Isnin, 19 April 2010

PRK Hulu Selangor : Pertembungan Dua Penjuru





HULU SELANGOR: Selepas beberapa jam V.S Chandran, mengumunkan menarik diri daripada pilihan raya kecil Parlimen Hulu Selangor, seorang lagi calon Bebas, Johan Mohd Diah turut mengambil pendirian yang sama.
Perkara tersebut telah disahkan oleh Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Wan Ahmad Wan Omar.
"Memang benar dia sudah tarik diri daripada bertanding, saya sudah mendapat maklumat tersebut daripada Pegawai Pengurus pilihan raya," katanya ketika dihubungi mStar Online di sini malam ini.
Bagaimanapun usaha untuk menghubungi Johan bagi mendapat kenyataannya gagal apabila telefon bimbitnya dimatikan.
Menurut Wan Ahmad lagi, Johan telah memaklumkan secara rasmi kepadaPegawai Pengurus Pilihan Raya Parlimen Hulu Selangor, Nor Hisham AhmadDahlan.
Keputusan Johan itu menyaksikan perebutan pilihan raya kerusi berkenaan hanya satu lawan satu antara Barisan Nasional (BN)dan Parti Keadilan Rakyat (PKR).
BN diwakili Ketua Penerangan MIC, P. Kamalanathan dan PKR mempertaruhkan bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim.

P/S : Apabila Dua Calon Bebas Telah Membebaskan Diri Mereka......makan terbang bebas..bersama...!!!! dey ada masyukkk kaaa....!!!

PRK Hulu Selangor : PM Akan Berkempen Malam Rabu Ni.....




HULU SELANGOR: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak akan turun berkempen bersama jentera pilihan raya kecil Barisan Nasional (BN) Hulu Selangor pada malam Rabu ini.
Ketua Penerangan Umno Datuk Ahmad Maslan berkata Perdana Menteri yang juga Pengerusi BN akan melawat pusat markas BN Bukit Sentosa sebelum bergerak ke pusat pilihan raya utama BN di Kuala Kubu Baru, Hulu Bernam dan Batang Kali.
"Pada majlis yang pertama, Perdana Menteri akan bertemu calon BN P.Kamalanathan sebelum melawat tiga lagi dewan undangan negeri.
Ahmad Maslan berkata Perdana Menteri, yang kini sedang dalam rangka lawatan empat hari ke Jepun sejak Ahad, kebiasaannya tidak berkempen dalam pilihan raya kecil tetapi berbuat demikian kerana beliau merupakan Ketua Badan Perhubungan Umno Selangor.
"Jadual Perdana Menteri akan disediakan dari semasa ke semasa. Ada juga kemungkinan beliau melawat kawasan ini sekali lagi pada Jumaat atau Sabtu," katanya kepada pemberita di markas BN di Bukit Sentosa di sini.
Menyentuh perkara lain, Ahmad Maslan berkata BN mendapat tiga bonus selepas masuk hari ketiga berkempen.
"Satunya Dr Halili Rahmat (Bendahari PKR Hulu Selangor) keluar PKR, keduanya, V.S Chandran (calon Bebas) menarik diri daripada bertanding manakala ketiganya BN mendapat sokongan Angkatan Keadilan Insan Malaysia (AKIM)," katanya.
Katanya BN mendapat momentum dalam pilihan raya kecil ini dan lebih ramai pemimpin pembangkang dijangka meninggalkan barisan pembangkang untuk menyertai BN.
"Calon kita juga bekerja dengan baik. Beliau semakin rapat dengan para pengundi dan maklum balas yang kita terima amat baik," kata Ahmad Maslan.
Sidang akhbar itu juga turut dihadiri pemegang jawatan dalam Angkatan Keadilan Insan Malaysia (AKIM), satu serpihan daripada parti PAS yang ditubuhkan pada 1995, bagi mengisytiharkan sokongan mereka kepada BN dan Najib.
Presidennya Zakaria Salleh memberitahu pemberita bahawa AKIM akan mengambil tindakan terahadap setiausahanya Mohd Adnan Ibrahim, abang kepada calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) dalam pilihan raya kecil itu Datuk Zaid Ibrahim, kerana keluar barisan dan menyokong calon pembangkang.
"Kami berpendapat bahawa PKR dan Penasihatnya Datuk Seri Anwar Ibrahim bukan berjuang untuk agama, bangsa dan negara. Beliau hanya berminat untuk menjadi Perdana Menteri. Beliau tidak berminat untuk membela kepentingan orang Melayu di negara ini.
"Kami mempunyai 18,000 ahli di seluruh negara. Kami akan mengambil tindakan terhadap lapan daripada 23 anggota jawatankuasa pusat kerana memilih untuk membantu PKR. Ini bukan pendirian AKIM," katanya.
Katanya AKIM tidak mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung perkara ini kerana berpendapat mereka yang membantu pembangkang akan menyedari kesilapan mereka dan kembali ke dalam BN.
"Kami juga meminta anggota kami yang membantu PKR dalam pilihan raya kecil ini supaya segera berhenti berbuat demikian dan letak jawatan mereka dengan segera," katanya.- BERNAMA

PRK Hulu Selangor : Johan Pilih Logo Cangkul Tagih Sokongan Pengundi Di Hulu Selangor..ha...ha...belum turun ke kebun hang dah cabut...!! Tarik diri kerana ada ape-ape ke..??

( Loteh Den Buek Poster Kau Jang...Tapi tak jadi lawan lak...adoooiii !!!!)


HULU SELANGOR: Calon Bebas, Johan Mohd Diah berkata beliau akan mempertaruhkan lambang "cangkul" pada pilihan raya kecil kerusi Parlimen Hulu Selangor Ahad ini.
"Ia simbolik kepada petani dan peneroka di sini," kata Johan, 31, yang juga seorang peniaga kepada pemberita di Felda Sungai Tengi, Hulu Bernam, di sini.
Johan, AJK Pemuda Umno Shah Alam yang bakal dipecat kerana bertanding menentang Barisan Nasional (BN), mengadakan sidang media di depan rumah ibunya di Lot 338, Jalan Puteri, Desa Maju, Sungai Tengi, merangkap bilik gerakan beliau dan ditemani isteri, Syarifah Noraini Syed Abu Bakar, 36, serta beberapa penyokong.
Ditanya mengenai penyokongnya, Johan berkata mereka tidak boleh menonjolkan diri tetapi sudah mula berkempen dari rumah ke rumah selain menggunakan blog (talianjohanrakyat.blogspot.com) dan facebook untuk menarik sokongan pengundi.
Johan berkata pemilihan lambang cangkul itu bertepatan dengan pengundi sasaran beliau iaitu 20,000 pengundi muda, peneroka dan generasi kedua Felda yang merangkumi lebih 6,000 orang.
"Saya bukan eksekutif, saya bukan korporat, saya juga seperti mereka (rakyat biasa di Hulu Selangor)," katanya yakin akan mendapat sokongan pengundi yang tidak mahu menyokong calon BN atau Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Berkaitan :

Dari Blog Johan Yang Tak Jadi Johan....kah,,kah,,,!!!

SIAPA IBRAHIM ALI????

Apakah wadah perjuangan Ibrahim Ali????
Apakah tujuan beliau memimpin PERKASA????

Perkara ini menghantui fikiran saya setelah satu pertemuan empat mata malam tadi.

Pertemuan diantara Calon Bebas dengan Ahli Parlimen Bebas. Pasti byk yang dibincangkan????

Walaubagaimanapun biarlah topik perbincangan itu menjadi rahsia buat sementara waktu.

Terimakasih diatas sokongan dan dorongan saudara!!!!!!

Wallahualam.




Terima kasih diucapkan kepada kepimpinan pemuda shah alam atas sokongan padu yang diberikan.

SOKONGAN ANDA PASTI MENAMBAH SEMANGAT JUANG HANG JEBAT INI.
BANGKITLAH BERSAMA-SAMA, SESUNGGUHNYA APA YANG BERLAKU HARI INI BUKAN PENDERHAKAAN TETAPI SEBAGAI "SIGNAL" KEBANGKITAN PEMUDA
IMBAULAH SEJARAH, HAYATINYA...........PASTI RAKAN-RAKAN AKAN KEHADAPAN BERSAMA SAYA.
SAMPAI BILA KITA HARUS TIDUR DIATAS DESAKAN RAKAN RAKAN KOMPONEN.
MOGA PERJUANGAN IKHLAS INI TIDAK SIA-SIA.

Terima kasih wahai pejuang-pejuang bangsa di Bahagian Shah Alam


Seorang Lagi Calon Bebas Tarik Diri


HULU SELANGOR: Selepas beberapa jam V.S Chandran, mengumunkan menarik diri daripada pilihan raya kecil Parlimen Hulu Selangor, seorang lagi calon Bebas, Johan Mohd Diah turut mengambil pendirian yang sama.

Perkara tersebut telah disahkan oleh Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Wan Ahmad Wan Omar.

PRK Hulu Selangor : Calon BN- ‘Bukan masalah jika saya sokong perjuangan Perkasa’ .....En Kamal Ahli Perkasa Yang Baru..he..he..!!!



