Khamis, 8 April 2010

PRK Hulu Selangor : SEORANG LAGI ISYTIHAR JADI CALON BEBAS

Individu ke 2 , isytihar diri sebagai calon bebas di Parlimen
Hulu Selangor....


dan disyaki akan mengunakan lambang ayam......
satu keturunan dengan helang...



ayam...
bermacam ayam...
ayam jantan...ayam betina...

PALANIVEL : GOOD BYE SIR

merenung nasib...

timbalan presiden mic


Nasib Palanivel sudah tentu lepas ni jadi macam nasib Subra,bekas Timbalan Presiden MIC...

Tak kan Samy Vellu sanggup mencalonkan semula Palanivel di Parlimen Hulu Selangor dengan tentangan hebat daripada UMNO...

Lepas ni Palanivel tidak akan ada tempat dalam MIC...good bye Sir !
Masa depan politik Palanivel hancur lebur lepas ni...silap-silap terpaksa jual besi buruk...inilah padahnya kalau terlalu memuja dan memuji Samy Vellu...akan ditikam juga akhirnya...percayalah, berakhir je PRK ni...Palanivel akan dicampak keluar daripada MIC...




bekas timbalan presiden mic...
 

RAKYAT POHON KERAJAAN BN HALAU APCO SERTA MERTA


·
Kerajaan BN mesti memohon maaf kepada rakyat Malaysia serta merta kerana telah mengkhianati rakyat Malaysia keseluruhannya dengan menggunakan khidmat syarikat Yahudi dan bekas perisik Yahudi sebagai konsultan untuk Polis Diraja Malaysia sebagaimana dakwaan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan pemimpin PR yang lain.

Saya sebagai rakyat Malaysia tidak menghalalkan walau satu sen pun duit rakyat digunakan untuk membayar perkhidmatan APCO.

Sikap biadap dan kurang ajar kerajaan BN benar-benar mengguriskan hati rakyat Malaysia. Tergamak kerajaan BN menggunakan khidmat syarikat Yahudi yang mana negaranya Israel terkenal dengan kekejaman membunuh bayi, kanak-kanak, wanita, orang tua dan ramai rakyat Palestin yang tidak berdosa. Umat Islam Palestin dilayan lebih teruk dari binatang. Nyawa mereka langsung tidak bernilai di sisi Israel.

Mengapa begitu buta hati dan mata serta pekak telinga pemimpin BN sehingga sanggup mengguriskan hati umat Islam Malaysia bahkan ianya sudah pasti mengguriskan hati umat Islam sedunia.

Kami rakyat Malaysia merayu kepada kerajaan supaya segera menghalau APCO dari bumi Malaysia serta merta.

By-elections and the power of imagination — Tay Tian Yan


APRIL 8 — By-election. Again!
The Hulu Selangor by-election has not stirred up much interest or the public’s imagination this time.
One that many would simply give a cold shoulder.
I have tried to imagine that it is of great political significance.
When people start to “imagine” that a by-election could bring changes, satisfy expectations and trigger excitement, then politically it should be more than just another simple election, but another round of political campaigning.
For instance, the Lunas by-election in 2000 dealt a severe blow to Dr Mahathir’s old administration as well as signalling a new beginning.
Despite its powerful campaign machinery and resources, PKR fought a hard battle and won, creating yet another electoral miracle.
That was an election war where imagination power took over and boundless potentials were unleashed.
As a matter of fact, Lunas played a prelude to the later March 2008 general election.
Just like Pyotr Ilyich Tchaikovsky’s 1812 Overture about Russia’s defence against French aggression. Many people have since been fascinated by its powerful rhythm complete with cannon fire.
However, true connoisseurs of the 1812 Overture claim that without the soft French prelude, there is no way for the farmers’ cannon fire to ascend to such height.
Napoleon’s powerful military forces contrasted sharply with the weakened troops of Russia, but as the Russians had nowhere to retreat, they fought with all their lives.
While Dr Mahathir’s old administration held out the carrot on the one hand, it waved a giant stick on the other. The greed and phobia among the voters gave him easy access to everything, but the same also triggered abhorrence as well as the subsequent backlash.
The Lunas battle spelled the end of the old Mahathir administration.
The by-elections that took place one after another following the 2008 general election have exhausted any national political significance, leaving only BN and Pakatan on each end of the line tussling over the election wars.
The by-election today lacks any more imaginative power, from the ruling coalition to the opposition pact right up to the people.
The Hulu Selangor by-election at best repeats the election results in Bagan Pinang merely half a year earlier, attesting that BN has indeed recouped some of its support base.
It is but just another sort of testimony.
The Hulu Selangor by-election today seems to show some resemblance to the Ijok by-election in 2007: similar electoral structure, identical local economy and culture, same type of candidature issues and monotonous pre-election clamours...
BN’s convincing victory in Ijok offered some solace to then-Prime Minister Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, who believed the opposition was becoming a thing of the past and the voters would always stand on his side.

He misjudgment of the actual situation resulted in him hurriedly calling for the 2008 general election.
As a consequence, by-election results are not always that important after all.
A seasoned politician cannot afford to wrongly interpret election results and allow the history of 1812 to repeat itself. — mysinchew.com

Saifuddin Dedah Pengundi Berganda Dalam Daftar Pemilih SPR

Oleh Fazli Othman
KUALA LUMPUR 8 April -Ahli Parlimen Machang, Saifuddin Nasution Ismail mendedahkan dalam Ddewan Rakyat hari ini daftar pemilih yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya tidak bersih dan masih mempunyai kelemahan.
Saifuddin dalam sesi perbahasan berkata pegakuan  pegawai SPR di Putrajaya membuktikan kelemahan masih wujud dalam daftar pemilih.
"Bila Pakatan Rakyat mengunjungi SPR di Putrajaya mengenai isu senarai 150 nama yang di dalam undi pos tetapi muncul di dalam daftar pemilih di negeri-negeri lain semasa pilihanraya kecil di Bagan Pinang, reaksi pegawai SPR di Putrajaya ialah jangan risau kerana nama ini mengundi di Bagan Pinang kalau pun nama mereka muncul di Perak, Pahang dan di Kelantan membuktikan bahawa kita berdepan dengan daftar pemilih yang masih ada kelemahannya,
"Bila ditanya kenapa hal ini berlaku, pegawai tersebut berkata ianya ekoran proses apabila seorang anggota tentera tamat bertugas, Kementerian Pertahanan mengambil masa setahun untuk memaklumkan kepada SPR. Dalam tempoh seorang anggota tentera yang telah bersara dia telah memiliki kad pengenalan awam yang dengannya dia mendaftarkan diri sebagai pemilih, ianya bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan yang tidak membolehkan seseorang mengundi dua kali.
"Untuk itu saya meminta agar SPR dan Menteri yang bertanggungjawab dapat meneliti perkara ini," jelas Saifuddin lagi.
Beliau juga mencadangkan supaya Malaysia mencontohi negara Bangladesh yang mendapatkan dana dari Kesatuan Eropah sebanyak 4 juta Euro bagi membersihkan daftar pemilih di negara tersebut.
"Hari ini senarai daftar pemilih di Bangladesh, kertas undi akan dikeluarkan setelah identiti mereka dikenal pasti secara pasti melalui tangan dan apabila wajah mereka tertera di skrin komputer, kertas undi dikeluarkan maka tidak ada lagi pertikaian di negara yang politiknya bergolak gara-gara daftar pemilih dan saya fikir itu boleh kita contohi kerana saya berpendapat di mana ada kemahuan di situ ada jalan," tegas Saifuddin dalam sesi perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan  di Dewan Rakyat.

Cakap Berbelit Serlahkan Sifat Munafik Zulkifli Noordin

KUALA LUMPUR 8 Apr - Angkatan Muda KEADILAN Malaysia menganggap kenyataan berbelit Ahli Parlimen Bebas Kulim-Bandar Baharu berhubung dakwaan pembbaitan pihak ketiga dalam kes pembunuhan Altantuya Shaaribuu menyerlahkan sifat munafik Zulkifli Noodin.
Demikian menurut kenyataan AMK yang dikeluarkan hari ini yang mengulas beberapa siri 'pendedahan' yang sedang ligat diputar belit oleh media berikutan kenyataan Zulkifli.
AMK berkata media pro-BN seperti Utusan Malaysia dan Berita Harian giat menyiarkan pendedahan Ahli Parlimen Bebas Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim bahawa beliau dimaklumkan oleh Zulkifli bahawa pihak ketiga yang beliau maksudkan ialah Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Zulkifli pada 23 Mac 2010 yang lepas mendedahkan di Dewan Rakyat bahawa beliau ditawarkan ganjaran yang disifatkannya boleh menggoyah iman untuk mengaitkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor oleh 'pihak ketiga' yang tidak didedahkan.
"Walaupun begitu, ia sama sekali berbeza dengan apa yang diceritakan oleh Zulkifli melalui wawancara Suara Keadilan bertarikh Julai 2007 di mana tatkala beliau ditanya apakah faktor beliau menarik diri daripada menjadi peguam Azilah Hadri, alasan yang diberikan adalah disebabkan oleh tindakan Azilah yang mahu mengubah strategi pembelaan di saat akhir meskipun sebanyak 12 sesi konsultansi diadakan di antara beliau dan Azilah. Strategi Azilah, disifatkan Zulkifli, merosakkan strategi pembelaan yang dirancang lebih awal yang hanya memberi kelebihan dan perlindungan kepada 'pihak ketiga'.
"Sebagai peguam, Zulkifli sewajarnya tahu akan etika guaman yang tidak membenarkan sebarang kenyataan subjudis yang boleh mengganggu perjalanan mahkamah, dalam keadaan rayuan bagi kedua tertuduh bagi kes ini masih berjalan. Tindakan ini jelas satu penghinaan kepada mahkamah umumnya," kata Ketua AMK dalam kenyataan tersebut.
AMK menimbulkan persoalan mengapa Zulkifli acapkali memberikan kenyataan yang samar dan meragukan?
"Sewajarnya sebagai seorang Muslim yang bertanggungjawab, beliau harus mendedahkan siapa pihak ketiga yang dimaksudkan sedari awal lagi, bukannya mewujudkan dua versi cerita yang berbeza mengikut iktikad politik beliau.
"Sekiranya benar Zulkifli seorang yang benar-benar Muslim yang taat pada agama, mengapa Zulkifli masih taat dan wala' kepada seorang pemimpin yang kononnya tergamak memfitnah orang lain dan berusaha memalitkan orang tersebut dalam kes pembunuhan Altantuya ini?
 "Adalah sesuatu yang memelikkan apabila Zulkifli, yang acapkali menggambarkan beliau sebagai "Muslim First" gagal memperlihatkan kemusliman beliau dalam berhadapan dengan kes Altantuya. Malah, sikap berdolak dalik dan menimbulkan keraguan seumpama ini hanya merupakan sebahagian daripada sikap syaitan yang acapkali dijelaskan di dalam Al-Quran, khususnya seperti yang diungkapkan di dalam Surah Al-Baqarah, ayat 14-16. Zulkifli tidak pernah mendedahkan sebarang nama pun, baik dalam cerita 'pihak ketiga' ini termasuklah seloka," tegas beliau lagi.
Tambah AMK memperlihatkan diri sebagai Muslim yang baik tidak terhad dengan berketayap ataupun memberi khutbah di merata tempat, sebaliknya keazaman untuk mempertahankan kebenaran meskipun pahit adalah sesuatu yang patut dijunjung oleh individu seperti Zulkifli.
Memutar belit cerita dan menimbulkan keraguan yang tidak munasabah adalah hanya satu unsur munafik yang menghampiri sikap syaitan.
"AMK menyimpulkan bahawa, Zulkifli harus berhenti daripada meneruskan sikap berdolak-dalik seumpama ini. Jangan cemarkan imej Islamik yang dibawa beliau ke sana sini kerana ianya hanya menghampiri sikap syaitan yang sesat lagi menyesatkan umat manusia seluruhnya," kata beliau lagi.

