Ahad, 18 April 2010

PRK Hulu Selangor : Minum arak cerita lama - Zaid

Calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) bagi pilihan raya kecil Hulu Selangor, Datuk Zaid Ibrahim hari ini membidas Barisan Nasional yang menyerangnya secara peribadi.

Katanya, dakwaan beliau meminum arak adalah cerita lama.

"Itu cerita lama. Kalau mereka nak ungkit, ungkitlah. Saya dah minta maaf dengan Allah s.w.t.

"Apapun kelemahan saya, apapun ketidaksempurnaan, saya adalah seorang manusia dan mampu jadi wakil rakyat. Saya tidak hipokrit, apa yang silap, silaplah," katanya kepada pemberita.

Beliau ditemui semasa berkempen dari rumah ke rumah di sebuah perkampungan estet India di Kerling di Hulu Selangor.

Zaid berkata apa yang membezakan antara beliau dengan pemimpin lain ialah beliau tidak bersikap hipokrit.

“Saya bukan seperti pemimpin Umno. Mereka hiprokit.

"Kalau orang tanya kes-kes tertentu, mereka kata terlalu kecil. Tetapi bagi saya, saya jawab. Saya percaya rakyat Hulu Selangor boleh menilai manusia Zaid Ibrahim ini sama ada dia layak jadi wakil rakyat. Kalau layak saya menanglah, kalau tak layak, tak layaklah," katanya.

Bekas menteri itu berkata demikian ketika mengulas dakwaan beliau adalah seorang kaki botol tegar seperti dilaporkan oleh beberapa blog.

Malah, semalam Zaid mengakui kepada pemberita bahawa pernah minum alkohol seperti yang didakwa oleh BN dalam kempen mereka.

Tetapi katanya, perkara itu dilakukannya ketika masih muda dan beliau kini sudah insaf.

Pilihan raya kecil 25 April ini menyaksikan pertandingan empat penjuru antara Zaid, calon Barisan Nasional (BN) P Kamalanathan dan dua calon bebas iaitu VS Chandran dan Johan Md Diah.

Kerusi parlimen itu kosong berikutan kematian penyandangnya Datuk Zainal Abidin Ahmad pada 25 Mac lalu akibat barah otak.

PRK Hulu Selangor : Program Pakatan Rakyat 19-4-2010 Dan 20-4-2010

PRK Hulu Selangor : Chandran dipecat esok - Samy Vellu


HULU SELANGOR 18 April - Calon bebas pada pilihan raya kecil Parlimen Hulu Selangor, V.S. Chandran dipecat dari parti MIC berkuatkuasa esok, kata presiden MIC Datuk Seri S. Samy Vellu.
Katanya surat pemecatan itu akan disampaikan kepada Chandran, iaitu bekas naib pengerusi MIC Hulu Selangor, kerana melanggar peraturan dan prinsip parti dengan bertanding sebagai calon bebas pada pemilihan 25 April ini.
"Dari segi teknikal, Chandran masih merupakan ahli MIC dan dia tidak sepatutnya bertanding sebagai calon.
"Ini adalah kesalahan serius dan saya mempunyai hak untuk memecat mereka yang melanggar prinsip dan etika parti,” katanya kepada Bernama di sini hari ini. - Bernama

PRK Hulu Selangor : Wanita UMNO tidak reda cara PKR berpolitik


HULU SELANGOR 17 April - Pergerakan Wanita UMNO akan berjuang habis-habisan untuk memberi kemenangan kepada calon Barisan Nasional (BN), P. Kamalanathan kerana tidak reda dengan cara Parti Keadilan Rakyat (PKR) berpolitik.

Ketua Wanita UMNO, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berkata, berdasarkan pemerhatian, pihaknya mendapati PKR tidak ikhlas dan menggunakan taktik kotor dengan mengadu domba di kalangan rakyat pelbagai kaum.
Jika dibiarkan beterusan katanya, negara boleh menjadi huru-hara manakala status Selangor sebagai 'periuk nasi' negara boleh musnah.

"Sebab itu kita jentera Wanita begitu cekal, kita akan bekerja dengan penuh dedikasi sebab kita mesti menangkan calon BN untuk perpaduan negara
"Jentera Wanita turun dengan rela hati untuk jaga keselamatan negara, perpaduan, pembangunan ekonomi dan yang mustahak kita tak mahu perpecahan kaum," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika ditemui pada hari penamaan calon Pilihan Raya Kecil Parlimen Hulu Selangor, di sini hari ini.
Dalam perkembangan berkaitan, Naib Ketua Pemuda UMNO, Datuk Razali Ibrahim berkata, jentera pergerakan itu akan dikerah habis-habisan bagi menangkis dakyah pembangkang dengan fakta.
Katanya, kritikan-kritikan yang dilemparkan pembangkang bukannya sukar untuk ditangkis kerana mereka hanya pandai mengkritik namun tidak mempunyai perancangan sendiri.
Untuk tujuan itu, jelasnya, jentera Pemuda dipecahkan kepada tiga unit mengikut pecahan kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) yang diketuai oleh Exco Pemuda Pusat dan dibantu Ketua Pemuda Bahagian seluruh Selangor dan Ahli Jawatankuasa Pemuda Hulu Selangor.

"Di Hulu Selangor jumlah pengundi muda lelaki di bawah umur 40 tahun adalah di sekitar 11,700 orang manakala jumlah keseluruhan generasi muda lelaki dan perempuan di sekitar 33 peratus.
"Kita tidak nafikan jumlahnya adalah kurang berbanding kawasan lain yang biasanya 50-50 namun di Hulu Selangor golongan muda ini tetap menjadi penentu," katanya. - Utusan.

Potong bekalan minyak ke Iran, bahana upah Apco


syed azmann KUALA LUMPUR: Gara-gara percubaan untuk memulihkan imej peribadinya pada mata dunia, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak terpaksa tunduk kepada tekanan Amerika Syarikat (AS) untuk menekan Republik Islam Iran.
Tindakan kerajaan Malaysia menghentikan bekalan minyak mentah ke Iran seperti diumumkan Najib di Washington sah membuktikan pentadbiran Umno-Barisan Nasional menyertai blok penyokong negara haram Israel.

"Perjanjian kerajaan bersama firma perunding Yahudi, Apco Worldwide berjaya menjadikan pentadbiran negara turut serta dalam perang tekanan sekutu Israel ke atas Iran," kata Ahli Dewan Undangan Negeri Batu Burok, Dr Syed Azman Syed Ahmad kepada Harakah.
Beliau yang juga Ahli Jawatankuasa PAS Pusat berkata, sebagai sebuah negara Islam, Malaysia patut malu kepada Venezuela dan Bolivia yang berani menentang hegemoni AS serta Barat dan terus menjalin hubungan dagang dengan Iran.kamarudin
"Apakah kunjungan Najib ke Washington sekadar menjadi pak turut kepada AS?  Apakah Apco Worldwide yang menjadi konsultan kerajaan turut mengatur pertemuan Najib-Barack Obama, bertanggungjawab menasihat kerajaan Malaysia menamatkan penjualan gas ke Iran,?" soal beliau.
Syed Azman berkata, Malaysia sudah lupa daratan kerana melalui Petronas, telah bertapak lebih 20 tahun di Iran.  Petronas telah mengutip berpuluh bilion dolar menerusi urusniaga minyak dan gas.
"Hubungan Malaysia dengan Iran begitu baik dan tidak pernah ada tekanan walaupun menghadapi ancaman sekatan dari AS," jelas beliau.
"Kita amat kesal dengan tindakan Najib kerana Iran merupakan satu-satunya negara Islam yang aktif membantu Palestin.Pada kita ancaman nuklear Iran hanya helah AS bagi melindungi kepentingan strategik mereka di Teluk Parsi," tegasnya.
Isu sebenar kata beliau, ialah AS mahu menjaga dan melindungi keselamatan Israel dari ancaman Iran.
Israel sebenarnya ancaman dunia
najib3 Israel sebenarnya kata beliau, menjadi ancaman dunia kerana memiliki senjata nuklear dan tidak pernah menandatangani perjanjian ‘nonproliferation nuclear treaty’ sedangkan Iran menandatangani perjanjian itu.
"Apakah selepas ini Kerajaan Malaysia akan menamatkan perjanjian antara Petronas dengan Sudan yang turut disenaraikan sebagai sebuah negara ‘pengganas’ oleh AS,?" soal beliau.
Sementara itu, Ahli Parlimen Tumpat, Dato’ Kamaruddin Jaafar berkata, tindakan Najib menghentikan bekalan minyak mentah ke Iran memberi gambaran Malaysia duduk dalam blok Israel kerana Israel memusuhi Iran.  Hanya Iran menjadi ancaman kepada Israel.
"Kita kecewa dengan tindakan ini kerana beliau membawa Malaysia menyokong Israel, sebuah rejim yang jahat, terkenal dengan kekejaman dan kerakusan membunuh umat Islam di Palestin," ujar beliau.Anwar Ibrahim gestures as he speaks at a news conference in Kuala 
Lumpur, Malaysia, Tuesday, March 11, 2008. Accused of sodomy and 
convicted of corruption, Malaysia's charismatic Anwar Ibrahim was stuck 
in political limbo for nearly a decade. But he appears to have 
resurrected his career this week with a spectacular electoral defeat of 
the party he once was anointed to lead. (AP Photo/GT Howe)
Dalam satu majlis penerangan Pakatan Rakyat di Kuala Kubu Baru baru-baru ini, Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim menarik perhatian hadirin dengan dokumen perjanjian di antara Apco Worldwide dan kerajaan Malaysia.
"Ini perjanjian, perjanjian apa? Amerika Israel punya syarikat. Berapa Najib bayar, RM77 juta setahun. Ini merupakan suatu pengkhianatan parti perkauman itu (Umno) terhadap solidariti Palestin dan umat Islam di Malaysia.
Ketika di Washington Jumaat lalu, Najib mengesahkan Malaysia telah memotong bekalan minyak ke Iran sambil memberi amaran bahawa negara Islam itu hampir pasti dikenakan sekatan antarabangsa terbaru berhubung program nuklearnya.

