Selasa, 11 Mei 2010

JAIS mangsa politik UMNO!



JAIS Tegas Tak Bertempat?

Islam Adalah Ajaran Yang Mengandungi Aqidah Ruhiyyah(Spiritual) Dan Siyasiyah (Politik). Islam adalah Deen (mabda) yang diturunkan oleh Allah SWT Pencipta manusia alam dan kehidupan kepada Nabi Muhammad SAW bagi mengatur seluruh hubungan kehidupan manusia. Mabda Islam mengandungi seluruh ajaran dan panduan hidup untuk manusia mengatur kehidupannya di dunia.

Panduan ini bersifat lengkap bertujuan untuk membawa kesejahteraan kepada kehidupan seluruh manusia - panduan bagaimana manusia menjalin hubungan dengan Penciptanya, Allah SWT, dengan manusia lainnya, dan dengan dirinya sendiri. Seluruh panduan di dalam Islam berasal dari Allah SWT yang mutlak kebenarannya. Ia mengandungi perintah dan anjuran, begitu pula larangan dan cegahan, serta pilihan yang diserahkan kepada manusia. Secara garis besarnya, Islam adalah suatu mabda yang membicarakan persoalan berkaitan aqidah dan syariat. Atau dalam istilah lainnya, Islam mengandungi aspek fikrah dan thariqah.

Aqidah merupakan panduan yang berupa keyakinan-keyakinan yang wajib diimani oleh manusia. Sedangkan syariat adalah panduan hukum yang berkenaan dengan perbuatan manusia. Beberapa hal tentang persoalan aqidah dan syariat dapat dijelaskan dalam pembahasan ini adalah sebagai berikut:

1. Dasar aqidah Islam adalah Laa ilaaha illallah, muhammadun rasuulullaah. Ertinya, tiada Tuhan yang patut disembah melainkan Allah SWT dan Muhammad SAW itu adalah utusan Allah SWT.

2. Aqidah Islam meyakini bahwa pencipta alam seisinya adalah Allah SWT. Manusia hidup di dunia ini untuk menjalankan seluruh perintah Allah SWT. Setelah mati, manusia akan dipertanggungjawabkan atas seluruh amal perbuatannya di dunia, di hadapan Allah SWT untuk kemudian diganjari ataupun disiksa sesuai dengan amalnya.

3. Aqidah Islam adalah aqidah yang membawa konsekuensi kepada manusia untuk terikat dengan syariat Allah SWT. Syariat tersebut melingkupi segenap aspek kehidupan manusia. Jadi, di dalam Islam, tidak ada satu pun aspek dalam kehidupan manusia ini yang terlepas dari aturan syariat Allah SWT. Syariat Islam meliputi hukum-hukum yang menyangkut antara lain : Aqidah, ibadah, akhlaq, muamalah (politik, ekonomi, kehakiman, pendidikan. sosial dan lain-lain)

4. Dari aqidah Islam inilah terpancar satu sistem kehidupan yang meliputi sistem politik Islam, sistem ekonomi Islami, sistem sosial Islam, sistem pendidikan Islami, sistem kehakiman Islami dan sistem-sistem Islam lainnya.

5. Aqidah Islam bukanlah aqidah sekular, yang memisahkan agama dari kehidupan. Aqidah Islam adalah aqidah ruhiyah(spiritual) sekaligus aqidah siyasiyyah(politik). Akidah ruhiyyah adalah aqidah yang terpancar darinya keyakinan-keyakinan tentang akhirat, sedangkan aqidah siyasiyyah adalah aqidah yang terpancar darinya peraturan-peraturan tentang kehidupan di dunia.

Maka untuk itu, jika setiap dari kita, samada rakyat biasa mahupun pemerintah memahami secara jelas ruang lingkup ajaran Islam seperti yang diperjelaskan di atas maka sudah pasti tidak akan timbul isu tidak boleh bercakap politik di dalam masjid. Ini adalah kerana politik merupakan sebahagian dari ajaran Islam dan jika umat Islam dilarang berbicara tentang politik maka secara tidak langsung ianya seolah-olah melarang seseorang itu bercakap tentang Islam di dalam masjid.

Bukankah ini suatu tindakan untuk memandulkan Islam dan juga suatu pengkhianatan kepada Islam sebenarnya? Maka dengan itu kita ingin memuhasabah pihak-pihak yang berkenaan agar tidak menghalang orang Islam mengatakan dan membicarakan persoalan politik di mana-mana sahaja termasuklah di dalam masjid. Cuma bagi setiap orang Islam, mereka perlu menyedari bahawa Rasulullah SAW pernah bersabda: ” Dari Abu Hurairah ra katanya, Rasulullah SAW bersabda,

Barangsiapa yang beriman kepada Allah dan hari Akhirat, maka ucapkanlah kata-kata yang baik atau diam sahaja”.

