Rabu, 10 Mac 2010

Nik Aziz Mahu PAS Anjur Seminar Hak-hak Bukan Islam Sebelum Muktamar


Mursyidul Am PAS Datuk Nik Aziz Nik Mat mengesyorkan seminar menyentuh hak-hak bukan Islam dalam pemerintahan berteraskan Islam sempena Muktamar PAS pertengahan tahun ini dalam usaha memantapkan Pakatan Rakyat.

Kata beliau, melalui seminar sedemikian PAS boleh melakukan pendekatan yang baik dalam menghubungkan kefahaman antara pemimpin Islam dengan bukan Islam.

“Demi mengukuhkan lagi Pakatan Rakyat dan bagi mempersiapkan diri mendepani banyak lagi cabaran mendatang, maka PAS sewajarnya mengadakan satu seminar atas isu hak-hak bukan Islam di dalam pemerintahan berteraskan Islam bersempena Muktamar PAS akan datang,” kata beliau dalam perutusannya sempena ulang tahun kedua Pakatan Rakyat.

Dalam pilihan raya umum ke-12 Mac 2008, Pakatan Rakyat menguasai lima negeri termasuk Kelantan yang dimenangi PAS pada 1999. Bagaimanapun Perak berpindah tangan awal tahun lalu.

Pakatan Rakyat yang dianggotai PAS, DAP dan PKR juga memperoleh satu pertiga kerusi di Parlimen — kali pertama dalam sejarah pilihan raya negara ini.

Nik Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan memberitahu bersempena dengan dua tahun usia Pakatan Rakyat ini beliau berharap para pemimpin dan pendukung perjuangan ikatan itu dapat menguatkan lagi tekad ke arah membina perpaduan dan persefahaman serta keyakinan agar terus utuh di atas prinsip keadilan untuk semua rakyat.

“Ini kerana prinsip tersebut adalah sejajar dengan ajaran Islam yang mengutamakan keadilan untuk semua kaum di negara,” katanya.

Sehubungan itu kata beliau, ada baiknya seminar itu dapat menjadikan tulisan As-Syeikh Dr. Yusoff al-Qaradhawi, bertajuk “Ghairul muslimin fil mujtama’ul-Islami” sebagai bahan rujukan penting untuk perbincangan.

“Mungkin dengan penganugerahan tokoh Maal Hijrah oleh kerajaan Malaysia kepada as-Syeikh Dr. Yusoff tahun lalu adalah suatu titik persetujuan awal bagi menerima idea-idea baik daripada beliau untuk difahami dan diamalkan dalam kerajaan.

“Sekali gus ia boleh diajak bersama para pemimpin politik bukan Islam menyertai seminar tersebut,” katanya.

Pengkhianatan dalam tragedi Natrah

Saya tak membaca naskah bertajuk "Natrah: Cinta, Rusuhan dan Air Mata". Tetapi, lebih kurang saya dapat membaca keghairahan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang menyatakan Kementerian Pelajaran akan mempertimbangkan secara serius untuk menjadikan naskhah 'Natrah: Cinta, Rusuhan dan Air Mata' sebagai teks utama dalam subjek Kesusasteraaan Melayu peringkat menengah tinggi (lihat berita mStar semalam "Naskhah Natrah dipertimbang teks utama subjek sastera Melayu").

Orang lain saya tak tahu. Tetapi sebagai ayah, peristiwa Natrah menjadi subjek kepada saya untuk menceritakan bagaimana puak yang saya asuh mereka benci enggan mengambil bahagian dalam bantahan ke atas tindakan memurtadkan Natrah (lihat Harakah Daily 12/7/09 "Tragedi Natrah antara bukti Umno tidak serius bela Islam"). Pengkhianatan bermula sejak dari dahulu lagi.

Jangan lupa, perancang penjajahan Britain di Mesir, Lord Cromer menyatakan dengan jelas di dalam buku beliau 'Modern Egypt' bahawa "Inggeris bersedia untuk memberi kebebasan berpolitik untuk semua tanah jajahannya sebaik sahaja generasi yang dididik dengan budaya British sudah bersedia untuk memerintah, tetapi British sama sekali tidak akan membenarkan tertegaknya sebuah negara Islam yang tidak bergantung kepada sesiapa pun"
PB.

Ikon pahlawan Melayu


Image
Ibrahim Ali ikon pejuang Melayu?????
 
Akhirnya – ikon Melayu wujud dari celah-celah UMNO, kemudiannya Semangat 46 – kemudiannya UMNO – lalu timbul pula di celah-celah Parti Keadilan Rakyat dan kemudian di celah-celah PAS.  Ikon pejuang Melayu ini hadir dengan perjuangan untuk orang Melayu dan kerana itu beliau mengelilingi semua parti yang ada untuk mungkin mendapatkan sumber dan maklumat terkini mengenai Melayu. Adakah ini Ikon pejuang Melayu yang dicari – penuh prinsip dan penuh istiqamah perjuangan – hanya kerana Melayu. Adakah ini pejuang Melayu yang berani menongkah arus atau mengikut arus dan deras dengan sikap oportunis selama ini. Anak-anak Muda baru seakan teruja melihat ikon perjuangan Melayu atau sebenarnya teruja dengan cara beliau yang tidak tahu batasan air muka dan maruah. Kita nilai sama ada ini dia – ikon Melayu yang telah berjuang untuk Melayu. Fikirlah......jangan rebah sebelum meningkat – jangan bocor rumbia lantas menyulitkan – itu rakyat tu......Ibrahim Ali - hero pejuang Melayu...........adusssss

Ezam dan kes liwat Anwar Ibrahim


Image
 
Kenyataan Ezam – dipetik dari www.agendadaily.com
Ezam memberitahu beliau terpanggil untuk menentang Anwar habis-habisan kali ini hingga mengambil cuti tiga bulan dalam tugasnya di Yayasan Generasi Baru berpejabat di Jakarta untuk round satu negara bagi mematahkan dakyah Anwar dalam ceramah mengenai kes liwatnya. “Anwar Ibrahim round …saya kena round…saya nak jawab,”katanya sambil meminta maaf kerana semasa perbicaraan kes liwatnya yang pertama dulu beliau menjadi panglima mempertahankan Anwar.
Serentak dengan itu beliau melafaz sumpah mengaku beliau silap mempertahankan Anwar.

Kononnya beliau difitnah…malam ini di Gombak dan malam-malam seterusnya dan selepas ini…saya memohon maaf saya tersilap …saya tarik balik setiap patah perkataan membela Anwar Ibrahim,”katanya disambut tepukan gemuruh.  Katanya baru sekarang beliau tahu hal sebenarnya.”Kalau dulu saya tahu haram saya nak sokong dia,”ujarnya.
So... apa komen kita mengenai Ezam Mohd Nor – bekas panglima PKR dan orang kuat Anwar

BENARKAH 10,000 UMAT ISLAM MURTAD DAN JIKA INI ANGKA BENAR APAKAH TINDAKAN ???????

http://www.tepakbersulam.com
Ahli Majlis Syura Ulama Pas, Ahmad Awang tanya mufti Perak mengenai ceramah-ceramahnya yang mengatakan bahawa lebih 10,000 umat Islam sudah murtad dan dia sendiri menyatakan UMNO gagal dalam hal itu, mufti terus diam dan meletakkan telefon. “Jadi, siapa yang tidak bekerjasama,” Lantas PAS bergabung dengan DAP/PKR.
Persoalan nya sekarang apakah angka yang dinyatakan ini adalah angka yang benar dan benarkah 10,000 umat Islam sudah murtad ? Sekiranya ini satu angka yang benar maka adalah satu kewajipan bagi parti PAS untuk bergabung dengan UMNO untuk menubuhkan sebuah kerajaan bagi menangani masalah ini kerana dari angka yang disebut dan jika ianya benar berlaku adalah merupakan sesuatu gejala yang amat serius yang perlu ditangani.
Apakah dengan bergabung dengan DAP/PKR menubuhkan kerajaan boleh mengurang atau menghalang Murtad ? Apakah selama hampir setahun bergabung dengan DAP/PKR/PAS telah berjaya melakukan sesuatu bersama DAP/PKR untuk mengelakkan angka ini meningkat ? Kesombongan Ahli Majlis Syura Ulama Pas, Ahmad Awang juga boleh menyukarkan pergabungan dua buah parti Melayu untuk bergabung untuk menubuhkan sebuah negeri. Akibatnya akan ditanggung oleh rakyat apabila dengan gabungan PAS / DAP/PKR juga tidak boleh menubuhkan sebuah kerajaan yang kuat. serta tidak boleh memerintah dengan baik kerana wadah perjuangan mereka yang tidak sehaluan
Mengapa bekas Pesuruhjaya Pas Perak ini yang mendakwa, antara sebab kegagalan kerajaan perpaduan PAS/UMNO yang membuat beliau mengambil tindakan adaalah kerana Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria hanya membangkitkan perkara tersebut melalui telefon. Mengapa beliau tidak mengusulkan satu pertemuan sekiranya beliau juga amat serius untuk menangani isu murtad ini apabila mufti Perak (Harussani) menghubungi beliau dan menyatakan inilah masanya parti Melayu bergabung dan membangun kan Islam.
Hari ini BN yang ditunjangi oleh parti UMNO perlu memberikan penerangan yang wajar kepada rakyat jika benar dakwaan Mufti Perak berkenaan bahawa terdapat kes 10,000 umat Islam yang murtad dan ini tidak perlu di sorok kerana angka ini amat menakutkan . Rakyat yang beragama Islam perlu tahu untuk berwaspada dan untuk lebih tegas mengawal dan memantau perilaku anak anak. UMNO juga perlu memaklumkan kepada rakyat apakah tindakan kerajaan agar rakyat juga turut boleh menyumbang kan pendapat dan membantu kerajaan menangani isu yang amat serius ini.
Datuk Seri Dr Zambry perlu melihat kepada isu ini dengan lebih serius dan memberikan tumpuan kepada menangani masalah ini yang amat menakutkan dan memalukan . Rakyat perlu diperjelaskan agar memahami keadaan yang sebenar jika ini sebenarnya tidak berlaku di negeri Perak atau pun di Malaysia. Saya sendiri amat kecewa apabila membaca laporan ini dan saya sendiri keliru , apakah ini sebenarnya berlaku.

