Sabtu, 3 April 2010

Minum kopi sambil pancing undi

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak meneruskan tradisinya bermesra dengan rakyat hari ini dengan berjalan sekitar jalan-jalan di Kuala Kubu Baru.

Beliau berhenti seketika di dua kedai kopi Cina - Yue Lai dan Xin Nan Chang - dan mengambil peluang bersalam dan bertanya khabar dengan pelanggan.

Menurut seorang penduduk di pekan lama ini yang hanya mengenalkan dirinya sebagai Lim, 60 berkata Najib tidak seharus hanya minum kopi di pekan itu tetapi perlu meninjau di sebuah kampung baru yang mempunyai 450 keluarga.

Menurut pemilik kedai kopi berkenaan, bil di kedai kopinya dibayar oleh pegawai-pegawai MCA.

Kunjungan Najib kali ini diiringi oleh 120 pelajar.

Kebanyakan mereka berbangsa bukan Melayu dan mewakili pertubuhan yang dikenali sebagai Gen-YMalaysia.

Tugas mereka ialah mengiringi rombongan perdana menteri sambil melaungkan slogan “1Malaysia”.

Pelajar-pelajar ini adalah dari kolej dan universiti sekitar Kuala Lumpur dan Selangor dan mereka datang dengan menaiki tiga buah bas.

Najib kemudiannya dikalungkan dengan bunga sebelum mengakhir lawatannya.

Khalid: PKR tidak akan guna kempen ofensif


HULU SELANGOR, 3 April — Parti Keadilan Rakyat (PKR) akan menggunakan pendekatan mesra rakyat dalam kempennya untuk pilihan raya kecil Parlimen Hulu Selangor ini.
Pengerusi PKR Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, yang juga Menteri Besar berkata, PKR tidak akan terbabit dalam sebarang pertelingkahan atau bermain dengan emosi orang ramai dalam usaha meraih sokongan dalam kempennya.
“Ceramah kami semasa kempen nanti akan lebih berorientasikan rakyat dan bukannya berorientasikan janji-janji, tapi kami akan jadi ofensif sekiranya terdapat usaha menipu rakyat Selangor,” kata beliau selepas sesi bertemu rakyat di Hulu Bernam dekat sini.
Beberapa jam selepas Suruhanjaya Pilihan Raya mengumumkan tarikh pilihan raya kecil kerusi Parlimen Hulu Selangor semalam, Datuk Seri Noh Omar berkata Barisan Nasional (BN) akan menggunakan pendekatan ofensif menghadapi saingan kali ini.
“Kalau selama ini kita menggunakan cara defensif, mulai sekarang kita akan menggunakan cara ofensif,” kata Timbalan Pengerusi Umno Selangor itu.
Pilihan raya kecil kerusi Parlimen Hulu Selangor merupakan yang pertama di Selangor sejak pilihan raya umum Mac 2008.
Merujuk kepada calon PKR untuk pilihan raya kecil itu Abdul Khalid berkata, kepimpinan tertinggi parti akan mengumumkan namanya apabila tiba masanya, malah menurutnya beliau sendiri sehingga kini tidak tahu siapa yang akan diketengahkan
sebagai calon.
Majlis Pimpinan Pusat PKR akan mengadakan mesyuarat esok, dijangka menyentuh soal calon sebelum diputuskan oleh jawatankuasa pemilihan minggu depan.
Khalid juga berkata beliau akan mengetuai jentera pilihan raya PR-PKR.
Pilihan raya kecil Parlimen Hulu Selangor diadakan berikutan kematian penyandang kerusi itu Datuk Zainal Abidin Ahmad, 71 dari PKR akibat barah otak
pada 25 Mac lepas, dan hari penamaan calon ditetapkan pada 17 April, manakala hari mengundi ditetapkan pada 25 April.
Dalam perkembangan lain Khalid yang dipetik Bernama berkata, ibu bapa yang tinggal lebih dari lima tahun di Selangor kini boleh mendaftarkan anak-anak mereka dengan Tabung Anak Selangor (Tawas) walaupun anak-anak mereka dilahirkan di luar Selangor.
“Para ibu bapa berkenaan perlu mendapat pengesahan daripada ketua kampung atau pengawai daerah masing-masing bagi tujuan itu,” tambahnya.
Tawas merupakan antara projek kerajaan Selangor dalam agenda Merakyatkan Ekonomi Negeri, dan antara lain agendanya ialah bagi membolehkan anak-anak yang
terpilih untuk didaftar berpeluang menerima RM 1,500 tiap seorang hasil daripada pelaburan mereka dalam tabung itu.

Cuba beli undi: MB S'gor bidas BN


Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim hari ini membidas janji-janji pilihan raya yang ditaburkan oleh BN bagi merampas semula kerusi parlimen Hulu Selangor tetapi seringkali tidak mengotakannya.

"Jangan menipu rakyat Selangor. Penyanggak tidak ada urusan di negeri ini,” bidasnya.

Abdul Khalid, yang juga ketua PKR selangor mencabar BN untuk terus menaburkan lebih banyak janji kepada pengundi di Hulu Selangor menjelang hari pengundian 25 April ini.

"Kita alu-alukan RM2 juta yang mereka akan curahkan di kampung-kampung di Hulu Selangor. Lagipun duit itu adalah hak kita sebagai pembayar cukai. Saya juga cabar mereka untuk membina universiti di sini.

"Kerajaan negeri akan carikan tanah yang sesuai dan memberi kepada mereka dengan harga premium yang rendah. Mereka boleh namakan universiti apa-apa sahaja yang disukai, Universiti BN atau Universiti 1Malaysia...asalkan mereka mengotakan janji-janji mereka,” katanya selepas sesi turun padang di SKC Bernam, Hulu Selangor petang tadi.
PKR, katanya lagi akan menggunakan pendekatan mesra rakyat dalam kempennya untuk pilihan raya kecil parlimen Hulu Selangor ini.
Bukan 'berorientasikan janji-janji'

Menteri besar Selangor itu juga berkata PKR tidak akan terbabit dalam sebarang pertelingkahan atau bermain dengan emosi orang ramai dalam usaha meraih sokongan dalam kempennya.

"Ceramah kami semasa kempen nanti akan lebih 'berorientasikan rakyat', dan bukannya 'berorientasikan janji-janji', tapi kami akan jadi 'offensif' sekiranya terdapat usaha menipu rakyat Selangor," katanya.

Merujuk kepada calon PKR untuk pilihan raya kecil itu Abdul Khalid berkata kepimpinan tertinggi parti akan mengumumkan namanya apabila tiba masanya, malah menurutnya beliau sendiri sehingga kini tidak tahu siapa yang akan diketengahkan sebagai calon.
Kempen pilihanraya kecil Hulu Selangor sepatutnya tidak boleh dimulakan selagi proses penamaan calon pada 17 April ini belum berlansung.

Namun, semalam Timbalan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin mengumumkan bahawa Hulu Selangor akan mendapat empat sekolah baru, dan projek pembinaan banjir bernilai RM2 juta ringgit.

Muhyiddin juga berkata Kementerian Pendidikan sedang mengenalpasti tapak sesuai untuk membina sebuah sekolah aliran Cina.

Hari ini pula Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengumumkan projek perumahan baru untuk warga Felda di Gugusan Sungai Dusun.

Projek bernilai RM32 juta ringgit ini membabitkan 2,50 unit, setiap satunya bernilai antara RM42,000 dan RM75,000 ringgit.
Tuduhan meleset

Abdul Khalid juga menolak dakwaan Najib kononnya rakyat sudah hilang keyakinan dengan Pakatan Rakyat.
"Jika dia kata rakyat tak yakin dengan Pakatan, kenapa Najib datang ke mari? Dia sepatutnya pergi berseronok di tempat lain,” katanya sambil merujuk lawatan Perdana Menteri di kedai-kedai sekitar Kuala Kubu Baru hari ini.

Sementara itu, lebih 500 orang menghadiri majlis bersama Menteri Besar dan Pemimpin Pakatan Rakyat untuk mendengar maklum balas terhadap masalah yang dihadapi masyarakat setempat.

Abdul Khalid juga menyerahkan hak milikan tanah kepada lebih 108 penduduk Hulu Selangor.
Beri geran

Khalid berkata pemberian geran ini sudah dirancang sejak tiga bulan lalu, dan usaha ini akan diteruskan sepanjang tahun bersama Pejabat Daerah Hulu Selangor. Kerajaan negeri meletakkan sasaran 100,000 pemberian milikan tanah di seluruh Selangor.

Pada majlis tersebut, Khalid berkata kerajaan negeri komited untuk membantu warga Selangor menduduki tanah yang sekian lama dinafikan kepada mereka di bawah pentadbiran lalu.
Dalam perkembangan lain Khalid berkata ibu bapa yang tinggal lebih dari lima tahun di Selangor kini boleh mendaftarkan anak-anak mereka dengan Tabung Anak Selangor (Tawas) walaupun anak-anak mereka dilahirkan di luar Selangor.

"Para ibu bapa berkenaan perlu mendapat pengesahan daripada ketua kampung atau pengawai daerah masing-masing bagi tujuan itu," tambahnya.

Tawas merupakan antara projek kerajaan Selangor dalam agenda Merakyatkan Ekonomi Negeri, dan antara lain agendanya ialah bagi membolehkan anak-anak yang terpilih untuk didaftar berpeluang menerima RM 1,500 tiap seorang hasil daripada pelaburan mereka dalam tabung itu. 

Mafrel Bidas Sogokan Pilihanraya

Badan pemantau pilihanraya, Malaysian for Free and Fair Election (Mafrel) membidas usaha kerajaan Umno-BN menyogok pengundi Hulu Selangor dengan limpahan projek perumahan dan sekolah.
Pengerusi Mafrel, Syed Ibrahim Syed Noh berkata Umno-BN sekali lagi menunjukkan ia tidak menghormati proses pilihanraya demokratik, dan menggesa Suruhanjaya Pilihanraya mengambil tindakan tegas terhadap parti itu.
"Ini satu jenis kempen dan kalau berbalik kepada peraturan pilihanraya dia merupakan satu kesalahan peraturan pilihanraya. Jadi seharusnya pihak SPR memberikan amaran dan kemudian mungkin mengambil tindakan supaya mengeluarkan arahan supaya tidak ada berlaku apa-apa kempen sekarang sehinggalah apabila hari penamaan calon"
Belumpun bermula Pilihanraya Kecil Hulu Selangor, Timbalan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin mengumumkan para pengundi Hulu Selangor akan mendapat empat buah sekolah baru, dan projek pembinaan banjir bernilai RM2 juta ringgit.
Muhyiddin juga berkata Kementerian Pendidikan sedang mengenalpasti tapak sesuai untuk membina sebuah sekolah aliran Cina.
Keesokannya, Perdana Menteri Najib Abdul RAzak mengumumkan projek perumahan baru untuk pendudk Felda di Gugusan Sungai Dusun. Projek bernilai RM32 juta ringgit ini melibatkan 2,50 unit, setiapp satunya bernilai antara RM42,000 dan RM75,000 ringgit.
"Walaupun mungkin apa yang dinyatakan oleh pihak kerajaan khususnya mereka melakukan itu dalam rangka mereka menjalankan tanggungjawab sebagai penjawat jawatan kerajaan. tetapi hakikatnya kalau kita lihat kepada kenyataan-kenyataan mereka ianya jelas berunsurkan kempen"

Kenapa Najib Buat Lawak Bodoh....

Sekarang baru gua tau, kenapa Najib suka buat lawak sejak kebelakangan ini..., ehem.. ehem... rupanya dia sedang cuba untuk menjadi seorang yang mempunyai sifat kelakar.... mungkin kerana si dia di bawah ini kot....


Apabila di tanya tentang lelaki idaman Rozita Che Wan menjawab,”Saya suka lelaki yang kelakar dan pandai buat lawak namun yang paling penting dia kena pandai mengambil hati serta menerima dua orang hero saya di rumah seadanya.”

