Sabtu, 10 April 2010

Umno-BN makin pening di Hulu Selangor

Menjelang tarikh penamaan calon pilihan raya kecil Hulu Selangor apa yang dilakukan oleh UMNOAPCO-BN semua macam tak kena.

Presiden 1Malaysia sudah mengistiharkan bahawa calon BN adalah dari MIC. UMNOAPCO Hulu Selangor kembali berlembut untuk bagi laluan MIC bertanding tetapi dengan syarat bukan calon MIC sebelum ini Datuk G Palanivel.

Tetapi MIC bahagian Hulu Selangor kata mereka hanya mencalonkan 1Calon sahaja untuk 1MIC Hulu Selangor, mereka tetap mahu G Palanivel.

Palanivel malam tadi pula merayu-rayu diberi peluang kedua katanya kalau tak suka PRU 13 boleh buang.

Keputusan MIC menyebabkan UmnoApco Hulu Selangor menolak kompromi yang dibuat sebelum ini.

Jika begitu keadaannya maka UmnoApco kembali menuntut agar calon mereka bertanding.

UmnoApco Hulu Selangor hanya ada satu nama sahaja sempena mengambil semangat 1Malaysia iatu tak lain dan tak bukan Tan Sri Muhd. Md. Taib.
Semua ini menyebabkan TPM 1Malaysia pening-pening ketika PM 1Malaysia bersama rombongan dan dua YB Lompat berjumpa Barrack Obama di Amerika untuk mendapat restu.Wallahualam.

Perisik Israel Dalam PDRM

apco_magb
kemaskini 9 April 2010
Hari ini, Datuk Seri Hishamudin Tun Hussien telah mengumumkan di parlimen akan mengambil tindakan menyiasat dakwaan Datuk Seri Anwar Ibrahim berkaitan kewujudan perisik Israel di PDRM. Hisham juga berkata kontrak bersama Asiasoft telah ditamatkan bagi menjamin keselamatan maklumat negara.
Bagi kami, tindakan Hisham ini harus dipuji kerana ia diambil tanpa mengira latar belakang politik malah tindakan drastik Hisham melalui Kementerian Dalam Negeri dilihat sebagai benteng kebal bagi menghalang kemasukan perisik-perisik asing ke dalam perkhidmatan awam.
sumber : harakahdaily.net
KUALA LUMPUR, 7 April: Zionisasi dalam jentera kerajaan termasuk kewujudan perisik Israel dalam pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) mencabar dan mencalar maruah Raja-Raja Melayu, kata Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar.

“Pasukan polis dikurniakan gelaran diraja sejak tahun 1958 lagi, oleh sebab itu tindakan membawa perisik Israel ke dalam pasukan tersebut dengan sendirinya mencabar dan mencalar maruah Raja-Raja Melayu.
“Ancaman tersebut semakin menakutkan apabila perisik-perisik Israel berkenaan terlibat dalam sistem komunikasi polis,” kata beliau.
Ahli Parlimen Pokok Sena itu memohon agar diadakan segera Mesyuarat Majlis Raja-Raja Melayu bagi membincangkan ancaman keselamatan ke atas negara ini.
“Kita memohon jasa baik Raja-Raja Melayu untuk bertindak segera kerana tidak mungkin Perdana Menteri akan mengambil inisiatif membincangkan ancaman keselamatan tersebut kerana perisik-perisik Israel tersebut dibawa masuk oleh pihak yang dilantik oleh kerajaannya sendiri untuk menaiktaraf sistem komunikasi analog PDRM kepada sistem digital,” katanya.
Mahfuz melihat apa yang berlaku itu sebagai ancaman kepada negara ini kerana institusi keselamatan negara seperti polis telah ditentukan hala tuju mereka dan ia terdedah kepada penguasaan Israel yang disifatkannya sebagai entiti haram pengganas.
“Ini sangat merbahaya kepada masa depan negara. Sepatutnya kerajaan perlu menjelaskan hal tersebut bukannya mengambil tindakan mengheret (Datuk Seri) Anwar yang mendedahkan perkara itu ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen bila beliau mendedahkan penglibatan tersebut, mengheret Anwar bukannya satu penjelasan.”
“Pendedahan yang dibuat oleh Anwar itu merentasi persoalan 1Malaysia ataupun One Israel tapi ini soal maruah dan kedaulatan negara yang dipelihara bukannya dijual kepada pihak luar, lebih-lebih lagi pihak zionis.”
Tambahnya lagi, Perdana Menteri perlu berani memberi penjelasan bukannya menjadi seorang yang penakut berhadapan kenyataan sebenar kerana perlantikan itu atas keputusannya sendiri.
Beliau juga menyifatkan apa yang berlaku itu sebagai semakin rancaknya proses zionisasi ke atas negara ini melalui proses ‘mengIsraelkan’ jentera-jentera kerajaan di bawah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, yang sudah pun bermula dalam bidang komunikasi melalui pengambilan Apco Worldwide dan juga di dalam pasukan polis.
Beliau juga meminta rakyat membuat penilaian sama ada ahli-ahli Umno akan memilih kesetiaan dan patriotisme kepada negara tercinta ini atau kepada pemimpin mereka ‘mengIsraelkan’ jentera-jentera kerajaan.
Anwar semalam mendedahkan di Dewan Rakyat tentang kewujudan perisik Israel dalam PDRM.
Katanya, perkara berkenaan sebelum ini telah pun disahkan sendiri oleh cawangan khas Bukit Aman.
Bercakap ketika membahaskan bajet tambahan Kementerian Dalam Negeri di Dewan Rakyat semalam, Anwar turut mengemukakan beberapa dokumen bagi menyokong dakwaannya itu.
Beliau yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh menamakan syarikat terbabit, Asiasoft Global PLC yang berpangkalan di Israel.
Katanya lagi, ini membuktikan maklumat negara telahpun dijual kepada ejen asing. Beliau menyifatkan apa yang berlaku itu menunjukkan sikap kerajaan yang bermuka-muka.
“Tak iktiraf Israel tapi bersekongkol dengan rejim zionis yang kejam,” katanya.
Tulisan : Abd Aziz Mustafa
Sumber : harakahdaily.net
Ulasan
Isu pengaruh agen-agen Israel dalam menguasai seluruh sistem komunikasi keselamatan negara telah pun kami ulaskan pada artikel lepas bertajuk “Jarum-Jarum Israel dari Singapura”.

Bagaimana Perisik Israel menembusi Sistem Maklumat PDRM.



Pihak Jabatan Logistik PDRM telah mencadangkan agar kontrak syarikat Asiasoft ditamatkan pada Disember 2008 lagi..

Malangnya setelah lebih 2 tahun barulah kontrak Asiasoft dikatakan telah ditamatkan…..


April 9, Kementerian dalam negeri akhirnya mengakui bahawa wujudnya masalah dengan firma komputer yang mengendalikan perisiannya di Bukit Aman dan telah mengarahkan perkhidmatan berkenaan ditamatkan.

"Sebagai rekod, kontrak dengan syarikat Asiasoft telah ditamatkan,” kata Menterinya, Datuk Seri hishamuddin Hussein di Putrajaya, hari ini.

Selain itu, katanya, kerajaan akan mengambil empat pendekatan bagi menyiasat dakwaan bahawa perisik Israel berjaya menembusi maklumat dalam pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Hishammuddin berkata sebagai langkah permulaan pegawai khasnya telah diarahkan untuk membuat laporan polis.

Laporan yang sama juga dibuat kepada Suruhanjaya Pencengahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Perkara yang sama juga akan dibawa ke Majlis Keselamatan Negara dan Jawatankuasa Terpilih Parlimen.

"Tuduhan yang dibuat oleh Anwar Ibrahim adalah serius. Justeru, kita mesti menyiasat bagi menentukan kesahihannya," katanya. – Malaysiakini



Baiklah… mari kita lihat bagaimana perisik Israel melalui Asiasoft berjaya menembusi (menguasai sebenarnya) system Maklumat dalam PDRM..

LATARBELAKANG PROJEK PRS

Projek Sistem Laporan Polis atau juga dikenali sebagai ‘Police Reporting System’ (PRS) bermula apabila kontrak untuk fasa 1 dan Fasa 2 diberikan kepada Syarikat Sapura Holdings Sdn. Bhd.

Kemudian Fasa 3 (Pembekalan) dan kontrak penyelengaraan untuk Fasa 1,2 dan 3 diberikan kepada Syarikat Masterplan Consulting Sdn. Bhd. (MPC).

Dalam tahun 2006 kontrak berkaitan Migrasi Data diberikan kepada D.G. Kom Sdn. Bhd. Kontrak ini sepatutnya tamat pada 31 Mei 2008 telah dilanjutkan tempohnya sehingga kepada 31 Dec. 2008

MAKLUMAT CAWANGAN KHAS

Dalam bulan Mei 2008, Pengarah Logistik PDRM telah menerima maklumat dari Pengarah Cawangan Khas berkenaan penglibatan dua bekas pegawai tentera risik Israel dalam projek PRS PDRM yang dilaksanakan oleh Syarikat MPC.

Dalam bulan Ogos 2008, Cawangan Khas telah mengesahkan wujud penglibatan Israel dalam melalui Syarikat Asiasoft(M) Sdn. Bhd. Iaitu syarikat yang telah dilantik oleh MPC sebagai sub-kontraktor bagi melaksanakan projek PRS dan Projek berkaitan dengan Sistem Teknologi Maklumat PDRM.

PENGLIBATAN ASIASOFT (M) SDN BHD DALAM PROJEK PRS

Asiasoft (M) mula terlibat dengan projek PRS sejak 2001 apabila dilantik oleh Sapura sebagai Sub Kontraktor.

Kemudian apabila projek diberikan kepada MPC dan D.G.Kom, Asiasoft juga dilantik oleh kontraktor-kontraktor tersebut bagi melaksanakannya hingga sekarang.

Untuk makluman, Asiasoft (M) Sdn. Bhd. Telah dilantik sebagai sub-kontraktor oleh MPC dan D.G.Kom secara tidak sah bagi melaksanakan kontrak-kontrak PRS. Penglibatan Asiasoft (M) tidak diiktiraf.

KAITAN ASIASOFT DENGAN ISRAEL

Asiasoft (M) dimiliki oleh 2 pemegang saham iaitu:
1- Bee System Sdn. Bhd. Menguasai 70% saham
2- Asiasoft (S) Pte Ltd pula menguasai 30% saham.

Asisoft (S) Pte Ltd berdaftar di Singapura dan dikuasai oleh Asiasoft Global Pte Ltd yang berpengkalan di Israel.

2 Pengarah Asiasoft (S) Pte Ltd adalah bekas tentera Risik Israel, mereka ialah :
1- Izhak David Nakar
2- Ido Schechter

Mereka adalah pengarah syarikat, jadi sebenarnya mereka bukan menembusi tetapi mereka menguasai Sistem Maklumat PDRM yang dibangunkan mereka..

Memandangkan isu keselamatan dan kedaulatan Negara adalah satu isu yang tidak boleh dikompromi dan wujudnya penglibatan elemen asing yang mendedahkan negara kepada pencerobohan maklumat keselamatan pihak jabatan Logistik PDRM telah mencadangkan agar kontrak-kontrak syarikat yang telah tersebut ditamatkan.

Tujuan mencadangkan penamatan kontrak juga ialah bagi menghentikan kebocoran berterusan maklumat keselamatan Negara dan menghalang pencerobohan kepada system keselamatan Negara.

Pihak Jabatan Logistik PDRM telah mencadangkan agar kontrak-kontrak syarikat yang telah tersebut ditamatkan pada Disember 2008 lagi..