PRK Hulu Selangor : Sokongan Padu Komuniti India Hulu Selangor Kepada Pakatan Rakyat

Oleh Norasikin Samsi
SHAH ALAM 8 April - Masyarakat India di Hulu Selangor berdiri teguh di belakang Pakatan Rakyat serta berusaha keras untuk memastikan kemenangan besar calon Pakatan Rakyat pada pilihan raya kecil 25 April depan.
Sehubungan itu lebih 800 masyarakat India tempatan mengadakan pertermuan semalam dengan Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kesihatan, Pekerja Ladang, Kemiskinan dan Kerajaan Prihatin Dr Xavier Jayakumar bersama 40 ketua komuniti masyarakat India yang baru dilantik kerajaan negeri
Selangor bagi membincangkan gerak kerja dan pembahagian tugas untuk PRK Hulu Selangor.
Perjumpaan yang berlangsung di Dewan Serbaguna Kementerian Kebudayaan Belia dan Sukan Hulu Selangor yang bermula pada termasuk Naib Presiden KEADILAN, Sivarasa Rasiah dan Ahli Parlimen Kapar, S. Manikavasagam serta kira-kira 200 rakyat kaum India dari beberapa Badan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO).  
Timbalan Pengerusi KEADILAN Pahang Ram Ponusamy yang turut hadir berkata, perjumpaan yang diadakan julung kali di kawasan itu adalah sebagai titik permulaan gerak kerja masyarakat India Pakatan Rakyat bagi membantu kemenangan di dalam PRK 25 April ini.
"Mulai esok kita akan mula turun padang secara berperingkat dan akan berkampung sebaik kempen bermula bagi membantu kelancaran dan persediaan jentera parti mengendalikan semua persiapan sepertimana yang telah ditugaskan dalam mesyuarat malam tadi," kata Ram.
Menurut beliau, pecahan jentera pilihan raya terbabit dibahagi kepada tiga Dewan Undangan Negeri Hulu Selangor iaitu di Batang Kali, Hulu Bernam dan Kuala Kubu Baharu.
"Pimpinan tertinggi parti telah memutuskan pembahagian tugas ini ditetapkan kepada tiga Dun terbabit," ujar beliau lagi.
Ditanya mengenai sokongan komuniti India kepada calon yang akan diumumkan 13 April ini, Ram berkata seluruh penyokong KEADILAN memberikan sokongan penuh dan ia amat memberangsangkan.
"Tidak kira siapa yang diputuskan sebagai calon, kami akan menghormati keputusan dan memberi sokongan padu ke atas beliau dan parti untuk mempertahankan kerusi Hulu Selangor," katanya.
Tambah beliau, kesemua ketua komuniti terbabit akan menerima watikah masing-masing secara rasmi hari ini.

Musa Hasan Jangan Berdalih - Anwar

Oleh Faizal Ezzany


KUALA LUMPUR 8 April - Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan supaya pihak polis meneruskan siasatan berhubung pembabitan syarikat berkepentingan Israel dalm projek IT PDRM berdasarkan kepada bukti yang sedia ada bukan mengeluarkan kenyataan meminta beliau menyerahkan bukti untuk membantu siasatan.


"Tan Sri Musa Hassan telah meminta saya untuk memberi keterangan supaya beliau boleh memulakan siasatan. Pertama kali saya ingin menyuruh beliau merujuk kepada hansard ucapan saya yang telah dikeluarkan untuk rujukan umum kerana disitu sudah cukup bukti. Oleh kerana beliau telah menyebut maka saya ingin menyatakan kembali bukti-bukti tersebut.


"Beliau boleh merujuk surat Pengarah Logistik Polis kepada Penasihat Undang-undang Kementerian Dalam Negeri bertarikh 7 Januari 2009, surat Pengarah Logistik Polis kepada Ketua Setiausaha bertarikh 3 Disember 2008, serta laporan yang telah dibuat oleh Pengarah Jabatan logistik melalui surat kepada Ketua Pengarah Bahagian Pencegahan Rasuah (BPR) sekarang SPRM.


"Laporan itu menyebut antara kaitan Asiasoft Sdn Bhd dengan Israel, menyebut pemegang saham Asiasoft dan pengarah syarikat yang mempunyai kaitan dengan perisik Israel," jelas Anwar pada sidang media di Palrimen tengahari tadi.


Selain itu juga beliau juga menjelaskan ada laporan polis telah dibuat tentang penglibatan tersebut.


"Laporan polis Dang Wangi, no report 0337776/2008 yang telah dibuat oleh ASP Abdullah Suhaimi Daud dari Bahagian Unit Perundangan dan Pendakwaan pada 28 November 2008, telah menyebut tentang Syarikat Masterplan Consulting Sdn Bhd yang melantik sub kontraktor Asiasoft yang didaftarkan di Tel Aviv, Israel.


"Selain itu juga pada 11 Ogos 2008, mesyuarat PAC Datuk Seri Azmi Khalid ada menjelaskan dalam perolehan baru ada penglibatan Israel dan ini suatu yang menakutkan kerana Israel bekerjasama dengan Amerika Syarikat (AS) dan mereka telah melaksanakan sistem keselamatan dengan tujuan ini mendapat semua maklumat seluruh dari seluruh dunia," katanya lagi.


Ahli Parlimen Permatang Pauh itu juga menyambung laporan terbaru dikeluarkan oleh akhbar Suara Keadilan jelas mengatakan ada pertemuan antara APCO dengan Kementerian Dalam Negeri (KDN), dan bukti ini boleh dirujuk kepada laman sesawang KDN.


"Saya ingin menegaskan agar Musa Hassan menyambung kembali siasatan yang telah dibuat pada tahun 2008 tetapi telah terbantut yang tidak diketahui sebabnya, jadi apa tunggu lagi dengan banyak persoalan siasat sahaja jangan jadi macam Utusan Malaysia yang memutar belit berita selain menuduhkan kita mempertikaikan soal keselamatan negara," tegas Anwar.

Isu P094 - Blogger Umngok yang Ngok nak bertanding tiket bebas

Kahkahkah baca tajuk je dah rasa sengal dah bunyiknya... Umno kini tertekan... Umno kini taktahu nak buat apa, Umno kini jadik barua MIC, Umno kini hilang pedoman... hahhaa

Korang kenal tak blogger bernama GAP? Bagi peminat blog macam aku sudah tentu kenal dengan GAP... Tapi kenal dalam blog la... hahaa Gerakan Anti PKR nama penuh nya... haha 

Kalau korang baca blog GAP hari nih dia dah buat satu SUMPAH MURBAHALAH kalau UMNO taknak bertanding dia nak jadik calon untuk MP Hulu Selangor.. Sape taja jangan tanya aku... Silap-silap Perkasa Taja kut.. Pakai duit judi dari Vincent Tan.. hahaha Bertnding untuk Alif Ba dan Ta kononnya... hahhaha

Aku tau dia ngah pening tu... Di luah mati mak, Di telan mati bapak.. Tak nak ikut cakap Najib derhaka namanya, Ikut cakap Samy Vellu pengkhianat bunyiknya.. Mungkin dia masih baru nak survive dengan budaya politik Umno.. Kini dia dah tau sikit pasal Umno... hahha Derhaka seseorang itu kalau tak di ikut Pemimpin mereka... hahha

Itulah padahnya kalau suka ambil hadis sekerat-sekarat.. Ada hadis mengatakan wajib ikut kata pemimpin.. Kalau suruh jadik kaldai pun buat... hahaha tapi baca tak abis.. Hadis penuh nya hanya ikut kata pemimpin adil... hahaha

GAP ko takyah bertandingla buat habis duit taruhan je.. Bukan orang Melayu nak sokong ko pun.. dia nak Dato Muhammad Muhd Taib.. Ko suruh Dato Muhammad Muhd Taib keluar Umno masuk Perkasa.. hahah

Jom baca apa GAP tulis...

