Sabtu, 1 Mei 2010

Kenyataan Tidak Bertanggungjawab, AMK Gesa Najib Pecat Musa Hassan

SHAH ALAM 1 Mei -Ketua Angkatan Muda KEADILAN Shamsul Iskandar Mohd Akin menggesa Perdana Menteri dan Menteri Dalam Negeri memandang serius  kenyataan Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan dalam respon beliau kepada media mengenai insiden tembakan ke atas Allahyarham Aminulrasyid Amzah beberapa hari lepas.
Dalam kenyataan beliau yang dilaporkan oleh beberapa media internet dipetik sebagai berkata jika anda tidak mahu polis menguatkuasakan undang-undang, saya boleh arahkan anggota-anggota saya supaya jangan buat apa-apa termasuk memeriksa kenderaan atau menangkap Mat Rempit yang memandu tanpa lesen.
Menurut Shamsul, kenyataan seumpama ini adalah jelas satu kenyataan yang tidak bertanggungjawab dan tidak sepatutnya keluar daripada mulut seorang Ketua Polis Negara yang sepatutnya mengutamakan kesejahteraan dan keselamatan rakyat.
"Persepsi rakyat ke atas polis sekarang berada di tahap yang mendukacitakan, rentetan pelbagai salah laku dan salah tindakan yang diambil, sekecil kes rasuah jalanan sehinggalah sebesar
penglibatan Asiasoft, sebuah syarikat yang berpangkalan di Tel Aviv, Israel yang mempunyai akses ke dalam sistem maklumat Polis Di Raja Malaysia.
"Kes yang melibatkan A.Kugan (mati dalam lokap), A. Gnanapragasam (mati dalam lokap), Suwandi Ab Ghani dan Muhammad Azman Aziz (tembakan di program Bersih, Batu Buruk), Tawfiq Noorzan (tembakan di Perlis), Norizan Salleh (tersalah tembak),dan terbaru Aminulrasyid, menggambarkan berlaku kepincangan kepimpinan yang serius di dalam PDRM.
"Apa yang lebih mendukacitakan, kesemuanya berlaku dibawah kepimpinan Musa selaku Ketua Polis Negara dan kenyataan tersebut jelas menggambarkan bahawa beliau gagal menjulang aspirasi rakyat untuk dijamin keselamatan mereka sepenuhnya," jelas Shamsul lagi dalam kenyataan media yang dikeluarkan oleh AMK.
Dalam pada itu, AMK  juga katanya percaya sekiranya Perdana Menteri masih serius dengan Program Transformasi Kerajaan dan juga NKRA yang dilaung-laungkan di bawah slogan "rakyat didahulukan", maka langkah pertama untuk menjayakan NKRA mengurangkan kadar jenayah, ialah memperkemas pengurusan dan kepimpinan polis dengan memecat Musa.

PR : Polis Tidak Wajar Berkeras Kepada Peserta Perhimpunan Anti-GST

SHAH ALAM 1 MEI: Pimpinan Pakatan Rakyat menyelar tindakan pihak berkuasa dalam meleraikan perhimpunan anti-GST yang diakan-akan anti-pekerja dan anti-rakyat kebanyakan.

Ahli Parlimen Kuala Krai, Dr Hatta Ramli berkata hampir 80 peratus dari rakyat Malaysia akan terkesan dengan pelaksanaan GST ini, yang mengalihkan beban cukai dari golongan pemodal ke pundak kaum pekerja bawahan dan kelas pertengahan.

"Bila GST ada nanti cukai korporat akan dikurang. Kenakan cukai pada orang miskin tapi kurangkan cukai pada orang kaya. Ini yang kita tentang. Jadi saya harap suara rakyat jadi lebih kuat supaya undang-undang ini ditarik balik.

"Saya rasa perhimpunan ni bukan sesuatu yang rahsia, jalan pergi dataran merdeka pun dihalang. Tangkapan ini, bagi saya keterlaluan. Lagi pun hari ini Hari Pekerja, biarlah mereka merayakan," katanya.

Sentimen sama turut dikongsi Ahli Parlimen Balik Pulau Yusmadi Yusof yang menyifatkan perhimpunan anti-GST adalah petunjuk jelas betapa ramai membantah perlaksanaan pakej cukai ini.

"Polis yang menangkap tak faham bahawa 1 Mei adalah hari kepada semua pekerja termasuklah polis. Tanggal 1 Mei perlu dilihat sebagai usaha mewakili nasib pekerja.

"Dalam hal ini, polis tidak perlu melihat usaha ini sebagai mengancam. Saya kecewa dengan tindakan polis itu," kata Yusmadi.

Rang Undang-Undang GST dibaca kali pertama di Dewan Rakyat pada Disember lalu tetapi ditangguhkan untuk bacaan kedua pada Mei ini atas alasan lebih masa diperlukan untuk memberi penjelasan kepada rakyat.

Cukai empat peratus yang akan dikenakan kepada barangan dan perkhidmatan dikatakan bertujuan meningkatkan ekonomi negara tetapi kesan terhadap golongan berpendapatan rendah.

Selamat Hari Jadi Altantuya... Jom Hayati Kisah ini...

oleh : blog penyapu sial

Altantuya telah dilahirkan pada tahun 1978, anak kepada Shaaribuu Setev, seorang profesor psikologi dan Sh Altantsetseg. Altantuya tinggal dan dibesarkan di St Petersburg, Rusia, sehingga berusia 12 tahun dan mendapat pendidikan di Beijing, China. Dia fasih berbahasa Mongolia, bahasa Inggeris, Rusia, Mandarin dan Perancis.

Altantuya Shariibuu bekerja sebagai guru siswazah dan penterjemah dan juru bahasa di Ulaan Bataar. Altantuya Shariibuu juga bekerja dengan beberapa agensi pelancongan dan sebagai model sambilan. Beliau sering ke luar negara selaku model sambilan.

Wanita cantik dari Mongolia ini dipercayai diletupkan dengan C4 di Shah Alam, Selangor. Bahan letupan C4 ini sukar diperolehi di Malaysia kecuali oleh pihak tentera dan polis Malaysia sahaja. Siasatan awal mendapati Abdul Razak Baginda , Cif Inspektor Azilah Hadri dan Koperal Sirul Azhar Umar terlibat secara aktif. Mereka dari Unit Tindakan Khas Kementerian Pertahanan dan penganalisis keselamatan antarabangsa.



























Dari sinilah nama Datuk Seri Najib Tun Razak selaku Timbalan Perdana Menteri Malaysia dan Menteri Pertahanan dikait-kaitkan . Dari awal lagi Najib Tun Razak telah menafikan pelbagai rumor yang mengaitkan nama beliau. ....kunun-kununnya dan dalam beberapa prk yang di adakan ...semasa berkempen beliau telah beberapa kali bersumpah terutama di dalam masjid bahawa beliau tidak kenal dan tidak terlibat dengan isu pembunuhan altantuya....terutama di prk permatang pauh di dalam sebuah masjid,di prk bukit gantang pulak pulak poster altantuya telah di larang di pasang ...kerana beliau takuti kenangan silam bersama altantuya yang tersangat intim..sampaikan PI Bala berkata yang si najib bercerita kepadanya...oleh kerana tersangat intim....dan keasyikan belaian lelaki berbibir merah ini....
altantuya tak sedar yang dua kubu kuat kewanitaan nya telah tertusuk dengan 1 senjata sulit najib yang sangat ampuh depan dan belakang.....ini mengikut apa yang di ceritakan oleh PI Bala dalam keterangan bersumpahnya....

Setelah sekian lama, kes Altantuya ini berlangsung dan pelbagai rumor penglibatan Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak, barulah dinafikan secara rasmi pada 1 Mei 2008. Semasa dan sebelum pilihan raya 2008, nama beliau diperkatakan oleh pihak pembangkang dan Timbalan Perdana Menteri Malaysia itu hanya 'mendiamkan' diri sahaja.

Pada 1 Mei 2008, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak melalui setiausaha akhbarnya Datuk Tengku Sariffuddin Tengku Ahmad menafikan sekeras-kerasnya beliau terlibat secara langsung dan tidak langsung dengan kes pembunuhan kejam Altantuya Shaariibuu. Antara kenyataan dan penafian itu termasuklah :
  • Tidak pernah mengenali wanita Mongolia itu dan tidak pernah bertemu dengan mangsa terbabit.
  • Dakwaan seorang saksi kes Altantuya bahawa Altantuya pernah makan bersama dengan Razak Baginda dan individu bernama 'Najib Razak' tidak pernah disahkan . Malahan kredibiliti saksi itu juga tidak pernah diteliti oleh pihak penyiasat mahupun pihak mahkamah.
  • Konon-kononnya ada sekeping gambar Altantuya dengan Razak Baginda dan 'Najib Razak' tidak pernah dibuktikan oleh mana-mana pihak termasuk oleh pemimpin utama pembangkang. Hanya wujud gambar rekaan yang terbukti palsu.
  • Najib dan isterinya Datin Seri Rosmah Mansor tidak ada kaitan dengan pembunuhan Altantuya.
  • Beliau juga tidak pernah menyokong permohonan visa Altantuya untuk datang ke Malaysia.
  • Beliau juga menafikan sengaja menghapuskan rekod Jabatan Imigresen Malaysia berhubung kedatangan Altantuya ke Malaysia.
  • Semua kenyataan-kenyataan ini merupakan 'hearsay' yang tidak pernah dibuktikan kesahihannya. Malangnya artikel dalam Malaysia Today oleh Raja Petra Kamaruddin menyiarkan kenyataan itu seolah-olah ia adalah fakta sebenar.
  • Kes pembunuhan Altantuya tidak bersangkut-paut dengan pembelian kapal selam yang dibeli oleh kerajaan Malaysia. Kementerian Pertahanan Malaysia memang ada membeli kapal selam tersebut tetapi tidak pernah melibatkan wanita bernama Altantuya.
  • Namun beberapa individu-individu lain memang beliau kenali dan lantaran itu cuba menahan ditri dan mengelak daripada membuat sebarang kenyataan tentang kes Altantuya.