Malangnya setelah lebih 2 tahun barulah kontrak Asiasoft dikatakan telah ditamatkan…..

Nampaknya Hishamuddin Tun Hussein cuba memutarkan kembali skrip tahun 2008 mengenai kewujudan perisik Israel dalam Asiasoft..

Pada tahun 2008 juga laporan Polis dan juga laporan kepada SPRM telah dibuat berkenaan isu ini.

Round 2 of 10: Israelgate, Malaysia’s Watergate

One thing the Minister said that was not recorded in the Minutes of the Meeting is that this Israeli link fiasco would become Malaysia’s Watergate if not properly handled. Therefore they must make sure that this matter is kept highly confidential and no one is supposed to know about it. I would call it Israelgate rather than Malaysia’s Watergate.


Raja Petra Kamarudin
IGP: No infiltration by any Israelis
No Israeli was ever involved in the upgrading of the police force’s information and communication system as alleged by Opposition Leader Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Inspector-General of Police Tan Sri Musa Hassan said this was because Master Plan Consulting (MPC) Sdn Bhd, the company awarded the job to carry out the upgrading work, terminated Asiasoft Sdn Bhd’s contract.
The termination was carried out when it was revealed that Asiasoft’s Singapore partner had two former Israeli intelligence officers on their payroll.
“The Home Ministry had awarded the upgrading work to MPC in 2005. MPC then engaged a local bumiputra company called Asiasoft Sdn Bhd to carry out the work for them.
“In 2007, Asiasoft sold 30% of the shares to Asiasoft Pte Ltd Singapore. When we conducted a due diligence check on their Singaporean partner, we discovered the presence of the Israelis in the company,” he said.
MPC immediately terminated Asiasoft’s contract.
Musa said police then conducted a thorough investigation into the matter and found there was no infiltration by any Israelis.
He said they were investigating who leaked out classified police investigations (Editor's Note: this is the key issue for the PDRM) and what motivated Anwar to make such “serious and damaging” allegations in Parliament. -- The Star
*************************************************
In the first episode in this series of articles (Round 1 of 10: Hishammuddin's bullshit revealed) the Minutes of the Meeting between the Minister and the Royal Malaysian Police (PDRM) was revealed.
Basically, the focus of the meeting was to discuss how the leak about the Israeli connection managed to surface and for how long this leak has been going on. The meeting was more about damage control than about the security of the nation. They wanted to see what they could do to protect the image of the government and the PDRM.
One thing that must be noted here is the following:
On 27 June 2008, Malaysia Today revealed that Israeli intelligence had penetrated Bukit Aman. Malaysia Today said, Izhak David Nakar served in the Israel Air Force and developed the intelligence system for the Israeli Defense Force. Ido Schechter is a captain in the Israeli Air Force. They are both behind PDRM’s computerisation program. (Read more here: http://www.malaysia-today.net/index.php?option=com_content&view=article&id=31036:bukit-amans-israeli-connection&catid=22:the-corridors-of-power&Itemid=100085 )
On 11 September 2008, I was detained under the Internal Security Act for the ‘crime’ of slandering the Deputy Prime Minister’s wife and for insulting Islam.
On 7 November 2008, the Shah Alam High Court ruled that my detention was illegal and subsequently ordered my release.
On 23 November 2008, a meeting was held between the Minister and the Police to discuss how Malaysia Today managed to get the information about the PDRM-Israeli connection and how they could do damage control to protect the image of the government and the Royal Malaysian Police. (Read more here: http://www.malaysia-today.net/index.php?option=com_content&view=article&id=31092:round-1-hishammuddins-bullshit-revealed&catid=22:the-corridors-of-power&Itemid=100085 )
A new ISA Detention Order was then prepared but my detention was held back because the government had already filed an appeal against the Shah Alam High Court’s decision in ordering my release (the hearing which was still ongoing).
In February 2009, halfway through the appeal hearing, the government suddenly retreated after they decided it was taking too long and after three months I was still walking free. The government felt that it would be better to abandon the appeal (which they did) and instead detain me under a fresh Detention Order.
Two days before they came for me I received word from my Deep Throats in Bukit Aman that they are coming for me and that I should go underground if I do not wish to spend the rest of my life under detention without trial.
On the insistence of my Deep Throats in Bukit Aman I went underground and the police went to my home and found an empty house. This was confirmed by the security guards who said that the police came to my house and camped outside my house for several days before giving up and going home.
One thing the Minister said that was not recorded in the Minutes of the Meeting is that this Israeli link fiasco would become Malaysia’s Watergate if not properly handled. Therefore they must make sure that this matter is kept highly confidential and no one is supposed to know about it. I would call it Israelgate rather than Malaysia’s Watergate.
The problem they faced, though, is that Malaysia Today has Deep Throats in Bukit Aman who are feeding us ‘sensitive information’. Therefore, they must neutralise Malaysia Today by sending me back to Kamunting and then korek, korek, korek from me who my Deep Throats in Bukit Aman are.
My Deep Throats in Bukit Aman were understandably very worried. They knew that if the Special Branch got me then it would be a matter of time before names begin to surface. And that would mean my Deep Throats in Bukit Aman would be at risk.
Around midnight, 36 hours before I went underground, some ‘visitors’ came to my house. There was a heated argument when I said I was adamant to stay and would go to Kamunting if it comes to that. The ‘visitors’ felt that I was being rash and that it is not about me going to Kamunting but about what will happen to the Deep Throats in Bukit Aman once the Special Branch works on me. Even hardcore Communist Terrorists eventually break, even if it takes many years, they told me. You are not as tough to withstand what they can do to you and will definitely break and put everyone at risk, they argued.
From the point of view of my Deep Throats in Bukit Aman, the issue is not about my articles on Altantuya or about my Statutory Declaration. It is not even about me allegedly insulting Islam. Those are all just smokescreens. It is about the damage I am doing to the IGP with the many revelations that Malaysia Today has made over the last few years.
Who are all these people behind the companies involved in the computerisation work for the Royal Malaysian Police? Who are the people behind Web Power? Yes, a good question indeed. And we shall provide the answers in the next episodes in these series of articles. So stay tuned.
In the meantime, read this letter from the IGP to the Prime Minister dated 3 November 2006. Clearly, the IGP was the main thrust behind this project.
Remember, in November 2006 the government already knew about the Israeli link. Only when this information became public knowledge in June 2008 did they attempt to do damage control by terminating the sub-contractor and then use front companies to cover their tracks.


 

10 Dalil Mengapa BN kalah di Hulu Selangor


MB Warrior
Aku ingin senaraikan 10 dalil muktamad mengapa UMNO-BN akan kalah di Hulu Selangor ;
1.Najib Israel buat kerja gila letak calon MIC yang ditolak akar umbi UMNO.

2.UMNO Hulu Selangor yang ingin meletak Mat Taib ditentang kem Khir Toyo.

3.Noh Kotik yang dikecam semasa Konvensyen BN Selangor kerana ucapan yang tidak ada sensitiviti kepada kaum bukan Melayu akan beri impak besar kepada pengundi di Hulu Selangor.

4.Jentera Pakatan Rakyat dari seluruh negara yang akan berkampung di Hulu Selangor adalah 10 kali ganda dari jentera UMNO-BN.Ini adalah kerana jentera Pakatan hampir kesemuanya adalah sukarela berbanding jentera UMNO-BN yang bila ada duit baru turun.

5.Kemelut Palanivel , Samy Vellu, Mugilan dan Najib Israel masih belum selesai.

6.Rata-rata Orang-orang lama UMNO seluruh Malaysia sudah membacakan talkin untuk calon BN di Hulu Selangor kerana meletak calon MIC.

7.UMNO Hulu Selangor akan undi protes untuk memberi signal kepada Najib Israel bahwa dia membuat percaturan salah.(mungkin Najib Israel mendengar penasihat APCO..)

8.Sudah wujud perpecahan di dalam UMNO Selangor mengenai perletakan calon di Hulu Selangor dan Noh Kotik nampaknya mengambil 'langkah selamat' dengan tidak membuat kenyataan balas.

9.Muhyiddin terpaksa menjadi tempat untuk ramai pemimpin UMNO meluahkan perasaan kerana kecewa dengan keputusan Najib Israel.

10.Blogger Pro-UMNO akan melancarkan bedilan kepada Najib Israel kerana membuat keputusan bangang.

Rumusannya, aku melihat Pakatan Rakyat untuk mendapat majoriti 1000 undi adalah lebih mudah.

ALAMAK!!! Poll menunjukan Rakyat hendakan Pakatan Rakyat di P094

Alamak!! apa kata GAP? Blogger yang mendakwa akan bertanding sebagai tiket bebas?

Apa cerita? Poll menunjukan hanya 0persen je akan mengundi bebas.. 

Alamak!! apa cerita dari Najib pulak? Seramai 0persen jugak yang berkehendakan MIC bertanding... Apa cerita?

Alamak!! kalau letak parti perkauman Umno pulak kemungkinan akan mendapat hanya 20 persen saje mengundi.. Itu pun mungkin dari Perkasa.. hhaha Rakyat Marhaen tak nak mengundi Umno... hahaha

Alamak!! Paling menarik ialah PKR akan dapat 60 persen undi.. belum bertanding pun dah tau PKR akan menang... hahhaha

Kalau tambah pulak pengundi yang akan mengundi PAS lagi 20persen.. maknanya Pakatan Rakyat akan menang dengan amat bergaya... Iaitu 80persen...

Kahkahkah

Nasihat aku pada Barisan Gerobolan mudah saja... Toksah letak UMNO sebab akan kalah... Tapi Najib nak letak MIC... Lagi lah karut takde orang nak mengundi... bagi barisan Blogger Gerombolan pun toksah lah kalut-kalut nak jadik calon sebab takdak gak orang nak mengundi... hahaha Kan Umno kata Pilihan Raya merugikan....

ngeeee.... Abislah SINAR lepas nih... Bakal di hadapkan ke makamah BN kerna mengeluarkan keputusan tidak menyebelahkan Barisan... hahahaha!!!!

Tanpa integriti, setiap hari huru hara di Parlimen


zaid-ibrahim Oleh Zaid Ibrahim
Ciri-ciri kewibawaan dan kualiti seseorang Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) bagi sesebuah syarikat yang terdapat dalam buku-buku bercorak perniagaan lebih cenderong menekankan betapa pentingnya nilai integriti dan keikhlasan.
Walaupun terdapat perbezaan bagaimana perniagaan harus dijalankan di sesebuah negara, entiti, matlamat dan proses pengeluaran yang berbeza namun pokok pangkalnya ia tetap memerlukan kepada pengurusan yang baik dan prestasi yang cemerlang serta kualiti pengeluaran yang tinggi nilainya.