PRK Hulu Selangor : Muhyiddin, jangan cepat melatah

Oleh Zaid Ibrahim
Memandangkan pilihan raya kecil parlimen Hulu Selangor menjelang tiba, roda kempen kotor Umno berputar ligat, pada kelajuan  tertinggi.
Sudah dapat kita ramalkan, kempen Umno tidak bertumpu kepada isu-isu yang menyentuh rakyat. Umno hanya memberi fokus kepada apa yang mereka tahu, iaitu: untuk menyebar pembohongan dan maklumat yang mengelirukan.
Menurut Timbalan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin dan orang-orang upahannya, salah satu isu yang menyelubungi kawasan parlimen saya ialah rekod disiplin saya, terutama isu pemecatan saya dari Umno kerana politik wang.

Berdasarkan hal ini, mereka secara mudah menggunakan isu ini untuk menuduh saya apa saja: rasuah, tamak, kekayaan dan sebagainya.
Seperti biasa, kebenaran akan membebaskan saya.  Ini merupakan sesuatu yang asing buat Umno. Berkali-kali, mereka merendah- rendahkan daya fikir rakyat dan cuba mengelirukan mereka dengan cerita dongeng, tetapi rakyat lebih tahu.
Sudah banyak kali, saya mempertahankan diri dari segala tuduhan ini tetapi saya akan melakukannya sekali lagi.Jadi, ceritanya begini…..
Dalam tahun 2001, saya memenangi kerusi Ketua Umno Bahagian Kota Bharu.Saya mencuba sebanyak tiga kali dan mengambil masa selama 10 tahun untuk memenanginya dan akhirnya saya berjaya.
Kemenangan saya membuat mereka tiada pilihan melainkan dengan meletak saya sebagai calon dalam pilihan raya umum (PRU) 2004.Saya memenangi kerusi parlimen Kota Bharu setelah menerima tentangan sengit walaupun ketiga-ketiga kerusi dewan undangan negeri di menangi oleh PAS.
Keadaan ini nampak hampir sama dengan situasi di Hulu Selangor dewasa ini di mana tiga kerusi dimenangi oleh Barisan Nasional  (BN) pada PRU 2008 dan kini saya mencuba untuk memenanginya semula untuk Parti Keadilan Rakyat.
Ketika menang di Kota Bharu, saya mengharapkan reaksi berupa sokongan yang lebih dari Umno berdasarkan kerusi itu amat penting bagi BN. Itulah pertama kali sejak 15 tahun di bawah pemerintahan PAS, BN dapat memenangi kerusi Kota Bharu.
Tetapi sangkaan saya meleset.  Mereka bersedia untuk menjatuhkan saya sekali lagi.  Pada Jun 2008, terdapat satu lagi pertandingan buat Umno Bahagian Kota Bharu.Nasib baik, saya dapat mempertahankan kerusi sebagai Ketua Bahagian, tanpa bertanding.
Akuan bersumpah palsu
Tetapi jawatan-jawatan lain dalam parti terpaksa dipertandingkan. Ketika pemilihan, beberapa individu telah membuat aduan dengan menandatangani akuan bersumpah palsu bahawa saya telah memberi wang kepada "agen saya", mendiang Datuk Zahari Wahab sebagai tukaran untuk undi, kononnya bagi pihak saya.
Pada 16 Oktober 2004, saya didakwa atas politik wang.  Saya mendapati dakwaan ini adalah pelik kerana saya memenangi kerusi itu tanpa bertanding.  Tidak ada pencabar.  Jadi, bagaimana boleh saya didakwa atas politik wang apabila tidak ada pertandingan? Tetapi di dalam Umno, apa-apa pun boleh berlaku.MUHYIDDIN  YASSIN_2
Untuk membuat dakwaan seseorang mesti mempunyai bukti yang sahih,mesti ada saksi untuk menyokong tentang tuduhan politik wang itu.
Jika benar tuduhan terhadap kawan saya Zahari Wahab memberi wang untuk mendapatkan undi, bolehkah mereka memastikan ianya bukan untuk tujuan kempen Zahari sendiri.
Pada ketika itu, Zahari sendiri sedang bertanding untuk jawatan Naib Presiden Bahagian itu.  Walaupun jika benar sekali pun bahawa Zahari terlibat dengan politik wang, beliau mungkin melakukannya untuk dirinya sendiri kerana beliau sendiri bertanding.
Apabila Lembaga Disiplin Umno menetapkan tarikh perbicaraan pertama, kebetulan Zahari Wahab telah meninggal dunia.Beliau turut didakwa kerana politik wang yang saya yakin, juga satu penipuan.
Dengan pemergian beliau, Lembaga Disiplin Umno tidak boleh mengemukakan dakwaan mereka terhadap Zahari.Mereka tidak dapat mengemukakan saksi lain untuk menyokong tuduhan mereka, selain dari akuan bersumpah palsu di mana saya tidak mempunyai peluang untuk mencabar pencipta akuan bersumpah itu.
Saya menganggap prosiding ini sebagai satu penipuan dan ini membuat mereka marah.  Mereka bersungguh-sungguh dalam membuat penghakiman terhadap saya tanpa asas apa pun.
Jelas saya diperangkap.  Saya cabar dan menyoal sistem bagaimana Lembaga mencapai keputusan itu tanpa adanya apa-apa bukti dan dalil bagi menyokong dakwaan mereka.
Akhirnya, Lembaga Disiplin Umno memutuskan saya bersalah kerana Kononya mengamalkan politik wang.  Tetapi mereka memutuskan untuk tidak mengambil sebarang tindakan dengan syarat saya memohon maaf kepada Lembaga kerana mempersoalkan proses dan bidang kuasa mereka.
Saya sekali-kali tidak akan memohon maaf kepada Lembaga.Sebarang permohonan maaf kepada Lembaga akan memberi gambaran bahawa saya mengaku bersalah (atas kesalahan yang saya tidak lakukan).
Saya tidak mahu berkompromi dengan prinsip hidup saya.Apabila saya enggan memohon maaf maka pada ketika itulah Lembaga menggantung saya selama tiga tahun.
Pada 2008, apabila saya dilantik sebagai Menteri, saya tidak mahu ada kesangsian terhadap keperibadian dan kredibiliti diri saya kerana saya anggap pelantikan itu sebagai satu amanah dan tanggungjawab, dalam sebuah kerajaan yang saya anggap ingin melaksanakan reformasi.
Saya mahu membersihkan nama saya dari sebarang rasa curiga mengenai dakwaan-dakwaan tersebut.  Oleh itu, saya meminta Biro Pencegah Rasuah (kini Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia) untuk menyiasat saya dengan lebih lanjut, untuk membersihkan nama saya sekali gus.
Sehingga hari ini, mereka tidak datang membawa sebarang maklumat atau keputusan.Sekiranya saya bersalah seperti mana dakwaan mereka, kenapa mereka mengambil saya sebagai Menteri?
Kenapa saya dilantik sebagai Menteri?
Sebenarnya saya tidak membuat apa-apa kesalahan seperti yang didakwa oleh lawan saya dalam Umno, sebab itu saya dilantik sebagai Menteri.
Muhyiddin baru-baru ini menyatakan pemilihan saya sebagai calon di Hulu Selangor kerana saya seorang yang kaya.  Isteri yang tercinta dan anak saya, Alysha menjadi terpegun sekarang ini.
Mereka tanya di mana saya menyembunyi harta kekayaan itu dan mereka mendesak saya membawa mereka pergi membeli-belah. Kini, saya menghadapi masalah.
Saya cadangkan supaya Muhyiddin menjaga mulutnya.  Amat tidak sesuai bagi seseorang timbalan perdana menteri membuat dakwaan-dakwaan begitu.Jika dia mahu membuat dakwaan itu, beliau mesti bersedia mempertahankan kenyataan-kenyataannya.
Saya tidak pernah menjadi kaya, tidak seperti menteri-menteri Umno yang lain.Saya hanya menjadi Menteri selama enam bulan. Dan sebelum itu, saya bukan kroni sesiapa, atau mendapat apa-apa konsesi atau AP (permit import kereta) atau saham-saham syarikat.
Untuk tujuan ketelusan, saya bersedia untuk mendedahkan apa yang saya miliki dan apa yang disebut sebagai "kekayaan", termasuk apa yang dimiliki oleh isteri dan anak saya dengan syarat Muhyiddin dan rakan-rakan kabinetnya sanggup bersama-sama mendedahkan apa yang mereka miliki, keluarga mereka, anak-anak dan penama-penama (nominee) mereka.
Ketika waktu yang singkat saya memegang jawatan Menteri, bekas perdana menteri Abdullah Ahmad Badawi dan saya mencadangkan supaya semua menteri kabinet diwajibkan mengiytiharkan harta mereka.
Ini untuk membuktikan menteri-menteri BN adalah bersih dan tidak takut kepada ketelusan dan kebertanggungjawaban dalam urusan mereka.
Ramai daripada menteri kanan menentang idea ini.  Mereka menentang apa sahaja kebaikan yang hendak dilakukan oleh Pak Lah.Saya ingin tahu apa yang hendak diperkatakan oleh Muhyiddin tentang hal ini sekarang ini.
Jika beliau tidak ada apa-apa yang penting untuk ditambah, saya cadangkan supaya Muhyiddin menangani isu-isu yang saya sentuh untuk rakyat di Hulu Selangor dan isu-isu yang dihadapi oleh negara ini.Mari kita bertanding secara saksama dan lihat siapa yang mendapat sokongan rakyat!

