Khamis, 18 Mac 2010

Perkasa ‘Pendesak Berhemah’ Bagi Kerajaan, Apa Cerita Di Sabah?

Apabila Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa (PERKASA) Datuk Ibrahim Ali yang juga ahli parlimen PASIR MAS mempelopori penyatuan 76 NGO Melayu merealisasikan Majlis Perwakilan Melayu (MPM), maka ramai nadsionalis Melayu menyatakan kebimbangan kepada parti-parti Melayu terutama UMNO, kerana apakah ini menggambarkan ‘kegagalan’ parti UMNO memperjuangkan hak peribumi di negara ini. Sebagai parti nasionalis yang “memperjuangkan dan mempertahankan” hak orang Melayu, wajarkah UMNO mempunyai NGO Pendesak seperti yang dikatakan oleh Datuk Ibrahim Ali sebagai “pendesak berhemah” bagi Kerajaan.?Apakah sepanjang 50 tahun Umno memerintah negara ini, berlaku ‘pencabulan’ hak dan ketuanan Melayu dan pribumi? sehingga memaksa MPM ditubuhkan?
Para nasionalis melayu mula dilanda kegusaran mengenai perkembangan terbaru ini. Terlucut dari perkiraan mereka, apakah orang Melayu perlu mula bergantung harap kepada NGO untuk ‘mengembalikan’ maruah orang Melayu dalam perlembagaan..? Sedangkan UMNO dilihat semakin jauh dari yang sepatutnya di perjuangkan..Mereka melihat orang Melayu semakin ‘kecil” dan kehilangan hak yang sewajarnya dalam negara sendiri? lantas membuatkan mereka terfikir..Siapa yang patut di salahkan?
MPM bukan sahaja dilihat sebagai ‘penegur’ berlapis kepada UMNO tetapi juga turut mempertahankan beberapa hak dan keistimewaan orang Melayu termasuk peri penting dan peranan raja-raja Melayu yang sudah termaktub dalam perlembagaan negara. Termasuk agama Islam dan juga kedaulatan bahasa kebangsaan. Antara NGO yang menyertai MPM ialah Pertubuhan Pribumi Perkasa Negara (Perkasa), Majlis Bekas Wakil Rakyat Malaysia (Mubarak), Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS), Persatuan Pemikir Profesional Melayu Malaysia dan Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS).
Di Sabah, secara jujurnya, Peranan PERKASA tidak berapa terserlah lagi, mungkin masih baru atau mungkin juga kerana terpaksa melalui ‘prosedur’ tertentu sebelum menangani permasalahan rakyat pribumi di negeri ini. Al maklumlah..PERKASA di Sabah adalah ibarat ‘anak’ yang masih memerlukan perhatian dari seorang ‘bapa’. Penulisan ini bukan ‘mempertikaikan’ kejujuran dan kredibiliti PERKASA Sabah, namun mungkin boleh dijadikan sebagai permulaan awal penterjemahan peribancangan secara lebih teratur. Kerana di Sabah, bukan sahaja sejak dulu, pribumi menghadapi banyak permasalahan, tetapi juga sudah sampai ke tahap ‘lambakan’ dan ‘gagl’ diselesaikan. Terfikir saya ketika menulis paparan ini..BOLEHKAH PERKASA SABAH MENJADI PENDESAK BERHEMAH KEPADA KERAJAAN BN SABAH..?
Kita mengharapkan supaya tidak berlaku doktrin pengasingan masalah pribumi di Sabah. segelintir tidak terbela, manakala segelintir mendapat pembelaan. Oleh yang demikian kita serahkan kepada YDP PERKASA SABAH, Sdr Musli Oli dan juga AJK nya termasuk Setiausaha Kehormat Sdr Kibin Samad yang begitu optimis dengan pendedahan penyelewengan hak pribumi di Sabah.
Kita tidak mahu, kehadiran PERKASA di Sabah sebagai ‘melukut di tepi gantang’ atau diistilahkan oleh kebanyakan orang sebagai ‘tidak menambah kepada yang ada, dan tidak berkurang kepada yang tiada”. PERKASA SABAH , bukan sahaja ‘berhak’ menentukan halatuju penglibatannya dalam hal kewajaran pembelaan hak pribumi malah harus dilihat berhemah menegur kerajaan BN Sabah, terutama berkaitan dengan hak Sabah dalam 20 perkara. Tinggal lagi, apakah PERKASA SABAH dapat memenuhi selera pribumi di Sabah? bersama kita harapkan yang demikian.
 
Kelapa Mawar

UMNO ANGGAP KU LI PEMINTA SEDEKAH

Bekas Pengerusi Petronas, Tengku Razaleigh Hamzah, berkata beliau kecewa kerana jasanya menubuhkan agensi itu tidak dikenang bahkan "dimarahi" disebabkan pendiriannya menyokong kerajaan Pas Kelantan menuntut isu royalti minyak.



Ahli Parlimen Gua Musang itu berkata, beliau menyokong tuntutan itu kerana menganggap pemberian wang ehsan (bukan royalti) oleh kerajaan pusat satu tindakan yang tidak tepat seolah-olah mengambarkan sebagai "peminta sedekah".




"Mengikut undang-undang yang saya rangka dan masih dipakai sehingga sekarang, Kelantan patut mendapat royalti minyak," katanya.



Tengku Razaleigh berkata, beliau menubuhkan Petronas kira-kira 37 tahun lalu atas arahan bekas Perdana Menteri kedua, Allahyarham Tun Abdul Razak Hussein yang ketika itu negeri-negeri Kelantan, Terengganu dan Pahang tidak mempunyai telaga minyak.




Katanya, Abdul Razak mahukan beliau merangka satu draf undang-undang supaya negeri-negeri itu akan mendapat royalti minyak sebanyak lima peratus sekiranya telaga minyak dijumpai berhampiran dengan sesebuah negeri itu tanpa menyebut jarak dari pantai.



Menurutnya, hasil penubuhan itu Petronas menyumbangkan RM75 bilion setahun kepada kerajaan pusat iaitu 42 peratus daripada pendapatan punca hasil negara.

SIVAKUMAR AKAN DITAHAN KERANA MENYAMAR

Pengerusi BNBBC Perak Nadzri Ismail hari ini membuat laporan polis meminta siasatan dijalankan terhadap Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Tronoh V. Sivakumar kerana menyamar sebagai Speaker Dewan Undangan Negeri .



Beliau berkata tindakan Sivakumar menggunakan kepala surat rasmi Yang Dipertua Dewan Negeri Perak bagi menghantar notis persidangan DUN pada 30 Mac ini adalah satu bentuk jenayah penyamaran.



Beliau membuat laporan di Ibupejabat Polis Daerah Ipoh di sini, Nadzri yang juga Adun Manjoi berkata Sivakumar telah dilucutkan jawatan sebagai Speaker pada 7 Mei 2009 melalui ketetapan DUN dan keputusan itu juga telah disahkan oleh Mahkamah Tinggi Ipoh sebagai satu prosiding Dewan.



Tindakan Sivakumar "menyamar" sebagai Speakar dikatakan satu tindakan menghina mahkamah.



"Kami menggesa pihak berkuasa memulakan siasatan dan seterusnya mengambil tindakan tegas terhadap Adun Tronoh...walaupun laporan polis telah dibuat sebelum ini, Adun Tronoh masih lagi bebas bertindak sesuka hati melampaui batasan undang-undang."kata Nadzri.

Sang Kelembai Sumpah Zahrain....!!!!

Lepas maghrib tadi gua dapat call dari darling gua mengatakan mak bapak di on the way datang rumah, alamak., lauk makan malam tak cukup..., apa lagi tapau lauklah jawapannya... ha.. ha..

Ringkas cerita..., sambil menunggu lauk pauk yang gua pesan tu, gua order air dan mengadap TV kat restoran tu dan tertontonlah buletin utama TV3 suku. Semalam merata blog mengisahkan persidangan parlimen yang di tayang oleh TV3 suku, malam ni... ada cerita lagi berkaitan AP Bayan Baru tu... yang gua tengok dah macam haramjadah punya malaun.

Beberapa perkara yang gua sempat notis, pertama TV3 suku bijak memanipulasi... kalau ikut cara dia lah sebagai pencacai aula kepada umno haramjadah dalam memainkan dan menghangatkan isu politik memburukkan PR dengan kenyataannya sebagai seorang AP yang kecewa tak dapat projek kelab golf bernilai jutaan henget.

