Sabtu, 6 Mac 2010

Perebutan Ketua Bebas Parlimen..ha..ha..ha...undi berbelah bagi maaa...!!!


Pasir Mas : Ambo patut jadi Ketua Bebas, sebabnya ambo yang mula-mula melompat. Berani tak berani ambo, mula saja persidangan Parlimen, ambo terus melompat, tak payah dua tahun baru nak melompat.

Kulim Bandar Baru : Chek patut jadi Ketua Bebas. Chek bukan melompat, hangpa tau tak? Chek dipecat, sebab depa dalam PKR takut dengan Chek, maka layak dan berbaloilah chek dilantik Ketua Pembangkang.

Bagan Serai : Teman tak setuju. Teman sepatutnya jadi Ketua Pembangkang, bukankah teman ada 3 lagi geng lompat di Perak sampai merudum 1Perak. Mufti teman tentu sokong teman, biar teman minta dia beri fatwa bahawa lebih afdal teman dilantik mengikut kaedah politik semasa.

Bayan Baru : Hairan, hairan, amat hairan. Hangpa tak cermin dulu muka tuan-tuan. Ini jaguh Tanjung, jaguh boria, haria, haria, haria 1 Tanjung sokong Nana. Nana yang paling hensem, muka hangpa semua macam katak bentong, mana layak.

Nibong Tebal : Wa pun tak tahu siapa patut pilih. Kalau dipilih pun, wa takut jugak, pasal bapak kepada yang wa lawan tu ada dalam Parlimen, habislah wa. Wa ingat wa pun mahu lompat balik semulalah, tapi wa dah lupa jalan balik.

Dikhabarkan pemilihan Ketua Pembangkang dibuat secara 'belah-bahagi' dan keputusannya tiada sorang pun layak jadi Ketua Bebas kerana dikhuatiri mereka akan melompat ke sana dan ke mari, ke atas meja, ke bawah meja kerana kepanasan dan apabila tiba musim hujan nanti akan melompat di mana ada 'lopak' air yang dalam.

Kenyataan Bangang Zul Kulim, Lawak Sungguh!!!

Lihat poster pilihanraya ketika PRU-12 dulu. Untuk menangi hati rakyat, Zul terpaksa gunakan moto perjuangan parti dan nama Anwar Ibrahim!

Zulkifli Nordin yang baru dipecat PKR petang tadi berkata dia tidak akan melepaskan kerusi MP Kulimnya. Sebaliknya beliau seperti dilaporkan mStar menegaskan akan kekal menjalankan tanggung jawabnya sebagai wakil rakyat bebas kerana kedudukannya "dipilih oleh rakyat, bukan parti".

Zulkifli juga berkata dia akan mengkaji dan menimbang pilihan yang ada sebelum mengambil tindakan sewajarnya selain tidak menolak kemungkinan "menyertai PAS sekiranya parti itu memperjuangkan Islam pada masa depan".

Lawaknya kenyataan Zulkifli tu. Lawak sungguh!!

Pertama dia kata dia dipilih oleh rakyat dan bukannya parti. Bangangnya peguam ni, bagaimana dia boleh dapat LLB, lesen kacang putih ka? Mana ada calon pilihanraya yang bertanding atas nama parti tidak dipilih oleh parti? Jika Zul tidak dipilih parti PKR untuk bertanding di Kulim-Bandar Baru, siapa yang pilihnya. Tak kan Pak Lah yang ketika itu Presiden Umno memilih Zul untuk bertanding sebagai calon PKR? Atau ada firaun kecil @ iblis kecil yang menghantarnya bertanding di Kulim? Bangangnya!!

Kemudian Zul kata dia menjadi MP Kulim kerana dipilih oleh rakyat. Itu satu lagi kenyataan bangang nombor wahid! Memang dia dipilih oleh rakyat, tapi ketika dipilih rakyat adakah rakyat memilih parti atau memilih calon? Jawapannya rakyat memilih parti!! Jika rakyat memilih orang bermakna Zul, bermakna sama ada dia bertanding atas nama PKR, BN, FK (Firaun Kecil) atau Parti Katak Puru, dia pasti menang. Kalau hendak tahu dia masih ada pengaruh, letak jawatan dan kita lihat PKR masih boleh menang di kawasan Parlimen itu atau tidak.

Zul juga berkata dia akan menyertai PAS sekiranya parti itu memperjuangkan Islam pada masa depan. Itu kenyataan bangang ketiga dan keempat Zul. Zul akan menyertai Pas? Mahukah Pas menerima orang yang ada track record sekeji Zul? Terima Zul sebagai ahli ibarat membela musang dalam reban ayam, nak mampos!!

Dan akhirnya Zul berkata dia akan masuk Pas jika parti itu "memperjuangkan Islam pada masa depan". Jadi Zul berkata selama ini Pas tidak memperjuangkan Islam? Jadi selama ini sehingga ada ahli Pas dipukul, dipenjara di ISA malah ada yang dibunuh kerana ingin menegakkan Islam sebenarnya tidak "memperjuangkan Islam"?. Itu namanya bangang nombor empat, bangang kerana tidak faham perjuangan Pas, tidak faham sejarah Pas!!

~ pendikar gunung kriang

Tak mau rayu, nak masuk PAS? ha..ha...PAS dah tolak mu pada 2004 lagi..sape mau kutip maaa....!!!!

Zulkifli Enggan Rayu Pemecatan, Kekal Ahli Parlimen
KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu Zulkifli Noordin yang baru dipecat Parti Keadilan Rakyat (PKR) hari ini tidak akan merayu ekoran keputusan itu dan tidak akan melepaskan kerusinya di kawasan terbabit.

Sebaliknya beliau menegaskan akan kekal menjalankan tanggungjawabnya sebagai wakil rakyat bebas kerana kedudukannya dipilih oleh rakyat bukan parti.

Beliau juga akan mengkaji dan menimbang pilihan yang ada sebelum mengambil tindakan sewajarnya selain tidak menolak kemungkinan menyertai PAS sekiranya parti itu memperjuangkan Islam pada masa depan

Police disrupt Pakatan ceramah





2245: In his speech, Anwar has urged the authorities not to use the police to restrict the people’s freedom. Husam, for his part, touched on the courts and the oil royalties.

2215: The police have allowed Anwar and Kit Siang ten minutes more.

Police holding the mike on stage at the ceramah – Photo by Kit Siang

2212: The Sentul OCPD is on stage trying to stop speakers from addressing a large Pakatan gathering in Kepong, according to a tweet by Anwar.

Anwar adds: “Police, ocpd on stage to stop speeches! Police state or umno fear? Save Malaysia from oppression, injustice!” Kit Siang is negotiating with them.

Among the other speakers at the event at the 7th mile Masy housing area are Tan Seng Giaw and Husam Musa.


Deserters deserve to be despised and denigrated


The stage was set on 12 February 2010 for the dishonourable conduct of certain so-called Hon’ble Members of Parliament. That day marked the first PKR resignation - the MP for Bayan Baru - and sparked the dishonourable exit of two more traitors of the voters who supported the Pakatan Rakyat by electing these renegades. On 1 March 2010 the MP for Nibong Tebal, Tan Tee Beng, and two days later on 3 March, the MP for Bagan Serai, Mohsin Fadzli Samsuri, announced their resignations respectively.

All of them suddenly seem to have grievances with their party and its policies. But whatever their views may be with regard to party and policy, these are only their personal views. These views do not reflect the views of their voters nor are they supported by those who voted for the PR at the last general election. Their selfish conduct has condemned them to dooms day for subverting parliamentary democracy. They will find no peace of mind after this terrible, wilful betrayal of trust.

These riff-raffs have deserted the voters who elected them and betrayed the party that fielded them. Their individual action has betrayed thousands of voters in their constituencies and completely discarded their sentiments.

Aren’t they accountable to their constituents? Zahrain has disappointed 27,618 voters; Tee Keat has frustrated 20,210 voters and Mohsin has let down 18,943 voters. In all, they have betrayed a total of 66,771 constituents whose support had put them in parliament and helped them to earn thousands of ringgits monthly.

These are the same unprincipled vile characters like the ones in Perak who jumped ship and perverted the democratic process and frustrated the popular will of the Perakians. They must be punished as a lesson to other vile characters who in future may want to emulate them and bring disrepute to the electoral process.

The man who accompanied each of these traitors when their resignations were announced was the former Secretary-General of PKR, Datuk Salehuddin Hashim. When he left PKR for whatever reason, that was his business. But when he is seen as the hand engineering the betrayal of the voters and the party, it is now our business to condemn his role in this nefarious affair and question his motive.

We cannot forgive them nor should we forget their foul deed. They should be punished on a daily basis so that it should be a living hell for them for their betrayal of the people’s trust: they should be ostracised; their functions should be boycotted; they should not be greeted or their presence acknowledged; they should be ignored.

Let the call go forth so that these characters will be despised and denigrated by their neighbours and their constituents. They should not be allowed to hide their faces or be granted any sanctuary anywhere in this country.

Aeschylus had this to say of such traitors: I have learned to hate all traitors, and there is no disease that I spit on more than treachery.

They should be despised and hated for this unforgiveable betrayal.

