Selasa, 2 Mac 2010

ADUN BN Kecut Pertahan Hak Royalti Minyak Rakyat Kelantan

Oleh Muhammad Faizal Zakaria

KUALA LUMPUR 2 Mac - Keputusan kerajaan negeri Kelantan untuk membawa isu tuntutan royalti minyak ke mahkamah dilihat sebagai satu langkah yang tepat bagi memastikan Akta Pembangunan Petroleum 1974 dipatuhi.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Belia, Sukan dan NGO Negeri Kelantan, Abdul Fattah Mahmood menjelaskan tindakan itu diambil memastikan perjanjian yang dibuat antara Kerajaan Negeri dan Petronas hormati dan dilaksanakan.

"Respons dari rakyat Kelantan tidak kira samada mereka menyokong Barisan Nasional ataupun PAS, apa yang mereka kehendaki hak royalti kita perlu dibayar bukannya dipinda dan dibayar kepada Jabatan Pembangunan Persekutuan Kelantan (JPP).

"Bagi kita JPP adalah badan haram dan tidak sah dan mengikut Perlembagaan royalti sebanyak 5 peratus perlu dibayar kepada kerajaan negeri bukannya kepada JPP. Lihat di Terengganu Menteri Besar mahu royalti dibayar kepada kerajaan negeri bukan kepada JPP.

"Ini yang menyebabkan kita bawa isu ini ke mahkamah agar semua faham apa yang kita tuntut," kata beliau kepada Suara Keadilan.

Beliau memberitahu semasa sidang Dewan Undangan Negeri Kelantan berlangsung semalam persetujuan telah dicapai supaya kerajaan negeri membawa perkara ini mahkamah dan usul tersebut telah dipersetujui oleh semua Ahli Dewan Undangan Negeri termasuk dari BN.

"Kerajaan negeri sekarang sedang meneliti masa yang sesuai untuk di bawa ke mahkamah dan kita akan menggunakan apa jua saluran bagi memastikan mandat yang diberikan kepada rakyat dapat kita tunaikan.

"Royalti bukan hak kita tetapi hak rakyat dan rakyat perlu merasa setiap kemudahan dan juga kebajikan yang kita lakukan setelah mahkamah mengarahkan royalti dibayar kepada Kerajaan negeri," jelasnya lagi.

Beliau yang terkejut dengan kenyataan yang mengatakan enam ADUN BN telah menarik balik sokongan menyifatkan tindakan itu tidak menghormati keputusan yang telah dibuat di dalam DUN.

"Inilah kerja Umno yang tidak habis-habis buat kerja bodoh, semasa kita mengulung hujah mereka keluar bila tak faham macam nilah jadinya. Mereka sebenarnya tak ada pegangan, orang Kelantan sepatutnya membawa balik hak mereka ke Kelantan tapi wakil rakyat BN tidak, mereka nak nafikan hak rakyat.

"Mereka sebenarnya mendapat tekanan dari Badan Perhubungan Umno Negeri sebab tu lah ubah pendirian, macam mana nak berjuang kalau sentiasa mengikut telunjuk pihak atasan. Pihak kerajaan negeri akan teruskan usul berkenaan kerana persetujuan telah di ambil," tegas Abdul Fattah lagi.

Usul berkenaan berdasar kepada peruntukan Peraturan Tetap Dewan Negeri Kelantan Perkara 30 (1) bagi cadangan menangguh persidangan kerana merundingkan perkara-perkara mustahak yang berkaitan dengan kepentingan awam.

Usul terbabit berbunyi, “Bahawa DUN memberi mandat kepada Majlis Mesyuarat Kerajaan bagi pihak kerajaan negeri mengambil apa-apa tindakan mahkamah yang bersesuaian bagi mendapatkan bayaran tunai yang terhak kepada rakyat dan kerajaan Kelantan mengikut perjanjian dan penyerah hakkan kuasa-kuasa petroleum sama ada di daratan atau di lautan negeri Kelantan yang ditandatangani pada 1975.

“Seperti mana kehendak undang-undang tunggal yang berkaitan dengan pengeluaran petroleum iaitu Akta Pembangunan Petroleum 1974, pada bila-bila masa yang difikirkan oleh kerajaan negeri”.

BN Terengganu Zalim Roboh Rumah Rakyat Miskin

Oleh Muhammad Faizal Zakaria

KUALA TERANGGANU 2 MAC - Tindakan kerajaan Umno-Barisan Nasional meroboh rumah rakyat miskin di Kuala Terengganu dianggap zalim dan tidak berikemanusiaan.

Timbalan Ketua Angkatan Muda KEADILAN Terengganu Muzafeq Affyulzaifuzam Muhammad berkata kerajaan Umno-BN tidak melindungi hak warga miskin tetapi sebaliknya menindas mereka.

Pagi tadi Timbalan Ketua AMK Pusat Fariz Musa ditahan oleh pihak polis kerana menghalang kerja meroboh rumah di Kampung Paya Bunga, Kuala Terengganu.

Fariz yang juga Ketua AMK Terengganu dikatakan yang berada di dalam sebuah rumah bersama pemilik rumah semasa kerja meroboh dijalankan kakitangan Pejabat Tanah Kuala Terengganu telah mengalami kecederaan di bahagian kepala kerana di timpa bumbung rumah manakala pemilik rumah tidak mengalami kecederaan.

Kira-kira pukul 10 pagi tadi sebanyak 10 buah rumah telah di robohkan yang menyifatkan tanah yang diduduki oleh penduduk kampung tersebut sebagai tanah setinggan.

Tanah tersebut telah diwartakan sebagai tanah haram selepas pemerintahan PAS pada tahun 1999.

Sebelum ini Ikatan Anak Watan Darul Iman (IKHWAN) telah menghantar memorandum kepada Menteri Besar Terengganu Datuk Ahmad Said bagi melanjutkan tempoh notis yang diterima penduduk pada 28 Februari 2010 bagi mengelakkan diroboh.

Memorandum tersebut merayu agar empat keluarga yang tidak mampu menyediakan wang deposit rumah dan juga untuk menyewa rumah diberi tempoh.

Ini kerana keluarga terbabit hanya menerima zakat sebanyak RM250 sebulan dari Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM) dan jumlah tersebut tidak mencukupi bagi menampung perbelanjaan.

Muzadeq ketika dihubungi memberitahu sehingga hari ini IKHWAN masih belum menerima jawapan dari Menteri Besar berkenaan memorandum tersebut.

"Saya kesal kerana Menteri Besar tidak mengambil apa-apa tindakan malah jawapan dari memorandum yang kita hantar pun belum ada jawapan

"Kita bukannya nak halang dari merobohkan rumah tersebut tetapi minta tempoh dilanjutkan agar empat keluarga yang tak mampu dapat dapat diberikan rumah," jelas beliau yang juga merupakan Setiausaha Agung IHKWAN

Empat buah keluarga telah kehilangan harta benda disebabkan kerja meroboh dan mereka yang hanya tingga sehelai sepinggang hanya menunggu di tepi jalan memerhati rumah mereka diroboh.

Ambik Kau Ibrahim Ali

“Fight!”

MACC must probe Najib, Rosmah over RM50m defections

KUALA LUMPUR, Mac 2: PKR leaders have called on the Malaysian Anti-Corruption Commission to investigate red-hot speculation that Prime Minister Najib Razak had given his cousin a juicy Independent Power Plant contract so that they could finance the defections of at least ten Pakatan Rakyat federal lawmakers into the Umno-BN.

“These are very serious allegations involving the very top leadership of the country. Malaysia’s reputation has been badly shaken by the Anwar sodomy trial and the Teoh Beng Hock case,” PKR Youth chief Shamsul Iskandar Akin told Harakahdaily.

“Therefore the MACC must take action not only to redeem itself but to protect what is left of Malaysia’s good name. Don’t let Najib and Rosmah make a laughing stock of our country once again. Remember what happened to private investigator P Balasubramaniam and the Altantuya murder. The authorities must have the courage to investigate independently and immediately.”

RPK spills the beans once again

On Tuesday, a day after Opposition Leader Anwar Ibrahim’s PKR party was rocked by a string of defections from recalcitrant leaders, top blogger Raja Petra Kamaruddin exposed how it was done.

“When Anwar Ibrahim said that Prime Minister Najib Tun Razak and his wife Rosmah Mansor are behind the latest wave of crossovers he was actually not wrong,” Raja Petra wrote in his posting entitled ‘Why two-thirds is crucial’.

“The man behind this ‘shopping spree’ to buy the opposition Members of Parliament is Hamdan, Najib’s cousin, who was given the Kudat IPP as the ‘cash cow’ to finance the shopping spree

“Of course, the Kudat IPP comes with a ‘commission’ of RM50 million. And this RM50 million is to be used to pay off the opposition Members of Parliament as an inducement to cross over.”

Never-ending tale of corruption


Indeed, Raja Petra’s shocking disclosure is but the latest in the never-ending Malaysian tale of corruption and abuse of power. Across the nation, the people have been stunned by the spate of revelations from both sides of the political divide that only underscored how graft and dishonesty have become a way of life to the ruling elite.

Out of disgust and frustration, a prominent Umno veteran leader had even tipped off his opposition counterparts, warning them that he had personally seen former PKR secretary-general Salehuddin Hashim meeting with Najib prior to the defections. Salehuddin is widely regarded as being the ringleader of the defectors.

“It is difficult for me to understand if there are no other circumstances, knowing that the Najib-Rosmah strategy is to try to buy people as much as possible,” Anwar had told reporters on Monday.

"This cannot be allowed to go unchecked forever. Malaysians must make a stand and demand immediate change starting with the MACC. They must fulfil their duty of protecting the public and not top Umno leaders," PKR strategic director Tian Chua told Harakahdaily.

All you need is money

So far, two federal lawmakers – Bayan Baru’s Zahrain Mohd Hashim and Nibong Tebal’s Tan Tee Beng – have succumbed to the lures allegedly thrown out by the first couple. Two other problematic MPs are expected to follow suit – Kulim Bandar Bharu’s Zulkifli Noordin and Wangsa Maju’s Wee Choo Keong.

“It is actually the taxpayers’ money that is financing all these crossovers,” Raja Petra said. "Tan (Tee Beng) from Penang was paid only RM2 million. It is not much but he has gambling debts up to his eyeballs and the loan sharks or along are camped outside his house so he has no choice but to accept this figure.

“Wee Choo Keong’s problem is more complicating. It involves two mistresses and one who has just given birth and Umno has threatened to expose this scandal. He also has this RM35 million legal problem with Ambank and if this can be settled ‘out of court’ then Wee will certainly become another ‘independent’ Member of Parliament.”

