Khamis, 11 Mac 2010

Tazkirah Jumaat : Muntahlah Atas Tangan Amid.


Assalamualaikum..., Semoga cerita begini sedikit sebanyak memberi kesedaran dan panduan.


17 tahun dulu - Petang itu, di serambi rumah usang milik keluarga kami di Kuala Terengganu, saya duduk bersila berhadapan dengan adik bongsu, Amid atau nama sebenarnya Syed Mohammad Nazri Syed Bidin.

"Kenapa kau nak berhenti sekolah?" soal saya. Amid menundukkan kepala dan membisu. Saya tidak puas hati. Sekali lagi saya ulang soalan yang sama.

"Amid tak nak sekolah sebab nak jaga emak. Amid nak jaga emak sampai akhir hayat," jawab Amid dengan lembut, tetapi tegas. Saya tersentak mendengar jawapan Amid.

"Iisshhh.. biar betul budak ni..? Baru darjah enam, masa seronok budak-budak pun masih belum habis," hati saya berkata kata.

"Cakap betul-betul dengan abang. Kenapa tak nak sekolah? Ada budak jahat kacau ke?" pujuk saya lagi. Saya tidak mahu Amid berhenti sekolah kerana tidak tahan dengan gangguan budak-budak nakal. "Betul bang, Amid tak tipu. Amid tak nak sekolah sebab nak jaga emak. "Nanti kalau Amid belajar pandai-pandai, kena duduk jauh dari mak. Amid tak nak tinggalkan mak," katanya separuh merayu. Melihat kesungguhannya, saya jadi buntu. Nampak gayanya, Amid tidak bergurau.

"Betul ke ni?" soal saya masih tidak percaya. "Betul," balas Amid pula tanpa ragu ragu. "Suka hati adiklah," kata saya selepas lama termenung. Mendengar jawapan saya, Amid tersenyum lalu meminta izin untuk masuk ke dalam rumah. Saya termenung di serambi. Kata-kata Amid itu benar-benar memberi kesan terhadap jiwa saya. Kecil-kecil lagi sudah ada kesedaran mahu berbakti kepada emak.

Tetapi, peristiwa itu berlaku 17 tahun dulu. Kini Amid sudah dewasa, umur pun sudah mencecah 29 tahun. Saya tidak lagi ragu-ragu terhadap Amid. Memang betul, Amid tidak mahu bersekolah dulu kerana mahu menjaga emak. Amid tidak bergurau. Amid telah membuktikan kepada saya dan adik beradiknya yang lain, memang dia ikhlas mahu menjaga emak.

Memang tidak dapat dinafikan, di antara kami Sembilan beradik, Amid lah anak yang paling taat terhadap emak. Tingkah lakunya, tutur katanya, begitu tertib ketika bersama emak atau orang yang lebih tua darinya. Seumur hidup, saya dan adik-beradik lain tidak pernah melihat Amid bersikap atau bercakap kasar terhadap emak.

Apa saja keputusan atau kehendaknya, Amid akan merujuk kepada emak terlebih dahulu. Emaklah yang akan memutuskan. A kata emak, A jugalah katanya. Hitam kata emak, hitamlah kata Amid. Saya sendiri, termasuk adik beradik lain tidak mampu untuk bersikap seperti Amid.

Pernah juga saya mengajak Amid bekerja di Kuala Lumpur mencari rezeki di sana, tetapi dia menolak. Katanya, biarlah dia tinggal bersama emak. "Kalau semua pergi, sapa nak jaga emak? Siapa nak uruskan lembu kambing...? Kakak...? Dia perempuan.... mana larat buat kerja yang berat-berat. Lagipun takkan nak biarkan rumah ni tak ada lelaki...?

Abang dan kakak pun dah ada keluarga masing-masing. Abang Usop dan Abang Mat pula dah duduk di KL. Jadi, biarlah Amid duduk di kampung saja. Kerja jaga kambing dan lembu pun tak apalah, kata Amid kepada saya.

Setiap kali saya mengajak, pasti jawapan Amid sama. Lama-kelamaan saya mengalah. Kami adik-beradik sudah faham perangai Amid. Saya tahu, pasti Amid tidak akan setuju untuk ke Kuala Lumpur. Amid dan emak bagaikan isi dengan kuku. Bagaikan satu nyawa. Tidak boleh berpisah. Dia lebih rela menjadi gembala lembu daripada meninggalkan emak yang sudah tua itu.

Bukan itu sahaja, dalam hal-hal makan minum pun, Amid tetap akan mendahulukan emak. Sekiranya dia membawa pulang kuih-muih yang dibeli dari pekan, janganlah sesiapa sentuh, selagi emak tidak menjamah terlebih dulu. Ada kalanya saya perasan, emak menjamah sikit makanan itu, semata-mata untuk menjaga hati Amid.

Jika Amid berkenan untuk membeli sesuatu barangan, dia tidak akan terus membelinya. Amid terlebih dulu akan pulang dan meminta izin emak untuk membeli barang tersebut. Sekiranya emak mengizinkan, barulah dia beli barang itu. Jika tidak, dia tidak akan beli, biarpun barangan itu memang dia inginkan.

Ketika emak terlantar sakit dan hampir lumpuh, Amidlah yang menjaganya. Kami adik-beradik ketika itu benar-benar mengharapkan Amid sebagai anak lelaki untuk menjaga emak. Maklumlah, kami di Kuala Lumpur. Tetapi Amid memang tidak mengecewakan kami.

Cerita emak kepada saya, setiap malam Amid akan tidur berdekatan emak di ruang tamu rumah tempat emak terbaring. Tidak pernah sekalipun dia tidur di biliknya selama emak terlantar. Pantang terdengar emak bergerak, emak terbatuk di tengah malam buta, Amid pasti terjaga. "Kenapa mak..? Mak nak buang air ke.?
Emak lapar ke..? Emak nak minum...?" Amid akan bertanya pada emak.

Sekiranya emak mahu buang air, Amid akan memapahnya ke bilik air. Jika emak mahu minum, dia akan menyediakan minuman. Kalau emak pening, Amid akan memicit-micit kepala emak sehingga orang tua itu terlena. Jika emak menggigil kesejukan, Amid akan menarik selimut menutupi tubuh emak daripada kedinginan malam.

Satu malam, cerita emak kepada saya lagi, ketika sedang berbaring, tiba-tiba dia berasa pening kepala. Lalu emak pun mengadu pada Amid yang sedang berbaring di sebelahnya. Amid bingkas bangun lalu memicit micit kepala emak. Tiba-tiba, emak terasa nak muntah sangat-sangat. Amid yang baru saja bangun untuk mengamhil besen, apabila melihatkan keadaan emak, membatalkan hasratnya ke dapur. Amid segera berteleku dihadapan emak lalu menadah tangannya, meminta emak muntah di telapak tangannya. Berlambak muntah emak di telapak tangan Amid. Tetapi, Amid sedikit pun tidak kisah atau berasa geli-geleman.

Apabila mendengar cerita emak, saya sendiri yang menitis air mata. Memang, Amid sanggup berbuat apa sahaja untuk emaknya. Sehingga kini, apabila saya teringatkan peristiwa itu, air mata pasti bergenang. Sebak hati saya apabila emak menceritakan bagaimana Amid melayannya ketika dia sedang terlantar sakit.

Pengorbanan Amid terhadap emak memang tidak mampu dilakukan oleh adik-beradik yang lain termasuk saya sendiri. Di samping itu, Amid juga bertanggungjawab memberi makan lembu kambing sebanyak 30 ekor. Semuanya Amid laksanakan tanpa bersungut. Amid menjaga emak sehingga sembuh sepenuhnya. Semenjak berhenti sekolah, sehingga ke usianya hampir mencecah 30-an, rutin hidup Amid tidak pernah berubah.

Pagi, Amid akan ke kebun dan selepas solat Zuhur, dia akan pulang untuk makan tengah hari. Sementara menunggu petang menjelang, dia akan tidur sebentar melepaskan lelah. Kemudian, selepas solat Asar, Amid akan keluar semula. Dia akan ke kebun yang jaraknya kira-kira dua kilometer dari rumah untuk memastikan lembu kambing yang sudah kekenyangan itu dimasukkan semula ke dalam kandang.

Begitulah kehidupan Amid seharian. Biarpun ketika Itu, usianya sudah cukup matang untuk mendirikan rumah tangga, namun dia langsung tidak terfikir ke arah itu. Katanya pada saya, buat masa ini, cukuplah seorang wanita bergelar ibu di dalam hidupnya.

Khamis 7 Oktober 2004 - AJAL dan MAUT di tangan TUHAN.