Keterikatan dengan hukum syara’ (at-taqayyud bi al-hukm al-syar’i) berlaku umum untuk seluruh perbuatan manusia, termasuk aktiviti bersuara. Jika perintah Rasulullah SAW di atas dijadikan panduan maka sewajarnya JAIS tidak akan bersifat ”melulu” dalam mempertahankan larangan bercakap politik di mana-mana sahaja termasuklah di masjid mahupun surau. Apakah JAIS takut dengan bayang-bayang sendiri?

sumber - jebbat.blogspot.com

Malaysia ni milik peribadi PM dan isteri?



Cantek gak gambar ni,tapi..... apa tujuan buat iklan besar dan mahal macam ni ye?Mahal pulak tu sebab dibayar dalam harga US dollar!!! Apa perasaan "mereka" bila tahu bahawa iklan ni mahal dan dikatakan dibayar oleh kerajaan Malaysia?
Siapa 'mereka' yang dimaksudkan tu?
1- Rakyat yang baru diberhentikan kerja oleh majikan.
2- Pelajar miskin yang kena bayar balik pinjaman PTPTN.
3- Pelajar yang dah graduate tapi susah dapat kerja.
4- Pekerja ladang.
5- Pesakit kronik seperti pesakit jantung dll yang rawatan pakar perlu puluhan ribu RM..
6- Keluarga tahanan ISA....
7- dan ramai lagi...anda boleh senaraikan...
p/s:Apa agaknya faedah iklan mahal ni kepada rakyat M'sia? Ada orang kata, Pm dan isteri tu belanjakan duit kerajaan Malaysia ni macam duit dari poket sendiri...betul ka?

SENTUHAN BIK MAMA LEMAHKAN MALAYSIA


Diberitakan Malaysia tumpas kepada Jepun 2-3 di pusingan awal Piala Thomas malam ini.

Antara punca kekalahan skuad negara ialah kekurangan oxygen akibat kelemasan.

Majlis Sukan Negara, BAM dan doktor2 yang merawat Saiful Bahari dikejarkan ke Stadium Putra, Bukit Jalil untuk merawat dan memulihkan semagat pemain2.

Nampaknya tidak semua sentuhan "First Lady" membawa tuah kepada negara. 

PRK Sibu : Najib lakukan lawatan kerja dua hari ke Sibu mulai esok...duit dan projek mari maa...!!!

SIBU, 11 Mei — Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak akan tiba di Sibu esok untuk melakukan lawatan kerja dua hari.
Sebaik tiba kira-kira 4.30 petang, beliau dijangka beredar ke sebuah hotel terkemuka di sini bagi menghadiri perhimpunan Persatuan Sekolah-sekolah Menengah Cina Bersatu dan Persatuan Sekolah-sekolah Rendah Cina Bantuan Bersatu.
Perdana Menteri kemudiannya akan menunaikan solat Maghrib dan Isyak secara berjemaah di Masjid An-Nur sebelum menyaksikan perarakan Tua Pek Kong di Medan Hoover.
Ini disusuli dengan majlis pelancaran Siaran RTM menerusi Program Satelit bagi Sabah dan Sarawak dan komputer 1Malaysia di sebuah hotel terkemuka di sini sebelum menghadiri jamuan malam bersama kalangan ahli perniagaan tempatan di venue yang sama.
Najib akan memulakan hari kedua beliau dengan bersarapan bagi bersama anggota beberapa pertubuhan belia.
Program diteruskan dengan melakukan tinjauan mesra di sekitar Pasar Pusat Sibu sebelum melawat Rumah Sebastian Ungoh di Pasai, kira-kira 20 kilometer dari sini.
Perdana Menteri akan menghadiri majlis jamuan tengah hari bersama para pegawai kerajaan di sini sebelum berlepas pulang ke Kuala Lumpur.  — Bernama

PRK Sibu : Larang 'Allah' Dibawa Ke Parlimen, SUPP Lebih Umno Dari Umno

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Sarawak, Timbalan Persuruhjaya Kanan II Huzir Mohamed mengarahkan semua parti politik untuk tidak membawa isu kalimah Allah ke kempen pilihanraya Sibu.

Huzir dalam satu kenyataan hari ini berkata ia isu sensitif, yang mungkin boleh membawa kepada penahanan dibawah Akta Keselamatan Dalam Negeri.
Isu Kalimah Allah menerjah ke kempen pilihanraya Sibu selepas calon BN, Robert Lau, enggan mengumumkan pendirianya berhubung isu pengharaman kalimah ini.
Sejumlah 53 peratus pengundi di sini menganut ajaran Kristian, dan pengharaman kalimah Allah oleh kerajaan BN menyulitkan budaya beragama majoriti penduduk Sibu.
BN bagaimanapun dijangka meneruskan propaganda menakutkan pengundi dengan isu negara Islam bagi mendorong rakyat menolak Pakatan Rakyat.
DAP mengecam larangan ini sebagai usaha untuk menyelindungi sikap ekstrem Umno dan kelemahan calon BN, Robert Lau.
"SUPP tanpa malu menuduh Pas sebagai ekstrem, walhal Pas bukan sahaja bersederhana dalam ketrampilan mereka, malah menyokong penggunaan kalimah Allah oleh masyarakat Kristian bukan sahaja di Sarawak dan Sabah tetapi juga di Semenanjung - keberanian yang tidak ada pada SUPP, kerana bimbang kalau-kalau terpijak jari kaki pemimpin Umno," kata Kit Siang.
Kit Siang turut memuji Pas yang menunjukkan ketrampilan sebagai sebuah gerakan Islam yang benar-benar mewakili rakyat Malaysia seluruhnya.
"Bahkan, calon BN dibawah arahan kepimpinan SUPP cuba bersikap lebih Umno dari Umno sendiri dengan mencadangkan kontroversi kalimah Allah diharamkan dari dibahas di Parlimen," tambah beliau.

