Oleh: Labu-Labi
Sejarah tidak pernah menipu kita. Kita sahaja yang cuba menipu diri sendiri dan persekitaran, demi kepentingan sendiri. Pembentukan jaringan atau rangkaian kronisma dan nepotisma, juga adalah untuk kepentingan diri sendiri juga.
Untuk mendapatkan sejarah sebenar, Al quran adalah petunjuk yang nyata dan tulin. Tiada yang lebeh tulin dari itu. Untuk memahami Al Quran pula, rujuk Hadis. Dan seterusnya, rujuk Ijmak, qias dan apa yang ditulis oleh ulama’ muktabar. Itulah sebaik baik jalan mengenal sejarah. Selain itu, perlulah berhati hati. Kerana disebalik penulisan itu mungkin terselit sedikit atau sememangnya penuh dengan kepentingan diri.
Namun kita tidak dapat mengelak dari terpaksa menerimanya. Demi sekadar sebagai tempat rujukan. Tetapi perlulah disandarkan kepada rujukan utama Alquran dan hadis. Disitulah nantinya dapat dipastikan yang mana boleh diambil sebagai rujukan sejarah dan yang mana hanya sekadar kepentingan diri ‘pensejarah’ tersebut.
Kepentingan diri ini ada pelbagai. Demi untuk wang dan kemewahan semata, maka ‘pensejarah, pun menjadi ‘penjarah’, sanggup menulis yang baik baik serta kejayaan seseorang itu demi mendapatkan sedikit kemewahan dari orang yang menaja nya (dikenali sebagai penulis upahan) atau demi mendapatkan kemewahan maka seseorang itu meminta supaya ditulis kebaikan serta kemurahan akan dirinya, dengan harapan, agar dia sentiasa kekal dalam kemewahan (orang begini dikenali sebagai pengupah).
Demi mengekalkan kuasa, agar terus kekal sebagai penguasa yang terbilang, sedangkan ia hanya seorang pengecut. Maka dimintakan, agar penulis, menulis yang muluk muluk serta kegemilangan dirinya.
Itu sebahagian dari sejarah dan penyelewengannya, berdasarkan kepentingan tertentu. Pun begitu sejarah adalah suatu yang penting untuk diteliti, biarpun ditulis dengan pelbagai sebab. Bedasarkan sejarah lah kita dapat menjadikan dunia ini berkembang. Tetapi apa yang berlaku adalah sebaliknya, kita mematikan pengajian sejarah setakat menghafal beberapa tokoh, tarikh, tempat dan peristiwa. Sejarah sepatutnya adalah suatu yang hidup dan berkembang. Sebagaimana kita mempelajari Sejarah Nabi nabi alaihissalam serta sejarah Nabi besar junjungan kita Nabi Muhammad Sallallahualihiwassalam.
Ketika tok tok guru kampong berceritakan sejarah nabi nabi, kita merasakan ianya begitu hampir dengan kehidupan kita. Mengapa begitu terjadinya. Sedangkan bila kita memasuki kelas sejarah disekolah, baik rendah atau menengah, sejarah itu bagaikan mati, tiada menusuk dijiwa kita. Tidak berkembang.
Adakah tok tok guru kita menggunakan ‘ilmu ghaib’ untuk menjadikan ianya menusuk jiwa kita. Tidak… sekali kali tidak. Tok tok guru kampong mengajar, dikaitkan sekali dengan keadaan semasa serta akibat untuk dimasa akan datang. Itulah rahsia yang menghidupkan sejarah supaya menusuk dijiwa kita.
Bagi guru guru sekolah, mereka tidak berpeluang untuk tujuan tersebut, kerana terikat dengan soalan peperiksaan yang perlu dijawab. Maka dengan kaedah itu, sejarah menjadi suatu yang mati dan membebankan. Kerana terpaksa menghafal semata mata.
Sebagai pembuka kata, dengan harapan, sejarah silam akan dapat dihidupkan ditengah masyarakat. Aku juga sangat sangat berharap, semoga aku akan dapat menghidupkan semula sejarah silam. Biarlah, ianya menjadi sebahagian dari penyedar dalam kehidupan kita. Tidak dibiarkan mati. Kemudiannya sejarah dibiarkan berulang secara berulang kali tanpa dipedulikan.
Semoga sejarah akan menjadi guru yang berkesan dalam kehidupan kita semua, dan aku berharap, sejarah yang buruk akan dijadi sempadan yang kukuh serta sebagai dinding yang tegap, untuk tidak berulang lagi.
Permulaan Bab. Marilah kita kembali kepada sejarah permulaan manusia.
Sejarah manusia, ada yang berliku dan ada lurus. Bermula dari penciptaan Nabi Adam alaihissalam dan sejarah sebelumnya, ia itu dimasa ‘azazil’ sebelum dilaknati dan dikenali sebagai iblis laknatullah.
Sejarah akan cuba dinukilkan secara teratur, hingga lah kehari terakhir umur makhluk. Kiamat.
Diberitakan, Iblis yang sebelumnya dikenali sebagai azazil, adalah kuat ibadahnya kepada Allah. Diatas muka bumi ini, tiada tempat yang dia tidak tunduk kepada Allah. Doanya begitu mustajab. Tetapi disebabkan ‘tinggi egonya’ maka dia dilaknati Allah.
Iblis tidak berhenti dalam tugasan menghasut. Akhirnya ramai pengikut dikalangan manusia dan jin dapat diujudkan oleh iblis. Dengan bantuan dari pengikut setia inilah, semakin berkembang biak perosak kepada sesama manusia dimuka bumi ini. Lalu pelbagai kaedah dilakukan. Iklan, sogokan, hasutan, ugutan, ajakan, sosial, kemewahan dan pelbagai lagi kaedah digunakan oleh iblis dan tenteranya baik dikalangan jin dan manusia.
Demi mengikut kehendak iblis, maka manusia melalui bantuan nafsu yang tak terkawal, sanggup merosakan sesama manusia……!!!
Sebagai pembuka kata, sekapur sireh seulas pinang … setakat ini dulu..
InsyaAllah berjumpa lagi ….minta mengundur diri…