SHAH ALAM: Pemimpin pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata pembangkang akan lebih berhati-hati bagi menghadapi pilihan raya negeri Sarawak walaupun telah memenangi pilihan raya kecil kawasan Parlimen Sibu semalam.
Anwar, yang menyifatkan kemenangan di Sibu sebagai satu perkara yang 'manis' berkata pembangkang termasuk Parti Keadilan Rakyat (PKR) bersikap optimistik tetapi masih berhati-hati untuk menunjukkan prestasi yang lebih baik dalam pilihan raya negeri berikutan ramai daripada wakil rakyat PKR meninggalkan parti.
"Kami optimistik sekarang tapi kami perlu realistik. Saya telah bercakap dengan (Setiausaha Agung DAP) Lim Guan Eng dan (veteran parti ) Lim Kit Siang mengenai perkembangan yang berlaku, tapi ia masih terlalu awal untuk menyatakannya (peluang dalam pilihan raya negeri Sarawak)," katanya kepada pemberita selepas menerima delegasi 11 ahli perniagaan dari Indonesia kepada Pusat Pelaburan Negeri Selangor di i-City dekat sini.
Semalam, calon DAP Wong Ho Leng memenangi pilihan raya kecil kawasan Parlimen Sibu dengan majoriti 398 undi. Wong memperoleh 18,845 undi mengatasi calon Barisan Nasional (BN) Robert Lau Hui Yew yang mendapat 18,447 undi dan calon Bebas Narawi Haron yang menerima 232 undi.
Penasihat PKR itu juga berhati-hati semasa menjawab soalan sama ada beliau menjangka kemenangan dalam pilihan raya kecil Sibu itu.
"Saya fikir BN, PBB (Parti Pesaka Bumiputera Bersatu) dan (Parti Rakyat Bersatu Sarawak) SUPP tidak menjangka (keputusan pilihan raya)," katanya.
Katanya pembangkang sentiasa berdepan dengan tugas berat untuk memenangi mana-mana pilihan raya kecil sejak 1955.
Sementara itu, sambil mengakui bahawa tindakan Anggota Parlimen Wangsa Maju Wee Choo Keong untuk keluar dari PKR baru-baru ini memberi kesan terhadap parti itu, Anwar berkata beliau tidak terkejut dengan keputusan itu kerana ia telah dijangka sejak tiga bulan lalu.
Mengenai laporan bahawa beliau akan dihadapkan kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen pada 8 Jun ini berhubung dakwaannya konsep 1Malaysia diilhamkan Apco Worldwide, perunding Amerika Syarikat yang sama di belakang kempen One Israel, Anwar berkata beliau berjumpa dengan Yang Dipertua Dewan Rakyat bagi menjadualkan semula tarikh itu kerana beliau sepatutnya berbahas mengenai Rancangan Malaysia Ke-10 pada tarikh itu.
Mengenai pertemuannya dengan delegasi Indonesia itu, Anwar yang juga Penasihat Ekonomi Negeri Selangor berkata delegasi itu berminat untuk menjalin usahasama dengan kerajaan negeri Selangor bagi membuka kedai pakaian dan melabur dalam industri hijau, makanan dan pengangkutan. - BERNAMA

