Ahad, 4 April 2010

Najib Amal Pendekatan Populis Urus Ekonomi Negara

SHAH ALAM 4 APR: Datuk Seri Najib Razak tiada keazaman dalam merubah landskap ekonomi negara sebaliknya mengambil pendekatan populis dengan memutar belit fakta dan cuba memberi gambaran, kononnya ekonomi negara makin pulih.

Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Phua membuat kesimpulan itu sambil melabelkan Perdana Menteri berkenaan sebagai gagal sama sekali membawa Malaysia keluar dari kemelut ekonomi secara tuntas.

"Najib sama seperti kerajaan terdahulu. Tidak ada keazaman untuk selesaikan maslah ekonomi," katanya ketika ditemui selepas program Fokus Berita TV Selangor, hari ini.

Jika sebelum ini, katanya, Najib mendabik dada mencanang pertumbuhan ekonomi negara 4.5 peratus untuk suku tahun pertama tahun ini, hakikatnya ia dicatat selepas suntikan RM67 bilion melalui pakej rangsangan ekonomi.

Malah, beliau berkata, Najib memilih untuk memerintah dalam gaya yang penuh popular apabila beberapa kali menarik balik dasar yang dirancang kerajaan Umno BN tapi tidak disenangi rakyat, umpamanya Cukai Perkhidmatan dan Barangan (GST).

Beliau menyifatkan ia semata- mata taktik Perdana Menteri itu untuk memenangi hati rakyat bagi meletakkan Najib kononnya seorang pemimpin yang memahami jerih perit rakyat.

Hakikatnya, pendekatan ekonomi yang dibawa Najib termasuk cadangan pelaksanaan Model Ekonomi Baru (MEB) hanya langkah ke belakang, malah mempertaruh kepentingan rakyat apabila sanggup menggunakan dana Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

"Jadi, azam Najib untuk tukar lanskap ekonomi langsung tak ada," tegasnya.

Skandal Hospital Shah Alam, PAC Perlu Siasat Pemberian Tender


Masalah pembinaan Hospital Shah Alam yang ditunggu-tunggu penduduk bandar raya ini sejak sekian lama tetapi tertangguh berikutan karenah subkontraktor, menunjukkan keburukan amalan sistem rundingan terus.

Hal ini ditegaskan Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Phua berhubung masalah yang menimpa Hospital Shah Alam bernilai RM482 juta yang dijadual dibuka November ini.

"Saya rasa masalah Hospital Shah Alam adalah satu contoh untuk menunjukkan kelemahan kepada kerajaan Barisan Nasional yang menawarkan kontrak secara terus kepada kontraktor.

"Ia membawa kesan buruk kepada kerajaan di seluruh negara. Bukan Hospital Shah Alam sahaja, sebelum ini pun kita ada banyak kes. Hospital di Alor Gajah, hospital di Tuaran sudah dibina tapi tidak ada katil.

"Selain itu, hospital di Johor Bahru pun banyak masalah," katanya kepada TV Selangor.

Pemegang kontrak Hospital Shah Alam, Sunshine Fleet Sdn Bhd kini mengalami masalah kerana berdepan kemungkinan diisytihar bankrap selepas gagal membayar tuntutan RM10 juta oleh subkontraktornya, GMH Healthcare Sdn Bhd.

Mengikut laporan Malasyia kini, Sunshine Fleet, pada mulanya memberi kontrak itu kepada Isyoda Corporation Berhad.
Isyoda kemudian gagal menyiapkan projek itu selepas dikeluarkan dari Bursa Malaysia dan dalam proses diisyitihar bankrap.

Projek itu diambil alih pula GMH yang terpaksa membayar Isyoda 10 juta ringgit bagi pihak Sunshine Fleet sebagai bayaran bon pendahuluan.

Tony Phua mendesak perkara itu disiasat Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) kerana ia berkaitan masalah pemberian kontrak melalui rundingan terus walaupun mengikut pengumuman awal, ia akan dilakukan menerusi sistem tender terbuka.

Beliau menyifatkan rakyat marhaen menjadi mangsa dalam kes berkenaan berikutan pembinaan Hospital Shah Alam itu penting bagi mengurangkan beban yang ditampung Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang. -TVS


Sub-kontraktor hospital Shah Alam tuntut hutang RM10j

Sub-kontraktor pembinaan Hospital Shah Alam, GMH Healthcare, telah menghantar surat tuntutan hutang pinjaman berjumlah RM10 juta, kepada kontraktor turnkey pembinaan hospital bernilai RM482 juta itu - Sunshine Fleet.

Sehubungan itu, Sunshine Fleet milik adik Sultan Selangor - Tengku Putri Arafiah Sultan Abd Aziz Shah - berdepan dengan kemungkinan diisytihar muflis kerana didakwa gagal membayar balik hutang tersebut.

Perkembangan terbaru ini mungkin mengakibatkan kelewatan menyiapkan pembinaan hospital tersebut.

GMH telah mengeluarkan notis tuntutan itu, bertarikh 31 Mac mengikut Seksyen 218 Akta Syarikat 1965, kepada Sunshine Fleet milik adik Sultan Selangor, Tengku Putri Arafiah Sultan Abd Aziz Shah.

Seksyen tersebut menyebut bahawa mahamah boleh mengeluarkan perintah penggulungan sekiranya syarikat terbabit gagal membayar hutangnya. Jika perintah itu dikeluarkan, aset syarikat berkenaan akan dirampas dan digunakan untuk membayar hutangnya,

Dalam surat tersebut yang diserahkan kepada Sunshine Fleet Khamis lalu, GMH menuntut syarikat Tengku Arafiah - yang merupakan kontraktor utama projek pembinaan Hospital Shah Alam - membayar jumlah dihutang berkenaan.

Sunshine Fleet dimiliki oleh Tengku Arafiah (70%), anak lelakinya Putera Azamuddin Shah Abdul Aziz (10%), dan bapa saudaranya, Tengku Abdul Samad Shah Sultan Salahuddin Abdul Aziz.

Selepas memenangi kontrak tersebut pada 2007, projek itu disub-kontrak oleh Sunshine Fleet kepada syarikat pembinaan Isyoda. Bagaimanapun Isyoda gagal menyiapkan projek tersebut selepas ia dinyah-senarai dari Bursa Malaysia, dan kini dalam proses diisytiharan muflis.

Projek tersebut kemudiannya disub-kontrak kepada GMH.

GMH mendakwa, selepas ia mengambil alih projek tersebut tahun lalu daripada Isyoda, ia telah membayar RM10 juta bon dengan Jabatan Kerja Raya bagi pihak Sunshine Fleet.

Menurut prosedurnya, bon tersebut perlu dibayar oleh kontraktor turnkey Sunshine Fleet selaku pemegang kontrak utama.

Sunshine Fleet mempunyai tempoh 21 hari dari tarikh menerima surat tersebut, untuk membayar balik RM10 juta atau berdepan dengan tindakan selanjutnya. -malaysiakini

Hulu Selangor: Surendran tarik diri ditimbang PKR

Oleh G. Manimaran
KUALA LUMPUR, 4 April — Peguam dan aktivis N. Surendran memutuskan agar beliau tidak dipertimbang untuk diturunkan bertanding pada pilihan raya kecil kerusi Parlimen Hulu Selangor bulan ini.
Keputusan itu kemungkinan besar akan membawa kepada PKR menampilkan calon Melayu untuk meneruskan perjuangan Pakatan Rakyat.
Surendran telah memaklumkan hasratnya itu kepada Ahli Parlimen Kapar S. Manikavasagam baru-baru ini.
“Surendran memberitahu saya bahawa dia tidak berminat untuk dicalonkan jika pun parti merasakan dia layak,” kata beliau ketika ditemui selepas mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR di sini hari ini.
Beliau menolak Surendran berhadapan dengan tekanan sehingga mengambil keputusan.
“Cuma dia mahu memberi tumpuan dalam kerja-kerja parti sepanjang dua tahun akan datang,” katanya.
MPP PKR yang bermesyuarat hari ini tidak membincangkan soal calon bagi pilihan raya kecil kerusi Parlimen Hulu Selangor.
Parti itu sedang mempertimbang hampir satu dozen nama untuk diturunkan di Hulu Selangor.
Manikavasagam yang juga anggota MPP berkata Surendran kemungkinan ada pelan lain, termasuk kemungkinan bertanding di kawasan lain dalam pilihan raya umum akan datang.
Surendran, kelahiran Pulau Pinang, merupakan peguam dan aktivis kes A. Kugan, mangsa yang mati dalam tahanan polis tahun lalu.
Dia juga mengendalikan beberapa kes hak asasi manusia yang lain.
Ketika ditanya apakah ia bermaksud tiada wakil masyarakat India yang akan ditimbang PKR, Manikavasagam berkata, walaupun Surendran sudah keluar dari senarai beliau difahamkan ada seorang ahli jawatankuasa PKR cabang Petaling Jaya Utara iaitu Dr. Mahendran.
The Malaysian Insider difahamkan PKR akan menurunkan calon kalangan masyarakat Melayu di Hulu Selangor.
Ia merupakan antara pertimbangan yang sedang diambil kira parti untuk menarik sokongan pengundi.
Barisan Nasional (BN) pula sudah hampir pasti menurunkan semula Timbalan Presiden MIC Datuk G. Palanivel di Hulu Selangor.
Khamis lalu, The Malaysian Insider melaporkan jumlah calon berpotensi untuk kerusi Parlimen Hulu Selangor yang sedang dipertimbangkan PKR bertambah dua kali ganda berbanding hanya sekitar lima orang disebut-sebutkan awal minggu lalu.
Biro Politik yang bermesyuarat Rabu lalu dimaklumkan bahawa ibu pejabat parti telah menerima sekitar 10 nama.
Selain Surendran, nama yang disebut-sebutkan sebelum ini Ketua Angkatan Muda PKR Shamsul Iskandar Mohd Akin, Ketua Cabang Kelana Jaya Syed Shahir Syed Mohamud yang juga Presiden Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia, Ketua Cabang Sabak Bernam Badrul Amin, dan anggota MPP Datuk Zaid Ibrahim.
Satu nama lagi ialah Nashruddin Abdul Aziz yang merupakan Ketua PKR Cabang Hulu Selangor.
Tiga nama lain ialah naib ketuanya cabang itu Razali Mokhtar dan bendaharinya Datuk Dr Halili Rahmat.
Turut disebutkan Khalid Jafar.
Halili pernah dua kali bertanding dalam pilihan raya umum sebelum ini pada 1999 (Hulu Selangor) dan 2004 (DUN Batang Kali), tetapi tewas kedua-duanya.
Pilihan raya kecil ini diadakan berikutan kematian penyandang kerusi kawasan itu, Datuk Dr Zainal Abidin Ahmad dari PKR akibat barah otak.
Pada pilihan raya umum lalu, Allahyarham yang juga bekas Timbalan Menteri Besar Selangor menewaskan Palanivel dengan majoriti tipis 198 undi.
Allahyarham yang menyertai PKR pada 2005, memperoleh 23,177 undi manakala Palanivel yang juga Timbalan Presiden MIC, mendapat 22,979 undi.