PRK-P94 : GAP AKAN BERTANDING SEBAGAI CALON BEBAS !

bismillahirahmanirahim,

aku gerakan anti pkr dengan ini mengistiharkan akan bertanding sebagai calon bebas pada prk parlimen hulu selangor nanti. pencalonan ini akan ditarik balik kiranya pada saat akhir umno diletakkan semula menjadi calon..ini syarat utama aku.

banyak faktor penting akan aku huraikan selepas terbitnya artikel ini. ada wakil cina dari hulu selangor telah bagitahu aku siang tadi,kalau MIC calonnya,BN akan malu...sayang,cukup sayang bila orang cina hulu selangor mendesak mahukan calon umno,'dia' pulak menjadi jagoan suara mic .

gelombang kebangkitan bangsa melayu hulu selangor akan aku penuhi,insyaallah ini janji.ini nadi sebenar rakyat hulu selangor, melayu cina dan india mahukan seorang calon melayu ! rakyat hulu selangor sudah bersedia menghumbankan pakatan haram.ini hakikat, cakap aku berfakta.

aku takkan biarkan perjuangan KITA siang dan malam melanyak pakatan 'dikuburkan' dan 'disia-siakan' dengan begitu sahaja bila BN tewas dek kerana satu keputusan yang memilukan hati bangsa melayu hulu selangor !

aku akan kerahkan usaha untuk bersedia bertarung nanti. memang kantung aku nipis namun perbelanjaan untuk menjadi calon bebas akan aku cari,insyaallah ! semangat aku makin membara selepas dia mengumumkan MIC sebagai calonnya.

ALLAHUAKBAR
HIDUP MELAYU
Demi MIC
HANCOR UMNO! 

Kahkahkah!

Baca lagi artikel sebelum ini.. kasik lagi panas... hahaha Sebab GAP cakap itu fakta... mana fakta dia amik korang baca artikel sebelum ini... kahkahkah

Kata Munafik kang.. Tau pulak marah!







sunsnake 08042010

Kekalutan Apco: Anwar mohon campur tangan Agong
Christine Chan
Apr 8, 10
3:57pm
Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini berkata beliau telah menulis kepada Yang Di-pertuan Agong untuk memohon Seri Paduka menasihatkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak supaya membatalkan kontrak Apco dan juga kontak-kontrak lain yang mempunyai kaitan dengan agen Israel.

"Surat berkenaan dihantar kepada Agong petang ini," katanya di parlimen.

Anwar juga menekankan kepentingan menamatkan kontrak dengan Apco kerana jika tidak ia akan menjejaskan imej negara dan mengancam keselamatan Malaysia.

Sementara itu, Anwar juga mendedahkan minit mesyuarat Jawatankuasa Kira-kira Awam (PAC) bertarikh 11 Ogos 2008 yang memetik kenyataan pengerusinya, Datuk Seri Azmi Khalid yang mengakui kemungkinan Isreal mempunyai akses kepada maklumat negara.

PRK Hulu Selangor : Kah, kah, kah. Gambar lucu tapi benar?

Lucu tapi benar. Kucing perkasa di Hulu Selangor.
Kah, kah, kah?

Janda belum habis edah, dah dapat bini baru!


Hahahahaha!
hanya ketawa sahaja dapat teman luahkan apabila membaca laporan Malaysiakini ni..

Ibarat seorang lelaki yang telah menceraikan isterinya..
katanya isterinya pemalas mandi lah!, badan bau bangkai lah,
Nafas bau petai lah, Tak pandai masak..
malahan sampai tahap dijaja kelemahan bekas isterinya ke merata kampung
termasuk di mesyuarat PIBG sekolah!!!

Padahal semua orang tahu dia membuat fitnah!
Semua orang kampung tahu yang jandanya itu anak tok imam..
pandai mengaji.. juara pertandingan memasak kampung..
Ustazah pulak tuh! Kulit putih gebu! Dada bidang..
Keturunan anak ramai pulak tuh!

Last-last.. lelaki durjana tu kena tangkap berkhalwat dengan janda anak 8!
Janda tu pulak dah 2-3 orang jantan dia buat laki.. tapi semua lari!!!
janda tak cun pun! perangai pehh!! sekampung tau 'kejalangannya'!

Hmmm.. kesian teman tengok mamat berdua nih!

sunsnake 08042010

1MALAYSIA: Najib’s Camelot?

By Tunku Abdul Aziz

If, by 1Malaysia, the Prime Minister is merely invoking the undoubted virtue of, and the equally vital necessity for all of us to strive to live in peace and harmony, then I believe he is more than a half a century wide of the mark. Living peacefully together, cheek by jowl is something we are rather good at, and frankly we do not politicians, particularly those from race-based parties to tutor us on this.
In the interest of self-preservation, we have been doing just that finding accommodation with our racially and culturally assorted neighbours.. And, so, it is not entirely surprising that the same Malaysians that Prime Minister Najib is so desperately anxious to unite should feel a little peeved, and confused especially when rumour has it that enormous sums of public money – dare I venture to mention slush funds, have been expended to mount a campaign that has all the appearance of a damp squid, with apologies to all the squids of this world.
Malaysians are fed up with being continually bombarded and harangued by Najib on his slogan the significance of which he is not sure about. To the millions of us preoccupied with making ends meet on a daily basis in Najib’s economic haven, 1Malaysia cannot be disguised as anything but what it is; a hellishly wasteful and hollow symbol by any reckoning. And, that is putting it as charitably as I can.

His latest attempt at giving substance to a brain dead concept was on Al Jazeera a few days ago. No rumpled suit for him, but the discomfiture was writ large all over his face when he failed to make sense of what he meant by 1Malaysia. His convoluted response was downright shifty Najib knew that his savoir-faire had just, when he needed it most, deserted him, leaving him looking like a very dishonest second hand car salesman.
He was mercifully let off the hook when the comely interviewer suddenly and gratuitously changed tack, describing him as hailing from “a political aristocracy.” He lapped it all up, and there was imperceptibly a trace of ill-disguised suppression of delight at the reference to his elitist pedigree. Najib, I am pleased to say is human after all, and is not averse like all of us to a little flattery.
Even an accomplished aristocrat-turned politician like Najib, on occasion, is not above being a trifle economical with the truth. A truthful and honest politician is a contradiction in terms. That said, he is not, in my book, a practised compulsive liar, and I put this down, in part, to good breeding. His one single act of Machiavellianism in the Perak affair has blotted his copy book, marked him out as an immoral, nasty piece of work. It will be a badge of infamy that will now be part of his excess baggage to lug around..
When Najib became prime minister a year ago, I said in a column I wrote then that I would impose on myself a year’s moratorium before commenting on his performance, in place of the time-honoured 100 days so beloved of political commentators. It would be churlish to deny him, on balance, his pass mark. He is known for his grand standing, the broad brush big picture artist, or perhaps more appropriate, the ultimate grand illusionist. Not for him the despairingly soul-destroying realities that dog this country in social, political and economic terms, such as the debilitating impact of the ever widening circle of grinding poverty among our rural and urban communities alike, particularly in Sabah and Sarawak. While it is not really fair to blame Najib for the ills of the world, he must address the issue of poverty holistically and comprehensively now, including confronting corruption in the executive mansions and suites in Kuching and Kota Kinabalu. Many of the problems associated with the plight of our fellow citizens in The Land of the Hornbills and The Land Below the Wind have been brought about without exception by a succession of callous and unbelievably corrupt chief ministers who have been robbing their people blind, in broad daylight.
Let us see whether Najib the Prime Minister has the stomach for a grand putsch against the architects of Grand Corruption who have raped and impoverished this potentially rich competitive nation. Najib must naturally lead by example, not always easy, in this and as in other matters of critical importance to the future of his 1Malaysia, already in danger of joining the ranks of the mythical Camelot.
I am not opposed to the idea of 1Malaysia simply to be bloody minded, but it has to be a Malaysia that is fit for all Malaysians. We cannot expect people to swallow some vague promise of a bright future for all while in the same breath he declares that the NEP will forever remain a sacred cow. How on earth can he hope to reconcile special treatment for the Bumiputeras for eternity and equal opportunity for all Malaysians? I do not expect UMNO to see any contradiction in this formula for a happy country. I think the NEP as cobbled together after the 1968 race riots was a brilliant attempt to redress the economic wrongs of the past. Unfortunately, the overarching objective of alleviating poverty across the board irrespective of race was deliberately ignored in order to make way for the corrupt and the greedy to gorge themselves off the same grubby trough. Therein lies the critical challenge for Najib.

Konvensyen BN Selangor umpama Perhimpunan UMNO

Buat kali pertamanya, lima parti komponen Barisan Nasional Selangor mengambil inisiatif untuk mengadakan konvensyen, melaungkan slogan "STOP, Selangor Takeover Plan", menjelang pilihan raya kecil Hulu Selangor.
Konvensyen ini kononnya untuk menyatupadukan BN Selangor, namun hanya membariskan pemimpin UMNO di atas pentas semasa upacara perasmiannya.  Malah, lagu UMNO berkumandang dalam konvensyen, kelihatan seoalah-olah Perhimpunan Agung UMNO yang berlangsung.
Kira-kira 1,500 perwakilan daripada UMNO, MCA, MIC, Gerakan dan PPP menghadiri konvensyen yang dimulakan pada 9:30 pagi, semalam.  Apabila Pengerusi Barisan Nasional, yang juga Perdana Menteri Najib Abdul Razak hadir di sebelah petangnya, kehadiran menghampiri 2,000 orang.
Namun, dalam upacara perasmian di sebelah paginya, Sekreteriat BN Selangor yang bertanggungjawab untuk mengadakan konvensyen ini hanya menyediakan kerusi untuk empat orang pemimpin UMNO di atas pentas, termasuklah Timbalan Pengerusi BN Selangor, Noh Omar yang mewakili UMNO dan Pengerusi Penganjur Mohd Zin Mohamed, yang juga ahli parlimen Sepang.

