Jumaat, 19 Mac 2010

BONGKAR : Hutang RM1.8juta, Jawatan GLC dan DUTA punca LOMPAT KATAK

Oleh Mohd Sayuti Omar
SALAH seorang dari tujuh ahli parlimen yang telah mencuri simbol parti kemudian mengistyharkan dirinya sebagai bebas profesioanl khabarnya sedang pening untuk menyelesaikan hutang sebanyak RM1.8 juta. Hutang berkenaan berhubung dengan perniagaanya yang tidak menjadi di luar negara, Australia.

Ali parlimen berkenaan telah berkongsi dengan seorang kawannya bernama Datuk I. Mulanya perniagaan mereka di Australia itu berjalan dengan lancar. Entah bagaimana separuh jalan - beberapa tahun ke belakangan ini perniagan berkenana merosot dan mengalami kerugian.
Datuk I katanya meminta ahli parlimen berkenaan berusaha untuk membayar hutang kalau tidak mereka akan bankrup dan harta benda yang ada di Australia akan dilelong. Dipercayai ahli parlimen berkenaan memilik sebuah rumah di Australia.
Dipendekan cerita ahli parlimen itu berusaha dengan apa cara untuk dapatkan wang bagi menjelaskan hutang berkenaan. Dia ini sanggup lakukan apa saya usaha asalkan dapat wang sebanyak itu bagi menjelaskan hutang. Tekanan dari Datuk I menyebakan ahli parlimen berkenaan semakin pening kepala dan akhirnya mengambil keputusan yang diluar dugaan walaupun mencemarkan maruahnya sendiri.

Masalah dihadapi ahli parlimen berkenaan telah diguna sepenuhnya oleh UBN untuk memancingnya agar meninggalkan parti yang dianggotai. Khabarnya dia ini juga ditawarkan dengan beberapa jawatan yang dikira dapat menyelesaikan hutang berkenaan.

Sebaik dia mengistyharkan diri sebagai ahli bebas katanya satu jawatan di sebuah syarikat kerajaan (GLC) akan diberikan kepadanya. Bagaimana pun kerana untuk mengelakkan ia terkesan oleh umum jawatan itu ditangguhkan buat seketika.

Selain itu dia juga katanya akan dilantik sebagai Duta seperti mana Jamaluddin Jarjis. Beliau kononya antara dua atau tiga ahli politik akan dinaikkan pangkat sebagai Dua. Perlantikan ini kerana kouta untuk jadi menteri atau pun peluang mendapat projek mega sudah tidak ada lagi apabila kerajaan sendiri tidak mempunyai wang.

Tengoklah nanti apakah ahli parlimen berkenaan berjaya mendapat apa-apa tander bagi menyelesaikan masalahnya itu. Atau pun apakah dia akan dilantik menjadi Duta seperti mana Jamaluddin jarjis. Soalnya sekarang ini tander tidak berapa banyak manakala kontraktor dari kalangan kroni ada yang belum mendapat bahagian. Sangatlah mustahil kalau seorang yang masih panas mualaafnya akan diletak menjadi imam sedangkan masih banyak makmum lain dibelakang.
Catatan: Saya tidak akan menjelaskan sumber maklumat ini kerana ianya atas permintaan orang berkenaan. Tetapi beliau akui maklumat ini baru diperolehi dan sayalah orang pertama dieritahunya. Kerana berpegang kepada janji dan etika saya tidak akan mendedahkan sumber berkenaan sehinggalah ia sendiri mengeluarkan dokumen mengenai pemilikan hartanah ahli parlimen berkenaan tidak lama lagi.

Dongeng di Parlimen: 'Penglipur-lara' dan 'Tok Selampit'

Kerana sebuah dongeng satu Parlimen dikelentongnya. Dongeng adalah satu cerita lama yang direka-buat untuk tujuan penglipur lara. Dongeng adalah satu metos biasanya dibawa oleh Tok Selampit untuk tujuan penghibur masa lapang. Jikalau seorang yang bertaraf ahli Parlimen boleh menyampaikan cerita dongeng maka beliau telah mempermainkan kemuliaan Dewan.

Orang yang mempermainkan kemuliaan Dewan dianggap menghina Dewan. Orang yang menghina Dewan bolehlah digantung daripada menghadiri Dewan dan elaunnya sepatutnya dipotong sebanyak RM10.00.

Orang yang suka membuat atau membawa masuk cerita dongeng ke dalam Dewan adalah orang yang suka mem'badut'kan diri mereka dan orang ini memang tidak layak berada dalam Dewan, malah tidak layak menjadi Ahli Parlimen.

Apa nak dikatakan orang ini telah me'nebal-badak'kan kulit muka mereka, dan telah me;mekak-badak'kan telinga mereka dan telah mem'buta-kelawar'kan mata mereka.

Episod seterusnya berkemungkinan berlaku upacara atau cabar-mencabar sumpah untuk membenarkan dongeng tersebut. Ia berterusan kepada saman-menyaman, kerana mereka akan memperjudikan nasib mereka yang sudah terumbang-ambing. Jika mereka 'strike-jackpot', maka mereka akan untung berjuta-juta hasil daripada saman menyaman.

Usah bercakap pasal maruah dengan orang-orang seperti ini, mereka memang sudah lama melacurkan 'politik' dan ke'warasan'nya. [sumber.]


Kalaulah Muhyiddin (Malikul) Seorang Cikgu


Anggota Parlimen pembangkang yang bertindak keluar dari Dewan Rakyat tidak mampu berfungsi sebagai wakil rakyat berwibawa, kata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Beliau berkata tindakan meninggalkan dewan semalam juga telah menyebabkan anggota Parlimen berkenaan tidak dapat memanfaatkan masa mereka untuk menyuarakan masalah rakyat.
Komen :
  • Itu cakap orang politik...biasalah.
  • Dia tak faham isu sebenar mengapa ahli-ahli Parlimen PR keluar.
  • Sehingga kini kita langsung tidak rasa Muhyiddin sebagai Menteri Pelajaran. Tak tau kenapa.
  • Beliau langsung tidak mempunyai ketokohan sebagai seorang menteri yang terlibat dalam dunia pendidikan.
  • Kalaulah saya seorang pendidik, malu saya mempunyai seorang Menteri Pendidikan yang tidak menampakkan ketokohan seorang pendidik dan akademis.
  • Lebih banyak berpolitik daripada menjaga warga pendidik.
ar_rawa

Bentang ISA ditangguh lagi....Tangguh Ada Makna Tuuu..!!!

