Selasa, 30 Mac 2010

APCO nafi dakwaan bekerja dengan kerajaan Israel

Anwar mendakwa konsep 1 Malaysia ditiru dari slogan “Satu Israel”. — gambar fail
KUALA LUMPUR, 30 Mac — Firma perunding komunikasi antarabangsa APCO Worldwide hari ini mengulangi kenyataan awalnya bahawa ia tidak bekerja dengan kerajaan Israel atau membantu mencipta konsep 1 Malaysia sebagaimana didakwa oleh Pemimpin Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim. “Dakwaan yang diulangi terhadap APCO Worldwide pagi ini di Parlimen Malaysia adalah tidak benar. APCO Worldwide tidak bekerja untuk kerajaan Israel. Kami tidak mereka konsep 1Malaysia,” katanya dalam satu kenyataan kepada Bernama di sini.
Pada 18 Mac lepas, APCO Worldwide menafikan dakwaan sama Anwar itu.
Hari ini, Anwar pada sidang Dewan Rakyat menggesa kerajaan menarik balik kontraknya dengan APCO Worldwide dan menubuhkan sebuah suruhanjaya diraja untuk menyiasat firma itu, dengan mendakwa ia membawa risiko terhadap keselamatan nasional.
Anwar menimbulkan isu APCO itu ketika memberi penerangan di Dewan Rakyat berikutan usul Datuk Abdul Rahman Dahlan (BN-Kota Belud) supaya beliau dirujuk kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen kerana mendakwa bahawa konsep 1 Malaysia ditiru dari slogan “Satu Israel” yang beliau kaitkan dengan APCO Worldwide.
APCO berkata: “Dalam tugas kami selaku perunding komunikasi, kami tidak terlibat dalam penggubalan dasar tetapi dalam penyediaan maklumat yang kerajaan ingin perkongsikan dengan orang awam.”
“Kami bekerja dengan kerajaan-kerajaan yang sedia mendapatkan nasihat kami mengenai ketelusan, demokrasi dan kedaulatan undang-undang. Kami rasa terhormat dapat terus bekerja dengan kerajaan Malaysia,” katanya. — Bernama

APCO denies Anwar’s Israeli claim


KUALA LUMPUR, March 30 — International communications consultancy APCO Worldwide today reiterated that it neither worked with the Israeli government nor helped to create the 1 Malaysia concept as claimed by Opposition Leader Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“The allegations repeated against APCO Worldwide this morning in the Malaysian Parliament are false. APCO Worldwide is not working for the government of Israel. We did not devise the 1 Malaysia concept,” it said in a statement issued to Bernama here.

APCO Worldwide had also refuted on March 18 a similar allegation by Anwar.

Today in the Dewan Rakyat, Anwar called on the government to withdraw its contract with APCO Worldwide and set up a royal commission to inquire into the firm, alleging that it posed a risk to national security.

Anwar had raised the issue of APCO Worldwide when providing an explanation in the Dewan Rakyat following a suggestion by Datuk Abdul Rahman Dahlan (BN-Kota Belud) for him to be referred to the Rights and Privileges Committee for having alleged that the 1 Malaysia concept had been copied from the “One Israel” slogan that he linked to APCO Worldwide.

APCO Worldwide said: “In our work as communications consultants, we are not involved in policy formation but in the presentation of information the government intends to share with the public.

“We work for governments that are prepared to take our counsel on transparency, democracy and the rule of law. We are honoured to continue our work with the government of Malaysia.” — Bernama

VIDEO - Anwar jawab dakwaan Khairy Isu APCO.




* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *

Perlantikan Ahli Majlis Syura' Ulama - Kalau tidak tahu menahu lebih baik diam

Pemilihan Ahli Majlis Syura PAS cuba dipolemikkan oleh penulis-penulis blog ahli PAS seolah-olah mereka lebih tahu berbanding dengan pimpinan PAS itu sendiri. Pada saya lebih baik diam dan tunggu sahaja dengan memberi kepercayaan kepada pimpinan sepenuh hati daripada mengulas perkara yang kita tidak tahu menahu. Beberapa penulisan dalam blog yang saya baca, sekiranya diamati dengan teliti ternyata mereka tidak menahu tentang perkara tersebut.

Ulasan yang diberi seolah-olah mereka benar-benar faham kandungan Perlembagan PAS sehingga mereka mempertikai pindaan-pindaan yang telah buat. Pada hal mereka jahil dan tidak tahu menahu. Saya bukan pimpinan PAS yang ada autoriti untuk menjawab polemik ini. Tetapi saya tahu apa yang mereka tulis tidak betul dan berniat jahat bagi memburukkan pimpinan tertinggi PAS. Saya rasa bertanggung jawab bagi menjawab persepsi yang slah ini.

Muktamar Agung Khas bagi meminda beberapa fasal dalam Perlembagaan PAS telah dibuat pada tahun 2006 di Negeri Kedah. Kertas-kertas mengenai pindaan tersebut telah dibentang oleh Ust Hj Hassan Shukri, antara kandungan-kandungan pindaan ialah mengenai Majlis Syura Ulama, perlantikan-perlantikan penolong Setiausaha dan sebagainya. Deraf pindaan kemudian dibahas oleh perwakilan.

Muktamar seterusnya pada tahun 2007 di Kelantan dibentangkan semula pindaan tersebut setelah mengambil kira pandangan dan cadangan dari perwakilan ketika dibahaskan pada tahun 2006. Dan ia diluluskan sebulat suara. Selepas Muktamar berakhir, PAS Pusat telah menghantar pindaan-pindaan tersebut ke Pejabat Pendaftar Pertubuhan untuk diluluskan. Pejabat Pendaftar Pertubuhan mengambil masa dua tahun bagi meluluskan pindaan tersebut. Pada tahun 2009 Pejabat Pendaftar Pertubuhan telah meluluskan pindaan tersebut.

Sesalinan deraf Perlembagaan PAS yang telah dipinda dan diluluskan telah dihantar kepada semua pejabat Perhubungan Negeri-negeri, saya sebagai Setiausaha Perhubungan PAS Perak salah seorang yang menerima deraf tersebut.

Pindaan-pindaan tersebut tidak ada kaitan langsung dengan unsur-unsur Kerajaan Perpaduan, ada penulis blog yang terang-terang menuduh ini kerja Cikgu PA dan beberapa pemimpin PAS yang ada kaitan dengan isu kerajaan perpaduan. Kononnya sejak Cikgu PA menjadi Setiausaha Agung banyak sungguh pindaan dibuat, dipertikai pula kononnya pindaan tersebut tidak dibawa ke mesyuarat agung dan macam-macam lagi tohmahan jahat penulis blog yang mengaku ahli PAS. Cetek dan jahil betul pemikiran mereka ini.

Pindaan ini dibuat ketika Datuk Kamaruddin Jaafar sebagai Setiausaha Agung, ketika itu cadangan pindaan perlembagan dibuat belum timbul isu Kerajaan Perpaduan.

Isu pemilihan Ahli Majlis Syura dikaitan dengan pindaan Perlembagaan yang kononnya bertujuan menyingkirkan Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Ust Ahmad Awang yang dikatakan merekalah penghalang Kerajaan Perpaduan.

Tidak keterlaluan untuk saya katakan para blogger ini terlalu jahil untuk memahaminya atau sengaja menimbulkan polemik supaya mereka dilihat lebih tahu dan hebat berbanding dengan pimpinan PAS, dan mereka mahu menjadi juara reformasi dalam PAS.

Tidak sukar memahami pindaan-pindaan yang dibuat dalam perlantikan Ahli Majlis Syura Ulama PAS. Jawatankuasa Kerja PAS Pusat diberi kuasa melantik 4 orang AJKnya menganggotai Ahli Majlis Syura Ulama, perlantikan telah dibuat. Anggotanya ialah YB Datuk Presiden, Timbalan Presiden, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dan Datuk Hj Abdul Halim Abdul Rahman. Dewan Ulama pula diberi kuasa melantik 4 orang AJKnya, perlantikan juga telah dibuat. Ahlinya ialah YB Ust Harun Taib, YB Datuk Hj Ahmad Yaakob, Datuk Dr.Mafuz dan Ust Nik Zawawi. Manakala Dewan Pemuda melantik Ust Nasaruddin Hasan dan Ust Zaharuddin, Manakala Dewan Muslimat melantik Ustazah Wahibah Tahir, seorang lagi saya tidak pasti.

Ini semua terkandung dalam Perlembaaan PAS (pindaan baru) dalam FASAL 7A.
(2) Ahli-ahli Majlis Syura ‘Ulamak hendaklah terdiri daripada tidak lebih tujuh belas orang iaitu:
(a) Seorang Mursyidul ‘Am
(b) Seorang Timbalan Mursyidul ‘Am
(c) Seorang Setiausaha Majlis Syura ‘Ulamak, dan
(d) Tidak lebih empat belas orang Ahli Majlis Syura‘Ulamak

(3) Seseorang yang hendak dilantik menjadi Ahli Majlis Syura
‘Ulamak itu hendaklah seseorang yang mengetahui masalah-masalah pokok (AL-USUL) dalam syariat Islam dan hukum-hukumnya atau/dan dapat merujuk masalahmasalah itu kepada al-Quran, as-Sunnah, Ijmak dan Qias dengan faham akan maksud dan maknanya yang muktabar dan hendaklah seorang yang adil yakni tidak melakukan dosa besar atau terus menerus melakukan dosa kecil dan hendaklah terpelihara maruahnya serta hendaklah seorang ahli PAS.

