Isnin, 26 April 2010

Hulu Selangor : Bangkitkan Semangat PR Ke Putrajaya


Penasihat DAP, Lim Kit Siang membawa ingatan penyokong Pakatan Rakyat kepada keperitan keputusan pilihan raya kecil Ijok pada 2007 tetapi berubah menjadi nostalgia manis setahun kemudian.

Beliau berkata demikian pada ceramah di Stadium Mini Kuala Kubu Baru sejurus selepas keputusan pilihan raya kecil Hulu Selangor Pada pilihan raya kecil Parlimen Hulu Selangor.

Beliau menegaskan kekalahan Pakatan Rakyat kali ini tidak akan merencat perjuangan rakyat.

"Dalam perjuangan, jalannya tidak mudah sebaliknya akan mengambil masa untuk mencapai kejayaan yang diharap-harapkan," katanya.

Kit Siang turut mengajak semua pihak khususnya penyokong Pakatan Rakyat mengimbas kembali keputusan pilihan raya Dewan Undangan Negeri (DUN) Ijok.

Pada 2007, calon Pakatan Rakyat, Tan Sri Khalid Ibrahim ditewaskan BN yang memperalat seluruh jentera dan menggunakan pelbagai taktik kotor, dengan majoriti 1,850 undi.

Seperti Datuk Zaid Ibrahim, Tan Sri Khalid juga ditewaskan calon BN dari MIC.
Malah, majoriti Parlimen Hulu Selangor yang diperoleh BN kali ini hampir sama dengan majoriti DUN Ijok pada 2007, bahkan lebih kecil iaitu 1,725 undi.

Bagaimanapun, kerusi DUN Ijok mudah dimenangi Pakatan Rakyat pada pilihan raya umum ke-12 setahun kemudian, malah calonnya kemudian menjadi Menteri Besar Selangor.

Sehubungan itu, Kit Siang mengisytihar Hulu Selangor sebagai Ijok kedua, malah menganggap Parlimen Hulu Selangor bakal menjadi landasan ke Putrajaya.

"Dari kekalahan DUN Ijok, kita tawan Selangor . Kali ini dengan kekalahan Parlimen Hulu Selangor, kita jadikan landasan untuk mengambil alih kerajaan Persekutuan," katanya. -TVS

Dulu Wakil Rakyat Pos, Sekarang Wakil Rakyat Felda!

BN mendapat 767 undi pos sedangkan PKR mendapat 120 undi pos.BN juga mendapat majoriti besar di gususan 4 tanah rancangan Felda.

Dengan Dun Hulu Bernam orang Melayu khususnya peneroka Felda tidak bersama PR.Pas khususnya di Perak kena berfikir kembali bagaimana untuk membantu rakyat di Dun yang mempunyai tanah rancangan Felda.

Mulai sekarang PR Perak tidak lagi membuat percaturan yang silap di tempat yang kita sangka kuat tetapi sebenarnya lemah.Jumlah kehadiran pengundi yang kurang dalam setiap program perlu diambil kira.

Dulu kita mendengar wakil rakyat undi pos tetapi kini terdapat wakil rakyat Felda?Harapan kita duit rakyat tidak dibazirkan kepada orang yang bukan berkenaan.


Pekerja '100 peratus tolak GST'

Sekiranya kerajaan ikhlas untuk mengetahui pandangan umum mengenai cukai barangan dan perkhidmatan (GST), mereka hanya perlu ke Dataran Merdeka di Kuala Lumpur, Sabtu ini.

Aktiviti Hari Buruh pada 1 Mei, sabtu ini akan menyaksikan bantahan secara aman terhadap GST yang didakwa akan 'memiskinkan golongan miskin'.

Lebih 1,000 orang dijangka akan mengambil bahagian.


Ketika dihubungi penyelaras bantahan itu, E Nalini berkata pelaksanaan GST akan mempengaruhi setiap rakyat di Malaysia.

Pada Mac lalu, kerajaan menangguhkan perdebatan rang undang-undang GST dengan alasan bagi mendapatkan maklum balas daripada orang ramai.Bil berkenaan dibentangkan untuk bacaan pertama di Dewan Rakyat pada Disember lalu.

“Ini adalah maklum balas kami, kami 100 peratus menentang GST kerana ia akan membebankan rakyat. Kami mahu GST dimansuhkan,” kata Nalini.

Antara NGO yang akan hadir pada Sabtu lalu ialah Jaringan Rakyat Tertindas (Jerit), Suaram, Saya Anak Bangsa Malaysia dan Shabat Wanita, bersama dengan parti politik seperti PSM dan PAS serta juga kumpulan hak asasi manusia.

Nalini berkata isu lain yang membabitkan pekerja seperti gaji minimum akan juga ditimbulkan pada perhimpunan di Dataran Merdeka itu.

Terus berjuang, kerja lebih kuat - Nik Aziz


KOTA BHARU, 26 April: Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, kekalahan adalah motivasi untuk terus berjuang lebih kuat bukan berpatah semangat.

Perjuangan menegakkan kebenaran melawan kebatilan katanya tidak boleh berhenti selagi manusia itu masih diberi peluang untuk hidup.

“Selagi hidup kita di muka bumi ni masih ada, perjuangan menegakkan syiar Islam mesti diteruskan, Nabi Muhammad saw berjuang selama 23 tahun dan ia harus diteruskan dalam semua aspek,” ujar beliau.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kekalahan tipis Pakatan Rakyat pada Pilihan Raya Kecil Hulu Selangor semalam.

Beliau ditemui media selepas merasmikan program pertukaran Pelajar Muhammadiyah Padang Sumatera Barat dengan Yayasan Islam Kelantan di ibu negeri hari ini.

Biarpun kalah dari sudut undi, namun Pakatan Rakyat jelasnya tetap menang dari aspek moral.

Sokongan pelbagai kaum kepada Pakatan Rakyat jelasnya cukup membuktikan Pakatan Rakyat adalah wadah terbaik rakyat negara ini.

Selain itu kekalahan itu menurutnya menjadikan ikatan antara parti dalam Pakatan Rakyat semakin kukuh berdepan Pilihan Raya Umum akan datang. “Kita mesti ingat di Malaysia ni walaupun kita kalah dalam pilihanraya kecil tetapi bila masuk pilihanraya umum kita menang,” katanya lagi.

Pilihanraya kecil P.94 Parlimen Hulu Selangor dimenangi calon BN P. Kamalanathan dengan majorit 1725 mengatasi calon Pakatan Rakyat Datuk Zaid Ibrahim.

Hulu Selangor tidak jejas komitmen Pakatan Rakyat 'ke Putrajaya'

KUALA LUMPUR, 26 April: Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasharudin Mat Isa (gambar) menyeru seluruh pendukung Pakatan Rakyat supaya menjadikan keputusan pilihan raya kecil Parlimen Hulu Selangor, semalam untuk meningkatkan semangat dan istiqamah di dalam perjuangan menuju 'ke Putrajaya'.
“Keputusan pilihan raya itu memberi ruang kepada kita untuk terus meningkatkan komitmen dan istiqamah memantapkan perjuangan Pakatan Rakyat sama ada dalam pilihan raya kecil selepas ini atau pilihan raya umum akan datang,” ujarnya yang juga Ahli Parlimen Bachok ketika dihubungi pagi ini.
Tambahnya, keputusan itu tidak sekali-kali menjejaskan matlamat perjuangan Pakatan Rakyat untuk mengambil alih pemerintahan negara daripada Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum nanti.
Menurutnya, hasrat `ke Putrajaya’ hendaklah menjadi fokus utama para pendukung Pakatan Rakyat pada pilihan raya umum akan datang.
Selaku Pengarah Pilihan raya PAS pada pilihan raya kecil itu, beliau mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada para petugas parti dan Pakatan Rakyat dari seluruh negara yang bertungkus lumus bekerja bagi memastikan kemenangan berpihak kepada Datuk Zaid Ibrahim.
PAS, ujarnya, menerima keputusan pilihan raya itu dengan hati terbuka dalam konteks demokrasi.
“Kita tidak anggap ia sebagai kekalahan tetapi tak menang saja,” ujarnya seloroh berdasarkan undi majoriti di ketiga-tiga Dun dalam Parlimen Hulu Selangor pada pilihan raya umum lalu.
Pilihan raya umum lalu menyaksikan Pakatan Rakyat memperolehi 20,108 undi di Dun Hulu Bernam, Batang Kali dan Kuala Kubu Baru berbanding BN berjumlah 26,264 sementara 23,177 undi bagi kerusi parlimen sementara BN pula 22,979 undi.
Pada pilihan raya kecil semalam, Datuk Zaid Ibrahim yang mewakili Pakatan Rakyat daripada PKR mendapat 23,272 undi sementara calon MIC (BN), P Kamalanathan memperoleh 24,997 undi.
Keputusan itu diumumkan oleh Pegawai Pengurus Pilihan Raya Parlimen Hulu Selangor, Nurhisham Ahmad Dahalan pada pukul 9.20 malam di Dewan Serbaguna, Kompleks Sukan Kuala Kubu Bahru.
Pilihan raya kecil itu diadakan berikutan penyandangnya daripada PKR, Datuk Dr Zainal Abidin Ahmad meninggal dunia pada 25 Mac lalu.
Pada pilihan raya umum lalu, Allahyarham menewaskan calon BN, Datuk G Palanivel dengan majoriti 198 undi.
Berdasarkan keputusan pilihan raya kecil semalam, Pakatan Rakyat berjaya menambah sebanyak 95 undi berbanding pilihan raya umum 2008 sementara BN meningkat 2,018 undi.
Pilihan raya kecil itu menyaksikan 48,935 daripada 64,500 pengundi atau 75.87 peratus keluar membuang undi manakala 47,845 pengundi daripada 63,593 atau 75.24 peratus keluar mengundi pada pilihan raya umum lalu.

Yang tersirat dan tersurat...

YANG TERSURAT


YANG TERSIRAT


* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *

So why did PKR lose in Hulu Selangor?


