Jumaat, 26 Mac 2010

Sidang khas DUN tak perlu selesai krisis Istana Kelantan


Oleh Syed Mu’az Syed Putra dan Mohd Zuharman
KUALA LUMPUR, 26 Mac — Sidang khas Dewan Undangan Negeri (DUN) khas tidak diperlukan bagi menyelesaikan kemelut dalaman Istana Kelantan, kata Timbalan Menteri Besar Datuk Ahmad Yaakob.
“Kita melihat bukan satu keperluan untuk mengadakan sidang DUN khas bagi menyelesaikan masalah dalam institusi diraja.
“Lagipun kemelut ini adalah masalah dalaman pihak istana, jadi lebih baik sekiranya mereka yang mencari jalan penyelesaian,” kata beliau ketika dihubungi The Malaysia Insider hari ini
Justeru kata beliau, sidang DUN khas tidak akan dipanggil bagi menyelesaikan krisis.
“Lagipun tiada dalam perlembagaan mengatakan ia perlu dilakukan,” katanya lagi.
Beliau berkata demikian ketika mengulas cadangan Pengerusi Kelab Penyokong-penyokong Kerajaan (BBCBN) Kelantan, Abdullah Yaacob supaya DUN mengadakan sidang khas dalam usaha menyelesaikan kemelut dalaman isu istana Kelantan yang semakin meruncing sekarang ini.
Abdullah berkata, langkah itu penting memandangkan isu tersebut tidak berkesudahan walaupun ia berlarutan sejak sekian lama.
Mengulas lanjut, kata Ahmad, tugas serta fungsi DUN adalah untuk membuat dan menggubal undang-undang di peringkat negeri bukan menyelesaikan masalah yang berlaku dalam institusi diraja.
“Fungsi DUN adalah untuk membuat undang-undang diperingkat negeri, jadi semasa DUN bersidang hanya perkara ini yang akan dibahaskan.
“Kita bukan tidak ambil tahu mengenai apa yang berlaku dalam institusi diraja sekarang, tetapi adalah lebih baik sekiranya pihak istana sahaja yang menyelesaikan kemelut yang berlaku,” katanya lagi.
Dalam pada itu, Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata penahanan Setiausaha Sulit Sultan, Datuk Wan Hashim Wan Daud malam tadi mungkin kerana “ada kesnya.”
“Tidak ada komen. Hendak komen macam mana...itu kerja polis.
“Kerja polis, ada kes lah sebab itu ditangkap,” kata beliau semasa ditemui selepas solat Jumaat di masjid Semut Api, Pantai Cahaya Bulan, Kota Baru hari ini.
Wan Hashim ditahan selepas tidak sampai 12 jam mengumumkan pelucutan Tengku Mahkota, Tengku Muhammad Faris Petra sebagai Pemangku Raja.
Difahamkan Wan Hashim cuma bertindak selaku penyampai kenyataan daripada Pengerusi Majlis Perajaan Negeri (MPN), Tengku Abdul Aziz Tengku Hamzah.
Menjawab kerajaan negeri tidak rasa tersepit ekoran krisis tersebut Nik Aziz berkata, “Alhamdulillah kerajaan negeri selamat, bahkan kalau ada perkara-perkara yang menyusahkan kerajaan.”
“Kalau polis tolong selesai masalah, saya terima kasih banyak,” katanya.
Krisis Istana Kelantan malam tadi menyaksikan Majlis Perajaan Negeri melantik Tengku Abdul Halim Al-Haj Sultan Ibrahim sebagai pengerusi baru majlis itu.
Nik Aziz ketika diminta mengulas perkara itu memberitahu, adalah masalah perlembagaan.
“Ini masalah perlembagaan, masalah perlembagaan saya serah kepada orang yang berkenaan iaitu Datuk Abdul Halim Hamad,” katanya.
“Saya ucap terima kasih kepada Datuk Halim kerana membuat kenyataan benda-benda begini.
“Yang pentingnya tuanku sekarang masih gering, kalau tuan-tuan rasa nak melawat saya ucap terima kasih banyak.
“Ziarah… menghadap sendiri sejauh mana kesihatan tuanku, boleh ke buat kerja atau masih berkerusi roda atau sebagainya,” kata beliau tidak akan campur perkara-perkara seumpama itu.

DS Nizar : ADUN PR hantar 216 soalan.

DS. Nizar didampingi oleh Dato Ngeh dan ADUN PR lain dalam sidang akhbar berkaitan Sidang DUN Perak pada 30 Mac ini.
IPOH, 26 Mac;- ADUN pakatan Rakyat telah menghantar 216 soalan untuk sidang DUN Perak yang akan bermula pada 30 Mac akan datang. Demikian seperti yang ditegaskan oleh Menteri Besar Rakyat Perak, DS. Muhammad Nizar Jamaluddin dalam sidang media di Pejabat Pakatan Rakyat Perak disini sebentar tadi.

Sidang media itu diadakan selepas Mesyuarat majlis Pimpinan Pakatan Rakyat Perak dan Mesyuarat ADUN Pakatan Rakyat Perak. DS. Nizar didampingi oleh 11 ADUN yang menunggu untuk sidang tersebut.

Beliau mengatakan mesyuarat telah membuat beberapa ketetapan termasuk kami mengecam sekeras-kerasnya pembunuhan Ketua Pemuda Dewan Himpunan Penyokong PAS Perak , Sdr. Siva dan meminta pihak keselamatan mengadakan siasatan siapa yang terlibat, dan juga kami telah sedekahkan alfatihah kepada Almarhum Ahli Parlimen Hulu Selangor .

DS. Nizar juga mengesahkan semua ADUN PR telah menerima dua surat, satu dari Setiausaha Dewan yang mewakili oleh lelaki yang menyamar sebagai speaker, satu lagi dari spaeker yang sah YB. V.Sivakumar.

"Kami buat keputusan untuk hadir bedasarkan surat Speaker yang sah YB. V.Sivakumar pada perasmian dan perbahasan 31 haribulan." Jelas Nizar

"Kita membuat keketapan untuk ikut serta pada hari perasmian da sesi perbahasan kerana rakyat perak melantik kami dan kami akan ikut serta berbahas"

Beliau juga mengesahkan telah hantar surat kepada zambry dan memohon diadakan satu mesyuarat dengan Zambry dan Ganesan pada 29 Mac jam 9 pagi di Dewan Bandaraya Ipoh.

"Tujuan mesyuarat adalah untuk kepentingan negeri perak yang lebih cemerlang." tegas Nizar.

Beliau juga menyatakan permohonan untuk diberi peluang untuk perbahasan dan soal jawab, kepada ketua pembangkang dan ADUN dalam perbahasan, "Insyaallah menjadi persidangan yang baik" jelasnya.

"Kita juga cadangkan persidangan dilanjutkan selama lima hari hingga 4 April".Kata Nizar.