Tidak ada sesiapa yang mampu menolak ketentuan Ilahi. Saya sendiri tidak menyangka, hari itu, Amid akan meninggalkan kami buat selamanya. Terlalu cepat rasanya Amid pergi terutama dalam usianya yang masih muda. Amid meninggal dipanah petir. Ceritanya begini....

Pada hari itu, selepas pulang dari kebun menghantar emak ke rumah, Amid menunaikan solat Asar. Selepas selesai, dia akan menunggang motosikal buruknya ke kebun untuk menghalau kambing dan lembu masuk semula ke kandang. Ketika itu, langit sudah gelap. Kilat mula memancar diiringi dentuman guruh. Menurut cerita kakak saya Mek, Amid berada di kandang sehingga pukul 6.00 petang.

Mek nampak Amid menghalau lembu kambingnya sebab rumah Mek dekat saja dengan kandang haiwan itu. Kira-kira pukul 6.15 petang, hujan mula turun dengan lebat. Kakak saya Mek, Jah bersama adik saya, Nor dan Ana sedang berada di rumah mereka pada waktu itu. Apabila hujan lebat turun dan guruh serta petir sabung-menyabung, mereka sangkakan Amid sudah pulang ke rumah emak. Jadi mereka langsung tidak memikirkan tentang Amid kerana menyangka Amid sudah pulang ke rumah sebelum hujan turun. Tiba-Tiba...

prangggggg.....!!!! tuuuuummmmt.....!!!!!! dentuman serta panahan petir yang teramat kuat itu membuatkan Mek, Jah, Nor dan Ana terperanjat. Panahan petir itu turut membelah beberapa batang pokok pisang yang ditanam di belakang rumah serta merobekkan dinding dan pintu bilik air rumah Mek.

Pada masa yang sama, emak yang sedang berada di halaman rumahnya kira-kira dua kilometer dari rumah Mek, turut terperanjat mendengar bunyi dentuman petir itu. Darahnya berderau. Lutut emak tiba-tiba saja jadi lemah. Dirinya terasa seperti di awang-awangan. Tiba-tiba mulut emak terpacul kata kata..., "Ya Allah. anak aku!"

Hati emak jadi berdebar-debar. Dia teringatkan Amid yang sedang berada di kebun. Emak tiba-tiba bimbang terjadi sesuatu yang buruk terhadap Amid. Kira-kira setengah jam berlalu, hujan semakin reda. Pancaran kilat dan guruh juga sudah sayup-sayup bunyinya. Tiba-tiba Mek teringatkan Amid. Dia menghubungi emak, tetapi kata emak, Amid masih belum pulang.Mek mula rasa tidak sedap hati. Dia mengajak abang kami, Pok Yee untuk keluar bersama mencari Amid. Mereka berdua menuju ke kandang yang tidak jauh dari rumah mereka itu.

Sampai di sana... "Ya Allah, adik akuuuuuu!!!" jerit Mek sebaik sahaja melihat Amid terbaring mengiring di bawah pohon sentul di depan kandang kambingnya. Mek memangku kepala Amid. Mek Jerit nama Amid beberapa kali, tapi Amid tidak lagi menyahut. Tubuhnya kaku. Cerita Mek kepada saya. ketika itu dia melihat darah mengalir laju keluar dari telinga Amid. Kesan lukanya pula seperti terkena tembakan peluru. Dari wajahnya, sehingga ke paras dada, menjadi hitam kesan terbakar.

Amid dibawa ke hospital dengan hantuan seorang jiran dan disahkan sudah meninggal dunia. Ketika menunggu hospital membenarkan kami membawa pulang jenazah Amid, Mek pun bercerita kepada kami bagaimana dia melihat sesuatu yang agak pelik pada mayat Amid ketika dia mula-mula menjumpainya.

Cerita Mek.., mayat Amid dijumpainya terbaring mengiring menghadap ke arah kiblat dan kedua-dua tangannya pula dalam keadaan kiam. Lazimnya seseorang yang dipanah petir, tercampak dan keadaan anggota badannya tidak teratur. Tetapi ini tidak, mayat Amid seolah-olah dibaringkan dan tangannya dikiamkan ke dada.

Pagi Jumaat 8 Oktober 2004.
Padi itu, suasana pilu menyelubungi rumah kami. Jenazah Amid terbujur kaku diselimuti kain kapan di ruang tamu. Saya termasuk beberapa orang adik-beradik dan orang kampung, sibuk menguruskan urusan pengebumian Amid.

Di sekeliling jenazah, kelihatan saudara-mara memenuhi ruang rumah, termasuk orang-orang kampung membacakan surah Yasin. Setelah solat jenazah, mayat Amid dibawa ke perkuburan. Sebaik selesai urusan pengebumian, azan solat Jumaat pun berkumandang. Sehari selepas Amid dikebumikan, saya ke kuburnya untuk membacakan surah Yasin.

Saya tiba di tanah perkuburan kira-kira pukul 9.00 pagi. Ketika sedang khusyuk membaca Yasin, tiba tiba saya terdengar suara burung berkicauan di atas pokok-pokok di kuburan itu. Pada mulanya saya tidak hiraukan kicauan burung-burung tersebut. Tetapi lama-kelamaan, saya dengar bunyi kicauan itu semakin kuat dan rancak. Saya pun mendongak, kelihatanlah sekumpulan burung sedang terbang berpusing dan galak berkicau. Mula timbul rasa pelik dalam diri saya sebab sewaktu mula-mula sampai ke tanah perkuburan, langsung tidak nampak kelibat seekor burung pun. Saya menyambung kembali bacaan sehingga tamat.

Anehnya, sebaik saya habis membaca surah Yasin, bunyi kicauan burung itu hilang serta-merta. Apabila saya mendongak, saya dapati sekawan burung yang berterbangan tadi juga sudah ghaib entah ke mana. Serentak itu saya terbau satu haruman yang tidak pernah saya rasai sebelum ini. Baunya amat harum... saya mencari -cari dari mana datangnya bau haruman itu, mungkin dari orang lain yang berkunjung ke kawasan perkuburan, tapi saya tidak menemuinya.Tiada orang lain di kawasan perkuburan itu kecuali saya.

Saya kemudian meninggalkan pusara Amid, sedang di dalam kepala masih terfikir-fikir tentang kejadian pelik sebentar tadi. Apabila pulang ke rumah emak, tambah memeranjatkan, apabila saya terbau haruman yang sama di dalam bilik Amid. Saya masuk ke biliknya dan mendapati bau tersebut datangnya dari sudut bilik tempat Amid sering bersembahyang. Subhaanallah! Itu saja yang mampu saya katakan dalam hati.

Bukanlah tujuan saya untuk bercerita tentang kebaikan adik sendiri atau bertujuan untuk berbangga, riak dan sebagainya, tetapi bagi keluarga kami, Amid menjadi contoh seorang anak yang begitu taat kepada ibunya. Dan kisah ini ingin saya kongsikan bersama sebagai satu pengajaran buat kita semua.

Setiap kali saya terbaca kisah-kisah sadis dan kejam seperti kejadian anak membunuh ibu, atau anak sanggup menghantar ibu bapa ke rumah jagaan orang-orang tua di akhbar atau majalah, pasti saya akan teringatkan sikap Amid. Biarpun Amid sudah pergi meninggalkan kami hampir lebih lima tahun lamanya, namun apabila saya terkenangkannya, saya akan menitiskan air mata. Sedih dan terharu apabila mengenangkan pengorbanan Amid terhadap emak.

Namun, dalam sedih, ada terselit di hati saya rasa gembira. Sikap taatnya kepada ibu, dan peristiwa pelik yang berlaku pada Amid ketika kematiannya, membuatkan saya yakin, itu adalah petunjuk dari Tuhan, sebagai balasan buat seorang anak yang telah mengabdikan diri terhadap ibu sehingga ke akhir hayatnya.

"Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua-dua ibu bapanya; ibunya telah mengandungkannya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan (dari awal mengandung hingga akhir menyusunya) dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun; (dengan yang demikian) bersyukurlah kepada-Ku dan kepada kedua-dua ibu bapamu; dan (ingatlah), kepada Akulah jua tempat kembali (untuk menerima balasan)". - Surah Luqman ayat 14.

Berbaktilah kepada kedua orang tua kamu (Ibu Bapa) selagi mereka masih hidup.
Al-Fatihah kepada Allahyarham Amid, semoga rohnya di cucuri RAHMAT.

Pas dinasihat jaga sahaja lapan kerusi yang dimenangi


SHAH ALAM – Pas Selangor dinasihatkan untuk menjaga lapan kerusi yang dimenanginya dalam pilihan raya umum (PRU) ke12 sebelum meneruskan hasrat menawan 12 lagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di Selangor.

Ketua Penerangan Badan Perhubungan UMNO Selangor, Abdul Shukur Idrus berkata, tidak mudah untuk Pas negeri ini merealisasikan hasrat mereka menawan 12 kerusi yang lain.