MCA keluar dewan
Selain itu, Naib Presiden MCA Donald Lim Siang Chai yang terpilih baru-baru ini, Timbalan Presiden MIC G.Palanivel dan Presiden PPP Kayveas, hanya duduk di bawah pentas untuk mendengar ucapan perasmian Noh Omar dan Mohd Zin Mohamed.
Seterusnya, selepas lagu kebangsaan dan BN dimainkan, lagu UMNO pula yang berkumandang dalam dewan.  Ini mencungkil ketidakpuasan 15 orang perwakilan dari MCA Bahagian Kapar, lantas keluar dewan secara senyap sebagai tanda protes,  ketika Noh Omar sedang berucap.
Bagaimanapun, Mohd Zin Mohamed mendakwa bahawa dirinya tidak menyedari peristiwa itu, ketika ditanya wartawan kemudiannya.  Malah beliau berkata, beliau sudi meminta maaf seandainya beliau sedar bahawa MCA tidak berpuas hati.
Pada masa yang sama, Mohd Zin Mohamed menjelaskan kepada media, "Ini konvensyen pertama BN, disertai MCA, MIC dan parti komponen yang lain.  Namun, jawatankuasa majlis ini adalah ahli UMNO terutamanya.  Jadi, saya berpendapat adalah sesuatu yang biasa jika dimainkan lagu UMNO pada sebelah paginya.  Tapi, hanya lagu BN dimainkan semasa PM datang pada sebelah petang."
Mengkaji faktor kekalahan BN
Walau bagaimanapun, seandainya dilihat pada situasinya sebelum jamuan tengahari, ia seolah-olah Perhimpunan Agung UMNO.  Tiga ceramah yang masing-masing bertemakan politik, ekonomi dan sosial, membariskan lapan orang panelis keseluruhannya.
Namun demikian, dalam dua ceramah yang bertemakan politik dan ekonomi, enam orang panelis hampir tidak menyentuh isu teras, atau mengemukakan dasar politik dan ekonomi, tetapi lebih tertumpu untuk mengkaji faktor kekalahan BN dalam PRU ke-12.
Antaranya, Normah Omar dari UiTM menuding jari kepada perang siber Pakatan Rakyat ketika mengupas faktor kekalahan BN di Selangor.  Beliau mengambil contoh bahawa seandainya dimasukkan istilah "Ekonomi Selangor", carian di internet kebanyakannya akan menemui laman yang berhubung-kait dengan ahli politik PR.
Jadi, Normah Omar (gambar kiri) mempertikaikan bahawa BN tidak menggunakan publisiti melalui saluran internet sebaik-baiknya.  Pada masa yang sama, beliau menyenaraikan dasar yang diutarakan oleh PR, dan menyeru agar wakil rakyat BN memainkan peranannya untuk memantau kerajaan PR, malah menggunakan informasi internet yang tepat dengan sepenuhnya untuk menangkis serangan PR.
Di samping itu, panelis yang lain mengulangi hujah lama, misalnya penjenayahan yang berleluasa, kenaikan harga minyak, masalah rakyat gagal diselesaikan sebelum PRU ke-12.  Keadaan menjadi lebih parah ditambah dengan fenomena BERSIH dan HINDRAF.
Najib: Rakyat harapkan perubahan
PM Najib pula menegaskan bahawa pengundi tidak menolak BN, tetapi berharap agar BN akan berubah.  Jadi, kekalahan PRU ke-12 hanyalah pengajaran pengundi kepada BN.  Menurut Najib, jikalau BN ikhlas untuk berubah, maka pengundi akan kembali kepada BN.  Oleh itu, Najib menegur agar parti komponen mengotakan janji dan memperbaiki kelemahan yang sedia ada.
Malah, Najib (gambar kiri) mengingatkan bahawa segala ini adalah proses perubahan yang perlu dilalui, barulah konvensyen semalam memberi makna, dan rakyat dapat melihat perubahan BN.  Apa yang menarik adalah, tema konvensyen semalam ialah "BN mampu berubah".
Jelas, ucapan Najib di sebelah petang meraih sokongan ahli parti komponen BN, yang menyambutnya dengan tepukan dan sorakan.  Walau bagaimanapun, beliau tidak menyentuh sebarang isu sensitif.  Malah, apabila diajukan soalan dalam sidang media sama ada beliau akan mengikut jejak bekas Presiden MCA, Ong Tee Keat untuk mengumumkan bahawa dirinya "Malaysian first", beliau enggan menjawabnya dengan alasan "ini perangkap pembangkang", dan beliau enggan terjerat ke dalam kontroversi ini.
Konvensyen BN hanya selepas kehadiran Najib
Pada pengamatan wartawan, konvensyen BN Selangor tanpa kehadiran Najib seolah-olah Perhimpunan Agung UMNO.  Ketika Noh Omar mengulas isu ekonomi, beliau mempertikaikan mengapa duit zakat digunakan ke atas bukan Islam, dan membuka pintu UiTM kepada bukan Melayu.  Walaupun Noh Omar tidak membacakan beberapa soalan dalam power point-nya, tetapi "agenda UMNO" jelas terpampang melalui skrin.
Sungguhpun Najib akhirnya mengumumkan bahawa PRK Hulu Selangor akan ditandingi calon MIC, namun retorik UMNO sepanjang hari tetap kekal dalam ingatan orang ramai.  Biarpun dikatakan konvensyen ini adalah cubaan sulung BN Selangor, namun apakah ia akan membawa perubahan untuk BN di Selangor?  PRK Hulu Selangor akan menjawab kemudiannya.
*Wong Shu Qi ialah wartawan MerdekaReview,

Khir: 'Racist' PKR has the upper hand

By Muda Mohd Noor

KUALA LUMPUR: Fomer Selangor menteri besar Dr Mohd Khir Toyo today conceded that PKR has an edge in the upcoming Hulu Selangor parliamentary by-election.
The Umno leader said this is because the party has played up racial issues, especially to attract Malay voters who form the majority of the 64,500-strong electorate.

Apart from this, he said a sizeable chunk of the 16,964 or 26.3% Chinese voters who backed PKR in the last election, have not returned to Barisan Nasional.

Khir took a swipe at PKR for pressing Barisan Nasional to field a Malay candidate as opposed to someone from MIC for the seat.

“The racist PKR provoked Umno to field its candidate because PKR will nominate a Malay candidate.

“Many Umno supporters have fallen for this bait and there is a strong possibility that they will vote for PKR's Malay candidate,” he said.

Khir said if BN fields an Umno candidate, then it will risk losing the support of non-Malays since Hulu Selangor is a traditional MIC seat.

Yesterday, Prime Minister Najib Tun Razak confirmed that it will be a MIC candidate, but had stopped short of endorsing the party's nominee G Palanivel.

This has further fuelled speculation that the MIC deputy president may be dropped, and BN will field a younger candidate.

'Chinese will be kingmakers'

Previously, there was speculation that Umno is pushing for another former Selangor menteri besar Muhammad Muhammad Taib to be given the chance to take a crack at the seat.

However, Khir claimed that this was another act of provocation by PKR to split the Malay votes.

“Umno cannot contest there as it is MIC's traditional seat. If Umno fields its candidate, the people (non-Malays) will lose faith in the BN,” he added.

There were also reports claiming that Khir was perturbed by the possibility of Muhammad contesting, since the duo are said to be embroiled in a tussle.

Meanwhile, Khir said of the 32,000 Malay voters, 17,000 were Umno supporters while 15,000 backed PAS.

“I believe that it is the Chinese voters who will be the kingmakers in this by-election,” added the Sungai Panjang state assemblyman.

Khir also pointed out that with Selangor now under the control of Pakatan Rakyat, the state government will mobilise all its machineries to ensure a victory for the PKR candidate.

He said that Selangor Menteri Besar Khalid Ibrahim has opened an office in Hulu Selangor in preparation for the polls.

“He (Khalid) never visited Hulu Selangor before, but now because there is a by-election, I understand that he has approved millions of ringgit for the people there.

“Khalid is already making many promises in Hulu Selangor,” he added.

Nomination for the parliamentary seat is on April 17 while the by-election will be held on April 25. The seat fell vacant following the death of PKR's Zainal Abidin Ahmad.

In the 2008 general election, Zainal defeated Palanivel by a razor-thin majority of 198 votes.

This time around, PKR is expected to field former law minister Zaid Ibrahim.

Anwar Mahu Siasatan Apco Diteruskan


Anwar_Ibrahim4 Oleh Fazy Sahir
Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan terus menjalankan siasatan berikutan pendedahan minit mesyuarat Jawatankuasa Kira-kira Awam (PAC) berkemungkinan Israel mempunyai akses kepada maklumat negara.
Anwar ketika mendedahkan minit mesyuarat bertarikh 11 Ogos 2008 yang dipengerusikan Datuk Seri Azmi Khalid dalam membincangkan prestasi Khazanah Nasional telah melahirkan kebimbangan bahawa maklumat rahsia kerajaan mungkin bocor kepada pihak lain.

Beliau turut membaca petikan mesyuarat itu yang mengatakan bahawa "Perolehan baru ini melibatkan Israel. Ini amat menakutkan kerana orang ramai mempunyai akses kepada semua maklumat kita.
Israel bekerja dengan Amerika dan mereka yang melaksanakan sistem keselamatan kerana mereka ingin tahu mengenai semua pihak di seluruh dunia," katanya.
Malah melalui pendedahan ini beliau tidak melihat sebarang kewajaran untuk Umno terlepas daripada konspirasi Apco ini.
"Saya tidak lihat bagaimana Umno boleh terlepas dengan kekalutan Apco ini,” kata beliau di Parlimen petang tadi.
Dalam pada itu, beliau turut menulis surat memohon Yang Dipertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin menasihati Perdana Menteri
Datuk Seri Najib Tun Razak untuk membatalkan kontrak Apco Worldwide dan syarikat B System Sdn Bhd dan Asiasoft PLC.
"Saya dah tulis surat kepada Yang Dipertuan Agong agar menasihati Perdana Menteri.
Ini kerana tindakan Najib dan Apco dilihat mencemarkan maruah dan menggugat keselamatan Malaysia secarakeseluruhannya," katanya.

PRK Hulu Selangor :MIC:- Palanivel calon tunggal kami...pulak dah....!!!!

Pemimpin MIC menolak dakwaan kononnya timbalan presiden G Palanivel bukan calon tunggal parti itu yang dikemukakan kepada pengerusi Barisan Nasional, Datuk Seri Najib Razak untuk bertanding kerusi parlimen Hulu Selangor pada 25 April ini.

Penafian itu dibuat ketika pelbagai khabar angin timbul yang Palanivel (kiri) akan digugurkan kerana masalah dalaman dan akan digantikan oleh calon lain dari MIC dan mungkin juga daripada Umno.

Spekulasi itu semakin panas apabila Najib ketika ucapannya semalam di konvensyen BN mengesahkan BN akan mengemukakan calon dari MIC tetapi tidak mendedahkan namanya.

BN dijadualkan menamakan calon mereka pada 15 April ini dan lobi-melobi dijangka berterusan apabila Najib ke luar negara hujung minggu ini.

Palanivel yang menjadi ahli parlimen Hulu Selangor selama empat penggal sejak 1990 tetapi ditumbangkan dengan majoriti tipis pada pilihan raya umum 2008 berharap dapat kembali ke Dewan Rakyat.

Ke
tika dihubungi, naib presiden MIC, Datuk Dr S Subramaniam (kanan) mengesahkan Palanivel adalah calon tunggal parti itu.

