Isnin, 8 Mac 2010

Peguam minta Majistret tangkap saksi kerana berbohong


PULAU PINANG, 8 Mac: Perbicaraan kes Haji Mohamad Sabu dan sembilan yang lain di Mahkamah Majistret Jawi, Pulau Pinang hari ini bertukar menjadi panas apabila peguambela KEPADA Mohamad Sabu meminta Tuan Majistret menangkap saksi pendakwa iaitu jurugambar polis.

Saksi pendakwa tersebut iaitu Korporal Khairi yang menjadi saksi pendakwa yang pertama memberikan keterangan bahawa pada hari kejadian (9/12/2007) beliau telah mengambil gambar di tempat kejadian iaitu di Tol Bukit Tambun dan beliau telah mengambil 32 keping gambar kesemuanya.

Saksi pendakwa yang ketiga Lans Korporal Kamarudin pula menyatakan beliau juga mengambil gambar tetapi kesemua gambar yang beliau ambil adalah gambar-gambar di IPK Seberang Serai Selatan.

Semasa menyoal balas Lans Korporal Kamaruddin, Hanipa bertanya adakah beliau bersetuju bahawa salah satu gambar yang beliau ambil di IPK itu (gambar orang bersembahyang) adalah juga gambar yang sama dengan gambar yang diambil oleh Korporal Khairi dan saksi itu menjawab beliau bersetuju.

Hanipa seterusnya bertanyakan saksi itu dengan soalan berikut :-

Hanipa: Apabila Korporal Khairi menyatakan gambar itu (gambar yang sama itu) diambil di Tol Bukit Tambun manakala kamu pula mengatakan gambar itu diambil di IPK bermakna salah seorang dari kamu berbohong di Mahkamah?

Kamarudin:
Diam.

Hanipa: Saya katakan sekali lagi salah seorang dari kamu pasti telah berbohong ! Kamu atau Korporal Khairi yang berbohong?

Kamaruddin:
Korporal Khairi yang berbohong!

Sebaik sahaja saksi itu menyatakan Korporal Khairi yang berbohong maka Hanipa meminta Mahkamah menggunakan kuasanya di bawah seksyen 30 Kanun Prosedur Jenayah untuk menangkap saksi pendakwa tersebut kerana saksi
tersebut telah membuat kesalahan di bawah seksyen 191 Kanun Keseksaan iaitu memberi keterangan palsu di Mahkamah.

Hanipa berhujah di bawah seksyen 30 Kanun Prosedur Jenayah seorang Majistret boleh menangkap atau mengarahkan seseorang untuk menangkap mana-mana orang yang melakukan kesalahan di hadapan Majistret.

Jelas saksi polis ini telah memberikan keterangan yang palsu dan oleh itu, hujah Hanipa, majistret boleh menangkap saksi tersebut.

Pihak Pendakwa meminta Mahkamah menangguhkan keputusan permohonan peguambela itu hanya setelah kesemua keterangan pendakwaan diberi.

Pendakwa seterusnya berhujah isu tersebut adalah melibatkan satu keeping gambar sahaja dan meminta Mahkamah tidak menangkap saksi tersebut.

Hanipa menjawab bahawa sama ada ianya melibatkan satu keping gambar atau banyak gambar ianya tidak penting. Apa yang penting adalah saksi pendakwa telah berbohong di Mahkamah.

Hanipa berhujah jika menggunakan hujah pendakwa, adakah pendakwa ingin menyatakan bahawa tidak salah kalau seorang mencuri atau rasuah RM1.00 tetapi hanya salah jika jumlahnya RM1000.00? RM1.00 atau RM1,000.00 ia adalah rasuah.

Oleh itu sama ada satu gambar atau banyak gambar jika saksi berbohong ia adalah berbohong dan ia adalah satu kesalahan jenayah.

Majistret kemudiannya menangguhkan keputusan permohonan peguambela pada esok pagi.

Mohamad Sabu dan sembilan yang lain didakwa di bawah seksyen 186 Kanun Keseksaan di atas tuduhan menghalang tugas penjawat awam. Perbicaraan ditetapkan pada 8, 9 dan 10 Mac.

Mohamad Sabu dan 9 yang lain diwakili oleh Mohamed Hanipa Maidin, Aminuddin Zulkifli dan Yusnita Yusuf manakala pendakwa diwakili oleh Tuan Suhaimi dan Yusaini Amir.

Hishamuddin: Jaga keselamatan atau malukan Malaysia??

Majlis Peguam kesal KDN hantar warga asing tanpa bela diri.

Hazayani Zakaria
KUALA LUMPUR, 8 Mac: Majlis Peguam Malaysia hari ini kesal dengan tindakan kerajaan menghantar pulang seorang warga Yaman, Khaleed Salim Mohammed ke negara asalnya, tanpa memberi peluang kepadanya untuk bertemu peguam.Maklumat penghantaran pulang itu diperoleh daripada faksimili yang diterima daripada Kementerian Dalam Negeri (KDN).


Khaleed merupakan salah seorang daripada 12 tahanan yang ditahan sewaktu mendengar kuliah agama di Sungai Cincin, Gombak.Sambil menyifatkan tindakan itu sebagai tidak adil, Presiden Majlis Peguam Malaysia, Regunath Kesavan menyeru kerajaan membenarkan peguam bertemu dengan tahanan yang masih tinggal sebelum hebeas corpus didengar pada 10 Mac ini.
(GAMBAR: Sidang media Majlis Peguam pagi ini)"Tindakan kerajaan untuk menghantar mereka pulang adalah tidak berasas kerana tahanan belum berpeluang untuk mendapatkan nasihat undang-undang atau membela diri."Ramai daripada para tahanan mempunyai keluarga di sini, dan deportasi akan memisahkan ahli keluarga daripada satu sama lain," katanya dalam satu sidang media di pejabat Majlis Peguam, pagi tadi.Beliau juga menegaskan, Perkara 5 Perlembagaan persekutuan memperuntukkan setiap individu yang ditahan harus diberikan hak untuk bertemu dengan penasihat undang-undang dan dihadapkan di mahkamah."Penafian kerajaan terhadap hak asasi ini menunjukkan mereka memperlekehkan Perlembagaan, " katanya kesal.


Majlis Peguam turut mengutuk keengganan kerajaan membenarkan peguam bertemu tahanan meskipun telah pun berkali-kali permohonan dibuat.22 Februari lalu, peguam dan Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) ke Ibu Pejabat Polis Bukit Aman menuntut agar tahanan diberi peluang berunding dengan peguam."Saya nak tegaskan, warga asing tidak bermaksud mereka itu tidak perlu dilindungi di bawah Perlembagaan Malaysia. Sebagai negara demokrasi kita kena hormati undang-undang tidak kira mereka warganegara Malaysia atau tidak. Tindakan buang negeri terhadap tahanan tanpa alasan adalah sangat tidak wajar," katanya.Peguam Edmund bond pula berkata, kerajaan seolah-olah berniat melakukan perkara yang sama seperti yang dilakukan mereka terhadap seorang tahanan warga Indonesia, Mohd Iqbal Abdul Rahman yang dihantar pulang sebelum pendengaran habeas corpus.Beliau juga kesal dengan tindakan kerajaan memfailkan afidavit bagi membantah pendengaran kes berkenaan di mahkamah tanpa memberikan dokumen-dokumen berkaitan tahanan kepada Majlis Peguam dan keluarga tahanan."Kami hantar banyak surat kepada (Datuk Seri) Hishammuddin minta dokumen berkaitan tapi beliau tidak pernah beri sehingga sekarang. Tiba-tiba beliau bagitahu failkan afidavit."Sangat sukar untuk dipercayai perkara begini boleh berlaku di Malaysia. Warga asing yang datang untuk menyambung pelajaran, dihantar pulang ke negara asal," katanya.Dalam pada itu, kawan rapat kepada Khaleed, Homam Abdulalim Altarsha yang turut hadir dalam sidang media tersebut meluahkan kekesalan terhadap kerajaan Malaysia yang menghantar pulang Khaleed dan menuduh beliau seorang pengganas."Saya dan Khaleed berkawan baik. Saya sangat mengenali dia. Dia bukan seorang penggans seperti yang didakwa. Dia sedang buat sarjana dalam bidang kejuruteraan. Siapa yang akan bayar balik yuran pengajian dia? Dia dihantar pulang sebelum menyelesaikan pengajiannya.


"Saya sangat kecewa dengan Malaysia. Orang selalu cakap Malaysia negara yang sangat aman. Mana keamanannya? " soalnya.


p/s: Siapa yang malukan Malaysia dimata negara Islam lain????Siapa yang ganas dan mencabul hak asasi orang lain????

Mana lebih rendah, mufti Umno atau menteri Umno?


Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata kenyataan Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat adalah satu cubaan merendah-rendahkan mufti (lihat Malaysiakini hari ini "Menteri: Kenyataan Nik Aziz rendahkan mufti").

