Ahad, 9 Mei 2010

Sultan Sharafuddin Perlu Waspada Dengan Pengampu

NASIHAT dan teguran ikhlas Sutan Selangor, Sultan Sharafuddin Idsris Shah agar parti politik tidak menggunakan masjid untuk tujuan politik (jahat) nampaknya sudah menjadi isu yang dipolemikkan. Teguran itu telah dibawa terlalu jauh untuk kepentingan politik satu-satu pihak.

Apakah ini melambangkan golongan politik kita (Melayu) sudah kekeringan modal atau bersikap macam ikan lampam, yang akan menerkam apa saja objek yang jatuh dari atas jemburan atau jambatan. Meskipun yang jatuh itu hanya bulu ayam atau ketulan busuk, mereka merebut dan mengomolnya sehingga terkoyak muncung?

Sepatutnya semua pihak tidak mudah cuba menari mengikut gendang sendiri dalam melihat titah ikhlas Sultan Selangor tempoh hari itu. Sebelum mereka memberi reaksi seharusnya melihat apakah maksud baginda sebenarnya. Mereka juga perlu menyedari apakah baiknya untuk mereka terus menyerang mana-mana pihak ekoran teguran itu. Dalam hal ini cubalah bercakap secara ikhlas dan jujur. Belajar jadi ikhlas dan orang benar sejenak.

Apa yang berlaku Sultan Selangor hanya memberi nasihat supaya tidak menggunakan masjid sebagai medan untuk politik (jahat). Rasanya semua orang kena setuju dengan saranan itu. Tetapi sebelum setuju haruslah difahami apakah bentuk politik yang dikatakan Sultan itu. Apakah bentuk politik yang tidak wajar dibawa masuk ke dalam masjid?

Kalau masjid itu membawa perpecahan, membawa kejahatan, membawa hasutan dan membawa manusia menjauh syurag, rasanya semua pihak kena setuju. Malahan orang yang berbuat demikian wajar dihumbankan ke dalam sungai Kelang.

Dalam hal ini apa yang penting semua pihak kena faham, apakah erti dan bentuk politik itu yang patutr dihalang masuk ke dalm masjid itu. Sejauh manakah ia digunakan dan boleh memudaratkan umat. Saya rasa kalau masjid digunakan untuk berpolitik, selagi politik terkawal dengan baik dan membawa manusia menuju ke jalan Allah tidak ada masalah. Dalam hal ini kena perluaskan skop politik itu.

Di sinilah apa yang ditegas dan dipertahankan Tok Guru, Nik Abdul Aziz orang yang melarang agar politik tidak dibicarakan di masjid adalah peninggalan penjajah. Maksud kata-katanya itu bukan menyanggah kata-kata sultan. Sebaliknya beliau menjelaskan bagaimana dan kenapa penjajah tidak membenarkan masjid digunakan sebagai medan politik.

Penjajah arif masjid adalah gelanggang orang Islam dan Melayu. Di sinilah tempat orang Islam bermuzakarah, berbincang menyelesaikan masalah mereka. Muzakarah dan berbincang, inilah politik.

Penjajahan faham, selagi ada gelanggang ini orang Melayu akan bersatu. Maka itu penjajah menghalangnya. Tindakan atau maksud inilah yang Nik Aziz nak ceritakan. Maksud penjajah yang melarang masjid untuk tujuan baik itulah menyebabkan Nik Aziz menyanggah.

Apakah cemarnya politik begitu? Pada saya menggunakan tempat awam untuk berpolitik jahat dan tidakbagi kebaikan umum bukan saja di masjid harus dilarang. Tetapi di dalam tandas juga ia perlu dilarang dan ditegur.

Maka untuk menegur ini, saya rasa baik dilakukan untuk semua tempat. Untuk pengetahuan, sekolah, sudah lama dijadikan gelanggang politik oleh pihak tertentu. Pejabat kerajaan dan syarikat GLC juga dijadikan sumber kekayaan atau lombong membantu politik tertentu.

Politik di sini lebih buruk dan hampak dari politik di masjid yang dimaksudkan sesetengah orang. Kenapa tidak ada larangan dan teguran bila tempat-tempat ini dijadikan medan politik?

Sultan atau Raja yang menjadi payung kepada bangsa Melayu juga perlu tegur dan menasihat supaya tempat-tempat awam dan badan-badan milik kerajana tidak digunakan untuk kepentingan politik mana-mana pihak dengan sewenang-wenangnya. Apakah medium awam itu boleh digunkana untuk mengilangkan isu-isu politik busuk bila ia dilakukan oleh parti pemerintah atau tepatnya UBN?

Dan mengenai pendirian Zaid Ibrahim untuk tidak memohon maaf kepada Sultan Selangor saya rasanya ia perlu disokong atau digali apakah alasannya. Tolollah Zaid kalau beliau memohon maaf ke atas sesuatu perbuatan yang tidak fatal kesalahannya. Tafsiran orang mengatakan dia biadap apabila cuba mempertikaikan kata-kata Sultan itu adalah ilusi orang-orang yang kecewa dan berjiwa kecil saja. Orang-orang ini adalah mereka yang cuba menjadikan sultan dan istana sebagai kuda tunggang selepas mereka ketinggalan kereta api dan bas.

Mereka yang mengatakan Zaid biadap, sebenarnya mereka yang buta undang-undang dan sedia menterbalikkan undang-undang sekiranya mereka merasakan ada untung kepada mereka.
Mereka ini adalah sang pengampu. Bagi sang pengampu akan bertindak melakukan apa saja hatta menadah tahi orang lain dengan telapak tangannya. Zaid bukan jenis itu. Dia tidak akan sesekali mengatakan tahi itu sebagai wangi meskipun dia dibungkus dengan bunga.

Beliau juga arif terhadap sesuatu yang beliau perkatakan.

Apa gunakanya negara ini ada kanun kalau tindakan tidak mengikut kanun? Apakah kita mahu menjadi burung malas yang tidak pandai membuat sarang tetapi mahu juga bertelor di dalam sarang? Akhirnya telor entah ke mana pecah bersepah tanpa melahirkan zuriat.

Dalam hubungan sikap tegasnya menyokong kenyataan Nik Aziz itu – mempertahankan masjid boleh dijadikan medan politik, Zaid berpegang kepada kanun. Sebagai seorang pengamal undang-udang beliau tetap berpegang kepada undang-undang dalam keadaan apa saja.

Mereka yang mudah mengatakan Zaid biadap dan cuba membela sultan tanpa memahami erti dan mesej di sebalik itu adalah golongan pengiring raja-raja di zaman pubra. Mereka ini dapat dilihat dalam filem Melayu, tidak berbaju, berkaki awam dan membidik lembing 24 jam. Mereka akan sedia menjadikan diri mereka sebagai benteng untuk menyelamatkan raja hanya kerana untuk kepentingan mereka, tanpa memikirkan apakah kerja mereka itu memberi manfaat kepada mereka sewajarnya!
MSO.

PRK Sibu : Anwar Turun Padang Temui Masyarakat Iban

Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim melanjutkan kempen Sibu Memimpin Perubahan Sarawak ke kampung-kampung Iban di serata Sibu.
Mantan Timbalan Perdana Menteri itu, bersama-sama calon Pakatan Rakyat Wong Ho Leng hari ini melawat rumah panjang Bawang Assan dan menikmati makan tengahari bersama penduduk setempat.
Bawang Assan terletak di barat bandar Sibu, berhampiran perkampungan Cina Sungai Bidut. Perjalanan sejauh 30 kilometer jika berkereta dari pusat bandar merentasi Jambatan Igan.
Tarikan utama Bawang Assan adalah 8 rumah panjang Iban, yang tertua darinya berusia 100 tahun. Beberapa rumah panjang terletak di tebing Sungai Bawang Assan yang mengalir ke Sungai Rajang.
Sebahagian besar penduduk bekerja di bandar Sibu atau di luar bandar. Sebahagian lainnya menjana pendapatan tambahan sebagai nelayan kecil-kecilan - menangkap udang sebesar ibu jari dan ikan di sungai yang teruk dicemari.
Ketibaan Anwar Ibrahim dan krew TV Selangor disambut dengan kemesraan oleh penduduk setempat.
"Saya datang untuk satu tujuan, merayu saudara semua supaya mengundi untuk calon yang berani bersuara untuk kepentingan masyarkat Iban. Pilih calon yang tidak berundur bila ditekan, yang tidak tunduk bila diancam, yang tidak membisu bila hak saudara dirampas. Calon itu adalah calon kita, Wong Ho Leng," kata Anwar disambut dengan tepukan gemuruh warga rumah panjang.
Anwar meyampaikan mesej yang jelas, bahawa Pakatan Rakyat membawa politik baru untuk Malaysia, dimana kepentingan rakyat mengatasi politik indidivu dan keluarga-keluarga kaya.
Iban, Melayu, Cina, India dan Kadazan mendapat keadilan dan layanan yang sama. Tanah-tanah yang mereka diami akan dihormati sebagai hak mutlak mereka.
Beliau dukacita melihat masih ramai masyarakat Iban yang hidup dalam kepayahan. Sungai yang menjadi nadi kepada kehidupan mereka teruk tercemar. Peluang pendidikan sempit. Elektrik dan air terbengkalai.
"Kekayaaan negeri harus kita bagi pihak Iban, pihak Cina, pihak Melayu-Melanau, India dan Orang Asli, bukan untuk diserahkan pada orang-orang kaya. Kontrak, tanah, balak, minyak habis semua sudah diambil kerajaan BN," kata Anwar lagi, dengan anggukan tanda setuju dari semua yang mendengarnya.
Anwar berkata kekayaan pemimpin BN seperti keluarga Taib Mahmud diketahui ramai. Kekayaan hasil bumi Sarawak juga diketahui di seluruh dunia. Begitu juga kemiskinan rakyat Sarawak, khususnya masyarakat Iban. 
"Bagi orang Iban, tanah ini adalah nyawa. Kalau ikut BN, kita punya nyawa (tanah) pun dia sudah angkat bagi pada orang kaya," kata Anwar.
Bagi pemimpin reformasi ini, masa perubahan sudah tiba, dan penentu samada Sarawak berubah atau tidak kini dalam tangan masyarakat Iban di Sibu.
"Tengok apa yang kita ada sekarang ini. Tanya berapa BN bayar kita, tanya anak ada kerja atau tidak. Di kempen sebelum ini, orang Iban kata Pakatan Rakyat belum tahu memerintah. Sekarang kita sudah perintah beberapa negeri. Di Sarawak, BN sudah perintah berpuluh tahun. Di Selangor, kita perintah dua tahun, kita sudah bagi air percuma. Di sini, yang percuma adalah air sungai di tepi itu (sambil tunjukkan pada sungai di tebing rumah panjang)," kata Anwar disambut gelak tawa hadirin.

