Ahad, 11 April 2010

Husni: Kerajaan yakin boleh laksana MEB Jun ini..ha..ha..ha...duit mana hang pa nak rembat kali nie...!!!!


IPOH, 11 April — Kementerian Kewangan yakin Model Ekonomi Baru (MEB) dijangka dapat diguna pakai mulai Rancangan Malaysia Ke-10 (RMK-10) selepas pandangan pelbagai pihak diambil sebagai input.
“MEB sedang dalam proses untuk mendapatkan pandangan daripada pertubuhan bukan kerajaan (NGO), swasta, orang awam, pelabur asing dan pegawai kerajaan yang mahu memberikan imput.
“Saya yakin kerajaan boleh melaksanakan MEB pada bulan Jun ini,” kata Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Ahmad Husni Ahmad Hanadzlah di sini hari ini.
Beliau bercakap kepada pemberita selepas merasmikan Konvensyen Pembangunan Generasi Muda Parlimen Tambun di Insititut Latihan Perindustrian (ILP) Ipoh di sini hari ini.
Dalam pada itu, Ahmad Husni berkata pihak kerajaan masih dalam perbincangan untuk meneliti inisiatif dan trend yang menepati keperluan negara untuk dimasukkan dalam Bajet RMK-10.
Katanya, kerajaan sedang menerima imput untuk diteliti dan dinilai sebelum dimasukkan dalam RMK-10 yang dijangka dibentangkan di Parlimen pada Oktober depan.
Dalam pada itu kata beliau, Kementerian Kewangan akan meluluskan peruntukan tambahan sebanyak RM12 billion kepada Bajet 2010 yang diluluskan kerajaan sebelum ini.
Beliau berkata sebahagian daripada peruntukan itu akan digunakan untuk melaksanakan Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) bagi tempoh RMK-10.
“Sebahagian daripada peruntukan tambahan itu akan diberikan kepada enam NKRA dan beberapa kementerian yang memerlukan peruntukan  tambahan,” katanya.

PRK Hulu Selangor : UMNO mengalah lagi

DatukSeri Mohd Najib Tun Razak menamatkan hanya setengah daripada ‘suspend’, apabila beliau mengumumkan calon dari MIC akan dipertaruhkan untuk BN merampas semula kerusi Parlimen Hulu Selangor 25 April ini.

Masih setengah lagi suspens umum ialah ‘hero’ MIC manakah yang akan dicalonkan kali ini? Apakah Datuk G Palanivel yang telah empat penggal mewakili kawasan tersebut dan hanya kalah kepada PKR pada Mac 2008 dulu?

Ramai yang berpendapat Timbalan Presiden MIC itu mungkin tidak sesuai lagi disabungkan di situ. Walaupun tewas hanya 198 kepada Datuk Dr Zainal Abidin Ahmad dalam PRU-12, beliau tidak sepatutnya dicalonkan. Carilah orang lain.

Kalau tidak Palanivel, siapa pula yang akan dipilih oleh MIC untuk diletakkan di situ? Tunggulah hari penamaan calon 15 April nanti. Setakat ini BN telah mengesahkan calon MIC akan diletakkan. Tetapi mana tahu ada kejutan, kot-kot yang dicalonkan nanti bukan dari MIC, tetapi dari UMNO atau MCA. Keputusan boleh dibuat pada saat akhir sebelum 15 April.

DENGAN meletakkan calon MIC di Hulu Selangor, BN membuktikan semangat setia kawan yang tinggi dalam kalangan rakan-rakan komponennya. Sejak empat penggal lalu kerusi itu memang milik MIC.

Sekiranya dominasi kaum dijadikan perkiraan, kerusi itu sepatutnya diberikan kepada UMNO. Hakikatnya ialah 52.7 peratus daripada 64,500 pengundi berdaftar adalah Melayu, diikuti Cina (26.3 peratus), dan India (19.3 peratus).

Tetapi, sejak sekian lama UMNO memang telah menunjukkan tahap kesabaran yang tinggi. Walaupun Melayu jauh lebih ramai, parti itu selama ini rela dan ikhlas (?) melepaskan kawasan tersebut kepada parti lain.

Kalau tengok sejarah, bukan MIC sahaja menjadi wakil di situ. Calon-calon dari MCA pun pernah diletakkan dan terpilih di kawasan itu dulu, antaranya Tan Sri Michael Chen, Tan Sri Lee Kim Sai, Tan Sri Khaw Kai Boh, malah Tun (Omar) Ong Yoke Lin pada tahun 1955.

Untuk ke sekian kalinya UMNO terpaksa mengalah lagi pada pilihan raya kecil yang amat sengit ini. Walaupun hendak sangat menang kali ini, BN tahu risiko yang bakal dihadapi dengan meletakkan calon bukan Melayu. Tetapi demi semangat setia kawan dan untuk perpaduan BN, MIC diberi peluang sekali lagi untuk bertanding.

SEKIRANYA suasana politik masih seperti pra-Mac 2008, dan MIC dicalonkan di situ, harapan PKR untuk mempertahankan kerusi Hulu Selangor adalah lebih baik. Keputusan pilihan raya umum lalu menunjukkan pengundi memang menolak Palanivel.

Ada tiga kerusi DUN di bawah parlimen Hulu Selangor, ketiga-tiganya berjaya dimenangi oleh BN, iaitu Kuala Kubu Baru (Wong Koon Mun – MCA), Hulu Bernam (Datuk Mohd Idris Abu Bakar – UMNO), dan Batang Kali (Mohd Isa Abu Kassim – UMNO).

Jika pengundi-pengundi di tiga DUN itu memberikan juga undi mereka kepada Palanivel, pastilah Parlimen Hulu Selangor menjadi hak BN, dan dengan majoriti yang sepatutnya jauh lebih besar dari 198.

Katakan Palanivel betul-betul dicalonkan kali ini, apakah tidak mungkin keputusan 2008 itu akan berulang. Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin berkata beliau tidak kisah siapa yang dicalonkan.

Tetapi beliau mengingatkan calon itu mesti diterima oleh pengundi muda yang jumlahnya lebih 12,000 dan mungkin menjadi faktor penentu. Apakah pada hemat BN Palanivel, atau mana-mana calon MIC boleh diterima oleh pengundi muda?

MUNGKIN keadaan tidak lagi seperti 2008. Pada PRU dulu pengundi ingin perubahan untuk menguji. Bukan sahaja di Hulu Selangor sekian banyak lagi kerusi Parlimen dan DUN BN terlepas ke Pakatan Rakyat. Tsunami perubahan melihat lima negeri beralih ke tangan pembangkang.

Dua tahun telah berlalu sejak tsunami tersebut, rakyat mula menilai dan menyoal, apakah PR yang terdiri dari PKR, DAP dan Pas betul-betul pilihan yang lebih baik? Sesetengah soalan itu telah terjawab dengan jelas di hadapan mata.

PR sama juga seperti BN tidak betul-betul padu. Dalam kalangan komponen sering bercakaran sama sendiri. DAP dan Pas sentiasa tidak sebulu sehingga kerap mengeluarkan kenyataan bercanggah.

PKR sejak sebulan dua ini nampak tidak stabil, dengan tiga orang anggota Parlimen meninggalkan parti, dan seorang lagi dipecat. Mereka yang keluar dan dipecat berjaya mendedahkan beberapa keburukan dan kelemahan parti. Sedikit sebanyak termakan juga di hati pengundi.

Dalam kes Hulu Selangor sendiri, wakil PKR (arwah) Datuk Dr Zainal Abidin Ahmad dikatakan tidak banyak membawa apa-apa perubahan di situ. Malah, dengan kesihatan beliau yang selalu uzur, peranan sebagai anggota Parlimen tidak dapat dilaksanakan dengan berkesan.

Maka, atas senario begini BN ingin sekali lagi meletakkan calon dari MIC. Cakap-cakap dari kalangan PR kononnya Datuk Zaid Ibrahim akan diletakkan sebagai calon PKR. Kalau benar seperti yang dicakapkan, apakah bekas menteri dan peguam terkenal itu ayam sabung yang baik untuk melawan ayam MIC?

AKHIR kalam, lepas yang ke-10 di Hulu Selangor, akan ada satu lagi pilihan raya kecil ke-11, iaitu bagi kawasan Parlimen Sibu (Sarawak). Wakilnya, Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Robert Lau Hoi Chew, meninggal dunia Jumaat lalu.

Pada sembilan pilihan raya kecil sebelum ini kedudukan ‘gol’ ialah PR menewaskan BN 7-2. Ramai yang menunggu kedudukan gol pada 25 April nanti. Ada yang siang-siang meramalkan Hulu Selangor adalah tendangan penalti buat PR.

Tetapi kita perlu menerima hakikat, bahawa bola itu bulat – tidak ada ramalan yang tepat sehinggalah tendangan itu betul-betul menembusi gawang!

- TOK PERAK

Tak patut...tak patut!!


Ada ke patut dia orang buat gambor macam ni??

Tak patut...tak patut!!

Round 3 of 10: Now let us look at Asiacopter

The current PR effort to improve the IGP's image is being orchestrated by Lourdes Charles of The Star. It is not known how much the IGP is paying him to manage the damage control and image enhancing exercise. Nevertheless, it is well known in Bukit Aman that Lourdes Charles is on the IGP’s payroll.

