Isnin, 3 Mei 2010

Mahkamah Perancis Boleh Keluar Waran Geledah, Malaysia Kena Patuh Artikel PBB

SHAH ALAM 3 MEI: Peguam dari Perancis yang menyiasat skandal pembelian kapal Selam scorpene di Malaysia, Joseph Brehan menegaskan  mahkamah Perancis boleh mengeluarkan waran geledah antarabangsa bagi meneliti pembayaran kerajaan Malaysia kepada Perimekar Sdn Bhd.

Beliau berkata, sekalipun kerajaan Malaysia menganggap pembayaran itu sebagai bayaran khidmat pentadbiran tetapi hakim mahkamah perancis boleh mengeluar waran bagi memperoleh maklumat lebih terperinci.

Malaysia pula, kata beliau, perlu menghormati waran geledah itu dan menyerahlkan maklumat yang diminta kerana ia termaktub dalam Artikel 45, Konvensyen Bangsa-Bangsa Bersatu 2003.

Joseph ke Malaysia buat kali kedua bagi menyiasat pembelian kapal selam Scorpene melibatkan sebuah syarikat berpangkalan di Perancis, DCN dan Perimekar, sebuah syarikat yang ada kaitan dengan isteri kepada Razak Baginda, bekas Setiausaha Politik Perdana Menteri.

Bercakap mengenai skandal kapal selam Scorpene ini, Joseph secara peribadi sangsi dengan akaun perimekar bagi tahun 2001 dan 2002 yang menunjukkan kerugian berjumlah RM75,000.

Beliau juga hairan kerana pejabat syarikat ini disewa dengan pemegang syer terbesar ialah sebuah syarikat lain milik isteri Razak Baginda.

Kata Jospeh lagi, ia adalah elemen kuat dalam kes ini, apatah lagi, jika mengambil kira pembunuhan  model Monggolia, Altantuya Shariibuu yang dilakukan dua anggota polis menggunakan  C4, sejenis bahan letupan ketenteraan.

Katanya, satu lagi isu yang perlu diambil kira ialah wujud kebangkalian tinggi betapa rasuah berlaku dalam kebanyakan kerajaan yang menjadi pelanggan DCN dan ia terbukti benar dalam kes melibatkan Pakistan dan Taiwan.

Merujuk kepada kes ini, Joseph berkata satu-satunya penyelesaian ialah mengikut aliran wang dan jika ia menunjukkan ke arah Malaysia, peguam perancis ini begitu yakin dapat memperoleh sesuatu jawapan yang pasti.

P212″Debate off..??”

The full article appeared in an internet portal.
The DAP recently banged on SUPP’s door, challenging the Sarawak-based party head-on for a one-on-one debate over Sibu’s future in the run-up to the constituency’s forthcoming by-election.
The latter, however, pulled out of the challenge on grounds that they are busy preparing for their campaign.
DAP Sarawak chief Wong Ho Leng today then accused their opponents of chickening out of the debate which was scheduled for 7.30pm this Thursday at the Sibu Friendship Association Hall.
azlan“Did SUPP chicken out because they don’t have the courage to debate?” he charged at a press conference in Sibu this afternoon.
“I want to appeal to all Sibu residents to tell SUPP not to chicken out, and take on DAP in this great debate on who can actually benefit the rakyat,” said the opposition party’s candidate for the by-election.
The Sibu Election Watch (SEW) NGO had organised the face-off between the contesting parties with the topic: ‘Who can lead to a better future?’
SEW coordinator Wong Meng Chuo said they actually secured SUPP’s consent on April 30 before they approached DAP for their participation, but are now in a bind as to how to proceed with their plans.
Each party was asked to send two speakers for the debate, with leeway given to SUPP to choose any party member they wished as representatives.
‘Too busy to debate’
SUPP had originally confirmed their central working committee member Daniel Ngien Kiong Ann, while DAP put up Wong and Bandar Kuching MP Chong Chieng Jen.
The Barisan Nasional component party’s late decision to back out has left SEW in a dilemma. “We haven’t decided whether to proceed with a question and answer session with the DAP or cancel the event. We will announce our decision tomorrow,” said the SEW coordinator.
azlanWhen contacted, Ngien acknowledged that he was supposed to attend the debate, but said they are tied down with their campaign preparations.
“We are very busy with our campaign. We hope the debate could be held after the by-election,” he said, echoing a similar response by the prime minister when challenged to a debate during the recent Hulu Selangor by-election.
The DAP candidate, meanwhile won’t be placated. “The DAP will go to the venue to wait for SUPP to come,” said Wong.
The May 16 Sibu by-election is expected to be a one-on-one battle between SUPP, representing the Barisan Nasional, and DAP under the Pakatan Rakyat flag.
The BN has named 45-year-old lawyer Robert Lau Hui Yew (right in above pix) as its candidate, while Wong Ho Leng (left) will contest for the DAP. The seat was vacated after SUPP’s Robert Lau Hoi Chew died after a long battle with cancer at the age of 66

Senator Kotak



Dia berhak jadi senator kerana penglibatan aktifnya dalam GERAK?? Itu adalah justifikasi yang diberikan oleh Ezam atas pelantikannya sebagai senator.

Apa yang Ezam gerakkan semasa dalam gerak?? Rasuah apa yang berjaya dia buktikan dan siapa dia yang telah didakwa kerana rasuah hasil inisiatif Ezam semasa dalam Gerak??

Opah Pidah?? Masih bebas dan boleh bermegah-megah opah kita tu. Rahim Thamby Chik?? Masih senang lenang mamat tu... bergerak sana sini. Mahadhir Mohamad..... yang dimaki dicerca dulu?? Masih bok-bek.... bok bek... orang tua tua.

Cer bagi tahu... siapa yang sangkut akibat rasuah gara-gara laporan yang dibuat oleh Ezam. Mana ler tahu kot-kot aku terlepas pandang ke?? Cer peringatkan aku...

Udah ler... Rasanya memang tepat persepsi orang yang dia sebenarnya mendapat balasan upah daripada kerja keras dia memburuk-burukkan Anwar dan PKR.

Fuuuhhh.... setelah sekian lama dia menyalak bagai nak rak.... takkan Najib tak kasi apa-apa kot??

And now, eeerrmmm.... yummy.. yummy... anjing sudah dapat tulang kerana kerja-kerja menyalak bagi pihak dot... dot... dot...

Kesian yang hat lain... lain tu. Tunggu punya tunggu... apa pun tarak. Jangan jealous..... Jangan geram sampai terberak dah!!

Kah... kah... kah... kah...

Tu la.... kenapa tak ikut macam Ezam?? Masuk GERAK dan melalak.... Tak kira ler melalak dari dalam kotak ke... Aha, baru boleh dapat jadi senator!!

Kah... kah.... kah.... kah...

Bukti Hanya UMNO sahaja layak memerintah!



Lanjutan cerita fasal dua telaga minyak yang terlepas kepada Brunei Darussalam. Saya petik:

Formula ‘menang-menang’

SIBU 2 Mei – Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, perjanjian persempadanan dengan Brunei pada Mac 2009 mengenai persempadanan semula darat dan laut merupakan satu pakej formula penyelesaian yang saling menguntungkan kedua-dua negara.

Bagaimanapun Perdana Menteri berkata, rundingan berkenaan masih belum selesai sepenuhnya tetapi kedua-dua negara sebulat suara untuk mencapai penyelesaian yang bersifat ‘menang-menang.’

‘‘Rundingan ini juga membawa kepada penyelesaian persempadanan dengan Brunei. Ada banyak dimensi dan persefahaman secara bertulis yang telah dicapai di antara kedua-dua negara,” katanya.

Najib berkata demikian pada sidang akhbar di Majlis Ramah Mesra Bersama Perdana Menteri dan Penyampaian Pingat Jasa Malaysia (PJM) kepada 32 veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) Sarawak di Kem Rascom, Briged Kesembilan Infantri di Jalan Ulu Oya dekat sini hari ini.


Sebelum ini, Malaysia kehilangan Pulau Batu Putih kepada Singapura sebagai akibat kegagalan pasukan peguam negara membuktikan bahawa pulau itu hak Malaysia. Selepas tewas dalam perebutan itu, media Malaysia menguar-uarkan bahawa situasi kehilangan pulau itu sebagai situasi "menang-menang". Bagaimana kita menerima "kekalahan" itu sebagai "menang-menang" sedangkan negara kita hanya mendapat beberapa ketul batu karang besar sedangkan Singapura memperoleh sebuah pulau yang besar dan sempadan negara yang lebih luas? Walhal Singapura juga merupakan jajahan Malaysia suatu ketika dahulu.

Hari ini Najib sebagai PM menguar-uarkan istilah yang sama berkaitan dengan dua buah telaga minyak di Sarawak. "Menang-menang". Saya kurang arif fasal kes ini. Mungkin tulisan Dewa yang saya salin dan tampal dari Tranung memadai untuk menjustifikasikan situasi 'menang-menang" pemimpin UMCO:

1. Serah RM 320 ribu juta tak merugikan Malaysia!


Begitulah hujah Pak Lah kerana beliau mendakwa kononnya wujud persetujuan bahawa Malaysia akan diberi kebenaran oleh Brunei untuk turut sama membangunkan kawasan tersebut. Inilah antara hujah paling bodoh yang dibawa oleh UMNO.

TAK SAMA memiliki dengan sekadar tolong menguruskan! Contohnya, ada kebun 100 ekar. Kita setuju kebun tu milik aku tetapi kau boleh tolong uruskan. Kedudukan kau hanyalah setakat pengurus bodoh sahaja, aku yang menjadi pemiliknya. Sampai begitu tak cerdiknya UMNO.

Itulah antara sebab pengundi Cina menolak rasuah UMNO pada pilihanraya kecil Hulu Selangor yang lalu. Pengundi Cina yang reti mengira sedar bahawa khazanah negara yang dikaut UMNO jauh lebih banyak dari sedekah dan ehsan yang ditaburkan oleh UMNO-Apco.

2. Kita kena hormati jiran.

Begitulah Malaysia. Rakyat Kelantan dan Terengganu dinafikan hak mendapat royalti minyak dan dilayan bagaikan pengemis apabila menuntut hak ke atas minyak di kawasan sendiri.

Tiba-tiba, Malaysia dengan mudah menyerahkan telaga minyak bernilai RM 320 billion kepada Brunei. Sebelum ini, Malaysia sudah melepaskan Batu Putih kepada Singapura dalam apa yang disifatkan oleh Rais Yatim sebagai 'win-win situation'.

Nampaknya, benarlah pepatah 'anak monyet dihutan disusukan, anak sendiri dibiar mati kelaparan!'

3. Malaysia negara UMNO

Selaku sebuah negara yang diperintah oleh UMNO tindakan UMNO menyerahkan 2 telaga minyak bernilai RM 320 billion ini mengsahkan kehebatan UMNO selaku parti pemerintah yang mampu berbuat apa sahaja yang diingininya. Ahli UMNO seumpama Pak KAdok yang 'menang sorak kampung tergadai'.