Kamalanathan berjumpa dengan penduduk di Kampung Sungai Buaya semalam. — Gambar oleh Choo Choy May

Oleh Syed Mu’az Syed Putra
HULU SELANGOR, 19 April — Calon Barisan Nasional (BN) P. Kamalanathan menjelaskan, beliau tetap menyokong pendirian Perkasa kerana percaya setiap individu mempunyai hak untuk bersuara.
“Saya percaya setiap orang mempunyai hak untuk bersuara dan menyampaikan pendapat mereka dan saya anggap tidak menjadi masalah jika saya menyokong perjuangan Perkasa.
“Bagi saya setiap orang mempunyai tanggungjawab untuk mempertahankan hak mereka.
“Seperti orang Melayu boleh mempertahankan bahasa mereka, orang Cina boleh mempertahankan sekolah Cina dan orang India boleh mempertahankan sekolah rendah jenis Tamil,” katanya.
Dalam ceramahnya di Batang Kali malam tadi Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali berkata, beliau dan pertubuhan bukan kerajaan itu bukan rasis kerana sanggup berkempen membantu calon BN itu.
Kamalanathan berkata, tidak menjadi masalah untuk setiap individu menyuarakan pendapat masing-masing.
Kamalanathan ditemui selepas beramah mesra bersama penduduk Kampung Hulu Yam Lama di Pusat Aktiviti Serbaguna JKKK Stesen Hulu Yan Lama dekat sini.
Beliau yang juga Ketua Penerangan MIC pusat berkata, sepanjang kempen pilihan raya beliau merancang untuk turun padang berjumpa dengan pengundi.
“Saya mahu berjumpa dengan pengundi-pengundi di sini, lagipun saya gembira apabila berjumpa dengan mereka.
“Ini kerana saya mengambil jurusan perhubungan awam dan berjumpa dengan orang ramai adalah tugas saya selain sudah menjadi kebiasaan.
“Jadi saya gembira untuk berjumpa dengan pengundi-pengundi dan ia merupakan satu kelebihan kepada saya kerana mempunyai latarbelakang perhubungan awam,” katanya kepada The Malaysian Insider.
Apabila ditanya mengenai khabar angin yang mengatakan ada cawangan MIC dan pemimpin parti kurang menyenangi kehadiran beliau sebagai calon beliau menafikan perkara tersebut.
“Perkara itu tidak berlaku sebaliknya mereka memberikan kerjasama dan sokongan kepada saya.
“Dengan kerjasama yang diberikan saya harap BN akan memperoleh kemenangan dalan pilihan raya ini,” katanya.

PRK Hulu Selangor : Sejarah pembabitan dalam politik, Bukti kita yang tebaik

 by steven
Mula berkecimpung di bidang politik pada tahun 1986 melalui UMNO
2001: Ketua Bahagian UMNO Kota Bharu.
2003: Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO.
2004: Ahli Parlimen BN Kota Bharu, yang pertama sejak 1990.
2005: Digantung dari jawatan Ketua Bahagian dan digugurkan sebagai calon 2008.
Mac 2008: Dilantik sebagai Senator di Dewan Rakyat dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (portfolio undang-undang & reformasi badan kehakiman.
Sept 2008: Meletakkan jawatan Senator dan Menteri sebagai protes penggunaan ISA ke atas 3 rakyat Malaysia.
Dec 2008: Dipecat dari UMNO kerana menulis surat terbuka kepada Perdana Menteri Malaysia tentang pendiriannya mengenai ISA .
Jun 2009: Menganggotai PKR. Seterusnya dilantik sebagai menjadi anggota Majlis Tertinggi PKR, AJK Biro Politik PKR dan Penyelaras Pakatan Rakyat.
Dalam masa 25 tahun bermula 1987 - Datuk Zaid berjaya menubohkan syarikat guaman Zaid Ibrahim & CO dari hanya mempunyai saorang peguam hinggalah melebehi 140 orang pada tahun 2008 menjadikan firma itu yang terbesar di negara. Beliau bersara dari syarikat tersebut bila menerima jawatan Menteri pada tahun 2008. Keadilan untuk Semua.
Datuk Zaid Ibrahim memberikan perhatian berat terhadap aspek sistem perundangan kita yang tidak adil, termasuklah penggunaan ISA dan keperluan reformasi badan kehakiman. Beliau percaya keadilan adalah untuk semua dan menolak politik perkauman. Beliau berhasrat mempertingkatkan ketelusan dalam Kerajaan – dari memperbaiki ketelusan dalam pentadbiran Petronas dan FELDA sehinggalah usaha untuk memperkenalkan semula pilihanraya tempatan. Pengasas Yayasan Orang Kurang Upaya Kelantan (YOKUK), 1998.
Pengasas MyFuture Foundation, yayasan mempromosikan keharmonian antara kaum di kalangan belia Malaysia, 2008. Buku Datuk Zaid Ibrahim juga menulis di blognya di http://myzaidibrahim.wordpress.com/ dan berkomunikasi melalui http://twitter.com/zaidibrahim dan di Facebook.

PRK Hulu Selangor : Perompak Besar Negara

 by steven
RM77 juta setahun UMNO kasi kat 'ISRAEL APCO' inilah yg dinamakan 'kera dihutan disusukan, anak di rumah mati kelaparan'. Ape ke bodoh ke UMNO neh, mereka hanya pandai menghabiskan duit rakyat, berjasa kepada rakyat pon tidak.
Bagi ak RM 77 juta amat besar, kalo dikumpul duit itu untuk kerajaan berbuat kebajikan, aku rasa xde yang miskin kat negara kita neh, malah bertambah maju ak rasa,
Rakyat makin sengsara, UMNO makin gemok. Apa yang ak rasa sekarang kerajaan UMNO sekarang bagai telur di hujung tanduk. Kita yakin bahawa rakyat Malaysia sudah tidak memerlukan UMNO-BN.

PRK Hulu Selangor : Gambar-gambar yang mereka tidak suka lihat





Ini adalah gambar yang paling mereka benci lihat sebab gambar tersebut mengkantoikan misi mereka untuk menyerang Zaid melalui gambar yang mereka photoshopkan.Sungguh memalukan dan menunjukan bahawa mereka tidak ada isu yang hendak ditonjolkan melainkan kebodohan mereka sendiri.Lihatlah gambaran kebodohan mereka melalui gambar yang mereka siarkan diblog-blog mereka....

Sebelum ini mereka bukan main angkuh lagi dengan
promosi Utusan Meloya yang kononnya akan
membuktikan Zaid seorang kaki botol

Dua blog pro-Umno - Gerakan Anti-PKR dan Pisau.net - masing-masing menyiarkan gambar Zaid meletakkan tangannya atas meja dengan memegang sebotol wiski yang belum dibuka. Selepas beberapa jam berlaku, posisi ganjil tangan dan botol tersebut, membuat warga internet membuat kesimpulan bahawa gambar itu telah diubahsuai. Gambar asalnya disiarkan pada 2008 oleh portal berita Nut Graph, yang menunjukkan Zaid sedang diwawancara di sebuah restoran, tanpa botol wiski tersebut.


Mereka kononnya mahu menggunakan isu 'moral' sedangkan merekalah bapa segala dajal yang menjuarai segala macam kerja-kerja mungkar.Lihat sahaja gambar PM Najib yang sedang minum air Zamzam ala kazam ini :

ZamZam ala kazammm...

PRK Hulu Selangor : Bung Mokhtar marah isu Arak dijadikan bahan kempen UMNO !


ZamZam ala kazammm...

Ahli Parlimen UMNO Kinabatangan Bung Mokhtar Radin menikus dan sedang kecut perut apabila gambar Hishamuddin Hussein yang sedang hangat di internet sedang menogok arak bukan saja dilihat oleh Koh Tsu Koon tetapi dilihat oleh anak-anak Melayu yang tidak lagi meyakini ke'Melayu'an Hishamuddin Hussein.
Ini kerana Bung Mokhtar risau yang dia merupakan sasaran seterusnya.Dia yang sejak kebelakangan ini kerap dilihat di PULSE (aku tahu aktiviti engko bah) sudah mulai keluar peluh sejuk di dahi.Bagi yang tak tahu apa itu PULSE pergi tanya Khairy kah kah kah kah kah kah

Kebanyakan Pimpinan Parti Komponen BN juga menyifatkan kempen UMNO ini tidak mengambil kira sensitiviti masyarakat majmuk yang ada di Malaysia.Ini kerana dalam 'smear campaign' ini cuba ditonjolkan bahwa mengambil minuman keras membawa maksud rendahnya moral seseorang individu.
Kerana pemikiran Pemimpin UMNO yang senantiasa 'Semenanjung Centric' dalam membuat kenyataan sering terlupa bahwa masyarakat Iban , Kadazan , Melanau , Tiong Hua , FooChow dan Orang Ulu sebenarnya tersinggung dengan kenyataan Pemimpin UMNO Semenanjung kerana rata-rata bumiputera Sabah dan Sarawak mengambil minuman keras sebagai salah satu amalan tadisi bangsa mereka.
 Menggunakan teknik 'superimpose' murahan dalam gambar juga memualkan pengundi Hulu selangor.Ini hanyalah membuktikan kedangkalan pemikiran Pemimpin UMNO yang sudah bangkrap dengan idea pembaharuan untuk faedah rakyat terbanyak.     
General sentimen di kalangan Ahli Parlimen Sabah dan Sarawak sebenarnya kurang setuju dengan taktikal 'character assasination' yang dimain oleh UMNO.

