Khamis, 29 April 2010

Pasang Telinga


Semalam semasa aku berada di tempat bebudak melepak di sebuah kedai kopi, ada satu kisah yang aku kira menarik untuk dikongsi bersama. Eleh... kedai kopi tu, menjadi tempat bebudak belasan tahun melepak sambil berborak dan tonton TV. Tajuk borak mereka ialah kisah polis tembak adik Aminulrasyid.

Biasalah bebudak muda... mereka ni bukannya suka sangat polis. Pada mereka polis ni saja nak menyusahkan hidup mereka. Merempit kalu.... kena kejor. Naik motor.... asyik kena tahan dengan polis. Masa road blog.... yang jadi mangsa kena tahan ialah bebudak muda yang bermotor. Kekandang tak da road blog pun mereka kena tahan. Minta tengok lesen ler... minta IC ler.... check raod tax ler... check itu ini pada motor.... sengaja nak cari kesalahan.

Last-last.... kalau sangkut dan nak lepas, terpaksaler huloq seperti yang diminta. Kalau huloq.... hanya diberi amaran dan lepas!! Kalau tidak....paham-paham jer lah.

Itu yang mereka marah. Siap guna perkataan maki hamun dan carut-marut marahkan sikap dan perangai sesetengah pak-pak polis tu. Apabila dengar mereka berborak.... nak tergelak pun ada.

Yang paling lawak ialah apabila salah sorang daripada mereka kata...

"Best jugak kalau dapat jadi polis, sebab gaji mereka banyak. Gaji pokok ditambah pulak dengan elaun itu dan ini..... banyak yang polis dapat. Kekadang lebih daripada pegawai kerajaan yang ada diploma."

Sorang lagi berkata, " Isy....ye ke?? Banyaknya gaji demer."

Tetiba.... tak semena-mena, menyampuk sorang pakcik dari meja sebelah...

"Ater mana tak banyaknya. Orang gaji..... satu jer pokoknyer tapi demer, ada dua pokok."

Bebudak tadi tercengang. Heran... Apasal pulak orang tua ni?

Sorang bertanya, " Pokok?? Pokok apa pakcik??"

Pakcik tu jawab selamba jer... " Satu gaji pokok... gaji asas. Satu lagi gaji bawah pokok... pau orang itu, pau orang ni. Ater... dapat dari dua pokok..... banyakler!!"

"Betoi tu pakcik.. itu sebab demer kencang dan moncah!!" nyampuk sorang lagi budak.

Orang-orang yang ada di sekeliling tersenyum semuanya.... termasukler aku dan F3M.

Sorry ler.... ini bukan nak menyindir sesiapa tetapi sekadar menceritakan satu kisah benar yang didengar dari kedai kopi.

Siasat mengapa GMC lingkup di bawah Kickdeffela


Menjelang pilihan raya umum ke-12, Global Media Channel (GMC) diwujudkan lengkap dengan pasukan petugas media bagi menjawab isu semasa yang dibangkitkan pemimpin Umno.
Namun syarikat itu tidak ada kaitan dengan kerajaan negeri dan PAS Kelantan.
GMC lengkap dengan bilik sidang media dan peralatan audio visual yang canggih. Pejabatnya menumpang di bahagian bawah bangunan tiga tingkat milik sebuah yayasan.
Ketika itu Syed Azidi Syed Abdul Aziz yang lebih dikenali sebagai Kickdeffela diberi amanah mengetuai GMC.
Menurut sumber, Azidi diberi tanggungjawab mengendalikan GMC kerana dikata orang ada kepakaran dalam bidang berkaitan.
”Namun hampir dua tahun beroperasi GMC bermasalah sehingga seorang demi seorang kakitangan berhenti kerja sehingga ada yang membawa diri ke Kuala Lumpur.
”Mereka tidak senang dengan cara pengurusan yang diketuai Syed Azidi dan isterinya. Ramai yang tidak dapat mendapat gaji, sedangkan pada peringkat awal ada pihak memberi modal bagi mengurus operasi GMC.
”Persoalan mengapa syarikat itu kini lingkup, ke mana duit peruntukan yang disumbang pelbagai pihak. Kita bimbang berlaku silap urus sehingga GMC berkubur,” kata sumber berkenaan.
Sebuah akhbar hari ini memetik blog milik Azidi yang mendakwa beliau menerima RM4 juta bagi melemahkan kepimpinan Tun Abdullah Ahmad Badawi ketika menjadi perdana menteri dan memperkuatkan PAS Kelantan.
Sumber itu berkata, sepatutnya satu siasatan dilakukan kerana amanah yang diberi untuk mengurus GMC akhirnya lingkup di tengah jalan.
Ditanya mengenai dakwaan sebanyak RM4 juta diberi pihak tertentu kepada Azidi, katanya, hanya dia yang sahaja tahu kedudukan sebenar sama ada betul atau sebaliknya.
Mengenai dakwaan Azidi mengatakan dia banyak membantu PAS mempertahankan Kelantan pada pilihan raya tersebut kata sumber terbabit, tidak ada asas untuk menyokong kenyataan itu.
Katanya, rata-rata pemimpin PAS di Kelantan pun tidak tahu kewujudan GMC ketika itu sehingga dikatakan Azidi kononnya memainkan peranan untuk melemahkan kepimpinan Pak Lah.
Sementara itu, Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Kelantan, Ahmad Fadhli Shaari berkata, kenyataannya sebelum ini yang mencabar penulis blog Kickdefella membuat laporan polis berhubung tuduhannya terhadap kerajaan negeri dan PAS tidak ada kaitan dengan jawatannya sebagai Setiausaha Akhbar Menteri Besar.
“Suka saya memaklumkan kenyataan saya baru-baru ini yang mencabar beliau membuat laporan polis dibuat di atas nama Dewan Pemuda PAS Kelantan dan tiada kaitan langsung dengan posisi saya di Pejabat Menteri Besar,” ujarnya-

Guan Eng seru polis 1 Malaysia 1 Israel tarik balik dakwaan...


Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng menyeru polis menarik balik dakwaan terhadap adik Amirulrasyid yang dilabelkan sebagai penjenayah. Beliau menziarahi ibu kepada Amirulrasyid, Norsiah Mohamad semalam.
Beliau mahu sebuah badan yang benar-benar bebas menjalankan siasatan terperinci.

Guan Eng juga pernah terpenjara kerana membela gadis Melayu yang diperkosa oleh penyokong geng perkasa.

Inilah sikap 'komunis' yang digambarkan oleh wakil rakyat katak bebas Zahrain...

Mana suara wakil rakyat katak bebas najis? Nak tunggu hujan turun baru nak berbunyi kah?
ong...ong...ongKOSSS...



* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *

Pakatan Tidak Kalah Atau 1Malaysia Yang Menang?

DENGAN corak kempen yang hebat dan agresif dipamirkan jentera serta pemimpin BN semua peringkat dalam pilihan raya kecil Hulu Selangor lalu, tidak hairanlah mereka mengecap kejayaan. Namun, majoriti 1,725 yang diraih calon BN tidak boleh dianggap peratusan yang membanggakan dibandingkan dengan kerjakeras dan usaha gigih serta perbelanjaan besar yang sudah dicurahkan dalam kempen itu