Apa kenyataan Mursyidul Am?
Dalam kes ini, beliau telah menjadi agen Umno. Hilang luruh kemuliaan seorang mufti kalau merelakan diri menjadi agen. Apatah lagi menjadi agen sebuah parti politik sekular (lihat Harakah Daily semalam "Nik Aziz: Harussani mufti atau mufta?")
Maknanya, Jamil Khir kata, tuduh Tan Sri Harussani Zakaria agen Umno adalah satu cubaan merendah-rendahkan mufti. Hai kenapa pulak? Tak terer dan hebat ka jadi agen Umno?

Adakah Jamil Khir cuba nak kata, jadi agen Umno tu merendah-rendahkan mufti?

Kalau jadi agen Umno tu merendah-rendahkan mufti, macam mana pula talabah lulus UKM yang dulu berdentam-dentum syarahannya yang kini menjadi menteri Umno? Yang mana satu lebih rendah ni, mufti Umno atau menteri Umno?
PB.

Zulkifli Noordin intai PAS pula...

Setelah dipecat daripada PKR, ahli parlimen Kulim-Bandar Baharu Zulkifli Noordin mahu mengkaji dengan serius kemungkinan untuk kembali semula ke pangkuan parti itu.

Bagaimanapun sehingga ini, beberapa pemimpin utama PAS telah menyuarakan pendirian mereka menolak Zulkifli kembali ke parti tersebut - antaranya naib presiden, Datuk Mahfuz Omar; setiausaha agung Datuk Mustafa Ali.

Seorang lagi naib presiden Tuan Ibrahim Tuan Ibrahim sebelum ini dipetik oleh sebuah portal berita yang beliau mempelawa Zulkifli menyertai PAS.

Bagaimanapun, hari ini, Harakahdaily melaporkan Tuan Ibrahim menafikan perkara itu, sebaliknya menegaskan kenyataannya telah disalahfaham oleh media berkenaan.

Beliau memberitahu akbar rasmi PAS itu bahawa walaupun parti itu bersikap tersebuka, tetapi ia tidak bermaksud menerima kembali Zulkifli kerana ia akan “menyakiti rakan lain dalam Pakatan”.

Dan kesediaan Zulkifli (foto) untuk menimbang kembali semula ke PAS itu berdasarkan kepada kenyataan awal Tuan Ibrahim.

Menulis dalam blognya hari ini, Zulkifli menegaskan: “Sudah pasti saya akan mengkaji dengan serius pelawaan beliau. Insya-Allah saya mengadakan perjumpaan dengan pucuk pimpinan (dipercayai PAS) tidak lama lagi.

“Kira OK juga teman (saya) yop, tak sampai sehari teman menjanda dah ada yang masuk meminang,” tulis Zulkifli dalam loghat Perak.

Bagaimanapun, dengan berseloroh, Zulkifli berkata buat masa ini beliau mahu berehat terlebih dahulu kerana “baru lepas menjanda” dan “edah pun belum habis lagi”.

pencapaian babi diutamakan, rakyat dilembukan


oleh : labun kulupsakah

CUKAI IMPORT BUGGY GOLF DIMANSUH - Najib Razak hari ini mengumumkan pemansuhan cukai import bagi pembelian baru buggy untuk kegunaan kelab-kelab golf di seluruh negara berkuat kuasa serta-merta.Najib Razak berkata, pemansuhan itu bertujuan membantu pembangunan sukan golf yang semakin diminati pelbagai lapisan masyarakat dengan kelab-kelab golf pada masa sama berupaya meningkatkan lagi kemudahan yang sedia ada.Selain itu, langkah itu juga mampu menjana pendapatan negara apabila lebih 200 kelab golf di negara ini berpotensi menjadi destinasi pilihan pelancong asing untuk bermain sukan itu



rakyat yang bangang tahap bahalol masih tak nampak lagi? untuk orang kaya yang main golf dapat keistimewaan..

rakyat terbanyak kena GST..

Di Kulim Ada Kepala Babi Hutan

Sekumpulan lelaki dari Kampung Tok Rasul yang menjala ikan di Sungai Kulim terkejut apabila menjumpai lebih enam kepala babi hutan terapung dalam sungai itu. Ada antara kepala babi ditemui reput dan berulat.

Mohd Fitrie Mohd Saad berkata, dia dan rakan sering menjala di sungai Kulim sebelum menjumpai beberapa kepala babi hutan yang hanyut di sungai itu. Sebelum ini penduduk kampung ada menjumpai bangkai babi tetapi kejadian hari ini amat mengejutkan kerana terlalu banyak bangkai kepala babi ditemui.

“Saya dan beberapa orang rakan pergi menjala di Sungai Kulim sekitar jam satu tengah hari sebelum ternampak bangkai kepala babi hutan. Kami kemudiannya menemui beberapa kepala lagi yang tersangkut di sekitar tebing dan dahan pokok yang tumbang. Saya anggarkan lebih enam kepala babi dijumpai hari ini.

Perkara berkenaan merupakan kejadian pertama setelah lebih 20 tahun saya tinggal di kampung ini. Saya amat kecewa dengan apa yang berlaku dan berharap Jabatan Pengaliran dan Saliran (JPS) dan Majlis Perbandaran Kulim Kedah (MPKK) dapat mengambil tindakan segera dengan menyiasat bangkai kepala babi ini,” katanya.

Menurutnya, kanak-kanak yang tinggal di Kampung Tok Rasul sering mandi di sungai itu dan kegiatan ini harus diberhentikan untuk memastikan sungai tidak tercemar.

Timbalan Ketua UMNO Bahagian, Padang Serai, Halim Hassan yang berada di tempat kejadian berkata, JPS dan MPKK perlu mengambil tindakan dan siasatan terperinci terhadap permasalahan itu.

“Saya meminta kerjasama JPS dan MPKK menjalankan siasatan terperinci terhadap permasalahan yang berlaku kerana penemuan lebih enam kepala babi hutan di sungai ini tidak disenangi penduduk kampung.

Sekiranya sungai ini dicemari, hasrat JPS untuk memastikan semua sungai berada dalam keadaan bersih tidak akan tercapai. Saya dimaklumkan terdapat sekumpulan pendatang asing menetap di atas sungai berkenaan. Saya meminta kerja sama mana-mana jabatan terlibat untuk menjalankan siasatan kerana saya khuatir penyembelihan babi hutan secara haram ini berpunca dari perbuatan mereka,” katanya.

Ulasan GB

Demikianlah petunjuk Allah. Jika dulu di Selangor ada IKAN KEPALA BUAYA, di Kulim ada kepala babi hutan. Itu adalah ayat manzurah.

93% Berpendapat Yang Keluar Parti Perlu Juga Kosongkan Kerusi


Undian SMS Edisi 7 menyatakan 93% berpendapat mereka yang kelaur parti perlu juga mengosongkan kerusi mereka. Itulah suara rakyat.

Sementara itu, semalam, Pengerusi DAP Karpal Singh mencabar empat anggota Parlimen yang keluar dari Parti Keadilan Rakyat (PKR), tidak menghadiri sidang Dewan Rakyat yang dijadual bermula 15 Mac ini.

"Saya mencabar mereka tidak menghadiri sidang Dewan Rakyat kelak bagi membolehkan kerusi dalam Dewan Rakyat dikosongkan," katanya kepada pemberita di sini.

Katanya perkara 52 (1) Perlembagaan Persekutuan menetapkan seseorang anggota Parlimen yang tidak menghadiri sidang Dewan Rakyat selama satu penggal maka jawatan ahli Parlimen akan gugur secara automatik.

Empat anggota Parlimen terbabit ialah Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim (Bayan Baru), Tan Tee Beng (Nibong Tebal), Mohsin Fadzil Samsuri (Bagan Serai) dan Zulkifli Nordin (Kulim/Bandar Baru).

Karpal Singh berkata oleh kerana DAP merupakan anggota dalam pakatan pembangkang, beliau menyifatkan mereka sebagai satu keluarga dan berhak mencampuri urusan PKR.

"Jika mereka mengatakan pemilihan mereka berdasarkan pilihan rakyat, saya cabar mereka meletak jawatan dan satu pilihan raya (kecil) diadakan untuk membuktikan kemenangan mereka memang dipilih oleh rakyat dan mereka harus ingat, jangan bermegah kerana mereka menang pun atas tiket PKR," katanya.

Anggota Parlimen Bukit Gelugor yakin tiada lagi pemimpin PKR akan keluar parti kerana mendakwa "pengkhianat" dalam PKR sudah tiada.

"Saya yakin selepas ini tiada lagi yang akan keluar parti walaupun Penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim mengakui PKR menghadapi masalah apabila beberapa wakil rakyat keluar parti itu namun saya lihat ia satu proses pembersihan parti," katanya.


'Mufti', 'Mufta', 'Muffler' dan 'Mutta'.....ada beza tak?


Mufti (bahasa Arab: مفتى‎) ialah seorang sarjana, tokoh atau jawatan yang telah diakui dan dikagumi ramai dalam sesebuah negeri atau negara, terutama di kalangan sarjana sendiri untuk membuat keputusan penting tentang agama Islam, khususnya fatwa yang diminta oleh orang awam.

Takrifan di atas serta etika seorang Mufti bolwh dirujuk dalam Wikipedia, sila baca di sini.


Kalau orang yang memberi fatwa digelar Al-Mufti manakala pula Al-Mufta ialah orang yang diberikan fatwa. Boleh baca di sini.