Kerajaan Pakatan terbukti mendahulukan rakyat


PENGKALAN CHEPA, 4 April: Negeri-negeri Pakatan Rakyat ternyata mendahulukan rakyat dalam setiap program, biar pun slogan itu menjadi motto utama kepada Datuk Seri Najib Razak, kata Ketua Penerangan PAS Pusat, Idris Ahmad.
Beliau berkata, banyak dasar dan gerak kerja di negeri Pakatan Rakyat ternyata mendahulukan rakyat.
Di Kelantan ada skim Takaful Kifaalah yang memberi wang saguhati sebanyak RM1,500 kepada setiap warga emas berusia 60 tahun apabila meninggal dunia.
Begitu juga di Selangor ada skim mesra usia emas dan Tabung Warisan Anak. Manakala  di Pulau Pinang setiap warga emas menerima RM100.
“Pelbagai program di Selangor, Pulau Pinang, Kedah dan Kelantan jelas menunjukkan rakyat benar-benar didahulukan,” katanya pada satu program di Putik semalam.
Perdana Menteri melancarkan slogan 1Malaysia Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan pada 5 April selepas menduduki kerusi perdana menteri. 
Idris juga berkata, bagi memastikan rakyat tahu kegagalan Umno dan Barisan Nasional (BN) mentadbir kerajaan, program penerangan di peringkat akar umbi perlu diperhebatkan.
Katanya, kegagalan itu berpunca amalan rasuah politik menjadi darah daging mereka.
Kata beliau amalan memberi wang kepada perwakilan ketika pemilihan parti sudah menjadi kelaziman kepada pemimpin Umno.
“Dan sekarang makin teruk lagi apabila kerajaan BN sanggup menjadi agen kepada Yahudi apabila sanggup menggunakan khidmat Apco Worldwide. Ini boleh mengancam keselamatan negara,” ujarnya.
Pada majlis itu beliau juga berharap petugas parti di semua peringkat perlu mengembeleng tenaga menerangkan kepada masyarakat pelbagai isu yang berlaku dalam negara sekarang.
Katanya, PAS mempunyai jentera penyebaran maklumat agak terhad untuk menjelaskan sesuatu isu kepada orang ramai.
“Kita perlu mendekati golongan atas pagar atau di luar pagar supaya mereka faham terhadap apa berlaku,” ujar beliau.
Hadir sama pada program berkenaan Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, Timbalan-timbalan Pesuruhjaya PAS negeri, Datuk Ahmad Yakub dan Datuk Husam Musa.

BN umum calon Hulu Selangor 15 April

BN telah memutuskan calonnya bagi pilihan raya kecil parlimen Hulu Selangor dan akan diumumkan pada 15 April, kata Timbalan Perdana
Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

"Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak) dah putuskan calon terbabit dan memberitahu saya mengenainya, jadi ia akan diumumkan pada 15 April ini," katanya kepada pemberita selepas menyaksikan perlumbaan Formula Satu (F1) Grand Prix Petronas Malaysia di Litar Sepang, petang ini, lapor Bernama

Muhyiddin bagaimanapun enggan mengulas lanjut mengenai calon yang terpilih, dan sama ada calon itu dari kalangan pemimpin tempatan dan sebagainya, bagaimanapun berkata: "Insyallah, ianya boleh diterima oleh rakyat tempatan". 

Menyentuh mengenai lawatan sehari Perdana Menteri ke kawasan parlimen Hulu Selangor semalam, Muhyiddin berkata perdana menteri emberitahunya 'mood' penduduk di kawasan Parlimen terbabit nampak bagus dan "nampaknya mood untuk kembali menyokong BN adalah lebih nyata dan jelas" 

"Jadi kita mengharapkan akan berlaku perubahan momentum," katanya.

Pilihan raya kecil parlimen Hulu Selangor diadakan berikutan kematian penyandangnya Datuk Dr Zainal Abidin Ahmad dari PKR akibat kanser otak pada 25 Mac lepas.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 17 April sebagai hari penamaan calon dan pengundian pada 25 April.

Sementara itu, Bernama melaporkan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein mengingatkan penyokong parti-parti politik yang terbabit dalam pilihan raya kecil parlimen Hulu Selangor nanti supaya bersikap matang dan tidak terbuai dengan emosi hingga boleh mencetuskan insiden yang tidak diingini.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein memberi amaran kepada semua pihak agar tidak mengambil keputusan di tangan sendiri dengan sengaja mencetuskan kekecohan dan melanggar undang-undang.

"Sudah tentu ada orang yang mungkin bersedia untuk mengambil tindakan sendiri, apabila itu berlaku emosi mungkin tidak boleh dikawal.

"Bukanlah perkara baru, bila ghairah hendak menang, akan ada pihak yang berbuat macam-macam onar justeru itu adalah satu peringatan dan pengajaran untuk kesemua parti," katanya kepada pemberita selepas menyaksikan ujian kemahiran menembak KDN dan Polis Diraja Malaysia Tahun 2010 di Lapang Sasar, Ibu Pejabat Bridget Tengah, Pasukan Gerakan Am hari ini.

Beliau berkata PDRM seperti biasa, telah bersiap sedia untuk berkhidmat sepanjang pilihan raya kecil parlimen Hulu Selangor bagi memastikan kesemuanya berjalan lancar tanpa sebarang masalah, demi keselamatan dan ketenteraman awam.

Hishammuddin yang juga naib presiden Umno berkata BN perlu mengemukakan calon yang disenangi dan diterima masyarakat setempat sekaligus
mampu membawa kemenangan pada pilihan raya kecil itu.

"Tidak ada gunanya jika calon tersebut hanya dipilih oleh delegasi parti tetapi tidak menjadi pilihan masyarakat, setiap pandangan perlu diambil kira dan dibuat penilaian kerana tentunya kita mahu capai kemenangan," katanya.

Kerusi Parlimen Hulu Selangor kosong berikutan kematian penyandangnya, Datuk Dr Zainal Abidin Ahmad, 71, akibat barah otak Khamis lepas.

Sementara itu, Hishammuddin yang hari ini genap setahun memegang tampuk KDN berkata kebanyakan isu dan tuduhan yang dibangkitkan parti pembangkang terhadap kerajaan dan juga PDRM sejak kebelakangan ini terlalu berkisar kepada mainan politik sempit semata-mata.

"Namun itu tidak pernah melemahkan semangat dalam mempertahankan kedaulatan dan maruah negara. Apa jua isu yang pihak tertentu mahu bangkitkan dan tuduh, tidak akan berjaya selagi kita konsisten pada pendirian dan berpegang pada undang-undang," katanya.

Beliau berkata selain itu memandangkan landskap geopolitik, sosial dan keselamatan dunia yang semakin berubah, serta ancaman yang terpaksa dihadapi maka agensi penguatkuasaan negara perlu bersama dengan agensi penguatkuasaan luar agar saling membantu mengekang anasir buruk ini.

K'tangan k'jaan perlu sokong GST jika mahu gaji lebih baik

Gaji penjawat awam boleh dinaikkan dengan syarat 1.2 juta penjawat awam meningkatkan produktiviti dan menyokong inisiatif kerajaan untuk Malaysia menjadi ekonomi berpendapatan tinggi, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini.

Beliau berkata selagi produktiviti meningkat, gaji mereka akan diselaraskan seiring dengan ekonomi yang lebih kukuh.

"Gaji mereka akan diselaraskan mengikut perkembangan. Apa yang penting ialah dengan pengukuhan ekonomi, perolehan kerajaan juga meningkat," kata beliau dalam program "Setahun di Aras 5: Temubual Khas Bersama Perdana Menteri” yang disiarkan Bernama TV.

Najib, yang juga menteri kewangan, turut menegaskan mengenai kepentingan pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) sebagai satu daripada cara meningkatkan hasil kerajaan. 

"Itulah sebabnya GST amat penting. Rakyat mahukan gaji yang lebih tinggi tetapi tidak mahu menyokong GST. Saya memerlukan sokongan 1.2 juta penjawat awam. Sekiranya anda mahu dibayar gaji yang lebih baik di masa depan, saya perlu mengukuhkan asas perolehan kerajaan kerana kalau tidak, dari mana saya akan dapat wang untuk membayar penjawat awam?," katanya.

Beliau berkata dengan mendapat sokongan daripada semua penjawat awam, akan membolehkan kerajaan melakukan yang lebih baik untuk semua rakyat.

Najib bagaimanapun menolak tanggapan bahawa kerajaan tunduk kepada tekanan politik berikutan perubahan fikiran dilihat dalam pelaksanaan GST dan peraturan dua harga petrol, dengan menyatakan lebih banyak masa diperlukan untuk sokongan dan kepercayaan rakyat bagi inisiatif itu.

Beliau berkata pembangkang telah memutar belitkan fakta berhubung cadangan GST yang menyebabkan kerajaan memerlukan masa untuk 
menjelaskan kepada rakyat kerana ia adalah sesuatu yang baik untuk rakyat bagi jangka masa panjang.

