Sabtu, 13 Mac 2010

Lagi gopoh-gapah, di mana silapnya? — G Manimaran

13 MAC — Semalam model ekonomi baru dan hari ini Rang Undang-undang Cukai Barangan dan Perkhidmatan. Pengumuman kepada publik ditangguhkan lagi. Alasan diberikan mudah: kerajaan mahu mendapatkan input dan pandangan daripada orang ramai sebelum kedua-duanya menjadi dasar rasmi.
Ya, alasan yang dikemukakan nampaknya baik. Tetapi hakikatnya alasan yang diketengahkan ini, hanya tinggal beberapa hari sebelum ia seharusnya dilaksanakan atau diumumkan, kini menjadi persoalan.
Rang undang-undang itu telah dibentang untuk bacaan kali pertama pada sidang Parlimen Disember lalu. Pokoknya pembentangan rang undang-undang ini sebenarnya telah ditangguhkan beberapa kali.
Mereka yang mengikutinya dengan dekat kedua-dua model ekonomi baru dan rang undang-undang GST tetap akan tertanya-tanya mengapa sekarang? Timbul pelbagai persoalan, mengapa ia ditangguhkan lagi?
Kerajaan tiada pilihan melainkan terpaksa menerima kritikan dan pandangan negatif daripada orang ramai tentang prestasi penggubal-penggubal dasar.
Secara tidak langsung ia akan dikaitkan dengan indeks prestasi utama atau KPI yang diperkenalkan sendiri oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak setahun lalu.
Bulan depan genap setahun usia kayu pengukur prestasi ini dikuatkuasakan.
Menjelang genap setahun ini nampaknya pentadbiran semasa membawa dua kegagalan menepati garis masa yang ditetapkan oleh Najib sendiri.
Siapa yang harus dihukum? Atau siapa harus dipersalahkan? Atau di mana kelemahannya?
Dalam persekitaran realiti kemungkinan kegagalan-kegagalan seperti ini akan wujud tetapi apabila pihak pelaksana sendiri yang menangguhkan beberapa kali, orang ramai sudah akan bertanya “apa sudah jadi janji-janji masa yang diberikan.”
Ia secara tidak langsung menghakis keyakinan orang ramai.
Ini persoalan yang timbul sebaik sahaja Menteri Kewangan Ahmad Husni Hanadzlah mengesahkan Rang Undang-undang GST tidak akan dibentangkan untuk bacaan kali kedua di Parlimen yang mula bersidang Isnin ini.
Rabu lalu, Husni sendiri menyebut Kabinet dalam mesyuarat terbarunya hanya membincangkan aspek-aspek GST terutamanya pemahaman orang ramai tentang sistem cukai yang dicadangkan dan pelaksanaannya.
“Kita tidak kata batal. Kabinet membincangkan dengan terperinci pelaksanaannya dari segi kefahaman rakyat dan setakat mana mereka bersedia.
“Kita tidak mahu menghadapi masalah kemudian nanti, yang mungkin menyusahkan rakyat,” kata beliau apabila diminta mengulas spekulasi yang mengatakan pelaksanaan cukai itu dibatalkan.
“Tiada kata putus,” kata Bendahari Umno ini seolah-olah terpaksa menerima pandangan Kelab Penyokong-penyokong Kerajaan Barisan Nasional (BBCBN) yang dikatakan telah memberitahu Husni rakyat “takut” untuk menerima GST disebabkan tiada maklumat yang sedalam yang mungkin.
BBCBN telah diberikan penerangan mengenai pelaksanaan GST, Isnin lalu oleh Husni.
Timbalan pengerusinya Datuk Bung Mokhtar mahu GST dilaksanakan secara berperingkat-peringkat supaya ia tidak membawa kejutan di kalangan orang ramai.
“Mungkin secara berperingkat-peringkat dalam satu hingga tiga tahun,” kata Ahli Parlimen Kinabatangan ini.
Anggota BBCBN, Datuk Mohamad Aziz dalam menyokong pendirian itu berpendapat seharusnya rakyat telah diberikan penjelasan sebaik mungkin.
“Jika benar kerajaan mahu membentangkan rang undang-undang ini kemudian (kemungkinan ketika sesi Jun-Julai depan), maka masa yang ada ini boleh digunakan oleh kerajaan untuk memberi penerangan kepada orang ramai... mengikut sektor supaya orang ramai benar-benar faham akan pelaksanaan GST,” kata beliau.
“Masalahnya rakyat tidak faham tentang tujuan dan kesan GST ini... apabila rakyat tidak faham, benda yang baik pun mereka akan takut untuk menerima,” kata beliau sambil menambah disebabkan tiada penerangan yang jelas mereka takut dan menentang.
BBCBN tidak mengatakan sama ada GST jika dilaksanakan akan membawa kepada kemerosotan populariti BN dalam dua pilihan raya penting akan datang — pilihan raya negeri Sarawak dan pilihan raya umum.
Pada hari Yang di-Pertuan Agong dijadual membuka mesyuarat penggal ketiga Parlimen Ke-12 Isnin ini, Pakatan Rakyat (PR) merancang untuk mengaturkan perhimpunan memprotes pelaksanaan GST. PR mahu menghimpunkan kira-kira 2,000 orang walaupun diberi amaran keras oleh pihak berkuasa polis.
Pengumuman awal mengenai GST dan model ekonomi baru ini bukan baru. Rakyat kali pertama telah mendengar mengenai model ekonomi baru setahun lalu. GST pula lebih awal lagi.
Nampaknya sekali lagi parti kerajaan yang memerintah memberi peluru modal politik kepada PR atau mana-mana pihak bukan berkepentingan politik untuk mencalar usaha-usaha yang cuba hendak diperkenalkan.
Berundur sedikit, perederan masa menunjukkan PR sudah pun menggerakkan usaha menentang GST.
Awal tahun ini Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar telah mengetengahkan pandangan agar sebuah jawatankuasa khas Parlimen yang dianggotai pihak kerajaan dan pembangkang wajar ditubuhkan bagi tujuan itu memandangkan GST melibatkan kepentingan banyak pihak.
Di bawah jawatankuasa khas ini pula wajar ditubuhkan sebuah jawatankuasa kecil yang disertai persatuan pengguna, pengilang, akauntan dan percukaian bagi memperhalusi GST.
Hari ini, Mahfuz menegaskan pengumuman terbaru ini membuktikan kerajaan pusat pimpinan BN kelihatan tergopoh-gapah dalam melaksanakan GST dan begitu juga model ekonomi baru.
“Ini secara kebetulan kerana ada penentangan, jika tidak kerajaan terus melaksanakan tanpa memperoleh pandangan sedalam-dalamnya daripada orang ramai,” kata beliau sambil mengulangi kerajaan mahu menggunakan GST untuk menjana pendapatan selepas berada dalam situasi masalah kewangan yang serius.
Pokoknya perkembangan semasa satu lagi bukti pihak berkuasa perlu melibatkan penyertaan rakyat segenap lapisan dalam proses membuat keputusan.
Pihak berkuasa perlu sedari walaupun mengadakan pertemuan dengan parti politik dan beberapa pertubuhan bukan kerajaan belum cukup untuk menggambarkan pandangan merentasi rakyat pelbagai lapisan di seluruh negara. Bukan semua wakil parti politik dan pertubuhan bukan kerajaan benar-benar mempunyai hubungan langsung dengan rakyat jelata.
Pengalaman ini pernah dialami kerajaan masa-masa lalu dan ketika 8 Mac 2008. Nampaknya ia berterusan!
Perkembangan semalam dan hari ini terbukti kerajaan gagal mengambil kira input sedalam mungkin. Usah bergopoh-gapah!