The BN needs 148 seats for a two-thirds majority. With support of the three independents, it will get there with just another eight defectors. A two-thirds majority is not just a psychological booster, but is also necessary for smooth passage of the next redrawing of electoral constituencies that will begin next year.

“All it takes is money and Barisan Nasional will get back its two-thirds majority in Parliament whereby the next gerrymandering exercise can be launched," Raja Petra warned.

"Then it does not matter whether the opposition will win 60 per cent of the popular votes come the next election. Barisan Nasional will still be in power and with a two-thirds majority on top of that."

Kenyataan Penuh Ahli-Ahli Parlimen PAS


Kenyataan Media, Ahli-Ahli Parlimen PAS (3hb. Mac, 2010)

Kami Ahli-Ahli Parlimen PAS dengan tegasnya ingin menyatakan yang kami sepakat untuk terus melaksanakan amanah yang diberikan oleh rakyat dalam pilihanraya umum yang lalu.

Kami sedar bahawa rakyat mengundi kami kerana mahu kepada perubahan dari suasana ketidakadilan, kezaliman, kemiskinan dan ketidaksamarataan hak-hak asasi kepada satu kerajaan berkebajikan dan bersih yang berasaskan prinsip-prinsip agama dan moral.

Oleh itu kami kesal dengan tindakan beberapa Ahli Parlimen Pakatan Rakyat yang telah memilih untuk meninggalkan prinsip-prinsip murni perjuangan ini.

Kami kekal yakin dengan perjuangan dan kepimpinan parti-parti Pakatan Rakyat (PR) dan akan meningkatkan lagi usaha-usaha kami dikalangan masyarakat dan di Dewan Rakyat yang akan mula bersidang pada 15 Mac ini.

Kami menyeru kepada masyarakat untuk bersama kami menentang cadangan-cadangan baru kerajaan BN menaikkan harga petrol dan barang-barang keperluan lain dan memperkenalkan cukai baru seperti GST.

Kami juga ingin menyatakan sokongan padu kepada kepimpinan Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia, Dato’ Seri Anwar Ibrahim.

Dikeluarkan oleh Sekretariat MP PAS

Nota: MP PAS terdiri daripada Dato Seri Abdul Hadi Awang (Marang), Ustaz Nasharudin Mat Isa (Bachok), Salahuddin Ayub (Kubang Kerian), Dato' Mahfuz Omar (Pokok Sena), Dato’ Abdul Halim b Abdul Rahman (Pengkalan Chepa), Dr Mohd Hatta Ramli (Kuala Krai), Dato' Kamarudin Jaffar (Tumpat), Dr Lo’ Lo’ Mohd Ghazali (Titiwangsa), Puan Siti Zailah bt Mohd Yusof (Rantau Panjang), Dr Siti Mariah Mahmood (Kota Raja), Dr Dzulkefly Ahmad (Kuala Selangor), Ustaz Taib Azamuddin Md Taib (Baling), Dr Che Rosli Che Mat (Hulu Langat), Dato' Seri Ir Mohd Nizar Jamaluddin (Bukit Gantang), Dato' Wan Abdul Rahim Wan Abdullah (Kota Bharu), Mohd Abdul Wahid Endut (Kuala Terengganu), Ustaz Muhammad Husin (Pasir Puteh), Khalid Samad (Shah Alam), Che Uda Che Nik (Sik), Ustaz Firdaus Jaafar (Jerai), Ustaz Mohd Nasir Zakaria (Padang Terap), Dr Mujahid Yusof Rawa (Parit Buntar), Dato' Dr mohd Hayati bin Othman (Pendang)

Ahli Dewan Negara terdiri Muhammad Yusof Husin (Kedah), Ahmad Rosli Ibrahim (Kelantan), Puan Mumtaz bt Md Nawi (Kelantan)

SENARAI YANG DI KATAKAN KHIANAT

Oleh: Masdarwahid

Tahan uji mendepani cabaran dan setia dalam perjuangan yang dibawa oleh Parti Keadilan Rakyat (PKR). Itu antara kiteria penting yang perlu ada bagi mana-mana calon PKR yang berhasrat bertanding mewakili parti itu dalam pilihan raya umum akan datang.

Ketua Umumnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, beliau akan mengambil tanggungjawab penuh berikutan keputusan individu tertentu yang telah bertindak keluar meninggalkan parti itu akhir-akhir ini.

Menurutnya, sejak awal penubuhan parti itu, ia adalah wadah sebenar kepada mana-mana insan di negara ini yang berhasrat mendukung prinsip perjuangan demi membawa perubahan untuk rakyat Malaysia.

“Oleh itu, tidak hairanlah perjuangan ini sedari mula sering diserang oleh kelompok-kelompok insan terdesak yang sedar pengaruh mereka kini goyah dilanda kesedaran “Kita tidak menjanjikan imbuhan serta kedudukan kepada mereka yang mahu bersama PKR. Perjuangan ini menuntut kesediaan dan kesanggupan calon untuk mengharungi segala tekanan dan cabaran,” katanya.

Ketua Pembangkang itu turut memberitahu, bahawa walaupun PKR menghadapi sedikit hambatan kewangan menjelang pilihan raya umum sejak Mac 2008, tapi parti itu tetap menampilkan calon-calonnya dalam kalangan yang terbaik.

“Bagaimanapun sudah tentu ada antara mereka yang alpa lalu memilih meninggalkan PKR sekali gus mengecewakan hasrat rakyat untuk mengembalikan negara ke landasan yang sebenar.

“Namun, saya yakin bahawa kita mampu melewati titik kecil itu dalam sejarah kita yang panjang. Percayalah pastinya ada hikmah di sebalik semua ini. Kita semestinya mengambil episod ini sebagai pelajaran bermakna dan berusaha (untuk) tidak mengulangi kesilapan sebegini pada masa hadapan,” katanya.

“Kepemimpinan akan menumpukan perhatian untuk memastikan bakal calon yang dikemukakan bukan sahaja berwibawa dan berkelayakan, malah calon itu sendiri perlu terdiri daripada mereka yang tahan diuji dan setia kepada perjuangan ini,” kata Ahli Permatang Pauh itu diblognya.

Senarai Pengkhianat PKR

1. Setiausaha Sulit Kanan Anwar, Annuar Shaari (Orang Kuat Raja Sesumpah, Ezam Noor)

2. Timbalan Presiden, Chandra Muzaffar

3. Naib Presiden, Marina Yusof

4. Naib Presiden Saidatul Badru Tun Said Keruak

5. Setiausaha Agung, Mohd. Annuar Tahir

6. Setiausaha Agung, Salehuddin Hashim (Tumpu bidang perniagaan, sahabat baik Zahrain)

7. Timbalan Pengarah Pilihan Raya, Hamdan Taha

8. Ketua Penerangan, Ruslan Kassim

9. Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK), Ezam Mohd. Noor

10. Naib Ketua AMK, Zahid Md. Arip

11. Setiausaha AMK, Lokman Adam (kini Exco Pemuda Umno)

12. Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) S. Nallakaruppan

Wakil Rakyat Pengkhianat
1. Ahli Parlimen (MP) Bayan Baru, Zahrain Mohamed Hashim

2. MP Nibong Tebal, Tan Tee Beng

3. Ahli Dewan Undangan Negeri Behrang (ADUN), Jamaluddin Mohd. Radzi,

4. ADUN Changkat Jering, Kapten (B) Mohd. Osman Jailu,

5. Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang dan ADUN Penanti, Mohd. Fairuz Khairuddin,

6. ADUN Pelabuhan Kelang, Badrul Hisham Abdullah,

7. ADUN Lunas, Mohd. Radzi Salleh,

8. ADUN Ngemah, Gabriel Adit Demong

Lain-lain yang bermasalah

1. Naib Presiden, Jeffrey Kitingan,

2. Ahli MPT PKR, Christina Liew (Merajuk dan jawatan)

3. Datuk Zaid Ibrahim (Renggang dengan individu tertentu)

4. Bekas MPT, Zainur Zakaria (Tumpu bidang guaman)

5. Bekas ADUN Bukit Selambau, V. Arumugam (Tiada Ketahanan uji)

6. MP Kulim Bandar Baharu, Zulkifli Noordin (Tidak memahami perjuangan KEADILAN)

7. MP Wangsa Maju, Wee Choo Keong (Bekas Ahli DAP, Pengasas parti MDP, serpihan DAP)

8. MP Indera Mahkota, Azan Ismail (berani menegur parti)

Fairus, Jangan Perasan Hang Tu Tebuan!!

Tebuan apa, muka ceroi pun....

Mantan Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang, Fairus Khairuddin dilaporkan mStar
memberi amaran supaya parti pembangkang berhenti menyerang peribadinya.

"Jangan jolok sarang tebuan, saya bukan amalkan politik kebudak-budakan. Semakin saya ditekan saya akan bangkit sebagai juara," katanya kepada pemberita di Kuala Lumpur hari ini.

Nak tergelak saya dengan kenyataan Fairus itu. Hebat sangatkah mamat nie rasa hingga dia rasa dirinya macam tebuan dan bangkit sebagai juara? Masa dia jadi Timbalan Ketua Menteri dahulu, orang selalu membandingkan ketokohannya dengan empat lagi pemimpin Melayu yang mengetuai Kerajaan Negeri: TG Nik Aziz (Kelantan), Datuk Seri Azizan (Kedah), Tan Sri Khalid (Selangor) dan Datuk Seri Nizar (Perak). Dan antara semua kelima-lima tokoh Melayu ini, Fairuslah yang paling lemah dari segi penampilannya. Sebab itulah bila dia meletakkan jawatan sebagai ADUN Penanti atas alasan untuk melanjut pelajaran, orang tidak kata apa-apa, kerana dia memang wajar menambah ilmunya yang kelihatan tidak setanding dengan pemimpin-pemimpin Melayu lain.

Tapi bila dia menganggap dirinya sebagai tebuan, memang saya nak tergelak. Tebuan biasanya sangat berbisa, sekali gigit, rasa sangat perit. Tebuan juga binatang yang bijak, lihatlah bagaimana cara dia membina sarang dan lokasinya yang strategik itu.

Jika TG Nik Aziz, Datuk Seri Azizan, Tan Sri Khalid dan Datuk Seri Nizar memang wajar diumpamakan sebagai tebuan. Mereka bijak, pintar berhujah dan sekali terjah Umno-BN rasa tempias parah berbulan lamanya.