Berdepan dengan keperluan ini maka sesuatu perniagaan atau sesebuah negara, harus diterajui oleh seorang CEO yang mempunyai ciri-ciri keikhlasan dan integriti yang tinggi.
Melihat kepada trend sejak akhir-akhir ini, saya cenderong untuk mempercayai, tetapi kini mungkin tidak lagi. Walaupun sesebuah syarikat memerlukan seorang CEO yang ikhlas dan berintegriti tetapi nampaknya di Malaysia ciri-ciri tersebut tidak diperlukan.
Keperibadian yang mulia ini tidak menjadi satu kemestian jika seseorang itu bercita-cita menjadi seorang Speaker Dewan Rakyat atau Pengerusi Suruhanjaya Pilihanraya, sebagai contoh.
Malahan, saya lebih cenderong untuk berhujah bahawa anda tidak perlu memiliki ciri-ciri keperibadian yang mulia jika anda ingin menerajui sesuatu pertubuhan di negara ini.
Sebelum saya mengulas lanjut, biar saya terangkan mengenai keghairahan saya ketika Pak Lah (bekas perdana menteri Abdullah Ahmad Badawi) mengumumkan pada awal pentadbirannya, ‘integriti’ sebagai asas pegangan dalam pentadbiran.
Saya fikir inilah apa yang diperlukan oleh negara ini.  Namun saya agak kecewa selepas dianjurkan beberapa majlis yang meriah dan beberapa juta ringgit telah habis dicurahkan, apa yang kita ada hari ini hanya tinggal Institut Integriti Nasional sahaja.
Berkemungkinan ‘Integriti dalam Tadbir Urus’ tidak termasuk dalam terma rujukan dan syarat perjanjian dengan firma Apco, maka sebab itulah …….
Saya  masih ingat pada suatu ketika dahulu, pegawai-pegawai JKR sanggup mencatat bilangan pelawat yang meluangkan masa untuk makan karipap dan minum kopi di kantin pejabat mereka.
Suatu ketika dahulu, para hakim sanggup dipecat kerana berpegang teguh dengan prinsip dan kepercayaan mereka.
Gabenor Bank Negara memilih untuk meletak jawatan daripada menanggung malu dan merasa hina kerana mengikut arahan dari ahli-ahli politik.
Hari-hari tersebut telah pun berlalu dan ia kelihatan seolah-olah seperti mereka yang mempunyai integriti tidak akan dilantik lagi memegang jawatan-jawatan tertinggi dalam institusi-institusi kerajaan di negara ini.
 
Hari ini jika anda ingin kekal di takhta jawatan anda, anda kena bermain politik dan buat apa yang disuruh oleh tuan-tuan politik,tidak perlu bersusah payah – integriti menjadi satu perkataan yang sukar diterima.
Keadaan ini menjelaskan kenapa Timbalan-Timbalan Speaker di Dewan Rakyat bertingkah laku sedemikian rupa minggu lepas.
Speaker-Speaker telah hilang kawalan ke atas dewan.  Setiap hari berlaku huru hara.
Pekik memekik dan membuang masa untuk perbahasan selama berjam-jam kerana tidak faham mengenai peranan Parlimen dan kedudukan dan bidang kuasa mereka untuk mengawal prosiding dalam dewan secara adil dan tegas.
"Menyelewengkan dewan"
Cara mereka mengendalikan isu-isu yang bercanggah dengan Perintah Tetap 36 (12) oleh ahli-ahli parlimen sangat memalukan.
Memanglah ahli-ahli tidak boleh membuat kenyataan-kenyataan yang salah dan menyeleweng dalam dewan. Ini menjadi perkara asas Perintah 36.
Menurut Erskine May, peraturan ini meliputi semua ahli dewan.
Peraturan yang menyatakan tidak boleh "memberi gambaran yang salah kepada dewan" bermakna keperluan kepada Menteri-Menteri Kerajaan untuk menyatakan yang benar dan tidak berbohong dalam Parlimen.
Ini adalah amalan dalam parlimen berdasarkan prosiding di England, Kanada dan Australia.
Inilah apa yang dimaksudkan dengan tanggungjawab seseorang menteri terhadap parlimen. Peraturan supaya "tidak memberi gambaran salah" ialah untuk memastikan Menteri-Menteri tidak berbohong di Parlimen.
Kita boleh melihat prinsip ini dalam kes John Profumo, John Biffen dan Westland Affair.
Jika kita baca British atau Canadian Hansard, kes-kes yang dilaporkan melibatkan kesalahan "menyelewengkan dewan", yang pada kebiasaannya merujuk kepada Menteri-Menteri yang berbohong dan menyelewengkan dewan atas fakta-fakta yang berada di bawah tanggungjawab mereka.
Berdasarkan kepada keperluan terhadap integriti dalam melaksanakan tanggungjawab seseorang menteri dan akauntabiliti terhadap Parlimen, Menteri-menteri British dan Kanada hendaklah memperlihatkan kejujuran dan keikhlasan yang tinggi ketika memberi jawapan kepada soalan-soalan Parlimen.
Dalam konteks berhubung proses legislatif kita hari ini, sebagai contoh – apabila Menteri Pertahanan menyatakan kontrak untuk penyelenggaraan kapal selam itu berjumlah RM270 juta.
Jika ahli-ahli parlimen yang lain dapat membuktikan bahawa angka ini adalah salah maka menteri berkenaan harus dirujuk kepada Jawatankuasa untuk tindakan.
Begitu juga apabila Timbalan Menteri Pertahanan menyatakan bayaran komisyen hasil pembelian kapal selam-kapal selam itu adalah dalam lingkungan RM450 dan pada ketika yang lain, Menteri sendiri menyatakan tidak ada komisyen yang dibayar, ini menunjukkan salah seorang daripada mereka telah berbohong.
Isu-isu begini merupakan sebahagian dari contoh di mana Speaker-Speaker Dewan harus memberi perhatian yang serius.
Data-data yang tidak konsisten seperti inilah yang mereka sepatutnya ambil perhatian.
Aspek yang sentral dalam sistem Westminster ialah kebolehan Parlimen untuk memperolehi maklumat yang tepat mengenai Kerajaan dan Menteri-Menteri yang memberi jawapan yang benar dan lengkap kepada Parlimen.
Inilah yang hendak ditangani oleh Perintah 36.
Tidak menghukum kenyataan daripada pemimpin-pemimpin pembangkang dan ahli-ahli parlimen ekoran kenyataan-kenyataan yang tidak disenangi atau memalukan mereka.
Tidak menghukum berdasarkan perbezaan penafsiran atas fakta yang sama atau menghukum berdasarkan pandangan-pandangan politik.
Pertama sekali Speaker harus menentukan sama ada kenyataan yang mencabar ini kelihatan pada permukaannya berbentuk menyeleweng.
Selepas itu barulah beliau boleh meminta supaya di adakan undi sama ada untuk merujuk atau tidak kepada Jawatankuasa Hak dan Keistimewaan.
Beliau mesti, berdasarkan fakta-fakta atau kenyataan-kenyataan yang ada padanya, menentukan secara bebas dan adil, sama ada seseorang ahli itu telah melanggar peraturan sebelum dia mengundi.
Sebagai contoh, jika dia berpuas hati dengan penerangan oleh YB Dato’ Mahfuz Omar berhubungan kenyataan beliau menyamakan APCO dengan UMNO hanyalah pendapat Mahfuz sahaja maka beliau hendaklah bertindak dengan sewajarnya dan menghentikan kekecohan dalam dewan.
Speaker tidak boleh hukum atas pendapat ahli
Speaker tidak boleh menghukum seseorang ahli dewan kerana mengeluarkan pendapatnya.
Jika beliau fikir terdapat beberapa kesalahan fakta dan dibuat bertujuan untuk memesongkan dewan, beliau mesti memberi alasannya selepas mendapat penerangan
daripada ahli tersebut.
Beliau boleh meminta Mahfuz membentulkan kenyataannya dan meminta maaf dan dengan demikian maka selesailah perkara itu.
Atau jika beliau percaya terdapatnya satu kesalahan (prima facie) terhadap aduan itu maka beliau boleh membawa perkara itu untuk dibuat undian.
Beliau tidak boleh membenarkan golongan majoriti membuat keputusan sama ada kesalahan telah dilakukan oleh ahli pembangkang kerana golongan majoriti selalunya akan berkata "ya".
Mereka selalu hendak merujuk ahli dewan dari parti pembangkang kepada Jawatankuasa Hak dan Keistimewaan walaupun tiada kesalahan dilakukan.
Mereka selalu ingin menggantung ahli pembangkang (tambahan pula, adalah lebih baik jika Ahli Pembangkang itu menyertai mereka).
Jika Speaker tidak sanggup untuk memastikan kebebasan dan tidak berat sebelah dalam tugasannya, maka Parlimen akan menjadi seperti "rumah anjing" di mana bertempik dan memekik menjadi amalan harian.
Parlimen tidak boleh sekat kebebasan ahli
Tidak ada masa untuk perbahasan mengenai dasar-dasar dalam Parlimen.
Pada ketika ini, kita bingung memikirkan siapa yang berminat untuk menjadi ahli parlimen.
Jadi Datuk Seri Anwar Ibrahim sekarang ini dirujuk kepada Jawatankuasa Hak dan Keistimewaan dan berkemungkinan akan digantung kerana menyatakan terdapat persamaan di antara konsep 1Malaysia dan Satu Israel.
Juga atas sebab dakwaan beliau tentang kemungkinan Apco bertanggungjawab kepada idea-idea ini?
Apakah bentuk jenayah atau adakah beliau telah melanggar peraturan dewan?
Ini merupakan satu pendapat Ketua Pembangkang.
Beliau memberikan sebab-sebabnya untuk menyokong hujahnya, dan hujah-hujahnya adalah baik dan berasas.
Parlimen tidak boleh mengekang kebebasan ahli-ahlinya dan menghukum mereka, hanya kerana mereka telah menjatuhkan maruah kerajaan.
Setiapa ahli diberi masa yang cukup untuk bercakap mengenai apa jua tajuk tanpa takut kepada tindakan-tindakan yang akan diambil oleh pihak berkuasa.  Inilah apa yang dimaksudkan dengan keistimewaan parlimen.
Ahli-ahli politik British di sepanjang zaman mempertahankan nyawa mereka untuk mendapatkan kebebasan Parlimen daripada kuasa Raja dan kuasa-kuasa lain.
Tetapi kesanggupan Parlimen kita untuk menyekat kebebasan ahli-ahli Yang Berhormat kita aalah sesuatu yang mengecewakan.
Nazri menghina Parlimen?
Jika Anwar memberi fakta yang salah, Speaker boleh dengan mudah menyelesaikan masalah ini dengan meminta beliau membuat
pembetulan.
Apakah penemuan atau alasan Timbalan Speaker pula apabila beliau membuat keputusan merujuk Anwar kepada Jawatankuasa tersebut?
Adakah beliau telah menemui kesalahan yang dilakukan oleh Anwar kerana memesongkan dewan?
Tidak ada peraturan terhadap fakta -fakta, hanya satu anggapan bahawa Speaker mempunyai kuasa untuk berbuat demikian.
Tetapi fakta-fakta tersebut berpihak kepada Anwar.
Bolehkah kita tidak bersetuju atau mempunyai pandangan lain, mungkin terdapat berbeza pada peringkat kesimpulannya sahaja.
Tujuan Speaker memilih untuk merujuk Anwar kepada Jawatankuasa itu adalah jelas kerana Nazri Abdul Aziz berkata demikian.
Dan Nazri berkata demikian kerana kabinet berkata demikian.
Di negara-negara lain yang bertamadun, Nazri dan seluruh anggota kabinet boleh didakwa atas kesalahan menghina Parlimen.
Parlimen harus membuat keputusannya sendiri dan bukan atas desakan kabinet.
Inilah yang dimaksudkan dengan pengasingan kuasa dan kebebasan Parlimen.
Inilah kenapa perlu adanya Perintah-Perintah Tetap.
Inilah kelebihan atau keistimewaan yang diberikan kepada ahli-ahli Yang
Berhormat.
Parlimen yang mempunyai integriti tidak boleh dilihat sebagai mengikut telunjuk yang memalukan daripada pihak Eksekutif dan Menteri-Menteri Kabinet.
Jika beginilah keadaannya, lebih baik Timbalan Speaker membuang sahaja apa yang pada zahirnya semacam ada kebebasan dalam
Parlimen yang mereka laung-laungkan dan pertahankan ketika menjadi ahli kelab penyokong di Parlimen.
Tetapi anda tidak akan dapat melaksanakan kebebasan dan integriti jika karier anda bergantung kepada arahan daripada pihak yang mempunyai agenda tersendiri.
Anda tidak akan dapat melaksanakan tugas dengan penuh integriti jika menerima arahan tanpa soal dan tidak memperdulikan kepentingan dan kesejahteraan rakyat. Bagaimana kedudukan yang "mulia" dan "tinggi" ini dapat merubah kita semua.

