Jumaat, 12 Mac 2010

Ketua Puteri Dapat Kontrak Anggerik Mall, Apa Penjelasan Umno?

Yusmawati Mhd Yusof

SHAH ALAM, 12 MAC - Pimpinan Umno dan Majlis Amanah Rakyat harus tampil memberi penjelasan berhubung kemelut yang melanda peniaga-peniaga di Anggerik Mall, Shah Alam.

Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad berkata, peniaga-peniaga berkenaan menjadi mangsa salahguna kuasa Umno yang menggunakan MARA untuk kepentingan politik parti.

Kontrak pengurusan bangunan itu diberikan kepada syarikat Inno Elegan Sdn Bhd (IESB) dengan seorang Ketua Putri Umno sebagai pemegang saham terbesarnya.

IESB diberi kontrak panjang mengendalikan Anggerik Mall tetapi gagal menjalankan aktiviti promosi secukupnya.

Akibatnya pusat membeli belah ini ketandusan pengunjung dan peniaga terpaksa menanggung kerugian sekian lama.

"Diserahkan kepada satu syarikat IESB dan tempoh perjanjian di mana bangunan itu diserahkan pada Inno Elegan Sdn Bhd adalah selama 3 tahun + 3 tahun + 3 tahun, dengan adanya tempoh bernafas selama 12 bulan, bermakna 10 tahun.

"Syarikat Inno elegan ini adalah milik pemegang saham utama bernama Huzryfionawatty yang merupakan Ketua Puteri umno Wilayah Persekutuan,"katanya.

Beliau berkata IESB yang mendapat kotark itu sejak Julai 2009 dikenakan kadar sewa 22,000 ringgit sebulan manakala pulangan dianggarkan 60,000 ringgit.

“Bagaimana syarikat yang dibina dengan modal RM50,000 boleh mengambilalih bangunan itu pun menjadi tanda tanya,”katanya.

Khalid menggesa Umno untuk menghentikan amalan memelihara kroni dan membelakangkan kepentingan rakyat.

"Kononnnya hendak tolong orang Melayu tetapi hanya menolong seorang-orang Melayu iaitu Ketua Puteri wilayah Persekutuan tapi memangsakan ramai orang Melayu yang merupakan peniaga-peniaga kecil yang kebanyakkannya orang Umno, perkara ini biasa dalam Umno,"katanya.

'Buktikan saya pendera'

Oleh Ahmad Tajol Ansar Ibrahim

KUALA LUMPUR: “Tiada sebarang unsur politik dengan isu kematian anak saya (K Hareswara, 18 bulan) biarpun saya memegang jawatan dalam parti,” kata S Karrigalan, 42, bapa kepada kanak-kanak yang mati dipercayai akibat didera jirannya, 3 Mac lalu.
TAK PUAS HATI...Karrigalan  membuat laporan polis berikutan campur  tangan Ahli Parlimen Kapar dalam kes kematian anaknya.
TAK PUAS HATI...Karrigalan membuat laporan polis berikutan campur tangan Ahli Parlimen Kapar dalam kes kematian anaknya.
Karrigalan yang juga Pengerusi MIC Seksyen 19, Petaling Jaya Utara, berkata dia kesal dengan tindakan beberapa pihak yang mendakwa dia pernah melakukan kekasaran terhadap anak kesayangannya itu.

“Jika benar ada mana-mana individu yang pernah melihat saya melakukan kekasaran seumpama itu, saya mengalukan mereka datang membuat laporan polis bagi membantu siasatan dan membuktikan kebenaran dakwaan mereka.


“Bagaimanapun, laporan yang dibuat perlulah secara individu dan bukannya secara berkumpulan seperti yang dibuat sebelum ini,” katanya.


Beliau turut mempersoalkan tindakan Ahli Parlimen Kapar, S Manikavasagam yang dilihat cuba mencampuri urusan siasatan kematian anaknya itu.


“Dia (Manikavasagam) sepatutnya tidak mencampuri urusan ini dan hanya menjaga kawasannya saja dan tidak mengeluarkan mana-mana kenyataan yang menyinggung perasaan keluarga kami,” katanya yang membuat laporan polis berhubung perkara itu, semalam.


Beliau yang ditemani dua peguam dilihat memasuki pekarangan Balai Polis Damansara kira-kira jam 2 petang sebelum keluar setengah jam kemudian.

Beliau turut menjelaskan laporan yang dibuat turut dikepilkan surat akuan dari Pesuruhjaya Sumpah dan kini menjadikan sejumlah tiga laporan polis dibuat pihak keluarga mangsa sejak kematian Hareswara.


“Saya turut menyandang jawatan dalam politik, namun tidak pernah menggunakan kuasa dalam kes anak saya, mengapa perlu ada individu seperti dia (Manikavasagam) masuk campur,” katanya.


Beliau turut menyangkal desas-desus sebelum ini yang menyatakan laporan yang dibuat sebelum ini yang mendakwa suspek seorang yang baik bukan dibuat jiran terdekatnya.


“Laporan terbabit bagaimanapun dibuat ahli keluarga suspek yang ditahan...saya harap tidak ada mana-mana individu cuba mengeruhkan keadaan dan yang benar tetap benar manakala yang salah tetap salah,” katanya.

Suara musang berbulu ayamkah ini? (2)

Orang-orang Melayu tidak pernah bersatu dalam isu Natrah seperti yang didakwa Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin sebelum ini, kata Ahli Parlimen Shah Alam, Haji Khalid Abdul Samad (baca selanjutnya "Isu Natrah tidak satukan rakyat Melayu" dalam blog beliau)


Bagaimanapun, dalam berita bertajuk "Perpaduan politik umat Islam boleh dicapai - Nasharudin", Utusan Malaysia melaporkan:
Nasharudin yang bersetuju dengan pandangan Muhyiddin itu berkata, kisah Natrah seharusnya dijadikan pengajaran oleh semua pihak bahawa perlunya perpaduan di kalangan parti politik umat Islam dalam hal-hal yang berkaitan dengan kepentingan negara, agama dan bangsa.

“Dalam kes Natrah, tiga parti politik berbeza bersatu atas satu isu yang cukup serius bagi menyatakan penentangan terhadap apa yang dilakukan oleh penjajah.

“Saya juga mengharapkan peristiwa Natrah ini akan menjadi satu pengajaran bagi kita. Sepatutnya kita mengurangkan perbezaan pandangan dan pendapat.

“Tumpuan haruslah dibuat untuk mara bagi memastikan kita dapat membangunkan negara ini dalam keadaan yang harmoni, aman dan selamat,” katanya.
Sehingga kini, tidak ada penafian atau tindakan undang-undang terhadap Utusan Malaysia dari Ustaz Nasharudin Mat Isa jika benar dakwaan sesetengah pihak bahawa berita tersebut adalah berita bohong.

Berkaitan:
Suara musang berbulu ayamkah ini? (10/3/10)
Kaedah dakwah - silap, tajuk sepatutnya ialah fiqhus-siyasi (11/3/10)
Kematangan pemikiran politik (11/3/10)
PB.

Laporan Ahmad Said DiPertikaikan

PDF

http://buletinonline.net/images/stories/berita23/IMG_4135.jpgKUALA TERENGGANU - Pihak-pihak yang terlibat dengan pembinaan atap Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin (SSMZA) yang runtuh mempersoalkan kenyataan Menteri Besar, Dato’ Ahmad Said berhubung laporan kejadian runtuh atap tersebut.