Raja Petra Kamarudin
This is what one of my Deep Throats in Bukit Aman told me this morning, and I quote word for word:
The IGP personally lobbied Treasury to award the PDRM integrated e-com contract to Asiasoft. When various petitions were made opposing this move, an investigation was launched which disclosed that strategic information on the police communication system had already been disclosed to the Singapore Asiasoft office, which had Israeli advisers.
This investigation report was signed of by Dato' Mahsuri, PDRM's Director of Logistcics. I am trying to get you a copy of this report so that you can publish it in Malaysia Today.
When this controversy surfaced, Dato' Mahsuri tried to shift the blame for the report to Dato' Zubaidah, the Deputy Director of Logistics. In an earlier incident, Dato' Mahsuri had also blamed Dato' Zubaidah over the uniform and boots supply contract valued at RM90 million.
Zubaidah is a trained ICT expert and is known to be relatively uncompromised.
Dato' Othman Talib is involved in the Asiasoft controversy just as he was in the Eurocopter-Asiacopter deal. Othman Talib was placed in the Police Force Commission (PFC) by IGP just as Dato' Christopher Wan is now placed in the National Crime Prevention Council (NCPF).
The current PR effort to improve the IGP's image is being orchestrated by Lourdes Charles of The Star. It is not known how much the IGP is paying him to manage the damage control and image enhancing exercise. Nevertheless, it is well known in Bukit Aman that Lourdes Charles is on the IGP’s payroll.
So there you are. The IGP has been trying to plug the leaks in Bukit Aman by transferring many police officers and putting them in cold storage. He has also sent some to be ‘tried’ by the Tatatertib in the hope that he can bring down all those officers suspected of feeding Malaysia Today ‘sensitive information’.
Well I have news for the IGP. I control the ‘third force’ in Bukit Aman, not him. And I am many steps ahead of him at all times. Try as he may in his efforts to rid Bukit Aman of elements that are working with Malaysia Today he has still not been able to track the core of our penetration.
Yes, it does feel good when you can brag that Malaysia Today has its tentacles right into the heart of Bukit Aman. But, hey, what’s the point of being steps ahead of your adversary if you can’t brag about it?
Would the government like to investigate the above allegation by my Deep Throat? Would the government like to set up an Inquiry? If so then Malaysia Today can arrange for all these witnesses to come forward so that the IGP and all those walking in the corridors of power who are in cahoots with the IGP can be hanged from the highest tree in the Lake Gardens just outside Bukit Aman.
By the way, talking about the Lake Gardens outside Bukit Aman, do you want me to add insult to injury? Okay, let’s do that. I would like the IGP to know that I used to meet my Deep Throats just outside the rear entrance of Bukit Aman at that tea stall near the car park in the Lake Gardens. That’s right. We used to meet right under their noses and they were totally unaware about it. Is that not adding insult to injury?
Meanwhile, see the documents on Asiacopter below. And note one prominent name, Othman Talib. In the next episode in this series we shall show you the links between Othman Talib and Web Power, the company mentioned in the IGP’s letter to the Prime Minister that we published yesterday.



 

Tengku Razaleigh tidak anggap konflik dalam Istana Kelantan

KOTA BAHARU, 11 April — Anggota Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah tidak menganggap isu yang berlaku dalam Istana Kelantan sekarang sebagai suatu konflik dan beryakinan ia akan berakhir juga.
Katanya masalah itu boleh diselesaikan apabila Sultan Kelantan, Sultan Ismail Petra Ibni Almarhum Sultan Yahya Petra pulih sepenuhnya daripada kegeringan dan mampu memerintah semula.
“Ia bukan suatu konflik dalam istana...Jika ada konflik bermakna ada perkara-perkara baru timbul, terserah kepada Tuankulah untuk perbetulkan. Tunggulah dia sihat dulu,” katanya kepada pemberita di sini hari ini ketika diminta mengulas mengenai isu Istana Kelantan itu.
Terdahulu, Tengku Razaleigh hadir pada majlis perasmian Mesyuarat Agung Kali Ke-13, Persatuan Pegawai dan Kakitangan Masjid Kelantan yang disempurnakan oleh Tengku Bendahara, Tengku Mohammad Faiz Petra Ibni Sultan Ismail Petra, yang merangkap Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK).
Tengku Razaleigh yang juga Timbalan Yang Dipertua Majlis Perajaan Negeri (MPN) dan merupakan ayahanda saudara kepada Raja Perempuan Kelantan, Tengku Anis Tengku Abdul Hamid berkata, beliau tidak bercadang untuk campur tangan dalam isu itu.
Sehubungan itu, beliau meminta rakyat Kelantan bertenang dalam menghadapi isu berhubung istana sekarang.
Beliau yakin Sultan Kelantan boleh kembali mentadbir dan memulakan tugas sebagai ketua agama negeri ini setelah sembuh sepenuhnya daripada kegeringan.
“Dulu betullah, baginda diusung ke Singapura, kini baginda boleh bergerak, bercakap, boleh makan, jumpa dengan rakyat, cuma percakapannya agak tidak fasih lagi kerana sudah lama berada dalam koma,” kata Tengku Razaleigh. — Bernama

PRK Hulu Selangor : Tabur Janji, Gimik Politik Bukan Resmi Pakatan Rakyat -MB

HULU SELANGOR 11 APR: Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menegaskan perbuatan menabur janji dan gimik politik bukan resmi Pakatan Rakyat.

Berbeza dari budaya politik sebelum ini, Tan Sri Khalid menegaskan pentadbiran Pakatan Rakyat adalah pentadbiran berasaskan keputusan dan pencapaian.

Khalid berkata rakyat menjadi hakim kepada pelbagai dasar dan program berorientasikan kebajikan rakyat yang dirintis Pakatan Rakyat.

Sejak mengambil alih tampuk pemerintahan, kerajaan Selangor memperkenal Skim Air Percuma 20 Meter Padu, Skim Tabung Anak Selangor, Skim Mesra Usia Emas dan Program Mikrokredit dan sebagainya tanpa menjaja janji-janji muluk ke sana-sini.

"Kita tidak janji, kita buat. Kita tak janji air percuma, kita bagi. Kita tak janji dapat duit masuk universiti, kita buat," katanya yang menegaskan pembanganun masyarakat lebih utama dari mencanang gimik.

Khalid turut mempersoalkan mengapa pimpinan Umno-BN terus-menerus menafikan manfaat agenda Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES) yang diusahakan Pakatan Rakyat sejak dua tahun lalu.

Beliau menjelaskan bahawa seorang pemimpin politik yang bijaksana seharusnya menyambut dasar yang membantu mengangkat kualiti kehidupan rakyat.

Antara yang mengundang kritikan pimpinan Umno-BN adalah penyerahan hak pemilikan tanah kepada lebih 100,000 permastautin yang menduduki tanah kerajaan negeri selama 15 tahun.

Mengulas lebih lanjut, Khalid berkata masalah yang berlarutan berpuluh-tahun itu berjaya diselesaikan dengan baik oleh kerajaan negeri dalam masa sesingkat dua tahun sahaja tanpa mengira faktor kaum.

Janji Umno-BN Bina Sekolah Di DUN Bagan Pinang Belum Ditunai....apa citer..nak kencing lak kat Hulu Selangor...kah..kah...!!!

BAGAN PINANG 11 APR: Kerajaan Umno Barisan Nasional sehingga kini belum menunaikan janji-janji pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Bagan Pinang, kononnya mahu membina sekolah di Taman Intan Teluk Teluk Kemang.

Biarpun sudah lima bulan pilihan raya kecil itu berlalu, namun sampai sekarang tiada tanda-tanda projek pembinaan sekolah berkenaan menjadi realiti sebagaimana harapan rakyat.

Setiap kali pilihan raya berlangsung, Timbalan Angkatan Muda Keadilan (AMK) Negeri Sembilan, Nor Azizi Abdullah berkata Umno-BN pasti sibuk menabur gula-gula politik sehingga akhirnya memakan diri sendiri.

Beliau mendapati BN seolah-olah tidak peduli keada kemarahan rakyat Bagan Pinang yang ditipu pada pilihanraya kecil lalu dan belum reda hingga kini, sebaliknya terus menggunakan umpan yang sama di Hulu Selangor.

“Apabila ada pilihanraya kecil, Barisan Nasional (BN) pasti menjanjikan pembangunan termasuk di Bagan Pinang. Janji pembangunan adalah janji yang menyebabkan rakyat bertukar pendirian dan menyokong BN.

"Bagaimanapun, janji-janji itu langsung tidak ditunaikan," katanya kepada TV Selangor hari ini.

Ketua Penerangan AMK Negeri Sembilan, Mohd Saufi Mi'ad pula berasa hairan kerana Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin memberi umpan sama di Hulu Selangor, kali ini bukan satu tetapi empat sekolah.
 
“Kita rasa pelik apabila PRK Hulu Selangor belum berlaku lagi, Muhyiddin berjanji membina empat sekolah di Hulu Selangor sedangkan di Bagan Pinang masih belum bergerak apa-apa lagi.

Beliau memberi amaran bahawa banyak lagi pendedahan akan dibuat AMK Negeri Sembilan jika Umno-BN terus-terusan cuba menipu pengundi Hulu Selangor.

“Kita simpan data mengenai janji-janji yang dibuat Umno-BN. Banyak yang kita simpan tapi kita ambil pendekatan untuk mendedahkan sebahagian dahulu untuk peringatan.

Namun, beliau menegaskan, AMK Negeri Sembilan tidak teragak-agak membuat pendedahan pada pilihan raya Hulu Selangor dengan membentang data-data betapa BN bukanlah parti yang baik untuk menjadi kerajaan.

Polis Perlu Telus Tangani Penyusupan Ejen Israel-Zionis

HULU SELANGOR 11 APR: Pakatan Rakyat mahu Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan bertindak lebih telus dan ikhlas dalam menangani pendedahan betapa Bukit Aman terdedah kepada penyusupan ejen Israel-Zionis.

Bercakap kepada TV Selangor, Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Mohamed Azmin Ali berkata, Musa sewajarnya mengarahkan siasatan ke atas laporan risikan Cawangan Khas yang dibuat dua tahun lalu.

"Tidak perlu mencabar ketua pembangkang sebaliknya menyiasat setelah terima laporan polis yang dibuat dua tahun lalu. Laporan itu dibuat pegawai polis yang sedia maklum dan bimbang. Dia mungkin ada maklumat, kenapa tak disiasat?

"Apabila pembangkang bawa perkara ini, polis pula seolah-olah lebih berminat hendak tangkap ketua pembangkang untuk menutup mulutnya," kata Ahli Parlimen Gombak itu.

Pengumuman empat agensi kerajaan menyiasat kes penyeludupan ejen Israel Zionis di Bukit Aman menunjukkan betapa lemahnya kerajaan hari ini menjaga keselamatan negara.

Kementerian Dalam Negeri, akhirnya mengakui bahawa wujudnya masalah dengan firma komputer yang mengendalikan perisiannya di Bukit Aman dan telah mengarahkan perkhidmatan berkenaan ditamatkan.

Mohamed Azmin juga menegaskan betapa pendedahan Pakatan Rakyat mengenai penyusupan ejen Israel-Zionis itu dibuat atas dasar kepentingan, keselamatan dan kedaulatan negara.

