Khamis, 22 April 2010

PRK Hulu Selangor : Pengundi Cina kata rahsia tetapi ramai pilih PKR

zahid berucap Oleh Muda Mohd Noor
KUALA KUBU BARU: Dalam tinjauan terbaru di kalangan pengundi Cina di Hulu Selangor enggan memberitahu adakah mereka akan mengundi calon Barisan Nasional (BN) P Kamalanathan atau calon Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Zaid Ibrahim.
Bagaimanapun, kata beberapa pengundi di pekan Kuala Kubu Baru majoriti mereka sudah menetapkan pendirian dan telah ada calon yang akan diundi Ahad ini.

"Tetapi jika kamu tanya, mereka tidak akan memberitahu calon yang akan dipilih itu. Mereka terus kunci mulut sehinggalah hari mengundi.
"Ini saya nak beritahu awak. Ramai pengundi Cina yang dulu sokong BN akan berpaling kepada PKR.
"Majoritinya akan undi calon PKR kerana kelihatan lebih layak dan bijak. Dia menepati kehendak pengundi Cina," kata seorang peniaga di sini semalam.
Peniaga yang enggan namanya disiarkan itu berkata, ramai pengundi Cina lebih cenderung untuk mengundi Zaid walaupun dia bukan orang tempatan. "Saya tidak perlu undi Cina" – Palanivel
Menurutnya, orang Cina tidak suka kepada calon MIC itu kerana bekas ahli Parlimen Hulu Selangor, Datuk G Palanivel pernah memberitahu beliau tidak memerlukan undi orang kamalanathan tea Cina dalam kempen pilihanraya umum yang lalu.
"Walaupun Datuk tidak bertanding dan calonnya orang baru tetapi orang Cina tetap marah kepada MIC.
"Sampai sekarang kita ingat kata-kata Palanivel itu. Sekali kata tidak mahu, kami tidak undi parti itu lagi," katanya.
Seorang lagi pengundi Cina yang juga kakitangan kerajaan berkata, orang Cina merupakan masyarakat yang bebas dan merdeka.
Katanya, ini bermakna mereka tidak terikat dengan bantuan kerajaan sebagaimana kaum lain.

BERSIH 2.0: Pergerakan Pertubuhan masyarakat ke arah reformasi pilihan raya

Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (atau lebih dikenali sebagai BERSIH) mengeluarkan kenyataan bersama mereka pertama kali pada 23 November 2006.
Pada awal penglibatannya, BERSIH terdiri daripada organisasi masyarakat dan parti-parti politik dengan objektif yang sama berkempen untuk pilihan raya yang bersih dan adil di Malaysia.  BERSIH pada waktu itu menuntut penggunaan dakwat kekal bagi mengelak pengundian berganda, pemansuhan undi pos kecuali bagi ahli-ahli diplomat dan pengundi-pengundi di luar Negara, dan pembersihan senarai pemilih bagi memastikan nama-nama yang tidak sepatutnya berada di dalam senarai pemilih dikeluarkan agar integriti sepenuhnya dilaksanakan.
Pada Julai 2007, BERSIH telah menambahkan tuntutan mereka iaitu kesemua pihak yang bertanding di dalam pilihan raya seharusnya diberikan akses yang sama rata di dalam media milik kerajaan, terutama sekali televisyen dan radio.
Perjalanan BERSIH telah melalui pelbagai peristiwa yang dikenang dan diingati.  Demonstrasi rakyat pda November 2007 yang menyaksikan ribuan rakyat Malaysia telah memilih jalan raya bagi menyokong pilihan raya bersih dan adil, membawa keadaan kritikal di dalam perjalanan pilihan raya.  Tidak pernah berlaku di dalam sejarah Negara kita di mana sebegitu ramai menyertai perhimpunan tersebut menyokong pra-syarat sebarang demokrasi sebenar - undi yang adil, bebas dari komplot-komplot politik yang tidak sama rata, akses yang tidak seimbang kepada radio dan televisyen yang dimiliki oleh orang awam.  Kesan daripada perhimpunan November 2007 menjadi titik infleksi kepada hasil 8 Mac 2008 dan keputusan Pilihan Raya Umum ke-12.
Hampir tiga setengah tahun kemudian, matlamat BERSIH masih relevan memandangkan kita sedang berada di dalam demam pilihan raya kecil untuk Parlimen Hulu Selangor dan selepas itu kita akan menyaksikan satu lagi di Sibu, Sarawak.
Kini selepas perubahan tampuk pemerintahan di Kedah, Pulau Pinang dan Selangor serta Perak (sepatutnya), masanya sudah tiba untuk BERSIH untuk terus berjuang ke arah pilihan raya yang bersih dan adil serta bebas dari cengkaman mana-mana parti politik.  Oleh yang demikian, BERSIH melancarkan gabungan ini sekali lagi dengan penyertaan pertubuhan-pertubuhan masyarakat yang tidak ada pertalian dengan mana-mana parti politik.  Matlamat kami ialah untuk memantau kedua-dua belah pasukan politik.
PRK Hulu Selangor
Walau bagaimana pun, penumpuan kita untuk jangkamasa ini ialah kepada kempen pilihan raya yang sedang rancak berlaku di Hulu Selangor dan dakwaan berkaitan dengan ketidakpuasan hati tentang pusat pengundian untuk para pengundi membuang undi pada Ahad, 25 April 2010.
Kami dimaklumkan bahawa hampir 14,000 pengundi berdaftar di parlimen Hulu Selangor telah dipindahkan ke pusat-pusat pengundian yang berbeza dengan pusat pengundian yang ditetapkan semasa pilihan raya umum2008.  Tempoh kempen yang singkat ini kelak akan menjurus kepada keadaan huru-hara.  Masa yang tidak mencukupi untuk memaklumkan 14,000 pengundi berdaftar pada Ahad 25 April 2010.  Para pengundi akan keluar membuang undi di pusat-pusat pengundian yang biasa dan kemudiannya mendapati nama mereka berada di pusat pengundian yang lain.  Ini juga membawa kesusahan kepada para pengundi yang kemudiannya terpaksa mencari-cari pusat pengundian mereka yang baru.  Kekeliruan ini juga akan menjadi masalah yang besar terutamanya kepada mereka yang bergantung kepada pengangkutan awam, warga tua yang akhirnya pulang ke rumah - tidak mengundi.
Keadaan akan menjadi lebih kritikal bilamana BERSIH dikejutkan dengan nasib 233 pengundi bilamana Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memindahkan mereka ke luar kawasan Hulu Selangor ke Selayang.  Sebarang persempadanan baru hanya boleh dibuat setiap 10 tahun berdasarkan kepada Perkara 13 Perlembagaan Persekutuan.  Selain hak SPR untuk membuat sempadan semula, pengundi pula berhak untuk memohon untuk mengubah kawasan undian apabila berpindah.  Suruhanjaya Pilihan Raya tidak ada kuasa untuk memindah pengundi-pengundi dari satu kawasan ke kawasan yang lain sesuka hati.  Ia bukanlah satu kesilapan yang boleh diambil ringan dan dimaafkan.  Tindakan SPR merupakan pelanggaran kepada Perlembagaan Persekutuan.  SPR telah melangkaui fungsi Parlimen.
BERSIH mengutuk tindakan yang dilakukan oleh SPR di mana pengundi-pengundi diasingkan dan diabaikan hak mereka untuk memilih wakil mereka di parlimen.  Perkara sebegini juga memincangkan amalan demokrasi di Negara ini.  Mereka sepatutnya mengutamakan rakyat.  Tetapi, tindakan-tindakan mereka ini telah menimbulkan banyak kerumitan.  Mereka sepatutnya menyerlahkan pencapaian mereka.  Tetapi, mereka ternyata gagal dan amat mengecewakan.
*Kenyataan media oleh Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH).

