Rabu, 21 April 2010

Anwar: Jika Digantung Saya Akan Bongkar Lebih Banyak Rasuah Umno-BN

KUALA KUBU BAHARU 21 Apr - Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak gusar atau bimbang untuk menghadapi Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen esok kerana sekiranya belkiau digantung daripada menghadiri sidang Dewan Rakyat masa yang ada akan digunakan sepenuhnya untuk membongkarkan lebih banyak penyelewengan dan skandal Umno dan Barisan Nasional.
Berucap di hadapan lebih 1,000 penyokong Pakatan Rakyat di kawasan perumahan murah di Jalan Padang tembak di sini semalam, Anwar yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh berkata Umno kini amat takut dengan pendedahan beliau mengenai pembabitan unsur Zionis Yahudi dalam kerajaan melalui firma antarabangsa Apco Worldwide.
"Mereka mahu gantung saya daripada menjadi Ahli Parlimen selama 3 bulan, 6 bulan, setahun saya tak tahu, saya tak peduli dan saya tak takut. Lepas gantung saya lawan mereka lagi. Kalau gantung saya ini akan memberi peluang saya menjelajah seluruh negara dan saya akan bongkar lebih banyak lagi penyelewengan Umno.
"Isu Apco saya dedahkan dalam Parlimen kerana saya mahu selamatkan Malaysia, saya mahu selamatkan negara ini daripada diresapi oleh unsur Zionis Yahudi tetapi Umno memilih untuk menggantung saya," tegas Anwar.
Esok merupakan hari terakhir sidang Penggal Ketiga Parlimen ke-12 setelah bermesyuarat sejak 15 Mac.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz dijangka membentangkan usul menggantung Ketua Pembangkang berhubung pendedahan kaitan 1Malaysia dengan Satu Israel yang diilhamkan oleh Apco.
Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin akan menyokong usul yang di bawa Nazri dan perbahasan akan membabitkan lapan pembahas - masing-masing empat daripada Pakatan Rakyat dan BN.
Pakatan Rakyat dijangka diwakili oleh Ahli Parlimen Gombak, Azmin Ali, Ahli Parlimen Ipoh Timur, Lim Kit Siang, Ahli Parlimen Marang, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar.
Selain Khairy BN akan diwakili oleh  Ahli Parlimen Kota Belud, Datuk Abdul Rahman Dahlan, Ahli Parlimen Pulai, Datuk Nur Jazlan Mohamad dan Ahli Parlimen Labis, Chua Tee Yong.
Pada 18 Mac lalu Anwar mendedahkan di dalam Parlimen mengenai hubungkait rapat antara konsep 1Malaysia yang diwar-warkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan gagasan One Israel, kedua-duanya diilhamkan oleh syarikat perunding imej dan komunikasi Yahudi-Zionis, Apco Worldwide.
Pendedahan itu telah mencetuskan kemarahan umno-BN yang secara lantang menafikan 1Malaysia mempunyai sebarang kaitan dengan One Israel yang menjadi tema pentadbiran bekas Perdana Menteri Israel, Ehud Barak pada 1999.

PRK Hulu Selangor : Come again, Kamal bin Nathan

When contacted, the 44-year-old Barisan Nasional (BN) candidate for the Hulu Selangor by-election explained that he had entered a twining programme with Olympia College in Kuala Lumpur, and was subsequently awarded a degree from Edith Cowan University. “I never said I went overseas,” he told The Malaysian Insider, adding that a scanned copy of his degree from the university would be up on his website, pkamalanathan.com, within 24 hours.


Raja Petra Kamarudin
First of all, the so-called website does not exist


Now let us look at the courses available in Olympia College in Kuala Lumpur (No Bachelor of Mass Communications offered)




Finally, see the Edith Cowan University off-campus courses offered (No Bachelor of Mass Communications offered)
Bachelors Degrees (32)
o Bachelor of Arts
o Bachelor of Arts (Psychology and Addiction Studies)
o Bachelor of Arts (Psychology and Counselling)
o Bachelor of Arts (Psychology)
o Bachelor of Arts (Psychology, Criminology and Justice)
o Bachelor of Business
o Bachelor of Business Bachelor of Arts (Psychology)
o Bachelor of Computer and Network Security
o Bachelor of Computer Science
o Bachelor of Counter Terrorism Security and Intelligence
o Bachelor of Criminology and Justice
o Bachelor of Health Science
o Bachelor of Health Science
o Bachelor of Information Technology
o Bachelor of Laws
o Bachelor of Laws
o Bachelor of Laws Bachelor of Arts
o Bachelor of Laws Bachelor of Business
o Bachelor of Laws Bachelor of Psychological Science
o Bachelor of Laws/Bachelor of Criminology and Justice
o Bachelor of Psychological Science
o Bachelor of Science (Biomedical Science)
o Bachelor of Science (Nursing)
o Bachelor of Science (Psychology)
o Bachelor of Science (Security and Justice Studies)
o Bachelor of Science (Security Management)
o Bachelor of Science (Security Management)
o Bachelor of Science (Security)
o Bachelor of Science (Security)
o Bachelor of Science (Web Technology)
o Bachelor of Social Science
o Bachelor of Social Work

PRK Hulu Selangor : Kamalanathan says indeed a graduate


By Neville Spykerman, The Malaysian Insider KUALA KUBU BARU, April 21 — P. Kamalanathan was forced today to defend his academic qualifications after the Malaysia-Today website claimed that his alma mater, Edith Cowan University, had no records of him ever attending.
According to the website run by fugitive blogger, Raja Petra Kamarudin, Kamalanathan’s CV listed an overseas education at the Edith Cowan University, where he was awarded a degree in Mass Communication, but that the Australian university had no records of him ever going there.
The website then called on Kamalanathan to clarify the matter and prove his academic background.
When contacted, the 44-year-old Barisan Nasional (BN) candidate for the Hulu Selangor by-election explained that he had entered a twining programme with Olympia College in Kuala Lumpur, and was subsequently awarded a degree from Edith Cowan University.
“I never said I went overseas,” he told The Malaysian Insider, adding that a scanned copy of his degree from the university would be up on his website, pkamalanathan.com, within 24 hours.
Aside from claiming to have contacted Edith Cowan, Malaysia-Today also posted screenshots of what appeared to be a search conducted on the university’s alumni site for records of Kamalanathan’s attendance there. Additional screenshots showed that no such records were found.
Kamalanathan was, however, unfazed by news of the images, and said Olympia College would have his records.
“They are the best people to check with and clarify.”

PRK Hulu Selangor : A lie to cover a lie

P. Kamalanathan’s CV says he received an overseas education at the Edith Cowan University and was awarded a Bachelor of Mass Communication. The Australian university, however, has no records of him ever going there.


Raja Petra Kamarudin
The Barisan Nasional (BN) candidate was asked to comment about his over-dependence on Umno leaders to win the by-election race and how he was seemingly willing to sacrifice the community’s struggles by kowtowing to his Muslim leaders.
This, Kamalanathan was told, was illustrated once when he kissed the hand of Deputy Prime Minister Tan Sri Muhyiddin Yassin and when he promised to deliver Hulu Selangor as a “gift” to Prime Minister Datuk Seri Najib Razak.
Since being named as a candidate, he has also defended Malay rights group Perkasa, a move that earned him plenty of criticism.
A shocked-looking Kamalanathan immediately replaced his smile with a frown and quickly defended his move.
“Kiss his hand? When did I kiss his hand? Show me where I did that,” he exclaimed, looking miffed when asked at an unplanned press conference in Ladang Kerling near here. (READ MORE HERE)

It looks like he lied about not kissing the hand of the Deputy Prime Minister. What else did he lie about?
P. Kamalanathan’s CV says he received an overseas education at the Edith Cowan University and was awarded a Bachelor of Mass Communication (http://www.malaysianmirror.com/nationaldetail/6-national/37008-kamalanathan-takes-on-zaid). The Australian university, however, has no records of him ever going there. (http://www.ecu.edu.au/)
A phone call was made to the university and they confirmed that they have no records of Kamalanathan.
It appears like Kamalanathan never studied there so he needs to clarify and prove his educational background.
Is this yet another lie?