Bebaskan Mazlan Aliman

Mari kita tunjukkan solidariti kita dengan menyebarluaskan poster ini ke seluruh alam maya. Mazlan Aliman berjuang untuk peneroka felda yang ditindas dan tidak diadili dengan adil oleh kerajaan.

Gobind Persoal Mengapa Kecederaan Teoh Tidak Ada Di dalam Laporan Pertama


Peguam mewakili keluarga mendiang Teoh Beng Hock berkata kecederaan yang dialami bekas Setiausaha Politik kepada Exco Selangor itu adalah sebelum mangsa terjatuh, seraya mengundang beberapa ersoalan penting.

Gobind Singh Deo berkata dua patologis kerajaan tidak menjawab bagaimana, mengapa dan untuk apa kecederaan-kecederaan ini dalam laporan bedah siasat pertama mereka.

"Pertama sekali, laporan bedah siasat pertama tidak menyebut secara terperinci kecederaan pada leher mangsa, dan saya berpendapat kesaksian dari (pakar patologi kedua) Dr. Shahidan Md Noor telah menonjolkan betapa pentingnya kecederaan pada leher mangsa dalam kes ini," kata Gobind.

"Ini kerana kecederaan ini berlaku sebelum mangsa jatuh. Maka, seseorang perlu bertanggungjawab kerana mencederakan mangsa. Ini mengundang persoalan bagaimana dua pakar patologi sebelum ini tidak perasan atau tidak menonjolkan kecederaan ini dalam laporan mereka," tambah beliau.

Namun sebelum mencapai kesimpulan, Gobind berkata semua pihak perlu menunggu pendapat dari pakar-pakar patologi lain.

"Kita biarkan mahkamah untuk tentukan perkara ini, lagipun kita ada dua lagi pakar patologi iaitu Dr Pornthip Rojanasunand dan Prof Vanezis. Tuan Majistret telah meminta mereka untuk hadir, dan dengar penemuan mereka dahulu, sebelum kita panggil doktor-doktor dari bedah siasat pertama untuk menjelaskan kedudukan mereka," tegas beliau.




Ahli Patologi Nafi Teoh Dijerut Sebelum Terjatuh
Oleh Fazilah Sahir


SHAH ALAM 10 Mac - Ahli patologi yang melakukan bedah siasat kedua ke atas Teoh Beng Hock, Dr Shahidan Md Noor memberitahu mahkamah bahawa tidak mungkin mendiang dipukul atau dijerut sebelum jatuh dari tingkat 15, Plaza Masalam tersebut.


Menurut Dr Shahidan walaupun ada kesan tekanan pada leher namun lebam kebiruan pada bibir dan kuku serta bintik-bintik merah pada muka tidak ditemui bagi mencadangkan bahawa mangsa dibunuh.


"Mungkin terdapat tekanan yang digunakan di bahagian leher. Kesan lebam di leher tidak ada kesan asphyxia. Malah bintik-bintik merah di leher itu bukan penyebab kematian Teoh.” katanya ketika disoal balas oleh Ketua Pendakwa dan Bahagian Perundangan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Abdul Razak Musa.


Tambah Dr Shahidan lagi kecederaan di kawasan dubur Teoh bukan atas sebab diliwat namun ia konsisten dengan kecederaan akibat terjatuh.


"Kawasan tulang pinggul retak sebelum patah semasa si mati jatuh dan mengakibatkan ia tertusuk di belakang. Kecederaan adalah sebahagian daripada peringkat yang didapati ketika si mati jatuh," katanya lagi.


Malah tiada sebarang kesan atau bukti yang menunjukkan Teoh dipukul atau dilemaskan kerana tiada sebarang tanda seperti lebam di bibir, bintik kemerahan pada muka dan lebam kebiruan di hujung jari.


Dalam pada itu Dr Shahidan yang melakukan bedah siasat kedua pada 22 November lalu menolak laporan oleh ahli patologi Thailand yang mewakili kerajaan negeri Selangor Dr Pornthip Rojasunanand bahawa kepala Teoh dipukul dengan objek yang tumpul.


Ini kerana melalui siasatannya retak yang ditemui di bahagian kanan badan dan tengkorak Teoh menunjukkan konsistensi dengan kesan jatuh.


Jelas beliau keadaan "jatuh" juga boleh diklasifikasikan sebagai satu pukulan objek yang tumpul.


"Kesan retak di kanan tubuh mangsa dan tengkorak konsisten dengan jatuh. Bahkan, jatuh juga boleh ditakrifkan sebagai dipukul objek tumpul," katanya.


Sementara itu Abdul Razak turut memohon pihak Mahkamah Majistret Shah Alam memanggil semula dua ahli patalogi Dr Khairul Azman Ibrahim dan Dr Prashant Naresh Samberkar yang melakukan bedah siasat pertama untuk tampil memberi keterangan.


Namun Malik Imtiaz Sarwar yang mewakili kerajaan Selangor membantah permintaan itu kerana dilihat memberi peluang kepada mereka memperbetulkan kenyataan awal.


Majistret Azmil Muntapha Abas kemudiannya menangguhkan inkues dan memberi ruang kepada Dr Pornthip memberi keterangan pada 20 April ini.


Manakala ahli patologi yang mewakili SPRM Dr Peter Venezis menyusul pada 26 dan 27 April bagi memberi keterangannya pula. - SK


HALIMAH JONGANG......FATIMAH JULING... LEPAS NI APA PULAK..!!!



Sudah menjadi satu trend pula bagi sebuah stesen TV swasta ini yang menerbitkan drama TV yanng berjudulkan nama wanita. Baguslah tu. Tapi yang agak terkilan ialah setiap judul drama tersebut meletakkan nama wanita dengan gelaran yang kurang menyenangkan.

Sudah hampir dua bulan drama 'Halimah Jongang The Series' tersiar di TV. Menampilkan watak seorang wanita yang bergigi jongang. Walaupun mungkin ada moral di sebalik drama ini namun tajuk drama ini lebih popular daripada ceritanya. Apatah lagi lagunya pula semakin diminati ramai.

Tidak cukup dengan itu, kini terbit pula siri drama yang baru iaitu 'Fatimah Juling'. Nah..sudah ada dua drama yang berjudulkan nama wanita tetapi seolah-olah ada unsur penghinaan terhadap kaum wanita.

Bagi penulis, walaupun drama tersebut mempunyai unsur positif namun, sepatutnya pihak penerbit tidak sewajarnya meletakkan judul sebegitu sekali demi menarik orang menonton drama-drama tersebut.

Bayangkan setiap hari, dari peringkat kanak-kanak hingga dewasa menyebut-nyebut kalimah 'Halimah Jongang' dan 'Fatimah Juling'. Bukankan ini merupakan satu perkara yang amat sensitif terutama kepada mereka yang mempunyai nasib begitu.

Lebih buruk lagi apabila perkataan 'jongang' dan 'juling' telah menjadi bahan gurauan dan ejekan bagi anak-anak terhadap orang lain. Bukangkah ini boleh menimbulkan budaya mengumpat atau mengata ?

Kita bimbang jika drama ini berjaya maka akan ada lagi drama-drama yang menggunakan judul nama wanita dengan gelaran-gelaran tidak enak didengar. Nampaknya ia sudah menjadi satu trend.

Kepada penerbit drama, bikinlah drama yang baik dan membina. Letaklah judul drama anda dengan judul yang tidak menyentuh hati sesiapa. Anda selamat, penonton terhibur. Selamat berkarya.

ar_rawa

Bekas MP Labuan didenda RM10,000 atau sebulan penjara

Bekas anggota Parlimen Labuan Datuk Suhaili Abdul Rahman yang semalam mengaku bersalah terhadap pertuduhan gagal memaklumkan statusnya yang muflis kepada pihak bank, hari ini didenda RM10,000 atau penjara sebulan jika gagal membayar denda itu oleh Mahkamah Sesyen di Kota Kinabalu.

Hakim Duncan Sikodol menjatuhkan hukuman tersebut selepas mendengar rayuan yang dikemukakan oleh peguam yang mewakili Suhaili, Rakbir Singh.