Jika Anwar ditahan, beliau memberi amaran kepada Umno-BN yang mereka tidak akan mampu menghalang kebangkitan rakyat yang teguh bersama pemimpin reformasi dan menolak elemen Zionis di negara ini.

"Mereka boleh tahan Anwar Ibrahim. Tetapi roh dan semangat perjuangannya akan bertebaran di seluruh negara. Bunuh karier politik seorang Anwar tetapi Umno-BN tidak mampu menahan rakyat satu negara," katanya.

MB Cadang Dr Porntip Beri Keterangan Melalui Sidang Video

KLANG 11 APR: Sekalipun Dr Pornthip Rojanasunand tidak hadir memberi keterangan dalam inkues Teoh Beng Hock, membolehkan pakar patologi terkemuka boleh berbuat demikian jika cadangan kerajaan Selangor untuk mengadakan persidangan video diterima inkues berkenaan.

Cadangan itu datangnya dari Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim sebagai  penyelesaian terbaik semua pihak , sekali gus membolehkan Dr Porntip tetap memberi keterangan pada inkues menyiasat kematian Teoh Beng Hock tanpa menggadaikan aspek keselamatannya.

“Kita menghormati keputsuan Dr Pornthip kerana ia melibatkan sebab-sebab keselamatan tapi kita mencadangkan kepada mahkamah supaya mengadakan cara telekomunikasi.
"Maknanya, Dr Pornthip berada di Bangkok, kita berada di sini, berkomunikasi melalui sistem telekomunikasi. Ini bolehh kita lakukan dan selalu boleh dilakukan,” katanya kepada TV Selangor  selepas merasmikan Karnival Klang petang ini.

Inkues itu dijadual bersambung pada 20 April ini di Shah Alam.

Mengikut Malaysiakini, Dr Pornthip mendedahkan, beliau `dinasihati' pegawai tinggi Jabatan Kehakiman Thailand - tempat beliau bertugas sebagai ketua pengarah Institut Sains Forensik Pusat - supaya jangan ke Malaysia minggu depan untuk menghadiri inkues tersebut.

"Ia disampaikan kepada saya oleh pegawai-pegawai kanan tertentu kerajaan Thai bahawa terdapat tekanan politik dari kalangan tertentu kerajaan Malaysia untuk menghalang kehadiran saya di mahkamah,"  katanya.

Beliau berkata, Kementerian Kehakiman menerima maklumat daripada kementerian luar Thailand bahawa beliau mungkin menghadapi masalah jika ke Malaysia, termasuk kemungkinan dihalang memasuki negara ini.

Kata Prontip, Kementerian Luar Thailand  menerima 'isyarat' dari kerajaan Malaysia melalui 'saluran tidak rasmi' bahawa kehadiran beliau dalam inkues tersebut, tidak disenangi.

Perkasa tolak jawatankuasa antara agama, letak syarat ...ha.ha..ha...!!!!

Oleh Syed Jaymal Zahiid
KUALA LUMPUR, 11 April — Perkasa, pertubuhan bukan kerajaan Melayu terbesar, mengambil pendirian rasmi menolak jawatankuasa antara agama tetapi meletakkan syarat jika mahukan pengiktirafan pihaknya.
Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali berkata, walaupun pihaknya menentang keputusan membentuk jawatankuasa itu yang bertujuan menggalakkan persefahaman dan keharmonian tetapi hanya akan mengiktiraf jika diletakkan di bawah penyeliaan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).
Malah kata beliau, Perkasa juga akan bertolak ansur pembentukan jawatankuasa itu jika diletakkan di bawah portfolio Datuk Jamil Khir Baharom, bukannya  Tan Sri Dr Koh Tsu Koon.
Kedua-dua mereka adalah menteri di Jabatan Perdana Menteri.
Jamil bertanggungjawab kepada hal ehwal agama Islam manakala Koh pula aspek perpaduan.
“Kami sangsi dengan jawatankuasa ini, jadi kami menolak jawatankuasa ini kerana kita bercakap mengenai agama (Islam),” kata Ahli Parlimen Bebas dari Pasir Mas ini selepas mempengerusikan mesyuarat Perkasa di sini hari ini.
“Oleh kerana ia berkaitan dengan agama, ia seharusnya berada di bawah bidang kuasa Jakim atau dipandu oleh Jamil dan bukannya Koh Tsu Koon,” kata beliau.
Ibrahim memberitahu walaupun jawatankuasa itu tidak tertakluk kepada rangka kerja perundangan, tetapi ia cukup kuat untuk mempengaruhi Kabinet.
Beliau mendakwa jawatankuasa itu tanpa pentauliahan agama Islam yang kuat dan input-input daripada agama-agama lain mungkin mengancam kesucian Islam.
Justeru kata beliau, pelantikan bekas Ahli Parlimen Kota Baru,  Datuk Ilani Isahak sebagai ketua jawatankuasa bukan pilihan yang baik untuk mengepalainya.
“Anda boleh bayangkan apa akan berlaku terhadap akidah, ia akan menghakiskan aspek akidah.
“Ini sesuatu yang anda tidak boleh main-main, ini soal sensitif kepada umat Islam,” katanya.
Ibrahim berkata Perkasa akan melobi agar Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengkaji semula jawatankuasa itu dan mengesyorkan supaya ia diubah menjadi jawatankuasa antara kaum dan menggugurkan skop agama.
Perkasa juga akan menghantar memorandum kepada Majlis Raja-raja Melayu dalam waktu terdekat.

Siapa menghalang? Mengapa dihalang??


Apa sudah jadi dengan kes Beng Hock? Semasa hidup dia di'ganggu' hingga jadi mayat dan sesudah mati pun dia diganggu lagi. Mayatnya digali semula bagi menentukan punca kematiannya..... agar kematiannya dapat dibela. Tidaklah mati sia-sia sahaja....

Semuanya ini kerana keluarganya rasa curiga dan tak puas hati atas kematiannya. Masuk ke ibu pejabat SPRM Selangor dengan elok indah tetapi keluar dalam keadaan mayat yang telah kaku. Kematiannya sungguh menyayat hati...

Malangnya, setelah autopsi demi autopsi dijalankan.... kita tidak dapat mendengar sendiri keterangan daripada pakar patologi terkemuka Thailand, Dr Pornthip Rojanasunand. Dia khabarnya, tidak akan hadir memberi keterangan dalam inkues Teoh Beng Hock apabila ia bersambung nanti.

Dia mendakwa ada tekanan politik dari kerajaan Malaysia. Pulak dah.... Si Nazri Botak pulak menafikan dakwaan Dr Pornthip Rojanasunand dengan menuduhnya berbohong.

Weh.... siapa yang berbohong sebenarnya ni??

Cer kita pakai akai, pikir dan kaji.... siapa yang takut sebenarnya jika kebenaran terbongkar??

Kita tahu yang Dr Pornthip pernah menerima ugutan bunuh tetapi dia pernah buat kenyataan yang dia akan datang juga untuk beri keterangan. Kalau kerajaan Malaysia sincere dan bersungguh-sungguh untuk mendapat kebenaran bagi menyelesaikan misteri kematian Beng Hock.... kawalan ketat boleh diberikan kepada Dr Pornthip. Demi keadilan.... dengar keterangan daripada kedua-dua belah pihak. Then.... let the coroner buat keputusan.

But now.... mengapa tetiba Dr Pornthip enggan datang sedangkan dulu dia dah setuju? Mesti ada sesuatu yang tak kena. Kalau Dr Pornthip datang dia tak rugi apa-apa, kecuali kalau ada sesuatu yang cuba disembunyikan daripada terbongkar, oleh pihak yang tertentu.

Dari apa yang dikatakan oleh Dr Pornthip.... seolah-seolah ada unsur-unsur ugutan secara halus ke atasnya dan yang boleh menjejaskan kerja utamanya. Masuk akal juga apa yang dia dakwa.

Nazri yang bercakap bagi pihak kerajaan tetap kata Dr Pornthip berbohong, dulu dan kini....

Eleh..... tak heran. Biasalah..... mereka jer yang bercakap benar, orang lain... bohong belaka!!

Apa-apa pun, kita tunggulah langkah seterusnya daripada pihak peguam keluarga Beng Hock. Perjuangan belum berakhir. Lawan tetap lawan!!

Sumber dari sini dan sini.
 

Siapa Yang Tiada Otak...????

Perbedaan teori fungsi otak kanan dan otak kiri telah popular sejak tahun 1960. Seorang peneliti bernama Roger Sperry menemukan bahawa otak manusia terdiri dari 2 hemisfer (bagian), iaitu otak kanan dan otak kiri yang mempunyai fungsi yang berbeda.

Atas jasanya ini beliau mendapat hadiah Nobel pada tahun 1981. Selain itu dia juga menemukan bahawa pada saat otak kanan sedang bekerja maka otak kiri cenderung lebih tenang, demikian pula sebaliknya.



Otak kanan berfungsi dalam hal persamaan, khayalan, kreativiti, bentuk atau ruang, emosi, muzik dan warna. Daya ingat otak kanan bersifat panjang (long term memory). Bila terjadi kerusakan otak kanan misalnya pada penyakit stroke atau tumor otak, maka fungsi otak yang terganggu adalah kemampuan visual dan emosi misalnya. 

Otak kiri berfungsi dalam hal perbedaan, angka, urutan, tulisan, bahasa, hitungan dan logika. Daya ingat otak kiri bersifat jangka pendek (short term memory). Bila terjadi kerosakan pada otak kiri maka akan terjadi gangguan dalam hal fungsi berbicara, berbahasa dan matematika. 

Walaupun keduanya mempunyai fungsi yang berbeda, tetapi setiap individu mempunyai kecenderungan untuk mengunakan salah satu belahan yang dominan dalam menyelesaikan masalah hidup dan pekerjaan. Setiap belahan otak saling mendominasi dalam aktivitas namun keduanya terlibat dalam hampir semua proses pemikiran.

Kecuali kepada puak2 lembu dibawah ini, yang sememangnya tiada otak.

Baca di sini dan di sini.


UMNO "SEBUSUK" APCO@ISRAEL@YAHUDI

Huruf condong
masih belum dapat dibuktikan....?



Awang menyifatkan tindakan Chua untuk bertanding jawatan lebih tinggi sampai ke puncak, hanya menampakkan beliau pentingkan diri.