Beliau juga berharap pertemuan dapat menghasilkan persidangan yang baik, dan tempoh yang sesuai bagi membahas isu-isu dan kemelut negeri Perak.

Nizar juga menegaskan Keputusan mahkamah pada 9 Feb adalah penentuan siapakah MB Perak, namun tidak mengenai siapakah speaker yang sah. Ganesan telah melanggar 6 ketetapan dan dia tidak diktiraf sebagai speaker.
Dicatat oleh DRS. KHALIL IDHAM LIM

Tee Keat, the Transformer


HE said he is not a hero but along his campaign trail Ong Tee Keat has come to be called 'the Transformer' because he had ceaselessly told party members he wants to change the party into a progessive movement that can ride through all storms and weather.

If you still do not know them, the Transformers is a popular toyline centered on two factions of warring alien robots in its 25-year-old history.

The toyline has expanded to encompass comic books, cartoons, movies and every other kind of merchandise, including attire and costume jewellery.

The Transformers are depicted as mechanical beings that can reconstruct their outside appearance through scanning or touching a mechanical object of relative size to each Transformer's body.

The characters include Autobots Optimus Prime, Bumblebee, Bulkhead, Prowl, Ratchet; Decepticons Megatron, Starscream, Blitzwing, Lugnut and human characters Prof Sumdac and Sari Sumdac.

As in the MCA election where 101 candidates are vying for the 31 posts at stake in the leadership line, there are probably as many characters trying to get to the key positions in the Transformers' Cybertron world.  
What he has been fighting for
Whatever may be said about him, Tee Keat said had repeatedly stressed he will stick to his guns - which is the commitment in the transormation of the MCA.

It was something he had been fighting for since the party plunged into its lowest ebb at the March 2008 general election.

It was a grand and exciting plan that fueled the enthusiasm of his party members, who elected him to be the president in October of the same year.

Now, in the sequel of that first round of transformation, it looks like Tee Keat has taken the role of the Autobots' leader to fight the Deceptron factions, led by his former deputy Dr Chua Soi Lek and the MCA's immidiate past president Ong Ka Ting.

"We need to undergo the ‘transformational pain’, to change ourself before other people change us.

"The choice is in the hands of the delegates” Tee Keat told journalists from the English media on Thursday.

ong tee keat 4his means that the MCA could continue business as usual by reverting back to the old ways before the last election or move ahead with a more progressive style for the betterment of the members and for Malaysians in general.
'I make tough decisions'

"I dont see myself as a hero because I don't believe I am one.

"Sometimes, however, I have to make tough decisions. That word - hero - has never crossed my mind," he said, giving the example of the infamous PKFZ debacle.

"I did it (expose the discrepancies) to clear the Government in the name of transparency and accountability.

“Maybe, I am too hasty to make changes. But we have to change and transform fast before the next general election.

"MCA has to move forward and be more sensitive to accepting changes.

About the fresh poll

Although the party's next election is due next year,  Chua and 21 central committee members resigned early this month to force the party to have fresh polls to select an interim leadership until the 2011 general assembly.

Tee Keat, who intends to finish his full three-year term, said: "For me,  the message is clear. If you can betray your comrades, how can the rakyat be sure that you will not betray them?"

He said after the party's October 2008 election he had tossed the idea of fresh polls since the party was still divided in different camps.

"I mooted for fresh polls and was vehemently rejected by the same people whop later pushed for new party elections.

"Whatever happens is a collective decision. It is unjust to put the blame on me alone. MCA has never worked in that manner. The president does not have the ultimate power.

Tee Keat , who also mooted the idea of a 'Greater Unity Plan' that had Chua's support before the former deputy turned his back on the president, said the GUP was not merely a 'peace plan' to appease the warring factions in the MCA.

"It is a plan to to provide party leaders a platform to work togetherwith the grassroots.

"For the GUP to succeed MCA members, especially the leaders, need to have the commitment, understanding and selflessness.

"If the party leaders do not follow it, it will be a thing of the past."
Reaching out to the young

Tee Keat's transformation process for the party are contained in five key result areas (KRAs) that include direct presidential election that will allow MCA members - from the branches to the national level - to pick their leader.

ong-tee-keat-transformerCurrently the selection for the president and the rest of the party's central committee members are made by the more than 2,000 delegates who are eligible to attend the party's general assembly.

Tee Keat has also opened the doors of the MCA to non-governmental organisations and other interest groups via a consultative council, for the party to gain first-hand information and feedback from the ground on all aspects of the country's socio-economic  landscape.

"The MCA has to reach out to a wider audience and not just to the 'usual' NGOs," he said, adding that the party has had dialogues with the inter-faith council, various youth centres, social movements and entrepreneur associations.

"I am planning more engagement with the NGOs and it will not be just dialogue sessions.
Competitiveness in education

A pet project of Tee Keat is grooming young talents to fill leadership posts in the MCA in future and he believes this can be achieved by encouraging better education and training prospects even for school or college drop-outs.

That is why, he said there is the HOPE programme which helps students to get into local private colleges with subsidised rates and the TRAIN programme for school or college leavers to pursue   vocational training  that include entrepreneuship and skills.

In the primary level, he said there were now direct government grants to the schools and "rather than lobby for more schools, it is time to show that the schools are worth the money spent on theFor the chinese primary schools i believe that it is a necessity to use the grant located by the government to enhance the capacity rather that lobbying for more schools.

“ Now the fund are given directly to the school board. They should used i wisely for the school, since all this while they are complaining about the birocracy. Now it is the time to show that the schools are money worth spent.

Underdog spin

Though he is the incumbent president, the word was spreading that in the presidency race he is the underdog - a tag that amuses him.

"It is a ploy to confuse my supporters and the make me pull out of the race.

"I remain focussed since the (underdog) spin is far from the truth," he adding that he met Ka Ting before the former president said he was going into the contest.

"Ka Ting, like a gentleman, came and told me he will be running for the presidency. It is not true that he wants me to pull out of the race and paave the way for him.

"People can say anything about our meeting. But I prefer the truth.

ong_teekeat2"I am  bewildered why a certain party - some crafty people -  are wooing my supporters by telling them I am the underdog.

"That shows they are not confident and shaky in the polls,"

No running mate


Regarding the conspicuous absence of a running mate, Tee Keat said the MCA constitution does not provide anything like the United States and Singapore.

"We don't have teams and I run the race individually.

"At the end of the day, whether we have a good team or not would depend on what the party members and thepublic decide.

"It's not a problem to me whether Kong Cho Ha or Liow Tiong Lai (the two deputy aspirants) become the deputy president. Both are my colleagues in the Cabient.

"These two leaders have a good working rapport with me. I dont see why I cannot get along with them if I have the mandate.