PRK Sibu : Wong Ho Leng Isytihar Perang Basmi Kemiskinan

Sejak dipilih wakil rakyat pada 1996, Wong Ho Leng mengisytiharkan perang terhadap kemiskinan dan penggangguran - dua isu utama yang membelit warga Sarawak.
Calon pilihan Pakatan Rakyat ini menjadikan kemelut kemiskinan rakyat kepentingannya, melalui siri-siri gesaan dan desakan terhadap kerajaan negeri dan pusat. 40 tahun telah berlalu, rakyat Sarawak masih melarat.
Program ekonomi dibawah Ketua Menteri Taib Mahmud gagal membuahkan hasil. Katanya, pada 2009, pendapatan Sarawak mencecah hampir RM3.726 bilion ringgit, tetapi 70 peratus daripada penduduk rumah panjang masih tidak mempunyai akses kepada air bersih, jalanraya dan tenaga elektrik.
"Jika kamu melawat Rassau, Bungan atau Panasu, kamu boleh nampak rumah-rumah panjang dan bumbung-bumbung mereka yang hampir roboh. Penduduk amat sudi menceritakan kepada kamu janji-janji yang menteri-menteri sebut dahulu. Mereka dijanjikan air, dijanjikan elektrik, dan hari ini, penduduk menjana elektrik sendiri, dan kutip air langit dari hujan," kata calon Pakatan Rakyat Wong Ho Leng.
Kadar kemiskinan di Sarawak kekal pada paras membimbangkan. Jurang pendapatan amat parah, yang menurut Wong diburukkan lagi dengan barah rasuah. Dengan kadar pelaburan yang semakin corot, Sibu kini jatuh ketinggalan berbanding Kuching, Miri dan Bintulu.
"Saya ingin tanya, berapa ramai rakyat di Sibu yang sekaya calon BN? Di bandar Sibu, ramai yang tidak berpuas-hati dengan kerajaan BN. Tengok sahaja di kampung-kampung Melayu. Kehidupan mereka sukar, kerja juga tidak banyak. Belia Melayu, Cina dan Dayak berhijrah keluar ke Johor Bahru dan Singapura kerana tidak ada kerja disini. Dan kalaupun dapat kerja, gajinya murah," keluh Wong.
Isu rakyat Sibu sebenarnya lebih parah dari isu kemiskinan. Prasarana yang lemah merencatkan pembangunan Sibu sebagai bandar strategik di Sungai Rajang.
"Tengok sahaja prasarana di Sibu. Keluar sahaja dari lapangan terbang, yang menanti kita adalah jalanraya yang berbukit dan berlopak. Bila hujan turun, ada sahaja kereta yang tergelincir," kata Wong.
Sibu juga sering dilanda banjir, terutamanya di Jalan Hua Kiew di DUN Bukit Assek. Banjir menyebabkan ramai warga Sibu berhijrah ke bandar-bandar lain kerana kerajaan negeri tidak lagi mampu mengatasi masalah itu.
"Sibu seperti berada di dasar kuali. Jutaan ringgit disalur untuk tangani banjir, tetapi masih gagal. Satu-satunya cara adalah mendalamkan dasar sungai, tetapi BN berlepas tangan. Walhal DAP pernah menawarkan kerja pedalaman secara percuma, tetapi BN lebih rela tengok rakyat Sibu dilanda banjir," kata Wong.

PRK Sibu : Isu Kalimah Allah - Calon BN Takut Umum Pendirian

Calon BN Robert Lau tidak mungkin menjadi wakil rakyat yang berkesan kerana mengelak dari mengumumkan pendirian berhubung penggunaan kalimah Allah oleh masyarakat Kristian di Sarawak.
Calon Pakatan Rakyat, Wong Ho Leng mempersoalkan sikap takut dan berdiam diri Robert kerana isu penggunaan kalimah Allah memberi kesan kepada kehidupan beragama masyarakat Kristian di Sibu.
Kira-kira 53 peratus dari 54,695 pengundi berdaftar di Sibu beragama Kristian. Masyarakat Cina membentuk 67 peratus, Dayak 22 peratus dan Melayu-Melanau 10.5 peratus.
Semalam, Robert Lau berkata persoalan penggunaan kalimah Allah oleh masyarakat agama Samawi tidak boleh dijadikan isu, walaupun ia telah menyulitkan kehidupan beragama masyarakat bukan Islam di Sibu.
"Robert mengelakkan diri dari menjawab soalan apakah larangan menggunakan kalimah Allah telah mencabuli hak rakyat Sarawak khususnya dan Malaysia amnya untuk beragama, seperti yang dijamin oleh Perlembagaan Persekutuan untuk masyarakat bukan Islam," kata Wong.
Masyarakat Kristian di Sarawak menggunakan kalimah Allah dalam upacara dan penerbitan mereka sejak zaman penjajahan.
Penggunaan kalimah Allah oleh masyarakat bukan Islam mncetuskan kontroversi selepas Kementerian Dalam Negeri menguatkuasakan keputusan Kabinet 1986 melarang bukan Islam dari menggunakan beberapa perkataan Arab oleh warta Katolik, The Herald.
Penerbit akhbar itu menang dalam kes mereka yang diputuskan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur tahun lalu, tetapi berakhir dengan kontroversi apabila beberapa rumah ibadat diserang.
Ketika pimpinan Umno-BN mengecam penggunaan kalimah Allah oleh masyarakat bukan Islam, Pakatan Rakyat menunjukkan kematangan dengan menyeru kepada dialog antara cendekiawan agama.
Ketegangan agama berakhir apabila Mursyidul Am Pas Nik Abdul Aziz Nik Mat, Presiden Pas Abdul Hadi Awang dan Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat Anwar Ibrahim mengepalai usaha kepada perbahasan dengan menemui ketua-ketua masyarakat Kristian.
"Jelas sekali, Robert mengelak dari menjawab soalan ini kerana beliau tunduk kepada tuan politiknya. Bagaimana mungkin orang seperti ini mampu membawa dan mempertahan hak rakyat Sibu?" kata Wong.

