Ahad, 25 April 2010

PRK Hulu Selangor : BN dan PKR Sudah Menamatkan Kempen Masing-Masing

KEMPEN rasmi dan tempoh yang dibernar untuk pilihan raya kecil Hulu Selangor sudah pun tamat kira-kira dua jam lalu. Kedua pihak telah memerahkan keringat dan idea sehabis-habisannya malam ini. Dua himpunan besar yang menjadi penamat kepada kempen diadakan kedua-dua belah pihak.

BN mengadakan himpunan 1 Malaysia di perkarangan flat Taman Bunga Raya di Bukit Sentosa. Himpunan ini menampilkan bekas Perdana Menteri, Dr Mahathir Mohamad, Najib Razak, Muhyiddin Yassin. Semua pemimpin BN berhimpun di program penamat ini.

Untuk menyaksikan sendiri kehebatan himpunan 1 Malaysia ini saya memasuki ke taman berkenaan. Kebetulan waktu saya masuk MC membuat pengumuman kedatangan mantan Perdana Menteri, Mahathir Mohamad. Terdengar tepukan tetapi tidak begitu bergemuruh sangat.

Sekejap kemudian berderau motosikal yang membawa bendera dacing berwarna biru gelap. Hampir semua penunggangnya terdiri dari anak-anak muda remaja. Mereka mengiringi kedatangan Najib. Suasana seperti biasa tidak berlaku kesesakan lalu lintas. Apa yang bising ialah bunyi motor-motor pengiring Perdana Menteri yang saya percaya dari kumpulan mat rempit.

Jumlah yang datang tidak dapat di pasti. Pentas di adakan di laman flat berkenaan, bukan di atas tanah lapang ataupun stadium. Jumlah mereka yang hadir kurang dari 3,000 orang. Mustahil dalam ruang seluas itu ia dapat memuatkan orang berjumlah 10,000. Mungkin ini kerana flat berkenaan terkenal dengan kubu kuat Pas sejak lama sebelum ini. Kedatangan seramai itu dikira sudah cukup berbaloi buat BN, apa lagi mereka adalah kebanyakannya pengundi.

Selepas berputar di taman berkenaan saya keluar dari Bukit Sentosa menuju ke Rasa. Dari bandar Rasa menghala ke Kuala Kubu Baru (KKB). Di KKB bertempat di stadium mini berlangsung himpunan Pakatan Rakyat sebagai menamatkan majlis kempen mereka di situ.

Himpunan di stadium itu akan menampil Mursyidul Am Pas, Nik Abdul Aziz Nik Mat. Nik Aziz dijangka akan memberi amanat dan pesanan terakhir kepada orang ramai khasnya pengundi.

Dalam perjalanan ke KKB telah ada inform mengatakan keadaan jalan ke KKB sudah sesak. Kira-kira 10 km sebelum masuk ke bandar KKB , jalan jalan sudah jam. Masa lebih satu jam diambil untuk sampai ke simpang memasuki KKB. Kereta terpaksa diparking di luar dan orang ramai terpaksa berjalan kaki sejauh lima kilometer ke stadium.

Katanya sejak jam 8:00 malam lagi kesesakan berlaku di bandar KKB. Orang ramai semua tertumpu ke situ untuk mengikut himpunan terakhir itu. Himpunan di KKB mungkin tidak dapat menambahkan undi PKR melainkan dapat membangkitkan semangat penyokongnyha saja. Kerana tidak munasabah pengundi yang berada nun jauh di Kelumpang atau pun Ulu Bernam sanggup untuk datang ke KKB.

Himpunan tadi melibatkan semua pemimpin tertinggi Pakatan Rakyat. Selain Nik Aziz turut hadir antaranya, Karpal Singh, Lim Guan Eng, Anwar Ibrahim dikhabarkan turut berada sama. Anwar sendiri terpaksa mengambil masa lebih sejam untuk masuk ke stadium kerana kesesakan di bandar KKB.

Alhamdulilah selepas keduanya menamatkan kempen tidak ada kejadian buruk dilaporkan dan dalam pengetahuan saya. Suasana malam ini tenang. Cuma di jalan-jalan tertentu kedengaran ngauman suara motosikal pembawa bendera biru pekat yang membingitkan telinga. Biarlah suasana tenang dan semangat muhibbah semua pihak akan berterusan esok.

