Rabu, 17 Mac 2010

Main la puas-puas.., Kak Mah.




Chong Wei: Datin Seri, Saya mahu main. (I want to play).

Rosmah: Main la puas-puas. (Play till you are satisfied).

And after each win, Ismail said, Lee would call again to tell Rosmah:

Chong Wei: Saya menang! (I won!).


Najib pula berkata: "I only give permission to one person to call my wife at any time of the day. That person is Lee Chong Wei. During their conversation, he would say to my wife, 'main'. My wife would reply 'main la.'" 

Sumber: Kopitiam Bang Nang.

Gua main-main jer... Kak Mah ooiiii..... ha..ha..ha....

Anwar Ibrahim menari dengan anak perempuan Lim Goh Tong?

oleh ali Baganutama.

Salam satu Malaysia. Hari ini dalam facebook Dr. Puad Zarkashi, Timbalan Menteri Pendidikan telah menaqalkan aksi dan kata-kata KJ menemplak Anwar Ibrahim dalam sesi perbahasan di Dewan Rakyat Parlimen hari ni. Betul ke kejadian tu berlaku atau rekaan semata-mata oleh Dr. Puad Zarkashi? Jadi sapo yang lebih tahu, tolong lah bagitahu kami di sini akan kesahihan berita yang dibawa oleh Timbalan Menteri Pendidikan kito tu. Kalau boto den tak tahu nak kato apo laie la. KJ telah berjaya buat Anwar tunduk dan tersipu-sipu malu. Apo nak jadi ni bai.

Click for enlarge. Tumpukan pada garisan yang berkaler tuh

Ni den copy paste balik dari gambar facebook di atas :

Perbahasan hari ini menjadi hingar bingar bila Anwar mengelabah bila dicabar oleh Khairy Jamaluddin. Anwar kata kerajaan pertahankan taukeh judi kerana serahkan tanah bergunung kepada Lim Goh Tong iaitu taukeh judi Genting Highlands. Bila Khairy bangun dan tanya, bahawa Anwarlah yang rapat dengan Lim Goh Tong masa jadi TPM dulu dan pernah menari dengan anak perempuan Lim Goh Tong di tepi Kolam Renang, Anwar menjadi malu. Gambar Anwar menari dengan anak perempuan Lim Goh Tong pernah tersebar melalui CD yang dijadual secara terbuka. Apo nak dikato!

Lagi satu bab CD. Den muskil sikit. Den tak ponah tahu pun tentang kewujudan CD tu. Yang den paling muskil bilo akhir kalam dari 'hadis' Dr. Puad Zarkashi diakhiri dengan kata-kata Apo nak dikato! Sojak bilo orang Johor ni jadi orang N9? Ni musti nak membodek KJ. Raso den la. Tapi apo kepontingan KJ untuk dibodek? Jeng jeng jeng. Nanti den bagitahu. Ha Ha Ha.

Katak belasah tokey berudu? - Cenangau.


Sumber: Malaysiakini.
Takkan kut, takkan pasai tu kut sampai keluar dewan. Ada pasai lain kut. Mungkin dia sakit perut, terkucil kut. Ataupun mungkin jugak dia memang tak sanggup nak dengar apa yang 'sahabat baik' dia akan kata dan dia bagi ruang kat Ahli Parlimen PKR yang lain tolong 'bela' dia.

mStar melaporkan:
Ucapan sulung Anggota Parlimen Bayan Baru Datuk Seri Mohd Zahrain Hashim selaku wakil rakyat Bebas hari ini yang mendedahkan punca beliau meninggalkan Parti Keadilan Rakyat (PKR) menyebabkan suasana Persidangan Dewan Rakyat bertukar kecoh.

Malah kurang lima minit selepas bekas Pengerusi PKR Pulau Pinang itu berucap bermula 5.05 petang, ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim bertindak keluar Dewan selepas Zahrain mengaitkan Anwar dengan kegagalan pakatan pembangkang untuk mengambil alih kerajaan Persekutuan melalui perancangan "16 Sept". - mStar
Zahrin kata dia rasa betui-betui diperalatkan dan dibohongi. Bukan kata dia, ramai yang rasa, termasuk jugak aku yang tak berapa nak percaya dengan "16 Sept." pun terasa jugak dibohongi cuma tak rasa diperalat (pasai aku mana terlibat.)

Nak buat macamana, 'kilang katak' takdan nak beroperasi dah kena cantas. Nak kilas kut mana lagi, memang dah sah "Projek Katak 16 Sept 2008" memang gagal. Bukan setakat gagal tapi 'senjata makan tuan'. Putrajaya tak dapat, Bangunan Darul Ridzuan pulak yang terlepas.

Kalau la jadi  "Projek Katak 16 Sept 2008" tu, agak-agak apa yang dah jadi dengan Malaysia la ni. Mungkinkah Malaysia dah aman makmur, ataupun mungkinkah jadi huruhara? Semuanya berkemungkinan.

Semua tu katak punya pasai termasuk jugak yang bermazhap "politik katak halal". ?

Nota kaki makan cekam: Elok la tu, katak belasah tokey berudu... he he he

Ini pulak berita menggeletek hati..wa..kah..kah..!!!



Fuiyoo... tadi panas hati apabila baca berita yang PROTES kena kencing dengan Husni Hanadzlah. GST ni celaka besor. Bisa susah rakyat dibuatnya. Don't play... play... Don't take it easy!!

Aku susah..... korang susah.... semua orang susah.... Yang tak susah, puak-puak UMNO yang hat dok di atas tu. Depa kaya raya.... GST mari, depa tak mati punyer. Pada mereka, tak der benda. Tapi.... kita rakyat marhaen, pasti terasa bebannya. Sebab itu... ia mesti dihalang, ia mesti ditentang.

Then.... aku baca pulak ceriter pasal Anwar sindir Najib di sini. Itu yang buat aku gelak sakan. Dalam titah ucapan YDP Agong, bukan main lagi Najib dipuji. Getek aku membacanya.... Tapi, dalam getek-getek tu..... geli hati pun ada. Al-maklum ler, yang tukang tulis teks ucapan YDP Agong.... bukannya baginda sendiri tetapi orang lain. Orang yang ada sangkut paut dengan kerajaan 1 Malaysia.

Weh... ini ler masanya Najib nak angkat bakul atau naik lif tekan butang sendiri. Whatever ler... tapi tak malu ke puji diri sendiri. Apakah dia berasa yang dia kurang dipuji hinggakan terpaksa memuji diri sendiri bagi mewujudkan satu impressi yang dia Piem yang hebat.

Ek eleh... kesian pun ada pada Piem 1 Malaysia ni. Keperluan emosinya tak dipenuhi rupanya. Terlalu kepingin rupanya dia untuk dipuji tapi orang tak bagi dia satisfaction yang diharapkannya. What a pity...

Well.... selama ini pun dia terpaksa bersikap hidung tak mancung pipi tersorong-sorong, pergi keluar negara, seolah-olah dia diikktiraf dunia. Tapi, in the end.... dunia bolayan dia. Sebab itu ... dia terpaksa upah APCO untuk bantu dia promosi diri dan 'up'kan reputasi dia. Puluh juta dia bayar syarikat Yahudi tu babe!! Giler lu...

Pada dia... Yahudi pun Yahudi ler, asalkan dia disanjung tinggi dan dihormati. Dia.... yang menganggap dirinya sebagai pemimpin Islam tetapi mengupah Syarikat Yahudi bagi mendapatkan nasihat untuk mengatur perjalanan hidupnya sebagai Perdana Menteri, ironik kan?? Bolehkah kita nak terima pemimpin seumpama ini?? Katakan NO WAY...

Yang buat aku terkencing... ialah apabila tak pasal-pasal pulak nama Rosmah Mansor masuk dalam teks ucapan tersebut. Isy.... tak pernah dibuat orang eh... tapi 1Malaysia Boleh!!

Hooray.... hooray.... puji-pujian untuk Rosmah pun ada juga. La.... kembang ler lagi hidung Bik Mama dengan pujian tersebut. Hoi.... siapa sebenarnya PM1 Malaysia ni?? Bik Mama or Big Daddy?? Tonggang terbalik weh... Apa sudah jadi sama ini dunia, khususnya Malaysia?? I don't know what to say la...

Well... apa nak dikata. Ucapan sudah pun dibaca. Jadi lawak jenaka pula. So... kita ketawakan saja la....

Ha... ha... ha... ha...

Ibrahim Ali: Kaukus MP Bebas tidak perlu..! Ha..ha...lu sukalah Brahim....!!!

