Selasa, 20 April 2010

PRK Hulu Selangor : BERAHIM ALI DAH BANYAK BERUBAH !


Keputusan Pilihan Raya Kecil Parlimen Hulu Selangor tidak akan mengubah landskap politik negara tetapi ia penting untuk meyakinkan masyarakat antarabangsa bahawa Malaysia mempunyai kestabilan politik untuk kemasukan pelabur asing.


Sehubungan itu, Ahli Parlimen Pasir Mas, Datuk Ibrahim Ali mengingatkan pengundi supaya mengutamakan kepentingan negara kerana kemenangan pakatan pembangkang akan memberi isyarat yang salah berhubung prestasi kerajaan di bawah pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.


“Saya datang ke sini atas kapasiti Ahli Parlimen Bebas yang tidak terikat dengan mana-mana parti, namun selepas mengambil kira kepentingan negara saya merasakan BN perlu diberi sokongan di Hulu Selangor.


“Menang kalah sebenarnya tidak akan menjejaskan parti politik yang bertanding, tetapi kalau pakatan pembangkang menang, ia akan memberi mesej yang salah mengenai kestabilan politik sehingga pelabur asing tidak berminat untuk menanam modal,” katanya sewaktu berceramah di Batang Kali malam tadi.


Dalam perkembangan berkaitan, Ibrahim yang juga Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Negara (Perkasa) berkata yang lebih bahaya adalah kekalahan BN akan dijadikan modal untuk pembangkang membuat dakwaan bahawa rakyat menolak dasar afirmatif kerajaan yang melindungi hak bumiputera.


Katanya, ia juga akan berlarutan sehingga dasar afirmatif itu dikatakan sebagai punca merosotnya pelaburan asing di negara ini.


“Sedangkan yang paling utama adalah kestabilan politik. Apabila politik stabil buatlah apa jua dasar, pelabur asing tetap datang.


“Menjadi punca masalah sekarang adalah sikap pembangkang sendiri yang sentiasa mencerca negara sehingga pelabur asing dapat gambaran salah,” katanya.


Mengenai calon yang bertanding, Ibrahim berkata, P. Kamalanathan lebih layak dipilih walaupun beliau sebenarnya lebih lama mengenali calon Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Zaid Ibrahim.


“Saya tengok calon juga, mana ada dalam pemimpin DAP atau pemimpin Majlis Peguam yang tergamak membawa hudud ke mahkamah, walaupun tidak bersetuju mereka menghormati Islam.


“Zaid pula walaupun Islam, dia ke mahkamah untuk melawan hudud, sayapun tidak pelik dengan Pas yang dapat terima Zaid kerana parti itu pernah menyamakan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng sebagai khalifah, inilah wajah sebenar Pas yang sanggup mempertaruhkan Islam demi politiknya,” katanya.


PERIBUMIPERKOSA

dia dulu ni bertanding atas tiket mana...?? bebas ke..?
memang jenis tak sedo diri..!!!


PRK Hulu Selangor : Jadual Program Calon 21-4-2010

Rabu, 21/4/2010

9 am: Auditorium Dato’ Abdul Hamid, Bandar Utama, Batang Kali
Program: Majlis Perhimpunan Pimpinan Pihak Berkuasa Tempatan Negeri Selangor
Pemimpin: Datuk Seri Anwar Ibrahim

8 pm: Dewan Orang Ramai Kampung Baru Kerling, DUN Kuala Kubu Bharu
Program: Ceramah Umum
Pemimpin: Datuk Seri Anwar Ibrahim

8 pm: Padang Majlis Daerah Hulu Selangor, DUN Batang Kali
Program: Ceramah Umum
Pemimpin: Datuk Seri Anwar Ibrahim, YB Tuan Guru Hadi Awang
Hubungi: Mat Rahat 012-2114355

8 pm: Taman Bukit Teratai, DUN Batang Kali
Program: Ceramah Umum
Pemimpin: Datuk Seri Anwar Ibrahim, Datuk Zaid Ibrahim
Hubungi: Mat Rahat 012-2114355

PRK Hulu Selangor : Penduduk Sg Buaya mahu isu tanah diselesaikan


Selepas lebih 15 tahun menderita, penduduk Bandar Baru Sungai Buaya, terutama bekas peneroka di kawasan itu mahu pembinaan persimpangan bertingkat Sungai Buaya disegerakan.

Mereka mahu pihak terbabit sama ada kerajaan pusat, kerajaan negeri atau syarikat konsesi Lebuhraya Utara Selatan (Plus) tidak sekadar menabur janji semata-mata bagi meraih sokongan pada pilihan raya kecil kawasan Hulu Selangor, Ahad ini.

Ini kerana pembinaan persimpangan bertingkat yang dijadualkan bermula pada awal tahun depan akan meningkatkan nilai hartanah di kawasan itu dan membolehkan pemaju baru mengambil alih kawasan itu, seterusnya menjelaskan pampasan tertunggak.

"Cukuplah derita kami...rumah dah tinggal tunggul, duit pun dah jadi abu," kata Jamaji Mohamed, 65, antara 363 peneroka asal Felda Sungai Buaya yang dibuka pada 1964 sebelum kawasan itu cuba dimajukan pada pertengahan 1990-an.

Kawasan seluas 1,240 hektar itu dimajukan syarikat berkepentingan peneroka Felda, Murna Jaya Development Sdn Bhd sejak 1994.

Menteri Kerja Raya, Datuk Shaziman Abu Mansor, berkata di sini minggu lalu bahawa persimpangan itu yang akan menyediakan akses kepada lebih 100,000 pengguna di sekitar kawasan pembangunan Sungai Buaya, Sungai Choh, Serendah dan utara Rawang dijangka mula dibina pada suku pertama 2011.

Katanya, projek kerjasama antara Plus dan kementerian itu mengambil masa untuk dilaksanakan kerana ia membabitkan proses pengambilan tanah.
Dijanjikan RM1 juta tunai

Kerajaan negeri pada ketika itu (1994) meluluskan penukaran syarat Akta Tanah, Kawasan Penempatan Berkelompok (GSA) 1960 bagi membolehkan pemaju terbabit membangunkan kawasan itu, namun projek itu gagal dilaksanakan akibat kemelesetan ekonomi hujung 90an.
Jamaji berkata, peneroka dijanjikan bayaran RM1 juta dalam bentuk tunai atau rumah seorang sebagai pampasan, namun sehingga hari ini mereka hanya menerima tidak lebih RM270,000 dalam bentuk ansuran.

"Kami tuntut hak kami," kata Jamaji ketika ditemui di warung kopi berdekatan dengan medan selera Bandar Baru Sungai Buaya, kira-kira setengah jam memandu dari Kuala Kubu Baru, dekat Hulu Selangor tengahari ini.

Bagi peniaga ikan yang juga generasi kedua peneroka kawasan itu, Khairul Mohd Ahya, 49, majoriti penduduk di kawasan itu tidak mempedulikan isu nasional yang dibangkitkan parti bertanding.

"Kami tak peduli ceramah pasal isu luar seperti isu Apco, isu 1Malaysia dan lain-lain....yang penting siapa boleh selesaikan masalah pampasan tanah ini, kami sokong," katanya.

Pemaju kawasan terbabit dilaporkan gagal membayar pampasan itu berikutan krisis ekonomi pada 1997 selain terdapat dakwaan Murna Jaya yang dimonopoli beberapa individu di kalangan peneroka kawasan itu sendiri, berlaku tidak jujur.

Jamaji berkata, kes itu telah dibawa ke mahkamah oleh beliau pada 2002.

"Mahkamah kata tunggu tanah laku (dijual). Kalau buat 'interchange' mungkin tanah akan laku, jadi kita mahu semua pihak termasuk kerajaan negeri beri laluan supaya projek ini boleh dipercepatkan," katanya mewakili penduduk di kawasan itu.

Bagi Salim Musa, 53, beliau percaya projek itu akan membantu menyelesaikan isu terbabit dengan syarat Kerajaan Pusat Barisan Nasional (BN) dan kerajaan pakatan PKR-DAP-PAS di Selangor bekerjasama.
'Jangan janji saja'

"Harap mereka dapat bantu kami, bukan berjanji saja," kata Salim yang juga generasi kedua Felda yang kini bekerja sebagai pemandu "prebet sapu" di bandar Rawang bagi menampung keluarga.

Sebelum 1995, terdapat lima kawasan Felda di kawasan Hulu Selangor iaitu, Felda Sungai Buaya, Felda Soeharto, Felda Gedangsa, Felda Sungai Tengi dan Felda Sungai Tengi Selatan.

Peneroka kawasan Felda terbabit keluar daripada tanah rancangan itu selama 10 tahun sebelum kembali ke pangkuan Felda pada 2005 kecuali peneroka Felda Sungai Buaya yang menaruh harapan kawasan itu akan dibangunkan.

Ketika inilah, banyak tanah peneroka yang terjual dan tergadai kepada orang luar sehingga peneroka terbabit hidup dalam kesusahan di bawah paras kemiskinan sehinggalah dibantu kerajaan.

Namun sehingga hari ini, isu pampasan tanah itu masih belum selesai dan menghantui peneroka serta menjadi isu yang sering dipolitikkan setiap kali pilihan raya berlangsung, termasuk pilihan raya kecil parlimen Hulu Selangor minggu ini.

- Bernama

PRK Hulu Selangor : WANITA UMNO HEBAT...

"Kehebatan pergerakan Wanita Umno berkempen secara berhemah juga menyebabkan Wanita PKR turut meniru cara Wanita Umno berkempen," kata Sharizat.

kha!kha!..lawak-lawak...berhemah...atau berhelmet..




Pengundi di kawasan Parlimen Hulu Selangor diingatkan agar tidak terpengaruh dengan isu yang dimainkan pembangkang berhubung pemilihan calon BN daripada MIC kerana tonggak utama di belakangnya adalah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Guna nama Najib...nampak..?

PRK Hulu Selangor : Pembangunan Bukan Janji Pilihan Raya

Oleh: NURUL AIN MOHD HUSSAIN
HULU SELANGOR: Kerajaan Pakatan Rakyat (PR) berjanji tidak akan menggunakan isu pembangunan negeri Selangor sebagai ‘gula-gula’ pilihan raya kecil (PRK) dalam tempoh berkempen kali ini.
Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, pihaknya akan meneruskan pembangunan di kawasan Hulu Selangor walaupun kerusi berkenaan tidak memihak kepada Parti Keadilan Rakyat (PKR).
“Kita tetap meneruskan sebarang pembangunan dikawasan ini dan seluruh Selangor kerana ini merupakan negeri kita.
“Tidak kisah menang atau kalah kali ini, kita akan teruskannya,” katanya pada sidang media harian di Pusat Media PKR di sini hari ini.
Beliau diminta mengulas perkara berkenaan selepas Exco Kerajaan Negeri, Elizabeth Wong mengumumkan Kuala Kubu Baru akan dicadangkan sebagai warisan dunia oleh Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO).
Terdahulu, Elizabeth mengumumkan akan menjadikan Kuala Kubu Bahru sebagai Kota Taman seperti pelan asal yang direka oleh perancang bandar Malaya yang pertama, Charles Reade pada 1910-an.
“Ini bukan merupakan janji pilihan raya kerana peruntukan telah diluluskan kerajaan sebelum ini dan akan merealisasikan keseimbangan penempatan, industri dan pertanian,” katanya.

