Khamis, 1 April 2010

Pilihan raya PBT akibatkan wakil kaum tidak seimbang

Oleh Neville Spykerman
KUALA LUMPUR, 1 April — Pentadbiran Datuk Seri Najib Razak menolak usaha memulihkan pilihan raya kerajaan tempatan kerana berpendapat ia akan mencetuskan ketidakseimbangan kaum, kata Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Seri Lajim Ukin hari ini.
Lajim menegaskan kerajaan telah mempertimbangkan kesemua faktor sosial dan ekonomi sebelum menolak rayuan daripada kerajaan negeri Pulau Pinang dan Selangor pimpinan Pakatan Rakyat untuk mengembalikan undi ketiga.
“Kebanyakan masyarakat bukan Islam tinggal di bandar raya manakala Bumiputera pula di kawasan pinggir.
“Akan ada ketidakseimbangan perwakilan mengikut kaum dalam kerajaan-kerajaan tempatan jika pilihan raya (kerajaan tempatan) diadakan,” kata Lajim kepada pemberita di bangunan Parlimen hari ini.
Malah tambah beliau, pertimbangan aspek kewangan dan sumber manusia juga diambil kira dalam menolak pilihan raya sedemikian.
Tambah beliau sistem semasa sudah memadai dan tidak menghalang prinsip demokrasi kerana rakyat boleh mengundi setiap lima tahun untuk memilih wakil rakyat mereka.
Lajim juga berkata kerajaan-kerajaan negeri mempunyai kuasa untuk memilih ahli majlis dan boleh melantik mereka apabila merasakan mereka boleh mewakili orang ramai dalam kerajaan tempatan.
“Kerajaan-kerajaan negeri Pulau Pinang, Selangor dan Kedah boleh melantik mereka yang mereka inginkan,” katanya.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berpendapat kerajaan negeri Pulau Pinang dan Selangor tidak boleh mengadakan pilihan raya pihak berkuasa tempatan kerana peruntukan mengenainya dalam Akta Pilihan Raya Kerajaan Tempatan 1960 termansuh dengan pelaksanaan Akta Kerajaan Tempatan 1976.
Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusuf berkata selaras dengan pemansuhan itu seksyen 10 Akta Kerajaan Tempatan 1976 memperuntukan keanggotaan sesuatu majlis PBT dibuat secara pelantikan.
“Bukan sebab SPR tak bagi buat (pilihan raya) tetapi undang-undang yang ada sekarang tidak membolehkan pilihan raya itu diadakan,” katanya.
Bagaimanapun katanya jika ada mana-mana negeri di Semenanjung termasuk Pulau Pinang dan Selangor bercadang untuk mengadakan semula pilihan raya PBT, suatu keputusan dasar hendaklah dibuat terlebih dahulu.
“Sekiranya kerajaan negeri hendak meminda dasar itu, ia boleh dipinda tetapi pindaannya tidak boleh diubah secara bersendirian,” katanya.

Hishammuddin avoids talking about new IGP and the ‘third force’

Hishamuddin (right) accused Lim Kit Siang of sowing discord between him and thhe IGP (left) . - Picture by Choo Choy May
By Neville Spykerman KUALA LUMPUR, April 1 — Datuk Seri Hishammuddin Hussein today refused to answer direct questions about the new national police chief and whether he was the “third force” that allegedly interfered with the Police.
Instead the Home Minister accused Lim Kit Siang of deliberately trying to sow discord between him and. Inspector-General of Police Tan Sri Musa Hassan.
“Previously you tried to stir controversy between the prime minister and his deputy, now you are trying to do it with the IGP and me.”Hishammuddin said when winding up the Royal Address.
Last month the IGP alleged there was a plot by a, still unidentified, third force interfering in the force and trying to remove him from his job.
Hishammuddin also struggled to explain his statement that he already knew who would replace the IGP and other senior officers who are due for retirement.
However Lim pointed out it was for the Police Force Commission to make recommendations on who would replace the IGP and senior officers, but Hishammuddin had stated he already knew who would be appointed.
“Is it your prerogative or the prerogative of the Police Force Commission to appoint?” asked Lim.
He also asked if a meeting had been called by the Police Force Commission to discuss the appointments.
However Hishammuddin again accused Lim of manipulating the issue.
He explained it was a fact the police officers, including the IGP, would be retiring and what he meant was that he knew which officers would be elevated to replace them, based on their seniority.

Kartika masih rela jalani hukuman sebatan ...so what..!!!!

Oleh Syed Mu'az Syed Putra dan Lee Suet Ling
KUALA LUMPUR, 1 April — Bekas model sambilan Kartika Sari Dewi Sukarno lebih rela jika dia dibolehkan menjalani hukuman sebatan berbanding kerja-kerja khidmat masyarakat.
Bagaimanapun kata Kartika (gambar), dia menerima keputusan tersebut kerana ia adalah titah perintah Sultan Pahang dan selaku rakyat dia wajar menerima junjung titah terbabit.
“Dalam undang-undang tidak dinyatakan hukuman sebat boleh digantikan dengan kerja-kerja khidmat masyarakat tetapi oleh kerana ini titah perintah Sultan Pahang, saya terima junjung titah ini.
“Tetapi secara individu saya lebih rela menerima hukuman sebat kerana tidak mahu undang-undang Islam difitnah sekiranya ia tidak dilaksanakan.
“Saya menghormati undang-undang sedia ada tetapi saya harap selepas ini prosedur terhadap individu yang terbabit dalam kesalahan meminum arak akan lebih teratur dan sistematik.
“Ini kerana saya bimbang sekiranya masih ada kesalahan sama yang membabitkan wanita, mereka terpaksa menunggu lama untuk menerima hukuman,” katanya ketika ditemui di Hentian Duta di sini, hari ini.
Dia dalam perjalanan ke Kuantan untuk menemui pihak berkuasa agama Pahang esok.
Kartika berkata, walaupun hukuman diringankan kepada kerja-kerja khidmat masyarakat namun banyak pengajaran diperoleh terutamnya kepada diri sendiri.
“Sepanjang tempoh menanti hukuman saya memang tertekan, saya bersyukur kerana ibubapa dan keluarga sentiasa berada dibelakang untuk memberikan sokongan.
“Jadi saya harap ia akan menjadi pengajaran bukan sahaja kepada saya tetapi juga masyarakat khususnya umat Islam,” katanya.
Kartika diperintah menjalankan kerja-kerja khidmat masyarakat di Rumah Kanak-kanak Tengku Ampuan Fatimah, Kuantan.
“Perasaan saya sekarang bercampur-campur sekarang kerana saya tidak menyangka hukuman sebat akan digantikan dengan kerja-kerja khidmat masyarakat.
“Saya terima keputusan ini dengan hati yang terbuka dan saya akan melaluinya dengan hari yang tenang dan ikhlas.
“Selain itu, saya juga kesal dengan kesalahan meminum arak sebelum dan sepanjang tempoh menanti hukuman ini bermacam-macam cabaran serta dugaan terpaksa ditempuh,” katanya.
Tambahnya, sepanjang tempoh tiga minggu menjalankan kerja-kerja khidmat masyarakat dua orang anaknya, Muhammad Azfar Affandi, 8, dan Wan Katlyan Saridewi Affandi, 6, akan dijaga oleh keluarga.
“Saya beritahu kepada anak-anak yang saya pergi bekerja, jadi mereka akan dijaga oleh keluarga,” katanya.
Sementara itu, bapanya, Sukarno Abdul Mutalib berkata, beliau berasa bersyukur apabila hukuman enam sebatan akan digantikan dengan kerja-kerja khidmat masyarakat.
“Saya memang terkejut apabila mendapat tahu hukuman sebatan digantikan dengan kerja khidmat masyarakat tetapi ini adalah titah Tuanku Sultan jadi beliau (Kartika) perlu menerimanya.
“Cuma apa yang membimbangkan adalah sekiranya perkara ini dibangkitkan lagi pada masa hadapan kerana saya lihat ada ruang untuk ia dipertikaikan.
“Namun saya harap ia dapat selesai supaya selepas ini Kartika dapat menjalani kehidupan dengan lebih tenteram bersama anak-anaknya,” katanya.

Bawa usul jika mahu buang perkataan Melayu, cabar Nazri

KUALA LUMPUR, 1 April — Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz (gambar) mencabar pembangkang membawa usul untuk meminda Perlembagaan Persekutuan bagi membuang perkataan “Melayu”.
Cabaran itu dilontarkan kepada Lim Kit Siang (DAP-Ipoh Timur) yang mempersoalkan keseriusan kerajaan melaksanakan gagasan 1 Malaysia yang diilhamkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
Menurut Lim, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin sendiri tidak menyokong gagasan tersebut apabila sering mengeluarkan kenyataan yang mendahulukan bangsa Melayu.
“Gagasan 1 Malaysia ini berpaksikan Perlembagaan dan kalau Yang Berhormat nak bangkitkan perkara-perkara yang disebut oleh Timbalan Perdana Menteri tadi, yang pertama sekali Yang Berhormat kena serang ialah Perlembagaan Malaysia.
“Dalam Perlembagaan Malaysia disebut Melayu... jadi bermakna apa juga yang kita buat dalam gagasan 1 Malaysia tidak boleh membelakangkan apa yang telah dijaminkan dalam Perlembagaan.
“Tetapi kalau rakan-rakan Yang Berhormat Melayu yang lain sebelah pembangkang sana merasakan perlu kita pinda Perlembagaan, buang perkataan ‘Melayu’, buatlah, runding-runding bawalah usul, supaya kita boleh pinda Perlembagaan,” katanya ketika menggulung perbahasan usul Menjunjung Kasih Titah Ucapan Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin di Parlimen.
Justeru itu, Nazri berkata gagasan 1 Malaysia perlu dilaksanakan dengan mengambil kira batasan yang wujud dalam Perlembagaan khususnya berhubung hak-hak keistimewaan orang Melayu.
“Itu tidak boleh kita ketepikan kerana kalau tidak, ia akan merupakan anti-perlembagaan atau menentang perlembangaan, jadi sebab itu Yang Berhormat, kalau ada 1 Malaysia pun, kita tak boleh ketepikan jaminan yang sudah kita beri kepada warga Malaysia,” katanya.
Beliau berkata ini juga tidak bermakna dengan slogan 1 Malaysia, kerajaan boleh mengambil tindakan menutup sekolah aliran China dan Tamil kerana perkara tersebut sudahpun dijamin dalam Perlembagaan.
“1 Malaysia tidak boleh menjejaskan apa-apa juga hak yang telah kita ada, wujud dan diberikan kepada kita.
“Jadi, jika Yang Berhormat kata bila buat gagasan 1 Malaysia maknanya semua kena menampakkan 1 Malaysia, tak bolehlah Yang Berhormat sebab kita ada Perlembagaan,” katanya lagi.
Bagaimanapun, Nazri berkata, kerajaan masih boleh melaksanakan gagasan 1 Malaysia di mana yang boleh asalkan tidak menyentuh hak dan keistimewaan yang disebut dalam Perlembagaan secara langsung.

