Khamis, 4 Mac 2010

Zulkifli Perlu Faham KEADILAN Untuk Semua Kaum

Oleh Rusnizam Mahat
KUALA LUMPUR 4 Mac - Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi KEADILAN Dr Muhammad Nur Manuty berkata Zulkifli Noordin perlu memahami bahawa KEADILAN adalah parti untuk semua kaum dan sudah tentu ahli panel dalam lembaga disiplinnya juga dianggotai bukan Islam.
Beliau yang juga Pengerusi Biro Pemahaman dan Pemantapan Agama (BIPPA) diminta mengulas tindakan Zulkifli hari ini yang enggan menghadap lembaga Jawatankuasa disiplin parti, sebaliknya bertindak keluar ketika pertemuan itu berlangsung atas alasan tidak mahu ahli panel lembaga tersebut terdiri dari kalangan orang bukan Islam.
Zulkifli hari ini dilaporkan berkata panel yang sepatut menentukan masa depannya itu perlu dianggotai oleh orang Islam kerana ia membabitkan penggunaan isu kalimah Allah dan agama Islam.
Beliau dihadapkan ke jawatankuasa terbabit bagi memberi penjelasan berhubung kritikannya terhadap Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng dan membuat laporan polis ke atas Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad.
Ketika diminta mengulas isu ini, Dr Muhammad Nur berkata pimpinan ulama dalam Pakatan Rakyat telah pun membuat keputusan mengenai isu penggunaan nama Allah yang dianggap telah selesai.
"Pengunaan nama Allah telah selesai, Pakatan Rakyat dan ijma ulama telah menyatakan pandangan bahawa soalnya ialah berbeza pandangan. Kita telah meminta pemimpin bukan Islam supaya menghormati asas kebimbangan ini dan apa yang penting ialah langkah pelaksanaan dan kawalan,"  katanya.
Tambah beliau, Zulkifli dihadapkan ke lembaga disiplin parti itu kerana soal disiplin dan tiada kena mengena dengan isu penggunaan nama Allah seperti yang beliau perkatakan.
"Perkara itu sudah tidak menjadi isu. Ijma pimpinan ulama dalam Pakatan Rakyat samada dalam KEADILAN atau PAS dan ulama muktabar dunia sudah menyatakan bahawa tak timbul soal hukum tetapi cuma perbezaan pendapat. Kita hormat pandangan yang berbeda dan keprihatinan terhadap orang Islam yang bimbang dalam isu ini," ujarnya.

PILIHANRAYA UMUM KE 13 LEBIH AWAL

Oleh:Tranungdaily

Penulis dapat maklumat bahawa PRU 13 akan diadakan lebih awal iaitu seawal-awalnya Mac 2011. Ini berdasarkan kepada 'iddah' PRU 13 selama 3 tahun penuh. PRU 12 yang lalu berlaku pada Mac 2008. Penulis diberitahu oleh rakan2 dalam PAS bahawa PAS Pusat mula buat countdown yang akan berakhir pada 11 September 2011.

PERSEMPADAN SEMULA

Kalau nak pakai teori PRU 13 akan diadakan sebaik sahaja selepas persempadan semula diluluskan, maka kena ambil kira tempoh 8 tahun yang ditetapkan. Seingat penulis, tahun terakhir persempadan semula ialah pada 2003. Ini bermakna memang munasabah PRU13 dijangka pada tahun 2011.

Adapun tempoh maksimum bagi kerajaan buat PRU13 ialah tahun 2013. Kerajaan akan menjadi tidak sah sekiranya PRU tidak dibuat selepas 2013.

Jadi, untuk lebih 'ihtiyat', maka adalah lebih baik disasarkan ia berlaku Mac 2011. Kempen daftar pengundi dan keahlian parti-parti pakatan rakyat harus digiatkan untuk ke arah itu. Serangan-serangan mesti diatur dan dilancarkan. Papan Skor sepatutnya sudah dinaikkan. Elakkan kita menari mengikut gendang musuh. Fokuskan kerja. Jauhi percanggahan dan perbezaan yang meluaskan jurang antara parti pakatan. Lupakan sengketa. Jauhi menyerang sesama sendiri. Tumpukan muncung pistol dan senapang ke arah musuh yang Satu(Malaysia) iaitu UMNO Barisan Nasional.


Kemelut MCA: Tee Keat mahu bertemu penyokong dulu

Datuk Seri Dr Chua Soi Lek hari ini meletakkan jawatan sebagai Timbalan Presiden MCA berkuat kuasa serta-merta bagi memberi laluan pemilihan baru diadakan dalam tempoh sebulan untuk menyelesaikan krisis parti itu. 

KUALA LUMPUR, 4 Mac — Ekoran tindakan mengejut pemimpin-pemimpin kanan MCA meletak jawatan dalam parti hari ini bagi menuntut pemilihan baru diadakan, presiden MCA Datuk Seri Ong Tee Keat (gambar) berkata beliau akan mengumumkan tindakan beliau seterusnya apabila tiba masanya.

“Saya akan bertemu penyokong-penyokong dan pasukan saya tidak lama lagi dan akan mengumumkan keputusan apabila tiba masanya,” kata Ong dalam blognya selepas timbalan presiden Datuk Seri Dr Chua Soi Lek, naib presiden Datuk Kong Cho Ha dan enam anggota lagi Jawatankuasa Pusat (CC) MCA yang dipilih mengumumkan keputusan meletak jawatan hari ini.

Dalam pada itu, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata keputusan Chua dan tujuh lagi anggota CC MCA meletak jawatan supaya pemilihan baru diadakan merupakan satu langkah yang baik dalam usaha menjadikan parti itu kuat.

Beliau berkata ini kerana tumpuan Barisan Nasional (BN) kini ialah untuk memperkukuhkan parti berkenaan.

“Perdana Menteri pun dah selalu sebut, ini (memperkukuhkan parti) perlu diambil kira kerana masa tidak menyebelahi kita.

“Kalau langkah sebegini sudah dimulakan oleh MCA, bagi saya satu langkah yang baik,” katanya di Putrajaya.

Muhyiddin, yang juga Timbalan Pengerusi BN, berpendapat langkah yang paling baik dalam menyelesaikan krisis dalaman MCA ialah dengan mengadakan pemilihan baru.

“Ini adalah pandangan banyak pihak dan bila ada keputusan sebegini, maka mereka sudah mula respons pada pandangan yang melihat bahawa MCA perlu dipulihkan.

“Integriti dan persepsi masyarakat (terhadap MCA) perlu diperbaiki.

“Saya serahkan kepada pemimpin yang ada kerana kita mahu supaya MCA kuat pasal dia (parti itu) adalah rakan utama dalam BN.

“Dan saya kira masyarakat Cina yang sejak dulu pun memberikan perhatian pada soal parti seperti pada MCA, mahukan hal seperti ini dilakukan,” katanya.

Sebelum ini, 13 yang lain termasuk seorang lagi naib presiden Datuk Seri Liow Tiong Lai meletak jawatan bagi mendesak supaya pemilihan baru diadakan bagi menyelesaikan krisis kepimpinan parti itu.

Disebabkan 21 anggota CC iaitu dua pertiga daripada anggota yang dipilih meletak jawatan, perlembagaan parti menetapkan supaya satu pemilihan baru perlu diadakan dalam tempoh sebulan.

Dalam blognya itu, Ong tidak menyentuh mengenai tindakan Chua atau Liow itu kecuali mengucapkan terima kasih kepada penyokong-penyokong dan mereka yang bersimpati dengan beliau kerana menelefon atau menghantar SMS dan e-mel bagi memberi kata-kata semangat.

“Saya diberitahu 21 anggota CC dipilih meletak jawatan untuk membolehkan pemilihan baru diadakan dalam tempoh 30 hari seperti yang dikehendaki oleh perlembagaan parti,” katanya.

Beliau berkata pemilihan baru merupakan satu daripada penyelesaian secara demokratik kepada krisis MCA dan berharap ianya dijalankan dengan adil dan teratur.

Ong, yang memimpin MCA sejak Oktober 2008, berkata beliaulah yang mula-mula mencadangkan supaya pemilihan baru diadakan tetapi ini dibantah keras oleh pelbagai pihak.

“Pada masa itu, saya berkata bahawa kita perlu mengambil kira tentang waktu yang sesuai bagi pemilihan diadakan dan juga supaya parti meletakkan keutamaannya dengan betul,” katanya.

AMK: Permit 'Suara Perkasa' kelulusan terpilih..ha...ha..lu tau bro... "KATAK PERKASA"

Tindakan kerajaan memberikan permit akhbar kepada Pertubuhan Pribumi Perkasa (PERKASA) merupakan satu tindakan terpilih yang membelakangkan undang-undang, kata ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Shamsul Iskandar Mat Akin.

Katanya, PKR sendiri terpaksa menunggu sehingga sembilan tahun sebelum diberikan permit untuk menerbitkan akhbar mereka 'Suara Keadilan'.

"Tapi PERKASA dalam tempoh setahun lebih sudah boleh mendapat permit," katanya ketika diminta mengulas satu laporan mengenai kelulusan kepada pertubuhan itu untuk menerbitkan 'Suara Perkasa'.

Pertubuhan yang diterajui oleh ahli parlimen Pasir MAS, Datuk Ibrahim Ali itu sering mendapat liputan media berhubung kenyataannya membela hak orang Melayu dan Islam.

Namun Shamsul Iskandar berpendapat, kelulusan yang diberikan kepada PERKASA itu memberi gambaran yang negatif ke atas kesungguhan kerajaan dalam menjamin kebebasan media di negara ini.

Tambahnya, pelbagai sekatan telah diperkenalkan bagi menghalang penerbitan akhbar-akhbar pro-pembangkang sebelum ini.

"Kerajaan juga mengehadkan permit penerbitan kepada Harakah (lidah rasmi PAS) kepada mingguan sahaja dan akhbar tersebut pernah dirampas sebelum ini," katanya.

