Rabu, 28 April 2010

Tembak remaja: Polis rakam keterangan saksi utama

Polis merakamkan petang ini keterangan saksi utama dalam kes remaja 15 tahun ditembak mati oleh polis awal pagi Isnin lalu.
Saksi tersebut yan
g dilaporkan berada bersama mangsa - Aminulrasyid Amzah - semasa kejadian tersebut, memberi keterangan di ibupejabat polis kontinjen Selangor, di Seksyen 9, Shah Alam.
Peguam Gobind Singh Deo (kanan) yang mewakili saksi tersebut, mengesahkan perkara itu ketika dihubungi Malaysiakini hari ini.
Ketika menjawab soalan Malaysiakini melalui SMS, Gobind memberitahu beliau mengiringi anak guamnya itu untuk memberi keterangan pada jam 3 petang ini.
Gobind Singh tiba di IPK Selangor pada kira-kira 3.15 petang. Sebelum itu, kira-kira jam 3 seorang pelajar - dipercayai saksi - tiba bersama ahli parlimen Titiwangsa, Dr Lo' Lo' Ghazali dalam sebuah kereta.

Go
bind kemudiannya memberitahu media bahawa proses anak guamnya memberi keterangan bermula jam 3 petang dan dijangka selesai dalam tempoh sejam setengah hingga dua jam.

"Saya dimaklumkan siasatan hampir siap dan akan dihantar ke pejabat timbalan pendakwa raya untuk diambil tindakan," katanya.

Saksi ditemani anggota keluarga dan ahli parlimen Titiwangsa Dr Lo' Lo' Ghazali.

Gobind yang juga ahli parlimen Puchong berharap siasatan kes tersebut dalam diselesaikan dengan segera bagi mengheret pihak yang bersalah ke muka pengadilan.
Ditanya keadaan anak guamnya, Gobind berkata pelajar terbabit masih trauma, tertekan dan terkejut.

Sementara itu, Gobind juga berkata, DAP akan menghantar memorandum kepada ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan dalam tempoh terdekat supaya polis membuat kajian terhadap garis panduan penggunaan senjata api.

Katanya, beliau faham bahawa polis perlu menggunakan senjata api bagi melindungi diri, tetapi "isunya bila perlu guna".

"Harap esok (boleh hantar), tetapi kita akan bincang bersama PAS dan PKR dahulu," katanya.

Ditanya sama ada pihaknya akan menyaman pihak polis yang mengeluarkan kenyataan awal tentang kes itu, Gobind berkata perkara itu akan dipertimbangkan kemudian.

"Yang penting sekarang satu siasatan yang adil, bebas dan telus dijalankan sekarang," katanya.
Dalam perkembangan berkaitan, seorang peguam keluarga Aminulrasyid memberitahu Malaysiakini, ibu Aminulrasyid - Norsiah Mohamad, kakak arwah Norazura Amzah dan suaminya Muzaffar Mahali turut dirakamkan kenyataannya di IPK yang sama petang ini.

Puspawati Rosman berkata, dua anak guamnya sedang disoalsiasat mulai jam 6 petang.

Seorang lagi peguam mereka Latheefa Koya juga hadir menemani keluarga mangsa.
Sementara itu, seorang lagi peguam keluarga Aminulrasyid yang tiba kira-kira jam 6 petang tadi memberitahu Malaysiakini, kesemua anak guamnya selesai memberikan keterangan hampir jam 9 tadi.

Farhana Abdul Halim berkata, beliau tidak pasti sama ada anak guamnya akan dipanggil lagi selepas ini.

Farhana menggantikan tempat Puspawati dan Latheefa yang terpaksa bergegas pulang lewat petang tadi kerana mempunyai urusan lain.

Farhana juga memberitahu saksi utama kes - rakan Aminulrasyid - selesai proses itu lebih awal. Beliau bagaimanapun tidak pasti masanya secara tepat.

Shahrizat dukacita insiden remaja ditembak

KUALA LUMPUR, 28 April — Sambil melahirkan rasa dukacita dengan insiden remaja berusia 15 tahun ditembak mati oleh polis, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil (gambar) mahu penggunaan senjata api oleh pihak berkuasa atau pemilik persendirian mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan.
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat yang turut mengucapkan takziah kepada keluarga pelajar terbabit, berkata penggunaan senjata api oleh mana-mana pihak tidak kira penguatkuasa atau individu mestilah merupakan tindakan terakhir dan pada dasarnya adalah untuk melindungi dan menyelamatkan diri.
“Saya tidak tahu apa yang berlaku dalam insiden ini, cuma perkara yang paling penting ialah prinsip penggunaan dan penembakan itu mesti jelas dan nyata dan setiap individu sama ada anda sebahagian daripada pegawai penguatkuasa mesti tahu tugas dan tanggungjawab serta amanah yang diberikan.
“Kita mesti menggunakannya dengan penuh tanggungjawab mengikut peraturan yang diperakui dan penggunaan senjata api untuk menembak sesiapapun mestilah menjadi satu tindakan terakhir,” katanya kepada pemberita di bangunan Parlimen di sini, hari ini.
Shahrizat turut meminta pihak berkuasa menentukan sesiapa jua yang diberi lesen atau permit senjata api mesti mengikut prosedur operasi standard kerana amanah dan kuasa yang diberi tidak boleh diambil mudah.
Beliau berkata demikian ketika mengulas insiden seorang remaja lelaki ditembak mati oleh polis, awal pagi Isnin lepas di Seksyen 11, Shah Alam.
Dalam kejadian kira-kira pukul 2 pagi itu, Amirulrasyid Amzah meninggal dunia selepas terkena tembakan anggota polis peronda apabila remaja itu dikatakan cuba melarikan diri apabila dikejar polis.
“Kita tidak mahu negara kita menjadi satu negara di mana sesiapa jua merasakan mereka boleh “trigger happy”...sebab risiko dan implikasinya sangat tinggi,” katanya.
Sehubungan itu, Shahrizat menyambut baik panel yang akan diwujudkan oleh Kementerian Dalam Negeri bagi menyiasat insiden itu dan berharap siasatan dibuat secepat mungkin.
Beliau mencadangkan supaya seorang pegawai kebajikan masyarakat menjadi ahli dalam panel itu bagi membolehkan maklumat mengenai latar belakang mangsa diperoleh. — Bernama

Hasan Ali buat laporan polis terhadap Zahid, Utusan

Exco Selangor Datuk Dr Hasan Ali hari ini membuat laporan polis terhadap dua pemimpin Umno serta akhbar Utusan Malaysia yang didakwa melempar fitnah terhadapnya.

Dr Hasa
n berkata, beliau membuat laporan polis di bawah seksyen 499 Kanun Keseksaan, untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap ketiga-tiga pihak tersebut.

Beliau membuat laporan itu di ibu pejabat polis daerah Shah Alam pada kira-kira jam 4 petang ini dengan ditemani peguam Mohd Khairuddin Othman.

Dua pemimpin Umno itu ialah Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Zainal Abidin Sakom.

Ahmad Zahid sebelum ini dilaporkan Utusan Malaysia sebagai berkata, khutbah yang disampaikan Hasan itu berbaur politik.

"Beliau menuduh saya memberi khutbah berbaur politik, kononnya saya terlupa membaca selawat menyebabkan tidak sah fardhu Jumaat pada hari itu.

"Saya (juga) dituduh menderhakan kepada Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor kerana saya tidak mematuhi arahan yang dikeluarkan oleh pihak yang berkuasa.

"Saya diberitahu, Datuk Zainal Abidin Sakom melalui berita nasional yang disiarkan oleh Klasik Nasional, telah memberi komen yang serupa seperti apa yang telah dilakukan oleh Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi," laporan polis itu dipetik.
Dalam laporan itu juga, Dr Hasan mendakwa kenyataan mereka boleh mencetus ketegangan di kalangan masyarakat Islam.

Beliau mendakwa tuduhan itu juga boleh mencemarkan reputasinya sebagai exco hal ehwal Selangor dan pentadbiran baru negeri Selangor yang tegas melaksanakan peraturan surau dan masjid sebagai zon bebas politik.
Sementara itu, ketika bercakap kepada media sebelum membuat laporan polis tersebut, Dr Hasan berkata beliau tidak melanggar apa-apa enakmen mengenai pengembangan agama Islam di Selangor berkaitan khutbah yang disampaikannya itu.

Katanya, beliau sememangnya telah membaca selawat seperti dirukunkan untuk menyampaikan khutbah.

"Ada memang ada (baca selawat). Saya yakin 100 peratus," katanya ketika ditanya.

Tambahnya pegawai JAIS yang membuat pemantauan ke atas khutbahnya itu juga mengesahkan beliau tidak melakukan kesalahan itu.

Jelasnya, beliau berkata demikian berdasarkan kenyataan yang dikeluarkan oleh Jabatan Agama Islam Selangor seperti dilaporkan akhbar Sinar Harian.

"Selepas berunding dengan peguam, saya rasa kita patut buat laporan polis untuk ambil tindakan undang-undang ke atas Ahmad Zahid Hamidi (kiri) dan Zainal Abidin Sakom," katanya.

"Pada masa sama, (laporan ke atas Utusan) sebab saya nampak Utusan Malaysia ada unsur putar belit kenyataan," katanya.

"JAIS sudah keluarkan kenyataan, saya nak sebutkan seperti yang dilaporkan Sinar Harian, bertajuk 'Khutbah Hasan Ali bersih dari politik',' katanya sambil menambah beliau berpengalaman 40 tahun membaca khutbah.

"Semenjak dua tahun pentadbiran (Selangor bawah Pakatan Rakyat), tiap-tiap minggu saya akan baca khutbah di seluruh Selangor, kecuali apabila saya berada di luar negara," katanya.

Menjawab soalan, beliau tidak menolak andaian bahawa dakwaan ke atasnya itu berkaitan dengan kempen pilihan raya yang berlangsung di Hulu Selangor.

"Ia berlaku pada peringkat akhir kempen tapi saya tidak boleh katakan ia berkait secara langsung dengan politik.

Bahtera Nabi Nuh ditemui



HONG KONG - Sekumpulan penjelajah China dan Turki kelmarin mendakwa mereka mungkin telah menemui bahtera Nabi Nuh pada ketinggian 4,000 meter di sebuah lereng curam di Gunung Ararat, timur Turki.

Jurucakap pasukan berkenaan memberitahu, beberapa binaan kayu yang mereka temui di lokasi itu didapati berusia 4,800 tahun berdasarkan ujian penentuan tarikh karbon iaitu sama usianya dengan zaman banjir besar pada era Nabi Nuh.

"Penemuan ini bukan mengesahkan 100 peratus bahawa ia bahtera Nabi Nuh tetapi kami yakin ia 99.9 peratus adalah bahtera itu," kata seorang anggota pasukan penjelajah, Yeung Wing-cheung.

Menurutnya, binaan kayu itu dibahagikan kepada beberapa petak, sebahagiannya memiliki rasuk kayu yang dipercayai digunakan untuk menempatkan sejumlah haiwan dalam bahtera itu.

kosmo

PENDIRIAN GAMIS BERKAITAN ISU KEMATIAN ADIK AMINULRASYID

PENDIRIAN DAN KENYATAAN MEDIA GABUNGAN MAHASISWA ISLAM SE-MALAYSIA (GAMIS) BERKAITAN ISU KEMATIAN ADIK AMINULRASYID

Pendahuluan

Rakyat Malaysia telah dikejutkan dengan kes kematian Allahyarham adik Aminulrasyid Amzah, 15 tahun, pelajar tingkatan 3 Sekolah Menengah Seksyen 9, Shah Alam yang telah ditembak di kepala oleh pihak polis. Beberapa media telah melaporkan bahawa remaja terbabit sebagai suspek ahli kumpulan samun, namun perkara ini dinafikan oleh keluarga Allahyarham. Polis mendakwa kereta yang dipandu oleh Allahyarham cuba merempuh anggota polis peronda untuk melarikan diri dan polis bertindak melepaskan beberapa das tembakan yang seterusnya membunuh Aminulrashid.