Penerbit letak jawatan, dedah ntv7 menerima aduan Rosmah

Penerbit Buletin dan Isu Semasa ntv7, Joshua Wong meletak jawatan sebagai protes kerana ntv7 tunduk kepada aduan Jabatan Perdana Menteri dan isteri Perdana Menteri, Rosmah Mansor.  Joshua Wong yang bertanggungjawab dalam rancangan forum Editor's Time (Mandarin), merasakan autonomi editorial tercabul apabila menerima arahan "Tiga Jangan".
Arahan "Tiga Jangan" ini termasuklah, jangan membincangkan isu politik, jangan mengundang panelis dari pembangkang dan jangan membincangkan isu PRK Hulu Selangor.
Rancangan Editor's Time yang hanya dimulakan baru-baru ini terpaksa ditarik dan menggugurkan isu politik, lantaran daripada tekanan politik yang dihadapi.  Penerbitnya, Joshua Wong mengambil keputusan meletak jawatan pada 20 April, untuk mempertahankan prinsip kebebasan media.
Joshua Wong, juga seorang pensyarah (part-time) di Kolej New Era, memanggil satu sidang media di Dewan Perhimpunan Cina KL-Selangor untuk membuat pendedahan tersebut pada pagi ini.  Turut hadir untuk memberi sokongan termasuklah ibu bapanya, kolumnis, dan penuntut dari Kolej New Era.
Rancangan forum Editor's Time ini dimulakan sejak 18 Mac 2010, dari jam 11 malam hingga 12 tengah malam.  Rancangan ini cuba menarik perhatian ramai apabila episod pertamanya dirakamkan di Dewan Perhimpunan Cina KL-Selangor, berjudul "Pertarungan KPI - BN vs PR: Siapa lebih hebat?" 【Penilaian sehala KPI tidak meyakinkan】
Antara isu yang dibincangkan selepasnya termasuklah Pemilihan Semula MCA, isu pekerja seks, pentadbiran Pakatan Rakyat di Pulau Pinang dan Model Ekonomi Baru.  Walau bagaimanapun, rancangan ini berdepan dengan tekanan dari JPM dan isteri PM, menurut Joshua Wong, yang membacakan kenyataannya seperti berikut:
Kenyataan perletakan jawatan
Saya telah meletakkan jawatan sebagai Penerbit rancangan forum Editor's Time, pada 20 April 2010 untuk menunjukkan ketidakpuasan saya sekeras-kerasnya terhadap syarikat media yang saya berkhidmat.
Saya tidak berpuas hati apabila pihak syarikat mengenakan sekatan yang tidak wajar terhadap pemilihan panelis dan topik perbincangan untuk rancangan Editor's Time, setelah menerima aduan daripada pihak Jabatan Perdana Menteri dan isteri Perdana Menteri.  Aduan itu diterima selepas rancangan yang dirakamkan di Kuala Lumpur dan Pulau Pinang ini disiarkan.  Sekatan dikenakan tanpa siasatan yang menyeluruh dan adil.
Sekatan-sekatan ini termasuklah:-
Pertama, Jangan bincang isu politik;
Kedua, Jangan mengundang pembangkang sebagai panelis, termasuk ahli parlimen DAP Tony Pua untuk membincangkan Model Ekonomi Baru; dan
Ketiga, Jangan bincangkan isu "PRK Hulu Selangor" seperti yang dijadualkan dalam rancangan pada 22 April.
Saya menganggap ketiga-tiga sekatan ini kurang wajar, malah bertentangan dengan autonomi editorial.  Sekatan yang dikenakan terhadap rancangan ini merupakan self-censorship (menapis-diri), bercanggahan dengan prinsip profesional media.  Keputusan ini merupakan hukuman terhadap rancangan ini, dan menjejaskan profesional pasukan penerbitan rancangan ini.
Menurut bos saya, iaitu Editor Eksekutif Buletin dan Isu Semasa (Mandarin), Tan Boon Kooi, selepas forum yang dirakamkan di Kuala Lumpur itu disiarkan pada 18 Mac, pihak pengurusan telah menerima aduan pada 19 Mac.  Aduan ini dilakukan melalui satu sms yang dihantar kepada pihak Jabatan Perdana Menteri, yang kemudian dipanjangkan (forward) kepada pihak atasan ntv7.  Pengacara Editor's Time, Lee Siad Huey telah menghantar kandungannya kepada saya melalui email:-
"Mereka memperlekehkan KPI dan polisi BN. Memperlekehkan 1 Malaysia. Mencabar PM agar rombak besar-besaran BTN.(Biro Tata Negara). Mempertikaikan (disagree) tindakan Dato Nasir Safar sedangkan Dato Nasir telah berani meletakkan jawatan. Kor Ming dengan bangganya membangkitkan isu pemberian tanah kepada orang ramai di Perak. Wee Ka Siong gagal pertahankan isu MCA apa lagi nak pertahankan polisi UMNo dan BN. Ketua Pemuda MCA set markah 75 kepada PM dalam usaha KPI. Ada usul telus FDI dengan kurangkan kos operasi. Ada usul penilaian KPI oelh rakyat ketua jabatan sahaja.Yang sangat bahaya, dia orang minta kebebasan bersuara bermulan dengan sesi debat tadi. Makna tiada siasatan perlu dibuat, cara mereka bercakap dan membiarkan penonton bertanya soalan seolah-olah kerajaan kita ini terlalu teruk. Apa lagi cina-cina nie nak, mereka lagi kaya dari Melayu. Saya cadang kita perang jer dengan cina-cina nie…Melaru kepada semua ahli-ahli parlimen Melayu/ UMNo/MT dan semua pemimpin UMNO, wake up…mereka semakin biadap." (Teks asal)
Saya menganggap sms ini sebagai "surat layang", kandungannya sarat dengan rasisme dan tidak berasas.  Namun, pihak atasan telah mengugut untuk memancung rancangan ini atau menukarkannya kepada bukan rancangan siaran langsung (iaitu disiarkan selepas suntingan), malah mengarahkan agar saya menulis surat tunjuk sebab sebelum siasatan disempurnakan.
Saya telah menulis surat tunjuk sebab pada 22 Mac, bersama Lee Siad Huey, menyangkal satu demi satu tuduhan yang tidak berasas tersebut.  Malah, kami mencadangkan agar pihak atasan membuat laporan polis berhubung mesej yang mengandungi unsur diskriminasi kaum dan hasutan.  Ini kerana pengadu sedang menghasut sentimen perkauman tanpa kewarasan.  Namun, pihak pengurusan tidak memandang serius cadangan saya untuk membuat laporan polis, sebaliknya melarang Editor's Time untuk membincangkan isu politik.
Dalam mesyuarat pada 2 April, saya mencadangkan agar Tony Pua (gambar kanan) diundang sebagai panelis untuk membincangkan Model Ekonomi Baru dalam rancangan pada 15 April.  Namun, bos saya Tan Boon Kooi berkata, "Seandainya Tony Pua diundang, maka tak usahlah rancangan ini diteruskan."  Beliau menambah bahawa mulai sekarang, pembangkang tidak boleh diundang lagi.
Saya bertanya kepada Tan menerusi sms kemudiannya, dan beliau berkata ini hanyalah "nasihat", dan bukan arahan daripada Manja Ismail, Editor Kumpulan Berita dan Hal Ehwal Semasa ntv7, 8TV, TV9 dan Ketua Editor Kumpulan Media Prima.  Namun, untuk saya, ini adalah satu bentuk self-censorship daripada pihak atasan.
Pada 16 April, dengan tiba-tiba Sofwan Mahmood, Editor Berita Eksekutif ntv7, 8TV dan TV9 memanggil saya dengan Tan Boon Kooi untuk bermesyuarat.  Saya pergi berseorangan kerana Tan kesibukan untuk menerbitkan buletin bahasa Cina-nya.  Sofwan bertanya kepada saya, apakah isu yang akan diterbitkan minggu seterusnya, dan saya menjawab PRK Hulu Selangor.
Beliau memberi nasihat bahawa isu ini agak berat dan merumitkan.  BN berada dalam pergelutan untuk memilih calon mereka, dan ia akan menjadikan kerajaan Najib kelihatan tidak elok.  Namun beliau berkata beliau tidak pernah mencampur tangan autonomi editorial kami.  Saya menjawab saya akan menyerah kertas cadangan (proposal) dan membuat keputusan kemudiannya.  Beliau tidak menerima dan tidak menolak.  Setiausaha beliau, Dayang akhirnya juga memesan agar saya menyiapkan proposal terlebih dahulu.
Setelah bermesyuarat, saya bertemu dengan Tan Boon Kooi, dan saya menceritakan kepadanya keadaan dalam mesyuarat.  Tan Boon Kooi berkata, "Sofwan sebenarnya tidak menyampaikan mesejnya dengan jelas, beliau mahu saya menggugurkan topik PRK."
Tan Boon Kooi menambah, "Tahukah kamu?  Pada hari Isnin, isteri PM mengadu aktiviti kamu di Pulau Pinang, malah diadu sehingga ke Washingston.  Jadi saya berharap kamu menukar topik."
Saya cuba mendapat kesahan daripada Tan Boon Kooi, barulah saya mendapati bahawa isteri PM mendapat aduan daripada orang lain, yang kemudiannya dipanjangkan (forward) kepada pihak atasan syarikat saya.  Tan Boon Kooi memberitahu bahawa kandungan aduan tersebut lebih kurang seperti aduan terhadap aktiviti di Kuala Lumpur, "berhubung kait dengan perkauman".  Jadi, Tan Boon Kooi bertanya apakah topik yang boleh ditukar untuk rancangan minggu seterusnya.
Saya menganggap PRK sebagai isu yang wajib dibincangkan.  Ini kerana pada mulanya, kami telah mencapai muafakat bahawa rancangan ini akan membincangkan isu semasa yang terhangat, lebih-lebih lagi PRK adalah isu yang membabitkan kepentingan awam.  Kami akan mendalami perbincangan seandainya kami cuba untuk membicarakannya dari sudut yang berbeza, seimbang dan objektif, malah tidak menyebelahi pihak tertentu.  Kami tidak perlu terlalu sensitif kepada aduan yang tidak berasas, lantas menapis sendiri (self-censor) dan tidak membincangkan PRK langsung.
Saya telah menyiapkan proposal saya pada 19 April, dan menyerah kepada pihak atasan untuk mendapat kelulusan agar isu PRK Hulu Selangor dapat dibincangkan pada malam 22 April.  Malah, pengacara rancangan, Lee Siad Huey telah membuat liputan di kawasan tersebut.  Tetapi Sofwan memanggil saya dan Tan Boon Kooi untuk bermesyuarat pada 2.30pm, 20 April.  Dalam mesyuarat tersebut, Sofwan mengarahkan agar Editor's Time tidak membincangkan topik PRK Hulu Selangor.  Pertukaran topik rancangan Editor's Time bertujuan "damage control".  Saya meneka "damage control" yang dimaksudkan adalah untuk menjaga kepentingan sesetengah parti, jadi ia menentang prinsip rancangan ini, iaitu untuk mendedahkan kebenaran tanpa memihak kepada sesiapa.
Sebagai seorang penerbit, saya menganggap kandungan dalam dua aktiviti yang lalu seimbang dan objektif, malah telah diluluskan oleh Lembaga Penapisan Filem, maka saya tidak melihat apa kewajarannya pihak pengurusan perlu menyekat dirinya dalam hal ini.  Saya menganggap Editor's Time tidak melakukan kesilapan, maka tidak harus dihukum dan disekat sebegini.  Jadi, saya enggan berkompromi untuk mematuhi dan melaksanakan arahan majikan.
Sebagaimana yang saya maklum, sehingga 21 April, setelah isu PRK Hulu Selangor ditarik, topik yang dibincangkan pada 22 April (malam ini) telah diubah kepada "penembusan parti politik ke dalam pertubuhan Cina".  Tetapi pada petang semalam, saya menerima khabar bahawa pihak atasan ntv7 membenarkan agar isu PRK Hulu Selangor dibincangkan.  Saya tidak tahu sebab di sebaliknya.
Mungkin perletakan jawatan dan sidang media yang dipanggil hari ini telah memberi tekanan kepada pihak atasan ntv7.  Atau mungkin hasil daripada perjuangan rakan sekerja saya dan bos saya.  Mungkin kedua-duanya.
Kalaulah perletakan jawatan dan sidang media saya (gambar kanan) ini memberi tekanan kepada ntv7, yang menjurus kepada mereka untuk memberi laluan agar PRK Hulu Selangor dibincangkan, saya sudi menerimanya dengan hati terbuka.  Bagaimanapun, saya hanya boleh meletak jawatan sekali sahaja.
Jadi, saya berharap agar semua pengamal media di Malaysia, termasuk pihak pengurus, termasuk kawan saya dalam ntv7, boleh tampil untuk menyuarakan pandangan diri, untuk mempertahankan autonomi editorial media ketika berdepan dengan campur tangan kuasa luar.  Seandainya kita membiasakan diri dengan masalah ini, atau terus mendiamkan diri, maka ia akan mengangguk kepada campur tangan luar dan self-censorship, dan permainan sentimen perkauman oleh pihak luaran.
Sudah lebih 50 tahun perkauman dan self-censorship wujud di negara kita, tak cukupkah?  Masihkah kami perlu berpeluk tubuh dan mendiamkan diri, membiarkan ia bermaharajalela?
Dengan ini saya menyeru agar pihak atasan ntv7 menyiasat siapakah orang yang mengadu kepada JPM dan isteri PM?  Jangan lepas tangan, tetapi buat laporan polis, agar pihak polis menyiasat secara menyeluruh, untuk menegah kuasa luar daripada campurtangan ke dalam kebebasan media, dan mencegah rasisme daripada terus menular. (Kenyataan Joshua Wong ini diterjemah dari edisi bahasa Cina)