PRK Sibu : PAS Temui Masyarakat Kristian Sibu

Pimpinan Pakatan Rakyat, khususnya dari Parti Islam Se-Malaysia, membuka lebaran politik baru dengan lawatan ke Gereja Sacred Heart hari ini.
Menongkah propaganda BN yang selama ini menggambarkan Pas sebagai parti anti-bukan Islam, Ahli Parlimen Khalid Samad dan Ahli Parlimen Kota Raja Dr Mariah Mahmud menemui jemaah Kristian setempat di Sibu.
Dengan lawatan ini, Pas berharap persepsi parti ekstremis dapat dileraikan, dan kerjasama yang lebih erat antara Pakatan Rakyat dan masyarakat bukan Islam setempat terjalin.
Mengikut sejarah, Sibu sememangnya bandar masyarakat Kristian. Gereja boleh dilihat d merata tempat, bersebelahan satu sama lain dan potret Mariam ibu Jesus bagaikan hiasan di bandar ini.
Jumlah pengundi di kawasan Parlimen Sibu mencecah 54,695 orang, dimana 53 peratus darinya menganuti agama Kristian. Undi dari jemaah gereja memainkan peranan penting dalam PRK Sibu.
"Kita tidak mempunyai permusuhan atau niat jahat terhadap penganut agama lain. Pas menghormati semua agama dan hak mereka beragama, tidak sepertimana yang dipaparkan media BN," kata Khalid Samad.
Jemaah gereja Sacred Heart menyambut kedatangan pimpinan Pas dengan tangan terbuka, malah pihak gereja menunjukkan sikap ingin tahu dan mahu mengenali Pakatan Rakyat yang dikatakan bersikap lebih terbuka dan moden, berbanding Umno-BN.
Walaupun ketegangan isu kalimah Allah berjaya diredakan pimpinan Pakatan Rakyat, namun pemimpin gereja masih lagi mengambil kisah dengan campurtangan BN dalam urusan keagamaan masyarakat Kristian.
"Saya pernah pergi ke beberapa gereja dan berbincang dan berbual bersama jemaah gereja. Ia mencetuskan sedikit kegemparan kerana ia budaya berbincang ini tidak pernah dibawa Umno-BN. Semasa saya belajar di United Kingdom, saya sering menyertai perbincangan antara agama, tetapi di Semenanjung wacana seperti ini agak pelik. Tetapi hari ini di Sibu, kita turun padang dan menunjukkan bahawa kita mahu bersahabat dengan semua," tegas Khalid.
Kelmarin DAP turut mengadakan satu mesyuarat tertutup bersama pemimpin gereja. TV Selangor difahamkan ia mendapat sambutan baik, kira-kira 60 paderi menghadiri pertemuan itu.
Mereka yang hadir menyuarakan kekhuatirean mereka diatas campurtangan kerajaan persekutuan dalam amalan agama. Mereka bimbang jika hari ini BN melarang penggunaan kalimah Allah, esok lusa amalan-amalan lain atau saiz gereja di satu-satu kawasan akan turut dijadikan isu. 
"Bukan sedikit anggota Pas yang berdialog dengan masyarakat agama lain. Kita tidak mempunyai masalah untuk bertemu dan menjawab persoalan dan menjelaskan prasangka atau ingin tahu masyarakat bukan Islam. Bahkan, tuntutan masyarakat Kristian seperti keadilan, kesaksamaan, urustadbir berhemah dan bertanggungjawab adalah juga yang dituntut oleh Islam. Kita sokong tuntutan ini," kata Dr Mariah Mahmud.
Bagi Pas dan Pakatan Rakyat, keperibadian seorang pemimpin mencerminkan ketaatannya pada agama yang dianuti. Bagi Pakatan Rakyat, agama bukan alat politik mengaut undi, tetapi agama adalah panduan menuju pembentukan masyarakat madani, moden dan berprinsip.
"Agama itu harus dicerminkan melalui tindak-tanduk individu. Jika kita bersembahyang, tetapi dalam masa yang sama kita tidak adil, kia rasuah, kita zalimi orang lain, maka itu serupa seperti kita memperlekehkan tuhan. Tidak boleh ada percanggahan antara agama dan kehidupan sehari, dan nilai agama harus dibawa ke arena politik, tanpa meminggirkan toleransi dan hak orang lain," kata tambah Khalid pula.

PRK Sibu : Wong Ho Leng Cabar Calon BN Buat Pendirian Isu Limbang, Blok L-M

Calon BN dicabar mengumumkan pendirian berhubung isu perlucutan kedaulatan Malaysia keatas lapangan minyak di blok L dan M yang terletak di luar pesisiran pantai Sabah-Sarawak.
Wong Ho Leng berkata ada kemungkinan kedua-dua lapangan minyak itu adalah milik Sarawak.
"Saya cabar beliau untuk suarakan isu ini sebelum 16 Mei depan. Saya cabar beliau umumkan pendirian berhubung isu blok L dan M, isu Limbang dan isu Cukai Barangan dan Perkhidmatan. Amat menyedihkan jika calon BN ini tidak mampu jawab kerana sehingga ke hari tiada seorang pun dari BN yang jawab dengan jelas," katanya.
Lapangan minyak M dan L seluas kira-kira 6,000 kilometer persegi. Setiap lapangan ini mampu menghasilkan 250,000 hingga 300,000 tong setiap hari selama 15 hingga 20 tahun.
Hasil dari kedua-dua lapangan ini dianggarkan mencecah RM65.6 juta setiap hari.
Sebelum ini, Ketua Menteri Sabah Musa Aman secara rasmi mengumumkan lapangan L dan M bukan wilayah Sabah.
"Blok L dan M berkemungkinan besar bukan milik Sabah. Ketua Menteri Sabah Musa Aman mengumumkan perkara itu, maka tentu sekali lapangan minyak ini milik Sarawak. Tetapi BN serah harta negara ini pada Brunei. Amat tidak bertanggungjawab!" katanya.
"Tidak ada logik seandainya ia diserahkan sebagai ganti kepada Limbang kekal sebagai tanah Sarawak. Limbang dari dahulu lagi adalah wilayah Sarawak. Saya bantah apa sahaja usaha yang menjejaskan kedaulatan Malaysia. Bahkan saya sedia mati untuk tanahair," tegasnya.
Wong Ho Leng berkata BN tidak mempunyai sebarang alasan untuk melucutkan kedaulatan Malaysia keatas lapangan minyak ini, yang sepatutnya digunakan untuk menampung kebajikan rakyat termiskin.
"Sarawak berada di tangga keempat yang termiskin di negara ini. Minyak disedut keluar dari bawah kaki rakyat Sarawak tetapi kita hanya dapat 5 peratus royalti sejak 1970an. Apakah ini adil untuk Sarawak? Masih ramai lagi yang miskin disini, dan kita berhak kepada sekurang-kurangnya 20 peratus royalti," tegasnya.

PRK Sibu : LENSA KAMPUNG BAHAGIA JAYA TEKU SIBU

KEADAAN KAMPUNG YANG SELAMA INI BAWAH PEMERINTAHAN BN
KEMISKINAN DAN PEMBANGUNAN TERABAI
MUSIM PRK NI...PROJEK MI SEGERA DATANG..TAPI UGUTAN TELAH DIBERI KEPADA PENGUNDI..JIKA BN KALAH..PROJEK MI SEGERA BATAL.

PRK Sibu : YAB Ketua Menteri Berkempen Di Rumah Panjang

Pas Mencuri Manfaat Di Sibu


PILIHAN RAYA kecil Sibu 16 Mei ini turut tidak disia-siakan oleh Pas. Selain daripada parti Islam itu berpeluang  menunjukkan kefahaman mereka dalam Pakatan Rakyat dengan memberi sokongan padu kepada rakan Pakatan, DAP, parti juga dapat mencuri peluang untuk memprosikan dirinya di Sibu.

Kenapa tidak, buat pertama kali bendera Pas berkibar di bumi Sibu. Di Sarawak waktu ini Pas hanya mempunyai lima kawasan berbanding 31 buah kawasan parlimen. Kawasaan itu ialah, Batang Lupar, Petrajaya, Sadong Jaya. Manakala dua kawasan lagi dalam proses pendaftaran iaitu di Bintulu dan Miri.

Untuk membantuk DAP dalam pilihan itu Pas katanya telah menghantarkan lebih 300 orang petuasnya terdiri dari berbagai bidang.

Pilihan raya ini juga dijadikan latihan kepada jentera pilihan raya Pas Sarawak yang masih lagi lemah dan tidak  berpengalaman.
Beberapa hari sebelum hari penamaan calon beberapa pemimpin utama Pas sudah turun membuat tinjauan dan membentuk jentera pilihan rayanya sendiri.Sekurang-kurangnya dua Pas negeri, Kelantan dan Selangor telah membuka bilik gerakan sendiri atau menyewa rumah untuk menempatkan para petugas. Pas Kelantan telah berkampung di No 19 Kampung Hilir, Jalan Masjid dalam Dun Nangka.

Pas kawasan Jeli yang diketuai bekas ahli Parlimen Jeli, Apandi Mohamad merupakan kumpulan terawal berkampung di Sibu. Lain-lain pemimpin Pas Jeli ialah Setiausaha Kawasan, Hashim Awang, Ketua Urusan Ulamak, Ustaz Ismail Omar, Ketua Penerangan, Mohd Fauzi Zakaria serta Naib Ketua Pemuda Mohd Bukhari, Ajk Pemuda, Khairul Zumadi Hussein. Ikut sama Ketua Muslimah, Norwati Jusoh dan setiuasahanya Ramlah Samat.

Manakala Pas Kelantan juga menyewa sebuah rumah yang terletak tidak jauh dari situ untuk menempatkan para petugas muslimah. Jentera pilihan raya muslimat diketuai Dr Mariah Mahmud yang bergerak menjalankan kempen seawal hari pertama selepas penamaan calon.
Pas Selangor juga turut sama menyewa rumah khas untuk menempatkan para petuasnya. Difahamkan Pas Selangor telah menghantar sekumpulan para petugas dari pelbagai bidang untuk membantu calon DAP, Wong Ho Leng.