Katanya lagi, tindakan serupa juga pernah dialami akhbar pro-pembangkang yang lain termasuk Siasah dan Era Pakatan.

"Ini juga memberi kesan pandangan negatif ke atas proses demokrasi di Malaysia. Malaysia masih lagi memperkudakan institusi kerajaan dalam urusan memberi kelulusan permit kepada pihak yang menyokongnya," katanya.

Menurutnya lagi ini menunjukkan kerajaan mempunyai motif politik apabila bertindak demikian.

Gambar dan Nama Fir'aun ini?

Ahli sejarah tentu kenal nama Fir'aun Kecil ini.

Pengarah Radio IKIM didesak ‘Letak Jawatan’ kerana panggil Presiden PAS Muzakarah

Quantcast
Seorang teman menyampaikan kepada saya bahawa perletakan jawatan Pengarah Radio IKIM, Ir Ahmad Jais Alias berkuatkuasa 1 Mac lalu bukanlah perletakan jawatan yang sukarela. Bernama pada 19 Januari telah menyiarkan berita bahawa beliau akan meletakan jawatan setelah berkhidmat selama setahun dua bulan bermula pada 1 Januari 2009. Memang pelik kenapa beliau letakan jawatan secara tiba-tiba walhal baru berkhidmat setahun jagung.
Beliau dikatakan telah diberikan tekanan oleh pihak atasan bagi meletakan jawatan berikutan tindakannya menjemput Presiden PAS bagi menyertai Muzakarah Pakar anjuran IKIM pada 21 Januari lepas. Muzakarah itu diadakan bagi membincangkan isu nama Allah dan Tun Abdullah turut hadir bersama bekas Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainal Abidin.
Sebelum ini juga, beliau turut dikatakan mengunakan kedudukannya bagi menjemput beberapa Ustaz-ustaz PAS untuk menjadi penceramah dan memberikan kuliah agama di Radio IKIM. Ya! mereka hanya beri kuliah agama, bukan ceramah politik. Pendengar Radio IKIM boleh jadi saksi.
Ekoran dari tindakan beliau yang tidak disenangi itu, gaji beliau ditahan, elaun dan bayaran claim beliau turut tidak dibayar.
Jika melawat laman web IKIM, nama beliau juga sudah dikeluarkan walaupun baru 4 hari beliau letak jawatan. Tiada sebarang majlis perpisahan diadakan untuk beliau dan akhirnya beliau kembali menjadi orang dagang walhal kehadirannya selama setahun di IKIM telah banyak memberikan perubahan besar kepada imej dan rating Radio IKIM.
Memang tidak logik, dalam keadaan ekonomi yang gawat ini beliau yang baru setahun dua bulan bekerja dengan IKIM mahu letakan jawatan tanpa sebab. Lainlah kalau beliau mendapat tawaran jawatan yang lebih baik. Ada juga logiknya. Kini Ahmad Jais dilaporkan menjadi penceramah bebas dan tidak mempunyai pekerjaan tetap.
Selepas ‘perletakan jawatan’ beliau, dikhabarkan bahawa beberapa slot ceramah yang kebanyakannya disampaikan oleh Ustaz-ustaz PAS akan disusun semula dan dimansuhkan perlahan-lahan. Beberapa DJ dan kakitangan juga dikatakan menerima tekanan yang sama agar mereka meletakan jawatan.
Berita dan cerita ini tersebar luas di IKIM dan pendengar setia Radio IKIM pasti mahu mencari jawapannya. Tidak sepatutnya beliau dipecat jika alasan Politik sedangkal itu digunakan. Beliau sebagai seorang yang berilmu telah mengunakan kedudukannya bagi meletakan orang-orang yang berilmu tanpa mengira apa jua parti untuk kebaikan masyarakat. penyingkirannya adalah satu kezaliman!
Saya yakin, IKIM akan menafikan cerita ini. Tapi kebenaran itu tidak akan dapat disembunyikan sampai bila-bila. Teman saya juga mengatakan bahawa sampai sekarang beliau belum menerima gaji terakhirnya! memang zalim
Nota : Beliau akan berforum dipentas PAS esok di Seremban, harap boleh hadir beri sokongan:
[BANNER+Forum+Maulid.jpg]

TPM anggap tindakan Chua kuatkan MCA...Ha..ha...kata dulu 2 minggu settle...!!!

Keputusan Datuk Seri Dr Chua Soi Lek dan tujuh lagi anggota jawatankuasa pusat (CC) MCA meletak jawatan supaya pemilihan baru diadakan merupakan satu langkah yang baik dalam usaha menjadikan parti itu kuat, kata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Beliau berkata ini kerana tumpuan Barisan Nasional (BN) kini ialah untuk memperkukuhkan parti berkenaan.

"Perdana Menteri pun dah selalu sebut, ini (memperkukuhkan parti) perlu diambil kira kerana masa tidak menyebelahi kita.

"Kalau langkah sebegini sudah dimulakan oleh MCA, bagi saya satu langkah yang baik," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Kabinet Mengenai Jalur Lebar di Putrajaya hari ini.

Beliau diminta mengulas mengenai tindakan Chua, yang juga Timbalan Presiden MCA dan tujuh lagi anggota CC MCA, yang hari ini meletak jawatan dan mahu agar pemilihan baru diadakan dalam tempoh sebulan untuk menyelesaikan krisis parti itu.

Sebelum ini, 13 anggota jawatankuasa itu berbuat demikian. Ini bermakna 21 orang iaitu dua pertiga daripada anggota CC yang dipilih telah meletak jawatan bagi membolehkan pemilihan baru diadakan.

Muhyiddin, yang juga Timbalan Pengerusi BN, berpendapat langkah yang paling baik dalam menyelesaikan krisis dalaman MCA ialah dengan mengadakan pemilihan baru.

"Ini adalah pandangan banyak pihak dan bila ada keputusan sebegini, maka mereka sudah mula respon pada pandangan yang melihat bahawa MCA perlu dipulihkan. Integriti dan persepsi masyarakat (terhadap MCA) perlu diperbaiki.

"Saya serahkan kepada pemimpin yang ada kerana kita mahu supaya MCA kuat pasal dia (parti itu) adalah rakan utama dalam BN.

"Dan saya kira masyarakat Cina yang sejak dulu pun memberikan perhatian pada soal parti seperti pada MCA, mahukan hal seperti ini dilakukan," katanya.

Ditanya sama ada pemilihan baru itu akan dapat menyelesaikan krisis dalaman MCA, Muhyiddin berharap ia akan menjadi langkah pemulihan ke arah itu.

"Yang pastinya tidak semudah itu tetapi setidaknya sudah dimulakan. Ini kerana selepas ini, langkah dan inisiatif yang seterusnya boleh diambil oleh pemimpin dalam parti untuk mewujudkan hubungan yang lebih baik dan kerjasama yang lebih erat.

"Inilah hasil yang ingin kita lihat selepas proses pemilihan baru dilangsungkan," katanya.

- Bernama

Nik Aziz masuk hospital

Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dimasukkan ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian, selepas mengadu sakit dada, kira-kira jam 5 petang, semalam.

Setiausaha akhbarnya Ahmad Fadhli Shaari berkata, ketika menjalani pemeriksaan di klinik jantung universiti itu, Nik Aziz merasa sakit di dada sebelah kiri.

NONENik Aziz kini ditempatkan di wad orang kenamaan di hospital tersebut, tambah Ahmad Fadhli kepada Malaysiakini hari ini.

Masalah kesihatan Nik Aziz itu dipercayai menyebabkannya tidak dapat menyambut Sultan Kelantan yang berangkat pulang hari ini dari mendapatkan rawatan perubatan di Singapura.

Ditanya tentang tahap kesihatan semasa mursyidul am PAS itu, Ahmad Fadhli berkata Nik Aziz semakin pulih.

“Pukul 12.00 tengah hari tadi saya melawat beliau. Keadaannya alhamdulillah bertambah baik. Sudah (boleh) baca surat khabar.”

Tambahnya, Nik Aziz dijangka dapat keluar daripada wad dan bertugas seperti biasa tidak berapa lama lagi.

“Tengoklah dalam dua, tiga hari lagi,” kata Ahmad Fadhli lagi.

Selamat Beradu Tuanku! Tetapi...

SYUKUR Alhamdulilah Sultan Kelantan, Tuanku Ismail Petra selamat tiba di lapangan terbang Ismail Petra di Kota Bharu tengah hari tadi. Keberangkatan pulang baginda ditunggu oleh rakyat Kelantan. Menurut laporan Bernama ada 5,000 manakala laporan lain pula hanya 1,000 saja. Tidak tahu yang mana satu betul?

Saya hanya menunggu di tv untuk melihat laporan mengenai keberangkatan pulang yang ditunggu-tunggu itu. Saya menekan beberapa chanel tv kerajaan dan tv berbayar untuk mendapat laporan dan liputan mengenai keberangkatan itu. Sayangnya tidak ada. Hanya TV1 ada melaporan mengenai keberangkatan pulang itu dan menyiarkan visual suasana di lapangan terbangan Sultan Ismail Pengkalan Chepa.

Dalam visul itu ternampak wajah Husam Musa yang berjabat tangan dengan Mustapa Mohamed. Wah... nampak mesra mereka. Diharap mereka menggunakan ruang itu untuk bertanya khabar dan bertukar maklumat mengenai royalti minyak! Mudahan pertemuan spontan itu akan membawa mereka ke bilik perundingan.

Gambar Tuanku turun dari kapal terbang atau diusung atau berada atas kereta tolak tidak dipaparkan. Menurut laporan sebaik dibawah Tuanku dibawah pulang ke istana menerusi pintu 1 tidak melalui hadapan rakyat yang menanti baginda.

Menurut laporan yang memetikan berita dari Singapura, semasa menaiki kapal terbang Tuanku memakai baju lengan panjang dan berseluar hitam ditolak atas kereta roda. Mengiringi baginda ialah Raja Perempuan, Tengku Anis Tengku Abdul Hamid. Tengku Razaleigh Hamzah juga dilaporkan kelihatan.