"The delegates will decide who are the best people to represent the community. Then, when it comes to the general election, the public will determine our relevancy.— Malaysian Mirror

Tee Keat diramal kekal jawatan presiden MCA


mca leaderPETALING JAYA: Presiden MCA Ong Tee Keat muncul sebagai calon diminati ramai untuk mengekalkan jawatannya pada pilihan raya parti di Dewan MCA, Jalan Ampang, Kuala Lumpur pada 28 Mac ini.
Kaji selidik meliputi 805 rakyat Malaysia berusia lebih 21 tahun menunjukkan 34% responden memilih Tee Keat untuk memimpin parti itu, demikian menurut kajian terbaru Merdeka Centre.
Sebanyak 30% dari kalangan masyarakat Cina memilih Tee Keat, berbanding hanya 15% yang memilih Ong Ka Ting untuk kembali sebagai presiden dan 12% memilih Dr Chua Soi Lek.
Bagaimanapun, apabila ditanya sama ada Tee Keat akan memenangi jawatan presiden Ahad ini, hanya 14% responden Cina menjawab "ya", manakala 37% menjawab "tidak" dan 47% menjawab "tidak tahu".
Respon India dan Melayu nampaknya lebih optimistik peluang Tee Keat memenanginya, masing-masing pada 55% dan 4%.
MCA masih relevan
Mengenai peranan parti itu, sebanyak 67% daripada respon masyarakat Cina di seluruh negara menganggap parti itu masih relevan dan menimbulkan isu-isu yang penting bagi mereka.
Hampir separuh daripada responden atau 43% bersetuju "ada orang" yang mencetuskan krisis MCA kerana Tee Keat telah memulakan siasatan terhadap skandal Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ)
Apabila ditanya sama ada keputusan Tee Keat untuk mengarahkan siasatan skandal PKFZ telah "memperbaiki" atau "merosakkan" reputasi MCA, responden secara keseluruhannya, terikat masing-masing pada 39%.
Yang menarik, kebanyakan responden dari kalangan masyarakat Cina dan India bersetuju skandal PKFZ telah memperbaiki imej MCA manakala kebanyakan responden Melayu menyatakan sebaliknya.

Kelayakan KPN: Sivarasa dipanggil beri keterangan

KUALA LUMPUR, 26 Mac: Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Sivarasa Rasiah hari ini dipanggil memberi keterangan mengenai laporan polis yang dibuatpada 24 Mac lalu terhadap Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan yang didakwa membuat kenyataan palsu dalam prosiding Mahkamah.

Beliau hadir jam 3.00 petang tadi memberi keterangan hampir satu jam di ibu pejabat polis IPD Dang Wangi.

"Mereka minta bukti saya ada untuk menunjukkan bahawa Tan Sri Musa Hassan telah membuat kenyataan palsu dalam mahkamah.

"Saya sebut saya lampirkan dalam laporan polis saya, saya kepilkan nota prosiding mahkamah.

"Ini bukan cerita dengar cakap, saya dapat bukti kukuh berdasar nota prosiding yang ditaip di mahkamah", katanya ketika ditemui pemberita selepas itu.

Rabu lalu, Siva membuat satu laporan polis terhadap Musa Hassan yang didakwa memberikan pengakuan palsu berhubung kelayakannya pada perbicaraan kes rasuah Datuk Seri Anwar Ibrahim pada tahun 1998.

Menurut Sivarasa, semasa kes perbicaraan Anwar pada tahun 1998 di mana Musa Hassan sebagai Pegawai Siasatan, beliau menyatakan di depan Hakim Augustine Paul dengan mengatakan beliau mempunyai ijazah apabila disoal oleh peguam Christopher Fernando.

Tetapi ujarnya, semasa perbicaraan rasuah bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil, Datuk Ramli Yusuff di Mahkamah Sesyen Sabah, Musa dalam prosiding kehakiman memberitahu beliau mempunyai diploma undang-undang dan kajian pengurusan.

Pada masa yang sama, beliau juga turut mengesyorkan kepada kerajaan supaya menghentikan tempoh perkhidmatan ketua polis negara itu.

Baginya, Musa sebagai pegawai tinggi kerajaan sudah hilang integriti dan kredibiliti apabila melakukan pembohongan di mahkamah.

"Sekarang ini bukan isu dia ada diploma atau ijazah, isunya dia berbohong di mahkamah.

"Kalau nak tahu dia ada diploma atau ijazah, baik tanya dia sendiri," katanya.

Hulu Selangor: Komposisi kaum beri kelebihan pada PR


KUALA LUMPUR, 26 Mac: Komposisi kaum yang agak ‘kacukan’ di kawasan Parlimen Hulu Selangor dengan pengundi Melayu sebanyak 53.9 peratus, Cina (26.7), India (19) dan lain-lain (0.4), memberi kelebihan pada PKR dan Pakatan Rakyat berbanding Umno dan BN.
Bagi Pengarah Jabatan Pilihan raya Parti Keadilan Rakyat (PKR), Fuziah Salleh, pihaknya masih belum memilih calon walaupun tumpuan umum banyak menjangkakan bahawa Datuk Zaid Ibrahim bakal mewakili Pakatan Rakyat dalam pilihan raya kecil itu.
“Keputusan berkenaan calon itu, sekarang ini ada ramai yang cukup berwibawa untuk dicalonkan, bagaimanapun saya akan menyerahkan nama-nama mereka kepada pucuk pimpinan untuk dibuat keputusan terakhir,” jelasnya yang juga Ahli Parlimen Kuantan.
Pun begitu, beliau berkata, PKR tidak mempunyai banyak masalah dalam memilih calon kerana identiti PKR bukanlah berasaskan pada perkauman, bukan seperti Umno/BN.
Maka, kata beliau, Majlis Pimpinan Tertinggi PKR akan membuat ketetapan akhir berhubung persiapan pilihan raya kecil tersebut pada 4 April depan, sebelum dilanjutkan dalam Majlis Mesyuarat Pakatan Rakyat kelak.
Parlimen Hulu Selangor bakal menyaksikan pilihan raya kecil berikutan kematian wakilnya, Datuk Dr Zainal Abidin Ahmad, 71, malam tadi.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan membuat keputusan berhubung perkara itu Jumaat depan.
Dalam pada itu, Fuziah sendiri mengakui bahawa Umno tempatan, khususnya di Hulu Selangor cuba untuk meletakkan calon mereka di kerusi terbabit atas dasar majoriti pengundi adalah Melayu, sedangkan kerusi tersebut sebenarnya adalah kerusi tradisi MIC, Datuk G. Palanivel.
“Sesiapa pun (calon BN) yang diletakkan di situ, ia suatu kelebihan bagi kita, calon PKR sudah pun dilihat mewakili semua kaum,” ujarnya.
Ekoran itu, PKR menurut beliau, tidak perlu menganggap kelemahan BN tersebut sebagai kekuatan pada PKR.
Sebaliknya, beliau berkata, PKR serta Pakatan Rakyat seharusnya bersedia membuat persiapan kempen politik yang lebih rasional dan demokratik, bukannya kempen perkauman seperti Umno BN.
“Apabila kita masuk apa-apa pilihan raya, fokus dan persediaan kempen kita adalah apa yang boleh kita tawarkan kepada rakyat, tidak perlu fokus pada kedudukan orang lain (Umno BN),” jelasnya.
Demi menjayakan kempen tersebut, beliau bercadang untuk mengemukakan pencapaian-pencapaian Pakatan Rakyat sepanjang memerintah negeri Selangor supaya rakyat boleh membuat perhitungan dan perbandingan dengan rekod pemerintahan kerajaan negeri di bawah Umno/BN, sebelum Pilihan Raya Umum ke-12 yang lalu.
“Itu lebih penting, apa pencapaian Pakatan Rakyat di Selangor, bagaimana rakyat boleh mendapat manfaat dari kerajaan negeri,” katanya.
Menurut beliau, dengan berbuat demikian, rakyat sekaligus dididik dengan politik yang lebih sihat, anti perkauman, anti kronisme serta anti-kezaliman yang selama ini disinonimkan dengan pemimpin tertentu dalam Umno/BN.