'Muffler' atau 'silencer' adalah alat yang dipasang kepada 'exhaust-pipe' berfungsi untuk mengurangkan bunyi bising daripada enjin. Rujuk di sini.

'Muffler' juga boleh diertikan satu helaian fabrik yang diperbuat dari kapas atau 'wool', digunakan untuk melilit leher daripada terdedah ketika musim senjuk. Di Pakistan ia dikenali sebagai 'Pashmina'. Sila baca di sini.

Mutta adalah ungkapan disebelah Pantai Timur yang membawa maksud berpusing-pusing atau berputar-putar. Kalau ditujukan kepada seseorang boleh membawa maksud seseorang yang jenis putar alam, apabila dia bercakap, ia berbelit-belit.

al-brangi :

Apa-apa pun jawatan yang kita diamanahkan, kekadang istilah Mufti, Mufta, Muffler dan Mutta boleh membawa erti yang sama.

Umpamanya, laksana seseorang yang di amanahkan dengan jawatan yang tinggi, tidak kira apa bidang sekalipun samada bidang Agama, Kejuruteraan, Kedoktoran dan sebagainya, tetapi jika beliau bercakap diluar bidang ilmu dan amalannya, ia mungkin jatuh ke taraf 'mufta'. Jika ia menyembunyikan ilmunya ia boleh disifatkan sebagai 'muffler', yakni menyorok ilmu(bising) dan menyembunyi ilmu dengan melilit-lilit di sekeliling leher. Yang lebih teruk lagi jika ia bersifat 'mutta', mem'belit-belitkan ilmu atau ber'putar-alam' dengan segala tindak-tanduk. Alahai.....

Si lompat dan cara nak mengajaq depa ni!

Oleh Huzaifah AY

Ketika mahu memenangi pilihanraya, mereka menabur janji-janji manis dengan rupa yang manis dan suara yang manis. Ketiak yang masam berlengas dan mulut yang busuk kerana gigi yang tak sempat digosok menjadi harum semerbak buat para petugas pilihanraya demi memenangkan seorang calon. Diheret ke hulu ke hilir berjumpa pengundi, diarak ke atas ke bawah meraih simpati. Asakan lawan sejahat BN digagahi bersama, calon ditatang bak minyak yang penuh, pengundi diyakini bahawa setiap pangkahan mereka tidak akan rugi. Semuanya dengan satu matlamat: Menang!

Bukan mudah mencipta suatu kemenangan. Tapi betul sangat apa yang dikata orang cerdik-pandai, bila dah menang lebih sukar lagi mengurusnya. Dah menang, lagi banyak pancaroba. Dah menang lagi banyak bahananya. Apatah lagi bila menang, orang yang menang itu bukanlah pejuang sejati. Tapi pejuang taik minyak yang penuh pura-pura dan kepalsuan memenuhi rongga hati. Mereka ini ibarat sesumpah atau pokka mengapuk di dahan, sekali dahannya kelabu maka kulitnya jadi kelabu, sekali dahannya hijau maka kulitnya menjadi hijau.

Baik dalam PAS, PKR mahu pun DAP, semuanya menghadapi gejala yang sama – sukarnya menguruskan kemenangan. PAS bermasalah dengan Ibrahim Ali yang kononnya merasa dirinya tersangatlah betul. Tidak sedar, dia naik pun atas ihsan PAS, tapi berlagak bagai PAS langsung tak ada kena mengena dengan kemenangan dirinya. Begitu jugalah sekerat dua kerat pemimpin PAS yang lain, yang berura-ura mahu bercinta dengan Umno. Mereka sudah menang pilihanraya, sudah rasa rakyat sokong mereka walhal yang rakyat sokong ialah parti PAS, bukannya sosok tubuh mereka yang mungkin berpenyakit di sini-sana!

Manusia-manusia seperti inilah yang menjahanamkan kepercayaan rakyat kepada PAS. Mujurlah Ibrahim Ali ini memang sudah mahsyur akan sikapnya yang lebih dari pokka dan sesumpah bahkan rela dirinya diiktiraf sebagai raja lompat sedunia…tapi rakyat masih kecewa, kerana yang dipilih ialah PAS bukan Ibrahim Ali. Saya yakin dia akan tenggelam dalam lubuk paling dalam jika hanya bertanding atas tiket namanya sendiri - si juara lompat!

PKR lebih malang berbanding PAS dan DAP. Hingga kini, seorang demi seorang menzahirkan wajah mereka yang sebenar. Kita kasihan kepada Anwar dan Azizah bahkan kita belas melihat nasib PKR yang kian terumbang-ambing, tetapi kita tidak tahu apakah tindakan yang selayaknya kita ambil bagi ‘mengenakan’ para manusia yang biadap dan tidak mengenang jasa dan tak tahu mengukur budi ini? Disuruh berhenti mereka enggan, disuruh bertaubat mereka lari, disuruh diam mereka bising dan disuruh meletakkan jawatan sebagai YB mereka buat tak tau. Memang mereka ini manusia tak tau malu dan manusia yang layaknya dihenyak beramai-ramai dengan punggung dan siku. Mereka inilah manusia yang tak tau diuntung dan tak sedar diri walau sekelumit. Diberi susu dibalas tuba, diberi madu dibalas racun berbisa, diberi bunga dibalas selumba!

DAP nampaknya agak stabil. Pelik kita, DAP yang didominasi oleh bukan Melayu – Islam lebih stabil. Mungkin inilah yang dikatakan oleh sarjana Islam Muhammad Abduh, wajah Islam pada non-muslim. Saya terkesima bila Lim Guan Eng beriya-iya mahu meneladani Umar Abdul Aziz. Dia bersungguh dalam hal itu nampaknya. Dia belum Islam tapi wajah dan suaranya sudah Islam. Alhamdulillah…saya doakan dia akan mendapat hidayah dan mudah-mudahan dia dapat menarik telinga, memulas perut dan menampar seliang dua ke muka-muka para manusia tidak sedar diri yang senang-senang hati menukar wajah dan kulit mereka itu.

Kesimpulannya, PR perlu ada satu cara yang menggerunkan mereka yang ada hasrat di hati mahu membuat lompatan dan pertukaran wajah dan identity. Saya tak tau caranya, tapi saya terfikir satu jalan, mungkin nampak bodoh dan kelihatan bengong, tapi apa salahnya mencuba…senang sahaja, mereka yang mahu mengkhianati parti dan pengundi ini, kita tuntut kembali segala penat-lelah dan perbelanjaan yang telah dikeluarkan sehingga dia menang…jika dia gagal jelaskan, maka ada caranya, lelong segala hartanya hingga dia bangkrup dan muflis…jika saya, saya akan charge seminit berkerja memenangkannya, nilainya ialah RM1,000….so, ada jalan tak? Hangpa pikiaq la sendiri…Wallahua’lam!

Dr. Yusof Al-Qaradawi Tokoh Ma'al Hijrah Malaysia 2009 punca sebenar Polis Merusuh Di Kg Baru.



Tokoh Ma'al Hijrah Malaysia 2009 Dr Yusof Al-Qaradawi adalah punca sebenarnya polis merusuh dalam program sambutan 2 tahun Pakatan Rakyat memerintah semalam di Kg Baru.

Dr Yusof Al-Qaradawi merupakan Pengerusi Ulama Islam Sedunia. Beliau menerima hadiah wang tunai RM100,000 termasuk RM10,000 sumbangan Yayasan Ubaidi, sebuah plak, pingat dan sijil penghargaan tahun lalu.

Beliau sebenarnya sudah lama diundang oleh Kerajaan Malaysia tetapi beliau tidak mahu hadir selagi Anwar Ibrahim tidak bebas.


Pada tahun lalu, beliau sudi datang ke Malaysia tetapi dengan syarat beliau tidak disekat untuk berjumpa dengan sesiapa pun termasuk Anwar Ibrahim.

Oleh kerana Najib mahu dilihat seolah-olah beliau juga boleh mendampingi Ulama Dunia ini untuk kerpentingan politiknya maka Najib terpaksa akur dengan syarat Dr Yusof Al-Qaradawi.



Saya mengenali Anwar Ibrahim sejak 25 tahun yang lalu. Ketika itu Anwar adalah presiden Abim.

Apabila Anwar menyertai kerajaan, hubungan kami masih akrab. Setelah Anwar difitnah dan dipenjarakan, saya sering mendoakan agar beliau tabah dan tidak mengalah. Sekarang beliau adalah harapan kepada rakyat yang mencintai keadilan dan kemanan sejagat.

Saya minta tuan-tuan dan puan-puan agar bersama-sama Anwar Ibrahim untuk mengangkat martabat kemanusian yang meletakkan keadilan dan prinsip Islam sebagai asas perjuangan.”

- Prof. Dr. Yusuf Al-Qaradhawi , 19 Disember 2009


Beliau datang ke Malaysia semasa Pakatan Rakyat melakar sejarah Malaysia kerana berjaya mengadakan Konvensyen Pakatan Rakyat yang pertama.


