Rabu, 5 Mei 2010

Krisis Istana Kelantan Meruncing - Dua Peguam Ancam Bawa Kes Ke Mahkamah



KOTA BARU: Dua peguam yang mendakwa mewakili Sultan Kelantan, Sultan Ismail Petra dan Raja Perempuan Tengku Anis Tengku Abdul Hamid berkata hari ini, polis telah menghalang mereka daripada bertemu dengan anak guam mereka.
Pada satu sidang media yang diadakan di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Datuk Mohd Haaziq Pillay dan Gobind Singh Deo mendakwa mereka telah tiba di hospital berkenaan pada pukul 4.35 petang namun mereka tidak dibenarkan masuk ke wad diraja selepas mengadakan perbincangan dengan pihak polis selama 15 minit.
Kedua-dua peguam berkenaan mendakwa mereka mempunyai bukti bahawa Baginda Sultan dan Raja Perempuan telah ditempatkan di Wad Diraja berkenaan tanpa kerelaan Baginda.
Gobind berkata pertemuan dengan anak guamnya itu penting bagi mendapatkan fakta dan mengumpulkan bukti sebelum membawa kes itu ke mahkamah.
Beliau menjelaskan bahawa butiran mengenai tindakan susulan yang akan diambil akan didedahkan pada satu sidang media yang akan diadakan di Kuala Lumpur esok.
“Saya tidak faham mengapa pihak polis menolak permintaan kami. Apa yang kami mahukan ialah hanya mahu bertemu dengan anak guam kami,” katanya.
Gobind mendakwa pihak polis juga tidak tahu apa sebenarnya yang berlaku kepada pasangan diraja itu.
Tambahnya, mereka difahamkan bahawa tiada sesiapa pun yang dibenarkan bertemu dengan Sultan Kelantan dan Raja Perempuan kecuali mereka mendapat lampu hijau daripada pihak atasan istana.
Semalam, pesawat yang disewa khas untuk membawa Sultan Kelantan ke Singapura telah tidak diberikan kebenaran untuk mendarat oleh pihak berkuasa Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra Pengkalan Chepa.
Sebaliknya, Sultan yang sedang menunggu di lapangan terbang itu telah dibawa olehpasukan keselamatan untuk menjalani rawatan susulan di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) di Kubang Kerian.
Bagaimanapun tiada siapa yang mengetahui pihak yang bertanggungjawab mengeluarkan arahan supaya Baginda Sultan tidak boleh meninggalkan Kelantan.
Jabatan Penerbangan Awam ketika dihubungi hari ini bagaimanapun enggan mengulas mengenai arahan yang tidak membenarkan jet persendirian untuk membawa Sultan Kelantan ke Singapura mendarat di lapangan terbang di sini semalam.
Rombongan yang membawa Sultan Kelantan dan Raja Perempuan, Tengku Anis Tengku Hamid bersama-sama doktor peribadi Baginda dijadualkan berlepas ke Singapura pada pukul 11.30 pagi semalam.
Bagaimanapun, cubaan kedua untuk membawa Baginda meninggalkan Kelantan pada pukul 7.30 malam juga tidak berjaya kerana Baginda diletakkan di bawah kawalan keselamatan yang ketat di Hospital Kubang Kerian.
Difahamkan, Baginda Sultan sepatutnya mendapatkan rawatan susulan selama sepuluh hari di Singapura.
Sultan Kelantan sebelum ini dirawat di Hospital Mount Elizabeth selama sembilan bulan sejak 24 Mei tahun lalu dan baru sahaja kembali ke Kelantan sejak 4 Mac lepas.
Gobind menanmbah, tindakan polis menghalang beliau berjumpa dengan anak guamnya akan di bawa ke mahkamah atas kesalahan melanggar hak asasi manusia yang mahu mempertahankan dirinya sendiri.
“Perkara pokok dalam isu ini ialah menjadi hak seseorang individu untuk membawa perkara itu ke mahkamah dan tujuan kami datang adalah untuk mendapatkan dokumen-dokumen berkaitan untuk memulakan proses menuntut keadilan.
“Oleh kerana kami dihalang bertemu dengan anak guam, kami akan menggunakan cara lain untuk berbuat demikian dan ada kemungkinan kami akan memfailkan kes ini dalam tempoh beberapa hari lagi,” katanya.
Tambah Gobind, mereka akan menyerahkan perkara itu kepada mahkamah untuk menentukan sama ada pihak polis mempunyai hak untuk menghalang peguam daripada berjumpa dengan anak guamnya.
Ketika ditanya sama ada kes itu boleh diklasifikasikan sebagai kes penculikan, Gobind berkata: “ Saya tidak mempunyai kuasa untuk mengulas mengenainya tetapi sekiranya siasatan dijalankan tidak sukar untuk membuat kesimpulan berdasarkan penilaian dan pemerhatian yang dijalankan.”
“Kamu (wartawan) tahu faktanya dan seperti yang saya katakan sebelum ini, biarlah mahkamah yang menentukannya,” kata beliau.
Gobind berkata, beliau dan Hazziq akan mencari jalan untuk membawa Baginda Sultan dan pengiringnya pulang ke Istana Mahkota dengan menggunakan cara yang sah.

Tengku Faris: Sultan Diletakkan Dibawah Kawalan Ketat Kerana Bimbangkan Keselamatan Baginda


KOTA BARU: Pemangku Raja Kelantan, Tengku Muhammad Faris Petra Sultan Ismail Petra bertitah bahawa ayahandanya, Sultan Ismail Petra telah diletakkan di bawah pengawasan polis yang sangat ketat kerana bimbang akan tahap keselamatan baginda berikutan kejadian pengawal istana ditembak di Tumpat, Sabtu lepas.
Tambah Tengku Faris, Ketua Polis Kelantan, Datuk Rahim Hanafi telah diminta supaya menyediakan kawalan keselamatan 24 jam kepada ayahanda Baginda yang sedang menjalani rawatan susulan masalah jantung di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian sejak semalam.
Jumaat lalu, Ramli Mohd seorang pengawal istana parah apabila ditembak oleh empat individu yang tidak dikenali dalam satu kejadian dekat Kampung Sungai Nyior, Palekbang, Tumpat, pada jam 12.25 pagi, selepas selesai bertugas di Istana Negeri, Kubang Kerian.
Mangsa adalah pesara tentera yang berkhidmat secara kontrak sebagai pengawal keselamatan di Istana Mahkota dan Istana Negeri sejak 17 tahun lalu telah dikejarkan ke Hospital Raja Perempuan Zainab III dan masih berada dalam keadaan koma selepas doktor yang merawatnya gagal mengeluarkan peluru yang tertanam di dadanya.
Tengku Muhammad Faris telah mengarahkan Ketua Polis Kelantan segera menyiasat punca berlakunya insiden tersebut.
Tengku Muhammad Faris yang juga Tengku Mahkota Kelantan menambah, sejak semalam ayahanda dan bondanya, Tengku Anis Tengku Hamid telah di bawa ke Wad Diraja HUSM dengan iringan ketat polis supaya doktor pakar dapat memeriksa dan memberi pandangan kepada kerajaan negeri untuk rawatan susulan dan tindakan lanjut.
Kenyataan Pemangku Raja Kelantan itu dibacakan oleh Pengelola Istana Diraja Kelantan, Datuk Abdul Halim Hamad di Istana Balai Besar di sini hari ini.
Beliau turut meminta orang ramai supaya tidak mendengar khabar angin dan laporan dalam blog-blog, sebaliknya membaca kenyataan yang dikeluarkan oleh Pejabat Sultan Kelantan atau pihak yang bertanggungjawab.
"Sebelum pada ini pihak-pihak tertentu juga telah menghalang doktor-doktor pakar dari membuat rawatan susulan dan terapi untuk pemulihan ke bawah Duli Tuanku Al-Sultan," katanya.
Mohd Halim berkata, Tengku Muhammad Faris amat prihatin dan menyayangi ayahanda baginda dan akan berusaha untuk membuat yang terbaik bagi kebahagiaan Sultan yang masih gering dan makanan masih diambil menggunakan tiub untuk makan.
"Kita perlu faham apa yang berlaku adalah urusan keluarga Diraja Kelantan dan segala-galanya adalah takdir Allah dan kita terima seadanya," katanya.
Petang semalam, anakanda ketiga Sultan Kelantan, Tengku Temenggong Tengku Muhammad Fakhry Petra pada sidang akhbar di sini berkata beliau bercadang membawa ayahandanya menjalani rawatan susulan di Hospital Mount Elizabeth, Singapura.
Bagaimanapun penerbangan itu tidak dibenarkan mendarat di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra.
Sultan Kelantan pada 14 Mei 2009 dimasukkan ke HUSM di Kubang Kerian kerana gering, dan pada 24 Mei 2009 dimasukkan ke Hospital Mount Elizabeth, Singapura bagi menerima rawatan lanjutan masalah jantungnya dan hanya kembali ke Kelantan pada 3 Mac lepas setelah hampir setahun berada di hospital itu.
Abdul Halim berkata Sultan Kelantan telah dibawa ke HUSM semalam dengan iringan ketat polis dan ditempatkan di Wad DiRaja supaya doktor pakar dapat memeriksa dan memberi pandangan kepada Pemangku Raja dan kerajaan negeri untuk rawatan susulan dan tindakan lanjut.
"Sebelum pada ini pihak-pihak tertentu juga telah menghalang doktor-doktor pakar dari membuat rawatan susulan dan terapi untuk pemulihan ke bawah Duli Tuanku Al-Sultan," katanya.
Menurut pegawai-pegawai Istana, Sultan Kelantan akan dibawa ke Hospital Kuala Lumpur petang esok dengan pesawat kerajaan untuk menerima rawatan susulan.