KUALA LUMPUR, 19 Mac — Pembentangan Rang Undang-undang Keselamatan Dalam Negeri (ISA)  pada sesi Parlimen yang sedang berlangsung ditangguhkan lagi untuk kajian lebih mendalam.
Kabinet dalam mesyuarat mingguan hari ini telah memutuskan pembentangan ISA perlu dibawa ke Parlimen bersama-sama dengan akta-akta lain yang berkaitan dengan undang-undang pencegahan berdasarkan kepada isu-isu yang berkaitan dengan keselamatan dan ketenteraman awam.
“Demi kepentingan rakyat KDN dan Jabatan Peguam Negara akan mengkaji semula perkara ini demi kepentingan awam dan Majlis Peguam telah bersetuju untuk bekerjasama dalam kajian tersebut,” kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein.

Pertubuhan Mantan wakil rakyat Umno usaha satukan Melayu..Jadi sepusar sepusing dengan Perkasa la nie...!!!

KUALA LUMPUR, 19 Mac — Pertubuhan Mantan Wakil Rakyat Umno ditubuhkan bertujuan memperjuangkan kepentingan bangsa Melayu dalam ekonomi, pendidikan, agama dan bahasa selari dengan perjuangan Umno, kata presidennya Tan Sri Adam Kadir.

Pertubuhan yang didaftarkan pada 14 Dis 2009 itu akan mempertahankan hak asasi bangsa Melayu seperti yang termaktub dalam perlembagaan dan menggiatkan usaha menyatukan bangsa Melayu dan menggunakan “dewan tertinggi” menggantikan istilah jawatan kuasa tertinggi.
“Kita telah mengadakan mesyuarat agung pertama dan saya dipilih selaku Presiden, Datuk Seri Abdul Aziz Shamsuddin sebagai naib presiden satu dan Thamrin Tun Ghaffar Baba sebagai naib presiden dua.
“Enam orang ahli dewan tertinggi adalah Tan Sri Sanusi Junid, Tan Sri Sabaruddin Chik, Datuk Mokhtar Hashim, Datuk Seri Dr Suleiman Mohamed, Aziz Yassin dan Datuk Dr Afiffudin Omar,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.
Adam berkata, pertubuhan ini terdiri dari dua jenis keahlian iaitu ahli biasa (untuk mantan wakil rakyat) dan ahli bersekutu.
“Ahli biasa terdiri dari mantan wakil rakyat, mantan Ahli Parlimen, mantan senator dan mantan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Umno.
“Untuk ahli bersekutu pula, kita akan tawarkan pada mana-mana individu yang kita rasa layak seperti para cendekiawan dan tokoh-tokoh pemimpin Melayu,” katanya.
Adam berkata, untuk mesyuarat tertinggi akan datang, beliau dan ahli dewan tertinggi lain akan memutuskan jawatan setiausaha agung serta membincangkan beberapa isu yang diberi fokus utama berkaitan bangsa Melayu. — Bernama

Puteri Umno: Bekukan pengambilan pekerja asing dari Lombok..ha..ha... jantan Bangla dan jantan Nepal..ok ke....!!!!

KUALA LUMPUR, 19 Mac — Pergerakan Puteri Umno menggesa Kementerian Dalam Negeri membekukan pengambilan pekerja asing dari Lombok, Indonesia berikutan trend kahwin lari melibatkan gadis-gadis Malaysia dengan lelaki dari wilayah terbabit yang semakin membimbangkan kini.

Ketuanya Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin berkata pihaknya memperoleh maklumat yang mendakwa kira-kira 500 wanita Malaysia berada di Lombok sekarang ini, akibat terjerat oleh ikatan perkahwinan dengan lelaki dari wilayah berkenaan semasa mereka bekerja di negara ini.
“Pembongkaran satu demi satu kes kahwin lari melibatkan lelaki dari Lombok menuntut satu mekanisme yang perlu dilaksanakan segera oleh kementerian berkenaan bagi membendung gejala yang tidak menyenangkan itu.
“Puteri Umno percaya ada lagi kes gadis Malaysia nekad meninggalkan keluarga masing-masing gara-gara berkahwin dengan lelaki dari Lombok dan terpaksa mengharungi penderitaan sepanjang berada di negara orang,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Rosnah berkata pihaknya tidak mahu trend yang semakin berleluasa itu mangakibatkan ramai gadis terpaksa berkorban masa depan mereka dan anak-anak yang bakal lahir.
“Puteri Umno juga bimbang jika ia tidak dibendung akan mengakibatkan ibu-ibu muda terpaksa membesarkan anak-anak mereka bersendirian apabila dibawa pulang ke tanah air.
“Manakala gadis-gadis yang masih berada di Lombok dan beranak-pinak di sana terpaksa membesarkan anak-anak mereka dengan peluang pendidikan yang sangat terhad,” katanya.—Bernama

Orang bukan Islam 'membaca' penganut Islam — Li Fook Gau

19 MAC — “Jangan menilai buku pada kulitnya” — Ungkapan ini sememangnya senang diucap tapi berapakah ramai orang yang betul-betul dapat melakukannya? Soalan yang sama turut boleh diajukan kepada orang bukan Islam dalam soal memahami agama Islam — lazimnya bagaimanakah mereka mendapat pengetahuan dalam mengenali ajaran agama Islam?

