Ahad, 2 Mei 2010

Najib buka pekung! Busuk!

"Parti Islam Se-Malaysia (PAS) persoalkan kenyataan Perdana Menteri, Najib Razak yang mengakui bahawa asas perolehan negara pada masa ini tidak kukuh dan Kerajaan tidak mampu untuk membayar gaji penjawat awam, sedangkan pada akhir tahun lepas kerajaan bangga mengumumkan bahawa ekonomi berkembang dengan baik iaitu 4.5% dan tahun ini dijangka melebihi 5.5% pula.


Najib (gambar kanan) terdesak membuat pengakuan itu demi untuk menarik perhatian kakitangan awam untuk menyokong pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) yang kini ditolak oleh majoriti rakyat. Kenyataan Najib itu membuka pekung pemerintahannya yang kini sedang sibuk menabur duit di Hulu Selangor sempena pilihanraya kecil.

Tindakan Najib memaksa kakitangan awam menyokong dasar ini secara membuta tuli adalah tidak wajar dan bertentangan dengan prinsip demokrasi negara ini di mana setiap warganegara berhak untuk membuat pilihan sama ada mahu menyokong atau tidak.
Tidak guna gaji kakitangan Kerajaan dinaikan sedangkan dalam masa yang sama cukai GST diperkenalkan. Jika GST dilaksanakan, keadaan ekonomi kakitangan awam mungkin lebih teruk kerana kenaikan gaji hanya sekitar RM200-RM500 sahaja sedangkan pertambahan kos sara hidup berkemungkinan meningkat lebih dari kadar itu.
Najib juga dilihat zalim kerana menjadikan kakitangan kerajaan sebagai "hamba" yang kena terima apa sahaja yang kerajaan ingin lakukan. Oleh itu, kakitangan kerajaan harus bijak dan menolak dasar ini. Kerajaan boleh tangguhkan kenaikkan gaji sehingga ekonomi pulih sepenuhnya tanpa perlu perkenalkan cukai baru.
Jika GST dilaksanakan, bukan sahaja 1.2 juta kakitangan awam akan jadi mangsa, lebih 25 juta rakyat Malaysia akan terima kesannya. Pekerja swasta yang tidak mendapat kenaikan gaji akan menerima kesan yang lebih teruk, kerana kos hidup mereka secara purata bertambah 4%.
Oleh itu PAS berharap agar kakitangan Kerajaan tidak menurut sahaja kehendak Najib. Jika dasar ini dilaksanakan bersama Model Ekonomi Baru, maka rakyat negara ini akan lebih sengsara. Ketiadaan syarat ekuiti tempatan akan menyebabkan pasaran negara akan datang dimonopoli oleh pelabur dan perniagaan asing. Dan pastinya mereka tidak peduli kesusahan rakyat di negara ini dan mereka boleh kuasai harga jual beli pasaran dalam negara dengan mudah. Jika mereka naikkan harga, maka nilai 4% cukai GST juga naik. Kerajaan tidak mampu kawal perkara ini, malah Kerajaan kini cuba juga untuk hapuskan subsidi bagi melepaskan diri dari tanggungjawab membantu rakyat. Jadi bayangkanlah harga gula, beras, minyak tanpa subsidi tapi ditambah dengan cukai GST 4%.
Tidak cukup dengan itu, dengan begitu banyak perjanjian perdagangan bebas (FTA), pelabur dan peniaga tempatan juga akan bungkus kerana tidak dapat bersaing kerana harga barang mereka akan jadi lebih mahal jika dicampur dengan GST, berbanding harga barang China yang lebih murah kos pembuatannya.
Jadi, GST bukan sahaja akan beri kesan kepada Kakitangan kerajaan, ia akan memberikan kesan kepada seluruh sistem ekonomi negara. PAS tetap akan menentang dasar ini untuk kepentingan rakyat.
*Kenyataan media oleh Idris Ahmad selaku Ketua Penerangan PAS.

SARAWAK FOR SaLe?

300px-hibernia2Sarawak formed Malaysia together with Malaya, Singapore & Sabah in 16th September 1963. Singapore left Malaysia to be an independent Sovereign State officially in August 1965.

Sarawak therefore remained as one of the three entities that is collectively known as Malaysia. That is to say, Sarawak is one of three equal partners in the federation. The terms that governed the relationship where contained in the 20 point agreement (18 points for Sarawak)
These 20 points have eroded into non existence. To name a few, the government departments are filled with officers from West Malaysia, the status of the local indigenous people continue to be unrecognized, whilst the wealth of the State is being systemically siphoned off to Malaya.
Sarawak now is loosely and wrongly identified as one of the 13 States that make up Malaysia . Thence equal in statute to the smallest Malay State of Perlis. It is not to the advantage of Putrajaya to give recognition to these facts, whilst the local BN leaders are content to let others manage the wealth of Bumi Kenyalang.
Slowly but surely Sarawakians are on the slippery slope to when it doesn’t mean a thing to be Sarawakians anymore. The status quo is largely due to lack of education, the lack of political will and general apathy amongst its populace.
Further we are all too focused on the little issues, at the same time losing the right of self determination and our identity.
The debate about Block L & Block M (read Che Det / Dr Mahathir’s blog) between Abdullah Badawai, has stirred up controversy in the news. Apparently Abdullah signed away the two blocks of oil reportedly worth USD 100 billion / RM 320 billion to Brunei, in exchange for “nothing”!
The subject meeting was held in Brunei which Abdullah left announcing victoriously that the Brunei claim on Limbang was resolved. The Brunei palace issued a denial immediately the next day. Meanwhile the Oil Blocks are gone.
How the Oil Blocks were lost or who was responsible and for what consideration, will continue to make waves in the news when it suits the BN / UMNO leaders.
The thing that irks me is that this concerns Sarawakian rights, which have received no mention whatsoever in the matter. Granted our previous leaders may have foolishly granted Oil & Gas exploration to Petronas for pittance described as “oil royalty”. This does not mean that Sarawak has abdicated her rights over her resources, as the property reverts back when the exploration stops.
Therefore the question is when did Sarawak decide to give mandate to Abdullah to sign away the rights in these two blocks? Meanwhile the Sarawakian leadership has remained mum over the issue. They seemed to be more interested in who is the new mayor of Padawan Council rather than protecting Sarawak.
If you complained to the generation of Sarawakians who were around during the Malaysia formation, they will tell you that Sarawak at the time was between a rock and a hard place, socialist Indonesia was eyeing us at a time when the British Colonialists just wanted to go. Malaysia was seen as an option, especially with the signing of the 18 points, that could preserve the rights of Sarawakians. In addition the Federation also undertook to protect the sovereignty of the State from foreign threats.
So when there is a dispute over Block L & Block, we should have as a nation rushed to defend our territory, we have the submarines and the army, instead our leaders saw fit to sign away those rights. Our PM expeditiously flew to Brunei and signed away the rights in their backyard.
Without so much as a mumble, or a hearing at the International Court as with Batu Putih, we collapsed to the Sultan of Brunei. Without trying to be vulgar, a girl would have done much better at defending her virginity.
Alas, this discussion is destined for the cobwebs of history, we have sold ourselves recently in Batang Ai as we are preparing to sell ourselves again in Sibu, this time in exchange for flood mitigation measures.

Dua Medan Minyak: Surat Terbuka Untuk Najib

YAB Perdana Menteri Malaysia


PENYERAHAN SEMPADAN LAUT MENGANDUNGI DUA MEDAN MINYAK BLOK L DAN M KEPADA BRUNEI DARUS SALAM - POHON PENJELASAN.


Saya yakin YAB sudah mengikuti laporan media mengenai isu sempadan perairan Malaysia yang telah diserahkan kepada Brunei - seperti kenyataan akhbar bekas Perdana Menteri pada Juma'at lalu.

Bersekali dengan penyerahan sempadan laut ini, dua medan minyak yang kaya yang dulunya milik negara kita, juga dengan sendirinya menjadi milik Kerajaan Brunei.

Dua blok minyak itu dulunya adalah milik Petronas dan Petronas telah pun menganugerahkan konsesi kawasan ini untuk pengeluaran kepada Petronas Carigali dan Murphy Oil sejak 2003 dan berkuatkuasa bulan April tahun ini, perjanjian konsesi berkenaan terpaksa ditamatkan.

Isu yang lebih besar dan memerlukan penjelasan awam yang segera dari Kerajaan pimpinan YAB ialah bagaimana Kabinet Malaysia pada 11 Februari 2009 boleh bersetuju dengan pelepasan kedaulatan Malaysia ke atas wilayah berkenaan.

Seperti disebutkan dalam kenyataan Tun Abdullah, ia adalah 'overlapping area'. Jika ianya 'overlapping area' sebagaimana kawasan-kawasan lain seperti JDA dan CAA, mengapa Malaysia dengan mudah melepaskannya? Jika kawasan lain tidak kita lepaskan kedaulatannya, mengapa yang ini kita lepaskan?

Adakah Malaysia tidak yakin bahawa kita mempunyai hak ke atas kawasan perairan ini dan adakah Malaysia telah mengkaji dengan teliti bahawa tuntutan kita ke atas kawasan ini memang tidak kukuh?

Jika kita tidak mempunyai hak ke atasnya sama sekali, bagaimana Brunei boleh mengizinkan kita terlibat sama dalam perkongsian pengeluaran bagi kedua-dua blok itu dalam tempoh empat puluh tahun?

Mengapa pula sebelum ini kita telah menandatangani perjanjian konsesi dengan Murphy Oil jika kita tidak yakin ia adalah milik kita?

Bukankah selama ini kawasan ini dalam perairan kita dan tiba-tiba kita tidak mempunyai asas yang kukuh untuk terus memilikinya?

2. Selepas keputusan Kabinet dibuat dan langkah menandatangani perjanjian dengan Brunei dilakukan pada 16 Mac 2009, mengapa rakyat Malaysia tidak dimaklumkan mengenai keputusan Kerajaan menyerahkan perairan bersekali dengan medan minyak itu?

Mengapa tidak juga ada penjelasan Parlimen dibuat?

Rakyat Malaysia hanya mendapat tahu kedudukan ini melalui kenyataan Murphy Oil kepada NYSE selepas konsensinya dibatalkan.

YAB sendiri tidak pernah berterus terang dengan keputusan ini dan tidak mengambil langkah menjelaskannya kepada umum sampai hari ini.

Mengapa ia harus disembunyikan jika fakta-fakta tuntutan tidak menyebelahi kita dan kita tidak mempunyai pilihan lain melainkan menyerahkan wilayah ini kepada Brunei?

Jika sebaliknya, iaitu kita sememangnya mempunyai fakta kukuh ke atas tuntutan ini dan penyerahan ini hanyalah kerana keputusan politik semata-mata, rakyat berhak untuk tahu apakah sebab politik mendesak sehingga keputusan seperti itu dibuat.

Adakah ia semata-mata untuk menyenangkan hati Perdana Menteri waktu itu dan seluruh Kabinet menerima keputusan ini walau pun ianya merugikan negara?

Jika sebiji pulau kecil sebesar Batu Putih kita perjuangkan hingga saluran terakhir, mengapa wilayah sebesar dan sekaya itu kita lepaskan sebegitu mudah?