Betul tak...? kan Najib siang tadi dah buat lawak kat Hulu Selangor, ha..ha..ha... mak lampir tak marah ke...? Lu orang agak2 berani ke Najib nak... ehemm...ehemmm....

Najib.... lu jangan marah aaaa.... nanti kena jual di Hulu Selangor......

p/s: Ilham lawak gua untuk najib dari blog ini.

MB Selangor Sindir Najib

Tan Sri Khalid Ibrahim menyindir Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dengan berkata, beliau tidak harus berkempen di sini jika merasakan pengundi-pengundi kawasan Hulu Selangor sudah hilang keyakinan terhadap Pakatan Rakyat khususnya Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Menteri Besar Selangor membuat teguran ini sebagai menjawab kenyataan Najib, Pengerusi Barisan Nasional (BN) pagi tadi bahawa masyarakat Hulu Selangor sudah hilang keyakinan ekoran perkembangan dalam PKR sejak kebelakangan ini.

(Gambar : Tan Sri Khalid Ibrahim (kiri) berbual dengan Aminah Shafie (tengah) ketika majlis di SKC Bernam)

Ketua PKR Selangor itu menambah, jika begitu keadaannya Najib tidak perlu datang ke sini untuk berkempen dan menghabiskan masanya sehari suntuk di Hulu Selangor.

Semalam timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin menghabiskan masa kira-kira tiga jam di sini.

“Jika mereka (pengundi) sudah hilang keyakinan (ke atas kami), jadi mengapa mereka harus datang ke sini?

“Beliau boleh pergi ke mana-mana dan berehat. Beliau berkata mereka sudah hilang kepercayaan tetapi masih datang ke sini untuk menunjukkan muka, beliau harus ke Sabah atau Sarawak dan membantu penduduk miskin di sana atau ke Kelantan... ia adalah tempat di mana pendapatan per kapita adalah rendah,” kata beliau.

Beliau berkata demikian selepas sesi bertemu rakyat di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Bernam di sini petang ini.

Najib berkata beliau mahu rakyat membuat kesimpulan sendiri mengenai situasi politik pembangkang yang kini dilihat semakin sukar mendapat sokongan daripada anggota parti itu sendiri.

Perdana Menteri berkata pembangkang, khususnya PKR kini sering bertelagah sesama sendiri dan pelbagai pendedahan semakin banyak dibuat oleh bekas anggota parti itu, walaupun mereka dikatakan rapat dengan pemimpin parti pembangkang itu.

“Kalaulah orang rapat dengan kita satu demi satu dah hilang kepercayaan dan dah keluar parti, apa kesimpulannya? Kita bukan cakap pasal orang luar, ini orang rapat dengan kita. Apakah mesejnya, apa kesimpulannya?,” katanya ketika berucap melancarkan Yayasan Kelana Ehsan (YKE) di Felda Sungai Tengi.

Najib berkata, antara anggota PKR yang keluar parti bukan calang-calang orang, bahkan merupakan golongan intelektual yang juga rapat dengan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim bertahun-tahun lamanya.

Sambil menyifatkan kenyataan Najib sebagai sesuatu yang silap dan tidak logik, Khalid mencabar pentadbiran BN pimpinan Najib supaya terus-menerus menghulurkan bantuan kepada kawasan Hulu Selangor.

“Mengapa tidak? Teruskan. Kami tidak kisah. Jika mereka hendak membina sebuah universiti di sini, kami turut menggalakkan.

“Malah, kerajaan Selangor akan terus membantu menyediakan tanah kepada mereka melakukan ini, kami mahukan sebuah hospital universiti. Mereka boleh mengadakan sebuah hospital universiti ala BN di sini, panggil sebagai Universiti 1Malaysia jika mereka mahukan, selagi mereka berpegang pada janji,” kata Khalid lagi.

Khalid juga memberitahu, kerajaan Selangor bersedia untuk membantu kerajaan persekutuan merangka pelan bagi pembinaan universiti.

Menteri Besar juga menolak pendekatan ofensif yang hendak digunakan untuk memenangi pilihan raya sambil menegaskan PKR dan Pakatan akan menggunakan moto atau pendekatan mudah, “kami berkhidmat untuk rakyat.”

“Mereka juara retorik tetapi tidak boleh berkhidmat. Inilah hakikatnya,” kata beliau sambil menambah, “politik Selangor sudah berubah.”

“Kami menyediakan perkhidmatan terlebih dahulu, kemudian baru kita bercakap,” katanya. -

Aduan Polis Dibuat, Guna Gambar Pemimpin PR Untuk Ceramah UMNO


Majlis Tindakan Dewan Undangan Negeri (Dun) Pinang Tunggal dan Pakatan Rakyat Kepala Batas mendesak Polis membuat siasatan segera terhadap beberapa helai sepanduk yang menggunakan gambar pemimpin Pakatan Rakyat untuk satu majlis ceramah anjuran UMNO.

Sekali pandang nampak macam Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Lim Guan Eng yang akan memberikan ceramah tetapi sebenarnya Datuk Seri Zahrain Ibrahim dan Ezam Mohd Nor sebenar. Ia sangat mengelirukan rakyat.

Pengarah Dun Pinang Tunggal, Mohd Akhir Che Mat berkata, lapuran polis telah dibuat di Ibu Pejabat Daerah (IPD) Seberang Perai Utara pada pukul 9.00 pagi dan selesai pada pukul 11.00 pagi tadi.

Ia digantung untuk satu majlis ceramah di Kampung Paya Keladi pada 6 April ini.

Sebenarnya ia adalah program anjuran Angkatan Belia Muda Kepala Batas yang didalangi oleh Pergerakan Pemuda Umno Bahagian Kepala Batas.

Pemidato jemputan ialah Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Hashim dan bekas Angkatan Muda Keadilan (AMK) Malaysia, Ezzam Mohd Noor.

Menurut Mohd Akhir, pihak polis dikehendaki mencari dalang sebenar yang dikira sengaja menimbulkan perasaan benci membenci di kalangan masyarakat.

Bukan itu sahaja mereka juga harus menyiasat siapa Angkatan Belia Muda Kepala Batas yang menjadi penganjur program terbabit yang pastinya tanpa permit.

"Pihak polis dikehendaki membuat siasatan segera terhadap sepanduk yang terpampang di serata tempat yang memaparkan gambar Anwar dan Lim Guan Eng. Dari gambar itu seolah mereka yang akan berpidato, " tegasnya kesal.

"Keadaan itu membuktikan Umno ketandusan ideal untuk berhadapan dangan rakyat dengan mempergunakan dua tokoh besar tanah air sedangkan yang akan berceramah ialah Dato' Zahrain dan Ezzam, " jelas beliau yang juga Naib Pengerusi Pakatan Rakyat Kepala Batas.


Calon Hulu Selangor Kemungkinan Besar Dari MIC

Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak menggunakan jentera bagi merasmikan pecah tanah projek perumahan generasi kedua pada Majlis Pecah Tanah Tapak Perumahan Warga Felda Gugusan Felda Sungai Dusun di Felda Soeharto, Hulu Selangor hari ini. - foto BERNAMA

MACHANG: Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata kemungkinan besar calon bagi pilihan raya kecil Parlimen Hulu Selangor adalah dari MIC.

Pengurangan bajet tak jejas ko-kurikulum sekolah

Pengurangan peruntukan buat Kementerian Pelajaran berikutan kesan kegawatan ekonomi global sama sekali tidak menjejaskan aktiviti ko-kurikulum pelajar di seluruh negara, kata Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Muhyiddin yang juga Menteri Pendidikan berkata, kementerian itu sama sekali tidak akan meminggir keperluan pelajar, agar perkembangan mereka selari dengan aspirasi meningkatkan mutu pendidikan seterusnya merealisasikan hasrat pemupukan ke arah perpaduan kaum.

"Aktiviti ko-kurikulum adalah penting untuk memupuk perpaduan di kalangan rakyat, bermula di peringkat sekolah apabila semua pelajar berbilang bangsa dan agama dapat bersama-sama dengan satu semangat perpaduan.

"Walaupun dengan perlaksanaan langkah penjimatan, kerajaan yakin ia tidak akan menjejaskan hasrat untuk mewujudkan negara yang harmoni," katanya ketika berucap merasmikan Gala Ko-Kurikulum Peringkat Kebangsaan 2010 di Pusat Ko-Kurikulum Kem Tangok, di Bachok, hari ini.

Lebih 5,000 pelajar, guru dan pemimpin masyarakat hadir pada majlis itu yang turut dihadiri isteri Muhyiddin, Puan Sri Noorainee Abdul Rahman, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed, Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Awang Adek Hussin, dan Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Alimuddin Mohd Dom.

Muhyiddin berkata, Kementerian Pelajaran akan terus menambah bilangan pusat ko-kurikulum di setiap daerah dalam negara secara berperingkat, dan sehingga kini 34 pusat itu sudah mula beroperasi.

"Saya lihat minat pelajar terhadap aktiviti ko-kurikulum semakin bertambah dan ini menggambarkan minat dan kecenderungan pelajar menyertai aktiviti seperti ini," katanya.

Muhyiddin berkata, Kementerian Pelajaran akan turut memperkenalkan pelbagai kaedah baru, terutama di sekolah vokasional bermula awal Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK-10), dalam usaha melahirkan lebih ramai pelajar yang mampu menjadi seorang usahawan.

"Sebagai contoh mereka akan terbabit dalam bidang pertanian, aktiviti yang dikira sebagai aktiviti ko-kurikulum, mereka kemudiannya akan memasarkan hasil itu sendiri sebagai hasil tabungan kepada sekolah bagi meningkatkan aktiviti ko-kurikulum," katanya.

Muhyiddin turut mengumumkan Kelantan juga bakal mendapat sebuah Sekolah Menengah Vokasional (SMV) baru yang bakal dibina di Pasir Puteh di bawah RMK-10.

"Seramai 800 pelajar akan dapat mengikuti pengajian di SMV di tapak seluas 98 hektar ini nanti yang diharap mampu melahirkan pelajar berwawasan untuk generasi muda masa depan," katanya.

- Bernama

Pemberian subsidi dikaji semula

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata kerajaan sedang mengkaji pemberian subsidi kepada rakyat yang berjumlah RM73 bilion melalui pengwujudan Makmal Rasionalisasi Subsidi.

Beliau berkata, makmal itu diketuai Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Idris Jala, dan dijangka menyiapkan cadangan dan kajian berkenaan sebelum pembentangan Bajet 2011 tahun ini.

"Kajian itu termasuklah apa juga berkaitan subsidi sama ada makanan, perkhidmatan, tol, tarif elektrik, pertanian, pelajaran dan sebagainya. Ia dibuat untuk melihat sama ada berlaku pertindihan, rasionalnya dan di mana yang perlu dibaiki, dikurangkan dan sebagainya," katanya kepada pemberita di Bahau, hari ini.

Beliau sebelum itu melancarkan program Juara Rakyat bersama agensi kerajaan anjuran Umno Bahagian Jempol di Dewan Besar, Pejabat Daerah Jempol dekat sini.

Sementara itu, Ismail Sabri berkata kerajaan berharap Akta Kawalan Harga dan Anti Percatutan 2010 dapat dibaca kali pertama dan kedua pada sesi kedua persidangan Dewan Rakyat Jun ini.

Beliau berkata, akta berkenaan yang bertujuan mengawal kenaikan harga barang sesuka hati oleh peniaga akan menjadi satu lagi platform yang menjaga hak pengguna.

"Akta Kawalan Harga 1946 akan dipinda dan memasukkan peruntukan baru mengenai anti mengaut keuntungan berlebihan atau di sebut anti percatutan," katanya.

Ismail Sabri berkata, melalui Akta Kawalan Harga sedia ada, kerajaan hanya boleh mengawal harga terhadap barangan yang diwartakan sahaja tetapi melalui akta baru itu nanti, kerajaan berupaya mengawal peniaga daripada menaikkan harga sesuka hati.