MEB: Fomca, MTUC Bantah Penggunaan Dana KWSP

SHAH ALAM 1 APR: Gabungan Persatuan-persatuan Pengguna-pengguna Malaysia (FOMCA) dan Kongres Kesatuan Pekerja (MTUC) mahu kerajaan memberi jaminan sebarang pelaburan melibatkan dana Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) di luar negara, selamat dan terjamin.

Ketua Pegawai Eksekutif Fomca, Mohd Yusof Abd Rahman dan Pengerusi MUTC, Syed Shahir Syed Mohamud senada dalam isu melibatkan MEB yang dicadang Perdana Menteri yang seakan-akan mempertaruhkan setiap sen simpanan wang rakyat.

Kedua-dua pemimpin itu bimbang pelaburan yang dibuat KWSP tidak memberi pulangan yang sewajarnya kepada pencarum, bahkan sebaliknya menghakis dana sedia ada.

"Perlu ada jaminan sekiranya kerajaan membenarkan KWSP melabur di luar negara, maka kerajaan perlu memastikan ia adalah pelaburan yang selamat.

"Sebab, kita dapati banyak pelaburan yang dibuat KWSP tidak memberi manfaat kepada pengguna dari segi pulangan umpamanya pelaburan dalam sektor berisiko tinggi," kata kepada TV Selangor, hari ini.

Mohd Yusof juga menyatakan Fomca bimbang dengan sikap Jawatankuasa Pelaburan yang sering melabur tanpa memaklumkan Lembaga Pengarah KWSP seperti yang dibangkitkan Kongres Kesatuan Pekerja (MTUC).

"Masalahnya jawatankuasa pelaburan tidak dianggotai oleh wakil pekerja, sebaliknya dianggotai pihak profesional dari segi pelaburan.

"Dari segi pemantauan dan 'check and balance', kita dapati masih kurang. Malah, apa juga yang dilaburkan kadang kala tidak dimaklumkan kepada Lembaga Pengarah," kata Mohd Yusof lagi.

Syed Shahir pula tidak menolak kemungkinan kekaburan fakta berkaitan MEB mungkin bertujuan menutup kelemahan dasar itu yang hanya menguntungkan golongan atasan sebaliknya meminggirkan masyarakat bawahan.

“Kita tak nampak jelas apakah tumpuannya terhadap golongan bawahan. Seolah-olah wujud andaian bahawa apabila selesai masalah ekonomi, maka selesailah masalah pekerja atau orang bawahan,” katanya.

Beliau jmenganggap cakap-cakap kerajaan mahu meningkatkan pendapatan rakyat hanya omong kosong, sebaliknya  bimbang amalan penswastaan  menyebabkan pemerintah terpaksa menampung kerugian syarikat dengan menggunakan wang rakyat.

“Kita mendapati banyak kelemahan dalam hal berkaitan penswastaan. Malah ada yang terpaksa diambil balik oleh pemerintah. Misalnya, syarikat penerbangan Malaysia yang suatu waktu dulu diswasta tapi terpaksa ditampung balik," katanya.

Sehubungan itu, beliau mengingatkan kerajaan bahawa pelaburan menggunakan dana KWSP perlu dilakukan secara penuh waspada dengan mempertimbangkan setiap risiko.

“KWSP kena berhati-hati betul, cermat berhemat untuk memastikan wang pencarum yang untuk simpanan hari tua itu, selamat dan memberi pulangan munasabah,” katanya.

MEB sekadar omong kosong?

Seringkali kerajaan memasukkan tangannya ke dalam bidang ekonomi.  Malah, ekonomi negara juga tidak terelak daripada pengaruh dasar awam.  Oleh itu, apabila dasar awam dibincangkan, maka pelaksana dasar awam, iaitu kakitangan kerajaan akan disentuh.
Ketika kita merungut kerana terpaksa berbaris panjang, atau berdepan dengan seribu satu kerenah kakitangan di jabatan kerajaan, kita mungkin terlupa bahawa jumlah pegawai kerajaan di negara kita amat mengejutkan.  Menurut perangkaan Ketua Setiausaha Negara, Sidek Hassan (gambar kiri) pada Januari 2008, bilangan kakitangan kerajaan negara kita mencecah 1.2 juta orang.
Angka ini semestinya melonjak setelah mengalami pertumbuhan dua tahun.  Untuk negara kita yang mempunyai populasi 27 juta orang, jumlah kakitangan kerajaan sebegini telah mencakupi 4% daripadanya, atau bersamaan 10% daripada populasi pekerja (Malaysia mencatat populasi pekerja sejumlah 12 juta orang).
Ini bermakna daripada 10 orang warga Malaysia yang bekerja, salah seorang daripadanya bekerja di sektor awam.  Juga, dalam negara yang sekecil Malaysia ini, seseorang kakitangan kerajaan hanya berkhidmat untuk 27 orang awam.  Sila rujuk kadar nisbah antara kakitangan kerajaan dengan populasi negara di bawah:
Negara
Kadar(%)
Malaysia
4.68
Thailand
2.06
Korea
1.86
Filipina
1.81
Indonesia
1.79
Laos
1.24
Kemboja
1.18
 (Sumber: Organisation for Economic Co-operation and Development-OECD)
Fenomena yang aneh
Berbanding dengan negara membangun yang lain, nisbah Malaysia jelas melebihi piawaian normal.  Malaysia bukanlah negara yang menganuti sosialisme, malah mengutuk sosialisme, pada masa yang sama menyambut pasaran terbuka dan dasar penswastaan.  Bertitik tolak daripada itu, adalah sesuatu yang aneh kerana sistem kakitangan kerajaan kita cukup gemuk-gedempol, malah pelaburan sektor awam jauh lebih tinggi daripada pelaburan swasta.
Menurut statistik yang dipetik oleh ahli parlimen Bukit Bendera, Liew Chin Tong (gambar kanan), bilangan kakitangan kerajaan bertambah dari 894,788 orang pada tahun 2000 kepada 1.2 juta orang pada tahun 2008.  Ini bermakna, kakitangan kerajaan telah bertambah sebanyak 300 ribu orang, dalam tempoh lapan tahun sahaja.  Angka ini bersamaan dengan pertambahan 38,151 orang setiap tahun, atau 104 orang setiap hari.  Sekiranya dihitung berdasarkan waktu kerja, jabatan kerajaan telah menemuramah dan mengupah enam orang kakitangan kerajaan setiap jam, sejak tahun 2000.
Pada masa yang sama, gaji yang diperuntukkan kepada kakitangan kerajaan juga melonjak secara mendadak.  Peruntukan gaji kepada kakitangan kerajaan pada tahun 2008 ialah RM41.0 bilion, memperlihatkan penambahan kira-kira 60% dalam jangka tiga tahun jika dibandingkan dengan RM 25.6 bilion pada tahun 2005.
Di Malaysia, kita hanya mempunyai kira-kira 1.8 juta orang pembayar cukai.  Untuk menampung gaji kakitangan kerajaan, setiap pembayar cukai perlu menampung RM23,000 secara puratanya, pada tahun 2008.  Dari persepktif yang lain pula, ianya juga bermakna gaji setiap orang kakitangan kerajaan ditanggung oleh 1.5 orang pembayar cukai.  Perkembangan sedemikian adalah sesuatu yang pincang.
Malah, jangan pula kita terlupa bahawa projek penswastaan yang dilaksanakan dalam tempoh 30 tahun lalu, telah "menswastakan pegawai sektor awam".  Menurut kertas kajian Jeff Tan, antara tahun 1983 hinggalah 2000, penswastaan telah menswastakan 114,198 orang kakitangan kerajaan.  Angka ini tidak termasuk projek penswastaan yang dijalankan oleh kerajaan negeri.
Pada masa yang sama, sejak 10 tahun yang lalu, kerajaan telah mencurahkan peruntukan yang besar untuk menggerakkan projek pendigitalan, seperti e-kerajaan, mykad dan sebagainya.  Apa yang menyusul selepas peningkatan teknologi maklumat ini bukannya pengurangan sumber tenaga manusia, sebaliknya penambahan kakitangan kerajaan.
Lebih-lebih lagi, banyak projek kerajaan yang penting seperti rundingan FTA dengan US, penyelidikan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) telah diserahkan kepada syarikat perunding asing, malah program peningkatan imej kerajaan turut diserahkan kepada firma perhubungan awam antarabangsa, APCO.
Bermula dengan program penswastaan, GLC selanjutnya, dan kini pula perancangan kerajaan yang penting, telah mengagihkan tenaga kerja dan beban kerja itu ke sektor swasta mahupun asing.  Persoalan yang tinggal, apakah kita masih memerlukan kakitangan kerajaan yang sebegitu ramai?
"Sumpah sumber"
Persoalan pertamanya, mengapakah nisbah kakitangan kerajaan kita begitu tinggi?  Keduanya, mengapa negara kita mempunyai jumlah kakitangan kerajaan yang sebegitu ramai, namun produktivitinya masih begitu rendah?
Biarpun puncanya banyak untuk persoalan pertama, namun pada hemat saya, punca utamanya berasal dari dasar kerajaan yang kurang memperlihatkan keberanian dan berwawasan.  Selepas berlakunya krisis ekonomi pada tahun 1997, suasana ekonomi suram, kadar pengangguran melonjak, dan kerajaan pula berdepan dengan tekanan sosial dan gerakan reformasi.  Cara terbaik adalah untuk menyelesaikan masalah, walaupun penyelesaian yang bersifat sementara, adalah penyerapan graduan ke dalam sistem kerajaan dan membekalkan mereka dengan periuk nasi.  Dengan ini, rungutan rakyat diredakan, malah mengalih tekanan dari luar ke dalam sistem.  Kemudiannya, pembentukan dan perubahan minda dijana melalui Biro Tatanegara, untuk menangkis tentangan dari luar.
Selepas itu, harga minyak global melonjak.  Ekonomi mula memulih.  Pemerintah bukan sahaja tidak memandang berat kepada punca akar umbi, mengambil kesempatan untuk merombak bidang pendidikan, kewangan, pencukaian dan reformasi sosial secara besar-besaran, tetapi menggunakan wang untuk pelaksanaan dasar yang flip-flop.
Akhirnya, sistem pendidikan gagal mengasuh graduan yang berdikari dalam sektor swasta selepas krisis ekonomi, malah kerajaan telah menyerap secara besar-besaran golongan ini ke dalam sistem kakitangan kerajaan.  Justeru itu, kita akan mendapati penambahan kakitangan kerajaan berkadar langsung dengan harga petroleum.  Fenomena ini disifatkan oleh ahli parlimen Selayang, William Leong sebagai Malaysian resource curse (sumpah sumber).
Maknanya, di negara yang kaya dengan sumber semula jadi, kerajaannya mendapati bahawa pengagihan sumber kepada bidang atau komuniti tertentu lebih memudahkan mereka untuk mengekalkan kuasa, berbanding dengan memberi tumpuan kepada dasar ekonomi, pembentukan sistem yang saksama dan baik.  Antara reformasi sistem dan pertimbangan kuasa, biasanya pemerintah akan memilih kuasa.
Perluasan kuasa yang tidak bermakna
Produktiviti sektor awam yang rendah berpunca daripada pemusatan kuasa pada Jabatan Perdana Menteri, dan fenomena pertindihan bidang kuasa antara pegawai kerajaan.  52 unit badan kerajaan tertakluk di bawah JPM, seolah-olah satu "kabinet mini".  Antaranya, Petronas, Felda, Unit Perancangan Ekonomi, koridor ekonomi yang masing-masingnya boleh menjadi institusi yang berdikari.
Pemusatan sumber dan kuasa yang keterlaluan ini telah menjurus kepada kekosongan kuasa di sesetengah jabatan, di samping ada pula yang bertindih.  Wujudnya fenomena "tak ada kerja", atau "ada kerja tapi tiada sumber".  Fenomena ini cukup melemahkan semangat jutaan orang kakitangan awam.
Akhirnya, rasuah bermaharajarela, mereka yang berbakat pula berlari lintang-pukang untuk keluar dari sistem ini.  Seterusnya, mereka yang kebosanan dalam kerja mereka akan memperluaskan kuasa mereka, menyebabkan fenomena red tape dalam sistem birokrasi.  Dengan itu, sistem birokrasi kakitangan kerajaan ini menjadi makhluk yang gemuk-gedempol, kompleks, tidak bermaya dan menyerap wang rakyat.
Reformasi dalam sektor awam
Untuk memacu negara ke arah ekonomi berpendapatan tinggi, kerajaan perlu membuat perubahan dalam sektor awam yang mana populasinya adalah 10% daripada populasi pekerja.  Malah, PM harus bermula dengan menguruskan badan JPM-nya yang jelas terlalu "gemuk".  Keadaan pemusatan kuasa di JPM disebabkan ketagihan kuasa PM.  Kuasa harus diagihkan ke peringkat kementerian, negeri, malah kerajaan tempatan sendiri mengikut merit.  Sekurang-kurangnya, peta perjalanan bas di Pulau Pinang tidak perlu menunggu kelulusan Putrajaya.
Sememangnya, manifestasi pengagihan kuasa termasuklah mengembalikan kuasa memilih kepada rakyat dengan pilihan raya tempatan.  Kuasa yang bermula dari JPM dan dihubungkan ke peringkat negeri, daerah, kerajaan tempatan harus dikembalikan ke tangan rakyat.  Malah rakyat akan menggunakan hak undi untuk menyekat dan memantau kerajaan.
Najib menyedari bahawa pengagihan kuasa akan berakhir dengan kebangkitan kuasa rakyat, lantas tidak melepaskan kuasa dari genggamannya.  Namun, seandainya transformasi kerajaan dan Model Ekonomi Baru (MEB) dilaungkan tanpa reformasi struktur kuasa dan politik, bukankah ia gimik politik yang sekadar omong kosong sahaja?
*Lee Chean Chung ialah penyelidik dasar.