APRIL 26 — It was rather anticipated that Barisan Nasional would snatch the Hulu Selangor seat yesterday from right under Pakatan Rakyat’s (PR) nose and without giving too much credit to the former, two factors contributed to this somewhat predestined outcome.
First, the notoriously poor and inefficient machinery. The second is the candidate factor itself.
PKR’s Datuk Zaid Ibrahim lost to MIC information chief P. Kamalananthan by a 1,725-vote majority. The former law minister garnered 23,272 votes while his opponent, a public relations practitioner whose qualifications were subject to tactical scrutiny by Zaid and Co, bagged 24,997 votes.
Yes, there were strong intrinsic statistical factors that led to Zaid’s loss as reflected by past voting patterns. After all, the sizeable constituency of 64,500 eligible voters has been opposition-proof up until the unpopular Datuk G. Palanivel, a four-term incumbent, was dethroned in Election 2008.
But let us not allow this factor give PKR the convenience of an excuse.
In politics, no fight is impossible to win. Did the opposition not prove this axiom right when boasting of its unprecedented success in Election 2008?
In his short and simple tweet, Klang DAP MP Charles Santiago noted that Pakatan (what he intended to say is PKR, I presume) had lost out to its rivals in the machinery battle. Now exclude the “money” and the “intimidation” part, without devaluing its merits, the veracity of the Santiago’s concise assessment on Pakatan’s defeat hit the bull’s eye.
Anyone on the ground throughout PR’s eight-day campaigning trail would, without a doubt, concur.
PKR’s Hulu Selangor election machinery was phenomenally hopeless. It was frayed, uninspiring, shoddy. Too many “egos” were involved. To be straightforward without revealing too much, there were “three” egos involved.
Ground reports and observation showed PKR’s machinery was slow to move. Complaints were ever loud of how campaign materials arrived only after the third day of campaigning.
They lacked co-ordination. The string-pullers on the ground were too busy busting and nurturing their local image as low-level leaders and instead of co-operating, they engaged in a popularity contest among themselves. The PKR machinery was divided into many camps. This paralysed them.
And it is no exaggeration to say that PKR campaigners were arrogant. They refused to work hand in hand with their PAS and DAP counterparts. If there was any collaboration at all, it was half-baked.
It may be of superficial value, but the fact that PKR and PAS had two polling stands erected just 10 metres from each other is testament to the lack of co-operation. To add insult to injury, PKR accused PAS of sabotage for its own weaknesses.
This proved to be fatal for Pakatan amid an uphill battle to win the Malay voters of Hulu Selangor, the majority of the electorate there. Their votes were pivotal for victory as proven by BN’s less than convincing triumph.
The only party that had made inroads in the Felda settlements, a known Umno fortress, is PAS and yet PKR had failed to use it to the fullest, preferring to be snobbish.
And what of the candidate? Zaid is not and will never be a Hulu Selangor guy.
Being local would have mattered but it would not help in influencing the by-election’s outcome. What would have mattered was Zaid’s manner when engaging the Malays. It was deplorable to say the least.
He lacked the “grassroots language”. When meeting the Malay voters, he did not walk but rode in his expensive four wheel-drive and stopped only briefly to shake their hands. Even that seemed half-hearted.
He did not ask them what their problems were, how their families were doing, have teh tarik with them, talk about their pets. All this may seem petty to the urban voters but to the rural folks, it matters.
Pakatan leaders may lament such an analysis is trivial and that a “national cause” beckons, leaving no space for petty emotions. But for the rural voters, they don’t care about the Westminster court system or Scorpene submarines.
What they want is a leader who can talk to them, to like what they like, someone who puts himself on par and not come out of nowhere and thinks he’s above them and start asking them for votes. If you cannot do this then what kind of leader are you.
One can’t help but think about the outcome in Hulu Selangor if Zaid had put his heart into charming the Malay voters; it could have made a major difference to the by-election’s result.
But not all is lost here. The silver lining of this defeat is that it will force PKR leaders to lower their heads, to realise that they have their heads too high up in the clouds of Putrajaya, that they have lost touch with the ground.
A bit of humility, PKR, goes a long way.

Dr Mahathir Yakin Imej Baru Kepimpinan BN Bawa Kejayaan Pilihan Raya Umum Akan Datang


KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Tun Razak telah dapat memperbaharui imej kepimpinan Barisan Nasional (BN) dan ia berpeluang memperoleh kejayaan lebih baik pada pilihan raya umum akan datang, kata bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.
Beliau memuji peranan Najib dalam kemenangan calon BN P.Kamalanathan dalam pilihan raya kecil kerusi Parlimen Hulu Selangor.
"Saya fikir Datuk Seri Najib telah dapat tukar imej kepimpinan BN daripada yang terdahulu," katanya kepada pemberita selepas memberi ucap tama pada satu forum anjuran Dewan Perniagaan dan Perindustrian Kebangsaan Malaysia (NCCIM).
Bagaimanapun, Dr Mahathir berkata BN harus melakukan post mortem tentang kehilangan sokongan pengundi Cina manakala sokongan pengundi Melayu dan India telah meningkat.
"PRU (pilihan raya umum) ke-13, ada kemungkinan kita menang, lebih dari kali ini. PRU 12 kalah bukan kerana BN, tapi orang tertentu yang rakyat tak suka," katanya.
Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Mukhriz Mahathir, yang turut hadir pada forum itu, berkata kejayaan BN di Hulu Selangor menunjukkan rakyat menerima konsep 1Malaysia yang diilhamkan Najib.
"Rakyat telah yakin dan percaya apa yang dijanjikan sebelum ini untuk tingkatkan mutu kehidupan apabila kita sebut 'rakyat didahulukan'. Ini bukan satu retorik.
"Sokongan rakyat telah diterjemahkan dalam bentuk undi semalam," kata Mukhriz.
Beliau membidas tindakan pembangkang menuduh BN membeli undi.
"Mungkin itu adalah manifestasi mereka yang mengalami kekalahan," katanya.- BERNAMA

Tengku Adnan: Umno mungkin gantung ‘sementara’ bekas calon Bebas

Oleh G. Manimaran
KUALA LUMPUR, 26 April — Umno belum pasti bentuk tindakan yang akan diambil ke atas Exco Pemuda Umno Shah Alam, Johan Md Diah yang menjadi calon Bebas pilihan raya kecil kerusi Parlimen Hulu Selangor tetapi menarik diri kemudian.
Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata, perkara itu akan dibincangkan di peringkat jawatankuasa pengurusan dalam waktu terdekat.
“Tapi kita akan bincangkan di peringkat jawatankuasa pengurusan dulu,” kata beliau ketika ditemui pada sidang media di pejabatnya hari ini.
Pilihan raya kecil kerusi Parlimen Hulu Selangor berakhir semalam dengan Barisan Nasional (BN) merampas semula bahagian itu daripada Pakatan Rakyat.
Bagaimanapun beliau berkata kemungkinan Umno akan mempertimbangkan hukuman “menggantung keahlian buat sementara” atas alasan Johan mengemukakan borang penamaan calon yang dilihat bertentangan dengan kepentingan parti.
Umno Hulu Selangor dilapor menuntut agar kerusi Hulu Selangor diserahkan semula kepada Umno untuk meletakkan calon mereka.
Bagaimanapun pucuk kepimpinan BN memutuskan untuk terus meletakkan wakil MIC bertanding.
Johan berkata dia memutuskan untuk bertanding demi orang Melayu.
Tetapi beliau menarik diri tiga jam selepas melancarkan jentera pilihan rayanya Selasa lalu.
Pada hari penamaan calon, Setiausaha Kerja Umno Datuk Abdul Rauf Yusoh memberitahu The Malaysian Insider bahawa Johan yang bertanding pilihan raya kecil Parlimen Hulu Selangor sebagai calon Bebas akan tergugur keahlian dari parti itu.
“Sah, dipecat,” katanya.
Ikut perlembagaan parti sesiapa yang bertanding sebagai calon Bebas ataupun menyokong calon lawan boleh dipecat dari parti.
Johan, 31, merupakan salah seorang daripada empat calon yang bertanding pilihan raya kecil kerusi Hulu Selangor.
Seorang calon Bebas ialah V.S. Chandran, bekas timbalan ketua MIC Hulu Selangor, yang turut menarik diri daripada bertanding.
MIC juga telah menggugurkan hukuman gantung keahlian yang dikenakan ke atasnya sebaik sahaja beliau menarik diri daripada bertanding.
Mengenai kehadiran anak bekas timbalan perdana menteri Tun Ghafar Baba di pentas PKR bersama Ketua Umum Pakatan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim minggu lalu pula, Tengku Adnan berkata, tindakan akan diambil ke atas beliau.
Katanya, Tamrin tidak sepatutnya bertindak sedemikian.
Bagaimanap kata Tengku Adnan terserah kepada jawatankuasa pengurusan untuk mengambil tindakan yang difikirkan sesuai ke atasnya.
Tamrin muncul pada ceramah perdana Pakatan Rakyat di Felda Sungai Buaya.
Tamrin tidak berceramah sebaliknya duduk di atas pentas bersama pemimpin lain gabungan pembangkang.
Bagaimanapun, kehadirannya dilihat cuba digunakan sepenuhnya oleh Pakatan Rakyat apabila Anwar sendiri memperkenal dan memuji kehadiran Tamrin bagi “bersama-sama” mereka dalam ucapannya.
“Ini kawan lama waktu kami dalam Umno dulu… waktu (dalam Umno) dulu-dulu,” kata Anwar dipetik media mingg lalu.

FENOMENA UNDI HANTU MENANGKAN BN DENGAN TIPIS DI KUBU KUAT UMNO


Diminta kesemua penyokong dan pendokong Pakatan Rakyat supaya jangan berasa sedih dan gusar. Perlu diingat Hulu Selangor adalah kubu UMNO paling kuat di Selangor. Pada 2008, kemenangan PR adalah semata-mata kerana protes terhadap Palanieval. Pada 2008, UMNO/BN menang KESEMUA kerusi DUN termasuk Kuala Kubu Baru.