Pemimpin Pas kedua negeri juga turut sama hadir dan membuat tinjauan ke markas Pas di Jalan Hilir. Antara pemimpin yang awal tiba meninjau ke bilik gerakan ialah Pesuruhjaya Pas Selangor Dr Hassan Ali, Ahlijawatankuasa Pas, Abu Bakar Chik, Naib Presiden, Sallahuddin Ayub.

Mereka yang lain Ajk Pusat, Husam Musa, Dr Mariah serta Wan Abdul Rahim Wan Abdullah yang merupakan tokoh Pas Semenanjung yang serius memberi galakan kepada Pas Sarawak.
Sementara itu hampir seluruh petugas dari lima kawasan Pas di Sarawak turut sama membantu pilihan raya berkenaan. Apa yang paling mengkagumkan kebanyakan petugas Pas yang datang dari beberapa kawasan itu terdiri dari kalangan pemuda dan pemudi.

Pakatan Rakyat khasnya Pas menghadapi sedikit kesulitan untuk menjalankan kempen di Sibu kerana parti berkenaan belum mempunyai cawangan. Mungkin disebabkan kesulitan ini menyebabkan Pas Sarawak terpaksa mengimport tenaga tambahan dari Semanjung.
MSO

MB minta MP Kapar dedah nama pegawai kanan rasuah

KUALA SELANGOR, 9 Mei — Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim hari ini meminta Ahli Parlimen Kapar, S. Manikavasagam, supaya mendedahkan nama pegawai atasan Kumpulan Semesta Sdn. Bhd. (KSSB) yang didakwanya menyeleweng dan mengamalkan rasuah.
Beliau berkata Manikavasagam perlu mendedahkan nama pegawai berkenaan dengan segera dan membuat laporan polis agar kerajaan negeri dapat mengambil tindakan sewajarnya.
Katanya Manikavasagam tidak harus bimbang untuk menyampaikan maklumat mengenai sebarang bentuk penyelewengan yang disyaki supaya kerajaan negeri dapat menjalankan siasatan.
Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika diminta mengulas laporan akhbar hari ini yang memetik Manikavasagam sebagai berkata bahawa pegawai atasan KSSB mengamalkan terlalu banyak rasuah dan perkara itu perlu dibersihkan segera oleh Khalid.
Sebelum itu, Khalid menutup Seminar Motivasi Murid Sekolah Tamil Daerah Kuala Selangor di Stadium Tertutup Kuala Selangor di sini.     
Manikavasagam juga memberi masa 72 jam bermula hari ini kepada Khalid untuk mengambil tindakan segera terhadap pegawai yang dimaksudkannya itu sebelum beliau mendedahkan nama pegawai yang terlibat.
KSSB ditubuhkan oleh kerajaan di bawah pakatan pembangkang bagi mempelopori industri pasir dan bahan batuan serta mineral lain secara bersepadu di Selangor.
Ia menjadi misi utama KSSB untuk menjayakan Program Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES).
Khalid juga menafikan dakwaan bahawa abangnya, Abdul Rahman Ibrahim mempunyai kepentingan dalam KSSB dan berkata ia adalah sebuah syarikat yang dimilki sepenuhnya oleh kerajaan negeri melalui syarikat Menteri Besar Incorporated. — Bernama

Sultan Kelantan Dibawa Pulang Ke Istana Mahkota

Sultan Kelantan, Tuanku Ismail Petra Ibni Almarhum Sultan Yahya Petra dibawa pulang ke Istana Mahkota di sini hari ini setelah lima hari menjalani rawatan di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian. Kepulangan baginda turut diiringi Raja Perempuan Kelantan Tengku Anis Tengku Abdul Hamid dan anakanda baginda Tengku Amalin A'ishah Puteri. -


KOTA BARU: Selepas lima hari Sultan Kelantan, Tuanku Ismail Petra dimasukkan ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) dekat sini, baginda hari ini dibawa pulang ke Istana Mahkota, Kubang Kerian.

PRK Sibu : SUPP issues challenge to DAP over role in education

SIBU: The Sarawak United People's Party (SUPP) has issued a challenge to the DAP over its role in education.

The Barisan Nasional component party's publicity chief Daniel Ngieng said the Opposition should reveal to the public, within three days, what it had accomplished for education in Sibu.
He said unlike SUPP, which has been central in getting funds and infrastructure for local schools, the DAP had done nothing but criticise.
On another matter, Ngeing said it has found many educated internet savvy young voters in Sibu still undecided on their choice.
These young men and women seemed to be still on wait-and-see mode, he added.
"SUPP is trying to reach out to them before polling day," he said.
The May 16 poll sees Barisan's Robert Lau Hui Yew take on DAP state chairman Wong Ho Leng, with independent candidate Narawi Haron, an ex-serviceman, hoping to play the spoiler's role.
The by-election was called following the death of Datuk Robert Lau Hoi Chew on April 9. Lau was also Deputy Transport Minister.

PRK Sibu : Raban Indu UMNO bisi datai ngesah mantu BN Sarawak


Maya betemu enggau pemberita kemari, Tuai Raban Indu UMNO, Senator Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil madah, penyampau sida ke bisi datai ari Semenanjung ke enggau mantu pengawa bepilih mit di Sibu iya nya bisi 100 iku.
“Tu mantaika semangat BN ke manah. Sida (Wanita BN Nengeri) besedia mantu bekimpin beserimbai enggau pengawa bepilih tu,” ku iya.
Sharizat madah, iya andal amat BN ulih menang ba pengawa bepilih mit pelilih Sibu.
Ku iya, politik ti manah nyadi elemen penting kena nyadika pemansang serta penyerakup rayat ulih dikemeranka belama lalu penatai bala penyakal tau ngasuh penyerakup menua charut, kelebih agi menua Sibu.
“Aku irau enti kitai ngelakka penyakal datai, sida iya deka nyarutka penyerakup entara bansa lalu tau mai penusah ngagai menua kitai,” ku iya.
Maya nya mega, Tuai Raban Indu Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Senator Dato Sri Empiang Jabu madah sida iya udah besedia begempung enggau Raban Nembiak BN Sarawak enggau Raban Indu UMNO, bejalai ke injin bepilih ke serata endur ke dipegai sitak Parlimen Sibu.
“Kami semina nyukung chalun BN aja,” ku iya.
Pengundi indu ti udah ngerejista diri ba Sibu bisi 28,449 tauka 53 persin ari semua penyampau pengundi 54,695.

PRK Sibu : Pengawa bepilih mit parlimen Sibu

By Judan Bungap


Robert Lau deka dilaban pengari DAP Wong Ho Leng enggau chalun ngenati kediri, Narawi Haron

BELABAN AMAT: Bala penyukung chalun Barisan Nasional (BN) Robert 
Lau Hui Yew, bebaika tambai BN lebuh sida bejalai bebala mayuh ngagai 
palan ngantung nama ba Dewan Suarah Sibu pagi kemari lalu gambar 
sebengkah agi ngayan dua iku polis ke benung gawa ba palan nya ngasuh 
siku ari raban penyukung chalun penyakal nurun ari pagar ke ditiki iya 
nya. Taja kedua bengkah raban parti tu nyau rauh-rauh ngeringka parti 
diri empu tang nadai pekara ke enda manah bisi nyadi, lalu pengawa 
ngantung nama bejalai lanchar. — Gambar Bernama
BELABAN AMAT: Bala penyukung chalun Barisan Nasional (BN) Robert Lau Hui Yew, bebaika tambai BN lebuh sida bejalai bebala mayuh ngagai palan ngantung nama ba Dewan Suarah Sibu pagi kemari lalu gambar sebengkah agi ngayan dua iku polis ke benung gawa ba palan nya ngasuh siku ari raban penyukung chalun penyakal nurun ari pagar ke ditiki iya nya. Taja kedua bengkah raban parti tu nyau rauh-rauh ngeringka parti diri empu tang nadai pekara ke enda manah bisi nyadi, lalu pengawa ngantung nama bejalai lanchar. — Gambar Bernama