Saksi utama kes Aminulrasyid disiasat kali ke-3, dakwa 15 tembakan


SHAH ALAM, 5 Mei — Saksi utama Azamuddin Omar dipanggil polis kali ketiga hari ini dan masih berpendirian tegas dengan apa yang diakui sebelum ini berhubung insiden Aminulrasyid Amzah mati ditembak minggu lalu. Azamunddin, 15, anak seorang anggota polis, yang merupakan satu-satunya penumpang kereta dipandu Aminulrasyid dipanggil semula polis — dua hari selepas dia mengadakan sidang media di sini.
Pada sidang media kelmarin, Azamuddin berkata mereka pulang ke rumah selepas menonton perlawanan bola sepak di sebuah restoran sebelum terlibat dalam kemalangan dan dikejar beberapa motosikal dan juga anggota polis kemudian.
Azamuddin mengulangi kenyataannya kepada pasukan siasatan bahawa anggota polis melepaskan tembakan ke arah kenderaan mereka dengan salah satunya terkena bahagian kepala Aminulrasyid.
“Tumpuan soalan hari ini ialah bila tembakan terakhir dan maut dilepaskan,” kata peguamnya N. Surendran di sini hari ini.
Kata beliau, polis ingin tahu sama ada tembakan terakhir dilepaskan sebelum atau selepas kereta mereka terbabas.
“Saksi konsisten bahawa Aminulrasyid ditembak di kepala dan badannya rebah di riba dia sebelum kereta terbabas. Tiada tembakan dilepaskan selepas itu,” katanya.
Surendran menambah pegawai penyiasat juga bertanya berapa das tembakan yang dilepaskan pada masa kejadian.
“Azamuddin memberitahu polis bahawa sekurang-kurangnya 15 tembakan dilepaskan tetapi dia tidak pasti sebab berada dalam keadaan takut,” katanya.
Surendran berkata Azamuddin disoal siasat petang ini kira-kira 45 minit di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor di sini.
“Sesi soal siasat dijalankan dengan profesional,” katanya.
Azamuddin juga ditemani oleh peguam Latifah Koya.
Dalam pada itu laporan Bernama menyebut, panel khas memantau siasatan diberikan ruang seluas mungkin dalam menjalankan tanggungjawab bagi memastikan siasatan kes itu dilaksanakan secara telus, adil, cepat dan tanpa rasa takut atau berat sebelah.
Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein memberi jaminan bahawa itu adalah matlamat utama panel khas itu ditubuhkan.
“Saya juga ingin mengingatkan bahawa panel ini tidak akan mencampuri urusan prosedur siasatan, sebaliknya akan bertindak melihat dan menilai setiap sudut aspek siasatan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Anggota panel khas itu terdiri daripada Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Wira Abu Seman Yusop sebagai pengerusi; bekas Ketua Polis Negara, Tun Mohammed Haniff Omar; anggota Suruhanjaya Antara Kerajaan Asean Mengenai Hak Asasi Manusia (AICHR), Datuk Seri Muhammad Shafee Abdullah dan Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri (Keselamatan), Datuk Ahmad Fuad Abdul Aziz.
Turut menganggotai panel khas itu ialah anggota Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam), Datuk Dr Michael Yeoh; bekas anggota Suhakam, Dr Denison Jayasooria; penganalisis jenayah, Kamal Affandi Hashim dan pensyarah Universiti Teknologi Mara (UiTM), Prof Madya Datuk Abdul Halim Sidek.
Dalam kejadian kira-kira pukul 2 pagi 26 April lepas, Aminulrasyid mati selepas terkena tembakan yang dilepaskan anggota polis peronda apabila remaja itu dikatakan cuba melarikan diri semasa hendak ditahan di Seksyen 11 di sini.
Hishammuddin berharap ibu dan keluarga Allahyarham Aminulrasyid bersabar dengan proses siasatan yang sedang dijalankan serta dapat menerima pembentukan panel khas itu.
Katanya seperti diarahkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, beliau mahu agar siasatan terhadap perkara itu dapat dilaksanakan secara telus tanpa menyembunyikan sebarang fakta dan maklumat serta adil.

Semua berpeluang sama jadi mangsa seksaan

Forum keadilan untuk adik Aminulrasyid (Bahagian Kedua, tamat)
Segala-galanya bermula dari "kesilapan ringan".  Keluar malam, mengambil kereta kakak dan memandu tanpa lesen, bergeser dengan kereta lain...hampir setiap kesilapan itu pernah dilakukan oleh orang biasa.  Namun, ia berakhir dengan sesuatu perkara yang serius, apabila tembakan bertalu-talu dilepaskan oleh polis ke arah seorang budak yang usianya belum mencecah 15 tahun.
"You are dealing with a 14-year-old frightened boy, you are not dealing with Bruce Willis in the Die Hard movie! (Anda berdepan dengan seorang budak berusia 14 tahun yang berada dalam ketakutan, anda bukan berdepan dengan Bruce Willis dalam filem Die Hard!)"
Demikianlah luahan daripada peguam keluarga arwah Aminulrasyid, N.Surendren ketika berucap dalam forum keadilan untuk adik Aminulrasyid, bertemakan "Bersatu pertahan Hak Asasi Rakyat", anjuran Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) bersama Jawatankuasa Hak Sivil Dewan Perhimpunan Cina KL-Selangor, semalam.
Selain N.Surendren, ahli panel yang diundang termasuklah Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Hak Sivil Dewan Perhimpunan Cina KL-Selangor, Wong Chin Huat dan Pensyarah Undang-Undang Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Raja Badrol Hisham.  Moderator forum ini ialah Presiden PKPIM, Mohammad Faisal Abd Aziz.  Forum ini dimulakan dengan bacaan puisi berjudul "Jeritan Senja September" oleh sasterawan negara, A. Samad Said (gambar atas, kiri).
Bagai penggambaran filem...
Namun, apa yang berlaku pada awal pagi 26 April cukup mendebarkan, seolah-olah penggambaran filem, sebagaimana yang disifatkan oleh salah seorang saksi kepada N.Surendren.  Tembakan dilepaskan bertubi-tubi oleh polis ke arah kereta arwah Aminulrasyid, semasa kejar-mengejar, tanpa amaran oleh polis melalui pembesar suara.
Menurut N.Surendren (gambar kanan), seorang lagi saksi kejadian mendakwa dirinya mendengar bunyi tembakan, dan disusuli bunyi hentaman yang kuat kemudiannya (kereta arwah melanggar tembok), lantas menyangkal dakwaan polis bahawa arwah Aminulrasyid cuba merempuh polis dengan mengundur keretanya ke arah polis.  Seandainya mengikut versi polis, maka saksi akan mendengar bunyi hentaman dan kemudian disusuli tembakan.
Malah, peguam yang berpengalaman dalam pembelaan mangsa keganasan polis ini berkata, setiap kali berlakunya kejadian sebegini, pihak polis atau kerajaan akan mengeluarkan kenyataan yang sama (same standard statement), menuduh bahawa senjata seperti parang atau kapak ditemui dalam kereta mangsa tembakan.  Beliau juga menyelar Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Shahrizat Abd Jalil yang cuba mengalihkan kesalahan kepada keluarga kerana tuduhan "membiarkan anak keluar lewat malam".
Turut hadir semalam, mangsa keganasan polis, Norizan bt Salleh (baris ketiga dari depan, kedua dari kanan, gambar kiri)yang terkena lima das tembakan polis pada awal pagi 30 Oktober 2009.  Tuduhan yang hampir sama turut dilemparkan terhadap ibu tunggal ini, tetapi tiada pendakwaan ke mahkamah setakat ini.  Bahkan, Menteri Dalam Negeri Hishammuddin Hussein pernah berjanji untuk menyiasat aduan Norizan, namun belum memperlihatkan hasil siasatannya sehingga hari ini.
Tragedi yang menunggu untuk berlaku
N.Surendren tidak terkejut dengan kejadian arwah Aminulrasyid, apabila memulakan ucapan dengan berkata, "Kes Aminulrasyid ini, adalah satu tragedi yang hanya menunggu masanya (untuk berlaku)."
Beliau menjelaskan, peguam hak asasi manusia, NGO, pembangkang telah berjuang bertahun-tahun, malah berdekad-dekad untuk memastikan pihak polis tidak menyalahkan kuasa ketika menggunakan senjata api, tetapi tidak diendahkan.
N.Surendren mengungkit satu peristiwa yang berlaku sekitar pertengahan tahun 1990-an, apabila bekas Presiden Majlis Peguam, Raja Aziz Addruse tegas mengkritik penembakan sebegitu.  Perdana Menteri ketika itu, Mahathir Mohamad (gambar kanan) menyatakan kepada media, "Apakah perasaan Raja Aziz jikalau penjenayah mengajukan pistol pada kepalanya?"
N.Surendren berkata, "Soalnya bukan sama ada penjenayah meletakkan pistol pada kepalanya, tetapi soalnya jika ada penjenayah di sana, apakah cara pihak polis perlu (gunakan) untuk menangkap mereka?  Adakah dengan cara menembak sewenang-wenangnya?  Bermakna kita tak perlu mahkamah, tak perlu peguam bela, tak perlu DPP, tak perlu hakim...terus sahaja menghukum?"
Keresahan ini turut dikongsi bersama oleh Raja Badrol Hisham yang memperingatkan, "Seorang penjenayah pun ada hak untuk dilindungi dalam perlembagaan.  Hanya undang-undang yang boleh mengambil hak itu, termasuk hak nyawa.  Hak nyawa (yang dirampas) dalam undang-undang ialah gantung sampai mati, kalau didapati salah.  Tetapi apa yang berlaku di sini ialah polis bertindak sebagai hakim."
"Mereka (polis) memutuskan siapa hidup siapa mati," tambah beliau.
Institusi berperangai suka menyeksa
Ketika merumuskan kes keganasan negara, yang berlaku sama ada dalam bentuk pembunuhan di luar hukum atau kematian dalam tahanan, yang mana mangsanya merentasi kaum, Wong Chin Huat menuding jarinya ke arah "institusi yang berperangai suka menyeksa".
"Kalau arwah Aminulrasyid seorang berketurunan India, maka saudara Uthayakumar (pemimpin Hindraf, Setiausaha Agung Parti Hak Asasi Manusia) akan berkata ini adalah institutional racism, kerana 'polis suka tembak orang India'.  Tetapi arwah Aminulrasyid bukan orang India, puan Norizan bukan orang India, polis tembak juga, kan?"
"Saya kira itu institutional sadism, perangai suka menyeksa yang sudah bersifat institutional," katanya.  Malah, Wong Chin Huat (gambar kiri) menganggap masyarakat Malaysia sebenarnya bermasalah, kerana mempunyai budaya menerima keganasan - menolak hanya seksaan terhadap warga baik, tetapi membutakan diri apabila keganasan berlaku terhadap penjenayah.
Wong Chin Huat kemudiannya mengajak hadirin untuk mengkaji masalah institusi polis, "Masyarakat kita tak kurang orangnya, yang setiap kali institusi negara dikecam kerana melanggar hak asasi manusia, ada orang yang kata, ini adalah ancaman kepada institusi Melayu, kerana institusi polis itu adalah majoritinya Melayu.  Institusi kerajaan itu Melayu dan sebagainya..."
"Saya rasa adalah penting bagi kita untuk melihat bahawa kalau kita ada satu institusi yang berperangai suka menyeksa, maka tak kira apa warna kulit kita, apa kepercayaan kita, kita mempunyai peluang yang sama untuk menjadi mangsa," simpulnya.
Siasatan bermula selepas setiap tembakan
Menurut Wong Chin Huat, mereka yang mati dalam tahanan polis atau penjara dari tahun 2002 hingga 2009, mencatat angka 1,704 orang.  Malah, statistik juga menunjukkan United Kingdom yang mempunyai populasi hampir satu kali ganda lebih daripada Malaysia, mencatat angka dua orang ditembak mati, berbanding dengan Malaysia, 39 orang yang ditembak mati (menurut rekod NGO), pada tahun 2009.  Lebih mengejutkan, tiada rekod tembakan polis yang menyebabkan kematian pada tahun 2007 dan 2008 di UK.
Keadaan ini berlaku kerana setiap tembakan yang dilepaskan oleh polis di UK, akan disusuli dengan penyiasatan secara automatik, tidak kira tembakan tersebut salah atau betul dari sisi undang-undang.  Untuk Wong Chin Huat, kita memerlukan satu mekanisme pemantauan dalam institusi polis, misalnya IPCMC untuk memastikan agar arwah Aminulrasyid menjadi mangsa terakhir.
Pengasingan kuasa
Untuk Wong Chin Huat, kuasa tunggal ke atas institusi polis yang dipusatkan kepada kerajaan persekutuan adalah antara faktor yang menjurus kepada masalah institusi polis hari ini.  Sambil mengakui masalah tekanan yang dihadapi polis, beliau menegaskan bahawa kritikan terhadap institusi polis tidak harus dilihat sebagai memusuhi polis secara individu.
Malah, Raja Badrol Hisham (gambar kiri) juga bersetuju dengan pandangan untuk membantu agar institusi polis diperbaiki, setelah berlakunya tragedi hitam sebegini. "Di negeri lain, mereka menggunakan kesilapan atau kesalahan untuk memperbaiki institusi tersebut.  Tetapi di Malaysia, kesilapan satu-satu institusi itu cuba diselindungi."
Wong Chin Huat mengupas dari rangka politik, memperlihatkan bagaimana dengan pemusatan kuasa pada kerajaan persekutuan, institusi polis menjadi perkakas politik kepada kerajaan persekutuan.  Gambarannya cukup jelas apabila tenaga polis dikerah untuk menjadi perisik (special branch), dan menghalang "perhimpunan haram".  Sebaliknya, salah laku polis terus dilindungi kerajaan kerana berkhidmat untuk kepentingan politiknya.
Justeru itu, beliau menyarankan agar kuasa terhadap polis diasingkan (decentralized) antara kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri.  Dengan kata lain, polis akan mempunyai dua "bos", satu di Putrajaya, dan satu lagi di ibu negeri masing-masing.  Keadaaan ini akan menjurus kepada keadaan di mana kerajaan negeri perlu mengambil perhatian, seandainya kerajaan persekutuan enggan mengendahkan aduan rakyat terhadap polis.
*Lim Hong Siang

