Selasa, 23 Mac 2010

Majlis Syura PAS akan tentukan siapa Mursyidul Am malam ini


KUALA LUMPUR, 23 Mac: Majlis Syura Ulamak PAS bermesyuarat buat pertama kalinya malam ini untuk sessi baru bagi melantik barisan kepimpinan tertinggi badan yang paling berkuasa dalam PAS itu.

Mesyuarat malam ini yang dipengerusikan oleh Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, pemimpin paling kanan di kalangan anggota yang ada. Mereka akan menentukan siapakah pengerusi Majlis Syura Ulama iaitu Mursyidul Am dan timbalannya serta empat lagi anggota majlis itu.

Mursyidul Am PAS dan timbalannya kini disandang masing-masing oleh Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Datuk Dr Haron Din.

Mesyuarat malam ini juga buat pertama kalinya akan mengikut format baru Majlis Syura berdasar pindaan terbaru kepada Perlembagaan PAS.

Melalui pindaan ini, anggota majlis ini adalah empat dipilih oleh Jawatankuasa PAS Pusat, empat dari Dewan Ulamak PAS Pusat dan dua dari setiap dewan iaitu Dewan Pemuda dan Dewan Muslimat. Mereka pula akan memilih empat lagi anggota tambahan.

Sebelum ini, Majlis Syura hanya terdiri dari 12 anggota iaitu empat dilantik oleh Jawatankuasa PAS Pusat dan empat oleh Dewan Ulamak PAS. Kelapan-lapan mereka pula akan melantik empat lagi anggota serta Mursyidul Am dan Timbalan Mursyidul Am.

Mesyuarat Jawatankuasa PAS Pusat sebelum ini telah memilih Abdul Hadi bersama dengan timbalan presiden Nasharudin Mat Isa, naib presiden Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man serta AJK Datuk Abdul Halim Abdul Rahman sebagai wakil mereka ke Majlis Syura.

Dewan Ulamak pula telah memilih ketuanya Datuk Harun Taib, timbalan Datuk Ahmad Yaakub, naib Datuk Dr Mahfodz Mohamad dan AJKnya Ustaz Nik Zawawi Salleh sebagai anggota Majlis Syura.

Wakil Dewan Pemuda PAS pula adalah ketuanya, Nasharudin Hassan dan AJKnya Ustaz Zaharudin Mohamad.

Namun begitu, Dewan Muslimat tidak membuat keputusan di kalangan mereka tetapi menyenaraikan lima nama untuk dipilih dua di kalangan mereka oleh mesyuarat Majlis Syura yang pertama malam ini.

Retakan SPDP bakal mengundang malapetaka BN Sarawak?