Robert Lau ari Parti Sa’ati Rayat Sarawak (SUPP) kemari udah mujur ngajung pom nama chalun pukul 9.02 pagi, lalu Wong seminit udah iya. Narawi nangkan seduai urung pukul 9.25 pagi.
Udah pengawa ngantung nama ditutup pukul 10 pagi, dia Pemesai Pengatur Pengawa Bepilih Parlimen Sibu, Wong See Meng, lalu ngerahka nama sida tiga tu di tau enggau betanding ba pengawa bepilih 16 Mei tu ila, ba Dewan Suarah Sibu pukul 11.25 pagi, kemari.
Semina siti aja bantah bisi diterima tang ditulak Komiti Pengawa Bepilih (SPR).
Hamka Kassim, 40, siku da agi orang sebedau tu bisi disebut-sebut deka betanding nyadi chalun ngenati kediri tang lalu nadai ayan nyentuk pengawa ngantung nama ditutup.
Bala chalun diberi awak nyentuk ngagai pukul 12 tengah malam, 11 Mei tu enti nyema sida deka narit diri ari ke enggau betanding.
Chalun BN ti teleba agi dikangau enggau nama Robert Lau Junior, 45, datai enggau beratus iku penyukung BN ti diketuai Sapit Menteri Besai Tan Sri Muhyiddin Yassin enggau Kepala Menteri Pehin Sri Abdul Taib Mahmud enggau bala pemesai BN ka bukai.
Sida tu bejalai kira bisi dua kilometer ari Estate Delta sebedau ngelawa palan ngantung nama urung jam 8.40 pagi.
Robert Lau dilanggur Lau Kwong Lee serta disukung Chieng Jen Iek.
Wong, 51, ti mega Chermin DAP Sarawak datai jam 8.30 pagi disempulang enggau bala penyukung dipelabaka bisi 300 iku ti diketuai Sekiteri Agung DAP Lim Guan Eng, Penasihat DAP Lim Kit Siang, Presiden Parti Keadilan Rayat (PKR)  Datin Seri Dr Wan Azizah Ismail enggau Sapit Presiden PAS Salahhuddin Ayub.
Bala penyukung DAP ngena baju merah enggau lambang parti disempulang enggau rambai jaku ‘Sibu 4 Change’ belabuh bejalai ari Taman Rejang pukul 8.10 pagi.
Wong dilanggur Wong Jih Oon serta disukung Ling Chai Yew.
Narawi, 60, datai enggau Shadan Dol ti ngelanggur iya enggau penyukung Suhaili Ahed enggau bala ka bukai.
Penyukung ari BN enggau DAP sama bela mantaika rambai jaku parti sida empu tang nadai penyarut nyadi.
Raban polis ti nyaga pengelikun palan ngantung nama tu mega ditambahka agi ngambika pengawa ti enda manah enda nyadi.
“Nadai penusah besai bisi nyadi sepemanjai pengawa ngantung nama baka ke pagi tu (kemari) lalu kami mega bisi nambahka raban polis dikena nyaga pengelikun dikena nagang pengawa ti enda manah nyadi. Semua orang dipeda nitihka jaku ke udah dilalau sereta meri kerejasama ke manah,” pia ku Ketuai Polis Menua Sibu, ACP Shafie Ismail lebuh bejaku enggau pemberita kemari.
Hui Yew, mega megai pengawa Penulung Bendahari SUPP sitak Sibu enggau luya, dipilih bala pemesai BN ngetan ka penuduk ba menua tu ti mayuh agi dikembuan bala bansa Cina.
Penuduk tu suba dipegai niang Datuk Robert Lau Hoi Chew dalam pengelama lima penggal sebedau pengari BN nya midang 9 April tu tadi.
Ba pengawa bepilih besai 2008 suba, Hui Chew ngetan ka penuduk Sibu enggu majoriti 3,549 undi ti ngalahka Wong Ho Leng enggau Lim Chin Chuang ari PKR.
Wong Ho Leng megai pengawa nyadi Kaban Kunsil Nengeri (ADUN) Bukit Assek.
Sibu ngembuan 54,695 pengundi ti udah direjista,  52,158 ari nya pengundi biasa enggau 2,537 undi pos, tu nyengkaum raban pulis enggau sedadu.
Nitihka lis nama pengundi ke baru, naka 9 April suba, pengundi Cina nyau deka bulih 67 persin ari semua penyampau pengundi, Melayu/Melanau (10.5 persin) enggau Bumiputera Sarawak (22 persin).

PRK Sibu : REFORMASI! BN says No To Change, Yes To Reform!



PRK Sibu : Is politic of development still a pull factor in Sibu


by Sambay The stage is now set and the political battle for the May 16 polling for the Sibu parliamentary by election here will see a three-cornered fight between BN-SUPP Robert Lau Hui Yew, DAP-PR’s Wong Ho Leng and an independent, Narawi Haron.
The by- election is held following the demise of Deputy Transport Minister Datuk Robert Lau Hoi Chew on April 9. The constituency has more that 54,000 voters who will give their ultimatum on that day on their choice of candidate to represent them according to our parliamentary democratic system.
To many political observers, they say as of now, the chance of winning between the two candidates is rated as a 50-50 percent chance although DAP’s national advisor Lim Kit Siang says DAP has a 40 percent support while BN has 60. Independent Narawi, according to Datuk Amar Abang Johari Tun Openg will have no impact in this election.
But Deputy Prime Minister Tan Sri Muhyiddin Yassin at a media conference yesterday said to say that BN has a 60 % winning chance is an old tactic always used by the DAP with the intention to garner sympathy votes from the constituents.
The Prime Minister Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak who was in Sibu on May 1 and 2 has acknowledged that this by-election was a serious one and if this could be true judging the way the Chinese votes went to in the just concluded Hulu Selangor by-election.
In this forthcoming political battle, the Chinese votes account for 66 % that is if all of them are to cast their votes on May 16. But as one observer says, nothing is concrete yet and Malaysian politics can always spring a surprise. The Malay-Melanau votes account for 17%, Iban 15%, Orang Ulu 0.11%, Bidayuh 0.5% and others 1.39%.
What comes to mind in the context of Sarawak politics is that whether Politics of Development in Sarawak is still a pull factor in this by –election.
Development wise, Sibu is as developed as any other major towns in many ways due to the good practice of the politics of development of the State Government. However, one pertinent problem that always haunts the Sibu populace each year is the flood issue.
However yesterday, Muhyiddin said the federal government has approved
RM300 million for part of the flood mitigation project to address the problem and this no political gimmick as it was planned before the demise of Datuk Robert Lau. In this connection, as the Chief Minister Pehin Sri Abdul Taib Mahmud puts it, one must understand that there are one thousand and one problems being faced by the rakyat and it takes time and effort to address and has to be done in stages. One must acknowledge that this is not a fantasy world where one wave of the magic wand can straightaway settles one’s wish and problem.
As a matter of fact, Sibu has educational and health facilities in both private and public sectors. It has also good infrastructure connecting it to other towns and the Barisan Team being led by Dato Sri Wong Soon Koh has worked hard to meet the demands and aspirations of the locals.
Even one of the 1Malaysia clinics is found in Teku, Sibu. Pehin Sri Abdul Taib Mahmud in his political philosophy said the concept is proven to be effective when his elected representatives continue to bring developments to the people and the state in various aspects. Sarawak has also proved that it has been able to manage its economy well for the past many years.
It is also said that the visit of Najib and his walkabout is another popular pull factor for the BN as the locals were always delighted and excited to have meet the premier in person. The euphoria during the walkabout is tangible and it is expected that the premier will be joining a grand Tua Pek Kong procession this Wednesday evening. This surely reflects the concept of 1Malaysia.
On May 6, Deputy Higher Education Minister Datuk Dr Wee Ka Siong has stressed in Sibu that Kolej Laila Taib would be elevated to a university status by 2012 as announced earlier on by Najib. It is indeed a wonderful gift to the people of Sibu in particular, and the rest of Sarawakians in general as they have another avenue to pursue their higher education without going far. Such is the commitment of the government that walks the talk.
He also announced several million worth of government grants to several Chinese schools in Sibu. Another noteworthy factor to mention is that Najib who is expected to be in town on May 12 to announce the service of radio and television through the satellite transmission.
For quite long, those in the rural areas have been enduring the lack of quality broadcasting on television and radio. With that forthcoming, rural viewers and listeners will be able to receive a more quality broadcasting thus making it more effective for the government to disseminate information to them.
Deputy Information, Communication and Culture Minister Datuk Joseph Salang Gandum says politics of development as practiced in Sarawak is very much similar to the Gagasan 1Malaysia concept as propagated by the Prime Minister.
He said through both concepts, it is the wish of the government to bring both physical and mental development to the people and the introduction of the National Key Result Areas (NKRA) and the Government Transformation Programmes (GTP) is testimonies to this concept. He adds that the Prime Minister is very serious to see that the objectives of both programmes will see positive impact.
It will be a pity, he adds, if the people do not realise the significant of these factors to make Malaysia a better country for all Malaysians by giving their support to the oppositions. Of course as mentioned earlier, what will continue to be played on by the oppositions are the flood issue, the land lease premium and other trivial issues.
But on this matter, the government as always. will certainly handle it professionally and appropriately. They say other issues that may crop up are the personality problems of some of the BN candidates and the in road being made by PKR in the Iban-Malay areas as claimed by certain quarters. If one could still remember, similar claims have also surfaced in the Lubok Antu by-election last year.
But to the oppositions, the hairline cracks that have become more apparent in PKR might not be an advantage to them and may not be able to influence the fence sitters. It is undeniable that PKR too is facing personality problems among their notables.
For the BN party, this is yet another opportunity for it to show that it means business in contrast to what the oppositions can do. The BN party must continue to deliver what has been promised to the people of Sibu. On another note, the BN machinery with its united leaders, good coalition and machinery are not an easy feat to be challenged by the oppositions.
As an observer says, the people of Sibu should also ponder over the great loss they would face with the absence of a federal representative in the parliament. The late Datuk Robert Lau in his capacity as a deputy minister has done so much for them till his demise. Who would forget his tireless effort to keep the Malaysian toilets clean? Without a federal representative for Sibu people, it could derail its future development plans and programmes.
Some political analysts say that although Wong Ho Leng has quite a good following in his constituency, it may not be translated as a huge support for him in this by-election. As they say, the Chinese sometime tend to give their parliamentary support to the BN while giving away their votes to the oppositions in the state seat especially in urban areas.
However, why the opposition chooses Wong Ho Leng as their candidate over Alice Lau is another food for thought and it must be for a very strong reason. It could be due to his political strength, vast experience and popularity.
If what the people say about the late Datuk Robert Lau is true, then this is another opportune time for the people of Sibu to vote wisely to give Robert Lau JR a chance to continue his cousin’s legacy in transforming Sibu to higher levels of progress and prosperity. After all, the politics of development of the state government has got is firm hold all over the state for the people