Pagar Makan Padi


Awang Selamat marah benar.  Kepada orang Melayu yang tidak mahu bersekongkol dengan Ibrahim Ali dan Mahathir Mohamad dalam mesyuarat agung pertama Perkasa pada Sabtu ini, Awang yang kerdil itu berkata, "Usahlah menjadi Melayu di tanah air ini, jika kita terlalu takut dan mengikut telunjuk pihak yang sedang pun menghakis kedudukan Melayu".  Kalaulah saya Sultan Selangor, tentu terguris hati saya dengan sindiran yang biadab dan bodoh ini.
Awang naik berang kerana menurutnya, Perkasa patut disanjung dan disokong kerana begitu lantang mempertahankan kedaulatan institusi Raja-Raja Melayu yang dikatakan sedang dihina.  Yang anehnya sejak bila pula institusi Raja-Raja Melayu kita dihina?  Saya belum terbaca atau mendengar mana-mana pihak yang mencabar institusi Raja.  Kalau pun Karpal Singh itu dikatakan mencabarnya, bukankah kes itu belum lagi selesai?
Itu pun kes perundangan.  Kenapa Awang, Ibrahim Ali dan Mahathir tak sabar-sabar hinggakan perlu memanggil 10,000 orang Melayu berhimpun?  Kalau setakat nak beri orang ramai makan percuma dalam dewan yang empok, 20,000 orang pun boleh dicari.  Tetapi Melayu sekarang tidaklah sebodoh yang difikirkan oleh Awang.  Lebih baik Awang bagi contoh-contoh siapa dan apa yang mencabar Raja-Raja kita?  Saya sangka orang akhbar ini bijak dan pintar, dan kenyataan pun biasanya berasas dan ada minat ke arah mencari kebenaran.  Itu sepatutnya menjadi kriteria utama wartawan cemerlang.
Awang juga mendakwa kepentingan Melayu diasak begitu hebat selepas pilihanraya umum 2008 dan hanya Perkasa yang mempertahankan hak orang Melayu.  Wah!  Bila UMNO dan Barisan Nasional hilang banyak kerusi, maka itu bererti menghina Melayu?  Ini rupanya punca kemarahan Awang danUtusan Malaysia.  Sebenarnya, itu bukan menghina Melayu, cuma rakyat membuat pilihan mengikut selera mereka.  Takkanlah kalah sikit, sudah nak marah.  Itu gila kuasa namanya.  Bagaimana nak ada demokrasi macam itu?  Awang perlu sedar banyak juga orang Melayu yang mengundi Pakatan Rakyat?  Bukan setakat pilihanraya umum 2008, malah dalam banyak pilihanraya kecil selepas itu pun orang Melayu memilih Pakatan Rakyat.  Malah lebih ramai yang mengundi Pakatan daripada UMNO.  Jadi Melayu mana yang Awang wakili?
Untuk pengetahuan Awang, biarlah dijelaskan di sini bahawa yang menghakis kedudukan Melayu ialah golongan Melayu atasan UMNO kerana merekalah yang memerintah.  Tak ada kumpulan lain pun yang mentadbir negara ini kecuali mereka, sejak merdeka dahulu.  Jika Awang kata kedudukan Melayu terhakis, maka kumpulan Melayu atasan inilah yang bertanggungjawab sepenuhnya.  Tapi Awang berani kutuk Pakatan saja.  Awang kecut perut dan takut nak berdepan dengan "political masters" dia.  Kalau benar anak jantan, tanyalah kepada orang seperti Mahathir Mohamad, Muhyiddin Yassin dan Najib Razak mengapa Melayu masih ketinggalan, mengapa tanah rezab Melayu makin berkurangan, mengapa jurang di antara Melayu kaya dan Melayu miskin bertambah besar?  Salah siapa?
Masalah Melayu dan bumiputra bukan kerana Melayu/bumiputra tidak ada hak atau keistimewaan Melayu dicabar.  Soal hak tak timbul.  Masalah sebenar ialah orang Melayu selama ini telah mengharapkan pagar tapi pagar itu pula yang telah makan padi.  Sampai hari ini pagar itu masih tak berhenti-henti makan padi milik orang Melayu.  Itulah punca kemunduran Melayu sabenar.  Takkan lah ini pun tak faham?!