Umno-BN Tutup Skandal Padang Minyak Takut Kalah PRK Sibu


Oleh Faizal Ezzany
KUALA LUMPUR 5 Mei - Kerajaan mengambil sikap membisu seribu bahasa berhubung skandal pengkhianatan Umno-Barisan Nasional menyerahkan dua padang minyak milik Malaysia kepada Brunei kerana tidak mahu menjejaskan peluangnya memenangi pilihan raya kecil Bandar Sibu 16 Mei depan.
Timbalan Presiden KEADILAN, Senator Dr Syed Husin Ali ketakutan ini telah menyebabkan Speaker Dewan Negara menolak usul tergempar beliau untuk membahaskan isu penyerahan Blok L dan M yang oleh mantan Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi sejurus sebelum beliau melepaskan jawatan pada awal 2009.
"Saya lihat perkara ini berkaitan dengan pilihan raya kecil Sibu kerana mereka tidak mahu pengundi di sana mendapat maklumat yang tepat berkenaan dengan perkara tersebut. Kerajaan cuba sembunyikan sesuatu kebenaran dengan cara menggunakan media yang mereka kawal dan tidak mahu membahaskan perkara tersebut dalam badan yang berwibawa seperti Dewan Negara ini," kata Dr Syed Husin.
Beliau menyerahkan usul tersebut pada 3 Mei lalu tetapi telah ditolak atas alasan ia tidak perlu dibincangkan lagi.
"Saya telah mengemukakan usul bagi membincangkan hal penyerahan dua blok padang minyak iaitu L dan M pada 3 Mei yang lepas tetapi pagi ini saya menerima surat dari Dewan Negara yang mengatakan usul tersebut tidak perlu dibincangkan lagi kerana ia bukan perkara yang mustahak dan perkara ini telah dibincangkan di dalam media.
"Saya berasa amat kesal dan bimbang dengan apa yang terjadi. Perkara ini melibatkan isu Perlembagaan dimana perubahan sempadan Negara telah dilakukan tanpa mengambil kira Perkara 2 Perlembagaan.
"Ini adalah satu isu yang amat serius yang melibatkan soal maruah dan kedaulatan Negara. Parlimen telah diketepikan dalam keputusan penyerahan tersebut, dan ini merupakan satu perlanggaran Perlembagaan yang amat serius.
"Apa yang dibincangkan dalam media banyak yang bercanggah dan tidak tepat antara Kementerian Luar dengan Perdana Menteri dan juga Petronas dengan Kerajaan. Banyak perkara yang tidak jelas bagi kita untuk mendapat jawapan yang tepat. Sekarang sidang Dewan Negara sedang berlangsung maka perkara ini paling tepat diberikan penjelasan di dalam dewan bukan melalui media.
"Bagi saya perkara ini amat mustahak dan perlu dibincangkan segera kerana ia melibatkan masalah kedaulatan Negara. Tindakan kerajaan yang cuba mengelak untuk memberi penjelasan adalah umpama ingin menutup suatu kebenaran yang rakyat perlu tahu," jelas beliau kepada Suara Keadilan.
Dr Syed Husin berharap Perdana Menteri dapat memberikan jawapan dalam bentuk bertulis agar segala persoalan tersebut dapat diketahui.
"Dalam keadaan ini saya berpendapat Mahkamah Persekutuan harus campur tangan untuk memperbetulkan kesalahan yang telah berlaku kerana mahkamah adalah penjaga Perlembagaan. Jika Parlimen telah melepas tangan, maka Mahkamah wajib untuk meneliti perlanggaranPerlembagaan ini. Jika tidak Malaysia akan berdepan dengan krisis Perlembagaan dan demokrasi yang amat membimbangkan.
"Perdana Menteri perlu mengambil sikap yang serius atas persoalan yang timbul mengenai perairan negara itu jangan hanya membuat penjelasan kepada media sahaja, tempat yang paling sesuai beri penjelasan adalah pada sidang Dewan Negara," tegas Dr Syed Husin.

Peguam, Keluarga Kesal, Panel Khas Lawat Lokasi Tanpa Beritahu

SHAH ALAM 5 Mei -Peguam bela remaja mati ditembak polis Aminulrasyid Amzah, 14,  N.Surendran dan Latheefa Koya terkilan dengan tindakan terburu-buru panel khas semalam melawat lokasi kejadian pada waktu malam.
Latheefa juga melahirkan rasa sedih dengan tindakan panel khas tersebut tanpa memberitahu  keluarga dan peguam allahyarham Aminulrasyid berhubung lawatan tersebut.
"Panel khas ini sepatutnya membuat lawatan ke tempat kejadian pada waktu siang dan dengan cara yang tertib,
"Kami sudah hantar surat pada Kementerian Dalam Negeri (KDN) pada 3 Mei untuk mendapatkan skop siasatan panel khas ini dan sampai sekarang tidak ada apa-apa berita,
Menurutnya Latheefa, peguam dan keluarga mangsa hanya mendapat tahu panel khas yang ditubuhkan itu telah membuat lawatan ke tempat kejadian malam tadi.
"Apa yang kami tidak berpuas hati adalah tindakan mereka yang tidak memberitahu peguam dan keluarga berhubung lawatan tersebut,
"Kami rasa tindakan panel khas ini boleh dipersoalkan kerana untuk menunjukkan mereka buat kerja, mereka cuma memanggil wartawan dan pihak media sahaja tanpa merujuk peguam dan keluarga mangsa," kesal beliau ketika ditemui media semasa menemani saksi utama, Azzamuddin Omar,15, memberi keterangan kali ketiga di Ibu Pejabat Kontinjen Polis di Shah Alam petang tadi.
Latheefa juga mempersoalkan penubuhan panel khas tersebut kerana katanya suruhanjaya seperti Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (SUHAKAM) dan Suruhanjaya Di Raja mempunyai aktanya yang tersendiri manakala panel khas pula tidak mempunyai apa-apa kuasa untuk membuat keputusan.
Dalam pada itu, Latheefa juga menegaskan supaya Suruhanjaya Di Raja berhubung insiden ini ditubuhkan secepat mungkin.

PAC Tolong Siasat Zambry Kadiaq sekali !!

keratan akhbar gambar Chua Soi Sex dan MB mahkamah dalam kunjungan hormat di Ipoh
yang mendapat agihan dari kundeta diPangkor
Ha..ha..ha boneka MCA !!

Kerajaan negeri Perak bersetuju memberi peruntukan berjumlah RM 50,000 pada tahun ini kepada setiap bahagian MCA di negeri Perak. Ia meliputi 24 Bahagian MCA di Perak,bererti sebanyak RM 1.2 juta duit rakyat telah dibangsat oleh Zambri kepada MCA.


Apa hak MCA mendapat bantuan dari Kerajaan Mahkamah Perak ? jika MCA boleh mendapat perutukan ini wajar parti pembangkang seperti Pas atau Keadilan turut bersama merasa bantuan kewangan seperti mana parti MCA dapat.

Kerana ini wang rakyat , ini wang kerajaan, ini bukan duit umno dan ini bukan wang Parti Barisan Nasional, ini adalah wang pembayar cukai jadi kami pembangkang sebagai rakyat Perak ada hak keatas bantuan seperti mana yang MCA dapat .

Persoalannya bukan Pas , Keadilan atau DAP kemaruk sangat wang ini cuma kenapa begitu mudah wang rakyat diparaid oleh Zambri kepada MCA seperti duit harta emak bapak BN punya?

Dan di sini kita boleh lebelkan Zambri ini boneka MCA kerana hanya memperuntukan bantuan kepada MCA sahaja ,bagaimana dengan MIC takan tiada kut !!

Dulu semasa era Kerajaan Hj Nizar riuh rendah media gila umno mencanangkan Nizar boneka cina kerana konunnya memberi tanah dan bantuan kepada orang cina , tetapi hujah ini mudah dijawap kerana bezanya Hj Nizar memberi batuan kepada rakyat Perak berketurunan cina.

Sebaliknya Zambri memberi peruntukan duit Rakyat Perak dan pembayar cukai kepada Parti Komponen BN iaitu MCA , jadi Zambri menyalah gunakan wang Rakyat demi kepentingan politik sempit umno yang terdesak untuk meraih kembali sokongan orang cina kepada parti MCA dan BN ,jadi memang sah Umno yang dipimpin oleh Zamry boneka kepada MCA .

Sementara itu Semalam kecoh Jawatankuasa Kira-kira Wang Negeri (PAC) mahu mengambil tindakan berhubung laporan agensi dan jabatan kerajaan membelanjakan lebih RM1 juta wang Negeri Perak untuk beberapa perasmian majlis. Klik Sini.

Jadi disini kita tuntut PAC wajar menyiasat juga peruntukan RM 50ribu dari wang kerajaan negeri yang akan diagih kepada setiap bahagian MCA Perak , kerana wang rakyat diguna sewenang - wenangnya oleh kerajaan kundeta untuk kepentingan parti, dan bukan untuk kepentingan rakyat.- wallahualam

MALAYSIA BOLEH..IRAN TAK BOLEH...PATUT LA DIA PI JUMPA OBAMA....!!!

Timbalan Naib Canselor Universiti Perubatan Sains Masterskill, Profesor Datuk Proom Promwichit berkata, hanya 0.007 peratus risiko bagi penggunanya dan setakat hari ini belum ada kes kemalangan reaktor tenaga nuklear yang memberi kesan besar kepada tamadun manusia kecuali ia berlaku akibat daripada kecuaian manusia sendiri.


Beliau berpendapat bahawa cadangan yang dibuat oleh Kerajaan BN untuk menjadikan sumber tenaga nuklear sebagai sumber alternatif bagi penjanaan tenaga elektik pada masa hadapan adalah cadangan yang bijak dan banyak mendatangkan manfaat kepada negara.



"Dari segi kepakaran sumber manusia kita tidak mempunyai banyak masalah dalam hal ini kerana kita mempunyai rakyat yang mempunyai kepakaran tersebut namun kemungkinan besar kita mempunyai masalah untuk mencari lokasi yang sesuai untuk bina reaktor kecil".

Proom yang menjadi rakyat Malaysia pertama memperkenalkan teknologi perubatan berasaskan nuklear di negara ini berpendapat bahawa negeri Terengganu ataupun Kedah adalah lokasi yang sesuai untuk pembinaan reaktor pertama negara kerana lokasinya yang sesuai dan bebas dari jaluran risiko gempa bumi.

Semalam, Kerajaan telah memberi lampu hijau kepada Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air untuk meneruskan rancangan bagi membina sebuah loji janakuasa nuklear negara yang pertama yang dijangka beroperasi menjelang tahun 2021.