RM 320 billion tu banyak mana sebenarnya?

Duit PTPTN yang budak-budak graduan berhempas pulas kena bayar balik tuh (RM30,000 seorang) boleh dihalalkan kesemuanya.

Tol di jalanraya boleh dimansuhkan sepenuhnya.

Cukai pintu, dan pelbagai jenis cukai boleh dimansuhkan juga.

Puluhan malah ratusan rumah anak yatim boleh dibina.

Peluang pekerjaan boleh dibuat untuk ratusan ribu rakyat Malaysia.

Buku teks percuma dan pendidikan percuma sehingga tahap universiti boleh dibuat.

Kesemua ini tidak berlaku kerana UMNO BODOH MENGURUSKAN NEGARA....


Anda simpulkanlah, situasi "menang-menang" atau "menang-kalah + bodoh"!

sumber - Duniacacamarba

Rakan Aminulrasyid pertikai versi polis - video



SHAH ALAM, 3 Mei — Aminulrasyid Amzah tidak pernah merempuh kereta peronda tetapi mereka ditembak dari belakang oleh anggota polis pada hari kejadian minggu lalu, kata rakannya Azamuddin Omar (gambar, kiri) yang menemaninya pada hari kejadian.
Bercakap kepada pemberita di sini petang ini, Azamuddin berkata Aminulrasyid cuba melepasi beberapa motosikal yang mengejarnya selepas keretanya tergesel sebuah kereta lain di Seksyen 7 sebelum itu.
Selepas rakannya ditembak, menurut Azamuddin, dia ditendang dan ditumbuk berkali-kali oleh beberapa anggota polis selepas keluar dari kereta dipandu Aminulrasyid.
“Mereka tembak dia di kepala (dari belakang) dan dia rebah di riba saya. Tetapi kakinya kekal pada pedal minyak dan kereta pula terus bergerak,” katanya.
Kata Azamuddin, polis terus-menerus menembak kereta sehingga ia terlanggar tembok sebuah rumah di Seksyen 11.
Pelajar Tingkatan 3 Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seksyen 11 itu berkata, sebelum insiden tersebut dia dan Aminulrasyid hendak berjumpa dengan seorang rakan di Seksyen 7 di sini kerana tayar motosikalnya pancit.
“Dalam perjalanan ke sana, kereta yang dipandu Amunulrasyid tergesel dengan sebuah kereta lain menyebabkannya menjadi panik lalu melarikan diri.
“Namun begitu ketika hendak keluar dari restoran Ali Corner, kami dikejar oleh beberapa motosikal kemungkinan besar rakan kepada pemandu kereta tadi.
“Ketika hendak melepasi Bulatan Kayangan Seksyen 12, salah seorang penunggang tersebut ingin memintas kami tetap terlanggar bahagian belakang kereta menyebabkannya terjatuh,” katanya ketika sidang media di pekarangan rumah Allahyarham Aminulrasyid.
“Aminulrasyid bertambah panik dan memandu dengan laju lalu memotong kereta peronda polis menyebabkan kenderaan itu terus mengejar kami.
“Kami dikejar sehingga ke Stesen Minyak Caltex Seksyen 11 dan sebaik sahaja memasuki simpang Jalan Tarian, saya terdengar bunyi tembakan bertubi-tubi mengenai tayar belakang.
“Walaupun dipandu terhoyong-hayang tetapi Amirulrasyid masih dapat mengawal pemanduan sebelum tembakan terakhir meragut nyawanya lalu terbabas melanggar tembok rumah dan berhenti,” katanya.
Azamuddin dikatakan telah membuat laporan polis kira-kira 9.40 malam hari kejadian.
Sementara itu, Pengerusi Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG), Monalisa Mokthar berkata, Azamuddin masih lagi dalam keadaan trauma dan kini masih menerima rawatan ekoran kejadian tersebut.
“Azamuddin masih lagi trauma dan walaupun dia pergi ke sekolah seperti biasa tetapi rawatan tetap diberikan memandangkan tahun ini dia akan menghadapi Peperiksaan Menengah Rendah (PMR).
“Mungkin dia perlu masa lama untuk sembuh kerana saya pasti kejadian yang pasti akan dia ingat selama-lamanya,” katanya.
Turut hadir pada sidang media itu, peguam N. Surendran dan juga ahli keluarga Allahyarham Aminulrasyid.


Noh Omar minta Nik Aziz ‘jangan bawa perangai Kelantan’...Tapi Noh Omar juga jangan bawa perangai APCO...!!!


KUALA LUMPUR, 3 Mei — Timbalan Pengerusi Umno Selangor Datuk Seri Noh Omar menyifatkan Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat (gambar) sebagai “bodoh” sambil mencabar beliau agar menggunakan masjid-masjid di Kelantan untuk tujuan berpolitik.
“Ada tak panduan yang diberikan oleh kerajaan negeri mengenainya. Kalau ada, tak payahlah ada undang-undang.
“Nak berkempen, nak baca khutbah, tak kisahlah sebab tiada halangan.
“Dia Menteri Besar, buatlah undang-undangnya sendiri dengan sesuka hati,” kata beliau selepas merasmikan Perhimpunan Bulanan Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani di Kelab Golf Perkhidmatan Awan hari ini.
Malahan, beliau mendakwa sesiapa yang mempertikaikan isu ini seperti Nik Aziz merupakan perbuatan tidak menghormati Sultan Selangor.
“Jangan nak bawa perangai atau stail orang Kelantan datang ke Selangor.
“Kita ada undang-undang sendiri, ada Sultan sendiri... jadi perbuatan PAS seperti tidak menghormati Sultan,” kata beliau sambil menambah, sebagai orang Melayu tidak menghormati Sultan Selangor.
Noh berkata tindakan Nik Aziz adalah tidak menghormati undang-undang negeri lain.
“Dia tolak politik sebagai ‘bodoh’, dia dua kali ganda lebih bodoh sebab dia Menteri Besar. Andai kata Sultan Kelantan mengeluarkan peraturan sedemikian, adakah dia (Nik Aziz) akan patuh atau tidak?
“Kalau tak suka, pergi ke negeri yang rasa masjid boleh jadi tempat politik, dipersilakan. Usah datang ke Selangor. Jangan nak hina undang-undang orang Selangor,” kata beliau.
Khamis lalu, Sultan Selangor Sultan Sharafuddin menjelaskan baginda melarang masjid digunakan sebagai pentas politik demi menjaga kesucian dan kehormanian tempat beribadat.
Nik Aziz dilaporkan berkata beliau menganggapnya sebagai karut dan peninggalan penjajah.
Noh yang juga Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) berkata, sekiranya Nik Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan hendak datang nak berceramah dalam masjid, datanglah berceramah.
“Orang Islam di Selangor faham agama. Kalau Nik Aziz tidak datang ceramah di Selangor, pegangan Islam orang Selangor tak kurang hebat juga darinya.
“Kita juga ada ulama-ulama kita sendiri.
“Janganlah ingat Nik Aziz saja yang beragama hebat sebab janggutnya lebih panjang dari ulama Selangor.
“Kalau nak politik, politiklah, jangan nak menghina undang-undang orang,” katanya.

Ibrahim: Tok Guru has insulted me


By Stephanie Sta Maria
KUALA LUMPUR: Perkasa president Ibrahim Ali said that Tok Guru Nik Aziz has insulted him by going against the Sultan of Selangor's decree that mosques should not be used as a political platform.
“As a Kelantanese, I'm insulted and ashamed by Nik Aziz's statement,” Ibrahim told FMT. “Although he's the Kelantan Menteri Besar, his opinion isn't reflective of Kelantanese as a whole and I want people to know that.”
“The Sultan's order is based on the constitution. Religious affairs are the responsibility of the Sultan and we must respect that.”
The issue of using mosques as a political arena flared up during the recent Hulu Selangor by-election, when Sultan Sharafuddin Idris Shah forbade such practice in order to retain the purity of the place.
Nik Aziz later defended the right to hold political talks in mosques, reasoning that Friday sermons cannot be restricted to religion alone as politics is also a part of Islam.
'I refuse to apologise'
The PAS spiritual leader even went as far as to call those who believed otherwise as “bodoh”.
Following this, Ibrahim issued an apology on behalf of all Kelantanese to Sultan Sharafuddin for Nik Aziz's “lack of respect”.
This prompted PAS deputy commissioner Mohd Amar Nik Abdullah to demand that the Pasir Mas MP apologise to all royalty in the country for his (Ibrahim's) own lack of respect towards them.
“Ibrahim himself insulted the royalty during a parliamentary speech during Dr Mahathir's (Mohamad) campaign to amend the constitution,” he said. “That record is still in Parliament. Has he forgotten about it?”
But Ibrahim has rubbished this call, saying that he doesn't see any basis for such an apology.
“That has nothing to do with what I am saying now,” he stated. “So I refuse to apologise to anyone for what I have said. It is my personal opinion and I will stand by it.”
Ibrahim also brushed off PAS' snub of Perkasa's Malay supremacy as “a political game”. PAS had recently denounced the right-wing group as an extremist tool of Umno and rejected its concept of “Ketuanan Melayu”.
“They can and will say all kinds of things,” he said. “I don't really care because it doesn't affect me in the least.”

Zahid nafi tuduhan Malaysia beri bantuan persenjataan kepada pejuang Palestin...kalau betul apa salahnya...!!! membela negara islam..!!!