Bagi Fairus, saya nampak lebih sesuai dia diumpamakan sebagai cacing tanah. Jika tebuan lepas dijolok akan menyerang, tapi cacing tanah lepas dijolok terus menyorok di dalam sarangnya dalam tanah.Sekarang, Fairus sudah mempunyai sarang untuk dia bersembunyi - Umno. Dia selamat sekarang dalam sarang cacingnya. Jika dia dijolok pun, bapa cacing, mak cacing dan tok wan cacing bersedia melindunginya.


~ pendikar gunung kriang

Alahai Katak Pakatan Rakyat

Biarkan katak-katak Pakatan Rakyat ini melompat jauh agar ia tidak menjahanamkan maruah rakyat yang cintakan keadilan dan kedamaian. Mungkin bagi mereka maruah itu tidak penting bagi mereka. Pernahkah mereka terfikir maruah anak perempuan dan isteri mereka?

Kalau harga diri itu dijual, aku tidak boleh cakap apa. Diri sendiri dinodai inikan pula mahu menjaga maruah anak perempuan dan isteri. Aku tidak yakin dengan mereka-mereka ini. Apa yang dikejar sangat sehinggakan tanggungjawab dan amanah yang diberikan rakyat telah engkau nodai?

Kalau engkau kejar harta berjuta sekalipun dalam keadaan haram, mahukah engkau melihat anak perempuan dan isteri engkau dinodai oleh lelaki lain? Engkau kata mahu memberikan wang yang banyak tetapi engkau yakin itu adalah dari sumber yang halal?

Umum telah mengetahui bahawa pemerintahan ini zalim namun engkau pula cuba bersekedudukan bersama mereka. Murahnya maruah seorang ahli parlimen. Murah juga nilai anak perempuan dan isterinya. Bagaimana mereka boleh senang-lenang dikala ada rakyat yang susah?

Mana perginya demokrasi berparlimen? Maruah pihak berkuasa sama seperti maruah polis di negara India. Makan rasuah sana-sini. Tidak cukupkah insentif yang diberikan RM1500 hingga RM6000? Mahu lebih ,jual sahaja maruah anak perempuan dengan isteri. Lumayan bukan. Kalau nak tahu lumayan ke tidak, cuba balik buat.

Kalau betul-betul hati berperikemanusiaan maka perlu ada rasa malu dan hormat pada rakyat. Kalau tidak tahu malu maka tunjukkanlah kemaluan dikhalayak ramai. Boleh semua orang melihatnya. Kalau tidak malulah.

Ong Tee Kiat Terima Hadiah Jam "Hatikva Israel" Bernilai Setengah Juta RM

Presiden MCA Datuk Seri Ong Tee Keat menafikan pemberian hadiah berupa jam tangan yang didakwa bernilai lebih HK$1 juta atau kira-kira setengah juta ringgit sebagai bersifat peribadi tetapi dihadiahkan kepadanya atas nama parti itu.

"Jam tangan itu diberikan kepada saya selaku presiden parti dan saya akan simpan sebagai momento atas nama parti juga," katanya kepada pemberita selepas sesi dialog dengan Gabungan Ikatan Persatuan Cina Malaysia di Kuala Lumpur.

Beliau berkata jam tangan yang dihadiahkan oleh seorang pembuat jam dari Hong Kong pada satu majlis di Pulau Pinang semalam tidak boleh didapati di pasaran dan mempunyai corak bercirikan keagamaan.

"Tiada rahsia mengenainya. Bagi saya, saya tetap saya dan sebab kenapa dia hadiahkan saya jam sebenarnya menurut penjelasannya kerana beliau tersentuh dengan komitmen saya dan komitmen kami (MCA) berhubung masalah Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ)," katanya. -malaysiakini

Ulasan GB

Pertama, masakan orang boleh bagi hadiah tanpa apa-apa apatah lagi nilainya begitu mahal.. harganya setengah juta RM.

Kedua, jika diberikan di atas nama parti, tentulah ia hakmilik parti dan bukan disimpan oleh Presiden parti. Jarang sekali kita dengar sebuah jam tangan diberikan untuk parti kecuali ia hanya alasan Presiden MCA berkenaan.

Ketiga, jenama jam itu begitu jelas tertera perkataan "Hatikva Israel". "Hativa" setahu GB ialah nama lagu kebangsaan Israel. Apa hubungkaitnya dengan permberian jam oleh pembuat jam tangan Hong Kong itu dengan MCA dan juga dengan jenama jam berkenaan? Umat Islam agak skeptikal dan sensitif dengan pemberian hadiah itu, mungkin Ong Tee Kiat tidak menyedarinya atau sememangnya pemimpin BN tidak lansung memperdulikan sensitiviti itu.

Wakil rakyat bebas

2 MAC — Jika 10 Ahli Parlimen Pakatan Rakyat keluar dari parti masing-masing sekarang, Barisan Nasional secara automatik akan kembali menguasai dua pertiga majoriti Dewan Rakyat.

Sebenarnya majoriti mudah dengan lebihan satu kerusi pun sudah cukup untuk mana-mana parti menguasai kerajaan.

Namun, penguasaan dua pertiga membolehkan parti pemerintah meminda Perlembagaan Persekutuan seperti melakukan persempadanan semula kawasan pilihan raya dan mengubah kuasa-kuasa kerajaan negeri.

Sekiranya lompatan itu berlaku, Barisan yang hilang majoriti dua pertiga dalam pilihan raya umum 2008 akan kembali berkuasa untuk meminda Perlembagaan dengan sewenang-wenangnya.

Oleh kerana Malaysia tidak mempunyai undang-undang anti-lompat, mana-mana wakil rakyat boleh meninggalkan partinya atau menyertai parti lain tanpa menjejaskan kedudukannya sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri atau Ahli Parlimen.

Walau pun lompatan mereka sah di segi undang-undang, ia menjadi cemuhan di segi moral kerana dianggap mengkhianati mandat dan amanah pengundi.

Biasanya yang melompat itu dari pembangkang kepada parti pemerintah. Yang menjadi satu fenomena baru adalah melompat parti tanpa menyertai parti lain; sebaliknya mengisytiharkan diri sebagai wakil rakyat bebas.

Ini mungkin dilakukan untuk mengurangkan kemarahan pengundi yang telah memilih parti dan bukannya calon sewaktu pilihan raya. Ia juga bertujuan memberi persepsi bahawa wakil rakyat bebas tidak perlu mengikut telunjuk mana-mana parti.

Ini bermula dengan Datuk Ibrahim Ali yang menang di bawah lambang Pas di Kelantan mengisytiharkan dirinya sebagai Ahli Parlimen bebas sebaik sahaja selesai pilihan raya umum 2008. Beliau amat mesra sekali dengan Umno.

Pada September 2008, apabila Parti Maju Sabah (SAPP) mengumumkan keluar dari Barisan, dua Ahli Parlimennya mengumumkan diri mereka sebagai wakil rakyat bebas. SAPP marah dengan Barisan dalam soal hak Sabah tetapi tidak pula mesra dengan Pakatan.

Pada Februari 2009, tiga Adun Pakatan Rakyat di Perak — dua dari PKR dan satu dari DAP — mengumumkan keluar parti untuk menjadi calon bebas. Keputusan mereka menyebabkan tumbangnya kerajaan negeri Pakatan Rakyat di negeri itu. Mereka juga adalah pencipta istilah “wakil rakyat bebas mesra Barisan Nasional”.

Baru-baru ini, dua Ahli Parlimen PKR Datuk Seri Zahrain Hashim dan Tan Tee Beng keluar parti dan turut mengisytiharkan diri wakil rakyat bebas. Mereka tidak menyatakan secara terbuka kemesraan terhadap Barisan tetapi kebencian meluap dilafazkan secara terbuka terhadap pucuk pimpinan PKR dan DAP.

Bekas Setiausaha Agung PKR Datuk Salehuddin Hashim yang turut meninggalkan parti telah menyatakan ada sekurang-kurangnya 10 lagi wakil rakyat PKR yang dijangka keluar parti. Beliau turut memperlekehkan kepimpinan parti yang ditinggalkannya itu.

Mengapa wakil-wakil rakyat ini memilih untuk menjadi “bebas” dan tidak terus menyertai parti lain terutamanya parti-parti komponen Barisan Nasional khususnya Umno?

Jawapan yang sinis akan menyatakan mereka hanya menunggu masa yang sesuai apabila marah para pengundi sudah reda. Tetapi yang tersirat kadang-kala berbeza dari yang tersurat.

Jika benar ada lebih 10 Ahli Parlimen Pakatan keluar parti, ia merupakan tamparan hebat dan serangan saraf yang paling teruk terpaksa dihadapi oleh Pakatan Rakyat.

Gabungan pembangkang itu bukan sahaja akan kehilangan kuasa untuk menghalang majoriti dua pertiga Barisan di Parlimen tetapi juga terpaksa menelan hakikat pahit kekalahan di luar medan pilihan raya.

Bagi Barisan pula, ia akan menjadi kemenangan paling besar setelah kebanyakan parti komponennya, selain Umno, ditolak oleh rakyat dalam pilihan raya umum lalu.

Jadi, kesannya kepada kedua-dua pihak amat serius sekali.

Dengan itu, harga individu wakil rakyat bebas ini akan melambung secara mendadak jika mereka mengisytiharkan diri sebagai “mesra Barisan” atau setidak-tidaknya memberi gambaran buruk terhadap Pakatan yang mereka tinggalkan itu.

Habuan yang bakal mereka terima mungkin jauh lebih besar daripada jika sekadar terus menyertai masuk mana-mana parti dalam Barisan dalam masa yang terdekat ini.

Itulah nilai sebenar menjadi seorang wakil rakyat bebas yang mesra dengan Barisan.

Kedudukannya berbeza pula dengan dua Ahli Parlimen SAPP kerana mereka telah mengambil jalan yang bertentangan dengan meninggalkan Barisan. Tetapi sebagaimana yang diketahui umum, kebanyakan orang politik yang pernah duduk bersama parti pemerintah, mereka jarang berpaut di dahan yang rapuh.

Di segi kesan jangka panjang, jika fenomena mesra dengan parti pemerintah ini berterusan, istilah “wakil rakyat bebas” mungkin dicatatkan sebagai sesuatu yang buruk dan keji dalam arena politik Malaysia.

Berbeza dengan amalan demokrasi moden, “bebas” dalam konteks politik tempatan amat berbeza dengan “independent” yang biasanya dimaksudkan dengan individu atau kumpulan ahli politik yang bosan dengan parti-parti yang ada dan mahu mewujudkan pilihan ketiga kepada rakyat.