PRK Hulu Selangor : 205 pelajar jadi mangsa kempen BN


HULU SELANGOR, 22 April: 205 dari 414 lepasan SPM di sini tahun lalu, bersama ibu bapa masing-masing, yang memohon untuk menyambung pelajaran ke politeknik di seluruh negara tahun ini telah menjadi mangsa kempen Umno-BN, sempena pilihanraya kecil Parlimen Hulu Selangor 25 April ini, semalam.

Untuk mendapatkan surat tawaran kemasukan ke politeknik bagi pengajian peringkat diploma, mereka dipaksa berkumpul di Kolej Komuniti Hulu Selangor yang terletak di Batang Kali dan menghabiskan masa sehari dari jam 9 pagi hingga 4 petang di kolej tersebut. Meskipun pelajar-pelajar terbabit terdiri daripada mereka yang sememangnya berkelayakan, setelah dilulus tapis permohonan yang dikemukakan menerusi on-line sebaik menerima keputusan SPM tahun lalu, mereka tetap juga diminta hadir dan berkumpul di kolej itu bagi menjayakan program yang telah dirancang oleh pihak Umno-BN bersama pentadbiran institusi itu.

Pada hal penyerahan surat tersebut, seperti yang lazim dilakukan oleh politeknik sebelum ini, tidak pernah dilakukan menerusi majlis khas seperti itu. Sebaliknya, ia hanya dihantar oleh pihak pentadbiran politeknik menerusi pos sahaja ke rumah-rumah pelajar terbabit.

Justeru menerusi 'Program Sehari Politeknik KPT Bersama Rakyat Parlimen Hulu Selangor' bagi acara Penyerahan Surat Pra-tawaran Kemasukan Ke Politeknik itu, jelas membuktikan program tersebut mempunyai muslihat politik yang ketara oleh pihak Umno-BN bagi meraih undi para pengundi di Hulu Selangor, walaupun terpaksa memperalatkan para pelajar dan ibu bapa.

Lebih ketara lagi apabila program itu juga turut melibatkan Menteri Pengajian Tinggi sendiri, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin yang turut memperuntukkan sekitar dua jam dari masa kempennya di Hulu Selangor untuk menyampaikan surat tawaran itu kepada pelajar-pelajar terbabit, sebelum disambung oleh pihak pentadbiran politeknik.

Bagaimanapun, daripada 441 pemohon yang dipanggil untuk mengambil surat tawaran itu, hanya 205 sahaja yang hadir. Mereka yang hadir dijamin akan diterima masuk ke institusi itu, manakala nasib mereka yang tidak hadir tidak pula diketahui selepas ini.

Sempena majlis itu, Datuk Khalid turut menyampaikan sumbangan yang disumbangkan oleh Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) kepada 50 pelajar miskin yang terdiri daripada pelajar-pelajar Melayu, Cina dan India di Hulu Selangor yang menuntut di tingkatan satu hingga empat, berupa kemasukan RM150 sebulan ke akaun pelajar-pelajar terbabit menerusi Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN).

Daripada 50 pelajar terpilih untuk menerima sumbangan tersebut, jumlah besarnya terdiri daripada pelajar-pelajar kaum India.

Pilihanraya kecil (PRK) Parlimen Hulu Selangor yang akan diadakan 25 April ini menyaksikan pertandingan dua penjuru antara calon PKR, Datuk Zaid Ibrahim dan calon BN dari MIC, P Kamalanathan.

Mengikut bancian yang dilakukan oleh pakar-pakar strategi PKR dan BN sehingga ke hari ini, Zaid mendapat sokongan yang jauh lebih besar berbanding Kamalanathan terutama daripada kaum Cina dan India.

Oleh itu, pemilihan terhadap pelajar dari kaum India yang jauh lebih besar berbanding kaum lain untuk menerima sumbangan itu turut dilihat sebagai salah satu unsur kempen oleh pihak BN untuk meraih undi kaum undi terhadap calon BN.

Lebih jauh dari itu, jumlah pelajar miskin di Hulu Selangor jauh lebih besar jumlahnya berbanding jumlah yang dipilih untuk menerima sumbangan itu. Kemiskinan di Hulu Selangor pula bukan hanya di kalangan kaum India, tetapi juga di kalangan orang Melayu.

Jadi pemilihan ke atas kaum India yang jauh lebih besar jumlahnya berbanding orang Melayu untuk menerima sumbangan itu turut menjadi tanda tanya di kalangan orang ramai, lebih-lebih lagi ia disampaikan ketika kempen pilihanraya.

PRK Hulu Selangor : 5 ahli AMK ditahan, polis guna akta bahan letupan..kerana turunkan poster lucah dan jahat....!!!

Oleh Syed Mu’az Syed Putra
HULU SELANGOR, 22 April — Angkatan Muda Keadilan (AMK) menyelar tindakan polis kerana menahan lima ahli sayap Pemuda Parti Keadilan Rakyat itu atas alasan tidak masuk akal iaitu membawa senjata bahaya dan bahan letupan.
Timbalan Ketua AMK, Fariz Musa berkata, kesemua ahli AMK termasuk dirinya telah ditangkap kira-kira 7 petang semalam dan kemudian dibawa ke Balai Polis Bukit Sentosa.
“Kami ditangkap kira-kira pukul 7 petang semalam oleh sekumpulan pihak polis dan menyelongkar kenderaan yang kami naiki sebelum dibawa ke Balai Polis Bukit Sentosa.
“Di sana setelah diambil keterangan kami turut digari dan diletakkan dalam lokap untuk satu malam,” katanya.
Pukul 10 pagi ini mereka dibawa ke Mahkamah Majistret Kuala Kubu Baru.
“Kami terkejut apabila mengetahui bahawa kami dicaj di bawah Seksyen 426 Kanun Keseksaan iaitu membawa senjata merbahaya dan bahan letupan,” katanya pada sidang media di Kuala Kubu Baru, petang tadi.
Beliau berkata, senjata merbahaya yang dibawa oleh mereka hanya pisau lipat berharga 20 sen untuk memotong poster-poster Barisan Nasional (BN) dan pihak tertentu yang berunsur provokatif dan fitnah yang turut digunakan oleh murid-murid tadika.
“Saya nak bagitahu senjata itu adalah pisau lipat yang berharga 20 sen yang kami gunakan untuk memotong poster-poster berunsur provokasi dan fitnah.
“Kami berada di Bukit Sentosa untuk mengedarkan risalah kepada pengundi, semasa ingin bergerak balik kami berhenti sekejap untuk memantau poster-poster itu sebelum ditangkap.
“Kami telah menjalankan operasi ini sejak dari pagi lagi untuk memotong poster-poster sedemikian kerana kami dapati masih banyak terdapat di sini yang sepatutnya menjadi tugas SPR,” katanya yang dibebaskan pada pukul 2.50 petang tadi dengan jaminan polis.
Fariz yang juga pengarah jentera pilihan raya AMK berkata, tindakan polis ini seolah-oleh menunjukkan ada campur tangan politik yang mahu melumpuhkan gerakan jentera pilihan raya AMK.
“Semasa kami memohon untuk dibebaskan di Mahkamah Majistret, pihak mahkamah telah menolak permohanan reman dan saya melihat ada unsur malafide (berniat jahat) kerana polis mahu memanjangkan tempoh reman sehingga 25 April ini sedangkan kami telah memberi kerjasama sepenuhnya dengan mereka sepanjang tempoh ditahan.
“Kami lihat ada unsur-unsur campur tangan politik yang berlaku yang mahu memastikan saya terus ditahan bagi memastikan pergerakan jentera pilihan raya AMK yang dikendalikan saya tergendala.
“Sebab itu saya melihat tindakan menahan saya bersama empat ahli AMK yang lain secara jelas tidak mempunyai motif yang sebenarnya,” katanya.
Selain Fariz, empat ahli lain yang ditahan ialah Ahmad Shalizan Safrim, Ahmad Amin Runass, Ahmad Syiha dan Wan Khairun Fazillah.
“Kami akan dihadapkan ke Mahkamah Majistret Kuala Kubu Bharu esok atas tuduhan memiliki senjata berbahaya berupa pisau lipat ketika menurunkan kain rentang bersifat provokasi di Bukit Sentosa.
“Kesemua bahan bukti dan kenderaan yang digunakan mereka semalam masih ditahan oleh pihak polis,” katanya.
Kesemua ahli AMK itu akan diwakili oleh peguam mereka, Saiful Izham Ramli.