In a sense, their departure should be treated as a blessing. They have purified PKR by resigning. Let the others who will follow suit in the coming weeks be treated as good riddance to bad rubbish. Without them, PKR will emerge as a stronger and reliable party to bring about change and new hope for Malaysians.

The 13th general election will be the Waterloo for BN. Malaysians are really fed up with their undemocratic practice in toppling the duly elected PR government in Perak; for withholding allocations for Opposition MPs; for denying Kelantan its petroleum royalty.

The BN has much to answer for.

P Ramakrishnan
Aliran President

Melompat Menyertai Perjuangan Pakatan Rakyat Lebih Mulia !


Minggu lalu, iaitu minggu pertama bulan Mac merupakan satu minggu yang kian lama dinanti. Minggu tersebut agak istimewa kerana kita menyaksikan penghijrahan sekawan pengkhianat yang sebelum ini berjanji setia berjuang untuk rakyat, demi rakyat. Ura-ura pemergian mereka telah dapat dibaca lebih awal dan akhirnya saat itu berlalu jua, mereka meletakkan senjata, meninggalkan pos kawalan lantas menyusur ke arah kubu seteru untuk menyertai musuh keparat bagi merompak saki baki khazanah bangsa. Ini namanya pengkhianat rakyat.

Apabila disebut tentang mandat rakyat dan wadah perjuangan, semua ini mengingatkan kita disaat kemenangan demi kemenangan yang diumumkan pada malam pengiraan undi. Suasana yang begitu indah malam tersebut dicemburui oleh seteru, setelah gagasan Barisan Rakyat telah berjaya setelah keras berusaha meyakinkan rakyat bahawa nasib kita akan jauh lebih baik dengan tumbangnya kerajaan pusat, kita yakinkan rakyat bahawa bukan BN sahaja yang boleh memerintah. Hasilnya pada malam itu ialah, majoriti dua pertiga kerajaan pusat telah berjaya dinafikan. Saat manis itu kini bertukar ngeri.

Saya percaya, dan anda juga percaya bahawa setiap undi yang dibuang ke dalam tong undi itu digelangi segeluk harapan. Mereka hadir di pusat pembuangan undi bukan sahaja semata-mata melaksanakan tanggungjawab sebagai rakyat, tetapi gah sebagai individu yang berkuasa memilih siapa sahaja untuk mentadbir kawasan, negeri dan juga negara. Mereka memilih siapakah yang bakal mewakili mereka dan apakah dasar perjuangan yang dibawa oleh calon yang bertanding.

Tidak keberatan untuk saya katakan bahawasanya pengundi memilih calon tersebut kerana wadah perjuangan yang dibawa, bukan kerana individu semata-mata kerana sekiranya individu yang sama menjadi calon atas tiket bebas, sudah pasti calon tersebut hilang wang pertaruhan. Kini calon yang dipilih pada tanggal 8 Mac lalu bertindak menjadi calon bebas, wajarkah kemenangan 8Mac lalu diambil-kira? Di manakah jatidiri YB tersebut apabila memanipulasi sebuah kemenangan yang berwadahkan perjuangan Pakatan Rakyat apabila bertukar menjadi calon Bebas?

Memang benar, Anwar Ibrahim adalah individu yang pertama mencanangkan agenda lompat pada pasca PRU12. Namun begitu, perlu diingat bahawa melompat dari Pakatan Rakyat ke arah BN ataupun bebas-BN-friendly dan melompat dari BN kepada Pakatan Rakyat adalah dua perkara yang berbeza. Manakan sama apabila seorang YB itu melompat ke arah wadah perjuangan yang memartabatkan hak rakyat berbanding dengan seorang YB yang meninggalkan kelompok rakyat lalu menyertai kerajaan yang mengamalkan kezaliman dan penindasan terhadap rakyat. Ia adalah dua perkara yang sangat berbeza.

Lompatan menyertai barisan yang mengamalkan rasuah dari pucuk pimpinan hingga ke akar umbi adalah satu tindakkan yang hina malah wajar dilakhnat sekiranya berkeras untuk tidak melepaskan mandat rakyat yang diperolehi sewaktu pilihanraya, manakala penghijrahan menyertai perjuangan rakyat menentang kezaliman adalah suatu yang mulia. Kita diajar supaya menjadi lebih baik dengan anjakkan paradigma positif, bukan menjadi lebih jahat dengan menyertai penyamun.

Namun sejujurnya kita memang tidak hairan apakah punca sebenar sifulan bergelar YB ini bertindak meninggalkan parti. Hanya kerana permintaan untuk meng'ali-baba'kan projek bernilai 40juta tidak diendah, mereka meninggalkan prinsip perjuangan. Hanya kerana jawatan CEO bagi syarikat GLC negeri selangor, mereka membakar prinsip perjuangan. Adakah pemimpin sebegini layak mempunyai prinsip? Maka memang layaklah mereka meninggalkan Pakatan Rakyat. Apa yang dikesalkan adalah, sifulan ini membawa bersama mandat rakyat yang menjadi hak pembawa wadah.

Kini bilangan ahli parlimen yang menyebelahi BN kian bertambah. BN memerlukan beberapa lagi ahli parlimen supaya dapat menguasai Dewan Rakyat dengan majoriti dua pertiga. Dengan penguasaan majoriti dua pertiga ini, dapatlah kerajaan BN melaksanakan program-program yang menyentak wang saku rakyat yang semakin hari semakin tertindas dengan pembawakkan kemajuan yang ternyata tidak selaras dengan taraf kehidupan. Tindak-tanduk kerajaan pemerintah akan lebih mudah dengan majoriti dua pertiga termasuklah dalam rancangan melaksanakan GST. Ini tidak termasuk melaksanakan projek mega sesuka hati lantas mencincang kehidupan rakyat yang bakal menemui kesengsaraan menempuh globalisasi ciptaan pemuja sistem kapitalis.

PKR menghadapi saat getir ini dengan tenang. Segala yang berlaku pada awal tahun ini hasil dari gerakan TaskForce2010 akan dihadapi dengan bijak dan berhemah, malah PKR pernah menghadapi saat telur di hujung tanduk di mana hanya tinggal satu kerusi sahaja selepas PRU tahun 2004. Inilah masa untuk kita melihat 'the true colors of our rebelion'.

Akan ada lagi yang bakal melompat. Sama-sama kita saksikan riak mereka yang menyertai kezaliman. Semoga YB yang melompat itu dapat apa yang mereka kejarkan di dunia ini.

Kepada yang masih tinggal dalam perjuangan, walaupun memaksa kita berkubu di longkang sekalipun, kita harus tabah menghadapinya, percayalah bahawa ketabahan ini akan memberi kita kekuatan untuk meneruskan perjuangan, yakni menentang kezaliman itu adalah perkara mulia. Gerakan menyelamatkan negara ini dari diratah golongan elit lahanat akan kita teruskan. Sebarang bentuk ketidak-adilan akan kita lawan. Menuntut sebuah negara kebajikan !

Kita yakin dengan perjuangan, tekad dengan istiqomah.

Puihhh ...


PKR yang buang aku, bukannye aku yang keluor PKR. Kome yang suruh aku bertanding dan ditakdirkan pulak aku menang besor. Apasai pulak aku kena kosongkan kerusi. Lainle kalo aku sendiri yang keluor PKR. Kome bacale yassin dan semayang hajat 40 hari 40 malam mintak supaya aku muntah darah dan disambor kilat. Hajap diaku ...

Sebagai orang alim yang berperang dengan firaun kecil, aku sumpah PKR akan hancur lebur di bumi 1 Malaysia ini. Percayale bahawa sumpahan aku ini akan menjadi kenyataan sebelum sempat PRU 13 ...

Wang ihsan: Husam cabar Mustapa bersumpah


Oleh Mohd Zuharman

KOTA BARU, 6 Mac – Pengerusi Jawatankuasa Petroleum Negeri Kelantan Datuk Husam Musa menolak dakwaan Pengerusi Umno Kelantan Datuk Seri Mustapa Mohamed, yang terus mempertahankan pendirian hanya wang ihsan menjadi hak Kelantan berasaskan undang-undang, sambil mencabar beliau agar bersumpah.

Mustapa, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri dan Timbalan Menteri Kewangan Datuk Dr Awang Adek Husein merupakan dua pemimpin Umno yang begitu menonjol dalam isu royalti apabila terus-menerus menjadi sasaran serangan pemimpin kerajaan negeri ekoran dikatakan penghalang kepada bayaran royalti

Mustapa dan Awang Adek adalah anak kelahiran Kelantan.

“Jika benar apa yang dipertahankan mereka itu berasaskan undang-undang, dan sama-sekali tidak berniat menafikan hak rakyat, dan tidak juga kerana kepentingan politik, saya cabar Datuk Pa (Mustapa) bersumpah dengan nama Allah.

“Semua rakyat barangkali merasai wajar kalau sumpah itu dibuat memandangkan royalti itu adalah milik sejuta lebih rakyat Kelantan.

“Sekurang-kurangnya sejuta lebih rakyat Kelantan itu hendak lihat sendiri kebenaran menteri berkenaan,” kata beliau pada majlis Penutupan Diskusi Semasa Royalti Petroleum Dari Perspektif Undang-undang.