Oleh Shazwan Mustafa Kamal

KUALA LUMPUR, 17 Mac — Ahli Parlimen Bebas “paling awal” sejak pilihan raya umum 2008, Datuk Ibrahim Ali berkata tidak perlu diadakan kaukus Ahli Parlimen Bebas bagi mewakili tujuh wakil rakyat di Parlimen sekarang.
Bercakap kepada pemberita di lobi Parlimen hari ini, Ibrahim (kanan) dari Pasir Mas menjelaskan bukan semua ahli Parlimen bersetuju dalam setiap isu.
Oleh itu katanya, kaukus wakil rakyat Bebas hanya akan menjejaskan tujuan kewujudan anggota Dewan Rakyat Bebas.
“Ada masanya anda mungkin mempunyai pendirian tersendiri dalam satu-satu perkara.
“Saya merasakan keperluan mengadakan kaukus ada baik dan ada buruknya. Jika kaukus dibentuk secara rasmi, ia akan menjadi satu institusi, macam barisan politik,” katanya.
“Jadi lebih baik sebagai bebas daripada membentuk kaukus,” katanya.
Tetapi Ibrahim juga menekankan bahawa Ahli Parlimen Bebas juga mempunyai peranan tersendiri untuk dimainkan dan dalam keadaan di mana wakil BN atau Pakatan Rakyat tidak hadir, kewujudan wakil rakyat bebas adalah penting.
“Sebagai contoh ambil kes rang undang-undang ISA, saya tidak tahu pendirian mereka.
“Saya mahu ISA dikekalkan dengan beberapa pindaan,” katanya.
Bekas Ahli Parlimen PKR kawasan Bayan Baru Datuk Seri Zahrain Mohd. Hashim melahirkan idea kaukus Ahli Parlimen Bebas Isnin lalu.
Spekulasi meningkat sama ada wakil rakyat bebas boleh bekerjasama sekiranya kaukus yang disyorkan itu menjadi kenyataan.

PERLIMEN JADI PESTA BERUK

ismailybungsu@yahoo.com
MENANG atas tiket PKR dan keluar PKR hentam Anwar. Nah, bukan itu beruk namanya?

Itulah telatah Si Beruk yang tidak kenang budi memalukan dewan berperangai lebih tyeruk dari Bruk.

Kelmarin baru saja Yang Dipertuan Agong menyampaikan titah ucapan merasmikan sidang parlimen dan menasihat supaya ahli parlimen menjaga tata tertib dan kelakuan.

Apa yang dipamerkan oleh TV3 sekejap tadi seolah sengaja untuk memberi tahu kepada Yang Dipertuan Agong dan seluruh rakyat negara ini bahawa itulah hakikat dan budaya beruk. Suasana dalam parlimen lebih teruk dari pasar ikan.

Ahli Dewan bukan saja melalak dan melaung macam kera kena belacan tetapi ada yang menjerit-jerit macam terkena histeria atau gila babi. Perangainya lebih buruk dari Beruk. Barangkali setan.

Semuanya ia bermula apabila seorang ahli parlimen yang baru menjadi bebas dan menang atas simbol PKR mengecam Anwar Ibrahim habis-habisan.

Ahli parlimen itu mendedahkan bagaimana Anwar memperdayakan beliau dan ahli parlimen PKR lain berhubung dengan projek 16 September untuk mengambil alih kerajaan.

Sungguh tidak malu dan tidak ada maruah ahli parlimen itu, menang atas parti PKR kemudian membelah penasihatnya.

Kalau benar jujur, ikhlas dan ada intergriti letak jawatan dan masuklah ke parlimen untuk membelasah Anwar atas kekuatan diri sendiri.

Pendedahan yang dikira di luar konteks itu dan tidak menyentuh titah ucapan Yang Dipertua Agong menyebabkan Anwar bangkit mempersoalkannya.

Anwar kurang senang dengan apa yang diucapkan oleh ali parlimen berkenaan yang dianggap melampau dan cuba menghinanya dan juga merendahkan martabat parlimen.

Ketua pembangkang itu cuba meminta laluan bagi menjawab apa yang diperkatakan ahli parlimen berkenaan tetapi tidak diberikan peluang.

Kecewa dengan apa yang berlaku Anwar bertindak meninggalkan Dewan. Wajarlah Anwar mengambil sikap begitu kerana semangat bermesyuawarah yang sepatutnya dipraktikan dalam parlimen tidak ada lagi.

Tidak ada guna beliau melayan gelagat beruk dan kerana kerana gelagat itu juga boleh berjangkit kepadanya.

Proses Audit YBK Jamin Ketelusan Dana Awam

SHAH ALAM 17 MAC: Proses pengauditan tanah dan harta milik Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK)  dilakukan selaras dengan dasar kerajaan Selangor bagi memastikan ketelusan dana awam, kata Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim, hari ini.

"Sebelum kita umumkan maklumat YBK, kita minta audit dalaman negeri untuk buat kerja. Tujuan bukan untuk audit YBK tapi untuk audit tanah dan harta yang telah diberi.

"Dengan cara itu, kita akan tunjukkan berapakah jumlah harta-harta sejak penubuhan YBK," katanya pada sidang media selepas Mesyuarat Exco kerajaan Negeri di sini hari ini.

Pengurusan YBK sebelum ini mencetuskan kontroversi apabila tidak membayar cukai tanah kepada kerajaan negeri selama 13 tahun.

Malah, kerajaan negeri pimpinan Umno-Barisan Nasional (BN) sebelum ini dikatakan kerap memberi tanah serta aset kepada YBK secara percuma atau harga yang murah.

"YBK ada 2,000 ekar tanah dan sejumlah aset yang diberi kerajaan negeri (sebelum ini) dan syarikat bersekutu. Kita perlu pastikan hal ini supaya rekod kita menunjukkan kerajaan negeri (sebelum ini) terlibat memberi bantuan kepada YBK," katanya.

Talam Corp Bayar Hutang RM290 Juta Dalam Setahun

SHAH ALAM 17 MAC: Talam Corporation sudah menetapkan komitmen kepada kerajaan Selangor untuk  menjelaskan hutangnya seecepat mungkin, kata Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim.

Beliau berkata, Talam Corporation sudah berjanji untuk menjelaskan hutang berjumlah 290 juta ringgit dalam tempoh terdekat, dengan RM50 juta dibayar sebagai permulaan.

"Talam akan menjelaskan RM290 juta dengan cepat tapi buat masa sekarang yang saya dapat confirm ialah melebihi 50 juta tapi belum sampai 200 juta, katanya an pada sidang media selepas mesyuarat Exco Negeri hari ini.

Menteri Besar itu berkatam Talam Corporation akan menjelaskan hutang sebanyak RM290 juta itu akan dilunaskan dalam masa setahun.

Sebelum ini, tindakan TKhalid membeli hutang talam mendapat kritikan banyak pihak sebaliknya komitmen Talam Corporation itu membuktikan kepintaran Menteri Besar Selangor itu.

Sebaliknya Khalid dengan keatif menggunakan bayaran hutang itu sebagai dana permulaan skim mikro kredit yang membantu golongan berpendapatan rendah membangunkan perniagaan.

"Kita sudah kata yang 2010 ialah tahun kutipan. Kita sudah umum RM50 juta sudah jelas, yang RM290 juta masih perbincangan. RM390 juta adalah jumlah yang perlu dibayar," katanya.