Lebih memedihkan hati Najib apabila Dr Yusor Al-Qaradawi pula menyampaikan ceramah perdananya sempena Maal Hijrah di Masjid Shah Alam selepas berlangsungnya Konvensyen Pakatan Rakyat.


Semalam polis merusuh apabila terdapat satu cakera padat (CD) yang berupa rakaman sidang video ulama tersohor Prof Dr Yusuf al-Qaradawi berhubung fatwa terhadap pertuduhan liwat yang dihadapi oleh Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim diedarkan kepada orang ramai malam tadi.

Dalam rakaman sidang video itu antara lain mengandungi mengenai fatwa ulama dunia Islam itu terhadap pertuduhan liwat yang dihadapi oleh Anwar yang juga ketua pembangkang.

Sidang video itu telah dirakamkan pada 14 Februari selama 33 minit itu di kediaman Dr Yusuf di Doha, Qatar termasuk terjemahan percakapan beliau yang dilakukan oleh ahli jawatankuasa PAS Pusat, Abdul Ghani Shamsuddin.

Cakera padat yang bertajuk
"Fatwa Mutakhir Dr Yusuf al-Qaradawi berhubung konspirasi II terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim" telah diterbitkan oleh Women's Institute of Research Development dan Advancement (WIRDA) diedarkan secara percuma.



Anwar dalam ceramahnya malam tadi berkata Dr Yusuf - yang merupakan Ketua Ulama Islam Sedunia - menegaskan kepadanya bahawa isu yang dihadapinya itu berkaitan dengan hukum Islam dan akhlak.

Tambahnya, dalam sidang video itu tokoh Islam itu membawa hujah al-Quran dan Hadis serta alasan-alasan beliau mengeluarkan fatwa tersebut.

"Ini bukan soal PAS, atau PKR, tetapi ini soal akidah dan akhlak. Beliau berkata kepada saya, bahawa beliau bertanggungjawab di akhirat kelak (dengan fatwanya)," kata Anwar ketika berceramah di Kampung Baru di ibunegara malam tadi.

Ceramah itu disampaikan sempena sambutan ulang tahun kedua Pakatan Rakyat sejak memenangi pilihan raya umum pada 2008, termasuk menguasai sembilan daripada 10 kerusi Parlimen di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Dalam ceramahnya, Anwar yang juga ahli parlimen Permatang Pauh berkata Dr Yusuf telah mengeluarkan fatwa bahawa sesiapa yang merancang dalam fitnah tersebut, sama ada secara langsung atau tidak langsung maka hukumnya adalah "munafik"

Anwar juga berkata fatwa Dr Yusuf juga menyebut, bahawa sesiapa yang membantu menyebarkan berita fitnah tersebut maka jatuh hukumnya sebagai fasik.

Kata Anwar, orang yang fasik tidak boleh diterima kesaksiannya dan kebenaran percakapannya sepanjang hidup.

"Dr Yusuf berkata kepada saya, tolong selamatkan mereka... Ini merupakan satu amanah, tolong sampaikan, dan sebarkan kepada semua," kata Anwar.

Sehubungan itu, Anwar meminta hadirin memperbanyakkan salinan CD tersebut dan menyebarkan kepada orang ramai.

"Ada orang kata saya ada kepentingan (dengan CD itu), (tapi) saya rasa tidak tergugat (dengan pertuduhan itu) kerana tidak ada kes, (dan) laporan doktor menyebelahi kita," katanya.

Dalam ceramahnya juga, Anwar juga mengulas mengenai ujian yang dihadapi oleh negeri yang dikuasai oleh Pakatan Rakyat dengan mengambil iktibar daripada perjuangan Rasulullah SAW.

Menurutnya lagi, Pakatan Rakyat harus bersedia untuk menghadapi sebarang ujian daripada Umno/BN demi menegakkan kebenaran dan keadilan dalam masyarakat di negara ini dapat tercapai.

"Mereka pukul dan aibkan kita. Kalau patah dayung, dengan jari ku dayung jua. Namun mengalah, tidak sesekali," katanya.

Anwar yang juga bekas timbalan perdana menteri, turut menyindir wakil rakyat PKR melompat parti kerana tidak sabar dengan ujian sehingga mereka membuat keputusan untuk keluar daripada parti.

"Dulu Anwar kata, kita akan dapat ke Putrajaya. Oleh kerana lambat, jadi mereka patah balik. Tengok satu juta bertahan, tengok duit dua juta, hati berdebar," katanya berseloroh diiringi gelak ketawa hadirin.

"Sokong (Pakatan Rakyat) kerana prinsip keadilan, bukannya untuk dapat wang".

Sebelum itu, berlaku
kekecohan apabila polis cuba menghentikan perhimpunan sambutan ulang tahun kedua Pakatan Rakyat itu.

Bagaimanapun, ceramah itu diteruskan apabila penganjur meneruskannya di dalam bangunan kelab tersebut, yang dimiliki oleh kerajaan Selangor.

Inilah punca sebenar kenapa Polis merusuh kerana najib takut vcd ini ditayangkan kepada rakyat.

Saya cabar Khairy, jika Pemuda UMNO anak jantan, ayuh himpunkan seluruh jentera dan balaci Pemuda umno termasuk Perkasa dan yang sewaktu dengannya, buatlah demo perdana di hadapan kedutaan Qatar atau Mesir kerana Dr Yusor Al-Qaradawi telah mencampuri kes Anwar Ibrahim.

Jika 50 Ahli Parlimen Australia memberi pandangan tentang kes Anwar Ibrahim kamu marah dan berdemo, adakah kamu tidak marah bila Tokoh Ma'al Hijrah Malaysia tahun 2009 pula memberi pandangan dan fatwa kepada kes Anwar Ibrahim?

Agak-agak Pemuda UMNO ada beranikah buat demo membantah terhadap Dr Yusof Al-Qaradawi?


* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *

Kalau Takut Dipukul Badai...
Usah Berumah Di Tepi Pantai...

Amizudin Ahmat

Kartika tak patut dirotan, MANGKUK ni yang patut DISEBAT dulu


oleh ali Baganutama.

Previously on "Polemik Isu Kartika"

Salam satu Dunia. Apo yang den nak bagitahu ni bukanlah satu kezutan lagi. Den cumo nak bagi hard evidence je. Ha Ha Ha. Den alert isu ni sobab diperingatkan oleh kenkawan kat komuniti facebook. Sapo cakap facebook ni haram? Pengguna facebook tu yang haram kalau salahgunokan facebook. Facebook ni cumo alat sahaja. Kalau laptop digunokan untuk membalun kepalo Polis, sapo yang salah? Dah tentulah Polis tu yang salah sobab dio yang mulokan provokasi. Laptop sikit pun tak bersalah. Laptop hanya sekadar alat untuk membalun kepalo seorang anggota Polis. Yang kono masuk lokap dan mahkamah bukan laptop tapi tuan punya laptop tu. Bingai lah menjadikan laptop sebagai pesalah. Ini contoh bai. Begitulah juo facebook. Facebook hanya sekadar alat. Meh kita cek gambar ni.

Click for enlarge. Peh, sapo punyo botol arak tu? Strong beer maa [link]

Mak ai. Gambar selepas ni adalah bukti bahawa ada satu mamat dari Malaysia telah berjaya menjadi Board of Directors kompeni arak terbesar dari Filipina. Tahniah den ucapkan. Bukan sonang bai anak Melayu nak menjawat BOD kompeni antarabangsa.

Click for enlarge. Lihat nama yang telah dibulatmerahkan itu[link]

Den tak tahulah nama Mirzan Mahathir tu anak Tun Mahathir. Mungkin ya mungkin tidak. Malu-malu kucing lak nak bubuh title 'Tun' kat webpagetu. Ha Ha Ha.

Di mana keadilan?

Kalau lah si Mirzan ni memang boto anak Mahathir, maka dio mesti dikenakan hukuman lagi berat dari Kartika. Kartika hanya peminum arak. Mirzan ada saham dalam pembikinan arak. Kilang arak Filipina tu bukan setakat buat arak malah mengedarkannya ke seluruh dunia.

Dadah & Arak

Peminum arak ni serupo dengan penghisap dadah. Kedua-dua praktis ini akan mengkhayalkan manusia. Manusia akan menjadi ketagih dengan benda khayal ni. Arak dan dadah berjaya membawa manusia khayal dan keluar dari dunia realiti.

Orang yang ketagih dadah, masyarakat labelkan sebagai penagih dadah. Orang yang ketagih arak, publik gelarkan sebagai penagih arak.

Dadah dianggap najis kat Malaysia. Buku teks sekolah den banyak diconteng dengan perkataan-perkataan negatif tentang dadah. Pada hal pil Panadol adalah dadah. Dadah itu adalah ubat sebenarnya. Ia menjadi najis bila kita menyalahgunakan ubat tadi. Kadang-kadang den serba salah nak gunakan term drugs dalam perubatan sebab persepsi yang sebegitu negatif terhadap dadah. Arak? Iklan Arak berleluasa di pawagam-pawagam Malaysia. Walhal majoriti yang masuk pawagam adalah orang Melayu yang beragama Islam. Tak kira lah movie apa pun, cito omputih,cito cino hatta cito tamil pun Melayu tetap majoriti dalam panggung wayang tu. Hebat tak orang Melayu? Dio boleh layan semuo cito. Iklan arak wajib ditayangkan 5 minit sebelum filem yang tertulis kat tiket ditayangkan. Den kaki wayang, den tahulah. Iklan arak tu sebenarnya untuk orang Melayu sebab orang Melayu majoriti dalam Malaysia. Nak untung kono jual pada majoriti. Nak rugi jual pado minoriti.

