Sabtu, 20 Mac 2010

Petronas temui lapangan minyak terbesar di dunia? fuyooo..kayo..kayo....den...!!!!

Ahli Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah hari ini mendakwa beliau diberitahu bahawa syarikat minyak nasional, Petronas, telah 'menemui satu lapangan minyak yang sangat besar,
kemungkinan yang terbesar di dunia'.

Penemuan ini, tegasnya, bermakna Petronas akan mempunyai masa depan yang sangat baik.

Bagaimanapun, pengerusi pengasas Petronas itu enggan memberikan butiran lanjut.

"Saya diberitahu...tiada pengumuman dibuat mengenai penemuan lapangan minyak yang sangat besar. Saya diberitahu terdapat penemuan besar... yang boleh memberi tekanan kepada harga minyak.

"Saya juga diberitahu ia merupakan lapangan minyak atau telaga minyak terbesar (bukan hanya) di sini tetapi juga di tempat-tempat lain di dunia.

"Saya tidak boleh dedah (lokasi)...saya tidak boleh beri tahu anda," katanya semasa ditanya berulang kali mengenai penemuan itu, yang beliau sebutkan dalam ceramahnya yang bertajuk, "Conversations on the Constitution and Oil Royalty -- A Constitutional Right?" anjuran Majlis Peguam Malaysia, di Kuala Lumpur hari ini.

Beliau juga tidak menamakan siapa yang memberitahunya mengenai perkembangan Petronas itu.

Sementara itu, Petronas dalam satu kenyataan ringkas, menafikan penemuan tersebut.

"Petronas ingin menjelaskan bahawa ia tidak membuat sebarang penemuan seumpama itu dan sebarang kenyataan yang menyebut mengenai penemuan sedemikian adalah tidak benar," kata perbadanan minyak nasional itu semasa dihubungi Bernama.

Tengku Razaleigh baru-baru ini tidak bersetuju dengan pendirian Kerajaan Persekutuan bahawa kerajaan Kelantan tidak mempunyai hak untuk menuntut royalti bagi minyak yang dikeluarkan dari kawasan luar pantai negeri itu.

Tengku Razaleigh, yang juga bekas menteri kewangan berkata penemuan lapangan minyak yang besar bermakna Petronas mempunyai masa depan yang baik tetapi menambah, ia perlu diurus dengan sewajarnya.

"Saya berharap Petronas akan diurus dengan baik...tiada ketirisan, agar wang dapat kembali kepada rakyat," katanya.

Beliau juga berkata beliau gembira walaupun Petronas terpaksa membelanjakan wang bagi pembinaan Menara Berkembar Petronas di sini dan pembangunan Putrajaya, pusat pentadbiran persekutuan, syarikat minyak nasional itu "masih meraih untung, dengan wang dan masih mempunyai baki rizab".

Petronas menyumbang kira-kira RM75 bilion setahun kepada kerajaan persekutuan, di mana ia bersamaan dengan kira-kira 42 peratus daripada pendapatan negara.

Sejak ditubuhkan pada 17 Ogos, 1974, Petronas telah berkembang menjadi sebuah syarikat minyak dan gas antarabangsa bersepadu dengan kepentingan perniagaan di 31 negara.

Petronas tersenarai di kalangan syarikat terbesar Fortune Global 500 di dunia.

Fortune menyenaraikan Petronas sebagai syarikat ke-95 terbesar dunia pada 2008 dan ke-80 terbesar pada 2009.

Ia juga menyenaraikan Petronas di kedudukan kelapan bagi syarikat paling mendapat untung di dunia dan syarikat yang paling meraih untung di Asia.

Harga minyak jatuh sejak dua minggu lepas sebanyak 2.8 peratus kepada di bawah AS$80 setong pada Jumaat. London Brent Crude bagi Mei turun AS$1.60 setong kepada AS$79.88.

Skim baru polis berpangkat rendah diumum 25 Mac...macam-macam ada untuk polis sekarang..!!! Jangan ada makna sudah le.....!!!

KLUANG, 20 Mac — Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak akan membuat pengumuman penting berhubung skim perkhidmatan anggota polis berpangkat rendah pada 25 Mac ini, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein.
Katanya, pengumuman Perdana Menteri itu akan dilakukan ketika beliau menghadiri sambutan Ulang Tahun Peringatan Polis ke 203.
“Pengumuman mengenai skim perkhidmatan anggota polis berpangkat rendah itu akan melibatkan perkara seperti gaji dan elaun, kebajikan anggota, peralatan dan infrastruktur,” katanya kepada pemberita selepas melawat Pondok Polis Bandar T6 di Taman Sri Lambak hari ini.
Katanya KDN, Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan Kementerian Kewangan sedang di dalam peringkat akhir perbincangan berhubung skim perkhidmatan anggota polis berpangkat rendah itu.
Hishammuddin berkata, jika dibandingkan dengan skim perkhidmatan agensi kerajaan yang lain, masih banyak yang perlu dilakukan untuk menambah baik skim perkhidmatan anggota polis.
Hishammuddin berharap penambahbaikan skim perkhidmatan anggota polis berpangkat rendah itu akan diimbangi dengan pencapaian yang lebih baik terutamanya di dalam mengurangkan kadar jenayah.
“Jikalau kita berjaya di dalam mencapai objektif sebagaimana yang ditetapkan oleh NKRA (Bidang Keberhasilan Utama Negara), saya tidak nampak mengapa usaha kita tidak mendapat perhatian daripada kerajaan,” katanya.
Katanya, kerajaan serius di dalam memperbaiki kedudukan anggota polis.
Mengenai lawatannya ke Pondok Polis Bandar T6 itu, beliau berkata, lawatan turun padang seperti hari ini telah menjadi rutin baginya sejak dilantik sebagai Menteri Dalam Negeri.
Hishammuddin berkata lawatan seperti hari ini memberi peluang kepadanya untuk mendapat gambaran tentang soal penugasan, pembahagian tugas, pentadbiran, pengurusan kes serta pendekatan untuk menjayakan NKRA di dalam mengurangkan kadar jenayah. — Bernama

Politik Pelbagai Kaum Adalah Langkah Ke Hadapan Bagi Malaysia - Ongkili....Pakatan Rakyat sudah mendahului....sekarang baru tau....!!! 1 Malaya maa...!!!!


KUALA LUMPUR, 20 Mac (Bernama) -- Politik pelbagai kaum merupakan langkah ke hadapan bagi Malaysia selaras dengan konsep 1Malaysia yang diutarakan oleh kerajaan, kata timbalan presiden Parti Bersatu Sabah (PBS) Datuk Seri Dr Maximus Ongkili.

Katanya konsep Barisan Nasional (BN) sebagai parti tunggal pelbagai kaum merupakan aspirasi pemimpin politik terdahulu termasuk bekas timbalan perdana menteri Allahyarham Tun Ghafar Baba yang melahirkan hasrat itu pada 1999.

"Konsep 1Malaysia ini juga merupakan acuan untuk membina 1BN -- BN sebagai parti pelbagai kaum yang tunggal," kata Ongkili semasa membentangkan kertas kerja bertajuk "Menginovasikan Politik Malaysia - Pendekatan Pelbagai Kaum" pada sebuah seminar politik anjuran Parti Bersatu Rakyat Sarawak (SUPP) di sini.

Ongkili, yang juga Menteri Sains, Teknoloji dan Inovasi, berkata mengurus harapan masyarakat juga melibatkan peranan kepimpinan yang mantap dan bersikap kesederhanan.

"Kita perlu menumpukan kepada perjuangan ideoloji berbanding hanya memenuhi keperluan asas. Perjuangan ideoloji adalah perjuangan untuk membentuk sebuah Malaysia yang adil, saksama, sejahtera dan bersatu padu di mana keperluan asas rakyat dipenuhi," katanya.