 

PRK Hulu Selangor : Tidak Ada Reaksi Prejudis Atau Negatif Dari Pengundi Cina - Kamalanathan


HULU SELANGOR: Calon Barisan Nasional (BN), P.Kamalanathan berkata, beliau tidak nampak sebarang tanda-tanda bahawa kehadirannya di kalangan masyarakat Cina menerima reaksi yang negatif.
Sebaliknya beliau berkata, semua kaum yang terdapat di kawasan Hulu Selangor menerima kehadirannya dengan tangan terbuka tanpa sikap prejudis.
"Saya tak ada masalah dengan kaum Cina, malah semua kaum juga sama.Baki tempoh kempen yang ada akan saya gunakan untuk meneruskan perjumpaan saya dengan pengundi-pengundi di sini," katanya ketika ditemui ketika berkempen dari rumah kerumah di Kampung Sungai Chik dekat Ulu Yam Baharu di sini hari ini.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas mengenai penerimaan masyarakat Cina di Hulu Selangor terhadapnya dan BN khususnya di 13kawasan kampung baru Cina yang dikatakan lebih berpihak kepada parti pembangkang.
Bagaimanapun Ketua Penerangan MIC itu berkata, beliau amat gembirakerana kehadirannya disenangi oleh orang ramai.
"Saya telahpun bertemu beberapa kumpulan pengundi kaum Cina di beberapa lokasi di Rasa, Ulu Yam... saya berjalan dengan masyarakat Cina, pergi ke rumah mereka, kedai mereka, saya amat gembira denganpenerimaan mereka terhadap saya," katanya.
Dalam pada itu, diminta mengulas mengenai kehadiran Perdana Menteri,Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak ke Hulu Selangor bermula malam ini,beliau menyifatkan ia merupakan satu bonus untuk pengundi di kawasanParlimen Hulu Selangor.
"Saya amat gembira, apabila Perdana Menteri mengesahkan akan turun ke sini, walaupun beliau baru sahaja tiba dari Jepun awal pagi tadi. Ini sekali lagi membuktikan bahawa beliau lebih mengutamakan rakyat daripada dirinya sendiri.
"Kehadirannya juga dapat memberikan satu isyarat kepada rakyat apa yang kerajaan BN boleh lakukan," katanya.
Selain itu Kamalanathan berkata, kehadiran Najib juga merupakan pengiktirafan kepada rakyat di Hulu Selangor.
"Pengundi akan sedar, akan faham betapa pentingnya Hulu Selangor kepada BN, Perdana Menteri akan turun melihat keadaan mereka sendiri dan ini memberi pengiktirafan kepada rakyat Hulu Selangor.
"Rakyat perlu sedar Perdana Menteri mahu turun bersama mereka dan dapat memahami serta mendekati pengundi di Hulu selangor," katanya.

PRK Hulu Selangor : Polis Kenal Pasti Individu Sebar SMS Palsu Di Hulu Selangor


PETALING JAYA: Polis sedang mengenalpasti individu yang bertanggungjawab memula dan menyebarkan khidmat pesanan ringkas (SMS)berbaur fitnah yang kononnya seorang penyokong sebuah parti politik mati dibunuh di Bukit Sentosa, Hulu Selangor malam tadi.
Sambil menafikan khabar angin itu, Ketua Polis Selangor Datuk Khalid Abu Bakar berkata SMS tersebut tersebar sejak pagi ini oleh individu yang sengaja mahu mengecohkan keadaan aman di Hulu Selangor.
"Memang benar kira-kira pukul 11 pagi polis menemui mayat seorang lelaki di tepi longkang sedalam dua kaki dekat dengan sebuah stesen minyak di Jalan Orkid tetapi tiada sebarang kecederaan dan tanda dia dibunuh.
"Justeru hentikan sebarang SMS yang boleh menggugat ketenteraman. Masyarakat jangan dengar khabar angin dan dengan mudah menyebarkan SMS yang diterima, selidik dulu dengan pihak berkuasa," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Beliau berkata mangsa Buddatnagiasayrao a/l Buddatisannacy, 46, yang tinggal di Jalan Anggerik, Bukit Sentosa, ditemui mati dengan lengkap berpakaian dan memakai kemeja-t putih tanpa sebarang simbol mana-mana parti.
Beliau berkata hasil pemeriksaan di tempat kejadian, polis menemui beberapa botol kosong minuman keras dan hasil siasatan mendapati mangsa yang mempunyai enam anak tidak pulang ke rumah sejak beberapa hari lepas dipercayai kerana perselisihan faham.
Katanya, tiada sebarang senjata mahupun kesan pergelutan ditemui dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut. Mayat dihantar ke Hospital Kuala Kubu Baru untuk bedah siasat.
Bernama difahamkan, hanya terdapat kesan calar pada pipi kiri, jari kanan dan lengan kirinya dipercayai luka akibat terjatuh ke dalam longkang tersebut dan terdapat kesan najis dalam seluarnya.
Dalam pada itu, beliau berkata sebanyak 58 laporan polis membabitkan pelbagai kes diterima sepanjang proses penamaan calon dan tempoh berkempen yang masuk hari ketiga pada pilihan raya kecil bagi kerusi Parlimen Hulu Selangor.
Katanya, daripada jumlah itu polis telah membuka 13 kertas siasatan manakala yang lain diserahkan kepada agensi berkaitan seperti Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk menyiasat.
Kes-kes itu membabitkan kes membaling batu (empat), khianat dan kenderaan dirosakkan (dua), ugutan jenayah (dua), kes di bawah kesalahan pilihan raya (dua), dan kes mengenai poster pilihan raya (satu), katanya. - BERNAMA

PRK Hulu Selangor : Sebagai referendum, akui Najib


Oleh G. Manimaran HULU SELANGOR, 21 April — Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak secara terbuka mengakui pilihan raya kecil kerusi Parlimen Hulu Selangor sekarang sebagai referendum terhadap pentadbirannya yang mula melaksanakan pembaharuan politik dan ekonomi.
“Orang kata pilihan raya kecil ini satu referendum...,” kata Najib dalam ucapan kempen sulungnya di pusat gerakan utama Barisan Nasional (BN) di Bukit Sentosa di sini malam ini.
Di akhir ucapannya, Najib yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) berkata, undi pada Ahad ini merupakan petanda “sokongan terhadap hala tuju terhadap rancangan-rancangan baru” kerajaan.
Ini merupakan kehadiran pertama Najib sejak penamaan calon berlangsung. Ketika penamaan calon Najib berada di Amerika Syarikat.

PRK Hulu Selangor : KAMPUNG KERADANG...TOLONGLAH PKR,PAS !

Semalam dengan bertemankan dua teman saya memasuki ke Kampung Kerandang, mukim Sungai Tinggi di Bukit Tagar.

Saya yakin jentera PKR belum pun menjejaki ke kawasan ini. Nama kawasan ini ada dalam peta pilihan raya. Tetapi kurang diminati kerana ia jauh dan tidak ada kemudahan IT serta kedai makan.


Dakwaan saya ini terbukti bila mana tidak ada satu pun poster ataupun bendera PKR, Pas atau DAP di sini. Sebaliknya bendera dan poster BN sudah pun melayang-malayang di sini. Paling mengejutkan sudah ada beberapa helai risalah yang mengecam PKR yang diletakkan di papan kenyataan dewan orang yang terletak di kampung berkenaan.




Bukan itu saja BN juga sudah memilik sebuah pos yang dijaga khas oleh petugas dari Terengganu. Mungkin petugas BN dipos itulah bertanggungjawab menyebarkan bahan kempen di situ. Walaupun pos itu sepi tetapi ia sudah memberi semangat dan moral bahawa BN sudah menawan kampung berkenaan.
Kenapa kawasan ini diabaikan? Kampung ini 'berpenguni' seramai kira-kira 400 orang. Mereka tidak tinggal di kampung berkenaan tetapi merupakan pengundi. Dipercayai 250 orang dikenal pasti sebagai pengundi. Dalam pilihan raya 2008 lalu mereka mengundi di sekolah Tamil di estet Lengender berdekatan.
Untuk masuk ke kampung ini memerlukan kerajinan. Ia boleh dimasuki dari arah Ijok, Kuala Selangor ataupun dari lebuh raya Utara - Selatan di lencungan keluar melalui Kampung Kerandang. Selain dewan orang ramai di sini juga tererdapat sebuah surau yang belum siap sempurnanya terletak di atas bukit. Surau ini boleh sangat sesuai dijadikan pos Pakatan dan dijaga oleh Pas.



