Isnin, 12 April 2010

PRK Hulu Selangor - Anugerah Penyapu masih segar dalam ingatan......



“Penyapu merupakan satu lambang penghinaan dan sial bagi sesetengah orang. Anugerah penyapu yang diberikan oleh Mantan Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Khir Toyo Itu seolah-olah menghina penduduk hulu selangor”
SHAH ALAM: Pejabat Daerah dan Tanah (PDT) Hulu Selangor serta Majlis Daerah Hulu Selangor (MDHs) menerima Anugerah Khas Prestasi Kutipan Hasil Negeri Selangor 2006 dalam bentuk penyapu.
Menteri Besar Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo menyerahkan penyapu itu kepada wakil kedua-dua jabatan pada majlis yang diadakan sempena Bulan Kualiti 2007 Pentadbiran Kerajaan Negeri, di sini semalam.
PDT Hulu Selangor dan MDHS merupakan jabatan yang mendapat markah terendah dalam jumlah kutipan hasil tahun lepas daripada sasaran 90 peratus bagi hasil semasa dan 70 peratus bagi tunggakan.
PDT Hulu Selangor mengutip 55 peratus hasil semasa dan 56 peratus tunggakan manakala MDHS memungut 66.9 peratus hasil semasa dan 23.4 peratus tunggakan.
Bagaimanapun selepas pengumuman mengenai pemberian anugerah khas itu dilakukan, PDT Hulu Selangor telah mengutip 85 peratus hasil semasa dan 76 peratus tunggakan, sementara MDHS memungut 69.2 peratus hasil semasa dan 26 peratus tunggakan setakat September lepas.
Mohamad Khir kemudiannya memberitahu pemberita, pemberian penyapu itu merupakan simbolik yang bertujuan supaya pengurusan dan kakitangan jabatan “membersihkan” sikap tidak baik di kalangan mereka dan supaya kakitangan yang tidak produktif diambil tindakan.
“Walaupun mencapai tahap minimum, tetapi tidak ada pegawai yang telah diambil tindakan, yang bererti pegawaipegawai seolah-olah merestui prestasi mereka yang rendah. Jadi tindakan perlu diambil,” katanya.
Beliau berkata pemberian penyapu bukan untuk menjatuhkan maruah tetapi bagi membersihkan sikap buruk dan amalan itu akan diteruskan kepada jabatan yang tidak mencapai tahap maksimum kualiti perkhidmatan yang telah ditetapkan.
Bagi jabatan yang cemerlang dan mencapai sasaran, kakitangannya diberi insentif seperti lawatan ke luar negara, katanya.
SUMBER: BERITA HARIAN 13 NOVEMBER 2007

PRK Hulu Selangor : Baru sekarang YBK nak bantu mereka.,..he..he..!!!

(Dari kiri) S. Nanden Gopalan, Chuan Dick Jung, Muhd Idham Sabaraddin (dua dari kanan) dan rakan-rakan gembira terpilih sebagai penerima biasiswa Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) pada majlis penyampaian khas di Hulu Selangor hari ini. - Foto BERNAMA

PRK Hulu Selangor : BN Desak MAIS, JAIS Kuatkuasa Titah Sultan Selangor

HULU SELANGOR: Barisan Nasional (BN) Selangor mendesak Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) dan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) menguatkuasakan titah Sultan Selangor supaya surau dan masjid tidak digunakan bagi kepentingan politik.
Timbalan Pengerusi BN Selangor Datuk Seri Noh Omar berkata pihaknya mengesan tindakan pihak tertentu menggunakan rumah ibadat itu untuk ceramah politik akhir-akhir ini.
"Dari Jumaat lepas kita lihat khutbah dibaca oleh orang politik, yang mana mereka sepatutnya tidak boleh berbuat demikian," kepada pemberita selepas majlis perjumpaan usahawan Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (TEKUN) dan pelancaran Kelab Komuniti Usahawan Tekun (KKUT) kawasan Parlimen Hulu Selangor, di sini hari ini.
Noh berkata BN Selangor akan menulis surat memohon pihak berkuasa berkenaan menguatkuasakan titah Sultan Selangor berhubung siapa yang boleh dan tidak boleh berceramah di masjid.
Noh, yang juga Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, tidak menolak pengunaan masjid dan surau untuk ceramah politik ada kaitan dengan usaha meraih sokongan rakyat menjelang pilihan raya kecil kerusi Parlimen Hulu Selangor pada 25 April.
Sultan Sharafuddin Idris Shah dalam titah baginda pada Oktober tahun lepas mengingatkan pegawai masjid dan jawatankuasa kariah masjid di Selangor agar memastikan masjid tidak digunakan pihak tertentu sebagai gelanggang politik yang boleh menyakiti dan memecahbelahkan perpaduan ummah.
Baginda bertitah bahawa pihak menghina kuasa yang sah, atau mengingkari, melanggar atau mempertikaikan perintah dan arahan Sultan selaku Ketua Agama Islam, MAIS dan mufti adalah melakukan kesalahan mengikut Seksyen 12 (a) Enakmen Jenayah Syariah (Selangor) 1995.
"Awalnya kita ingat tak perlulah untuk membuat aduan tetapi kali ini apabila ia melibatkan titah perintah Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor yang mahu masjid menjadi kawasan bebas politik yang nampaknya tidak dihiraukan pihak tertentu, maka dengan itu kita kena buat aduan secara rasmi," katanya.
Noh berkata ini bertujuan memastikan pihak berkuasa dapat bertindak supaya masjid menjadi tempat bebas politik untuk setiap masa terutamanya ketika pilihan raya.
Terdahulu, Noh menyampaikan cek pinjaman berjumlah RM617,000 kepada 97 usahawan Tekun, sumbangan RM3,000 kepada KKUT dan RM10,000 kepada Persatuan Ibu Tunggal Parlimen Hulu Selangor. - BERNAMA

Isu Dr Prontip burukkan nama Malaysia di arena antarabangsa


Dr Prontip Rojanasunan dilahirkan pada 1955 di Bangkok. Mendapat pendidikan Sains Perubatan di Universiti Mahidol dan kemudian menjadi pensyarah di situ. Kerana minatnya di dalam bidang forensik, beliau melanjutkan pelajaran di Institut Patologi Washington DC dalam bidang Forensic Anthropology And Pathology. Sekarang beliau merupakan Pengarah di Institut Sains Forensik Thailand.

Pada 2004, beliau telah mengetuai Saintis Forensik Antarabangsa bagi mengenal pasti dan mengkod lebih daripada 8,000 mangsa tsunami di Phuket. Beliau juga banyak membantu Polis Thailand menyelesaikan kes-kes pembunuhan dan bunuh diri. Beliau pernah  membantu menyelesaikan kes berprofil tinggi yang membabitkan Ahli Parlimen Thailand. Beliau juga terlibat dalam membantu pihak berkuasa Thailand ketika peristiwa Tak Bai pada Oktober 2004.

Beliau pernah berkata, "We need someone to stand with the victims. I believe forensic science will always reveal the truth, if we allow it to". Kerana minat mendalamnya dalam bidang forensik, wang bukanlah perkara utama bagi beliau. Beliau menulis dan menjual buku-buku berkaitan pengalamannya membuat bedah siasat bagi menampung gaji yang diterima dari kerajaan.

Ketaatan kepada agama dan negara jelas menggambarkan peribadi beliau. Beliau juga seorang yang berhati-hati dan tidak terburu-buru dalam membuat keputusan. Beliau pernah berkata "I never see myself as hero. My father taught me to believe in Buddhism-to be brave, to love my country and king, and to always do what is right and good. He'd instruct me to pick up broken glass from the pavements to prevent other from injuring themselves".

Harta benda bukanlah tujuan utama beliau. "I learnt then that there'll always be a time when our lives end. All the good I can do, I want to do when I'm alive. If you have one life and you're not making something good with it, then what's the point?"

Bukan tujuan kita hendak mengagung-agungkan orang luar. Apa yang perlu dipertahankan ialah keadilan dan ketelusan. Tuduhan bahawa beliau seorang penipu terlalu berat. Apalagi jika tuduhan berkenaan tidak disertakan dengan bukti ilmiah yang kukuh.

Keputusan Dr. Porntip tidak akan hadir ke mahkamah jelas membuktikan terdapatnya tekanan dari pihak tertentu. Mungkin beliau beranggapan bahawa Malaysia bukan satu tempat yang selamat. Ini akan memburukkan nama Malaysia di arena antarabangsa.

KASUT ROSMAH CINDERELLA ALTANTUYA RM27.5JUTA?


Mungkinkah Kasut Rosmah Cinderalla Altantuya bernilai RM 27.5 juta?

Berkaitan :

Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua membangkitkan persoalan berhubung kontrak membekal dan menghantar kasut kulit wanita kepada kakitangan awam di Kementerian Pertahanan bernilai RM27.5 juta yang diberikan kepada syarikat Visi Footwear Sdn Bhd.

Sambil merujuk kepada isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor, Pua berkata,"kita tahu isteri Perdana Menteri bercita-cita menjadikan Malaysia 'pusat kasut di Timur' tetapi pembelian RM27.5 juta kasut wanita untuk kakitangan awam bukan cara mencapai hasrat itu.
"Saya menggesa kementerian terbabit menjelaskan pembelian luar biasa bagi kasut wanita untuk kegunaan mereka", kata Pua.
Pua juga hari ini mendedahkan lebih banyak kesilapan dan kontrak yang dipertikaikan di dalam portal 'MyProcurement' yang menyenaraikan projek-projek kerajaan.
Beliau juga merujuk kepada data baru yang dikemaskini pada Khamis lalu di portal itu yang membabitkan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna.

Ia merupakan data pertama yang dimuatkan oleh kementerian itu dalam MyProcurement dan juga merupakan kontrak tunggalnya.
"Apa yang dipersoalkan ialah kementerian itu hanya menganugerahkan satu kontrak sejak Jun 2009 dan yang lebih memeranjatkan ialah kontrak untuk menaiktaraf keselamatan teknologi maklumat dan komunikasi bernilai RM3.6 bilion yang diberikan kepada Business Information.
"Jika kesilapan kali ini berpunca daripada kesalahan titik perpuluhan seperti yang dijangkakan, ini membuktikan bahawa kerajaan tidak serius dengan portal "MyProcurement" yang kononnya dilaksanakan bagi mewujudkan ketelusan dan keterbukaan dalam memberi projek," ujar Pua lagi.
Sebelum ini, Pua mendedahkan kepada media beberapa siri kesilapan kerajaan di dalam portal "MyProcurement" menunjukkan data yang dimasukkan mempunyai kesilapan seperti maklumat tidak lengkap dan tidak tepat serta mempunyai kekurangan seperti spefisikasi tender, tarikh tender, kuantiti dan maklumat berkaitan yang lain.

Tasawwur Islam Bukan Tasawuf

oleh Ibnuyaacob
0art_alalsacienne_542731857
Dewasa ini kita amat bersyukur semakin ramai golongan belia khususnya remaja tanpa mengira jantina sudah mula membuka minda mereka ke arah isu-isu konspirasi. Walaupun kebanyakan hujah adalah berasaskan teori dan tanggapan rawak tetapi kecenderungan mencari maklumat dan menyelitkan serba sedikit artikel konspirasi di dalam blog peribadi amat membanggakan.

