Jumaat, 2 April 2010

SETAHUN ISTERI NAJIB JADI PM....HA....HA..HA....

Chew tetap bertahan meskipun di hujung tanduk..ha...ha..ha...macam-macam ada maaa........

Di sebalik asakan menuntut beliau mengotakan janjinya untuk melepaskan jawatan Ketua Wanita MCA sekiranya, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek memenangi pemilihan presiden parti itu, Datin Paduka Chew Mei Fun enggan berbuat demikian.

"Saya telah menyatakan selepas keputusan pemilihan diumumkan bahawa 'pendirian saya tidak berubah'. Saya telah nyatakan pendirian saya itu dengan jelas.

"Mengen
ai bila dan di mana saya patut mengumumkan keputusan saya, saya berpandangan bahawa saya tidak perlu mengikut jadual sesiapa," katanya dalam satu kenyataan.

Chew pada pemilihan parti itu Ahad lalu adalah penyokong kuat bekas presiden Tan Sri Ong Ka Ting.

Sejak kebelakangan ini, penentangnya mula menghambur pelbagai sms, panggilan telefon dan email supaya memaksanya melepaskan jawatannya.

Terbaru, sekumpulan penentangnya menggunakan Facebook bagi membuat tuntutan berkenaan.

Kumpulan itu yang mempunyai lebih 2000 peminat memaparkan gambar kartun Ketua Wanita itu memakai apron sambil memegang sepinggan 'Meehon' dengan kata-kata “Bantu Chew untuk menggoreng dirinya”.

Kata-ka
ta sindiran itu dalam bahasa Cina mempunyai sebutan yang sama dengan nama Chew.

Chew sekembalinya dari tugasan rasmi di Bangkok sebagai Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, menegaskan pendirian yang dibuatnya sebelum keputusan pemilihan parti Ahad lalu tidak berubah.

Katanya, beliau akan membuat satu kenyataan rasmi selepas mesyuarat pertama jawatankuasa pusat sayap pada Khamis ini.

Ketua Wanita itu dilaporkan oleh Bernama sebagai berkata walaupun keputusan yang akan diumum beliau bukan perkara besar, beliau masih perlu memastikan langkah-langkah yang sepatutnya telah diambil.

"Sebagai Ketua Wanita saya memikul banyak sokongan dan harapan. Mereka mempunyai hubungan yang rapat dengan saya dan kami berkongsi matlamat yang sama.

“Justeru saya berasa perlu untuk memberikan mereka ruang bagi meluahkan pandangan sebelum saya mengumumkan keputusan saya," katanya.

"Saya tidak akan mengelak. Saya akan bertemu dengan banyak pihak yang telah meminta untuk berjumpa dengan saya. Sebaik sahaja mereka telah menyatakan pandangan mereka, saya akan jelaskan kepada mereka mengenai keputusan yang telah saya buat dan pendirian saya," katanya.

Chew berkata beliau juga telah menerima banyak khidmat pesanan ringkas (SMS), emel dan panggilan telefon memujuknya agar kekal dengan jawatan itu.

"Saya berharap apabila saya membuat kenyataan selaras dengan hasrat awal saya, hanya gelombang kecil akan tercetus dan pada masa yang sama tidak menyebabkan perpecahan dalam parti," katanya.

Pak Mufti Harussani, Balaci Terhormat UMNO, Jom Kita Berjudi!

oleh : blog kerajaan rakyat


Ke mana pulak Mufti Haramsani? Tolong komen sikit..

THE Malaysian government, facing its most serious budgetary crisis in decades, is leaning towards allowing gaming tycoon Vincent Tan Chee Yioun to revive a potentially lucrative gaming concession.

Government sources and financial executives close to the businessman said Prime Minister Najib Razak's administration has agreed in principle to allow Tan Sri Tan, who controls the Berjaya Group, to proceed with the concession, which permits nationwide 'off site' sports betting.

'The economic rationale for allowing this is very compelling, but the PM has to weigh the political fallout because the opposition will have a field day,' said a government official close to the situation. Mr Tan, one of Malaysia's most politically well-connected businessmen, declined comment.

Bankers close to the businessman said that he had been actively lobbying the government for the past six months to allow him to activate his licence.

He told the government that it was losing hundreds of millions of dollars in foregone tax revenue to illegal betting syndicates. - MalaysiaUpdate

Masalah Banjir Kampung Sentosa Selesai ..ha..ha..hikmah pilihanraya kecil...gula-gula dan macam-macam janji ada...!!! sendiri mau ingat maa.....!!!


HULU SELANGOR: Masalah banjir yang dihadapi penduduk Kampung Sentosa, Batang Kali di sini bakal diatasi apabila kerajaan hari ini mengumumkan peruntukan sebanyak RM2 juta bagi menaik taraf sistem perparitan di kawasan berkenaan.
Pengumuman berkenaan dibuat Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin selepas mendengar taklimat banjir di perkaranganMasjid As-Sajirin, Kampung Sentosa di sini hari ini.
Beliau sebelum itu turut menunaikan solat Asar di masjid berkenaan bersama penduduk kampung.
Muhyiddin berkata, kerajaan pusat memandang berat masalah banjir yang dihadapi oleh kira-kira 2,000 penduduk Kampung Sentosa.
"Kita faham masalah ini sudah dihadapi begitu lama oleh penduduk di sini, jadi saya harap dengan peruntukan ini, masalah ini akan dapatkita hapuskan sepenuhnya," katanya semasa berucap ringkas di sini hari ini.
Peruntukan RM2 juta itu adalah bagi menaik taraf pembentong sedia adaserta untuk kerja-kerja melebarkan sistem perparitan di sepanjang jalan kampung berkenaan.
Kali terakhir Kampung Sentosa mengalami masalah banjir adalah pada April 2009 dan mengikut rekod paras air tertinggi ketika itu mencecah kepada 1 meter.
Dalam taklimat oleh wakil Jabatan Kerja Raya (JKR) Batang Kali itu, Muhyiddin turut menerima permohonan penduduk kampung bagi menaik taraf jalan raya sedia ada yang dianggarkan bernilai RM7 juta.
Bagaimanapun beliau berkata kerajaan pusat mahu menumpukan kepada langkah mengatasi masalah banjir yang membimbangkan.
"Masalah jalan kita boleh selesaikan kemudian dan ia boleh dibawa pada RMK-10 nanti.
"Sekarang kita fokus kepada usaha atasi banjir dahulu," katanya yang turut mengarahkan JKR supaya menjalankan kerja menaiktaraf berkenaan dengan segera.

Kemerdekaan Sabah, Sarawak: Kes menuju Bangsa-Bangsa Bersatu

Oleh Athi Shankar
un sabah n sarawak1 copy GEORGE TOWN:  Sekumpulan aktivis sosial dan tokoh politik ternama dari Malaysia Timur sedang menimbang dengan serius untuk menarik Sabah dan Sarawak keluar dari Persekutuan Malaysia.
Mereka merancang membawa kes ini kepada Bangsa-Bangsa Bersatu bagi mengendalikan pungutan suara (referendum) mengenai status negeri-negeri Borneo sebagai negara-negara yang merdeka.

Mereka tidak mahu lagi negeri-negeri ini berada di bawah cengkaman pentadbiran Umno-Barisan Nasional di Putrajaya.
Kumpulan ini telah mendapatkan nasihat undang-undang dari masyarakat antarabangsa untuk meneroka semua kaedah demokrasi yang wujud bagi mengisytiharkan Sabah dan Sarawak sebagai negara-negara yang berdaulat secara berasingan.
Sumber-sumber berkata kumpulan ini ingin melihat supaya tidak berlaku sebarang bentuk rusuhan awam, penumpahan darah dan konflik bersenjata dengan kerajaan pusat, yang biasa dikaitkan dengan gerakan-gerakan pemisah.
"Mereka mahu menyelesaikan isu-isu yang terdesak dengan cara aman dan bertamadun," kata sumber itu.
Adalah difahamkan seramai tujuh wakil dari kumpulan ini telah menemui P Waytha Moorthy, pengerusi Hindraf yang menetap di London di Indonesia awal minggu ini untuk membincangkan perkara itu.
Sumber-sumber yang rapat dengan kumpulan itu berkata para aktivis itu mendapatkan bantuan Waytha Moorthy bagi dilantik sebagai wakil di Bangsa-Bangsa Bersatu.
Waytha Moorthy dipercayai bersetuju untuk membantu mereka, dengan bantuan beberapa pertubuhan antarabangsa yang berpengaruh.
Baru-baru ini Waytha Moorthy menyalurkan rasa tidak puas hati dan permasalahan mereka terhadap kerajaan persekutuan di parlimen United Kingdom.
Merampas dan mengikis hasil negeri secara sistematik
Kumpulan aktivis ini begitu kecewa dengan tindakan kerajaan pusat melanggar hak negeri, kepentingan dan faedah untuk rakyat selama lebih empat dekad sejak pembentukan Kerajaan Persekutuan pada 1963.
Kumpulan ini marah dengan perampasan dan mengaut hasil mahsul negeri secara sistematik oleh Umno dan kroni-kroninya," kata sumber itu.
Sabah, Sarawak, Malaya dan Singapura menyertai Malaysia dalam 1963.
Bagaiamanapun, Singapura meninggalkan Persekutuan Malaysia pada tahun 1965.
Para aktivis dari Sabah dan Sarawak percaya sama seperti Singapura, negeri-negeri mereka juga boleh dikeluarkan dari Malaysia.
Sabah dan Sarawak merupakan dua buah negeri yang kaya dengan sumber asli di Malaysia, dengan potensi kekayaan simpanan gas dan perhutanan yang melimpah ruah.
Bagaimanapun, rakyat Sabah dan Sarawak yakin mereka akan kekal miskin disebabkan oleh "manipulasi dan penindasan" ke atas hak kuasa mereka untuk mentadbir kehidupan sendiri.
Tidak berpuas hati dengan wang petroleum
Mereka tidak berpuas hati dengan hanya mendapat lima peratus wang royalti hasil pengeluaran minyak dari negeri mereka, manakala pentadbiran Putrajaya "mencuri" 95 peratus dari wang petroleum.
"Rakyat Sabah dan Sarawak sedar bahawa mereka mendapat bahagian yang tidak adil.  Mereka tahu adanya "rompakan pada siang hari" terhadap sumber kekayaan kurniaan Allah," kata sumber itu.
KaIau lain ialah mengenai kewujudan kira-kira 1.7 juta pendatang tanpa izin sebagai warga negara Sabah yang telah mendapat taraf kerakyatan yang sah.
Orang-orang Sabah menganggap para pendatang tanpa izin ini, kebanyakannya beragama Islam dari Filipina dan Indonesia sebagai peninggalan Dr Mahathir Mohamad.
"Kerajaan ketika di bawah pentadbiran Dr Mahathir secara sistematik membawa masuk orang-orang asing ini dan memberi mereka kerakyatan.
Kini mereka memegang MyKad yang sah di Sabah. Ini merupakan satu keadaan yang melampau dan pelik," kata sumber itu.
Isu pendatang tanpa izin di Sarawak tidak seburuk di Sabah walaupun kemudaratannya adalah sama.
‘Memperkosa khazanah hutan’
Isu utama di Sarawak ialah "perkosaan terhadap kekayaan hasi mahsul perhutanan" oleh kerajaan Taib Mahmud yang disokong oleh Umno dengan mengenepikan hak-hak penduduk pribumi.
Orang-orang pribumi juga marah terhadap penindasan ke atas hak tanah adat oleh pihak berkuasa meskipun mahkamah persekutuan memutuskan sebaliknya.
Penduduk Sabah dan Sarawak juga dikatakan tidak senang dengan proses "memelayukan dan mengislamankan", yang meresap masuk ke dalam sistem politik dan birokrasi mereka.
Para aktivis mendakwa kerajaan persekutuan telah melantik penduduk-penduduk tempatan yang beragama Islam untuk menerajui jabatan-jabatan kerajaan dan di beberapa portfolio di peringkat kementerian untuk mempercepatkan proses ini.
"Pemimpin-pemimpin Islam dan ketua-ketua birokrasi ini adalah patung yang mengikut rentak tarian tuan-tuan mereka di Putrajaya," kata sumber itu.