PRK Sibu : SUPP Dikesali Bakar Sentimen Kristian Benci Parti Islam

Menteri Besar Perak yang digulingkan Barisan Nasional, Nizar Jamaluddin membidas SUPP kerana menyebarkan fitnah 'negara Islam' dalam usaha untuk menakut-nakutkan pengundi Sibu, dan bagi meraih sokongan kepada calon BN, Robert Lau.
Bercakap kepada pemberita di sidang akhbar hari ini, Nizar berkata Parti Islam Se-Malaysia kesal SUPP-BN menyebarkan fitnah dan melakar imej pemimpin Pas sebagai tidak bertamadun dan ganas.
Nizar berkata demikian menjawab tuduhan SUPP bahawa Pas mahu mewujudkan 'negara Islam'. BN dipercayai menggunakan isu negara Islam dalam usaha untuk menyekat sokongan masyarakat Kristian kepada Pakatan Rakyat.
Masyarakat Kristian membentuk 53 peratus dari jumlah pengundi Sibu. Pas yang aktif membantu kempen Pakatan Rakyat di geraja serata Sibu sebelum ini diberi amaran oleh SUPP untuk tidak membawa politik Semenanjung ke Sarawak.
"Kita mahu memberi penerangan apa sahaja tohmah berkenaan isu kerajaan negara Islam adalah mainan jahat, fitnah besar yang dibuat SUPP," kata Nizar.
Nizar berkata Pakatan Rakyat bersepakat diatas prinsip bersama iaitu mewujudkan kerajaan yang adil, bebas rasuah dan tidak menindas mana-mana bangsa dan agama.
"Pas bersama-sama Pakatan Rakyat menggemblengkan usaha membentuk dan menubuhkan kerajaan yang adil, menghapuskan gejala rasuah dan membasmi diskriminasi kaum dan agama. Ini adalah teras perjuangan Pas, yang turut dikongsi DAP dan PKR. Atas dasar ini kita bersekutu," kata Nizar.
Nizar turut merungkai persepsi bahawa gerakan Islam terbesar tanahair itu akan melaksanakan hukum hudud.
"Soal negara Islam dan perkara-perkara yang menakutkan ini semua mainan SUPP disini, dan MCA di Semenanjung suatu masa dulu," kata Nizar.
"Semalam (di pertemuan bersama masyarakat Kristian Sibu), saya ditanya apakah Pas akan potong tangan pencuri. Saya jawab, pemimpin utama Pas iaitu Mursyidul Am Nik Abdul Aziz Nik Mat, yang juga Menteri Besar Kelantan tidak pernah memotong mana-mana tangan orang Islam dan bukan Islam selama 20 tahun pentadbiran beliau. Bahkan, patung Buddha antara yang terbesar di Asia juga berada di Kelantan," tegas Nizar.
Beliau juga menambah 'senjata' ini telah lapuk, dan bukan lagi isu di Semenanjung Tanahair, melihatkan kepada sokongan masyarakat bukan Islam kepada Pas.
"Sebenarnya kalau di Semenanjung, isu negara Islam ini sudah beres. BN memainkan peranan mengulangi isu yang lapuk," kata Nizar.
Sementara itu, Nizar turut menepis soalan media arus perdana yang mempersoalkan kewujudan klausa 'Negara Islam' dalam Perlembagaan Pas.
"Perlembagaan Pas tidak perlu dipinda kerana 'negara Islam' tidak disebut dalam Perlembagaan Pas," katanya, menjawab tuntutan SUPP supaya Pas meminda perlembagaan parti.

PRK Sibu : Barisan approves RM600 each for 246 families = (RM 147,600)