“UMNO tidak akan hanya berpeluk tubuh sebaliknya akan berusaha mengekalkan kerusi yang dimiliki sekarang, selain mempertingkatkan usaha menawan semula kerusi-kerusi yang tewas sebelum ini.

“Tidak mudah untuk kerusi 12 DUN berkenaan jatuh ke tangan mereka (Pas),” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Ketua Penerangan Badan Perhubungan Pas Selangor, Roslan Shahir Mohd Shahir, yang berhasrat menawan semula 12 DUN gagal dimenangi parti itu pada pilihan raya umum lalu.

Menurutnya, Pas Selangor sewajarnya menunaikan janji yang dibuat kepada rakyat di lapan DUN yang dimenangi mereka.

“Mereka kelihatan terlalu ghairah untuk menawan 12 DUN lain di negeri ini sedangkan banyak lagi manifesto sewaktu pilihan raya dahulu yang belum diselesaikan.

“Jangan nanti yang dikejar tak dapat, sebaliknya yang dikendong pula berciciran,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Abdul Shukur turut mengulas mengenai kenyataan Naib Presiden Gerakan, Datuk Dr Teng Hock yang menggesa pucuk pimpinan UMNO dan Barisan Nasional (BN) agar tidak menerima Ahli Parlimen Kulim Bandar Baharu, Zulkifli Noordin, sebagai ahli parti.

Katanya, hak untuk menerima keahlian mana-mana individu yang berhasrat menyertai UMNO terletak di bawah kuasa Majlis Tertinggi UMNO.

“Jika ada permohonan yang dibuat, ia akan diproses mengikut prosedur. Sama ada terima atau tidak, itu adalah keputusan Majlis Tertinggi.

“Bagaimanapun, Zulkifli sudah mengumumkan bahawa beliau akan menjadi wakil rakyat bebas,” katanya.

Terdahulu, Teng Hock yang menyifatkan Zulkifli sebagai seorang rasis dan ektremis agama berkata, Gerakan gusar dengan kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin bahawa UMNO sentiasa membuka pintu kepada sesiapa sahaja yang ingin menjadi ahlinya, termasuklah Zulkifli.

Menurut Teng Hock lagi, penyertaan Ahli Parlimen itu dalam UMNO dan BN adalah tidak sesuai dengan sikap kesederhanaan dalam BN yang merupakan gabungan pelbagai kaum demi kepentingan semua rakyat.

Memang UMNO perosak Melayu!!! di mana agama untuk belia, di mana kebajikan UMNO


"Dah macam2 dah yang kita dengar. macam2 jugak yang kerjaan umno/be-end ini lakukan untuk kaut keuntungan bagi mempertahankan kerjaannya. yang menjadi mangsa, rakyat jelata.

mana tidaknya, projek untuk membeli MP PR jug asudah dimulakan oleh najib. Najib kini tertekan dek kerana tidak cukup 2/3 MP untuk melakukan persempadanan semula.

untuk itu, duiit kerajaan juga di habiskan untuk membeli ahli MP Pr. bukannya sikit duit yang dihabiskan untuk menjaga kentingan masa depan UMNO yang sememangnya akan menghancurkan Islam & melayu itu sendiri! berjuta2 duit yang dihabiskan itu hanya untuk bagi pada 2/3 orang MP yang keparat menjadi pengikut katak2 kodok yang kehausann duit. bila duit dah dihabiskan untuk beli MP keparat tu, UMNO mula nak cari jalan untuk tambah kewangan...sebab banyak lagi projek untuk dilakukannya ...

MALANGnya, rakyat yang menjadi mangsa. macam2 projek dirancang. DUIT rakyat yang melayang. Rakyat yang sedar itu bagus, tetapi masih ramai lagi rakyat yang masih tidur dan lena, kononnya hidup mereka dek kerajaan UMNO yang bagus itu, padahall pemimpin yang diangkat itu adalah pemimpin yang "mencuri" duitnya tanpa di sedar.

saya cukup kesian kepada umno2 di kampung2 dan bahagian. saya kesian tengok pak cik2 dan makcik2 di felda2 yang masih totok dengan parti pembunuh masa depan rakyat. malah pembunuh masa depan remaja dan generasi muda. di manakah persediaan untuk kita melahirkan pelapis bagi pemimpin negara kita masa akan datang!!!

kedapatan juga ahli2 UMNO yang hanya memikirkan keuntungan peribadi. dikawasan felda, di setiap felda sudah dibina gelanggang futsal. semua geng2 remaja dan pemuda ini suka. kononnya gelanggang ini dibina bagi menraik minat remaja dan pemuda ini terlibat dengan aktiviti yang berfaedah dengan tidak terjebak kepada masalah sosial dan dadah...umngkin juga....tetatpi....kesannya, mereka ini tidak dipimpin, mereka bermain futsal selepas waktu isyak sehingga larut malam. bila habis balik ke rumah, terus tidur...kesannya??? di manakah solat subuh mereka pada keesokkann paginya....siapa boleh jamin mereka yang tidur lewat ini bangun untuk bersolat subuh???

MALANGNYA lsgi, tiadapun program2 yang dianjurkan oleh pemimpin felda dan JKKK khusus untuk menarik minta golongan remaja/pemuda belia untuk mendekati masjid dan surau. lnak harapkan pemimoin UMNO di cawangan, perhi mampuslah! anak mereka kebanyakkannya yang terlibat dengan gejala sosial ini....

cuba perhatikan pula masalah aurat anak2 perempuan remaja di kawasan felda2....kebanyakkan yang tidak menutup aurat itu adalah anak orang UMNO. mereka tidak pedulikan anak mereka buat kerja HARAM tu!! kerja HARAM itu ialah membuka aurat, memakai pakaian seolah2 berbogel, menyang rambut tanpa sara segan silu!!! di manakah didikan bapa & ibu2 dari UMNO???/ fikirkanlah juga masa depan akhirat!!!!

Peruntukkanlah duit untuk memikirkan masa depan belia kita!!! duit mesti di habiskan untuk memberi perkhidmatan kepada rakyat. kebajikan yang ingin di beri kepada rakyat mesti kebajikan merangkumi 2 iaitu untuk DUNIA dan AKHIRAT!!!

kredit FORRR : http://anakfelda09.blogspot.com/

Pulau Pinang Makmur Hasil Usaha BN Bukan Kerajaan Sekarang, Kata Pemimpin UMNO..Tapi Bukan UMNO..ia adalah Gerakan..ha..ha...ha.. Melayu mudah lupa...

PULAU PINANG, 11 Mac (Bernama) -- UMNO Pulau Pinang menyifatkan dakwaan kononnya negeri itu lebih makmur ketika diterajui DAP sekarang berbanding semasa pemerintahan Barisan Nasional sebelum ini adalah satu kenyataan retorik.


Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri Datuk Zainal Abidin Osman berkata kemakmuran yang ada di Pulau Pinang sekarang adalah hasil usaha kerajaan pusat yang telah berbelanja berbilion ringgit untuk membangunkan infrastruktur.

"Pemimpin pembangkang seperti Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Lim Guan Eng dakwa Pulau Pinang lebih makmur sejak mereka perintah adalah tidak berdasarkan fakta.

"Sebenarnya BN yang telah membangunkan Pulau Pinang sejak merdeka dan memberi kesejahteraan kepada rakyat negeri ini menerusi rancangan pembangunan lima tahun," katanya kepada pemberita di sini pada Khamis.

Zainal Abidin berkata menerusi Rancangan Malaysia Kesembilan, kerajaan pusat memperuntukkan RM7.6 bilion untuk memajukan Pulau Pinang .

Katanya kemajuan bidang pelancongan di negeri itu juga adalah usaha Lembaga Penggalakan Pelancongan.

"Kerajaan pusat juga menyediakan kemudahan pengangkutan bas awam di seluruh Pulau Pinang bernilai RM250 juta," katanya.

Zainal Abidin Lim, selaku Ketua Menteri Pulau Pinang, menyatakan jumlah sebenar perbelanjaan kerajaan negeri untuk pembangunan negeri itu sejak dua tahun lepas.

MB: Graduan Selangor Harus Berwawasan

Graduan di Selangor harus berwawasan dan melakukan melonjak menuju kecemerlangan akademik bagi merealitikan hasrat kerajan negeri untuk menjadi hab ilmuwan tersohor di rantau ini.

Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim berkata, ketinggian rohani termasuk citra dan jati diri juga berperanan dalam membina tamadun yang dihormati.

Tan Sri Khalid berkata demikian pada Konvokesyen Diploma Kejuruteraan Jepun kali ke 3 di Pusat Konvensyen Shah Alam anjuran Universiti Industri Selangor dan Yayasan Pelajaran Mara.