Namun begitu, di dalam keterujaan mendalami isu-isu konspirasi ada juga yang terpengaruh dengan putar belit konspirasi barat yang sering memandang serong kepada syariat Islam khususnya golongan ulama.
Ianya adalah berkaitan ilmu tasawuf. Blog-blog konspirasi barat secara umumnya termasuk Texe Marrs, Alex Jones memerhatikan amalan golongan sufi sebagai salah satu persamaan dengan amalan mistik kelompok pengamal Kabbalah. Mereka mengkategorikan ilmu-ilmu kesufian (tasawuf) sama sebagai Islamic Mystic dan Islamic Kabbalah. Mereka menganggap tasawuf adalah kabbalah versi Islam.
Tanggapan Silap tentang Tasawuf
Permasalahan yang timbul ialah golongan remaja menulis di dalam blog-blog peribadi mereka bahawa mata pelajaran Tasawuf sudah dipelajari di peringkat sekolah. Oleh itu, ianya tidak perlu diperdebatkan lagi. Pada pandangan golongan remaja ini subjek Tasawwur Islam itu adalah Tasawuf. Kedua-duanya sama.
Tambahan pula mereka membaca di media-media tabloid ungkapan-ungkapan tasawuf sesat, ajaran tasawuf menyeleweng dan sebagainya, maka ia sedikit sebanyak menambahkan lagi kecurigaan mereka terhadap istilah tasawuf tanpa mengetahui maksud sebenar.
Apa yang dipelajari di sekolah berkaitan subjek Tasawwur Islam dilihat berbeza dengan ajaran Tasawuf. Mereka melihat di dalam amalan golongan Tasawuf seperti berzikir beramai-ramai, beruzlah di dalam hutan, berpakaian compang-camping amat berbeza dengan sukatan yang mereka pelajari di sekolah. Oleh itu, mereka secara langsung menyimpulkan ajaran Tasawuf sebegini sesat.
Hal ini amatlah mendukacitakan walaupun yang beranggapan demikian bukanlah menjangkau angka majoriti. Kami melihat, perkara kecil ini suatu yang membahayakan kerana ia boleh menimbulkan sedikit rasa buruk sangka kepada golongan-golongan pengamal tasawuf.
Perkara ini akan menjadi lebih bahaya kepada golongan belia muslim khususnya yang tidak mempunyai pengetahuan asas tentang agama dan bukan berpendidikan aliran agama. Kita bimbang mereka membesar dengan mempunyai tanggapan negatif terhadap tasawuf.
Kita juga amat bimbang apabila golongan belia ini lebih dahulu mengenali konspirasi dari mengenal ilmu tasawuf.
Ilmu Tasawuf dan Pendidikan Kebangsaan
Sesetengah remaja atau belia (mungkin juga golongan tua sekular) suka beranggapan bahawa ilmu tasawuf sudah pun dipelajari diperingkat sekolah. Mereka mengandaikan mata pelajaran Tasawwur Islam yang terdapat pada tinggkatan 4 dan 5 itu adalah ilmu Tasawuf.
Suka kami tegaskan di sini, Tasawwur Islam bukanlah Tasawuf. Ia seperti langit dan bumi.
Tassawur Islam adalah nama mata pelajaran Elektif yang ditawarkan oleh Kementerian Pendidikan Kebangsaan. Pelajar bukan Islam juga boleh menduduki peperiksaan untuk mata pelajaran ini. Manakala Tasawuf pula adalah nama salah satu dari tiga cabang agama Islam.
Islam terdiri daripada tiga tiang agama iaitu Tauhid, Fekah dan Tasawuf. Seseorang Muslim hendaklah mempelajari agama Islam mengikut turutan ketiga-tiga ini. Pertama memahami dan mengenal Tuhan melalui kitab-kitab Tauhid, kedua, mempelajari Fekah dan ketiganya menyempurnakan dan melindungi kedua-dua ilmu Tauhid dan Fekah tadi dengan ilmu Tasawuf.
Perbezaan Takrifan Tasawwur Islam dan Tasawuf
Di dalam hal pentakrifan, kedua-duanya mempunyai maksud yang sangat berbeza. Tasawwur berasal di dalam istilah Melayunya bermaksud Gambaran (jika huruf shod disabdukan). Tetapi di dalam kamus Dewan edisi Arab-Melayu, tasawwur diistilahkan dengan maksud yang berbeza iaitu lebih kepada suatu aspek psikologi.
Bagi perkataan Tasawuf pula, ia berasal dari tiga huruf utama shod, waw dan faa. Ketiga-tiga ini membentuk perkataan yang berbunyi shofa (bersih) atau sufi (suci). Maka istilah Tasawuf adalah kalimah yang telah menerima imbuhan yang membawa kepada istilah khusus untuk ilmu-ilmu kejiwaan.
Ilmu tasawuf juga dikenali dengan pelbagai istilah seperti ilmu ma’rifah, ilmu batiniah, ilmu al-qulub, ilmu al-hal, ilmu al-yaqin dan sebagainya.
Perbezaan ilmu Tasawwur Islam dan Tasawuf
Di bawah ini adalah ringkasan sukatan mata pelajaran Tasawuf
  1. Asas Pemikiran Islam
  2. Pandangan Hidup Islam
  3. Institusi Islam
  4. Ekonomi Islam
  5. Falsafah Perundangan Islam
  6. Penyelesaian Masalah
Lihat sukatan penuh di sini.
Intisari perbezaan ilmu Tasawwur Islam dengan Tasawuf
  • Sukatan pelajaran Tasawwur Islam boleh berubah-ubah mengikut masa dan ia dibina oleh guru-guru agama berpengalaman dan bukan bertaraf Ulama dan wali.
  • Berbeza dengan ilmu Tasawuf, ia menekankan praktikal kejiwaan, amalan zikir berjemaah, pengijazahan tarekat dan pelbagai lagi amalan hati yang sangat-sangat jarang diketemukan.
  • Ilmu tasawuf dibina intisarinya oleh ulama-ulama yang mursyid, mujahid, wali dan majoritinya adalah golongan yang sangat makbul doa mereka dan dilimpah kurnia karamah yang banyak tidak sebagai mana orang-orang awam. Misalnya Ibnu Arabi, Ibnu ‘Atiullah, Imam Al-Ghazali, Syeikh Muhammad Amin Al-Kurdi, Syeikh Qadir Al-Jailani, Syeikh Abdullah Daud Al-Fatani.
  • Sebahagian besarnya juga pernah berjumpa Rasulullah SAW, Nabi Khidir secara sedar dan mimpi mengikut tahap kewalian masing-masing.
  • Pengamal ilmu tasawuf secara intensif seringkali dihadiahkan Allah keramat-keramat yang tidak dipunyai oleh orang awam manakala pelajar yang mempelajari subjek Tasawwur Islam adlaah bagi tujuan pemahaman dan peperiksaan sahaja.
Silap Faham Terhadap Ahli Tasawuf
Sesetengah orang menganggap golongan tasawuf sangat bahaya dan suka mengintai isi hati orang. Sebenarnya bukanlah tujuan pengamal tersebut untuk membaca isi hati orang tetapi ia adalah anugerah Allah kepada si pengamal di atas kesungguhannya beribadah dalam mendekati Allah.
Ahli Tasawuf juga martabatnya lebih tinggi dari Ahli Fekah kerana seluruh kehidupannya berfokus pada menumpu pengabdian diri kepada Allah semata.
Hatta Imam Syafie r.a. sekali pun ada ketikanya bila menghadapi masalah dalam menyelesaikan masalah-masalah fiqh, beliau akan mencari ulama-ulama sufi untuk menenangkan jiwa.
Malah menurut Syeikh Abu Talib Makki dalam kitab masyurnya, Qutul-Qulub, para ulama zahir apabila menghadapi masalah dalam menentukan hukum (masalah fiqh) maka  mereka akan merujuk  masalah tersebut kepada ulama tasawuf, sebab golongan ini dianggap lebih hampir  kepada hidayah, jauh dari maksiat dan tidak dikuasai nafsu.
Tidak Semua Guru Agama Belajar Tasawuf Secara Praktikal
Seperti pada artikel terdahulu, hal-hal tasawuf janganlah ditanya di dalam internet walaupun ada ustaz-ustaz yang membuka blog untuk ruangan bertanya. Kita bimbang ada pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab memanipulasi jawapan yang boleh mengelirukan pemahaman belia tentang tasawuf.
Pada pandangan kami, jika seseorang ahli agama itu benar-benar mendalami ilmu tasawuf maka ia tidak akan sesekali membuka ruang soal jawab di internet.
Semua orang menganggap apabila seseorang itu bergelar ustaz atau ustazah maka semua ilmu agama akan dipelajarinya. Hendaklah kalian berhati-hati dalam hal ini kerana hal yang demikian bisa mendatangkan ketaksuban yang tidak terperi kesannya pada kehidupan si penanya.
Kami tidak nafikan ada sesetengah guru agama menjadi penyebab utama kepada ketidakfahaman belia kepada ilmu tasawuf. Kami berani katakan hanya 0.01 peratus guru berpendidikan agama di Malaysia termasuk lepasan Timur Tengah yang belajar ilmu tarekat secara intensif.
Kesimpulan
Kesimpulannya, Tasawwur Islam amat jauh bezanya dengan ilmu Tasawuf walaupun subjek Tasawwur Islam itu juga dinisbahkan ia dalam bab ilmu-ilmu pengetahuan. Namun begitu, tingkatan ilmu dan taraf kemuktabaran ilmu itu haruslah difahami terlebih dahulu.
Wallahu’alam…
P/S : Diharap artikel yang sangat kecil ini dapat menjernihkan tanggapan silap tentang ilmu Tasawuf dikalangan remaja.

Inter-faith committee faces collapse

By Asrul Hadi Abdullah Sani
KUALA LUMPUR, April 12 — The Malaysian Consultative Council on Buddhism, Christianity, Hinduism, Sikhism and Taoism (MCCBCHST) will boycott the Cabinet-endorsed inter-faith committee if the deputy prime minister does not provide an explanation for his “small-fry” remark today.
Earlier today Tan Sri Muhyiddin Yassin had said the inter-faith committee set up by the Cabinet consisted only of “small-fry,” in a bid to calm fears expressed by right-wing Malay groups that it would threaten the sanctity of Islam.
The lack of any legal powers in the committee, said Muhyiddin, means it will not have any influence over the nation’s official religion.
However, non-Muslim groups have taken offence at the DPM’s remarks and are now threatening a boycott of the panel.
MCCBCHST president, Reverend Dr Thomas Philips, said that they will not attend the sub-committee meeting scheduled tomorrow if there is no explanation for the remark.
“We need clarification. We want clarification before tomorrow’s meeting before we proceed. So until there is a clarification then there will be no meeting. We feel that if we are ‘small fry’ or have no influence, then there is no point to the committee.
“Tan Sri Dr Koh Tsu Koon must get the clarification from the deputy prime minister. He was the one that made the statement,” he told The Malaysian Insider tonight.
The Cabinet agreed recently to form an inter-faith committee to foster religious understanding and harmony, damaged in the past few months by religious differences such as the controversial “Allah” ruling.
It had earlier this year appointed Datuk Ilani Isahak to chair the committee and green-lighted five sub-committees to draw up proposals on how best to deal with the inter-religious conflicts.
The sub-committees will be jointly-chaired by a Muslim and a non-Muslim, and include five religious representatives from both communities.
The MCCBCHST president went on to express discontent over the label given by Muhyiddin, and pressed for the latter to specifically identify those he was referring to.
“It was a bit offensive to everybody but who do you mean when you called a ‘small fry’? You know religious heads are not ‘small fry’. If you call the committee as ‘small fry’ then I do not think so because [the] head of Jakim, Ikim, all were there. Even the head of the Fatwa Council was there. It was very insulting.
“We want a clarification on what he meant in the light of what Perkasa has said in a lot of statements,” he said.
Nevertheless, Philips remained optimistic but cautiously so given the national leader’s slur on the inter-faith committee.
“We say that we want to engage in the inter-faith issues because it is important for the country and is about the people’s interests. Even though they call it a small committee but it is a good start and beginning. We still have a long way to go. If any other person had said it, it would not have mattered but the deputy prime minister who is the acting prime minister has said this,” he said, referring to the fact that Prime Minister Datuk Seri Najib is currently overseas.
Meanwhile, the Perak Fatwa Committee, led by influential state Mufti Tan Sri Harussani Zakaria, also announced its objection to the panel, dealing a further blow to Najib’s efforts to repair inter-religious ties,
Harussani said other religions could not be placed on equal footing with Islam, which he said had a higher position by Allah’s side.
The idea for an inter-faith panel was first mooted in the early 1980s but was shot down following objections from Muslim groups such as the Islamic Development Department, better known by its Malay acronym Jakim.
According to sources, the objection was because an inter-faith council would place Islam, the nation’s official religion, on equal footing with the other religions.
This was the same objection put forward by Malay rights group Perkasa yesterday. Perkasa has demanded the Najib administration places its new inter-faith panel under the national Islamic Affairs Department, saying it rejected the entity in its current form.
Perkasa says it would tolerate the committee only if it fell under the guidance of Datuk Jamil Khir Baharom, the Islamic Affairs Minister under the Prime Minister’s Department and not Tan Sri Dr Koh Tsu Koon, who is currently the minister in charge.