Barisan Nasional approved an immediate one-off allocation of RM600 for each of the 246 families living in an under-developed region in Sungai Igan, some 30 mins by road from Sibu town.
Sarawak Chief Minister and State Barisan chairman Tan Sri Abdul Taib Mahmud said the financial assistance was from the federal government.
”The Prime Minister has just informed me that he has approved RM600 as assistance for each of the 246 families from all the 12 longhouses in this kampung.
”The Barisan Nasional is concerned about all people regardless of where they are living. Over the past 20 years, I have been visiting longhouses in the state, but still it is not possible for me to visit everyone of them.
”There is a lot of work still to do and the longhouse people must continue to remain loyal to Barisan,” he told the folks of Rumah Daniel, Tanjung Penasu located along Sungai Igan, a sub-urban district not far from the town centre.
Taib said the Government does not help people based on consideration of race, religion or locality. He said in the eyes of Barisan, all people are equal and deserve equal treatment.
However, those who are weaker needs more help, he stressed.
”Our commitment is to help everybody so that they will one day be able to enjoy the same standard of life, whether they are from the rural areas or the urban areas,” he said.
Taib also promised the people of other longhouses there that he would give them generator sets if they did not have any electricity supply as yet.
He, however, told them that the state government did not have enough funds to allocate to every settlements and that these development funds need to be channeled in stages.
During his visit, the longhouse elders told Taib that their settlements are badly affected by floods every year.
The roads there were in bad shape and needed repair and upgrading urgently, they said, adding that other basic amenities like water supply and electricity were still lacking in some more interior pockets.

PRK Sibu : Lim Kit Siang compare Malaysia tp Greece


DAP leader Lim Kit Siang this morning asked the Sibu voters and Sarawak people to ponder one serious question: Can Malaysia go the way of Greece becoming a bankrupt country and if Malaysia is bankrupt, can Sarawak be spared its awful consequences?
Lim said in a documentary regarding Greece ’s financial fiasco, enumerating the why’s and how’s that this historic and beautiful country came to grief.
The diagnosis as to how the great nation of Greece ended as a financial “basket-case” are:
Bureaucracy: Greece’s bureaucracy is famous in the whole of Europe ! To open a cafe or pub there are 25 processes to go through! This is a country of rules and regulations.
Bloated civil service: There are 1.05 million civil servants (excluding police and armed forces) . The population of Greece is only 10 million! More than 10% are govt servants! Salary increases every year and benefit for civil servants in Greece is one of the best in Europe! More and more money is needed to upkeep this bloated civil service . The retirement age is 62 yrs old.
Corruption: Greece is the most corrupted nation in the Eurozone. Citizens pay “under table ” money to:
# admit into a public hospital
# pass a driving licence
# to enter public service
# renovate your business premises or your home
# avoid income tax
Every govt project is awarded to political cronies and at hugely inflated prices! Transparency International compared the prices of the construction costs of stadiums built for the Athens Olympics recently with similar structures in China –500% more expensive than the Chinese , compared to Los Angeles and Sydney — 50 % more expensive!! All these with tax payers money and borrowings!
Tax evasion: Officially 80% of its citizens are supposed to pay tax but only 37% are doing so. Big businessmen and corporations have refined tax evasion to a fine art (or have the tax men taken some coffee money?)
No transparency in governance: The politicians and bureaucrats falsified economic data and painted a rosy and manageable picture while the economy was rotting away.
Unabated borrowings: Meanwhile, the politicians and bureaucrats continue to issue government bonds to keep afloat, series after series. They were trying to cover up the financial mess they have created creating one big hole to cover up the previous!
Lacking political will power to reform: To keep hold on to political power, politicians are prepared to lie, commit economic and political fraud. If reforms were taken some five years ago, the country need not go bankrupt and its citizens need not suffer so much. Political expediency and greed to political power over-rides everything and hence Greece is now a bankrupt country. Luckily, it is part of the European Union and its currency is EUROs, otherwise Greeks will have to eat grass to survive!
Laid back attitude: Tourism is THE ONLY industry in Greece and over the years the Greeks have had an easy time. Many flocked to see the historical sites and enjoy summer vacation on the islands. But they forgot that not many tourists will return after visiting the sites –there are so many other tourists attractions in the world, maybe more exotic and perhaps cheaper! So once tourism wanes and coupled with higher costs of living, the Greeks could not and refused to adapt and transform – still partying and having a nice time; maybe the Greek Gods will bless them! Greece have no natural resources, no electronics industry, no R & D –no anything! They were so laid-back –cannot see what is coming and crashing down on them. Even now, the civil servants refused to take a pay cut — the world owes them a living!
Conclusion: The producer of the documentary had hired a taxi driver to go around while doing this documentary. The taxi driver had studied economics for four years in US and this was his parting words:
“My biggest mistake was returning 15 years ago, I should have stayed back in US. My nationalist instinct made me returned. The politicians screwed me. I loved my country but my country did not love me.”
Can Malaysia go the way of Greece?
Calling to the Sibu people to see the similarities of what is happening in Malayisa, he said the change must happen now as the poor are getting poorer and the rich, richer. 