KUALA LUMPUR, 3 Mei — Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini menafikan tuduhan bahawa Malaysia memberi bantuan persenjataan kepada pejuang Palestin bagi meredakan kemarahan mereka terhadap pertemuannya dengan Menteri Pertahanan Israel, Ehud Barak.
Beliau berkata kerajaan tidak pernah menjanjikan apa-apa bantuan persenjataan kepada Palestin.
“Kerajaan Malaysia adalah amat komited berhubung dengan status Negara Palestin yang bebas dan berdaulat tanpa penindasan pihak Israel. Kerajaan sering menyuarakan bahawa pihak tentera Israel perlu menghentikan segala bentuk penindasan yang dilakukan.
“Kerajaan dan rakyat Malaysia tidak boleh menerima dan melihat keganasan yang dilakukan oleh tentera Israel ke atas rakyat Palestin. Kerajaan sentiasa menyokong untuk kewujudan negara Palestin yang aman dan berdaulat,” katanya menjawab soalan Senator Dr Syed Husin Ali pada sesi penggulungan perbahasan usul menjunjung kasih titah ucapan Yang di-Pertuan Agong, bagi kementeriannya pada persidangan Dewan Negara.
Ahmad Zahid menegaskan bahawa perjumpaan beliau dengan Ehud Barak adalah perjumpaan yang tidak dirancang dan berjumpa ketika Pameran Ruang Angkasa dan Penerbangan Antarabangsa ke-48 di Paris, 16 Jun tahun lepas.
“Kehadiran di pameran tersebut melibatkan semua menteri pertahanan serta wakil negara-negara luar yang menyertai pameran. Selain saya, perjumpaan dengan Ehud Barak turut disaksikan Ketua Setiausaha Kementerian, Panglima Tentera Udara dan Penasihat Pertahanan Malaysia di Paris,” katanya.
Beliau berkata ketika majlis resepsi di hadapan perkarangan Kementerian Pertahanan Perancis, beliau telah dimaklumkan bahawa Ehud Barak ingin bertemunya dan kemudian mengambil pendirian dengan menetapkan syarat kepada Ehud Barak jika ingin berjumpa dengannya.
“Saya tidak naik ke atas, jika dia (Ehud Barak) mahu jumpa dengan saya sila turun ke bawah dan saya tidak mahu pengawal turut ikut dan mengiringi Ehud Barak turun ke bawah serta saya tidak mahu ada kamera dan wartawan yang mengikut beliau serta tempoh pertemuaan adalah 20 minit,” katanya.
Ahmad Zahid berkata ketika pertemuan itu berlangsung, beliau telah membidas Ehud Barak yang merupakan orang Yahudi berketurunan Mahgribi yang mengatakan kepadanya dalam bahasa Arab:”wahai saudara, kita adalah the son of Adam”.
“Saya terus beritahu dia, yes, we are the son of Adam tetapi you buat double standard, tangan kanan you menghulurkan untuk pendamaian, tetapi tangan kiri yang membunuh the brothers and sisters di Palestin.
“Kedua saya katakan, kalau you mahu jumpa saya untuk menghulurkan salam, saya sebagai Menteri Pertahanan Malaysia, orang Islam dan negara-negara Islam tidak mengiktiraf Israel. Ketiga, saya beritahu dengan beliau bagaimana tentera-tentera perisikan Mossad telah banyak melakukan pencerobohan terhadap negara-negara Islam dan melakukan perisikan yang akhirnya merosakkan negara-negara Islam. Ini negara Islam tidak boleh terima,” katanya.
Keempat yang saya sebutkan dengan Ehud Barak semasa beliau menjadi Perdana Menteri iaitu peristiwa Shatila, peristiwa pembunuhan di tempat-tempat lain telah dilakukan oleh beliau dan kini beliau berjumpa kononnya mahu berdamai, katanya.
Ahmad Zahid berkata sebagai kesimpulan Ehud Barak telah bersikap berat sebalah dan orang Islam tidak boleh menerima dan melihat keganasan yang dilakukan tentera Israel ke atas rakyat Palestin.
“Walaupun kita adalah anak keturunan Adam, pendirian Ehud Barak tidak boleh diterima oleh mana-mana individu, organisasi dan masyarakat dunia yang melihat kezaliman yang dilakukan Israel terutamanya dalam keadaan sekarang apabila Baitulmuqaddis mahu diranapkan dan mahu dirampas oleh Israel.
“Saya nyatakan pendirian Malaysia bahawa komitmen kerajaan Malaysia berhubung dengan negara Palestin yang bebas dan berdaulat tanpa penindasan pihak Israel,” katanya. — Bernama

Now you’re talking

And that is why we need to abolish the Official Secrets Act and replace it with the Freedom of Information Act -- so that corruption will no longer be protected with the RAHSIA stamp.


Raja Petra Kamarudin


Today I want to refer to the two news items below.
This is what I have been trying to say all this while. We need a higher minimum wage and we need a Freedom of Information Act.
Currently, the government conveniently stamps so-called ‘sensitive’ documents with RAHSIA. This means if you are in possession of such documents you will be arrested and will be sent to jail.
Okay, I can understand keeping these documents in question a secret if it involves matters of defence or national security. But when they concern what the army is paying to buy fish, chicken and Maggi Mee, there is nothing life threatening in revealing this information.
Most times, however, the government wants this information kept confidential because the army is paying many times more the cost for these food items compared to what you can buy the same on the open market.
In other words, this information is kept confidential because the government wants to hide the fact that there is corruption involved in the purchase of army rations and that the taxpayers are being screwed for tons of money.
That is why non-sensitive information that does not threaten our defence or national security is kept from public eyes with the RAHSIA stamp on the documents and anyone found in possession of these documents will be sent to jail. And that is why we need to abolish the Official Secrets Act and replace it with the Freedom of Information Act -- so that corruption will no longer be protected with the RAHSIA stamp.
The next item is the minimum wage for all workers. In 1999, we asked the government to set the minimum wage at RM1,300-RM1,500 per month. Now, we are asking that this minimum wage be around RM1,800-RM2,000.
Hindraf/Human Rights Party (HRP) yesterday asked for this minimum wage to be RM1,300, the figure we quoted 11 years ago. Anyway, RM1,300, RM1,500, RM1,800 or whatever is not the issue. The issue is we must have a minimum wage and it should not be a mere few hundred Ringgit.
I would say Hindraf/HRP and I are of the same mind on this issue. What we may slightly disagree upon would be their statement:…...we call upon the UMNO led One Malaysian government to pass legislation to set a minimum wage of RM 1,300.00 per month for all workers in particular the Indian workers………
Why do we need to stress ‘in particular the Indian workers’? The statement could have ended at ‘a minimum wage of RM 1,300.00 per month for all workers’. As long as you are a worker -- never mind Indian, Chinese, Malay, Javanese, Bajau, Iban, Penan, Dayak, Melanau, Orang Asli, etc. -- then they should be given a minimum wage and this minimum wage should be RM1,300 per month.
No, I do not wish to make an issue out of this. I am not whacking Hindraf/HRP and saying that they are chauvinist. What I want to stress here is that these little things like not stopping at ‘a minimum wage of RM 1,300.00 per month for all workers’ and adding ‘in particular the Indian workers’ dilutes the struggle.
It is a good appeal. I too have been saying the same thing for more than ten years, long before Hindraf or HRP were born. But I want this for all Malaysians. I do not say ‘Malays in particular’ -- or anyone in particular for that matter.
Actually, I understand what Hindraf/HRP are struggling for. And I support their struggle wholeheartedly. But can we make this a struggle for all Malaysians and not for just one particular race?
That is what I have been trying to get across to our Indian comrades. Poverty does not recognise race. Therefore, the fight to eradicate poverty should not be about race.
*************************************************
Minimum wage of RM 1,300.00 per month in all sectors and for all including the Indians
Yesterday marked Labour Day in recognition of the sacrifices and contribution of especially the Indian labour in Malaysia who in those days literally worked with their bare hands to build the Railways, roads, bridges, work in interior rubber estates etc. Indian labour has been and is crucial in what Malaysia has become today, the wealthy prosperous country with the world’s tallest twin towers. This is the reason why UMNO in most of Malaysia’s 53 year history has made an Indian the labour minister to perform the Indian Mandore duties to UMNO . The present day labour minister is Dr.Subramaniam. Similarly in all of the state Exco positions in Kedah, Penang, Perak, Selangor, Johor and N.Sembilan.

The labour portfolio is and has always been held by an Indian including by the present day PKR, DAP and PAS state governments in Kedah, Penang Selangor and earlier in Perak (as if they do not qualify to hold other senior Exco positions).

We helped build this city. And we helped build Malaysia.

But today after 53 years of independence, especially the Indians are yet to be given a minimum wage.

In point 16 of our 18-point demands to Prime Minister Badawi dated 12/7/2007 we had demanded a basic monthly salary of RM 1,000.00 per month.

With a RM 100.00 monthly increment per year we today after 3 years demand in 2010 RM 1,300.00 per month.

But the Labour Minister is indicating (being selective) proposing setting a minimum wage for targeted sectors under the New Economic Model (NEM) electronics, textiles, gloves and furniture industries (NST 2/5/2010 at page 8)

Why? Because the overwhelming majority of the beneficiaries thereto would be the Malay Muslims?

And this Indian mandore Labour Minister under UMNOs’ directions seems to be permanently ‘studying‘ the minimum wage proposal even after 53 years of independence (The Star 2/5/2010 at page N5).

We have recorded plantation workers in Cameron Highlands earning RM 13.00 per day (approximately RM 260.00 per month) living in near slave like living conditions. Even lower than the RM18.00 per day earned by the Bangladeshi workers.

Indian dish washers (as per our February video) earn as low as RM 350.00 per month.

After about a 50 year struggle the plantation workers salary has been set at RM 350.00 per month in 2006 or so.This “insulting”monthly salary is modern day slavery.

On this Labour Day 2010 we call upon the UMNO led One Malaysian government to pass legislation to set a minimum wage of RM 1,300.00 per month for all workers in particular the Indian workers with effect from 1/5/2010. And with all arrears of wages to be paid backdated and from this date onwards.

P.Uthayakumar
HINDRAF/HRP
*************************************************
Selangor to move motion on Freedom of Information Act
(Free Malaysia Today) -- In support of press freedom, the Selangor government will re-categorise several state documents which are now under the Official Secrets Act (OSA).
In conjunction with the world press freedom day today, Menteri Besar Khalid Ibrahim said the process of reclassification of certain documents had already begun as provided for under the “authority of the Menteri Besar”.
This will enable the rakyat to access actual information on issues handled by the state government.
“The state government will move a motion for the Freedom of Information Act in support of media freedom.
“Up till now some documents classified under the OSA have been re-categorised using the powers allocated to the Menteri Besar to ensure the rakyat have access to actual information on several issues handled by the Selangor government,” he said in a statement.
May 3, is celebrated worldwide as international press freedom day.
International organisation, Reporters Without Borders, has in their recent report noted that press freedom in Malaysia had deteriorated to 39.50 as compared to 44.25 previously. (0.00 points is ranked the best and 100 worst). Malaysia is two points ahead of Zimbabwe and Nigeria.
“Here in Malaysia, we are aware of the extreme grip that the federal government has on the media.. the latest case being NTV7 producer Joshua Chong who was forced to resign.
“We also know that there are some media who are being pressured and journalists who have been detained without trial.
‘Worse still are documents relating to corruption which have been stamped Official Secrets and as such cannot be processed, “ he said.
Khalid added that such practices can only be changed through political will which the state government under the Pakatan rule will ensure.
“The Selangor government believes that a free media will be able to aid the government to improve and support its move towards a fair, transparent and responsible administration and management of the state,” Khalid said.
 

Pakar forensik Amidon tawar bantuan

Pakar forensik Amidon Anan - yang pernah terlibat dalam kes berprofil tinggi seperti pembunuhan Canny Ong dan Altantuya Shaariibuu - menawarkan khidmatnya bagi membantu keluarga pelajar 14 tahun - Aminulrasyid Amzah yang mati ditembak polis, Isnin lalu.

Menurut bapa saudara dan jurucakap keluarga mangsa, Kamarudin Hasan, bekas polis berpangkat superitenden itu adalah satu-satunya pakar yang menawarkan khidmatnya di samping barisan peguam dari NGO dan parti politik.

