Ahad, 16 Mei 2010

PRK Sibu : Hari Mengundi - Lensa 2

PRK Sibu : Hari Mengundi - Lensa 1

PRK Sibu : Sibu churches given federal cash ahead of vote..big cash money from BN..fuyooo..!!!

SIBU, May 16 — Four Sibu Methodist churches were given special grants totalling RM1.75 million from the federal government yesterday in the final hours of the by-election campaign.
The award was presented by a representative from the deputy prime minister’s office, according to a report in today’s The Sunday Post.
The money for the church was on top of the RM15 million promised to local schools and a RM5 million pledge by Prime Minister Datuk Seri Najib Razak to alleviate flooding in Rajang Park if his candidate were to win in today’s election.
The Sunday Post report added that the money would be used for upgrading and extension works of church buildings in the city with a pre-dominantly Methodist population.
The four churches are the En Tao Methodist Church, Tien Tao Methodist Church, which received RM500,000, Sing Ang Tong Methodist Church (RM400,000) and Hwai Ang Tong Methodist Church (RM350,000).
Sibu SUPP publicity chief Daniel Ngieng told The Malaysian Insider the churches have applied for the special grants for quite some time.
“They applied from the government and the DPM agreed to it,” said Ngieng.
Ngieng said the four churches have about 5,000 active members.
SUPP which is Sarawak Barisan Nasional’s (BN) second largest party is fielding Robert Lau Hui Yew who is contesting against the state DAP chairman Wong Ho Leng and independent Narawi Haron.
Campaigning for the Sibu by-election ended last night and polling began this morning.
From the start of the campaign period last week, DAP has been actively engaging the Christians here who form about 53 per cent of the 54,695 voters.
The party had organised several meetings with the local Christians where the urged the community to register their protest against the government in today’s by-election.
DAP had made the government’s ruling to ban the use of the word ‘Allah’ to refer to God in the national language as one of its major campaign issues.
Wong had also declared that he would find a solution to the ‘Allah’ row if he wins the election.
SUPP however said that the issue is not relevant to the by-election as the banning has not been enforced in the East Malaysian state.
The government had given an assurance to the Malay-speaking Christians in Sabah and Sarawak that the word ‘Allah’ can still be used in the two states.

PRK Sibu : SPR Halang PACA Pakatan Rakyat Pantau Peti Undi

SIBU 16 Mei - Calon Pakatan Rakyat, Richard Wong Ho Leng melahirkan rasa kesl beliau atas tindakan Suruhanjaya Pilihan Raya yang tidak membenar ejen mengundi dan kiraan undi (PACA) daripada KEADILAN, PAS dan DAP untuk masuk ke pusat mengundi di beberapa lokasi bagi memantau peti undi.
"Saya rasa ini tidak adil dan alasan SPR mengatakan kemasukan PACA akan menyesakkan dewan pusat mengundi tidak boleh diterima. Mereka adalah sebahagian daripada proses pilihan raya seperti yang termaktub dalam peraturan SPR," kata Wong kepada Suara Keadilan selepas membuang undi di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Guong Ann di Sungai Merah bersama isteri.
Beliau dan isteri tiba di SJKC Guong Ann pada pukul 9.04 pagi sementara calon Barisan Nasional, Robert Lau Hui Yew mengundi di Sekolah Menengah Rosli Dhoby.
Proses pengundian pilihan raya kecil P212 Bandar Sibu berjalan dengan lancar dalam keadaan tenaang apabila pusat mengundi mula dibuka tepat pukul 9 pagi tadi.
Wartawan Suara Keadilan, Faizal Ezzany melaporkan suasana pengundian di sekolah tersebut amat berbeza dengan keadaan pada PRK Hulu Selangor 25 April lalu.
"Di sini tidak ada pondok panas dan bendera kedua-dua parti pun tidak kelihatan. Yang ada hanya pegawai dan petugas Suruhanjaya Pilihan Raya dan anggota polis yang bertugas menjaga keselamatan.
"Malah perayu undi pun tidak kelihatan menjadikan proses mengundi agak tidak berapa ceria namun SPR menjangkakan peratusan keluar mengundi kali ini meningkat kepada 80 peratus berbanding 68 peratus pada pilihan raya umum 2008," kata Faizal.
PRK Sibu membabitkan 54, 695 pengundi berdaftar di mana 52, 158 adalah pengundi biasa dan 1,910 merangkumi anggota tentera dan 627 lagi anggota polis.
Sejumlah 45 pusat mengundi dengan 110 saluran mengundi dibuka sehingga pukul 5 petang di 39 sekolah, dua tadika, masing -masing satu di sebuah pusat latihan, perpustakaan awam, sebuah rumah panjang serta sebuah pusat rekreasi awam.