Abu Zahar Berhasrat Ubah Persepsi Dewan Negara Hanya Sebagai "Rubber Stamp"

KUALA LUMPUR: Yang Dipertua Dewan Negara yang baru Tan Sri Abu Zahar Ujang berkata sebaik sahaja dilantik ke jawatan itu pada 26 April lepas, objektif utama beliau ialah untuk mengubah persepsi awam yang Dewan Negara hanya berperanan sebagai "rubber stamp" atau "pihak yang meluluskan undang-undang sahaja".
Katanya beliau berhasrat menjadikan Dewan Negara sebagai sebuah institusi Parlimen yang lebih dihormati baik di dalam negara mahupun di arena antarabangsa.
"Hasrat saya ialah menjadikan Dewan Negara sebagai badan yang dihormati, dihargai dan mempunyai keterampilan, mempunyai kebolehan dan keupayaan yang lebih menyerlah, sejajar dengan keadaan semasa," katanya kepada pemberita di Bilik Taklimat bangunan Parlimen hari ini.
Abu Zahar berkata beliau mahu menjadikan Dewan Negara sebagai institusi yang mempunyai misi dan visi bagi memastikan Malaysia dikenali di peringkat antarabangsa.
Beliau turut melahirkan kegembiraannya dengan prestasi yang ditunjukkan semua senator berikutan cadangan yang dikemukakan mereka semasa perbahasan amat bernas, tidak emosional dan profesional.
Abu Zahar berkata, sebelum ini beliau difahamkan bahawa tidak ramai senator yang mahu berbahas dalam sesuatu isu.
"Sekarang semua (68 senator) nak bercakap, berebut-rebut, cuma masa tak cukup...bagaimanapun, kita akan cuba berlaku adil kepada mereka," katanya dan menurutnya semua itu merupakan satu perkembangan yang cukup sihat dan amat dialu-alukan.
Katanya, beliau juga telah meminta anggota Dewan Negara supaya menjadi senator yang bertanggungjawab dan melupakan parti masing-masing ketika menjalankan tugas yang diamanahkan demi kesejahteraan rakyat.
Abu Zahar berkata jika semua anggota Dewan Rakyat atau Dewan Negara dapat menghayati dan menghargai Peraturan Mesyuarat Parlimen dan lafaz yang diikrar semasa mengangkat sumpah iaitu mempertahankan Perlembagaan negara, sebarang masalah tidak akan timbul ketika persidangan.
Terdahulu, beliau berkata pertemuannya dengan wakil media diadakan hari ini bagi mewujudkan silaturrahim dan kerjasama yang baik antara warga kerja Parlimen khususnya Dewan Negara dengan petugas media.
"Saya rasa bersyukur bahawa adanya pendekatan ini antara kita dengan pihak wartawan, peranan wartawan ini amat penting, tapi saya nak nyatakan bahawa wartawan juga ada dia punya had-had dan sebagai wartawan, tuan-tuan mesti bertanggungjawab kepada bangsa dan negara kita. "Tuan-tuan semua adalah kumpulan yang mempunyai tanggungjawab dalam bentuk menyiarkan berita-berita, di samping itu, berita yang tuan-tuan bangkitkan itu mesti juga bertanggungjawab dalam konteks Perlembagaan kita," katanya.
Beliau berkata, pemberita juga perlu meningkatkan ilmu dan pengetahuan masing-masing supaya selari dengan perkembangan semasa.
Selain itu, katanya, mereka juga perlu membina profesionalisme kewartawanan dengan memastikan mereka sentiasa memberikan laporan yang betul dan konstruktif, bukan berunsur fitnah.
Abu Zahar berkata beliau dan timbalannya, Datuk Armani Mahiruddin bersikap terbuka dan sedia membantu wartawan yang membuat liputan persidangan Dewan Negara. - BERNAMA

Polis Pertingkat Kawalan Keselamatan Sultan Kelantan

KOTA BAHARU: Polis diarahkan meningkatkan kawalan keselamatan ke atas Sultan Kelantan, Sultan Ismail Petra yang sedang menjalani rawatan susulan masalah jantung di Hospital Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian berikutan kejadian seorang pengawal keselamatan istana ditembak Sabtu lepas.
Pengelola Istana DiRaja Kelantan Datuk Abdul Halim Hamad berkata Pemangku Raja Kelantan, Tengku Muhammad Faris Petra telah menitahkan kepada Ketua Polis Kelantan Datuk Abdul Rahim Hanafi untuk memastikan keselamatan dan kesihatan Sultan lebih terjamin.
Ini berikutan insiden pengawal keselamatan Istana Diraja Kelantan, Ramli Mohamad, 50, yang cedera parah di dada akibat ditembak empat das oleh suspek yang tidak dikenali pada 1 Mei lalu, katanya.
"Berdasarkan titah-titah arahan tersebut, maka bermula 4 Mei pihak polis telah meningkatkan kawalan," katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.
Sultan Kelantan dimasukkan ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian semalam untuk menjalani rawatan susulan masalah jantung.
Petang semalam, anakanda ketiga Sultan Kelantan, Tengku Temenggong Tengku Muhammad Fakhry Petra pada sidang akhbar di sini berkata beliau bercadang membawa ayahandanya menjalani rawatan susulan di Hospital Mount Elizabeth, Singapura.
Bagaimanapun penerbangan itu tidak dibenarkan mendarat di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra.
Sultan Kelantan pada 14 Mei 2009 dimasukkan ke HUSM di Kubang Kerian kerana gering, dan pada 24 Mei 2009 dimasukkan ke Hospital Mount Elizabeth, Singapura bagi menerima rawatan lanjutan masalah jantungnya dan hanya kembali ke Kelantan pada 3 Mac lepas setelah hampir setahun berada di hospital itu.
Abdul Halim berkata Sultan Kelantan telah dibawa ke HUSM semalam dengan iringan ketat polis dan ditempatkan di Wad DiRaja supaya doktor pakar dapat memeriksa dan memberi pandangan kepada Pemangku Raja dan kerajaan negeri untuk rawatan susulan dan tindakan lanjut.
"Sebelum pada ini pihak-pihak tertentu juga telah menghalang doktor-doktor pakar dari membuat rawatan susulan dan terapi untuk pemulihan ke bawah Duli Tuanku Al-Sultan," katanya.
Menurut pegawai-pegawai Istana, Sultan Kelantan akan dibawa ke Hospital Kuala Lumpur petang esok dengan pesawat kerajaan untuk menerima rawatan susulan.
Abdul Halim meminta orang ramai supaya tidak mendengar khabar angin dan laporan dalam blog-blog, sebaliknya membaca kenyataan yang dikeluarkan oleh Pejabat Sultan Kelantan atau pihak bertanggungjawab.
Beliau berkata Pemangku Raja amat prihatin dan menyayangi ayahanda baginda dan akan berusaha untuk membuat yang terbaik bagi kebahagiaan Sultan yang masih gering dan makanan masih diambil menggunakan "tubing", iaitu makan melalui tiub.
"Kita perlu faham apa yang berlaku adalah urusan keluarga Diraja Kelantan dan segala-galanya adalah takdir Allah dan kita terima seadanya," katanya. - BERNAMA

KINI NAJIB ADA 2 PANGLIMAU

najib kini dah ada 2 panglimau....
panglimau ini akan bekerja untuk najib...
bekerja untuk jatuhkan kerajaan kelantan..
bekerja untuk jatuhkan anwar...


mungkinkah mereka ini agen..?



agenda utama - lingkupkan anwar atas arahan najib...

agenda utama: jatuhkan maruah tg nik aziz atas arahan najib...




panglimau-panglimau najib...

 

Aminulrasyid to blame, says psychologist

By Stephanie Sta Maria

KUALA LUMPUR: A clinical psychologist has stepped out to defend the men in blue following the shooting death of teenager Aminulrasyid Amzah.
Professor Dr Teoh Hsien-Jin, once an officer in the Territorial Army, said it was a clear-cut case -- Aminulrasyid was at fault and that the police were just discharging their duties.
“The situation has been blown out of proportion,” said Teoh, who is now the head of the School of Natural Health and Sciences in Sunway University College.
“People are overlooking a most important issue, which is that a minor was behind the wheel. As far as the law is concerned, he was in the wrong.”
According to him, Selangor's crime rate has risen and additional police personnel have been deployed in the state who are primed to immediately react to any perceived threat.
“A speeding car pursued by a group of motorcyclists in the dead of night fits the bill,” said Teoh. “A lot of violence takes place after midnight.”
“And police on this shift are usually armed with automatic firearms because they don't know what they will be up against.
“The usual procedure is to pull a suspicious car over and shine a torchlight inside, but they didn't have a chance to do that in this case. So, they opened fire,” added Teoh.
“An automatic weapon sprays bullets. It is likely that a stray one hit the boy. I have handled firearms before and I can tell you an object moving quickly in the dark is almost impossible to shoot at.
“You just have to react and that is what the police did. They did not shoot to kill,” said Teoh.
Why was a minor driving a car?
Teoh, who was also a Search and Rescue Base Warden in Australia, said cases of minors operating vehicles are becoming rampant all over the world.
He recalled a particular incident in Australia when a group of people took a ferry for a joyride and crashed it into his base.
“People are capable of all kinds of madness,” he said. “We usually get angry when the police don't do anything to stop this madness. But in this case they acted and now they are being condemned for it.”
“The questions that should be asked are: Why was a minor driving a car? Why was another minor in the car and did he also take to the wheel?
“From my experience, the passenger always wants to have a go, too. And where did they learn to drive? A lot of crimes are caused by civilian negligence,” he said.
Teoh empathised with Inspector-General of Police Musa Hassan who has been slammed for threatening to take his men off the streets following public outrage over the shooting of Aminulrasyid.
“He is frustrated. The police are understaffed and underpaid. The fact that this matter has become highly politicised is making them angrier. I really don't blame the police for any of this.”
On the special panel set up to conduct an inquiry into the case, Teoh has his doubts. “What would it (the panel) uncover that the police haven't already?” he asked.
“We like to use the word 'independent' but what does that really mean? The panel will be going over the same reports, the same witnesses and the same facts.”
“There will just be more chaos and I'm intrigued to see how all this will end.”

Serah kepada SPRM

http://3.bp.blogspot.com/_hi0nllTBV5U/SdDHViceOiI/AAAAAAAAFZg/cduT-1JjHDw/s320/Mohd+Amar.jpg

KOTA BHARU - Timbalan Pesuruhjaya III Pas Kelantan, Datuk Mohamed Amar Nik Abdullah menyerahkan kepa-da Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi menyiasat dakwaan blogger kickdefella, Syed Azidi Syed Abdul aziz berhubung individu yang terlibat memberikan peruntukkan sebanyak RM4 juta untuk operasi gerak saraf bagi mewujudkan persepsi buruk terhadap bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi dan mengekalkan pentadbiran Pas di negeri ini kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Katanya, pendedahan yang dibuat semalam oleh blogger berkenaan lebih bersifat dakwaan dan pihak SPRM telah menjalankan siasatan mereka.

“Pas Kelantan menyerahkan kepada pihak SPRM untuk menyiasatnya sama ada benar atau sebaliknya pendedahan yang dibuat oleh Syed Azidi.

“Kebenaran belum dibuktikan lagi. Memang betullah dia bagi nama orang itu, orang ini, tapi betul ke orang tu terlibat? Jadi ini kita serahlah kepada proses perundangan.

“Kalau dia kata dia sudah lapor kepada SPRM, jadi biarlah SPRM siasat dengan adil dan telus. Kalau betul maknanya kita terimalah, tetapi kaedah undang-undang dia tu (individu terbabit) bersalah apabila dibuktikan. Jadi kita biar undang-undang tu berjalan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai pendedahan yang dibuat oleh Syed Azidi berhubung nama individu yang menyalurkan dana untuk sebuah syarikat Global Media Channel Sdn Bhd.

Syed Azidi menyenaraikan lima individu terbabit termasuk seorang Exco Kerajaan Negeri dan bekas wakil rakyat dikatakan penyumbang bagi syarikat berkenaan yang menjalankan operasi gerak saraf.

Raja Perempuan: Saya diheret seperti 'lembu'


Raja Perempuan Kelantan, Tengku Anis Tengku Abdul Hamid mendakwa beliau terpaksa 'mendapatkan perlindungan' di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian, malam semalam kerana kuathir ditangkap polis dan supaya berada di samping suaminya.