UMNO PERGUNA PERKASA UNTUK MENIUP API PERKAUMAN

UMNO ialah parti kebangsaan yang sekular. Oleh sebab itu, imej yang dicap ke muka mereka ialah pada era kini negara tidak perlukan nasionalis lagi kerana kita sudah merdeka. Satu lagi imej yang dicap ke muka mereka ialah Ketuanan Melayu melambangkan perkauman. Imej ketiga yang turut dicap ke muka mereka ialah menggunakan Islam secara berpilih-pilih.

Mereka gagal mengikis tuduhan tentang pengamalan Islam secara berpilih-pilih kerana hingga sekarang mereka kerap terperangkap dengan isu remeh-temeh yang dengan sendirinya menyerlahkan kecetekan pengetahuan Islam mereka.

Atas nama nasionalis Melayu, mereka kerap berkokok untuk menjadi juara rakyat. Pada hakikatnya, rakyat tahu mereka petualang rakyat. Merekalah yang sanggup rampas kerajaan negeri Perak dengan bantuan mahkamah. Merekalah yang tidak tahu malu apabila mengekalkan ketua menteri yang perasuah. Merekalah yang muka tebal apabila projek ratusan juta rosak hanya beberapa bulan disiapkan.

Yang paling menyedihkan ialah kegagalan mereka mengikis imej perkauman. Ketua sibuk dengan 1 Malaysia, anak buah menconteng arang dengan kecaman dan sindiran terhadap orang Cina dan India. Rakyat sudah menerima mereka sebagai parti perkauman.

Kini bukan lagi masa untuk bercakap tentang Melayu. Mahu atau tidak kita kena bawa isu perpaduan tulen, isu kebajikan untuk semua rakyat Malaysia, isu mempertahankan asas-asas yang mendasari Perlembagaan Malaysia.

UMNO menyedari hakikat mereka dimarahi rakyat. Bagi mengelakkan hal tersebut terus menghantui, mereka terpaksa mencari jalan keluar. Jalan keluar yang ditemui ialah menggula-gulakan PERKASA yang diketuai Ibrahim Ali memainkan peranan menjulang isu perkauman.

Ibrahim yang tidak berprinsip itu sudah mula ghairah bercakap dengan nada perkauman. UMNO yang lega dengan perlakuan itu mengambil sikap berdiam diri. Namun, mereka lupa bahawa rakyat telah mengecap PERKASA sebagai alat UMNO. Jika PERKASA itu perkauman, maknanya UMNO pun perkauman. Kedua-duanya sama taraf dan datang dari kapal yang sama.

Zahrain Terima Petisyen Rakyat Desak Letak Jawatan

BAYAN BARU 13 Mac - KEADILAN Cabang Bayan Baru hari ini mendesak agar Ahli Parlimen Datuk Seri Zahrain Hashim meletakkan jawatan kerana didakwa mencabuli amanat serta mengkhianati janji kepada rakyat.
Sehubungan itu ahli jawatankuasa serta ahli cabang itu menyerahkan memorandum yang mengandungi sebanyak 2,108 tandatangan kepada Zahrain di Dewan Tabung Haji bagi mengesa beliau mengosong kerusi Parlimen tersebut supaya satu pilihan raya kecil dapat diadakan.
Lawatan Zahrain ke kawasan Parlimen beliau hari ini dipercayai kali pertama dalam tempoh tiga bulan.
Desakan ini dibuat berikutan tindakan Zahrain bertindak keluar daripada KEADILAN dan menjadi anggota Parlimen Bebas 12 Februari lalu.
Menurut ahli jawatankuasa KEADILAN Cabang Bayan Baru, Ahmad Azrizal Tahir, Pakatan Rakyat tidak memerlukan Zahrain untuk memimpin rakyat Bayan Baru justeru tindakan beliau itu yang dianggap telah mengkhianati kepercayaan rakyat yang mengundi beliau pada pilihan raya umum 2008.
"Kami mahu Zahrain meletak jawatan sebelum sidang Dewan Rakyat berlansung 15 Mac ini.
"Rakyat mempertikaikan jawatan Ahli Parlimen yang disandang beliau ekoran kritikan keterlaluan beliau kerajaan negeri Pakatan Rakyat di bawah pimpinan Ketua Menteri Lim Guan Eng," kata Ahmad Azrizal.
Pegawai JKK Permatang Damar Laut Sharonni Hasan pula berkata Pakatan Rakyat akan terus mendesak Zahrain meletak jawatan sebagai Ahli Parlimen kerana rakyat sudah bosan dengan kerenah beliau.
Ahli jawatankuasa Angkatan Muda KEADILAN Bayan Baru Afiq Ilfiq turut bersetuju dengan desakan tersebut sambil menyatakan ia adalah bertujuan membersih serta melancarkan pentadbiran politik dalam Pakatan Rakyat.
"Rakyat mahukan politik baru untuk membentuk pemimpin yang adil ke arah mencapai negara yang demokratik, progresif dan bersatupadu," kata Afiq.
 Seorang pengundi Bayan Baru Sha’ari Md Salled berkata sebagai pengundi beliau amat kesal dan kecewa dengan tindakan Zahrain keluar parti memandangkan beliau telah diberikan tanggungjawab menjaga amanat rakyat pada PRU lalu.
"Tindakan Zahrain itu ternyata mengkhianati harapan rakyat di Bayan Baru yang memilihnya untuk perubahan dua tahun lalu. Ini juga membuktikan beliau tidak mempedulikan hak dan kebajikan rakyat.
Dalam reaksi beliau kepada media Zahrain berkata beliau tidak akan meletak jawatan kerana keputusan samada beliau berbuat demikian adalah haknya.
"Pendirian saya jelas dalam perkara ini, saya mahu meneruskan perkhidmatan saya kepada rakyat Bayan Baru sebagai wakil rakyat Bebas," kata Zahrain.

VCD Agenda Dari Umno SIAL,Kami Tetap Pilih PR!


UMNO semakin menampakkan sikap terdesak apabila sekali lagi melaksanakan operasi fitnah terhadap Ketua Umum PKR, YB Dato’ Seri Anwar Ibrahim. Kali ini modus operandinya bertukar corak. Terkini, video rakaman Dato’ Seri Anwar Ibrahim dalam penjara semasa dalam tahun 2001 lagi.
Mungkin pihak UMNO merasakan tidak sebegitu mampan kesannya ‘drama bersiri’ kes fitnah ke-2 Dato’ Seri Anwar ke atas sokongan rakyat Malaysia. Maka senario fitnah ini di olah lagi agar lebih cantik dan menarik dengan kewujudan video rakaman Dato’ Seri Anwar yang kononnya rakaman semasa beliau dalam penjara dahulu.