Rabu lalu, Ahmad telah mendakwa
kegagalan semua pihak yang dilantik untuk membina SSMZA mengikut spesifikasi yang ditetapkan di dalam kontrak menjadi punca kejadian bumbung stadium itu runtuh pada 2 Jun tahun lepas.
Ahmad berkata, berdasarkan laporan kertas siasatan berhubung kejadian tersebut mendapati semua pihak menyumbang kepada keruntuhan bumbung stadium SSMZA itu.

"Tidak ada satu pihak pun yang ditunjukkan benar-benar paling bersalah. Semua bahagian pun ada (salah). Semua pihak menyumbang ke arah runtuhnya bumbung stadium itu," katanya ketika mendedahkan laporan kertas siasatan kejadian itu.

Seorang kontraktor yang yang terlibat dengan pembinaan tersebut menafikan mereka gagal membina ‘foundation’ ( struktur asas) pembinaan atap tersebut mengikut spesifikasi.

Beliau yang ditemui menyatakan mereka tidak menentukan tindakan kerja yang dilakukan, tetapi, mengikut arahan yang di beri oleh pihak Jabatan Kerja Raya (JKR).

Beliau yang enggan dikenali berkata, syarikatnya telah membina siap struktur asas pembinaan atap tersebut, apabila kemudiannya diarahkan oleh pihak JKR supaya memecahkannya semula.

”kerja-kerja cerucuk terpaksa dibuat semula dalam masa yang singkat, kemudian dibina struktur baru, dengan keadaan tanah yang paya pada persekitaran tapak pembinaan tersebut,”ujarnya kepada Buletinonline.

Sementara itu, Senibahri Arkitek hari ini menafikan pihaknya terlibat dalam mereka bentuk atap stadium yang runtuh itu.

Walaupun beliau dilantik sebagai arkitek utama, namun menurut Raja Kamarul Bahrin Shah, syarikatnya tidak dilibatkan dalam merekabentuk atap stadium tersebut.

Oleh itu, timbul persoalan, wajarkah semua pihak dipersalahkan dalam tragedi bumbung runtuh itu dan adakah Laporan Akhir Kejadian Atap Stadium Runtuh yang disediakan oleh 10 orang Jawatankuasa Penyiasatan tersebut boleh diterima pakai?

BO.

'Ong commands high respect'

KOTA KINABALU: A divisional chief of Sabah MCA says he would continue to support Ong Tee Keat as president of the party because he commands high respect and regard, not only of the Chinese community but also other communities in the country.

"They have high respect for him, that's why I will continue to support him as I have done so since he successfully campaigned for the national Youth chairman post in August 1999," says Paul Kong Sing Chu, chairman of Penampang MCA division.

Kong, who is a Member of the Senate, adds that since MCA is a political party, it must be able to secure support from the rakyat, if not all its candidates would lose in the next general election.

"If we lose, what's the party for? We would not be in the government then and there would be no representatives in Parliament or state legislative assembly," said Kong when asked to comment on the current party crisis.

He is one of the 19 members of the MCA Central Committee (CC) who have not resigned from their positions.

The only other CC member from Sabah, Edward Khoo Keok Hai, is known to have resigned with the group led by former vice-president Liow Tiong Lai.

Khoo, an assistant minister in the Chief Minister's Department, has been MCA's state liaison committee chairman since 1999.

No reason to resign

Kong said those elected were given a three-year mandate on Oct. 18, 2008. "We are only 18 months into the term and we have another 21 months to go."

He said that's why he does not see the purpose of resigning from the post.

When asked if he would stand for election in the coming EGM on March 28 during which new party officials would be elected, he said he would seek re-election as a member of the CC.

As for his view on the struggle for top party post, Kong said firmly, "I will urge Ong to defend the president's post and call on all who did not resign to seek re-election."

He said his stand is very clear, that he would continue to support Ong as he has done since 1999. He elaborated on the reason for this support.

"Presently, since he took over the presidency in October 2008, Ong Tee Keat has embarked on rejuvenating and reforming the party.

"By doing so, some (within the party) are not happy. Now it is half way and he needs to complete the agenda for the party.

ong-tee-keat-paul-kong-chau-tet-on"With the impending 13th general elections expected to be called early, we need a leader like Ong who commands high respect and regard not only of the Chinese community but also other communities.

"For this reason, I will continue to support him."

Leaders with respect

Kong called on central delegates to exercise their wisdom to choose leaders who can command respect from all sectors of society.

He said the delegates should especially support leaders who did not resign and who had remained faithful to the positions they were previously elected to.

To confirm that he is happy and willing to openly declare his stand, he said he had made his views known also through the Chinese media, particularly in the Nanyang Siang Pauand the Asia Times in the past week.

Another Sabah leader who feels strongly about the need to reform the MCA and to regain public support for the party is Chau Tet On, chairman of Kota Kinabalu Division.

"I am all for it," Chau told the Malaysian Mirror in an interview today.

He said after the March 2008 general elections, the party needed to change to regain the support of the general public, particularly the Chinese community.

"This has to be done so that we can win in the next election.

"Whether we succeed or not is a different matter, for it depends on various factors. But there must be reform and a change of image (for the party)," he stressed.

Adding, "You can't stay idle and follow the old way. Behind my idea of reform is also the need for attitudinal change."

Chau says that this change of attitude should also be at the grassroots level. He said the way the rank and file members look at the party should also change.

Another area of change, he points out, is the attitude of leaders at the national level towards divisions in the various states. According to him, that too should change.

"I support reform. This is to gain Sabah's respect and support, the whole issue of having a political party."

Chau was among former leaders of Parti Bersatu Sabah (PBS) who joined the MCA in 1994.

He was appointed the secretary of MCA's State Liaison Committee and helped increase the number of MCA divisions from seven to 18.

In 1998 he was the first local leader to take over as chairman of the party's State Liaison Committee.

When asked which side it is on, Chau replied, "This is not my style." On such matters, he usually does not make his stand known publicly.

He is also keeping his options open in as far as whether he would stand for any post in the coming party elections.

"Wait and see, the developments," was all that he said.

All have weaknesses

He, however, believes that this coming EGM would be one of the solutions for the present crisis, "on condition that the result of the fresh elections will be respected by all factions and the rank and file of the party."

Chau says that all along these key leaders (meaning Ong Tee Keat, Dr Chua Soi Lek and Liow Tiong Lai) have made mistakes in one way or another.

"They have their weak and strong points and Ong has openly apologized for his mistake, for hastily taking the reform or moved too fast.

"This supports my point that they all made mistakes.

"The reform after the 3/08 defeat was to change the image of the party. That reform plan met with resistance," Chau observed.

Even Prime Minister Najib Abdul Razak wants MCA to solve its problem as soon as possible, "to strengthen the Barisan Nasional".

"I want a solution. It doesn't really matter whether through elections or an understanding, as long as the MCA emerges a credible force to represent principally the Chinese community and Malaysians as a whole," he is reported to have said earlier this week in the nation's capital.

There are now 25 MCA divisions in Sabah with 331 branches.

Sabah has a total of 147 central delegates with voting powers at the coming EGM, out of the nation-wide total of 2,378 delegates.

Umno Tubuh, Biaya 70 NGO Untuk Fitnah Pakatan Rakyat

Yusmawati Mhd Yusof


SHAH ALAM, 12 MAC - Umno di kesan melakukan satu lagi penyelewengan kuasa dan salah guna dana awam dalam cubaan merampas semula Selangor.

Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad berkata pemimpin Pemuda Umno diarah menubuh hampir 70 pertubuhan bukan kerajaan NGO untuk menabur fitnah di samping mempertikai setiap dasar dan kenyataan kerajaan negeri dan pemimpin Pakatan Rakyat.