Menurut laporan The Malay Mail, Tengku Anis juga mendakwa Sultan Kelantan ditahan tanpa kerelaan baginda dan polis mengabaikan perintah baginda supaya dibawa ke istana.

Akhbar tabloid itu juga memetik Tengku Anis sebagai berkata “polis mengheretnya seperti lembu” dalam usaha memaksanya ke balai polis.

Katanya, pada kejadian kira-kira jam 7.45 malam semalam di luar Istana Mahkota di Kubang Kerian, anggota dan pegawai polis dari Unit Tindakan Khas (UTK) yang lengkap bersenjata menghalang perjalanan baginda dan Tuanku Sultan Kelantan ke Lapangan Terbang Ismail Petra Airport di Pengkalan Chepa.

Keluarga diraja itu dikatakan cuba berlepas ke Singapura bagi mendapatkan rawatan susulan untuk Sultan Kelantan.

"Kami begitu takut apabila polis menyerbu kereta kami dan UTK secara paksa cuba mengeluarkan Tuanku walaupun baginda berulang kali bertitah ingin kembali ke Istana, tetapi polis membawa baginda ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) di Kubang Kerian,” titah Tengku Anis.

Raja Perempuan Kelantan itu juga mendakwa terpaksa bermalam di lantai di luar Wad Diraja di HUSM tetapi kemudiannya berjaya memasuki wad berkenaan sebelum menguncikan dirinya.

Sementara itu, peguam Sultan Kelantan, Mohamed Haaziq Pillay dan Gobind Singh Deo, tiba bagi di Kota Bharu, pagi ini bagi melepaskan baginda dari hospital berkenaan.

Menurut seorang daripada peguamnya, Mohamed Haaziq Pillay, permohonan writ habeas corpus akan difailkan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur jika mereka gagal melepaskan baginda.

Kemelut Istana Kelantan semakin kusut apabila malam semalam, Tengku Temenggong, Tengku Muhammad Fakhry Petra (kiri) dilaporkan ditahan oleh sepasukan anggota dan pegawai polis dipercayai dari Unit Tindakan Khas (UTK) yang memakai topeng di luar Istana Mahkota, Kubang Kerian, Kota Bharu, malam semalam.

Tengku Fakhry terbabit dengan kancah warisan taktha Kelantan yang membabitkan kekandanya, Tengku Faris yang juga adalah Pemangku Sultan.

Tengku Faris kemudiannya bertindak menyingkirkan adindanya Tengku Fakhry daripada Majlis Perajaan negeri itu.

Kejadian malam semalam itu juga dimuatkan dalam Kosmo hari ini dengan laporan Tengku Fakhry ditahan bersama dua orang doktor dan beberapa orang pengawal peribadi Sultan Kelantan, Tuanku Ismail Petra.

Ak
hbar itu yang memetik sumber istana memberitahu, putera Sultan Kelantan itu ditahan ketika beliau bersama dua orang doktor dan sekumpulan pengawal peribadi sultan menaiki beberapa buah kenderaan.

Bernama pula malam semalam melaporkan yang Sultan Kelantan Tuanku Ismail Petra dimasukkan ke HUSM Kubang Kerian untuk menjalani rawatan susulan masalah jantung.

Berita itu disahkan oleh Pengelola Istana Diraja Kelantan, Datuk Abdul Halim Hamad. - Mkini.

Sibu by election is barometer to State election, Violet


State Assemblywoman for Pending, Violet Yong said the Sibu by-election would act as a benchmark for the coming State election.
“This is no ordinary by election as the wind of change will depend on this one. It is also a reflection of strength of the Barisan Nasional or DAP,” she said.
Calling to young voters working outside Sibu to return to cast their votes, Violet said it is crucial to them as the younger voters normally vote for DAP.
She said it is further more important for this group of people to cast their votes to show the Barisan Nasional that they were being ‘forced’ out of their hometown to seek a living elsewhere.
“Sibu is a town with mostly the elderly generation and young children. The Barisan Nasional has failed to prevent a brain drain,” she said.
Violet said the people should also look into the issues of frequent flooding in Sibu and despite assuring the people of the flood mitigation plan, there seems to be not much done on it.
She said there are a number of issues relating to the plights of the people that was not taken care of. It is time, something is done by voting in the opposition. With more opposition, the people stand a better chance of better things from the government, otherwise it is all talk from them.

Saksi Utama Kes Remaja Mati Ditembak Tetap Konsisten Walaupun Beri Keterangan Kali Ketiga

SHAH ALAM, 5 Mei: Polis hari ini memanggil semula Azzamuddin Omar,15, untuk memberikan keterangan dalam insiden remaja 14 tahun, Aminulrasyid Amzah yang mati ditembak polis pada 26 April lepas.
Ini merupakan kali ketiga saksi utama insiden tersebut dipanggil memberi keterangan selepas dua kali dipanggil sebelum ini.
Azzamuddin tiba di Ibu Pejabat Kontinjen Polis Selangor (IPK)  kira-kira jam 5.20 petang bersama seorang rakannya, peguam bela N Surendran dan Latheefa Koya serta wakil Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG), Monalisa Mokhtar.
Dalam sidang media yang diadakan di luar pagar IPK, N surendran berkata saksi utama, Azzamuddin  Omar telah memberikan keterangan yang konsisten kepada DSP Nazri.
"Azzamuddin telah ditanya dengan beberapa soalan tambahan berhubung insiden malam semasa Aminulrasyid ditembak mati,
"Kebanyakkan soalan kepada saksi telah ditanya semasa sesi keterangan sebelum ini dan beliau telah konsisten menjawabnya,
Menurut Surendran lagi, pada sesi keterangan kali ini, DSP Nazri telah bertanyakan sembilan soalan dan antaranya ialah bilakah kali terakhir Azzamudin mendengar bunyi tembakan.
"Azzamuddin secara konsisten menjawab kali terakhir bunyi tembakan adalah sebelum kereta tersebut melanggar pokok dan dinding,
"Tembakan kali terakhir itu juga katanya semasa kereta tersebut masih lagi bergerak dan pada ketika itu, kereta peronda polis berada di belakang kereta mangsa,
"Selepas tembakan tersebut, Aminulrasyid rebah ke pangkuan Azzamuddin dan kereta tersebut kemudiannya melanggar penghadang jalan, pokok dan akhirnya merempuh dinding," jelas Surendran kepada media.
Surendran juga menegaskan walaupun sudah tiga kali memberikan keterangan, Azzamuddin telah menjawab soalan yang diajukan kepada beliau secara konsisten termasuk keterangan semasa sesi sidang media yang diadakan pada Isnin lepas.

DPMM dakwa DEB gagal, mahukan keutamaan MEB

Oleh Syed Jaymal Zahiid
KUALA LUMPUR, 5 Mei — Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM) mahu pentadbiran Datuk Seri Najib Razak meningkatkan penyertaan Bumiputera di bawah Model Ekonomi Baru (MEB) selepas Dasar Ekonomi Baru (DEB) gagal mencapai sasarannya.
Presidennya Syed Ali Alattas berkata NEP yang diperkenalkan pada 1971 hanya berjaya mengatasi kemiskinan di kalangan majoriti Bumiputera bukannya dalam melaksanakan dasar tindakan afirmatif.
Justeru beliau mahu Perdana Menteri mempertingkatkan penyertaan Bumiputera dalam perniagaan di bawah MEB.
Syor-syor DPMM untuk dijadikan input MEB akan dibentangkan pada konvensyen pihaknya pada 14 Mei ini, kata beliau.
Najib dijadual merasmikan konvensyen itu.
“Kami menyokong liberalisasi dari sudut antarabangsa tetapi di peringkat nasional, DEB sudah terlalu liberal di mana kami hanya mendapat 10 peratus (ekuiti Bumiputera), jadi (di bawah MEB) perlu ada lebih banyak penyertaan,” kata beliau pada sidang media di sini.
“Perdana Menteri perlu menangani perkara ini,” kata Syed Ali sambil menambah MEB harus membantu kaum Bumiputera.
“Kira-kira 45 peratus (Bumiputera) berada di paras rendah (bawah pendapatan tinggi), jadi beliau perlu menyertakan mereka bersama,” katanya dengan merujuk kepada usaha mengubah Malaysia sebagai negara berpendapatan tinggi.
Syed Ali berkata kerajaan telah menggesa pekerja dan ahli perniagaan Bumiputera supaya berdaya saing dengan ekonomi global yang sangat kompetitif dengan meningkatkan produktiviti tetapi ia bukan sesuatu yang mudah.
“Sebagai contoh ambil industri pengeluaran. Ia adalah industri yang tua, berada di sini sejak 1965.
“Pada kadar semasa, kadar produktiviti adalah terlalu rendah dan kerajaan berkata anda mesti meningkatkan produktiviti untuk pendapatan tinggi.
“Tetapi untuk meningkatkan produktiviti ia berintensifkan modal, teknologi baru tetapi kita tiada punca untuk meningkatkan produktiviti,” katanya.

Skrip Polis Sama dalam Kes Aminul, Norizan, Vikenes

Oleh Frederick Luccas
KUALA LUMPUR 5 Mei - Peguam keluarga Aminulrasyid Amzah, N Surendran berkata pihak polis seolah-olah sudah mempunyai skrip bertulis setiap kali polis terlibat dalam kejadian yanng melibatkan kematian orang awam.
Jalan cerita yang digunakan oleh polis pula dalam kes kematian remaja 14 tahun itu seakan-akan sama dengan laporan yang dikeluarkan oleh polis dalam kes penembakan ibu tunggal, Norizan Salleh tahun lalu.
Surendran bwerkata demikian pada majlis penerangan mengenai kes Aminulrasyid dalam forum 'Keadilan Untuk Aminulrasyid' anjuran Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia semalam
"Jika dibandingkan dengan kes Norizan Salleh, jalan cerita dalam laporan polis sama dengan laporan yang diberikan untuk Aminulrasyid, iaitu, kedua-dua disyaki terbabit dalam jenayah, parang dijumpai di dalam kereta mereka dan yang ironinya dalam kedua-dua kes polis mendakwa mangsa kononnya cuba merempuh polis dengan mengundurkan kereta.
"Ini bukan cerita aksi Bruce Willis (pelakon Hollywood), ini merupakan seorang remaja berusia 14 tahun yang dalam ketakutan. Dari mana pula polis mendapat idea cerita aksi Hollywood sebegini?" tanya Surendran.
Jelas beliau, apa yang telah menimpa Aminulrasyid adalah satu tragedi dasyat yang bermula dengan beberapa kesalahan kecil yang tidak begitu serius.
"Pertama, Aminulrasyid keluar pada waktu malam, ini bukan kesalahan. Kalau dia balik rumah lepas itu maksima hukum seminggu tak boleh keluar rumah, itu saja. Kedua dia mengambil kereta kakaknya, ketiga kereta yang dipandu Aminul tergeser dengan sebuah kereta lain dan keempat  Aminulrasyid dikejar oleh beberapa motosikal yang mungkin kawan kepada pemilik kenderaan yang digeser Aminulrasyid.
"Kesemua ini hanyalah insiden kecil yang tidak langsung memberi sebab kukuh untuk polis menembak mati Aminulrasyid. Jelas sekali polis telah mengambil keputusan sendiri, menjadi hakim dan memutuskan lebih baik Aminulrasyid ditembak mati," tegas beliau lagi.
Surendran mendedahkan ada saksi yang menyangkakan bahawa aksi pgengambaran untuk filem sedang diambil, apabila melihat polis menembak bertubi-tubi ke arah kereta Aminulrasyid sambil mengejarnya.
Beliau memberikan contoh kes yang berlaku pada 10 Oktober 2003, di mana seorang pelajar Tingkatan 6, Vikenes Vesvanathan, ditembak mati bersama-sama dua orang rakannya di Nilai, Negeri sembilan.
Dalam kes ini luka tembakan di kepala Vikenes condong dari atas ke bawah dalam kira-kira 45 darjah, seolah-olah Vikenes ditembak dari jarak dekat semasa beliau dalam keadaan melutut di tanah semasa tembakan di kepala dilepaskan.
Surendran kesal sehingga kini tiada siasatan dan tiada anggota polis yang diheret ke mahkamah.
Malah lebih menyedihkan lagi, pelajar tersebut dilabel oleh polis sebagai suspek rompakan bersenjata sama seperti Aminulrasyid yang dituduh sebagai penjenayah oleh polis.
"Ini menunjukkan berapa perlunya IPCMC (Suruhanjaya Bebas Pengaduan dan Salah Laku Polis) di negara ini. Jika wujudnya badan untuk memantau setiap gerak geri polis, maka kesemua tragedi ini dapat dielakkan sama sekali kerana polis akan lebih berhati-hati apabila mengambil tindakan dan tidak berani melakukan sesuka hati mereka," kata peguam itu lagi
Surendran juga membuat perbandingan kes tembakan polis di antara United Kingdom dan Malaysia sepanjang 2009.
"Di United Kingdom yang mempunyai populasi lebih 50 juta hanya dua kes terjadi tetapi di Malaysia dengan jumlah pendudk separuh daripada UK, sejumlah 39 kes yang direkodkan oleh NGO sahaja. Jumlah sebenar kematian kerana keganasan polis tidak diketahui hingga kini," tambah beliau lagi.