Dan setelah turunya Najib dan Mahafiraun berkempen pun, majoriti Barisan Nasional (Yahudi) hanya sekadar tidak sampai 4%. Ini suatu pencapaian yang boleh dibanggakan oleh Pakatan Rakyat serta kerajaan negeri Selangor.

Itupun, kalau mengikut ucapan Dato Zaid Ibrahim semalam, wang telah digunakan dengan meluas untuk membeli undi. Wang ditabur di waktu malam dan di waktu siang. Tidak hairanlah sokongan Melayu kepada PKR hanya di tahap 40% dan jatuh lebih teruk di kawasan-kawasan Felda.

Keputusan pun agak menghairankan kerana undi Pakatan Rakyat TIDAK JATUH. Malahan bertambah dari pilihanraya 2008. Tapi undi Barisan Nasional bertambah dengan begitu banyaknya. Kalau kita buat perbandingan:

BN: 2008  22979, 201024,997. Menampakkan pertambahan undi sebanyak 2018 undi.
PKR : 200823177, 201023,272. Menampakkan pertambahan undi sebanyak 54 undi.

Kalau mengikut trend di Terengganu 2004, ia menunjukkan bahawa fenomena pengundi hantu telah berlaku di Hulu Selangor. Mana mungkin dalam 2 tahun, di waktu BN tidak memerintah dan Palanieval tidak disukai BN boleh bertambah undi sebanyak 2018 undi. Dan yang lebih menghairankan, undi PKR tidak jatuh sepanjang 2 tahun kebelakangan ini.

Pola mengundi ini AMAT MENGHAIRANKAN dan TIDAK MASUK AKAL sama sekali. Kalau benar berlaku “kembalinya” pengundi UMNO pada BN dari 2008, sudah tentu undi PKR akan berkurang dengan besar sekali.

JELAS BERLAKU FENOMENA PENGUNDI HANTU

Harakahdaily menyiarkan satu laporan polis oleh seorang pengundi yang mendapati ada orang lain yang telah mengundi di tempat beliau.

Artikel terbaru Harakahdaily bertajuk ”Pengundi hantu’ wujud di Hulu Selangor”


Fenomena ini sudah semakin banyak berlaku dalam pilihanraya-pilihanraya kecil sebelum ini. Maka, tanpa segan silu saya mengatakan BN menang tipis di Hulu Selangor atas bantuan pengundi hantu.

14000 PENGUNDI DIPINDAH DARI HULU SELANGOR TANPA PEMBERITAHUAN OLEH SPR

Oleh kerana SPR adalah Biro UMNO, maka mereka dengan setianya telah memindahkan 14000 pengundi dari Daftar Pemilih Hulu Selangor tanpa pengetahuan pengundi sendiri. Hasilnya ramai yang keluar mengundi pada hari itu tidak dapat mengundi dan rata-rata nya mereka adalah penyokong Pakatan Rakyat.

Dan pada waktu yang sama terdapat lebih 14000 pengundi Hulu Selangor yang dipindah dari Hulu Selangor tanpa pengetahuan pengundi tersebut.

APA YANG PR PATUT LAKUKAN

Pada 2004, PAS mempertahankan Kelantan dengan hanya undi keseluruhan sebanyak 1500 undi. Namun, sepanjang 1999-2004 PAS telah membuang lebih 27000 nama-nama pengundi yang tidak diketahui dan jelas pengundi hantu.

Ertinya, sekiranya PAS tidak membuang nama-nama tersebut, kerajaan Kelantan sudah tentu akan jatuh ke UMNO pada 2004 yang lepas.

Tugas PR adalah MEMBERSIHKAN Daftar Pemilih bagi setiap kawasan DUN dan Parlimen dari pengundi-pengundi yang tidak diketahui ini.

WAJIB- kalau mahu terus menang dan memerintah.

Mana pernah Barisan Nasional/Yahudi ni tidak menipu.

Tulang Besi
”Pengundi hantu’ wujud di Hulu Selangor”

HULU SELANGOR, 25 April: Pengundi hantu yang sering kali diperkatakan oleh pembangkang pada pilihan raya sama ada umum atau kecil sememangnya wujud termasuk dalam pilihan raya kecil Parlimen Hulu Selangor, hari ini.

Apa yang berlaku kali ini ialah pengundi yang tidak dikenali telah terlebih dahulu mengundi bagi pihak pengundi asal sebagaimana yang terdapat dalam buku daftar pemilih tanpa pengetahuannya.

Ini ekoran seorang pengundi, Lee Fong Thye, 56, hari ini membuat laporan polis berikutan ada orang lain telah mengundi bagi pihaknya.

Beliau yang tinggal di No 28, Jalan 2/24 Taman Bukit Rawang membuat laporan di Balai Polis Serendah pada jam 2.29 petang ini.

Menurutnya, lebih kurang jam 12.30 beliau sampai di pusat mengundi Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (C) Serendah.

Beliau telah membuat semakan di pondok panas dan namanya ada tersenarai dalam senarai pengundi di saluran 2.

Beliau masuk ke pusat mengundi di saluran 2 dan memberikan KPT (Kad Pengenalan) kepada calling agent SPR serta ketua tempat mengundi (KTM).

Bagaimanapun, katanya, beliau diberitahu namanya telah ditanda sebagai sudah mengundi.

Berikutan itu, beliau membuat bantahan kepada KTM dan telah dibenarkan untuk membuang undi setelah disahkan dokumen pengenalan diri.

“Saya membuat laporan polis kerana terdapat keraguan bagaimana nama saya telah ditanda sebagai pengundi walaupun saya belum mengundi.

“Saya juga takut sekiranya KPT saya telah disalahgunakan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab,” ujarnya dalam laporan polis itu.

SEJARAH HULU SELANGOR

PENJAJAH MEMANGGIL KAUM PATRIOT DI TANAH JAJAHAN BANDITS !



SALUT PADA PEJUANG – SEJARAN HULU SELANGOR

Kempen politik sedang berjalan rancak di Hulu Selangor. Petang itu suhu alam di Kuala Kubu Baru agak panas lalu aku mencelah ke lereng bukit menuju ke arah Bukit Frazer. Wilayah yang sejarahnya dimiliki oleh budaya kiri.

Sesiapa yang ada yang membaca buku sejarah pasti akan bertemu dengan ‘babak’ selekoh Bukit Frazer - Henry Gurney, Ulu Yam dan Batang Kali.

Batang Kali, sejarahnya samalah seperti My Lai Massacre di Vietnam – dimana orang-orang kampong telah disusun berbaris kemudian di tembak mati seorang demi seorang kerana menyokong perjuangan anti kolonial.

Warga di sekitar kawasan lereng pergunungan ini kebanyakan menyokong perjuangan kiri – Kelumpang, KKB, Behrang, Slim River – semuanya memiliki sejarah kiri yang merah. Hanya kolonial British meletakan kawasan ini sebagai kawasan hitam – hitam untuk penjajah – merah untuk rakyat.

Manakala, disalah satu selekoh di jalan Bukit Frazer ialah tempat terkuburnya Henry Gurney. Henry Gurney ini adalah orang jahat. Di Palestine, susuk ini menjadi setiausaha kerajaan kolonial British Mandate ( 1946-1948 ). Orang jahat ini juga pernah bertugas di Afrika sebelum menjadi wakil kolonial British di Tanah Melayu.

Di lereng Bukit Frazer orang jahat ini telah di tembak mati oleh Gerila Pembebasan Rakyat Malaya dibawah pimpian Parti Komunis Malaya. Justeru setiap kali aku melintasi lereng Bukit Frazer aku akan bersurah kepada sesiapa sahaja yang duduk disebelah aku tentang babak bersejarah yang amat membanggakan ini.

Pada tahun 1971 bila aku mula berkenalan dan jatuh cinta dengan perjuangan rakyat Palestin aku terbaca bagaimana gembiranya rakyat Palestin apabila mendapat tahu yang Sir Henry Gurney telah ditembak mati. Ertinya ada pertalian darah yang amat intim antara Palestine dan Tanah Melayu.

Bukit Frazer di kaki banjaran Titiwangasa sebelah barat - pergununagn ini bersambung ke Pahang – ke Temerloh dan Lubuk Kawah. Lubuk Kawah adalah wilayah kelahiran Regimen Ke 10 Tentera Pembebasan Rakyat Malaya. Gunung ganang ini tidak dapat memisahkan setiakawan dan solidariti kaum tani progresif Melayu di Temerloh dengan kaum kiri buruh China di Batang Kali. Justeru bila aku datang ke KKB – aku hanya mengulangi pejalanan sejarah kiri yang gilang gemilang itu.

Setiakawan bangsa-bangsa amat ketara di wilayah ini. Solidariti ini berjalan dari awal lagi – dibakar – dicair dan di pahat di zaman menentang kolonial. Hulu Selangor adalah wilayah Ahmad Boestaman, wilayah Pak Sako. Di awal permulaam Perang Kolonial 20 Jun 1948 – ratusan Melayu Kiri di tahan di wilayah ini. Baca kembali sejarah – maka kita aka berbangga dengan warga Hulu Selangor.

Tyahun 2010 sejarah berulang lagi. Kali aku di Kuala Kubu Baru untuk menerangkan kepada warga Hulu Selangor bahawa ejen ejen Zionis Isreal telah mula meresap sekali lagi ke tanah air kita. Kalau dulu ejen zionis menyerap masuk melalui susuk Henry Gurney – kali ini ianya meresap dan merayap masuk diatas jemputan United Malays National Organisation.

Zionis Isreal sekarang telah memasang jerangkap yang bertahan lama bukan sahaja dalam pentabiran kerajaan malah ianya meresap hingga ke struktur pertahanan dalaman negara kita.