PRK Hulu Selangor : P. Kamalanathan Temui 70 Peratus Pengundi...Fuyoo En Kamal...power beb 4 hari banyak tue....!!!


HULU SELANGOR: Masuk hari keempat berkempen, calon Barisan Nasional (BN), P. Kamalanathan berjaya menemui sekurang-kurangnya 70 peratus pengundi dalam kawasan Parlimen Hulu Selangor.
Beliau berkata, jadual padat yang diatur setiap hari sejak tempoh kempen secara rasmi bermula Sabtu lalu membolehkanya menemui begitu ramai pengundi dalam kawasan Parlimen berkenaan.
"Sekurang-kurangnya 60 hingga 70 peratus pengundi telah saya temui sehingga hari ini.
"Bukan sahaja di kawasan pekan, malah saya dan jentera BN yang lain turut masuk ke kampung-kampung serta ke kawasan ladang-ladang yang ada dalam kawasan ini," katanya ketika ditemui ketika berkempen di LadangKerling di sini hari ini.
Pada pilihan raya kecil Parlimen Hulu Selangor yang akan diadakan pada 25 April ini, Kamalanathan akan ditentang oleh calon Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Zaid Ibrahim.
Mengulas mengenai penerimaan penduduk setempat, Kamalanathan berkata beliau bersyukur kerana setiap pengundi yang ditemuinya memberi respon yang baik dan begitu memberangsangkan.
"Semuanya bagitu baik, mereka alu-alukan kehadiran saya ke tempat mereka...ada juga yang berjanji akan memberi undi kepada saya.
"Saya harap respon yang baik itu dapat diterjemahkan ke dalam bentuk undi kepada saya pada hari pengundian nanti," katanya sambil mengakui turut disenangi oleh penduduk di kalangan masyarakat Melayu dan Cina.
Selain itu, Kamalanathan juga berkata beliau turut mengharapkan pengundi mahupun bukan pengundi yang ditemuinya supaya mendoakan kejayaannya pada pilihan raya berkenaan.
"Saya bukan sahaja meminta undi, tapi saya juga minta mereka berdoa untuk saya kerana saya percaya jika setiap daripada mereka mendoakan saya, peluang untuk menang lebih cerah," katanya penuh yakin.
Mengenai saingan dua penjuru yang dihadapinya kini, Kamalanathan berkata, beliau tidak kisah mengenai jumlah lawannya, sebaliknya mahu memberi fokus untuk memenangi hati pengundi di kawasan ini.
"Tak kisah berapapun, yang penting saya sendiri mahu buktikan keikhlasan saya kepada rakyat.
"Ini cara saya, kalau rakyat nampak keikhlasan saya untuk membantu mereka, sudah pasti mereka akan memilih saya," katanya ringkas.

Samy: I made a costly mistake

By RK Anand

EXCLUSIVE KUALA KUBU BARU: MIC president S Samy Vellu admitted making a "costly mistake" by jumping the gun to name his deputy G Palanivel as the candidate for the Hulu Selangor by-election.
In an exclusive interview with FMT this evening, the 74-year-old politician, who was in high spirits and a picture of health, explained the “confusion” surrounding the party's candidate.

The interview was held at Palanivel's former service centre, where the shelves were still littered with copies of a book on the MIC deputy president.

Palanivel was the four-term MP for Hulu Selangor prior to his defeat in the 2008 general election and it looked almost certain that he would run again for the seat in this by-election.

But the Barisan Nasional leadership decided otherwise. After days of haggling, he was dropped in favour of MIC information chief P Kamalanathan at the eleventh hour.

Following this, certain quarters had blamed Samy Vellu for irking Umno by being too quick – within 24 hours after the death of the Hulu Selangor incumbent - to name Palanivel as the candidate, a task normally reserved for the BN chairman.

Tremendous mental strain
Flanked by former MIC vice-president S Sothinathan, Samy Vellu expressed regret over the turn of events, but stressed that his action had no bearing on Palanivel's fate.

“Yes, that was a mistake (to jump the gun). I had told the prime minister (Najib Tun Razak, who is also the BN chairman) this. When you are in the wrong, admit it quick and empathatically. It was a very costly mistake as well.

“If I had not done that, we could have got things through much easily,” he said.

On the speculation that he had done this deliberately to “kill off” Palanivel in order to pave the way for Sothinathan to ascend to the number two spot, Samy Vellu quipped, “Yes. I admit. I did it.”

This prompted Sothinathan to clarify, just to be on the safe side, that the president was only joking.

Sothinathan had gone against Samy Vellu, whom he described as his mentor, to contest against Palanivel for the deputy presidency in last year's party election.

The master and disciple have since patched up, leading some to believe that a new pact had been formed to annihilate Palanivel, whose ties with Samy Vellu is said to be on rocky ground.

Elaborating, Samy Vellu said he underwent tremendous mental strain by putting up Palanivel (left) as the party's choice for the by-election.

“I had quarelled with so many people. When the deputy prime minister (Muhyiddin Yassin) called to tell me who is the candidate, there was virtually a lot of arguments.

“I stuck to him. Nope! No one else, except Palanivel... I have not seen any BN chairman overrule the president's choice... we always maintained independence in the selection of party candidates.”

Asked if the Hulu Selangor by-election had witnessed MIC losing this “independence”, he said: “I can't say that we have lost our independence. MIC still has the independence to fight (for the candidate of its choice) and finally get its way.”

When it was pointed out that in this case, MIC did not get what it wanted, the party president stressed that the main question here was not the candidate, but winning the seat.

“A lot of questions were raised on whether we can win the seat or not,” he said.

Palanivel would have lost?
Samy Vellu also dismissed the allegation that Umno had arm-twisted its component partner into dropping Palanivel.

“That is the view of the opposition. I don't feel that way,” he laughed.

“Najib is the prime minister, the number one man in the country. He can say 'I want this man, I don't want any change'. I would have said, 'Bye-bye sir'. And that would have been the end.

“But the moment I proposed another man, he agreed and stuck to the candidate,” he added, denying talk that Kamalanathan is more of an Umno candidate.

“He is an MIC candidate, (V) Mugilan is the Umno candidate,” he said in reference to the Hulu Selangor MIC Youth chief who was touted as Umno's preferred choice.

In view of this, Samy Vellu indicated that the decision to drop Palanivel was made in order to win back the seat from PKR.

“I submitted Palanivel's name, but the PM said clearly that he had received reports (from the ground) on the minds of the people in this constituency.

“These reports stated what percentage of the people here supported him (Palanivel) and did not support him,” he said.

Asked why Palanivel's support had dwindled despite winning with thumping majorities in the past, Samy Vellu believes that it was due to the anger which still lingered from the 2008 general election.

He, however, denied that his deputy had failed to render service to his constituents in the past as alleged by some quarters.

“If he did not service his constituency, I don't think he would have smashed the PAS candidate in the 2004 general election,” he said.

“For four terms,” Sothinathan chipped in. “He (Palanivel) has been here since 1990.”

On opposition from local Umno leaders towards Palanivel, Samy Vellu said they preferred someone who would be closer to them.

The MIC president reiterated that he had insisted on BN fielding Palanivel, but Najib had told him the “conditions were bad; if he (Palanivel) goes again, he would lose. We want to win this election.”

“After (the PM said this), I categorically objected to Mugilan (being named as the candidate),” he added.

Two names proposed
Najib had then asked the MIC president to propose other names, and Samy Vellu mentioned two – secretary-general S Murugesan and Kamalanathan (photo).

As for Murugesan, Samy Vellu said he was worried that certain quarters would object on the grounds that he was defeated in the 2008 general election for the Subang parliamentary seat.

“These days, (to contest) in an election, you must be fresh and new,” he said. “So I proposed Kamalanathan, and the PM immediately agreed.”

As for Palanivel, Samy Vellu said his deputy would not be left out. “We would make him a senator, and he would be going for a government post.”

Speculation is rife that Palanivel would be made a deputy minister, but it is said that the MIC deputy president had wanted to re-enter the corridors of power by winning an election and not through the back door.

Commenting on this, Samy Vellu said: “If you yourself attempt to go through the back door, that is a very bad policy. But if somebody provides you something, that is a different issue.”

The MIC president also denied that the candidate fiasco had strained ties between him and his deputy.

“I told Palanivel, let this election be over. If you want to take over MIC the next day, I will resign and go... you take over the party, you take over everything. I will just go away somewhere, stay at home and don't do any other work,” he said.

Samy Vellu also does not believe that Palanivel's position in the party would be jeopardised by this episode.

“It won't. Because before we go for the next party election, the general election will come. He has the opportunity to contest a chosen seat,” he said.

PRK Hulu Selangor : Srikandi PKR akan tanggal poster lucah BN

Sha 2 Oleh Fazy Sahir
KUALA KUBU BARU: Pasukan Srikandi Parti Keadilan Rakyat (PKR) telah bersiap sedia untuk membuang semua risalah, poster dan papan tanda berbaur hasutan dan lucah yang dipalitkan kepada para pemimpin PKR.
Ketua Srikandi PKR, Siti Aishah Mohd Shaik Ismail berkata, pasukannya akan menurunkan kesemuanya esok jika pihak berkuasa masih tidak menanggalkannya.

Beliau menggesa polis mengambil tindakan segera ke atas perbuatan biadap Barisan Nasional itu yang jelas cuba mencalar imej calon serta pimpinan PKR.
"Kita gesa polis segera ambil tindakan, jangan hanya sambil lewa sahaja ini bukan perkara main-main," katanya ketika ditemui di luar IPD Kuala Kubu Baru hari ini.
Siti Aishah yang ditemani ahli-ahli Srikandi lain bertemu dengan Cif Inspektor Jagjeet Singh untuk meninjau kawasan kejadian seperti yang dilaporkan mereka semalam.
Dalam laporan polis dibuat di balai semalam, Srikandi menunjukkan bahan bukti termasuk gambar Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang dilabel sebagai pengkhianat negara, gambar peribadi exco Selangor Elizabeth Wong dan gambar palsu Datuk Zaid Ibrahim meminum arak.

PRK Hulu Selangor : Peneroka Sg Buaya masih dibelenggu kemiskinan

asli4Bahagian Kedua
Oleh Muda Mohd Noor
Kebanyakan para peneroka Felda Sungai Buaya, Hulu Selangor hari ini masih hidup di bawah garis kemiskinan akibat dari syarikat pemaju yang gagal melunaskan baki bayaran dari jumlah RM1.2 juta.
Seorang peneroka dan juga bekas Nazir Masjid Al Rahmah di Sungai Buaya, Jamaluddin Othman mendedahkan kepada Free Malaysia Today bahawa masih ada kira-kira 244 peneroka sehingga hari ini masih dibelenggu kemiskinan.