Bercakap kepada pemberita selepas 20 minit berbincang dengan Amidon (kiri) di rumah keluarga Aminulrasyid, Kamarudin berkata pihaknya sedang menimbang tawaran pakar forensik itu.

"Kami sudah sampai ke tahap persefahaman dengan Amidon, tetapi kami mempunyai keluarga yang besar dan kami mahu mendapatkan nasihat daripada mereka terlebih dahulu sebelum membuat sebarang keputusan," katanya.

Amidon yang juga bekas ketua jabatan forensik unit Penyiasatan Jenayah Tempat Kejadian turut dilaporkan pernah terlibat dalam penyiasatan insiden bangunan Highlands Towers yang runtuh pada 1993.

Kamaruddin menambah sekiranya keluarga Aminulrasyid menerima tawaran Amidon, ia akan membolehkan mereka membuat perbandingan laporan kejadian itu dengan versi polis.

"Kami mahu pandangan kedua," katanya.

Kes Tembakan Aminulrasyid Amzah: Memorandum Pemuda PR kepada SUHAKAM

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2.  Memorandum ini adalah merupakan keputusan dan persefahaman bersama di antara Angkatan Muda Keadilan Malaysia (AMK), Dewan Pemuda Pas Pusat (DPPP) dan juga Pemuda Sosialis DAP (DAPSY) di bawah naungan Pemuda Pakatan Rakyat (Pemuda Pakatan) serta beberapa pertubuhan bukan kerajaan.
3.  Pemuda Pakatan memandang serius akan insiden yang menimpa Allahyarham adik Aminulrasyid Amzah (gambar kiri), seorang remaja berusia 15 tahun yang maut ditembak di bahagian kepala pada 26 April 2010 yang lepas.  Pihak polis dalam kenyataan awal mendakwa Aminul Rasyid terlibat dalam kes samun dan jenayah sehingga menyebabkan polis terpaksa melepaskan tembakan untuk mempertahankan diri.  Polis juga mendakwa menjumpai sebilah parang dalam kenderaan tersebut.
4.  Berlaku percanggahan fakta hasil beberapa laporan media sebelum ini, di mana mengikut seorang saksi utama kejadian, apa yang berlaku ialah saksi mendakwa dia dan mangsa, telah memotong kenderaan polis dengan laju, yang mana kemudiannya mereka dikejar sebuah kenderaan MPV polis dan ditembak, mengakibatkan kereta mereka terbabas.
5.  Saksi mendedahkan tembakan telah mengenai kepala mangsa sehingga mangsa terkulai layu, membuatkan saksi mendakwa keluar dari kereta untuk menyerah diri dan mendakwa salah seorang anggota polis menendangnya dari belakang.  Saksi juga, dalam aduan tersebut, mendakwa anggota polis yang lain turut memukul dan memijaknya beramai-ramai.

6.  Kes ini nyata memberikan impak negatif kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) di bawah kepimpinan Musa Hassan selaku Ketua Polis Negara, rentetan beberapa kes tembakan seumpama ini dicatitkan berlaku beberapa tahun kebelakangan ini.  Antara kes yang melibatkan tembakan polis ialah, Suwandi Ab Ghani dan Muhammad Azman Aziz (tembakan di program Bersih, Batu Buruk), Tawfiq Noorzan (tembakan di Perlis).

7.  Lebih menjelekkan, apabila Musa Hassan (gambar kiri) dalam respon beliau kepada media mengenai insiden tembakan ke atas Allahyarham Aminul Rasyid Amzah beberapa hari lepas memberikan kenyataan berikut;

"Jika anda tidak mahu polis menguatkuasakan undang-undang, cakap saja. Saya boleh arahkan anggota-anggota saya supaya jangan buat apa-apa termasuk memeriksa kenderaan atau menangkap Mat Rempit yang memandu tanpa lesen."

8.  Kenyataan seumpama ini adalah jelas satu kenyataan yang tidak bertanggungjawab, malah lebih malang ianya keluar daripada mulut seorang Ketua Polis Negara yang sepatutnya mengutamakan kesejahteraan dan keselamatan rakyat.

9. Pemuda Pakatan meragui beberapa perkara yang berlaku di sebalik insiden ini, yang mana seharusnya menjadi asas kepada SUHAKAM untuk meneliti kes ini secara menyeluruh;

 (a) apakah tembakan boleh dilepaskan sewenangnya oleh pihak polis, hanya dengan alasan "mempertahankan diri", sedangkan dalam beberapa perakuan saksi utama menunjukkan bahawa tidak ada sebarang tindak balas diambil oleh mangsa melainkan cuma melarikan diri berikutan panik?

 (b) apakah Arahan-arahan Tetap Ketua Polis Negara memberikan justifikasi yang longgar kepada mana-mana anggota polis samada beruniform ataupun preman untuk melepaskan tembakan sewenangnya tanpa sebarang amaran diberikan terlebih dahulu?

10.  Pemuda Pakatan menyifatkan bahawa tindakan Kementerian Dalam Negeri untuk menubuhkan panel khas siasatan adalah sesuatu yang tidak memadai, memandangkan wujud "clash of interest" yang ketara dalam keadaan PDRM adalah merupakan sebuah agensi di bawah KDN.  Lagipun, panel khas tersebut tidak mempunyai sebarang kuasa, hanya bertindak sebagai pemantau dan hanya melaporkan balik kepada KDN, bukan kepada rakyat secara terbuka.

11.  Pemuda Pakatan mendokong sepenuhnya saranan Institut Perhubungan Awam Malaysia (IPRM) melalui Presidennya yang juga mantan Pesuruhjaya SUHAKAM, Prof. Mohd. Hamdan Adnan, di mana beliau menyarankan SUHAKAM sebagai badan yang bebas harus menyiasat kes itu sebagai pihak ketiga kerana ia tidak mempunyai sebarang kepentingan dalam isu itu bagi memastikan siasatan yang dijalankan telus.
*Memorandum daripada Pemuda Pakatan Rakyat kepada SUHAKAM, pada 3 Mei 2010.

Memorandum menuntut kebebasan media: Hentikan campur tangan politik dan Self-Censorship