Sementara itu setelah kempen kedua pihak tamat, berbagai rumusan dan telahan dibuat mengenai siapakah yang akan menang besok. Berbagai rumusan dibuat dan ada yang bersifat psywar untuk melemahkan semangat antara satu sama lain. Berbagai angka yang dikeluarkan, kononnya kedudukan terkini 52 PKR 48 BN, ada yang mengatakan PKR tertinggal lebih 5% dan ada juga yang berterus terang sukar untuk meramalkan siapakah akan menang.

Penilaian berbagai itu menyebabkan orang ramai jadi bingung dan menyakitkan kepala. Saya tidak mempercayai kepada apa yang diramal dan dianalisis baik oleh badan rasmi ataupun tidak. Pada saya semua ramalan itu hanya ramalan saja yang mungkin tepat atau meleset.

Esok saya akan mengemukakan ulasan dan analisa saya sendiri berdasarkan pengalaman dan apa yang dilihat, didengar dan dirasa. Tunggulah saya akan membuka pintu firasat saya esok mengenai keputusan pilihan raya Hulu Selangor yang akan melabuh tirainya kurang dari 15 jam dari sekarang.

PRK Hulu Selangor : Anwar, Lim Kit Siang Naik Motor Ke Kuala KKB ...

Ni yang gua respek ni bai. Boleh dapat ke pimpinan Umngok naik moto? Bukan moto, kereta buruk pun jangan harap la. Paling cikai pun Perdana. Malikul Sembab siap keta Roll Royce lagi kah kah kah!

alt
YB Lim Kit Siang sampai di tempat ceramah menaiki motosikal

alt
Dato Seri Anwar pun sampai naik motor gak.


Memang berjiwa rakyat la pimpinan pakatan. Tahniah~

PRK Hulu Selangor : IKBN Pertak Sorok Pengundi Hantu?

KUALA KUBU BAHARU 25 Apr - Petugas KEADILAN berjaya menahan beberapa buah bas di IKBN Pertak, Kuala Kubu Baharu awal pagi ini yang dipercayai digunakan untuk mengangkut pengundi hantu ke pusat-pusat mengundi di Hulu Selangor.
Timbalan Ketua Angkatan Muda KEADILAN, Fariz Musa yang mengetuai operasi 'menangkap' penghuni hantu yang di bawa oleh Umno-Barisan Nasional bagi memastikan kemenangan mereka pada pilihan raya kecil hari ini berkata, sebanyak kima buah bas kilang didapati diparkir di luar IKBN Pertak sejak pukul 3 pagi tadi.
"Apabila kami sampai sebanyak 15 buah kereta keluar dari IKBN dan kesemua kereta mempunyai antara 5 hingga 6 orang.
"Kita tidak tahu sejak pukul berapa mereka melakukan operasi memnbawa pengundi hantu tetapi kami percaya ramai yang telah di bawa keluar," kata Fariz.
Fariz berkata pihaknya telah memaklumkan kepada pihak polis untuk mengambil tindakan tetapi sehingga kini tidak ada respons.
Petugas KEADILAN kini sedang mengawal laluan agar  pengundi hantu tidak keluar daripada IKBN sementara menunggu ketibaan polis.

PRK Hulu Selangor : Zaid Ketuai Badan Bertindak Khas Membela Masalah Peneroka Felda Selangor

HULU SELANGOR 25 APR: Kerajaan Selangor melantik calon Pakatan Rakyat, Datuk Zaid Ibrahim mengetuai  Badan Bertindak Khas Membela Masalah Peneroka Felda berikutan kerajaan Umno Barisan Nasional (BN) mengabaikan mereka selama ini.

Pelantikan itu diumum Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim pada sidang media selepas majlis penutupan Konvensyen Felda Sungai Tengi di sini, petang semalam.

"Pelantikan Zaid bertujuan menyelesaikan masalah isu tanah yang membelenggu masyarakat felda di Selangor. Sebagai bekas peguam yang firmanya terbesar di Malaysia, Zaid adalah orang yang sesuai sekali," katanya.
Zaid, antara lain diberi tanggungjawab menyemak semula semua perjanjian yang dibuat antara peneroka dengan Felda dan kerajaan Persekutuan.
Khalid juga menolak tanggapan sesetengah pihak kononnya pelantikan Zaid dibuat berikutan kedudukan sebagai calon Pakatan Rakyat di Parlimen Hulu Selangor, sebaliknya bersandarkan kepakaran beliau dalam aspek perundangan.