Isu gerak saraf RM4 juta: Husam enggan jawab

Timbalan Pesuruhjaya II Pas Kelantan, Datuk Husam Musa, berkata beliau tidak akan menjawab dakwaan penulis blog Kickdefella, Syed Azidi Syed Abdul Aziz, mengenai kewujudan lima nama sebagai dalang untuk melemahkan kepimpinan bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi, bagi mengekalkan pemerintahan Pas di Kelantan.

"Setakat ini saya tidak perlu menjawab, kerana dia (Syed Azidi) tidak menyebut nama saya secara jelas di antara lima orang yang disebut-sebut sebagai dalang dalam gerakan itu," katanya kepada pemberita selepas mesyuarat Exco kerajaan negeri di Kota Bharu hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai pendedahan Syed Azidi dalam blognya bahawa beliau mempunyai keterangan yang jelas mengenai lima pemimpin kerajaan negeri yang terlibat dalam gerakan saraf menjatuhkan kerajaan Barisan Nasional pimpinan Abdullah bagi memastikan Pas berkuasa di Kelantan.

Husam berkata, dakwaan penulis blog berkenaan juga tidak menyebut apakah bentuk gerakan memburukkan bekas Perdana Menteri itu sama ada kedudukan peribadi atau sebagainya.

"Apa yang disebut-sebut dan menuding ke arahnya sebagai andaian media semata-mata," katanya.

- Bernama

Mafrel Akan Tetap Pantau PRK Sibu


PETALING JAYA: Pemantau Pilihan Raya Bersih dan Adil (Mafrel) hari ini menegaskan bahawa badan itu akan tetap bertindak sebagai pemerhati bebas pada pilihan raya kecil bagi kerusi Parlimen Sibu yang akan berlangsung pada 16 Mei ini.
Pengerusi Mafrel, Syed Ibrahim Syed Noah berkata, masih ada keperluan untuk Mafrel atau mana-mana badan bebas memantau agar wujudnya ‘check and balance’ dalam setiap pilihan raya kecil yang berlangsung di negara ini.
“Kita tidak perlu mengikut pandangan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebaliknya kita perlu melihat pandangan semua pihak dalam hal ini.
“Saya melihat masih ada keperluan untuk mana-mana badan bebas memantau agar proses pilihan raya ini dilaksanakan secara adil dan telus oleh SPR atau mana-mana parti yang bertanding,” katanya kepada mStar Online hari ini.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan SPR bahawa suruhanjaya itu tidak memerlukan Mafrel atau mana-mana badan bukan kerajaan untuk menjadi pemerhati bebas pada pilihan raya kecil bagi kerusi Parlimen Sibu.
Semalam, Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wira Wan Ahmad Wan Omar dilaporkan berkata, SPR menarik balik pengiktirafan terhadap peranan Mafrel kerana badan bebas itu didakwa gagal untuk menghantar sebarang maklum balas atau laporan kepada suruhanjaya berkenaan.
Mengulas lanjut, Syed Ibrahim berkata, Mafrel memegang prinsip sesiapa sahaja boleh menjadi badan pemerhati bebas selagi mereka tidak melanggar Akta Pilihan Raya dan masuk ke kawasan larangan yang ditetapkan oleh SPR.
“Sesiapa sahaja boleh memantau perjalanan pilihan raya selagi mereka tidak masuk ke tiga tempat larangan yang ditetapkan oleh SPR, iaitu tempat penamaan calon, pusat pengundian dan pusat pejumlahan undi.
“Selain itu, saya lihat tidak ada masalah untuk Mafrel atau mana-mana badan bebas memantau perjalanan pilihan raya kecil di negara ini,” katanya.
Jelasnya, sebagai sebuah badan bebas, Mafrel tidak hanya menegur SPR sebaliknya mereka turut mengkritik parti-parti yang bertanding sekiranya dilihat melanggar peraturan pilihan raya seperti memberi sumbangan dan menjamu makan kepada pengundi pada musim pilihan raya kecil berlangsung. “Pada pilihan raya kecil Hulu Selangor bulan April lalu, kita ada terima laporan mengenai pemberian wang kepada pengundi dan memberi makan kepada penduduk kampung.Perkara seperti ini sudah melanggar Akta Pilihan Raya,” ujarnya.
Kesimpulannya kata beliau, Mafrel tidak akan menarik diri daripada memantau perjalanan pilihan raya yang berlangsung di negara ini.
“Masih banyak lagi perkara yang boleh diperbaiki dalam pelaksanaan pilihan raya di negara ini. Isu seperti daftar pemilih, perlu diatasi dengan kadar segera oleh SPR.
“Kami berharap agar SPR dapat menjalin kerjasama dengan Mafrel atau mana-mana badan bebas supaya satu rangka kerja yang baik dapat dibentuk dalam memastikan perjalanan pilihan raya kecil yang adil dan telus dapat dilaksanakan di negara ini,” katanya.
Mengenai jumlah wakil Mafrel yang akan dihantar untuk memantau perjalanan pilihan raya kecil Sibu, Syed Ibrahim berkata: “Kita masih belum putuskan berapa jumlah sukarelawan yang akan dihantar ke sana.”
“Disebabkan oleh kekangan jarak dan masa yang suntuk, kita mungkin akan menggunakan sukarelawan dari kalangan orang tempatan di sana sahaja,” katanya.
Pilihan raya kecil Sibu diadakan ekoran kematian penyandangnya, Robert Lau kerana menghidap kanser hati pada 9 April yang lalu.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah menetapkan 8 Mei ini sebagai tarikh penamaan calon dan 16 Mei sebagai hari pengundian.
Pada pilihan raya umum 2008, Robert Lau mengekalkan kerusi itu dengan majoriti 3,549 undi, menewaskan pengerusi DAP Sarawak, Wong Ho Leng dan Lim Chun Chuang dari Parti Keadilan Rakyat (PKR).
Sibu mempunyai 54,695 pengundi berdaftar termasuk 2,537 undi pos.
SPR akan membuka 45 stesen mengundi dengan 110 saluran mengundi yang akan diuruskan oleh 1,149 petugas.

Memilih Raja Kelentong...

"The only thing that ever consoles man for the stupid things he does is the praise he always gives himself for doing them."
-Oscar Wilde

Jangan lepaskan peluang memilih Raja Kelentong of The Year...
Calun Pertama: Baru balik dari menikmati musim spring di Washington.


Calun kedua: Baru diupah menjadi Senator kerana mencaci Anwar.

Calun Ketiga (Penyandang Juara): Species terkini baru dijumpai di Borneo.
Selamat mengundi.

Kempen di Sibu bermula dengan pembohongan

KUALA LUMPUR, 5 Mei: Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar menyifatkan kempen pilihan raya kecil Sibu bermula dengan pembohongan apabila Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mendakwa bahawa Presiden Amerika Syarikat Barack Obama yang mahu bertemu dengan beliau, dan bukan sebaliknya.

"Kenyataan Najib bertentangan dengan dengan jawapan (Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri) Nazri Aziz di Dewan Rakyat yang memuji perkhidmatan dan lobi firma Yahudi Zionis, APCO Worldwide yang menggasak wang rakyat negara ini hampir RM77 juta sehingga Najib mendapat peluang yang diidam-idamkannya untuk mengadap Obama.

"Walaupun Nazri berusaha memperbaiki kenyataannya yang memuji jasa APCO yang membolehkan Najib mencapai idamannya untuk bertemu Obama, tetapi di kalangan pemimpin Umno, kenyataan pertamalah yang biasanya benar.

"Kenyataan susulan untuk memperbaiki kenyataan pertama hanyalah untuk mengawal kerosakan (damage control) akibat kenyataan pertama," kata Ahli Parlimen Pokok Sena itu.

Bagi Mahfuz, jika benar dakwaan kononnya Obama yang mahu berjumpa Najib, "ia tidak ubah seperti guru besar memanggil pelajar bermasalah untuk berjumpanya".

"Kalau pelajar bermasalah dipanggil berjumpa guru besar, biasanya dia dipanggil untuk dirotan.

"Kalau pemimpin negara angkuh seperti Amerika Syarikat memanggil pemimpin negara kecil mengadapnya, biasanya pemimpin negara kecil itu dileteri dan diberi amaran mengenai pelbagai perkara antaranya mengenai perbuatan memperdagangkan manusia (human trafficking)," katanya.

Beliau juga kesal dengan dakwaan Najib yang dianggapnya cuba memperbodoh-bodohkan rakyat Malaysia.

"Perdana Menteri juga cuba menggambarkan kononnya Obama mahu berjumpa dengannya supaya beliau memberi penjelasan mengenai Model Ekonomi Baru (MEB).

"Najib jangan ingat rakyat negara ini bodoh sangat untuk mempercayai dakwaannya itu. Kalaupun Obama mahu bersikap diplomatik atau mengambil hati tetamu, adakah sehingga ke peringkat meminta Perdana Menteri menjelaskan mengenai MEB?

"Kerja mencari maklumat mengenai MEB hanya kerja pegawai Amerika yang berpangkat rendah sahaja," kata Mahfuz.

Ketika berkempen di di majlis pemimpin bersama rakyat di SK Bandaran Sibu No 3 di Kampung Bandong, Sibu baru-baru ini, Najib mendakwa bukan beliau yang mahu berjumpa Obama tetapi Obamalah yang mahu berjumpa beliau.

"Hakikatnya, Presiden Obama mahu berjumpa saya. Dalam pertemuan kami, beliau meminta saya menjelaskan mengenai Model Ekonomi Baru negara," dakwa beliau.

Gelombang sokongan bermula sejak 2006


KOTA BHARU, 5 Mei: PAS yakin, calon Pakatan Rakyat di Sibu mempunyai peluang cerah untuk menang dalam pilihan raya kecil (PRK) itu kerana kebangkitan rakyat negara ini menyokong PR bermula di Sarawak iaitu dalam pilihan raya negeri 2006.

Timbalan Pengarah Pilihan raya PAS, Datuk Wan Abdul Rahim Wan Abdullah berkata, dengan perkembangan yang berlaku dalam PRK Bukit Gantang dan Hulu Selangor yang memperlihatkan sokongan kuat pengundi Cina, peluang PR di Sibu cerah.