Yang menjadi fokus Pemimpin UMNO bukan nasib Melayu di Kampung-kampung di Hulu Selangor yang mahukan lampu jalan yang seharusnya menjadi tanggungjawab kerajaan Pusat , dengan nasib pekebun Cina miskin dan masyarakat India yang masih tidak mendapat sistem pembentungan yang sempurna di Hulu Selangor.

Aku melihat kesilapan dalam bahan kempen UMNO ini akan diguna sebaiknya oleh Pakatan terhadap masyarakat FooChow ,Melanau dan Iban dalam pilihanraya kecil Sibu untuk menunjukkan bahwa Pemimpin UMNO tidak memiliki sensitiviti terhadap masyarakat di Sabah dan Sarawak.

Apa pun kepada Bung Mokhtar : AARRRAAAAAMAAAIIITEEEEEEE !!!!! (shenanigan pun ok bah)

PRK Hulu Selangor : Seorang Lagi Calon Bebas Tarik Diri..ha.ha...akhir Johan turut tewas sebelum bertanding..he.he..!!!! Wakil Perkosa...kah..kah...!!!

Muka Tertekan Seorang Wakil Bebas.....!!!!

Oleh ARIFFUDDIN ISHAK
HULU SELANGOR: Selepas beberapa jam V.S Chandran, mengumunkan menarik diri daripada pilihan raya kecil Parlimen Hulu Selangor, seorang lagi calon Bebas, Johan Mohd Diah turut mengambil pendirian yang sama.
Perkara tersebut telah disahkan oleh Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Wan Ahmad Wan Omar.

PRK Hulu Selangor : Ciri & kepimpinan baru tentukan kemenangan



PRESIDEN MIC Datuk Seri S. Samy Vellu sekali lagi berdepan dengan tugas dan tanggungjawab mencabar pada 25 April ini.
Walaupun gagal dalam perjuangan untuk menamakan Timbalan Presiden MIC Datuk G.Palanivel sebagai calon namun MIC berjaya menampilkan wajah baru sepertimana didesak dalam percaturan pembaharuan politik sebagai salah satu saha untuk mentranformasikan semula MIC selepas ini.
Ketua Penerangan MIC P.Kamalanathan mendapat kepercayaan pucuk pimpinan tertinggi BN untuk membawa cabaran dan gagasan Satu Malaysia di pilihan raya kecil Selangor 25 April ini.
Disebalik pelbagai ramalan dan spekulasi, BN telah menamakan “calon kompromi” yang diyakini dapat merampas semula kerusi Hulu Selangor selepas tercicir dengan majoriti tipis pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-12, Mac 2008. Gelanggang kini telah dibuka.
BERUBAH ATAU REBAH
Ramai yang berpandangan apa yang bakal berlaku di Hulu Selangor menceritakan masa depan MIC yang kini dilihat sedang bergelut untuk mendapat keyakinan dan suntikan semangat baru dikalangan masyakat India setelah menerima tamparan hebat pada PRU 2008.
Walaupun ramai yang mendesak agar kerusi Hulu Selangor yang mempunyai majoriti pengundi Melayu dipulangkan ke tangan Umno tetapi sekali lagi atas semangat BN, pucuk pimpinan memberikan kepercayaan kepada MIC untuk merampas kembali kerusi tersebut dan juga maruah parti itu.
Dalam erti kata yang lain, MIC perlu menang 25 April nanti dan membuktikan yang ia sebuah parti nasional yang berkhidmat bukan sahaja untuk masyarakat India tetapi juga untuk semua kaum kata Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak.
Mesej Perdana Menteri memberikan isyarat yang cukup jelas. Ramai yang sudah mula membaca mesej tersurat dan tersirat Perdana Menteri dalam skop “berubah atau rebah”.
SIAPA YANG PENGUNDI MAHU
Dalam pada itu pun banyak cerita yang kita dengar perihal memilih calon. Hakikatnya, ahli-ahli parti harus sedar, pucuk pimpinan tidak mungkin dapat memuaskan hati semua pihak khususnya penyokong pemimpin–pemimpin tertentu apabila tiba soal memilih calon.
Yang paling penting yang harus didengar ialah apa dan siapa yang pengundi mahukan bukan apa dan siapa yang para penyokong parti mahukan,
Dalam soal pemilihan Kamalanathan, sudah tentulah penyokong Timbalan Presiden Datuk G.Palanivel hampa, sedih dan merajuk . Begitu juga dengan penyokong T.Mugilan yang merupakan Ketua Pemuda MIC Hulu Selangor.
Mugilan yang juga merupakan Naib Ketua Pemuda MIC pusat merupakan calon yang popular dan hampir pasti dinamakan sebagai calon tetapi namanya tercicir beberapa jam sebelum pengumuman rasmi dibuat. Kita percaya semua pihak dapat menyelami “ bisikan hati” penyokong Mugilan dan Palani
Namun begitu kita wajar mengangkat topi kepada Mugilan yang sanggup hadir untuk memberikan sokongan kepada Kamalanathan walaupun tidak terpilih sebagai calon.
Beliau telah memperlihatkan ciri-ciri kepimpinan baru dan muda yang berjiwa besar. Kita percaya masanya akan tiba jua untuk beliau terpilih sebagai calon MIC suatu hari nanti. Mugilan sedar beliau tidak perlu terburu-buru dalam soal ini.
Dan inilah yang dikatakan semangat “berpasukan” yang perlu digilap oleh setiap pemimpin politik sekiranya mereka betul–betul ikhlas dalam menjunjung perjuangan.
Begitu juga dengan Palanivel. Walaupun beliau kelihatan seperti kecil hati tetapi beliau sebenarnya sudah pun berkempen dan turun padang untuk membantu kemenangan BN malam semalam. Syabas Datuk.
TALIAN HAYAT MIC
Dan Samy Vellu telah berjanji bahawa pemimpin MIC di Bahagian Hulu Selangor tidak akan memboikot ataupun mensabotaj pilihanraya kecil Hulu Selangor walaupun Palanivel tidak terpilih bertanding semula di situ. Beliau sekali lagi telah memberi jaminan semua 72 cawangan di Hulu Selangor akan menyokong Kamalanathan.
Inilah masanya beliau membuktikan dan menunjukkan kepada masyarakat India, rakyat Malaysia dan juga Perdana Menteri mengenai kekuatan MIC. MIC telah diberi peluang sekali lagi untuk membuktikan bahawa mereka masih relevan kepada dunia politik Malaysia melalui pilihan raya kecil Hulu Selangor.
Sudah tentulah Samy Vellu sebagai seorang pemimpin yang cukup berpengalaman dalam kancah politik negara mempunyai formula untuk mengembalikan maruah MIC dalam pertarungan di Hulu Selangor nanti.
Talian hayat MIC kini bergantung kepada keputusan pilihan raya kecil Hulu Selangor selepas kecundang di Bukit Selambau.
Faktor Mugilan dan Palanivel juga perlu diambil kira. Mereka berdua sudah tentu mempunyai pengaruh yang kuat untuk melengkapkan kemenangan MIC dan BN.Justeru itulah, penulis berharap Samy Vellu perlu merapatkan kembali jentera MIC selepas ini.
Jangan membiarkan penyokong Palani dan Mugilan bersendirian. Perlu ada usaha untuk memujuk dan meneutralkan penyokong mereka berdua demi masa depan MIC dan BN. Ketepikan ego masing–masing.
Jangan juga menyimpan perasaan dendam. Ini bukan masanya. Semua pihak khususnya ahli MIC dari seluruh negara perlu berjuang dengan ikhlas dan jujur bagi memastikan kemenangan Kamalanathan. Kini masa untuk berjuang dan bukannya masa untuk mengkritik sesama sendiri.
CIRI & KEPIMPINAN BARU
Kamalanathan bukan sahaja seorang penganalisis yang cekap dan tajam pemikirannya tetapi beliau juga merupakan seorang pemimpin yang berdedikasi, berhemah tinggi dan juga berpotensi memimpin MIC pada masa hadapan.
Beliau turut mempunyai sifat -sifat kepimpinan yang jitu iaitu berfikiran positif, sentiasa menjunjung profesionalisme yang tinggi dan mesra rakyat. Beliau menguasai bahasa kebangsaan dan bahasa Inggeris dengan baik.
Sudah tentu Kamalanathan bakal berdepan pelbagai cabaran dan rintangan.Namun kita dapat melihat , beliau telah bermula dengan baik setelah namanya diumumkan. Malah beliau telah berjaya menangkis beberapa elemen negatif yang cuba dilontarkan oleh beberapa pihak terhadap MIC dan BN dalam isu pemilihan calon.
Sebagai Ketua Penerangan MIC, beliau lebih arif untuk menangai segala serangan “ psikologi “ dari pakatan pembankang selepas ini.
Cuma Kamalanathan perlu membiasakan dirinya dengan landskap politik Hulu Selangor dalam tempoh masa berkempen ini. Ketika berkempen nanti, beliau perlu menonjolkan diirinya sebagai pemimpin harapan generasi baru.
Perubahan dalam MIC bergantung kepada penampilannya di Hulu Selangor ketika berdepan dengan para pengundi.
Pendek kata, kebangkitan semula MIC kini berada di tangan ahli–ahlinya dan juga calonnya. Selamat berjuang!

