan yang terakhir ia menang di kerusi itu semasa Ling Sie Ming mengalahkan Datuk Patinggi Tan Sri Dr Wong Soon Kai dari SUPP.
Di sebalik hujan lebat pada malam keputusan itu diumumkan, ribuan penyokong DAP berkumpul di pusat penjumlahan undi di Dewan Suarah Sibu di sini untuk meraikan kemenangan calon mereka.
Menurut penganlisis politik kelahiran Sarawak Profesor James Chin, pengundi telah memberikan mesej jelas kepada kepimpinan negeri iaitu mereka mahu melihat perubahan drastik.
Chin berkata faktor lain (punca kekalahan BN) ialah pengundi di kawasan bandar, kebanyakannya Cina, mula menjangkakan lebih banyak lagi daripada SUPP, yang mereka anggap sebagai sebuah parti yang tidak melakukan perubahan dan gagal memenuhi aspirasi pengundi muda.
Ahli akademik Universiti Monash Malaysia itu berkata keputusan pilihan raya kecil itu juga merupakan petunjuk kepada peningkatan kesedaran politik di kalangan pengundi bandar.
Seorang lagi penganalisis politik, Dr Jeniri Amir berkata keputusan itu menunjukkan BN tidak berbuat secukupnya untuk memenangi hati dan minda penduduk, khususnya kaum Cina.
"BN perlu menyelami hati sanubari dan kehendak penduduk Sibu, khususnya kaum Cina dan menunjukkkan keikhlasannya dalam usaha menyediakan penyelesaian jangka panjang terhadap masalah mereka.
"Hati sanubari dan kehendak amat penting dan BN perlu memberikan tumpuan terhadap aspek ini supaya tindakan boleh diambil untuk membantu rakyat, khususnya penduduk di bandar, bukan dilihat daripada sudut negatif. Memenangi hati dan minda adalah amat penting," katanya semasa dihubungi BERNAMA di sini.
Lebih-lebih lagi ia membabitkan isu setempat seperti pengangguran, mitigasi banjir dan Tanah Adat, yang menjadi kebimbangan utama pengundi di sini, kata Jeniri.
Mungkin apa yang paling diperlukan BN sekarang, sepertimana ditegaskan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ialah perlunya ada semangat baru dan tekad untuk menawan kembali kerusi itu pada pilihan raya umum akan datang.
Dalam pilihan raya kecil itu, kekuatan BN di kawasan luar bandar kekal utuh kerana penyokong tradisinya masih memberikan sokongan padu.
BN juga boleh berasa sedikit lega kerana walaupun kebanyakan pengundi di bandar memilih calon pakatan pembangkang, 32 peratus daripada pengundi Cima masih memilih BN. Wong memperoleh 18,845 undi untuk menang dengan majoriti 398 undi, mengalahkan Hui Yew yang mendapat 18,447 undi manakala calon Bebas Narawi Haron hanya memperoleh 232 undi dan hilang deposit.
Najib, yang berapa kali datang ke Sibu semasa tempoh berkempen, menyatakan antara faktor kekalahan BN ialah pendekatan yang diguna pakai oleh jentera pilihan raya BN, yang menurutnya masih menggunakan cara lama berkempen.
Beliau berkata mereka sepatutnya mereka menggunakan pendekatan lebih kreatif dan agresif dalam menjalankan kempen.

Taib akui taktik baru Pakatan punca BN tewas..ha.ha...macam-macam tok uban nie...!!!