Semalam, Suhaili mengaku bersalah terhadap pertuduhan alternatif tidak memaklumkan pihak Malayan Banking Bhd bahawa beliau seorang muflis pada 3 April, 1996 ketika menjadi penjamin dalam borang permohonan pinjaman perumahan sebanyak RM110,000 dan kemudahan overdraf sebanyak RM50,000 oleh syarikat Saraequity Sdn Bhd, untuk membeli satu unit apartmen di Api-Api Centre di Kota Kinabalu.

Dia didakwa mengikut Seksyen 109 (1) (m) (ii) Akta Kebankrapan 1967 yang membawa hukuman penjara tidak lebih dua tahun atau denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Ketika ditemui pemberita kemudiannya, Suhaili berkata beliau akan membayar denda itu hari ini namun peguamnya akan mengemukakan rayuan terhadap keputusan itu esok kerana beliau berpendapatan keputusan itu terlalu berat.
Ditanya sama ada keputusan mahkamah hari ini memberi kesan kepada karier politik beliau, Suhaili berkata: "Memang betul, sekarang saya digantung sebagai ketua Umno bahagian Labuan...bukan sahaja karier politik, hak saya sebagai
pengundi juga terjejas."
Terdahulu, Rakbir dalam rayuannya meminta mahkamah mengenakan bon jaminan berkelakuan baik terhadap Suhaili, 49, mengikut Seksyen 173 (A) Kaedah Tatacara Jenayah dan sabitan tidak direkodkan.
Bagaimanapun, Timbalan P endakwa Raya Fariza Hamzah dari Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membantah kerana ianya akan menyampaikan mesej yang salah.
Hakim Duncan semasa menyampaikan penghakimannya berkata dalam membuat keputusan itu beliau telah mengambil kira pengakuan bersalah, tidak mempunyai rekod buruk serta sebelum ini tertuduh telah berkhidmat dengan baik sebagai ahli politik dalam kawasannya.
"Bagaimanapun, hukuman yang adil perlu diberikan. Tiada penjelasan diberikan kenapa tertuduh tidak tahu yang dirinya seorang muflis dan bon jaminan berkelakuan baik tidak akan memberikan mesej yang betul kepada bakal pesalah," katanya.
- Bernama

Gerakan kepada Najib: Jangan terima Zulkifli Noordin

Perdana Menteri Najib Razak dan pimpinan tertinggi Barisan Nasional diibaratkan sebagai "memasukkan pasir ke dalam mangkuk", seandainya UMNO menerima Zulkifli Noordin, ahli parlimen Kulim Bandar Baharu yang dipecat PKR, sebagai anggotanya.  Demikianlah umpama yang diibaratkan oleh Naib Presiden Gerakan, Teng Hock Nan.
Menurut Teng Hock Nan (gambar kiri), Zulkifli Noordin terkenal dengan pendiriannya yang ektrem dalam isu agama, malah sering menunjukkan tingkahlaku dan mengeluarkan hujah-hujah rasis yang melampau.  Lantaran daripada itu, Zulikifli Noordin dipecat oleh PKR yang melabel dirinya parti berbilang kaum.
"Perkara yang sama berlaku kepada BN, terutamanya Najib yang menyarankan '1Malaysia' selepas menyandang jawatan PM.  Parti komponen BN kini sedang berusaha ke arah pembentukan sebuah masyarakat yang harmoni, adil dan saksama.  Oleh itu, BN dan UMNO tidak boleh menerima ektremis perkauman seperti Zulkifli Noordin," katanya.
Teng Hock Nan menganggap penyertaan Zulkifli Noordin ke UMNO bukanlah petanda yang baik.  Untuk BN, ia akan terjerumus ke dalam satu situasi yang tegang dan bahaya, seoalah-olah satu malapetaka yang bakal menimpa BN.
Teng Hock Nan juga menyandang jawatan sebagai Pengerusi Perhubungan Gerakan Negeri Pulau Pinang.  Pada Rabu yang lalu, beliau mengeluarkan kenyataan untuk menyeru agar pimpinan tertinggi UMNO dan BN tidak menerima penyertaan Zulkifli Noordin.
Beliau berkata, Zulkifli Noordin (gambar kanan) pernah mengeluarkan hujah yang ektrem, terlibat dalam demonstrasi, malah menceroboh forum agama yang dianjurkan Majlis Peguam Negara.
"Tingkahlakunya (Zulkifli Noordin) akan mengundang malapetaka yang lebih besar untuk BN yang berhemah dan sentiasa memikirkan kepentingan rakyat berbilang kaum.  (Seandainya beliau diterima,) Mustahil BN memperolehi persetujuan dan sokongan rakyat pada PRU yang akan datang."
*Kenyataan media oleh Teng Hock Nan, selaku Naib Presiden Gerakan.  Diterjemahkan dari bahasa Cina.