Misalnya, katanya, ahli parti-parti politik perlu melihat perjuangan ideoloji dan bukan hanya mementingkan keperluan sendiri seperti jawatan dalam kerajaan, kontrak dan projek kerajaan.

"Kunci kepada kejayaan mengurus sebuah parti pelbagai kaum adalah berdasarkan rakyat dan ahli memahami objektif parti bagi menampung kepentingan semua kaum di negara ini," katanya.

Katanya pemimpin di peringkat persekutuan kini lebih bersedia mendengar dan ikhlas dalam membantu Sabah dan Sarawak serta merapatkan jurang pembangunan antara kedua-dua negeri itu dengan Semenanjung.

-- BERNAMA

DAP sedia sokong BN gubal akta antilompat parti

PULAU PINANG, 20 Mac — DAP yang pernah menyatakan keperluan digubal undang-undang antilompat parti sebelum ini menyatakan kesediaan bekerjasama dengan kerajaan Barisan Nasional (BN) bagi menggubal undang-undang bagi tujuan itu.
Pengerusi DAP Karpal Singh (kanan) berkata, DAP bersedia menyokong BN jika mereka mahu membentangkan undang-undang itu dan memberi jaminan bahawa 28 Ahli Parlimen parti itu akan memberi sokongan.
“Pendirian saya jelas bahawa saya menentang tindakan melompat parti dan usaha meminda Perlembagaan Persekutuan bagi membolehkan undang-undang anti lompat parti diluluskan nampaknya cara terbaik bagi menyelesaikan isu,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas tindakan beberapa Ahli Parlimen yang keluar parti menjadi wakil rakyat Bebas yang disifatkannya sebagai mengkhianati kepercayaan pengundi.
Katanya Ahli Parlimen termasuk Datuk Seri Zahrain Hashim (Bayan Baru), Tan Tee Beng (Nibong Tebal) dan Zulkifli Noordin (Kulim-Bandar Baharu) sepatutnya meletak jawatan bagi membolehkan orang ramai memilih wakil mereka selepas mereka meninggalkan parti.
Selain itu beberapa Ahli Dewan Undangan Negeri PKR dan DAP juga telah keluar parti masing-masing untuk menjadi wakil rakyat Bebas di Perak, Kedah dan Selangor.

ISA: Sikap hipokrit BN dibongkar

Oleh Era Pakatan
Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) yang dianggotai lebih daripada 83 buah organisasi terdiri daripada Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO), Parti-Parti Poliltik, Badan Hak Asasi Manusia, Wanita, Mahasiswa, Majlis Peguam dan Pertubuhan Pekerja menggesa Kerajaan untuk menghentikan cadangan pindaan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) tetapi sebaliknya menegaskan ISA mesti dimansuhkan. 

Dalam kerajaan ingin meminda akta ini, satu penangkapan ISA terbaru telah diberi liputan besar-besaran oleh media milik kerajaan bahawa kerajaan telah menahan sekumpulan pelajar yang majoritinya adalah dari luar negara yang sedang menuntut di beberapa universiti di Malaysia dan menuduh mereka sebagai pengganas antarabangsa.

Seramai 12 orang telah ditahan pada 21 Januari 2010. 

Mereka telah dinafikan hak untuk bertemu peguam walaupun telah beberapa kali dipohon.

Mereka telah menfailkan permohonan habeas corpus sehingga hari perbicaraan iaitu pada 11 mac 2010, mereka masih tidak dibenarkan berjumpa peguam.

Kerajaan dengan ini jelas mencabul hak mereka. Apakah ini yang dikatakan pindaan yang menambah baik ISA? 

Tiba-tiba mereka yang dituduh pengganas itu dibebaskan dan secepat kilat dihantar pulang ke negara masing-masing dan beberapa orang masih menunggu di Jabatan Imigresen untuk dihantar pulang tanpa memaklumkan kepada isteri dan ahli keluarga mereka dan tanpa membenarkan mereka berjumpa ahli keluarga mereka sebelum dihantar pulang.

Isteri-isteri tersebut adalah Bashirah isteri kepada Luqman Abdul Salam yang dihantar pulang pada 13 Mac 2010 dan Khalidah isteri kepada Abdul Alhi Bolajoko Uthman yang dihantar pada 14 Mac 2010.

Kedua-duanya dihantar pulang ke Nigeria. Ummu Huzaifah isteri kepada Sheikh Aiman warganegara Syria, seorang pelajar PhD Universiti Putra Malaysia hanya dapat bercakap dengan suaminya melalui telefon sejurus sebelum suaminya berlepas (dihantar pulang) pada 16 Mac 2010. 

Tindakan kerajaan Malaysia yang mempunyai elemen penderaan emosi dan psikologi terhadap isteri mangsa ISA adalah bertentangan dengan Konvensyen Antarabangsa, CEDAW yang menghendaki setiap negara di dunia menghentikan sebarang bentuk penderaan dan keganasan terhadap wanita. 
  
Jawatankuasa Pusat Sokongan Keluarga Gerakan Mansuhkan ISA (PSK-GMI) mengecam tindakan tidak berperikemanusiaan Menteri Dalam Negeri yang bertanggungjawab terhadap pasukan polis dan jabatan imigresen Malaysia yang membiarkan ahli keluarga mereka yang ditahan bersendirian  terumbang ambing di Malaysia.

Mereka tidak mempunyai keluarga di sini bahkan mereka datang kerana menemani suami mereka untuk melanjutkan pelajaran di Malaysia. 

Alangkah terkejutnya mereka apabila tiba-tiba suami mereka ditahan tanpa dibenarkan membela diri terus dihantar pulang dan meninggalkan mereka bersendirian dengan anak-anak di sini.

Mereka adalah wanita yang mempunyai hak untuk dilayan seperti manusia dan bukan dibuat sesuka hati oleh Menteri Dalam Negeri. 

Kami memberi amaran kepada Menteri Dalam Negeri bahawa kes penangkapan ini akan menjadi bebanan dan memburukkan imej Malaysia di mata dunia.

Malaysia yang selama ini mempromosikan bahawa negara kita adalah destinasi pelancongan dan sebagai hub pendidikan pelajar luar negara khususnya dari negara timur tengah telah tercemar dan menakutkan mereka kerana adanya undang-undang drakonian iaitu ISA. 

Kempen supaya ISA dimansuhkan sudah berjalan sejak 20 tahun lalu dan telah berjaya mencipta gelombang kesedaran dan perubahan hasil daripada kempen GMI dan anggota gabungannya.

Isyarat jelas penolakan terhadap ISA dilihat pada  keputusan  Pilihanraya Umum ke-12, 8 Mac 2008 dan kejayaan Himpunan Mansuhkan ISA pada 1 Ogos 2009. 

Jawatankuasa Pusat Sokongan Keluarga Gerakan Mansuhkan ISA(PSK-GMI) yang selama ini menjadi tempat mengadu nasib  bagi kaum wanita dan kanak-kanak  mangsa ISA, tetap dengan pendirian bahawa ISA telah menzalimi golongan wanita.

Hasrat kerajaan yang kononnya membela wanita adalah ternyata kenyataan hipokrat apabila menggunakan ISA terhadap rakyat dan sesiapa sahaja dan sekaligus menganiaya golongan wanita dan kanak-kanak yang menjadi keluarga tahanan. 

Sejak tahun 1960 hingga kini (2010), lebih 20,000 orang ditahan tanpa bicara di bawah ISA. Kesan penangkapan ISA, lebih 50,000 orang terdiri dari wanita dan kanak-kanak yang telah  kehilangan ketua keluarga yang mencari rezeki dan tempat bergantung pendidikan dan kasih sayang seorang bapa. 