"Awang bukan berniat mencampuri urusan MCA tetapi isu moral tidak boleh diambil ringan.



"Jika pemimpin BN mempersoalkan moral pemimpin utama pembangkang, mengapa pula MCA boleh berkompromi dalam hal tersebut," tambahnya.



dah terbukti....


DAP, PKR runding soal calon kerusi Sibu


SIBU, 11 April — DAP akan mengadakan pertemuan dengan pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) termasuk Presidennya Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail di sini malam ini untuk mencapai keputusan berhubung calon pakatan pembangkang bagi pilihan raya kecil kerusi Parlimen Sibu.
Pengerusi DAP Negeri Wong Ho Leng berkata hasil perbincangan itu akan hanya diumumkan oleh Penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa lawatannya ke sini pada 18 April.
Beliau menafikan laporan akhbar hari ini yang memetik Dr Wan Azizah sebagai menegaskan bahawa partinya perlu dibenarkan mewakili pakatan DAP-PAS-PKR itu.
Wong berkata demikian kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat dengan pemimpin DAP setempat yang turut disertai Anggota Dewan Undangan Negeri kawasan Kidurong Chiu Ching Sing.
Beliau turut membacakan kepada pemberita mesej khidmat pesanan ringkas yang dihantar ke telefon bimbitnya oleh Dr Wan Azizah bagi memperjelaskan laporan akhbar itu yang menurutnya telah diputar belit.
Wong berkeyakinan penuh bahawa partinya akan mewakili pakatan pembangkang dalam pilihan raya kecil berkenaan.
“Kami akan meletak calon terbaik yang dipilih daripada enam muka baru yang telah kami didik sebagai persediaan menghadapi pilihan raya negeri akan datang.
“Mereka, termasuk bekas setiausaha penaja SUPP cawangan Dudong Wong Chin Yong yang menyertai kami baru-baru ini, dan sejak sembilan bulan lepas, beliau telah pun mendekati akar umbi di kawasan kerusi DUN Nangka, Bawang Asan dan Pelawan. Jadi, calon kami sudah cukup dikenali.
“Bagi DAP, pilihan raya kecil ini juga bagi mengukur sejauh mana sokongan masyarakat kepada kami dalam pilihan raya negeri yang akan datang,” katanya.
Sementara itu, Pengerusi Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) cawangan Sibu Datuk Seri Wong Soon Koh berkata nama calon bagi pilihan raya kecil itu telah pun dikemukakan kepada ibu pejabat parti dan Barisan Nasional (BN) negeri untuk pertimbangan.
Beliau enggan mendedahkan nama calon itu, dan berkata Ketua Menteri Tan Sri Abdul Taib Mahmud, yang juga Pengerusi BN negeri, akan membuat pengumuman apabila tiba masanya. — Bernama

MAHATHIR SELUDUP ZIONIS KE MALAYSIA

1968, Dr M sudah JOIN International Seminar, Harvard Business School tajaan Henry Kissinger....sila baca biografi Dr Henry Kissinger oleh Walter Isaacson....(masuk site Amazon.com).

International Seminar ni ada ramai yang masuk....akhirnya masing2 dapat NAIK pegang jawatan penting negara masing2....

Lee Kuan Yew ( PM Singapore), Yasuhiro Nakasone (jadi PM Jepun), Bulent Ecivit (jadi PM Turki), Dr M (naik jadi PM Malaysia selepas 13 tahun!)....dan ramai lagi saya sudah lupa....[Yahudi sudah ada peranan ‘menentukan’ SIAPA pemimpin Negara MANA?]

Bila DAPAT naik jadi PM....terus Dr M buat perjanjian keselamatan dengan USA....(maka rahsia negara abis terbarai?)....sejak masa tu...kalu tak silap, 1983 lagi....[Adakah ini payback time?...terikat dengan janji?]

sepanjang 1990an...USA mula memainkan api kemarahan memburukkan orang2 Arab/agama Islam....[Yahudi menanam di dalam minda dunia bahawasanya bangsa Arab DAN agama Islam adalah jahat dan merbahaya!]

Kita lihat insiden2 ini.....

1994 (Oklahoma City - Federal Building Bombing)....saya di USA....live telecast....[rumusannya, bangsa Arab/Islam DIPERSALAHKAN oleh media barat!].....tapi sebenarnya Timothy Mc Veigh, seorang whiteman didapati bersalah kemudiannya!...

1996 (New York - Pesawat terhempas diluar pantai...en route ke Paris)....[Bangsa Arab di USA dan Islam jugak dipersalahkan!].....saja digemparkan secara live reporting..... seorang Pak Arab dari Chicago di tahan di Heathrow Airport, London yang dikatakan ingin melarikan diri!....

maka nama2 beberapa ‘terrorism expert’ pun keluarlah....ditemuramah dalam studio....menerangkan bahawa ianya SAMA dengan modus operandii pengeboman pesawat Pan Am oleh Libya!....abis rumah mamat Arab ni kena baling batu! (pun ada live reporting!)....

saya masih di USA masa tu....CNN ada buat live coverage masa tu (guna stesyen TV lain)...saya ikut berita2 itu sehingga pukol 4 pagi....ada BEBERAPA SAKSI yang tinggal di tepi pantai serta nelayan telah nampak 3 letupan....

pertama DARI aras laut!....kedua dan ketiga di udara....apa citer?....sebenarnya pada waktu yang sama ada satu LATIHAN TENTERA LAUT USA di kawasan itu!.....[dari beberapa saksi ini, nyata tentera laut USA tembak kapal terbang itu?]......lapuran itu terhapus keesokan harinya....saya menyaksikan wayang ini!......

berminggu selepas itu, 'mayat' pesawat itu masih tak timbul2....pemberita resah, tumpuan penduduk USA nyata terpaku kepada punca musibah...pengarah FBI New York marah ketua turus Navy dalam sidang akhbar apabila jawapan beliau atas asakan pemberita ‘membuka’ sesuatu possibility!!....maka tiap2 hari pengarah FBI New York itu ‘BERSILAT’ buat berbagai helah!....(dia ni berbangsa Yahudi)

akhirnya, nak larikan citer terdesak ni....maka timbullah citer pengeboman di taman Olympic Park!....seorang security guard yang ‘dikatakan marah’ kerana tak dapat jadi polis telah DIKHABARKAN membuat kecoh itu....

maka tiap2 hari citer ni hot kat TV PULAK, pemberita BERKAMPUNG depan apartmennya!....maka citer ‘mayat’ pesawat yang masih belum timbul tu pun reda dan dilupakan oleh media...dan rakyat USA!...dan DUNIA!...

[citer backgroundnya Arab dan Islam adalah jAHAT!].....

Jadi bila peristiwa September 11, 2001 TERjadi, maka sedaplah Islam dan Arab dipersalahkan....tanpa soal, masyarakat dunia MENERIMA kata2 dan LABEL bahawa “Islam adalah agama Terroris”.... (PM kita, Dr M telah tambah kicap bagi sedap citer terroris ni dengan MENAMBAH bahawa budak2 Palestin yang letupkan diri di Israel jugak adalah teroris!)......

Jika kita kaitkan kesemua peristiwa2 ini dengan Pengeboman World Trade Centre oleh 'Pengikut2' Sheikh Abdul Rahman yang buta (dia ke USA katanya untuk mengubati matanya dan kerajaan USA katanya amat bersimpati dan ingin membantu!)....pulak tu, timbul citer kemudiannya, seorang Kolonel tentera Mesir, seorang yang mengaku rakan karib Pres Hosni Mubarak telah buat press Conference (kalu tak silap di London).....

'Saya ingin membakar jambatan dengan Pres Hosni Mubarak!....dan saya ingin bersama HERO sebenar saya...iaitu Sheikh Abdul Rahman....di USA’ (USA terus beri dia suaka politik!).....

Apabila Sheikh telah ditangkap dan kemudian di dalam perbicaraan Sheikh, mamat kolonel ini dijadikan SAKSI UTAMA kerajaan USA .......dia telah membuat PERAKUAN yang menyatakan DAN mensabitkan tanpa keraguan bahawa pengikut2 Sheikh Abdul Rahman memang terlibat!....(siap gambar dan video beb!).....

[Ingat....Sheikh ni berbangsa ARAB dan beragama ISLAM!]

Pengeboman WTC ni telah menyebabkan US Senate luluskan 'World Terrorism Act 1'.....

Kemudian, pengeboman pesawat di luar pantai New York telah menyebabkan US Senate luluskan 'World Terrorism Act 2'.......

masa ini, budget telah dikeluarkan dalam masa 1 bulan sahaja untuk buat rangkaian seluruh dunia bagi US intelligence Network Centres.....yang akan dikendalikan oleh CIA dan FBI!.....matlamatnya, katanya, untuk USA mengetuai dunia ‘tracking’ rangkaian teroris!.......

adakah kita tahu bahawa selepas Sept 11 2001, satu pusat itu telah terbina di Port Dickson?!........maka bertambah mudahlah USA dapat rahsia pertahanan kita?.......

Namun APCO ni amende?.....ia sekadar pelengkap urusan saja!.....

Rumusannya:


jambatan dengan Yahudi ni sudah terbina sejak 1968 lagi oleh mamak kerala....


maka kini APCO ke.....ini sudah jadi turutan saje....mamak sampai hari ni langsung tak bersuara pasal Yahudi-Israel-Apco-umno ni....senyap sunyi....kenapa?.....


pasal dialah yang membina tali ikatan bertuhankan Iblis dan syaitan ini.....kini orang2 melayu kena kenallah siapa mamak kerala ni sebenar2nya.....siapa dia? ...apa agenda dia?....siapa guru dia?.....siapa taja dia?.....


depan kita dia kutuk yahudi....tapi yahudi tahu siapa dia.....kawan sejak 1968 lagi!......

pada peringkat pertama, umno didukung oleh British.....hampir kesemua pemimpin umno asal belajar kat Britain....mamak buat jaringan baru....berkiblat ke Yahudi USA pulak.....maka kini sah umno itu parti apa.....mana Islamnya?....mana melayunya?......


yang nyata, hari ini najib pergi sembah obama....nak mintak pekenan baru kot....kita tengok apa sokongan baru yang USA beri umno.....mesti ada benda baru akan timbul....kita tunggu....


sementara itu, kita orang2 melayu dan rakyat marhaen di bumi malaysia ni kenal2lah dengan generasi melayu yang melayu umno sudah lahirkan....ada tua dan sudah pencen, ada muda, ada belajar kat USA, ada kerja menjalar dalam semak makan bangkai (umur tal boleh dipastikan pasal takde surat beranak!).....ada jilat jubur dan jamban!.....


bukalah mata...lihat keliling anda...ramai lagi muka kelabu asap....songkok tinggi....nama melayu + banyak eeeeeee.....perkasa untuk perkosa bangsa.....ganti umno yang sudah TERBOGEL!....


kita kena berhati2....mereka sudah terbogel...mereka sudah ada pengganti....apa mereka akan buat?.....