Jadi kita bukan mengambil keputusan untuk menghentikannya tetapi untuk menangguhkannya sehingga projek itu mendapat lebih penerimaan umum.,” katanya. 

Mengenai penstrukturan semula subsidi dua harga petrol, beliau berkata ia merupakan sistem yang amat kompleks dan tidak berbaloi, tetapi “kita akan tetap mengurangkan subsidi. Cuma akan dilakukan secara berperingkat-peringkat kerana kerajaan tidak mahu membebankan rakyat.” 

“Jadi, ia akan dilaksanakan dengan teratur dan berhati-hati,” kata Najib. 

Kepada soalan yang ia mungkin dilaksanakan selepas pilihanraya umum, Najib yang ketawa mendengarnya berkata: “Tentunya akan ada yang sinis 

dan skeptikal tetapi ia harus dihadapi sebagai cabaran dan kita perlu membuktikan yang mereka salah.” 

Model ekonomi baru

Mengenai bagaimana beliau merancang untuk menyelaras objektif Model Ekonomi Baru (MEB) bagi mencapai ekonomi nilai tinggi dan 
memastikan kos rendah, Najib berkata dengan MEB, ia boleh mewujudkan Malaysia sebagai ekonomi yang inovatif, dipacu oleh kebijaksanaan dan bakat yang baik. 

Mengenai saranan Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) supaya Bumiputera memiliki 67 peratus daripada kekayaan ekonomi negara, 

perdana menteri berkata kedudukan bumiputera yang masih tidak mencapai taraf yang sepatutnya bermakna kerajaan harus meneruskan tindakan afirmatif tetapi pada masa yang sama memperbetulkan kelemahan yang jelas kelihatan dalam pelaksanaan sebelumnya.

"Jadi apa yang ingin saya katakan ialah, kita tidak sepatutnya terlalu taksub dengan satu pandangan tetapi biarlah kita melihat dengan cara yang akanmemberikan perasaan bersatu sebagai satu negara dan satu masyarakat," katanya. 

Mengenai keraguan terhadap tender terbuka dan sama ada ia benar-benar telus, Najib berkata melalui inisiatif baru, ia akan telus memandangkan orang ramai akan dapat melihat syarikat mana yang gagal dan yang mana akan mendapat bida itu serta harga bidaan yang ditawarkan oleh syarikat-syarikat ini. 

"Jadi, rakyat boleh mengkritik kerajaan jika mereka merasakan proses itu tidak adil," kata Najib, yang genap setahun menjadi perdana menteri pada 3 April.

Pakej rangsangan 

Menurut perdana menteri lagi, penekanan terhadap sistem penyampaian sektor awam yang lebih efisien dalam melaksanakan pakej rangsangan 

berjumlah RM67 bilion penting bagi membawa dengan segera ekonomi Malaysia keluar daripada kelembapan selepas terjejas dengan kemelesetan ekonomi dunia tahun lepas.

“Ini kerana pakej rangsangan bukan sahaja berjalan lancar tetapi disampaikan ke akar umbi. Beratus dan beribu projek, besar dan kecil telah dilaksanakan,” katanya.

Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia mencatatkan pertumbuhan positif sebanyak 4.5 peratus pada suku terakhir tahun lepas daripada pertumbuhan negatif 6.2 peratus apabila pakej rangsangan berkenaan mula dilancarkan pada Mac 2009. 

Sistem penyampaian awam ditingkatkan dengan penubuhan Unit Pengurusan Projek di bawah Kementerian Kewangan bagi memastikan program dan projek dilaksanakan secara efisien bagi memastikan kesan maksimum terhadap ekonomi. 

“Ini adalah petunjuk yang jelas dan satu manifestasi kejayaan pentadbiran kerajaan termasuk penjawat awam yang telah bekerja keras untuk mengagihkan pakej rangsangan,” kata beliau. 

Menjawab soalan mengenai kenapa pasaran bercampur-campur dan kurang memberangsangkan kepada MEB yang diumumkan baru-baru ini, beliau berkata:”Pasaran selalu mengabaikan apa-apa pengumuman yang dibuat, memandangkan mereka mahu melihat butir-butir secara khusus, penanda aras, tempoh waktu dan peruntukan, insentif.” 

Najib berkata peruntukan khusus akan disediakan untuk aktiviti ekonomi utama negara yang akan dipromosikan apabila belanjawan 2011 dibentangkan pada 15 Oktober tahun ini.

Beliau berkata MEB telah diumumkan dan akan dilaksanakan secara berperingkat-peringkat di mana selepas pengumuman pada 31 Mac, ia akan digabungkan Rancangan Malaysia Ke-10 yang akan dilancarkan pada 10 Jun dan butiran lanjut akan diketahui pada Ogos.

Kerjasama dengan pembangkang

Semasa ditanya sama ada kerajaan persekutuan bersedia bekerjasama dengan pembangkang di negeri-negeri yang dikuasai mereka untuk 

pembangunan masyarakat, beliau berkata: “Apabila kita mendapat persetujuan bersama, kita tidak ada masalah untuk melaksanakannya untuk masyarakat dan pada asasnya kita mahu berlaku adil.”

Beliau berkata Kerajaan Persekutuan telah melaksanakan projek di negeri-negeri di mana BN mengalami kekalahan seperti sekolah, klinik dan termasuk klinik 1Malaysia. 

Najib berkata kerajaan akan mengambil tindakan tegas terhadap majikan yang memberhentikan pekerja tempatan tanpa gaji pemberhentian kepada mereka atau menggaji pekerja asing dan mengabaikan warga tempatan.

“Majikan di negara ini perlu mencuba sebaik mungkin untuk mengambil pekerja tempatan agar guna tenaga kerja stabil dan kita tidak terlalu 
bergantung kepada pekerja asing ,” katanya.

Mengenai pengangguran di Malaysia, beliau berkata ia kira-kira 3.6 peratus yang dianggap tiada pengangguran “kerana jika dilihat kita mempunyai 2.2 juta pekerja asing jemputan dan satu juta lagi secara tanpa izin.” 

Pelaburan langsung asing

Perdana menteri juga berjanji akan melaksanakan dasar bagi memastikan persekitaran pelaburan Malaysia kekal sesuai dan kompetif untuk menarik 

pelaburan langsung asing (FDI). 

Beliau berkata negara akan menjadi lebih responsif kepada keperluan pelabur asing serta pelabur dalam negara terutamanya dengan persaingan sengit di pasaran antarabangsa.

"Kita menyedari persekitaran ekonomi telah berubah. Akan terdapat lebih banyak ekonomi baharu muncul yang menawarkan kos buruh yang lebih menarik dan rendah daripada kita dan ada di antaranya merupakan pasaran yang besar." 

“Dunia sekarang berbeza daripada tahun 80an dan 90an. Malaysia perlu bersaing dengan lebih banyak negara dan mereka akan mendapati China adalah pasaran yang besar dan lebih baik untuk pelaburan. Tetapi saya yakin kita akan dapat menarik bahagian kita dalam FDI tahun ini dan tahun depan," katanya.

"Kita harus membuat pasaran teruja dengan reformasi kita,” kata beliau.

“Seluruh dunia merana tahun lepas dan keadaan kita yang tidak sebegitu teruk terjejas, pada pendapat saya menunjukkan tahap keyakinan terhadap 

Malaysia dan bahawa tahun ini akan menjadi lebih baik," kata Najib.
.
Beliau berkata adalah sukar untuk mengekalkan aliran masuk pelaburan pada tahun lepas berikutan kelembapan ekonomi dunia dan bukan kerana tidak lagi kompetitif untuk menarik FDI.

Najib mengumumkan MEB pada hari Selasa yang bertujuan menjadikan Malaysia lebih kompetitif di rantau ini dan dunia bagi meningkatkan pendapatan perkapita negara kepada AS$15,000 menjelang akhir dekad daripada AS$7,000 sekarang ini. 

Mengenai liberalisasi sektor perkhidmatan kewangan, Najib berkata bilangan pemohon yang diterima daripada bank-bank asing mula menambah kepada aliran masuk pelaburan dalam industri perkhidmatan kewangan.

Perdana menteri berkata kerajaan sedang memproses permohonan daripada dua bank Islam mega dari India dan Timur Tengah dengan modal berbayar sebanyak AS$1 bilion setiap satu.

"Terdapat perkara menarik yang akan diumumkan tidak lama lagi," katanya. 

Pada November 2009, Kementerian Kewangan meluluskan pengeluaran lesen bank komersil kepada Industrial and Commercial Bank of China Ltd (ICBC).

Mengenai industri halal, Najib berkata inisiatif kerajaan berkemungkinan memastikan Malaysia di hadapan negara lain yang mengambil bahagian dalam industri yang semakin berkembang ini seperti Argentina, Australia dan Brazil. 

Beliau berkata jenama halal negara, atas inisiatif Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) mempunyai integriti dan reputasi yang kukuh. 

"Kita sedang mempromosikan hab halal Malaysia tetapi kita perlu mempunyai jalinan dengan negara-negara lain jika kita mahu mengeksport 

makanan halal memandangkan pengimport bersih makanan,” katanya.

Slogan 1Malaysia

Mengenai 1Malaysia, perdana menteri berkata dakwaan kononnya slogan 1Malaysia datangnya dari negara luar termasuk Israel adalah fitnah pembangkang semata-mata.

Najib berkata beliau berbincang dengan beberapa rakannya setelah menyedarikan amat pentingnya usaha baru ke arah penyatuan rakyat.

"Saya bincang dengan beberapa teman saya sebab saya kata amat penting bagi kita untuk membuat suatu usaha baru ke arah perpaduan nasional ini sebagai penyatuan.

"Jadi saya selalu menjemput pelbagai kumpulan untuk mengadakan percambahan fikiran dan apabila saya mengariskan perkara ini, bila kita lakukan
percambahan minda, timbullah idea Gagasan 1Malaysia ini," katanya.