Di kebanyakan negara Barat, lebih 40 peratus pengundi tidak membuang undi kerana tidak puas hati dengan pilihan yang ada. Jadi banyak individu atau kumpulan politik mempamerkan diri mereka sebagai “bebas” dengan harapan untuk meraih undi dari kumpulan yang kecewa dengan amalan politik semasa. Ini dilakukan dengan cara mengemukakan idea dan manifesto yang berbeza dari parti-parti tradisional.

Sebaliknya, di Malaysia, calon atau wakil rakyat bebas jarang mendapat perhatian. Biasanya mereka digelar sebagai “kacau daun” sewaktu pilihan raya sahaja kecuali beberapa individu yang dihormati sebagai orang yang benar-benar mewakili kepentingan rakyat.

Dalam catatan sejarah politik tanah air, antara mereka yang terkenal dengan kegigihan sebagai seorang wakil yang benar-benar berkhidmat untuk rakyat adalah Abdul Jabar Mohamad Yusof atau lebih terkenal dengan panggilan Cikgu Jabar. Beliau menjadi wakil rakyat bebas bagi DUN Batu Laut (sekarang DUN Tanjung Sepat) Selangor selama tiga penggal berturut-turut setelah menang dalam pilihan raya umum 1974, 1978 dan 1982.

Tetapi dalam keadaan sekarang, istilah “wakil rakyat bebas” seolah-olah sedang menuju ke arah “doublespeak” atau pemesongan makna; sama nilainya seperti luahan kata-kata indah yang biasa didengar dari mulut ahli-ahli politik.

Ia juga akan menjejaskan proses kematangan demokrasi Malaysia. Setakat ini, belum ada tanda-tanda “bebas” itu bererti kuasa atau pilihan ketiga. Malah usaha untuk mewujudkan sistem dua parti juga akan malap jika ada lagi lompatan dari mereka yang mahu bergelar “wakil rakyat bebas” — kerana akhir-akhir ini arah lompatan itu sehala sahaja.

23 MP PAS, DAP Sudah.....29 MP PKR Bila Lagi?

PAS telah mengambil langkah politik yang amat bijak dan amat segera.


Kesemua 23 orang Ahli Parlimennya dan 3 orang Senatornya telah menandatangani satu kenyataan menyokong dan berdiri teguh di belakang Datuk Seri Anwar Ibrahim selaku Ketua Pembangkang di tengah-tengah kemelut yang melanda PKR.....

Kesmua 23 Ahli Parlimennya yang menandatangani kenyataan itu diketuai oleh Datuk Seri TG Abdul Hadi Awang (Marang), Ustaz Nasharudin Mat Isa (Bachok), Salahuddin Ayub (Kubang Kerian), Datuk’ Mahfuz Omar (Pokok Sena), Datuk Abdul Halim Abdul Rahman (Pengkalan Chepa), Dr Mohd Hatta Ramli (Kuala Krai), Datuk Kamarudin Jaffar (Tumpat), Dr Lo’ Lo’ Mohd Ghazali (Titiwangsa), Puan Siti Zailah Mohd Yusof (Rantau Panjang), Dr Siti Mariah Mahmood (Kota Raja), Dr Dzulkefly Ahmad (Kuala Selangor), Ustaz Taib Azamuddin Md Taib (Baling), Dr Che Rosli Che Mat (Hulu Langat), Datuk Seri Mohd Nizar Jamaluddin (Bukit Gantang), Datuk’ Wan Abdul Rahim Wan Abdullah (Kota Bharu), Mohd Abdul Wahid Endut (Kuala Terengganu), Ustaz Muhammad Husin (Pasir Puteh), Khalid Samad (Shah Alam), Che Uda Che Nik (Sik), Ustaz Firdaus Jaafar (Jerai), Ustaz Mohd Nasir Zakaria (Padang Terap), Dr Mujahid Yusof Rawa (Parit Buntar) dan Datuk Dr Mohd Hayati Othman (Pendang) serta diikuti oleh 3 orang Senatornya iaitu Muhammad Yusof Husin (Kedah), Ahmad Rosli Ibrahim (Kelantan) dan Mumtaz Md Nawi (Kelantan).[sumber.]

Kenyataan serta sokongan secara en bloc sebegini amat penting dalam politik, lebih-lebih lagi dalam keadaan getir seperti ini.

Lim Kit Siang juga menyuarakan sokongan penuh kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk terus menjadi Ketua Pembangkang, hatta berkemungkinan jumlah Ahli Parlimen akan kurang daripada jumlah DAP.[sumber.]

Kita menunggu kesemua Ahli Parlimen PKR yang sudah berbaki 29 orang sekarang serta Senatornya menandatangani satu kenyataan taat setia yang tidak berbelah bahagi serta akan berdiri teguh di belakang Datuk Seri Anwar. Mana-mana Ahli Parlimen PKR yang 'berat' untuk menurunkan tandatangan, bolehlah kita klasifikasikan sebagai bakal calon untuk menyertai 'Acara Lompat Jauh'.

al-brangi : Jangan lengah-melengah lagi wahai Ahli Parlimen PKR sebelum calon 'Acara Lompat Jauh' itu bertindak.

PKR Perlu Ambil Iktibar Sejarah Parti Negara

oleh Hidayat Saifudin

Mutakhir ini Parti Keadilan Rakyat (PKR) sedang digambarkan sebagai parti yang berhadapan dengan masalah dan konflik dalaman yang parah. Semalam, Ahli Parlimen Nibong Tebal, Tan Tee Beng mengisytiharkan keluar daripada PKR.

4 ADUN PKR, 2 di Perak, 1 di Kedah, dan 1 di Selangor telah mengisytiharkan keluar parti dan menjadi ‘wakil rakyat bebas yang mesra BN’. Manakala YB Dato’ Seri Zahrain Hashim, MP Bayan Baru juga mengiytiharkan keluar parti dan menjadi ‘wakil rakyat bebas yang tidak mesra BN’.

Difahamkan akan ada beberapa lagi Ahli Parlimen yang sedang mempertimbangkan perkara yang sama. Antara yang dicanang hebat ialah MP Wangsa Maju, Wee Choo Keong dan MP Kulim-Bandar Baharu Zulkifli Noordin.

Di saat Dato’ Seri Anwar Ibrahim sedang berhadapan dengan perbicaraan maha berat sebelah, partinya berhadapan dengan konflik. Ditambah pula dengan perencah ramuan media arus perdana yang saban masa menghenyak imej dan kredibiliti Anwar serta PKR, tidak dinafikan sedikit sebanyak imej PKR sedikit tergugat di kalangan masyarakat.

Pun begitu untuk menyatakan bahawa PKR sudah sampai ke penghujung nyawa adalah sesuatu kurang tepat. PKR pernah hanya hidup dengan 1 kerusi Parlimen dan 1 kerusi DUN: Permatang Pauh, Pulau Pinang dan Padungan, Sarawak pada penggal 2004 - 2008. 2008 menyaksikan PKR bangkit sebagai peneraju Pakatan Rakyat di Parlimen dengan 31 kerusi Parlimen, sesuatu yang tidak dijangka oleh mana-mana pihak.

Sejarah parti-parti politik negara tidak pernah lari dari krisis kepimpinan dan persepsi. Malah ianya disifatkan sebagai satu proses yang wajib dilalui oleh mana-mana parti politik yang mempunyai cita-cita untuk terus kekal relevan dalam arus politik nasional.

Baik Umno mahupun Pas (mengambil contoh parti-parti melayu yang dominan), keduanya pernah mengalami konflik dan krisis persepsi. Umno berhadapan dengan kemelut kepimpinan apabila Dato’ Sir Onn Jaafar mengambil keputusan untuk mengundur diri daripada menjadi Yang DiPertua Umno berikutan ketidaksetujuan Umno berhubung cadangan menjadi Umno parti multi-bangsa. Berlaku perebutan jawatan di antara Tunku Abdul Rahman (yang dipertikaikan status keahlian Umnonya pada ketika itu), Haji Ahmad Fuad Hassan (Ketua Biro Agama Umno), dan seorang lagi tokoh tempatan. Tunku menang dan Haji Ahmad Fuad bertindak menubuhkan Persatuan Ulama’ SeTanah Melayu yang kemudiannya ditukar menjadi Parti Islam SeTanah Melayu (PAS).

Pas juga pernah berhadapan dengan konflik di awal fasa pengembangan parti itu apabila Dr Abbas Alias tidak dapat menumpukan komitmen beliau ke atas pengurusan Pas, hingga menyebabkan Almarhum Dr Burhanuddin Al Helmy di’import’ untuk menjadi Yang Dipertua Pas yang ketiga untuk memimpin Pas sehingga akhir 1960-an. Pelantikan Dr Burhanuddin ini, meskipun karisma beliau terserlah, cukup mendatangkan ketidaktentuan di kalangan akar umbi Pas pada ketika itu rentetan ketebalan semangat nasionalis Dr Burhanuddin dan status keahlian Dr Burhanuddin dalam Pas pada ketika itu.

Melihat kepada fasa pemula kedua-dua parti yang dominan di kalangan umat Melayu Malaysia ini, maka apa yang sedang dilalui PKR bukanlah sesuatu yang luar biasa.

Anwar baru-baru ini secara terbuka telah memohon maaf di atas kesilapan beliau memilih calon. Ini berikutan kekurangan calon yang begitu kritikal sehingga menyebabkan PKR meletakkan beberapa calon yang sedikit sebanyak mengundang persoalan pengundi seperti Gwo-Burne Loh (kini MP Kelana Jaya) dan juga Wee Choo Keong (dulunya Presiden Parti Demokratik Malaysia, MDP).

Masalah kekurangan calon itu jugalah yang menjadi saham penyumbang kepada penyusunan konspirasi liwat kedua ke atas Anwar apabila ketiga-tiga pegawai beliau turut terjun sebagai calon (dan menang) yakni Nurul Izzah Anwar (MP Lembah Pantai), Nik Nazmi Nik Ahmad (ADUN Seri Setia, Selangor) dan Sim Tze Tzin (ADUN Pantai Jerejak, Pulau Pinang), hingga mengakibatkan Saiful Bukhari yang dulunya tegar menyokong BN melalui aktivisme kampus di Uniten Bangi berjaya lolos menempatkan diri sebagai pekerja am di Pejabat Anwar melalui sahabat baiknya.

Rentetan keluarnya MP dan ADUN-ADUN PKR ini, maka seharusnya PKR menyusun strategi sebermula sekarang untuk memastikan calon-calon yang diketengahkan adalah jauhari belaka, bukan pasir di tepi jalan.