The MIND!!!


Amizudin Ahmat
(Din Binjai)

PRK Hulu Selangor : Jadual Ceramah DS Anwar Ibrahim

12 April - Isnin
9.00mlm - Dewan Serbaguna Sg. Selisek (Kubu Kuat UMNO)

13 April - Selasa
Maghrib - Masjid Jamek Kuala Kubu Bharu
9.00mlm - Dewan Komuniti Serendah (Pengumuman Calon)

14 April - Rabu
Maghrib - Masjid Hulu Bernam
10.00mlm - Taman Sg Buaya
11.00mlm - Dewan Dato' Abdul Hamid, Batang Kali

15 April - Khamis
Maghrib - Masjid Soeharto, (Kubu Kuat UMNO)
10.00mlm - Dewan Komuniti Bukit Sentosa
11.00mlm - Dewan Cina Kuala Kubu Bharu

16 April - Jumaat
Jumaat - Masjid Hulu Yam Bharu
Maghrib - Masjid Pasir Putih, Kalumpang
10.00mlm - Kg Sg. Dusun,Soeharto (Kubu Kuat UMNO)

17 April - Sabtu
8.00pagi - Penamaan Calon
Maghrib - Masjid As-Salam, Bukit Sentosa
10.00mlm - Kg Air Jernih Kuala Kubu Bharu
11.00mlm - Taman Desa Kelisa, Ulu Yam Bharu

19 April - Isnin
Maghrib - Masjid Serendah
10.00mlm - Ampang Pecah
11.00mlm - Dewan Orang Ramai Kalumpang

20 April - Selasa
Maghrib - Surau Kg Kelapa, Kuala Kubu Bahru
10.00mlm - Bukit Sentosa
11.00mlm - Kg. Soeharto

21 April - Rabu
Maghrib - Masjid Kg Sentosa Batang Kali
10.00 mlm - Taman Bukit Teratai(100% India)
11.00 mlm - Padang Majlis Daerah, Batang Kali

22 April - Khamis
Maghrib - Masjid Hulu Yam Lama
10.00mlm - Taman Bunga Raya, Bukit Beruntung
11.00mlm - Felda Gedangsa, Hulu Bernam

23 April - Jumaat
Jumaat - Masjid LigaMas, Batang Kali
Maghrib - Masjid Kg. Rasa
10.00mlm - Changkat Asa (Pentas AMK)
11.00mlm - Kg. Sungai Buaya (Kubu Kuat UMNO)

24 April - Sabtu
10.00mlm - Taman Bukit Teratai(Grand Finale)
11.00mlm - Stadium Kuala Kubu Bharu (Grand Finale)

Tertakluk kepada Pindaan.
Maklumat setakat 11 April 2010 - 5.00 petang

sunsnake 11042010

PRK Hulu Selangor : Peneroka Sg Buaya harap BN selesai isu pampasan

Peneroka Felda Sungai Buaya mengharapkan BN akan memberi perhatian dalam pilihan raya kecil parlimen Hulu Selangor, untuk menyelesaikan isu tuntutan bayaran pampasan bagi tanah mereka yang sudah berlarutan lebih 10 tahun yang lalu.

Setiausaha jawatankuasa kemajuan rancangan kawasan tersebut, yang peneroka di situ, Makazzen Marzuki, 70, (kiri) berkata beliau difahamkan BN akan membantu menyelesaikan masalah mereka itu, namun belum ada kepastian setakat ini.

"Sekarang ada angin bergoyang sikit-sikitlah, tapi belum jelas apa-apa yang dia (BN) hendak bagi itu," katanya yang merupakan antara peneroka terawal di kawasan itu.

"Kalau mereka bagi RM250 juta baki itu baguslah. Kalau tidak, tidak tahulah saya," katanya lagi ketika ditemui di kampung itu.

Timbalan perdana menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dijadualkan
melawat kawasan perumahan Bandar Sungai Buaya esok dan dijangka menyentuh isu tersebut dalam ucapannya.

Makazzen berkata, itu adalah tuntutan utama mereka bagi pilihan raya kali ini.

Baki tanah seluas 1,620 ekar itu gagal dibangunkan pemajunya apabila syarikat berkenaan mengalami kegawatan, kesan krisis matawang Asia pada 1997.

Tanah tersebut merupakan sebahagian daripada 3,100 ekar milik peneroka yang disatukan pada 1994.

Kawasan itu kini dibangunkan sebagai taman perumahan Bandar Sungai Buaya yang dilengkapi sebuah sekolah.

Sebahagian daripada penduduk berkenaan menerima bentuk penyelesaian pampasan untuk setiap ekar tanah bernilai RM150,000 seekar itu, yang dicadangkan syarikat berkenaan.

Ada antara peneroka itu kini memiliki hingga tiga rumah teres yang kini bernilai sehingga RM350,000 setiap unit, namun 100 orang lagi mengambil jalan untuk menyelesaikannya di mahkamah.

Kes tersebut kini masih di mahkamah, kata Makkazen lagi.

"Bermula pada Ogos 1995, mereka bayar secara runcit (ansuran), kadang mereka bayar RM5,000, ada RM10,000.

"Kali terakhir mereka bayar RM50,000 pada Februari 1996. Kemudian mereka tidak boleh bayar lagi.

"Ada peneroka yang ambil rumah (sebagai bayaran baki), tapi ada yang tidak ambil sebab mereka mahu tunai baki RM250 juta itu," katanya.

Tambahnya, daripada 100 orang yang menuntut bayaran balik itu, kini hanya tinggal seramai 87 orang yang masih hidup termasuklah dirinya.

Ditemui selepas itu, ketua kampung berkenaan Mustaf Talib (kanan) berkata berkata beliau telah menyerahkan cadangan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak supaya mengenalpasti sebuah syarikat berkaitan kerajaan untuk membeli baki tanah milik peneroka.

"Sebelum ini PLUS telah umumkan untuk buat 'interchange' ke Sungai Buaya, jadi mudahlah untuk majukan kawasan ini.

"Sekarang baki tanah itu juga sudah ditukar ke status industri.

"Saya rasa kerajaan pusat boleh bantu, saya sudah cadang supaya GLC ambil serta merta dan bayar terus kepada peneroka.

"Mereka boleh bagi pendahuluan dulu sebanyak 10 peratus atau 15 peratus dan selebihnya bayar selepas pilihan raya.

"Itu saja masalah yang dihadapi mereka sekarang. Kalau mereka dapat balik pampasan itu, selesailah semuanya," katanya.

Masjid Nurul Amin Bakal Jadi Mini Serambi Mekah Selangor

KLANG 11 APR: Kerajaan Selangor mahu menjadikan Masjid Nurul Amin, Kampung Delek, Selat  Klang sebagai Mini Serambi Mekah di negeri ini, Exco Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan, Dr Halimah Ali.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Selat Klang itu berkata, masjid itu sebagai nadi kepada pembangunan modal insan di bawah program SPIES.

Halimah yakin program seperti motivasi pelajar, kursus keibu-bapaan dan ceramah perdana yang dibuat kerajaan negeri melalui program SPIES kali ini dapat menerapkan nilai-nilai murni di kalangan ibu bapa dan pelajar.

"Saya berhasrat untuk menyediakan Kampung Delek ini khususnya masjid Nurul Amin ini sebagai nadi bagi pembangunan modal insan.

"Program ini merupakan satu langkah awal untuk mereka sebagai jasa kesedaran kepada masyarakat supaya di sini boleh menjadi Serambi Mekah."

Dalam pada itu, Pengarah program, Ustaz Ahmad Shukri Yusoff berharap program SPIES itu dapat membawa transformasi terbaik untuk ibu bapa dan pelajar, berhijrah ke arah kehidupan yang lebih sempurna baik dari segi keperluan mental, fizikal mahupun rohani.

"Kepada masyarakat setempat dan rakyat di negeri Selangor supaya kita dapat membangunkan nilai-nilai SPIES tidak kira latar belakang untuk membangunkan masyarakat."

PRK Hulu Selangor : Kriteria Pemilihan Calon PKR Berbeza dengan Barisan Nasional

SHAH ALAM 11 APR: Corak pemilihan calon yang bakal mewakili Parti Keadilan Rakyat (PKR) pada pilihan raya kecil Parlimen Hulu Selangor,  amat berbeza dengan cara Barisan Nasional, kata Tan Sri Khalid Ibrahim.

Tanpa menyatakan perbezaan itu, Menteri Besar Selangor itu berkata, kriteria pemilihan calon PKR menjurus kepada beberapa aspek tertentu dan hanya calon yang benar-benar layak dan mampu memikat hati pengundi semua kaum, akan diketengahkan.

Beliau menegaskan corak pemilihan calon sebagai antara  strategi PKR untuk meraih  sokongan pengundi pelbagai lapisan kaum, sekali gus mempertahankan kerusi Parlimen Hulu Selangor yang dimenangi Datuk Dr Zainal Abidin Ahmad pada 8 Mac 2008.

"Kita mesti mencari mereka yang boleh kita ketengahkan. Kita berbeza dengan apa yang dibuat oleh UMNO-BN. Kita melihat dari segi aspek tertentu, kita lihat siapakah yang layak yang boleh dapat memikat dan memenangi hati pengundi Hulu Selangor," katanya.
Beliau berkata demikian selepas merasmikan program Tuisyen Rakyat peringkat negeri di Dewan Jubli Perak di sini, hari ini apabila ditanya mengenai prospek calon PKR pada pilihan raya kecil Parlimen Hulu Selangor.
Khalid berkata, ramai pemimpin PKR yang layak dipertimbang sebagai calon dengan lima nama disenarai pendek dan identiti calon itu dijangka diumumkan oleh  Datuk Seri Anwar Ibrahim di Hulu Selangor.