Najib berkata dakwaan pembangkang itu bertujuan merosakkan atau mencemar gagasan itu setelah idea itu semakin hebat diterima rakyat.

"Mereka (pembangkang) tak berani serang Gagasan 1Malaysia. Mereka tidak dapat mempertikaikannya, mereka cuba untuk merosakkan, mencemarnya, mencalarnya melalui kononnya ilham atau idea yang datang dari negara luar. 

"Ini satu fitnah yang tidak benar, tidak berasas sama sekali," katanya merujuk kepada dakwaan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim di Parlimen baru-baru ini.

Perdana Menteri berkata kemuncak kepada penghayatan Gagasan 1Malaysia ialah apabila ia membawa keuntungan strategik kepada rakyat dan negara.

"Kemuncak kepada segala-galanya ialah apabila kita dapat meraikan kepelbagaian itu sebagai satu yang aset kepada negara," katanya. 

Menurutnya Gagasan 1Malaysia meletakkan kepentingan rakyat di atas segala kepentingan lain dan mengutamakan keberkesanan serta keberhasilan sesuatu program yang dirancang. 

"Outcome itu lebih penting daripada output," katanya.

Najib berkata kefahaman rakyat terhadap Gagasan 1Malaysia semakin meningkat apabila banyak badan korporat menggunakan 1Malaysia sebagai simbol dalam logo mereka.

"Sebutan Salam 1Malaysia umpamanya menjadi kelaziman sekarang dan ada juga perkahwinan 1Malaysia. Jadi saya lihat ia sudah menjadi satu gerakan massa," kata Perdana Menteri. 

Mengenai halangan terhadap Gagasan 1Malaysia, Perdana Menteri berkata ia lebih kepada golongan yang masih memikirkan kepentingan kelompok atau kaum masing-masing tanpa usaha ke arah penyatuan.

"Kita sebagai seorang individu mungkin ada juga perasaan prejudis, rasis dan sebagainya seperti ada peristiwa gereja dibakar dan kepala khinzir dicampak dalam pekarangan masjid dan sebagainya.

"Maknanya ada juga kefahaman yang ekstrim dalam masyarakat kita. Sebab ada kefahaman ekstrim itulah, bererti bahawa kita perlu kepada Gagasan 1Malaysia," kata Najib.

Ditanya perasaannya selepas setahun menjadi perdana menteri, Najib berkata masa setahun berlalu terlalu cepat dan beliau merasakan seolah-olah "baru semalam saya mulakan tugas". 

Menurutnya ia mungkin kerana beliau sangat sibuk sepanjang masa dan banyak program yang diperkenalkan dalam masa yang singkat.

"Saya bersyukur dalam tempoh setahun ini, kita dapat memperkenalkan banyak inisiatif baru yang memberi hasil memuaskan dan mungkin sedikit sebanyak rakyat bertambah yakin kepada kerajaan," katanya.

Perlindungan insurans motor

Sementara itu, perdana menteri berkata, Bank Negara Malaysia perlu mengambil kira masalah rakyat apabila mencadangkan perlindungan insurans motor asas yang baru bagi kecederaan anggota dan kematian pihak ketiga, sama seperti membuat dasar yang lain.

Katanya, bank pusat perlu mengadakan rundingan dengan persatuan-persatuan, kumpulan pengguna dan orang ramai bagi menyelesaikan segala isu sebelum melaksanakan dasar baru yang dikenali sebagai skim bagi kecederaan anggota dan kematian pihak ketiga (TPBID).

Baru-baru ini dilaporkan bahawa terdapat rancangan mengehadkan tuntutan insurans motor pihak ketiga kepada RM100,000, termasuk untuk penghospitalan, pemulihan, kesakitan, kesengsaraan, kerugian pendapatan dan pendapatan masa depan. 

Sumber industri menyebut ia akan melibatkan jutaan orang biasa yang terdedah kepada risiko kemalangan jalan raya. 

Bagaimanapun, Bank Negara berkata skim ini masih di peringkat cadangan dan ia akan mendapat maklum balas daripada pihak berkepentingan bulan depan sebelum mengemukakannya kepada kerajaan.

“Saya akan memaklumkan kepada Bank Negara yang mereka perlu berunding dengan persatuan dan kumpulan pengguna,” katanya. 

“Sekiranya terdapat perubahan, kerajaan akan berunding dengan semua mereka yang berkepentingan dan bukan hanya syarikat insurans tetapi juga kumpulan pengguna,” katanya.

Najib berkata, industri insurans motor perlu melalui perubahan memandangkan ia merupakan perniagaan yang merugikan dari segi kutipan premium dan pembayaran. 

“Ia adalah defisit yang serius. Apa yang terjadi ialah peserta menggunakan keuntungan daripada produk insurans lain terutamanya insurans hayat untuk mensubsidi insurans motor,” katanya. 

Semasa membentangkan Bajet 2010, kerajaan mengumumkan keperluan menyediakan perlindungan insurans motor asas untuk TPBID, pada premium yang munasabah yang setara dengan paras perlindungan yang disediakan. 

Sumber memberitahu Bernama bahawa beberapa cadangan perubahan di dalam TPBID adalah drastik. Jika seorang bapa berusia 56 dan bersara dan meninggal dunia dalam kemalangan, anak-anaknya tidak boleh membuat tuntutan kehilangan sara hidup memandangkan Akta berkenaan hanya bagi ganti rugi mereka yang bekerja sehingga umur 55 tahun.

Begitu juga dalam hal jika seorang anak yang bakal menamatkan pengajian dari universiti meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya sebelum bekerja, keluar tidak akan mendapat apa-apa, katanya. 

Beliau menyatakan rasa kecewa kerana TPBID dilihat diadakan secara tergesa-gesa tanpa rundingan dan ini tidak memberi keyakinan terutama apabila syarikat berasingan baru akan menguruskan skim yang dicadangkan.

- Bernama

11 Tahun KEADILAN Memikul Amanah Agenda Reformasi

Oleh Rusnizam Mahat
SHAH ALAM 4 Apr - Pengarah Strategi Parti Keadilan Rakyat, Tian Chua menganggap detik 4 April merupakan tarikh keramat kepada gerakan rakyat yang mahukan perubahan politik berlaku dalam sistem demokrasi di Malaysia.
"Saya sebut tarikh ini sebagai tarikh keramat menandakan kebangkitan perjuangan rakyat pelbagai kaum di negara ini. Ia merupakan permulaan kesedaran mengenai sistem demokrasi di negara kita. Penubuhan PKR lebih 10 dekad lalu juga merupakan satu permulaan momentum yang akhirnya membawa kepada tsunami politik pada 8 Mac 2008," kata Tian.
Menurutnya, beliau menghargai jasa dan perjuangan aktivis parti terdahulu yang telah banyak berkorban masa dan tenaga untuk memastikan parti itu kukuh sehingga kini.
"Pengorbanan ahli parti yang memulakan gerakan ini memikul tanggungjawab sangat sukar di mana rakyat pada masa itu masih belum yakin terhadap gerakan pembaharuan dan perjuangan ini merupakan satu proses yang panjang. Pengorbanan aktivis veteran telah membawa hasil kepada perubahan struktur politik di negara kita.
"Kewujudan PKR merupakan gabungan tenaga dari segenap kelompok masyarkaat dan pelbagai latar belakang seperti ahli akademik, ahli politik, aktivis sosial dari NGO dan kesatuan pekerja. Mereka telah gabungkan pemikiran lama dan menyuarakan kritikan terhadap sistem pentadbiran yang lama,"
Tian Chua yang juga Ahli Parlimen Batu berkata beliau berharap PKR akan terus bergerak maju dan menjadi sebuah parti yang kuat untuk memikul amanah oleh rakyat yang mahu melihat kemunculan politik baru di negara ini yang berpaksi kepada amalan ssitem demokrasi dan keadilan.
"Kita berharap parti ini akan maju terus ke depan dan kekal sebagai sebuah parti dominan dalam arus politik tanahair  untuk membawa perubahan total dalam sistem politik yang musnah angkara rejim BN,"katanya.

Pertumbuhan Ekonomi 4.5 Peratus Suku Pertama Tahun Ini Petanda Baik, Kata Husni ..jangan angka tersebut atas kertas aje...!!!!


TAPAH: Pertumbuhan ekonomi negara pada 4.5 peratus yang dicatatkan pada suku pertama tahun ini menunjukkan peningkatan ketara berbanding suku pertama 2009, kata Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah.
Peningkatan ini adalah turutan daripada unjuran suku keempat 2009 yang menunjukkan perkembangan 4.5 hingga 5.5 peratus, katanya.
"Saya yakin unjuran ini akan menepati sasaran untuk mencapai pertumbuhan ekonomi sebanyak enam peratus tahun 2010," katanya kepada pemberita pada sidang akhbar selepas majlis mengambil anak angkat di Kampung Baru Temoh di sini hari ini.
Sejak tahun lepas, kerajaan memberi tumpuan untuk memastikan bajet dan dua pakej rangsangan berjumlah RM67 bilion dilaksanakan dengan cekap dan berkesan bagi mengurangkan impak daripada krisis ekonomi global.
"Pertumbuhan positif ini berjaya dicapai melalui beberapa inisiatif yang telah dilakukan kerajaan," katanya sambil menambah ekonomi negara menguncup lebih enam peratus bagi tempoh yang sama 2009. - BERNAMA

PKR bersedia dengan andai pilihan raya Sarawak seawal Jun

Oleh G. Manimaran
KUALA LUMPUR, 4 April — Parti Keadilan Rakyat (PKR) hari ini membincangkan secara mendalam persiapan menghadapi pilihan raya negeri Sarawak dengan andaian kemungkinan diadakan “seawal Jun” ini.
“Oleh kerana pilihan raya Sarawak kemungkinan diadakan seawal Jun, perbincangan hari ini diadakan dengan lebih intensif,” kata Pengarah Pilihan Raya PKR Fuziah Salleh selepas mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat (MPP) di sini.
Sehubungan itu kata Ahli Parlimen Kuantan ini, jika pilihan raya diadakan selepas bulan Jun pihaknya akan melihat ia sebagai “satu bonus” untuk membuat persiapan yang lebih mendalam.
Tempoh mandat Dewan Undangan Negeri Sarawak akan berakhir Julai 2011.
Bagaimanapun desas-desus menyebut pilihan raya negeri akan diadakan dalam waktu terdekat ini.
Difahamkan pilihan raya negeri kemungkinan diadakan tahun ini.
Mengulas lanjut mengenai persiapan, Fuziah berkata kepimpinan PKR Sarawak juga telah diberikan mandat untuk menubuhkan jawatankuasa khas bagi menilai calon-calon yang berpotensi.
“Akan ada jawatankuasa khas, ia akan dibentuk... kepimpinan (PKR) Sarawak telah diberikan mandat untuk menubuhkan jawatankuasa,” katanya.
Kata beliau, mandat itu diberikan hari ini.
Fuziah menjelaskan soal persiapan menghadapi pilihan raya negeri Sarawak juga telah dibincangkan dalam mesyuarat MPP bulan lalu.
Bagaimanapun katanya, ia telah dibincangkan lagi hari ini dengan andaian ia akan diadakan “seawal Jun”.
Pakatan Rakyat yang dianggotai PKR, DAP dan PAS meletakkan sasaran untuk menawan Sarawak susulan tsunami politik dua tahun lalu.