(4) Empat orang daripada ahli Majlis Syura 'Ulamak itu hendaklah dipilih dan dilantik oleh Jawatankuasa Kerja PAS Pusat dan empat orang yang dipilih dan dilantik oleh Jawatankuasa Kerja Dewan ‘Ulamak PAS Pusat dan masing-masing dua orang yang dipilih dan dilantik oleh Jawatankuasa Kerja Dewan Pemuda PAS Pusat dan Jawatankuasa Kerja Dewan Muslimat PAS Pusat dan tidak lebih lima orang yang baki itu dipilih dan dilantik oleh Majlis Syura 'Ulamak itu sendiri. Keahlian seseorang ahli majlis itu boleh diperbaharui oleh pihak yang memilih/melantiknya setelah tamat tempoh tersebut.

(5) Ahli-ahli Majlis Syura 'Ulamak itu hendaklah memegang jawatannya selama lima tahun. Walau bagaimanapun ahli-ahli majlis ini boleh berhenti sebelum cukup tempoh lima tahun dan boleh diberhentikan oleh Majlis Syura 'Ulamak yang mempunyai kuasa menentukan kelayakan seseorang ahli mengikut peruntukan Fasal 7A(3) dan sebab-sebab
seseorang ahli itu patut diberhentikan.

(6) Seorang Ketua Majlis Syura 'Ulamak yang dikenali sebagai Mursyidul 'Am dan seorang Timbalannya yang dikenali sebagai Timbalan Mursyidul 'Am hendaklah dipilih di
dalam dan dengan persetujuan mesyuarat Majlis Syura 'Ulamak tersebut dari kalangan ahli-ahlinya dan akan memegang jawatan itu selama lima tahun dengan syarat dia boleh berhenti sebelum cukup tempoh tersebut dan boleh diberhentikan dengan persetujuan dua pertiga daripada ahli-ahli Majlis Syura 'Ulamak itu dan boleh diperbaharui perlantikannya setelah tamat tempoh dia memegang jawatan itu.

(7) Seorang Setiausaha Majlis Syura ‘Ulamak hendaklah dilantik oleh Mursyidul ‘Am di dalam dan dengan persetujuan mesyuarat Majlis Syura ‘Ulamak dari kalangan ahli-ahlinya, dan hendaklah memegang jawatan itu selama lima tahun dengan syarat dia boleh berhenti sebelum cukup tempoh tersebut dan boleh diberhentikan dengan persetujuan mesyuarat Majlis Syura 'Ulamak dan boleh diperbaharui perlantikannya setelah tamat tempoh dia memegang jawatan itu.

(8) Mursyidul 'Am hendaklah mempengerusikan semua mesyuarat-mesyuarat Majlis Syura 'Ulamak. Sekiranya ketiadaan Mursyidul 'Am dengan apa-apa sebab sekalipun, tugas mempengerusikan mesyuarat Majlis Syura 'Ulamak itu hendaklah dijalankan oleh Timbalan Mursyidul 'Am. Jika kedua-duanya berhalangan atas apa-apa sebab, maka mesyuarat Majlis Syura 'Ulamak hendaklah melantik salah seorang dari kalangan ahli-ahlinya untuk mempengerusikan mesyuarat itu.

12 orang Ahli Majlis Syura yang telah dilantik ini telahpun bermesyuarat bagi melantik 5 orang lagi. Mesyuarat pertamanya bersetuju melantik Datuk Presiden mempengerusikan mesyuarat bagi menjalankan perlantian 5 ahli Majlis Syura yang lain. Di pilihnya Presiden bagi mempengerusikannya kerana atas faktor ketika itu beliaulah yang paling kanan dan senior dalam parti. Ketika itu Mursyidul Am belum dilantik lagi. 5 orang yang dipilih itu, salah seorangnya ialah YAB Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat, Datuk Dr. Harun Din juga turut dilantik, tidak silap saya turut dilantik Ust Hashim Jasin dari Perlis dan YAB Ust Azezan Razak dari Kedah. Saya tidak pasti siapa seorang lagi.

17 orang Ahli Majlis Syura Ulama ini akan bermesyuarat dalam masa terdekat ini, tidak silap saya petang ini satu mesyuarat Majlis Syura akan diadakan bagi melantik Mursyidul Am dan Timbalan Mursyidul AM PAS.

Tidak timbul penyingkiran Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Ust Ahmad Awang. Ada Penulis Blog menimbulkan mengapa mesyuarat Ahli Majlis Syura yang lalu tidak menjemput Tuan Guru dan ust Ahmad Awang sedangkan mereka masih Ahli Majlis Syura. Nampak sangat mereka ini tidak tahu apa-apa, tanpa usul periksa mereka menuduh ini semua kerja Cikgu PA dan geng-geng kerajaan perpaduan. Jahat sungguh pemikiran mereka.

Untuk pengetahun,pada hujung bulan 2009 yang lalu, Majlis Syura Ulama telah mengadakan Mesyuarat terakhirnya kerana tempoh perkhidmatan mereka telah tamat. Oleh kerana tempoh perkhidmatan mereka telah tamat pada akhir tahun 2009, mereka sebenarnya sudah tidak lagi menjadi anggota Majlis Syura Ulama. Mesyuarat jawatankuasa Kerja PAS Pusat yang lalu (saya tidak pasti mesyuarat ke berapa) tetapi awal tahun 2010 telah melantik ahli-ahli barunya berdasarkan peruntukan dalam perlembaaan PAS yang baru.

Mesyuarat pertama dihadiri oleh 12 orang tadi, 12 orang tadi akan melantik 5 ahli barunya yang lain. 17 ahli ini pula akan bermesyuarat bagi melantik Mursyidul Am dan Timbalan Mursidul Am. Mesyuarat pertama dulu Tuan Guru Nik Abdul Aziz dan ust Ahmad Awang tidak dijemput sebab mereka bukan lagi Ahli Majlis Syura, perlantikan tambahan untuk 5 orang belum lagi dibuat. Ini yang penulis blog tidak faham.

Mengapa tidak lantik ust Ahmad Awang ?. Perlantikan Ahli Majlis Syura mengikut quata. Quata Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, Dewan Ulama, Dewan Pemuda dan Dewan Muslimat. Kebetulan ust Ahmad tidak menganggotai mana-mana jawatankuasa tersebut, sebab itu tidak ada quata untuknya.

Kesimpulannya, para penulis blog yang mengaku ahli PAS janganlah buang masa kamu untuk menulis perkara yang kamu tidak mahu menahu. Asal sahaja ada tulisan dari mana-nama blog yang mengkritik pimpinan, tanpa usul periksa terus sahaja mengulas dan menokoh tambah dan memuatkan tulisan tersebut dalam blog masing-masing.

Insaflah, tulisan seumpama itu sedikitpun tidak menguntungkan parti dan Islam, malahan ia lebih menguntungkan UMNO BN apabila blogger PAS sendiri menjadi lidah kepada UMNO BN itu sendiri. UMNO BN sangat seronok apabila peranan blogger dan media mereka diambil alih oleh ahli PAS.


Sumber : MisbahulMunir

Mana Post Mortem Prk Bagan Pinang?! ha..ha...ha..!!!

oleh ali Baganutama.

Maleh den nak bagi salam. Sekarang ramai buat pre mortem Prk Hulu Kelang. Harakahdaily yang dikenali sebagai Harakahdelay pun cepat menyajikan pre mortem di portal mereka. Bagus dan den tak larang pun. Tapi mano dio post mortem kekalahan besar Prk Bagan Pinang? Korang buek atau tidak post mortem ni? Sebulan selepas kemenangan Isa Samad, den keluarkan notis kat blog ni sebagai ingatan.

Di mana post mortem Prk Bagan Pinang ?? Hari Isa Samad diisytiharkan menang adalah pada 11 Oktober 2009. Hari ni dah 25 November 2009. Sebulan lebih dah mangkuk !!! Takkan senyap macam tu je. Rakyat nak tahu apa sebab PAS kalah teruk kat Bagan Pinang. Atau memang dah siap tapi tidak mahu isytihar.

Takkan nak cover up sebab Hasan Ali punca kekalahan Prk Bagan Pinang. Sonang cito takde sape handle post mortem ni sobab masing-masing sibuk dengan benda yang bukan-bukan. Dah masing-masing pegang lebih dari satu portfolio jawatan.


Belajar dari kesilapan

Woi MANGKUK !!! Sekarang dah lobih 6 bulan semenjak Isa Samad monang aritu. Bai! mano post mortemnya. Kalau korang nak monang, korang kono belajar dari kekalahan. Nak monang Prk Hulu Selangor, kono tahu apo punco kalah bosar kat Prk Bagan Pinang. Itu guno eh buek post mortem. Woi bingai! Korang buat atau tidak post mortem Prk Bagan Pinang.

Den ingat nak bedah kepalo-kepalo pemimpin Pakatan Rakyat yang munafik. Tak kiro la kau pakai jubah ko, serban atau mini skirts. Musti ado kuman bingai kek kepalo memasing. Kau sorang bingai den tak kisah, tapi kau sekarang ni memperbodohkan publik bai!

Tidak profesional

Jangan korang nak berlagak la bai monang kek Hulu Selangor aritu. Monang majoriti 100 undi, lepas tu berlagak. Memang JOBO wal MANGKUK wahai Pakatan Rakyat. Sebagai Government in waiting, ekau Pakatan Rakyat mesti profesional. Kalah di Prk Bagan Pinang perlu diketahui punca-punca kekalahannya. Post mortem selepas kalah Prk itulah cara kerja yang profesional dan bertanggungjawab. Bilo tak buek post mortem Prk Bagan Pinang, makno eh Pakatan Rakyat tak profesional. Tak bertanggungjawab. Dan pemaleh! Bai, macam mano nak jadi kerajaan yang dinantikan rakyat di Putrajaya. Baik publik undi BN. Setidak-tidaknya BN ado jugak buek kojo lopeh kalah bosar Pru 2008. Ado jugak bikin KPI itu dan ini.