Lawan di Kota Siputeh kalau yakin Melayu bersama UMNO, cabar Saifuddin

Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution Ismail mencabar UMNO untuk mengadakan piliharaya kecil di DUN Kota Seputeh, Kedah, seandainya UMNO yakin bahawa propaganda Utusan Malaysia berjaya, dan orang Melayu kini bersama UMNO.
"The fact dia (UMNO) tak lawan ialah dia sendiri tak yakin dia boleh menang!" Berulang kali ditegaskan oleh Saifuddin (gambar kanan) dalam satu wawancara bersama MerdekaReview pada Jumaat lalu (5 Mac 2010), di ibu pejabat PKR.
Sungguhpun mengakui bahawa propaganda musuh politiknya, UMNO mendatangkan kesan, terutamanya dalam tempoh 10 hari berkempen semasa pilihan raya, tetapi beliau tetap menyanggah pandangan bahawa UMNO telah memenangi sokongan Melayu, yang "termakan" dengan propaganda sedemikian.
"...bagaimana anda menjelaskan, mengapa UMNO tak berani buat PRK di Kota Siputeh?  Jangan salahkan mahkamahlah.  Bagaimana anda jelaskan ini?  Kenapa sampai sekarang, UMNO tak boleh bersedia buat PRK di Kota Siputeh, Kedah?  Kawasan dia (UMNO), dia menang.  Itu 90% (pengundinya terdiri daripada) Melayu," jawabnya dengan melontarkan soalan kepada wartawan.
"Sebab apa?  Sebabnya ialah you sebut tadi... Utusan Malaysia punya propaganda, dan UMNO yakin Melayu dengan dia.  Come, fight with us in Kota Siputeh.  Then you will know the result (Mari, lawan dengan kami di Kota Siputeh.  Kamu akan mengetahui keputusannya.).  Kalau PR menang di situ, habis UMNO punya propaganda "Melayu dengan kita (UMNO)".  Dia kalah, di kawasan Melayu, kawasan padi.  Kenapa dia tak (berani lawan)?"
Kerusi DUN Kota Siputeh telah diisytihar kosong oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 16 November 2009, berikutan wakil rakyatnya, Abu Hassan Sarif (gambar kiri, tengah) tidak menghadiri dua persidangan DUN tahun lalu.  Kawasan DUN ini terdiri daripada 91.69% pengundi Melayu pada tahun 2008, dan dimenangi UMNO-BN dengan majoriti 495 undi dalam PRU ke-12.
Saifuddin menyindir bahawa kes ini sengaja dilengah-lengahkan kerana UMNO-BN tidak yakin dirinya akan menang.  Menurutnya, efisiensi mahkamah dalam kes ini cukup berbeza dengan kes Anwar Ibrahim, yang mana belumpun rayuan difailkan, tetapi mahkamah telah mengumumkan tarikh pendengarannya.
UMNO di kawasan Melayu
Kes Mohd.Nizar Jamaluddin yang terhakis sokongan pengundi Melayunya kira-kira  4%, ketika PRK Bukit Gantang pada 7 April 2009 (walaupun menang dengan majoriti lebih besar lantaran sokongan pengundi bukan Melayu) diketengahkan oleh wartawan, ketika meneliti persoalan sejauh manakah isu institusi Raja, Islam dan Melayu yang dimainkan Utusan Melayu memberi kesan terhadap Pakatan Rakyat (PR).
"Kesan ada, pada 10 hari berkempen memang ada.  10 hari kempen, dengan 365 hari dalam setahun, graviti, intensiti kempen itu tak sama," terangnya.  Beliau bagaimanapun mengambil contoh PRK Kuala Terengganu (Januari 2009), Bukit Selambau (April 2009) untuk membuktikan bahawa PR tidak kehilangan sokongan Melayu, sambil menolak kemenangan UMNO-BN di PRK Bagan Pinang (Oktober 2009) sebagai tanda kembalinya sokongan Melayu ke pangkuan UMNO.
Ketika mengulas propaganda UMNO dengan retorik perkauman dan agama, Saifuddin berkata, "Dalam konteks propaganda dimainkan oleh UMNO melalui Utusan terutamanya, saya fikir itu lebih berupa strategi berkampung.  Bertahan dalam wilayah sokongan Melayu sahaja.  You (UMNO) duduk di situ saja.  You contain your support base saja.  You tak reach out lagi dengan isu-isu yang you main tu."
"Tapi sekurang-kurangnya dia (UMNO) terselamat di situ, selepas PRU."  Walaupun bersetuju dengan kenyataan daripada wartawan ini, namun Saifuddin tetap berpandangan bahawa UMNO tidak akan diberi jalan mudah begitu sahaja.
Beliau mengambil contoh bagaimana kawasan pengundian parlimen yang lebih 90% pengundinya terdiri daripada Melayu, misalnya Machang, Ketereh dan Tanah Merah (kesemuanya dari Kelantan) itu dimenangi oleh PKR.  Seterusnya, UMNO perlu berdepan dengan PAS di kawasan dominasi Melayu di negeri seperti Terengganu, Kelantan, Kedah, Pulau Pinang dan utara Perak.
Di kawasan campuran, iaitu 40% hingga 70% Melayu, seperti Permatang Pauh, Kulim Bandar Baharu, Kuala Selangor, Titiwangsa, Bagan Serai dan sebagainya, UMNO juga gagal menandingi PKR dan PAS, kata Saifuddin.
"Kalau UMNO memilih, melalui propaganda Utusan Malaysia, dia nak bertahan di kawasan Melayu, apa jaminan dia boleh survive di situ?  Di kawasan Melayu, dengan isu rasis dia, atau pun dia boleh end up setakat itu saje?"
Saifuddin melanjutkan analisisnya, "sebab itu, apa yang berlaku sekarang?  Tuntutan UMNO terhadap kerusi campuran.  Yang terbaru, UMNO tuntut (kawasan parlimen) Batu, ambil daripada Gerakan."
"Ini adalah cabaran yang paling besar untuk Najib.  Dia nak pertahankan status quo pembahagian kerusi, dia boleh bagi kepada komponen parti, tetapi dia kalah.  Dia bagi kepada UMNO, dengan sendiri... kita sebut, 'tengok, betullah sebenar ini UMNO big brother.  Dia buli semua orang.  Kalau dia boleh buli komponen parti yang selama ini berjasa kepadanya untuk menjadi kerajaan, apa jaminan dia tak buli rakyat teramai?'"
Enggan beri kredit kepada Utusan
Ketika mengulas "apakah serangan propaganda Utusan Malaysia terlalu ganas untuk ditangkis sesetengah pemimpin PKR, sehingga berakhir dengan keluar parti apabila gagal menjelaskan kepada masyarakat akar umbi", dengan lantas Saifuddin menjawab, "Saya tidak mahu memberi kredibiliti yang begitu besar terhadap Utusan Malaysia, (bahawa) media propaganda yang memberi kesan kepada lompat partinya beberapa ahli."
"Bukan kerana denial, tidak." Beliau menyambung, "Sebab saya mengenali watak-watak ini, yang buat keputusan ini (keluar parti).  Saya kenal, rapat dengan mereka.  Kalau saudara baca alasan yang mereka beri dalam suratkhabar, tentulah yang terbaru,  (ahli parlimen) Bagan Serai, (bangkit) soal kalimah Allah, soal agama..."
"Mengenali watak ini, dia (Mohsin Fadzli Samsuri, gambar kiri) tak pernah bercakap soal kalimah 'Allah' dan bangsa Melayu.  Dia tak pernah.  Dia adalah seorang bekas kakitangan kerajaan Kementerian Pelajaran.  Kemudian, dipilih jadi calon," katanya.
Saifuddin menjelaskan, "Setiap orang tu ada niche dia.  You talk about Abdullah Sani, (ahli parlimen) Kuala Langat, isunya apa?  Trade union  (Kesatuan Pekerja).  You talk about Tian (Chua), Sivarasa (Rasiah), Elizabeth Wong, ini kan human rights activist? (aktivis hak asasi manusia)  Dia ada niche dia.  Tapi kamu sebut (ahli parlimen) Bagan Serai, dia tak ada niche sebagai Malay fighter (pejuang Melayu), tak ada.  Not as good as Zul Noordin (Zulkifli Noordin) lah..."
"Dia tak ada imej itu.  Tetapi the moment dia isytihar keluar (parti), (kononnya) kerana tak setuju (pendirian parti)...kerana parti sudah tidak bawa perjuangan.  No.  Antara yang tersurat dengan yang tersirat berbeza," tambahnya.
Antara "menarik" dan "menolak"
Mengulas lebih lanjut fenomena "keluar parti", Saifuddin menganalisa, "Dia wujud dalam dua keadaan.  Satu, push factor dan yang kedua pull factorPull factor daripada BN and UMNO.  Kita tahu realitinya.  Pertemuan-pertemuan antara ejen-ejen UMNO, pemimpin UMNO yang memberikan tawaran, reward, carrot dan sebagainya..."
"Kita tahu.  Dalam makluman parti.  Hotel mana pertemuan itu berlaku,  siapa orang UMNO yang menjalankan itu...  Panggilan telefon kepada wakil-wakil rakyat kita.  Sejauh dari Amerika, pemimpin UMNO yang berada di Amerika menghubungi.  Kita simpan nombor telefonnya," katanya. 
"Kita tanya MP kita yang cuba dipancing.  Kita tahu siapa yang jumpa dengan PM dan Rosmah dua hari sebelum Hari Raya Cina.  Kita tahu.  We are fully aware of that," kata beliau sebelum menambah, "Dan semalam (4 Mac), selepas (ahli parlimen) Bagan Serai keluar, kita tahu siapa lagi MP yang dihubungi.  Sebab itu saya bagi tahu kepada mereka, siapa saja yang hubungi, ambil nama, ambil nombor telefon, apa jenis tawaran mereka.  Usaha itu terus dibuat."
Old dog and new trick
Malah, Saifuddin memetik ayat yang digunakan bekas Setiausaha Agung PKR, Salehuddin Hashim dalam kenyataannya, "old dog cannot learn new tricks", untuk digunakan ke atas UMNO.
"Betul, old dog UMNO dan BN ini, dia punya trick apa?  Intimidation (ugutan), harassment (gangguan), buy over (beli)... ini old trick dia.  Dia tak boleh berubah.  Whereas Keadilan, justice for allNew politicsThings that are intangible..."
Saifuddin mengungkit rampasan kuasa di negeri Perak, "Pertama, mereka guna SPRM (Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia).  Ugut dan ganggu keluarga.  'Kamu tak menyertai kami, pergilah penjara'.  Dan orang-orang ni datang berjumpa dengan Anwar.  Mereka kata (kepada Anwar), 'kamu ok, kalau kamu dipenjarakan, rakyat masih bersama kamu.  Tetapi, bagaimana dengan kami?  Kami habis kalau masuk penjara'."
Saifuddin berkata, "so, who is Anwar to stop them?  Kualiti yang ada pada mereka dengan kualiti yang ada pada Anwar, lain.  Kita perlu berdepan dengan (kenyataan) ini."
Di samping itu, Saifuddin tidak menafikan wujudnya "push factor" daripada PKR, sama ada disedari atau tidak.  "Benda-benda seperti...kadang-kala kita tidak memberikan saluran yang baik untuk mereka luahkan rintihan mereka.  Kadang-kala, kurang dana parti, kita tak terdaya nak memuaskan semua orang."
"Kalau kamu dipilih sebagai ahli parlimen Keadilan, memang kamu perlu menolong rakyat di kawasan pengundian kamu.  Dan kamu hanya bergantung kepada elaun yang kamu dapat.  Berapa kamu dapat?  Sepuluh, dua belas ribu (ringgit) sebulan?  Kamu perlu tolak (sebahagiannya) untuk (disumbangkan kepada) parti kamu, kamu perlu menjaga perhubungan negeri, kamu perlu membayar sewa untuk pusat perkhidmatan kamu...utiliti, staf, dan kita perlu guna elaun untuk menjaga rakyat, pengundi.  Tak cukup!" luahan Saifuddin, juga seorang ahli parlimen dari Machang, Kelantan.
"Jadi, ada yang kata ini sebahagian daripada perjuangan dan kita perlu teruskan.  Tetapi sesetengah berkata, kita tak mampu menanggung ini.  Saya merumuskan ini sebagai push factor," katanya, sambil mengakui bahawa partinya perlu belajar dari pengajaran ini.
Idealisme perjuangan PKR
Dalam wawancara bersama MerdekaReview yang mengambil masa lebih daripada satu jam, Saifuddin Nasution juga berkongsi pengalaman bagaimana PKR yang dianggotai pemimpin dari pelbagai latar belakang, mengendalikan perbezaan pendapat masing-masing.
Ketika diajukan soalan "pendirian Anwar (gambar kiri) adalah pendirian PKR", Saifuddin terus menafikannya, dengan mendakwa ada kalanya perbincangan Majlis Pimpinan Pusat (MPP) berakhir dengan satu pendirian yang bukan pendirian Anwar.  Walaupun enggan mengulas satu persatu, Saifuddin bagaimanapun mendedahkan bahawa pendirian PKR untuk memansuhkan Dasar Ekonomi Baru (DEB), adalah pendirian Anwar.
Beliau mengakui bahawa Anwar bersendirian untuk mempertahankan pendirian yang tidak popular itu dalam perbincangan parti, yang mana Saifuddin sendiri turut berbeza pendapat dengan Anwar pada ketika itu.  Keputusan PRU ke-12 membuktikan bacaan politik Anwar tepat, walaupun PKR terpaksa membayar harga yang tinggi untuk mempertahankan pendirian tersebut, kata Saifuddin.
Sememangnya, ia bukanlah satu tugas yang mudah untuk mengendalikan perbezaan pendapat, yang perlu mengimbangi antara "pendirian individu" dengan "pendirian parti", dan antara "ketegasan disiplin" dengan "kebebasan bersuara".
Mengulas isu ini, Saifuddin berkata, "Cabaran yang terbesar kepada kepimpinan tu apa?  Dia kena mold together (semua pendapat) dan menjadikannya sebagai dasar parti.  Kita perlu mempertahankan dasar parti."
Mengambil contoh pendirian PKR dalam isu Chin Peng (gambar kanan), yang sudah pasti wujudnya pendapat yang bercanggahan dengan pandangan Anwar dalam parti.  Namun, sebaik sahaja pendirian parti dibuat, Saifuddin berkata, "Saya tak boleh sebut 'saya sebenarnya tak suka Chin Peng balik.  Tapi Anwar kata Chin Peng (boleh) balik.  Saya dah bagi pandangan saya masa mesyuarat MPP.  Tapi akhirnya dia menjadi keputusan.  Tuan-tuan, pendirian saya sebagai Saifuddin saya tak setuju...'.  Saya tak boleh kata begitu."
"Saya kena kata, pendirian Keadilan tentang Chin Peng.  Kita kata, yes, (beliau dibenarkan) balik.  Alasan kita apa?  Perjanjian perdamaian Haadyai, latar belakangnya, kita bagi alasan."
"Pendirian parti setelah melalui proses perbincangan, ada setuju ada tidak.  Akhirnya kita bersetuju.  Dan saya di sini nak menerangkan kepada tuan-tuan dan puan-puan... (secara) rasional.  Itulah pemimpin parti.  Kalau anda kata, pandangan saya lain, habislah you.  Itulah masalah yang kita ada dengan Zul (Zulkifli Noordin).  Kamu mesti jadi team player!" (Bahagian ketiga, tamat)