Kesemua NGO itu yang tumbuh ibarat cendawan sejak akhir tahun lalu di biayai oleh Kementerian Belia dan Sukan.

Khalid mengesan 63 pertubuhan bukan kerajaan yang di bentuk oleh pemimpin Pemuda Umno dan dibiayai oleh Kementerian Belia dan Sukan atas alasan mereka menjalankan program-program sosial.

Namun aktiviti utama NGO berkenaan ialah membuat laporan polis dengan tuduhan melulu terhadap pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat.

Selain itu, mereka diarah memberi pelbagai kenyataan berbentuk tohmahan yang akan disebarkan menerusi media kawalan Umno seperti Utusan malaysia dan TV 3.

“60 laporan polis daripada NGO-NGO jelmaan, ini semua daerah Petaling, 63 NGO yang saya dapat dari Pejabat Umno. Semua NGO-NGO pemuda dan remaja yang ditubuhkan bertujuan untuk menerima bajet dari Kementerian Belia dan Sukan.

Khalid sendiri menjadi sasaran sebilangan daripada NGO berkenaan yang membuat laporan polis kononnya beliau tidak menghormati Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berhubung isu penggunaan kalimah Allah oleh bukan Islam.

Khalid berkata penubuhan NGO secara mendadak di sekitar Lembah Kelang dan kecaman terhadap Pakatan Rakyat di Selangor bukan berlaku secara kebetulan.

"Saya dapat pada hujung tahun 2009, ini merupakan suara-suara Umno dalam semuja isu, tiba-tiba timbul kutuk Ahli Parlimen Shah Alam, tiba-tiba timbul NGO minta JAIS ambil tindakan pada Ahli Parlimen Shah Alam, ini puak-puak Umno tidak perlu berpura-pura,"katanya.

Khalid berkata penubuhan NGO berkenaan dan penggunaan media seperti utusan Malaysia mempunyai tujuan khusus, iaitu menawan balik Selangor dengan apa cara sekali pun.

"Berita-berita ini, tujuan Umno jelas, Shah Alam ibu negeri, dia (Umno) hendak dapatkan balik Shah Alam dengan guna semua benda. Laporan sebegini adalah taktik murahan kerana orang di Batu 3 dan Seksyen 8 tahu ianya tidak betul,”katanya.

Khalid merujuk kepada laporan Utusan Malaysia baru-baru ini yang bersandarkan kepada komen pekerja asing mengenai prestasi kerajaan negeri sebagai contoh kewartawanan cetek dan tanpa kredibiliti.

"Kalau tuan-tuan tengok orang yang ditanya ni Agus Zaini, Tini Mustori, Sugiono Jamak. Saya difahamkan penduduk Seksyen 8, ketiga-tiga ini adalah warga Indonesia bila ditanya siapa Khalid Samad mereka tidak kenal, ini satu benda yang pelik.

"Yang diambil pekerja kedai, pekerja asing orang indonesia, ditanya jadi nampak niat jahat walapun tidak lah semuanya tertumpu pada saya tetapi ada disebut dalam perenggan pertama nama saya dan sebagainya. Nampak terdesak bila cuba menggunakan media,"katanya.

Khalid: Tragedi Natrah Dedah Tembelang Umno


Yusmawati Mhd Yusof

SHAH ALAM, 12 MAC - Gagal meraih sokongan orang Melayu dalam isu kalimah Allah, Umno-Barisan Nasional yang semakin tersepit, kali ini cuba memutar belit sejarah dengan memperalatkan sentimen agama, khususnya Tragedi Natrah. Umno berlagak seolah-olah menjadi wira apabila membangkitkan isu Natrah yang kononnya menjadi titik tolak perpaduan di kalangan Melayu dalam mempertahankan kesucian Islam. Sebaliknya, tindakan membangkitkan tragedi itu hanya membuka tembelang mereka berikutan umum mengetahui Umno lepas tangan ketika ramai tokoh pembangkang berjuang ketika mempertahankan akidah Natrah. Tindakan Umno itu dikecam Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad kerana orang Melayu tidak pernah bersatu dalam isu Natrah, malah pimpinan Umno memilih untuk menjaga hati penjajah British daripada memperjuangkan nasib gadis itu. "Dalam isu Natrah sekalipun, orang Melayu tidak bersatu..dan Umno ditubuhkan pada 1946 dalam isu Natrah 1050 Umno diam membisu yang kedepan adalah Angkatan Pemuda Insaf (API), Kesatuan Melayu Muda (KMM), Angkatan Wanita Sedar (AWAS) dan sebagainya termasuklah Prof Burhanuddin al-Helmy yang akhirnya ditahan penjajah hasil dari tindakan beliau dan keterlibatan beliau dalam isu Natrah ini,"katanya pada sidang medianya. Kelmarin, Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yasin sewaktu melancarkan buku bertajuk: Natrah, Cinta, Rusuhan dan Air Mata, menyatakan Umno turut serta bersatu dengan parti politik lain dalam mempertahankan kesucian Islam memperjuangkan nasib Natrah. Khalid berkata, sikap membisu Umno ketika tragedi yang mengorbankan 12 orang itu tercetus, sekadar membuktikan kenyataan angkuh dan melulu pemimpin Umno hari ini, hanyalah mitos semata-mata. “Nak tonjolkan isu Natrah sebagai isu menyatupadukan seluruh orang Melayu adalah satu pembohongan, sebenarnya Umno tidak ke depan dan saya cukup yakin pimpinan Umno pada masa itu berdiri bersama dengan kerajaan penjajah kerana hendak jaga kepentingan politik mereka. “Kalau perpaduan Melayu benar-benar tercapai dalam isu Natrah, mungkin kerajaan British takkan berani untuk membenarkan apa yang berlaku untuk berlaku,”katanya. Khalid berkata, tujuan Umno membangkitkan isu Natrah ini bagi mendorong penyatuan orang Melayu, sebaliknya, Pas dan Umno tidak mungkin bersatu kerana dasar perjuangan Umno lebih hina daripada dasar parti politik yang memperjuangkan keadilan sosial. Katanya lebih mudah bersatu dengan parti yang dianggotai ahli bukan Islam yang memperjuangkan keadilan sosial daripada bekerjsama dengan parti yang dasarnya hanya menjurus kepada anasir perkauman yang nyata bercanggah dengan Islam . “Hendak satukan Pas dengan Umno tidak boleh kerana walaupun sama Melayu dan sama Islam tapi dasar perjuangannya bercanggah. Dasar perjuangan Umno berpaksikan perjuangan bangsa Melayu semata-mata merupakan satu dasar yang terlalu sempit dan tidak ada persamaan dengan dasar perjuangan Islam yang nak menegakkan keadilan,”katanya. Kenyataan Khalid itu terbukti melalui buku tulisan Haja Maideen berjudul ‘Tragedi Nadra’ yang terang-terangan menyatakan, Umno tidak membuat apa-apa sebagai sebuah parti malah mengambil sikap berkecuali. Mengikut buku berkenaan, Presiden Umno ketika itu, Datuk Onn Jaafar enggan campur tangan kerana menganggap ia bukan isu politik, sosial mahupun keagamaan. Sejak dulu hingga kini, Tragedi Natrah tidak ada dalam skema mata pelajaran sekolah, malah sebuah lagu berjudul Natrah yang mengisahkan tragedi itu, dendangan sebuah kumpulan rock, diharamkan penyiarannya.