Sepatutnya kampung ini tidak dibiarkan oleh PKR kerana arwah Zainal Abdin Ahmad pernah sampai ke kampung berkenaan. Rata-rata penduduknya sudah mulai mesra dengan PKR. Apa yang menyebabkan penduduk kampung berkenaan dikatakan berjauh semula dengan PKR ialah apabila permohonan mereka untuk mendapatkan geran ditolak oleh kerajaan Selangor.

Undi sebanyak 300 itu besar.

PKR boleh selamatkan undi berkenaan sekiranya masalah mereka ditangani dengan segera. Kalau PKR berkira mereka tidak penting sudah pasti undi dari peneroka kampung Kerandang itu besar kemungkinan akan masuk ke peti undi BN!


Saya percaya masih banyak kawasan atau kampung berstatus sedemikian tidak dimasuki oleh PKR. Bilik gerakan PKR perlu memantau hal ini.


Jangan hanya megah dengan peta kawasan pilihan raya yang terpampang di bilik gerakan, tetapi tidak ada siapa pun yang menjenguk dan meninjau ke situ. Sikap memerhati peta kawasan tetapi tidak menjejak kaki sangat bahawa. Iya... bahaya.




msomelayu

PRK Hulu Selangor : Pelbagai bantuan, janji


Dalam mana-mana pilihan raya, menabur janji adalah sesuatu yang lumrah dilakukan oleh semua ahli politik.

azlanTidak terkecuali ialah pertandingan merebut kerusi parlimen Hulu Selangor pada Ahad, 25 April ini.

Pelbagai janji ditabur dan bantuan dihulurkan oleh pihak-pihak yang bertanding.

BN dengan jentera daripada agensi kerajaan mengegarkan Hulu Selangor dengan beberapa projek termasuk pembinaan beberapa ekolah baru dan projek tebatan banjir.

Pakatan Rakyat yang menguasai kerajaan negeri pula menawarkan tanah kepada sebuah sekolah Tamil dan juga hak pemilikan tanah untuk 10,000 penduduk.

Sejak sebelum hari penamaan calon pada Sabtu lalu, jalan-jalan sekitar Kuala Kubu Baru dan juga di Batang Kali sibuk diturap.

Jamuan dan pelbagai juadah juga disajikan kepada pengundi yang datang mendengar ceramah.

Pemimpin termasuk menteri-menteri juga sibuk melawat Hulu Selangor bagi meninjau masalah penduduk dalam usaha meraih undi.

PRK Hulu Selangor : Pondok Polis Disemua Kampung Orang Asal Gertak Penyokong Pakatan Rakyat

Oleh Rusnizam Mahat
KUALA KUBU BAHARU 21 Apr - Umno-Barisan Nasional dalam keadaan terdesak sehingga terpaksa menggunakan seluruh aparat kerajaan termasuk polis untuk menakut-nakutkan pengundi di Hulu selangor terutama golongan Orang Asal.
Ketua Penerangan KEADILAN Selangor merangkap Ahli Majlis Pimpinan Pusat KEADILAN, Datin Paduka Dr Tan Yew Kew mempersoalkan motif pihak polis meletakkan pondok polis di kawasan perkampungan Orang Asal.
Menurutnya, perkara itu berlaku di kesemua 16 buah kampung Orang Asal di Hulu Selangor dan terdapat juga gambar membuktikan perkara itu berlaku di Serendah dan Kuala Kubu Baru.
"Kami telah menerima beberapa aduan daripada komuniti Orang Asal bahawa pondok polis telah diletakkan di kampung mereka. Ini menyebabkan pengundi Orang Asal merasa takut dan mereka juga tidak faham mengapa banyak wujudnya pondok polis di kampung mereka yang tidak pernah berlaku sebelum ini.
"Adakah ini satu taktik untuk menakutkan pengundi untuk keluar mengundi atau berani menyokong Pakatan Rakyat. Ini menjadi persoalan yang ditimbulkan di kalangan Orang Asal.
"Kita minta penjelasan dari pihak polis apakah alasan meletakkan pondok polis di kampung-kampung Orang Asli sedangkan bila jenayah berlaku, alasan polis kakitangan tidak mencukupi, tetapi di kampung-kampung Orang Asal aman tidak ada pergaduhan, apakah alasan meletakkan pondok polis selain menakutkan pengundi yang menyokong kita," Dr Tan pada sidang media harian di Pusat Media Pakatan Rakyat di sini tengahari tadi.

Najib: Zahrain, Zulkifli sudah dedah segala pasal Anwar ...hoo...bawak katak gi US , pasang taktik serang Anwar lah..!!!

Oleh G. Manimaran
HULU SELANGOR, 21 April — Datuk Seri Najib Razak, yang kembali dari lawatan luar negara awal pagi ini, muncul di sini dengan memberi ucapan seolah-olah mahu mengingatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim — beliau sudah mengetahui “kesemua” rahsia Ketua Umum Pakatan Rakyat itu.
Perdana Menteri berkata dua wakil Bebas yang mengikuti beliau ke Washington DC baru-baru ini — bekas wakil rakyat PKR — sudah mendedahkan segala perkara berkaitan dengan fitnah dan strategi pembunuhan karektor digerakkan oleh Anwar selama ini.
Ahli Parlimen Bayan Baru Datuk Seri Zahrain Hashim dan rakannya dari Kulim-Bandar Baharu Zulkifli Noordin telah mengadakan pertemuan dengan Najib, yang disifatkan Perdana Menteri “sebagai hampir setiap malam” ketika berada di Washington.
“Saya tahu semua, sampai seluar dalam pun. Dia dah cakap segala-segalanya (kepada saya),” kata beliau dalam ucapan kempen sulungnya di pusat gerakan utama Barisan Nasional (BN) di Bukit Sentosa di sini malam ini.
Bagaimanapun Najib yang juga Pengerusi BN berkata beliau tidak akan mendedahkannya kepada umum.
“Tapi saya tidak akan huraikan, biarlah saya simpan... biarlah ia antara dia dan Tuhan (yang tahu),” kata beliau.
Najib dijadual singgah di enam lokasi termasuk mengadakan solat maghrib di Masjid Bukit Sentosa.
Kira-kira dua minggu sebelum menyertai rombongan Najib, Zahrain dan Zulkifli telah mendedahkan sedikit sebanyak gerak-geri Anwar termasuk rancangan 16 Sept mahu mengambil alih kerajaan pusat ketika sesi perbahasan di Parlimen.
Zulkifli pula mendedahkan isu berkaitan pembunuhan wanita Mongolia.
Ekoran pendedahan itu Najib berkata beliau bersedia untuk bertemu dengan Zulkifli yang mendedahkan telah ditawarkan ganjaran lumayan untuk mengaitkan beliau dan isterinya Datin Seri Rosmah Mansor dengan kes pembunuhan wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu empat tahun lalu.
Perdana Menteri berkata beliau ingin bertemu dengan bekas wakil rakyat PKR itu kerana mahu mencari kebenaran, yang menurutnya kebenaran akan muncul juga pada akhirnya.
“Saya mahu mencari kebenaran kerana saya percaya kebenaran akan muncul juga akhirnya,” kata Najib akhir bulan lalu.
Zulkifli juga pernah memberitahu beliau akan berjumpa dan meminta maaf kepada individu tertentu termasuk Najib yang menjadi mangsa fitnah melibatkannya.
Zulkifli juga mendedahkan bahawa beliau telah mengaitkan anak Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz dengan kes pembunuhan sekitar tahun 2004.

PRK Hulu Selangor :KEADAAN SEMAKIN PANAS !!!!!!


Muhyiddin: ni kamal..tarak hisap rokok...
tarat minum todi !

dia baik punya orang..tarak tipu !