Matang Dan Tidak Emosi Ketika Pilihan Raya Kecil Hulu Selangor


KUALA LUMPUR: Para penyokong parti-parti politik yang terbabit dalam pilihan raya kecil Parlimen Hulu Selangor nanti diingatkan untuk bersikap matang dan tidak terbuai dengan emosi hingga boleh mencetuskan insiden yang tidak diingini.
Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein memberi amaran kepada semua pihak agar tidak mengambil keputusan di tangan sendiri dengan sengaja mencetuskan kekecohan dan melanggar undang-undang.
"Sudah tentu ada orang yang mungkin bersedia untuk mengambil tindakan sendiri, apabila itu berlaku emosi mungkin tidak boleh dikawal.
"Bukanlah perkara baru, bila ghairah hendak menang, akan ada pihak yang berbuat macam-macam onar justeru itu adalah satu peringatan dan pengajaran untuk kesemua parti," katanya kepada pemberita selepas menyaksikan Ujian Kemahiran Menembak KDN dan Polis Diraja Malaysia Tahun 2010 di Lapang Sasar, Ibu Pejabat Bridget Tengah, Pasukan Gerakan Am di sini hari ini.
Beliau berkata PDRM seperti biasa, telah bersiap sedia untuk berkhidmat sepanjang pilihan raya kecil Parlimen Hulu Selangor bagi memastikan kesemuanya berjalan lancar tanpa sebarang masalah, demi keselamatan dan ketenteraman awam.
Hishammuddin yang juga Naib Presiden Umno berkata Barisan Nasional perlu mengemukakan calon yang disenangi dan diterima masyarakat setempat sekaligus mampu membawa kemenangan pada pilihan raya kecil itu.
"Tidak ada gunanya jika calon tersebut hanya dipilih oleh delegasi parti tetapi tidak menjadi pilihan masyarakat, setiap pandangan perlu diambil kira dan dibuat penilaian kerana tentunya kita mahu capai kemenangan," katanya.
Kerusi Parlimen Hulu Selangor kosong berikutan kematian penyandangnya, Datuk Dr Zainal Abidin Ahmad, 71, akibat barah otak Khamis lepas.
Sementara itu, Hishammuddin yang hari ini genap setahun memegang tampuk KD Nberkata kebanyakan isu dan tuduhan yang dibangkitkan parti pembangkang terhadap kerajaan dan juga PDRM sejak kebelakangan ini terlalu berkisar kepada mainan politik sempit semata-mata.
"Namun itu tidak pernah melemahkan semangat dalam mempertahankan kedaulatan dan maruah negara. Apa jua isu yang pihak tertentu mahu bangkitkan dan tuduh, tidak akan berjaya selagi kita konsisten pada pendirian dan berpegang pada undang-undang," katanya.
Beliau berkata selain itu memandangkan landskap geopolitik, sosial dan keselamatan dunia yang semakin berubah, serta ancaman yang terpaksa dihadapi maka agensi penguatkuasaan negara perlu bersama dengan agensi penguatkuasaan luar agar saling membantu mengekang anasir buruk ini. - BERNAMA

Fitnah Terhadap Anwar Modal Politik Umno-BN Di Hulu Selangor

KUALA SELANGOR 4 APR: Umno Barisan Nasional dijangka menjadikan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai modal kempen politik dengan menabur pelbagai fitnah dalam usaha memenangi pilihan raya kecil Parlimen Hulu Selangor.

Demikian jangkaan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim tetapi beliau sebaliknya menganggap strategi sedemikian belum tentu menguntungkan parti pemerintah itu kerana pengundi kian bijak menilai.

"Kalau Barisan Nasonal menggunakan pilihan raya ini untuk membuat fitnah kepada Anwar, teruskanlah. Itu terpulang pada rakyat untuk menerima kenyataan tersebut, rakyat bebas untuk mendengar,” katanya.

Seramai 64,500 pemilih berdaftar termasuk 799  pengundi pos bakal memilih Ahli Parlimen berikutan penyandang dari Parti Keadilan Rakyat, Datuk Dr Zainal Abdin Ahmad meninggal dunia 25 Mac lalu.

Bagaimanapun, Khalid menegaskan media arus perdana harus lebih bertanggungjawab dan adil supaya rakyat memperoleh  maklumat yang tepat, seterusnya mencapai keputusan terbaik.

“Saya harap laporan berita itu mesti saksama. Apa yang dikatakan oleh Barisan Nasional, apa yang dikatakan oleh Pakatan Rakyat, semua mesti ditulis supaya rakyat dapat mengadili,” kayanya  

Dalam pada itu, Khalid berharap pembangunan yang dilaksanakan Pakatan Rakyat sepanjang dua tahun memerintah Selangor dapat diterangkan kepada rakyat berikutan media arus perdana cuba memadamkan fakta itu.

“Saya mahu berjumpa dengan rakyat. Saya mahu beritahu  yang saya sudah menjalankan tugas lebih daripada dua tahun. Jadi saya hendak turun untuk bertanya sama ada rakyat faham apa yang saya lakukan, apa lagi mesti saya lakukan,” katanya.

Kenapa Naib Presiden bersama Muhyiddin, tidak dengan Najib

MACHANG, 4 April: Ketika 1Malaysia dijulang dengan kejayaan genap setahun Datuk Seri Najib Razak menerajui negara, tanpa disedari tiga Naib Presiden Umno tiada bersamanya ketika turun padang berkempen di Hulu Selangor semalam.
Perdana Menteri kelihatan keseorangan di Hulu Selangor tanpa kehadiran pemimpin kanan Umno. Cuma kelihatan Ketua Penerangan Umno, Datuk Ahmad Maslan dan pemimpin Umno Selangor.
Sedangkan tiga Naib Presiden Umno, Datuk Seri Dr Zahid Hamidi, Datuk Seri Hishammuddin Hussein dan Datuk Seri Shafei Afdal berada di sini bersama Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin.
Kalau diambil kira dari segi kepentingan politik, kehadiran pemimpin kanan Umno di Hulu Selangor lebih penting bagi menghadapi pilihan raya kecil pada 25 April ini.
Bagi Adun Dabong, Arifabillah Ibrahim ketidakhadiran tiga pemimpin kanan Umno bersama Perdana Menteri di Hulu Selangor memperlihatkan ada masalah dalaman Umno sekarang.
“Ini dapat dilihat apabila Timbalan Menteri Perdana tanpa ditanya sesiapa pun membuat kenyataan masih mempunyai hubungan rapat dengan Perdana Menteri.
“Kebiasaannya apabila kenyataan itu terpaksa dikeluarkan menggambarkan ada masalah dalaman membabitkan kedua-dua pemimpin kanan terbabit sekarang.
“Kalau tidak ada masalah buat apa hendak sebut di hadapan orang ramai mereka tidak mempunyai masalah. Kebiasaan orang politik apabila menafikan dari awal lagi sebenarnya ada sesuatu yang cuba disembunyikan,” katanya di sini.
Hubungan di antara Najib – Muhyiddin dilihat mulai tidak sehaluan apabila pemimpin Pakatan Rakyat membayangkan Timbalan Perdana Menteri seperti tidak menghayati konsep 1Malaysia.
Penasihat DAP, Lim Kit Siang berjaya menguji tahap penerimaan Muhyiddin terhadap konsep 1Malaysia apabila beliau terperangkap dengan soalan anggota parlimen Ipoh Timur di Dewan Rakyat baru-baru ini.
Sementara itu dalam  perkembangan lain kehadiran Muhyiddin pada program Juara Rakyat di sini bagi menyampaikan wang ihsan kepada 70 pelajar miskin dari seluruh Kelantan.
Pada peringkat awal diuar-uarkan sebanyak RM25 juta akan diberi kepada pelajar miskin, di mana ibu bapa mereka berpendapat kurang RM750 sebulan.
Seramai 100,000  pelajar disasarkan Umno mendapatkan wang ihsan.
Sedangkan pada majlis semalam difahamkan hanya sebanyak RM10,500 diberi kepada 70 pelajar iaitu sebanyak RM150 seorang.
Keadaan itu menimbulkan tanda tanya orang ramai memandangkan wang ihsan sebanyak itu tidak sepadan diberi melibatkan kehadiran Timbalan Perdana Menteri.
Kata seorang bapa, kalau hanya sejumlah RM10,000 wang ihsan diberi kepada pelajar, tidak sepatutnya membabitkan kehadiran pemimpin negara.
Berucap pada majlis tersebut Muhyiddin berkata, “sesiapa yang tidak mahu kepada wang ihsan sila angkat tangan”.
Ketika itu ada beberapa orang yang berada di hadapan pentas mengangkat tangan.
Kemudian diulang lagi Muhyiddin siapa yang tidak mahu kepada wang ihsan sila angkat tangan.
Selepas itu tiada lagi yang angkat tangan selepas keliru dengan soalan awal diaju Timbalan Perdana Menteri.
Sebelum itu Pengerusi Perhubungan Umno Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed sekali lagi mengulangi Kelantan tidak layak mendapatkan royalti minyak memandangkan kedudukan pelantar lebih tiga batu nautika (5.5 km).
“Wang ihsan hanya kita beri kepada pelajar-pelajar miskin sahaja. Kalau tidak mahu kepada wang ihsan bermakna tidak undi BNlah.
“Hendak ke tak nak wang ihsan,” katanya berulang kali pada ucapan tersebut. Orang ramai yang berada di hadapan kebanyakan pemimpin Umno peringkat bahagian menjawab “nak”.
Program Juara Rakyat biar pun disebut program anjuran Umno, namun berpuluh-puluh agensi kerajaan terbabit dengan program berkenaan.