Jamaluddin berkata, "apabila projek yang hendak dimajukan oleh syarikat Murnia Development Bhd gagal dilaksanakan maka para peneroka tidak mendapat bayaran sepenuhnya.
Sebelum ini, syarikat hanya membayar 35 peratus dari jumlah wang RM1.2 juta untuk setiap peneroka hasil dari penjualan tanah mereka untuk tujuan pembinaan bandar baru.
Dari angan-angan hendak jadi orang kaya, sudah jadi papa kedana.Sepatutnya peneroka Felda Sungai Buaya menjadi orang kaya
tetapi realitinya hidup seperti pengemis." katanya.
Menurutnya, peneroka tidak kisah jika kerajaan mahu membina banyak sekolah di Hulu Selangor tetapi masalah peneroka hendaklah ditangani dan diselesaikan.
Katanya, peneroka bukannya hendak sekolah yang cantik tetapi mahu hak peneroka ditunaikan.
"Bila ada pilihanraya, ada sahaja pemimpin parti politik yang datang ke sini untuk menabur janji. Tetapi selepas pilihanraya masalah kami masih tidak selesai," katanya lagi.
Jamaluddin menambah, ada peneroka yang menjual tanahnya seluas sembilan ekar bernilai keseluruhan RM1,098,798.37 iaitu RM120,967.74 seekar.
Bagaimanapun, peneroka tersebut masih tidak memperolehi baki jualan tanah sebanyak RM500,000 sejak Ogos 2001.
Tempoh 16 tahun sudah terlalu lama
Beliau yang mendakwa mewakili penduduk berharap kerajaan Pakatan Rakyat dapat membantu menyelesaikan masalah yang ditanggung oleh peneroka sejak 16 tahun lalu.
Di sebatang jalan menuju Kampung Sungai Buaya ada kain rentang "Sekiranya mahu undi kami! Selesaikan masalah tanah kami di Sungai Buaya ini!"
Menurut seorang bekas peneroka , Kamarulzaman Hamdi, penduduk meminta pihak-pihak yang berkenaan supaya menyelesaikan masalah peneroka jika mahu mendapat undi daripada kalangan bekas peneroka Sungai Buaya ini.
"Tidak kiralah kerajaan pusat atau kerajaan negeri Selangor. Tempoh 16 tahun sudah terlalu lama, kalau buat betul-betul masalah ini akan selesai.
"Kerajaan negeri pun sudah bertukar, dulu Barisan Nasional, kini Pakatan Rakyat. Harapan kami ialah isu ini dapat diselesaikan segera," katanya lagi.
Peneroka Sungai Buaya menjual tanah tersebut kepada Murnia Jaya yang mengendalikan projek pembangunan di kawasan tersebut pada tahun 1994.
Sebuah bandar baru dirancang pembinaannya di Sungai Buaya ketika pentadbiran bekas menteri besar, Tan Sri Muhammad Muhd
Taib.
Ketika peneroka menandatangani perjanjian dengan pemaju Murnia Jaya pada tahun 1994, pemaju berjanji melangsaikan semua bayaran dalam tempuh lima tahun.
Bagaimanapun, sehingga hari ini seramai 363 peneroka yang menjual tanah itu masih tidak memperolehi baki jualan bermula tahun 2001 hingga sekarang.

Dasar Ekonomi PR Bakal Jadikan Selangor Pengeluar Pisang Utama Dunia

Oleh Sidiqin Omar
KUALA KUBU BHARU 20 Apr - Rakyat negeri Selangor kini semakin yakin dengan pentadbiran Pakatan Rakyat pimpinan Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim berdasarkan pencapaian ekonomi yang memberangsangkan.
Penduduk di daerah Hulu Selangor kini dapat menikmati hasil melalui polisi dan program yang dijalankan kerajaan negeri.
"Kita datang ke sini bukannya untuk melancarkan sesuatu, tetapi untuk menuai hasil yang kita semai semenjak dua tahun lalu," kata beliau pada Majlis Perasmian Ladang Dole Sebiro di Bernam Jaya.
 Ladang pisang seluas 500 ekar ini merupakan projek perintas bagi daerah Hulu Selangor, dan kerajaan negeri dengan kerjasama firma perladangan antarabangsa, Dole Sebiro bercadang untuk menambah keluasan ladang tersebut sehingga 1,000 ekar.
Majlis tersebut turut dihadiri oleh Penasihat Ekonomi Negeri Selangor, Datuk Seri Anwar Ibrahim, calon Pakatan Rakyat, Datuk Zaid Ibrahim,  Exc Pemodenan Pertanian, Pengurusan Sumber Alam dan Pembangunan Usahawan, Yaacob Sapari serta Presiden Dole Asia, James Prideaux.
"Tugas yang diamanahkan kepada kami adalah untuk memberikan perkhidmatan yang terbaik dan meningkatkan kualiti hidup rakyat.
"Daerah Hulu Selangor mempunyai prospek ekonomi yang baik berdasarkan lokasinya yang strategik," kata Khalid.
Dengan kewujudan projek ladang ini, penduduk di Bernam Jaya dan kawasan sekitarnya akan dapat menikmati hasil dari limpahan ekonomi dari program yang dijalankan kerajaan negeri.
Dole Inc merupakan syarikat pengeluar pisang dan buah-buahan terbesar di dunia yang menguasai saluran pasaran dan teknologi pertanian dunia.
Dole Sebiro merupakan satu-satunya wakil pengeluar yang dilantik Dole Inc di Malaysia melalui hasil kerjasama dengan syarikat tempatan.
Sehingga kini, syarikat memiliki ladang seluas 500 hektar di Hulu Selangor yang telah mengambil seramai 200 orang pekerja yang kebanyakkannya terdiri daripada kalangan rakyat tempatan.
Menjelang Jun 2010, dijangkakan Ladang Dole di Hulu Selangor mampu mengeluarkan hasil sebanyak 20,000 kotak pisang dalam tempoh seminggu.
Hasil tersebut bukan sahaja akan dibekalkan ke pasaraya di sekitar Lembah Klang, malah produk tempatan ini akan dieksport secara meluas ke Indonesia, Singapura, Hong Kong dan negara-negara Asia Tengah.
Ini sekaligus akan meletakkan Malaysia sebagai pengeluar utama pisang dalam jangka masa panjang.
 Usahasama Ladang Dole Sebiro dan PKNS adalah salah satu langkah proaktif oleh Selangor untuk meningkatkan nilai pulangan dari tanah-tanah milik Kerajaan Negeri.
Melalui usahasama ini, Dole Sebiro diberikan pajakan pendek bersyarat agar tanah dapat diusahakan dan membawa pulangan dengan membayar pajakan kepada PKNS.
Pada masa yang sama, Kerajaan Negeri membantu mewujudkan
kegiatan ekonomi di kawasan pendalaman dan peluang-peluang pekerjaan baru untuk masyarakat setempat yang kian terpinggir.
Kerjasama dengan Dole Inc juga menandakan usaha serius Kerajaan Negeri untuk mempercepatkan aplikasi pertanian moden untuk menembusi pasaran dunia.
 Anwar melalui Pejabat Penasihat Ekonomi Negeri Selangor turut mengambil inisiatif untuk duduk berbincang  dengan Dole Inc bagi mengenal pasti kerjasama yang dapat diambil terutamanya melalui perkongsian bijak dengan Kerajaan Negeri.
Aspek-aspek tumpuan yang akan ditekankan adalah teknologi pertanian moden, strategi pemasaran, latihan atau peningkatan keupayaan dan lain-lain aspek penting.

PRK Hulu Selangor: Calon, Jentera dan Rasuah Politik

Calon
1. Keputusan Barisan Nasional (BN) meletakkan P.Kamalanathan sebagai calon bagi pilihan raya kecil Hulu Selangor memberi satu impak yang positif kepada pengundi di sana.  Sebahagian mereka yang mahukan muka baru mewakili BN akhirnya mendapat apa yang mereka hajati.
2. Adalah penting untuk BN sedaya upaya memperkenalkan dan menonjolkan calon baru ini ke segenap pelusuk daerah mengundi bagi memastikan pengundi mengenali calon mereka sebelum hari pengundian.  Calon juga harus diberi "kekuatan" dan "sokongan" yang kuat untuk bergerak ke bawah.
3. Manakala harapan saya agar Zaid Ibrahim menjadi calon PKR juga menjadi kenyataan.  Sungguhpun pencalonan Zaid bukan bermakna laluan mudah untuk BN, namun ia tidak sesukar jika PKR meletak Halili Rahmat.
4. Malahan pengumuman Halili keluar PKR hari ini juga menunjukkan betapa pemilihan Zaid tidak direstui oleh ramai orang kuat PKR di Hulu Selangor.  Halili merupakan antara orang yang rapat dengan keluarga Anwar Ibrahim dan seorang doktor pakar yang dikatakan turut merawat Anwar Ibrahim suatu ketika dahulu.
5. Saya melihat pemilihan Zaid Ibrahim sebagai calon bukanlah atas kehendak pengundi, terutamanya PKR dan PAS, Hulu Selangor.  Zaid diletakkan sebagai calon kerana ia dianggap sesuai di mata DAP.  Pandangan dan orientasi politik Zaid sangat menjurus kepada keuntungan politik DAP.
Jentera
6. Kegagalan PKR membendung protes seperti Halili di Hulu Selangor boleh memberi kesan yang besar kepada perjalanan jentera mereka.  Jentera PKR merupakan antara yang terlemah jika dibandingkan dengan Pas dan DAP.  Jika ia menghadapi krisis seperti ini maka pasti ia akan makin melemahkan jentera mereka.
7. Di Hulu Selangor sendiri ramai yang bercakap bahawa jentera Pas tempatan gagal bergerak kerana agak kurang bersetuju dengan pemilihan Zaid Ibrahim atas sebab-sebab pandangan dan sikap beliau yang agak "liberal" berbanding idelogi Pas.
8. Ini meninggalkan hanya jentera DAP yang nampak gah dan kuat menarik sokongan kaum Cina.  Jika BN tidak memberi perhatian serius kepada gerakan DAP ini, calon BN, P. Kamalanathan mungkin melalui jalan sukar untuk menang.
9. Selain itu, saya berharap jentera BN tidak leka atau membiarkan masalah-masalah kecil berlarutan tanpa diselesaikan segera.  Jangan anggap pencalonan Zaid akan membolehkan BN mendapat laluan mudah.  Anwar Ibrahim dan Khalid Ibrahim dilihat bekerja keras bagi memulihkan imej Zaid Ibrahim yang banyak tercalar dan tercemar.
10. Jika jentera BN di peringkat akar umbi tidak diperkukuhkan dan diberi "kekuatan" maka tidak mustahil BN akan menghadapi masalah dalam pilihan raya kali ini.  Saya melihat di sesetengah tempat jentera BN seolah-olah telah yakin menang.  Saya berharap jangan ada yang mengambil mudah taktik dan politik lawan agar kita tidak mengulangi kesilapan 2008.
11. BN jangan jadi seperti perlumbaan antara arnab dan kura-kura, terlalu yakin menang perlumbaan sehingga boleh berhenti rehat dahulu.  Akibatnya semua kita tahu, arnab tertidur dan kura-kura yang menang pertandingan tersebut.
Rasuah Politik?
12. Dalam beberapa pilihan raya lalu, Barisan nasional diburuk-burukkan sebagai mengamalkan rasuah politik apabila cuba menyelesaikan masalah rakyat secepat mungkin di sesuatu kawasan yang berlaku pilihan raya kecil.
13. Nampaknya apa yang berlaku hari ini ialah seperti Pakatan menelan ludah sendiri.  Sekian banyak peruntukan kerajaan negeri diturunkan untuk menurap jalan, memberi bantuan kepada orang miskin dan juga menyampaikan cek-cek sumbangan kepada sekolah-sekolah jenis kebangsaan Cina dan Tamil.
14. Apabila wartawan bertanya kepada Khalid (gambar kanan), beliau menjawab bahawa apa yang beliau buat sekarang sama seperti apa yang BN buat dahulu.  Jika dulu BN buat salah dan dianggap rasuah politik, tapi sekarang apabila Pakatan buat dianggap halal sebab BN juga buat dahulunya.
15. Aneh sekali ukuran cara berpolitik mereka ini.  Perkara yang sama jika ia dilakukan oleh BN maka haram dan salah.  Jika ia dibuat oleh mereka maka ia dianggap halal dan sah.