PRK Hulu Selangor : ZAID YANG SAYA KENALI....



Zaid Ibrahim diumumkan sebagai calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) untuk bertanding pada pilihan raya kecil Parlimen Hulu Selangor, 25 April ini. Nama Zaid yang juga bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM) itu diumumkan oleh Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada satu majlis perjumpaan rakyat di Serendah, Hulu Selangor, pada 13 April 2010. - Foto BERNAMA


NAMPAKNYA PKR telah membulatkan hati memilih tokoh kontroversi Mohd Zaid Ibrahim sebagai calon untuk bertanding atas tiket Pakatan Rakyat (PR) pada pilihan raya kecil Parlimen Hulu Selangor 25 April ini.
Penulis pernah berkhidmat sepenuh masa hampir tiga tahun dengan Zaid Ibrahim iaitu dari tahun 2002 hingga 2004 sebagai perunding komunikasi di Zaid Ibrahim & Co atau lebih dikenali sebagai ZICO.
Firma guaman ZICO adalah merupakan firma guaman terbesar di Malaysia. Begitu besar firma ini sehinggakan pemiliknya Zaid Ibrahim sendiri tidak mengenali setiap seorang peguam yang berkhidmat di firmanya itu.
Walaupun pada hakikatnya beliau pemegang saham utama di firma berkenaan (sekarang tidak lagi), tetapi agak menakjubkan juga beliau hanya mempunyai ruang pejabat yang boleh ditafsirkan sebagai kecil dan tidak kelihatan gah atau hebat malah rak buku rujukan undang-undang pun tidak ada dalam biliknya - tidak sepertimana firma guaman yang kita semua kenali.
Zaid adalah seorang yang sangat restless iaitu tidak tahu duduk diam juga seorang yang mempunyai iltizam yang kuat. Walaupun di dalam kerja beliau seorang yang tidak penyabar tetapi sebagai ahli politik, tahap kesabaran beliau sangat tinggi. Beliau juga seorang yang tidak dengan mudah menjatuhkan hukuman atau persepsi ke atas seseorang.
Beliau mencintai kuda dan mempunyai hati seperti seekor kuda. Beliau juga seorang yang sangat komited dengan Yayasan Orang Kurang Upaya Kelantan (Yokuk) yang beliau sendiri pelopori. Setiap tahun yayasan ini akan menganjurkan program larian di Kota Bharu untuk mengutip dana bagi tabungnya.
Ketika Zaid di dalam Umno, kami semua bekerja keras dan akan turun ke Kota Bharu saban minggu untuk memastikan Umno merampas kembali kerusi Parlimen Kota Bharu yang sudah hampir 14 tahun di bawah bendera Pas dan kemudiannya Keadilan.
Pengorbanan tersebut berbaloi. Pada pilihan raya umum 2004, Zaid yang pada mulanya hendak diletakkan di kerusi Dewan Undangan Negeri dalam parlimen Kota Bharu tetapi kemudiannya ditukarkan semula ke kerusi Parlimen setelah ramai orang Umno memprotes keputusan tersebut bertanding untuk pertama kalinya dan menang.

Malah beliau memenangi kerusi Parlimen Kota Bharu atas tiket Umno dengan kesemua tiga DUN di dalam parlimen berkenaan jatuh ke tangan PAS. Tetapi senario tersebut tidaklah luar biasa bagi Kota Bharu kerana sejarah telah membuktikan Tengku Ahmad Rithauddeen pernah menang dalam situasi yang sama di tahun-tahun 1980-an.
Namun apa pun, Zaid tetap catat sejarah. Selepas berbelas tahun Kota Bharu di tangan Pas dan kemudian PKR, Zaid boleh menang. Di sebalik sikapnya yang liberal dan urban itu dia diterima oleh orang Kota Bharu tanpa sebarang masalah.
Sebabnya kerana Zaid dilihat sebagai anak tempatan dari keluarga yang miskin tetapi berjaya dalam hidup atas daya usahanya sendiri. Dia juga membawa lambang anak Kelantan yang boleh diteladani dalam kejayaan hidup dan kerjaya juga atas kerja-kerja kebajikan yang diusahakannya.
Pada masa yang sama seorang lagi peguam yang turut berkhidmat di firma Zaid iaitu Datuk Seri Azalina Osman Said juga bertanding di Penggerang, Johor turut menang. Ini bermakna ZICO berjaya melahirkan dua orang ahli Parlimen serentak.
Tetapi malangnya, selepas itu dalam pembentukan kabinet Pak Lah, Azalina dan bukannya Zahid yang terpilih sebagai menteri. Ini sedikit sebanyak merencatkan kemajuan politik Zaid dalam Umno.
Hendak dijadikan cerita, lebih kurang dua tahun kemudian, berlaku pergolakan dalam Umno Bahagian Kota Bharu yang akhirnya menyaksikan Zaid digantung daripada jawatannya sebagai ketua Umno Kota Bharu dan timbalannya Datuk Fatmi Che Salleh dilantik untuk memangku jawatan ketua.
Dan apabila hukuman ke atas Zaid tamat, malangnya beliau tidak dikembalikan ke jawatan lamanya itu tetapi sebaliknya Fatmi terus kekal memegang jawatan tersebut.
Kemudian pada pilihan raya umum Mac 2008, atas pergolakan yang berlaku dalam Umno Kota Bharu, Zaid tidak terpilih semula sebagai calon dan tempatnya diganti oleh Fatmi. Fatmi bertanding tetapi tewas di tangan calon Pas. Akhirnya kerusi Kota Bharu kembali ke tangan Pas hanya selepas sepenggal dirampas oleh Umno.
Walaupun Zaid tidak bertanding tetapi Pak Lah tanpa diduga membuat kejutan dengan melantik Zaid dalam barisan kabinetnya. Ironinya semasa beliau menang pada tahun 2004 beliau tidak diberi apa-apa jawatan tetapi bila tak bertanding pula diberi jawatan. Beliau dipertanggungjawabkan potfolio undang-undang - iaitu untuk membuat reform dalam sistem perundangan negara.
Sekali lagi, Zaid berhadapan dengan halangan dan cabaran. Tidak semua idea yang dilontarkannya di dalam kabinet diterima oleh jemaah menteri walaupun PakLah banyak memberi lampu hijau kepadanya untuk menjalankan reform dalam sistem perundangan negara.
Tetapi tak tahulah apa yang tidak kena, mungkin gayanya ke atau pembaharuan yang hendak dibawanya ke yang tidak sesuai dengan majoriti jemaah menteri dan orang Umno, akhirnya Zaid ‘memberontak’. Tidak sampai beberapa bulan, beliau melepaskan jawatannya dalam kabinet. Penahanan seorang wartawan dan ahli parlimen dari DAP di bawah ISA mendorong Zaid untuk melepaskan jawatan menteri. Mungkin sifat tidak sabarnya dalam bekerja telah menyebabkan beliau merasakan segala apa yang hendak diusahakannya diperlahankan oleh pelbagai halangan.
Zaid yang mempunyai pemikirannya sendiri bukanlah seorang yang mudah untuk dikawal. Tidak lama kemudian beliau muncul dalam majlis-majlis pembangkang. Umno akhirnya memecat Zaid dan PKR membuka pintu.
Dan di dalam PKR pun, beliau tidak terlepas daripada masalah dan pada waktu-waktu tertentu dilihat sebagai pembuat masalah oleh kepimpinan PKR sendiri. Walaupun Zaid diberi peranan penting iaitu untuk merangka pelan induk yang dapat menyatukan PR sebagai sebuah entiti yang lebih kukuh, tersusun dan mampu menjadi alternatif kepada BN tetapi gerakan beliau tidak disenangi oleh fraksi tertentu di dalam PKR.
Ketika penulis menemui Zaid sewaktu pelancaran bukunya “Saya Juga Melayu...” beberapa bulan lalu, Zaid dengan mimik mukanya yang tipikal menyatakan rasa kecewanya apabila Anwar Ibrahim tidak membenarkannya berkunjung ke Sabah untuk menghadiri undangan Dr Jefrey Kittingan yang sedang bermasalah dengan Naib Presiden, Azmin Ali.
Pada Zaid ternyata Anwar lebih mendengar cakap Azmin berbanding apa yang ingin dia lakukan. Dan akhirnya Zaid tidak peduli pun. Dia tempah tiket kapalterbang dan dia pergi juga ke Sabah sama ada Anwar izin ke tidak. Itulah Zaid Ibrahim. Seorang yang tidak boleh dikawal dan tidak tunduk kepada sesiapa pun melainkan dirinya sendiri.
Apakah dengan meletakkan Zaid sebagai calon di Hulu Selangor PKR cuba hendak mengambil hati Zaid semula atau pun mungkin sebagai ‘reward’ agar dia boleh menyalurkan tenaga dan suaranya itu di Parlimen daripada menyalak ke arah PKR sendiri?
Tidak salah untuk mengandaikan demikian kerana di sebalik auranya yang besar itu, Zaid bukanlah anak tempatan dan tidak dikenali pun secara peribadi dan dekat oleh pakcik dan makcik, apek dan nyonya serta aci dan appa di Batang Kali, Ulu Bernam dan Kuala Kubu Baru.
Walaupun Zaid telah membuktikan yang dia mampu melakukan sesuatu yang luar biasa di Kota Bharu tetapi itu Zaid balik setiap minggu, kecek dalam loghat tempatan dan ibu-bapanya orang sana, ada ramai saudara mara dan taulan serta balaci untuk bantu dan buka bilik operasi serta pondok panas. Dan dia buat kerja selama lebih dua tahun untuk menyemai benih.
Di Hulu Selangor, entah pernah atau tidak Zaid menjejakkan kaki sebelum ini tiada siapa yang tahu. Pernah pergi berkelah di Kuala Kubu, itu mungkin.
Maka ini satu pertaruhan yang besar oleh PKR dan PR tetapi apa salahnya...