yang pelik nya penafian ini tidak di buat di dalam mahkamah...dan banyak di buat di depan media arus perdana kaki ampu...yang tak ada hakim,pendakwara maupun peguam untuk membuat soalan balas.....dah tentu gigit jari punya tak boleh nak jawab....malah terberak dan terkencing dalam seluar najib dan rosmah di buatnya....dan rosmah bini puaka dah tentu berkali kali menukarkan pampers kerana ketakutan yang amat sangat di soal pendakwaraya....

lagi pelik 2 ekor kambing hitam yang kena hukum gantung kerana di katakan bunuh tanpa sebab macam orang gila babi kununnya...tidak di ketahui rupa yang sebenanrnya asik berkelubung muka selama bertahun tahun perbicaraan 'olok olok' ini di jalankan....di khuatiri penagih atau pengedar dadah yang jadi ganti korban 2 polis yang jadi anjing pak turut kaki suntut monggolia ini...dan lagi di khuatiri penama 2 polis itu akan di tukar identiti dan di beri sejumlah wang dan lepas bebas keluar negeri bagi membina kehidupan baru ...

mereka mereka yang terlibat dalam cerita sebenar bersiri ini...selain altantuya dan najib
  • rosmah bini puaka
  • Abdul Razak Abdullah Baginda
  • Cif Inspektor Azilah Hadri
  • Koperal Sirul Azhar Umar.
  • PI Bala
  • Raja Petra
  • Nasir safar

1 Mei bukan sekadar hari pekerja

Oleh Masdar Wahid 
KUALA LUMPUR : Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, tarikh 1 Mei bukan hanya berkisar pada sambutan hari pekerja tetapi ia juga mempunyai hubungan yang cukup akrab dengan tuntutan terhadap pengagihan kekayaan ekonomi negara yang lebih adil dan seimbang.
Beliau yang juga Ketua Pakatan Rakyat di Dewan Rakyat memberitahu, limpahan kekayaan ekonomi Malaysia tidak sepatutnya berkisar hanya pada pemerintah dan keluarga mereka sahaja tetapi ianya mestilah berpaksi kepada keadilan untuk semua seperti mana yang termaktub dalam Agenda Ekonomi Malaysia (AEM) yang diperkenalkan oleh Pakatan Rakyat.
“Agenda Ekonomi Malaysia berpaksi di atas keadilan untuk semua dan apa yang disanggah di negara ini adalah kerana limpahan kekayaan ekonomi hanya dinikmati oleh segelintir dan (pada masa yang sama) meminggirkan majorti rakyat terutama golongan pekerja.
Justeru tibanya tarikh 1hb Mei, merupakan peringatan kepada kita untuk mendakap serta meraikan kemanusiaan, keadilan dan tuntas berusaha menjadi yang terbaik.
Kini ianya tidak lagi sekadar berkisar perjuangan para pekerja, bahkan juga seputar tuntutan kemajuan ekonomi seimbang dan adil.
Kekayaan negara menumpuk bukanlah bererti khazanah negara milik pemerintah dan keluarga mereka sahaja,” katanya yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh.
Sehubungan itu, katanya, semua rakyat Malaysia tanpa mengira kaum dan keturunan berhak untuk bersama-sama mengecap peluang hasil kemakmuran ekonomi negara.
“Kita tidak mampu melangkah jauh jika kemiskinan dan ketidakadilan diwarisi dari satu generasi ke generasi yang lain.
Pakatan Rakyat tuntas menegaskan bahawa semua rakyat Malaysia walau apapun ras dan kepercayaannya berhak untuk bersama-sama mengecap peluang serta membina kembali negara ini dari kelembapan ekonomi yang melanda,” tambahnya di laman blognya sempena sambutan hari pekerja hari ini.

Siasatan Mahkamah Perancis: Skandal Pembelian Kapal Selam

Pakatan Rakyat memuji Suara Rakyat Malaysia (SUARAM) kerana memulakan aduan rasuah di Mahkamah Perancis berhubung urus niaga bernilai RM 4.7 bilion di antara Kerajaan Malaysisa dan DCN, konglomerat senjata terbesar Perancis.  Urus niaga ini melibatkan Razak Baginda, yang dikenali sebagai penasihat kepada Perdana Menteri Najib Razak sehinggalah berlakunya pembunuhan penterjemah Mongolia, Altantuya Shariibuu di Malaysia.
Sistem keadilan Malaysia, secara khususnya SPRM (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia) gagal mengenal pasti isu-isu rasuah yang kini sedang dibawa SUARAM ke dalam sistem perundangan Perancis.  Amat mengaibkan, rakyat Malaysia terpaksa pergi ke Perancis untuk mendapatkan penjelasan dan ketelusan terhadap rasuah yang membazirkan berbilion ringgit duit orang ramai.
Namun demikian, ia bukan hanya tentang kegagalan SPRM.
Pembunuhan Altantuya juga masih belum diselesaikan.  Seluruh negara tahu bahawa dua orang anggota polis yang disabitkan kesalahan, Azilah Hadri dan Sirul Azhar hanyalah perkakas yang digunakan untuk membunuh Altantuya.  Ibarat telah ada alat sepucuk pistol tetapi siapa yang menarik picu melepaskan peluru?  Kesemua lembaga-lembaga negara kita - polis, Jabatan Peguam Negara dan Kehakiman telah gagal, secara sengaja atau akibat kecuaian untuk memberikan jawapan kepada soalan mustahak ini.
Beberapa soalan penting yang masib belum berjawab berkaitan dengan urus niaga kapal selam dan pembunuhan sensasi:
Apakah peranan Perdana Menteri Najib Razak dalam urus niaga kapal selam tersebut, hubungan dengan penasihatnya Razak Baginda yang membuat keuntungan luar biasa daripada urusniaga itu dan penglibatannya dalam pembunuhan Altantuya Shariibuu?
Apakah yang dimaksudkan dengan meminta bantuan yang dibuat Razak Baginda kepada Musa Safri, Ketua Pengawal Najib pada malam 19 Oktober 2006 melalui telefon selepas Sirul dan Azilah sampai dengan seorang anggota polis wanita, Lans Koperal Rohainaza serta membawa pergi Altantuya dari hadapan rumah Razak di Bukit Damansara dan tidak ditemukan lagi selepas itu?  Siapa yang mengarahkan anggota polis terbabit ke sana?
Apakah yang dibuat pegawai khas Najib Tun Razak selama 20 tahun, Nasir Safar memandu kereta Proton merah yang muncul di hadapan rumah Razak, beberapa ketika sebelum anggota polis tersebut muncul dan membawa Altantuya pergi?
Apakah Nazim Razak menawarkan sejumlah wang yang besar kepada penyiasat persendirian Balasubramaniam (gambar kiri) dan juga mengancam keluarganya apabila dia bertemu Bala pada malam 3 Julai 2008 selepas Bala mengeluarkan pengakuan bersumpahnya yang pertama?
Apa pula penglibatan Deepak Jaikishan yang dikenal rapat dengan Rosmah Mansor dalam pembuatan akuan bersumpahnya yang kedua, serta peranannya dalam mengaturkan pertemuan di antara Nazim Razak dan Bala?
Bagaimana dengan kewujudan gambar yang diperkatakan Burmaa OyunChinmeg, sepupu Altantuya, yang menunjukkan Najib, Razak dan Altantuya makan malam bersama di sebuah restoran di Paris?  Kenapa Arnaud Dubus, wartawan Perancis, berkata bahawa bapa Altantuya memberikan gambar tersebut kepada bekas Konsul Kehormat Kedutaan Mongolia di Malaysia, Syed Abdul Rahman Alhabshi dari Wisma Putra Malaysia.  Abdul Rahman kemudiannya memberikan gambar tersebut kepada pihak polis yang akhirnya hilang selepas itu.
Kenapa syarikat yang baru ditubuhkan Razak Baginda, Perimekar terlibat dalam urus niaga kapal selam ini memandangkan ianya tidak memiliki keupayaan, kemampuan kewangan atau kepakaran untuk mendokong pemberian kontrak tersebut?
Mengapa kerajaan tidak berurusniaga secara langsung dengan konglomerat senjata Perancis tersebut?
Siapa yang memberi arahan untuk membunuh kerana dua orang pengawal tersebut tidak mempunyai motif untuk membunuh Altantuya?
Kenapa penyiasat persendirian Balasubramaniam yang membuat perakuan bersumpah dan dakwaan lainnya terhadap penglibatan Najib dan para pegawainya (Musa Safri dan Nasir Safar) lari dari Malaysia?  Apakah yang perlu dilakukan bagi menjamin keselamatan Bala untuk ikut terlibat dalam penyiasatan ini?
Mengapakah pembantu Najib, Musa Safri dan Nasir Safar tidak dipanggil untuk memberi keterangan dalam perbicaraan?
Pakatan Rakyat amat menyokong penyiasatan ini dibuat atas kepentingan keadilan serta ketelusan.  Pakatan Rakyat juga mendesak kerajaan dan institusi-institusi negara yang berkenaan untuk memberikan kerjasama sepenuhnya serta jujur dalam penyiasatan ini.
*Kenyataan media daripada Pakatan Rakyat.