Dengan ini kami menuntut agar:
  1. Kebajikan isteri-isteri pelajar-pelajar ini ditanggung oleh Kerajaan Malaysia
  2. Jika mereka ingin pulang ke negara masing-masing, kerajaan mestilah menguruskan penghantaran mereka sehingga selamat sampai
  3. Kerajaan memohon maaf atas kesilapan menahan suami mereka dan membayar gantirugi pengajian suami mereka yang terhenti disebabkan pengkapan ISA
Kenyataan Media ini turut disokong oleh:

1.   Zuraida Kamaruddin (Ahli Parlimen Ampang & Ketua Wanita PKR)
2.   Chong Eng (Ahli Parlimen Bukit Mertajam & Ketua Wanita DAP)
3.   Hjh Nuridah Salleh (Ketua Muslimat PAS)
4.   Dr Siti Mariah Mahmud (Ahli Parlimen Kota Raja)
5.   Lee Boon Chye (Ahli Parlimen Gopeng)
6.   Tian Chua (Ahli Parlimen Batu)
7.   Nurul Izzah Anwar (Ahli Parlimen Lembah Pantai)
8.   Dr Lo’ Lo’ Mohamad Ghazali (Ahli Parlimen Titiwangsa)
9.   Haniza Talha (Adun Taman Medan, Timbalan Speaker Dun Selangor) 
10. Rodziah Ismail (Adun Batu Tiga, Exco Wanita Kerajaan Negeri Selangor)
11. Siti Aishah Hj Ghazali (Adun Merbau Pulas, Exco Wanita Kerajaan Negeri Kedah)
12. Saari Sungib (Adun Hulu Kelang)
13. Mumtaz Md Nawi (Senator, Kelantan)
14. Siti Zailah Mohd Yusof (Ahli Parlimen Rantau Panjang)
15. Fuziah Salleh (Ahli Parlimen Kuantan)
16. Teo Nie Ching (Ahli Parlimen Serdang)

Kerajaan Harus Ambil Iktibar Dari Bantahan Dunia

Kerajaan diminta mengambil iktibar dari bantahan Ahli-Ahli Parlimen United Kingdom mendesak Umno-BN menghentikan penderaan politik terhadap pembangkang.
Pelbagai pihak berpandangan bahawa maruah negara dan rakyat Malaysia telah diperjudikan di mata dunia oleh pemimpin-pemimpin politik yang menghalalkan apa sahaja cara demi kepentingan politik sempit.
Badan hak asasi manusia, Suara Rakyat Malaysia mengulangi gesaan masyarakat antarabangsa mendesak Umno-BN untuk tidak memperkudakan aparatus kerajaan untuk menghancurkan seteru politik mereka.
Penyelaras Suaram, E Nalini berkata pihaknya telah melihat dan menerima pelbagai aduan berhubung salahguna kuasa pemerintah yang menghalang pembangkang dari merapati masyarakat.
"Ceramah-ceramah yang dianjurkan pembangkang, misalnya yang dianjurkan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim, selalu dihentikan oleh polis. Polis adalah di bawah institusi kerajaan. Mereka menerima arahan daripada IGP dan ini menunjukkan memang ada diskriminasi kepada pembangkang," jelas beliau.
Baru-baru ini, Ahli Parlimen Tian Chua dan Nurul Izzah dipanggil ke Balai Polis Petaling untuk diambil keterangan berhubung ceramah mereka di Taman Seri Sentosa. Mereka dipanggil atas alasan melanggar syarat permit dan menyentuh isu perkauman.
Pada malam 8 Mac lepas, program memperingati Kemenangan Dua Tahun Pakatan Rakyat terhalang selepas Unit Simpanan Persekutuan merempuh masuk premis Kelab Sultan Sulaiman dan menyerbu pentas yang menempatkan pimpinan Pakatan Rakyat.
Modus operandi seperti ini tidak terhenti di lapangan, bahkan terlanjur sehingga ke Dewan Rakyat.
" Di Parlimen juga kita boleh nampak sebarang resolusi yang dibawa oleh pembangkang selalunya akan ditolak. Walaupun resolusi yang dibawa bermanfaat kepada rakyat tetapi akan ditolak atas alasan tidak ada masa," kata Nalini.

Ku Li: Perdana Menteri Jelas Tersimpang

Demi laba politik, kerajaan Datuk Seri Najib Razak menyimpang dari matlamat membantu negeri-negeri miskin di pantai timur melalui hasil khazanah petroleum seperti yang dirancang oleh bapanya Perdana Menteri Kedua, Tun Abdul Razak.
Hakikat ini didedahkan dalam Forum Royalti Minyak Hak Perlembagaan? hari ini oleh Pengasas Petronas, Tengku Razaleigh Hamzah yang  membentangkan bagaimana Tun Abdul Razak mahu Petronas dituibuhkan demi  membangunkan Pantai Timur.
"Tun Razak berkata, walau apapun, kita perlu wang minyak itu untuk Pantai Timur. Jadi saya pun cuba lakukan apa yang dianggap mustahil dan saya siapkan draf (undang-undang Petronas) dan menhantarnya ke Jabatan Perdana Menteri untuk dinilai," katanya.
Beliau menerangkan konsep asas perjanjian minyak antara Petronas dan kerajaan negeri ialah pemberian royalti 5 % kepada kerajaan negeri kerana menyerahkan hak pengurusan hasil minyak kepada Petronas.
Malah Akta Pembangungan Petroleum 1974 ditulis sebegitu rupa untuk memberikan lebih peluang kepada anak-anak negeri di pantai timur mendapat manfaat hasil bumi negeri mereka.
Tengku Razaleigh berkata, pada semangatnya amalan pengagihan hasil petroleum di Terengganu sebelum ini tidak menghadapi sebarang masalah ketika di bawah pentadbiran Umno-BN.
"Akhirnya semua negeri bersetuju memberi hak petroleum kepada kita tetapi sebagai ganti mereka dapat 5% atas hak untuk petroleum di luar pantai yang mereka beri kepada Petronas . Mudah. Saya tak faham kontroversi ini kerana berdasarkan keadaan ini, Terengganu dibayar berbillion dollar. Tetapi bila tahun 99, PAS menang, bayaran dihentikan. Kerajaan Negeri diberi wang ehsan duit itu disalurkan pada agensi kerajaan. Saya pelik kerana tiada apa dalam peruntukkan undang-undang ini yang megatakan kerajaan Persekutuan boleh campur isu negeri," jelas beliau.
Cubaan Kerajaan Umno BN ini dilihat sebagai tindakan menghalang usaha pembangunan kerajaan Negeri yang tidak ‘sehaluan politik’ dengan mereka.
Tengku Razaleigh juga mempertikaikan mekanisme kewangan yang cuba digunapakai di Kelantan berhubung isu royalti petroleum kerana  ketelusan dan keberkesanannya seperti apa yang berlaku dalam amalan  ‘wang ehsan’ di Terengganu.
"Tapi kita lihat apa yang berlaku di Terengganu, penyalahgunaan, korupsi, kerana ia tidak bertanggungjawab. Hampir 20 bilion dibelanjakan dalam wang ehsan. Kerajaan Negeri Terengganu walau telah disambung pemberian wang ehsan tidak bersetuju memerima baki royallti kerana tidak mahu bertanggungjawab dengan penyalahgunaan wang ehsan selama 5 tahun ini. Buat stadium, runtuh, bus stop, runtuh, swimming pool, bocor," katanya.
Seorang lagi ahii Panel, Tommy Thomas, yang juga peguam dalam kes royalti minyak Terengganu mendedahkan bahawa perkara ini hanyalah penderaan politik oleh kerajaan Barisan Nasional dengan memberi contoh pengalaman Terengganu.
"Nov 99, selepas pilihanraya umum, Pas telah menang di Terengganu tapi selepas Mac 2000, tiada bayaran royalti diberikan. Kita boleh pergi kepada September 2000. Tiada asas undang-undang untuk hentikan bayaran tetapi ia keputusan politikal yang dibuat oleh Mahathir sebelum itu untuk halang PAS dari dapat bayaran," jelasnya.