Berapakah orang bukan Islam yang mengambil inisiatif untuk membaca buku Al-Quran dan Hadis untuk memahami agama Islam? Jarang sekali. Dalam soal agama, khususnya di negara kita di mana majoriti penduduknya beragama Islam, orang bukan Islam memahami ajaran agama Islam bukan dengan menggaji buku al-Quran, tetapi membacanya melalui tingkah-laku orang yang beragama Islam.
Segala imej and persepsi, yang baik mahupun yang buruk mengenai Islam pada minda orang bukan Islam dibentuk secara tidak sengaja tanpa disedari dengan membaca tingkah laku, tutur kata dan amalan pemimpin-pemimpin yang beragama Islam.
Contohnya di sekolah, ustaz-ustaz memainkan peranan yang penting dalam mencairkan hati pelajar-pelajar bukan Islam terhadap Islam melalui perwatakan dan cara pertuturannya. Ustaz-ustaz yang berwatakan sederhana, bersopan dan berhati baik secara tidak langsung membentuk kesan imej Islam yang baik dan mendalam pada minda-minda pelajar-pelajar bukan Islam.
Baru-baru ini, dalam satu majlis Teh Tarik bersama rakyat, Ahli Parlimen Shah Alam, YB Khalid Samad berkata:
“Untuk meyakinkan orang terhadap Islam adalah proses yang berterusan. Islam tidak boleh “dipaksa terima” (imposed) pada masyarakat. PAS tidak boleh memaksa masyarakat untuk melakukan apa yang kita inginkan. Sebaliknya, kita harus meyakinkan orang-orang terlebih dahulu.”
Rata-rata pembaca yang terbaca kenyataannya di atas memberikan komen tanda setuju bahawa beliau adalah seorang yang amat memahami agama Islam kerana konsepnya mudah diterima akal dan beliau berjaya mewajahkan Islam sebagai agama yang bersifat toleransi dan sejagat.
Jika pembaca membaca kenyataannya sudah boleh berasa begitu rupa, bayangkan imej Islam yang dibawa oleh PAS, yang berjaya dibentuk pada minda semua hadirin bukan Islam yang hadir mendengar ucapan YB Khalid Samad secara live pada tempoh hari – sudah tentunya mereka sudah dapat mengubah persepsi bahawa agama Islam tidaklah seburuk yang dibayangkan mereka sebelum ini.
Harus diingatkan, Islam ialah sebuah agama yang agung, tetapi kebanyakan perkara buruk yang dilabelkan pada nama baik Islam adalah hasil keburukan sikap pengikut-pengikutnya sendiri.
Untuk memesrakan Islam kepada orang bukan Islam, masyarakat Islam perlukan lebih banyak pemimpin PAS seperti YB Khalid Samad, yang dapat mengubah persepsi kurang baik orang bukan Islam terhadap Islam melalui perwatakan dan pertuturan yang betul-betul berjiwa dan berkonsepkan Islam.
Pemimpin-pemimpin masyarakat Islam harus faham bahawa orang bukan Islam tidak akan menerima Islam dengan membaca buku al-Quran, sebaliknya mereka akan menerima Islam sekiranya mereka ditunjukkan contoh-contoh kemuliaan agama Islam melalui perangai, pertuturan dan perwatakan penganut-penganut agama Islam di sekeliling mereka. — harakahdaily.net

PSM berang menteri 'persenda' Orang Asli

Parti Sosialis Malaysia (PSM) berang dengan kenyataan Datuk Seri Shafie Apdal yang menyifatkan demonstrasi Orang Asli baru-baru ini sebagai “bersiar-siar di Putrajaya”.

Setiausaha agungnya S Arutchelvan berkata kenyataan menteri pembangunan luar bandar dan wilayah itu menunjukkan sikapnya yang tidak hormat pada tuntutan masyarakat berkenaan.

"Komen seperti ini menunjukkan kurangnya rasa hormat menteri dan sikapnya terhadap penderitaan masyarakat ini.

"PSM mengambil pendirian solidariti bersama Orang Asli dan menuntut kerajaan supaya menunaikan tuntutan dan (menyelesaikan) masalah Orang Asli," katanya.

Rabu lalu, kira-kira dua ribu Orang Asli berdemonstasi di Putrajaya ekoran tidak puas hati dengan pengenalan dasar pemberimilikan tanah yang didakwa tidak adil bagi mereka.

Mengulas perkara itu, Shafie dilaporkan berkata, golongan tersebut datang bukan untuk protes tetapi jalan berjalan-jalan di Putrajaya yang sebelum ini hanya ditonton melalui televisyen sahaja.

Dalam satu kenyataan hari ini, PSM turut bimbang terhadap cadangan bagi meminda Akta Orang Asli akan “menjadi satu tindakan merampas tanah”.

"Mereka ditindas oleh kerajaan dan pemaju yang mahu memperkosa dan merampas tanah mereka.

"Sangat menyedihkan, semenjak sekian lama, beribu-ribu Orang Asli berarak di Putrajaya dan menuntut apa yang sepatutnya sudah menjadi hak mereka," katanya lagi.

Arutchelvan menjelaskan dasar pemberimilikan tanah - yang ditentang hebat itu - sengaja dicadangkan bagi “membuatkan masyarakat berkenaan kehilangan lebih banyak tanah”. 

Dasar itu mencadangkan tanah-tanah mereka akan terlibat dalam pengagihan semula di mana setiap keluarga akan diberikan antara dua hingga enam ekar tanah.

Arutchelvan berkata, hak masyarakat Orang Asli terhadap tanah mereka perlu diiktiraf dan kerajaan juga perlu mengadakan perbincangan secara terhormat dengan kumpulan minoriti tersebut.

"Ianya menyedihkan bila kerajaan sering memberi reaksi mundur ke belakang sedangkan mereka sepatutnya berunding dahulu sebelum membuat sebarang keputusan," katanya lagi.

Kerajaan telah meluluskan dasar pemberimilikan tanah kepada Orang Asli pada Disember tahun lalu yang dijadikan asas untuk pindaan Akta Orang Asli (Akta 134).

Isu tanah TNB: Jawatankuasa dibentuk


Tenaga Nasional Bhd (TNB) bersetuju untuk membentuk jawatankuasa bersama dengan penduduk kampung baru Rawang untuk mencari penyelesaian dalam pertikaian melibatkan tanah di situ.

Keputusan untuk membentuk jawatankuasa itu dicapai pada pertemuan dengan sepuluh wakil penduduk kampung dan lapan pegawai TNB, dipengerusikan Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim.

Turut hadir dalam pertemuan ini ialah exco kerajaan tempatan Ronnie Liu, ahli parlimen Selayang William Leong dan wakil rakyat Rawang Gan Pei Nei.

Keputusan u
ntuk membentuk jawatankuasa bersama itu timbul berikutan tindakan TNB mengancam untuk meruntuhkan perkampungan berkenaan pada Isnin lalu, bagi membina menara kabel rentangan tinggi.