Suatu kemusykilan terbit di hati orang ramai, sekiranya benar rakaman itu semasa Dato’ Seri Anwar dalam penjara, ini adalah amat jelas menunjukkan berlakunya diskriminasi terhadap Dato’ Seri Anwar semasa dalam tahanan.
Mengapa kehidupannya dirakam sedangkan penghuni-penghuni penjara lain tidak di lakukan sedemikian rupa? Tentu ada dua orang manusia yang takut dengan bayang bayangnya sendiri. Siapa dua orang manusia itu? Tanya diri sendiri.
Apa motifnya? Untuk mencari kesilapan? Atas cara apa? Sudahlah dalam penjara, apa yang kesilapan yang bisa terjadi semasa dalam tahanan? Hanya ‘mereka’ yang menghasilkan VCD fitnah ini sahaja yang punya jawapannya. Kenapa dan apa tujuan mereka berbuat demikian ?
Sama ada UMNO sedar atau tidak, walau apa pun percubaan fitnah yang cuba di buat kepada Dato’ Seri Anwar Ibrahim tidak berkesan di hari rakyat. Malah rakyat lebih benci dengan kekejaman yang di lakukan kepada Dato’ Seri Anwar. PRU13 nanti akan jadi backfire.
Sebab itulah di awal tadi saya menyatakan andaian saya mungkin sahih, bahawasanya UMNO semakin kehilangan pengaruh di kalangan rakyat, maka kerana itulah mereka sedaya upaya ingin membinasakan insan yang bernama ANWAR IBRAHIM.
Pada sangkaan mereka, sekiranya Anwar tumbang, maka berkecai juga ikatan persaudaraan dalam Pakatan Rakyat. Pada telahan mereka, sekiranya Anwar berjaya di sumbatkan kembali dalam penjara, maka berakhirlah juga empayar Pakatan Rakyat.
Pada congakan mereka, sekiranya Anwar berhasil dimusnahkan maruahnya, maka rakyat akan berpusu-pusu kembali ke pangkuan UMNO? Anda silap wahai warga UMNO.
Ingin saya tegaskan sekali lagi, membujur lalu melintang patah, kami mendambakan demokrasi rakyat Malaysia. Seperti yang terlihat pada hari ini, walau didatangi pelbagai dugaan dan cabaran, kekuatan Pakatan Rakyat amnya dan PKR khasnya semakin teguh dari peringkat akar umbi sehinggalah keperingkat berpendidikan.
Sokongan dan dokongan yang diberikan kepada perjuangan PKR tidak dapat di nafikan lagi. Lihat sahaja setiap program/ceramah yang di anjurkan oleh Pakatan Rakyat dan PKR, sambutan yang diterima amatlah menggalakkan.
Maka kerana itulah UMNO kini tidak putus-putus membariskan satu-persatu agenda jahat mereka untuk menjatuhkan maruah dan keperibadian Dato’ Seri Anwar di mata masyarakat kerana mereka berpendapat, Pakatan Rakyat kuat kerana Dato’ Seri Anwar. Sekali lagi anda silap wahai warga UMNO.
Rakyat Malaysia berpaling arah kepada Pakatan Rakyat kerana telah lelah dengan sIstem pentadbiran UMNO/BN yang lebih terarah kepada kepentingan diri dan kroni mereka sendiri.
Apa keuntungan yang telah rakyat dapat? Selain daripada kenaikan kos sara hidup yang semakin meningkat hari demi hari. Kepayahan mendapat bekalan makanan asas? Kenaikan petrol dan gas? Inikah yang dikatakan Rakyat Di Dahulukan Pencapaian Di Utamakan?
Apakah rakyat Malaysia selayaknya di beri tekanan hidup yang melampaui? Apa cerita kes DUN Kota Siputeh yang mana wakil rakyatnya gagal menghadirkan diri di persidangan dewan undangan negeri selama dua penggal berturut-turut? Sebab apa berlaku? Sedangkan rakyat telah mengundi beliau untuk memperjuangkan nasib mereka? Tapi yang berlaku adalah sebaliknya.
Berbalik kepada VCD fitnah Dato’ Seri Anwar. Rakyat Malaysia bukanlah sebodoh yang mereka sangkakan. Rakyat Malaysia bukan lagi seperti dahulu yang hanya tahu menerima maklumat dari agen media massa UMNO/BN.
Hari ini rakyat Malaysia telah bijak menggunakan alternatif lain untuk mendapatkan kesahihan ke atas apa-apa maklumat yang diterima. Maka kerana itulah berlakunya tsunami politik pada PRU12 pada dua tahun yang lalu.
Atas alasan itulah juga makanya UMNO bertungkus-lumus ingin meranapkan karier dan maruah Dato’ Seri Anwar. Kerana revolusi kebangkitan reformasi ini bermula setelah Dato’ Seri Anwar dibebaskan dari penjara.
Oleh kerana ini jugalah mereka kini bersusah-payah ingin menghantar kembali Dato’ Seri Anwar kedalam penjara kerana selama beliau di bebaskan, para pemimpin UMNO senantiasa hidup dalam kegusaran dan tidur mereka senantiasa dihiasi mimpi-mimpi ngeri kejatuhan gagasan UMNO yang menjadi tunggak kehidupan mereka selama ini.
Kerajaan BN/UMNO bukan sahaja mengaibkan Anwar Ibrahim melalui fitnah kedua, tetapi setiap gerak gerinya dirakam dibuat VCD semasa dalam penjara dahulu untuk diedarkan dari rumah ke rumah. Patutkah Kerajaan BN/UMNO mengarahkan penjaga penjara meragam VCD Anwar Ibrahim kalau bukan bertujuan untuk mengaibkan beliau? Kalau hari ini Anwar Ibrahim dibuat sebegitu maka tidak heranlah satu hari nanti 'anak cucu' anda juga akan dibuat perkara yang sama.
Perlu diketahui, buatlah apa sahaja, kami tetap berdiri teguh bersama PKR dan Pakatan Rakyat.

Ek eleh... punyer ler nak hidup

UMNO/BN sudah mula menjadi seperti cacing kepanasan. Lantaran itu, apa saja yang boleh diperkuda..... akan ditunggangnya semau-maunya. So... apa maknanya??

Sonang ajer... maknanyer UMNO/BN sedang nazak. Sebab itu, mereka grab pada apa saja yang mereka boleh grab untuk terus hidup.

Begitu terdesak sekali.... hingga sanggup bertindak begitu keji. Kini mereka mula menggunakan cengkaman mereka ke atas TNB pula. Sekor lagi kuda yang kena cucuk hidung. Mungkinkah dicucuk hidung secara paksa?? Apa misi TNB??

Yeehaahhh..... ganggu-gugat bekalan elektrik semasa program Anwar Ibrahim. Jangan maklumat sampai kepada rakyat. Bahaya kepada nyawa UMNO/BN!! Rakyat mesti ditulikan daripada mendengar sebaran maklumat yang disampaikan oleh seorang yang amat mereka geruni. Ha... ha.. ha... takut gempa bumi 1Malaysia dan tsunami datang lagi. Tsunami mari mereka mati!!

Jadi... ada maruah ke parti seumpama ini?? Kalau ada akai, apa patut kita buat pada parti ini??

Ek eleh... apa lagi, kita tolak saja ke tepi dan nyahkan mereka pergi.

Say bye... bye to them. SAY NO TO UMNO/BN!!!