Keduanya, apabila Tian Chua membacakan surat permohonan AP kecewa itu kepada KM Penang supaya mencadangkan diri beliau di berikan gelaran "Dato Seri" oleh Yang Di Pertua Pulau Pinang. Akan tetapi... dia tidak menjawap secara berhemah malahan menyindir Tian Chua "kalau tak faham bahasa inggeris dia suruh Tian Chua pergi belajar dari AP Bagan Serai (kurang lebih macam tu lah bunyinya).

Ketiganya, setelah selesai menayangkan isu AP kecewa (Bayan Baru), di tayangkan pula komen Najib berkaitan persidangan parlimen tersebut, ha..ha..ha... apalagi mamat PM ni pun ulaslah ikut selera politik dia..., orang kampung pun tengok.... lu pikir lah sendiri...

Berkaitan TV3 suku gua tak nak cerita banyak sebab semua orang dah tau peranan mereka sebagai media penjilat dan pencacai parti haramjadah umno, melainkan kalau umno mampus barulah mereka terlepas dari cengkaman politik kerajaan barisan nazional. Itu pun kalau...... dan mungkin.... hehehe....

Apa yang gua kesalkan ialah, apakah peranan AP2 itu semua semasa dalam parlimen, adakah parlimen tempat mereka menyalak dan memperbodohkan diri masing2 dengan isu politik haprak mereka, tak kisahlah siapa betul siapa salah (itu tajuk dan bab lain).

Parlimen..., tempat untuk membahaskan isu rakyat dan negara (secara umumnya), ini asyik membuang masa dengan isu2 bangang diorang dan dalam masa yang sama ada yang terkinja2 macam beruk terutama sekali AP2 dari BN... tak ubah macam perangai budak tadika..., macam itukah akhlak sebagai seorang AP...??? macam sialan jer... dan sememangnya sial....

Nampaknya beruk2 Ahli Parlimen dalam Parlimen itu tidak mengendahkan nasihat YDP Agung supaya semua Ahli Parlimen menonjolkan sifat dan akhlak yang elok dan baik semasa bersidang. Ingatkan anak2 tadika sahaja yang sukar di jaga dalam kelas... rupanya yang bapak2 budak pun lagi teruk... beruk pun gua rasa lebih beradap dari Ahli Parlimen Malaysia nih....

Dalam bab AP Bayan Baru tu pulak.... gua rasa anjing sekor tu... elok di suruh telan telur rebus busuk yang di cucuk jarum peniti dalamnya... supaya dia boleh senyap sikit daripada buka cerita yang mengarut2 dan akhirnya tiada bukti yang dapat mempertahankan hujahnya. Itulah anjing bangang namanya.... dah puas menyalak ntah apa2... lepas tu suruh orang bersumpah... sumpah kepala bapak dia lah.... bangang punya AP Bebas....


Saja gua bagi blurrr.... sebab dia dalam proses mutasi ke bentuk sumpahan.

Nanti gua suruh sang kelembai sumpah badan dia jadi katak dan berkepala anjing baru dia tau.... jangan main2 dulu2 kisah sang kelembai popular juga sekitar jelutong, teluk kumbar, balik pulau.... tanyalah orang2 tua (otai2) kawasan tu.... ha..ha..ha....

Weiii... AP Kecewa... lu tak payah cakap banyak la... lu kencing berterabur.... baca kat bawah tu;
"Bekas Panglima Angkatan Tentera sendiri nafikan dakwaan Angkatan Tentera menyokong tindakan perlantikan DS Anwar Ibrahim sebagai PM ke-6. Ke nak kena Agong pula jawab tuduhan Zahrain tu??": Author Faethal

Anwar Sudah Terjerat Dengan Pendedahan Zahrain - Shafie


KUALA PILAH, 18 Mac (Bernama) -- Pemimpin pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebenarnya sudah terjerat apabila menggunakan nama Yang di-Pertuan Agong dan sokongan pihak tentera dalam rancangan 16 September untuk mengambil alih kerajaan, kata Naib Presiden Umno Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.

Katanya, pendedahan yang dibuat oleh Anggota Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim yang kini wakil rakyat bebas dan bekas anggota Parti Keadilan Rakyat (PKR) telah membuka rahsia Anwar sekaligus menunjukkan taktik yang direncanakannya.

"Kita perlu tahu yang mendedahkan perkara itu bukan calang-calang. Ini bekas Pengerusi Perhubungan PKR dan juga Ahli Parlimen maknanya beliau ini mempunyai jawatan yang tinggi dalam parti satu ketika dahulu,'' katanya kepada pemberita selepas lawatan ke tapak projek Lembu Fidlot Ladang Risda Inas di sini Khamis.

Mohd Shafie yang juga Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah berkata ini menunjukkan kebenaran akhirnya muncul walaupun Anwar mencuba pelbagai taktik, katanya.

Sebagai seorang ahli politik dan kononnya pejuang kebenaran, Anwar seharusnya mempertahankan diri melalui pendebatan dan bukannya meninggalkan dewan, katanya.

"Ini bukan cakap orang UMNO, tetapi cakap kawannya dahulu. Anwar selalu mereka yang ini mainan politik UMNO.. Mana ada penglibatan kita di situ," katanya.

Sikap Anwar yang meninggalkan dewan menunjukkan orang ini yang kononnya seorang pemimpin tidak boleh dikritik, katanya.

"...tetapi apabila dia mengkritik dia mahu supaya perkara itu didengar. Tidak bolehlah macam itu. Kita sebagai ahli politik harus terbuka dalam menerima kritikan," katanya.

Semalam, Zahrain dalam sidang Dewan Rakyat mendedahkan Anwar telah menyatakan kononnya Yang di-Pertuan Agong dan Panglima Angkatan Tentera Malaysia akan menyokong beliau sebaik sahaja majoriti Anggota Parlimen Barisan Nasional yang melompat diperolehi pada 16 Sept lepas.

Anwar juga menurut pengamatan Zahrain bersikap bermuka-muka kerana pemimpin pembangkang itu sentiasa berubah dalam perjuangan membela orang Melayu dan mempertahankan Islam.

Ahli Parlimen Bebas Usah Datang Parlimen Selama Enam Bulan

KUALA LUMPUR 18 MAC: Ahli Parlimen Bukit Gelugor, Karpal Singh meminta semua ahli parlimen yang menang pilihan raya atas tiket Pakatan Rakyat tetapi belot dan mengisyitihar diri sebagai ahli parlimen bebas, diminta tidak datang ke sidang Parlimen.
Beliau menyifatkan tindakan itu paling sesuai jika benar  ahli parlimen sedemikian benar-benar tidak mengkhianati rakyat tanpa perlu menggadaikan kelayakan mereka untuk bertanding pada pilihan raya akan datang.

Beliau berkata, kebanyakan ahli parlimen bebas dikatakan keberatan untuk meletak jawatan kerana terikat dengan Artikel 48(6) Perlembagaan yang menghalang  mereka dari  bertanding selama lima tahun jika mengosongkan kerusi.

"Jika seorang Ahli Parlimen letak jawatan, dia tidak boleh bertanding selama lima tahun. Ini adalah alasan yang diberikan oleh Ibrahim Ali. Itu alasannya sepanjang masa ini.

"Apa yang penting ialah artikel 52(1) yang menyatakan, jika seseorang ahli dewan rakyat tidak hadir selama enam bulan tanpa izin Speaker, kerusinya akan dikosongkan.

Artikel 48 dipinda Tun Mahathir Mohamad pada 1989 bagi menghalang ahli parlimen Semangat 46 dari meletak jawatan, seterusnya memaksa pilihan raya kecil pada masa itu. Namun, dalam artikel 52(1) ahli parlimen boleh bertanding semula tanpa perlu digantung selama 5 tahun.

Justeru, Karpal yang juga seorang peguam menyatakan, ketidakhadiran ahli parlimen yang melompat parti sebelum menjadi ahli bebas, membuka ruang kepada rakyat membuat pilihan sebenar mereka.

"Kami meminta ahli parlimen PKR yang keluar parti agar tidak datang ke Parlimen selama enam bulan supaya kerusi mereka dikosongkan dan mereka boleh bertanding semula dalam pilihan raya kecil.