Tidak mengapalah, asalkan Tuanku sudah pulang dan rakyat jelata merasa bahagia. Bila sultan berada di laman sendiri maka hubungan dengan baginda terasa dekat.

Manakala menurut Tengku Temenggong, Tengku Mohamad Fakhry keadaan Tuanku baik dan stabil? Stabil? Apabila Tuanku berada di Kelantan mudahlah untuk rakyat menjenguk dan meziarahi baginda. Kalau semasa di Singapura dulu jauh dan sulit, kini masalah itu tiak timbul lagi. Kalau nak pergi jenguk Tuanku tujuh kali sehari pun boleh. Tak ada masalah.

Terlanjur mengulas mengenai peristiwa keberangkatan Tuanku Ismail hari ini saya agak kesal dengan catatan seorang bloger yang mempersoalkan kenapa Menteri Besar, Tok Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat tidak ada airport? Paling sedih lagi bloger berkenaan cuba membuat tafsiran sendiri atas ketiadaan Nik Aziz itu sebagai hendak mengelak setelah membuat salah. Salah apa?

Apakah bloger berkenaan tidak tahu yang Nik Aziz sakit, berada diwad sejak petang semalam setelah mengadu sakit dadah? Soal sakit bukan main-main dan bukan boleh dijadikan bahan ketawa. Siapa yang sanggup berada dihospital berbulan-bulan kalau benar-benar tidak sakit? Bukankah keadaan itu menjemukan? Hospital adalah ruang yang membosankan tetapi orang terpaksa terperuk di situ. Untuk apa cuba memberi gambaran buruk atas ketiadaan Nik Aziz itu? Kalau kita tidak sakit mungkin kita tidak merasai betapa azabnya ujian Allah itu.

Lagipun bukankah Timbalan Menteri Besar, Ahmad Yaacob dan para Exconya ada? Apakah itu tidak mencukupi? Saya yakin kalau Nik Aziz sihat dia akan berada di airport mungkin kedatangannya lebih awal daripada bloger berkenaan.

Bloger berkenaan juga menyebut kepulangan itu tidak diwar-warkan oleh pihak kerajaan. Tidak ada pekeliling yang memaklumkan kepada pegawai tinggi kerajaan dan pembesar lain. Tentang ini tidak perlu dipertikaikan. Kalau kita seorang yang arif mengenai urusan pentadbiran dan prosuder merasa malu untuk mempersoalkannya.

Pihak kerajaan (kalau benar) saya rasa tidak buta mengenai pentadbiran serta prtokol. Kerajaan hanya akan mendengar dan patuh kepada arahan atau titih rasmi daripada seseorang yang berkuasa saja. Sebuah kerajaan tidak akan bersikap membelakangkan protokol. Saya rasa kalau ada titih rasmi tidak ada sebab untuk kerajaan negeri tidak membuat pekeliling menhebahkan tentang keberangkatan pulang Tuanku itu.
MSO

PAS nekad bantah GST, pengurangan cukai pendapatan hanya untungkan orang kaya


Parti Islam Se-Malaysia (PAS) membantah cadangan Kerajaan Barisan Nasional yang nekad melaksanakan Cukai Perkhidmatan dan Barangan (GST) dilaksanakan menjelang pertengahan 2011 bagi mengantikan cukai perkhidmatan dan jualan sedia.

Pada masa ini kedua-dua cukai itu masing-masing berada 10 peratus dan lima peratus, tetapi hanya meliputi barang mewah sahaja dan bukannya barangan keperluan utama. Walaupun GST hanya 4 peratus tetapi ia akan melibatkan ke semua jenis barang termasuk barangan keperluan utama yang dikawal.

Strategi Kerajaan yang mahu mengurangkan cukai pendapatan dan korporat secara beransur-ansur bagi mengurangkan beban pengguna ini juga dilihat tidak logik kerana pembayar cukai pendapatan dan syarikat hanya melibatkan mereka yang berkemampuan, sedangkan cukai GST akan melibatkan semua lapisan rakyat termasuk mereka yang tidak berkemampuan.

GST akan menyusahkan ibubapa yang mahu membeli susu untuk anak-anak mereka, peniaga restoran juga terpaksa menaikan harga makanan jika beras, ikan, daging, ayam dan sayuran dikenakan cukai. Mereka yang hidup diluar bandar pasti akan lebih terasa kerana barangan keperluan yang dihasilkan dikilang akan meningkat dalam pasaran.

PAS juga melihat pembatalan cadangan penstrukturan semula subsidi Petroleum tidak memberi apa-apa makna, kerana bila GST 4 peratus dilaksanakan, kemungkinan harga minyak bercukai ini akan naik sebanyak 10 sen seliter atau lebih dari itu.

Harga tambang perkhidmatan juga kemungkinan akan berubah dengan peningkatan sebanyak 4 peratus. Bayangkanlah nasib pengguna perkhidmatan Komuter, LRT, Bas dan kapal terbang dimasa depan dengan cukai ini.

Bagi barangan yang dihasilkan dalam kilang pengguna berkemungkinan menerima cukai GST 8 peratus kerana 4 peratus dikenakan oleh pengilang dan 4 peratus dikenakan melalui pemborong atau penjual dipasaran.

Rakyat harus membuka mata terhadap isu ini dan PAS nekad membantah dasar GST demi kepentingan rakyat keseluruhannya.

Ust Idris Ahmad

Ketua Penerangan PAS Pusat

Lompatan Politik Terkini Atas Dasar Wang Ringgit - Latheefa Koya

Kenyataan akhbar: Lompatan politik terkini atas dasar wang ringgit (4 Mac 2010)

Pengumuman terkini Ahli Parlimen (MP) Bagan Serai, Mohsin Fadzli Samsuri menuruti jejak songsang MP Bayan Baru, Zahrain Hashim dan MP Nibong Tebal, Tan Bee Beng dengan meninggalkan parti sebagai sebahagian daripada rancangan Barisan Nasional (BN) untuk menghalang hasrat rakyat dan menghancurkan PKR.

Kejadian ahli-ahli parlimen mengisytiharkan mereka hilang keyakinan kepada parti dan mahu membina "barisan indipenden" bukanlah suatu hal yang terjadi tiba-tiba. Tindakan pelompat ini didorong oleh imbuhan kewangan. Memang benar, PKR tidak mampu bersaing dengan BN apabila ditimbulkan persoalan imbuhan kewangan. Rancangan dasyat BN ini termasuklah menggunakan hartawan-hartawan tertentu bagi membantu melangsaikan beban kewangan yang ditanggung ahli-ahli parlimen opurtunis ini (krisis di Perak menjadi kes jelas manipulasi kewangan). Menjadi perkara yang diketahui umum bahawa sesetengah dari mereka telah selesai melangsaikan hutang dan menjadi bertambah kaya.

Malangnya, bekas Setiausaha Agung PKR, Sallehuddin Hashim telah mengatur pelompatan politik ini. Dia memanipulasi ahli-ahli parlimen yang lemah dan tidak teguh iman perjuangannya, untuk digoda masuk ke dalam perangkap BN. Kehadiran Sallehuddin pada beberapa sidang akhbar pelompat-pelompat politik adalah tidak mengejutkan. Selepas perletakan jawatannya sebagai Setiausaha AGung PKR, Sallehuddin aktif menjalin hubungan dengan para pemimpin BN termasuklah Perdana Menteri Najib Razak dan isterinya Rosmah. Sallehuddin sendiri mendedahkan perkara ini kepada beberapa pemimpin PKR, mengakui dia menemui Najib dan Rosmah dua hari sebelum sambutan Tahun Baru China. Cukup meragukan, aneh dan ganjil buat seseorang yang pernah memegang jawatan kanan dalam PKR tiba-tiba menyatakan bahawa dia kini yakin dengan BN dan pemimpinnya. Dia akan terus memutar belitkan cerita bahawa dia kecewa dengan parti dan menyebarkan cerita pembohongan dan separuh benar, biarpun hakikat sebenarnya hanyalah godaan rakus wang ringgit.

Meskipun BN dan Sallehuddin meneruskan kempen ganas ini, Pakatan Rakyat dan PKR akan tetap teguh dan tidak gentar dengan tindakan sebegini. Kami tahu cubaan-cubaan ini dikira-kirakan dapat merosak dan menghancurkan PKR kerana PKR menjadi ancaman sebenar BN. Semenjak pilihanraya umum dan pilihanraya kecil berikutnya, BN tewas banyak kerusi-kerusi dengan penduduk berbilang kaum kepada PKR. Parti ini yakin bahawa pelompatan politik ini akan hanya membuatkan kami lebih kuat lagi.

Kami menyeru Rakyat jelata membantu kami untuk melakukan tindakan yang betul - bergerak memerdekakan diri daripada sistem yang rasuah, tidak adil dan menindas ke arah sistem pentadbiran yang bersih dan demokratik.
__________________________________________________________
Press statement: Recent political defections due to dollar and cents (4 March 2010)

The recent announcement of Bagan Serai MP Mohsin Fadzli Samsuri joining Bayan Baru MP Zahrain Hashim and Nibong Tebal MP Tan Bee Beng in quitting the party is part of a plan by the Barisan Nasional (BN) to undermine the will of the people and destroy PKR.

It is not coincidental that all of a sudden, the stated MPs profess losing confidence with the party and wanting to build "an independent block" when the plain fact is that the defectors are driven by monetary rewards. The truth is PKR cannot compete with the BN when it comes to monetary rewards. The BN’s grand design would include using certain tycoons to help alleviate these debt-ridden and opportunistic MPs (the Perak crisis being a clear case of such manipulation). It is simple common sense when suddenly some of them have now been cleared from their debts and are enriched.