Ku Li: Umno-BN Akan Hilang Sokongan Melayu Di Hulu Selangor

KOTA KINABALU 4 Apr- Bekas Naib Presiden Umno, Tengku Tan Sri Razaleigh Hamzah menjangkakan KEADILAN-Pakatan Rakyat akan mampu menarik sokongan pengundi Melayu yang menyokong Umno-Barisan Nasional sekiranya parti itu menamakan calon Melayu yang berwibawa dan mempunyai ketokohan.
Malah menurut bekas Menteri Kewangan itu Barisan Nasional tidak akan mempunyai jalan mudah menghadapi pilihan raya kecil Parlimen Hulu Selangor tersebut.
"Pilihan raya kecil Hulu Selangor tidak akan memberi laluan mudah kepada Barisan National. PKR akan mampu menarik banyak sokongan pengundi Melayu sekiranya calon Melayunya baik.
"Barisan National tidak akan mendapat sokongan pundi Melayu," kata beliau selepas menyampaikan ceramah berhubung isu royalti minyak di Kota Kinbabalu, Sabah semalam.
PRK Hulu Selangor yang dijangka berlangsung pada 25 April depan diadakan berikutan kematian Ahli Parlimen dari KEADILAN, Datuk Dr Zainal Abidin Ahmad, 71 tahun minggu lalu akibat barah otak.
MIC telah menamakan calon tunggalnya, Datuk G. Palanivel sebelum pucuk pimpinan BN membuat keputusan muktamad sementara Umno Bahagian Hulu Selangor telah menghantar memorandum kepada Pengerusi BN, Datuk Seri Najib Razak mendesak supaya kerusi itu diserahkan kembali kepada Umno.
Penyokong bekas Menteri Besar, Tan Sri Muhammad Muhd Taib juga telah memasang kain rentang dan poster untuk menonjolkan beliau sebagai calon berpotensi.

Siapa Kata Tiada Pengundi Hantu Di Hulu Selangor? 300 Dikesani Di Gedangsa


Tarikh penamaan calon bagi pilihan raya kecil Parlimen P094 Hulu Selangor masih ada 12 hari namun usaha jahat Umno-Barisan Nasional untuk membawa masuk pengundi hantu dan memanipulasi daftar pemilih sudah bermula secara senyap.

Terbaru Ranting KEADILAN Kalumpang mendakwa terdapat 300 pengundi berdaftar yang disenaraikan bagi kuarters anggota polis Gedangsa yang tidak wujud.

Menurut ketua ranting, Zulrushdi Ismail, Balai Polis Gedangsa sediada yang terletak di Kuala Kubu Baharu hanya mempunyai 10 anggota yang bertugas sementara kuarters penginapan ahli keluarga mempunyai kira-kira 120 penghuni.

"Kami sudah periksa lokasi di mana kononnya kuarters itu dibina tetapi tempat itu kosong, malah kami sudah mengambil gambar dan akan kemukakan bukti kepada pihak Cabang Hulu Selangor untuk tindakan susulan.

"Disamping itu kami juga akan mendapatkan senarai pengundi yang bertukar alamat ke Hulun Selangor bagi tempoh bulan Januari 2010 hingga April 2010. Selalunya purata hanya membabitkan 10-50 pengundi sahaja dan kalau ada peningkatan mendadak ini bermakna Umno-BN membawa pengundi luar yang menggunakan alamat di Hulu Selangor untuk mengundi dalam pilihan raya ini," kata Zulrushdi.

Beliau berkata KEADILAN akan sentiasa memantau daftar pengundi terkini akakn membuat pemeriksaan teliti bagi menyaring pengundi yang menragukan menjelang PRK Hulu Selangor 25 April depan. -SK

Ulasan GB

Apakah ini termasuk 2561 "pengundi baru" yang diumumkan oleh SPR?




MIC yakin BN akan rampas kembali Hulu Selangor

IPOH, 4 April — MIC yakin Barisan Nasional (BN) akan merampas semula kerusi parlimen Hulu Selangor pada pilihan raya kecil 25 April ini, kata Setiausaha Agungnya Datuk Dr S. Subramaniam (gambar).
Bercakap kepada pemberita selepas merasmikan Akademi Persatuan Malaysia Hindu Archagar Sangam di sini hari ini, beliau berkata sebahagian besar daripada kira-kira 12,000 pengundi kaum India kini telah kembali menyokong BN selepas mereka mengalihkan sokongan pada pilihan raya umum 2008.
Pilihan raya Kecil Parlimen Hulu Selangor diadakan berikutan kematian penyandangnya Datuk Dr Zainal Abidin Ahmad daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) pada 25 Mac lalu akibat barah otak.
Allahyarham mengalahkan Timbalan Presiden MIC Datuk G. Palanivel dengan majoriti 198 undi pada pilihan raya umum 2008.
Dalam perkembangan lain, Subramaniam berkata penubuhan akademi itu akan mengurangkan keperluan membawa masuk sami dari India untuk berkhidmat di kuil-kuil Hindu seluruh negara. — Bernama

PKR tak bincang calon, tapi yakin kekal di Hulu Selangor

Oleh G. Manimaran
KUALA LUMPUR, 4 April — Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang mengadakan dua mesyuarat penting hari ini tidak membincangkan calon yang bakal mewakili parti itu pada pilihan raya kecil kerusi Parlimen Hulu Selangor.
Sebaliknya Biro Politik dan Majlis Pimpinan Pusat (MPP) memutuskan untuk memberi mandat kepada jawatankuasa khas pemilihan, yang dipengerusikan oleh presiden parti untuk memilih calon.
“Kami memutuskan untuk memberi mandat kepada presiden memilih calon,” kata Pengarah Pilihan Raya PKR Fuziah Salleh kepada pemberita selepas berakhirnya mesyuarat MPP di ibu pejabat PKR di sini petang ini.
Beberapa anggota MPP yang ditemui The Malaysian Insider juga berkata pihaknya tidak membincangkan soal calon hari ini.
Susulan pertemuan petang inu barisan kepimpinan PKR dijangka akan berhimpun di kawasan Felda Tengi, Hulu Selangor untuk menghadiri program “Selamatkan Malaysia” - yang kedua di kawasan itu dalam tempoh lebih seminggu ini.
Sebelum mesyuarat MPP, Biro Politik mengadakan pertemuan kira-kira dua jam.
Kedua-dua mesyuarat tidak membincangkan soal calon, sebaliknya fokus lebih kepada soal operasi dan teknikal menghadapi pilihan raya kecil.
Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail ketika ditemui wartawan melahirkan keyakinan untuk mengekalkan kerusi Parlimen Hulu Selangor berdasarkan suasana sambutan di kalangan pengundi sekarang.
Bagaimanapun Wan Azizah mengakui bahagian Parlimen Hulu Selangor adalah “unik” memandangkan kesemua ketiga-tiga kerusi Dewan Undangan Negeri dimenangi Barisan Nasional (BN) manakala Parlimen pula oleh wakil PKR.
“Saya merasakan suasana (sambutan) adalah baik,” kata beliau.
Ketika ditanya sama ada akan mengumumkan bakal calon sebelum Sabtu depan, seminggu sebelum penamaan calon pada 17 April, Wan Azizah berkata, “tengoklah Barisan Nasional (BN) umumkan dulu.”
“Kita akan tengok apabila tiba masa yang sesuai, kami akan mengumumkan nama calon,” katanya.
Suaminya Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga Penasihat PKR ketika keluar dari ibu pejabat PKR kira-kira setengah jam kemudian berkata, “Insya-Allah, kita akan bekerja keras untuk menang.”
Beliau berkata demikian ketika ditanya peluang mengekalkan kerusi Hulu Selangor.
Fuziah dalam kenyataan juga berkata, nama calon dijangka akan diputuskan selepas mesyuarat Biro Politik, Rabu ini.
Fuziah juga mengakui bilangan calon yang sedang dipertimbangkan sudah mencecah “satu dozen” berbanding minggu lalu.
“Kami terus menerima nama untuk diberi pertimbangan.
“Dan, ini adalah satu perkembangan yang baik kerana ia menunjukkan rakyat ada keyakinan dengan PKR dan mahu bertanding atas tiket parti itu.
“Berbanding masa-masa lalu  apabila kami menghadapi kesukaran mencari calon,” kata beliau yang turut menyifatkan ia perkembangan baik walaupun ada wakil-wakil rakyat keluar parti.
“Saya tidak boleh mengatakan dengan tepat sekarang kerana kita sudah bersetuju bahawa ini merupakan hak presiden, ketua umum dan jawatankuasa khas pemilihan yang dibentuk khas untuk memilih senarai calon,” katanya.
Khamis lalu, The Malaysian Insider melaporkan jumlah calon berpotensi untuk kerusi Parlimen Hulu Selangor yang sedang dipertimbangkan PKR bertambah dua kali ganda berbanding hanya sekitar lima orang disebut-sebutkan awal minggu lalu.
Biro Politik yang bermesyuarat Rabu lalu dimaklumkan bahawa ibu pejabat parti telah menerima sekitar 10 nama.
Nama yang disebut-sebutkan sebelum ini Ketua Angkatan Muda PKR Shamsul Iskandar Mohd Akin, Ketua Cabang Kelana Jaya Syed Shahir Syed Mahmud yang juga Presiden Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC), Ketua Cabang Sabak Bernam Badrul Amin, peguam N. Surendran dan anggota Majlis Pimpinan Pusat Datuk Zaid Ibrahim.
Satu nama lagi ialah Nashruddin Abdul Aziz yang merupakan Ketua PKR Cabang Hulu Selangor.
Tiga nama lain ialah naib ketuanya cabang itu Razali Mokhtar dan bendaharinya Datuk Dr Halili Rahmat.
Turut disebutkan Khalid Jafar.
Halili pernah dua kali bertanding dalam pilihan raya umum sebelum ini pada 1999 (Hulu Selangor) dan 2004 (DUN Batang Kali), tetapi tewas kedua-duanya.
Pilihan raya kecil ini diadakan berikutan kematian penyandang kerusi kawasan itu, Datuk Dr Zainal Abidin Ahmad dari PKR akibat barah otak.
Pada pilihan raya umum lalu, Allahyarham yang juga bekas Timbalan Menteri Besar Selangor menewaskan calon BN Datuk G. Palanivel dengan majoriti tipis 198 undi.
Allahyarham yang menyertai PKR pada 2005, memperoleh 23,177 undi manakala Palanivel yang juga Timbalan Presiden MIC, mendapat 22,979 undi.