PRK Hulu Selangor : Kedua-dua Calon Ligat Turun Padang

Populariti calon P Kamalanathan teruji apabila calon Pakatan Rakyat Zaid Ibrahim turun berkempen bersebelahan markas BN di Ladang Nigel Gardner semalam.
Sebaik sahaja Zaid tiba, kira-kira 100 orang pengundi estet berpusu menemui calon Pakatan Rakyat ini, berbanding beberapa kerat di markas BN yang tidak dapat tidak mencuri pandang kearah bekas Menteri Undang-Undang ini.

Apa yang membezakan Zaid, dari pimpinan BN lain, adalah beliau mahu melihat sendiri kesempitan hidup warga estet Nigel Gardner.
Beliau juga diiring penduduk menemui seorang warga emas yang tenat kerana sakit tua.
Harapan mereka adalah Zaid mampu menterbalikkan sumpahan BN yang membelit mereka dalam kesusahan dan tekanan hidup.
 “Dia cakap, kasi saya orang menang la, panivelu mari, 18 tahun ini estate la, dia cakap bikin rumah kasi saya orang sampai pun tak ada, dia menang pun kalah dia tak ada mari sini tengok”kata Ahchoon, 48
(Penduduk Ladang Nigel Gardner)

Rata-rata penduduk di ladang ini adalah pemotong getah dan buruh kasar berpendapatan kira-kira 500 sebulan.
Bukan simpati yang mereka minta, sebaliknya seorang pemimpin yang benar-benar peduli pada nasib buruh dan orang miskin.
 “PKR sudah 2 tahun, banyak sudah bikin, sekolah punya wang bagi, lagi rumah-rumah susah punya orang, sakit punya orang semua dia pergi tengok, dia kasi hospital punya wang” kata Ganesan A/L Munisamy, 54
(Penduduk Ladang Nigel Gardner)

Seusai pertemuan ini, Zaid mengimbau kembali zaman susahnya ketika di kampung.
Beliau memahami bagaimana sukarnya hidup kais pagi makan pagi, dan kepada TVSelangor, Zaid membulatkan tekad  mengangkat keluhan warga ladang dan rakyat termiskin seluruhnya.
 “Bantuan satunya, bantuan bentuk yang segera, tapi selepas saya jadi wakil rakyat la ya, dia kebanyakan keluarga-keluarga yang terlalu miskin ni mcam dia tadi, dapat 90 ringgit daripada kebajikan masyarakat misalnya, dia tak ada kerja, keluarga ramai, tak boleh kerja, jadi orang-orang macam ni kalau saya di kota bahru dulu saya ada satu yayasan nama yayasan orang kurang upaya, melalui yayasan tu la saya tambah la sikit, peruntukan, kalau dia dapat 90 ringgit saya tambah lagi sikit” kata Datuk Zaid Ibrahim
(Calon PKR)

Pua: Harga kereta perisai melebihi harga pasaran


Ahli parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua mendakwa kerajaan bercadang membeli 257 kereta perisai 8X8 (APC) jauh melebihi harga pasaran.

Menurut Pua, kerajaan akan membelanjakan RM31.1 juta bagi setiap kereta perisai itu meskipun terdapat model yang jauh lebih murah dan canggih di pasaran.

"Malah, model terbaik dalam kelas kereta perisai .. M1 Abrams M1A2... boleh didapati kurang daripada RM 20 juta," katanya.

Pua mengulas laporan Kementerian Pertahanan yang telah memeterai surat pernyataan hasrat bernilai RM8 billion dengan Deftech Sdn Bhd, bagi membeli APC berkenaan semasa pameran Defence Service Asia (DSA) 2010 di Kuala Lumpur pada Selasa lalu.

Deftech adalah anak syarikat milik penuh DRB Hicom, sebuah syarikat yang mempunyai kaitan dengan kerajaan (GLC).

PRK Hulu Selangor : Bendera PKR Sudah Berkibar Di Kampung Kerandang

KALAU dua hari lalu tiada kibaran bendara atau poster calon PKR di tampal di kampung Keradang, Sungai Tegi, Hulu Berenam hari ini susananya sudah berubah.
Walaupun poster BN kelihatan bertambah dari sebelum tetapi ia sudah mulai ditindih oleh poster wajah Presdien PKR, Dr Wan Azizah Wan Ismail, Anwar Ibrahim dan Zaid Ibrahim.

Balai raya yang sebelum ini terbiar sepi kini diwarnai dengan poster calon PKR. Keadaan balai raya itu juga dikemas dan kelihatan berseri-seri.
Kertas atau risalah yang memburukkan kerajaan Selangor dan PKR yang diselit di papan tanda balai raya berkenaan dua hari lepas sudah tidak ada lagi.

Balai raya itu dihias dalam sekelip matanya. Semuanya kerana untuk meraikan kehadiran calon PKR, Zaid Ibrahim dan rombongan kempennya.
Zaid mencuri peluang untuk melawat ke kampung itu
apabila diberi tahu penduduk kampung berkenaan menghadapi masalah dengan tanah mereka.

Jadi untuk meninjau sendiri apakah masalahnya Zaid sanggup datang ke kampung berkenaan.
Kedatangan itu tentulah mengembirakan dua pihak; penduduk berkenaan dan juga Zaid. Kehadiran sebahagian daripada penduduk kampung berkenaan membolehkan Zaid mendengar masalah mereka panjang lebar.

Lebih bererti lagi kepada penduduk kampung peneroka haram itu, apabila Dr Wan Azizah Ismail turut sama mengunjunginya. Walaupun sudah tersesat jalan untuk memasuki ke kampung berkenaan tetapi presiden PKR itu tidak berputus asa untuk mencarinya semata-mata kerana ingin mendengar rintihan penduduk berkenaan dan mengiringi Zaid menemui orang ramai.

Lebih 300 penduduk kampung berkenaan menghadapi masalah tanah yang mereka terokai sejak 20 tahun lalu belum mendapat geran. Status tanah itu masih sebagai tanah TOL. Mereka Permohonan mendapatkan geran telah dibuat di zaman kerajaan BN lagi. Bagaimana pun ia ditolak akhir tahun lepas.

Setiap seorang memilik dua ekar di mana keluasan seluruh kampung itu 1,500 ekar.
Zaid ketika diraikan oleh kira-kira lebih 50 orang penduduk berkenaan yang hadir menjelaskan beliau akan membawa masalah itu ke tengah. Katanya, "saya datang ke sini bukan untuk memancing undi tetapi melihat dari dekat masalah penduduk di sini.

"InsyAllah saya akan cuba membawanya supaya masalah ini dapat diselesaikan sebaik mungkin," katanya. Beliau juga terkilan dengan kerenah kerajaan yang sukar untuk meluluskan tanah kepada rakyat.

Katanya, sepatutnya kerajaan tidak mengambil masa lama untuk melulusakan tanah untuk rakyat, apa lagi keluasannya hanya dua ekar saja.

Jaminan Zaid itu melegakan kira-kira penduduk yang hadir. Setidak-tidaknya mereka merasakan keluh kesal mereka didengar dan dipedulikan. Zaid juga berjanji kepeduliannya kepada nasib penduduk itu bukan bergantung kepada keputusan pilihan raya 25 April ini. Katanya apa yang penting rakyat diberi pembelaan dan keadilan sewajarnya.

Campurtangan politik: Penerbit ntv7 letak jawatan


Penerbit kanan ntv7 Joshua Wong mendakwa terdapat campur tangan melampau daripada pihak kerajaan dan juga penapisan yang keterlaluan.

Wong (kiri), yang menerbitkan rancangan popular bahasa Mandarin 'Editor's Time', berkata 'larangan yang tidak munasabah' dikenakan ke atas rancangannya yang sering-kali membincangkan isu sosio politik di negara ini.

“Pihak pengurusan tertinggi ntv7 bersikap tidak munasabah. Kebebasan disekat dan mereka yang engkar akan dihukum sehingga menjejaskan sikap profesionalisme kakitangan,” katanya pada sidang media di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor, hari ini.

Wong berkata masalah bermula daripada aduan SMS yang dihantar oleh seorang pengadu ke Jabatan Perdana Menteri kepada ketuanya selepas episod pertama ranvcngan itu ke udara.

Episod itu adalah forum membabitkan pemimpin BN dan Pakatan Rakyat dengan dua penganalisis politik berhubung pencapaian kedua-dua gabungan itu sejak pilihan raya umum 2008.