PRK Hulu Selangor : UMNO ulangi retorik Ketuanan Melayu

Sebagaimana yang diduga, UMNO menjadikan retorik "Ketuanan Melayu"-nya sebagai "senjata" utama ketika menyerang calon PKR dalam PRK Hulu Selangor, Zaid Ibrahim.  Malah, pemimpin UMNO dari Johor, Rusdi Amir meniru cara Timbalan Pengerusi BN Selangor, Noh Omar membacakan kenyataan bekas pemimpin MCA dan MIC, meskipun Noh Omar pernah memohon maaf kepada komuniti Cina kerana tindakannya itu. 【Noh Omar: Saya akan minta maaf kalau menyinggung】
Antara tuduhan yang dilemparkan terhadap Zaid Ibrahim termasuklah memperlekehkan konsep Ketuanan Melayu, "orang luar", mempertahankan Teresa Kok yang kononnya patut ditahan di bawah ISA, si katak yang melompat dari UMNO ke PKR.
Kerajaan negeri Selangor yang diterajui oleh Khalid Ibrahim, diserang sebagai "tidak mengotakan janji dalam manifesto PRU ke-12", lantas PKR yang asalnya Parti Keadilan Rakyat disindir sebagai Parti Kelentong Rakyat.  Pertukaran kerajaan pada 16 September 2008, iaitu janji Anwar Ibrahim yang tidak tertunai, juga antara tajuk yang dibangkitkan untuk menyerang Pakatan Rakyat.
Demikianlah kenyataan-kenyataan yang dikeluarkan dalam satu ceramah politik yang bertemakan "Penipuan Pakatan Rakyat", pada jam 9 malam di kawasan lapang Bilik Gerakan UMNO cawangan Pekan Kerling, semalam.  Ceramah ini dihadiri kira-kira 150 orang, lebih kurang jikalau dibandingkan dengan satu ceramah anjuran Pakatan Rakyat, diadakan di sebuah padang yang tidak jauh dari situ.
"Menteri yang mendatangkan masalah"
Rusdi Amir mempertikaikan Zaid Ibrahim yang bukan lahir di Hulu Selangor, "Siapa dia?  Tinggal di mana?  Berbanding dengan calon kita yang tinggal di Rawang..."
"Kita lihat kembali, bagaimana Zaid di dalam kabinet dilantik sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri, oleh Pak Lah, dialah satu-satu menteri yang mendatangkan masalah dalam kabinet," sambungnya.
Zaid Ibrahim meletak jawatan sebagai Menteri pada September 2008, sebagai bantahan terhadap keputusan kerajaan untuk menahan beberapa orang di bawah ISA, termasuklah EXCO Senior Selangor, Teresa Kok (gambar kiri), blogger terkenal Raja Petra Kamaruddin, wartawan Sin Chew Daily, Tan Hoon Cheng.
"Konon-kononnya di atas prinsip letak jawatan.  Tahu dia letak jawatan sebenarnya untuk apa?  Sebab, penahanan Teresa Kok sahaja.  Bukan sebab apa pun.  Bukan sebab UMNO merosakkan rakyat dan sebagainya, kalau begitu mungkin kita boleh terima, dari sudut logiknya.  Tapi sebab, konon-kononnya penahanan Teresa Kok yang ternyata layak ditahan di bawah ISA," sindirnya, sebelum melontarkan soalan, "Inikah yang ingin kita jadikan pemimpin kita?"
"Mungkin pelbagai sebab, atau pun alasan kita boleh tolak Zaid Ibrahim ini ketika kita membuang undi satu ketika nanti pada 25 haribulan.  Saya percaya, yang hadir di sini adalah pencinta-pencinta kedamaian, pencinta-pencinta keharmonian yang diasaskan oleh Barisan Nasional, iaitu UMNO, MCA, Gerakan dan MIC," katanya.
Empat faktor menolak Zaid
"Apa alasan lagi yang kita nak menolak Zaid Ibrahim?  Yang pertama, saya melihat di sini majoriti orang Melayu.  Saya tidak bermaksud untuk bersifat perkauman di sini.  Zaid Ibrahim ini, merupakan seorang yang telah memperlekehkan Ketuanan Melayu berteraskan keharmonian yang dibentuk oleh kerajaan Barisan Nasional selama ini.  Ini Zaid Ibrahim," kata Rusdi.
Beliau menjelaskan, "Buktinya, kita boleh buka balik rekod, ketika Persidangan Law Asia, persidangan Undang-undang Asia pada tahun 2008, bagaimana di dalam ucapannya, Zaid Ibrahim telah mengatakan bahawa Ketuanan Melayu ini satu perkara yang amat karut sekali.  Ini kata-kata Zaid Ibrahim."
"Kakak-kakak, ibu-ibu nak pilih macam ni lagi?  Esok tak tau apa lagi dia buat?" tanya Rusdi.
Rusdi menambah, "Dia juga yang mempertikaikan Dasar Ekonomi Baru yang telah dicetuskan oleh Allahyarham Tun Abdul Razak.  Ni manusia-lah dia.  Manusia tak dapat tempat dalam UMNO yang tersingkir, terbuang, akhir dia jilat luka, isi borang, dapat jadi ahli PKR, jadi calon pula."
"Katak yang melompat"
"Faktor yang kedua, kita boleh fikir-fikirkan, kenapa kita tidak perlu letakkan nama Zaid Ibrahim ini di kotak minda kita.  Si katak lompat ni sebenarnya.  Dia lompat sana dia lompat sini, dia menyalak sana dia menyalak sini, semata-mata kerana tak dapat tempat dan jawatan.  Dia bukan berjuang.  Kalau orang yang berjuang, mempunyai prinsip perjuangan, memperjuangkan rakyat, memperjuangkan masyarakat, memperjuangkan partinya, saya pasti dia tidak akan melompat-lompat begitu.  Katak si katak melompat," kata Rusdi.
Rusdi (gambar kanan) meneruskan ucapan dengan faktor ketiganya, "Saya berdiri di sini sebagai seorang Malayu walaupun daripada parti Barisan Nasional, tetapi sebagai seorang Melayu saya juga tersentuh apabila dia memperlekehkan Ketuanan Melayu berdasarkan keharmonian kaum ini."
"Yang keempat, yang amat penting, Si Zaid ini bukanlah orang Hulu Selangor.  Tak tau Kelantan mana, dia mari sini nak jadi pemimpin sini.  Itu dia Zaid Ibrahim.  Dia sebut namanya pun, mungkin tak tahu nak sebut dengan jelas ejaan tu.  Zaik Ibrahim," ejek Rusdi yang datang dari Johor.
Memetik hujah Tan Siew Sin
Rusdi kemudiannya mengulas, "Kita melihat juga kepada kedudukan parti Barisan Nasional sendiri yang memimpin kita selama 50 lebih tahun.  Saya fikir tuan-tuan dan puan-puan sekalian, amat yakin dengan keutuhan Barisan Nasional ini, kerana Barisan Nasional ini dibina di atas satu kesedaran, satu landasan untuk membela rakyatnya itu.  Meskipun kita berlainan bangsa, tetapi kita duduk dalam satu penyatuan yang benar-benar bersatu, yang benar-benar bertolak ansur sesama kita sendiri."
"Kalau saya boleh berkongsi, apa yang telah diasaskan oleh pemimpin-pemimpin MCA dan MIC ketika itu.  Sebab ini sejarah pada ketika itu.  Apa yang telah diungkapkan oleh Presiden MIC (tersilap, sebenarnya MCA), oleh Tun Tan Siew Sin pada ketika itu," kata Rusdi.
"Saya ingin bacakan.  Ingin berkongsi dengan tuan-tuan.  Apa luahan hati MCA terhadap orang Melayu terhadap UMNO.  Dan ini yang menjadi asas kepada perjuangan MCA, MIC, rakan di dalam Barisan Nasional.  Dia katakan bahawa...ini dipetik melalui satu pernyataan sejarah, yang saya perolehi."