Gara-gara cuti bersalin: Chong Eng digantung sehari

0 Oleh Rahmah Ghazali
KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Bukit Mertajam dari DAP, Chong Eng telah digantung sepanjang baki hari ini pada prosiding Dewan Rakyat apabila bertikam lidah dengan Bung Mukhtar Radin (BN-Kinabatangan).
Pertikaman lidah bermula apabila ahli-ahli parlimen wanita Pakatan Rakyat bangun untuk menyoal Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Shahrizat Abdul Jalil mengenai isu cuti bersalin bagi kakitangan-kakitangan kerajaan.

Menurut Chong Eng, kerajaan persekutuan, tidak seperti kerajaan pimpinan Pakatan Rakyat di Selangor, memberi cuti bersalin hanya 60 hari dan bukan 90 hari.
Pada ketika ini, Bung Mukhtar bangun dan berhujah bahawa kerajaan telah melaksanakan kemudahan cuti bersalin selama 90 hari.
"Kerajaan telah pun memberi cuti 90 hari walaupun mereka hanya meminta 60 hari," kata beliau, lalu dibantah oleh ahli-ahli parlimen pembangkang.
Chong Eng kemudian menuduh Bung Mukhtar berbohong.  Sebagai tindak balas, ahli parlimen BN itu melabel ahli parlimen DAP itu sebagai "kaki manipulasi".
Keadaan menjadi bertambah hangat apabila Chong Eng membangkitkan Perintah Tetap 36 (12) untuk dikenakan ke atas ahli parlimen Sabah itu kerana mengelirukan dewan.
Pada masa sama Chong Eng menggesasupaya Timbalan Speaker Ronald Kiandee mengambil tindakan terhadap Bung Mukhtar
Bagaimanapun, Kiandee menyatakan Bung Mukhtar tidak bermaksud apa yang dikatakannya dan beliau hanya berjenaka.  Oleh itu, tiada sebarang tindakan akan diambil terhadap beliau.
Insiden ini telah mencetuskan protes baru dan Kiandee mengambil tindakan untuk menggantung Chong Eng sepanjang baki hari kerana beliau enggan mengalah.

Noh: BN guna cara ofensif hadapi saingan di Hulu Selangor

Oleh G.Manimaran
HULU SELANGOR, 2 April — Beberapa jam selepas Suruhanjaya Pilihan Raya  mengumumkan tarikh pilihan raya kecil kerusi Parlimen Hulu Selangor, Datuk Seri Noh Omar berkata Barisan Nasional (BN) akan menggunakan pendekatan ofensif menghadapi saingan kali ini.
“Kalau selama ini kita menggunakan cara defensif, mulai sekarang kita akan menggunakan cara ofensif,” kata Timbalan Pengerusi Umno Selangor ini ketika ditemui pemberita di Kg. Sentosa, Batang Kali di sini petang ini.
Terdahulu beliau mengiringi Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin yang mengadakan lawatan ke Ulu Yam dan Batang Kali.
Pilihan raya kecil kerusi Parlimen Hulu Selangor merupakan yang pertama di Selangor sejak pilihan raya umum Mac 2008.
Ia akan berlangsung 25 April yang merupakan hari pengundian.
Sementara kerusi Parlimen jatuh ke tangan Pakatan Rakyat, yang kini memerintah kerajaan negeri, tiga kerusi Dewan Undangan Negeri pula dikuasai BN.
Noh yang memainkan peranan sebagai pengarah jentera pilihan raya kecil kerusi Parlimen Hulu Selangor pihaknya mempunyai cukup isu untuk berhadapan dengan pembangkang.
“Oleh kerana mereka guna cara serang, kita juga akan menggunakan cara serang pembangkang,” katanya.
“Pembangkang banyak tembelang... kita perlu mendedahakannya. Kami tidak akan guna pendekatan defensif,” kata anggota Kabinet persekutuan ini.
Noh juga berkata beliau sudah sedia mengetahui isu-isu yang Pakatan Rakyat hendak bangkitkan dalam pilihan raya kecil ini.
Antara isu yang bakal dibawa BN-Umno ialah kegagalan merealisasikan projek pembinaan kampus Universiti Teknologi Mara (UiTM) di Serendah, yang terletak dalam bahagian Parlimen Hulu Selangor.
Kerajaan pusat mendakwa kerajaan negeri menghalang projek berkenaan yang diluluskan tiga tahun yang lalu.
Kata beliau, pembangkang lazimnya akan membawa isu-isu yang telah dibangkitkan di Parlimen.
“Jadi kita tahu isu yang mereka akan bawa, ada banyak modal yang kita boleh gunakan,” kata beliau sambil membidas pembangkang yang keluar Dewan Rakyat semalam ketika titah ucapan diraja hendak diluluskan.
Noh memberitahu tindakan itu satu perbuatan menghina Yang di-Pertuan Agong.
Mengenai soalan bila nama calon BN akan diumumkan, Noh berkata perkara itu perlu ditanya kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
Najib juga Pengerusi Umno Selangor.
Berhubung tuntutan Umno agar BN meletakkan calon parti itu, beliau menjelaskan, pihaknya akan menyokong siapa sahaja wakil diputuskan oleh pucuk kepimpinan.
“Ini parti BN, apa jua keputusan kepimpinan saya berharap akan diterima, kami akur,” katanya.

Push for Sabah, S'wak's independence: Next stop UN

By Athi Shankar
GEORGE TOWN: A group of prominent politicians and social activists from East Malaysia are seriously contemplating pulling out Sabah and Sarawak from the Federation of Malaysia.
They are planning to take up their case to the United Nations to hold a referendum on the status of the Borneo states as independent nations.
They no longer want their states to be under the clutches of the Umno-led Putrajaya administration.
The group has already sought legal advice from the international community to explore all orderly and democratic means to legally declare Sabah and Sarawak as separate sovereign states.
Sources said the group was keen to avoid any civil unrest, bloodshed and armed conflict with the central government, features usually associated with separatist movements.
“They want to resolve the pressing issue by peaceful and civilised means,” said the source.
It’s learnt that about seven representatives from the group met London-based Hindu Rights Action Force (Hindraf) chairman P Waytha Moorthy in Indonesia early this week to discuss the matter.
Sources close to the group said the activists sought Waytha Moorthy’s help to facilitate their imminent representation in the UN.
It’s learnt that Waytha Moorthy had agreed to assist them, with the help of several influential international organisations.
Waytha Moorthy recently facilitated a group of activists to air their grouses and grievances against the federal government at the UK Parliament.
'Systematic looting and plundering'
The group of activists are deeply perturbed by the federal government’s alleged violations of the states’ rights, interests and benefits for more than four decades since the formation of the Federation of Malaysia in 1963.
“The group is angry over the systematic looting and plundering of the states’ wealth by Umno and its cronies,” said a source.
Sabah, Sarawak, Malaya and Singapore formerly joined Malaysia in 1963. However, Singapore left the Federation in 1965.
The Sabah and Sarawak activists believe that just like Singapore, their states too can pull out from Malaysia.
Sabah and Sarawak are two natural resources rich provinces in Malaysia, with massive wealth potentials in oil reserves and forestry.
However, Sabahans and Sarawakians are convinced that they have remained poor due to the federal government's “manipulation and usurpation” of their power to self-determine their own affairs.
Unhappy over petro dollars
They are crying foul over the mere five percent royalty cut received for their own oil, while the Putrajaya administration “steals” 95 percent of petro dollars.
“People from both Sabah and Sarawak realise that they are being short-changed. They know there has been daylight robbery of their god-given richness,” said a source.
Another contentious issue is the existence of an estimated 1.7 million illegal immigrants as rightful citizens in Sabah.
Sabahans termed the illegal immigrants, mostly Filipino and Indonesian Muslims, as former premier Dr Mahathir Mohamad’s legacy.
“The government since under Mahathir has systematically brought in these aliens and granted them citizenships. These aliens are now legal MyKad holders in Sabah. It’s absolutely outrageous and ludicrous,” said the source.
The illegal immigrant issue in Sarawak is not as disturbing as in Sabah although it is equally damaging.
'Raping of forest wealth'
The major issue in Sarawak is the “raping of state forest wealth” by the Umno-backed Taib Mahmud’s government at the expense of the indigenous population.
The natives are also disgruntled by the usurpation of their customary land rights by the authorities despite a recent apex court ruling against it.
Sabahans and Sarawakians are also said to be peeved with the “Malay-nisation and Islamisation” process of their states’ bureaucracy and political systems.
Activists claimed that the federal government had appointed native Muslims to helm various ministerial portfolios and government departments to hasten and fasten this process.
“These Muslim leaders and bureaucratic heads are puppets dancing to the tune played by their masters in Putrajaya,” said the source.

PERKASA tuntut MCA, Gerakan, akhbar mohon maaf...ha..ha..ha..Perkosa...!!!

Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) memberikan tempoh 48 jam kepada dua pemimpin Cina - daripada MCA dan Gerakan - serta dua akhbar berbahasa Cina supaya memohan maaf secara terbuka kerana "melabelkan NGO itu sebagai perkauman".

Ketua Wi
ranya Arman Azha Abu Hanifah berkata, pihak-pihak tersebut ialah timbalan setiausaha Pemuda MCA Low Chew Jun, Ketua Gerakan Pulau Pinang Datuk Teng Hock Nam, akhbar Sin Chew Daily dan China Press.
"Kita bukan pertubuhan perkauman dan berhaluan kanan. Semua ini berlaku apabila mereka tidak melihat kepada diri sendiri, tetapi banyak melihat kepada kesalahan orang lain.

"Saya nak bertanya kepada pemimpin MCA dan Gerakan, kamu sebagai warganegara Malaysia dan parti komponen BN, adakah (tindakan kami) mempertahankan pelembagaan Malaysia dianggap sebagai perkauman?" kata Arman Azha.

Bercakap dalam sidang media di sekretariat PERKASA di ibu negara petang ini, Arman Azha berkata, NGO itu ditubuhkan bagi mempertahankan perkara-perkara dalam perlembagaan, seperti hak-hak keistimewaan orang Melayu dan kedaulatan raja-rajanya.

“Kita hanya mempertahankan Perlembagaan Persekuktuan dan fasal-fasalnya. Dan kaum lain tidak perlu risau tentang hak-hak sah mereka yang dijamin dalam perlembagaan persekutuan," katanya.

Sementara itu, Arman Azha turut menuntut pemimpin tersebut memohon maaf kepada mantan perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang didakwanya turut diberikan label yang sama.

Arman Azha juga mendesak pucuk pimpinan MCA dan Gerakan dapat mengambil tindakan tegas dengan kepada Teng dan Low ekoran tindakan mereka atau ia akan memberikan kesan kepada BN dalam pilihan raya kecil Hulu Selangor hujung bulan ini.

Mengulas mengenai laporan Sin Chew Daily, Arman Azha berkata, walaupun tulisannya - terutamanya berhubung isu mencabut keris dalam mesyuarat agung NGO itu Sabtu lalu - adalah salah, PERKASA tidak akan mengambil langkah drastik dengan membakar akhbar tersebut.

"Kami bukan orang Barbar. Kami menghormati kebebasan bersuara untuk mewujudkan demokrasi berlandaskan perlembagaan negara,” kata Arman Azha.

Dalam sidang media itu, PERKASA turut mengedarkan tiga keratan laporan akhbar China Press bertarikh 28 Mac dan terjemahan artikel Sin Chew Daily bertarikh 30 Mac lalu yang didakwanya tidak tepat.

H1N1: Kementerian Kesihatan Berwaspada

Kes selsema influenza A H1N1 dikesan di seluruh negara, meletakkan Kementerian Kesihatan dalam keadaan berjaga-jaga.
Antara 21 dan 27 Mac sahaja, seramai 83 orang di Selangor, Melaka dan Terengganu dikesan menghidap virus itu.
Pengarah Tan Sri Dr Ismail Merican berkata kes-kes ini menunjukkan bahawa virus H1N1 masih aktif.
Dari 83 orang itu, 15 adalah pekerja Hospital Serdang, 16 Ladang Sime Darby Merlimau di Melaka, 31 Madrasah Tahfiz Raudatul Muslihin Masjid Tanah Melaka, 7 IKM Jasin Melaka, 9 Rumah Anak Yatim Vidyalaya Kuala Kubu Baru dan 5 dari Sekolah Menengah Agama Rantau Abang Terengganu.

145 Ahli Parlimen Seluruh Dunia Tuntut Gugurkan Kes Anwar..kan dah kata...ahli mesyuarat parlimen dunia lak bantah kes liwat 2....!!!!!

BANGKOK 2 Apr - Mesyuarat ke-122 Himpunan Ahli-ahli Parlimen Sedunia (IPU) di Bangkok hari ini sebulat suara mendedak kerajaan Malaysia menggugurkan pertuduhan liwat ke atas Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berdasarkan kepada dua laporan perubatan yang menolak kemungkinan perbuatan tersebut berlaku.
Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di Bangkok, IPU berkata badan tersebut amat bimbang terhadap pertuduhan dan prosiding terhadap Anwar yang dianggap tercalar dan hampir sama dengan perbicaraan kes yang serupa pada 1998.
Mesyuarat IPU semalam yang menghimpun Ahli-ahli Parlimen dari 145 negara diseluruh dunia menyatakan bahawa Jawatankuasa Hak Asasi Ahli Parlimen akan melaporkan keputusan sebulat suara berhubung perbiacraan Anwar kepada Lembaga Pengelola IPU.
Resolusi tersebut dibentangkan kepada Lembaga Pengelola IPU oleh pengerusi jawatankuasa tersebut, Senator Aquilino Q Pimentel Jr untuk diterimapakai.
"Adalah amat membimbangkan anggota pasukan pendakwaan yang terlibat dalam perbicaraan kes liwat yang pertama, yang mana Ketua Pendakwa ketika itu kini dilantik sebagai Peguam Negara. Beliau dituduh merekacipta bukti terhadap Anwar dan kini terlibat sekali lagi dalam perbicaran terkini. Pasukan pembelaan Anwar telah dinafikan dokumen dan bukti dan dihalang daripada menyediakan pembelaan yang tuntas.
"IPU berpendirian bahawa pembelaan adalah sebahagian daripada elemen keadilan dalan sesuatu perbicaraan dan kegagalan memberi hak kepada pasukan pembelaan dan sebarang keputusan mahkamah hasil daripada tindakan itu dianggap pada dasarnya ditolak," tegas IPU.
Badan itu juga meminbta Setiausaha Agung IPU supaya memastikan wakil IPU akan berada sebagai pemerhati dalam perbicaraan akan datang.
IPU juga meminta Jawatankuasa Hak Asasi Ahli Parlimen agar terus meneliti kes yang sabitkan kepada Ahli Parlimen Permatang Pauh itu dan menyediakan laporan pada mesyuarat IPU ke-123 pada Oktober 2010.
 Tiga wakil Pakatan Rakyat yang hadir termasuk Ahli Parlimen Petaling Jaya Selatan, Hee Loy Sian, Ahli Parlimen Kota Melaka, Sim Tong Him dan Senator Mumtaz Md Nawi.
IPU adalah sebuah organisasi yang dianggotai oleh Ahli Parlimen dari seluruh dunia dan ditubuhkan pada 1889.
Ia berfungsi sebagai wadah dialog antarabangsa yang berjuang untuk keamanan dan kerjasama serta mengukuhkan sistem demokrasi.

Sebat Kartika bukan Hudud, boleh dipinda..kata Mufti UMNO laa....!!!

Sultan Pahang berhak meringankan hukuman terhadap Kartika Sari Dewi Sukharnor kerana bekas model itu tidak dibicarakan mengikut hukum hudud “yang bersifat tetap dan tidak boleh dipinda”, kata Mufti Perak.

Tan Sri Harussani Zakaria (kanan) berkata, hukuman sebatan yang dijatuhkan terhadap Kartika sebelum ini bukanlah hukum hudud, sebaliknya hanya takzir yang tertakluk kepada pindaan oleh pemerintah.

“Hukuman hudud menetapkan 80 rotan (kepada pesalah yang meminum arak). Tetapi hukuman yang dijatuhkan terhadap Kartika tidak sampai kepada hukum hudud.

“Ia hanya takzir yang boleh diubah. Hukum hudud tidak boleh diubah sama sekali,” katanya.

Harussani diminta mengulas kenyataan Persatuan Peguam-peguam Muslim Malaysia (PPMM) yang dukacita terhadap perintah Sultan Pahang yang berkenan menggantikan hukuman sebat terhadap Kartika dengan kerja-kerja khidmat kemasyarakatan.

Menurut persatuan tersebut, perintah tersebut tidak mengambil kira hasrat Kartika yang mahu disebat secara syarie dan ia “dikhuatiri tidak mempunyai keabsahannya di sisi undang-undang”.

Ketika dihubungi Malaysiakini hari ini Harussani berkata, menurut peruntukan takzir, pemerintah atau sultan mempunyai hak untuk mengubah peruntukan-peruntukan dalamnya.

Undang-undang kesalahan jenayah syariah terbahagi kepada tiga, iaitu hudud, qisas dan takzir.

Undang-undang mesti dijalankan dengan tegas

Peruntukan hudud melibatkan enam kesalahan iaitu murtad, minum arak, berzina, mencuri, merompak dan qazaf. Manakala qisas pula hukuman balas, seperti pembunuh akan dibunuh balas.

Kategori takzir pula kesalahan selain daripada hudud dan qisas yang mana hukumannya tertakluk kepada budi bicara pemerintah.

Sementara itu, bekas mufti Perlis Dr Mohd Asri Zainul Abidin (kiri) mempunyai pandangan yang berbeza apabila khuatir peringanan hukuman terhadap Kartika mengambarkan “seolah-olah kuasa raja mengatasi undang-undang”.

“Mungkin dalam kes Kartika ini (peringanan hukumannya) nampak positif. Tetapi esok-esok dikhuatiri boleh berlaku perkara lain pula.

“Kita bimbang nanti kerabat dan orang kenamaan yang melakukan kesalahn juga diampunkan,” katanya ketika dihubungi Malaysiakini hari ini.

Dr Mohd Asri berkata, menurut pengalaman dalam sejarah Islam, pelaksaan sesuatu hukuman yang dijatuhkan mahkamah mesti dijalankan dengan tegas walaupun melibatkan sesiapa sahaja.

Katanya, terdapat satu kes pada zaman Rasullaah, seorang penzina daripada golongan bangsawan tidak diampunkan walaupun setelah merayu.

Tambahnya, penegasan terhadap keperluan melaksanakan hukuman tergambar dalam sabda Rasulullah: “Jika anakku Fatimah binti Muhammad mencuri, nescaya aku potong tangannya.”

"Pengampunan" Kartika Akan Timbul Implikasi

AKHIRNYA Kartika Saridewi Sukharno tidak disebat. Dengan kuasa yang ada kepadanya, Sultan Pahang yang menjadi tunggak dalam bidang agama, janda dua anak yang didapati bersalah meminum arak di khayalak ramai di negeri Pahang oleh Mahkamah Syariah negeri berkenaan itu diberi 'pengampunan'. Hukuman sebat ditukar dengan kerja sosial selama tiga minggu.