Beliau juga menolak khabar angin bahawa pencalonan Palanivel menghadapi masalah kerana beliau akan menuntut jawatan kabinet jika menang kelak.

"Memenangi pilihan raya kecil itu adalah keutamaan kami,” kata Subramaniam, yang dilantik sebagai Menteri Sumber Manusia sejak tahun 2008 kerana beliau adalah pemimpin tertinggi MIC yang menang pada pilihan raya umum lalu.

Seorang lagi naib presiden MIC, Datuk M Saravanan juga tidak mahu melayan soalan jika ada tuntutan supaya Palanivel digugurkan.

“Tidak ada 'jika' dalam politik,” tegas Saravanan.

Saravanan, yang juga adalah timbalan menteri wilayah persekutuan berkata masyarakat India di Hulu Selangor berdiri teguh di belakang Palanivel.

Dakwaan DSAI Terbukti Benar, Asiasoft, Agen Yahudi Kini Dihalang Masuk Bukit Aman


Musa Hassan: Asiasoft tidak lagi dibenar masuk Bukit Aman

Asiasoft, syarikat didaftarkan di Singapura dan berpangkalan di Tel Aviv, tidak lagi dibenarkan memasuki ibu pejabat Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi menjalankan kerja-kerja pengkomputeran, kata Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan hari ini.

Menurut beliau, siasatan berhubung dakwaan itu telah dijalankan dan pihaknya tidak lagi membenarkan syarikat tersebut memasuki PDRM bagi menjalankan kerja-kerja pengkomputeran.

“Dah lama kita siasat... bila isu ini timbul balik dan didedahkan di Parlimen kita siasat lagi, malah kita juga telah menyekat kemasukan syarikat tersebut,” katanya.

Difahamkan siasatan berhubung isu tersebut pernah dijalankan polis selepas menerima laporan polis yang dibuat pada 14 Julai 2008 oleh seorang wartawan bebas Johari Ismail.

Kelmarin, Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa kononnya terdapat perisik Israel di Bukit Aman.

Anwar dalam perbahasan di Dewan Rakyat berkata, beliau mempunyai dokumen bahawa perisik Israel mempunyai akses kepada maklumat strategik negara melalui Asiasoft (M) Sdn Bhd, yang merupakan subkontraktor bagi projek menaik taraf sistem komunikasi dan teknologi PDRM.

Beliau mendakwa kehadiran dua bekas pegawai tentera Israel dalam syarikat itu disedari oleh pegawai tertinggi PDRM dan juga Menteri Dalam Negeri ketika itu Datuk Seri Syed Hamid Albar.

Menurutnya Syed Hamid telah diberi taklimat berhubung perkara itu pada 23 Nov 2008 di bilik VIP Lapangan Terbang Antarabangsa KL.

Dalam penjelasannya kepada Bernama hari ini, Musa mengingatkan semua ahli politik supaya tidak mempolitikkan isu keselamatan negara untuk menarik perhatian rakyat.

Beliau berkata, isu berkaitan keselamatan negara bukan satu isu yang boleh dipolitikkan untuk meraih sokongan rakyat kerana ia merupakan satu isu sensitif yang boleh mengancam kesejahteraan negara.

“Sebagai ahli politik sepatutnya mereka boleh bezakan yang mana isu boleh cakap dan yang mana tak boleh kerana ini melibatkan soal keselamatan negara.

“Sudah banyak kali kita ingatkan mereka dan sepatutnya mereka faham,” katanya ketika dihubungi Bernama.

Sementara itu, Johari dalam satu sidang media berkata pendedahan Anwar di Parlimen bertujuan menarik perhatian rakyat dengan cuba mempolitikkan isu keselamatan negara.

“Ini soal keselamatan negara jadi jangan politikkan isu ini kerana ia boleh menggugat kesejahteraan negara. Dia (Anwar) sanggup mengeluarkan isu lama untuk kepentingan peribadi tanpa memikirkan kesannya kepada negara,” katanya.

Beliau mendakwa isu tersebut pernah dikeluarkan oleh pengendali blog MalaysiaToday Raja Petra Kamaruddin dalam blognya pada tahun 2008 tetapi tidak mendapat perhatian umum.

Sementara itu di lobi Parlimen, Anwar berkata polis perlu meneruskan siasatan berhubung dakwaannya itu dan beliau sedia bekerjasama membantu siasatan.

Ulasan GB

Katakanlah benar sudah ada laporan polis yang dibuat pada 14 Julai 2008 oleh seorang wartawan bebas Johari Ismail, mengapa tiada siasatan? Mengapa apabil DSAI dedahkan maka kini baru nak halang Asiasoft masuk ke ibu pejabat Polis Diraja Malaysia (PDRM)?

Mempolitikkan isu keselamatan? Masih nak berdalih untuk dengan membuat tuduhan sedemikian. Siapa sebenarnya yang menggadaikan aspek keselamatan selama ini dengan membenarkan agen yahudi itu memasuki PDRM bagi menjalankan kerja-kerja pengkomputeran?

Oleh itu dakwaan DSAI terbukti BENAR. Ketua Polis Negara perlu bertanggungjawab dan letak jawatan SEGERA.

PRK Hulu Selangor : CALON BEBAS YANG PERTAMA TAWAR DIRI

Aktivis masyarakat India, Raja Retinam, 47, menjadi individu pertama yang menawarkan diri sebagai calon Bebas PRK Parlimen Hulu Selangor 25 April ini.

Keputusan dibuat selepas kecewa dengan kerajaan Barisan Nasional yang gagal menyelesaikan masalah melibatkan kaum India.



Katanya, empat perkara pokok yang sepatutnya diberikan perhatian kepada masyarakat India sebenarnya telah dinafikan sehingga mereka terpaksa menolak BN.

"Perkara ini terlalu mudah diselesaikan dengan campur tangan Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri kerana mereka bekuasa mutlak dalam memastikan kemenangan parti.

"Keputusan saya menawarkan diri bukan ditaja mana-mana pihak sebaliknya dilakukan bagi memastikan kebajikan masyarakat India," katanya.

Keceluparan Noh Omar Menjerat Diri




Timbalan pengerusi badan perhubungan Umno Selangor, Datuk Noh Omar hari ini memohon maaf berhubung ucapannya di konvensyen BN Selangor semalam sekiranya ia menyinggung perasaan mana-mana pihak.

"Saya telah membaca petikan ucapan daripada mendiang Tun Tan Siew Sin dan Mendiang Tun Sambanthan," kata Noh yang juga menteri pertanian dan asas tani.

Dalam ucapannya, Noh memetik ucapan Tan dan Sambathan pada 1960-an yang memuji orang Melayu kerana memberi kerakyatan kepada bukan Melayu.

"Saya tidak berniat untuk menyinggung perasaan mana-mana kaum, bagi saya ianya adalah bahan sejarah yang amat penting demi memastikan Negara ini terus berada dalam keadaan aman dan rakyat berbilang kaum dapat hidup harmoni sesuai dengan konsep 1Malaysia.

"Di samping itu, tujuan saya membaca petikan ucapan-ucapan tersebut adalah untuk mengukuhkan lagi semangat kerjasama dan setiakawan di kalangan ahli dan para pemimpin parti-parti komponen Barisan Nasional.

"Jika petikan ucapan tersebut tidak sesuai lagi dibaca di zaman sekarang dan boleh menyinggung perasaan mana-mana pihak, maka saya mohon maaf," katanya ketika membaca kenyataan bertulis.

Noh membuat permohonan maaf itu dalam satu sidang akhbar khusus untuk akhbar Cina di kafeteria Parlimen petang ini.

Sidang akhbar itu diusahakan oleh setiausaha Kelab Penyokong BN, Huan Cheng Guan.

Noh berkata beliau mengadakan sidang akhbar itu untuk media berbahasa Cina sahaja kerana mereka sahaja yang menyiarkan petikan tersebut.

-malaysiakini-

Ulasan GB

Habislah BN. Keceluparan Noh Omar akhirnya memakan diri. Minta maaf? huhu senang-senag camtu jer ke.

Mungkin kena tabur fulus kot, tapi untuk sektika, lepas tu pengundi bukan Melayu tetap ingat Noh Omar punya ucapan. Sama jer taraf menteri ni dengan Presiden PERKOSA. Sikapnya rasis, sikapnya menentang aspirasi 1Malaysia.

CHEW LEBIH BERMARUAH DARIPADA SHARIZAT

Di saat pemimpin Melayu Umno rela bersama pelakon seks yang menjadi pemimpin MCA, pemimpin wanita Cina pula meletakkan jawatan.

Chew Bekas Timbalan Menteri itu mungkin merasakan Chua tidak layak memimpin dan bekerjasama dengan Chua kerana tindakan Presiden itu dianggap menghina kaum wanita yang di jadikan mangsa kepuasan seks ( sex ) beliau.



Jika Timbalan Menteri wanita berbangsa Cina menolak pemimpin yang sebangsa dengannya, mungkin ada pemimpin melayu atau wanita melayu yang tak rasa apa apa bekerjasama dengan bekas pelaku seks dvd itu.

Ketika Exco Selangor ditekan dengan pelbagai tuduhan dan muslimat PAS dipalitkan kerana bersama exco itu yang tersebar gambarnya dengan pakaian yang menjolok mata ketika tidur, pemimpin dan blogger Umno macam manusia paling berakhlak lagaknya.

Tindakan bekas Ketua Wanita MCA itu satu cabaran buat pemimpin Umno. Tidak terlepas pak Mufti yang marahkan PAS bersama DAP tetapi mendiamkan diri Umno bersama MCA yang dipimpin bekas pelaku seks yang mengaku.

Nampaknya pemimpin wanita MCA lebih bermaruah dari Menterinya yang mendiamkan diri mungkin dengan alasan tak mahu campurtangan pasal MCA.

Walaupun MCA tak de kaitan dengan Umno tetapi sikap mendiamkan diri pemimpin Umno terhadap Chua sesuatu yang memalukan.

Mungkin tindakan Chew satu sikap yang disifatkan orang melayu, pukul anak sindir menantu, hanya yang punya hati dan akal yang mampu merasai.


anak sengat



p/s : Wanita APCO-UMNO tak heran bab seks-seks ni...bagi diorang seks-seks ni "mainan" kepada pemimpin APCO-UMNO..biasa la tu..

menteri melayu meraba...tak kisah...menteri mabuk...tak kisah...tido atas mesin slot judi, pun tak kisah...berpeluk dengan yahudi...lagi tak kisah...