Himpunan Bantah GST berjaya walaupun dihalang polis

Hari Buruh sekadar untuk berehat, tetapi bukan untuk pekerja menyuarakan pandangan mereka dengan bebas?
Himpunan Hari Pekerja bertemakan "Rakyat Bantah GST - Cukai yang miskinkan rakyat", anjuran Jaringan Rakyat Tertindas (JERIT) yang dijadualkan berlangsung di Dataran Merdeka, pada jam 11 pagi, terpaksa beralih tempat ke Dewan Perhimpunan Cina KL-Selangor, berikutan penutupan kawasan tersebut oleh polis.
Pada jam 11 pagi, peserta yang dikerah terutamanya oleh JERIT dari seluruh pelusuk negara, telah berkumpul di depan bangunan Majlis Peguam Negara.  Mereka bersedia untuk berarak ke arah Dataran Merdeka yang 400 meter jauh dari situ, untuk menyertai perhimpunan sambutan Hari Buruh, di samping menyuarakan bantahan mereka terhadap Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST).
Bagaimanapun, mereka telah dihalang oleh polis, dan terpaksa untuk beralih ke Dewan Perhimpunan Cina KL-Selangor mengikut Jalan Petaling.  Sementara itu, sekumpulan peserta yang diketuai oleh ahli parlimen Sungai Siput, Jeyakumar Devaraj telah dihentikan di Jalan Duta, dan mereka terus melaungkan protes mereka di depan bangunan parlimen untuk satu jam.
Akhirnya, mereka berjaya menemui rakan seperjuangan mereka di Dewan Perhimpunan Cina KL-Selangor .  Deklarasi 1 Mei 2010 ini dilafazkan bersama oleh kira-kira 500 orang peserta.
Enam ditangkap, dilepaskan kemudian
Perhimpunan ini gagal berlangsung di tempat sebagaimana yang dirancang, malah enam orang peserta ditangkap oleh polis kerana mengangkat kain rentang.  Keenam-enam mereka telah dilepaskan oleh polis pada jam 1 tengah hari, tadi.
Salah seorang penyelaras perhimpunan ini, juga Setiausaha Agung Parti Sosialis Malaysia (PSM), S. Arutchelvan berkata, ini kali pertamanya kegiatan Hari Buruh dihalang.  Pihak penganjur telah memaklumkan aktiviti ini kepada polis, tetapi tidak memohon permit sama ada untuk perarakan mahupun perhimpunan.
"Buruh menyambut Hari Buruh, mengapa pula perlu memohon permit?" tanya Arutchelvan.  Malah, aktivis sosial ini sempat untuk menyindir Ketua Polis Negara, yang baru-baru ini melatah berikutan kritikan umum terhadap kes remaja 15 tahun, Allahyarham Aminulrasyid Amzah ditembak mati oleh polis.
Lebih aman tanpa polis, sindir Arutchelvan
Musa Hassan sebelum ini berkata, "Jika anda tidak mahu polis menguatkuasakan undang-undang, cakap saja. Saya boleh arahkan anggota-anggota saya supaya jangan buat apa-apa termasuk memeriksa kenderaan atau menangkap Mat Rempit yang memandu tanpa lesen".  Arutchelvan (gambar kiri) pula menyindir pada hari ini, "kalau beliau tidak menghantar polisnya, aktiviti kami lebih aman."
Rundingan antara penganjur dengan polis gagal apabila mereka tidak dibenarkan untuk berhimpun di Dataran Merdeka.  Akhirnya, pihak penganjur terpaksa menggunakan pelan kedua untuk berarak ke Dewan Perhimpunan Cina sambil menyebarkan risalah di sepanjang jalan.
Kira-kira 400 orang berhimpun di lapangan letak kereta bangunan Dewan Perhimpunan Cina, meletakkan tandatangan mereka pada kain rentang.  Mereka melafazakan deklarasi bersama apabila kumpulan yang diketuai Jeyakumar Devaraj sampai di situ.
Yang berikut adalah Deklarasi 1 Mei 2010:
Rakyat Bantah GST: Cukai Yang Memiskinkan Rakyat 

Tahun 2010; Dunia dan negara masih belum keluar dari kemelut Krisis Ekonomi yang melanda kita tahun lepas.  Ramai pekerja yang masih belum mendapat kerja, ditambah pula dengan masalah rumah dilelong, harga barangan naik dan melalui keadaan dimana, kais pagi makan pagi, kais petang makan petang.
Dalam keadaan ini, Kerajaan Malaysia hendak mengimplementasi Cukai GST iaitu Cukai Barangan dan Perkhidmatan.  Dalam keadaan 80% rakyat Malaysia tidak bayar cukai sebab pendapatan mereka kurang dari RM 3000, kerajaan Malaysia hendak memaksa semua rakyat tidak kira tua, muda, kurang upaya, pelajar, miskin, kaya, semua orang untuk membayar cukai.
Alasannya, defisit kerajaan perlu dikurangkan dan pendapatan negara harus ditingkatkan.  Namun, persoalannya adakah rakyat punca defisit kerajaan?  Pastinya tidak.  Punca defisit kewangan kerajaan ialah korupsi, penyalahgunaan kuasa, projek yang tidak bermaanfaat, bail out, politik wang dan pembaziran.  Semua ini bukan dilakukan oleh rakyat biasa, tetapi pemimpin kerajaan dan kroni-kroni mereka.  Maka kenapa pula rakyat perlu menanggung akibatnya?  Bukankah kerajaan adalah untuk rakyat dan bukannya sebalik?
Mengikut laporan Model Ekonomi Baru, Malaysia adalah sebuah negara yang berpendapatan rendah di mana 80% rakyat mendapat pendapatan RM 3000 dan 40% daripada mereka mendapat pendapatan RM 1500 sahaja sebulan.  Dalam laporan ini juga dikatakan jurang di antara kaya dan miskin di Malaysia semakin melebar. Mengikut laporan UNDP 1997 dan Laporan United Nations Human Development 2004, Malaysia mempunyai jurang pendapatan yang tertinggi di Asia Tenggara, lebih daripada Filipina, Thailand, Singapura, Vietnam dan Indonesia.  Laporan ini mengatakan, 10% orang kaya di Malaysia mengawal 38.4% kekayaan negara manakala 10% yang termiskin hanya menikmati 1.7% kekayaan negara.
Dalam keadaan ini, adakah patut Cukai GST yang membebankan rakyat diperkenalkan?  Bukankah Cukai GST akan miskinkan rakyat kerana rakyat perlu bayar cukai untuk segala barangan yang dibeli atau perkhidmatan yang diguna?  Lagipun dengan pengenalan cukai GST, sudah tentu harga barangan akan meningkat dan akan membawa kepada inflasi.  Walaupun kerajaan kata harga barangan tidak akan naik, tetapi pengalaman negara lain menunjukkan ia tidak benar.
Rancangan kerajaan adalah untuk melaksanakan Cukai GST dan mengurangkan cukai pendapatan individu dan syarikat.  Adakah ini sesuatu yang adil dalam negara di mana 80% penduduknya tidak mampu membayar cukai?  Bukankah ini satu tindakan yang akan membebankan rakyat?
Jadi, Hari Pekerja, 1 Mei 2010 yang menjadi lambang kebangkitan kaum Pekerja terhadap penindasan adalah hari yang paling bermakna kepada kita untuk menyuarakan dengan kuat dan jelas iaitu:

1. RAKYAT MALAYSIA BANTAH CUKAI GST. CUKAI GST MEMISKINKAN RAKYAT !
Di samping itu, tuntutan-tuntutan lain kaum pekerja ialah:
2. Kekalkan Cukai Korporat di tahap 27%.  Pengurangan cukai ini akan menyebabkan pengalihan beban cukai kepada rakyat biasa melalui Cukai GST
3. Gubal Akta Gaji Minima untuk semua pekerja dan mansuhkan polisi gaji murah
Wujudkan Tabung Pembuangan Kerja Dengan Segera - Bantuan terus kepada pekerja yang kehilangan kerja. Kerajaan harus memperuntukkan RM 0.5 billion untuk mulakan tabung ini dan gunakannya untuk membantu mereka yang dibuang sehingga dapat kerja.
5. Cuti Bersalin 90 hari untuk pekerja wanita.
6. Menandatangani Konvensyen ILO berkenaan Pekerja Rumah dan juga instrumen antarabangsa yang berkaitan dengan perlindungan dan kebajikan pekerja. 
7. Pengiktirafan Kesatuan Sekerja secara automatik dan pemansuhan undang-undang yang mendiskriminasi pekerja dan sebarang undang-undang baru bermotif memudahkan pembuangan pekerja oleh majikan.
8. Pastikan tempat kerja bebas daripada diskriminasi terhadap pekerja wanita. Gubal undang-undang Anti Gangguan Seksual.
9. Hak saksama kepada pekerja migran dan Pelarian dan perlindungan dari dianiyai oleh pihak Majikan, PDRM, RELA dan Imigresen.
10. Kementerian Kewangan harus mengadakan perbincangan dengan bank-bank untuk menangguhkan dan mengurangkan bayaran bulanan pinjaman perumahan warga pekerja berpendapatan rendah .
11. Sediakan atau Laksanakan Skim Perumahan Rakyat pada harga yang mampu dibeli/dimiliki, lokasi strategik dan selesa untuk golongan yang berpendapatan rendah.
12. Hentikan penswastaan perkhidmatan asas seperti air dan hospital dan hentikan Skim Pembayaran Penuh Pesakit (Full Paying Patient) di hospital kerajaan dengan segera.
13. Laksanakan Polisi ekonomi yang tidak mengira kaum dan jantina tetapi berlandaskan keperluan.  Menuntut suatu model pembangunan yang saksama, yang memberi kepentingan kepada rakyat setempat di mana segala rancangan pembangunan mestilah dibincang dan dipersetujui oleh semua.
14. Iktiraf Hak Tanah Adat Orang Asal di Malaysia dan berikan hak milik kekal serta kukuhkan status tanah Rizab Orang Asli di Malaysia.  Rancangan pembangunan tanah Orang Asli hendaklah berasaskan kehendak, keperluan dan aspirasi Orang Asli.