Kini Kartika boleh tersenyum puas dan bersyukur kepada Allah. Beliau tidak perlu gerun menghadapi sebatan, dan hanya perlu berkerja sosial saja.

Dosa kesalahannya itu hanya Allah saja yang tahu. Dari segi hukum dan undang-undang dia telah menjalani hukuman berkenaan. Sekiranya pengecualian hukuman sebat itu tidak membersihkan dosanya dari segi hukum syarak itu bukan salah beliau tetapi salah pihak berkuasa yang menentu dan melaksanakan undang-undang berkenaan.

Janda itu tidak melarikan diri daripada disebat. Malahan dia sudah pun bersiap sedia untuk menjalaninya dengan penuh redha? Kegagalan untuk menyebatnya menurut Hishamuddin Hussein disebabkan kerajaan tidak ada tukang sebat? Satu alasan melucukan. Lucu lagi baru-baru ini tiga wanita yang berzina hingga melahirkan anak di sebat di penjara Kajang? Tiba-tiba pula wujud tukang sebat.

Apakah tukang sebat itu tidak layak untuk sebat peminum arak dan hanya layak menyebat penzina saja?

Apakah ada daouble standard dalam melaksanakan hukuman ini? Tiga wanita yang berzina melahirkan anak itu juga merupakan kesalahan pertama. Bezanya dia tidak dipublisitikan secara komersial seperti mana Kartika yang diambil kesempatan oleh golongan anti Islam untuk menghebuhkannya.

Tiga remaja itu juga berbeza dengan Kartika, dia telah menunjukkan keinsafan dengan berjumpa ulama itu dan ulama ini sehingga mengunjungi Mursyidul Am Pas, Nik Abdul Aziz Nik Mat. Kes Kartika secara tidak sedar menjadi isu politik berbeza dengan tiga remaja yang berzina sehingga melahirkan anak itu.

Apakah sekiranya tiga remaja itu diberi ruang untuk menjajakan kesnya ke serta dunia dia juga akan diberi 'pengampunan'? Saya rasa begitu? Maka malanglah kepada tiga remaja berkenaan kerana disebat disebabkan mereka tidak ada ruang untuk menunjukkan keinsafannya seperti Kartika.

Tetapi saya berpandangan apa yang berlaku kepada Kartika itu nanti akan dijadikan alasan atau 'semangat' untuk orang lain melakukan kesalahan sama di negeri Pahang. Disebalik ada kewajaran, ada tidak wajarnya dia diberi 'pengampunan'. Apa lagi Kartika sendiri merindu agar dia dihukum dengan hukum syarak. 'Pengmpunan' itu tidak akan memerikan peminum yang lain.

'Pengampunan' itu juga memberi implikasi di masa depan. Apa kata kalau selepas ini ada orang minum arak dan dihukum sebat di negeri Pahang selepas itu dia menjaja kesnya ke serata tempat supaya ianya disebat! Apakah hukuman itu dilaksanakan? Kalau dihukum apakah itu bukan double standard?

Dalam hal ini saya bersetuju dengan kenyataan Persatuan Perguam-Peguam Muslim Malaysia (PPMM), 'pengampunan' itu dilihat satu keputusan yang kurang tepat. Menurut setiausahanya Abdul Halim Bahari pengampunan itu tidak mengambil kira hasrat dan kemahuan Kartika yang mahu disebat mengikut lunas-lunas syarak.

Katanya, Sultan Pahang selaku ketua agama seharusnya mempertahankan undang-undang Islam untuk memperkasakan institusi mahkamah syariah. Tekan Abdul Halim lagi, sekiranya hendak ringankan hukuman terlebih dahulu dapatkan pandangan Mufti. Apapun kuasa mengampun apa juga kesalahan dilakukan seseorang terletak ditangan raja atau sultan memerintah.
MSO.

Sudahlah bijik tiada... Telur pun hilang...

Datuk Seri Anwar Ibrahim berada di Parlimen atas sifatnya sebagai wakil yang dipilih secara sah oleh pengundi melalui pilihan raya kecil Permatang Pauh pada 26 Ogos 2008. Bagi Anwar Ibrahim, sebagai Wakil Parlimen dan berada di Parlimen bukan untuk berseloroh atau berkelaku seperti beruk yang kerap diamalkan oleh wakil Parlimen Barisan Nasional..!!

Di Parlimen Anwar menyampaikan hasrat rakyat, bukan hanya rakyat Permatang Pauh malah seluruh rakyat marhaen. Lebih dari itu Anwar juga mencekah segala bentuk pengkhianatan dan penyelewengan yang dilakukan oleh kerajaan umno/BN agar keselamatan rakyat tidak terus diperjudikan oleh agen zionis yang telah bertapak kukuh dalam regim zalim - Umno.

Justeru ketakutan yang teramat sangat, regim zalim umno/Barisan Nasional (BN) akan merujuk perihal Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim kepada Jawatankuasa khas mengenai hak dan kebebasan Parlimen berhubung kenyataannya mengenai konsep "1 Malaysia 1 Israel.

Umno/BN berhasrat untuk menggantung Anwar daripada menghadiri sidang parlimen untuk jangka masa tertentu mengikut kehendak mereka.

Saya menyarankan kepada pemimpin umno/BN, jika kalian benar-benar pemimpin berjiwa rakyat... Rakyat Didahulukan..!! kenapa tidak hujah dilawan dengan hujah..?? Anwar berhujah di Parlimen. Anwar punyai bukti dan fakta..!! Maka kalian seharusnya lawan Anwar dengan hujah. Kalian sewajibnya membalas fakta Anwar dengan fakta kalian. Itu baru politik matang dan bermaruah namanya..!!

Apakan daya... sama seperti kes Altantuya. Najib dan Rosmah yang dikaitkan dengan pembunuhan kejam itu tidak didakwa, malah tidak disiasat... Sirul dan Azilah pula yang dikambing-hitamkan.

Apalah nasib... Teoh yang menjadi saksi... terbunuh.. pegawai SPRM berjoli katak dengan wang rasuah.

Oh 1Malaysia... inilah nasib bila duda berkahwin janda.. si duda jadi ketua.. si janda mengada-ngada..!!

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Mohd Nazri Abdul Aziz berkata tindakan diambil ekoran Anwar dilihat gagal memberikan hujah- hujah kukuh berhubung dakwaan beliau itu.

Alahai Nazri... bukankah ini sebahagian daripada buktinya??? Sudahlah Nazri, kamu ni bijik pun tiada.. telur pun dah hilang..!!

Kerajaan Rakyat

Den kagum dengan APCO


oleh ali Baganutama
Salam satu Malaysia. Yahudi kalau buek kojo memang power. Tak sia-sia Najib amik Yahudi jadi peunding imej dio. Setelah setahun menjadi PM negara ini, populariti Najib meningkat mendadak. Dari 44%, sekarang sudah 68% rakyat Malaysia yang puas hati dengan prestasi kojo Najib.

* Parah bai korang nanti kek Hulu Selangor. Pepandai la Pakatan Rakyat nak hidup. Sekarang ni korang lawan Yahudi bukan lawan dengan UMNO/BN. Korang kono lobih cerdik dari Yahudi la kalau nak monang.

Kenyataan Muhyiddin tidak bijaksana, Pemuda Gerakan

Setiausaha Pemuda Gerakan Dominic Lau Hoe Chai tidak menyetujui kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin yang melihat dirinya sebagai "Melayu terlebih dahulu, dan warga Malaysia kemudiannya".
Dalam satu kenyataan medianya, Dominic Lau (gambar kiri) menganggap hujah ini tidak bijaksana, malah tidak mempertimbangkan perasaan seluruh rakyat kerana jelas membela kaum tertentu.
"Selaku TPM, Muhyiddin harus menjadi TPM untuk seluruh rakyat Malaysia, dan bukannya TPM untuk Melayu.  Beliau harus menyedari realiti bahawa Malaysia sebagai sebuah masyarakat berbilang kaum dan berbilang agama.  Saling hormat-menghormati, layanan yang saksama adalah lebih penting, dan bukannya dominasi satu pihak."
Di samping itu, ketika mengulas pertikaian dan kritikan pembangkang berhubung isu ini, Pemuda Gerakan menyeru agar TPM berhati-hati ketika mengeluarkan kenyataan, terutamanya selepas tsunami politik 8 Mac 2008, yang memberi pengajaran kepada BN agar jangan melewati sensiviti kaum.  Apa yang rakyat tuntut adalah kerajaan untuk semua, bukannya kerajaan untuk satu-satu kaum.
*Kenyataan media oleh Dominic Lau Hoe Chai, selaku Setiausaha Pemuda Gerakan. 

MEB: Kononnya bela nasib rakyat kategori 40%

Lebih 12 tahun dulu, aku "sit in" satu-satunya kelas falsafah logik dengan keghairahan terhadap ilmu dan kepercayaan bahawa pensyarah yang hodoh rupanya pasti dapat memberi jawapan kepada seribu pertanyaan yang mengepung otak durianku ini.  Meskipun selepas itu aku hanya ghairah dengan pensyarah cun dan enggan mengingati kembali detik-detik bersama sang hodoh kerana nafsu diri, pemikiran logik terus menjajah otak durianku tanpa meminta izin dahulu daripada aku.

Hari ini, pemikiran logik otak durianku ini tercabar kerana manusia yang bergelar Perdana Menteri atau Najib (gambar kiri) namanya melakukan sesuatu yang sukar diterima oleh otak durianku.  Kerana buku tidak berdarah bertajuk "Model Ekonomi Baru", Sang Najib terpaksa berbicara tentang sesuatu yang tidak dipercayainya: Bahawasanya golongan suri rumah berpendapatan kurang dari RM1500 sebulan mencakupi 40% daripada kumpulan manusia yang menduduki bumi bergelar Malaysia tanpa diberikan sokongan padu oleh Kerajaan Bazir Nafi.