Jangan lihat Makkal Sakti satu ancaman, kata Najib..aloo bro sammy no komen ah...!!!

KUALA LIPIS, 20 Mac — Parti komponen Barisan Nasional (BN) tidak perlu berasa gusar dan melihat sokongan Parti Makkal Sakti Malaysia kepada BN sebagai satu ancaman kepada mereka, kata Datuk Seri Najib Razak.
Perdana Menteri berkata apa yang penting adalah perpaduan antara semua pihak yang menyokong BN sama ada secara individu atau berkumpulan kerana setiap rakyat ada cara masing-masing walaupun mereka bukan menganggotai BN.
“Kalau kita tengok secara teknikal saja, kita yang rugi sebab terpulang kepada rakyat untuk sokong BN dengan cara masing-masing sama ada melalui MIC, Parti Progresif Penduduk, Gerakan atau Makkal Sakti. Apa yang penting adalah matlamat, kejayaan dan kemenangan BN,” kata beliau.
Beliau berkata demikian ketika berucap di majlis mesra rakyat bersama Parti Makkal Sakti Malaysia yang turut dihadiri presiden parti itu, R. Thanenthiran (gambar) di sini hari ini.
Najib, yang juga Pengerusi BN, berkata sokongan kaum India kepada BN kini bertambah kukuh setelah kaum itu kecewa dengan kegagalan pembangkang menunaikan janji yang ditabur sebelum pilihan raya.
Sokongan itu, kata beliau, jelas terbukti dalam pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri kawasan Bagan Pinang, Negeri Sembilan baru-baru ini apabila sebahagian besar kaum India telah memberi sokongan mereka kepada BN.
Justeru, Najib berharap kaum India sedar mengenai langkah yang sedang dan akan diambil kerajaan, yang sama seperti terhadap kaum lain di negara ini, misalnya kelulusan peruntukan RM130 juta di bawah dua pakej rangsangan untuk membina serta membaik pulih sekolah Tamil di seluruh negara.
Katanya beberapa peruntukan lagi yang diberikan kerajaan kepada kaum itu menunjukkan sikap adil dan saksamanya terhadap semua kaum.
Perdana Menteri berkata gagasan 1 Malaysia juga menarik minat penyokong dan anggota Parti Makkal Sakti Malaysia untuk menyokong BN kerana gagasan itu boleh memberi tempat yang adil serta saksama kepada semua kaum di negara ini.
“Parti berkenaan yakin dan percaya bahawa kerajaan ikhlas untuk berlaku adil dan saksama kepada semua kaum dan saya adalah Perdana Menteri untuk semua kaum dan semua etnik.
“Kalau kita dapat berlaku adil, tiada kaum atau etnik yang akan rasa terpinggir dan diketepikan dalam proses pembangunan,” katanya. — Bernama

PR can work, provided…


MARCH 20 — As Zaidel Baharuddin’s The Malaysian Insider article ‘Pakatan Rakyat to Pakatan Riot’ explains, there remain unresolved doubts about how PR parties can work together to lead the country.
Surely they cannot be given the reins to rule? Or can they?
I have been a long-time sceptic of PR. But having laboured long and hard over how they might share power, I am now warming up to them.
I am beginning to sense that they might actually be viable as an alternative to BN, provided they are willing to make some fundamental changes in the way they think about power sharing.
If they can discard the conventional wisdom that applies as to how a federal government should normally operate, and build a new model suited to PR, then it might just work.
Imagine three fuels. Leaded, Unleaded and Diesel. These fuels when mixed together cannot power any car. But yet each fuel could be used to run a specific kind of car quite effectively. And this is, to me, the key to solving PR’s power-sharing impasse.
If Malaysians insist on having Malaysia governed centrally as a single unit (like riding in one big bus with one driver using one fuel), then BN remains the only option.
Pakatan Rakyat fuels cannot be used for this bus when mixed together.  But what if we threw out the ‘single bus’ model and opted for a ‘tag-team model’ instead?
The tag-team model would mean that there would be separate vehicles going forward independently, but yet working together, supporting one another, even competing with each other, and united and bonded by the desire to get everyone to the same destination.
Let me elaborate.
For illustrative purposes, Malaysia could be divided into three distinct socio-economic zones. Say, firstly, the West Coast of the peninsula; secondly, the East Coast of the peninsula; and thirdly, Sabah and Sarawak. Each zone is like a vehicle in this tag-team model.
The tag-team model would have the following governance structure:
Firstly, a ‘presidential-like’ prime minister, who would oversee all matters that truly relate to holding the federation together and bringing it forward for the sake of all Malaysians. His responsibilities would therefore include all portfolios, but only in so far as they are truly relevant at a national level (much like that of a US President).
He would then delegate his executive authority in relation to the administration of federal matters for each zone to an appointed viceroy. The viceroy for each zone would in essence be the driver of the vehicle in the tag team.
The viceroy’s federal responsibility for his zone might include finance, trade and industry, education, religion, health, infrastructure and human capital development, tourism, youth and culture, etc. The federal Cabinet will ensure that each zone is allocated a fair and equitable share of the federal budget to enable the viceroy to do his job. The viceroy would be a full member of the Cabinet and would remain answerable to the prime minister.
The viceroy for the West Coast might be from PKR or DAP (or this zone could itself be split into two to make for easier governance). The viceroy for the East Coast might be from PAS. And the viceroy for Sabah and Sarawak might be from a new PR component party representing those states.
The viceroy would be selected by the prime minister in consultation with party leaders. Although representative of the party to which he or she belongs, the viceroy must be independent and be willing to put the interest of the country first, before the zone or the party he or she represents.
The prime minister will manage all inter-zone affairs himself, for the interest of the country as a whole. But beyond that, each zone will naturally go forward based on policies of the PR party to whom its viceroy belongs. Yet the administration of the zones will be structured to promote and foster collaboration and co-operation, and be subjected to the collective accountability of the Cabinet and compliance with the Federal Constitution.
The struggle between PR component parties to secure other Cabinet positions becomes less intense, because via the viceroy, they each have effective administrative influence where real change can take place, especially in the zone where they have the greatest support.
Other federal ministries will focus on national policy development but no longer wield the authority to impact real change on the ground, since this is left primarily to the viceroy.
This would be a total departure from the BN governance model of today.
What happens to state governments? They remain as they are. To build state governments into the equation makes it too complex a model to manage. This is especially so if Barisan Nasional remains in control of a large number of state assemblies. This is only a proposal how PR could allocate federal responsibility between the parties should they come into power.
The net effect is that we have different parts of the country that will have different federal administrative styles. And as private citizens, we would be quite at liberty to move to the zone that we think most suits our lifestyle, and other people might move in the opposite direction for the very same reason.
So there will no longer be a ‘one-size-fits-all’ model.
I struggle to see how PR can ever look to run the federal government based on the ‘one bus-one driver-one fuel’ model, given their ideological differences. But if they offer the ‘tag-team’ model, then it might be an interesting proposition to consider.
For sure, if that were the case, it will make it so much easier for me to decide where to cast my vote at the next general election.

Sekarang Semua Kecoh pasal 16 Sept.. Ini yang aku tahu!

Sekarang Semua orang nak kecoh pasal 16 Sept.. Meh aku pun nak sebuk-sebuk kecoh.. Korang semua dah baca kan versi blogger2 lain kan...? Termasuk yang Raja Pertra punya kan? Sebenarnye ape yang blogger lain bagitau pun semua nye betul tapi mungkin dari segi pemahaman dan penyamaian jer berbeza!