Apakah asas-asas yang dterima untuk Kabinet memutuskan sedemikian?

3. Rakyat Malaysia juga berhak untuk tahu apakah tawaran gantian kepada Murphy Oil atau sebarang ganjaran atas penamatan konsensi berkenaan?


Sehingga satu kenyataan rasmi dikeluarkan oleh Kerajaan, isu ini sungguh memilukan kami rakyat Malaysia. Pilu bukan sahaja kerana hilangnya wilayah kita dengan sebegitu mudah, malah timbul keraguan terhadap tahap tanggungjawab pemimpin negara, bahkan tahap kemampuan mereka membuat keputusan untuk kepentingan negara dengan wajar dan tepat.

Terima kasih.

Husam Musa
2 Mei 2010.

Aksi Baju Merah Malaysia













Samy Vellu starts another ‘Tamil Nesan’


By Baradan Kuppusamy
KUALA LUMPUR, May 2 – A new Tamil daily, started purportedly with the blessing of Prime Minister Datuk Seri Najib Razak, hit the streets yesterday, making the small Tamil readership field crowded with four dailies, each having its own distinctive political interest, with the exception of the middle-of-the-road Malaysian Nanban daily.
The Uthaya Surian (Rising Sun), despite its name, is an afternoon paper and available in the central region on the same day of publication and nationally on the next day.
The publishing licence is believed to be held by Indian Muslim businessman A. Tajuddin and was obtained during the time of former Prime Minister Tun Abdullah Ahmad Badawi.
Its editor is Tamilmani @ P. Veerasamy, a controversial editor who went to jail in his decade-long crusade against MIC president Datuk S. Samy Vellu and the alleged hijacking of the nine million Telekom Malaysia shares.
After gaining notoriety as an anti-Samy Vellu editor, Tamilmani worked with various weeklies, none of which succeeded.
He also flirted with the Pakatan Rakyat (PR), publishing various anti-Barisan Nasional (BN) monthlies, none of which took off in a big way.
More recently Tamilmani joined forces with his former nemesis Samy Vellu who continues to cling on to power although the MIC fared disastrously under his stewardship in the 2008 general elections.
Tamilmani is also executive editor of Samy Vellu’s Tamil Nesan daily, the oldest in the country and first published in 1924.
He is wearing two hats as editor of Uthaya Surian and his provocative writing style and argumentative politics is reflected in both dailies, readers and observers said.
“In fact Uthaya Surian is really Tamil Nesan 2,” said a hardcore support of Datuk S Subramaniam, whose inner circle controls the Makkal Osai daily which is rabidly anti-Samy Vellu.
The circulation of the Tamil Nesan plunged to about 5,000 from a high of 9,000 in the 1980s, MIC insiders said, suggesting that the drop was due to it being used as a unvarnished mouth piece of the Samy Vellu family and his interests.
“A great newspaper that was helmed by giants of Tamil journalism has gone down the drain because of cheap politics,” said a Tamil lawyer who follows local Indian politics keenly.
Tamil Nesan had great editors like Murugu Subramaniam,” he said, referring to the member of the famed Chettiar family which owned and managed the daily before Samy Vellu bought it over on becoming MIC president in 1979.
Uthaya Surian is closely linked to Samy Vellu and his faction in the MIC.  Not only does it have the same editors but also the same staff and premises.
The Tamil Nesan (M) Sdn Bhd prints the Uthaya Surian daily and both operate from the same premises. They even have the same telephone and fax numbers.
Tamilmani introduced himself in the inaugural May 1 edition as the Uthaya Surian editor with a page two editorial under the title “Uthaya Surian will shine new light in people’s hearts”.
It had a front page story with a photo montage of Samy Vellu and MIC deputy president Datuk G. Palanivel face to face and nearly embracing under the headline “MIC leadership transition only in 2012”.
Tamil Nesan and other mainstream national dailies and Internet news websites might have written off Samy Vellu but in the MIC, the new mantra is 2012.
Samy Vellu and his coterie, Palanivel included, are pushing the idea that “newspapers have no business” to tell Samy Vellu to quit.
“Samy should complete his term right up to 2012. I will surely support it,” Palanivel is quoted as saying in the inaugural edition.
The MIC was roiled after the Utusan Malaysia quoted Palanivel as saying, in the aftermath of the Hulu Selangor by-election victory, that he was ready to take over but that Samy Vellu had to make way.
The story sparked speculation that Palanivel was about to unseat Samy Vellu by mobilising grassroots support, something that Subramaniam’s supporters are hoping for so that they can wade in and pick up the pieces after the battle.
In fact the Makkal Osai daily under their control has been publishing provocative stories which, allegedly, attempt to pit Palanivel and Samy Vellu against each other.
Palanivel quickly moved to dampen the strategy and assure Samy Vellu’s supporters by giving nearly identical exclusive interviews to both Tamil Nesan and the new Uthaya Surian dailies pledging “undying” loyalty to Samy Vellu.
“We are together... we cannot be separated. Our relationship will continue,” the dailies quoted Palanivel as saying.
The talk among the reading public is that the new paper seeks to exploit the journalistic skills of Tamilmani to win a readership and then gradually eclipse, and possibly replace, the Tamil Nesan daily.
In a front page foreword Najib wrote that he was confident the new daily would reflect the aspirations of the Indian community with skill and responsibility and give voice to the desire of all citizens to come under his 1 Malaysia umbrella.

PPP hopes for post in probable Cabinet reshuffle


KUALA LUMPUR, May 2 — People’s Progressive Party (PPP) president Datuk M. Kayveas hopes the government will allocate a post in the Cabinet for the party if there is a reshuffle in the near future.
He said in the event the most senior person in the party will be suggested for a Cabinet position.
“We made a mistake before and my hope is that I won’t make the same mistake again. This time around I will suggest a senior person to highlight serious matters as opposed to giving the task to a young person.
“A senior leader understands the party’s position,” Kayveas told reporters after chairing the party’s supreme council meeting at the PPP headquarters here today.
The PPP now has only one seat in the Senate held by Senator Datuk T. Murugiah (picture), who is a deputy minister in the Prime Minister’s Department.
The PPP was previously allocated a deputy minister’s post and three senatorships, he said.
Kayveas said at the meeting today there was discussion about the party’s 57th annual general meeting on June 19 that may be officiated by Prime Minister  Datuk Seri Najib Razak.
He said 3,800 of 4,200 party branches had held their meetings and to be followed by 156 party divisions now in the process of holding their meetings.
Kayveas said the party will also have elections in 12 divisions this month based on dissatisfaction of division members about their division heads.
The PPP will celebrate the 57th anniversary of the party in Ipoh this year that may see the presence of Deputy Prime Minister Tan Sri Muhyiddin Yassin, he said.
Meanwhile, Kayveas rejected the notion that there was still a crisis in the party and said party unity was intact.
“The PPP has no problems... we have a problem with just one person,” he said.
The prolonged PPP leadership crisis since 2007 between Kayveas and Murugiah for the presidency turned ugly to the point of going to the justice system.
In August 2009, the Registrar of Societies (RoS) ruled that Kayveas was the legal president of the PPP and not Murugiah.
This was followed by the ruling of the Kuala Lumpur High Court in April that set aside the ruling by the Malaysian Arbitral Tribunal Establishment (Mate) that Murugiah was PPP president.
Upset with the ruling, Murugiah said he will appeal to the Court of Appeal. — Bernama

NUJ gesa akta mesin cetak dikaji semula

Kesatuan Kebangsaan Wartawan (NUJ) menggesa kerajaan supaya mengkaji semula Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 yang disifatkannya sebagai sudah ketinggalan berbanding dengan keadaan semasa.

Presiden NUJ, Norila Mohd Daud berkata kewujudan akta itu sudah tidak sesuai lagi kerana sudah terdapat banyak akta lain seperti Akta Rahsia Rasmi dan Akta Hasutan yang lebih dari mencukupi untuk mengawal kebebasan bersuara di negara ini.

"Sudah tiba masanya kerajaan secara serius menimbang untuk melihat kembali akta ini. Kerajaan patut mansuhkan saja akta ini, ia tidak berkesan apatah lagi dengan berkembangnya media baru kini, menjadikan kebanjiran maklumat di Internet tidak dapat dibendung.

"Ia hanya memudaratkan industri media perdana dan ekonominya," katanya kepada Bernama semasa menghadiri forum bertajuk "Adakah Perlu Untuk Mengawal Akhbar di Malaysia" yang dianjurkan oleh NUJ sempena sambutan Hari Kebebasan Akhbar Sedunia yang disambut esok.

Yang Dipertua Dewan Negara, Tan Sri Abu Zahar Ujang merasmikan forum tersebut.

Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 digubal bagi mengawal aktiviti serta kegiatan percetakan dan penerbitan bahan bercetak di negara ini.

Akta tersebut dilihat oleh pihak pemain industri sebagai halangan utama kepada kebebasan akhbar di negara ini kerana memerlukan organisasi media memperbaharui permit mereka setiap tahun dan tertakluk kepada kelulusan Kementerian Dalam Negeri.

Norila berkata peraturan itu perlu dimansuh kerana ia bukan sahaja akan menjejaskan kelangsungan organisasi dan pekerja industri media tetapi juga memudaratkan industri media cetak secara keseluruhan.

Beliau berkata NUJ bercadang untuk bertemu Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein untuk mengetengahkan isu yang tertangguh sejak sekian lama yang dihadapi media arus perdana.

"Lihat begini, sementara kita (kerajaan) mengenakan undang-undang yang ketat kepada media cetak, kita membiarkan media baru terlepas begitu mudah, mengapa ada double standard," katanya.

Norila berkata Majlis Akhbar yang dicadang untuk diwujudkan oleh frateniti media bagi mengawal selia sendiri pengamal media, tidak akan dapat memainkan peranannya secara aktif selagi wujudnya Akta Mesin Cetak dan Penerbitan.

Kebebasan Media Dihakis Telunjuk Akta, Kerajaan Pemerintah

KUALA LUMPUR 2 MEI: Kebebasan media yang dijamin dalam Perlembagaan Malaysia semakin hari semakin buruk berikutan pelbagai sekatan yang dikenakan kerajaan pemerintah ke atas pengamal media, baik media alternatif mahupun arus perdana.

Hal ini semakin kronik apabila campur tangan turut melibatkan individu yang ada kaitan dengan pemimpin kerajaan pemerintah, ditambah pula elemen undang-undang yang acap kali memerika parti pemerintah.

Sedangkan, mengikut Artikel 10 Perlembagaan Persekutuan, rakyat berhak untuk menyampaikan sebarang maklumat, pendapat atau cadangan antara satu sama lain.

Bagaimanapun, kewujudan pelbagai akta antaranya Akta Penerbitan dan Mesin Cetak serta Akta Rahsia Rasmi menghalang pengamal media bersuara sekali gus menyekat rakyat dari memperoleh maklumat sahih.

Sempena Hari kebebasan Media Sedunia, Kesatuan Kebangsaan Wartawan Malaysia (NUJ) menganjurkan forum bagi membincangkan isu sekatan terhadap media di negara ini.

Zulkifli Sulong, Ketua Editor Harakah Daily menceritakan pengalaman penerbitan  Harakah dihalang Kementerian Dalam Negeri, malah beliau sendiri diheret ke mahkamah atas pertuduhan mengikut Akta Hasutan pada 2000.