Beliau meneruskan, "Tun Tan Siew Sin katakan bahawa, orang Melayu menerusi UMNO, bermurah hati melonggarkan syarat-syarat dalam undang-undang negara ini, sehinggakan dalam masa 12 bulan selepas kemerdekaan, 90% penduduk bukan Melayu telah menjadi warga negara.  Ini berbeza dengan keadaan sebelum merdeka, di mana 90% daripada mereka masih tidak diiktiraf sebagai rakyat tanah Melayu walaupun hampir 100 tahun hidup di bawah penjajahan."
"Sebagai membalas kemurahan hati Melayu, MCA dan MIC bersetuju meneruskan dasar memelihara dan menghormati kedudukan istimewa orang Melayu dan pada masa yang sama mempertahankan kepentingan-kepentingan sah kaum yang lain.  Ini asas MCA dan MIC."
Kemudian, beliau menuding jari kepada PR, "Segala apa yang berlaku pada hari ini, yang mencabar hak istimewa orang Malayu datangnya daripada si pengkhianat-pengkhianat PKR.  Kaki kencing semua ni."
"Mereka (PR) yang mencetuskan ketegangan kaum di negara ini dan mereka yang sepatutnya kita singkirkan daripada landasan politik di negara pada hari ini, tuan-tuan dan puan-puan.  Kita buktikan di Hulu Selangor pada hari ini, bahawa mereka tidak layak untuk memimpin."
Memetik hujah V.Sambathan
"Apa pula yang dikatakan oleh pemimpin MIC pula?  Saya berkongsi dengan tuan-tuan.  Pada 1965, Tun Sambathan, ini sejarah, kita tak boleh nafikan.  Ini asas perjuangan MIC pada hari ini.  Ia katakan bahawa, saya baca satu persatu..."
"Pada tahun 1955, kita telah memenangi pilihan raya dengan majoriti yang tinggi.  Selanjutnya mendapat kemerdekaan dalam masa dua tahun kemudian.  Dalam jangka masa itu, kita terpaksa berbincang dan menangani pelbagai perkara termasuk soal kewarganegaraan.  Persoalannya di sini, apakah yang dilakukan oleh orang Melayu, memandangkan kita bercakap menyentuh perkauman.  Apakah yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin Melayu?  Mereka mempunyai 88% daripada pengundi penyokong mereka, apakah yang mereka putuskan mengenai isu kewarganegaraan?"
"Ini, kaum India bercakap.  Bertanya kepada orang Melayu.  Kemudian dia berkata lagi, jika kita lihat, di serata negara Asia dan Asia Timur, kita akan mendapati kaum India tidak akan diterima di Ceylon, dan juga tidak akan diterima di Burma.  Dan lihat saudara kita kaum Cina, mereka tidak diterima di Thailand, Vietnam, Kemboja dan negara-negara lain.  Dan apakah bantuan berhubung kewarganegaraan yang mereka perolehi di semua wilayah tersebut?  Di Burma, seperti yang kita semua maklum, kaum India telah diusir keluar, di Ceylon, mereka tidak diberi taraf kewarganegaraan seperti juga di Burma."
"Saya tahu dan anda juga tahu.  Dan dalam pada itu, apa yang sedang berlaku di Malaysia?  Ini diakui oleh India.  Di sini kita mendapati, pemimpin Melayu berkata, kita akan menerima mereka sebagai saudara.  Kita akan berikan mereka sepenuh peluang untuk meneruskan kehidupan di negara ini.  Kita akan memberi mereka peluang untuk menjadi warga negara.  Dan seterusnya pada tahun 1957, dengan tidak mengambil kira kebolehan berbahasa Melayu, ribuan orang India, Cina dan Ceylon jadi warga negara."
"Seperti yang saya nyatakan, saya amat bernasib baik kerana dilahirkan di negara ini.  Di manakah mereka boleh berjumpa bangsa yang lebih prihatin, bersopan santun dan tatatertib daripada bangsa Melayu?  Di manakah anda boleh dapat layanan politik yang baik untuk kaum pendatang?  Di manakah dalam sejarah dunia, saya bertanya kepada anda, ini adalah fakta.  Siapakah anda untuk menjaga keselamatan kami?  Saya adalah kalangan 10% kaum minoriti di sini, tapi saya amat gembira di sini.  Ini kata-kata pemimpin MIC.  Dan inilah yang menjadi landasan dan asas perjuangan mereka."
Rusdi mengakhiri ucapannya dengan keluhan, "Apa yang berlaku selama dua tahun yang lepas, apa yang berlaku di Selangor ini khususnya, kadang-kadang sedih juga, bila melihat tanah milik Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) dirampas dengan rakus oleh jahanam-jahanam di situ.  Tanah tersebut dibangunkan dengan institusi pengajian, kita memberi peluang pendidikan kepada anak-anak kita.  Tetapi mereka rampas sewenang-wenangnya, kerana dek, cukai tak bayar...yang pada asalnya mereka bersetuju untuk memberi pengecualian."
Janjikan bulan dan bintang
Sebelum ucapan diteruskan oleh Ketua Menteri Sabah, Musa Aman, pengacara ceramah sempat menghangatkan suasana dengan membacakan manifesto PKR pada PRU ke-12, yang mencakupi janji potong cukai pintu di Selangor, elaun tadika RM50 setiap orang, elaun khas untuk ibu tunggal, bantuan kewangan anak muda berkahwin, sewa percuma sekurang-kurangnya tiga bulan pertama di premis kerajaan negeri dan sebagainya, sambil menyelar bahawa janji-janji tersebut tidak ditunaikan.
"Ini parti pakatan rakyat-kah, DAP kah, PAS tidak laku di Sabah," dakwa Musa Aman, disambut dengan sorakan, "Bukan saya nak kata orang Sabah bijak, tetapi rakyat Sabah tahu menilaikan mananya parti yang benar dan parti mana yang bohong?"
Sambil mengungkit dakwaan Anwar Ibrahim bahawa pertukaran kerajaan persekutuan akan berlaku pada 16 September 2008, yang tidak direalisasikan akhirnya, Musa Aman berkata "Kami kata tunggulah, tunggulah, ini pembohong ni.  Tunggulah 16 September, tidak ada yang melompat, apa yang melompat, sekarang dia punya MP-MP (ahli parlimen), ADUN yang melompat."
Beliau cuba menyuntik semangat kepada penyokong BN Selangor, yang kehilangan kuasa kerajaan negeri Selangor dalam PRU ke-12, "This is the starting point (Ini titik permulaan), menangkan Hulu Selangor ini, the rest will be history (selainnnya akan menjadi sejarah).  Percayalah, you menang Hulu Selangor ini, you akan menang semua.  Pasal rakyat sudah tahu, rakyat sudah tahu menilai mana yang baik mana yang buruk.  Mana yang padi, mana yang beras, mana yang intan, mana yang kaca atau batu."
"Parti pembangkang, atau parti Pakatan Rakyat ini batu semua ni.  Kitalah intan berlian yang baik, yang menunaikan janji," katanya.
Malah, Musa Aman sempat menyindir PR sebagai "kelentong sana kelentong sini", "dia mau janji bulan dan bintang, apa bulan dan bintang?  Apa pun tak ada!"
*Lim Hong Siang