Nah, kali nih aku citer lak ape yang aku tahu pasal Projek 16september, Jangan tanya aku sape bagitau... yang penting korang semua paham ape yang aku sampaikan.. dan korang bandingkan dengan penulisan blogger2 lain...

1. Yang bakal lompat pada 16 Sept banyak bukan melayu... Kerana ramai bukan melayu BN dah tak tahan perangai anggok2 geleng2 dalam Umno.. Melayu Umno masih dengan perangai anggok2 geleng2 ialah dapat ape yang di hajati... Dari beli ketip kuku sampai main judi kat kasino US semua support! Ini yang pertama... Harus di fahami... Bukan melayu seperti MCA dan SNAP nak berubah...

2. Memang aku akui aku tau pasal Hadi Awang lah yang mengagalkan projek 16sept kelmarin.. Alasan utama kerana MELAYU! dan sebab tu Tulang Besi kata pasal majoriti bukan Melayu akan perintah.. Itu memang betul.. tapi aku rasa kalau kita tengok kabinet Anwar buat hari tu... cukup Adil.. TGHA akan jadik TPM.. dan setiap menteri ada semua kaum, dan di ketuai oleh Melayu Islam..

3. Kalau ikut perancangan cara lompatan yang di ilhamkan oleh ANWAR IBRAHIM adalah cara betul kalau bandingkan dengan kes PERAK.. (pencacai blogger je kate Perak cara betul) atau pun dibandingkan dengan LOMPATAN KATAK sekarang yang bodoh tu!

4. Kenapa aku kata cara yang betul... Korang baca nih dan fahami! Caranya, iaitu melalui usul undi tak percaya akan di buat dalam dewan.. (Anwar pernah tulis surat kepada PakLah panggil sidang tergempar) Dan kalau jadik perkara ini jadik, ada 2 kemungkinan sahaja, iaitu Pak Lah letak jawatan, ataupun Pak Lah cabar di PRU. (maknanya parlimen bubar) macam Nizar nak buat tempoh hari... Tapi ape katak sekarang buat?

5.Masih ingatkah PakLah mengumumkan penanguhan parlimen kerana kononnya menghormati bulan puasa.. Tapi sebenarnya kerana takut dalam parlimen akan ada orang (ANWAR atau pihak pembakang) mengusul undi tak percaya kepada PakLah.. sebab tu ia ditangguhkan, dan BN menghantar para yang bakal lomat parti ke Taiwan bagi brainwash..

6.Itu yang aku tau.. tapi malas nak goreng dalam blog sebelum nih... Sebabnye TGHA... mau kena walaaaa oooooo.... 

Maaf le kalau terkasar bahasa sape tak paham versi aku, korang boleh tanya kat aku balik...

Barangkali Mursyidul Am terlupa

Misai Merah menulis dalam postingnya yang bertajuk "Murshidul Am tak sebut nama Ustaz Nasa?":
Menurut sumber-sumber yang dipercayai sewaktu Murshidul Am Pas berucap dalam ucaputama majlis tersebut tidak menyebut langsung nama Ustaz Nasa dalam muqaddimah ucapannya sedangkan nama-nama lain Tok Guru sebut. Hadirin di barisan hadapan majlis merasa terkejut dan masing-masing memandang antara satu sama lain. Mereka 'sut sit sut sit' antara satu sama lain.
Barangkali Mursyidul Am terlupa. Hanya itu yang dapat saya katakan.

Berkaitan:
Perpaduan politik umat Islam boleh dicapai - Nasharudin (Utusan Malaysia 10/3/10)
PB.

SMM 'bergelimpangan' teruskan kongres

Selepas halangan demi halangan, Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) hari ini meneruskan kongres gerakan mahasiswa anjuran mereka dengan penuh daif, sehingga pesertanya terpaksa duduk bergelimpangan di lantai.

Walaupun program tersebut berlangsung di tempat yang penuh selesa di sebuah dewan milik Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), kumpulan tersebut mendakwa kerana “mahalnya” dewan itu, mereka tidak lagi mampu menyewa kerusi.

“Kami tidak mampu bayar. Dewan ini bukannya murah. Cuba tengok di sebelah sana,” kata pengerusinya Hilman Idham sambil menunjuk ke arah tabung derma yang diletakkan di sebelah pintu masuk dewan tempat program itu berlangsung.

Semalam, sebuah universiti universiti di Lembah Klang Universiti Malaya (UM) dilaporkan melarang pelajarnya menghadiri program anjuran SMM - yang sering dilabelkan propembangkang.

Dalam notis yang ditampal di sekitar universiti itu semalam, kongres tersebut didakwa bakal membincangkan isu-isu politik yang didakwa bertentangan dengan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU).

Ditemui Malaysiakini di program tersebut, Hilman menceritakan, SMM terpaksa bertukar tempat di saat akhir (semalam) kerana “disabotaj” pihak-pihak tertentu.

Katanya program tersebut tersebutnya yang sepatunya berlangsung di sebuah dewan di Taman Setiawangsa ditukar tempatnya setelah “dihalang” dengan pelbagai alasan.

Hilman berkata, ketika pihaknya mahu mengadakan raptai program semalam, seorang pegawai yang ditugaskan menjaga dewan berkenaan memberitahu mereka, program tersebut tidak sesuai dijalankan di dewan milik Majlis Amanah Rakyat (MARA) itu.

Menurut pemimpin pro-Mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) itu, kakitangan tersebut antaranya memberitu mereka, program tersebut “tidak sesuai” dijalankan di situ kerana melibatkan anak ketua pembangkan Nurul Izzah Anwar.

Bagaimanapun kedatangan Nurul Izzah yang juga ahli parlimen Pantai bagi merasmikan program tersebut pagi ini ternyata mengubat hati kira-kira kira 300 penuntut daripada pelbagai universiti di seluruh negara itu.

Dalam ucapannya, beliau antaranya mengimbau kembali detik-detik ketika bapanya Datuk Seri Anwar Ibrahim bergelut dalam gerakan reformasi sepuluh tahun lalu.

ADUN Bukit Tunku Lau Weng San juga turut hadir menyaksikan program tersebut. Beliau turut kelihatan duduk bersila di lantai.

Pada hari ini, di tempat yang sama, sekretariat belia Selangor turut mengadakan persidangan anak muda di tempat yang sama, tetapi dewan yang berbeza, sekali gus memeriahkan lagi suasana sekitar kawasan itu.