*Tulisan ini dipetik dan disunting daripada blog Zaid Ibrahim, 

PRK Hulu Selangor Merakyatkan KPI Najib dan Kerajaan PR


Seminggu lagi maka genaplah setahun pemerintahan Mohd. Najib Abdul Razak selaku Perdana Menteri Malaysia keenam.  Sementara al-Fatihah dilafazkan kepada Zainal Abidin Ahmad, kita dipertemukan dengan pilihan raya kecil (PRK) ke-10 selepas "tsunami politik" pada 8 Mac 2008.
Tiada maknanya jikalau KPI (Indeks Prestasi Utama) sesebuah kerajaan dinilai oleh Menteri yang dilantik oleh PM sendiri.  Malah kita perlu mengakui bahawa KPI yang paling jitu untuk sesebuah kerajaan, sebenarnya dinilai melalui undi rakyat.  Maka PRK Hulu Selangor datang pada waktunya, membuka peluang kepada rakyat untuk menilai pentadbiran kerajaan Najib (gambar kanan), malah juga kerajaan Pakatan Rakyat Selangor. 
Ujian buat model "PR"
Majoriti tipis, iaitu 198 undi pada PRU ke-12, menyediakan gelanggang yang agak rata untuk kedua-dua BN dan PR.  Lebih-lebih lagi, dari nisbah kaum pengundinya, Hulu Selangor dengan jumlah pengundi 63,593 orang pada PRU ke-12, adalah "kawasan campuran", dengan Melayu 53.94%, Cina 26.67%, India 18.98% dan lain-lain 0.41%.
Sementara calon BN turun gelanggang berbekalkan sumber kerajaan persekutuan, calon PR pula disokong oleh kerajaan negeri.  Walaupun kerusi parlimen yang dipertandingkan, namun PRK ini semestinya memberi makna yang besar kepada kerajaan negeri Selangor, khususnya model "Pakatan Rakyat".
Sekali imbas, sembilan PRK yang lalu selepas PRU-12, membawa makna tersendiri.  PRK Permatang Pauh menguji sejauh manakah Anwar Ibrahim "relevan" dalam gelanggang politik tempatan; malah PRK pada 7 April 2009 pula mencerminkan reaksi rakyat terhadap rampasan dan cubaan rampasan kuasa di Perak dan Kedah.
Tidak keterlaluan seandainya dikatakan PRK yang berlangsung di Pulau Pinang, lebih dilihat sebagai ujian terhadap kerajaan DAP; begitu juga PRK Manek Urai lebih dilihat sebagai ujian kepada kerajaan PAS Kelantan.  Ini kerana kerajaan negeri tersebut didominasi oleh parti tertentu.
Situasinya berbeza di Selangor.  Selepas PRU ke-12, kerusi DUN yang dimenangi PKR (15), DAP (13) dan PAS (8) menuntut agar ketiga-tiga parti ini bekerjasama.  Ketidakterlibatan mana-mana parti akan menggagalkan pembentukan kerajaan negeri di Selangor.
Malah, PKR, DAP dan PAS sebenarnya lebih bersedia untuk mentadbir di Selangor, apabila membariskan tokoh-tokohnya untuk bertanding di kawasan DUN, malah nama Khalid Ibrahim telah dijulang sebagai Menteri Besar ketika kempen PRU.
Ujian buat Khalid Ibrahim
Dua tahun pentadbiran kerajaan PR Selangor dihujani pelbagai serangan.  Hampir kesemua EXCO kerajaannya terjerat dengan berita negatif.  Pegawai Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) menjadi "tetamu khas" yang paling kerap mengunjungi pejabat kerajaan negeri; malah silat politik ini melewati ruang peribadi, sehingga Elizabeth Wong menjadi mangsanya.
Selain serangan dari luar seperti isu pembinaan ladang khinzir, penangkapan Teresa Kok di bawah ISA, pemindahan kuil Hindu dan sebagainya, PR Selangor juga dilanda kemelut dalaman sepanjang dua tahun ini.  Isu penjualan minuman alkohol dicungkil oleh PAS sendiri, ADUN Pelabuhan Klang Badrul Hisham Abdullah keluar parti dan sebagainya, memberi tamparan kepada pimpinan Khalid Ibrahim (gambar kiri).
Walau bagaimanapun, bekas tokoh korporat ini sempat menarik nafas apabila menerima pujian Ketua Audit kerana kecekapan kerajaannya menguruskan ekonomi negeri.  Malah, dasar "merakyatkan ekonomi"-nya telah memperkenalkan konsep baru kepada anak watan Selangor yang selama ini ditadbir UMNO-BN, memperlihatkan bagaimana kekayaan negeri boleh diagihkan kepada rakyatnya.
Persoalannya, apakah dasar-dasar sedemikian berjaya menterjemahkan "sambutan positif" rakyat kepada "undi'?
Perebutan Undi
Sekiranya dilihat dari segi taburan undi, Allahyarham Zainal Abidin Ahmad memenangi kawasan parlimen ini dengan majoriti tipis, iaitu 198 undi pada PRU ke-12.  Namun, seandainya dilihat kepada tiga DUN di bawah Parlimen ini, PR sebenarnya tewas dengan jumlah majoriti 6,176 undi, iaitu Hulu Bernam (-3,549), Kuala Kubu Baharu (-448) dan Batang Kali (-2,179).
Ini bukannya sesuatu yang pelik, memandangkan pada tahun 2004, calon MIC-BN G. Palanivel menang dengan majoriti 14,483 undi.  Sebaliknya, kemenangan Zainal Abidin (gambar kanan) pada tahun 2008 membeliakkan mata semua orang pada ketika itu.
Berbalik kepada perhitungan undi, PRU ke-12 menyaksikan bagaimana pengundi berketurunan India beralih kepada PR, menjurus kepada tsunami politik.  Kebangkitan Hindraf dan penahanan tokoh Hindraf di bawah ISA telah menyemarakkan kemarahan komuniti tersebut kepada BN.
Namun demikian, tokoh Hindraf yang ditahan di bawah ISA telah pun dilepaskan, malah menubuhkan parti politik sendiri, seperti Parti Makkal Sakthi Malaysia dan Parti Hak Asasi Manusia (PAHAM).  Apa yang menarik, sesetengah tokoh Hindraf ini tidak menunjukkan sikap yang "mesra" terhadap PR, misalnya P. Uthayakumar yang beberapa kali menyelar PR secara terbuka.  Persoalan yang menyusul adalah, apa yang akan berlaku seandainya mana-mana pemimpin Hindraf bertanding dalam PRK Hulu Selangor?
Seandainya Hindraf masuk gelanggang...
Seandainya Hindraf mahupun PAHAM tegas untuk bertanding dalam PRK Hulu Selangor, menjurus kepada perang tiga penjuru antara BN, PR dan Hindraf, apakah PR akan kecundang berikutan pemecahan undi dalam komuniti India?
P.Uthayakumar (gambar kiri) ketika dihubungi MerdekaReviewmemaklumkan bahawa jawatankuasa PAHAM akan membuat keputusuan sama ada partinya, mahupun dirinya akan bertanding dalam PRK Hulu Selangor atau tidak pada Ahad yang akan datang.
Bagaimanapun, Pengarah Strategi PKR, Tian Chua melihat bahawa penyertaan Hindraf bakal menghakis undi MIC-BN, dan bukannya undi PR.  Logiknya, seandainya pengundi India memangkah mengikut warna kulit, maka mereka yang tidak berpuas hati terhadap calon MIC akan mengundi calon Hindraf.  Menurut Tian, jikalau PKR meletakkan calon India, maka undi tersebut akan mengalih kepada PKR.
Tian Chua menjelaskan kepada MerdekaReview, jika dilihat secara umumnya, undi India hanya memainkan peranan "penentu" apabila lebih daripada 70% komuniti tersebut mempunyai kecenderungan yang sama.  Seandainya undi dalam komuniti India berpecah belah, maka ia gagal memberi pengaruh yang besar.  Tian Chua bertanggapan bahawa Najib tidak bersedia untuk berkompromi dengan PAHAM, sebaliknya akan cuba untuk meleraikan situasi di mana undi India menjadi "King Maker".
Dalam keadaan undi India berpecah dua, maka 26.67% undi Cina memainkan peranan yang penting.  Menurut Tian Chua (gambar kanan), memandangkan calon MCA, Wong Koon Mun memenangi DUN Kuala Kubu Baharu pada PRU ke-12, beliau percaya masih ada ruang bagi PR untuk melonjakkan undi Cinanya di PRK Hulu Selangor.
Isu kempen: Pembangunan?
Apa yang tidak memihak kepada PR dalam PRK ini adalah, kawasan parlimen Hulu Selangor adalah kawasan luar bandar, yang mana saluran informasinya masih terhad kepada media tradisional seperti media cetak dan elektronik.
Namun sedemikian, apakah pula isu yang bakal memikat hati pengundi?
Sebagaimana yang diramalkan, "pembangunan" bakal dijadikan tawaran BN kepada pengundi, kerana ianya amat mujarab terutamanya untuk penduduk kawasan luar bandar.  Walau bagaimanapun, seorang penduduk tempatan mengingatkan bahawa kerajaan negeri adalah PR, dan PRK ini adalah perebutan kerusi parlimen.  Untuknya, isu pembangunan mungkin tidak memberi kesan seperti mana yang diinginkan.
Apapun yang berlaku, PRK yang bakal berlangsung dalam tempoh 60 hari ini semestinya menyaksikan pertarungan sengit antara BN dan PR.  Apakah keputusannya bakal melegakan PKR yang kini diserang bertalu-talu oleh mereka yang keluar parti; ataupun mengukir senyuman pada wajah Najib yang menteriakkan "1Malaysia"?