PRK Hulu Selangor : "Babi, Liwat, Dubur": Kejadian baling botol cetus ketegangan

"Liwat", "Anwar, Babi!", "Dubur", "Anwar bodoh"... Demikianlah jeritan daripada sekumpulan pemuda di tepi padang, untuk mengganggu ceramah yang diadakan oleh Pakatan Rakyat, semalam.  Malah, pertembungan fizikal nyaris berlaku apabila air botol dilontarkan ke arah padang, apabila Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim tiba pada 11.15pm.
Kira-kira 30 orang pemuda UMNO berada di luar pagar padang Pekan Kerling, memekik dan mengganggu sepanjang ceramah politik anjuran Pakatan Rakyat, yang membariskan ahli panel seperti Naib Presiden PKR Mustafa Kamil  Ayup, EXCO Selangor Xavier Jeyakumar, Ketua Angkatan Muda Keadilan, Shamsul Iskandar dan sebagainya.
Malah, ketibaan Anwar Ibrahim disambut dengan pekikan "Anwar babi" oleh pemuda UMNO, sementara dibalas dengan laungan "Reformasi" daripada penyokong PR.  Suasana menjadi tegang apabila air botol dilontarkan dari luar ke dalam padang, mencungkil kemarahan beberapa orang penyokong PR.
Lantas beberapa orang penyokong PR meluru ke arah kumpulan pemuda tersebut, walaupun cuba dihalang dan ditenangkan oleh rakan PR-nya.  Pada ketika ini, polis yang sebelum ini membiarkan kelakuan tersebut masuk campur tangan untuk meleraikan kedua-dua pihak.  Keadaan hanya reda sepenuhnya selepas ketibaan sebuah trak Light Strike Force, kira-kira lima minit kemudian.
"Menyorok belakang punggung Saiful"
Kira-kira 100 meter dari luar padang, satu ceramah politik anjuran Bilik Gerakan UMNO cawangan Pekan Kerling yang bertemakan "Penipuan Pakatan Rakyat", menarik kehadiran kira-kira 150 orang.  Ceramah tersebut berjalan lancar tanpa gangguan oleh mana-mana pihak.  Antara isu yang dibangkitkan oleh penceramahnya termasuklah "Ketuanan Melayu", dan "Parti Kelentong Rakyat". 【UMNO  ulangi retorik Ketuanan Melayu】
Ceramah politik PR pula diganggu sepanjang perjalanannya.  Melihat kepada gelagat pemuda UMNO, Ketua Angkatan Muda, Shamsul Iskandar menyindir, "Kita ubah dari yang buruk kepada yang baik.  Bukan berubah daripada yang buruk, kepada yang macam beruk."
Beliau sambung, "BN mampu berubah, ubah apa?  Ini saya nak bagi tahu.  Terjerit macam orang gila.  Ketua kamu, Presiden UMNO-Barisan Nasional, Perdana Menteri, lantik agen Yahudi, Zionis, nasihatkan kerajaan persekutuan..."
Shamsul Iskandar membangkitkan isu APCO, mengkritik bagaimana wang dibelanjakan untuk melantik syarikat berlatar belakangkan Yahudi sebagai penasihat.  "Sebab itu, mereka tak ada isu, mereka menyorok belakang punggung Saiful."
"Bagi RM100, dia jerit setengah mampus"
Anwar juga menyelar UMNO kerana mengupah pemuda untuk berpekik di tepi padang, "Orang bacul kekuatan dia, diupah 50 ringgit, bangsanya boleh gadai."
"Dia boleh jerit.  Dia jerit, dia hina saya, aibkan saya.  Dia ingat saya rasa apa?  Tahu siapa yang pertahankan saya?  Bukan kutu haprak di tepi jalan ini, yang pertahankan saya Sheikh Yusuf al-Qaradawi," kata Anwar sambil mempertahankan bahawa dirinya tidak bersalah dalam kes liwat seperti yang dituduh Saiful Bukhari.
Anwar (gambar kiri) juga mengambil kesempatan untuk menyindir, "Vincent Tan, satu gunung, satu bukit...(dapat) Ini pemuda UMNO jerit, dia dapat tanah mana?  Taukeh judi dapat satu bukit, Genting, 16 ribu ekar, taukeh judi kedua, satu bukit, Bukit Tinggi.  Yang pemuda UMNO ini dapat apa?  Pemimpin dia dapat, yang bawah dapat 100 ringgit, dia jerit setengah mampus."
Kata-katanya dibalas dengan sorakan daripada kira-kira 500 hadirin, "Sebab itu, kita jangan lawan cara mereka.  Tanya saya, jangan lawan cara mereka.  Orang ini jahil.  Orang ini tak ada ilmu.  Orang ini you bayar dia 100 ringgit, suruh dia maki, dia maki.  Kemudian esok kalau kita bayar 200 ringgit, dia maki balik (orang yang beri 100 ringgit)."
*Lim Hong Siang

Katak Pertama yang tunjuk KAYA selepas melompat...!!

Di Mana Fairus Dapat RM100k+ Secara Tunai?

NOTA EDITOR: Semenjak Fairus masuk UMNO, tetiba dia boleh dapat duit tunai RM100k+ untuk bayar kereta Mercedez? Herannya mana dia dapat duit sebanyak sebegitu semata-mata untuk bayar duit kereta? apa kerja beliau? Apa bisnes beliau? MAJORITI rakyat Malaysia nak tengok RM10k pun susah. Tetiba si Fairus yang berhenti kerja sebagai TImbalan Ketua Menteri dan ADUN boleh ada wang tunai RM100k. Heran heran.

Kalau SPRM professional, sudah tentu si Fairus ni akan dipanggik untuk disiasat. Rupanya melompat parti ni boleh jadi kaya dengan sekelip mata, ye. Hmmmmm....
Sekian
Fairuz selesai pinjaman kereta

Apr 18, 10 11:55am
Bekas Timbalan Ketua Menteri I Mohammad Fairus Khairuddin (bawah, kiri) telah menyelesaikan bayaran pinjaman kenderaan untuk membeli sebuah Mercedez Benz dengan kerajaan negeri.

Timbalan Ketua Menteri I, Datuk Mansor Othman berkata Fairus telah menjelaskan bayaran itu dengan memasukkan RM109,000 ke dalam akaun Perbendaharaan Negeri di bank minggu lalu bagi menyelesaikan pinjaman itu termasuk faedahnya.

"Kami telah menerima jumlah itu daripada beliau selepas notis terakhir dihantar kepadanya bulan lepas supaya menyelesaikan pinjaman itu," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis makan malam Parti Keadilan Rakyat (PKR) Balik Pulau.

Katanya notis itu dihantar kepada Fairus meminta beliau menjelaskan jumlah hutang yang belum dibayar atau memulangkan kenderaan itu dalam tempoh dua minggu.

Semua ahli majlis mesyuarat kerajaan negeri di Pulau Pinang layak mendapat pinjaman kenderaan RM130,000 selama lima tahun dan pinjaman RM100,000 bagi perumahan yang akan dipotong melalui gaji bulanan mereka.

Fairus membayar pinjaman itu sehingga beliau meletakkan jawatan Timbalan Ketua Menteri 1 dan Anggota Exco Kerajaan negeri pada 8 April 2009. Pada 16 April beliau meletakkan jawatan sebagai Anggota Dewan Undangan Negeri kawasan Penanti.

- Bernama

PRK Hulu Selangor : 1 Undi Kepada BN Maknanya Anda Menyokong Israel.

Dalam sibuk2 kenduri kendara ni... ada peluang mengular untuk merehatkan diri dan sementara menyejukkan badan sebelum buat panggilan telefon ke langit untuk sesi tengahari ini, hehehe... sempat lagi gua buka laptop untuk mengetahui perkembangan terkini Hulu Selangor.... excited beb..... ha..ha..ha....

Tup..tup... sms masuk lagi dari Bro. Sofi (Blogger Kerajaan Rakyat) macam tau... jer... gua tengah mengular, kashaf betul bro..., kali ini beliau update gua melalui smsnya, seperti berikut;

"Berbagai Agensi Kerajaan Negeri dan Swasta menawarkan 20 ribu peluang pekerjaan untuk rakyat Selangor. Temuduga terbuka sedang berlansung di Stadium Kuala Kubu Bahru sekarang ini (hari ini)."

Kepada seluruh rakyat Selangor yang sedang asyik menanam pokok anggur selama ini, bolehlah berdesup ke Kuala Kubu Bahru, bawalah dokumen apa yang patut dan cubalah nasib lu orang di sana. Insyallah... jika ada rezeki lu orang maka tidak kemananya..., yang penting usaha dan ikhtiar.

Bersama2 lah kita menjana ekonomi Negeri Selangor demi kepentingan Rakyat Selangor sendiri, jika lu orang nak berharapkan pada barisan najis dan umno...? Lu orang semua pun dah tahu perangai diorang macam mana...? Pandai berjanji... tapi tak tahu nak tunaikan... dah lebih 50 tahun perintah Selangor... diorang jer.. yang bertambah kaya, rakyat masih macam tu jugak.

Pakatan Rakyat yang baru 2 tahun memerintah, dah tunjukkan sedikit perubahan dan adanya faedah pada rakyat... kenapa gua katakan "sedikit perubahan..???" sebabnya baru 2 tahun... kalau dibandingkan dengan 50 tahun barisan najis/umno memerintah, banyak bezanya... 48 tahun yang menindas rakyat Selangor.

So... gua masih beri peluang lagi buat Pakatan Rakyat membuktikan khidmat mereka kepada Negeri Selangor, sokongan kepada Zaid Ibrahim mesti padu demi kelansungan Kerajaan Negeri Selangor sekarang ini.

Gua tak rela kalau Negeri Selangor jatuh kembali kepada barisan najis/umno yahudi laknat haramjadah nih.... parti haprak yang pergunakan nama Bangsa Melayu dan Agama Islam sebagai alat untuk menghalalkan matlamat zionis mereka.



Tumbangkan umno, jahanamkan barisan nasional.... Malaysia akan aman tanpa Agen Yahudi dan Pengkhianat Negara ini.

1 undi lu orang untuk Barisan Nasional bermakna lu orang bersubahat merestui rejim zionis takluki negara. Laknat kepada mereka2 yang bersekongkol dengan Yahudi Laknatullah... melalui APCO.

oopppsss.... leka menaip... gua dah terlewat untuk buat panggilan telefon ke langit, lu orang dah buat panggilan ke belum...??? cepat2.... sebelum kena panggil... kalau kena panggil lagi naya... ha..ha..ha....

PRK Hulu Selangor : Modal Bodoh UMNO@APCO Gambar Zaid Ibrahim Minum Arak?

Yang Ni Gambar Asli.....




Gambar di atas boleh dilihat di beberapa tempat di Hulu Selangor dan bersepah-sepah dalam blog pro-umngok. Nampak sangatlah puak-puak umngok sudah tiada modal dan tidak punya apa-apa isu untuk menyerang Zaid Ibrahim. Lalu mereka mencipta sebuah gambar yang telah di edit untuk memburukkan imej Zaid Ibrahim. Memang sahih gambar diatas telah diubahsuai dan diedit. Lihat gambar sebenarnya di bawah!



Hahaha. Bukti sudah ada. Mana blogger2 umngok yang kata gambar tu tulen? Kepale hotak lu orang tulen kejadahnye....

Berita Berkaitan~

HULU SELANGOR: Calon Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Zaid Ibrahim berkata tuduhan yang mendakwa bahawa beliau seorang peminum arak merupakan satu fitnah semata-mata.