PKFZ Dan Janji Manis Najib


KUALA LUMPUR 17 Mac - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak gagal melaksanakan retorik 1Malaysia, 'Pencapaian Diutamakan' kerana gagal mengambil tindakan tegas terhadap 'jerung-jerung' yang terlibat dengan skandal PKFZ.
Menurut Ahli Parlimen Tony Pua sudah hampir 5 bulan sejak Jawatankuasa Kira-kira Awam (PAC) membentangkan laporan mengenai skandal RM12.5 bilion itu di Parlimen pada 4 November tahun lalu yang melibatkan salahguna kuasa, pecah amanah dan salahlaku melibatkan tokoh politik berprofil tinggi termasuk bekas Menteri Pengangkutan.
Namun sehingga kini tida ada sebarang tindakan konkrit atau pendakwaan dibuat terhadap individu berpengaruh tersebut.
Sebelum itu Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail berjanji akan mendakwa individu lain yang terlibat dalam skandal ini selepas 4 orang termasuk seorang bekas penjawat awam, Datuk Paduka O.C. Phang dihadapkan ke mahkamah pada 17 Disember tahun lepas.
Polis juga telah bertindak membekukan aset yang bernilai ratusan juta ringgit milik Kuala Dimensi Sdn Bhd kepunyaan Datuk Seri Tiong King Sing yang merupakan jutawan dan ahli politik Barisan Nasional Sarawak.
Pada masa yang sama Kabinet telah mengarahkan satu pasukan khas diketuai oleh Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Sidek Hassan untuk menyiasat kes tersebut dari semua aspek termasuk mengenalpasti salah laku, melaksanakan 'good corporate governance' dan juga menilai operasi dan perniagaan pada September 2009.
"Tindakan awal yang diambil oleh kerajaan dengan mengheret hanya ikan bilis ini untuk menjustifikasikan kerajaan kononnya mempunyai komitmen yang tegas untuk memerangi rasuah.
"Pentadbiran Datuk Seri Najib dengan tema "Program Transformasi Kerajaan" dengan tunjang kempen "basmi rasuah" ternyata menuju kehancuran," tegas Tony Pua.
Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin juga telah berjanji kepada rakyat kononnya kerajaan akan mengambil tindakan yang terhadap mana-mana individu yang terbabit dan tidak akan ada seorang akan terlepas dari hukuman.
"Dan yang paling teruknya, kerajaan pula dilihat cuba melindungi skandal PKFZ dengan laporan positif media yang bercanggah.
"Datuk Seri Ong Tee Keat dengan bangganya mengumumkan pada Januari tahun ini, PKFZ telah mencatatkan keuntungan bersih RM15 juta dan sebanyak RM5.2 juta keuntungan operasi syarikat tersebut. Beliau bagaimanapun tidak dapat menjelaskan fakta mengenai pinjaman mudah berjumlah RM4.632 bilion dengan kadar faedah 4 peratus yang diberikan oleh kerajaan untuk menyelamat kos projek PKFZ sebanyak RM185 juta setahun.
"Ini bermakna PKFZ sebenarnya masih belum pulih lagi bahkan hutangnya sahaja bertambah ratusan juta ringgit dari tahun ke tahun.
"Sepatutnya adalah lebih baik kerajaan mengawal belanjawan defisit dengan melupuskan projek tersebut daripada meneruskan pelaburan yang tidak menguntungkan ini," kata beliau sidang media di lobi Parlimen hari ini.  

Zahrain Reka Cerita 16 September


Oleh Muhammad Faizal Zakaria
KUALA LUMPUR 17 Mac - Datuk Seri Zahrain Hashim didakwa telah bercakap bohong di Parlimen semasa berucap buat pertama kali sebagai Ahli Parlimen Bebas Bayan Baru berhubung isu 16 September 2008.
Zahrain dalam ucapan perbahasan titah Yang DiPertuan Agong berkata kononya beliau kesal dengan tindakan yang diambil oleh Pakatan Rakyat pada 16 September dua tahun lalu untuk menubuhkan kerajaan persekutuan melalui tindakan lompat parti oleh anggota Parlimen Barisan Nasional.
Beliau juga mendakwa Pakatan Rakyat menghantar wakilnya ke Taiwan untuk bagi merayu Ahli Parlimen Barisan Nasional supaya menyokong usaha merampas Putrajaya.
Zahrain berkata Pakatan Rakyat ketika itu yakin ahli-ahli BN yang mahu melompat parti sudah mencukupi untuk membentuk kerajaan pusat selain memberitahu bahawa Yang DiPertuan Agong sudah menunggu di Istana Negara bagi memberi perkenan bagi membentuk kerajaan selain merestui Anwar sebagai Perdana Menteri Keenam.
Ketua Pembangkang dalam respons beliau terhadap "cerita" Zahrain sebelum meninggalkan Dewan berkata apa yang dicakapkan oleh Zahrain adalah pembohongan semata-mata.
"Dia keluar parti kerana tidak puas hati beliau terhadap kes pemecatan beliau sebagai Pengerusi Island Golf Properties Bhd (IGP).
"Saya tegaskan di sini apa yang dia cakap semuanya tidak betul, kita tidak pernah mengeluar kenyataan seperti apa yang dia katakan itu. Tidak ada Ahli Parlimen Pakatan Rakyat yang berhimpun di Parlimen pada 16 September tersebut.
"Ini adalah draf ucapan yang dibuat oleh Umno, Umno tak berani dan mereka mengambil kesempatan menggunakan orang lain dalam kepentingan mereka," tegas Anwar.
 Kenyataan Datuk Seri Anwar Ibrahim itu disokong Ahli Parlimen Batu Tian Chua yang menyifatkan teks ucapan Zahrain disediakan oleh Umno-BN.
"Bagi saya kenyataan yang diperkatakan oleh Zahrain adalah mengikut teks yang diberikan Barisan Nasional kepadanya, ini dapat dibuktikan jika disebabkan 16 September beliau hilang keyakinan kepada PKR kenapa baru sekarang beliau mengambil tindakan keluar parti."Saya tidak nampak apa yang diperkatakan itu betul dan boleh terima, kita beranggapan beliau menurut perintah pihak sebelah sana (BN).
"Kita tahu sebab apa beliau tidak puashati sebelum ini. Kenyataan yang diperkatakan hari ini tidak pernah diluahkan oleh beliau selain kenyataan media selepas beliau keluar parti," komen beliau.
Tindakan Zahrain tersebut telah membangkitkan kemarahan beberapa Ahli Parlimen Pakatan Rakyat yang menuduh Zahrain berbohong sedangkan masalah sebenar semasa beliau bersama KEADILAN cuba ditutup.

Khalid Dedah Penyelewengan Umno-BN Lagi

Radzi Razak

SHAH ALAM: Kerajaan Selangor hari ini mendedahkan minit mesyuarat majlis kerajaan negeri pada 1987 mengenai status pengasingan tanah di Subang Jaya iaitu Taman Rekreasi Subang Ria.

Maklumat yang diklasifikasi mengikut Akta Rahsia Rasmi itu menunjukkan bagaimana kerajaan  Selangor ketika masih dicengkam pimpinan Umno-Barisan Nasional (BN) menjual tanah terbabit kepada Sime Darby UEP.

Mendedahkan hal itu, Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim berkata, bayaran tanah yang dijual kepada Sime Darby pula jauh lebih tinggi dari nilai sebenar.

Mengikut minit mesyuarat itu, katanya, United Estate Berhad memohon tanah seluas 76.5 ekar di Petaling yakni ekarang Subang Jaya pada 1987 untuk kegunaan rekreasi.

Beliau berkata, bayaran premium yang dikenakan untuk tanah tersebut ketika itu berjumlah 4.95 juta sedangkan nilai pasaran hanyalah 1.57 juta.

"Bagaimanapun, urusan itu tidak melibatkan wang, sebaliknya Sime Darby membeli 10 rumah  untuk digazetkan sebagai kuaters kakitangan pejabat daerah petaling ketika itu.

Khalid berkata, rumah itu diserah kepada kerajaan Selangor dan digazet sebagai rumah untuk Penolong Pegawai Daerah Petaling dan Setiausaha Majlis Daerah Petaling.

"Kesemua unit runah ini terletak di SS 19 Subang Jaya. Cadangan ini telah diluluskan Mesyuarat MMKN ketika itu," katanya.

Katanya, ia mencetuskan  kontroversi berikutan Taman Rekreasi Subang Ria hendak dimajukan sebagai kawasan perumahan oleh Sime Darby mendapat tentangan hebat penduduk.

"Sebagai pemilik tanah yang berhak, Sime Darby UEP tidak boleh dihalang dari membuat pelan pembangunan. Bagaimanapun, kerajaan negeri akan memastikan penduduk di Subang Jaya mendapat kawasan hijau secukupnya.

"Kerajaan Selangor komited memastikan pembangunan tidak akan menjejaskan hak rakyat dan semua keputusan dibuat secara telus dan tanggungjawab dan selari dengan agenda merakyatkan ekonomi Selangor.