Satu Lawan Satu Pada Pilihan Raya Kecil Parlimen Sibu

SHAH ALAM 10 APR: Pakatan Rakyat akan memastikan tiada pertembungan sesama parti pembangkang dalam usaha menumbangkan Barisan Nasional pada pilihan raya kecil Parlimen Sibu yang bakal menyusul.

Demikian kata Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (PKR), Saifuddin Nasution yang yakin kemenangan lebih mudah dicapai jika berlaku pertembungan satu lawan satu.

Bercakap kepada TV Selangor, Ahli Parlimen Machang itu berkata, sebaik sahaja Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) membuat pengumuman, Pakatan Rakyat akan mengadakan perbincangan dengan parti gabungan. 

“Kerana kawasan itu ditandingi oleh DAP dan Keadilan, jadi saya percaya kali ini pertembungan akan jadi satu lawan satu,” katanya.

Parlimen P212 Sibu mempunyai 53,679 pengundi, dengan majoriti kaum Cina (60 peratus), Melanau (20 peratus), Iban (18 peratus) dan Orang Ulu (1.1 peratus).

Pada pilihan raya sebelum ini, kerusi berkenaan ditandingi oleh DAP, Parti Keadilan Rakyat (PKR) manakala  Barisan Nasional diwakili parti komponennya, SUPP.

Mendiang Robert Lau Hoi Chew menang  dengan majority 3,235 undi, menewaskan calon DAP, Wong Ho Leng dan calon PKR, Lim Chin Chuang.

Saifuddin bagaimanapun menegaskan PKR dan parti gabungan pada masa ini menumpu sepenuh perhatian terhadap pilihan raya kecil Parlimen Hulu Selangor.

“Pilihanraya di Sibu belum dibawa perbincangan di peringkat parti mahupun Pakatan Rakyat. Barangkali tumpuan kini kepada Hulu Selangor.

"Dan, SPR hanya bermesyuarat hujung minggu depan. Jadi, biasanya selepas SPR buat pengumuman, barulah Pakatan Rakyat akan mengadakan mesyuarat di peringkat majlis presiden,” katanya lagi.

Umno: Ada juga One America, One China Policy..kah...kah...nape tak sebut One Israel....!!!!


Pembangunan yang dijalankan di negeri-negeri yang kini dikuasai pakatan PAS-DAP-PKR termasuk di Selangor hanya diwarisi daripada usaha kerajaan BN, kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Ahmad Maslan.

Beliau berkata pakatan pembangkang di negeri-negeri yang dikuasainya belum melaksanakan sebarang pembangunan walaupun sudah dua tahun mentadbir di Kedah, Pulau Pinang, Kedah dan Selangor khususnya di Hulu Selangor.

"Semua pembangunan lama BN yang bina, sebagai contoh, kita (BN) bina 50 sekolah rendah dan 16 sekolah menengah (di Hulu Selangor)," katanya kepada pemberita selepas merasmikan program motivasi keibubapaan dan anugerah kecemerlangan Sekolah Kebangsaan Kerling di Hulu Selangor hari ini.

Sehubungan itu, Ahmad yang juga Ketua Penerangan Umno meminta pengundi di kawasan Parlimen Hulu Selangor agar menolak "kumpulan penumpang" agar membolehkan kerajaan pusat pimpinan BN meneruskan pembangunan di kawasan itu.

"Jadi saya harap kawasan ini putih untuk sokongan BN supaya kita boleh terus membangunkan kawasan ini sebagaimana telah terbukti," katanya.

Sementara itu, Ahmad turut menolak dakwaan konsep 1Malaysia yang diperkenalkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ditiru daripada "One Israel".

"Sebagaimana yang disebutkan oleh PM, 1Malaysia tidak meniru mana-mana satu konsep yang lain. Saya nak maklum ada beberapa konsep Satu antaranya One China Policy, One America, One World Organization, Russia One. Kita tidak meniru kerana komponennya tak sama," katanya.

Beliau berkata 1Malaysia menekankan tema iaitu Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan dan juga dua aspek penting iaitu perpaduan antara rakyat berbilang kaum dan lapan nilai-nilai aspirasi.

Ahmad juga berkata pembangkang menyamakan 1Malaysia dengan "One Israel" kerana bimbang dengan gagasan yang diperkenalkan Perdana Menteri itu yang semakin diterima rakyat.

"Ini hanyalah tohmahan pembangkang kerana mereka tak tahan dengan populariti 1Malaysia ini. Lantas mereka menfitnah, 1Malaysia ini sama dengan "One Israel," katanya.

Hari mengundi pilihan raya kecil bagi kerusi Parlimen Hulu Selangor itu ialah pada 25 April sementara hari penamaan calon ialah 17 April. Pilihan raya itu diadakan berikutan kematian penyandangnya daripada PKR Datuk Dr Zainal Abidin Ahmad pada 25 Mac lepas akibat barah otak.

- Bernama

Penduduk Bakar Geran Rumah Sebagai Protes Projek Jalan Terbengkalai ..SATU LAGI PROJEK UMNO@APCO YANG TERBENGKALAI..MASA PRK BAGAN PINANG UMNO@APCO JANJI SIAPKAN SEGERA..!!!


TELUK KEMANG: Akibat projek pembinaan jalan raya terbengkalai selama enam tahun, 24 penduduk dari Rumah Rakyat Pasir Panjang, Port Dickson nekad membakar geran rumah mereka sebagai tanda protes.
Kerja pelebaran jalan sepanjang 17 kilometer yang menghubungkan Pasir Panjang ke Linggi itu terbiar selepas kontraktor yang dilantik gagal menyiapkan projek itu sehingga menyebabkan banjir lumpur sering terjadi selain keadaan jalan yang membahayakan.
Wakil penduduk yang mengetuai protes itu, Rahimuddin Md Harun berkata penduduk di situ pernah membuat aduan kepada pihak yang bertanggungjawab tetapi tiada satu pun tindakan yang diambil.
"Kita tidak menolak pembangunan tetapi jalan ini sudah terbiar terlalu lama. Bila hujan rumah kami dilanda banjir lumpur, bila kering, debu berterbangan dan permukaan jalan juga tidak selamat," katanya kepada pemberita.
Beliau yang juga Timbalan Pengerusi Gerakan Memantau Perkhidmatan Agensi Kerajaan (Gempak) berkata penduduk sudah mula hilang sabar apabila kerap diberitahu bahawa projek itu masih berjalan tetapi sudah enam tahun berlalu dan jalan masih tidak siap-siap.
Seorang lagi penduduk yang ditemui, Siti Rohani Muhammad, 28, berkata anaknya kini menghidap penyakit lelah yang dipercayai akibat debu daripada projek jalan raya yang terbengkalai itu.
"Saya sudah duduk di sini selama lima tahun, memang sudah tidak tahan lagi kalau boleh hendak pindah. Bila kering berdebu dan saya terpaksa tutup pintu dan tingkap rumah tetapi bila hujan, rumah kami pula dilanda banjir lumpur," katanya.
Pengarah Jabatan Kerja Raya (JKR) Negeri Sembilan Datuk Ir Roslan Mohd Taha yang ditemui pemberita ketika menjalankan pemantauan di kawasan itu menjelaskan, projek jalan raya itu terbengkalai akibat kegagalan kontraktor menyiapkan projek itu ekoran masalah dalaman.
Kontraktor lain sudah dilantik untuk meneruskan semula projek itu dan ia dijangka siap menjelang hujung tahun ini, katanya.
Sebuah tembok berukuran 1.5 meter tinggi juga akan dibina di hadapan rumah penduduk yang dilanda banjir lumpur semasa hujan, katanya. - BERNAMA

PRK Hulu Selangor:Pemuda PAS ikrar menangkan calon PR


KUALA LUMPUR, 10 April: Dewan Pemuda PAS (DPP) telah mengatur beberapa strategi bagi memenangkan calon Pakatan Rakyat yang kan bertanding pada Pilihan Raya Kecil Hulu Selangor.

Ketuanya, Nasruddin Hassan berkata, pemuda PAS bertekad meneruskan siri kemenangan Pakatan Rakyat pada PRK seprti seperti sebelum ini.

"DPP telah membuat komitmen yang tinggi bagi membantu calon Pakatan Rakyat bagi memenangi pilihanraya kecil di P.094.

"Jabatan pilihanraya pemuda telah mengatur beberapa strategi untuk mengulang kembali kejayaan Pakatan rakayat dalam siri-siri pilihanraya kecil sebelum ini, katanya pada sidang media selepas mesyuarat bulanan dewan itu di Pejabat Agung PAS, Jalan Raja Laut hari ini.

Mengulas isu keselamtan pula beliu melahirkan rasa bimbang dengan pengumuman pihak polis yang akan menempatkan hanya 1000 anggota di Hulu Selangor.

Mengulas lanjut beliau berkata, jumlah itu masih kecil dan mahu peristiwa kekecohan pada PRK Bangan Pinang sebelum ini tidak berulang.

"Ini memungkinkan strategi (Umno) yang sama di Bagan Pinang akan berulang di Hulu Selangor"

"Kita tidak mahu terlalu ramai anggota polis sehingga wujud suatu suasana bandar polis tapi kita juga tidak mahu kawalan terlalu longgar sehingga mudah mencetuskan kekecohan.

Bagaimanapun beliau turut menasihatkan para petugas dan jentera Pakatan Rakyat tidak mudah terpengaruh dengan sebarang provokasi dan memfokuskan kerja untuk memenangkan calon Pakatan.

Merayu beb....kah..kah..kah..!!!

“Bagi peluang kedua, cuba sekali lagi.”“Jika tidak berpuas hati, (anda) boleh buang dalam pilihan raya (umum) tahun 2012,” demikian rayu Timbalan Presiden MIC, Datuk G. Palanivel semasa persinggahan keempat beliau di bahagian Parlimen Hulu Selangor, malam tadi.
Itulah di antara petikan ayat-ayat basi barisan najis, tiap kali pilihanraya asyik merayu minta di berikan peluang sekali lagi... bodoh piang punya pelesit.

Yeiii na deyyy..., sudah lebih 50 tahun, sudah berapa banyak peluang lu orang dapat... apa lu orang bikin... chittt.. poooraaahhhh... lu orang punya cakap macam itu biawak tercekik tulang katak laaa....., ini kali mau minta peluang lagi... ka...? Peluang mau tipu rakyat dan kenyangkan lu orang semua..., deiii... macha.. kalau sudah nama BN (barisan najis) aaaa... ianya banyak busuk dan kotor la.... lain kerja tarak.. mau tipu orang saja... cuba lu tengok lu punya najis, sama juga maaaa....

Aiyoooyooo macha... gua dengar cerita itu puteri umno mau pergi kempen pakai sari... ada butul ka...? wahhh... kalau butul... gua mau tunggu depan pintu... gua mau tengok itu "pusat islam" ada sama ka... dengan itu Kajol punya "pusat"... kasi gelek2 sikit sama itu puteri umno.... ha..ha...ha....