Syed Husin Ali saman Utusan, tuntut 10 juta

Oleh Mohd Ali Bakri
KUALA LUMPUR: "Saya hantar surat kepada Pengarang dan Pengarang Pengurus Utusan Melayu Bhd dan juga Zamil Ibrahim, saya menuntut mereka meminta maaf dan membayar ganti rugi RM10 juta," kata Timbalan Presiden PKR Dr Syed Husin Ali baru-baru ini.

Tambahnya, surat itu beliau kirimkan melalui perantaraan firma guaman Peguambela dan Peguamcara Edwin Lim Suren & Soh yang melibatkan laporan fitnah yang terkandung di dalam akhbar tersebut.

"Ini berkaitan dengan sebuah berita fitnah yang diterbitkan oleh Utusan Malaysia bertarikh 6 Mac di bawah tajuk 'RM500,000 Syed Husin dicabar lapor polis'.

"Dalam berita tersebut, ada pertuduhan kononnya saya menerima RM500,000 daripada Anwar Ibrahim sebagai bayaran untuk membubar Parti Rakyat Malaysia (PRM) bagi memudahkan percantuman dengan Parti Keadilan Nasional lalu membentuk Parti Keadilan Rakyat," katanya.

Justeru itu, kata beliau, pihaknya kini telah mengarahkan peguamnya untuk mengambil tindakan undang-undang yang perlu terhadap mereka.

"Tindakan undang-undang itu akan dibuat sekiranya tiada jawapan daripada mereka dalam tempoh tujuh hari daripada tarikh surat tuntutan itu," tambah beliau lagi.

Masih Tak Serik Lagi Akhbar Pencacai Ni.


Lihat berita yang dilaporkan oleh utusan Malaysia berkenaan demonstrasi di hadapan kedutaan Sweden petang tadi. Lihat bagaimana fakta diputar belitkan serta menafikan penglibatan utama Ketua pemuda PAS yang mengetuai perhimpunan bantahan itu bersama NGO yang lain.


Macam biasa UTUSAN MELOYA akan terus memutar belitkan sebarang cerita yang berpotensi untuk memberi pandangan baik kepada Pembangkang. Kali ni Utusan putar belit cerita kononnya Persatuan Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) yang mengetuai Demonstrasi Bantahan di depan Kedutaan Sweden. Bukankah GPMS sekadar badan NGO yang menyertai perhimpunan bantahan anjuran PAS?
 
Mengapa Utusan kata GPMS yang mengetuai bantahan ini? Lihatlah akhbar penipu ini, beginilah mereka menanamkan propaganda kepada orang-orang kampung yang hanya bergantung kepada media arus perdana. Berapa ramai Rakyat Malaysia ditipu setiap hari dengan berita-berita politik yang berat sebelah?

Tidak hairanlah sebilangan besar rakyat sentiasa berfikir pembangkanglah yang jahat, pembangkanglah yang anti-Islam, pembangkanglah yang tak pandai memerintah, semua yang baik-baik kerajaan yang dapat nama. semua yang buruk-buruk dituduh kepada pembangkang.

Bagi anda yang tidak tahu, GPMS adalah sebuah badan NGO yang pro kerajaan Barisan Nasional, maka di sini jelas sekali Utusan memberikan kredit kepada GPMS sebagai ketua demonstrasi sedangkan perhimpunan ini dianjurkan oleh Pemuda PAS. GPMS dapat dilihat sebagai pro kerajaan terutama di dalam isu Pulau Pinang sila rujuk di sini Juara Rakyat hantar kuman wakili debat isu Pulau Pinang


Sekarang anda nilailah sendiri siapa yang mengetuai Demonstrasi bantahan ini melalui video di bawah. Kita tak nafikan penglibatan GPMS, tetapi mereka sekadar menyertai perhimpunan bantahan anjuran PAS. Sejak bila GPMS jadi ketua?

Nak tengok video, sila klik MilosuaM.

Gandakan usaha dan promosi BOIKOT utusan meloya seluruh negara...!!!! Biar bankrup dan tutup kilang percetakan diorang. Satu-satunya akhbar paling celaka dalam Malaysia. Kalau kat negara barat... kilang/pejabat akhbar yang penipu macam ni... dah lama kena C4.