Dilema Model Ekonomi Baru

"Model Ekonomi Baru" yang bakal diumumkan oleh kerajaan Najib Razak kini berdepan dengan pelbagai rintangan.  Menurut perhitungan asalnya, kerajaan cuba mempertingkatkan pendapatan negara melalui kutipan cukai, dengan pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST), lantas mengurangkan kebergantungan terhadap pendapatan petroleum.
Oleh kerana GST adalah "cukai tidak langsung" (Indirect Tax), maka lebih mudah untuk kerajaan menyelaraskan pencukaian, berbanding dengan cukai langsung (Direct Tax).  Malah, tekanan yang dihadapi kerajaan lebih rendah, maka GST dianggap sebagai salah satu saluran terbaik untuk kerajaan meningkatkan pendapatannya.
Namun demikian, Rang Undang-Undang Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) yang pada asalnya dijadualkan untuk pembentangan bacaan kali kedua dan ketiga dalam Persidangan Dewan Rakyat ini, telah ditentang hebat oleh pembangkang dan golongan peniaga.
GST ditentang hebat
Malah, Persekutuan Pengilang-Pengilang Malaysia (FMM) yang dilihat "berhubungan mesra" dengan kerajaan, turut serta dalam bantahan GST.  FMM mengambil kira faktor bahawa kerajaan belum bersedia, jurang pendapatan rakyat melebar, malah ia gagal mengurangkan beban rakyat miskin.  Oleh itu, FMM menyimpulkan bahawa kini bukan masanya untuk melaksanakan GST.
Antara alasan yang diberikan termasuklah efisiensi sistem birokrasi yang rendah, sistem pencukaian yang kompleks, meningkatkan beban peniaga dan akan berakhir dengan penambahan beban rakyat.
Penstrukturan semula subsidi
Selain itu, dasar penstrukturan semula subsidi, iaitu mekanisme subsidi bahan api yang pada asalnya akan dilaksanakan mulai 1 Mei tahun ini, telah ditangguhkan berikutan tentangan daripada khalayak ramai, termasuklah pengusaha stesen minyak.  Sebagaimana yang diketahui, persiapan mekanisme subsidi ini telah memasuki peringkat terakhir dan boleh dilaksanakan pada bila-bila masa.  Namun, ia terpaksa ditunda kerana akur kepada tekanan rakyat.
Menurut sumber daripada media, Model Ekonomi Baru yang dikemukakan Najib mungkin meniru model subsidi di Indonesia, iaitu memansuhkan subsidi secara beransur-ansur.  Maka, dana yang digunakan untuk subsidi akan diagihkan kepada perbelanjaan awam, misalnya subdisi beras untuk keluarga miskin, dana bantuan secara tunai, tabung pendidikan, kesihatan dan sebagainya.
Walau bagaimanapun, cadangan untuk memansuhkan subsidi bahan api dijangka akan menerima bantahan pembangkang, dan mungkin juga tentangan daripada golongan menengah bawah, terutamanya golongan menengah yang tinggal di kawasan bandar.  Jikalau GST dan pemansuhan subsidi dilaksanakan, maka kerajaan Najib akan berdepan dengan akibat kehilangan undi dalam pilihan raya kelak.
Tiada komitmen daripada pengusaha tempatan
Di samping itu, kerajaan Najib juga gagal mendapat komitmen dan sokongan usahawan tempatan, ketika menggerakkan pembaharuan ekonomi.  Misalnya, beliau cuba melakukan anjakan ekonomi dari rantai nilai (value chain) yang berorientansikan kos buruh rendah, kepada rantai nilai ekonomi berpendapatan tinggi.
Misalnya, sejak Perjanjian Perdaganan Bebas (FTA) China-Asean dilaksanakan pada 1 Januari tahun 2010, pengilang tempatan telah mengadu "pengaliran masuk produk China murahan secara besar-besaran", yang mengakibatkan mereka terkapai-kapai untuk menyelamatkan diri.  Malah, Gabungan Dewan Perniagaan dan Industri Cina Malaysia (ACCCIM) menyeru agar kerajaan Malaysia meminta kerajaan China untuk mengehadkan eksportnya.
Isu ini sebenarnya mencerminkan sektor pembuatan tempatan masih berada di tahap penghasilan produk bernilai rendah, tapi jelas mereka sudah tidak memiliki kelebihan dalam persaingan.  Pada masa yang sama, pengilang tempatan masih enggan berubah.  Mereka lebih selesa dengan ekonomi rantai nilai rendah, mengharapkan perlindungan kerajaan, daripada membawa pembaharuan kepada perusahaan mereka.
Oleh kerana sektor pembuatan tempatan lebih bergantung kepada kos buruh yang rendah, lebih-lebih lagi pengilang tidak berminat untuk melabur dalam penyelidikan dan pembangunan (R&D), maka mereka tetap kekal pada tahap ekonomi rendah.  Maka setiap kali apabila berdepan dengan persaingan luar, mereka akan meminta kerajaan untuk melindungi mereka melalui subsidi.
Masalah struktur ekonomi
Pada dasarnya, apa yang disebut di atas adalah masalah struktur yang perlu ditangani segera.  Namun, terdapat kumpulan berkepentingan tertentu yang berselindung di sebalik masalah struktur ini.  Apa yang lebih merunsingkan Najib adalah, masalah ini bersangkut-paut antara satu sama lain, dan mustahil untuk ditangani hanya dengan rombakan secara selektif mahupun pembaikan sebahagiannya.
Misalnya, sekiranya kerajaan Najib ingin memacu negara ke arah ekonomi berpendapatan tinggi, maka dasar perlindungan terhadap sektor yang kehilangan daya saing perlu dimansuhkan, memberi laluan kepada proses penyingkiran mereka yang lemah dalam pasaran bebas.
Namun demikian, sektor ini melibatkan dasar afirmatif untuk bumiputera.  Seandainya kerajaan Najib tunduk kepada desakan pertubuhan yang membela hak dan kepentingan kaum Melayu, dan melaksanakan pembaharuan yang "double standard", iaitu memansuhkan dasar perlindungan sementara  mengamalkan dasar perlindungan terhadap kaum Melayu, maka transformasi ekonomi ini bakal berakhir dengan kegagalan.
Selain itu, untuk memastikan pembaharuan terlaksana dalam sektor labour intensive industries, maka kerajaan Najib perlu tegas dalam isu pengambilan pekerja asing.  Antara langkahnya termasuklah mewajibkan had pengambilan pekerja asing (di semua bidang), malah mungkin perlu menjalankan operasi penangkapan pekerja asing secara besar-besaran di seluruh negara.
Sukar mencapai matlamat
Langkah sedemikian akan mendatangkan kesan negatif yang besar terhadap sektor pembinaan dan perladangan.  Seandainya kerajaan Najib tunduk kepada tekanan peladang dengan memberikan kelonggaran kepada mereka, maka ia bakal mengundang ketidakpuasan sektor pembuatan, perkhidmatan dan pembinaan.  Tidak mustahil kalau pengusaha sektor-sektor ini membawa masuk pekerja asing atas nama "perladangan", yang pastinya akan mengundang masalah yang lebih besar.
Tapi, jikalau kerajaan Najib bertindak adil untuk semua sektor dalam isu mengehadkan pengambilan pekerja asing, maka kerajaan perlu memastikan buruh yang mencukupi disediakan untuk memenuhi pasaran.  Isu ini melibatkan penetapan gaji minima, iaitu menarik pekerja tempatan dengan gaji yang lebih tinggi, untuk memenuhi kekosongan yang ditinggalkan pekerja asing.
Persoalan pertamanya, adakah pengusaha tempatan bersedia untuk menyokong sistem gaji minima?  Keduanya, apakah pekerja tempatan menerima syarat yang dikenakan majikan tempatan, iaitu bekerja untuk tempoh yang panjang tanpa rungutan (syarat yang dikenakan ke atas pekerja asing sebelum ini)?  Walaupun insentif diperuntukkan untuk pengusaha tempatan yang mengambil pekerja tempatan, tapi seandainya pekerja tempatan gagal memenuhi keperluan majikan (misalnya sikap bekerja), maka majikan tetap akan menolak pengambilan pekerja tempatan dengan pelbagai alasan.
Kerajaan Najib kini berada dalam dilema, antara pembaharuan ekonomi dengan tekanan kumpulan berkepentingan.  Demikianlah cabaran yang dihadapi oleh Perdana Menteri Najib Razak.  Reformasi secara keseluruhan bermakna menentang terus kumpulan berkepentingan.  Namun, seandainya Najib memilih untuk mengimbangi kepentingan antara kedua-duanya, maka pembaharuannya itu pula akan terperangkap dalam dilema. (Bahagian pertama, bersambung)

*Neo Chee Hua

Tiada kompromi jika bocor maklumat ketenteraan..!! Tapi sape yang bocorkan maklumat tersebut,,,,??? Lu pikirlah sendiri maaa..!!!!

Kerajaan tidak akan berkompromi terhadap mana-mana pihak yang cuba menjejaskan sistem pertahanan negara termasuk menggunakan Dewan Rakyat untuk membocorkan maklumat ketenteraan demi kepentingan masing-masing.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, menyatakan amaran itu ketika menjawab soalan tambahan Datuk Bung Mokhtar Radin (BN-Kinabatangan) berhubung keselamatan perairan negara, pada persidangan Dewan Rakyat di sini hari ini.