Kamalanathan mendakwa dia mempunyai Ijazah Bachelor of Mass Communication dari Edith Cowan University. Menurut Malaysia Today tidak ada pun rekod orang yang bernama Pancanathan Kamalanathan belajar di universiti itu.
Belum menang sudah tipu ka...Dey !tipu punya orang !!!!!



samy...apa macam sekarang...?

penyokong-penyokong BN

Perkasa...itu MIC mau lawan madey..
diam saja ke..?


Beribu-ribu selipar dijangka "menyambut" bekas Perdana Menteri Britain Tony Blair jika beliau menjejakkan kaki ke negara ini, minggu ini.
Itu adalah janji yang dibuat oleh Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA), Datuk Ibrahim Ali yang membantah kedatangan Blair ke negara ini.




p/s: berani ke..? cakap je..? sudah le tu berahim..balik le tengok-tengok Parlimen Pasir Mas tu..

Calon BN MIC dah tipu melayu UMNO...diam je ke..?

PRK Hulu Selangor : Dia pembohong? Pilihlah dia orang Hulu Selangor!

Bila ditanya tentang perangai ampu bodeknya sehingga mencium tangan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, calon Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya kecil Hulu Selangor P Kamalanathan kata:
"Kiss his hand? When did I kiss his hand? Show me where I did that" (Cium tangan dia? Bila saya cium tangan dia? Tunjuk kat mana saya buat gitu).
CV Kamalanathan mendakwa dia mempunyai ijazah Bachelor of Mass Communication dari Edith Cowan University. Menurut Malaysia Today hari ini, tidak ada pun rekod orang yang bernama Pancanathan Kamalanathan belajar di universiti itu. Baca selanjutnya dalam Malaysia Today "A lie to cover a lie".

PRK Hulu Selangor : Indian votes swinging to Pakatan - Xavier

By Rahmah Ghazali
KERLING: Pakatan Rakyat is now confident that Indian votes in the Hulu Selangor by-election will swing to its candidate Zaid Ibrahim by polling day, which is this Sunday.
Selangor executive councillor Dr Xavier Jayakumar said this would be the fruit of two years of a good working relationship between the Pakatan-led state government and the local people.
Indians make up 26.7 percent of voters in the parliamentary constituency. Malays account for 53.9 percent, Chinese 19 per cent and others 0.4 per cent.
Indian votes were split in the 2008 general election. This was due to the rise of the now outlawed Hindu Rights Action Force (Hindraf), Xavier said in an interview with FMT.
He said Pakatan would do even better among the Indians this time around because they now knew how much better the current state administration was than the previous BN-run government.
"They have tasted it first hand and seen how able the state government is in carrying out its programmes ... to bring about equity and prosperity among the people,” he said.
"It is good in the long run and I am positive that Indian votes will swing towards Pakatan come polling day.”
Xavier holds the Health, Plantation Workers, Poverty and Caring Government portfolio in the state cabinet.
Asked to estimate the percentage of the expected vote swing, he said: "I am not sure about it percentage wise, but a large majority of Indians will be voting Pakatan."
This Sunday’s contest is between PKR's Zaid and MIC’s P Kamalanathan.
So far, so good
Xavier did a walkabout of Ladang Kerling Batu Dua today and bumped into Kamalanathan, who has been on a walkabout marathon around Hulu Selangor to woo the voters. They shook hands, smiled and went their separate ways.
Kamalanathan, a public relations professional, seems to have the upper hand so far, but Xavier, who is the PKR state assemblyman for Sri Andalas , insisted that there was good reason for his optimism. He said Pakatan had been receiving positive feedback from the ground.
"And we have to translate the support into votes and win with a bigger margin,” he said. “It looks good to us but we won't take it easy and will continue the work on the ground.”

PRK Hulu Selangor : Zaid gets Muslim backing despite booze hoo-hah

By Stephanie Sta Maria
SUNGAI BUAYA: Umno's recent expose of PKR candidate Zaid Ibrahim's past fondness for drink does not seem to have had the intended effect on Muslims in Hulu Selangor.
Alcohol is taboo to Muslims.
FMT visited a Muslim majority housing area in semi-urban Sungai Buaya and found that most residents would rather look to the future than live in the past.
Although Umno has been whooping it up over the issue, a few residents even said they were unaware of it. They reacted with initial disapproval when Umno’s story was repeated to them, but visibly softened when told that Zaid had repented.
“I don't think anyone should punish someone else for mistakes of the past,” said 60-year-old Mohamad Nasir, the owner of a local tailoring shop.
“Any issue can be a big issue if we want it to become one. We have to trust that he has repented. It's not up to us to judge his sincerity.”
He also said many people now living in Hulu Selangor were originally from Kuala Lumpur and were open-minded. While they would not condone drinking, they were also willing to look past it, he said.
A woman in her 70s, who declined to be named, was equally forgiving.
“Everyone makes mistakes,” she said. “God accepts and forgives those who have repented, so who are we as humans to hold his past against him?”
A housewife calling herself “Kak Rozi” agreed.
“As long as he has repented, we will accept him,” she told FMT. “Everyone has dark spots in their past. It doesn't mean they can't change for the better. His drinking is an old story; his repentance is a new one. Let's focus on the new development.”
Forgiveness a noble virtue
Many Sungai Buaya residents appear to prefer to focus on development issues instead of personal matters. Several voters stressed that what truly mattered was a candidate’s ability to deliver on his promises and to be fair in his political principles.
Soraya Abdullah said her vote would be based not only on the candidate's performance but also his party's. For her, the elected representative must stand by his words and be able to set a good example for the young.
“I am fed up with all this leapfrogging,” she said. “A good MP must have long-term goals that reflect the wellbeing of the community here. The alcohol issue is a little disturbing, but in Islam, forgiveness is noble.”
An engineer, who declined to be named, said he voted for PKR in the last general election but may look the other way this time.
“With regard to Zaid's alcohol issue, I agree that we should forget the past and look towards the future,” he said. “And if I cast my vote for BN I will be doing just that. P Kamalanathan seems sincere and committed to serving the people.”
According to him, many in Sungai Buaya voted PKR in 2008 as a sign of protest but had since been dismayed by infighting within the party.
Umno's ceramah campaign in Hulu Selangor has largely been based on personal attacks against Zaid. They have also put up banners around Hulu Selangor alleging that he drinks.
This comes in the wake of Deputy Prime Minister Muhyiddin Yassin's promise to expose Zaid's chequered track record compared to Kamalanathan's clean slate.
Zaid, however, has remained unfazed by these attacks.
“I have already responded to this matter, and publicly said that I have repented,” he told FMT. “I have already explained the matter to the voters; so I will let them decide.
“I am more interested in focusing my efforts on developing Hulu Selangor if elected as MP.”
Umno's campaign may backfire
Yesterday, Zaid received backing from PAS president Abdul Hadi Awang, who told a ceramah crowd of about 1,000 in Bukit Sentosa that Zaid's past behaviour should not be a factor in the minds of voters.
“That was before, when he was with them,” Hadi said. “Now he is with us. He has reformed. He has said he has repented and we accept that.
“The other side (BN) has much bigger sins to answer for. Why aren't they touching on those? Why keep attacking Zaid? It's because they are afraid he will win and enter Parliament, where he can start asking questions to which they have no answers.”
Hadi’s speech before the largely Malay crowd received enthusiastic applause.
An influential local MIC leader told FMT that the personal attacks on Zaid would backfire on the BN and prove to be costly to its candidate.
“Kamalanathan and the MIC leaders have said they wanted a clean campaign and they have not attacked Zaid's personally,” he said. “The attacks are being done by Umno and bloggers associated with them.
“Our fear is that these attacks, when overdone, will not sit well with the voters. They have in fact accepted Zaid's explanation. If the attacks continue, they may feel sympathetic towards him and vote for him instead.”
The Hulu Selangor by-election on April 25 is a straight fight between Kamalanathan, who is the MIC information chief and Zaid, who was a minister in the prime minister's department when he was in Umno.