Operasi merobohkan kampung berkenaan bagaimanapun dibatalkan pada saat terakhir apabila penduduk menghalang pihak berkuasa memasuki tanah berkenaan.

Berikutan ini, kerajaan mengumumkan operasi tersebut ditangguhkan bagi membolehkan rundingan hari ini dijalankan.

Pada kejadian dua hari lalu, lebih 200 orang berhimpun di jalan masuk menuju Kampung Sg Terentang, Rawang dalam usaha terakhir mereka menghalang TNB daripada menyambung semula kerja-kerja pembinaan dalam projek Pengukuhan Sistem Kawasan Tengah (CAR) di kampung mereka.

Kes berkenaan pernah dibawa ke Mahkamah Persekutuan pada November lalu dan mahkamah memutuskan bahawa TNB mempunyai hak untuk meneruskan projek itu.

Mahkamah juga memerintahkan TNB supaya membayar pampasan berjumlah RM10.4 juta kepada penduduk terlibat. 

Apabila siap kelak, projek yang membabitkan pemasangan kabel voltan tinggi sepanjang 59km, kira-kira satu kilometer jaraknya dari Kampung Sg Terentang itu akan menyaksikan pembinaan lima menara satu tiang.

Projek CAR akan meningkatkan pengeluaran tenaga elektrik daripada 33kV kepada 275kV dan membantu mengatasi kekurangan kuasa di Lembah Klang. 

Anwar Anggap Usul Seret Ke Jawatankuasa Parlimen Jenaka Basi


LONDON 19 Mac - Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan tindakan Jawatankuasa Peraturan Mesyuarat Parlimen untuk menggantung beliau daripada menghadiri parlimen berikutan pendedahan beliau slogan 1 Malaysia dan 1 Israel sebagai jenaka basi.
Kata beliau,"APCO Worldwide, sebuah firma perunding antarabangsa berpangkalan di Amerika Syarikat tidak seharusnya terbabit dalam sebarang urusan politik di negara ini".
Bercakap pada sidang media selepas berucap di London School of Economics, Anwar yang sebelum ini ditohmah kononnya ejen 
Yahudi, menyifatkan persamaan Satu Malaysia dan One Israel sebagai satu “kebetulan aneh”.
Ironinya, Umno yang mendabik dada sebagai juara Melayu dan memperjuangkan Islam khususnya dalam isu kalimah Allah, melantik APCO yang dipimpin sebahagian Yahudi berfahaman Zionis. 
Anwar menyifatkan beban tanggungjawab bagi menerangkan peranan sebenar APCO terletak di bahu pimpinan Umno.
Khamis lalu semasa membahaskan titah Yang Dipetuan Agong di dalam Dewan Rakyat Anwar telah memdedahkan hubung kait APCO dengan pemerintah Zionis Israel dan mempersoalkan bagaimana 
Perdana Menteri sanggup menggunakan khidmat syarikat tersebut untuk memperbaiki imej kerajaan.
Walau bagaimanapun dalam satu kenyataan yang dikeluarkan semalam APCO yang mempunyai pejabat di Malaysia menafikan syarikat tersebut terbabit dalam menasihati Najib berhubung gagasan 1Malaysia.
"Bertentangan dengan kenyataan yang dibuat di Parlimen Malaysia, 1Malaysia telah diilhamkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sebelum kerajaan Malaysia melantik APCO. APCO tidak mempunyai peranan dalam mengadun konsep 1Malaysia yang telahpun terbentuk sebelum pembabitan APCO.
"Adalah tidak benar APCO mewakili kerajaan Israel seperti yang didakwa dalam Parlimen Malaysia. APCO tidak pernah terlibat dalam kempen hubungan awam berkaitan konsep Satu Israel," kata kenyataan itu.

Najib Benarkan Negara Musuh Umat Islam Bentuk Imej Malaysia



Oleh Rusnizam Mahat
KUALA LUMPUR 19 Mac - Ahli Parlimen Balik Pulau Yusmadi Yusuf mengecam kerjasama antara kerajaan Malaysia dan syarikat perunding Israel, APCO Worldwide meskipun kerajaan tidak mempunyai hubungan diplomatik dengan negara terbabit. 
Menurut Yusmadi berdasarkan jawapan yang diberikan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz di Parlimen semalam, jelas menunjukkan kerajaan bersekongkol dengan firma Israel yang berpengkalan di Amerika Syarikat itu.
"Di dalam jawapan yang diberikan, kerajaan menyatakan tidak melantik syarikat perunding Apco untuk mempromosikan Malaysia secara khusus tetapi secara umumnya dilantik untuk melaksanakan perkhidmatan berkaitan komunikasi secara menyeluruh. Dikatakan ia bertujuan untuk meningkatkan kapasiti kerajaan dalam bidang komunikasi di Malaysia.
"Dari jawapan ini jelas membuktikan APCO sebagai sebuah syarikat perundingan bertanggungjawab menjalankan perkhidmatan komunikasi dan dikatakan bukan mempromosi 1Malaysia meskipun trend syarikat komunikasi kerajaan sebenarnya membentuk imej 1Malaysia," kata beliau ketika dihubungi Suara Keadilan.
Beliau juga membidas jawapan yang diberi Mohamed Nazri yang tidak mengetahui hubungan APCO dengan negara-negara lain atas alasan ia merupakan urusan syarikat tersebut.
"Bagaimana kerajaan boleh membenarkan syarikat-syarikat terutama yang membentuk imej negara dikaitkan dengan penasihat yang mempunyai latar belakang Israel. Sedangkan kerajaan tidak mempunyai hubungan diplomatik dengan Israel. Bagaimana hubungan ini boleh terbentuk melalui pintu belakang?" soal Yusmadi.
Tanya beliau bagaimana sebuah syarikat Israel dilantik melaksanakan perkhidmatan komunikasi yang secara langsung membenarkan imej negara ini dibentuk oleh musuh negara.
Beliau pada masa yang sama mencabar pemuda Umno yang selama ini kononnya mengecam sebarang campurtangan asing dan kerjasama melibatkan Israel supaya menyatakan pendirian mereka berhubung isu itu.
Sebaliknya kata Yusmadi, fatwa ulama terkemuka dunia, Sheikh Dr Yusuf Al Qaradawi berhubung kes fitnah Anwar pula dianggap satu bentuk campurtangan asing oleh Umno.