PRK Sibu : Pengundian bermula, Sibu milik siapa?

SIBU, 16 Mei — Gelanggang pengundian pilihan raya kecil yang ke-11 sejak Mac 2008 sudah dibuka dengan tumpuan memfokus siapa bakal muncul di garisan penamat malam ini di Sibu. Barisan Nasional (BN) telah memenangi dua pilihan raya kecil yang terakhir sebelum ini iaitu DUN Bagan Pinang, Negeri Sembilan dan kerusi Parlimen Hulu Selangor, Selangor tiga minggu lalu.
Satu-satunya pilihan raya kecil di Sarawak iaitu DUN Batang Ai pada April tahun lalu dimenangi oleh BN.
Setakat ini, skor pilihan raya kecil termasuk kerusi Penanti yang tidak ditandingi BN ialah tujuh memihak Pakatan Rakyat manakala tiga pergi kepada BN.
Masing-masing BN dan Pakatan Rakyat merampas satu kerusi yang disandang pihak lawan.
PAS merampas Kuala Terengganu manakala BN pula Hulu Selangor.
Kedua-dua BN dan Pakatan Rakyat meletakkan sasaran untuk memenangi kerusi Sibu hari ini sebagai petunjuk populariti dan sokongan kepada mereka sebelum menghadapi pilihan raya umum negeri Sarawak dan untuk menyusun kekuatan mereka di Dewan Rakyat.
Bagi Pakatan Rakyat, terutama komponennya Parti Keadilan Rakyat (PKR) berhadapan dengan situasi kemerosotan wakilnya di Parlimen, kemenangan hari ini akan membawa pengertian signifikan.
PKR telah kehilangan enam kerusi Dewan Rakyat sejak Februari lalu termasuk empat keluar dan masing-masing satu akibat dipecat dan satu tercicir. BN pula mahu meneruskan kemenangan dalam apa jua cara pun sekali gus mengekalkan kerusi Sibu.
Sebagai penutup kempen BN yang berakhir tengah malam tadi, Najib diterbangkan ke sini untuk menghadiri majlis pemimpin bersama rakyat di kawasan perumahan Rejang Park dan Capetown di jeti di bandar ini sebelum berlepas pulang ke Kuala Lumpur.
Selain membuat janji dana RM5 juta saat-saat akhir malam tadi ketika singgah di Rejang Park, Najib juga berucap di Sibu Gateway.
Di Sibu Gateway beliau menggunakan kejayaan negara mencapai pertumbuhan ekonomi pada suku pertama tahun ini, yang diumumkan kelmarin, sebagai bahan kempen.
Katanya, ketika beberapa negara termasuk di Eropah masih belum pulih dari kegawatan ekonomi, Malaysia kini kembali di landasan yang betul untuk mencapai status negara maju menjelang 2020.
Najib juga mencipta sejarah apabila menjadi Perdana Menteri pertama melawat Rejang Park, kawasan yang sekian lama dianggap kubu kuat parti DAP.
DAP yang mewakili Pakatan Rakyat menarik lebih 10,000 hadirin — perhimpunan terbesar sejak kempen bermula Sabtu lalu, sekali gus menjanjikan saingan sengit.
Kesemua pemimpin Pakatan Rakyat iaitu Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang, Penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berucap pada majlis itu yang berlangsung di pinggi bandar.
Ini pilihan raya kecil pertama bagi DAP. Penganalisis melihat majoriti kali ini kemungkinan sekitar separuh daripada yang direkodkan pada 8 Mac 2008. Sejumlah 52,158 pemilih berdaftar mula keluar mengundi sejak pukul 8 pagi ini untuk memilih wakil rakyat mereka yang baru dalam pilihan raya kecil bagi kerusi Parlimen Sibu selepas tempoh berkempen selama seminggu.
Sementara 2,537 pengundi pos, terdiri daripada 1,910 anggota tentera dan 627 anggota polis, mengundi pada Khamis dan Jumaat llau di kem tentera di Rascom dan Oya dan Ibu Pejabat Polis Daerah di sini.
Sebanyak 45 pusat pengundian, dengan 110 saluran, akan dibuka di 39 buah sekolah, dua tadika dan sebuah pusat latihan, sebuah rumah panjang, sebuah perpustakaan awam dan sebuah pusat rekreasi awam untuk memastikan proses pengundian berjalan lancar.
BN menurunkan Robert Lau Hui Yew yang menghadapi saingan calon DAP Wong Ho Leng yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Bukit Assek dan calon Bebas, Narawi Haron. Hui Yew, yang mempertahankan kerusi Parlimen di kawasan bandar yang penduduknya majoriti Cina itu bagi BN berikutan kematian Timbalan Menteri Pengangkutan dan Ahli Parlimen Sibu selama lima penggal, Datuk Robert Lau Hoi Chew pada 9 April, dijadual mengundi di SMK Rosli Dhoby di sini pada kira-kira 9 pagi manakala Wong akan mengundi di SJKC Goung Ann.
Keputusan dalam pertandingan tiga penjuru itu dijangka diumumkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) di Dewan Suarah Sibu di sini selewat-lewatnya pukul 9 malam. SPR menjangkakan peratusan keluar mengundi sekitar 80 peratus.
Pada pilihan raya umum 2008, Hoi Chew mengekalkan kerusi Sibu dengan majoriti 3,549 undi, mengalahkan Ho Leng dan Lim Chin Chuang dari PKR dalam pertandingan tiga penjuru.
Mengikut senarai pemilih berdaftar, dikemas kini setakat 9 April lalu, pengundi Cina adalah hampir 67 peratus daripada jumlah pemilih diikuti Melayu/Melanau (10.5 peratus) dan Bumiputera Sarawak (22 peratus).