Media komponen Pakatan perlu kerjasama - Li Fook Gao

Kawan ana:     "Ana terbaca berita ini kat Utusan, benar ke?"

Ana: "Tak benar lah, berita Utusan itu mana boleh percaya ... terutamanya berita mengenai Pakatan Rakyat..."

Kawan ana:     "Tapi ana tak jumpa pun penafian pada media-media parti Pakatan Rakyat... mungkin itu betul sebab itulah tak terjawab..."

Ana: "...................." (ternganga walaupun tahu berita itu tidak benar...)

Di atas ialah perbualan ana (saya dalam bahasa Arab) dengan seorang kawan rapat ana yang turut mengikuti perkembangan politik negara melalui media-media semasa dan internet. Kawan ana ini merupakan seorang yang sibuk, tiada masa sebanyak ana untuk melakukan selidik-selidik sendiri mengenai selok-belok politik negara. Semua berita-berita dan persepsi politik beliau diperolehi dengan membaca tanpa berfikir panjang.

Dengan perbualan ringkas di atas, kita sudah boleh menilai sejauh mana pengaruh media-media semasa dalam menpengaruhi minda rakyat terhadap Pakatan Rakyat sekiranya tiada apa-apa langkah drastik dilakukan sebelum PRU 13 menjelang.

Untuk setiap berita mahupun laporan buruk mengenai Pakatan Rakyat di media arus perdana (MAP) yang dibaca, berapa berita yang dijawab di media organ parti PAS, DAP dan PKR dengan cepat? Sekiranya dijawab, berapakah ramai pembaca yang langsung tidak mengambil inisiatif untuk mengunjungi laman-laman pro Pakatan untuk mendapatkan gambaran yang sebenarnya? Itulah dilemma terbesar Pakatan Rakyat yang harus diatasi sebelum PRU-13 datang mengunjung.

Ramai juga ahli politik Pakatan Rakyat yang membuat terus membuat kesimpulan mudah setelah membaca laporan berkenaan jualan akhbar-akhbar MAP menjunam teruk, sebagai tanda bahawa rakyat tidak lagi percaya terhadap berita-berita yang dilaporkan MAP dengan sewenang-wenangnya. Betul ke begitu?

Jika betul, mengapa laman web The Star menduduki tangga ke 14, Utusan di tangga 21, Harian Metro di tangga 27 dan Berita Harian di tangga 34 dalam senarai kedudukan laman web yang paling diminati rakyat Malaysia berdasarkan data Alexa di sini: http://bit.ly/pXoy6 . Selain Harakahdaily di tangga 62, tiada lagi laman-laman web yang betul-betul menyokong Pakatan berada di dalam lingkungan 100. Laman web berita alternatif yang kelihatan seimbang seperti Malaysiakini dan The Malaysian Insider masing-masing menduduki tangga ke 15 dan ke 42.

Data-data di atas jelas menunjukkan bahawa rakyat - walaupun sudah kurang membeli akhbar, namun mereka masih menjadikan MAP sebagai sumber utama berita-berita dalam negara.

Jika kita melihat dengan teliti, walaupun 80% komen-komen pembaca terhadap sesuatu artikel di laman web berita Malaysiakini dan The Malaysian Insider memihak kepada Pakatan Rakyat, daripada data-data Alexa, ana berani simpulkan bahawa golongan rakyat yang melawat laman web MAP adalah berbeza daripada golongan yang melawat laman web alternatif – ini juga bermakna golongan yang mengikuti berita politik negara melalui laman web MAP adalah lebih besar jumlahnya daripada golongan yang mengikuti berita politik melalui laman web berita alternatif.

Jadi apa yang perlu dilakukan oleh Pakatan Rakyat untuk mengatasi masalah ini?

1.     Sebelum adanya laman web rasmi Pakatan Rakyat, gunakan sepenuhnya pengaruh media terkuat Pakatan Rakyat buat masa ini iaitu Harakahdaily untuk menjawab tohmahan dan menyebarkan berita.

Laman web Harakahdaily harus menyediakan satu ruang alternatif yang dinamakan “Ruang Pakatan Rakyat” (atau pautan) kepada parti PKR dan DAP untuk menyumbangkan berita mereka secara percuma.

PKR dan DAP harus memanfaatkan ruangan ini untuk menyebarkan berita dan pautan kepada media rasmi mereka untuk mempromosikan kekitaan dan keeratan Pakatan Rakyat selain membolehkan pengunjung-pengunjung Harakahdaily tahu di mana mereka boleh mendapatkan berita-berita lanjut mengenai Pakatan Rakyat dengan senangnya.

Dengan ini, secara tidak langsung juga tahap populariti laman-laman web pro Pakatan seperti suara-keadilan.com dan tvselangor.com dapat ditingkatkan melalui populariti Harakahdaily.

2.     Laman web berita rasmi Pakatan Rakyat – dan meluaskan pengaruh melalui Facebook.

Sehingga kini, tiada lagi kedengaran ada usaha ke arah membina satu laman web rasmi untuk semua berita mengenai Pakatan Rakyat. Saya berharap Pakatan Rakyat sudah pun memulakan usaha ke arah ini…

Sebagai langkah permulaan sebelum laman web rasmi dilancarkan, Pakatan Rakyat harus mengambil inisiatif untuk membuka satu fan page rasmi Pakatan Rakyat di Facebook.

Keadaan Pakatan Rakyat di Facebook sekarang amat mendukacitakan kerana rata-rata fan page hanya dibuka untuk menyokong ahli-ahli politik, parti, organ parti dan kawasan di bawah kuasa Pakatan Rakyat tertentu, sehingga menggambarkan bahawa keseluruhan Pakatan Rakyat langsung tidak bersatu padu dalam mendokong cita-cita yang sama.

Tujuan utama untuk mengadakan satu laman rasmi Facebook rasmi Pakatan Rakyat ialah untuk membolehkan kita mengumpul dan menyatukan semua penyokong Datuk Seri Anwar, Tok Guru Nik Aziz, Tuan Guru Haji Hadi, Tony Pua, Mat Sabu, Harakahdaily, Suara Keadilan dan lain-lain pemimpin PR ke dalam satu fan page menyokong Pakatan Rakyat – yang akan dikawal oleh moderator-moderator yang sama daripada fan page pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat supaya tiada extra kos dan tenaga pekerja yang diperlukan untuk usaha ini.

Faedah utama dengan adanya fan page rasmi Pakatan Rakyat ialah PR dapat menyebarkan berita-berita Pakatan Rakyat di samping menjawab segala tohmahan MAP kepada penyokongnya dengan mudah, konsisten dan tanpa sebarang kekeliruan.

Di samping itu, semua pemimpin Pakatan Rakyat harus melibatkan diri dan berinteraksi dalam Fan Page ini untuk menjadikan mereka lebih mesra rakyat selain membolehkan mereka mendapatkan feedback melalui komen-komen penyokong Pakatan Rakyat.

Bayangkan dengan adanya fan page yang dipenuhi dengan berjuta penyokong PR …. Sudah tentu keadaan ini akan menggerunkan BN dan serangan-serangan cybertroopers Barisan Nasional akan dapat dipatahkan dengan mudah dengan bantuan penyokong-penyokong di Facebook.

Jika ini laman Facebook ini berjaya dilakukan oleh Pakatan Rakyat dalam masa 6 bulan, dan dengan base penyokong yang besar di Facebook, apa agaknya kesan terhadap MAP sekiranya Pakatan menyarankan penyokong-penyokongnya yang berjuta ini untuk memboikot akhbar MAP selama seminggu sebagai protes terhadap laporan berita palsu yang mereka laporkan mengenai Pakatan Rakyat?

Pakatan Rakyat, ingatlah bahawa ramai parti politik dan ahli politik yang jatuh kerana media, jarang sekali kedengaran media yang jatuh akibat politik.
-------------------------------
Li Fook Gao berharap Pakatan Rakyat akan dapat mencapai kemenangan di Hulu Selangor. Dia berpendapat, kalau orang gunakan I atau You mengapa dia tidak boleh gunakan Ana dan Anta.

SEMAKIN SUSPEN

APA SALAH NYA KALAU DI SIASAT SEKALI LAGI ?







HARIIS : ADA NIAT JAHAT SIASAT NAHAS UDARA 1976
- malaysiakini

Bekas Ketua Menteri Sabah, Datuk Harris Salleh (bawah, kiri) mempertikaikan keperluan membangkitkan semula penyiasatan nahas udara 6 Jun 1976 yang meragut nyawa ketua menteri ketika itu, Donald Mohd Fuad Stephens dan beberapa pemimpin yang lain.

Nahas itu menyebabkan majlis pemeteraian perjanjian berhubung hasil minyak kerajaan negeri Sabah dan Petronas yang dijadualkan di Labuan itu tergendala. Ia kemudiannya ditunda dan dimeterai di Kota Kinabalu.

Pemimpin PKR Sabah, Jeffrey Gapari Kitingan dan presiden Parti Progresif Sabah, Datuk Yong Teck Lee baru-baru ini menuntut siasatan diadakan semula.

Harris melabelkan tuntutan supaya siasatan baru diadakan sebagai “berniat jahat dan bertujuan memalu dan memfitnahkanya secara peribadi.

Jumaat lalu, bekas pengerusi Petronas dan juga bekas menteri kewangan, Tengku Razaleigh Hamzah pada satu majlisnya di Kota Kinabalu menimbulkan semula insiden nahas udara itu.

Razaleigh dilaporkan berkata beliau juga berada di pesawat yang membawa Stephen tetapi diarahkan keluar oleh Harris (yang ketika itu adalah Ketua Menteri) sebelum pesawat itu dijadualkan berlepas.

Menurut Harris, apa yang didakwa itu sebenarnya tidak benar.

Katanya, dua pesawat Nomad dijadualkan berlepas dari Labuan pada waktu yang hampir sama. Sebuah pesawat dijadualkan ke Kudat manakala sebuah lagi ke Kota Kinabalu.

“Penumpang bagi pesawat ke Labuan termasuk Abdul Rahman Yaacob, Razaleigh, diri saya dan beberapa yang lain,” kata Harris dalam satu kenyataan.