Umno Sabotaj Usaha Dapat Balik Royalti Minyak Terengganu


KUALA IBAI 19 Mac - Umno didakwa mensabotaj usaha mendapatkan semula wang royalti Terengganu semasa rayuan kes saman terhadap kerajaan pusat dan Petronas difailkan oleh kerajaan negeri pimpinan PAS pada 2001.
Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali yang ketika itu menjadi Exco Pembangunan Ekonomi, Petroleum, Perindustrian dan Sumber Manusia Terengganu berkata bekas Menteri Kewangan Tengku Tan Sri Razaleigh Hamzah bersetuju untuk tampil menjadi saksi bagi pihak kerajaan negeri Terengganu pada perbicaraan kes saman tersebut.
Walau bagaimanapun atas kelicikan Umno memperalatkan mahkamah kesaksian Tengku Razaleigh dibatalkan.
"Setelah Terengganu dirampas semula oleh Barisan Nasional kami telah memberi penjelasan kepada rakyat berhubung isu royalti minyak.
"PAS mengambil keputusan mengemukakan saman terhadap kerajaan Pusat dan Petronas melalui peguam Tommy Thomas.
"Antara orang yang sanggup menjadi saksi dalam kes saman tersebut ialah Tengku Razaleigh malah pihak kami telah menyediakan afidavit.
"Bagaimanapun apabila kes mula dibicarakan di mahkamah pihak Petronas dan kerajaan pusat membuat rayuan agar kes ini tidak mengunakan saksi. Mahkamah pun terima rayuan tersebut dan Tengku Razaleigh pun tidak jadi dipanggil sebagai saksi. Umno takut sekiranya Ku Li memberi keterangan beliau akan mendedahkan perkara yang sebenarnya," kata Mustafa di majlis dialog isu royalti minyal anjuran MAMPAT di Kuala Ibai semalam.
 Saman terhadap kerajaan Pusat dan Petronas berhubung isu wang royalti difailkan di mahkamah oleh PAS pada 2000 ketika memerintah Terengganu dari 1999 hingga 2004.
Saman tersebut difailkan pada 8 Mac 2001 bagi menuntut ganti rugi kerana didakwa memungkiri perjanjian dan gagal menjelaskan pembayaran tunai royalti minyak yang dihentikan sejak September 2001.
Namun kerajaan negeri Terengganu BN di bawah pimpinan Datuk Ahmad Said bercadang menarik balik tersebut tujuh tahun selepas ia difailkan.
Beliau berkata kerajaan negeri akan berbuat demikian selepas menerima surat rasmi daripada kerajaan Persekutuan berhubung penyerahan semula royalti minyak kepada Terengganu seperti yang dijanjikan mantan Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi.
Ahmad meminta kerajaan Persekutuan menyerahkan semula hak pengurusan wang royalti minyak yang dikenali sebagai Dana Khas Kerajaan Persekutuan (DKKP) kepada kerajaan Terengganu bagi digunakan untuk membiayai projek-projek pembangunan rakyat.
Hak pengurusan royalti minyak itu yang dianggarkan sebanyak RM1 bilion setahun ditarik balik pada 2000 ketika PAS memerintah Terengganu.

Muhyiddin Minta Pihak Berkuasa Siasat Dakwaan Zahrain Tentang Anwar...!!!


MUAR: Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini mahu pihak berkuasa menyiasat dakwaan wakil rakyat Bebas Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim bahawa ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) bagi menjayakan rancangan mengambil alih kerajaan pusat pada 16 September tahun lepas.
Muhyiddin Yassin yang juga Timbalan Presiden Umno menyifatkan pembongkaran yang dibuat Anggota Parlimen Bebas bagi Bayan Lepas itu sebagai amat serius kerana ia melibatkan nama baik institusi Yang di-Pertuan Agong serta angkatan tentera.
"Pihak yang bertanggungjawab dan berkuasa patut menilai kenyataan yang dibuat oleh Zahrain itu dan mungkin menyiasat lebih lanjut kenyataan itu dan jikalau ia mempunyai asasnya, maka tindakan daripada sudut undang-undang mesti diambil," katanya kepada pemberita selepas majlis pelancaran dan pengedaran penerbitan Prospektus Peluang Pendidikan, Latihan dan Kerjaya Edisi 2010/2011 di Pagoh.
Muhyiddin yang juga Timbalan Presiden Umno berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Zahrain di Dewan Rakyat berhubung cubaan Anwar menjayakan rancangan 16 September 2008.
Muhyiddin berkata, tindakan Zahrain mengeluarkan kenyataannya di Parlimen juga menunjukkan bahawa anggota Parlimen Bebas itu mempunyai bukti yang jelas dan nyata.
"Beliau (Zahrain) juga bersedia untuk bersumpah di Parlimen. Ia bukanlah kenyataan yang boleh dipandang ringan kerana beliau (Zahrain) lebih mengetahui apa yang berlaku di dalam PKR," katanya.
Zahrain menurut beliau merupakan bekas "orang dalam" PKR dan suatu ketika adalah kawan baik Anwar.
Kebenaran kenyataan Zahrain itu, katanya, ditambah lagi dengan ketiadaan kenyataan penafian sama ada oleh Anwar sendiri atau pemimpin-pemimpin PKR terhadap dakwaan oleh Anggota Parlimen Bayan lepas itu sehingga hari ini.
"Sehingga ini, belum ada kenyataan penafian daripada Anwar dan pemimpin-pemimpin PKR, mungkin ada kebenarannya (kenyataan Zahrain itu)," katanya sambil meminta agar rakyat menilai sendiri tindakan yang dilakukan oleh Anwar itu.
Muhyiddin berkata semua pihak sedang tertunggu-tunggu kenyataan balas daripada Anwar dan turut meminta pemimpin PKR itu tampil ke hadapan menyahut cabaran.
Ketika ditanya berhubung kenyataan Anwar yang menyamakan gagasan 1Malaysia dengan "1Israel", Muhyiddin berkata, ia merupakan satu lagi contoh pembohongan dan fitnah oleh pemimpin PKR itu.
Katanya Anwar serta pemimpin pembangkang yang lain termasuk Lim Kit Siang merasa tergugat dengan gagasan 1Malaysia yang diilhamkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak itu yang disokong penuh oleh rakyat.
Muhyiddin berkata, tuduhan menyamakan 1Malaysia itu dengan 1Israel itu berniat jahat dan mempunyai muslihat politik. - BERNAMA

Zahrain Pembohong Besar.....Kesian lu Zahrain...Hari nie lu teruk kena cop Penipu...esok lagi teruk lu kena..!!! ha.ha..ha..kita lihat sape yang kena...!!!