KUCHING, 18 Mei — Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud hari ini berkata, taktik baru yang digunakan DAP bagi meraih sokongan pengundi menyebabkan BN kalah kerusi Parlimen Sibu.
“Kali ini kita menghadapi pelbagai corak kempen yang diadakan pembangkang dan ramai pula orang luar yang datang, kata Ketua Menteri Sarawak itu kepada pemberita selepas menghadiri persidangan Dewan Undangan Negeri di sini.
Katanya BN Sarawak akan merangka strategi kempen yang baru bagi pilihan raya negeri yang akan datang bagi menghadapi cabaran dan menangkis dakwaan tidak berasas oleh pembangkang terhadap kerajaan negeri.
Pilihan raya negeri dijangka sebelum Julai tahun depan.
Dipetik Bernama, Abdul Taib juga menafikan bahawa BN kalah disebabkan undi protes oleh pengundi Sibu bagi menunjukkan rasa tidak puas hati dengan ahli politik kanan di negeri ini.
Semalam, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata jentera pilihan raya BN tidak begitu kreatif atau bertenaga seperti pembangkang menyebabkan BN kalah dalam pilihan raya kecil itu.
Najib berkata jentera BN masih mengamalkan kempen cara lama.
Dalam kenyataannya semalam, Abdul Taib menyifatkan kemenangan DAP merampas kerusi Parlimen Sibu kelmarin bukan isyarat kepada permulaan penguasaan parti pembangkang di Sarawak.
Abdul Taib yang merupakan Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) berkata, takrifan DAP dan pakatan pembangkang terhadap keputusan itu merupakan soal lain.
Dalam pilihan raya kecil itu, calon DAP Wong Hong Leng memperoleh 18,845 undi untuk memenangi kerusi itu dengan majoriti 398 undi menewaskan calon Parti Rakyat Bersatu Sarawak Robert Lau Hui Yew yang mendapat 18,447 undi dan calon Bebas Narawi Haron yang hanya mampu meraih 232 undi dan hilang wang pertaruhan.

SATU LAGI PROJEK TIPU MELAYU

KAPITALIS BUAT JALAN BUKAN UNTUK KHIDMAT TAPI NAK BUAT UNTUNG


PELUANG GUNA LKSA SECARA PERCUMA SELAMA DUA BULAN -melayau

Para pengguna Lebuh Raya Kemuning Shah Alam (LKSA) yang dilancarkan sepenuhnya pada hari ini akan dapat menggunakannya secara percuma selama dua bulan, kata k Shaziman Abu Mansor.

Keputusan itu dicapai setelah beliau mengadakan perbincangan dengan Pengerusi Projek Lintasan Shah Alam Sdn. Bhd. (Prolintas), Hamad Kama Piah Che Othman, katanya semasa berucap di Majlis Perasmian lebuh raya baru itu di sini hari ini.

Shaziman berterima kasih kepada Prolintas yang merupakan pemegang konsesi lebuh raya itu kerana memberikan laluan percuma selama dua bulan dari hari ia dilancarkan dan langkah itu wajar dicontohi dalam pelancaran lebuh raya baru yang akan datang.
Hamad berkata, pada peringkat awal 25,000 kenderaan sehari, dijangka menggunakan lebuh raya yang menghubungkan Shah Alam terutama projek perumahan Alam Impian ke Lebuh Raya Persekutuan dan Kesas.


KAH KAH KAH…


woit… BODOH … BUAT APA PERCUMA SELAMA DUA BULAN…kah kah kah..

woit... APAKAH LEPAS INI NAK PINDAH RUMAH... kah kah kah..

woit... BANGANG PUNYA MALAON.... kah kah kah..

kah kah kah… INI BETUL BETUL NAK TIPU MELAYU…. kah kah kah..

woit… KALAU PAKAN RAKYAT MEMERINTAH…. SEMUA AKAN DI MILIK NEGARKAN….kah kah kah…

kah kah kah… HARTA RAKYAT PULANG PADA RAKYAT…. kah kah kah..

nota:

lihat plus yang di jalankan oleh kerajaan
tak ada apa masaalah. kalau untung bukan pergi
masuk saku dato atau tan seri. kalau untung masuk
dana negara. boleh buat hospital percuma.
bolehbuat sekolah percuma.
boleh buat universiti percuma.
buat apa jadi bodoh bagi tan seri dan
datuk hidup senang lenang kita jadi kuli.

melayu dan iban sedarlah !
siang ditipu oleh utusan
malam ditipu oleh rtm.
jumaat di tipu tok imam
300 hari setahun di tipu
oleh gerombolan
sampai jadi bodoh hinggakan
judi jadi halal
van sekolah jadi haram kah kah kah
TT.