Justeru sesiapa yang hadir dan bekerja di PRK Hulu Selangor minggu lalu sebenarnya kita sedang meneruskan tradsisi melawan penjajah. Kalau dulu PKM membunuh dan membasmi Henry Gurney yang menjajah Palestin - kali ini kita berjuang untuk membasmi – APCO-UMNO – zionis international dan zionis tempatan.

Petang itu aku ingin ke Pertak untuk merendamkan badan dicelah celah limpahan sejuk air gunung yang kini menjadi tadahan empangan besar. Meninggalkan pekan KKB – aku memasuk wilayah hutan yang redup. Kemudian di kaki bukit kereta kami ditahan oleh satu pasokan polis yang lengkap bersenjata. Ini mengingatkan aku kepada apa yang terjadi di Isreal di mana saban hari warga Gaza akan dihantui oleh pelbagai bentuk ‘road block ’.

Road Block ini adalah senjata yang telah digunakan oleh British untuk memagar anak-anak negeri di tanah tanah jajahan dari bebas bergerak. Di zaman perang Kolonial Anti-British di Tanah Melayu dahulu bukan sahaja road block diwujudkan malah pekan pekan kecil dan kampong kampong baru juga dipagar dengan kawat berduri.

Jentera kolonial British sesudah perang dunia kedua telah menggunakan pelbagai teknik untuk menundukkan rakyat Palestine agar menerima kewujudan Zionist Isreal untuk menduduki tanah Palestin pada tahun 1948. Penjajah British telah mengumpulkan pengalaman menjajah Arab di Palestine kemudian membawa teknik menjajah ini ke Tanah Melayu.

Dalam tahun 1948 yang sama , kolonial British telah melancarkan Perang Kolonial di Tanah Melayu. Lihat bagaimana pegawai kolonial British yang telah pernah bertugas di Palestine telah membawa pengalaman mereka menindas warga Arab untuk menindas orang Melayu. Kerana itu apabila Henry Gurney di bunuh di Bukit Frazer, warga Palestine bersyukur gembira.

Sejarah berulang sekali lagi. Hari ini APCO adalah badan zionist yang diupah untuk menasehatkan pentabiran regime Najib Rosmah. Tidak dapat tidak APCO ini memiliki strateji bejangka lama. Waspada ! Gerakan Zionist antarabangsa adalah anai-anai - licik dan tersusun.

TT.

PRK Hulu Selangor: Pengundi tunggu janji ditunaikan...!!! RM 150 juta...habuan projek..kita lihat sape yang kena...??


Ahli parlimen baru Hulu Selangor P. Kamalanathan beramah-mesra dengan penduduk Felda di Sungai Buaya hari ini. – Gambar oleh Clara Chooi

HULU SELANGOR, 26 April — Penduduk Hulu Selangor gembira pilihan raya kecil di situ berakhir semalam dan berharap semua janji pihak yang terlibat bakal ditunaikan.
Mereka berharap wakil rakyat yang baru, P. Kamalanathan dari Barisan Nasional yang mengalahkan calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Zaid Ibrahim, segera turun padang melihat masalah rakyat.
Pengusaha rumah rehat Seri Teratai, Murali Dharan, 51, berkata beliau berharap Kamalanathan dapat berkhidmat dengan baik.
Peniaga di Pasar Peladang Kuala Kubu Baru, Che Aminah Sulaiman, 45, pula berharap janji untuk memberikan peruntukan RM100,000 untuk menaik taraf pasar ditunaikan segera bagi keselesaan mereka berniaga.
Pekerja swasta, Abdul Hadi Hafzan, 29, pula menyambut baik langkah Kamalanathan yang ingin berpindah ke kawasan Hulu Selangor dari kediamannya di Rawang.
“Selalulah turun padang dan bertemu penduduk, walaupun tidak salur bantuan, bertanya khabar pun dah memadai,” katanya.
Kamalanathan mengalahkan Zaid dengan majoriti 1,725 undi selepas mendapat 24,997 undi berbanding 23,272 diraih lawannya.
Di Johor Baru, Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam berkata beliau yakin pengundi Cina akan menyokong BN pada masa akan datang walaupun dilaporkan sokongan mereka menurun di Hulu Selangor.
“Kita ada peluang lagi untuk memperbaiki keadaan. Masyarakat Cina ada masa untuk memberikan petanda yang baik kepada kerajaan, kerana kita (kerajaan) hendak membantu semua,” katanya.
Di Kota Baru, Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat pula mengakui jentera berkempen pakatan pembangkang yang kurang berkesan menjadi antara factor kekalahan Zaid. — Bernama

PRK Hulu Selangor: "Ya Allah Selamatkan Malaysia dari Talibarut Zionis"


Saya mengambil peluang mengulang siarkan beberapa gambar yang tidak sempat untuk saya letakkan sedikit nota dan penerangan. Gambar-gambar ini diambil oleh Abah Asiah ketika ke Masjid Kuala Kubu Bharu untuk menunaikan solat Zohor. Agak susah nak cari tempat solat di pekan KKB ni. Ini satu sahaja yang kelihatan berdekatan.
Betul juga..dalam status FB ada sahabat yang komen "macam dekat palestin la pulak..."

Jom kita tengok apa yang terjadi sebenarnya mengikut cerita dari Abah Asiah:


Obvious la ni kan, mereka 'menjaga keamanan' ....untuk siapa sebenarnya. Saya tak pasti kalau berpakaian seragam begini dari unit apa, atau dipanggil apa.
Ada banyak gerai yang dipasang dan dibuka di sekitar kawasan masjid. Pemilik gerai memaklumkan yang memang pihak berkuasa ni berkuasa benar kat situ.

Mereka menghalang orang ramai masuk dengan mengatakan 'orang PAS sesat, orang PKR sesat'.
Abang ni tidak puas hati apabila 'pegawai kerajaan BN APCO ISRAEL ni cuba hendak menutup pintu pagar utama masjid. Beliau membantah dan cuba menghalang tindakan yang tidak sewajarnya ini.

Tengok tu, ramai golongan mereka siap dengan cota lagi tu...pakcik tua pun tidak puas hati nampaknya.

Ha..ini agaknya sudah tidak tahan lagi dengan sikap penguasa ni, orang nak masuk sembahyanglah, takkan tak boleh kot.


"Tak boleh!!!!...keluar!!!!"

JANGAN BERI LAGI MCA & GERAKAN TONGKAT...

Tahniah BN. Rata-rata kawasan yang majoritinya kaum Melayu dan india, BN menang. Kalau kalah pun hanya kekalahan tipis.

Tapi yang masih tidak berubah ialah kawasan majoriti cina. Rata-rata BN kalah, kecuali kawasan yang mempunyai pengundi bercampur.

Setiap kali PRK berlangsung, setiap kali itulah segala bantuan akan diminta oleh masyarakat cina. Permintaan wajib mereka ialah bantuan ke sekolah Jenis Kebangsaan Cina. Kali ini di Hulu Selangor peruntukan sekolah cina diumumkan sebanyak RM35 juta.

Apabila dibuat program makan besar, mereka akan ramai-ramai keluar dan menunjukkan tanda sokongan. Tapi bila undi dikira, mereka masih tidak menyokong BN.

Mungkin boleh dibuat kesimpulan, PRK adalah peluang dan medan terbaik bagi kaum cina untuk membuli BN. Mohon segala bantuan tapi pangkah pembangkang.

Apakah ini memang adat dan budaya kaum cina?

Atau, apa sebenarnya yang mereka mahukan? Adakah mereka masih tidak mahu menyokong MCA dan Gerakan?

Atau, adakah mereka bersetuju dengan DAP?

Siapakah yang mempunyai pengaruh besar ke atas pengundi cina? MCA & Gerakan atau DAP? Atau adakah NGO kaum cina?

Apakah NGO kaum cina ini lebih rasis dari PERKASA yang mereka tuduh rasis? Kalau perjuangan PERKASA berkiblatkan perlembagaan, ke manakah pula kiblat perjuangan NGO cina ini? Adakah mereka lebih Malaysia dari PERKASA?

Kalau difikirkan semua persoalan-persoalan ini, kita akan mempunyai seribu satu macam alasan untuk kita tidak berpuas hati dengan sikap kaum cina ini. Tapi tak perlulah kita analisa dalam-dalam. Buat penat saja. Sekilas ikan di air, tahu kita sama ada jantan atau betina.

Sekarang pucuk pimpinan BN harus mengubah pendekatan yang masih tetap menemui kegagalan ini.

BN harus memberi tanggungjawab sepenuhnya kepada MCA dan Gerakan untuk mengembalikan sokongan kaum cina kepada BN. Suruh buat dulu, ‘reward’ kemudian. BN perlu berhenti dari melakukan pendekatan ‘reward’ dulu para pemimpin MCA dan Gerakan dengan pelbagai jawatan, dengan harapan kaum cina akan menyokong BN. Pendekatan ini telah terbukti gagal.

Walaupun prestasi MCA dan Gerakan sejak PRU12 sehingga kini, masih ditakuk lama, iaitu ‘insolven’ sokongan kaum cina, tapi komposisi jawatan dalam kabinet dan kerajaan yang diserahkan kepada mereka masih kekal sama, malahan bertambah. Dulu tak ada Menteri PERMUDAH. Sekarang jawatan menteri Permudah dan NKRA diberi pada Koh Tsu Koon.

BN harus fikir hal ini masak-masak.

BN tidak boleh lagi beri kawasan selamat kepada para pemimpin MCA dan Gerakan dengan cara memberi mereka bertanding di kawasan-kawasan yang majoritinya Melayu.

Mereka perlu bertanding di kawasan-kawasan ‘hardcore’ cina. Mereka perlu buktikan bahawa mereka mampu mengembalikan sokongan kaum cina kepada BN. Mereka harus dinilai prestasinya melalui kaedah meritokrasi yang mereka agungkan selama ini. Mereka tidak boleh lagi diberi tongkat dan perlindungan istimewa dengan cara memberi mereka peluang bertanding di kawasan majoriti Melayu.