Dun S’wak bubar Jun? Kenapa Taib Mahmud diam?

Oleh Masdar Wahid
KUALA LUMPUR : Pembubaran Dewan Undangan Negeri (Dun) Sarawak kederangan sejak tahun 2008 lagi. Namun, Ketua Menteri (KM) Sarawak, Taib Mahmud sehingga kini tetap dengan pendiriannya enggan membubarkan Dun di negeri itu.
Terdapat dua faktor utama yang sering diambilkira oleh Pengerusi BN Sarawak itu setiap kali adanya pilihanraya iaitu faktor pengukuhan ekonomi negara dan faktor perpecahan Pakatan Rakyat (PR).
Faktor Ekonomi
Sesuatu yang tidak mengejutkan apabila Pengerusi BN, Najib Razak tergesa-gesa mengumumkan Malaysia keluar dari kesan krisis ekonomi, iaitu sehari selepas Pengerusi Umno itu melawat Sarawak.
Walaupun diakui, angka-angka ekonomi yang diumumkan itu langsung tiada kesan kepada rakyat marhaen, tetapi lebih kepada mahu meraih keyakinan pengundi Cina di Sarawak untuk kembali menyokong BN pada pilihanraya negeri akan datang.
Pada pilihanraya negeri sebelum ini, sekutu BN yang mewakili masyarakat Cina, iaitu SUPP mengalami prestasi terburuk dalam sejarahnya apabila hilang lapan kerusi Dun walaupun ketika itu Tsunami Politik belum melanda seluruh negara.
SUPP sehingga kini kekal dengan krisis dalaman apabila presidennya enggan melepaskan jawatan walaupun sebelum ini pernah berjanji untuk melepaskannya.
Malah, parti tertua di Sarawak itu juga berdepan dengan sindrom keluar parti beramai-ramai termasuklah pemimpin kanannya yang menyertai PR.
Dari aspek lain juga, Taib yang juga Presiden parti PBB turut mengambil tema ekonomi sempena perhimpunan agung parti itu di Kuching baru-baru ini, sesuatu yang jarang berlaku bagi parti itu.
Faktor Pakatan Rakyat
Ingat lagi tarikh Pilihan Raya Kecil (PRK) Dun Batang Air yang diadakan serentak dengan PRK Dun Bukit Selambau dan PRK Parlimen Bukit Gantang pada 7 April tahun lalu?
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) ketika itu hanya menetapkan ketiga-tiga PRK itu berlangsung serentak selepas menemui Taib Mahmud, walaupun sebelum itu SPR mahu ia diadakan secara berasingan.
"Oleh kerana ia melibatkan bahagian di Sarawak dan oleh kerana SPR juga bercadang mengunjungi pejabat Pilihan Raya Negeri Sarawak, maka mesyuarat akan diadakan di Kuching bagi menetapkan tarikh pilihan raya.
Kerusi Batang Air melibatkan kawasan pedalaman dan ia terletak di Sarawak manakala Bukit Gantang dan Bukit Selambau di Semenanjung.
Jadi, banyak persiapan perlu diadakan... jadi tidak mungkin diadakan serentak," ," kata Timbalan Pengerusi SPR ketika itu, Datuk Wan Ahmad Wan Omar pada 25 Februari 2009.
Pada PRK itu, BN berjaya mengekalkan kerusi Dun Batang Air yang antara faktornya ialah kurangnya pimpinan PR berada di Dun Batang Air akibat jentera pilihanraya yang terpaksa berpecah kepada tiga bahagian.
Malah, Ketua Umum PKR sendiri ketika itu menghadapai kekangan masa untuk menjelajah dalam tempoh singkat di Dun Batang Air kerana turut berkempen di Dun Bukit Selambau dan Parlimen Bukit Gantang.
Pada masa sama, seluruh jentera BN negeri berkampung di Dun itu selain bantuan media dan SPR sendiri yang kurang dipantau oleh pimpinan PR pusat.
Ini diakui sendiri oleh Ketua Pemuda PAS Sarawak, Abang Addy Aliyanni yang berkampung di Batang Air sebelum penamaan calon sehinggalah selesainya PRK di situ.
"Wujud keadaan di mana pengiraan undi dikira seawal pukul tiga petang sedangkan waktu itu proses membuang undi masih lagi berjalan.
Lebih malang lagi, apabila pengiraan itu dilakukan tanpa kehadiran wakil calon dari PR,” katanya yang turut ditemani Kelab Penyokong PAS dari Sarawak.
Pada pilihanraya itu, seluruh jentera BN negeri berkampung di Dun Batang Air manakala pimpinan utama PR amat jarang ditemui bagi membantu jentera PR ketika itu.
Pilihanraya Perak, Sarawak serentak ?
Bagi memastikan BN terus memerintah di Sarawak pada pilihanraya negeri akan datang, strategi yang sama akan digunakan iaitu memecahkan jentera PR agar tidak tertumpu di Sarawak.
Sehubungan itu, pilihanraya Perak dan Sarawak dijangka akan diadakan serentak selain beberapa lagi kerusi parlimen dan Dun akan diishtiharkan kosong.
Sebab itu, awal-awal lagi Pesuruhjaya PAS Perak, Abu Bakar Hussain menyifatkan penafian Bendahari Umno, Ahmad Husni Hanadzlah sebagai kenyataan politik berhubung pilihanraya di negeri itu.
Turut menafikan perkara itu ialah Timbalan Presiden Umno, Muhyiddin Yasin.
Untuk rekod, penfian itu dibuat oleh kedua-dua timbalan Najib, di mana Muhyiddin ialah Timbalan Presiden Umno manakala Husni Hanadzlah ialah Menteri Kewangan II dan Najib ialah Menteri Kewangan I.
Perlu diketahui, jadual asal program Juara Rakyat anjuran Umno bagi peringkat negeri Perak ialah pada Mei ini tetapi ia diawalkan pada bulan ini, Mac sebagai persediaan awal parti itu untuk berdepan dengan pilihanraya negeri selain pemimpin MCA, Chua Soi Lek telah memberikan senarai calon parti itu kepada Zambry beberapa minggu lalu.
Menarik juga untuk dicatatkan di sini, Program Juara Rakyat anjuran Umno buat pertama kali diishtihar sebagai program BN dan akan diperluaskan di Sarawak selepas ini.
Sarawak satu-satunya negeri yang mengharamkan kemasukan Umno ke negeri itu dan jadual yang diterima oleh pihak media semasa pelancaran program Umno itu di Hulu Selangor Januari lalu tidak menyenaraikan Sarawak dalam program itu.
Fenomena 'Dua Bukit Satu Batang' berulang kembali
Bagi memecahkan lagi jentera PR, dijangkakan beberapa lagi PRK akan berlangsung secara serentak di seluruh negara termasuklah yang melibatkan kerusi yang dimenangi PR sebelum ini seperti Parlimen Batu yang kini diwakili Chua Tian Chang.
Oktober tahun lalu, Tian Chua yang juga pengarah strategik PKR dihukum enam bulan penjara dan denda RM3,000 selepas didapati bersalah terhadap tuduhan menggigit anggota polis.