Ado harapan ko?

Post mortem Prk Bagan Pinang yang semudah A B C pun korang tak mampu nak buek. Abis macam mano nak perintah 1Malaysia? Tak usah cito la pasal key performance index. Buek den muntah dopan laptop. Kalau dah semuo pemaleh buek post mortem Prk Bagan Pinang, korang akan lakukan kesilapan-kesilapan yang samo semaso Prk bagan Pinang di Prk Hulu Selangor. Kalau tak buek silap dah tontu monang. Sobab banyak buek silap lah korang kalah bosar. Habis macam mano nak monang kek Hulu Selangor ni bai?

Nak cari Nahas Sinar Harian Nie.. Tak Pasal2 Kena Gantung Permit Nanti.. 95% Punya Pasal...

Panas!! 95/Sen Melayu tak sokong Umno..!!!

Kahkahkah Memang Panas jubur orang kat atas tu... Sinar Hairan nih tak sensitif langsung... Ada mengeluarkan keputusan yang membuatkan orang atasan kepanasan... Hahahah

Hari-hari kita sebuk dengar ahli PKR keluar parti... dan semestinya yang keluar tu ramai yang Melayu... Tak caya korang nengok lah berita-berita... Hahhaa

Tapi yang menjadi kemuskilan ialah, kalau depa keluar Parti PKR.. Depa g lompat ke parti mana!? Umno kah? Tak mungkin kerana 95/sen Melayu tak sokong Umno... Abes g mana? Masuk PAS kut... Hahah jadik toksah risau lah... kalau macamtu tak lari sokongan pada Pakatan Rakyat. dan Gerombolan seperti dulu kurang sokongan Melayu... Kahkahkah

Tapi ada kemungkinan depa nih masuk PERKOSA... Hahahaha Parti Ketuanan Melayu gred 3... hahaha

Korang nengok poll at bawah nih... 95persen Melayu tak sokong Umno... Sok lusa aku cabar Sinar buat poll "Adakah Melayu mempercayai PERKOSA untuk membela Melayu" kahkahkah Ada berani ke Sinar!?
kahkahkah "ORANG MELAYU TAK PERCAYA UMNO"!? SETUJU 95persen... kahkahkah

Bagi kat Parti perkauman India lah bertanding kat Hulu Selangor oi.... Umno orang tak percaya dah... hahahah

Aku rasa lagi 5persen yang percaya Umno tu dari golongan PUKIDA dan PERKOSA kut... hahah

Siapakah dia agaknya....??


P094 sedang menjadi rebutan antara UMNO dan MIC. Seperti mana yang kita semua tahu, P094 adalah kawasan tradisi MIC. Tetapi.... biasalah, kerana kemarukkan kuasa, UMNO kata dia boleh berikan kemenangan kepada BN sekirannya calonnya ditempatkan di situ. Jadi P094, kami punya.

Isy... pengundi di situ tak mahu calon MIC. Mereka mahukan calon UMNO. Sebab tu, dulu MIC kalah di situ. So... ketepikan MIC dan bagi pada kami.

Amboi... takburnya cakap. Belum apa-apa lagi, dah kata boleh menang. Weh.... korang dengar sini.

Daun lemundi buat kerabu
Belum undi belum tahu

Macam manalah mereka boleh konfiden giler, yang mereka boleh menang, sedangkan dengar khabarnya, calon yang berkualiti pun tak ada. Lawaknya pulak....., ada ke mereka nak letakkan calon 'mi no spik inlish' di situ. Calon recycle babe!!! Ayam tua yang dah pencen nak diletakkan di situ. Mamat tu pun senyum lebar sampai ke telinga ler, apabila nama dia disebut-sebut.

Well.... too bad, sebab.... dengan sopan, Muhyiddin gave a negative answer. Melepaslah dia untuk buat a come back. Tak da rezeki, nak buat apa... Redha jer lah. Duduk jer diam-diam, ya...

Kemudian, dengar pulak berita dari sini, bahawa sesumpah yang bertapa di dalam kotak pulak yang dicadangkan bertanding di situ. Bagus jugak kalau sesumpah ni bertanding. Peluang amat cerah untuk kita 'sembelih' dia hidup-hidup. Fuiyo.... siap melutut depan Muhyiddin. Weh.... mengendeng nak jadi calon ke??

Semua episod ini telah membuatkan Samy Bellu jadi 'blue'..... macam muka orang yang cukup oksigen. Mengelegak agaknya darah dia dengan sikap tamakUMNO. Mana boleh jadi.... hak MIC pun, mereka nak rampas!! Tak cukup ke mereka rampas Perak?? Hak gang sendiri pun nak dikebas. Ini sudah melampau!!

Itu yang dia berlari pergi jumpa Najib.... untuk mengadu hal dan menyerahkan nama G. Palanivel, pengikut setia dia. Untuk pastikan 094 Hulu Selangor tetap milik MIC. Sebab... Muhyiddin dah bagi kenyataan untuk serahkan kepada Najib bagi membuat pilihan calon BN yang akan diletakkan di P094.

Elok pun mereka bercakaran pasal calon. Semuanya giler kuasa. Kita pulak.... jangan jadi macam mereka. Siapa yang dipilih oleh parti, kita sokong. Yang penting.... PR dapat mengekalkan kerusi P094 Hulu Selangor.

Parti pulak.... sebelum buat pilihan, kaji betul-betul. Biar calon tersebut ada intergriti supaya dapat diterima oleh para pengundi di situ. Selain itu.... buat ujian DNA terlebih dahulu. Jangan ada DNA katak sudah!! Pastikan betul-betul.... kalau tidak poning kepalo nanti. Biar pening sekarang... jangan pening kemudian hari. Kalau pening kemudian hari... takut tertonggeng!! Haaa... naya.
 

VIDEO DAN TRANSKRIP UCAPAN ANWAR DI PARLIMEN MENGENAI APCO WORLDWIDE

  Pendedahan Anwar Mengenai Apco Worldwide


(Ucapan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Dewan Rakyat mengenai APCO pada 30 Mac 2010)
MUKADIMAH
 Terima kasih kepada Tan Sri Speaker kerana memberi ruang kepada saya untuk memberi penjelasan mengenai peranan dan skop penglibatan firma perhubungan awam bernama APCO. Isu ini wajar diberi perhatian khusus kerana ianya bukan sekadar isu 1Malaysia atau 1Israel atau tohmahan yang dilemparkan kepada saya sebagai seorang agen Yahudi. Namun demikian, isu-isu terbabit ditenggelami jika hendak dibandingkan dengan skandal dahsyat yang bakal didedahkan hari ini; yang tidak bersangkutan dengan kedudukan mahupun reputasi saya atau pun reputasi rakan-rakan saya.

Sesungguhnya keselamatan negara kita dalam bahaya. Isu ini membongkar politik kronisme yang membarah serta rundingan sulit pihak tertentu sehingga membelakangkan kepentingan rakyat dan negara. Tidak dapat dinafikan lagi kini wujud ancaman terhadap keselamatan nasional, maklumat strategik negara terdedah kepada agensi perisikan asing dan tercalarnya maruah umat.

 Bagi mengelak sebarang keraguan penjelasan saya hari ini bukan sekadar muslihat politik atau tuduhan tidak berasas, Insya Allah, setiap kenyataan saya hari ini akan disokong dengan dokumen, rencana malah salinan perjanjian yang ditandatangani oleh pihak-pihak terbabit.

 Sehingga kini Perdana Menteri belumpun memberi sebarang maklum balas terhadap gesaan saya agar segera mendedahkan serta memperincikan bentuk hubungan di antara kerajaan dan APCO, apa skop tugasannya, jumlah peruntukannya, setiap penasihat yang terbabit; peranan serta pengaruh mereka dalam kerajaan.

 Selama ini kita hanya dimaklumkan bahawa penglibatan APCO adalah terhad, tetapi kenyataan-kenyataan yang dikeluarkan kebelakangan ini menunjukkan penglibatan yang lebih menyeluruh dan membimbangkan.

 Ini berdasarkan kepada jawapan Menteri di Jabatan Perdana Menteri sendiri yang menyatakan:

“Kerajaan ada melantik Syarikat APCO Worldwide Sdn Bhd untuk melaksanakan perkhidmatan berkaitan komunikasi kepada Kerajaan Persekutuan secara menyeluruh…APCO Worldwide juga disarankan menjayakan program untuk mempromosi dan meningkatkan imej Malaysia di luar negara ”

 Manakala bagi pihak APCO sendiri, mereka merumuskan penglibatan mereka seperti berikut:

“APCO's work has included communication support for a broad range of reform initiatives undertaken by the government of Malaysia, especially in the areas of creating jobs, promoting education, and strengthening delivery of services to the people.”

 Kenyataan tersebut sebenarnya membuka pekung serta memunculkan lebih banyak persoalan. Ini bukan syarikat perhubungan awam biasa yang sekadar menulis ucapan mahupun kenyataan akhbar ataupun bertindak melonjakkan imej Perdana Menteri walau itupun amat dikesalkan kerana ianya dilakukan menggunakan dana rakyat. Dilaporkan usaha ini menelan belanja sekitar RM 20 juta. Secara sedar atau tidak kenyataan APCO mengakui bahawa lantikannya adalah untuk membantu strategi komunikasi yang menyeluruh, bermakna firma tersebut terlibat secara langsung memberi bantuan komunikasi di dalam pelbagai inisiatif dan dasar kerajaan. Ini bermakna, APCO terlibat secara langsung dalam mempengaruhi mesej yang disampaikan kepada rakyat dan saya akan terangkan dengan mendalam kenapa perkara ini sangat membahayakan kepada rakyat dan negara.