Kemelut dalaman Parti Demokratik Progresif Sarawak (SPDP), yang tercetus kerana percaturan politik "dalang di sebaliknya", bakal mengundang malapetaka yang akhirnya memberi ruang kepada pembangkang untuk menggulingkan kerajaan negeri Barisan Nasional di Sarawak?
Langkah pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak semakin hampir.  Menurut pandangan sama ada pemerintah mahupun pembangkang di Sarawak, seandainya krisis yang melanda SPDP, parti komponen BN ketiga terbesar di Sarawak gagal dikawal, malah merebak ke Partai Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), maka Pakatan Rakyat berkemungkinan untuk melakukan kejutan di bumi kenyalang ini.
Parti komponen dominan BN Sarawak, PBB kini dibelenggu dengan pelbagai faktor yang "tidak menentu".  Usia beberapa pemimpin tertinggi sudah lanjut, termasuk Ketua Menteri Sarawak Abdul Taib bin Mahmud (74 tahun), tetapi belum pula diberi kata putus siapakah penggantinya selepas ini.
Khabar tersebar bahawa Taib Mahmud berhasrat untuk menaikkan anaknya, Sulaiman Abdul Rahman agar mewarisi tempatnya supaya lagenda penguasaan politik Sarawak oleh kerabat Melanau bersinambungan.  Seandainya khabar ini benar, ia bakal mencungkil ketidakpuasan dalam parti, malah sentimen ini mungkin mengombak sehingga mengkaramkan dinasti BN di Sarawak.
Gabungan SPDP dengan PRS
Krisis SPDP tercetus apabila Naib Presidennya, Peter Nansian (gambar kiri) menggerakkan usaha penggabungan SPDP dengan Parti Rakyat Sarawak (PRS), yang diketepikan sekian lama.  Puak Peter Nansian tidak berpuas hati dengan presidennya selepas pemilihan parti pada akhir tahun 2009.  Dalam keadaan tersepit, lapan orang pimpinan utama SPDP, termasuk penyandang jawatan ahli parlimen mahupun ADUN, menyertai PRS.
Kejadian sebesar ini tidak mungkin berlaku tanpa "agenda" tersembunyi di sebaliknya.  Demikianlah tekaan yang bermain dalam otak mereka yang fasih dengan politik tempatan Sarawak.  Seandainya SPDP mengamalkan budaya politik "membodek" dan terus berperanan sebagai pak turut, maka ia mungkin kekal tenteram di gelanggang politik Sarawak.  Namun, beberapa langkah SPDP baru-baru ini telah memperlihatkan "cita-cita politik"-nya, yang melewati kesabaran PBB.
Agenda tersembunyi: pecah-belahkan Dayak
Antara lapan orang yang menyeberang ke PRS, Peter Nansian adalah seorang ahli politik veteran.  Sebagai seorang "Menteri Muda" di Sarawak, mustahil Peter Nansian tidak mengetahui apa akibat daripada tindakannya yang belum dipersetujui kebanyakan anggota parti.
Malah, Presiden PRS, James Masing (gambar kanan) sebenarnya tidak perlu memikul risiko untuk berbalah dengan SPDP, lantaran tindakannya menyambut baik Peter Nansian.  Jawapannya amat jelas, segala-gala ini adalah percaturan politik "tokoh" di sebalik tabir.  Persoalan siapakah "tokoh" ini, bukan lagi sesuatu yang rahsia.
Percaturan politik sedemikian bukan sesuatu yang baru di bumi kenyalang.  Parti komponen BN Sarawak seketika dahulu, Sarawak National Party (SNAP) dan Parti Bangsa Dayak Sarawak (PBDS) juga dilumpuhkan dengan strategi yang sama.  Bermula dari retakan dalaman, dan berakhir dengan pergantungan pendaftarannya.  Terdapat persamaan antara kedua-dua parti ini dengan SPDP, iaitu sumber dan kekuatannya berasal dari kaum Dayak.
Sejarah retakan komuniti Dayak
Pada hakikatnya, seandainya diimbas sejarah politik Sarawak, SNAP, PBDS dan SPDP sebenarnya "triniti", kerana kedua-dua PBDS dan SPDP berasal dari SNAP.  PBDS ditubuhkan hasil retakan daripada SNAP, malah bertarung antara satu sama lain setelah diangguk oleh Ketua Menteri Sarawak, Taib Mahmud dalam pilihan raya negeri pada tahun 1983.
Keputusan pilihan raya tersebut memperlihatkan kekuatan yang setanding antara SNAP dengan PBDS, iaitu 50% masing-masing.  Lantaran daripada itu, kedua-duanya hilang kedudukan sebagai parti komponen BN kedua terbesar, digantikan oleh Sarawak United People's Party (SUPP).
PBDS tidak berpuas hati dengan senario selepas pilihan raya tahun 1983.  Ia dilanjutkan kepada krisis Ming Courtpada tahun 1987, yang kemudiannnya menjurus kepada pilihan raya kilat.  PBDS bekerjasama dengan Persatuan Rakyat Malaysia Sarawak (PERMAS) untuk mencabar BN, namun tewas dengan majoriti lima kerusi.
Kesudahan ini menyemai benih kegagalan dalam parti-parti ini.  Selepas pilihan raya negeri Sarawak pada tahun 1991, PBDS sudah tidak terdaya untuk melakukan sesuatu, malah kehilangan lebih kerusi dan terpaksa kembali ke pangkuan BN tanpa syarat.  SNAP pula berjaya mengembalikan sebahagian kerusinya, dan berpuas hati dengan kedudukan keempatnya dalam BN Sarawak.
Untuk jangka 10 tahun, politik Sarawak tenang tanpa gelora.  Walaupun DAP pernah memenangi dua kerusi DUN pada pilihan raya negeri tahun 1996, tetapi ia tidak memberi apa-apa kesan.
Dayak menguasai 50%
Menjelang tahun 2000, agenda penggabungan antara SNAP dan PBDS diuar-uarkan semula.  Ia menjurus kepada kemusnahan kedua-dua parti ini.  Penguasaan 50% DUN oleh orang Dayak telah menjadi duri dalam daging untuk kaum lain (tidak termasuk Cina), terutamanya kaum minoriti yang memegang tampuk pimpinan, iaitu Melanau.
Pada tahun 1983, tangan di sebalik tabir politik Sarawak menggunakan pelbagai strategi untuk menyekat kuasa SUPP daripada mengembang, agar Melanau terus menguasai politik Sarawak.  Oleh itu, tindakan PBDS dan SNAP untuk membangkitkan semula isu penggabungan dilihat sebagai provokasi.
Setelah agenda penggabung terdedah, SNAP mula terjerat dengan pelbagai masalah, sehingga pendaftaran partinya dilucutkan oleh Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia pada November 2002.
Sama ada SPDP, SNAP mahupun PBDS, kesemuanya mengalami kemerosotan selepas itu.  Perbalahan puak-puak dalaman parti, kehilangan sokongan dalam pilihan raya dan sebagainya, telah menjurus kepada kemalapan parti-parti tersebut.
SPDP bakal meretak
Pada tahun 2008, isu penggabungan antara SPDP dengan PRS diungkit semula.  Apa yang menyusul kemudiannya adalah pertarungan dalam pemilihan parti SPDP.  Cubaan demi cubaan dilakukan untuk menggulingkan pimpinan dalam SPDP, bagaimanapun, berakhir dengan kegagalan.
Sesungguhnya pimpinan SPDP berjaya mematahkan serangan ini, tetapi terpaksa mengakur apabila lapan orang pemimpin yang diketuai Peter Nansian, menyeberang ke PRS.
Dalam perkiraan Presiden PRS James Masing, parti komponen yang lain sebenarnya tidak boleh berkembang di bawah dominasi PBB.  Daripada 71 DUN Sarawak yang dipertandingkan, PBB diperuntukkan 35, sementara SUPP 19, SPDP 9 dan PRS 8.  "Penyeberangan" lapan orang ini telah memperluaskan empayar PRS, seperti yang dicita-citakan James Masing.
Untuk James Masing, sekiranya segala-galanya berjalan dengan lancar, maka hasratnya tercapai; jikalau sebaliknya, BN Sarawak bakal meleraikan perbalahan ini.
Daripada peruntukan kerusi DUN, PBB hanya kekurangan satu kerusi untuk membentuk kerajaan negeri di Sarawak.  PBB boleh memilih untuk tidak mengendahkan parti komponen yang lain.  Namun, pengembangan pengaruh pembangkang di Sarawak kini membimbangkan PBB, terutamanya di kawasan Iban.
Oleh yang demikian, kemelut politik dalam BN ini telah mencelarukan langkah BN untuk masuk ke gelanggang pilihan raya negeri.  Seandainya keadaan tidak terkawal, tidak mustahil kemelut ini akan menjadi ribut politik di bumi kenyalang.

*Jiang Hao Ran ialah penganalisa politik di Sarawak.

Five KRAs and 1MCA


KUALA LUMPUR –  A rebranded MCA will reach out to the needy, forge partnerships with community groups, reject the diseases of corruption, money politics and abuse of power; provide direct presidential elections and, above all, woo talented young people to help it get the votes.

This in essence is the manifesto of party president Ong Tee Keat who is seeking to extend his term right up to the next MCA triennial assembly next year.

Tee Keat , however, will have to first cross the hurdles posed by his challengers for the Number 1 post; former deputy president Dr Chua Soi Lek and immediate past president Ong Ka Ting.

The extraordinary elections on March 28, a result of 22 central committee members quitting their seats, will provide for the winner to serve for just a year before the 2011 general assembly.

ong-1mcaTee Keat was elected president in October 2008, after Ka Ting resigned in the aftermath of the MCA's worst electoral showing in the March general elections of the same year.

In his bid to retain his pivotal position in the party,  Tee Keat has come out with five key result areas for the MCA transformation plan.

The five KRAs

- Assisting the needy through a planned 1Malaysia Community Alliance (1MCA) Foundation

The plan is a leaf from the 1Malaysia concept being promoted by the Barisan Nasional, under Prime Minister Najib Abdul Razak, meant to directly reach out to the poor and needy.