Anwar Cabar Najib Jawab Pasal APCO, Shin Bet

KUALA LUMPUR 1 Apr - Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mencabar Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak untuk menjelaskan kepada Parlimen berhubung beberapa persoalan yang timbul daripada isu APCO Worldwide sebelum mengambil tindakan terhadap beliau.
"Suruh dia (Perdana Menteri) jawab dulu soal APCO, jawab soal 'Israel intelligence', Shin Bet. Jawab itu dulu apakah sudah dijawab atau belum, apa nak serang saya lagi?
"Saya dah diserang banyak, sekarang ini Umno ataupun Perdana Menteri perlu jawab mengapa pilih APCO, pertahankan APCO mati-matian, ini aneh dong," kata Anwar kepada media di lobi Parlimen petang tadi.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz berkata hari ini kerajaan membuat keputusan untuk merujuk Anwar ke Jawatankuasa Mengenai Hak dan Kebebasan berhubung isu APCO, Satu Israel dan hubungkait dengan 1 Malaysia.

Jangan salahkan rakyat jika polis dipandang negatif

KUALA LUMPUR, 1 April: Kementerian Dalam Negeri (KDN) digesa untuk tidak menyalahkan Pakatan Rakyat (PKR) sekiranya rakyat kebelakangan ini begitu memandang serong kepada institusi Polis Diraja Malaysia (PDRM).
Menurut Ahli Parlimen Batu, Tian Chua (gambar), persepsi serong tersebut sebenarnya disedari oleh rakyat sendiri.

"Bukan kami yang mengawal persepsi (negatif terhadap PDRM), semua itu (adalah) persepsi rakyat sendiri,” katanya ketika mencelah penggulungan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein di Dewan Rakyat, petang ini.

Tian Chua yang juga Ketua Strategik PKR berkata, persepsi buruk tersebut berlaku ekoran berlakunya beberapa kes kematian di dalam lokap.

“Tidak cukup dengan itu, kaedah polis menyiasat kes-kes tersebut menebalkan lagi persepsi negatif rakyat kepada polis.

"Misalnya, seorang lelaki seperti kes (mendiang) A. Kugan yang mati di lokap, tetapi kes-kes kematian itu disiasat sendiri oleh polis," katanya.

Maka, siasatan tersebut, menurut pandangan Tian Chua adalah tidak mencerminkan tahap integriti PDRM.

Dalam pada itu, beliau turut meminta Hishammuddin supaya menjelaskan insiden tembakan rambang yang menimpa Norizan Salleh pada Oktober lalu.

Beliau juga meminta Hishammuddin memberi jaminan bahawa kredibiliti PDRM masih boleh diperbaiki.

Hishammuddin kemudiannya menjelaskan bahawa mangsa ditembak kerana disyaki penjenayah.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Sembrong berkata, kereta yang dinaiki Norizan bersama empat rakannya disyaki kereta curi.

Tian yang bangun mencelah mempersoalkan tindakan polis menyepak rusuk mangsa, selepas mengeluarkannya yang ketika itu cedera parah akibat ditembak polis.

Dua MP Pakatan diarah keluar dewan

Ahli parlimen Bukit Mertajam Chong Eng hari ini diarahkan keluar dari Dewan Rakyat setelah pertikaman lidah yang hangat dengan ahli-ahli yang lain.

Timbalan speaker, Datuk Ronald Kiandee (kanan) mengarahkan Chong Eng (DAP - Bukit Mertajam) meninggalkan dewan pada jam 2.55 petang ketika penggulungan ucapan oleh Menteri Wanita, Keluarga dan Pembangunan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil.

Chong Eng sebelum itu berhujah berhubung isu cuti bersalin untuk pekerja wanita.

Datu
k Bung Mokhtar Radin (BN - Kinabatangan) mencelah hujahnya dan menuduh beliau sebagai "kaki manipulasi".

Chong Eng tidak berpuas hati dengan tuduhan itu dan meminta Kiandee bertindak.

Timbalan speaker sebaliknya menolak permintaan itu kerana berpendapat kenyataan itu dibuat secara berseloroh.

Chong Eng terus mendesak sehingga menyebabkan Kiandee mengarahkannya keluar dewan.

Pada sidang media di luar parlimen, Chong Eng berkata hukumannya itu satu tindakan berat sebelah.

"Orang lain yang menggunakan perkataan yang tidak sesuai di Parlimen tetapi tidak dikenakan tindakan. Sebaliknya, kita yang meminta pengadilan diusir keluar.”

'Gobalakrishnan juga diarahkan keluar'

Dalam perkembangan yang sama N Gobalakrishnan (PKR-Padang Serai) juga diarahkan keluar dewan petang tadi oleh Kiandee.

Kali ini beliau bertengkar dengan Menteri Wilayah Persekutuan Kesejahteraan Bandar, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin.

Isu yang menjadi percakaran mereka ialah peraturan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur yang menyusahkan ahli parlimen pembangkang untuk mengunakan dewan orang ramai.

Perang mulut bermula apabila Nurul Izzah Anwar (PKR-Lembah Pantai) bangkit untuk mendapatkan penjelasan berhubung perkara itu ketika Raja Nong Chik menggulung bagi pihak kementeriannya.

Ia bertambah hangat apabila mereka menuduh BN menyalah-gunakan dewan berkenaan.

Jawab dahulu sebelum serang saya- Anwar


KUALA LUMPUR, 1 April: Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim mempertikai tindakan kerajaan BN yang mahu mengheretnya ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen ekoran mengaitkan 1 Malaysia dengan One Israel.

Baginya, isu sebenar adalah tertumpu kepada kenapa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak tidak menjawab pendedahan yang dibuatnya.

Baginya, adalah tidak wajar jika BN terus merujuknya ke jawatankuasa khas tersebut tanpa sebarang penjelasan berhubung isu yang dibangkitkan itu.

"Najib perlu jawab siapakah APCO? Apa kaiatan APCO dengan Israel? Apakah itu sudah dijawab atau belum?

"Buat apa nak serang saya lagi, saya dah diserang banyak," katanya ketika ditemui di parlimen lewat petang ini.

Beliau turut mempersoal tindakan kerajaan yang dilihat bermati-matian mempertahan penglibatan APCO dalam kempen 1Malaysia.

"Soalnya Umno dan Perdana Menteri perlu jawab, kenapa pilih APCO dan pertahan APCO mati-matian?," soalnya lagi.

Beliau memberitahu demikian sebagai mengulas pengumuman BN yang dibuat Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz siang tadi.

Nazri pada sidang madia tegahhari tadi memberitahu BN akan menghadapkan Anwar kepada jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen, kerana didakwa mengelirukan Dewan Rakyat dengan mengaitkan 1Malaysia dengan One Israel.

APCO: Laskar upahan yang kita percaya - Tian Chua

Dalam dunia yang penuh pancaroba dan berkembang APCO Worldwide berdiri teguh sebagai gergasi dalam dunia industri pelobian. Firma ini, dalam katanya sendiri menawarkan “kepakaran luar biasa dan profesional” kepada  kerajaan, ahli politik dan syarikat korporat, serta senantiasa bersedia membantu pelanggan untuk mengharungi cabaran getir dalam dunia yang rumit pada peringkat antarabangsa dan hal-hal dalam negeri.