BN bentang usul rujuk Anwar ke JK parlimen esok

BN akan membentangkan usul merujuk Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim kepada jawatankuasa hak dan kebebasan parlimen berhubung dakwaannya yang mengaitkan '1Malaysia' dengan 'One Israel'.

Lapan orang ahli parlimen - masing-masing empat dari BN dan Pakatan Rakyat - akan membahaskan usul tersebut.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Nazri Aziz berkata beliau akan membentangkan usul tersebut dan akan disokong oleh ahli parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin.

Menurutnya, wakil BN itu berkemungkinan terdiri daripada Khairy, Datuk Abdul Rahman Dahlan (Umno-Kota Belud), Datuk Nur Jazlan Mohamad (Umno-Pulau) atau Chua Tee Yong (MCA-Labis).

Manakala wakil Pakatan pula dijangka Azmin Ali (PKR-Gombak), Lim Kit Siang (DAP-Ipoh Timur), Datuk Seri Abdul Hadi Awang (PAS-Marang) atau Datuk Mahfuz Omar (PAS-Pokok Sena).
BN akan membentangkan usul tersebut ekoran dakwaan Anwar yang mendakwa '1Malaysia' yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ditiru daripada konsep 'One Israel'.

Ia dibawa mengikut perintah tetap 36(12) kerana didakwa mengelirukan Parlimen. Ketua pembangkang itu boleh digantung daripada menghadiri sidang parlimen jika beliau didapati bersalah.

Anwar yang juga ahli parlimen Permatang Pauh sebelum ini dipanggil untuk memberi penjelasan di Parlimen mengenai perkara itu, tetapi ianya ditolak oleh ahli parlimen kerajaan.

Ketua umum PKR itu juga mendakwa bahawa perkhidmatan Apco Worldwide - firma perunding beribupejabat di Washington - yang digunakan oleh pentadbiran Najib untuk 'komunikasi strategik' adalah di sebalik slogan '1Malaysia' dan 'One-Israel'.

Apco bagaimanapun, menafikan dakwaan Anwar itu, walaupun kerajaan mengesahkan telah membayar RM77 juta kepada firma berkenaan untuk kontrak perkhidmatan selama setahun.

Pindaan Akta Pengangkutan Jalan 1987 dikaji semula...ha..ha.. akta flip flop...kaji lah dulu sebelum dibentang dan diluluskan....!!!


nazri-aziz Oleh Jamilah Kamarudin
KUALA LUMPUR: Bacaan kedua rang undang-undang Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Pindaan) ditangguhkan untuk dikaji semula berikutan terdapat beberapa perkara yang boleh membebankan rakyat.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Nazri Abdul Aziz yang mengesahkan perkara itu berkata, rang undang-undang tersebut akan ditangguhkan untuk sesi persidangan Parlimen penggal ini dan akan dibentangkan semula pada sesi Jun akan datang.

Bercakap dalam sidang media di lobi Parlimen hari ini, Nazri berkata tiga peruntukan yang dibentangkan semasa bacaan kali pertama Isnin lalu turut digugurkan kerana tidak mampu membela nasib rakyat dan mengundang masalah penyalahgunaan kuasa dalam agensi kerajaan lain.
Ini termasuklah menggugurkan peruntukan untuk menaikkan jumlah kompaun denda dari RM300 kepada RM1,000, kenaikan had umur pemilik lesen motosikal dari 16 tahun kepada 17 tahun dan peruntukan hanya Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) sahaja yang boleh mengeluarkan nombor plat kepada pengguna.
"Saya menerima surat daripada Kelap Penyokong Barisan Nasional (BNBBC) yang menyatakan bantahan dengan pindaan yang dibuat dalam akta tersebut,
"Setelah berunding dengan pihak Dewan dan mendapat persetujuan daripada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, kita mengambil keputusan untuk tarik balik peruntukan tersebut," katanya.
"Perkara ini akan diperhalusi dan dibawa semula dalam persidangan akan datang beserta pindaan yang dibuat terhadap peruntukan yang tidak diterima,"katanya.
Nazri yang juga Ketua Whip BN turut memberi jaminan bahawa bantahan tersebut tidak akan menjejaskan kerajaan jika melibatkan kepentingan 27 juta rakyat Malaysia.Lim Guan Eng
"Namun buat masa ini Kabinet belum memutuskan untuk memansuhkan pindaan akta ini tapi pada ketika ini, pandangan bagi ketiga-tiga peruntukan ini tetap akan digugurkan," katanya.
Terdahulu, Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng serta ahli Parlimen Pakatan Rakyat (PR) yang lain mendesak agar pindaan akta ini diperhalusi semula dan perlu dirujuk kepadad Jawatankuasa Pilihan terlebih dahulu untuk menilai sama ada pendekatan yang diambil kerajaan itu adalah wajar.
Sambil menyelar rang undang-undang yang dibuat ini sebagai ‘bidan terjun’, beliau turut mempersoalkan mengenai kewajaran pindaan tersebut yang dibuat secara tidak holistik.
"Rang undang-undang dibuat berdasarkan kepada tiga aspek iaitu pendidikan, penguatkuasaan, dan hukuman, namun adakah dengan menghukum mampu menyelesaikan segala masalah termasuk jenayah di negara ini?" soal beliau.

TERKINI :- PRK Hulu Selangor : Faris Musa Ditahan Polis Ketika Turunkan Kain Rentang Provokatif

Timb Ketua Pemuda AMK Sdr Faris Musa ditahan pihak polis jam 7.30 petang ini ketika menurunkan kain rentang provokatif BN. Beliau kini berada di Balai Polis Bukit Sentosa.

PRK Hulu Selangor : Penyelewengan SPR, Pengundi mesti terus keluar mengundi


zaid2 Oleh Qayum Rahman
SERENDAH: Calon Pakatan Rakyat (PR) Hulu Selangor Datuk Zaid Ibrahim meminta agar pengundi tetap meneruskan tanggungjawab mengundi walaupun SPR melakukan banyak penyelewengan bagi menyusahkan pengundi.
Zaid berkata, pengundi yang mempunyai masalah mengundi seperti nama atau tempat mengundi boleh hadir di pejabat PR untuk mendapat bantuan bagi melancarkan pilihanraya.

"Saya berharap agar para pengundi tidak berputus asa walaupun terdapat pemindahan tempat mengundi oleh pihak tidak bertanggungjawab (SPR).
"Pengundi boleh mendapat bantuan dari PR untuk mengetahui data-data pengundi dari terus ditipu oleh SPR," katanya kepada pemberita semasa sidang media di sini hari ini.
Menurutnya lagi, SPR pada masa sekarang dilihat tidak mampu menjalankan tanggungjawab dan berharap agar para pengundi tidak terjebak dengan perangkap SPR yang tidak fuziah bertanggungjawab itu.
Sementara itu, Pengarah Pilihanraya PKR Fuziah Salleh pula berkata, penyelewengan SPR hingga menyusahkan pengundi masih berlaku walaupun PR telah berulang kali meminta SPR menghentikan penyelewengan tersebut.
"Saya ingin menegaskan bahawa SPR sungguh tidak bertanggungjawab dan berharap agar pengundi tetap terus mengundi walaupun mempunyai masalah.
"Pengundi perlu teruskan mengundi walau menerima pelbagai halangan agar dapat memilih pemimpin yang tepat seperti Datuk Zaid," jelasnya.
Zaid dan Fuziah menggesa semua pengundi supaya terus keluar mengundi walaupun dihalang dengan pelbagai bentuk penyelewengan oleh SPR dengan meminta bantuan dari PR.

PERKASA janji 'sambutan ribuan selipar' untuk Blair..fuyoo..kita lihat Perkosa mangamuk nanti..!!!

Beribu-ribu selipar dijangka "menyambut" bekas Perdana Menteri Britain Tony Blair jika beliau menjejakkan kaki ke negara ini, minggu ini.

Itu adalah janji yang dibuat oleh Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA), Datuk Ibrahim Ali yang membantah kedatangan Blair ke negara ini.

Bercakap di hadapan wakil kira-kira 50 Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) yang membantah kedatangan Blair ke negara ini, Ibrahim meminta semua ahli-ahli NGO memulakan gerakan melalui apa jua kaedah seperti "facebook" dan "twitter" membantah kedatangan bekas perdana menteri Britian itu.