Bung Mokhtar mahu tahu adakah keselamatan negara terjamin daripada ancaman musuh luar tanpa kapal selam negara beroperasi mengikut jadual yang ditetapkan. Ahmad Zahid menjelaskan keselamatan negara termasuk di perairan pada ketika ini berada di tahap selamat dan ia disebabkan beberapa faktor.

"Pertama, kerana kita ada perjanjian dengan negara-negara jiran dan juga negara sahabat untuk tidak ada permasalahan dari segi pertahanan.

"Kedua ialah aset-aset kita dalam bidang ketenteraan terutamanya aset-aset strategik adalah digunakan untuk tujuan pengawasan, bukan tujuan provokasi," jelasnya.

Justeru, katanya, pembocoran maklumat ketenteraan untuk kepentingan organisasi mahupun individu hanya akan menjejaskan lagi sistem pertahanan negara.

Di samping itu, beliau juga berkata, negara akan mendapat kapal selam kedua dalam tempoh terdekat sebagai aset strategik tambahan di samping kapal selam pertama negara, KD Tunku Abdul Rahman.

Terdahulu, ketika menjawab soalan William Leong Jee Keen (PKR-Selayang) tentang masalah KD Tunku Abdul Rahman yang tidak boleh menyelam, Ahmad Zahid berkata, bukan semua isu ketenteraan dan aset-aset strategik boleh dipolemik.

"Ia boleh mendedahkan kekuatan dan kelemahan negara kepada pihak luar dan juga musuh. Segala masalah akan ditangani sebaiknya oleh kerajaan tanpa mengakibatkan maklumat penting jatuh ke tangan pihak tidak bertanggungjawab," katanya.

Berita menyakitkan hati



Aku dah kata... dalam UMNO banyak biawak lidah bercabang. Baru sekejap tadi, aku bersoreh pasal sorang menteri kabinet dapur 1Malaysia yang telah menyerlahkan 'lidahnya yang bercabang'.

Hari ini dalam berita Malaysiakini, sekor lagi biawak lidah bercabang telah didedahkan. Sapa pulak gerangannya ya?? Well... none other than our second Finance Minister, si Husni Hanadzlah. Kata biawak ni... bacaan kedua rang undang-undang GST akan ditangguhkan kerana kerajaan mahukan lebih masa untuk dapatkan pandangan dan feedback daripada rakyat.

Alih-alih hari ini, kata si timbalan speaker pulak, agenda pembentangan rang undang-undang GST masih on lagi. Wei... tak main ler cakap mulut jer, mesti ada arahan black and white.... baru ia boleh diketepikan. No black and white... no tangguh!! Rujuk sini.

Fuiyo.... ada orang atau pihak sudah kena kencing!! Kena kencing dengan biawak lidah bercabang bernama Husni Hanadzlah. Alamak... macam mana boleh kena kencing ni?? Ini mesti kerana sikap suka terima bulat-bulat apa yang orang kata. Tak boleh macam tu.... tak boleh take for granted jer kata dia, lebih-lebih lagi puak-puak UMNO. Tak leh percaya maa...

PROTES semalam kata penangguhan pembentangan GST satu kejayaan awal. Kejayaan hapa ke bendanya kalau kena tipu hidup-hidup!! Korang ada plan B ke?? Ingat... contigency plan mesti ada, kalau tidak sia-sia ajer usaha dan rancangan korang. Well.... sekarang amacam??

Apa-apa pun, be optimistic and just hope for the best. Moga-moga arahan black and white tu akan muncul. If not..... carry on dan go ahead dengan apa yang dah diplankan.

PROTES jangan tak PROTES!!

Zahrain jadi KULI BALACI PENIPU dalam Parlimen

Setuju dengan pendapat MSO yang menyatakan Ahli parlimen umnobn sudah engkar nasihat dari Yang Dipertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin supaya menjaga tata tertib dan kelakuan ketika berhujah dalam parlimen. Perangai mereka lebih teruk dari beruk dihutan.


SAYA tidak pasti apakah Yang Dipertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin menyaksi Biletin Utama TV3 sekejap tadi yang menyiarkan sedutan gelagat serkas ahli parlimen di dalam parlimen hari ini. Kalau baginda lihat apakah agaknya perasaan baginda. Kelmarin semasa menyampaikan titah ucapan merasmikan sidang parlimen baginda menasihat supaya ahli parlimen menjaga tata tertib dan kelakuan.

Apa yang dipamerkan oleh TV3 sekejap tadi seolah sengaja untuk memberi tahu kepada Yang Dipertuan Agong dan seluruh rakyat negara ini bahawa itulah hakikatnya. Suasana dalam parlimen lebih teruk dari pasar ikan. Ahli Dewan bukan saja melalak dan melaung macam kera kena belacan tetapi ada yang menjerik-jerik macam terkena histeria atau gila babi.

Perangianya lebih buruk daripada budak dan gelagat mereka tidak melayakkkan mereka untuk duduk di kerusi empunya dalam parlimen. Terasa sia-sia sahaja rakyat memilih mereka untuk berada di situ.

Semuanya ia bermula apabila seorang ahli parlimen yang baru menjadi bebas dan menang atas simbol PKR mengecam Anwar Ibrahim habis-habisan. Ahli parlimen itu mendedahkan bagaimana Anwar memperdayakan beliau dan ahli parlimen PKR lain berhubung dengan projek 16 September untuk mengambil alih kerajaan.

Pendedahan yang dikira di luar konteks itu dan tidak menyentuh titah ucapan Yang Dipertua Agong menyebabkan Anwar bangkit mempersoalkannya. Anwar kurang senang dengan apa yang diucapkan oleh ahli parlimen berkenaan yang dianggap melampau dan cuba menghinanya.

Ketua pembangkang itu cuba meminta laluan bagi menjawab apa yang diperkatakan ahli parlimen berkenaan tetapi tidak diberikan peluang. Kecewa dengan apa yang berlaku Anwar bertindak meninggalkan Dewan. Wajar kalau anwar mengambil sikap itu kerana semangat bermesyuawarah yang sepatutnya dipraktikan dalam parlimen tidak ada lagi.

Ketika inilah juah menjuah dan memperli Anwar kedengaran macam dalam pasar. Ahli Parlimen khasnya BN jadi sudah tidak siuman lagi kerana melihat ketua pembangkang sudah dibalun secukupnya oleh ahli parlimen dari utara itu. Perasaan kemanusiaan dan profesional sebagai seorang ahli parlimen langsung tidak ada lagi.

Ikhlas saya kata saya malu melihat gelagat dan aksi yang ditunjukkan itu. Tidak kira siapa yang melakukan samada ahli parlimen pembangkang atau pun parti UBN. TV3 juga satu hal, sudah gila sehingga tidak tahu lagi untuk menilai mana news value yang menempati cita rasa orang Melayu Islam atau pun tidak. Kalau TV3 juga masih waras ia tidak menyiarkan sedutan seperti itu kerana ianya hanya memalukan.

Usahlah kita cuba nak meniru laporan bebas melampau media massa barat berhubung sikap biadab dalam parlimen. Padan patutlah sebab apa yang disiarkan itu turut sama ditonton oleh kanak-kanak. Bagaimana kita hendak membentu mereka menjadi insan yang menghormati orang, timbang rasa dan kasih sesama sendiri kalau perangai pemimpin mereka macam tahi buruknya.

Tidak kelihatan pula dalam sedutan itu ada ahli parlimen Cina yang bangkit melalak dan melaung. Semua yang bangun ada para penyokong kerajaan terdiri dari ahli parlimen Melayu saja. Nampaknya Melayu kalau melanyak Melayu memang hebat dan nombor satu. Maaflah!
~MSO

Polis Teluk Intan tiba dilokasi kejadian seperti Istana Balqis tiba dihadapan Nabi Sulaiman...!! Haaa Menarik Kes Nie..!!!

Walaupun belum sampai 5 minit kejadian itu berlaku, sepasukan polis dari Teluk Intan telah tiba di tempat kejadian.


Mereka muncul secara tiba-tiba seolah-olah mereka telah tahu lebih awal tentang apa yang akan berlaku ditempat tersebut.

Begitulah antara persoalan yang menjadi bahan perbualan masyarakat setempat yang berasa musykil diatas tindakan pantas polis dari Teluk Intan yang luar biasa , tiba di tempat kejadian itu walupun tiada sesiapa pun yang menghubungi pihak polis.

Mengapa pasukan polis dari Teluk Intan yang tiba dan bukan dari pasukan polis tempatan, Langkap?