Najib dan Umno memang berani!

Tu dia, orang MCA pun risau dengan wabak judi yang dilesenkan kepada tuan besar Umno, Tan Sri Vincent Tan. Dalam berita Era Pakatan hari ini yang bertajuk "Ah long pecah masuk rumah peminjam kerana gagal bayar hutang", Ketua Biro Pengaduan Awam MCA Datuk Michael Chong dipetik berkata:
"Kebanyakan orang ramai yang membuat pinjaman dari ah long adalah untuk berjudi dan saya risau akan ramai lagi orang meminjam dengan ah long untuk berjudi semasa (pertandingan bola sepak) Piala Dunia bulan depan".
Yang nak tergelaknya ialah apabila membaca posting Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo yang sambil berkata tak setuju, lantang pula ia memberi justifikasi. Dalam postingnya yang bertajuk "Judi bola: PM perlu jamin tiada orang Islam terbabit", Jalal kata:
Namun dalam masa yang sama saya juga memahami dilema kerajaan yang berhadapan dengan masalah judi haram dan kecil-kecilan sehingga sukar dikawal. Kewujudan lebih 4000 pusat judi haram di Selangor bukan sahaja menyebabkan kerajaan kehilangan sumber pendapatan melalui cukai, tetapi juga menyebabkan lebih banyak ”penagih judi” dan gejala sosial lain tanpa dapat dikawal.

Apabila kerajaan membenarkan pertaruhan untuk sukan ini bermakna kerajaan boleh mengawal industri ini dan memastikan ia tidak menjejaskan kehidupan rakyat. Kerajaan boleh mengawal kegiatan ini dari membabitkan orang bawah umur, penganut agama Islam dan sebagainya.
Hello Wak! Siapa PM mau jamin itu macam? Mekanisme apa yang boleh mengawal kerosakan menjangkiti orang Islam kalau perintah Allah s.w.t. yang disembah oleh orang Islam dengan angkuh dilanggar dan dihina?

Apa pun, jangan salahkan Jalal. Memang dasar orang Umno begitu . Pandangan orang Umno tentu tak sama dengan penegasan Timbalan Mursyidul Am PAS, Datuk Dr Haron Din yang dipetik dalam berita Suara Keadilan hari ini yang bertajuk "Judi: Umno-BN langgar Syarak, rosakkan moral rakyat":
"Menghalalkan perkara yang haram dengan sengaja boleh menjejaskan akidah dan keimanan kita. Seolah-olah manusia itu lebih pandai dari Allah".
Walaupun sudah agak kesiangan penentangannya, kita harap-harap, apabila Dr Haron menyebut bahawa menghalalkan perkara yang haram dengan sengaja boleh menjejaskan akidah, tidaklah lagi ada mana-mana pihak yang tebiang nak mengkhianati amanah rakyat termasuk yang beragama Islam dengan berselingkuh di dalam gelap dengan gerombolan yang "menghalalkan perkara yang haram" dengan memakai alasan yang senipis smokescreen, iaitu "akhafud-dharurain" kononnya.

Sebagai rakyat, sekali dikhianati, susah kita nak lupa dan terus takut dikhianati sampai bila-bila. Once bitten, twice shy!

Apabila Dr Haron menyebut tentang perbuatan menghalalkan perkara yang haram, terasa sungguh di hati kita bahawa gerombolan Umno yang dikepalai Datuk Seri Najib Tun Razak memang berani tahap Yahudi Zionis. Tak berani tahap Yahudi apanya, lawan hukum Allah pun depa berani.

Barangkali itulah hasil perbuatan memohon petunjuk dari Yahudi Zionis di dalam Apco Worldwide.

Teringat pula kenyataan-kenyataan Najib yang berani melawan itu yang sudah masyhur satu Malaysia:
Negara akan huru-hara sekiranya undang-undang Islam dilaksanakan.