Pelantikan Zaid dilihat dianggap tepat dan kena pada masanya berikutan bekas Menteri Undang-Undang itu sendiri adalah anak peneroka.

Mengikut carian wikipedia, bapanya Zaid iaitu Ibrahim Awang bekerja kampung sebelum berhijrah ke Hulu Kelantan untuk meneroka tanah, sekali gus bermakna Zaid memahami penderitaan dan masalah peneroka.

Pada majlis sama, Khalid  juga mengumumkan pelantikan ahli lembaga Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS), Mohamed Azmin Ali untuk menguruskan perumahan generasi kedua yang dirancang sebelum ini.

"Kerajaan Selangor berusaha membuat penempatan untuk generasi kedua Felda. Tugas ini dipertanggungjawabkan kepada Mohamed Azmin Ali," katanya.
Felda di Hulu Selangor berdepan masalah yang berlarutan melibatkan status tanah tanpa penyelesaian jitu sekalipun kerajaan Umno BN secara tiba-tiba hadir menyampaikan wang tunai dan janji penyelesaian.

Dua hari sebelum pembuangan undi, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menjanjikan 50 ribu sebagai pampasan tanah kepada 363 peneroka Felda Sungai Buaya yang menunggu selama berbelas-belas tahun.

Sungguhpun begitu, kerajaan Umno BN gagal memberi alasan munasabah mengapa penyelesaian ini tidak dibuat lebih awal, sebaliknya hanya muncul menjelang hari pembuangan undi.