*Tulisan ini dipetik dari blog Mohamad Khir Toyo, bekas Menteri Besar Selangor.

"Runtuhkan Patung Hindu di Batu Caves dan Buddha di Kelantan"?

Sejurus apabila terlintas dengan sebidang blog aminchenor.blogspot.com, saya berasa seolah-olah tidak percaya.  Pelajar Aswara pernah ditahan untuk disoal siasat akibat komen di dalam facebook berkaitan dengan isu "bom petrol".  Teresa Kok pernah didakwa menghina azan dan disoal siasat di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), Raja Petra Kamaruddin terpaksa menjadi pelarian akibat beberapa potong rencananya.  Semuanya atas dasar isu perkauman dan membangkitkan rusuhan.
Saya terus memberitahu diri sendiri, sekiranya rencana sebegini ditulis oleh saya, barangkali polis akan berada di rumah saya dan membawa ke balai polis untuk turut disoal siasat.
Tidak mustahil juga permohonan lanjutan tahanan akan dikemukakan agar siasatan diperlanjutkan untuk, kononnya, mengumpul bahan bukti.  Seperti Raja Petra (gambar kiri), komputer akan diambil dan tidak dipulangkan dengan pelbagai alasan dan borang yang perlu diisi.  Ada juga kes yang menjumpai buku resipi dan dijadikan bahan bukti.  Payah!
Di dalam profailnya, pemilik blog ini menjawat jawatan Naib Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Maran.  Rencananya berjudul Tuntutan Buat Kerajaan Malaysia bertarikh 22 Mei 2009.  Beliau meletak namanya sebagai Apache.
Penulisan blog yang diambil ditulis dalam huruf besar dalam warna biru.
Blog aminchenor itu menulis:
1) HAPUSKAN HAK MENGUNDI KAUM BUKAN BUMIPUTRA
(MEREKA SEMEMANGNYA TIDAK LAYAK MENGUNDI DI MALAYSIA INI KERANA MEREKA HANYA MENGUNDI BERASASKAN KAUM SAHAJA.)
Perlu dikatakan di sini bahawa sekiranya hendak hapuskan hak mengundi bukan bumiputera maka adakah aminchenor mencadangkan supaya perlembagaan kita dihapuskan terlebih dahulu?  Hal ini disebabkan hak mengundi semua rakyat Malaysia termaktub dalam perlembagaan.
Artikel 119 Perlembagaan Persekutuan.
Artikel 119 (1) menyebut bahawa "Tiap-tiap warganegara yang (a) telah mencapai umur 21 tahun pada tarikh kelayakan; dan (b) bermastautin dalam sesuatu bahagian pilihanraya pada tarikh kelayakan itu atau, jika tidak bermastautin sedemikian, adalah seorang pengundi tak hadir, dan (c) didaftarkan, di bawah peruntukan mana-mana undang-undang yang berhubungan dengan pilihan raya, dalam daftar pemilih sebagai pemilih dalam bahagian pilihan raya tempat dia bermastautin pada tarikh kelayakan; berhak mengundi…"
Bagaimana Apache hendak menjadi seorang pejuang Melayu yang tulen jika kesalahan perkataan hapus adalah kata dasar yang perlu ada kata kerja untuk menjadi sesuatu perkataan yang bersifat kata kerja.  Beliau sepatutnya menyatakan bahawa "Menghapuskan Hak Mengundi Kaum Bukan Bumiputera".
Blog tersebut menyatakan:
2) BATALKAN SEMUA PARTI POLITIK YANG BUKAN MILIK KAUM BUMIPUTRA DI TANAH MELAYU INI.
( PARTI MEREKA INI AMAT RACIST DAN JIKA MEREKA KOMPONEN SEKALIPUN MEREKA TIDAK MEMBANTU KITA BUMIPUTERA, SEBALIKNYA MEREKA MENUNTUK HAK MILIK KITA KAUM PERIBUMI)
Perkara ini boleh dilakukan oleh Kerajaan.  Sekiranya kita mengikut undang-undang lazim, sekiranya kita hendak membatalkan semua parti politik bukan milik kaum Bumiputera di Tanah Melayu maka anda perlu terlebih dahulu hapuskan tiga perkara dalam rukun negara kita iaitu perkara ketiga, keempat dan kelima.
3. Keluhuran Perlembagaan
4. Kedaulatan Undang-Undang
5. Kesopanan dan Kesusilaan
Hak berparti dan berpersatuan termaktub dalam perniagaan dan undang-undang.  Jika hendak menghapuskan keluhuran dan daulatnya boleh.  Keadaan ini juga menandakan penghapusan Rukun Negara kita merupakan satu tindakan yang tidak bersopan.
Kesalahan bahasa Melayu yang ketara sekali lagi berlaku.  Pertama penulis blog ini seharusnya menggunakan perkataan "membatalkan".  Kata kerja "mem" perlu mendasari kata dasar batal baharu boleh menjadi kata kerja.  Kedua anda tidak perlu menggunakan perkataan yang mendepani bukan milik kaum Bumiputera.  Ayatnya seharusnya "membatalkan semua parti politik bukan milik kaum bumiputera di Tanah Melayu".
Dipercayai bahawa penulis ini seorang ahli parti melayu, UMNO (melalui profail blog yang boleh dibaca).  Sebagai sebuah parti Melayu, parti berkenaan mereka tidak sepatutnya ada perkataan sebegini.  Hanya parti mereka ini amat perkauman dan bukannya menggunakan perkataan racist (bahasa Inggeris).  Ayat yang sepatutnya ialah Parti mereka akan bersifat perkauman dan jika parti komponen yang seiring dengan parti Bumiputera sekalipun mereka tidak akan membantu Bumiputera.  Sebaliknya mereka menuntut hak milik Bumiputera yang merupakan kaum Peribumi.
Selain itu, blog Apache ini juga menyatakan:
3) KEMBALIKAN SEMULA HAK-HAK MELAYU YANG TELAH DILIBRALISASIKAN BULAN LEPAS.
Penulis blog ini perlu mengetahui bahawa kesemua hak yang ada pada beliau bukannya dirampas oleh kaum bukan Bumiputera.  Perdana Menteri, pemimpin dan kerajaan Melayu dan Bumiputera yang meliberalisasikan hak-hak tersebut.  Barangkali Apache ini berkehendakkan agar Perdana Menteri Melayu yang ada sekarang dihapuskan kerana pemimpinnya itu meliberalisasikan hak beliau?
Rencana tersebut juga menyatakan:
4) RUNTUHKAN PATUNG DEWA HINDU BERDIRI DI BATU CAVES DAN PATUNG BUDDHA DUDUK DI TUMPAT KELANTAN.
(INI MERUPAKAN PEKARA YANG TERPENTING!!! BAGAIMANA KITA MALAYSIA INI YANG MANA SEBUAH NEGARA ISLAM DAN AGAMA PERSEKUTUANYA ISLAM TELAH MEMBINA PATUNG-PATUNG YANG BEGITU TINGGI SEHINGGAKAN LEBIH TINGGI DARI KUBAH MASJID!!! )
Perkara ini tidak dapat ditoleransi dan bisa mengembalikan peristiwa hitam 13 Mei yang akhirnya tidak menguntungkan sesiapa juga.
Islam tidak pernah meletakkan ketertinggian secara fizikal tetapi diukur melalui ketaqwaan seseorang.  Kedua perlembagaan pertama di dunia iaitu Piagam Madinah juga mempertahankan hak bukan Islam untuk beragama.  Ketiga Islam melarang umat - umatnya merosakkan harta benda.
Allah yang Maha Esa lagi Pengasih berfirman:
"Orang-orang beriman itu sesungguhnya bersaudara.  Sebab itu damaikanlah (perbaikilah hubungan) antara kedua saudaramu itu dan takutlah terhadap Allah, supaya kamu mendapat rahmat”.
Allah juga berfirman:
"Hai orang-orang yang beriman, janganlah sekumpulan orang laki-laki merendahkan kumpulan yang lain, boleh jadi yang ditertawakan itu lebih baik dari mereka.  Dan jangan pula sekumpulan perempuan merendahkan kumpulan lainnya, boleh jadi yang direndahkan itu lebih baik.  Dan janganlah suka mencela dirimu sendiri dan jangan memanggil dengan gelaran yang mengandung ejekan.  Seburuk-buruk panggilan adalah (panggilan) yang buruk sesudah iman dan barangsiapa yang tidak bertaubat, maka mereka itulah orang-orang yang zalim".
Saya juga ingin memetik ayat al-Quran,
"Dan janganlah kamu caci benda yang mereka sembah selain dari Allah, kerana mereka kelak akan mencaci Allah secara melampaui batas tanpa pengetahuan.  Demikianlah Kami memperelokkan pada pandangan tiap-tiap umat akan amal perbuatan mereka, kemudian kepada Tuhan merekalah tempat kembali mereka, lalu Ia menerangkan kepada mereka apa yang mereka telah lakukan." ( Surah Al-An’aam ayat 108 )
Manakala hadith riwayat Abu Daud memberitahu:
Tuhanmu yang sebenar-benarnya Maha PERKASA pernah berfirman :
"Barangsiapa menyakiti orang bukan Islam yang berada di bawah perlindungan Islam, maka ia telah menyakiti saya, dan barangsiapa yang menyakiti saya, maka ia telah menyakiti Tuhan".
Selain itu, Apache juga menyatakan;
TUNTUTAN INI BUKAN MERUPAKAN SUATU YANG RACIST, SEBALIKNYA IANYA MERUPAKAN LUAHAN KAMI YANG BERADA DI BAWAH INI. KAUM BANGSA PENDATANG YANG LAIN TIDAK AKAN BERKOMPROMI DENGAN KERAJAAN YANG ADA SEKARANG INI. MEREKA AKAN MENUNTUT HAK YANG ADA PADA BUMIPUTERA!!!
DAN KAMI MINTA SEBELUM TERJADI APA-APA MAKA PERMINTAAN YANG EMPAT NI DITUNAIKAN KERAJAAN MALAYSIA.
SEKALI LAGI SAYA MENYAMPAIKAN AMARAN KEPADA KERAJAAN MALAYSIA!!!
BAHAWA MEREKA KAUM PENDATANG INI TIDAK AKAN MENYOKONG BUMIPUTERA!!! MEREKA AKAN MENYOKONG PUAK MEREKA SAHAJA!!! MEREKA AKAN MENINDAS BUMIPUTERA SECARA HALUS DAN SULIT!!! SEHINGGAKAN PERJUANGAN KOMUNIS YANG MEMBUNUH UMAT ISLAM DAN MELAYU JUGA MEREKA PERJUANGAKN, APATAH LAGI SELEPAS INI!!!
Atas pemerhatian yang dijalankan ke atas tuntutan yang ini, penulis blog ini sebenarnya mencadangkan untuk menghapuskan Perlembagaan Negara, Rukun Negara dan Perdana Menteri Melayu keenam.  Dia juga mencadangkan agar umat Islam lari daripada tuntutan dan suruhan Al - Quran dan Hadis.
Rencana membidas artikel blog aminchenor ini bukan berhasrat untuk menghalang kebebasan Apache dalam memberi pendapat.  Artikel beliau disiarkan pada 22 Mei lalu mempunyai unsur perkauman dan sudah tentunya berbau hasutan.
Di dalam Negara pelbagai kaum seperti Malaysia ini, isu antara-kaum sebegini perlu ditulis dengan amat teliti agar tidak mendatangkan sebarang kemarahan kaum lain.
*Faisal Mustaffa