"Ini merupakan jalan terbaik yang boleh dilakukan agar mereka yang mengkhianati kepercayaan pengundi kawasan mereka dengan menjadi mp bebas selepas menang dengan tiket PKR," katanya.

Kewujudan Parti Perkauman Tidak Selaras Semangat Satu Malaysia

KUALA LUMPUR 18 MAC: Parti-parti politik yang berasaskan perkauman harus dibubar kerana ia bertentangan dengan konsep Satu Malaysia yang ditaja oleh Umno-Barisan Nasional.

Cadangan ini dikemukakan oleh Penasihat DAP, Lim Kit Siang, ketika membahaskan usul ucapan terima kasih titah Yang di-Pertuan Agong di Dewan Rakyat petang tadi.

Beliau mencabar setiap ahli dewan termasuk Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin  yang hadir sidang ketika itu, supaya bangun mengisytiharkan bahawa mereka adalah pertama-tamanya rakyat Malaysia, sebelum mengakui berketurunan Cina, Melayu, India, Iban atau sebagainya.

"Semua parti politik berasaskan kaum perlulah dibubar kerana ia menentangkan semangat dan konsep Satu Malaysia. Umno sendiri, MCA, MIC semuanya perlu dibubar kerana ia bertentangan dengan Satu Malaysia," kata Kit Siang.

Namun, tiada seorang pun ahli parlimen Umno-Barisan Nasional berani menyahut cabaran itu.

Sebaliknya, cabaran ini disokong oleh Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad yang kemudian mempersoalkan sama ada konsep parti berasaskan kaum, sesuai dengan acuan Satu Malaysia.

Ahli Parlimen Padang Besar, Datuk Azmi Khalid bangun dan mencabar Kit Siang supaya mengajak ibu bapa keturunan cina menghantar anak mereka ke sekolah kebangsaan demi mewujudkan satu bangsa Malaysia yang bersatu.

Bagaimanapun, Khalid sekali lagi mencelah dan mempersoalkan demikian: "Adakah dasar Satu Malaysia bertujuan menghakis jati diri atau identiti rakyat pelbagai kaum?"

Ahli Parlimen Taiping, Nga Kor Ming menghangatkan perbahasan apabila beliau menghuraikan betapa DAP mendahului konsep Satu Malaysia dengan mengemukakan barisan kepemimpinan pelbagai kaum.

Arak dihidang dalam jamuan Pemipin UMNO

Oleh: sofiwahab

"Seorang Menteri kanan dari Umno dikatakan tidak senang dengan kenyataan Ahli Parlimen Machnag, Saifuddin Nasution di Dewan Rakyat semalam bahawa ada pemimpin Umno yang menghidangkan minuman keras pada ulang tahun perkahwinannya.

Saifuddin juga memberitahu Dewan Rakyat dalam satu lawatan yang dianjurkan oleh Umno ke amerika syarikat, seorang pemimpin parti itu tertidur di kasino dan gagal mengikuti rombongan berkenaan.
Saya harap rakyat dapat menilai kenyataan YB Saifuddin ini supaya mereka tidak terpedaya dengan lakonan pemimpin Umno.
Sila tanya dan selidiki kenyataan YB Saifuddin, benar atau tidak. Bagi saya kenyataan YB Saifuddin ini adalah kenyataan yang bertanggungjawab!!!!

Rasa suspen dan nak termuntah


Sekarang ni.... riuh sana sini orang bercerita apa yang berlaku di Parlimen semalam. Pelbagai tuduhan dilemparkan kepada Anwar oleh anjing-anjing mercenaries yang baru ditubuhkan oleh UMNO. Sarasan serangan mereka.... Anwar Ibrahim, PKR dan Pakatan Rakyat.

Namun demikian, ada dua persoalan yang membuat aku suspen dan nak termuntah tetapi ingin sangat nak tau.

Soalan yang buat aku suspen:
  • Siapa dia Timbalan Speaker Dewan Rakyat yang dimaksudkan?
Eleh.... yang dikatakan berpakat dengan Anwar. Siapa agaknya, ya?? Fuiyo... suspen giler aku ni...Dan... soalan yang buat aku nak termuntah:


  • Betoi ke hang mintak anugerah Datuk Seri daripada Lim Guan Eng??
Ya Allah.... ada jugak orang yang kemaruk pangkat dan gelaran hingga sanggup meminta-minta. Weh.... tak malu ke?? Apalah ada pada gelaran.... cuma nampak hebat di dunia sementara hidup jer. Apabila mati..... tinggal semuanya. Nama yang baik juga orang kenang.
Kalau setakat dapat gelaran Datuk Seri sebab minta-minta..... baik campak jer dalam jamban. Tak der paedahnyer. Jasa tak seberapa.... apa hati nak pakai Datuk Seri. Buat malu kompeni jer!! So... jangan eksen ler dengan Datuk Seri hang tu!!
Sekarang dah buat taik.... ada ke orang nak kenang hang lagi, hendaknya pulak, apabila mati nanti. Harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama. La ni.... belang pun tak mandang..... nama pulak busuk bau taik. Apa nak jadi??
Hi... hi... hi... jadi anjing mercenary ler, apa lagi. Whoof...whoof... whoof!!

Sapa nak tengok kehebatan Polis dan FRU sila Hadir 30 Mac ini di Dewan SUK Perak

jeng jeng..boleh tengok aksi free dengan mandi free...nasib baik dapat sedut asap free..JOM ramai-ramai kita ke SUK pada 30 mac ini..kena jaga pintu belakang ..mesti sizambri akan masuk ikut pintu belakang...

MB Perak Tidak Boleh Hadir Sidang Dun 30 Mac Ini - Sivakumar

Cerita disebalik gambar ini....

"Serius nampak...Ahli parlimen PKR,Padang Serai,Kedah N Gobalakrishnan (kiri) dan Ahli Parlimen Bebas Bayan Baru,Datuk Seri Zahrain Hashim sedang ambil makanan di bilik rehat Ahli Parlimen tengahari Khamis.Detik ini dirakam tidak lama selepas Zahrain selesai sampai ucapan perbahasan yang belasah PKR dalam Dewan Rakyat.Gobalakrishnan yang paling galak mengganggu ucapannya dan istihar beliau tidak lagi akan salam dengan Zahrain selepas ini.Ini membuatkan Agendadaily menjejak mereka hingga ke bilik rehat itu untuk melihat samaada mereka bersalam atau tidak.Gobalakrishnan biasanya kaki bising dan suka buat jenaka namun kali ini control serius.Zahrain pula buat sardin padanya.-18/3/2010"