Sepatutnya jumlah majoriti melebihi angka 5000 atau lebih lagi barulah dikira setimpal dengan kerja keras mereka. Ini diakui Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang menjangka sebelum keputusan diumumkan bahawa BN boleh menang dengan majoriti sekurang-kurangnya 6000 undi.
Kemenangan majoriti undi BN berpunca dari undi orang Melayu di kawasan kampung, felda dan felcra yang jelas memihak kerajaan. Undi mereka inilah yang memberi kelebihan kepada calon BN, P. Kamalanathan di samping peratusan jumlah undi kaum India yang juga sudah beralih arah kepada BN. Orang Cina masih kekal dengan Pakatan. Cuma sekitar 30 perataus undi saja memilih calon BN selebihnya 70 peratus memihak calon Pakatan, Datuk Zaid Ibrahim sebagai tanda protes mereka kepada dasar BN yang dianggap tidak pernah menyebelah dan tidak adil kepada kaum mereka. Peralihan (swing) pengundian segelintir orang Melayu dan kaum India kepada BN didakwa kerana mendapat peruntukan dan habuan yang lumayan serta janji-janji projek pembangunan yang menguntungkan mereka. Majoriti mereka seolah-olah sudah tertarik dan menerima gagasan 1Malaysia yang diperkenal Perdan Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai satu idea yang memberi banyak kelebihan kerana menunaikan hasrat dan kehendak mereka.
Dalam hubungan ini, Najib dikatakan berjaya memikat hati rakyat terutama gulungan sederhana dan bawahan sekaligus meraih undi mereka. BN melakukan apa saja yang termampu asalkan kehendak asas mereka seperti sekolah, tanah dan bantuan umum termasuk memberi peruntukan berjuta kepada peneroka felda dan felcra yang mereka sendiri tidak duga. Berita terakhir, kaum Cina juga ditunaikan permintaan sebanyak 3 juta seperti yang dijanji bagi membina baru Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) walaupun mereka tidak mengundi BN.
Selepas menang, PM Najib berjanji akan terus menunaikan semua janji yang dibuat BN dalam kempen pilihan raya kecil itu bagi memenuhi kehendak rakyat dan memastikan semua mendapat menafaat tidak kira kaum sesuai dengan gagasan 1Malaysianya. BN menang kerana rakyat mendapat apa yang dihajat dan Najib sudah melaksanakan (deliver) permintaan mereka semasa berkempen yang membuat mereka merasa termakan budi dan seolah-olah tiada pilihan melainkan memangkah BN. Episod ini disebut membeli undi untuk meraih kemenangan yang dibantah oleh Pakatan dan sudah dipertikai Zaid dengan membawa kes itu ke mahkamah atas dakwaan kemenangan BN kerana menabur habuan dan peruntukan serta projek pembangunan bagi meraih undi rakyat.
Kenapa pelbagai bantuan dan peruntukan dicurahkan kepada rakyat di kawasan itu semasa kempen pilihanraya dan tidak waktu sebelumnya? Kenapa rakyat dibelai, didekati dan diberi semua apa yang diminta (termasuk apa yang tidak diminta) padahal peruntukan dan bantuan itu kelihatan terlalu lumayan dan sepatutnya boleh diagihkan ke tampat lain yang lebih memerlukan? Bagi BN dan Najib yang penting adalah kemenangan dan kemenangan adalah kritikal dan amat diperlukan bagi memastikan kawasan itu jatuh ke tangan BN. Kejayaan BN bermakna referendum kepada beliau dan petunjuk awal bagi menjayakan cita-cita besarnya untuk menawan Selangor dari tangan Pakatan. Kejayaan BN sudah dikaitkan dengan gagasan 1Malaysia Najib yang membela hak semua kaum dalam semua bidang yang membuat majoriti rakyat beralih mengundi BN. Pakatan pula dalam kempennya lebih banyak mempersoal dan mempertikai dasar BN yang didakwa menyeleweng tanpa memberi alternatif kepada agenda pembangunan ekonomi rakyat yang sepatutnya diberi perhatian.
Sepatutnya Pakatan menonjolkan gagasan baru yang boleh memikat hati rakyat seperti gagasan 1Malayasia dalam bentuk lain yang berbeza tetapi lebih bermakna dan berkesan. PAS For All itu baik dan seharusnya dikembangkan kepada gagasan sebenar Pakatan yang membawa maksud rakyat semua kaum tidak kira agama dan fahaman politik diberi perhatian dalam semua aspek kehidupan hidup mereka terutama dalam soal ekonomi dan pekerjaan.
Kajian mendalam dalam soal ini mungkin perlu dipertimbangkan jika Pakatan ingin membaiki diri dan mahu rakyat dan penyokong mereka mendapat pembelaan sewajarnya dari perjuangan sebenar mereka. Rakyat kini lebih cerdik, kritis dan mengerti apa yang menjadi keutamaan mereka dan pemimpin Pakatan harus sedar soal ini dengan mengurangkan politiking dalaman yang mempamirkan imej buruk mereka. Mereka seharusnya lebih menumpukan usaha sepenuh perhatian kepada agenda membela rakyat jika mahu memenangi hati mereka.
Persepakatan tiga parti itu seharusnya lebih telus dan mengelak dari banyak pertikaian sama sendiri yang tidak perlu bagi memberi gambaran positif kepada rakyat tentang kewujudan mereka untuk membela kehidupan rakyat khususnya gulungan bawahan. Persefahaman pemimpin sepatutnya bukan bersifat kosmetk dan berada di permukaan saja, tetapi seharusnya meresap masuk dalam jiwa dan hatinurani sebenar dengan memahami ideologi serta dasar perjuangan masing-masing parti secara jujur dan jelas.
Walaupun konsep ini sudah dipertikai oleh Pakatan sebagai dasar yang diceduk dari Israel, namun pengundi kampong dan pendalaman yang kurang berpendidikan tidak nampak faktor itu sebagai penghalang untuk mereka terpikat kepada konsep 1Malalysia. Mereka melihat gagasan itu memberi keadilan kepada mereka di mana hak semua dijamin dan peluang untuk kejayaan bersama. Tidak ada yang tidak terbela jika mereka memerlukan petolongan atau layak dibantu seperti yang sudah berlaku. Kaum Cina tidak tertarik dengan idea itu kerana mereka tidak memerlukan bantuan kerajaan dan sudaah boleh hidup sendoiri selama ini atas udaha mereka sendiri. Mereka tidak perlu bantuan kewangan BN kerana mereka sudah kuat, tapi menuntut hak yang lebih yang selama ini dinikmati kaum bumiputra seperti soal pelajaran, ekonomi dan peluang bernaga yang adil.
Rengkasnya, kehendak dan kepentingan rakyat semua kaum harus diutamakan dan diberi penekanan dalam bentuk projek atau bantuan yang boleh mengeluarkan mereka dari kesempitan hidup. Dalam situasi ekonomi negara yang tidak menentu dan mencabar, rakyat memerlukan pembelaan dalam bentuk perancangan ekonomi besar atau kecil yang boleh membantu meningkatkan pendapatan mereka. Konsep membela dan mendekati rakyat yang mirip gagasan BN mungkin perlu diberi perkiraan dan diperkenalkan kepada rakyat jika Pakatan mahu memenangi hati rakyat sekaligus undi mereka dalam pilihan raya akan datang. 

KHAIRY....BAIK LU BLAH !

abis la lu khairy...hari isnin, ezam akan bergelar yb senator...silap-silap najib lantik dia sebagai timbalan menteri...lu...ahli parlimen / ketua pemuda umno...tak dilayan untuk diangkat jadi menteri/tim. menteri. ternyata najib rosmah dah mula naik meluat/ muak dengan lu....dah terang-terang tanpa nak suluh lagi...kau buat le apa saja...najib tak tengok dah...


lu ingat macam mana geng diorang rampas tahta PM daripada bapak mentua lu...lu tak ingat...khairy...baik le kau blah...




yb khairy jamaluddin
ditolak najib

yb mohd ezam mohd nor
anak emas najib

YB Senator Ezam : It takes a thief to catch a thief...



Andaian yang mudah ...3A dalam PKR iaitu Datuk Seri Anwar Ibrahim, Datin Seri Wan Azizah Ismail dan Azmin Ali pasti antara yang rasa kurang sedap badan apabila Ezam Mohd Nor dilantik sebagai ahli Dewan Negara.Walaupun persidangan Dewan Negara tidak sepanas Dewan Rakyat, tetapi gema suara Ezam tentunya akan menyakitkan telinga pakatan pembangkang kerana bekas Setiausaha Politik Anwar di Kementerian Kewangan itu mengetahui banyak perkara babitkan 3A.Ada perpatah Inggeris yang berbunyi : It takes a thief to catch a thief. Ramai tahu bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan pernah menjadi ‘ pencuri’ yang banyak berkorban hingga menjadi tetamu di Pusat Tahanan Kamunting dan merengkok dalam penjara semata-mata untuk mempertahankan bosnya Anwar di zaman awal era reformasi hingga ke pembentukan Parti Keadilan Nasional yang kini PKR.Beliau antara jeneral depan yang berjuang menuntut pembebasan Anwar semasa kes liwat pertamanya dulu dan tidak serik-serik berdepan pihak berkuasa yang mahu ‘mengorek’ bukan sahaja rahsia beliau tetapi Anwar.Ini fakta dan sesiapapun dalam PKR tidak mungkin boleh menafikannya. AD.

Senator lelaki bangang! Senator perempuan aduhh!!


gambo hiasan

Yang Senator lelaki ni bagi idea yang paling bangang mengikut emosinya yang mungkin sedang marah sangat ketika itu.

Yang Senator perempuan mengenepikan langsung cara Islam dalam mengatasi masalah penzinaan bebas yang makin buruk berkadar langsung dengan kes-kes pembuangan bayi di seluruh Malaysia!

Kamu buat la apa pun Shahrizat oiii.. Selagi kamu menafikan secara tak formal akan keampuhan cara didikan Islam, selagi tu la masalah sosial ini tidak akan selesai malahan lebih buruk!

Nak selesai apanye kalau rancangan hiburan makin mencanak naik di TV?
Artis dah macam cendawan tumbuh terutama perempuan melayu?
Hancurrrr melayu!!!

opsss! Shahrizat ni mamak kan?
sunsnake 29042010

Senator cadang ‘kasi’ bapa bayi yang dibuang

KUALA LUMPUR, 29 April — Marah dan kesal dengan begitu banyak kes buang bayi di negara ini, seorang senator hari ini menyarankan agar bapa kepada bayi yang berkenaan dikenakan hukuman “kasi”.
Senator Ahmad Hussin berkata hukuman itu adalah wajar untuk “mengajar” golongan lelaki yang terbabit agar lebih bertanggungjawab.
“Sekarang kita lihat dalam kes ini (buang bayi) bapa dah ghaib. Saya cadang kita “kasi” bapa-bapa ini,” katanya ketika mengemukakan soalan tambahan kepada Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil , di Dewan Negara di sini hari ini.
berita penuh

Jawapan Musa Hassan Dedahkan Keangkuhan Polis



Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan membidas kritikan pelbagai pihak berhubung kematian remaja berusia 14 tahun - Aminulrasyid Amzah dan berkata beliau sedia mengarahkan anggotanya supaya tidak lagi mengawal jika itu kehendak rakyat.

"Biarlah apa yang nak dikatakan oleh ahli politik, tapi saya ingin tahu sama ada anda mahu kami menguatkuasakan undang-udnang atau tidak.

"Kalau tak nak, saya akan beritahu orang saya supaya tidak lagi menahan kereta yang dipandu dengan cara mencurigakan atau mengambil tindakan terhadap pelumba haram yang bermaharajalela di jalan raya," katanya dalam laporan The Star online.

Musa mengulas kenyataaan pelbagai pihak berhubung kematian Aminulrasyid, apabila polis melepaskan empat tembakan ke arah kereta yang dipandu remaja itu kerana didakwa cuba berundur dan merempuh ke arah polis.

Kejadian itu berlaku di Seksyen 11, Shah Alam apabila Aminulrasyid dikatakan memecut dan melanggar beberapa lampu isyarat merah tanpa berhenti meskipun diarahkan berbuat demikian.

Menurut Musa, beliau tidak mahu membuat seberang spekulasi mengenai perkara itu dan meminta orang ramai agar tidak terburu-buru membuat kesimpulan tentang kejadian.

Beliau juga mengulangi jaminannya bahawa tiada apa yang akan disembunyikan berhubung kes itu.

"Saya tak berat sebelah, jangan buat spekualsi. Seperti yang saya kata sebelum ini, kami tak akan menyembunyikan apa-apa dan kami akan berlaku adil dalam siasatan kami. Oleh itu, tunggulah hasilnya nanti," katanya dalam laporan Bernama.

Ditanya tentang keadaan yang membolehkan polis menggunakan senjata api, beliau berkata: "Orang saya tahu bahawa mereka hanya boleh menggunakan senjata api untuk mempertahankan diri, itu sudah menjadi peraturan dalam tugas kami".

Musa berkata sesebuah kenderaan itu sama bahayanya dengan pistol, pisau atau tukul.

"Kenderaan boleh digunakan sebagai senjata... senjata bukan bermakna pistol, pisau atau parang saja. Kalau seseorang itu enggan berhenti dan cuba merempuh pegawai yang cuba menahannya, ia (kenderaan) boleh dianggap sebagai senjata kerana ia boleh membahayakan nyawa pegawai penguatkuasa," kata beliau.