Apa yang sebenarnya mencabar otak durianku?  Bukan sang penakut perempuan tetapi tindakan aneh seorang Perdana Menteri yang berbicara tentang nasib golongan miskin bukan di depan rakyat kategori 40% ataupun dalam dewan di mana wakil-wakil rakyat membahaskan perkara-perkara berkaitan nasib rakyat jelata tetapi di depan "investor" yang pasti tidak kurang bilangannya yang menduduki kategori 20% teratas.
Apabila otak durianku melihat dirinya di depan cermin logik dan menanyakan bayangan dirinya soalan yang tidak pernah difikirkan oleh sang Najib, "apakah lokasi yang sesuai bagi seorang Perdana Menteri yang kononnya 'Rakyat Didahulukan' bagi membicarakan model baru kononnya mahu memelihara nasib rakyat kategori 40%", cermin logik tanpa melangkaui batasan "reasonable doubt" terus memberikan jawapan yang cepat, tepat dan padat- Dewan Rakyat.  Tak perlu pergi kuliah, kita semua tahu jawapannya.
Aku tidak ada peluang seperti sang Najib yang kononnya prihatin terhadap rakyat kategori 40% tetapi lebih suka menghabiskan masa dengan "investor", kalau tidak pasti aku menanyakan hadirin hadirat yang menghabiskan masa bersama sang Najib sepanjang penjalanan seminar "Invest Malaysia 2010", apakah awak semua tidak rasa hairan dengan tindakan aneh sang Perdana Menteri yang berbicara tentang nasib rakyat kategori 40% di depan manusia bergelar "investor" yang tugas utamanya melabur dan meraut keuntungan?  Apakah awak semua tidak setuju dengan otak durianku bahawa wakil rakyat yang berbicara dalan Dewan Rakyatlah yang ditugaskan oleh rakyat untuk memelihara nasib rakyat kategori 40%?

Ataupun, sang Najib yang mengkehendaki kehadiran 100% ahli parlimen Bazir Nafi setelah dimalukan dengan keputusan belah bahagi 64-63, mahukan kehadiran 100% ahli parlimen Bazir Nafi dan wakil rakyat Pakatan Rakyat di seminar "Invest Malaysia 2010"?  Apakah Parlimen Malaysia telah bertukar nama menjadi "Invest Malaysia"?
Dunia hari ini agak aneh juga.  Apa yang tidak diajar dalam kuliah lazimnya disentuh dalam ceramah politik.  Cuma apa yang dibangkitkan sebagai topik bicara utama oleh ahli politik Pakatan Rakyat lazimnya disentuh sepintas lalu oleh ahli ekonomi "establishment".  Contohnya soal rasuah dan korupsi.  Contohnya soal "rent-seeking" dan "patronage".  Biarpun dalam buku tidak berdarah itu disentuh soal-soal ini juga, ia disentuh sepintas lalu sahaja.  Ini bagi membuktikan betapa bertaubatnya Kerajaan Bazir Nafi terhadap soal-soal sedemikian.
Dan cukuplah setakat ini.  Jangan dibangkitkan lagi!  Jangan ditelusuri trajektori skandal yang telahpun dilakukan oleh Kerajaan Bazir Nafi!  Ini kan sejarah.  Manusia harus sentiasa melihat ke depan.  Segala dosa Kerajaan Bazir Nafi tidak akan diulangi.  Kita kan ada APCO dan 1Malaysia.
Maka pandai-pandailah kita semua.  Asalkan bertaubat, tak perlulah di bumi ini kita berbicara tentang bagaimana perubahan politik dan reformasi institusi akan menjadi pelengkap utama kepada perubahan ekonomi dan pembangunan rakyat kategori 40%.  Cuma otak durianku kadang-kala merasa sepi dan sedih, kenapa dasar-dasar baik Pakatan Rakyat bila saja dipinjam pakai oleh Kerajaan Bazir Nafi, jarang-jarang sekali dapat dijamin pelaksanaannya secara telus dan konsisten!  Kali ini model baru itu kononnya masih ada "Part II" - Implementasi.

Percayalah otak durianku, bukan sahaja dimensi dasar, dimensi implementasi juga, apabila dilaksanakan oleh Kerajaan Bazir Nafi, pasti wujud "loophole" yang besar lagi membesarkan.  Mengapakah logiknya sebegitu rupa?  Ini kerana mana-mana kerajaan yang benar-benar melihat ke depan, ia pasti nampak dan faham benar, dalam kalangan negara-negara berpendapatan tinggi yang sedia ada dan yang bakal wujud, terdapat satu set pelengkap utama yang menjayakan proses transformasi ekonomi.
Contohnya kewujudan Akta Kebebasan Maklumat dan "free press".  Contohnya pertukaran rejim pemerintah dalam konteks dan kerangka sistem dua parti.  Ini logik otak durianku.  Tak serupa logik sang otak udang yang lazimnya cakap tak serupa bikin.
*Ooi Heng ialah penganalisa politik dan kolumnis MerdekaReview.

Pakatan Rakyat boleh menang PRK Hulu Selangor


Desas-desus awal tahun 2010 ialah pilihan raya kecil P.094 Hulu Selangor bakal diadakan berikutan keadaan ahli parlimennya, Dato' Dr Zainal Abidin Ahmad (KeADILan) yang menjalani pembedahan di Hospital Pantai. Perkara itu disahkan menerusi blog Dato Seri Anwar Ibrahim (http://anwaribrahimblog.com/, 18 September 2009). Maka, sejak itu timbul sangkaan kemungkinan kekosongan kerusi bagi parlimen Hulu Selangor. Selepas itu, pada Januari 2010 timbul lagi propaganda  BN yang memainkan isu kononnya berlaku peletakan jawatan ahli parlimen Hulu Selangor, Dr. Zainal Abidin Ahmad. Namun perkara itu dibidas oleh pimpinan PKR dalam Majlis Makan Malam anjuran KeADILan Hulu Selangor pada 2 Januari lalu. Tan Sri Khalid Ibrahim menegaskan, tiada kekosongan bagi parlimen itu dan Dr. Zainal akan bertugas seperti biasa.
Menurut Pengarah Strategik PKR, Tian Chua Chang berkata, timbul peletakan jawatan MP Hulu Selangor itu ada kaitannya dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib akan  mengadakan satu program Umno di kawasan itu. Sedangkan sebelum ini, sepanjang menjadi Timbalan Perdana Menteri beliau tidak pernah datang di Hulu Selangor sejak 10 tahun lalu termasuklah di era Abdullah Ahmad Badawi.
Namun, takdir Ilahi siapa yang sangka. Pada jam 9.30 malam Jumaat 25 Mac lalu, ahli parlimen Hulu Selangor, Dr. Zanal Abidin telah kembali ke rahmatullah di rumahnya dekat Jalan Cheras, Kajang selepas mengalami barah otak sejak sekian lama.
Dalam rakaman takziah Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang (Harakahdaily, 26 Mac) menzahirkan bahawa pemergian Zainal itu bukan sahaja dirasai oleh ahli keluarga Allahyarham dan penduduk Hulu Selangor, tetapi juga merupakan satu kehilangan besar kepada seluruh pejuang keadilan ke arah perubahan politik yang lebih baik di Malaysia. Beliau juga berharap semoga seluruh anggota keluarga beliau bersabar dengan ketentuan dan ujian dari Allah SWT ini.
Datuk Seri Anwar Ibrahim pula dalam rakaman takziahnya (http://anwaribrahimblog. com/, 25 Mac) menyatakan pemergian beliau, seorang sahabat dan rakan seperjuangan, pastinya amat dirasai. Persahabatan kami bermula tatkala di Universiti Malaya lagi.
“Kami bersama-sama bergiat dalam PBMUM memperjuangkan kedudukan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan. Allahyarham merupakan sosok sederhana dan murah dengan senyuman. Namun ketegasan menentang kezaliman membuatkan beliau memilih wadah Keadilan.
Rakaman takziah parlimen
Sementara pada Isnin lalu (29 Mac), Persidangan Dewan Rakyat menghadiahkan bacaan al-Fatihah dan bertafakur seketika serta mengucapkan takziah atas pemergian Datuk Dr Zainal Abidin Ahmad itu. Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata anggota Dewan dan pihak Parlimen seluruhnya merakamkan ucapan takziah dan mendoakan semoga tuhan mencucuri rahmat ke atas roh Allahyarham dan ditempatkan di antara roh orang yang soleh.
Pilihan raya kecil
Ekoran daripada kematian itu, pihak Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) telah bermesyuarat pada hari ini (2 April) bagi mengadakan pilihan raya kecil. Keptusan mesyuarat itu diumumkan Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd. Yusof  iaitu tarikh penamaan calon jatuh pada Sabtu 17 April dan pengundian pada Ahad 25 April. Ini bermakna SPR dan parti-parti politik (BN dan Pakatan Rakyat) mempunyai masa 15 hari lagi ke arah persiapan penamaan calon. Sementara tempoh rasmi berkempen adalah tujuh hari bermula sehari selepas pencalonan dan tamat sehari sebelum pengundian. Ini bermakna pihak SPR telah memperuntukkan tempoh kempen paling singkat seperti mana pilihan raya kecil Bagan Pinang (pencalonan 3 Oktober, pengundian 11 Oktober 2009).
Tempoh kempen yang singkat sudah tentu akan memberi kelebihan kepada BN, kerana keupayaan jentera kempen BN akan menggunakan semua aparatus kerajaan Pusat, termasuk penglibatan langsung semua kementerian dan menteri berkaitan. Pun begitu, tempoh kempen singkat dikatakan sesuai dengan keadaan kemelut ekonomi sekarang, dan ia sudah tentu dapat menjimatkan perbelanjaan parti-parti berkempen.
Pilihan raya umum 2008
Kemenangan Datuk Dr Zainal Abidin Ahmad dari KeADILan di parlimen Hulu Selangor pada pilihan raya umum (PRU) 2008 adalah kemenangan tipis. Allahyarham menewaskan calon Barisan Nasional (BN) Timbalan Presiden MIC, Datuk G. Palanivel dengan majoriti tipis hanya198 undi.  KeADILan memperoleh 23,177 undi, manakala BN mendapat 22,979 undi. Jadual 1 berikutnya adalah butiran keputusan PRU 2008 bagi parlimen Hulu Selangor.
Jadual 1:
PRU 2008:keputusan P.094 Hulu Selangor
Jumlah Pemilih
63,593
Undi BN
22,979
Undi Pakatan Rakyat (PR)
23,177
% PR
50.21
Majoriti BN/PR
198
Undi tak kembali
223
Undi Rosak
1,466
% Mengundi
75.24
Kemenangan KeADILan adalah mewakili Pakatan Rakyat dan kekalahan MIC adalah kekalahan BN. Menurut demokrasi, keputusan pilihan raya umum lalu adalah satu bukti penolakan rakyat kepada BN. Meskipun keputusan itu pada majoriti tipis, ia cukup untuk mengatakan bahawa rakyat Hulu Selangor sudah menolak BN dan calon MIC.
Analisis keputusan PRU 2008
Berpandukan pemerhatian kepada keputusan PRU 2008 di parlimen Hulu Selangor, menunjukkan Pakatan Rakyat lebih popular berbanding BN. Namun, keputusan di dewan undangan negeri (DUN) untuk ketiga-tiga DUN dalam parlimen Hulu Selangor membuktikan Pakatan Rakyat begitu tercorot berbanding BN. Pakatan Rakyat telah kalah kesemua tiga DUN (N.05 Hulu Bernam, N.06 Kuala Kubu Baharu, dan N.07 Batang Kali). Calon Pakatan Rakyat yang bertanding di DUN adalah diwakili parti PAS di Hulu Bernam, DAP di Kuala Kubu Baharu dan KeADILan di Batang Kali.
Namun, keputusan PRU 2008 itu (seperti dalam Jadual 1) boleh dikatakan sebagai kemenangan terpilih ekoran daripada pengaruh peribadi Allahyarham Dr Zainal Abidin mengatasi Palanivel. Sudut pandangan ini dilihat logik apabila membandingkan keputusan PRU 2008 dengan PRU 2004.
Pada PRU 2004, jelas didapati pengaruh Pakatan Rakyat jauh tercorot berbanding BN, apabila mencapai kemenangan dengan majoriti besar sebanyak 14,483 undi sedangkan PRU 2008 BN tewas hanya 198 undi.
Bandingan populariti pengaruh Pakatan Rakyat dengan BN bagi dua pilihan raya umum tersebut digambarkan dalam Jadual 2 berikut.
Jadual 2:
Bandingan PRU 2004-2008: P.094 Hulu Selangor