PRK Hulu Selangor : EZAM HENDAK JADI BUDAK BAIK....he..he..he...


Aku melutut padamu wahai pemimpin agungku...

Oleh: WFAUZDIN NS


HARAPAN saya musnah apabila Najib mengumumkan bahawa Bn meletakkan calonnya dari MIC untuk bertanding di Hulu Selangor. Saya pernah mencadangkan agar Ezam sesumpah dicalonkan di kerusi yang dikatakan ahli Umno lebih ramai dan banyak dari rumput-rumput di padang itu. Ezam sesumpah memang wajar diletakkan di situ kerana beliau ahli Umno di Selangor walaupun memegang jawatan `pencacai' atau `ayam sabung' yang tidak bertaji. Tetapi memandangkan ramai ahli Umno mahukan calon Umno di situ, maka elok benar Ezam sesumpah dilagakan di situ.

Apa pun nasib tidak menyebelahi Ezam sesumpah kerana Najib amat taat dengan perjanjian dengan MIC melebihi taatnya dengan perjanjian royalti minyak. Di dalam akhbar Sinar Harian hari ini, Ezam sesumpah berjanji tidak akan memburukkan peribadi sesiapa terutamanya DS Anwar asalkan beliau tidak dicabar untuk berbuat demikian. Wah !! Selama ini Ezam sesumpah tidak pernah memburukkan peribadi orang ke terutamanya DS Anwar? Baiknya Ezam. Tetapi masakan Ezam sesumpah tidak tahu sudah berapa ribu bahkan berjuta orang telah mencabarnya? Baru-baru ini anak didiknya sendiri Sdr Nazri bekas Pengerusi Gerak telah mencabarnya. Sehingga sekarang Ezam sesumpah kelu tidak berkata.

Di dalam kenyataannya di dalam akhbar tersebut Ezam sesumpah turut bercerita perjuangannya adalah untuk asas negara. Kita masih ingat sewaktu beliau menyerahkan borang bertukar `mazhab' kepada Umno yang ada kena mengena dengan APCO itu, Ezam sesumpah lantang menyatakan perjuangannya adalah untuk asas bangsa. Kini, sudah tukar jadi asas negara. Maklumlah, dulu PM Pak Lah, kini Najib pula. Maka, Ezam pun menjadi seperti `binatang sesumpah' bertukar kulit. Pasal rasuah? Itu sudah lama Ezam sesumpah lupakan. Lihat sahaja dalam ceramahnya sejak kebelakangan ini yang disebutkannya hanyalah kisah DS Anwar terutamanya kisah DS Anwar dulu-dulu. Tetapi, sehingga kini satu pun apa yang Ezam cakap tiada bukti bahkan beliau tidak berani membuat laporan Polis atau kepada SPRM terhadap salah laku DS Anwar seperti yang sibuk beliau katakan beliau tahu semuanya itu.

Saya bersetuju jika ada yang berpendapat `standard' Ezam sesumpah sekarang sudah sama dengan Dato' Nalla. Merapu ke hulu ke hilir tetapi habuk pun tarak. Bila kehabisan idea untuk menyerang DS Anwar, Ezam curi pula idea YB Zul Kulim malahan lebih memalukan beliau pun mengaku pernah mengalami sama seperti YB Zul alami. Kali ini, jom kita pakat ramai-ramai cabar Ezam sesumpah supaya dia dedahkan apa jua yang beliau rasa boleh menjadikan rakyat di Huku Selangor bodoh sepertinya. Apa lagi Ezam, Aku dah cabar dah!!

Sumber: http://wfauzdin.blogspot.com/

Pakatan Rakyat Tidak Rela Wang Rakyat Dibayar Kepada Israel-Zionis

AMPANG 12 APR: Pimpinan Pakatan Rakyat sama sekali tidak akan merelakan wang rakyat digunakan untuk membayar sebuah firma yang terang-terangan didalangi pimpinan Israel-Zionis.

Bercakap depan kira-kira 1,000 penduduk sekitar Taman Chempaka Perdana di sini, Ahli Parlimen Kuala Langat, Abdullah Sani Abdul Hamid menegaskan latar belakang dan modus operandi APCO Worldwide jelas diragui.

"Lembaga Pengarah APCO ini merencanakan One Israel. Ini bukan kebetulan sebab itu, kita tidak mengizinkan duit rakyat dibayar kepada manusia Israel-Zionis," katanya dengan lantang.

Beliau kesal kerana Malaysia tiada hubungan diplomatik dengan Israel sebaliknya kerajaan Umno-Barisan Nasional melantik APCO Worldwide sekaligus bersahabat dengan segala bentuk kezaliman Israel terhadap rakyat Palestin.

"Dalam masa sama, kerajaan Umno BN mengambil APCO Worldwide menjadi penasihat komunikasi, maknanya APCO dibayar dalam membantu gerak kerja negara.

"Satu tangan kita serang bermati-matian (isu melibatkan kekejaman Israel) di peringkat antarabangsa, satu tangan kita angkat mereka menjadi penasihat negara," kata Abdullah Sani lagi.

Turut berucap ialah Datuk Seri Nizar Jalaludin yang terkilan kerana pimpinan Umno BN menggunakan wang rakyat yang majoriti beragama Islam untuk disalur kepada dana Israel-Zionis.

"Umno tahu mereka berinteraksi dengan syarikat yang berpangkalan di Tel Aviv. Mereka turut mengesa kerajaan Malaysia dan Parlimen meluluskan bayaran lebih RM20 juta kepada Asiasoft," katanya.

'Report card' merah untuk Najib

(Analisis bersempena setahun kepimpinan PM ke-6 pada 4 April 2010)

PERDANA Menteri, Dato' Seri Mohd Najib Tun Razak menyambut ulangtahun pertamanya pemerintahannya 4 April lepas, dalam keadaan yang getir dan penuh dilema.

Kerajaan Barisan Nasional yang dipimpinnya, berada dalam keadaan terumbang-ambing dan masih hilang arah akibat cabaran getir dari kelompok pembangkang yang berkredibiliti seperti Pakatan Rakyat.

Najib berada dalam keadaan dilema kerana dalam tempoh setahun pemerintahannya, sarat dengan skandal dan isu-isu panas terbongkar satu demi satu tanpa sempat dikambus, ditambah dengan baggage dari pemerintahan PM yang lalu.

"Saya fikir tiada banyak beza antara Najib dengan Abdullah, cuma Abdullah nampak lebih slow, Najib lebih cergas, tetapi cara keduanya menguruskan politik dan ekonomi, sama-sama teruk," kata Tony Pua, Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara.

"Masalah kepada Najib ialah kerana, beliau mewarisi stail 'flip flop' Abdullah dan tidak konsisten, dalam hal tertentu saya fikir Abdullah lebih tegas dan berpendirian daripada Najib," kata Ahli Parlimen Kuala Selangor, Dr Dzulkefly Ahmad.

Ternyata, usaha untuk memulihkan imej beliau dan imej Umno-BN yang tercalar teruk semasa kepimpinan Tun Abdullah Ahmad Badawi masih gagal dipulihkan sehingga kini.

APCO jejaskan Najib


Usaha memulihkan imej peribadinya terus gagal dan dimusnahkan dengan ledakan isu syarikat Israel, APCO Worldwide yang dilantik secara rasmi dengan perjanjian bertulis oleh kerajaan, sebagaimana pendedahan Ketua Pembangkang, Dato' Seri Anwar Ibrahim.

Bombshell yang dilepaskan Anwar begitu memeranjatkan, sehingga sewaktu ucapan khas beliau di Parlimen, seluruh anggota Kabinet tidak mampu duduk dalam dewan, macam 'cacing kepanasan' walaupun penyaman udara di Parlimen begitu dingin membeku.

Dengan terbongkarnya hubungan erat berbayar kerajaan Umno-BN dengan APCO, baru rakyat tahu bahawa inilah puncanya, selepas mengambil alih tampuk pemerintahan daripada Abdullah pada 4 April 2009, Najib memperkenalkan konsep 1Malaysia, yang diteraskan dengan slogan 'rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan'. Juga ditubuhkan Yayasan 1Malaysia.

Sebelum ini, rakyat tidak mengetahui apa sebenarnya atau dari sumber mana atau siapa yang menasihati Najib memperkenalkan konsep baru ini. Dalam tempoh setahun ini, minda seluruh rakyat Malaysia seolah-olah 'dipaku' dengan 1Malaysia

Seluruh intipati ucapan Anwar yang mengemukakan bukti secara jelas wujudnya penasihat Zionis Israel yang ditempatkan di pejabat PM di Putrajaya, tidak mampu ditangkis atau dijawab sepatahpun, oleh pemimpin Umno-BN. Mereka hanya menjawabnya dengan usaha merujuk Anwar ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen untuk dihukum.

Najib cuma menjawab Anwar dengan menafikan bahawa konsep 1Malaysia sama dengan konsep 1Israel, yang turut menggunakan khidmat APCO dalam tahun 1990-an oleh PM Israel, Ehud Barak, ketika itu.

"APCO semasa menasihati Ehud Barak, perkenalkan slogan 'people first'. Ini sama dengan slogan 'rakyat didahulukan' cuma kita tambah 'pencapaian diutamakan'. Israel juga buat 1Israel Foundation, sama dengan Yayasan 1Malaysia.

"APCO juga perkenalkan health care untuk Ehud menarik sokongan rakyat. Di sini kita guna Klinik 1Malaysia. Apakah semua ini persamaan secara kebetulan atau sebaliknya," ujar Ahli Parlimen Kuala Kedah, Ahmad Kassim.

"Barangkali mereka tukar letterhead saja, format kertas kerja APCO kekal, 1Israel ditukar jadi 1Malaysia," getus Dato' Seri Mohammad Nizar Jamaluddin, Ahli Parlimen Bukit Gantang.

Masalah besar yang berlaku ialah, kerajaan Malaysia tidak cermat menyelidiki latar belakang APCO.

"Senarai pemimpin-pemimpin yang menggunakan khidmat APCO untuk membaik pulih imej diktator adalah panjang dan mengejutkan. Selain Turkmenistan, Kazakhstan dan Azerbaijan; salah seorang klien APCO yang paling terkenal adalah bekas diktator Nigeria iaitu General Sani Abacha. Mengikut laporan-laporan BBC General Sani Abacha merupakan pemimpin berkedudukan No. 4 yang paling korup di dunia. Semasa pemerintahannya, berbillion-billion dollar dilesapkan. Wang yang dilesapkan oleh orang kanannya sahaja berjumlah USD$2.5 billion.