Kebebasan Akhbar: 30% terendah di dunia
Malaysia bukan sahaja terjerat dalam ekonomi pendapatan sederhana, kini juga berada di bawah paras 30% negara yang terendah di dunia dari segi kebebasan akhbarnya.
Menurut laporan Freedom House yang diumumkan setiap tahun menjelang Hari Kebebasan Akhbar Sedunia, kedudukan Malaysia dalam ranking kebebasan akhbar amat mengejutkan;-
Tahun 2003: Kedudukan ke-71 daripada 100 negara
Tahun 2004: Kedudukan ke-154 daripada 193 negara
Tahun 2005: Kedudukan ke-152 daripada 194 negara
Tahun 2006: Kedudukan ke-141 daripada 194 negara
Tahun 2008: Kedudukan ke-150 daripada 195 negara
Tahun 2009: Kedudukan ke-143 daripada 195 negara
Tahun 2010: Kedudukan ke-141 daripada 196 negara
Antara negara ASEAN, kita jauh di belakang Timor Timur, Filipina, Indonesia, Thailand, malah Kemboja.  Kesemua negara ini lebih miskin daripada Malaysia.
8 pencabulan kebebasan akhbar dalam 12 bulan lalu
Kami, individu dan pertubuhan sivil yang berikut, menggesa agar pimpinan Perdana Menteri Najib Razak terutamanya, dan pengamal media menjawab lapan insiden pencabulan kebebasan media yang penting sejak Hari Kebebasan Akhbar tahun lalu.  Pencabulan ini berlaku kerana campur tangan negara, atau institusi bukan negara, dan self-censorship (tapis-diri) oleh institusi media.
Pertama: Pembatalan rancangan dokumentari Empangan Bakun oleh TV2
Pada 28 April 2010, Ketua Pengarah Penyiaran RTM, Ibrahim Yahya memberi arahan terus kepada rancangan Galeri Mandarin Nasional, TV2 untuk menarik dan membatalkan penyiaran siri dokumentari Empangan Bakun, selepas dua episod disiarkan.  Dokumentari ini mendedahkan keadaan hidup lebih 10 ribu orang asli yang berpindah dari Belaga ke Sungai Asap dan Sungai Koyan, untuk memberi laluan kepada pembinaan Empangan Bakun pada tahun 1998. Satu lagi campur tangan BN dalam kebebasan media TV, penerbit TV2
Penerbit rancangan, Chou Z Lam mendakwa pihak atasannya memberi alasan bahawa "unsur sensitif" dalam dokumentari bakal mendatangkan kesan yang tidak baik untuk PRK Sibu yang akan berlangsung pada 16 Mei, dan pilihan raya negeri Sarawak.
Kedua: Campur tangan dan penapisan (Censorship) di ntv7
Pada 20 April 2010, Joshua Wong Ngee Chong yang pernah memenangi anugerah,  juga penerbit Editor's Time meletak jawatan sebagai protes kerana pihak atasan syarikatnya tunduk kepada aduan daripada isteri Perdana Menteri, Rosmah Mansor.  Kononnya Rosmah Mansor telah memanjangkan (forward) satu sms berbau rasis kepada pihak atasan ntv7, melontarkan tuduhan terhadap rancangan forum yang menyaksikan perdebatan antara ahli politik Barisan Nasional, Pakatan Rakyat dan penganalisa politik bebas.
Berikutan aduan tersebut, ntv7 mengambil keputusan untuk tidak membincangkan isu PRK Hulu Selangor yang berlangsung pada 25 April dalam rancangannya, dan mengelakkan isu politik secara umumnya pada ketika itu.  Pemimpin pembangkang juga dilarang untuk hadir ke rancangan sebagai ahli panel.  Bagaimanapun, pihak atasan ntv7 tidak menafikan tuduhan Joshua Wong.
Tuduhan campur tangan daripada Rosmah Mansor juga dilenyapkan dari kesemua media arus perdana.  Pada hakikatnya, daripada media arus perdana, hanya Nanyang Siang Pau dan Oriental Daily yang melaporkan perletakan jawatan Joshua Wong.
Ketiga: "Laporan kurang tepat" China Press
Pada 13 Mac 2010, Kementerian Dalam Negeri telah mengeluarkan surat tunjuk sebab kepada China Press, satu akhbar bahasa Cina, kerana "kesilapan" dalam laporannya berhubung perletakkan jawatan Ketua Polis Negara, Musa Hassan pada 25 Mac.
Di bawah Seksyen 8A, Akta Mesin Cetak dan Penerbitan tahun 1984, perbuatan menyiarkan berita yang tidak benar dengan niat jahat akan mengakibatkan mereka yang bersabit dijatuhkan hukuman penjara tidak melebihi 3 tahun atau denda tidak melebihi RM 20,000 atau kedua-duanya sekali.
Menteri Dalam Negeri, Hishammuddin Hussein yang mana bidang kuasanya mencakupi polis dan akhbar, mengesahkan penamatan perkhidmatan Musa Hassan pada akhir September tahun ini.  Pada 19 Mac 2010, China Press meminta maaf lantaran kesilapannya dalam laporan, dan menggantung Teoh Yong Khoon dari jawatan Ketua Pengarangnya selama dua minggu.
Keeempat: Melenyapkan kritikan hukum sebat terhadap wanita
Pada 24 Februari 2010, lantaran daripada laporan polis oleh beberapa badan bukan kerajaan, The Star, akhbar bahasa Inggeris meminta maaf secara terbuka kerana menyiarkan artikel "Persuasion, not compulsion" (Pujuk, bukan paksa) yang ditulis oleh Pengarangnya, P.Gunasegaran pada 19 Februari.  Artikel ini mengkritik hukuman sebat terhadap tiga wanita yang melakukan kesalahan persetubuhan luar nikah.
Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) mendakwa bahawa "mohon maaf" tidak memadai dengan apa yang dilakukan, maka MAIS membuat laporan polis pada 25 Februari terhadap P.Gunasegaran dan Sister in Islam (SIS), kerana "memperlekehkan" Islam dan Hukum Syariah.
Perkembangan yang menyusul menyaksikan bagaimana KDN mengeluarkan surat tunjuk sebab kepada The Star, yang kemudian menarik satu artikel kolum oleh Mariana Mahathir, anak perempuam bekas PM yang menyentuh isu sebat.
Kelima: Panduan baru untuk akhbar
Pada 17 Disember 2009, menurut laporan Malaysiakini, KDN telah memanggil satu mesyuarat bersama editor akhbar, membincangkan panduan baru untuk penerbitan.  Istilah dengan definisi kabur yang digunakan dalam panduan tersebut dirangka untuk "self-regulation" (pengawalan diri).
Menurut laporan, akhbar diarah untuk tidak melaporkan isu seperti bersekedudukan, hubungan seks luar nikah, homoseksual, counter-culture, dan dilarang menyiarkan gambar alat kelamin manusia dan pemakaian G-strings.
Keenam: Gangguan MCMC terhadap Malaysiakini
Pada 3 September 2009, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) menuntut agar Malaysiakini, satu media internet untuk menarik keluar dua klip video berkenaan protes terhadap perpindahan kuil Hindu di Shah Alam.  Salah satu klip  video merakamkan sidang media pada 2 September 2009 yang diadakan Hishammuddin Hussein, Menteri Dalam Negeri yang membela peserta demonstrasi.
Pemangku Pengarah Kanan Bahagian Pemantauan dan Penguatkuasaan MCMC, Abdul Halim Ahmad mendakwa video tersebut mengandungi unsur yang menyinggung dan mencetuskan kemarahan komuniti India.  Pada 8 September, MCMC menyoal siasat 10 orang staf Malaysiakini untuk lebih daripada 8 jam.
Ketujuh: Rampasan buku
Pada 25 Ogos 2009, Pegawai KDN dari Bahagian Kawalan Penerbitan telah merampas 408 naskah majalah kartun, Gedung Kartun ketika menyerbu pejabat penerbitnya di Kuala Lumpur.  Majalah kartun yang dikelolakan oleh kartunis terkenal, Zunar ini berjenaka dengan perhubungan antara kes pembunuhan Altantuya Shaariibuu dengan PM Najib.
Ketua Penolong Setiausaha Bahagian Kawalan Penerbitan dan Teks Al-Quran, Abdul Razak Abdul Latif mendakwa majalah tersebut dirampas kerana tidak mempunyai permit, dan rampasan tersebut bertujuan untuk "siasatan". Gedung Kartun
Pada 24 Disember 2009, buku berjudul "Malaysian Maverick: Mahathir Mohamad in Turbulent Times" telah ditahan di kastam Pelabuhan Klang, menjurus kepada "pengharaman" sehingga April 2010.  Bagaimanapun, tiada penjelasan diberikan lantaran "penahanan" yang lama ini.  Buku yang ditulis oleh Barry Wain, bekas editor Asian Wall Street Journal ini menuduh bekas PM Mahathir Mohamad harus bertanggungjawab kepada kerugian sejumlah RM100 billion semasa beliau menerajui pemerintahan negara.Malaysian Maverick: "Buku dalam tahanan" laris di Singapura
Pada 29 Januari 2010, sebanyak 64 naskah buku terbitan Malaysiakini, "Where is Justice" dan "1Funny Malaysia" dirampas di Pulau Pinang dan Melaka.  Buku berjudul "Where is Justice" mempertikaikan pihak polis dan SPRM dalam isu kematian dalam lokap, sementara "1 Funny Malaysia" adalah koleksi kartun Zunar.
Kelapan: Pengacara ntv7 ditukar
Pada 15 Julai 2009, MerdekaReview, media online melaporkan penerimaan surat amaran oleh pengacara rancangan isu semasa ntv7, Point of View, Florence Looi (gambar kanan), selepas beliau meminta ahli panel untuk menilai prestasi pentadbiran Najib 100 hari pertama, dalam rancangannya."Tak Wajar Menilai Najib" Pengacara ntv7 diberi amaran
Rancangan ini menyiarkan episod terakhirnya pada 5 Julai, sementara Florence Looi pula diberikan tugasan baru.
Sungguhpun pencabulan kebebasan media sering dijalankan atas nama untuk memelihara keharmonian di antara kaum dan agama, namun tindakan ini selalunya bersifat selektif.  Akhbar harian Utusan Malaysia dan majalah Al-Islam milikan UMNO telah menyiarkan laporan bersifat hasutan, menyinggung dan tidak profesional, tetapi tidak diambil tindakan oleh kerajaan.
Bahayanya kawalan media
Kebebasan media dijamin di bawah artikel 10(1)(a) Perlembagaan Persekutuan.  Pencabulan kebebasan media akan mengundang kesan:
Pertama, melupuskan media sebagai kuasa keempat, mengakibatkan kegagalan orang awam untuk menyemak negara dan mempromosikan pentadbiran yang baik;
Kedua, menekan perbincangan umum, yang selalunya secara selektif atas nama isu sensitif, bakal menghalang keharmonian yang sebenarnya, iaitu keharmonian yang wujud hasil daripada saling mengenali antara warga Malaysia dari etnik, agama, budaya, bahasa dan sosial ekonomi yang berbeza.
Ketiga, dengan menutup ketidakadilan dan ketidakharmonian, mangsa yang terpinggir akan terus dipinggirkan - wanita, orang asli, golongan miskin dalam dan luar bandar, minoriti seksual, dan kumpulan monoriti yang lain.  Suara dan masalah mereka tidak dapat didengar.  Pembatalan rancangan dokumentari Empangan Bakun oleh Galeri Mandarin Nasional telah melenyapkan masalah kaum asli daripada dipaparkan di depan audien.
Campur tangan dari kerajaan dan bukan kerajaan, penapisan diri telah menjurus kepada situasi yang merbahaya ini.  Sememangnya, ia disempurnakan dengan akta media yang zalim dan anti-persaingan seperti Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984, Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, Akta Rahsia Rasmi 1972 dan Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960.
Tuntutan Kami
Kami, individu dan pertubuhan yang menurunkan tandatangan di bawah, menuntut agar tindakan berikut diambil sebelum Hari Kebebasan Akhbar yang akan datang:
Pertama, Menubuhkan Suruhanjaya Di-Raja atau Jawatankuasa Pemilihan (Select Committee) untuk mengkaji reformasi akta media, supaya:-
a. Memastikan agar wujudnya minimum entry barrier untuk media cetak, penyiaran dan internet untuk menjamin kemajmukan pengamal media.
b. Kesemua mekanisme pemeriksaan politik harus dihapuskan, dan diganti dengan institusi yang ditubuhkan oleh pengamal media dan pertubuhan masyarakat sivill yang bebas.
Kedua, Kerajaan Persekutuan, negeri dan tempatan harus mempertahankan kebebasan dan hak wartawan serta warga negara untuk menyalurkan informasi, dan hak untuk tidak diugut oleh institusi bukan kerajaan.  Sementara mengkaji akta yang sedia ada, kerajaan harus mengelak daripada menggunakan akta yang sedia ada untuk menekan media.
Ketiga, daripada mengamalkan penapisan diri, pengamal media seharusnya mempertahankan profesional dan kebebasan akhbar.
Untuk matlamat jangka pendek, kami menuntut agar perkara di berikut diselesaikan sebelum hujung bulan ini:
Pertama, ntv7 dan TV2 perlu menyiasat dan memberi penjelasan berikutan tuduhan self-censorship baru-baru ini;
Kedua, PM harus menjamin barisan kerajaan atau keluarganya tidak akan mengancam profesional pengamal media dalam pemilihan topik, perspektif dan sumber berita.

Organisasi yang mengambil inisiatif untuk merangka memorandum ini:
1. Writers Alliance for Media Independence (WAMI)
2. Centre for Independent Journalism (CIJ)
3. Civil Rights Committee of KL & Selangor Chinese Assembly Hall (CRC-KLSCAH)
4. Coalition for Clean and Fair Election (BERSIH)
5. Suara Rakyat Malaysia (SUARAM)
6. Zunar & ‘Gedung Kartun’ Group
7. Saya Anak Bangsa Malaysia (SABM)
8. Centre for Policy Initiatives (CPI)
9. Research for Social Advancement (REFSA)
10. New Era College Progressive Front
Memorandum ini akan terbuka untuk endorsement pertubuhan dan individu sehingga 28 Mei 2010.  Individu digalakkan untuk menandatangani petisyen online di  http://www.petitiononline.com/20100430/petition.html