Konspirasi II Anwar: 10 Negara Asean Desak Siasatan Adil

Ahli Parlimen Balik Pulau, Yusmaidi Yusoff menggesa kerajaan mengadakan siasatan yang adil dan menggugurkan segala kes yang berkait dengan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim selaras dengan hasrat 110 Pertubuhan Hak Asasi Manusia baru-baru ini di Jakarta.

Beliau berkata Pertubuhan tersebut yang diwakili oleh lebih 110 gagasan yang hadir terdiri dari pimpinan tertinggi 10 negara Asia Tenggara (Asean) menandatangani satu petisyen yang mewakili Anwar Ibrahim dan bekas Perdana Menteri Myanmar, Aung San Suu Kyi.

Petisyen itu akan dihantar kepada Setiausaha Agung Pertubuhan negara-negara (Asean), Dr Surin Pitsuwan.

“Mereka telah membuat keputusan bahawa kes Anwar dan Aung San Sau Kyi akan digesa ke Secretary General of the Association of South East Asian Nations (ASEAN) bagi menyediakan satu siasatan yang adil.

“Macam Aung San Suu Kyi, Anwar Ibrahim sudah melawan untuk mendapatkan hak mereka. Anwar telah menjadi mangsa politik negara tanpa ada satu siasatan yang adil. Pada tahun 1999, Anwar telah didakwa atas kes liwat dan kemudian Anwar telah menghabiskan masa selama 6 tahun di penjara. Pada tahun 2008, Anwar sekali lagi didakwa melakukan liwat dan ini menjadi tanda tanya kepada semua sejak ia berlaku,” katanya.

Beliau berkata ini adalah satu konspirasi bagi memusnahkan kerjaya Anwar di dalam bidang politik oleh kerajaan Umno BN.

“Mengapa sebab saya mahu kongsikan perkara ini bersama media di sini kerana media dari luar negara kesemuanya melaporkan. Saya percaya demokratik boleh memberi sokongan hak asasi manusia kerana bagi kesemua yang hadir ianya adalah satu perkara serius konspirasi,” katanya.

Beliau berkata satu siasatan adil juga perlu disiasat oleh satu badan sisasatan yang bebas dan tidak mempunyai mana-mana kepentingan dalam menentukan kebenaran sebenar.

Dalam pada itu, anak Ketua Pembangkang, Nurul Izzah Anwar Ibrahim menggesa keadilan untuk bapanya dapat diketengahkan.

Kata Izzah jika negara-negara lain mahukan keadilan untuk bapanya apakan lagi beliau dan rakyat Malaysia yang tahu percaturan politik negara sentiasa mahu menghancurkan kerjaya politik bapanya.

“Kita pohon kerajaan Malaysia mengambil peluang menunjukkan kepimpinan untuk melihat keadilan dalam kes ini bukan sahaja kes Aung San Suu Kyi tetapi kes Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim,” katanya.

Persidangan tersebut telah dipengerusikan oleh Perdana Menteri Canada, Kim Cambell dan ditandatangani lebih daripada 300 ahli-ahli parlimen, pensyarah, profesor, pegawai tinggi dan delegasi-delegasi dari luar negara.

PRK Hulu Selangor : Mereka Yang Bertaubat Tidak Wajar Diaibkan - Ustaz Ghani


Mereka yang telah bertaubat tidak wajar dihukum dan terus diaibkan.
Sebaliknya mereka yang sanggup mengakui kesilapan dan berazam untuk kembali ke jalan yang benar harus diberi sokongan, demikian menurut Pengerusi Sekretariat Ulama Asia, Ustaz Ghani Shamsuddin.
“ Sebenarnya adalah satu kesalahan apabila seseorang itu telah mengaku dia telah bertaubat, taubat nasuha tidak mahu lagi melakukan sesuatu yang dilarang oleh Allah, maka perkara itu tidak lagi boleh diungkit-ungkit, diuar-uarkan apatah lagi orang yang mengungkit itu sendir telah pun mengangkat pihak yang berkenaan atau saudara Zaid sebagai menteri pada suatu ketika dahulu” katanya kepada Tv Selangor.
Malah ujar Ghani, tindakan kerajaan UMNO-BN mengaibkan calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) di Hulu Selangor, Datuk Zaid Ibrahim adalah bermatlamatkan politik semata-mata.
Ibarat menepuk air di dulang terpercik ke muka sendiri, kerajaan UMNO-BN seolah-olah lupa tentang kredibiliti Zaid ketika beliau diangkat oleh kerajaan sebagai Menteri Undang-Undang.
“ Ini menunjukkan bahawa pengaiban yang dilakukan ini adalah semata-mata untuk matlamat politik yang sempit, yang tidak berasaskan akhlak dan moral Islam" katanya lagi.
Sebagai seorang pemimpin berjiwa rakyat, Zaid sewajarnya diberi peluang untuk memberikan khidmatnya.
Selain sanggup melepaskan jawatannya sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri kerana kecewa dengan tindakan kerajaan mengenakan tahanan ISA ke atas tiga rakyat  Malaysia yang disifatkannya sebagai menyalahi undang-undang, beliau juga merupakan seorang pemimpin dermawan dan berhati mulia.
Zaid merupakan pengasas Yayasan Orang Kurang Upaya Kelantan (YOKUK) yang beroperasi sejak 1998.
Menyifatkan Zaid sebagai seorang pemimpin yang telus dan berani mengakui kesilapan lampau, Ghani turut membidas tindakan sesetengah pimpinan UMNO yang hanya tahu mencari kesalahan orang lain tanpa mencermin diri sendiri terlebih dahulu.
“ Oleh kerana sifat mereka tidak iltizam dengan Islam, hanya dengan mendakwa mereka orang Islam tetapi tidak mahu iltizam dengan Islam, bahkan tidak mahu mengikut perjuangan Islam yang dibawa oleh Rasulullah S.A.W dan mereka masih lagi dalam kepompong asabiah, faham kemelayuan, yang sangat ekstrem dan sangat tidak adil. Orang seperti ini apa sahaja yang terlintas di hati mereka, mereka akan lakukan”.

PRK Hulu Selangor: Perang 'botol arak' di dunia siber

Beberapa pemimpin utama Umno kini turut terkena tempias kepanasan kempen serangan peribadi terhadap calon PKR Datuk Zaid Ibrahim yang dikaitkan dengan tabiat minum arak.
Ia ekoran tindak balas penulis blog pro-Pakatan yang menyiarkan foto yang dikatakan menunjukkan pemimpin Umno itu, turut melakukan perkara yang sama.
Dua blog memulakan 'perang' dengan mendakwa mereka akan menyiarkan bukti tabiat minum Zaid tengahari ini. Berita tersebut turut disiarkan di muka depan akhbar milik Umno, Utusan Malaysia.
Dua blog pro-Umno - Gerakan Anti-PKR dan Pisau.net - masing-masing menyiarkan gambar Zaid meletakkan tangannya atas meja dengan memegang sebotol wiski yang belum dibuka.

Selepas beberapa jam berlaku, posisi ganjil tangan dan botol tersebut, membuat warga internet membuat kesimpulan bahawa gambar itu telah diubahsuai.

Gambar asalnya disiarkan pada 2008 oleh portal berita Nut Graph, yang menunjukkan Zaid sedang diwawancara di sebuah restoran, tanpa botol wiski tersebut.

'Gambar menteri dan isteri'

Menurut artikel Gerakan Anti-PKR, gambar tersebut diberikan oleh 'orang dalam PKR' dan penulisnya berjanji banyak lagi pendedahan akan menyusul.

Penulisnya mendakwa dia memiliki lapan lagi gambar dan video selama lapan minit mengenai tiga pemimpin PKR dalam "situasi yang memalukan".

Dalam reaksi tindakan balas, blog bernama Salt, Pepper and a little kicap menyiarkan satu siri foto yang dikatakan menunjukan seorang pemimpin kanan Umno yang juga menteri kabinet, sedang memegang satu tin bir. Foto itu juga menunjukkan isteri pemimpin Umno tersebut, juga melakukan perkara yang sama.

Artile tersebut kemudiannya dipetik oleh peguam terkemuka Haris Ibrahim dalam blognya, di mana beliau mengecam menteri berkenaan kerana mendakwa Umno tidak terbabit dalam serangan peribadi terhadap Zaid.