Warga emas banjiri bank dapatkan RM100 seorang dari kerajaan negeri

Ali Hashim   
PERMATANG PAUH, 4 April: Kira-kira 4,000 warga emas telah menyerbu Maybank cawangan Desa Murni, Sungei Dua bagi mendapatkan wang yang dijanjikan oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang.

Bermula sejak semalam sehinggalah ke hari ini kebanyakan cawangan Maybank yang dikhususkan bagi pembayaran wang RM100 seorang tersebut telah dibanjiri oleh warga emas mengikut kawasan pilihan raya masing-masing.

Ahli Dewan Undangan Negeri Permatang Pasir, Mohd Salleh Man (gambar bawah) juga terpaksa berada di pusat pungutan tersebut bagi membantu warga emas yang mempunyai masalah semasa proses pembayaran dibuat.

Beliau yang juga Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang terpaksa berada sejak awal pagi sehinggalah proses pembayaran tunai berakhir pada petang ini.

Menurut Mohd Salleh warga emas yang mendapat surat untuk menerima wang daripada Kerajaan Negeri masih boleh menunaikan wang tersebut sehingga 16 April yang akan datang.

"Oleh kerana itu mereka tidak perlu untuk tergesa-gesa atau bersesak-sesak untuk mendapatkan wang tersebut kerana tarikh yang diberikan oleh Kerajaan Negeri adalah mencukupi bagi mereka mendapatkan wang yang dijanjikan.

"Proses pembayaran berjalan lancar dengan kerjasama yang begitu baik diberikan oleh pihak bank kepada semua warga emas yang ingin menunaikan wang tersebut.

"Kehadiran semua petugas daripada pusat khidmat Dewan Undangan Negeri dan juga JKKK juga adalah bagi membantu petugas dan kakitangan bank untuk melicinkan proses pembayaran wang tersebut,"katanya semasa ditemui di Maybank cawangan Desa  Murni, Sungei Dua.

Manakala Timbalan Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang, Ustaz Rosidi Hussain terpaksa berhadapan dengan 5 ribu warga emas bagi kawasan Parlimen Kepala Batas yang turut membanjiri Maybank cawangan Bertam, Kepala Batas untuk membantu mereka yang menghadapi masalah dalam proses pembayaran tersebut.

Pembayaran yang dilakukan sejak semalam sehinggalah ke hari ini secara tunai telah menyebabkan warga emas terpaksa beratur panjang bagi mendapatkan wang tersebut.

Rosidi berkata, kehadiran yang begitu menakjubkan membuktikan bahawa pemberian yang dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri bagi proses pembayaran wang RM100 ini adalah sesuatu yang amat diharapkan oleh warga emas sebagai menghargai mereka selama ini.

"Proses pemberian ini merupakan salah satu tindakan terbaik yang dilakukan oleh Kerajaan Negeri bagi menghargai warga emas yang ada dalam negeri ini walaupun jumlahnya tidak begitu banyak.

"Namun begitu setidak-tidaknya ia dapat membantu mereka yang benar-benar memerlukan bantuan tersebut,"katanya.

Tanggal 4 April Ulang Tahun Penubuhan PKR

TANGGAL 4 April adalah tarikh keramat buat gerakan perjuangan rakyat yang dipelopori Datuk Seri Anwar Ibrahim melalui penubuhan Parti Keadilan Rakyat pada 11 tahun lalu.

PKR atau nama asalnya, Parti Keadilan Nasional dirasmikan penubuhannya oleh Datuk Seri Wan Azizah di Hotel Renanissance, Kuala Lumpur, membawa laungan reformasi ke seluruh pelusuk negara.

Biarpun masih baru dalam arena politik, PKR pantas memberi impak besar dalam lanskap politik tanah air bermula pada pilihan raya umum pada 1999 yang menyaksi Umno Barisan Nasional mula tergugat.

Ia berikutan Umno-BN hilang penguasaaan di Terengganu dan gagal merampas Kelantan selain hilang ribuan undi majoriti bagi sesebuah kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) mahupun Parlimen.

Biarpun mengalami zaman payah pada pilihan raya umum berikutnya dengan hanya tinggal satu kerusi Parlimen sahaja berikutan pemenjaraan Anwar, namun hasrat untuk menguburkan PKR tidak pernah kesampaian.

Sebaliknya, PKR menerajui pakatan pembangunan dalam menawan lima negeri dan menafikan majoriti dua pertiga Umno-BN pada pilihan raya umum ke-12, senario yang pertama kali berlaku sejarah politik Malaysia.

Pada masa ini, PKR bersama parti gabungan PAS dan DAP melalui entiti Pakatan Rakyat di ambang kejayaan lebih bermakna dalam menawan Putrajaya, sekalipun berdepan pelbagai fitnah, tohmah dan pembelotan.

SPR Beri Amaran Hentikan Sebarang Kempen Di Hulu Selangor ....ha..ha..ha..kecuali kepada UMNO@BN...!!!!

WAN AHMAD WAN OMAR
PETALING JAYA: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memberi amaran kepada semua pihak supaya berhenti berkempen menjelang Pilihan Raya Kecil Hulu Selangor kerana tempoh kerja-kerja itu belum lagi bermula.
Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata, ini kerana tempoh rasmi berkempen hanya bermula selepas selesai tempoh penamaan calon iaitu pada 17 April.
"Sehingga hari penamaan calon, SPR tidak boleh bertindak ke atas mereka yang memasang bendera dan sepanduk, berkumpul dan berarak untuk tujuan berkempen.
"Saya meminta pihak berkuasa tempatan (PBT) dan polis meningkatkan pemantauan aktiviti kempen pihak terbabit sekarang. Mana-mana pihak yang bertanding hendaklah mematuhi undang-undang iaitu hanya dibenarkan berkempen selepas hari penamaan," katanya kepada mStar Online di sini hari ini.
Selepas hari penamaan calon, Wan Ahmad berkata, SPR boleh menguatkuasakan Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 bagi memantau dan mengawal aktiviti calon sepanjang tempoh berkempen sehingga tamat hari mengundi.
Katanya, SPR akan bekerjasama dengan polis dan PBT untuk tujuan itu.
"SPR akan menubuhkan enam Pasukan Penguat Kuasa Kempen Pilihan Raya mengikut Seksyen 27B Akta tersebut sebaik sahaja menguatkuasakan Akta Pilihan Raya supaya pihak terbabit mematuhi syarat-syarat yang ditetapkan.
"Mereka telah diberi kawasan spesifik untuk membuat pemantauan yang baik dengan kerjasama polis dan PBT," katanya.
Pilihan raya kecil itu diadakan berikutan kematian penyandangnya, Datuk Dr Zainal Abidin Ahmad dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) akibat barah otak pada 25 Mac lalu.
Sebanyak 34,020 atau 52.7 peratus pengundi adalah Melayu; 16,964 atau 26.3 peratus (Cina); 12,453 atau 19.3 peratus (India) dan 1,063 atau 1,7 peratus kaum lain.
Pada Pilihan Raya Umum Ke-12, Allahyarham menewaskan calon Barisan Nasional (BN) Datuk G Palanivel dengan majoriti 198 undi.


CADANGAN UNTUK RAKYAT HULU SELANGOR


·
Saya ingin mencadangkan beberapa perkara untuk dibuat oleh rakyat Hulu Selangor sebelum hari pengundian pilihanraya kecil itu.
Di bawah adalah beberapa projek dan pembangunan untuk diminta dan dirayu oleh rakyat di sana kepada Kerajaan pusat (BN). Saya yakin kerajaan BN mesti berjanji hendak melaksanakan. Selepas mereka berjanji saya nasihatkan rakyat membuat satu dokumen akujanji antara wakil kerajaan BN dan wakil kepada rakyat Hulu Selangor sekurang-kurang tanda tangan 100 rakyat untuk memastikan kerajaan BN tidak mungkir janji.
Perkara yang mesti diminta;-
  • Universiti 1Malaysia
  • Hospital yang moden dan canggih
  • Bandar Baru Kuala Kubu, Hulu Bernam dan Batang Kali
  • Pusat Latihan Belia (IKBN) yang baru
  • Kolej Komuniti
  • Sekolah Jenis Kebangsaan Cina 4 buah
  • Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil 3 buah
  • Sekolah Agama Berasrama Penuh 2 buah
  • ADTEC
  • Institut Latihan Perindustrian (ILP)
  • Pusat Latihan Kemas setiap DUN
  • Masjid Baru 3 buah
  • Kuil Baru 3 buah
  • Tokong Baru 2 buah
  • Bayaran Bil Elektrik untuk semua rakyat maksima RM50 sebulan
  • Bayaran Bil Telefon maksima RM100 sebulan
  • Biasiswa untuk pelajar-pelajar dari Hulu Selangor
  • Elaun untuk warga Emas RM400 sebulan
  • Elaun tambahan Pegawai Masjid dibayar oleh kerajaan pusat
  • Pusat Penyelidikan Pertanian setiap DUN
  • Elaun untuk orang asli RM300 sebulan
  • Elaun tambahan untuk pekerja ladang dan estet RM300 sebulan
  • Semua anak Hulu Selangor yang lulus sekurang-kurangnya 4 subjek dibenarkan melanjutkan pelajaran ke IPTA
  • Elaun Ibu Tunggal RM500 sebulan
  • Sebuah MRSM baru
  • Sebuah Sekolah Teknik
  • Sebuah Politeknik baru
  • Sebuah Pusat Serenti
  • Sebuah Kolej Matrikulasi
  • Sebuah Penyelidikan MARDI
...dan lain-lain.
Pengundi Hulu Selangor saya nasihatkan buat tuntutan ini secepat mungkin kerana kerajaan memang memperuntukan bajet untuk Parlimen Hulu Selangor tanpa had bukan kerana pilihanraya kecil ini tetapi memang kerajaan BN sebuah kerajaan ikhlas dan prihatin.