Namun lain pula gambaran yang diberikan oleh rakan Aminulrashid yang ada bersama Allahyarham dalam kereta ketika kejadian. Dalam laporan polis yang telah dibuat, rakan yang sebaya dengan Allahyarham menegaskan Aminulrashid dalam ketakutan apabila terlanggar sebuah kenderaan lain dan terus memintas kereta peronda berkenaan. Setelah dipintas, anggota peronda terus mengejar dan melepas tembakan yang mengena sasaran. Aminulrashid rebah dalam kereta dengan luka tembakan di belakang kepalanya. Saksi utama ini juga melaporkan beliau kemudian di pukul oleh anggota polis sebelum sempat melepaskan diri. Beliau kemudian membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Shah Alam.

Menurut Monaliza Mokhtar, Biro Hal Ehwal Murid PIBG Sekolah Menengah Seksyen 9, beberapa media yang menganggap juvana terbabit sebagai suspek kumpulan samun sebagai satu fitnah. Pelbagai persoalan timbul di kalangan masyarakat berkaitan kes ini. Kes ini dilihat boleh mencalarkan imej Polis Di Raja Malaysia (PDRM) sebagai badan yang bertanggungjawab menjaga keselamatan awam.

Pendirian GAMIS:

Justeru, dalam kes ini, GAMIS berpendirian:

1. Pihak polis tidak sepatutnya cuai dalam hal ini. Ada prosedur tertentu yang perlu dilalui oleh pihak polis sebelum menembak walau apapun kesalahan seseorang. GAMIS berpandangan, kes tembakan ini adalah tindakan keterlaluan walaupun Allahyarham adik Aminulrasyid bersalah sekalipun, dia tetap juvana yang masih di bawah umur. Pihak polis sangat teliti dalam beberapa kes yang lain seperti penangkapan mahasiswa yang terlibat dalam pilihan raya tetapi seolah-olah terburu-buru dalam kes seperti ini sedangkan ianya melibatkan keselamatan awam dan meragut nyawa. Kemungkinan dari kes ini akan menyebabkan rakyat Malaysia berasa tidak selamat dan terancam walaupun mereka tidak melakukan kesalahan.

2. GAMIS ingin mengingatkan kepada pengamal media agar berhati-hati dalam mengeluarkan kenyataan sama ada media cetak atau media elektronik. Hal demikian kerana, sikap terburu-buru media dalam menerbitkan sesuatu isu mungkin boleh menyinggung perasaan keluarga dan orang lain. Dalam isu ini, pelbagai versi berita yang dihidangkan kepada masyarakat sehinggakan mereka keliru tentang kesahihan berita di samping telah menimbulkan syak wasangka yang tidak baik kepada mangsa dan keluarga. Janganlah hanya kerana inginkan publisiti dan berita panas sehinggakan menimbulkan perkara yang tidak baik dalam masyarakat.

3. GAMIS juga ingin berpesan kepada rakyat Malaysia khususnya agar tidak menerima sesuatu berita dengan mudah. GAMIS amat sedih apabila timbulkan syak wasangka yang tidak baik kepada Allahyarham dan keluarga sehinggakan dijadikan perbincangan termasuklah di internet sama ada melalui forum-forum maya, blog, facebook dan sebagainya. Ada yang menambah-nambah cerita, mengutuk dan menghina Allahyarham dan keluarga. GAMIS berharap, perkara tidak baik seperti ini dihentikan. Sedangkan Rasulullah s.a.w. juga berpesan agar kita kita membangkitkan cerita-cerita tidak baik berkaitan seseorang setelah dia meninggal dunia walaupun dia bukan Muslim, apatah lagi kalau ada tokok tambah cerita dan fitnah yang dilemparkan.

4. GAMIS berharap agar Perdana Menteri serta Menteri Keselamatan Dalam Negeri memandang serius kes ini. GAMIS berharap satu jawatankuasa khas ditubuhkan dengan segera serta menyiasat kes ini seadil-adilnya. Kita sedih dengan beberapa kes sebelum ini yang mengambil masa terlalu lama dalam penyiasatan, bahkan masih ada yang belum dapat diselesaikan sehingga kini. Dalam kes Allahyarham Adik Aminulrasyid ini, siasatan adil dan segera sangat diharapkan kerana telah menimbulkan pelbagai tanda tanya di kalangan masyarakat. Keadilan haruslah diberikan kepada mereka yang berhak serta tindakan susulan harus diambil sekiranya ingin membersihkan imej keselamatan negara Malaysia.

Penutup

GAMIS turut bersedih dalam isu ini. serta ingin mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham atas kehilangan insan tersayang. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan diletakkan beserta orang yang soleh. GAMIS juga menyeru kepada semua pihak termasuklah pihak kerajaan, Polis Di Raja Malaysia (PDRM), media dan masyarakat agar memandang serius dalam kes-kes seperti ini. Diharapkan kes-kes seperti ini tidak lagi berulang. Semoga keadilan dapat ditegakkan serta keselamatan negara lebih terjamin pada masa akan datang.

Penjelasan Dari Khalid Samad. dalam Kes Adik AMINULRASHID


Pada hari Isnin 26 April, jam 4 petang, saya telah menerima panggilan dari Ustadz Nasaruddin, Pemangku Ketua Pemuda PAS kawasan Shah Alam. Dia memberitahu saya bahawa seorang remaja yang berumur 15 tahun telah ditembak mati oleh Polis di Seksyen 11 Shah Alam awal pagi tadi. Penduduk sedang berkumpul di Surau Seksyen 11 untuk menunggu jenazahnya dan semua menyuarakan ketidak puasan hati atas tindakan Polis. Remaja berkenaan anak salah seorang ahli Qariah yang dikenali.

Mendengar berita tersebut saya pun telah bergegas ke Surau berkenaan dan mendapati sudah ramai berkumpul di situ. Saya melihat ramai di antara mereka terdiri daripada remaja belasan tahun. Sebahagian dari mereka menunggu di luar kawasan Surau sambil sebahagian yang lain berada di dalam kawasan Surau tersebut. Setiba sahaja saya, qamat Salat Asar telahpun didengari dan Salat hendak dimulakan.

Saya mengambil wudu’ dan seterusnya menyertai jemaah. Setelah selesai salat, saya mendapatkan penjelasan dari Ustadz Nasaruddin mengenai apa yang telah berlaku. Beberapa orang turut mendengar dan memberi penjelasan termasuk seorang penduduk yang telah menyaksikan sendiri peristiwa berkenaan kerana kereta yang dipandu arwah terbabas di hadapan rumah beliau.

Mengikut keterangan mereka, pada jam lebih kurang 1.30 pagi, beberapa das tembakan telah kedengaran di jalan 11/2. Apabila disiasat, didapati sebuah kenderaan sedang dikejar kenderaan polis. Akhirnya kenderaan yang dikejar terbabas dan melanggar tembuk rumah dan pemandunya, Aminulrasyid Amzah, mati terkena tembakan di kepalanya. Seorang penumpang telah keluar dan berjaya melarikan diri.

Saya kemudianya membuat panggilan telefon kepada Dato’ Khalid, Ketua Polis Negeri dan meminta penjelasan dari beliau. Dato’ Khalid menegaskan bahawa siasatan sedang dijalankan dan anggota polis yang terbabit telah dipindahkan ke kerja-kerja pejabat. Menurut beliau, siasatan dibuat oleh polis Negeri, bukan oleh polis Shah Alam, bagi menjamin ketelusan. Begitu juga tegas beliau, bahawa siasatan dibuat di bawah Kanun Keseksaan 302, iaitu tuduhan membunuh sebagai bukti seriusnya pihak polis ke atas kes ini.

Dalam keadaan asyik mendengar penjelasan tambahan dari mereka yang berada di Surau, tiba-tiba beberapa orang membawa seorang remaja ke hadapan saya sambil berkata kepada saya, “dia lah penumpang yang bersama arwah yang telah melepaskan diri”. Orang semakin ramai berkumpul dikeliling saya dan memandangkan keadaan semakin bercelaru, saya menasihati remaja tersebut untuk ke tempat lain dahulu dan ‘stay low profile’.

Saya mengambil nombor telefon bimbitnya dan berjanji akan memanggilnya kemudian untuk bertemu dalam suasana dan keadaan yang lebih tenteram untuk mendapatkan penjelasan berhubung peristiwa berkenaan daripada beliau. Saya berpesan supaya dia berhati-hati supaya tidak ditahan polis kerana dikhuatiri penjelasan beliau akan dipengaruhi pihak polis untuk sealiran dengan kenyataan yang telah dikeluarkan mereka.

Kenyataan yang dikeluarkan polis melalui TV dan radio, saya diberitahu, berbunyi “seorang yang disyaki penyamun ditembak polis awal pagi di Seksyen 11 Shah Alam….sebilah parang dijumpai di dalam kereta disyaki digunakan sebagai senjata untuk menyamun….suspek kedua berjaya melepaskan diri..”

Selepas Maghrib saya berhubung dengan remaja berkenaan dan kami bertemu bersama beberapa orang sahabat sebagai saksi. Remaja tersebut memberitahu bagaimana arwah telah mengambil kereta kakaknya pada lewat malam sambil semua sedang tidur dan menjemput beliau. Mereka telah ke sebuah kedai di Seksyen 11 dan seterusnya ke Seksyen 7 setelah mendapat panggilan dari seorang rakan lain yang mengalami kerosakan motorsikal di situ.

Dalam perjalanan ke tempat kerosakan tersebut, berhampiran restoran Ali’s corner, mereka tergesel dengan sebuah kereta mewah yang sedang parkir di situ. Kemalangan ini menyebabkan arwah ketakutan dan beliau terus membawa kereta untuk melarikan diri. Pada masa yang sama mereka dapati ada motorsikal yang mengejar mereka. Apabila sampai di Seksyen 12, di jalan dari bulatan Istana Kayangan menuju SIRIM, motorsikal berkenaan terlanggar kereta yang dipandu arwah di bahagian belakang dan terus terbabas.

Arwah terus membawa keretanya dengan laju dan pada ketika itu mereka telah memintas sebuah kereta peronda polis. Kereta peronda tersebut terus membunyikan sirennya dan mengejar mereka, melalui SIRIM terus ke bulatan dan menuju ke Masjid Negeri, sampai ke Seksyen 9 dan kembali ke bulatan Istana Kayangan.

Dari bulatan Istana Kayangan mereka berpatah semula ke Seksyen 11 memasuki simpang berhampiran Caltex, Esso dan terus memasuki jalan 11/2. Tiba-tiba kedengaran tembakan beberapa das. Kereta terhoyang hayang disyaki tayar telah terkena tembakan. Arwah terus memandu dalam keadaan tayar ditembak sehingga tiba-tiba beliau rebah ke atas ribanya. Kereta terus menyimpang ke kiri dan terbatas melanggar tembok sebuah rumah.

Apabila di pegang kepala arwah, didapati berlumuran darah. Terasa kepala berlubang dan darah membasahi tangan dan bajunya. Remaja ini terus keluar dari kereta, terpaksa keluar dari pintu sebelah arwah, kerana pintu sebelah dirinya telah terhimpit. Terpaksa mengalih mayat arwah supaya dapat melepasi diri dengan tujuan menyerah diri. Tak sempat apa-apa, sebaik sahaja keluar beliau diterajang seorang anggota polis dan beliau terus melarikan diri.

Sambil mendengar penjelasan beliau, tiba-tiba abangnya muncul entah dari mana. Memarahi beliau kerana tidak pulang ke rumah. Apa dah jadi ini, kata abangnya, bagaimana adik saya digelar penjenayah. Kami menenangkan abangnya sambil memberitahu niat kami adalah untuk menolong adiknya. Dia terus meminta adiknya pulang ke rumah, ayah menunggu katanya. Kami ikut sekali. Setibanya di rumah mereka, ayah dan ibunya kebinggungan. Kami menenangkan mereka dan memberitahu mereka anak mereka bukan penyamun.

