Sabtu, 17 April 2010

PRK Hulu Selangor : Sekitar video penamaan calon Hulu Selangor






* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *

Kalau Takut Dipukul Badai...
Usah Berumah Di Tepi Pantai...

Amizudin Ahmat

PRK Hulu Selangor: Gambar di sekitar penamaan calon 4


















™ kaasiii peecaaahhh laaaaaa........®

!!" MEMBUJUR LALU MELINTANG PATAH "!!
http://zulmamakpng.blogspot.com/

PRK Hulu Selangor : Umno akan ambil tindakan terhadap pengkhianat parti -Zahid....hoi kat pengkianat negara tak ada tindakan pun....!!!!!


KUALA LUMPUR, 17 April — Anggota Umno yang bertindak bertanding pada pilihan raya atas tiket bebas atau parti lain adalah pengkhianat parti dan akan dikenakan tindakan tegas. Naib Presidennya Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata perbuatan mereka bukan sahaja melanggar perlembagaan parti malah menjejaskan reputasi Umno dan Barisan Nasional (BN).
“Mana-mana anggota atau pemimpin parti yang berbuat demikian akan dikenakan tindakan tegas. Umno tidak akan berkompromi dengan mereka,”katanya kepada pemberita selepas menyampaikan Pingat Jasa Malaysia kepada 55 bekas pegawai Angkatan Tentera Malaysia, di sini hari ini.
Ahmad Zahid diminta mengulas tindakan anggota Jawatankuasa Pemuda Umno Shah Alam, Johan Mohd Diah yang bertanding sebagai calon Bebas pada pilihan raya kecil bagi kerusi Parlimen Hulu Selangor.

Beliau berkata perkara itu tidak boleh dipandang ringan kerana membabitkan prinsip kesetiaan kepada pemimpin dan parti serta boleh diibaratkan sebagai berpaling tadah dan bercanggah dengan hala tuju perjuangan Umno.
“Kita sudah dimaklumkan mengenainya dan siasatan sedang dilakukan bagi mengenal pasti kesahihannya sebelum dibawa ke pengetahuan Majlis Tertinggi untuk diteliti seterusnya diambil tindakan,” katanya. — Bernama

PRK Hulu Selangor: Gambar di sekitar penamaan calon 2

P94 Hulu Selangor: Gambar di sekitar penamaan calon 2
















™ kaasiii peecaaahhh laaaaaa........®

!!" MEMBUJUR LALU MELINTANG PATAH "!!
http://zulmamakpng.blogspot.com/

PRK Hulu Selangor : Peluang Terbaik Buat Zaid Kembali Ke Parlimen - Isteri


Zaid Ibrahim bersama isteri, Suliana Shamsuddin semasa hadir pada majlis penamaan calon di Dewan Serbaguna Kompleks Sukan Daerah Hulu Selangor di sini hari ini.
KUALA KUBU BARU:Isteri Datuk Zaid Ibrahim, Datin Suliana Shamsuddin Alias berkata pemilihan suaminya sebagai calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) merupakan peluang terbaik suaminya kembali ke Parlimen.
“Kami sekeluarga menyambut baik dan memberi sokongan penuh kepada beliau sebagai calon.
“Kami berharap beliau akan berjaya dalam pilihan raya kecil ini supaya dapat menjadi wakil rakyat di Parlimen,” katanya ketika diminta mengulas pemilihan Zaid sebagai calon Pakatan Rakyat.
Menurut Suliana, 54, mereka sekeluarga sangat teruja dengan pemilihan suaminya dan perkara tersebut bukanlah satu masalah besar baginya kerana Zaid pernah menjadi wakil rakyat bagi Parlimen Kota Baru sebelum ini.
“Saya sudah biasa bekerja dengan ahli-ahli parti di peringkat akar umbi lebih-lebih lagi sekarang hampir setiap minggu kami akan turun ke kampung dan membantu orang kurang upaya melalui Yayasan Kurang Upaya Kelantan dan pilihan raya di sini tidak ada perbezaannya,” katanya.
Yayasan tersebut ditubuhkan dengan pembiayaan sepenuhnya oleh Zaid sementara Suliana menjadi penaungnya.
Beliau yang juga ibu kepada tiga cahaya mata berkata, akan berada di Hulu Selangor sepanjang tempoh kempen bagi pilihan kecil ini.
“Saya akan sentiasa berada di sini dan menyokong beliau (Zaid). Saya telah mempunyai beberapa program yang telah disusun sepanjang tempoh kempen di sini.
“Ada program yang saya akan bergerak dengan dia dan ada juga program saya akan bergerak bersama jentera wanita Pakatan Rakyat,” katanya.
Mengenai keyakinan beliau terhadap Zaid untuk memenangi pilihan raya kecil di Hulu Selangor, Suliana berkata: “Kami sentiasa mendoakan kejayaan dia (Zaid) dan kami berharap pengundi di Hulu Selangor akan membuat pilihan yang bijak pada hari pengundian untuk membolehkan Zaid mewakili mereka di Parlimen.”
Suliana dan Zaid mempunyai tiga cahaya mata, iaitu dua putera dan seorang puteri.
Mereka ialah, Izad Kazran Mohd Zaid, 29, Mohd Ezra, 26 dan Alysha Azrin Mohd Zaid, 17.

PRK Hulu Selangor : Zaid dilihat paling layak

HULU SELANGOR, 17 April: Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali berkata, Datuk Zaid Ibrahim masih dianggap paling layak berbanding tiga calon yang lain dalam Pilihan Raya Kecil Parlimen Hulu Selangor pada 25 April ini.
“Selepas pengumumam yang dibuat oleh Pegawai Pengurus Pilihan raya (Nor Hisham Ahmad Dahalan), daripada keempat-empat calon, Datuk Zaid Ibrahim masih dilihat paling layak untuk mewakili rakyat Hulu Selangor di Dewan rakyat,” ujarnya di pusat penamaan calon di Dewan Serbaguna dan Kompleks Sukan Hulu Selangor, Kuala Kubu Baru, hari ini.
Menurutnya, ini kerana rekod Zaid sedia meletak jawatan sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri kerana tidak setuju dengan penggunaan ISA yang dianggap zalim.
Ekoran itu, katanya Zaid dilihat lebih mementingkan prinsip kebenaran berbanding kepentingan diri dan kedudukan politik.
Sebelum itu, Zaid merakamkan rasa syukur kepada Allah kerana proses penamaan calon berjalan lancar.
Beliau turut mengulangi manifestonya sebelum ini iaitu menyeru rakyat supaya bersama beliau memperjuangkan isu tanah yang membabitkan Orang Asli dan peneroka Felda di Hulu Selangor.
Selain Zaid, tiga lagi calon yang bertanding dalam pilihan raya kecil itu ialah P.Kamalanathan (BN), dan dua calon Bebas, VS Chandran dan Johan Mohd Diah.

PRK Hulu Selangor : THE BATTLE FOR VOTES BEGINS - zorro-unmasked