Fail Cerai: Pihak Ketiga Tidak Dibenarkan..!!! Kena Tanya Kat.....!!!!


Oleh MOHD AL QAYUM AZIZI

PETALING JAYA: Pihak ketiga tidak dibenarkan untuk menfailkan permohonan pengesahan lafaz cerai mengikut berdasarkan hukum syarak dan undang-undang yang telah ditetapkan.

Namun menurut Presiden Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM), Mohd Isa Abdul Ralip, dari segi prosedur, pendaftaran dan permohonan pengesahan cerai adalah sah jika difailkan oleh pihak ketiga.

Mohd Isa berkata, hukum syarak telah menetapkan hanya suami atau isteri sahaja yang boleh menfaikan tuntutan tersebut bagi memudahkan proses seterusnya.

"Walaupun dari segi prosedur ia sah, tetapi akan menimbulkan masalah semasa prosiding mahkamah.

"Ini kerana pihak yang menfailkan tuntutan tersebut perlu bersumpah kepada hakim mengenai tuntutan yang dibuat," katanya ketika bercakap kepada mStar online di sini hari ini.

Katanya lagi, dalam kes pihak ketiga menfailkan permohonan, adalah menjadi masalah apabila pihak tersebut perlu membuat pengakuan sumpah terhadap permohonan yang dibuat.

"Bagaimana pihak ketiga ini nak bersumpah jika individu tersebut tidak ada kena mengenai dengan pasangan tersebut.

"Apa bukti yang boleh dikemukan oleh pihak ketiga untuk mengesahkan telah mendengar lafaz cerai tersebut?," ujarnya.

Sementara itu, ketika diminta mengulas mengenai kes pengesahan cerai Sultan Kelantan, Tunku Ismail Petra dan Cik Puan Elia Suhana Ahmad, Mohd Isa berkata peguam yang mewakili isteri kedua boleh membuat bantahan di mahkamah berhubung perkara tersebut.

"Seperti yang telah dinyatakan dalam akhbar hari ini, permohonan tersebut sah dari segi prosedur, namun peguam yang mewakili Cik Puan Elia Suhana boleh membuat bantahan terhadap permohonan itu di mahkamah," katanya sambil enggan mengulas lanjut mengenai kes yang melibatkan Sultan Kelantan itu.

Akhbar hari ini melaporkan permohonan pengesahan lafaz cerai talak tiga oleh Sultan Kelantan difailkan oleh Nik Rorhana Wan Abdul rahman, 60.

Perkara itu disahkan oleh Ketua Pendaftar Mahkamah Tinggi Rayuan Syariah Kelantan, Abu Bakar Abdullah Kutty ketika mengulas mengenai permohonan lafaz cerai itu.

Semalam akhbar melaporkan, peguam syarie, Zainul Rijal mengeluarkan kenyataan media kepada Bernama mengesahkan pihaknya telah menfailkan permohonan pengesahan cerai talak tiga terhadap isteri kedua Sultan Kelantan, Elia di Mahkamah Tinggi Syariah Kelantan.

Dalam laporan tersebut, Zainul Rijal berkata, beliau telah dititahkan oleh Tuanku Ismail Petra supaya menfailkan permohonan pengesahan cerai tersebut.

Berkaitan :---

Nik Rohana: Saya fail tuntutan sahkan lafaz cerai Sultan Kelantan

Oleh Mohd Zuharman

KOTA BARU, 12 Mac — Nik Rohana Abdul Rahman, individu yang didakwa bertanggungjawab memfailkan tuntutan pengesahan lafaz cerai talak tiga Sultan Kelantan terhadap isteri keduanya Elia Suhana Ahmad di Mahkamah Tinggi Syariah di sini kelmarin tidak menafikan perkara itu, tetapi enggan mengulas kedudukan sebenar.

“Saya minta maaf, tolong jangan tanya saya pasal itu,” kata Nik Rohana.

“Saya tidak nafikan. Memang saya tahu perkara itu. Tapi saya tak boleh, tak tahu nak buat kenyataan berhubung kes itu,” katanya kepada The Malaysian Insider ketika dihubungi.

Beliau ditanya mengenai kenyataan Ketua Pendaftar Mahkamah Rayuan-Tinggi, Abu Bakar Abdullah Kutty semalam yang mengesahkan bukan , Sultan Ismail Petra memfailkan permohonan pengesahan lafaz cerai tersebut.

“Bukan Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan sebenarnya yang mengemukakan permohonan tersebut sebagaimana dikeluarkan (dalam) akhbar, tetapi ia dipohon oleh seorang wanita yang bernama Nik Rohana Abdul Rahman,” kata Abu Bakar.

Abu Bakar menjawab soalan pemberita mengenai laporan media bahawa Sultan Kelantan telah memfailkan permohonan tersebut di Mahkamah Syariah di sini kelmarin.

Nik Rohana mengakui nama yang tertera dalam writ permohonan tersebut adalah namanya, namun reaksinya seolah-olah enggan bercakap mengenai perkara itu berkata, “Awak kena tanya pihak istana sendiri... Istana Mahkota.”

Menjawab motif tindakannya selain daripada kemungkinan namanya dipergunakan untuk kepentingan pihak tertentu dengan, tegas beliau, “tidak... tidak dipergunakan. Itu (dipergunakan namanya) salah tafsir. Segala-galanya tunggu 21 Mac ini.”

Laporan Bernama tiga hari lepas menyebut Sultan Ismail melalui peguamnya Zainul Rijal Abu Bakar telah memfailkan permohonan pengesahan cerai talak tiga terhadap Elia Suhana.

Zainul Rijal berkata beliau telah dititahkan oleh Sultan Kelantan supaya memfailkan permohonan pengesahan cerai.

Mengikut laporan, Zainul Rijal mendakwa beliau telah dititahkan oleh Sultan Kelantan supaya memfailkan permohonan pengesahan cerai yang telah dilafazkan baginda pada 12 Feb lalu di hadapan beberapa orang saksi.

Peguam Elia Suhana, Fakhrul Azman mengesahkan permohonan tersebut difailkan oleh orang lain, bukannya Sultan Kelantan sambil mendakwa dari sudut logik pihaknya mempunyai ruang untuk mempertikaikan permohonan tersebut.

Mahkamah memutuskan akan mendengar permohonan itu pada 21 Mac ini.

Difahamkan Nik Rohana adalah isteri kepada seorang yang bergelar “Datuk”, bekas eksekutif di salah sebuah syarikat usahasama di negeri ini yang mana sekarang ini syarikat tersebut telah pun menjadi sebuah syarikat swasta di bawah naungan kerajaan negeri dan dimiliki sepenuhnya oleh Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK).

Ibrahim: So what if I do business with the Chinese?..Ha..Ha..Ha.. You know la maaa....!!!


Perkasa chief Datuk Ibrahim Ali is keeping his course to speak against Chinese dominance in the economy despite being outed as doing business with the Chinese. - Picture by Jack Ooi

By Syed Jaymal Zahiid

KUALA LUMPUR, March 12 — Perkasa chief Datuk Ibrahim Ali said today he will continue to speak out against the dominance of the Chinese community in business despite being forced to acknowledge today that he was once a board member of a company controlled by Chinese tycoon Tan Sri Vincent Tan.

He told The Malaysian Insider that his opinions about the need for Malay economic interests to be protected was focussed on the macro-economy.

Ibrahim acknowledged being a board member in Dunham Bush (M) Bhd, a refrigeration and air-conditioning system manufacturer, when it was a listed company and controlled by Tan’s Berjaya Group. The company has since been taken private after a takeover by another company.