Mohsin Fadzli, Mohd Zahrain Tidak Kosongkan Kerusi Parlimen

(KETAWA SAKAN KATAK KULAAN)
Reaksi Ahli Parlimen Bagan Serai, Mohsin Fadzli Samsuri ketika sidang media mengenai kedudukan beliau yang keluar parti setelah menjadi Anggota Parlimen Bebas di sini, hari ini. Beliau hari ini menegaskan tidak akan mengosongkan kerusi parlimen berkenan walaupun ada pihak dalam pakatan pembankang mendesaknya berbuat demikian. - Foto BERNAMA

IPOH: Ahli Parlimen Bagan Serai, Mohsin Fadzli Samsuri, hari ini menegaskan bahawa beliau tidak akan trunduk dengan desakan mengosongkan kerusi Parlimen berkenaan.
Katanya beliau tidak terfikir untuk mengosongkan kerusinya dan sebaliknya akan meneruskan khidmatnya sebagai wakil rakyat bebas sehingga pilihan raya umum yang akan datang.
Pada 3 Mac lalu, Mohsin Fadzli mengisytiharkan dirinya keluar daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan menjadi Ahli Parlimen Bebas kerana 'politiking' melampau dalam PKR yang gagal dikawal oleh penasihat parti Datuk Seri Anwar Ibrahim.
"Pilihan raya umum pun tidak lama lagi, saya akan tunggu dan menghabiskan penggal perkhidmatan saya," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
"Lagi pun apa perlunya saya meletak jawatan kerana saya masih lagi Anggota Parlimen mereka...tidak ada salahnya kerana saya masih berkhidmat untuk mereka (pengundi Bagan Serai)," katanya.
Mohsin Fadzli berkata, beliau tidak akan menyertai mana-mana parti politik lain walaupun menyedari Barisan Nasional (BN) akan sentiasa mengalu-alukan jika beliau berhasrat menyertai parti komponen BN.
Pada pilihan raya umum 2008, Mohsin Fadzli, yang pertama kali bertanding, mengalahkan bekas Timbalan Menteri Pertahanan, Datuk Zainal Abidin Zin daripada UMNO dengan majoriti 3,413 undi.
Di PULAU PINANG, Datuk Seri Mohd Zahrain Hashim yang juga Ahli Parlimen Bayan Baru turut senada dengan rakannya dari Bagan Serai itu tidak akan melepaskan kedudukannya sekarang.
Katanya beliau tidak akan tunduk kepada tekanan daripada pihak yang menggesa beliau mengosongkan kerusi kerana beliau merupakan wakil rakyat yang dipilih untuk kawasan itu.
"Pendirian saya adalah jelas dan saya ingin terus berkhidmat untuk penduduk Bayan Baru sebagai Ahli Parlimen bebas," katanya kepada BERNAMA di pejabat barunya di Bayan Baru hari ini.
Mohd Zahrain, yang keluar daripada PKR pada 12 Feb lalu, berkata beliau tidak mengkhianati undi rakyat dan telah memaklumkan kepada Speaker Parlimen mengenai statusnya sebagai wakil bebas.
"Ahli PKR harus tahu bahawa saya bukan Ahli Parlimen untuk parti itu tetapi untuk rakyat. Mereka tidak boleh menghalang saya daripada memberi khidmat kepada penduduk Bayan Baru," katanya.
Menurutnya pada pilihan raya umum 2008, beliau menerima kira-kira 27,000 undi dan percaya bukan semua mahu beliau mengosongkan kerusi Parlimen itu tetapi hanya sebilangan kecil pengundi yang mungkin terpengaruh dengan desakan PKR.

Din Merican: The only honorable thing left is to resign...now!!

Prime Minister Najib: Make Malaysia great again as Malaysians want change
by Din Merican

“Injustice anywhere is a threat to justice everywhere. We are caught in an inescapable network of mutuality, tied in a single garment of destiny. Whatever affects one directly, affects all indirectly.”-Martin Luther King Jr.

Yesterday, when I wrote about Dato Ramli Yusuff’s acquittal, I quoted Martin Luther King. Jr., the much revered civil rights leader of the John F. Kennedy and Lyndon B. Johnson era. As Malaysians, what affects you will affect me.So what happened to Dato Ramli and Lawyer Rosli Dahlan can happen to us and those who are prepared to speak the truth to power. Mr Prime Minister, Sir, I am going to speak to you from this blog.

Battered Image of Polis Di Raja Malaysia (PDRM) due to Musa Hassan, IGP
This is my continuing rally for change – about the battered image of the PDRM because of the dismal performance of its worst ever IGP, Musa Hassan. During his tenure as IGP, the illegal money lending syndicate flourished. Crime index soared to an all time high. The Police Force has become the most despised law enforcement agency in Malaysia, the only other contender is the re-imaged MACC. Both institutions have become instruments of brute power which started in the Mahathir era.

That IGP Musa Hassan has failed Malaysians, the government and the country is evident from the many and numerous reports of crimes in the country. That IGP Musa Hassan is clueless on how to handle the situation is also evident when he keeps blaming everyone else except himself. He blamed corrupt elements within the PDRM. Using that excuse, he transferred officers at his whims and fancies and paralyzed the police intelligence capabilities.

He fixed up and eliminated tested and proven officers like Dato’ Ramli Yusuff who would have been a threat to him. According to the Statutory Declaration by Musa’s own ADC, the transfers were for the bigger agenda at the behest of the BK Tan syndicate. It was indeed a clean-up, but one that entrenches the syndicate’s hold over the PDRM!

Was that the hint made by Dato’ Ramli yesterday in his statement that the men in blue should not be fearful of the syndicate? Was this the fulfillment of Dato’ Ramli’s ominous warning in 2007 before he was stripped of all his powers by IGP Musa Hassan and persecuted by A-G Gani Patail on trumped up charges fabricated by the MACC?

Stop Blaming the best run Immigration Department

Musa Hassan also blamed the Immigration Dept for its laid back policy leading to the increased crime rate. And what happened to the Immigration Director-General? Was he also not charged by the MACC? Some say the D-G was just a fall guy. Soon, at Musa’s behest, there will be re-introduction of stringent VISA requirements for entry including for students. Unwittingly, that would be taking many steps backward towards Malaysia’s objective of being a global education centre. Tan Sri Aseh Che Mat, the architect of that open policy will have something to say about Musa Hassan and his bird brained ideas. After all, Aseh was once the Secretary of the Police Commission and the Secretary-General of the Home Ministry.

Today, we find closed and gated housing all over the country. People feel unsafe even in their own neighbourhood, and have to live in gated communities with their own security guards. That speaks volume about the “feel good/feel safe” factor in the country. The fact that PDRM and crime is one of the NKRA under Dato’ Idris Jala is more than just symptomatic of this public loss of faith in the Police to maintain law and order.

The fact that Dato’ Hishammudin has to do his crime prevention walk-about is illustrative of the crisis of confidence over the PDRM generally and with Musa Hassan’s leadership in particular. That Musa Hassan is so much scandalised and despised, simply makes it unacceptable for him to remain in office. He is a liability to the PDRM and Najib’s government. Res ipsa loquitur.(Latin: the affairs speak for themselves)

Some weeks ago, Raja Petra Kamaruddin reported about the raid on Musa Hassan’s house, resulting in the recovery of large amounts of cash. The whole of Bukit Aman was abuzz with such whisperings. The self exiled web-master and blogger reported that a deal was cut to allow Musa Hassan to retire by the end of March.

Only yesterday (March 12), the China Press reported as follows:

“The Inspector-General of Police, Musa Hassan has submitted his resignation to Home Minister Hishammuddin Hussein Onn, five months before the end of his contract.

Apparently he planned to formally step down on March 25 at a function commemorating the 203rd Police Day. If true, this is good news to be celebrated as Musa Hassan should not have his term extended in the first place as his performance as Inspector-General of Police had been atrocious.”