Tapi aaaa... itu puteri umno.. gua boleh tengok dari jauh jugak.. tak boleh dekat2... nanti gua kena tuduhan mencabul pulak... lu pun tau... pakai sari lagi senang mau tuduh maaaa.... itu umno sama barisan najis punya trick... semua orang sudah tau punya... skrip kasi tiru macam itu filem tamil.. putar belit kasi tiru itu israel yahudi... ha..ha..ha...

Gua tak mau cerita banyak sama lu.... lu kasi rasuah banyak2 pun sama pengundi Hulu Selangor... lu belum tentu boleh menang punya.... itu barisan najis sudah jadi bangkai maaaa... banyak busuk oooooo....

Merayu-rayu beb......

BERI AMARAN ORANG LAIN -MINTA MAAF ORANG LAIN


AMARAN INI APA JADI ?








WIRA PERKASA GANDA WANG ANDA - APA JADI DENGAN AMARAN 48 JAM ?




NOTA:
dont talk talk
make do nating



PERKASA: NOH TIDAK PERLU MOHON MAAF
– malaysiakin

Pertubuhan Pribumi Perkasa (PERKASA) tidak bersetuju dengan tindakan Menteri Pertanian dan Asas Tani Noh Omar memohon maaf berhubung ucapannya di konvensyen BN Selangor kelmarin.

Ketua Wira PERKASA Arman Azha Abu Hanifah (bawah) berkata ucapan Noh - yang memetik mendiang Tun Tan Siew Sin dan Sambanthan - bersandarkan "satu fakta sejarah".

Sebaliknya beliau mendakwa ucapan Noh yang juga timbalan pengerusi perhubungan Umno Selangor telah "disalahtafsirkan" oleh media berbahasa Cina.

"Petikan ucapan itu merupakan fakta sejarah kerana ia termaktub dalam sejarah Malaysia. Adakah cakap fakta sejarah adalah salah?" katanya ketika dihubungi Malaysiakini semalam.

Ditanya tindakan pihaknya selepas ini berhubung permohonan maaf Noh itu, Arman berkata pihaknya tidak merancang untuk berbuat apa-apa tindakan.

"Bagi saya jika berlandaskan gagasan satu Malaysia, seharusnya pihak-pihak media yang salah petik ucapan Noh Omar seharusnya memahami, di mana beliau berceritakan (tentang)sejarah silam.

"Datuk Noh meminta maaf atas dasar menghormati prinsip BN terhadap semua lapisan masyarakat, seharusnya mereka menilai dengan matang ucapan Noh," katanya.

Kelmarin, Noh (kiri) yang juga ahli parlimen Tanjung Karang dilaporkan memohon maaf berhubung ucapannya di konvensyen BN Selangor sekiranya ia menyinggung perasaan mana-mana pihak.

Katanya, beliau tidak berniat untuk menyinggung perasaan mana-mana kaum, sebaliknya mahu mengukuhkan lagi semangat kerjasama dan setiakawan di kalangan ahli dan pemimpin parti-parti komponen BN.

KAH KAH KAH…

woit…. SUDAH KANTOI…. kah kah kah…

kah kah k…. WIRA PERKASA SONGKOK MENDEWA DATANG LAMBAT…. kah kah kah..

kah kah ka… MALAON ADIK SEMBAB SUDAH MOHON MAAAF… kah kah kah..

kah kah kah...KETUANAN MELAYU TAK ADA TENAGA BATIN... kah kah kah..

kah kah kah... HANYA ADA TENAGA BATAK... kah kah kah...

woit… WIRA PERKASA GANDA WANG ANDA… 48 JAM APA CERITA… kah kah kah…
TT.

PRK Hulu Selangor: Majoriti undi rosak 2008 kerana tak dipangkah

Oleh G. Manimaran
KUALA LUMPUR, 10 April — Calon-calon yang bakal bertanding di kerusi Parlimen Hulu Selangor pada 25 April ini bukan sahaja dijangka akan berusaha mengekalkan undi penyokong tegar, malah dilihat akan meletakkan harapan untuk mengurangkan undi rosak dalam usaha menaikkan majoriti.
Daripada 22 kerusi Parlimen di Selangor dua bahagian mencatatkan undi rosak lebih besar berbanding majoriti pada 8 Mac 2008. Selain Hulu Selangor, satu lagi ialah kerusi Kuala Selangor.
Timbalan Presiden MIC tewas dengan perbezaan 198 undi sedangkan undi rosak yang direkodkan adalah sebanyak 1,466 atau tujuh kali ganda manakala di kerusi Kuala Selangor, yang dimenangi calon PAS, jumlah undi rosak direkodkan 894 berbanding majoriti 862.
Kerusi-kerusi Parlimen di Selangor yang mencatatkan undi rosak atau ditolak melebih 1,400 undi ialah Selayang (1,506), Hulu Langat (1,401), Serdang (2,072), Puchong (1,580), Subang (2,079) dan Kapar (3,064). Bagaimanapun dari segi peratusan berbanding jumlah yang keluar mengundi, kadar dicatatkan Hulu Selangor adalah tinggi.
Rekod pilihan raya umum 2004 menunjukkan jumlah undi rosak yang direkodkan di Hulu Selangor tidak jauh berbeza berbanding dua tahun lalu.
Pada tahun 2004, Palanivel menang untuk buat penggal keempat dengan undi rosak direkodkan 1,406.
Bagaimanapun ketika pilihan raya umum enam tahun lalu undi rosak tidak begitu signifikan kerana majoriti diperoleh Palanivel adalah sebanyak 14,483 undi — dilihat sebagai kedudukan yang selesa untuk wakil rakyat empat penggal.
Pegawai-pegawai jentera pilihan raya Palanivel, yang namanya telah dikemukakan oleh MIC untuk pertimbangan pucuk pimpinan BN, mendakwa kira-kira 1,000 daripada 1,466 kertas undi rosak melibatkan kertas undi yang dimasukkan ke dalam peti undi tanpa sebarang tanda.
“Kertas-kertas undi ini dimasukkan ke dalam peti undi tanpa meletakkan tanda pangkah, bermakna mereka ambil kertas undi dan sengaja memasukkan tanpa memangkah,” kata pegawai itu kepada The Malaysian Insider.
Pembantu-pembantu Palanivel itu juga mendakwa sebahagiannya besarnya adalah undi protes, berpunca daripada kemarahan kakitangan awam terhadap kepimpinan bekas menteri besar Selangor Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo yang menghadiahkan penyapu kepada pihak berkuasa tempatan yang gagal menunjukkan prestasi baik.
Sejauh mana benarnya andaian itu masih boleh dipersoalkan dengan mengambil kira 1,406 undi rosak yang direkodkan pada pilihan raya umum 2004.
Undi rosak pada 2008 cuma meningkat 60 berbanding 2004.
Menjawab andaian itu, Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Datuk Wira Wan Ahmad Wan Omar ketika dihubungi The Malaysian Insider mengakui wujudnya sejumlah undi rosak ataupun dalam istilah pilihan raya ia dianggap sebagai “undi ditolak”.
Kata beliau, fenomena itu didapati berlaku di kebanyakan bahagian pilihan raya umum ke-12.
“Biasanya undi ditolak adalah dalam lingkungan dua peratus... 200, 400 undi, ada bahagian yang sampai 400, sampai 500... tetapi di Hulu Selangor jumlahnya adalah tinggi. Hulu Selangor saya anggap tinggi,” kata beliau.
Undi ditolak itu termasuklah kertas-kertas undi yang dipulangkan kosong ataupun dimasukkan ke dalam peti undi tanpa dipangkah sama sekali, jelas beliau.
“Bagaimanapun selain tidak faham cara betul untuk memangkah, mengapa pengundi berbuat (undi protes) cuma mereka sahaja yang tahu,” kata Wan Ahmad ketika dihubungi.
Wah Ahmad memberitahu, sesuatu kertas undi akan dianggap sebagai “undi ditolak' jika tidak ditanda ataupun tanda pangkah berada di luar petak ditetapkan ataupun menconteng simbol calon-calon yang bertanding.
“Bagaimanapun, biasanya kami akan menerima sebarang tanda, bukan semestinya tanda dalam bentuk pangkah pada petak yang betul, yang disediakan pada kertas undi,” katanya.

Laporan polis terhadap Apco di Kedah pula


Tidak cukup dengan dua laporan polis yang dibuat sebelum ini, seorang lagi ahli parlimen pembangkang Nasir Zakaria membuat aduan yang sama terhadap firma perunding APCO Worldwide dan pembabitannya dengan kerajaan Malaysia.

Ahli parlimen Padang Terap itu memberitahu Malaysiakini, beliau membuat laporan tersebut di Balai Polis Kuala Nerang, Kedah kira-kira jam 1.00 petang tadi.

Dalam aduannya, Nasir berkata, beliau yakin, syarikat tersebut "mempunyai kaitan dengan kerajaan haram Israel", berdasarkan rekod perjanjiannya dengan negara tersebut sebelum ini.

"Kerajaan Malaysia tidak mempunyai hubungan diplomatik dengan negara haram Israel.

"Sudah tentu berurusan dengan syarikat tersebut, yang lembaga pengarahnya terdiri daripada tokoh-tokoh besar negara Israel akan mendedahkan banyak rahsia negara kepada akses pihak luar," laporan polis tersebut dipetik.

Sebelum ini, dua laporan polis berhubung isu yang sama telah dibuat di Kuala Lumpur oleh ahli parlimen Titiwangsa Dr Lo' Lo' Ghazali dan Ketua Pemuda PKR Shamsul Iskandar Md Akin di Kuala Lumpur.

Dr Lo' Lo' yang juga ahli jawatankuasa pusat PAS membuat laporan tersebut semalam di Balai Polis Jalan Dang Wangi. Manakala Shamsul Iskandar pula tampil mengadu pada Selasa di ibu pejabat polis daerah (IPD) Dang Wangi.

Dalam laporannya hari ini, Nasir yang juga ketua penerangan PAS Kedah menggunakan teks aduan yang sama digunakan oleh Dr Lo' Lo'.

Beliau ditemani beberapa pemimpim parti itu di peringkat PAS kawasan dan PKR cabang di kawasan tersebut.

Ketika dihubungi Malaysiakini selepas membuat laporan tersebut, Nasir juga memberitahu, mereka telah mengedarkan risalah menjelaskan isu Apco di pekan sehari Kuala Nerang sebelum ini.

Ahmad Maslan: PR penumpang pembangunan BN..Kenyataan yang menunjukan taraf tadika UMNO@APCO..!!!