“So what? I am talking about macro economy and issues in a bigger picture...even if I did business with lots of Chinese friends and have Chinese partners,” Ibrahim told The Malaysian Insider in a text message.

“Is it wrong to say Vincent Tan got lots of benefits from the government even if I am his group CEO. Ha ha, I just want to prove a lot of big companies that belong to these types of groups got monopoly (over) businesses, subsidies and etc,” he added.

The independent Pasir Mas MP said that his position in the company when it was controlled by one of Malaysia’s most prominent Chinese businessman did not mean that he was wrong about the fact that the community dominated the economy.

Ibrahim’s Perkasa, a member of the Malay Consultative Council or MPM, is worried that the New Economic Model (NEM) will increase that dominance.

His position in Dunham Bush was raised by blogger Raja Petra Kamarudin in his Malaysia-Today website. The website published the company’s 2003 annual report which showed Ibrahim as one of its directors.

According to the report, Ibrahim was appointed to the board on August 28, 2000. Ibrahim pointed out however that his views about the Chinese community were not wrong despite doing business with them.

“So don’t say get rid of little brothers and go ahead with brutal competition as said by Tan Sri Datuk Francis Yeoh of the YTL Group.”

Yeoh had reportedly said that Malays must do away with its “little brother mentality”, a description for the Malay protectionism practiced under the New Economic Policy.

Yeoh had reportedly urged Malaysia to practice “brutal competition” if it wanted to remain competitive.

Khalid minta MARA perjelas isu Anggerik Mall


Ahli parlimen Khalid Samad meminta pihak Majlis Amanah Rakyat (MARA) dan menteri berkenaan supaya tampil memberikan penjelasan berhubung penyewaan sebuah pusat membeli-belah kepada sebuah syarikat swasta. Katanya, bermula Julai tahun lalu, kompleks tersebut diserahkan di bawah pentadbiran syarikat Inno Elegan Sdn Bhd yang dimiliki naib ketua Puteri Umno Wilayah Persekutuan, Huzry Fionnawatty Hussein. Khalid mendakwa para peniaga di situ tertekan kerana kurang pelanggan kerana syarikat berkenaan didakwa tidak mahu belanja untuk promosi. Bercakap dalam sidang media di pejabatnya di Shah Alam hari ini, beliau berkata, bangunan tersebut disewakan keseluruhannya kepada Inno Elegan dengan nilai RM22,000 dan disewakan semula kepada peniaga sebanyak RM60,000 (untuk kesemua lot). Katanya, jumlah sewaan satu lot boleh mencecah kepada RM2,000 mengikut keluasan dan lokasinya dalam pusat membeli-belah tersebut. Sebelum ini, tambahnya, MARA menyewakan terus lot-lot kedai di pusat membeli-belah di pusat bandar Shah Alam itu secara langsung kepada peniaga. Khalid juga mendakwa sewaan kepada Inno Elegan adalah tempoh selama sembilan tahun dan diperbaharui setiap tiga tahun. Menyentuh soal 'penglibatan' pemimpin Puteri Umno dalam syarikat tersebut, Khalid berkata: “Saya tidak pertikaikan syarikat tersebut, saya minta MARA dan menteri (bertanggungjawab pada) MARA (Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Noh Omar) beri penjelasan.” Khalid berkata, beliau membangkitkan perkara tersebut kerana diminta peniaga kawasan terbabit bagi berbuat demikian. Sementara itu, Huzry Fionnawatty berkata beliau sedia bersemuka dengan ahli parlimen Shah Alam, untuk menjelaskan kedudukan sebenarnya mengenainya. Sambil menafikan dakwaan bahawa tiada promosi diadakan di situ, Huzry berkata, sebagai contoh, satu program untuk kanak-kanak sedang berlangsung di pusat membeli-belah sekarang sehingga 22 Mac ini, dengan kerjasama sebuah syarikat minyak terkemuka. Huzry Fionnawatty juga menjawab dakwaan Khalid bahawa bangunan tersebut disewakan keseluruhannya kepada Inno Elegan dengan nilai RM22,000 dan disewakan semula kepada peniaga sebanyak RM60,000 (untuk kesemua lot), berkata. Pemimpin Puteri Umno itu, jumlah RM60,000 meliputi pelbagai kos yang ditanggung syarikatnya termasuk kos penyelenggaraan, pembetungan, elektrik dan air serta menyediakan perkhidmat an pengawal keselamatan.

Ibrahim pernah jadi pengarah syarikat Vincent Tan..!!! Ha..ha...ha...Baru lu tau maaa...!!!

Pengerusi Pertubuhan Pribumi Perkasa (PERKASA), Datuk Ibrahim hanya mentertawakan tuduhan yang mempersoalkan kewibawaannya sebagai aktivis Melayu ekoran kaitannya dengan jutaan Cina, Tan Sri Vincent Tan.

Tuduhan itu tersebar di internet empat hari selepas beliau mengecam tokoh-tokoh korporat Cina, termasuk Tan Sri Vincent Tan, yang digelarnya 'tauke' dan "mendominasi" ekonomi dan seterusnya menyebabkan berlaku ketidakstabilan politik dan sosial.

Bagaimanapun, tersebar laporan di internet yang menunjukkan hubungan Ibrahim dengan syarikat Dunham-Bush Malaysia, yang pernah dimiliki Tan.

Penulis blog Raja Petra Kamaruddin menyiarkan dalam lamanwebnyaMalaysia-Today, salinan laporan tahunan 2003 syarikat berkenaan yang menunjukkan Ibrahim adalah salah seorang anggota lembaga pengarahnya.

ibrahim ali on company book 120310Ketika menjawab SMS dariMalaysiakini, Ibrahim berkata tidak ada salahnya urusan perniagaannya dengan Tan kerana ia tidak menolak hakikat bahawa tokoh-tokoh besar perniagaan Cina mendominasi bidang ekonomi.

Sebaliknya, kata Ibrahim, beliau bercakap mengenai ekonomi makro dan isu-isu dalam gambaran lebih besar.

Beliau bertanya apakah masalahnya jika beliau berurusan perniagaan dengan ramai rakan-rakan Cina dan mempunyai rakan kongsi Cina.

Cerita Atok - LCE dulu-dulu..!


Utoh_Paloi - Keputusan SPM baru saja diumumkan. Ramai anak Melayu yang cemerlang dibanding lima dekad yang lalu.

Era pra dan pasca merdeka, semua mata pelajaran diajar dalam Bahasa Inggeris, kecuali Bahasa Melayu. Bila sampai waktu untuk belajar Bahasa Melayu, kelas dibahagi kepada dua. Satu untuk pelajar Melayu (Banjar, Jawa, Melayu tulen dll) yang mengambil mata pelajaran BM manakala satu lagi untuk bukan Melayu yang belajar Bahasa Kebangsaan.

Untuk layak mendapat sijil ‘Senior Cambridge’, pelajar wajib lulus Bahasa Inggeris. Sekiranya gagal, tapi lulus Bahasa Melayu atau Bahasa Kebangsaan, pelajar hanya menerima sijil FMC (Federation of Malaya Certificate).

Begitu juga pelajar bukan Melayu yang gagal Bahasa Kebangsaan akan hanya mendapat sijil Senior Cambridge - tanpa FMC atau MCE. Zaman itu, keputusan peperiksaan disiarkan dalam akhbar Straits Times.


Carta di atas dipetik dari majalah sekolah. Tahun itu, 79 orang pelajar menduduki peperiksaan. 8 orang atau 10.12 peratus pelajar Melayu lulus dalam Bahasa Inggeris. 16 orang atau 20.25 peratus bukan Melayu lulus Bahasa Kebangsaan.