Usaha membeli dan menarik wakil rakyat ini bukan baru. Ianya pernah berlaku selepas Pilihanraya Umum pertama selepas merdeka iaitu pada tahun 1959, di mana pada ketika itu Pas berjaya menubuhkan kerajaan negeri di Kelantan dan juga Terengganu. Muafakat longgar antara Pas-Parti Negara menyaksikan Kerajaan Negeri Terengganu ditubuhkan dengan pimpinan YB Daud Abdul Samad.

DUN Negeri Terengganu pada ketika itu mempunyai 24 kerusi dengan pecahan Pas 13 kerusi; Parti Negara 4 kerusi dan Perikatan 7 kerusi.

Apa yang berlaku ialah 3 ADUN Parti Negara berjaya ‘dibeli’ Perikatan manakala seorang ADUN Parti Negara bertindak menyertai Pas. Kemudiannya 2 ADUN Pas ‘diculik’ yang akhirnya membawa kepada kedudukan 12-12 di dalam DUN Terengganu pada ketika itu. Berikutan satu undi tidak percaya yang terhasil daripada strategi jahat ini, maka tumbanglah Kerajaan Pas-Parti Negara pada 30 Oktober 1961.

Apa yang sedang berlaku ke atas Anwar sekarang (dalam konteks menerima tekanan politik) adalah sama dengan apa yang berlaku ke atas Dato’ Onn Jaafar. Ini bukan omongan kosong, sebaiknya jika pembaca mempunyai masa untuk menyelak biografi Dato Onn Jaafar: Pengasas Kemerdekaan tulisan Datuk Dr. Ramlah Adam terbitan Dewan Bahasa Pustaka, perkara ini diperincikan dengan begitu baik.

Mengikut “Memoir Politik Asri” terbitan UKM, Allahyarham Tan Sri Asri Muda juga mendedahkan adanya usaha membeli ADUN-ADUN PAS pada ketika, tetapi berjaya dikawal oleh pimpinan PAS Negeri dan Pusat pada ketika itu.

Pada ketika itu, kredibiliti Dato’ Onn dibunuh dan diserang dengan begitu hebat. Apa caci maki yang tidak dihambur kepada Dato’ Onn, bacalah biografi tersebut untuk tahu lebih lanjut. ADUN Parti Negara juga dihasut oleh pihak-pihak tertentu dengan mengatakan bahawa Dato’ Onn tidak berperanan kerana beliau bukan anak Terengganu (walaupun pada ketika itu Dato’ Onn MP Kuala Terengganu Selatan).

Penghujung hayat Dato’ Onn menyaksikan Dato’ Onn sangat sugul untuk menelan jadam yang terhasil berikutan strategi jahat parti yang pernah diasaskannya sebelum itu.

Jika pengasas Umno pun boleh diperlakukan oleh Umno-BN sedemikian rupa, inikan pula seorang bekas Timbalan Presiden Umno seperti Anwar.

Konflik yang dihadapi oleh Anwar dan Dato’ Onn hampir sama: kekangan yang dihadapi dalam mengenengahkan calon yang berkaliber, berikutan keperluan untuk bertanding pada ketika itu. Lantas calon ‘tangkap muat’ jugalah yang menyumbang kemenangan kepada PKR dan Parti Negara.

Calon tangkap muat itu jugalah yang memberikan impak negatif kepada PKR dan Parti Negara. Dalam kes PKR, ia telah berlaku di Perak sehingga menjatuhkan kerajaan negeri dan berkemungkinan besar berlaku di Selangor dan di peringkat Parlimen yang memungkinkan BN kembali meraih majoriti dua pertiga.

Usaha membeli wakil rakyat ini bukan baru. Sejarah membuktikan ia merupakan amalan turun-temurun Perikatan hinggalah menjadi BN. Fakta ini bukan mainan kata saya semata-mata, ini berdasarkan kepada pembacaan memoir-memoir politik tokoh-tokoh yang antara lainnya saya sebut di atas.

Justeru PKR selaku teraju PR harus berhati-hati dengan budaya seumpama ini. Benar, ada pihak-pihak yang menjawab tatkala membalas soalan mengenai rampasan kuasa di Perak dengan melontar hujah dangkal “Anwar yang mulakan 916,jangan salahkan kami”. Agaknya mereka ini lupa bahawa setidak-tidaknya Anwar secara terbuka menggesa Perdana Menteri pada ketika itu agar diadakan Sidang Khas Dewan Rakyat untuk meluluskan undi tidak percaya ke atas PM pada ketika itu, bukan dengan menculik mana-mana wakil rakyat dan secara tiba-tiba tersenyum sumbing di dalam sidang media khas.

Iktibar daripada Parti Negara ini harus diteladani sebaik mungkin. PKR mempunyai institusi Biro Strategi, Biro Latihan dan Biro Pilihanraya, maka sewajarnya dimanfaatkan pelbagai aspek khususnya dalam menyaring calon dan saf kepimpinan parti untuk tempoh lima tahun yang mendatang setidak-tidaknya.

PKR acapkali digambarkan sebagai parti masa depan dan parti generasi baru. Maka semestinya PKR perlu disucikan daripada elemen-elemen pengkhianatan terbuka yang berpotensi dilakukan oleh wakil-wakil rakyat mereka yang berakhlak sampah.

PKR harus tegas. Sebagai contoh, bukan sedikit yang kecewa apabila PKR lesu tatkala berhadapan dengan Zulkifli Noordin, yang jelas melanggar adab berjemaah dalam sebuah gerakan. Mengambil tindakan ke atas Zulkifli atau mana-mana wakil rakyat yang melencong akhlak dan adabnya tidak akan mengurangkan saham PKR di mata rakyat, meskipun ia mungkin mengesani bilangan perwakilan mereka di Parlimen ataupun DUN. Ketepikan seketika polemik ‘firaun kecil’, apa guna menggelar diri sebagai “Musa” kalau akhlak seburuk Haman.

Memecat juga bukan tindakan mutlak,tetapi setidak-tidaknya ada tindakan tegas supaya PKR dilihat sebagai parti yang berpegang teguh kepada adab berpakat disamping menekankan perihal disiplin dan juga etika.

Pengarah Pilihanraya PKR yang baru, YB Fuziah Salleh mengatakan bahawa antara faktor yang mendorong keluarnya wakil-wakil rakyat mereka ialah kerana KPI. Jika ini yang berlaku,baik kesannya untuk PKR kerana setidak-tidaknya hanya wakil rakyat yang komited di dalam memperjuangkan agenda rakyat terbanyak sahaja akan kekal di dalam parti itu. Tetapi ia juga akan memberi sedikit persepsi kurang enak, seolah-olah PKR tidak mewujudkan satu bentuk centralize monitoring system di kalangan wakil-wakil rakyatnya.

Mungkin sistem sedemikian wujud dalam pengurusan parti, tetapi rakyat percaya kepada prinsip, sesuatu kebenaran itu bukan sahaja perlu terlaksana, tetapi mesti dilihat terlaksana.

PKR, jangan sesekali kita nafikan, sebuah parti yang mempunyai ‘aura’ dan iltizam juang, jika hendak dibandingkan dengan Parti Negara ataupun Semangat 46. Tetapi kegagalan PKR mengambil iktibar daripada sejarah,sama sekali tidak akan menafikan potensi parti itu untuk turut sama ditelan zaman sebagaimana Parti Negara dan Semangat 46.

Keluar parti: Tafsiran akhbar Cina

Krisis "keluar parti" yang melanda PKR baru-baru ini mendapat liputan yang luas di dada akhbar. Berbanding media cetak bahasa Melayu yang menonjolkan masalah kepimpinan PKR secara khususnya, media cetak bahasa Cina sebaliknya, lebih menyasarkan kepada individu yang keluar parti.

Dengan kata lain, walaupun fenomena "keluar parti" ini mengundang persepsi negatif terhadap PKR secara umumnya, tetapi jika diteliti, wujudnya dua penafsiran yang jelas berbeza, antara akhbar Melayu dengan akhbar Cina.

Ketika mengulas isu ini, akhbar Melayu seperti Utusan Malaysia dan Berita Harian mempertikaikan halatuju perjuangan PKR, yang kononnya membelakangi kepentingan Melayu-Islam. Sebaliknya, isu halatuju perjuangan PKR tidak diungkit oleh media Cina, tetapi integriti individu (yang keluar parti) yang dipersoalkan. Tidak dinafikan, fenomena "keluar parti" semestinya menghakis keyakinan khalayak ramai terhadap PKR, tetapi ia juga difahami sebagai strategi Barisan Nasional untuk menyerang musuh politiknya.

"Musuh dalam selimut" musuh

Nanyang Siang Pau, dalam satu komentar politik yang disiarkan di muka surat A2, berjudul "Senjata Terbaik", memetik Seni Perang oleh Sun Tzu, bahawa strategi terbaik untuk menjahanamkan musuh adalah dengan menggunakan "musuh dalam selimut" musuh (atau kuda trojan).

Komentar ini bermula dengan "senjata yang terbaik di dunia bukanlah bom nuklear atau bom atom, bukan pistol malah bukannya pisau, tetapi taktik untuk melaga-lagakan satu sama lain, malah meleraikan rakan seperjuangan yang rapat menjadi musuh yang bertentangan...".

Ini kerana "musuh" dalam selimut musuh inilah yang paling memahami kelemahan dan segala strategi dalam kem dirinya, dan apabila orang sedemikian digunakan untuk melawan balik orang yang berada dalam selimut bersamanya, ia merupakan senjata yang paling berkesan.

Malah, penulis ini melontarkan kemungkinan Fairus menembak balik Pakatan Rakyat, setelah keluar dari PKR. Misalnya, Fairus boleh berkempen untuk menyerang DAP dan Setiausaha Agungnya, Lim Guan Eng, yang juga merupakan Ketua Menteri Negeri Pulau Pinang.

Seandainya ramalan di atas menjadi kenyataan, penulis menjangkakan bahawa MCA dan Gerakan mungkin berdepan dengan dilema. Ini kerana pemimpin MCA dan Gerakan menjadikan Fairus Khairuddin sebagai sasaran kritikan, semasa beliau berada dalam PR. Tetapi bagaimana MCA dan Gerakan berdepan dengan Fairus yang seketika dahulu disifatkan sebagai tidak berkebolehan, lemah, tidak berkhidmat dan sebagainya, setelah Fairus diterima oleh komponen parti terbesar BN?

"Sesungguhnya tiada kawan dan musuh yang selama-lamanya dalam politik. Tetapi apabila musuh kepada musuh anda menjadi kawan, dan dipeluk rapat... Awas! Anda bukan sekadar kehilangan prinsip politik," penulis mengingatkan.