- Bernama

Setahun Prestasi PM Najib – “Ingin Menyantuni Semua?”

Setelah berhempas pulas memujuk bosnya untuk berundur, akhirnya Najib berjaya. Kegagalan Umno/BN dalam PRU ke-12 banyak membantu menekan Presidennya untuk melepaskan jawatan. Tarikh 3 April esok genap setahun Najib dinobatkan sebagai Perdana Menteri ke enam Malaysia. Abjad keramat RAHMAN menyebelahinya.

Malangnya RAHMAN juga mengingatkan hati kecilnya bahawa beliau adalah Perdana Menteri terakhir kerajaan Umno/BN. Bezanya hanyalah samada seperti 23 tahun Mahathir ke atau hanya satu penggal seperti Pak Lah. Ini yang menjadi igauan yang menghantui jiwanya dan kerap menerjah pemikirannya.

Pun begitu yang jelasnya, laluan tahun pertamanya tidak mudah. Calang-calang orang tak boleh survive. Memanglah bagai dek kata. Hanya pemimpin yang memilikki ‘the extra-mile’ atau nafas panjang. Penulis sedia menerima bahawa Najib ada benda itu. Kalau tak banyak, sedikit.

Sewajarnya Najib lebih bersedia, sebab dia memang sangat berhajat untuk menjadi orang nombor satu negara. Isterinya lebih-lebih lagi. Dalam suasana negara yang terus-terusan berdepan dengan kebejatan dan krisis yang hampir sempurna dalam segala seginya, Najib semacam dilihat tidaklah berapa siapsiaga. Penulis akan huraikan.

Penulis terdahulu ini telah berbaik sangka dengan Najib untuk membuktikan kehebatannya. Betul. Sebabnya Najib telah menjadi PM, mahu atau kurang mahu diterima umum, segalanya berpusat dengan dirinya. Dalam mengemudi negara, dia wajar ‘in control’ atas semua perkara. Dia tidak punya lagi ‘boss’ kecuali ada yang kata YABhg itulah. Tapi itu lebih gurauan.

Najib bertuah kerana tidak seperti Pak Lah yang kerap dikritik dan dicemuh oleh bos lamanya, Tun. Najib pula hanya perlu mengatasi dirinya untuk terus mengungguli segalanya.

Nah kini setelah genap 365 hari berlalu, Najib terpaksa membuka buku rekodnya untuk dinilai dan dibaca oleh semua. Kita perlu jujur seperti juga kita perlu adil dalam melakukan penilaian ini.

Penulis ini kerapnya adil dalam urusan-urusannya kerana menegakkan Keadilan adalah kemuncak perjuangannya. Tapi lebih sukar lagi ialah untuk beliau jujur merakamkan kesemua ini. Beliau sedar bahawa dirinya juga dinilai ketika dia menilai orang lain.

Namun tuntutan keadilan dan kejujuran berkehendakkan bahawa penulis memberikan ‘takdir’ atau pemarkahan prestasi Najib secara tegas dan tuntas. Tidak mudah kerana sifat penilaian itu ‘subjektif’ dan tergantung kepada persepsi dan tergantung kepada piawaian  atau standard yang digunakan.

Tegasnya sebagai kesimpulan, dalam bahasa yang mudah, penulis ‘tidak begitu kagum’ dengan pencapaian Perdana Menteri ke-6 ini, setelah 365 memerhatikan beliau bertindak selaku CEO kerajaan Umno/BN ini. Tegasnya, tidak banyak yang Najib berjaya lakukan

Berikut adalah penghujahan penulis. Sekali lagi huraian penulis juga selektif kerana dikekang ruang dan masa.

Slogan 1-Malaysia – Cogankata ‘Analog’ Yang Sukar Umno/BN Tunaikan.

Penulis terpaksa menyebutkan bahawa slogan dan mantra yang dipilih Najib amat mengecewakan. Sebetul yang hendak disebut penulis ialah ia terlalu terkebelakang dan ‘lama’. Bahasa canggihnya ‘tidak progresif’ sangat bahkan ‘retrogresif’ atau ‘terkebelakang’. Macam kalau orang memandu, acap guna ‘cermin belakang’ atau ‘hind-mirror’. Atau lebih tepat lagi pemandu yang guna ‘reverse gear’. Tapi umum tahu, untuk memacu ke depan mesti tukar gear.

Cogankatanya agak ‘analog’ sifatnya dalam dunia ‘digital’ kini. Begitu. Mungkin ia persis slogan Bapak Kemerdekaan atau lebih sesuai untuk era dan zaman ayahandanya Al-MarhumTun Razak.

Apakah penulis tolak sebab kaitannya dengan 1-Israel atau APCO Worldwide? Mungkin penulis tidak boleh menyinggung perkara ini kerana akan mengabui pemikiran yang bersifat rasional. Ini bukannya forum untuk merungkaikan masalah APCO dengan Zionis-Israel itu. Makalah ini tidak menjadikan premis dan hujah penolakan 1-Malaysia itu begitu dalam wacana ini, meskipun banyak yang beliau mahu kisahkan.

Dalam konteks naratif makalah ini, hanya ukuran keunggulan dan keunikan daya-cipta itu sahaja yang dinilai. Hanya sisi intelek secara ‘intrinsik’ atau ‘hakiki’ sahaja yang diambil kira khususnya sejauh mana ia mempamerkan keupayaan menerobos senario cabaran dan persaingan masa depan. Dinilai dari sisi itu, slogan 1-Malaysia tidak menyerlah.

Penulis membaca penerbitan “Program Transformasi Kerajaan” dalam bab ‘1-Malaysia’ di muka surat 66-99. Selesai membaca maka mengertilah penulis akan ‘backdrop’ kepada slogan ini dicipta dan tujuan yang mencipta. Siapa mencipta satu hal lain.

Perbincangan tentang model-model perpaduan dan integrasi kaum dihuraikan. Ianya benar-benar membawa pembaca membandingkan pendekatan Assimilisai (seperti Indononesia dan Thailand) dan Pemisahan (tak pulak diberi contoh). Cukup nostalgia maudu’ atau topik ini, mengingatkan latihan modul BTN atau silibus Tingkatan 6 untuk STPM mungkin.

Tetapi mengapa ‘Satu’ dan ‘Kesatuan’ atau ‘Perpaduan’ menjadi dominan dalam pemikiran pimpinan Umno/BN kini? Tidak sukar memahami perkara itu. Pemimpin tentunya mahukan negara bersatu dan berpadu, kerana ia juga membayang ‘legitimasi’ dan keteguhan kepimpinannya sekaligus. Terkadangkali sehingga ada unsur melampau, sehingga pemimpin Umno sendiri canggah. Timbalan PM menjadi contoh yang baik atau lebih tepat lagi buruk dalam hal ini. Dirinya adalah Melayu dahulu, sebelum bangsa Malaysia dakwanya. Ini bercanggah dengan penulisan 1-Malaysia Najib. Akhirnya Najib kata tak ada apa salah pendirian TPM. ‘Begitu pulak’, cemuh rakyat.

Apakah Najib khuatir untuk menerima hakikat bahwa sokongan rakyat memang terbelah dua selepas PRU ke-12 lalu? Selepas 8 Mac 2008, bukannya perpaduan dan penyatuan dangkal atau ‘superficial’ yang diperlukan lagi oleh rakyat dan negara ini.

Najib wajar memahami hakikat tersebut. Realitinya sudah begitu dan inilah landskap yang akan terus kekal. Tidak ada cacat-celanya begitu. Bersatu dan berpadu dengan erti hanya Umno/BN yang berkuasa sampai kiamat sudah tidak lagi releven dan menasabah. Mungkin dulu boleh.

Tuntutan Politik Baru – Penjana Perubahan yang Tidak Di Kenali Najib.


Najib wajar sedar kewujudan landskap dan Politik Baru. Politik baru tidak lagi bercakap tentang perpaduan untuk mengekalkan yang lama dan usang. ’Pemikiran Pencerahan’ menuntut supaya orde lama berteraskan Politik Usang Perkauman diroboh bagi memberi laluan kepada menjayakan Impian Malaysia Baru. Itu sepatutnya pemikiran seorang Perdana Menteri yang serentak kontemporari dan futuristik sifatnya.

Yang sepatutnya dipacu oleh Najib ialah penjanaan sebuah ekonomi yang mapan-’vibrant’ dan demokrasi yang ’functional’ atau berfungsi kukuh bagi memperteguhkan segala institusi-institusi kritikal negara. Seluruhnya. Dengan itu maka sistem ’semak dan imbang’ akan melancarkan pengurusan pentadbiran baik atau menginstitusikan amalan’Good Governance’. Itulah pemikiran negarawan dalam konteks alaf ini yang bakal menjana kelahiran takongan pemimpin generasi penerus dan persaingan sihat yang menyerlahkan keunggulan kelompok atau koalisi masing-masing.

Bukan melaungkan slogan 1- Malaysia untuk kononnya ’keterangkuman’ atau ’inclusivity’ tetapi berdepan segala kereputan institusi-institusi termasuk kemunduran hati-budi rakyat yang dibelenggu sehingga melahirkan spesie dinasour seperti Perkasa yang terus disokong oleh pemimpin veteran seperti Tun Mahthir dan generasi muda Umno seperti Muhkriz dan Awang Adek. Cukup Mengaibkan.

Justeru kerana tidak benar-benar memahami konteks persaingan baru dalam politik baru ini, Najib sebelum dari jadi PM lagi melancarkan rampasan kuasa. Betul ini bukan semasa beliau PM. Tarikh 5 Februari akan menjadi titik hitam dalam sejarah rampasan kuasa di negeri Perak, seperti pernah berlaku di Kelantan, Terenganu dan Sabah dalam dekad-dekad lalu. Kini maruah kerajaan BN negeri Perak berdiri di atas  3 peribadi yang cukup dipertikaikan rakyat di segi dakwaan rasuah, seks dan politik jual-beli.

Najib meneruskan usaha buruknya dan mengaleh serangannya ke negeri Selangor dan juga Pulau Pinang ketika menjadi PM. ’Obsession’ atau pemkirannya sarat dan sibik dengan hal ini. Tidak memahami realiti tuntutan ’gologan pencerahan dan pertengahan’ yang bersifat ’middle-ground’, Najib membinasakan segala ’baiksangka’ atau ’goodwill’ golongan ini pada dirinya. Sambil melaungkan 1-Malaysia, sambil merobek kestabilan negara dan memburukkan persepsi dunia luar dan masyarakat pelabur kepada Malaysia selaku destinasi pelaburan yang kurang menarik. Sebuah badan perunding ”Political and Economic Risk Consultancy” (PERC) yang berpusat di Hong Kong, mengkategorikan Malaysia sebagai sebuah negara yang tidak stabil, lantas kurang menarik untuk pelaburan.

Najib tidak mengendahkan realiti ini, maka dalam mendepani segala kebrentakan dan pergolakan politik mutakhir ini, Najib silap membuat pelbagai pendirian. Kini rakyat yang celik maklumat dan menglami pencerahan akibat Media Baru yang memerdekakan jiwa dan minda baru, dapat membezakan pendirian pendirian tersebut.

Umno disaksikan dan ditanggapi ’ekstreme’ dan punya pemikiran sempit sementara PAS dan rakan-rakan dalam Pakatan pulak yang ’moderate’ atau dalam bahasa Yusuf Qardhawi mengambil pendekatan pertengahan atau ”Uslub Wasathiyyah”. Cocok dengan Maqasid (Tujuan) Syariat dan cocok juga dengan tuntutan Realiti atau Waqi’ terkini. YB Rembau juga pernah membuat ulasan seperti  ini dalam isu ’Allah’. Dunia terus berubah. Ada yang ke arah lebih baik dan ada juga juga bertambah buruk.