Ahmad Maslan: PR penumpang pembangunan BN

HULU SELANGOR, 10 April — Pembangunan yang dijalankan di negeri-negeri yang kini dikuasai pakatan PAS-DAP-PKR termasuk di Selangor hanya diwarisi daripada usaha kerajaan Barisan Nasional (BN), kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Ahmad Maslan.
Beliau berkata pakatan pembangkang di negeri-negeri yang dikuasainya belum melaksanakan sebarang pembangunan walaupun sudah dua tahun mentadbir di Kedah, Pulau Pinang, Kedah dan Selangor khususnya di Hulu Selangor.
“Semua pembangunan lama BN yang bina, sebagai contoh, kita (BN) bina 50 sekolah rendah dan 16 sekolah menengah (di Hulu Selangor),” katanya kepada pemberita selepas merasmikan program motivasi keibubapaan dan anugerah kecemerlangan Sekolah Kebangsaan Kerling di sini hari ini.
Sehubungan itu, Ahmad yang juga Ketua Penerangan Umno meminta pengundi di kawasan Parlimen Hulu Selangor agar menolak “kumpulan penumpang” agar membolehkan kerajaan pusat pimpinan BN meneruskan pembangunan di kawasan itu.
“Jadi saya harap kawasan ini putih untuk sokongan BN supaya kita boleh terus membangunkan kawasan ini sebagaimana telah terbukti,” katanya.
Sementara itu, Ahmad turut menolak dakwaan konsep 1Malaysia yang diperkenalkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak ditiru daripada “One Israel”.
“Sebagaimana yang disebutkan oleh PM, 1Malaysia tidak meniru mana-mana satu konsep yang lain. Saya nak maklum ada beberapa konsep Satu antaranya One China Policy, One America, One World Organization, Russia One. Kita tidak meniru kerana komponennya tak sama,” katanya.
Beliau berkata 1Malaysia menekankan tema iaitu Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan dan juga dua aspek penting iaitu perpaduan antara rakyat berbilang kaum dan lapan nilai-nilai aspirasi.
Ahmad juga berkata pembangkang menyamakan 1Malaysia dengan “One Israel” kerana bimbang dengan gagasan yang diperkenalkan Perdana Menteri itu yang semakin diterima rakyat.
“Ini hanyalah tohmahan pembangkang kerana mereka tak tahan dengan popularity 1Malaysia ini. Lantas mereka menfitnah, 1Malaysia ini sama dengan “One Israel,” katanya.
Hari mengundi pilihan raya kecil bagi kerusi Parlimen Hulu Selangor itu ialah pada 25 April sementara hari penamaan calon ialah 17 April. Pilihan raya itu diadakan berikutan kematian penyandangnya daripada PKR Datuk Dr Zainal Abidin Ahmad pada 25 Mac lepas akibat barah otak. — Bernama

PRK Hulu Selangor : 'Anak Tangga' Ke Putrajaya


Pakatan Rakyat semalam melancarkan secara rasmi jentera pilihan raya bagi Parlimen P094 Hulu Selangor dengan menganggap kemenangan pada 25 April depan sebagai "anak tangga" terpenting merealisasikan impian menawan Putrajaya pada Pilihan Raya Umum ke-13 kelak.

Pelancaran yang dirasmikan oleh Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim di Kuala Kubu Baharu disaksikan lebih 3,000 penyokong dan petugas Pakatan Rakyat dari KEADILAN, PAS dan DAP dari seluruh negara.

Khalid yang juga Pengarah Jentera Pilihan Raya Kecil Hulu Selangor menegaskan perjuangan Pakatan Rakyat pada PRK ini bukan setakat membela nasib rakyat Selangor tetapi juga untuk selkuruh rakyat Malaysia yang memerlukan pembelaan.

"Kita berjuang sekarang bukan hanya untuk rakyat negeri Selangor tetapi untuk negara kita Malaysia yang memerlukan pembelaan dari terus diperintah oleh pemimpin yang zalim, pemimpin yang membenarkan campur tangan luar dalam urusan keselamatan negara seperti Apco yang terang-terang terlibat dengan Zionis-Israel.

"Saya telah bekerja lebih 750 hari dan setiap hari saya bertanya adakah sudah cukup tenaga saya untuk rakyat yang mengundi Pakatan Rakyat sebelum ini sehingga saya berada kedudukan sekarang. Saya perlu bekerja keras untuk rakyat Selangor kerana tanpa mereka saya tidak akan berada disini.

"Kita tidak boleh tipu rakyat dan juga mengambil hak rakyat, hak mereka kita perlu pulangkan kepada mereka bukannya menjadi milik kita. Perjuangan kita bukan senang banyak lagi yang kita perlu lalui, disebabkan amanah rakyat perjuang Pakatan Rakyat tidak boleh lari dari landasan yang sebenar.

"Kemenangan di Hulu Selangor adalah isyarat kita untuk menang di Sibu dan juga tangga kita ke Putrajaya sudah semakin hampir," kata beliau di Dewan Kuala Kubu Baharu.

Ahli Parlimen Gombak Mohd Azmin Ali yang juga turut hadir menjelaskan bahawa rakyat perlu sedar apa yang telah Barisan Nasional lakukan kepada negara ini yang membiarkan campur tangan asing.

"Kita mahu rakyat sedar apa yang telah kerajaan lakukan, kita tidak perlu campur tangan Apco dalam pentadbiran negara ini dan BN perlu belajar dari Pakatan Rakyat bagaimana ingin mentadbir negara tanpa campur tangan luar. Lihat bagaimana kita mentadbir negeri Selangor.

"Kita lihat bagaimana perpaduan dalam Pakatan yang mana PAS dan DAP telah memberi persetujuan agar KEADILAN yang membuat keputusan bagi calon pilihan raya kecil ini, kita tidak seperti BN yang berebut hendak meletakkan calon masing-masing.

"Calon yang kita pilih benar-benar komited dan mantap, calon yang boleh bekerja untuk segenap lapisan masyarakat dan kaum. Kemenangan kita pada pilihan raya ini akan membawa kemenangan kita di Sibu nanti dan ini menandakan kita semakin hampir ke Putrajaya," tegasnya.

Timbalan Presiden PAS Nasharudin Mat Isa menjelaskan kemenangan di Hulu Selangor sebagai tanda untuk Pakatan merampas negeri Melaka.

"Kekuatan jentera yang ada ini dalam mengekalkan kemenangan kita adalah isyarat kepada kita bahawa dengan kekuatan seramai ini kita akan dapat menawan negeri Melaka kerana saya difahamkan saiz Hulu Selangor sebesar negeri Melaka.

"Kemenangan ini juga untuk kita menghalang kezaliman BN dari terus menindas rakyat. Jentera PAS sudah bersedia dari awal lagi untuk membantu kemenangan calon dari KEADILAN dan kita bergerak atas landasan yang sama," jelas beliau.

Ahli Parlimen Kepong yang juga Naib Presiden DAP, Dr Tan Seng Giaw percaya dengan jentera seramai 3,000 petugas mampu menembusi kubu kuat Umno di setiap ceruk Hulu Selangor.

"Dengan kekuatan ini saya percaya tempat-tempat yang menjadi kubu kuat Umno dapat kita tempuh dan serang, dan kemenangan pada 25 April nanti membuktikan bahawa Umno tidak lagi menjadi pilihan kepada rakyat.

"Kita tidak perlu menjadi macam Najib yang hanya tahu cakap sahaja, janji setiap kali pilihan raya tetapi tidak ditunaikan. Apa yang kita perlu buat adalah tunaikan apa yang kita cakap kerana itu yang rakyat nak," tegas beliau.

Majlis tersebut yang juga turut dihadiri beberapa Exco kerajaan negeri dan juga ahli-ahli Parlimen telah menguatkan semangat jentera yang tidak sabar untuk memulakan tugas berjuang bagi memastikan BN terus berkubur di Hulu Selangor. -SK

APCO punya agenda tersembunyi- Pemuda PAS

KUALA LUMPUR, 10 April: Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Nasruddin Hassan tidak menolak kemungkinan penglibatan firma perunding APCO Worldwide mempromosikan 1 Malaysia mempunyai agenda tersembunyi khususnya mengekang kebangkitan umat Islam.

Dalam satu sidang media di Pejabat Agung PAS siang tadi beliau berkata, insiden sama sudah berlaku di Mesir, apabila kerajaan negara arab itu memberi ruang kepada Mosad terlibat dalam menentukan dasar kerajaan secara tidak langsung.

"Mengambil contoh kerajaan mesir yang longgar memberi ruang kepada syarikat Israel masuk dan Mosad mengambil kesempatan tersebut.

"Rentetan itu berlakunya pembunuhan pengikut-pengikut Ikhwan Al-muslimin di Mesir," jelasnya.

Penglibatan Apco juga katanya bermakna negara Malaysia telah masuk ke perangkap Zionis Israel.

"Apabila syarikat konsultan wujud di di tempat strategik dalam pentadbiran negara sudah tentulah negara kita akan berdasarkan negara Israel itu sendiri,"

Sehubungan itu beliau memberitahu, pemuda PAS akan membuat siri jelajah ke seluruh negara bagi menjelaskan kepada seluruh rakyat berkenaan kesan penglibatan APCO terhadap negara.

Penjelasan tersebut jelasnya tertumpu kepada persoalan apa itu APCO, negara kelahiran, hubungkait dengan Malysia dan ancaman terhadap keselamatan negara.

"Pemuda akan membuat suatu roadshow diseluruh negara bagi menjelaskan apa itu APCO, dari mana asalnya dan apa hubungkaitnya dengan negara malaysia, dan ancaman terhadap kedaulatan Negara," katanya.

Hishamuddin - Lidah dengan akal sama pendek!


Bodoh piang betul Menteri UMNO sorang ni..

Hari tu dia kata tak perasan lak yang Pendatang Asing Tanpa Izin dah terlalu ramai di Malaysia ni!
Memang teruk sangat la sebenarnya..
Sebagai Menteri yang kononnya jaga Polis..Imigresen dll..
kalau itulah kenyataan oleh Menteri, baik lantik Jamal Posmen Behrang je jadi Menteri Dalam Negeri!

Terbaru.. Israel dalam PDRM pun dia tak tau!
Dah kena pelempang dengan Anwar Ibrahim di Perlimen baru la kecoh-kecoh nak sisat?
Woii!!! Brother lidah pendek..
Teman ingatkan Jamal Posmen Behrang tu dah abih koman dah!
Ada lagi yang lagi koman dari dia?

Kalau tak mampu.. letak le jawatan.. gi buat operation panjangkan lidah!
Terbakor betul hati teman pagi nih!

Israel dah masuk Bukit Aman?? Gila apa??

Teringat lagi teman kena kejutan elektrik di pagar Bukit Aman masa menyorok kena kejor Polis di Demo Anti-ISA hari tu..
Teman yang rakyat Malaysia kena karen! Yahudi senang-senang je masuk ye?
S*al punya Menteri UMNO!
sunsnake 10042010

Oh, Rupa-Rupanya Ayam Betina 'Amenopos'......alahai.....



Laporan terkini hasil daripada ujian DNA, didapati keris yang digunakan oleh orang 'Perkasa' dan orang 'Ameno' etnik 'Apeko' adalah diperbuat daripada sejenis plastik dicampur dengan lendir ayam betina yang sudah 'Amenopos', yakni yang sudah lama tidak mengeluarkan telor atau dalam bahasa mudah ialah yang sudah tidak BERTELOR.

Pakar keris memberi jaminan, tikamannya tidak mendatangkan mudarat kerana disaat keris itu bersentuh kulit manusia, dia akan mulai rapuh dan hancur menjadi debu.

Pantang larangnya ialah dikhuatiri habuk itu dihidu oleh kaum ibu terutamanya dan kaum bapa kerana dikhuatiri boleh mengakibatkan seseorang akan menjadi 'Amenopos' yang mengakibatkan seseorang akan hilang telor-telor yang subur yang membolehkan jadi mandul.

Pakar genetik menasihatkan jika itu terjadi, segerakan cari 2 biji telor ayam kampong, dibelah dengan keris plastik dan dihirup dengan 1 sudu madu tualang, InsyaAllah akan kembali normal.

Dikhabarkan pakar yang membuat penemuan ini telah mendapat pengiktirafan dunia, 'Hadiah Nobel Saintis Harapan'.