Peruntukan yang besar kepada sekolah pada saat-saat terakhir tidak mendatangkan kesan yang besar. Apa yang rakyat ingin lihat adalah bantuan kerajaan dalam masalah perbelanjaan yang tertunggak selama ini, misalnya keperluan meja dan kerusi, bayaran bil air dan elektrik. Peruntukan yang terjamin secara sistematik lebih penting daripada segala-galanya.
Kerajaan BN harus sedar, orang Cina bukan tamak atau tidak tahu mengenang budi sebagaimana yang disifatkan PERKASA. Orang Cina bukan mahu menjadi Super-Tuan negara ini, atau penentu nasib negara ini. Sebaliknya, orang Cina mahu melihat sebuah negara yang adil dan saksama, satu kerajaan yang berintegriti.
Ketika ditemuramah
Menurut Wong Chin Huat, mustahil DAP hanya menang dengan kawasan Pelawan (majoriti Cina), kerana penambahan undi ada batasnya. Dengan kata lain, DAP juga menang di peti undi lain. Keadaan ini cukup memberangsangkan terutamanya apabila beberapa peti undi di kawasan Nangka, yang memenangkan DAP daripada kekalahan PRU-12 lalu. Keadaan ini diperlihatkan di Teku, yang mana tiga peti undi daripada dua pusat pengundian kini memihak kepada DAP walaupun parti tersebut memihak kepada BN pada PRU ke-12.
Situasi semestinya berbeza menjelang pilihan raya negeri atau pilihan raya umum, kerana taburan wang tunai dengan amaun yang besar, antara RM500 hingga RM600 kepada pengundi tidak mungkin berlaku dalam PRU. Dengan ini, pembangkang mungkin mempunyai peluang yang lebih untuk membuat kejutan.
Sebaliknya, Wong Chin Huat melihat kerjasama PR bakal melepasi rintangan di sesetengah kawasan. Sungguhpun masih jauh untuk PR menguasai kerajaan negeri di Sarawak, namun kemenangan ini semestinya menyuntik semangat kepada PR.
SUPP ditubuhkan pada 19 Jun 1959, membuka tirai kepada perjuangan politik sayap kiri melalui dewan perundangan. SUPP adalah parti yang membantah rancangan Malaysia, tetapi menyertai kerajaan pada tahun 1970. Kini, SUPP muncul sebagai parti kedua terbesar di Sarawak, tetapi mengalami kekalahan teruk dalam pilihan raya negeri pada tahun 2006. SUPP kian lemah apabila melalui pergelutan kuasa dalaman sejak beberapa tahun kebelakangan ini.
"Hari keesokan Malaysia menjadi menarik selepas hari ini," kata Wong Chin Huat ketika ditemuramah
Menurut Liew Chin Tong (gambar kiri), biasanya DAP akan bertanding tiga kawasan parlimen di pertengahan Sarawak, iaitu Lanang, Sibu dan Sarikei, tetapi kalah setiap kali. Di bawah tiga kawasan parlimen ini, DAP berniat bertanding di lima hingga enam kerusi DUN. Dalam pilihan raya negeri pada tahun 2006, DAP telah memenangi Bukit Assek (juga oleh Richard Wong Ho Leng) dan Meradong. Kini, DAP boleh menaruh harapan untuk menyerang ke arah Utara.

mee to denounce the opposition alliance.
Party president Dr George Chan had said after the party's loss of eight seats in the 2006 state elections that he would rejunevate the party with young leaders and during the party's 2008 triennial delegates' conference he said he will step down. This has yet to happen.

KUALA LUMPUR, 17 Mei — Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang awalnya tidak berpuas hati dengan peratusan keluar mengundi memperlihatkan pendirian berbeza lewat malam tadi sambil berkata, pihaknya “gembira” dengan paras 70 peratus di Sibu semalam.
KOTA BARU, 17 Mei — Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat (gambar) berkata rakyat sudah terlalu mual dengan amalan politik wang Umno-Barisan Nasional (BN) sehingga menyebabkan ia gagal mempertahankan kerusi Parlimen Sibu semalam.
Muhyiddin yang juga Timbalan Pengerusi BN, berkata ini kerana kerajaan tidak melihat pilihan raya kecil itu sebagai satu titik kesudahan terhadap dasar-dasar yang dilaksanakannya.
Beliau berkata demikian ketika mengulas kegagalan BN untuk mempertahankan kerusi Parlimen Sibu apabila calonnya, Robert Lau Hui Yew tewas kepada calon DAP, Wong Ho Leng dengan majoriti 398 undi pada pilihan raya kecil itu semalam.

Menurutnya, kempen Umno dan BN sebelum ini yang memburukkan perjuangan PAS dan Pakatan Rakyat, namun dengan jelas membuktikan rakyat telah menolak perjuangan mereka.

KUALA LUMPUR, May 17 — DAP adviser Lim Kit Siang has called for a public inquiry into the 2½-hour delay in the announcement of yesterday’s Sibu by-election results.