Zaid menegaskan perkara tersebut hanyalah rekaan yang dibuat oleh Umno dan Barisan Nasional untuk menyerang peribadainya sepanjang tempoh berkempen dalam pilihan raya kecil Parlimen Hulu Selangor.

“Itu fitnah sahaja.Umno ini banyak fitnah. Buktikanlah kalau betul (dakwaan) mereka itu,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri ceramah di Taman Desa Kelisa di Batang Kali di sini malam tadi.

Beliau berkata demikian ketika mengulas dakwaan sebuah blog anti-pembangkang yang mendakwa Zaid yang juga bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri seorang peminum arak.

PRK Hulu Selangor : Sebab bangang, kena bedal lagi...

Seorang lagi menteri kabinet Piem 1Malaysia bercakap macam bangang or is he really bangang?? Eleh.... memang bangang ler tu!! Banyak kali dah dia menunjukkan kebangangannya di khalayak ramai.
Terbaru dulu.... pasal isu orang asli berdemo dan berarak ke Putrajaya untuk hantar memorandum kepada Najib. Hari ini dia tunjuk lagi kebangangannya. Baca sini.

Aku malas nak ulas tentang apa yang dia bla-bla-kan tetapi satu jer yang aku nak cakap iaitu pasal APCO. Apabila hubungan kerajaan Najib dan APCO ditelanjangkan, kabinet dapur menteri-menteri bangang Najib, hanya bla... bla... bla... balas, hanya dengan menggunakan air liur. Kaitkan hubungan baik Anwar dengan Baratlah... kerajaan buat itu dan ini bantu kezaliman terhadap orang Islam di Bosnia dan Palestine ler...

Woi.... hat tu semua orang dah tahu ler. Cerita basi. Pembangkang, khususnya PAS pun dah buat lama dah... Hangpa sikit dan canang yang lebih. Kalau buat atas kapasiti sebagai sebuah kerajaan, siapa boleh boleh buat. Usah nak eksen ler.... Kalau hangpa tak tolong.... hangpa pun dua kali limalah dengan para penzalim tu. But.... ironiknya, zalim hangpa pada Anwar dan rakyat, hangpa tak nampak?? Itu.... hipokrit namanya!! Ada paham....??

Anwar bongkar dan dedah dengan bukti bah.... ada dokumen disertakan. Bukan cakap dengan air liur macam kamu orang. Sepatutnya kamu orang address tuduhan Anwar dengan bukti jugak. Bukti lawan bukti..... hujah lawan hujah. Bukan berdolak dalik dengan pelbagai tuduhan basi yang tak da bukti!! Ituler bangang namanya...

Dia kata.... Anwar sudah ketandusan isu apabila membangkit isu APCO. Weh.... ketandusan?? APCO ialah isu yang 'fresh from the oven'. Sebab tu.... kamu orang kepanasan macam cacing kena salai di tengah panas, di bawah terik mata hari.

YBK pulak.... taik kamu orang yang dimasukkan ke dalam tin dan korang tanam supaya rakyat tak tahu dan tak dapat hidu. PR Selangor gali.... fresh from the 'ground' dan bukakkan tin serta dedahkan isi kandungan tin tersebut. Fuuuhhhh.... dah berulat dan mak datuk.... busuknya bau pekung!! Pekung daripada taik yang komer cuba simpan.

Lepas terbongkar.... cuba beri macam-macam alasan. Aaarrr... begitu, aaarrr.... begini. Control macho untuk menegakkan benang yang basah. Poooraahhh!!! Tipu rakyat..... gadai tanah rakyat, lepas tu, berdalih-dalih pulak. Kalau nak convince orang pun..... beri dan kemukakanlah bukti balas!! Solid proof.... Bukan bukti air liur. Kata nak saman?? Saman jangan tak saman!! Kenapa sampai sekarang... tak saman pun??

Adoyai.... rakyat Selangor, janganlah biarkan diri anda dizalimi dan ditipu lagi oleh Barisan Najis. Dulu.... korang kena tipu. Kini.... korang mahu ditipu lagi but please ler.... janganlah selamanya korang biarkan diri korang ditipu. Enough is enough!! Janganlah bangangkan diri korang, macam menteri bangang yang sorang tu.
So, now.... menjelang PRK P094 Hulu Selangor, it's pay back time!! Sapu apa yang mereka beri.... haraplah pada apa yang mereka janjikan tetapi, undi..... berikanlah kepada kerajaan yang lebih berintegriti dan yang korang boleh sandarkan harapan. Jadikan apa yang anda harapkan menjadi satu realiti.

Undilah Zaid Ibrahim, calon PKR/Pakatan Rakyat!!! Pasti men-jadi punyer!!
 

PRK Hulu Selangor : Tolak politik ganas BN

HULU SELANGOR, 18 April: Angkatan Muda Keadilan (AMK) Selangor amat kecewa dengan budaya keganasan politik oleh penyokong Barisan Nasional (BN) pada hari penamaan calon pilihan raya kecil Parlimen Hulu Selangor, semalam.
Justeru, ketua penerangannya, Mohd Ezli Mashut menggesa agar pengundi di Hulu Selangor menolak corak keganasan politik BN yang semakin tertekan akibat perpecahan dalaman sesama sendiri yang amat dahsyat.
Baginya, pengundi di kawasan Parlimen Hulu Selangor amat bertuah kerana Pakatan Rakyat menampilkan calonnya iaitu Datuk Zaid Ibrahim seorang individu berjiwa besar yang berintegriti, berwibawa dan prihatin kepada rakyat.
Katanya, para pengundi di Hulu Selangor boleh menilai dua tahun pemerintahan kerajaan Selangor di bawah Pakatan Rakyat bahawa boleh membawa kemajuan dan kemakmuran kepada rakyat tanpa rasuah dan penyelewengan kuasa.
“Ia berbeza dengan pemerintahan BN yang terus mengamalkan  budaya rasuah, terpalit skandal moral dan kerakusan kuasa.
“Akibatnya, BN cuba membawa budaya keganasan politik dengan menggunakan taktik fitnah, kekerasan dan ugutan untuk meraih undi,” ujarnya kepada Harakahdaily.
Justeru, katanya, AMK Selangor yakin pengundi di Hulu Selangor semakin bijak memilih dan mendapatkan maklumat yang tepat.
Beliau berkata, budaya keganasan politik yang cuba di bawa masuk ke Hulu Selangor oleh BN amat jelas bertentangan dengan nilai keharmonian dan perasaan kasih sayang dalam masyarakat pelbagai agama dan kaum di situ.
Justeru, tambahnya BN perlu ditolak dalam pilihan raya kecil itu yang sudah tidak lagi hormat kepada ketenteraman, kedamaian dan kasih sayang masyarakat pelbagai kaum.
“Pakatan Rakyat membawa gagasan besar di Hulu Selangor untuk membawa masyarakat di sini hidup dalam suasana lebih mesra dan berkasih sayang antara pelbagai kaum tanpa sebarang perasaan prejudis,” katanya.

PRK Hulu Selangor : Penantian 47 tahun untuk kewarganegaraan berakhir...ha..ha..nasbi baik ada Piliharaya kecil...tak tu...tunggu sampai mati le...!!!!

Seorang lelaki penduduk tempatan yang menunggu 47 tahun untuk memperoleh sijil kewarganegaraan, menarik nafas lega apabila hajatnya tercapai hari ini.

Fong Chuen Kuen, 61, dari Kampung Stesen Tambahan, Hulu Yam Lama, berkata beliau gembira memiliki kad itu yang akan memudahkannya untuk membeli harta dan mendaftar sebagai pengundi di kawasannya.

Fong yang dilahirkan di China dan datang ke negara ini pada 1959, telah memohon sebanyak tiga kali kepada Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) bagi mendapatkan kad pengenalan sejak 1963 tetapi dimaklumkan bahawa permohonannya itu ditolak.

"Saya sudah tiga kali memohon mendapatkan kad pengenalan biru tetapi ditolak pihak JPN dua kali. Baru-baru ini saya dimaklumkan JPN bahawa kad pengenalan biru saya sudah siap tetapi saya tiada masa untuk mengambilnya," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menerima sijil warganegara daripada Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein dalam satu majlis ringkas yang berlangsung di Taman Seri Cahaya, Batang Kali di Hulu Selangor.

Bapa kepada enam orang anak itu melahirkan rasa bersyukur kerana mendapat sijil warganegara pada saat-saat menjelang pilihan raya kecil kerusi Parlimen Hulu Selangor pada 25 April ini.

Seorang lagi penerima, Nagamah Kerisnan, yang dilahirkan di Batang Kali dan kini menetap di Kerling yang sebelum ini memegang kad pengenalan merah, mendapat sijil warganegara hari ini setelah menunggu empat tahun.

"Dengan memiliki sijil ini, maka proses mendapatkan kad pengenakan biru juga akan menjadi lebih mudah," kata ibu kepada dua orang anak itu.

Amirul Shafiq Zabidin yang menerima sijil warganegara bagi pihak anak angkatnya, Nurul Layyina Zainal Abidin, 7, berkata dengan sijil itu, anak angkatnya itu akan dapat menikmati segala kemudahan di sekolahnya.