"Ia bermula pada 12 Januari 2000 apabila saya dibawa ke mahkamah. Kenapa dia berlaku 2000? Kerana pada 1999, Harakah menjadi antara akhbar paling popular di Malaysia dengan lebih 400,000 cetakan setiap keluaran," katanya.

Pengalamannya berdepan suasana sedemikian tidak berakhir begitu sahaja sebaliknya ia terus berlarutan dan turut dialami pengamal media lain termasuk di kalangan media arus perdana.

"Menjelang pilihan raya kecil Hulu Selangor baru-baru ini, wartawan kanan NTV 7 meletak jawatan. Kerana tekanan dari pejabat Perdana Menteri (PM) dan orang rumah PM sendiri. Sebelum itu, NTV7 dibersihkan dari penyokong Pak Lah.

"Ketua Pengarangnya, Mokhsin Abdullah hilang jawatan kerana bertukar Perdana Menteri. Selepas itu penerbit Mandarin TV2 mengalami nasib sama. Rancangan mengenai orang Asli disekat kerana takut memberi kesan kepada pilihan raya Sibu tak lama lagi," kata Zulkifli.

Panelis lain, Profesor Datuk Dr Shad Saleem Faruqi pula menyatakan tidak ada sebarang penarikan undang-undang berkaitan kebebasan media dilakukan sepanjang 52 tahun kemerdekaan Malaysia.

Walaupun secara prinsip, katanya, Perlembagaan persekutuan membenarkan seseorang mencabar keputusan menteri di mahkamah, namun ia tampak mustahil berlaku di negara ini.

Beliau merujuk kepada kes penerbitan ahkbar Aliran yang tidak diberi permit untuk menerbitkan kan ahkbar berbahasa Melayu oleh Menteri Dalam Negeri ketika itu, Tan Sri Sanusi Junid.

Aliran membawa kes ke mahkamah pada 2 September 1987, namun keputusan  mahkamah akhirnya menyelelahi kerajaan pemerintah.

"Sepanjang 52 tahun, tiada satu pun undang-undang berkaitan media diubah," katanya.

Tahap Kebebasan Media Luntur, Majlis Media Tinggal Cadangan

KUALA LUMPUR 2 MEI: Tahap Kebebasan Media di Malaysia dilihat semakin luntur dan hakikat ini disokong data dari indeks kebebasan media yang dikeluarkan sebuah organisasi antarabangsa, Reporters Without Borders.

Mengikut indeks, prestasi kebebasan media di  Malaysia pada 2009 berada di tahap rendah malah menunjukkan kedudukan Malaysia  kian merosot iaitu 39.05 mata daripada 44.25 mata.

Antara sebabnya ialah terlalu banyak peraturan digubal kerajaan pemerintah bagi mengekang media dari lantang bersuara.

Hal ini disuarakan Editor Politik The Sun, Zainon Ahmad pada forum kebebasan media anjuran Kesatuan Kebangsaan Wartawan Malaysia (NUJ) di Petaling Jaya.

Beliau pernah mencadangkan satu Majlis Media atau Press Council ditubuh bagi menyelia media tanpa campur tangan kerajaan pemerintah.

Zainon sendiri pernah menghantar kertas cadangan kepada bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi yang juga Menteri Dalam Negeri ketika itu tapi tiada jawapan.

Menurut Zainon, Majlis Media berperanan memperihal kebebasan maklumat dan meningkatkan kualiti kewartawanan mengikut etika sebenar sebagaimana amalan di negara maju.

"Majlis Media bukan sahaja soal peraturan tetapi melatih wartawan mengenai cara sebenar, cara terbaik membuat liputan dan ia mesti diikat etika kewartawanan," katanya.

Dalam forum sama, perbincangan mengenai halangan yang dihadapi media dalam melaporkan sesuatu peristiwa kerap kali dicantas atas alasan faktor keharmonian dan keamanan antara kaum.

"Kita tidak boleh mengusik sensitiviti dan jaga ketenteraman awam sedangkan ini hanya alasan. Ini menyebabkan banyak isu tidak selesai walaupun sudah 52 tahun merdeka," katanya.

Said Zahari: Kebebasan Media Sudah Mati Di Malaysia

SHAH ALAM 2 MEI: Bekas Pengarang Utusan Melayu yang membantah pengambilalihan Umno terhadap akhbar berkenaan pada era 70-an, Said Zahari menyifatkan kebebasan media di negara ini mati.

Beliau menyifatkan ia petanda jelas kemerosotan amalan demokrasi di Malaysia lantaran kebebasan media adalah antara elemen penting dalam pemerintahan demokrasi berparlimen.

Said Zahari mentakrif kebebasan media sebagai keupayaaan sesebuah media menyampai maklumat atau suara masyarakat tanpa kawalan atau pengaruh pihak tertentu secara langsung mahupun tidak langsung.

Namun, Said Zahari berpendapat kebebasan media sudah tidak ada lagi di Malaysia malah kesal kerana media tempatan kini dikongkong parti politik mahupun kerajaan pemerintah.

Hal ini menyebabkan media tidak lagi mampu menyalur malumat yang tepat dan benar kepada rakyat.

"Kebebasan media tidak ada di Malaysia. Sudah mati. Apabila suratkhabar dipunyai parti politik dan dikuasai orang yang berkaitan dengan pemerintah, maka kebebasan tiada. Mereka tidak boleh tulis sesuka hati, kena ikut arahan majikan," katanya.

Said Zahari menyalahkan pelbagai akta berkaitan media di malaysia yang digubal bagi membatas kebebasan media hingga akhirnya pengarang lebih selesa mematuhi telunjuk pimpinan kerajaaan pemerintah.

"Sekarang banyak akta yang mengongkong percetakan, buku. Yang zaman saya tak ada. Bila ada akta ini, ia mengongkong pengamal media kerana tidak boleh menulis ikut keperluan.

"Tapi ikut dasar kerajaan atau tuan punya suratkhabar itu, yang terdiri daripada ahli politik bermakna tak ada kebebasan yang tulen," katanya.

Remaja Terlantar Di Hospital, Dakwa Dikasari Anggota Polis

SHAH ALAM 2 MEI: Seorang remaja lelaki terlantar di hospital berikutan kekasaran polis selepas menyertai program anjuran Exco Kerajaan Selangor dengan kerjasama Majlis Bandaraya Shah (MBSA) di Dataran Shah Alam, malam semalam.

Kejadian berlaku kurang seminggu dari kontroversi kes Aminulrashid Amzah yang mati ditembak polis.

Kali ini turut melibatkan golongan remaja, semata-mata reaksi spontan mereka yang melarikan diri apabila didatangi polis secara mendadak.

Kejadian berlaku ketika beberapa remaja sedang duduk di kawasan Dataran Shah Alam selepas menyertai program ‘Generasi Idaman Selangor’,  sebelum peronda polis secara tiba-tiba muncul diiringi kebingitan siren.

Kumpulan remaja itu melarikan diri dengan motosikal tetapi seorang dari mereka dikatakan dikasari polis.

Mangsa yang cedera di kenali sebagai Mohd Nazmi Annuar Mohd Adil, 20, seorang pelajar Pusat Teknoloji dan Pengurusan Lanjutan (PTPL) di Shah Alam.

Pelajar jurusan elektrik dan elektronik ini mengalami kecederaan di muka  termasuk bibir dan lulut.

Bercakap pada sidang media yang anjuran Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad, seorang remaja, Mohd Saifullah Mohd Razali yang berada di lokasi kejadian menyatakan kekesalan dengan pelakuan polis.

“Memang tidak wajarlah. Kita orang datang niat baik, balik dengan kecelakaan. Memang tak sangka jadi macam ini, kena pada member pula. Tak taulah tindakan polis guna kuasa dengan tak sepatutnya," kata Mohd Saifullah.

Pada sidang media sama, bapa mangsa, Mohd Adil Baharom pula mengharapkan keadilan dan meminta polis menjaga keselamatan awam dan bersifat mesra kepada rakyat dan bukan sebaliknya.

"Kita harapkan kepada agensi yang menjaga keselamatan awam tetapi bertukar sebaliknya. Secara tak langsung, persepsi atau pandangan terhadap polis bertukar. Sepatutnya, ia lebih mesra penduduk dan jaga keselamatan jenayah," katanya.

Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad pula menyifatkan tindakan polis terhadap kumpulan remaja itu keterlaluan.

"Semasa kejadian, bukan semua remaja berada di motosikal mereka. Kebanyakan mereka duduk di astaka. Motosikal pun tersusun baik tapi polis datang macam hendak berperang.
"Ini yang menyebabkan budak-budak panik," kata Khalid lagi.

Khalid berkata insiden terbaru yang membabitkan dakwaan polis bertindak keterlaluan hanya menghakis kredibiliti polis ekoran tragedi remaja 15 tahun Aminulrashid Amzah yang mati ditembak polis minggu lalu.

"Tindakan polis seminggu kebelakangan ini nampak agak keterlanjuran. Mungkin sebelum ini pernah berlaku. Tapi kita tak dapat tahu. Sebagai ahli parlimen, bila berlaku macam ini, kita tidak boleh diamkan diri," katanya.

Apapun, Khalid berharap polis akan melakukan muhasabah diri dan berusaha untuk mencapai aspirasi rakyat.  
"Kita mahukan satu pasukan polis mengikut cogan kata mesra, cekap dan tepat. Kita bukan mahu polis yang ditakuti oleh rakyat sendiri. Kita hendak penyamun yang takut, bukan rakyat," katanya.