Sebelum ditembak, mengikut polis Aminulrasyid mengundur kereta dan cuba merempuh pegawai polis untuk cuba melepaskan diri daripada sekatan jalan raya berhampiran rumahnya.

Musa juga menasihati orang ramai supaya berhenti apabila diminta berbuat demikian oleh polis atau pegawai penguatkuasa dan jangan cuba melarikan diri kerana perbuatan demikian boleh menimbulkan rasa curiga.

"Dalam keadaan gelap itu, siapapun tak akan dapt pastikan sama ada pemandunya adalah seorang remaja atau orang dewasa.

"Setakat itu saja yang boleh saya komen tentang isu ini kerana ia sedang disiasat. Oleh itu, jangan buat sebarang spekulasi," katanya kepada pemberita selepas menghadiri acara menderma darah oleh anggota polis di Pusat Darah Negara bersempena sambutan Hari Polis di Kuala Lumpur hari ini. -mk

Ulasan GB

Prosedur menembak perlu diperbetulkan. Di dalam kes yang menimpa adik Aminulrayid Amzah dan Norizan Salleh, jelas menunjukkan bahawa polis telah melepaskan tembakan secara wewenangan TANPA benar-benar pasti mereka adalah penjenayah.

Ada banyak kaedah lain yang boleh digunakan. Mengapa polis tidak menembak tayar kereta misalnya, tetapi terus menerus menembak figur manusia di dalam kenderaan?

Apakah modus operandi sedemikian dilakukan selama ini dengan kemudiannya mengisytiharkan simati adalah "penjenayah yang dikehendaki yang mempunyai rekod jenayah sekian-sekian banyak" untuk melepaskan polis daripada bertanggungjawab tanpa perlu membawa kes itu ke mahkamah lantaran mangsa sudah tiada lagi?


Masyarakat agak terperanjat dengan jawapan biadab Ketua Polis Negara seperti dilaporkan di atas. Ini kerana kamu-kamu polis dibayar gaji oleh rakyat untuk menjaga keselamatan dan mengurangkan jenayah. Rakyat tidak menyatakan bahawa kamu-kamu tidak perlu lagi mengawal keselamatan tetapi yang rakyat inginkan ialah supaya polis berlaku benar dan professional di dalam menjalankan tugas kamu sebagai anggota polis.

Mungkinkah ini akibatnya dengan melantik orang yang berlagak sombong dan tak reti menjalankan tugas sebagai Ketua Polis Negara?

Tan Sri Musa Hassan perlu menghormati suara rakyat dan kes ini telah dibawa dan disuarakan sehingga ke peringkat parlimen. Beliau juga perlu menghormati kabinet kerana kes ini juga telah pun dibawa ke kabinet.

Kabinet perlu tegas dengan menganggil Ketua Polis Negara dan Ketua Polis Negeri Selangor yang telah membuat kenyataan memperlekehkan suara rakyat apabila mereka mengeluarkan kenyataan-kenyataan yang melulu dan seolah-olah menunjukkan bahawa tiada yang lebih berkuasa di dalam negara selain polis.

KPI dan NKRA yang meletakkan sasaran supaya kadar jenayah dapat dikurangkan tidak menjadi prioriti PDRM dengan tidak mengendahkan lansung mutu kerja yang professional tetapi mengambil jalan mudah untuk menyelesaikan sesuatu kes iaitu TEMBAK MATI!

1725 - lucky or bad omen?


NOMINATION day for the Hulu Selangor by-election was April 17 and voting was on April 25.
By sheer coincidence the two dates came together when the results were announced - Barisan Nasional candidate P Kamalanathan won by a majority of 1,725 votes over PKR rival Zaid Ibrahim.
In a 'Ripley's Believe It Or Not' fashion, the two crucial dates for the parliamentary by-election had somehow indicated that the winner of the contest would lead by that many votes.
kamalanathan-hulu-selangor-1725It had been a close fight right up to the finishing line between the two parties and it was only towards the end of tallying the votes that it dawned on the Barisan it had been successful in taking back the seat it lost in 2008.
As those familiar with horses know, a thoroughbred never looks at others when on the course, it just concentrates on running the fastest race it can.
To their credit, the two sides had worked equally hard through the grueling course and both were thoroughbred material but it was the younger Barisan stallion that eventually outpaced the experienced and over-confident PKR horse.
Given the Chinese penchant for punting on numbers, one wonders if there would be a rush among them to the betting shops this weekend to put their money on those four digits.
Then again, the majority of the Chinese voters in Hulu Selangor had snubbed the Barisan and now that their 'horse' had lost, they may not be in the mood to party.
Lucky or ban omen?
Anyway, the PKR flag bearer had yet to concede defeat to the political novice as Zaid intends to file an election petition to declare the Hulu Selangor results null and void.
So, we wait for the signs to show if there would be yet another by-election in the parliamentary seat.
The coincidence regarding the dates and the vote-majority was first spotted by blogger Faisal Robhan and repeated on the 'Brick In The Wall' and other blogs, which asked whether the figure 1,725 spells lucky for Kamalanathan and the Barisan or is it a bad omen of an impending nightmare for them?
To recap, the Barisan candidate – nicknamed Kamal Alan Nathan, the 1Malaysia man – had been a last-minute choice after Muhyiddin Yassin, the coalition's deputy chief and by-election director rejected earlier names submitted by Umno and the MIC.
The Barisan had actually wasted much time sorting out the names and selecting the 'right candidate' whereas the PKR had been sure from the start that it wanted Zaid, the only prominent supreme council member who has yet to be a state assemblyman, MP or senator.
And just as the Barisan camp appeared to be splitting over the issue, Muhyiddin made a bold decision to sideline veteran politician G Palanivel and to give the responsibility to 'rookie' Kamalanathan.
Zaid_IbrahimPalanivel, who would be sworn in as a Senator and subsequently reinstated as a deputy minister, conceded that Kamalanathan came into the race without 'excess baggage' and that he had met the Barisan's expectations of a young, non-controversial IT–savvy candidate for the by-election.
In the meantime, the PKR was bathing in the glory of street polls that repeatedly said Zaid was leading the race and likely to romp home as the winner.
However, along the way, the PKR campaign faltered when disclosures were made of his flamboyant secular lifestyles.
The PKR quickly went into 'damage control' mode but despite rebranding him as a 'Haji' and getting PAS spiritual advisor Nik Aziz Nik Mat to persuade Malay voters to back the former Cabinet minister, only the Chinese electorate steadfastly stood by Zaid.
The Malay and Indian voters, in droves, gave their support to the Barisan.
Chinese voters with Zaid
The MCA, still reeling from its tense general assembly, did not perform up to expectations to woo the Chinese voters and one of the first thing that party president Dr Chua Soi Lek did after the by-election results were known was to fire a missile at Perkasa president Ibrahim Ali.
chua-soi-lek-5Chua accused the Pasir Mas MP as being the culprit behind the MCA's losses as Ibrahim had allegedly incited the Malays to hate the Chinese and had also told the Government to not give too much attention to Chinese interests.
There were also other factors that contributed to the loss of Chinese votes, according to the party's preliminary post-mortem, one of which was that Zaid had a higher profile than new face Kamalanathan.
Zaid was also considered 'liberal-minded' and a hero among young Chinese voters despite attempts to discredit the PKR candidate as a drinker and gambler.
Another factor, said Chua, was the leadership differences between former Hulu Selangor MCA chairman Ch'ng Toh Eng and the incumbent, so there could be elements of sabotage.
The third factor was the sensitive statements made by certain political leaders about the Chinese, such as they should be grateful for being given citizenship and that they were "pendatang" (immigrants).
Dr Chua said the death of Selangor political aide Teoh Beng Hock under mysterious circumstances and the Chinese community's greater awareness of national issues were among other contributing factors.
Some observers, however, feel that Chua may not be telling the whole story about the Chinese snub of the Barisan.
For instance, he said, in the areas where former party president Ong Tee Keat was leading the campaign, the Chinese voters came out to give their support.

ong-tee-keat-10"He turned around what used to be a 'black area' where the Barisan previously lost 600 votes but won by 17 votes in the recent by-election.
"Serendah polling area, where Ong went four times to canvass, recorded an increase of Chinese voters who voted for BN from 69 in the last general election to 626.
"This is the only Chinese area that saw an increase in Chinese voters voting for BN," he said, adding that in all other areas where MCA bigwigs campaigned, the Barisan lost heavily.
Asked his thoughts about this matter, Ong told reporters in Putrajayaon Tuesday: "What we want to know is the heart and soul of the people when they make certain decisions...there must be some reasons behind (their decisions).
"Is it because of certain misgivings, fear, founded or unfounded? I think all these need to be studied."
Asked whether MCA lost the Chinese votes because of the rift in the party, he replied: "I think he (Chua) should know better when he had his walkabout, how the people or the community received him."
One observer is worried that in rejecting the Barisan, the Chinese community risks being alienated from power.
"The Barisan can govern with the sole support of Indians and Malays, as reflected in the result of Hulu Selangor.
"If the Chinese wants to have a say in national policies, please wake up. If the Chinese do not support Barisan be prepared to lose all political influence in the new Malaysia," he said.
Caught in a time wrap
Many blogs continued to discuss the by-election and also questioned the future of Chinese vote in the the country's electoral process.
One posting said the power shift within the Chinese community has moved to the head of clans and Chinese associations, no more with political heads.
Commenting on the Barisan machinery, a positing on the 'Brick In The Wall' blog said it is caught in a time warp and has yet to understand campaigning in the new environment, even in poor Internet access Hulu Selangor.
"Central command and control does not work. Preplanning does not work.
Everything is about speed and distribution - speed of respond, speed of attack, surprises and speedy responses, and staying current.
"Party machinery was lazy, calculative and strategically near inoperable.
"Party leaders, including some ministers, were more interested in campaigning for themselves and politicking than campaigning. BN election machinery remain dependent on Government machineries and unofficial "component parties". They can't afford to continue that way."

Pemuda PR, NGO Bawa Kes Aminurashid Ke Suhakam

Oleh Roziyah Mahamad 

KUALA LUMPUR : Pemuda Pakatan Rakyat(PR) dan badan-badan pertubuhan bukan kerajaan(NGO) akan membawa kes remaja yang ditembak polis peronda agar Suhakam memberi perhatian terhadap kes ini.