PRK Sibu: Kempen Rumah Ke Rumah Kampung Hilir...Lensa Topeng Perak Unmasked - Part 2

PRK Sibu: Kempen Rumah Ke Rumah Kampung Hilir...Lensa Topeng Perak Unmasked - Part 1

PRK Sibu : PAS eye Malays, DAP for Chinese and PKR aim Dayak style slammed

Datuk Sri Wong Soon Koh said he would not accept the challenge of Lim Kit Siang on the issue Vote for DAP, Vote for PAS, as the latter need to ask PAS to amend a clause in their constituency.
He said Lim should ask PAS to change Section 5(1) of the Constitution of the party 1. To struggle for the establishment of a society and government in this country that embodies and manifests Islam values and laws that seek the pleasure of the Almighty. Ii. To uphold the sovereignty of the country and the sanctity of the religion of Islam in Section 7 of the party’s constitution, PAS reasserts that the highest source of authority is the Holy Quran.
Wong said the opposition wanted to bring in the politics of fear and the Sibu people did not want such culture.
Calling the PR a strange coalition, he said they were hoping that PAS would woo the Malay voters, DAP the Chinese voters and PKR the iban voters. He called to the people to reject such politics as they were spinning half truth.
What they did, he said was to stir the emotion of the people and make them dislike the government.

PRK Sibu : Ordinan Pemaju perumahan Dikaji Semula

Belum sampai setahun diluluskan dalam Dewan Undangan Negeri Sarawak, Kementerian Perumahan dan Pembangunan Bandar bercadang untuk mengkaji semula Ordinan Pemaju Perumahan (Pindaan) (Pengawalan dan Perlesenan) 2009.
Bercakap kepada pemberita selepas mempengerusikan Jawatankuasa Penyelerasan Perumahan Negeri ke-9 di Kuching hari ini, Menteri Perumahan dan Pembangunan Bandar, Datuk Amar Abang Johari Tun Openg berkata kajian semula itu sejajar dengan konsep perumahan baharu yang diperkenalkan kerajaan negeri selain trend pembangunan bangunan masa kini.
Ini juga termasuk trend penduduk perumahan pada masa ini yang semakin memilih untuk mendiami kawasan perumahan yang berpagar dan ada pengawal.
Kajian semula itu juga akan memasukkan peruntukkan untuk kemudahan awam seperti air, letrik dan pengurusan kumbahan.
Abang Johari berkata Peguam Besar Negeri akan mengkaji ordinan pindaan yang telah diluluskan dalam persidangan Dewan Undangan Negeri yang lepas dan akan membentangkan pindaan ke atas nya kepada cabinet negeri untuk kelulusan.

PRK Sibu : Tentera bersiap sedia bantu jaga keselamatan pilihanraya Sibu...ha..ha.. polis tak cukup maa....!!!

Panglima Satu Divisyen Infantri, Mejar Jeneral Dato Awie Suboh berkata anggota tentera sedia dikerahkan untuk membantu melicinkan proses pilihanraya kecil Bandar Sibu.
Bercakap kepada pemberita di Sibu sebentar tadi, Awie berkata walaupun tugas menjaga keselamatan dan ketenteraman awam terletak di bahu Polis namun pihak tentera boleh dipanggil pada bila-bila masa untuk membantu.
Terdahulu, Awie mengiringi TimbalanMenteri Pertahanan, Datuk Dr Abdul Latif Ahmad dalam satu majlis bersama veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di Kampung Hilir.
Dr Abdul Latif berkata Akta Veteran ATM yang akan digubal akan dibawa kepada cabinet selewat-lewatnya Ogos ini untuk diperhalusi.
Penggubalan akta itu kelak bakal menyaksikan penyeragaman kesemua aktiviti persatuan-persatuan veteran ATM di bawah satu payung yang akan menguntungkan lebih kurang 35 ribu veteran tentera.
Ia akan mengandungi 11 perkara di mana lapan daripadanya menumpukan ke arah kebajikan veteran.
Dr Abdul Latif berkata jika semuanya dapat diselesaikan awal maka akta itu boleh dibentangkan di Dewan Rakyat seawal Jun ini.