Keburukkan dadah & arak

Arak ada dijual dikedai-kedai serbaneka 24 jam seperti Seven-elevan. Dadah dijual dipasaran gelap. Tetapi ramai bersetuju, keburukan ketagihan terhadap arak sama je dengan ketagihan dadah. Kedua-duanya menjadikan kehidupan manusia hancur. Rumahtangga berantakkan. Manusia hilang akal, hilang jatidiri, hilang maruah dan hilang keluarga disebabkan dadah dan arak.

Dadah jika tidak disalahgunakan boleh dijadikan ubat. Arak, ekau pakai sikit ko, banyak ko, ia tetap haram dan memabukkan.

Mari menghukum

Di Malaysia, pengedar dadah jika didapati bersalah akan dihukum gantung. Den bersetuju dengan hukuman tu. Majoriti bersetuju dengan den. Penyalahgunaan dadah mengakibatkan kehidupan manusia hancur. Penagih dadah kita hantar ke Pusat Serenti untuk pemulihan.

Di Malaysia, pengedar-pengedar Arak adalah orang-orang terhormat. VVIP. Orang yang disanjung dan dipuja masyarakat. Penagih arak seperti Kartika disebat.

Rumusan?

Dadah tidak diiklankan. Arak diiklankan. Pengedar dadah dihukum gantung sampai mati. Pengedar Arak disanjung publik dan kaya-raya. Penagih dadah hanya sekadar dihantar ke Pusat Serenti bagi tujuan pemulihan sehingga pulih. Penagih arak pula disebat. Did I miss something? I think you all can smell something funny here. Kan dah. Den dah tercakap omputih. Mustahil korang tak dapat menghidu hanky-panky situasi ni.

Jadi dimanakah keadilan? Apo nak jadi ni bai.

We Do Not Need YB Zul Nordin In PAS


The saga of YB Zul Nordin in PKR has just ended, or so it seems, or so it is hoped. PKR has taken the brave decision to expel Zul, at a time when the party's number in Parliament is thinning out following the 3 defections. PKR has no choice but to do what it has to do. Zul's position in PKR is not tenable. His attack and police report against YB Khalid Samad is against the spirit of Pakatan Rakyat, PKR contends. Of course there are other intra-party reasons which led to the expulsion. In order to maintain a strong relationship among parties in PR (in this case to safeguard relation with Pas), PKR, as a matter of principle, has to part with an individual ie YB Zul. Subsequent and future antics of Zul will not be the responsibility of PKR.

How do we in Pas see this episode vis-a-vis the spirit of camaraderie in PR? I personally see this action by PKR as a call for closer understanding and better working relation among the 3 parties. It is always easy to pat our backs during good times, after a victory or when the going is smooth. However when the odds are against us, the going is rough and the enemies are at the gate, we have to be serious, careful and most importantly, be prepared. At that point in time intra- and inter-party discords are just unacceptable. So I salute PKR's action in its effort to avoid Pas-PKR discord.

In return the Pas-DAP show of support for DSAI who is facing a rough time himself is again a sign of solidarity in Pakatan We should dwell in more of such acts of comradeship and I am sure the supporters and rakyat at large are with us.

All is well that ends well? Not yet! Suddenly we hear from far the willingness of Pas to absorb YB Zul into its fold if he so wish. I'm dumbstruck! How could anybody even suggested that? He was sacked for trying to ridicule a Pas member, and now we are willing to take him in. What is this? Dakwah? No. I take this as an opportunistic, unprincipled move. That is to say it nicely. Some brutal commentators will say that this is ridiculous. How can one person who has obviously created so much problems to a party, sacked and admonished, be plucked from political wilderness by a friendly organisation into its fold? Don't we have any feelings right now? Is our feeling numbed? Really, I don't believe this is happening.

Strangely the views from those in Pas that opposed such suggestion (I'm sure there are many) still counter proposed that this issue be discussed at the Central Committee. I will have to oppose that. We should not even consider discussing this shameful proposition unless we don't value anymore the friendship in Pakatan. (And I've not even touched on YB Zul's previous record in Pas...).

Hatta Ramli

Ahli Parlimen makan duit haram



Tidak kah mereka mereka ini sedar,lebih lebih lagi Zul Nordin tak top.Rakyat membayar cukai,buat kerja halal,bayar cukai pada kerajaan yang memerintah ,supaya bayar gaji kepada
Yb Yb yang berkhidmat untuk rakyat.Kamu dibayar gaji oleh rakyat,tapi apa kamu buat kat parlimen,Berdagang diri kamu,meletakkan kamu kepada orang yang paling paling tak bermaruah.
Kenapa tak jual saja bini dan anak anak kamu,Kamu rela beri makan duit haram kepada anak bini kamu.nescaya hidup kamu tak akan tenteram biar pun berjuta ringgit mengelilingmu
Wahai Zul Nordin tak top ,sedarkah kamu duit yang kamu jamah selepas ini adalah duit haram.kerana rakyat haramkan kamu,mereka memilih PKR melalui kamu wakilnya.
jadi lebih baik kamu letak jawatan kalau kamu betul mahu perjuangkan islam.Orang islam tak makan duit haram.
Dan minta kaji balik daaaaalam blog kamu bila ayat yang pertama kamu beri "Salam 2 All"
macam adik beradik salam satu malaysia je.

Cukai Kat Rakyat hangpa Pulon.. Cukai Orang Kaya Main Golf hangpa mansuhkan.. pieerahhh....!!!




Assalamualaikum….

Kerajaan tetap akan laksanakan GST.. Hujahnya.. Tidak membebankan rakyat…

Baru 4%... sikit saja tu..

Tapi yang menarik, cukai import dan jualan buggy golf boleh plak dimansuhkan..

Cukai import dan cukai jualan 15% (10% + 5%)... Agaknya matematik aku tak pandai..

4% lagi banyak dari 15%....

Ni bukan fitnah, hangpa baca la sendiri attachment ni.. ni aku bagi link lagi..

http://thestar.com.my/news/story.asp?file=/2010/3/8/nation/5817214&sec=nation

Antara yang dok berpeluh pukui bola golf di padang golf sebagai hobi dengan yang

dok berpeluh keja tengah hangat nak cari rezeki bagi makan anak bini, mana lagi ramai?

Slogan 1 Malaysia kata rakyat diutamakan…… hangpa pikiaq la kediri….

Rakyat main golf diutamakan agak2nya..


Thank you,

Best Regards,
Azam

Admin : Nie pulak kata manis pak menteri... makan la hangpa gula-gula nie sedap oooo....

Pas Tidak Perlu Terima Janda Berpenyakit


PANDANGAN Naib Presiden Pas, Mahfuz Omar agar Pas tidak menerima Zulkefli Nordin sekiranya bekas wakil rakyat PKR itu memohon untuk menyertai Pas saya tengok ia bukan pandangan songsang ataupun sempit. Kata Mahfuz kalau Pas terima wakil rakyat berkenaan ia tidak memberi untung langsung kepada parti itu.

Saya setuju dengan pandangan Mahfuz itu. Pandangan beliau kali ini positif dan ada kelas. Penolakan itu bukan saja untuk menjaga hati PKR dan mempertahankan semangat maufakat dalam Pakatan Rakyat,tetapi kita faham ia bagi mengelakkan Pas tertimpa dengan penyakit yang bakal dibawa oleh wakil rakyat berkenaan.

Wakil itu menganggap dirinya kini sebagai seorang janda yang baru ditinggalkan. Pun begitu dia kononnya dia sudah diintip oleh Pas. Perasaan dia itu timbul ekoran salah laporan sebuah portal berita terhadap ulasan Naib Presiden Pas, Tuan Ibrahim Tuan Man yang menyatakan parti itu bersedia menerima wakil rakyat berkenaan.

Kenyataan salah lapor itu menyebab wakil rakyat 'tikus belut' berkenana terperasaan yang dia dirisik oleh Pas. Apa yang berlaku salah laporan dan Tuan Ibrahim sudah menjelaskan duduk perkaranya. Yang dimaksudkan Tuan Ibrahim ialah dalam konteks keterbukaan parti itu menerima sesiapa saja tetapi tidak terkhusus kepada wakil rakyat berkenaan.

Kalau Pas tolak keinginan janda itu tidak pelek. Kerana di kalangan Pas sudah lama mengenali keperibadian wakil rakyat berkenaan yang tidak sesuai dengan Pas. Banyak gelagat dan tindak tanduknya bertentangan dengan naluri dan sifat orang Pas. Lagipun Pas sudah faham benar dan kenal benar siapa dia wakil rakyat berkenaan. Sebelum ini dia pernah duduk dalam saf kepimpinan Pas Wilayah Persekutuan dan pernah berpuluh kali berceramah di Taman Melawar, ibu pejabat lama Pas.