Ketua Angkatan Muda Keadilan(AMK), Shamsul Iskandar Mohd Akin dalam kenyataan medianya berkata, mereka akan membawa kes tersebut kepada Suhakam pada Isnin ini, jam 2.30 petang agar dapat membuat desakan berterusan ke atas salah laku polis melalui insiden malang ini.

Shamsul dalam pada itu kesal engan insiden yang menimpa Allahyarham Aminulrasyid Amzah, pelajar berusia 15 tahun yang ditembak mati oleh polis pada 26 April 2010 yang lepas.

"Insiden ini berlaku dalam keadaan kes yang melibatkan Norizan Salleh dan Allahyarham Tawfiq Noorzan masih gagal diselesaikan oleh pihak PDRM dan Kementerian Dalam Negeri.

" Apa yang lebih mengecewakan ialah tindakan pihak polis yang kelihatan bermain tarik tali dengan insiden sebenar yang membelenggu tiap-tiap kes," kata Shamsul.

Menurut Shamsul, alasan berterusan yang diberikan ialah mereka 'hanya menjalankan tanggungjawab' yang menjadikan nyawa manusia sebagai galang ganti kecuaian mereka.

"AMK melihat pihak polis seolah-olah tidak belajar daripada kesalahan yang lepas. Justifikasi yang memuaskan secara berterusan gagal diberikan," tegas beliau.

AMK dalam pada itu mempersoalkan mengenai etika pengendalian kes-kes yang memerlukan tembakan dibuat seperti yang terkandung di dalam Arahan-arahan Tetap Ketua Polis Negara tidak diberi penekanan oleh anggota polis.

Bagi beliau, rentetan kes yang berlaku ini jelas menampakkan keperluan Kerajaan untuk menyegerakan kewujudan IPCMC sebagaimana yang didesak oleh Pakatan Rakyat sekian lama.
Bagi Shamsul, salahlaku polis semakin berleluasa, dan adalah sesuatu yang sangat malang sekiranya kes salahlaku polis juga disiasat oleh polis.


AMK, dengan solidariti Dewan Pemuda Pas Pusat serta Pemuda Sosialis DAP di bawah panji Pemuda Pakatan Rakyat dengan itu telah menggesa agar Menteri Dalam Negeri, Ketua Polis Negara, dan Ketua Polis Negeri Selangor meminta maaf kepada keluarga Allahyarham Aminulrasyid Amzah secara terbuka tanpa kompromi.

Selain itu, mereka juga mahukan sebuah Suruhanjaya Bebas segera diwujudkan untuk menyiasat kes ini pada kadar segera.

Pemuda Umno-BN dan juga badan-badan pro-Melayu seperti Perkasa juga perlu menyatakan ketetapan mereka mengenai kezaliman yang menimpa Allahyarham Aminulrasyid ini,apakah mereka turut menentang atau bersetuju dengan pembunuhan beliau.

Keputusan memalukan: MCA siasat 'sabotaj'

Unsur sabotaj di kalangan anggota MCA merupakan antara faktor menyebabkan kemerosotan sokongan pengundi Cina kepada Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya kecil bagi kerusi Parlimen Hulu Selangor, Ahad lalu.

Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek berkata unsur sabotaj itu berlaku ketika beliau turun padang ke pekan Kuala Kubu Baharu pada hari pengundian dan mendapati tiada ahli dari dua cawangan MCA di situ membantu meraih undi di pusat pengundian di situ.

"Ia mungkin menjadi salah satu faktor kerana sekiranya mereka tidak datang dan membantu, saya fikir mereka juga tidak mengundi kepada BN," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat majlis presiden di Wisma MCA di Kuala Lumpur, hari ini.

Berikutan insiden itu, Dr Chua telah mengarahkan setiausaha agung parti Datuk Seri Kong Cho Ha, yang juga ketua penyelaras MCA pusat bagi pilihan raya kecil itu, menyiapkan satu laporan dan analisis berkaitan keputusan pilihan raya kecil tersebut.

Katany
a parti itu akan membincangkan tindakan susulan selepas menerima laporan itu dalam tempoh masa tiga minggu.

BN merampas kembali kerusi Parlimen Hulu Selangor apabila calonnya P Kamalanathan menang dengan majoriti 1,725 undi, menewaskan calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Zaid Ibrahim.

Pada pilihan raya umum terakhir pada 2008, 35 peratus masyarakat Cina menyokong BN tetapi merosot kepada 28 peratus pada pilihan raya kecil itu.

Dr Chua juga berkata satu sesi sumbang saran akan diadakan pada 18 hingga 20 Jun ini di Port Dickson bagi membincangkan beberapa isu berkaitan perjuangan parti khususnya persediaan untuk menghadapi pilihan raya akan datang.

"Kami akan menjemput beberapa orang yang terkenal dalam bidang tertentu untuk membincangkan termasuk isu ekonomi, bagaimana kita boleh menjayakan kempen
pilihan raya dengan lebih efektif," katanya.

Sesi itu juga akan dimanfaatkan untuk memastikan masyarakat Cina memahami gagasan 1Malaysia dan menyokong pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, katanya.

Ditanya mengenai kenyataan Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) bahawa MCA sebenarnya telah ditolak pengundi Cina sejak pilihan raya umum 2008 lalu, Dr Chua berkata pertubuhan bukan kerajaan (NGO) itu berhak berkata apa sahaja.

Sebelum ini Dr Chua menyalahkan kewujudan pertubuhan seperti PERKASA dan pemimpinnya Datuk Ibrahim Ali, yang didakwa kurang sensitif, menyebabkan calon BN tidak disokong pengundi Cina.
- Bernama

Dari Hulu Selangor ke Sibu

Barisan Nasional berjaya mengembalikan kerusi parlimen Hulu Selangor dengan majoriti 1,725 undi, dalam PRK yang ke-10 selepas PRU tahun 2008.  PRK Sibu yang bakal menyusul pada 16 Mei, kini menjadi tumpuan baru seluruh negara.
Sebelum ini, pengundi Sibu, terutamanya penyokong Pakatan Rakyat (PR) ataupun pendukung sistem dua parti, bertanggapan bahawa keputusan PRK Hulu Selangor bakal mempengaruhi PRK ke-11 ini.  Nampaknya mereka menaruh harapan agar angin perubahan akan bertiup ke Sarawak.
PRK Hulu Selangor yang telah melabuh tirai mungkin satu tamparan yang bukan kecil buat PR.  Pada hakikatnya, sebagaimana yang saya perhatikan, "angin perubahan" agak sukar untuk merentasi Laut China Selatan, dan mendarat di Sabah dan Sarawak yang berada di Pulau Borneo.
Pengundi Sibu agak konservatif
Sebagaimana yang sedia maklum, kestabilan majoriti BN sebenarnya bergantung kepada kelebihannya di Malaysia Timur.  PRK Batang Ai yang berlangsung pada April 2009 dilihat sebagai kayu uji PR untuk bertempur dengan BN.  Mungkin ada yang akan mempertikaikan bahawa kawasan DUN Batang Ai adalah kawasan luar bandar, dan pengundi mudah terpikat dengan pembangunan yang ditawarkan BN.
Walaupun kira-kira 70% pengundi di kawasan pengundian Sibu tinggal di bandar yang seketika dahulu kedua terbesar dalam negeri ini (kini ranking ketiga), namun suasananya amat polos dari dulu hingga sekarang.  Majoriti penduduknya ialah warga tua, di mana pengundi yang berumur 40 tahun ke atas mencakupi 62.5%.  Secara umumnya, pendirian politik penduduk di sini lebih cenderung kepada konservatif.  Apa yang beza adalah, dua pertiga daripada pengundi Sibu ialah Cina, dan majoriti pengundi di Batang Ai pula ialah kaum Iban.
Sememangnya, lebih daripada 60% pengundi Cina (pengundi Cina mencakupi 2/3 daripada jumlah pengundi Sibu) mengundi pembangkang dalam PRU ke-12 pada tahun 2008, berbanding dengan 33% pengundi Melayu dan 26% pengundi Iban yang menyokong pembangkang.  Maka secara teorinya, PR mempunyai kelebihan dalam PRK ini, terutamanya ketiga-tiga parti pembangkang telah bersekutu, dan keadaan di mana penamaan dua calon dari pembangkang (DAP dan PKR) tidak akan wujud lagi.
Dikuasai pembalak
Pembangkang biasanya akan menuding jari kepada undi pos apabila kalah dalam pilihan raya.  Daripada 3,235 undi majoriti yang diperolehi BN, 2,712 undi adalah undi pos.  Pada masa yang sama, agak pelik apabila senarai daftar pemilih yang diumumkan terbaru ini memperlihatkan lonjakan nisbah pengundi Iban daripada 15% kepada 22%.
Seandainya kecenderungan pengundi Iban adalah sama dengan PRU ke-12, maka BN masih mempunyai peluang untuk menang.  Ini kerana pilihan pengundi Cina dan Melayu agak stabil dari dulu hingga sekarang.  Ia dijangkakan tidak akan mengalami perubahan besar kali ini.
Sibu adalah medan yang dikuasai pembalak.  Beberapa kumpulan ini memainkan peranan dalam mengekalkan kestabilan.  Hanya dengan mewujudkan peluang pekerjaan, dan menyumbang dalam penjanaan jentera kempen wang, ia sudah memadai untuk menangkis undi tidak puas hati, dan menghalang undi ini daripada terus bertambah.
Dalam keadaan di mana pengaruh PKR atau PAS yang agak lemah di sini, angin perubahan masih belum cukup kencang.  Keputusan PRK Hulu Selangor kali ini nampaknya menyebabkan mereka kehilangan peluang perubahan, sekali lagi.
Kepentingan kaum asli terjejas
Namun, PR masih berpeluang untuk menemui "cahaya" di kawasan Iban.  Ini kerana terdapat sebidang tanah di kawasan Sibu yang diperuntukkan untuk kegunaan pembangunan ladang kelapa sawit, tetapi didapati pula sebahagian besarnya adalah tanah yang tidak sesuai untuk penanaman kelapa sawit.  Malah, ia membabitkan tanah adat, yang mencabul hak penduduk tempatan.
Orang asli akan sedar apabila merasai ancaman daripada pembangunan tanah, sebagaimana yang berlaku di kawasan lain di Sarawak, malah mereka mengambil tindakan undang-undang terhadap pencabul hak mereka.
Di Sibu, terdapat satu ladang kelapa sawit yang seluas 2,700 hektar, dan berkaitan dengan KTS yang melibatkan 19 rumah panjang dan 560 keluarga.  Orang yang bertanggungjawab dalam syarikat ini kebetulannya adalah calon SUPP, iaitu Robert Lau Hui Yew.
Robert Lau Hui Yew adalah sepupu kepada mendiang Robert Lau Hoi Chew, mewakili kepentingan kerabat KTS.  Adalah cabaran kepada Robert Lau Hui Yew sama ada beliau dapat mengimbangi konflik antara kepentingan kerabatnya dengan politiknya, sementara untuk memenuhi impian sepupunya.
Namun, PR nampaknya gagal meningkatkan kesedaran politik pengundi dalam tempoh kempen yang singkat ini.  Limpahan wang yang ditaburkan mungkin membuat PR tergelincir sekali lagi di Sibu.  Dari segi makna ini, nampaknya habuk Hulu Selangor telah melayang merentasi Laut Cina Selatan dan mendarat di Sibu.