{RK Hulu Selangor : Hari ini tentukan corak negara selepas PRU 13


Semalam, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menghentikan mesyuarat kabinetnya lebih awal dari biasa. Beliau memberikan alasan mahu berehat sebelum terus ke kawasan Hulu Selangor untuk berkempen. Dalam mesyuarat itu, beliau memberitahu kabinetnya, BN akan menang dalam pilihan raya kecil ini.
Hari ini, Najib turun ke beberapa kampung baru yang dikuasai MCA untuk bertemu dengan masyarakat Cina di sana. Ini ekoran kebimbangan beliau dengan patern pengundian di kalangan orang Cina. Beliau juga turut turun ke kampung tradisional Melayu yang dianggap kubu Umno.
Zentrum Future Studies Malaysia memberikan 78 peratus undi Cina memihak kepada Pakatan Rakyat dalam pilihan raya ini.  Kajian Zentrum menunjukkan 61 peratus masyarakat Melayu memilih BN manakala sokongan kaum India adalah sebanyak 54 peratus.
Hasilnya, badan yang dipimpin oleh Dr Abu Hassan Hasbullah ini menjangkakan PKR akan menang dalam pilihan raya ini dengan mendapat 51.7 peratus dan BN 48.3 peratus. Ini keputusan pada dua hari sebelum mengundi iaitu pada 23 April.
Sebelum itu, Zentrun memberikan kemenangan kepada BN antara 63 hingga 54 peratus sehingga pada 23 April kajian Zentrun menunjukkan PKR akan menang.
Dengan data-data itu, tidak terkejut kalau Najib terpaksa turun ke kawasan-kawasan pengundi Cina untuk cuba mendapatkan balik hati mereka yang telah lari meninggalkan BN.
Dalam salah satu ucapannya, beliau berkata, kerajaan mengiktiraf sumbangan orang Cina dalam membangunkan negara ini. Ia tidak pernah dibuat Najib sebelum ini.
Di pihak PKR pula, Datuk Seri Anwar Ibrahim ‘senyum hingga ke telinga’ malam tadi selepas sehari suntuk berkempen. Beliau mengakhirkan kempennya di Felda Sungai Tengi, kawasan pengundi Melayu yang akan menentukan samada mereka akan mendapat sokongan pengundi Melayu atau tidak. 100 meter dari dataran tempat Anwar berkempen, Ketua Penerangan Umno, Datuk Ahmad Maslan berkempen.
Ketika minum teh tarik bersama Mazlan Aliman dan Suhaimi Said, kedua-duanya pakar tentang Felda, gelak ketawa sentiasa mengiringi perbualan mereka lambang kegembiraan hati Anwar dan lain-lain dengan perkembangan baik yang memihak kepada mereka.
Malam tadi, dataran Felda itu penuh sesak dengan manusia. Yang menariknya, lebih 70 peratus dijangka penduduk Felda sendiri dan kebanyakan mereka adalah golongan muda atau apa yang dinamakan sebagai generasi kedua Felda.
Anwar berceramah di pentas Himpunan Peneroka Felda Kebangsaan ke 2 anjuran Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak) yang dipimpin Mazlan. Pagi ini, Mursyidul Am PAS juga turun ke situ. Beliau merasmikan himpunan itu pagi ini. Petangnya pula, Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid pula memberikan ucapan penutup.
Semua usaha ini dibuat untuk mendapatkan undi Melayu. Pengarah Operasi pilihan raya PAS kali ini, Jamulidin Elias berkata, mereka berjaya meningkatkan undi Melayu kali ini.
Dari hanya 37 peratus, Jamal menjangkakan calon Pakatan Datuk Zaid Ibrahim akan mendapat sekurang-kurangnya 40 peratus dalam pilihan raya ini. Namun ia masih rendah dari sasaran 43 peratus sebelum ini.
Bilik Gerakan PAS yang dikendalikan beliau mencatatkan sokongan 65 peratus pengundi Cina dan 55 peratus pengundi India untuk Pakatan.
Bagi Jamal, beliau memberikan beberapa isu yang memihak kepada Pakatan. “Di kawasan Melayu, BN tidak naikkan poster calon mereka, yang banyak poster Najib 1 Malaysia. Isu hubungan Tok Guru dengan Zaid dan kini Tok Guru datang untuk kempen juga memberikan impak yang besar kepada Pakatan, kata Jamal.
Dengan perkembangan terbaru ini, Jamal menjangkakan calon Pakatan akan menang sekitar 550 undi jika peratus keluar mengundi adalah 75 peratus esok. Namun beliau bimbang kalau-kalau peratusan keluar mengundi lebih tinggi.
Bacaan PKR berbeza dengan bacaan Jamal. Bagi Setiausaha Agung PKR, Saifudin Nasution Ismail, lebih banyak peratus keluar mengundi, lebih baik untuk Pakatan.
“Kalau peratus keluar mengundi lebih 80 peratus, ia lebih baik untuk kita kerana ramai yang belum membuat keputusan sekarang dan keputusan baru nampaknya condong kepada kita,” kata beliau.
Menurut Saifudin, “BN kata mereka yang menang, kajian sampling dan servey kita pula menunjukkan kita yang menang selepas kita berjaya mendapat 43 peratus sokongan pengundi Melayu.”
Bagi Saifudin, kajian yang mereka buat mendapati, patern Hulu Selangor jauh berbeza dengan Bagan Pinang kerana di sana dari awal lagi pengundi membayangkan mereka bersama Isa Samad. Namun di sini, sokongan nampaknya seimbang.
“Ketika mereka menerima 1 Malaysia, mereka juga menerima program MES yang dianjurkan kerajaan negeri Selangor. 30 peratus rating untuk Najib, dalam masa yang sama Tan Sri Khalid juga mendapat rating yang hampir sama,” beritahu Saifudin.
Dengan masing-masing pihak berkata mereka menang, pilihan raya esok sangat menarik. Lapan jam terakhir menjelang tengah malam ini sangat bermakna sebelum tempoh kempen tamat jam 12 malam.
Pakatan memberikan fokus kepada majlis Nik Aziz yang akan sekali lagi ke Sungai Tengi malam ini, manakala BN akan datang dengan pelbagai jenis bantuan dan sokongan untuk pengundi. Tekanan BN terhadap media melambangkan kebimbangan mereka. Sekatan terhadap NTV7 hingga salah seorang penerbitnya meletakkan jawataan dan tindakan ‘gam’ terhadap Dr Abu Hassan Hasbulah dari keluar mana-mana stesen tv melambangkan kegusaran ini.
Yang pasti, pilihan raya ini akan memberikan kesan besar kepada rupa bentuk politik negara khasnya pilihan raya umum ke 13. Pemimpin Pakatan Rakyat pimpinan Anwar menjanjikan rupabentuk berbeza negara berbanding dengan apa yang kita ada sekarang.

PRK Hulu Selangor : Grand Finale di Stadium Kuala Kubu Bahru!










:

PRK Hulu Selangor : 'Poster' pelik BN di Bukit Sentosa!