KOTA KINABALU: Satu pembohongan yang besar.
Itulah reaksi Ahli Parlimen Barisan Nasional dan Parti Sabah Maju (SAPP) berhubung dakwaan Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Zahrain Hashim mengenai beberapa nama ahli Parlimen dari Sabah yang didakwa terlibat dengan rancangan pembangkang untuk mengambil alih Kerajaan Pusat pada 16 September 2008.
Datuk Bung Mokhtar Radin
Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Bung Mokhtar Radin, yang juga Timbalan Pengerusi Kelab Penyokong Ahli Parlimen Barisan Nasional (BNBBC) berkata, Zahrain cuba mencari publisiti murahan dengan dakwaan sedemikian.
“Saya tidak pernah bertemu dengan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, ini semua satu pembohongan,” kata Bung Mokhtar ketika diminta mengulas dakwaan Zahrain bahawa dia (Bung Mokhtar) antara Ahli Parlimen BN yang dinamakan dalam rancangan berkenaan di sini hari ini.
Katanya, wakil rakyat yang dipilih mempunyai tanggungjawab untuk memberi khidmat kepada pengundi dan bukannya melaksanakan agenda peribadi Ketua Pembangkang.
"Jangan sesuka dakwa kita boleh lompat parti," katanya.
Semalam, Zahrain yang juga bekas Pengerusi Badan Perhubungan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Pulau Pinang mendedahkan nama lapan Ahli Parlimen yang disebut-sebut akan melompat parti ke PKR bagi menjayakan rancangan pembangkang itu.
Datuk Dr Chua Soon Bui
Sementara itu, Ahli Parlimen Tawau, Datuk Dr Chua Soon Bui pula menegaskan beliau tidak pernah bermimpi dan berbincang untuk menyertai Pakatan Rakyat.
“Tidak ada satu pun yang benar dalam apa yang diperkatakannya dan dia berbohong dalam Parlimen. Ini satu perbuatan yang memalukan kepada pengundi terutamanya di Sabah dan Malaysia amnya.
“Saya dan Datuk Eric Enchin Majimbun tidak pernah bermimpi dan berbincang untuk menyertai Pakatan Rakyat pada 16 September 2008,” katanya dalam kepada mStar Onlinehari ini.
Soon Bui berkata, perkara tersebut berlaku kerana Zahrain sangat obses dengan kepentingan peribadi.
“Zahrain mungkin lupa kepada sejarah SAPP dan kepentingan rakyat Sabah. Kami keluar BN kerana hilang kepercayaan terhadap Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi.
“Sehingga hari ini kami masih kekal sebagai Ahli Parlimen Bebas dan SAPP tidak menyertai PR atau mana-mana parti. Bagi saya, dia tidak layak untuk bercakap bagi pihak wakil rakyat Sabah yang lain,” katanya.
Datuk Ghapur Salleh
Ahli Parlimen Kalabakan, Datuk Ghapur Salleh pula berkata beliau akan menerangkan sendiri dakwaan Zahrain ketika membahaskan titah diraja pada 22 atau 23 Mac ini.
“Zahrain patut dedahkan senarai sebenar Ahli Parlimen BN keluar parti, bukan buat tuduhan tidak berasas,” katanya.
Tengku Razaleigh Hamzah
Sementara itu, di KOTA BHARU, Anggota Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah menafikan dakwaan berkenaan.
"Saya tak mahu komen pasal ini, 48 tahun saya bersama Umno. Apa yang didakwa itu sebagai satu cerita dongeng," katanya.
Tengku Razaleigh berkata, jika dakwaan itu benar, beliau kini pasti sudah memegang satu jawatan besar dalam PKR yang dipimpin oleh Anwar.
Beliau berkata disebabkan dakwaan itu ibarat sebuah cerita yang direka mengikut fantasi pembangkang, beliau tidak mahu membuat sebarang komen terhadap dakwaan yang tidak betul itu.
Beliau turut menafikan didatangi pihak berkenaan agar keluar BN bagi membolehkan pembangkang membentuk kerajaan Persekutuan kira-kira tujuh bulan selepas Pilihan Raya Umum ke-12.
Antara nama yang disebut ialah Ahli Parlimen Kimanis, Datuk Seri Anifah Aman; Dr Mohd Puad Zarkashi (Batu Pahat); Datuk Seri Tengku Azlan Abu Bakar (Jerantut). Salah seorang daripada Timbalan Speaker juga tersenarai dan dikatakan akan melompat menyertai pembangkang.

Selangor mahu bersemuka dengan SPR

Selepas mengutus surat kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), kerajan Selangor hari ini sedia bertemu sendiri dengan pengerusi suruhanjaya itu bagi membincangkan hasrat mengadakan pilihan raya kerajaan tempatan di negeri itu.

“Kerajaan Selangor juga menyatakan kesediaan untuk mengadakan perjumpaan dengan (Tan Sri) Abdul Aziz (Mohd Yusof) dan SPR bagi membincangkan perkara itu,” kata Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim.

Dalam satu kenyataan hari ini, Abdul Khalid berkata, dalam suratnya kepada SPR yang dihantar pada 11 Mac, SPR diminta memberikan pandangannya berhubung peruntukan perlembagaan dan kuasa kerajaan negeri yang sedia ada bagi menghidupkan semula pilihan raya itu.

“Berdasarkan kajian kerajaan Selangor, Perkara 113 (4) Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan kuasa kepada SPR untuk mengembalikan pilihan raya kerajaan tempatan di negeri-negeri,” kata Abdul Khalid.