Ahli parlimen Kota Belud yang juga bekas setiausaha Pemuda Umno, Datuk Abdul Rahman Dahlan terus menjawab melalui twitternya, mendakwa gambar tersebut telah diubahsuai.
Kemudiannya, satu lagi gambar muncul di internet di mana seorang individu yang kelihatan seperti ahli parlimen Rembau yang juga ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin bersama dengan seorang lelaki yang tidak dikenali dan dua orang wanita.

Suasananya kelihatan seperti di kelab malm dan mereka duduk di depan meja yang penuh dengan botol minuman keras.

Perkara itu sampai ke perhatian Khairy yang menjawabnya melalui Twitter.
"Apa yang betul? Adakah saya minum apa2 dalam gambar tersebut?" soalnya.
Ketika dihubungi, ketua penerangan PKR, Latheefa Koya berkata pengedaran gambar Zaid yang diubahsuai itu dan paparan besar mengenainya oleh Utusan Malaysia, menunjukkan bahawa BN sudah ketandusan idea.

Sebaliknya, kata beliau, pihaknya tidak mahu tersimpang daripada isu-isu sebenar di Hulu Selangor dan para penulis blog berkenaan "boleh buat apa sahaja yang mereka mahu".

Usaha untuk menghubungi Khairy untuk mendapatkan komennya tidak berhasil.

PRK Hulu Selangor : SPR Akui Pindah Lokasi Pengundi, Proses Ambil Masa Enam Tahun oleh SPR...

HULU SELANGOR 19 APR: Suruhanjaya pilihan raya hari ini mengakui memindah tempat pengundi tanpa pengetahuan pemilih tetapi memberi bermacam-macam alasan bagi menghalalkan proses pemindahan  yang mengambil masa enam tahun.

Malah, SPR mendabik dada dengan mengatakan mereka berhak dan memiliki kuasa berbuat demikian mengikut Seksyen 7, Akta Pilihan Raya 1958 sekalipun ia mungkin menimbulkan keributan pada hari pengundian.

Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar pada satu sidang media mengatakan SPR berhak dalam menentukan sempadan kawasan pilihan raya.

Beliau menerangkan, persempadanan semula ini dibantu sistem satelit AEGIS sejak 2004 lagi dan Selangor adalah antara negeri yang sudah siap persempadanannya.

Bagaimanapun, beliau gagal sama sekali dalam memberi penjelasan munasabah mengapa proses ini mengambil masa sehingga enam tahun bagi mewartakan kawasan pengundian.

"Kita mula sistem AEGIS sejak pilihanraya Umum 11 selepas dapat kewangan kerajaan, bermula PRU 11 lagi tapi tidak boleh buat serentak. Buat secara berperingkat-peringkat. Negeri yang  siap ialah Selangor," kata Wan Ahmad.

Wan Ahmad juga tersasul apabila cuba memberi penjelasan mengenai pewartaan melibatkan lebih 3,000 pemilih  yang selama ini mengundi di Sekolah Kebangsaan Kampung Tanjung dalam  DUN Batang Kali.

Mengikut pewartaan itu, semua pemilih tersebut dipindah ke  DUN Rawang pada pilihan raya kecil kali ini.

"Saudara kena faham, persempadan dibuat secara manual, sekarang ini secara komputer AEGIS. Kita kena buat persiapan betulkan lokaliti. Lokaliti paling kecil dalam peta pilihan raya ialah Tanjung.

"Bila letak di DUN Rawang, kita jadikan Polling District, kita keluarkan dari Sungai Choh. Kita akan warta ehhh memang kita warta," kata Wan Ahmad.

TV Selangor sebelum ini didatangi seorang pengundi, Mohd Ali Ismail yang sudah tiga kali mengundi di Parlimen Hulu Selangor sebelum tiba-tiba tanpa pengetahuannya dipindahkan ke Parlimen Selayang apabila membuat semakan daftar pemilih.

PRK Hulu Selangor : SPR Didesak Jangan Jadi Alat Umno-BN

Oleh Sidiqin Omar

KUALA KUBU BAHARU 19 Apr - Suruhanjaya Pilihan Raya didesak untuk bersikap neutral dan profesional dalam mengendalikan perjalanan PRK Hulu Selangor dan mengekalkan integriti sebagai badan yang bebas.
Disamping itu SPR juga perlu menyatakan pendirian dan mengelak dari terlibat dengan perancangan jahat Umno-Barisan Nasional.
Ketua Angkatan Muda KEADILAN Pusat, Shamsul Iskandar Mohd Akin berkata hak asasi rakyat Malaysia sebagai pengundi di Parlimen Hulu Selangor telah dicabuli berikutan pendedahan yang disiarkan oleh Suara Keadilan dan TV Selangor mengenai aksi "silap mata" yang dilakukan oleh SPR dengan memindahkan sejumlah 13,488 nama pengundi di Parlimen Hulu Selangor ke pusat pengundian lain.
Tindakan ini jelas memperlihatkan cubaan sabotaj terhadap Pakatan Rakyat dan para penyokongnya.
"Ada pengundi yang melakukan semakan akhir menyedari nama mereka telah ditukarkan ke kawasan Parlimen lain, sedangkan pusat pengundian mereka semasa PRU-12 hanyalah dihadapan rumah sahaja. Kami mempunyai rekod senarai nama dan alamat semasa pengundi yang menjadi bukti dakwaan tersebut.
"Berikutan dari kejadian tersebut, AMK Pusat sedang melakukan siasatan dan mengkaji untuk memfailkan kes ini ke mahkamah", ujar Shamsul kepada Suara Keadilan.
Pengarah Pilihan Raya KEADILAN, Fuziah Salleh dijangka akan membuat usul tergempar di Parlimen yang bersidang hari ini berikutan penemuan terbaru ini.
"AMK memandang serius perkara ini. Kami juga telah membuat laporan berkenaan tindakan pihak Umno-BN yang menaikkan papan iklan dan kain rentang yang memaparkan imej dan mesej yang berbentuk provokasi yang jelas bercanggah dengan Akta Kesalahan Pilihanraya. Pihak SPR telah memberi jaminan untuk menurunkan papan iklan dan kain rentang tersebut hari ini juga" tambahnya.
Pada pukul 11.30 pagi tadi Shamsul menemui SPR di bilik gerakan SPR di sini bagi menyatakan bantahan AMK berhubung tindakan pemindahan pusat pengundian yang dilakukan tanpa memaklumkan kepada pengundi.
Tindakan iti memberi persepsi kepada rakyat bahawa SPR bersekongkol dengan Umno-BN bagi memastikan kemenangan calon BN pada 25 April depan.

PRK Hulu Selangor - Beza Zaid Umno@APCO dengan Zaid PR

Mutakhir ini, Datuk Zaid Ibrahim, calon PKR Parlimen Hulu Selangor diserang bertubi-tubi dengan isu 'minum arak'. Namun Dato' Zaid menunjukkan kehebatan peribadinya dengan mengakui akan gaya hidupnya di masa lampau.

Bahkan Dato' Zaid menyatakan bahawa beliau telah bertaubat kepada Allah swt dan memohon maaf pada rakyat. Ini adalah satu kelebihan yang dipamirkan oleh Dato' Zaid. Maka saya tidak hairan sekiranya Tok Guru Haji Hadi mempertahankan Dato' Zaid sebagai calon PRK Hulu Selangor dan saya tak pelik kalau Tok Guru Nik Aziz menyetujuinya.

Kerana Islam yang ada dalam dada Tok-tok guru mengakui bahawa orang yang dah bertaubat dianggap bersih dirinya dari sebarang dosa yang pernah dilakukannya. Yang menjadi peliknya ialah pemimpin UMNO kerana mereka tidak menjadikan Islam sebagai asas perjuangan mereka. Mereka adalah golongan yang jahil tetapi mereka tidak tahu mereka itu jahil. Itulah pemikiran pemimpin UMNO dan ulama'-ulama' UMNO.

Malah, Dato' Zaid juga telah membuktikan kejujurannya membenci kezaliman dan kejahatan yang ada dalam UMNO dengan meletakkan jawatannya sebagai Menteri Di Jabatan Perdana Menteri hanya kerana beliau tidak bersetuju dengan akta ISA yang zalim dan bermacam-macam penyelewengan Kerajaan UMNO/BN. Inilah antara kehebatan Dato' Zaid.

Kalau diikutkan logik, tidak ada apa yang hendak dicari oleh Dato' Zaid di dunia ini lagi. Bukankah Dato' Zaid mempunyai firma guaman terbesar yang mempunyai jumlah peguamnya melebihi 100 orang. Kita boleh bayangkan kalau seorang peguam dibayar gajinya purata RM3000.00 seorang maka Zaid & Co kena membelanjakan wang sejumlah RM300,000.00 sebulan tidak termasuk gaji kaki tangan lain. Saya tidak kata Dato' Zaid kaya tetapi saya yakin Dato' Zaid boleh hidup senang atau sedang hidup senang dengan profesionnya itu.

Jadi untuk apa Dato' Zaid berada dalam rumah yang panas sedangkan beliau mempunyai rumah yang sejuk ber'air-cond'. Apa ada pada PKR dan Pakatan Rakyat jika di bandingkan dengan apa yang ada pada UMNO dan BN yang mana Dato' Zaid telah berada dalam zon selesanya sebagai menteri? Tapi beliau berhenti bukan diberhentikan.