15. Mansuhkan segala undang-undang yang menindas dan mendiskriminasi para pekerja, antaranya ISA, OSA, EO, DDA, Akta Universiti & Kolej Universiti (AUKU), Akta Pertubuhan, Akta Penerbitan dan Mesin Cetak.
16. Menuntut suatu sistem kerajaan yang benar-benar telus, bersih, kredible dan bebas dari segala bentuk rasuah, kronisme dan penyelewengan.
Ditandatangani bersama
1. Jaringan Rakyat Tertindas ( JERIT)
2. Parti Sosialis Malaysia (PSM)
3. Persatuan Sahabat Wanita
4. Saya Anak Bangsa Malaysia (SABM)
5. Malaysia Youth and Students Democratic Movement (DEMA)
6. Alaigal
7. Community Development Centre ( CDC)
8. Civil Society Committee of LLG Cultural Development Centre
9. Persatuan Penduduk Taman Muhibbah
10. Penggerak Belia Zon 23 MPSJ
11. Kuala Lumpur and Selangor Chinese Assembly Hall Youth Section
12. Positive Malaysian Treatment Access & Advocacy Group (MTAAG+).
13. Lawyers for Liberty
14. PERSAHABATAN SEMPARUTHI, JOHOR
15. Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM)
16. Persatuan Kesedaran Komuniti Selangor ( Empower)
17. Centre for Orang Asli Concern ( COAC)
18. Pusat Komas
19. PERSATUAN MASYARAKAT SELANGOR & WILAYAH PERSEKUTUAN (PERMAS)
20. Centre for Independent Journalism (CIJ)
21. Migrant Care
22. Parti Rakyat Malaysia (PRM)
23. Health Equity Initiatives (HEI)
24. Women Aid Organisation (WAO)
25. Aliran Kesedaran Negara (ALIRAN)
26.Student Progressive Front Universiti Utara Malaysia (SPFUUM)
27.Student Progressive Front Universiti Sains Malaysia (SPFUSM)
28.Student Progressive Front New Era Collage (SPFNEC)
29.Gerakan Maju Mahaisswa Universiti Putra Malaysia (GMMUPM)
30.Persatuan Bahasa Tionghua Universiti Sains Malaysia (PBTUSM)
31.Kumpulan Aktivis Mahasiswa Independent (KAMI)
32.Student Reserved Unit (S.E.R.U)
33. Bahagian Pemuda Persatuan Murid-murid Tua Sek. Serdang Bharu
34. All Women's Action Society (AWAM)
35. People Service Organisation (PSO)
36. Malaysian Trade Union Congress (MTUC)
37. Sisters In Islam (SIS)
38. Kesatuan Gupply Plastic
39. Kelab Rakan Siswa Islah Malaysia (KARISMA)
40. Food Not Bombs (FNB)
41 Gabungan Mahasiswa Islam Se- Malaysia(GAMIS)
42. Persatuan Untuk Belia Baru Universiti Malaya (UMANY)
43. SUARAM
44. Monitoring Sustainability of Globalisation (MSN)
45. Community Action Network

Laksanakan pengurusan inklusif demi pekerja

KUALA LUMPUR, 1 Mei: Sempena Hari Sekerja Sedunia pada 1 Mei hari ini, Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar (gambar) mencadangkan kerajaan melaksanakan konsep  pengurusan inklusif, seperti yang dilaksanakan di Kesatuan Eropah.
"Kerajaan patut mempelajari (dari) Kesatuan Eropah (EU) di mana ahli-ahli kesatuan sekerja dilantik mewakili pekerja dalam lembaga pengarah  syarikat-syarikat yang disenarai di Bursa EU.
Mengambil contoh EU, menurut beliau, wakil-wakil kesatuan sekerja tempat seharusnya dilantik sebagai ahli lembaga pengarah syarikat kaitan kerajaan (GLC) yang disenaraikan dalam Bursa Saham Malaysia (BSM).
Dengan berbuat demikian, menurut beliau menggalakkan lagi para pemegang saham terbabit memacu pembangunan syarikat di samping memelihara kepentingan asasi kaum pekerja.
Mewakili PAS, beliau turut menuntut supaya diwujudkan sekurang-kurangnya dua wakil dari kesatuan sekerja dalam panel pelaburan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) supaya aktiviti pelaburan wang pekerja benar-benar menguntungkan pekerja, bukannya pihak tertentu seperti sebelum ini.
"Cadangan ini adalah tuntutan PAS, (iaitu) sekurang-kurangnya dua orang wakil kesatuan (sekerja) perlu menganggotai panel pelaburan KWSP," ujar beliau lagi.
Dalam pada itu, beliau turut menggesa kerajaan menguatkuasa tangga gaji minimum RM1,500.
Tambahnya lagi, demi meningkatkan kualiti guna tenaga tempatan, kerajaan sendiri seharusnya menyediakan insentif atau skim khususnya bagi kaum pekerja kerajaan atau swasta melanjutkan pelajaran secara percuma.
Bagi pekerja wanita yang bersalin, menurut Mahfuz, cuti bersalin selama 90 hari dengan gaji bagi setiap kelahiran wajar diberikan kepada mereka.
Malah, kaum bapa juga sepatutnya mendapat sekurang-kurangnya seminggu cuti dengan gaji bagi setiap kelahiran demi membuktikan bahawa kerajaan benar-benar menghargai kaum pekerja di Malaysia.
Tuntas dari itu, beliau yang mewakili PAS merakamkan penghargaan kepada seluruh pekerja tanah air yang giat membangunkan ekonomi negara.

Perhimpunan Aman Hari Pekerja: "Tangkap semua yang bawa banner!!!"

Hari ini 1hb Mei 2010 sempena Hari pekerja seperti biasa satu perhimpunan aman telah diadakan. Kali ini Pekerja membantah rancangan kerajaan untuk melaksanakan GST.
Cadangan awal ialah untuk berkumpul di Dataran Merdeka, namun semua laluan ke Dataran Merdeka telah ditutup. Polis berkawal di merata-rata tempat menuju ke Dataran Merdeka.
Kumpulan ini akhirnya berkumpul di hadapan bangunan yang menempatkan pejabat Bar Council. Kehadira polis tetap ramai.




"jangan percaya cakap mereka suruh mereka bersurai atau buat dalam dewan" begitulah bunyi perbincangan pegawai polis dengan pegawainya yang lain.

Tapi tiba-tiba bunyi wisel lain pulak arahannya. "Semua diminta bersurai segera. Ini adalah perhimpunan haram, saya beri masa 5 minit untuk bersurai"

Ramai betul polis berpakaian preman bersedia menjalankan tugas mereka.


Orang ramai bergerak berjalan secara diam...
Namun Operasi Menangkap tetap bermula.

Terdengar jeritan SB..."tangkap, tangkap siapa saja yang bawa banner!!!!"
Bukan orang saja yang ditangkap, banner juga dirampas dan dibawa lari oleh SB ni...lawak betul dengan tali yang masih berjuraian....
Selamat dimasukkan di dalam truck polis dan dibawa ke Balai Polis Dang Wangi.

 

BERSIH Perlu Dihidupkan Semula


Calon Parti Keadilan Rakyat pada pilihanraya kecil Hulu Selangor, Datuk Zaid Ibrahim menyeru badan-badan bukan kerajaan atau NGO seperti Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (BERSIH) untuk menghidupkan kembali gerakan memulihkan sistem pilihanraya tanahair.

Mengulas apa yang berlaku pada pilihanraya kecil Hulu Selangor, Zaid berkata, rakyat Malaysia tidak harus membiarkan senario seperti pilihanraya kecil Hulu Selangor berulang kembali.

“Kita harus mempunyai pilihanraya kecil yang bebas. Saya menyeru badan-badan bukan kerajaan, NGO seperti BERSIH untuk menghidupkan semula kempen-kempen supaya Suruhanjaya Pilihan Raya dan undang pilihanraya diaplikasikan di negara ini sama dengan negara lain" ujar Zaid.

Pada pilihanraya kecil Hulu Selangor, 25 April lalu, kerajaan UMNO telah menggunakan segala taktik yang ada termasuk memberi sogokan RM 50 ribu kepada bekas peneroka Felda Sungai Buaya, mendirikan sebuah sekolah Cina bernilai RM 3 juta dan banyak lagi untuk membeli undi penduduk.

Mengulas kenyataan Zaid, Presiden TERAS Pengupayaan Melayu, Mohd Azmi Abdul Hamid yang turut serta dalam perhimpunan BERSIH pada 10 November tahun lalu berkata, seruan dari mantan Menteri Undang-undang itu mempunyai asas yang begitu kuat.

“Saya kira pengalaman di Hulu Selangor ini sesuatu yang membuktikan tidak ada perubahan pun yang berlaku seperti yang dijanjikan oleh BN. Mereka masih lagi mengamalkan perkara yang nampaknya sama. Menggunakan satu pendekatan yang mencemar demokrasi” ujar Azmi.

“Jadi seharusnya memang rakyat perlu bangkit untuk menyatakan bahawa kita tidak boleh bertoleransi lagi dengan amalan yang dibuat begini. Jadi saya kira ada relevannya supaya rakyat sekali lagi menyatakan pendiriannya melalui apa cara sekalipun seperti BERSIH tetapi mesti ada sesuatu yang dilakukan” tambah beliau lagi.

PRK Sibu : Undi Wanita Penting Bagi BN Untuk Kekalkan Kerusi


SIBU: Undi pemilih wanita amat penting bagi Barisan Nasional (BN) untuk mengekalkan kerusi Parlimen Sibu pada pilihan raya kecil kawasan itu 16 Mei ini, kata Timbalan Ketua Pergerakan Wanita Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Datin Fatimah Abdullah.
Beliau berkata jumlah pengundi wanita melebihi separuh daripada 54,695 pemilih berdaftar di kawasan itu dan dengan itu BN akan berusaha memancing undi pemilih wanita.
"Pada zaman ini wanita membuat keputusan mereka sendiri. Mereka tidak lagi mengikut sahaja kata lelaki. Mereka akan menilai apa yang sedang berlaku dan apa yang baik untuk diri dan anak mereka.
"Sebab itu kenapa pengundi wanita mempunyai peranan amat penting dalam pilihan raya kecil kerusi Parlimen Sibu. Oleh kerana jumlah pengundi wanita lebih sedikit daripada lelaki di sini, kami mahu wanita membantu menyakinkan kaum lelaki untuk memberikan sokongan padu kepada BN bagi membolehkan B Nmengekalkan kerusi ini," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Terdahulu, Fatimah melancarkan Bengkel K-Bestari dan Pertandingan 1Malaysia anjuran Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (MCMC) di Institut Methodist Pilley.
Fatimah, yang juga Menteri di Pejabat Ketua Menteri berkata kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak akan memberikan impak positif terhadap pilihan raya kecil itu.
Katanya Najib telah memperkenalkan banyak inisiatif seperti konsep 1Malaysia, Model Ekonomi Baru (MEB), Pelan Transformasi Kerajaan (GTP) dan Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) bagi menggalakkan perpaduan dan membawa pembangunan negara ke tahap lebih tinggi.
"Rakyat boleh melihat beberapa perubahan yang telah dibawa oleh perdana menteri dalam tempoh setahun menerajui negara yang telah membawa banyak manfaat kepada rakyat dalam banyak bidang yang dekat dengan hati mereka," katanya.
Pilihan raya kecil itu diadakan berikutan kematian Timbalan Menteri Pengangkutan dan anggota Parlimen Sibu selama lima penggal Datuk Robert Lau Hoi Chew akibat kanser hati pada 9 April.
Penamaan calon ditetapkan 8 Mei dan pengundian pada 16 Mei.
Peguam Robert Lau Hui Yew, 45, adalah calon BN untuk mempertahankan kerusi itu dan akan ditentang Pengerusi DAP Sarawak dan Anggota Dewan Undangan Negeri Bukit Assek,Wong Ho Leng, 50. - BERNAMA