PRU2004
PRU2008
BEZA
Jumlah Pemilih
58,533
63,593
5,060
Undi BN
27,807
22,979
-4,828
Undi PR
13,324
23,177
9,853
% PR
32.39
50.21
17.82
Majoriti BN/PR
14,483
198
-14,285
Undi tak kembali
55
223
168
Undi Rosak
1,406
1,466
60
% Mengundi
72.77
75.24
2.47
Secara jelas, undi Pakatan Rakyat dari PRU 2004 ke PRU 2008 melonjak besar sebanyak 9,853 undi dan BN pula merosot 4,828 undi. Sokongan pengundi kepada Dr. Zainal Abidin amat kuat, mungkin kerana Allahyarham adalah bekas Timbalan Menteri Besar ketika Anwar Ibrahim masih dalam Umno. Pencalonan beliau di Hulu Selangor telah mengubah sokongan pengundi yang menolak BN di kubu BN yang diwakili MIC.
Hakikat tersebut dianggap benar apabila membandingkan undi-undi diperoleh calon-calon DUN dalam parlimen Hulu Selangor dari Pakatan Rakyat dalam PRU 2008. Pakatan Rakyat didapati telah kalah di semua DUN dengan purata 2,118 undi. Jadual 3 berikut menjelaskan analisis ini di setiap DUN.
Jadual 3:
PRU 2008:keputusan setiap DUN di Hulu Selangor
Keputusan PRU 2008
Pemilih
Keluar
% Keluar
Undi
PR
Undi
BN
Majoriti
PR
Undi
Rosak
Undi Tak Dikembali
N.05 HULU BERNAM
17549
12,932
73.69
4,456
7,985
-3,529
318
193
N.06 K KUBU BAHARU
18212
13,332
73.20
6,107
6,555
-448
549
121
N.07 BATANG KALI
27832
21,673
77.87
9,545
11,724
-2,179
404
0
Jumlah tiga DUN
63,593
47,937
75.38
20,108
26,264
-6,156
1,271
314
Daripada Jadual 3, menunjukkan kekalahan terbesar Pakatan Rakyat berlaku di DUN Hulu Bernam, diikuti Batang Kali dan Kuala Kubu Baharu. PAS bertanding Hulu Bernam mungkin kalah teruk kerana kira-kira 1,000 pengundi Orang Asli dan Melayu luar bandar tidak bersedia melakukan perubahan. Sementara DAP kalah tipis di Kuala Kubu  Baharu, dikaitkan dengan sokongan agak baik kalangan pengundi Cina dan India kerana di situ komposisi pengundi melebihi 50 peratus bukan Melayu. Di DUN Batang Kali pula adalah DUN campuran kaum yang ditandingi calon KeADILan, namun pengaruh BN khususnya Umno agak kuat di kalangan orang Melayu. Mungkin kerana DUN ini adalah tapak politik asal bagi bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Muhammad Mohd Taib.
Justeru itu, kemenangan Pakatan Rakyat pada PRU 2008 lalu adalah kuat dipengaruhi oleh faktor peribadi Allahyarham Dr Zainal Abidin yang merupakan tokoh politik lama berkecimpung dalam Umno (sebelum menyertai KeADILan) dan banyak berjasa kepada rakyat.
Peluang Pakatan rakyat di Hulu Selangor
Secara bandingan undi Pakatan Rakyat yang diperoleh di DUN dengan parlimen didapati perbezaannya agak besar, kira-kira 3,069 undi lebih besar di parlimen. Jadual 4 berikut menerangkan fakta ini.
Jadual 4:
PRU 2008: bandingan undi DUN-DUN dengan parlimen Huku Selangor
Keputusan
PRU 2008
Pemilih
Keluar
% Keluar
Undi PR
Undi BN
Majoriti
PR
Undi  Rosak
Undi Tak Dikembali
Di Parlimen
63,593
47,845
75.24
23,177
22,979
198
1,466
223
Di DUN-DUN
63,593
47,937
75.38
20,108
26,264
-6,156
1,271
314
Beza
NA
92
0.14
-3,069
3,285
-6,354
-195
91
Tanggapan umum, sudah pasti rahsia besar Pakatan Rakyat boleh menang di parlimen pada PRU 2008 lalu adalah kombinasi isu-isu politik ketika itu dan disokong kuat oleh pengaruh peribadi calon Pakatan Rakyat, Dr. Zainal Abidin. Sebenarnya pengaruh isu politik hanya berupaya melonjak sokongan kira-kira 9,000 undi sahaja. Namun, sokongan peribadi kepada Allahyarham Dr. Zainal Abidin mampu menarik kira-kira 800 undi lagi. Atas jumlah undi inilah, Pakatan Rakyat menang di parlimen Hulu Selangor.
Sehubungan itu, peluang Pakatan Rakyat untuk menang pada pilihan raya kecil nanti amat kuat bergantung pada siapa calon yang boleh mengatasi pengaruh peribadi calon BN. Atas hujah ini, rasanya Pakatan Rakyat tidak ketandusan tokoh untuk diberi mandat bertanding. Mungkin ia terletak kepada keputusan parti KeADILan yang memiliki status-quo bertanding di kerusi Hulu Selangor untuk menentukan calon nanti.
Apa yang penting Pakatan Rakyat sewajarnya rasional dan membuat pertimbangan tepat bagi memenangi hati pengundi. Keutamaannya hendaklah kepada calon yang terbaik pada perkiraan pengundi tempatan yang bersifat campuran kaum. Masa yang ada kurang lebih 15 hari lagi adalah masa yang sesuai untuk meninjau pandangan pelbagai pihak bagi memilih seorang calon yang terbaik.
Di samping, faktor pelengkap ke arah kemenangan pilihan raya kecil nanti adalah bergantung pada sejauh mana Pakatan Rakyat sebagai sebuah kerjasama politik yang menyaingi BN mampu mengolah gaya persembahan di pentas politik baru ini.
Bagi memenuhi nilai-nilai politik baru tersebut, medan pilihan raya kecil Hulu Selangor ini adalah peluang bagi Pakatan Rakyat membina keutuhan dan perpaduan dalaman, mempamerkan keupayaan jentera parti dan kerajaan Negeri Selangor pimpinan Pakatan Rakyat hendaklah cepat menangani isu-isu rakyat. Sekali gus berlakunya kebersamaan pemimpin dengan rakyat bagi memenangi pilihan raya kecil ke-10 ini. Selamat berjuang memenangi hati nurani rakyat. Semoga kemenangan berpihak kepada Pakatan Rakyat.
Penulis adalah Setiausaha Politik Menteri Besar Kelantan

PR ada kelebihan di Hulu Selangor kerana jadi kerajaan

KUALA LUMPUR, 2 April: Pakatan Rakyat (PR) harus memastikan maklumat yang benar mengenai kejayaan dan ketelusan urus tadbir Kerajaan Negeri Selangor di bawah PR sampai kepada pengundi di Parlimen Hulu Selangor untuk memastikan kemenangan berpihak kepada PR dalam pilihan raya kecil Parlimen Hulu Selangor.
Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar (gambar) berkata, meskipun Parlimen itu sudah menjadi kawasan tradisi Umno BN, namun PR harus menggunakan kelebihan yang ada untuk memenangi hati pengundi.
"BN ada kekuatan di Hulu Selangor sebab itu kita kalah di tiga Dewan Undangan Negeri dalam PRU lepas. Itu kawasan tradisi Umno jadi kita tidak hairan kalau pun BN boleh menang tapi sudah tentu kita punya kelebihan kerana kita sekarang ini menjadi Kerajaan di Selangor dan kelebihan ini harus digunakan oleh PR kerana kita sudah pun hampir dua tahun berjaya menjalinkan hubungan di akar umbi.
"Jentera harus digemblengkan bagi memastikan maklumat yang luas mengenai kejayaan kerajaan Selangor diperoleh rakyat di kawasan itu," katanya ketika dihubungi Harakahdaily petang ini.
Menyentuh mengenai persiapan PR khususnya PAS dalam menghadapi peilihanraya kecil kali ini, Mahfuz berkata, PAS telah pun membentuk pasukan di peringkat pusat bagi memabnatu PKR yang akan bertanding nanti.
Menurutnya, Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasharuddin Mat Isa dilantik sebagi Pengarah Jentera Pilihan raya kali ini.
"Kita telah pun membentuk pasukan di peringkat pusat yang diketuai oleh Timbalan Presiden sebagai pengarah jentera pilihan raya bagi membantu PKR untuk menjayakan misi kemenangan di Hulu Selangor.
"Kita serah kepada Ustaz Nasharuddin untuk kemukakan cadangan balas kepada lajnah politik atau dewan harian dalam masa terdekat ini untuk menyenaraikan jawatankuasa-jawatankuasa yang dibentuk nanti," katanya yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena.
PAS bersama PKR juga, ujarnya akan menggariskan beberapa isu penting yang dijangkakan akan digunakan sepanjang kempen nanti.
"PAS bekerjasama dengan PKR atas nama Pakatan untuk membariskan isu-isu yang penting bagi memastikan kemenangan di pihak kita," katanya.
Sementara itu, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hari ini menetapkan hari penamaan calon bagi pilihan raya kecil Parlimen itu 17 April ini manakala 25 April adalah hari mengundi.
Kawasan pilihan raya parlimen itu mempunyai 64,500 pemilih berdaftar yang terdiri daripada 63,701 pengundi biasa dan 799 pengundi pos.
Seramai 32,380 pengundi adalah lelaki manakala 32,120 adalah wanita.
Bangsa Melayu merupakan pengundi majoriti dengan 34,020 orang atau 52.7 peratus manakala Cina seramai 16,964 orang (26.3 peratus) dan India berjumlah 12,453 (19.3).
Pegawai Daerah Hulu Selangor, Nor Hisham Ahmad Dahalan telah dilantik SPR sebagai Pegawai Pengurus manakala Dewan Serbaguna, Kompleks Sukan Pejabat Daerah Hulu Selangor akan digunakan sebagai pusat penamaan calon dan pusat penjumlahan rasmi.
Kerusi Parlimen Hulu Selangor kosong ekoran kematian penyandangnya daripada PKR, Datuk Dr Zainal Abidin Ahmad, 71, akibat barah otak pada Khamis lepas.