Pulau Pinang Mahu Contohi Selangor Diklasifikasi Dokumen


GEORGETOWN 2 Mei - Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng mendesak kerajaan melaksanakan Akta Kebebasan Maklumat (FOI) bagi memastikan kompetensi, akauntibiliti dan ketelusan dalam pentadbiran.
Beliau yang juga Setiausaha Agung DAP mengulas kejayaan kerajaan negeri Pakatan Rakyat Selangor  mengkelaskan semula dokumen negeri yang diklasifikasikan di bawah Akta Rahsia Rasmi (OSA) sejak tahun 2009.
Selain DAP, pertubuhan lain yang bersetuju dengan pelaksanaan akta tersebut termasuk Kesatuan Kebangsaan Wartawan Malaysia (NUJ) dan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam).
Mereka juga turut mendesak pemansuhan Akta Percetakan dan Penerbitan, Akta Rahsia Rasmi dan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).
"Pulau Pinang akan berusaha untuk mencontohi kerajaan negeri Selangor sebagai komitmen kita untuk membebaskan media dari kekangan pemerintah. Kita sedang berbincang bersama penasihat undang-undang negeri sebagai persediaan langkah seterusnya", kata beliau dalam kenyataan sempena Hari Kebebasan Media Sedunia hari ini.
Sepanjang pemerhatian bagi tempoh empat bulan pertama tahun ini, media di Malaysia kelihatan semakin dikongkong, ditekan dan tidak menunjukkan sebarang kemajuan kata Guan Eng.
Pada 22 April lalu, penerbit sebuah rancangan bual bicara 'Editors Time' di ntv7 yang memenangi anugerah media, Joshua Wong telah didesak untuk meletakkan jawatan oleh pihak yang dikatakan rapat dengan Perdana Menteri.
Beliau mendakwa terdapat campur tangan yang mengganggu profesionalisme dari pihak yang tidak senang dengan pandangannya.
Beberapa hari kemudian, penerbit sebuah rancangan TV2, Chou Z Lam pula mendakwa dokumentari mengenai projek Bakun di Sarawak terbitannya tidak dibenarkan untuk disiarkan.
Ianya dikatakan akan memberikan kesan terhadap kempen Barisan Nasional bagi pilihan raya kecil di Sibu.Antara rentetan peristiwa lain yang menimpa pengamal media antaranya tindakan disiplin yang dikenakan terhadap pengarang akhbar China Press, surat tunjuk sebab yang diberikan atas artikel terbitan The Star dan rampasan buku 'Where is Justice' dan 1Funny Malaysia'.
Ironinya, tiada tindakan yang dikenakan kepada akhbar Utusan Malaysia yang menyebarkan fitnah terhadap pemimpin Pakatan Rakyat.
Bahkan akhbar tersebut turut meniupkan sentimen perkauman dan agama.
Dalam perkembangan berkaitan, Guan Eng mendedahkan kesukaran kerajaan Pulau Pinang untuk menguatkuasakan Akta Kebebasan Maklumat (FOI) berikutan pertindihan bidang kuasa antara kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri.
"Akta tersebut hanya boleh dilaksanakan melalui kerajaan pusat, tapi kita boleh mengikut jejak Selangor dengan mengklasifikasikan undang-undang pada peringkat negeri.
"Akhbar dan rakyat Malaysia perlu dibebaskan. Namun, kebebasan media tidaklah bermakna kebebasan untuk melakukan pembohongan. Media sepatutnya mempunyai etika dalam melaporkan berita dan memberikan pandangan", jelas Guan Eng lagi.

Selamatkah Kawasan JDA Di Sempadan Malaysia - Thailand..?

Semenjak awal kemerdekaan lagi Negara Malaysia telah dipimpin oleh Balaci-Balaci Barat yang berselinndung disebalik Slogan "MeLAYU". diawal penampilan, mereka-mereka ini dilihat oleh dunia dan majoriti sebagai "Pejuang MeLAYU". manakan tidak kalau setiap kali penampilan mereka dimata umum lengkap berbaju MeLAYU, bertengkolok, bersampin dan siap keris disisi di pinggang.

Warna kulit dan asal usul mereka usah dipertikaikan asalnya berbaju MeLAYU sahaja sudah cukup untuk membutakan mata penyokong-penyokong tegar parti keris MeLAYU ini.

Janji, Sumpah Laknat, Taat Setia dam Ikrar mereka pada warga Tanah MeLAYU pada masa itu siap dengan draf Perlembagaan yang menyebut bahawa "Bangsa MeLAYU" ada Hak-Hak dan Keistimewaan di Tanah MeLAYU pada ketika itu.

"Hidup MeLAYU...!!!", "Hidup MeLAYU...!!!", Hidup MeLAYU...!!!"

Laung unggas-unggas yang datang dari baka BANGANG yang mewakili gen paling BODOH. laung sekadar bersebabnya yang berdiri di depan berbaju MeLAYU tegak menjulang keris. tinggi entah siapa yang nak kena tikam, aku pun tak tau. yang kita nampak sekarang ialah, Bangsa Malaysia sendiri tertikam dari belakang. sikit demi sedikit tertusuk keris sendiri.

Tu BANGANG namanya.

Tapi mangkuk-mangkuk tingkat dalam UMNO tak kisah. asalkan nama "MeLAYU" tak dibuang dari Perlembagaan, tu dah cukup bagus. tanah tergadai - tak kisah sebab itu "pelaburan". murah sangat harga maruah Tanah Kita.

Cukup kalau mana-mana Negara Jiran buat tuntutan hak-milik. lambat tak lambat cuma perlu sabar, tak esok - lusa, tak lusa - tulat, tak tulat... akan jadi Hak-Milik yang menuntut juga.

Fakta yang tak boleh disanggah - Singapura terpisah dari Tanah MeLAYU di Zaman pahlawan berbaju MeLAYU dari parti keris. sekarang dalam kebanyakan isu, kita sentiasa mengalah kepada Negara Kecil sebesar kepala mancis dalam peta.

Baiknya hati "Pejuang MeLAYU" bila bukan sahaja Tanah Berdaulat dilepaskan begitu saja, air pulak kita salurkan pada "Bekas Tanah Air" kita dengan harga yang lebih murah dari air lendir yang keluar dari jubur babi.

Itu harga "Kedaulatan" Tanahair Malaysia.

"Hidup MeLAYU...!!!", "Hidup MeLAYU...!!!", Hidup MeLAYU...!!!"

Aku yakin sorakan sedemikian bakal bergema lagi tahun depan dalam perhimpunan Parti Keris. paling hampir, sorakan yang sama akan kedengaran di Sibu nanti. tunggu dan lihat, tak payah komen. dimana ada perhimpunan Parti Keris, pasti akan ada sorakan sedemikian.

Sastera beb..! kalau nak menulis bab MeLAYU, kena praktik "Ilmu Sastera". baru ada bau Keris lok 7 atau seblas. baru gerombolan iktiraf. pengiktirafan tu pun bukan sebab "Bahasa Sastera" ni cantik, pengiktirafan tu dibagi sedemikian sebab gen MeLAYU ni BANGANG. bukan dia paham pun apa yang tersirat.

Kalau dalam Perhimpunan Agung Gerombolan, kau pakai baju kot ala-ala Mat Saleh orang akan pandang kau semacam, tapi kalau tiba-tiba kau bawak keluar Keris julang tinggi-tinggi lepas tu kau jerit sepenuh hati "Hidup MeLAYU...!!!", "Hidup MeLAYU...!!!", Hidup MeLAYU...!!!", yakin satu tepukan bergemuruh akan kau terima sebagai penghargaan.

Padahal mesej yang kau bagi jelas, baju kot menjulang keris dalam "Bahasa Sastera"nya ialah ''MeLAYU" hidup tapi dijajah.

Puak-puak Parti Keris tak kan faham "konsep" ni. yang dia tau, asal ada Keris, baik kau telanjang bulat pun kau tetap hebat. walaupun pelir kau berseranggah. jangan marah beb... ni "Bahasa Sastera". kena baca sambil sedut rokok daun. Cigar..? pun boleh... tapi nak kena ada Kopi "O"... baru nampak macam "Pelacur MeLAYU Terakhir". tak paham sudah...

Singapura lagi...

Tanah kita dah bagi, bukan bagi, maknanya serah terus, kau ambiklah buat macam Hak Kepala Bapak kau. aku top-up pulak dengan air. Tanah yang kita lepas dari kedaulatan kita tu kita bantu pulak dengan pemberian pasir.

Ada masalah ke dekat situ..? dah tentu tak ada sebab Tanah MeLAYU@Malaysia ni kan luas. paling tidak pun 100 tahun lagi Malaysia akan jadi sebesar Singapura sekarang dan Singapura akan jadi sekecil Malaysia sekarang.

Wilayah Pembangunan Iskandar pun bukan kita tak bagi dekat Singapura. sikit hari lagi, mungkin pelir Perdana Menteri Malaysia pun Negara Jiran boleh kongsi kalau ianya menguntungkan.

Yang herannya para "Pejuang MeLAYU" ni lah yang lepaskan Singapura, lepas dah terlepas, para "Pejuang MeLAYU" ni jugaklah yang dok berkokok mempersoalkan apa yang dah jadi pada MeLAYU di Singapura. tak pasal-pasal orang lain pulak yang salah. kau yang bagi kereta kau dekat orang lain dengan geran yang kau dah tukar nama, bila komponen dalam kereta tu tak berfungsi, kau nak salahkan "tuan baru" kereta tu pulak.

Beb... kereta dia, ikut suka dialah nak bikin macam mana. nak letak spoiler 5 kaki dekat atas bonet ke, nak potong spring sampai tayar rapat dekat MudGuard ke, nak letak Hi-Cam sampai 300' ke, nak pakai ekzos 5inchi ke, nak lenjan dalam selut ke... kau peduli apa..? janggut kau, kau punya suka la nak trim macam mana..!

Kompom MeLAYU tak paham apa aku tulis dekat atas tu.

Beb... nak tanya sikit... Pulau Batu Putih tu kerja Pakatan Rakyat ke..? Anwar Ibrahim ke, Lim Kit Siang ke, Tok Guru yang deal bagi Pulau tu dekat Singapura..? boleh tolong jelas sikit..?

Minggu lepas pulak terbocor lagi 1 kejayaan "Pejuang Bangsa" Malaysia.
Mantan Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi menolak dakwaan Tun Dr Mahathir Mohamad yang beliau telah 'menyerahkan' 'dua kawasan yang kaya minyak' kepada Brunei.Dalam kenyataannya lewat petang ini, Abdullah berkata sumber di 'blok L dan M' di Laut China Selatan yang dirujuk oleh Dr Mahathir, kini dikongsi bersama oleh Malaysia dan Brunei di bawah perjanjian wilayah dan komersil yang ditandatangani pada 16 Mac tahun lalu.

Walaupun blok L dan M kini berada di bawah kedaulatan Brunei, tetapi katanya, Malaysia akan dibenarkan mengambil bahagian dalam usaha bersama untuk memajukan pengeluaran minyak dan gas di situ untuk tempoh 40 tahun.

Menurut Abdullah, ia bertujuan untuk menyelesaikan isu sempadan antara kedua negara.
Paham ke tak paham..?

Baca apa kata Dato' Husam Musa Pengerusi Badan Bertindak Menuntut Royalti Kelantan:
Tahniah dan terima kasih kepada Pak Lah yang kali ini bersikap responsive.

Pak Lah memberikan penjelasan terhadap isu tergadainya dua medan minyak milik Sarawak kepada Brunei lewat petang ini, Juma'at, 30 April 2010.

Dari penjelasan ini kita dapat simpulkan;

a. Bukan medan minyak sahaja terlepas, tetapi sempadan negara kini mengecil kerana perairan di mana terletaknya dua medan minyak L dan M kini diiktiraf sebagai milik Brunei. "In a statement today, the former prime minister confirmed that Block L and Block M concessions now belonged to Brunei but...." (Bernama)

“This agreement serves to settle certain overlapping claims that existed in the past which included the area of the concession blocks known before as Block L and Block M.

“Sovereign rights to the resources in this area now belongs to Brunei." Laporan The Star berdasarkan kenyataan akhbar Pak Lah.

b. Cuma Malaysia diizinkan untuk menyertai perkongsian operasi pengeluaran minyak bagi kedua-dua blok itu untuk 40 tahun.

c. Terma ini dipersetujui Kabinet pada 11 Februari 2009. Bermakna PM sekarang juga terlibat dalam keputusan tersebut.

Penjelasan Pak Lah ini tidak mengubah inti berita sebelum ini bahawa kita telah terlepas dua medan minyak sekali gus kepada Brunei dan kini, kita sebenanya terlepas bukan sahaja medan minyak bahkan kedaulatan sempadan laut berkenaan juga untuk selama-lamanya.