 Pada 18hb Mac 2010, APCO mengeluarkan kenyataan menafikan penglibatan mereka dengan gagasan 1Malaysia, kononnya konsep itu wujud sebelum APCO dilantik sebagai firma perunding.

 Penafian yang dibuat oleh APCO itu merupakan usaha mereka untuk mengelirukan kita akan tarikh sebenar firma tersebut terbabit dengan pentadbiran Perdana Menteri sekarang. Penafian tersebut menggambarkan bahawa ianya tidak mempunyai sebarang hubungan dengan pentadbiran Dato’ Sri Najib Razak, atau Dato’ Sri Najib sendiri, pembantunya atau para penasihatnya.

 Sebuah portal berita telah melaporkan pada 28 Julai 2009 setakat mana penglibatan APCO dengan pentadbiran Perdana Menteri Dato’ Seri Najib.

 Antara lain, dilaporkan bahawa perkhidmatan APCO ini diperkenalkan kepada Perdana Menteri oleh Omar Mustapha, penasihat Perdana Menteri yang juga teman lama YB Rembau dan rakan kongsi dalam firma perunding Ethos Consultancy. Saya akan buktikan selepas ini bagaimana perkaitan di antara Omar Mustapha dan APCO sebelum pun APCO dilantik secara rasmi sebagai perunding kerajaan.

 Walaupun yang diumumkan kepada negara dan rakyat bahawa 1Malaysia dicetuskan sendiri oleh Perdana Menteri peranan Ethos Consultancy tidak boleh diremehkan. Ternyata kebanyakan dari kita tidak menyedari hubungan akrab eksekutif Ethos dan APCO yang masih berterusan.

 Sebab itu kita tidak hairan, sebaik sahaja Dato’ Seri Najib menjadi Perdana Menteri, Omar Mustapha dikhabarkan membawa masuk APCO menjadi perunding komunikasi kerajaan.

 Malah, laporan berita tersebut dengan jelas menyatakan bahawa seorang penasihat dari APCO telah pun ditempatkan di pejabat Perdana Menteri sejak dari awal Perdana Menteri mengambil alih.

 APCO juga dilaporkan terlibat secara langsung dalam menentukan strategi 100 hari pentadbirannya, termasuklah mesej dan dasar utama seperti 1Malaysia dan inisiatif yang lain.

 Berdasarkan laporan tersebut juga pegawai-pegawai kanan kerajaan dikatakan tidak selesa apabila Perdana Menteri ingin menganugerahkan kontrak bernilai RM20 juta kepada APCO untuk meneruskan kerja-kerja rundingan kepada kerajaan. Kontrak itu dijangka dianugerahkan antara bulan Julai dan September 2009; iaitu selepas penglibatan individu dari APCO yang dibawa masuk pada tempoh awal Perdana Menteri mengambil alih.

 Semua ini bukan saya yang kata, bukan Pakatan Rakyat yang cipta – semuanya telah pun dilaporkan sejak tahun lalu dan ianya belum pun dinafikan pihak yang dikatakan terlibat.

 Sebab itu mengambil kira beberapa peristiwa atau contoh yang berlaku apabila kerajaan ditipu oleh penasihat-penasihat asing sehingga menyebabkan kerugian berbillion ringgit; atau diaibkan di peringkat antarabangsa; saya melihat episod perlantikan APCO ini sebagai satu lagi kelalaian yang boleh merugikan dan membahayakan negara.

 Adalah menjadi tanggungjawab saya untuk mengingatkan Perdana Menteri dan kerajaan untuk tidak mengulangi kesilapan dan kelalaian lepas apabila terlalu percayakan penasihat asing sehingga kita tidak memeriksa dengan tepat reputasi mereka serta penglibatan mereka sebelum ini. Apatah lagi perlantikan tersebut diselubungi misteri dan tanpa penelitian.

 Dulu, mantan Perdana Menteri mengizinkan kerajaan melantik David Zaidner dari firma Marc Rich untuk menasihati agensi kerajaan dan Bank Bumiputra cuba memanipulasi pasaran timah sedunia sehingga kita kerugian besar. Tidak sewajarnya kita lupa skandal Maminco itu. Mantan Perdana Menteri ketika itu seolah-olah tidak meneliti dahulu rekod David Zaidner, yang diketahui umum tidak suka mengikut peraturan dan undang-undang di dalam amalannya.

 Kemudian, episod yang membabitkan Jack Abramoff hanya untuk mendapatkan satu temujanji dengan Presiden Bush dalam tahun 2002 dengan membayar USD$1.2 juta tanpa memeriksa dahulu latar belakang Jack Abramoff. Dalam tahun 2006, kerajaan Malaysia dimalukan apabila Jack Abramoff didapati bersalah menipu dalam satu transaksi kewangan sehingga dipenjarakan dan pada masa itulah semua penglibatan kerajaan Malaysia didedahkan. Abramoff juga merupakan seorang pelobi yang terlibat dalam penipuan tanah kaum peribumi Amerika Syarikat(Red Indian) untuk tujuan pembinaan kasino. Perlantikan Abramoff juga dibuat dengan penuh kerahsiaan dan pasti tidak diketahui umum sekiranya Abramoff tidak diheret ke muka pengadilan di Amerika Syarikat.

 Walaubagaimanapun, mantan Perdana Menteri tersebut hanya memberikan tugasan yang spesifik kepada firma Marc Rich dan Jack Abramoff dan tidak melibatkan perjalanan jentera kerajaan yang menyeluruh.

 Dalam konteks inilah, kita melahirkan kebimbangan kerana kenyataan keraajaan sendiri menjelaskan bahawa mereka memainkan peranan penting membentuk strategi komunikasi kerajaan dalam dasar-dasar penting terutamanya yang melibatkan rakyat. Kenyataan APCO menyatakan:

“will work to assist in strengthening the government’s online and other strategic communication capabilities to speed the delivery of accurate information to the media and public.”

 Sekarang, kebimbangan kita bukan sahaja latar belakang APCO, tetapi bentuk penglibatan APCO dengan kerajaan Malaysia dan apakah maklumat yang telah dikongsi oleh kerajaan dengan APCO.


APCO DAN MODUS OPERANDI

 Tetapi sebelum kita meneliti dengan lebih dalam kenapa penglibatan APCO secara rapat dengan kerajaan merupakan satu risiko yang wajar kita elakkan, kita perlu meneliti dahulu modus operandi firma-firma seperti APCO.

 Hanya dengan memahami modus operandi yang digunakan oleh APCO, baru kita boleh memahami kenapa penglibatan APCO dengan kerajaan Malaysia diselubungi misteri dan rahsia.

 APCO memanglah sebuah firma hubungan awam bertaraf antarabangsa. Reputasinya digilap kerana penglibatan tokoh-tokoh yang ada kaitan dengan pentadbiran Amerika Syarikat atau pun ahli-ahli politik di Capitol Hill.

 Pada masa yang sama, APCO juga menggunakan khidmat mereka yang mempunyai pengaruh di dalam bidang atau kerajaan masing-masing. Kalau kita lihat senarai Panel Penasihat Antarabangsanya, ahli penasihat APCO termasuklah beberapa tokoh diplomatik dan tokoh perisikan Israel.

 Oleh itu, adalah penting untuk Dewan dan rakyat memahami bahawa reputasi APCO adalah sebagai sebuah firma pelobi. Apa fungsi firma pelobi di Washington?

 Selalunya mereka akan mengaturkan perjumpaan atau seminar untuk membaiki imej sesebuah organisasi; terutamanya pemimpin-pemimpin yang mempunyai rekod hak asasi atau rasuah yang buruk di mata dunia.

 Jadi, fungsi utama mereka adalah untuk membaiki imej pemimpin-pemimpin (atau badan-badan) yang mempunyai rekod yang tidak baik. Saya akan senaraikan selepas ini contoh-contoh pemimpin sebegini; yang secara tidak langsung kini Perdana Menteri Dato’ Seri Najib telah mendapat penghormatan kerana tergolong dengan pemimpin-pemimpin sebegini.

 Untuk menjalankan tugas ini, mereka juga perlu menjaga nama dan reputasi mereka sebagai firma perhubungan awam. Sebab itu ada beberapa perkara penting di dalam modus operandi mereka yang perlu kita fahami.

 Pertama – mana-mana pihak yang mengambil APCO sebagai perunding akan menandatangani perjanjian. Salah satu bahagian utama di dalam perjanjian ini adalah mengenai perkara-perkara rahsia; dengan izin “Confidentiality” atau “non-disclosure”.

 Reputasi APCO sebagai firma pelobi banyak bergantung kepada kemampuannya menangkis soalan-soalan mengenai peranan dan penglibatannya dengan badan yang melantiknya, terutamanya pemimpin-pemimpin yang berimej buruk ini.

 Sebab itu, tidaklah sukar untuk Barisan Nasional ingin mengabui mata rakyat dengan meminta APCO mengeluarkan kenyataan menafikan penglibatan dalam 1Malaysia, atau peranan sebenar dengan kerajaan Malaysia. Biar saya ingatkan rakyat Malaysia tidak mudah untuk diputarbelitkan.

 Mereka faham bahawa adalah menjadi sebahagian dari tugas APCO, seperti yang termaktub di dalam perjanjian lantikan bersabit perkara-perkara sulit dan rahsia; untuk melindungi klien mereka dan secara langsung menafikan penglibatan.