Pas sudah tahu sejauh mana kemampuan dan kelentungannya. Bukan itu saja Pas pernah memberi ruang kepadanya bertanding di kerusi parlimen tahun 2004. Sejauh mana sumbanganya kepada Pas dan Islam negara ini juga cukup diarifi oleh Pas. Termasuk perbuatan dan kata-kata munafik yang dilakukan oleh wakil rakyat berkenaan.
MSO.

Jika Anwar Dipenjarakan Pakatan Rakyat Akan Menang Besar Dalam Pilihanraya Akan Datang


Ahli Parlimen veteran Lim Kit Siang hari ini meramalkan Pakatan Rakyat akan mendapat laluan mudah pada pilihanraya akan datang jika kerajaan bertindak memenjarakan Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana sodomi.

“Jika dia dipenjarakan, motto kita ialah Bebaskan Anwar, Undi PR!” kata tokoh DAP itu di Konvensyen Pakatan Rakyat (PR) Selangor.

Anwar, Ketua de-fakto PKR dan PR, yang kini sedang menghadapi tuduhan liwat kedua setelah lebih satu dekad beliau disingkirkan dari jawatan Timbalan Perdana Menteri dan kemudiannya menjalani hukuman penjara di atas tuduhan liwat dan korupsi.

Tempoh pilihanraya yang lepas adalah sehingga 2013 namun para penganalisa menjangkalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mungkin akan memanggil pilihanraya mengejut selepas pilihanraya negeri Sarawak, yang had tempohnya sehingga Julai 2011.

MP Ipoh Timor itu berkaata kerajaan Barisan Nasional (BN) mencari penyakit dengan meneruskan pendakwaan ke atas Ketua Pembangkang tersebut, yang telah menafikan tuduhan liwat berkenaan malah menyifatkannya sebagai konspirasi politik.

Lim membidas kerajaan BN dengan apa yang didakwanya mencabul demokrasi dengan mengambil contoh tindakan polis menceroboh majlis makan malam DAP di Kepong malam kelmarin.

Lim mengulangi sokongan PR kepada Anwar untuk terus kekal sebagai Ketua Pembangkang.

“Beliau akan terus kekal sebagai Ketua Pembangkang sehingga beliau jadi Perdana Menteri.”

PKR dilanda kemelut selepas beberapa ahli parlimennya bertindak keluar parti, Datuk Seri Zahrain Hashim (Bayan Baru), Tan Tee Beng (Nibong Tebal) dan Mohsin Fadzli Samsuri (Bagan Serai), sementara Zulkifli Noordin (Kulim-Bandar Baru) dipecat, mengurangkan kerusi parlimen kepada 27.

DAP kini mempunyai 28 kerusi manakala PAS mempunyai 23kerusi. Mengikut kebiasaan, Ketua Pembangkang dipilih dari parti yang mempunyai bilangan kerusi paling banyak namun kali ini PR meneruskan sokngannya kepada Anwar.

Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin menyatakan sebelum ini Lim patut menggantikan Anwae kerana Lim adalah Ketua Parlimen DAP.

“ Terima kasihlah kepada Khairy kerana cadangannya tetapi beliau sepatutnya lebih ambil berat kenapa beliau tak dilantik sebagai timbalan menteri,” sindir Lim.

Kebiasaannya, kerajaan BN akan melantik Ketua Pemuda ke kerusi menteri tetapi Khairy tidak dilantik.

UMNO Hina: Jangan Kaitkan Mufti@Mufta Dengan Parti Hina..!

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata kenyataan Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang menyifatkan mufti sebagai ejen Umno adalah satu cubaan merendah-rendahkan golongan itu di negara ini.

Kah kah kah kah kah... memang betul cakap Jamil neh... Tok Guru tak patut kaitkan Mufti@Mau Ufti@Mufta@Auta dengan UMNO sebab UMNO ni tarafnya rendah sangat-sangat...

Kah kah kah kah kah... Jamil akhirnya mengaku bahawa UMNO ni adalah Parti yang Hina... Menuduh Mufti@Mau Ufti@Mufta@Auta sebagai ejen UMNO samalah seperti menghina Mufti@Mau Ufti@Mufta@Auta sebab UMNO ni sesuatu yang "Hina"...

Kah kah kah kah kah... Kah kah kah kah kah... seronok jugak gelak macam bro TT...

Kah kah kah kah kah... kah kah kah kah kah kah...

UMNO Hina...

Mana Yg nak Jadi Mufta mai la sanggah fatwa Dr Yususf Al-Qardawi nie..!!

Kes liwat II yang membabitkan Anwar kini masuk kesatu dimensi baru bilamana VCD fatwa Yusuf al-Qaradhawi telah mula diedarkan. Sekaligus ini memberi tamparan pada pihak pendakwa khasnya Sdr Saiful yang beria ia dengan sukanya mendakwa Anwar meliwatnya.

CD yang bertajuk "Fatwa Mutakhir Dr Yusuf al-Qaradawi berhubung konspirasi II terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim" telah diterbitkan oleh Women's Institute of Research Development dan Advancement (WIRDA) diedarkan secara percuma.

Tidak dinafikan Anwar telah mendapat satu kekuatan tenaga yang baru dengan VCD ini terutamanya dalam menghadapi apa yang didakwanya sebagai satu lagu konspirasi peringkat tertinggi untuk menjatuhkan karier politiknya.

Aku pasti kem si Saiful juga mesti menggelabah sekarang. Mereka tentunya tengah sibuk mencari seseorang bergelar Ulama untuk buat serangan balas sekarang ini. Jadi aku cadangkan pada mufti mufti yang bijak pandai yang terasa malas dah nak berkecuali sebagai mufti negeri, sila lah angkat tangan anda sekarang. Boss pada si Saiful sedia menggaji anda sebagai Ulama upahannya...

Kenyataan Nik Aziz Rendahkan Mufti - Jamil Khir


Sumber gambar: mStar
Bernama melaporkan:
ROMPIN, 8 Mac (Bernama) -- Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata kenyataan Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang menyifatkan mufti sebagai agen UMNO adalah satu cubaan merendah-rendahkan golongan itu di negara ini.

Beliau berkata kenyataan itu membawa persepsi buruk yang boleh menjejaskan kredibiliti mufti di negara ini yang pelantikannya diperkenan Raja-Raja dan Sultan-Sultan Melayu.

"Kalau mufti bercakap sesuatu yang tidak memihak kepada parti pembangkang, mengapa mereka dituduh sebagai agen UMNO?

"Apakah mufti tidak boleh bercakap soal politik, soal bangsa dan negara, atau perkara yang berkaitan perpaduan dan keutuhan ummah?," katanya kepada selepas berjumpa dengan guru-guru Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (Kafa) daerah Rompin, di sini Isnin.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Nik Abdul Aziz semalam yang dilapor menyifatkan Mufti Perak sebagai agen Umno kerana mempersoalkan keengganan Nik Abdul Abdul Aziz menerima cadangan pembentukan kerajaan perpaduan antara PAS dan Barisan Nasional (BN) Perak bagi mendapatkan sokongan orang Melayu.

Mengulas lanjut, Jamil Khir berkata pelantikan mufti adalah di bawah bidang kuasa Raja-Raja dan Sultan-Sultan Melayu, bukan UMNO.

Bidang tugas mufti juga kata beliau membenarkan mereka berbicara soal berkaitan bangsa dan politik, selain soal agama tanpa mengira fahaman politik.

"Saya lihat kenyataan Mursyidul Am PAS itu sebagai satu persepsi yang tidak betul," kata Jamil Khir. - Bernama
Betui ka Nik Aziz merendahkan martabat mufti atau mufti tu sendiri yang merendahkan martabat dia? Pasainya kerja buat dia macam di pulak jadi balaci Umno. Mempertahankan assobiah sempit bangsa "Umnoputera".

AG: BERITA TERBAIK UNTUK RAKYAT MALAYSIA

Pejabat Peguam Negara telah menyediakan dokumen perundangan bagi membawa pulang dua enjin pesawat pemintas dan pejuang F-5E Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang ditemui di Uruguay sebagai bahan bukti.




Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail dalam satu kenyataan berkata, ini kerana siasatan mendapati terdapat sebahagian bukti dalam bentuk dokumentasi dan saksi yang memerlukan perbicaraan dijalankan di mahkamah jenayah di Malaysia.




Sehubungan itu, menurutnya, Kerajaan Malaysia telah melantik peguam di Uruguay mewakili negara ini dalam mana-mana prosiding di sana berhubung dua enjin yang dicuri itu.





"Peguam berkenaan sedang berusaha untuk bertemu Peguam Daerah dan hakim yang mengendalikan kes berkenaan dalam minggu ini sebelum membawa balik kedua-dua enjin itu mengikut undang-undang mereka.




"Sementara bagi Kerajaan Uruguay, siasatan juga mendapati dua enjin yang ditemui di Port of Montevideo itu dan berada di bawah simpanan pihak mahkamah Uruguay.




Kami telah pun melawat kawasan tentera di mana enjin itu diampan dan mengenal pasti memang ia milik Kerajaan Malaysia.