Diskusi anjuran Urusetia Kerajaan Negeri dengan kerjasama Muslimat Legal Team dan gabungan badan NGO itu diadakan di dewan Balai Islam Lundang dekat sini.

Akhir bulan lalu satu taklimat hampir sama berhubung isu berkenaan disampaikan bekas Ketua Hakim Negara Tun Salleh Abas kepada exco kerajaan negeri.

Awal minggu ini Dewan Undangan Negeri Kelantan meluluskan usul untuk membawa pertikaian itu ke mahkamah.

Sementara itu dalam satu perkembangan lain Setiausaha Akhbar Menteri Besar Ahmad Fadhli Ashaari memaklumkan Menteri Besar Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat telah pun dibenar pulang hari ini selepas dimasukkan ke hospital dua hari lepas.

Nik Aziz dimasukkan ke Hospital Universiti Sains Kubang Kerian (HUSM) selepas mengadu sakit dada Rabu lepas.

Kenyataan penuh YB Zulkifli Nordin

Saya baru menerima makluman daripada rakan pemberita tentang keputusan mesyuarat MPP/PKR yang bermesyuarat sebentar tadi yang memutuskan saya dipecat daripada PKR.

Ini adalah permulaan satu titik hitam dalam sejarah perjuangan reformasi yang bermula pada 02.09.1998. Ia juga adalah permulaan kepada kejatuhan dan kehancuran PKR. Ternyata perjuangan untuk memartabatkan nilai kemanusiaan, mengembalikan hak asasi manusia, dan mendaulatkan nilai dan prinsip-prinsip keadilan sejagat (universal value of natural justice) hanyalah sekadar laungan palsu. Keputusan ini juga membuktikan bahawa bagi Fir’aun-Fir’aun Kecil yang menguasai PKR, ianya adalah satu dosa besar yang tidak boleh dimaafkan bagi memartabat, membela dan mempertahankan Islam.

Saya dihukum tanpa diberi peluang membela diri menurut prinsip hak asasi kemanusiaan dan nilai keadilan sejagat saperti yang dilaungkan oleh kepimpinan PKR selama ini. Kepantasan tindakan memecat saya membuktikan kepalsuan slogan mereka. Sedangkan saya hanyalah sekadar menuntut hak asasi kemanusiaan dan nilai serta prinsip keadilan sejagat dipatuhi, dan prinsip tersebut mewajibkan seseorang hanya boleh dibicarakan oleh rakan sekufunya (a person can only be tried by his own peers). Saya hanya menuntut dibicarakan oleh panel yang beragama Islam, kerana isunya membabitkan kalimah ALLAH, iaitu persoalan aqidah, syariat dan agama Islam. Sebaliknya mereka meletakkan panel yang majoritinya bukan Islam untuk menghina dan mengaibkan saya dan umat Islam.

Ini bukan sahaja bercanggah dengan prinsip dan nilai keadilan sejagat, malah merupakan satu penghinaan terhadap Islam dan umat Islam. Sebagaimana umat Islam merasa terhina bila Natrah dibicarakan oleh hakim Inggeris, dan kes kalimah ALLAH dibicarakan oleh hakim bukan Islam! Saya berasa terhina dihadapkan ke panel yang bukan Islam untuk membicarakan aqidah, kepercayaan dan agama saya!

Mengapa mereka berasa begitu sukar untuk mematuhi prinsip keadilan sejagat yang cukup mudah untuk dilaksanakan ini menjadi persoalan kepada saya? Bukannya saya enggan berdepan dengan Lembaga Disiplin, tetapi saya menuntut dibicarakan berdasarkan prinsip keadilan yang kononnya diperjuangkan oleh PKR. Apakah mereka tidak mempunyai keyakinan jika panelnya terdiri daripada orang Islam? Malah salah seorang ahli panel yang beragama Islam menarik diri atas prinsip tidak mahu terbabit dengan panel yang bukan Islam ini!

Keputusan MPP pada hari ini jelas membuktikan bahawa PKR sudah dikuasai sepenuhnya oleh Fir’aun-Fir’aun Kecil yang mempunyai agenda dan rancangan jahat yang sempit lagi anti Islam. Keputusan MPP PKR hari ini juga membuktikan kepada saya bahawa PKR tidak mempunyai sebarang agenda untuk perjuangan Islam. Mereka yang bercita-cita mahu memartabat dan mendaulatkan Islam menurut kerangka Perlembagaan Persekutuan akan menjadi korban.

Keputusan ini juga membuktikan dengan jelas kepada saya bahawa agenda perjuangan Islam tidak diterima oleh PKR. Malahan terbukti kepada saya deklarasi Dasar PR pada 19.12.2009 yang kononnya mendaulatkan Islam dan menghormati kedudukan umat dan institusi Islam didalam Perlembagaan Persekutuan adalah sekadar mainan politik picisan dan retorik murahan untuk mengelabukan mata umat Islam, dan suatu pembohongan jelas kepada rakyat.

Berdasarkan itu, tiada sebab dan alasan lagi untuk saya terus berada didalam PKR. Malah saya berasa malu kapada ALLAH dan umat Islam untuk terus bersama PKR. Walaupun saya mempunyai ruang untuk membuat rayuan, namun saya tidak bercadang untuk terus menggadaikan prinsip saya dan menjual maruah saya untuk berhadapan dengan sandiwara Fir’aun-Fir’aun Kecil ini. Sebaliknya saya akan mengkaji dan menimbang opsyen dan pilihan yang ada pada saya sebelum mengambil tindakan sewajarnya.

Saya melihat menjadi satu trend didalam PKR untuk melancarkan serangan peribadi dan “character assassination” yang tidak berasas terhadap sesiapa juga yang tidak bersetuju atau tidak lagi mahu bersekongkol dengan mereka. Saya menasihatkan kepada Fir’aun-Fir’aun Kecil ini supaya jangan terlalu emosional, sebaliknya bersikaplah dengan professional dan matang. Berlainan wadah tidak bermakna silaturrahim terpatah. Itulah prinsip Islam yang sangat indah dan mempesonakan jika dilaksanakan. Saya berharap mereka akan menghentikan serta merta tindakan bacul melakukan serangan peribadi dan ‘character assassination” terhadap sesiapa juga yang memilih untuk tidak lagi mahu bersama mereka. Itulah adalah hak demokrasi dan hak asasi tiap manusia, iaitu hak untuk memilih. Janganlah mengeruhkan keadaan sehingga memaksa orang lain mengambil sikap “tell-all” dan menelanjangkan semua keburukan kita pula.

Saya mengucapkan terima kasih kepada semua rakan dan sahabat samada diperingkat wakil rakyat, kepimpinan dan ahli PKR yang telah memberi sokongan dan dorongan kepada saya selama ini. Terima kasih kerana menghormati hak dan pendirian saya sebagai seorang Muslim, walaupun saudara mungkin berbeza pendapat dengan saya. Cuma satu peringatan daripada saya, hari ini saya menjadi mangsa, esok-esok mungkin giliran saudara pula selagi Fir’aun-Fir’aun Kecil ini dibenarkan berleluasa didalam PKR.

Terima kasih tidak terhingga kepada petugas dan pembantu saya yang sangat setia dan sentiasa bersama saya senang dan susah iaitu Puan Roslijah Syed, Sdr. Gunalan dan Tuan Hj. Abdul Rahman di Pusat Khidmat Ahli Parlimen Kulim Bandar Bharu. Pengorbanan dan kesetiaan sdr/i akan saya kenang selama-lamanya, moga ALLAH membalasnya.

Sekian wassalam.

Zulkifli Bin Noordin
Sabtu
20 Rabi’ul Awal 1431
06 Mac 2010

"Ia juga adalah permulaan kepada kejatuhan dan kehancuran PKR"

KEPUTUSAN MESYUARAT KEADILAN HARI INI

PETALING JAYA 6 Mac - Majlis Pimpinan Pusat Parti Keadilan Rakyat yang bermesyuarat selama lebih empat jam hari ini mengambil keputusan memecat Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu Zulkifli Noordin.

Menurut Setiausaha Agung KEADILAN Saifuddin Nasution Ismail yang membuat pengumuman selepas mesyuarat yang diadakan di ibu pejabat parti di Tropicana, Petaling Jaya, keputusan yang diambil olh anggota Lembaga Disiplin adalah sebulat suara.

"Mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat sebulat suara mengambil keputusan mengesahkan dan memperakui cadangan Lembaga Disiplin parti.

"Parti akan memaklumkan kepada Zulkifli keputusan MPP melalui surat berdaftar, emel dan juga faks pada hari Isnin depan," kata Saifuddin.

Ahli Parlimen Machang itu berkata keputusan tegas itu diambil ekoran tindakan Zulkifli membuat laporan polis terhadap Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad dan kandungan wawancara beliau dengan sebuah stesen televisyen swasta yang dianggap telah melanggar disiplin secara serius.

"Lembaga Disiplin berdepan dengan pertuduhan terhadap Zulkifli dan telah melihat merit serta fakta yang telah dipertimbangkan secara teliti dan keputusan ini diambil dalam kerangka Perkara 27 Perlembagaan KEADILAN.