 Saya ambil contoh dua perjanjian lantikan yang melibatkan APCO. Satu yang ditandatangani oleh kerajaan Malaysia dengan APCO bertarikh 4hb Ogos 2009 yang secara khusus memberi tugasan kepada APCO untuk membaikpulih imej kerajaan Malaysia. Ini mempunyai tandatangan Setiausaha Akhbar Perdana Menteri sendiri, iaitu Datuk Tengku Sariffuddin Tengku Ahmad yang menunjukkan betapa dekatnya APCO dengan Perdana Menteri – sedangkan pada kebiasaannya perjanjian kerajaan hanyalah ditandatangani oleh pegawai-pegawai kerajaan sahaja.

 Satu lagi contoh adalah perjanjian lantikan oleh Kerajaan Israel yang melantik APCO untuk menjalankan tugasan yang sama, bertarikh 9hb Januari 1992 . Pada jangka waktu yang sama, Ehud Barak masih berkhidmat sebagai Ketua Turus Angkatan Tentera Negara Israel.

 Kedua-dua perjanjian ini dengan jelas menghuraikan peranan APCO sebagai pelobi; yang antara lain perlu menyimpan rahsia-rahsia kerajaan yang diberikan kepada APCO dalam menjalankan tugasan. APCO juga tidak boleh mendedahkan maklumat kecuali diberi keizinan oleh kerajaan Malaysia. APCO malahan terlibat dengan apa yang dipanggil sebagai komunikasi strategik yang menyeluruh.

 Kita berhak menuntut kerajaan dan Perdana Menteri datang ke Dewan Rakyat dan berterus terang mengenai perjanjian yang telah ditandatangani dengan APCO – terutamanya semua soalan-soalan yang telah saya timbulkan minggu lalu mengenai tugasan, bayaran, penasihat-penasihat yang terbabit dan pengaruh mereka setakat ini.

 Berbalik kepada modus operandi yang kita tekankan tadi. APCO dalam operasinya membentuk pertalian dengan kerajaan-kerajaan yang melantiknya menggunakan firma bersekutu (dengan izin “associates”) di seluruh dunia. Selain Asero, firma bersekutu lainnya adalah Global Political Strategies.

 Di Israel, salah satu firma bersekutu adalah Asero Worldwide yang diketuai oleh Doron Bergerbest-Eilon, bekas Ketua Perlindungan dan Keselamatan, Agensi Keselamatan Israel dengan berpangkat Mejar Jeneral. Beliau juga adalah salah seorang penasihat antarabangsa kepada APCO.

 Jadi kontrak-kontrak yang melantik APCO tidak semestinya di antara APCO dan kerajaan semata-mata. Kerajaan boleh sahaja melantik firma bersekutu APCO tetapi tenaga pakar dan jaringan penasihatnya serta jaringan sekutunya adalah dari APCO.

 Kalau di Israel, lantikan dibuat melalui Asero Worldwide. Contohnya, kontrak lantikan bertarikh 9hb Januari 1992 itu adalah di antara kerajaan Israel dan sebuah firma bersekutu bernama GCI International. Tetapi apabila kita meneliti kandungan perjanjian tersebut termasuk tenaga utama yang akan menjalankan tugas-tugas melobi, salah seorang pengurus kanannya adalah Margery Kraus yang kini merupakan CEO APCO.

 Oleh sebab itu, kita perlu berhati-hati dengan penafian oleh APCO bahawa ianya tidak terlibat. APCO sebagai sebuah firma mungkin tidak terlibat dengan idea gagasan 1Malaysia – Apa mungkin Perdana Menteri hadir ke Dewan Rakyat dan menyatakan secara tegas bahawa tidak ada mana-mana individu yang ada kaitan dengan APCO atau firma bersekutu dengan APCO atau penasihatnya yang terlibat dengan gagasan 1Malaysia? Kita pertikai gagasan penting bagi pentadbiran sekarang tidak tergolong dengan apa yang dikira sebahagian dari komunikasi yang menyeluruh.

 Bolehkah Perdana Menteri menerangkan adakah sebelum Ethos atau Omar Mustapha; yang dikatakan bertanggungjawab membawa gagasan 1Malaysia bagi pertimbangan Perdana Menteri; Omar Mustapha atau mana-mana eksekutif Ethos tidak mempunyai apa-apa hubungan langsung dengan mana-mana individu yang ada kaitan dengan APCO? Perdana Menteri perlu menerangkan adakah kerajaan atau Ethos atau mana-mana firma yang dilantik kerajaan; pernah melantik Mind Teams Sdn Bhd iaitu nama syarikat sebelum APCO secara rasmi bertapak di Kuala Lumpur. Paul Stadlen yang kini mengetuai APCO di Kuala Lumpur merupakan individu sama yang menandatangani perjanjian bagi pihak Mind Teams Sdn Bhd dengan Kerajaan Malaysia. Antara pengarahnya juga adalah Margery Kraus; CEO APCO dan invidu penting yang terlibat dengan akaun di Israel.

 Perdana Menteri juga perlu menerangkan kepada Dewan; kenapa Omar Mustapha penasihat yang dipercayai Perdana Menteri dilaporkan membawa APCO untuk menasihati kerajaan dalam dasar-dasar penting terutamanya 1Malaysia? Tidakkah ini menimbulkan persoalan mengenai perkaitan di antara Ethos, APCO dan 1Malaysia? Manakala itu Perdana Menteri beria-ia menonjolkan Omar Musthapa sebagai salah seorang ahli lembaga pengarah Petronas walaupun ditolak pada mulanya oleh Lembaga Pengarah atas alasan gagal membayar biasiswanya.

 Soalan-soalan ini perlu dijawab oleh Perdana Menteri, kerana kita tahu modus operandi APCO yang diselubungi degan rahsia dan melibatkan banyak individu yang bernaung dengannya tetapi menggunakan firma-firma yang berlainan.


REKOD APCO


 Kebimbangan kita mengenai penglibatan APCO dengan kerajaan Malaysia banyak bersabit dengan rekod APCO dengan pemimpin-pemimpin yang mempunyai rekod hak asasi manusia atau penyelewengan harta rakyat di seluruh dunia.

 Ada dua aspek yang membimbangkan kita – pertama; APCO banyak memberi khidmat untuk memulihkan imej pemimpin-pemimpin sebegini yang menindas rakyat di negara masing-masing. Sehinggakan akhbar The Times of India menulis bagaimana APCO mempunyai diktator-diktator di dalam senarai pelanggannya . Rencana tersebut menyenaraikan antaranya:

“Adolf Hitler was a brilliant propagandist. Narendra Modi too believes in the power of image.

Which is probably why the chief minister hired a US lobbying firm which has serviced clients like former Nigerian dictator Sani Abacha and President-for-life of Kazakhstan Nursultan Abishuly Nazarbayev.

This Washington-based firm, Apco Worldwide, was hired by Modi sometime in August this year, in the run-up to an important Assembly election, to improve his image before the world community. Among its recent clients are Mikhail Khodorkovsky, a former Communist youth leader-turned-Russian billionaire with mafia links.”

 Keduanya; mereka yang terlibat dengan APCO mempunyai kaitan yang sangat rapat dengan Israel serta ahli politik Amerika Syarikat yang mempunyai pandangan yang serong terhadap umat Islam.

 Soalan saya kepada Perdana Menteri – jika ini reputasi dan rekod APCO yang diketahui umum; apakah mesej yang ingin disampaikan kepada rakyat melalui perlantikan APCO sebagai perunding kerajaan?

 Apakah pentadbiran Perdana Menteri mengakui bahawa Perdana Menteri dan partinya Umno adalah setaraf dengan rejim-rejim diktator di dunia; sehinggakan khidmat APCO yang selama ini membaiki imej diktator perlu digunapakai?

 Saya ingin kupas kedua-dua aspek dan memberikan bukti bahawa berdasarkan rekod APCO selama ini, sewajarnya kerajaan tidak melantik mereka kecualilah kepakaran yang diperlukan kerajaan adalah kepakaran menggunakan wang untuk membeli pengaruh di Washington.

 Dalam tahun 2007, seorang wartawan penyiasat yang terkenal di Amerika Syarikat bernama Ken Silverstein telah menyamar untuk melantik APCO mewakili kerajaan Turkmenistan. Beliau telah melaporkan hasil siasatannya mengenai peranan dan pendekatan APCO membantu membersihkan imej diktator-diktator dunia di dalam sebuah rencana yang disiarkan di dalam Majalah Harper’s. Berikut antara pendedahan majalah tersebut:

Apco was the first firm i contacted, because it was a natural candidate to represent Turkmenistan: it has experience working not just on behalf of authoritharian regimes in general-the dictatorship of General Sani Abacha in Nigeria, for example, which employed the firm in 1995, the same year it hanged 9 democracy activists.”

 Pendedahan Ken Silverstein itu jelas menunjukkan peranan yang dimainkan oleh APCO dalam membantu pemimpin-pemimpin yang begitu buruk rekodnya. Nama-nama yang disebut di dalam pendedahan tersebut termasuklah Barry Schumacher yang juga pernah terlibat di dalam tugasan lantikan kerajaan Israel pada tahun 1992 dan Jennifer Millerwise Dyck, bekas jurucakap CIA dan jurucakap Naib Presiden Dick Cheney; yang rekodnya di dalam perang di Afghanistan dan Iraq kita semua sedia maklum.

 Sekiranya YB meneliti laporan tersebut, lebih membimbangkan adalah pendekatan yang diambil oleh APCO dalam menjalankan assignment itu.

 Kepada kerajaan yang melantiknya, mereka dijanjikan pertemuan-pertemuan dengan pemimpin Kongres, dialog atau seminar dengan pelbagai institusi untuk memberi imej yang amat berlainan dengan apa yang berlaku.