Begitulah pada sifat dan gelagatnya Umno dalam pelbagai isu kontroversi menajamkan lagi garis keretakan antara agama, kaum dan budaya. Isu kepala lembu, kepala babi-hutan,  isu arak dan isu nama Allah dan berakhir dengan serangan ke atas rumah-rumah ibadat.

Umum masih ingat bagaimana Najib mengizinkan demonstrasi di perkarangan masjid-masjid tentang isu ini sekaligus meniup api pertentangan. Cukup tidak bijak dan tidak memahami untuk membudayakan Politik Saling-Menghormati atau ’Politik Li Ta’arafu’. Hanya tahu berslogan dan bertempek 1- Malaysia tidak mendatangkan apa-apa. Telah saya katakan Najib dan Umno mengulangi kesilapan lama.

Najib juga terkadangkali memang macam terkena ’badi’. Pada setiap perkara yang baru sahaja hendak memberikan beliau ‘advantage’ atau kelebihan, ada-ada sahaja yang memintas. Seperti kes pembunuhan Teoh Bang Hock semacam disusun takdir Ilahi atau ‘Divine Intervention’ bagi menebus segala dosa-dosa lampaunya. Banyak lagi termasuk hilang enjin jet pejuang, kapal selam tak boleh menyelam, bangunan runtuh dan paling mutakhir hubungan perunding awamnya, APCO dengan regim Yahudi-Zionis Israel.

Najib juga diperingatkan bahawa dalam setahun kepimpinan beliau, BN terus kalah dalam dua lagi pilihanraya kecil di Permatang Pasir dan Manik Urai. Beliau boleh menarik nafas lega di Bagan Pinang, Negeri Sembilan. Memang yang menang ialah Isa Samad di situ.

Mengurus Negara Yang Gagal.


Jelasnya Najib berdepan dengan kenyataan kereputan segala institusi penting dalam negara. Sistem Judisiari, SPRM, SPR, MCMC atau Suruhanjaya Komunikasi dan Multi-Media, Suhakam dan juga Suruhanjaya Perlantikan Kehakiman (SPK). Kesemua ditanggapi rakyat dengan pandangan yang tidak bebas, tidak telus dan tidak punya kewibawaan. Integriti tercalar dan tidak dibaikki Najib selepas setahun. Prestasi Najib tidak menyerlah langsung dalam hal ini.

Selepas setahun kesemua institusi kritikal ini masih pada takok lama, kalau tidak pun menjadi lebih buruk dari sebelumnya. Najib gagal menyuntik kesegaran dan nafas baru yang sangat dihajati untuk membawa negara ke mercu prestasi yang lebih hebat. Kini Najib hanya mampu salahkan dirinya sendiri. Beliau mungkin tahu apa yang perlu diperbaikki, namun apakah beliau berdepan dengan gejala yang sama yang menggagalkan Pak Lah. Beliau juga mungkin takut bahkan ngeri memikirkan hakikat tersebut.

Program liberalisasi perkhidmatan awamnya dan kini istilah ‘polisi afirmatif’ yang bersifat ’inklusif’ atau semacam dah sama seperti Pakatan yakni merentasi kaum cuba beliau ungkapkan. Tetapi ternyata ia tidak menggigit. Apakah sebabnya? Bingung juga Najib memikirkannya. Najib wajar faham segala-galanya terletak pada ideologi yang menjadi teras parti Melayu terbesar di dunia itu.

Sebutlah ‘inklusif’ atau ‘keterangkuman’ pun tetapi selagi paradigma pemikiran kuno ‘Melayu-Centric” dan ‘Ketuanan Melayu’ yang menjadi paksi dan sebati dengan Umno, maka apa pun yang Najib cuba bawa, akhirnya tak kemana nampaknya.

Kini, Tun pulak kata bahawa Umno gagal memperjuangkan hak Melayu. Semacam dah jatuh ditimpa tangga. Sebutan bagi meniru laungan PAS, seperti ‘Umno Untuk Semua’, sangat pelik dan canggung. Umno kaget dan tercari-cari sentuhan ajaibnya. Ini nasib Najib.

Selepas setahun genap Najib tampaknya semacam cuba untuk menjadi, dengan zin,  “trying to be all things to all people”, atau untuk menyantuni semua akan berakhir dengan Najib dimarahi semua atau ‘satisfying no one’.

Model Ekonomi Baru (MEB) – Tidak Semudah yang Di Cakap.


Inilah modal politik Najib terkini dan takut-takutnya  juga terakhir, andainya beliau gagal, menjana rangsangan pemulihan ekonomi baru. Kini kedengaran pula suara bantahan dari dalam barisan Umno sendiri terhadap Model Ekonomi Baru.

Setelah menekuni huraian beliau tentang model ekonomi barunya itu, penulis bersedia menerima bahawa Najib ternyata telah banyak mendengar dan juga membaca dari kritikan pelbagai pihak termasuklah pihak pembangkang atau Pakatan.

Analisis masalahnya tepat dan cadangan-cadangan rawatannya juga mantap dengan pelbagai cadangan pihak Pakatan dan tokoh tokoh ekonomi dunia mahupun tempatan dirangkumi tanpa segan silu. Tak apalah untuk kebaikan negara dan rakyat.

Cuma prestasi Najib tidak teguh bahkan tidak konsisten dan banyak berbolak-balik atau ‘flip-flop’. Ini jelas dalam hal menangani cadangan cukai GST, subsidi petrol, tariff elektrik dan cukai RPGT. Kesemua pendirian ‘bolak-balik’ membuktikan Najib tidak kukuh dan tuntas dalam berfikir dan kaedah penyelesaian masalahnya.

Itu adalah berita buruk bagi pelabur-pelabur. Pelabur mahukan kestabilan polisi dan juga perjanjian yang dihormati. Penafian royalti juga meninggalkan kesan yang tidak baik bagi negara. Najib silap lagi.

MEB berhajatkan Najib melakukan reformasi secara struktural dan juga fundamental atau asas ke atas model ekonomi negara. Utama dari kesemuanya faktor kejayaan yang diperlukan adalah menghentikan perhubungan sumbang antara elit bisnes dan elit politik, dengan namanya kronisme, rasuah atau penyalahgunaan kuasa. Ini bukan faktor ekonomi, tetapi tetapi faktor inilah yang akan menentukan hidup matinya model ekonomi baru secara kritikal dan dominan.

Selainnya akan kita bincangkan dalam huraian MEB dalam kesempatan dan ruang akan datang.

Pokoknya, Najib perlu insaf bahawa beliau tidak hanya boleh bermain slogan dan cuba mengikut laras bahasa Pakatan tanpa menyediakan asas-asas nilai dan penghayatan dalam peribadi kepimpinan dan ahli-aktivis akar-umbi Umno/BN.

Melihat dari perspektif dan sisi ini, Najib berpotensi akan mengalami era yang lebih mencabar sebab partinya Umno telah terlalu lama terbudaya dengan segala kesenangan dan hidup dengan cara dilindungi dengan ‘patronage’ dan kuasa politik Melayu Umno. Sebab itu mereka gerund dengan era peralihan atau transisi kea rah ‘perubahan’ dan ‘transformasi’. Merekalah sebenar-benar ‘konservatif kanan’ dilambangkan kini oleh Perkasa. Untuk Najib menyantuni semua adalah sukar. Laluannya sengit dan getir.

Masih mampukah Najib untuk terus mendepani cabaran mendatang?

Hanya Allah yang Maha Mengetahui dan Masa akan menentukan.


Dr Dzulkefly Ahmad, AJK PAS Pusat.  

SPR AMBIL TINDAKAN TEGAS TERHADAP PKR KERANA SUDAH MULA BERKEMPEN DI HULU SELANGOR....HA....HA...HA......!!! RM JUTA2 KAT HULU SELANGOR TUE KIRA SEDEKAH JEK TAU...!!!!!

Felda Hulu S'gor pula dapat perumahan RM32 juta

Najib rai genap setahun sebagai PM di Hulu S'gor

Tiada kempen tapi empat sekolah baru dijanjikan

Kelantan perlu sedia hadapi perubahan baru PRU-13

MACHANG, 3 April — Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata rakyat Kelantan perlu bersedia menghadapi perubahan baru dengan menerima Barisan Nasional (BN) bagi mempastikan kebajikan dan pembangunan untuk Kelantan sentiasa terjamin.
Beliau berkata sebagai pemimpin daripada parti politik Melayu iaitu Umno beliau cukup sedih dengan tahap pembangunan yang diusahakan kerajaan negeri pimpinan PAS.
Selama ini kerajaan negeri hanya bergantung harap kepada peruntukan kerajaan pusat, yang dalam tempoh lima tahun sebanyak RM7.5 bilion disalurkan kepada Kelantan dalam Rancangan Malaysia ke-10.
Beliau berkata rakyat Kelantan sememangnya terkenal dengan sifat kerajinan mereka dan mempunyai potensi untuk maju.
“Tetapi ia tidak mencukupi kerana kurangnya usaha kerajaan negeri. Kelantan ini ramai Melayu. Saya juga Melayu Islam. Kita tidak mahu rakyat Melayu terasing.
“Tanggungjawab kerajaan negeri (pembangunan) tetapi semuanya diserahkan kepada kerajaan pusat,” katanya semasa merasmikan program Juara Rakyat dan pemberian pertama wang ihsan yang dihadiri 5,000 pengunjung, di sini hari ini.
Muhyiddin berkata kerajaan pusat berhasrat untuk membasmi golongan miskin tegar sehingga penghujung tahun ini dengan memberikan bantuan kepada golongan itu.
Namun, apa yang lebih dikesali, kerajaan negeri dilihat tidak mempunyai inisiatif untuk menjayakan hasrat kerajaan pusat dengan membantu 3,500 miskin tegar sebaliknya berharap kepada agensi pusat untuk menguruskan perkara itu.
“Ini komitmen pemimpin BN dan bukannya PAS. Dia tidak boleh abaikan kerana ini tanggungjawab kepada rakyat,” katanya.
Muhyiddin turut mempersoalkan berapa jumlah yang telah diperuntukkan kerajaan negeri untuk menjaga soal kebajikan dan pembangunan untuk rakyat sedangkan dalam tempoh yang sama sudah berbilion kerajaan pusat memberikan peruntukan.
Beliau berkata rakyat perlu sedar bahawa pembangunan kepada negeri merupakan perkara yang dituntut oleh agama kerana ianya menjamin kekuatan rakyat itu dari aspek ekonomi yang sekaligus membolehkan rakyat berdikari, menunaikan ibadat dan menjaga keluarga. Malahan bagi Muhyiddin perkara yang ditekankan PAS adalah soal ukhrawi atau soal akhirat dan parti itu lebih rela membiarkan rakyatnya susah.
Muhyiddin juga kesal tindakan PAS membesar-besarkan isu tuntutan royalti minyak Kelantan sedangkan kebajikan dan pembangunan untuk rakyat negeri itu terabai.
Beliau berkata kerajaan pusat telah merujuk isu royalti minyak itu dengan pakar undang-undang dalam perlembagaan dan sememangnya Kelantan tidak mempunyai hak untuk mendapatkan royalti minyak itu kerana kawasan carigali berada lebih daripada tiga batu nautika daripada persisiran pantai Kelantan.
Namun kerajaan pusat tetap memberikan wang ihsan sebagai ganti kepada bayaran royalti minyak kerana kerajaan mementingkan hal kebajikan rakyat negeri itu.
“Tidak kira apa nama sekalipun, wang ihsan atau royalti, ia adalah pitih (wang) rakyat perlukan bantuan dan kita hendak tolong. Jadi apa yang tok guru (Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Aziz Nik Mat) cakap tidak mahu wang ihsan. Semua hendak wang ihsan. Ini soal nasib rakyat miskin, kita mesti tolong,” katanya.
Katanya pasti banyak lagi yang boleh diberikan kepada rakyat Kelantan jika mereka memilih untuk mendokong BN pada pilihan raya akan datang. — Bernama