Ketua Dewan Perhimpunan Penyokong PAS negeri Perak, Sdr Suria Narayanan (gambar) ketika ditemui dirumah mendiang Siva Phanthiyan, mangsa yang ditembak oleh dua orang yang tidak dikenali pada petang Isnin lalu, menyatakan rasa peliknya kerana menurut saksi-saksi yang berada pada tempat kejadian tersebut memberitahunya bahawa pihak polis dari Teluk Intan, tanpa dimaklumi atau dihubungi, telah sampai ke lokasi kejadian tidak sampai 5 minit selepai kejadian berlaku.

“Kenapa polis dari Teluk Intan? ( bukan polis dari Langkap ) Apa sebenarnya berlaku disebalik kejadian tersebut . Dan pihak polis tidak mengadakan sekatan jalanraya dimana-mana yang sepatutnya bagi mengesan penjenayah tersebut,” katanya lagi.

Beliau berharap ahli-ahli parlimen pembangkang akan membawa perkara tersebut demi jaminan keselamatan orang ramai dimasa akan datang.

Beliau menegaskan, bahawa Menteri Keselamatan dalam Negeri, Hishammuddin Tun Hussein perlu bertanggungjawab diatas kejadian tersebut.

Apabila isu tahap keselamatan orang awam ini dikemukan kepada Dr Mujahid(gambar), ahli Parlimen Parit Buntar, beliau turut bersetuju bahawa sesiapa sahaja boleh menjadi mangsa tindakan ganas sedemikian. Beliau turut melahirkan rasa bimbang diatas perkembangan hal tersebut di akhir-akhir ini.

Beliau berjanji, bersama dengan rakan-rakannya yang lain akan cuba membawa perkara tersebut secara umum dalam perbahasan titah diraja dalam masa terdekat nanti.

Suria turut memaklumkan rasa dukacita dan sedih diatas pemergian Siva kerana mereka sentiasa bersama untuk kemana-mana program parti, samada ke tempat-tempat demonstrasi atau ceramah-ceramah di merata tempat.

Bagi Suria pemergian Siva diibaratkan satu kehilangan yang amat besar.Siva umpama salah satu tangan kepadanya; kehilangan Siva umpama dirinya kini telah kehilangan sebelah tangannya.

“Mungkin agak sukar bagi kita untuk mendapatkan seorang pengganti seperti Siva ini,” katanya dengan sedih.

Polis beri amaran terhadap pihak cuba ganggu keamanan di Terengganu..!!! Piirah..!!!

KUALA TERENGGANU: Polis Terengganu hari ini memberi amaran akan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pihak yang cuba mencetuskan keadaan tidak aman di negeri itu.


Ketua Polis negeri, Datuk Mohd Shukri Dahlan, berkata ianya termasuk mereka yang cuba mengadakan perhimpunan haram bagi menyerahkan memorandum berhubung royalti minyak kepada Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin, Sabtu ini.
"Saya ingin menasihatkan pihak-pihak berkenaan bahawa itu bukanlah tempat yang sesuai untuk menyerahkan memorandum atau mengemukakan bantahan kerana Yang di-Pertuan Agong berangkat ke Terengganu di atas urusan-urusan tertentu. "Saya tidak mahu mana-mana pihak cuba mengambil kesempatan di atas kehadiran Tuanku untuk melakukan sesuatu yang di luar program yang telah ditetapkan oleh pihak Istana," katanya di sini.

Beliau diminta mengulas mengenai rancangan dua Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) iaitu Majlis Pemuafakatan Rakyat Terengganu (Mampat) dan Gerakan Bertindak Kembalikan Royalti Rakyat (Gegar) untuk menghimpunkan kira-kira 10,000 orang bagi menyerahkan dua memorandum berhubung tuntutan royalti minyak kepada Tuanku Mizan di Lapangan Terbang Sultan Mahmud (LTSM), Sabtu ini.

"Saya juga mencadangkan kepada forum untuk menyampaikan bantahan dan memorandum itu agar menggunakan saluran lain," kata beliau yang menambah pihaknya akan meningkatkan kawalan keselamatan di LTSM pada hari berkenaan.

Mengulas program ceramah dan dialog yang akan dianjurkan dua NGO itu di Terengganu Ekuestrian Resort esok, beliau berkata, sehingga kini pihaknya belum menerima permohonan permit daripada pihak berkenaan untuk berbuat demikian.
"Setakat ini saya tidak ada menerima sebarang permohonan permit. Kita akan ambil tindakan kepada mereka yang kita rasakan akan menimbulkan masalah keselamatan," katanya yang menasihatkan penganjur supaya tidak meneruskan program itu bagi mengelakkan tindakan undang-undang. - Bernama

Ibrahim Ali berasap telinga


Kelmarin dulu Zahrin Hashim terkejut, kelmarin tiba pula giliran Ibrahim Ali berasap telinga. (Nasib baik berdepan dengan Tuanku Sultan,rasa dan perasaan TAKUT tu tetap ada, kalau orang biasa dia tumbuk dahh...)

Tak tau lah pula apa perasaan Tuanku Sultan Selangor, sama ada baginda murka atau tidak, tetapi amat jelas baginda tuanku tidak begitu gembira dengan Ibrahim Ali bila dia telah menghebahkan yang baginda tuanku sultan telah berkenan untuk berangkat mencemar duli bagi merasmikan majlis perhimpunan PERKASA kebangsaan, sedangkan baginda tuanku masih belum mengatakan ya dan belum membuat keputusan. Ini kerana baginda ada terfikir dan telah melihat imej PERKASA sebagai satu pertubuhan kumpulan "chauvinist".

Sebelum tuanku menitahkan Ibrahim Ali datang mengadap baginda kelmarin, difahamkan yang banyak pihak termasuk wakil dari BN dan Pakatan Rakyat telah membuat rayuan kepada baginda agar tidak menghadiri majlis tersebut. Wakil-wakil ini bimbang yang baginda tuanku akan digunakan oleh pihak-pihak yang tidak bertanggung jawab yang ingin mencapaikan cita-cita mereka. Tuanku tahu yang apa-apa juga titah dan tindakan baginda pada majlis itu pasti akan memberi kesan dan impak besar.

Selepas dekat empat puloh minit mengadap, baginda masih juga belum memberikan sebarang keputusan.

Telinga Ibrahim Ali berasap sebab tak dapat keputusan dari tuanku dan tambah berasap bila ada orang yang bukan ahli PERKASA telah bertanyakan tentang pertemuan tersebut sebaik sahaja beliau keluar dari Istana Mastika.

"..ini ada lah perkara P & C. Penting ke kau nak tahu?" Ibrahim Ali terus meletakan telefon.

dollah yankee -

SMS Dedah PM, TPM Restu Ong Ka Ting Bertanding Jawatan Presiden MCA



Nama Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak hari ini dikaitkan dengan pertandingan jawatan presiden MCA pada 28 Mac ini.

Pendedahan itu dibuat oleh bekas Timbalan Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek (kiri) pada satu majlis di Alor Star.

Laporan Bernama memetik beliau sebagai berkata khidmat pesanan ringkas (SMS) kini tersebar luas di seluruh negara yang mengaitkan keputusan Tan Sri Ong Ka Ting untuk bertanding jawatan presiden MCA mendapat restu perdana menteri dan timbalannya.

Sambil menyifatkan tindakan itu sebagai tidak bertanggungjawab, Chua mendakwa SMS itu tidak benar dan hanya mencemarkan nama baik Najib dan Tan Sri Muhyiddin Yassin.

"Sejak semalam ramai perwakilan mendakwa menerima SMS, Ka Ting bertanding kerana direstui Datuk Seri Mohd Najib Razak dan Tan Sri Muhyiddin Yassin.

"Ini tidak benar. Saya telah berjumpa Najib dan Muhyiddin selaku Pengerusi dan Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) yang menyatakan mereka sayangkan MCA dan tidak akan campur tangan tangan dalam pemilihan parti," kata Chua.

Beliau seterusnya menggesa Ka Ting (bawah, kanan) yang juga bekas presiden MCA agar membuat penafian secara terbuka berhubung dakwaan sms berkenaan.

Kemelut dalam MCA hanya boleh diselesaikan dengan pemilihan yang bersih, katanya.

MCA akan berpecah

Chua juga melihat hasrat bekas presiden MCA itu untuk bertanding pada pemilihan parti 28 Mac ini akan menyebabkan perpecahan dalam MCA.

Ditanya sama ada beliau akan mempertahankan jawatannya, Chua berkata beliau belum membuat keputusan.

"Saya belum buat keputusan muktamad untuk bertanding mempertahankan jawatan timbalan presiden atau tidak sehingga selepas mendapat maklumbalas perwakilan," katanya.

Dalam perkembangan berkaitan, bekas setiausaha agung MCA, Datuk Seri Ong Ka Chuan yang juga merupakan abang kepada Ka Ting berkata nama Perdana Menteri tidak harus diheret.