Tongkat Melayu semua mereka suruh buang jauh-jauh, rupa-rupanya bila Melayu buang tongkat, mereka yang kutip dan pakai.

Tak guna betul… mereka tipu Melayu hidup-hidup!!!
 

Anwar: BN belanja RM65,000 bagi setiap pengundi

Barisan Nasional (BN) didakwa membelanjakan lebih RM100 juta bagi menjamin kejayaan mereka merampas semula kerusi parlimen Hulu Selangor, malam semalam.

Dalam satu kenyataan hari ini, ketua umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata meskipun membelanjakan RM65,000 bagi setiap pengundi, di samping kegagalan Suruhanjaya Pilihan Raya menjamin pemilihan yang bersih dan adil, ugutan polis serta usaha menghalang pengundi menjalankan tanggungjawab mereka, BN hanya mampu menang dengan majoriti yang tidak memberangsangkan.

"Ini bermakna BN gagal mempelajari apa-apa sejak pilihan raya umum 2008. Serangan peribadi, isu perkauman, rasuah dan paksaan mungkin boleh membantu untuk menang di satu atau dua kerusi, tetapi rakyat Malaysia, tidak akan terpedaya,” katanya.

Walaupun PKR ditumbangkan malam semalam, namun Anwar berkata pembangkang berjaya meningkatkan sokongan popularnya di Hulu Selangor.

" Kita tahu kita perlu berusaha lebih gigih untuk mendekati penyokong khususnya di kawasan terpencil dan pedalaman, khususnya di kalangan peneroka Felda,” katanya.

Timbalan presiden PKR, Syed Husin Ali melahirkan sentimen yang hampir sama dan berpendapat pencapaian parti itu dianggap membanggakan di sebalik asakan padu daripada jentera BN.

"Kami gagal menembusi kubu-kubu kuat, khususnya di penempatan Felda tetapi keputusan pilihan raya itu satu tamparan kepada BN yang begitu angkuh bahawa mereka boleh menang dengan majoriti lebih 3,000 undi,” katanya dalam satu kenyataan.

"Kami an
ggap ia petanda bahawa polisi dan program Pakatan di terima rakyat, selepas dua tahun mengambil alih dan memberikan manfaat kepada mereka,” katanya.

Syed Husin berkata majoriti 1,725 undi yang diperolehi oleh BN jauh meleset daripada majoriti 6000 undi yang dimenanginya di ketiga-tiga kerusi dewan undangan negeri di parlimen Hulu Selangor pada pilihan raya umum 2008.

"Tiada apa untuk Najib raikan," katanya.

Sedikit Faktor kekalahan PR di Hulu Selangor

Parti perasuah besar di Malaysia, BN kini berbulan madu selepas kemenangan mereka di Hulu Selangor dengan majoriti 1,725 undi walaupun membelanjankan jutaan ringgit selain dengan cara kotor dan jijik dalam Pilihan Raya paling tersebut.
Namun, apa yang pasti Pakatan Rakyat (PR), harus mengambil apa jua iktibar akibat kekalahan itu termasuklah faktor-faktor berikut.
Jentera PR tidak digerakan semaksima mungkin.
Parti Barang Naik, BN, yang memulakan kempen kotornya dengan mengaitkan calon PR, Datuk Zaid Ibrahim dengan arak, walaupun dibalas dengan penerangan ratusan ribu risalah oleh Angkatan Muda PKR bersama jentera Pakatan Rakyat tetap dilihat gagal.
Ini kerana tinjauan erapakatan.com mendapati ada beberapa buah kampung kecil langsung tidak menerima bahan kempen itu.
Anehnya, di kampung tersebut turut tiada bendera PKR selain jentera BN awal-awal lagi telah mendirikan bilik gerakan mereka.
Malah, di salah sebuah papan kenyataan di balai raya tersebut jelas menunjukkan risalah BN dengan propaganda fitnahnya jelas tertera di situ.
Perpecahan ahli PKR di Hulu Selangor
Selain itu, walaupun tindakan Dr. Halili Rahmat yang keluar parti tidak diikuti oleh orang rapatnya teermasuklah mereka yang bersamanya seawal tahun 1998 dulu, namun perpecahan yang wujud dikalangan ahli parti itu dalam kawasan Parlimen Hulu Selangor bukan lagi rahsia besar.
Sumber memberitahu, sekurang-kurangnya terdapat empat kem PKR dalam kawasan itu terutamanya selepas kemenangan PKR pada Pilihan Raya Umum (PRU) lalu.
Empat kem itu pula bukan sahaja mengadakan aktiviti mengikut kumpulan masing-masing malah wujud usaha untuk menjatuhkan antara satu sama lain termasuklah dalam satu mesyuarat beberapa bulan sebelum pencalonan Datuk Zaid Ibrahim.
Empat kem itu yang antaranya bergerak di bawah sekretariat tertentu, juga bergerak mengikut Cabang, Parlimen dan pemimpin tertentu sekaligus melumpuhkan jentara PKR dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) baru-baru ini.
Antara Ofensif dan Defensif
Turut menjadi faktor kekalahan PR pada kali ini juga ialah apabila jentera parti lebih bersikap defensif atau bertahan berbanding startegi ofensif atau menyerang seperti yang dilakukannya sebelum ini.
Ini terbuti apabila awal-awal lagi jentera BN melakukan serangan dan provokasi melalui bebarapa bill board dan kain rentang, sesuatu yang berbeza dari sebelumnya yang mana pihak Pakatan Rakyat lebih mendahului.
Bill Board itu termasuklah mengaitkan calon PR dengan arak, selain menggambarkan gabuang parti PKR, PAS dan DAP sebagai bermasalah yang diletakkan di jalan-jalan utama dalam kawasan Parlimen Hulu Selangor.
Kesimpulan
Walaubagaimanapun, PRK di Hulu Selangor sudah pun menjadi sejarah, tinggal lagi bagaimana PR mengambil iktibar dari kekalahan itu kerana jumlah majoriti 1,725 yang diraih oleh BN itu terlalu kecil jika dibandingkan dengan jutaan ringgit campur perbuatan keji yang dilakukan oleh mereka.
Malah, keputusan itu bolehlah disifatkan sebagai ‘kalah’ kerana jumlah keseluruhan undi BN jika dicampur dalam ketiga-tiga Dewan Undangan Negeri (Dun) dalam kawasan Parlimen itu seperti mana dalam PRU lalu adalah jauh lebih tinggi berbanding angka 1,725 itu.
Sebelum ini, BN meramalkan mereka akan menang kira-kira 5,000 majoriti dan angka 1,725 undi itu jauh lebih kecil selain bantuan Suruhanja Pilihan raya (SPR) yang memindahkan ribuan pengundi termasuklah ke kawasan Selayang yang dilihat bertujuan untuk memenangkan BN sepertimana yang didedahkan oleh Pengarah Pilihan Raya PKR, Fuziah Salleh.
Tetapi yang pasti, undi masyarakat Cina terhadap PR bukan sahaja terus mencatatkan peningkatan malah pastinya menjadi igauan ngeri buat BN menjelang PRK Parlimen Sibu Mei ini.
Untuk rekod, masyarakat Cina di Hulu Selangor terdiri daripada luar Bandar berbanding masyarakat Cina di majoriti kawasan Bandar dalam Parlimen Sibu yang pastinya membuatkan fakta ini mengganggu tidur Presiden Umno, Najib Razak.

Oleh Masdar Wahid

PRK Hulu Selangor : Zaid Heret BN ke Mahkamah?



ZAID Ibrahim kemungkinan akan membantah keputusan pilihan raya kecil Hulu Selangor yang berakhir semalam di mahkamah. Ini berikutan berlakunya rasuah secara meluas dalam pilihan raya berkenaan.

Antara bentuk rasuah dilakukan selain pemberian bantuan kerajaan kepada rakyat semasa proses pilihan raya berlaku ialah pemberian wang ringgit melalui agen-agen BN.

Maklumat sedang dikumpul seberapa banyak yang boleh berhubung dakwaan berkenaan. Zaid juga dijangka akan membuat sidang akhbar esok berhubung tindakan yang akan diambil. Dalam pilihan itu Zaid kalah ditangan Kamalanantha dengan kekurangan undi sebanyak 1,725. Beliau mendapat 23,272 undi manakala Kamalanathan mendapat 24,997. Sebanyak 731 undi yang ditolak.

Sehubungan itu juga satu panel terdiri dari kalangan penguam terkemuka akan dibentuk untuk merangka satu memorandum untuk dihantar NGO hak asasi manusia dan pencinta demokrasi tulen di seluruh dunia. Memorandum itu menjelaskan kepincangan berhubung proses perjalanan pilihan raya di negara ini yang dikatakan berat sebelah, tidak ada dan memperalatkan jentera kerajaan.

Memorandum ini bakal menjadi dokumen baru untuk digunakan oleh para pendokong demokrasi tulen bagi mengkritik perjalanan pilihan raya di negara ini. Ia juga nanti akan digunakan oleh Bersih - sebuah badan bertindak dan memperjuangkan pilihan raya bersih dan telus yang pernah berarak menggegarkan negara beberapa tahun lalu.

Sekiranya memoranum ini menjadi kenyataan inilah tindakan pertama secara profesional diambil bagi mempersoalkan kepincangan perjalanan pilihan raya dan demokrasi di negara ini yang dikatakan pincang dan tidak berlaku adil kepada parti pembangkang.

Petiysen ke atas pilihan raya Hulu Selangor itu dan memorandum itu dilihat bakal memberi tekanan baru kepada kerajaan agar berlaku telus dan adil dalam setiap pilihan raya.

MSO

PRK Hulu Selangor: Mahathir kecewa undi Cina merosot ....Kaum Cina tidak rela Melayu UMNO mengadaikan negara kepada APCO....