Seterusnya saya membawanya bersama abangnya untuk membuat laporan polis. Jam sudah hampir pukul 10 malam. Saya ingin menentukan bahawa laporannya sama seperti ceritanya kepada saya sebelum ini. Tiada paksaan untuk mengubah ceritanya. Selepas laporan disiapkan saya bersamanya dan abangnya bertemu pegawai yang bertugas.

Saya bertanya apakah SOP untuk pihak polis menggunakan senjata api menembak orang yang disyaki. Dia menjawab, hanya sekiranya nyawanya atau nyawa orang lain terancam.

Remaja saksi utama dibenarkan pulang ke rumah. Saya telah berhubung dengan YB Gobind Deo terlebih awal dan meminta dia mengambil kes ini. Dia berjanji akan berjumpa remaja berkenaan pada esok harinya, iaitu Selasa jam 10.30 pagi di mahkamah Shah Alam.

Selepas itu saya ke rumah arwah untuk bertemu keluarganya. Ibunya kesedihan. Abangnya kebinggungan. Bagaimana ini semua boleh berlaku. Mendengar percakapan ibunya berhubung arwah yang merupakan anak bongsunya, saya merasa sebak. Saya tak boleh bayangkan kesedihannya. Semakin ramai datang berkumpul. Saya berundur pada jam 12 tengah malam.

Esok pagi jam 9.30 pagi saya mengadakan sidang akhbar di pejabat saya. Dalam sidang akhbar tersebut saya menyatakan 3 perkara seperti berikut :-

1. Arwah bukan penyamun dan penjenayah. Warga Seksyen 11 mengenali beliau dan tidak akan menerima alasan sedemikian rupa dari mana pihak sekalipun.
2. Arwah tidak cuba melanggar anggota polis seperti yang didakwa. Arwah telah ditembak semasa memandu melarikan diri dan bukan semasa mengundur kereta untuk melanggar anggota polis. Itu satu pembohongan sepertimana juga kisah kononnya ada sebilah parang di dalam kereta.
3. Saksi yang merupakan rakan sepanjang peristiwa malang tersebut perlu diberi perlindungan dan tidak ada usaha dilakukan supaya ceritanya diubah untuk bersesuaian dengan kisah yang dilaporkan pihak polis. Saya meminta Polis bertindak secara profesional dalam kes ini dan jangan berusaha untuk melindungi anggotanya.

Shah Alam menjadi medan berlakunya pembunuhan Teoh Beng Hock sebelum ini. Malaysia juga menyaksikan sebelum ini kes Kugan yang telah mati di dalam tahanan. Norizan Salleh yang ditembak secara rambang sebanyak 5 kali tetapi masih hidup untuk menceritakan pengalaman ngerinya.

Harap jangan dilupa juga kisah Altantuya bersama bom C4. Ini semua kes-kes yang tergantung yang menjadi tanda tanya masyarakat. Entah banyak mana lagi kes yang tergantung sebegini yang tidak diketahui umum.

Apa yang pasti, kita tidak boleh membenarkan kes Aminulrasyid berkesudahan sebegitu rupa. Kita doakan semoga roh Allahyarham ditempatkan bersama orang-orang yang soleh yang beroleh rahmat.

Wallahu 'Alam
KHALID SAMAD

PRK Sibu : Zaid Desak Pemantau Antarabangsa

Oleh Norihan Adnan
PETALING JAYA 28 Apr - Calon Pakatan Rakyat bagi pilihan raya kecil Hulu Selangor, Datuk Zaid Ibrahim mendesak Suruhanjaya Pilihan Raya agar mengendalikan pilihan raya yang adil dan telus, bukan membuat ancaman, menyebarkan maklumat yang salah dan amalan yang tidak adil dan menyalahi undang-undang.
"Tugas SPR adalah untuk mengendalikan pilihan raya yang bebas dan adil. Saya berpendapat bahawa mereka telah melanggar peraturan dalam pemilihan baru-baru ini," katanya pada sidang media di kediaman beliau pagi tadi.
Malah Zaid yakin SPR menyebelahi Barisan Nasional dan berusaha agar BN menang pada setiap pilihan raya.
Justeru itu, beliau akan memfailkan akan mengambil tindakan undang-undang terhadap SPR dengan harapan pilihan raya masa akan datang bersih untuk mencerminkan kehendak sebenar rakyat.
"Setiap warga mempunyai kebebasan untuk mengundi tetapi ini tiada makna jika warga itu tidak dapat melaksanakan tanggungjawab ini kerana namanya telah dipindahkan ke kawasan luar pilihan raya tanpa pengetahuannya atau jika dia diintimidasi, atau diberi rasuah atau apa saja bentuk rangsangan yang mempengaruhi undiannya," tegasnya.
Zaid menambah beliau mempunyai saksi berserta bukti kukuh mengenai rasuah terang-terangan ahli BN sehinggalah kepada Perdana Menteri sendiri.
"Apa yang penting, itu menyalahi undang-undang. Kami akan memfailkan petisyen pilihan raya secepat mungkin. Mana-mana pengundi dari Hulu Selangor boleh menyampaikan maklumat kepada mana-mana pejabat KEADILAN, DAP dan PAS," ujarnya lagi.
Pakatan Rakyat akan memastikan kempen segar di dalam pilihan raya menjadi kenyataan di negara ini.
"Pakatan Rakyat takkan dapat mencerminkan kehendak rakyat dan bentuk pilihan raya yang akan datang sekiranya BN masih mengendalikan pilihan raya seperti yang mereka mahu, seperti yang mereka lakukan sekarang," ujar beliau.
Tambah Zaid SPR mesti mengendalikan pilihan raya yang memenuhi syarat piawaian antarabangsa dan menggesa pihak badan itu membenarkan pemerhati antarabangsa untuk datang ke pilihan raya kecil di Sibu dan lain-lain pilihan raya pada masa akan datang.
"Saya bertanya kepada PM jikalau beliau seorang yang popular seperti yang didakwanya, kenapa mesti takut kepada perlawanan yang bebas dan adil dengan pembangkang?" ujarnya.
Zaid juga akan menyaman akhbar Utusan kerana menggelarkannya kaki botol.
Apabila diminta mengulas mengenai Setiausaha Agong Umno yang akan menyamannya, Zaid berkata, itu hak mereka.
"Kalau nak saman, kita alu-alukan. Kami akan dedahkan semua," katanya.

Hulu Selangor: Kalahkah PR?

28 APRIL — Istilah kalah dan menang dalam proses demokrasi berpilihanraya tidaklah semudah yang diungkapkan. Walaupun kalah tetap kalah dan menang tetap menang namun apa yang lebih penting daripada itu ialah bagaimana seorang calon itu boleh menang dan bagaimana seorang calon itu boleh kalah. Oleh kerana Malaysia mengamalkan demokrasi separuh masak maka satu analisa mestilah melihat kepada keseluruhan sistem yang mempengaruhi corak dan perilaku pengundi dalam menjalankan tugas mereka.
Sebelum itu kita harus akur, Pilihanraya Kecil (PRK) tidak mungkin sama dengan  (Pilihanraya Umum) PRU dari sudut tumpuan dan mobilasasi jentera parti, kedua dalam PRK kerajaan mempunyai segala kemudahan untuk dieksploitasikan bagi tujuan memujuk pengundi sedangkan dalam PRU, jentera kerajaan bersifat ‘caretaker’ yang walaupun dinodai oleh BN tetapi tetap membataskan tahap ‘keselesaan’ yang boleh dinikmati.
Analisa pertama kepada kemenangan BN ialah bagaimana jentera kerajaan Pusat yang dikuasai BN digunakan habis-habisan untuk berkempen. Paling utama ialah kerahan kepada menteri-menteri untuk meluluskan atau isytihar meluluskan apa-apa projek di kawasan HS bagi membuktikan keprihatinan BN kepada masalah rakyat.
Kedua ialah proses pilihanraya dicemarii dengan liputan media yang berat sebelah menggambarkan parti lawan BN sebagai ‘haprak’ dan tidak berkualiti. Tanpa kekuatan moral para pengamal media perdana menulis apa sahaja yang mereka rasakan dapat menggambarkan keburukan parti lawan BN dan mereka langsung tidak memberi ruang untuk dijawab oleh pihak yang diserang.
Keadaan ini amatlah mendukacitakan kerana antara tuntutan proses demokrasi  berpilihanraya ialah perlu ada ruang media yang bebas dan berkecuali dalam membuat liputan supaya media berperanan memantapkan hak kebebasan mendapat maklumat bukan sebaliknya.
Walaupun dalam tuntutan BERSIH tempoh hari perkara ini dibangkitkan namun Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) menjawab persoalan ini dengan mengatakan bahawa ianya di luar bidang mereka, walhal SPR boleh mengambil tindakan kepada pihak yang membuat liputan berat sebelah kerana menganggu proses pilihanraya yang mana SPRlah yang menjadi institusi utama dalam menjayakan proses ini.
Namun apakan daya SPR hanya ‘boneka’ kepada BN dan haknya terbatas kepada kehendak BN yang jika benar-benar SPR bebas dan berkecuali dalam segenap segi pasti keadaan ini akan merugikan BN.
Jikalau inilah makna proses pilihanraya di Malaysia yang keadaanya berat sebelah sudah tentu penguasaan mereka ke atas pengundi begitu besar sehingga menyebabkan Datuk Zaid calon PKR kemungkinan akan hilang deposit dan kalah dengan malunya namun jika dianalisa keadaan dan corak pengundian segala ‘sampah’ yang ‘dilonggokkan’ kepada pengundi tidak menjadi malah tidak berbaloi pulangannya. Buktinya Datuk Zaid mendapat 23,272 undi dan tewas dengan 1725 undi sahaja! Malah undi kepada Datuk Zaid berbanding sebelumnya yang diperolehi oleh Datuk Zainal iaitu 23,177 menunjukkan undi duluan tidak lari banyak.
Implikasi kepada keputusan ini amat besar kepada proses demokrasi di negara ini seolah-olah pihak kerajaan hari ini tidak peka bahawa taktik ini sudah kolot dan ketinggalan zaman, rakyat tidak lagi menjadi ‘mulut-mulut’ yang ‘ternganga’ menerima apa sahaja yang disuapkan kepad mereka secara paksa.
Bukankah masanya keputusan PRK yang kali ke sebelas ini menuntut kerajaan hari ini insaf dan bertaubat?
Analisa undi mengikut kaum pula menggambarkan sesuatu yang amat membimbangkan BN, bak ungkapan Datuk Mustafa Ali, Setiausaha Agung PAS, “Gembira dalam gelisah.”
Memang kegelisahan itu ada kewajarannya kerana PKR mempertahankan kerusinya daripada direbut oleh BN yang merupakan landasan perpaduan parti politik berbagai kaum berumur hampir 36 tahun dibandingkan PR yang hanya 2 tahun.
Pun demikian undi kaum Cina membuktikan penolakan mereka kepada gagasan BN kerana BN hanya mendapat 5,164 undi di kawasan padat Cina berbanding PR yang mendapat 7,194. Perbandingan dahulu menunjukkan Datuk Zaid mendapat 6 kali ganda sokongan iaitu 344 majoriti undi Cina berbanding 2,030 sekarang.
Bukankah ini isyarat yang mengerunkan BN. Sepatutnya BN yang berbangga dengan gagasan perpaduannya berjaya meraih sokongan orang Cina namun kemaraan PR sebagai parti yang lebih berwibawa memikul perpaduan ini merupakan cabaran terbesar BN untuk PRU ke 13 nanti. Kenyataan ini seolah menggambarkan BN dan konsep perpaduannya tidak lagi releven untuk rakyat Malaysia.
Peningkatan undi Cina sebagai kontranya membawa kebimbangan kepada PR terhadap undi Melayu yang gagal ditembusi Datuk Zaid. Kebanyakan Felda dan beberapa perkampongan Melayu seolah-olah menolak dan belum lagi yakin dengan kemampuan PR membawa aspirasi Melayu dan Islam.
Walaupun PAS bertungkus lumus di tempat dominon Melayu ini tetapi sentiment kuat pengharapan kepada Umno yang menjadi tonggak BN masih tebal. Walaupun demikian isyarat ini tidaklah sangat membimbangkan jika dibandingkan dengan undi Cina yang diperolehi kerana Datuk Zaid berjaya meningkatkan undinya di Kalumpang dan beberapa kampong Melayu yang lain. Bagi PAS trend ini iaitu Melayu masih tidak menyokong PR perlu diambil peringatan penting kerana dalam persaingan politik PR dan BN, PASlah yang akan berhadapan dengan majoriti Melayu dalam Pilihanraya yang akan datang.
Selagi PAS tidak berjaya membawa aspirasi Melayu dalam kerangka PR sebagai wahana masa depan politik negara selagi itulah corak pengundian kaum tidak akan berubah dan ini memberi kelebihan kepada Umno/BN untuk terus berkuasa dan keseimbangan kaum akan terbahagi kepada bukan Melayu sokong PR dan Melayu akan terus sokong Umno, keadaan ini tidak baik untuk masa depan politik negara dan kemungkinan Umno terdesak untuk menggunakan sentiment perkauman amatlah tinggi untuk meneruskan hegemoni Melayu supaya terus berkuasa.
Akhirnya undi rosak rendah berbanding dengan 2008 sekaligus menjawab peningkatan undi kepada BN kerana kemungkinan undi rosak yang tinggi dahulu dapat diselamatkan melalui P. Kamalanathan kali ini.
Begitu juga undi Pos 767 undi pergi ke BN manakala hanya 120 kepada PKR dan ini tidaklah mengejutkan kerana isu undi pos ini terus dipertikaikan ketelusannya oleh PR. Apa pun MIC mendapat sedikir oksijen untuk bernafas walaupun saya yakin hanya sementara.
Kemenangan ini tidak membayangkan masyarakat India kembali menyokong MIC tetapi yang pasti Umno terus mendominasi undi Melayu dan trend ini tidak baik untuk PR jika rancangannya untuk ke Putrajaya terus membara. Jadi kalah atau menang bukanlah isunya tetapi apa yang penting ialah pengajaran untuk memperkemaskan strategi untuk PRU ke 13. Tahniah kepada pengundi HS kerana membawa mesej besar kepada penulisan ini!