Ini kerana katanya, Najib bukan ahli MCA.

Ka Chuan yang bertanding jawatan timbalan presiden pada pemilihan 2008 juga berkata beliau tidak akan bertanding jawatan tertinggi parti itu kali ini untuk mengelakkan berlakunya masalah 'sensitif'.

Bukan salah kami adik beradik

"Bukan salah saya kerana kami adalah adik-beradik,” katanya sambil bergurau dengan pemberita di lobi parlimen hari ini.

Dalam pada itu, Muhyiddin yang juga didakwa 'campurtangan' bagi menentukan kepimpinan MCA, tidak mahu mengulas lanjut mengenai hasrat Ka Ting untuk kembali ke arena politik dan saga MCA.

“Jangan heret saya dalam situasi ini. Saya berpendapat tidak adil bagi timbalan presiden BN untuk campurtangan dan membuat ulasan yang akan merumitkan lagi keadaan,” katanya.

“Saya fikir adalah lebih baik, bagi saya untuk tidak mengeluarkan kenyataan kerana ia mungkin ditafsirkan dalam bentuk yang berlainan.”

Beliau mengulangi keyakinannya bahawa MCA mempunyai kebijaksanaan untuk menentukan yang terbaik bagi parti Cina itu.

Sebelum EGM parti itu tempoh hari, Muhyiddin pernah bertindak sebagai orang tengah bagi mencari jalan keluar di kalangan pemimpin MCA yang bertelagah. -mk

Kerajaan Najib/Rosmah semakin terdesak!!...Pakatan diingatkan berjaga-jaga.

KUALA LUMPUR : Pemimpin Pakatan Rakyat diingatkan agara berwaspada dengan sebarang taktik dan strategi yang lebih dahsyat yang akan digunakan oleh Umno/BN tatkala keadaan semakin terdesak kepada mereka untuk meraih sokongan rakyat.
Ketua Umum Pakatan Rakyat (PR), Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa wujud usaha terancang pihak tertentu untuk menekan pemimpin-pemimpinnya. Anwar sendiri berhadapan siasatan polis atas pelbagai tuduhan, termasuk isu berkaitan anti Islam dan Melayu

Kita sedang menghadapi banyak sangat gangguan dan tekanan polis. Jangan halang dan ugut, saya rasa keterlaluan. Mengapa tidak boleh bercakap pasal isu enjin jet hilang, kapal selam scorpene. Ini isu politik dan harus ditangani secara politik," katanya.

"Saya bantah sekeras-kerasnya tindakan mereka untuk ganggu proses demokrasi. Polis kena kekalkan profesionalisme mereka, jangan habiskan banyak masa dengan menyoal siasat pemimpin Pakatan Rakyat. Tumpukan kepada meningkatkan tahap keselamatan tangani jenayah," katanya sebaik selesai siatan ke atasnya di pejabat beliau pada 11 Mac lalu.

Sementara itu AJK PAS Pusat, Mazlan Aliman yang baru sahaja dibebaskan dari tahanan di Ibu Pejabat Polis Daerah Raub 11 Mac lalu mengingatkan pimpinan dan penyokong Pakatan Rakyat bahawa selepas ini akan ada lagi tindakan 'agresif' oleh kerajaan Umno/BN.

Mazlan ditahan di Raub ketika membuat laporan polis di balai yang sama, selepas program majlis dialog bersama generasi kedua peneroka Felda Lembah Klau digagalkan polis pada 9 Mac lalu.

Mazlan berkata, beliau bimbang dengan situasi ini kerana polis dan pihak berkuasa lain akan digunakan oleh kerajaan semata-mata untuk menyekat saluran maklumat termasuk ceramah yang dianjurkan Pakatan Rakyat.

"Semakin dekat dengan pilihan raya, semakin banyak taktik mereka, SPR, jabatan kerajaan dan sebagainya akan digunakan, tetapi kita mahu pimpinan Pakatan Rakyat bersedia," tegasnya ringkas. 

Memo bantah rampas royalti ke Yang Dipertuan Agung

KUALA TERENGGANU, 17 Mac: Puluhan ribu rakyat Terengganu dan Kelantan dijangka akan berkumpul di Lapangan Terbang Sultan Mahmud 20 Mac ini bagi mempersembahkan Memorandum Rakyat Menuntut Royalti kepada DYMM Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong Sultan Mizan Zainal Abidin sempena keberangkatan baginda ke Terengganu.

Ia akan dilaksanakan kira-kira jam 11.45 pagi di lapangan terbang itu, kata pengerusi bersama Gerakan Bertindak Kembalikan Royalti Rakyat (Gegar), Dr Abdul Halim Bin Yusof dan Mohamad Fauzi Bin Abu Samah dalam satu kenyataan media mereka.

Bagi meraikan rombongan rakyat Kelantan ke Terengganu untuk acara persembahan memorandum, Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Aziz Nik Mat  telah bersetuju untuk melepaskan konvoi 200 buah kereta rakyat Kelantan di Bukit Yong, Pasir Puteh, pada jam 7.30 pagi, 20 Mac ini.

Sebelum itu, Gegar akan menganjurkan Dialog dan Solat Hajat Perdana Royalti Rakyat Bersama YBM Tengku Razaleigh Hamzah pada 18 Mac 2010, di Terengganu Ekuestrian Resort (TER), Kuala Ibai, Kuala Terengganu.

Majlis akan bermula dengan solat hajat di Masjid Tengku Tengah Zaharah pada jam 7.30 malam dan dialog akan diadakan selepas solat Isyak di Resort TER.

Program ini dikira antara kemuncak bantahan rakyat Terengganu dan Kelantan terhadap rampasan royalti minyak milik mereka oleh kerajaan pusat. Sebelum ini, mereka berhimpun di Stadium Sultan Mohamad Kota Bharu. Kini, program bersama pula diadakan di Terengganu.

Harakahdaily difahamkan, banyak program pada tarikh yang sama yang diaturkan sebelum ini dibatalkan untuk membolehkan semua rakyat Terengganu menyertai majlis ini. Malam tadi, seorang pendakwah terkenal, Ustaz Azhar Idrus memaklumkan kuliah Maghrib beliau di Masjid Batu Enam pada 18 Mac ini telah dibatalkan untuk membolehkan orang ramai berkumpul di TER pada malam itu.

Berikut adalah kenyataan penuh Gegar mengenainya:

Gerakan Bertindak Kembalikan Royalti Rakyat (GEGAR) ingin sekali menegaskan bahawa matlamat utama GEGAR ialah mendapatkan hak bayaran tunai atau royalti kepada kerajaan dan rakyat negeri berasaskan kepada Akta Kemajuan Petroleum 1974 dan Perjanjian Petroleum menurut Seksyen 4 Akta pada 1975.

Sehingga matlamat ini tercapai, GEGAR akan terus menganjurkan berbagai kempen dan usaha bagi menyemarakkan dan menggerakkan sokongan padu rakyat.

Sehubungan ini, GEGAR telah merangka berberapa siri penerangan. Terdekat, GEGAR akan menganjurkan Dialog dan Solat Hajat Perdana Royalti Rakyat Bersama YBM Tengku Razaleigh Hamzah pada 18 Mac 2010, di Terengganu Ekuestrian Resort (TER), Kuala Ibai, Kuala Terengganu.

Majlis akan bermula dengan solat hajat di Masjid Tengku Tengah Zaharah pada jam 7.30 malam dan dialog akan diadakan selepas solat Isyak di Resort TER.

Dan, dua hari selepas itu, pada 20 Mac, GEGAR akan mempersembahkan Memorandum Rakyat Menuntut Royalti  kepada  DYMM Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong Sultan Mizan Zainal Abidin sempena keberangkatn baginda DYMM ke Terengganu. Persembahan ini dijangka pada jam 11.45 pagi di Lapangan Terbang Sultan Mahmud. GEGAR menyeru rakyat Terengganu dan Kelantan hadir ke acara-acara ini.

KONVOI RAKYAT KELANTAN PERSEMBAHKAN MEMORANDUM KEPADA YDPA

Bagi meraikan rombongan rakyat Kelantan ke Terengganu untuk acara persembahan memorandum, YAB Menteri Besar Kelantan telah bersetuju untuk melepaskan konvoi 200 buah kereta di Bukit Yong, Pasir Puteh, pada jam 7.30 pagi, 20 Mac 2010.

Rakyat Kelantan dijemput menyertai konvoi ini dengan mengibarkan bendera negeri Kelantan dan berpakaian baju berwarna merah  sempena warna bendera negeri Kelantan.