Rakyat buat kesimpulan situasi politik pembangkang


KUALA KUBU BARU 3 April - Datuk Seri Najib Tun Razak mahu rakyat membuat kesimpulan sendiri mengenai situasi politik pembangkang yang kini dilihat semakin sukar mendapat sokongan daripada ahli parti itu sendiri.
Perdana Menteri berkata pembangkang, khususnya Parti Keadilan Rakyat (PKR), kini sering bertelagah sesama sendiri dan pelbagai pendedahan semakin banyak dibuat oleh bekas ahli parti itu, walaupun mereka dikatakan rapat dengan pemimpin parti pembangkang itu.
"Kalaulah orang rapat dengan kita satu demi satu dah hilang kepercayaan dan dah keluar parti, apa kesimpulannya? Kita bukan cakap pasal orang luar, ini orang rapat dengan kita. Apakah mesejnya, apa kesimpulannya?,” katanya ketika berucap melancarkan Yayasan Kelana Ehsan (YKE) di Felda Sungai Tengi dekat sini hari ini.
Najib berkata, antara ahli PKR yang keluar parti bukan calang-calang orang, bahkan merupakan golongan intelektual yang juga rapat dengan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim bertahun-tahun lamanya.
"Saya boleh sebut satu persatu, Dr. Chandra Muzaffar bekas timbalan presiden Keadilan. Dia orang kurang upaya tapi dari segi minda dia hebat. Orang yang rapat dengan dia boleh kena pecat, yang turun naik mahkamah hari ini dah hilang kepercayaan kepada pemimpin,” katanya.
"Setiausaha Agungnya sama-sama dengan dia di Maktab Melayu Kuala Kangsar (MCKK), dah keluar, akhirnya sampai masa dia diketepikan, diperbodohkan, kepala yang jatuhkan BN suatu masa dulu dah tak percaya kepada PKR,” katanya.
Najib menyebut mengenai Datuk Salehuddin Hasim yang menyertai PKR pada tahun 2004 sebagai setiausaha penganjur parti itu untuk tempoh empat tahun sebelum mengambil alih jawatan setiausaha agung parti itu daripada Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim pada Mac 2008.
Salehuddin dilaporkan melepaskan jawatan itu pada 7 Januari 2010 untuk memberikan tumpuan kepada pernigaan konsultansi minyak dan gasnya.
Najib berkata Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu Zulkifli Noordin dipecat, dan bekas Ketua Pemuda PKR Ezam Mohd Nor turut hilang kepercayaan terhadap parti, malah disuruh supaya memfitnah Najib.
"Ezam sanggup masuk penjara kerana Anwar. Anwar pernah suruh dia lawan saya di Pekan, dia tidak mahu tetapi Anwar suruh. Anwar suruh dia fitnah saya pasal kes (wanita Mongolia) Altantuya, tapi tiada bukti.
"Zulkifli pakai ketayap biasanya warak, dia jadi peguam Azilah dia tanya Azilah tapi dia kata Datuk Najib tak terlibat, kalau dia percaya saya terlibat dia takkan keluar (sebagai peguam kes itu),” kata Perdana Menteri.
"Ini mainan politik yang tidak menguntungkan rakyat, nak jadi Perdana Menteri tetapi tak sampai, sebab kerusi perdana menteri Allah yang tentukan. Kita rancang macam-macam pun akhirnya tidak kesampaian,” katanya.
Mengenai rancangan pengambilahan kuasa pada 16 September 2008, Najib berkata, Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin menafikan bahawa baginda sudah menunggu di Istana untuk majlis angkat sumpah perdana menteri yang baru.
"Tarikh 16 September nak tubuhkan kerajaan, dia guna nama Agong. Saya tanya Tuanku tapi Tuanku menafikan, tentera juga sedia untuk sokong kerajaan baru, macam-macam bidaah dia buat,” katanya.
Dua bekas Ahli Parlimen PKR yang kini menjadi wakil bebas iaitu ahli Parlimen Bayan Baru Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim dan Zulkifli pada persidangan Dewan Rakyat semasa membahas usul Menjunjung Kasih Titah Ucapan Yang di-Pertuan Agong pada baru-baru ini telah mendedahkan mengenai pembohongan Anwar itu. - Bernama

Najib bermula dengan Altantuya, setahun dengan APCO

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengulangi strategi membisunya ketika isu APCO Worldwide menyelubungi genap setahun beliau menerajui kerajaan Barisan Nasional (BN), kata Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub.
"Beliau memulakan pentadbirannya dengan strategi membisu terhadap dakwaaan beberapa akhbar luar negara seperti Liberation, The Nation, Sunday Times, Times of India, The Australian, New York Times, International Herald Tribune, Far Eastern Economic Review dan Kompas yang menyiarkan artikel-artikel yang membangkitkan persoalan yang mengaitkan dirinya dengan pembunuhan Altantuya dan komisen besar yang diberikan oleh syarikat Perancis, Armaris, kepada sebuah syarikat Malaysia.

"Setelah genap setahun beliau menerajui kerajaan BN, beliau menyambutnya dengan strategi yang sama terhadap pendedahan bahawa beliau memperalatkan wang rakyat untuk membahayakan negara ini dengan mengambil khidmat APCO yang didominasi Yahudi Zionis," katanya.

Dalam satu kenyataannya, APCO sendiri menyatakan antara tugasnya termasuk sokongan komunikasi untuk pelbagai inisiatif pembaharuan yang diambil oleh kerajaan Najib, terutamanya dalam bidang pekerjaan, promosi pendidikan dan mengukuhkan penyampaian perkhidmatan kepada orang ramai.

"Najib mendedahkan negara ini kepada ancaman besar apabila kita mengambilkira penglibatan APCO di dalam beberapa projek yang berkaitan perisikan dan keselamatan yang dilakukan melalui rakan strategik dan firma sekutunya, Asero Worldwide.

"Amat membimbangkan apabila diambilkira bahawa petualang-petualang Zionis secara serentak menjadi konsultan dan anggota pengurusan APCO dan Asero.

"Contohnya, pengasas dan presiden Asero Worldwide, Doron Bergerbest-Eilon juga berada dalam Majlis Penasihat Antarabangsa APCO. Beliau adalah bekas ketua bahagian perlindungan dan keselamatan dan pegawai kanan dalam Shin Bet atau Agensi Keselamatan Israel - ISA," kata Salahuddin.

Najib juga, kata Ahli Parlimen Kubang Kerian itu, membisu apabila dibangkitkan terlalu banyak persamaan yang sangat ketara antara One Israel dan 1Malaysia.

"Jika Najib merasa begitu selesa dengan strategi membisunya, kita pula akan terus menyedarkan rakyat tentang bahaya yang diangkut olehnya ke dalam negara ini melalui APCO," katanya.

Sebelum ini, Ketua Pembangkag Datuk Seri Anwar Ibrahim membangkitkan beberapa persamaan antara One Israel dan 1Malaysia.

Menurut beliau, perkara itu tidak boleh dianggap kebetulan kerana kedua-dua konsep tersebut dicetuskan oleh pegawai perisikan tentera Israel yang sama  yang bekerja dengan bekas Perdana Menteri negara Zionis, Ehud Barak, pada tahun 1999.

Pegawai tentera terbabit yang kini bekerja dengan APCO pernah bekerja di bawah Barak yang ketika itu menjadi Ketua Turus Angkatan Tentera Israel, kata Anwar.

"Platform Satu Israel menjanjikan perkhidmatan yang lebih baik dalam pendidikan dan kemudahan kesihatan baik manakala di Malaysia pula ada klinik 1Malaysia,

"Tujuan Ehud untuk alih isu 'settlement' atau penempatan, iaitu alih pandangan lain dalam negara manakala 1Malaysia alih isu pertelingkahan antara kaum dan masalah rasuah dalam negara.

"Mesej Satu Israel ialah 'People first' manakala 1Malaysia pula 'Rakyat didahulukan', kemudian One Israel menubuhkan Tabung Satu Israel manakala Malaysia menubuhkan Yayasan 1Malaysia.

"Jadi persamaannya itu terlalu banyak di antara apa yang dibuat Barak dan (Perdana Menteri) Datuk Seri Najib Razak," kata Anwar.

APCO juga didedahkan pernah mengikat perjanjian perkhidmatan dengan kerajaan Zionis Israel pada 1992.

Straits Times (ST) Singapura melaporkan, penyataan Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat membuktikan perkara itu.

"Dalam jawapan berhubung laporan Jabatan Kehakiman tersebut, APCO menyatakan firma itu bekerjasama dengan sebuah syarikat bersekutu dalam sebuah projek untuk kerajaan Israel ketika itu," lapor ST.

Akhbar itu memetik Timbalan Pengarah Urusan APCO, B Jay Cooper berkata: "Perkhidmatan yang diberi adalah berkaitan media, melibatkan perolehan dana dari kerajaan Amerika Syarikat bagi perumahan pendatang dari Rusia".

Cooper bagaimanapun menyatakan bahawa APCO ketika itu "dimiliki oleh Grey Global Group".

Hulu Selangor: UMNO mula tabur rasuah sebelum PRK bermula

Angkatan Muda Keadilan Malaysia (AMK) mengecam tindakan desperado UMNO-BN memenangi undi rakyat Hulu Selangor dengan menaburkan rasuah politik yang keterlaluan.
Ini dapat dilihat melalui kunjungan Timbalan Presiden UMNO, Muhyiddin Yassin (gambar kiri) ke Sekolah Menengah Sains Hulu Selangor (Semashur) semalam, di mana kempen politik UMNO-BN terus-menerus dilaksanakan di kalangan guru yang dipaksa berhimpun di sekolah tersebut.
Di dalam lawatan yang sama, Muhyiddin telah dilihat melaksanakan tiga janji pembangunan yang sama sekali bersifat politik iaitu:
(i) mengumumkan penubuhan sebuah sekolah menengah dan tiga sekolah rendah di kawasan Hulu Selangor;
(ii) peruntukan RM2 juta untuk penyelesaian masalah banjir di Kampung Sentosa, Batang Kali; dan
(iii) peruntukan RM100,000 untuk pembaikpulihan dan pembelian van jenazah Masjid Al-Sajdin, Kampung Sentosa.
Pertamanya, ini jelas bercanggah dengan Perkara 10 Akta Kesalahan Pilihanraya 1954 (Pindaan 2006) yang menyebut seseorang didapati bersalah atas kesalahan melakukan sogokan apabila:
"tiap-tiap orang yang, sebelum, semasa atau selepas sesuatu pilihan raya, secara langsung atau tidak langsung, dengan sendiri atau melalui mana-mana orang lain bagi pihaknya, memberikan, meminjamkan, atau bersetuju untuk memberikan atau meminjamkan, atau menawarkan, menjanjikan, atau berjanji untuk mendapatkan atau berusaha untuk mendapatkan, apa-apa wang atau balasan bernilai kepada atau untuk manamana pemilih atau pengundi, atau kepada atau untuk mana-mana orang bagi pihak mana-mana pemilih atau pengundi atau kepada atau untuk mana-mana orang lain, bagi mendorong mana-mana pemilih atau pengundi supaya mengundi atau tidak mengundi, atau yang secara rasuah melakukan apa-apa perbuatan yang disebut terdahulu oleh sebab pemilih atau pengundi itu telah mengundi atau tidak mengundi dalam mana-mana pilihan raya.."
Kedua, AMK melihat tindakan ini adalah satu tindakan terdesak yang sangat drastik, dalam keadaan penamaan calon baru sahaja diumumkan oleh Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) hari ini, dan itupun tarikhnya melangkau dua minggu dari tarikh semasa.
Tindakan menawarkan pembangunan mi segera seumpama ini bukanlah sesuatu yang menghairankan dalam strategi UMNO-BN untuk memancing undi, apatah lagi saban waktu pilihanraya kecil, rakyat setempat akan sentiasa ditawarkan ganjaran pembangunan yang mendadak meskipun pembangunan tersebut tidak dapat rakyat kecapi selepas 50 tahun pemerintahan UMNO-BN.
DUN Batang Kali misalnya, merupakan kawasan DUN yang menjadi kubu kuat UMNO-BN turun temurun, malah pernah melahirkan seorang Menteri Besar iaitu Muhammad Muhd Taib, tetapi jika dilihat keadaan semasa, ianya jauh lebih mendukacitakan jika hendak dibanding dengan kawasan-kawasan di Pantai Timur seperti Kelantan yang diperintah oleh PAS-Pakatan Rakyat.
Apakah UMNO-BN merasakan bahawa 'fasa pembodohan rakyat' yang mereka jalankan tahun demi tahun melalui taburan pembangunan mi segera seumpama ini mampu menawan hati rakyat di sebalik pemerintahan Kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Selangor selama dua tahun?
Rentetan daripada ini, AMK akan mengemukakan bantahan kepada SPR mengenai taburan pembangunan mi segera ini yang jelas merupakan satu bentuk rasuah politik yang sewajarnya dibendung oleh SPR dan SPRM.  Ini merupakan satu cabaran terbuka buat Ketua Pesuruhjaya SPRM yang baru, Abu Kassim Mohamed yang mahu mengembalikan keyakinan masyarakat ke atas integriti SPRM.
AMK mencabar Perdana Menteri, Najib Razak untuk menjadi jantan dengan berhadapan Pakatan Rakyat secara 'gentleman' tanpa menggunakan sebarang instrumen kerajaan seperti Kementerian Kewangan dan Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) untuk membanjirkan Hulu Selangor dengan projek pembangunan mi segera.
*Kenyataan media oleh Shamsul Iskandar Mohd Akin selaku Ketua Angkatan Muda Keadilan Malaysia.