Pelanggan khidmat APCO, bukan sahaja negara Malaysia. Dalam tulisan saya sebelum ini, saya telah menjelaskan hubungan firma perunding pengurusan risiko dan keselamatan dalam negeri ASERO Worldwide. ASERO seolah-olahnya merupakan rumah persaraan buat bekas-bekas pegawai perisikan Israel, bekas Mossad dan bekas Shabak.

Melihat rekod syarikat  APCO, cukup menakjubkan melihat kelancangan syarikat dalam tindakan yang secara berterusan menentang keadilan sosial.

Mendandan diktator

Seperti yang kita tahu, APCO dan rakan strategiknya ASERO berkhidmat untuk Israel dan agenda Zionis. Di persada antarabangsa, APCO secara khususnya terkenal kerana membantu para diktator di seluruh dunia.

Ketua Menteri Gujarat, seorang nasionalis pelampau Hindu, Narendra Modi memakai khidmat APCO sebagai perunding imejnya pada Ogos 2007. Ahli politik BJP ini telah dikaitkan dengan rusuhan antara agama yang mengorbankan kira-kira seribu orang Islam. Pembunuhan beramai-ramai itu mula dicetuskan dengan kejadian pembakaran keretapi Godhra pada 27 Februari 2007, yang mana beberapa ratus penganut Hindu terbakar hidup-hidup.

Puak radikal pelampau BJP dan RSS menyalahkan penganut Islam berhubung kemalangan tersebut dan membalas dendam dengan memulakan rusuhan anti orang Islam. Kerajaan Gujarat yang dipimpin Modi kemudiannya membayar USD25,000 setiap bulan kepada APCO bagi membina semula imej antarabangsanya dan menarik pelaburan asing (FDI).

Selain dari Ketua Menteri Anti Orang Islam, si Modi, APCO juga terkenal dengan menjalankan kempen perhubungan awam untuk ahli-ahli politik yang begitu mengaibkan.

Pada pertengahan tahun 1990an, syarikat itu telah dikontrakkan oleh bekas Presiden seumur hidup Nigeria, Sani Abacha. APCO mewakili diktator itu di saat rejim tersebut menindas kebangkitan gerakan rakyat dan menghukum bunuh 9 orang aktivis pro demokrasi, termasuklah seniman pro alam sekitar Ken Saro-Wiwa.

Setelah runtuhnya blok komunis Eropah Timur, APCO menemui lubuk keuntungan di Rusia, negara-negara Eropah Timur dan Asia Tengah.

Ken Silverstein, editor majalah Harper Magazine (30 Jun, 2007) menyifatkan pelobi APCO sebagai, “penyelamat penting buat rejim-rejim kediktatoran mengembangkan kepentingan mereka di Washington”. Beliau mendedahkan kepakaran pengalaman APCO dalam bekerja untuk rejim-rejim kuku besi seperti Kazakhstan, Azerbaijan, Turkmenistan dan lain-lain lagi..

Silverstein menulis: “Dengan bayaran yuran khidmat sehingga USD 1.5 juta setahun, APCO menawarkan untuk meghantar delegasi Kongres Amerika Syarikat ke Turkmenistan serta menulis dan menanam pendapat di suratkhabar atas nama-nama ahli akademik dan pakar-pakar pemikir yang akan direkrut mereka. APCO juga menawarkan untuk menganjurkan acara untuk media “bebas’ di Washington yang akan mempromisikan Turkmenistan…”

Di China,  APCO membantu syarikat-syarikat Israel untuk menjalankan perniagaan. Dalam salah satu risalahnya, APCO mengiklankan bahawa: “APCO akan membimbing dan memberi panduan kepada para peserta dengan proses mencari dan mengenal pasti rakan niaga berpotensi ataupun potensi peserta untuk menjadi pengedar, penggabung,  agen, pembekal atau pesaing kepada China.”

Memukul gendang perang


Melakukan kerja-kerja perhubungan awam untuk rejim-rejim kuku besi mungkin merupakan sebahagian daripada sumbangan kegiatan kebajikan APCO. APCO juga memiliki sebatalion pelobi penyokong perang di bawah sayap syarikat ini. Firma ini juga merupakan pendokong kuat peluasan peranan ketenteraan dan persenjataan Amerika Syarikat (A.S) dalam urusan hal ehwal dunia

Pada Oktober 2004, APCO dan Kissinger Associates (dimiliki oleh bekas setiausaha negara A.S, Henry Kissinger) membentuk “persekongkolan strategik.” Mereka sama-sama mengumumkan  “Genggaman kami terhadap dasar-dasar asas dan isu-isu peraturan di berbagai negara digabung dengan pengalaman luas hal ehwal awam oleh APCO akan menghasilkan pemikiran yang lengkap tentang ‘cabaran-cabaran’ para pelanggan kami.”

Selain Kissinger Associates, APCO turut membina jaringan atau persekongkolan dengan kumpulan konservatif pelobi pro Zionis dan kumpulan-kumpulan perundingnya termasuklah Heritage Foundation, Frontier of Freedom, Jewish Policy Center, dan lain-lain lagi.

Atas nama perang melawan keganasan, APCO membantu untuk menyelaraskan komunikasi kerajaan bagi meyakinkan orang ramai berhubung perlunya perang. Kerja APCO termasuklah mengolah pendapat awam dan maklum balas yang akan membantu usaha-usaha ke arah peperangan. Mudahnya mereka mengeksploitasi rasa ketakutan terhadap Islam dalam masyarakat Barat untuk menjual idea bahawa serangan penaklukan merupakan penyelesaian masalah bagi mendapatkan semula keamanan di negara-negara Barat.

Selain menyokong George Bush, APCO turut sama mempertahankan tindakan tidak popular Perdana Menteri Britain, Tony Blair untuk ikut sama terlibat dalam peperangan. Bersama-sama dengan  Foreign Policy Institute, yang berpengkalan di London, APCO menyediakan dan menerbitkan risalah  berjudul, ‘A Global Alliance for Global Values’  (Persengkongkolan sejagat untuk nilai sejagat) yang diisytiharkan sendiri oleh Blair.

“Penyelesaian yang kita sedang hadapi sekarang adalah perang, tetapi bukan perang biasa yang konvensional. Dan ianya tidak dapat dimenangi dengan cara-cara yang biasa. Kita tidak akan memenangi pertempuran melawan keganasan sejagat sehinggalah kita memenangi setiap peringkat nilai dan juga kekuatan tentera.”

“Untuk melakukan hal ini memerlukan perubahan mendadak terhadap keutamaan dasar kita. Kita mesti menyerahkan diri kita terhadap pembaharuan sepenuhnya dalam strategi kita  untuk mengalahkan pihak-pihak yang mengancam kita.”

Setelah penakhlukan di Iraq, APCO secepatnya meletakkan diri mereka untuk membantu syarikat-syarikat Amerika memeras kekayaan dan sumber Iraq. Pada Mei 2003, APCO Worldwide melancarkan pasukan petugasnya yang diketuai oleh Marc Ginsberg, bekas duta Amerika Syarikat ke Maghribi bagi mendapatkan kontrak membangunkan semula Iraq.

Anti-reformasi di A.S

Kesemua kejahatan ini bermula di rumah mereka sendiri. APCO bukan malaikat di pengkalan asal mereka. Dilengkapi dengan penampilan berat condong ke politik konservatif, ia selalu siap untuk berkhidmat terhadap agenda politik puak sayap kanan yang  menentang reformasi dan kepentingan orang ramai.

APCO Worldwide lahir daripada firma guaman Arnold & Porter, salah satu firma guaman yang terbesar di Washington D.C serta berhubungan langsung dengan industri tembakau.

Pendokong gerakan hak-hak pengguna menyifatkan APCO sebagai firma pelobi yang “pakar dalam membantu syarikat korporat untuk mengembangkan matlamat-matlamat mereka dengan memanipulasikan penggubal undang-undang serta merancang dan mengajukan model bentuk peraturan dan perundangan. Perkakas utamanya…termasuklah dengan mencipta persekongkolan perniagaan serta penubuhan kumpulan-kumpulan ‘akar umbi’ palsu  yang bergerak atas isu-isu tertentu.

Pada tahun 1983, syarikat gergasi tembakau, Philip Morris membayar khidmat APCO untuk menyerang kempen kesedaran awam menentang tembakau. APCO menyusun NGO tipu yang dikenali dengan nama The Advancement of Sound Science Coalition (TASSC). Matlamat NGO ini adalah untuk melawan usaha-usaha kesihatan awam yang mendesak kepada perubahan perundangan serta menghalang sebarang cubaan untuk menghalang jualan tembakau.

Bukan sahaja APCO mahu orang ramai berfikir merokok itu baik untuk kesihatan, ia juga mewakili kepentingan yang menguntungkan daripada syarikat-syarikat farmasi dan industri penjagaan kesihatan. Tidaklah menghairankan apabila kita melihat APCO secara aktifnya menentang dan memperlekeh usaha Obama untuk mereformasikan sistem penjagaan kesihatan di A.S.

Salah seorang penggubal undang-undang yang disukai APCO ialah Senator Joe Lieberman, penyokong kuat bantuan ketenteraan ke Israel. Isteri Lieberman, Hadassah merupakan bekas pelobi utama APCO untuk para pelanggan dari sektor penjagaan kesihatan dan famasi.

Mewakili syarikat-syarikat gergasi menjual dadah (ubat-ubatan), Senator Lieberman menganjurkan gerakan anti reformasi sistem penjagaan kesihatan yang diharapkan para penyokongnya akan mengecewakan usaha Obama, dan mereka telah berjaya menunda pembentangan skema baru sistem penjagaan kesihatan.

Di luar A.S, APCO memimpin kempen undang-undang yang menentang pengedaran ubat-ubatan murah untuk sakit AIDS di Afrika Selatan.

Selain kesihatan, APCO juga terlibat sama dengan syarikat-syarikat besar multi nasional dalam sektor tenaga bagi menolak keprihatinan terhadap pemanasan global. Sekali lagi, tugasan TASSC adalah untuk menyampaikan pandangan yang ‘rasional’, bukti ‘waras’ saintifik bagi menyatakan bahawa bahaya pemanasan glogal hanyalah ilusi orang-orang pro alam sekitar yang kurang siuman.

Dibayar oleh syarikat seperti Exxon Mobil, APCO ditugaskan untuk menyusun sepasukan ‘laskar upahan’ yang berpandangan skeptik terhadap perubahan cuaca dunia dan menentang Perjanjian Kyoto sebagai “kesilapan sains dan teknologi.”

Pada kesemua hal ini, matlamat dan cara APCO tidak ada lain melainkan untung dan lebih besar lagi keuntungan bertimbun.