PRK Sibu : Kempen lemah DAP PRK P212 Sibu

DAP yang mencalonkan Pengerusi DAP Sarawak dan ADUN Bukit Assek YB Wong Ho Leng dalam PRK P 212 Sibu, menengahkan manisfesto yang tidak realistik dan dianggap lemah, bagi pilihan warga bandar majoriti etnik Cina Foo Chow itu.
Manifesto ini dipetik dari blog Wong:
AGENDA ‘SIBU, JOM UBAH’
1. Masa depan Sibu
Apabila DAP dan Pakatan Rakyat menjadi kerajaan negeri dan kerajaan pusat, kami berjanji untuk menyelesaikan masalah banjir di Sibu dalam masa dua tahun, di samping melabur dalam modal insan dan prasarana untuk menjadikan Sibu sebagai pusat antarabangsa bagi industri perkapalan, kejuruteraan marin dan pelancongan.
- Masalahnya, Pakatan Rakyat tidak akan menjadi Kerajaan Negeri Sarawak kerana rakyat Sarawak sudah matang memilih parti yang berjaya membawa aspirasi dan merealisasikan kepentingan mereka secara komprehensif.
DAP, PKR dan PAS merupakan parti ‘Semenanjung’ dan bukan parti ‘pribumi’ (indigenous) seperti PBB dan SUPP, yang lahir dan ujud kerana kepentingan warga Sarawak.
2. Warga Emas
Apabila DAP dan Pakatan Rakyat menjadi kerajaan negeri Sarawak, semua rakyat Sarawak yang berumur lebih 60 tahun akan menerima bayaran minimum RM100 setahun sebagai menghargai sumbangan mereka dalam membangunkan ekonomi Sarawak.
- Sebagaimana yang dihujahkan di Pulau Pinang, sumbangan RM 100.00 ini lebih meruipakan ‘penghinaan’ kepada warga emas kerana purata RM 3.30 sehari, tidak dapat memberikan apa apa kelebihan dalam kapasiti ‘membantu’ keadaan gayahidup seorang yang lebih 60 tahun umur.
3. Gaji minima
Apabila DAP dan Pakatan Rakyat menjadi kerajaan pusat, kami akan menetapkan gaji minimum RM750 sebulan kepada semua pekerja di Semenanjung dan RM830 sebulan di Sarawak.
- Pakatan Rakyat tidak akan menjadi Kerajaan Persekutuan, sebagaimana dibuktikan kegagalan Ketua Pembangkang-Tanpa-Parti Anwar “Mat King Leather” Ibrahim yang masih lagi gagal untuk melunaskan janji “16 September 2008?. Malah, perkembangan songsang’ sudahpun memperlihatkan PR kehilangan 4 MP semenjak 6 bulan kebelakangan ini.ru
Kerajaan Persekutuan bawah PM Dato’ Seri Mohd. Najib Tun Razak sedang melaksanakan transformasi ekonomi bawah Model Ekonomi Baru dan mengariskan ‘Ekonomi Nilai Tinggi’ dengan mensasarkan pendapatan per capita meningkat 100% dalam 10 tahun, tanpa menyebut ‘Gaji Minima’.
4. Pendidikan
Apabila DAP dan Pakatan Rakyat menjadi kerajaan pusat, semua sekolah akan diberi peruntukan mengikut keperluan sebagaimana yang dilaksanakan sekarang di Pulau Pinang, Selangor dan Kelantan untuk memastikan anak-anak kita mempunyai masa depan yang cerah.
- Program pembangunan bagi 10,000 sekolah seluruh Malaysia adalah sekata dan komprehensif berbanding tiada model sekolah pendalaman bagi Kerajaan DAP Pulau Pinang untuk membuktikan mereka benar benar mampu merealisasikan janji ini
5. Royalti minyak
Apabila DAP dan Pakatan Rakyat menjadi kerajaan pusat, Sarawak akan menerima royalti minyak sebanyak 20% dari Petronas, iaitu meningkat dari 5% yang diberikan oleh Petronas sekarang.
- DAP sengaja ‘memancing’ sentimen rakyat Sarawak dengan mensensaikan isu royalti kerana wang Petronas sebenarnya dibelanjakan oleh Kerajaan Persekutuan atas sejumlah besar program pembangunan, termasuk pelajaran, kesihatan, infratsruktur, keselamatan, pertahanan dan perdagangan dan industri.
6. Reformasi tanah
Apabila DAP dan Pakatan Rakyat menjadi kerajaan negeri di Sarawak, semua tanah NCR akan diukur nilai dan diberi hak milik manakala pajakan yang akan luput akan dilanjutkan tempoh tanpa syarat. Ini akan membuka peluang ekonomi besar di Sarawak.
- Ini merupakan kempen untuk menambat hati pengundi dayak sekitar Sibu tanpa benar benar mengariskan bagaimana cadangan ini hendak direalisasikan
7. Pentadbiran CAT dan demokrasi
Apabila DAP dan Pakatan Rakyat menjadi kerajaan negeri dan kerajaan pusat, kami akan mengamalkan pentadbiran Cekap, Akauntabel dan Telus (CAT) serta melaksanakan sistem tender terbuka, membenarkan kebebasan bersuara dan mengadakan pilihan raya tempatan.
CAT Pakatan Rakyat sebenarnya gagal, sebagaimana diSelangor dan Pulau Pinang. Rakan PR dalam Selangor sendiri seperti Dr. Hassan Ali mempersoalkan keberkesanan CAT.
Rasa tidak puas hati meluap luap dua MP PKR iaitu Bayan Baru Dato’ Seri Zahrain Hashim dan Nibong Tebal Tan Tee Beng adalah sebenarnya pemerintahan aka diktator Ketua Menteri DAP Pulau Pinang Lim Guan Eng, yang juga Setiausaha Agung DAP.
************
Apa yang akan berlaku kepada warga P212 Sibu sekirnya Pakatan Rakyat gagal menubuhkan Kerajaan Negeri Sarawak (dalam pilihanraya negeri yand dijangkakan dalam tempoh setahun ini) dan Kerajaan Persekutuan (sebagaimana yang telah dibukti, setelah Mantan-Banduan-Salahguna-kuasa Anwar “Mat King Leather” Ibrahim gagal merealisasikan “Janji 16 September 2008?)?
Harapan yang Wong bawa sebagai calon DAP ke Dewan Rakyat hanyalah berlandaskan kepada senario ‘Jikalau’ (What if), dan sebenarnya gagal mengariskan agenda pembangunan sebenar yang boleh menguntungkan warga Sibu.
Jelas DAP sebenar tidak mempunyai agenda berstruktur untuk benar benar mewakilil aspirasi warga P212 Sibu, walaupun mewakili majoriti etnik Cina keturunan Foo Chow melainkan menengahkan agenda Chauvinis Cina dan menentang arus perdana dan aspirasi majoriti rakyat Malaysia.
Sekiranya dikaji blog YB Wong, maka menunjukan jelas beliau merupakan pemimpin agenda Chauvinis Cina dan tidak mewakili aspirasi rakyat Malaysia kerana bahasa utama blog ialah Mandarin sedangkan kemampuan rakyat Malaysia yang boleh menggunakan bahasa ini dengan baik kurang dari 10%.