Tee Keat said this could be achieved in the form of providing aid in education and training, housing and shelter, entrepreneurship, jobs and healthcare.

The idea is to transform them into progressive, self-reliant and gainfully employed Malaysians who are able to, in turn, give back to society.

-  Engaging and championing the interest of community stakeholders via a proposed 1MCA NGO Consultative Council

Tee Keat admits that while the MCA does not have all the answers, it realises that if its members are sincere enough to reach out to those outside the 'comfort zone',  the solutions to the many issues and problems that plague Malaysians are 'out there.'

"We need to expand our ad-hoc engagement with traditional guilds and associations by forging genuine partnerships with community stakeholders that have a pulse on real challenges and issues under the 1MCA NGO Consultative Council.

"We will focus on the hopes and concerns of all the people, regardless of race, religion or partisan politics.

"Together with our dialogue partners, we will set forth to find the solutions to issues on the economy, social harmony, education, mainstream politics as well as culture and arts," he said.

-  Integrity, transparency and good governance
The party president said this third KRA is to ensure that MCA members observe the principles of integrity, transparency and good governance in the management of party assets, funds and activities

"We need to reject the diseases of corruption, money politics and abuse of power, which, like cancerous cells, will weaken and ultimately destroy us.

"The limited funds that we have must be prudently spent for the benefit of people who most need it. We need to stop the leaks, however small a trickle they may be," said Tee Keat, who is Transport Minister.

He added that the party will announce a series of initiatives, including the formation of independent team of observers, key performances indices and making such KPIs public.

"Fueled by my experience at the ministry, particularly in handling the Port Klang Free Zone (PKFZ) debacle, whilstle-blowing initiatives will be explored for the party at all levels," he said.

- Direct presidential elections

Tee Keat said the MCA, with its Constitution and institutions, belong to the members and the community the party serves.

"The central committees, councils, leaders and the president derive authority from the delegates, members and the community.

"Our elected leaders’ duties are to administer the party as it came into our hands and to transmit them unimpaired to our successors.

"To further democratise our party, it is also our initiative to institute direct presidential elections by the end of the year," he said, adding that this would ensure a wider electoral base.

-  Preparing  for the 13th general elections and membership drive


Tee Keat describes this as the 'ultimate KRA' because it is the people who will be judging the party and giving it their votes.

"It is my hope that we not only engage them but also empower them with the determining voice of change and to be an active participant in that process," he said, adding that the party should not lose sight of young Malaysians.

"The young are the beacon of our Party and nation, and we hope to attract the best and brightest from among them into the MCA.

"Empowerment with knowledge and skills will invigorate our party with more competitive Malaysians and become a beacon of hope for our nation." — Malaysian Mirror

Kaitan Apco dengan Zionis: Anwar sedia kemuka bukti


Anwar Ibrahim gestures as he speaks at a news conference in Kuala Lumpur, Malaysia, Tuesday, March 11, 2008. Accused of sodomy and convicted of corruption, Malaysia's charismatic Anwar Ibrahim was stuck in political limbo for nearly a decade. But he appears to have resurrected his career this week with a spectacular electoral defeat of the party he once was anointed to lead. (AP Photo/GT Howe)   Oleh Faizal EZZANY
Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim bertegas akan mempertahankan dakwaannya bersabit konsep 1Malaysia dengan gerakan  ‘Satu Israel’ yang pernah diguna oleh rejim Zionis serta hubung kait dua slogan itu dengan syarikat perunding Yahudi Apco Worldwide  yang di upah oleh Perdana Menteri Najib Razak.
Anwar bertekad untuk memberi penjelasan kepada Speaker Parlimen secepat mungkin dengan syarat Najib mendedahkan butiran penuh  tindakan beliau mengupah Apco.
“Saya akan memberikan penjelasan dan penjelasan saya akan berdasarkan respon Perdana Menteri pada 18 Mac,” kata Anwar dengan  merujuk kepada jawapan bertulis Najib yang mengakui bahawa Apco Worldwide dilantik untuk menyediakan perkhidmatan komunikasi  menyeluruh.
Anwar diminta oleh Dewan Rakyat untuk menjelaskan kenyataan bahawa ‘1Malaysia’ adalah salinan pendua kepada konsep ‘Satu Israel’ Syarikat perunding milik Yahudi itu menafikan ia terbabit dalam program ‘Satu Israel’, menyebabkan ahli parlimen BN bingkas bangun  mendesak Speaker untuk merujuk Anwar ke Jawatankuasa Parlimen untuk siasatan.
Namun Anwar tidak gusar dengan segala tekanan itu.  “Saya akan beri penjelasan, kerana Apco sememangnya berada di Israel 
pada masa itu. Mereka dibayar untuk menafikan perkara ini,  tetapi saya akan tunjukkan fakta,” tegas beliau.
“Saya juga mahu menuntut penjelasan siapa itu Apco, berapa kerajaan bayar kepada mereka dan apa peranan Apco dalam komunikasi  dan apakah nasihat mereka kepada pelbagai kementerian, terutamanya kementerian-kementerian strategik,” tambah Anwar.
“Saya perlukan jawapan tersebut kerana ia mempunyai hubungan dengan jawapan yang saya akan berikan nanti. Saya tidak perlu  menunggu seminggu untuk jelaskan tentang Apco dan ia akan dilakukan segera.
“Saya menyatakan hal tersebut berunsurkan asas dan bukti, disebabkan mereka gagal menjawab soalan, maka bagi menutup hal  tersebut, tindakan dikenakan kepada saya.
“Selama 12 tahun saya diserang dan dituduh sebagai agen asing tapi saya boleh jawab setiap tomahan mereka. Umno serang saya  dengan tanpa bukti tetapi kita serang mereka dengan bukti yang kukuh tentang siapa Apco yang sebenarnya,”jelasnya.

Umno-BN lupa slogan ‘Bersekutu Bertambah Mutu’ sudah lama wujud


Tidak keterlaluan dikatakan, setiap warga mengimpikan kehidupan yang aman, makmur dan bersatu. Dalam kes Malaysia, hakikat ini sudahpun dijelmakan pada jata kebangsaan  yang  dililit slogan – Bersekutu Bertambah Mutu. Lantas, kita percaya jika itulah matlamatnya, maka konsep 1Malaysia yang diperkenalkan oleh Datuk Seri Najib Razak cuba menghayati semangat slogan ini.
Jika benar demikian, kita pasti ia akan mendapat sokongan setiap warga. Cuma kita tidak mahu alpa akan hakikat bahawa jika konsep 1Malaysia ini benar-benar hendak dijadikan satu kenyataan, masih banyak pengorbanan yang harus dilakukan.
Namun sedihnya, setelah 52 tahun memerintah negara ini, Barisan Nasional (BN) masih lagi di takuk permulaan untuk menghayati dan melaksanakan cita-cita rakyat yang bangkit menentang penjajahan British, Jepun dan komunis demi mewujudkan bangsa Malaysia bersatu.
Ini kerana BN, pewaris kerajaan parti Perikatan itu jelas hilang punca dan masih tercari-cari formula bagaimana merealisasikan impian ini.
Bagi kita ini satu tragedi. Konsep negara Malaysia bermula dengan baik. Syor Britain dan kesepakatan pemimpin pelbagai kaum menyaksikan Persekutuan Tanah Melayu atau Malaya ditubuhkan pada 1957.
Ini kemudian mekar menjadi entiti yang dikenali Malaysia pada 1963. Namun, ketika proses pembentukan bangsa Malaysia ini sedang berjalan dengan baik, ada pihak yang culas menghayati prinsip keadilan sejagat, cuba meresapkan syarat baru dalam benih
bangsa Malaysia.
Doktrin yang dikenali dengan konsep Ketuanan Melayu cuba diselitkan oleh Umno sebagai jalan pintas bagi mengisi kepentingan puak Melayu tertentu menguasai teraju kuasa di negara ini. Yang menjadi tragedi ialah peresapan doktrin rasis ini disandarkan kepada alasan kononnya untuk mengagihkan mahsul negara kepada setiap warga Melayu dan Bumiputera.
Walhal hakikatnya tidak demikian. Yang membolot manfaat daripada doktrin ini ialah sekumpulan elit parti yang kini dikenali sebagai ‘Umnoputra’ yang kononnya bercakap dan berjuang bagi pihak Bumiputera seMalaysia.
Maka yang nyata tertinggal dan tersisih ialah Bumiputera di Sabah, Sarawak, dan di Semenanjung. Doktrin ketuanan Melayu ini adalah musibah bagi pembentukan bangsa Malaysia yang aman, makmur dan bersatu. Apabila kemelesetan ekonomi dunia mendakap Malaysia ternyata tidak banyak mahsul negara yang boleh dikongsi bersama kerana sebahagian besarnya sudah dilahap oleh ‘Umnoputra’ melalui cara yang kerap dianggap rasuah.
Apabila melihat doktrin ini mula menusuk setiap rongga dan saraf bangsa Malaysia, rakyat mula menunjukkan protes. Tanggal 8 Mac 2008 adalah petanda jelas kebencian rakyat terhadap doktrin yang tidak berimbang dan tidak adil ini. Justeru kita melihat usaha Perdana Menteri keenam, Najib Razak mahu memungut puing-puing kepercayaan dan impian rakyat mahu sebuah negara yang aman, makmur dan bersatu di bawah slogan 1Malaysia adalah jelas tindakan yang terdesak.
Namun, kita melihat inisiatif ini belum terlambat. Bak kata kita sebelum ini, banyak pengorbanan yang mesti dilakukan. Langkah- langkah menyelamat ini sudahpun tertera dengan rapi dalam Pelan Transformasi Kerajaan yang meletakkan hala tuju dan matlamatnya iaitu mewujudkan satu Bangsa Malaysia yang tidak segan-silu dan yakin menyatakan mereka adalah pertama sekali rakyat Malaysia.
Soal dari keturunan apa, berasal dari mana dan beragama apa ialah soal kedua. Malangnya, tindakan anak-anak buah Najib termasuk timbalannya, tidak seiring idea yang dilakarkan dalam pelan transformasi itu.
Apabila Penasihat DAP, Lim Kit Siang mencabar ahli-ahli parlimen Umno-BN berdiri dan mengumumkan di Dewan Rakyat bahawa mereka adalah pertama sekali rakyat Malaysia dan kemudiannya beridentiti mengikut kaum dan agamanya, tiada yang menyahut.
Begitu juga dengan persoalan kedua yang dilontarkan oleh Kit Siang adakah mereka bersetuju bahawa bangsa 1Malaysia hanya boleh diwujudkan atas paksi kedaulatan dan ketuanan rakyat dan bukan doktrin ketuanan Melayu, mereka bungkam. Retorik Ketua Pemuda Umno untuk lari daripada persoalan ini dengan mengatakan beliau hanya percaya kepada prinsip kedaulatan Perlembagaan dan keluhuran undang-undang sebagai asas pembentukan bangsa 1Malaysia nyata tidak menjawab persoalan yang dikemukakan.
Asimilasi bangsa menuntut pengorbanan. Paling tidak, Umno dan BN harus menimbang semula asas dan prinsip perjuangannya.
Sampai bila Umno, MCA, MIC dan pelbagai kerabatnya hendak terus memperkenalkan diri mereka sebagai parti yang memperjuangkan kehendak kaum masing-masing.
Bagi kita, ini adalah persoalan paling asas. Tidak rugi dan adalah lebih mulia jika mereka meneliti semangat penubuhan Pakatan Rakyat (Pakatan) yang berjiwa besar dan bersedia menghimpunkan pelbagai keperluan dan tuntutan politik, ekonomi dan sosial di bawah payung yang sama dan setara.
Apa yang perlu ialah bersekutu dalam perjuangan demi bangsa Malaysia.
Bubarkan ideologi sempit yang didendangkan BN. Benamkan hegemoni perkauman sempit demi 1Malaysia tulen. Hayati slogan Bersekutu Bertambah Mutu. – di petik dari akhbar mingguan, Suara Keadilan

Hishammuddin, Musa Perlu Selesaikan Masalah Peribadi


Oleh Faizal Ezzany
KUALA LUMPUR 23 Mac - Polisi yang tidak seragam jelas wujud dalam Kementerian Dalam Negeri dari peringkat kementerian hingga kepada peringkat pentadbiran menyebabkan permasalahan yang timbul dalam perkhidmatan Polis DiRaja Malaysia sejak kebelakangan ini.
Ahli Parlimen Gombak Mohamed Azmin Ali berkata Pakatan Rakyat bukan bermaksud untuk memanjangkan isu perselisihan faham antara Menteri dan Ketua Polis Negara tetapi berharap tindakan diambil untuk menyelesaikan hal peribadi mereka.
"Bukan soal kita hendak menunding jari kepada pihak tersebut, kita ingin bantu dalam persoalan menbanteras jenayah dalam negara. Apa jua mekanisma yang kita hendak guna samada Polis Bantuan atau perkhidmatan syarikat swasta perlu mendapat sokongan penuh dari PDRM dan juga KDN
"Dalam usaha baik kita nak basmi jenayah Datuk Seri Hishammuddin Hussein dan juga Tan Sri Musa Hassan perlu menyelesaikan masalah peribadi mereka dan tumpukan kepada apa yang terkandung dalam KPI (Key Performance Index) dan Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA).
"Sepatutnya mereka menumpukan sepenuh perhatian kepada usaha kerajaan negeri atau Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dalam usaha mereka membantu polis. Pergolakan dan perselisihan faham mereka sudah diketahui umum, kita tidak mahu masalah tersebut meningkatkan lagi persepsi rakyat dengan kredibiliti KDN mahupun PDRM semakin buruk," jelasnya.
Azmin  menjelaskan Hishamuddin menyatakan beliau tidak tahu wujudnya pihak ketiga di dalam PDRM seperti kenyataan Ketua Polis Negara adalah sesuatu yang mengejutkan serta mengarah kepada beliau jika kenyataan itu benar.
"Hishammuddin telah mengarahkan Musa Hassan membuat laporan kepadanya jika apa yang diperkatakan itu betul tetapi sehingga sekarang kita tidak tahu adakah laporan itu telah dibuat atau tidak," ujar beliau lagi.

Zahrain 'Gemuk', 'Kenyang' Selepas Jadi Bebas


KUALA LUMPUR 23 Mac - Ahli Parlimen Kalabakan Datuk Ghafur Salleh mendakwa  Ahli Parlimen Bayan Baru Datuk Seri Zahrain Hashim semakin 'gemuk' dan 'kenyang' setelah beliau bertindak keluar KEADILAN dan menjadi anggota Bebas.
Dalam satu sidang akhbar yang diadakan setelah beliau membidas Zahrain di dalam Dewan kerana menamakan nya sebagai salah seorang antara lapan Ahli Parlimen yang mahu melompat menyertai Pakatan Rakyat pada 16 September 2008, Ghafur berkata zahrain telah berbohong. 
"Saya tidak pernah lompat parti dan ini bererti Zahrain tidak menggunakan fakta yang betul.
"Media seperti Berita Harian, Utusan dan TV3 kata Anwar umpan saya, saya nak tanya siapa yang umpan siapa?,Saya minta Zahrain dedahkan semua 32 nama pemimpin wakil rakyat daripada Barisan Nasional yang ingin melompat.
"Apa yang boleh dikatakan di sini, Zahrain nampaknya sudah gemuk apabila sudah menjadi Ahli Bebas.Saya nak beritahu Zahrain, jangan dengar cerita orang buat masyarakat di tempat saya keliru dan saya mahu tanya kenapa sudah dua kali 16 September, baru kali ini buat keputusan. Tarikh tersebut sudah menjadi sejarah kenapa sekarang baru dipersoalkan," kata Ghafur kepada media.
Ghafur berkata Zahrain perlu menamakan semua nama Ahli Parlimen yang mahu melompat jika dakwaan beliau itu benar dan mempunyai asas.
Sebelum ini Zahrain mendedahkan nama lapan orang wakil rakyat Barisan Nasional semasa perbahasan titah menjunjung kasih Yang DiPertuan Agong.

Saifuddin Tawar Ibrahim, Saiful Tambang Tiket Jumpa Dr Yusuf Al-Qaradawi


Oleh Faizal Ezzany
KUALA LUMPUR 23 Mac - Ahli Parlimen Machang Saifuddin Nasution Ismail hari ini menawarkan tambang tiket tanpa syarat kepada Ahli Bebas Pasir Mas Datuk Ibrahim Ali dan juga Mohd Saiful Bukhari Azlan sekiranya mereka serius untuk berjumpa dengan Sheikh Dr Yusuf Al-Qaradawi.
Semasa perbahasan menjunjung kasih titah Yang DiPertuan Agong Saifuddin mengambil kesempatan membuat tawaran tersebut apabila Ibrahim mahu membawa Saiful berjumpa ulama tersohor itu untuk bersumpah didepan beliau.
Ibrahim berkata Sheikh Dr Yusuf seharusnya berjumpa dengan Saiful sebelum sebarang fatwa dikeluarkan.
"Itu bukan fatwa, itu hanya kenyataan, saya pun boleh mengeluarkan kenyataan seperti itu kalau ada orang tanya pendapat saya," kata Ibrahim di Parlimen.
Walau bagaimanapun sehingga kini Umno-Barisan Nasional belum lagi mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung pendirian mereka tentang fatwa tersebut.
Malah mereka menyifatkan fatwa itu satu usaha ingin masuk campur tangan dalam urusan negara ini.

Zahrain : Bukan 8 Tapi 40 MP BN Mahu Sertai Pakatan Rakyat..Ha..Ha..Lagi Mau Pusing..Kalau Macam Tu Dah Tukar Kerajaan Maa..!!!


KUALA LUMPUR 23 Mac - Ahli Parlimen Bayan Baru Datuk Seri Zahrain Hashim sekali lagi membuat kenyataan yang mengejutkan apabila mendakwa sebenarnya seramai 40 wakil rakyat Barisan Nasional yang mahu melompat menyertai Pakatan raklyat pada 16 September 2008 dan bukannya lapan seperti yang dikatakan beliau sebelum ini.
"Sebenarnya ada ramai lagi nama yang tidak saya sebutkan, saya cuma baru dedahkan lapan nama sahaja tapi sebenarnya ada 34 hingga 40 orang Ahli Parlimen BN.

"Ahli Parlimen Kalabakan pun rapat dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Sebenarnya saya keluar parti kerana parti ingin hadapkan saya ke Lembaga Displin, saya tersinggung kerana Anwar tak benarkan saya mengkritik kepimpinan Ketua Menteri Pulau Pinang.

"Saya juga tidak akan dedahkan nama-nama Ahli Parlimen yang lain seperti yang dicabar oleh Ahli Parlimen Kalabakan.

"Saya terkejut kerana Kalabakan membuat serangan peribadi dan tidak memberikan saya laluan untuk menjawab di dalam Dewan dan saya terpaksa menjawab melalui sidang media ini," kata Zahrain pada sidang media di luar Dewan petang tadi.

Sebelum itu Ghafur mendakwa Zahrain membuat pembohongan dan meminta beliau menamakan Ahli Parlimen yang disebut akan melompat pada 16 September 2008.

Dalam sidang media yang ditemani Ahli Parlimen Kulim Zulkifli Noordin, beliau enggan mendedahkan nama yang disebut akan meninggalkan Barisan Nasional walaupun dicabar oleh Ahli Parlimen Kalabakan.

TERKINI: RAJA KATAK MENGAMUK..HAHAHA !


Presiden Pribumi Perkasa (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali hari ini mengemukakan saman terhadap akhbar The Sun dengan menuntut ganti rugi sebanyak RM5 juta.


Saman itu dikemukakannya ekoran penyiaran artikel dalam akhbar tabloid berkenaan mendakwa Sultan Selangor, Sultan Sharifuddin Idris Shah telah menasihati beliau kerana bersikap ultra-Melayu dan melampau serta cauvinis dalam memperjuangkan hak bumiputera di negara ini.


Ibrahim menamakan Ketua Pengarang Kumpulan The Sun, Ho Kay Tat, penerbit akhbar The Sun Sun Media Corporation Sdn Bhd dan penulis artikel berkenaan, Terence Fernandez sebagai defendan.


Writ saman tersebut dikemukakan oleh firma guaman, Salehuddin Saidin kepada akhbar tabloid berkenaan melalui kiriman faks dan serahan tangan hari ini.


Ibrahim dalam penyataan tuntutannya mendakwa, artikel bertarikh 17 Mac 2010 yang disiarkan dalam akhbar tabloid itu yang bertajuk Sultan Keeps Perkasa Guessing On Invitation, menceritakan tentang kehadiran Sultan Sharifuddin tidak pernah sekali pun memberi perkenan untuk merasmikan mesyuarat agung Perkasa pada 27 Mac ini kerana baginda bimbang wakil rakyat Bebas itu bersifat ultra-Melayu dan cauvinis.


Gurauan Dari Indra Kayangan


Saya Rasa Tiada Pilihan Raya Kecil di Perlis


KALAU yang menghantar surat perletakan jawatan sebagai Adun itu dari kalangan Pakatan Rakyat, sudah tentu dunia akan riuh randah. Kalau tidak sampai langit nak runtuh pun, pasti bumi akan retak.

Media massa kroni akan membuat berbagai ulasan berhubung dengan tindakan Adun itu. Tetapi nasib baik ianya berlaku ke atas Adun UBN, dari kumpulan MCA.

Media massa hanya melaporkan secara leteral saja perletakan jawatan Adun oleh Yip Sum Onn(foto) tanpa kupasan dan analisa mendalam seperti selalunya. Ia hanya melaporkan seagai berita biasa saja tidak disensansikan. Kalaulah Yip itu orang Pakatan sudah tentu ianya akan diulas, digambarkan bahawa Pakatan semakin lemah, kucar kacir dan entah apa-apa lagi.

Sudah tentu ianya akan dikaitkan dengan prestasi negeri berkenaan di mana kejadian itu berlaku sebagai tidak menunjukkan pencapaian yang tidak memuaskan. Dan tindakan Yip itu juga akan digambarkan sebagai tindakan tidak percayai kepada pemimpin partinya di peringkat negeri berkenaan.

Tetapi sayang kerana ia berlaku dari kalangan UBN menyebabkan media massa jadi tidak bermaya dan ghairan untuk mengulas panjang. Kurang seronok untuk membuat ulasan. Inilah hakikat media massa negara ini senget sebelah.

Baru sekejap tadi saya menghubungi seorang pemimpin Umno negeri Perlis untuk bertanya apa yang berlaku itu. Menurut pemimpin itu apa yang berlaku itu sudah pun dijangka. Ia ada kaitan dengan kelemahan Umno Perlis yang dipimpinan Mohammad Isa Sabu yang juga MB.

Apabila ditanya apakah ia juga ada kena mengenai dengan kekalutan dalam UBN sendiri khasnya MCA, pemimpin itu tidak menafikan. Tetapi katanya apa yang Yip lakukan itu satu protes permulaan.

Jika tidak disekat menurutnya, atau gagal mengatasi masalah yang ada mungkin akan ada lagi Adun UBN yang tidak berpuas hati dan mengambil tindakan meletak jawatan. UBN Perlis boleh jadi huruhara.

You tengoklah nanti mungkin ada lagi kejutan selepas ini. yang jelasnya Mohammad Isa Sabu tidak mampu untuk memimpin Perlis,” ujarnya yang cuba menyembunyikan masalah sebenar di Perlis.

Perletakkan jawatan Adun Titi Tinggi itu disifatkan pemimpin berkenaan sebagai kegagalan Mohamad Isa Sabu sebagai MB. Katanya kalau beliau (Mohamad Isa) pandai dan bijak, tidak mungkin Adun Titi Tinggi itu melepas jawatan dalam keadaan sekarang.

“Apa yang berlaku menunjukkan kebenaran palsu yang disogokkan olehnya sebelum ini sudah terjawab,” ujarnya tanpa menjelas lanjur apa dimaksudkan kebenaran palsu itu.

Sementara seperti mana dilaporan media massa usaha sedang djalankan oleh pemimpin UBN untuk memujuk Yip supaya menarik balik perletakan jawatan itu. Pemimpin tertinggi MCA juga akan berusaha keras untuk memastikan Yip menarik balik perletakkan jawatan.

Sehingga kini speaker DUN Perlis juga belum menghantarkan surat itu kepada SPR. Dan kalau pun ia telah dihantar mungkin SPR akan membekukannya untuk memberi peluang kepada Yip menarik balik surat perletakan jawatan itu. SPR akan jadi lebih bertolak ansur kalau berdepan dengan kes-kes meliatkan Adun UBN.

Sebenarnya bagus juga kalau Yip tarik balik perletakan jawatan itu bagi mengelak diadakan pilihan raya kecil. Sudah banyak pilihan raya kecil berlaku jadi eloklah kalau tidak ditambah lagi. Lagipun pilihan raya itu tidak begitu mendesak kerana kalau kerusi itu bertukar kepada Pakatan pun ia tidak merubahkan kedudukan kerajaan Pelis yang kini dikuasai UBN.

Saya percaya Pakatan juga tidak begitu ghairah untuk menyertai pilihan raya. Yang jelasnya dengan apa yang berlaku itu ia menyeronokan Shahidan Kassim kerana beliau boleh eksploit keadaan itu untuk membuktikan bahawa beliau saja yang mampu dan layak memimpin Perlis.
Apapun saya yakin pilihan raya untuk kerusi Titi Tinggi tidak akan diadakan! 
MSO

Polis Baca Buku Kartun Zunar?


Polis bertindak merampas lagi buku-buku kartun yang diterbitkan oleh Gedung Kartun yang dimiliki oleh Kartunis Zunar atau nama sebenarnya, Zulkifli Anwar Ulhaque dan rakan-rakannya.Kali ini, Polis Jasin merampas buku dan majalah kartun itu di Asahan, Melaka.

Menurut Zunar dalam kenyataannya, pada 20 Mac lepas, ASP Woon Chai Choi serta tiga anggota dari IPD Jasin Melaka bertindak merampas majalah-majalah kartun keluaran beliau dari seorang pengedar di Asahan.

Mereka pada mulanya merampas berpuluh-puluh majalah Gedung Kartun, Perak Darul Kartun, Isu Dalam Kartun dan 1Funny Malaysia, tetapi selepas bantahan dari beliau melalui telefon, barulah jumlahnya dikurangkan kepada satu naskah setiap judul.

Dalam perbualan melalui telefon dengan beliau, ASP Woon menyatakan sebab rampasan ialah untuk menyiasat. Tetapi melalui surat rampasan yang diberi (dilampirkan) tidak dinyatakan sebab-sebab rampasan dan di bawah akta apakah rampasan dibuat.

Februari lepas, sepasukan polis yang diketuai Chief Inspektor Mohd Noor Azlan Bin Mansor telah membuat serbuan di sebuah kedai di Carrefour Seberang Jaya, Pulau Pinang dan merampas empat naskah majalah Isu Dalam Kartun.

Serbuan yang sama juga dibuat di Butterworth dengan 15 naskah rampasan, Taman Bertam, pekan Kepala Batas, Kampung Belah Dua, Permatang Pauh serta beberapa kawasan lagi.

Ogos tahun lepas, pegawai-pegawai KDN merampas 408 naskah sulung majalah Gedung Kartun di pejabat saya di Brickfields, Kuala Lumpur Pegawai-pegawai KDN juga merampas plat percetakan dari kilang percetakan majalah tersebut.

Dalam kenyataan medianya, Zunar menyifatkan tindakan pihak berkuasa ini sebagai 'rampasan sesuka hati' dan membelakangkan kedaulatan undang-undang.

"Saya mengulangi bahawa tindakan pihak berkuasa bermotif politik untuk menyekat pandangan alternatif dan suara-suara yang mengkritik. Ia juga adalah satu bentuk ancaman kepada saya dan kartunis-kartunis saya," katanya.

Beliau juga menyifatkan tindakan ini menjadikan kebebasan akhbar di bawah pemerintahan Najib Tun Razak mengundur beratus tapak ke belakang dan sekarang tidak lebih dari 'satu cerita kartun' dan bahan ketawa masyarakat dunia.

Zahrain tidak akan tarik balik kenyataan


Ahli parlimen Bebas Bayan Baru Datuk Zahrain Mohamed Hashim tidak akan meminta maaf dan menarik balik kenyataannya yang menamakan ahli parlimen Kalabakan Datuk Abdul Ghapur Salleh sebagai antara nama yang diumpan untuk lompat parti dalam rancangan 16 September 2008. Beliau berkata tindakan meminta maaf dan menarik balik kenyataan adalah tidak relevan memandangkan beliau tidak berniat untuk memanjangkan isu 16 September itu atau mencemarkan nama ahli parlimen Kalabakan itu. "Minta maaf untuk apa? Saya hanya cerita apa yang Anwar cerita pada saya. Menurut Anwar, Kalabakan (Abdul Ghapur) antara nama yang disebut yang akan melompat. "Niat saya hanya untuk cerita pada orang, kekecewaan saya pada parti (PKR) dan kenapa saya keluar parti, itu sahaja. Tiada niat untuk memperkecilkan beliau," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen hari ini, lapor Bernama. Terdahulu, dalam sesi perbahasan usul Menjunjung Kasih Titah Ucapan Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin, Abdul Ghapur membidas tindakan Zahrain yang hanya mendedahkan separuh sahaja nama ahli parlimen yang akan melompat parti bagi menjayakan kerajaan bayangan Anwar pada 16 September 2008. Mengenai cabaran Abdul Ghapur supaya beliau mendedahkan nama ahli parlimen yang selebihnya yang diumpan untuk lompat parti, Zahrain berkata, beliau mahu bangun untuk menjelaskan perkara itu ketika Abdul Ghapur 'menyerangnya' tetapi Abdul Ghapur tidak melayan permintaan beliau. "Saya nak bangun bagi penjelasan tapi dia tak bagi...tidak relevan untuk jawab cabaran itu tetapi saya memang tahu ada 34 hingga 40 nama lagi tapi saya rasa dia pun tahu sebab dia pun kawan Anwar," katanya. Ketika ditanya apakah perasaan beliau ketika "diserang" oleh Abdul Ghapur, Zahrain berkata beliau sangat kecewa dan merasakan tindakan itu sebagai serangan peribadi.

MUSIM 'TRIO' TAHUN 2010



Bagi MCA inilah tahun yang paling hebat dan sengit dalam pemilihan Presiden Parti dan bakal mencipta sejarah kerana mungkin akan MCA akan terus hancur.

Kemelut MCA bertambah parah dengan perletakan jawatan Adun Titi Tinggi.


Manakala bagi trio penakut ini juga telah mencipta sejarah di Pulau Pinang, bila Pemuda Pakatan Rakyat ajak mereka berdebat tentang isu Melayu dan Islam, mereka lari sampai tak cukup tanah Melayu yang sekangkang beruk makye di Pulau Pinang.

Ketua Pemuda UMNO P.Pinang terpaksa buat laporan polis sebab telurnya hilang secara tiba-tiba.



Manakala dalam AMK Pusat pula, bahang makin terasa sama naik seperti terasanya bahang Piala Dunia.

Mereka ini disebut-sebut bakal bertanding Ketua AMK Pusat.

Apakah mungkin ia akan jadi kenyataan pertandingan tiga penjuru atau mungkin mereka akan berkompromi hingga tiada pertandingan.

Dalam politik segala kemungkinan boleh berlaku.

Tetapi dalam parti Keadilan ini susah sedikit sebab Anwar selalu sebut dan ajar "LAWAN TETAP LAWAN"...


* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *

Kalau Takut Dipukul Badai...
Usah Berumah Di Tepi Pantai...

Amizudin Ahmat

ADUN Titi Tinggi Letak Jawatan, PR Bersedia Hadapi Pilihanraya Kecil

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Titi Tinggi, Perlis Yip Sun Onn dari MCA-BN meletakkan kerusinya berkuat kuasa serta-merta, demikian lapor Malaysian Insider.

Beliau merupakan wakil rakyat pertama dari BN berbuat demikian sejak pilihan raya umum ke-12.

Bagaimanapun difahamkan usaha sedang dibuat untuk memujuk beliau daripada melepaskan kerusi itu ketika ini dan mengubah keputusannya bagi mengelakkan pilihan raya kecil.

Keputusannya, dikatakan ada kaitan dengan rombakan exco Kerajaan Negeri minggu lalu.

Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Datuk Wira Wan Ahmad Wan Omar berkata pihaknya tidak boleh memutuskan apa-apa selagi tidak menerima surat kekosongan daripada Speaker.

“Setakat ini kami belum menerima apa-apa surat lagi,” katanya.

Ketua MCA Perlis Datin Paduka Chew Mei Fun pula memberitahu keputusan Yip meletak jawatan yang mengejutkan ramai belum dapat disahkan.

“Ia belum muktamad lagi... apa yang beliau lakukan ialah hanya melahirkan hasrat mahu letak jawatan.

“Saya hanya baru menerima satu SMS daripada beliau dan kelihatan keadaan OK. Saya tidak fikir beliau akan berbuat demikian,” kata beliau ketika dihubungi The Malaysian Insider kira-kira 3.30 petang tadi.

“Saya berharap dan saya percaya beliau tidak akan berbuat demikian tetapi kini perkara pertama yang perlu dilakukan ialah duduk dan berbincang,” katanya.

Beliau tidak pasti sebab Adun itu meletakkan jawatan.

“Saya ingin tahu apa masalah dia yang sebenar; sama ada disebabkan jawatan exco atau masalah peribadi beliau yang lain,” katanya.

Yip digugurkan sebagai exco kerajaan negeri dan digantikan dengan Adun Indera Kayangan Dr Por Choo Chor Jumaat lalu.

Menteri Besar Perlis Datuk Seri Mohd Isa Sabu mengesahkan beliau sudah menerima surat letak jawatan daripada Yip tetapi sedang berusaha memujuknya agar mempertimbangkan keputusan beliau.

“Kami tidak melihat akan ada pilihan raya kecil,” katanya.

MCA memenangi dua kerusi DUN di Perlis.


Yip "Merajuk" Lepas Jawatan ADUN Titi Tinggi

KUALA LUMPUR 23 Mac - KEADILAN Perlis sudah bersedia untuk menghadapi kemungkinan pilihan raya kecil diadakan di kawasan Dewan Undangan Negeri Titi Tinggi ekoran pengumuman perletakan jawatan wakilnya, Yip Sun Onn hari ini.

Pengerusi Majlis Pimpinan KEADILAN Negeri Perlis Johari Shafie berkata buat masa ini beliau difahamkan Speaker DUN Perlis masih belum menerima surat perletakan Yip.

"Barisan Nasional masih cuba memujuk supaya beliau tidak melepaskan jawatan. saya difahamkan keputusan beliau itu mungkin didorong kerana beliau digugurkan sebagai Exco baru-baru ini. Mungkin beliau merajuk," kata Johari.

Johari berkata kerusi Titi Tinggi adalah kawasan KEADILAN apabila calon parti itu, Keria Senawi bertanding pada pilihan raya umum ke-12 lalu dalam pertandingan tiga penjuru.

Yip menenangi kerusi itu dengan memperolehi undi sebanyak 3,399 sementara Keria beroleh 846 undi dan calon bebas, Mohammad Razi Mustaffa 1,585 undi.

Ketua Angkatan Muda KEADILAN Zamri Sapar berkata akan akan akur kepada keputusan pucuk pimpinan parti sekiranya di beri peluang sekali lagi untuk bertanding di kawasan tersebut.

"Kita akan membuat persediaan seperti biasa dalam mana-mana pilihan raya keci. Kita bersedia sekiranya kita diberi peluang bertanding di situ sekali lagi," kata Zamri. - SK





Saifuddin: 'Pejuang Melayu tulen ada saham judi'..ha..ha...Pejuang Melayu...!!!

Ahli parlimen Machang Saifuddin Nasution memohon kerajaan menjelaskan kelulusan lesen judi yang diberikan kepada sebuah syarikat yang dikuasai Tan Sri Vincent Tan.

Berucap ketika membahaskan titah ucapan Yang di-Pertuan Agong di Dewan Rakyat hari ini, Saifuddin (kiri) turut mengaitkan MP Pasir Mas Datuk Ibrahim Ali yang didakwa turut mempunyai saham dalam syarikat berkenaan.

"Pasir Mas, pejuang tulen pun ada saham juga, itulah wajah sebenar pejuang Melayu. Untuk itu kita minta kementerian kewangan jelaskan perkara berkenaan," dakwanya lagi.

Tambahnya, syarikat yang dinamakan Ascot Sports itu diberikan ruang sehingga 20 tahun untuk menjalankan perniagaan pertaruhan.

Jelasnya, perniagaan itu membabitkan pertaruhan untuk lumba kuda, bola sepak dan sukan-sukan lain.

"Syarikat ini membayar yuran operasi sebanyak 20 juta kepada kerajaan dalam urusniaga sebesar RM1bilion.

"Sudah tentulah lesen ini diberikan oleh menteri kewangan, saya difahamkan menteri kewangan dan perdana menteri sebelum Abdullah Badawi mengambil alih kuasa.

"Menteri kewangan ini adalah presiden Umno, Umno ialah parti agama bangsa dan negara," katanya lagi.

Tambahnya, maklumat tersebut diperolehinya melalui buku tulisan Barry Wain berjudul Malaysian Maverick yang setakat ini masih dalam penilaian oleh kerajaan.