Najib setahun berlalu

10 APRIL — Sejarah kesinambungan kepimpinan Perdana Menteri di Malaysia selalunya boleh diagak melalui siapa yang menjadi Timbalan Perdana Menteri. Lazimnya hingga hari ini, pendekatan ini tidak dicabar dengan membuat set prosedur yang lain. Lazimnya juga amalan parti yang memerintah Kerajaan Federal selama ini menjadikan hiraki parti itu sebagai refleksi kepada dua kedudukan eksekutif  tertinggi negara.
Tidak heranlah dalam parti tersebut perebutan jawatan untuk mendaki hiraki tertinggi parti dirangsang oleh kedudukan yang bakal diletakkannya dalam kepimpinan negara. Berbeza dari kepimpinan Tun Dr Mahathir Mohamad, beliau mempunyai Timbalan yang bersilih ganti dari Tun Musa Hitam, Tun Ghafar Baba, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Tun Abdullah Ahmad Badawi, hanya yang akhir berjaya menggalas jawatan PM dan nasib yang lainnya sudah diketahui umum.
Dalam menggalas-ganti jawatan Perdana Menteri hanya Tun Hussein Onn yang mendaki jawatan Perdana Menteri disebabkan  pemergian Allahyarkam Tun Razak manakala Perdana Menteri yang lain menjawat jawatan Perdana Menteri dengan pengunduran tokoh sebelumnya. Jadi isu bakal PM ini selalu dilihat dengan sejauhmana Timbalannya dapat bertahan di dalam partinya dulu sebelum sanggup bertahan pada jawatannya di Kerajaan.
Kedudukan Najib sebelum mendaki tangga Perdana Menteri agak unik dari segi, beliau merupakan tokoh yang paling muda menjawat jawatan Wakil Rakyat dan tokoh yang paling lama bertahan dalam Umno sejak dari usia mudanya.
Beliau telah sempat berkhidmat dengan hampir kesemua Perdana Menteri Malaysia yang merupakan Presiden Umno. Kedua, namanya tidak dapat dipisahkan dengan ketokohan Tun Abdul Razak yang merupakan ayahanda beliau.
Penampilannya tidak pula bertenggek atas promosi ayahanda beliau kerana tahun-tahun kemudian selepas pemergian ayahandanya pada tahun 1976, Najib mendaki hiraki kepimpinan parti beliau iaitu Umno selangkah demi selangkah sehinggalah kepada tahapnya yang diperolehi hari ini.
Ketiga, sebelum menggalas-ganti Pak Lah, Najib sememangnya telah dilihat orang yang sebenarnya akan “menyelamatkan” Umno dari “kelembikan” (meminjam istilah orang Umno sendiri) Pak Lah. Pak Lah dianggap hanya transisi sahaja bagi membuka jalan kepada Najib untuk menerajui kepimpinan parti dan negara.
Ketiga faktor kemunculan Najib merupakan perkara yang menjadi mentera ahli Umno bagi menggambarkan kehebatan Najib. Istilah “menyelamatkan” merupakan tagline reformasi dalaman Umno yang menjadikan Datuk seri Najib sebagai “the messiah” yang akan menyelamatkan parti Umno yang diakui sendiri oleh orang Umno sebagai berada pada tahap kritikal khusus setelah menjadi mangsa “tsunami kecil” yang berlaku pada PRU 2008.
Namun perlu direkodkan disini juga bahawa kemunculan Najib selain dari tagline “messiah” Perdana Menteri Satu Malaysia ini turut terganggu dengan “hantu” Altantuya yang menjadi mimpi ngeri beliau.
Walaupun dinafikan tiada penglibatan namun misteri menyelubungi Altantuya lebih hebat dari Misteri Nusantara. Isu affidavit PI Balasundram belum lagi terjawab, isu nama Altantuya yang “dihapuskan” dalam rekod Imigresen Malaysia, isu pengeluaran C4, kaitan Sirul dan Azilah dengan Najib dan Rosmah serta peranan Altantuya dalam pengurusan jual beli Scorpene dari Perancis dan lain-lain misteri yang belum terungkai.
Faktor ini penting kerana sebelum ini mana-mana Perdana Menteri yang naik mempunyai rekod yang bersih, hanya setelah menjadi Perdana Menteri barulah dakwaan-dakwaan salahguna kuasa dikaitkan. Kecuali Najib, beliau jadi PM dalam keadaan namanya sudahpun terpalit dengan berbagai isu, tidak termasuk misteri “engine jet hilang” yang pada masa itu beliau menjadi Menteri Pertahanan.
Semasa Najib mendaki, tragedi Perak dikaitkan dengan nama beliau sebagai perancang utama, walaupun untuk Umno ia satu bentuk “heroism” tapi bagi rakyat yang sememangnya menolak Umno dalam PRU 08 melihatnya sebagai sesuatu yang jengkel dan meloyakan.
Di atas latarbelakang inilah maka Najib terpaksa “bersolek” untuk menutup palitan kotoran yang melekat pada kepimpinannya, oleh itu inisiatif Najib dengan berbagai inovasi slogan, retorik dan program amat diperlukan.
“1 Malaysia” adalah produk yang cuba menaikkan imej Najib sebagai Bapa Perpaduan kedua setelah ayahandanya Tun Razak. Najib turut memperkenalkan KPI (Key Performance Index) dan untuk tujuan itu enam  NKRA (National Key Results Area) dijadikan kayu pengukur output dari semua Kementerian.
Ini kata Najib sebagai komitmen Kerajaan untuk memperbaiki komitmen kerajaan kepada satu slogan yang dilaungkan iaitu “Rakyat didahulukan , Pencapaian diutamakan”  Tidak cukup dengan KPI ,satu Pelan Transformasi Kerajaan (GTP) diperkenalkan bagi memperbaiki delivery system yang selama ini dikatakan terlalu birokratik dan menyulitkan.
Sekali pandang memanglah inovasi-inovasi ini menggamit perhatian orang ramai namun isu utama tidak digarap dalam semua pakej kepimpinan Najib hari ini. Pakej terkini ialah NEM atau Model Ekonomi Baru lebih dilihat kontraversial dari ianya menjadi sesuatu yang ditungu-tunggu.
Isu utama yang dimaksudkan ialah Ketelusan yang asasnya ialah kebebasan media dan pertanggungjawaban . Segala pakej kepimpinan Najib tidak menjurus kearah mereformasikan kepercayaan rakyat.
Media mendapat persepsi yang buruk apabila hingga hari ini Najib masih gagal mengubah persepsi bahawa media adalah alat dan perkakas kerajaan dan bukan wasilah check and balance pemerintah.
KDN berkuasa penuh ke atas permit media, manakala akta-akta yang menyekat kebebsan media seperti akta cetak dan penerbitan serta akta rahsia resmi.
Kedua ialah reformasi institusi menentang rasuah seperti SPRM yang dimulakan zaman Pak Lah seolah anti klimaks pada zaman Najib apabila persepsi terhadap SPRM hari ini amat buruk dan dilihat “alat” untuk mengugut dan mengancam pembangkang dan bukan institusi yang memerangi rasuah tanpa mengira bulu.
Ketiga ialah reformasi Polis yang lembab bahkan PDRM turut mendapat persepsi yang buruk kerana campurtangan pihak ketiga dari kalangan ahli politik. PDRM turut dilihat sebagai institusi yang tidak bermaya dan dipalit dengan berbagai permasalahan dan persepsi rasuah dan tidak professional.
Kematian dalam tahanan dan mengkasari perhimpunan aman oleh pihak personel polis turut menjejasakn kredibilitinya. Isu Anwar digasak dalam tahanan oleh bekas Ketua Polis ketika itu masih menghantui rakyat, selagi Najib tidak membersihkan persepsi ini segala usaha Najib akan dilihat tidak menyentuh isu sebenar.
Keempat ialah pemulihan demokrasi khususnya reformasi pilihanraya di mana SPR adalah penyelianya. Hingga hari ini SPR ditakok lama menjaid “alat” kepada BN dan tidak memainkan perananya sebagai Pengadil yang professional.
Proses pendaftaran, pengendalian pilihanraya dan proses pilihanraya semuanya memerlukan bukan reformasi tetapi referendum untuk benar-benar memartabatkan institusi demokrasi berpilihanraya.
Kelima ialah institusi Parlimen yang dianggap “rubber stamp” dan tidak befungsi sebagai penggubal undang-undang yang bebas. Institusi Parlimen sebagai tonggak kepada keperwakilan rakyat dan legitimasi memperbaiki perundangan negara berada di takok lama.
Jawatankuasa yang sepatutnya bercirikan sikap proaktif melihat dan meneliti rang undang-undang yang ada tidak diperkemaskan, hingga ini Parlimen hanya ada Jawatankuasa Kira-Kira Awam, Jawatankuasa Disiplin yang di atas keperluan.
Lain-lain Jawatankuasa yang diberi kuasa menilai, meneliti dna mencadangkan rang undang-undang tidak ada. Begitu juga Public Hearing atau Pendengaran Awam  yang sepatutnya menjadi gelanggang pandangan rakyat tidak diberi kewujudannya dalam satu kemestian undang-undang.
Najib akan melalui saat-saat getir meyakinkan orang ramai khusunya generasi muda bahawa agenda kepimpinannya mampu membawa negara ini setapak ke hadapan. Amat malang setelah setahun berlalu retorik 1 Malaysia tercemar dengan kejatuhan dari sudut indeks kebebasan media, rasuah, kepolisian, institusi demokrasi berpilihanraya dan insitusi parlimen.
Apakah nasib Najib dalam PRU akan datang dapat mengembalikan kepercayaan rakyat? Jawapannya boleh dibantu dengan menilai kepimpinan Najib setelah setahun berlalu.

Mujahid Yusof Rawa

Prk Hulu Selangor : ‘Bagi peluang kedua, tolak PRU-13 jika tak puas hati’


Oleh G. Manimaran
HULU SELANGOR, 10 April — “Bagi peluang kedua, cuba sekali lagi.”
“Jika tidak berpuas hati, (anda) boleh buang dalam pilihan raya (umum) tahun 2012,” demikian rayu Timbalan Presiden MIC, Datuk G. Palanivel semasa persinggahan keempat beliau di bahagian Parlimen Hulu Selangor, malam tadi.
Kira-kira 9 malam tadi beliau berucap merasmikan Program Latihan dan Peningkatan Kemahiran Untuk Wanita anjuran Persatuan Penganut Dewa Ying Jun Miao di Bukit Beruntung.
Palanivel juga merayu kepada pengundi-pengundi Hulu Selangor yang ditemuinya sepanjang semalam agar memberikan peluang kepada kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
“Untuk kerajaan yang kuat, untuk Parlimen yang kuat, undi masyarakat Cina sangat penting... kami memerlukan sokongan masyarakat Cina.
“Masyarakat Cina mesti menyokong MIC, MIC akan menyokong calon MCA, Gerakan.
“Saya rayu kali ini pengundi-pengundi Cina akan menyokong calon MIC,” katanya yang ditemani beberapa pemimpin MIC ketika singgah di Bukit Beruntung.
“Saya tewas pada tahun 2008 dengan perbezaan undi kira-kira 0,04 peratus, tidak sampai setengah peratus. Oleh itu saya mengharapkan sokongan anda semua,” kata Palanivel lagi.
Pada 8 Mac 2008, Palanivel ditewaskan oleh wakil PKR Datuk Dr zainal Abidin Ahmad, yang juga bekas timbalan menteri besar ketika kerajaan negeri BN, dengan perbezaan 198 undi.
Kira-kira enam jam sebelum itu semasa berucap kepada kira-kira 50 orang pengundi Cina di Tokong Kuen Yin Kerk di Kampung Assam Kumbang, Kuala Kubu Baru, Palanivel meminta masyarakat Cina supaya memberikan peluang kepada Najib yang genap setahun sebagai Perdana Menteri minggu lalu.
Najib meraikan setahun genap sebagai perdana menteri di bahagian Hulu Selangor.
“Saya minta satu peluang, berikan beliau satu peluang,” katanya.
Palanivel, Ahli Parlimen Hulu Selangor sejak 1990 tetapi tewas dalam saingan kali kelima dua tahun lalu tidak “berkempen” sebagai calon rasmi tetapi atas status penyelaras kawasan Parlimen Hulu Selangor.
Palanivel dilantik sebagai penyelaras bahagian itu Oktober lalu.
Atas kapasitinya itu kata Palanivel, beliau menyelesaikan masalah dan permintaan penduduk tempatan termasuk berusaha mendapatkan peruntukan kewangan.
Semalam beliau menyerahkan sebahagian peruntukan yang dipohon penduduk tempatan Januari lalu.