Tidak Pernah Terfikir Untuk Berhenti - Tee Keat


KOTA KINABALU: "Tidak pernah sekalipun terlintas di fikiran saya untuk berhenti," kata Presiden MCA, Datuk Seri Ong Tee Keat.
Beliau memberikan jawapan itu sebagai respons ketika ditanya kemungkinan beliau dan bekas presiden Tan Sri Ong Ka Ting mencapai persetujuan bahawa salah seorang daripada mereka menarik diri daripada bertanding jawatan tertinggi parti pada pemiliah 28 Mac ini.
Ketika ditanya berhubung kenyataan Ka Ting dalam satu temubual di televisyen malam tadi yang tidak menolak kemungkinan seperti itu akan berlaku sebelum penamaan calon Isnin ini, Tee Keat bagaimanapun berkata, beliau menghargai apa jua bentuk usaha dalam menyelesaikan krisis parti.
"Saya tidak tahu apa yang dikatakannya, pada masa itu saya tidak menonton tv, cukup untuk saya katakan, saya hargai sebarang usaha untuk menyelesaikan krisis parti.
"Tapi, setakat ini, pada pemahaman saya dan juga untuk pengetahuan anda, setakat yang saya tahu, tidak pernah terlintas di fikiran saya untuk berhenti dan setakat ini tiada sesiapapun yang berjumpa saya untuk apa-apapun," katanya kepada pemberita selepas mengadakan pertemuan dengan perwakilan MCA dari bahagian pantai barat Sabah di sini, hari ini. Berhubung dakwaan Ka Ting bahawa MCA masih sebuah parti yang terancang dan bersatu apabila beliau bersara pada 2008, Tee Keat berkata, masalah itu diwarisi apabila beliau mengambil alih jawatan presiden.
"Beliau (Ka Ting) boleh membuat sebarang dakwaan tapi kenyataannya ialah kes disiplin membabitkan Datuk Dr Chua Soi Lek, sebenarnya merupakan legasi yang saya warisi kerana kes itu sepatutnya diselesaikan semasa tempoh perkhidmatannya dan sudah tentu saya tidak ada pilihan tetapi perlu menanganinya mengikut peraturan.
"Sudah tentu, kekalahan teruk pada pilihan raya umum 2008..ketika itu ramai orang termasuk calon dan saya sendiri berasa terdapat isu seperti Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ) yang merupakan bom jangka, di mana kita gagal tanganinya di kemuncak pilihan raya..Ka Ting masih presiden pada masa itu," katanya.
Tee Keat berkata, beliau menyebut perkara ini tanpa sebarang niat untuk menyindir atau membabitkan seseorang tetapi semata-mata untuk menyatakan fakta dan rekod.
Sementara itu, dalam pertemuannya dengan pemimpin dan anggota MCA Sabah di Tawau malam tadi dan di sini hari ini, beliau mengingatkan anggota parti itu supaya terus mendekati masyarakat setempat.
"Walaupun tengah hangat kempen pemilihan parti yang dijadualkan 28 Mac ini, tapi saya juga menyarankan rakan-rakan seperjuangan saya bila kita turun padang berkempen pun tidaklah terhad saja tumpuan kepada hal ehwal parti.
"Yang lebih penting bila kita menegaskan perlunya transformasi parti, kenalah kita senada senafas dengan masyarakat setempat ... supaya dapat mengetengahkan isu-isu atau permasalahan utama yang dihadapi rakyat," katanya. - BERNAMA

Pendedahan Zahrain Bukti Ada Pihak Cuba gugat Keamanan Negara


KOTA BAHARU: Pendedahan Anggota Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim mengenai usaha Datuk Seri Anwar Ibrahim mengambil alih kerajaan pada 16 Sept tahun lepas, menunjukkan ada pihak cuba menggugat keamanan negara melalui taktik-taktik kotor dan tidak mengikut amalan demokrasi negara.
Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed, berkata tindakan itu memalukan rakyat dan negara serta membantut usaha mewujudkan negara yang rakyatnya hidup dalam keadaan harmoni, aman dan damai.
"Pendedahan Yang Berhormat Zahrain itu menunjukkan ada pihak cuba menggugat keamanan negara yang dipilih secara sah oleh rakyat melalui taktik-taktik kotor," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Keusahawanan ECER-KPT 2010 di sini, hari ini.
Mustapa, yang juga Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan, diminta mengulas mengenai tindakan Zahrain mendedahkan taktik Anwar di dalam usahanya mengambil alih kerajaan pusat yang mendakwa tindakannya itu mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong serta Angkatan Tentera Malaysia (ATM).
Menurutnya, usaha yang menyimpang daripada matlamat asal perjuangan untuk membela rakyat hanya akan menghalang keyakinan untuk melihat kestabilan politik negara akan kekal, terutama dalam menarik pelabur asing menanam modal di negara ini.
"Masa sekarang ialah masa untuk kita bekerja untuk mengembalikan keyakinan rakyat dan dunia luar terhadap negara kita supaya berada dalam stabil, aman dan damai tanpa disabotaj oleh mana-mana pihak," katanya.
Beliau berkata tindakan tidak beretika seperti itu amat memalukan dan merugikan negara.- BERNAMA

PR tunai janji RM100 kepada warga emas


SEBERANG JAYA, 20 Mac: Apa yang dijanjikan oleh Kerajaan Pakatan Rakyat Pulau Pinang hari ini dikotakan apabila seramai 300 orang warga emas seluruh Seberang Perai menerima wang RM100 setahun sebagai penghargaan mereka peringkat Perdana di Dewan Serbaguna Tapak Ekspo Seberang Jaya petang tadi.
Sumbangan yang disampaikan sendiri oleh Ketua Menteri, Lim Guan Eng diiringi Timbalan Ketua Menteri 1, Dr Mansor Othman serta Exco Kerajaan Negeri itu terbukti kesungguhan kerajaan negeri membantu golongan terbabit bukannya cakap kosong sebagaimana yang disangkakan oleh Umno dan Barisan Nasional (BN).
Pemberian itu sekaligus melawan dakyah Umno dan BN yang sering mendakwa pemberian berkenaan merupakan 'sogokan politik' kononnya untuk memastikan Pakatan Rakyat terus berada di hati rakyat setelah berjaya menang pada pilihan raya umum dua tahun lalu.
Lim Guan Eng dalam ucapanya menegaskan, selain memberikan RM100 setahun pada warga emas kerajaan negeri tetap mengutamakan kebajikan rakyat berbanding kerajaan BN yang asyik memenuhkan poket kroni sahaja.
Prinsip 3P iaitu Perkasakan, Perkuasakan dan Perkayakan bukan slogan kosong bahkan telah menjadi realiti BN hingga segala curahan yang mereka berikan tiada tolok bandingnya dengan kemajuan yang diperolehi oleh Negeri Pulau Pinang dari dulu sehinggalah sekarang.
Hari ini juga tambahnya, dakwaan bahawa penghargaan warga emas digunakan untuk menambah ahli DAP silap sama sekali sebaliknya merupakan suara sumbang ekoran perasaan dengki kerajaan terdahulu kerana gagal melaksanakan program seumpama itu walaupun telah memerintah lebih 51 tahun.
"Untuk pengetahun anda semua seluruh warga emas yang didaftarkan berjumlah 82,983 orang.  Jumlah itu meliputi 54 peratus di bahagian pulau manakala 47 peratus di Seberang Perai.  Kami bukan anti Melayu atau Islam sebagaimana yang digambarkan kepada umum," ujar beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Air Putih.
Beliau juga mengucapkan terima kasih pada jentera Adun, Ahli Parlimen, Senator, Ahli Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP), Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) dan Jabatan Kebajikan Masyarakat yang bertungkus lumus untuk menjayakan hasrat Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat.
Selagi Pakatan Rakyat memerintah Pulau Pinang selagi itulah bantuan kepada warga emas akan diteruskan tanpa ada pilih kasih sepertimana yang diamalkan oleh Kerajaan BN dahulu.
"Kerajaan sekarang merupakan kerajaan yang dengar suara rakyat, buat kerja untuk rakyat dan memberi harapan baru kepada rakyat.  Kerajaan Pakatan Rakyat tetap tidak akan melupakan jasa yang telah ditaburkan demi pembangunan Pulau Mutiara, " kata Lim bersemangat.