PRK Sibu : RM80 juta untuk jalanraya di Rassau,Igan...ayoo...banyak maaa....!!


Ketua Menteri Pehin Sri Abdul Taib Mahmud hari mengumumkan geran kerajaan sebanyak RM80 juta untuk membina jalanraya di kawasan Rassau,Igan dekat sini.
Tanpa memberitahu maklumat lian berkenaan jalan berkenaan, projek itu akan dilaksanakan dalam Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK10), kata beliau pada Majlis Pemimpin Bersama Rakyat di Rumah Cr. Mador, Rassau, dekat sini.
Taib juga mengumumkan peruntukkan kerajaan persekutuan dan negeri sebanyak RM600 kepada setiap pintu rumah bagi mereka yang tinggal di sembilan buah rumah panjang di kawasan yang sama.
Ketua Menteri juga mengumumkan grant kerajaan sebanyak RM250,000 bagi membina dewan di Sekolah Menengah Batang Igan,Dalat.
Beliau turut menasihatkan para Ibu-bapa yang tinggal di luar bandar untuk mengutamakan pendidikan daripada hal-hal lain dan memastikan mereka memberikan pendidikan secukupnya kepada anak-anak mereka.
Ini kerana tanpa pendidikan, mereka tidak akan dapat meningkatkan tahap sosio ekonomi mereka dan agak sukar untuk menyara hidup pada masa akan datang memandangkan tahap hidup semakin meningkat dari masa ke semasa, ujar beliau.
Ketua Menteri juga menasihatkan masyarakat yang tinggal di kawasan berkenaan supaya tidak menjual tanah mereka.
Menurut Taib, mereka yang memiliki tanah disaran untuk membangunkan tanah mereka dengan estet kelapa sawit atau memajakkan tanah mereka kepada bank untuk dibangunkan.
Tambah Taib lagi, jika penduduk di Rassau ingin tanah mereka disukat dan diberi grant maka beliau boleh membantu mereka berbuat demikian dan mendapat grant asalkan mereka tidak berbalah antara mereka sendiri.
Mengenai bekalan elektrik, Taib memberitahu bahawa pihak kerajaan akan melaksanakan bekalan elektrik ke kawasan berkenaan dibawah program NKRA dan ianya akan dijangka siap pada tahun 2012.
Turut hadir di majlis berkenaan ialah Speaker Dewan Undangan Negeri, Dato Sri Mohammad Asfia Awg.Nasar, ADUN Jemoreng, Abu Seman Jahwie, ADUN Asajaya Abdul Karim Rahman Hamzah, setiausaha Politik kepada Perdana Menteri Dato Ahmad Shahlan, ketua-ketua masyarakat dan ketua-ketua kaum.-

PRK Sibu : Pakatan Rakyat tidak bahagia, Fadilah

Apa yang berlaku kepada pembangkang terutama Parti Keadilan Rakyat (PKR) menunjukkan dengan jelas Pakatan Rakyat (PR) ada satu pakatan yang lemah yang tidak bahagia.
Demikian tegas Ketua Pemuda Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Fadillah Yusof ketika diminta mengulas senario keluar parti yang menghantui PKR pada masa ini.
Menurut beliau, PR merupakan gabungan parti pembangkang yang lemah kerana ahli-ahlinya tidak bekerja dalam satu pasukan dan mempunyai agenda dan polisi yang berbeza.
Ketika ditanya pemberita di Sibu hari ini, Fadillah yang juga Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi berkata keputusan 70 angkatan muda PKR di Sibu mereka tidak “bahagia” bersama ketua mereka.
Keadaan ini berbeza dengan Barisan Nasional (BN) di mana kesemua 13 parti komponennya mampu untuk bekerja dalam satu pasukan yang besar dengan matlamat yang sama iaitu memastikan kesejahteraan rakyat.