It's not a reward, say new senators Ezam, Palanivel

By Rahmah Ghazali
KUALA LUMPUR: Former Anwar Ibrahim strongman Ezam Mohd Noor and MIC deputy president and veteran leader G Palanivel have denied that their appointments as senators were a form of reward.
Both were sworn in as senators in Dewan Negara today. The other two new senators are executive chairman of Rahim & Co Abdul Rahim Abdul Rahman and Pagoh Wanita Umno chief Noriah Mahat.
Speaking to reporters after the swearing-in ceremony, Palanivel rubbished claims that his appointment was a "compensation" for giving way to newly-elected MP P Kamalanathan to contest in the recent Hulu Selangor by-election on April 25.
Palanivel, who was a four-term MP in Hulu Selangor until PKR wrested the seat in March 2008, was initially positioned by MIC president S Samy Vellu to make a comeback by contesting in the constituency following Zainal Abidin Ahmad’s death on March 25.
However, a tussle between Umno and MIC eventually led to Umno-approved Kamalanathan.
Palanivel described his appointment as a "continuing role" for him to be effective in politics.
When asked whether this would pave the way for him to be in the Cabinet, he merely described it as "speculation” and declined to comment further.
On his senator's post, he said: “I was a bit confused initially on whether to accept the senatorship.
"I was thinking of many things, then the party president (Samy Vellu) told me to accept it so I followed his directives."
He refused to comment on rumours that MIC is seeking a second Cabinet post after swinging the Indian votes towards BN in the Hulu Selangor by-election.
Senator post not a reward
Meanwhile, Ezam, the former PKR Youth chief who is now back in Umno fold, said he was never a position-oriented person.
"I don't go for any positions because I am speaking based on my principles.
“Even when I was an opposition leader, I only contested once in 1999 (under Keadilan ticket). I could not contest in 2004 because I revealed the corruption documents (on Umno)," said Ezam after his appointment as senator.
Claiming to have received many offers by various political parties to contest in "safe seats" in the 2008 general election, Ezam said he had to reject them as he wanted to remain in Gerak, an anti-corruption non-governmental organisation.
"I believe corruption is the main enemy of the people. I am not someone who would do something for position. For me, this position is more than enough to work even more effectively," he said.
On his stand against Official Secrets Act (OSA) and Internal Security Act (ISA) -- which put him behind bars during his “reformasi” days -- Ezam said his principles will not change with his newfound clout.
"People say it (the senatorship) is a reward, but I remind them that I have put a lot in this struggle as I am the only Malaysian who has gone to jail for fighting against corruption.
"It is not a reward... as I am still much committed to reform. I have not backed down on my principles and my beliefs in (my fight against) OSA and ISA," he said.
In an immediate reaction, PAS vice-president Mahfuz Omar sarcastically said he sympathised his friends in Umno who had struggled for a long time but were not chosen to be senators.
"But I want to tell them the method to get is to lawan taukeh (go against your boss). So you have to fight against your party first. That way you could become a senator," he said, in an apparent reference to a fallout Ezam had with Anwar.
Meanwhile, PKR deputy president Syed Husin Ali declined to comment on the matter.

Ekonomi PP Diunjur Berkembang 4.7% 2010

n_12ahmad GEORGETOWN: Ekonomi Pulau Pinang diunjur berkembang sebanyak 4.7 peratus tahun ini berbanding 3.2 peratus tahun lepas, kata Yang Dipertua Negeri, Tun Abdul Rahman Abbas.
Beliau berkata tanda pemulihan ekonomi negeri ini boleh dilihat dari segi pengurangan bilangan pekerja yang diberhentikan iaitu seramai 3,565 orang tahun lalu berbanding 5,776 orang pada tahun sebelumnya.

"Selain itu, pada tahun lalu terdapat 2,319 kekosongan jawatan dilaporkan yang merangkumi sektor pertanian, perkhidmatan hotel, kuari, pembuatan, pengangkutan dan perkhidmatan sosial," katanya ketika merasmikan Mesyuarat Penggal Ketiga Dewan Undangan Negeri Ke-12 hari ini.
Abdul Rahman juga berkata kerajaan negeri telah mengemukakan permohonan peruntukan sebanyak RM12.56 bilion kepada Unit Perancang Ekonomi Jabatan Perdana Menteri di bawah Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK-10).
Dari segi pelancongan pula, katanya kerajaan negeri mensasarkan ketibaan pelancong melebihi 6 juta orang tahun ini dengan sasaran pendapatan RM10.8 bilion.
"Kerajaan negeri juga akan menarik pelaburan sektor swasta dalam beberapa produk pelancongan baru seperti Auto City Theme Park yang akan dibina di persisiran Sungai Juru dengan anggaran kos bernilai RM10 juta dan pembinaan Eco-Fun Theme Park di Teluk Bahang yang berharga RM120 juta," katanya.
Beliau berkata kerajaan negeri akan turut menumpukan kepada pelancongan perubatan kerana ia adalah antara penyumbang utama pendapatan sektor pelancongan negeri.
"Bagi tahun 2009, sejumlah RM162 juta disumbangkan oleh sektor ini. Kerajaan negeri mensasarkan peningkatan pendapatan kepada RM190 juta bagi tahun 2010," katanya.
Abdul Rahman melahirkan rasa syukur kerana dapat merasmikan persidangan kali ini dan meminta semua Anggota Dewan melaksanakan tugas mereka dengan baik.
Beliau sebelum ini menerima rawatan di Hospital Pulau Pinang berikutan masalah kesihatannya. Ekoran itu persidangan Dewan yang pada mulanya dijadual pada 19 April lalu ditangguhkan ke hari ini.
- Bernama

Salah guna kuasa akan gagalkan sasaran 67%

20090928175158_Salahudin 
Ayob Oleh Muda Mohd Noor
PETALING JAYA: Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub berkata, desakan Pertubuhan Pribumi Perkasa Negara (Perkasa) supaya kerajaan Barisan Nasional (BN) meningkatkan penguasaan ekonomi orang Melayu dan bumiputera sehingga 67 peratus tidak akan dapat dicapai.
"Pendekatan BN tidak telus, rasuah dan salahguna kuasa dan ini menyebabkan mereka gagal membantu ekonomi orang Melayu sejak merdeka 50 tahun lalu," tegas beliau.

Beliau yang juga ahli parlimen Kubang Kerian berkata, "gesaan Perkasa supaya orang Melayu dan bumiputera mencapai sasaran 67 peratus ekuiti dalam ekonomi adalah sia-sia dan tidak akan berjaya.
"Umno dan BN tidak akan berjaya kerana di dalamnya terdapat pelbagai penyelewengan," kata beliau kepada Free Malaysia Today ketika dihubungi hari ini.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Perkasa yang mahu keadilan sosial dan pengagihan kekayaan negara dibuat mengikut nisbah penduduk berdasarkan kaum sebagai salah satu prasyarat organisasi itu menyokong Model Ekonomi Baru (MEB).
Salahuddin berkata, jika Pakatan Rakyat memerintah satu pendekatan baru membantu orang Melayu dan bumiputera akan digunakan.
Menurutnya, pendekatan itu lebih baru dan bertanggungjawab supaya orang Melayu lebih berdaya saing sesama mereka. Orang Cina, India miskin juga mesti dibantu (tajuk kecil)
Sementara itu, Ahli Parlimen PKR, S Manikavasagam ketika dihubungi berkata, Perkasamanikavasagam1 berhak memperjuangkan dasar-dasar ekonomi orang Melayu kerana ia memang pertubuhan orang Melayu seratus peratus.
Bagaimanapun katanya, pertubuhan Melayu itu mesti ingat, ada orang Cina dan India yang miskin dan perlu dibantu.
"Masih ramai lagi orang Melayu dan bumiputera yang miskin. Di Sabah dan Sarawak orang bumiputera yang menggunakan telaga kerana bekalan air paip tidak ada.
"Itu yang Perkasa beri perhatian dan perjuangkan. Membasmi kemiskinan orang Melayu tetapi pada masa sama kerajaan bertindak turut membantu kaum Cina dan India yang miskin," katanya ketika dihubungi hari ini.
Manikavasagam yang dikenali dengan panggilan "Mike" di kalangan kawan-kawannya berkata, isu mengenai ekonomi dan kemiskinan tidak mengenal kaum.
Bergantung kepada orang Melayu sendiri
dr-tan-seng-giaw Bagi Tan Seng Giaw, keputusan sama ada orang Melayu dan bumiputera boleh menguasai 67 peratus ekonomi bergantung kepada kaum itu sendiri.
Kata ahli parlimen DAP Kepong itu, kerajaan hanya boleh memberi sedikit bantuan tetapi orang Melayu mesti berusaha kuat untuk menguasai ekonomi seperti orang lain.
Beliau yang juga naib presiden DAP berkata, "mengenai gesaan Perkasa supaya orang Melayu dan bumiputera menguasai 67 peratus ekonomi, kerajaan membantu orang Melayu sejak dahulu lagi.
"Bagi DAP, orang Melayu perlu merebut peluang ekonomi yang ada dan bukannya mengharapkan bantuan semata-mata," ujar beliau.
Naib Presiden Perkasa, Dr. Zubir Harun dipetik sebagai berkata, sekiranya keadilan sosial dijadikan landasan kepada pengagihan kekayaan negara, maka kadar pemilikan ekuiti dan aset mesti diagihkan mengikut komposisi penduduk berdasarkan kaum di negara ini.
"Sehubungan itu, kaum bumiputera wajib mendapat 67 peratus kekayaan negara sementara 33 peratus pula dikhususkan untuk bukan bumiputera," katanya pada bengkel anjuran pertubuhan itu di Kuala Lumpur semalam.

Puteri Umno gesa Nik Aziz beri reaksi

Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan pemimpin parti itu digesa tampil memberi reaksi terhadap pendedahan penulis blog, Syed Azidi Syed Abdul Aziz berhubung beliau diberi peruntukan RM4 juta untuk menjalankan operasi gerak saraf bagi mewujudkan persepsi buruk terhadap kepimpinan bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Ketua Puteri Umno, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin berkata pergerakan itu percaya jika Menteri Besar Kelantan itu dan pemimpin PAS yang lain berada di pihak benar, mereka sudah pasti tidak akan teragak-agak tampil menafikan pendedahan tersebut.

"Atau mungkin, sekarang mereka sedang berbincang dan mencari jalan untuk melepaskan diri daripada pendedahan tersebut dan akan memindahkan beban pembuktian itu kepada orang lain," katanya dalam satu kenyataan di Putrajaya hari ini.

Sebelum ini, penulis blog Kickdefella itu, telah menyahut cabaran Dewan Pemuda PAS Kelantan dengan membuat pendedahan terdapat lima individu utama yang memberi peruntukan berkenaan dan menyerahkan bukti tersebut kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Rosnah berkata jika Syed Azidi berani tampil dengan bukti, maka pemimpin PAS terutama Nik Abdul Aziz juga mesti berani berbuat demikian atas prinsip "berani kerana benar".

Beliau berkata tindakan Syed Azidi membuat pendedahan itu dan menyerahkan bahan bukti kepada SPRM bukanlah sesuatu yang kecil atau boleh dibuat-buat.

"Syed Azidi sendiri akan berhadapan dengan tindakan undang-undang jika menyerahkan bukti-bukti palsu kepada SPRM.

"Beliau sudah tentu arif bahawa pihak yang didakwa memberi peruntukan itu akan membuat laporan polis atau sekurang-kurangnya mencabar keterangan yang diberi jika benar mereka tidak terlibat. Apatah lagi mereka bukan calang-calang orang untuk dinamakan begitu sahaja oleh Syed Azidi," katanya.

Sehubungan itu, Rosnah berkata Puteri Umno yakin rakyat mampu membuat penilaian yang bijak mengenai pendedahan Syed Azidi dan menentukan sejauh mana PAS yang mendakwa memperjuangkan Islam selama ini, melaksanakan apa yang mereka cakap atau mereka sendiri "cakap tak serupa bikin".

Katanya pergerakan itu juga percaya PAS akan cuba melibatkan Umno dalam hal pendedahan itu untuk menunjukkan kepada rakyat kononnya parti mereka bersih daripada sebarang dosa.