Lelaki minum arak dalam gambar? Hishammuddin: Saya tak ingatlah

Menteri Dalam Negeri Hishammuddin Hussein "tidak ingat" sama ada dirinya lelaki yang minum arak dalam satu gambar yang tersebar dalam internet atau tidak.  Ketika soalan ini diajukan oleh MerdekaReview kepada Naib Presiden UMNO ini, beliau menjawab, "Saya tak ingatlah..." (I don't remember.)
Beliau bertanya, "Apa yang mereka lakukan?  Ada juga gambar isteri saya.  Anda boleh lihat itu superimpose (diubahsuai).  Gambar yang mengaitkan anak perempuan saya itu jelas bukannya!  Untuk saya, saya telah membuat keputusan...(gambar yang) dalam web ini saya takkan jawab.  Benda-benda begini."
"...Dan mereka melatah dalam konteks ini, itu terserlah kepada mereka.  Tapi kalau nak cari tuduhan, dakwaan, gambar... gambar saya dengan student, gambar saya dengan perempuan, semua ada dekat dalam tu.  Kalau nak tanya gambar ini dan itu...saya ke tidak?  (Saya ada lagi) Banyak kerja lain, kalau kita nak buat ikut tanggungjawab dan amanah," sambungnya.
Hishammuddin menambah, "Itu realiti politik.  Bagi saya, itu asam garam.  Tetapi bila dia menyentuh isteri, anak-anak saya yang tak berdosa, itu maknanya mereka dah agak daif dan ketandusan nak berkempen dan nak memperjuangkan kedudukan mereka sebagai parti politik untuk rakyat Malaysia."
Dalam satu lawatan ke ladang Nigel Gardner kawasan Hulu Selangor pada hari ini, Hishammuddin Hussein diminta untuk respon kepada isu gambar yang tersebar di internet, di mana seorang lelaki yang menyerupai wajahnya sedang memegang tin arak.
Selepas tamatnya aktiviti di sebuah sekolah tamil, wartawan MerdekaReview meminta agar Hishammudin respon kepada isu gambar tersebut.  Pada mulanya, beliau berkata beliau telah respon kepada isu ini pada waktu pagi.  Wartawan kemudiannya bertanya sama ada beliaulah orang yang berada dalam gambar tersebut, lantas Hishammuddin mendakwa bahawa dirinya tidak ingat. 
Menurut laporan Bernama pada pagi ini, Hishammuddin Hussein berkata beliau sedar akan wujudnya gambar ini di internet sejak lapan tahun yang lalu.  Beliau mempertikaikan mengapa isu gambar ini dibangkitkan selepas lapan tahun, malah menyifatkannya sebagai permainan kotor yang biasa berlaku dalam arena politik.
Zaid Ibrahim, calon PKR untuk PRK Hulu Selangor, berdepan dengan tuduhan "kaki botol" sebermulanya kempen PRK ini.  Beliau telah mengakui kesilapannya dan mendakwa dirinya telah bertaubat.  Bagaimanapun, serangan ini tidak terhenti dan Pakatan Rakyat kini membalas dengan mendedahkan lebih ramai pemimpin UMNO yang juga meminum arak, dan memiliki syarikat arak.

*Wong Shu Qi

‘Zaid kaki botol’: Berapa ramai dalam Umno bersih?

Oleh Mohd Zuharman
KOTA BARU, 20 April — Dalam kalut peribadi calon Pakatan Rakyat kerusi Hulu Selangor, Datuk Zaid Ibrahim (gambar) diserang sebagai “kaki botol tegar”, Timbalan Pesuruhjaya PAS Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah membidas pemimpin Umno-BN sebagai cetek dengan permasalahan hukum.
“Masih cetek, malah masih terlalu jauh untuk mereka bercakap tentang hukum,” kata beliau semasa dihubungi.
Mohd Amar merujuk dakwaan sesetengah pihak mengatakan tidak wajar diberi undi kepada seseorang kaki botol seperti Zaid dengan mempersoalkan “kalau tak boleh undi Zaid kerana itu, bagaimana pula hakikatnya memberi undi kepada bukan Islam?”
“Ini... maksud saya kalau hendak bercakap pasal hukum.
“Dari sudut yang lain pula, kita hendak tanya berapa ramai dalam Umno itu sendiri yang bersih?” soalnya.
Mohd Amar bertegas, persepsi negatif terhadap Zaid tidak wajar diungkit memandangkan ia cerita lama dengan berkata “kalau betullah Zaid seorang kaki minum, tetapi dia sudah bertaubat, sedar dan insaf, dan tidak terlibat lagi dengan maksiat itu.
“Dari segi hukumnya ia tidak boleh dibangkitkan,” katanya.
“Pada zaman sahabat sebelum Islam dulu... berapa ramai perangai mereka yang lebih dahsyat dari itu, tapi bila sedar dan insaf, mereka masuk Islam, pada masa itu mereka boleh menjadi seorang pejuang yang baik,” jelasnya.
Zaid, bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri diserang pesaingnya dari BN dengan isu peribadi kononnya sebagai seorang kaki botol tegar sejurus diumum sebagai calon mewakili Pakatan Rakyat dalam pilihan raya kecil Parlimen Hulu Selangor 25 April ini.
Susulan itu, secara professional Zaid tidak menafikan perkara itu berkata “saya berterus terang, itu dulu, dalam Umno pun ramai menteri macam saya dulu tetapi tidak menjadi isu pada waktu itu.
“Apa yang berlaku adalah sejarah lampau sudah lama ditinggal berbeza dengan sesetengah pemimpin Umno lain yang masih tidak dapat tinggal tabiat buruk itu” kata Zaid.
Mengulas lanjut Mohd Amar mendakwa sebab utama BN cuba memainkan isu peribadi untuk menyerang Zaid adalah kerana takut untuk berhadapan dengan calon pakatan itu.
Tambah Mohd Amar, Umno-BN memang dengan sedaya upayanya cuba untuk menghalang Zaid daripada berjaya dibawa masuk ke parlimen kerana bimbang ia akan menambah kuatkan lagi barisan pembangkang.
“Zaid bukan asing bagi BN, lebih-lebih lagi kepada Umno itu sendiri, mereka tahu keupayaan dan keberanian Zaid yang bukan jenis ‘yes man’ dalam konsep perjuangannya.
“Lalu kerana ketakutan dan kebimbangan itulah, maka BN seolah-olah terpaksa memilih pendekatan menyerang Zaid dengan isu peribadi,” antaranya sebagai kaki botol.
“Bagaimanapun, walau sebanyak mana dakyah dilontar oleh BN semata-mata untuk menjatuhkan Zaid, saya kira rakyat lebih arif untuk membuat segala penilaian.
“Rakyat sekarang cerdik-cedik belaka, mereka tahu apa itu topeng dan di mana nilai sebenar sesuatu pakaian,” ujarnya sambil menyifatkan Zaid adalah calon yang berkemampuan untuk meneraju perubahan rakyat di Hulu Selangor.

PRK Hulu Selangor : Tiga Ditahan Edar CD

Oleh Faizal Ezzany
KUALA KUBU BAHARU 20 April - Anggota polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Kubu Baharu hari ini menahan tiga orang atas tuduhan mengedar CD yang berkaitan dokumentari tentang penyelewengan Umno-Barisan Nasional kepada orang ramai di pekan Kuala Kubu Baharu.
Ketiga individu terbabit itu yang dikenali sebagai ialah Anu Kalippan, Usha dan Allen Tan ditahan pihak polis ketika mereka sedang bergerak untuk mengedar CD tersebut kepada orang ramai.
Pihak polis juga telah mengambil satu salinan CD untuk dibuat pemeriksaan bagi mengetahui isi kandungannya.
Setelah pemeriksaan di buat ketiga-tiga mereka telah dibawa ke IPD Kuala Kubu Baharu untuk diambil keterangan selain merampas lima puluh keping CD yang berjudul "BN,BN, Kuburkan BN" juga turut dirampas.
Moderator blog 'The People's Parliment', Haris Ibrahim yangyang juga seorang peguam menjelaskan beliau mendapat panggilan dari rakannya mengatakan tiga individu itu telah ditahan atas sebab mengedar CD.
"Saya mendapat panggilan mengatakan tiga orang telah ditahan atas mengedar CD yang kandungannya membongkar apa yang telah Umno-Barisan Nasional lakukan. Ini perkara biasa yang dilakukan dalam mana-mana pilihan raya, tidak ada apa luar biasa dan kesalahan yang dilakukan oleh rakyat prihatin yang ingin menyebarkan maklumat kepada pengundi.
"Mereka ditahan pada pukul 12 tengahari tadi untuk diambil keterangan. Maklumat yang saya dapat mereka ditahan dibawah Seksyen 4A Akta Jenayah Pilihan raya," jelas Harris ketika ditemui Suara Keadilan di perkarangan IPD Hulu Selangor.
Ketiga mereka dibebaskan pihak polis sekitar pukul 5 petang setelah diambil keterangan.