Unfortunately, former PKR Secretary General Sallehuddin Hashim has facilitated these defections and manipulated the weak-willed and fickle MPs who are pliable enough to be lured into the BN's trap. It is therefore of no surprise that Sallehuddin has been present at the last few defector’s press conference. After his resignation as PKR Secretary General, Sallehuddin has actively engaged with BN leaders including the Prime Minister Najib Razak and his wife Rosmah. Sallehuddin himself revealed to several PKR leaders that he had meetings with both of them two days before Chinese New Year. It is odd and dubious when someone who has once held a key position in PKR has suddenly found confidence in the BN and its leaders. He will continue to spin the myth that he was disappointed with the party and other assorted lies and half truths, but the truth is it all due to dollars and cents.

As the BN and Sallehuddin continue this vicious campaign, Pakatan Rakyat and PKR will remain steadfast and will not be cowed by such acts. We know these attempts are calculated to cripple or destroy PKR as it poses a real threat to the BN. After all in the last general election and most subsequent by-elections, the BN has lost many mixed seats to PKR. The party is nonetheless confident that these defections will only make us stronger.

We urge the Rakyat to help us do the right thing - to break away from the current corrupt, unjust and abusive system to one that is truly just, clean and democratic system of governance.

Latheefa Koya
Information Chief
Parti KeADILan Rakyat

KENNY GAN: What will happen if BN continues to rule?


The 13th general election will be the most watched election in Malaysian history. For the first time ever, the opposition is trying to unseat BN from Federal power instead of just trying to deny BN as many seats as possible. It is the culmination of the many battles for the future of Malaysia with Pakatan Rakyat leading the charge.

But BN is a behemoth which is not easy to unseat. It possesses an inexhaustible war chest, controls the mass media and has corrupted all the institutions of democracy to help it maintain power. It is also not above using dirty tricks as well as threats or promises whichever suits the situation. Despite PR fighting on the side of democracy and people empowerment the winds of war may blow either way.

If PR wins a different course will be charted for the nation which will lead to a better future where the nation and its people can achieve its full potential. But if BN wins surely we can all continue with the status quo for the foreseeable future?

This is optimistic but completely wrong! We cannot stay the same, we will either progress or go backwards. Staying still is not an option. Even if we could stand still others going forwards will soon leave us far behind.

Sick man of Asia


First of all let us disburse ourselves of the notion that Umno will change. Humbling losses in the 12th general election has not changed Umno in the least, what more if BN wins the next election? Umno will continue to rule in its corrupt way as if it has the right to plunder the nation. It will also continue to abuse the institutions as if they are a branch of Umno with scant respect for the rule of law. As a party rooted in racial politics expect no changes to the nation’s racial policies.

But Umno governing in the same style does not mean things will stay the same. The nation’s resources are finite for a start. Greed also has a way of increasing exponentially. The economy can only take so much corruption, senseless mega projects, rent seeking and other abuses before it caves in.

We can expect the brain drain to accelerate in the wake of a BN victory. It’s bad enough now with 300,000 of our best and brightest leaving each year for foreign shores but it’s going to get worse as people stampede for the exit driven by the expectation that things can only get worse. Let’s not forget that capital flight also follows human flight which is a double blow to the economy.

Both private and foreign investments will continue to decline due to a lack of confidence. Foreign investors see no reason to come in due to the corruption, high crime rate, tainted judiciary, lack of skilled personnel, religious extremism and disrespect for human rights. Government pump priming to drive the economy is not sustainable.

Malaysia’s policy of driving exports based on a weak ringgit clobbers consumers with low purchasing power while discouraging industries from increasing productivity, efficiency and innovation to compete globally. With a weak ringgit our dream of becoming a high income country is just a hopeless chimera.

With unabated corruption and economic decline come high inflation, high taxes and a depreciated ringgit to make live harder for the man in the street. GST will be ramped up to cover the declining revenue base. Real wages which has stayed stagnant for the past 15 years will continue to decline in the face of rising cost of living which will make the poor poorer and squeeze the middle class. The income gap between the politically connected elite and the rest will widen. The middle class will weaken and may almost disappear.

Race relations will be no better despite the intense sloganeering without any real political will to roll back divisive race based policies which divide the races. The shrinking economic pie will fuel a rise in race based economic demands and deepen racial polarization. Lack of meritocracy and feelings of being disadvantaged by race will continue to feed the brain drain.

Does this sound familiar? Widespread masses of poverty with weak or no middle class, a super-rich elite, huge income gap, weak currency, high corruption, poor race relations and the country held together by an autocratic leadership. Yes, this describes Indonesia under the Suharto regime. In line with our economic decline we may also overtake Indonesia in the export of maids and replace the Philippines as the sick man of Asia.

How long will we take to reach an Indonesian style standard of living? Mind you, we are talking about the Indonesia under Suharto, not the Indonesia which is progressing faster than us now and may overtake us in future. My estimate is fifteen years from now.

It sounds terribly fast but take note that economic decline has a way of accelerating as it feeds on its own decline. A declining economy causes more brain drain and less private investments which in turn causes further decline and the cycle continues. We may have been on the downward trend slowly for the past 30 years but we do not have the luxury going downhill at the same slow rate.

Zimbabwe of the East

If you think that we will stop sliding down at the level of Suharto’s Indonesia then think again. If BN continues to rule there’s no reason why we should stop there, an unpleasant level though it may be. No, there’s Mugabe’s Zimbabwe waiting for us to join them.

This is when things get painful. The ringgit will depreciate to a fraction of its value and public utilities like water, electricity, sewerage, hospitals and waste collection become stricken due to lack of investment, reduction in paying consumers and lack of money to maintain them. Malaysian drivers will adopt a new driving style as public roads become hopelessly potholed. Inflation, unemployment and crime will shoot to record highs while the only thing going down is life expectancy.

Basic commodities will be in short supply while controlled prices of essential goods will become a joke as none will be available at those prices. Laws to control runaway inflation will worsen commodity shortages as goods are driven underground into a thriving black market. There will be a parallel market of expensively priced goods for those who can afford to pay, probably in foreign currency. Needless to say, the middle class will be totally wiped out; you are either a super-rich elite or a poverty stricken ordinary bloke.

The regime will not be able to win elections without resorting to widespread oppression, heavy handed political violence and blatant cheating. Mugabe still managed to win elections despite the hellhole he put his people in, by foul means of course. The violence and the oppression will drag down the economy further. The regime is now hanging by a thread and in danger of being booted out by revolution, the inevitable result of not being able to be changed by peaceful election.

How long will it take to become the Zimbabwe of the East? Another ten years from the level of Suharto’s Indonesia, no more.

The other Malaysia


At this stage I may be tempted to say, “Run when you still can” but wait. Wait till the 13th general election and vote. Now imagine if PR wins the election and imagine the Malaysia that could arise.

A new Malaysia where all races are equal partners in the economic and social life of the country while the special rights of the Malays guaranteed under the constitution will remain protected. Corruption will not be tolerated, social justice upheld and the rule of law paramount.

Under the new PR government, wide-ranging reforms are carried out to repair severely damaged democratic institutions. The judiciary, the police, the MACC and the Election Commission will be rejuvenated with reforms which accord them true independence from the executive and good men appointed to helm these institutions. An independent police complaints commission is set up and a host of oppressive laws such as the ISA, OSA, UUCA and PPPA repealed.

Priority is given to revive the economy and make it competitive on a global scale. Rent seeking activities are abolished, useless projects cancelled and open tenders conducted for all government contracts. One-sided agreements with toll concessionaires and IPPs are re-negotiated to bring down the price of utilities. Wasteful leakages are plugged and the billions saved used to subsidize basic commodities and finance productive projects.

Foreign investments will flow in with competitive market policies without race based restrictions and private investments will accelerate with the removal of race based policies and the new found confidence. With robust economy activity the ringgit appreciates to new heights.

The much abused NEP is replaced by the Malaysian Economic Agenda which channels affirmative action based on need instead of race so help flows to those who really needed it. With proper economic management, foreign inflows and a stronger ringgit, the per capita income of the people is multiplied and Malaysians will be on the way to a high income economy.

In the new climate of meritocracy and equal opportunities, the brain drain which had afflicted Malaysia for decades will reverse itself. The country will no longer bleed its best and brightest youth to foreign shores and many local professionals and specialists who had gone overseas will make a beeline back to the country they still called home. Meritocracy in education will revive our universities to recapture their place as among the world’s best.

The end of race based policies and racial politics will bring the various races closer together. In schools and colleges, in work places and entertainment outlets, people of all races mingle and interact in the spirit of genuine friendship. Malaysia will become a shinning beacon of democracy and a vibrant mixing pot where the various races live together in harmony while retaining their unique cultures and traditions. A true ‘Bangsa Malaysia’ begins to emerge.

This is the dream of the other Malaysia freed from BN’s corrupt rule. It’s up to the voters to make this dream come true.

The BSA Tahir and PI Bala sagas

Do I detect some reluctance on the part of the MACC? Is the MACC trying to avoid meeting Bala? Why is the MACC so scared of meeting Bala? What is it that Bala is going to say that has put the fear of God in the MACC?