Ya, jawapannya ialah kerana Dato' Zaid ingin bersama rakyat yang sentiasa ditipu dan dizalimi oleh UMNO/BN. Artinya keseluruhan hidup bersama dengan UMNO adalah berdosa setelah kita mengetahui akan kejahatan dan kemungkarannya dalam pemerintahan.

Justeru itu, berada dalam UMNO adalah berdosa sebagaimana yang seing diratib oleh Mursyidul 'Am PAS. Berlawan dengan UMNO, dapat pahala, kata Tok Guru Nik Aziz. Sebelum lawan UMNO, mereka yang berada dalam UMNO perlu keluar UMNO dulu. Keluar UMNO pun dapat pahala kerana keluar dari kelompok yang penuh dengan kejahatan dan kemungkaran. Bila keluar, baru boleh lawan. Bila lawan UMNO, dapat pahala kali kedua. Itulah mafhum atau yang dapat difahami dari ratib Tok Guru Nik Aziz.

Jadi ... selama ini Dato' Zaid berada dalam berdosa kerana berendam hanyut bersama kemungkran dan kejahatan UMNO. Apa jahat dan mungkarnya UMNO pada rakyat dan negara? Ya.. UMNO memang banyak melakukan kemungkaran. Bukankah UMNO lah yang telah membunuh segelintir rakyat di Memali termasuk pendakwah terbaik yang diiktiraf sendiri oleh Pusat Islam iaitu Ustaz Ibrahim Libya? Apakah dosa Ust Ibrahim Libya bersama pengikutnya sehingga mereka dibunuh bagaikan penjenayah??

Bukankah UMNO berdosa kerana sentiasa menipu dengan janji-janjinya yang cukup manis untuk peneroka Felda Sungai Buaya dan lain-lain Felda sehingga ada di antara peneroka yang tidak dapat hak milik tanah bahkan mereka dibelenggu hutang silih berganti sampaikan Presiden ANAK telah mendedahkan penipuan UMNO ini dalam bukunya bertajuk 'FELDA : DULU TOLONG SEKARANG AH LONG' dan elok juga kalau tulis satu lagi buku bertajuk ' HARIMAU MATI MENINGGALKAN BELANG, PENEROKA MATI MENINGGALKAN HUTANG'.

Hanya peneroka dan mereka yang sering mendampingi peneroka sahaja yang merasai penderitaan dan siksanya jiwa sebagai peneroka. Hutang dah habis bayar, tiba-tiba masih lagi didapati berhutang. Janji nak bagi geran tanah, tiba-tiba tak jadi. Kena undi dulu BN baru boleh bagi.

Bukankah UMNO/BN telah berdosa kerana melantik syarikat yang ada kaitan dengan Yahudi / Israil yang telah nyata dan jelas membunuh manusia di Palestin, sehingga tercungap-cungap mereka untuk berbahas ketika berhadapan dengan Dato' Seri Anwar Ibrahim di Parlimen dan sehingga pihak KPN terpaksa menamatkan perkhidmatan egen APCO di pejabat polis? Mereka minta Dato' Seri Anwar kemukakan bukti lalu dikemukakan bukti.Sekarang mereka cukup rimas dengan isu APCO / Yahudi ini.

Bukankah telah banyak wang rakyat telah dihabiskan untuk pemimpin-pemimpin UMNO/BN menerusi projek-projek yang kalau kosnya RM500 juta lalu diangkat harganya menjadi RM1 bilion. Kononnya nak buat projek untuk rakyat lalu dibinanya sekolah yang harga RM10 juta tapi diangkat harganya menjadi RM20 juta.

Kononnya untuk kemudahan rakyat lalu dibinanya lebuhraya 4 lorong yang harga kosnya untuk 1 km ialah sebanyak RM1 juta termasuk keuntungan untuk kontraktor lalu diangkat harganya menjadi RM3.5 juta setiap 1 km? Kenapa harga-harga projek yang kononnya untuk rakyat diangkat sehingga dua tiga kali ganda?Jawabnya kerana untuk di 'faraid'kan komisyennya kepada pemimpin-pemimpin UMNO/BN.

Bukankah dosa rasuah sudah membarah, melekat dan menjadi darah daging UMNO/BN? Ibarah daging kalau cuba dipisahkan dari badan akan terasa sakit. Begitulah juga pemimpin UMNO/BN terasa bagaikan tercabut nyawanya kalau tidak buat kerja 'rasuah'.

Sebab itu kita lihat, walaupun UMNO/BN tewas teruk pada PRU12 2008 sebelum ini ytang antara sebab utamanya kerana rakyat menyampah pada perangai pemimpin UMNO/BN yang hidup mewah dengan rasuah namun aktiviti rasuah mereka terus menjadi-jadi sehingga Tengku Ahmad Rithaudin (Pengerusi Lembaga Disiplin UMNO) menyatakan ada lebih 900 aduan mengenai rasuah dalam UMNO. Sepatutnya UMNO bertaubat dengan kerja rasuahnya itu demi mengembalikan keyakinan rakyat pada PRU 13 tetapi UMNO tak mungkin bertaubat dari dosa rasuah?

Bukankah UMNO juga yang merampas wang rayalti minyak Terengganu hanya semata-mata kerana Terengganu diperintah oleh PAS, Sepatutnya UMNO dah bertaubat kerana mereka kata mereka nak bela Melayu. Rakyat Terengganu adalah majoriti Melayu. Tapi ... dosa UMNO dalam merembat dan menyeleweng wang rakyat adalah sama dengan dosa mereka dalam bab rasuah.

Ianya bagaikan kuku dengan kulit. Susah nak berpisah. Lalu mereka terus bertindak dengan tindakan yang sama terhadap Kelantan hanya semata-mata kerana Kelantan diperintah oleh PAS. Sedangkan mereka meratib bahawa mereka adalah pembela Melayu. Bukankah rakyat di Kelantan ramai berbangsa Melayu.

Terlalu banyak dosa UMNO untuk rakyat Malaysia samada Melayu, Cina, India dan lain-lain. Khazanah negara hampir habis samada balak, minyak dan wang rakyat dari lain-lain sumber digunakan dengan penuh licik oleh pemimpin UMNO/BN untuk kepentingan mereka.

Maka dengan ini Dato' Zaid harus mengisytiharkan di hadapan rakyat di Hulu Selangor bahawa beliau juga pernah melakukan dosa yang lain iaitu dosanya kerana bersama dengan UMNO yang telah banyak melakukan dosa dan kejahatan seperti yang telah dinyatakan di atas.

Pemimpin UMNO tidak akan mendesak Dato' Zaid untuk mengisytiharkan dosanya yang berdosa kerana sekian lama hidup dalam UMNO. Dosa orang yang bertaubat akan terampun di sisi Allah swt. Orang yang bertaubat, dirinya bagaikan kain putih. Bagaimana dengan pemimpin UMNO yang lain, yang terus berada dalam kerja-kerja dosa kerana berada dalam UMNO?

Semuga Allah swt menerima taubat Dato' Zaid sebagaimana Allah swt menerima taubat Saidina Umar ra yang pernah minum arak dan membunuh anaknya sendiri dan juga taubat Hindun yang telah bersama membunuh Pak Saudara Nabi, iaitu Hamzah Ibnu Abdul Muttalib.

Setelah bertaubat, Dato' Zaid boleh terus duduk di rumah berulang alik ke Masjid, dan dipenuhi dengan zikir, baca al quran dan bertahajud tetapi Dato' Zaid memilih untuk berada di alam kesusahan bersama rakyat dan perjuangan untuk rakyat sebagaimana yang banyak berlaku kepada para sahabat yang telah bertaubat dan berjanji di hadapan Rasulullah saw "Ya Rasulullah, Aku tidak akan berhenti berperang selagi mana aku tidak membunuh tentera musuh sebanyak mana yang telah aku bunuh tentera Islam sebelum ini'.

Maka mungkin Dato' Zaid akan berkata di hadapan rakyat Hulu Selangor 'Wahai saudara-saudara sekelian, selama ini saya berada dalam UMNO yang telah banyak menindas dan menipu rakyat serta menzalimi rakyat. Kini saya telah bertaubat dan demi Allah, dengan ini saya bersumpah akan terus berjuang membela rakyat agar hidup saudara-saudari akan sentiasa mendapat pembelaan dan keadilan sebagai manusia dan rakyat Malaysia'.

Kepada Dato' Zaid, seringlah beristighfar, banyakkan baca selawat kepada Nabi saw dan teruskan perjuangan, jangan pandang ke belakang. Semuga Allah swt memberi kekutan dan pertolongan kepada Dato'.


Dr Hamzah Jaaffar,
Timbalan Pesuruhjaya PAS Pahang.

PRK Hulu Selangor : Muhyiddin - asal dapat makan sudahhh!




Makin lama apa yang keluar dari mulut Hamba Allah ni makin bodoh! Dulu dengar je macam bodoh, la ni dengar bodoh, rasa bodoh nampak bodoh dan confirm bodoh!!