Trouble brewing in PKR ahead of party polls

By Syed Jaymal Zahiid
KUALA LUMPUR, May 1 — Rival factions led PKR vice-president Azmin Ali and party strategic director Chua Tian Chang have begun campaigning to diminish each others’ influence ahead of this December’s party polls.
It is learned that the Sunday’s Hulu Selangor by-election was a platform for Azmin to bridge the gap with his so-called rivals, Selangor Mentri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim and Datuk Zaid Ibrahim.
Zaid, who lost the Hulu Selangor seat by 1,725 votes, is tipped to contest against Azmin for the deputy presidency post in the party polls. Apart from Azmin, both Zaid and Khalid are known to have strong influence over party de facto leader Datuk Seri Anwar Ibrahim.
A party insider said news of cracks within the party’s electoral machinery — said to be divided into three camps: one of Khalid’s who was hand-picked to lead the campaign; the second, of Azmin’s ; while Zaid, wielded the third-was allegedly spread by Chua’s faction who are keen to maintain the rivalry between the three.
The allegations of division is said to have become one of the major causes behind PKR’s lymphatic machinery at the crucial by-election. This was eventually one of the reasons that led to their defeat.
“The influence of Chua’s camp within PKR is not big. They don’t have the numbers and big leaders like Azmin so it is important for them to try and pull strong leaders who are close to Anwar like Zaid and Khalid to their side to push their agenda,” said the insider who spoke on condition of anonymity.
Those said to be in Chua’s camp are Selangor executive councillor Elizabeth Wong, appointed party vice-president R Sivarasa and Dr Lee Boon Chye and a few other mid-level leaders. It is rumored that they have the backing of Syed Husin Ali, PKR’s deputy president and the most influential left figure within the party. Syed Husin will not defend his post in the December polls.
When influential former party secretary-general Datuk Salehuddin Hashim quit the party, he cited his discontent with a “leftie faction” which is attempting to have total control over the party’s direction.
It is believed that Salehuddin, the man who brokered the deal to have Zaid joined PKR, was referring to Chua’s camp.
“At first, they (Chua’s camp) had Khalid’s backing. They silently preyed on the the rivalry between Azmin and Khalid but when the news of the two patching up came out, they try to have Zaid in their camp,” added the PKR official.
Zaid, being new in PKR, was in need of support said the source and Tian Chua’s camp was quick to move in knowing well his national stature would put him on par as other stronger characters known to be in Anwar’s inner circle like Datuk Chua Jui Meng, current secretary-general Saifuddin Nasution and supreme council member Datuk Kamarul Abbas.
Supporters from Azmin’s camp accused Chua, who is known for his close relations with the media particularly the Chinese press,  of “sly politicking”, harping on the differences between the three leaders through the press in a bid to counter Azmin’s vast influence.
Chua’s camp suffered a severe blow when Anwar moved in to mediate and plaster the cracks between the three in a closed door meeting early this year. The result was a much improved relationship between them and this was proven during the Hulu Selangor by-election.
“Azmin and Khalid had both met regularly and worked on the strategy together and not just on the by-election but also on other state matters,” Khalid’s political secretary and Seri Setia assemblyman Nik Nazmi Nik Ahmad told The Malaysian Insider, rubbishing the continuous news report of the rivalry between the two as ridiculous.
Azmin played down the allegations, saying that there were differences but denied there were any camps or factions within the party.
“PKR is the party of the masses, party leaders express their views within confines of meeting room. Once decision is made, I will uphold,” the Gombak MP told The Malaysian Insider. “There are no warlords. I don’t approve of it and neither will the members. Difference of opinion is the strength of the party,” added Azmin, who is known to be a cautious politician.
But party sources believe the improved relations between Azmin, Khalid and Zaid will leave Chua’s camp with no more space to manoeuvre and that its influence within the party will slowly wane.  “The cleansing will begin at the party polls,” said a PKR insider.
Currently, what strategy the rival camps will employ ahead of the party polls remain unclear but sources say Chua’s camp will rally behind Zaid for the deputy presidency post.
Azmin on the other hand, has kept his cards up close to his chest but will likely have the support of strong leaders like Saifuddin and Kamarul.
There is a possibility of Anwar intervening at the last minute for a compromise between the two just as what had transpired in the decision to appoint Khalid as Selangor’s MB. Azmin had coveted the post.
Chua could not be contacted for comments.

Cadangan Tiga Akta Berkaitan Buruh Bawa Mudarat Kepada Golongan Pekerja


SHAH ALAM 1 MEI: Cadangan pindaan tiga akta berkaitan pekerja yang dijangka dibentang di Dewan Rakyat Julai ini, bakal membawa mudarat  kepada golongan buruh di negara, sebaliknya hanya menguntungkan syarikat multinasional.

Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim yang juga bekas Ketua Eksekufif Kumpulan Gutrie Berhad, berkata pelaksanaan akta berkenaan, jika dilulus menyebabkan golongan buruh  cuma diberi status pekerja skim kontrak jangka panjang.

Sebelum ini, Menteri Sumber Manusia, Datuk S. Subramaniam mencadangkan  pindaan drastik kepada Akta Pekerjaan 1955, Akta Perhubungan Perusahaan 1967 dan Akta Kesatuan Sekerja 1959.

Ketiga-tiga cadangan pindaan ini dijadual dibentang pada sidang Dewan Rakyat Julai ini untuk kelulusan.

Khalid menganggap kelulusan pindaan ini membawa mudarat paling buruk dalam tempoh 40 tahun akta berkenaan diperkenal berikutan  jaminan pekerjaan kepada beribu-ribu pekerja bakal terhakis sama sekali.

Beliau berkata demikian depan kira-kira 1,000 aktivis kesatuan sekerja di negara ini pada sambutan hari pekerja dan Pertukaran Nama Jalan Barat kepada Jalan Dr. V David.

Dalam pada itu, beliau berkata kerajaan negeri berhasrat memahat  nama pejuang hak pekerja, Dr.  V David pada satu jalan yang akan ditetapkan kemudian  oleh Majlis Bandaran Petaling Jaya.

Mengikut cadangan pindaan akta ini, seseorang pekerja berkhidmat lebih dari 10 tahun sebagai pekerja kontrak  tidak layak memperoleh sebarang remedi jika  dipecat.

Sekalipun pindaan ini menafikan hak pekerja tanpa mengambil kira tahap gaji dan tempoh perkhidmatan termasuk golongan pekerja dalam tempoh percubaan dan pekerja kontrak.

Khalid juga mempersoal penafian hak pelindungan, tiada cuti pada Ahad bersama keluarga, golongan wanita bekerja malam dan kegagalan kerajaan membuat penetapan gaji minimum.

Beliau menegaskan pekerja adalah tunjang pembangunan ekonomi negara dan kerajaan tidak boleh menidakkan hak asasi pekerja dan bimbang penafian sedemikian hanya membantutkan pembangunan ekonomi negara pada masa depan.

Menteri Besar itu turut menggesa agar pejuang seperti Dr.V David harus diiktiraf sebagai seorang pejuang hak asasi pekerja di negara ini.

“Saya lihat bagaimana pekerja sebagai satu asas pembangunan yang dapat mempertingkatkan pendapatan mereka supaya perkara asasnya bagi mereka ialah kita perlu rapatkan jurang itu dan tidak jadi seperti begini sekarang.

“Jika kerajaan tidak memandang perkara ini ke hadapan, maknanya mereka belum mengerti pembangunan masa depan,” kata Khalid.

Bloopp!! Bloopp!! Sudah masyuukk....


Yaahooo!! Ong.... ong.... blooopp... blooopp!! Katak sudah masuk tong taik. Senyum... tapi senyuman yang tak mesra, hambar... Macam dibuat-buat. Eleh... katak yang masuk, jenis yang tak da qualiti. Mau tak mau terpaksaler terima.... nanti merajuk pulak. Seloka di bawah khas buat sang katak.....

Badrul Hisham ADUN Port Klang
Keluar PKR.... jadi pertualang

Jadi ADUN bebas tetapi BN-friendly
Bini terlepas.... she said, I'm very sorry

Hajat di hati nak masuk balik UMNO
Isy... tunggu ler dulu, baru bebenor

Kini... hajat si Hisham tercapai sudah
Kecik tapak tangan, tong taik mereka tadah

Ha.. ha... ha.. ha...
Mereka tersenyum.. tangan bertepuk
Bloopp.. blooopp... katak sudah masyuk

Yahooo!! UMNO-APCO sudah sarat
Dengan apa?? Katak-katak keparat

Berudu-berudu PKR tunggu apa lagi
Cepat-cepat.... Pergi!! Pergi!! Join sekali.

Lagi cepat lagi bagus
Ramai-ramai korang berambus

PRU 13 kita jumpa semula ke??
Oh... itupun, kalau jadi calon ler

Rasanya... korang tak da peluang
Masuk pun, sure rakyat terajang
Ngko ingat UMNO-APCO nak ambik risiko
Pilih calon yang sudah pasti akan KO??