Seramai 79 graduan menerima Diploma menerusi Kejuruteraan Elektrik & Elektronik dan Kejuruteraan Mekanikal.

Tan Sri Khalid menegaskan pengetahuan dan kemahiran perlu ditingkatkan dari kategori baik kepada cemerlang menerusi bacaan, pergaulan dan amalan.

Khalid berkata proses menuntut ilmu tidak terbatas malah ini adalah proses yang berterusan sama ada melalui kaedah formal atau tidak formal.

“Para graduan perlu sedar betapa ilmu pengetahuan dan kemahiran mudah menjadi jumud atau lesu sekiranya tidak diamalkan. Cukup malang sekiranya graduan hanya kelihatan mampu menamatkan pengajian dan menerima ijazah atau diploma tetapi gagal menerapkan atau menggunakan ilmu yang dipelajari.”

“Setiap kerjaya yang diceburi memerlukan pengetahuan, kemahiran dan keterampilan lanjutan dan tersendiri yang perlu ditokok tambah melalui latihan-latihan perkhidmatan dan dalam perkhidmatan yang disediakan oleh majikan atau organisasi yang terlibat, di samping melalui inisiatif individu."

Turut hadir menyempurnakan majlis ialah Canselor Unisel, Datin Paduka Seri Rosmah Mansor.

Nasharuddin Mat Isa: Selangor Pakatan Rakyat 2010 Convention 07/03/2010 - VIDEO










Kerajaan Tidak Konsisten Amal Perundangan Syariah

Yusmawati Mhd Yusof


SHAH ALAM, 11 MAC - Jika tiga wanita yang dituduh melakukan seks haram di rotan serta-merta, tidak ada sebab mengapa individu yang memfitnah tidak didakwa ke mahkamah Syariah.

Keengganan kerajaan dan jabatan agama wilayah persekutuan bertindak keatas Saiful Bukhari Azlan mengundang persoalan sejauh mana pemerintah serius melaksanakan sistem perundangan Islam.

Pengerusi Sekretariat Ulama Asia, Abdul Ghani Abdul Rahman kesal kerana kerajaan Umno-Barisan Nasional tidak konsisten dalam mengamalkan undang-undang syariah.

Abdul Ghani di minta mengulas pendirian mengejut kerajaan bahawa mahkamah syariah tidak mempunyai kuasa untuk mengarahkan supaya pertuduhan qazaf di buat terhadap Saiful kerana mendakwa kononnya beliau di liwat datuk seri anwar ibrahim

Dakwaan itu penuh kecurigaan kerana laporan pakar hospital kuala lumpur mendapati tidak ada bukti untuk menyokong tuiduhan Saiful yang membuat kenyataan itu beberapa hari selepas berjumpa dengan Perdana Menteri najib Razak.

Lebih setahun Anwar cuba mendapatkan pembelaan dibawah undang-undang islam agar Saiful dihadapkan ke mahkamah syariah dengan pertuduhan qazaf terhadap.

Namun tidak ada tindakan susulan diambil oleh kerajaan mahupun JAWI.

Peguam kerajaan memberitahu mahkamah syariah semalam bahawa mahkamah syariah kononnya tidak mempunyai kuasa untuk mengarahkan pertuduhan sedemikian terhadap Saiful.

“Jadi di sini jelas, tidak ada konsistensi dan terdapat motif-motif yang terselindung perjuangan politik hendak dipertahankan dan kemenangan hendak diraih melalui cara-cara tidak demokratik, penggunaan media, dan juga institusi-institusi kerajaan yang rakyat seharusnya dilindungi martabat dan integritinya tetapi tidak dipedulikan sehingga jatuh integriti badan-badan seperti SPR dan SPRM hakim dan sebagainya,”katanya.

Abdul Ghani yang merupakan antara ulama yang palingc di hormati berkata tindakan mensebat tiga wanita baru-baru ini turut memperlihat campurtangan politik untuk meremehkan perlaksanaan hukum Islam.

“Maknanya mereka tidak konsisten, dalam kontek yang ini (sebat 3 wanita) mereka hendak buat, itupun tidak sempurna. Yang disuruh sekian-sekian dera yang dibuat hanya enam sahaja. Tidak adanya sifat konsistensinya itu membayangkan keikhlasan dan kesungguhan dalam melaksanakan keadilan kerana misi Islam itu adalah misi keadilan,”katanya.

Dalam pada itu, Tokoh agama, Dr Badrulamin Bahron berkata kerajaan pimpinan Umno jelas mengambil dua standard berbeza dalam keghairahan merotan tiga wanita yang menyerah diri, tetapi enggan bertindak ke atas aduan Qazaf terhadap Saiful.

Tindak-tanduk pemerintah sedemikian menghantar mesej yang salah kepada masyarakat bukan Islam.

“Ini adalah gambaran seluruh perjalanan sistem undang-undang di Malaysia pertuduhan terpilih, selektif hanya orang tertentu sahaja yang akan di bawa ke mahkamah sedangkan orang lain teelepas menurut keperluan dan maslahah pemimpin-pemimpin yang jahat (Umno) cuba mempertahankan kuasa,”katanya.

Peguam Umno: Kelantan tak layak royalti minyak sebab Ordinan Darurat


KUALA LUMPUR, 11 Mac — Kelantan tidak layak dalam tuntutan royalti minyak di luar perairan negeri itu kerana Ordinan (Kuasa-Kuasa Perlu) Darurat 1969 masih berkuatkuasa, kata seorang pengamal undang-undang.

Datuk Mohd Hafarizam Harun berkata peruntukan No. 7 Ordinan itu menetapkan sempadan negeri iaitu bumi negeri berkenaan serta perairan wilayah negeri itu sejauh tiga batu nautika yang diukur dari paras air surut.

Namun dua telaga minyak dipertikai Kelantan terletak di luar “kawasan” itu.

“Setahu saya Ordinan (Kuasa-Kuasa Perlu) Darurat 1969 itu masih kekal dan belum dimansuhkan kerajaan. Malah ada Ordinan yang digubal pada ketika itu, seperti ESCAR (Peraturan-Peraturan Perlu (Kes-Kes Keselamatan) 1975), masih digunakan,” katanya dihubungi Bernama di sini hari ini.

Beliau mengulas kenyataan bekas Ketua Menteri Sarawak Tun Abdul Rahman Yakub yang menyokong pendirian Kerajaan Pusat bahawa Kerajaan Negeri tidak berhak menuntut royalti minyak kecuali ia dapat membuktikan perairan wilayah negeri itu melebihi tiga batu nautika.

Hafarizam berkata peruntukan seperti ESCAR yang digunakan untuk mendakwa 29 anggota Al-Maunah pada tahun 2000 yang merancang untuk mengkhianati negara dengan menentang kerajaan yang dipilih secara demokrasi, membuktikan peruntukan yang digubal pada ketika itu masih belum dimansuhkan.

Pendakwaan kes Al-Maunah itu bagaimanapun dibuat secara terbuka mengikut Seksyen 121 Kanun Keseksaan iaitu kesalahan melancarkan serangan terhadap Yang di-Pertuan Agong atau pemerintah atau Yang Dipertua Negeri dan membawa hukuman mati atau penjara seumur hidup.

“Keadaan adalah sebaliknya jika Kerajaan Negeri Kelantan dapat membuktikan secara dokumen bahawa peruntukan itu (Ordinan Darurat) telah dimansuhkan mengikut nas-nas undang-undang,” kata Hafarizam.

Sebelum ini, Kerajaan Kelantan bertegas menuntut bayaran royalti berbilion ringgit terhadap operasi carigali minyak di perairannya daripada kerajaan pusat, namun negeri itu didapati tidak layak mengikut peruntukan undang-undang sedia ada.

Dua telaga minyak dipertikai itu terletak di kawasan 150 batu nautika dari perairan Kelantan di kawasan pelantar benua bertindih di Teluk Siam, Laut China Selatan, yang dibangunkan secara bersama Pihak Berkuasa Kawasan Pembangunan Bersama Malaysia-Thailand (MTJDA) sejak 1979.

Selain peruntukan Ordinan (Kuasa-Kuasa Perlu) 1969, Artikel 3 Konvensyen Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mengenai Undang-undang Laut (UNCLOS) pula menyebut, perairan wilayah Malaysia diukur dari garis pangkal hingga ke kawasan tidak melebihi 12 batu nautika.

Bagi Artikel 57, konvensyen yang sama, menjelaskan kawasan “di luar dan bersebelahan” kepada perairan Malaysia yang tidak melebihi 200 batu nautika dari garis pangkal ialah Zon Eksklusif Ekonomi.