Ditanya samada KEADILAN bimbang jumlah Ahli Parlimen parti akan berkurang kepada kini 27 orang Saifuddin berkata parti meletakkan kepentingan menjaga nama baik parti serta amanah dan kepercayaan 500,000 ahli parti lebih daripada mengekalkan Zulkifli sebagai ahli KEADILAN.

"Jika itulah tindakan yang terpaksa diambil oleh parti untuk menjaga imej, nama baik dan amanah rakyat serta ahli KEADILAN maka itulah harga yang kita terpaksa bayar," tegas beliau.

Beliau berkata pemecatan Zulkifli tidak ada kena mengena langsung dengan isu kalimah Allah yang oleh laungkan oleh Ahli Parlimen berusia 46 tahun itu.

Sidang akhbar itu turut dihadiri Timbalan Presiden Senator Dr Syed Husin Ali, Naib-Naib Presiden Mustafa Kamil Ayub dan R. Sivarasa serta Ketua Wanita Zuraida Kamaruddin.

Naib Presiden KEADILAN Mustafa Kamil berkata tindakan sebulat suara MPP menunjukkan sikap serius KEADILAN dalam menjaga disiplin parti sambil menyeru ahli parti supaya sentiasa menjaga nama baik dan memberi apa-apa pandangan terhadap parti melalui saluran yang sopan dan tertib.

"Zul masih ada peluang untuk membuat rayuan terhadap keputusan ini sekiranya beliau masih berminat untuk meneruskan perjuangan dalam KEADILAN," kata beliau

Mengulas perkara yang sama Ketua Wanita berkata keptusan yang diambil oleh Lembaga Disiplin adalah satu tindakan yang tepat.

"Parti ini bertindak atas prinsip demokrasi dan amanah rakyat maka pemecatan ini adalah wajar.

Sehubungan pada sidang akhbar yang sama Saifuddin berkata mesyuarat MPP hari ini juga membincangkan persiapan parti bagi menghadapi pilihan raya negeri Sarawak pada bila-bila masa kini.

"Mesyuarat juga membincangkan mengenai DVD berhubung fatwa terbaru ulama tersohor dunia Sheikh Dr Yusuf Al-Qaradawi untuk menyanggah Konspirasi 2 terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Ia akan dilancarkan malam esok pada sambutan ulangtahun kedua kemenangan Pakatan Rakyat Wilayah Persekutuan di Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru," terang beliau lagi.

Berikutan tindakan keluar parti oleh tiga Ahli Parlimen KEADILAN dan terbaru pemecatan Zulkifli, parti telah memutuskan Datuk Seri Anwar menjaga kebajikan rakyat di Parlimen Nibong Tebal sementara Yusmadi Yusuf, Ahli Parlimen Balik Pulau menjaga Bayan Baru.

Ahli Parlimen Padang Serai N. Gobalakrishnan pula ditugaskan menjaga Kulim-Bandar Baharu manakala Ahli Parlimen Gopeng Dr Lee Boon Chye menjaga Bagan Serai.

Zulkifli Enggan Rayu Pemecatan, Kekal Ahli Parlimen

Oleh AU YEONG HOW

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu Zulkifli Noordin yang baru dipecat Parti Keadilan Rakyat (PKR) hari ini tidak akan merayu ekoran keputusan itu dan tidak akan melepaskan kerusinya di kawasan terbabit.

Sebaliknya beliau menegaskan akan kekal menjalankan tanggungjawabnya sebagai wakil rakyat bebas kerana kedudukannya dipilih oleh rakyat bukan parti.

Beliau juga akan mengkaji dan menimbang pilihan yang ada sebelum mengambil tindakan sewajarnya selain tidak menolak kemungkinan menyertai PAS sekiranya parti itu memperjuangkan Islam pada masa depan.

Bagaimanapun tegasnya, Umno dan komponen Barisan Nasional bukan pilihanya.

"Saya baru menerima makluman daripada rakan pemberita tentang keputusan mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat PKR (MPPPKR) yang bermesyuarat sebentar tadi yang memutuskan saya dipecat dari parti.

"Ini adalah permulaan satu titik hitam dalam sejarah perjuangan reformasi yang bermula pada 2 September 1998. Ia juga adalah permulaan kepada kejatuhan dan kehancuran PKR.

"Keputusan hari ini jelas membuktikan bahawa parti sudah dikuasai sepenuhnya oleh 'firaun-firaun kecil' yang mempunyai agenda dan rancangan jahat yang sempit lagi anti Islam. Ini juga membuktikan bahawa PKR tidak mempunyai sebarang agenda untuk perjuangan Islam," katanya pada sidang akhbar di pejabatnya di sini malam ini.

Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution sebelum itu mengesahkan pemecatan berkenaan selepas keputusan itu dicapai sebulat suara dalam mesyuarat bulanan MPPPKR yang diadakan hari ini.

Sehubungan itu, Zulkifli juga diberi tempoh 14 hari untuk merayu keputusan itu.

Zulkifli yang juga seorang peguam dihadapkan kepada Lembaga Disiplin parti bagi menjawab isu berhubung laporan polis yang dibuatnya terhadap rakan sekutu dari PAS, Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad berkenaan isu kalimah Allah dan kritikan beliau terhadap kepimpinan DAP.

Khamis lepas, anggota Parlimen yang terkenal dengan tindakan 'menentang arus' dalam PKR itu bertindak keluar daripada sidang Lembaga Displin yang membicarakan kesnya kerana membantah anggota panel terdiri daripada bukan Islam.

Sementara itu, Zulkifli mendakwa telah dihukum tanpa diberi peluang membela diri menurut prinsip hak asasi kemanusiaan dan nilai keadilan sejagat saperti yang dilaungkan oleh kepimpinan parti selama ini.

"Kepantasan tindakan memecat saya membuktikan kepalsuan slogan mereka. Sedangkan saya hanyalah sekadar menuntut hak asasi kemanusiaan dan nilai serta prinsip keadilan sejagat dipatuhi, dan prinsip tersebut mewajibkan seseorang hanya boleh dibicarakan oleh rakan sekufunya.

"Saya hanya menuntut dibicarakan oleh panel yang beragama Islam, kerana isunya membabitkan kalimah Allah, iaitu persoalan aqidah, syariat dan Islam. Sebaliknya mereka meletakkan panel yang majoritinya bukan Islam untuk menghina dan mengaibkan saya dan umat Islam," tegasnya.

Dalam pada itu, beliau berkata, kini menjadi satu trend dalam PKR untuk melancarkan serangan peribadi yang tidak berasas terhadap sesiapa juga yang tidak bersetuju atau tidak lagi mahu bersekongkol dengan kepimpinan parti.

"Saya berharap mereka akan menghentikan serta-merta tindakan bacul melakukan serangan peribadi terhadap sesiapa juga yang memilih untuk tidak lagi mahu bersama mereka. Itulah adalah hak demokrasi dan hak asasi tiap manusia, iaitu hak untuk memilih," ujarnya.

Beliau meminta pihak-pihak tertentu jangan mengeruhkan keadaan sehingga memaksa orang lain mengambil sikap membuka segala-galanya dan mendedahkan semua keburukan mereka.

Gempar Filem Terbaru Sambungan Adnan Semp-it



kah kah kah kah kah kah kah

Filem2 lain bakal menyusul :










Zulkifli Tak Tahu Malu, Ingin Kekal Sebagi MP Walau Didesak Kosongkan Kerusi


Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu Zulkifli Noordin yang baru dipecat Parti Keadilan Rakyat (PKR) hari ini tidak akan merayu ekoran keputusan itu dan tidak akan melepaskan kerusinya di kawasan terbabit.

Sebaliknya beliau menegaskan akan kekal menjalankan tanggungjawabnya sebagai wakil rakyat bebas kerana kedudukannya dipilih oleh rakyat bukan parti.

Beliau juga akan mengkaji dan menimbang pilihan yang ada sebelum mengambil tindakan sewajarnya selain tidak menolak kemungkinan menyertai PAS sekiranya parti itu memperjuangkan Islam pada masa depan.

Bagaimanapun tegasnya, Umno dan komponen Barisan Nasional bukan pilihanya.

"Saya baru menerima makluman daripada rakan pemberita tentang keputusan mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat PKR (MPPPKR) yang bermesyuarat sebentar tadi yang memutuskan saya dipecat dari parti.

"Ini adalah permulaan satu titik hitam dalam sejarah perjuangan reformasi yang bermula pada 2 September 1998. Ia juga adalah permulaan kepada kejatuhan dan kehancuran PKR.

"Keputusan hari ini jelas membuktikan bahawa parti sudah dikuasai sepenuhnya oleh 'firaun-firaun kecil' yang mempunyai agenda dan rancangan jahat yang sempit lagi anti Islam. Ini juga membuktikan bahawa PKR tidak mempunyai sebarang agenda untuk perjuangan Islam," katanya pada sidang akhbar di pejabatnya di sini malam ini.

Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution sebelum itu mengesahkan pemecatan berkenaan selepas keputusan itu dicapai sebulat suara dalam mesyuarat bulanan MPPPKR yang diadakan hari ini.

Sehubungan itu, Zulkifli juga diberi tempoh 14 hari untuk merayu keputusan itu.