PRK Hulu Selangor : Ambik ko UMNO!


Haaa.. lain kali kalau nak tembak seseorang tu dengan apa-apa issue, pastikan diri sendiri tak buat issue tuh! Ni riuh sekampung, ekor bergelumang tahi!

Isu arak ni, memang sejak dulu lagi rakyat terutama ahli-ahli PAS tahu yang pemimpin-pemimpin UMNO ni kebanyakkannya kaki botol! Kaki Arak! kaki judi! dan yang paling ramai kaki betina!

Tapi mengenangkan ini bukan budaya kita.. maka PAS lebih memilih isu-isu berkaitan dengan Islam dan rakyat!

Malangnya UMNO jelas kehabisan isu di Hulu Selangor sekarang ini, sangat jelas! Hinggakan terpaksa menggunakan isu yang sememangnya mereka sendiri yakin akan membelasah diri mereka sendiri!

UMNO tepuk air dalam dulang! Terpercik ke muka rosmah sendiri!!!

umno.. umno.. apco..apco..
sunsnake 20042010

PAS: Semua mantan PM kecuali Pak Lah minum arak

Apr 20, 10
3:12pm
BN digesa menghentikan serangan peribadi terhadap calon Pakatan Rakyat Datuk Zaid Ibrahim - dengan terus mengaitkannya dengan isu minum arak - kerana perkara tersebut "melampau batas" dan menjadi budaya dalam Umno, parti terasnya sendiri.

Menyifatkan kempen sebegitu sebagai "tiada kelas", Setiausaha Agung PAS Mustafa Ali mendakwa, semua perdana menteri Malaysia - kecuali Tun Abdullah Ahmad Badawi - terlibat dengan pengambilan minuman beralkohol. "Tak ada seorang pun daripada mereka itu yang tak pernah minum arak, kecuali (Abdullah) Badawi.

Pak Lah saya akui, yang saya tahu, tak minum arak. "Tetapi empat yang lain ini semua terlibat. Ada yang saya tengok dengan mata saya sendiri terlibat," katanya yang juga bekas pengarah pilihan raya pusat PAS.

berita penuh

PRK Hulu Selangor : UMNO tiru Quraisy? Ambik ko UMNO!


Lagi satu "Upper cut" kena kat dagu UMNO!
Buat lagi benda bodoh!

Itulah yang berlaku apabila UMNO menolak Islam secara total dalam berpolitik!
Bagus pulak DAP yang UMNO tuduh macam-macam tu..
Tak pernah pulak teman dengor DAP hina peribadi mana-mana UMNO..
Yang di hentam adalah etika berpolitik dan isu-isu lain yang berkaitan dengan pemerintahan.

UMNO..UMNO.. makin tertekan sepatutnya makin pandai!
Ini makin zalim dan hilang kewarasan!

Inilah cara melayu UMNO!
sunsnake 20042010

Kafir Quraisy juga serang peribadi sahabat bila peluk Islam

Selasa, 2010 April 20
KUALA LUMPUR, 20 April:
Ahli Parlimen Baling, Ustaz Taib Azamuddin Md Taib (gambar) menyelar tindakan pemimpin Umno/Barisan Nasional (BN) menyerang peribadi calon Pakatan Rakyat, Datuk Zaid Ibrahim dengan mengungkit segala perkara yang dilakukan sewaktu menjadi menteri kabinet dahulu.

Menyoroti sirah, Taib berkata, serangan yang dibuat Umno/BN terhadap Zaid tidak ubah seperti apa yang dilakukan oleh kafir Quraisy terhadap sahabat Rasulullah s.a.w., Khalid Ibnu Walid.
Menurutnya, setelah Khalid memeluk Islam dan menjadi sahabat Rasululullah s.a.w., kafir Quraisy menyerang peribadi Khalid sebelum memeluk Islam dan menghasut para pengikut Rasulullah s.a.w. agar tidak memberikan kepaercayaan kepada Khalid.
"Dari sudut Islam, apabila khalid Ibnu Walid memeluk Islam dan beriman kepada Allah S.W.T., perkara ini yang dimainkan oleh kafir Quraisy dengan mencungkil balik sejarah buruk Khalid.

"Kita tahu Khalid merupakan orang yang bersungguh-sungguh ingin membunuh nabi sehingga masa peperangan Uhud, yang memimpin perang di kalangan kafir Quraisy ialah Khalid dan beliau bersiap sedia dengan pedang untuk membunuh Nabi.
"Tapi setelah beriman dia menjadi sahabat kanan Rasulullah s.a.w. dan orang yang dijamin syurga. Kedudukan ini yang diperoleh oleh Khalid dengan taubat dia dan sebagainya, maka kafir Quraisy bertindak menyerang peribadi beliau," katanya.

Taib mempersoalkan sikap pemimpin Umno/BN yang seolah-olah bersetuju dengan tindakan kafir Quraisy dan melakukan perkara yang sama dalam kempen mereka untuk memenangkan calon BN di Hulu Selangor.
"Bagi saya apa yang dimainkan oleh Umno dengan menyerang Zaid secara peribad, ini adalah rentak tari lama yang dimainkan oleh musyrikin. Oleh itu, para pengundi boleh bertanya, apakah Umno dan Barisan Nasional hari ini sama juga perangai dengan musyrikin dulu?”
"Apakah mainan Umno semacam ini, orang Melayu dan orang Islam boleh berpegang kepada perbuatan ini dan adakah orang Umno seronok sangat dengan rentak tari yang dimainkan oleh musyrikin dahulu?" soalnya.

Beliau juga berkata, Zaid sendiri telah mengaku kesalahan dan sewajarnya sebagai orang Islam berbaik sangka dan menerima pengakuannya dengan hati yang terbuka.
"Sekarang ini Zaid sendiri mengaku dan dia pun dah insaf jadi dalam konteks itu secara baik sangkanya. Kita sebagai muslim bahawa kita yakin bahawa beliau telah bertaubat kepada Alah dan jika Allah membuka pintu taubat kepada semua orang, kenapa kita tidak boleh terima secara rasional," katanya lagi.

Beliau turut mempersoal Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa) yang mewar-warkan membela nasib Melayu tetapi menyokong calon MIC di Hulu Selangor.
"Mana letak duduk Perkasa yang menyokong orang Melayu. Dalam hal ini dia menyokong MIC.
"Apa yang ada pada kredibilti Perkasa. Untuk mendapatkan sokongan Melayu, mereka mendendangkan lagu Melayu tapi dalam meraih politik BN mereka menyokong MIC," katanya.

PRK Hulu Selangor : Ketua Srikandi KEADILAN beri kerjasama kepada Pihak Polis

Ketua Srikandi dibawa menaiki kenderaan polis ke lokasi
Ketua Srikandi dan pihak Polis di lokasi aduan
Satu lagi billboard yang dipasang dijalan masuk ke stesen KTMB Serendah
Cif insp Jageet dibawa ke lokasi di serendah
Hulu Selangor : Srikandi Parti Keadilan Rakyat hari ini memberi kerjasama penuh kepada pihak Polis dengan membawa Cif Insp Jageet ke semua lokasi yang telah dilaporkan dalam laporan polis yang dibuat awal pagi semalam.Selepas semalam hanya satu dari 10 banner yang dilaporkan diturunkan.

Ketua Srikandi KEADILAN dalam kenyataan kepada media menyatakan bahawa sekiranya sehingga jam 10 pg esok semua Billboard dan Banner tidak diturunkan maka Srikandi dan rakan rakan dalam parti akan menurunkanya sendiri.Ia sebagai tanda bahawa kami serious untuk memastikan perjalanan pilihanraya kali ini aman,adil dan bersih.

PRK Hulu Selangor : Visi Zaid untuk HS, Anak Muda Kita, Tanah Kita & Air Kita

Pada hari penamaan calon, saya memberitahu para wartawan bahawa saya jatuh cinta pada Hulu Selangor. Saya telah bertemu, mendengar dan belajar daripada ramai orang. Saya telah berjalan melawati banyak tempat dan melihat banyak perkara yang menyentuh hati saya. Untuk saya, Hulu Selangor merupakan suatu kawasan yang cukup istimewa. Saya telah bercakap dengan Menteri Besar Tan Sri Khalid dan saya beriltizam untuk bersama-sama mengangkat gagasan Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor bagi mengubah Hulu Selangor menjadi contoh tauladan yang dikagumi seluruh rakyat Malaysia. Selangor dianggap sebagai negeri maju dan taraf hidup masyarakatnya hampir menyamai Eropah Barat. Namun kenapa – sejak 50 tahun lalu – ribuan orang masih hidup tanpa bekalan paip air? Tanpa tanah? Tanpa harapan masa hadapan buat anak-anak mereka? Masa untuk kecewa telah tamat. Kini waktunya hak-hak yang dirampas dipulangkan kepada rakyat Hulu Selangor.
Anda memerlukan prasarana yang mudah, lebih ramai pasukan polis, lebih banyak klinik untuk memelihara kesihatan anda dan anak-anak anda. Prasarana, keselamatan dan kesihatan adalah hak asas untuk kesemua rakyat Malaysia. Hulu Selangor memerlukan pemimpin untuk menjuarai keperluan anda. Jika rakyat Hulu Selangor memberikan saya peluang, InsyaAllah saya percaya saya boleh menjadi pemimpin yang diharapkan itu.
Anak Muda
Golongan belia adalah masa depan Hulu Selangor dan negara. Tetapi anak-anak muda ini meninggalkan Hulu Selangor kerana kekurangan pekerjaan, kurangnya kegiatan serta kekurangan peluang untuk mereka melakukan perubahan. Hal ini mesti berubah. Hulu Selangor memerlukan orang-orang mudanya untuk menetap di sini. Kita mesti menukar Bukit Beruntung dan Lembah Beringin – yang sekarang seperti bandar terbiar – menjadi pusat pendidikan, perniagaan dan pembudayaan di Selangor. Kita mesti bekerja untuk menjadikan Hulu Selangor sebuah tempat untuk semua.
Tanah
Hulu Selangor hampir menyamai keluasan negeri Melaka dan dikurniakan kekayaan anugerah tanah dan alam semulajadi. Namun ribuan penduduk di sini tinggal dalam ketidak tentuan nasibnya sejak 50 tahun yang lalu, sehinggalah Ketua Menteri Tan Sri Khalid memberikan mereka geran-geran tanah. Namun banyak lagi tanah yang tidak bergeran, khususnya anak-anak para peneroka FELDA – meskipun ibu bapa mereka mengusahakan tanah tersebut lebih 30 tahun. Dalam masa yang sama FELDA mendapat habuan keuntungan berbilion ringgit.
Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor telah menyelesaikan beberapa isu ini dan kita bersedia untuk maju ke hadapan. InsyaAllah jika saya terpilih, bersama-sama dengan rakyat, khususnya golongan muda, kita akan menukar Hulu Selangor menjadi pusat utama Pelancongan Hijau (Eco) dan Warisan Semulajadi dalam negeri.
Air
Air merupakan sumber kehidupan. Di Selangor, kebanyakan air yang kita minum datangnya dari sini, justeru ia merupakan sumber alam yang tidak ternilai harganya. Oleh yang demikian semua orang berhak mendapatkan bekalan air bersih dan Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor memberikan 20 gelen air percuma kepada setiap isi rumah. Tidak ada sesiapapun di dalam negeri kita yang indah ini perlu kehausan, namun kita perlu mengasuh keinginan diri kita untuk mahukan suatu perubahan yang positif.
Saya berasal dari keluarga miskin. Saya faham kehendak, maruah dan impian rakyat Hulu Selangor, umpama ianya hasrat dari saya sendiri. Kepada rakyat Hulu Selangor, saya berkata, percayalah pada saya dan berikanlah saya peluang untuk sama-sama bekerja menjadikan impian ini suatu kenyataan. Ke arah Malaysia yang lebih baik.
Bersama Selamatkan Malaysia!
ZAID IBRAHIM
Calon Parti Keadilan Rakyat (PKR)