by Isa

Isu royalti: Ahli Umno tidak restu Ku Li dihukum


Oleh G. Manimaran
KUALA LUMPUR, 26 Mac — Rata-rata ahli-ahli Umno tidak memihak idea Tengku Razaleigh Hamzah dikenakan tindakan disiplin ekoran pendirian tegas beliau dalam isu tuntutan royalti minyak oleh kerajaan Kelantan.
Sebaliknya mereka berharap Ketua Umno Gua Musang itu kembali berpegang kepada perjuangan parti dengan tidak bertindak menjejaskan imej Umno.
“Kami ada memperoleh pandangan daripada ahli-ahli Umno, saya boleh mengatakan sebahagian besar tidak memberi pandangan supaya tindakan tegas dikenakan ke atas Tengku Razaleigh.
“Mereka berpendapat bahawa mereka berharap Tengku Razaleigh akan kembali kepada semangat parti (Umno),” kata Setiausaha Kerja Umno Datuk Abdul Rauf Yusoh ketika ditemui The Malaysian Insider di pejabatnya hari ini.
Maklumat yang diperoleh menerusi kajian di kalangan ahli-ahli Umno yang menghadiri kursus dan bengkel Umno itu masih diproses.
“Kami belum muktamadkan (apa-apa keputusan),” kata Rauf sambil menambah, “sebenarnya isu disiplin kami tidak bincangkan, yang bincangkan ialah akhbar-akhbar.”
Ketika ditanya sama ada tiada langsung pandangan agar dikenakan tindakan disiplin, Rauf berkata memang ada sebahagian kecil pandangan ke arah tetapi majoriti berpendapat bahawa Tengku Razaleigh akan terus menyokong parti dan tidak perlu dikenakan tindakan disiplin.
Majlis Tertinggi (MT) Umno dalam mesyuaratnya bulan lalu memutuskan untuk menyerahkan kepada ahli-ahli Umno untuk memberikan pandangan mengenai tindakan Tengku Razaleigh, pengasas dan bekas pengerusi Petronas, dalam isu royalti yang dikatakan memihak kepada pendirian Kelantan.
Perkara itu diumumkan oleh Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak selepas mempengerusikan mesyuarat tempoh hari.
MT Umno mengadakan mesyuarat susulannya malam ini.
Ekoran tindakannya berucap pada satu ceramah perdana di Kota Baru akhir Januari lalu, di mana beliau menyokong tuntutan Kelantan dengan memberitahu negeri itu layak menerima wang royalti lima peratus, segelintir pemimpin dan ahli Umno menggesa agar Tengku Razaleigh dikenakan tindakan disiplin dan diminta mengosongkan kerusi Parlimennya.
Tengku Razaleigh meneruskan pendiriannya dalam isu berkenaan.
Bagaimana pada 21 Mac lalu, Umno Bahagian Pasir Puteh, Kelantan telah menghantar surat bantahan kepada Tengku Razaleigh, yang juga Ahli Parlimen Gua Musang, kerana kecewa dengan pendirian pemimpin veteran Umno itu berhubung isu royalti minyak.
Ketua Umno Bahagian Pasir Puteh Zawawi Othman berkata pihaknya kecewa dengan tindakan Tengku Razaleigh yang menyatakan pendiriannya bertentangan dengan kerajaan pusat kerana hakikatnya Kelantan tidak layak menerima bayaran royalti minyak lima peratus itu. Katanya, satu surat bantahan berkaitan kehadiran Tengku Razaleigh pada majlis ceramah khas pada 28 Jan lepas telah dihantar kepada Tengku Razaleigh.
Tengku Razaleigh telah berkali-kali menekankan bahawa beliau akan kekal dalam Umno selagi diperlukan dan tiada hasrat untuk mengambil tindakan keluar parti.
Minggu lalu beliau muncul pada pentas dialog mengenai isu royalti minyak yang diadakan di Kuala Terengganu.

Hishamuddin: BN akan letak calon mesra rakyat di Hulu Selangor


PUTRAJAYA, 26 Mac — Calon yang mempunyai hubungan baik dengan masyarakat tempatan akan memastikan Barisan Nasional menang pada pilihan raya kecil kerusi Parlimen Hulu Selangor, kata Naib Presiden Umno Datuk Seri Hishammuddin Hussein.

“Calon BN akan diumumkan oleh pucuk pimpinan dan berdasarkan pengalaman kita sebelum ini, calon itu perlu mempunyai hubungan baik dengan orang ramai dan masyarakat tempatan,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof hari ini mengumumkan SPR akan bermesyuarat Jumaat depan untuk menetapkan tarikh penamaan calon dan pengundian bagi pilihan raya kecil di situ berikutan kematian penyandangnya Datuk Dr Zainal Abidin Ahmad dari Parti Keadilan Rakyat malam tadi akibat barah otak.
Pada pilihan raya umum lalu, Zainal Abidin menewaskan penyandang kerusi itu ketika itu, Datuk G.Palanivel daripada BN dengan majoriti 198 undi.
Presiden MIC Datuk Seri Samy Vellu hari ini berkata bahawa MIC akan mencadangkan kepada BN supaya Palanivel, yang juga Timbalan Presiden MIC, dicalonkan semula bertanding di situ.
Hishammuddin berkata kemenangan BN turut bergantung kepada kempen yang akan dilakukan oleh parti-parti komponennya yang perlu bergerak sama untuk membantu Umno Selangor menghadapi pilihan raya kecil itu. — Bernama

BN ada cukup ‘senjata’ hadapi Pakatan di Hulu Selangor..ha..ha...!!!


PUTRAJAYA, 26 Mac — Barisan Nasional (BN) mempunyai banyak “bahan” untuk berdepan Pakatan Rakyat (PR) dalam pilihan raya kecil Parlimen Hulu Selangor, yang kosong ekoran kematian penyandangnya Datuk Dr Zainal Abidin Ahmad daripada PKR semalam.

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata “bahan” itu akan digunakan bagi menyedarkan pengundi di kawasan berkenaan tentang siapa sebenarnya pakatan PKR-DAP-PAS.
“Waktu kempen, macam-macam boleh berlaku tetapi kita mempunyai banyak bahan sekarang yang boleh kita gunakan dalam pilihan raya kecil itu nanti,” katanya kepada pemberita selepas melawat Makmal Kualiti Guru Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) di Kementerian Pelajaran di sini hari ini.
Pada pilihan raya umum lepas, Zainal yang juga bekas Timbalan Menteri Besar Selangor menewaskan calon BN, Datuk  G. Palanivel dengan majority tipis 198 undi.
Allahyarham yang menyertai PKR pada 2005, memperoleh 23,177 undi manakala Palanivel yang juga Timbalan Presiden MIC, mendapat 22,979 undi.
Mengulas lanjut, Muhyiddin yang juga Timbalan Pengerusi BN, berkata dalam situasi sekarang, banyak pihak yang tidak berpuas hati dengan kerajaan negeri Selangor yang ditadbir PR.
Beliau berpendapat jika pilihan raya umum 2008 dianggap tsunami politik, keadaan kini berbeza kerana rakyat sudah mulai sedar bagaimana PKR-DAP-PAS mentadbir Selangor.
“Sudah terdengar banyak suara yang tidak puas hati dan sentimen sebegini saya kira menyeluruh dan atas dasar itu, kemungkinan mereka sudah insaf dan tahu bahawa yang lebih mampu dan berupaya ialah BN.
“Atas pertimbangan itu, saya mengharapkan keadaan yang lebih baik daripada segi sentimen politik di situ kepada BN.
“Apa pun kita tidak boleh rasa selesa atau terlalu yakin kerana kita faham situasi politik boleh berubah,” kata beliau dipetik Bernama.
Mengenai calon, Muhyiddin berkata calon yang dipilih itu ialah individu yang paling disukai, terbaik, boleh menjalankan amanah sebagai wakil rakyat BN serta dapat menyelesaikan masalah rakyat dan sebagainya.
“Kita akan bincangkan, pasti kita letak calon yang terbaik untuk menjadi wakil rakyat di situ. Setakat ini, calon yang akan mewakili BN pada pilihan raya kecil itu ialah daripada MIC.
“Apa pun keputusan muktamad nanti akan dibuat oleh Pengerusi parti (BN) dan beliau biasanya berbincang dengan Presiden komponen parti seperti MIC dan sebagainya dan kita akan umumkan pada masa yang sesuai,” katanya.
Ditanya sama ada Umno akan bertanding semula kerusi parlimen itu, Muhyiddin berkata: “Walaupun ada pandangan sebegitu (supaya BN diwakili oleh Umno) tetapi biasanya pimpinan parti (yang membuat keputusan) dan bukan di peringkat saya yang akan menimbangkan situasi dan keadaan.”
Muhyiddin berkata, BN sudah bersedia dan telah membuat persiapan bagi menghadapi pilihan raya kecil itu dan menunggu pengumuman Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
SPR akan mengadakan mesyuarat Jumaat depan untuk menetapkan tarikh penamaan calon dan pengundian bagi pilihan raya kecil Parlimen Hulu Selangor.
Muhyiddin turut mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham Dr Zainal Abidin.