Salah seorang yang lulus Bahasa Inggeris hanya mengguna-pakai bahasa tersebut di dalam kelas. Di luar, dia bertutur Bahasa Melayu. Balik ke rumah, bahasa Banjar. Namun, tiga tahun berturut-turut dia merangkul hadiah Bahasa Melayu. Tuisyen ke? atau guna tangkal atau bomoh? Tak siapa boleh meneka tepat. Tapi itulah realitinya. Masa itu, dia pun tidak boleh nak bayangkan apa makna tuisyen dan benda 'alah' tu.

Hobinya membaca cerpen, mengumpul dan menganalisa puisi dan sajak-sajak ‘kabur’ yang di gunting dari akhbar di kedai runcit di kampungnya.

Tersebut bomoh, teringat insiden dua minggu lalu. Masa itu, aku berada di kampung kerana menghadiri majlis perkahwinan saudara sebelah isteri. Tiba-tiba berhenti sebuah kereta Proton Saga model baru. Setelah memberi salam, pemandunya bertanya “Di mana rumah dukun Basuki?”.

Sebelum bertukar profession, bomoh ini dulunya tukang urut. Sejak umur meningkat dan kudrat terbatas, urutan diganti dengan jampi serapah. “Kenapa encik, hendak berurut ke?” aku ‘kipoci’.

“Tak lah, anak saya ini tak mau belajar. Hujung tahun nak periksa” sambil dia menunjukkan ke arah anak gadisnya yang duduk di belakang. “Cuba-cubalah minta penawar dengan wak Basuki.”

Selepas mendapat tunjuk arah, dia segera beredar untuk menunaikan hajat. Lepas itu, aku bertanya kepada keluarga dan difahamkan, belum ada anak dukun tersebut yang menjejakkan kaki ke IPT.

Mengimbau hari pertama aku memijakkan kaki di Remove Class. Lima hari berturut-turut, dari hari Ahad hingga hari Khamis, bapa tiriku menunggu di luar kelas kerana aku tidak mengizinkan dia balik. Petang hari pertama, aku menangis berjam-jam, tidak mahu melanjutkan pelajaran ke sekolah menengah kerana tidak faham apa yang diucapkan guru. Aku cuma tahu dua perkataan Inggeris. Yes dengan No.

Soalan pertama dari ‘form master’, “What is your name?” membuat aku hampir terkencing. Sambil memalingkan muka ke arah ketua darjah, Abdul Samad Abdullah (namanya ada dalam senari di atas), “Apa cikgu kata Mad?” aku bertanya. Ketua darjah inilah yang mengajar aku memberi jawapan.

Ketika seorang guru bersarban, Mr Naranjan Singh masuk ke bilik darjah, seram sejuk aku dibuatnya, menggeletar jari jemari, degupan jantung berlipat ganda. Betapa tidak, selama ini aku difahamkan, orang benggali suka memenggal kepala untuk diletak di bawah jambatan yang akan atau sedang dibina, sebagai persembahan kepada jembalang penjaga sungai.

Minggu seterusnya, ’form master’, Mr P. Selvaraj meminta kami membuat ayat dari perkataan “like”. Seorang demi seorang mengangkat tangan menunjukkan kebolehan masing-masing. Melihatkan aku masih membisu, seorang murid India bernama Tamil Selvam, yang duduk di belakang mencuit bahuku sambil membisikkan ayat yang menggunakan perkataan “like’. Puas aku menghafal ayat itu sebelum berani mengangkat tangan.

“I like to girl, sir” aku berdiri sambil menjawab dengan bangga. Nak menangis pun ada bila seluruh kelas ketawa terbahak-bahak. Apabila dijelaskan oleh ketua darjah, barulah aku faham apa makna perkataan ‘girl’. Dan ayat itu pun salah kerana sepatutnya ia berbunyi “I like girls, sir”.

Setelah dijadikan bahan gurauan oleh rakan sekelas, aku semakin tekun belajar dan tidak lekang dengan buku Bahasa Inggeris “Look and Read’. Belum sampai setengah tahun, aku sudah menjadi ‘pet student’ dan selalu di arah Mr Selvaraj pergi ke bilik darjah Form 1 dan 2 untuk melukis peta geografi di papan hitam.

Dari sejumlah hampir 30 pelajar Remove Class, hanya tiga orang berjaya melanjutkan pelajaran ke Form IV. Dua orang ke IV science manakala Abdul Samad - ketua darjah yang banyak membantu aku di hari dan minggu pertama Remove Class - ke Form IV Arts. Tamil Selvam gagal peperiksaan LCE.

Era itu belum wujud lagi kelas matrikulasi. Kalau rasa teringin dan mampu untuk melanjutkan pelajaran, calun dikehendaki lulus “Form Six Entrance Examination”. Memandangkan kemampuan material dan mental terbatas, aku tidak mengambil peperiksaan tersebut walaupun mendapat galakan dari ‘form master’, Mr M.K. Lakshman.

Maka berakhirlah perjalanan akademik seorang anak kampung yang serba kekurangan.
(sumber)

UMNO PUTAR BELIT SEJARAH PERJUANGAN PERTAHANKAN NATRAH..HA HA!!


Sekali lagi UMNO kecundang. Kali ini isu Natrah. Kununnya UMNOlah hero dan pahlawan yang mempertahankan Natrah. YB Khalid Samad membongkar penipuan dan pemalsuan sejarah oleh UMNO. Macam mana ada orang PAS boleh terjebak???


Isu Natrah Tidak Satukan Rakyat Melayu

Dzulfikar Mashoor (HarakahDaily)

SHAH ALAM, 12 Mac: Merujuk pada sejarah Natrah yang meletus pada 1950 lalu, Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad menegaskan bahawa umat Melayu tidak pernah bersatu seperti yang didakwa Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin sebelum ini.

"Dalam isu Natrah sekalipun, orang Melayu tidak pernah bersatu," kata beliau petang tadi di Pusat Khidmat Masyarakat Ahli Parlimen, di sini.

Menurut beliau, orang-orang Melayu dari Umno didapati tidak bersama rakyat berbangsa Melayu dalam mempertahankan akidah gadis juvana terbabit, walaupun parti perkauman Melayu itu ditubuhkan sejak 1946.

Sebaliknya, sejarah Natrah menurut beliau menyaksikan rakyat Melayu bersatu atas beberapa pertubuhan berhaluan kiri seperti Kesatuan Melayu Muda (KMM), Angkatan Pemuda Insaf (API) dan Angkatan Wanita Sedar (AWAS).

"Waktu isu Natrah berlaku pada tahun 1950, Umno diam membisu, yang ke depan adalah API, KMM (dan) AWAS," jelasnya.

Tidak cukup dengan itu, beliau berkata, Dr. Burhanuddin al-Helmi, iaitu salah seorang pemimpin KMM yang kemudiannya menyertai PAS turut dipenjarakan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) kerana dilihat mengepalai beberapa siri demontrasi dan mogok di Malaya dan Singapura.

"Yang ditahan adalah Dr. Burhanuddin al-Helmi yang ditahan oleh penjajah (dan) pemimpin Umno tidak ada yang ke depan.

"Maka, (dakwaan Muhyiddin) itu mitos dan kata orang Melayu bersatu bersama Umno juga adalah tidak benar," jelasnnya.

Dalam pada itu, beliau berkata, cita-cita PAS sejak 1951 dulu adalah mengajak semua rakyat pelbagai kaum bersatu padu atas nama keadilan Islam.