Kerajaan Kelantan harus dipertanggungjawabkan jika berlaku huru-hara, ketidakstabilan politik, perpecahan di kalangan umat Islam dan kegelisahan rakyat apabila hukum hudud dilaksanakan di negeri itu. Rakyat harus menyoal perlaksanaan hukum itu menguntungkan atau menyebabkan perpecahan, pertentangan dan ketidakstabilan politik. Tidak semua negara Islam mengamalkan hukum hudud bahkan ada negara Islam lebih makmur tanpa hukum itu.
PB. 

SPR SENTIASA ADIL DEMI KEPENTINGAN BN


RASUAH...RASUAH...RASUAH...

SPR KERJA UNTUK NAJIB...
ADAKAH SPR BERANI DAKWA NAJIB ATAS KESALAHAN PILIHANRAYA..?
SPR SENTIASA ADIL DALAM MENGURUSKAN PILIHANRAYA...KATANYA
SPR SENTIASA MENGHORMATI UNDANG-UNDANG...KATANYA
SPR TIDAK PERLU BADAN PEMANTAU...KATANYA
SEMUA PARTI YANG BERTANDING WAJIB IKUT PERATURAN...KATANYA
abdul aziz yusop

'1Malaysia belum yakinkan kaum Cina di S'wak'

Konsep 1Malaysia masih belum menyakinkan lagi masyarakat Cina di Sarawak, kata penganalisa politik, Prof Dr Mohd Agus Yusoff.

“Sebab itu bila dijanjikan dengan pembangunan di Sibu, ada perkara lain yang masyarakat Cina lihat,' kata pensyarah sains politik di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) itu.

“Konsep 1Malaysia ini masih belum mampu untuk menambat hati dan sokongan masyarakat bukan Melayu dan Cina di Sibu,” katanya ketika dihubungi Malaysiakini hari ini.

Prof Dr Agus menegaskan demikian ketika diminta mengulas kegagalan BN mempertahankan kerusi parlimen Sibu dalam pilihan raya kecil kawasan itu Ahad lalu.

Dalam pilihan raya kecil itu, DAP berjaya merampas kerusi parlimen Sibu dengan majoriti tipis 398 undi.

Calon DAP Wong Ho Leng mendapatkan 18,845 undi untuk menewaskan calon BN Robert Lau Hui Yew yang mendapat 18,447 undi.

Manakala calon Bebas Narawi Haron mendapatkan 232 undi.

Mengulas lanjut, Prof Dr Agus berkata, terdapat beberapa isu yang masih lagi menjadi persoalan di kalangan rakyat di sana.

“Seperti contoh isu keadilan masih lagi belum terjawab," katanya sambil menambah BN perlu memikirkan semula, kemungkinan masyarakat Cina melihat isu ketuanan Melayu dan sosio-kontrak.

"Mereka juga perlu menterjemahkan konsep 1Malaysia ini untuk kebaikan semua kaum,” katanya.

Beliau turut menegaskan pentingnya tingkah laku pemimpin BN diperbaiki.

“Pemimpin ni bila jumpa di sini cakap ini, bila disana cakap lain pula. Ini membuatkan rakyat rasa, pemimpin tidak jujur dengan mereka.

“Antara kemungkinan lain pula ialah mereka berasa tidak puas hati dengan (Ketua Menteri Tan Sri) Taib Mahmud kerana lama sangat (menerajui Sarawak).

"Mungkin orang di Pusat boleh terima beliau, tetapi mungkin (rakyat) negeri (itu) tak boleh terima beliau,” katanya.

Perkasa pula bantah judi sukan bolasepak


berjaya_logo Oleh Qayum Rahman
KUALA LUMPUR: Pertubuhan Pribumi Perkasa Negara (Perkasa) akan menganjurkan demonstrasi bantahan terhadap pelaksanaan lesen judi bolasepak Piala Dunia pada minggu ini ekoran Pemuda PAS dan Angkatan Muda Keadilan menganjurkan protes berkenaan minggu lepas.
Ketua Wira Perkasa Malaysia Arman Azha berkata, Perkasa menyeru semua pihak terutamanya golongan Islam supaya membantah sekeras-kerasnya tanpa mengira fahaman politik untuk membantah lesen judi sukan yang telah diluluskan.