Khalid Samad: PM 1Malaysia Tidak Wajar Sokong Perkasa

Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad, berkata sokongan yang ditunjukkan Perdana Menteri Najib Abdul Razak kepada Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) bercanggah dengan konsep 1Malaysia yang disuarakan.
Beliau menjelaskan pemerintah yang mewar-warkan kesatuan semua kaum dan agama tidak seharusnya merestui retorik perkauman melampau yang dibawa oleh Perkasa, atau mana-mana pihak sekalipun.
"Kerajaan kalau ingin menjaga hubungan yang baik dikalangan kaum mesti tidak membenarkan sikap-sikap keterlaluan yang sepertimana di bawa oleh Perkasa itu untuk terus diperjuangkan, kerana ianya merupakan satu corak hasutan kepada rakyat, terutamanya menghasut bangsa Melayu kita untuk membenci dan mencurigai kaum lain, walhal kita bicara soal 1Malaysia," tegas Khalid.
Khalid Samad berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Perdana Menteri semalam. Najib dalam temubualnya bersama agensi berita Al-Jazeera berkata Perkasa bukan pelampau ekstrem dan demikian itu kerajaan akan cuba memenuhi permintaan mereka.
Khalid berkata jelas sekali 1Malaysia yang dicanangkan hanyalah wayang kulit untuk melunakkan wajah perkauman Umno, sekaligus menutup imej yang telah sedia tercalar.
"Saya pun hairan mengapa datuk seri Najib berkata sebaliknya, lebih-lebih lagi kalau kita melihat tentang tuntutan yang dibawa oleh mereka jelas bercanggah dengan konsep 1Malaysia," katanya.
"Tindak-tanduk mereka mengapi-apikan semangat kebangsaan akan menimbulkan ketegangan," tambah beliau.

Anwar Sangkal Dakwaan Zambry

KUALA LUMPUR 3 Apr - Ketua Pembangkang menafikan beliau membuat sebarang tawaran jawatan Menteri Besar kepada Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir selepas pilihan raya umum 2008 seperti yang didakwa.
Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata beliau hanya memberi respons terhadap dakwaan Zambry setelah isu itu ditimbulkan oleh Menteri Besar 'Mahkamah' tersebut.
"Saya tidak ada pertemuan dengan dia jadi gambaran seolah-olah ada rundingan panjang itu tidak benar. Benar dia dihubungi, dia juga hubungi untuk tanya khabar dan sebagainya tapi saya tidak bincang hal-hal yang demikian dalam telefon tetapi apabila beliau bersedia berbicara melalui talipon saya tidak umumkan.
"Hubungan berlaku antara Menteri Besar sekarang dengan beberapa tokoh lain tetapi tidak dengan saya, saya tidak adakan apa-apa perbincangan dengan Menteri Besar Perak yang sediada, itu kenyataannya.
"Apakah ada pelawaan ya benar, adakah saya ada telefon satu dua minit memang ada tapi kalau telefon bekas sahabat-sahabat Umno satu dua minit dianggap satu kesalahan besar itu saya rasa aneh," jelas Anwar ketika berucap di Parlimen Rabu lalu.
Pada sidang Dewan Undangan Negeri Perak beberapa lalu Zambry mendakwa beliau adalah antara tiga wakil rakyat Umno yang ditawarkan jawatan Menteri Besar Perak jika menyertai KEADILAN selepas pilihan raya umum 2008 lalu.

Tawaran Jawatan MB Satu Pembohongan Zambry

KUALA LUMPUR 3 Apr - Menteri Besar Pakatan Rakyat Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin berkata dakwaan Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir bahawa beliau pernah ditawarkan jawatan Menteri Besar oleh Ketua Pembangkang selepas pilihan raya umum 2008 adalah satu pembohongan untuk mengalihkan isu Umno Perak yang tidak menyokong beliau.
Nizar berkata beliau telah mengesahkan perkara ini dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang telah menafikan dakwaan Zambry tersebut di dalam Parlimen Rabu lalu.
"Saya fikir ini satu daripada taktik pembohongan oleh Zambry kerana kami sendiri 'confirm' dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mengatakan tidak ada sebarang tawaran. Kalaulah ada sekali pun ramai lagi calon yang lebih layak dan hebat darpada dia.
"Yang kedua Umno Perak ada krisis dalaman, mereka tidak bersetuju dengan Zambry, jadi apabila disebut ada tawaran sekaligus maka seolah-olah dialah calon yang paling baik sekali untuk menduduki jawatan itu. Faktor ketiga dia sebut perkara itu untuk mententeramkan dan barangkali nak sampaikan mesej kepada Najib bahawa dia pernah ditawarkan jawatan itu," kata Nizar kepada Suara Keadilan di Parlimen Khamis lalu.
Nizar menambah tindakan Zambry mengada-adakan cerita beliau di tawar menjadi Menteri Besar oleh Pakatan Rakyat adalah kerana beliau mahu menutup kegagalan beliau mengendalikan sidang Dewan Undangan Perak pada 30 dan 31 mac lalu dengan baik dan mengikut peraturan.
"Itulah cara dia nak alihkan pandangan daripada krisis sidang Dewan Undangan Negeri Perak di mana dia sebagai Menteri Besar yang dilantik oleh mahkamah serta Speaker haram dengan kehadiran polis di dalam dan luar Dewan masih tidak boleh mengendalikan persidangan. Ini menunjukkan sikap pengecut dan penakut Zambry," kata beliau lagi.
Ditanya mengenai tindakan kesemua Ahli Dewan Undangan Negeri Pakatan Rakyat meninggalkan sidang Dewan pada hari kedua, Nizar berkata ini adalah kerana Zambry dan Speaker haram Datuk R. Ganesan telah mengenepikan Perintah Tetap.
"Pertamanya Perintah Tetap telahpun diketepikan, tidak dipatuhi dan dihormati. Kedua dalam agenda persidangan tidak dinyatakan agenda untuk membahaskan Titah Ucapan Tuanku jadi apabila kita tanya adakah perbahasan hendak diadakan, Zambry, Ganesan tidak jawab dan ini satu perkara yang kita rasa mesti dijelaskan.
"Kalau ada perbahasan kita akan buat persiapan dan sememangnya kita telah buat persiapan. Ketiga kita tanya boleh ke persidangan ini dilanjutkan sampai lima hari kerana belum pernah lagi sejak rampasan kuasa persidangan berlarutan, yang ada sebelum ini tidak sampai dua, tiga jam. Jadi kami mahu persidangan yang lebih adil supaya kami boleh bersuara berkenaan tuntutan rakyat dan adakan lima hari, itupun tidak dijawab. Apabila kami melihat pembesar suara kami ditutup, Perintah Tetap dibuang begitu sahaja, tidak dihormati maka kami tidak ada pilihan lain dan pukul 11 pagi kami terpaksa keluar," jelas Nizar dengan panjang lebar.
Beliau yang juga Ahli Parlimen Bukit Gantang berkata tindakan mengadakan sidang DUN Perak hanya selama lima jam menunjukkan sikap bacul Zambry.
"Untuk membincangkan masalah negeri Perak dengan 59 Ahli Dewan Undangan Negeri tidak sampai lima jam, ini menunjukkan sikap pengecut, penakut dan rakus kuasa. Lima jam itu digunakan sebagai satu gimik dan retorik untuk 'bulldoze' apa yang mereka nak luluskan termasuk undang-undang, kertas-kertas statute bagi mengiyakan Zambry sebagai Menteri Besar dan Ganesan sebagai Speaker, digunakan DUN untuk mengesahkan mereka, itu saja," tambah beliau.

UMNO DAH TERDESAK



Hmm..sekali tengok macam banner ceramah anjuran Pakatan Rakyat. Ada gambar DS Anwar Ibrahim dan Lim Guan Eng.

Dua kali tengok rupa-rupanya ceramah UMNO..! UMNO dah kehabisan modal. Nak tarik orang ramai datang dengar ceramah terpaksa guna gambar pemimpin PR. Kalau letak gambar pemimpin UMNO, mereka tahu rakyat dah meluat. Bukan sahaja rakyat malah ahli UMNOpun dah meluat tengok gambar pemimpin mereka sendiri.

Pengalaman kita dalam PR, kalau hendak buat banner ceramah kita mesti letak gambar penceramah tersebut sebagai daya tarikan ceramah.

Tetapi dalam banner tersebut, gambar DS Anwar dan Lim Guan Eng yang keluar. Sedangkan penceramahnya ialah Zahrain Hashim Al kataki dan Ezam Al kotaki. Mereka tahu kalau letak gambar al kataki dan al kotaki, confirm orang tidak datang ceramah, hehehe..

Banner tersebut dijumpai tergantung di Kepala Batas, Pulau Pinang.

UMNO...UMNO...no..no..!

ar_rawa

Tempoh Pembangkang Kuasai Hulu Selangor Sudah Tamat

KUALA KUBU BARU: Sambil menyifatkan kemenangan Parti Keadilan Rakyat (PKR) di kerusi Parlimen Hulu Selangor sebagai pinjaman, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata tempoh itu sudah tamat.
Najib yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) berkata ini kerana kawasan itu merupakan kawasan tradisi BN dan sudah tiba masanya ia dikembalikan semula kepada BN.
"Tempoh pinjaman sudah tamat...cukuplah kawasan ini di bawah pembangkang," katanya ketika berucap kepada jentera BN bagi Pilihan Raya Kecil Hulu Selangor di perkarangan Bangunan Umno Hulu Selangor di sini Sabtu.
Dalam ucapannya selama 15 minit bermula pukul 3 petang itu, Najib yang menyambut ulang tahun pertama sebagai Perdana Menteri hari ini berkata, kemenangan BN perlu sebagai tanda pulihnya keyakinan rakyat.
Beliau berkata ia juga bagi mnembuktikan sentimen bahawa sokongan kepada pembangkang pada Pilihan Raya Umum 2008 hanyalah sementara.
Katanya, kemenangan itu juga boleh menyumbang kepada sasaran majoriti dua pertiga kerusi Parlimen BN sebagai parti pemerintah.
Najib juga berseloroh bahawa kemenangan itu penting untuk beliau berhadapan dengan Presiden Amerika Syarikat Barack Obama yang akan ditemuinya dalam lawatan beliau ke negara itu tidak lama lagi.
"Saya nak jumpa Obama dengan kekuatan politik...saya nak kata Mr President, Hulu Selangor is BN's constituent... walaupun Obama mungkin tak tahu Hulu Selangor itu di mana," katanya yang disambut dengan ketawa oleh mereka yang hadir.
Najib juga mengiktiraf jentera pergerakan Wanita Umno yang disifatkan sebagai tulang belakang BN bagi memastikan kemenangan di Hulu Selangor.- BERNAMA

Najib bayar APCO antaranya utk jumpa presiden Amerika. Foto Rosmah-Laura Bush di Lima

Najib bayar APCO antaranya utk jumpa presiden Amerika. Foto Rosmah-Laura Bush di Lima (November 2008)

p/s : kadang2 tengok rosmah ni cun jugak kah kah kah

Felda Hulu S'gor pula dapat perumahan RM32 juta...fuyooo kayo den...!!!! sape lagi mau mati...!!!