 Kepada pemimpin Kongres dan kerajaan Amerika Syarikat, mereka akan menjaja pertemuan-pertemuan ini sebagai peluang untuk mempengaruhi kepimpinan kerajaan yang melantik mereka sebagai perunding. Tidakkan ini satu amalan yang kurang beretika kerana ia seolah-olah mengambil untung di kedua-dua belah pihak? Bukankah ini satu isu yang besar apabila ada risiko campur tangan semata-mata untuk mendapatkan pertemuan-pertemuan di Washington?

 Sebab itu saya akan terangkan selepas ini risiko-risiko yang telah ditanggung oleh negara apabila Perdana Menteri dicucuk hidung oleh Omar Mustapha dan juak-juak dari Ethos untuk melantik APCO.

 Senarai pemimpin-pemimpin yang menggunakan khidmat APCO untuk membaikpulih imej diktator adalah panjang dan mengejutkan.

 Selain Turkmenistan, Kazakhstan dan Azerbaijan; salah seorang klien APCO yang paling terkenal adalah bekas diktator Nigeria iaitu General Sani Abacha. Mengikut laporan-laporan BBC General Sani Abacha merupakan pemimpin berkedudukan No. 4 yang paling korup di dunia. Semasa pemerintahannya, berbillion-billion dollar dilesapkan. Wang yang dilesapkan oleh orang kanannya sahaja berjumlah USD$2.5 billion.

 APCO sebagai firma perhubungan awam yang terlibat dengan komunikasi strategi mempunyai misi untuk melunakkan imej Sani Abacha yang melesapkan wang negara.

 Aspek kedua yang membimbangkan kita adalah kehadiran ramainya tokoh-tokoh yang berkait rapat dengan kerajaan Israel dan organisasi pertahanan negara itu termasuklah agensi perisikan sebagai perunding atau penasihat APCO.

 Tidakkah tindakan Perdana Menteri melantik APCO, yang umum diketahui rapat dengan tokoh-tokoh kanan rejim Zionis, merupakan sikap kepura-puraan? Di depan rakyat, kerajaan Barisan Nasional bercakap mengenai perjuangan Palestin, mengutuk rejim Zionist malah merotan pesalah-pesalah rakyat marhaen yang lemah untuk membuktikan ia sebuah kerajaan yang menegakkan Islam – adil atau tidak itu belakang kira.

 Tetapi secara senyap di belakang, tanpa pengetahuan rakyat; Perdana Menteri dinasihati secara terus dan dekat oleh sebuah firma yang ditunjangi oleh tokoh-tokoh kanan rejim Zionis? Regim yang memenjarakan Gaza dan menindas baik umat Islam dan mereka yang beragama Kristian di Palestin.

 Secara khususnya, saya ingin membawa perhatian Dewan kepada tiga tokoh utama Israel di dalam APCO iaitu Doron Bergerbest-Eilon, Ittamar Rabinovich dan Shimon Stein . Ketiga-tiga tokoh ini adalah tokoh kanan rejim Zionis.

 Doron Bergerbest-Eilon adalah Ketua Bahagian Keselamatan dan Perlindungan, Agensi Keselamatan Israel. Apa itu Agensi Keselamatan Israel?( Israel Security Agency)

 ISA adalah nama rasmi kepada satu organisasi yang cukup busuk namanya di kalangan umat Islam; iaitu Shin Bet. Apa ini Shin Bet? Shin Bet adalah adik kembar kepada Mossad; iaitu agensi perisikan Israel. Bezanya – Shin Bet adalah agensi perisikan dalam negara dan Mossad adalah agensi perisikan luar negara.

 Siapa lagi tokoh-tokoh kanan rejim Zionis di dalam APCO? Antaranya Itamar Rabinovich; Duta Israel ke Amerika Syarikat, salah satu jawatan terpenting dalam rejim Zionis. Ini adalah jawatan diplomatik paling kanan dan hanya tokoh paling kanannya sahaja yang menjawat jawatan ini. Begitu juga dengan Shimon Stein iaitu mantan duta Israel ke Jerman. Kedua-dua ini merupakan jawatan diplomatik kanan buat Negara Israel. Kedudukan mereka yang kanan dalam lingkaran diplomatik memperlihatkan keupayaan mereka untuk mempengaruhi serta melobi bagi pihak APCO sekarang.


RISIKO KEPADA NEGARA



 Sebab itu kita menimbulkan isu ini kerana ia melibatkan keselamatan dan reputasi negara serta maruah umat.

 Kita jelas mengapa kita bangkitkan isu ini. Ianya kerana kita mempertikaikan tindakan kerajaan menganugerahkan kontrak perkhidmatan puluhan juta ringgit kepada sebuah syarikat yang mana ada dari kalangan eksekutif kanannya pernah memegang jawatan tinggi dalam organisasi seperti Shin Bet dan Kerajaan Israel. Kita khuatir kerana pentadbiran Dato’ Sri Najib seperti tidak runsing dan gundah mengambil sebuah firma yang tercemar dengan rekod berkhidmat untuk para diktator dan petindas. Sikap membisu Perdana Menteri pastinya mengundang pelbagai kemusykilan serta persoalan.

 Membicarakan persoalan seperti komunikasi menyeluruh, pastinya ia berkait rapat dengan Jabatan Perdana Menteri, Kementerian Dalam Negeri, Kementerian Penerangan dan banyak kementerian lainnya. Maknanya APCO mempunyai akses/terdedah kepada jaringan strategik serta penting dan pastinya memberi kesan kepada keselamatan negara. Melantik organisasi asing yang mempunyai rekod seperti APCO, lalu mengamanahkannya dengan tanggungjawab besar serta kemudahan sedemikan rupa pastinya menggadai kepentingan negara. Oleh kerana itu saya menggesa kerajaan agar segara membatalkan kontrak perkhidmatan dengan APCO dan menubuhkan sebuah Suruhanjaya DiRaja untuk menyiasat skandal yang memalukan ini.

RUJUKAN

1Jawapan YB Dato’ Seri Nazri Abdul Aziz kepada YB Tanah Merah, Tuan Amran bin AB Ghani, bertarikh 16 November 2009.
2 Respon APCO bertarikh 18hb Mac 2010.
3“Money Being Splurged To Boost Image of Najib Administration” ditulis oleh Kumpulan Editor The Malaysian Insider dan disiarkan pada 28 Julai 2009.
4Mukasurat 150: “Malaysian Maverick” oleh Barry Wain mengenai skandal kerugian kerajaan Malaysia yang cuba memanipulasi pasaran timah sedunia setelah mendengar nasihat pedagang timah bernama David Zaidner yang sebelum itu ditolak oleh negara-negara lain. Kerajaan dilaporkan mengalami kerugian sebanyak RM661 juta.
5Laporan Associated Press bertarikh 21 Februari 2006 bertajuk “Malaysia Ex-PM: Abramoff Was Paid $1.2 M” dan laporan Los Angeles Times bertarikh 15 Februari 2006 bertajuk “Abramoff Bragged Off Ties With Rove: The disgraced lobbyist helped get Bush to meet the leader of Malaysia”
6Kenyataan APCO bertarikh 10hb Ogos 2009, http://www.apcoworldwide.com/content/news/press_releases2009/malaysia0809.aspx
7“Agreement between APCO and Malaysian Government” ditandatangani pada 4hb Ogos 2009 bagi tugasan melobi Washington untuk membaikpulih imej kerajaan
8“Agreement between APCO and Israeli Government” ditandatangani pada 9hb Januari 1992 bagi tugasan melobi Washington untuk merapatkan hubungan diplomatik dan dagangan di antara Israel dan Amerika Syarikat
9Tempoh berkhidmat dari 1hb April 1991-1hb Januari 1995
10Sila rujuk laman rasmi Asero Worldwide di www.asero.com
11Times of India, 18 November 2007 dalam berita bertajuk “Modi’s Image Builders Have Dictators On Client List”
12 Harper’s Magazine, July 2007 dalam rencana bertajuk “Their Men in Washington: Under-cover with DC’s Lobbyists for Hire”
13Laporan BBC “Abacha Advisor In Corruption Probe) bertarikh 2 Disember 1998 dan “Africa Looted for $140 Billion, Leader Says” bertarikh 13 Jun 2002
14Laman web APCO di www.apcoworldwide.com. Ittamar Rabinovich juga disebut dalam tulisan John J. Mearsheimer dan Stephen M. Walt; The Israel Lobby And US Foreign Policy, m/s 46, London, Penguin Books.