Musa Hitam: Wang ihsan atau royalti biar kerajaan negeri uruskan

KUALA LUMPUR, 18 Mac — Bekas timbalan perdana menteri Tun Musa Hitam berkata pembayaran wang royalti atau ihsan seharusnya diserahkan kepada kerajaan negeri untuk diuruskan sebagaimana diperuntukkan mengikut undang-undang, bukannya dikendalikan oleh kerajaan pusat dengan mewujudkan jawatankuasa khas.
Justeru seolah-olah senada dengan pendirian bekas pengerusi dan pengasas Petronas Tengku Razaleigh Hamzah, Musa memberitahu, berdasarkan pengalamannya itu beliau lebih “arif” dalam isu pertikaian wang royalti antara kerajaan negeri Kelantan dan pusat sekarang.
Dalam temu bual dengan Astro Awani hari ini, Musa(gambar) berkata pembayaran wang itu biar apapun istilahnya mesti dibuat kepada kerajaan negeri kerana matlamatnya adalah untuk pembangunan rakyat.
“Sama ada wang ihsan ke royalti, itu tak mustahak. Asalkan mereka menggunakannya untuk pembangunan rakyat.
“Kita harus wujudkan satu sistem di mana kita boleh memantau penggunaan wang itu, walaupun kuasanya diberikan kepada negeri berkenaan,” katanya.
Pandangan ini dibuat ketika soal wang royalti menjadi isu politik hangat buat masa sekarang dengan Tengku Razaleigh, bekas menteri kewangan dan Ketua Umno Gua Musang berulang kali menegaskan Kelantan berhak menerima royalti atau bayaran tunai tetapi bukannya wang ihsan yang ditentukan kerajaan pusat.
Perkara itu ditekankan beliau pada ceramah perdana di Kota Baru akhir Januari lalu.
Tengku Razaleigh akan muncul pada majlis dialog yang diadakan di negeri jiran Terengganu, yang juga hanya pernah dibayar wang ihsan selepas ia jatuh ke tangan PAS pada 1999, malam ini.
Beliau dijadual untuk menyentuh isu itu sekali lagi yang sebelum ini mencetuskan polemik dan rasa tidak puas hati di kalangan pemimpin Umno-BN.
Musa, yang pernah bergandingan dengan Tengku Razaleigh pada pemilihan Umno tahun 1987 melawan kepimpinan Presiden Umno ketika itu Tun Dr Mahathir Mohamad, menyedari pandangannya ini mungkin akan menimbulkan keresahan di kalangan pemimpin Umno.
“Jelas kepada saudara, bila dengar saya cakap ni, saya punya pendapat ‘not mainstream’.
“Ada orang kata boleh jadi lagi dekat dengan Tengku Razaleigh. Jangan salah faham pulak... Musa dah balik dengan Tengku Razaleigh, tak ada, kita dah tua, ‘don’t worrylah’,” katanya.
Dalam komennya itu Musa juga percaya bahawa Tengku Razaleigh tahu apa yang beliau pertahankan.
“Kalau betullah kata Tengku Razaleigh, saya fikir Tengku Razaleigh arif dalam hal ini, oleh sebab dia dulu dengan Petronas, dia dalam kerajaan,” katanya.
Sebelum ini Tengku Razaleigh mempertahankan hak Kelantan menuntut royalti minyak.
Kerajaan Kelantan pula pada tahun lalu menuntut royalti RM2 bilion hasil operasi cari gali minyak di perairannya daripada kerajaan pusat.
Namun kerajaan pusat mendakwa Kelantan tidak layak menerima royalti berkenaan kerana dua telaga minyak berkenaan terletak di kawasan 150 batu nautika dari perairannya.
Sebaliknya kerajaan pusat melalui perbincangan dengan Petronas memutuskan untuk membayar RM20 juta dalam bentuk wang ihsan kepada Kelantan iaitu lima peratus hasil pengeluaran gas di Blok Medan Bumi Selatan.
Pembayaran itu akan dibuat sebelum akhir bulan ini.
Untuk tujuan itu kerajaan pusat menubuhkan Jawatankuasa Pengagihan Wang Ihsan yang dipengerusikan oleh Timbalan Menteri Kewangan Senator Datuk Dr Awang Adek Hussin yang juga Timbalan Pengerusi Umno Kelantan.
Mesyuarat pertama jawatankuasa Khamis lalu memutuskan bahawa kumpulan pelajar miskin dan mereka yang ditimpa bencana akan turut dipertimbangkan untuk mendapatkan bantuan daripada dana wang itu.

Ku Li: Umno-BN terjejas jika lawan arus dalam isu royalti

Oleh Mohd Zuharman
PASIR PUTEH, 18 Mac — Ketua Umno Bahagian Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah tidak menolak kemungkinan kedudukan Umno-BN akan terjejas pada pilihan raya umum ke-13 jika rakyat Kelantan terus dinafikan hak dapatkan royalti.
“Susahlah sikit kalau tidak bersama dengan apa yang menjadi harapan rakyat. Orang panggil menentang arus.
“Apapun kena tengok pada pilihan raya nanti, sebab saya bukan tok nujum,” kata beliau kepada pemberita selepas menghadiri majlis sambutan Maulidur Rasul peringkat Parlimen Pasir Puteh di Dewan Maahad Saniah dekat sini, petang tadi.
Hadir sama pada majlis tersebut Ahli Parlimen Pasir Puteh Mohamed Husein.
Tengku Razaleigh dalam perjalanan ke Kuala Terengganu bagi menyampaikan ceramah berkaitan isu royalti anjuran NGO malam ini.
Hampir dua bulan lalu Tengku Razaleigh menyampaikan ceramah yang sama di Kota Baru dengan menegaskan Kelantan berhak menerima wang royalti lima peratus.
Dalam pertemuan singkat itu beliau sekali lagi mempersoalkan kredibiliti kerajaan Umno yang terus mempertikaikan hak Kelantan dalam isu royalti dengan menganggap sebagai berfikiran sempit.
“Saya rasa sempit sangat pemikiran kita, kalau Umno pun kenapa tak mahu bagi kepada rakyat Kelantan? Apa kerana PAS menang, tak mahu bagi?
“Kalau begitu silap, minyak ini hak rakyat seluruhnya. Soal politik soal lain. Ini soal kehidupan, soal kemajuan rakyat bersama.
“Masalah orang (rakyat) hendak kepada Umno atau PAS itu hak dia (rakyat) masing-masing.
“Duk bercakap 1 Malaysia… 1 Malaysia… tapi macam mana 1 Malaysia kalau sebelah sini ‘rebeh’ (tidak diberi keadilan),” katanya.
Menjawab usaha NGO yang bertindak akan menyerahkan memorandum bersabit isu tuntutan royalti minyak kepada Yang di-Pertuan Agong Sabtu ini, Tengku Razaleigh menyifatkan ia satu tindakan yang baik.
“Baguslah kalau hendak bawa memorandum kepada Agong supaya Agong lebih maklum.
“Tambahan dulu rakyat Terengganu dapat royalti tapi dinafikan selepas ia diperintah PAS,” katanya.
Semalam Gerakan Bertindak Kembalikan Royalti Rakyat (Gegar) dan Majlis Permuafakatan Rakyat Terengganu (Mampat) mengumumkan dua memorandum melibatkan Kelantan dan Terengganu berkaitan tuntutan royalti akan diserah kepada Yang di-Pertuan Agong sempena keberangkatan baginda ke Terengganu Sabtu ini.
Bulan ini genap 10 tahun Terengganu dinafikan hak royalti oleh kerajaan pusat.

Tukar Nama Pendidikan Seks Kepada Pengajian Gender

1. Cadangan untuk mengadakan pendidikan seks di sekolah-sekolah sekali lagi menjadi tajuk perbincangan hangat.  Ini bukan kali pertama ia menjadi isu.  Setiap kali isu ini timbul akan wujud pandangan yang bersetuju dan menentang.  Ini lumrah manusia.  Jarang manusia boleh bersetuju sebulat suara dalam apa hal pun.
2. Melihat gejala sosial hari ini termasuk seks di luar perkahwinan, seks bebas, peningkatan pembawa HIV dan penghidap AIDS, seks bawah umur dan jenayah seksual seperti rogol, cabul dan liwat menunjukkan ada kepentingan dan keperluan mengadakan pendidikan seks di sekolah-sekolah.
3. Namun ada juga rakan saya berhujah bahawa Amerika Syarikat yang memperkenalkan pendidikan seks bukan sahaja gagal membendung gejala-gejala yang saya sebutkan itu, malah meningkatkan pula masalah-masalah sosial ini.  Mungkin perasaan ingin tahu hasil pengetahuan mengenai seks tersebut menyebabkan mereka ingin mencuba.
4. Saya percaya di Malaysia sendiri pun masalah-masalah sosial membabitkan seks ini berpunca daripada pendedahan remaja kepada bahan lucah di internet yang mendorong perasaan ingin mencuba.
5. Bagi saya pendidikan seks harus dilaksanakan di sekolah-sekolah bagi bukan sahaja membendung seks luar nikah dan seks bebas tetapi juga memberi pengetahuan yang jelas mengenai kehidupan manusia dan isu-isu gender.  Ini kerana masayarakat hari ini turut berhadapan dengan masalah kekeliruan gender di mana kita lihat semakin ramai lelaki menjadi perempuan dan perempuan menjadi lelaki.
6. Kontroversi di kalangan yang menentang ini banyak berkisar kepada masalah pendekatan atau approach mereka yang mencadangkannya.  Jika diteliti dari sudut ilmu pendidikan dan akademik, pendidikan seks mempunyai ruang lingkup yang sangat luas dan bukan bermakna hubungan seks (intercourse) semata.
7. Namun di kalangan orang Asia termasuk di Malaysia, subjek Pendidikan Seks memberi makna yang kurang selesa dan agak sensitif.  Justeru apabila dilontarkan idea pendidikan seks kepada masyarakat di negara ini ia memberi mesej yang mengelirukan.  Ramai beranggapan ia akan menerangkan mengenai hubungan kelamin sekaligus ini menimbulkan tentangan.
8. Justeru untuk perbincangan selanjutnya saya berharap Kementerian Pelajaran dan tokoh pendidik boleh memulakan perbincangan dengan menggunakan nama pendidikan seks kepada sesuatu yang lebih sopan, mesra dan dapat diterima oleh masyarakat tanpa menyinggung perasaan.
9. Saya cadangkan Kementerian Pelajaran menggunakan nama seperti Pengajian Gender.  Ia tampak lebih manis dan tidak menimbulkan ketidakselesaan masyarakat untuk membicarakannya.
"Gender is used to describe those characteristics of women and men, which are socially constructed, while sex refers to those which are biologically determined. People are born female or male but learn to be girls and boys who grow into women and men. This learned behaviour makes up gender identity and determines gender roles" (World Health Organization, 2002).
10. Saya juga berharap Kementerian Pelajaran mendapatkan pandangan dan bantuan pelbagai pihak terutama pemimpin masyarakat, NGO, tokoh agama, tokoh motivasi dan tokoh budaya dalam merangka satu sukatan pengajian gender yang menyeluruh dan bukan berunsur seks semata.