PRK Hulu Selangor : DAP cabar Umno buat pengakuan tak minum arak

Pemimpin veteran pembangkang, Lim Kit Siang (DAP-Ipoh Timur) mencabar Umno dan menteri-menteri kabinet beragama Islam untuk tampil membuat pengakuan bahawa mereka tidak pernah meminum alkohol, khususnya semasa muda.

Sasaran utama Lim adalah Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Abdul Aziz, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak.

Lim membuat cabaran itu ketika membahaskan rang undang-undang Akta Pemberi Maklumat.

Dakwanya, jika minum alkohol dijadikan kayu pengukur bagi memilih menteri-menteri BN, ramai pemimpin berkenaan akan tersingkir.

"Jika minum pada zaman lalu menghalang seseorang daripada memegang jawatan, kita akan kehilangan separuh daripada jemaah menteri, termasuk duta besar Malaysia ke Amerika Syarikat,” kata Lim.

Pemimpin veteran DAP itu juga membidas tindakan BN yang menyerang peribadi Datuk Zaid Ibrahim yang disifatkannya sebagai terdesak dan tidak mempunyai kelas.

"Biarlah kita tingkatkan standard politik dan pilihan raya di negara ini kerana ia gelanggang bagi berkhidmat kepada rakyat dan negara. Kita tidak patut mengheret serangan peribadi dan mengaibkan pemimpin dengan cara sedemikian,” katanya.

"Sebagai contoh, Lim berkata DAP telah mengarahkan kepada ahlinya supaya tidak menyentuh atau bercakap mengenai rakaman video Chua Soi Lek,” kata Lim lagi.

PRK Hulu Selangor : Bertahun-tahun sokong BN, bertahun-tahun diabaikan

Dengan tangan kanannya, S Letchumi memegang slip gaji untuk bulan lepas; dengan tangan kirinya, dia memegang sebilah pisau sambil menceritakan kesusahan kehidupannya di estet, di mana dia telah tinggal untuk 25 tahun yang lepas.
Letchumi menunjukkan RM 217 yang dicetak atas slip gajinya. Tugasnya menjaga tiga anak dalam sekolah menengah dan dua pasang ibu bapa yang tua dan sakit, lagipun memastikan setiap ahli keluarga cukup makan, amat menyeksakan.
“Kami dah lama menyokong Parti BN. Setiap kali mereka datang sini suruh kami undi untuk mereka, katakan mereka akan bantu kami. Tapi selepas kemenangan, kami tak jumpa muka orang BN hingga mereka perlukan undi kami sekali lagi,” kata Letchumi.
Pada petang itu, Letchumi, 42, dan sekumpulan wanita di Ladang Kerling sedang membuat persediaan untuk memasak makanan yang dibawa oleh ahli-ahli Puteri Umno untuk sebuah pertemuan di kuil mereka pada hari Isnin.
Mariamah Subramaniam, 39, seorang ibu tunggal dengan empat anak, mengatakan bahawa walaupun mereka tidak membantah kepada “hadiah” yang dibawa oleh parti politik semasa kempen berlangsung, namun mereka lebih memerlukan penyelesaian yang kukuh kepada masalah kemiskinan mereka.
“Ada kebaikannya juga. PKR bagi kami bantuan dengan beras dan wang untuk bas sekolah, tetapi mereka tak boleh hanya datang tahun ini dan lepas itu henti. Tentunya, beri sedikit lebih baik daripada tidak beri langsung…bila BN datang, kita tak dapat apa-apa,” katanya sambil menyokong anak perempuannya yang berumur sembilan bulan atas pinggangnya.
Bergantung kepada cuaca, pekerja estet menjelaskan bahawa mereka boleh mendapat sebanyak RM890 apabila cuaca bagus dan serendah RM100 apabila musim hujan datang.
Pesara estet generasi-kedua Ragaraman Kolican, 58, masih hidup dalam kemiskinan selepas kerja 29 tahun sebagai penyoreh getah, walaupun dia telah mencuba bersungguh-sungguh untuk memperbaiki keadaannya.
“Saya dilahirkan dan dibesarkan di sini. Saya terus bekerja atas tanah estet selepas kematian ayahku, tetapi dengan gaji yang rendah ini, saya tidak mampu membeli apa-apapun; rumah atau tanah.
“Seluruh kawasan ini telah lama sokong BN 100 peratus. Sebelum ini, jika kamu mengancam kehidupan kamipun, kami tetap undi BN. Tapi ahli BN tak pernah menetapkan janji mereka.
“Palanivel memegang kerusi untuk masa yang lama dan dalam setiap pilihan raya, dia berjanji bahawa dia akan mendengar masalah kami selepas dia menang, tetapi dia tidak pernah datang,” kata Kolican, merujuk kepada bekas ahli parlimen Hulu Selangor G Palanivel, yang memegang kerusi itu untuk 4 penggal dan kalah kepada PKR dalam pilihan raya 2008.
Thirumurthy Appalanaidu, 48, mengakui bahawa walaupun pekerja-pekerja estet tidak tahu banyak tentang calon BN P Kamalanathan, mereka telah mencapai keputusan sendiri.
“Kami bukan marah dengan PM Najib (Abdul Razak), tetapi kami memang tahu bahawa MIC tidak ada buat apa-apa untuk kami.
“Kami ada baca berita, kami tahu Najib mengumumkan peruntukan berjuta-juta ringgit untuk golongan miskin tetapi bila wang itu diberi kepada MIC ia tidak sampai kepada rakyat.”
Thirumurthy mengatakan bahawa PKR telah buat lebih untuk penduduk Hulu Selangor dalam dua tahun yang lepas daripada BN dalam beberapa dekad sebelum itu.
“Kalau BN ada bantu kami, kami boleh undi untuk mereka. Tapi tanpa menerima bantuan langsung, macam mana kami boleh sokong BN?”, dia menyoal.
Meskipun pandangan ini hanya dipegang oleh sebahagian daripada pengundi bangsa India, ia berpadanan dengan suasana optimis PKR terhadap pilihan raya, keyakinan mereka bahawa PKR boleh menang kebanyakan undi di pilihanraya pada Ahad ini.
Orang India adalah 12,453 (19.3 peratus) daripada 64,500 pengundi berdaftar di Hulu Selangor.
PKR Kapar MP S Manikavasagam mengatakan bahawa PKR telah mendapat sambutan yang lebih kuat daripada golongan India di aktiviti-aktiviti kempen harian berbanding dengan pilihan-pilihan raya yang lepas.
“Kami rasa kami akan dapat sokongan baik. Kami berharap untuk mendapat 55-60 peratus daripada jumlah undi India, mungkin lebih lagi,” kata Manikavasagam, dan menyebutkan bahawa kemiskinan dan isu tanah adalah aduan utama masyarakat Hulu Selangor.

Tanpa gasoline Iran akan lumpuh - Benjamin Netanyahu..ini yang Malaysia mahukan...!!!

KUALA LUMPUR, 20 April 20: Selepas beberapa hari Malaysia mengumumkan langkahnya menghentikan eksport gasoline - petroleum bertapis - kepada Iran, Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu hari ini mendesak dunia agar menghentikan eksport gasoline ke Iran untuk menghentikan negara itu dari meneruskan projek nukleurnya.

Gesaan itu dibuat Netanyahu melalui rancangan “Good Morning America” (Selamat Pagi Amerika) di saluran tv ABC yang dipancar di Amerika.

"Jika anda menghentikan Iran dari mengimport petroleum bertapis (refined petroleum) - nama fency untuk gasoline - regim ini akan lumpuh kerana Iran tidak mempunyai kepakaran penapisan," kata Netanyahu dalam rancangan itu sebagaimana yang dipetik oleh agensi berita hari ini.

Amerika sedang menjalankan kempen besar-besaran untuk menekan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) agar mengenakan sekatan ke atas Iran yang disifatkan oleh negara barat sebagai sedang membina senjata nukleur.

Bagaimanapun Iran mendakwa, apa yang dibuat oleh negara itu adalah menggunakan tenaga nukleur untuk menghasilkan tenaga elektrik untuk kegunaan awam di negara itu.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengumumkan tindakan menghentikan eksport gasoline ke Iran selepas tiga hari berjumpa dengan Presiden Amerika, Barack Obama baru-baru ini.

"Sekatan tambahan tidak boleh dielakkan di masa terdekat kecuali satu tindakan yang betul diambil oleh Iran," kata Najib kepada wartawan di Washington, lapor agensi berita antarabangsa.

"Ia terletak kepada Iran sekarang untuk bertindak bagi mengelakkan lebih sekatan dikenakan," tambahnya.

Bagaimanapun, laporan itu dinafikan oleh Najib. Penafian itu dibuat kepada wartawan Malaysia yang menyertai lawatan beliau ke Amerika itu.

Najib menyatakan bahawa laporan media asing yang memetik beliau sebagai berkata Malaysia sudah menghentikan bekalan gasoline ke Iran, sebagai tidak tepat.

"Ia tidak betul dan keputusan itu bukan diambil bersendirian oleh Petronas. Ia membabitkan jualan setempat dan ia tidak lagi diperlukan, oleh itu mereka tidak lagi melakukannya (menjual)," katanya kepada wartawan Malaysia pada Jumaat.

Najib berkata ia merupakan transaksi komersil semata-mata dan jika ada permintaan untuk jualan setempat, terpulang kepada pihak-pihak terbabit memutuskannya.

Namun begitu, agensi berita antarabangsa itu mempertahankan laporannya.

Sebelum ini, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak telah melantik firma perhubungan awam yang berpusat di Washington, APCO Worlwide menjadi penasihat kerajaan Malaysia dan seterusnya menghasilkan slogan 1 Malaysia.