Oleh Shazwan Mustafa Kamal
KUALA LUMPUR, 26 April — Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamed mendakwa politik berasaskan kaum memainkan peranan penting dalam keputusan pilihan raya kecil Hulu Selangor di mana Barisan Nasional (BN) dinafikan majoriti yang besar ekoran ketiadaan sokongan signifikan pengundi Cina.
Ketika ditemui wartawan pada forum hubungan Malaysia-China di sini hari ini, bekas pengerusi Barisan Nasional (BN) ini berkata beliau sebenarnya menjangkakan politik bersandarkan kaum akan menipis selepas pilihan raya umum 2008.
Kata beliau situasi itu kelihatan ekoran kemerosotan sokongan masyarakat Cina kepada BN meskipun pelbagai usaha dilakukan BN untuk memperbaiki kehidupan komuniti Cina di Hulu Selangor.
Dr Mahathir secara peribadi turun dua kali untuk berkempen membantu calon BN di Hulu Selangor.
Kata beliau, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak melangkah untuk memenuhi kehendak-kehendak kaum Cina yang secara langsung turut ada menimbulkan rasa tidak senang di kalangan orang Melayu yang merupakan majoriti pengundi di Hulu Selangor,
“Jadi di negara ini walaupun orang mengatakan bahawa dengan keputusan pilihan raya umum 2008 politik (tempatan) akan kurang berasaskan kaum tetapi politik ikut kaum semakin kuat sekarang berbanding dulu," kata beliau lagi.

PRK Hulu Selangor: Perkasa gesa BN tangguh bantu kaum Cina

Oleh G. Manimaran
KUALA LUMPUR, 26 April — Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali yang kontroversi menggesa kerajaan Barisan Nasional (BN) menangguhkan bantuan dan peruntukan yang dijanjikan untuk masyarakat Cina ekoran keputusan pilihan raya kecil Hulu Selangor semalam.
“Amat wajar kerajaan tangguh dulu apa jua peruntukan dan kelulusan kepada masyarakat kaum Cina, terutama desakan-desakan MCA dan Gerakan kerana jelas masyarakat Cina di Hulu Selangor serta India tidak menyokong BN.
“Mereka langsung tidak hargai apa yang diberi oleh kerajaan BN walaupun kerajaan BN terpaksa mengguris hati orang Melayu dan Bumiputera,” kata Ibrahim yang juga Ahli Parlimen Bebas Pasir Mas mengulas keputusan malam tadi yang memihak BN tetapi majoriti cuma 1,725 undi.
Walaupun analisis menunjukkan sokongan pengundi Cina masih belum memihak kepada BN tetapi ia menerima peningkatan undi komuniti India hampir 10 peratus.
BN meletakkan sasaran majoriti 6,000 undi.
Dalam kenyataan kepada The Malaysian Insider awal minggu lalu Ibrahim sendiri meletakkan majoriti 3,000 kepada BN tetapi Khamis lalu menurunkannya kepada 1,500 undi.
Kata beliau, apa saja yang kaum Cina minta kerajaan sedia berikan tetapi mereka tidak berterima kasih.
“BN kena ambil hati orang Melayu yangg tetap setia pada BN.
“Oleh itu dasar afirmatif untuk memperkasakan kaum Melayu dan Bumiputera mesti diterus dan dilaksanakan dengan tegas,” kata beliau dengan merujuk kepada Model Ekonomi Baru yang sedang dirangka.
Malam tadi, Setiausaha Agung BN, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata walaupun menang dengan majoriti 1,725, tetapi pengundi Cina didapati tidak menyokong BN, bukan sahaja dalam pilihan raya kecil itu tetapi juga semasa pilihan raya umum 2008.
“Kita perlu melihat di mana silap kita. Saya akan berjumpa dengan parti-parti komponen untuk membincangkan perkara ini, tetapi kita gembira kerana pengundi India kembali menyokong BN. Begitu juga dengan pengundi Melayu.
“Kita hilang kerusi pada pilihan raya 2008 dengan majoriti kecil 198 undi tetapi kini mengekalkan kembali kerusi dengan majoriti yang lebih besar. Ini menunjukkan rakyat menyambut baik konsep yang diutarakan pucuk pimpinan seperti gagasan 1Malaysia dan Model Ekonomi Baru,” katanya.
Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek pula berkata, MCA memerlukan anjakan paradigma bagi mendekati masyarakat Cina yang dilihat tidak begitu memberi perhatian kepada soal kehendak dan keperluan asas.
Ibrahim berkata kemenangan BN membuktikan rakyat mahu ketenangan dan kesetabilan politik.
“Ia juga bukti rakyat menerima kepimpinan Datuk Seri Najib (Razak) sebagai perdana menteri. Ia juga membuktikan politik perkauman ditolak rakyat.
“Cuma pengundi kaum Cina nampaknya tidak berterima kaseh pada kerajaan BN. Jelas pengaruh MCA dan Gerakan ditolak masyarakat Cina.
“Pelbagai tuntutan kaum Cina, kerajaan layan, tapi balasannya tidak seberapa,” katanya.
Katanya, usaha pihak tertentu untuk memburukkan nama Perkasa dalam pilihan raya Hulu Selangor juga tidak memberi kesan.

PRK Hulu Selangor : BN Tidak Beli Undi Di Hulu Selangor, Kata Najib..ha..ha..Projek RM 167 juta dan habuan tunai tu bukan beli undi kaaa....!!!!


Datuk Seri Najib Tun Razak, P.Kamalanathan dan Tan Sri Muhyiddin Yassin meraikan kemenangan BN di Hulu Selangor di Dewan Serbaguna dan Kompleks Sukan Kuala Kubu Baru.
 
PUTRAJAYA: Datuk Seri Najib Tun Razak pada Isnin menafikan dakwaan sesetengah pihak kononnya Barisan Nasional (BN) terbabit dengan perbuatan membeli undi untuk memenangi pilihan raya kecil bagi kerusi parlimen Hulu Selangor semalam.
Perdana Menteri berkata perlaksanaan projek-projek yang diumumkan di Hulu Selangor baru-baru ini adalah bagi menangani pelbagai yang dihadapi penduduk tempatan yang sudah berlarutan sekian lama.
"Kami tidak beli undi, tapi kami selesaikan masalah orang ramai. Ia adalah masalah sebenar yang tidak ditangani sejak sekian lama, ia adalah masalah besar yang dihadapi penduduk.
"Bukannya BN ke sana sini dan beritahu 'tengok sini, kami beri yang itu, kami beri yang ini', tidak," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Forum Hijau Malaysia 2010 di sini.
Turut hadir ialah mantan Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi, yang juga penasihat Landskap Malaysia, bersama isterinya Tun Jeanne Abdullah yang merupakan pengerusi Landskap Malaysia.
Najib berkata demikian semasa mengulas dakwaan pembangkang kononnya BN membelanjakan RM167 juta bagi melaksanakan pelbagai projek untuk meraih undi di Hulu Selangor.
Semalam, P.Kamalanathan dari BN menewaskan Datuk Zaid Ibrahim dari PKR dalam pilihan raya kecil bagi kerusi Parlimen Hulu Selangor dengan majoriti 1,725 undi. Calon BN itu menerima 24,997 undi manakala Zaid memperolehi 23,272 undi.
Perdana Menteri memberi contoh projek pembinaan persimpangan bertingkat dekat Sungai Buaya, yang menurutnya bertujuan menangani masalah orang ramai di kawasan berkenaan.
"Ia dilaksanakan kerana orang ramai mahukan projek ini. Projek dilaksanakan oleh syarikat Plus (Plus Expressways Bhd), ia bukan wang awam. Persimpangan itu bertujuan membantu penduduk tempatan kerana ia akan dapat memendekkan tempoh perjalanan antara 60 dan 90 minit. Jadi apa yang dilakukan BN ialah menangani masalah tulen yang dihadapi penduduk, BN bukan beli undi," katanya.- BERNAMA

Akhirnya, Zaid Ibrahim tewas! UMNO@BN berhutang projek kepada pengundi lebih RM 150 juta..!!!