"Hentikanlah kezaliman ini" Tegakkanlah keadilan.

Saya menulis dari dalam Mahkamah Sesyen Kuala Kangsar. Seorang lagi saksi polis sedang memberi keterangan...lantak kau lah apa yang kau nak cakap...

Kes Aminulrasyid berumur 14 tahun dibunuh dengan kejam oleh polis dengan ditembak di kepala benar-benar membangkitkan kemarahan rakyat.

Polis terus bermaharalela. Memang polis sudah jadi Raja Di Malaysia. Nazri Aziz, Menteri di Jabatan Perdana Menteri sendiri pernah mengatakan begitu kepada saya dan seorang isteri tahanan ISA ketika kami berkunjung ke pejabatnya beberapa tahun yang lepas.

Mohon maaf wahai polis anda sendiri yang menyebabkan diri anda dan profession anda dikecam dengan teruk sekali.

Kezaliman polis yang menimpa keluarga Aminulrasyid sudah tentu terlalu berat untuk keluarganya.

Dalam kes Aminulrasyid dan Norizan polis 'trigger happy' menembak.

Suami saya digari dan dibawa ke Mahkamah Kuala Kangsar sehari selepas ditangkap.
.
Hari ini juga hati saya menjadi lebih sakit juga dengan sikap 'trigger happy' polis dalam menangkap orang awam. Sesuka hati menangkap untuk memuaskan hati penguasanya. Dan kami terus menerus menjadi mangsanya.
Justify Full
Geram dan sakit hati ini, tetapi inilah jalan perjuangan yang telah kami sendiri pilih untuk melaluinya.

Suami saya menghadapi dan perlu menjalani perbicaraan kes yang dipanggil polis "ops bubar dun perak'. Dutangkap pada 6 hb Februari 2009. Kes berjalan dengan pantas kerana kami yakin Hakim dan Mahkamah mendapat tekanan untuk segera menyelesaikan kes ini.

Bagaikan "nak luruh jantung" dibuatnya bila peguam memaklumkan Hakim dah tetapkan tarikh2 untuk kes ini di bulan Mei dan Jun. 11,12,13 Mei. 18,19 Mei. 26,27 Mei. 7 hari dalam bulan Mei. 9,10 Jun. 22,24 Jun 4 hari di bulan Jun...Ya Allah permudahkanlah urusan kami dan kuatkanlah semangat kami.

8 hari kes berjalan di bulan Mac dan 3 hari di bulan Januari yang lalu....22 hari semuanya....tiada lagi cuti untuk anak-anak dan keluarga di kampung. Apa alasan yang harus diberi pada majikan...boleh difikirkan untuk mengambil 'unpaid leave' yang bermakan tiada gaji dan memberi kesan kepada performance kerja...namun inilah jalan yang telah kami pilih. Inilah ujian untuk kita yang ingin tegakkan keadilan dan menghapuskan kezaliman.

Anak kedua kami berbaju lokap berwarna oren ditangkap bersama anak tahanan ISA di Himpunan Aman Mansuh ISA bersama saya dan isteri tahanan ISA.

.Anak bongsu kami Asiah sudah biasa menghabiskan waktunya di dalam mahkamah bersama kami....

Kekalahan Kuatkan Semangat Juang

Oleh Norihan Adnan
PETALING JAYA 28 Apr - Datin Suliana Shamsudin Alias menyifatkan kekalahan suaminya, Datuk Zaid Ibrahim pada pilihan raya kecil Hulu Selangor bukan faktor untuk melemahkan semangatnya dalam usaha memberi khidmat kebajikan kepada penduduk kawasan itu.
Suliana yang aktif membantu suaminya berkempen di Hulu Selangor walau bagaimanapun tidak hampa dengan kekalahan yang dialami kerana ini akan menguatkan lagi semaangat beliau untuk berjuang.
"Kita berusaha meyakinkan rakyat supaya memilih Datuk sebagai wakil rakyat. Nampaknya itu tidak begitu berjaya tetapi ini tidak sesekali mematahkan semangat kami," katanya kepada media di kediaman beliau pagi tadi.
Beliau juga akan kembali aktif mengendalikan Yayasan Orang Kurang Upaya di Kelantan yang memerlukan dana sebanyak RM300,000 setahun.
Beliau juga mengalu-alukan sekiranya ada sumbangan dan bantuan dari mana-mana badan korporat.
"Kami mensasarkan untuk mengutip sebanyak RM25,000 tapi jumlah ini tak cukup sehingga bulan depan," katanya lagi.
Hanya 3,500 saja OKU yang berdaftar dan Suliana berharap lebih ramai golongan tersebut tampil untuk mendaftar dengan yayasannya.
"Mengikut fakta dari WHO, di sesebuah populasi tercatat sepuluh peratus daripadanya adalah OKU. Mereka ini akan kami bantu dengan sebaiknya," katanya lagi.

PKR denies internal sabotage led to Hulu Selangor loss

By Syed Jaymal Zahiid
PETALING JAYA, April 28 — Rumours of an internal sabotage within PKR during the Hulu Selangor by-election was rubbished by party elections director Fuziah Salleh today.
The rumours about rival camps within PKR intentionally slowing down campaigning efforts are widespread online with many saying that the sabotage took place in Azmin Ali’s faction.
The PKR vice-president does not have a good relationship with Selangor Mentri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim who was handpicked to lead PKR’s Hulu Selangor campaign.
Although Fuziah conceded there was some rivalry between the different factions, she said they were minor and did not amount to sabotage.
“The allegation of sabotage is baseless. I wouldn’t go as far saying there was a sabotage,” said the Kuantan MP in a brief interview with The Malaysian Insider here.
“Let’s just put it this way. If you favour someone, you’ll go all out but if you don’t, you won’t,” she said, adding that “there was still commitment by all of those who worked on the ground.”
Zaid lost the by-election to Barisan Nasional candidate, P.Kalamanathan, by 1,725 votes. While there were accusations by Pakatan that its rival Barisan Nasional played dirty in the by-election, there is also acknowledgement that PKR’s machinery was shoddy. It had to rely on PAS and the DAP’s election machinery to get things going.
“I was very concerned. Up until the third day the campaigning materials had not arrived but all the hiccups were sorted on the third day itself and our machinery was moving full-force by then,” said Fuziah.
The newly-minted PKR elections chief said the snail-paced campaigning can be attributed to the lack of experience by local low-level leaders. They could not cope with the stacks of operations procedures, and the intra-party collaboration was too much for their ground co-ordinators to handle, she added.
“There was a lack of competence. They really wanted to help but it was too overwhelming. It was their first time handling such a massive by-election.”
Although the co-operation between the three component parties during the eight-day campaigning trail was satisfactory, Fuziah said a joint machinery representing the coalition would have maximised their chances of winning even in the face of BN’s behemoth election machinery.

Remaja mati ditembak polis bukan kes terpencil

SHAH ALAM, 28 April: Ahli Parlimen Puchong, Gobind Singh Deo berkata, insiden seorang remaja, Aminulrasyid Amzah, 15, mati ditembak anggota polis bukan lagi kes terpencil sepanjang polis melaksanakan tanggungjawab memelihara keselamatan orang awam dan tanah air.
"Ini sebegini kita lihat kerap kali berlaku di mana pihak polis menggunakan senjata api tembak orang awam," jelas beliau ketika ditemui di tempat kejadian, selekoh Jalan Makyong, Seksyen 11/2G, di sini, tengah hari ini.
“Sebagai Ahli Parlimen, telah saya katakan tadi isu ini bukan lagi isu terpencil kerana polis sebelum ini beberapa kali terbabit menembak orang awam."
Menurut Gobind, sekiranya polis mahu menganggap kes Aminul tersebut sebagai kes terpencil, polis masih belum ada jawapan untuk rakyat untuk kes tembakan liar ke atas Norizan Salleh, Oktober lalu serta beberapa kematian misteri orang awam di dalam lokap.
Sebaliknya, beliau yang juga pengamal undang-undang sivil meminta polis menjelaskan motif di sebalik tembakan lebih tujuh das ke arah arwah dan saksi utama.
"Dalam faham undang-undang yang saya amalkan, tujuan (polis) menggunakan senjata api itu bukan untuk membawa maut, tujuannya adalah untuk menghalang penjenayah mengancam nyawa orang awam atau mempertahan diri mereka saja," tegas beliau.
Tanpa menafikan sumbangan besar polis dalam memelihara keamanan negara, beliau berkata, pegawai polis terbabit sepatutnya menembak pada bahagian badan yang berisiko rendah untuk seseorang kehilangan jiwa.
"Kebiasaannya kalau mereka (polis) perlu tembak sekalipun, mereka perlu tembak pada bahagian tubuh yang mustahil boleh membawa risiko maut, misalnya, menembak bahagian kaki supaya suspek tidak mampu melarikan diri," jelas beliau lagi.
Bagaimana pun, beliau seakan memuji Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar kerana bertindak secara wajar ke atas keempat-empat anggota polis terbabit apabila mendapat tahu insiden tersebut.
"Saya rasa itu keputusan bijak, saya sokong, saya berterima kasih kerana polis mengambil keputusan sedemikian yang begitu penting," ujarnya.
Demi mengelakkan wujudnya unsur bias dalam siasatan kes tersebut, beliau turut mencadangkan supaya keempat-empat suspek terbabit digantung tugas sehingga siasatan selesai.
Beliau turut mencadangkan pegawai tertinggi polis dari Ibu Pejabat Polis Bukit Aman sendiri turun menyiasat keempat-empat suspek pembunuh dari Balai Polis Seksyen 11, di sini.
"Apa yang perlu dibuat, seorang dari ibu pejabat Bukit Aman diturunkan untuk menyiasat kes ini," ujarnya lagi.
Menganggap insiden tersebut sebagai bukti wujudnya amalan brutal di kalangan anggota polis, beliau bertekad untuk bertanya sendiri kepada Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein tentang garis panduan yang digunakan polis dalam menggunakan senjata api.
"Memang saya akan bangkitkan kes ini dalam Dewan Rakyat depan, saya nak tanya Kementerian Dalam Negeri (KDN) tentang garis panduan yang digunakan oleh polis untuk memelihara keharmonian hidup rakyat.
"Saya juga nak tahu kalau seorang polis memegang senjata, adakah orang awam seperti saya layak ditembak sehingga mati, inilah isunya yang rakyat sedang tanya," jelasnya.
Tidak cukup dengan itu, beliau turut bercadang bersemuka sendiri dengan Khalid untuk mendapat maklumat lanjut berkaitan keempat-empat suspek serta saksi utama kes tersebut.
"Saya secara peribadi akan menghubungi Datuk Khalid (Ketua Polis) untuk mengenal pasti saksi. Saksi kemudiannya saya nak bawa ke balai untuk diambil keterangan agar siasatan dilengkapkan sebelum dibawa ke muka pengadilan," ujarnya lagi.
Gobind turut meminta institusi Polis Diraja Malaysia (PDRM) sendiri disiasat secara total ekoran beberapa kes pembunuhan orang awam yang membabitkan anggotanya selain mendesak polis supaya menyegerakan siasatan khas ke atas kes tersebut
"Saya berasa siasatan yang perlu dijalankan tidak terhenti pada menyiasat suspek-suspek polis yang menembak mangsa (Aminulrasyid) saja. Perlu disiasat secara menyeluruh ke atas Polis Diraja Malaysia sendiri," jelasnya.