Beliau akan hilang kerusi parlimennya itu jika rayuannya yang dijadualkan didengar pada 13 April ini ditolak.
Jika kerusi itu kosong, maka pilihanraya perlu diadakan dalam tempoh 60 hari atau selewat-lewatnya pertengahan Jun tahun ini.
Selain itu, kerusi Dun Kota Seputeh sehingga kini terus tertangguh di mahkamah walaupun sebelum ini ia telah diishtihar kosong.
Jika kedua-dua kerusi itu kosong, maka situasi Dua Bukit Satu Batang akan berulang kembali seterusnya jentera PR akan berpecah untuk menumpukan keseluruhan PRK itu.
Apa yang berlaku Mei ini ?
BN tahu, Anwar merupakan antara faktor penting dalam PR, sehubungan itu, mereka akan melakukan apa jua cara bagi memastikan Anwar terganggu atau sekurang-kurangnya disibukkan dengan apa jua kes bagi memastikan Pimpinan utama PR itu tidak membantu PR.
Selain isu tuduhan liwat dalam Fitnah kali ke dua yang dilemparkan terhadap Ketua Pembangkang itu, Anwar turut disibukan dengan beberapa kes lain termasuklah apabila Mahkamah Tinggi menetapkan 11 Mei ini, untuk mendengar permohonan mantan Timbalan Perdana Menteri itu berhubung pembatalan samannya terhadap Ketua Polis Negara, Musa Hassan yang didakwa memalsukan keterangan dalam siasatan kes insiden ‘mata lebam’nya pada tahun 1998.
Kerajaan turut membatalkan buat sementara waktu berhubung struktur baru subsidi minyak yang sepatutnya diumumkan Mei ini.
Malah, Menterinya, Ismail Sabri Yaakob menukarkannya kepada Makmal Rasionalisasi Subsidi bagi mengabui mata rakyat.
Bagi Sarawak, Mei ini ialah kemuncak program Hari Bertemu Pelanggan, anjuran SPR Sarawak yang telah dimulakan sejak Januari lalu.
“Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof akan melancarkan program kemuncak 'Pendaftaran Perdana Peringkat Negeri Sarawak' di Tebingan Sungai Kuching Mei ini,” kata Timbalan Pengarahnya Wan Fadilah Wan Ahmad pada 27 Januari lalu.
Program itu telah berjalan sejak setahun lalu dan dilancarkan secara agresif sejak Januari lalu dengan kemuncaknya di Kuching pada Mei ini.
Setakat ini, SPR mengesan sejumlah 437,369 orang di negeri Sarawak yang sudah layak mengundi tetapi masih belum mendaftar sebagai pemilih.
Di pihak BN Sarawak pula, satu-satunya sekutu BN di negeri itu yang belum mengadakan pemilihan tahunan parti mereka ialah PRS yang dijadualkan pada 15 Mei ini, di Bintulu, Sarawak.
Sekutu BN di Sarawak terdiri daripada SUPP, SPDP dan PBB yang masing-masing telah mengadakan pemilihan termasuklah PBB yang berakhir minggu lalu.
Mengapa Jun ?
Pada 10 Disember tahun lalu, Menteri Dalam Negeri yang juga Naib Presiden Umno memberitahu, kementeriannya menetapkan tempoh dua tahun untuk menyelesaikan isu Kad Pengenalan penduduk Sarawak, termasuklah 10,056 kaum Penan yang menetap di luar Bandar dalam kawasan Baram di negeri itu.
 “Selepas tempoh itu berakhir semua permohonan individu yang mendakwa sudah menetap lama di negeri ini tetapi tidak mempunyai dokumen pengenalan diri dan MyKad tidak akan dipertimbangkan lagi,” katanya semasa melawat Long Kevok di Baram, Sarawak 10 Disember lalu.
Anehnya, pada 7 Mac lalu, gabungan Mahkamah, polis dan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) yang menggempur kawasan Baram memberitahu bahawa masalah Kad Pengenalan di kawasan itu akan di selesaikan dalam tempoh tiga bulan yang akan berakhir awal Jun ini.
Najib pula akan memperincikan Model Ekonomi Baru (MEB) Jun ini yang draf pertama akan dibentangkan hujung Mac ini.
“ Draf pertama MEB yang merangkumi matlamat dan cadangan akan diumumkan pada persidangan Invest Malaysia 2010 hujung bulan ini. Yang akan diumumkan Jun ini adalah butiran terperinci model berkenaan," Ketua Setiausaha Majlis Penasihat Ekonomi Negara (MPEN), Prof Dr Norma Mansor pada 8 Mac lalu.
Pada 10 Jun ini, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (JPM), Nor Mohamed Yakcop akan membentangkan Rancangan Malaysia Ke Sepuluh (RMK-10).
“Peruntukan kerajaan kepada Sarawak untuk RMK-10 hanya akan diketahui pada 10 Jun setelah ia dibentangkan di Parlimen dan saya tidak dapat mendedahkan maklumat ini lebih awal kerana ia merupakan maklumat sulit,” katanya selepas menghadiri sesi dialog mengenai RMK-10 dengan kerajaan negeri di Kuching, 15 Januari lalu.
Turut hadir, Ketua Menteri (KM) Sarawak, Taib Mahmud, Timbalannya, George Chan Hong Nam dan Alfred Jabu Numpang serta barisan Kabinet kerajaan negeri.
Rekod menunjukkan, Taib Mahmud yang menjadi KM sejak era Tun Hussien Onn itu kerap membubarkan Dun setahun lebih awal.
Tempoh Dun Sarawak akan berakhir Jun tahun depan.
Sementara itu, Pengerusi DAP Sarawak, Wong Ho Leng pada 8 Mac lalu memberitahu, PR di Sarawak akan dibentuk secara rasmi Jun ini.

Anwar Terus Cabar Pemecatannya Dari Jawatan Kabinet


Datuk Seri Anwar Ibrahim terus mencabar kesahihan pemecatannya dari jawatan Kabinet oleh bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, 11 tahun lalu.

Hari ini, beliau memfailkan permohonan bagi menuntut Mahkamah Persekutuan untuk menyemak semula keputusannya pada 8 Mac yang mengisytiharkan bahawa pemecatannya sebagai timbalan perdana menteri dan menteri kewangan pada 2 September 1998 adalah sah di sisi undang-undang.

Notis usul, yang dikembarkan bersama dengan afidavit Anwar, difailkan di Pendaftar Mahkamah Persekutuan hari ini melalui firma guaman Messrs Karpal Singh & Co.

Dalam afidavitnya, Anwar memohon mahkamah tertinggi supaya menggunakan budi bicara sedia ada untuk menyemak semula kesnya mengikut Kaedah 137 Peraturan Mahkamah Persekutuan bagi mengelak ketidakadilan yang didakwa dilakukan ke atasnya.

Anwar berkata penghakiman Mahkamah Persekutuan bertentangan dengan peruntukan Artikel 43 (5) Perlembagaan Persekutuan yang jelas menetapkan bahawa hanya Yang di-Pertuan Agong boleh membatalkan pelantikannya daripada jawatan-jawatan Kabinet atas nasihat Perdana menteri dan bukan Perdana Menteri.

Anwar berkata panel Mahkamah Persekutuan sebelum ini, dalam menolak rayuan terakhirnya, melakukan kesilapan undang-undang dengan memutuskan bahawa ia adalah Perdana Menteri yang juga pihak yang berkuasa melantik dan mempunyai hak untuk membatalkan pelantikan Anwar.

Beliau mendakwa ia adalah satu penghinaan ke atas perumus perlembagaan bagi mencadangkan pematuhan kepada Artikel 43(5) dalam formaliti yang kosong dan bahawa penghakiman Mahkamah Persekutuan tidak boleh bertahan terhadap penyeliaan penghakiman.

Anwar berkata perkara itu merupakan kes yang luar biasa bagi mahkamah untuk membatalkan budi bicara sedia ada bagi menghalang ketidakadilan terhadapnya.

Anwar mengambil tindakan undang-undang terhadap Dr Mahathir dan kerajaan Malaysia, bagi menuntut perintah pengisytiharan bahawa pemecatannya adalah tidak sah di sisi undang-undang dan mahu beliau diberikan pampasan sebagai ganti kepada pengembalian kedudukan jawatan.

Beliau gagal dalam usahanya di Mahkamah Tinggi dan rayuannya di Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan. - Bernama

Kak Mah Boleh Jawap Ke... Persoalan Ini...???

Orang Melayu kutuk PAS/PKR/DAP... biasa jer!!!
Orang Melayu kutuk bangsa Cina/India/Indon... isu perkauman ini.... AWAS!!!
Orang Melayu kutuk UMNO/MCA/MIC... maksudnya kepada para pemimpin!!!
PAS benci pemimpin UMNO tapi mereka (UMNO) masih nak berkawan juga lagi... nak ambil kesempatan jer...?

PAS sayang pada Pakatan Rakyat, begitu juga UMNO tetap juga 'BOSS' BN!!! (BN + PR = 1Malaysia, nanti kita sama2 pergi mengundi yea..!!! undi anda adalah rahsia... betul ke.. rahsia..???