Zulkifli yang juga seorang peguam dihadapkan kepada Lembaga Disiplin parti bagi menjawab isu berhubung laporan polis yang dibuatnya terhadap rakan sekutu dari PAS, Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad berkenaan isu kalimah Allah dan kritikan beliau terhadap kepimpinan DAP.

Khamis lepas, anggota Parlimen yang terkenal dengan tindakan 'menentang arus' dalam PKR itu bertindak keluar daripada sidang Lembaga Displin yang membicarakan kesnya kerana membantah anggota panel terdiri daripada bukan Islam.

Sementara itu, Zulkifli mendakwa telah dihukum tanpa diberi peluang membela diri menurut prinsip hak asasi kemanusiaan dan nilai keadilan sejagat saperti yang dilaungkan oleh kepimpinan parti selama ini.

"Kepantasan tindakan memecat saya membuktikan kepalsuan slogan mereka. Sedangkan saya hanyalah sekadar menuntut hak asasi kemanusiaan dan nilai serta prinsip keadilan sejagat dipatuhi, dan prinsip tersebut mewajibkan seseorang hanya boleh dibicarakan oleh rakan sekufunya.

"Saya hanya menuntut dibicarakan oleh panel yang beragama Islam, kerana isunya membabitkan kalimah Allah, iaitu persoalan aqidah, syariat dan Islam. Sebaliknya mereka meletakkan panel yang majoritinya bukan Islam untuk menghina dan mengaibkan saya dan umat Islam," tegasnya.

Dalam pada itu, beliau berkata, kini menjadi satu trend dalam PKR untuk melancarkan serangan peribadi yang tidak berasas terhadap sesiapa juga yang tidak bersetuju atau tidak lagi mahu bersekongkol dengan kepimpinan parti.

"Saya berharap mereka akan menghentikan serta-merta tindakan bacul melakukan serangan peribadi terhadap sesiapa juga yang memilih untuk tidak lagi mahu bersama mereka. Itulah adalah hak demokrasi dan hak asasi tiap manusia, iaitu hak untuk memilih," ujarnya.

Beliau meminta pihak-pihak tertentu jangan mengeruhkan keadaan sehingga memaksa orang lain mengambil sikap membuka segala-galanya dan mendedahkan semua keburukan mereka. -MSTAR

Ulasan GB

Muka tak tahu malu ZulKulim ni:

1) Beliau menyatakan: beliau menegaskan akan kekal menjalankan tanggungjawabnya sebagai wakil rakyat bebas kerana kedudukannya dipilih oleh rakyat bukan parti

Sedangkan yang sebenarnya pengundi memilih parti bukan Zulkifli.

2) Beliau menyatakan: tidak menolak kemungkinan menyertai PAS sekiranya parti itu memperjuangkan Islam pada masa depan.

Sedangkan PAS sentiasa memperjuangkan Islam hanya Zulkifli yang buta hati tak dapat melihat kebenaran itu. PAS pernah pecat Presidennya sendiri Datuk Asri apabila Asri lari dari memperjuangkan Islam tetapi sebaliknya memperjuangkan "kebangsaan".

3) Zulkifli mendakwa telah dihukum tanpa diberi peluang membela diri menurut prinsip hak asasi kemanusiaan dan nilai keadilan sejagat saperti yang dilaungkan oleh kepimpinan parti selama ini.

Sedangkan beliau telah dengan angkuh berjalan keluar dari Lembaga Disiplin PKR dengan alasan anggotanya tidak beragama Islam sedangkan beliau dihadapkan ke lembaga disiplin bukan kerana kalimah Allah.

Memecah gejala politik fobia rakyat, antara obligasi Pakatan Rakyat

Rakyat Malaysia semakin takut dengan politik Malaysia yang ganas membaham sesiapa sahaja. Politik Malaysia kini dikuasai oleh golongan diktator yang tidak dapat menerima dan takut akan kekalahan. Kini sindrom politikfobia menjalar di kalangan masyarakat awam.

Rakyat kecut perut bila melihat kes kemenangan YAB Ir Nizar sebagai Menteri Besar yang sah bertukar menjadi sebaliknya selepas Zambry membuat rayuan. Rakyat sangsi apabila pembedahan awal Dr Pornthip Rojanasunand daripada Thailand terhadap mayat Teo Beng Hock menyatakan ia pernah dipukul bertukar menjadi tiada kesan pukulan selepas pembedahan oleh doktor daripada Malaysia.

Rakyat geleng kepada apabila enjin jet jutaan ringgit hanya dilarikan oleh para sarjan dan koperal yang entah bila mampu berurusan dengan orang Uruguay.

Rakyat berderau darah apabila melihat sesiapa sahaja mampu dibubuh dengan bom C-4 yang hanya boleh digunakan untuk misi khas, kerana pegawai rendah polis pun boleh sewenang-wenangnya membuka almari balai polis dan meletupkan rakyat dengan bom itu tanpa kebenaran pegawai atasan.

Rakyat tertanya-tanya arah politik negara apabila kehakiman Malaysia dikritik oleh 50 ahli Parlimen Australia sedangkan logiknya berapa sangat duit DSAI dan PKR untuk merahsuah 50 orang ahli parlimen Australia tersebut!

Rakyat menjadi serik mengundi dan berpolitik dalam gelanggang demokrasi apabila wakil rakyat mereka mudah melompat parti tanpa mengosongkan kerusi. Sedangkan mereka dipilih disebabkan nama parti tertentu yang mereka sokongi dasar dan polisi parti tersebut. Itulah demokrasi iaitu membenarkan rakyat campur tangan dengan polisi negara dengan membenarkan rakyat memilih wakil yag bakal membawa polisi negara idaman mereka.

Apa jawapan yang sesuai untuk kita berikan kepada rakyat berkenaan makna politik yang mereka lihat secara ‘live’ di bumi Malaysia ini.

Sebenarnya BN telah, ingin, sedang dan selamanya akan memperbodohkan rakyat berkenaan erti politik sejati. Rakyat Malaysia dungu sungguh dengan erti demokrasi. Lihat sahaja rakyat mudah percaya Guan Eng anti Islam bila ada ura-ura membatalkan perarakan maulidur rasul. Ramai percaya Pulau Pinang mula menghakis nilai Islam bila mereka hanya disuap dengan maklumat TV dan akhbar pro pemerintah. Tetapi rakyat diam sahaja bila akhbar I Luv Islam (terbitan Karangkraf) menyiarankan bahawa Pahang dan Johor juga tidak ada perarakan maulid. Kenapa tidak tuduh dua orang menteri besar ‘Melayu’ tersebut sebagai anti Islam? Sebab rakyat malaysia taksub dengan media yang sedia ada, gila TV dan ketagihkan Utusan Malaysia dan Berita Harian sahaja. Akhbar lain? Tak tahu pun.

Politik adalah ilmu yang perlu diajar oleh para pejuang kebenaran. Pakatan Rakyat wajib mengadakan banyak bengkel politik dan berbincang dalam skop yang luas diluar kerangka fikir label kepartian. Politik kini banyak merujuk teori barat. Sehingga akhir abad ke-19, perkembangan ilmu politik di Barat sudah mencapai tahap puncak. Bagaimanapun perkembangannya seiring dengan perkembangan ilmu sains sosial, antropologi, psikologi, sejarah dan ekonomi sehinggakan ilmu politik barat tidak ‘sekular’ dengan keilmuan tersenarai di atas.

Disebabkan terlalu banyak tafsiran politik, mendorong UNESCO di bawah PBB untuk menyeragamkan fahaman politik seluruh dunia dengan mengatur satu kajian dan soal selidik berkenaan kedudukan ilmu politik dalam 30 buah Negara yang dipimpin oleh W. Ebenstein dari Amerika Syarikat dan akhirnya telah melahirkan buku Contemporary Political Science (1948).

Pada 1952 pula UNESSCO mengumpulkan banyak laporan berkaitan fahaman politik dan dihimpun dalam Persidangan di Cambridge England dan hasilnya disusun oleh WA Robson serta diterbit oleh UNESSCO pada tahun 1954.

Dengan tersebar buku-buku terbitan UNESCO, buku ini semua menjadi rujukan pelajar di IPT serata dunia serta membentuk satu komuniti global dengan satu fahaman politik sekular yang sama atas nama pendidikan dan sosial ala PBB. Kesemua insiden kediktatoran di celahan demokrasi atau tirani di sebalik topeng demokrasi adalah rekod kerja UNESCO yang semestinya direstui oleh yahudi sedunia. PBB adalah hasil cetusan dua ideologi warisan yahudi iaitu komunis dan kapitalis. Tidak hairan jika PBB bakal merestui kesemua pemerintah yang zalim.

Rakyat yang buta politik di negara ini juga mulai kabur tentang erti demokrasi. Hal ini kerana tiada langsung teladan negara yang mengamalkan demokrasi 100%. Yang ada hanya negara demokrasi tetapi berkaptenkan diktator. Begitu juga negara Islam. Tiada langsung negara di dunia hari ini menuruti 100% sistem negara Islam yang dipiawaikan oleh para ulama’. Yang ada hanya mengambil Islam dalam beberapa juzuk sahaja.