Abdul Rahman dalam laporan sebuah portal berita hari ini berkata Sarawak layak untuk mendapat royalti minyak kerana Queen Elizabeth mengisytiharkan pada 1954 bahawa “bahawa wilayah perairan negeri di Malaysia Timur itu diperluas di luar had tiga batu nautika”.

Ini menyebabkan kedudukan undang-undang mengenai perkara itu berbeza di antara negeri-negeri di Semenanjung Malaysia dengan Sabah dan Sarawak yang turut menandatangani perjanjian dengan Petronas sekitar 1975/1976, melalui Akta Kemajuan Petroleum 1974.

Kerajaan Negeri Kelantan berhujah berdasarkan Akta Kemajuan Petroleum 1974, negeri itu layak menerima bayaran royalti lima peratus daripada jumlah pengeluaran di dua telaga minyak terbabit selain mungkin membawa perkara itu ke mahkamah.

Kerajaan pusat bersetuju memberi wang ihsan RM20 juta yang juga merupakan lima peratus daripada hasil pengeluaran gas sejak Mei 2008 di Blok Medan Bumi Selatan, Blok PM301, yang berdekatan dengan perairan negeri itu.

Satu lagi kawasan dipertikai iaitu Blok PM302 belum mengeluarkan hasil. — Bernama

Gambar Anwar di BTN, pesong fikiran rakyat

Oleh Masdar Wahid

KUALA LUMPUR : Umno kelihatan terdesak apabila terpaksa menayangkan gambar Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang diambil dalam penjara yang menunjukkan beliau sedang berdiri, selain gambar itu pernah digunakan Biro Tatanegara (BTN), untuk mendoktrinkan minda rakyat untuk terus menyokong Barisan Nasional.

Isu pokok adalah kecederaan saya akibat dipukul oleh bekas Ketua Polis Negara (Rahim Noor) dan pimpinan Umno cuba menafikan itu seperti yang terjadi ke atas kes A. Kugan, Beng Hock dan lain-lain.

Bukti MRI, dokumen rawatan dan pembedahan tulang belakang di Munich (Jerman) merupakan jawapan sebenar bagi melawan fitnah ini.

"Sepanjang di mahkamah pada 1998 sehingga 2004, saya juga tidak membawa masuk kerusi roda ke dalam mahkamah. Saya mampu berjalan perlahan dan berdiri.

"Namun sekarang, diulang siar foto dalam simpanan polis yang pernah ditunjukkan ketika kursus Biro Tata Negara yang mempertikai tahap keuzuran saya sekali gus melindungi jenayah bekas Ketua Polis Negara," kata mantan Timbalan Perdana Menteri itu menerusi blog peribadinya.

Ku Li: Malaysia berubah ke arah ‘Malayan Union’

Oleh Debra Chong

KUALA LUMPUR, 11 Mac — Tengku Razaleigh Hamzah, yang kini menjadi tumpuan isu royalti minyak, menyamakan Malaysia yang ditadbir Barisan Nasional (BN) sekarang mirip Malayan Union — sistem pentadbiran yang digerakkan British tetapi mendapat tentangan hebat lebih enam dekad yang lalu.

Sehubungan itu, kata putera Kelantan ini, kajian semula tata urusan antara kerajaan persekutuan dan negeri amat diperlukan untuk mengembalikan “hak berperlembagaan” negeri yang dilucutkan sejak kebelakangan ini.

“Putrajaya bertindak seperti kita sebuah negara kesatuan dan bukannya persekutuan,” kata Ahli Parlimen Gua Musang ini, wakil rakyat paling lama berkhidmat, pada forum umum mengetengahkan hubungan antara persekutuan dan negeri anjuran Majlis Peguam di sini hari ini.

“Secara ironis, dari segi amalan kita menjadi Malayan Union yang mana generasi terdahulu membantah dan menewaskannya,” kata Tengku Razaleigh sambil menambah, kerajaan persekutuan merampas kuasa-kuasa negeri dan mengawal ketat sumber-sumber negeri, malah haknya untuk menentukan bagaimana agama boleh diamalkan.

“Ini tidak berperlembagaan dan mesti ditahan dengan segera sebagaimana Malayan Union ditentang dengan penuh bertenaga.

“Dalam jangka panjang Malaysia tidak boleh berdaya maju sebagai sebuah negara kesatuan,” kata Ketua Umno Bahagian Gua Musang ini kepada hadirin dalam lingkungan 50 hingga 70 orang termasuk duta-duta, antara dari Kanada dan Belgium.

Beliau menekankan bahawa kesimbangan kuasa antara persekutuan dan negeri adalah mengecewakan dan kini memihak kepada kerajaan pusat, serta “tertumpu dalam tangan perdana menteri”.

Sehubungan itu kata beliau, kajian untuk mengembalikan keseimbangan sangat diperlukan.

Tambah Tengku Razaleigh, perkara itu boleh dilakukan sama ada menerusi undi di dewan undangan negeri ataupun menerusi Majlis Raja-raja Melayu.

Beliau yang bertanggungjawab dalam soal menubuhkan Petronas mengkritik kerajaan persekutuan pimpinan BN yang terus menafikan hak bagi Kelantan untuk mendapatkan bayaran “royalti” minyak.

Selain penafian itu dihebohkan menerusi akhbar-akhbar, kata beliau, ia diulangi oleh pegawai-pegawai kerajaan yang sewajarnya dilihat dengan serius.

Ini kerana menurut beliau, “kuasa kerajaan persekutuan terhadap sumber-sumber ini, sebagaimana dalam semua perkara lain, adalah satu kuasa yang diturunkan daripada kedaulatan asal setiap negeri.”

Sapp tidak sertai blok bebas Parlimen


KOTA KINABALU, 11 Mac — Parti Progresif Sabah (SAPP), yang keluar dari Barisan Nasional dua tahun lalu tidak akan menyertai apa yang dipanggil blok bebas anggota-anggota Parlimen yang meninggalkan Parti Keadilan Rakyat (PKR) baru-baru ini.

Presidennya, Datuk Yong Teck Lee, berkata oleh itu, dua Ahli Parlimen Sapp Datuk Eric Majimbun dan Datuk Dr Chua Soon Bui bukan individu bebas.

“Mereka dari Sapp mewakili kepentingan Sabah. Bagaimanapun, Sapp akan menyertai badan-badan bukan BN yang memperjuangkan kepentingan Sabah.

“Atas dasar ini, dua MP Sapp adalah sebahagian daripada Kaukus Parlimen mengenai petroleum diketuai oleh Tengku Razaleigh Hamzah kerana ini menyentuh kepentingan Sabah secara langsung,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Menyangkal komen Ahli Parlimen Pasir Mas Datuk Ibrahim Ali semalam yang mengandaikan bahawa dua wakil rakyat SAPP itu berada dalam “blok bebas”, Yong berkata:

“Pendirian kami kekal bahawa kami keluar dari kerajaan BN pada 2008 kerana kami hilang kepercayaan terhadap BN menyelesaikan masalah Sabah yang semakin hari semakin buruk.

“Sebab itu Sapp bekerjasama dengan pembangkang Pakatan Rakyat di Parlimen untuk menumbangkan pentadbiran BN ini.

“Sebarang pembohongan oleh beberapa orang ahli politik di Kota Kinabalu, Sipitang dan Sandakan dan di Internet dalam beberapa hari ini kononnya Sapp sedang kembali kepada BN adalah percubaan terdesak untuk melemahkan perjuangaan Sapp untuk Sabah,” katanya.

PAS Kutuk Penahanan Mazlan, Felda Talian Hayat Umno


Parti Islam Se-Malaysia (PAS) mengutuk penahanan Pengerusi Persatuan Anak-anak Peneroka Kebangsaan (Anak), Mazlan Aliman. Penahanan beliau yang juga Ahli Jawatankuasa PAS Pusat di Ibu Pejabat Polis Daerah Raub petang semalam merupakan penahanan politik.

PAS melihat bahawa beliau menjadi mangsa atas daya usahanya yang memimpin peneroka Felda dalam Persatuan Anak yang berjuang untuk mempertahankan hak para peneroka. Penahan ini juga dilihat sebagai usaha untuk menakut-nakutkan para peneroka lain agar tidak memberikan kerjasama atau menyertai Anak ini.

Felda-Talian Hayat Umno

Felda sebenarnya menjadi 'anak emas' Presiden Umno yang kini menjadi Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak. Dengan mempunyai lebih dari 113,000 orang peneroka (Tidak termasuk keluarga mereka), Felda merupakan talian hayat terakhir bagi Umno dibeberapa negeri di Semenanjung Malaysia pada Pilihanraya lalu.

PAS berjaya menembusi Pahang di DUN Semantan dan Berserah, dimana kedua-duanya bukanlah kawasan Felda dan Umno masih boleh menang selesa di Pahang kerana bantuan pengurusan Felda yang menyekat masyarakat Felda menerima informasi yang betul.