Mahkamah Tinggi, Mahkamah Persekutuan, Mahkamah Rayuan, Mahkamah Agong, Mahkamah Syariah... semuanya ada...!!! untuk kes khalwat, kes nikah di Thailand bicara di Mahkamah Syariah bila kes liwat bicara di Mahkamad Sivil...???? Hebat...hebat..hebat...!!!

Bangsa Melayu yang ramai menagih dadah, dan ramai yang berzina (suka sama suka?). Bangsa Melayu yang selalu jadi mangsa rogol akibat pergaulan bebas atau memang si lelaki Melayu yang gila seks? atau perempuan melayu yang gatai meghelah..? Bangsa Melayu yang ramai di Pusat Serenti. (Ramai cita2 nak jadi Doktor tapi gagal) Bangsa Melayu yang suka buang bayi... pendidikan awal di sekolah 'gagal' mengajar ilmu agama? (Pelajaran dan Pendidikan Agama di pinggirkan)

Cuma ada satu Yang Di Pertuan Agong dan 13 orang mufti... tapi bangsa Melayu masih ada lagi yang mengikut ajaran 'sesat' dan berbalah soal hukum agama, bodoh punya isu nak agih daging korban pun berbalah..., nak berarak Maulidur Rasul pun sampai terlompat2 macam beruk minum wiski... sampai bila pun isu hukum dan fatwa tak akan selesai.



Tutup muka bro... gua malu... malu... malu... nasib baik kita tupai England bukannya tupai Malaya.

1Malaysia ialah sebuah negara Islam...dah lebih 50 tahun, baru 'nak jalankan hukuman sebat..??? He..he..he... negara Islam..? Itupun dah berbulan2 masih tak sebat2 lagi.... ada pulak tukang pemberi ampun macam Father dalam Gereja pulak...

Orang Melayu yang murtad??? yang ini susah sikit "nak kutuk": sebab 'tak kenal' mereka siapa..? Dan siapa yang harus di persalahkan... adakah 13 ghost yang di atas tu...?

Para pemimpin bangsa Melayu ni... adakah yang tergolong daripada kaum munafik? Tak seorang pun yang tahukan???

Para pemimpin bangsa Melayu ni... adakah yang rasuah? Bukti sedang disiasat, tak boleh tuduh lebih2..., itu semua fitnah!!! Walau terbukti pun pasti akan di bersihkan...!!!!

Ada Perlembagaan Tubuh Negeri... boleh pula di ubah2 dan di adjust ikut kehendak masing2, ada perjanjian yang sah... boleh konar sana konar sini... siapa punya kerja semua tu... Pemimpin Melayu jugak yang punya kerja....

Orang melayu ni bukannya nak ambil setiap perkara itu secara positif.... berniaga kedai makan tak laku pun kata orang lain bomohkan kedai dia, sedangkan masakan dan servis macam celaka wal cibai.... tabiat meniaga cara melayu...

Tetapi kita sendiri mau ingat, bangsa lain tak suka jaga tepi kain orang...!!! Mereka terus berusaha untuk maju... kecuali orang Melayu.... yang sentiasa negatif dan malas berusaha... ntahlah... cakap lebih2 pun tak berguna... sebab dah lebih 50 tahun orang Melayu jadi Tuan Tanah Melayu... yang GAGAL.... merubah orang melayu...

Kak Mah....!!!! Tolong jawap.....!!!! Betul ke... Melayu itu Islam...!!!!


Zulkifli Noordin minta penyokongnya anjur ‘roadshow’..??? hang boleh duduk diam-diam tak zul..!!!



KUALA LUMPUR, 10 Mac — Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu Zulkifli Noordin, yang dipecat daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) Sabtu lepas berkata beliau telah meminta penyokongnya untuk menganjurkan “roadshow” bagi menjelaskan kedudukannya kepada pengundi dan masyarakat di kawasan Kulim-Bandar Baru.
“Setakat ini saya telah menerima sokongan menggalakkan terutama daripada pemimpin kanan dan ulama dari PAS dan pertubuhan bukan kerajaan (NG),” katanya.
Ditanya mengenai masa depan karier politiknya, peguam dan anggota Parlimen yang lantang bersuara itu berkata beliau mungkin menyertai NGO sebagai platform politiknya.
Zulkifli (gambar) berkata selepas pemecatannya banyak parti politik datang kepadanya termasuk Umno, PAS dan beberapa NGO, tetapi beliau belum membuat keputusan mengenai langkah seterusnya, termasuk sama ada akan bertanding pada pilihan raya umum akan datang.
Beliau mendakwa riwayat parti itu akan berakhir pada bila-bila masa jika kumpulan “firaun kecil” dalam PKR gagal ditangani.
Zulkifli yang membayangkan seorang lagi individu berkualiti akan meninggalkan PKR tidak lama lagi berkata, isu sebenar bukan bilangan pemimpin yang berbuat demikian tetapi kualiti mereka.
“Bukan bilangan, tetapi kualiti mereka yang keluar parti. Anda boleh lihat orang seperti Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim (Bayan Baru), Tan Tee Beng (Nibong Tebal), Mohsin Fadzli Samsuri (Bagan Serai) dan bekas Setiausaha Agung parti Datuk Salahuddin Hashim...mereka ini adalah orang-orang yang sangat rapat dengan Penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim. Tahap integriti mereka tidak boleh dipersoalkan.
“Maksud saya di sini orang yang berkualiti meninggalkan parti, kita tidak mahu kuantiti tetapi kualiti. Saya beri jaminan pada anda, seorang lagi insan berkualiti akan keluar parti tidak lama lagi,” katanya semasa temubual secara langsung NST, di sini hari ini.
Zulkifli juga berkata beliau akan menjadi wakil rakyat Bebas di Parlimen.
Zulkifli, seorang peguam, dipanggil lembaga disiplin parti bagi menjawab isu laporan polis yang dibuatnya terhadap Anggota Parlimen Shah Alam, Khalid Samad dari PAS yang merupakan sekutu PKR, berhubung penggunaan kalimah Allah.
Beliau bagaimanapun bertindak keluar daripada perbicaraan selepas enggan diadili oleh anggota panel bukan Islam. Pada 6 Mac lepas beliau dipecat daripada PKR.
Sebelum itu beliau pernah mendakwa ada kumpulan “firaun kecil” dalam PKR berusaha memastikannya dipecat daripada parti.

Pembuat Kereta Bertaraf Dunia.....gaji terendah RM600 sahaja?......alahai


Amat terkejut wal hairan wal memalukan sebuah syarikat pembuat kereta tempatan, PROTON yang di'claim' sebagai 'world-class' masih membayar gaji asas pekerja amnya sebanyak RM600.00 sebulan seperti didakwa oleh Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) semenjak tahun 2007 lagi.


Di dalam dunia yang serba bersaing ini, kita menuntut satu output yang berkualiti dan berproduktif, mana mungkin jika pekerjanya diberi upah serendah itu.

Kita tidak hairan jikalau selama ini kereta buatan tempatan mempunyai kualiti yang boleh dipersoalkan. Sila baca di sini.

Zulkifli Nordin ahli parlimen di Wilayah Persekutuan? - Cenangau.



Aku mushkil sikit, sebenarnya Zulkifli Nordin ni Ahli Parlimen mana? Setahu aku dan aku rasa semua rakyat Malaysia tau yang dia ni ahli parlimen Kulim Bandar Baru. Kulim Bandar Baharu ni kat Kedah ni,  bukannya kat Kuala Kumpur.

Yang buat aku mushkil bukan apa, pasainya dalam surat dia kepada Speaker Dewan Rakyat, dia guna alamat Kuala Lumpur.
ZULKIFLI BIN NOORDIN
AHLI PARLIMEN KULIM BANDAR BHARU

Pejabat Wakil Rakyat, Ahli Parlimen Kulim Bandar Bharu
Ting. 7, Wisma Yakin, Jalan Masjid India, 50100 K.L. - Zulkifli Nordin
Patut la pun selama ni selalu sangat dengar rungutan pengundi kawasan dia kata cukup susah nak jumpak wakil rakyat depa, rupa-rupanya dia dah pindah pejabat wakil rakyat dia ke Kuala Lumpur.

Apa pun, aku harap Zul Nordin tak lupa nak pos surat tu. Jangan pulak dia anggap bila buat posting salinan surat tu kat blog dia kira surat tu dah sampai ke Speaker Dewan Rakyat. Jangan nanti bila kerusi untuk dia di Parlimen tak diubah dia merepet kata Speaker buka unternet pulak. Haru!!!

Gambar kat atas tu aku cilok dari blog dia. Patut la 'beruk' tu boring sampai terlena, mungkin pasainya takdak langsung pengundi dia di pejabat dia.


Nota kaki makan cekam:  Elok la dia pindah pejabat kat Jalan Masjid India, tak la jauh sangat dengan PWTC, apa-apa hal, senang...

PERKEMBANGAN TERBARU TANGKAPAN SDR. MAZLAN ALIMAN



Presiden Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (ANAK), Mazlan Aliman hari ini ditahan reman sehingga esok berhubung siasatan terhadap laporan polis yang mendakwa berlaku pencerobohan jenayah di sebuah kawasan rancangan Felda.

Hakim mahkamah majistret Raub, Siti Hajar Mustaffa mengeluarkan perintah tersebut hari ini. Mazlan yang juga ahli jawatankuasa PAS pusat ditahan di ibu pejabat polis daerah (IPD) Raub, Pahang.