IGP: Polis hanya boleh tembak untuk pertahan diri

KUALA LUMPUR, 29 April — Polis hanya boleh melepaskan tembakan bagi mempertahankan diri, kata Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan hari ini.
Mengulas kematian Aminulrasyid Amzah, 15, yang dilaporkan ditembak polis di Shah Alam Isnin lepas, Musa berkata beliau tidak hendak membuat spekulasi tetapi tembakan itu berlaku pada 2 pagi dan kereta yang dinaiki remaja itu dipandu dengan cara yang mencurigakan.
“Dalam keadaan gelap itu, siapapun tak akan dapt pastikan sama ada pemandunya adalah seorang remaja atau orang dewasa.
“Setakat itu saja yang boleh saya komen tentang isu ini kerana ia sedang disiasat. Oleh itu, jangan buat sebarang spekulasi,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri acara menderma darah oleh anggota polis di Pusat Darah Negara bersempena sambutan Hari Polis di sini hari ini.
Musa (gambar) berkata sesebuah kenderaan itu sama bahayanya dengan pistol, pisau atau tukul.
“Kenderaan boleh digunakan sebagai senjata...senjata bukan bermakna pistol, pisau atau parang saja. Kalau seseorang itu enggan berhenti dan cuba merempuh pegawai yang cuba menahannya, ia (kenderaan) boleh dianggap sebagai senjata kerana ia boleh membahayakan nyawa pegawai penguatkuasa,” kata beliau.
Musa meminta orang ramai agar tidak terburu-buru membuat kesimpulan tentang kejadian itu.
Beliau mengulangi jaminannya bahawa tiada apa yang akan disembunyikan berhubung kes itu.
“Saya tak berat sebelah, jangan buat spekualsi. Seperti yang saya kata sebelum ini, kami tak akan menyembunyikan apa-apa dan kami akan berlaku adil dalam siasatan kami. Oleh itu, tunggulah hasilnya nanti.
“Biarlah apa yang nak dikatakan oleh ahli politik, tapi saya ingin tahu sama ada anda mahu kami menguatkuasakan undang-undang atau tidak.
“Kalau tak nak, saya akan beritahu orang saya supaya tidak lagi menahan kereta yang dipandu dengan cara mencurigakan atau mengambil tindakan terhadap pelumba haram yang bermaharajalela di jalan raya,” katanya.
Ditanya tentang keadaan yang membolehkan polis menggunakan senjata api, beliau berkata: “Orang saya tahu bahawa mereka hanya boleh menggunakan senjata api untuk mempertahankan diri, itu sudah menjadi peraturan dalam tugas kami”.
Musa juga menasihati orang ramai supaya berhenti apabila diminta berbuat demikian oleh polis atau pegawai penguatkuasa dan jangan cuba melarikan diri kerana perbuatan demikian boleh menimbulkan rasa curiga.
Sebelum ditembak, Aminulrasyid didakwa mengundur kereta dan cuba merempuh pegawai polis untuk cuba melepaskan diri daripada sekatan jalan raya berhampiran rumahnya. — Bernama

Pas Tidak Bangsat Untuk Kumpul RM4 Juta

ISU terbaru di Kelantan kini ialah mengenai pengakuan seorang bloger yang beliau ada menerima RM4 juta untuk belanja operasi perang saraf melanyak Umno dan bekas PM, Abdullah Badawi dalam masa tiga tahun. Perbelanjaan sebanyak itu ialah bagi menjamin kerajaan Pas Kelantan kekal.

Bagi saya isu itu isu terpencil yang tidak perlu diberikan perhatian besar. Akhbar yang memainkan isu berkenaan juga seolah tidak ada modal lain untuk memburukkan kerajaan Kelantan terpaksa mengutip sampah sarap dalam blog-blog tertentu untuk terus memburukkan Pas dan kepimpinan kerajaan Kelantan.

Kata orang kerana tak ada model besar dan konkrit, maka modal angin pun boleh digunakan. Kepada saya isu RM4 juta itu adaah modal angin yang tidak ada asasnya. Ia adalah pengakuan bloger tersebut saja dan tidak ada dokumen mengenai penyelewengan atau penggunaan wang haram dalam membelanjakan membelian peralatan operasi perang saraf itu dikemukakan.

Saya sedikit merasakan pelik apabila bloger itu membuat pendedahan dan beliau meminta orang lain menyiasat. Kenapa beliau tidak mendedahkan maklumat yang beliau ada. Apakah maknanya ini semua? Hanya beliau saja yang mengetahuinya.

Apabila bloger berkenaan mengakui dia tidak mempunyai wang sebanyak itu, (untuk membiayai operasi saraf itu) ia menjelaskan ada motif senyap di sebalik pengakuan itu. Bagi orang waras tentu tidak merasakan pengakuan itu pelik, kerana apabila beliau bekerja dengan sebuah kerajaan negeri, tentulah wang itu akan disediakan oleh pihak lain demi kepentingan dan kelangsungan kerajaan berkenaan. Masakan Pas mahukan beliau mencari wang sendiri untuk kepentingan Pas?

Sekiranya benarlah bloger berkenaan menerima peruntukan sebanyak RM4 juta, ia bukan menjadi kesalahan pun. Bahkan wajar kalau wang itu digunakan untuk tujuan yang betul untuk kepentingan Pas atau sesiapa saja yang berusaha untuk mengekalkan kerajaan Pas. Malahan orang Pas boleh angkat jempol kepada mana-mana individu atau pihak yang menyediakan wang berkenaan kerana ia adalah untuk kebaikan parti itu. Tepatlah menghabiskan wang seberapa banyak untuk mempertahankan sebuah kerajaan.

Menurut pengakuannya seperti mana dipetik akhbar, RM4 juta dibelanjakan dalam tempoh tiga tahun. Ooo... bukan tiga bulan! Ini bererti kira-kira RM1.3 juta setahun. Jumlah itu adalah hama dalam perbelanjaan untuk melawan sebuah parti gergasi seperti BN. Tentunya bloger itu bukan berkerja seorang diri. Tentulah ianya dibantu oleh beberapa orang staf. Jadi RM1.3 kalau dibahagikan kepada beberapa orang staf berapalah sangat untuk satu tahun. Itu belum termasuk untuk sewaan bangunan, pembelian peralatan dan kos-kos lain.

Saya sedikit pun tidak pelik kalau wang sebanyak itu digunakan. Kerana peruntukan untuk perang saraf di pihak Umno lebih besar daripada itu. Angkanya mungkin bernilai ribuan kali ganda dari jumlah itu. Apalah nak hebohkan peruntukan RM4 juta? Cara berfikir ini samalah dengan cara mempersoalkan pembelian sebutir kek kepada Tok Guru satu masa dulu.

Saya nak tanya apakah bagi sebuah parti yang mempunyai ahli lebih 1 juta, yang terdiri dari berbagai bidang dan profesional susah untuk mendapatkan wang sebanyak itu untuk dimanfaat bagi kepentingan mereka. Saya rasa kalau Pas Kelantan nak cari bukan saja RM4 juta, malahan RM40 juta pun boleh. Ahli Pas terkenal sebagai mereka yang ikhlas dan komited dengan parti dan dermawan.

Buka saja 'jabil' atau tadah kopiah duit akan melimpah masuk. Untuk jihad dan agama mereka sanggup menghulurkan seberapa banyak yang mampu sampai kering wang dalam poket. Pernah saya lihat sendiri dalam satu ceeramah perdana di stadium Sultan Muhammad ke-IV tahun 1990 (ketika itu bloger berkenaan belum pun lagi bergelewat di Kelantan) wang punggutan derma dari orang ramai malam itu dipikul dalam guni!

RM4 juta saya rasa kalau tadah guni dalam cermaha Pas di stadium atau di mana-mana pelusuk pun akan boleh dicari. Jadi janganlah cuba hendak memberi bayangan berlaku rasuah atau pengambilan wang haram oleh mana-mana pihak untuk tujuan perang saraf itu. Pas adalah berbeza dengan Umno dan parti lain. Walaupun Pas memerlukan wang untuk membiayai jentera partinya, saya yakin ia dari sumber yang sah dan halal. Ahli dan pemimpin Pas masih belum tergamak untuk melakukan rasuah untuk membiayai projek parti.

Kebanyakan ahli Pas masih dapat membezakan antara ular dengan belut atau babi dengan badak!

Jadi dalam hal ini tidak guna cabar mencabar. Kalau bloger berkenaan merasakan wang itu wang haram, kenapa beliau sedia mengambilnya? Kenapa beliau bersubahat selama tiga tahun menguruskannya? Kalau beliau juga sedia mengambilnya bermakna dia juga sedia bersubahat dengan wang gelap itu. Apa hukumanya bersubahat dengan kejahatan? Celakalah jawabnya.

Janganlah sesudah kita menelan buah yang pahit untuk mengalas perut yang kosong kita menyangka orang mengkhianati kita lalu kita mencercanya sebagai mengkhianati kita. Buruk sangatlah kalau kita menyerang orang yang memberikan kita rezeki untuk anak dan isteri kita.
Kalaupun kita tahu dia jahat tetapi kejahatan itu jangan di pamerkan di billborad untuk tontonan orang lain, cakaplah dengan baik. Juga kalau kita tahu wang itu rasuah tetapi kita tetap juga memakannya maka ternyata kita lebih hina dan bangsat dari orang yang memberi wang itu kepada kita.