Kezaliman Felda

Felda yang dulunya adalah satu projek perladangan untuk menjana ekonomi rakyat dibawah program DEB kini diuruskan oleh Syarikat milik Kerajaan iaitu FELDA Holdings yang memiliki lebih 60 buah anak syarikat yang beroperasi di dalam dan luar negara. Pada tahun 2008 jumlah hasil perniagaannya mencecah jumlah RM15.4 bilion.

Walaupun pendapatan Felda Holding begitu besar, namun peneroka menjadi mangsa bila mana Peneroka tidak dibenarkan menanam semula sendiri kelapa sawit. Mereka diberikan hutang untuk membayar semua kerja ini yang diswastakan kepada anak syarikat Felda Holding iaitu Technoplant.

Selain itu, Felda melakukan pelbagai strategi bagi memaksa peneroka menyerahkan tanah mereka. Felda Plantations menawarkan mereka untuk menjadi pemegang saham dengan kadar bayaran pulangan bulanan adalah RM 1,500-RM 2,100 tanpa perlu bersusah payah bekerja diladang seperti dahulu. Namun mereka yang bersetuju dipaksa membuat pinjaman kos menanam semula kebun dan membina rumah baru. Jumlah hutang ini sekitar RM70,000-RM 90,000 sedangkan mereka yang menolak masih mampu hidup tanpa hutang dengan hasil sekitar RM 4,000-RM 7,000 sebulan.

Itu adalah sebahagian kecil fakta yang menjadi rintihan peneroka Felda. Namun, usaha membongkar lebih banyak penindas semakin cuba dihalang. Umno juga dilihat mempergunakan sentimen Melayu bagi menghasut peneroka menolak Anak, walhal Pengerusinya sanggup ke penjara untuk perjuangkan masa depan mereka.

PAS menyokong perjuangan Anak dibebaskan dan mahu hak peneroka Felda untuk bersuara tidak disekat. Peneroka Felda bukan banduan, mereka adalah rakyat yang merdeka dan berhak untuk bertemu sesiapa yang mereka suka. Jadi tidak ada salahnya jika Mazlan ingin bertemu mereka. Dan sebagai Pengerusi Anak, beliau berhak untuk meninjau ahli-ahlinya disemua kawasan kerana hak untuk berpersatuan dijamin oleh perlembagaan negara ini.

Idris Ahmad
Ketua Penerangan PAS Pusat

Jawapan Abdul Aziz Bari tentang hak jagaan juvana

(Harakah Daily) - Pakar Perlembagaan dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Profesor Dr. Abdul Aziz Bari menganggap ketetapan Mahkamah Tinggi Ipoh menyerahkan hak penjagaan tiga orang anak bagi seorang mualaf, kepada seorang ibu kandung yang bukan beragama Islam adalah tidak begitu jelas.

Menurut beliau, ketidakjelasan tersebut ekoran belum ada lagi penghakiman bertulis dari mahkamah terbabit.

“Kes ini tidak begitu jelas kerana belum ada penghakiman bertulis,” kata beliau, seperti yang dipetik dari emailnya kepada Harakahdaily petang tadi.

Pun begitu, berdasarkan tindakan Hakim Wan Afrah Wan Ibrahim menemui juvana terbabit seperti yang dilaporkan beberapa media, Abdul Aziz yakin ketetapan tersebut sebenarnya dibuat dengan mengambil kira kehendak dan kebajikan juvana-juvana terbabit.

“Dari apa yang dilaporkan, hakim telah bercakap dan menemui kanak-kanak itu dan pastinya memutuskan apa yang sesuai dengan kehendak dan kebajikan mereka,” jelasnya.

Bercakap dari segi kehukuman, sama ada Islam atau sivil, beliau berpendapat berkata, soal kebajikan dan kepentingan anak-anak sebenarnya mengatasi yang lain.

Mengulas tentang kelayakan M Indera Ghani, iaitu ibu kandung kepada ketiga-tiga juvana terbabit, beliau menasihatkan semua pihak supaya tidak memperbesarkan isu ketidak-Islaman ibu terbabit.

Ujarnya lagi, ketidak-Islaman ibu terbabit seharusnya tidak dipandang secara negatif kerana soal keimanan seseorang adalah dalam urusan Allah.

“Soal ibu bukan Islam saya fikir jangan dibesar-besarkan dan dipandang sebagai semestinya negatif. Soal iman ialah soal Allah s.w.t,” ujarnya.

Bagaimana pun, beliau menyuarakan rasa faham dengan sensitiviti dalam kalangan umat Islam di tanah air.

“Saya faham umat Islam kebanyakannya mengandaikan ini satu penghinaan kepada Islam, tak semestinya,” beliau menambah.

Dalam pada itu, sekiranya juvana beragama Islam terbabit ditukar ke agama asal, beliau menegaskan bahawa pihak berwajib bolehlah mengambil tindakan yang dianggap wajar dan sesuai.

Ekoran itu, beliau menasihatkan semua pihak memandang status beragama juvana-juvana terbabit secara matang.

“Pengislaman automatik (yang dihujahkan oleh kebanyakan orang Islam) saya fikir perlu dilihat dengan lebih matang,” jelasnya.

“Memilih agama perlukan kefahaman dan kewarasan, ia tidak boleh dipaksa. Lainlah dalam keadaan kedua-dua ibu dan bapa memang sedia Islam.”

Abdul Aziz berkata, di sisi perlembagaan memang mencukupi seorang sahaja dari ibu atau bapa untuk menentukan agama si anak.

Disebabkan itu, Abdul Aziz berpendapat bahawa menggunakan mahkamah syariah untuk menentukan hak penjagaan kepada kanak-kanak terbabit adalah meragukan.

“Kes ini melibatkan orang bukan Islam jadi kedudukan mahkamah syariah agak meragukan,” jelasnya.

Sebaliknya, menurut beliau, sekiranya kes terbabit dibicarakan di mahkamah sivil seperti sekarang, undang-undang Islam masih boleh dijadikan digunakan dalam proses penghujahan.

“Tetapi kalau ia dibawa ke mahkamah sivil pun undang-undang Islam boleh dihujah dan dipakai.

“Tidak semestinya hanya kerana kes itu di mahkamah sivil undang-undang Islam diketepikan,” jelasnya.

Tuntas dari itu, beliau berkata, peruntukan dalam perlembagaan serta undang-undang tertentu seharusnya memberi ruang kepada kedudukan agama Islam di tanah air.

Dalam perkembangan yang sama, peguambela Mohammad Faizal Che Yusof dilaporkan, memfailkan permohonan di mahkamah supaya pelaksanaan kehakiman Hakim Wan Afrah itu ditangguhkan.

Turut dilaporkan, M Indera Ghandi mendakwa bekas suaminya, Muhammad Riduan Abdullah atau K. Pathmanathan telah mengIslamkan anak mereka pada April tahun lalu.

Lanjutan itu, Indera yang juga guru tadika cuba mendapatkan perintah mahkamah syariah bagi hak penjagaan anak-anak kandungnya mereka.

Ummu Salamah, 13, dan Abu Bakar, 12, dilaporkan tinggal bersama-sama Indera di Ipoh, manakala Ummu Habibah, 2, dilaporkan tinggal bersama-sama Mohammad.

Pada 22 Januari lalu, Hakim Wan Afrah dilaporkan menangguhkan perbicaraan kira-kira 10 minit demi meluangkan masa dengan juvana terbabit di kamar hakim.

Hakim Wan Afrah dilaporkan berkata, beliau mahu bercakap sendiri dengan semua juvana terbabit demi memastikan bahawa beliau membuat ketetapan kehakiman yang tepat.

Pun begitu, Muhammad dilaporkan tidak membawa anak bongsu mereka ke mahkamah seperti yang diarahkan oleh hakim.

Judgment Day for Dato’ Ramli Yusuff

March 12 is Dato Ramli Yusuff’s Judgment Day

Tomorrow, March 12, in Sessions Court No.1 on the 4th Floor of the Jalan Duta Courts Complex, Kuala Lumpur will be judgment day for Dato Ramli Yusuff. Judge Gunalan will decide whether Dato Ramli will be acquitted without his defence being called.

Let us recall what happened. In 2006, Musa Hassan became IGP. At that time, the loan shark syndicate, the Along, was a menace that had gripped the whole country. The government was worried. A task force was formed. The Director of Commercial Crimes Investigations Dept (CCID), Dato Ramli Yusuff was appointed to be the joint Chairman of that Task Force. The Deputy Minister of Home Security, Dato Johari Baharom received information that the Along syndicate involved VIPs. Dato Johari directed Dato Ramli to investigate the matter and report directly to him.