"Apakah pentadbiran PM mengakui bahawa Perdana Menteri dan partinya Umno adalah setaraf dengan rejim-rejim diktator di dunia; sehinggakan khidmat APCO yang selama ini membaiki imej diktator perlu digunapakai?" soal Ahli Parlimen Permatang Pauh.

Inilah dilema yang dihadapi Najib. Beliau hanya ada dua pilihan sahaja. Iaitu, mengaku bahawa kerajaan tersilap dengan menggunakan khidmat perisik Israel, atau kedua menghukum Khairy Jamaluddin Abu Bakar dan Omar Mustapha Ong, yang membawa APCO ke dalam pejabat PM melalui syarikat Mind Team dan Ethos Consultancy sebagaimana didakwa Anwar.

Umno masih belum pulih dan BN yang bercelaru


Kecelaruan semakin membungkam Najib, apabila Umno-BN gagal memberikan sokongan padu kepada PM, dengan serangan terbaru terhadap kepimpinannya.

Tatkala Najib bercakap mengenai 1Malaysia, tanpa mengira kaum dan warna kulit, Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berdegar-degar bercakap soal kepentingan Melayu.

Najib bercakap soal pluralisme, Muhyiddin bercakap soal racisme. Ia kelihatan bercanggah. Tetapi mungkin juga ianya strategi untuk mengaut sokongan lebih banyak.
Apa pun dari segi dalaman Umno, sudah wujud persepsi PM dan TPM tidak sebulu, berlainan kem, sudah lama berlaku.

Ketika penulis bersembang-sembang dengan penganalisis MCA di Parlimen baru-baru ini, penulis melontarkan persoalan dikhabarkan wujudnya campur tangan pemimpin Umno yang cenderung menyokong puak-puak tertentu dalam MCA, beliau kelihatan tidak selesa.

"Kita tahu memang Umno tidak mahu 'orang tertentu' jadi Presiden MCA, tapi buat apa campur urusan MCA, dalam rumah Umno sendiri 'bocor', mereka belum pulih, tapi kata sudah pulih," bidas beliau.

Memang Umno belum pulih. Ketiga-tiga Naib Presiden yang ditempatkan menjadi Pengerusi Perhubungan Umno Negeri, langsung tidak membantu Najib menguruskan Umno.

Dato' Seri Ahmad Zahid Hamidi yang menerajui Pulau Pinang gagal mengawal Ketua Umno Bahagian dan ahli-ahli Umno berantakan sesama sendiri. Bergaduh dengan Gerakan dan menimbulkan pelbagai kekecohan sehingga menjejaskan Umno.

Di Terengganu, Dato' Seri Hishammuddin Hussein gagal mententeramkan gelodak perang kumpulan Dato' Seri Idris Jusoh dengan Dato' Ahmad Said. Umno Terengganu terus berpecah belah.

Di Kedah, Dato' Mohd Shafie Apdal lebih teruk, kerana didakwa gagal mengadakan mesyuarat perhubungan. Ketua-Ketua Umno Bahagian tidak menyokongnya. Mereka menolak orang Sabah dilantik memimpin orang Kedah.

Manakala di Perlis, pergaduhan antara puak Dato' Seri Shahidan Kassim dengan Dato' Seri Md Isa Sabu, berterusan. Kerajaan negeri terumbang-ambing, sama macam Umno Perlis, bergaduh hingga ke akar umbi.

Di Perak, selepas Dato' Seri Mohd Zambry Kadir disahkan oleh Mahkamah sebagai MB. Umno-BN tidak mampu mentadbir negeri dengan baik. Pegawai kerajaan dan rakyat tidak menyokong beliau. Sidang Dun dibuat dalam keadaan kelam kabut seumpama 'penjenayah yang mahu menyembunyikan harta rompakannya.

Di Pahang kerajaan negeri pimpinan Dato' Seri Adnan Yaakob dikhabarkan tidak mampu bertahan akibat keadaan kewangan negeri yang amat buruk. Hasil kerajaan, terutamanya balak sudah licin dikebas kroni. Saman syarikat balak tidak mampu dibayar. Dalam keadaan terumbang-ambing, kerajaan pusat terpaksa menampung bebanan besar kewangan Pahang.

Di Negeri Sembilan, kemasukan semula pesalah rasuah politik wang Umno, Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad dalam Dewan Undangan Negeri menjadikan kedudukan MB, Dato' Seri Mohamad Hassan bagaikan 'telur di hujung tanduk.'

Krisis Isa-Mohamad ini memang tajam. Selepas Isa tersingkir dari jawatan MB. Beliau dilantik sebagai Menteri Wilayah Persekutuan. Tetapi dijatuhkan selepas menang jawatan Naib Presiden Umno, dipercayai ada kaitan dengan usaha pihak tertentu dari Negeri Sembilan.

Perbalahan ini menjadi semakin tajam apabila ramai orang Mohamad, tewas jawatan Ketua Umno Bahagian dalam pemilihan tahun lepas. Dengan hanya kelebihan empat kerusi di Dun berbanding Pakatan Rakyat, Umno-BN Negeri Sembilan masih hidup tetapi bagaikan 'bernafas di dalam lumpur.'

Begitu juga di Melaka. Najib hanya memburukkan imej Umno-BN, dengan mengekalkan pesalah politik wang dalam Umno, Dato' Seri Mohd Ali Rustam sebagai Ketua Menteri.

Seperti kata Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng, "Dia (PM) taruk (lantik) Ali Rustam jadi Ketua Menteri, sudah musnah dia punya imej mahu hapus rasuah.

"Sekarang kita boleh cakap, dia punya bising mahu hapus rasuah cuma 'menanam tebu di bibir mulut' sahaja,"katanya.

Sementara di Johor, kubu kuat Umno, berada dalam keadaan yang sama. Johor juga banyak warlord dalam Umno, banyak berpecah belah. Tetapi mereka masih beruntung kerana rakyat menyokong mereka.

Masalah besar kepada MB, Dato' Abdul Ghani Othman ialah kegagalannya mengurus ekonomi negeri sehingga ditegur dalam laporan audit. Pembangunan di WPI tidak berjalan dengan lancar.

"Lihat sahaja bangunan sebesar Johor Waterfront depan mata MB pun dia tidak nampak, terbengkalai macam 'gajah putih'. Itu pun Umno-BN tidak mampu uruskan," kata AJK PAS Pusat Mazlan Aliman.

Keseluruhannya kepada kita, jelas bahawa Umno masih gagal dan terus gagal dipulihkan. Keadaan ini ditambah terukkan oleh BN. Komponen-komponennya seperti MCA, Gerakan dan MIC, yang terus gagal berfungsi dan berpecah belah.

Sokongan, keampuhan dan kesepaduan Umno-BN terhadap kepimpinan Najib yang diuar-uarkan dalam media talibarut hanyalah kosmetik semata-mata. Ia tidak lebih sekadar usaha untuk 'membeli persepsi' baik rakyat terhadap PM.

Isu-isu yang menghantui


Memang PM kelihatannya nampak tenang. Tetapi sebenarnya kerajaan yang dipimpinnya serabut dengan pelbagai isu dan skandal yang menghantui.

Yang menghantui Najib bukannya hantu Altantuya Shaariibuu, tetapi kesan daripada kes pembunuhan warga Mongolia itu, begitu kuat impaknya kepada politik negara.

Isu yang membabitkan Najib atau isterinya Datin Seri Rosmah Mansor dengan kematian Altantuya sebagaimana yang didakwa Ahli Parlimen Kulim Bandar Baharu, Zulkifli Noordin tidak timbul.

Beliau melakukan pembohongan yang besar apabila mendakwa Anwar yang mengarahkannya mengaitkan Najib-Rosmah dengan Altantuya. Soal ini biarlah Anwar menjelaskannya.

Tetapi isu ini memang besar. Tetapi ia sudah dipencilkan, hanya kepada isu pembunuhan. Hakikat yang disembunyikan ialah soal rasuah, penyelewengan dan salahguna kuasa.

Dari awal kes Altantuya dibongkarkan ialah isu komisyen. Altantuya datang ke Malaysia pada bulan Oktober 2006, untuk berjumpa dengan Abdul Razak Baginda kerana mahu menuntut baki komisyen yang dijanjikan hasil urusniaga kapal selam.

Pada tahun 2002, syarikat Perancis-Sepanyol bernama Armaris mencapai persetujuan untuk menjual tiga buah kapal selam kepada kerajaan Malaysia dengan harga satu bilion Euro, iaitu harga yang paling tinggi dalam sejarah penjualannya.

Kes ini membabitkan DCNS, sebuah syarikat Perancis, yang pakar dalam pembinaan kapal laut tentera. Armaris, yang menjual Scorpene dan satu kapal selam Agosta kepada Malaysia pada Jun 2002, dibeli oleh DCNS pada tahun 2007.

Dalam perbahasan Parlimen, iaitu pada sesi sidang belanjawan tahun 2004, Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Dr Syed Azman Syed Ahmad mendesak kerajaan menjelaskan kontrak pembelian kapal selam dengan sebuah syarikat di Perancis, DCN International yang melibatkan wang sebanyak RM 7.7 bilion.

Beliau berkata, sebuah syarikat milik Abdul Razak Baginda, Perimekar Sdn Bhd serta rakan kongsinya mendapat keuntungan lebih daripada RM300 juta hasil dari pembelian kapal selam tersebut.

Syarikat tersebut katanya, bertindak sebagai orang tengah dalam pembelian kapal selam itu antara DCN International dengan kerajaan Malaysia.

"Apakah peranan yang dimainkan oleh Abdul Razak Baginda dalam pembelian kapal selam ini sehingga meraih keuntungan sebanyak RM300 juta," soal beliau.

Di Dewan Rakyat, pada Oktober 2007, Timbalan Menteri Pertahanan, Dato' Zainal Abidin Zin, mengakui bahawa Armaris telah membayar sebanyak 114 juta Euro sebagai komisyen kepada Perimekar, untuk tujuan perkhidmatan sokongan dan koordinasi.

Kes-kes ini sebenarnya mencetuskan keraguan, siapakah Altantuya sebenarnya. Adakah beliau broker yang digunakan dalam urusan jual beli? Dan, apakah tujuan sejumlah wang yang dibayar kepadanya oleh Razak Baginda sebelum beliau ditemui mati.

Masalah yang cuba ditutup di sini ialah hubungan rapat Razak Baginda dengan Najib-Rosmah, apakah kaitan mereka dengan Perimekar?

Persoalan-persoalan inilah yang berlegar di minda rakyat sebenarnya. Ia masih gagal dihapuskan Najib selepas setahun menjadi PM.

Persepsi yang sukar ditangkis


PM Najib barangkali mempunyai pendekatan yang tersendiri, namun beliau tidak terlepas dari persepsi buruk terhadap stail kepimpinannya.

"Dulu kita ada kerajaan tiga beranak, sekarang kita dipimpin oleh kerajaan suami isteri," getus seorang blogger orang kuat Umno.

Ia bukannya persepsi rakyat atau Pakatan Rakyat. Malah orang dalam Umno sendiri mengakui kalau hendak 'selamat' dalam Umno, mesti baik dengan Rosmah.

Ada sumber mengatakan, orang yang terbabit dalam urusan perniagaan pula mendakwa, jika hendak mendapat rezeki sama ada kontrak atau tender, juga mesti melalui Rosmah.