KAMI KELUAR UMNO MASUK PKR TENOM SUKARELA

Oleh Halik Zaman

TENOM- Beberapa orang lagi penyertaan masuk penduduk kampung di daerah Tenom ke parti PKR. Kali ini Sidik Wahid dan beberapa orang lagi penduduk Kg Ului, Tenom menyatakan pendirian mereka untuk menyertai PKR.



Penyertaan mereka kedalam PKR Tenom di terima oleh Ketua Cabang Tenom, Gonsibin Yasundang dan akan di salurkan ke pejabat PKR di Kota Kinabalu melalui Pengarah Info & Komunikasi dalam IT (Seksyen Bahasa).

Rata-rata yang hadir menyatakan bahawa mereka telah mula meragui keberkesanan pentadbiran UMNO/BN di daerah Tenom. Menurut mereka tumpuan dan focus kepimpinan BN hanyalah untuk kesenangan diri sendiri dan kepentingan kroni-kroni sahaja yang mereka titik-beratkan, manakala kebajikan kepada pengundi lain di abaikan sama sekali.



"Kos hidup rakyat dipedalaman Tenom begitu mahal sekali, susahlah mahu hidup dalam Kerajaan UMNO/BN. Dari sekarang rakyat semua mahu sedar kalau kali ini kita salah pilih Kerajaan maka anak cucu kita kemudian hari akan lebih susah lagi." Nasihat Sidik Wahid yang usianya sudah mencecah 74 tahun.

Kata Sidek lagi, "Dulu saya keliru dengan propaganda TV3, tapi syukurlah sekarang saya sudah faham propaganda TV itu semua bohong sahaja, saya nampak yang kaya raya adalah pemimpin UMNO/BN, yang miskin papakadana adalah pengundi BN."

Oleh kerana itulah mereka sebulat suara berpakat meninggalkan UMNO dan menyertai PKR dan penuh harapan agar kepimpinan PKR dan Pakatan Rakyat apabila di berikan mandate kelak akan menghapuskan system kroni di daerah Tenom ini.



Juga apabila ditanya apakah mereka menyertai PKR atas paksaan mana-mana pihak, beliau menjawab dengan tegas, bahawa tiada sesiapa yang memaksa mereka untuk menyertai PKR. Penyertaan mereka ke PKR adalah ikhlas dan di atas kemahuan mereka sendiri.