That is the voice of the Chinese community speaking. If you, PM Najib is serious about 1Malaysia, listen to that! It is only to be expected that Musa Hassan would use his own cohort like the Star’s pimp editor Lourdes Charles to refute that as follows:

Published: Saturday March 13, 2010 MYT 10:58:00 AM
Updated: Saturday March 13, 2010 MYT 11:08:41 AM
IGP Musa denies he’s quittingBy LOURDES CHARLES
KUALA LUMPUR:

The Inspector-General of Police Tan Sri Musa Hassan has denied that he has resigned while questioning the source of the information.

“I have not submitted any resignation letter to the Prime Minister or anyone. I want to know if the source is from an official channel or from the ‘underground’,” he said when contacted on Saturday.

“I know it is not from the (Home) Ministry as I have checked with its Secretary-general Datuk Mahmood Adam, who denied any knowledge.”

Musa said if information in the article published was obtained from unofficial channels including the “underground” such as syndicates, then he “felt sorry” for the country. He said if the “underground” could manipulate the post of the IGP, then Malaysia was heading for disaster.

“I have asked my officers to check with the newspaper that published the article and find out the source who gave them the misleading information,” he added.

Musa had been given an extension to his one-year contract and he is due to retire in September.

A Chinese daily had reported that Musa was expected to step down on March 25 during a Police Day function. It quoted sources that said Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak and Home Minister Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein accepted his resignation.”

Message to Musa Hassan

Listen to this, Musa Hassan- no amount of denial can change the public’s perception that you are unfit to be IGP. The people of Penang are angry with you for making your policemen to lodge various reports to harass CM Lim Guan Eng, whereas there are many things undone by the police. If you care for PDRM, if you have any maruah left in you as the son of a much admired Ustaz Hassan Azahari from whom I learned to sharpen my reading of the Koran while watching TV, then leave before you are hounded out.

Message to Attorney-General Gani Patail

I now say the same thing to A-G Gani – do not desecrate your office by appealing against Dato’ Ramli’s acquittal. Do not waste public funds by continuously prosecuting the innocent. Spend your time and effort to get the real murderers of Altantuya, start by appealing against Razak Baginda’s acquittal. Restore religious harmony by prosecuting the two Al-Islam reporters for desecrating a Holy Communion.

Restore integrity to the august office of the A-G by prosecuting the MACC officers who murdered Teoh Beng Hock, begin by ensuring government doctors do not fabricate medical reports. But then you would have to first resign since you were already implicated in falsifying the medical report in Dato’ Seri Anwar Ibrahim’s black eye incident, and your role in Sodomy II.

Message to MACC Abu Kassim and DPP Dzulqarnain

I now say to the MACC Abu Kassim, withdraw the charge against Lawyer Rosli Dahlan because your misguided DPP Kevin Morais cannot be more straight than the man he is prosecuting. To DPP Dzulqarnain, remember that as an IIU graduate you must demonstrate and embody that principle of “amar ma’ruf nahi mungkar” and desist from the being a party to the persecution of Rosli Dahlan. Lest history will judge you for “bersubahat” against Rosli Dahlan who is from the first batch of IIU graduates together with Dato’ Ramli. The loyalty he has shown of that IIU brotherhood to the extent of endangering himself should cast shame on you.

In the name of change, I say to IGP Musa Hassan- step down. To A-G Gani -give way to Dato’ Yusof Zainal Abidien. To MACC Abu Kassim- be firm, do not bow to the other two, break away from being the third in that Unholy Trinity.

To PM Najib, I say – Malaysians want the above changes! Let the healing process begin.

SABAH : UMNO/BN CAKAP TIDAK SERUPA BUAT, RUMAH RAKYAT TIDAK TERURUS

Oleh Halik Zaman, Entabuan Tenom

Perlukah saya bilang sahaja inilah "hadiah kemerdekaan" bersama Barisan Nasional selama 47 tahun merdeka bersama Malaysia? Hadiah gubuk gubuk buruk untuk rakyat dikampung Entabuan Tenom? Perlu kah saya berbohong pada diri saya sendiri mengikut rentak UMNO dan Barisan Nasional mengatakan selama 47 tahun Sabah merdeka bersama Malaysia sudah terhakis miskin tegar dipedalaman?

Mana mungkin saya boleh berbohong kalau buktinya ini:-




Bila Dewan Undangan Negeri Sabah bersidang sahaja Musa Aman umumkan berbillion peruntukan untuk membuat perumahan miskin tegar. Kalau tidak silap ADUN BN Kemabung Tenom Robin Balang adalah Pengerusi Perumahan Negeri Sabah dan Ahli Perlimen YB. Raimie sendiri anak jati Tenom, kenapa tidak turun padang melihat penderitaan rakyat? Apa sudah jadi dengan peruntukan perumahan miskin tegar?


Selama Sabah merdeka 47 tahun yang lalu tidak mampukah Kerajaan UMNO/BN membina rumah rumah rakyat yang dikegorikan sebagai miskin tegar, mustahil! ! Sudah berganti ganti Ketua Menteri BN Sabah, namun rumah rakyat miskin tegar tidak juga berganti. Apa kah halatuju BN kalau bukan membantu rakyat atau membantu diri sendiri rakyat dikemudiankan.

Bayangkan kalau ada yang tinggal dirumah begini, apa anggapan anda kepada Kerajaan BN yang sudah memerintah Sabah 47 bagus kah?



Bila PRU rakyat didekati .Setelah menang PRU rakyat ditakuti oleh YB-YB UMNO/BN. Bila menang PRU YB. YB UMNO/BN lari pergi Kota Kinabalu takut berjumpa rakyat. Mungkin takut projek yang dijanjikan di tagih oleh rakyat. Paling sial bagi rakyat kalau alasan YB.YB. UMNO/BN " Nak bercuti dulu gunting rambut dan minta urut ke Hongkong". Biasanya setiap selesai PRU YB-YB UMNO/BN mesti ambil cuti keluar negara.

Kepada orang orang kampung, kalau Kerajaan Pakatan Rakyat memerintah, semua masalah rumah rumah miskin tegar dapat diatasi serta merta dengan syarat berilah kepercayaan kepada Pakatan Rakyat untuk memerintah Kerajaan Pusat. Kita rakyat Sabah harus insaf dan buat perubahan. Perubahan datangnya dari diri sendiri.

Kenaikan Harga Minyak: PR Tidak Akan Tolak-Ansur

Pakatan Rakyat tidak akan bertolak-ansur dengan sebarang rancangan untuk menurunkan subsidi harga minyak.
Bendahari Pas Dr Mohd Hatta Ramli berkata pengurangan subsidi minyak tidak sewajarnya berlaku dalam situasi ekonomi sekarang.
Pemimpin Pas itu berkata demikian mengulas kenyataan Menteri Perdagangan Dalam Negeri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang membayangkan kenaikan harga minyak dalam masa terdekat.
Ismail Sabri dilaporkan berkata subsidi 0.45 sen sedia-ada menghalang kerajaan dari membelanjakan lebih banyak wang rakyat untuk membangunkan pelbagai projek.
"Harga minyak hanya menaik sahaja. Ketika ekonomi negara masih belum pulih, pastinya kenaikan ini akan menyusahkan kita, kerana ia juga akan menyebabkan kenaikan harga barang," kata Hatta.
Beliau berkata kerajaan sewajarnya mengambil-kira kemampuan ekonomi semasa para pengguna, dan bukannya kebuluran projek para kroni dan pemaju.
"Kita akan lawan melalui semua saluran yang ada, di Parlimen hingga ke jalanraya," tegas beliau.