Malah pada peringkat awal Najib menjadi PM, ada dakwaan bahawa diarahkan kepada pihak tertentu, menyediakan bilik untuk Rosmah (di pejabat kerajaan), juga menyediakan tiga orang pegawai untuk beliau. Hal ini tidak pernah berlaku kepada PM-PM sebelum ini.

Situasi yang sebegini mencetuskan persepsi bahawa kemungkinan ada campur tangan Rosmah dalam pentadbiran Najib.

Barangkali keadaannya tidak begitu. Barangkali Rosmah tidak pernah mencampuri urusan pentadbiran Najib. Tetapi jika ditanya rata-rata rakyat Malaysia, mereka akan mengatakan bahawa, persepsi mereka ialah, Rosmah yang dictate Najib.

Begitu juga yang dialami oleh Tun Abdullah Badawi. Semasa pemerintahannya dikaitkan dengan campur tangan isteri, anak dan menantunya dalam pentadbiran negara dan parti.

Dalam keadaan sekarang, jika persepsi terhadap Najib terus kekal begitu, ia amat membahayakan masa depan politik beliau. Selagi persepsi ini tidak dapat dihapuskan, selagi itulah Najib tidak akan dianggap pemimpin yang berjaya membawa perubahan.

Isu-isu kempen Hulu Selangor


Najib memasuki tahun kedua pemerintahannya dengan cabaran Pilihan Raya Kecil Parlimen Hulu Selangor. Hulu Selangor dianggap sebagai penentu 'hidup mati' karier politik beliau, dan juga penentu masa depan BN.

Terdapat banyak isu yang tidak dapat dihuraikan secara terperinci dalam kolum yang terhad ini. Barangkali cukup sekadar catatan ringkas, untuk dikaji lebih teliti buat kempen Pakatan Rakyat di Hulu Selangor nanti.

Antaranya ialah isu pesawat pejuang Sukhoi bernilai RM3.2 bilion, yang didakwa membabitkan pembayaran komisyen yang besar juga belum selesai.

Isu GST (cukai barangan dan perkhidmatan) yang menekan dan menindas rakyat terpaksa ditangguhkan pembentangannya di Parlimen kerana bantahan Pakatan Rakyat, juga merupakan satu rekod buruk.

Dua isu besar yang membahayakan keselamatan negara secara khusus iaitu, isu kehilangan enjin jet F5E bernilai 50 juta dan pengakuan kerajaan bahawa maklumat pertahanan negara bocor kepada kedutaan asing juga memalukan negara. Malah yang lebih buruknya ialah, kedua-dua kes ini berlaku semasa Najib menjadi Menteri Pertahanan.

Isu royalti Kelantan juga harus diketengahkan. Ia bukan soal Najib semata-mata, ianya adalah merupakan salah laku pemimpin Umno, bermula pada Tun Dr Mahathir Mohamad yang menghalang Terengganu yang diperintah PAS menerima royalti. Mereka tidak peduli walaupun penduduk Terengganu lebih 90 peratus orang Melayu.

Dasar ini diteruskan oleh Abdullah, sehingga wang ihsan digunakan oleh Umno sewenang-wenangnya, melakukan projek yang membazirkan wang rakyat. Penyelewengan wang ihsan terbukti dengan runtuhnya beberapa buah bangunan di Terengganu walaupun hanya baru beberapa tahun dibina.

Kepincangan dasar terhadap orang Melayu juga harus dibangkitkan. Isu PPSMI misalnya. Walaupun kerajaan sudah mengumumkan ia akan dihapuskan pada tahun 2012, namun kesan buruknya terhadap rakyat, sudah dan sedang berlaku pada waktu ini.

Isu ini sebenarnya membuktikan betapa rakusnya pemimpin Umno, untuk mempertahankan kuasa, orang-orang Melayu dimangsakan.

Antara lain yang diboleh dibangkitkan ialah isu Model Ekonomi Baru (MEB), isu Felda dan sebagainya.

Kesimpulan


Daripada rentetan skandal, penyelewengan dan isu yang dipaparkan dalam catatan ini, amat jelas, banyak persoalan yang masih kabur menghantui kepimpinan Najib.

Sehingga kini, Najib ternyata gagal mengurus persepsi bahawa pemerintahannya tiada beza dengan Abdullah.

Data dari skala politik, ekonomi dan sosial menunjukkan dengan jelas bahawa usaha Najib untuk membawa reform, bagi menarik sokongan rakyat pelbagai kaum kepadanya masih gagal

Setakat ini, dalam tempoh setahun, report cardnya dipenuhi dengan dakwat merah. Sekiranya dakwat merah ini berterusan sehingga PRU ke-13, maka beliau berkemungkinan besar menjadi PM terakhir daripada Umno-BN.
Mohd Rashidi Hasan

PRK Hulu Selangor : 5 Sebab Kita MESTI Undi UMNO


"Artikel kali ini special sikit jika dibandingkan dengan biasa. Artikel kali ini memberikan 5 hujah tipikal kenapa kita MESTI mengundi UMNO. Kalau hujah untuk undi PAS/PKR dah biasa .

Kita lihatlah pulak hujah-hujah mengundi UMNO, baru adil. Kalau teman-teman UMNO ziarah ke rumah untuk kempen, jangan lupe untuk berkongsi 5 sebab ini dengannye:

1. UMNO itu sumber rezeki.
Inilah hujah pertama yang selalu dijaja oleh UMNO. Kata cerdik pandai UMNO, semua pembangunan di Malaysia ni ialah hasil jasa daripada UMNO. Kalau tiada UMNO, maka tiadalah pembangunan kerana rezki itu rupa-rupanya daripada UMNO belaka. Sekalipun ustaz ustaz di masjid selalu berceramah bahawa rezki itu dari Allah, cerdik pandai UMNO rupanya lebih bijak.
Pembangunan di Malaysia ni tiada kena mengena dengan sumbangan dan jasa atau titik peluh rakyat yang pro-Pakatan rupanya. Wang cukai dan tol yang dibayar rakyat yang pro-Pakatan pun rupanya tiada kesan.
Malah semenjak Pakatan memerintah Selangor dan KL ni, pintu rezeki dah tertutup agaknya, pada pemikiran cerdik pandai UMNO. Semua penduduk Selangor dan KL menjadi lapar dan kebuluran, malah hidup seumpama di Somalia. 

2. Pemerintahan UMNO umpama mandat dari Tuhan
Inilah sebab kedua yang selalu digambarkan oleh cerdik pandai UMNO. Bak kata KJ, Pakatan memerintah hanyalah kerana kelemahan BN, tidak lebih dari itu. Profesor Aziz Bari pernah mempertikai kenyataan KJ ini kerana berbunyi seolah-olah hanya UMNO yang layak memerintah dan bagaikan UMNO mendapat mandat direct dari TUhan. 

3. Hanya UMNO yang sayang Cina dan India.
Bak kata penyokong UMNO, hanya UMNO yang mampu memerintah kerana UMNO bertoleransi. Sekalipun ahli dan penyokong UMNO didapati terlibat dalam kegiatan memijak kepala lembu dan provokasi, dan masjid dan gereja terbakar berikutan kenyataan provokasi kepimpinan UMNO, itu semua hanyalah persepsi rupanya. Kasih sayang yang membuak dari UMNO dizahirkan dengan sokongan UMNO kepada ketua MCA aka Mr.DVD.

4. Anwar, Tok Guru etc ejen Zionis semuanya.
Sekalipun UMNO-Apco terpalit dengan pembuktian Apco ialah syarikat Israel-Zionis, rupa-rupanya Anwar lah ejen asing rupanya. Kenapa? Apa bukti? Buktinya ialah Najib pernah bersumpah dengan nama Allah bahawa dia tak terlibat dengan Altantuya. Ezam dan Saiful pun pernah bersumpah dengan nama Allah. Rupa-rupanya, bersumpah dengan nama Allah ialah kayu ukur terkini UMNO untuk menentukan kebenaran.
Maka dijajalah cerita di BTN bahawa Anwar ect ialah geng Zionis belaka, dan Najib dan UMNO ialah pembela Islam No.1. 

5. MP Lompat bukti UMNO parti suci.
Beberapa MP lompat pasti berkempan habis-habisan untuk memperjuangkan BN. Ini petanda UMNO parti suci. Kalau UMNO tidak cukup suci, mustahil MP yang terpalit dengan rasuah ini akan tergerak hati untuk menyokong BN.

PENDEK KATA, kalau penagih tegar UMNO mendengar 5 hujah bodoh ini, maka nescaya mereka akan mengangguk-angguk kepala mereka tanda setuju. Kalau dah ketagih tu, susah nak rawat. Biarlah mereka dengan khayalan mereka..

PRK Hulu Selangor: Kg Sg Buaya dapat peruntukan baru..jangan kena kencing lagi dah lah..!!! Tapi biasanya UMNO@APCO kaki kencing..!!!


Peruntukan baru telah diluluskan untuk membangunkan Kampung Sungai Buaya di Hulu Selangor, kata ketua kampungnya, Mustafa Talib (bawah, kanan).

Menurutnya, peruntu
kan tersebut antaranya untuk membina padang kawat (RM144,000), membaik ulih dua buah madrasah (RM130,000) dan menurap jalan (RM80,000).

Katanya, kelulusan itu dibuat oleh Datuk G Palanivel selaku penyelaras BN bagi kawasan parlimen Hulu Selangor.

"Saya juga baru terima surat yang ditandatangani sendiri oleh perdana menteri untuk tiga projek bagi kawasan ini dengan nilai RM160,000," katanya dalam satu majlis di bilik gearkan BN di kawasan tersebut malam tadi.

Menurutnya, peruntukan itu antara lain adalah untuk projek belia 4B, untuk menurap jalan serta membaiki dewan Belia 4B.

Majlis tersebut dihadiri Palanivel serta pemimpin Umno daripada Jelebu dan Teluk Kemang, yang menjadikan Sungai Buaya sebagai kawasan angkat mereka.

Palanive
l yang mesra dengan panggilan 'Datuk G' di kawasan tersebut, dalam ucapannya berkata beliau berharap pemimpin akar umbi tidak membangkitkan isu-isu kecil.

Sebaliknya, kata beliau, mereka perlu menumpukan untuk menyelesaikan perkara besar dalam menghadapi pilihan raya kecil Hulu Selangor.

Katanya, beliau telah meluluskan projek bernilai sehingga RM4 juta untuk Sungai Buaya ketika dilantik sebagai timbalan menteri kerja raya.

"Saya luluskan untuk jambatan, longkang dan sebagainya. Sebab itu kita menang untuk kerusi parlimen di kawasan Sungai Buaya," katanya.

Pal
anivel berkata, berdasarkan pemerhatiannya terhadap perkembangan semasa, beliau yakin BN akan merampas kerusi Hulu Selangor kali ini.

"Saya nampak sekarang suasana sudah lain. Orang India yang dulu lari ke PKR semua sudah balik (menyokong BN).

"Kekuatan masyarakat India sudah bertambah, begitu juga yang saya nampak di majlis yang dibuat oleh cawangan-cawangan Umno," katanya.

Beliau turut menekankan bahawa kekalahannya dalam pilihan raya umum umum lalu adalah tipis.

"Pada 2008, kekalahan saya ialah 0.04 peratus, tipis, tidak sampai setengah peratus.

"Tapi suasana dalam Mac 2008 lain, betul-betul tsunami. Sekarang suasana sudah berubah.

"Kita ada perdana menteri baru yang memberi nafas baru kepada BN," katanya.

Gambar ni..takkan masuk suratkhabar malaysia...

Keratan liputan akhbar Kompas dan Suara Karya berhubung Persidangan Demokrasi Sedunia di Indonesia yang berlangsung dari 11-14 april 2010. Dato Seri Anwar Ibrahim telah dijemput oleh penganjur untuk memberi ucaptama di persidangan tersebut.




klik gambar untuk besarkan.