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini berkata, kerajaan telah bersetuju untuk membina sebuah lagi Projek Perumahan Warga Felda untuk Gugusan Sg. Dusun di daerah Hulu Selangor.

"Kerajaan sedar tentang keperluan dan permintaan generasi baru yang tinggal di dalam rancangan yang memerlukan rumah kediaman,” katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di Kuala Kubu Baru hari ini.

Sebelum itu, Najib yang mempunyai jadual padat di Hulu Selangor hari ini telah merasmikan majlis pecah tanah tapak perumahan generasi kedua Felda di Felda Soeharto yang merupakan sebahagian daripada Gugusan Felda Sungai Dusun.

Dalam kenyataan itu, Najib berkata, projek yang akan dilaksanakan itu terletak di kawasan Felda Soeharto di kawasan seluas 14 hektar yang melibatkan pembinaan sebanyak 250 unit rumah dan menelan belanja kira-kira RM32 juta.

Najib berkata, rumah yang akan dibina ini adalah berkonsep mampu milik terdiri daripada rumah kos rendah dan kos sederhana rendah yang mempunyai tiga bilik.

Harga setiap unit ditetapkan RM42,000 bagi rumah kos rendah dan RM75,000 bagi rumah kos sederhana rendah

"Warga peneroka boleh memiliki rumah melalui pembiayaan daripada institusi kewangan dan bagi mereka yang tidak mendapat pembiayaan, mereka boleh memiliki rumah melalui skim sewa beli," katanya.

Beliau berkata projek perumahan ini adalah sebahagian daripada komitmen dan keprihatinan kerajaan dalam usaha membantu generasi baru FEelda memiliki rumah yang selesa.

Hasil daripada jualan rumah ini tidak dapat menampung kos pembinaan dan kerajaan terpaksa membiayai kos infrastruktur berjumlah RM20,000 seunit yang terdiri daripada kos sistem kumbahan, perparitan, jalan, tiang lampu, tempat rekreasi dan seumpamanya," katanya.

Najib berkata sehingga kini kerajaan telah pun menyiapkan 1,357 unit rumah di empat lokasi dengan kos berjumlah RM54.8 juta dan telah diduduki oleh warga peneroka.

Sebanyak 1,326 unit lagi sedang dalam pembinaan melibatkan perbelanjaan sebanyak RM118.8 juta dan dijangka siap secara berperingkat dalam tahun ini, katanya.

Beliau berkata kerajaan sentiasa meneliti keperluan dan permintaan daripada warga FELDA untuk membina lebih banyak unit rumah di tanah rancangan selaras dengan iltizam kerajaan mempertingkatkan kualiti hidup masyarakat rancangan di seluruh negara.

- Bernama

Najib: Calon BN sudah diputus, TPM umum masa sesuai ...ha..ha..ha..ape citer lobi dari pihak UMNO..!!!!

Oleh Shazwan Mustafa Kamal
HULU SELANGOR, 3 April — Barisan Nasional (BN) sudah memutuskan nama calon yang bakal mewakili BN dalam pilihan raya kecil kerusi Parlimen Hulu Selangor tetapi ia akan diumumkan oleh Timbalan Pengerusinya Tan Sri Muhyiddn Yassin pada masa yang sesuai.
Penamaan calon ditetapkan 17 April ini manakala pengundian pula dijadual berlangsung 25 April.
Setakat ini hanya satu nama dikemukakan kepada Najib iaitu oleh MIC walaupun Umno juga mendesak agar kerusi itu dikembalikan semula kepada parti dominan BN itu.
Ketika ditemui wartawan di sini hari ini, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata, timbalannya akan membuat pengumuman calon kerana beliau akan berada di luar negara.
Bagaimanapun Najib enggan memberikan butiran lanjut mengenai calon yang bakal diturunkan oleh BN di Hulu Selangor walaupun diulang tanya oleh pemberita.
“Timbalan Pengerusi Barisan Nasional akan membuat pengumuman kerana saya akan berada di luar negara,” katanya.
Najib juga membertahu beliau sudah mengadakan perbincangan dengan pelbagai pihak berhubung soal calon dan telah memaklumkan tentang pemilihan BN bagi Hulu Selangor.
“Beliau (Muhyiddin) tahu apa keputusan itu,” kata Perdana Menteri sambil menegaskan, ia akan diumumkan pada masa yang sesuai.
Najib berada di Hulu Selangor sejak pagi tadi.
Antaranya Najib sudah menemui Presiden MIC Datuk Seri S. Samy Vellu Selasa lalu.
Lazimnya calon BN bagi mana-mana pilihan raya kecil akan diumumkan oleh timbalan perdana menteri.
Muhyiddin berbuat demikian di Permatang Pasir dan Bagan Pinang.

Takkanle istana sebodoh ameno ...

Itule rupa otak dan kelaku ameno. Penakut nak beradap dengan PR. Berdiri di belakang istana. Lehe mintak tolong istana. Dulu kata dalam bab2 politik, istana berkecuali. Istana tidak boleh nyebelah sesape selagi perlembagaan negara dipatuhi. Tapi apabila ameno udah nak haup, perlembagaan yang merugikan ameno tak boleh pakai lagi. Lainle kalo perlembagaan itu menyebelahi ameno. Oleh kerana perlembagaan yang ada udah tak nyebelah ameno, maka istana digunakan. Seolah2 istana lebih berkuasa daripada perlembagaan.

Nak rampas negeri guna istana. Kehendak istana adalah muktamad. Usul belakang dapur oleh lanun ameno di Kolumpo dipersetujui oleh istana berbanding dengan nasihat MB dan usul speaker DUN. Betui kata Anwar, di Malaysia ada dua undang2 terhadap kes yang melibatkan ameno dan PR. Ameno tak boleh dihukum bersalah walaupun telah dibuktikan kesalahannya. Sebaliknya PR yang mesti dihukum dipenjara walaupun takde bukti yang PR itu bersalah.

Udahle rampas negeri, dengki tak abih2. Mahkamah udah sahkan MB DPulau sebagai MB Perak. Abih kome ameno nak apa lagi? Buatle koje untuk kesejahteraan rakyat. Biorle PR buat kojenye sebagai pembangkang. Koje sebagai pembangkang memangle mendedahkan keburukan ameno. Kawan kome ameno di Selangorpun tak pernah kata MB Khalid tu betui.

Ngape kome yang ameno ni marah sangat apabila ADUN PR angkat kertas A4 yang bertulih kome tu perompak dan penyamun dalam sidang DUN minggu lepas. Kalo kome ameno tak rompak dan tak samun negeri ini, nak heran apa dengan kertas A4 tu. Lantaknye le. Bila kome tunjukkan yang kome tu marah sangat, lagile rakyat bertambah paham yang kome ameno tu memang penyamun negeri.

Patutnya kome jumpa dan bagitahu rakyat. Kalo takut nak bubarkan DUNpun takpe. Kome naikkanle kain rentang besor2 yang ngatakan yang kome tu penyelamat negeri. Penyamun sebenor adalah PR, bukannye ameno. Yakinkan rakyat bahawa tindakan kome menjadikan tiga ADUN PR sebagai katak adalah dengan restu pengundi deme sendiri di Behrang, Changkat Jering dan Jelapang. Tapi dalam PRK Bukit Gantang, pengundi di DUN Changkat Jering masih tak sior pada ameno.

Oleh kerana ameno udah tak reti nak balas hujah dengan hujah. Ameno tak reti nak balas A4 dengan kain rentang. YB2 amenopun tak reti nak pikio macam mane nak tingkatkan lagi ekonomi negeri, maka ameno mengadu hei dengan istana. Ameno alihkan isu tak reti pikio nak tingkatkan ekonomi rakyat dengan memintak agar istana ambik balik pingat Dato' Seri dan pingat Dato' pada MB Nizar dan Ngeh Ko Ham. Kononnye deme berdua ni memimpin penderhakaan kepada istana. Terus terang ajele ameno oii. Bagitahu pada istana yang deme berdua tu derhaka pada ameno je. Tapi kalo kata derhaka pada ameno, rakyat tak heran. Kalo kata derhaka pada istana, orang ameno yang tak reti basepun akan marah pada PR. Istana kenale paham. Tarik balik gelaran tu demi selamatkan maruah ameno.

PR tak buat salah pada istana. Kalo istana nak ambik balik gelaran tu, ambikle. Jangan susahkan badan pegi istana mulangkan pingat tu. Teman yang ngundi PR ini tak pandangpun pemimpin berdasarkan gelaran istananya. Oleh itu jangan pertahankan gelaran tu. Biorle ameno menyalak di pagar istana. Takkanle istana sebodoh ameno ...

PRK P94 Hulu Selangor: 'Truck' Luar Biasa Masuk Kampong-Kampong

Tiba-tiba penduduk di Hulu Selangor menjadi gempar apabila suatu petang banyak 'truck' masuk ke kampong-kampong mereka. Setiap kampong di mana ada lorong akan dimasuki 'truck' tersebut.

"Apakah petanda sesuatu luarbiasa akan berlaku?" merungut seorang Pak Lebai berketayap lusuh.

Riuh rendah warung kopi Tok Jib mentertawakan Pak Lebai itu.

"Mana ada benda luarbiasa boleh berlaku zaman sekarang Pak Lebai", senda mereka yang berada dalam warung Tok Jib.

Tok Jib kata, "Kau orang jangan cakap sebarangan. Kan dia Pak Lebai. Pakai ketayap lagi. Orang pakai ketayap macam Tok Wali oh. Kau orang tak caya, ah baca sini ."

Sebelah senja, kira-kira menjelang Maghrib, orang-orang kampong lagi gempar dan riuh rendah, kerbau-lembu semuanya lari lintang pukang, ayam-itik bercempera bawa diri, anak-anak terpisah dengan ibu-bapa mereka, kerana zaman sudah berubah, dunia makin pendek usianya, tak pernah dalam hayat mereka menyaksikan duit berterbangan di udara.

Apa lagi, berebut-rebutanlah mereka mengejar duit berterbangan, menyerahdiri kepada mereka.......alahai.....

PRK Hulu S’ngor : Palanivel hampir pasti dicalonkan, Umno terus gigit jari?

Oleh Masdar Wahid
KUALA LUMPUR : Timbalan Presiden MIC Datuk G. Palanivel mengesahkan hanya namanya dicalonkan parti itu bagi Pilihan Raya Kecil Parlimen Hulu Selangor untuk pertimbangan Perdana Menteri.

"Presiden MIC hanya pilih saya sebagai calon. Ini kerana saya adalah ketua bahagian (MIC Hulu Selangor), Pengerusi MIC Selangor dan Timbalan Presiden. Kalau tidak hanya satu nama, calon lain mari akan timbul persaingan. Itu akan menggegarkan cawangan MIC di seluruh negara," katanya kepada Bernama di Batang Kali di sini.

Difahamkan MIC sebelum ini menyenarai beberapa nama kepada Pengerusi Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai calon pilihan raya kecil itu yang ditetapkan pada 25 April ini.