"Oleh itu rakyat harus berhati-hati supaya tidak terus terpedaya dengan taktik PAS yang sanggup tidur sekatil dengan DAP tetapi sentiasa meletakkan kesalahan kepada Umno jika ada kalangan ahli atau orang kuat mereka berpaling tadah termasuk mendedahkan segala kemungkaran dalam parti itu," katanya.

- Bernama

I deserve to be senator, says Ezam

Mentri dalam Kementerian Kotak dan Katak Katak

I almost fell of my chair when I read this at Malaysiakini.
Former PKR Youth chief Ezam Mohd Noor today defended his appointment as senator and refuted claims that the appointment was a reward for his attacks on his former party.
Ezam, an ex-aide of Opposition Leader Anwar Ibrahim, said that his appointment was based on his “many contributions” to the fight against corruption, such as the set up of the People’s Movement Against Corruption (Gerak).
Malaysiakini
After defecting and campaigning for UMNO in the series of By Elections, we have heard so much about his six to seven boxes, threatening in each ceramah to spill the beans against Datuk Seri Anwar Ibrahim and that those boxes supposely contain secrets of his former boss and mentor’s wrong doings.
Championing Corruption throught GERAK.
Hardly hear about it! Or was he the one who expose Khir Toyo’s Mansion or those involving Mindef?
With his appointment, rumours in the federal capital is he will be made a Minister shortly and we wonder whether PM Najib will set up a new Ministry to be named “Kementerian Kotak dan Katak Katak”.
What say you Sarawak Barisan Nasional?
Look at what Sarawak have as far as Ministers and Dewan Rakyat representation is concerned.
Are you all subserviant to UMNO!
Yet we are considered their Fixed Deposit, with Sarawak, Najib may not even smell the posh leather seats in the Prime Minister’s office.
With 30 Parliament Seats, how many full Minister’s do Sarawak Barisan Nasional have in the Federal Cabinet? - http://zulhaidah.com/

Meraikan 'hari kebebasan media'

-
Harakah mendapat permit pada 28 Februari 1987 sama dengan hari lahir saya yang ke 24. Pada 14 April 1987, ketika saya berumur 24 tahun, saya mendapat surat untuk bekerja sepenuh masa dengan Harakah sebagai kadet reporter. Saya terima tawaran itu selepas menyelesaikan kursus intensif kewartawanan selama seminggu di bawah pimpinan Haji Subky Latif.

Sejak itu, menjelang hari lahir saya, iaitu 28 Februari setiap tahun, saya bukannya gembira tetapi bimbang apakah hari jadi saya akan datang ini saya akan terus mempunyai pekerjaan atau tidak. Pada setiap tahun ada sahaja masalah berkaitan dengan permit itu tetapi ia berjaya diselesaikan.

Hinggalah pada tahun 2000, kerisauan saya itu menjadi kenyataan.  Ia bermula sejak 12 Januari 2000 lagi apabila saya dibawa ke mahkamah dan didakwa di bawah akta hasutan. (Hujung tahun 1999, Harakah menjadi akhbar paling popular apabila berjaya dijual kira-kira 400,000 naskah bagi setiap kali keluarannya. Ia juga berjaya membantu PAS dalam pilihan raya umum tahun itu apabila berjaya membantu PAS mendapatkan dua negeri, Kelantan dan Terengganu, di samping menghantar 27 pemimpinnya ke Dewan Rakyat.)

Menjelang hari lahir saya yang ke 37, iaitu 28 Februari 2000, kami masih belum menerima permit baru Harakah untuk tahun itu. Sidang editor sudah menyiapkan kandungannya. Bahkan layout artis kami juga telah menyiapkan rekabentuk Harakah untuk keluaran itu. Memandangkan kami memang terasa bahangnya, dan untuk direkodkan kepada masyarakat, Harakah telah memanggil satu sidang media khas bagi menunjukkan rupabentuk muka depan Harakah yang kini telah siap tetapi tidak boleh dicetak itu kerana permit kami belum disambung.

Selepas seminggu tergantung, kerajaan melalui Menteri Dalam Negeri Datuk Abdullah Ahmad Badawi mengumumkan, permit Harakah telah ditukar dari dua kali seminggu ke dua kali sebulan. Ia akan dilaksanakan untuk semua akhbar milik parti politik termasuk akhbar milik Umno, katanya. Turut dijanjikan adalah permit untuk parti Keadilan. Namun sehingga hampir setahun selepas itu, kalau tidak silap saya, Keadilan tetap tidak mendapat permit.

Inilah antara cerita yang saya alami sendiri dalam menghadapi Akta Mesin Cetak yang disepati sehingga kini bahawa ia memang menjadi batu penghalang utama kepada kebebasan media yang menjadi sebab kita berhimpun hari ini.

Setiap tahun, pada 3 Mei kita meraikannya. Lima tahun lepas, saya diberikan peluang untuk berucap kepada majlis yang sebegini dianjurkan oleh Aidcom dengan kerjasama Pertubuhan Bangsa Bersatu. Turut serta dipentas adalah Tunku Abdul Aziz, dari TI Malaysian Chapter yang kini adalah Senator.

Di majlis itu, saya tegaskan, persoalan utama dalam isu Akta Mesin Cetak ini adalah untuk menjaga keselamatan. Persoalan yang berbangkit adalah keselamatan siapa...negara atau kerajaan yang ada. Saya adalah orang yang paling ke depan kalau ia adalah untuk keselamatan negara kerana saya sayangkan negara. Tetapi, Tunku Abdul Aziz ketika itu juga bersetuju, ia adalah untuk keselamatan kerajaan yang ada bukannya keselamatan negara.

Kali ini kita bertemu lagi. Kita bincangkan lagi tentang akta lapuk ini. Kita bagi alternatif Majlis Media. Namun, ia kekal sampai kepada telinga yang pekak dan mulut bisu. Namun, saya yakin, jika kita orang media sendiri tidak memperjuangkannya, siapa lagi yang akan memperjuangkannya.

Menjelang pilihan raya kecil Hulu Selangor...Penerbit Kanan NTV 7 meletakkan jawatan kerana tekanan dari pejabat PM dan orang rumah PM sendiri. Sebelum itu, NTV7 dibersihkan dari para penyokong Pak Lah. Ketua Pengarang NTV7, Mohsin Abdullah antara mangsanya. Selepas itu, penerbit rancangan mandarin di TV 2 juga melapurkan hal yang sama. Sasaran kali ini pilihan raya kecil Sibu pula. Menjelang pilihan raya Hulu Selangor juga, penganalisa politik dan media, Dr Abu Hassan Hasbullah telah di'gam' oleh semua rancangan TV. Ini semua adalah rekod kebebasan media kita.

Apakah sebenarnya yang kita tuntut. Bagi saya mudah sahaja. Ia seumpama yang diperolehi oleh rakan-rakan kita di Indonesia, Thailand serta Filipina sahaja. Kita tidak perlu pergi jauh ke negara-negara maju di Barat atau Timur tetapi hanya mendapat apa yang telah diperolehi oleh rakan-rakan wartawan di negara-negara jiran kita sahaja.

Antara yang kita perlu adalah 'semua pihak yang mampu bebas menerbitkan media mereka. Mana-mana media yang didapati bertentangan  dengan mana-mana undang-undang selepas itu, tertakluk kepada undang-undang itu. Media yang mampu akan terus hidup, media yang tidak diterima masyarakat akan mati dengan sendirinya'.

Inilah sahaja yang kita perjuangkan untuk memenuhi kebebasan media...bukan kebebasan tanpa batas tetapi batasannya cukup untuk memberikan ruang kita bernafas dan berkreatif. Kebebasan ini saya simpulkan umpama gelang getah. Ia anjal dan boleh ditarik tetapi ada limitnya. Tariklah ia tetapi jangan sampai ia putus.

Apabila rasuah tidak jijik lagi


Ya, kita tewas di Hulu Selangor. Setelah seminggu menyepikan diri, ana telah banyak membaca pelbagai bentuk analisa mengenai kekalahan Datuk Zaid Ibrahim di Hulu Selangor, namun tiada satu analisa yang betul-betul dapat menjawab mengapa kita tewas.

Rata-rata analisa terlalu memokuskan kepada pengundian berdasarkan kaum, ada yang terlalu tua dan cepat untuk memuji kemenangan Hulu Selangor adalah kerana PERKASA, dan ada yang menuding jari terhadap tindakan sabotaj dalam Parti Keadilan Rakyat dan yang paling melucukan ada katak yang terus menuding jari kepada kaum Cina kerana ramalan majoriti kemenangannya jauh tersasar.

Namun hakikat tetap hakikat, Pakatan Rakyat tewas di Hulu Selangor dengan majoriti 1725 undi. Persoalannya adakah kita tewas di tangan Barisan Nasional atau kita tewas di tangan sendiri ataupun rakyat sendiri yang tertewas dalam pertarungan Hulu Selangor? Siapakah pemenang sebenar di Hulu Selangor?

Pemenang sebenar Hulu Selangor


Pemenang sebenar di Hulu Selangor ialah rasuah. Rasuah telah berjaya mendapat pengiktirafan halal secara senyap di PRK Hulu Selangor. Rasuah telah menjadi satu elemen penting dalam menentukan siapa yang berkuasa di dalam demokrasi negara ala 1Malaysia.

Rasuah sudah menjadi bahan penting dalam sistem barter moden untuk mendapatkan undi rakyat. Rasuah telah menggantikan suara rakyat sebagai suara keramat semata-mata kerana majoriti rakyat Malaysia sanggup melacurkan undi mereka demi habuan sementara.

Setelah 51 tahun minda rakyat diracun oleh kerajaan yang sinonim dengan rasuah, amalan sogok-menyogok diterima sebagai satu budaya yang sebati dalam kehidupan seharian rakyat Malaysia. Akibatnya, rasuah diberikan nadi yang terus berkekalan kerana terjadinya sistem “supply and demand” untuk rasuah.

Kerana ada permintaan untuk dirasuah daripada rakyat, maka sudah tentunya akan wujud pembekal rasuah untuk memenuhi permintaan rakyat. Tanpa segan-silu, kerajaan Barisan Nasional yang ingin menjadi juara rakyat telah sudi memikul tanggungjawab sebagai pembekal rasuah rasmi di Malaysia menjelang setiap pilihanraya.

Di Hulu Selangor, secara tersiratnya kedua-dua parti, Pakatan Rakyat dan Barisan Nasional tewas di tangan rasuah.

Dengan perbelanjaan sebanyak RM167 juta untuk mendapatkan majoriti 1725 undi, ternyata BN digigit sendiri oleh permintaan rakyat yang dimanjakannya sekian lama. Namun, oleh kerana taktik menabur pelbagai janji menjadi di Hulu Selangor, percayalah BN dengan slogannya “BN Mampu Berubah” tidak akan berganjak daripada terus menjadi pembekal rasuah terbesar negara semata-mata untuk memenangi pilihanraya. PR pula tewas di tangan rasuah apabila majoriti rakyat Hulu Selangor berpendapat janji-janji yang ditaburkan BN lebih menarik daripada janji-janji yang ditaburkannya.