Matthias dibebaskan dari penjara

PUTRAJAYA, 12 April — Matthias Chang (gambar), bekas setiausaha politik bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, yang telah dipenjarakan di Penjara Kajang selama 12 hari, dibebaskan hari ini.
Ini berikutan perintah ex-parte yang dikeluarkan bagi pembebasannya oleh Hakim Mahkamah Rayuan Datuk Sulaiman Daud sementara menunggu pendengaran rayuan beliau terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang enggan mengeluarkan perintah bagi pembebasan Matthias walaupun denda telah dibayar oleh rakan Chang.
Perintah interim juga diberikan bagi penangguhan keputusan Mahkamah Tinggi berhubung keengganan mengeluarkan perintah pembebasan itu.
Matthias dibebaskan kira-kira 6.30 petang di Penjara Kajang dan disambut oleh anggota keluarga dan peguam yang mewakilinya.
Peguam yang mewakilinya memperoleh perintah pembebasan itu pada kira-kira 4.30 petang. Chang yang kelihatan lemah semasa dihampiri pemberita  berkata : “Saya Okay.”
Semasa ditanya sama ada beliau, yang melancarkan mogok lapar sebelum ini, ada mengambil makanan akhir-akhir ini, beliau menjawab dengan suara antara kedengaran dengan tidak: “Bubur”.
Chang, 60, seorang peguam, dikenakan hukuman penjara pada 1 April berikutan keengganan membayar denda RM20,000 yang diputuskan oleh Mahkamah Tinggi pada 25 Mac bagi kesalahan menghina mahkamah dalam kes fitnahnya terhadap American Express (Malaysia) Sdn Bhd.
Pada 7 April, Hakim Noor Azian Shaari enggan mengeluarkan perintah pembebasan kepada Salahuddin Hashim, rakan Chang, bagi pembebasan Chang walaupun denda itu telah dilunaskan oleh Salehuddin, atas alasan pihak ketiga tidak mempunyai locus standi untuk membayar denda itu.
Chang didapati bersalah menghina mahkamah selepas beliau gagal meminta maaf kepada mahkamah selepas bertikam lidah dengan hakim dan seorang peguam, semasa pemeriksaan balas oleh peguam dalam saman sivilnya.
Cubaan membayar denda itu dibuat tanpa pengetahuan Chang ekoran rakannya bimbang dengan keadaan kesihatannya akibat mogok lapar yang dilancarkannya.
Beliau menamatkan bantahan selama sembilan hari itu selepas dirayu oleh Dr Mahathir. Pihak berkuasa Penjara Kajang terpaksa memasukkan Chang ke Hospital Serdang selepas kesihatannya semakin lemah berikutan keengganannya mengambil makanan pejal.
Dalam afidavit beliau untuk menyokong permohonan ex-parte bagi pembebasan Chang, Salahuddin mendakwa beliau telah membayar denda itu bagi pihak Chang pada 5 April lepas dan telah menyerahkan resit asal pembayaran yang dikeluarkan oleh Mahkamah Tinggi kepada pegawai Penjara Kalang dan meminta Chang dibebaskan dari penjara.
Katanya bagaimanapun beliau telah diarahkan oleh pegawai penjara untuk pergi ke Mahkamah Tinggi bagi mendapatkan perintah pembebasan bagi membolehkan Chang dibebaskan. Salahuddin berkata keesokkannya, beliau pergi ke Mahkamah Tinggi bagi mendapatkan perintah pembebasan itu tetapi dinasihatkan oleh staf mahkamah untuk membuat permohonan kepada mahkamah.
Pada 7 April, katanya permohonannya bagi pembebasan Chang ditolak atas alasan beliau tidak mempunyai locus standi untuk memohon bagi pembebasan Chang dan permohonan pembebasan perlu dikemukakan oleh Chang sendiri.
Katanya Hakim turut memerintahkan wang denda RM20,000 yang telah dibayarnya dipulangkan semula kepadanya. Bagaimanapun, katanya beliau memutuskan untuk tidak menuntut semula RM20,000 yang dibayarnya bagi pihak Chang tetapi akan mematuhi keputusan Mahkamah Rayuan kelak.
Salahuddin berkata terdapat merit bagi rayuan itu dan menurutnya Mahkamah Tinggi telah terkhilaf daripada segi undang-undang apabila memutuskan beliau tidak mempunyai locus standi untuk mengemukakan permohonan bagi pembebasan Chang.
Sementara itu, di Penjara Kajang, seorang daripada peguam yang mewakili Chang, Manjit Singh berkata Chang berada dalam keadaan baik dan akan pulang ke rumah.
Manjit Singh berkata Chang telah diberi layanan baik semasa ditahan di penjara. Katanya Chang akan menjalani pemeriksaan perubatan di Pusat Perubatan Subang. — Bernama

BLOGGER JAHIL INI CUBA MENJAWAB PERSOALAN HUKUM UMNO KAFIR

JIKA kita ingin bertanya sesuatu hukum atau isu-isu berkaitan agama bertanyalah pada yang arif di bidang itu. Jangan jadi seperti kisah yang diceritakan oleh sebuah blog pro UmApco di sini. Saya kesihat melihat begitu cetek agama yang ada pada beliau sehingga hendak menjawab soalan umpama `kacang' itu pun beliau tidak boleh jawab.
Sebagai menjawab soalan `Bolehkah orang Umno dikategorikan sebagai orang Islam, kerana orang Umno tidak mengikut apa yang disuruh oleh Islam", si bangang ini bukan menjawab soalan itu tetapi dia bertanya pula mengapa Kerajaan PAS Kelantan tidak melaksanakan hukum hudud walaupun Kerajaan Pusat tidak membenarkannya? (mengaku juga dia memang Kerajaan Pusat tidak benarkan hukum hudud dijalankan). Adakah beliau tahu bahawa Kerajaan PAS Kelantan adalah salah sebuah negeri yang berada di bawah Kerajaan Persekutuan dan tertakluk kepada Perlembagaan Persekutuan yang sekular itu?
Bayangkan, jika Kerajaan PAS Kelantan jalankan juga hukum hudud tersebut tanpa kelulusan oleh Kerajaan Persekutuan, seandainya si Pesalah itu membawa kes tersebut ke mahkamah yang lebih tinggi maka hukuman tersebut tidak sah kerana hukum hudud tiada termaktub dalam perundangan negara sekular kita ini. Kelantan bukan sebuah negara persendirian yang boleh mengubah perundangan sesuka hati. Terdapat beberapa undang-undang yang boleh dipinda oleh kerajaan negeri dan ada undang-undang yang memerlukan kebenaran kerajaan pusat sekiranya ingin dipinda atau diwujudkan kerana ianya melibatkan sistem kehakiman, pihak Polis atau Penjara yang semuanya di bawah kawalan kerajaan pusat.
Apakah kerajaan negeri yang diperintah oleh PAS mesti melaksanakan undang-undang Islam semata-mata untuk menunjukkan kerajaan PAS lebih takut kepada Allah dari kerajaan pusat? Tentu kita boleh bayangkan apa akan jadi kepada negara kita ini sekiranya PAS mengambil pendekatan `revolusi' sedemikian. PAS tetap ingin menegakkan Islam tetapi PAS tidak memilih `Revolusi' atau keganasan untuk mencapai cita-cita tersebut sebaliknya PAS masih berharap kepada sistem demokrasi di negara ini. Kita ingin juga bertanya, mengapa kerajaan pusat yang ditunjangi oleh Umno itu tidak mahu melaksanakan Undang-Undang Islam sedangkan mereka berkuasa di peringkat pusat?
Tuduhan penulis bangang ini bahawa Tuan Guru Nik Aziz juga mengamalkan rasuah tiada beza dengan kerajaan di bawah Umno/Bn (sekali lagi mengaku pun negeri di bawah Umno itu rasuah). Tiada fakta dan hujah langsung apabila beliau turut membuat tuduhan Tuan Guru Nik Aziz pergi menunaikan ibadah Haji tidak pernah guna duit poket sendiri. Jelas dan berfakta bahawa SPRM sejak berpuluh tahun dahulu sehingga saat ini tidak henti-henti menyiasat perbuatan rasuah kerajaan Negeri Kelantan termasuk Tuan Guru Nik Aziz sendiri. Apa hasilnya setakat ini? Cuba sebutkan satu saja kes rasuah yang melibatkan Adun atau Exco kerajaan Negeri Kelantan yang didakwa dan didapati bersalah sepanjang PAS memerintah. Kalau ikut cerita dari Syaitan-Syaitan memang banyak, tetapi terbuktikah?
Si bangang ini menyebut di Kelantan ada pusat hiburan kununnya sama seperti di negeri bawah Umno. Agaknya kali terakhir si bangang ini pergi ke Kelantan adalah semasa Umno memerintah dahulu, sebab itu beliau berjumpa pusat hiburan merata-rata, kedai ekor dan pusat judi di Kelantan. Banyak lagi persoalan atau jawapan bodoh dari si penulis bodoh itu yang kita boleh baca di dalam blognya itu.
Sebelum saya menutup tulisan ini, ingin saya mengajar sedikit si penulis bodoh itu tentang jawapan terhadap soalan asal "Bolehkah orang Umno di kategorikan sebagai orang Islam, kerana orang Umno tidak mengikut apa yang disuruh oleh Islam". Soalan itu samalah dengan jawapan kepada soalan "Bolehkah orang Umno di kategorikan sebagai orang Islam, kerana orang Umno tidak bersembahyang?". Jawapannya, dia tetap Islam tetapi berdosa besar kecuali sekiranya dia menganggap sembahyang itu tidak wajib atau tidak sesuai dilakukan di zaman ini maka hukumnya KAFIR. (Saya mohon sesiapa yang lebih arif tentang persoalan ini betulkan saya jika tersilap).
Jelas di sini, kerajaan pusat yang ditunjangi oleh Umno hanya menjadikan Islam sama seperti `gincu di bibir' untuk hiasan semata-mata. Sampai bilakah gincu ini boleh bertahan? Kena kuah sup semangkuk habislah ia..
- Wan Fauzdin

Pakatan bincang strategi jika Anwar digantung

Oleh Asrul Hadi Abdullah Sani
KUALA LUMPUR, 12 April — Kepimpinan Pakatan Rakyat (PR) akan membincangkan strategi pada Rabu ini jika Parlimen menggantung Datuk Seri Datuk Seri Anwar Ibrahim (gambar), yang mengaitkan 1 Malaysia dengan konsep One Israel.
Kerajaan Barisan Nasional akan merujuk Anwar, yang juga Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan pada 22 April ini atas alasan beliau gagal memberikan bukti kukuh untuk menyokong dakwaannya itu.
The Malaysian Insider difahamkan pemimpin-pemimpin PR akan membincangkan kemungkinan itu apabila usul menggantung Ahli Parlimen Permatang Pauh ini dibentangkan.
Anwar, Ketua Umum PR menegaskan, APCO menyediakan perkhidmatan kepada usaha pembentukan konsep 1Malaysia kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan One Israel yang diperkenalkan oleh Ehud Barak.
Bagaimanapun APCO menafikan kaitannya dengan konsep One Israel dan berkata,  initiatif 1Malaysia dirangka sebelum pembabitan syarikat dalam menyediakan perkhidmatannya.
Bagaimanapun akhbar Singapura, The Straits Times mendedahkan dokumen-dokumen Jabatan Kehakiman AS menunjukkan firma perhubungan awam antarabangsa itu menyertai perjanjian menyediakan perkhidmatannya bagi Israel pada 1992.