PRK Sibu : PAS leaders promote church seminar to canvass vote in Sibu



Pas leaders, MP for Shah Alam, Khalid Abdul Samad, MP for Kota Raja Dr. Siti Mariah Mahmud, Saravanan Taileran and Aiman Athiran Al Jundi were at the Sibu Sacred Heart church this morning inviting peoplle to attend a church seminar at Paramount hotel tomorrow.
Also joining them later were Teresa Kok, MP for Seputeh and Irene Cheng, Wong Ho Leng’s wife.
Khalid told reporters that Pas is not what was pictured by the Barisan Nasional through the media.
He said Pas is a party that allowed freedom of religion.
He said from what he learned, Pas and DAP were fighting a common stand, that is to ensure that there is freedom of religion in this country.
He said both parties were also concerned about the corruption in the country and wanted to eradicate that besides fighting for justice and helping the poorer group.

‘Melayu Bangkit’ Berbaur Hasutan ..Apakah Agenda 13 Mei cuba dipermainkan semula...!!!!


http://buletinonline.net/images/stories/berita25/melayubangkit%20004.jpgKUALA TERENGGANU – Pemuda PAS Terengganu menyifatkan program ‘Melayu Bangkit’ yang dianjurkan oleh Institut Integriti Terengganu berbaur hasutan, mengancam keselamatan dan keharmonian hidup rakyat berbilang kaum.

Program tersebut yang akan diadakan pada 13 Mei depan, lebih mencurigakan, kerana tarikh tersebut sinonim dengan peristiwa rusuhan antara kaum pada tahun 1969.
Ketua Dewan Pemuda PAS negeri Terengganu Ustaz Mohd Nor Hamzah berkata, pihak penganjur mesti mengambil tindakan membatalkan program tersebut bagi mengelakkan sebarang provokasi.
Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Payung berkata, penganjuran program tersebut juga telah bercampur aduk antara parti dan kerajaan dimana Pengerusi Gerakan Kebangkitan Rakyat (Gertak) bukan kakitangan kerajaan tetapi adalah ahli Umno yang juga Timbalan Ketua Umno Bahagian Marang.

“Institut Integriti adalah sebuah Jabatan kerajaan, bagaimana Umno boleh dibenarkan menggunakan sebuah jabatan kerajaan,

“ini bermakna, tidak ada lagi integriti dalam Institut Integriti,”ujarnya kepada Buletinonline.

Menurutnya, tema ‘Melayu Bangkit’ juga adalah satu tema perkauman yang tidak sesuai dengan semangat 1Malaysia sebagaimana dipromosikan Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib Razak.

Katanya, tema tersebut pernah digunakan oleh ‘fanatik’ Umno beberapa bulan dulu, kononnya membantang pentadbiran kerajaan Pulau Pinang.

Sedangkan sebelum ini, beliau berkata, berpuluh tahun Pulau Pinang ditadbir oleh Ketua Menteri bukan Melayu dari Parti Gerakan.

"tema ‘Melayu Bangkit’ menimbulkan keresahan d kalangan penduduk, terutamanya bukan Melayu dan orang-orang Melayu bukan Umno, ia tidak mencerminkan malah kontra dengan slogan dan penghayatan 1Malaysia,”
“pemilihan tarikh tersebut juga adalah satu kontroversi di mana tarikh 13 Mei masih merupakan tarikh yang sensitif dalam hubungan antara kaum,”tegasnya.

Justeru, katanya, Dewan Pemuda PAS akan membuat satu laporan polis berkaitan penganjuran program tersebut dan memohon pihak polis supaya mengadakan penyiasatan dan mengambil tindakan sewajarnya bagi mengekalkan keharmonian

Wartawan Perlu Semak Ketepatan Fakta

Oleh Frederick Luccas
KUALA LUMPUR 9 Mei - Pengamal media mesti berani melaporkan sebarang salahguna kuasa dan penyelewengan membabitkan pentadbiran kerajaan tanpa rasa takut atau khuatir terhadap tindakan undang-undang selagi maklumat yang disampaikan adalah benar dan tepat.
Wartawan juga perlu melaporkan secara jelas dan berlandaskan fakta bagi mengelakkan daripada di saman pihak yang berbabit.
Nasihat ini diluahkan oleh pegawai perhubungan SUNTV Indonesia, Insany Syahbarwaty dalam dalam dialog antara bbeerapa organisasi media dan tokoh kewartawanan dari Asia Tenggara anjuran Pusat Kewartawanan Bebas (CIJ) di sini semalam.
Dialog tersebut berusaha memberi pendedahan mengenai realiti kebebasan media di rantau ini manakala CIJ membenbtangkan hasil kaji selidik badan itu mengenai laporan  kebebasan berekspresi di Malaysia untuk tahun 2009.
Menyentuh mengenai media Indonesia, Insany yang juga wartawan terkenal berkata senario kebebasan berekspresi di Indonesia amat jauh berbeza dibandingkan dengan Malaysia.
"Jika di sana, saya berani melapor dan menyiasat perkara yang berkaitan dengan isu yang saya laporkan, tetapi saya masih tidak berani menyentuh perkara yang berkaitan dengan perjalanan agama.
"Kami telah menyaksikan perbalahan agama yang pahit dan tidak akan menjadi punca perbalahan sebegitu untuk berlaku semula", kata beliau yang mengetuai Pusat Media Maluku (MMC).
Tambah Insany, wartawan perlu membuat kajian sebelum melaporkan mengenai sesuaitu isu penting.
Ini termasuk semakan latar belakang isu yang ingin dilaporkan, mengesahkan maklumat yang diterima adalah tepat serta tidak membuat andaian ke atas apa-apa fakta yang diterima.
Ini kerana rakyat akan mempercayai apa yang dilaporkan, maka tanggungjawab mengesahkan fakta terletak pada wartawan itu sendiri.
Sehubungan itu, Pengarah Negara Persekutuan Akhbar Asia Tenggara (SEAPA), Prangtip Daoreung berkata wartawan perlulah melaporkan isu seperti seadanya dan bukannya menyoal dan menyiasat kesahihan sesuatu perkara.
"Keberanian dicari dan dibincangkan oleh ahli falsafah, bukan kita. Kita melaporkan isu semasa ia berlaku, dan apa yang sebenarnya berlaku. Ini penting kerana pencarian kebenaran mutlak bermula dengan laporan wartawan.
"Wartawan juga perlu belajar isu teknikal yang mungkin timbul dalam isu yang dilaporkan agar intepretasi laporan menjadi lebih tepat dan meyakinkan", tambah beliau yang pernah memenangi Anugerah Sigma Delta Chi 2007 untuk Kewartawanan Penyiasatan.
Kata Prantip lagi, kaedah mengikut jejak aliran dokumen atau jejak aliran wang tidak dapat digunakan untuk kesemua negara kerana had kuasa dan undang-undang adalah berlainan, maka wartawan perlu mencari kaedah lain apabila menyiasat sesuatu perkara.

PRK sibu : Pakatan Rakyat Lancar Agenda "Sibu, Jom Ubah"