Akhirnya, Zaid Ibrahim, calon PKR-Pakatan Rakyat tewas kepada calon MIC-Barisan Nasional, P.Kamalanathan dengan beza 1,725 undi.  P.Kamalanathan memenangi 24,967 undi, sementara Zaid Ibrahim memperolehi 23,272 undi, dengan 731 undi rosak.
Dengan kata lain, BN berjaya mencapai kemenangan ketiganya dalam 10 pilihan raya kecil selepas PRU ke-12.  Juga, kekalahan PKR-PR ini menjadikan bilangan kerusi Dewan Rakyatnya menurun kepada 77 kerusi.  Seandainya berlaku lompatan tiga orang lagi dari PR, maka PR akan undur dan bertahan pada paras satu pertiga (74 daripada 222 kerusi).
Pilihan raya kecil Hulu Selangor ini mencatat kadar pengundian setinggi 75.87%, dengan 48,935 orang keluar mengundi, pada hari ini.  Hulu Selangor merupakan kawasan pengundian parlimen luar bandar, dengan jumlah pengundi sebanyak 64,500 orang (termasuk 799 orang pengundi pos), terdiri daripada 52.7% Melayu, 26.3% Cina, 19.3% India, 1.1% orang asli dan 0.59% lain-lain.
Pada PRU ke-12, dengan kadar pengundian 75.24%, Allahyarham Zainal Abidin Ahmad yang menyarung jersi PKR memenangi 23,177 undi (48.7%), menewaskan G.Palanivel dengan majoriti 198 undi.  Bagaimanapun, ketiga-tiga kerusi DUN di bawah kawasan parlimen ini dirampas oleh BN, dengan jumlah majoriti 6,176 undi.
Oleh yang demikian, calon MIC, G.Palanivel dianggap sebagai punca kekalahan BN pada PRU ke-12, memandangkan jumlah majoriti yang lebih daripada 6000 undi ini sebenarnya memihak kepada BN.  Maka, PRK Hulu Selangor ini bermula dengan pergelutan dalam BN dalam isu pemilihan calon.
Peringkat awal: Pemilihan calon
BN berdepan dengan masalah calon pada awalnya, apabila sebahagian ahli UMNO menuntut agar UMNO meletakkan calonnya untuk bertanding dalam PRK Hulu Selangor.  Bagaimanapun, setelah Pengerusi BN merangkap Presiden UMNO Najib Razak memberi laluan kepada MIC, BN pula berdepan dengan dilema, sama ada meletakkan semula G.Palanivel pilihan Samy Vellu ataupun calon lain.
Secara luaran, proses pemilihan calon PR berjalan dengan licin, berbanding dengan BN.  Cuma, imej Zaid Ibrahim (gambar kanan) yang "liberal" dipertikaikan dan dianggap tidak sesuai untuk kawasan pengundian luar bandar seperti Hulu Selangor.  Bagaimanapun, Zaid Ibrahim yang sudah "terkenal", dan tidak perlu untuk diperkenalkan lagi, dianggap boleh meningkatkan undi Cina dalam perhitungan PKR-PR.
Pertengahan: Kempen
Bagaimanapun, setelah PRK membuka tirai secara rasminya pada hari penamaan calon, Zaid Ibrahim berdepan dengan serangan peribadi.  Pemimpin PR diasak oleh media kawalan UMNO untuk "mengesahkan" sama ada Zaid Ibrahim seorang "kaki botol".  Perkembangan selanjutnya menyaksikan bagaimana Zaid Ibrahim terjerat ke dalam perangkap apabila kaki botol, kaki judi dan sebagainya dilempar terhadapnya.  Malah, konflik antara Zaid Ibrahim (ketika berada di UMNO) dengan PAS diperbesarkan, meletakkan PAS dalam dilema untuk mempertahankan calon PKR yang "liberal" Ini.
Walaupun pelbagai tuduhan dilemparkan, namun tiada bukti, iaitu foto yang menunjukkan Zaid Ibrahim mengambil alkohol.  Bahkan, "gambar Zaid minum arak" sebagaimana yang diedarkan adalah gambar yang diubahsuai.  Zaid Ibrahim yang membuat pengakuan terlebih dahulu terus diheret mengikut rentak BN, sehingga terkurung dalam keadaan "mengawal".
PR gagal terkeluar dari perangkap ini.  Isu yang besar tidak ditonjolkan dengan jelas.  Sungguhpun sijil pengajian P.Kamalanathan dipertikai, gambarnya mencium tangan TPM Muhyiddin Yassin dihebahkan dan sebagainya, namun, dari apa yang diperhatikan, tiada tema yang jelas dan nyata ditonjolkan oleh PR sepanjang tempoh berkempen ini.  Apa yang lebih mengejutkan, PR mendapati bahawa Zaid Ibrahim tidak begitu "terkenal" di kalangan komuniti Cina di Hulu Selangor sebagaimana yang dijangkakan.
Keadaan semakin terdesak untuk PR apabila Najib (gambar kanan) yang baru menamatkan lawatannya di Amerika Syarikat dan Jepun, mendarat di bumi Hulu Selangor dengan taburan janji dan wang.  Malah, antara janji-janji yang ditaburkan, pengumuman seperti "RM3 juta akan diperuntukkan kepada Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina Rasa seandainya BN menang" mengandungi unsur rasuah.
Di akhir-akhir tempoh kempen, PR mengadakan satu perhimpunan yang besar di stadium Kuala Kubu Bharu semalam, yang dibanjiri puluhan ribu orang.  Ketua Umum PKR Anwar Ibrahim yang menggulung ucapannya menegaskan bahawa PRK ini pertarungan untuk mengembalikan maruah rakyat, dan menegaskan bahawa pengundi harus bangkit untuk menolak pembelian undi yang akan menggadaikan kepentingan bangsa.
Akhir: Zaid tewas
Bagaimanapun, PR akhirnya gagal mematahkan serangan daripada BN.  Keputusan sedemikian semestinya menyuntik semangat kepada BN, dan bakal diterjemah sebagai penerimaan rakyat terhadap gagasan 1Malaysia yang diutarakan Najib Razak.
PRK Sibu kini menanti di depan.  Seandainya BN berjaya mengekalkan kemenangan ini, maka tidak mustahil Dewan Undangan Negeri Sarawak akan dibubarkan dan PRU ke-13 akan diadakan dalam tempoh yang lebih dekat.

Bridget Welsh: Tiada pemenang dalam PRK Hulu Selangor.............

Tiada pemenang dalam Pilihan Raya Kecil Hulu Selangor, malah ia belum cukup untuk dilihat sebagai referendum terhadap Perdana Menteri Najib Razak sungguhpun Barisan Nasional menawan semula kawasan pengundian ini.  Demikianlah pandangan pengkaji politik, Bridget Welsh semasa mengulas keputusan PRK Hulu Selangor.
Ketika dihubungi MerdekaReview, Bridget Welsh (gambar kiri) yang juga Profesor Madya di Singapore Management University berkata, walaupun BN memenangi PRK ini, namun ia satu kemenangan yang "kurang cantik", khususnya apabila Najib menongkah arus tradisional dan turun sendiri ke padang untuk menarik undi dengan menabur gula.
"Sememangnya, anda boleh mengatakan menang tu menang-lah," kata Bridget Welsh.  Pada awal PRK Hulu Selangor, Bridget Welsh menganggap ia sebagai satu referendum terhadap prestasi Najib dalam menguruskan ekonomi negara kita.  Namun, setelah mengamati kempen untuk PRK ini, beliau menganggap ia "belum cukup untuk dilihat sebagai referendum".
Calon MIC-BN P.Kamalanathan menewaskan calon PKR-PR Zaid Ibrahim dengan majoriti 1,725 undi.  PRK yang mencatat kadar pengundian 75.87% ini mempunyai 731 undi rosak. 【Baca: Akhirnya, Zaid Ibrahim tewas!】
Pakatan Rakyat perlu muhasabah
Selain itu, Bridget Welsh berpendapat bahawa Pakatan Rakyat harus mengambil iktibar dari PRK ini.  Menurut Bridget, PR harus berkempen dalam satu pasukan, malah dalam PRK ini, PR lebih berada pada kedudukan "mengawal" (defend), dan agak perlahan langkahnya pada peringkat permulaan.  Beliau menjangkakan keadaan mungkin memihak kepada PR seandainya tempoh berkempen dipanjangkan.
Pada pandangan Bridget, sungguhpun strategi BN untuk menyerang secara peribadi terhadap Zaid (gambar kanan) dan menabur gula kelihatan berkesan, namun taktik ini telah menjadikan kemenangan ini tercalit.  Beliau menganggap Zaid Ibrahim seorang calon yang baik dan berwawasan, tetapi lemah dalam strategi kempennya.
"Saya merasakan tiada pemenang yang sebenarnya dalam PRK ini.  Malah pengundi Hulu Selangor juga bukan pemenang yang sebenar.  Walau bagaimanapun, saya masih dalam pengamatan," katanya.
Pada 24 April, PM Najib menjanjikan peruntukan sebanyak RM3 juta kepada SRJK (c) Rasa, pembinaan 200 unit rumah kos rendah di Hulu Bernam dan peruntukan RM25 ribu kepada dua pertubuhan Cina di Hulu Bernam, seandainya BN menang.
Pada 23 April, Najib mengumumkan pembayaran pampasan tanah atas pembelian tanah sebanyak RM 50 ribu kepada 100 orang bekas peneroka FELDA Sungai Buaya, yang membawa kepada jumlah RM5 juta.  Setiap daripada mereka memperolehi RM1000 pada peringkat awal, dan ini merupakan hasil penantian 15 tahun oleh mereka.
Selain itu, Najib mengumumkan pembinaan susur masuk dan keluar Sungai Buaya di Lebuhraya Utara-Selatan yang bernilai RM85 juta, yang bakal dimulakan pada tahun depan dan dijangka akan disiapkan dalam tempoh dua tahun.
PRK Ijok?
Apa yang menarik, PRK Hulu Selangor agak menyerupai PRK Ijok pada tahun 2007 dalam banyak perkara.  PM ketika itu, Abdullah Ahmad Badawi turun ke kawasan pengundian tiga hari sebelum mengundi, apabila keadaan agak mencemaskan buat pihak BN.  Apa yang berbeza, bekas PM Mahathir Mohamad tidak dibawa bersama.  Namun, kempen BN yang diketuai Najib pada ketika itu juga mengerahkan jentera kerajaan sepenuhnya.
Dalam kedua-dua PRK ini, budaya rasuah, ugutan, samseng bermaharajalela.  Selain itu, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) juga tidak memperlihatkan "keberkecualiannya", apabila masalah senarai daftar pengundi, pertukaran pusat mengundi masih berlaku.
Jika dilihat kejadian keganasan yang berlaku, PRK Hulu Selangor mungkin gagal menandingi PRK Ijok, kerana calon PKR ketika itu, Khalid Ibrahim dibaling dengan air botol semasa berkempen.  Malah pada hari penamaan calon, Naib Ketua Pemuda UMNO ketika itu, Khairy Jamaluddin (gambar kanan) mengetuai penyokong BN untuk bertelagah dengan PR.  Poster "Sedia Gempur" kelihatan di mana-mana, malah berlakunya perang membaling air botol dan pertembungan fizikal.
Kedua-dua PRK ini memperlihatkan kecenderungan pengundi Cina untuk menyokong PKR.  Walaupun PKR tidak menang di Pekan Ijok, kawasan pengundi Cina majoriti, namun PRK hanya tewas nipis, memperlihatkan pola pengundi Cina yang menyebelahi PKR.
*Chen Shaua Fui ialah Assistant Editor

PRK Hulu Selangor : Undi PKR bertambah 95 undi sejak 2008....!!!

PKR kalah..... tetapi masih belum hilang umph. Masih umph babe!!

Cer komer tengok keputusan rasmi PRU 12 P94 HULU SELANGOR dan PRK P094 HULU SELANGOR

Dulu....