Kapten perhubungan awam di Malaysia


Pengarah Urusan APCO di Kuala Lumpur ialah Paul Stadlen. Memang benar tugas pertama APCO di Malaysia bukanlah untuk mempromosikan 1-Malaysia.

Paul Stadlen datang ke Malaysia pada tahun  2008, sewaktu berlakunya penangkapan ISA terhadap Teresa Kok, Raja Petra dan wartawan Sin Chew, Tan Hoon Cheng. Dia diambil berkerja untuk membantu strategi komunikasi Kementerian Dalam Negeri bagi menyokong penangkapan ISA, khususnya kepada masyarakat antrabangsa.

Naib Presiden APCO, Larry Snoddon dilantik sebagai CEO Rantau Asia pada Januari 2009. Sebelum bersama APCO pada tahun 2002, Snoddon merupakan CEO untuk  Burson-Marsteller,  pemain utama perniagaan perhubungan awam di UK.

Burson-Marsteller juga memilki rekod menarik. Seperti APCO juga, Burson-Marsteller pernah dibayar khidmatnya untuk Kementerian Penerangan Nigeria pada hujung tahun 1960 an bagi mengimbangi kutukan antarabangsa terhadap dakwaan pembunuhan etnik dan pelanggaran sistematik terhadap hak asasi manusia yang dilakukan tentera Nigeria.

Dalam perkembangan yang sama, firma ini juga dilantik sejurus selepas Lee Kuan Yew melancarkan operasi ‘Cold Store’ dalam tahun-tahun pembentukan Singapura (yang menyaksikan bekas Ketua Pengarang Utusan Melayu, Said Zahari merengkok tanpa bicara dibawah ISA selama 17 tahun). Lee Kuan Yew mendapatkan khidmat Burson-Marsteller bagi membantu Singapura membangunkan program selama 10 tahun untuk menarik pelaburan dari luar negara.

Firma ini juga diambil berkhidmat untuk kerja-kerja perhubungan awam oleh syarikat loji nuklear setelah tragedi kemalangan nuklear di Three Mile Island di A.S pada tahun 1979. Paling terkini, Burson-Marsteller mewakili syarikat khidmat keselamatan Blackwater dalam suatu kes kontroversi. Ia dibayar untuk mempertahankan kakitangan Blackwater yang membunuh 17 orang awam rakyat Iraq, sejurus selepas kejadian tembak-menembak di suatu jalan di Baghdad pada 16 September 2007.

Namun demikian, bos sebenar operasi APCO di Malaysia berpengkalan di Washington DC. Dengan bayaran khidmat RM23 juga, dia mampu untuk terbang ke Kuala Lumpur sebanyak dua kali sebulan.

Orang yang bertanggungjawab sebagai perunding imej Najib ialah Jonathan M Winer, Naib Presiden Kanan APCO di Washington DC.

Sebelumnya, Winer bertugas sebagai Timbalan Pembantu Setiausaha Penguatkuasaan Undang-undang Antarabangsa dari tahun 1994 hinggalah 1999. Semasa penggal perkhidmatannya sebagai Timbalan Pembantu Setiausaha Negara, dia dikenali sebagai pakar dalam hal kewangan pengganas.

Dalam politik dalaman A.S, Winer pernah sekali membantu kempen presiden John Kerry. Namun tidak seperti bosnya John Kerry, Jonathan Winer bukanlah kawan baik kepada Anwar Ibrahim. Sebetulnya Jonathan Winer telah membantu Najib berkempen menentang Anwar sebelum mendapat kontrak APCO lagi.

Sejak tahun 2005, kumpulan-kumpulan konservatif A.S  mengutip pengakuan kongres Jonathan Winer yang menyifatkan World Assembly of Muslim Youth (Perhimpunan Belia Islam Sedunia - WAMY) sebagai organisasi berkait dengan pengganas.

Dakwaan Winer merupakan cakap kosong tanpa asas. Dia membuat kesimpulan berasaskan pada kejadian tunggal, di mana WAMY telah mengundang pemimpin Hamas Khalid Mishal sebagai tetamu kehormat (VIP) untuk persidangannya di Riyadh yang berlangsung pada bulan Oktober 2002.

Selain menjadi simpatisan penyokong kepada perjuangan Zionis, Winer dalam banyak leadaan melontarkan syak wasangka buruknya terhadap orang Islam dan agama Islam secara umumnya. Dalam pengakuannya kepada Jawatankuasa Senat untuk Hal Ehwal Kerajaan A.S (US Senate Committee on Governmental Affairs) pada 31 Julai 2003, Winer menyifatkan organisasi Ikhwan Muslimin (Muslim Brotherhood) sebagai “kumpulan pengganas”.

Katanya, “Ikhwan berperanan dalam membangunkan organisasi-organisasi militan Islam lainnya. Hal ini dapat ditunjukkan dengan hubungannya terhadap penubuhan kumpulan pengganas Indonesia Jemaah Islamiya (JI), yang dicipta untuk menubuhkan negara Islam di Indonesia. Pelopor yang menubuhkan JI mengakui mendapat inspirasi daripada matlamat jihad Ikhwan sebagai cara untuk menciptakan negara Islam di Asia Tenggara meliputi Malaysia, Indonesia, Singapura dan selatan Filipina."

“JI kemudiannya mendapat dana daripada hartawan kaya Arab Saudi yang bergabung dengan Al-Qaeda. Hasilnya, mekanisme pusat kewangan Ikhwan, Al Taqwa, yang ditubuhkan operasinya di Malaysia terkait dengan JI…kumpulan Al Taqwa…sejak dahulu lagi berperanan sebagai penasihat kewangan kepada Al Qaeda,…menyediakan bantuan langsung kepada Osama bin Laden serta nasihat pelaburan dan mekanisme pemindahan wang tunai untuk Al Qaeda dan kumpulan-kumpulan radikal Islam lainnya.“

Saya beranggapan pandangan di atas sepertimana yang disuarakan Jonathan Winer tidak dapat diterima di kalangan kawan-kawan saya dari Barisan  Nasional. Namun demikian, apakah kerajaan Malaysia meminta perunding APCO ini mengubah kepercayaan yang dipegangnya sebelum menandatangani kontrak mahal bernilai RM23 juta itu?

Bolehkah kita mempercayai APCO?


Cara bergerak APCO tidak pernah berubah, ia menyediakan khidmat ‘laskar upahan’ perhubungan awam yang akan menasihatkan rancangan sesiapa sahaja, dan pastinya rancangan untuk pihak yang paling banyak membayar mereka.

Perkara-perkara yang saya timbulkan dalam rencana saya ini, telahpun dimasukkan ke dalam debat membahas Titah Di Raja di Palimen pada 29 Mac 2010. Dalam perdebatan itu, saya merayu kepada BN, juga terhadap rakyat Malaysia untuk melihat isu ini dengan lebih serius lagi.

APCO mungkin menyediakan jalan pintas untuk mengangkat imej kerajaan. Tetapi wajarkah kita percaya kepada ‘laskar upahan’ untuk berkhidmat terhadap kepentingan nasional kita?

Lebih-lebih lagi, jika 1Malaysia seperti yang didakwa kerajaan adalah berkenaan bagaimana rakyat Malaysia berkongsi memenuhi hasrat bersama, kita sebenarnya tidak memerlukan campurtangan asing untuk membentuk masa hadapan negara.

(Tian Chua merupakan Ahli Parlimen Batu dan Pengarah Strategik Parti Keadilan Rakyat - PKR)
------------------------------------
Tulisan ini adalah pandangan dan pendapat penulis. Ia tidak ada kaitan dengan Harakahdaily kecuali di mana ia dinyatakan.

Tulisan berkaitan APCO dan Najib di sebalik tirai perhubungan awam
APCO: Negara dalam bahaya

'Mereka akan tembak mati': Polis siasat Ngeh

Ketua Polis Perak, Datuk Zulkifli Abdullah berkata polis sudah memulakan siasatan terhadap Pengerusi DAP Perak, Datuk Ngeh Koo Ham berhubung dakwaannya terdapat pegawai dan anggota polis ditempatkan di dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) semasa persidangan DUN pada Selasa dan semalam.

Beliau berkata dua laporan telah diterima polis daripada orang awam yang meminta polis mengambil tindakan sewajar berhubung dakwaan Ngeh (kiri) itu.

"Polis Perak telah memulakan siasatan di dalam kes ini mengikut Seksyen (1) (a) Akta Hasutan 1948 dan mereka yang boleh membantu siasatan akan dipanggil memberi keterangan," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Zulkfili menjelaskan kehadiran polis semasa persidangan itu berlangsung adalah di atas permintaan Speaker Datuk R Ganesan bagi menentukan keselamatan dan ketenteraman awam memandangkan kekecohan pernah berlaku pada persidangan DUN sebelum ini.

"Pihak polis tidak berada di dalam dewan sebaliknya hanya berkawal di luar dewan dan pekarangan Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri," katanya.

Semalam, Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan (kanan) menyifatkan kenyataan Ngeh yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sitiawan bahawa seolah- olah polis akan menembak sesiapa tidak disukainya, sebagai tidak bertanggungjawab dan jahat.

Kenyataan Ngeh yang menyuarakan bantahan dengan kehadiran ramai anggota dan pegawai polis di Bangunan Perak Darul Ridzuan semasa sidang DUN berlangsung, dibuat selepas istiadat perasmian sidang DUN, semalam.Ngeh dipetik berkata: "Saya takut jika ada perbahasan dan ada mana-mana polis tidak suka kita, mereka akan tembak mati. Ini boleh berlaku kerana mungkin ada polis tidak suka dengan kita".

- Bernama

Pembangkang didakwa cuba eksploitasi isu KPN

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein mendakwa pembangkang cuba mengeksploitasi isu berhubung pelantikan ketua polis negara.

Katanya, polemik itu sengaja ditimbulkan Lim Kit Siang (DAP-Ipoh Timor) dan menambah, usaha untuk melaga-lagakan beliau dengan Ketua Polis Negara (KPN), Tan Sri Musa Hassan itu hanyalah satu "angan-angan" pembangkang.

Menurutnya, Lim sebelum ini meramalkan hubungan beliau dengan Musa dalam keadaan "bermasalah" dan turut menyebut mengenai isu penggantungan lesen akhbar China Press.

Lim, dakwanya, juga cuba melaga-lagakan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dengan timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Hishammuddin juga terus diasak dengan soalan dari Lim yang mahukan penjelasan berhubung pelantikan KPN yang baru.

Sehubung
an itu, kata Hishammuddin, pelantikan berkenaan akan dicadangkan oleh Suruhanjaya Pasukan Polis dan nama-nama berkenaan akan diperkenan oleh Yang di-Pertuan Agong, dengan nasihat perdana menteri.