Beliau yang akan berangkat ke Sarawak bersama hampir 30 petugas PAS esok berkata, PAS akan memastikan calon PR dari DAP akan mendapat sokongan jentera yang terbaik.

"Paling kurang, kami akan pastikan kita membekalkan cukup agen pengundian dan agen pengiraan undi untuk kawasan Melayu," kata Wan Rahim yang juga anggota Parlimen Kota Bharu.

Kerusi Palimen Sibu mempunyai kira-kira 54,695 pengundi berdaftar termasuk 2,537 pengundi pos.

Mereka termasuk 5,740 Melayu (10.5 peratus), 36,389 Cina (66.7 peratus), 12,050 Iban (22.1 peratus), 54 India (0.01 peratus) dan kaum lain 289 (0.53 peratus).

Dalam pilihan raya Sarawak 2006, DAP telah mendapat enam kerusi DUN dan PKR mendapat satu kerusi. Ia dimenangi di kawasan majoriti Cina.

Sejak itu, ia terus berkembang dengan sokongan pengundi Cina kepada Pakatan semakin meningkat.

Dalam pilihan raya kecil Bukit Gantang, PAS mendapat 82 peratus sokongan di kawasan yang mempunyai Cina yang ramai iaitu di Kuala Sepetang. Dalam pilihan raya kecil Hulu Selangor pula, calon PKR mendapat 80 peratus undi di Kampung Rasa iaitu kawasan yang mempunyai pengundi Cina yang ramai.

Pengerusi DAP Sarawak, Wong Ho Leng sekali lagi dipilih sebagai calon Pakatan Rakyat (PR) untuk pilihan raya kecil ini. BN pula memilih Robert Lau Hui Yew sebagai calon.

Dalam pilihan raya umum 2008, Wong dan calon PKR Lim Chun Chung tewas kepada calon BN, Datuk Robert Lau Hoi Chew dengan majoriti 3,549 undi.

Kerusi parlimen Sibu kosong ekoran kematian penyandangnya Robert akibat barah pada 9 April lalu.

Sementara itu, sehingga kini tiga calon dijangka akan bertanding dalam pilihan raya ini termasuk seorang calon bebas berbangsa Melayu, Narawi Harun, 60 tahun.

Namun, bagi Pengerusi DAP Sabah yang juga calon PR dalam pilihan raya ini,
Wong Ho Leng lebih senang kalau PR akan berdepan satu lawan satu dengan calon BN dalam pilihan raya ini.

"Ini negara demokrasi. Walaupun kita mahu satu lawan satu, kita tidak boleh sekat dia jadi calon," kata Wong kepada wartawan selepas mengambil borang pencalonannya.

Dalam tahun 1995, Narawi pernah bertanding calon bebas dalam parlimen ini. Dia hanya mendapat 975 undi. Dalam pilihan raya negeri 2006, dia memberikan laluan kepada sepupunya, Abang Ariffin Abang Shebli dari PKR untuk bertanding di Dun Nangka, dalam parlimen yang sama.

"Saya sudah bersedia untuk bertanding lagi," katanya.

Raja Perempuan elak polis, 'sembunyi' di HUSM


Raja Perempuan Kelantan, Tengku Anis Tengku Abdul Hamid mendakwa beliau terpaksa 'mendapatkan perlindungan' di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian, malam semalam kerana kuathir ditangkap polis dan supaya berada di samping suaminya.

Menurut laporan The Malay Mail, Tengku Anis juga mendakwa Sultan Kelantan ditahan tanpa kerelaan baginda dan polis mengabaikan perintah baginda supaya dibawa ke istana.

Akhbar tabloid itu juga memetik Tengku Anis sebagai berkata “polis mengheretnya seperti lembu” dalam usaha memaksanya ke balai polis.

Katanya, pada kejadian kira-kira jam 7.45 malam semalam di luar Istana Mahkota di Kubang Kerian, anggota dan pegawai polis dari Unit Tindakan Khas (UTK) yang lengkap bersenjata menghalang perjalanan baginda dan Tuanku Sultan Kelantan ke Lapangan Terbang Ismail Petra Airport di Pengkalan Chepa.

Keluarga diraja itu dikatakan cuba berlepas ke Singapura bagi mendapatkan rawatan susulan untuk Sultan Kelantan.

"Kami begitu takut apabila polis menyerbu kereta kami dan UTK secara paksa cuba mengeluarkan Tuanku walaupun baginda berulang kali bertitah ingin kembali ke Istana, tetapi polis membawa baginda ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) di Kubang Kerian,” titah Tengku Anis.

Raja Perempuan Kelantan itu juga mendakwa terpaksa bermalam di lantai di luar Wad Diraja di HUSM tetapi kemudiannya berjaya memasuki wad berkenaan sebelum menguncikan dirinya.

Sementara itu, peguam Sultan Kelantan, Mohamed Haaziq Pillay dan Gobind Singh Deo, tiba bagi di Kota Bharu, pagi ini bagi melepaskan baginda dari hospital berkenaan.

Menurut seorang daripada peguamnya, Mohamed Haaziq Pillay, permohonan writ habeas corpus akan difailkan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur jika mereka gagal melepaskan baginda.

Kemelut Istana Kelantan semakin kusut apabila malam semalam, Tengku Temenggong, Tengku Muhammad Fakhry Petra (kiri) dilaporkan ditahan oleh sepasukan anggota dan pegawai polis dipercayai dari Unit Tindakan Khas (UTK) yang memakai topeng di luar Istana Mahkota, Kubang Kerian, Kota Bharu, malam semalam.

Tengku Fakhry terbabit dengan kancah warisan taktha Kelantan yang membabitkan kekandanya, Tengku Faris yang juga adalah Pemangku Sultan.

Tengku Faris kemudiannya bertindak menyingkirkan adindanya Tengku Fakhry daripada Majlis Perajaan negeri itu.

Kejadian malam semalam itu juga dimuatkan dalam Kosmo hari ini dengan laporan Tengku Fakhry ditahan bersama dua orang doktor dan beberapa orang pengawal peribadi Sultan Kelantan, Tuanku Ismail Petra.

Ak
hbar itu yang memetik sumber istana memberitahu, putera Sultan Kelantan itu ditahan ketika beliau bersama dua orang doktor dan sekumpulan pengawal peribadi sultan menaiki beberapa buah kenderaan.

Bernama pula malam semalam melaporkan yang Sultan Kelantan Tuanku Ismail Petra dimasukkan ke HUSM Kubang Kerian untuk menjalani rawatan susulan masalah jantung.

Berita itu disahkan oleh Pengelola Istana Diraja Kelantan, Datuk Abdul Halim Hamad.

LATAR BELAKANG KELUARGA DIRAJA KELANTAN


Sultan Kelantan

Sultan Ismail Petra
, yang diserang angin ahmar sejak Mei tahun lalu dan dilaporkan masih belum pulih sepenuhnya.

Raja Perempuan


Tengku Anis Tengku Abdul Hamid

Elia Suhana Ahmad
(isteri kedua). Permohonan cerai difailkan pada 9 Mac lalu oleh Sultan melalui pihak ketiga.

Anak


Anak lelaki pertama: Tengku Muhammad Faris Petra (Pemangku Sultan, gambar atas)
Anak lelaki kedua: Tengku Muhammad Faiz Petra
Anak lelaki ketiga: Tengku Muhammad Fakhry Petra (beliau mencabar pelantikan kekandanya dan disingkirkan dari Majlis Perajaan. Baginda juga terbabit dengan kontroversi berhubung dakwaan penderaan ke atas isterinya, Manohara Odelia Pinot)
Anak perempuan: Tengku Amalin A'ishah Putri
Mkini.

Ex-cop plans re-enactment of boy’s shooting



KUALA LUMPUR, May 5 — A retired police forensics chief plans to re-enact the events leading to the death of Aminulrasyid Amzah, as the boy’s family moved to establish how he ended up with a bullet in the back of his head.
Amidon Anan, who was head of the police’s crime scene investigations unit, has been engaged by the 14-year-old boy’s family to help probe what could have led policemen to shoot at the car Aminulrasyid was driving last Monday.
Amidon said the process of replicating a crime scene was “normal practice in forensic science”.
He said that during his tenure as forensic chief, he had utilized the method in many of the cases he was involved in.
“I have been re-enacting crime scenes for many cases including Canny Ong and the death of Altantuya.I have been using this method for the past ten years, back when I was in the police forensic team. It is important to re-enact the scene to get a clearer picture and make sure every bit of evidence in a crime scene is taken note of,” Amidon told The Malaysian Insider.
Amidon, who retired in 2008, also pointed out that the method was not commonly practiced in Malaysia because it was a very “tedious process.”
“As far as I know there are no police officers other than me who have used this technique. It is not very common here, probably because to replicate a scene from scratch is a very tedious process,” said Amidon.
However, he stressed that he would have to discuss the matter further with Aminulrasyid’s family lawyer Karpal Singh before proceeding with the independent investigation.
“I have to discuss this with Karpal Singh first. I have to work closely, together with him. It’s a team job,” added Aminon.
He said that the family had spoken to him and had agreed to take on his offer to help.
“Back on Monday, the family had called me … after the press conference they had agreed for me to come on board to help,” he said.
On Monday, the family held a press conference where Azamuddin Omar, the 15-year-old who was a passenger in the car and a witness to the shooting, came forward to dispute the police version of events.
He denied his friend had tried to reverse the car into policemen pursuing the two boys in the car.
Azamuddin claimed that his friend had panicked after being involved in a minor accident, and was fleeing from a group of motorcyclists.
He also said that policemen had opened fire at the car the two boys were in near Aminulrasyid’s home after they joined in the pursuit of the two boys.
Amidon was previously involved in numerous high-profile cases including the murders of Mongolian Altantuya Shariibuu and Canny Ong.
His entry into the fray comes even as the government formed an independent panel to oversee investigations because of mounting public anger over the incident.
The panel includes former Inspector-General of Police Tun Haniff Omar; Associate Prof Datuk Abdul Halim Sidek; Datuk Dr Dennison Jayasooria; Datuk Ahmad Fuad Abdul Aziz; Datuk Dr Michael Yeoh; Datuk Seri Muhammad Shafee; and Kamal Affendi Hashim.
When contacted DAP lawmaker Karpal Singh said that re-enacting the event that led to the shooting was important as ‘it could shed some light into how the victim was shot as well as the number of shots fired.”
“We would also need to examine the vehicle, and this requires the green light from the police as well,” Karpal told The Malaysian Insider.
According to police, Aminulrasyid was shot after he tried to reverse his car into four policemen following a high-speed chase, which ended just 100 metres from his home in Section 11 in Shah Alam last Monday.
Police also claimed they found a parang in the car and had initially referred to the two boys as robbers.
It has now emerged that Aminulrasyid had taken his sister’s car to drive to a restaurant to watch a late-night football game on television.

Kabinet ucap takziah kepada keluarga Aminulrasyid.....