Sementara itu dalam majlis itu, Ketua Wanita MIC Datin Paduka P Komaladevi berkata Wanita MIC mengadakan lawatan dari rumah ke rumah bagi menyelesaikan isu warganegara Malaysia yang masih memegang kad pengenalan merah.

- Bernama

PRK Hulu Selangor : Serangan Peribadi: PKR mahu SPR Bertindak



KUALA KUBU BARU: Parti Keadilan Rakyat (PKR) hari ini menggesa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) supaya bertindak ke atas Barisan Nasional (BN) yang didakwa terus-menerus menyerang peribadi Datuk Zaid Ibrahim dalam kempen mereka.
Menurut Pengarah Pilihan Raya PKR, Fuziah Salleh, SPR sepatutnya memantau taktik kotor BN serta menyekat mereka daripada menyerang peribadi calon PKR itu sepanjang kempen yang akan berakhir pada 24 April nanti.
"Kita tidak harus menghukum beliau dalam keadaan sekarang yang sudah berubah...BN patut malu untuk menggunakan taktik kotor dan bukan bercakap soal peribadi seorang yang sudah berubah.
"Tuhan mana-mana pun, Tuhan Kristian ke, Tuhan Hindu ke, orang Buddha, Muslim ke...bila seseorang itu sudah bertaubat dan berubah, orang lain tidak ada hak untuk menghukum orang itu lagi, Tuhan pun tidak akan menghukum mereka," tegasnya pada sidang media PKR di sini, hari ini.
Hari ini, akhbar Mingguan Malaysia dalam laporan muka depannya memetika Naib Presiden PKR, Azmin Ali, mencabar BN mengemukakan bukti berhubung tuduhan yang dilemparkan terhadap calon mereka yang didakwa sebagai kaki botol tegar.
Zaid dipertaruhkan PKR bagi mempertahankan kerusi Parlimen berkenaan, bakal berdepan saingan empat penjuru daripada BN dan dua calon Bebas yang turut menawarkan diri untuk bertanding pada pilihan raya kecil 25 April ini.
Fuziah berkata, BN tidak berhak untuk menghukum Zaid dengan menyerang peribadinya serta mengungkit kembali sejarah lampau pemimpin itu yang dianggap sudah berlalu.
"Adalah menjadi tanggung jawab manusia untuk menutup aib seseorang...BN sepatutnya bercakap tentang apa yang mereka ingin tawarkan kepada rakyat," katanya.
Ditanya mengenai sokongan PAS kepada calon PKR, beliau berkata parti komponen dalam pakatan pembangkang itu memberi sepenuh sokongan dan sudah melupakan perkara lalu yang dilakukan Zaid terhadap PAS.

PRK Hulu Selangor : Kit Siang warns against overconfidence in Hulu Selangor

DAP adviser, Lim Kit Siang (5th from left) and the DAP crew attend the SuperSunday18 walkabout in Hulu Selangor today. - Picture by Jack Ooi
By Clara Chooi KUALA KUBU BARU, April 18 — Lim Kit Siang today cautioned Pakatan Rakyat parties against overconfidence in the Hulu Selangor by-election, sternly reminding them not to dismiss the facts and figures of Election 2008.
The DAP adviser gravely declared that the April 25 by-election is not a “sure winner” for PR, which scraped through to win the seat by a mere 198 votes in the last general elections.
“We cannot be complacent. In fact, we should all be under a sense of great test and crisis.
“I believe that Datuk Zaid Ibrahim can be elected the new MP for Hulu Selangor, but very hard work is called for as every vote counts,” he told his colleagues in the party’s SuperSunday18 walkabout kickoff here this morning,
In Lim’s extensive analysis of the voting pattern in Hulu Selangor, the largest constituency in Selangor, he noted that the Barisan Nasional may have lost the parliamentary seat by a slim majority but had won in all three state seats with a large majority of 6,175 votes against the PR.
During Election 2008, BN clinched all three state seats of Hulu Bernam, Batang Kali and Kuala Kubu Bharu with majorities of 3,548, 2,179, and 448 respectively, which amounted to a total majority of 6,175 votes.
“What is the reason for the reversal of the total BN majorities of 6,175 votes from the three state constituencies into a 198-vote majority for the PKR in the parliamentary seat?” he said.
Lim added that the pattern was clearly not because the 6,175 voters for BN in the state seats had suddenly decided to vote for the PKR in the parliamentary seat.
“The parliamentary vote for the PKR (23,388) was only 54 votes more than the total votes polled by the PR candidates in the three state seats (23,334),” he pointed out.
Lim also discounted the possibility of BN’s loss in the parliamentary seat due to spoilt votes, as the number of spoilt votes for the Hulu Selangor parliament seat was at 1,466 ,and was not much different from the total spoilt votes recorded in the three state seats which was at 1,271 votes.
He also said that during the election, MIC’s Datuk G. Palanivel had secured a total of 23, 190 votes for himself, which was 6,320 votes less than the total votes cast for the three BN candidates in the state seats, at 29,510 votes.
“Clearly over 6,200 voters in the last general election who voted for the BN at the state assembly level did not vote for Palanivel. What is significant is that these more than 6,200 votes also did not vote for the PR,” he pointed out.
Where, he asked, did these over 6,200 votes disappear to?
He noted it was clear from the facts that the over 6,200 voters who voted for BN in the state seats had not given their vote to the PR in the parliamentary seat either.
“If 2,000 or 3,000 of these voters come out to vote for BN on April 25, BN can win. Hence, all PKR, PAS and DAP leaders and campaigners should realise therefore that Hulu Selangor by-election is not a sure winner,” he concluded.
Lim’s analysis suggested that the BN had only lost in Hulu Selangor two years ago as voters were unhappy with the candidate fielded, and not the ticket he had contested on.
In the days following the announcement of the by-election as well, many quarters had raised dissent over Palanivel’s possible candidacy with Umno calling for the seat to be given to them to contest.
The Umno grassroots had even named MIC Youth deputy chief V. Mugilan as their preferred candidate to replace Palanivel. In interviews with locals across the constituency, the sentiment was the same — that Palanivel had lost the people’s confidence.
Some have pointed out that BN’s loss in Election 2008 was merely the result of protest votes cast against Palanivel and not the BN.
The large number of spoilt votes could also be a clear indication of this.
“This is why we cannot be complacent. The message we must send is this — that the PR must get every Malay, Chinese, Indian and Orang Asli voters to vote for Zaid and national change in the country if Zaid is to win and become the new MP for Hulu Selangor,” said Lim.

PRK Hulu Selangor : Kapal selam Malaysia 'muncul' di Hulu S'gor

Isu pembelian kapal selam yang dilihat 'suam-suam kuku' sejak akhir-akhir ini, muncul semula pada kempen pilihan raya kecil parlimen Hulu Selangor.

Ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadikannya sebagai modal ceramahnya di Pekan Kerling, malam semalam.

"Bukan saya yang buat laporan itu....jawab Najib jawab," katanya di hadapan kira-kira 500 hadirin.

Pembelian kapal selam itu timbul semula apabila terdapat pekembangan terbaru di Perancis di mana beberapa peguam di negara itu ingin penyiasatan dibuat semula.

Menurut An
war, dua peguam hak asasi manusia di Perancis menuntut kerajaan negara itu menyiasat penjualan kapal selam kepada Malaysia itu.

Sebelum ini, pembelian kapal selamitu didakwa ada kaitkan dengan pembunuhan seorang model dari Mongolia, Altantuya Shaariibuu.

D
alam perkembangan berkaitan, Pengarah Strategik PKR, Tian Chua pagi tadi juga menjadikan isu tersebut bagi modalnya berkempen kepada kira-kira 30 pengundi India yang beragama Kristian.

Beliau berkempen di gereja Victorious Living Assembly di Kuala Kubu Bharu pagi tadi.

Pada ucapan ringkasnya selama 15 minit, Tian yang juga ahli parlimen Baru menjelaskan, mahkamah di Perancis mahu menyiasat isu pembelian kapal selam berkenaan.

Pakatan Rakyat juga turut mengedarkan risalah kepada pengundi yang mempersoalkan pembelian kapal selam ini.

Tinjaua
n Malaysiakini mendapati risalah yang menyiarkan gambar kapal selam tersebut turut diletakkan di pejabat operasi parti itu.

Selain gambar kapal selam, turut dijaja dalam kempen pilihan raya kecil Hulu selangor ini ialah isu kehilangan enjin jet pejuang Sukhoi, istana bekas Menteri Besar, Datuk Seri Dr Khir Toyo dan isu PKFZ.

PRK Hulu Selangor : Umno bukan dalang isu arak Zaid, kata Hishammuddin kaki...!!!!