Kerajaan Selangor tawar keluarga Aminulrashid bantuan guaman

SHAH ALAM, 28 April — Kerajaan Selangor sedia memberi bantuan guaman kepada keluarga Aminulrashid Amzah, 15, yang mati ditembak ketika didakwa cuba merempuh polis pada Isnin lepas, kata Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim (gambar).
Katanya khidmat guaman itu akan disediakan jika keluarga remaja itu merasakan perlu mendapat nasihat undang-undang.
Beliau berkata demikian selepas menziarahi keluarga Aminulrashid di Seksyen 11 di sini bagi menyerahkan cek bantuan kerajaan negeri berjumlah RM10,000.
Abdul Khalid berkata beliau tidak berhasrat bertemu Ketua Polis  Selangor Datuk Khalid Abu Bakar pada masa ini kerana tidak mahu mengganggu siasatan polis.
Mengenai perkara lain, beliau berkata pemilik tanah yang dianugerahkan oleh kerajaan negeri dikehendaki memberi penjelasan jika gagal membangunkan dan melunaskan cukai tanah tertunggak melebihi tempoh lima tahun.
Abdul Khalid berkata kegagalan berbuat demikian akan mengakibatkan tanah mereka diambil semula oleh kerajaan negeri.

Khairy persoal kerajaan belum tubuhkan Siap

KUALA LUMPUR, 28 April — Di sebalik insiden remaja mati ditembak polis di Shah Alam awal pagi kelmarin, Pemuda Umno mempersoalkan kelewatan kerajaan menubuhkan Suruhanjaya Integriti Agensi Penguat Kuasa (Siap) walaupun akta berkaitan sudah diwartakan pertengahan tahun lalu.
“Di sini Pemuda Umno juga menggesa agar Siap segera ditubuhkan setelah Akta Siap diwartakan pada pertengahan 2009.
“Pemuda Umno ingin mempersoalkan mengapa setelah hampir setahun Parlimen meluluskan rang undang-undang berkenaan, masih belum terdapat sebarang pengumuman tentang tarikh penubuhan suruhanjaya tersebut,” kata Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin (gambar) dalam satu kenyataan ketika pelbagai pihak menimbulkan simpati dan kekesalan ekoran insiden Allahyarham Aminulrasyid Amzah.
Remaja berusia 15 tahun itu dilaporkan ditembak oleh polis ketika didakwa cuba mengundur kenderaan yang dipandunya ke arah anggota polis.
Khairy berpendapat sekiranya Siap ditubuhkan sebelum ini, sudah tentu ia dapat menjalankan siasatan segera berbekalkan peruntukan yang digariskan dalam Akta Siap 2009.
Antara lain, keanggotaan suruhanjaya tidak boleh membabitkan mana-mana individu yang sedang atau pernah berkhidmat selaku pegawai penguat kuasa – ini mampu memberi keyakinan kepada orang ramai bahawa tiada unsur bias dalam siasatan yang dikendalikan, kata beliau.
Selain itu, kata Ahli Parlimen Rembau ini, sekiranya pihak suruhanjaya mendapati ada kesalahan undang-undang yang diperlakukan oleh anggota penguat kuasa, maka ia perlu merujuk kes kepada pihak pendakwa raya untuk tindakan susulan, di samping turut mengumumkan hasil siasatannya kepada orang ramai.
“Perkara ini juga dapat menyumbang kepada ketelusan siasatan suruhanjaya dan sebarang tindakan susulan yang diambil berhubung sesuatu kes.
“Apapun, dalam insiden khusus Allahyarham Aminulrasyid, Pemuda Umno berharap agar panel khas yang ditubuhkan tidak akan berkompromi dalam mendukung kebenaran dan akauntabiliti berlunaskan undang-undang dan garis panduan sedia ada,” katanya.
Khairy yang juga Ketua Pemuda Barisan Nasional menegaskan bahawa pihaknya sentiasa menghargai jasa dan pengorbanan pihak polis dalam menjaga keamanan dan ketenteraman awam, di samping meyakini tahap profesionalisme dan integriti anggota-anggotanya.
“Namun, sekiranya siasatan panel tersebut mendapati wujud sebarang unsur salah laku oleh anggota polis terbabit sehingga menyebabkan kehilangan nyawa Allahyarham Aminulrasyid, maka tindakan undang-undang mesti diambil terhadap mereka yang bertanggungjawab,” katanya lagi.

Bukti baru dalam dakwaan rogol pelajar

DAP Perak hari ini mengemukakan dua bahan bukti baru dan menuntut polis menjalankan siasatan rapi berhubung dakwaan seorang pelajar sekolah berusia 14 tahun yang dirogol oleh lima suspek di Ipoh Parade, Oktober lalu.

Bukti-bukti baru itu yang merupakan skirt mangsa dan pita video dikemukakan oleh setiausaha DAP Perak yang juga ahli parlimen Taiping, Nga Kor Ming (kiri, memegang buku) bersama penasihat perundangan parti itu Leong Cheok Keng (kiri) dan MP Menglembu Lim Pek Har (berbaju biru) di ibu pejabat polis di Ipoh.

Menurut Nga, kelima-lima suspek dipercayai membubuh dadah dalam minuman mangsa sebelum dua daripada mereka didakwa merogolnya manakala tiga lagi memerhati.

Mangsa kemudiannya membuat laporan polis tetapi kelima-lima mereka dibebaskan dengan alasan pihak pendakwaan tidak mempunyai bukti yang cukup.

Nga memberitahu Malaysiakini bahawa ibu mangsa kuathir beliau tidak mendapat keadilan daripada pihak polis kerana kelima-lima suspek berkenaan berasal daripada keluarga golongan berada.

"Ibu mangsa telah menyorokkan skirt anaknya yang mempunyai kesan air mani perogol untuk selama enam bulan.

"Bagaimanapun saya berjaya memujuknya supaya yakin dengan polis dan menyerahkan bahan berkenaan untuk siasatan lanjut,” kata Nga.

Beliau mencadangkan supaya ujian DNA dijalakan pada skirt yang mempunyai kesan air mani itu bagi menangkap perogol yang dipercayai adalah rakan sekolah mangsa.

Nga berkata beliau akan memantau kes itu secara dekat dan akan membawa perkara itu ke pihak atasan polis di Bukit Aman jika siasatan tidak dijalankan dengan terperinci.

Kamalanathan disagrees with Perkasa

By Clara Chooi
PUTRAJAYA, April 28 — Perkasa president Datuk Ibrahim Ali, who was instrumental in helping newly-minted Hulu Selangor MP P. Kamalanathan (picture) clinch Sunday’s poll, seems to have lost a friend in the MIC leader.
Kamalanathan, who had earlier stood by Perkasa’s struggles, did an about-turn today and took pains to stress to The Malaysian Insider that Ibrahim calling on the government to punish Chinese voters for failing to support them, was his own personal view.
“I do not share that view. It is his personal opinion. I do not condone anything that is extreme like this,” he firmly said when met at the Prime Minister’s office here today.
Kamalanathan also came to the defence of Barisan Nasional component parties MCA and Gerakan, which Ibrahim had taken to task for failing to garner Chinese support.
“It is not true what he said (about MCA and Gerakan). They worked very, very hard in the by-election. Very hard. I saw it with my own two eyes the amount of work and effort they put in.
“I have spoken with (MCA president Datuk Seri) Dr Chua (Soi Lek) and (MCA deputy president Datuk Seri) Liow (Tiong Lai) and they are extremely committed to the cause,” he said.
He pointed out that the prime minister himself had clearly said that the government would not ignore the needs of the Chinese community in Hulu Selangor just because they had not supported BN in the by-election.
“Today is proof of this. We will not deprive our citizens the right to have a good life in this country,” he said.
Kamalanathan was referring to the function at the Prime Minister’s office earlier this afternoon when Datuk Seri Najib Razak made good on his promise to help rebuild the SRJKC Rasa schoo by handing over RM3 million to the school board of representatives.
“We lost the Chinese votes because of something else... something was just not quite right and MCA and Gerakan should not be taken down for this.
“My responsibility now is to identify what happened and see what the real crux of the problem is,” said Kamalanathan.
He added that Najib was very sincere in his commitment to develop Hulu Selangor, and to deliver on all the pledges made by BN leaders during the campaign period for the by-election.
BN has made over RM70 million worth of pledges for allocations and development in the large constituency.
“Najib has also requested that (deputy election director) Datuk Nor Omar to list down all the promises made by our leaders so that we can deliver on them,” said Kamalanathan.
He assured the people of Hulu Selangor that the development process would be an ongoing one and that even those who had not voted for the BN would benefit from it.
“Yes, it is true that Ibrahim’s statement was irresponsible but Najib today proved that we will not be listening to those demands,” he said. Kamalanathan had secured a 1,725-vote majority victory over PKR’s Datuk Zaid Ibrahim during Sunday’s poll but had failed to recapture support from the Chinese community.
The poll results showed that less than 30 per cent of the community had chosen BN in the poll, down from the 35 per cent who voted for them in Election 2008.
Ibrahim had called the Chinese voters ungrateful and had urged the government not to fulfil its pledges for allocation and development in the Chinese areas of Hulu Selangor.
He had also asked the BN government to ignore the demands made by the MCA and Gerakan, claiming the two parties had failed to help BN wrest back Chinese support.
His statement has resulted in a mad scramble by BN leaders to explain to the people that Perkasa’s demands would not be met and that the Chinese voters would not be punished.
During the function earlier, Najib had also issued a clear warning to all parties never to dispute the promises made by BN.

Kertas siasatan pada DPP selewat-lewat Jumaat

Polis kini dalam proses melengkapkan keterangan saksi bagi membolehkan kertas siasatan dihantar kepada pendakwa raya selewat-lewatnya Jumaat ini berhubung kes remaja 15 tahun - Aminulrasyid Amzah - mati ditembak polis kelmarin.

Ketua Polis Selangor Datuk Khalid Abu Bakar berkata polis akan memanggil semula rakan allahyarham Amirulrasyid Amzah hari ini bagi mendapatkan keterangan penuh.

Beliau memberitahu demikian ketika ditemui di majlis perasmian insignia baru dan penyerahan kenderaan forensik Polis Diraja Malaysia (PDRM) di ibunegara hari ini.