Arak air asas di Malaysia - by puncak




Arak di Malaysia boleh diperolehi dengan mudah seumpama membeli air minuman yang lain sama ada di pasar raya, restoran, hotel, kedai runcit mahupun di kedai serbaneka seperti 7 Eleven yang dijual tanpa kawalan ketat.
Puncak terpenggun dan tabik spring kepada Jin Jib berdasarkan kenyataan Ahli Parlimen Kota Raja, Dr Siti Mariah Mahmud yang mendedahkan bahawa Malaysia adalah antara 10 negara tertinggi di dunia dalam pengambilan arak di dunia.
Dr Mariah juga mendedahkan bahawa rakyat negara ini membelanjakan sebanyak USD500 juta iaitu lebih kurang RM1.75 bilion bagi pembelian minuman keras.
Penjualan arak berkembang di antara 5 hingga 7 peratus setahun melebihi kadar pertumbuhan penduduk iaitu 2.4 peratus, manakala umur purata ketagihan arak ialah 23 tahun.
Selain itu, terdapat peningkatan kadar pengambilan alkohol di kalangan remaja khususnya di bawah umur 18 tahun iaitu kira-kira 45 peratus, dan mereka mengambilnya secara berterusan.
Secara langsung dan jujur juga kita dapat melihat dengan mata kepala rakyat yang cintakan keadilan akan berasa kesal kerana arak dengan mudah mendapat tempat untuk tajaan dan iklan di mana-mana akhbar media arus perdana [utusan][beritaharian][metro] mahupun di televisyen [rtm] [tv3] [ntv7].
Kerajaan pucuk pimpinan parti berhaluan lutot kiri yang bernanah Umnok pula dengan sengaja memberikan lesen kepada pengusaha kelab-kelab malam dan pusat hiburan untuk beroperasi tanpa kawalan yang sewajarnya untuk mengaut keuntungan jualan langsung arak kepada anak-anak bangsa 1Malaysia (sapa punya angkara kalu bukan Jin Jib).
Kelab-kelab malam inilah juga penyumbang kepada berleluasanya minuman arak sehingga menyumbang kepada gejala sosial yang lebih parah dan tambahan terbaharu pula kepada pusat2 karoke.
Soalnya, bagaimanakah penjualan dan pengambilan arak boleh bertambah dalam keadaan negara Malaysia yang sudah diisytiharkan sebagai sebuah negara Islam dan termaktub juga di dalam Perlembagaan bahawa agama rasmi negara ini adalah Islam. Ini adalah pembangunan 1Malaysia..1arak 1 rakyat sapa suka boleh saja!!!
Puncak mula berfikir sejenak sambil mendengar sorotan anak muda yang mengembelingkan moto mereka menjadi kutu rayau berpeleseran mengelilingi 1Malaysia. Mengapa tidak ada kawalan keras dari kerajaan sebagaimana kawalan yang sama dilakukan terhadap penyalahgunaan dadah yang memperuntukkan hukuman gantung sampai mati jika sabit kesalahan.
Puncak daripada TawanMalaysia.com meminta arus media perdana Utusan Malaysia menjawab persoalan ini jika anda Islam!!!
“Dalam Islam, hukuman yang sewajarnya kepada peminum arak adalah disebat dengan 40 hingga 80 kali sebatan. Soalnya, mengapa undang-undang ini tidak terpakai khususnya kepada umat Islam? 
Arak juga sebagai salah satu penyumbang kepada peningkatan kadar kemalangan jalan raya di Malaysia. Setuju Jin Jib??setujuuuuuuuu..
Puncak ingin membuat konklusi bagi Jin Jib..
1Malaysia 1arak = cukai berpendapatan tetap yang lumayan untuk pembangunan dan perbelanjaan yang tersayang...

Salahkan Kera...Jaan. Salahkan umno... (ubn)

Apakah benar Malaysia dilanda dengan masalah sosial yang teruk? Atau sebenarnya perkara ini sudah lama berkepuk dan bernanah busuk, namun disembunyikan demi kepentingan politik dan kuasa masing-masing. Alangkah malang nya kita..

1. Ketua Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara [JPN] Datuk Alwi Ibrahim telah mendedahkan peningkatan Anak Luar Nikah [ALN] yang didaftarkan ke Jabatan Pendaftaran Negara: [ Berita Minggu : 21 Mac ]

a] 2007 : 16,100 anak Luar nikah
b] 2008 : 16,541 anak luar nikah
c] 2009 : 17,303 anak luar nikah

2. Datuk Alwi juga menyebut bahawa dalam tempoh 5 tahun terakhir Jabatan Pendaftaran Negara telah mencatatkan 74,723 anak luar nikah yang membabitkan orang melayu Islam .

[ Fakta ini tidak termasuk kes buang bayi yang dilaporkan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat ]

3. Sepanjang tempoh yang sama [ 5 tahun ] , seramai 214,033 bayi luar nikah didaftarkan dengan status anak tidak sah taraf termasuk kes anak yang tidak berbapa dari pelbagai bangsa dalam negara kita.


Jom teka... tahun 2010 berapa ramai pulak bilangan anak luar nikah ni..... 

Telur hujung tanduk bagi ketua wanita MCA

Kedudukan ketua pergerakan wanita MCA, Datin Paduka Chew Mei Fun kini ibarat telur di hujung tanduk.

Ini kerana keceluparannya berikrar akan melepaskan jawatannya jika Datuk Seri Dr Chua Soi Lek memenangi pemilihan parti itu Ahad lalu.

Memandangkan Chua kini adalah presiden MCA, Chew kini dalam dilema.

Ditanya pemberita, selepas Chua diumumkan ketua baru MCA, Chew berkata dia berpegang pada kenyataannya sebelum ini tetapi akan berbincang terlebih dahulu dengan pergerakan wanita sebelum membuat sebarang keputusan.

"Apa yang saya luahkan pada awal, masih tidak berubah tetapi saya tidak mahu keputusan saya menjejaskan parti. Saya mahu parti terus terus berkembang,” jelasnya.

Chew, yang juga timbalan menteri, wanita, keluarga dan pembangunan kemasyarakatan berlepas ke Bangkok, sehari selepas itu untuk menghadiri tugasan rasmi.

Beliau dijadual pulang pada Jumaat ini dan akan memanggil mesyuarat exco wanita sebelum mengumumkan keputusannya.

Malaysia hilang 350,000 pekerja mahir

Situasi modal insan di Malaysia tidak bertambah baik kerana negara kehilangan tenaga kerja mahir yang diperlukan untuk memacu pertumbuhan di masa depan.

Banyak tenaga kerja mahir Malaysia meninggalkan negara untuk mencari peluang lebih baik di negara lain dan menurut anggaran Kementerian Sumber Manusia pada 2008 - kira-kira 350,000 dewasa Malaysia bekerja di luar negara, lebih separuh daripadanya lulusan institusi pengajian tinggi.

Kehilangan besar-besaran tenaga kerja mahir Malaysia diburukkan lagi dengan hakikat bahawa sistem pendidikan, disebalik modal besar yang diperuntukkan melalui beberapa usaha pembaharuan, tidak mengeluarkan tenaga kerja mahir yang diperlukan secara efektif, kata Majlis Penasihat Ekonomi Negara (NEAC) dalam Laporan Pertama Model Ekonomi Baru bagi Malaysia yang dikeluarkan di Kuala Lumpur hari ini.

Kehilangan besar-besaran tenaga kerja mahir Malaysia diburukkan lagi dengan hakikat bahawa sistem pendidikan, disebalik modal besar yang diperuntukkan melalui beberapa usaha pembaharuan, tidak mengeluarkan tenaga kerja mahir yang diperlukan secara efektif, kata Majlis Penasihat Ekonomi Negara (NEAC) dalam Laporan Pertama Model Ekonomi Baru bagi Malaysia yang dikeluarkan di sini hari ini.

"Kita tid
ak membangunkan tenaga kerja mahir dan apa yang kita ada pula meninggalkan kita," kata NEAC.

Laporan itu menyatakan pemain industri sering mengeluh mengenai ketiadaan tenaga kerja mahir yang sesuai di pasaran, mencadangkan tenaga kerja mahir yang dikeluarkan oleh sistem pendidikan dan yang diperlukan oleh syarikat adalah tidak sepadan.

Penilaian terbaru oleh Bank Dunia mencadangkan syarikat-syarikat kini semakin bimbang, pertamanya mengenai teknologi maklumat (IT), kemahiran dan kemahiran teknikal/profesional pekerja Malaysia diikuti aduan mengenai kurang kreativiti dan tidak fasih bahasa Inggeris.

Menurut laporan Jabatan Perangkaan pada 2007, 80 peratus tenaga kerja Malaysia menerima pendidikan hanya setakat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Data Kementerian Pengajian Tinggi menunjukkan pada 2008, kira-kira suku daripada lulusan universiti tempatan masih menganggur selepas enam bulan menamatkan pengajian.

"Malahan mereka yang mendapat kerja, hampir satu pertiga bekerja dalam bidang kemahiran lebih rendah," menurut laporan itu.

Menurut Kementerian Sumber Manusia, antara 2001 dan 2005, kerajaan membelanjakan RM415 juta untuk melatih kira-kira 40,000 siswazah untuk meningkatkan kemahiran mereka untuk diambil bekerja.

"Pelbagai program untuk menarik tenaga kerja mahir diperkenalkan di masa lalu tetapi hanya sedikit yang dicapai secara konkrit. Hasilnya ialah kekurangan tenaga kerja dinamik yang diperlukan untuk memacu Malaysia dalam aktiviti-aktiviti nilai tambah lebih tinggi," kata NEAC.

Menurut laporan itu, kerjasama lebih baik antara majikan sektor swasta dan universiti akan dapat membantu membetulkan keadaan tiada sepadan antara permintaan industri dan siswazah serta meningkatkan peluang siswazah mendapat kerja.

"Malaysia perlu melaksanakan program mampan dan sistematik untuk memastikan pelajar Malaysia diberi peluang untuk meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris yang diperlukan untuk bersaing dalam pasaran global," menurut laporan itu.

Laporan itu menyatakan sistem sedia ada lebih tidak menggalakkan daripada menggalakkan pengekalan tenaga kerja mahir tempatan dan kemasukan tenaga kerja mahir asing.

Kekangan termasuk penghijrahan besar-besaran dan dasar-dasar insentif yang tidak menggalakkan pakar asing diambil kerja di samping amalan sekatan oleh persatuan-persatuan profesional yang menghalang pekerja asing daripada bekerja di Malaysia, menurutnya.