Kibaran bendera Kelantan ini juga bersempena menyambut Hari Keputeraan DYMM Sultan Kelantan yang akan menjelang dan bagi menzahirkan perasaan kasih dan dekatnya rakyat kepada DYMM al-Sultan. GEGAR menjangkakan  lebih 10 000 rakyat akan bersama dalam program ini.

Sementara itu, GEGAR mengingatkan rakyat bahawa pada bulan Mac ini genaplah 10 tahun Negeri Terengganu dinafikan hak royalti oleh Kerajaan Pusat.

GEGAR dengan ini menegaskan lagi bahawa royalti adalah hak rakyat berdasarkan kepada undang-undang, fakta dan sejarah dan kerajaan Persekutuan mesti menghentikan ketidakadilan ini.

Sebaliknya, kezaliman kini telah dilanjutkan pula kepada rakyat dan Negeri Kelantan dengan menafikan bayaran royalti dengan beralasan Akta Ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu) 1969. Walhal, ordinan ini telah dimansuhkan. Akta Ordinan Darurat 1969 ini tiada kena mengena dengan tanggungjawab PETRONAS untuk membayar kepada negeri.

Hanya Akta Pembangunan Petroleum 1974 (PDA) yang boleh diguna pakai kerana Seksyen 13 Akta Darurat (Kuasa-kuasa Perlu) 1979 telah pun memansuhkan Ordinan Darurat 1969 seperti Perkara 13 dalam Akta 216 : Akta Darurat (Kuasa-kuasa Perlu) 1979:

13. (1) Ordinan (Kuasa-kuasa Perlu) Darurat, 1969 adalah dengan ini dimansuhkan.

Penafian hak negeri ini membuktikan semangat federalisme yang dimeterai sejak kemerdekaan negara telah dinodai oleh Kerajaan Persekutuan walhal dalam amalan federalisme, negeri mempunyai hak mentadbir urus hal-hal yang di bawah bidang kuasa negeri. Melalui hak dan perhubungan yang jelas, baik dan terjamin inilah pembangunan untuk kepentingan rakyat dapat diusahakan dengan berkesan.

GEGAR percaya usaha menuntut hak rakyat ini akan terus berkobar bukan sahaja dari GEGAR tetapi dari seluruh rakyat sepertimana sokongan yang telah dibuktikan melalui Himpunan 100,000 Rakyat Menuntut Royalti pada 28 Januari 2010 lalu di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu Kelantan.

GEGAR akan terus komited dalam perjuangan murni ini bersama rakyat jelata menuntut hak royalti.

“ROYALTI HAK RAKYAT”


Terima kasih.

Dr Abdul Halim Bin Yusof
Mohamad Fauzi Bin Abu Samah
Pengerusi Bersama, Gerakan Kembalikan Royalti Rakyat (GEGAR)

Zambry digesa henti 'perbodohkan' Cina

Ahli parlimen Beruas yang juga ketua DAP Perak, Datuk Seri Ngeh Koo Ham mencabar Menteri Besar Perak, Datuk Seri Zambry Abd Kadir dan ahli exconya supaya menghentikan 'sandiwara' mereka 'memperbodohkan' masyarakat Cina.

Beliau membuat bidasan itu hari ini dan mendakwa Barisan Nasional tidak cekap dalam mentadbirkan Perak.

"Jika mereka ingin kembali ke sekolah, sila kembali ke sekolah dan biarkan orang lain yang cekap mentadbirkan negeri,” katanya di Parlimen lobi, hari ini.

Ngeh (kiri) mengulas laporan di akhbar harian Sin Chew Jit Poh yang memaparkan gambar Zambry dan anggota exconya menghadiri kelas bahasa Mandarin.

"Peristiwa itu diberikan liputan meluas oleh Sin Chew tetapi ia hanya membuktikan bahawa exco BN adalah orang yang tidak cekap,” katanya.

Beliau juga mahukan Zambry (bawah) supaya menghentikan lakonan kononnya BN mengutamakan bahasa Mandarin dan Inggeris, sedangkan hakikatnya tindakan itu hanya 'sandiwara' dan tidak ikhlas.

Ngeh berharap masyarakat Cina tidak akan terpedaya dengan helah BN kerana sebelum ini beliau mendakwa ada arahan kerajaan negeri supaya tidak diambil pegawai yang mahir berbahasa Mandarin tetapi sebaliknya menghantar pegawai Melayu ke kelas bahasa Mandarin.

"Mempelajari sesuatu bahasa memakan masa yang lama. Kenapa tidak menghargai masyarakat Cina dengan menyerap mereka yang mahir dalam bahasa Mandarin ke dalam perkhidmatan awam?

“Masyarakat Cina juga kini menguasai bahasa Melayu dengan baik. Mengapa tidak kita memaksimumkan sumber berkenaan?” soalnya.

Tanah 'ditipu', orang Asli protes di Putrajaya


Lebih 2,000 Orang Asli kini di Putrajaya bagi menyerahkan memorandum bantahan kepada perdana menteri berhubung dasar pemberimilikan tanah.

Bagaimanapun kehadiran sesetengah mereka sejak jam 12.45 tengah hari tadi, dengan beberapa bas telah dilencongkan oleh pihak polis ke sebuah auditorium di Kementerian Luar Bandar dan Wilayah.

Kira-kira seribu daripada mereka disuruh berdialog dengan menteri yang berkaitan, Datuk Seri Shafie Apdal di auditorium itu.

Kira-kira seribu lagi kini berada di persiaran di hadapan pejabat Perdana Menteri bersedia untuk berarak bagi menyampaikan memorandum berkenaan.
Mereka bersiap sedia untuk berarak tetapi dihalang berbuat demikian oleh anggota polis yang bertugas sekitar kawasan itu.
Bagaimanapun setelah perbinacngan kira-kira 15 minit, pihak polis memberi jaminan untuk membenarkan lima orang wakil Orang Asli untuk menghantar memorandum berkenaan.
Keputusan itu disambut dengan pekikan "boo" oleh Orang Asli.
Polis juga meminta Orang Asli supaya tidak berarak dan mempamerkan kain rentang serta sepanduk mereka.
Kumpulan itu bagaimanapun akur untuk tidak menghalang laluan ke JPM dan berkumpul di bahu jalan.
Pada perhimpunan ini, orang Asli membawa sepanduk dan kain rentang yang antaranya berbunyi “ Hak Kami Selaku Orang Asal Perlu dihormati”, “ Jangan Hapuskan Akta Kami” dan “Iktirafkan Wilayah Adat Kami”.
Ada juga Orang Asli yang memakai pakaian tradisional mereka.
Perhimpunan tersebut anjuran bersama Persatuan Orang Asli Semenanjug Malaysia (POASM) dan juga Jaringan Kampung Orang Asli Perak.

Seorang koordinator POASM, Jenita Engi berkata, perhimpunan itu adalah untuk menyuarakan bantahan kepada Datuk Seri Najib Razak berhubung kandungan dasar berkenaan memandangkan rundingan dengan JHEOA awal bulan ini, gagal membuahkan hasil.

Dasar tanah tersebut disasarkan untuk dibentangkan di Parlimen selewat-lewatnya Jun ini sebagai cadangan pindaan Akta 134 Kanun Tanah Negara.

Perhimpunan hari ini adalah perhimpunan kedua seumpamanya, selepas mereka mengadakan satu demonstrasi di hadapan pejabat JHEOA di Gombak pada 24 Februari lalu.
Kira-kira 2.30 petang, mereka berjaya menyerahkan memorandum tersebut kepada perdana menteri yang diterima oleh pegawai tugas-tugasnya, Datuk Ghazali Ibrahim.

Memorandum tersebut diserah oleh presiden POASM, Majid Sujud. Kemudian kedengaran tepukan gemuruh mereka yang hadir selepas dimaklumkan bahawa memorandum tersebut telah berjaya diserahkan.

Lima minit kemudian satu lagi memorandum diserahkan kepada Shafie oleh penyelaras Jaringan Kampung Orang Asli Perak, Tijah Yak Chopil.

Memorandum itu, pada umumnya, menuntut supaya dasar pemberimilikan tanah Orang Asli dimansuhkan.

Ketika ditemui pemberita kemudiannya, Tijah berkata, memorandum yang diserahkan Majid itu adalah yang sama yang dihantar kepada perdana menteri pada 9 Disember berhubung pelantikan senator dari kalangan Orang Asli.

Manakala Shafie pula, ketika diminta mengulas mengenai perhimpunan hari ini, sambil tersenyum berkata, mereka datang bukan untuk protes tetapi untuk berjalan-jalan melawat Putrajaya dan 'kita juga bagi mereka makan-makan.'