Palanivel, bekas wakil rakyat kawasan itu selama empat penggal sejak 1990 sebelum tewas pada pilihan raya umum 8 Mac 2008, disebut-sebut mewakili BN di kawasan itu walaupun ada desakan supaya diketengahkan calon daripada Umno.

Ditanya adakah beliau bersedia memberikan laluan kepada calon Umno, pemimpin nombor dua MIC itu mengakui ada usaha melobi calon lain, namun perkara itu terpulang kepada keputusan Perdana Menteri.

Pilihan raya kecil parlimen itu diadakan berikutan kematian penyandangnya daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Dr Zainal Abidin Ahmad akibat barah otak pada 25 Mac lepas.

Penamaan calon ditetapkan 17 April ini.- BERNAMA

Talian Hayat Umno-BN Sekat Portal Pro-Pakatan Rakyat

Oleh Norasikin Samsi
Pengerusi Majlis Pimpinan KEADILAN Pahang Datuk Fauzi Abdul Rahman mengutuk sekeras-kerasnya perbuatan pihak tidak bertanggungjawab yang menceroboh laman web Pahangkini.net.
Menurut beliau, perbuatan khianat seperti ini lazimnya didalangi oleh pimpinan tertinggi kerajaan Barisan Nasional  bertujuan bagi mengekang pengaliran maklumat dari blog dan laman web pro-Pakatan Rakyat daripada disampaikan kepada rakyat.
"Tindakan ini dipercayai berpunca daripada rasa tidak senang mereka (pemimpin Umno-BN) terhadap kesungguhan Pahangkini.net yang membongkar dan mendedahkan berita-berita berani, telus, bebas dan berintegriti, termasuklah mengkritik dasar kerajaan Umno-BN," katanya.
Beliau juga menyifatkan pemerintahan BN sebagai 'tempang' kerana melanggar Perlembagaan Negara yang antara lain terkandung di dalamnya mengenai kebebasan media untuk menyampaikan maklumat.
"Cara ini bertentangan dengan apa yang dilaungkan pemimpin negara, malah langkah yang diambil dengan jelas menunjukkan mereka ini terlalu takut berhadapan gelombang rakyat yang menuntut perubahan mutlak berlaku dalam institusi pentadbiran negara.
"Rakyat berhak untuk mendapatkan saluran media yang telus dan mendedahkan maklumat apa yang berlaku dalam negara.
Mereka tidak mempunyai pilihan lain selain mengakses media pembangkang kerana mereka bukannya bodoh untuk mengikut telunjuk Umno-BN yang berterusan menipu rakyat dan sudah pasti cara ini menambah sokongan rakyat kepada Pakatan Rakyat.
"Sebab ini jugalah menjadikan portal-portal yang memihak kepada Pakatan Rakyat menjadi tumpuan utama pelayar internet, bahkan kita dapati sekarang bilangan pembaca media cetak terutamanya Utusan Malaysia semakin menurun dan tiada sambutan," ujar beliau lagi.
Dalam pada itu, beliau melahirkan rasa tidak terkejut ke atas laporan pendedahan Suara Keadilan bilangan 221 bahawa erdapat usaha Umno yang dipercayai mengguna lebih RM300 juta dana awam untuk mengupah sekumpulan 300 penggodam komputer yang dibawa khas dari India.
"Saya memang percaya kerana cara ini merupakan talian hayat bagi menyekat rakyat memperoleh informasi yang tepat kerana sebelum ini berapa banyak penyelewengan yang dibuat Umno-BN dengan menggunakan dana awam untuk menutup kesalahan yang dibuat. Saya juga tidak hairan apabila selepas ini ada banyak lagi laman web pro-Pakatan yang mendapat nasib serupa," katanya.

Tol Naik Hingga 60 Peratus?

Oleh Rusnizam Mahat
Tidak cukup membebankan rakyat, kerajaan Barisan Nasional dijangka akan mengumumkan kadar kenaikan tol di beberapa lebuhraya di seluruh negara dalam masa terdekat.
Ini kerana Peringkat pertama kajian penstrukturan semula kadar tol lebuh raya telah selesai.
Unit Perancang Ekonomi (EPU) kini dalam proses perbincangan dengan pelbagai pihak di peringkat kerajaan serta syarikat konsesi lebuh raya berhubung perkara itu.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop berkata baru-baru ini, kerajaan sedang mencari kaedah bagi memastikan penstrukturan semula kadar tol itu tidak membebankan golongan berpendapatan rendah.
"Objektif kerajaan adalah untuk mengurangkan subsidi kerana ketika ini subsidi telah menjadi jumlah yang besar dan pada masa yang sama kita mahu memastikan ia tidak membebankan rakyat berpendapatan rendah," katanya seperti yang dilapor media minggu lalu.
Keputusan terbaru ini mengukuhkan kenyataan Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Phua yang menjangka bahawa kerajaan akan mengumumkan peningkatan kadar tol sebanyak 10 peratus hingga 60 peratus dalam waktu terdekat.
"Perdana Menteri dan Timbalannya mungkin akan mengumumkan bahawa kenaikan tol dalam masa terdekat. Tol yang terlibat termasuk tol Sprint, Kerinchi Link, Lebuh raya Utara Selatan dan mungkin termasuk Jambatan Pulau Pinang.
"Semua tol ini meningkat sebanyak 10 peratus hingga 60 peratus tambahan kadar tol. Ini menunjukkan bahawa konsesi-konsesi tol yang ditawarkan oleh kerajaan kepada syarikat konsesi ini memang tidak adil sebab tidak ada tempoh yang mapan," katanya.
Menurut Tony Phua, kenaikan tol di Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) contohnya telah ditangguhkan beberapa kali memandangkan kerajaan terpaksa menunggu masa yang sesuai sejak pilihan raya umum lalu. Tambah beliau, tahun lalu sahaja kerajaan membayar RM850 juta kepada Plus sebagai pampasan.
"Semasa konsesi ini diberikan kepada syarikat-syarikat ini, kepentingan rakyat tidak didahulukan, walaupun pada awalnya kadar tol masih rendah, tetapi setiap tahun kita nampak Plus dapat meningkatkan keuntungan sehingga 10 peratus iaitu RM1.5 bilion pada tahun lalu," ujarnya.
Menurutnya lagi, keadaan ini akan berterusan sehingga 2039 sedangkan kerajaan berupaya membebaskan tol dari syarikat konsesi dalam masa tujuh tahun. Justeru, beliau menggesa kerajaan supaya mengambil langkah untuk mengambil alih sistem tol di Malaysia yang membebankan rakyat.
"Banyak tol ini kita dapat beli balik dengan harga yang lebih rendah sebab dalam perjanjian, diperuntukkan bahawa kerajaan boleh membeli balik tol dengan kadar kos pembinaan dicampur keuntungan yang minimal bagi pihak konsesi.
"Dalam pengiraan kita mengikut kadar yang dibuat sekarang oleh pihak pengguna, wang dari peruntukan tol dapat membayar balik semua pembiayaan kerajaan dalam masa tujuh tahun dan selepas itu lebuhraya-lebuhraya ini sebenarnya dapat dibebaskan dari cengkaman tol," katanya.

Najib: Rakyat mula tidak yakin PKR

Oleh Shazwan Mustafa Kamal
HULU SELANGOR, 3 April — Datuk Seri Najib Razak meraikan ulang tahun pertama kepimpinannya sebagai perdana menteri keenam dengan menyelar Parti Keadilan Rakyat (PKR) sambil mendakwa komponen Pakatan Rakyat (PR) itu sudah kehakisan kepercayaan rakyat.
Perdana Menteri turun ke bahagian Parlimen Hulu Selangor sejak pagi ini sehari selepas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengumumkan tarikh pilihan raya kecil, yang dipercayai bakal menyaksikan saingan sengit.
Semalam, Hulu Selangor menyambut kedatangan timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin.
“Ramai anggota dalam PKR sudah hilang kepercayaan terhadap parti ini. Lihat pada bekas setiausaha agung PKR Sallehuddin Hashim... pada satu masa dulu beliau merupakan antara orang utama merancang usaha mengambil alih kerajaan Barisan.
“Beliau sudah meninggalkan parti, hilang kepercayaan terhadap parti,” kata Najib (gambar) ketika berucap di hadapan kira-kira 2,000 orang, kebanyakannya masyarakat India dan Melayu di kawasan Felda Sungai Tengi di sini.
Pengerusi BN itu kemudian menyenaraikan nama pemimpin-pemimpin yang meninggalkan PKR iaitu bekas ketua Angkatan Muda Keadilan Mohd Ezam Md Noor, Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu Zulkifli Noordin dan bekas timbalan ketua menteri I Pulau Pinang Mohd Fairus Khairuddin.
“Ezam, yang satu ketika dulu ketua pemuda PKR, yang satu ketika pernah masuk penjara demi (Datuk Seri) Anwar Ibrahim, kemudian meninggalkan PKR. Anwar meminta dia melawan saya, untuk memfitnah saya tetapi dia tidak mahu berbuat demikian,” katanya.
“Seorang lagi ialah Zulkifli Noordin, kini seorang lelaki yang berprinsip.
“Anda boleh mengatakan dia lelaki yang berprinsip kerana dia memakai ketayap... tanya Zul mengenai Altantuya.
“Dia sendiri yang mengatakan, Datuk Seri Najib tidak terlibat dalam kes pembunuhan. Dan, dia harus tahu kerana dia peguam mewakili salah seorang yang tertuduh,” katanya.
Dengan ditemani Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar dan Timbalan Presiden MIC Datuk G. Palanivel, Presiden Umno ini menjelaskan dengan panjang lebar bahawa beliau tidak kena-mengena dengan kes pembunuhan wanita Mongolia Altantuya Shaariibuu empat tahun lalu.
“Saya telah bersumpah, bersumpah di masjid bahawa saya tiada kaitan langsung dengan Altantuya.
“Adakah dia (Anwar) boleh melakukan perkara yang sama dalam kesnya?” kata Najib yang merujuk kepada kes liwat kedua yang Ketua Umum PR itu sedang hadapi sekarang.
Meskipun kehadiran pada majlis itu agar besar, tetapi para hadiran dilihat bersikap endah tidak endah memandangkan mereka jarang bertepuk atau bersorak ketika Najib menyampaikan ucapannya.
Perdana Menteri mengambil kesempatan untuk mengingatkan mereka yang hadir mengapa mereka harus mengundi BN, tidak kira sama ada calon itu dari Umno, MIC ataupun MCA.
“Kawasan ini sentiasa berada di bawah BN. Jika anda mengundi BN, anda mengundi untuk masa depan yang lebih baik. Kita ada Datuk G. Palanivel di sini.
“Dalam Umno, MIC, MCA, sentiasa wujud persefahaman, kemenangan bagi sesiapa sahaja daripada kalangan kita adalah kejayaan buat BN.
“Itu yang sangat penting dan ini yang kita lakukan sepanjang beberapa generasi lalu sejak era bekas perdana menteri-perdana menteri kita,” katanya.
Najib memberitahu peruntukkan yang diberikan hari ini bukan kerana menjelang pilihan raya kecil 25 April ini tetapi kerana beliau yang sentiasa menunaikan apa yang diperkatakan.
“Apabila saya mengumumkan sesuatu, saya akan tunaikan kata-kata saya.
“Sebanyak RM6 juta telah diberikan untuk tujuan infrastruktur... RM650,000 akan diberikan kepada kerja-kerja memperbaiki masjid dan juga kemudahan awam,” katanya.
Program Najib bermula pagi ini dengan pelancaran Yayasan Kelana Ehsan Foundation dan pertemuan dengan peneroka-peneroka Felda di Felda Sungai Tengi Felda.
Lawatan Najib akan berakhir petang ini dengan pertemuan bersama mastarakat India dan Cina di kawasan Kuala Kubu Baru.
BN dijangka menurunkan semula Palanivel yang tewas dalam pilihan raya umum ke-12 Mac 2008.