 
KUALA LUMPUR, 5 Mei — Kabinet yang bermesyuarat hari ini melahirkan rasa sedih dan mengucapkan takziah kepada keluarga adik Aminulrasyid Amzah, 15, yang terbunuh dalam satu kejadian yang membabitkan pihak polis di Shah Alam, 26 April lalu.
“Kejadian ini amat mendukacitakan,” menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Pejabat Perdana Menteri di Putrajaya hari ini.
Sehubungan itu, Kabinet mahukan agar siasatan kes tersebut dijalankan dengan adil, telus dan secepat mungkin agar semua pihak terutamanya pihak keluarga dan anggota polis yang terbabit mendapat keadilan, menurut kenyataan itu.
“Kabinet mahu panel ini (panel penyiasat yang ditubuhkan oleh Kementerian Dalam Negeri) dan pihak polis menjalankan siasatan yang menyeluruh bagi memastikan apa yang sebenarnya telah berlaku pada hari tersebut,” kata kenyataan itu. — Bernama

Najib jurujual hebat promosikan calon BN


Dr Jeniri Amir
Calon dan parti yang bertanding dalam pilihan raya adalah umpama produk di pasaran. Sesuatu barang perlu dipromosi dan dipasarkan dengan strategi yang betul bagi memastikan produk itu mendapat tempat di hati pengguna. Mengapakah ada ubat gigi yang begitu melekat di dalam minda pengguna berbanding dengan jenama lain, malah sinonim dengan ubat gigi sehingga sesetengah pengguna secara automatik menyebut jenama berkenaan ketika membeli ubat gigi? Walhal, banyak lagi ubat gigi lain berada di pasaran.
Dalam pilihan raya kecil di Sibu 16 Mei nanti, Pengerusi DAP negeri Wong Ho Leng adalah umpama jenama yang sudah terkenal di pasaran, berbanding dengan Robert Lau Jr, calon Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP). Robert Lau Jr ialah produk yang baru diperkenalkan oleh SUPP, ‘kilang’ yang sebenarnya telah wujud sejak 1959. Sejauh mana jenama baharu berkenaan diterima pengguna, iaitu pengundi bandar Sibu, banyak bergantung pada strategi pemasaran atau promosi untuk memperkenalkan produk terbabit.
Juga, sejauh mana produk itu bermutu berbanding dengan produk lama. Seperti dalam sebarang strategi kempen, jurujualnya perlu bijak berkata-kata dengan memberi keyakinan kepada pengguna tentang kelebihan produk itu. Dalam etika pemasaran, jurujual tidak boleh memburuk-burukkan produk lain yang berada di pasaran. Jurujual juga tidak patut mengungkit sikap pengguna kerana pengguna ialah raja. Pengguna tidak harus dilabel sebagai tidak pandai bersyukur dan tidak pandai berterima kasih. Pernahkah kita mendengar jurujual produk di pasaran mengkritik pengguna kerana tidak memilih dan menggunakan produk yang dihasilkan oleh syarikat mereka? Pada hari pengundian, pengundi ialah raja yang akan menentukan nasib ‘produk’ DAP dan SUPP nanti.
Dengan menggunakan teori pemasaran Kotler yang berasaskan 4P, iaitu product, price, physical distribution dan promotion, kita dapat andaikan calon sebagai produk, yang mempunyai nilai harga tertentu, perlu diedarkan ke seluruh pelosok kawasan seluas 8,278 km persegi dalam kalangan sekitar 55,000 pengguna pelbagai kaum, di kawasan negeri Bawang Assan, Nangka, dan Pelawan, dengan menggunakan strategi promosi tertentu. Kebanyakan penggunanya ialah pengguna Cina yang canggih cita rasa mereka, iaitu sebanyak 66.7 peratus, berbanding dengan pengguna Bumiputera sebanyak sekitar 33 peratus. Lain pengguna lain strateginya, kerana tahap sosioekonomi, tahap pendidikan, nilai dan cita rasa mereka tidak sama.
Jurujual, iaitu jurukempen daripada kedua-dua parti politik terbabit perlu menonjolkan kualiti produk yang dijual bagi meyakinkan pengguna. Kualiti produk di sini bermaksud, sejauh mana produk berkenaan dapat memenuhi tujuan ia dihasilkan. Maksudnya, sejauh manakah calon terbabit dapat melaksanakan tugas dan tanggungjawab sebagai wakil rakyat, dan seterusnya memenuhi harapan mereka yang mengundi calon berkenaan? Hal ini samalah sebagaimana kita mengharapkan sesuatu produk itu dapat memenuhi harapan kita ketika hendak membelinya.
Jika kita yakin bahawa produk berkenaan bagus dan tidak memberi kesan sampingan yang negatif, maka kita tidak akan teragak-agak untuk membelinya. Sebaliknya, jika produk itu tidak berkualiti, malah membawa kesan sampingan yang tidak baik, kita tentu tidak akan membuang wang untuk memilikinya. Kesan sampingan yang baik dalam konteks ubat gigi bermaksud gigi bertambah putih dan kuat, serta nafas tidak berbau. Bagi pilihan raya, calon terbabit dapat membawa pembaharuan dalam bentuk pembangunan dari segi fizikal, kemudahan asas, sosial, pendidikan, ekonomi dan seumpamanya. Juga, dapat menyuarakan isu dan masalah yang membelenggu rakyat ke Parlimen dan pemimpin atasan dengan berani.
Bagi Robert Lau Jr, beliau bernasib baik kerana jurujual nombor satu di Malaysia, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sanggup turun padang untuk mengiklankan kelebihannya. Beliau menggunakan pendekatan yang betul dengan menemui pengguna produk, iaitu rakyat dan pengundi, bagi meyakinkan mereka bahawa sesungguhynya, Robert Lau Jr merupakan produk yang terbaik yang tidak akan mengecewakan mereka.
Sebagai jurujual Najib mempunyai kelebihan kerana beliau bijak menggunakan kata-kata yang betul, yang mampu menyentuh hati dan meyakinkan para pengguna. Siapakah yang tidak percaya dan yakin akan kata-kata jurujual yang bukan hanya pandai berkata-kata, tetapi mampu mengotakan janjinya?
Tindakan beliau turun ke akar umbi terutama di pasar Sungai Merah, Nangka, dan tengah-tengah bandar Sibu yang mempunyai 270,000 penduduk, pasti akan menyentuh hati rakyat. Pengundi mudah tersentuh oleh tindakan pemimpin kerajaan yang dipersepsi sedia turun padang, tidak sombong, dan mesra rakyat.
Sentuhan peribadi sedemikianlah yang diingati oleh rakyat dan diperkatakan kepada rakan-rakan dan kaum keluarga sampai bila-bila. Kesannya mewabak atau mudah tersebar. Strategi sedemikian sama seperti jualan produk langsung. Jurujual dapat berinteraksi dengan pengguna dan menangkis sebarang keraguan tentang produk yang cuba dipromosikan.
Dengan kewibawaan Najib sebagai jurujual, pasti Robert Lau Jr memiliki kelebihan, dan dijangka Najib akan turun ke Sibu sekali lagi menjelang hari pengundian nanti untuk terus berjumpa dengan rakyat pelbagai kaum dalam usaha meyakinkan mereka tentang betapa pentingnya Barisan Nasional terus diberi mandat untuk mewakili rakyat di Parlimen Bandar Sibu bagi memastikan wujudnya kesinambungan perjuangan mendiang Robert Lau, mantan Timbalan Menteri Pengangkutan. Kata beliau, ketika bertemu rakyat di Sungai Merah, Sibu 2 Mei lalu, “Barisan Nasional patut menjadi pilihan demi harapan dan masa depan lebih terjamin.”
Kempen sebenarnya membabitkan strategi menjual janji dan harapan. Siapa yang dapat memberi janji yang realistik dan terbukti dapat menunaikannya pasti akan mendapat tempat di jiwa pengundi meskipun ada yang menjanjikan bulan dan bintang waktu berkempen. Pengundi perlu berwaspada dengan janji sedemikian, yang tidak mungkin mampu digapai oleh sesiapa sahaja.
Strategi demikian merupakan satu daripada cara untuk menawan minda dan hati rakyat. Tetapi, adakah pengundi Cina mudah termakan oleh semua janji dan projek yang bakal dilaksanakan? Atau mereka akan bersikap sinis sehingga tindakan tersebut menjadi bumerang kepada pihak yang memberi janji? Ingat, pengundi Cina tidak harus diperlekeh kerana pemikiran politik mereka tidak sama dengan pengundi Bumiputera.
Pemikiran politik mereka di bandar lebih kompleks dan tidak mudah digula-gulakan dengan janji dan projek. Yang didambakan oleh pengundi berkenaan ialah ketulusan pemimpin, ketelusan kerajaan, tadbir urus yang baik, keadilan, pengagihan sumber ekonomi yang adil, dan kesediaan kerajaan untuk mendengar rintihan rakyat.
Lihat sahaja kesan kunjungan mesra Najib terhadap pola pengundian di Hulu Selangor baru-baru ini. Dikatakan selepas beliau berjumpa secara langsung deengan pengundi Cina, peratusan yang memihak kepada calon BN telah meningkat. Meskipun terdapat peningkatan sokongan pengundi Cina sesudah lawatan beliau, namun peralihan sokongan itu tidaklah begitu signifikan kerana akhirnya hanya 28 peratus pengundi Cina memihak kepada BN.
Meskipun terdapat kenyataan daripada pemimpin seperti Datuk Ibrahim Ali supaya BN tidak menunaikan janjinya kepada masyarakat Cina di kawasan Hulu Selangor yang telah tidak menyokong BN dalam pilihan raya kecil ke-10 lalu, namun Najib tidak mengendahkan saranan pemimpin berkenaan. Wacana sedemikian sebenarnya jika dibawa ke Sarawak tentu akan membawa padah besar. Jika Najib akur kepada saranan pemimpin seperti Ibrahim, ia akan memberi gambaran negatif tentang gagasan 1Malaysia beliau.
Sebaliknya, Najib segera turun ke akar umbi berjumpa dengan penduduk Cina di Hulu Selangor, dengan membawa cek besar, RM3 juta, untuk membina sekolah yang dijanjikan. Sikap pemimpin yang jujur dan ikhlas seperti inilah yang dituntut oleh rakyat. Omong kosong tidak akan mendatangkan kesan. Namun, jangan pula sampai rakyat mempunyai persepsi bahawa pemimpin hanya kelihatan murah hati menjelang kempen, sedangkan waktu lain segala permintaan daan masalah yang dikemukakan oleh rakyat dan pengundi bagai mencurah air di daun keladi.
Di Sibu, Najib telah mengumumkan peruntukan RM35,000 masing-masingnya untuk sepuluh buah surau dan RM40,000 masing-masingnya untuk lapan buah sekolah agama Islam. Selain pengundi Cina, Najib perlu menambat hati pengundi Melayu dan Iban. Dalam kunjungan akan datang Najib dijangka akan mengunjungi kawasan Iban di Batang Igan di kawasan Bawang Assan. Sesungguhnya, dalam usaha untuk memperkenalkan produk, seperti teori pemasaran Kotler, produk berkenaan perlu disebarluaskan ke seluruh kawasan pengguna sehingga ke 110 buah rumah panjang di kawasan terbabit.
Pengundi Iban yang selama ini memang memihak kepada BN, sekali lagi tidak akan mengecewakan SUPP. Dijangka sekitar 75 peratus daripada pengundi Iban akan memihak kepada BN. Untuk pengundi Iban, sediakan sahaja kampit baja untuk lada, padi dan tanaman lain, serta atap, papan, dan peruntukan kewangan untuk membaiki rumah panjang mereka.
Katakan bahawa hanya BN yang dapat membawa pembangunan ke kawasan mereka, dan calon DAP hanya pandai berjanji dan tidak akan mampu berbuat apa-apa. Pengundi berkenaan akan dengan senang hati memberi undi kepada calon BN. Pengundi yang masih kuat dicengkam oleh politik penaungan dan politik keperluan asas ini pasti akan berdiri teguh di belakang Robert Lau Jr.
Tetapi, pengundi di kawasan berkenaan perlu dirayu supaya turun mengundi kerana peratusan yang turun mengundi di kawasan ini akan memberi kesan besar kepada siapa yang akan menang nanti.
Dalam pilihan raya Sibu nanti, adakah para pengundi akan bertindak seperti pengguna yang rasional ketika membuat keputusan membeli produk? Atau mereka lebih merupakan pengguna yang tidak rasional kerana banyak dipengaruhi oleh iklan dan promosi yang dilakukan melalui komunikasi politik dan strategi kempen?