*Tulisan ini dipetik dari blog Mohamad Khir Toyo, bekas Menteri Besar Selangor.

"Besar maknanya kuat?": Transformasi Barisan Nasional

Niat Barisan Nasional untuk memperluaskan empayarnya terserlah apabila Pengerusinya, Najib Abdul Razak merasmikan Parti Makkal Sakthi Malaysia pada Oktober 2009, malah menyatakan hasratnya untuk bekerjasama dengan parti bukan BN.  Kini, sasaran "keahlian secara terus" bukan hanya terbatas kepada parti politik, malah badan bukan kerajaan (NGO) dan individu.
"Transformasi BN" ini mungkin boleh menandingi apa yang berlaku pada tahun 1970-an, iaitu pertukaran daripada Perikatan kepada Barisan Nasional.  Langkah ini berjaya menyekat kuasa pembangkang di beberapa negeri, malah memperluaskan kuasa pemerintahan BN.
Jadi, apakah Najib kini mengikut jejak langkah Allahyarham ayahandanya, Abdul Razak, dan bakal duduk sama rendah berdiri sama tinggi dengan ayahnya dalam ketika dinilai sejarah?
Kebaikan menyerap parti lemah
Antara parti politik yang disebut-sebut untuk diserap ke dalam BN termasuklah Barisan Progresif India Se-Malaysia (IPF), Parti Makkal Sakthi Malaysia dan Parti Cinta Malaysia (PCM).  Berbeza dengan parti pembangkang pada tahun 1970-an seperti Gerakan, PPP(People Progressive Party), SUPP (Sarawak United People's Party) dan PAS yang mempunyai pengaruh kuat di tempatan, parti tersebut tidaklah sehebat itu.
Ketika Gerakan, PPP, SUPP dan PAS diserap ke dalam BN, empayar pemerintahan BN diperluaskan.  Walaupun PAS keluar dari BN kemudiannya, tetapi telah mengalami kecederaan dalaman yang parah.  Dengan kata lain, penyerapan parti lain perlu mengambil kira kebaikannya terhadap BN, dan sama ada kekuatan lawan boleh dihakis.
Namun demikian, IPF, Makkal Sakthi dan PCM bukan sahaja tidak mantap, malah bukan pesaing BN yang utama.  Manfaat yang bakal dibawa masuk dengan penyertaan mereka ke dalam BN menjadi tanda soal.  Malah, sebelum kebaikannya ditemui, permasalahan pula yang ditimbulkan terlebih dahulu.
Beberapa parti yang masuk ke dalam BN semestinya menuntut kawasan pengundian untuk dipertandingkan ketika PRU.  Persoalannya, rebut dengan siapa?  Semestinya bukan UMNO.  PCM akan merebut dengan Gerakan dan MCA, sementara IPF dan Makkal Sakthi akan merebut dengan MIC.  Dalam keadaan lebih sudu dari kuah, maka mereka yang tidak disuapkan akan melatah, dan bakal membalas dengan "cah keting" dalam PRU.
Individu: Keahlian secara terus
Bagaimana pula dengan keahlian BN secara terus untuk individu?  Secara umumnya, kumpulan ini boleh dibahagi kepada tiga kategori.  Pertamanya, "orang bebas pro-BN" yang keluar dari Pakatan Rakyat (PR); keduanya, individu yang dipecat dari parti komponen BN, tetapi masih taat kepada BN; ketiganya, elit yang ingin diserap BN, tetapi individu tersebut enggan menyertai mana-mana parti.
Untuk kategori pertama, seandainya seseorang itu adalah wakil rakyat, maka ia akan menambah kerusi untuk BN.  Tetapi apakah perbezaan antara "bebas dan pro-BN" dengan "keahlian BN secara terus"?  Mungkin BN perlu memperuntukkan lebih sumber untuk mengekalkan kesetiaan mereka.  Tetapi, seandainya individu ini telah menyatakan pendirian "pro-BN", maka yang lebih dimanfaatkan daripada peruntukan sumber tersebut adalah orang perseorangan itu, bukannya BN.
Kategori kedua pula, "keahlian BN secara terus" akan mengekalkan kesetiaan mereka kepada BN, malah menghalang mereka untuk lompat ke PR.  Bagi yang memegang jawatan, mereka boleh meneruskan perkhidmatan.  Inilah situasi "menang-menang".  Sememangnya, pertentangan antara individu dengan parti komponen yang memecatnya itu akan menjadi kebimbangan.  Bagaimanapun, kategori ini dimiliki BN sebermulanya.  "Keahlian secara terus" hanya untuk mengelakkan "pengurangan", tetapi tidak memberi "penambahan" apa-apa untuk BN.
Bagi kategori ketiga, mungkin ramai juga elit yang sanggup berkhidmat untuk BN tanpa mahu menyertai parti komponen BN.  Namun, individu sedemikian kebanyakannya menjadi keahlian BN terus dengan harapan untuk mendapat "jawatan atau pangkat".  Kabinet yang sedia ada sudah gempal untuk memenuhi keperluan parti komponen.  Seandainya lebih elit memasuki BN, maka kabinet BN akan bertambah sesak.  Dengan kata lain, BN yang terlalu besar bakal mengundang tekanan lebih sudu dari kuah.
NGO menyempitkan ruang
Antara ketiga-tiga sasaran BN, NGO-lah yang paling dipertikaikan.  Hubungan sekutu antara parti politik dengan NGO adalah sesuatu yang lumrah, misalnya Parti Buruh dengan Kesatuan Pekerja, Christian Democratic Party dengan pertubuhan kristian (di luar negeri).  Namun demikian, masing-masing wujud dalam keadaan berdikari dan tidak terikat dengan hubungan sistem.
Ini kerana fungsi parti politik bukan sekadar "menyuarakan kepentingan", tetapi juga "menyelenggara kepentingan", namun NGO hanya berfungsi untuk "menyuarakan kepentingan".  Untuk memperolehi kuasa pemerintahan, parti politik perlu berdepan dengan seluruh rakyat, tetapi NGO hanya berdepan dengan kumpulan berkepentingan tertentu sahaja.
Kewujudan NGO bukan untuk mengambil pendirian kepartian.  Misalnya, National Rifle Association di Amerika Syarikat membela hak pemilikan senjata, cenderung kepada ideologi yang konservatif, menyokong Republican Party dalam setiap pemilihan Presiden.  Namun, mereka pernah menyokong calon sosialis dalam pilihan raya parlimen, kerana calon tersebut menyokong hak pemilikan senjata.  Oleh itu, walaupun NGO mungkin cenderung kepada parti politik tertentu, tetapi mereka lebih berorientasikan isu.  Mereka perlu memantau pendirian parti politik terhadap isu yang diambil berat oleh mereka, dan bukannya menyokong sesuatu parti dengan membuta tuli.
Bertitik tolak dari situ, penyertaan NGO ke dalam pakatan parti politik walaupun kelihatan "saling memperkasa", namun ia sebenarnya menyempitkan ruang antara satu sama lain.  Misalnya, seandainya pertubuhan seperti PERKASA menyertai BN, ia mungkin mengukuhkan sokongan Melayu, tetapi bakal menghilangkan sokongan bukan Melayu di sebaliknya.
BN yang sudah biasa dengan "menyapu bersih" musuhnya, nampaknya gagal menyesuaikan diri dengan kehilangan majoriti dua pertiga dalam parlimen.  Maka, transformasi mahupun pembaharuan yang diutarakan adalah "perluasan kuasa", tidak sabar-sabar agar kesemua parti politik menyertai keluarga BN dan berperanan sebagai "kanak-kanak yang tunduk mematuhi arahan".
Jelas, BN masih berada di takuk lama, dengan minda "besar maknanya kuat", menyebabkannya gagal memahami "besar bukan segala-galanya".  Berbeza dengan perluasan empayar pada tahun 1970-an, perluasan empayar kali ini tidak membawa manfaat yang besar untuk BN.  BN tidak sedar bahawa kekalahannya dalam PRU ke-12 bukan disebabkan ia tidak cukup "besar", tetapi masalah BN itu sendiri.
"Transformasi" kini hanyalah "perluasan empayar", kerana BN enggan berdepan dengan masalahnya sendiri.  Apakah itu "transformasi"?