Peguam Haris Abdullah berkata beliau percaya anak guamnya ditahan untuk siasatan mengikut Seksyen 441 Kanun Keseksaan atas dakwaan melakukan pencerobohan itu ketika mengadakan sesi dialog dengan peneroka semalam.

"Polis kata Mazlan disiasat di bawah Seksyen 445 (Kanun Keseksaan) tetapi seksyen itu tidak menyebut kesalahan kerana ia seksyen hukuman," kata Haris ketika dihubungi Malaysiakinihari ini.

Tambahnya, Mazlan ditahan pada kira-kira jam 11.30 malam tadi selepas diambil keterangan oleh polis di IPD tersebut.

"Dia ditahan selepas membuat satu laporan polis di balai yang sama," katanya lagi.
Haris berkata, Mazlan membuat laporan berhubung satu kekecohan yang berlaku di tempat Mazlan mengadakan dialog dengan peneroka Felda Lembah Klau.

"Dialog itu diadakan di dalam sebuah rumah. Pemilik rumah itu sendiri yang pelawa beliau adakan dialog di situ, jadi dia tidak perlukan permit.

"Kemudian berlaku kekecohan apabila datang seorang pegawai Felda untuk halang dialog tersebut," katanya mengulas kejadian yang berlaku pada kira-kira jam 3.30 petang semalam

Menurut Haris lagi, Mazlan kemudiannya bersama pemilik rumah dan seorang peserta dialog itu pergi membuat laporan polis ke IPD Raub.

"Polis kemudian ambil keterangan daripada Mazlan, pemilik rumah dan seorang lagi peneroka di situ sehingga pukul 11.30 malam," katanya.

Katanya, sebelum itu, satu laporan polis telah dibuat di balai yang sama, mendakwa Mazlan telah menceroboh kawasan Felda terbabit.

Berikutan itu, polis menahan Mazlan untuk disiasat.

Sebelum ini, Mazlan selaku presiden ANAK telah menyerahkan 
memorandum kepada Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) pada 24 Februari lalu, berhubung dakwaan pelanggaran hak asasi, diskriminasi dan dakwaan berlakunya penipuan oleh Felda.

Ibrahim Ali: Malaysiakini causing 'unrest'


exclusive Pulling no punches, Perkasa chief Ibrahim Ali explained why Malaysiakini is not in his good books, citing the 'nonsensical' and 'irresponsible' reporting of this news portal which he claimed has caused much public unrest.

In the final of Malaysiakini's three-part exclusive, Ibrahim also touched on the resurgence of Umno-linked NGOs taking to the streets, and Malay activists going on the offensive.

Ibrahim denied any links between Perkasa and former premier Dr Mahathir Mohamad, at the same time rubbishing speculation that the Malay NGO would join BN.

He also aired his views about Kelantan's fight for oil royalty and the new emergence of a third independent bloc in Parliament as a third force to be reckoned with.

Below are the excerpts of the interview, edited for content and brevity:
NONEMalaysiakini: You say you are not too keen aboutMalaysiakini?

Ibrahim Ali: I want to tell you, Malaysiakini is one of those causing a lot of unrest amongst the people. What I say is true. I follow (Malaysiakini), it is not as if I do not. I have been watching. 

Through our coverage?

Yes, true! In truth, I don't want to entertain Malaysiakini. But in the spirit of openness, I just say "come". I don't want to entertain (you) because (Malaysiakini is) a nuisance! Sometimes what it publishes is totally irresponsible. I just want to say this straight. (Malaysiakini is) without any consideration.

You have to read the federal constitution. We worry that something bad may happen to our country. Because if something (bad) happens, all is useless. That is why we in Perkasa place national security above all else.

Racism is the easiest thing to occur, if we don't handle things well. Nowadays comments, speeches and insults are freely being published, especially on websites (like Malaysiakini).

What message would you convey to Malaysiakini?

The point is, even if we say that we are open in reporting and what not, we still must be responsible. There are some issues that are not appropriate, which you shouldn't publish. Things that may be sensitive. But not if (it is) something which may cause tension.

NONEI don't know, this is what people are saying at coffeehouses and elsewhere, they say, "Malaysiakini is crazy" or something like that. Especially amongst the Malays.

My advice is, be careful. In your reporting, don't make too much innuendos. You always ask about things that have not happened yet. This is what is sometimes causing the situation to be tense for no reason. So only report based on facts and be wary of sensitive issues.

I want to tell you, in the book 'An Introduction to the Federal Constitution' by Mohd Suffian, the former Lord President, chapter eight, he mentioned clearly, the basic principles of the Malaysian constitution with reference to Article 153. Indeed after May 13, Article 153 has been protected more securely under the Sedition Act.

Mohd Suffian said, after the amendments in 1971, nobody, I repeat nobody, can talk, discuss, either behind closed doors, open, or even in legislature, matters related to the Malay rights, native rights, privileges, citizenship and what not. That is stated in the book. But now you see (those matters being openly discussed). So, our laws have become a mockery.

So, that is why I have said that 100 percent freedom will destroy all freedom. The best freedom is 85 percent. 15 percent you reserve, for preventive measures like ISA and things like that. If 100 percent freedom, we are going to have 100 percent chaos.

Compared to 10 years ago, more and more pro-Umno groups are taking their protest to the streets. Why?

Yes, that it is their right and freedom, so they take to the streets. We (Perkasa and MPM) have not yet reached that stage.

Do you feel that the Malay youth are rising up to fight for Malays rights?

Yes! We are going to fight. That is why I said, that we are no longer on the defensive; we are going on the offensive.

NONEWill Perkasa and Majlis Perundingan Melayu (MPM) take to the streets?

Not yet. For that we will discuss in the MPM. It is not my personal decision or opinion. It depends. There are some actions we take under the aegis of MPM. Some actions, if we don't reach a consensus, the various NGOs will take individually.

What is your relationship with former premier Mahathir?

Normal.

In Perkasa? Does he play a part?

No, he has no part in Perkasa. It is just that we sometimes call him to our events to hear his opinions.

What about for funding and as advisor?

None! No funding (from Mahathir). Funding is only from our members and from donations.

What about moral support?

Only moral (support).

What is your opinion on the Kelantan oil royalty issue?

To me it is simple; if Kelantan feels they rightfully deserve to receive oil royalty, take it to the courts. If the courts say Kelantan has the right, then it is okay, thank Allah. I would be happy too.

While waiting for the courts, if the federal government gives 'compassionate funds', that is also good. At least, the rakyat can benefit from it while waiting for the decision, which might take a long time.

So, you support the state government's efforts in demanding for oil royalty?

Yes, but if through proper channels. By bringing it to the courts, not by politicising this issue to the villages. What is the use of raising sentiments and causing public outrage. It is more like they want to gain political mileage than fighting for the good of the people. That is how I see it.

Are you working together with the Kelantan lawmakers to find a solution and strengthen this demand?

As I told the state government in my speech, if they do not bring the matter to court, if they dilly-dally and continue to politicise the issue, I shall bring the matter to the courts as a Kelantanese.

I have researched the matter from the legal perspective. I thought it would be difficult as I have no locus standi, because the agreement is between Petronas and the state government.
But my lawyers told me that as a Kelantanese, there are ways and means for me to bring the matter to court, and at the same time I can ask the state government to act as intervener during the proceedings. This is, if I have to bring the matter to court. If the state does not act.
But I found out that the state have brought a motion to the state assembly and has been passed. So I hope they will expedite it! Don't use the issue for political mileage, use something else for political mileage. Don't play with issues that involves laws, it would only confuse the public.

How is your relationship with the Kelantan government?

Normal; I can make friends with everyone. One thing about me, even if people say I am fierce, fiery or loud, I can make friends with everyone.

If people lambast me, I don't care. But, when I lambast them back, they should relax, don't get angry. Some people they like to lambast people, but when lambasted (they can't take it). I am a gentleman.

Whatever you want to say about me go ahead. But whatever I say, whenever I say it, report it properly. Don't play around. I am very open.

What are your views about the rise in the number of independent MPs?

I welcome the rise in number of independent MPs. It used to be me alone, then joined by the two from Sabah. More recently from Bayan Baru, followed by Nibong Tebal and now, Bagan Serai. So we have six independents.
I foresee more joining us. And if the numbers increase, we might be able to form a bloc and make an impact in the local political scenario.

Will you lead the independent bloc?

That is up to them. How can I simply say that I am the leader? Why do you ask about things that we have not decided yet? I am okay with just being a follower; I can even stay in the background. I am not that excited (about becoming a leader), I am excited about the Malay cause.

BN has opened up membership for NGOs. Will you join BN? 

I don't know. I don't think about these things. If Perkasa wants to do anything the members must decide it. We need to call an EGM to decide. All the members will decide, not me.

Will you table the matter of the BN membership to the members?

No, there (will be) no such thing. We are not interested in all this (joining BN).

So you will continue your fight as an independent candidate?

Yes, Allah willing, as of now. But in politics things can change anytime. Look at Pakatan Rakyat, they say they want to go to Putrajaya, but forget Putrajaya, they didn't even make it to Ipoh.