Presiden bangga MP, Adun PAS tidak terjun dari bahtera


SEBERANG JAYA, 20 Mac: Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berbangga dengan prestasi semua ahli parlimen (MP) mahupun Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) parti itu seluruh negara kerana tidak gopoh terjun daripada bahtera yang sedang belayar.
Ketika menyampaikan amanat di Dewan Perpustakaan Negeri di sini, pagi tadi beliau menambah, berbanding parti lain dalam Pakatan Rakyat, PAS ternyata ke hadapan sebagai sebuah organisasi yang mantap.
"Walaupun bahtera kadang-kadang terumbang ambing namun PAS berjaya menunjukan prestasi yang baik tidak mudah terjerat dengan mainan politik yang dicipta oleh Umno dan Barisan Nasional (BN).  Sikap tidak gopoh menghadapi sebarang rintangan, " jelasnya dalam program anjuran Badan Perhubungan PAS Negeri Pulau Pinang.
Oleh itu, beliau menggesa semua organisasi PAS harus mengatur program dengan lebih berkesan dan agresif supaya muncul formula baru yang dapat mendekatkan lagi PAS dengan masyarakat.
“Di sinilah kekebalan PAS menerusi baiah, usrah dan pertemuan dapat menghindarkan tanggapan buruk serta memperjelaskan kedudukan sebenar sekaligus dapat membersihkan tohmahan musuh.
"Sebenarnya baiah, usroh dan pertemuan dalaman memberi kelebihan pada PAS sendiri. Kita dapat membina kekuatan dalaman dan mengawal tindak tanduk yang boleh mengancam kestabilan politik parti sendiri," tegasnya.
Katanya, sikap sedemikian dapat membentuk jati diri yang kuat di samping bersatu hati dalam sebarang isu dan bersama memantau jika timbul persoalan yang sukar diselesaikan.
Beliau yang juga Ahli Parlimen Marang menegaskan PAS tetap memilih jalan demokrasi untuk menawan Malaysia walaupun tahu ia datang dari barat.
Melaluinya, kata beliau PAS berpeluang menyampaikan dakwah dan penerangan dengan lebih baik asalkan bijak mengatur isi penyampaian samada di masjid, surau ataupun medan ceramah sempena hari kebesaran Islam dan sebagainya.
Tambahnya, PAS adalah wadah politik yang perlu dipertanggugjawabkan bukan untuk main-main, maka apa yang diputuskan oleh pucuk pimpinan telah mengambil kira semua risiko.
"Kita bukan berperang yang mahu membunuh musuh tapi kita berdemokrasi yang mana perlu mengintai peluang agar terus berjaya menonjolkan PAS ke arah yang lebih tinggi, " tambahnya.

Kenapa Zulkifli Nordin tak buat report Polis terhadap MAZA?


oleh ali Baganutama


Salam satu Malaysia. Den tadi buat lawatan sambil belajar ke blog 'pejuang Islam tulin' kita, Yb Zulkifli Nordin. Mangkuk ni buat entrymemuji-muja Maza atau Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin iaitu bekas Mufti Perlis. Den terasa pelik. Padahal bekas Mufti Perlis ini lah yang lebih kehadapan dan terdahulu memperjuangkan isu kalimah Allah boleh digunapakai oleh non-muslim [lihat link ni]. Malah Yb Khalid Samad telah menjadikan link Maza tadi sebagai rujukan di entry blog beliau[rujuk link ni].

Siapa yang patut kena report Polis?
Sepatutnya si Maza ni yang patut kono report Polis oleh Zulkifli Nordin bukannya Yb Khalid Samad. Atau kenapa tak buat report Polis terhadap kedua-duanya sekali? Baru adil. Ini tidak, Zulkifli Nordin hanya buat report Polis terhadap Yb Khalid Samad. Den nak tanyo kepado Zul, "Hello mangkuk, adakah Khalid Samad ni lebih wahabi dari Maza?" atau "Mengapa ada double standard di sini wahai mangkuk?" Korang nampak tak yang si Zul ni buat report Polis terhadap Khalid Samad cuma nak dapatkan populariti, political millage, memecah kesatuan PR dan melaksanakan arahan Task Force 2010. Itu sahaja. Selepas ini Yb Zulkifli Nordin akan merapati grup Maza walaupun mereka berbeza pandangan tentang isu penggunan kalimah Allah oleh non-muslim.

Mengapa double standard?


Kalau ikut logik Yb Zulkifli Nordin akan menjauhi Maza dan grupnya serta tidak mempublishkan entry memuji-muja Maza sepertimana yang tersiar pada blog Zul hari ini. Nampak tak double standard yang terang benderang ni. Yb Khalid Samad kau buat report Polis tetapi Maza sebagai Tok Guru kepada Khalid Samad dalam isu penggunaan nama Allah oleh non-muslim, kau puji dan puja. Mengapa ini terjadi? Mengapa double standard? Jawapannya mudah. Yb Zulkifli Nordin hanya melaksanakan arahan Task force 2010. Itu sahaja.

Click for enlarge. Entry memuji Maza oleh Yb Zulkifli Nordin walaupun Maza adalah Tok Guru kepada Yb Khalid Samad [link blog Yb Zul]

Peguam: Kelantan, Terengganu tiada hak tuntut royalti minyak



Oleh Adib Zalkapli
KUALA LUMPUR, 20 Mac — Peguam Datuk Cecil Abraham yang mewakili Petronas dalam tuntutan Terengganu mendapatkan royalti satu dekad lalu berkata, kesemua negeri di Semenanjung tiada hak untuk menuntut royalti ke atas minyak ditemui di luar kawasan tiga batu nautika dari pesisir pantai.
“Kesemua rangka kerja perundangan dan perlembagaan menunjukkan semua negeri di Malaysia Barat, Kelantan, Terengganu dan Pahang tidak menunjukkan atau ada hak terhadap laut dan kawasan tanah yang tenggelam di luar perairan dan pentas benua berdampingan dengan negeri-negeri berkenaan,” kata Abraham.
Abraham berkata demikian pada forum “Royalti Minyak: Satu Hak Perlembagaan” anjuran Majlis Peguam untuk membincangkan aspek perlembagaan berhubung pembayaran royalti minyak kepada negeri-negeri pengeluar petroleum.
Abraham yang mewakili Petronas dalam kes tuntutan wang royalti oleh Terengganu juga berkata, kes Kelantan juga menyerupa nasib Terengganu dialami satu dekad lalu.
Justeru kata beliau, pertikaian sekarang ialah sama ada Kelantan harus dibayar wang royalti bagi hasil petroleum yang dikeluarkan di kawasan yang jauhnya 140kilometer dari pantai negeri itu.
Kelantan kini menuntut kerajaan persekutuan membayar wang royalti lima peratus ke atas minyak yang dikeluarkan di kawasan luar pesisir pantai negeri itu.
Bagaimanapun Putrajaya menegaskan, Kelantan tiada hak untuk mendapatkan royalti lima peratus, sebaliknya hanya bersedia untuk memberi wang ihsan, yang dibuat mulai bulan ini.
Terengganu membawa pertikaian tuntutan wang royalti ke mahkamah pada tahun 2000 selepas kerajaan pusat memutuskan untuk menghentikan pembayaran wang royalti selepas ia jatuh ke tangan PAS.
Bagaimanapun Abraham tidak menjelaskan asas pembayaran wang royalti yang dibuat kepada Terengganu sebelum PAS menguasai kerajaan negeri itu pada 1999.
Kata beliau, perjanjian dengan Petronas untuk bayaran wang tunai sebagai gantian kepada hak ke atas petroleum telah ditandatangani oleh kerajaan pusat.
“Sebagaimana kerajaan pusat tidak boleh mengharapkan dibayar wang tunai bagi hak petroleum yang diberikan kepada Petronas oleh negeri, begitu juga kerajaan negeri tidak boleh mengharapkan dibuat bayaran tunai bagi hak petroleum yang menjadi hak dan diserahkan oleh kerajaan persekutuan,” katanya.
“Jadi isunya ialah apakah hak harta yang menjadi milik kerajaan persekutuan dan apakah hak harta yang menjadi milik negeri,” katanya lagi.
Oleh itu jelas beliau, jika petroleum adalah milik persekutuan maka kerajaan-kerajan negeri tiada hak kepada petroleum yang diperoleh dan tidak boleh mengharapkan dibayar wang tunai atas alasan dipindahkan hak itu kepada Petronas.
Beliau mengetengahkan Akta Perlombongan Petroleum dan Akta Pelantar Benua 1966 yang menyediakan peruntukan bahawa sumber petroleum yang ditemui di kawasan tiga batu nautika adalah milik kerajaan persekutuan.
“Oleh itu adalah jelas bahawa Akta Perlombongan Petroleum mengiktiraf bahawa hak negeri hanya dipanjangkan sehingga perairan negeri masing-masing,” kata Abraham.
Malah kata beliau, tuntutan Kelantan juga tidak disokong oleh Konvensyen Pelantar Benua Geneva 1958 yang mewujudkan kedaultan negeri berhubung pelantar benua yang mengelilingi sesebuah negeri.
“Kelantan tidak dan tidak dapat menerima pakai Konvensyen Pelantar Benua Geneva 1958 sebelum menyertai Persekutuan Tanah Melayu pada 1957 kerana ia bukan sebuah negeri berdaulat ketika itu, ia mungkin sebuah negeri berdaulat sebelum itu tetapi berada dalam pertikaian sebab sehingga 1909 ia sebahagian daripada wilayah taklukan Thailand,” kata Abraham.
“Negeri Kelantan, Terengganu dan Pahang bukan negeri berdaulat dari sudut undang-undang antarabangsa awam sama ada sekarang ataupun sebelum menyertai Persekutuan Tanah Melayu di bawah perjanjian 1948 atau perjanjian 1957,” katanya.
Dalam kes Sabah dan Sarawak, Abraham berkata kedua-dua negeri itu dilindungi perundangan dan perjanjian sebelum pembentukan Malaysia pada 1963.
“Sabah dan Sarawak tidak menyertai Persekutuan Tanah Melayu pada 1957. Mereka menyertai Persekutuan Malaysia pada 16 Sept 1963,” katanya.
Abraham menambah, Perintah-perintah dalam Majlis 1954 kerajaan penjajah memberikan hak kepada pelantar benua kepada Sabah dan Sarawak berbanding negeri-negeri di Malaysia Barat.
Dalam pada itu, peguam Tommy Thomas yang mewakili Kelantan dan Terengganu dalam tuntutan mereka berkata wilayah perairan bukan satu isu.
“Membuat rujukan kepada 10 lagi akta yang lain secara total tidak relevan sama sekali. Akta Pembangunan Petroleum tidak pernah menyentuh doktrin wilayah perairan,” kata beliau dengan merujuk kepada undang-undang itu yang membawa kepada pembentukan Petronas.
Soal beliau, jika perairan menjadi satu ukuran mengapa Terengganu diberikan wang royalti RM7 bilion dari Jun 1978 hingga September 2000.