Oleh Faizal Ezzany
SIBU 9 Mei - Pakatan Rakyat yang memasuki hari kedua kempen pilihan raya kecil Sibu melancarkan manifesto yang akan memberi penjelasan mengenai pelbagai isu dan program yang bakal dilaksanakan begi memenhi kebajikan dan pembangunan penduduk Sibu.
Manifesto yang bertemkan 'Sibu, Jom Ubah' melakarkan agenda yang bakal dilaksanakan oleh calon Pakatan Rakyat, Wong Ho Leng sekiranya beliau dipilih mewakili rakyat Sibu di Parlimen 16 Mei depan.
"Saya hari ini melancarkan menifesto ataupun agenda pada PRK kali ini, temanya adalah amat bertepatan dengan kehendak rakyat sekarang.
"Pemerintahan Tan Sri Abdul Taib Mahmud sudah lebih tiga puluh tahun dan sekarang sudah tiba masanya untuk kita mengambil alih mandat daripada Taib dan keluarganya serta kita mulakan era baru reformasi dan pemulihan semula.
"DAP dan Pakatan Rakyat berjuang untuk pentadbiran yang lebik baik, rekod pemerintahan Taib dan Barisan Nasional menunjukkan pentadbiran yang buruk. Keluarga Taib melalui Cahaya Mata Sarawak (CMS) menguasai kebanyakan kontrak dan perniagaan yang menghasilkan keuntungan lumayan manakala rakyat terus dibebankan dengan kemiskinan dan peniaga kecil menghadapi kesukaran.
"Sarawak adalah negeri yang sangat kaya, dengan mengamalkan sistem tender terbuka untuk semua kontrak kerajaan dan dengan menuntut kadar royalti yang lebih tinggi dari Petronas, semua rakyat Sarawak akan hidup dengan lebih senang sekurang-kurangnya bertambah separuh daripada apa yang dinikmati sekarang tapi ini tidak kerana Taib mengambil semus hak rakyst untuk kekayaan diri dan keluarganya," jelas Wong pada pelancaran manifesto beliau yang turut dihadiri Setiausaha Agung DAP, Lim Kit Siang.
Wong berkata manifesto yang jelas dengan agenda diyakini dapat menarik perhatian pengundi di Sibu.
Ia berteraskan kepada tujuh perkara asas dalam memperkasakan hak rakyat Sibu.
1. Masa depan Sibu - Apabila DAP dan Pakatan Rakyat menjadi Kerajaan Negeri dan Kerajaan Pusat, kami berjanji akan menyelesaikan masalah banjir di Sibu dalam tempoh dua tahun, disamping melaburkan dalam modal insan dan prasarana untuk menjadikan Sibu sebagai pusat antarabangsa bagi industri perkapalan, kejuruteraan marin dan pelancongan.
2. Warga Emas - Semua rakyat Sarawak yang berumur lebih 60 tahun akan menerima bayaran minimum RM100 setahun sebagai menghargai sumbangan mereka dalam membangunkan ekonomi Sarawak.
3. Gaji Minima - Kami akan menetapkan gaji minimum RM750 sebulan kepada semua pekerja di Semenanjung dan RM830 sebulan di Sarawak.
4. Pendidikan - Semua sekolah akan diberi peruntukan mengikut keperluan sebagaimana yang dilaksanakan sekarang di Pulau Pinang, Selangor dan Kelantan untuk memastikan anak-anak kita mempunyai masa depan yang cerah.
5. Royalti Minyak - Sarawak akan menerima royalti minyak sebanyak 20 peratus dari Petronas, iaitu meningkat dari lima peratus yang diberikan oleh Petronas sekarang.
6. Reformasi Tanah - Semua tanah hak adat Bumiputra (NCR) akan diukur nilai dan diberi hak milik manakala pajakan yang akan luput akan dilanjutkan tempoh tanpa syarat. Ini akan membuka peluang ekonomi besar di Sarawak.
7. Pentadbiran CAT dan Demokrasi - Kami akan mengamalkan pentadbiran Cekap, Akauntabel dan Telus (CAT) serta melaksanakan sistem tender terbukan, membenarkan kebebasan bersuara dan mengadakan pilihan raya tempatan.

PRK Sibu : PAS Yakin Undi Melayu Beralih Ke Pakatan Rakyat

Oleh Faizal Ezzany
SIBU 9 Mei - Pesuruhjaya PAS Sarawak, Osman Mustafa  yakin rakyat Sibu mampu melakukan perubahan bagi mencorak senario politik Sarawak ke arah pembaharuan pada pilihan raya kecil kali ini.
"Saya yakin dengan perubahan yang berlaku pada diri setiap penduduk di Sibu ini dan terutamanya kaum Melayu Melanau yang dilihat telah turut serta bersama Pakatan Rakyat.
"Bila berlakunya perubahan tsunami politik yang besar pada 2008, rakyat Sarawak telah mula menerima PAS dan Pakatan Rakyat dalam diri mereka dan kita harapkan PRK ini mereka tetap bersama kita.
"Kita mahu buat perubahan seperti di Semenanjung dan perubahan itu mesti bermula di Sibu. Rentak politik akan berubah jika rakyat melihat Sibu sudah mendahului perubahan," jelasnya.
Osman memberitahu jentera PAS sudah mula menjalankan kempen di kawasan majoriti orang Melayu-Melanau dan dengan persiapan yang telah dilakukan dari awal lagi beliau yakin kempen ini akan berjalandengan lancar.
"Kita telah bersedia dengan gerak kerja yang bersistematik dan tumpuan kita di kawasan kampung yang majoritinya orang Melayu. Gerakan jentera telah mula berkempen dan saya yakin PAS mampu menarik pengundi Melayu.
"Kita yakin kemenangan akan memihak kepada calon Pakatan Rakyat, walaupun calon kita dari DAP kita tetap memberikan sokongan yang penuh kerana kita bergerak dalam satu parti yang berlandaskan kemakmuran rakyat iaitu Pakatan Rakyat," jelas beliau.
Tambah beliau sudah tiba masanya rakyat Sibu melakukan perubahan dan menafikan hak Barisan Nasional di Sibu dan juga Sarawak.

Polis hantar semula kertas siasatan ke pejabat negara..jika tidak wujud juga pendakwaan...!!! adooi..!!!

SHAH ALAM, 9 April — Polis telah menghantar semula kertas siasatan berhubung kes kematian Aminulrasyid Amzah, 15, akibat kena tembakan polis dalam kejadian 26 April, ke pejabat Peguam Negara pada Jumaat lepas.
Ketua Polis Selangor Datuk Khalid Abu Bakar berkata kertas siasatan itu dihantar semula selepas Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail meminta supaya polis melakukan siasatan lanjut selepas ia dihantar buat pertama kali pada 30 April lepas.
“Kita dah hantar semula Jumaat lepas dan sekarang kita sedang tunggu arahan lanjut daripada pejabat Peguam Negara,” katanya di sini hari ini.
Dalam kejadian pada 2 pagi itu, Aminulrasyid mati terkena tembakan yang dilepaskan polis yang mengejar kereta yang dipandu remaja itu sepanjang enam kilometer pada kadar kelajuan tinggi sebelum terbabas di Jalan 11/2G di sini kira-kira 100 meter dari rumahnya.
Rakan remaja itu yang sempat melarikan diri menjadi saksi utama kejadian.    
Sementara itu, Khalid yang diminta mengulas penemuan semula kereta rasminya di Prima Damansara, Petaling Jaya selepas dilaporkan dicuri di Seksyen 9 di sini Khamis lepas, berkata siasatan lanjut tetap dijalankan walaupun terdapat sekeping nota meminta maaf ditemui pada kereta itu.
“Siasatan tetap dijalankan bagi mengesan pencuri terlibat, walaupun ada sekeping nota bertulis tangan meminta maaf.
“Saya juga ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada media kerana laporan dan liputan yang meluas mendorong pencuri itu memulangkan semula kereta berkenaan,” katanya.
Kereta rasmi Ketua Polis Selangor itu dilaporkan hilang di Jalan Tengku Ampuan Zabedah 9/H, Seksyen 9, di sini pagi Khamis lepas ketika pemandunya yang berpangkat koperal sedang menikmati sarapan di restoran berhampiran.
Kereta jenis Proton Perdana V6 bernombor pendaftaran WSY 6751 itu ditemui semula semalam, di Prima Damansara, Petaling Jaya dalam keadaan baik beserta sekeping nota meminta maaf berbunyi, “Sorry PDRM, tersilap sapu”. — Bernama

Keluarga Raja Pun Main Bomoh...????


“Persoalannya mengapa panel doktor dan jemaah alim ulama ini dihalang dari melawat baginda Sultan?” kata beliau sambil bertanya, sama ada ada pihak yang cuba melindungi kesihatan Sultan Kelantan.

“Walhal pada masa yang sama ada pihak yang mendedahkan keadaan Tuanku Sultan sehingag mengelirukan orang ramai,” kata Tengku Rozan yang merujuk kepada sambutan Majlis Mesra Bersama Anak Yatim di Kota Bharu, bulan lalu.

Tengku Rozan mendakwa beliau juga ada menerima maklumat tentang penggunaan khidmat bomoh untuk merawat Sultan Kelantan dan ada ditemui barang-barang yang diragui dari segi hukumnya yang mungkin membawa “kita terpesong dari akidah Islam.”

p/s: Masih ada lagi amalan khurafat dapatkan khidmat bomoh...?

Krisis Istana : Kakak dakwa Tengku Anis kawal sultan

Dua orang kakak kepada Sultan Kelantan - Tuanku Ismail Petra Tuanku Yahya Petra - hari ini mendakwa bahawa Raja Perempuan, Tengku Anis Tengku Abdul Hamid, yang mengawal ketat sultan.

Mereka mendakwa, Tengku Anis yang mengawal siapa yang boleh menziarahi sultan, dan polis, doktor serta kakitangan hospital menjadi sasaran gangguan para pembantunya.

Bercakap dalam satu sidang akhbar di Rumah Kelantan di ibunegara hari ini, Tengku Salwani Almarhum Sultan Yahya Petra (kanan dalam foto) berkata, beliau difahamkan seorang kakitangan hospital telah membuat laporan polis berhubung perkara tersebut.

Sultan Kelantan kini sedang dirawat di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) di Kota Bharu, Kelantan.