“Undang-undang negeri pula memperuntukkan kuasa kepada kerajaan negeri melantik pihak berkuasa negeri mengikut Akta Pilihan Raya Tempatan 1960 dan Akta Kerajaan Tempatan 1976.”

Pada 16 Mac lalu, Abdul Aziz dilaporkan berkata, SPR akanmenjawab surat Abdul Khalid dan Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng - yang turut menuntutnya - selewat-lewatnya pada minggu depan.

Abdul Aziz dilaporkan berkata, selepas itu barulah SPR akan mengumumkan pendiriannya kepada kepada orang ramai sama ada boleh atau tidak pilihan raya tersebut dihidupkan semula di negara ini.

Ahmad Awang: Ada 'nur' pada Mohsin

Sembahyang hajat terhadap ahli parlimen Bagan Serai Mohsin Fadzli Samsuri bagi memohon hukuman Allah terhadapnya telah mula menampakkan sedikit “cahaya perubahan”.

"Pengumuman beliau (setakat ini) tidak menyertai mana-mana parti dan tidak mahu menyertai Umno, saya rasa ada kelihatan sedikit cahaya (perubahan). Kita berharap-harap dia sedang berfikir," kata Ahli Majlis Syura Ulama PAS Ahmad Awang (kiri).

Ahmad diminta mengulas majlis solat hajat terhadap Mohsin - yang didakwa mengkhianati perjuangan - yang dianjurkannya di beberapa masjid dan surau sejak Sabtu lalu, yang memasuki malam terakhir hari ini.

Beliau juga sebelum inimemberikan tempohtujuh hari untuk wakil rakyat itu mengosongkan kerusi parlimen tersebut. Bagaimanapun, selepas tamat tarikh akhir tersebut, Mohsin (kanan) terus 'hilang' kerana “bimbangkan keselamatan” dirinya.

Bercakap denganMalaysiakini petang ini, Ahmad berharap Mohsin dapat bertemu dengan pengundi dan meyakinkan mereka berhubung tindakannya keluar PKR dan menjadi wakil bebas.

"Kalau beliau tidak beri penjelasan maka bertambah susah untuk beliau berkhidmat kepada rakyat. Jika tidak turun dan berhadapan dengan rakyat, (sudah tentu) beliau tidak dapat menjalankan tanggungjawab beliau. Itu lagi berat," katanya. 

Mengulas mengenai majlis solat hajat pada malam ini, Ahmad yang juga bekas naib presiden PAS berkata ia dijadualkan berlangsung di Masjid Tinggi di Kampung Masjid Tinggi, dalam kawasan Bagan Serai.

Katany
a, majlis tersebut akan diimami oleh seorang pemimpin PAS Bagan Serai, Abdul Halim Taib, selepas solat Isyak malam ini.

Sebelum ini sembahyang sunat itu dilaporkan telah diadakan dipelbagai tempat, termasuk Balai Kuliah Tasawwur Islam, di Semanggol, diikuti di markas dan surau-surau dalam kawasan parlimen Bagan Serai.

Ahmad menambah, lebih kurang 10 buah surau termasuk masjid di Bagan Serai yang telah terlibat, melibatkan sekurang-kurangnya seribu orang. Solat itu juga, tambahnya, dilakukan di beberapa tempat sekitar Kuala Lumpur dan Selangor.

"Jadi tiap-tiap hari (sejak Sabtu lalu) saya buat sembahyang hajat. Jadi tidak putus (berhenti). Jadi kalau dikumpulkan semuanya, tidak kurang daripada 1,000 jemaah," katanya.

Membenarkan Orang Awam & Media Sebagai Pemerhati Dewan




Kenyataan Media YB V.Sivakumar pada 19 Sept 2010 di Ibu Pejabat PKR Ipoh.

Membenarkan Orang Awam & Media Sebagai Pemerhati Dewan

Dewan Negeri adalah forum rakyat. Rakyat telah memilih wakil-wakil mereka melalui pilihanraya. Oleh itu, rakyat berhak untuk melihat tingkah-laku ataupun gelagat wakil-wakil mereka di dalam Dewan Negeri. Rakyat tidak boleh dihalang oleh mana-mana pihak untuk memasuki Dewan Negeri sebagai pemerhati. Jika ada pihak yang cuba menghalang kemasukan orang awam ke dalam Dewan Negeri, maka itu merupakan satu lagi pencabulan amalan demokrasi. Kerajaan Persekutuan mahu ‘rakyat diutamakan’ oleh itu orang awam seharusnya diberi peluang untuk memasuki Dewan Negeri untuk memastikan wakil-wakil mereka menjalankan kewajiban mereka atau pun tidak. Apa salahnya jika orang awam dibenarkan masuk melihat persidang Dewan Negeri?

Pada tahun lalu, kedua-dua persidangan yang dibuat di dalam Dewan Negeri dikendalikan secara tertutup. Orang awam tidak dibenarkan masuk. Malah, polis telah mendapatkan perintah mahkamah untuk menghalang orang ramai berada di perkarangan bangunan Perak Darul Ridzuan. Perkara seperti ini tidak seharusnya berlaku pada tahun ini. Tindakan pihak polis dan mahkamah itu adalah amat memalukan. Oleh yang demikian, pihak pentadbiran Setiausaha Kerajaan Negeri harus mengambil semua langkah-langkah untuk membenarkan orang ramai menghadiri persidangan Dewan Negeri pada 30 Mac 2010 nanti.

Tambahan pula, untuk menjamin kebebasan akhbar, pihak pentadbiran Setiuasaha Kerajaan Negeri tidak boleh menghalang mana-mana wartawan menghadiri sidang Dewan. Para wartawan dari semua lapisan termasuk media elektrnik dan media antarabangsa juga harus dibenarkan membuat liputan persidangan Dewan Negeri. Pihak kerajaan tidak harus membuat persidangan secara sembunyi ataupun rahsia. Pihak media harus diberi kebebasan sepenuhnya membuat segala liputan berkenaan dengan perjalanan persidangan Dewan Negeri pada 30 Mac 2010. Pihak kerajaan juga tidak melakukan tipu muslihat untuk hanya membenarkan media pro Barisan Nasional membuat liputan persidangan dewan. Media neutral dan media pembangkang seperti Harakah, Rocket, Suara Keadilan , Era Pakatan juga seharusnya diberi jaminan untuk menghadiri persidangan dewan tersebut. Jika media-media ini tidak dibenakan membuat liputan persidangan, maka ini bermaksud pihak kerajaan bertindak secara berat sebelah ataupun ‘double standard’ dalam melaporkan keadaan sebenar yang berlaku dalam dewan. Pihak kerajaan tidak boleh mengkaburi rakyat dengan berita-berita satu pihak. Dalam pada itu, pihak kerajaan juga seharusnya berani menghadapi kenyataan ataupun realiti dan tidak pula takut kepada bayang-bayang sendiri.