Ngeow Chow Bing

Cerita Lama, Isunya Tidak Pernah Usang

Seorang perwakilan Umno daripada Pulau Pinang mengejutkan perhimpunan agung Umno pada tahun 1991 dengan pertanyaan sinis: "Siapakah tikus yang sanggup menggantungkan loceng di leher kucing."
Dewan Merdeka PWTC tempat berlangsungnya perhimpunan agung Umno itu tiba-tiba menjadi senyap sunyi. Masing-masing perwakilan yang sebelumnya bersorak-sorai apabila Raja-raja Melayu dihina dan dipermain-mainkan sepanjang tiga hari perhimpunan itu berlangsung mula berasa seram sejuk.
Sepanjang tiga hari, perhimpunan Agung Umno tahun itu berubah menjadi 'sidang penderhakaan' terbesar Melayu terhadap Raja-rajanya. Tidak cukup dengan kata-kata nista dan cemuhan yang dilemparkan terhadap Raja-raja Melayu, media massa pro-Umno juga turut menyiarkan ucapan-ucapan perwakilan dan pemimpin Umno yang mengecam dan mempersendakan
Dato' Zainal Abidin Sakom, wakil Umno Selangor yang juga Setiausaha Politik Menteri Besar waktu itu menjadi wira dalam perhimpunan itu. Beliau tanpa segan silu dan tidak beradab menyerang peribadi Sultan Selangor. Zainal turut menyerahkan senarai salah laku Sultan Selangor kepada Dr Mahathir untuk didedahkan kepada rakyat.
Penderhakaan terbuka Zainal menaikkan semangat para perwakilan Umno. Satu demi satu aib Raja-raja Melayu didedahkan dan keaiban-keaiban ini disiarkan oleh media elektronik pro-Umno secara langsung dan media cetak pro-BN keesokan harinya.
Bagaimanapun cerita tikus dan kucing oleh perwakilan Umno Pulau Pinang itu tiba-tiba mengecutkan perut para perwakilan yang sebelum itu begitu biadap dan celupar menghina istana.
Tiada seorang pun perwakilan Umno yang berani menyahut cabaran perwakilan Umno itu sehinggalah ucapan penangguhan Presiden.
Dan ketika memberikan ucapan penangguhannya Presiden Umno, Dr Mahathir Mohamad (Dato' Seri) dengan beraninya berkata: "Ada perwakilan yang bertanya siapa tikus yang berani menggantung loceng di leher kucing... Jawapannya kamilah... Kami yang berada di atas pentas ini (Ahli Majlis Tertinggi Umno)."
Maka bersorak-sorai para perwakilan Umno meraikan keberanian Dr Mahathir itu. Hasilnya satu Resolusi 4 Perkara telah diluluskan Perhimpunan Agung Umno untuk mengurangkan kuasa Raja-raja Melayu.
18 tahun kemudian
Lapan belas tahun kemudian, di Bukit Gantang; Dr Mahathir yang baru dua hari menyertai Umno mencerca calon PAS, Dato' Seri Ir Mohd Nizar Jamaluddin kerana kononnya menderhaka kepada Sultan Perak.
"...'Saya pohon derhaka'. Cukup special. Tidak pernah dengar perkataan ini sejak (peristiwa) Sultan Mahmud mangkat dijulang, inilah kali pertama kita dengar," kata Mahathir dihadapan ribuan penyokongnya.
"Kalau tidak bersetuju (kepada raja), kita tidak bersetuju, OK. Tapi jangan sampai kata mohon menderhaka. Wah, bukan main, besar," kelentong Dr Mahathir.
Tidak payahlah rasanya untuk kita mengulas kenyataan 'negarawan' itu. Sejarah panjang pentadbiran Mahathir sudah cukup untuk menyaksikan peri derhakanya beliau kepada Raja-raja Melayu.
Cuma dikesalkan adalah kelompok Melayu penyokong Umno di Bukit Gantang yang masih bersorak-sorai menyokong Dr Mahathir, si tikus tua yang kononnya masih punyai aura untuk memartabatkan Umno dan BN.
Sungguh benar kenyataan Dr Mahathir... "Melayu mudah lupa".
Dari sini
Dari sinilah lahirnya zuriat Pembela Raja dan Melayu itu!

Pemimipin Melayu Muslim Derhaka Halalkan Seks, Judi dan Arak ?

Seperti dalam posting sebelum ini di manakah sebenarnya pihak berkuasa seperti dalam gambar di atas? Gambar di atas adalah berasal ari negeri pendekar Ali Rustam yang kononnya ketua agama Islam negeri Melaka. 

Dua pihak yang perlu bertanggungjawab adalah Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) dan Majlis Agama Islam Melaka namun yang sangat penting adalah peranan Ketua Menteri itu sendiri. Semuanya seperti sudah nyayuk dalam menangani isu ini.

Perkumpulan Demi Negara, Agama dan Bangsa (D' Nab) hari ini mengutuk sekeras-kerasnnya beberapa pimpinan Melayu Muslim yang disifatkan mereka sebagai penderhaka kepada negara, agama (Islam) dan bangsa (Melayu).

Dalam suatu kenyataannya baru-baru ini, Pengerusi D' Nab Mohd Basir Abdullah telah membariskan nama-nama para pemimpin yang perlu bertanggungjawab untuk berdepan dengan kemusnahan masyarakat Islam, Melayu dan negara Malaysia.

"Antara mereka yang mesti bertanggungjawab adalah Yang Dipertuan Agong, Perdana Menteri, Menteri Kewangan, Timbalan Perdana Menteri, semua menteri kabinet Melayu Islam, semua ahli parlimen Melayu Islam, semua ahli Dun Melayu Islam, Yang Dipertua Majlis Agama Negeri, para pengarah Jabatan Agama Negeri-Negeri, para ulamak, tok-tok guru dan lain-lain bijak pandai dalam kalangan bangsa Melayu Islam Malaya.
  
"Mengikut pengakuan mereka, mereka inilah penjaga hak orang Melayu dan agama Islam. Sebenarnya mereka ini adalah biadap, pengkhianat dan penderhaka negara, agama dan bangsa," tambah Mohd Basir.

Menurut beliau, dakwaan ini dilakukan kerana benci golongan yang tiada ketakutan kepada Tuhan, sambil menyifatkan mereka sebagai bisu, pekak dan buta melihatkan kesengsaraan negara Islam tercinta ini.

"Betulkah anda semua jaga hak bangsa Melayu dan memelihara Islam sebagai agama rasmi negara ini? Jika anda amanah terhadap bangsa dan agama, bagaimana mungkin anda semua bisu, pekak dan buta terhadap judi, arak dan pelacuran yang dilarang sama sekali dan diharamkan Allah?

"Dalam negara ini, agama ini dikuasai bangsa Melayu, kenapa masih boleh diluluskan lesen-lesen judi? Adakah arak dan pelacuran boleh dibiarkan bebas berlaku?

"Dalam negara Islam ini, jika hal itu diharamkan Tuhan, tetapi lesen-lesen maksiat, judi, arak dan pelacuran masih diluluskan dalam jumlah yang banyak, pastinya ia mendapat restu anda semua," tambah beliau lagi.

Abdullah Karim Siap Sedia Untuk Dipanggil


Exco Pemuda PAS Abdullah Karim - yang mendakwa terdapat 'konspirasi' beberapa pemimpin parti itu bagi menjatuhkan kerajaan Pakatan Rakyat - sedang menunggu dipanggil memberikan penjelasan berhubung perkara itu.