"Kita perlu bantah lesen judi yang diluluskan supaya anak bangsa kita tidak terdedah dengan aktiviti perjudian secara terbuka.
"Perkasa memandang serius mengenai judi bolasepak yang diluluskan kerana ia bertentangan dengan status Malaysia sebagai negara Islam," katanya.
Menurutnya, kerajaan perlu menilai semula kelulusan lesen tersebut yang diberi kepada syarikat kroni Barisan Nasional kepunyaan Vincent Tan, Bcorp anak syarikat Berjaya Corp Bhd.
Arman berkata, perjudian secara terbuka akan menyebabkan semua golongan terdedah dengan hutang melalui pinjaman peribadi seperti ‘Ah Long’ dan mungkin juga meminjam dari bank-bank tempatan semata-mata untuk berjudi sukan bolasepak Piala Dunia kali ini.
Anak bangsa Malaysia akan musnah
"Kalau kerajaan ingin melihat anak bangsa musnah di negara ini, luluslah banyak lagi lesen judi di negara ini termasuklah pembukaan kasino kepada orang Melayu atau Islam.
"Perkasa terkilan dengan tindakan kerajaan meluluskan lesen judi bolasepak dan ia menunjukkan kerajaan tidak memperlukan  nasib bangsa di negara ini terutama golongan Islam," jelasnya.
Beliau menyeru agar semua golongan Melayu dan Islam meneruskan bantahan terhadap kelulusan lesen judi tersebut supaya ia dapat di hapuskan segera sebelum bermula Kejohanan Piala Dunia pada 11 Jun depan.
Dari mengalami kehilangan hasil judi sukan haram yang bernilai berbilion ringgit, kerajaan telah bertindak menghalalkan aktiviti judi bolasepak baru-baru ini.
Menurut ketua penyelidikan Kenanga Investment Bank, Yeonzon Yeow, kerajaan dijangka mengaut hasil sebanyak RM480 juta  setahun dari anak syarikat Berjaya Corp ini.
"Ini berdasarkan kutipan cukai sebanyak 8% dari jumlah hasil pendapatan sebanyak RM6 bilion, anggaran jumlah hasil yang boleh  diperolehi dari aktiviti judi sukan ini," katanya.

Terbongkar, Aziz Yusof Penipu Bila Tuduh Agen DAP Halang Pegawai SPR Bawa Keluar Peti Undi Pos Pilihan Raya Kecil Sibu hari Ahad Lalu !!



Sungguh tidak disangka, seluruh rakyat Malaysia ditipu lagi oleh pihak Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR). Semalam, akhbar arus perdana melaporkan bahawa gara-gara petugas DAP menyebabkan peti undi pos yang sudah dikira lambat tiba di pusat penjumlahan undi. Maka rakyat yang tidak tahu apa-apa pun percaya bulat-bulat kenyataan SPR itu. Malah, Pengerusi SPR Abdul Aziz Yusof (foto) berkata agen parti DAP sebenarnya yang menghalang pegawai suruhanjaya itu daripada membawa keluar peti undi pos yang sudah dikira di Tingkat 9, Wisma Sanyan, untuk dibawa ke Dewan Suarah Sibu, kira-kira tiga kilometer dari situ, untuk penjumlahan undi. katanya. "Penolong pegawai pengurus pilihanraya yang mengendalikan urusan pengiraan undi pos terpaksa memanggil polis untuk mengawal penyokong parti terbabit,""Inilah kali pertama saya melihat keadaan seperti ini berlaku selain pegawai kerap diganggu agen parti," katanya lagi. Ekoran itu, keputusan pilihanraya kecil Sibu hanya dapat diumumkan oleh pegawai pengurus pilihanraya, Wong See Meng kira-kira jam 11 malam tadi, walaupun SPR sebelumnya menjangka keputusan dapat diumumkan pada 9 malam. Kami cuba menjejaki apakah yang berlaku sebenarnya di sana. Ini kerana jika kiraan berpihak kepada BN sudah pasti keputusan akan diumumkan sepantas kilat. Inilah dia sikap bacul SPR yang kononnya melaksanakan pilihanraya yang telus dan adil untuk rakyat Malaysia.