Strategi UMNO-BN

Bertitik tolak daripada "strategi politik", penolong editor Sin Chew Daily, Lim Sue Goan dalam artikel kolumnya mula menghitung bilangan ahli parlimen "keluar parti" yang diperlukan oleh BN untuk menguasai semula majoriti 2/3, sebagai syarat untuk meluluskan persempadanan semula kawasan pengundian yang bakal dijalankan tahun ini.

"Untuk mengembalikan penguasaan majoriti 2/3, yang memerlukan sokongan 148 orang ahli dewan rakyat, mungkin sukar untuk dijayakan, melihat kepada keadaan sekarang. Tetapi tidak mustahil untuk dilakukan kerana terdapat banyak pijat-pijat dan katak di gelanggang politik tempatan. Jika gagal mengembalikan majoriti 2/3 sekalipun, fenomena lompat parti bakal menjadi krisis keyakinan PR setelah digemparkan media arus perdana," tulis Lim Sue Goan.

Cheah See Kian, penganalisa politik ketika ditemuramah China Press, tidak terperanjat apabila UMNO memilih Pulau Pinang sebagai tumpuan serangannya. "Ini kerana menyerang Lim Guan Eng bermakna menyerang Anwar. Lim diserang atas tuduhan meminggirkan orang Melayu, dan ini tiada bezanya dengan serangan terhadap Koh Tsu Koon, (bekas KM) dua tahun yang lalu. Tanpa bukti, tetapi motif politik," katanya.

Untuk Cheah See Kian, Tan Tee Beng tidak mampu melakukan sesuatu dengan "keluar parti", selebih-lebihnya menimbulkan "riak". Malah, beliau menganggap rakyat akan lebih bersimpati terhadap Lim Guan Eng dan PR, berikutan kejadian ini.

Cheah See Kian juga menganggap bahawa tindakan UMNO akan lebih menyukarkan MCA dan Gerakan. Beliau berkata, sebahagian rakyat berharap MCA dan Gerakan akan memainkan peranan untuk membantu pembaharuan UMNO selepas PRU ke-12, agar UMNO tidak angkuh dengan kuasa yang berpusat padanya. Tetapi, UMNO kini semakin berkuasa!

Cheah berkata, inilah punca kekecewaan rakyat terhadap MCA dan Gerakan yang gagal melakukan apa-apa dalam BN.

PKR menjadi sasaran

Walau bagaimanapun, PKR gagal mengelakkan diri daripada dikritik, memandangkan parti tersebut melahirkan paling ramai wakil rakyat yang keluar parti. Bermula dari (bekas) EXCO Perak, Jamaluddin Mohd. Radzi dan Mohd. Osman Jailu, (bekas) EXCO Kedah Mohd.Radzi Salleh, disusuli ADUN Selangor Badrul Hisham Abdullah, ahli parlimen Bayan Baru Zahrain Mohamed Hashim, dan kini ahli parlimen Nibong Tebal Tan Tee Beng.

Dalam analisa Lum Chih Feng di Oriental Daily, beliau menganggap fenomena ini mendedahkan kecuaian parti ketika melantik calon PRU ke-12. Perkara ini telah diakui oleh Anwar Ibrahim, Ketua Umum PKR sebelum ini. Lum berpendapat, PKR tidak menyediakan kursus untuk mendidik wakil rakyatnya yang terpilih kerana "tsunami politik".

Lum Chih Feng menganggap PKR kini tidak memiliki kelebihan dalam sumber dan masa. Justeru itu, Lum menjangkakan bahawa Anwar akan mengambil langkah baru. Seandainya tidak, Anwar akan terkurung dalam situasi untuk "mengawal", dan ia semestinya tidak memihak kepada Anwar.

Pakatan Rakyat Perak Pulau Notis Ganesan

Yusmawati Mhd Yusof

SHAH ALAM, 2 MAC - Kesemua 28 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Perak dari Pakatan Rakyat tidak akan menghadiri Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) yang dipanggil Speaker lantikan Barisan Nasional, Datuk R. Ganesan pada 30 Mac ini.

Adun Pasir Panjang, Datuk Seri Nizar Jamaluddin berkata Pakatan Rakyat tidak mengiktiraf notis yang dikeluarkan itu kerana Ganesan bukan Speaker yang sah, sebaliknya jawatan itu masih disandang Speaker V Sivakumar.

Bagaimanapun, Nizar berkata, ADUN Pakatan Rakyat sedia menghadiri sidang dewan berkenaan jika notis dikeluarkan oleh Speaker S. Sivakumar.

“Kalau dia panggil kita tidak hormat sebab dia bukan Speaker...kita tidak iktiraf surat dia. Jadi kita hanya hadir jika Speaker yang sah, Sivakumar panggil (sidang DUN),”katanya ketika dihubungi TVSelangor.

Terdahulu, Speaker lantikan Barisan Nasional, Datuk R Ganesan melalui notis yang ditandatangani Setiausaha DUN Perak, Rumaizi Baharin memanggil sidang Dewan 30 Mac ini.

Sidang itu adalah yang pertama kali selepas Mahkamah Persekutuan membuat keputusan kontroversi baru-baru ini, apabila mengisytiharkan Datuk Seri Zambry Kadir sebagai Menteri Besar yang sah.

Semua wakil rakyat turut diminta menghantar soalan bertulis sebelum 15 Mac.

Bagaimanapun, dalam sidang DUN berkenaan, setiap wakil rakyat hanya dibenar mengemukakan maksimum lima soalan bertulis dan tiga soalan lisan sahaja.

Nizar menjelaskan keputusan ungtuk tidak mengiktiraf Ganesan sebagai Speaker dibuat kerana lantikan Speaker lantikan BN iyu telah melanggan peraturan 36A(5) Perlembagaan Negeri Perak

Ganesan sebelum ini gagal meletakkan jawatan sebagai Peguam selepas tiga bulan dilantik sebagai Speaker.

“Dia telah melanggar peraturan 36A(5) Perlembagaan Negeri Perak yang dilanggar oleh Ganesan ini, dari segi peraturan juga dia melanggar Peraturan Dewan, dari segi Perlembagaan, dia melanggar Perlembagaan Perak...dia tidak patuh pada Perlembagaan Perak. Jadi semua ini menunjukkan dia adalah bukan Speaker,”katanya.

'PKR in dire need of strong No 2'

By Stephanie Sta Maria

The situation in the problem-plagued PKR would be diffirent if Datuk Seri Anwar Ibrahim had selected a deputy with a strong personality, said an academic today.

According to Monash University Malaysia's political scientist Prof James Chin, a formidable deputy would be able to impose discipline in the party and keep the people clear on the issue of succession.

“He appointed a very weak second leader in Syed Husin Ali. Right now all the discipline (issues) have to go through Anwar's hand and right now he can't decide. He's too focused on the (sodomy) trial to think of anything else. Husin wants to do a lot of things but he's weak,” he told FMT.

In a similar vein, Univeristi Sains Malaysia's Sivamurugan Pandian suggested that Anwar should step aside for the time being and hand over the reins to a strong leader to set the house in order.

“Perhaps Anwar should make way for another equally strong political leader like (Pakatan Rakyat troubleshooter) Zaid Ibrahim to reorganise, restructure, rebuild and rejuvenate PKR,” he said, underscoring the importance for the top leadership of PKR and Pakatan Rakyat to be decisive in adressing and arresting the rot immediately.

Just like Chin, Sivamurugan believes that the ongoing sodomy trial could have distracted the opposition leader, therefore diverting his focus from party matters.

“Many Malaysians, especially party-less voters, think that the multiracial PKR set-up is the vital link within Pakatan. But the recent resignations could affect their confidence on PKR to lead Pakatan to a federal victory in the next general election. Those who quit are frustrated politicians who appear to be victims of internal bickering,” he said.

'Manipulated from the outside'

Chin believes that more would quit the party and this would not come as a surprise.

“This situation is very much expected. People forget that PKR and the other two (PAS and DAP) never expected to do so well in the general election. So any Tom, Dick and Harry were pushed forward as candidates. When you win a lot of new members and you don't have the structure to deal with them, you can expect turbulence. And because it (Keadilan) merged with PRM, they have additional members so this is part of the growing pains,” he said.

“PKR is also being manipulated from outside. It is being pushed by Umno and Barisan Nasional to create a crisis situation internally. The idea is for the ruling coalition to portray the opposition as not viable. It's a psychological trap and PKR has fallen right into it, but PKR couldn't help it. People can expect more turbulence and defections right up until the next elections which will take place nine months from now,” he added.

Noting that the current crisis does not bode well for PKR and Pakatan because “people don't like internal feuds”, Chin cited Gerakan as an example, saying that the party was riddled with infighting and this led to a dismal showing in the last elections.

“The Malaysian electorate does not like petty fights, they see it as very childish,” he added.

However, Chin noted that not all hope is lost as the next general election would present PKR with a good opportunity to select new and credible candidates.

“The good news for PKR is that people would realise that these defections are only issues of housekeeping. They would not punish PKR for that. They would realise that all these people who have left were never meant to be leaders. What the people would punish PKR for is its performance in Selangor so it has to be prepared for that,” he said.

Good news and bad news

Bridget Welsh, an associate professor in political science at the Singapore Management University, felt that it is somewhat of a yin and yang experience for PKR.

“The good news is that it allows PKR the opportunity to form a good sense of cohesion as people who are not with the programme are leaving. This would allow the party to consolidate and lead from a much more cohesive message and stand.

“The bad news is that it would present a disunited image to the public and show that PKR consists of people who are not committed to the party and its cause. The defections clearly come from those who are not loyal to opposition issues. But this is something that PKR has faced from the very beginning since the Perak controversy. The question they need to ask is can all their members be trusted,” she said.

Pointing out that PKR is “very young and grew very fast”, Welsh said: “All that's happening now are teething problems as they try to find their ground. They have expanded very fast as people were given positions very quickly.”

Urging the party to focus less on Anwar's leadership in order to find its own foundation, the political scientist said the opposition leader is facing serious challenges not just from BN and Umno but also from within.

“He is trying to bring together people with very different outlooks. Many of the defectors are those who were previously with BN. They are already frogs so it's a small wonder that they are jumping now. I suggest that the party resolve its internal divisions. In the short term, you will see more reconfiguration of people in positions. In the long term, the party will learn from mistakes and choose candidates that are more loyal.

“PKR will be able to withstand this crisis but only if they don't let personality issues take precedence over changing and transforming system,” she added.

Resorting to a wildlife analogy, Universiti Malaya's Prof Dr Azmi Sharom said those who have quit are mostly ex-Umno members, “and its very hard for a leopard to change its spots.”