HULU SELANGOR, 18 April — Naib Presiden Umno Datuk Seri Hishammuddin Hussein hari ini menafikan penglibatan Umno dalam mengaitkan Datuk Zaid Ibrahim, calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) dengan tabiat suka meminum arak.
Beliau yang juga Menteri Keselamatan Dalam Negeri berkata, PKR seharusnya tidak cepat melatah dengan menuduh Umno dalang di sebalik tuduhan yang berlegar di dalam blog kerana apa yang tertulis adalah tuduhan peribadi penulis, bukannya Umno.
“Dulu mereka gunakan maklumat-maklumat di dalam blog untuk mengiakan tuduhan dan hujah mereka terhadap Umno dan Barisan Nasional (BN). Pada masa tu kita tidak pula suruh mereka membuktikannya.
“Nak suruh kita buktikan memang tak masuk akal kerana bukan kita yang tuduh macam tu.
“Kenapa dia nak takut dan gelabah sangat kalau ia tak benar,” katanya kepada pemberita ketika diminta mengulas mengenai cabaran pemimpin PKR agar Umno membuktikan tuduhan di dalam blog tersebut.
Beliau sebelum itu menghadiri Program Bersama Rakyat di Taman Sri Cahaya, Batang Kali di sini yang turut dihadiri Ketua Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara Datuk Alwi Ibrahim dan Anggota Dewan Undangan Negeri (DUN) Batang Kali Mohd Isa Abu Kassim.
Semalam, Naib Presiden PKR Azmin Ali dilaporkan mencabar Umno supaya membuktikan dakwaan bahawa Zaid (gambar) mempunyai tabiat buruk termasuk suka meminum arak.
Hishammuddin berkata, cabaran pembangkang itu jelas menunjukkan mereka semakin terdesak untuk meraih sokongan kepada Zaid untuk pilihan raya
25 April ini selain kegusaran mereka terhadap pendekatan BN yang semakin diterima majoriti penduduk di sini.
“Dunia ini bulat...apa yang dia (pembangkang) sebelum ini guna untuk tuduh kita, sekarang ini dah terbalik terkena pada muka mereka sendiri,” kata beliau dipetik Bernama.
Hishammuddin berkata, pembangkang juga kelihatan ketandusan idea kerana berterusan menggunakan isu Apco bagi menyerang kerajaan, bukannya menerangkan pendekatan yang akan diambil bagi memajukan kawasan dan membela rakyat.
Beliau berkata, isu tersebut sebenarnya sudah selesai dan rakyat telah diberitahu bahawa siasatan Polis Diraja Malaysia mendapati tidak ada warga Israel terbabit dalam pembangunan projek Sistem Laporan Polis di Bukit Aman seperti didakwa pembangkang.
Bagi membuktikan ketelusan, Kementerian Dalam Negeri, katanya, telah mengambil empat langkah, termasuk membuat laporan polis berhubung kenyataan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mendakwa terdapat perisik Israel di Bukit Aman.
Katanya, beliau juga telah membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membuka kertas siasatan serta membawa perkara itu ke Majlis Keselamatan Negara (MKN) selain mengesyorkannya untuk diteliti Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Ahli Parlimen.
Hishammuddin juag menganggap isu tersebut hanyalah mainan pembangkang untuk mengalih perhatian rakyat di atas kegagalan mereka membawa perubahan kepada negeri Selangor secara umum dan Hulu Selangor khasnya.
“Itu biasa, apabila mereka ketandusan perjuangan dan isu pokok yang boleh menyentuh jiwa dan sanubari rakyat seperti apa yang kita lakukan, maka mereka tak ada pilihan lain selain membuat tuduhan kepada kerajaan pusat dan menyerang peribadi pemimpin-pemimpin BN,” katanya
Terdahulu, Hishammuddin menyerahkan surat kelulusan permohonan taraf kewarganegaraan, sijil warganegara dan daftar lewat kelahiran kepada 15 orang penduduk.. — Bernama

PRK Hulu Selangor : BN serang peribadi calon, usir Malaysiakini


Parti Keadilan Rakyat (PKR) hari ini mempertahankan calonnya, Datuk Zaid Ibrahim, daripada tuduhan beliau peminum arak tegar.

Sebaliknya, menurut Pengarah Pilihan Raya PKR, Fuziah Salleh, bekas Menteri Di Jabatan Perdana Menteri itu sudah berubah selepas menyertai parti itu.

Katanya, selain sudah berubah setelah menyertai PKR, Zaid juga sudah mengerjakan haji dan adalah tidak wajar untuk mengungkit sejarah silam seseorang bagi mengaibkannya.

"Kita tidak harus menghukum beliau dalam keadaan sekarang yang sudah berubah...Barisan Nasional (BN) patut malu untuk menggunakan taktik kotor dan bukan bercakap soal peribadi seorang yang sudah berubah.

"Tuhan mana-mana pun, Tuhan Kristian ke, Tuhan Hindu ke, orang Buddha, Muslim ke...bila seseorang itu sudah bertaubat dan berubah, orang lain tidak ada hak untuk menghukum mereka, Tuhan pun tidak akan menghukum mereka," katanya di Hulu Selangor hari ini.

BN mula berubah rentak dengan bertindak menyerang Zaid secara peribadi dalam ceramah mereka di Sungai Tengi, Hulu Selangor, malam semalam.

Antara mereka yang berbuat demikian ialah ketua menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam, ketika ceramahnya kepada kira-kira 50 orang yang hadir.
"Datuk Zaid dah tak minum lagi"

“Dia cakap dia dah tak minum lagi," katanya yang disambut dengan senyuman daripada para hadirin.

"Aku bukan nak mengata kau (Zaid), aku cuma dengar cerita. Bukan saya kata...," katanya.
Mohd Ali juga berkata ada pihak yang mengatakan bahawa Datuk Zaid sudah tidak lagi mengambil alkohol.

"Dia kata Datuk Zaid dah tak minum lagi. Betul ke? Orang kata Datuk Zaid minum. Sekarang Datuk Zaid dah tak minum lagi.

"Satu lagi orang kata, Datuk Zaid baru balik haji. Dah dia nak bela, beria-ria," katanya.

Selain percubaan mengaibkan Zaid, peribadi berberapa pemimpin Pakatan Rakyat juga diserang habis-habisan oleh BN.

Bagaimanapun, masyarakat Felda di kawasan itu nyata lebih arif dengan penyebaran foto-foto intim Elizabeth Wong, exco kerajaan Selangor, yang giat dilaporkan media pada April tahun lalu.
Ungkit gambar bogel

"Ada juga yang nak bela Elizabeth Wong, yang terlanjang bogel. Betul tak? Siapa dah tengok gambar dia?," soalnya yang disambut dengan gelak ketawa daripada hadirin.

Program berkenaan jelas dilihat sebagai satu program kempen pilihan raya, namun penganjur program berkenaan mendakwa ia adalah satu program tertutup untuk jemputan khas sahaja.

Sek
umpulan tiga lelaki yang enggan memperkenalkan diri mereka meminta Malaysiakini supaya menghentikan rakaman ketika ahli parlimen Pasir Salak Datuk Tajuddin Abdul Rahman sedang menyampaikan ucapan sebelum itu.

"Saya minta untuk berhenti rakam. Datuk tak mahu rakam," kata seorang lelaki yang cuba kelihatan seperti seorang yang penting.

Krew Malaysiakini bagaimanapun bertegas untuk terus berada di lokasi tersebut, yang terletak kira-kira 70 kilometer daripada Kuala Kubu Bharu.
Malaysiakini diusir
Setelah terus didesak beberapa kali oleh kumpulan lelaki berkenaan dalam perbincangan yang berlarutan sehingga kira-kira 15 minit, Malaysiakini terpaksa menghentikan rakaman bagi mengelakkan sebarng kejadian yang tidak diingini.
Walaupun rakaman video telah dihentikan, namun kehadiran Malaysiakini terus tidak disenangi oleh pemimpin BN.
Seorang lelaki yang diperkenalkan sebagai pengerusi jawatankuasa kemajuan kawasan rancangan berkenaan turut mahu wartawan Malaysiakini meninggalkan kawasan tersebut.

Hadir bersama di program berkenaan ialah menteri besar Negeri Sembilan Datuk Seri Mohamad Hassan, ahli parlimen Pasir Salak Datuk Tajuddin Abdul Rahman dan juga pengerusi Felcra Datuk Ramli Bohani.

PRK Hulu Selangor : SIAPA YANG BERTANDING


TER KINI - TERNOW DARI HULUR SELANGOR


PAU OH PAU

baru pulang dari tanjung malam - saru pau kaya - tak jumpa
yang ada pau ayam dan pau kacang
kalau hendak pau wau kaya ada di jual di bukit bintang kah kah kah.


PAU LAGI
masa prk ini banyak orang kena pau
tak tahu siapa yang pau siapa.


PERTANDINGAN

berita terkini -
dari poster yang diapang
yang beertanding melawan
zaid ibarahim bukan kamalnathan
tetapi isteri rosmah kah kah kah

poster kmalnathan tak nampak.
yang namapk gambar isteri rosmah
yang botak di tepi jalan,
pasal apa isteri rosmah pulak bertanding?
bila malaoan ini masuk MIC kah kah kah

TT.

Setakat ni yang ada bukti kaki minum...aku tak kenal sapa dia ni...tapi macam pernah nampak...!!



[Dipetik dari Malaysiakini]
Minum arak: Hisham minta jangan kaitkan Umno
Apr 18, 10 4:30pm

Naib Presiden Umno Datuk Seri Hishammuddin Hussein hari ini menafikan pembabitan Umno dalam mengaitkan Datuk Zaid Ibrahim, calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) dengan tabiat suka meminum arak.

dan ini....

Tokey Beer adalah anak Tokoh UMNO « KERAJAAN RAKYAT

PRK Hulu Selangor : Himpunan gambar dan video penamaan calon dari merata blog