THE CORRIDORS OF POWER
Raja Petra Kamarudin
Shareholder dispute revives Scomi past
Leslie Lopez, The Straits Times
A YET-TO-BE publicised shareholder dispute involving the son of former prime minister Abdullah Badawi is likely to renew debate over Malaysia's role in the clandestine trade of sensitive military technology.
Sri Lankan businessman Buhary Syed Abu Tahir has gone to the High Court to claim RM75 million (S$31 million) from the former premier's son, Mr Kamaluddin Abdullah, and another businessman, Mr Shah Hakim Shahzanim Zain.
In the suit filed by his wife late last year, Mr Tahir is demanding what he claims is money owed to him for his equity interest in engineering company, Scomi Group, lawyers familiar with the case told The Straits Times.
*************************************************
You can read the entire report below.
What I want to reveal here is that when I was in Kamunting for almost two months from September to November 2008, I did some probing. You know me: I love probing -- as long as it is not the butt of a Havana Club hostess. Anyway, what I discovered in my probe is most interesting indeed.
I found out that Buhary Syed Abu Tahir a.k.a BSA Tahir did not spend his entire time in Kamunting. They did send him there when they first detained him under the Internal Security Act (ISA) but a short while later they came back for him and he ‘disappeared’.
Four years or so later, Tahir suddenly returned to Kamunting and a few days later he was released. Tahir is probably the first person in Malaysia to be detained under the ISA in Kamunting but not actually have to spend time in Kamunting.
I did more probing and discovered that during the time he ‘disappeared’ from Kamunting, Tahir was ‘detained’ in an exclusive condo in Bangsar. That was how he ‘suffered’ his four years detention.
The reason why Tahir was detained but not Kamal or Shah Hakim was never really explained other than the excuse that Tahir did things behind their backs which they were not aware of. Now it seems they were more than aware. They were in fact part of the ring.
Okay, while we wait for the Malaysian mainstream media to pick up this story (if they dare), let us move on to PI Bala. Bala is still awaiting the confirmation of the interview that the MACC wants to have with him. MACC, however, is yet to decide when and where they would like to meet Bala even after so many months.
Do I detect some reluctance on the part of the MACC? Is the MACC trying to avoid meeting Bala? Why is the MACC so scared of meeting Bala? What is it that Bala is going to say that has put the fear of God in the MACC?
I can almost hear the taunting in the background: yeh, yeh, MACC kecut!
*************************************************


 

Frogs, Zul Noordin and the PKR dilemma

Wong Choon Mei   
Later this week, the PKR disciplinary committee will announce its decision on recalcitrant Kulim Bandar Bharu MP Zulkifli Noordin.
Whether it outright recommends his sacking or passes on his request for an all-Muslim panel to 'judge' him will be closely watched. Will the irascible Zul be the fourth PKR MP to jump ship, or will the high-flying PKR be forced to back off and take a more ‘conciliating’ stance?

In the minds of most Malaysians, Zul will surely jump - sooner or later. Less certain is whether PKR will eat humble pie and compromise. Such a move would surely disappoint its supporters, although they may understand given the massive negative publicity the party has been hit with over the recent defections.

But really, which would Malaysians prefer the PKR to do?

A very different kettle of fish

To some pundits, it is more important to stem the flight of MPs – after all, the PKR has now fewer seats in Parliament than the DAP. And Prime Minister Najib Razak is closing in on the magic number he needs to regain two-thirds majority in Parliament.

To these observers, sleepy PKR leaders have only themselves to blame for not sniffing out which way the wind was blowing sooner. Why didn't Opposition Leader Anwar Ibrahim negotiate, why did he let let the situation boil over this way?

Indeed, concern has taken root nationwide that a new Malaysia governed by new politics is now at threat.

No doubt, the finger can be pointed at former secretary general Salehuddin Hashim and his new, deep-pocketed masters from the Umno-BN, but surely, the PKR is not that powerless to defend itself. Or is it?

The question raging across the nation is should PKR leaders have stood on high moral ground and just tut-tut their disapproval when MPs like Zahrain Hashim, Tan Tee Beng and Mohsin Samsuri were busy waving goodbye? Shouldn't Anwar have done something - anything. After all the ends justify the means.

But do they? And Anwar is not Najib Razak. The Opposition Leader is a very different kettle of fish than Malaysia’s sixth Prime Minister.

To some, that’s because Anwar doesn’t have as much money to splash around as Najib. Well, that’s a fact, no doubt about it. Another fact is that Najib is not using his own but taxpayers' money to fund his and his party's stay in power.

So is using money to counter-offer defectors acceptable to Malaysians? Is it in sync with a new and clean Malaysia ?

The different types of prey
What about the defectors themselves? PKR insiders say 99 per cent of these are non-performers who know they will not be picked to run again in the next general election. Most of these either have bad work records or have stirred up too much internal trouble by backstabbing other colleagues or chasing after extra position and benefits.

PKR is also vulnerable because it has a high number of first-term lawmakers at both state and federal levels. Many have made clumsy debuts and are still learning the ropes. Some may have even decided that politics is not their cup of tea after all, which is fair enough.

But what is not fair - to PKR and the people who voted for them - is that if unprincipled individuals were to come along and offer them a few millions to defect, some would willingly jump without a second thought. After all, they are going to get the chop anyhow, so why not grab a few millions now for their retirement.

Could you negotiate with mentalities like these? Actually, it's quite easy because only money is involved, so all you need to do is to up the counter-offer.

Yet the question remains - should it be done? Can such means justify the ends? And what sort of ends are Malaysians seeking, what sort of Malaysia do they want?

Then there are those with secret lives and personal problems that may not be directly related to money, for example former Bukit Selambau assemblyman V Arumugam who quit because Umno-BN threatened to expose him for alleged bigamy.

Again, persuading such members to brave it out is not difficult -  provided there really is no link to money, there are no financial problems, no unsettled loans or gambling debts. After all, secrets have a nasty way of following a person around. So it matters not if he or she remains in PKR or hops to Umno-BN, the rumors would reverberate anyway.

Better to show your mettle and stay and fight - like Selangor’s Eli Wong. The chances of any rival wresting her Bukit Lanjan seat now or in the next G.E. are zero and this is a fact even former mentri besar Khir Toyo would have to admit.

But perhaps the favorite prey for Najib and Umno are Pakatan members facing corruption charges.

Not only because graft and bribery are absolutely familiar ground to them, the prospect of jail can be counted on to 'convert' even the most difficult of skeptics. Unless of course they have the spine of people like Karpal Singh, Kit Siang, Guan Eng, Nik Aziz, Hadi Awang, Mat Sabu, Azmin Ali, Tian Chua and Anwar himself.

Staying true to the people


Perhaps after five decades of unchecked corruption, broken promises and insincere leadership, what Malaysians need to be assured of most is that the next administration they elect will not play them out.

That it will do the right thing by them – no matter how painful and come what may.

Truly, these are not normal times. Malaysia is in the final throes of a very major political, social and economic transformation. Upheaval will mark the next few years no matter who the star players are, because the change that will surely come will not be driven by any group of politicians but by the people themselves.

Flux is not being created by the leaders but swirling within the 27 million people living in the country now. There has to be an outlet for this force. All that the politicians can do is to chart a direction, a channel for this energy to flow through.

Because of this, PKR and Pakatan Rakyat must stay true to the reforms they represent. They cannot afford to let new politics become twisted into old politics even before it has a chance to take off.

Aha.... you're exposed!!

Kata orang dia brokernya. Tak tau nak kata ler... Tapi dalam press conference setiap katak yang melompat, muka dia pasti ada. Kata dia.... dia berada bersama mereka untuk memberi sokongan sebagai seorang sahabat. Aha.... yer ler tu.

Wow!! Mamat ini 'hebat' sungguh rupanya. Setelah baca kat sini, baru aku tahu siapa mamat ni yang sebenarnya.

Apakah dia dalang di sebaliknya lompatan katak-katak PKR?? Sebabnya... ada saja komen atau kenyataan yang dikeluarkannya selepas lompatan berlaku. Sekali lagi aku katakan.... tak tau nak kata ler. Sana sini melompat tetapi dia, tak jugak lompat-lompat. Ramalan dia... lompatan mungkin berlaku seminggu sekali. Weh... lompatan berstatetgi ke?? Lompatan buat gempaq, cari publisiti murahan. Eleh.. orang tak heran dah. Nak lompat seminggu sekali ke.... hari-hari ke..... sekali gus ke... lu orang punya suka!!

Yang syiuknya.... apabila lompat, mereka bagi alasan bodoh, tak masuk akai. Alasan nak cover line... sebenarnya alasan sour grape kerana tak dapat jawatan dalam GLC dan tak dapat projek. Apabila tembelang diexposed, mula nak saman orang tu dan orang ni. Alahai... masih nak menegakkkan benang yang basah. Benang basah tak mahu tegak dah weh oi!!

Kesian mereka.... masuk PKR apah pun tak dapat. Jadi miskin ada. Isy... mana boleh jadi macam ni. Tak boleh jadi... tak boleh jadi. Oleh itu, sebelum jadi papa kedana lebih baik, lompat ke lubuk taik yang memberikan peluang untuk dapatkan habuan. Fuulaammaak.... dengar ceriter, main juta-juta!! Fuiyooo..... kaya ler komer!! Jadi katak jutawan segera.

So... lain-lain yang masih berada dalam PKR yang mahu jadi katak jutawan segera... aku cadangkan daftar nama komer segera kepada Sallehuddin agar dia boleh berada bersama komer semasa lompatan nak diisytiharkan nanti. Cepat...... sementara tawaran masih terbuka dan duitnya masih ada.
Ong gedek-gedek.... Ong gedek-gedek.... Ong gedek-gedek....!!! Syuuuhhh.... syuuhhh... cepat... cepat. Lompat katak lompat!!!

SAMM gesa polis siasat keuntungan luar biasa syarikat karpet

KUALA LUMPUR, 4 Mac: Penyelaras Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Badrul Hisham Shaharin hari ini membuat laporan polis mendesak siasatan dibuat ke atas syarikat penjualan karpet , Carpet Raya Sdn Bhd.

Ini kerana, keuntungan dan transaksi akaun syarikat berkenaan sangat meragukan jika merujuk kepada pendaftarannya yang hanya menjalankan perniagaan karpet.

Menurut Badrul, siasatan itu penting kerana salah seorang daripada lima pengarah berdaftar syarikat berkenaan ialah Deepak Jaikisnan,individu yang dikenal pasti disebut oleh penyiasat persendirian, Balasubramaniam yang membuat akuan bersumpah menyatakan penglibatan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan isterinya Datin Seri Rosmah Mansor dalam pembunuhan Altantuya.