“Setakat ini (saya) belum dapat makluman rasmi berkaitan perkara tersebut. Saya serahkan sepenuhnya kepada keputusan pimpinan pusat PAS ,” katanya ketika ditanya sama ada aduannya dibuka kembali.

Semalam, Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali memberitahu Malaysiakini, walaupun aduan Abdullah terhadap tiga pemimpin parti itu ditolak pada mulanya, pihaknya akan memanggil exco terbabit bagi mendengar sendiri penjelasannya.

Selepas kontroversi penggantungan jawatan ahli parlimen Shah Alam Khalid Samad dua bulan lalu, Abdullah tampil sebagai tokoh muda paling lantang mengkritik keputusan jawatankuasa disiplin PAS itu.

Beliau juga dilaporkan menyatakan keraguannya terhadap peranan pejabat agung PAS yang diberi kuasa menapis aduan ahli-ahlinya apabila mendakwa laporannya sendiri tidak mendapat sebarang respons.

Malaysiakini difahamkan ketiga-tiga pemimpin yang disebut oleh Abdullah amat rapat dengan pemimpin kanan PAS, termasuk presiden Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan timbalannya Nasharuddin Mat Isa.

Difahamkan juga seorang daripada mereka memegang jawatan penting dalam PAS Selangor manakala seorang lagi pernah menjadi calon PAS pada tahun 1999.

Ketika dihubungi Malaysiakini melalui e-mel malam tadi, Abdullah bagaimanapun enggan mendedahkan nama-nama terbabit kerana hanya pejabat agung merupakan pihak yang terbaik untuk dirujuk dalam isu tersebut.

“Saya masih menunggu perkembangan lanjut (berhubung aduan itu). Dan pada masa yang sama saya akan dapatkan nasihat dari kawan-kawan dan pimpinan PAS di Malaysia,” katanya yang kini menetap sementara di United Kingdom. -mk

Ku Li warns BN could lose votes over oil royalty claims

By Mohd Zuharman
PASIR PUTEH, March 18 — Umno veteran Tengku Razaleigh Hamzah warned Umno-Barisan Nasional (BN) today that the ruling coalition could lose crucial votes in the next general elections if the federal government continued to deny Kelantan’s oil royalty claims.
“It is difficult when we are not following the hopes of the people. People call this going against the flow.
“Anyway we shall see in the next elections because I am not a soothsayer,” he told reporters here today. The Umno leadership’s patience with Tengku Razaleigh will be tested severely when the veteran politician takes his oil royalty road-show to Terengganu tonight.
For the past few weeks, Umno leaders have stopped attacking the Gua Musang MP, concerned that verbal assaults will push him into arms of the opposition and provide Pakatan Rakyat with a strong leader should Datuk Seri Anwar Ibrahim be convicted of sodomy.
But the politician, popularly known as Ku Li, is slated to question why Putrajaya withheld oil royalty payments to Terengganu during the PAS reign in the state, and raise questions on how the federal government used funds owed to the state government.
The founding Petronas chairman will bring these issues up at the oil royalty dialogue in the Terengganu Equestrian Resort in Kuala Terengganu after special prayers tonight.
The then PAS Terengganu government had sued Putrajaya when it stopped the 5 per cent oil royalty payments in 1999 after the Islamist party captured the state.
The federal government converted the oil royalty to a goodwill payment that was managed by federal agencies and Umno warlords with some of the money going to host the Monsoon Cup regatta and an Islamic Civilisational Park in Pulau Duyong complete with a number of mosques, including a crystal one.
Critics have complained the projects were a waste of money and the goodwill payments are a method for Umno to dole out largesse to their supporters.
Putrajaya agreed to pay oil royalty back to Terengganu in 2009 after the state dropped the suit, five years after BN recaptured the state in the 2004 general election.
But documents unearthed to prove that Terengganu was entitled to the oil royalty are still in the possession of PAS, which had ruled Kelantan since 1990. Tengku Razaleigh started his campaign to back his home state’s claims at a mammoth rally in Kota Baru two months ago.
“I think they have a very narrow view of the issue. Why can’t they give the money to the people of Kelantan? Is it because when PAS wins they cannot do so?
“The oil belongs to the people. Politics is a separate matter. This is a question of life and the progress of the people,” said Tengku Razaleigh today.
He said that it was up to the voters which party they supported.
“They speak of 1Malaysia but how to be 1Malaysia when over here there is no justice,” he said. The Umno veteran also backed a move by a non-governmental organisation (NGO) to present a memorandum on the oil royalty claim to the King this Saturday.
“It is good to give a memorandum to the King so that he can be informed. “This is especially since Terengganu used to get oil royalty but this was taken away after PAS took over the state,” he said.

UMNO : Inilah namanya "Rakyat di HULU kan"


“Hanya 'Malays and the Natives of Sabah and Sarawak' dianggap sebagai Bumiputera. Inilah nasib Orang Asal di negara ini,” katanya. “Sepatutnya merekalah orang yang paling layak sekali kerana bukan sahaja sebagai Orang Asal dan anak putera bumi bertuah ini tetapi juga kerana mereka paling miskin. Lagi di sinun.

Kenapa ada pilih kasih? Bagaimana dengan Iban, Kadazan, Bidayuh dan yang lain di Malaysia Timur yang mengundi/menyokong mereka? Mungkin dah kaya raya. Dapat banglo sorang satu kot ....

Rasulullah memberi peringatan kepada para pemimpin :

عن معقل بن يساررضي الله عنه قال : سمعت رسول الله صلى الله عليه وسلم قال :" رقيق هو أن يتم تسليم من قبل الله لقيادة الناس ، ومات في يوم وفاته عندما خدع الشعب ، لا سمح الله لن يدخل الجنة ". متفق عليه

Ma'qil Ibnu Yasar Radliyallaahu 'anhu berkata: Aku mendengar Rasulullah Shallallaahu 'alaihi wa Sallam bersabda: "Seorang hamba yang diserahkan oleh Allah untuk memimpin rakyat, lalu ia mati pada hari kematiannya ketika ia menipu rakyatnya, Allah pasti akan mengharamkannya masuk syurga." (HR Muttafaq Alaihi).

WAllahua'alam ....

Royalti Kelantan - Gomen Terbodoh! Dulu Lain Sekarang Lain..

Hari nih kalau kita bukak blog-blog bayak citer pasal royalti Minyak Kelate... Aku pun dah naik muak dah citer Kerajaan yang kencing sana kencing sini putar atas putar bawah... Cerita pun macam kap lam ya nga... Bodoh punye Gomen! 

Hari nih aku bukak blog ISA (Royalti minyak tak boleh ke makamah) ada gambar keratan akhbar Sinar Hairan bergambarkan Hishamudin budak hingusan lidah pendek tu.. Keje Gomen nih sekarang bukan nak bagi royalti tapi lebih keje menipu orang ramai supaya mereka tak perlu bagi duit royalti... 

Aku letak 2 keratan akhbar dari Akhbar Rasmi Lidah Pencacai, Korang bandingkan dulu depa cakap ape sekarang depa cakap apa... Memang KelingTong bettul Umno yang Ngok tu!!!

Memang patutpun mereka di doakan pecah perut.. Kalau lah aku mangsa teranaiya tu aku doa kasik pecah teluq, baru padan muka hilang sikit nikmat dunia suami-isteri..

Keratan akhbar yang aku maksudkan.. Kalau tak nampak pandai-pandai klik!

 Sinar Harian - 2010 (Helah PAS)
 Pastu korang bandingkan dulu depa cakap apa lak... Berita Harian - 1983

Cuba korang baca dekat Perundingan tu... Ape dia tulis...? (Kerajaan negeri akan menerima royalti 5 persen)

Dulu kata kerajaan Kelantan akan dapat (dulu kerajaan Binatang Negara) sekarang kerajaan PAS pegang Kelantan dan-dan tu depa kata ini semua helah PAS... Bagi je lah royalti tu...!

BODOH punye HISHAMUDIN!!!!

Orang Asal Layak Dapat Status Bumiputera

Oleh Rusnizam Mahat
KUALA LUMPUR, 18 MAC - Orang Asli di negara ini berhak mendapat status Bumiputera kerana mereka bukan sahaja orang Asal di negara ini, tetapi juga merupakan golongan yang paling miskin dalam strata masyarakat.
 