Beliau diminta mengulas urusan membawa balik dua enjin jet pejuang F5-E yang yang berpangkalan di Skuadron 12 Scorpion Butterworth, Pulau Pinang.

Pakatan Bukti Kebolehan Mentadbir Negara

PETALING JAYA, 8 MAC : Pentadbiran gagasan Pakatan Rakyat di empat buah negeri dalam tempoh dua tahun lalu memperlihatkan pelbagai kejayaan, sekaligus menolak momokan Umno-BN yang mendakwa kononnya gagasan itu tidak boleh mengurus tadbir negara.

Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata pelaburan di Kedah, Pulau Pinang, Selangor dan Kelantan mencatat kejayaan memberangsangkan, meskipun menghadapi pelbagai kekangan dari kerajaan pusat.

Disamping itu, dasar-dasar Pakatan rakyat membela penduduk tanpa mengira kaum dan bangsa berjaya membendung masalah polirasasi kaum di negeri-negeri berkenaan.

Akhbar Utusan Malaysia hari ini menyiarkan laporan khas yang mendakwa kononnya Pakatan Rakyat gagal selepas dua tahun mentadbir Kedah, Kelantan, Pulau Pinang dan Selangor.

Laporan itu sudah pun dijangka kerana Utusan adalah akhbar kawalan Umno yang diberikan permit untuk menerbitkan akhbar harian.

Namun laporan ini sengaja menutup kejayaan-kejayaan yang dicapai oleh Kerajaan negeri pimpinan Azizan Abdul Razak di Kedah, Lim Guan Eng di Pulau Pinang, Khalid Ibrahim di Selangor dan Nik Aziz Nik Mat di Kelantan.

Contohnya di Selangor, kerajaan negeri menarik 278 projek perindustrian iaitu jumlah paling tinggi di Malaysia, dengan hasil pelaburan hampir RM7 bilion.

Lebih 20,000 peluang pekerjaan diwujudkan.

Kad laporan Selangor Mac 2008- Mac 2010 menunjukkan kadar jenayah turun 5.3 peratus, 54,339 kes tahun 2009 berbanding 57,704 kes pada 2008.

Indeks jenayah yang berjaya dikurangkan membawa kepada peningkatan kualiti hidup untuk rakyat Selangor.

Di Pulau Pinang, kerajaan pimpinan Lim Guan Eng meluluskan 104 projek industri.

Kad laporan Pulau Pinang Mac 2008-Mac 2010 mencatatkan lebihan belanjawan RM88 juta, 200 hub pendidikan, bantuan untuk SAR, sekolah Cina dan Tamil dan berjaya menghapuskan kemiskinan tegar.

Dasar CAT (daya saing, pertanggungjawaban dan ketelusan) menjadi pemangkin kepada kejayaan Pulau Pinang untuk mencatat lebihan belanjawan sebanyak RM88 juta berbanding jangkaan defisit sebanyak RM35 juta.

Kerajaan Negeri Pulau Pinang juga mewujudkan 200 ekar hub pendidikan untuk menjadikan negeri ini sebagai pusat pendidikan terunggul.

“Kerajaan pimpinan Guan Eng turut memberi bantuan kewangan kepada Sekolah Agama Rakyat berjumlah RM 97 ribu setiap sekolah, RM 60 ribu untuk sekolah Cina dan RM 63 ribu kepada sekolah Tamil".

Kerajaan negeri di bawah pimpinan Azizan Abdul Razak, mencatatkan pelaburan keseluruhan lebih RM 839 juta bagi tempoh Januari hingga September 2009.

“Kini dengan keluasan 1,000 hektar kerajaan mendapat hasil RM16.7 juta, tidak termasuk cukai per tan metrik bila balak dikeluarkan dari hutan. Sedangkan di bawah pentadbiran umno-bn, dengan keluasan yang sama, hanya mampu mengutip RM3 hinggga RM4 juta sahaja termasuk cukai kayu pertan metrik. Kejayaan ini merupakan hasil dari pelaksanaan dasar yang telus serta tidak berkompromi dengan rasuah” kata Anwar.

Di Kelantan, Anwar berkata meskipun di tindas oleh Umno-BN sekian lama, kerajaan pimpinan Nik Aziz berjaya dalam program negeri berkebajikan.

“Program Kifalah untuk anak yatim, golongan miskin, ibu tunggal dan orang kurang upaya telah menjadi contoh kepada banyak negeri. Begitu juga dengan program Perbadanan Ladang Rakyat yang membantu golongan marhaen, Bandar Baru Tunjung dibina menjadi pusat komersil satelit kepada Kota Bharu”.

Selain itu kerajaan negeri berjaya menguruskan sumber airnya sendiri di samping menjadikan Perbadanan Menteri Besar Kelantan sebagai agensi pelaburan utama negeri yang sebelum ini gagal di bawah pemerintahan BN.

“Kerajaan negeri berjaya menguruskan 20 sekolah agama bantuan penuh kerajaan negeri yang cemerlang dan menjadi saingan kepada sekolah premier di bawah Kementerian Pendidikan. Kemahiran pelbagai syarikat multinasional adalah bukti kuasa beli rakyat Kelantan terus kukuh. Sepanjang 20 tahun pemerintahan ekonomi tempatan dibina secara kendiri tanpa bantuan stimulus dari kerajaan Pusat".

Segala kejayaan di Kedah, Pulau Pinang, Selangor dan Kelantan sengaja di padamkan oleh utusan dalam laporan khasnya hari ini, semata-mata supaya memberi gambaran sebaliknya kepada rakyat.

“ Utusan itu suara UMNO yang pertahankan rasuah dan penyelewengan. Saya tidak hairan, tengok Selangor, berkhidmat untuk rakyat berbanding dengan rasuah pimpinan UMNO, bagi saya tidak ada isu. Buat apa hendak layan Utusan”ujar Anwar.

Pada sidang media berasingan Anwar menegaskan Pakatan Rakyat tidak leka dengan pencapaiannya dan berusaha untuk meningkatkan prestasinya.

“Pakatan Rakyat akan terus memastikan dasar-dasar yang dilaksanakan didasari prinsip ketelusan dan pertanggungjawaban. Berdepan dengan masalah perkauman yang meruncing, rakyat di bawah pentadbiran Pakatan Rakyat menunjukkan perpaduan kaum yang semakin jitu dan utuh. Negeri-negeri Pakatan menunjukkan prestasi ekonomi yang memberansangkan jika dibandingkan dengan negeri yang ditadbir umno-barisan nasional".

UMNO Boleh Pilih Sama Ada Mahu Tunggang Keldai ataupun Polis



Apa sudah jadi dengan sistem keselamatan negara? Sekarang siapa yang jadi pengganas? Polis atau rakyat atau penjenayah? Akhir-akhir ini polis adalah penjenayah utama kepada rakyat dan juga ahli-ahli politik. Polislah yang membuatkan keadaan negara menjadi tidak aman dan bukannya kes jenayah yang mahu dibanterasnya.

Sekarang UMNO mempunyai keldai yang boleh ditunggangnya iaitu polis. Disuruh buat, maka keldai itu akan mengikut sahaja arahan tuannya kerana keldai tersebut bukan di bawah bidang kuasa yang bebas sebaliknya menjadi keldai tunggangan UMNO. Begitu hebat keldai UMNO ini.

Apakah salah mereka yang berhimpun secara aman sedangan tempat berhimpun itu adalah di bawah tanah persendirian.Bukan tanah milik UMNO ataupun padang ragut keldai. Tidak mungkin sama sekali tempat keldai berlumba.

Seorang mangsa menceritakan bagaimana dia dicekik, dibelasah dan dipijak oleh puluhan pasukan Unit Simpanan Persekutuan (FRU) sehinggakan dia sukar bernafas.

Dia merupakan salah seorang mangsa keganasan FRU yang bertindak mengganggu ceramah Pakatan Rakyat sempena sambutan ulang tahun ke dua gagasan itu di di Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru, malam tadi.

Menceritakan detik-detik cemas itu, beliau bersama rakan yang lain cuba mempertahankan Pengerusi Penganjur yang sedang berucap ketika itu, Azmin Ali sebelum puluhan pasukan FRU yang lengkap dengan cota, perisai dan senapang naik ke pentas memburu setiap orang yang ada di atas termasuklah menyerang Ahli Parlimen (MP) PR.

Dalam keadaan kelam kabut itu, puluhan FRU itu memukul sesiapa sahaja di atasa pentas termasuklah kami yang mengawal YB Azmin.

Rempuhan FRU dan polis pada malam ini merupakan satu lagi titik hitam keselamatan negara kerana polis dan FRU semakin mengganggu rakyat yang berhimpun secara aman berbanding memburu penjenayah di luar sana.

Beliau mengalami kecederaan dibahagian muka, kepala, leher dan beberapa bahagian anggota badan yang lain.

Sehubungan itu, beliau bersama dua rakan lain yang turut dibelasah dan mengalami pendarahan malam tadi melakukan rawatan lanjut di hospital sebelum membuat laporan polis di balai berhampiran.

Wakil rakyat PR yang turut berada di pentas ketika itu terpaksa memasuki dewan bagi mengelak dibelasah oleh FRU tersebut.