Isy... isy... Kesian... kesian
Duduk ler komer dalam tong taik
Terperok di dasar tak naik-naik

Lama terperap katak berkurap
Akhirnya, mampus tertiarap... tersembab!!
Ha... ha... ha... ha... ambik ko. Padan muka!!

Gua Dah Buat Laporan Polis, Lu Orang Bila Lagi....????

Berkaitan n3 gua yang bertajuk Ramai2 Jom Buat Repot Polis, di sini gua pastekan satu laporan Polis yang gua sendiri  buat pagi tadi terhadap Pemuda Umno yang bangang nih, yang bercakap mengikut perasaan dengan akal sejengkal.


Tujuan gua buat laporan ini adalah;

1) Sebagai pengajaran kepada rakyat Malaysia supaya dengan tidak sesuka hati mengamalkan budaya ugutan terhadap sesiapa pun.

2) Sebagai mempertahankan keselamatan Tuan Guru Nik Aziz Bik Mat, secara tidak lansung jika ada perkara2 yang tidak di ingini berlaku dalam tempoh waktu ini hingga bila2 sahaja terhadap diri beliau, maka mamat ini adalah orang pertama yang kena cekup.

3) Sebagai pengajaran dan tauladan kepada mamat ini, supaya jangan berlagak dan bongkak seolah2 Malaysia ini tiada undang2.

Jadi gua menyeru kepada semua rakyat Malaysia yang terbaca n3 gua ini agar dengan inisiatif masing2 supaya pergi membuat laporan polis di atas ugutan bunuh terhadap Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat.

Khususnya kepada penyokong2 dan ahli PAS sekalian, di sinilah ujian sebenar bagi lu orang semua samada lu orang benar2 WALA' kepada pemimpin atau tidak...., apakah lu orang semua jenis spesis kecut teloq yang pandai melalak dan menyalak dalam ruangan komen blog dan blog masing2.

Sanggupkah lu orang mempertahankan Mursyidul Am PAS ini..... tepuk dada tanya kepala otak lu orang sendiri.....

Setakat yang gua tau DPPP sahaja yang membuat laporan polis, dan gua yakin tiada tindakan yang akan di ambil... kerana ini laporan dari parti Pembangkang. Isu akan menjadi berbeza jika ramai individu yang turut serta... maka tekanan kepada pihak polis tidak wajar di abaikan.

Jadikan kes Aduka Taruna sebagai contoh, di mana jika ikut situasi biasa... tiada apa2 tindakan terhadap beliau dan penulisan beliau akan di abaikan. Tetapi oleh kerana desakan melampau dan laporan polis daripada ramai individu yang membuatkan beliau kantoi.

Apakah kerana puak umno mengambil pendekatan desakan tersebut salah...? Ianya tidak salah... dan kenapakah pihak Pakatan Rakyat tidak mengambil pendekatan yang sama terhadap pemuda umno ini...?

Jawapannya.... penyokong dan ahli2 partinya lembab dan bangang dalam tindakan. Hanya pandai melalak.... sahaja.... inilah peluang terbaik buat semua orang untuk mempertahankan Pemimpin PAS ini.

Aduka Taruna di tuduh MENGHINA Sultan Johor.
Mohd Safuan Hilmi membuat ugutan BUNUH...

Yang mana satu lebih berat..... Menghina atau Membunuh, lu orang semua cerdik pandaikan.... terutama sekali penyokong dan ahli PAS... fikir2 kan lah.... wala.... jangan tak wala.... cehhhh.... wala taik kucing lu orang laaaa....

p/s: Gua melalut sebab gua tak telan pil wala'... sebab itu dengan fikiran yang waras dan dengan inisiatif sendiri tanpa mewakili mana2 parti politik... gua membuat laporan polis atas dasar tanggung-jawab gua sebagai rakyat Malaysia dan dasar hormat terhadap Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat..
ISA.

Ini kah tugas utama polis di Malaysia?

Tangkap para demonstran dari Pakatan Rakyat di mana-mana himpunan rakyat.Kalau yang buat demo tu orang PERKASA@UMNO-BN... tak pe, tak di tangkap....


Menembak guna pemedih mata dan sembur air asid dari water cannon pada rakyat dari pembangkang yang ingin menyuarakan rasa tidak puas hati terhadap kezaliman pemimpin kerajaan.....


Membatalkan mana-mana ceramah parti pembangkang walaupun penganjur sudah diberi permit !!!



Menembak sesiapa saja yang "mencurigakan" dan memberi cerita palsu pada media tentang mangsa yang telah mati ditembak tu.
Tidak semua polis jahat.Ada polis yang betul buat kerja,tapi bilangan polis yang jahat didakwa jauh lebih ramai dari yang baik kerana mereka yang jahat ni dikatakan hanya memihak pada bos mereka iaitu pemimpin UMNO jer....
p/: Hampir 8 tahun hidup kami di selubungi kezaliman polis SB yang sentiasa menabur pembohongan demi pembohongan untuk merosakkan maruah dan nama baik kami. Hampir saja masyarakat mempercayai semua pembohongan dan tuduhan itu....Tidak didunia, diakhirat tetap kami tuntut!!!

Bagaimana kalau Umno yang bagi RM4 juta

KOTA BHARU, 1 Mei: Exco kerajaan negeri Kelantan, Datuk Husam Musa memberikan andaian, duit RM4 juta yang dinyatakan diterima oleh seorang blogger, Kickdefella adalah datang dari Umno untuk menjatuh bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Beliau juga berkata, wang itu masih ada RM4 juta lagi untuk dibelanjakan untuk jatuhkan PM yang ada sekarang (Datuk Seri Najib Razak) yang juga ditaja oleh orang Umno yang tidak puas hati kerana Pak Lah dijatuhkan.

Husam, ahli politik yang menjadi pusat tumpuan dalam isu ini berkata demikian dalam tulisannya melalui blog beliau, cetusan-hati.blogspot.com.

"Apa kata kalau saya kata empat juta itu memang ada dan empat juta itu ditaja oleh kumpulan Umno tertentu? Mereka nak jatuhkan Pak Lah kerana mereka sama tak suka.

"Untuk jatuhkan PM sekarang pun dah ada empat juta lagi yang juga ditaja oleh orang Umno yang tak puas hati Pak Lah dijatuhkan.

"Lepas saya kata, nak tahu betul tak betul kena siasat tapi yang penting saya dah kata. Nasib elok keluar muka depan Utusan esok lusa, tenggelam cerita telaga minyak berharga tak kurang RM 340 billion yang hilang, gara-gara empat juta!" tulis Husam dalam blognya.
Husam tidak menamakan mana-mana pemimpin Umno tetapi beliau turut mengaitkan serangan Tun Dr Mahathir terhadap Tun Abdullah dalam tulisannya.

Husam dikaitkan dengan penulis blog, Syed Azidi atau nama penanya Kickdefella yang membuat pelbagai jenis tulisan terhadap kerajaan negeri Kelantan. Khamis lepas, akhbar Umno, Utusan Malaysia menjadikan tulisan beliau laporan muka depan akhbar itu.

Tulisan itu mendakwa, beliau diamanahkan wang sebanyak RM4 juta untuk menjalankan operasi gerak saraf untuk menjatuhkan bekas Perdana Menteri, Pak Lah.

Ini adalah tulisan pertama Husam mengulas tulisan Kickdefella selepas sekian lama menyepi dari mengulasnya. Kickdefella yang dikaitkan dengan Husam dipecat dari Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) ekoran pertelagahan beliau dengan CEOnya, Ariffahmi, yang juga menantu Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz.

Ulasan Husam yang berkata RM4 juta itu dari orang Umno serentak dengan tulisan Tun Dr Mahathir dalam blognya yang mempertikaikan tindakan kerajaan di bawah Tun Abdullah yang menyerahkan dua telaga minyak bernilai RM340 bilion kepada Brunei. Ia dibuat untuk memujuk Brunei melepaskan tuntutannya ke atas Limbang.

Serangan yang dibuat oleh Mahathir terhadap Abdullah bukan sekarang tetapi sejak beliau menjadi PM lagi sehinggalah beliau jatuh.

Dalam tulisan kali ini juga Husam menulis, betapa mudahnya untuk menjatuhkan seorang PM jika hanya memerlukan RM4 juta sahaja untuk berbuat demikian sebagaimana yang didakwa Kickdefella, beliau diamanahkan RM4 juta untuk jatuhkan Pak Lah dan terbukti lepas itu Pak Lah jatuh dan digantikan denga Najib.

"Kalau ada seorang blogger yang hebat dan kita ada RM4 juta, kita sudah boleh jatuhkan seorang PM - nampaknya kerja menjatuhkan PM tidaklah begitu sukar.

"Setengah orang mungkin kata 4 juta terlalu mahal dan setengah pula akan kata, kalau 4 juta PM boleh jatuh, ia cukup murah," tulis Husam dalam memulakan tulisannya ini.

Beliau berkata, ada orang berkata RM4 juta itu mahal dan ada pula berkata, RM4 juta untuk menjatuhkan seorang PM itu murah.

"PM macam Pak Lah, adakah perlu lagi belanja sebesar empat juta untuk burukkan dia? Rasanya tak payah. Imej buruknya jadi sendiri atas kelemahan kepimpinannya.

"Ada sesetengah blogger buat kerja itu percuma saja. Gambar Pak Lah terlentok tertidur dan segala macam kelemahan dia dah ada dalam beratus blog sejak lama. Ada blogger yang meng-kartunkan karakter Pak Lah dalam blog-blog mereka. Sejuta pun tak payah, usahkan empat juta, kerana rasanya blogger-blogger itu semua buat kerja itu sebagai tindakan spontan mereka saja atas kelemahan Pak Lah yang begitu ketara.

"Seorang petugas tegar Umno seperti Sang Kelembai melanyak Pak Lah dalam blognya lama sebelum adanya cerita orang tertentu dapat empat juta untuk burukkan sesiapa.

"Kalau ada orang habiskan wang empat juta nak burukkan lagi Pak Lah yang dah pun buruk, rugi sakan lah rasanya orang itu," tulis Husam.

Beliau juga memberikan hint dalam tulisannya dengan mengaitkan serangan Mahathir terhadap Pak Lah.