Saya selaku Speaker yang sah untuk Dewan Negeri Perak Darul Ridzuan mengarahkan pihak pentadbiran Pejabat Setiusaha Kerajaan Negeri supaya tidak menghalang pemerhati awam dan semua pihak media menghadiri persidangan dewan. Pihak pentadbiran Setiausaha Kerajaan Negeri seharusnya mengumumkan supaya permohonan kebenaran boleh dibuat dengan serta merta oleh media-media yang ingin membuat liputan pada hari persidangan. Segala usaha untuk menghalang orang ramai dan pihak media menghadiri persidangan 30 Mac 2010 adalah dianggap sebagai kegagalan kerajaan BN dalam menghidupkan kembali demokrasi di Perak. Oleh yang demikian, sebagai sebuah kerajaan yang bertanggungjawab kepada rakyat harus menghormati undang-undang dan tidak megulangi tabiat buruk seperti pada tahun yang lepas. Undang-undang adalah pengukuh masyarakat, maka ia tidak boleh disalah gunakan untuk mencapai matlamat politik dalam kerakusan mengejar kuasa.


V.Sivakumar
19 Mac 2010

Zahrain Penipu Besar!! - Bung Mokhtar...ha..ha...lu kena lagi Zahrain....!!



KOTA KINABALU: Satu pembohongan yang besar.

Itulah reaksi Ahli Parlimen Barisan Nasional dan Parti Sabah Maju (SAPP) berhubung dakwaan Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Zahrain Hashim mengenai beberapa nama ahli Parlimen dari Sabah yang didakwa terlibat dengan rancangan pembangkang untuk mengambil alih Kerajaan Pusat pada 16 September 2008.


Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Bung Mokhtar Radin, yang juga Timbalan Pengerusi Kelab Penyokong Ahli Parlimen Barisan Nasional (BNBBC) berkata, Zahrain cuba mencari publisiti murahan dengan dakwaan sedemikian.


“Saya tidak pernah bertemu dengan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, ini semua satu pembohongan,” kata Bung Mokhtar ketika diminta mengulas dakwaan Zahrain bahawa dia (Bung Mokhtar) antara Ahli Parlimen BN yang dinamakan dalam rancangan berkenaan di sini hari ini.


Katanya, wakil rakyat yang dipilih mempunyai tanggungjawab untuk memberi khidmat kepada pengundi dan bukannya melaksanakan agenda peribadi Ketua Pembangkang.


"Jangan sesuka dakwa kita boleh lompat parti," katanya.


Semalam, Zahrain yang juga bekas Pengerusi Badan Perhubungan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Pulau Pinang mendedahkan nama lapan Ahli Parlimen yang disebut-sebut akan melompat parti ke PKR bagi menjayakan rancangan pembangkang itu.


Sementara itu, Ahli Parlimen Tawau, Datuk Dr Chua Soon Bui pula menegaskan beliau tidak pernah bermimpi dan berbincang untuk menyertai Pakatan Rakyat.


“Tidak ada satu pun yang benar dalam apa yang diperkatakannya dan dia berbohong dalam Parlimen. Ini satu perbuatan yang memalukan kepada pengundi terutamanya di Sabah dan Malaysia amnya.


“Saya dan Datuk Eric Enchin Majimbun tidak pernah bermimpi dan berbincang untuk menyertai Pakatan Rakyat pada 16 September 2008,” katanya dalam kepada mStar Online hari ini.


Soon Bui berkata, perkara tersebut berlaku kerana Zahrain sangat obses dengan kepentingan peribadi.


“Zahrain mungkin lupa kepada sejarah SAPP dan kepentingan rakyat Sabah. Kami keluar BN kerana hilang kepercayaan terhadap Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi.


“Sehingga hari ini kami masih kekal sebagai Ahli Parlimen Bebas dan SAPP tidak menyertai PR atau mana-mana parti. Bagi saya, dia tidak layak untuk bercakap bagi pihak wakil rakyat Sabah yang lain,” katanya.


Ahli Parlimen Kalabakan, Datuk Ghapur Salleh pula berkata beliau akan menerangkan sendiri dakwaan Zahrain ketika membahaskan titah diraja pada 22 atau 23 Mac ini.


“Zahrain patut dedahkan senarai sebenar Ahli Parlimen BN keluar parti, bukan buat tuduhan tidak berasas,” katanya.


Sementara itu, di KOTA BHARU, Anggota Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah menafikan dakwaan berkenaan.


"Saya tak mahu komen pasal ini, 48 tahun saya bersama Umno. Apa yang didakwa itu sebagai satu cerita dongeng," katanya.


Tengku Razaleigh berkata, jika dakwaan itu benar, beliau kini pasti sudah memegang satu jawatan besar dalam PKR yang dipimpin oleh Anwar.


Beliau berkata disebabkan dakwaan itu ibarat sebuah cerita yang direka mengikut fantasi pembangkang, beliau tidak mahu membuat sebarang komen terhadap dakwaan yang tidak betul itu.


Beliau turut menafikan didatangi pihak berkenaan agar keluar BN bagi membolehkan pembangkang membentuk kerajaan Persekutuan kira-kira tujuh bulan selepas Pilihan Raya Umum ke-12.


Antara nama yang disebut ialah Ahli Parlimen Kimanis, Datuk Seri Anifah Aman; Dr Mohd Puad Zarkashi (Batu Pahat); Datuk Seri Tengku Azlan Abu Bakar (Jerantut). Salah seorang daripada Timbalan Speaker juga tersenarai dan dikatakan akan melompat menyertai pembangkang.


Zahrain tersepit...Akhirnya beliau dapat gelaran pembohong besar.