At the same time, the CCID intelligence by several ground operatives made a startling discovery – it seems the crime syndicate controls the Police hierarchy. No less than IGP Musa Hassan was implicated. The intelligence report went up to the Director CCID. Dato Ramli reported this to Dato Johari Baharom. Suddenly, a mysterious blog appeared to accuse Dato Johari of being corrupted. It was a single posting blog and it disappeared after that.

Several statutory declarations appeared in RPKs Malaysia Today including one by the Aide d Camp (ADC) of IGP Musa Hassan accusing IGP Musa Hassan of being in cahoots with the warlord BK Tan and his underworld operatives Goh Cheng Poh @ Tengku Goh. The ADCs SD also revealed that former CID Director Dato Christopher Wan conspired with IGP Musa Hassan to set up this blog. The objective was simple- attack Dato Johari to discredit the CCID investigation. That worked.

A deal was cut with the involvement of the MACC Dato Johari was cleared, IGP Musa was also cleared. They will not attack each other anymore publicly. It does not matter that that the crime index during Musa Hassan’s tenure as IGP soared to an all time high. But someone must be made the scapegoat.

The CCID operatives 6 rank and file officers were charged for fabricating evidence against the IGP Musa Hassan. Does it make sense that 6 lowly ranked officers would try to dethrone the IGP? No, that was just a message. And the message is this you will be destroyed if you go against those in the corridors of power. You will face the might of the Unholy Trinity The A-G, The IGP and The MACC. This Unholy Trinity has been the apparatus of oppression in all the recent political maneuverings in Perak, Selangor, Penang and Kedah.

Back to Dato Ramli’s case, he was scandalized by the MACC and the mainstream media as being a corrupted cop- the RM 27 million Cop. That was enough to destroy a public servant. They fabricated a case against him by using an EO detainee, one shadowy figure known as Moo Sai Chin.

Dato Ramli engaged lawyer Rosli Dahlan. Rosli set up a team of accountants and did a full audit of Dato Ramlis assets. Rosli showed that Dato Ramli had filed no less than 35 assets declarations in his 32 years of service. Rosli also piled on the MACC several boxes of documents to show that all of Dato Ramlis assets are legitimate. A-G Gani was furious, so they decided to fix Lawyer Rosli Dahlan and teach him a lesson that he will never forget.

A-G Gani and IGP Musa Hassan were also angry that Rosli had acted for the CCID in preparing the affidavits for the CCID after the A-Gs Chambers refused to act for the CCID in the habeas corpus application by Goh Cheng Poh @ Tengku Goh. At about that time, Rosli was also acting for the national airlines, MAS, which had been raped to the bones by its Chairman. Rosli was oblivious that he was making all these enemies.

So on the 27th day of Ramadan, just two days before Hari Raya of 2007, the MACC stormed Roslis office, assaulted him and dragged him to their dungeon cell and kept him there to suffer. They charged Rosli the next day and splashed that story in all the major newspapers.

In defence of his friend and counsel, Dato Ramli gave a press statement of the syndicates activities and the conspiracy to eliminate him and of the persecution against Lawyer Rosli Dahlan. Dato Ramli was charged on 2nd November 2007. There was no RM 27 million!

In his defence, Dato Ramli cried Conspiracy! The MACC DPP Dzulqarnain said that conspiracy is irrelevant because Dato Ramli was not charged for corruption! So, this is not a corruption case after all! In the end, Dato Ramli was charged for willfully failing to declare some small change. But, A-G Gani did not charge Khir Toyo for building a RM 24 million palace. A-G Gani did not charge Mohamed Hassan, MB of Negri Sembilan for sending out RM 10 million through a money changer.

To further confuse the public, A-G Gani Patail also charged Dato Ramli for using a Police Cessna as if he went on a joy ride while in uniform, as if Dato Ramli was a school truant. In the end, Musa Hassan was revealed as the Chief Conspirator whose evidence as the 75th prosecution witness was not to be relied on. Judge Supang Lian dismissed that case without bothering to call for Dato Ramlis defence. It was clear in her mind this was a fix up. In other words, Musa Hassan is a liar just as A-G Gani is a liar.

A-G Gani went on record that the investigation against Dato Ramli has been completed. This is now shown to be a lie in the trial of Dato Ramli. Out of 35 Prosecution Witnesses who testified, 28 stated that their statement was recorded in 2008. The A-G had also been accused of lying in Anwar Ibrahims case. There are just too many accusations against this A-G for him to have any credibility.

Yet, he is the all powerful A-G. It is he and he alone who decides who gets charge and who dont. So, in the case of the Al-Islam reporters who desecrated a Holy Communion rites, he decided they were innocent and should not be charged . In the Altantuya murder, he decided there should be no appeal against Razak Baginda.

In Shakespeare, Julius Caesar was warned to Beware the Ides of March! That was the date that Julius Caesar was killed in 44 B.C. Although the Ides of March is the 15th of the month, yet Dato Ramlis judgement day, 12th of March is close enough to the date that Julius Caesar was assassinated by his friend Brutus. My heart would bleed for Dato Ramli if justice is assassinated by the courts tomorrow .–Din Merican

VINCENT TAN DAN ANANDA KRISHNAN..MASUK SENARAI LOMPAT

Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif Berjaya, Tan Sri Vincent Tan, menjadi hartawan Malaysia terbaru dimasukkan dalam senarai bilionair dunia 2010 Forbes.



Pendatang baru itu, yang bernilai AS$1.2 bilion dan menduduki tempat ke-828, menyertai lapan rakyat Malaysia lain yang berada dalam senarai 1,011 bilionair global yang diumumkan oleh Forbes hari Khamis.




Hartawan Malaysia yang lain termasuklah raja gula Robert Kuok yang menduduki tempat ke-33 dengan kekayaan bernilai AS$14.5 bilion.


Seorang lagi usahawan Ananda Krishnan (tempat ke-89)(AS$7.6 bilion).



Pengerusi IOI Corporation Tan Sri Lee Shin Cheng (ke-189) (AS$4.4 bilion)

Pengerusi Public Bank Tan Sri Teh Hong Piow (ke-277)(AS$3.4 bilion)


Pengerusi Kumpulan Hong Leong Tan Sri Quek Leng Chan (ke-277) (AS$3.4 bilion) .

Pengerusi YTL Corporation Yeoh Tiong Lay dan ke
luarga (ke-421) (AS$2.3 bilion).

Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary (ke-655) (AS$1.5 bilion) .


Pengerusi Kumpulan Rimbunan Hijau Tiong Hiew King (ke-937) (AS$1.0 bilion).

perakkume

SALBIAH WAHAB: Kenapa rakyat perlu bosan dengan Umno


Kes penderaan kanak-kanak yang berlaku akhir-akhir ini menjadi-jadi. Selepas satu kejadian dilaporkan, terdengar satu lagi kejadian. Ia seperti menjadi satu ‘pandemic’ dan trend yang boleh dianggarkan berlaku.

Beberapa cadangan dan pendekatan telah dikemukakan bagi mengatasi gejala penderaan kanak-kanak. Segala saluran dan medium digunakan bagi menunjukkan keseriusan gejala ini hendak dibenteras. Kes penderaan ini telah mencapai tahap pengetahuan maksima, iaitu dibawa ke pengetahuan Kementerian Wanita, Polis, mahkamah malahan akhbar dan media elektronik telah memainkan peranan.

Bermakna umum telah mendapat maklumat terperinci kes-kes kejadian penderaan ke atas kanak-kanak. Akhbar dan televisyen telah menceritakan dan mendedahkan gejala ini. Ditambah dengan arahan baru oleh Kementerian dan pihak berkuasa polis yang mahu dilaporkan kejadian yang serupa sekiranya anda mempunyai maklumat kejadian kes-kes penderaan.

Tetapi, kalau polis tahu, apa polis boleh buat? Mengambil contoh, dalam kejadian Makan Malam Menyambut Ulang Tahun ke-2 Pakatan Rakyat Peringkat Wilayah Persekutuan, bilangan polis yang ramai telah dikerah bertugas di tempat makan malam.

Polis telah mengganggu majlis aman penyokong Pakatan Rakyat yang berhimpun di premis persendirian dan polis juga yang telah memukul beberapa pemuda yang berada di majlis tersebut. Jadi, ini adalah kes penderaan oleh polis.

Kerajaan Umno BN juga melakukan beberapa penderaan ke atas rakyat. Kerajaan Umno BN telah menjalankan dan akan mengumumkan beberapa lagi perkara-perkara penderaan ke atas rakyat, kerana memenuhi slogan 'rakyat didahulukan' dalam merasai kesempitan dan penganiayaan.