Bagaimanapun keadaan itu tidak berlaku kerana hanya Melayu dan Bumiputera Sabah dan Sarawak sahaja mendapat keistimewaan berdasarkan peruntukkan dalam perlembagaan.
Perkara ini persoalkan Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi KEADILAN Datuk Zaid Ibrahim yang menjelaskan bahawa Perkara 153 and 161 Perlembagaan Persekutuan, tidak memberikan hak kesitimewaan bumiputera kepada Orang Asli di negara ini.
"Orang Asli bukan dikategorikan sebagai Bumiputera, hanya 'Malays and the Natives of Sabah and Sarawak' dianggap sebagai Bumiputera. Inilah nasib Orang Asal di negara ini," tulis Zaid yang juga penyelaras Pakatan Rakyat.
Pada 17 Mac lalu, kira-kira 4,000 orang Asli berarak ke Putrajaya untuk menyerahkan memorandum kepada Perdana Menteri berhubung penganiyaan yang dilakukan kerajaan terhadap mereka selama lebih 50 tahun.
Mereka berhadapan dengan tindakan kejam kerajaan yang merampas tanah nenek moyang mereka untuk tujuan pembangunan yang dilakukan tauke-tauke besar BN.
"Selalu kedengaran permasalahan Orang Asal tidak diberi perhatian yang wajar. Malah kenyataan Menteri Undang-Undang Datuk Seri Nazri Aziz di Parlimen semalam (17 Mac 2010) menunjukkan kerajaan BN tidak tahu sangat atau tidak mengambil berat perihal nasib mereka," ujar Zaid.
Zaid turut membidas kenyataan Nazri ketika menjawab soalan di parlimen mengenai pengiktirafan status Bumpitera terhadap orang asal dengan menjawab 'tidak perlu' kerana Orang Asli termasuk dalam tiga kategori status bumiputera seperti yang diperuntukan dalam perlembagaan.
"Saya terkejut. Bila pula Orang Asli ini dimasukkan dalam golongan 'Bumiputera'? Saya terus merujuk kepada Perkara 153 and 161 Perlembagaan Persukutuan. Tak ada pula Orang Asli diberi keistemewaan sebagai Bumiputera.
"Menteri sendiri tidak mengetahui status mereka, masakan mereka akan mendapat pertolongan dan pembelaan yang patut dan sewajarnya. Hanya 'pendatang' yang terpilih oleh Umno sahaja mendapat keistemewaan.
"Saya harap rakyat Malaysia dapat 'bangkit' bersama Orang Asal dan sama-sama kita bergerak dengan Pakatan Rakyat untuk membela nasib Orang Asal dan juga anak anak Sabah dan Sarawak yang selama ini telah diketepikan dan tidak diberikan layanan yang sewajarnya," tegas beliau.
"Dalam Model Ekonomi Baru yang konon mendapat pujian itu kita harap nasib mereka yang terpingtgir mendapat perhatian, bukan tertumpu hanya kepada mereka yang suka menjual nama bumiputra mereka," tulis Zaid.

Isu Fatwa Ulama Tersohor Dunia Ditolak

Muhammad Faizal Zakaria
KUALA LUMPUR 18 MAC - Pertanyaan jawab lisan yang dikemukakan oleh Ahli Parlimen Balik Pulau Mohd Yusmadi Mohd Yusoff berkenaan dengan fatwa yang  dikeluarkan oleh Sheikh Dr Yusof Al-Qaradawi telah ditolak dari dibincangkan di Dewan Rakyat pada hari ini dengan alasan ia bersifat subjudis.
Yusmadi menyifat Perdana Menteri dan Menteri Agama Barisan Nasional (BN) perlu menjawab soalan ini bagi mengetahui pendirian yang di ambil oleh Kerajaan terhadap fatwa yang dikeluarkan oleh Ulama tersebut.
Beliau yang kecewa dengan penolakkan itu kerana kerajaan tidak pernah mengambil berat tentang masalah Syariah yang berlaku di dalam negara ini.
"Saya mengesa kerajaan Malaysia menjawab dan membuat pendirian tentang fatwa tersebut. Angkatan Muda KEADILAN telah menghantar salinan VCD kepada Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri dan juga kepada Menteri Agama pada 11 Mac yang lalu tetapi sehingga sekarang kita tidak mendapat maklum balas dari tindakan tersebut,".
"Kenapa mereka perlu takut untuk mengeluarkan pendirian mereka. Sheikh Dr Yusof Al-Qaradawi menerima anugerah Tokoh Maal Hijrah Peringkat Antarabangsa yang dikurniakan oleh Yang Di-Pertuan Agong, kenapa kita nak sangsi dengan fatwa yang beliau keluarkan.
"Saya mencabar Perdana Menteri jika tidak mahu mengambil pendirian menarik balik gelaran tersebut dan perlu di umumkan di dalam dewan yang mulia jika alasan yang mereka berikan tindakan ulama tersebut mencampuri urusan dalam negara," jelasnya.
Pendirian yang diambil oleh Barisan Nasional dalam membincangkan soal sedemikian dilihat ketidakseriusan kerajaan dalam memperjuangkan soal agama dalam negara ini.

16 Sept: Zahrain dakwa diberitahu 8 MP BN akan lompat


Ahli Parlimen Bayan Baru Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim mendakwa beliau dan wakil rakyat PKR diberitahu bahawa lapan ahli Parlimen disebut-sebut akan melompat menyertai PKR bagi menjayakan rancangan pembangkang untuk mengambil alih kerajaan pusat pada 16 September 2008.

Beliau mendakwa mereka Datuk Seri Abdul Ghapur Salleh (BN-Kalabakan), Datuk Seri Anifah Aman (BN-Kimanis), Datuk Bung Moktar Radin (BN-Kinabatangan), Datuk Chua Soon Bui (Bebas-Tawau), Datuk Eric Majimbun (Bebas-Sepanggar).

Nama lain yang disebut ialah Dr Mohd Puad Zarkashi (BN-Batu Pahat), Datuk Seri Tengku Azlan Sultan Abu Bakar (BN-Jerantut), Tengku Razaleigh Hamzah (BN-Gua Musang), katanya menyambung perbahasan usul menjunjung kasih titah ucapan Yang di-Pertuan Agong di Dewan Rakyat hari ini.

Zahrain juga mendakwa seorang timbalan speaker juga dikatakan akan menyertai PKR.

Kenyataan itu menyebabkan timbalan speaker Dewan Rakyat Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar mencelah bertanya "Timbalan Speaker yang mana (Zahrain maksudkan)?" menyebabkan Dewan diselubungi gelak ketawa ahli Parlimen.

Semalam, tindakan Zahrain mendedahkan kepincangan PKR dan pakatan pembangkang yang diterajui Datuk Seri Anwar Ibrahim menyebabkan ketua pembangkang itu bertindak keluar dewan.

Zahrain berkata beliau yakin tindakannya keluar parti adalah tindakan tepat kerana tidak mahu sejarah menghukumnya kerana tidak berbuat apa-apa ketika perjuangan PKR dan pakatan pembangkang semakin terpesong menjadi perjuangan peribadi yang sempit.

Sementara itu, Zahrain menafikan beliau adalah "askar upahan" Umno dan BN berikutan kelantangannya ketika ini berbanding semasa bersama PKR dahulu.

Beliau berkata sekiranya beliau bersifat vokal seperti ini sebelumnya sudah tentu keadaan dalam PKR akan menjadi kelam kabut.

"Kalau saya bising macam ini, keadaan jadi kelam-kabut," katanya dalam sidang media di lobi Parlimen hari ini.

Dakwaan itu timbul apabila semalam, beliau secara lantang dan terbuka mendedahkan pembohongan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap ahli Parlimen pakatan pembangkang yang mendakwa mereka mempunyai jumlah sokongan yang mencukupi daripada ahli parlimen BN bagi membentuk kerajaan pada 16 September 2008.

Zahrain juga mendedahkan bahawa pada masa itu beliau percaya yang perkara itu adalah benar memandangkan Anwar mengatakan pelan tersebut telah mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong.

Berikutan pendedahannya itu, Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution menggelarkan beliau sebagai "Attack Dog" kepada BN dan Umno untuk menjatuhkan pakatan pembangkang.

Saifuddin mendakwa Zahrain dijadikan sebagai watak baru untuk menyerang pakatan pembangkang dan sifatnya ini adalah berbeza berbanding ketika bersama-sama PKR dahulu. 

- Bernama