The current crisis, he added, is a good thing because it allows PKR to separate the wheat from the chaff but it is also important for the party to get its act together and convince the voters that such a situation would not recur.

“The public is fickle. They don't see the bigger picture, just the small things. And they want miracles immediately. This situation is exactly the kind of thing that would push fence-sitters to the other side. PKR is going to have a tough time convincing the public that this won't happen again because they don't have access to the mainstream media. They have to get their message through in different ways and they can't ride on the same message that they did in 2008. The public has heard that already,” he said.

As for Anwar, he said the opposition leader's charisma should not be underestimated but for sustainability, PKR has to be something that people look to as a group and not as a single individual.

“People didn't vote for (Prime Minister Datuk Seri) Najib (Abdul Razak), they voted for BN. Pakatan has to be the lingua franca of politics if it wants to surge ahead,” he stressed.

Blogger 'Zorro' ikat jamin anak Raja Petra

Seorang blogger menawarkan RM10,500 bagi mengikat jamin Raja Azman Petra, anak kepada Raja Petra Kamaruddin, yang kini melarikan diri di luar negara.

Raja Azman (kiri, tengah) mendapat liputan media apabila dia yang ditahan di penjara Sungai Buluh, menelan pisau cukur kerana mendakwa tidak tahan dengan penyiksaan.

Menurut peguamnya, J Chandra dan Amarjit Singh, blogger yang dikenali sebagai Bernard Khoo itu adalah rakan Raja Petra.

Raja Azman, 34, ditahan sejak 19 Mei tahun lalu selepas gagal membayar ikat jamin. Dia menghadapi empat pertuduhan mencuri dan memiliki harta curi.

Bapa mangsa, yang menulis dalam laman blognya Malaysia Today, mendakwa bahawa Raja Azman mengambil tindakan drastik itu memandangkan dia tidak lagi dapat manahan siksaan fizikal dan mental yang dikenakan terhadapnya oleh pihak berkuasa penjara.

Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) pada 25 Feb lalu menjalankan siasatannya di penjara Sungai Buloh dengan melawat Raja Azman.

Hasil lawatan itu, pesuruhjaya Siva Subramaniam yang mengetuai siasatan membebaskan pihak berkuasa itu atas semua dakwaan salah laku, dan mendakwa kecederaan yang dialami Raja Azman adalah akibat perbuatan sendiri.

Bagaimanapun tindakan Subramaniam itu dibantah oleh peguam yang mewakili Raja Azman yang mendakwa siasatan Suhakam tidak dijalankan dengan adil dan menyeluruh.

Ulat dalam taik sudah dijumpai

Dalam berita bertajuk "'Possible conflict of interest in fish box ruling'", Malaysiakini hari ini melaporkan:
There is possible conflict of interest in the Malaysian Fisheries Development Authority (LKIM) ruling which require fish importers to use the more expensive food grade fish boxes, claims Federal Territory Gerakan Youth chief Lau Hoi Keong.

According to Lau, the LKIM marketing division director Mohari Mohammad Tamin is one of the director in KF Marketing Sdn Bhd - the sole distributor of the containers (baca selanjutnya di sini)
Nampaknya misteri ulat dalam taik yang menyebabkan harga ikan naik tak fasal-fasal tidak cekap bersembunyi sehebat ulat-ulat dalam taik di sebalik misteri pembunuhan Altantuya Shaariibuu. Susah nak jumpa. Maklumlah, membisu seribu bahasa.

Apa pun, kita sedang menanti penjelasan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Noh Omar. Agaknya dia akan kata "saya tak terlibat". Ah, teringat pula serbuan polis di sebuah pusat pelacuran di Petaling Jaya 2005 lalu.
PB.

Molekkah Bawa Kes Minyak Ke Mahkamah?

IZINKAN beta bermadah sedikit mengenai tindakan DUN Kelantan yang meluluskan usul tergempar yang memberi mandat kepada kerajaan untuk membawa kes tuntutan royalti minyak ke mahkamah. Mungkin madah beta ini dilihat songsang dan tidak bersemangat Kelantanis. Tak mengapa, dengar dulu madah beta. Pasang telinga sebaik mungkin.

Mungkin keputusan DUN Kelantan adalah terbaik saat ini. Setelah melalukan berbagai tektik, teknik dan termasuk serangan tubi terhadap kerajaan UBN, namun kerajaan UBN tetap berkeras dan berdegil tidak juga mahu berikan royalti kepada Kelantan. Sebaliknya royalti itu ditukar dengan wang ehsan. Nampaknya Najib Razak yang melaungkan slogan rakyat didahulukan tidak berdegih dalam soal ini.

Dalam kes Kelantan ini kesopanan dan kelembutan Najib Razak sebagai seorang pemimpin hilang sama sekali. Selamanya Najib akan dilihat sebagai perdana menteri yang tidak jujur kepada rakyat Kelantan!

Lebih malangnya UBN tidak peduli dengan undang-undang, dengan semangat penubuhan Akta Pembangunan Petroleum ataupun kepada hasrat murni Tengku Razaleigh Hamzah yang hendak membantu negerinya. Wang... UBN terus mahu menguasai wang demi kepentingan politiknya.

Mulanya enam orang Adun Umno, yang hadir di sidang semalam menyokong cadangan Pas hendak bawa isu ke mahkamah. Tetapi apabila usul itu yang dibawah oleh Abdullah Yaacob (Pas - Air Lanas) (foto) ditambah dengan mengusulkan agar satu injuksi dikenakan ke atas Petronas agar membayar royalti kepada Kelantan, yang dibawa oleh Zulkefli Mamat (Pulau Chondong) ke enam orang Adun Umno yang digelar Enam Jahanam oleh orang Kelantan itu menarik balik sokongan mereka.

Mereka hanya sokong kepala, tetapi tidak sokong ekor. Mereka sokong isu itu dibawa ke mahkamah tetapi sokong satu injuksi dikenakan ke atas Petronas agar membayar royalti kepada Kelantan dibantah dan dihalang.

Apakah jenis Adun UBN ini? Dari mula lagi apabila mereka menyokong beta sudah tidak percaya sokongan itu ikhlas. UBN sokong kerana mereka merasakan usul Pas itu akan membawa untung dan laba kepada mereka. Kalau mereka tidak melihat keuntungan itu mereka tidak akan sokong kepala kemudian menarik ekor. Kenapa? Inilah politik kongkalikong...

Inilah yang beta nak syarahkan di sini. Umno sudah dapat merasakan kalau kes itu dibawa ke mahkamah ia akan berpihak kepada mereka. Bukan soal kerajaan Kelantan cukup bukti dan fakta serta sokongan-sokongan moral dan (alibi) lain tetapi mereka yakin mahkamh akan berpihak kepada mereka. Dengan kuasa hakim dan mahkamah, kes itu akan diperutkan begitu saja.

UBN mungkin dapat merasakan bagaikan nanti mahkamah akan main bola ping pong mengenai kes itu? Hari ini siapa berani mengatakan kerajaan tidak boleh kawal mahkamah? Siapa berani mengatakan perbicaraan di mahkamah tidak boleh diatur dan bebas sebebasnya. Dan siapa berani mengatakan mahkamah negara ini adil dan saksama? Beta tidak berani mengatakan mahkamah kita adil. Tidak berani.

Apa yang berlaku dalam kes yang sama (royalti minyak) di Terengganu yang dibawa oleh kerajaan Pas kelantan? Sejauh manakah kesannya? Macam mana kes itu diperutkan oleh mahkamah. Pas hanya menang kerana berjaya membawa kes itu ke mahkamah tetapi natijahnya untuk mendapat semula royalti seperti kerajaan BN Terengganu dapat, tinggal impian sahaja.

Apakah kes sama tidak akan berlaku dalam kes minyak di Kelantan kalau kerajaan Kelantan benar-benar membawanya ke mahkamah? Beta tidak mahu menjawabnya kerana anda sekalian dapat membuat simpulan dan menjawabnya sendiri.

Makanya bagi beta, sekiranya kes tuntutan minyak itu dibawa ke mahkamah ia akan menjeratkan leher kerajaan Pas sendiri. Apa yang bakal Pas lakukan itu umpama menyorongkan bantal ke kepala Umno yang mengatuk. Pandangan beta ini sama dengan pandangan seorang peguam kanan di Kuala Lumpur. Dia bimbang kalau Pas bawa kes itu ke mahkamah Pas akan terjempit.

Baginya Pas tidak perlu membawa kes itu ke mahkamah kalau atas tujuan untuk menyempitkan keadaan Umno. Apa yang Pas buat hari ini menurutnya sudah cukup. Kerajaan Persekutuan dan Umno terpaksa mengeluarkan iklan dalam akhbar untuk menyerang balas kerajaan Kelantan. Mereka terpaksa menghabiskan wang ratusan ribu untuk menunjukkan kepada rakyat mereka benar. Walhal secara pisokologinya iklan itu telah menunjukkan Umno sudah tewas dalam peperangan menyedut minyak ini.

Menurut peguam berkenaan apa yang dilakukan hari ini dengan ikut samanya Tengku Razaleigh Hamzah meyokong kerajaan Kelantan ia benar-benar meletakkan Umno dalam keadaan serba salah. Hari ini katanya gelombang di bawah menunjukkan rakyat bersama Pas dan melihat tindakan UBN itu sebagai jahat dan pengkhianat.

"Sayuti saya tidak fikir Pas akan menang dalam kes berkenaan hatta kerajaan cukup bukti,!" begitulah luah peguam berkenaan yang cukup berpengalaman itu tanpa mengulas lanjut kerana kita semua faham apa yang beliau maksudkan itu.

"Saya tiak tahu apakah motif kerajaan hendak membawa nya ke mahkamah. Mungkin Pas ada rahsia besar di sebaliknya. Dan apakah Pas telah membincang perkara ini dengan para peguamnya atau pun tidak," katanya lagi mengakhiri perbualan tengah hari tadi dalam kedaan sedikit kesal kalau Pas benar membawa kes itu ke mahkamah.

Iya beta juga merasakan Pas ada rahsia dan tektiknya berhubung tindakan itu. Kita tahu yang ada dalam Dewan itu bukan kecil anak. Mereka semua bijak bistari belaka. Mereka semua pandai. Mereka juga berani dan bengis. Kalau mereka takut nak lawan harimau mereka tidak akan masuk ke hutan dan berkokok atas bukit.