Turut hadir ialah pengerusi Pertubuhan Keamanan Sedunia Perdana (Pgpo), yang juga mantan perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

PERKASA dan NGO itu turut mengutuk sebuah syarikat yang beribu pejabat di Singapura yang menjemput Blair memberikan ceramah pada kongres perniagaan di Putrajaya, 24 April ini.

Mereka membantah sekeras-kerasnya jemputan syarikat itu, Success Resources Company, kerana peranan Blair dalam pendudukan tentera bersekutu yang diketuai Amerika Syarikat di Iraq pada 2003, yang mengakibatkan kematian lebih sejuta rakyat Iraq.

Blair (kanan, bertali leher unggu) boleh disamakan seperti seorang "penjenayah perang".

Sementara itu Dr Mahathir turut "memandang jijik" kepada syarikat-syarikat penaja yang menaja kedatangan Blair ke negara ini.

"Bagaimana anda boleh menaja dan ingin mendapatkan nasihat daripada seorang pembohong. Adakah anda juga ingin berbohong dalam menjalankan perniagaan anda?, soalnya.

NGO berkenaan menggesa penganjur menarik balik jemputan kepada Blair di mana beribu-ribu tandatangan individu telah diterima melalui petisyen dalam talian www.perdana4peace.org yang telah dibuka semenjak minggu lalu.

- Bernama

PRK Hulu Selangor : Salah Seekor katak telah tiba!


Begitu bangga sekali katak ini dengan logo 1Malaysia di dadanya..
Begitu bangga sekali katak ini menunjukkan 1Malaysia dengan tangannya..
Woi! Pulangkan balik kerusi YB Port Klang tu!!
1Malaysia tu ko punya.. ambiklah!
Tapi Kerusi DUN Port Klang tu milik rakyat Port Klang!!!

Bini pun ko takleh jaga inikan pulak nak jaga DUN???

p/s: Disebelah kata ini adalah sdr Sarjan Robidin Iba, seorang bekas intelligent yang berhempas pulas berkempen memenangkan katak ini di PRU 2008 dahulu! Dan sebenarnya katak ini sedang meng'cover' ketakutan dan kegelabahannya apabila disergah oleh Sarjan Robidin ini di BN Command Center! Mungkin dia tak sangka boleh terserempak dengan bekas sahabatnya itu!

Kalau nak tau apa perangai sebenar katak Port Klang ni boleh call Sarjan Robidin tersebut di no 0163010035... teman dah tau dahh!! malas nak heboh.. jaga etika!

sunsnake 21042010

Kes cerai: ADUN Pelabuhan Klang bela diri sendiri
Apr 21, 10 2:06pm
Mahkamah Rendah Syariah Klang hari ini menetapkan 28 Jun ini sebagai tarikh perbicaraan permohonan cerai secara fasakh yang difailkan oleh Ramizah Mazlan, isteri Anggota Dewan Undangan Negeri Pelabuhan Klang Badrul Hisham Abdullah. Hakim Syarie Abdul Malik Soleh menetapkan tarikh itu setelah diminta oleh peguam syarie Ahmad Nazib Johari yang mewakili Ramizah. Ahmad Nazib berkata pembelaan terhadap tuntutan fasakh oleh Badrul, 50, yang difailkan di mahkamah pada 15 April dan diterima pihaknya pada 19 April lepas tidak menjawab tuntutan fasakh yang dikemukakan oleh Ramizah, 39.

berita penuh

PRK Hulu Selangor : SPR Pekakkan Telinga Isu Pemindahan Pusat Mengundi 14,000 Pengundi Hulu Selangor

Oleh Rusnizam Mahat
KUALA KUBU BAHARU 21 Apr - Pakatan Rakyat hari ini mengecam Suruhanjaya Pilihan Raya kerana masih gagal mengambil sebarang tindakan berhubung isu pemindahan pusat pengundian lebih 14,000 pengundi di Parlimen P094 Hulu Selangor.
Pengarah Pilihan Raya KEADILAN, Fuziah Salleh berkata, meskipun bukti telah dikeluarkan, namun SPR masih tidak mengambil tindakan sewajarnya termasuk memaklumkan kepada pengundi yang ditukarkan pusat pengundian mereka.
"Ini sungguh memalukan bagi sebuah suruhanjaya yang mengendalikan pilihan raya yang bebas dan bertanggungjawab untuk menguruskan pilihan raya.
"Di mana kewibawaan SPR. SPR ialah badan, suruhanjaya pilihan raya yang menguruskan pilihan raya untuk memastikan pilihan raya berjalan dengan adil. Tetapi sekarang mereka tidak dapat mengurus perkara asas dalam pilihan raya," katanya pada sidang media di Pusat Media Pakatan di sini tengahari tadi.
Sebelum ini, Pakatan Rakyat membidas SPR kerana mengubah pusat pengundian 13,488 pengundi yang akan mengakibatkan berlaku kekeliruan dan kacau bilau pada hari pilihan raya Ahad nanti.
Menurut Fuziah, undang-undang belah bahagi dalam peruntukan pilihan raya seksyen 7 (1) hanya boleh dilakukan selepas persempadanan semula kawasan pilihan raya.
Bagaimanapun katanya, di Kampung Tanjung, dalam kawasan Sungai Choh, seluruh kampung berkenaan dipindahkan ke kawasan Parlimen yang lain tanpa mengikut peraturan yang ditetapkan SPR.
Justeru itu beliau merayu kepada seluruh pengundi Hulu Selangor supaya menyemak pusat pengundian di bilik-bilik gerakan Pakatan Rakyat .
Fuziah berkata, KEADILAN kini terpaksa mengambil tanggungjawab tersebut dengan cuba membantu memudahkan para pengundi dengan membuka talian secara hotline yang boleh dihubungi di talian 019-326-9874 untuk pengundi luar.
Tambah beliau, pengundi di Hulu Selangor boleh datang ke bilik gerakan Pakatan Rakyat untuk membuat semakan atau melalui SMS dengan menaip SPR jarak semak jarak nombor kad pengenalan dan hantar ke 15888.
"Mereka boleh buat banyak cara untuk dapat tahu di mana mereka mengundi pada 25 April nanti. Kita juga sedang mencetak slip pengundi yang akan diberi kepada pengundi dalam masa terdekat.
"Kami akan melakukan yang terbaik. Kami melakukan tugas SPR. Sebab itu saya kata SPR satu badan yang tidak bertangungjawab, tidak kompeten dan mereka harus letak jawatan, tetapi malangnya mereka tidak menerima apa yang kami katakan dan terus dalam keadaan penafian sehingga memberikan bermacam alasan," tegas Fuziah lagi.
Sementara itu, calon Pakatan Rakyat, Datuk Zaid Ibrahim kecewa dengan sikap SPR yang masih gagal memberi penjelasan dan membuat tindakan sewajarnya.
"Saya sebagai calon, saya menganggap SPR patut berlaku adil kepada kita. Sebab itu kita ada pilihan raya. Begitu ramai pengundi dipindahkan samada dipindah dalam Hulu Selangor, atau hilang langsung dari daftar pemilih.
"Apakah kita boleh tukar pengundi tanpa pengetahuan pengundi. Saya harap dalam beberapa hari ini SPR bertindak," tegas beliau.
Zaid menggesa SPR bertindak segera dengan membuka kaunter bergerak bagi memudahkan pengundi Hulu Selangor mengetahui di manakah mereka akan menunaikan kewajipan mereka.
"Kalau kamu ada kuasa sekalipun, kamu tak berhak mengubah pusat mengundi. Mereka ada hak untuk mengundi, itu adalah hak fundamental. Saya tidak hanya bidas SPR, saya bidas Perdana Menteri," kata Zaid.