Malay corporate leaders to skip Perkasa AGM..sssh..he..he...!!!



By Adib Zalkapli
KUALA LUMPUR, March 26 — A number of Malay heads of government-linked companies (GLCs) and other corporate leaders from the community have declined invitations to attend right wing group Perkasa’s first annual general meeting tomorrow, in another significant rebuff following the Selangor Sultan’s decision not to attend the assembly.
But a senior Perkasa official downplayed the decision of GLC heads to skip the Perkasa AGM, pointing out that their diaries are full.
“Some of the GLC CEOs, their diaries are filled up months in advance, so we understand their difficulties,” Perkasa secretary-general Syed Hassan Syed Ali told The Malaysian Insider.
“But we are confident that they still believe in our struggle. Just because they are successful it does not mean they have abandoned the Malay cause,” he added.
Last week, the Selangor ruler decided not to attend the first AGM of Perkasa in what was a major snub for the right-wing Malay group.
It is understood that Perkasa had sent out invitations to their inaugural assembly beyond the typical right wing crowd.
This was part of efforts to reach out and broaden its appeal.
The heads of GLCs, retired politicians, Islamic clerics and former armed forces officers are among those invited to witness the birth of the organisation that was formed to defend the constitutional position of the Malays and the social contract.
Syed Hassan said what was important for Perkasa was that it was accepted by the Malay masses and the crowd size tomorrow would prove its relevance.
Perkasa expects about 10,000 Malays to turn up for the AGM to be launched by former Prime Minister Tun Dr Mahathir Mohamad, who has become a champion of Perkasa’s cause in recent months.
“We are not trying to ride on anyone’s popularity. This is for all Malays. I think to be associated with Perkasa is good for a politician’s record,’’ said Syed Hassan.
Since its inception after Election 2008, Perkasa has attracted many active politicians including Pahang Mentri Besar Datuk Seri Adnan Yaakub and Umno supreme council member Dr Puad Zarkashi to attend its events.
Syed Hassan said motions on religion, economy, education and security will be tabled and debated on by delegates.
The assembly is also expected to endorse the position of the members of the Perkasa pro-tem committee.
Perkasa was formed by independent Pasir Mas MP Datuk Ibrahim Ali soon after Election 2008 and has turned into a strong pressure group representing those seeking to defend the constitutional position of the Malays and the social contract.
It has been at the forefront in lobbying the government to retain the affirmative action policy favouring the Malays and in the New Economic Model (NEM) scheduled to be announced at the end of this month.

'Tolak pemimpin bermukah'..ha..ha...depa mai dah...he..he...!!


Sekumpulan wanita yang menggelarkan diri mereka 'No Adulterous President' (NAP) hari ini mengadakan serangan aneh terhadap “pemimpin bermukah”, dipercayai ditujukan kepada bekas timbalan MCA, Datuk Chua Soi Lek.

Kumpulan tersebut berkumpul di sebuah restoran di ibu negara dengan memakai topi daripada kad manila, berpakaian hitam dan penutup mulut dengan kertas bertulis: "No adulterous leader' (tidak kepada pemimpin bermukah).

Mereka juga memegang poster bertulis: “If we get an adulterous leader, we lose dignity' (sekiranya mendapat pemimpin bermukah, kita kehilangan maruah) dan "We want clean leaders" (kami mahu pemimpin yang bersih).

Tanpa menyebutkan nama secara langsung, jurucakap NAP Rachel Tan berkata: "Pemimpin tanpa watak moral dan tewas pada godaan nafsu amat dibimbangi dan dipersoalkan".

"Kami mahu pemimpin yang mempunyai reputasi yang bersih, moral yang baik dan personaliti yang menjadi teladan, sebagai tambahan terhadap ciri-ciri pemimpin yang baik," katanya.

Menjelaskan sebab mereka menutup mulut, kumpulan tersebut mengaku mewakili isteri kepada pasangan yang bermukah, yang menderita dalam diam. 

Topi hijau adalah simbol penzinaan, sementara pakaian hitam sebagai lambang penderitaan, tambah mereka.

'Krisis' istana tidak jejas pentadbiran K'tan

'Krisis' yang melanda Istana Kelantan sekarang tidak memberi kesan secara langsung kepada pentadbiran kerajaan negeri, kata exco Datuk Takiyuddin Hassan.

Katanya, walaupun Sultan Kelantan dan Pemangku Raja berhak ke atas lantikan pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Negeri Kelantan (SPNK), kerajaan negeri tidak terlibat secara langsung dengan istana.

"Kita (kerajaan negeri) tidak terlibat secara langsung dengan istana," katanya ketika dihubungi Malaysiakini hari ini.

Ditanya lanjut, beliau berkata isu perlantikan raja-raja di negeri itu juga tidak membabitkan perkhidmatan kerajaan.

"Secara langsung tidak ada kesan kepada perkhidmatan kerajaan. Sesiapa pun jadi raja, kerajaan tetap berfungsi. Dari segi pentadbiran tidak ada masalah kerana bawah SPNK tidak ada kena mengena dengan raja atau pemangku raja," katanya lagi.

Semalam, kemelut istana Kelantan dilaporkan terus meruncing apabila Sultan Kelantan didakwa telah melucutkan jawatan Tengku Mahkota, Tengku Muhammad Faris Petra sebagai Pemangku Raja berkuat kuasa serta-merta.

Diminta menjelas bidang kuasa SPNK, Takiyuddin berkata, pengerusi SPNK - kini disandang oleh Datuk Ismail Mohd Noor - berkuasa penuh ke atas pelantikan pegawai-pegawai tinggi kerajaan negeri itu.

"(Fungsi) suruhanjaya ini serupa seperti Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA). Ia berperanan melantik pegawai di peringkat tertinggi hinggalah ke peringkat paling rendah dalam pentadbiran kerajaan," ujarnya lagi.

Tambahnya, tempoh pelantikan pengerusi suruhanjaya berkenaan juga tidak ditetapkan.

"Ada yang tempoh satu tahun, ada yang dua tahun. Mana-mana raja yang buat pelantikan itu, bila tiba masa, dia boleh buat. It bergantung, tidak semestinya setahun," katanya lagi.