"Sehari dua ini,Tun M masih membantai Pak Lah atas tergadainya medan minyak kita di Sarawak kepada Brunei. Bekal Tun M tak sampai sepuluh duit pun. Dia hanya petik laporan The Edge dan Brunei Times online saja. Bukan susah nak burukkan Pak Lah hatta dia dah tak jadi PM tapi tinggalan-tinggalan keputusannya yang merugikan negara terbongkar satu lepas satu.

"Kalau nak jatuhkan Pak Lah sampai berbelanja empat juta, rasanya terlebih bayar.

"Kalau boleh jatuhkan PM sekarang dengan belanja empat juta, rasanya itu tak mahal dan mana-mana pihak boleh mencuba nasib mereka. Ini kira bagus dan murah.

"Jadi saya tak tau tulisan blogger yang dibesarkan oleh Utusan itu boleh untungkan sapa?" tulis Husam.

Menurut beliau, Umno Kelantan ada ulas, bagaimana besarnya belanja yang digunakan untuk tewaskan Umno Kelantan. Empat juta.

"Kalau dengan empat juta rancangan Datuk Mustapha tawan Kelantan boleh dikuburkan dan itu dianggap mahal, saya tak tau nak kata. Untuk menang Hulu Selangor saja Umno belanja entah berapa ratusan juta. Tapi untuk tewaskan Umno satu negeri, belanja empat juta dah cukup kira jimat dan hebat.

"Rupanya tak susah sangat nak tewaskan Umno Kelantan dan kalau dengan empat juta Umno satu-satu negeri boleh ditewaskan, mana yang berminat boleh buka tabung untuk cukupkan empat juta satu negeri cuba tewaskan baki Umno seluruh Malaysia. Rasanya Umno akan kecut," tulis beliau lagi.

Bagi beliau, cerita yang dibuat akhbar Umno itu umpama cerita kek dan gandum.  Gandumnya hanya sedikit tetapi selepas dimasukkan serbuk penaik ia meenjadi besar dan indah dilihat.

"Kadang-kadang kita boleh jadi tukang kek. Gandumnya tak sampai secawan tapi kalau kena campur dengan serbuk penaik, sebiji kek yang besar boleh kita buat. Campur pula majerin sama telur. Tengok kemahiran kita. Asalnya gandum secawan saja," tulis beliau.
Kickdefella (gambar) dalam tulisan terbarunya telah mengulas tulisan Husam ini dengan bertanya, "Adakah penulis cuba memberitahu bahawa RM4 juta itu adalah untuk membeli gandum, serbuk penaik, majerin dan telor? Kalau benar bererti penulis tahulah pasal RM4 juta itu. Adakah penulis tahu dari mana RM4 juta itu datang? Terserahlah kepada beliau untuk menjawabnya.
"Saya berhasrat untuk menulis berhubung dengan sumber datangnya separuh dari jumlah duit itu dengan tujuan memberi ruang pernafasan kepada penulis, terutama setelah saya dipanggil oleh SPRM, tetapi nampaknya penulis telah terlebih dahulu tercerut saraf lawannya dalam kancah politik Kelantan."

Husam dalam tulisannya juga juga mengulas, setahu beliau, gerak saraf tak burukkan orang. Itu perang saraf. "Gerak saraf ajak orang sokong kita atas kebaikan kita," katanya. Di sinilah, beliau mendakwa, Umno yang bayar RM4 juta itu dengan kenyataan:

"Apa kata kalau saya kata empat juta itu memang ada dan empat juta itu ditaja oleh kumpulan Umno tertentu? Mereka nak jatuhkan Pak Lah kerana mereka sama tak suka.

"Untuk jatuhkan PM sekarang pun dah ada empat juta lagi yang juga ditaja oleh orang Umno yang tak puas hati Pak Lah dijatuhkan.

"Lepas saya kata, nak tahu betul tak betul kena siasat tapi yang penting saya dah kata. Nasib elok keluar muka depan Utusan esok lusa, tenggelam cerita telaga minyak berharga tak kurang RM 340 billion yang hilang, gara-gara empat juta!" tulisnya.

Bagi beliau, cerita RM4 juta ini bertujuan untuk menutup kehilangan wang dari penyerahan dua telaga minya kepada Brunei itu.

"Empat juta kalahkan 340 billion..... Ini pun mungkin masuk dalam kategori saraf juga, samada gerak atau perang atau saraf mana satu, saya tak berapa tau kerana cabang saraf ada bermacam-macam...

"Maknanya, nak kata tak lah payah. Lepas itu kita minta lah mana badan yang patut siasat, menyiasat," katanya lagi.

Antara ugutan bunuh dan dakwaan RM4 juta


Bukan pelik kalau SPRM terus memanggil Kickdefella atas dakwaan RM 4 juta yang didakwa diberi oleh PAS Kelantan atas tujuan menjatuhkan Pak Lah. Telah banyak kes melibatkan Kelantan yang diambil serius oleh SPRM . Bermula sejak penguasaan PAS ke atas Kelantan hinggalah ke saat ini.

Pendedahan TGNA berkaitan pernah cuba disogok oleh tauke Balak ketika mula memerintah terus menggerakkan SPRM untuk mencungkil pejabat Menteri Besar itu. TGNA sendiri yang mendedahkan dalam ceramah sudah tak berapa ingat peristiwa itu hanya mendedahkan secara umum dengan tujuan iktibar.

Terbaru apa yang didakwa pendedahan Kickdagila mendapat tempat di dada akhbar proksi Umno. Bukan angka yang besar nilai rm 4 juta untuk tempoh tiga tahun apatah lagi didakwa bagi tujuan mengekalkan sebuah kerajaan dan menjatuhkan seorang pemimpin negara.

Ia tidak salah jika Umno dan BN yang lakukan seperti apa yang berlaku di Hulu Selangor. RM 167 juta yang bukan dianggap rasuah oleh Najib dan tak dipedulikan oleh SPRM jauh lebih besar dari RM4 juta dalam 3 tahun berbanding RM 167 dalam tempoh seminggu.

Dalam menilai tindakan SPRM kita menanti apa pula tindakan polis terhadap pemuda yang didakwa mengugut bunuh TGNA. Antara ugutan bunuh dan rasuah ini mana yang lebih bahaya. Kita nantikan penilaian jujur dari rakyat dalam menghakimi badan kerajaan ini.

Undi Melayu bandar dan Melayu kampung


"Jika Mood pengundian seperti yang berlaku di Hulu Selangor baru-baru ini berterusan sehingga PRU akan datang, Pakatan Rakyat akan kekal memerintah di Selangor dan Pulau Pinang, tetapi tidak jamin di Kelantan dan kedah", lebih kurang begitu bacaan salah seorang ahli politik yang agak terkenal juga.

Menarik juga bacaan itu. Di dapati, keadaan undi cina dan India, berada dalam daerah selamat. Namun, undi India perlu berhati-hati sedikit.

Adapun undi melayu, perlu dibahagi kepada dua, (1) Melayu bandar, dan (2) melayu kampung. Cara berfikir melayu bandar tidak sama dengan cara berfikir melayu kampung.

Undi melayu bandar, mengikut satu pendapat, berbelah pihak kepada PR (PAS, PKR dan DAP). Adapun undi melayu kampung, mengikut tren pengundian kini, berbelah pihak kepada BN.

Persoalannya, (1) Melayu di Kelantan dan Kedah, melayu bandar atau melayu kampung? (2) di Perak, apakah ramai melayu kampung atau melayu bandar? Namun, undi cina dan india di perak dilihat berbelah pihak kepada PR.
Justeru, bagaimana pula gabungan undi melayu bandar dan undi cina dan india di Perak? (3) Di selangor, PAS banyak bertanding di kawasan melayu kampung. Justeru, mungkin PR kekal memerintah, tetapi PAS semakin minoriti. Benarkah? Inilah yang aku diceritakan.

GPMS tawar keluarga Aminulrasyid peguam pemerhati

SHAH ALAM, 1 Mei — Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) hari ini menawarkan khidmat peguam pemerhati kepada keluarga remaja yang mati akibat terkena tembakan polis dalam kejadian Isnin lepas, Aminulrasyid Amzah, 15.
Timbalan Presiden GPMS Rosdi Amir berkata tawaran itu dibuat untuk menyalurkan maklumat sebenar sekiranya terdapat prosiding mahkamah bagi memastikan kes berkenaan tidak dimanipulasi atau disensasikan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.
“Sebagai sebuah badan bukan kerajaan (NGO) yang mewakili pelajar, kita terpanggil untuk tampil mengetahui kejadian sebenar kes ini dan menawarkan bantuan yang boleh kepada keluarga mangsa,” katanya kepada pemberita selepas menziarahi keluarga Aminulrasyid di Jalan Mak Yong 11/2G, di Seksyen 11 di sini.
Beliau berkata peguam pemerhati yang ditawarkan itu terdiri daripada peguam yang juga merupakan anggota GPMS. Rosidi berkata GPMS juga berharap tiada pihak yang mempolitikkan isu terbabit kerana tidak adil bagi keluarga mangsa apabila sesetengah pihak menjadikan kes ini sebagai platform untuk kepentingan politik mereka.
“Sekarang bukan masanya untuk jadi hero, sebaliknya berusaha membersihkan nama keluarga mangsa dan menunggu siasatan yang sedang dijalankan oleh pihak bertanggungjawab,” katanya.
Pada kejadian pukul 2 pagi itu, Aminulrasyid mati terkena tembakan polis manakala rakannya berjaya melarikan diri ketika terserempak dengan kereta peronda polis di kawasan Seksyen 11 di sini.
Sementara itu, Naib Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM) Irmohizam Ibrahim berharap kerajaan mengkaji semula keperluan memasang kamera litar tertutup (CCTV) pada kereta peronda polis seperti di negara-negara maju supaya boleh dijadikan bahan bukti sekiranya berlaku sesuatu.
Semalam, Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan berkata beliau telah mencadangkan kepada kerajaan sejak 2006 supaya setiap kereta peronda polis dilengkapi kamera video bagi memudahkan pegawai terbabit merakam setiap insiden yang berlaku namun cadangan itu tertangguh kerana tiada peruntukan.
Irmohizam, yang juga Ketua Penerangan GPMS meminta orang ramai, termasuk pihak media supaya tidak membuat sebarang spekulasi atau mendengar khabar angin mengenai kes kematian Aminulrasyid.
“Kita harap masyarakat faham... tunggu sehingga siasatan habis dijalankan untuk tahu perkembangan kes itu,” katanya. — Bernama

Nizar: Rasis gelar saya menghasut?