PRK Hulu Selangor : SPR Goyang Kaki, AMK, Srikandi Turunkan Kain Rentang Provokatif

Oleh Sidiqin Omar
KUALA KUBU BAHARU 21 Apr - Angkatan Muda KEADILAN dan Srikandi Malaysia hari ini mengambil tindakan proaktif dengan bertindak menurunkan papan iklan dan kain rentang yang memaparkan imej dan mesej yang berbaur sensitif dan provokatif.
Timbalan Ketua AMK, Fariz Musa melahirkan rasa kecewa dengan sikap Suruhanjaya Pilihan Raya yang masih belum memberikan sebarang respon terhadap aduan mereka.
"Jadi, kita serahkan kepada SPR sendiri kain rentang dan papan iklan tersebut". kata beliau ketika ditemui di Bilik Operasi SPR.
"Ini membuktikan Umno-BN semakin tersepit dan tertekan. Kita mendesak kepada mereka agar menghentikan perbuatan yang jijik dan tidak berakhlak ini," tegas beliau.
Turut hadir untuk menyerahkan kain rentang tersebut ialah Ketua Srikandi Malaysia, Siti Aishah Sheikh Ismail.
"Tindakan ini kami lakukan berikutan satu laporan polis yang dibuat dua hari lalu berkenaan kain rentang dan papan iklan yang bersifat provokasi.
"Kami turut membawa pegawai yang mengambil laporan kami, Inspektor Jagjit ke lokasi berkenaan, dan beliau berjanji untuk menurunkannya dengan segera.
"Namun selepas 48 jam, mereka masih belum bertindak. Jadi sebagai anak muda, kami mengambil pendirian menurunkan dan menyerahkan kepada pihak SPR untuk tindakan lanjut," kata Aishah.
Srikandi menegaskan bahawa kempen pilihan raya perlu dijalankan dengan cara yang berhemah dan bukannya dengan menyerang peribadi calon.
Srikandi memberikan masa 48 jam kepada SPR dan membayangkan akan melancarkan "Ops Bersih 2" sekiranya tindakan masih tidak diambil keatas pihak yang masih ingin meneruskan kempen dengan cara provokasi.

PRK Hulu Selangor : Mesej Nik Aziz ‘Berdoalah untuk kemenangan Datuk Zaid’

HULU SELANGOR, 21 April — PAS yang dikatakan kurang menonjol dalam membantu kempen pilihan raya Pakatan Rakyat yang diwakili calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) dilihat mempamerkan ‘komitmennya’ dengan menaikkan ‘billboard’ yang membawa mesej “Berdoalah untuk kemenangan Datuk Zaid”. Tinjauan The Malaysian Insider mendapati tiga ‘billboard’ dinaikkan di kawasan Kuala Kubu Baru, termasuk dari persimpangan Jalan Kuala Kubu Baru-Batang Kali menuju ke bandar Kuala Kubu Baru.
Papan iklan itu membawa wajah Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang juga Menteri Besar Kelantan.
Nik Aziz dijangka berkempen untuk Zaid, anggota Majlis Pimpinan Pusat PKR Jumaat selepas kembali dari menunaikan umrah hari ini.
Semalam, Setiausa Agung PAS Datuk Mustafa Ali berkata bagi membuktikan PAS sememangnya bersungguh-sungguh dalam membantu kempen PKR pihaknya akan menambah tenaga jentera pilihan raya sehingga 60 peratus.
Usaha itu dimulakan semalam.
PAS memutuskan perkara tersebut pada mesyuarat khas penyelarasan pilihan raya yang dipengerusikan oleh Timbalan Presiden PAS Nasharudin Mat Isa, malam kelmarin.
“Keputusan sudah dicapai malam, PAS akan bergerak habis-habisan. Sumber PAS tidak terbatas, cukup banyak,” kata Mustafa Ali.

PRK Hulu Selangor : Kaum Wanita Perlu Sedar Mereka Diabaikan Di S'gor - Shahrizat

KUALA KUBU BARU: Ketua Wanita Umno, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalilberkata, rakyat harus sedar bahawa kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor mengabaikan kebajikan kaum wanita di negeri itu.
Menurutnya, janji yang diberikan kepada rakyat khususnya sebelum pilihan raya umum 2008 gagal dilaksanakan.
"Sumbangan untuk pembangunan wanita di negeri ini tidak mencukupi,nasib baik dengan sokongan kerajaan persekutuan kita dapat memberibantuan kepada mereka yang diabaikan," katanya kepada media selepasmengadakan pertemuan dengan penduduk Kampung Pasir Puteh dekatKalumpang di sini hari ini.
Shahrizat yang juga Menteri Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakatberkata, beliau banyak menerima aduan daripada penduduk setempat.
"Saya sudah mendengar banyak rungutan dan aduan daripada ramai wanita di sini, sungguhpun adanya bantuan yang diberikan, ia hanya diterima daripada ADUN BN (Barisan Nasional)," katanya lagi.
Mengulas mengenai sokongan terhadap BN pada pilihan raya kecil Parlimen Hulu Selangor pada 25 April ini, Shahrizat berkata, melalui maklum balas yang diperolehi, penduduk setempat memberikan rspon yangbaik kepada BN.
"Melalui maklumat, penduduk Hulu Selangor menerima baik Wanita Umno dan BN," katanya.
Selain itu, beliau turut menyeru supaya pengundi memilih hanya calon yang betul-betul layak untuk membangunkan kawasan mereka.
"Janganlah pilih sebuah parti yang ditinggalkan oleh para pemimpinnyasendiri kerana pentadbiran peringkat tertinggi berada dalam situasiyang begitu rapuh," katanya.

PRK Hulu Selangor : Kertas Undi POS untuk 799 pengundi...

Anggota Polis membawa kotak yang berisi kertas undi pos yang akan dibawa ke Maktab Latihan Polis, di Pejabat Daerah Kuala Kubu di sini, hari ini. Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hari ini mengedarkan sejumlah 799 kertas undi pos bagi Pilihan Raya Kecil Parlimen Hulu Selangor Ahad ini. Pada pilihan raya itu, calon Barisan Nasional (BN) P. Kamalanathan akan menetang calon PKR Datuk Zaid ibrahim. --fotoBERNAMA

PRK Hulu Selangor : Anwar Ditohmah Umno-BN, Anwar Didoa Alim Ulama

HULU SELANGOR 21 APR: Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim dan pimpinan Pakatan Rakyat tidak gusar ditohmah dengan pelbagai serangan peribadi pada kempen pilihan raya kecil Parlimen Hulu Selangor yang didalangi juak-juak Umno Barisan Nasional (BN).

Sekalipun Ketua Pembangkang itu dipotretkan dengan label Pengkhianat Negara manakala gambar calon Pakatan Rakyat, Datuk Zaid Ibrahim diubah suai, Anwar yakin rakyat bijak menilai realiti sebenar.
Bercakap depan kira-kira 1,000 penduduk Kuala Kubu Bahru, Anwar mengakui  segelintir pemimpin Pakatan Rakyat kecundang dan gagal merentasi cabaran, lalu meninggalkan perjuangan kerana mengharapkan ganjaran apabila mencapai sedikit kemenangan.

Beliau mengingatkan semua pihak betapa perbuatan itu adalah warisan Umno Barisan Nasional (BN) yang boleh menjejaskan usaha membela rakyat.

Anwar mahu memastikan setiap sen wang rakyat dibelanjakan dengan betul dan bukannya dijoli untuk kemegahan diri termasuk membeli rumah mewah dan bercuti di luar negara.

“Yang penting pengurusan. Ini, ada kalangan kita bila sudah menang mahu itu dan ini. Ada yang kata dulu masa Umno, boleh. Bila kita tidak bagi, mereka pun lompat," katanya/

Namun, Anwar menegaskan Pakatan Rakyat tetap mara dan tidak mempedulikan pembelotan demi memastikan pengorbanan rakyat selama ini, berbaloi.

"Yang berkorban ini bukan dua tiga orang tapi ramai. Saya masih ingat rakyat membantu saya masa Permatang Pauh. Mereka yang sokong macam-macam kena. Ada kena pindah tempat kerja dan macam-macam," katanya

Anwar mengingatkan rakyat betapa pimpinan Umno BN hanya bijak menutur janji tanpa melaksanakannya, malah berani pula meengadakan janji kononnya mereka mahu berubah wal hal ia hanya mainan bibir semata-mata.