Mengenai isu RM4 juta saya rasa bukan nawaitu bloger itu hendak dedahkan dan memburukan orang tertentu. Beliau sekadar menjelaskan keadaan apabila ada tuduhan buruk ke atasnya. Baginya wajar untuk membela diri, termasuklah membuat pengakuan yang meragukan itu.

Seperkara lagi orang yang membangkit dan menyentuh diri bloger berkenana juga kurang bijak. Janganlah kita mudah membuat tuduhan terehadap apa-apa yang didedahkan. Adakalanya ia sengaja membuat provokasi dengan tujuan yang tidak terlihat oleh kita. Dalam keadaan ini kalau kita memberi reaksi, maka buruklah padahnya dan dia hanya akan ketawa gembira. Itulah yang didingininya. Dalam hal ini semua pihak harus bijak.

Kepada Mustapa yang meminta Pas Kelantan mendedahkan dari mana sumber wang itu tidak payah dilayan. Yang pastinya RMN4 juta bukan dari royalti Petroleum Kelantan yang disembunyi dan disekat oleh Mustapa. Mustapa tidak payah risau tentang itu. Ia juga bukan dari wang kontraktor yang mendapat projek buat sekolah atau Maktab Sains Mara di Kelantan. Sesiapa juga jangan cuba meletakkan Pas Kelantan sebagai haprak untuk mengumpulkan dana sebanyak itu sehingga terpaksa melakukan rasuah. Jangan!

Perjuangan Pas perjuangan leluhur bagi ahli dan penyokongnya. Ahli Pas bukan seperti ahli Umno. Ia berbeza. Ahli Pas sedia mengimfakkan harta untuk perjuangan manakala ahli Umno senantiasa mencari peluang kebendaan dari partinya. Perbezaan ini hendaklah difahami sebaik-baiknya.

Dana RM4 juta itu kalau pun benar, ia adalah wang yang diambil dari sumber sah dan halal untuk manfaat perjuangan. Kalau ia dari sumber rasuah sudah lama ada pemimpin Kelantan didakwa oleh SPRM. Tidak salah kalau kita leburkan untuk perjuangan, sebaliknya salah kalau wang disimpan untuk kepentingan diri. Dan dalam politik sekular yang diamalkan di negara ini hari ini apalah salahnya kalau sehelai dua dari jumlah RM4 juta itu termasuk dari wang tumbuk rusuk!
MSO.

KESIAN AKU TENGOK PDRM...

Kalu kat negara maju Ketua Polis cakap macam ni....rasanya dah kena tendang keluar mamat ni...

Tapi ni kan Malaysia...tanahair ku...he he...dah nak pencenpun masih simpan lagi.

Itulah akibatnya bila golongan mediocre dipilih jadi pemimpin. Hadiah jadi balaci bro...Hmm kes ijazah dah settle ke??


KPN sedia arah anggota polis undur
Apr 29, 10 6:02pm
Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan membidas kritikan pelbagai pihak berhubung kematian remaja berusia 14 tahun - Aminulrasyid Amzah dan berkata beliau sedia mengarahkan anggotanya supaya tidak lagi mengawal jika itu kehendak rakyat.
"Biarlah apa yang nak dikatakan oleh ahli politik, tapi saya ingin tahu sama ada anda mahu kami menguatkuasakan undang-udnang atau tidak.
"Kalau tak nak, saya akan beritahu orang saya supaya tidak lagi menahan kereta yang dipandu dengan cara mencurigakan atau mengambil tindakan terhadap pelumba haram yang bermaharajalela di jalan raya," katanya dalam laporan The Star online.
Musa mengulas kenyataaan pelbagai pihak berhubung kematian Aminulrasyid, apabila polis melepaskan empat tembakan ke arah kereta yang dipandu remaja itu kerana didakwa cuba berundur dan merempuh ke arah polis.

Kejadian itu berlaku di Seksyen 11, Shah Alam apabila Aminulrasyid dikatakan memecut dan melanggar beberapa lampu isyarat merah tanpa berhenti meskipun diarahkan berbuat demikian.
Menurut Musa, beliau tidak mahu membuat seberang spekulasi mengenai perkara itu dan meminta orang ramai agar tidak terburu-buru membuat kesimpulan tentang kejadian.
Beliau juga mengulangi jaminannya bahawa tiada apa yang akan disembunyikan berhubung kes itu.
"Saya tak berat sebelah, jangan buat spekualsi. Seperti yang saya kata sebelum ini, kami tak akan menyembunyikan apa-apa dan kami akan berlaku adil dalam siasatan kami. Oleh itu, tunggulah hasilnya nanti," katanya dalam laporan Bernama.
Ditanya tentang keadaan yang membolehkan polis menggunakan senjata api, beliau berkata: "Orang saya tahu bahawa mereka hanya boleh menggunakan senjata api untuk mempertahankan diri, itu sudah menjadi peraturan dalam tugas kami".
Musa berkata sesebuah kenderaan itu sama bahayanya dengan pistol, pisau atau tukul.
"Kenderaan boleh digunakan sebagai senjata...senjata bukan bermakna pistol, pisau atau parang saja. Kalau seseorang itu enggan berhenti dan cuba merempuh pegawai yang cuba menahannya, ia (kenderaan) boleh dianggap sebagai senjata kerana ia boleh membahayakan nyawa pegawai penguatkuasa," kata beliau.
Sebelum ditembak, mengikut polis Aminulrasyid mengundur kereta dan cuba merempuh pegawai polis untuk cuba melepaskan diri daripada sekatan jalan raya berhampiran rumahnya.
Musa juga menasihati orang ramai supaya berhenti apabila diminta berbuat demikian oleh polis atau pegawai penguatkuasa dan jangan cuba melarikan diri kerana perbuatan demikian boleh menimbulkan rasa curiga.
"Dalam keadaan gelap itu, siapapun tak akan dapt pastikan sama ada pemandunya adalah seorang remaja atau orang dewasa."Setakat itu saja yang boleh saya komen tentang isu ini kerana ia sedang disiasat. Oleh itu, jangan buat sebarang spekulasi," katanya kepada pemberita selepas menghadiri acara menderma darah oleh anggota polis di Pusat Darah Negara bersempena sambutan Hari Polis di Kuala Lumpur hari ini.

Brutaliti.. sakit hati dan mentaliti


Polis Raja di Malaysia dengan rasminya telah merealisasikan impian 1Malaysia Piem Najib Razak. Nampak gayanya.... elaun dan gaji PRDM akan dikaji lagi untuk dinaikkan lagi.

Tahniah!!! Semuanya... gara-gara 'kecekapan' menjalankan tanggung jawab serta kesetiaan yang tak berbelah bagi kepada regime 1Malaysia.

Kisah trajis yang menimpa adik Aminulrasyid merupakan 'kejayaan' PRDM dalam menyempurnakan impian 1Malaysia Najib Razak. Sempurna dan lengkap, kan??

Kugan... Beng Hock... dan kini Aminulrasyid. India... Cina... Melayu... 3 dalam 1. Ha... ha... ha... 3 di'kerja'kan oleh 1.... iaitu, pihak penguasa kuasa kerajaan 1Malaysia yang didominasikan oleh UMNO-APCO!! Itu tak campur lagi warga asing yang jadi mangsa iaitu Altantunya...

3+1 kes telah berlalu... namun sampai la ni, tak settle-settle lagi. Banyak pulak songehnya. Kononnya cekap, tetapi... apabila orang mereka yang terlibat..... lembab ya rabbi!! Delay... delay... delay... Ini mesti delay untuk cari idea supaya dapat reka citer dan cover-up.

PRDM dan pihak penguat kuasa yang sewaktu dengannya sekarang boleh jadi syarikat penerbit filem. Semuanya ada. Produser.... penerbit.... penulis skrip.... pelakon utama.... pelakon tambahan.... orang nak buat research.... direktor... you name it, semuanya mereka ada!!

Malangnya.... oleh sebab terkadang, mereka terover, over-acting atau para pelakonnya tak natural.... kaku... maka persembahan mereka menjadi lemah. Dan kita dengan mudah sudah dapat mengagak.... siapa produser, penerbit dan direktornya. Lantaran itu, wayang mereka, is a flop.... tak laku!!

Kesian... kesian... kini mereka kena hentam dan dikritik hebat. Padan muka!! Siapa suruh buat aksi terover yang langsung tak professional. Lunyai ler lagi imej PRDM...

Baru sekejap tadi.... baca kat sini, mengkhabarkan yang KPN merajuk kerana pRDM kena hentam teruk gara-gara tindakan brutal ala zionis yang mereka lakukan ke atas budak 14 tahun.

Toksah merajuk.... buang masa jer. Takyah juga nak ugut-ugut. Ater... komer nak duduk goyang kaki makan gaji buta!! Sebagai bapak PRDM 1malaysia, letak jawatan jer!! Pikul tanggung jawab atas kebrutalan anak buah kamu membunuh budak 14 tahun.

Apa la lu..... cakap macam budak tak cukup akal. Macam orang otak kurang upaya (OKU) jer. Orang macam ni yang Najib lanjutkan tempoh jawatannya. Pemimpin dan yang dipimpin.... 2X5. OKU belaka!! Alahai.... malangnya kita rakyat 1Malaysia.

Okler.... rasanya, cukuplah tu aku membebel. Over bebel nanti, menyampah pulak orang. Aku yang sedar diri... mohon mengundurkan diri. Assalamualaikum... Choa!!