Kaji selidik: BN menang jika DUN Perak dibubarkan

Pakatan Rakyat berkemungkin besar akan tewas di Perak jika dewan undangan negeri itu dibubarkan hari ini.

Kaji selidik bebas yang dijalankan oleh Ilham Centre menunjukkan sokongan rakyat di negeri itu kini kembali kepada Barisan Nasional.

Pada kaji selidik membabitkan 1,031 orang di dewan undangan negeri Kuala Sepetang bulan lalu, mereka menemuramah seramai 59.96 peratus pengundi Melayu, 31.6 peratus Cina, 8.34 peratus India dan 0.03 peratus bangsa lain bagi mengambarkan jumlah komposisi penduduk Perak.

“Lebih 55 peratus daripada mereka yang dibanci berkata BN akan menang jika pilihan raya diadakan sekarang,” kata pengarah urusan Ilham Centre, Mohd Azlan Zainal ketika membentangkan kajiannya di sebuah forum di Kuala Lumpur malam semalam.

Kajian itu juga mendapati sebahagian besar rakyat berpendapat kerajaan Perak sekarang ini adalah sah - 39.2 peratus bersetuju berbanding 31 peratus menenatang manakala satu pertiga atau 26.8 peratus berkata mereka tidak tahu.

Pad
a masa yang sama, 37 peratus bersetuju dengan keputusan mahkamah yang mengesahkan calon BN, Datuk Seri Zambry Kadir sebagai menteri besar yang sah.

30 peratus tidak bersetuju manakala 28 peratus lagi tidak tahu.

Mohd Azlan berkata sokongan terbesar Pakatan rakyat masih terletak dengan penduduk Cina, dengan 68 peratus berpendapat kerajaan negeri Perak sekarang adalah tidak sah.

“Pakatan juga boleh mengharapkan sokongan daripada pengundi di bandar, golongan muda dan berpelajaran bagi mengundi untuk mereka pada pilihan raya akan datang,” katanya.

Bagaiamanapun menteri besar Perak yang disingkirkan, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin yang juga merupakan penceramah pada forum itu mempertikaikan kaji selidik itu.

Katanya, kemenangan beliau pada pilihan raya kecil parlimen Bukit gantang, April lalu membuktikan belum pernah calon Pas mendapat sokongan begitu padu daripada pengundi bukan Melayu.

Hulu S'gor dapat empat sekolah baru...ha..ha....gula-gula pilihanraya sudah mai...!!! fuyoo...

Meskipun Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata lawatannya ke Hulu Selangor hari ini bukan untuk berkempen, namun kawasan parlimen itu dijanjikan empat buah sekolah baru.

Berucap kepada 500 guru dari Hulu selangor yang dihimpunkan di Sekolah Menengah Sains Hulu Selangor, Muhyiddin mengumumkan sebuah sekolah menengah dan tiga sekolah rendah akan dibina.

Dalam ucapan 30 minitnya itu, Muhyiddin, yang juga menteri pelajaran berkata guru berperanan membawa tahap pendidikan negara ke tahap antarabangsa.

Beliau juga menggunakan sessi soal jawab selama 15 minit untuk mengulangi janji kerajaan mengkaji keperluan guru dan pelajar.

Bagaimanapun sebelum mengakhiri ucapannya, timbalan perdana menteri mengingatakan bahawa tarikh pilihan raya kecil Hulu Selangor telah diumumkan.

"Saya tidak akan berkempen hari ini tetapi saya akan datang kembali untuk berkempen pada masa yang lain.

"17 April adalah hari penamaan calon manakala 25 April pula adalah hari mengundi. Tandakan hari-hari dalam diari anda dan catatkan juga undilah Barisan Nasional," katanya sambil berseloroh.

Selesai majlis itu, Muhyiddin bergegas ke sebuah masjid di Kampung Sentosa di batang Kali.

Selepas menunaikan solat asar, beliau mengumumkan peruntukan RM2 juta untuk mengatasi masalah banjir di kampung berkenaan.

Sehubungan itu, timbalan presiden Umno mengarahkan Jabatan Kerja Raya menyempurnakan projek berkenaan dengan kadar segera selaras dengan prinsip rakyat didahulukan.

Dalam pada itu, beliau turut meluluskan permohonan Masjid Al-Sajdin di Kampung Sentosa untuk mendapatkan van jenazah dan tempat wuduk jemaah perempuan yang menelan belanja RM100,000.

Beliau bagaimanapun enggan berjumpa dengan wartawan.

Esok, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak dijangka memulakan lawatannya pula untuk bermesra dan berjumpa dengan rakyat.

Hati mengelegak.... perut melugal

Hampir dua hari aku tak update blog... nak tengok blog sendiri punmalas. Begitu juga blog kengkawan. Tak larat nak mengadap laptop lama-lama... Bukan apa, kepala tak berapa sihat kerana diserang migraine. Jadi terpaksalah relax....

Nasib baiklah ada F3M.... yang tukang sampaikan berita dan tukang 'bookmark' mana-mana berita yang menarik.

Alhamdulillah.... hari ini, kepala pun dah rasa lega ya amat. Dapatlah membelek-belek berita terkini dan berita yang 'KIV'kan. Ada dua berita yang di'KIV'kan yang buat aku excited.... teruja babe!!!

Satu.... pasal mamat promoter UG, si Nasharuddin Isa dan sorang lagi mamak MB Mahkamah, si Zambry Al-Megheliti.

Cer komer tengok gaya mamat promoter UG ni....

Tak tau ler.... aku dah tak boleh nak tengok mamat ni. Geraaammmm jer!! Meluat, menyampah... semuanya ada. Malas nak cakap banyak pasal dia dah.... sebab semua orang dah tau dan udah 'belasah' dia cukup-cukup. Tapi satu jer yang aku nak katakan pasal mamat ini....
Dia ni bukan team player bagi Pakatan Rakyat. Orang lain bertegang urat leher berjuang menentang 'musuh' dalam dewan, dia..... relax dok bersembang dengan patner 'to be' dia, dari sebelah sana. Eeiiya..... ajer yang tak guna. Sombong bongkak pulak tu!! Campak pi jer dia ni.... or, kalau degil tak mau keluor.... 'cold storage'kan dia jer..... habis ceriter!! Tak usah bagi muka lagi dengan manusia rupa itu!! PRU13 dan dalam Muktamar PAS nanti.... say good bye to him. Bye.. bye...
Aha... itu cerita menyakitkan hati. Ini pulak ceriter mengeletek perut. Kisah lawak bodoh daripada badut Perak Darul Kartun. Nampak sangat bangangnya, weh oi!!
Tup-tup.... angin tak da, ribut tak mandang, dia buat lawak ngatakan orang no. 1 PKR pernah buat tawaran kepada dia untuk jadi MB Perak, sekiranya dia jadi katak, lompat ke PKR.
Kah... kah... kah.. kah... 'belated' tergelak teman weh oi.... dengorkan lawak si badut tu. Ada dua persepsi tentang dakwaan dia tu...
Pertama.... dia nak tunjuk yang dia hebat sangat hinggakan PKR terpaksa melamar dia jawatan tu. Hebatnya dia hingga Nizar pun orang tak nampak. Dengan lain perkataan... dia nak tunjuk yang dia memang layak jadi MB, sebab.... orang nombor 1 dalam PKR pun iktiraf kehebatan dia. And... kerana itulah, dia kini dipilih oleh pucuk pimpinan UMNO untuk menerajui Perak Darul Kartun. Banyak cantik muka ko!! Please...... don't perasanlah!!
Keduanya.... dia nak tunjuk PKR tidak ada calon berkaliber yang boleh diketengahkan sebagai MB. PKR ketandusan tokoh ler kononnyer. Calon PKR yang dicadangkan..... iaitu katak Behrang tak da 'rupa' jadi MB. Hanya ada rupa dan layak jadi 'katak' saja. No class....!! Ha... ha... ha... Kesian Jamaluddin, diperlekehkan sebegitu rupa. Apa nak buat.... nasib badan ler weh oi.
Aha... aha.. what he's trying to say adalah hanya UMNO yang layak jadi MB untuk memerintah negeri Perak Darul Kartun, terutamanya 'DIA'. Pleeeaaasssee ...... nak termuntah aku!!
Sebelum aku terwheekk.... lebih baik aku berhenti dulu. Excuse me, aku calo dulu, assalamualaikum....

Peluang BN Menang Sukar Jika Calon UMNO - Khir Toyo


Peluang Barisan Nasional (BN) untuk memenangi pilihan raya kecil Parlimen Hulu Selangor sukar sekiranya meletakkan calon dari UMNO.

Bekas Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo berkata, walaupun majoriti kawasan tersebut diwakili pengundi Melayu tetapi ia dilihat bukan faktor untuk meletakkan calon UMNO, lapor Sinara Harian.

“Jika kita letak calon UMNO, kita (BN) tidak boleh menang kerana kita semua sedia maklum kawasan tersebut adalah kawasan ‘tradisi MIC’.

“Jadi, kena ikut tradisi berkenaan dan parti komponen BN perlu memberi sokongan penuh dan kerjasama pada MIC,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian, semalam.

Mohamad Khir berkata, MIC mempunyai kaedah tersendiri untuk meletakkan calon yang sesuai bagi memastikan kemenangan BN dalam pilihan raya berkenaan.