Mungkin kerana mereka ada senjata yang boleh membunuh harimau (Umno) itu maka mereka tidak lagi berminat kepada perundingan meskipun harimau yang garang itu boleh dijinakkan sehingga menjadi haiwan serkas melainkan membunuh harimau itu. Itu saja pilihannya.
Apa yang beta nampak Pas sengaja mahukan mahkamah ding diongkan kes itu hingga menjelang pilihan raya umum kelak. Tujuannya biarlah rakyat marah dan kemarahan itu akan diterjemahkan dalam peti undi. Kalau strategi ini menjadi dan benar gebini beta rasa Umno akan dapat kosong dalam pilihan raya ke 13 nanti. Ampunkan beta!
MSO

Ibrahim Ali Patut Ditahan Dibawah ISA

MCA membidas kenyataan Presiden Pertubuhan Peribumi Perkasa Negara (Perkasa) Datuk Ibrahim Ali yang mendesak kerajaan menghentikan pemberian projek atau tender istimewa kepada syarikat korporat Cina.

Menurut Pengerusi, Biro Pertubuhan-Pertubuhan Bukan Kerajaan MCA, Datuk Ti Lian Ker, kenyataan Perkasa berlandaskan ras dan berbau perkauman adalah satu tindakan yang tidak bertanggungjawab dan boleh mencetuskan sentimen prasangka perkauman yang semakin menebal.

“Kenyataan sedemikian akan menimbulkan ketidaktentraman bangsa Malaysia yang sedang diancam oleh ancaman luar dan dalaman di mana keharmonian negara buat pertama kalinya terancam oleh pelbagai isu nasional yang sengaja diwar-warkan oleh pihak tertentu yang mempunyai agenda merosakkan ketenteraman negara,” katanya dalam satu kenyataan media.

Menurut Ti, kenyataan Ibrahim itu seharusnya merujuk kepada semua kaum berlandaskan prinsip-prinsip yang murni dan bukannya mendedahkan kehodohan muka perkauman

“Ibrahim yang berselindung di bawah pertubuhan Perkasa dengan agenda politik peribadi semata-mata. Minda zero sum game berlandaskan batasan kaum juga akan merugikan negara dan bangsa dalam kegawatan ekonomi yang sedang dihadapi oleh semua.

“Kenyataan Ibrahim (kanan, memegang mikrofon) yang melulu dan tidak berasas adalah satu strategi politik lampau yang tidak boleh lagi diguna pakai dalam era 1Malaysia yang mempromosikan keberkesanan dan sumbangan positif kepada pembangunan negara yamg dapat membawa keuntungan optimum kepada semua rakyat Malaysia,” bidas Ti lagi.

Katanya dengan menjadikan korporat Cina sebagai sasaran akan menghalang kemasukan pelabur-pelabur asing dan kepakaran apabila mereka mengubah haluan akibat ketidak selesaan terhadap dasar negara yang menjadikan mereka mangsa tuduhan dan tohmahan.

Beliau berkata kenyataan ahli parlimen bebas dari Pasir Mas itu bolehlah disifatkan sebagai dangkal dan tidak relevan dalam era globalisasi yang semakin mencabar dan terbuka.

“Pandangan negatif sedemikian rupa adalah bertentangan dengan segala usaha murni pihak kerajaan dalam meliberalisasikan ekonomi negara, ke arah menarik lebih ramai pelaburan dalaman dan dari luar ke arah pembangunan negara, yang akan membawa keuntungan melimpah kepada rakyat keseluruhannya,” kata Ti.

Menurut beliau seharusnya semua pihak sepatutnya memberikan tumpuan tuntas dan fokus kepada usaha meningkatkan tahap daya saing ekonomi negara yang kini sedang berhadapan dengan saingan dan peluang kebangkitan ekonomi dari negara-negara jiran.

“Ini bukan masanya untuk kita berdebat mengenai siapakah yang seharusnya menikmati pai ekonomi negara yang lebih banyak.

“Dalam keadaan daya saing ekonomi negara kita yang kini semakin ketinggalan berbanding dengan negara-negara jiran, inilah masanya untuk semua pihak bersepakat duduk berbincang dan mencari jalan bagaimana untuk merencanakan kembali ekonomi negara tanpa menimbulkan isu-isu emosi berlandaskan politik semata-mata,” katanya lagi.

Menurut Ti, MCA berpandangan, mana-mana kontraktor yang mempamerkan sikap positif dan keupayaan terutamanya dari segi kesanggupannya, kemampuan dan keberkesanannya, harus dan perlu diberi peluang yang setimpal untuk bersaing supaya mereka kekal dan terus menyumbang ke arah pembangunan ekonomi negara.

“Polemik politik Ibrahim akan menjejaskan kepentingan dan kestabilan negara. Tindakan beliau dikhuatiri akan menakutkan pelabur dalam negara.

“Inilah masanya kita menunjukkan sikap mesra pelabur dan bukannya kehodohan perkauman,” katanya.

Beliau berkata tiada gunanya negara menampung kontraktor yang tidak berkesan dan kurang berprestasi yang pada akhirnya akan menggadaikan mutu pembinaan, selain mengancam keselamatan rakyat.

“Imej negara juga akan terjejas. Pengorbanan piawaian dan rasuah kuasa telah menyebabkan kerajaan dan rakyat mengalami kerugian atas keuntungan segelintir individu. Masalah ini juga telah mengancam kestabilan ekonomi dan keselamatan pengguna dan rakyat,” katanya lagi. -mk

Ulasan GB

ISA masih digunakan lagi, tetapi ia hanya untuk menahan demonstrasi yang dilakukan oleh peserta dari Pakatan Rakyat. Mengapa Ibrahim Ali dan para pemimpin UMNO yang kerap mengeluarkan kenyataan-kenyataan rasis dan yang berdemontrasi seperti di depan Kedutaan Australia tempohari tidak ditahan di bawah ISA? Atau setidak-tidaknya ditahan di bawah Akta Hasutan?

Najib: Umno tak perlu ke Sarawak

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata UMNO tidak perlu mengembangkan sayapnya ke Sarawak selagi parti-parti komponen Barisan Nasional (BN) negeri terus mendapat sokongan padu rakyat.

Selagi parti tunggak komponen BN negeri disokong oleh rakyat dan menunaikan janji kepada rakyat, UMNO tidak akan wujud di Sarawak, kata Perdana Menteri pada sidang akhbar selepas merasmikan perhimpunan agung ke-12 Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) di Kuching hari ini.

Sehubungan itu, katanya beliau beranggapan kejayaan pilihan raya negeri Sarawak akan datang akan menjadi kayu pengukur kepada kebangkitan BN setelah mengalami pengalaman yang pahit pada pilihan raya umum 2008.

Najib yang juga pengerusi BN dan presiden UMNO berkata ini kerana mengikut jadual, pilihan raya negeri Sarawak dijangka diadakan lebih awal daripada pilihan raya umum berikutan tempoh mandatnya akan tamat pada Julai tahun depan.

"Sebab itu perhimpunan PBB hari ini begitu penting sekali kerana pemimpin PBB di semua peringkat, terutamanya di peringkat akar umbi yang datang ramai, menunjukkan bahawa PBB bersedia untuk berjuang sehingga kita (BN) mencapai kejayaan yang besar," katanya yang menyifatkan PBB sebagai rakan setia BN dalam senang dan susah yang berjalan seiring dengan Umno dan BN.

"Mari kita buktikan BN tetap relevan untuk sepanjang masa dengan kemenangan yang besar pada pilihan raya nanti dan tidak ada parti lain yang dapat mampu menyedia alternatif kepada BN," katanya.

Najib (kanan) berkata kesetiaan PBB kepada BN telah terbukti selain dapat menyakinkan rakyat untuk menyokongnya dan BN dan menurutnya hubungan rapat itu perlu dimantapkan lagi.

Sementara jalinan akrab di antara kerajaan pusat dan kerajaan negeri adalah cara terbaik daripada segi komitmen untuk menyalurkan peruntukan pusat yang akan menguntungkan rakyat jelata, kata Perdana Menteri.

"Apa yang baik bagi Sarawak dan Malaysia, kita akan berjuang bersama. Inilah persefahaman yang dapat melonjak Sarawak ke tahap yang lebih tinggi," katanya.

Katanya perhimpunan PBB kali ini dengan berbekalkan semangat luar biasa, adalah yang terakhir disertai oleh perwakilan dan pemerhati PBB sebelum pilihan raya negeri nanti.

Presiden PBB Tan Sri Abdul Taib Mahmud (kiri, berbaju batik kuning) pula berkata memperjuangkan nasib rakyat tetap menjadi keutamaan dalam perjuangan parti yang telah diberi kuasa dan mandat oleh rakyat.

"Apa guna mempunyai sebuah parti yang berkuasa tetapi gagal memperjuangkan nasib rakyat sehingga mereka berasa kecewa kepada parti," katanya.

Taib yang juga Ketua Menteri Sarawak berkata pembangkang hanya mahu merebut kuasa dan bukan menjadikan kuasa yang ada untuk membela rakyat.

Beliau berkata rakyat Sarawak telah lama menolak cara politik pembangkang itu yang diibaratkan seperti "katak" kerana tidak mempunyai cara politik yang konsisten.

- Bernama

`Dua sejoli’ bakal gegar Parlimen Tasek Gelugor

TASEK GELUGOR, 2 Mac: Pertengahan Februari lalu, Parlimen Tasek Gelugor tiba-tiba bergoyang apabila Hasbie Satar, setiausaha politik kepada Ahli Parlimen Tasek Gelugor yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Nor Mohamed Yaacob ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bersama jutaan wang yang dimiliki.

Isu mengenai Parlimen Tasek Gelugor tidak terputus di situ sahaja kerana ada satu lagi kes 'Skandal Dua Sejoli' bakal menggemparkan lagi kehangatan dalaman Umno bahagian yang diterajui oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Permatang Berangan, Shabudin Yahya.

Isu tersebut sudah menjadi barah di dalam kepimpinan parti itu dan menanti 'meletup' tidak lama lagi ekoran keengganan dua sejoli, masing-masing mempunyai jawatan dalam bahagian berenggang walaupun dinasihati oleh ketua bahagian yang berstatus ustaz.

Namun masing-masing dikatakan berdegil untuk terus berasmara dana macam kata Ahmad Nesfu dalam filem komedi arahan Tan Sri P Ramlee.

Keegoan dan kasih sayang mungkin telah mengatasi segala-galanya sehingga membuatkan mereka acap kali dilihat bersama ke sana ke mari tanpa rasa malu.

Salah seorang pelakon skandal yang berangan-angan untuk dicalonkan sama ada di Dun Permatang Berangan, Sungai Dua atau Teluk Air Tawar pastinya melalui lorong yang agak gelap kerana terpaksa dibuang dari senarai pencalonan dan digantikan dengan orang baru walaupun setahun jagung mengenal perjuangan Umno.