Demokrasi adalah suatu bentuk kerajaan yang dicetus oleh rakyat, untuk rakyat dan diperintah oleh rakyat baik secara langsung atau tidak langsung. Secara umumnya rakyat di negara demokrasi tidak diajar untuk mengenal fungsi pemerintahan mereka secara tidak langsung. Ya, rakyat ada peranan secara tidak langsung dalam mencipta polisi negara.

Peranan pertama adalah mengundi parti tertentu yang memperjuangkan sesuatu polisi yang kena dengan kecenderungan pengundi tersebut. Dalam hal ini kerajaan tidak boleh menyekat hak rakyat untuk memilih parti mana yang bakal merealisasikan polisi idaman mereka.

Peranan kedua adalah melalui desakan oleh rakyat untuk kerajaan menilai polisi mereka iaitu rakyat berhak menghantar memorandum, menulis dalam media, berjumpa pemimpin negara serta menyuarakan idea mereka dalam semua pentas yang sah dalam undang-undang. Kerajaan wajib cakna dan mendengar suara rakyat kerana demokrasi bermakna kerajaan rakyat. Pemimpin adalah juga rakyat sebelum menjadi pemimpin, setelah dipilih mereka mesti menunaikan hasrat rakyat jelata.

Negara demokrasi selalunya memiliki perlembagaan bertulis. Perlembagaan ini selalunya ditulis oleh golongan yang pernah merasai perit diperintah secara monarki. Hal inilah yang menerbitkan perlembagaan Britain dan Perancis. Namun begitu perlembagaan selalu juga digunakan oleh pemimpin demokrasi yang bertukar menjadi diktator untuk memuaskan kehendak mereka. Untuk meneruskan kemampuan kuasa tanpa batasan Ordinan Darurat 1948, kerajaan BN telah mengusul pula ISA pada 1960 untuk melegitimasikan wewenang kuasa mereka. Sejak tahun 1957, telah banyak kali perlembagaan dipinda.

Kemudian diikuti dengan pindaan akta secara kerap oleh kerajaan Malaysia. Menurut Senator Amaluddin Darus dalam bukunya Demokrasi dan Diktator (1988) , antara ciri kerajaan diktator adalah mengubah perlembagaan secara kerap untuk menyesuaikan dengan unjuran polisi zalim negara tersebut. Malah ia melambangkan keterhakisan nilai agama dan bertuhan di kalangan pemimpin tersebut yang meletak diri lebih berkuasa daripada Tuhan sehingga gemar menukar perlembagaan negara. Situasi Malaysia yang hakimnya boleh ditentukan oleh seorang peguam, kes tuduhan liwat yang boleh dipinda-pinda (sejak kes tuduha liwat DSAI 1998), kecurian enjin jet yang dilindungi siasatannya, kes pengeboman sadis terhadap wanita Monggolia yang kesemua kes ini hanya dikatakan melibatkan staf bawahan keselamatan negara mengambarkan kerajaan Malaysia mengarah kepada sistem diktator!

Yahudi melalui UNESCO telah mengacu otak dunia untuk memahami politik dalam acuan mereka sahaja.
Sebenarnya UNESCO banyak menerbitkan fahaman tirani disebalik penakrifan demokrasi dan politik mereka. Contohnya kenyataan UNESCO pada tahun 1949 dahulu,

Mungkin untuk pertama kali dalam sejarah demokrasi dinyatakan sebagai nama yang paling baik dan munasabah atau wajar untuk semua sistem politik dan sosial yang diperjuang oleh pendokong-pendokong yang berpengaruh”.

Klausa ini cukup untuk melegitimasi sebarang sistem pemerintahan yang zalim asalkan mereka didokongi oleh golongan ‘berpengaruh’. Lantaran itu kita lihat kerajaan Komunis Korea Utara dan China juga mengambarkan mereka sebagai kerajaan demokrasi rakyat atau demoktrasi nasional untuk menutup agenda sosialis-komunis mereka.

Telah nyata kini banyak negara atas nama demokrasi telah menyalahguna terma tersebut sehingga menjadi diktator atas nama keselamatan dan keamanan misalnya polisi anti keganasan Amerika. Hal ini sama sahaja dengan Malaysia yang semberono menggunakan ISA serta OSA untuk mengangkap sesiapa sahaja tanpa alasan dan bukti.

Orang Melayu sebelum merdeka telah lama tidak menikmati apa yang dikatakan sebagai pemerintahan rakyat. Pemerintahan monarki raja-raja melayu hanya menjadi adil bergantung kepada Sultan yang memerintah. Kedatangan Portugis dan Belanda serta Inggeris juga tidak membawa sinar demokrasi kepada rakyat Melayu. Inggeris datang secara halus untuk berniaga dan meratah hasil tanah di Tanah Melayu. Mereka memerintah secara diktator kepada orang melayu sehingga memaksa Melayu menerima segala polisi England. Hanya selepas insiden Malayan Union, Malaya mula menerima tempiasan demokrasi dan belajar memilih pemerintah sendiri. Raja menjadi ketua negara manakala Perdana Menteri menjadi ketua eksekutif. Rakyat sudah ada harapan untuk mengubah polisi negara menurut kehendak majoriti.

Namun situasi diktator menjadi semula apabila parti pemerintah di Malaya tidak berani kalah malah sombong dengan kuasa yang mereka perolehi. Lantaran itu kebebasan media disekat, pidato umum diharamkan, akhbar pembangkang dirampas, ahli pembangkang secara mudah dihumban di Kem Kamunting atas alasan hasutan dan ideologi komunis sedangkan UMNO juga pernah menyimpan individu pro sosialis.

Akibatnya rakyat kembali menjadi dungu. British tidak mewariskan demokrasi mereka yang tulen kepada Malaysia. Di England masih ada sehingga kini aktiviti speaker corner baik di kampus atau di jalan raya. Malaysia jangan harap ia berlaku kerana Akta Polis Seksyen 27 akan membaham semua rakyat yang menyuarakan suara mereka. British ada pengalaman menentang monarki Engkand yang mengongkong rakyat. Tanah Melayu tidak pernah berlaku revolusi. Kita dipaksa menelan demokrasi ala British sahaja.

Akibat lebih malang apabila kini timbul banyak gerakan menentang politik secara pukal. Mereka juga menetang demokrasi yang kononnya sistem kafir yang diamalkan di negara ini. Akibat malang apabila parti Islam yang berjuang atas landasan demokrasi di Malaysia turut dimusuhi mereka. Mereka faham politik yang kaku, isolated, konseptual serta idealistik yang tidak memberi sebarang manfaat kepada rakyat. Rakyat yang mendengar ceramah mereka hanya kagum dengan senarai ayat Al Quran yang dibacakan tetapi kosong daripada tafsiran yang membina. Akibatnya rakyat kembali membenci politik dan demokrasi tanpa alasan yang kuat.

Nah, ini satu malapetaka kepada politik Islam yang ingin dibawa oleh PAS. PAS tidak beriman dengan demokrasi, tetapi PAS menggunakan medan demokrasi untuk membawa kedaulatan Islam dan keadilan sejagat. Sistem pilihanraya di Basrah dan Baghdad yang difatwakan oleh Imam Mawardi menampilkan keanjalan syariah menerbitkan sistem politik yang seiring dengan zaman. Akibat mereka membenci politik, mereka sebenarnya membenci politik Islam dan sistem syariah Islam kerana mereka menolak sebarang usaha menerbitkan syariah secara pemerintahan seperti mana yang diperjuangkan oleh Rasulullah SAW dan para sahabat.

Berbalik kepada kediktatoran di Malaysia, Tun Dr Ismail di Dewan Negara atau di luar Dewan Negara kerap berucap, “Saya tidak akan membenarkan sesiapa yang menggunakan demokrasi untuk menghancurkan demokrasi”. Ucapan pelik yang berbaur ancaman kepada rakyat yang berani bersuara terhadap kerajaan demokrasi menampilkan idea diktator BN oleh Tun yang pada saat itu adalah Menteri Dalam Negeri.

Jika diintai sejak UMNO berpecah dua, kumpulan Tunku Abdul Rahman dan Team B telah lama dulu menuduh Mahathir sebagai diktator malah melabelkan Malaysia sebagai negara polis. Maka Team A pula membalas dengan menyerang balas mengungkit bahawa pentadbiran Tunku dan selepasnya juga adalah diktator. Bermakna UMNO sendiri tidak yakin bahawa Malaysia benar-benar memahami apa itu demokrasi. Apa yang nyata Tunku juga telah mewarisi kediktatoran British. Malah jika hari ini Parlimen Australia boleh menilai kediktatoran Malaysia sehingga mereka sendiri rasa tidak logik dengan tuduhan liwat terhadap DSAI yang sengaja diadakan selapas pembangkang menang besar (2008), suatu ketika dahulu Filipina juga menggelar Malaysia negara polis sewaktu konfrontasinya dengan Malaysia.

Jelasnya cakap tak serupa bikin di kalangan ahli politik menyebabkan rakyat meminggirkan politik, jahil politik, fobia dengan politik malah menganggap politik itu kotor.