"Kita berharap dapat melengkapkan siasatan sebelum hujung minggu ini untuk kita hantar kepada pendakwa raya bagi membincangkan hasil laporan siasatan yang
diperolehi," katanya.

Beliau berkata keterangan remaja tersebut telah diambil sebelum ini, namun masih terdapat maklumat-makumat yang tidak jelas dan lengkap yang mungkin akan diperolehi pada hari ini bagi melengkapkan siasatan tersebut.

Dalam kejadian kira-kira jam 2 pagi di Seksyen 11, Shah Alam, Isnin lepas, Amirulrasyid meninggal dunia selepas terkena tembakan yang dilepaskan anggota polis peronda apabila remaja itu dikatakan cuba melarikan diri dalam satu sekatan polis.

Sementara itu , Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan memberi jaminan polis tidak akan menyembunyikan sebarang fakta berhubung siasatan insiden tersebut.

"K
ami tidak sembunyikan apa-apa..., kita akan jalankan siasatan secara adil dan telus bagi memastikan kebenarannya," katanya ketika ditemui di majlis yang sama.

Beliau berharap masyarakat tidak membuat andaian dan hukuman awal sebelum laporan siasatan lengkap diperolehi.

Polis akan membantu Kementerian Dalam Negeri (KDN) yang telah mengambil langkah segera dengan menubuhkan satu panel khas bagi menyiasat insiden itu, katanya.

Musa yang turut melahirkan rasa sedih atas insiden tersebut turut menasihatkan agar ibu bapa perlu lebih prihatin menjaga anak-anak mereka bagi mengelakkan mereka daripada keluar rumah pada waktu yang tidak sepatutnya dan tidak melakukan perbuatan yang menyalahi undang-undang.

- Bernama

SPR sedia hadapi tindakan mahkamah Zaid

Oleh G. Manimaran
KUALA LUMPUR, 28 April — Datuk Zaid Ibrahim (gambar) mempunyai segala hak untuk mengambil tindakan undang-undang termasuk petisyen pilihan raya, kata Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Wira Wan Ahmad Wan Omar hari ini.
Bagaimanapun menurut Wan Ahmad, SPR telah menguruskan pilihan raya kecil Hulu Selangor dengan adil mengikut peruntukan undang-undang yang sedia ada.
“Itu hak beliau (Datuk Zaid) jika mahu mengemukakan petisyen... beliau boleh menamakan SPR sebagai responden, beliau boleh mengemukakan bukti di mahkamah, kami akan menjawab dengan sewajarnya,” kata beliau ketika dihubungi The Malaysian Insider.
Menurut beliau, SPR akan menghadapi petisyen Zaid jika dikemukakan sebagai satu lagi kes memandangkan sudah banyak petisyen pilihan raya telah dilalui sebelum ini termasuk lebih dua dozen petisyen pilihan raya umum 2008.
Zaid boleh mengemukakan petisyen dalam tempoh 21 hari selepas keputusan pilihan raya kecil kerusi Parlimen Hulu Selangor diwartakan.
Keputusan itu akan diwartakan dalam tempoh dua minggu ini, kata Wan Ahmad.
Mengenai pendirian Zaid yang mahu mengemukakan kes ke atas SPR pula, kata Wan Ahmad, pihaknya juga bersedia untuk menghadapinya.
Bagaimanapun kata Wan Ahmad, beliau tidak boleh mengulas lanjut kerana tidak tahu kandungan kes yang bakal hendak difailkan oleh Zaid.
Wan Ahmad mengakui kes cuai menjalankan tanggungjawab berkanun ke atas SPR, yang hendak dikemukakan oleh Zaid, merupakan yang pertama bakal dihadapi.
Pada sidang media pagi tadi, Zaid yang tewas pilihan raya kecil Hulu Selangor akan memfailkan petisyen dalam waktu terdekat - mahu mahkamah mengisytiharkan keputusan Ahad lalu sebagai tidak sah.
Selain itu beliau juga akan memfailkan kes terhadap SPR atas alasan cuai melaksanakan tanggungjawabnya sebagai badan pengendali pilihan raya.
Zaid menjelaskan, setiap rakyat ada hak fundamental untuk mengundi tetapi aspek itu tidak bermakna langsung jika mereka tidak dapat melaksanakannya kerana nama pengundi-pengundi terbabit hilang dari daftar pemilih tanpa pengetahuan mereka, ditakut-takutkan, dirasuahkan ataupun diberikan pelbagai bentuk janji untuk mempengaruhi mereka.
“Dalam pilihan raya kecil Hulu Selangor kita ada saksikan kesemua ini.
“Kita ada saksi yang akan tampil dengan bukti-bukti yang perlu berkenaan rasuah (beli undi) yang berleluasa, bermula dari pekerja jentera pilihan raya Barisan Nasional (BN) sehinggalah Perdana Menteri sendiri,” katanya.
Mengenai saman terhadap SPR pula, Zaid menjelaskan suruhanjaya itu telah gagal dalam menjalankan pilihan raya bebas dan adil.
“Saya masih berpendirian bahawa mereka telah gagal dalam tugas itu dalam pilihan raya kecil terbaru.
“Mereka telah membenarkan tindakan menakut-nakutkan (pengundi), maklumat palsu dan amalan pilihan raya tidak sah dan tidak adil di kalangan jentera BN tanpa sebarang usaha untuk menghalang mereka.
“Malah apa yang ketara kepada saya ialah Suruhanjaya Pilihan Raya berada di pihak BN dan mahukan BN untuk menang,” kata Zaid.

Kabinet simpati remaja mati ditembak polis

Datuk Seri Noh Omar (kanan) turut hadir berjumpa keluarga mangsa semasa sidang media di Seksyen 11, di sini hari ini. Turut kelihatan ibu remaja yang ditembak mati oleh polis itu Norsiah Mohamad, 60, (tengah) dan kakakAllahyarham, Norazura Amzah, 39, (kiri). - Gambar Bernama
PUTRAJAYA, 28 April — Kabinet melahirkan rasa sedih dan simpati kepada keluarga Allahyarham Aminulrasyid Amzah yang mati ditembak dalam satu kejadian melibatkan anggota polis di Shah Alam pada Isnin lepas dan mahu siasatan dibuat secara telus. Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Noh Omar berkata beliau telah membangkitkan kes itu dalam mesyuarat Kabinet hari ini.
“Kita juga minta kes itu tidak dipolitikkan kerana jika ia menjadi isu politik, maka sukar kes itu hendak diselesaikan,” katanya kepada pemberita di majlis penyampaian cek bernilai RM3 juta kepada SJK (C) Rasa di sini yang disempurnakan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
Noh, yang juga Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Selangor, diminta mengulas insiden kematian remaja berusia 15 tahun itu yang dilaporkan ditembak oleh polis ketika didakwa cuba mengundur kenderaan yang dipandunya ke arah anggota polis.
Semalam, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein mengumumkan penubuhan pasukan khas yang diketuai oleh timbalannya Datuk Wira Abu Seman Yusop bagi menyiasat kejadian itu.
Noh berkata beliau telah berbincang dengan Hishammuddin mengenai perkara tersebut dan diberikan jaminan bahawa Kementerian Dalam Negeri akan menyiasat secara telus.
Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek yang turut hadir di majlis itu berkata pasukan khas yang ditubuhkan itu turut perlu melibatkan wakil daripada Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam).
“Cara kerajaan mengendalikan kes tersebut juga penting untuk meyakinkan rakyat bahawa kerajaan benar-benar melakukan siasatan. Kerajaan juga perlu memastikan sesiapa yang melakukan kesalahan atau kesilapan perlu berdepan dengan tindakan sewajarnya,” katanya. — Bernama

Jangan Lindungi Polis Terlibat, Kezaliman Semacam Israel

SHAH ALAM 28 APR: Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng mengecam sekeras-kerasnya perbuatan tindakan polis terhadap remaja 15 tahun, Aminulrashid Amzah dan menyifatkan perbuatan seumpama itu seakan-akan kezaliman pihak berkuasa Israel

Beliau yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang berkata demikian ketika mengunjungi rumah keluarga mangsa di Jalan Makyung, Seksyen 11 kira-kira 12 tengah hari tadi.

Ramai saudara mara berhimpun di rumah mangsa sebagai tanda simpati kepada keluarga berkenaan. Masing-masing berwajah sugul, malah ada yang menangis.
Sebuah khemah turut dipasang depan perkarangan rumah.

Ketika ditemui TV Selangor, Guan Eng menegaskan siasatan bebas perlu dibuat dan berharap tiada mana-mana pihak cuba melindungi individu yang melakukan kekejaman ini.

Beliau juga membidas media arus perdana dan polis yang melulu mengeluar kenyataan  hingga mengguris ahli keluarga mangsa.

"Dalam peristiwa yang menghibakan ini cuba berikan keadilan, sudah cukup menghibakan dan jangan cuba mengaibkan ahli keluarga lagi. Kita mahu satu siasatan bebas tanpa ada unsur melindungi polis terlibat.

"Saya ingin tegaskan kita bukan anti-polis, kita hanya anti satu dua yang merosakkan nama baik polis," katanya yang turut mengucapkan takziah dan mengutuk kezaliman ini.

"Ini satu tragedi yang amat menghibakan dan kita juga memberi sokongan. Kita juga ingin melahirkan kecaman sekuat-kuatnya sekali ke atas tragedi ini.

“Jangan biarkan satu lagi nyawa kehilangan begitu saja kerana ini adalah satu kezaliman yang amat ketara yang hanya kita dapat lihat hanya di Israel," katanya

PAS sokong calon DAP, hantar jentera pakar

KUALA LUMPUR, 28 April: PAS akan menggerakan jentera pakarnya dari Semenanjung tanah air untuk bersama-sama jentera di Borneo bagi menggempur BN pada Pilihan Raya Kecil Parlimen Sibu.

Ketua Penerangan PAS Pusat, Idris Ahmad berkata, PAS menyokong penuh pemilihan Pengerusi DAP Sarawak, Wong Ho Leng (gambar) sebagai calon Pakatan Rakyat pada PRK itu.

"PAS mengucapkan tahniah dan menyokong pencalonan Pengerusi DAP Sarawak, Wong Ho Leng bagi pilihan raya kecil Parlimen Sibu 16 Mei nanti.

"Wong yang juga Adun Bukit Assek merupakan pilihan terbaik untuk Pakatan menambahkan kerusi Parlimen di Sarawak," katanya dalam satu kenyataan.

Pada masa ini, Pakatan hanya mempunyai seorang ahli parlimen sahaja dari Sarawak iaitu Chong Chieng Jen bagi Parlimen Bandar Kuching.

Walaupun Wong tewas kepada mendiang Datuk Robert Lau Hoi Chew yang menang dengan majoriti 3,549 pada pilihan raya sebelum ini, namun DAP mempunyai pengundi tegar hampir 16,000 orang di situ.

Pakatan Rakyat, jelasnya mempunyai jentera yang kuat lebih lebih lagi dengan penyertaan Parti Nasional Sarawak (Snap).

"PAS akan terus membiarkan BN bagai ayam berak kapur melihat begitu positifnya kerjasama jentera Pakatan yang kini lebih kuat dengan penyertaan Parti Nasional Sarawak (SNAP) menjelang PRK Sibu nanti," katanya lagi.

Menurutnya, sokongan rakyat mula meningkat sejak DAP mencipta kejutan pada tahun 1982 dengan memenangi kerusi Bandar Sibu melalui Ling Soe Ming, yang mengalahkan Tan Sri Dr Wong Soon Kai yang juga Timbalan Ketua Menteri Sarawak ketika itu.

Rekod lama ini juga, jelasnya tidak boleh dipandang sepi kerana statistik sokongan masyarakat Cina akhir-akhir ini lebih condong kepada Pakatan seperti yang ditunjukan dalam PRK Hulu Selangor baru-baru ini.

"Tidak mustahil Sibu yang dihuni 60 peratus pengundi Cina akan memberikan kemenangan kepada Pakatan bagi mengukuhkan suara masyarakat Sarawak yang tertindas sejak sekian lama," ujarnya lagi.