Projektor ditembak ke dinding flat.. pehhh.. loaded gilerrr!!
Dinding flat tu syeikh!! berapa tingkat tuh!


untunglahhhhhh

sunsnake 24042010

PRK Hulu Selangor : Sambutan Kaum Cina untuk pimpinan PR!







PRK Hulu Selangor : Tok Guru Nik Aziz di Masjid Bukit Sentosa (gambar)





PRK Hulu Selangor : Imbas balik - XTVT Pemuda PAS di Hulu Bernam

Banner Gergasi menyambut tetamu dan lalu lalang dihadapan Markaz Besar Pemuda


Bertempat di Felda/Kg Gesir Dun Hulu Bernam, Pemuda PAS Pusat yang diketuai oleh Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor telah diamanahkan untuk menguruskan UPU di lokaliti berkenaan. Dengan diketuai oleh Pengarah Jentera PRK P094 Dewan Pemuda iaitu Sdr Sany Hamzan, pemuda telah melaksanakan tugasan sejak sebelum hari penamaan bermula lagi!

Pelbagai aktiviti telah berjaya dilaksanakan seperti culaan, ziarah, sukan, sumbangan barangan dapur dan pelbagai lagi. Sedikit rakaman peristiwa yang sempat lensa kamera teman rakamkan...

Majlis BBQ Rakyat di Dataran Gesir Tengah! 23/4/2010 9.00mlm


Abis Solat Maghrib je terus on api!!! buat bara!
Sesambil tu takkan duduk saja?? lintangkan poster la syeikh!
BBQ bermula! Serbuuu!!
Dimalam tersebut, Konsert Kesenian Islam juga turut diadakan anjuran Pemuda Pusat.

Kumpulan Pujangga sedang tuning...
Mawi di kem Pemuda PAS???
Penyair Amdijagat sedang mendeklamasikan sajak 'Siapa Lebih Firaun"
Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Johor memberikan ucapan!

Pujangga beraksi! Siapa kata PAS tiada hiburan untuk remaja? Terkawal la skittt!!!

sunsnake 25042010

PRK Hulu Selangor : Zaid Rayu Rakyat Hulu Selangor Selamatkan Malaysia

Oleh Fazli Othman
KUALA KUBU BAHARU 24 Apr - Pilihan raya kecil Hulu Selangor menjadi referendum untuk rakyat menolak kerajaan Umno-Barisan Nasional dan kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.
Calon Pakatan Rakyat, Datuk Zaid Ibrahim terharu dengan sokongan rakyat di Hulu Selangor walau pun Umno BN mengguna taktik politik kotor dengan membawa pengundi hantu untuk menang.
"Sebelum ini kita dijajah dan Tunku Abdul Rahman telah memerdekakan Tanah Melayu, tapi kali ini kitadijajah oleh pemimpin yang pecah amanah dan menipu rakyat.
"Tahun 1957 kita sudah merdeka tapi kali ini Umno-BN datang ke Hulu Selangor dan merasuah  untuk membeli undi sebanyak RM50,000 kepada penduduk di Sungai Buaya," kata Zaid pada ceramah 'grand finale' di Stadium Mini Kuala Kubu Baharu malam tadi.
Zaid juga sedih dengan politik kotor yang menyerang peribadi dan menghina beliau serta keluarganya.
"Hari ini walau pun sudah merdeka tapi Umno-BN masih lagi dengan taktik untuk  memecah-belahkan rakyat Malaysia.
"Kita mahu negara yang bersatu padu demi memberikan kesejahteraan kepada semua tanpa mengira bangsa dan agama.
"Esok adalah hari penentu masa depan negara dan bukan masa depan saya dan saya berjanji walau apa keputusannya, saya akan terus bersama dengan rakyat di Hulu Selangor," ujar Zaid di hadapan 30,000 penyokong.

PRK Hulu Selangor : Kempen Pecutan Terakhir - TG Nik Aziz di Kalumpang

oleh ali BaganUtama.
Salam Hulu Selangor. Tadi den kek Kalumpang pado pukul 2.30 potang. Info yang den dapat UPU Kalumpang dikuasai oleh orang-orang India yang pro Pakatan Rakyat. Mari kito saksikan. Jom!

Suasana sebelum ketibaan pahlawan-pahlawan Pakatan Rakyat

Peh. Sapo yang bergayo tangkap gambar tu?

Peh. Den dihidangkan dengan konsert percumo. Menari den kojap

Taraaaa. Tetiba Zaid & TGNA muncul. Magic tak?