Mereka termasuklah Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim, Senator Negeri Selangor, Dr. Syed Husin Ali, MP Segambut, Lim Lip Eng, MP Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar, MP Pokok Sena, Mahfuz Omar, Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dan beberapa pimpinan PR yang lain.

Azmin Ali yang juga pengucap ke dua malam tadi memberitahu hadirin bahawa perhimpunan itu sah kerana ia merupakan tanah persendirian yang dimiliki kerajaan negeri Selangor dengan pengerusinya ialah Khalid selaku MB Selangor yang sebelum itu merupakan pengucap pertama.

"Tempat yang kita kumpul malam ini dimiliki oleh kerajaan Selangor, bukannya Umno ataupun (Datin Seri) Rosmah Mansor. Ini tanah persendirian, pemiliknya adalah MB (Tan Sri) Khalid Ibrahim.

"Kita kumpul sini dengan aman, Umno jangan takut (kepada) rakyat, polis marilah berkawan dengan rakyat," katanya yang menerima tepukan gemuruh ribuan rakyat sambil melaungkan reformasi dan bertakbir.

Azmin hanya berucap kira-kira 18 minit sebelum Polis bersama FRU merempuh rakyat yang melakukan benteng manusia di bawah pentas dan menyerbu ruang pentas ceramah.

Sejumlah puluhan FRU, turut kelihatan malam tadi sejumlah lima trak FRU dengan kelengkapan penuh turut kelihatan selain ratusan polis yang mengelilingi tempat ceramah malam tadi.

'SMS' jamin Mohsin tak sokong BN

Satu SMS yang mendakwa bahawa ahli parlimen Bagan Serai Mohsin Fadzli Samsuri - yang keluar PKR dan menjadi wakil rakyat bebas - memberi jaminan tidak akan menyokong BN, kini disebar di kalangan pemimpin akar umbi Pakatan Rakyat di Perak.

Ahli Majlis Syura Ulama PAS, Ahmad Awang berkata, SMS tersebut juga menjelaskan sebab Mohsin keluar parti pada Rabu minggu lalu.

“Beliau ada hantar mesej pada beberapa orang yang dekat dengannya (di Bagan Serai). Beliau cuba beri perjelaskan sebab beliau mengambil tindakan (keluar parti) itu.

“Kononnya, walaupun sudah keluar parti, beliau memberi jaminan tidak akan menyebelahi BN (di parlimen),” kata Ahmad yang juga bekas naib presiden dan pesuruhjaya PAS Perak.

Minggu lalu, selepas mengisytiharkan keluar parti, Ahmad memberikan tempoh tujuh hari kepada Mohsin - sehingga 10 Mac ini - untuk kembali kepada PKR atau mengosongkan kerusi parlimennya.

Ahmad dilaporkan berkata, jika Mohsin enggan memenuhi tuntutan tersebut, pihaknya akan menganjurkan solat hajat selama tujuh hari supaya Allah menghukumnya kerana khianat pada perjuangan.

Ketika dihubungi Malaysiakini hari ini, Ahmad berkata, beliau telah melihat SMS tersebut dan akan memeriksa ketulenannya dahulu, sama ada benar-benar dihantar daripada Mohsin.

Bagaimanapun, tambahnya, sekiranya SMS itu tulen, Mohsin masih perlu mengumumkan perkara tersebut kepada orang awam, termasuk menyatakan sokongannya kepada Pakatan, walaupun bukan lagi sebagai ahli parti.

“Beliau kena umumkan di Bagan Serai, kena panggil pihak media. Saya boleh jadi pengendali majlis itu,” kata Ahmad yang memberikan laluan kepada Mohsin di Bagan Serai setelah dua penggal menjadi calon pembangkang.

Sementara itu, Ahmad juga berkata, bantahan supaya Mohsin mengosongkan kerusi itu terus berkumandang melalui demontrasi di kawasan parlimen tersebut.

Semalam, katanya, sekurang-kurangnya 400 penduduk setempat mengadakan demonstrasi di sebuah rumah aktivis PAS di Alor Pongsu dalam kawasan tersebut.

Sementera diminta mengulas kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom yang menyelar tindakannya mahu menganjurkan solat hajat itu, Ahmad berkata, menteri itu “pandai-pandai tafsir” sendiri kenyatannya.

“Beliau kena faham, saya tidak ada kata (minta) dibinasakan atau dihancurkan (Mohsin). Sebelum memberi komen kena pastikan betul-betul (kenyataan saya).

“Saya minta Allah menghukum. Boleh jadi dalam bentuk ketakutan, rasa bersalah sehingga akhirnya beliau meletakkan jawatan. Allah Maha Tahu apa yang setimpal,” katanya.

Semalam, Jamil dilaporkan berkata, tindakan menganjurkan solat hajat supaya Allah menurunkan bencana kepada golongan seagaman adalah berdosa dan “menyalahgunakan agama demi kepentingan politik”

Pakatan dakwa negerinya lebih baik dari BN


Negeri-negeri yang dikuasai Pakatan Rakyat menunjukkan prestasi yang lebih memberansangkan berbanding negeri-negeri bawah BN, demikian menurut satu kenyataan yang dikeluarkan pakatan hari ini. Ini berdasarkan beberapa petunjuk prestasi ekonomi yang dinyatakan, termasuk jumlah pelaburan, bilangan projek yang diluluskan serta program kebajikan yang dijalankan di negeri masing-masing, khususnya bantuan kepada Sekolah Agama Rakyat (SAR), sekolah Tamil dan Cina. Tumpuan diberikan kepada negeri Selangor yang mencatat jumlah pelaburan sebanyak RM6.76 bilion tahun lalu. Negeri ini dijangka mengalami pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) sehingga 7 peratus tahun ini, berbanding penguncupan sebanyak 3.87 peratus pada 2009. "Selangor juga mencatatkan penurunan indeks jenayah sebanyak 5.3 peratus iaitu sebanyak 54,339 kes sepanjang tahun 2009 berbanding 57,704 kes pada tahun sebelumnya," kenyataan itu dipetik. Selangor turut menggariskan peruntukan sebanyak kira-kira RM6 juta kepada Sekolah Agama Rakyat (SAR) sepanjang 2010. "Peruntukan ini diberikan kepada SAR yang tidak pernah mendapat sebarang peruntukan kewangan dan peralatan pembelajaran dari kerajaan negeri mahupun sumbangan individu," menurut kenyataan tersebut. Kenyataan bersama itu ditandatangani oleh ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim; setiausaha agung DAP yang juga ketua menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng; dan naib presiden PAS, Salahuddin Ayub. Sementara itu, prestasi di Pulau Pinang pula digambarkan melalui kejayaan negeri itu merekodkan lebihan belanjawan sebanyak RM88 juta, selain kelulusan sebanyak 104 projek industri. "Kerajaan negeri Pulau Pinang juga mewujudkan 200 ekar hub pendidikan untuk menjadikan Pulau Pinang sebagai pusat pendidikan terunggul. "Bantuan kewangan kepada SAR berjumlah RM97,000 setiap sekolah, RM60,000 setiap sekolah Cina dan RM63,000 setiap sekolah Tamil," kata kenyataan tersebut. Negeri itu juga turut mendakwa berjaya membasmi kemiskinan tegar dalam masa satu tahun serta menjamin bantuan sebanyak RM500 sebulan kepada setiap keluarga. Sementara itu, Kedah pula menggariskan jumlah pelaburan keseluruhan lebih RM839 juta sehingga September tahun lalu. "Kini dengan keluasan 1,000 hektar, kerajaan mendapat hasil RM16.7 juta, tidak termasuk cukai setiap tan metrik bila balak dikeluarkan dari hutan. Sedangkan di bawah pentadbiran BN, dengan keluasan yang sama, hanya mampu mengutip RM3 hinggga RM4 juta sahaja termasuk cukai kayu setiap tan metrik. Dalam pada itu, Kelantan pula menyenaraikan kejayaannya mengadakan program kebajikan, termasuk program Kifalah, Perbadanan Ladang Rakyat, dan juga pembangunan Bandar Baru Tunjung sebagai sebuah pusat komersil baru. "Kerajaan negeri berjaya mengambil alih bekalan air daripada Thames Water kepada Air Kelantan. Selain itu PMBK (Perbadanan Menteri Besar Kelantan) menjadi agensi pelaburan utama negeri yang sebelum ini gagal di bawah pemerintahan BN sebelum 1990," menurut kenyataan itu lagi. Kenyataan itu juga menyebut, rakyat di empat negeri berkenaan turut menunjukkan perpaduan kaum yang lebih kukuh walau berdepan dengan "masalah perkauman yang meruncing." "Pakatan Rakyat secara tuntas memperlihatkan kerjasama dan muafakat utuh demi memasti serta menjamin kemaslahatan rakyat. "Pakatan Rakyat akan sentiasa menjunjung prinsip-prinsip Perlembagaan yang menjamin hak orang Melayu, agama Islam sebagai agama Persekutuan, kedudukan istimewa Raja-Raja Melayu dan Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi," menurut kenyataan yang diedarkan biro komunikasi PKR itu lagi.