Agak menyedihkan apabila generasi muda kelihatan semakin menuju ke arah ini. Lebih daripada 85% responden Cina berumur 35 tahun ke bawah daripada tinjauan lapangan sebuah akhbar berbahasa Cina pertengahan tahun lepas menganggap politik itu kotor dan tidak berminat untuk mengikutinya. 98% responden berumur 40 tahun ke bawah daripada kajian lapangan Dewan Masyarakat keluaran Mei 2008 memandang negatif kepada politik. Malah, mereka sudah tidak percaya kepada institusi politik. Menghukum pukal politik sebagai kotor adalah salah pemerintah negara ini serta salah pendakwah yang ‘ghuluw’ (melampau) dalam berfatwa.

Hari ini simptom politik sahaja dikenali oleh masyarakat, sedangkan erti politik sebenar tidak diketahui secara mendalam. Bagi yang muslim, mengenal politik haruslah dalam dimensi Islam.

Politik adalah ilmu siyasah (pentadbiran) malah ia mengandungi unsur masalih mursalah iaitu ijtihad yang serba kontekstual untuk kemakmuran syariat. Bermakna politik dalam Islam adalah anjal dan bukannya kaku dengan apa yang berlaku di zaman Nabi sahaja.

Prof Yusuf Al Qaradhawi dalam bukunya Agama dan Politik (2009) menyatakan jika kita mempelajari ilmu fiqh dan meneliti kesemua khazanah fiqh, tidak dapat tidak, kita wajib cakna dan ambil peranan dalam politik kerana syariah itu hanya terzahir selepas politik dipandu dan dipacu. Islam tidak pernah menyarankan kita kononnya untuk menjadi neutral, non partisan sehingga mengabaikan terus politik kepada golongan munafik dan fasiq menguasainya. Lebih malang apabila ada juga golongan menyokong politik Islam tetapi gopoh inginkan sinar Islam segera menjelma dan tidak memahami seni kerjasama dengan golongan bukan pro Islam.

Bagi Al Qaradhawi, bukan sekadar memahamkan rakyat tentang apa itu politik, sebaliknya perlu menerbitkan peribadi politik iaitu individu yang bersiasah atau mengambil peranan dalam politik negara. Menurut beliau lagi, malang bagi umat Islam jika memahami mungkar hanya dalam konteks zina, arak dan judi sahaja sedangkan penyelewengan pilihanraya juga adalah dosa besar, menipu dalam pemerintahan adalah dosa, membazir harta rakyat adalah dosa besar, mencerca pemimpin yang amanah adalah dosa besar, tidak mengambil peranan menjadi saksi politik islam (mengundi untuk kemenangan pro islam) adalah dosa besar serta rasuah dalam ekonomi dan politik adalah dosa besar. Semua ini perlu dijelaskan dalam proses kita mendidik rakyat agar mengambil peranan sebagai kuasa rakyat iaitu menentukan polisi negara melalui wahana politik yang sedia ada.

Jelas ketiadaan contoh pemerintahan adil di Malaysia menyebabkan gejala politikfobia terjadi. Jika ada pun kerja baik kerajaan negeri pembangkang, ia akan disembunyikan daripada pengetahuan awam. Gerakan Islam melampau yang mencerca politik Islam Malaysia dan demokrasi juga merencatkan proses pembelajaran rakyat. Yang berhasil adalah kerjabuat UNESCO mencatur otak kita kepada pemikiran pecah dan perintah. Inilah tanggungjawab Pakatan Rakyat, memecah kejahilan rakyat.

Selepas Zulkifli, siapa Sorang Lagi?.....ah....bosanlah


Hari Sabtu yang amat membosankan. Di sebelah pagi, hajat hati nak pergi ber'brisk-walking' tapi semacam ada gerimis, menguatkan lagi 'uzur syarie', sebagai alasan tak nak pergi.

Mana-mana pergi di Bangi orang perkatakan pasal Pakatan Rakyat. Asyik menyumpah dan menyampah dengan 3 'katak' kepanasan itu. Di Surau, warung-warung, Pejabat Pos dan di serata tempat. Bosan. Bosan. Dah melompat keluar, tak kan nak melompat masuk semula, mana nak letak muka yang dah makin tebal lagi mengerutu tu. Ungkapan 2/3 majoriti pun jadi perbualan hangat. Satu perkembangan sihat, rakyat Malaysia sudah celik politik.

Sehinggakan Kakak yang jual goreng pisang pun boleh bercakap pasal 2/3. Kata Kakak tu, "Bulan depan barang naik. Pisang nangka pun dah naik sekarang. 2/3 udah dekat"

Jawab saya, "Memang dah lama naik, mana ada harga barang turun."

Tanya saya lagi, "Akak tahu ke apa yang udah dekat dan apa benda 2/3 tu?"

Jawabnya penuh yakin, "Alah ramai orang sebut 2/3. TV pun sebut. Surat Khabar pun sebut. Yang Akak, faham pasal dua tiga orang tu lah."

Jenuh saya mikirkan, siapa dua tiga orang tu dan apa kaitan dengan 2/3 majoriti?

Dengan penuh kerendahan hati, saya tanya lagi dengan selamba, "Sapa dua tiga orang tu Akak?"

Sambil mengilai kecil, "Alah, orang ngaji tinggi pun tak faham? Dua orang tu, Zulkifli Noordin dan....., 3 orang lagi tu, yang dah lompat kelmarin."

Saya menjadi bertambah ingin tahu walaupun 'blurr' dan bertanya lagi dengan penuh tekad dan nekad, "Sapa sorang lagi Akak? Akak orang BN ke PR?"

Akak tu tersenyum, "Akak orang PR. Yang sorang lagi tu, Encik tekalah."

Sambil berjalan menuju ke kereta, saya tertanya-tanya siapa sorang lagi yang akan melompat. Tapi yang menjadi tanda-tanya saya, Akak itu betul-betul ke faham pasal 2/3 majoriti atau ssesaja sebut angka "2" dan angka "3" kerana ramai orang menyebut kedua-dua angka itu "2" dan "3".

Sambil memandu, fikiran jadi bertambah bosan, bila mikirkan karenah Kulim Bandar Baru ni dan tak mahu memikirkan siapa sorang lagi yang akan lompat kerana semua ini menjadi bertambah bosan.

Amaran untuk remaja yang berumur 40 tahun ke atas

"Hai berkain je Leman ...", tegur Tok Moh.
"errr..ererr... ererr... saje je Tok, amek cuti", jawab leman.
"Dah tiga minggu nko berkain je ni .. ada yang tak kena ke?", tanya Tok Moh lagi.
"Idak lah .. saje je ... aircond ..he he he", jawab Leman lagi.

Lelaki 'tegang' tiga minggu nyaris maut
KOLKATA: Seorang lelaki berusia 55 tahun hampir maut selepas kemaluannya terangsang selama tiga minggu dan hanya selamat selepas dibedah.

'Ketegangan' itu berlaku tanpa pengambilan Viagra berpunca daripada masalah 'priapism' yang menyebabkan darah beku di kemaluannya.

Ahli perniagaan itu terselamat pada saat akhir selepas dibedah, menurut laporan.

'Priapism' merujuk kepada kegagalan aliran darah keluar dari kemaluan selepas hubungan seks menyebabkan lelaki itu 'sentiasa tegang.'

Selain menyebabkan darah beku, keadaan juga boleh mengakibatkan anggota tubuh reput sekali gus memaksa kemaluan dipotong.

Difahamkan keadaan itu juga mungkin berpunca daripada masalah saraf. Bagaimanapun, lelaki terbabit kini mati pucuk akibat perkara berkenaan. - Agensi

Zulkefli Sudah Memperolehi Bantal Yang Diingini

TAHAP kesabaran PKR akhirnya berakhir juga. Petang ini parti berkenaan telah mengambil tindakan memecat ahli parlimen Kulim - Bandar Baru, Zulkefli Nordin. Pemecatan itu diumumkan oleh Penasihat PKR, Anwar Ibrahim. Tindakan itu dilihat jalan terakhir setelah parti itu begitu bertolak ansur dengan wakil rakyat berkenaan yang mempamirkan politik tikus belutnya sejak beberapa bulan.

Beliau diberi masa 14 hari untuk merayu. Namun saya percaya wakil rakyat itu tidak akan mengemukakan rayuan. Pemecatan itu bak kata seperti orang mengantuk di sorong bantal. Dia sengaja membuat pelbagai onar dan mengamalkan politik tikus belut bagi memaksa PKR memecatnya.

Saya telah mengetahui sejak awal dulu mengenai hal ini bagaimana satu konsesus telah dicapai antara wakil rakyat ini dengan Najib Razak. Penarikan balik injuksi ke atas kemenangan beliau di kerusi Bandar Baru - Kulim adalah setelah berlakunya perundingan give and take.

Siapa yang mengiringi wakil rakyat ini ke rumah Najib di Jalan Duta dalam pengetahuan saya. Orang itu adalah sang belaci poket tembus yang mudah kelihatan di kaki lima menjelang tengah hari atau senja untuk makan percuma.

Apa yang saya tulis dan dikirik hebat oleh pengkagum wakil rakyat ini sudah menjadi kenyataan. Sesiapa berminat boleh belek arked blog ini setahun lepas.