Palanivel menyerahkan cek bernilai RM300,000 kepada wakil persatuan Cina di Kuala Kubu Baru, semalam.
Pertemuan dengan rakyat semalam bermula dengan majlis penyerahan tiga cek bernilai RM300,000 kepada dua persatuan masyarakat Cina di Kuala Kubu Baru dan disusuli dengan sesi beramah mesra dengan masyarakat Orang Asli di Changkat Bintang, berhampiran Slim River, dan Kampung Orang Asli Serigala dan satu lagi pertemuan dengan masyarakat Cina di Bukit Beruntung.
Kedua-dua penempatan Orang Asli yang menyumbang kira-kira 120 undi merupakan kubu kuat bagi calon BN termasuk ketika dua tahun lalu.
Bagaimanapun BN gagal memperoleh undi sepenuhnya daripada masyarakat Cina di Kuala Kubu Baru dua tahun lalu.
Kira-kira 10 malam beliau meneruskan perjalanan ke Hulu Rening, berhampiran sempadan Genting Highlands untuk menemui pengundi-pengundi Melayu.
Palanivel memulakan siri pertemuan 3 petang semalam sehingga tengah malam seolah-olah beliau merupakan calon Barisan Nasional (BN). Pasukan Palanivel ini melalui perjalanan hampir 200 kilometer sehingga tengah malam.
Setakat ini, pengesahan rasmi menyebut hanya nama Palanivel telah dikemukakan kepada pucuk kepimpinan BN.
Pucuk kepimpinan MIC dan BN enggan mengesahkan sama ada ada nama-nama lain disalurkan kepada Najib yang juga Pengerusi BN.
The Malaysian Insider yang mengekori beliau dari 3 petang mendapati Palanivel memperlihatkan iltizam walaupun wujud cakap-cakap kemungkinan tidak dipilih sebagai calon.
Pembantu-pembantunya pula kelihatan bertungkus-lumus melakukan kerja-kerja asas dengan mengemaskinikan profil beliau termasuk apa yang telah beliau lakukan sejak menjadi wakil rakyat kali pertama 20 tahun lalu.
Malah, beberapa pembantunya yang ditemui berkata Palanivel hanya mahu memberi tumpuan menjalankan tanggungjawabnya sebagai penyelaras dan tidak kisah dengan cakap-cakap bahawa ada usaha mahu mensabotaj beliau daripada diturunkan semula calon.
Umno Hulu Selangor juga masih meneruskan gesaan supaya pemimpin mereka diletakkan di Hulu Selangor walaupun Najib sudah mengumumkan ia sebagai kerusi MIC.
Nampaknya kerja-kerja asas itu dilakukan kerana Palanivel tidak mahu mengambil mudah dan membuang masa sekiranya beliau dipilih semula.
Selain Palanivel, sumber-sumber memberitahu Ketua Penerangan MIC P. Kamalanathan dan Timbalan Ketua Pemuda MIC V. Mugilan juga disebut-sebut sedang diperhalusi pucuk kepimpinan.
Kedua-dua mereka juga berada di Hulu Selangor malam tadi menemui pengundi tempatan.
Ketika berucap di kawasan penempatan Orang Asli di Kampung Serigala, Palanivel berkata, “kerusi Parlimen Hulu Selangor sangat penting bagi BN.”
Dewan serbaguna yang Palanivel berucap sudah dihiasi dengan bendera-bendera kecil BN dengan digantung satu potret Palanivel dengan mesej tertera “Calon kawasan Parlimen Hulu Selangor”, sekali gus menunjukkan ia kubu kuat BN,
The Malaysian Insider difahamkan potret itu dipasang dua tahun lalu tetapi tidak diturunkan sehingga sekarang. Turut digantung di sisi ialah potret bekas menteri besar Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo.
“Ini pilihan raya yang sangat penting. Kita dapat satu peluang bertanding di kerusi Parlimen.
“Setiap undi Orang Asli adalah undi untuk perdana menteri, itu penting. Beliau akan berikan perhatian khas untuk masyarakat Orang Asli,” kata Palanivel sambil meminta penduduk Orang Asli turun di Kuala Kubu Baru dengan simbol tradisi mereka pada hari penamaan Sabtu depan.

PRK Hulu Selangor : PERKASA NAK KATA APA, JIKA CALON MELAYU LAWAN CALON INDIA

Perkasa pimpinan Ibrahim Ali adalah pertubuhan NGO yang memperjuangkan hak melayu dan kaum bumiputra.

Sejak ditubuhkan Perkasa mendapat sambutan luar biasa daripada kaum melayu dan bumiputra, perkara ini dibuktikan apabila lebih 70 NGO negara bergabung tenaga dengan Perkasa bagi membela kaum melayu dan bumiputra.



Satu perkara yang menarik adalah bagaimana Perkasa berhadapan dengan isu politik dan kepartian?


Bagaimana Perkasa berhadapan dengan calon melayu melawan kaum lain terutama dalam pilihanraya?



Di PRK Ulu Selangor, BN akan diwakili oleh calon MIC sepertimana diumumkan oleh Najib sendiri, walaupun nama calon itu masih teka teki dan akan diketahui pada 17 April ini, apabila Timbalan Perdana Menteri akan mengumumkannya.



Kawasan P-94 Ulu Selangor adalah kawasan majoriti melayu, dimana hampir 54% adalah pengundi melayu. Namun berasaskan semangat BN, dan demi perkongsian kuasa, maka tiga kaum teras negara ini, yakni melayu, cina dan india akan menjadi calon bagi kawasan-kawasan yang bermajoriti melayu.



Perkasa yang dikatakan mesra BN akan mempunyai kekangan untuk berkempen apabila BN mengemukakan calon bukan dari kaum melayu, sementara pakatan rakyat mencalonkan kaum melayu.



Menurut maklumat terkini pihak pakatan rakyat dalam hal ini PKR kononnya akan mengemukakan penyelaras Pakatan Datuk Zaid Ibrahim, mantan "defacto law minister" di Jabatan Perdana Menteri semasa pemerintahan Tun Abdullah Badawi.



Jika kaum-kaum yang berbeza ini akan menjadi kenyataan di PRK Hulu Selangor,isu apa kah yang akan dibangkitkan oleh Perkasa? sama-sama kita tunggu kelibat Datuk Ibrahim Ali.




sumber: apa yang tersirat

Round 1 of 10: Hishammuddin's bullshit revealed

We are publishing this series of ten revelations to demonstrate Hishammuddin's bullshit. Our Honourable (Yang Berhormat) Minister is pretending that he needs to investigate this matter further. Actually, it has already been investigated and he has already been briefed about the matter. Maybe he has forgotten so Malaysia Today will help jog his memory by publishing the Minutes of the Meeting as the first revelation in this series. In the next series we shall offer more documents to help the government get to the bottom of the matter.




Raja Petra Kamarudin 

Four bodies to probe Anwar's claim that Israeli agents infiltrated Bukit Aman 
(The Star) - PUTRAJAYA: Four independent bodies will investigate Opposition leader Datuk Seri Anwar Ibrahim’s claim that Israeli intelligence agents infiltrated Bukit Aman, said Home Minister Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.
Hishammuddin said he had asked his parliamentary secretary Datuk Markiman Kobiran to lodge a police report over the allegation by the PKR leader so that police could investigate the matter.
The National Security Council has also been asked to investigate the claim and look at possible breach of security, he said, adding that a report has also been lodged with the Malaysian Anti-Corruption Commission.
"I will also call for the matter to be investigated by a parliamentary select committee,” he told a press conference after chairing his ministry’s weekly post cabinet meeting here Friday.
Anwar had raised the issue in parliament on Tuesday and then on Thursday, claimed he had copies of letters sent to the inistry’s legal adviser in 2009 and the director-general in 2008 over the alleged involvement of Israeli intelligence agents in the project to upgrade the police force’s information and communication system.
Hishammuddin said he decided to have the matter investigated by four separate parties to avoid questions being raised on the findings of investigations of any one party.




Menteri kecewa tak dapat guna dewan, tandas..ha.ha...sape bikin cam tue masa hang pa perintah...!!! sila buat permohonan rasmi..bukan pakai redah aje....!!!!

Datuk Seri Shafie Apdal kecewa kerana tidak dapat menggunakan sebuah dewan orang ramai di Kampung Selisek, di Ulu Bernam, Selangor.

Menter pembangunan luar bandar itu berkata tindakan itu menunjukkan kerajaan Pakatan Rakyat bertindak tidak adil setelah membentuk kerajaan di Selangor.

"Bila kita buat (tindakan serupa ke atas Pakatan), tidak boleh. Tapi bila dia buat tidak apa.

"Kalau tidak boleh guna (dewan) pun tidak jadi masalah, cuma kita hendak tunjukkan gambaran bahawa mereka tidak adil," katanya dalam sidang media selepas majlis menyampaikan dividen berjumlah RM580,500 kepada golongan peneroka di situ.

Kegagalan untuk menggunakan dewan itu memaksa penganjurnya Risda mengadakan program berkenaan di kawasan padang sekolah di sebelah dewan berkenaan.

Turut bercakap dalam sidang media sama ialah pengerusi Risda Tan Sri Rahim Tamby Chik.

Beliau berkata perkara itu tidak sepatutnya berlaku memandangkan kira-kira 1,000 yang hadir dalam program berkenaan merupakan golongan warga emas.

"Pintu tandas dewan pun dikunci, kasihanlah sebab yang datang ini ramai orang-orang tua," katanya.

'Kelantan bawah Pakatan pun kita bantu'

Turut hadir di majlis itu ialah penyelaras parlimen BN Hulu Selangor Datuk G Palanivel, wakil rakyat Ulu Bernam Datuk Idris Abu Bakar serta ketua-ketua jabatan bawah kementerian Shafie.

Terdahulu dalam ucapannya, Shafie berkata BN tidak mengamalkan diskriminasi kepada pihak yang tidak menyokongnya.

"Negeri Kelantan bawah kerajaan pembangkang (Pakatan) pun kita bantu... Tapi sedihnya kita hari ini, kita bina dewan tapi sekarang tak boleh guna dewan," katanya.

Beliau dalam pada itu turut membidas pemimpin pembangkang, dengan menjadikan Lim Kit Siang sebagai sasaran.

Beliau menyebut gelagat pemimpin popular DAP itu di Dewan Rakyat yang didakwa cuba untuk mempertikaikan kedudukan institusi beraja di negara ini.

"Titah (Yang di-Pertuan) Agong pun Lim Kit Siang hendak ubah... Sudahlah tidak sokong, keluar pula dari dewan.

"Ini saya tengok dengan mata kepala saya sendiri," katanya.

Dalam ucapannya itu, beliau turut merayu supaya sokongan terhadap BN diteruskan dalam pilihan raya kecil Hulu Selangor yang pada 25 April ini.

Risda hari ini menganjurkan majlis tersebut bagi mengagihkan bayaran dividen kepada 253 orang peneroka getah dan kelapa sawit melibatkan kawasan seluas 70 hektar.