‘Tuhan Allah’ di Sabah, S’wak wujud selepas Al-Kitab Indonesia

Oleh Mohd Ali Bakri
KUALA LUMPUR: Nama 'Tuhan Allah' yang diganti dengan ungkapan 'Lord' dan 'God' dalam Bible oleh para penganut Kristian di Sabah dan Sarawak sebelum ini, hanya wujud selepas terjemahan Al-Kitab versi Indonesia masuk ke Malaysia Timur.

Pendakwah bebas Shah Kirit Kakulal Govindji berkata demikian dalam suatu sidang ceramah di ruang legar Pusat Dagangan Dunia Putra (PDDP) di sini, hari ini.

Hal itu beliau utarakan selepas kerap menerima hujah sesetengah pihak khasnya daripada penganut Kristian berhubung keharusan menggunakan nama Allah dalam upacara keagamaan mereka.

"Bible hari ini bukanlah mewakili kitab Injil yang sebenar. Bible hari ini tidak ditulis semasa Nabi Isa a.s masih hidup. Ia ditulis selepas kira-kira 70 atau 80 tahun selepas Nabi Isa a.s dipercayai diangkat ke langit.

"Oleh sebab itu, hal penggunaan nama Allah oleh penganut Kristian ini masih didebatkan lagi," kata beliau.

Shah Kirit yang juga Ketua Pegawai Dakwah Islamic Information & Services Foundation turut mendedahkan beberapa kekeliruan dalam Kristian sendiri jika nama Allah diletakkan di dalam Bible hari ini.

"Dalam beberapa ayat, jika nama Allah digunakan bagi menggantikan kalimah Lord dan God, maka kita akan terserempak dengan ayat, 'Allah is greater than Jesus. Saya nak tanya anda, kita orang Islam ada masalah tak dengan ayat ini?

"Sebagai orang Islam, ayat 'Allah is greater than Jesus' ini, kita setuju, tapi, bila saya tanya kawan-kawan Kristian, mereka berdiam," kata beliau lagi.

Bagaimanapun, beliau yang juga pengurus syarikat penerbitan, Saba Islamic Media Sdn Bhd di Maju Junction itu berkata, semua kejadian yang berlaku mutakhir ini, khasnya melibatkan penggunaan nama Allah itu ada hikmahnya.

"Setidak-tidaknya, ia telah menyebabkan terbukanya pintu untuk kita berdakwah kepada non-Muslim dengan lebih luas lagi, tapi ini tidak bererti kita minta mereka masuk Islam. Ia cuma suatu jalan untuk mendedahkan mereka pengertian Islam yang sebenar," tambah Shah Kirit lagi.

Pilihanraya Sarawak : PAS dan PR siap sedia bertempur menumbangkan BN


KUALA LUMPUR : PAS negeri Sarawak terutamanya di Kawasan Miri kini siap siaga untuk bertempur dengan mana-mana calon BN menjelang pilihanraya negeri akan akan dating.
PAS Miri dalam satu kenyataan menjelaskan jentera parti itu sudah siap siaga untuk melakukan kejutan untuk menghadapi pilihan raya negeri yang akan diadakan pada bila-bila masa dari sekarang.
“Jentera parti kini sudah siap sedia untuk melakukan kejutan dengan kerjasama erat bersama PKR,DAP dan SNAP untuk menghadapi pilihan raya negeri yang akan diadakan pada bila-bila masa dari sekarang.
PAS Miri di bawah kepimpinan Tuan Haji Jofri Jaraiee yakin dengan gerakerja yang berterusan bermula dari Pilihan Raya Dewan Undangan Negeri (PRDUN) tahun  2006 lalu, sokongan penduduk tempatan amat memberangsangkan dan bakal diterjemahkan pada undi PR DUN akan datang,” kata kenyataan itu.
Kenyataan itu turut menyebut, Kempen Jom sertai PAS dan Pelancaran Tabung Jihad anjuran PAS Kawasan Miri cukup menerima respon positif dari masyarakat setempat.
“Kempen Jom Sertai PAS dan Pelancaran Tabung PR DUN Sarawak memberi signal positif dalam satu usaha yang lebih gigih dalam membawa satu sinar baru pada politik Sarawak yang maha gelap sepanjang pentadbiran (Pengerusi BN merangkap Ketua Menteri Sarawak) Taib Mahmud.
Ayuh bersama PAS dan Pakatan Rakyat untuk perubahan cemerlang Sarawak,” katanya.
Terdahulu, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengesahkan pihaknya telah menemui Ketua Menteri Sarawak itu Februari lalu berhubung pilihanraya di negeri itu.
SPR turut mengarahkan SPR negeri Sarawak menyediakan secara terperinci berhubung bajet pilihanray di negeri terbesar di Malaysia itu.
Pada pilihanraya negeri tahun 2006, BN tumbang di Sembilan kerusi Dun walaupun ketika itu Tsunami politik belum melanda seluruh Negara.
Pilihanraya di Sarawak kali ini juga dijangka mencatatkan sejarahnya tersendiri apabila seluruh parti pembangkang di Sarawak bersatu untuk menumbangkan BN secara satu lawan satu dan bersedia untuk bertanding di bawah paying Pakatan Rakyat ().
Setiap wakil komponen PR iaitu PKR, DAP, PAS dan SNAP akan bermesyuarat untuk memuktamadkan berhubung agihan kerusi pada penghujung bulan ini.