Pengadu berkenaan mendakwa rancangan itu menghina polisi kerajaan BN dan perbincangan politik menjadi sesuatu yang “membahayakan”.

Wong juga mendakwa SMS itu berbaur perkauman dan ia memberi amaran bahawa masyarakat Cina “semakin biadap” dan “Melayu perlu berperang”.

Wong, yang telah menjadi wartawan lebih 16 tahun juga mendakwa SMS pengadu itu dihantar kepada isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor kepada ketuannya.

Sehubungan itu, pengurusan tertinggi ntv7 menuntut Wong dan juga pengacara program berkenaan Lee Siad Huey untuk memberi penjelasan.

Sejak aduan itu, Wong berkata cadangannya selaku penerbit untuk membawa MP DAP, Tony Pua ke rancangan itu juga ditolak.

Malah, mereka diberi amaran bahawa rancangan itu akan ditamatkan, jika arahan tiidak dipatuhi.

Selain itu, Wong berkata cadangan bagi memaparkan perjalanan kempen pilihan raya kecil parlimen Hulu Selangor juga tidak mendapat restu.

“Akhirnya, semua perbincangan politik diarah dihentikan. Selain itu, kami dilarang menjemput tokoh pembangkang sebagai tetamu,” katanya.

Wong berkata lebih mendukacitakan bahawa ketua-ketuanya gagal mempertahankannya atau menyiasat aduan itu atau juga membuat laporan polis mengenai SMS itu yang mempunyai unsur-unsur hasutan.

PRK Hulu Selangor : Jentera BN penuh penyangak!

Penyangak-penyangak kempen Hulu Selangor
oleh - Suflan Shamsuddin (MalaysianInsider)
22APRIL — Di beberapa bahagian kawasan Hulu Selangor, jelas kelihatan lebih banyak poster gambar Datuk Zaid Ibrahim yang di tukarkan supaya kelihatan seolah-olah beliau meminum arak, daripada gambar Presiden mahupun calun BN untuk kawasan itu.

Di kawasan-kawasan di mana kebanyakan penduduk terdiri daripada orang-orang Melayu, asas kempen BN adalah untuk memfitnahkan Zaid dengan cara membesar-besarkan isu yang beliau pernah meminum arak dan mempunyai saham dalam beberapa kuda lumba.

Di sebaliknya, kempen Zaid berlandaskan kepada keperluan perubahan, baik di kawasan tersebut ataupun di negara amnya. Beliau memang tidak dapat membawa hadiah-hadiah daripada kerajaan Persekutuan, tetapi beliau menjanjikan satu perhubungan yang lebih erat dengan Kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Selangor.

Yang paling mustahak, kempen beliau berteraskan menuntut keadilan, ketulusan dan akauntibiliti dalam urusan kerajaan. Dan tidak ada sesiapapun yang meragui kejituan sifat dan prinsip beliau di dalam aspek ini.

Fikirkanlah sekiranya Zaid kalah, dan analisa menunjukkan yang orang Melayu memilih calun BN. Sudah tentunya kesimpulan yang akan timbul ialah orang Melayu sanggup menolak seorang calun pemimin Melayu/Islam yang berkaliber di taraf negara, yang memegang prinsip dan moral yang lurus dan luhur, dan yang mungkin dapat membawa kepada pembaharuan yang positif untuk negara; dan sebaliknya memilih calun di mana janji kempen yang dibuat bergantung kepada kuasa naungan di dalam Umno/BN, dan tidak langsung ada kena mengena dengan mempromosikan demokrasi ataupun keadilan, ataupun melawan korupsi atau penyalahgunaan kuasa.

Kenapa? Oleh sebab Zaid adalah orang Islam dan beliau telah mengakui (tidak seperti ramai pemimpin Umno) yang beliau melakukan beberapa perkara yang telah beliau dituduh lakukan.

Ini akan jelas menunjukkan kesongsangan nilai pengundi-pengundi Melayu/Islam disebabkan kempen penyangak-penyangak yang secara diam-diam disokong oleh mereka-mereka yang berkuasa. Ini membuktikan bagaimana satu dosa yang secara relatifnya kecil dalam Islam dapat dijadikan faktor perhitungan yang paling besar sehinggakan jihad murni untuk meruntuhkan sistem kepimpinan yang korup, penuh dengan pencurian, nepotisma dan penyalahgunaan kuasa ditenggelamkan, mungkin seperti yang dikehendakki oleh mereka-mereka yang berkuasa.

Keputusan sebegini begitu jiji pada orang Islam/Melayu yang berakidah. Ini akan mengesahkan kepada orang-orang bukan Islam, iaitu kaum kita (yakni orang Melayu Islam) tidak berdaya melihat di luar daripada prejudis sempit kita, dan mencapai cita-cita imperatif keadilan sosial Islam yang lebih penting seperti yang dituntut oleh agama.

Tetapi bukan itu sahaja. Perkara ini akan juga menjadi tamparan hebat kepada calun BN itu sendiri. Di sebabkan kegiatan penyangak-penyangak tersebut, beliau tidak akan dapat memperakui kejayaan kempen beliau berasaskan kepada satu pertarungan yang bersih berasaskan isu-isu yang benar-benar mustahak kepada pengundi. Dan jikalau beliau menang, kredibiliti mandat beliau akan terus dihantui dengan berbagai tandatanya.

Semua ini mungkin berlaku, oleh sebab penyangak-penyangak ini diberikan peluang untuk memainkan peranan dalam proses demokrasi. Penyangak-penyangak ini memalukan dan mengeji kebijaksanaan dan kematangan orang-orang Melayu, memalukan dan memusanahkan kredibiliti calun BN, dan merampok sistem demokrasi negara Malaysia.

Saya harap pengundi-pengundi di Hulu Selangor, terutamanya pengundi-pengundi Melayu, akan dapat melihat penipuan penyangak-penyangak ini, dan membezakan apa yang racun dan apa dia yang sebenarnya penawar.

Saya harap orang-orang Melayu akan menyedari betapa mustahaknya kita ajar secukup-cukup sipenyangak penyangak ini supaya jangan berani memalukan kaum kita lagi dengan cuba menyongsangkan prioriti nilai kita.

Cuma ada satu cara untuk membuktikan kesemuanya ini. Dan caranya adalah supaya kita tentukan kekalahan yang cukup kental kepada kempen penyangak-penyangak tersebut. Itu saja cara untuk mengajar mereka.


PRK Hulu Selangor : Bapak Munafik nak turun!!!


Kalau dah berjanji.. tapi mungkiri apa nama dia??
Bukan Munafik? haaaa!! ni bapak munafik turun malam nih!!
Sib baik teman kat Hulu Bernam!! iDak mau gak turun dengor ceramah BN nihh!!
sunsnake 22042010

Dr M mungkir janji, berkempen di Hulu S'gor
Apr 22, 10 2:23pm
Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan beberapa pemimpin veteran lain dijangka akan memanaskan lagi kempen pilihan raya Hulu Selangor yang berakhir tiga hari lagi.
Mahathir pada 16 April lalu, selepas menyampaikan ucaptama ulang tahun ke-44 konvensyen Mara di Kuala Lumpur berkata beliau tidak mempunyai kepentingan bagi membabitkan dirinya dalam pilihan raya itu. "Saya tidak akan berkempen. Jika ada yang ingin menggunakan nama saya untuk berkempen, itu masalah mereka...Saya tak peduli,” katanya. Namun hari ini, beliau mengubah pendirian dan akan menyampaikan sebuah ucapan di Serendah pada jam 8 malam. Ini adalah kempen pertamanya sejak pilihan raya kecil di Bukit Gantang dan Bukit Selambau. Pada kedua-dua pilihan raya itu BN tewas. Mahathir adalah bekas perdana menteri pertama yang menyertai kempen pilihan raya BN. Sebelum ini, Tunku Abdul Rahman pernah berkempen untuk parti Semangat 46 pada sekitar 1990.
Pada pilihan raya Ahad ini, calon BN P Kamalanathan akan berdepan dengan calon PKR, Datuk Zaid Ibrahim.

Kapal selam: Najib disuruh bercuti


Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak perlu mempertimbangkan cadangan supaya beliau bercuti bagi membolehkan siasatan perhubung pembelian kontroversial kapal selam Scorpene oleh kerajaan Malaysia dapat dijalankan.

Ahli parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar berkata selain itu, kerajaan juga harus menubuhkan Suruhanjaya Diraja bagi menyiasat pembelian kapal selam dari Perancis itu.

"Perdana Menteri perlu bercuti sehingga kedua-dua siasatan itu lengkap agar ia dapat dijalankan tanpa halangan,” kata naib presiden PAS itu ketika lawatannya ke pameran dan sidang Defence Services Asia 2010 di Kuala Lumpur.

Tahun lalu, Suaram meminta tiga peguam hak asasi Perancis untuk menyiasat pembelian kapal selam Scorpene antara kerajaan Malaysian dengan Amaris, sebuah anak syarikat firma pertahanan Perancis, DCNS.

Dua hakim dengan Jabatan Pendakwaan Paris juga sedang menyiasat kemungkinan ada unsur rasuah dalam pembelian kedua-dua kapal selam kepada Malaysia itu.

PRK Hulu Selangor : Calon BN cium tangan pemimpin Umno, bukti tahu adat resam, budaya Melayu ..ha..ha..tapi ciuman En Kamal terlebih ampu maa...! dah tu cium tangan sendiri,...keh..keh..!!