Beliau kemudiannya terus diasak oleh Lim yang mahukan penjelasan sama ada suruhanjaya berkenaan telah bermesyuarat bagi mencadangkan nama-nama berkenaan.

Hishammuddin kemudian sekadar berkata, beberapa orang pegawai kanan PDRM akan bersara tahun ini.

"Dalam pendirian dan hemah saya, saya lihat siapa yang sesuai untuk (penuhi jawatan KPN) akan diambil kira, tapi tidak belakangkan saluran sedia ada," tegasnya.

Lim juga memb
angkitkan soal 'pihak ketiga' yang disebut oleh Musa dalam wawancara dengan Mingguan Malaysia dan bertanya sama ada kekosongan jawatan KPN itu benar-benar wujud.

Dalam jawapan balasnya, Hishammuddin berkata Lim cuba untuk menyesuaikan perbahasan itu mengikut seleranya.

Tambahnya, isu itu juga timbul ekoran daripada laporan akhbar China Press.
"Laporan China Press itu tidak benar," katanya.

Shin Bet Israel bermaharajalela dalam kerajaan Najib?


Penglibatan Apco di dalam beberapa projek yang berkaitan perisikan dan keselamatan dilakukan melalui rakan strategik dan firma sekutunya, Asero Worldwide. Apco mempunyai kepakaran dalam bidang komunikasi manakala Asero pula mengkhususkan khidmat nasihat dalam bidang keselamatan negara dan pengurusan risiko.

Apco dan Asero mempunyai beberapa konsultan dan anggota pengurusan yang berkhidmat serentak untuk kedua-duanya. Contohnya, Doron Bergerbest-Eilon yang berada dalam Majlis Penasihat Antarabangsa Apco (beliau juga adalah bekas ketua bahagian perlindungan dan keselamatan dan pegawai kanan dalam Agensi Keselamatan Israel - ISA). Beliau juga adalah pengasas dan presiden Asero Worldwide (baca selanjutnya dalam posting Nat hari ini bertajuk "APCO = the new Altantuya; the Shin Bet connection" - komen-komen di sini).

Yang seronok tengok ialah kelaku pak yet-pak yet Datuk Seri Najib Tun Razak yang bersungguh-sungguh nak selak kain Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Teringat cerita si pencuri apabila dibuktikan dia mencuri. Tiba-tiba dia kata, "bukan aku seorang ja yang mencuri, dia pun mencuri jugak!".

Tapi bagus jugak. Sekurang-kurangnya dia tolong memperkenalkan geng pencurinya kepada kita. Terima kasih le!!
PB.

Calon Hulu S'gor: Zaid antara dipanggil Anwar

Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim malam tadi telah menemui kira-kira 10 orang, termasuk penyelaras Pakatan Rakyat, Datuk Zaid Ibrahim, yang disebut-sebut bakal dipilih menjadi calon parti itu untuk bertanding dalam pilihan raya Hulu Selangor tidak lama lagi.
Menurut sumber-sumber, pertemuan tersebut diadakan di ibu pejabat PKR di Petaling Jaya selepas tamatnya mesyuarat biro politik parti itu kira-kira jam 11 malam tadi.
“Mereka masuk (bertemu Anwar) secara berperingkat-peringkat, dimulakan dengan dua anggota biro politik, Datuk Zaid Ibrahim (kiri) dan Shamsul Iskandar Md Akin,” kata mereka ketika ditanya tentang pertemuan tersebut.
Kerusi parlimen Hulu Selangor kosong ekoran kematian penyandangnya, Datuk Zainal Abidin Ahmad ada 25 Mac lalu akibat barah otak.
Berikutan itu spekulasi berhubung siapakah bakal dicalonkan bagi bertanding mempertahankan kerusi tersebut, berterusan dalam PKR.
Pelbagai nama disebut-sebut telah dikemukakan kepada parti. Selain Zaid dan Shamsul (kiri), turut disebut-sebut ialah penceramah popular, Badrul Amin; presiden Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC), Syed Shahir Syed Mohamud; bekas setiausaha akhbar Anwar, Khalid Jaafar; dan aktivis peguam, N Surendran.
Manakala PKR cabang tersebut pula menamakan dua anak tempatan - Razali Mokhtar dan Datuk Dr Halili Rahmat.
Ketika dihubungi Malaysiakini hari ini, sumber-sumber memberitahu kesemua nama yang disebut-sebut itu dipanggil, termasuk beberapa nama lagi yang tidak diketahuinya.
“Jumlah kesemuanya kira-kira sepuluh orang,” kata sumber-sumber itu. Terdapat sumber lain memberitahu, jumlah keseluruhannya 11 orang.
Tambah mereka, pertemuan tersebut hanya sesi “sembang-sembang” dengan Anwar bagi mengenalpasti calon yang paling layak untuk dipilih.
Ditanya tentang perbincangan biro politik yang bersidang malam tadi, sumber-sumber memaklumkan bahawa soal pemilihan calon ditimbulkan tetapi “tidak dibincangkan sangat” kerana ia merupakan bidang kuasa presiden dan ketua umum.
“Presiden dan ketua umumlah yang akan memilihnya,” katanya yang menjangka pemilihan calon tidak akan dibuat tergesa-gesa, termasuk dalam mesyuarat majlis tertinggi PKR Ahad ini.
Ditanya tentang nama-nama yang dianggap selesa, sumber tersebut menamakan Syed Shahir dan Khalid.
“Yang lainnya masih 50-50,” katanya sambil menambah, kemungkinan terdapat di kalangan mereka yang dipanggil semalam tidak berminat dan akan memberikan laluan kepada pihak lain.

APA ADA HAL...LAGI DIGANTUNG LAGI POPULAR...



One Israel-1M'sia: BN heret Anwar ke JK khas

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz hari ini berkata kerajaan akan mengheret Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Jawatankuasa khas mengenai hak dan kebebasan Parlimen.

"Kerajaan mengambil keputusan membentangkan usul untuk membawa wakil Permatang Pauh ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen mengikut Peraturan 18(2)," katanya.
Menurut Nazri kerajaan telah mendengar penjelasan Anwar Selasa lalu dan memndapati hujah-hujahnya tidak mempunyai asas untuk menyokong dakwaannya.
"Anwar langsung tidak tunjukkan bukti untuk sokong dakwaan 1Malaysia diambil daripada 1Israel.

"Apa yang dijelaskan itu tidak beri bukti nyata, hanya kaitkan secara 'circumstantial' perkara lain, seolah-olah Apco diguna oleh operator-operator itu bukan bukti kukuh untuk kaitkan One Israel.

"Apco juga telah keluarkan kenyataan, disebarkan melalui akhbar, penafian terhadap dakwaan Anwar.

Katanya lagi, beliau bercadang untuk menghantar surat secepatnya esok kepada jawatankuasa berkenaan, yang akan dipengerusikan speaker dewan, untuk merujuk Anwar ke jawatankuasa berkenaan.
Anwar semasa ucapan lebih tiga jamnya ketika hujah penggulungan terima kasih ke atas titah Yang di-Pertuan Agong, mendakwa Apco Worldwide, sebuah agensi perunding dilantik oleh kerajaan Malaysia adalah syarikat yang sama melakarkan slogan "One Israel'.
Menurut beliau, Apco pada 1999 menasihatkan perdana menteri Israel ketika itu, Ehud Barak untuk memperkenalkan slogan 'One Israel'.
Nazri kemudiannya memberi ketua umum PKR itu tempoh seminggu untuk memberikan penjelasannya pada Selasa lalu.
Anwar kemudiannya menggunakan kesempatan itu untuk mendedahkan peranan Ethos Consulting, sebuah firma rundingan tempatan yang didakwa bertanggungjawab memperkenalkan Apco kepada perdana menteri.
Anwar dalam pada itu turut mendedahkan nama dan maklumat ringkas beberapa individu dalam Apco yang didakwa mempunyai hubungan secara langsung dengan kerajaan dan tokoh-tokoh Israel.
Apa-apa yang diluahkan oleh ahli parlimen ketika sidang Dewan Rakyat dilindungi oleh imuniti dan tiada tindakan yang boleh dikenakan, termasuk didakwa di mahkamah kecuali dihadapkan ke jawatankuasa khas itu.
Sekiranya Anwar didapati bersalah, beliau boleh digantung daripada menghadiri sidang parlimen untuk jangka masa yang ditetapkan oleh jawatankuasa berkenaan.

Demi Pertahan Zionis-Israel Umno-BN Sanggup Hukum Anwar

KUALA LUMPUR 1 Apr - Kerajaan Umno-Barisan Nasional berada dalam keadaan terdesak sehingga terpaksa mempertahankan hubungannya dengan syarikat komunikasi pro Zionis-Israel, APCO Worldwide apabila membuat keputusan untuk menghadapkan Datuk Seri Anwar Ibrahim ke jawatankuasa khas Parlimen.
Ahli Parlimen Gombak, Azmin Ali berkata demi mempertahan isu APCO yang semakin memakan diri Umno-BN, kerajaan mahu mengenakan tindakan ke atas Anwar kerana mahu menutup skandal itu.
"Saya tidak terkejut dengan tindakan kerajaan. Ini membuktikan bahawa Umno dalam keadaan tertekan dan sanggup pertahankan Zionis dan APCO untuk mengorbankan Datuk Seri Anwar.
"Speaker telah mengarahkan Datuk Seri Anwar untuk memberikan keterangan di Parlimen. Walaupun saya telah bangkitkan prosedur itu tidak tak kena, kalau prosedur digunakan 37(1) ia mestilah dibangkit ketika ahli Dewan sedang bercakap, tetapi perkara ini dibangkitkan setelah selesai ucapan Ketua Pembangkang bebrapa hari selepas itu," jelas Azmin.
Kata beliau, meskipun Anwar mengemukakan bukti yang cukup jelas mengenai peranan APCO dan slogan 1Malaysia yang diciplak dari slogan Satu Israel, namun kerajaan tetap meneruskan tindakan mereka untuk menghukum Ahli Parlimen Permatang Pauh itu.
"Kenyataan Datuk Seri Anwar berdasarkan bukti yang cukup kuat dan kukuh termasuk beberapa perjanjian yang telah ditandatangani antara Umno dan kumpulan Zionis. Jadi apalagi yang mereka tidak puas hati?," soal beliau.Azmin yang juga Naib Presiden KEADILAN berkata, Pakatan Rakyat akan tetap mempertahankan kenyataan Anwar berdasarkan bukti yang dikemukakan sebelum ini .
"Umno dalam keadaan terdesak untuk hadapkan Datuk Seri Anwar ke jawatankuasa khas tetapi kita akan  gunakan ruang ini untuk pertahankan kes kita dengan bukti cukup kukuh supaya rakyat tahu siapa sebenarnya agen Zionis dan dalam perkara ini bukan setakat Zionis tetapi golongan perisik yang pernah berkhidmat dengan rejim Israel," tegas Azmin lagi.
Azmin menegaskan berlaku salah tafsir dalam peruntukan itu yang sepatutnya diguna pakai hanya terhadap anggota Kabinet kerana mereka terlibat secara langsung dalam mengemukakan rang undang-undang di peringkat jemaah menteri dan bukan Ahli Parlimen yang sekadar membahaskan undang-undang tersebut.
"Maka yang dimaksud dengan mengelirukan Dewan ini ialah sekiranya seseorang menteri itu bercakap dalam Dewan dengan tidak berasaskan fakta betul dan tepat dalam keadaan beliau mengetahui bahawa ia boleh ditafsir sebagai mengelirukan Dewan.
"Bukan ahli Dewan kerana kita bukan menteri kabinet dan kita tidak ada akses kepada maklumat kerajaan. Kalaupun dikatakan mengelirukan Dewan, kita telah mengemukakan bukti yang kukuh termasuk perjanjian malahan Ahli Parlimen BN agak terkejut keupayaan Datuk Seri Anwar mempertahankan tuduhan ini dan mengemukakan bukti yang cukup jelas dan terperinci," kata Ahli Parlimen Gombak itu.
Ditanya penafian APCO, beliau berkata "APCO Malaysia menafikan kenyataan pembangkang, tetapi APCO Worldwide menafikan kenyataan APCO Malaysia. Kalau kita tengok dalam tempoh 24 jam ada dua keterangan daripada APCO yang berbeza antara satu sama lain. Ini membuktikan APCO Worldwide telah mengesahkan memang benar mereka pernah berkhidmat dengan rejim Israel seperti yang dinyatakan Datuk Seri Anwar," jelas Azmin.