Balasan yang diperolehi oleh Malaysia ialah kita boleh menyertai perkongsian operasi berasaskan perniagaan di medan berkenaan untuk selama 40 tahun. Selepas itu, kawasan berkenaan kekal dalam wilayah Brunei.

Bagi Pak Lah dan Kerajaan Malaysia, terlepas kedaulatan wilayah adalah kecil asal dapat merasa seteguk dua minyak dari kawasan yang kita lepaskan. Aduhai!

Dalam kes kawasan pertindihan sumber minyak Malaysia Thailand, negara mengambil ketetapan berbeza iaitu kawasan berkenaan kekal sebagai sebahagian wilayah Malaysia dan hasil minyak dibahagi mengikut peratusan tertentu antara dua negara. Kita tidak melepaskan kedaulatan wilayah kita tetapi kita menggunakan kaedah 'joint development'.

Mengapa susunan yang sama tidak digunakan dalam kes Brunei dan dengan itu kita tidak terlepas wilayah kita?

Atas murah hati kita melepaskan perairan di mana terletaknya dua medan minyak itu, kita mendapat kedaulatan ke atas Limbang.

Soalnya, kini pun Limbang adalah milik kita dan ia sebahagian dari Sarawak. Sungguh pun Brunei ada menuntut haknya ke atas Limbang, dari inti pati perjanjian-perjanjian sebelum ini termasuk apa yang disebut oleh Pak Lah dalam kenyataannya, isu Limbang sudah pun memihak kepada Malaysia.

Bermakna, kita mendapat apa yang sudah menjadi hak kita dan kita terlepas apa yang sepatutnya juga menjadi hak kita.

Nampaknya, kita mengambil jalan mudah dalam perkiraan ini. Apa lagi, Brunei masih secara terbuka menyatakan bahawa tuntutan ke atas Limbang belum digugurkan. Bererti, harapan kita untuk menyelesaikan isu tuntutan Limbang secara tersirat melalui 'pengukuran semula sempadan' berasaskan perjanjian-perjanjian 1920, 1931, 1933 (dua perjanjian berasingan) dan 1939 masih dalam proses sedangkan kedaulatan kita ke atas perairan yang terkandung di dalamnya dua medan minyak yang kaya itu sudah pun terlepas.

Bermakna, Brunei telah mndapat apa yang mereka mau serta merta dan kita menunggu satu tempoh dan proses yang akan memakan masa. Apa akan terjadi jika pendirian kerajaan Brunei atas apa sebab nanti, akan berubah?

Mengikut laporan, Brunei telah pun menganugerahkan konsesi dua medan itu kepada Total dari Perancis dan kedudukan Petronas dalam susun atur perkongsian yang disebut belum dijelaskan.

Akhirnya, bagaimana dengan Sarawak? Adakah kerajaan negeri dirundingi ketika wilayah laut kita ingin dilepaskan bersekali dengan sumber minyaknya?

Jika Pak Lah telah tampil 'menafikan tetapi sebenarnya mengiyakan', adakah PM kini hanya akan berdiam diri?
Macam yang aku cakap tadi... anggaran awal aku, 100 tahun lagi Malaysia akan jadi "sebesar" Singapura sekarang dan Singapura pula 100 tahun lagi akan jadi "sekecil" Malaysia sekarang.tapi kot mana-mana pun Parti Keris tetap akan menyanyi lagu Pakatan Rakyat "Pengkhianat Negara".

Bila aku cuba paham baik-baik, rupanya apa yang Parti Keris tu cakap memang ada betulnya.

"Practically" apa yang diamalkan dalam Keris ialah seni "Putar Roda Gampang". seni "Putar Roda Gampang" terkandung dalam salah 1 ajaran hikmat tertinggi peradaban Bangsa MeLAYU peringkat ke 12 hikmat Serbuk Kari Malaya. korang cari buku "Serbuk Kari Malaya", bukak muka surat 3 - lepas diadun, kacau hingga sebati sehingga adunan menjadi bodoh.

Erti kata lain - kau pakai Baju Melayu kaler merah putih, pergi tengah jalan, menyangkung sambil angkat kaki kiri tinggi-tinggi, berak diatas garisan berkembar. lepas berak tak payah basuh, balik dengan lendir taik di jubur dan baju, kemudian cerita dekat orang kampung, Lee Kuan Yew tak basuh taik dia semalam. pedulikan persoalan kalau ada yang bertanya.

Kalau kau lulus yang ni - lepas PRU-13, kau boleh jadi Presiden UMNO. hujahnya ialah, kalau kau dapat nafikan tanpa prejudis yang kau tak bersetubuh dikahalayak ramai sambil-sambil kau sedang bersetubuh di khalayak ramai. kau memang hebat.

Contoh dah ada. rujuk semua Presiden UMNO sebelum ni.

"Hidup MeLAYU...!!!", "Hidup MeLAYU...!!!", Hidup MeLAYU...!!!".

Singapura makin besar, Brunei makin luas... akan datang - Apa nasib kawasan JDA di sempadan Kelantan - Thailand..?


APCO : PAS KAWASAN BUKIT KATIL LULUS USUL HERET PEMIMPIN BN KE MUKA PENGADILAN


·
PAS kawasan Bukit Katil yang mengadakan mesyuarat agung kali ke 7 hari ini meluluskan sebulat suara usul mengheret pemimpin kerajaan BN yang sanggup menggunakan khidmat APCO dalam kerja-kerja melibatkan keselamatan negara.

Usul yang dibentangkan secara tergempar oleh Dewan Pemuda Kawasan itu diterima sebulat suara tanpa sebarang bantahan.

Semasa membentangkan usul tersebut wakil Dewan Pemuda Kawasan Bukit Katil, Jauhar Md Dawi berkata kedurjanaan, kecurangan dan kebiadapan pemimpin kerajaan BN benar-benar mengguriskan hati rakyat Malaysia dan umat Islam seluruh dunia. Mereka mesti disiasar dan diheret ke muka pengadilan kerana membelakangkan undang-undang kerana Malaysia tidak mempunyai hubungan diplomatik dengan Israel selain membazirkan duit rakyat dan berlakunya penyalahgunaan kuasa.

Najib: Obama yang mahu berjumpa saya..ha..ha...kalau betul tak pe...!!! tapi selalunya tak betul..he..he...!!!

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak memberitahu hari ini bahawa Presiden Amerika Syarikat Barack Obama yang mahu bertemu dengan beliau, dan bukan sebaliknya seperti yang didakwa oleh pembangkang.

"Saya tidak tunduk kepada beliau sepertimana didakwa oleh parti pembangkang.

"Hakikatnya, Presiden Obama mahu berjumpa saya. Dalam pertemuan kami, beliau meminta saya menjelaskan mengenai Model Ekonomi Baru negara," katanya.

Menurut Najib beliau merupakan satu-satunya pemimpin dari Asia Tenggara yang diberikan peluang itu.

Najib menegaskan demikian ketika berucap di majlis pemimpin bersama rakyat di SK Bandaran Sibu No 3 di Kampung Bandong, Sibu, lapor Bernama.

Beliau mengingatkan rakyat supaya berhati-hati dengan penyokong pembangkang yang menurut beliau akan berkampung di situ untuk mereka-reka cerita danmemutarbelitkan fakta menjelang pilihan raya kecil ini.

Perdana Menteri berkata rakyat sepatutnya memberi tumpuan untuk membina masa depan mereka.

"Lagipun, kita semua tahu apa yang mampu dilakukan BN, telah lakukan dan akan lakukan untuk semua," katanya.

Di majlis itu, Najib mengumumkan peruntukan RM35,000 masing-masing bagi 10 surau dan RM40,000 masing-masing bagi lapan sekolah agama Islam di situ.
Mengenai konsep 1Malaysia, perdana menteri berkata semua rakyat Malaysia tanpa mengira bangsa dan agama atau sama ada mereka dari Semenanjung, Sabah atau Sarawak akan mendapat manfaat daripada konsep tersebut.

"Ia umpama seperti berteduh di bawah satu bumbung, terlindung daripada bahang matahari dan hujan. 1Malaysia ialah ikatan perpaduan bagi kita semua," katanya.

Najib berkata beliau mengilhamkan konsep itu kerana terdapat keperluan untuk semua untuk saling berkompromi jika mahu negara terus menikmati pembangunan pesat dan lebih makmur lagi.

"1Malaysia adalah satu ikatan yang tak boleh dirungkai, dimaki hasut atau dibawa ke hala tuju yang lain," katanya.

Sementara itu, ketika berucap di majlis yang sama di bandar Sungai Merah, Najib berkata BN patut menjadi pilihan "demi harapan dan masa depan lebih terjamin."

Turut mengiringi beliau ialah calon BN Robert Lau Hoi Yew, Ketua Menteri Tan Sri Abdul Taib Mahmud, Timbalan Ketua Menteri Tan Sri Dr George Chan Hong Nam, Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan pemimpin parti komponen BN.

Najib berkata beliau, Taib dan semua menteri dan wakil rakyat BN akan memberikan sokongan padu kepada Lau (kanan), yang lebih mesra dengan gelaran Robert Lau Junior di kalangan penduduk, dalam menjalankan tanggungjawab jika dipilih.

Beliau juga berkata Sibu mempunyai potensi untuk membangun lebih pesat lagi berdasarkan kemahiran keusahawanan yang dimiliki penduduknya.

"Penduduk Sibu, terutamanya kaum Foochow, memang terkenal dengan kemahiran berniaga, mahir dalam perdagangan, sedia untuk bekerja keras dan semangat kental mereka untuk berjaya, yang diwarisi daripada nenek moyang mereka," katanya.

Semua kualiti itu, kata Najib, ditambah pula dengan komitmen dan keupayaan BN untuk melaksanakanya, selaras dengan bandar itu untuk membangun dengan lebih pesat lagi.

Najib berkata anggota Parlimen Sibu dan timbalan menteri pengangkutan sebelum ini, mendiang Datuk Robert Lau Hoi Chew merupakan contoh terbaik semangat Foochow yang dipaparkan melalui khidmatnya kepada rakyat, bandar, negeri dan negara.

"Mendiang merupakan seorang daripada pemimpin yang benar-benar komited untuk memperbaiki kehidupan penduduk Sibu dan pentadbiran BN.

"Saya hanya mendapat tahu baru-baru ini bahawa beliau sebenarnya sakit semasa beliau mengiringi saya melakukan tinjauan mesra di Sibu Central Market dalam lawatan saya kira-kira sebulan setengah lepas. Namun beliau tetap mengiringi saya," katanya.

Semangat mendiang akan terus hidup dalam diri penggantinya, Robert Lau Junior, yang akan menunjukkan komitmen sama untuk berkhidmat kepada rakyat, katanya.

Najib juga berkata beliau menjadikan Sungai Merah sebagai perhentian pertamanya dalam melakukan tinjauan mesra itu kerana beliau mahu memberi pengiktirafan terhadap sumbangan kaum Cina yang merupakan penduduk awal di kawasan itu dalam membangunkan bandar itu khususnya, dan negeri dan negara amnya.

Bandar itu yang terletak kira-kira 7 kilometer dari sini, merupakan kawasan pendaratan pertama kaum Foochow di bawah pimpinan ketua mereka Wong Nai Siong pada 1901, dan kaum Heng Hua apabila mereka tiba dari China pada awal abad lepas.