Dengan tidak memandang rendah pengaruh wakil SUPP bagi BN, Robert Lau Hui Yew katanya, Pakatan akan berusaha memenangi baki 40 peratus pengundi di Sibu yang terdiri dari 20 peratus Melayu-Melanau, Iban 18 peratus, 1.1 peratus Orang Hulu dan 0.9 peratus lain-lain.

PAS juga, tambahnya melihat bahawa pengundi bukan Cina ini juga sebagai aset penting bagi memastikan Pakatan mampu merampas kerusi itu dengan lebih selesa.

Umno tukar calon 'strategi bijak', kata Khalid Samad

Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad menyifatkan strategi Umno menukar calon baru walaupun dari MIC untuk bertanding dalam pilihan raya kecil Hulu Selangor sebagai satu "strategi yang bijak".

"Calon baru, walaupun dari MIC, memberi gambaran protes 'didengari dan diambil kira'. Bukan semuanya, tetapi sebahagian kecil darinya.

"Kerusi tidak diserah kepada Umno tetapi tidak juga kembali kepada pemimpin MIC yang sama. Orang baru yang lebih muda dan kononnya lebih mampu membawa perubahan.

"Dalam masa yang sama, 'hak' MIC sebagai rakan BN dipertahankan. Undi Melayu dipujuk dengan pertukaran calon, undi masyarakat India dan Cina pula dengan mempertahankan hak parti rakan parti komponen BN," coret Khalid dalam blognya.

Sehubungan itu, kata Khalid, melalui kemenangan ini juga, rayuan dan desakan Umno untuk kerusi parlimen itu diserahkan kepada Umno boleh dianggap "menemui ajalnya".

Khalid mengulas kekalahan Pakatan Rakyat dalam pilihan raya kecil parlimen Hulu Selangor Ahad lalu di mana calon BN P Kamalanathan menang dengan menewaskan calon PKR Datuk Zaid Ibrahim dengan majoriti 1,725 undi.

Kamalanathan yang juga ketua penerangan Pemuda MIC mendapat 24,997 undi manakala Zaid memperolehi 23,272 undi.

Khalid yang juga anggota biro politik PAS berkata strategi Pakatan Rakyat (PR) meletakkan Zaid sebagai calon "tiada salahnya".

"Pencalonan beliau menyebabkan majoriti BN hanya 1,725 dan bukan 6,000 seperti yang sepatutnya.

"Tanpa undi rosak dan undi protes, kecuali sedikit, Datuk Zaid dapat menarik sebahagian dari pengundi yang mengundi BN dulu untuk mengundi PR kali ini. Di beberapa saluran memang tercatit penambahan, bukan pengurangan," katanya.

Khalid juga menegaskan hasil dari keputusan pilihan raya Ahad lalu sepatutnya menyedarkan Pakatan daripada 'dibuai mimpi' bahawa masih banyak lagi penerangan yang perlu dilakukan.

"Masih ramai lagi, lebih-lebih lagi yang di kawasan pendalaman, yang tidak memahami hasrat perjuangan Pakatan dan kekejaman BN.

"Jentera penerangan negeri mestilah dipertingkatkan dan jentera parti mesti turun padang lebih kerap lagi. Kekurangan ini perlu diatasi sebelum tibanya pilihan raya umum ke-13," katanya.

Menurutnya, kekalahan yang diterima oleh Pakatan ada hikmahnya iaitu Pakatan tidak merasa leka dan tidak berpeluk tubuh serta berpuas hati dengan apa yang ada.

"Banyak lagi kerja yang perlu kita lakukan dan banyak lagi kelemahan dalaman dan organisasi yang perlu di atasi bersama," katanya.

Cucu saudara mentua pyanhabib, aminulrashid mati ditembak polis!

- tayar sudah ditembak, kereta sudah terbabas. polis tidak puas hati lagi? bagaimana aminulrashid seusia 15 tahun boleh ditemui mati ditembak polis? semoga pembunuhnya dilaknati allah!

- sebelum ini, seorang wanita juga alami hal yang sama, wanita itu cedera parah akibat lima kali ditembak tetapi tidak mati!

-kasih sayang ajal maut kuasa tuhan, ya.
(gua tidak pertikai kuasa tuhan, gua pertikai polis salah guna `kad kuasa')

-jika seseorang itu disyaki penjenayah sekali pun, kenapa ditembak mati? apakah kerana `disyaki' maka polis berhak tembak mati sesiapa sahaja?

-jahat atau tidak, budak bawah umur harus dilindungi polis. itu perlembagaan!
-lebih 20 tahun yang lalu, rakan adik gua juga mati ditembak polis hanya kerana `disyaki'.

*nota: aminulrashid adalah cucu saudara emak mentua gua. ditembak mati polis isnin malam, selepas pulang bersama rakan dari menonton perlawanan bola sepak. 

Saksi Utama Masih Trauma, Ahli Keluarga Dijangka Beri Keterangan

SHAH ALAM 28 APRl Saksi utama yang berada di lokasi kejadian berdarah yang meragut nyawa remaja 15 tahun, Aminulrashid Amzah masih dalam keadaan trauma, terkejut dan tertekan, kata peguamnya, Gobind Singh Deo.

Rakan mangsa yang juga berusia 15 tahun hari ini memberi keterangan kepada polis di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor dengan ditemani peguamnya, Gobind Singh Deo.

Saksi dilihat menaiki kereta milik Ahli Parlimen Titiwangsa Dr Lo'lo yang memasuki perkarangan IPK Selangor, Seksyen 9 sekitar jam 3.30 petang.

Pintu depan IPK penuh dengan wartawan yang membuat liputan kes menyayat hati ini.

Mengulas mengenai keadaan saksi yang pertama kali member keterangan, Gobind Singh Deo berjanji untuk sedaya upaya untuk membantu saksi.

"Memang dia dalam keadaan terkejut. Bukan satu perkara yang beliau lihat hari-hari dan sampai ada yang meninggal dunia dan dia tertekanlah," katanya ketika ditemui di luar perkarangan IPK Selangor hari ini.

Proses mengambil keterangan ini lazimnya berlangsung kira-kira dua atau tiga jam.
TV Selangor difahamkan, ahli keluarga mangsa juga akan memberi keterangan pada petang ini.

Undi PKR meningkat di Felda, kata Anak

maszlan aliman Muda Mohd Noor
Persatuan anak peneroka Felda (Anak) menolak dakwaan persatuan itu gagal menarik sokongan pengundi kepada calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Zaid Ibrahim. Presidennya, Mazlan Aliman ketika dihubungi berkata, berlaku peningkatan undi kepada pembangkang berbanding dalam pilihanraya umum lalu.
"Kecuali Felda Sungai Buaya, di kawasan-kawasan lain menampakkan usaha Anak menarik sokongan kepada Datuk Zaid telah berjaya.

Jumlah pengundi peneroka Felda di Hulu Selangor ialah 6,900 orang. Bagaimanapun, Mazlan tidak mempunyai data jumlah undi yang diperolehi Zaid dari peneroka Felda.
"Anda tahu bagaimana kerajaan menabur wang kepada peneroka Felda Sungai Buaya. Kita kalah kerana faktor wang ringgit.
"Pada malam terakhir mereka memberikan apa sahaja yang peneroka mahu bukan sahaja di Sungai Buaya tetapi kawasan Felda lain," katanya.
Bagaimanapun, Mazlan menegaskan dalam pilihanraya umum akan datang, lebih ramai peneroka Felda akan mengundi calon Pakatan Rakyat.
Katanya, ini berdasarkan sambutan yang diberikan peneroka terhadap program Anak di Felda Sungai Tengi selama dua hari iaitu 23 dan 24 April lalu.
"Felda terpaksa membuat program serupa di Felda berkenaan kerana mereka bimbang sambutan terhadap program Anak.
"Usaha awal Anak untuk  mendapatkan sokongan peneroka Felda khususnya kepada pembangkang telah berjaya," katanya lagi.
Dalam pilihanraya kecil tersebut calon Barisan Nasional (BN) P Kamalanathan menang dengan majoriti 1,725 undi. Zaid mendapat 23,272 undi manakala Kamalanathan mendapat 24,997.

Hulu Selangor: Najib langgar akta pilihanraya bila tabur "gula-gula"

najib tun razak Oleh Kim Quek
Walaupun Perdana Menteri Najib Tun Razak memenangi pertempuran di Hulu Selangor tetapi beliau pastinya telah mengorak langkah ke belakang dalam usaha mempertahankan Putrajaya dari asakan berterusan Pakatan Rakyat (PR).
Kejadian rasuah tidak dapat dikawal pada pilihan raya kecil (PRK) Parlimen di kawasan itu terutama beberapa hari sebelum tiba hari mengundi pada 25 April, hingga menyebabkan pencabulan sistem demokrasi apabila ia berlaku secara keterlaluan.