Bukti, adakah Pegawai SPR ini dihalang Agen DAP seperti yang dikatakan?
Daripada beberapa gambar yang kami perolehi (foto), ternyata Pegawai SPR yang membawa peti undi pos itu tidak langsung dihalang oleh agen DAP seperti yang diperkatakan oleh Aziz Yusoff. Malah, petugas DAP (Pakatan Rakyat) juga hanya menggunakan lif selepas semua pegawai SPR selesai memunggah peti-peti undi pos untuk dibawa ke pusat penjumlahan undi pilihanraya kecil Sibu itu. Makanya, mana bukti yang mengatakan agen DAP mengganggu pegawai SPR itu agaknya?. Apa yang kita tahu, pegawai SPR sengaja enggan memberikan Borang 15 kepada Agen DAP dan terdapat kejadian "blackout" ketika suasana suspen itu berlaku. Difahamkan, SPR mahu peti undi tersebut dikira semula selepas mendapat arahan daripada pihak BN. Soalnya sekarang, siapa yang sengaja melambat-lambatkan permainan ini?. Malah, awal-awal lagi ketika diwawancara oleh TV3, Pengerusi komponen BN (SPR) itu telah bercakap "belit-belit macam ular" bila mengubah angka peratusan keluar mengundi dan tiba-tiba dia tahu keputusan akan dibuat selepas jam 10.00 kerana ada beberapa masalah yang tidak dielakkan. Sedangkan temubual dengan TV3 itu dilakukan sejak awal lagi. Soalnya, kenapa Aziz boleh tahu kejadian yang akan berlaku di sebelah malamnya?. Ini semua menimbulkan syak wasangka bahawa SPR itu "badan bebas" atau "komponen BN" sebenarnya. Oleh itu, rakyat yang menyaksikan perkara ini diharap dapat bersabar dengan kerenah SPR ini. Apa yang penting, andai mereka menipu jumlah undi pos tersebut sekali pun BN tetap juga akan kalah. Inilah takdir yang berlaku sebenarnya, terbukti BN kini ditolak oleh rakyat Sarawak. Apa yang pasti, memang terdapat perancangan jahat antara SPR dan BN untuk memutarbelitkan fakta supaya kemenangan berpihak kepada pakatan karat itu, biarpun mereka sebenarnya sudah kalah.

[Terkadang kita amat hairan dengan kerja-kerja Pengerusi SPR ini?. Beliau dilantik untuk memegang amanah atau khianat kepada rakyat?. Dia langsung tidak pernah terfikir bahawa suatu hari nanti semua manusia ini akan mati dan akan berhadapan dengan Allah diakhirat kelak. Pengerusi SPR adalah orang Melayu yang beragama Islam, tapi kerja buatnya dan sikap yang ditunjukkan jelas sekali mencemarkan imej serta kreadibiliti SPR itu sendiri sebenarnya. Jika inilah senarionya, maka elok sahaja SPR itu sendiri dibubarkan dan Aziz Yusoff masuk bertanding dalam pilihanraya umum akan datang atas tiket UMNO Barisan Nasional. Kita mahu tengok apakah beliau boleh menang agaknya. Jika beliau terus khianat dan menipu rakyat, maka lama kelamaan rakyat akan hilang keyakinan terhadap badan bebas itu dan akhirnya mereka tidak keluar mengundi seperti apa yang berlaku di Sibu baru-baru ini. Oleh itu, SPR perlu berubah jika rakyat ingin menikmati satu pilihanraya yang bebas dan adil pada masa akan datang. Jika tidak sampai bila-bila pun kita akan terus begini. Menang dan kalah dalam satu pilihanraya yang penuh dengan penipuan, penyelewengan dan hanya suara rakyat sahaja dapat mengatasi itu semua. Sebab itulah DAP tetap menang di Sibu, itu semua dek kerana suara rakyat yang berjaya mengatasi segala penipuan yang dilakukan oleh UMNO BN sebenarnya].
PDO.