Anwar menunjukan bukti di Parlimen bahawa APCO juga adalah syarikat yang terlibat dalam membina imej Ehud Barack melalui projek One Israel.

Beliau juga menunjukkan bukti bahawa APCO adalah syarikat yang dikuasai oleh orang Yahudi termasuk para bekas perisik kanan Isreal.

PRK Hulu Selangor : BN Bukan Dalang Dua Calon Bebas Tarik Diri - Shahrizat ...ha..ha...sendiri terasa lak...!!!

KUALA LUMPUR: Barisan Nasional (BN) bukan dalang terhadap tindakan dua calon Bebas menarik diri daripada bertanding pada pilihan raya kecil bagi kerusi Parlimen Hulu Selangor Ahad ini, kata Ketua Wanita Umno Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil.
Beliau berkata tidak wujud "permainan" atau taktik sedemikian dalam BN.
Malahan sebelum ini BN sendiri tidak tahu siapa calon lain yang berminat bertanding dalam pilihan raya kecil itu kerana mereka hanya memberikan tumpuan kepada calon BN sahaja, katanya pemberita selepas melancarkan Program Pendidikan Kesihatan Reproduktif dan Sosial Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) di sini hari Selasa.
Semalam dua calon Bebas V.S Chandran, bekas Timbalan Pengerusi MIC Hulu Selangor dan Johan Md Diah yang juga anggota jawatankuasa Pemuda Umno Shah Alam menarik diri daripada bertanding pada pilihan raya kecil itu.
Shahrizat juga berkata jentera pilihan raya Wanita BN akan mempergiatkan kempen untuk calon BN P.Kamalanathan yang akan menentang calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Zaid Ibrahim.
"Kehebatan pergerakan Wanita Umno berkempen secara berhemah juga menyebabkan Wanita PKR turut meniru cara Wanita Umno berkempen," kata beliau. - BERNAMA

PR Cabar BN Susun Syarikat Air, Tol, Elektrik, Broadband

Oleh Norasikin Samsi
KUALA LUMPUR 20 April - Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat mencabar kerajaan Umno-Barisan Nasional menyusun semula syarikat utiliti utama seperti air, tol, elektrik dan 'broadband' bagi menjamin kepentingan rakyat.
Langkah ini menurut Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekaligus dapat menyumbang kepada dasar ekonomi yang lebih mapan dalam pelaksanaan agenda Model Ekonomi Baru (MEB) oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.
Anwar berkata, Pakatan Rakyat yang didokongi oleh KEADILAN, PAS dan DAP telah membuat penelitian secara terperinci berhubung MEB dan mendapati ia tidak memberi kelebihan sepenuhnya kepada rakyat dan juga negara selagi empat perkara asas tersebut tidak dilaksanakan.
"Penyusunan ini akan mengurangkan beban kewangan kerana dasar monopoli ini memberikan faedah kepada syarikat terpilih dan beban kepada rakyat terlalu parah. Umpamanya setelah melihat pengakuan yang dibuat oleh TNB (Tenaga Nasional Berhad) sendiri bahawa 'margin reserved' yang digunakan oleh IPP ini telah meningkat 66 peratus.
"Semasa kita bantah di Parlimen dahulu kita bicara sekitar 40, 48 peratus dengan subsidi RM10 bilion oleh kerajaan kepada syarikat-syarikat kroni yang kaya," katanya dalam sidang media di pejabat Ketua Pembangkang di bangunan Parlimen tengahari tadi.
Pakatan Rakyat juga menuntut garis pendapatan dan gaji minima ditetapkan bagi mengurangkan penggunaan tenaga kerja di kalangan warga asing.
"Tentang keperluan menetapkan garis pendapatan dan gaji minima untuk pekerja dengan mengurangkan pergantungan kepada pekerja asing dan dengan cara ini akan memaksa syarikat-syarikat kita meningkat keupayaan pelaksanaan industri di peringkat nilai tambah dan tidak bergantung kepada pekerja upah yang murah," ujar beliau lagi.
Anwar juga berkata, kaedah yang perlu diguna pakai bagi mengurangkan beban kewangan di kalangan golongan muda turut diberi penekanan serius.
"Dengan mempastikan bahawa beban kewangan di kalangan muda dengan upah yang ada sekarang itu terlalu berat dan membebankan. Oleh demikian kita (Pakatan Rakyat) telah mencadangkan kaedah percukaian yang progresif dengan lebih teliti dan terperinci," jelas Anwar.
Tambah beliau lagi, perkara terakhir yang harus dilaksanakan dalam MEB adalah membentuk perubahan.
"Perkara keempat yang sangat utama yang tidak disentuh dalam cadangan PM dalam Model Ekonomi Baru adalah perubahan. Tanpa perubahan dari segi keadilan, keyakinan persaingan, keselamatan maka ia akan menjejaskam kedudukan ekonomi negara.
"Perubahan ini termasuklah Jabatan Peguam Negara, badan kehakiman, polis, SPRM (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia) dan aspek-aspek yang melibatkan isu ketelusan dan pertanggungjawaban," jelas Ketua Umum KEADILAN itu lagi.
Bagaimanapun menurut Anwar, dasar, angka serta tindakan yang diambil hendaklah dijelaskan secara terperinci kerana berlaku percanggahan oleh pemimpin bawahan Najib.
"Pendirian Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat ialah pertamanya pendirian PM mengenai model ini perlu dijelaskan kerana ia bercanggah dengan apa yang ditekan oleh Tan Sri Mohamad Nor Yaakob (Menteri di Jabatan Perdana Menteri) yang menyatakan ini sekadar pandangan yang dikemukakan dan belum merupakan dasar kerajaan yang jelas.
"Tetapi yang lebih penting pengumuman yang dibuat PM ini mengandungi beberapa perkataan yang lunak seperti kerajaan tidak mampu menerima pendirian atau dasar ekonomi yang memberikan perlindungan kepada kelompok kecil dan ini juga mengulangi kenyataan yang dibuat oleh Tun Abdullah Badawi dulu bahawa cara kita bergantung kepada sikap mengharapkan projek-projek kerajaan oleh kalangan kecil tetapi tidak ada tindakan susulan, tegas Anwar.
Pakatan Rakyat mahu pendirian yang tegas berhubung MEB seperti isu kehilangan saham bumiputera sebanyak RM52 bilion yang sehingga tidak dijelaskan.
"Selagi ia tidak dijelaskan ia tidak membantu merangka satu dasar ekonomi yang lebih mapan," kata Anwar lagi.
Menurut beliau, isu kronisma untuk mengkayakan segelintir syarikat di sekeliling pimpinan Umno juga masih diteruskan.
"Umpamanya PM menyebut soal ketelusan dasar ekonomi yang lebih bertanggungjawab di mana  kita ada kemukakan beberapa contoh cadangan penubuhan Institut Barah Nasional yang diumumkan berulang kali sehingga 2007 yang harganya RM340 juta tetapi bila diserahkan kepada IJN dan disubkontrak kepada syarikat Kiara Teratai ia melonjak hingga RM700 juta pada 2009. Maknanya cara dan kaedah gelojoh memberi manfaat kepada satu, dua syarikat pilihan masih diteruskan," jelas Ahli Parlimen Permatang Pauh itu.
Pakatan Rakyat juga melihat keputusan mengurangkan atau menghapuskan subsidi harus dilaksanakan secara berterusan.
"Jangan difikirkan subsidi yang hanya menyentuh kepada golongan bawahan tetapi juga kepada golongan korporat seperti subsidi air, tol dan harus lebih diambil kira kerana itu lebih membebankan negara dan bercanggah dengan liberalisasi ekonomi dan keupayaan daya saing di negara kita.
"Kita juga kemukakan lagi contoh apabila PM mengumumkan untuk membangunkan 3,000 ekar tanah bersama KWSP tetapi ia tidak mengikut peraturan ketelusan yang ada dan yang lebih penting ialah kerana masih meneruskan cara pengagihan kontrak kronisma dengan memberikan kepada MRCB tanpa tender dan kontrak cara yang telus dan ini bercanggah dengan pengumuman yang dibuat," kata beliau lagi.
Hadir sama Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang.

PRK Hulu Selangor : PR Usaha Jadikan Kuala Kubu Warisan Dunia UNESCO

Oleh Faizal Ezzany
KUALA KUBU BAHARU 20 April - Pakatan Rakyat Selangor hari ini beriltizam untuk menjadikan Kuala Kubu Baharu sebagai aset sejarah, budaya dan alam semulajadi bertaraf antarabangsa.
Sehubungan itu Exco Pelancongan, Alam Sekitar dan Hal Ehwal Pengguna, Elizabeth Wong, menjelaskan kerajaan negeri akan berusaha untuk mendapatkan pengikhtirafan tersebut kerjasama dan kewibawaan calon Pakatan Rakyat, Datuk Zaid Ibrahim yang juga pengerusi Pusaka, sebuah badan bukan kerajaan yang memperjuangan pemuliharaan budaya negara.
"Kerajaan Negeri Selangor pimpinan Pakatan Rakyat berhasrat untuk menjalankan kajian terhadap warisan kehidupan dan alam semulajadi Kuala Kubu Baharu dengan pandangan menjadikannya sebagai pekan warisan.
"Pakatan juga mendesak Kerajaan Persekutuan untuk mengikhtirafkan status unik pekan ini sebagai warisan nasional dan dengan kewibawaan yang ada kepada calon kita Zaid Ibrahim kerajaan negeri berharap beliau akan terus berusaha dan berbincang dengan kerajaan persekutuan untuk mendapatkan pengikhtirafan tersebut," kata beliau pada sidang media di pusat media Pakatan Rakyat tengahari ini.
Beliau juga memberitahu bahawa Kuala Kubu Baharu layak mendapat pengikhtirafan tersebut kerana sejarahnya yang tersendiri.
"Pekan Kuala Kubu Baharu ini telah direka oleh perancang bandar Malaya yang pertama, Charles Reade berdasarkan Gerakan Kota Taman iaitu satu gerakan antarabangsa yang berpengaruh ke atas perancangan bandar sejak tahun 1910 lagi.
"Kuala Kubu Baharu yang hanya terletak 47km dari Kuala Lumpur, menjadikan ianya pekan bersejarah yang paling hampir dengan kota paling besar negara.
"Seni bina dan perancangannya, tapak-tapak bersejarah  serta kawasan-kawasan keindahan semulajadi yang cukup sempurna boleh mengalakkan pelancongan sejarah dan hijau (green tourism) datang ke pekan ini. Pemberian status ini akan merancakkan lagi pembangunan ekonomi kawasan ini," kata Elizabeth lagi.
Beliau juga mengharapkan penduduk sekitar Hulu Selangor dapat memberi sokongan yang penuh kepada calon yang berpengalaman luas seperti Zaid agar impian Kerajaan Negeri dan penduduk setempat akan tercapai.