Harris bersumpah bahawa Razaleigh tidak dijadualkan terbang bersama Stephens ke Kota Kinabalu tetapi sebaliknya menuju ke Kudat dahulu sebelum ke Pulau Banggi

“Tujuan lawatan adalah supaya Razaleigh menyaksikan sendiri projek ternakan lembu yang pertama di Sabah,” katanya.

Oleh itu, katanya, dakwaan yang Razaleigh diarah keluar dari pesawat malang itu pada saat terakhir adalah satu kesilapan.


JENG JENG JENG

jeng jeng jeng…. SUSPEN…. HANTU NAK KELUAR….kah kah kah…

jeng jeng jeng….NIAT JAHAT SIAPA?....kah kah kah..

kah kah kah ...APA NIAT JAHAT ITU ?.... kah kah kah..

woit... BUKA JANGAN TAK BUKA.... kah ah kah..

woit... KOREK JANGAN TAK KOREK.... kah kah kah
TT.

Mahfuz tetap akan kaitkan Umno dan APCO

    
KUALA LUMPUR, 8 April: Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar akan tetap membangkitkan kaitan antara kerajaan pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, Umno dan APCO Worldwide demi kepentingan masa hadapan negara ini.

Mengulas tindakan Ahli Parlimen Kuala Krau dari Barisan Nasional (BN), Datuk Ismail Mohamed Said yang menarik balik usul untuk menghadapkannya ke jawatankuasa hak dan kebebasan Parlimen kerana mengulang-ulang kaitan antara Umno dan APCO di Dewan Rakyat semalam, Mahfuz mengulangi penegasannya untuk meneruskan tindakan menentang penyusupan elemen-elemen Israel dan Zionis ke negara ini.

"Pada tahun 2000, bersama-sama Naib Ketua Pemuda PAS ketika Itu Salahuddin Ayub dan Haji Jalaluddin Abdul Manaf, saya memilih menjalani hukuman penjara di Penjara Kajang daripada membayar denda setelah mahkamah menyifatkan kami bersalah kerana menyertai perhimpunan pada tahun 1997 kerana membantah kehadiran pasukan kriket Israel menyertai satu kejohanan antarabangsa di negara ini.

"Sikap lunak kerajaan terhadap Israel itu kami bantah kerana kini ia ternyata semakin parah kini berikutan tindakan kerajaan hari ini yang mengIsraelkan jentera-jenteranya yang bermula dalam bidang komunikasi dengan pengambilan APCO Worldwide dan kewujudan dua bekas pegawai tentera Israel untuk membina sistem komunikasi Polis Diraja Malaysia (PDRM)," tegas Ahli Parlimen Pokok Sena itu.

PAS, katanya, sentiasa konsisten dalam penentangannya terhadap kewujudan entiti haram Israel di wilayah Palestin yang dijajah.

"Apa yang berlaku kini bukan lagi setakat kedatangan pasukan kriket sahaja, tetapi lebih berbahaya lagi dengan pengambilan APCO yang didominasi petualang-petualang Zionis untuk memberikan nasihat strategik kepada Perdana Menteri dan kerajaan Malaysia.

"Untuk membolehkan ia memberikan nasihat strategik, sudah tentu APCO memerlukan maklumat-maklumat yang strategik. Perkara ini sangat berbahaya kepada negara ini.

"Oleh sebab itulah saya tetap meletakkan Perdana Menteri sebagai orang yang bertanggungjawab membahayakan negara ini melalui persekongkolannya dengan APCO," tegasnya lagi.

Mahfuz juga menegaskan bahawa beliau tidak akan menghentikan apa yang telah dilakukan jauh lagi menarik balik kenyataannya di Dewan Rakyat semalam.

"Ada yang meminta saya menarik balik apa yang saya nyatakan dalam Dewan Rakyat semalam tetapi saya tetap tidak akan menarik balik kata-kata Umno APCO, APCO Umno itu," kata beliau.

Sebagai pendukung perjuangan PAS untuk melaksanakan ajaran Islam, katanya, beliau tetap akan menentang Zionisme dan percubaan untuk membahayakan negara ini dengan Zionisasi seperti yang dilakukan oleh kerajaan Najib.

Jangan Politikkan Isu keselamatan Negara: Musa..alasan dangkal IGP...siapa dedahkan keselamatan Negara kepada Musuh Utama Islam..!!!!


KUALA LUMPUR: Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan mengingatkan semua ahli politik supaya tidak mempolitikkan isu keselamatan negara untuk menarik perhatian rakyat.
Beliau berkata, isu berkaitan keselamatan negara bukan satu isu yang boleh dipolitikkan untuk meraih sokongan rakyat kerana ia merupakan satu isu sensitif yang boleh mengancam kesejahteraan negara.
"Sebagai ahli politik sepatutnya mereka boleh bezakan yang mana isu boleh cakap dan yang mana tak boleh kerana ini melibatkan soal keselamatan negara.
"Sudah banyak kali kita ingatkan mereka dan sepatutnya mereka faham," katanya ketika dihubungi di sini.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas dakwaan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim kononnya terdapat perisik Israel di ibu pejabat Polis Diraja Malaysia (PDRM) di Bukit Aman.
Anwar dalam perbahasannya di Dewan Rakyat pada Selasa lepas berkata, beliau mempunyai dokumen bahawa perisik Israel itu mempunyai akses kepada maklumat strategik negara melalui sebuah syarikat pengkomputeran yang merupakan subkontraktor bagi projek menaik taraf sistem komunikasi dan teknologi maklumat PDRM yang didaftarkan di Singapura.
Sehubungan itu, Musa berkata, siasatan berhubung dakwaan itu telah dijalankan dan pihaknya tidak lagi membenarkan syarikat tersebut memasuki PDRM bagi menjalankan kerja-kerja pengkomputeran.
"Dah lama kita siasat... bila isu ini timbul balik dan didedahkan di Parlimen kita siasat lagi, malah kita juga telah menyekat kemasukan syarikat tersebut," katanya.
Difahamkan siasatan berhubung isu tersebut pernah dijalankan polis selepas menerima laporan polis yang dibuat pada 14 Julai 2008 oleh seorang wartawan bebas Johari Ismail.
Sementara itu, Johari dalam satu sidang media berkata, pendedahan Anwar di Parlimen bertujuan menarik perhatian rakyat dengan cuba mempolitikkan isu keselamatan negara.
"Ini soal keselamatan negara jadi jangan politikkan isu ini kerana ia boleh menggugat kesejahteraan negara. Dia (Anwar) sanggup mengeluarkan isu lama untuk kepentingan peribadi tanpa memikirkan kesannya kepada negara," katanya.
Beliau mendakwa isu tersebut pernah dikeluarkan oleh pengendali blog MalaysiaToday Raja Petra Kamaruddin dalam blognya pada tahun 2008 tetapi tidak mendapat perhatian umum.
Sementara itu di lobi Parlimen, Anwar berkata, polis perlu meneruskan siasatan berhubung dakwaannya itu dan beliau sedia bekerjasama membantu siasatan. - BERNAMA

Isu APCO: Anwar mahu Istana Negara campur tangan



Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Oleh Asrul Hadi Abdullah Sani
KUALA LUMPUR, 8 April — Datuk Seri Anwar Ibrahim menulis kepada Yang di-Pertuan Agong hari ini meminta campur tangan baginda menggesa pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak membatalkan kontrak khidmat firma APCO Worldwide yang dikaitkan dengan srael.
Ketua Pembangkang itu berkata, beliau telah menghantar surat berkenaan  kepada Istana Negara, petang ini.
Malah Ketua Umum Pakatan itu turut meminta Yang di-Pertuan Agong agar menasihatkan kerajaan supaya membatalkan kesemua kontrak dengan syarikat-syarikat yang ada kaitan dengan Israel.
“Saya tidak melihat apa-apa jalan bagi Umno untuk keluar daripada kecelaruan ini.
“Sebab itu saya menulis kepada Yang di-Pertuan Agong dan untuk menyokong inisiatif rakan-rakan saya, Ahli Parlimen PAS, untuk mendapatkan perkenan Yang di-Pertuan Agong dan untuk menasihatkan Perdana Menteri agar dengan segera membatalkan kontrak melibatkan APCO dan kepentingan risikan yang ada kaitan dengan Israel,” katanya lagi.
Anwar, yang minggu lalu telah diputuskan untuk dirujuk kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen berhubung isu APCO, bercakap kepada pemberita di bangunan Parlimen hari ini.
Beliau menambah, adalah penting bagi kerajaan menamatkan hubungannya dengan APCO dan Asiasoft sebab kedua-dua syarikat berkenaan merupakan ancaman kepada keselamatan negara.
Kelmarin beliau mendakwa kerajaan berhadapan dengan pencerobohan risikan Israel ekoran pembabitan mereka yang berkhidmat sebagai kontraktor di ibu pejabat polis Bukit Aman.
Anwar memberitahu negara tidak harus menjual maruah mereka kepada Israel.
Isnin lalu, PAS juga memohon perkenan Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin agar campur tangan meminta Perdana Menteri supaya membatalkan kontrak mendapatkan khidmat firma APCO Worldwide atas alasan keputusan kerajaan itu boleh membahayakan keselamatan dan kedaulatan negara.
Timbalan Presiden PAS Nasharudin Mat Isa berkata, tindakan kerajaan menjalin hubungan dengan APCO seolah-olah mengundang penceroboh untuk menjejaskan kedaulatan negara.
“Perkara ini membabitkan keselamatan dan kedaulatan negara, namun tindakan Perdana Menteri mendapatkan khidmat APCO seolah-olah mengundang bahaya.
“Setelah kita membawa perkara ini dalam Parlimen dan selepas perbahasan dilakukan, kita bawa perkara ini kepada perhatian Majlis Raja-raja untuk tindakan lanjut.
“Jadi kita telah menyerahkan memorandum mengenai peranan APCO dalam pentadbiran kerajaan Malaysia kepada Majlis Raja-Raja supaya dapat membatalkan kontrak antara kerajaan Malaysia dan firma perunding APCO Worldwide.
“Kita harap Yang di-Pertuan Agong akan campur tangan dan memerintahkan supaya hubungan antara kerajaan Malaysia dengan APCO dapat dibatalkan,” katanya selepas menemui wakil Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Isnin lalu.