Sedikit Maklumat Berkaitan JASA.

So... di sini OG paparkan antara LUAHAN HATI SEORANG PENJAWAT AWAM berkenaan untuk renungan kita semua. Sama-samalah kita muhasabah diri untuk kebaikan perkhidmatan & agensi...

"Saya amat berterima kasih dan berbangga berkhidmat dengan Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA), satu-satunya agensi Kerajaan yang bidang kerjanya adalah dalam hal ehwal politik (khususnya parti UMNO). Tetapi saya bukanlah pegawai politik JASA. Saya hanyalah kakitangan sokongan sahaja di JASA.

Selama berkhidmat dengan JASA saya faham apa makna politik sebenarnya, sebelum ini saya buta dan jahil pasal politik. Sejak kebelakangan ini JASA sibuk dengan kerja-kerja pilihan raya kecil di sana-sini. Bila tiba pilihan raya, hampir semua pegawai dan jentera kerja JASA dikerahkan untuk turun padang menjalankan kerja-kerja kempen.

Yang saya hairan ialah, setiap kali pilihan raya kecil, UMNO atau BN kalah saja! Maka tertanya-tanyalah saya sendiri..apa lagi yang tak cukup? Pegawai JASA rata-rata kalau Melayu adalah orang kuat parti UMNO! Takkan tak tahu nak kempen? Nak kata duit kempen tak cukup, setiap kali buat bajet pilihan raya JASA minta beratus ribu. Untuk apa semua tu? Pegawai terlibat pula sampai beratus orang ramainya. Takkan tak boleh nak berkempen lagi kalau bercampur dengan orang UMNO atau BN di kawasan tempat pilihan raya?

Pengalaman di beberapa pilihan raya kecil akhir-akhir ini barulah saya tahu apa sebenarnya orang JASA buat di kawasan pilihan raya. Rupa-rupanya yang turun ramai-ramai bukan semua buat kerja. Ada juga yang diturunkan sebagai `pegawai tugas-tugas khas’ untuk jaga bila Ketua Pengarah turun padang. Selain dariapada itu tiada melakukan apa-apa kerja, sekadar jadi pemantau bilik gerakan macam `anjing pengawal’ gayanya.

Pegawai JASA tak sempat buat kerja kempen masa pilihan raya kerana sibuk mengikut bontot mana-mana pemimpin parti yang datang ke kawasan pilihan raya. Inilah hakikatnya! Mereka amat bermegah-megah dengan situasi ini. Mereka tolak kerja ke tepi! Bila sampai masa kena hantar laporan, mereka tulis sahaja apa kawan-kawan lain cakap. Yang paling sedih ialah ada juga antara pegawai lapangan yang `swastakan’ laporan kerana tak masuk kawasan! Apa dah jadi ni?

Ada juga yang terlibat pilihan raya semata-mata nak makan elaun dan over time. Kalau rate over time RM15 satu jam kali dengan 7 jam sehari (5ptg – 12mlm) maknanya RM105/hari over time sahaja. Itu tidak dikira hari Sabtu, Ahad dan cuti umum lagi. RM105 kali dengan 20 hari bekerja dah berapa banyak duit over time..RM2100. Patutlah lagak pegawai JASA hebat-hebat semua. Terkejut saya melihat borang tuntutan over time pegawai JASA gred S22. Yang peliknya tuntutan over time bukan sahaja di musim pilihan raya sahaja tetapi setiap bulan di semua daerah! Persoalan saya ialah apa kerja yang mereka buat, tapi pilihan raya tetap kalah! Pihak pengurusan pula tidak banyak soal, semuanya lulus. Saya beranggapan bahawa 60 peratus daripada duit JASA dihabiskan untuk membayar tuntutan elaun pegawai dan over time sahaja!

Satu lagi ialah program Taqarub! Saya lihat hampir setiap pegawai melaksanakan program Taqarub setiap hari. Satu hari bukannya satu, ada sampai lima program! Perbelanjaan pula di bayar secara tunai. Persoalan saya ialah adakah program ini benar-benar dilaksanakan dan apakah kesan atau impaknya kepada JASA dan Kerajaan? Siapa pula khalayaknya? Orang awam atau sanak saudara sahaja. Lagi pun prosedur tuntutan kepada program Taqarub amat senang! Kalau di kawasan pilihan raya kecil lagi banyak program Taqarub dan beribu-ribu khalayaknya…tapi BN tetap kalah! JASA buat untuk siapa? Untuk penyokong pembangkang kah?

Ada juga kawan-kawan di JASA bercakap, kalau musim pilihan raya inilah peluang nak tukar handphone baru, cat kereta baru, sport rim baru dan kadang-kadang siap boleh tukar kereta baru lagi! Macam mana pegawai JASA `berniaga’ dalam tempoh 20 hingga 30 hari dalam tempoh pilihan raya..? Aneh! Memang aneh kerana perkara ini memang berlaku!

Saya dapati banyak `benda-benda pelik’ berlaku dalam pengurusan kewangan dan pentadbiran JASA. Saya rasa sedih kerana Jabatan yang diamanahkan untuk menjaga rakyat ini sesunguhnya tidak menjaga rakyat, sebaliknya hanyalah menjaga kepentingan `warga kontrak’ JASA sahaja – samada pengawai DUN gred S22 hinggalah kepada Ketua Pengarah yang bertaraf JUSA. Tidak terkecuali satu kumpulan yang bergelar `Panel Pemikir JASA’.

Saya lihat panel pemikir adalah sesuatu yang merugikan duit rakyat. Mengapa perlu ada pemikir lagi kalau semua pegawai kontrak di DUN dan Parlimen itu orang-orang kuat parti dan pakar politik setempat. Panel pemikir tidak tahu apa berlaku di kampong kerana mereka berada di ibu pejabat. Latar belakang mereka pun bukan lah daripada orang politik atau strategist. Kalau panel pemikir benar-benar berfungsi, adalah mustahil semua strategi tidak menjadi! Bagaimana Kuala Terengganu yang dimiliki oleh BN boleh bertukar tangan kepada PAS? Apa yang difikirkan panel pemikir. Atau adakah panel pemikir mula berfikir bila diminta berfikir…?
 

Sesungguhnya kalau dilihat visi, misi dan objektif serta fungsi, JASA adalah satu-satunya nadi UMNO dan BN dalam memastikan kesinambungan pemeritahan Kerajaan hari ini. Semuanya suci, murni dan indah! Namun di mana silapnya? Adakah kelemahan ini berpunca daripada pihak pengurusan yang gagal atau bersekongkol dengan orang bawahan atau pegawai-pegawai kontak yang di pilih itu sememangnya tidak amanah. Kalau tidak amanah mengapa tidak ambil tindakan? Apa peranan pengurusan tinggi dalam hal ini. Saya tidak pasti sama ada KP menyedari kepincangan ini atau sengaja melindungi demi kepentingan diri.

Walau bagaimanapun saya mengharapkan agar kepimpinan JASA sedia ada ditukar ganti. JASA memerlukan seorang ketua yang energetic, universal dan integriti yang tinggi dalam menangani anak buah yang terdiri daripada orang-orang politik yang sentiasa berpolitik siang dan malam. JASA harus diselamatkan daripada perlakuan keji pelaku-pelaku politik yang berteraskan pangkat, perut dan poket".