“Yang penting calon itu mestilah mempunyai rekod yang baik dan berupaya memberikan perkhidmatan terbaik bukan sahaja kepada pengundi India tetapi juga pengundi Melayu dan Cina.

“Kita percaya peluang untuk menang tu 50-50,” katanya.

Ditanya siapa calon MIC yang layak, Mohamad Khir yang juga bekas Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO berkata beliau menyerahkan perkara itu kepada pucuk pimpinan untuk membuat keputusan.

“Letak sesiapapun...yang penting calon itu perlu kerja kuat untuk memastikan kemenangan BN,” katanya.

Semenatara itu, Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Aziz Mohd. Yusof hari ini mengumumkan tarikh penamaan calon bagi pilihan raya kecil Parlimen Hulu Selangor (P.094) ialah pada 17 April manakala hari pengundian ialah pada 25 April ini.

Pilihan raya kecil itu diadakan berikutan kematian penyandang kerusi kawasan itu, Datuk Dr. Zainal Abidin Ahmad dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) pada 25 Mac lalu akibat barah otak.

Pada pilihan raya umum lalu, Allahyarham, yang juga bekas Timbalan Menteri Besar Selangor, menewaskan calon Barisan Nasional (BN) Datuk G. Palanivel dengan majoriti tipis 198 undi.

Allahyarham menyertai PKR pada 2005, memperoleh 23,177 undi, manakala Palanivel yang juga Timbalan Presiden MIC, mendapat 22,979 undi

Terdahulu, Abdul Aziz mempengerusikan mesyuarat pagi ini yang turut dihadiri bersama-sama ahli lembaga pengarah suruhanjaya itu untuk menetapkan tarikh tersebut.

Bagi menjalankan pilihan raya kecil itu, Abdul Aziz berkata, SPR bersetuju untuk melantik seorang Pegawai Pengurus dan tujuh Penolong Pegawai Pengurus pilihan raya bagi menjalankan pilihan raya kecil itu.

Pegawai Pengurus ialah Tuan Nor Hisham Ahmad Dahlan yang juga Pegawai Daerah Hulu Selangor.

Katanya, ini adalah selaras dengan peruntukan perenggan 3(c) Akta Pilihan Raya 1958.

SPR telah menentukan bahawa daftar pemilih yang akan digunakan kali ini ialah Daftar Pemilih Induk 2009 yang telah dikemas kini sehingga 26 Mac lalu.

Abdul Aziz memberitahu, daftar pemilih itu bagi P.094 mengandungi 64,500 pemilih berdaftar yang terdiri daripada 63,701 pemilih biasa dan 709 pemilih pos.

“SPR telah memutuskan untuk menggunakan Dewan Serbaguna, Kompleks Sukan Pejabat Daerah Hulu Selangor sebagai pusat penamaan calon dan pusat penjumlahan rasmi undi.

“Bagi urusan pengundian pos pula, proses pengeluaran dan pengiraan undi pos akan dibuat di Pejabat Daerah Hulu Selangor,” katanya.

Sebanyak 48 pusat mengundi dibuka dengan melibatkan 47 sekolah dan sebuah dewan orang ramai manakala terdapat 136 tempat mengundi (saluran). Seramai 1,343 petugas SPR terlibat dalam pengendalian pilihan raya kecil ini.

Lagi desak Hulu S’gor diserah kepada Umno

Bekas Timbalan Ketua Umno Bahagian Hulu Selangor, Datuk Ramli Abd Rahman, meminta supaya kerusi Parlimen Hulu Selangor dikembalikan ke pangkuan Umno selepas hampir 51 tahun "diserahkan" kepada MCA dan MIC.

Beliau berkata, permintaan ahli Umno di kawasan berkenaan sepatutnya diterima pucuk pimpinan setelah hampir 10 penggal mereka bersabar dan beralah dalam isu itu.

"Pada pendapat saya, setelah lebih 50 tahun kerusi parlimen Hulu Selangor terlepas dari tangan Umno, eloklah dikembalikan semula kerusi itu kepada Umno, tidak ada salahnya pun jika Barisan Nasional (BN) mengikut suara rakyat dan Umno meminta balik kerusi yang telah dipinjamkannya itu.

"Ini
soal hak dan rintihan rakyat Hulu Selangor yang mahukan Umno kembali berkuasa di kawasan itu. Calon MIC sudah bertanding di Hulu Selangor selama enam penggal sejak 1986 dan tibalah masanya Umno meletakkan calonnya di pilihan raya kecil kawasan itu 25 April ini," katanya kepada pemberita di kediamannya di Shah Alam.

Pilihan raya kecil Hulu Selangor diadakan berikutan kematian penyandangnya daripada PKR, Datuk Zainal Abidin Ahmad, akibat barah otak pada 25 Mac lalu.

Sebelum ini, Presiden MIC, Datuk Seri S Samy Vellu, mencadangkan supaya timbalannya, Datuk G Palanivel, mewakili BN untuk bertanding bagi kerusi Parlimen Hulu Selangor.

Palanivel adalah Ahli Parlimen kawasan itu selama empat penggal sejak 1990 sebelum kalah pada 2008.

Kerusi Parli
men Hulu Selangor dimenangi calon wanita dari Umno, Halimathon Saadiah, pada pilihan raya umum 1955, pilihan raya persekutuan yang pertama sebelum negara mencapai kemerdekaan dua tahun kemudian dan "diserahkan" kepada MCA pada pilihan raya umum 1959 sehingga 1982 dan seterusnya kepada MIC pada 1986 sehingga kini.

Ramli yang juga bekas exco Selangor dan bekas Adun Kalumpang, turut mencadangkan bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Muhammad Muhamad Taib, sebagai calon BN bagi pilihan raya kecil itu.

- Bernama

Khidmat masyarakat: Peguam Muslim bantah

Persatuan Peguam-peguam Muslim Malaysia (PPMM) hari ini menzahirkan perasaan dukacita mereka dengan arahan Sultan Pahang yang meringankan hukuman sebatan syarie ke atas bekal model Kartika Sari Dewi Sukharnor kepada perintah menjalankan kerja khidmat kemasyarakatan.

Menurut PPMM, titah Sultan itu langsung tidak mengambil kira hasrat dan kemahuan Kartika yang sebelum ini mahu disebat secara syarie atas kesalahannya itu dilaksanakan.

Kartika ditahan pihak berkuasa ketika minum arak di sebuah resort di Cherating pada 11 Julai 2008 dan selepas mengaku bersalah, Mahkamah Tinggi Syariah Kuantan menjatuhkan hukuman denda RM5,000 dan enam sebatan.

“PPMM yang mewakili lebih seribu ahli yang berkelulusan undang-undang dan syariah khuatir titah perintah ini tidak mempunyai keabsahannya di sisi undang-undang kerana walaupun bertindak sebagai ketua agama negeri KDYMM Sultan Pahang seharusnya mempertahankan undang-undang Islam serta memperkukuhkan institusi mahkamah syariah.

“Hak dan ku
asa sebagai ketua agama hendaklah dijalankan mengikut hukum agama itu sendiri,” menurut kenyataan media yang dikeluarkan di Bangi, Selangor.

Kata PPMM lagi, undang-undang Islam telah menetapkan secara definitif hukuman bagi kesalahan meminum arak.

“Walaupun sebatan syarie sebanyak enam kali itu tidak mencapai jumlah yang ditetapkan oleh hukum syarak, namun ianya hendaklah dilaksanakan juga kerana ia lebih hampir kepada hukum syarak.”
Sebatan syarie amat ringan

Menurut PPMM, mereka juga musykil peringanan hukuman itu yang didakwa berasakan faktor kemanusiaan sedangkan hukuman berkenaan sendiri adalah amat ringan dan mempunyai falsafahnya yang tersendiri.

“Sebatan syariah amat berbeza dengan sebatan sivil yang mencedera dan menzalimi pesalah. Sebatan syariah lebih bersifat mendidik sebagaimana bapa mendidik anaknya,” kata kenyataan itu.
PPMM berkata undang-undang yang diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri dan diperkenan oleh Sultan memperuntukkan kaedah peringanan hukuman bagi pesalah syariah.

“Peringanan hukuman bagi kesalahan syariah pula hendaklah dibuat atas nasihat Mufti. Mufti pula bertanggungjawab menasihati DYMM Sultan berdasarkan hukum syarak.

“Dalam hal yang demikian PPMM tidak dapat menggarap peruntukan yang manakah terpakai kepada peringanan hukuman kepada kerja kebajikan ini,” kata kenyataan itu.

Menurut PPMM lagi, tindakan beberapa ahli-ahli politik termasuk menteri-menteri dan kumpulan NGO lain berhubung isu itu jelas membelakangkan undang-undang Islam dalam pendirian mereka mengaut keuntungan politik atau populariti.
Kartika mula jalani khidmat masyarkat
“Setiap undang-undang yang ditetapkan oleh Allah itu mempunyai falsafahnya yang tersendiri dan kadang-kadang menjangkaui logik akal manusia. Oleh itu, kita tidak boleh menggunakan akal fikiran sendiri bagi menandingi ketetapan Allah itu.”

Berikutan titah Sultan Pahang itu, Kartika memulakan hukuman khidmat masyarakat di Rumah Kanak-Kanak Tengku Ampuan Fatimah, di Kuantan kira-kira jam 9.35 pagi tadi.

Sebelum itu, beliau diberi taklimat di Bahagian Penguatkuasa di Jabatan Agama Islam Pahang (Jaip) selama 20 minit.
Kartika menerima sepucuk surat Rabu lalu yang memaklumkan mengenai keputusan itu.
Surat berkenaan ditandatangani Timbalan Yang Dipertua, Majlis Agama Islam dan Adat Resam Melayu, Pahang, Datuk Seri Wan Abdul Wahid Wan Hassan.
Surat tersebut berbunyi:"Menjunjung titah perintah kebawah Duli Yang Maha mulia Sultan Pahang, saya dengan ini memaklumkan kepada Puan bahawa berikutan daripada Majlis Mengadap Kebawah Duli Yang Teramat Mulia Tengku Mahkota Pahang yang diadakan pada 3 Mac 2010, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sulatan Pahang selaku Ketua Agama Islam Negeri Pahang telah berkenan memutuskan bahawa sebagai ganti kepada hukuman sebat Puan dititah perintah supaya menjalankan kerja khidmat kemasyarakatan di Rumah Kanak-Kanak Tengku Ampuan Fatima, Kuantan di alamat Jalan Tengku Muhammad, 25050 Kuantan selama 3 minggu mulai 2 April 2010."