IGP: Asiasoft tidak lagi dibenar masuk Bukit Aman ,,jadi memang betul apa yang didedahkan oleh Anwar..??? Jadi kenapa perlu cabar dia Musa ooi..!!!


Tan Sri Musa Hassan.
KUALA LUMPUR, 8 April — Asiasoft, syarikat didaftarkan di Singapura dan berpangkalan di Tel Aviv, tidak lagi dibenarkan memasuki ibu pejabat Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi menjalankan kerja-kerja pengkomputeran, kata Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan hari ini.
Menurut beliau, siasatan berhubung dakwaan itu telah dijalankan dan pihaknya tidak lagi membenarkan syarikat tersebut memasuki PDRM bagi menjalankan kerja-kerja pengkomputeran.
“Dah lama kita siasat... bila isu ini timbul balik dan didedahkan di Parlimen kita siasat lagi, malah kita juga telah menyekat kemasukan syarikat tersebut,” katanya.
Difahamkan siasatan berhubung isu tersebut pernah dijalankan polis selepas menerima laporan polis yang dibuat pada 14 Julai 2008 oleh seorang wartawan bebas Johari Ismail.
Kelmarin, Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa kononnya terdapat perisik Israel di Bukit Aman.
Anwar dalam perbahasan di Dewan Rakyat berkata, beliau mempunyai dokumen bahawa perisik Israel mempunyai akses kepada maklumat strategik negara melalui Asiasoft (M) Sdn Bhd, yang merupakan subkontraktor bagi projek menaik taraf sistem komunikasi dan teknologi PDRM.
Beliau mendakwa kehadiran dua bekas pegawai tentera Israel dalam syarikat itu disedari oleh pegawai tertinggi PDRM dan juga Menteri Dalam Negeri ketika itu Datuk Seri Syed Hamid Albar.
Menurutnya Syed Hamid telah diberi taklimat berhubung perkara itu pada 23 Nov 2008 di bilik VIP Lapangan Terbang Antarabangsa KL.
Dalam penjelasannya kepada Bernama hari ini, Musa mengingatkan semua ahli politik supaya tidak mempolitikkan isu keselamatan negara untuk menarik perhatian rakyat.
Beliau berkata, isu berkaitan keselamatan negara bukan satu isu yang boleh dipolitikkan untuk meraih sokongan rakyat kerana ia merupakan satu isu sensitif yang boleh mengancam kesejahteraan negara.
“Sebagai ahli politik sepatutnya mereka boleh bezakan yang mana isu boleh cakap dan yang mana tak boleh kerana ini melibatkan soal keselamatan negara.
“Sudah banyak kali kita ingatkan mereka dan sepatutnya mereka faham,” katanya ketika dihubungi Bernama.
Sementara itu, Johari dalam satu sidang media berkata pendedahan Anwar di Parlimen bertujuan menarik perhatian rakyat dengan cuba mempolitikkan isu keselamatan negara.
“Ini soal keselamatan negara jadi jangan politikkan isu ini kerana ia boleh menggugat kesejahteraan negara. Dia (Anwar) sanggup mengeluarkan isu lama untuk kepentingan peribadi tanpa memikirkan kesannya kepada negara,” katanya.
Beliau mendakwa isu tersebut pernah dikeluarkan oleh pengendali blog MalaysiaToday Raja Petra Kamaruddin dalam blognya pada tahun 2008 tetapi tidak mendapat perhatian umum.
Sementara itu di lobi Parlimen, Anwar berkata polis perlu meneruskan siasatan berhubung dakwaannya itu dan beliau sedia bekerjasama membantu siasatan.

KDN masih kaji buku ‘Malaysian Maverick’



Tun Dr Mahathir Mohamad.
KUALA LUMPUR, 8 April — Kementerian Dalam Negeri masih mengkaji kandungan buku tulisan bekas penyunting Asian wall Street Journal, Barry Wain yang bertajuk “Malaysian Maverick: Mahathir Mohamad in Turbulent Times”.
“Sekiranya buku ini didapati tidak tergolong dalam penerbitan tidak diingini di bawah Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984, maka tidak ada sebab mengapa kerajaan patut menghalang kemasukan buku ini dalam negara,” kata  Menterinya Datuk Seri Hishammuddin Hussein.
Beliau berkata demikian dalam jawapan bertulisnya kepada soalan Liew Chin Tong (DAP-Bukit Bendera) yang ingin tahu mengapa buku tersebut masih tidak dibenarkan dijual di negara ini sejak November 2009.
Hishammuddin menjelaskan buku tersebut turut didapati memuatkan penulisan yang menghina kepimpinan negara dan Institusi Raja-Raja Melayu. — Bernama

Khidmat Apco ditamatkan Ogos ini????

Kontrak perunding media dan perhubungan awam Apco Worldwide Sdn Bhd dipercayai tidak akan diperbaharui apabila ia berakhir pada 4 Ogos.

Menurut sumber daripada pegawai peringkat tertinggi kerajaan, Apco yang ditugaskan oleh kerajaan untuk mengendalikan strategi media antarabangsa tidak akan dilanjutkan kontrak tahunannya.

"Beliau (Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak) kurang senang dengan cara mereka menangani kontroversi yang melanda baru-baru ini dan kini menjadi liabiliti,” kata sumber itu lagi.

Menurut beliau, walaupun keputusan Najib untuk menamatkan khidmat Apco mungkin dilihat bagi mengurangkan tekanan terhadap kerajaan Barisan Nasional kerana firma antarabangsa itu didakwa ada kaitan dengan Israel, namun hakikatnya perdana menteri dikatakan tidak berpuas hati dengan perkhidmatan mereka.

Adalah dipercayai Apco memulakan kerja-kerjanya untuk Najib seawal Jun tahun lalu meskipun kontrak ketika itu belum ditandatangani.
Najib dikat
akan amat tidak berpuas hati dengan khidmat Apco khususnya berhubung persiapan mereka ketika beliau diwawancara oleh Associated Press semasa lawatannya ke Beijing, Jun lalu yang ditanya mengenai pembunuhan model dan penterjemah Mongolia, Altantuya Shaariibuu.

Soalan yang dilontarkan tidak diduga sama sekali dan perdana menteri dikatakan tidak bersedia walaupun beliau mampu menanganinya dan berjaya berseloroh.

Malaysiakini
juga difahamkan bahawa kehadiran Apco menyebabkan ketidak-selesaan di kalangan pakar-pakar media Najib.

Penasihat media perdana menteri, Datuk Jalaludin Bahaudin, seorang pengkritik vokal Apco secara peribadi, dikatakan tidak sehaluan dengan pandangan setiausaha akbar Najib, Datuk Tengku Sariffuddin Tengku Ahmad berhubung peranan Apco di Jabatan Perdana Menteri.

"Ini kerana Jalaludin berpendapat Apco tidak tahu apa yang sedang mereka lakukan,” kata sumber itu.

Tengku Sariffuddin tidak dapat dihubungi untuk komennnya manakala Jalaludin enggan membuat ulasan.

Nazri pertahan Zul, Zahrain ikuti PM ke AS



Datuk Seri Nazri Aziz.
KUALA LUMPUR, 8 April — Tindakan kerajaan menghantar dua Ahli Parlimen Bebas mengikuti rombongan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak ke Amerika Syarikat adalah bagi memastikan kedua-dua pihak kerajaan dan pembangkang mempunyai wakil yang mencukupi pada sidang Dewan Rakyat.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Aziz yang bertanggungjawab menjaga Parlimen berkata, hal ini penting memandangkan sekarang telah menjadi kebiasaan pembangkang untuk mengadakan undian belah bagi dalam persidangan.
“Sebab itu saya mengambil keputusan untuk tidak menghantar Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) untuk turut serta dalam rombongan tersebut.
“Kita kena tentukan bahawa jumlah anggota Parlimen BN mesti lebih pada setiap masa.
“Dalam masa yang sama tak hantar dari pembangkang yang bukan Bebas kerana tak mahu dituduh nanti, kita hantar mereka dengan tujuan memastikan jumlah mereka kurang,” katanya kepada pemberita di bangunan Parlimen hari ini.
Laporan The Malaysian Insider hari ini menyebut Zulkifli Noordin (Kulim-Bandar Baru) dan Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim (Bayan Baru) yang kini bertindak sebagai wakil rakyat Bebas, akan menyertai pelancaran Kokus (Kongres) Malaysia-Amerika Syarikat di Washington, Rabu depan.
Zulkifli dan Zahrain merupakan antara tiga anggota Dewan Rakyat akan berada di Washington, sekali gus dilihat mencipta sejarah berbuat demikian.
Pemergian mereka menjadi tumpuan selepas tidak lagi mewakili PKR.
Turut menyertai kedua-dua mereka ialah Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim.
Timbalan Speaker Dewan Rakyat Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar ketika dihubungi mengesahkan Rais dan dua wakil rakyat berkenaan akan menghadiri majlis berkenaan, yang dijangka disempurnakan oleh Perdana Menteri.
Ia akan dilancarkan oleh Najib pada 14 April.
Zulkifli, yang dipecat dari PKR bulan lalu berkata, beliau akan berada di AS untuk menghalusi beberapa kerja menjelang pelancaran kokus berkenan.
Zahrain pula meninggalkan PKR pertengahan Februari lalu.
Sehubungan itu, Nazri menolak dakwaan Lim Kit Siang (DAP-Ipoh Timur) bahawa kerajaan mengetepikan Ahli Parlimen BN dan menganggap mereka sebagai anggota Parlimen kelas kedua.
Terdahulu, ketika membahaskan Rang Undang-undang Perbekalan 2009 peringkat jawatankuasa, Lim mempertikaikan keputusan kerajaan untuk menghantar dua Ahli Parlimen Bebas iaitu Zulkifli dan Zahrain bagi menghadiri pelancaran kokus minggu depan bersama Perdana Menteri.
Nazri berkata kerajaan telah memutuskan bahawa tiada Ahli Parlimen BN yang dibenarkan ke luar negara sewaktu persidangan Parlimen sedang berlangsung.
“Jadi sebab itu yang ikut PM cuma Rais saja. Jadi saya hantar Bebaslah. Sebab jadi amalan, setiap kali lawatan Perdana Menteri yang terdiri daripada pegawai, menteri, kita selalu hantar ahli-ahli Parlimen,” katanya.