Dari sini mereka kemudiannya berpindah ke kawasan lain di negeri ini.

Terdahulu, sejurus tiba di sini, Najib menghabiskan masa kira-kira sejam beramah mesra dengan ratusan penduduk yang datang menyambut ketibaan beliau.

Beliau juga sempat menikmati kopi di dua buah kedai kopi.

Najib mahu siasatan kes Aminulrasyid dijalankan secara terbuka dan telus


SIBU, 2 Mei — Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mahu siasatan berhubung insiden remaja berusia 15 tahun Aminulrasyid Amzah, yang mati akibat terkena tembakan polis pada 26 April lepas, dijalankan secara terbuka dan amat telus.
“Kita tidak boleh bersikap mempertahankan diri kerana orang ramai mahukan jawapannya. Saya pasti polis akan memberi kerjasama penuh (dengan siasatan itu) bagi memuaskan hati keluarga mangsa, yang ingin tahu apa yang sebenarnya berlaku,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri majlis jamuan tengah hari dan penyampaian Pingat Jasa Malaysia (PJM) kepada 32 veteran tentera dari Sarawak di Kem Rascom di Briged Infantri Kesembilan di Jalan Ulu Oya, dekat sini hari ini.
Dalam kejadian pada 2 pagi Isnin lepas, Aminulrasyid mati terkena tembakan yang dilepaskan polis yang mengejar kereta yang dipandu remaja itu sepanjang enam kilometer pada kadar kelajuan tinggi sebelum terbabas di Seksyen 11, Shah Alam. Rakan remaja itu sempat melarikan diri.
Ditanya sama ada Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan perlu meletak jawatan berikutan insiden itu, Najib berkata: “Anda tidak boleh meminta KPN meletak jawatan disebabkan satu insiden yang bukan merupakan tanggungjawabnya secara langsung.”
Beliau meminta orang ramai supaya tidak membuat kesimpulan sendiri dengan terlalu cepat menuding jari kepada pihak berkuasa tanpa mengetahui fakta sebenar kejadian. — Bernama

PRU-13: Umno gugur tuntut MIC serah Hulu Selangor

Oleh G. Manimaran
KUALA LUMPUR, 2 Mei — Umno yang menuntut agar kerusi Parlimen Hulu Selangor dikembalikan kepada parti itu ketika pilihan raya kecil bulan lalu memutuskan tidak akan berbuat demikian pada pilihan raya umum ke-13.
The Malaysian Insider difahamkan kata sepakat telah dicapai baru-baru ini dengan mengambil kira keputusan pilihan raya kecil 25 April lalu.
Calon Barisan Nasional (BN) P. Kamalanathan menang dengan majoriti 1,725 undi.
“Kami ada mengadakan perbincangan baru-baru ini dan memutuskan agar MIC kekal bertanding pada pilihan raya umum ke-13 nanti... Umno tidak akan menuntut daripada MIC,” kata seorang pemimpin kanan Umno Hulu Selangor ketika ditemui di Kuala Kubu Baru hari ini.
Kira-kira dua minggu sehingga BN mengumumkan nama bakal calonnya — dua hari sebelum penamaan calon — Umno Selangor dan Umno Hulu Selangor dilaporkan menuntut agar kerusi Parlimen Hulu Selangor diserahkan semula kepada Umno untuk bertanding.
Umno telah mula mengemukakan tuntutan ini pada 2008.
Bagaimanapun tuntutan ini rancak ketika pilihan raya kecil selepas calon MIC Datuk G. Palanivel gagal mempertahankan kerusinya pada 8 Mac 2008.
Selain menuntut kerusi itu dikembalikan, Umno Hulu Selangor juga tidak mahu Palanivel diletakkan semula sebagai calonnya pada pilihan raya kecil kali ini.
Menurut Umno bahagian itu pihaknya sedia MIC meletakkan calonnya tetapi dengan syarat bukannya Palanivel.
Bagaimanapun Pengerusi BN Datuk Seri Najib Razak yang juga Perdana Menteri menegaskan pada Konvensyen BN Selangor bahawa MIC tetap akan dibolehkan menurunkan calonnya bagi mewakili BN.
Ketika pilihan raya kecil ini kerusi Parlimen Hulu Selangor diberikan nama jolokan sebagai bahagian jati mewakili konsep 1 Malaysia, yang dibawa oleh Najib sejak dilantik Perdana Menteri 3 April 2009.
Umno menuntut kerusi ini atas alasan 54 peratus daripada 64,500 pengundi adalah orang Melayu. Baki 26 peratus merupakan orang Cina, India (19 peratus) dan Orang Asli (0.4 peratus).
Pemimpin kanan Umno Selangor itu berkata oleh kerana kerusi ini “benar-benar mewakili” konsep 1 Malaysia, maka ahli-ahli Umno sudah mula semangat tersebut.
“Malah kami juga menerangkan semangat dan konsep ini dan sebab MIC akan dibolehkan tanding lagi di sini,” katanya.
Menurut beliau, pihaknya juga merasakan bahawa walaupun pengundi Melayu adalah majoriti, tetapi belum pasti calonnya akan menang jika Umno yang menurunkan wakil mereka.
Umno Hulu Selangor juga katanya, sedar bahawa jika kerusi itu diambil daripada MIC kemungkinan akan ada kalangan mereka yang menyokong pembangkang sebagai undi protes.
“Ini pun kami sedar,” katanya.
BN merampas balik kerusi Hulu Selangor dengan menerima peningkatan sokongan pengundi Melayu dan India manakala undi kaum Cina pula merosot, jauh rendah berbanding pola Mac 2008.
Umno mempunyai wakil di dua daripada tiga kerusi Dewan Undangan Negeri manakala yang satu lagi milik MCA dan MIC memegang kerusi Parlimen.
“Berdasarkan majoriti pengundi, Umno akan memiliki dua kerusi DUN iaitu bersamaan dengan 50 peratus, satu oleh MCA dan Parlimen pula diberikan kepada MIC mewakili baki 50 peratus,” katanya.

Aktivis bantah campurtangan dalam media

Kira-kira 30 aktivis mengadakan protes ringkas KLCC hari ini bagi memperingati Hari Kebebasan Akhbar Sedunia yang akan disambut esok.

Anjuran Pakatan Penulis untuk Kebebasan Media (Wami), mereka berkumpul di kawasan air pancur di KLCC untuk membantah campurtangan politik dalam media dan mendesak supaya kebebasan akhbar dipertahankan.

Sambil duduk di atas anak tangga KLCC Suria Mall, mereka menyatakan bantahan dengan 'membaca' akhbar arus perdana secara terbalik.

Selain memprotes "pembohongan, campurtangan politik, pemilikan politik, dan putarbelit" dalam akhbar-akhbar berkenaan, mereka juga menyatakan sokongan kepada Joshua Wong dan Chou Z Lam - wartawan televisyen yang dikatakan menjadi mangsa campurtangan politik.

Kumpulan tersebut yang turut mewujukan halaman Facebook dan menamakan dirinya 'Flashmob for Press Freedom', telah menarik perhatian orang ramai dan pelancong sebaik sahaja duduk di situ dengan memegang akhbar dan menjadi sasaran jurugambar.
"Dengan membaca akhbar arus perdana secara terbalik, kita cuba mengingatkan orang ramai supaya melihat sesuatu dari perspektif yang berbeza, kerana kita sering tidak dapat maklumat yang betul dari media arus perdana," kata presiden Wami, Wong Chin Huat (kanan) kepada pemberita.

Aktivis Wong Kieng Maen pula berkata beliau menyertai protes hari ini untuk menyuarakan sokongannya terhadap kebebasan akhbar.

"“Ramai rakyat Malaysia yang tidak berani bersuara. Jika apa (yang hendak kita kata) itu betul, kita mesti bersuara," katanya.

Sementara itu, sekumpulan kira-kira 20 anggota Pemuda Umno yang diketuai oleh seorang yang mengenal dirinya sebagai Hishamuddin Yahya (kiri), muncul di situ sambil membawa salinan akhbar rasmi PAS, Harakah and akhbar rasmi PKR - Suara Keadilan.

Katanya, akhbar pembangkang juga memutarbelitkan kebenaran, manakala akhbar media arus perdana pula menyiarkan laporan yang lebih baik.

"Apa mereka (pembangkang) mahu? Mereka tidak adil kepada media arus perdana," katanya Hishamuddin kepada pemberita.

FLASHBACK : TUNJUK PERASAAN BESAR-BESARAN 1 MEI 1940 DI SINGAPURA


TUNJUK PERASAAN BESAR-BESARAN 1 MEI 1940 DI SINGAPURA
( Suara Demokrasi Malaya 29.4 – 2.5 1982)
Pada pagi 1 Mei , 42 tahun yang lalu, lebih 50 ribu orang buruh lelaki dan wanita berbagai perusahaan Singapura beramai-ramai menaiki lori atau berjalan kaki tersusun menjadi barisan perarakan raksasa yang panjang, merempuh halangan tentera dan polis bersenjata imperialis British, berarak dari segala penjuru untuk berkumpul di padang Jalan Besar. Dengan semangat yang meluap-luap, mereka menjunjung cogan kata-cogan kata diikat pada batang kayu yang boleh digunakan untuk melawan penindasan kekerasan imperlialis. Mereka melantangkan semboyan-semboyan seperti: SELAMAT HARI PEKERJA INTERNASIONAL 1 MEI, BERSATULAH KAUM BURUH, LAWAN PERANG DUNIA KAPITALIS, BERI DEMOKRASI DAN KEBEBASAN, BEBASKAN SEMUA TAHANAN POLITIK. Semboyan-semboyan tersebut laksana guntur bergemuruh menggoncangkan seluruh bandar Singapura. Ini menunjukkan tunjuk perasaan besar-besaran kelas buruh Singapura menguji kekuatan sendiri, menghentam keganasan imperialis British dan memberangsangkan tekad juang massa yang luas.
Di antara penyusun dan pemimpin tunjuk perasaan besar-besaran itu terdapat Li Liang, anggota Dewan Harian Jawatankuasa Pusat PKM dan pemimpin-pemimpin buruh lainnya. Pada masa itu sudah setengah tahun lebih Perang Dunia Kedua berlangsung di Eropah. Fasis Jerman telah menguasai dan memperhamba seluruh Eropah Barat, dan memperhebat persiapan menyerang Soviet Union. Pada waktu itu, di Malaya, pihak PKM menjunjung tinggi-tinggi panji melawan perang imperialis, mengerahkan massa yang luas bangkit melancarkan berbagai bentuk perjuangan. Pihak imperialis British pula, untuk menjalankan perang imperialis dan lebih gila-gilaan merompak sumber alam negeri kita, melipat gandakan penindasan ke atas gerakan massa dan berkhayal hendak membasmi kekuatan revolusioner yang dipimpin PKM. Pertentangan antara rakyat Malaya dengan imperialis semakin meruncing. Tunjuk perasaan besar-besaran 1 Mei itu merupakan satu tindakan raksasa kelas buruh Singapura yang dipimpin PKM untuk melawan serangan imperialis British dan menghentam kekuasaan durjananya.
Menjelang 1 Mei, di samping berdaya upaya mengugut kaum buruh, imperialis British memerintahkan semua polis Singapura dan sebahagian tentera yang ditempatkan di pangkalan Singapura berada dalam keadaan berjaga-jaga. Ia menunjukkan rupa ganasnya, bersiap sedia mengadakan penindasan berdarah. Paga pagi 1 Mei, suasana di seluruh Singapura menjadi tegang. Di jalan raya utama yang melalui kawasan bandaran dan tempat-tempat pusat bandar semuanya telah diletakkan sekatan yang dijaga oleh tentera dan polis bersenjata. Hampir semua barisan perarakan dihalangi oleh tentera dan polis imperialis British. Ketika memasuki bandar, barisan dari tempat-tempat luar bandar telah berbentrok dengan tentera dan polis. Berbagai jurusan massa buruh kawasan bandar juga disekat di tebing Sungai Kalang. Oleh yang demikian, rancangan asal diubah. Mereka berkumpul di Bukit Timah dan tebing Sungai Kalang serta tempat-tempat lain untuk mengadakan rapat perayaan hari pekerja 1 Mei secara berasingan. Akan tetapi, barisan tunjuk perasaan tersekat di berbagai tempat dan diperintahkan bersurai oleh tentera dan polis imperialis British. Kerana kedua-dua pihak tidak bertolak ansur, akhirnya tentera dan polis mulai menangkap dan memukul massa buruh sehingga ramai yang cedera. Para buruh yang bersenjatakan kayu, botol dan batu melawan dengan gagah berani. Musuh menembaki massa buruh. Buruh pencelup, Luo Liang-zhu dan Liang Qing-dian, kedua-duanya anggota PKM gugur dengan mulianya. Akan tetapi penindasan berdarah imperialis British ke atas perarakan kaum buruh telah membunyikan loceng maut mereka sendiri.
Tunjuk perasaan besar-besaran kali ini telah mendidik dan menempa massa buruh Singapura, memberangsangkan kelas buruh seluruh Malaya. Kesemua ini telah mencatit lembaran yang cemerlang dalam sejarah gerakan buruh dan perjuangan melawan imperialis.