"Atas dasar Islam yang dipegang PAS, kita bukan nak rakyat berpecahk-pecah, kita nak semua rakyat berbilang kaum bersatu atas keadilan sosial yang diperkenalkan Islam," katanya.

Pun begitu, beliau berkata, PAS tidak perlu bersatu dengan Umno kerana parti perkauman Melayu itu cenderung pada kezaliman sejak era penjajahan lagi.

Sehubungan itu, beliau seolah-olah menganggap dasar perjuangan Melayu oleh Umno lebih hina dari dasar 'keadilan sosial' yang diperjuangkan oleh PKR dan DAP dalam Pakatan Rakyat.

"Dasar perjuangan Umno lebih hina dari parti-parti politik yang lain, bersama kami (dalam Pakatan Rakyat) kerana parti-parti ini memperjuangkan keadilan sosial," jelasnya.

Selasa lepas, beberapa media arus perdana melaporkan Muhyiddin turut melahirkan rasa yakin bahawa parti-parti poltik yang mewakili umat Melayu boleh mencapai perpaduan sekiranya semua pemimpin parti-parti terbabit berusaha ke arah itu.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan perasmian buku 'Natrah: Cinta, Rusuhan dan Air Mata' di ibu negara.

Ihsan HarakahDaily
-Pejabat YB Khalid Samad-

Allah telah tunjukkan kebesaranNya...



Panas yang telah melanda buat sekian lama telah diredakan dengan curahan hujan yang mula turun selepas Jumaat tadi. Alhamdulillah.... mungkin inilah kebesaran Allah SWT.

Fuuuhhh.... lega rasanya. Kuranglah sikit rasa panas yang dirasai sejak beberapa bulan yang lepas. Malah, petang ini cuaca dirasakan begitu nyaman sekali. Harap-harap cuaca begini akan berterusan....

Hujan dikatakan mula mencurah-curah turun setelah solat istisqa' diadakan di Kelantan. Solat tersebut telah diimamkan oleh Tuan Guru Nik Aziz , iaitu sebaik saja solat dimulakan..... ketika bacaan al-Fatihah. Itu ler ler rahmat Allah.

MasyaAllah.... masyaAllah... cepatnya Allah SWT memakbulkan permintaan hamba-hambaNya.

Aha... tengok komer, kalau Allah nak tunjukkkan kebesaranNYA, dengan sekelip mata saja Dia boleh tunjukkan. So... bagaimana power sekali pun kuasa manusia di bumi 1 Malaysia ini, tidak dapat mengatasi kuasa Allah SWT. Kuasa Allah mengatasi segala-galanya. Ingat tu....

Pendedahan Bangang Dari Puak Umno. Isu Tanah YBK...


Ini apa barang punya cerita fitnah dari puak umno pulak dah...., ikut tajuk kononnya Tanah Anak Yatim...

Bila baca... Tanah yang nak di bangunkan untuk di bina kampus UiTM... ntah apa punya fitnah la... diorang ni...

Kalau nak bikin gempak pun... jalan cerita biarlah konsisten beb.... ini dah macam membodohkan diri sendiri pulak.... lu orang semua dah desperate gilerrrr... nak menjatuhkan Kerajaan Negeri Selangor sekarang ni... sampai melalut ntah apa2 jer....

Apa yang gua baca dari copy semua surat tu... hanyalah tak lain dari status Surat Permohonan saja.... belum tentu lulus atau tidak.

Kalau lu orang boleh tolong publish kan Surat Kelulusan Pertukaran Status Tanah tu.... baru gua percaya dengan pendedahan lu orang semua...

Dan gua akan dan bersama2 lu orang ikut membelasah Khalid Ibrahim dan Kerajaan Negeri Selangor, jikalau cerita ini betul... sebab bagi gua orang politik ini tak boleh di percayai. Tak kiralah dari parti mana sekalipun.

Dan yang lebih jijik kepada gua..., sudah tentulah parti umno @ barisan nasional yang dah lebih 50 tahun memerintah dan banyak keburukkan dari kebaikkan dalam pimpinan mahupun pemerintahan, semua pemimpinnya memboroikan perut dan kroni.

Buat PR... gua sedia menerima perubahan demi kebaikkan semua rakyat... dan dalam masa 2 tahun ini telah terbukti ada juga timbal balasnya kepada rakyat. Tetapi barisan nasional masih dalam keadaan menindas dan menyembelih rakyat lagi... contoh terbaru cadangan GST. Betul2 haramjadah punya idea dari Najib....

Berbalik pada isu tanah nih.... kalau setakat nak siarkan artikel membodohkan pembaca..., baik tak payah la.... simpan jelah cita2 lu orang semua.

Hampeh betul... lu orang punya fitnah.... , dah la... imej surat yang di publishkan tak boleh di besarkan.... saja jer... tak nak bagi orang baca secara detail... dalam waktu yang sama ada bukti la... kononnya.... ha..ha..ha.... tak habis2 dengan lu orang punya magic sarkis....

Imej surat tu gua cilok dari blog ini,bukannya apa.... gua nak tengok macam mana cara-caranya hendak spin dan membodohkan pembaca dari blog diorang.

Sebab diorang semuanya ada kelas dan teknik yang di ajar oleh pakar2 BTN dan umno dalam agenda membodohkan rakyat... contohnya seperti yang lu orang boleh baca dari blog tersebut dan isi kandungan surat2 yang di pamerkan....

Tak ke... bodoh punya kerja tu......


Tahukah anda apa itu GST?


Klik Gambar untuk ke laman berkaitan

APA ITU GST???

GST atau dalam bahasa Inggeris Goods and Services Tax adalah sejenis cukai di mana apa sahaja barang dan perkhidmatan yang digunakan oleh pengguna mengandungi elemen cukai. Sebab itulah ia juga dikenali sebagai cukai kepenggunaan (consumption tax). Dalam erti kata yang lain, asasnya jauh lebih luas daripada Cukai Jualan dan Cukai Perkhidmatan yang ada sekarang

Kenapa Perlu Tentang GST????


1. Cukai dalam apa bentuk sekalipun akan menjejas kesejahteraan orang atau pihak yang membayarnya.

2.
Kebanyakkan pemerhati politik beranggapan bahawa kerajaan BN sudah kesempitan wang sehingga terpaksa memperkenalkan akta ini untuk ‘merompak’ duit rakyat secara terhormat tanpa memikirkan penderitaan rakyat.

3. Pakar ekonomi dari DAP, Tony Pua berkata bahawa cukai ini akan menjadikan rakyat yang miskin lebih miskin lagi sebab mereka ini yang dahulunya tidak perlu membayar cukai kini akan kena cukai pula.

4. Pakar ekonomi dari PAS, Dr. Dzulkefly Ahmad pula berkata cukai GST ini adalah sistem cukai yang regresif yang hanya akan menyusahkan dan merugikan golongan yang miskin.

5. Di Malaysia masih ada lagi ramai pekerja yang mempunyai gaji kurang dari RM1500. Oleh itu, negara kita masih belum sedia lagi untuk sistem cukai GST ini. Apabila tahap gaji telah mencapai satu tahap minima yang sesuai bagi sebuah negara maju, barulah sistem cukai GST sesuai dilaksanakan.