Pakatan Rakyat perlu masuk ke setiap pelosok kampung sekiranya mahu cita-citanya menuju ke Putrajaya pada pilihan raya umum ke-13 nanti menjadi kenyataan.

Bekas menteri besar Perak Datuk Seri Mohd Nizar Jamaluddin berkata, BN berjaya mendapatkan sokongan Orang Asli, orang Melayu di kampung-kampung - termasuk peneroka Felda, pekerja estet India - lebih 53 tahun dengan mengawal dan memanipulasi media arus perdana.

Strategi ini dilhat berjaya dalam pilihan raya kecil Hulu Selangor, di mana Nizar menuduh BN terlibat dalam politik wang dan taktik mengancam bagi memastikan kemenangan calon mereka P Kamalanathan.

"BN menggunakan dana awam dalam bentuk hadiah pilihan raya dalam setiap pilihan raya kecil di negara ini.

"Dan mereka rasis apabila berhadapan dengan pengundi dan apabila menyifatkan ucapan saya di Hulu Selangor sebagai hasutan," katanya.

PRK Hulu Selangor : Benarkah BN Menang Kerana Beli Undi ?



Oleh IZMAS
SATU pendapat popular mendedahkan, jika Hulu Selangor itu merupakan sebuah pekan besar, bandar atau daerah yang tidak banyak kampung dan daerh felda atau felcra, keputusan pilihan raya kecil itu mungkin tidak memihak calon BN. Pengundi yang tinggal di pekan dan bandar mempunyai sikap dan fikiran yang lebih kritis, bijak dan kompleks dalam memilih calon bagi mewakilli kawasannya.
Mereka tidak seperti pengundi kampung atau pendalaman yang boleh ‘dijinakkan’ dengan pelbagai janji besar dan manis serta habuan projek yang boleh membeli undi mereka


Pengundi Melayu di kawasan kampong dan daerah felda/ felcra yang sudah biasa dan pernah menerima jasabakti BN biasanya menyambut janji-janji pemimpin kerajaan kerana mendapat durian runtuh yang tidak disangka. Mereka sukar menolak peruntukan yang ditawarkan - dalam pelbagai bentuk bantuan - yang akhirnya membuatkan mereka ‘terikat’ mengundi calon BN.
Pengundi di bandar khususnya orang Cina tidak terikat dengan janji-janji pemimpin BN kerana mereka tidak berharap dan menganggap tidak pernah menerima menafaat besar dari dasar kerajaan. Orang Melayu dan India di bandar berfikiran terbuka, lebih lebih kritikal dalam memilih calon BN kerana mereka kurang mendapat bantuan dari kerajaan dari mereka yang tinggal di kampung atau pendalaman. Orang Cina mempunyai kebebasan memilih mana calon yang dikehendakki tanpa terpengaruh dengan pujuk rayu pemimpin kerajaan termasul MCA dan lazimnya memihak calon pembangkang tanda protes.
Episod ini sudah berlaku dalam pilihan raya kecil Hulu Selangor di mana undi orang Melayu di kawasan kampong dan daerah felda/felcra sudah memberi kemenangan majoriti 1,725 undi kepada calon BN, P. Kamalanathan. Undi kaum Cina masih kekal menolak BN dan memilih calon PKR seperti yang berlaku dalam PRU 12 lalu. Undi kaum India sudah beralih arah memihak calon baru MIC dari BN yang bertanding – disebut-sebut layak dan berpotensi - sekaligus memberi gambaran majoriti kaum India sudah menerima gagasan 1Malaysia Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Peralihan undi (swing) undi kaum ini yang sebelum ini menyokong kuat PKR mungkin akibat dari banyaknya bantuan dan peruntukan yang sudah dan bakal diterima kaum itu sekiranya P. Kamalanathan menang sebagai Ahli Parlimen di kawasan itu. Tidak hairan mereka beralih angin kerana banyak faedah dan kelebihan jika mereka memilih calon muda dari MIC yang dikatakan sanggup berbuat apa saja untuk kebaikan dan kemajuan kaumnya itu.
Calon PKR yang tewas, Datuk Zaid Ibrahim mendakwa berlaku isu beli undi dalam kempen pilihan raya di situ di mana kerajaan menjanjikan banyak projek rakyat kepada pengundi. Beliau mendakwa kerajaan membelanjakan RM64 juta dalam usaha berkempen besar-besaran dan pemimpin Pakatan menganggar BN sudah berbelanja RM167 bagi melaksanakan pelbagai projek kecil dan besar bagi meraih undi. Menurut Zaid, beliau menerima kekalahannya secara terbuka kerana dalam mana-mana pertandingan ada pihak yang kalah dan menang. Tetapi kemenangan yang dikecap calon BN dengan cara yang tidak terhormat adalah tidak adil dan tidak boleh dterima.
Sumber yang layak dipercayai menyebut, salah satu sebab kekalahan PKR adalah kerana faktur Zaid sendiri. Isu moral dan pemilihan beliau sebagai calon sudah dipertikai banyak pihak termasuk dalam partinya yang tidak membantu kemunculan beliau sebagai calon yang benar-benar layak dan patut diketengahkan. Isu moral beliau diekspolit sepenuhnya oleh pemimpin Umno dan BN sebagai modal politik besar bagi meraih undi orang Melayu Islam yang kononnya berpegang kepada hukum agama dan menolak pemimpin yang tidak berakhlak mulia.
Tidak seperti kaum Cina yang memandang enteng soal moral sementara orang Melayu Islam lazimnya menyanjung tinggi pemimpin yang berakhlak tinggi dan patuh kepada ajaran agama. Pemimpin yang sudah tercalar moralnya sukar mendapat kepercayaan dari sudut pandangan orang kampung konservatif dan fanatik atau orang berpelajaran di bandar yang masih kuat berpegang kepada hukum agama. Walaupun dikatakan isu itu sudah berlalu dan tidak diamalkan Zaid lagi, namun tidak diketahui adakah ianya sudah mempengaruhi fikiran dan tanggapan orang Melayu di kawasan undi itu terhadap beliau yang membawa kepada kekalahan beliau.
Isu Datuk Dr Halili Rahmat keluar PKR dan menyertai Umno menjadi faktur lain yang sedikit sebanyak sudah merosakkan imej PKR dan tidak memihak Zaid. Tindakan mendadak Dr Halili menjejas kesetiaan ahli parti yang lain sehingga banyak dari kalangan mereka mengikut jejak langkah beliau. Tindakan beliau juga sudah merosakkan mood kempen Zaid kerana dilakukan ketika kempen pilihan raya sedang hangat berjalan sekaligus memberi kelebihan kepada calon BN dan merugikan PKR. Apatah lagi langkah beliau seterusnya membantu berkempen bagi pihak calon BN menambah luka lagi hati Anwar dan Pakatan. Isu dalaman PKR sebelum ini sedikit sebanyak sudah dieksploit semaksiumnya oleh pemimpin Umno dan BN untuk menunjukkan situasi tidak stabil dalam kepimpinan parti.
Ada pihak menganggap semua isu yang dibangkitkan oleh pihak BN itu tidak menjejas teruk peratusan pengundi yang diperoleh Zaid. Kebanyakan pengundi dan penyokong setia masih berdiri di belakang calon Pakatan khasnya penyokong kuat PAS dan majoriti pengundi Cina di sebalik kempen agresif dilaksanakan pemimpin BN. Majoriti kemenangan 1,725 yang diperoleh P. Kamalanathan tidaklah besar seperti yang dijangkakan banyak pihak.
Satu faktor penting dan signifikan yang menyumbang kepada kemenangan BN adalah kempen hebat dan agresif yang ditunjukkan pemimpin BN termasuk kehadiran Najib turun padang menemui rakyat bawahan. Beliau nampak berkerjakuat, serius dan cepat bertindak menemui pengundi walaupun baru pulang dari lawatan resmi dari luar negara. Najib seolah-olah tidak mahu calon BN tewas dan mesti menang kerana ini bakal menjadi penanda aras samada sokongan rakyat memihak dasar dan gagasan 1Malaysianya atau menolaknya.
Sekiranya BN tewas di Hulu Selangor bermakna tamparan hebat kepada dasar dan stail kepimpinan beliau sekaligus menunjukan rakyat tidak memihak BN serta menolak gagasan 1Malaysianya. Kemenangan memberi kekuatan moral yang amat diharapkan bagi menyuntik semangat merealisasikan rancangan besar beliau untuk menawan semula Selangor dari tangan Pakatan. Najib selaku pengerusi Umno Selangor dan ketua BN dilihat melakukan apa saja yang termampu demi kemenangan BN walaupun terpaksa membelanjakan banyak duit rakyat dalam peruntukan dan bantuan yang begitu lumayan serta mengajak bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad – yang pada awalnya menolak - dan isterinya sendiri turun padang membantu kempen calon BN.
Pemerhati politik dalam dan luar negara berpendapat, kemenangan BN di Hulu Selangor amat kritikal kepada Najib dan menggambarkan referendum yang amat diperlukan beliau bagi menyokong dasar dan stail kepimpinannnya. Namun, tektik berkempen BN agak keterlaluan dan sudah dipertikai banyak pihak. Cara berkempen Najib sudah dipersoal pemimpin Pakatan sebagai membeli undi bagi menjamin kemenangan pasti calon BN dengan cara yang tidak terhormat. Tektik dan teknik berkempen begini seperti jalan sengkat meraih undi dan kelihatan realistik dari kacamata orang kampong yang kurang berpendidikan dengan menerima apa saja yang ditawarakan tanpa banyak persoalan.