Masa Depan UMNO

Bila UMNO di tubuhkan pada tahun 1946, ia tidak membayar apa apa untuk mendapatkan sokongan orang Melayu. UMNO hanya menawarkan darah, keringat dan air mata sahaja. Yakni perjuangan, kerja keras dan tangisan duka mencapai matlamat matlamat perjuangan. UMNO menawarkan perkara yang menyusahkan. Namun sokongan orang Melayu terhadap nya, menyeluruh. Kenapa?
Kerana yang di tawarkan oleh UMNO bukan wang dan harta benda- tapi masa depan yang bermaruah. Masa depan sebagai anak bangsa yang bermaruah. Masa depan yang bermaruah untuk negeri anak bangsa. Masa depan kepada hak hak anak bangsa Melayu. Hak yang pertama lagi utama, ialah hak memerintah diri sendiri.
UMNO tidak membayar orang Melayu untuk dapat sokongan mereka. UMNO berusaha menimbulkan rasa kecintaan orang Melayu kepada nya.
Tapi hari ini keadaan nya lain. Rakyat tidak mahu menyokong jika tidak di beri imbuhan segera. Pimpinan UMNO berfikir bahawa jalan ke hati dan jiwa rakyat hanya melalui pembayaran. Ini bermakna nya, UMNO sudah tidak ada idealsme dalam dada perjuangan nya. Apabila kuasa membayar mengatasi idealisme, timbul pula keangkuhan dalam hati sang pembayar. UMNO rupa rupa di sedarkan bahawa kemampuan membayar tidak menjamin kemenangan dalam PRU ke 12.
Rakyat mahu sokong parti tidak lagi kerana nilai dan matlamat perjuangan. Rakyat akan sokong jika mana mana parti boleh menawarkan imbuhan dan faedah segera. Pembangunan yang sepatutnya di jadikan unsur dalam rangka tanggung jawab sebagai kerajaan, menjadi bahan berjual beli. Ertinya, lama kelamaan, parti politik menjadi sebuah syarikat direct selling. Implikasi keatas masa depan dalam konteks mutu kepimpinan yang akan muncul, kaedah perjuangan dan matlamat perjuangan akan berubah.
Sedangkan, perubahan itu bukan sesuatu yang di takuti oleh UMNO. Yang kita takut ialah UMNO atau khususnya pimpinan UMNO tidak tahu bagaimana berdepan dengan masa depan tersebut. Di Hulu Selangor, pimpinan UMNO hanya tahu satu cara- iaitu dengan membayar laluan nya dengan wang ringgit untuk mencapai matlamat.
Bolehkah dengan cara ini, kita mengekalkan kelansungan hayat UMNO? UMNO sudah lupa bahawa pemacu perubahan, pengembeling sokongan ialah idealism perjuangan UMNO yang di jurubicarakan dan di juarai oleh pimpinan yang bermutu, dan bukan kemampuan membayar yang tidak memerlukan mutu kepimpinan yang tinggi. Pemimpin Mat Rempit pun boleh bayar tapi bolehkan pemimpin Mat Rempit menghidupkan inspirasi dalam dada orang Melayu?

Semangat juang Zaid untuk selamatkan sistem pilihan raya


zaid ibrahim Oleh Kim Quek
Akhirnya, kita mempunyai seorang pemimpin yang berani tampil ke depan mengambil tindakan undang-undang terhadap sistem pilihan raya yang tercemar di Malaysia, kini tidak terkawal lagi.
Kita lihat bagaimana pemimpin Pakatan Rakyat (PR), Zaid Ibrahim, tewas dengan majoriti yang kecil kepada calon Barisan Nasional (BN) dalam satu pertandingan yang paling korup dan paling kotor dalam sejarah pilihan raya di negara ini.

Zaid akan mengambil tindakan undang-undang bagi memulihkan sistem pilihan raya yang telah rosak seperti mana yang diperlihatkan dalam pilihan raya kecil Parlimen Hulu Selangor baru-baru ini.
Selain menuntut untuk mengisytiharkan keputusan pilihan raya itu sebagai terbatal, beliau juga akan menyaman Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) kerana melanggar Perlembagaan dan kegagalan SPR untuk menjalankan tugas dengan adil tetapi sebaliknya memihak kepada politik BN.
Tambahan pula, beliau juga akan menyaman akhbar Utusan Malaysia, yang dikuasai oleh Umno kerana melancarkan kempen memburuk-burukkan peribadi beliau.
Pilihan raya kecil kali ini dicemari dengan ugutan, merubah senarai pengundi, serangan peribadi dan rasuah secara berleluasa manakala SPR dan pihak polis secara terang-terang memihak kepad BN.
Malahan gejala rasuah begitu teruk – membeli undi secara terbuka dengan menggunakan dana orang ramai berjumlah jutaan ringgit sehingga melibatkan projek-projek yang tidak terhitung jumlahnya.
Zaid menyifatkan Perdana Menteri Najib Tun Razak yang mengetuai kempen pilihan raya sebagai "sesuatu yang memalukan dan tidak pernah berlaku dalam sejarah."
Mengenai pencabulan yang melampaui batas terhadap peraturan dan undang-undang pilihan raya, SPR terus membisu.
Apabila berdepan dengan kritikan tanpa henti, Pengerusi SPR Abdul Aziz Mohd Yusof dilaporkan dalam sebuah akhbar berbahasa Cina, Sin Chew Press bertarikh 29 April sebagai berkata:
"Membenteras rasuah adalah bukan bidang pengkhususan kami.  Tugas kami ialah menyediakan sebuah padang permainan yang adil untuk pertandingan dalam pilihan raya.  Bagaimanapun, kami tetap mengalu-alukan sebarang aduan daripada mereka yang mempunyai butiran lanjut.
"Jika sesebuah projek itu dirancang lebih awal dan secara kebetulan dilaksanakan dalam waktu kempen pilihan raya, ianya bukan rasuah.
Saat meluluskan peruntukan itu adalah penting di sini, sama ada para pengundi keluar keluar mengundi kerana projek-projek itu.
"Pakatan Rakyat telah memenangi tujuh dari 10 pilihan raya yang diadakan sejak pilihan raya umum lalu tetapi masih membuat aduan bahaw SPR memihak kepada BN.
Saya berharap para peserta yang terlibat dengan pilihan raya sedar bahawa memenangi pilihan raya adalah disebabkan sokongan orang ramai dan bukan "pertolongan" daripada SPR," demikian apa yang diucapkan oleh Abdul Aziz.
Ini adalah karut semata-mata.  Kita tidak dapat menerima alasan kononnya kemungkinan projek-projek "dirancang lebih awal" dan "secara kebetulan" apabila melihat kepada bilangan, saiz projek dan geran yang diumumkan dalam tempuh masa yang singkat.
Meraih sokongan dalam pilihan raya dengan mengumumkan "gula-gula" secara terbuka dan disaksikan oleh ribuan manusia serta sama ada penerima "gula-gula" mengundi pihak yang memberi "gula-gula" adalah isu rasuah yang tidak relevan di sini.
Dan hakikat pada akhirnya, Pakatan memenangi lebih banyak kerusi pilihan raya kecil berbanding BN tidak bererti SPR tidak menyokong BN.
Adalah sesuatu yang memeranjatkan apabila pengerusi SPR memberi alasan yang tidak logik dan remeh semata-mata untuk menyembunyikan kesalahan dan kelemahan SPR.
Tetapi insiden rasuah yang mendapat publisiti paling meluas dilakukan oleh Najib sendiri ketika berdepan dengan para pengundi Rasa menjelang hari mengundi pada 25 April lalu.
Beliau memberitahu penduduk, jika BN menang, beliau sendiri akan menyerahkan geran sebanyak RM3 juta kepada Sekolah Rendah Kebangsaan Cina Rasa pada hari keesokannya dan wang itu akan disalurkan kepada akaun bank pihak lembaga sekolah.
Najib menambah, "jika kami kalah, tidak perlu datang." Berita ini dilaporkan dalam akhbar dan internet dan Najib tidak menafikannya.
Apa lagi bukti SPR mahu sebelum bertindak?
Insiden yang satu ini sudah cukup untuk mendakwa Najib melakukan rasuah di bawah Seksyen 10, Akta Kesalahan Pilihanraya 1954, dan jika sabit kesalahan boleh dihukum di bawah Seksyen 11, iaitu hukuman maksimum penjara dua tahun dan denda RM5,000. Selain itu, beliau boleh digantong dari bertanding dalam pilihan raya selama lima tahun.
SPR sering mengeluh ia tidak memiliki kuasa siasatan dan tidak ada kepakaran dalam membenteras rasuah, tapi saya ingin mengingatkan SPR bahawa ia memiliki tugas dan kuasa di bawah Seksyen 5, Akta Pilihanraya 1958.
Untuk tugas-tugasnya, Akta itu menyebut "SPR boleh mengawasi dan mengawal etika perjalanan pilihan raya dan boleh menguatkuasakan ke atas para pegawainya supaya berlaku adil, tidak berat sebelah dan mematuhi Bahagian VIII Perlembagaan dan Akta ini dan peraturan-peraturan yang tertakluk di bawahnya."
Sementara mengenai kuasa-kuasanya yang ada,  Akta itu menyebut bahawa SPR "boleh mempunyai bidang kuasa untuk mengarah para pegawai pilihan raya seperti mana yang difikirkan perlu oleh Suruhanjaya untuk memastikan pelaksanaan pilihan raya menurut Bahagian VIII Perlembagaan dan Akta ini."
SPR juga mempunyai kuasa untuk mentadbir apa-apa peraturan dan melaksanakan apa-apa tugas yang diamanah dan dikuatkuasakan ke atasnya oleh Akta itu.
Umum mengetahui bahawa SPR tidak mempunyai kepakaran dan tenaga kerja yang sama seperti Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia bagi menangani gejala rasuah dan menahan mereka yang korup.
Tetapi ini tidak bermakna SPR boleh bersikap lebih tangan apabila berdepan dengan amalan rasuah yang berleluasa hingga menjejaskan peranannya sebagai orang tengah bagi mempastikan pilihan raya yang bebas dan adil.
Lebih memburukkan keadaan, apabila SPR didapati mengamalkan politik berpihak dengan mengubah tempat mengundi bagi sebahagian pengundi tanpa notis lebih awal.
Perbuatan memindahkan pengundi ke tempat mengundi yang lain telah menafikan sebilangan pengundi dari melaksanakan hak mereka untuk mengundi dengan secara tidak mengikut perlembagaan.
Parti pemerintah BN telah bermain politik kotor dalam setiap pilihan raya sejak lima dekad yang lampau. Ini menyebabkan sistem pilihan raya kita tercemar hingga mengucar-kacirkan asas ketetapan Perlembagaan kita – bahawa sesebuah kerajaan itu dibentuk mengikut kehendak rakyatnya secara bebas.
Tindakan SPR membiarkan petualang-petualang ini mencetuskan kacau beliau pada pilihan raya kecil Parlimen Hulu Selangor tanpa diambil sebarang tindakan bermakna menggalakkan tindakan-tindakan jenayah dengan menggadai hak rakyat yang penting ini.
Adalah menjadi tugas setiap rakyat untuk bangkit dan menuntut hak mereka sekarang dengan memberi sokongan penuh kepada Zaid Ibrahim dalam usaha murni beliau untuk memulihkan proses pilihan raya yang telah sekian lama tercemar.