Apa yang harus dilakukan?


Rakyat harus disedarkan bahawa bukan sahaja status kehidupan mereka, malah status kehidupan anak-anak dan cucu-cucu mereka sengaja dikekalkan pada tahap tertentu (cucu peneroka akan jadi kekal jadi peneroka)  supaya permintaan untuk dirasuah bagi mendapatkan undi senantiasa wujud supaya bisnes pembekal rasuah negara dapat diteruskan seperti sedia kala.

Masyarakat luar bandar juga harus dididik bahawa status mereka dikekalkan supaya mereka senantiasa tidak berkemampuan untuk menjadi “informed” rakyat seperti masyarakat kota, yang rata-ratanya telah menolak kerajaan Barisan Nasional dan mula menuntut pembaharuan untuk satu sistem kerajaan yang lebih efisyen dan bebas rasuah.

Selain misi menjijikkan rasuah di hati rakyat, PR juga harus memulakan kempen untuk menobatkan  betapa tidak ternilai harganya satu undi di hati rakyat. Rakyat harus diingatkan bahawa setiap undi akan membawa kesan yang mendalam kepada generasi-generasi akan datang. Rakyat perlu dididik untuk memahami tanggungjawab sebagai pengundi di mana undi mereka tidak boleh dijual, ditukar mahupun dirosakkan kerana ia boleh menjejaskan masa depan rakyat, bangsa dan sistem demokrasi negara.

Untuk mengurangkan amalan rasuah dalam pilihanraya, permintaan untuk dirasuah daripada rakyat perlu dihapuskan terlebih dahulu melalui kempen kesedaran dan pendekatan keagamaan. Sekiranya bermula dari sekarang, tiada usaha yang cukup dari pihak Pakatan Rakyat untuk mendidik rakyat dalam menjijikan rasuah dan menobatkan nilai undi dalam hati rakyat, percayalah lambat-laun, PR juga akan secara tidak langsung terjerumus dalam permainan rasuah-merasuah ini semata-mata untuk memenangi setiap pilihanraya.

-------------------------------
Li Fook Gao berpendapat bahawa Pakatan Rakyat semakin digeruni BN apabila BN memerlukan Perdana Menteri dan bekas Perdana Menteri untuk berkempen bersama untuk menundukkan Datuk Zaid Ibrahim di kubu kuat sendiri.

Perjanjian Brunei-Malaysia: Sapp gesa bubar DUN Sabah

KUALA LUMPUR, 3 Mei — Parti Progresif Sabah (Sapp) yang keluar Barisan Nasional (BN) akhir 2008, menggesa kerajaan Sabah membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) untuk membolehkan kerajaan negeri baru dipilih di sebalik isu pertikaian berhubung penyerahan dua blok minyak kepada Brunei.
“Jika kerajaan negeri tidak mampu, tidak mahu atau takut untuk mengambil tanggungjawab ini, maka ia harus membubarkan Dewan Undangan Negeri bagi membolehkan pilihan raya baru diadakan untuk memilih kerajaan negeri yang baru bagi melindungi hak dan kepentingan Sabah,” kata Presiden Sapp Datuk Yong Teck Lee dalam satu kenyataan dikeluarkan hari ini.
Dalam kenyataannya, Yong menyoal sama ada Ketua Menteri Sabah dan Kabient menyedari tentang penyerahan wilayah maritim oleh Tun Abdullah Ahmad Badawi ketika menjadi perdana menteri awal tahun lalu.
“Apa yang kerajaan negeri hendak lakukan berhubung kerugian wilayah dan potensi royalti minyak? Berdasarkan kadar lima peratus, royalti dianggarkan RM16 bilion,” katanya.
Selain itu Yong juga bertanya sama ada menteri-menteri Kabinet dari Sabah juga mengetahui perkara itu dan pendirian mereka dalam isu berkenaan.
Malah Yong berkata sama ada adanya unsur pengkhianatan oleh perdana menteri terdahulu dan anggota Kabinet beliau dalam menyerahkan wilayah negara tanpa kelulusan Parlimen, DUN dan Majlis Raja-raja Melayu.
“Mengapa begitu tergesa-gesa untuk menyerahkan wilayah itu hanya beberapa minggu pertukaran perdana menteri pada Mac 2009?” katanya.
Selain itu dalam kenyataannya Yong menyoal sama ada  sempadan Blok L dan Blok M mengikut garisan geografi yang diselaraskan dalam peta nasional dan Jabatan Tanah dan Ukur Sabah.
Sehubungan itu kata beliau, Sapp mahu kerajaan mendedahkan kepada umum terma dan syarat menyerahkan Blok L dan M berdasarkan perjanjian Mac 2009.
Selain itu Sapp juga mahu kerajaan menerbitkan peta Sabah yang merangkumi wilayah maritim.
Sapp, kata beliau, mahu kerajaan negeri menuntut pampasan daripada kerajaan persekutuan atas kerugian wilayah maritim Sabah, hak perkapalan, perikanan dan sumber-sumber lain di kawasan berkenaan.
Dalam pada itu, Penasihat DAP Lim Kit Siang berkata, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak perlu mengeluarkan satu kertas putih bagi menjelaskan dengan terperinci isu ini dengan segera.
“Saya meminta Najib agar mengeluarkan kronologi penuh peristiwa-peristiwa yang membawa kepada penyerahan Blok L dan Blok M kepada Brunei dan kedudukan tuntutan Brunei ke atas Limbang, jika ada dan bila, Brunei menggugurkan tuntutan ke atas kedaulatan Limbang,” kata Lim yang juga anggota Dewan Rakyat.
Kedua-dua pemimpin itu mengeluarkan kenyataan mereka susulan penjelasan Wisma Putra pagi ini bahawa Pertukaran Surat antara Malaysia dan Brunei pada Mac tahun lalu telah menyelesaikan isu-isu dua hala tertangguh antara kedua-dua negara melalui penyelesaian secara baik.
Perjanjian itu, yang telah membawa lembaran baru dalam hubungan dua hala antara kedua-dua negara, adalah hasil daripada rundingan sukar selama 20 tahun antara Malaysia dan Brunei mengenai pelbagai isu termasuk maritim dan sempadan, menurut Wisma Putra dalam kenyataan di sini.
Kementerian Luar itu menyatakan satu daripada elemen penting dalam perjanjian yang ditandatangani oleh bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi dan Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah pada 16 Mac 2009, adalah memuktamadkan penyempadanan kawasan maritim antara Malaysia dan Brunei.
Selain mendapatkan kelulusan Kabinet Malaysia mengenai isi kandungan Pertukaran Surat antara kedua-dua negara, kerajaan negeri Sabah dan Sarawak juga dirundingi dan diberikan taklimat penuh mengenai perkara itu, kata Wisma Putra.
Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, dalam blognya pada Khamis, mempersoalkan kenapa Blok L dan M tidak lagi menjadi milik Malaysia dan berkata keadaan itu menyebabkan Malaysia kerugian kira-kira AS$100 bilion (RM320 bilion).
Dr Mahathir mendakwa penggantinya, Abdullah, telah menyerahkan kedua-dua blok itu sebagai pertukaran kepada Limbang.
Abdullah menjelaskan perjanjian darat dan laut dengan Brunei diluluskan oleh Kabinet dan Malaysia akan dibenarkan mengambil bahagian dalam usaha sama pembangunan minyak dan gas atas dasar komersial di kedua-dua kawasan itu bagi tempoh 40 tahun.

PAS desak kerajaan Sokong Iran, Boikot APCO-Israel

Oleh Masdar Wahid  Antara Kain Rentang menarik yang menghiasi
 kempen Pilihan Raya Kecil di Hulu Selangor.
KUALA LUMPUR : Parti Islam SeMalaysia (PAS) mendesak Forum Ekonomi Islam Dunia (World Islamic Economic Forum -WIEF) kali ke-6 yang akan berlangsung di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur  pada 18 hingga 20 Mei depan membincangkan beberapa isu termasuklah hubungan ekonomi negara-negara Islam dengan Israel secara serius.
Ketua Penerangan PAS Pusat, Idris Ahmad berkata, forum yang dihadiri oleh ketua-ketua negara yang majoriti rakyatnya beragama Islam itu harus melihat perkara tersebut sebagai isu bersama.
“Jika di Malaysia kita dikejutkan dengan hubungan kayu tiga Malaysia-Israel melalui promosi Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri, syarikat perunding APCO worldwide, Satchi & Satchi serta pelbagai pertemuan sulit pemimpin Umno dan Menteri Israel.
Di negara lain pula ada yang secara terbuka menjalikan hubungan ekonomi dan diplomatik dengan Israel seperti Indonesia, Turki, Jordan, Mauritania dan beberapa lagi negara,” katanya dalam satu kenyataan kepada erapakatan.com di sini hari ini.
Menurutnya, perkara ini harus diperhalusi oleh setiap ketua-ketua negara yang kononnya menjadi kumpulan simpatisan kepada Palestin yang dizalimi Israel tetapi pada masa yang sama bersekongkol untuk menyokong Zionis Israel termasuklah kerajaan BN di Malaysia.
Menutnya, kerajaan BN dan semua wakil-wakil negara yang hadir itu mesti memboikot negara haram Israel dan semua syarikat yang ada kaitan dengan pelobi Israel termasuklah APCO.
“PAS yakin umat Islam seluruh dunia menuntut keikhlasan ketua-ketua negara Islam untuk melihat apa yang dilakukan oleh rejim Zionis Israel kepada Palestin dan segera memulaukan negara haram yang tidak berdaulat itu.
PAS mahu pemimpin-pemimpin Islam secara terbuka menyatakan komitmen mereka dalam forum ini untuk menekan negara haram Israel sebagaimana negara haram itu kini melobi dengan kuatnya di Majlis Keselamatan PBB untuk menekan negara Iran yang menjadi ancaman mereka.
PAS juga mahu, negara-negara Islam menyatakan pendirian mereka terhadap isu di Iraq, Afghanistan dan terkini di Iran.
PAS mahu, ketua-ketua negara Islam menunjukan bahawa mereka boleh bersatu mempertahankan Iran dari dikenakan sekatan ekonomi. Inilah masanya untuk mereka menunjukan kepada dunia bahawa mereka bukan budak suruhan Amerika.
PAS menanti reaksi kerajaan Malaysia dan persiapan Forum ini.
Diharapkan forum yang akan memfokuskan lapan perkara melibatkan soal pelancongan, Logistik, SMEs, pengurusan air, penjenamaan, teknologi pendidikan, keusahawanan dan etika perniagaan, inovasi dan perbankan Islam ini tidak menutup mata dan pemikiran mereka dari memikirkan soal kezaliman Israel kepada Palestin,” tegas beliau.