Balasubramaniam sebelum ini meyebut Deepak sebagai individu yang membuat bayaran bagi pihak Najib dan Rosmah kepadanya untuk beliau menghilangkan diri. Sebelum pembayaran itu dibuat, Balasubramaniam telah dibawa bertemu adik dan adik ipar Najib.

Menurut Badrul lagi, maklumat yang diperoleh daripada satu sumber mendapati akaun terakhir syarikat menunjukkan syarikat ini memiliki aset hampir RM90 juta 67 juta dengan tanggungan keseluruhan RM67 juta dan simpanan melebihi RM12 juta.

Pada tahun 2005, pendapatan syarikat ialah RM122 juta dan keuntungan RM7 juta tetapi nilai sebenar dijangka lebih daripada itu.

Laporan polis berkenaan dibuat di Balai Polis dang Wangi pada jam 2.35 petang tadi.

Maklumat mengenai syarikat berkenaan jelasnya telah diperoleh lebih kurang sebulan yang lalu daripada beberapa sumber.

Beliau bagaimanapun enggan mendedahkan identiti sumber yang dimaksudkan bagi menjaga keselamatan sumber berkenaan.

"Maklumat kami terima daripada beberapa sumber yang hanya akan didedahkan jika ada pihak yang benar-benar berminat untuk menyiasat perkara ini sebab kita terpaksa melindungi sumber. Cukuplah Altantuya seorang yang hilang, dan Bala hilang tidak dapat dikesan sehingga ke hari ini," katanya.

Badrul juga meminta keuntungan syarikat dengan transaksi yang begitu tinggi bagi sebuah syarikat perniagaan karpet itu dijelaskan memandangkan terdapat banyak tuduhan sebelum ini bahawa Deepak mempunyai banyak keistiwewaan daripada Rosmah dalam banyak transaksi.

"Persoalannya sekarang, sebuah syarikat karpet yang berpengkalan di Nilai, ada pejabat di Cheras, ada 'outlet' di jalan Masjid India, boleh buat transaksi yang begitu besar. Ini perlu dijelaskan dan kita bantu polis untuk menyelesaikan perkara ini.

Sehubungan itu, beliau menggesa pihak yang terlibat disoal siasat sebelum tampil untuk menafikan apa yang didakwanya.

"kalau tidak, katakan tidak. Katakan tidak selepas disoal siasat.bukan penafian-penafian yang dangkal.

"Saya sebagai warganegara Malaysia melihat ini perkara serius. Seba itu saya tampil memberi peluang kepada pihak polis untuk menyelesaikan perkara ini," katanya.

KESEDERHANAAN TOK GURU NIK AZIZ MEMIKAT HATI SEMUA!!!


PAS tidak pernah menganggap pempimpin PAS terutama TGNA mahupun TGHA itu maksum. Mereka manusia biasa. Mereka pun melakukan kesalahan. Cuma yang berbeza mereka dengan pemimpin UMNO, mereka boleh mengaku dan menerima kesalahan yang mereka lakukan, terus bertaubat dan memaafkan sesiapa tanpa perasaan dendam dan sebagainya.

Ahli PAS tidak pernah mempertahankan pemimpinnya jikalau sesuatu kesalahan yang dilakukan menyalahi Syarak ataupun Undang-Undang Negara. Tetapi jika mereka yang sudah kekeringan isu, lemas dengan keadaan di Manik Urai,tiba-tiba buat kerja yang 'kurang cerdik', itu amat malang sekali.

Mereka ingin mencari publisiti murahan serta menagih simpati dengan pengundi di Manik Urai. Ketua Pemuda UMNO Negeri Kelantan, Anuar Safian, telah membuat laporan polis di Balai Polis KOta Baru pada pukul 10.30 pagi tadi kononnya mohon pihak berkuasa membuat penyiasatan ke atas ucapan TGNA pada 21 Jun yang lepas di Kampung Laloh, Manek Urai ketika menyampaikan ceramah.

Beliau dengan 'kurang cerdik'nya menganjurkan pihak polis menyiasat TGNA di bawah Akta Menghasut 1948 dan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) 1960 kerana menimbulkan keresahan kaum dan ketenteraman awam konon. 'Kerja-kerja' seperti ini bukanlah perkara baru. Memang sifat UMNO sebenar terselah. Mereka begitu 'arrogant'. Mereka jangka polis sentiasa berpihak kepadanya.

Itulah senjata yang paling ampuh bagi UMNO, meng'ISA'kan sesiapa saja yang boleh mengharu-birukan persada politiknya. Yang sebenarnya laporan polis itu diibaratkan talkin untuk UMNO di PRK Manik Urai. Pengundi Manik Urai boleh menilai ucapan TGNA samada berupa hasutan atau penerangan. UMNO melihatkan sesiapa berucap supaya jangan mengundi UMNO, akan dikira sebagai ucapan hasutan. Bila agaknya UMNO hendak bersikap 'gentleman'.

KESEDERHANAAN TOK GURU BUKAN SAHAJA MEMIKAT HATI KITA UMAT ISLAM TETAPI JUGA MEMIKAT HATI MASYARAKAT BUKAN ISLAM...INI TERBUKTI DENGAN SOKONGAN MASYARAKAT BUKAN ISLAM KELANTAN TERHADAP TOK GURU NIK AZIZ BARU-BARU INI KETIKA TOK GURU TERUK DIKRITIK DAN DIHENTAM OLEH PUAK-PUAK UM-NONGOK...

MALAH KESEDERHAAN TOK GURU NIK AZIZ JUGA MEMBUATKAN ARTIS-ARTIS TERKENAL TANAH AIR INGIN BERTEMU DAN MENGENALI TOK GURU NIK AZIZ DENGAN LEBIH DEKAT LAGI..NAMA-NAMA BESAR ARTIS TANAHAIR SEPERTI AMY SEARCH,SITI NORHALIZA DAN WARDINA SECARA TERANG-TERANGAN MENUNJUKKAN MENYATAKAN RASA KAGUM MEREKA TERHADAP TOK GURU NIK AZIZ..

MALAH AMY SEARCH DAN WARDINA MENGAKUI BAHAWA TOK GURU NIK AZIZ ADALAH IDOLA MEREKA DAN MEREKA MAHU ANAK-ANAK MEREKA MENCONTOHI TOK GURU NIK AZIZ..LIHATLAH BAGAIMANA PESONALITI TOK GURU YANG BERJAYA MEMBUATKAN HATI PARA ARTIS INI MENJADI LEMBUT DAN MENGAKUI AKAN KEBESARAN ISLAM..

SELAIN ITU JUGA WAKIL-WAKIL NEGARA LUAR JUGA MENGAKUI AKAN KEHEBATAN DAN KESEDERHANAAN TOK GURU NIK AZIZ..MEREKA MENGIKTIRAF USAHA TOK GURU NIK AZIZ MEMARTABATKAN ISLAM DI MALAYSIA..MEREKA KAAGUM BAGAIMANA TOK GURU NIK AZIZ MEMBAWA PERUBAHAN KEPADA ISLAM DI KELANTAN...

SEMOGA INSAN SEPERTI TOK GURU INI TERUS MEMAYUNGI KITA SEMUA DALAM BERJUANG MEMARTABATKAN ISLAM DI BUMI MALAYSIA TERCINTA..DAN KEPADA YANG BEGITU ANTIKAN TOK GURU NIK AZIZ,HAMBA SARANKAN CUBALAH MENGENALI BELIAU DENGAN LEBIH DEKAT DAHULU SEBELUM MEMBUAT RUMUSAN..

Pengundi Mohsin Tunjuk perasaan

Gambar Haji Mohsin di muka akhbar Utusan Meloya dibakar penyokong. Pengundi beliau kesal. Rata-rata melaungkan 'Undur Mohsin..Undur Mohsin, kosongkan kerusi..jangan malukan orang banjar'. Bila 'banjar' mula marah...! Ini sebahagian akibatnya.
Beliau yang juga merupakan bekas Setiausaha Pertubuhan Banjar Malaysia difahamkan mengalami masalah kewangan yang kronik. Dengan langkahnya, meninggalkan PKR..dan menjadi wakil Bebas, mungkin dapat membebaskannya dari belenggu hutang. Siapa yang membantu ?

Pada pagi tadi juga papantanda PKR di pejabat Keadilan diturunkan sebagai tanda protes kepada Haji Mohsin Tampirai.

" Kita tuntut Mohsin letak jawatan..!! "

'Dulu Datang PAPA KEDANA, kembali KAYA RAYA' klik untuk gambar yg lebih jelas

'Mohsin, Pengkhianat Banjar Bagan Sarai..'

Konvensyen Pakatan Rakyat Selangor 7 Mac

pkatan rakyatSHAH ALAM: Pakatan Rakyat Selangor akan mengadakan Konvensyen Pakatan Rakyat Selangor yang bertemakan “Bermuafakat Menjunjung Amanah Rakyat” pada 7 Mac 2010 (Ahad) di Dewan Jubli, Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah mulai jam 8 pagi hingga ke 6 petang.
Konvensyen Pakatan Rakyat Selangor sempena Ulangtahun ke-2 Pakatan Rakyat mentadbir Selangor ini merupakan kesinambungan daripada Konvensyen Pakatan Rakyat peringkat nasional pada 19 Disember tahun lalu, "Konvensyen ini bertujuan untuk merangka strategi mengukuhkan sokongan rakyat terhadap kerajaan negeri Pakatan Rakyat Selangor," kata Ginie Lim, dari Sekretariat Pelaksana Konvensyen dalam satu kenyataannya hari ini.