Hisham tells MCA to prove it's still relevant

hishammuddin01RAUB - Umno vice president Hishammuddin Hussein (right) said Sunday MCA must prove that the party is still relevant to the Chinese community in the country.

He said though the support from Chinese voters during the recent Hulu Selangor Parliamentary by-election showed a decline, it may not necessarily mean the Chinese community had lost confidence in MCA.

"They (MCA) must prove that they can recapture the support of the Chinese," he told reporters after the general assembly of 30 Umno branches in Cameron Highlands, Sungai Koyan, near here.

Hishammuddin said Umno, as the main component party in BN, remains confident of MCA's capabilities to regain the confidence of the Chinese community, towards the party.

"Umno itself had gone through a difficult period and did some soul searching to adopt changes and remain relevant in the new political landscape. Being a component party of BN, Umno will continue to fully support MCA," he said.

Hishammuddin said what was important was the need for a holistic change to attract the Chinese community's confidence towards MCA.

Made major changes

Asked about the small percentage of Chinese voters who voted for the BN candidate during the Hulu Selangor by-election, Hishammuddin said Umno itself was rejected in a number of by-elections before.

"In this matter, there are many reasons, it is also related to the question of leadership, but what is important is to place the party's struggle before anything else and continue to place the needs of the people above everything else. It is a process we must go through," he said.

He added that Umno had made major changes to regain the confidence of the Malays: "So, component parties in BN must also make changes."

"Do not point fingers at others. Parties under BN must sit together to discuss the best way forward," he said. - Bernama

Rosmah: Keep backing the BN government

SIBU, May 2 — The Prime Minister’s wife Datin Seri Rosmah Mansor today called on the people, especially women, to continue backing the Barisan Nasional (BN) government so that the progress they are enjoying will be inherited by the next generation.
She said the BN government was constantly making efforts to raise the participation of women in the socio-economic development of the country and also provided a host of facilities towards realising this objective.
“The contribution of women in the country has always been appreciated by the BN government and there is no gender discrimination. The administration model stresses gender equality besides the 1 Malaysia concept which champions the interests of all Malaysians.
“That’s why there is no reason to change the government,” she said in her meeting with some 400 women members of Sibu BN and Sarawak non-governmental organisations here today.
Rosmah also advised BN women members who would be canvassing for votes in the upcoming Sibu by-election to work extra hard to ensure the coalition achieved a resounding victory.
She said the BN winning the Hulu Selangor by-election last Sunday served as a source of inspiration to go all out to ensure a big win for the BN in the Sibu by-election.
Rosmah said she also hoped women leaders would be agents of change for women overall and help produce more women leaders who were disciplined, creative, forward-looking, competitive and enterprising besides having high moral values.
Meanwhile, Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Wanita deputy head Datin Fatimah Abdullah described the meeting with Rosmah as very inspirational.
“The participants are all fired up to do their part in ensuring a big win in the Sibu by-election,” said Fatimah, who is also minister in the Sarawak Chief Minister’s Office.
The by-election has been called following the death of Deputy Transport Minister and five-term Sibu MP Datuk Robert Lau Hoi Chew from liver cancer on April 9. Nomination day is May 8 and polling on May 16. — Bernama

Kit Siang slams Najib, Pak Lah for ‘evading’ Limbang, oil blocks issue

By Shazwan Mustafa Kamal
KUALA LUMPUR, May 2 — Lim Kit Siang today accused Prime Minister Datuk Seri Najib Razak and his predecessor Tun Abdullah Ahmad Badawi of “evading” the issue on the sovereignty of Limbang as well as two disputed oil blocks off Borneo.
The DAP parliamentary chief said Najib and Abdullah had clearly avoided addressing the central issue and demanded a straight-forward explanation from the two leaders.
“Najib and Abdullah are evading the central issue which is the sovereignty of Limbang in exchange for the joint commercial exploitation of two oil blocks, Blocks L and M,” Lim (picture) told The Malaysian Insider.
Lim’s remarks were a response towards Najib’s statement that ongoing talks between Malaysia and Brunei will benefit both countries, a move seen to quell a reignited controversy over who actually owns the disputed Limbang and offshore oil blocks.
The prime minister also said both neighbours are discussing the issue from all aspects including the role and opportunities for national oil firm Petronas and Brunei investing in Malaysia as one package.
“Their evasion of the issue only reinforces the belief that Malaysian sovereignty to Limbang has been unilaterally decided without going through proper procedures in Parliament or even informing the public,” said Lim.
The Ipoh Timur MP reasoned that a joint commercial exploitation of the two oil blocks would not require Malaysia to trade the oil blocks in exchange for Limbang.
“A joint commercial exploitation of the oil blocks can be done without Limbang needing to be given away. Questions need to be answered, not evaded,” Lim told The Malaysian Insider.
He said that a White Paper needed to be produced on the matter as soon as possible.
State news agency Bernama quoted the prime minister earlier today as saying an agreement in principle was reached in 2009 and both sides are negotiating on the basis of mutual benefits.
Petronas touched off the controversy when it terminated a contract with Murphy Sabah Oil Ltd for Blocks L and M off Limbang on April 22, saying it wasn’t Malaysian territory. Former Prime Minister and Petronas adviser Tun Dr Mahathir Mohamad claimed Abdullah signed off the oil rights for Limbang before resigning last year.
Abdullah has denied the allegations while Petronas said it will develop the blocks under a commercial arrangement with Brunei.
Dr Mahathir had accused Abdullah of giving up RM320 billion in potential oil earnings in return for Brunei dropping its claim over Limbang in Sarawak.
Dr Mahathir had claimed Abdullah had given away Malaysia’s claim to oil offshore of Limbang following a trip to Bandar Seri Begawan in the waning days of his administration last year.
Abdullah said the areas known as Block L and Block M would be jointly developed by the two countries for a period of 40 years.
“The financial and operational modalities for giving effect to this arrangement will be further discussed by the two sides. This means that in so far as the oil and gas resources are concerned, the agreement is not a loss for Malaysia,” said Abdullah in his statement on Friday.
The country’s fifth prime minister clarified that his visit to Brunei, which was made three weeks before his departure, was aimed at solving a long-standing border dispute “without any disadvantage for Malaysia.”
The visit resulted in an agreement between the two countries to establish a permanent land and sea boundary.
Abdullah said he signed the agreement to solve a border dispute with Brunei with prior approval from the Cabinet.

Polis Langgar Perlembagaan Ganggu Himpunan Hari Pekerja

KUALA LUMPUR 2 Mei - Suara Rakyat Malaysia (Suaram) mengutuk tindakan polis kerana menahan enam orang serta mengganggu perhimpunan membantah pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) sempena Hari Pekerja Sedunia.
 Mereka yang ditahan semalam termasuk Sundarajan, Shanmuganathan, Mohan dan Murugan dari Parti Sosialis Malaysia, Chuah Siew Eng dari Pusat Kewartawanan Bebas (CIJ), dan seorang remaja berusia 17 tahun, Barathi.
Kesemua mereka dibebaskan tanpa tuduhan dan dikehendaki melaporkan diri pada 14 April.
Yap Heng Lung, penyelaras Suaram dalam kenyataannya, menyelar tindakan polis menghalang perhimpunan aman yang dijadualkan di Dataran Merdeka menyebabkan penganjur terpaksa mengubah lokasi program ke Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor (KLSCAH).
Polis turut memberhentikan lima buah bas yang membawa peserta himpunan dari Perak di plaza tol Jalan Duta.
"Kami kesal dengan tindakan polis yang menangkap, mengganggu perhimpunan aman dan menahan kenderaan dari memasuki pusat bandar secara jelas melanggar hak kebebasan bersuara, berekspresi dan berhimpun seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Malaysia", ulasnya.
Beliau menggesa pihak polis untuk bersikap neutral dan berlaku adil kepada semua pihak kerana terdapat kes terpilih dimana polis berkompromi dan membenarkan perhimpunan diadakan.
Perhimpunan Hari Pekerja merupakan perayaan yang disambut diseluruh dunia dan turut diraikan golongan pekerja di Malaysia.
Selain itu terdapat kes-kes yang melibatkan polis antaranya kematian dalam tahanan dan tembakan rambang yang menyebabkan kematian.
Kata Yap kerajaan sepatutnya memantau disiplin polis bagi mengelakkan pengabaian hak berperlembagaan dan pematuhan kepada piawaian antarabangsa tentang hak asasi manusia.
Kerajaan Malaysia kelihatan gagal untuk membawa pembaharuan kepada institusi kepolisian.
Berdasarkan isu terkini yang melanda negara, Suaram terpanggil dan mendesak agar disegerakan pelaksanaan Suruhanjaya Bebas Aduan dan Salahlaku Polis (IPCMC) dan pemerkasaan Suruhanjaya Hak Asasi (Suhakam), dua badan yang ditubuhkan kerajaan bagi memastikan pematuhan kepada standard hak asasi manusia dalam prosedur dan amalan polis.
"Polis wajib menghormati hak-hak warganegara yang termaktub di dalam Perlembagaan, dan bersikap adil kepada semua rakyat Malaysia", jelasnya.