Dengan menamatkan bantuan kepada sekolah-sekolah Agama Rakyat adalah satu bentuk penderaan kerajaan kepada rakyat. Menyekat bantuan yang sepatutnya diterima oleh negeri-negeri yang diperintah oleh Pakatan Rakyat adalah juga penderaan kerajaan Pusat kepada kerajaan negeri. Yang paling jelas lagi ialah sikap Kerajaan Pusat yang tidak mahu membayar royalti minyak kepada rakyat Kelantan adalah menifestasi penderaan kerajaan Umno BNBn kepada rakyat terbanyak.

Apa yang boleh kita setujui apabila Perdana Menteri Malaysia menyatakan ‘kejadian penderaan ke atas kanak-kanak tanda institusi rumah-tangga rapuh’. Benar ini adalah kesan dari institusi rumah tangga yang rapuh dan penyakit sosial yang ‘pandemic’ dan meruncing seperti barah.

Tetapi kejadian seperti ini ada hubung kaitnya dengan kerajaan. Kehidupan dan tahap sosio-ekonomi rakyat adalah hasil daripada rakyat yang tidak mendapat cukup pembelaan oleh kerajaan. Dikala hendak mencari makan sesuap nasi pun susah bagi golongan yang berpendapatan rendah, ditambah dengan pelbagai cukai yang akan dikenakan Kerajaan kepada rakyat, kesemua ini memberi dan menambah beban yang terpaksa ditanggung oleh rakyat.

Rasulullah saw pernah bersabda: ‘Rakyat mengikut agama pemimpin’. Apakah ini benar dalam kes penderaan kanak-kanak yang dibunah, rakyat mengikut corak pemikiran dan apa yang dilakukan oleh pemimpin?

Memang bukan jalan penyelesaiannya mendera, menyeksa, menyakiti dan akhirnya membunuh kanak-kanak yang tidak berdosa. Tetapi masalah kehidupan yang serba tidak mencukupi boleh mengheret kepada kehidupan tidak tenang dan menyebabkan fikiran terganggu dan lebih teruk lagi mengakibatkan gejala mental yang serius.

Rakyat juga telah bosan dengan pemimpin kerajaan yang turun padang bertemu dan bersalaman dengan rakyat, kemudian dihidangkan makan nasi kawah. Pegang cangkul 3-saat untuk dirakam oleh juru kamera kemudian disiarkan di dalam surat khabar atau televisyen.

Tambah bosan lagi, bila berucap, mengumumkan akan memberi peruntukan yang besar kepada satu-satu kampung. Bertepuk-bersorak orang kampung akan dapat wang besar yang diberi oleh pemimpin UMNO-BN.

Tapi, bila nak dapatnya? Tunggulah pilihanraya, nanti akan diumumkan lagi. Bila!!? Pemimpin ini akan berkata, ‘Itu janji pilihanraya!’.

Mungkin ramai juga yang tidak bosan dengan pemimpin yang sedemikian. Malahan memuji dan mengikut sikap pemimpin. Kerana pemimpin seperti itu adalah buktinya ‘Pemimpin berjiwa rakyat’. Maka sebab itu pemimpin disanjung-sanjung…manalah tahu boleh dapat projek besar. Kerana pemimpin yang berjiwa rakyat akan bersaing dengan rakyat untuk mendapat projek besar, tapi ‘of course’ pemimpinlah dapat.

Hadith Rasulullah saw bersabda mengenai pemimpin: Sebaik-baik pemimpin adalah kamu mengasihi mereka dan mereka (pemimpin) mengasihi kamu. Kamu berdo’a untuk mereka dan mereka mendoakan kamu, dan begitulah sebaliknya.

Adakah ciri ini ada pada pemimpin Umno BN atau ciri ini sesuai untuk kerajaan Tok Guru Nik Aziz dan lain-lain pemimpin Pakatan Rakyat? Diharap rakyat Malaysia boleh memikirkan hal ini.

Maka, tanggungjawab kerajaan Umno BN yang memerintah adalah memikirkan kebajikan rakyat secara holistik. Kerajaan Umno/Bn mesti memikirkan kebajikan rakyat. Sehingga kini, Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Abd Razak masih belum mengumumkan apa-apa hadiah istimewa kepada rakyat terbanyak. Setakat yang berunsur ‘political mileage’ ada.

Berbanding dengan negeri Pakatan Rakyat yang hanya baru 2 tahun memerintah telah mampu mengumumkan beberapa kemudahan dan keistimewaan untuk rakyat di negeri Pakatan Rakyat. Bantuan kebajikan untuk rakyat terbanyak menjadi agenda Kerajaan Pakatan Rakyat. Contohnya: air percuma sebanyak 20 meter padu untuk rakyat Selangor. Berbeza dengan Umno. menswastakan air dan kos ditanggung oleh rakyat.

Maka sudah sampai masanya rakyat menukar kerajaan di negeri-negeri dan Kerajaan Persekutuan yang ada ini dengan kerajaan Pakatan Rakyat. Tidak kira bila masanya, berlaku sahaja pilihanraya kecil atau pilihanraya umum, kotakan janji anda, pilihlah Kerajaan Pakatan Rakyat untuk kesejahteraan Malaysia dan rakyat seluruhnya.

* Salbiah Abdul Wahab adalah Ketua Penerangan Dewan Muslimat PAS Pusat

Mazlan ada asas kuat saman malu pengurus Felda - peguam


RAUB, 11 Mac: Peguam Mohd Harris Abdullah menyatakan ada asas yang kuat bagi membolehkan saman malu dikenakan terhadap pengurus Felda Lembah Klau berhubung isu menahan Mazlan Aliman daripada mengadakan dailog bersama peneroka.

Beliau berkata demikian dalam Sidang Akhbar Khas yang diadakan di Pejabat PAS kawasan di sini selepas Mazlan dibebaskan dengan bon polis RM3,000 oleh Mahkamah Majistret Raub tanpa sebarang pertuduhan.

“Saman malu boleh dkenakan. Ada asas yang kuat untuk berbuat demikian kerana tuduhan terhadap Mazlan menceroboh masuk kawasan Felda tidak tepat. Menceroboh mesti dijelaskan dengan maksud berlakunya unsur jenayah tetapi ia tidak berlaku dalam kes ini.

”Sebagai orang yang mempunyai nama besar dan telah dimalukan, Mazlan ada asas untuk membuat saman malu,” katanya.

Sementara itu Naib Presiden PAS yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dan Mazlan Aliman sendiri tidak menolak kemungkinan menyaman pihak terbabit.

”Kita akan saman pengurus Felda terbabit. Dia bertindak di luar batasan yang sepatutnya,” kata mereka.

Sementara itu, Mazlan yang juga Pengerusi Persatuan Anak-anak Felda Kebangsaan (Anak) menafikan tangkapan terhadapnya ekoran dakwaan mengeluarkan kenyataan pekerja Felda makan duit haram, merompak duit peneroka dan sebagainya di dalam satu majlis ceramah di Johor.

"Tidak ada kena mengena," tegas Mazlan lagi menafikan dakwaan sebuah persatuan yang difahamkan mempunyai kaitan dengan Felda.

Kenyataan persatuan yang menyebutkan perkara itu disiarkan dalam satu siaran berita radio awal petang tadi.

Dalam perkembangan sama, Mazlan telah dibebaskan setelah ditahan selama dua malam di Ibu Pejabat Polis (IPD) Raub, Pahang.

Mazlan yang juga Ahli Jawatankuasa PAS Pusat ketika dihubungi baru sebentar berkata, beliau dalam perjalanan pulang ke Johor.

Menurutnya, beliau ditahan selepas menyertai majlis dialog di sebelah petang di Felda Lembah Klau pada 9 Mac lalu.

Katanya, selama dua malam itu, beliau ditahan di bawah Kanun Keseksaan Akta 441 ekoran didakwa kesalahan pencerobohan.

Insiden itu berlaku selepas Mazlan mengadakan satu majlis dialog di rumah sebuah peneroka di Felda berkenaan lalu ada seorang pegawai Felda datang menghalang kerana kononnya tidak mempunyai permit.

Peguam Haris Abdullah berkata, berlaku sedikit kekecohan ekoran tindakan pegawai Felda itu sedangkan tuan rumah telah membenarkan Mazlan berdialog dengan peneroka di situ.

"Mazlan ditahan pada kira-kira jam 11.30 malam selepas membuat satu laporan polis di balai yang sama," katanya lagi.

Haris berkata, Mazlan membuat laporan berhubung satu kekecohan yang berlaku di tempat beliau mengadakan dialog dengan peneroka Felda Lembah Klau.

Beliau yang sudah berbelas tahun bergerak aktif di dalam memperjuangkan nasib peneroka Felda seluruh negara dibebaskan oleh Mahkamah Majistret Raub sekitar jam 11 pagi tadi dengan bon polis RM3,000 dengan seorang penjamin.