HULU SELANGOR, 22 April —  Tindakan calon Barisan Nasional (BN) pilihan raya kecil bagi kerusi Parlimen Hulu Selangor P.Kamalanathan yang mencium tangan para pemimpin Umno ketika bersalaman menunjukkan bahawa beliau tahu adat resam, budaya dan budi bahasa masyarakat Melayu. Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata helah pembangkang yang sanggup memutar belitkan fakta tersebut dan mengatakan bahawa tindakan Kamalanathan itu menunjukkan bahawa MIC tunduk kepada Umno, menunjukkan bahawa pembangkang sudah kehabisan modal.
“Tiada bahan, tiada modal lagi ke, perkara yang baik dijadikan tidak baik, sebab itu saya labelkan pembangkang ini raja putar alam,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Kubu Baharu di sini hari ini.
Muhyiddin berkata jika hendak dibandingkan Kamalanathan dengan calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Zaid Ibrahim, Ketua Penerangan MIC itu jauh lebih baik daripada segi budi bahasa.
“Saya tak suruh dia cium tangan saya tetapi beliau berbuat begitu mungkin kerana dia sudah faham, bagi saya calon ini amat merendah diri, tidak meninggi hidung, hormati semua pemimpin.
“Kalau dia beri salam pada pihak lain, bertemu dengan orang lain sama ada cium tangan atau tidak, itu tiada apa, mungkin itu adat Melayu yang biasa. Adat lain mungkin tak biasa, bagi saya itu bukan kerana kehendak kita tetapi menjadi satu kebiasaan yang beliau hormati orang tua,” katanya.
Muhyiddin berkata beliau tidak melihat tindakan itu sebagai melutut dan menunduk kepada Umno kerana ia satu perbuatan merendah diri yang diamalkan oleh calon yang mempunyai nilai-nilai yang harus dihargai.
“Saya tidak langsung melihat itu sebagai satu perbuatan sampai tunduk dan melutut, macam sesetengah pembangkang kata begitu. Mungkin pembangkang tidak tahu bahasa atau kurang bahasa, jadi bila seseorang sudah ada bahasa begitu dia kata ini sebagai luar biasa.
“Di Malaysia perkara ini tidak luar biasa, saya lihat kadang-kadang orang Cina yang jumpa Perdana Menteri di Seri Perdana waktu Hari Raya salam dan mahu cium kadang-kadang mahu peluk pun ada, jadi apa benda yang hendak diguna sebagai isu,” katanya.
Muhyiddin berkata pembangkang kini pun sukar menepis dakwaan-dakwaan moral calon mereka iaitu Zaid yang tersebar luas menerusi media dan blog-blog.
“Di peringkat awal-awal lagi Zaid sudah berhadapan dengan tamparan hebat, sehingga kini tiada satu pihak di kalangan pemimpin mereka yang menolak kenyataan yang dikeluarkan media, penulis blog, dia tiada cara hendak tolak,” katanya. — Bernama

PRK Hulu Selangor : Berita gembira buat generasi kedua Felda Sungai Buaya

HULU SELANGOR, 22 April: Kerajaan Pakatan Rakyat negeri Selangor bakal mengumumkan berita gembira kepada warga peneroka khususnya generasi kedua Felda Sungai Buaya berhubung isu kediaman mereka.
Pengumuman itu dijangka dibuat Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim pada 24 April ini sempena Himpunan Generasi Felda Peringkat Kebangsaan kali kedua di Felda Sungai Tengi.
Program tersebut adalah anjuran Persatuan Anak-Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak) dengan kerjasama Kerajaan Negeri Selangor.
Pengerusi Anak, Mazlan Aliman (gambar) berkata, hasil pertemuan dengan menteri besar, kerajaan Pakatan Rakyat Selangor telah memberi respons positif dan akan mempercepat proses mengukur kawasan kediaman generasi kedua.
"Kita akan dengar Menteri Besar (Tan Sri Khalid Ibrahim) buat pengumuman menggembirakan tentang perumahan ini.
"Tidak syak lagi Selangor akan menjadi negeri pertama membuat perubahan ini,” katanya ketika ditemui di tapak himpunan tersebut semalam.
Isu kediaman generasi kedua Felda adalah antara isu besar yang sedang diperjuang peneroka sejak lama dahulu.
Dengan pengumuman yang akan dibuat itu katanya, nasib generasi kedua Felda akan lebih terbela dengan mempunyai kediaman sendiri.
"Kami dah jumpa menteri, menteri besar bersilih ganti, namun tiada perubahan.
"Namun sejak dua tahun Pakatan Rakyat perintah Selangor, kita lihat jauh lebih baik berbanding kerajaan BN," tambahnya lagi.
Bidang kuasa tanah pula, katanya adalah di bawah kerajaan negeri, dan kerajaan Selangor juga sedang mengkaji status tanah di Sungai Tengi Selatan supaya diambil semula dari Felda Plantation dan diberikan kepada peserta supaya peneroka mendapat 10 ekar tanah dan kediaman mereka.
Sehubungan itu jelasnya, Pilihan raya Kecil Parlimen Hulu Selangor adalah permulaan untuk warga Felda menuntut perubahan.
"Kalau kerajaan negeri Pakatan Rakyat boleh buat, kenapa Umno BN tak boleh buat? Sebab itu kena undi Datuk Zaid Ibrahim.
"Kalau tak mula di Hulu Selangor, saya tidak nampak segala kejahatan dan kezaliman Umno/BN boleh ditamatkan," katanya.
Dalam pada itu Himpunan Generasi Felda Peringkat Kebangsaan kali kedua akan bermula 23 (esok) dan berakhir 24 April ini.
Pelbagai program dan acara disediakan antaranya sukaneka, persembahan pentas, acara padang dan gerai-gerai pameran.
Manakala pada hari terakhir pula, himpunan tersebut akan dirasmikan Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim merangkap Penasihat Ekonomi negeri Selangor, sebelum pengumuman oleh Menteri Besar.
Pada malamnya pula, pemimpin Pakatan Rakyat akan menyampaikan pidato dan ceramah termasuk Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz dan calon Pakatan Rakyat, Datuk Zaid Ibrahim.

PRK Hulu Selangor : BN layan Orang Asli sampai mabuk

HULU SELANGOR, 22 April: Sekumpulan pemimpin Orang Asli tengah hari tadi tampil mempersoalkan jentera Umno/BN melambakkan aktiviti hiburan pada setiap malam demi melalaikan Orang Asli terhadap realiti hidup masing-masing di tanah air.
"Dia (BN) guna hiburan dari pukul 8 malam hingga jam 11 malam, selepas itu dia (BN) bagi duit, layan Orang Asli sampai mabuk-mabuk, kami (sukarelawan) susah nak kawal," ujar Uday Kadir, 45.
Beliau turut mempertikaikan penyalahgunaan aset kerajaan untuk kempen politik BN termasuk peranan tidak langsung Jabatan Hal Ehwal Khas Orang Asli (JHEOA) yang membenarkan kenderaan rasmi kerajaan digunakan oleh jentera Umno/BN sejak kelmarin.
"Orang BN guna jentera dan kenderaan JHEOA untuk kempen ke atas Orang Asli," jelasnya di Pusat Informasi Media, Kuala Kubu Baru.
Menurut beliau, JHEOA tidak perlu berpura-pura tidak tahu dengan pendedahan yang dibuatnya.
Ini kerana, beliau bersama sukarelawan Orang Asal dari Temerloh berkata, pasukan sukarelawan menyedari bahawa kenderaan yang dipakai oleh para jentera BN untuk masuk ke kampung-kampung Orang Asli adalah kenderaan rasmi JHEOA, milik kerajaan.
"Kami kenallah dengan pelekat BN (yang) dilekat atas logo JHEOA (pada kenderaan JHEOA)," ujarnya.
Berkongsi pengalaman dengan wartawan, beliau pernah melihat seorang wakil rakyat BN cuba membeli undi daripada Orang Asal dari Kampung Gerachi Jaya.
"Di Kampung Gerachi, ada YB dari Pekan datang, saya tak tahu siapa dia (tapi) dia minta semua Orang Asli sokong BN kalau nak duit banyak."
Menurut Nurul Jazelin, 52, sukarelawati Orang Asal dari Rompin pula mempersoalkan kempen BN menggunakan duit ke atas juvana Orang Asal.
"Anak-anak Orang Asal di Hulu Selangor diajar dengan duit, bila kami turun berkempen, anak-anak Orang Asal berjumpa kami dan minta duit saja," ujarnya.
Akibatnya, menurut beliau, mengakibatkan Orang Asal tidak lagi berpegangan hidup seperti sebelum berlangsungnya pilihan raya kali ini.
"JHEOA menggunakan kanak-kanak Orang Asal ini dengan mengajar mereka tentang duit-duit sahaja sehingga mereka tidak seperti dulu,” katanya.
Melihat penyalahgunaan kuasa oleh pegawai-pegawai kanan JHEOA di sini, Ramli Rugam, 28, pula dalam nada menyindir menganggap JHEOA seakan menjadi parti komponen baru dalam BN.
"Saya dapati di sini sudah ada parti baru, JHEOA di Serendah," ujarnya.
Menurut beliau, dakwaan tersebut bukanlah dibuat atas pertimbangan politik.
Sebaliknya, beliau sendiri mempunyai pengalaman yang tersendiri melihat bagaimana seorang pegawai JHEOA berkempen mewakili Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di Kampung Serendang, Ulu Mlaka, di sini.
"Seorang (pegawai) JHEOA bermain teka teki siapa Perdana Menteri Malaysia (dan) seorang anak Orang Asal beri jawapan betul, Najib jentera BN beri RM10," beliau menambah.
Tuntas dari itu, beliau menganggap layanan JHEOA dan BN sendiri seolah-olah menghina maruah keturunannya tanah air.
Disebabkan kempen kesedaran yang dilakukan oleh para sukarelawan Orang Asli Pahang di Hulu Selangor, seorang Tok Batin Perat, 52, merupakan antara pemimpin Orang Asli tempatan yang tampil mempertahankan hak serta warisan Orang Asli di Hulu Selangor.
Dalam kenyataan media yang sama, beliau berkata, beliau sedia dipecat kerana mempertikai JHEOA.
"Raya rela dipecat oleh JHEOA sebagai Batin di sini (Hulu Selangor) kerana mahu pertahan tanah Orang Asal," jelasnya.
Tidak cukup dengan itu, beliau turut mempertikai janji-janji manis segelintir pemimpin BN dalam menyelesaikan isu tanah asal mereka masing-masing.
"(BN) cakap tentang pembangunan padahal bohong belaka, buktikan pada Orang Asal di sini, rizabkan tanah-tanah Orang Asal.
"Saya lihat JHEOA dah jadi BN, nak tekan Orang Asal, tanah asal kerana Orang Asal mahu tinggalkan BN," jelasnya.
Ekoran itu, beliau mencabar BN supaya menyediakan peluang yang lebih realistik kepada Orang Asal sekiranya jujur mahu membantu Orang Asal di Hulu Selangor.
"Kalau betul (BN) nak tolong Orang Asal, buat tanaman Felcra, bagi Orang Asal uruskan ladang. Jangan bagi rasuah, jangan bagi rosak Orang Asli,” ujarnya.
Dalam pada itu, beliau turut mengulas tentang komitmen calon Pakatan Rakyat dalam menyelesaikan masalah malar segar Orang Asal di Hulu Selangor.
“Sesiapa pun memerintah, yang penting rizabkan tanah Orang Asal. Kalau Zaid Ibrahim yang berjuang rizabkan tanah Orang Asal, maka Orang Asal sokong mereka yang rizabkan,” katanya.
Sebelum pada itu, Koordinator Bilik Gerakan Khas Orang Asli, Elizabeth Wong mempertikai inisiatif Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) kerana membenarkan pihak Polis membuka pondok jaga di kampung-kampung Orang Asli.
Beliau yang juga Exco Kerajaan Negeri berkata, insiatif Polis itu mengakibatkan Orang Asli tidak bebas mendengar kempen-kempen politik sepanjang musim pilihan raya kecil kali ini.
"Sekiranya SPR bermaruah, dia seharusnya keluarkan semua pondok polis dari kampung-kampung Orang Asli. Kalau pondok Polis diletakkan di kampung-kampung Orang Melayu atau Cina, tak ada masalah.
"Tetapi, kalau Polis diletakkan di tempat Orang Asli mereka akan takut," jelasnya.
Tinjauan Harakahdaily mendapati, pilihan raya kali ini menyaksikan BN terpaksa berhadapan dengan pelbagai pertikaian termasuk oleh Orang Asli tempatan.