- Bernama

'One Israel-1M'sia': Anwar implicates Khairy's old friend


By Rahmah Ghazali
FULL REPORT KUALA LUMPUR: Opposition Leader Anwar Ibrahim has alleged that it was Umno Youth chief Khairy Jamaluddin's “old friend” Omar Mustapha who introduced the Malaysian government to US-based public relations firm Apco Worldwide.
He claimed that Khairy and Omar were partners in the consultancy firm, Ethos.
Anwar had revealed this in the Dewan Rakyat today, when he explained his “One Israel and 1Malaysia” jibe.
The opposition leader also furnished documentary evidence to substantiate his allegation that the government had links with the company, which, according to him, masterminded the “One Israel” concept more than a decade ago.
"Omar was reported to have introduced Apco to the government as its consultant, and its (Apco's) adviser was stationed in the Prime Minister's Office after Najib Tun Razak took over as prime minister. But this did not go down well with some of the government officials," he said.
According to him, there were two types of agreement that the Malaysian government signed with Apco on Aug 14 last year, in order to "improve the government's image".
The strange part, he noted, was that the agreement was not inked by any top government officials.
"It bears the signature of the press secretary to the prime minister Tengku Shariffudin Tengku Ahmad, which shows how close Apco is with the prime minister while in normal practice government agreements are signed only by government officers," he claimed.
“This was way before (Najib's) 1Malaysia was announced. Since its (Apco's) duties are to provide “communications support” to the government, Apco may have worked with Najib on 1Malaysia,” he said.
'Apco trying to confuse the dates'
WIth this, he rebutted Apco's statement on March 18 which denied its involvement with the 1Malaysia concept, claiming that the concept had been in effect prior to Apco's appointment.
"But this is only their (Apco's) effort to confuse the actual dates of the (establishment) of the firm with Najib's administration," claimed Anwar, adding that key figures in Apco had previously established themselves in Kuala Lumpur under a local brand name, Mind Teams Sdn Bhd.
"Paul Stadlen, who now heads Apco in Kuala Lumpur, is the same individual who had signed the agreement on behalf of the Mind Teams with the Malaysian government.
"Among the directors is Margery Kraus, Apco's CEO and the most important individual involved with the account in Israel," he said.
Anwar also said that he would furnish proof to Speaker Pandikar Amin Mulia to back his claim that Apco was appointed by the Israeli government in 1992.
Previously, the public relations firm had denied having any links to the 'One Israel” concept.
Today marked the end of the seven-day deadline given to Anwar by the government to explain his “One Israel, 1Malaysia” jibe.
The government had considered referring Anwar to the Rights and Privileges Committee, which could see him slapped with a suspension from the House.
However, Minister in the Prime Minister's Department Mohd Nazri Abdul Aziz said last week that Anwar would be given a chance to explain his allegation.
'How could we expect Apco to be forthright?'
Elaborating on the alleged deal between Apco and Israel, Anwar said the agreements signed at that material time indicated the role of Apco as a "lobbyist", which would warrant the safeguarding of government secrets made privy to the firm.
"Apco was also involved in the advising of a comprehensive strategic communication programme and must keep confidential all information pertaining to its operations.
"Under these circumstances, how could we reasonably expect Apco to be forthright about its actual role vis-a-vis 1Malaysia as well as the various government campaigns?" he asked.
Anwar also alleged that in Israel, one of Apco's associates was Asero Worldwide, headed by one Doron Bergerbest-Eilon, former head of the Division of Protection and Security of the Israeli Security Agency with the rank of Major General.
He, too, was one of the international advisers to Apco, added the opposition leader.
"Therefore, contracts involving Apco might not necessarily be structured directly between Apco and the government concerned in as much as they could be executed through their associates," he said.
In the case of Israel, Anwar said the contract of appointment on Jan 9, 1992, was between the government of Israel and an associate firm known as GCI International.
"A closer scrutiny of the fine print and contents would show that in this particular agreement the person to be charged with the major task of lobbying for Israel was in fact Margery Kraus, who is now the CEO of Apco," he said.
'Cleaning up the image of autocrats'
Anwar further alleged that Apco "is very much in the business of cleaning up the image of autocrats and tyrants" to present them with a new face particularly in the eyes of United States administrations.
"The personalities involved in Apco also maintain close ties with Israel as well as US politicians very much linked to the Israeli lobby as well as politicians who are not known to be coy about their antipathy towards Islam and Muslims," he said.
Anwar also quoted a report by investigative journalist Ken Silverstein back in 2007 in Harper's magazine, where the writer went undercover to pose as a representative of Turkmenistan and manged to secure the services of Apco.
"Silverstein exposed the role and modus operandi of Apco in helping to launder the image of dictators (including) Barry Schumacher, a leading consultant to Israel in 1992... and Dick Cheney whose record in the Afghan and Iraq wars are a matter of public knowledge," he said.
Explain doubled-faced positions
The opposition leader also lambasted Najib for appointing a firm like Apco, while trumpeting the government's support of the Palestinian cause.
"While, on the other hand, (they appoint) a firm like Apco who is well associated with leaders of the Zionist regime that has uprooted Palestinians, both Muslims and Christians, from their homeland, driven them into refugee camps and is now building more settlements on occupied land.
"Can the honourable prime minister in all honesty tell us how he could reconcile these double-faced positions?" he said, adding that Najib's government has "chosen to be deafeningly silent" on the matter.
As the opposition leader finished his explanation, deputy Speaker Ronald Kiandee told the House that the ruling coalition could still refer Anwar to the Rights and Privileges Committee through a separate motion by voting.
One Israel's 'people first' slogan
Speaking at a press conference later, Anwar spoke on the similarities between the “One Israel” and “1 Malaysia” campaigns.
"The platform of One Israel was better access to education and health. (Hence), 1Malaysia, Clinic 1Malaysia," he said, adding that in Israel, it was designed to divert attention from the issue of settlements.
"1Malaysia is to divert attention from racial conflicts, bribery and corruption," he said.
Amwar also pointed out that One Israel's slogan was “People First”, similar to 1Malaysia's, “People first, performance now”.
"There are too many similarities between (former Israeli premier) Ehud Barak and Najib," he stressed.
Speaking to reporters later, Khairy denied having a working relationship with Omar, but admitted knowing him.


Pemuda MCA selar PERKASA: Julang keris umpama main api

Timbalan Setiausaha Agung Pemuda MCA, Low Chew June menyelar Ibrahim Ali dan Ahmad Ismail sebagai "batu penghalang" perpaduan yang wajib ditolak oleh rakyat!
"Dalam Mesyuarat Agung PERKASA, Ibrahim Ali mengeluarkan hujah-hujah perkauman yang ekstrem dan menjulang keris; sementara bekas Ketua UMNO Bahagian Bukit Bendera, Ahmad Ismail yang pernah mengeluarkan hujah 'kaum pendatang', kini bersiap sedia untuk kembali.  Malah, kita tidak boleh memandang remeh sikap Ahmad Ismail yang angkuh itu, malah perlu mencegah rasisme daripada membakar semula," katanya dalam satu kenyataan media, hari ini.
Low Chew June menyifatkan Ibrahim Ali dan Ahmad Ismail adalah penganut rasisme yang pantang melihat keamanan dan kedamaian negara.  Low Chew June menganggap tindakan mereka yang ekstrem akan menjejaskan perpaduan negara, malah terpesong dari Perlembagaan Persekutuan, bercanggahan dengan gagasan 1Malaysia yang disarankan Perdana Menteri Najib Razak.
Low Chew June (gambar kanan) juga kesal dengan hujah bekas Perdana Menteri, Mahathir Mohamad yang menurutnya "ekstrem", malah menyifatkan hujah tersebut sebagai "mengapi-apikan", menyemarakkan fahaman perkauman.  "Sebagai seorang bekas PM, Mahathir seharusnya berada pada landasan yang betul untuk memupuk perpaduan rakyat demi kepentingan semua," katanya.
*Kenyataan media oleh Low Chew June selaku Timbalan Setiausaha Agung Pemuda MCA. Diterjemah dari kenyataan asal edisi bahasa Cina.

Sidang Dun Perak : Gambar selepas Sidang DUN dan Sidang Media.
























1Malaysia 1Israel.... Kita serupa, rupanya...




Menteri Najib semuanya kodi
Kaki joli.... kaki arak
Tuduh Anwar ejen Yahudi
Tapi satu bukti pun tarak

1 Israel 1Malaysia
Dua-dua ilham APCO
Orang kata hangpa tak caya
Depa kata fitnah sokmo

Marah-marah dalam Parlimen
Desak Anwar jawab segera
Kawan tu jawab berserta dokumen
Depa terdiam but mulut ternganga

Anwar dah kata "don't play-play with me"
Dia cakap serius bukan memborak
Sekarang komer cakap siapa ejen Yahudi?
Anwar Ibrahim atau Najib Razak?

APCO dan Najib bekerjasama
Membentuk imej memberi nasihat
Apakan jadi pada rahsia negara??
Eeeii... rangkaian APCO banyak muslihat!!

Weh.... tubuhkan Suruhanjaya diRaja dan siasat
Cepat... keselamatan negara dalam bahaya!!
Bongkar dan dedah sebelum terlambat
Siapa sebenarnya pengkhianat negara??

Jangan biarkan mereka bermaharaja lela
No... no... no... cukup--cukup dan sudah-sudahlah
Nyahkan mereka daripada terus kuasa
Sekat pengaruh Yahudi laknatullah

Oleh itu, rakyat semua mesti berubah
Buat pilihan yang bijak sana
Guna kuasa kita secara berhemah
Ayuh... kita selamatkan negara tercinta

Sidang Dun Perak : Gambar dalam bangunan dan Dewan Negeri perak.




























Sidang Dun Perak : Gambar ADUN PR menuju ke Dewan sekitar jam 8.45 pagi tadi.




Rakan media yang tidak dibenarkan masuk ke dalam dewan negeri untuk membuat liputan.
Ramainya polis yang mengawal pintu masuk SUK setelah semua ADUN PR masuk ke dalam dewan.


adun PR dihalang masuk, pintu dibuka dengan sempit sekali