Untuk memikat undi, Najib dan rakan-rakannya telah menabur wang tunai dan membuat berbagai janji (kebanyakannya mengandungi syarat, hanya sekiranya BN menang).
Wang tunai ini melibatkan beratus juta ringgit dan janji-janji dibuat ketika tempuh kempen yang suntuk masanya.
Ini termasuk pembinaan sebuah universiti dan beberapa buah sekolah, susur jalan lebuhraya dan prasarana yang lain, beberapa kos perumahan rendah, meningkatkan taraf masjid dan rumah ibadat, pemberian geran kepada persatuan penduduk setempat, wang tunai kepada individu dan sebagainya.
"Gula-gula" pilihan raya terlalu banyak dan begitu besar jumlahnya hingga membuat saya merasa sangsi sama ada Najib dan timbalannya Muhyiddin Yassin dapat mengingati bilangan dan jumlah kos yang terlibat.
Salah satu majlis yang sangat ketara dan memberi kesan terhadap keputusan PRK ini ialah ketika Najib menghulurkan wang tunai sebanyak RM5 juta kepada 100 peneroka Felda dan dicanangkan secara meluas dua hari sebelum pilihan raya.Golongan peneroka ini adalah di antara mangsa satu projek yang gagal yang diusahakan oleh syarikat pemaju 15 tahun lalu.
Walaupun mereka berbelanja besar dalam bentuk rasuah pilihan raya, tetapi ironinya ialah, Najib membuat rayuan di saat-saat akhir kepada para pengundi melalui surat terbuka yang mengandungi tandatangannya.
Beliau meminta para pengundi memberi beliau peluang sekali lagi untuk melakukan "perubahan" dalam pentadbirannya bagi membetulkan kesalahan BN pada masa lampau.IMG00125-20100425-1542
"Matlamat menghalalkan cara"
Tetapi adakah Najib sedar bahawa "gula-gula" yang ditaburkannya merupakan satu kesalahan yang serius di bawah Seksyen 10, Akta Kesalahan Pilihanraya 1954?
Dengan menabur berbagai bentuk rasuah hingga ke tahap yang melampaui batas dalam usahanya untuk membawa agenda "perubahan", Najib sebenarnya telah memberitahu dunia:
"Inilah apa yang saya maksudkan dengan "perubahan" – Saya tidak akan teragak-agak untuk meningkatkan gejala rasuah dan pedulikan tentang undang-undang, jika kepentingan politik mendesak saya berbuat demikian."
Mengimbau pemerintahan Najib sejak mengambil alih negara secara efektik pada awal tahun 2009, jelas falsafah "matlamat menghalalkan cara" ini dapat dilihat pada PRK Hulu Selangor.
Maka tidak hairanlah apabila kita dapat menyaksikan berlakunya berbagai skandal dek kerana kuasa pemerintah yang sanggup mencemar dan mencabul Perlembagaan dan peraturan undang-undang.
Skandal lain termasuk rampasan kuasa di Perak dengan cara mencabul Perlembagaan dan pendakwaan berterusan terhadap Anwar Ibrahim menerusi perbicaraan sodomi kedua yang mendapat kutukan di seluruh dunia.
Skandal lain ialah percubaan untuk melindungi petualang-petualang sebenar dalam perbicaraan seperti lakunan mengenai pembunuhan kejam wanita Mongolia, Altantuya Shariibuu.
IMG00082-20100417-0916 Juga mengenai kematian tragik Teoh Beng Hock ketika di bawah tahanan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia serta inkues yang menimbulkan keraguan.
Sejurus selepas pilihan raya yang kotor ini, Najib dan konco-konconya seperti yang telah diduga menyifatkan kemenangan ini sebagai perakuan dan penerimaan terhadap dasar-dasar baru yang diperkenalkannya dan peralihan sokongan terhadap BN.
Bagaimanapun, apabila kita membuang lapisan yang menutupi kejayaan ini, kita akan dapati keadaan sebaliknya berlaku.
Malahan, dalam membuat kajian semula ke atas keputusan pilihan raya ini (ramai yang ingin menyebut sebagai "pilihan raya yang dibeli" (buy election) mendedahkan trend dan phenomena yang seharusnya menyebabkan BN bimbang, tersangat bimbang.
Hulu Selangor seperti Ijok akan kembali kepada PR
Pertama, dengan kejayaan memperolehi 1,700 undi tidak semestinya sokongan telah meningkat.  Sebaliknya, ia mungkin bermakna pengurangan dari segi jumlah sokongan.
Realiti ini dapat dilihat jika kita pertimbangan ketika pilihan raya umum (PRU) Mac 2008, BN memperolehi majoriti terkumpul sebanyak 6,300 undi dari ketiga-ketiga kawasan Dewan Undangan Negeri di bawah parlimen Hulu Selangor.
Jika Umno hanya mendapat majoriti kecil (24,997 berbanding 23,272) selepas menyalahguna sepenuhnya dana awam dan institusi -institusi yang diperalatkan maka perkara ini sukar berulang pada PRU akan datang. Pada ketika itu nanti, Hulu Selangor akan jatuh kembali kepada PR, sama seperti Ijok baru-baru ini.
Kedua, berdasarkan respon dari para pengundi ketika kempen PRK lalu, propaganda ‘1Malaysia’ Najib gagal meresap di hati nurani penyokong akar umbi. Keadaan ini dapat dilihat daripada kempen terakhir oleh Najib dan timbalannya Muhyiddin Yassin.
Apabila BN berkempen, dianggarkan 3,000 hadir, kebanyakannya orang-orang Melayu dan segelintir dari masyarakat India tetapi apabila PR berkempen, lebih 15,000 penyokong IMG00126-20100417-1135 PR hadir hingga menzahirkan perpaduan tiga kaum, Melayu, Cina dan India.
Ini memberi gambaran jelas bahawa parti-parti gabungan yang berjaya menonjolkan konsep ‘1Malaysia’ sebenarnya ialah PR, bukan BN.
Ketiga, sokongan Cina terhadap BN semakin merosot hingga menyebabkan golongan minoriti bertambah kecil (kurang dari satu pertiga) meskipun banyak "umpan" yang digantong didepan mereka – terutama janji Najib untuk memberi geran RM3 juta kepada sebuah sekolah Cina sehari selepas hari mengundi, dengan syarat BN menang.
Ini menunjukkan bahawa para pengundi Cina telah mencapai kematangan berpolitik sehingga ke peringkat mereka tidak hairan lagi dengan sogokan wang oleh BN. Mereka tidak akan bertolak ansur selagi BN tidak mahu melakukan perubahan yang sebenar.
Oleh sebab Umno tidak mampu untuk melaksanakan perubahan, ini bermakna jangka hayat parti perkauman Cina, MCA akan berakhir dan ini termasuk, Gerakan.
Dengan parti perkauman, MIC juga kehilangan penyokong masyarakat India, pemulauan terhadap Umno di Semenanjung Malaysia menjadi lengkap, memandangkan hanya tiga parti ini sahaja yang menjadi rakan komponennya di Semenanjung.
Memandangkan mereka merupakan penyokong kuat Umno dalam pilihan raya-pilihan raya yang lalu, sokongan yang semakin malap dewasa ini bermakna pengaruh parti-parti sayap Umno ini menjadi terbantut.
Sehingga ini, kuasa Umno bergantong kepada hubungannya dengan parti komponen BN di Sabah dan Sarawak yang dilihat mempunyai masalah dengan Umno yang menguasai kerajaan persekutuan.
Terkenal dengan semangat kedaerahan mereka dan atas kesedaran bahawa mereka merupakan kuasa penentu dalam sunami politik ketika pilihan raya umum 2008, Sabah dan Sarawak kini merasa marah.
Mereka turut merasa kecewa terhadap eksploitasi dan layanan yang tidak adil terhadap hak-hak autonomi mereka di bawah Umno yang autokratik yang menguasai kepimpinan BN.
Memandangkan keadaan Umno yang lumpuh di Semenanjung dan pengaruh PR semakin meningkat maka rakyat di kedua-dua buah negeri itu boleh mendapat faedah yang terbaik hasil dari rundingan politik.
Dengan PR bersedia untuk melaksanakan keadilan dan mengembalikan hak autonomi, mereka boleh mencapai yang terbaik sejak pembentukan negara Malaysia lima dekad yang lampau.
Rakyat Sabah dan Sarawak rata-rata tidak sangat dengan semangat perkauman berbanding di Semenanjung dan malahan mereka merasa meluat dengan amalan politik perkauman Umno.
Oleh yang demikian, setakat mana lagi Umno yang berdasarkan kaum boleh bertahan dari cabaran PR untuk mendapatkan pengaruh di kedua-dua negeri ini dan juga meliputi kuasa politik di seluruh negara?
Keputusan PRK Hulu Selangor telah memberi isyarat kepada kita, tetapi tidak begitu baik buat Umno.

Group Settlement Act 1960 - Penafsiran Sebenar

"Pada 27hb Jun 1960, Tun Abdul Razak sebagai Timbalan Perdana Menteri membentangkan Rang Undang-Undang di Parlimen untuk meningkatkan kehidupan rakyat luar bandar.

"Tanah adalah dibawah kuasa Kerajaan Negeri dibawah peruntukan Artikel 76 Perlembagaan Persekutuan.
"Tujuan asal Akta adalah untuk memberikan tanah kepada warga negara khususnya rakyat luar bandar yang tidak bertanah, atau kepada mereka yang mempunyai tanah yang keluasannya tidak melebihi 2 ekar.
"Kerajaan Negeri mewarta tanah yang berkelompok tetapi GSA telah disalahgunakan oleh Felda untuk mengugut peneroka-peneroka Felda. Sebenarnya Felda tidak mempunyai apa-apa kuasa .
"GSA mewujudkan penempatan luar bandar dan penempatan bandar dibawah Seksyen 5 dan 6 dan untuk luar bandar tanah diberikan kepada individu untuk satu kawasan ladang tidak melebihi 10 ekar, dan ada juga pemilikan saham dimana koperasi menjadi tuan dan peneroka sebagai ahli (tetapi sistem ini tidak diamalkan).
"Beberapa seksyen didalam Akta itu membicarakan proses undang-undang didalam rancangan berkelompok. Apabila suratan hakmilik sudah dikeluarkan Felda tidak ada lagi hak keatas tanah dan keatas peneroka, dan kedudukan tanah diletakkan sama seperti dibawah Kanun Tanah Negara.
"Tanah hakmilik ini diletakkan dibawah Kerajaan Negeri, dan kuasa mentadbir tanah adalah dibawah Pentadbir Tanah yang diletakkan dibawah Pejabat Tanah Daerah.
"Seksyen 35 - 37 membicarakan mengenai Consolidated Annual Charge, Peneroka dikenakan membayar premium, upah ukur dan membayar kos batu sempadan yang disatukan dibawah kuasa Penguasa Tanah, peneroka-peneroka telah dikenakan bayaran secara BK berjumlah RM3000.00, tetapi apabila berlaku tanam semula, Felda membuat potongan kali kedua. Ini adalah salah. Yang kena bayar setiap tahun itu adalah cukai tanah, bukan CAC!
"Penggubalan GSA sebenarnya tidak ada kena mengena dengan Felda, Kerajaan Negeri yang menggazetkan tanah, dan Kerajaan Negeri boleh melantik sesiapa sahaja aseumpama Felcra, Ketengah, Kesedar, Kejora, Tanah Pinggir dan sebagainya dan tidak semestinya Felda.
"Apa kuasa Kerajaan Negeri? Kerajaan Negeri mempunyai kuasa didalam perlantikan Pengurus-Pengurus Felda, tetapi hingga kini Kerajaan Negeri tidak pernah dirujuk untuk perlantikan itu, dan saya mencadangkan supaya semua Kerajaan Negeri dibawah PR supaya menggunakan kuasa ini.
"Dibawah Seksyen 37 pula, Felda boleh menggubal undang-undang kecil atau sebarang polisi setelah berunding dengan Kerajaan Negeri, sehingga kini Felda tidak pernah merujuk kepada Kerajaan Negeri. Undang-undang Tabung Tanam Semula, urusan ladang, tidak ada rujukan. Adakah undang-undang itu haram dan tidak sah? Kita desak semua MB campur tangan.
"Surat-Surat Perjanjian yang ditandatangani diantara Peneroka dan Felda adalah berat sebelah seumpama Peneroka bersetuju menjualkan buah sawit kepada Felda dengan harga perahan 18%, ini adalah harga paling murah, sedangkan perahan boleh mencecah 30%. Mana ada dalam dunia ini si penjual bersetuju menjualkan barang mereka dengan harga paling murah, tetapi inilah Perjanjian yang disediakan oleh Felda.
"Ada tandan-tandan reject, di Bukit Besar buah reject hingga 19 tandan satu pusingan , 2 pusingan 38 tandan, peneroka kerugian hingga RM300.00 tetapi buah reject ni diproses bersama, statistik di Bukit Besar buah reject ini berjumlah 53.3 tan, cuba kali dengan harga RM500 satu tan, bererti peneroka ditipu hingga RM26,256.00 oleh Kilang Felda.
"Di kawasan Kilang Felda terdapat kolam untuk minyak busuk, cuba tengok disekeliling kolam itu ada tong drum, dan di waktu malam adalah lori-lori datang untuk mengambil minyak busuk ini. Ini semua ada harga, dijual ke Indonesia boleh mendapat harga RM0.10 se litre, berapa ribu litre dari setiap kilang felda di Malaysia ni dan sudah 54 tahun Kilang Felda ni jual minyak busuk, itu belum lagi minyak dari isi rong (kernel), semua ini tidak dikembalikan kepada peneroka-peneroka.
"Sepatutnya Felda ni hanya bekerja ambil upah, dan setelah tolak semua kos, segala keuntungan itu dikembalikan kepada peneroka-peneroka.
"Mari lihat undang-undang tanam s3mula. Peneroka kena bayar 1 ekar RM4.00 untuk tabung, 10 ekar RM40.00 setiap bulan. Itu duit peneroka, tapi apabila peneroka nak tanam sendiri Felda tak mahu kembalikan wang itu; Felda bangga dengan duit banyak tapi sebenarnya dia rampas dari peneroka-peneroka.
"Ramai peneroka tanam semula melalui Felda, tapi setelah 7 tahun mereka dapati hutang mereka sudah meningkat hingga RM100,000.00.
"Peneroka-peneroka yang sudah tua tidak mampu menjelaskan hutang ini, dan apa akan jadi jika mereka tidak berupaya membayar, tanah mereka di kaveat oleh Felda dan adakah tanah ini akan menjadi hak milik Felda?"
--- Sebahagian dari Ucapan Sdr Wan Rohimi Wan Daud semasa membicara tentang Undang-Undang GSA di Himpunan Peneroka Felda Kebangsaan di Felda Sg Tengi pada 24hb April 2008, anjuran Persatuan Anak-Anak Peneroka Felda Kebangsaan (ANAK). Sdr Hj Suhaimi Said menjadi pengulas kepada Kertas Kerja ini.