Sewajarnya dalam kita menghadapi pelbagai isu dan kegawatan ekonomi, fokus dan nawaitu kena bersih dan ikhlas. Janganlah pulak menambahkan keroh dan gelombang sedia ada. Orang-orang Gomen ni tak pikir ka betapa peningnya pemimpin-pemimpin kita dok sort out masalah dalaman..ni dok nak tambah lagi.

Setelah meneliti teks luahan hati penjawat awam berkenaan, dapatlah OG simpulkan bahawa setiap penjawat awam, samada tetap atau kontrak, cermin-cermin lah diri sendiri. Tanya diri sama ada kita ini melaksanakan tanggungjawab dengan sempurna atau sebaliknya.. Amanah wang rakyat dan Kerajaan terhadap kita adakah digunakan sejujurnya. Kuasa pengurusan dan pentadbiran yang diberikan oleh KSN & KPPA serta KSU kepada kita digunakan secara berkesan atau disalahgunakan?

OG dapati rakyat Malaysia hari ini banyak terdedah kepada fenomena `penyakit kritikal' sama ada fizikal atau mental. Maknanya rakyat Malaysia ni rata-ratanya TIDAK SIHAT! Berpenyakit! Daripada penyakit kanser otak sampailah ke penyakit `tak berotak'! Fenomena ini amat membimbangkan apabila menular di dalam warga perkhidmatan awam! Therefore mana penjawat awam yang rasa tak sihat dan tak mampu deliver..mohonlah berundur secara hormat! Kalau anda sayangi perkhidmatan awam khususnya jabatan/agensi anda bertindaklah sekarang.

Diterima melalui email dari Othman Mat Husain, minta di siarkan.

Read more: http://www.ikutsukaakuisa.co.cc/2010/03/sedikit-maklumat-berkaitan-jasa.html#ixzz0i3epJsFq

Kerajaan Beli Masa Untuk Bentangkan GST Kerana Tentangan Rakyat


Pemerintah memutuskan untuk tidak membentangkan usul Cukai Perkhidmatan dan Barangan (GST) di sesi Parlimen depan.

Menteri Kewangan II Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah berkata langkah ini diambil bagi memberi lebih banyak masa untuk mendapatkan pandangan dari rakyat.

“Kami mahu pandangan umum (rakyat). Bila ia dibentangkan ia bergantung kepada langkah kami mendekati rakyat dan penerimaan daripada rakyat,” kata Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah selepas merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Dewan Perniagaan Melayu Malaysia Kuala Lumpur (DPMM Kuala Lumpur), hari ini.

Parti Sosialis Malaysia berpendapat keengganan pemerintah membentangkan usul Cukai Perkhidmatan dan Barangan (GST) pada sesi Parlimen Mac-April depan ada kaitan dengan bantahan keras masyarakat.

Setiausaha Agung S Arutchelvan berkata kerajaan Pusat cuba membeli masa dan menangguh-nangguhkan perlaksanaan GST ini dengan harapan kemarahan rakyat akan reda.
Awal hari ini, Menteri Kewangan II Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah dilaporkan berkata usul GST tidak akan dibentangkan bagi memberi lebih banyak masa untuk mendapatkan pandangan dari masyarakat.

PSM, Pakatan Rakyat dan badan-badan bukan kerajaan kini mengemblengkan bantahan terhadap perlaksanaan pakej cukai ini.

Satu perhimpunan membantah pakej ini akan diadakan di perkarangan Parlimen, 15 Mac depan.

"Saya yakin mereka akan tetap mahu melaksanakan GST ini, tetapi disebabkan ia tidak popular pada masa sekarang, mereka cuba membeli masa," tegas Arutchelvan.

"Persoalannya ialah mengapa kerajaan mahu memberi penjelasan kepada rakyat jelata hanya selepas bacaan kedua usul ini? Kegopohan meluluskan GST ini jelas menunjukkan pemerintah tidak serius mendapatkan maklum-balas," tambah beliau.

Setiausaha Agung Parti Sosiasis Malaysia, S. Arutchelvan berkata, pihak pakatan rakyat akan meneruskan protes yang dirancangkan di Parlimen Isnin ini.

"Kami akan tetap meneruskan bantahan, lagipun BN sendiri mengatakan mereka mahu mengumpul pendapat umum. Pada Isnin ini, kami akan bantu kerajaan melihat betapa GST ini tidak patut diteruskan," katanya.

Tee Keat umum pertahan jawatan presiden


Datuk Seri Ong Tee Keat hari ini mengumumkan beliau akan bertanding mempertahankan jawatannya sebagai presiden MCA dalam pemilihan parti itu 28 Mac depan.

Beliau membuat pengumuman tersebut di ibupejabat MCA petang ini kepada para penyokongnya.

Selain melaungkan namanya, merekajuga membawa kain rentang yang berbunyi "MCA needs pride, MCA needs tomorrow, we want Ong Tee Keat".

Ong berkata beliau akan mempertahankan jawatannya bagi membolehkannya meneruskan agenda pembaharuannya dalam parti tersebut.

Pengumuman tersebut tidak mengejutkan kerana Ong sebelum telah membayangkan yang beliau tidak akan bersara daripada politik, sewaktu berucap dalam perhimpunan agung MCA Ahad lalu.

Perhimpunan agung itu diboikot oleh dua puak utama dalam parti itu yang diketuai oleh timbalan presiden Datuk Seri Dr Choi Soi Lek dan naib presiden Datuk Seri Liow Tiong Lai.

Chua dan Liow yang kini sedang menemui penyokong mereka di seluruh negara, masih belum mengumumkan jawatan yang bakal mereka tandingi.

Jangan Layan SMS Tentang Peletakan Jawatan MB Terengganu : Hishamuddin - UMNO VS UMNO...!!! ha..ha..ha...!!!


KEMAMAN: Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Terengganu, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein meminta orang ramai supaya tidak melayan sebarang spekulasi melalui SMS berhubung kedudukan Menteri Besar Terengganu Datuk Ahmad Said yang tersebar dengan meluas sejak akhir-akhir ini.

Beliau yang juga Menteri Dalam Negeri tidak menolak kemungkinan perbuatan itu dilakukan oleh pihak yang sengaja mahu melaga-lagakan Umno Perhubungan Terengganu dan menggugat keharmonian badan itu.

"Sejak saya turun ke Terengganu, saya menerima khidmat pesanan ringkas (SMS) dan mendengar cerita dari kedua-dua pihak (dalam UMNO) dan pembangkang mengenai kedudukan Menteri Besar.

"Ia bukan datang dari puak-puak dalam Umno negeri, tetapi saya tidak tolak kemungkinan ia dilakukan oleh individu tertentu. Namun ia tidak akan menentukan jatuh bangunnya Umno Negeri Terengganu," katanya selepas majlis sambutan Maulidur Rasul Peringkat Parlimen Kemaman di Chukai di sini hari ini.

Hishammuddin berkata sebagai Pengerusi Badan Perhubungan Umno negeri, beliau hanya mengiktiraf mereka yang diterima rakyat, menjalankan kerja bersunggguh-sungguh dan menolak politik sempit seperti politik peribadi dan bahagian. Beliau turut meminta supaya media tidak mudah terpengaruh dengan khabar-khabar angin dan SMS yang tersebar berhubung perkara itu.