Sumber gambar: Mob's Crib
 

Cek RM3 Juta Najib Tidak Jejas Peluang Pakatan Di Sibu

Oleh Sidiqin Omar
SHAH ALAM 29 Apr - Ahli Parlimen Batu, Tian Chua tidak hairan malah menganggap penyerahan cek kepada Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC)  Rasa oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sebagai sesuatu yang patut dilakukan serta sekolah itu layak menerima bantuan tersebut.
"Semakin kuat penolakan kepada Umno-BN, semakin banyak peruntukan yang akan di bawa turun oleh Umno-BN. Bila kita lihat kawasan yang 90 peratus sokongan kepada BN, maka kawasan itu sudah pasti akan diabaikan. Sebab BN rasa tempat itu adalah kubu mereka, jadi mereka tak buat kerja disitu.
"Jadi mereka (pengundi) akan mendapat faedah sekalipun mengundi parti pembangkang," katanya.
Ketika ditanya mengenai usaha Pakatan Rakyat untuk menawan Parlimen Sibu dalam pilihan raya kecil yang bakal diadakan pada 16 Mei nanti, beliau optimis dengan peluang Pakatan Rakyat di Sarawak.
"Kita akan meningkatkan usaha bagi membawa isu-isu dan maklumat kepada rakyat agar mereka faham mengenai peranan dan hak mereka sebagai rakyat Malaysia dan juga tawaran Pakatan Rakyat kepada para pengundi di Parlimen Sibu," kata Tian.
Tian berpandangan kumpulan etnik atau kaum tertentu bukanlah asas utama sokongan atau penolakan kepada mana-mana parti politik tetapi kefahaman terhadap isu semasa, selain pengetahuan hak mereka sebagai warga dan pendidikan politik akan mempengaruhi keputusan mereka untuk memilih parti yang akan mewakili mereka.
"Contohnya warga Felda yang tiada akses kepada maklumat dan tinggal dalam persekitaran yang terkongkong menyebabkan pemahaman dan pengetahuan mereka agak singkat. Mereka juga mudah terpengaruh dengan dakyah dan pandangan yang bersifat sebelah pihak.
"Ini berbeza dengan masyarakat yang tinggal di bandar yang mana kemudahan untuk mendapatkan maklumat adalah lebih mudah," kata Pengarah Strategik KEADILAN itu lagi.
Pada pandangan beliau, selain dari pengaruh media dan maklumat, latar belakang ekonomi dalam masyarakat turut mempengaruhi pemikiran dan perkiraan politik mereka.
"Mereka yang 'independent' dan kurang bergantung kepada pihak kerajaan akan mempunyai pandangan yang berbeza berkenaan citarasa politik. Mereka sukar diugut dan ditekan seperti masyarakat Felda dan Orang Asal," katanya.

Fitnah Kickdefella Untuk Jatuhkan TGNA, Pemuda PAS K'tan Cabar Dedahkan Siapa Biaya RM4 juta


Dewan Pemuda PAS Kelantan mencabar penulis blog Kickdefella, Syed Azizi Syed Abdul Aziz, mendedahkan siapa yang didakwanya membayar RM4 juta kepadanya untuk mewujudkan persepsi buruk terhadap bekas perdana menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi dan memastikan PAS kekal memerintah Kelantan.

“Bila dia (Syed Azidi) sebut terima RM4 juta, menjadi tanggungjawab dialah untuk mendedahkannnya. Ia daripada tulisannya. Kalau betul (dakwaannya), dedahkanlah,” cabar ketua penerangannya, Ahmad Fadhli Shaari (gambar).

Selepas dipecat daripada Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) November tahun lalu oleh menantu menteri besar Kelantan, Abdul Ariffahmi Ab Rahman – peneraju PMBK ketika itu - Syed Azidi menjadi tumpuan kerana kerap mendedahkan pelbagai dakwaan 'kepincangan' dalam kerajaan pimpinan PAS itu.

Ahmad Fadhli berkata, pihaknya tidak tahu menahu mengenai dakwaan Syed Azidi dalam blognya semalam.

“Kami Pemuda PAS negeri tidak tahu menahu. Jadi kita akan bincangkan perkara ini dalam mesyuarat Dewan Pemuda yang akan datang.

“Kita tidak tahu perkara tersebut (isu peruntukan RM4 juta), mungkin pihak atasan tahu. Kita tidak tahulah,” kata beliau yang juga setiausaha akhbar menteri besar, Datuk Nik Aziz Nik Mat.


Ditanya bilakah dewan tersebut akan bermesyuarat, Ahmad Fahdli yang juga seorang pensyarah agama di sebuah kolej milik kerajaan negeri menjawab: “Dalam masa terdekat”.

Ahmad Fadhli yang dilantik sebagai setiausaha akhbar Nik Aziz sejak Februari lalu, diminta mengulas dakwaan Syed Azidi bahawa beliau (Syed Azidi) menerima peruntukan tersebut dalam tempoh tiga tahun bagi pelbagai aktiviti “Operasi Gerak Saraf”.

Menulis dalam blognya semalam, beliau yang juga digelar “Sheikh” di kalangan penulis blog, dilaporkan merujuk kepada kenyataan Ahmad Fadhli dan tulisan seorang lagi penulis blog – Abdul Rahman Talib (Tulang Besi) - yang didakwa menyifatkannya (Syed Azidi) sebagai 'seorang yang kecewa dan membuat pelbagai pembohongan'.

Dalam coretannya berjudul 'Saya yakin Nik Aziz akan kena dakwa – jawapan kepada S/U akhbar MB Kelantan dan Tulang Besi' semalam, Syed Azidi mencabar Ahmad Fadhli menyiasat perbelanjaan wang itu dan membuktikan sama ada ia digunakan bagi tujuan peribadi.

Sementara Abdul Rahman yang lebih dikenali sebagai “Tulang Besi” pula dicabar menyiasat dan mendedahkan nama individu yang membiayai aktiviti yang ditaja itu.

Ketika dihubungi Malaysiakini ini, Ahmad Fadhli berkata Dewan Pemuda PAS Kelantan tidak akan melayan cabaran daripada seorang “penulis blog murahan”.

Operasi saraf RM4 juta: PAS dakwa Kickdefella diupah Umno


Oleh G. Manimaran
KUALA LUMPUR, 29 April — PAS Kelantan menganggap blogger Kickdefella, yang mendakwa telah dibiayai RM4 juta parti itu untuk memburukkan Tun Abdullah Ahmad Badawi ketika menjadi perdana menteri, sebagai “budak upahan dan suruhan Umno.”
“Dia macam budak-budak, blogger kampung sahaja... jadi bukan standard parti (PAS) untuk membincangkan isu ini (pendedahan Kickdefella)... bukan standard kami,” kata Setiausaha PAS Kelantan Zaki Ibrahim kepada The Malaysian Insider ketika dihubungi di Kota Baru.
Beliau menolak PAS Kelantan akan membincangkan isu berkenaan.
Sehubungan itu beliau mencabar Kickdefella, nama sebenarnya Syed Azidi Syed Abdul Aziz supaya menyertai Umno dan berhadapan dengan PAS atas nama parti, bukannya sebagai “budak suruhan Umno.”
“Kickdefella hanya mahu dapatkan publisiti murahan. Kita cabar dia mendaftar sebagai ahli Umno, maka kita boleh lawan atas nama parti,” katanya.
Zaki yang Ahli Dewan Undangan Negeri Kelaboran mengulas tulisan blog Syed Azidi, yang sebelum ini menjadi tumpuan kontroverasi Menteri Besar Kelantan dan menantunya, mendakwa telah dibiayai RM4 juta untuk memburuk-burukkan kepimpinan Abdullah ketika menjadi perdana menteri.
Menurut Syed Azidi, usaha memburuk-burukkan Abdullah yang menjadi perdana menteri dari Oktober 2003 hingga April 2009 dikenali sebagai Operasi Gerak Saraf.
Beliau menambah, usaha berkenaan dijalankan bagi membolehkan PAS mudah mengatasi Barisan Nasional untuk kekal berkuasa.
PAS memerintah Kelantan sejak 1990.
Kata Syed Azidi, beliau telah membelanjakan sejumlah wang itu sepanjang tiga tahun berkhidmat di Kelantan.
“Sepanjang hampir tiga tahun berkhidmat di Kelantan, saya telah membelanjakan sejumlah hampir lebih RM4 juta untuk membiayai pelbagai aktiviti termasuklah pembelian aset, peralatan, pembayaran upah operasi, percetakan dan lain-lain yang bertujuan menggerakkan Operasi Gerak Saraf.
“Saya tidak mempunyai wang sebanyak itu,” katanya.
“Dari mana saya mendapat wang sebanyak itu bagi mengendalikan Operasi Gerak Saraf untuk mewujudkan persepsi yang boleh melemahkan Perdana Menteri Abdullah seterusnya mempermudahkan bagi PAS menewaskan Barisan Nasional di Kelantan?” soal beliau.
Mengulas soal pembiayaan RM4 juta pula, Zaki yang juga Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri Kelantan berkata, PAS tidak akan menggunakan wang untuk berhadapan dengan Umno dan BN.
“Kita tidak guna duit untuk menjatuhkan parti tetapi menghadapi Umno, BN atas nama dasar perjuangan, bukannya wang... kita tidak pernah gunakan wang,” katanya.
“PAS parti yang sudah lama ditubuhkan, bergerak sejak 1951, kami tiada duit, kami pun tidak perlu menggunakan duit untuk melawan,” katanya lagi.
Zaki juga menambah, Syed Azidi, yang pernah dianggap sebagai orang kanan Exco Kerajaan Negeri Kelantan Datuk Husam Musa sengaja mahu “melaga-lagakan pemimpin” PAS negeri dengan membuat dakwaan-dakwaan seperti itu menerusi blognya.