"Walaupun nama yang disenarai pendek, belum ada keputusan muktamad tapi kita jangka pada 13 April ini, pemimpin Pakatan Rakyat akan berada di Hulu Selangor untuk membuat pengisytiharan nama calon," katanya.

Gobind: "Kami Akan Buktikan Beng Hock Dibunuh"


Oleh Rusnizam Mahat


KUALA KUBU BAHARU 11 Apr - Gobind Singh De0, peguambela keluarga Teoh Beng Hock yakin bukti bahawa pembantu politik itu dibunuh dan bukan mati akbikat terjatuh daripada bangunan akan terserlah akhirnya walaupun pakar patologi, Dr Pornthip Rojanasunand dihalang memberi keterangan oleh kerajaan Malaysia.
Malah beliau tidak terkejut dengan kenyataan Dr Pornthip bahawa pakar bedah itu menerima tekanan dari kerajaan Malaysia memandangkan pelbagai ugutan yang diterima beliau sebelum ini.
Dalam satu emel kepada Suara Keadilan, Ahli Parlimen Puchong itu berkata pihaknya akan berusaha melepasi halangi terbaru ini melalui pndekatan alternatif.
"Saya merujuk laporan Malaysiakini hari ini yang menyatakan Dr Pornthip tidak akan menghadiri inkues tersebut pada 20 April 2010. Ini tidak menghairankan berdasarkan kepada perkembangan kes.
"Kami telah menjalani inkues yang panjang dan berharap keputusan akan diperolehi seawal yang mungkin. Ini bukan pertama kali beliau mendakwa digangggu ketika dipanggil dalam inkues Teoh Beng Hock.
"Kami berharap agar Dr Pornthip dapat hadir ke mahkamah. Jika tidak, kami akan mencari jalan alternatif supaya beliau dapat mengemukakan bukti-bukti beliau.
"Jika itu juga gagal, kami akan meneruskan dengan apa yang kami ada dan kami percaya kami akan masih berjaya mengemukakan kes yang mana Teoh Beng Hock bukan bunuh diri sebaliknya adalah jelas kes itu adalah satu pembunuhan," kata Gobind.
Sehubungan itu Ahli Parlimen Batu, Tian Chua mahu kerajaan Malaysia memberi penjelasan kenapa perlu campurtangan dalam isu keadilan membabitkan kes pembunuhan Beng Hock sehingga terpaksa memberikan tekanan kepada Dr Pornthip.
Dr Pornthip merupakan pemerhati dalam bedah siasat kedua yang dijalankan ke atas mayat Beng Hock.
Beliau, sebelum ini mendakwa berlaku unsur-unsur pembunuhan terhadap mangsa yang mati ketika dalam tahanan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Pengarah Strategi KEADILAN itu berkata tekanan dan campurantangan yang diberikan kerajaan Malaysia dalam kes itu membuktikan kerajaan takut dan cuba menyembunyikan kebenaran dari pengetahun umum.
"Kenapa takut sangat dengan Dr Pornthip, kenapa tidak benarkan beliau untuk memberi keterangan dan biarkan mahkamah putuskan keadilan dalam kes ini. Sebaliknya kerajaan menggunakan kuasanya untuk menekan dan menghalang kebenaran. Ini membuktikan kerajaan tidak berani berhadapan dalam kes ini yang melibatkan pembunuhan dalam institusi kerajaan," katanya kepada Suara Keadilan.
Tian turut mengulas kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Abdul Aziz hari ini yang mendakwa Dr Pornthip berbohong dengan membuat kenyataan bahawa beliau dihalang memasuki negara ini untuk menghadiri inkues Beng Hock pada 20 April depan.
"Nazri tidak ada hak untuk membuat sebarang penilaian kerana kes itu sedang berjalan dalam inkues siasatan. Beliau tidak berhak untuk mendakwa Pornthip berbohong dan perkara ini menunjukkan kerajaan benar-benar takut. Kenyataan Nazri menunjukkan keangkuhan beliau dan menghina seorang pakar perubatan yang mempunyai prestasi tinggi, terkenal dan dihormati masyarakat antrabangsa kerana tahap profesionalismanya," kata beliau lagi.
Beliau menganggap kenyataan Nazri itu melampaui bidang kuasa mahkamah kerana kes itu kini sedang di dengar dalam inkues kematian pembantu politik berkenaan.
Tian mendesak kerajaan supaya kerajaan tidak bertindak sesuka hati dengan menghalang dan memberi tekanan kepada pakar berkenaan supaya kes itu boleh didengar dan diadili sebaik mungkin.

PRK Hulu Selangor : Rekod Khidmat Cemerlang, Pakatan Rakyat Yakin Diterima Pengundi


Oleh Rusnizam Mahat
KUALA KUBU BAHARU 11 Apr - Naib Presiden KEADILAN, Azmin Ali berkata Pakatan Rakyat mempunyai rekod prestasi kerja yang baik di Selangor yang pastinya akan dinilai oleh pengundi di Hulu Selangor pada pilihan raya kecil 25 April ini.
Menurutnya, beliau yakin rakyat akan memberi sokongan kepada Pakatan berdasarkan rekod pentadbiran dalam tempoh dua tahun ini melalui agenda reformasi dalam pentadbiran dan pengurusan ekonomi negeri.
"Dengan rekod kerja dan prestasi yang baik ini rakyat tidak akan membuat pertimbangan secara emosi tetapi dengan fakta yang cukup jelas bahawa Pakatan Rakyat merupakan gagasan baru yang mampu bawa perubahan di peringkat Parlimen dan Dewan Undangan Negeri," katanya kepada Suara Keadilan.
Tambah beliau, Umno tidak ada lagi isu yang boleh dimainkan dalam pilihan raya kecil itu selain membawa isu bersifat perkauman dan serangan peribadi.
"Umno tidak sekuat dulu dan BN juga tidak ada kekuatan dalaman, maka mereka datang ke Hulu Selangor dengan sogokan politik melalui fitnah yang akan digunakan melalui media yang dikuasai mereka," kata Azmin lagi.
Mengenai persiapan jentera pilihan raya pula, Azmin berkata setakat ini komitmen yang ditunjukkan rakan parti dalam Pakatan Rakyat, seperti PAS dan DAP sangat membanggakan.
"Saya bersyukur kerana persiapan jentera setakat ini bukan sahaja tertumpu kepada jentera KEADILAN tetapi di selaraskan secara kolektif bersama jentera Pakatan Rakyat.
PAS dan DAP nampak bersungguh-sungguh dan cukup komited membantu keadilan dalam pilihan raya kecil kali ini," ujarnya.
Tambah beliau, persiapan jentera PAS dan DAP di luar jangkaan yang menyaksikan PAS menyewa lebih 60 buah markas dan penginapan bagi petugas pilihan raya yang datang dari luar seluruh negara.
"Sementara DAP telah menganjurkan beberapa program khusus untuk masyarakat Cina seperti majlis jamuan makan untuk menjelaskan dasar Pakatan Rakyat di Selangor," ujar beliau.
Azmin berkata, perkara itu menunjukkan komitmen Pakatan Rakyat bergerak dalam satu semangat kekeluargaan bagi menyampaikan mesej kepada pengundi bahawa dasar ia mampu membela hak dan mengangkat martabat mereka.
Ditanya mengenai persiapan PRK Parlimen Sibu yang dikosongan berikutan kematian Ahli Parlimennya dua hari lepas, Azmin berkata Pakatan Rakyat akan mengadakan perbicangan dalam masa terdekat bagi menentukan calon sesuai di kawasan itu dan berasaskan prinsip 1 lawan satu.
"Pengalaman kita yang lalu khususnya dalam pilihan raya umum, kita mendapat pengajaran besar jangan lagi bersaing sesama sendiri.  Dalam konteks di Sarawak ini kita berdepan dengan jentera BN yang memiliki kekayaan luar biasa. Pakatan Rakyat akan bersama bagi menghadapi cabaran besar untuk memastikan kita dapat membawa kemenangan," ujar beliau.

PRK Hulu Selangor : Zaid Ibrahim Pilihan PKR Jika BN Calonkan Palanivel

SHAH ALAM: Parti Keadilan Rakyat (PKR) dijangka meletakkan Datuk Zaid Ibrahim sebagai calon mereka pada pilihan raya kecil kerusi Parlimen Hulu Selangor hanya jika Barisan Nasional (BN) menamakan Timbalan Presiden MIC Datuk G. Palanivel sebagai calonnya.
Menurut sumber dalaman parti sekalipun Zaid dilihat calon pilihan PKR, parti itu mungkin menukar beliau kepada orang lain pada saat-saat akhir jika BN tidak mencalonkan Palanivel.
PKR menjangkakan pertandingan antara dua calon yang berkaliber sekiranya BN meletakkan Palanivel, kata sumber itu di sini.
Beliau bagaimanapun tetap melihat Zaid sebagai calon terbaik bagi PKR untuk mempertahankan kerusi itu sekalipun pucuk pimpinan parti mempunyai percaturan lain jika ramalan Zaid dan Palanivel tidak menjadi kenyataan.
Kerusi Parlimen Hulu Selangor kosong selepas penyandangnya Datuk Dr Zainal Abidin Ahmad meninggal dunia pada 25 Mac lepas akibat barah otak.
Pada pilihan raya umum 2008, wakil rakyat PKR itu menewaskan Palanivel dengan majoriti 198 undi.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak baru-baru ini mengesahkan bahawa BN akan meletakkan calon daripada MIC untuk bertanding pada pilihan raya kecil yang akan diadakan 25 April ini.
BN dijangka mengumumkan calonnya pada 15 April, iaitu dua hari sebelum penamaan calon, dan desas-desus mengatakan Palanivel akan diberi peluang kedua untuk merampas kembali kerusi yang pernah disandangnya sebanyak tiga penggal itu. - BERNAMA

2010 Kerjasama UMNO & YAHUDI ,


Dalam ceramah AMENO selalunya Ezam (Sesumpah) dan musuhnya dalam keadilan, Lokman Nor Adam (Tukang Batu dan Tukang Simen, Plasticman and Superman) asyik jaja cerita DSAI ngan George Soros jerk.. sampai org dah naik meluat..