Isu DUN: Polis siasat Pengerusi DAP Perak


IPOH, 1 April — Ketua Polis Perak Datuk Zulkifli Abdullah berkata polis telah memulakan siasatan terhadap Pengerusi DAP Perak Datuk Ngeh Koo Ham berhubung dakwaannya terdapat pegawai dan anggota polis ditempatkan di dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) semasa persidangan DUN pada Selasa dan semalam.
Beliau berkata dua laporan telah diterima polis daripada orang awam yang meminta polis mengambil tindakan sewajar berhubung dakwaan Ngeh itu.
“Polis Perak telah memulakan siasatan di dalam kes ini di bawah Seksyen (1)(a) Akta Hasutan 1948 dan mereka yang boleh membantu siasatan akan dipanggil memberi keterangan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Zulkfili menjelaskan kehadiran polis semasa persidangan itu berlangsung adalah di atas permintaan Speaker Datuk R. Ganesan bagi menentukan keselamatan dan ketenteraman awam memandangkan kekecohan pernah berlaku pada persidangan DUN sebelum ini.
“Pihak polis tidak berada di dalam dewan sebaliknya hanya berkawal di luar dewan dan perkarangan Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri,” katanya.
Semalam, Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan menyifatkan kenyataan Ngeh yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sitiawan bahawa seolah-olah polis akan menembak sesiapa tidak disukainya, sebagai tidak bertanggungjawab dan jahat.
Kenyataan Ngeh yang menyuarakan bantahan dengan kehadiran ramai anggota dan pegawai polis di Bangunan Perak Darul Ridzuan semasa sidang DUN berlangsung, dibuat selepas istiadat perasmian sidang DUN, semalam.
Ngeh dipetik berkata: “Saya takut jika ada perbahasan dan ada mana-mana polis tidak suka kita, mereka akan tembak mati. Ini boleh berlaku kerana mungkin ada polis tidak suka dengan kita”. — Bernama

Kerajaan takut isu APCO rujuk Anwar ke JK Hak Parlimen


KUALA LUMPUR, 1 April: Kerajaan disifatkan sebagai takut untuk menjelasakan isu APCO apabila mengambil tindakan merujuk Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen tanpa membahaskan perkara itu di Dewan Rakyat.

Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar berkata, tindakan kerajaan itu menunjukkan kerajaan juga lemah untuk berhujah dan mengemukakan fakta bagi menafikannya.

"Sebelum merujuk Anwar, mereka perlu membuat penjelasan berhubung dakwaan Anwar tentang penglibatan APCO sebagai perunding dan penasihat 1Malaysia.

"Pada saya, kerajaan lemah dan tiada fakta untuk berhujah, mereka masih belum menjawab di Dewan Rakyat biarpun menafikan penglibatan APCO dalam gagasan 1Malaysia,” ujarnya.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena berkata, tindakan merujuk Anwar ke JK Hak dan Kebebasan Parlimen juga akan terus memburukkan imej kerajaan.

Rakyat Malaysia dan antarabangsa, katanya sedang menunggu penjelasan tuntas daripada kerajaan berhubung perkara itu.

"Tindakan merujuk Anwar tidak membantu membersih imej kerajaan malah akan terus memburukkan lagi  imej negara kepada masyarakat negara dan juga masyarakat antarabangsa khususnya negara anggota OIC," katanya lagi.

Beliau juga tidak menolak kemungkinan, tindakan terhadap Anwar itu bertujuan bagi menyekat Ahli Parlimen Permatang Pauh itu terlibat dalam perbahasan Dewan Rakyat akan datang.

"Sidang akan datang sangat penting kerana melibatkan perbahasan isu Model Ekonomi Baru (MEB) Najib dan RMK10, mereka mungkin mahu menyekat Anwar daripada terlibat," katanya lagi.

Isu Apco: KDN 'ganggu' edisi sulung tabloid politik

Belum sempat berada dalam pasaran, tabloid politik terbaru -Kabar - mendakwa 'diganggu' oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN), dipercayai ekoran laporan muka depannya edisi sulungnya berhubung isu mengenai firma perhubungan antarabangsa, Apco Worldwide.
Ketua pengarang akhbar dengan slogan “Era Pakatan” - menggantikan Konsep yang gagal diperbaharui permit penerbitannya - Mohd Zahari Ali berkata, empat pegawai KDN datang ke kilang pencetaknya di Shah Alam pagi tadi dan melarang pencetakannya.
“Mereka kata tiada permit. Mereka tidak benar cetak,” katanya sambil menambah bahawa tabloid Kabar telah mendapatkan permit dari kerajaan pada Disembar tahun lalu.
“Mereka berada di situ kira-kira 30 minit. Lepas kita faks permit (penerbitan) ke kilang, mereka beredarlah,” katanya.
Kelmarin, Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim mendedahkan di Parlimen mengenai perjanjian antara kerajaan Malaysia dengan Apco dan Apco dengan dengan kerajaan Israel, ketika Ehud Barak mengetuai angkatan tentera Israel.
Beliau dilaporkan berkata, kontrak Malaysia dengan Apco ditandatangani pada 4 Ogos 2009 dengan tugas khusus untuk memperbaiki imej Malaysia di luar negara.
Bercakap kepada Malaysiakini hari ini, Mohd Zahari mengesyaki 'gangguan' terhadap kilang pencetak akhbarnya itu disebabkan tindakan Khabar mengetengahkan isu Apco dan memuatkan teks ucapan penuh Anwar.
“Ia bukan sebab permit (mereka ganggu), tetapi isu Anwar dan Apco,” kata Mohd Zahari yang pernah berkhidmat dengan beberapa akhbar dan penerbitan pembangkang dan saluran TV arus perdana.
Akhbar 32 mukasurat itu berada dalam pasaran di sekitar Lembah Klang hari ini dan esok di lain-lain negeri. Memfokuskan isu-isu Pakatan Rakyat, ia diedarkan di seluruh negara dengan harga RM2 senashkah di Semenanjung dan RM3 di Sabah dan Sarawak.
Edisi sulung akhbar yang diterbitkan dua kali seminggu itu, buat permulaan dicetak 40,000 nashkah, memandangkan Konsep sebelum ini mendapatkan sambutan menggalakkan – dengan 30,000 nashkah terjual.
Mohd Zahari berkata, pihaknya - penerbit Damak Media - menerbitkan akhbar baru ekoran Konsep berkubur - keluaran terakhir 15 Mac - kerana gagal memperbaharui permit penerbitan “dengan pelbagai alasan” daripada KDN.

Kerajaan hadapkan Anwar ke JK Hak dan Kebebasan Parlimen

Hazayani Zakaria & Nazri Abdullah   
KUALA LUMPUR, 1 April: Kerajaan Barisan Nasional (BN) mengambil keputusan hari ini untuk mengheret Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim (gambar) kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen Malaysia kerana mengelirukan Dewan Rakyat dengan mengaitkan 1Malaysia dengan One Israel.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz dalam satu sidang media di lobi Parlimen hari ini berkata, beliau akan menghantar surat kepada Speaker esok bagi mengusulkan perkara itu dan akan memastikan tindakan diambil dalam masa sepuluh hari.

"Kerajaan telah putuskan bahawa kita akan membawa usul untuk merujuk Permatang Pauh (Anwar) ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen kerana telah mengelirukan dewan dengan  mengaitkan 1Malaysia dengan Israel," katanya.

Menurutnya juga, kerajaan telah memberi masa kepada Anwar untuk membuat penjelasan berhubung dakwaan itu namun mendakwa Anwar tidak menyatakan bukti kukuh dalam penghujahannya dalam isu itu.

"Setelah mengkaji ucapan beliau, saya dapati beliau tidak menunjukkan bukti kukuh untuk kenyataan beliau itu. Apco sendiri telah mengeluarkan kenyataan menafikan dakwaan Anwar itu," katanya.

Beliau turut mendakwa penjelasan Anwar di Dewan Rakyat semalam tidak berasas.

Jawatankuasa Hak dan Kebebasan ini terdiri daripada Yang di-Pertua Dewan Rakyat sebagai pengerusi dan enam orang ahli yang dilantik oleh Jawatankuasa Pemilih dengan seberapa segera selepas dimulakan tiap-tiap Parlimen.

Ahli-ahli lain adalah Datuk Ronald Kiandee  Timbalan Yang di-Pertua (BN-Beluran), Razali bin Haji Ibrahim (BN-Muar), Datuk Seri Dr. Fong Chan Onn (BN-Alor Gajah), Puan Hajah Nancy binti Shukri (BN-Batang Sadong), Sivarasa a/l K. Rasiah (PKR-Subang) dan Karpal Singh a/l Ram Singh (DAP-Bukit Gelugor).

Berkenaan prosedurnya pula, beliau memberitahu, beliau akan membentangkan usul itu untuk dibahaskan, kemudiannya beliau akan  menjawab perbahasan tersebut sebelum proses pengundian dijalankan.

Selepas itu, jawatankuasa akan membincangkan perkara itu samaada bersetuju atau tidak untuk mengambil tindakan terhadap Anwar.