Kalau nak tunggu ada rakyat Malaysia mati tak makan baru nak UMNO-BN ini dikatakan gagal, baik pilih komunis kat China tu jadi kerajaan! Bodoh tak sudah-sudah! Malangnya terlalu ramai melayu masih rela menjadi tukang angguk kepada kebodohan ini!

Spesis melayu bodoh tapi dapat jadi pemimpin seperti ini akan dipupuskan oleh rakyat tak lama lagi!

sunsnake 19042010

Kerajaan BN bukan kerajaan zalimi rakyat: Muhyiddin

HULU SELANGOR: Kerajaan Barisan Nasional (BN) bukan kerajaan yang menzalimi rakyatnya seperti yang digembar-gemburkan pihak pembangkang, kata Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Beliau berkata kerajaan di bawah pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang juga Pengerusi BN sentiasa membela nasib dan tidak mengenepikan kebajikan rakyat.

"Kalau ada pihak yang mengatakan kerajaan BN menzalimi rakyat seperti yang disebut Datuk Seri Anwar Ibrahim yang berkata kita tak beri perhatian kepada nasib rakyat, adakah penduduk di Hulu Selangor ini mati tak makan," katanya ketika berucap pada majlis Pemimpin Bersama Rakyat di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sungai Choh di sini, hari ini.

PRK Hulu Selangor: UMNO 'Tolak' Pintu Taubat?



Orang yang berjiwa besar ialah orang yang berani mengaku segala kesilapan dan kesalahan yang lalu. Orang yang berjiwa besar ialah orang yang ikhlas membuangkan segala perangai buruk yang lalu.

Dalam Islam ada konsep taubat. Pintu taubat terbuka luas. Sesiapa yang membenci segala kesalahannya yang lalu, siapa yang meninggalkan segala amalan buruk dan siapa yang mengharapkan pengampunan dan rahmat Allah, InsyaAllah, beliau akan diampuni.

Orang yang tidak hipokrit, yang berani mengaku bahawa dia pernah membuat salah adalah orang yang mulia di sisi Allah SWT daripada orang yang hipokrit membuka aib orang lain seolah-olah diri sendiri suci daripada dosa.

Apakah orang-orang UMNO yang lain semuanya suci daripada segala dosa dan noda? Apakah orang UMNO yang lain menolak konsep bertaubat dalam Islam? Apakah orang-orang UMNO yang lain merasakan diri sendiri maksum sehingga membuka aib orang? Barang diingatkan, orang UMNO jangan jadi seperti ayam jantan berkokok berdegar-degar, ekor bergelumang taik.

Datuk Zaid Ibrahim adalah contoh seseorang yang berjiwa besar yang berani mengaku segala kesilapannya yang lepas. Beliau membuat pengakuan, "My drinking days are over."

Anda bagaimana?

Undilah Datuk Zaid Ibrahim calon PKR/Pakatan Rakyat untuk kerusi parlimen P94 Hulu Selangor.

PRK Hulu Selangor : Perang Poster Sudah Bermula Di Hulu Selangor

SELEPAS 48 jam penamaan calon perang poster sudah bermula di Hulu Selangor. Di simpang-simpang jalan utama sudah mula tumbuh dengan berbagai jenis papan tanda. Manakala di tiang lampu dan di tepi jalan mula dicacak dengan poster simbol dacing dan mata.

Dari Rawang ke Kelumpang, melewati Batang Kali, Serendah, Kuala Kubu Baru, di sepanjang jalan itu sudah kelihatan poster BN dan PKR. Bagaimana pun belum kelihatan simbol parti dua calon bebas. Ini menjadikan kehadiran dua calon bebas itu masih belum terasa.

Seperti biasa gambar pemimpin tertinggi kedua-dua parti BN dan PKR juga sudah kelihatan. Gambar Najib Razak sudah mula digantung di tiang-tiang lampu atau pun pokok. Bagaimana poster wajah calon masih belum kelihatan.

Yang ada hanya papan tanda yang mempamirkan gambar Zaid Ibrahim yang tertulis dengan bahasa Melayu, Cina dan India. Papan tanda ini juga kelihatan hanya di tempat-tempat strategik saja.

Pos-pos dan bilik gerakan juga sudah dibangunkan di tepi-tepi jalan. Suasana pilihan raya juga sudah mula terasa apabila orang luar yang akan bertugas sebagai petugas parti politik sudah mula masuk dan menginap di rumah-rumah yang disewa khas oleh parti.

Bagaimana pun dalam beberapa papan gergasi yang dipasang hari ini, saya merasa kurang seronok dengan sebuah papan tanda gergasi yang dipasang oleh BN. Papan tanda gergasi ini mula didirikan menjelang tengah hari tadi dan akan bertambah rancak lewat malam ini.

Papan tanda itu ialah yang menghentam Anwar Ibrahim sebagai pengkhianat negara. Saya rasa papan tanda gergasi ini tidak relevan dan agak melampau.

Pada saya BN kurang bijak membangunkan papan tanda ini kerana ia tidak banyak menguntungkan BN tetapi boleh menimbulkan simpati orang ramai. Apakah relevannya? Yang bertanding bukan Anwar untuk diattack peribadinya tetapi Zaid Ibrahim. Walaupun Zaid bertanding mewakili PKR di mana Anwar adalah Ketua Umumnya, tetapi tidak sewajarnya kalau Anwar dicerca demikian rupa.

BN boleh membangunkan seberapa banyak papan tanda gergasi tapi bukan yang mengecam peribadi atau mana-mana tokoh. Tindakan itu akan dilihat sebagai BN tidak mempunyai slogan yang menarik untuk ditawarkan melainkan dengan mengutuk pemimpin PKR.

Rasanya elok kalau pihak berkuasa terutamanya SPR mengambil tindakan meminta pihak BN menurunkan papan tanda gergasi ini. Saya bimbang kalau ianya dibiarkan menyebabkan pihak PKR akan membalas balik dengan memasang papan tanda yang mengutuk peribadi Najib Razak.

Apakah kata kalau pihak PKR memasang papan tanda yang mengaitkan Najib dan Rosmah dengan pembunuhan Altantuya? Tentu keadaan jadi panas dan sudah tentu papan tanda sebegitu akan diminta diturunkan. Kalau pihak berkuasa meminta PKR menurunkan papan tanda dan membiarkan BN melakukan apa saja, ini menyebabkan soal keadilan dan salah laku kuasa oleh pihak berkuasa akan dipertikaikan.

Saya tidak fikir kalau PKR mendirikan papan tanda mengecam Najib pihak polis dan SPR akan membiarkan begitu saja?

Jadi sebelum suasana pilihan raya itu menjadi lebih panas dan menimbulkan masalah molek kalau SPR meminta agar papan tanda itu diturunkan segera. Papan tanda gergasi ini dipasang tengah hari tadi di persimpangan jalan utama. Dalam perjalanan pulang tadi saya sempat merakam papan tanda ini dari atas kereta yang dipasang dipersimpangan lampu isyarat menuju ke bandar Rawang.

PRK Hulu Selangor: Hujah Seorang 'PPKK'......alahai.....

Yang sebenarnya UMNO amat seronok setiap kali ada pilihanraya kecil walaupun UMNO amat takut dengan keputusannya. Orang yang selalu buat zalim, memanglah sentiasa takut kepada bayang-bayang sendiri.

Kenapa mereka seronok setiap kali ada PRK?

UMNO seronok kerana mereka dapat mengalihkan pandangan serta tumpuan rakyat dengan isu-isu yang lebih besar sekarang. Isu APCO, isu Model Ekonomi Baru (MEB), royalti minyak, rasuah, buang anak, jenayah seks dll masih belum terjawab.

Seorang Timbalan Presiden sebuah parti politik yang kononnya tersohor di dunia (perasan lebih) yang berwibawa, seharusnya bercakap pun mestilah menunjukkan beliau seorang yang berwibawa. Bila berhujah, biarlah menunjukkan kematangan dan 'kecerdikkan politik' yang tinggi. Bila ber'fakta' biarlah menampakkan keluasan ilmu serta pengalaman yang banyak dalam berpolitik.

Jikalau setakat berkata si anu 'raja putar alam', 'si anu akan keluar parti', akhlak 'si anu' tidak baik dan berbagai-bagai lagi, itu hanya memperendahkan martabat seorang Timbalan Presiden yang hanya menunggu satu takuk lagi untu menjadi Presiden parti yang biasanya melayakkan menjadi Perdana Menteri.

Bukan setakat rendah martabat, ia menunjukkan indeks keintelektualan seorang bakal Presiden parti yang amat dangkal, samada dia tidak layak menjadi Timbalan Presiden, jauh sekali menjadi Presiden atau UMNO memang sudah kekeringan pemimpin yang berwibawa.

Taraf beliau berhujah serta berfakta hanya layak dihujahkan oleh seorang Tok Siak atau seorang JKKK atau PPKK (Pengerusi Pengunjung Kedai Kopi).

Inilah seorang Timbalan Presiden UMNO yang ter'baik' pernah dilahirkan oleh UMNO. Tiada tandingan langsung jika dibandingkan dengan Allahyarham Tun Dr.Ismail dan Tun Musa Hitam.[sumber.]

PRK Hulu Selangor - kempen dipergiatkan












* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *