Ahad, 21 Mac 2010

Mana Janji Zul Noordin nak buat Kejutan?




Ada kemungkinan Zulkefli Noordin wakil rakyat Kulim-Bandar Bharu,kedah telah lupa janjinya, bahawa satu kejutan akan dia lakukan semasa dipecat daripada parti PKR minggu lalu.

Janji Zulkefli hingga kini tidak kunjung tiba. Apa kah pendedahan Zaharin pada 15 Mac lalu telah mencakupi kejutan yang dijanjikannya?

Sebelum Zukefli dipecat daripada PKR, dia begitu garang membuat berbagai tomahan terhadap para pemimpin PKR terutama tuduhannya bahawa terdapat firaun-firaun kecil yang mengelilingi Presiden parti itu dan Anwar sendiri.

Sehari setelah pemecatannya daripada PKR, Zulkefli mencabar agar presiden parti PKR Wan Azizah Wan Ismail meletakkan jawatan kerana gagal mengawal wakil-wakil rakyat PKR daripada berkeluaran.

Selain mendesak Wan Azizah meletakkan jawatan, Zulkefli juga mencabar agar Anwar melepaskan jawatan sebagai Ketua Pembangkang di dewan rakyat, kerana menurutnya bercanggah dengan asas parlimen.

Menurut Zulkefli, sebagai asas kepada single parti, maka seharusnya DAP yang menjadi Ketua Pembangkang, kerana mempunyai kelebihan kerusi di banding PKR. Dap mempunyai 28 kerusi, PKR 27 kerusi dan Pas 23 kerusi.

Anwar kehilangan hak sebagai Ketua Pembangkang kerana keluarnya 3 wakil rakyat PKR, yakni Zaharin Hashim, Tan Bee Bing, Mohsin Fadzli Samsuri dan dipecatnya Zulkefli daripada parti PKR.

Setelah Zulkefli membuat desakan agar Anwar meletakkan jawatan dan janjinya akan membuat kejutan, hingga kini kelibat Zul tidak kedengaran lagi.

Apa kah Zulkefli telah merasa takut, kerana berbagai reaksi pemimpin kerajaan dan parti Umno terhadap pendedahan Zaharin termasuk laporan polis pemuda Umno Malaysia hari ini?

Namun bagi AYT, janji Zulkefli Noordin untuk membuat kejutan adalah janji. Janji mesti ditunaikan.

Apa Yang Tersirat

Mana lagi besar isu support Yahudi dan 16 september?


Umno rasa geli pungkoq , cacing ruman dan kerawit dok meremut-remut tak tentu duduk gara-gara dakwaan
MP Permatang Pauh yang mengatakan kerajaan Umno-Bn support Yahudi Laknatullah .Sekarang ni pulak negara haram Yahudi tu tengah mengganas di Gaza membunuh umat Islam Palestine dan korban terbaru ialah berjumlah 12 0rang.

Sebagai tindak balas diungkit-ungkit pula cerita basi 16 september dengan tindakan akan mendakwa Ketua Pembangkang gara-gara cerita 'anjing upahan Umno' yang kecewa tak dapat projek melalui syarikat RM2.Umno akan buat laporan polis terhadap Anwar kerana peristiwa 16 september kaitkan Yang di Pertuan Agong.

Pemimpin Umno sedang berada dalam ketakutan akibat pendedahan demi pendedahan yang memalukan di Parlimen akibat salah laku buruk yang menyebut ada pemimpin Umno tertidur di meja kasino dan botol-botol arak jadi hidangan majlis ulang tahun perkahwinan.

Segala tohmahan tehadap Umno, Umno tak mampu nak menjawabnya, hanya mampu buat laporan polis sebagai pendinding jalan terakhir.Talian hayat Umno ialah laporan polis.Bagaimana pula dengan laporan polis yang dibuat pemimpin Pakatan Rakyat terhadap pemimpin Umno yang buat kecaman yang berunsur perkauman terhadap orang Cina dan India? Apa hasilnya ?/misaimerah

JANGAN SAMPAI TAK BER-AYOR


sempena hari air sedunia....


jangan sampai tak ada ayor yop !.....tumpo kite...






Bayangkan suatu hari nanti, anda terpaksa menggunakan air osmosis balikan (RO) untuk keperluan harian. RO berharga kira-kira 50 sen seliter dan kalau anda menggunakan 1,000 liter sebulan, bil anda boleh mencecah RM500.

Sanggupkah anda membayar sebegitu mahal untuk air yang digunakan bagi tujuan memasak, mandi atau membasuh baju?

Mungkin sukar membayangkan senario ekstrem sebegitu. Apa tidaknya, kita kini secara purata hanya membayar 70 sen bagi satu meter padu atau 1,000 liter air. Sumber air bersih dan dirawat dirasakan seperti tidak akan kehabisan.

Tapi hakikatnya, Malaysia semakin kekurangan sumber air bersih.

Masalah ini bukan saja membelenggu Malaysia, malah seluruh dunia. Ingat, hanya dua peratus daripada sumber air seluruh dunia boleh digunakan manusia.

Selebihnya ialah air laut. Dan jika kita gagal menjaga dan melindungi sumber bekalan air yang dua peratus itu, kita mungkin terpaksa menggunakan proses "desalinasi" untuk bekalan air harian kita.

Desalinasi ialah proses yang membuatkan air laut dapat diminum oleh manusia, seperti osmosis balikan. Namun begitu, prosesnya menelan kos yang begitu tinggi dan tentunya orang ramai akan terbeban membayar air yang dihasilkannya.

TADAHAN AIR KIAN DIMUSNAHKAN

Mengapa begitu sukar untuk mendapatkan sumber air bersih?

"Di Malaysia, sebab utama ialah pencemaran dan tadbir urus yang lemah di kawasan tadahan air," kata S. Piarapakaran, Setiausaha Agong Persatuan Pengguna Air dan Tenaga Malaysia.

"Dan antara petanda pertama perkara ini sedang berlaku ialah tarif air yang semakin meningkat."

Kata beliau, kawasan tadahan air dan sekitarnya harus diwartakan. Namun, apa yang sedang berlaku ialah kerajaan negeri memberi kebenaran kepada syarikat pembalakan dan perladangan menggunakan kawasan itu demi keuntungan jangka pendek.

Dan hasilnya? Pencemaran di kawasan tadahan air, kos rawatan air yang tinggi dan jika tahap pencemarannya sangat kritikal, loji rawatan air berkaitan terpaksa ditutup.

Beliau memberi contoh projek terbaru di sebuah negeri yang merupakan satu projek ladang getah seluas 443 hektar. Projek ini membabitkan penerokaan hutan di dua stesen pengambilan dan penapisan air.

"Apa yang sedang berlaku di situ ialah hutan-hutan ditebang dan pokok getah pula ditanam, dengan ditabur baja dan racun perosak dalam jumlah yang banyak. Semua bahan kimia ini akan meresap ke dalam tanah atau pun disorong ke dalam sungai apabila hujan.

"Kalau ada kawasan petempatan di kaki bukit di situ yang menggunakan air telaga, kesemua bahan berbahaya ini akan masuk sekali. Baja dan racun perosak mengandungi ammonia, nitrat dan fosfat. Kalau ketiga-tiga bahan kimia ini berada di dalam air, kos merawatnya amat tinggi. Biasanya, jika pencemaran ammonia dikenal pasti berlaku di sesuatu loji rawatan air, ia akan ditutup serta-merta," katanya.

Katanya inilah yang berlaku di Sungai Nilai dan Sungai Langat.

Piarapakaran mengingatkan bahawa racun yang digunakan untuk membunuh haiwan perosak turut boleh membunuh manusia.

KUALITI TURUN, HARGA NAIK

Dalam kes lain di Cheras pula, sebuah loji rawatan terpaksa ditutup kerana pencemaran ammonia daripada sisa kumbahan.

"Bayangkan, tiada tangki septik di situ untuk menapis kumbahan, jadi kesemuanya terus masuk ke dalam sungai. Bukannya tidak boleh dirawat, tapi bila kualiti air begitu teruk, kos merawatnya pasti tinggi," katanya.

Dan bila kualiti air menurun, katanya, tarif pasti akan naik.

"Ini yang kita tidak mahu. Kami sebagai persatuan pengguna pun tidak dapat terus memperjuang tarif yang rendah jika orang ramai tidak sedar kepentingan melindungi hutan kita."

Menyentuh kembali isu pewartaan kawasan tadahan air, Piarapakaran menceritakan pula tentang kes kawasan tadahan air Ulu Muda di Kedah.

Kawasan itu diwartakan ketika jajahan British di Malaya. Namun, pembalakan berleluasa masih berlaku di situ sepanjang tahun 60-an hingga 90-an.

Pada 2003, kabinet mengarahkan pembalakan di situ dihentikan dan hutan hujan itu diwartakan sebagai kawasan tadahan air. Namun kerajaan negeri masih nekad untuk melakukan "pembalakan terancang" dengan alasan "memerlukan sumber pendapatan negeri yang lumayan."

Pembalakan terancang itu dilaporkan memberi pulangan RM16 bilion bagi penebangan tiga atau empat pokok bagi setiap hektar. Namun yang menerima padahnya ialah ekosistem hutan hujan Ulu Muda.

"Ini akan mengganggu kualiti air di situ dan yang pastinya, harga rawatan air akan meningkat.

"Ini bukan sahaja masalah bagi Kedah, tetapi juga bagi Pulau Pinang yang bergantung kepada Kedah untuk 40 peratus daripada bekalan airnya," kata Piarapakaran.

Beliau berkata tidak banyak kawasan tadahan air di Pulau Pinang. Oleh itu, kegagalan Kedah untuk melindungi hutan juga bermaksud kehilangan sumber air bagi Pulau Pinang.

HUTAN KITA, SUMBER AIR KITA

Malaysia masih banyak sumber air kerana hutannya.

"Hutanlah kawasan tadahan air kita. Tetapi kalau pihak berkuasa sering tunduk kepada syarikat pembalakan yang hanya ingin membuat "pembalakan terancang", kita akan menghadapi masalah yang besar," kata Piarapakaran.

Katanya di Perak, banyak hutan hujan di Banjaran Titiwangsa dimusnahkan.

Keratan rentas Semenanjung Malaysia menunjukkan bagaimana banjaran itu merupakan tulang belakang kepada kehidupan rakyat Malaysia. Apabila hujan turun, air akan mengalir dari pantai timur ke pantai barat dengan dikawal oleh pokok-pokok di hutan yang "menadah" air hujan itu dan melepaskannya perlahan-lahan ke seluruh Semenanjung.

Selebihnya akan diserap ke dalam tanah dan juga menjadi sumber air tanah yang dilepaskan sedikit demi sedikit ke dalam tasik. Ini memastikan sumber air yang berterusan tidak kira pada musim hujan atau pun kemarau.

"Dengan cara itulah hutan menyokong kehidupan kita," kata Piarapakaran.

Kegagalan melindungi khazanah ini boleh mengakibatkan masalah air yang kronik, seperti halnya di Perak. Dahulu, jarang sekali didengar banjir berlaku di Perak, lebih-lebih lagi di kawasan seperti Larut Matang dan Selama.

Kawasan itu menerima kadar hujan tertinggi di Malaysia iaitu 5,000mm setahun. Namun, ia tidak pernah dilanda banjir sehinggalah baru-baru ini bila Bukit Larut di Taiping mengalami banjir.

Ini semua gara-gara penebangan hutan yang berleluasa di bukit itu, kata Piarapakaran.

Beliau menerangkan kadar aliran masuk yang rendah ke dalam tanah menyebabkan air hujan mengalir terus ke dalam tasik sehingga berlakunya banjir.

Apabila cuaca panas kembali, tasik itu akan kekeringan dan keseluruhan sumber air akan hilang begitu sahaja.

Katanya perkara itu sudah pun berlaku di Gunung Semanggol, Perak, yang kehilangan sebuah sungai disebabkan aktiviti pembalakan di sekelilingnya.

Katanya negeri-negeri yang mengalami tekanan air yang sama ialah Selangor, Pulau Pinang, Melaka dan Kelantan.

"Lihat sahaja Melaka, yang pernah mengalami krisis air yang teruk. Mengapa? Cubalah lihat berapa hutannya yang tinggal. Hampir tiada, kerana semuanya dikorbankan untuk aktiviti perladangan."

Di Kelantan pula, mana-mana aktiviti pembalakan akan memberi kesan buruk serta-merta kerana tanahnya merupakan tanah liat yang mempunyai ketelapan air yang rendah. Ini dicerminkan melalui banjir teruk yang berlaku saban tahun di negeri itu.

JANGAN SALAHKAN PERUBAHAN IKLIM

Memang selalu didengar pihak yang mengatakan perubahan iklimlah penyebab krisis air, kemarau, banjir dan pelbagai masalah lain.

"Tetapi bukan perubahan iklim semata-mata yang mengakibatkan kekurangan bekalan air. Kita juga telah 'mendera' sistem itu," kata Piarapakaran.

Sistem yang dimaksudkan bukanlah rumit - jika hutan dikacau, impaknya pada bekalan air.

Katanya dua perkara boleh berlaku di Malaysia kerana perubahan iklim.

"Kita mungkin akan mengalami lebih banyak hujan, ataupun tiada langsung.

"Bila kadar hujan diganggu, kelangsungan hidup sesebuah negara beriklim tropika juga diganggu. Ini kerana hujan tidak menyokong penyerapan air tanah. Di negara sistem glasier (negara empat musim), kadar aliran masuk tinggi kerana salji cair dengan perlahan.

"Di sini pula, hutan menadah kebanyakan air hujan yang turun, dan melepaskan sedikit demi sedikit. Sebab itulah jika hujan di KL, paras air di Sungai Klang meningkat. Sebaliknya jika hujan di sana, paras air di sini sangat rendah," katanya.

Oleh kerana itu, sungai itu biasanya hanya akan melimpah selepas dua jam kerana pelambatan itu, yang merupakan satu proses semula jadi. Namun dengan pemusnahan hutan, tempoh pelambatan itu akan dikurangkan.

Dan akibatnya ialah apa yang sering dialami kini -- kekurangan bekalan air, tarif yang kian meningkat dan kualiti yang tidak memuaskan sehingga pengguna terpaksa memasang penapis air sendiri.

Inikah yang akan terus berlaku kepada rakyat Malaysia? Anda tentukan.

perakkume

Husam: Kelantan sudah lama sedari Petronas mungkin tak sah


KUALA LUMPUR, 21 Mac — Exco Kerajaan Negeri Kelantan Datuk Husam Musa berkata, pihaknya memang sudah lama menyedari penubuhan Petronas kemungkinan besar tidak sahih tetapi tidak mengambil berat soal tersebut.
Sebaliknya beliau yang bertanggungjawab terhadap soal membawa tuntutan mendapatkan royalti minyak berkata, kerajaan negeri mahu memberi fokus terhadap pertikaian itu berbanding soal status Petronas semata-mata.
“Sebenarnya, semasa peguam-peguam penasihat Kerajaan Negeri berbincang sebelum ini, isu seperti ini ada dibangkitkan.
“Termasuk sudut lain bahawa perjanjian yang dibuat oleh Kerajaan Negeri dengan Petronas adalah tidak sah dan tidak terpakai berasaskan sebab-sebab yang lain.
“Namun, kami mengambil pendirian mengenepikan sementara waktu pandangan seperti itu kerana ia akan merosakkan Petronas,” kata beliau dalam tulisan blognya hari ini.
Semalam profesor undang-undang Datuk Dr Shad Saleem Faruqi berkata kewujudan firma minyak negara Petronas kemungkinan tidak sah kerana undang-undang penubuhannya telah diluluskan sebelum ia menandatangani perjanjian dengan semua negeri.
“Saya merasakan beberapa aspek dalam akta Petronas adalah tidak sah,” kata Shad pada satu forum di sini.
Di bawah perjanjian yang ditandatangani pertengahan 1970-an semua negeri telah dijanjikan bayaran tunai lima peratus ke atas minyak yang dikeluarkan di pesisir pantai atau di luar pesisir pantai sebagai balasan kepada penyerahan hak kawalan ke atas sumber-sumber petroleum kepada Petronas.
Shad berkata, akta itu diluluskan sebelum kesemua negeri menandatangani perjanjian dimaksudkan.
Dalam tulisan di blognya hari ini, Husam memberitahu beliau memilih pandangan yang lebih sederhana iaitu mengikut undang-undang dan perjanjian serta konvensyen selama ini, Kelantan berhak mendaapatkan royalti bagi semua pengeluaran minyak dan gas di luar pantainya.
“Petronas sebuah entiti haram - sekurang-kurang itu pendapat Prof Shad Faruqi. Petronas sebuah badan perniagaan haram?
“Jika itu bukan sebuah letupan di muka Petronas, menunggu letupan yang lebih besar takut nanti sudah terlewat dan hanya meranapkan terus integriti Petronas,” katanya.
Beliau juga mempersoalkan “adakah berbaloi bagi sebuah badan koporat bertaraf dunia untuk dihalakan peluru yang menembusi maruah korporatnya semata-mata kerana cuba mengelak membayar kepada Kelantan apa sebenarnya terhak?”
“Ketika Petronas sedang cergas melabur berpuluh bilion dolar di luar negara, kedudukan penubuhannya sendiri di sisi undang sampai dipertikaikan.
“Apa akan jadi jika pendapat Shad Faruqi itu sampai kepada negara-negara Petronas ada berikat?
“Apa akan jadi jika ada pihak menggunakan pandangan Shad Faruqi untuk mengisytiharkan Petronas bukan sebuah entiti yang sah?” katanya.
Tambah beliau, Petronas dan pemimpin kerajaan pusat nampaknya memilih permainan yang lebih kasar.
Husam menambah, bekas timbalan perdana menteri Tun Musa Hitam pula menjadi tokoh Umno kedua secara terbuka memberi pandangan yang berbeza tentang bayaran royalti berbanding pendirian rasmi kerajaan pusat.
“Apa pun nama bayaran yang diberikan, pembayarannya hendaklah kepada kerajaan negeri Kelantan — kata Tun Musa,” katanya. Justeru Husam menyoal selama mana Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mahu menunggu untuk membetulkan semula sikapnya.
“Berapa ramai tokoh lagi ditunggu Najib untuk memberikan 'tamparan demi tamparan'?' katanya.

Anwar di London cari sokongan

Dalam Restoran Garden Winter di Hotel Landmark di London di satu pagi Jumaat, ahli politik dan aktivis Malaysia duduk bersama ahli parlimen Britain berbincang halatuju gerakan pembangkang sekiranya Datuk Seri Anwar Ibrahim disabitkan dengan kesalahan liwat.
Anwar (kiri), pula tidak merasa risau berdepan dengan kemungkinan dijatuhkan hukuman dalam penjara.

"Jika saya dipenjara, kami pasti akan menang dalam pilihan raya akan datang," katanya berseloroh dengan Jeremy Corbyn (kanan), yang merupakan ahli parlimen Islington North dari parti Buruh.

"Apakah anda mengatakan ianya lebih baik jika anda berada dalam penjara?" balas Corbyn dan sekaligus menggamatkan suasana di situ.

Corbyn telah memfailkan usul di Parlimen British untuk mendesak pihak berkuasa Malaysia supaya menggugurkan tuduhan liwat terhadap Anwar.
Kehadiran Anwar di London akan meningkatkan lebih banyak sokongan dari ahli parlimen Britain di mana beliau akan muncul dalam wawancara dengan BBC pada hari Isnin untuk menarik simpati dan tekanan masyarakat antarabangsa terhadap kerajaan Malaysia supaya menggugurkan tuduhan liwat terhadapnya.

Hadi : Bekerjasama dengan Umno laksana memikul biawak hidup


21 Mac, Langkap: Tuan Guru Haji Hadi menegaskan bahawa PAS tidak akan mengambil kekuatan daripada parti yang berpenyakit ; parti yang sedang melalui kelemahan.

Beliau juga menganggap bekerjasama dengan Umno adalah laksana memikul biawak hidup.

“Pepatah Melayu mengatakan, kalau memikul biawak hidup, menyakitkan kita, kuku dia, dia gigit kita …lebih baik kita bersendirian , kita lapah biawak , ambil kulit dia tu, boleh tak?” Tanyanya dengan disambut sorak ketawa para penyokong di pejabat Dewan Penyokong PAS di sini tengahari tadi.

Demikian riaksi TGHA terhadap seorang wartawan akhbar bahasa Cina yang bertanyakan samada PAS akan bekerjasama dengan Umno.
TGHA ditemani PJ Ust Abu Bakar Hussin dan Timbalannya,
Ust Mustafa Shaari bersama balu dan anak-anak mendiang Siva

TGHA tiba dipekan kecil ini tengahari tadi untuk menyampaikan ucapan takziah dan sedikit sumbangan PAS Pusat kepada keluarga mendiang Siva , Ketua Pemuda Dewan Penyokong PAS Perak yang ditembak mati pada minggu lalu.

Menurut TGHA, PAS sudah berpengalaman bersama dengan Barisan Nasional.Pada tahun 1974-1978, PAS menyertai kerajaan Barisan Nasional dan telah mengalami pengalaman yang banyak dan telah menjadi pelajaran kepada PAS.
Penyokong PAS khusyu' mendengar ucapan Tuan Guru Presiden

Beliau menjelaskan, bahawa selagi Umno tidak boleh membuat perubahan, tidak menerima matlamat untuk mengubah sistem kehakiman, mengubah SPR, mengubah amalan demokrasi yang betul-betul demokratik yang adil; kalau Umno tidak sanggup membuat perubahan ini, tidak ada guna PAS mengadakan kerjasama dengan mereka.

Bergambar kenangan bersama pemimpin kesayangan mereka

“Mereka mesti terbuka untuk mengembalikan Kehakiman,mengembalikan Demokrasi, mengembalikan Kebebasan Media dan mesti dibuktikan dahulu dengan menunjuk sikap yang positif terhadap kerajaan-kerajaan Pakatan Rakyat di negeri-negeri dimana mereka rampas royalti Terengganu, yang menafikan royalti Kelantan, yang menafikan hak PulauPinang, hak Kedah …,” katanya.

Beliau juga berkata, “Kalau Umno nak bekerjasama , media-media mesti diberikan peluang kepada semua hak dan tunjukan dahulu cara-cara yang baik termasuklah Federalisma, yakni konsep mengikut perlembagaan.”

Antara pemimpin PAS yang turut hadir dalam majlis
tersebut bersama anggota Dewan Penyokong PAS Perak


“Tidak ada penunujuk-penunjuk arah yang positif. Bagaimana nak bekerjasama? Apa yang berlaku, makin hari makin merosot,” katanya lagi.

Seorang wartawan akhbar Sin Chew telah memuji kenyataan TGHA tersebut dengan mengatakan bahawa kaum Cina dan India tentu akan bertambah yakin terhadap apa yang dinyatakan itu, Tuan Guru menjawab :

“Ya supaya kaum India dan Cina melihat kerajaan kita di negeri-negeri Pakatan Rakyat apa yang kita buat walaupun kita menghadapi pelbagai kepayahan, kita laksanakan seboleh mungkin yang kita buat.

Bersama Ar-Rawa, JJ dan petugas Unit Amal
Kepada pertanyaan wartawan yang sama , mungkinkah kaum Cina , India dan bukan-Muslim diterima terus menjadi ahli PAS selepas ini? Tuan Guru berkata:

“Ya, kita telah membuat satu anjakan paradigma dengan memasukan peruntukan di dalam perlembagaan PAS, menubuh Dewan Penyokong PAS dan menjadikannya sebagai satu cabang daripada PAS. / end

Selangor Peruntuk RM4.5 Juta Perkasa Belia


Oleh Norasikin SamsiPETALING JAYA 21 Mac - Kerajaan Selangor memperuntukkan sebanyak RM4.5 juta pada tahun ini bagi menjana program belia dan sukan dalam usaha mendepani dan menjuarai kepentingan belia dan negara selain menyumbang kepada pembangunan belia yang seimbang dan holistik.  
Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata bagi merangka strategi program berkaitan kerajaan negeri sebelum ini menubuhkan Sekretariat Belia Negeri Selangor pada Mei 2009 yang berfungsi bagi melaksanakan program belia di peringkat negeri.
"Untuk menunjukkan kerajaan negeri benar-benar serius dalam usaha ini saya telah melantik tiga Ahli Dewan Negeri Selangor iaitu YB Amirudin Shari dari Batu Caves, Ahmad Yunus Hairi dari Sijangkang dan YB Jenice Lee dari Teratai sebagai penolong exco pembangunan belia dan sukan negeri. Tak pernah dalam mana-mana struktur exco negeri melantik tiga sekali jawatan ini. Jadi kita memberikan tumpuan yang besar kepada usaha ini," kata Khalid pada sidang media selepas merasmikan upacara penutupan Persidangan Anak Muda Kebangsaan 2010 di Dewan Sivik Majlis Bandaraya Petaling Jaya semalam.
Khalid berkata selain penganjuran program belia kerajaan negeri juga akan menjalankan beberapa langkah untuk menjana ekonomi belia di seluruh Selangor menerusi program Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES).
Katanya pendekatan yang digunakan oleh kerajaan negeri bagi tujuan tersebut tidak hanya tertumpu kepada belia di bandar malah lebih menjurus kepada sektor pertanian di luar bandar.
Contohnya peluang memajukan tanah di Fruit Valley, Serendah yang memberi peluang kepada para belia untuk mempertingkat ekonomi masing-masing menerusi bidang pertanian.
"Kita (kerajaan negeri) pada awalnya telah melakukan perkara ini tetapi nampaknya tidak tersusun. Oleh sebab itu kita memanggil semula belia-belia yang berminat dari segi pertanian untuk bekerja sebagai petani moden. Buat masa ini kita dapati tidak ada belia-belia yang komited untuk jadi petani. Jadi kita gerakkan semula dengan mengadakan kursus dan pemilihan belia-belia yang patut kita ambil sebagai penggerak tanah-tanah untuk mereka meneroka sama ada penanaman buah-buahan, sayur-sayuran atau kolam ikan untuk mendapat pendapatan yang sesuai," katanya.
Di samping itu kerajaan negeri telah memperuntukkan sejumlah RM150,000 bagi 2010 bertujaun menggalakkan belia yang belum mendaftarkan diri sebagai pengundi menerusi program 'Jom Daftar Undi'.
"Saya ingin menekankan betapa pentingnya setiap belia mendaftar sebagai pengundi kerana ia merupakan aspek pemerkasaan rakyat yang paling penting. Tujuan kita berbuat demikian memberikan jati diri kepada mereka supaya hak mereka sebagai pengundi di pilihan raya adalah sangat penting dan ini telah kita jalankan."
Tambah Menteri Besar terdapat 290 kawasan yang sudah diberikan kumpulan jawatankuasa belia untuk menggerakkan belia tersebut sebagai salah satu usaha program untuk mereka terlibat dalam usaha bersama dalam masyarakat.
"Kerajaan negeri berpendapat kita tidak boleh merangka program yang teratur untuk mereka kerana kita tahu belia terdiri daripada kumpulan yang berlainan dan mermpunyai keinginan yang berbeza. Oleh sebab itu kita berikan peluang untuk belia menjana usaha-usaha yang mereka hendak lakukan," jelas beliau lagi.

Dewan Rakyat Lebih Panas Minggu Ini?


KUALA LUMPUR: Persidangan Dewan Rakyat dijangka lebih hangat minggu ini rentetan isu-isu hangat yang dibangkitkan pada persidangan minggu lepas terutama pendedahan mengenai kegagalan rancangan 16 September pakatan pembangkang.
Tumpuan pasti kembali kepada Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim (Bebas-Bayan Baru) yang membuat pendedahan rancangan 16 September ketika membahaskan usul menjunjung kasih atas titah ucapan Yang di-Pertuan Agong sehingga menyebabkan ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim (PKR-Permatang Pauh) bertindak keluar Dewan.
Zahrain, yang keluar PKR sejak bulan lepas, mendedahkan bagaimana beliau dan rakannya dalam pakatan diperalat dan dibohongi dengan rancangan itu, antara lain, kononnya pakatan mempunyai sokongan anggota Parlimen Barisan Nasional (BN) dan Anwar mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong untuk menjadi Perdana Menteri dengan sokongan wakil rakyat BN yang akan lompat parti.
Pendedahan itu menimbulkan pelbagai reaksi termasuk penafian oleh Angkatan Tentera manakala pergerakan Pemuda Umno hari ini membuat laporan polis berhubung dakwaan pembohongan itu.
Tingkah laku anggota Parlimen juga menjadi perhatian.
Rabu lepas, anggota Parlimen pakatan DAP-PKR-PAS bertindak keluar Dewan Rakyat selepas tidak dibenarkan membahas usul Kementerian Dalam Negeri (KDN) berhubung arahan kepada ketua polis untuk memastikan jalan dan laluan ke Parlimen dibuka sepanjang masa bagi memudahkan anggota Parlimen.
Anggota Parlimen pembangkang bertegas mereka berhak membahaskan perkara itu sekalipun usul itu diluluskan Timbalan Speaker Dewan Rakyat dengan undian lisan, tanpa bahas.
Antara yang tidak bersetuju dengan tindakan keluar Dewan itu ialah Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin yang menyifatkannya sebagai merugikan masa dan sepatutnya digunakan untuk membangkitkan masalah rakyat.
Muhyiddin berkata ia ibarat tidak mengendahkan titah Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin ketika merasmikan mesyuarat pertama penggal ketiga Parlimen ke-12, yang sekali lagi mengulangi teguran baginda supaya anggota Parlimen menjaga tutur kata dan tingkah laku sebagai wakil rakyat.
Wakil-wakil pembangkang juga dijangka membuat "serangan" terhadap kerajaan seperti minggu lepas apabila mereka mempertikaikan gagasan 1Malaysia dengan mengaitkannya dengan APCO Worldwide yang dikatakan terbabit dengan konsep "One Israel" pada 1999.
Bagaimanapun, firma perunding komunikasi antarabangsa itu pada Khamis menafikan dakwaan pembangkang selain menafikan pembabitan APCO dengan "One Israel" atau Perdana Menteri Israel Ehud Barak seperti didakwa.
Blok Bebas yang kini mempunyai tujuh anggota dijangka bersuara lagi minggu ini.
Anggota Parlimen Bebas lain ialah Datuk Ibrahim Ali (Pasir Mas), Zulkifli Noordin (Kulim-Bandar Baharu), Tan Tee Beng (Nibong Tebal), Mohsin Fadzil Samsuri (Bagan Serai) dan dua wakil rakyat Parti Maju Sabah (SAPP) Datuk Eric Majimbun (Sepanggar) dan Datuk Dr Chua Soon Bui (Tawau).
Jadi, tumpuan mingggu ini tentunya kepada anggota Parlimen Bebas yang belum berpeluang berhujah, khususnya Zulkifli yang digambarkan sebagai individu amat tegas pendiriannya.
Lebih penting adalah sejauh mana masa yang diperuntukkan di Dewan Rakyat itu digunakan untuk membangkitkan masalah rakyat dan bukan sekadar untuk gimik politik sempit yang akhirnya tidak membawa ke mana-mana. - BERNAMA

Chua joins president's race, Liow goes for No 2


 KUALA LUMPUR: MCA's deputy president Dr Chua Soi Lek today announced his decision to challenge incumbent Ong Tee Keat for the party presidency on March 28. Also in the race for the top post is former president Ong Ka Ting.
KUALA LUMPUR: MCA's deputy president Dr Chua Soi Lek today announced his decision to challenge incumbent Ong Tee Keat for the party presidency on March 28. Also in the race for the top post is former president Ong Ka Ting.
Earlier today incumbent vice-president Liow Tiong Lai announced that he will run for the deputy president's post in the MCA election next Sunday. He joins Kong Cho Ha for the second highest post in the party.
Chua, accompanied by hundreds of supporters at the Corus Hotel here, had Kong by his side when the announcement was made, an indication that the two will be working as a team to take over the party's leadership, although this was dismissed by Chua.

“We do not combine in factions or teams. As I said in my speech, whoever who is chosen as president has to accept those who are chosen by the delegates. Only with that thinking can we destroy all the factions in the party at this present moment,” he said.

He was also confident of being able to unite the party and transform it “so that we can face the coming general election”.

“I have been going down to the ground to engage with the grassroots. I understand their aspirations and their needs and wants. Hence, I have a strategy on how to unite the MCA members and bring about the stability that the party needs today,” he said.

Chua, whose announcement was interrupted by continous show of support from his loyalists, also criticised Ka Ting for the party's unprecedented losses in the last general election.

He further admitted that his detractors would continue to use his 2007 sex scandal as a weapon to stop him from winning.

“I have accepted the fate that in politics, there will always be those who will make use of anything and everything for the sake of political gains. But I give you my assurance that I will never use personal issues to win.

“All top leaders in MCA have their own weaknesses; it is just a matter of whether those weaknesses are exposed or not,” he said.
Liow ready to work with anyone
Liow, meanwhile, in announcing his decision, also similarly touched on the need to listen and work for the grassroots.
"MCA needs to return to its original platform as champion of the rakyat and to strengthen the party and nation," said the health minister.
He added that he had been a party member for 29 years and firmly believed in championing the party's cause.
Both Liow and Kong were elected as vice-presidents in the last party polls.
The new party election is being held after Liow, Chua and 19 other central committee members resigned from their posts following months of leadership crisis in the party.

During the critical period, Liow had become Tee Keat's main rival in asking the president to step down. He was previously a close ally of the president.

This morning, Liow had with him Youth chief Wee Ka Siong, Wanita chief Chew Mei Fun, 15 central committee members and 20 division chairmen when he announced his decision at the MCA headquarters.

“I am ready to work together with the new MCA leadership to reinforce the party’s position so it can confidently face the next general election,” he said.

“I am a team player, I am someone who put party unity first, this is not my slogan, but my commitment to the party,” he added.
When asked about risking his ministerial post if he loses the elections, Liow said that matter had not crossed his mind and added that the party's future should come before self.
Wee: We need young leaders
Meanwhile Wee said he fully supported Liow's decision to contest for the deputy president's post to rejuvenate the party.

"I will give my full support to him (Liow). This is part of the party's rejuvenation and we need to see more young leaders come up.

"In fact, I would like to appeal to the delegates in this forthcoming elections to give more chances to the young, dynamic and capable candidates from among the CC or VP to get elected," he said.
In another development, Ka Ting said he does not belong to any team, faction or associated to any, in his efforts to contest the party president's post.

He reiterated that he would not form an alliance with anybody but welcomed anybody to support his efforts to unite the party.

"If there is anyone supporting me, or faction, that will be the overall MCA faction," he told reporters after meeting MCA delegates in Malacca today.

Embattled party chief Tee Keat meanwhile said his main thrust now was to tell delegates and non-delegates the real story of happenings leading to the scenario in the party now and how hidden forces or hidden hands had been involved.

So far, he said, he had just told the people the bare facts without making any inferences as his approach was a non-confrontational one.

Nominations for the election will be held tomorrow, from 1pm to 5pm, at Wisma MCA.  

Siasat Anwar Untuk Tutup Isu APCO


Oleh Muhammad Faizal Zakaria
SHAH ALAM 21 Mac - Tindakan Umno membuat laporan polis dan mendesak pihak berkuasa mengambil tindakan ke atas Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana di dakwa menggunakan nama Yang DiPertuan Agong dan Angkatan Tentera berhubung agenda 16 September di lihat usaha menutup kesilapan negara dengan penglibatan APCO Worldwide.
Ahli Parlimen Balik Pulau Yusmadi Yusoff menegaskan dakwaan yang di buat oleh Ahli Parlimen Bayan Baru Datuk Seri  Zahrain Hashim di dalam Dewan Rakyat tidak boleh disiasat dan diambil tindakan undang-undang.
"Apa yang saya ingin nyatakan isu yang dikeluarkan di dalam Dewan tidak boleh diambil tindakan pihak berkuasa dan disiasat, kalau boleh di ambil tindakan maka semua Ahli Parlimen akan membuat laporan polis dan di siasat jika tidak puashati dengan apa yang di bahas di dalam Dewan.
"Bagi saya isu yang besar sekali adalah lihat dulu siapa watak Zahrain ini, seorang wakil rakyat yang melompat parti. Pihak polis dan SPRM perlu membuat siasatan terhadap semua wakil rakyat yang lompat parti kerana secara tidak langsung tindakan mereka melibatkan sogokan wang dan elemen rasuah.
"Zahrain yang sepatutnya disoalsiasat terlebih dahulu kerana kenyataan beliau tersirat satu agenda. Beliau yang sebelum ini kecewa kerana tidak mendapat apa yang dikehendaki sewaktu berada di dalam Pakatan Rakyat telah membuat pendedahan besar dan seolah-olah menutup kesilapan yang beliau lakukan.
"Zahrain telah menjadi orang suruhan Umno-Barisan Nasional dan tindakannya disebabkan terdapat unsur-unsur imbuhan yang telah dijanjikan oleh Umno-BN dan mempunyai motif politik," jelas beliau.
Yusmadi juga menjelaskan sepanjang bersama Zahrain dalam Pakatan Rakyat isu 16 September tidak pernah disuarakan oleh beliau melainkan isu kepimpinan sahaja.
"Sepanjang saya bersama beliau sehingga dia keluar parti, isu 16 September tidak pernah diperkatakan beliau dan yang selalu dikatakan hanya isu kepimpinan parti sahaja. Dalam isu ini saya berharap rakyat perlu melihat kepada apa yang dihujah oleh Anwar tentang penglibatan APCO Worldwide dengan kerajaan.
"Ini adalah isu yang paling penting sekali kerana melibatkan faktor keselamatan negara. Kita nak maklumkan APCO mempunyai hubungan dengan Israel dan salah satu konsultan APCO, Itamar Rabinovich adalah Duta Israel di Amerika dulu selain itu juga Klaus Naumann yang merupakan bekas Pengerusi Jawatankuasa Tentera Nato.
"Jika kita lihat pembabitan mereka adakan keselamatan negara kita terjamin? Pihak berkuasa sepatutnya menyiasat penglibatan Israel dalam aspek keselamatan negara bukannya tertumpu kepada kes 16 September yang hanya keluar dari mulut Zahrain yang secara terang rakyat tahu pembohongannya," tegasnya lagi.
Yusmadi menambah beliau akan membuat terus membangkitkan isu pembabitan APCO Worldwide dengan kerajaan dalam sidang Dewan akan mendesak pendirian kerajaan berkaitan isu itu.

Blog Alternatif Rakyat Sabah Dapatkan Maklumat


Oleh Muhammad Faizal Zakaria
SHAH ALAM 21 Mac - Persatuan Blogger Sabah yang baru ditubuhkan berazam menjadikan blog sebagai satu landasan penyebaran maklumat kepada rakyat negeri itu dalam keadaan di mana media arus perdana negeri itu dimiliki serta dikawal sepenuhnya oleh  Unmo-Barisan Nasional. 
Setiausaha persatuan Zainuddin Hassan yang dihubungi Suara Keadilan berkata blog dilihat sebagai satu alternatif kepada media arus perdana yang semakin diterima dan diminati rakyat Sabah. 
Tambah beliau rakyat negeri itu sudah hilang keyakinan terhadap cara pemberitaan dan laporan media arus perdana hanya menyiarkan berita mengampu pemimpin Umno-BN sementara menyembunyikan segala amalan rasuah dan penyelewengan yang berlaku.
"Blogger di Sabah sekarang telah bergerak pantas dan setanding dengan media aus perdana yang lain. Kami akan  menyiarkan berita yang sebenar tentang penyelewengan, penyalahgunaan kuasa pemimpin Umno-BN. Nyata rakyat sudah bosan membaca media arus perdana saban hari yang hanya memuatkan berita memuji kerajaan negeri sahaja.
"Kami juga menghadapi tentangan daripada Umno yang tidak senang dengan maklumat yang kami keluarkan, tetapi kami tetap teruskan perjuangan," kata Zainuddin
PBS setakat ini telah menarik minat lebih 128 blogger dari seluruh Sabah termasuk dikalangan blogger pro Umno-BN yang menyedari kesilapan mereka.
"Mereka ini terdiri dari pelbagai kaum, agama, bangsa dan parti. Apa yang menariknya kebanyakkan mereka yang sebelum ini dilihat pro Umno-BN telah beralih arah kepada KEADILAN. 
"Ini disebabkan minda mereka telah terbuka dengan maklumat yang kami sebarkan yang mana sebelum ini pemikiran mereka di pengaruhi oleh media arus perdana.
"Bagi saya ini adalah satu perkembangan positif kerana kalau mereka yang pro Umno-BN boleh beralih arah fahaman politik mereka saya rasa keadaan yang sama juga boleh berlaku kepada rakyat Sabah yang lain terutamanya golongan muda sekarang," jelas beliau lagi.
PBS akan menganjurkan ceramah royalti minyak di Kota Kinabalu pada 2 April nanti yang akan dihadiri bekas Menteri Kewangan Tengku Tan Sri Razaleigh Hamzah."Tengku Razaleigh telah bersetuju untuk menyampaikan penerangan tentang royalti minyak pada ceramah tersebut dan kita harap rakyat Sabah akan membuka mata berhubung isu ini dan mempertimbang agenda Pakatan Rakyat yang mahu memberikan 20 peratus royalti kepada Sabah dan Sarawak berbanding 5 peratus kini.

Pembangkang Rebut Kerusi Menjelang Pilihanraya Sarawak?


Tanda-tanda bahawa pilihan raya negeri ke-10 kian dekat, semakin terasa. Suhunya semakin membahang apabila Ketua Menteri Pehin Sri Abdul Taib Mahmud menasihati para pemimpin Barisan Nasional (BN) agar lebih kerap turun ke akar umbi bagi mendekati dan memahami masalah dan aspirasi rakyat, ketika berucap merasmikan Regata Batang Rajang 13 Mac lalu.
Kekerapan kunjungan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ke Sarawak, dengan langkah terbaharu menghulurkan peruntukan pembangunan luar bandar sebanyak RM3.4 bilion beberapa minggu lalu membayangkan bahawa ‘gendang perang’ sudah mulai dipalu. Beberapa buah parti dan bakal calon juga menyatakan kesediaan untuk bertanding di sesuatu kawasan jika diberi peluang, mengesahkan lagi bahawa pilihan raya kian menjelang.
Ketika pilihan raya hangat dibincangkan di kedai kopi dan akhbar, parti komponen Pakatan Rakyat yang akan memetrai pembentukannya di peringkat negeri secara rasmi menjelang Jun depan, sudah memperkatakan soal agihan kerusi. Gabungan Pakatan Rakyat bakal terdiri daripada empat buah parti, iaitu Parti Keadilan Rakyat (PKR), Parti Tindakan Demokratik (DAP), Parti Kebangsaan Sarawak (SNAP) dan Parti Islam Se-Malaysia (PAS).
Jika ada isu kontroversi dan rumit yang bakal dihadapi Pakatan Rakyat menjelang pilihan raya negeri, isu itu adalah berkaitan dengan pengagihan kerusi.
Masing-masing parti berusaha untuk mendapat sebanyak mungkin kerusi. Masing-masing cuba meyakinkan rakan komponen bahawa parti mereka mempunyai pengaruh yang kuat dan berpotensi memenanginya. Jika tidak ditangani dengan bijak dan betul, isu ini akan menjadi bom jangka yang bakal meledakkan nasib dan impian Pakatan Rakyat untuk menambah jumlah kerusi dalam pilihan raya nanti.
PAS yang mula melebarkan sayapnya ke negeri ini sejak 1996 memasang angan-angan untuk bertanding di 26 kawasan Melayu-Melanau. Parti yang berpangkalan di Semenanjung Malaysia itu bernafsu besar untuk memenangi semua kerusi yang bakal ditandinginya.
Sama ada itu keyakinan yang berasas atau keyakinan palsu, mereka yang faham bagaimana pengaruh dan juga imej PAS di Sarawak, menganggap bahawa kenyataan pemimpin terbabit tidak lebih daripada sekadar angan-angan besar.
Perhitungan PAS mudah difahami. Sesiapa yang hendak turun berperang, perlu yakin bahawa dia akan pulang dengan kemenangan besar. Mengangkat bendera putih sebelum turun ke gelanggang pertarungan menandakan kebaculan dan boleh melemahkan pengikut. Inilah strategi dan pendekatan yang cuba diambil oleh PAS.
Terus terang, untuk beberapa pilihan raya lagi, PAS boleh berangan-angan untuk menguasai kerusi di kawasan Melayu-Melanau, yang menjadi benteng kuat Parti Pesaka Bumiputera (PBB) pimpinan Taib Mahmud.
Ketika PAS kelihatan sukar mengawal nafsu dan imaginasinya, DAP pula bercadang untuk mencuba nasib di 25 kawasan, meskipun mengakui berpuas hati jika diberi peluang bertanding di 20 kerusi majoriti Cina atau campuran Cina. Manakala Parti Keadilan Rakyat (PKR) pula berhasrat untuk bertanding di lebih 25 kerusi, terutama di kawasan Melayu-Melanau dan Iban.
Bayangkan jika semua pihak dalam Pakatan Rakyat berkeras untuk bertanding mengikut kemahuan masing-masing? Akhirnya, mereka akan bertembung sesama sendiri, termasuk di kalangan individu yang kecewa tidak diberi peluang oleh parti. Mereka inilah yang akan bertanding sebagai calon Bebas kerana memenuhi agenda peribadi yang sempit.
Dalam satu kenyataan akhir Februari lepas, Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution membayangkan hasrat Pakatan Rakyat untuk bersemuka dengan calon BN secara langsung di semua kerusi. Pertandingan lebih daripada dua penjuru akan cuba dielakkan bagi menjamin kemenangan di pihak Pakatan Rakyat.
Dalam pilihan raya umum 2008, strategi itulah yang digunakan oleh Pakatan Rakyat di Semenanjung Malaysia bagi menjamin kemenangan. BN terpukul teruk apabila gagal mempertahankan majoriti dua pertiga di Dewan Rakyat.
Dari segi realiti, pasti akan berlaku pertandingan pelbagai penjuru, kerana Parti Cinta Malaysia (PCM) akan menentang calon BN dan Pakatan Rakyat, selain kehadiran banyak calon Bebas yang bertanding atas pelbagai motif dan tujuan. Bagi Pakatan Rakyat, PCM boleh dianggap sebagai pengacau yang merosakkan hasratnya itu. Kehadiran calon PCM bakal menguntungkan BN kerana undi untuk pembangkang akan berpecah.
Dalam pilihan raya 2006, BN menguasai 62 daripada 71 kerusi Dewan Undangan Negeri Sarawak. Pilihan raya itu menyaksikan parti tulang belakang, PBB memenangi semua 35 kerusi yang ditandingi, Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) 11 daripada 19 kerusi, Parti Rakyat Sarawak (PRS) lapan daripada sembilan kerusi, dan Parti Demokratik Progresif Sarawak (SPDP) memenangi kesemua lapan kerusi.
Keputusan itu jauh berbeza jika dibandingkan dengan keputusan 2001 apabila BN membolot 61 daripada 62 kerusi, sebelum jumlah kerusi ditambah menjadi 71 ekoran proses persempadanan semula oleh pihak Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
Sembilan orang calon pembangkang bernasib baik daripada 87 orang yang mencuba nasib. Enam kerusi dimenangi DAP daripada 12 yang ditandingi, manakala calon PKR satu daripada 25 kerusi, SNAP satu daripada 28 yang ditandingi dan calon Bebas hanya memenangi satu kerusi masing-masingnya. PAS tewas di satu-satunya kerusi yang ditandinginya. PCM baru bertapak di Sarawak beberapa bulan lalu apabila wakil Bebas kemudiannya menerajui parti itu, sesudah keluar dari PKR.
Dalam pilihan raya akan datang, SUPP yang pada pilihan raya lalu dibelenggu masalah pergolakan dalaman dan kepemimpinan, yakin untuk merampas kembali empat kerusi daripada DAP. SUPP yakin memenangi kerusi itu kerana percaya bahawa rakyat sudah meragui keupayaan DAP memperjuangkan kepentingan masyarakat Cina.
Benarkan SUPP di bawah teraju Tan Sri Dr George Chan dapat mengaum pada Tahun Harimau? Atau ia tidak lebih daripada harimau tua yang sudah hilang gigi?
SUPP berazam dan yakin dapat merampas kembali empat kerusi di Kuching yang kini dikuasai DAP, iaitu Padungan, Pending, Batu Lintang, dan Kota Sentosa. Namun ada pemerhati yang meramalkan jika tersalah perhitungan, SUPP bukan sahaja akan gagal merampas kerusi terabit, malah akan menyaksikan satu atau dua lagi kerusinya terlepas ke tangan DAP yang telah bertapak di Sarawak sejak 32 tahun lalu?
Dalam pilihan raya lalu, sokongan komuniti dan pengundi Cina terhadap SUPP merosot tajam. Dalam 15 kawasan majoriti Cina yang ditandinginya, undi yang diraihnya merosot daripada 66.2 peratus pada 2001 kepada 49.2 peratus pada pilihan raya 2006. Manakala di lapan kawasan yang dimenanginya, undi yang dimenangi turut merosot, kecuali di Bengoh, kawasan 65 peratus pengundi Bidayuh.
Satu lagi persoalan yang dijangka menarik perhatian menjelang pilihan raya akan datang ialah, bagaimana dengan kerusi yang kini digenggam empat wakil rakyat SPDP, yang bertindak keluar psrti dan seterusnya ingin menyertai PRS gara-gara kecewa dengan kepemimpinan Datuk Seri William Mawan Ikom? Adakah Mawan yang kini tertekan dengan jumlah kerusi yang dikuasainya kini, bersedia melepaskan kerusi terbabit untuk ditandingi wakil rakyat berkenaan? Atau beliau akan berkeras untuk memastikan kerusi terbabit ditandingi calon baru SPDP?
Masalah dan isu peruntukan kerusi tidak mudah diselesaikan. Isu itu pasti akan membelit Pakatan Rakyat dan dijangka mencetuskan kontroversi. Itulah sebabnya pemimpin kanannya menasihati agar isu dan masalah parti tidak dibincangkan secara terbuka, termasuk melalui media agar tidak dieksploitasi oleh pihak lawan.
Lagi cepat isu itu diselesaikan, lagi baik untuk Pakatan Rakyat. Bagi kerusi membabitkan SPDP, satu jalan keluar mungkin dengan membenarkan calon bertanding atas lambang BN, sesuatu yang pernah terjadi sebelum ini apabila krisis tercetus antara SNAP dan Parti Bansa Dayak Sarawak (PBDS).
Kerusi pasti akan terus menjadi rebutan, kerana kerusi melambangkan kuasa dan pengaruh. Mereka yang menguasainya cuba dengan apa-apa cara untuk mempertahankannya, manakala yang belum mendudukinya, memasang angan-angan untuk merampas daripada pihak yang menguasainya. Perebutan kerusi akan terus sengit dalam pilihan raya yang dijangka seawal Jun dan selewat-lewatnya April tahun depan.
Oleh Dr Jeniri Amir