Nahhh ambikk.. Mahathir yg secara terbuka kutuk Yahudi dalam diam berjumpa dengan Yahudi..
tak hairan lah Bapa Sekular nie jumpa dan bincang apa pun kita tak tau wallahualam..

Bukan Setakat Mahathir.. AMENO sendiri pun dah menjalinkan hubungan dan kerjasama ngan Israel contoh Zahid Hamidi buat pertemuan tertutup dengan Ehud Barak Menteri Pertahanan Israel ?

Sebabnya kecoh Bank Malaysia jadi pusat transit dalam urusniaga senajata api antara Korea dan Myanmar... maka Obama pun berhubung dengan Najib PM untuk kepastian dan juga penjelasan...

Adakah untuk menutup kesalahan yang Malaysia dah lakukan maka Najib PM menghantar Zahid Hamidi selaku Menteri Pertahanan untuk satu misi urusniaga antara Malaysia dan Israel? apa yang Amerika dah syaratkan untuk memaafkan kesalahan Malaysia yang menjadi orang tengah kepada Korea dan Myanmar..?

Apa yang Najib PM dah persetujui dalam "diplomasi"nya dengan Presiden Amerika..? sampai bazirkan wang rakyat Malaysia sebanyak RM20 Juta untuk melobi ?

Regim Bn ini tidak pernah berubah dalam aspek pembaziran jutaan wang rakyat hanya semata - mata untuk membayar perunding imej bagi melobi imej pemimpin regim ini khususnya untuk luar negara.

Semenjak Mahathir, Abdullah dan kini Najib turut sama membelanjakan wang yang cukup banyak semata - mata untuk membina imej peribadi. Antara syarikat yang kini sedang menikmati jutaan wang rakyat untuk menaikkan imej Najib ialah APCO Worldwide, sebuah syarikat perunding imej dan media antarabangsa.Menurut sumber yang dipercayaan syarikat ini menikmati kontrak RM20 juta untuk perkara tersebut.


Ada satu maklumat pula menyatakan kontrak RM20 juta masih belum ditandatangani namun syarikat ini masih didalam tempoh percubaan tetapi tetapi menikmati bayaran tinggi berdasarkan projek. Antara tugasannya ialah memastikan Najib Tun Razak mendapat liputan dalam agensi berita dunia seperti CNBC dan CNN.

Menempatkan tulisan mengenai Najib dan menempatkan tulisan Najib di media dunia juga menjadi peranan mereka.

Bayaran yang tinggi ini juga berkaitan dengan usaha Najib untuk mengimbangi imej Anwar Ibrahim yang dihormati dunia.

Pejabat Perdana Menteri sekarang ini juga dikatakan bersedia membuat bayaran yang amat tinggi hanya untuk memastikan lawatan Obama, Presiden Amerika ke Kuala Lumpur. Kononya lawatan Obama ke Kuala Lumpur akan menaikan imej Najib ke tahap maksimum di mata dunia.

APCO Worldwide difahamkan telah mendapat ruang di pejabat Perdana Menteri sejak awal Najib menjadi PM.

APCO dan beberapa buah agensi perunding imej dan media yang berpengkalan di US terlibat secara terus dan serius dalam menghasilkan strategi 100 hari Najib..

Ini termasuk kempen 1 Malaysia dan beberapa pengumuman yang porpular..

Maklumat ini dipecahkan oleh beberapa kakitangan kanan tinggi kerajaan yang tidak berpuas hati dengan pembayaran yang amat mahal sedangkan hasilnya amat diragui. Sehingga kini imej Najib dalam dan luar negara belum berada pada tahap memuaskan.

Abdullah Badawi juga pada ketika menjadi Perdana Menteri turut menggunakan agensi asing untuk meastikan imejnya naik sebagai pemimpin Islam Progresif dan pemimpin Malaysia sebagai sebuah negara islam yang liberal.

Manakala tidak boleh disangkal oleh regim ini bahwa Mahathir Mohamad dan Abdullah turut menggunakan pelobi Yahudi Abramoff dengan bayaran yang begitu mahal semata untuk memastikan punya imej baik.

Selain yang diterangkan sebelum ini Jack Abramoff (pelobi Yahudi pro Zionis), regim ini punya kaitan rapat dengan Saatchi & Saatchisebuah agensi perunding/pengiklanan multi nasional yang pro Zionisme. Syarikat tersebut menjadi perunding imej dalam beberapa siri pilihanraya yang bertanggungjawab mencari teknik kempen dan pengiklanan untuk kempen regim Bn. Syarikat yang sama juga terlibat dalam banyak projek kerajaan.

CIMB sebuah syarikat kewangan yang dimiliki oleh adik Najib Tun Razak telah menadatangani kontrak bernilai USD 250 juta kepada sebuah syarikat yang berpengkalan di Israel. CIMB telah menyumber luarkan pengurusan Jabatan IT nya kepada EDS (electronic data system) selama 10 tahun.

Hubungan CIMB dengan EDS bukan sahaja tidak mempedulikan keganasan Israel Zionis tetapi turut memangsakan pekerja CIMB sendiri yang dibuang kerana Jabatan IT disumberluarkan.

EDS telah ditubuhkan pada tahun 1995 dan berngpengkalan di Herzelyia, Israel. Syarikat ini jugalah merupakan syarikat yang mengendalikan sistem komputer polis, ketenteraan dan pertahanan Israel. Malah ia juga terlibat dalam industri persenjataan Israel. Dan hubungannya dengan Malaysia dirakamkan dengan bangga dalam Laporan Tahunan CIMB 2008.

Hasil kerjasama yang terlalu lama dengan pihak Yahudi Zionis nie maka saya beranggapan pemimipin UMNO sejak dari era Mahathir Mohammad telah membawa pemikiran Sekular Yahudi kepada kaum Melayu di Malaysia..


Apa persamaan UMNO dan Yahudi? UMNO memperjuangkan "Ketuanan Melayu" atau bertuhankan Melayu? dah sama dengan Yahudi yang agamanya bertuhankan bangsa !! Yahudi kata mereka lah kaum yang terhebat!! pernah tertindas dengan bangsa lain.. secara kebetulan sama juga yang terjadi kepada kaum UMNO yang mengatakan mereka kaum yang tertindas sehingga tercetusnya (Peristiwa 13 Mei) penumpahan darah yang dimulakan oleh orang UMNO sendiri yang menggangap mereka sebagai tuan @ tuhan kepada negara mereka sendiri.

Dalam Islam & Al-Quran ada ke Allah menyuruh umat islam menindas dan membenci kaum lain??
kepada orang UMNO yang tidak tahu apa-apa marilah bertaubat dan pulang kepangkal jalan.. sementara pintu taub.at masih terbuka
wallahualam..

P/S : Ini hanyalah arrtikel pandangan peribadi saya semata-mata berdasarkan pemerhatian dan sumber dari bacaan.

sumber

Gambar Penasihat Baru Obama?


Dua-tiga hari (waktu USA-Barat) lagi Obama akan bertemu penasihat barunya bagi hal-ehwal hubungan dengan negara-negara Islam? Hancusss?

Anwar Bikin Kak Mah Malu Sedunia.

Hallooooo... Kak Mah, apa sudah jadi beb.... 145 negara pun tarak setuju sama kes liwar part 2. Lebih2 lagi dengan 2 laporan tiada jolok2 masuk punya... rakyat Malaysia lu orang boleh kelentong sana sini. Itu negara luar pun lu orang mau kelentong ka...?

 PM 1Malaysia.
Pada 2 April, satu persidangan ahli ahli parlimen dunia yang ke 122 telah diadakan di kota bangkok. Ianya diwakili oleh ahli parlimen dari 145 buah negara. Selain berbincang permasalahan semasa di seluruh dunia, kesemua ahli parlimen dari 145 buah negara tersebut sebulat suara menyokong satu usul supaya mendesak kerajaan malaysia menggugurkan tudukan liwat siri 2 terhadap Anwar. Mereka juga melahirkan rasa kebimbangan yang sangat serius terhadap penglibatan pihak yang sama dalam siri 1 dan 2, iaitu pihak pendakwa kes liwat siri 1, yang kini adalah peguam negara.
Penafian hak Anwar untuk mendapatkan dokumen pihak pendakwa menimbulkan rasa keraguan kepada mereka apakah akan ada satu pihak yang akan merekacipta bukti pendakwaan. Mereka juga merasa hairan dengan dua laporan perubatan yang tidak menyatakan ada tusukan secara jelas namun perbicaraan tetap diteruskan. Oleh itu pihak ahli ahli parlimen tersebut akan cuba menghantar pihak pemerhati dan pemantau ketika perbicaraan di mahkamah berjalan nanti.

Sangatlah memalukan bagi negara Malaysia, bila persidangan ahli parlimen yang ke 122 itu sebenarnya beragenda besar dalam membincangkan masalah penyeledupan dadah dan senjata seluruh dunia, pemerdagangan manusia dan hak asasi manusia, bencana besar Chile dan Haiti, namun menyelitsama isu kes liwat 2 terhadap Anwar. Seolah olah ianya satu contoh pencerobohan hak asasi manusia berlaku di malaysia. Malu kerana dalam keadaan dunia sibuk berbincang tentang masalah kemunduran di negara sedang membangun tetapi mereka terpaksa campur tangan dalam isu di negara Malaysia.

Jadi mahu tidak mahu, pihak pendakwa perlu menyediakan bukti yang jelas dalam perbicaraan liwat 2 nanti. Ianya perlulah dilihat adil, jika tidak sudah pasti ianya akan memberi imej yang sangat buruk kepada Malaysia di mata dunia. Nyatalah perbicaraan Liwat Siri 2 akan membawa mata seluruh dunia tertumpu, memerhati ke arah Malaysia. Jika sekali ianya dilihat tiada keadilan berlaku di Malaysia maka dengan jelas dan nyata Malaysia akan dipacu ke arah jurang yang suram dan gelap samada dari sudut ekonomi, pelaburan dan juga prestij di mata antarabangsa. - detikdaily.
Adussss... malunya, apa gua mau cerita sama gua punya member mat saleh..., gua takda apa yang hendak dibanggakan dengan ini negara... lebih2 lagi sama dia punya PM yang tadak muka malu punya...