6. Pakatan Rakyat tidak mempunyai cukup anggota Parlimen untuk menghalang Akta GST ini dari diluluskan oleh Parlimen. Oleh itu adalah terpulang kepada rakyat sendiri untuk memberi penekanan kepada kerajaan BN supaya jangan melaksanakan sistem cukai GST ini.
[link]

7. GST tak sesuai kerana jurang pendapatan yang besar. Pelaksanaan cukai perkhidmatan dan barangan (GST) di luar negara berjaya dibuat berikutan jurang pendapatan sesama rakyat tidak besar seperti di Malaysia, sebaliknya ia menjadi beban kepada rakyat jika pelaksanaannya dibuat tanpa kajian menyeluruh.
[link]

Peringatan : 15 MAC 2010 jam 9.00 pagi di perkarangan Parlimen - Perhimpunan Aman Rakyat Prtotest Perlaksanaan Cukai GST.

Nasha diminta perjelas kehadiran bersama TPM..!!!

Tindakan timbalan presiden PAS, Nasharuddin Mat Isa hadir dalam program bersama Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan bercakap soal “perpaduan politik Islam” menimbulkan kecurigaan banyak pihak.

Laporan di blog-blog berhubung kehadiran mereka pada pelancaran buku Natrah pada 9 Mac lalu, mengaitkannya dengan idea kerajaan perpaduan antara PAS-Umno, yang menjadi isu hangat sebelum ini.

Mengulas perkara tersebut, ahli parlimen Shah Alam, Khalid Samad - antara pemimpin paling lantang menentang idea kerajaan perpaduan, hari ini berkata, beliau sendiri akan bertanyakan perkara tersebut kepada Nasharuddin (atas).

“Kena tanya beliau (sebab hadir). Tidak perlulah rasa curiga atau apa. (Kita) kena tanya beliau secara langsung. Bila ada peluang, bila saya jumpa beliau di parlimen, saya akan tanyalah, kenapa beliau hadir.

“Adakah beliau hadir atas jemputan atau jawatan dia hadir untuk menunjukan kesatuan apa? Tetapi dari sudut fakta sejarah, isu Natrah ini pun tidak mencapai perpaduan Melayu. Kalau benar tercapai (perpaduan Melayu), mungkin British tidak berani benarkan apa berlaku untuk berlaku,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas sama ada beliau merasa curiga dengan kehadiran Nasharuddin yang sentiasa dikaitkan dengan idea kerajaan perpaduan dengan Umno.

Pada 9 Mac, Nasharudin hadir dalam pelancaran buku bertajuk Natrah: Cinta, Rusuhan dan Air Mata oleh Muhyiddin Yassin di ibu negara.

Dalam program tersebut, Nasharudin dilaporkan berkata, usaha mewujudkan perpaduan di kalangan parti politik yang mewakili umat Islam boleh dicapai jika semua pihak berusaha bersungguh-sungguh ke arah itu.

Katanya, semua pihak tidak harus bersikap mengalah walaupun beberapa usaha sebelum ini bagi mewujudkan persefahaman antara parti politik terbesar umat Islam iaitu Pas dan Umno, terhenti di separuh jalan.

Bercakap dalam sidang media di pejabatnya di Shah Alam hari ini, Khalid berkata, setahunya kehadiran Nasharuddin dalam program tersebut tidak mewakili PAS, tetapi atas kapasiti peribadi.

Beliau juga menegaskan, bahawa muktamar agung PAS sebelum ini telah menetapkan tiada sebarang usaha boleh dilakukan untuk bekerjasama dengan Umno.

“Kehadiran mereka setahu saya tidak mewakili PAS dan tidak dilakukan atas nama PAS. Dan mungkin dilakukan secara peribadi. Dan saya hendak tegaskan bahawa muktamar PAS telah menolak apa-apa jua usaha untuk bekerjasama dengan Umno. Dan semua pemimpin mesti akur kepada keputusan muktamar,” katanya.

p/s : Kenapa Ust Idris Ketua Penerangan hadir juga...????? atas sifat peribadi juga ke...!!!!

Solat Sunat Istisqa' (Mohon Hujan) Bersama Tok Guru






Najib pulls fast one with two-stage NEM - Wong Choon Mei

KUALA LUMPUR, Mac 12: Prime Minister Najib Razak has stirred fresh skepticism with market analysts viewing his latest announcement that the New Economic Model would only be launched in two stages as further confirmation that its implementation would be delayed.

In a bid to shore up flagging confidence, Najib who is also Finance Minister had assured that the badly-needed economic blueprint would be launched on March 30 as scheduled.

But he also said its detailing would come only in June when he presented the 10th Malaysia Plan.

“Without details, the financial and economic circles would not be able to make any assessment on whether it is effective or not,” Azrul Azwa, chief economist at Bank Islam told Harakahdaily.

“Also, how can changes to Malaysia's economic structure take off until they are detailed? So it does appear we won’t be able to get going as quickly as we may need to. And this could be a big setback given the uncertain economic outlook.”

New fighter-dog


Indeed, Second Finance Minister Ahmad Husni has already warned the government would be seeking public feedback before finalizing the NEM.

Najib himself has ambiguously said the NEM’s “second stage will be part of the 10MP and even after that, depending on the process.”

“The prime minister is talking about people first so we want to hear from everybody. After hearing their voices, then we will make the final plans,” Husni said in a speech on Thursday.

So far, information about the NEM has been sketchy. The plan aims to transform Malaysia into a high income economy, shift reliance from a manufacturing base dependent on semi-skilled and low-cost labour to one that hinges on a high technology and modern services sector dependent on skilled and highly paid workers.

Its implementation will require a major and comprehensive policy overhaul in many areas but the biggest obstacle will be to get the Malays – which forms 60 percent of the 27 million population – to accept it.

Already, ultra-Malay groups such as Perkasa are demanding that whatever new shape the NEM takes, it must continue to protect the rights of their community even at the expense of the competitiveness of the economy.

“The PM’s greatest enemy and stumbling block to his reforms is none other than his own party and his new fighter-dog Perkasa,” PAS strategist Dr Dzulkefly Ahmad told Harakahdaily.

“If he succumbs to this temptation, he does so at his own peril and may not live long enough as the Umno president to see the destruction of the party he pledged and vowed to revive. The flip-flop on the NEM now stands as a classic testimony.”

De-politicizing the economy

Since 1971, Malaysia’s economy has been guided by the New Economic Policy – a set of affirmative action policies aimed at eradicating poverty and helping backward groups get a toehold in the economy.

But through the decades, its implementation has been severely abused by the Umno-BN government. In particular, top Umno leaders have used the NEP to feather their own nests and build political support by handing out economic largess and government contracts.

“The economy has been politicized in this sense and the concerns of groups like Perkasa that the NEM may sideline the Malays are baseless,” Azrul said.

“Under the NEP, there was mention of special help to needy groups and I am sure the NEM will reiterate this. So why should Malays fear? They still form the biggest part of the per capita group that requires aid, especially those who live in the rural areas. So, whether it is NEP or NEM, the ordinary folk will not be affected.”

Malaysia has suffered huge leakage of funds as unscrupulous and incompetent Umno cronies jumped onto the NEP bandwagon. Corruption, with the bulk of money siphoned off to personal accounts rather than invested in a project, has made the nation uncompetitive for investment.

In the 2009-2010 Global Competitiveness Index, an already down-trending Malaysia fell three more rungs to 24th place, compared with world No. 1 Switzerland, No. 2 the United States and No. 3 Singapore.

“I hope the government can transform the country and I hope the New Economic Model can turn things around. I hope 1 Malaysia can be accepted by all Malaysians otherwise there is no hope and we are finished,” Kerk Loong Sing, head of the economic bureau of the Federation of Chinese Associations Malaysia (Hua Zhong), said in a press interview.