"Kenapa nak percaya SMS sedangkan media berdepan dengan MB hari-hari, kalau MB meletakkan jawatan, beliau tidak akan berada bersama kita hari ini.

"Jangan terikut-ikut dengan mereka yang sengaja nak memperalatkan media dan media jangan benarkan mereka memperkudakan (media) supaya kita berlaga," katanya.

Terdahulu, Hishamuddin mengetuai kira-kira 30,000 orang daripada 405 kontinjen yang terdiri daripada badan kerajaan, swasta, NGO serta pelajar sekolah berarak sejauh tujuh kilometer itu mengelilingi Bandar Chukai.

Turut serta dalam perarakan tersebut ialah Ahmad dan Menteri Belia dan Sukan Datuk Ahmad Shabery Cheek yang juga Anggota Parlimen Kemaman.- BERNAMA

Azean Irdawaty Tak Percaya Benjy Terlibat Sindiket Edar Dadah


Oleh SITI AZIRA ABD AZIZ

PETALING JAYA: Aktres veteran popular, Azean Irdawaty tidak percaya bahawa anaknya, pelakon terkenal Benjy atau nama sebenarnya Khaeryll Benjamin terlibat dengan sindiket pengedaran dadah.

"Yang Kak Yan tak faham macam mana dia (Benjy) ditangkap di rumahnya di Segambut tetapi kemudian dibawa ke sebuah rumah di Kepong di mana ada bahan-bahan yang dikatakan makmal mini memproses dadah," katanya menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) yang dihantar kepada mStar Online di sini hari ini.

Portal berita dalam talian dan akhbar hari ini menyiarkan laporan tentang seorang pelakon popular yang pernah memenangi anugerah pelakon terbaik dan juga anak kepada aktres veteran terkenal kini ditahan reman kerana disyaki memiliki 850 gram kokain dan 1.4 gram syabu dengan nilai rampasan bernilai RM650,000.

Aktor berusia 31 tahun itu ditahan di kondominium mewahnya di Jalan Segambut pada Khamis.

Dalam serbuan tersebut, polis menemui makmal memproses dan membungkus dadah.

Pelakon itu dicekup bersama teman wanitanya berusia 24 tahun di tempat meletak kereta di kondominium tersebut pada pukul 2.30 pagi Khamis setelah polis mendapat maklumat daripada orang ramai.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Kang Chez Chiang ketika dihubungi berkata, pelakon itu ditahan reman selama tujuh hari mulai Jumaat di Balai Polis Bukit Jalil bersama teman wanitanya.

Difahamkan pelakon tersebut sudah berkahwin dan mempunyai seorang anak berusia 4 tahun dan kekasihnya itu, telah disahkan positif methamphetamine ketika melakukan ujian air kencing.

Artis tersebut mungkin akan berhadapan hukuman gantung mengikut Seksyen 39B, Akta Dadah Berbahaya 1952 yang membawa hukuman mati mandatori.

Dalam pada itu, Azean, 60, mendakwa, anaknya sering kehabisan wang dan kerap meminta pertolongan daripadanya jika menghadapi masalah kewangan.

“Masalahnya, Benjy selalu pokai dan kerap minta tolong dengan saya walau untuk bayar duit rumahnya atau duit belanja untuk ke pasar,”

Tambah pelakon filem Talentime, Waris Jari Hantu, Anak Mami Kembali dan Baginda itu, dia pelik bagaimana akhbar boleh menyatakan anaknya itu mampu menjual dadah terbabit sehingga beratus-ratus ribu ringgit nilainya.

Dia juga mempersoalkan penglibatan anak lelaki tunggalnya itu, sedangkan mengikut maklumat yang diketahui, mereka yang mengambil bahan-bahan terlarang itu fizikalnya kurus dan hiperaktif.

“Macam mana surat khabar kata dia boleh jual sampai beratus-ratus ribu. Kereta pun dia tak ada.

“Lagipun Kak Yan Google (di Internet) orang kalau ambil benda itu kurus dan hiperaktif sedangkan Benjy gemuk, suka tidur. Selain itu, dia sering menghabiskan masa di kolam pancing pagi, petang, siang dan malam,” katanya.

TNB JANGAN KHIANATI RAKYAT, JANGAN SABOTAJ PROGRAM PR

·

Diberitakan program Datuk Seri Anwar Ibrahim disabotaj oleh TNB. Benar atau tidak tuan-tuan kena periksa dahulu.

Tetapi yang pasti lampu padam secara tiba-tiba ketika Anwar sedang mengadakan pertemuan dengan 800 orang rakyat disebuah restoran di Mersing semalam. Dalam 5 minit Anwar berceramah, bekalan elektrik padam.

Ketua Pemuda AMK Johor, Zabidie Abas mendakwa belum sempat juruteknik TNB keluar dari kerja khianat, mereka diserbu oleh petugas PR. Akhirnya dalam 3-4 minit mereka akur dan menyambungkan semula bekalan elektrik.

Bagi saya kerja jahat TNB ini seperti didakwa Zabidie merupakan suatu pengkhianatan kepada rakyat kerana TNB seolah-olah turut sama berpolitik dan menjadi cawangan kepada Umno. Jika benar TNB ingin berpolitik saya cadangkan CEO TNB meletakkan jawatan dan bertanding sebagai calon BN pada Pilihanraya Umum akan datang.

Govt puts off debate on GST Bill


UPDATED KUALA LUMPUR: The controversial Goods and Services Tax (GST) will not be tabled for second reading when Parliament sits on Monday.

Second Finance Minister Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah said the government needed more time to gather feedback from the people.

"It (GST) will not be tabled for second reading in the March/April session (of Parliament) because we need more time to engage with the public.

"We want the public's opinion on GST," Husni said after opening the Kuala Lumpur Malay Chamber of Commerce (KLMCC)'s annual general meeting here today.

The Bill was first tabled in Parliament last December.

On when it would be tabled, Husni said: "It will depend on our engagement with the public and how the rakyat perceives the implementation of GST. So, we do not want to put a timeframe on that."

The government had been due to introduce the tax in 2011 to replace an existing sales tax as part of its measures to reduce Malaysia's dependence on oil revenues that currently account for almost half of government revenues.

The move to introduce GST created a furore when it was mooted, with the opposition Pakatan Rakyat determined to oppose it. The PR has also planned to hold a demonstration outside Parliament on Monday when the new session starts.

Many individuals and business organisations have also weighed in, saying the GST would cause hardship to the man in the street.

Meanwhile, an academician sees the postponement as a strategic move by the government of Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak to shift the focus to winning the next general election.

"... Najib will to get a big mandate from the election before he can continue to really push through the reforms," said James Chin, a politics professor at Monash University in Kuala Lumpur.

The next election does not have to be held until 2013.

'Policy flip-flop'

Najib vowed last year to reform public finances in order to cut the budget deficit to 5.6 percent of gross domestic product in 2010 from 7.4 percent of GDP in 2009 and pledged to tackle a subsidy regime that accounted for 15 percent of all federal government spending in 2009.

Savings from food and fuel subsidies amounted to RM3.6 billion this year alone under Najib's budget plans announced in October last year.

"The question is which of these they want to secure -- a balanced budget or an election victory," said Azrul Azwar Ahmad Tajudin, chief economist at Bank Islam in Kuala Lumpur.

"This is a policy flip-flop. Back-pedalling will always send the wrong signals to the market and to foreign investors," he said.

- Agencies