Beliau juga menegaskan tidak akan menjawab sebarang soalan berhubung isu berkenaan dalam sesi penggulungannya pada petang ini.
Kes Gobind

Sebelum itu, anggota Parlimen Puchong, Gobind Singh Deo telah digantung keahliannya selama setahun melalui satu usul yang dikemukakan Nazri kepada Dewan Rakyat.

Selepas usul itu dibacakan Nazri, Kamaruddin Jaffar (PAS-Tumpat) mencadangkan supaya perkara itu dirujuk kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan dan tidak diserahkan kepada Dewan untuk memutuskannya.

Beliau berkata, adalah jelas menurut Perintah Tetap 80(1) bahawa perkara itu dikehendaki dirujukkan kepada jawatankuasa berkenaan.

Bagaimanapun, Pandikar Amin berkata Speaker mempunyai kuasa yang luas dan mutlak untuk mentafsirkan Perintah Tetap.

Katanya, Dewan mempunyai kuasa yang lebih besar daripada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan dan oleh itu beliau mahu ahli Dewan membahas dan membuat keputusan mengenainya.

Dengan majoriti yang ada pada BN, usul itu diluluskan. Semua anggota Pakatan Rakyat meninggal Dewan ketika undi dibuat.

Kini, Nazri mencadangkan agar Anwar dikemukakan kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan ahli Parlimen untuk dibincangkan dahulu sebelum dikemukakan kepada sidang Dewan Rakyat.

Sebelum ini, anggota Parlimen Kubang Kerian, Salehudin Ayub pernah mencadangkan Nazri di bawa kepada Jawatankuasa yang sama dengan dakwaan beliau berbohong di Parlimend dalam isu royalti minyak, namun permohonan itu ditolak oleh Speaker.
Laporan berkaitan
APCO: Negara dalam bahaya
APCO dan Najib di sebalik tirai perhubungan awam
APCO: Perjanjian dibuat sebelum konsep 1Malaysia dilancarkan
Hazayani Zakaria & Nazri Abdullah   
KUALA LUMPUR, 1 April: Kerajaan Barisan Nasional (BN) mengambil keputusan hari ini untuk mengheret Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim (gambar) kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen Malaysia kerana mengelirukan Dewan Rakyat dengan mengaitkan 1Malaysia dengan One Israel.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz dalam satu sidang media di lobi Parlimen hari ini berkata, beliau akan menghantar surat kepada Speaker esok bagi mengusulkan perkara itu dan akan memastikan tindakan diambil dalam masa sepuluh hari.

"Kerajaan telah putuskan bahawa kita akan membawa usul untuk merujuk Permatang Pauh (Anwar) ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen kerana telah mengelirukan dewan dengan  mengaitkan 1Malaysia dengan Israel," katanya.

Menurutnya juga, kerajaan telah memberi masa kepada Anwar untuk membuat penjelasan berhubung dakwaan itu namun mendakwa Anwar tidak menyatakan bukti kukuh dalam penghujahannya dalam isu itu.

"Setelah mengkaji ucapan beliau, saya dapati beliau tidak menunjukkan bukti kukuh untuk kenyataan beliau itu. Apco sendiri telah mengeluarkan kenyataan menafikan dakwaan Anwar itu," katanya.

Beliau turut mendakwa penjelasan Anwar di Dewan Rakyat semalam tidak berasas.

Jawatankuasa Hak dan Kebebasan ini terdiri daripada Yang di-Pertua Dewan Rakyat sebagai pengerusi dan enam orang ahli yang dilantik oleh Jawatankuasa Pemilih dengan seberapa segera selepas dimulakan tiap-tiap Parlimen.

Ahli-ahli lain adalah Datuk Ronald Kiandee  Timbalan Yang di-Pertua (BN-Beluran), Razali bin Haji Ibrahim (BN-Muar), Datuk Seri Dr. Fong Chan Onn (BN-Alor Gajah), Puan Hajah Nancy binti Shukri (BN-Batang Sadong), Sivarasa a/l K. Rasiah (PKR-Subang) dan Karpal Singh a/l Ram Singh (DAP-Bukit Gelugor).

Berkenaan prosedurnya pula, beliau memberitahu, beliau akan membentangkan usul itu untuk dibahaskan, kemudiannya beliau akan  menjawab perbahasan tersebut sebelum proses pengundian dijalankan.

Selepas itu, jawatankuasa akan membincangkan perkara itu samaada bersetuju atau tidak untuk mengambil tindakan terhadap Anwar.

Beliau juga menegaskan tidak akan menjawab sebarang soalan berhubung isu berkenaan dalam sesi penggulungannya pada petang ini.
Kes Gobind

Sebelum itu, anggota Parlimen Puchong, Gobind Singh Deo telah digantung keahliannya selama setahun melalui satu usul yang dikemukakan Nazri kepada Dewan Rakyat.

Selepas usul itu dibacakan Nazri, Kamaruddin Jaffar (PAS-Tumpat) mencadangkan supaya perkara itu dirujuk kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan dan tidak diserahkan kepada Dewan untuk memutuskannya.

Beliau berkata, adalah jelas menurut Perintah Tetap 80(1) bahawa perkara itu dikehendaki dirujukkan kepada jawatankuasa berkenaan.

Bagaimanapun, Pandikar Amin berkata Speaker mempunyai kuasa yang luas dan mutlak untuk mentafsirkan Perintah Tetap.

Katanya, Dewan mempunyai kuasa yang lebih besar daripada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan dan oleh itu beliau mahu ahli Dewan membahas dan membuat keputusan mengenainya.

Dengan majoriti yang ada pada BN, usul itu diluluskan. Semua anggota Pakatan Rakyat meninggal Dewan ketika undi dibuat.

Kini, Nazri mencadangkan agar Anwar dikemukakan kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan ahli Parlimen untuk dibincangkan dahulu sebelum dikemukakan kepada sidang Dewan Rakyat.

Sebelum ini, anggota Parlimen Kubang Kerian, Salehudin Ayub pernah mencadangkan Nazri di bawa kepada Jawatankuasa yang sama dengan dakwaan beliau berbohong di Parlimend dalam isu royalti minyak, namun permohonan itu ditolak oleh Speaker.
Laporan berkaitan
APCO: Negara dalam bahaya
APCO dan Najib di sebalik tirai perhubungan awam
APCO: Perjanjian dibuat sebelum konsep 1Malaysia dilancarkan
Hazayani Zakaria & Nazri Abdullah   
KUALA LUMPUR, 1 April: Kerajaan Barisan Nasional (BN) mengambil keputusan hari ini untuk mengheret Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim (gambar) kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen Malaysia kerana mengelirukan Dewan Rakyat dengan mengaitkan 1Malaysia dengan One Israel.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz dalam satu sidang media di lobi Parlimen hari ini berkata, beliau akan menghantar surat kepada Speaker esok bagi mengusulkan perkara itu dan akan memastikan tindakan diambil dalam masa sepuluh hari.

"Kerajaan telah putuskan bahawa kita akan membawa usul untuk merujuk Permatang Pauh (Anwar) ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen kerana telah mengelirukan dewan dengan  mengaitkan 1Malaysia dengan Israel," katanya.

Menurutnya juga, kerajaan telah memberi masa kepada Anwar untuk membuat penjelasan berhubung dakwaan itu namun mendakwa Anwar tidak menyatakan bukti kukuh dalam penghujahannya dalam isu itu.

"Setelah mengkaji ucapan beliau, saya dapati beliau tidak menunjukkan bukti kukuh untuk kenyataan beliau itu. Apco sendiri telah mengeluarkan kenyataan menafikan dakwaan Anwar itu," katanya.

Beliau turut mendakwa penjelasan Anwar di Dewan Rakyat semalam tidak berasas.

Jawatankuasa Hak dan Kebebasan ini terdiri daripada Yang di-Pertua Dewan Rakyat sebagai pengerusi dan enam orang ahli yang dilantik oleh Jawatankuasa Pemilih dengan seberapa segera selepas dimulakan tiap-tiap Parlimen.

Ahli-ahli lain adalah Datuk Ronald Kiandee  Timbalan Yang di-Pertua (BN-Beluran), Razali bin Haji Ibrahim (BN-Muar), Datuk Seri Dr. Fong Chan Onn (BN-Alor Gajah), Puan Hajah Nancy binti Shukri (BN-Batang Sadong), Sivarasa a/l K. Rasiah (PKR-Subang) dan Karpal Singh a/l Ram Singh (DAP-Bukit Gelugor).

Berkenaan prosedurnya pula, beliau memberitahu, beliau akan membentangkan usul itu untuk dibahaskan, kemudiannya beliau akan  menjawab perbahasan tersebut sebelum proses pengundian dijalankan.

Selepas itu, jawatankuasa akan membincangkan perkara itu samaada bersetuju atau tidak untuk mengambil tindakan terhadap Anwar.

Beliau juga menegaskan tidak akan menjawab sebarang soalan berhubung isu berkenaan dalam sesi penggulungannya pada petang ini.
Kes Gobind

Sebelum itu, anggota Parlimen Puchong, Gobind Singh Deo telah digantung keahliannya selama setahun melalui satu usul yang dikemukakan Nazri kepada Dewan Rakyat.

Selepas usul itu dibacakan Nazri, Kamaruddin Jaffar (PAS-Tumpat) mencadangkan supaya perkara itu dirujuk kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan dan tidak diserahkan kepada Dewan untuk memutuskannya.

Beliau berkata, adalah jelas menurut Perintah Tetap 80(1) bahawa perkara itu dikehendaki dirujukkan kepada jawatankuasa berkenaan.

Bagaimanapun, Pandikar Amin berkata Speaker mempunyai kuasa yang luas dan mutlak untuk mentafsirkan Perintah Tetap.

Katanya, Dewan mempunyai kuasa yang lebih besar daripada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan dan oleh itu beliau mahu ahli Dewan membahas dan membuat keputusan mengenainya.

Dengan majoriti yang ada pada BN, usul itu diluluskan. Semua anggota Pakatan Rakyat meninggal Dewan ketika undi dibuat.

Kini, Nazri mencadangkan agar Anwar dikemukakan kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan ahli Parlimen untuk dibincangkan dahulu sebelum dikemukakan kepada sidang Dewan Rakyat.

Sebelum ini, anggota Parlimen Kubang Kerian, Salehudin Ayub pernah mencadangkan Nazri di bawa kepada Jawatankuasa yang sama dengan dakwaan beliau berbohong di Parlimend dalam isu royalti minyak, namun permohonan itu ditolak oleh Speaker.
Laporan berkaitan
APCO: Negara dalam bahaya
APCO dan Najib di sebalik tirai perhubungan awam
APCO: Perjanjian dibuat sebelum konsep 1Malaysia dilancarkan