Selain daripada menilai prestasi Pakatan Rakyat dalam melaksanakan janji-janji PRU ke-12 yang lalu, konvensyen ini akan fokus kepada strategi mengatasi pelbagai sekatan dan halangan daripada Kerajaan Pusat Barisan Nasional terhadap kerajaan negeri agar hak dan kepentingan seluruh rakyat Selangor terjamin.
Majlis ini menjangkakan kehadiran 1,500 perwakilan daripada akar umbi ketiga-tiga Parti Keadilan Rakyat, Parti Islam Se-Malaysia, dan Parti Tindakan Demokratik di seluruh Selangor.
Tayangan skrin besar akan disediakan di ruang lobi supaya orang awam dapat mengikuti ucapan dan perbahasan sepanjang konvensyen berlangsung.
Wartawan diminta untuk mendaftar diri dan menunjukkan “press tag” di kaunter pendaftaran media sebelum memasuki dewan pada 8 pagi – 9 pagi, 7 Mac. Bilik Media akan disediakan bagi menyenangkan tugasan wartawan.
Bagi pihak bloggers, sila mendaftar diri dengan pihak urusetia selewat-lewatnya 6 Mac dengan menghantar maklumat: nama penuh, url laman blog dan nombor telefon, ke konvensyen.pr.sgor@gmail.com.

Portal Muhyiddin ‘diserang’ kali ke dua ? ha..ha....kawan makan kawan.....!!

Oleh Masdar Wahid
KUALA LUMPUR : Laman rasmi Timbalan Presiden Umno/BN, Muhyiddin Yassin 'hilang' lagi yang dipercayai akibat serangan kumpulan-kumpulan Najib Razak.
Laman sesawang Timbalan Perdana Menteri itu, http://www.my-malaysia.com.my/ hanya tertera 'Not Available!' apabila dibuka.
Difahamkan, serangan itu berpunca hasil strategi Muhyiddin yang dilihat bertentangan dengan dasar 1Malaysia yang diperkenalkan Najib.
Sejak menjadi Timbalan Najib, Muhyiddin dilihat lebih kepada pro perkauman dengan laungan dan slogan Melayu berbanding slogan Najib 1Malaysia.
Ini terbukti apabila Muhyiddin pernah menyerang Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dilabelkannya sebagai pengkhianat Melayu walaupun sebenarnya Anwar jelas banyak memajukan orang Melayu sepanjang menjawat pelbagai jawatan menteri sebelum ini.
Berbanding Muhyiddin, semasa beliau bergelar Menteri Besar Johor, beliau didakwa menjual sejumlah besar tanah Orang Melayu kepada orang asing.
Laman sesawang Muhyiddin itu dengan temanya, MY Malaysia jelas mahu mencabar dan menidakkan slogan 1Malaysia.
Terdahulu, Ahli Parlimen (MP) Ipoh Timur, Lim Kit Siang menyifatkan Muhyiddin tidak menyokong 1Malaysia yang diperkenalkan oleh bosnya, Najib Razak.
Malah, laman sesawang Muhyiddin tidak bertemakan 1Malaysia apabila memilih tema ‘My Malaysia’ yang maksudnya cukup berbeza dengan tema Najib yang mahukan satu Malaysia dan bukannya Malaysia Saya.
‘Hilangnya’, laman sesawang Muhyiddin itu di dunia maya adalah kali kedua apabila blognya yang terdahulu, http://suaramuhyiddin.blogspot.com/ turut ditutup sehingga kini.
Mengulas isu itu, ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) PKR, Badrul Hisham Shahrin berkata, inilah budaya pemimpin Umno dan BN selama ini yang lebih mementingkan perut, pangkat dan habuan duniawi berbanding memikirkan janji-janji pilihanraya yang selama ini gagal ditunaikan.
Menurut Ketua Cabang PKR Rembau itu, walaupun media pengampu mereka cuba menutup isu itu, namun beliau yakin dengan ledakan info maya, rakyat akhirnya pasti mengetahui pergolakan sebenar antara kem Najib lawan kem Muhyiddin.
“Akhirnya yang akan rugi ialah rakyat, kerana harga barang terus melambung tinggi, keselamatan negara terus terancam selain peningkatan kadar jenayah cukup membimbangkan,” katanya kepada erapakatan.com ketika dihubungi.

Amran: Saya bukan saman Umno..mu saman UMNO pun tak pe...!!!!


Bekas Setiausaha Umno Tanah Merah Amran Abdul Rahman berkata beliau tidak melanggar perlembagaan parti itu apabila memfailkan saman pemula terhadap ketua bahagian berkenaan, Datuk Ikmal Hisham Abdul Aziz dan timbalannya, Baharuddin Yusof.

"Saya ambil tindakan terhadap dua individu berkenaan mengikut Akta Pertubuhan, sudah tidak boleh pegang jawatan dalam parti. (Tindakan saya) bukan terhadap parti," katanya ketika dihubungi Malaysiakini petang ini.
Oleh itu, katanya, tidak terlintas langsung di fikirannya bahawa Umno akan mengambil tinakan memecatnya kerana perkara itu.
Pada 17 Februari lepas, Amran mengemukakan saman pemula teradap Ikmal dan Baharuddin di Mahkamah Tinggi Kota Bharu kerana menganggap kemenangan kedua-dua pemimpin bahagian itu meragukan.

Pada pemilihan 2008, Ikmal menang tanpa bertanding untuk jawatan Ketua Umno bahagian Tanah Merah setelah mendapati 92 dari 108 cawangan yang berdaftar di bahagian itu mencalonkannya, manakala Baharuddin mengalahkan penyandang Datuk Saari Hassan dalam pertandingan satu lawan satu.

Amran memfailkan saman tersebut ekoran arahan pembubaran sementara oleh Pendaftar Pertubuhan terhadap beberapa cawangan di Tanah Merah, termasuk cawangan Ikmal dan Baharuddin, pada 2007 ketika pemilihan parti di peringkat bahagian pada 2008.

Sehubungan itu, kata Amran, beliau tidak melanggar fasal 20.7 Perlembagaan Umno yang menyebut bahawa ahli yang membawa kes parti ke mahkamah tanpa sebarang satu proses dalam parti terlebih dahulu, tergugur keahliannya.

Amran diminta mengulas tindakan ibu pejabat Umno menggugurkan keahliannya kerana membawa perkara parti ke mahkamah.

Pada 16 Februari lalu, Mahkamah Tinggi Kota Bharu juga mengeluarkan perintah larangan terhadap Ikmal dan Baharuddin daripada menjalankan sebarang transaksi aset yang berupa tanah dan bangunan serta akaun bahagian berkenaan.

Perintah mahkamah itu melarang Ikmal dan Baharuddin atau wakil mereka, daripada melakukan apa-apa perkara atau tindakan sehingga terdapat arahan lanjut daripada Pendaftaran Pertubuhan (ROS).

Amran dilaporkan berkata injuksi itu diperolehinya setelah mendapat salinan dokumen arahan pembubaran sementara beberapa cawangan di Tanah Mereka oleh ROS pada 2007 ketika pemilihan parti di peringkat bahagian pada 2008.

Kifarah Dan Solat Hajat

Tiba-tiba meletup berita YB Haji Mohsin berpaling tadah dari parti yang diwakilinya dengan mengistiharkan dirinya adalah YB bebas. Betul ke? Baca statements pun bagai tergeliat lidah..

Betul atau tidak bergantunglah kepada fahaman dan persepsi YB Haji Mohsin sendiri. Tetapi bagi manusia majoriti yang mengundi beliau dulu, tindakan Haji Mohsin itu tidak betul. Beliau menjadi YB di atas parti PKR. Jadi persoalannya adakah undi yang memenangkannya dulu untuk PKR atau undi untuk dirinya(kekuatan peribadi)?.

Kalau rakyat mengundinya dulu kerana kebetulan beliau mewakili PKR, dan rakyat memberikan undi kepada PKR yang disinonimkan dengan "Ke arah Perubahan" dan rakyat mahukan perubahan yang mahu dibawa oleh PKR, maka jadilah Haji Mohsin YB yang tidak betul iaitu YB bebas.

Kalau inilah keadaanya, kita harus kesihankan YB ini. Sebab selepas ini semua hasil yang diperolehi dari apa jua yang melibatkan kedudukannya sebagai YB adalah hasil haram. Sudah lanjut usia masih bergelumang dengan hasil haram.

Beralih kepada Solat Hajat dan kifarahnya. Allah yang tentukan. Makbul atau tidak adalah bergantung kepada kehendak Allah, kadar Allah. Tetapi barang diingat, Allah akan makbulkan semua permohonan/doa manusia "Yang Beriman".

Agak menggerunkan bila Ahli Majlis Syura Ulama PAS Ahmad Awang menyatakan, beliau diberi tempuh selama 7 hari untuk meletakkan jawatan sebagai YB atau menghadapi Solat Hajat yang akan melibat seribu Murid Sekolah Agama dan Pengundi Bagan Serai. Sebabnya ialah takkanlah dari ribuan jemaah yang bersolat nanti tidak ada yang membawa barakah. Yang dianugerahkan barakah inilah nanti Allah akan qabulkan doanya/mereka, Allah akan perkenankan ibadahnya. Apakah kesannya selepas itu, hanya Allah yang tahu.

Pernah diceritakan oleh Arwah Guru saya. Guru saya ini agak mahir membaiki Radio. Pada masa itu Radio adalah mahal nilainya dan amat penting kepada penduduk kita. Semasa peristiwa ini berlaku Guru saya diminta oleh seseorang untuk membaiki radio yang rusak. Selepas radio itu berjaya dibaiki, beliau meletakkan radio itu di atas meja di ruang tamu sebelum tuan empunya radio datang mengambilnya.

Esoknya beliau dapati radio itu tidak ada pada tempatnya. Sudah hilang dicuri. Beliau amat malu dan kecewa sebab radio itu hilang ketika berada di rumahnya. Rumah seorang Tok Guru!

Jadi beliau kumpulkan semuanya murid-muridnya dan bertanya kalau-kalau ada sesiapa yang meminjam atau terambil. Kalau terambil sila kembalikan dan beliau akan memaafkannya. Malangnya tidak ada siapa pun yang mengaku.