Hishammuddin Tak Peduli Hak Ibu Tunggal Ditembak Polis

Oleh Sidiqin Omar
KUALA KUBU BAHARU 22 Apr - KEADILAN mendesak kerajaan menyiasat dan menyelesaikan kes berhubung tindakan pihak polis yang menembak secara rambang seorang ibu tunggal, Norizan Salleh dalam satu kejadian Oktober tahun lalu.
Mangsa telah beberapa kali membuat aduan kepada pihak kerajaan termasuk bertemu dengan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein bagi mendapatkan pembelaan berikutan tindakan pihak polis yang hampir meragut nyawanya.
Ketua Penerangan KEADILAN, Latheefa Koya menjelaskan tujuan kehadiran mangsa ke sidang akhbar Pakatan Rakyat pagi semalam adalah untuk menuntut keadilan bagi dirinya dan mendesak supaya tindakan tegas diambil ke atas anggota polis yang terlibat.
Dalam kejadian tersebut, Norizan ditembak sebanyak 5 das dari arah belakang yang menembusi tubuh mangsa.
Mangsa yang dalam keadaan lemah kemudiannya ditendang dan dipijak sehingga menyebabkan dua tulang rusuknya patah.
"Kita berasa hairan, bagaimana kes serius seperti ini boleh diabaikan. Dan mengapa pihak polis dibenarkan untuk menggunakan senjata api dengan sewenang-wenangnya," tanya Latheefa.
Peguam yang mewakili mangsa, N Surendran mambangkitkan persoalan mengenai tempoh yang terlalu lama diambil oleh kerajaan untuk menangani kes ini walaupun telah diadukan kepada Suruhanjaya Hak Asasi Manusia, KDN dan juga Parlimen Malaysia.
"Kami juga kesal dengan sikap Menteri Dalam Negeri yang berjanji untuk menyelesaikan perkara tersebut, namun tindakan sebaliknya yang beliau lakukan dengan mendakwa mangsa terlibat dalam jenayah yang tidak dia lakukan", kata Surendran.
Latheefa menyeru kepada pihak media untuk membangkitkan perkara ini kerana kes tersebut merupakan gambaran kepada banyak kejadian yang melibatkan kecuaian anggota polis yang boleh memudaratkan keselamatan orang awam.

BN Kalah Dengan Hujah Kukuh PR Tapi Tetap Mahu Gantung Anwar

Oleh Rusnizam Mahat & Norasikin Samsi
KUALA LUMPUR 22 Apr - Semua Ahli Parlimen Pakatan Rakyat keluar Dewan beramai-ramai bagi membantah usul untuk menghadapkan Ketua Pembangkang ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan berhubung kenyataannya mengaitkan hubungan 1Malaysia dengan konsep One Israel.
Usul itu diluluskan selepas didebatkan lapan Ahli Parlimen daripada Pakatan Rakyat dan Barisan Nasional.
Keputusan mengheret Anwar diputuskan dalam sidang selepas waktu makan tengahari dan ketika Dewan dipengerusikan oleh Timbalan Speaker, Datuk Ronald Kiandee yang mengambilalih tugas Speaker, Tan Sri Pandikar Amin Mulia di sebelah pagi.
Sepanjang perbahasan, Ahli Parlimen Pakatan Rakyat bangun membantah usul berkenaan kerana bertentangan dengan Peraturan mesyuarat 36(12) di mana Menteri tidak boleh meminta Jawatankuasa hak dan Kebebasan membuat keputusan dan menjatuhkan hukuman terhadap Anwar.
Menteri Jabatan Perdana menteri, Datuk Seri Nazri Aziz yang bertanggungjawab mengemukakan usul itu enggan menarik balik usul berkenaan meskipun didesak Ahli Parlimen Gombak, Azmin Ali.
Tindakan itu menyebabkan Ahli Parlimen Pakatan Rakyat membuat keputusan keluar Dewan semasa undi dikira.
Dalam sidang media yang diadakan di lobi parlimen, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan tindakan tersebut dibuat kerana usul yang dikemukakan sebagai 'cacat'.  
"Oleh kerana menteri enggan membuat apa-apa pindaan, tarik balik atau bentang semula kita (Pakatan) tak ada pilihan kerana kalau kita undi ini maknanya kita sahkan usul ini dan bermakna kita menyertai perbahasan yang menyebut secara khusus Permatang Pauh bersalah," katanya.
Sambil merujuk kepada kes Ahli Parlimen Bukit Gelugur Karpal Singh pada 2004, Anwar mendakwa Menteri dan juga pihak Parlimen bersikap berpilih dalam menentukan usul yang dibentangkan.  
Menurut Anwar, dalam kes itu usul yang dikemukakan dalam Dewan memberikan hak kepada jawatankuasa khas parlimen membuat penentuan tetapi tidak menyarankan jawatankuasa itu menjatuhkan hukuman sepertimana dalam kes beliau.
"Jadi bukan jawatankuasa ini nak tentukan salah atau tidak, Ini yang dipertikaikan berulang-kali oleh ahli-ahli Yang Berhormat tadi," ujar beliau lagi.
Anwar juga memberi contoh dalam kes Ahli Parlimen Puchong, Gobind Singh Deo dan Batu Gajah.
"Kita perhatikan bagaimana kerajaan Umno memaksa satu usul yang bertentangan dengan peraturan mesyuarat iaitu usul yang dibawa Menteri ia mesti terikat dengan peraturan iaitu merujuk kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan untuk menentukan salah atau tidak. Dan keduanya dengan mencadangkan hukuman setimpal kepada Dewan sekiranya ia didapati bersalah kepada Dewan.
"Bagi kes Permatang Pauh, seperti lazim ia bersifat unik dan 'special'," tambah beliau.
Pada masa yang sama, Anwar mengecam akhbar milik Umno, Utusan Malaysia yang hari ini menyiarkan kenyataan ahli Umno, Ezam Mohd Noor yang menuduh beliau sebagai ejen Israel.
"Mereka mencuba untuk memesongkan. Saya tidak bayar Apco, saya tidak menggunakan kumpulan lobi Israel untuk melindungi Umno. Saya tidak ada isu dengan Yahudi. Khairy berkata tentang hubungan peribadi saya dengan kawan Yahudi. Ya, saya kawan mereka. Saya mengaku ya. Tetapi di sini kamu bekerja dengan Zionis dan berhubungan serta berkompromi dengan isu keselamatan.
"Kami tidak kata orang ini semasa ini bekerja dengan Shin Bet, tetapi kami memberi bukti individu yang mengetuai Shin Bet sebelum kini mengetuai Apco dan mempunyai hubungan samada langsung atau tidak langsung dengan negara," ujarnya.
Sementara itu Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang berkata, Nazri gagal menjawab semua persolan yang dibangkitkan Ahli Parlimen Pakatan Rakyat berhubung usul mengheret Anwar ke jawatankuasa tersebut.
"Jelas Menteri (Nazri) gagal untuk menjawab kebanyakan persoalan dan sebab usul mahu dilakukan. Menteri sendiri tidak yakin tentang usul tersebut. Mereka kalah kepada hujah kami," ujar Kit Siang.