Sementara itu saya tidak fikir wakil rakyat ini akan akur dengan desakan PKR agar beliau mengosongkan kerusi Bandar Baru- Kulim. Katak (pukul) sampai mampus pun beliau tidak akan berbuat demikian. Kalau selama ini beliau berhempas pulih dan habis cara untuk mempertahankan kerusi berkenaan sehingga sanggup menjual maruah dan mengadaikan prinsip Islamnya yang tebal itu, masakan dia akan sanggup mengosongkan kerusi?

Desakan PKR itu hanya sia-sia saja dan akan digelakkan oleh wakil rakyat itu selepas ini. PKR perlu menutup buku wakil rakyat berkenaan dan usah sesiapa mengulasnya lagi. Anggaplah apa yang berlaku satu episod untuk mengajar PKR. Selamat!
MSO.

Akhirnya... Kini Pasti.... (Lagu Anita Sarawak) ha..ha..ha...


Akhirnya..... kini pasti... ha..ha..ha.... ntah apa lagi sambungan lagu Anita Sarawak nih..., wakakakakak akhirnya kompom malaun ni kena terajang keluar dari PKR, baru padan dengan muka hang...

Nak tunjuk pandai konon... tau la.. hang tu lawyer.. putaq sana.. putaq sini... last sekali hang kena putaq.. baru ada akai kot..., macamlah orang tak tau hang punya game... yang sebetulnya hang memang tunggu peluang kena pecat... untuk meraih simpati... but very sorry bro.... takda sapa pun nak simpati dengan hang... orang kulim pun dah menyampah dengan hang...

Gua baru sms kat Pak Jang gua (bapa saudara, orang Kulim). hang tau dia jawap apa.... ("Alhamdulillah... lepaih satu BALA') tu... dia aihhh... hang ni merupakan Bala pada orang Kulim.... tu pun tak sedaq diri lagi..., malam ni tentu depa kenduri pulut kuning kat Masjid... ha..ha..ha....

Lastly... Tahniah kepada Pimpinan PKR kerana bertegas dalam isu pemecatan ini. Kalau boleh takda rayuan lagi bagus..., tapi kalau dah prosedur macam tu kena ikut la... bukan tak tau yang kena pecat tu lawyer... ha..ha..ha....

Rujuk Malaysiakini.

So... tak reti-reti nak letak jawatan ka....? Tolong kosongkan kerusi Parlimen Kulim-Bandar Bahru, kalau hang ada teloq dan anak jantan... jangan jadi daghai sudah la....

KU LI DAN ONG TEE KEAT JADI MP BEBAS ?



Pemimpin veteran UMNO, Tengku Razaleigh Hamzah bakal mengisytihar dirinya sebagai ahli parlimen bebas, apabila Dewan Rakyat bersidang pada bulan ini.....

Perbincangan tentang keluar parti belum mencapai persetujuan, namun ada juga sumber yang mendakwa bahawa muafakat telah dicapai antara Tengku dengan PKR, iaitu beliau akan memainkan peranan sebagai Ahli Parlimen Bebas semasa persidangan pada Mac 2010.





Dikhabarkan usaha melobi Presiden MCA, Ong Tee Keat untuk isytihar dirinya sebagai Ahli Parlimen Bebas, agar "menukar" persepsi bahawa "Ahli Parlimen Bebas" kini kebanyakannya pro-BN. Ong Tee Keat jelas berada dalam kedudukan terancam, lantaran daripada pergelutan kuasa dalam partinya terkini.


Seandainya PR berjaya menarik beberapa orang Ahli Parlimen untuk menjadi "BEBAS", maka ia boleh menghakis kelebihan BN dalam kem ini.


Setakat ini ,Ibrahim Ali , Zahrain Hashim , Tan Tee Beng dan Mohsin Fadzli Samsuri dipercayai memihak kepada BN , sementara dua orang lagi dari SAPP, iaitu Chua Soon Bui (Tawau) dan Eric Majimbun (Sepanggar) yang keluar dari BN pada tahun 2008, dipercayai memihak kepada PR.

Cuma kedudukan Zulkifli Nordin yang baru dipecat masih samar kedudukannya, sama ada kekal sebagai Ahli Parlimen atau meletakan jawatan, tapi daripada pengamatan, beliau mungkin kekal dan menyokong BN...

perakkume

Cadangan baru penstrukturan semula subsidi petroleum...apa pulak idea nak menipu rakyat lagi...adusss!!!!

PEKAN 6 Mac – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) akan membentangkan cadangan baru berkenaan penstrukturan semula subsidi petroleum kepada kabinet dalam tempoh terdekat ini.

Menterinya, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, menerusi kerjasama kementeriannya dengan Makmal Merasionalisasikan Subsidi, ia akan mengkaji mekanisme terbaik pelaksanaan penyaluran subsidi termasuk merangkumi bahan petroleum, selain makanan serta infrastruktur lain.

"Kita akan mengemukakan kertas cadangan kepada Kabinet berhubung kaedah sesuai dalam mengekang pembelian petroleum bersubsidi negara yang turut dinikmati rakyat asing,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan stesen mini minyak Smart Koperasi Peserta Felcra Gugusan Sri Makmur, dekat sini, hari ini.

Ismail Sabri berkata, ketika ini larangan penjualan petrol dan diesel melebihi 20 liter dikuatkuasakan bagi kenderaan asing dalam lingkungan 50 kilometer dari sempadan negara, tetapi tidak di tempat-tempat lain termasuk ibu negara.

"Kita akan bentangkan kepada kabinet dalam tempoh terdekat ini, dengan syarat-syarat baru dalam usaha mengekang pembelian petroleum bersubsidi oleh rakyat asing, (apa syarat-syarat itu) tunggulah dulu,” katanya.

Pada 4 Mac lalu, kerajaan membatalkan cadangan untuk mengadakan sistem subsidi minyak berperingkat-peringkat dan sistem subsidi petrol yang ada akan dikekalkan. – Bernama

Khir Toyo: Jangan Kambing Hitamkan Saya

Bekas Menteri Besar Selangor Datuk Seri Dr Khir Toyo meminta orang-ramai untuk tidak menyalahkan beliau sepenuhnya diatas kegagalan menguruskan Selangor dengan baik.

Dalam satu temubual bersama The Malaysian Insider, Khir Toyo berkata keputusan-keputusan salah dan silap yang belaku sepanjang pentadbirannya berpunca dari nasihat oleh pegawai sivil dan rakan politik.

Mengambil contoh upacara serah penyapu 2006 kepada penjawat-penjawat awam, Khir berkata tidak ada seorang pegawai-pegawainya yang menyuarakan bantahan ketika idea itu dicadangkan.

Beliau menambah ada diantara mereka yang cuba menyembunyikan kesalahan sendiri dengan menyalahkan beliau.

Pentadbiran Khir Toyo Banyak Rugikan Rakyat Selangor

Oleh Rusnizam Mahat

Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim berkata beliau terpaksa mengambil alih pengurusan tidak bertanggungjawab yang diwariskan bekas Menteri Besar Barisan Nasional Datuk Seri Dr Khir Toyo yang menyaksikan banyak keputusan yang merugikan kerajaan negeri dan rakyat.

Kata Khalid, Dr Khir Toyo meletakkan keputusan berisiko tinggi terhadap beberapa projek kerajaan negeri semasa mentadbir Selangor dengan memberi cadangan projek kepada kontraktor tertentu yang akhirnya gagal dilaksanakan.

"Jika saya menjadi beliau, saya akan menggunakan peluang ini untuk belajar mengenai pengurusan, di Universiti Malaya ada sekolah pentadbiran awam. Disebabkan pengalaman saya menyelesaikan banyak keputusan silap yang dia buat, saya fikir dia tidak mempunyai cukup kecekapan untuk mentadbir negeri.

"Banyak keputusan yang diambil beliau tidak menepati ujian korporat dan ujian kebolehsanaan," katanya pada sidang media di pejabat beliau semalam.

Tambah Menteri Besar akibatnya kerajaan Pakatan Rakyat Selangor terpaksa mengambil alih semua projek yang gagal dan perlu membetulkan semula pengurusan dana awam yang kucar kacir di bawah pentadbiran Dr Khir Toyo.

"Risiko kegagalan projek yang beliau cadangkan adalah tinggi. Selain itu sudah tentu beliau datang dari budaya Umno dan saya fikir beliau dipupuk dari tabiat buruk dalam parti itu," katanya

Khalid memberi dua contoh projek yang gagal dikawalselia dengan telus dan baik oleh Dr Khir Toyo antaranya pembangunan projek tebatan banjir (Canal City) di mana kerajaan Selangor terpaksa membelanjakan hampir RM5 juta dan kehilangan 2,000 hektar tanah dengan kerugian berjumlah kira-kira RM30 juta.

Contoh kedu kata Khalid ialah isu penempatan semula penduduk setinggan di Bukit Botak di mana kontraktor terbabit, Delpuri Corporation Sdn Bhd (DCSB) gagal menyiapkan sepenuhnya projek berkenaan menyebabkan kerajaan negeri BN meminta Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) untuk mengambil alih projek berkenaan.

"Macam mana PKNS tak rugi, agensi itu diminta membina perumahan pada kos RM90,000 seunit dan menjual pada harga RM50,000," jelas Khalid lagi.