Setelah beliau yakin yang mencuri radio itu bukanlah dari kalangan Murid-Muridnya, maka beliau bersolat hajat selama 3 malam berturut-turut. Masuk hari ke empet, seorang dari muridnya hilang dan tidak hadir kelasnya. Pada hari ke enam baru beliau tahu muridnya ini ditimpa sakit yang teruk. Beliau mencuba sedaya upaya memulihkan muridnya ini tetapi gagal dan akhirnya murid ini meninggal dunia dengan perut buncit membusung. Inilah salah satu kesan Kifarah dari Solat Hajat.

Cerita ini diceritakan sendiri oleh beliau kepada saya pada suatu petang ketika bersembang selepas kuliah agama. Cara-cara Solat ini pun beliau perturunkan kepada saya. Alhamdulillah.
 

Zul: Panel bukan Islam tak boleh hakimi saya

Ahli parlimen PKR, Zulkifli Noordin hari ini masuk menghadap lembaga jawatankuasa dispilin parti tetapi bertindak keluar selang sejam kemudian.

Beliau dihadapkan ke jawatankuasa itu bagi memberi penjelasan berhubung bidasannya terhadap Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dan membuat laporan polis ke atas ahli parlimen Shah Alam, Khalid Samad.

Zulklifi mendakwa panel yang sepatut menentukan masa depannya hari ini sepatutnya dianggotai oleh orang Islam kerana ia membabitkan penggunaan isu kalimah Allah dan agama Islam.
Sehubungan dengan itu, beliau tidak mengiktiraf panel berkenaan.
Panel itu dianggotai oleh seorang Islam, dua Kristian dan seorang Hindu.

Permintaan Zulklifi itu bagaimanapun ditolak oleh jawatankuasa berkenaan kerana kuasa melantik lembaga disiplin terletak pada majlis tertinggi PKR.

Zulklifi kemudian menuntut majlis tertinggi PKR melantik panel baru sebelum Selasa ini.

Sebelum ini, ahli parlimen Kulim-Bandar Baharu itu tiba di ibu pejabat PKR di Kuala Lumpur pada jam 3 petang dengan menunggang motosikal Modenas dengan berketayap dan berbaju putih.

Tuntut permohonan maaf


Oleh Masdar Wahid
KUALA LUMPUR : PAS menuntut Perdana Menteri, Najib Razak dan penganjur Le Tour de Langkawi  segera memohon maaf secara terbuka terhadap Menteri Besar (MB) Kelantan, Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat dan seluruh rakyat negeri itu berhubung tindakan mereka membelakangkan MB itu dalam program tersebut baru baru ini.
Naib Presidennya, Salahuddin Ayub berkata, tindakan puak Umno itu jelas bertentangan dengan prinsip federalisma dan slogan 1Malaysia ciptaan Najib.
“Tindakan kerajaan pusat ini jelas merupakan dendam berterusan Umno yang tak habis-habis terhadap PAS sejak dahulu lagi selain melambangkan perangai mereka yang tidak professional dan bertentangan dengan prinsip federalisma,” katanya kepada erapakatan ketika dihubungi.
Menurutnya, ketika negara ini menuju status negara maju, sikap dan perangai Umno selaku pemerintah kekal ditahap kebudak-budakan dan sukar bersikap adil terhadap kerajaan negeri yang diperintah oleh Pakatan Rakyat.
“Jika betul laungan Najib itu 1Malaysia, buktikan permohonan maaf kamu dan sila bersikap gentleman,” tegasnya.
Terdahulu, nama Nik Aziz sebagai tetamu kehormat yang sepatutnya melepaskan peserta di hadapan Istana Balai Besar, digugurkan pada saat akhir tanpa dimaklumkan kepada kerajaan negeri.

Malah, Majlis pelepasan perlumbaan jelajah berbasikal terulung Asia itu dilakukan oleh seorang pemimpin Umno yang kalah dalam pilihanraya umum lalu, Awang Adek Hussin.
 
Kelantan yang ditadbir oleh kerajaan PAS sejak tahun 1990 kerap diganggu oleh kerajaan pusat yang diterajui oleh BN termasuklah dalam isu royalti yang sehingga kini hak negeri itu terus dinafikan.

Burj Khalifa Berhala Pekerja Asing

Pengalaman di Abu Dhabi dan Dubai (dua buah daerah terbesar di UAE, United Arab Emirates) banyak saya kaitkankan dengan keadaan di tanahair sendiri terutamanya dari segi pelancongan.
Kemegahan Burj Khalifa, keindahan bangunan-bangunan pencakar langit, cita-cita Saadiyat, penginapan ala raja di Emirates Palace di Abu Dhabi dan Atlantis dan Burj al-Arab di Dubai amat menguja pelancong-pelancong.  Ya, memang itulah dikirakan hasrat kerajaan UAE dalam menjadikan Negara itu sebagai destinasi pelancongan terunggul di dunia.
Sering dilihatkan UAE sebuah Negara yang kaya-raya dengan petroleum - sebab itulah mereka mampu untuk membina menara tertinggi di dunia dengan ketinggian melepasi jangkauan 800 meter setinggi 160 tingkat.  Burj Khalifa juga kini memegang rekod baru dengan mempunyai struktur tertinggi yang sebelum ini dipegang oleh kepala tiang KVLY-TV di Blanchard, Dakota Utara dan juga struktur berdiri bebas tertinggi di dunia yang sebelum ini disandang oleh Menara CN Toronto.  Kini Menara Berkembar Petronas jatuh ke tangga ke 4.
Dalam keghairahan pembinaan mercu tanda Dubai, semasa pembinaannya, seramai 249 pekerja pembinaan terlibat dalam kemalangan pada tahun 2007 yang kebanyakannya terjatuh dari pelbagai tingkat.
Akuarium Dubai yang boleh mengisi 10 juta liter air masin dari laut pula mengalami keretakan namun ianya masih di tahap tidak membahayakan.
Pusat Rebutan Rezeki

Berasaskan cita-cita asal Raja Syed Zayed yang kini disemadikan di Masjid Sayed Zayed agar UAE menjadi pusat ekonomi Timur Tengah.  Memandangkan pertumbuhan yang tiada henti, faktor utama yang perlu difikirkan ialah tenaga kerja.
Kini kita mendapati 90% daripada tenaga kerja di Dubai terdiri daripada pekerja asing yang menakluki industri peruncitan dan perkeranian.  Juga terdapat expatriate dari Negara-negara maju dan tidak ketinggalan dari Malaysia yang bekerja keras untuk memajukan ekonomi UAE.
Pengaliran tenaga-tenaga mahir dari Malaysia (sebut brain drain) ke Negara luar sejak kemerosotan ekonomi pada 1999.  Kebanyakan mereka berkecimpung di dalam bidang teknologi maklumat dan kewangan.  Tidak ketinggalan juga terdapat ramai yang bertugas sebagai krew penerbangan Etihad yang letih dengan Penerbangan Malaysia dengan imbuhan berkali ganda.
Pekerja-pekerja asing bukan sahaja datang dari Negara-negara ketiga dari Afrika atau Asia tetapi juga dari Negara-negara maju seperti Eropah yang menjanjikan kekayaan dunia.
Faktor-faktor tarikan orang luar bekerja di UAE bilamana kerajaan mereka mempraktikkan kehidupan tanpa cukai (seperti Brunei) dan mempunyai KDNK sebanyak USD 6.7 trillion.  Bagi mempersiapkan sistem pengangkutannya, Dubai mempunyai lapangan terbang ultra moden, sistem pengangkutan transit ringan Metro sepanjang 318km (pada tahun 2020) dan mempunyai 18 stesen setakat ini yang menghubungkan destinasi-destinasi penting sekitar bandaraya itu.

Salah satu projek yang amat menarik perhatian ialah Dubai Internet City yang mana pembinaannya memenuhi permintaan abad ke-21 yang mana komunikasi dengan kalajuan tinggi dipusatkan dalam satu bandar.  Kita juga mempunyai cita-cita yang sama ketika Malaysia berangan-angan membina Koridor Raya Multimedia (MSC) yang seperti yang dijangkakan menjadi projek gajah putih.  Alangkah terkejut apabila diberitahu bahawa pakar-pakar di belakang projek Internet City ini ialah mereka yang sama membangunkan MSC.  Perbezaannya Dubai Internet City sudah beroperasi dengan syarikat-syarikat multimedia beroperasi dengan jayanya manakala MSC seperti "hidup segan mati tak mahu".
Projek Gergasi

Projek gergasi yang dalam perancangan UAE ialah Pulau Saadiyat yang berjumlah USD 27 bilion di mana ia menempatkan perdagangan, penempatan dan pelancongan- di satu pulau.  Kesemuanya dijangka siap pada tahun 2018.  Saadiyat yang bermakna Kebahagiaan mempunyai keluasan 27 km persegi yang boleh menempatkan 150,000 penghuni dengan segala kemudahan yang ada.
Antara projek yang dibuat dalam Saadiyat ialah seperti sistem pengangkutan ringan sejauh 10 km selari dengan lebuhraya yang bercantum dengan Bandar Abu Dhabi, dengan pembinaan 29 hotel.
Projek yang menjadi penakjuban ialah institusi kebudayaan seperti, the Guggenheim Abu Dhabi, the Louvre Abu Dhabi, the Pusat Persembahan Seni, Muzium Maritim and dan Muzium Sheikh Zayed.  Di Pulau Saadiyat juga akan dibina taman wetland (seperti Putrajaya yang kini tidak menarik pelancong lagi).  Kesemua arkitek dipanggil dari seluruh Negara bagi membina bangunan-bangunan yang bercirikan era abad ke-22.

Kesungguhan kerajaan monarki UAE memberi banyak tarikan.  Aku sering membandingkan apa bezanya dengan keadaan di Malaysia suatu waktu dahulu di mana Malaysia juga sebuah Negara pengeluar minyak.
Pekerja asing di sini ditindas dan ada yang dirogol.  Labuan yang sepatutnya menjadi Pusat Kewangan Pesisir Pantai menjadi bandar berhantu.  Gajah-gajah putih berkeliaran.
*Faisal Mustaffa ialah penulis bebas.