PIBG Sekolah Tamil Seluruh Selangor Terima RM522,000

KUALA KUBU BAHARU 12 Apr - Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat Selangor menyumbang RM522,000 kepada PIBG sekolah Tamil di seluruh negeri Selangor bagi membaikpulih dan menaikrataf kemudahan sekolah.
Dalam majlis yang diadakan di Dewan Merdeka, Kuala Kubu Baru semalam, Dr Xavier Jayakumar Exco Kesihatan, Pekerja Ladang, Kemiskinan dan Kerajaan Prihatin Negeri Selangor telah menyerahkan cek kepada pengerusi PIBG bagi 97 buah sekolah Tamil di seluruh negeri Selangor.
 Secara purata setiap sekolah menerima sumbangan sebanyak RM5,000 ke RM10,000 mengikut keperluan sekolah masing-masing.
Sumbangan tersebut merupakan peruntukan tahun ini dari kerajaan negeri untuk  membantu murid-murid miskin.
Sebanyak 7 buah sekolah di daerah Hulu Selangor pula mendapat peruntukan tambahan bagi menambahbaik infrastruktur bangunan sekolah, membina pondok bacaan serta membaikpulih tandas sekolah.
Ini termasuk Sekolah Tamil Ladang Nigel Gardner, Sekolah Tamil Lima Belas, Sekolah Tamil Ladang Kerling, Sekolah Tamil Changkat Asa, Sekolah Tamil Bukit Beruntung yang masing-masing menerima RM25,000 setiap sekolah manakala Sekolah Tamil Batang Kali menerima RM31,000 dan  Sekolah Tamil Sungai Choh pula menerima RM49,000.
 Majlis sumbangan tersebut turut disertai Halimah Ali, Exco Pendidikan Negeri Selangor, S Manikavasagam, Ahli Parlimen Kapar, Charles Santiago, Ahli Parlimen Klang, Gan Pei Nei, Ahli Dewan Undangan Negeri Rawang serta M Ravi ADUN Port Dickson.
 Dr Xavier menegaskan peruntukan tersebut merupakan sebahagian daripada RM4 juta yang diberikan kerajaan negeri untuk  menaiktaraf pendidikan di sekolah Tamil seluruh  Selangor  
 Ujar beliau lagi perkara ini tidak pernah berlaku semasa Barisan Nasional mentadbir Selangor selama 50 tahun.
Pemimin MIC yang kononnya memperjuangkan nasib masyarakat India dalam BN tidak mengambil peduli terhadap pendidikan sekolah Tamil yang kebanyakannya terletak di dalam kawasan estet atau luarbandar.
 Tegasnya lagi pemimpin MIC hanya memperbodohkan masyarakat India kerana mereka beranggapan kononnya kelompok masyarakat India tiada pilihan lain kecuali terus menyokong parti itu.
"Bagaimanapun anggapan mereka meleset apabila masyarakat India beralih menyokong Pakatan Rakyat yang lebih mengambil berat dan prihatin membantu mereka.
 "Masyarakat India telah menghukum MIC dalam PRU Mac 2008 yang lalu di mana hampir kesemua pemimpin MIC tumpas dalam pilihan raya umum tersebut," kata Dr Xavier.
 Dalam majlis yang sama beliau juga menyampaikan sumbangan RM100 setiap seorang kepada 160 orang pelajar cemerlang dari sekolah di daerah Hulu Selangor yang menduduki peperiksaan UPSR, PMR, SPM dan STPM tahun lepas.

PRK Hulu Selangor : MIC Tiada Pilihan Melainkan Mesti Menang



ANALISIS MSTAR Oleh B. ANBUMANIMALAYSIAN Indian Congress ataupun MIC yang ditubuhkan pada tahun 1946 kini sudah menjangkau usia 64 tahun. Perjuangan politik dan sumbangan MIC dalam turut sama membangunkan negara tidak dapat dinafikan.
Namun MIC kini dilihat macam sudah kehilangan taringnya selepas pilihanraya umum ke 12 (Mac 2008) selepas ramai pemimpin utama mereka tersungkur.
Kekalahan Presidenya Datuk Seri S. Samy Vellu, Timbalanya Datuk G.Palanivel, Ketua Pemuda, Ketua Wanita dan ramai lagi telah meletakkan MIC dalam situasi yang cukup kritikal dan tidak pernah ia lalui sepanjang sejarah kewujudannya.
Malah MIC turut menerima tamparan yang kuat selepas gerakan pertubuhan Hindraf mula mendapat sambutan yang luar biasa dikalangan masyarakat India – ketika PRU yang ke-12.
MIC kalah enam kerusi parlimen dan 12 kerusi Dewan Undangan Negeri pada PRU 2008. Tapi Samy Vellu begitu optimis masyarakat India sudah menerima balik MIC dalam tempoh dua tahun ini. Itu pandangan Samy, tapi diluar sana MIC masih lagi menjadi sasaran pelbagai pihak.
Selepas PRU 2008, dalam tempoh dua tahun ini persoalan sama ada MIC masih relevan masih lagi dilontarkan oleh kumpulan tertentu yang dilihat cuba memperlekehkan kuasa parti tersebut. Selepas kecundang di pilihanraya kecil Bukit Selambau, MIC kini mendapat satu lagi peluang untuk menebus semula maruah mereka di pilihan raya kecil Hulu Selangor 25 April ini. Penamaan calon pada 17 April.
Umno dan semua parti komponen Barisan Nasional (BN) sudah bersedia untuk berganding bahu bersama MIC untuk merampas semula kawasan tersebut yang kini “ ditakluk” oleh PKR pada PRU 2008 menerusi kemenangan tipis 198 undi.
Dari segi sejarahnya Parlimen Hulu Selangor merupakan kubu kuat BN sejak 1955, namun kegagalan Palanivel untuk mempertahankan kerusi tersebut untuk penggal yang kelima telah meletakkan dirinya dan juga MIC dalam keadaan yang meruncingkan. Itulah sebabnya kerusi tersebut mula dituntut oleh Umno kerana mereka merasakan “kemenangan pasti milik mereka” sekiranya di beri peluang bertanding.
Hujah dan pandangan Umno ada kewajarannya kerana tiga daripada dua kerusi Dewan Undangan Negeri di Parlimen Hulu Selangor – Hulu Bernam dan Batang Kali dimenangi oleh Umno dengan majoriti yang besar pada PRU 2008. Manakala DUN Kuala Kubu Bharu pula dimenangi oleh MCA dengan majoriti yang tipis.
Namun, setelah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan secara rasmi MIC akan bertanding di Hulu Selangor semua parti komponen termasuk Umno, MCA, PPP dan Gerakan sudah mula turun padang untuk memastikan kemenangan calon BN dan MIC. Malah mereka dilihat sudah mula berkampung disana sejak dua minggu lepas.
Masing–masing dilihat begitu bersemangat sekali setelah mendengar amanat Najib Tun Razak yang juga Pengerusi UMNO dan BN Selangor ketika di Konvensyen BN Selangor baru–baru ini. Tapi mereka mahukan calon yang “ berjiwa rakyat “ dan “ disenangi” oleh rakyat Hulu Selangor.
Kini segala tumpuan tertumpu ke arah bakal calon yang akan diumumkan oleh Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin pada 15 April ini. Muhyiddin telahpun memberi indikasi awal bahawa calonnya adalah anak tempatan yang bermastautin di Hulu Selangor - sekaligus menimbulkan teka-teki sama ada Palanivel akan tersenarai atau tidak. Ini kerana Palanivel tidak bermastautin di Hulu Selangor.
Yang bermastautin di sana ialah Naib Ketua Pemuda MIC Pusat, V. Mugilan. Satu lagi nama yang disebut-sebut kini ialah P. Kamalanathan, iaitu Ketua Penerangan MIC Pusat.
Memang tidak dinafikan sama sekali faktor calon merupakan formula penting bagi BN sekiranya mahu menawan parlimen Hulu Selangor.
Perdana Menteri telah memberikan amaran supaya jangan asyik khusyuk bercerita pasal bakal calon. “Berikan kuasa memilih calon kepada saya. Saya mahu semua pihak berhenti bercakap pasal calon. Buat kerja masing–masing. Jangan malas...” kata PM dalam nada yang cukup serius ketika berucap di hadapan pemimpin–pemimpin BN Selangor di Konvensyen BN Selangor minggu lalu.
Bukanlah menjadi satu rahsia lagi bahawa MIC telah mencalonkan Datuk G.Palanivel sekali lagi untuk kerusi itu tetapi sebagaimana kata PM, yang menentukannya ialah beliau. Walaupun Samy Vellu tidak mencalonkan nama lain selain Palanivel, difahamkan dua nama lain turut menjadi perhatian Aras 4 Seri Perdana.
Mugilan, 35, merupakan anak watan Hulu Selangor manakala Kamalanathan 44, pula berasal dari Kuala Lumpur tapi menetap di Rawang.
Mugilan menang jawatan Naib Ketua Pemuda MIC pusat setelah menewaskan ADUN Kahang R. Vidyananthan pada pemilihan MIC tahun lepas. Manakala Kamalanathan pula dilantik oleh Samy Vellu sebagai Ketua Penerangan MIC.
Di sebalik pelbagai spekulasi ini, Palanivel, 61, beryakinan yang beliau akan diberi peluang sekali lagi untuk merampas kerusi tersebut memandangkan parlimen tersebut sudah sebati dengan dirinya sejak 1990 hingga 2008. Walaupun ada pelbagai persepsi mengenai dirinya sejak tewas pada 2008, beliau yakin kali ini landskap politik Hulu Selangor sudah berubah. Tetapi pengumuman Timbalan Perdana Menteri pagi Isnin telah mengubah semua senario ini.
Palanivel yang juga merupakan Ketua MIC Bahagian Hulu Selangor dan Pengerusi MIC Selangor mendapat sokongan padu dikalangan ahli – ahli MIC di Hulu Selangor termasuk dari pergerakan Pemuda, Wanita , Puteri dan Putera MIC pusat untuk dicalonkan semula di Hulu Selangor.
Rekod cemerlang Palanivel di Hulu Selangor berjaya dileburkan oleh Allahyarham Datuk Dr. Zainal Abidin dengan mendapat 23, 177 undi manakala Palanivel mendapat 22, 979 undi. Sudah pasti rekod cemerlangnya selama empat penggal sukar dijadikan “ kajian ataupun panduan” di Hulu Selangor kerana landskap politik negara telah berubah setelah negara dikejutkan dengan Tsunami PRU 2008.
Apapun sebagai Ahli Parlimen Hulu Selangor sejak 1990 hingga 2008 sebelum kecundang pada PRU 2008 , berdasarkan rekod perkhidmatanya selama 18 tahun, MIC pusat melihat Palanivel sudah tentu boleh bangkit semula di kawasannya sendiri sekiranya jasanya serta baktinya masih dikenang oleh para pengundi. Di mana – mana kawasan Parlimen ataupun Dewan Undangan Negeri (DUN), rakyat sukar menolak wakil rakyat mereka sekiranya calon tersebut telah menjiwai hati mereka.
Palani juga perlu sedar penentangan terhadap dirinya datang dari mana dan mencari punca sebenar kekalahanya pada PRU 2008. Isu – isu seperti pemilikan tanah, pembangunan sekolah tamil , pembangunan di Hulu Selangor , projek terbengkalai,masalah kerajaan tempatan dan isu kemiskinan luar bandar antara isu – isu yang perlu ditangani segera. Beliau kena berani berdepan dengan isu–isu yang ditimbulkan oleh rakyat ketika berkempen sekiranya terpilih nanti. Kalau rekod empat penggal lepas menjadi pertaruhan Palanivel, beliau tak perlu risau sekiranya dicalonkan semula. Tetapi kenapa pula ada tekanan yang kuat terhadap dirinya? Apakah sudah ada perang psikologi terhadap Palanivel ataupun ada usaha untuk menjatuhkanya? Inilah antara persoalan cepu mas yang menjadi tajuk perbualan hangat dikalangan ahli–ahli parti ketika ini.
Ada juga berpandangan, sebagai orang no 2 dalam MIC beliau perlu keluar dari bayang–bayang Samy Vellu sekiranya mahu dilihat seorang pemimpin yang berkalibar.
Namun begitu pada masa yang sama, ramai juga yang berpandangan BN perlu menampilkan calon berwibawa untuk menandingi kekuatan Pakatan Rakyat yang dijangka akan menurunkan calon yang terbaik dikalangan mereka. Antara nama yang paling kuat disebut ialah bekas Menteri kabinet yang kontroversi, Datuk Zaid Ibrahim.
Bagi BN pula calon yang akan terpilih nanti, bukan sahaja akan membawa bendera MIC tetapi turut membawa bendera BN. Justeru itulah, calon BN perlu mesra rakyat dan jangan terlalu ikut “ stail” lama. Penampilan diri merupakan antara elemen penting yang perlu diutamakan oleh calon yang terpilih nanti. Jangan terlalu ikut kepada kemahuan dan kehendak diri sendiri.
B.Anbumani ialah Perunding Media dan Pemerhati Politik mahu melihat kebangkitan semula MIC di Hulu Selangor pada 25 April ini.