Jangan undi BN jika takut Apco (Yahudi Zionis)


Anda takut Apco yang didominasi Yahudi Zionis? Jika takut, jangan undi Barisan Nasional (BN) - tak kiralah di Hulu Selangor atau di mana-mana pun.

Apco sendiri yang kata antara tugasnya termasuk sokongan komunikasi untuk pelbagai inisiatif pembaharuan yang diambil oleh kerajaan BN di bawah Datuk Seri Najib Tun Razak, terutamanya dalam bidang pekerjaan, promosi pendidikan dan mengukuhkan penyampaian perkhidmatan kepada orang ramai (lihat berita Harakah Daily 3/4/10 "Najib bermula dengan Altantuya, setahun dengan Apco").

Janganlah lupa, binatang pun pandai menjaga dan menyelamatkan dirinya dari bahaya dan ancaman. Jangan sampai kita lebih teruk dari binatang.

Selamatkanlah negara ini dari cengkaman Zionis, kini secara langsung ke atas negara ini setelah diangkut masuk oleh Najib! (Diilhamkan oleh posting Pak Karamu 4/4/10 bertajuk "Rakyat Malaysia tidak takut Apco?")
PB.

Zulkifli: PKR woes may sway Hulu Selangor neutrals

By Clara Chooi

Zulkifli laughed when told Najib had called him a principled man. — file pic
KUALA LUMPUR, April 4 — Independent MP Zulkifli Noordin believes PKR’s recent problems could influence fence-sitters in the Hulu Selangor by-election, in a continuation of his attacks against his former party. Zulkifli said the voters who were mature and able to evaluate all the factors could end up voting for Barisan Nasional.
“I think that what has happened has been a sort of eye-opener for everyone. The people should see what has happened and weigh it out carefully when they choose their leaders,” the Kulim Bandar Baharu MP told The Malaysian Insider today.
He laughed when told that Prime Minister Datuk Seri Najib Razak had termed him a principled man for having been brave enough to speak out against his former party, and said: “Well, as I have said repeatedly — the truth will always be the truth and you cannot go wrong when you have the truth on your side.”
Zulkifli added that his story — along with Datuk Seri Zahrain Hashim’s — which threw doubt on the credibility of the PKR leadership, especially its de facto leader Datuk Seri Anwar Ibrahim, would certainly affect the fence-sitters of Hulu Selangor.
In their respective speeches to Parliament recently, both Zulkifli and Zahrain revealed stunning revelations on Anwar — one on the opposition leader’s supposed Sept 16 takeover plan and another on his allegation that Najib was linked to the murder of Mongolian model Altantuya Sharibuu.
Zulkifli had claimed that, as one of the lawyers in the murder case, he withdrew himself as he claimed to have been asked to “link” Najib and his wife Datin Seri Rosmah Mansor to the case.
In his day-long programme at Hulu Selangor yesterday, Najib went to great lengths to commend Zulkifli for his bravado in exposing the truth and appeared to use the spate of PKR problems to woo voters for the BN.
Short of campaigning for the BN, Zulkifli advised the Hulu Selangor voters to take stock of the recent happenings in the country’s political landscape before casting their votes come April 25.
“They must be matured enough, weigh the facts before voting, and do not vote based on their emotions.
“Look at the facts and then look at the direction that the Pakatan Rakyat and the BN is heading,” he said.
Zulkifli also said that the results of the coming Hulu Selangor by-election would be reflective of what would happen in the 13th general election.
“Look at the racial composition of the constituency; it is similar to that of the entire Parliament’s composition.
“It will be a referendum of sorts to determine what will happen in the next general election. Do not forget, it is these middle class voters who made the difference in Election 2008,” he said.
There are 64,500 registered voters in Hulu Selangor, with 63,701 regular voters and 799 postal voters.
Of the total, the Malays make up the majority with 34,020 voters or 52.7 per cent. The next largest group is the Chinese with 16,964 voters (26.3 per cent), flowed by the Indians at 12,453 voters or 19.3 per cent.
The seat fell vacant after the death of its PKR MP Datuk Dr Zainal Abidin Ahmad, who polled a 198-vote majority against MIC’s Datuk G. Palanivel in Election 2008.

'It's time to 'tukar baju' and kick out BN'

By Joseph Bingkasan

KOTA KINABALU: Newly-minted opposition politician Kalakau Untol is bent on helping the Kadazan Dusun and Murut (KDM) communities of Sabah to 'tukar baju' (change shirt) in the next general election.
Kalakau, the United Sabah Dusun Association (Usda) president, said he was confident the indigenous community, comprising more than 30 ethnic groups, other natives and the Chinese communities could topple the BN government.

"They have booted out four Sabah state governments before," he said. “Tukar Baju was our battle cry. We ousted the Alliance-led Usno, Parti Berjaya, Barisan Nasional and Parti Bersatu Sabah (PBS) state governments,” he told FMT in an exclusive interview recently.

Kalakau, a former state deputy labour minister, ditched BN last month to join PKR and declared that he would be working hand-in-glove with Dr Jeffrey Kitingan and other KDM leaders.

He also said he would ensure that the community which formed the majority of the state’s population would vote for Pakatan Rakyat in the next general election.

He said he expected several KDM leaders now holding important posts in the BN government, both at state and federal levels, to leave the coalition for Pakatan Rakyat.

Kalakau said he quit BN as he could no longer tolerate a life of being 'a great pretender.'

"What the BN was offering and had given out thus far was just window-dressing, but the people are politically matured now and know what is going on around them," he said.

Until he left BN, Kalakau was chairman of a state government-owned money making company and a director of several government subsidiaries companies.

"The last straw was when a university student approached me and asked if I believed in all the high praises I had heaped on the BN government during a speech I made.

"She asked me if I really meant what I said about the present government," said Kakakau.

"I was floored. It was awakening. Never in my life did it occur to me that I had been praising  the government without justification.

"After a meeting with my supporters, a month later I decided to quit BN," he added.

These two states have been taken for granted by BN for too long. We in Sabah have changed the state government four times … it is not an impossible task.
“I travelled to far flung villages in Sabah and the response and support for PKR from the KDM was overwhelming. (It was the same when) I was in Kota Marudu, Kudat recently."

Sabah, Sarawak taken for granted by BN
The Dusun leader said the general election would the be best avenue for all Malaysians, not only for the people of Sabah 'to put on new clothes.'

"If we want to change the policy of the nation, it can only be done if you change and form  a new federal government."

He said if Prime Minister Najib Tun Razak had tagged Sabah and Sarawak as BN's fixed deposit, Pakatan Rakyat could also rightfully lay similar claim to these two states.

Kalakau said the opposition could have won in the last general election if there had been a better understanding among the parties, particularly between PKR and DAP.

According to him, in all the constituencies where both PKR and DAP fielded candidates, BN emerged the victor by a slim majority of votes.

In the election, the state constituencies of Kepayan, Luyang, Inanam and Likas showed that the votes garnered by DAP and PKR were more than the votes polled by BN.

"The people of Sabah and Sarawak are aware of this and will ensure that their support will be for Pakatan Rakyat in the coming general election.

"These two states have been taken for granted by BN for too long. We in Sabah have changed the state government four times … it is not an impossible task," said Kalakau.

On his working relationship with other Sabah PKR leaders, he said he is a friend to all. Whenever he travelled, PKR leaders whether KDM or Muslims are always with him.

He said he was overwhelmed by the support for him when he was invited as a guest speaker at a gathering organised by the PKR Selangor at Stadium Malawati Shah Alam recently.

"I was relatively new in PKR but I was accepted as one of them. This is something new to me."

Made entry into politics in the 70s

Kalakau stepped into politics by forming the United Sabah Action Party (Usap) in early 1970s during Tun Musthapha's Usno-led Alliance state government.

Usap acted as an opposition party and  was dissolved when he joined Pekamas in 1974, heading the Tuaran Division.

Pekamas failed to match the might of Usno so Kalakau formed another party called United Sabah Assembly Party (Pusaka) in 1977. He was made its deputy secretatry general.

Pusaka also closed shop and Kalakau joined Parti Berjaya in 1978. He joined Parti Bersatu Sabah (PBS) in 1985 and was a political secretary to then deputy Chief Minister (late)  Mark Koding.

He did not last long in PBS and five years later in 1989 he resigned and formed Angkatan Keadilan Rakyat Sabagh (Akar) with Koding.

In 1994, after the PBS governmeng was toppled by BN, Kalakau joined forces with current federal minister Bernard Dompok to form Parti Demokratik Sabah (PDS), now renamed United Pasok Momogun Kadazandusun Party (Upko).

Kalakau was Tuaran MP as well as state deputy labour minister when PBS was ruling Sabah (1985-1994). In Upko, he was its youth chief for 12 years and was also a senator.