Tidak Munasabah Speaker Tolak Soalan Isu Ketenteraan

Oleh Norasikin Samsi
KUALA LUMPUR 29 Apr - Tindakan Kementerian Pertahanan menolak empat soalan lisan daripada Ahli Dewan Negara  Pakatan Rakyat,  Senator Tunku Abdul Aziz Ibrahim semasa sidang Dewan Negara pagi tadi dinaggap tidak munasabah.
Menurut Tunku Aziz keputusan Speaker menolak soalan beliau kononnya dibuat berdasarkan faktor empat  daripada tujuh soalan yang dikemukakan menyentuh mengenai rahsia ketenteraan.   
"Dalam hal ini, saya rasa adalah tidak munasabah untuk Kementerian Pertahanan menolak soalan-soalan tersebut memandangkan jelas isu menyentuh rahsia ketenteraan  tidak wujud.
"Saya memahami pembelian kelengkapan tentera adalah sensitif dan perlu menjaga rahsia ketenteraan seperti unsur-unsur spesifikasi dan atur gerak.
"Tetapi soalan yang ditanya itu bukan bertujuan untuk mendapat rahsia ketenteraan seperti yang disebut, tetapi untuk mendapat maklumat latar belakang pembelian dan pembangunan kelengkapan tentera yang telah diumumkan oleh Kementerian Pertahanan sendiri," katanya dalam satu kenyataan media hari ini.
Berikut dinyatakan kesemua soalan yang ditolak itu:
1. Minta Menteri Pertahanan menyatakan latar belakang kerajaan membeli sistem Vera-E sepertimana yang dinyatakan dalam laporan tahunan kementah 2007 pada muka surat 72. Adakah ia mempunyai kaitan dengan projek Padas dan ancaman dari pesawat 'Stealth' luar negeri?
2. Minta Menteri Pertahanan menyatakan latar belakang pembelian 'Cruise Missile' yang akan dilancarkan oleh kerajaan sepertimana dinyatakan oleh bekas Timbalan Menteri Pertahanan, Datuk Zainal Abidin pada 4 Julai 2007 di Dewan Rakyat?
3. Minta Menteri Pertahanan menyatakan status pembangunan peluru berpandu Taming Sari XK98 dibangun oleh Stride dari segi pembelanjaan dan kerjasama teknologi dengan negara mana serta latar belakang, keberkesanan pembangunan dan status peluru berpandu ini?
4. Minta Menteri Pertahanan menyatakan senarai kelengkapan dalam pecahan jenis, bilangan dan peruntukan yang akan dilancarkan dalam masa lima tahun depan oleh TDM, TLDM, TUDM, dan Markas ATM/AB?
Tunku  Aziz turut menegaskan jika Kementerian Pertahanan sendiri yang membuat pengumuman pembelian kelengkapan tersebut, maka ini tidaklah dikira sebagai rahsia lagi.
"Antaranya seperti pembelian Vera-E Radar Pasif dari Omnipol, Republik Czech telah beberapa kali dicatatkan dalam laporan tahunan Kementerian Pertahanan 2007 dan 2008. Dan laporan tersebut telah menyatakan projek timbal balas Vera-E sedang dipantau oleh kementerian," katanya.
Begitu juga menurutnya mengenai pembelian Cruise Missile yang diumumkan bekas Timbalan Menteri Pertahanan di Dewan Rakyat serta Institut Penyelidikan Sains dan Teknologi Pertahanan (Strike) telah menunjukkan peluru berpandu Taming Sari XK98 kepada ke seluruh negara pada 31 Ogos 2007 bersempena Perarakan Merdeka 2007 di Dataran Merdeka.
Tambah Abdul Aziz, pembelian kelengkapan ketenteraan  menggunakan peruntukan awam dan perlu mendapat persetujuan dari Parlimen.
"Oleh itu, adalah munasabah dan berpatutan untuk Ahli Parlimen membincang dan mengetahui latar belakang mengenainya," ujarnya.
Ahli Parlimen dan rakyat juga katanya mempunyai hak untuk mengetahui senarai pembelian kelengkapan ketenteraan yang akan dilancar pada lima tahun akan datang iaitu dalam Rancangan Malaysia Kesepuluh.
"Memandangkan pembelian kelengkapan ketenteraan adalah sangat mahal dan mudah berlaku penyelewengan, maka adalah perlu dipantau oleh Parlimen dan rakyat supaya selaras dengan prinsip-prinsip 'good governance' dan meningkatkan lagi ketelusan kerajaan," katanya lagi.
Beliau juga percaya rakyat tidak membantah pembelian kelengkapan ketenteraan penting demi untuk memastikan keselamatan negara, namun adalah mustahak bagi rakyat memastikan peruntukan tersebut kerana wang mereka digunakan bagi tujuan sedemikian.

Kementerian Pertahanan Diminta Telus Perjelas LOI Kereta Perisai

se-equity-ST PULAU PINANG : Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara Tony Pua menggesa Kementerian Pertahanan lebih telus dalam menjelaskan pembelian 257 kereta perisai tentera bersaiz 8×8 pada harga yang terlampau tinggi, iaitu sejumlah RM8 bilion dan berharga RM31.1 juta seunit melalui surat hasrat (LOI) yang ditandatangani dengan Defense Technologies Sdn Bhd (Deftech).
Mengulas penafian Mindef semalam mengenai laporan yang didedahkan MalaysiaKini dan Malaysian Insider sebagai "tidak tepat", Tony mencabar menteri berkenaan supaya menjelaskan perkara tersebut dan mendedahkan kandungan LOI kepada umum.

"Mengapa Menteri Datuk Seri Dr Zahid Hamidi mengumukan jumlah RM8 bilion semasa pameran Defence Service Asia (DSA) 2010 di Kuala Lumpur namun perkara ini dinafikan Unit Korporat Komunikasi seminggu selepas itu?
Adakah menteri juga membuat kenyataan tidak tepat?," katanya dalam kenyataan hari ini. Mengulas mengenai kenyataan Pengerusi Deftech Datuk Seri Mohd Khamil Jamil,
Tony Pua turut mempersoalkan ketelusan LOI tersebut untuk memperoleh 257 unit kereta perisai sedangkan prototaip kenderaan itu tidak akan siap sehingga tahun 2012.
"Harga kereta perisai ini tiga kali ganda lebih mahal daripada kereta buatan luar negara yang terbaik seperti ‘General Dynamics Land Sustems-Canada (LAV III) hanya berjumlah RM9 juta seunit sahaja, begitu juga dengan kereta perisai keluaran Sweden MoWAG GmbH yang berharga hanya RM4 juta seunit.
"Rakyat berhak tahu maksud tersirat disebalik LOI ini dan kementerian perlu memberi jaminan pembelian menggunakan wang rakyat ini perlu dibelanjakan dengan berhemah berdasarkan harga pasaran," katanya.
Selain itu, Tony Pua turut mempersoalkan mengenai pembelian dua kapal selam yang berharga RM3.4 bilion yang membabitkan pemberian komisyen sejumlah RM500 juta dalam urusan lojistik dan sokongan yang diuruskan syarikat milik rakan sekutu Datuk Seri Najib Razak, Abdul Razak Baginda.
"Kita mahu Kementerian Pertahanan jelaskan isu sebenar dan jangan putar belitkan fakta kerana kita tahu mereka sebelum ini pun tidak telus dalam menjelaskan isu mengenai rancangan pembelian aset termasuklah isu membabitkna kontrak PSC Naval Dockyards pada tahun 2007 berjumlah RM24 bilion," katanya.
Deftech merupakan anak syarikat kepada DRB Hicom Bhd, sebuah syarikat yang mempunyai kaitan dengan kerajaan (GLC).

Musa, you're disgaceful! Kit Siang returns fire

KUALA LUMPUR: Opposition stalwart Lim Kit Siang fires a verbal salvo against Inspector-General of Police Musa Hassan, accusing him of “gross insurbodination”.
This afternoon, Musa had threatened not to enforce the law in response to the criticisms over the fatal shooting of 15-year-old schoolboy Aminul Rasyid Amzah.

“This is a most disgraceful statement from the IGP as it tantamounts to an open and public insurbodination against the Malaysian people who pay for his salary,” Lim said in a statement.

The DAP veteran noted that it was not the first time Musa has done this.

“Musa was involved in the public challenge of the previous prime minister (Abdullah Ahmad Badawi), threatening a police revolt if the Independent Police Complaints and Misconduct Commission was implemented,” he said.

All over the world, Lim added, developed nations are graduating to the concept of democratic policing, subjecting police forces to principles of public responsibility and accountability.

“But this is clearly very alien to Musa,” he said, adding that the IGP has overstayed his welcome.

“Important sectors of society, including a parliamentary roundtable, have opposed the extension of his contract as IGP and their reservations and objections have now been vindicated with this threat by Musa,” he said.

Hishammuddin must explain
Lim also called on Home Minister Hishammuddin Hussein to declare if he had given the green-light to Musa to make such an outrageous statement.

If not, the opposition leader asked what action would the minister take against the IGP.

“Musa’s threat today transgressed acceptable and tolerable limits and is a great disservice to the majority of police personnel who are disciplined, conscientious and hardworking.

“The country cannot wait until September when Musa’s tenure expires,” he said.

Lim said Malaysians need a new IGP who can inspire confidence in the professionalism of the police force to fight crime.

Dua kali kena ISA kerana bela nasib peneroka Felda

  IMG00133-20100423-1120
Oleh Muda Mohd Noor
Suhaimi Said,65, sudah dua kali ditahan di bawah akta keselamatan dalam negeri (ISA) kerana memperjuangkan nasib peneroka Felda yang menurutnya tidak dibela dengan sewajarnya.
Kali pertama ialah pada tahun 1985 selama sembilan bulan dan kali kedua dalam operasi lalang pada 1987 selama tujuh bulan.

"Saya tidak disenangi oleh pengurusan Felda dan pemimpin Umno kerana perjuangan saya membela nasib peneroka. Mereka menuduh saya sebagai pemecah belah masyarakat Felda.
"Saya menentang ketidakadilan di mana peneroka tidak mendapat geran hak milik walaupun sudah menjelaskan semua hutang Felda," katanya ketika ditemui di Felda Sungai Tengi, Hulu Selangor baru-baru ini.
Suhaimi berasal dari Temerloh, Pahang tetapi sudah berjuang untuk masyarakat Felda di seluruh negara sejak tahun 1978 lagi.
Menurutnya, sehingga ini ada kira-kira 125,000 peneroka yang masih terikat dengan Felda dan mendapat elaun bulanan RM1,200 bagi setiap keluarga peneroka.
"Sistem begini tidak bagus kerana boleh menjadikan peneroka malas, Pendapatan sebanyak itu jauh lebih sedikit berbanding peneroka yang menyertai program tanam sendiri rata-rata memperolehi pendapatan bulanan sebanyak RM3,000.
"Elaun bulanan yang dibayar Felda itu boleh dianggap sebagai hutang kerana selepas enam tahun hutang mereka dengan Felda menjadi RM60,000.
"Felda juga menggalakkan peneroka supaya membuat pinjaman perumahan sebanyak RM40,000 dan ini menjadikan hutang mereka bertambah," katanya.
Ketika ditanya sehingga bila beliau akan terus berjuang untuk peneroka Felda, Suhaimi berkata, "saya akan terus berjuang sehingga hak-hak dan keadilan peneroka diperolehi."
"Anda tanya sampai bila? Bila Felda dan kerajaan hendak beri geran hak milik dan hapuskan hutang peneroka."