Beliau juga tidak peduli dengan segala macam tohmahan yang dilempar sepanjang kempen pilihan raya ini dan yakin dengan ketentuan Ilahi apatah lagi sentiasa didoa golongan alim ulama.

"Kalau orang Umno hendak kata saya macam-macam, pengkhianatlah, ejen Yahudilah. biar...Mereka ini al-Fatihah pun tidak betul, tapi saya dan pimpinan lain didoa alim ulama dari seluruh dunia.

"Syukur, alhamdulillah," kata Anwar.

Khairy: Adakah saya sedang minum dalam gambar itu?


Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin hari ini tidak mahu diheret dalam kancah serangan peribadi yang membabitkan beberapa pemimpin didakwa minum arak.

Mangsa pertama yang diserang adalah calon PKR bagi pilihan raya kecil Hulu Selangor, Datuk Zaid Ibrahim. Bekas menteri itu kemudiannya terpaksa akur dan membuat pengakuan dia memang terjebak ketika muda dulu.

Semalam, pemimpin veteran DAP, Lim Kit Siang mencabar Umno dan menteri-menteri kabinet beragama Islam untuk tampil membuat pengakuan bahawa mereka tidak pernah meminum alkohol, khususnya semasa muda.

Sasaran utama Lim adalah Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Abdul Aziz, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak.

Apabila ditanya oleh wartawan di lobi parlimen, hari ini, mengenai sekeping gambar di Internet, Khairy cuba mengelak menjawab secara langsung.

Gambar berkenaan menunjukkan rakaman seorang lelaki yang tidak dikenali dengan dua wanita dengan beberapa gelas minuman beralkohol di meja mereka.

Berikut wawancara berkenaan.

Wartawan: Adakah Pakatan hiprokit kerana menyerang BN berhubung kontroversi arak itu?

Khairy: Jika saya melayan soalan ini, ia akan berlarutansepanjang kempen Hulu Selangor. Anda juga sepatutnya dipersalahkan kerana bertanyakan mereka soalan berkenaan dan kemudiannya mengajukannya kepada saya.

Cukupla. Saya saya jawap ia akan berlarutan.

Adakah anda menyalahkan media?

Anda cuba memaksa saya berkata-kata demikian. Saya tidak kata saya menyalahkan media. Anda cuba membuat saya berkata-kata demikian.

Jadi, apabila merujuk kepada 'anda juga' siapa mereka sebenarnya?

Semua pihak - politik dan juga media. Perkara ini semakin tidak terkawal. Jika anda ingin menghentikannya dan media mengambil berat terhadap isu itu, anda sepatutnya berhenti daripada membuat laporan daripada kedua-dua pihak.

Hentikan kempen propaganda berdasarkan serangan peribadi di kedua-dua pihak dan hentikan heret ahli politik dengan menbdapatkan ulasan mereka. Saya berminat untuk melihat bagaimana anda akan menulis.

(Ketika meninggalkan parlimen, Khairy sekali lagi 'diserbu' oleh sekupulan wartawan lain dan ditanya isu yang sama).

Wartawan:
YB, Saya berharap anda tak keberatan menjawap soalan...

Khairy:
Saya mesti pergi, saya mesti pergi.

Pembangkang menyerang anda dan mendakwa anda juga seorang kaki botol...

Siapa? Saya mesti pergi...Huh? Apa yang perlu diserang?

Boleh komen mengenainya?

Apa yang perlu diserang?

Mereka menggunakan foto yang kontroversial...


Foto kontroversial apa itu?

...menunjukkan seorang lelaki sedang minum...

Adakah saya sedang minum dalam gambar itu? Adakah saya sedang minum dalam gambar itu? Adakah saya sedang minum dalam gambar itu? Adakah saya sedang minum dalam gambar itu? Anda sudah melihat gambar itu?

Ya, saya sudah melihat gambar itu.

Adakah saya sedang minum dalam gambar itu? Adakah saya sedang minum dalam gambar itu?

Saya tidak pasti sama ada orang itu adalah anda...


Saya tidak minum.

PRK Hulu Selangor : Felda jadi medan pertembungan BN,PKR

HULU SELANGOR, 21 April — Beberapa rancangan Felda di daerah Hulu Selangor menjadi medan pertembungan Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Rakyat dalam usaha meraih sokongan menjelang pilihan raya kecil bagi kerusi Parlimen Hulu Selangor Ahad ini.
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Ahmad Maslan berkata pakatan itu berada dalam kedudukan terdesak sehingga sanggup menipu, menabur fitnah dan memanipulasikan fakta bagi meraih sokongan peneroka Felda.
Katanya, tindakan itu menunjukkan pembangkang “bankrup” idea sehingga sanggup menghasut warga Felda yang selama ini dibela kerajaan, supaya menyokong mereka.
“Pembangkang bankrup isu, jadi mereka nak pecahkan kubu BN, yang kita amat kesal pembohongan dalam ceramah, fitnah dan tohmahan tak benar juga dalam risalah,” katanya kepada Bernama selepas menyampaikan ceramah kepada 200 peneroka Felda di Felda Sungai Tengi Selatan dekat sini hari ini.
Ceramah itu bagi menjawab tuduhan, kononnya Felda tidak membela peneroka.
Dalam sesi penerangan itu, Ahmad yang juga Ketua Penerangan Umno mendedahkan beberapa pembohongan pakatan yang disebarkan melalui risalah di Felda Gedangsa, Soeharto, Sungai Tengi dan Sungai Tengi Selatan.
Mengenai pembohongan kononnya Felda mengabaikan peneroka, beliau berkata dakwaan itu tidak benar malah 70 pembaharuan dilakukan sejak Felda di bawah pemantauan Jabatan Perdana Menteri beberapa tahun lepas.
Beliau juga menafikan dakwaan risalah itu bahawa 25,000 peneroka belum menerima hak milik tanah walaupun sudah melangsaikan pembayaran, namun katanya hampir 70 peratus daripada keseluruhan 112,635 peneroka menerima geran tanah.
Kecuali peneroka di Felda Sungai Tengi Selatan yang belum terima kerana urusan proses dan pembayaran belum selesai, hampir semua peneroka di Felda Gedangsa, Soeharto dan Sungai Tengi telah mendapat geran tanah mereka.
“Surat perjanjian pula boleh dipegang oleh pengurus atau peneroka, atau peneroka boleh meminta pengurus untuk pegang kerana takut hilang dan sebagainya,” kata Ahmad menjawab dakwaan surat perjanjian tidak diberi kepada peneroka.
Beliau berkata risalah lawan Barisan Nasional (BN) itu juga menghasut peneroka dengan mendakwa kononnya terdapat peneroka yang diusir keluar dari tanah rancangan itu.
Ahmad berkata individu diusir adalah mereka yang terlibat dengan jenayah.
Beliau juga menafikan dakwaan kononnya peneroka tidak menerima wang RM17,000 bagi setiap ekar tanah yang ditanam semula, malah katanya jika dikira potongan RM4 sehari jumlah bagi tanaman semula itu ialah RM9,600 sahaja.
“Bayaran itu Felda bagi secara peringkat-peringkat untuk tanam dan tebang semula. Kalau kita bagi RM17,000 semua, nanti peneroka kahwin lain, tak jadi tanam semula,” katanya disambut gelak ketawa peneroka hadir.
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu juga menafikan kononnya Felda tidak memberi bantuan pendidikan dan keusahawanan kepada peneroka dengan adanya bantuan Skim Insentif Keusahawanan Felda yang berjumlah RM100 juta.
Mengenai Akta Tanah, Kawasan Penempatan Berkelompok (GSA) 1960 yang tidak membenarkan tanah Felda digadaikan, Ahmad berkata ia bertujuan menjaga tanah peneroka.
“Dalam risalah ini satu je (dakwaan) betul. Felda kubu kuat Umno/BN, itu betul,” kata beliau peneroka mengoyakkan risalah fitnah yang menipu peneroka Felda itu, jika diterima.
Felda juga akan mengedarkan risalah bagi menjawab tuduhan pembangkang selain mengadakan program penerangan Gerak Mesra Felda di Felda Sungai Tengi di sini, bermula esok selama tiga hari, kata Ahmad. — Bernama