PKR - Datuk Dr. Zainal Abidin Ahmad (23 177)

Sekarang....

PKR - Datuk Zaid Ibrahim (23 272)

Dari ... 177 NAIK kepada ... 272

Naik.... kan... kan.. kan..???

Itu maknanyer, PKR masih ada UMPH!! Umph PKR... maintain yeop!!

So.... jangan monyok, SENYUUUUUMMM!!
 

PRK Hulu Selangor : BN menang tapi hilang sokongan pengundi Cina , Pengundi Melayu terus dipermainkan.

HULU SELANGOR, 26 April — Menyifatkan kemenangan Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya kecil kawasan Parlimen Hulu Selangor semalam sebagai kemenangan yang baik, para pemimpin BN berkata parti masing-masing telah dapat menawan hati dan fikiran rakyat di kawasan tersebut.
Namun Setiausaha Agung BN, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata walaupun menang dengan majoriti 1,725, tetapi pengundi Cina didapati tidak menyokong BN, bukan sahaja dalam pilihan raya kecil itu tetapi juga semasa pilihan raya umum 2008.
“Kita perlu melihat di mana silap kita. Saya akan berjumpa dengan parti-parti komponen untuk membincangkan perkara ini, tetapi kita gembira kerana pengundi India kembali menyokong BN. Begitu juga dengan pengundi Melayu.
“Kita hilang kerusi pada pilihan raya 2008 dengan majoriti kecil 198 undi tetapi kini mengekalkan kembali kerusi dengan majoriti yang lebih besar. Ini menunjukkan rakyat menyambut baik konsep yang diutarakan pucuk pimpinan seperti gagasan 1 Malaysia dan Model Ekonomi Baru,” katanya selepas pengumuman keputusan pilihan raya kecil Hulu Selangor diumumkan di Dewan Serbaguna Kuala Kubu Baru di sini.
Calon BN, P. Kamalanathan meraikan kemenangannya dalam pilihan raya Hulu Selangor bersama Perdana Menteri (kanan), dan Timbalan Perdana Menteri (kiri). - Gambar oleh Jack Ooi
Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek pula berkata MCA memerlukan anjakan paradigma bagi mendekati masyarakat Cina yang dilihat tidak begitu memberi perhatian kepada soal kehendak dan keperluan asas. “Anjakan paradigma ini mesti datang dari pemimpin MCA. Selain itu Hulu Selangor mempunyai masalah dalamannya sendiri. Bagi saya dan pemimpin parti yang lain, banyak perkara yang perlu dilakukan.
“Ia satu lagi isyarat, jika mereka tidak meletak ke tepi perbezaan antara mereka, maka MCA akan menjadi bakul sampah politik atau dinosur politik.
“Kami perlu melihat kembali diri kami, sama ada selepas 50 tahun menumpukan perhatian kepada masyarakat peringkat setempat, kami perlu melihat lebih lagi.
“Anda boleh pasti bahawa kami akan menjadi lebih vokal selepas ini,” katanya.
Presiden Gerakan, Tan Sri Dr Koh Tsu Koon berkata walaupun BN menang, tetapi terdapat pelbagai isu yang perlu ditangani dan diselesaikan.
“Sokongan di kalangan masyarakat Cina tidak bertambah. Apabila kita mula berkempen di sini, tahap sokongan hanya sekitar 12 hingga 15 peratus. Selepas perdana menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak) turun menemui rakyat, ia meningkat kira-kira 25 peratus.
Presiden MIC, Datuk Seri S. Samy Vellu pula berkata partinya perlu menggandakan usaha untuk menarik kembali sokongan pengundi India.
“Ya, kami mendapat sedikit kejayaan dalam memenangi pengundi India. Dalam pilihan raya ini kami mendapat kira-kira 65 peratus sokongan. Ia pernah mencapai 80 peratus sebelum 2008. Kami perlu mencapai sasaran ini,” katanya.
Timbalannya Datuk G. Palanivel yang juga bekas wakil rakyat Hulu Selangor sebelum tewas pada pilihan raya 2008 berkata, sementara kejayaan kali ini meningkatkan motivasi BN, ia perlu menilai semula dan memperbaiki kelemahannya.
“Kemenangan ini adalah baik, kita mendapat majoriti yang lebih baik tetapi terdapat kelemahan yang perlu difikirkan,” katanya.
Beliau berkata MIC perlu melakukan bedah sasat dan terus berusaha mendapat sokongan pengundi India menerusi pelbagai strategi. — Bernama

PRK Hulu Selangor : Pulang Untuk Turun Kembali Dalam Medan Juang..........Terima Kasih Kepada Semua.

KUALA KUBU BARU kini mulai dtinggalkan oleh para penyokong Pakatan Rakyat. Yang datang dari Utara bergerak untuk pulang ke Utara, dari Selatan akan pulang ke Selatan, manakala dari Timur akan pulang ke Timur. Yang datang dari Selangor mereka akan pulang ke rumah berihat setelah bertungkus lumus selama lebih seminggu di Hulu Selangor dalam rangka memancing rakyat untuk melakukan perubahan.

Perjalanan penyokong di Utara, Selatan dan Timur tidak semeriah sewaktu datang semasa hari penamaan calon. Kalau semasa datang untuk meraikan calon mereka penuh bersemangat, bersorak sorai dan melaungkan takbir Allahuakbar. dengan penuh yakin akan menggapai kemenangan. Tetapi perjalanan pulang malam ini dalam keadaan lemah longlai dan hilang semangat. Mungkin ada yang lemah jantung dan malas untuk bergerak pulang.

Kejutan dengan kekalahan calon PKR, Zaid Ibrahim dengan kekurangan lebih 1,500 (1,725) undi dalam keadaan tidak terduga menjadikan sesetengah penyokong hilang semangat. Mula sebelum menjelang malam semuanya bersemangat dan yakin PKR akan menang. Apa lagi terdengar desas desus kemenangan itu dengan majoriti besar.

Mereka kebanyakan membuat andaian melalui pandangan mata kasar dan bukan firasat politik ternyata tertipu oleh keyakinan sendiri. Parahnya juga mereka mempercayai kepada analisa dan kajian badan-badan NGO yang profesional. Saya dari awal lagi tidak mempercayai analisa dan dapatan badan berkenaan kerana ia dibuat dengan penuh akademik dan bukan berdasarkan pengalaman.

Bagi mereka yang mempercayai kepada berita dan tidak tahu membaca riak dan alun ombak politik tentu akan merasa kecewa dan terkejut dengan kekalahan itu. Tetapi mereka yang membaca dan tidak mudah terpengaruh dengan psywar akan terperagah dengan apa yang berlaku.

Lemah gumulai seluruh tubuh badan. Mata, kepala, kaki, tangan dan segala anggota badan yang lengguh dan lemah selama berkempen, menjadi semakin lemah dan longlai apabila menerima berita sedih kekalahan.

Tetapi duhai para pejuang sejati, pulanglah ke rumah masing-masing dengan tenang dan penuh keinsafan. Jangan mudah mengaku kalah dengan kekalahan. Kalah sekali bukan bermakan kalah selamanya. Kekalahan adalah ujian dan Allah hanya menguji orang-orang yang beriman dan sabar saja.

Hakikatnya PKR tidak kalah atau apa-apa perjuang tidak boleh diiktiarfkan kalah kalau perjuangan itu menentang kemungkaran dan untuk menegakkan kebenaran. Perjuangan sejati bukan kemenangan tetapi masih mampu meneruskan perjuangan dalam keadaan ditekan dan ditindas oleh lawan itulah kemenangan dalam perjuangan.
MSO

PRK Hulu Selangor : Zaid Sedih, Puji Pak Lah.....

Terkini - Zaid Ibrahim kata dia menerima kekalahan ini kerana biasa lah adat pertandingan ada menang ada kalah - saya kagum dengan semangat Dato Zaid!
Dato Zaid Ibrahim sedang berucap - Najib belanja RM 64 juta di dlm p/raya ini. beli undi adalah sesuatu yg halal. Mana SPRM ?

Dulu saya kalah juga semasa pilihanraya kecil di Ijok, tapi sekarang saya Menteri Besar Selangor - Tan Sri Khalid Ibrahim
Ucapan pemimpin- pemimpin tersebut diselangseli dengan laungan 'takbir', 'lawan tetap lawan', 'reformasi' dan 'hidup rakyat' oleh penyokong yang hadir.

Wajah pemimpim Pakatan itu jelas kelihatan sugul dan sedih. Malah Zaid sendiri kelihatan sebak, ketika pengarah strategik PKR Tian Chua memberi ucapan.

Manakala anak gadis Zaid - yang turut hadir bersama ibunya - turut kelihtan menangis di pentas sambil ditenangkan oleh seorang pemimpin Wanita PKR.

Sementara itu, Zaid dalam ucapannya berkata: "Kita tewas kerana membeli undi itu halal dalam negara ini".

Dalam nada yang keadaan tenang dan kelihatan reda, Zaid mendakwa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak telah membelanjakan lebih RM40 juta dalam pilihan raya kali ini.

"Membeli undi di tengah malam itu halal, membeli undi di tengahari itu halal," katanya.

Beliau berkata, politik Machiavelli yang diajar oleh mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad selama 23 tahun, telah terhenti sebentar.

Zaid turut memuji pentadbiran bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi yang disifatkannya cuba memberikan kebebasan dan reformasi yang menyebabkan keputusan pilihan raya 2008 memihak kepada rakyat.

"Walaupun terhad tetapi dia mencuba," katanya sambil meminta penyokongnya terus menuntut pilihan raya yang bebas dan bersih "kerana kerja kuat sahaja tidak mencukupi."

PRK Hulu Selangor : Warna Warni Hulu Selangor 1.

Polis mengiringi Menteri, membangkitkan kemarahan Penyokong PR.









Aksi-aksi di Pusat Mengundi Sekolah Menengah Kebangsaan Dato' Haji Kamaruddin Kuala Kubu Bharu (10.00-12.30 tghari)