Den terkojut bilo isteri Zaid cari den. "Kenapo Datin cari den?" "Bonda lama tunggu Ali nak datang meminang anak kami. Haa cepat la. Dia dah merajuk dengan Ali. Pegi la pujuk dia" "Baik bonda, eh Datin. Nanti den pujuk dio"

Woit! Tolong den translate bondo alah ni. Dio cito pasal apo nih?

Tahu-tahu je TGNA dah nak balik. Aduss, den buang maso poie translate billboard tadi. Huhu

PRK Hulu Selangor : Polis tahan 26 penyokong parti, terima 167 laporan setakat ini

KUALA KUBU BARU, 24 April — Ketua Polis Selangor Datuk Khalid Abu Bakar berkata sehingga hari ini pihaknya telah menahan 26 orang atas pelbagai kesalahan termasuk memiliki senjata berbahaya sepanjang kempen pilihan raya kecil bagi kerusi Parlimen Hulu Selangor berlangsung.
Beliau berkata kesemua mereka adalah penyokong daripada kedua-dua parti yang bertanding pada pilihan raya kecil itu.
Ini membuktikan kami tidak berpihak kepada mana-mana parti politik seperti yang didakwa, katanya kepada pemberita di sini.
Beliau berkata sepanjang tempoh itu juga polis telah menerima 167 laporan dan 30 daripadanya telah disiasat.
“Laporan polis yang dibuat adalah di bawah kes khianat, merosakkan kenderaan dan juga kesalahan-kesalahan di bawah peraturan pilihan raya dan juga kesalahan mempunyai senjata berbahaya dan bahan letupan,” katanya.
Selain itu, Khalid berkata kawasan Kuala Kubu Bahru juga dijadikan zon larangan kenderaan berat bermula daripada pukul 12 tengah malam ini sehingga 12 tengah malam esok.
“Kenderaan-kenderaan berat tidak dibenarkan masuk ke bandar Kuala Kubu Bahru melainkan kenderaan yang ada sebab seperti bas dan sebagainya.
“Laluan ke bandar Kuala Kubu Bahru ini kemungkinan besar kita akan jadikan jalan sehala berperingkat-peringkat dan ini kita akan tengok keperluannya esok,” katanya.
Beliau turut menasihatkan mereka yang tidak berkepentingan agar tidak memenuhi kawasan pembuangan undi bagi memastikan kelancaran perjalanan proses itu. — Bernama

PRK Hulu Selangor : Saya suka jumpa rakyat dari berdebat dengan pembangkang, kata Najib


RASA, 24 April — Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata, beliau lebih suka berjumpa rakyat daripada memikirkan mengenai cabaran berdebat dengan Ketua Pembangkang. Najib berkata, beliau tidak mengambil kisah mengenai cabaran tersebut kerana apa yang perlu diutamakan ketika ini adalah memberi masa depan yang terjamin untuk rakyat.
“Mana ada dalam perancangan nak berdebat dengan Anwar Ibrahim di Kuala Kubu Baru. Tak ada. Saya lebih suka kalau dapat jumpa dengan anda kerana lebih banyak faedah yang diperolehi daripada berjumpa dengannya.
“Oleh itu kita jangan ambil kisah apa yang dilakukan pembangkang kerana mereka lebih mementingkan politik daripada memperjuangkan agenda rakyat,” katanya ketika berucap pada majlis kenduri rakyat di Kampung Melayu Rasa di sini, hari ini.
Hadir sama Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom, Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan Anggota Dewan Undangan Negri (ADUN) Batang Kali Mohd Isa Abu Kasim.
Beberapa kain rentang dipasang di sekitar pekan Kuala Kubu Baru (KKB) yang mendakwa Perdana Menteri akan menyertai debat perdana dengan Anwar di stadium mini KKB pukul 9 malam ini.
Najib berkata, perdebatan seperti itu jelas tidak akan menguntungkan mana-mana pihak malah rakyat juga tidak seharusnya dilibatkan dalam permainan serta helah politik pembangkang yang tiada kesudahan.
“Tidak ada gunanya saya menyertai debat yang tidak bertujuan dan belum pasti apa faedahnya. Kita ada gagasan, kita ada dasar, kita ada kemahuan yang telah pun dibuat. Saya akan teruskan pembaharuan ini,”katanya. — Bernama