Aktiviti Pakatan Rakyat @ Hulu Selangor



Hari ini

11 April 2010 - Ahad

1. Pelancaran Jentera Pemuda Pakatan Rakyat
Masa : 9.00 malam
Tempat : Taman Gamelan, Ampang Pecah, Kuala Kubu Bharu.

Perasmi - MB Selangor

Esok
12 April 2010 - Isnin

1. Ceramah Umum
Masa : 9.00 malam
Tempat : Dewan Serbaguna Sg. Selisek
Penceramah:

YB DS Anwar Ibrahim
DS Wan Azizah
YB Salahuddin Ayob
YB Saifuddin Nasution
sdr. Shamsul Iskandar
Ustaz Dr. Badrol Amin
Dr. Mohd Nor Manuty

Shafie Apdal: 'Kelantan bawah Pakatan pun kita bantu..!'


Datuk Seri Shafie Apdal kecewa kerana tidak dapat menggunakan sebuah dewan orang ramai di Kampung Selisek, di Ulu Bernam, Selangor.

Menter pembangunan luar bandar itu berkata tindakan itu menunjukkan kerajaan Pakatan Rakyat bertindak tidak adil setelah membentuk kerajaan di Selangor.

"Bila kita buat (tindakan serupa ke atas Pakatan), tidak boleh. Tapi bila dia buat tidak apa.

"Kalau tidak boleh guna (dewan) pun tidak jadi masalah, cuma kita hendak tunjukkan gambaran bahawa mereka tidak adil," katanya dalam sidang media selepas majlis menyampaikan dividen berjumlah RM580,500 kepada golongan peneroka di situ.

Shafie berkata BN tidak mengamalkan diskriminasi kepada pihak yang tidak menyokongnya.

"Negeri Kelantan bawah kerajaan pembangkang (Pakatan) pun kita bantu...
A...??? Bantu...??? ye ke...???

Meh aku bantu korang ingatkan balik apa yang UMNO/BN bantu...

Imbas balik lebih 20 tahun dulu...

Berita Harian 22hb. November, 1983

Utusan Malaysia 22hb. November, 1983

Berita Harian 16hb. Oktober, 1984

Imbas balik tahun lepas... setelah 20 tahun Kerajaan Kelantan di perintah oleh parti PAS...

New Straits Times 28hb. Jun, 2009

Sinar Harian 28hb. Jun, 2009

Bantu kepala "Bana" kau la...!!! bantu menipu ade la...!!!

Hutang RM100 juta: Takkan YBK muniaga dengan Apco!

Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim membaraikan, hutang anak syarikat Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) melebihi RM100 juta. Wow! Tolong orang miskin mana, tolong anak yatim mana sampai berhutang RM100 juta?


Kalau kita tuduh depa peralatkan orang miskin dan anak yatim untuk tembolok depa sendiri, tentu depa menggelejat marah. Tak, tak, saya tak nak tuduh gitu. Takut kena saman. Cuma tertanya-tanya ja, adakah gitu?

Mungkin juga depa berniaga buluh kasap sampai berhutang RM100 juta. Agaknya time nak berniaga tu depa trompet sana-sini, "ni nak tolong anak yatim ni, nak tolong orang miskin ni!"

Berniaga apa tu? Lebih besar dari duit upah kat Apco Worldwide. Harap-harap tak ada orang rangkai begini:
YBK dikuasai orang-orang Umno, Umno dikepalai Datuk Seri Najib Tun Razak, Najib ambik Apco Worldwide sebagai tok guru komunikasinya, Apco pula didominasi Yahudi-Yahudi Zionis termasuk dari Israel.
La ni, susah sungguh nak pisahkan kaitan Umno dan apa sahaja yang berkaitan dengan Umno dengan Apco, Asiasoft, Yahudi dan Zionis.

Sambil itu, mari kita beringat-ingat dengan pesan Allah s.w.t. yang dikasihi:

أَرَأَيْتَ الَّذِي يُكَذِّبُ بِالدِّينِ فَذَلِكَ الَّذِي يَدُعُّ الْيَتِيمَ

Mafhumnya: "Tahukah engkau akan orang yang mendustakan ugama (meliputi hari pembalasan). Orang itu ialah yang menindas serta berlaku zalim kepada anak yatim.." (Dari surah Al-Ma'un)
PB.

Sesuatu Perlu Dilakukan Supaya Pornthip Hadir Di Inkues Nanti



Pakar patologi terkemuka Thailand, Dr Pornthip Rojanasunand tidak akan hadir memberi keterangan dalam inkues Teoh Beng Hock apabila ia bersambung pada 20 April ini, menurutnya, kerana 'tekanan politik' dari kerajaan Malaysia.

Dr Pornthip memberitahu Malaysiakini bahawa beliau telah "dinasihatkan" oleh pegawai-pegawai tinggi Jabatan Kehakiman Thailand - tempat beliau bertugas sebagai ketua pengarah Institut Sains Forensik Pusat - supaya jangan ke Malaysia minggu depan untuk menghadiri inkues tersebut.

Beliau berkata, kementerian kehakiman telah menerima maklumat daripada kementerian luar Thailand bahawa beliau mungkin menghadapi masalah jika ke Malaysia, termasuk kemungkinan dihalang memasuki negara ini.

Menurutnya, kementerian luar Thailand telah menarima "isyarat" dari kerajaan Malaysia melalui "saluran tidak rasmi" bahawa kehadiran beliau dalam inkues tersebut, adalah tidak disenangi.

"Ia disampaikan kepada saya oleh pegawai-pegawai kanan tertentu kerajaan Thai bahawa terdapat tekanan politik dari kalangan tertentu kerajaan Malaysia untuk menghalang kehadiran saya di mahkamah, sehingga ia mungkin mengganggu misi penting forensik semasa saya di Selatan Thai," katanya.

Ulasan GB

Jika berita di atas benar, maka adalah sesuatu yang amat memalukan negara Malaysia yang menggunakan tekanan politik bagi menghalang kehadiran ahli patologi luarnegara itu untuk memberi keterangannya di dalam inkues kematian Teoh Beng Hock.

Nampaknya pihak tertentu cuba menghalang kebenaran daripada diketahui, dengan hanya mahu keterangan dari ahli patologi tempatan diambil kira oleh Koroner tetapi menghalang segala cara daripada keterangan ahli patologi luar negara di sampaikan di dalam inkues berkenaan semata-mata kerana didapati loran ahli patologi luarnegara seperti Dr.Pornthip itu tidak sejajar malah bertentangan dengan hasrat konspirator serta keterangan ahli patologi tempatan.

Sesutau perlu diusahakan bagi mempastikan Pornthip dapat hadir di Inkues dan Kerajaan Malaysia perlu memberi jaminan di atas keselamatan Dr.Pornthip berkenaan jika inkues yang dibentuk berintegriti tinggi dan dihormati keputusannya nanti.

Bukannya kali pertama, kata peguam

Dalam reaksi kepada dakwaan Dr Pornthip Rojanasunand bahawa beliau berdepan dengan tekanan dari kerajaan Malaysia supaya tidak memberi keterangan dalam inkues Teoh Beng Hock, peguam keluarga Teoh, Gobind Singh Deo berkata, ini bukan kali pertama aduan gangguan terhadap pakar patologi itu.

Walaupun Gobind berkata beliau masih dalam proses mengesahkan perkara itu dengan Dr Pornthip, ahli parlimen Puchong itu menyifatkan apa yang dihadapi oleh pakar patologi itu sebagai "amat malang".

Usaha sedang dibuat untuk membolehkan beliau hadir di mahkamah, tetapi jika gagal "urusan alternatif" akan dibuat untuk beliau memberi keterangan dalam inkues tersebut melalui pautan video.

"Jika itu juga gagal, maka kita terpaksa teruskan dengan apa yang kita ada dan kita yakin, kita masih mampu berjaya untuk membuktikan kes kita, iaitu Teoh Bengh Hock tidak membunuh diri, tetapi sebaliknya ia adalah jelas kes homisid," kata Gobind dalam satu kenyataan.

Beliau juga menyifatkan bantuan yang diberikan Dr Pornthip kepada keluarga Teoh sehingga ini sebagai "amat berguna sekali".

"Melalui usaha beliaulah kita dapat menggali semula mayat dan melakukan bedah siasat kedua, di mana keputusannya telah memberi dimensi baru sepenuhnya kepada persekitaran kematian Beng Hock," katanya.

Gobind berkata, bagi pihak keluarga Beng Hock, perjuangan untuk memberi keadilan kepada Beng Hock akan dan mesti diterukan.

"Kita akan meneruskan inkues ini hinggalah ke akhirnya," kata Gobind.

Sementara itu, Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim pula menyarankan supaya Dr Pornthip dibenar memberi keterangan dalam inkues tersebut melalui telekomunikasi elektronik.

BN iktiraf wakil Bebas

KOTA BHARU, 11 April: Anggota Parlimen Shah Alam, Ir Abdul Khalid Samad berkata, kerajaan Barisan Nasional (BN) seakan-akan mengiktiraf lima wakil rakyat Bebas di parlimen.
“Ini dapat dilihat apabila Datuk Seri Zahrain diberi peluang berucap selepas Ketua Pembangkang membahas ucapan titah menjunjung kasih Yang di-Pertuan Agong.
“Dan selepas itu diberi peluang pula kepada Datuk Ibrahim Ali yang juga berada di blok Bebas. Sedangkan Bebas tidak mewakili rakyat kerana mereka mewakili parti lain ketika menang dalam pilihan raya lepas,” katanya pada ceramah di Kampung Paya Senang, Telipot, malam tadi.
Khalid berkata, anggota parlimen Bebas hanya menjadi pendinding kepada Umno sehingga diberi kedudukan istimewa di parlimen.
Speaker Dun Kelantan, Datuk Nasurudin Daud berkata, perjuangan Melayu dilaungkan pemimpin Umno tidak ke mana-mana, memandangkan Kelantan yang mempunyai bilangan penduduk Melayu paling ramai cuba disisihkan parti itu.
Menurut beliau sekiranya Umno benar-benar menghayati  perjuangan Melayu sudah tentu wang royalti petroleum diberi kepada Kelantan sebagaimana terkandung dalam perjanjian ditandatangani pada 1975.
Beliau juga memberitahu wilayah autonomi di Acheh diberi royalti minyak sebanyak 75 peratus oleh kerajaan Indonesia, sedangkan di negara ini hanya diberi 5 peratus.