Sidang akhbar tersebut merupakan perkembangan terbaru dalam pergolakan keluarga diraja Kelantan antara Tengku Fakhry Petra dengan abangnya, Tengku Faris Petra, berhubung takhta kerajaan negeri.

Seorang lagi kakak baginda, Tengku Rozan (kiri dalam foto) berkata, beliau dan Tengku Salwani dilarang Raja Perempuan daripada menziarahi sultan ketika baginda dirawat di Singapura sebelum ini.

Beliau mendakwa, mereka dilarang berbuat demikian selama sembilan bulan mereka berada di republik itu.

Pelawat lain, katanya, termasuk pakar perubatan dan pakar agama dari Malaysia, juga turut dilarang daripada menemui baginda.

Dakwanya lagi, hanya mereka yang menyokong Raja Perempuan dibenarkan melawat baginda.

Tengku Rozan juga berkata ada sebab-sebab untuk mempercayai bahawa Raja Perempuan telah menggunakan bomoh untuk 'merawat' sultan dengan "barang-barang yang diragui dari segi hukumnya" ditemui dekat baginda di Singapura.

Rakyat Tetap Kutuk Menteri Dan Polis Yang Lindungi Jenayah


Kes Dua Remaja Ditembak, PDRM Perlu Rombakan

SHAH ALAM 9 MEI: Rentetan dua remaja ditembak polis dalam tempoh dua minggu termasuk seorang daripadanya mati, Ahli Parlimen Balik Pulau, Yusmadi Yusoff memcadangkan kepimpinan polis Malaysia dirombak secepat mungkin demi menjamin keselamatan orang awam.

Beliau menyifatkan kes Aminulrashid Amzah, 15, dan Mohd Azizi Aziz, 17, mencalar imej institusi kepolisan yang separutnya dipandang tinggi sekaligus memperlihat kegagalan pihak berkuasa ini dalam menangani isu seperti ini.

"Apabila ia mewujudkan satu trend, ia menggambarkan imej institusi. Imej ini ialah dasar dan dalam hal ini, saya lihat isu sebenar ialah kepimpinan. polis gagal" katanya kepada TV Selangor hari ini.

Justeru, Yusmadi menggesa seluruh pimpinan melakukan perubahan melalui rombakan besar-besaran supaya keselamatan dan keamanan rakyat lebih terjamin pada masa depan.

"Gesaan daripada pimpinan rakyat ke arah mereformasikan isu polis. Isu bukan hanya Tan Sri Musa Hasan letak jawatan. Itu isu yang bagi saya tidak selesaikan. Ini isu institusi perlu rombakan yang besar," katanya.

Pada 26 April lalu, remaja berusia 15 tahun Aminulrashid Amzah mati ditembak polis ketika menaiki kereta di Jalan Mahjung, Seksyen 11 Shah Alam. Empat das tembakan dilepaskan dan satu peluru menembusi kepalanya.

Semalam, Mohd Azizi Aziz yang dua tahun lebih tua daripada Aminulrashid pula ditembak ketika menunggang motosikal di Jalan Seremban-Jelebu. Satu das tembakan dilepaskan dan menembusi perut ke ususnya.

Dalam kes Mohd Azizi, Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Osman Salleh memohon maaf kepada keluarga mangsa tetapi Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar tidak berbuat demikian sebaliknya mendakwa Aminulrashid ahli kumpulan penyamun.

Sebelum kedua-dua kes ini terjadi, kes Norizan Salleh, seorang ibu tunggal yang parah selepas bertalu-talu ditembak polis hingga kini masih belum selesai-selesai. -TVS


Hishammuddin: Usah kutuk polis hanya kerana 2 remaja ditembak

LONDON, 9 Mei — Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein (gambar) merayu publik agar membantu mempertahankan institusi polis, bukannya mengutuk pasukan keselamatan ketika negara menyaksikan dua remaja ditembak, termasuk seorang mati dalam dua minggu ini.

Sehubungan itu kata Hishammuddin, daripada terus-menerus menyerang polis, Polis Diraja Malaysia (PDRM) memerlukan sokongan publik memandangkan ia merupakan salah satu tunjang mempertahankan negara.

“Malaysia berada dalam peralihan. Dalam persekitaran perubahan ini, sudah tentu akan ada percubaan untuk memperlekehkan institusi-institusi tanpa asas, tanpa kajian, perbincangan dan tanpa faham (mendalam),” kata beliau dengan merujuk kepada pasukan penguatkuasaan dan kehakiman.

“Saya hendak memberi jaminan kepada setiap orang, moral pasukan polis juga perlu dipertahankan dan diimbangi,” kata Naib Presiden Umno ini sambil menambah, tindakan mengutuk dan memperlekehkan pasukan polis tidak akan membantu sesiapa.

Awal pagi semalam seorang remaja cedera parah di bahagian perut setelah terkena tembakan yang dilepaskan seorang anggota polis peronda dalam

kejadian kejar-mengejar di Jalan Seremban-Jelebu, Negeri Sembilan.

Menurut polis mangsa Mohd. Azizi Aziz, 17, ditembak ekoran enggan memberhentikan motosikal yang ditungganginya selepas diarahkan polis.

Mengulas kejadian itu semalam, Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Wira Abu Seman Yusop berkata Kementerian Dalam Negeri dan PDRM tidak bertolak ansur dalam kes tersebut.

Ayah mangsa, Aziz Omar berkata beliau sangat sedih dengan kejadian yang menimpa anaknya itu.

“Saya dihubungi pihak hospital pada pukul 4.20 pagi tadi (semalam) yang menyatakan anak saya mengalami kecederaan dan kini berada di hospital. Saya kemudian bergegas ke hospital dan baru mendapat tahu bahawa anak saya cedera ditembak polis.

“Dalam hal ini saya amat terkilan kerana yang menghubungi saya adalah pihak hospital tapi mengapa tidak polis. Mohd Azizi adalah anak sulung daripada enam orang adik beradik,” katanya.

Kejadian itu berlaku dua minggu selepas Aminulrasyid Amzah meninggal dunia selepas terkena tembakan polis yang mengejar kereta yang dipandunya di Seksyen 11, Shah Alam, Selangor pada awal pagi 26 April lalu.

Kes itu sedang disiasat dengan dipantau oleh sebuah panel ditubuhkan Kementerian Dalam Negeri.

“Ia kejadian tragis,” kata Hishammuddin dengan merujuk kepada nasib dialami Aminulrasyid.

Hishammuddin berkata, tidak akan ada unsur menutup kes berkenaan memandangkan panel yang ditubuhkan merupakan badan yang berwibawa.

Menteri juga mempersoalkan mengapa anggota pasukan keselamatan Istana Kelantan yang ditembak tidak mendapat pembelaan yang sewajarnya daripada orang ramai.

“Pada masa yang sama, pembantu (keselamatan) Tengku Mahkota Kelantan ditembak kejam di tengah jalan. Tetapi, dia tidak memperoleh layanan yang serupa daripada orang ramai, yang hanya mahu tahu sama ada ia ada kaitan dengan kontroversi semasa kerabat diraja Kelantan,” kata beliau.

Pengawal keselamatan Istana Kelantan, Ramli Mohamad, 50, ditembak awal bulan ini.

“Hanya kerana dia seorang anggota polis dia tidak berhak menerima simpati? Jadi jangan beremosi (dalam isu ini),” kata Hishammuddin yang mengetuai Kementerian Dalam Negeri sejak April 2009.

Walaupun beliau mengakui sistem semasa perlu diperbaiki tetapi tidak mengutuk tindakan-tindakan yang dilihat sebagai keterlaluan dan di luar lunas perundangan.

Katanya, institusi-institusi perlu dibina dan tiada penyelesaian segera bagi mengatasi kekurangan-kekurangan yang wujud.

“Kami memerlukan rakyat yang diberikan amanah untuk bertanggungjawab bukannya dipengaruhi oleh politik seharian atau ragam semasa. Institusi-institusi ini akan kekal lebih lama berbanding ahli-ahli politik,” kata beliau ketika berucap di hadapan kira-kira 100 hadirin di Jabatan Pelajar Malaysia di sini semalam.

Hishammuddin mempertahankan pasukan keselamatan dengan berkata anggota polis telah memperlihatkan prestasi yang baik dalam 10 bidang yang anda semua “tidak pernah melihat, tidak pernah mendengar, yang anda tidak akan tahu”, antaranya usaha menangani keganasan.

Bagaimanapun Hishammuddin mengakui dalam soal menangani jenayah jalanan, beliau hanya akan memberi paras enam persepuluh.

Beliau memberitahu, kementeriannya meletakkan sasaran untuk mengurangkan jenayah jalanan sehingga 20 peratus menjelang akhir tahun ini dan jenayah secara keseluruhan kepada lima peratus sepanjang tiga tahun berikutnya.

Hishammuddin juga berkata, beliau ada memaklumkan kepada anggota polis agar tidak luntur semangat apabila publik menyerang mereka. -TMI


Ulasan GB

Mengapa tidak perlu kutuk jika sudah berlaku KEMATIAN?

Rakyat tetap mengutuk menteri dan polis yang melindungi perbuatan jenayah yang dilakukan oleh anggota polis.