PRK Sibu : Wong Ho Leng mimpi di siang hari, Peter Chin

Perubahan yang dicanang-canangkan oleh calon Parti Tindakan Demokratik (DAP), Wong Ho Leng dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Sibu tidak lebih daripada sekadar mimpi di siang hari.
Setiausaha Penganjur Parti Bersatu Rakyat Sarawak (SUPP), Datuk Seri Peter Chin Fah Kui berkata, ia hanya retorik kerana pihak pembangkang tidak dapat melakukan apa-apa meskipun mereka mungkin menang.
“Meskipun dia (Wong) menang mendapat seratus peratus undi dari penduduk Sibu, namun harus ingat dia hanya salah seorang daripada 222 Ahli Parlimen di mana kedudukan Pakatan Rakyat (PR) masih parti minoriti.”
“Lagipun, ini pilihan raya kecil, bukan pilihan raya umum., jadi bagaimana dia boleh mengatakan membawa perubahan,” kata Chin semasa sidang media Lapangan Terbang Miri petang tadi.
Chin yang juga Ahli Parlimen Miri mengulas kenyataan Wong dalam akhbar kewangan The Edge yang mahu membawa perubahan kepada penduduk Sibu jika kemenangan berpihak dengannya.
Menurut Chin, pembangunan di Sibu pada masa sekarang adalah hasil kerja keras wakil rakyat Barisan Nasional (BN), bukannya parti pembangkang yang hanya muncul menjelang pilihan raya.
“Perubahan apa yang diperkatakan oleh Wong? Apakah dia tidak melihat perubahan yang telah dibuat selama 24 tahun oleh kerajaan untuk penduduk bukan sahaja di Sibu, tetapi juga kawasan lain dibawah pemerintahan BN.”
“Saya nasihatkan penduduk Sibu supaya menjadi pragmatik. Lihat kepada siapa yang mampu membawa kepada perubahan yang sebenar, kalau cakap sahaja tentang ‘perubahan’ tetapi tidak dilaksanakan pun tiada guna,” kata Chin.
Beliau turut mencabar calon DAP tersebut untuk memberikan laporan perubahan yang sudah dibuat selama dua penggal sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Assek.
“Saya fikir dia (Wong) tak ada buat perubahan di sana (Bukit Assek). Dia pun tidak faham bagaimana nak jadi wakil parlimen sebenarnya kerana tiada ada isu yang relevan dalam pilihanraya kecil tersebut,” ujarnya.

Protes terhadap presiden, ahli MCA dibelasah

Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek masih dihantui oleh skandal seksnya dan masih ramai, khususnya masyarakat Cina yang belum memaafkannya.

Pada satu majlis di dewan sekolah rendah Cina di Machap Baru, Melaka, Ahad lalu setelah kira-kira lapan minit berucap, seorang pemimpin pemuda tiba-tiba naik ke pentas dengan membawa sepanduk yang berbunyi: Presiden, jika anda sayangkan MCA, tolong letak jawatan.”

Chua bagaimanapun tidak menghiraukan lelaki itu dan meneruskan ucapannya.

Setelah 'tetamu' yang tidak diundang itu dibawa turun dari pentas, Chua berkata,”Jangan biarkan tindakan menceroboh seseorang itu menganggu keseluruhan majlis berkenaan.”

'Tetamu' yang tidak diundang itu kemudiannya dikenal-pasti sebagai setiausaha pemuda MCA bahagian Alor Gajah, Chai Ming Swee.

Dia memberitahu yang dia ditolak dari pentas itu secara kasar dan kemudiannya dibelasah oleh tiga lelaki di bahagian kepala dan badannya. Akibat tindakan itu, bajunya koyak, manakala cermin matanya pecah.

Menurut Chai lagi, tambah menyedihkan ialah ada ahli-ahli MCA yang hanya melihat sahaja dan membiarkan dirinya dibelasah.

Mujur, katanya, seorang pengawal berbangsa India campur tangan dan mengarahkannya supaya segera meninggalkan majlis itu.

"Semasa menuju ke kereta, lima lagi orang terus mengejar saya. Seorang daripada mereka melemparkan topi keledarnya yang mengenai kereta saya sehingga menyebabkan bonnet kemek.

"Saya dengan segera meninggalkan tempat itu dan menuju ke balai polis untuk membuat laporan dan seterusnya ke hospital bagi mendapatkan rawatan.”
Hormati proses demokrasi
Sementara itu, Chua ketika mengulas kejadian itu hari ini berkata beliau tidak tahu mengenai dakwaan Chai yang dia dibelasah.
“Ketika berucap, seorang lelaki naik ke pentas dengan sepanduk berbahasa Mandarin. Oleh kerana saya tidak faham Mandarin saya berpendapat dia mengalu-alukan kedatangan saya dan saya terus berucap,” katanya pada sidang media di Wisma MCA, Kuala Lumpur.
Menurut Chua selang beberapa saat, Chai diminta turun dan beliau tidak tahu apa yang berlaku selepas pemuda itu meninggalkan dewan berkenaan.

“Sama ada dia dipukul adalah benar atau tidar, saya tidak tahu kerana saya berada di dewan. Apa yang saya kata ialah dia boleh terus protes dan juga membidas saya. Dia mempunyai hak untuk meminta saya letak jawatan tetapi dia juga mesti tahu menghormati saya sebagai presiden baru MCA,” katanya.

Menurut Chua lagi, proses demokrasi mesti dihormati.