PRK Hulu Selangor : Fariz, Empat Anggota Skuad AMK Dibebaskan Hari Ini

Oleh Sidiqin Omar
KUALA KUBU BHARU 22 Apr - Timbalan Ketua Angkatan Muda KEADILAN, Fariz Musa telah ditahan di lokap Balai Polis Bukit Sentosa bersama 4 orang anggota Skuad AMK dijangka dibebaskan atas jaminan polis lewat hari ini.
Mereka di bawa kembali ke Balai Polis Bukit Sentosa setelah dihadapkan ke Mahkamah Majistret Kuala Kubu Baru pagi tadi atas dakwaan menurunkan kain rentang Barisan Nasional yang bersifat provokatif.
Mereka di dakwa di bawah Seksyen 47 Kanun Keseksaan dan Seksyen 6(1) dan Seksyen 8 Akta Senjata dan Bahan Letupan.
Fariz serta anggota Skuad AMK ditahan di Restoran 1Malaysia di Bukit Sentosa ketika mereka berhenti rehat  kira-kira pukul 7.30 petang semalam.
Mereka kemudiannya direman semalaman di Balai Polis Bukit Sentosa sebelum dihadapakan ke mahkamah pagi tadi.
Menurut Ketua Srikandi Malaysia, Siti Aishah Sheikh Ismail membayangkan alasan penahanan tersebut berkaitan dengan tindakan AMK dan Srikandi Malaysia yang menurunkan papan iklan dan kain rentang yang dilakukan pagi semalam disekira pekan Kuala Kubu Baharu.
"Ironinya, mengapa polis tidak menahan pihak yang melakukan provokasi?
"Kami telah membuat laporan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya dan membawa pegawai polis ke lokasi berkenaan.
"Bahkan kami telah memberikan nombor plat kenderaan yang membawa dan memasang papan iklan dan kain rentang yang bersifat provokasi tersebut. Namun sehingga kini tiada sebarang tindakan yang dilakukan", kata Siti Aishah.
Siti Aishah menegaskan AMK dan Srikandi bertanggungjawab penuh atas tindakan tersebut.
"Namun pihak SPR dan polis juga patut dipersalahkan di atas kegagalan tindakan mereka yang menyebabkan kami terpaksa mengambil tindakan bersendirian," ujarnya.

Anwar: Kamu Boleh Hukum Saya, Tetapi Kamu Tidak Boleh Lari Dari Fakta

Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini membidas pemerintah kerana mempertahankan kerjasama Umno-APCO, yang mempunyai pertalian jelas dengan unsur-unsur Zionis.
Anwar berkata tidak pernah dalam sejarah tanahair, Kuala Lumpur berlutut kepada Amerika Syarikat, mengkhianati negara Islam mahupun menaungi unsur-unsur penjajah tanah Palestin, namun ianya berubah dibawah pentadbiran Perdana Menteri Najib Abdul Razak.
"Kamu boleh hukum saya, tetapi kamu tidak boleh lari dari fakta. Jawatankuasa Kira-Kira Awam sendiri pernah membangkitkan kembimbangan terhadap APCO," tegas Anwar di Dewan Rakyat hari ini.
Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini dihadapkan dengan cubaan pemerintah untuk menggantungnnya selepas pemimpin reformasi itu membongkar hubungan Umno dan APCO. Sebelum itu, Ahli Parlimen Kota Belud Rahman Dahlan di Dewan Rakyat hari ini mengesahkan perlantikan APCO adalah perlu untuk mempertahankan kerajaan Umno-BN.
"Jika benar APCO tidak mempunyai pengaruh, bagaimana mungkin dasar luar negara kita bertukar mendadak?" kata Anwar dan menambah, "saya tidak pernah menafikan hubungan saya dengan Amerika Syarikat, tetapi saya bertegas dalam isu Afghanistan."
"Dasar kita terhadap Iran menunjukkan betapa lemahnya kita. Tidak pernah berlaku dalam sejarah negara kita, bahkan Tun Dr Mahathir Mohamad sendiri tidak pernah berganjak dalam soal Afghanistan dan Palestin," katanya.

APCO Dilantik Selamatkan Umno-BN

BN membuat kejutan hari ini apabila salah-seorang ahli Parlimennya akui bahawa mereka terpaksa melantik syarikat berkaitan Zionis ini untuk mengekang Pakatan Rakyat.
Ahli Parlimen Kota Belud Rahman Dahlan di Dewan Rakyat hari ini berkata perlantikan APCO adalah perlu untuk mempertahankan kerajaan Umno-BN.
"Saya mahu katakan bahawa RM77 juta adalah risikonya, jumlah yang diperlukan untuk membaiki masalah yang dicetuskan Pakatan," kata Rahman.
Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini dihadapkan dengan cubaan pemerintah untuk menggantungnnya selepas pemimpin reformasi itu membongkar hubungan Umno dan APCO.

Khairy, BN Enggan Jelas Kerjasama Umno-Apco

Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin dan barisan Kabinet Perdana Menteri Najib Abdul Razak di Dewan Rakyat hari ini gagal menjawab mengapa Umno mahu menjalin hubungan dengan syarikat yang mempunyai pertalian jelas dengan unsur-unsur Zionis.
Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini dihadapkan dengan cubaan pemerintah untuk menggantungnnya selepas pemimpin reformasi itu membongkar hubungan Umno dan APCO.
Pemerintah mengelak dari memperincikan sedalam mana kerjasama Umno-APCO, sebaliknya cuba mengalihkan isu dengan menuduh Anwar bersahabat dengan orang Yahudi.
Khairy di Parlimen sebentar tadi mengangkat satu dokumen mengatakan  Anwar mempunyai hubungan dengan pemimpin Amerika Syarikat, Paul Wolfowitz.
Sebelum itu, Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad membidas Umno kerana gagal membuktikan APCO tidak menasihati Najib dalam urusan 1Malaysia.
Beliau berkata demikian selepas Ahli Parlimen Kota Belud Rahman Dahlan mendedahkan Umno terpaksa meminta bantuan syarikat berkaitan Zionis ini untuk menyelamatkan kerajaan parti itu.
"Saya mahu katakan bahawa RM77 juta adalah risikonya, jumlah yang diperlukan untuk membaiki masalah yang dicetuskan Pakatan," kata Rahman.

PRK Hulu Selangor : JOM BALIK KAMPONG MENGUNDI...1MALAYSIA BOCOR!!!


Penting untuk semua Pengundi Hulu Selangor..Jangan biarkan hak anda dinafikan!!!

Sejak hari pertama pada hari penamaan calon Pengarah Strategik Pilihanraya PKR Fuziah Salleh telah mendedahkan bahawa 14,000 orang pengundi berdaftar telah dipimdahkan tempat pengundi mereka.

Kemungkinan yang dirasakan ialah memang SPR sengaja melakukan perkara ini bagi menimbulkan kekecohan pada hari mengundi nanti.

Setelah pendedahan ini dilakukan SPR dengan selambanya mengatakan bahawa mereka terlupa untuk memaklumkan pada para pengundi dan meminta para pengundi untuk menyemak status tempat pengundian mereka.

Semalam 21hb April satu sidang media bersama antara calon dan YB Fuziah Salleh telah diadakan bagi menerangkan tentang keadaan ini.

YB Fuziah telah membuat dua usul mengenai perkara ini di Parlimen tetapi seperti biasa kedua-dua usul ini telah tidak diterima.

YB Fuziah menyatakan bahawa SPR dalam keadaan 'denial' dan tidak menjawab persoalan ini. SPR seperti yang sering didakwa ialah komponen parti Barisan Nasional tidak bebas dalam menguruskan Pilihanraya.

Maka rayuan dibuat pada para pengundi untuk mengambil tanggungjawab mereka untuk menyemak status tempat mengundi mereka. SPR tidak boleh menafikan hak mereka untuk mengundi dengan mudah.

Dengan itu satu talian hotline telah disediakan khusus untuk pengundi luar menyemak status mereka.
dari blog zorro-unmasked

Ketika menjalankan tugas menyemak status pengundi di Pusat Media, kebanyakan mereka yang datang ialah dari kaum Cina, dan kebanyakan mereka yang menyemak didapati pusat mengundi mereka telah bertukar dari tempat mengundi mereka sejak bertahun-tahun yang lalu.

YB Fuziah juga mendedahkan pendedahan terkini bahwa satu kawasan iaitu Kampong Tanjong telah dibuang oleh SPR dari Parlimen Hulu Selangor dan ditukar ke Parlimen Selayang. Penasehat undang-undang SPR juga tidak dapat memberikan penjelasan mengenai perkara ini.

Kampong Tanjong adalah kawasan yang dimenangi oleh PR dalam pilihanraya umum yang lalu.

"My enemy is BN".....itulah ungkapan YB Fuziah Salleh dalam persoalan dari media bagaimana untuk menangani kerenah SPR yang ternyata tidak adil dan berwibawa.
Sila semak nama anda dalam daftar pemilih berikut:
SEMAKAN DAFTAR PEMILIH PILIHAN RAYA KECIL P094 HULU SELANGOR: http://daftarj.spr.gov.my/prkp094/prayakecil.aspx
Atau
Semak melalui SMS dengan menaip: SPR SEMAKNO IC
Contoh: SPR SEMAK 730119105649
Hantar ke: 15888