Mohsin tidak kota janji.....





IPOH – Hampir sebulan Ahli Parlimen Bagan Serai yang keluar dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) dengan mengisytiharkan bebas berjanji untuk berjumpa dengan pengundi bagi Parlimen berkenaan masih belum dikotakan sehingga kini.

Ahli Majlis Syura Pas Pusat, Ahmad Awang berkata, setakat ini, tiada sebarang perkhabaran yang diterima daripada Mohsin berdasarkan kepada janjinya untuk melihat dan berjumpa dengan rakyat di Parlimen Bagan Serai.

Menurutnya, beliau dan rakyat masih menunggu bilakah agaknya Mohsin Fadzil Samsuri akan ke sini (Bagan Serai), melaksanakan tanggungjawabnya sebagai wakil rakyat.

“Kesan dari solat hajat yang dilaksanakan selama seminggu tempoh hari, Mohsin Fadzil tampil memberi kenyataan bahawasanya dia tidak akan masuk atau sertai Barisan Nasional (BN) sahaja.

“Selepas itu, tiada lagi khabar berita dari dia, sama ada bertanyakan khabar mengenai permasalahan rakyat di kawasannya, langsung tidak ada,”katanya ketika dihubungi Sinar Harian, di sini, semalam.

Ahmad berkata, seharusnya sebagai pemimpin yang diamanahkan oleh rakyat, dia perlu membuktikan serta mengotakan janjinya bukan hanya menabur janji-janji kosong sahaja.

Katanya, rakyat menunggu apakah penjelasan sebenar mengenai tindak-tanduk dia keluar parti daripada mulutnya sendiri bukan melalui media.

“Saya sendiri pun, tidak menerima sebarang panggilan atau berita mengenai dia setakat ini. Sebagai umat Islam, janji perlu dikotakan walau apa cara sekali pun,” katanya.

Sementara itu, Mohsin Fadzil ketika dihubungi menjelaskan beliau akan turun berjumpa rakyat dalam masa terdekat ini.

Katanya, beliau tidak mahu ulas panjang ketika ini dan akan tiba masanya menjelaskan kepada rakyat.

Hisham, AG jamin Pornthip selamat

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein (bawah, kiri) hari ini memberi jaminan keselamatan kepada Dr Pornthip Rajanasunand jika pakar patologi Thailand itu kembali ke negara ini bagi memberi keterangan pada inkues Teoh Beng Hock.

NONEBeliau juga meminta Pornthip membekalkan pihak berkuasa Malaysia, segala maklumat berhubung dakwaannya bahawa dia berdepan dengan 'tekanan politik' daripada kerajaan Malaysia untuk menghentikan keterangan beliau dalam inkues itu.

“Kami akan beri jaminan keselamatan kepada semua, rakyat Malaysia, rakyat asing, pelancong dan sesiapa sahaja yang berada di bumi Malaysia. Adalah tugas kami bagi melindungi dan menjamin keselamatan mereka,” katanya.

Pada sidang media di lobi Parlimen hari ini, Hishamuddin berjanji yang polis akan menyiasat dakwaan Pornthip dan memintanya tampil memberi maklumat.

NONE“Kita selalu menjamin keselamatan rakyat asing tetapi mereka mesti membekalkan butirannya, maklumat dan segala yang berkaitan. Buat masa ini, kami hanya ada tuduhan umum yang beliau kuathir dengan keselamatannya. Bagaimana kami bergerak daripada itu?”

Katanya, pihak berkuasa akan menyiasat dari dua aspek - Pornthip (kanan) ditekan dan beliau bimbang akan keselamatannya.

“Saya menggesanya untuk datang memberikan maklumat agar kami dapat menjalankan siasatan terperinci. Saya tidak ada apa-apa untuk disembunyikan,” katanya.

Dalam perkembangan berkaitan, Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail (bawah, kiri) berkata tidak ada sebab bagi pakar patologi Thailand itu risau mengenai keselamatannya.

“Bagi sayghani patail gani 060409a, kedatangannya adalah dialu-alukan. Saya mahu dia ke mari dan memberi keterangan dengan aman dan tenang....

"Saya akan pastikan bahawa pihak berkuasa membekalkan kawalan keselamatan. Tiada masalah,” katanya di lobi Parlimen.

Timbalan Menteri Luar Negara, A Kohilan Pillay juga mahu Porntip mendedahkan nama orang yang mengugutnya supaya kerajaan boleh menyiasat.

"Biarkan dia berikan nama kepada kami supaya siasatan boleh dijalankan,” katanya sambil menambah bahawa kerajaan tidak akan menghentikan sesiapa daripada memasuki negara ini secara sah.

Semalam, Dr Pornthip memberitahu Malaysiakini bahawa beliau telah "dinasihatkan" oleh pegawai-pegawai tinggi Jabatan Kehakiman Thailand - tempat beliau bertugas sebagai ketua pengarah Institut Sains Forensik Pusat - supaya jangan ke Malaysia minggu depan untuk menghadiri inkues tersebut.

Beliau berkata, kementerian kehakiman telah menerima maklumat daripada kementerian luar Thailand bahawa beliau mungkin menghadapi masalah jika ke Malaysia, termasuk kemungkinan dihalang memasuki negara ini.

Menurutnya, kementerian luar Thailand telah menarima "isyarat" dari kerajaan Malaysia melalui "saluran tidak rasmi" bahawa kehadiran beliau dalam inkues tersebut, adalah tidak disenangi.

Malaysia: US should press Najib to scrap policy of racial discrimination

AMNESTY INTERNATIONAL PUBLIC STATEMENT
When Malaysian Prime Minister Najib Tun Razak visits the United States this week, US government officials should press him to end Malaysia’s institutionalised system of discrimination against non-ethnic Malays.
As a first step, Malaysia should agree to ratify the Convention on the Elimination of All Forms of Racial Discrimination (CERD), a UN treaty already ratified by 173 countries.
In Washington, the Malaysian prime minister is scheduled to meet with US President Barack Obama, administration officials and members of Congress.
The current insitutionalized system of discrimination originated with the 1970 “New Economic Plan”, which established wide-ranging policies in favour of Bumiputeras, or "sons of the soil". This category encompasses ethnic Malays and certain groups of Indigenous people, who together comprise the majority of the country’s population.
In a 30 March speech unveiling a new economic plan, Prime Minister Najib himself acknowledged the need to reform these policies, stating: “For too long, the implementation of our affirmative action policies has not reached those who needed them the most.” He announced reforms to the policy favouring Bumiputeras over other ethnic groups, saying it would be market-friendly, merit-based, transparent and needs-based.
The UN Human Rights Committee has established that countries have the prerogative to take affirmative action against conditions that cause discrimination. However, it also said that this action is legitimate only “as long as such action is needed to correct discrimination in fact”.
But Malaysia’s current policies favouring Bumiputeras institutionalise racial discrimination across a number of key areas, including education and employment.
In education, for example, non-Malay students are banned from attending the state-owned University Teknologi Mara (UiTM), which has a student body of 120,000. In 2008 the government rejected a proposal to reverse this policy.
In employment, preferential quotas in the civil service privilege the Malay majority. For example, in early 2010, Malays accounted for 98.47% of civil service jobs in Johor state, according to its Chief Minister. Meanwhile, around 54% of the state’s population is Malay.
Issues of racial discrimination cannot be discussed publicly in Malaysia without running the risk of prosecution under criminal law. After it published a letter criticising Malay “special rights”, the website Malaysiakini was raided by police in 2003 and closed down temporarily under the Sedition Act.
In 2008 the group HINDRAF, advocating for equal rights for Malaysian Indians, was banned under the Societies Act. Five of its leaders were detained without charge for several months under the Internal Security Act, although they were all subsequently released.
As Malaysia is currently seeking a seat on the UN Human Rights Council, it should ratify CERD without delay, to demonstrate to UN members that it is serious about ending racial discrimination.

Round 4 of 10: The Othman Talib link

Othman Talib is the IGP’s plant in the Police Force Commission (PFC). And he is also the front-man for the IGP’s dirty dealings involving the police helicopter and computerisation projects that involves billions of Ringgit and which has exposed the country to a security risk and penetration by spies from a declared ‘enemy state'.



Raja Petra Kamarudin
Bukit Aman should learn a thing or two about misinformation and disinformation campaigns. We in the opposition have been using this tactic since way back in 1998 to confuse the Malaysian government and its intelligence services, and quite successfully at that too.
Remember the BERSIH rally of November 2007? We successfully confused the police and made them believe that we were going to assemble on the Selangor Club padang and the entire police force also assembled there. The police helicopter was circling the padang and when it came low I waved at it so that they could see me. And while they surrounded the empty padang we marched to the Agong’s palace behind their backs.
My ‘escape’ was another such exercise in misinformation and disinformation. I knew that there are some moles in the opposition and that not all could be trusted. I did not know, however, who the moles are so I ‘leaked’ different stories to different people.
To one suspected mole I told him that I escaped to Thailand by boat and that the boat engine conked out three times in the high seas. That was the story that came out in the mainstream newspapers.
To another suspected mole I told him that I escaped to Thailand through Langkawi with the help of the Consul General of Thailand in Langkawi. Now, it seems, the Malaysian government has demanded that the Thai government expel this Thai Consul General.
And how do I know this? Well, my Deep Throats in Bukit Aman told me and I was also told the Thai Consul General has already been instructed to pack his bags and leave within the next 24 hours.
Actually, the poor chap does not even know me or I him. But now he is in hot soup and probably will see his career cut short. I am sorry he has become a victim of my misinformation and disinformation campaign. However, as they say, all is fair in love and war and this is war.
This just proves that there are many moles in the opposition and I have ferreted out those suspected of being government agents, with some innocent victims though, unfortunately.
Anyway, I want to bring you back to this letter from the IGP to the Prime Minister that Malaysia Today published a couple of days ago.

Now, note the part that mentions Web Power. And please also note the common name in Asiasoft and Web Power, Othman Talib.
Othman Talib is the IGP’s plant in the Police Force Commission (PFC). And he is also the front-man for the IGP’s dirty dealings involving the police helicopter and computerisation projects that involves billions of Ringgit and which has exposed the country to a security risk and penetration by spies from a declared ‘enemy state'.
And as follows are the documents on Web Power.