Isnin, 1 Mac 2010

Lompat Katak!!! Yang sebenarnya.........

Assalamualaikum...


Gawat politik hari ini.......semuanya pasal fuluus...ada masyuk maka banyaklah lagi lompatan. Lagi cepat lagi tinggi melompat. Cuma kurang bunyi sebab musim panas tapi herannya bersahutan macam musim hujan pula. Lepas satu, satu yang melompat. Ini adalah kerja orang2 yang terdesak. Membeli orang2 yang tak bermaruah. Guna duit rakyat untuk kepentingan politik yang semakin hancur dan semakin di benci rakyat bahkan dah dipandang rendah oleh seantero dunia. Inilah kerja pemimpin gerombolan sekarang. Mereka akan memerhati dan meneropong setiap ahli Parlimen pakatan rakyat yang bermasaalah dan berhubung dibelakang tabir dengan janji habuan wang ringgit. Juga hal ini diusahakan juga oleh bekas2 pemimpin PKR yang mempunyai hubungan baik dengan ahli2 parlimen ini. Mereka ini saling berhubungan sesama mereka sambil pujuk memujuk dengan habuan yang lumayan dengan perantaraan pemimpin gerobolan yang mereka kenali. Semuanya kerana duit. Telah hilang kewarasan dan sifat bertanggung jawab kepada amanah yang telah diberikan rakyat terbanyak walau pun berkepiah tak lekang dikepala.......berjuang seolah olah hanya Islam lah yang dibela dan akan mempertahankan Islam bermati matian. Tapi oleh kerana memang dah perangai jenis mangkaq kata orang utara berlakun macam mana pun memang jenis mangkaq dan pelaq.

Sebenarnya kerja2 melompat ni telah diketahui umum. Saya selalu membongkarkan perkara tersebut sebelum ini. Perkara ini juga telah saya maklumkan kepada seorang dua pemimpin PKR yang saya kenali. Ahli2 Parlimen Kulim Bandar Baharu, Nibung Tebal dan Bagan Serai.....tambahan pula maklumat ini diperolehi dari seorang kawan yang mempunyai hubungan dengan AP tersebut yang telah membincangkan hal tersebut di sebuah hotel di Kuala Lumpur. Semuanya beres cuma memntikan habuan sahaja. Lagi cepat dapat lagi cepat sidang media dibuat. Nah akhirnya senuanya menjadi kenyataan. Saya juga bertanya kepada teman2 di Perak berkenaan dengan AP Bagan Serai...jawapannya AP tersebut tidak dapat dihubungi dan memang beliau seorang bermasaalah terutamanya di Cabang Bagan Serai sendiri. aduhaaaai...mungkian jadi lompatlah kalau macam ni!!!!!. Tentang AP Kulim Bandar Baharu pula......dah hilang dikawasan parlimen dah. Tak nampak muka lansung. Mungkin sibuk berkuliah dan berkutbah kot. Katanya pergi Korea pun parti tak suruh. Banyak duit nampak.....banyak orang susah di Kulim Bandar Baharu yang memerlukan bantuan hang oii.... Nasib baik lah ada Ahli Majlis di Parlimen hang yang bekerja. Mengumpul dana seadanya dan menyelesaikan masalah semampu. Harap kat hang,,Hancuqqq. Dengaq kabarnya sidang media lompat melompat Ahli Parlimen Nibung Tebal ni hang yang URUS kan....Betol ke? Hebat hang jadi pengkianat rakyat lanie.....sampai begitu dasyatnya mainan hang.. Hang bila nak lompat lagi?... Lagi cepat lagi bagus..Pimpinan di Kulim Bandar Baharu termasuk rakyatnya dah tak kebuloq kat hang Zul Nordin oiiii...

Khabarnya dari bekas Setiausaha Agong PKR memaklumkan terdapat dalam 10 orang Ahli Parlimen dari PKR yang akan melompat dan keluar dari PKR. Bermakna lagi ramai keluar lagi besarlah dana dan wang rakyat yang akan digunakan. Ini tak termasuk komisyen broker politik yang bekerja siang malam untuk merealisasikan impian mereka dengan habuan yang akan diperolehi jika Ahli Parlimen ini melompat. Tak percaya tanya Zamil Ibrahim bekas ahli PKR yang kerja buatnya adalah perniagaan politik sehingga menjadi kaya raya. Tapi kaya lagi mentornya siraja kotak Ezam Mohd Noor. Mereka ini lah yang berkerja kuat dengan berhubung dengan Ahli2 Parlimen yang sealiran dengan mereka dulu. Sebab itulah sebelum ini terdengar juga ura2 AP Kuantan dan Kapar juga nak melompat...Apa pun kita tunggu adakah berita ini menjadi kenyataan atau tidak tapi bak kata orang politi sekarang masakan pohon bergoyang jika tidak ada berok yang menggoncang.......

Sebenarnya impian mereka ini adalah impian gerobolan.....ingin menjatuhkan kredebiliti Ketua Umum PKR DSAI. Mereka mahukan jumlah ahli Parlimen PKR berkurangan. Dan jika PKR berkurangan ahli parlimennya maka Ketua Pembangkang perlulah diganti dengan Ketua pembangkang yang baru. Dan pastilah diganti dengan Ahli Parlimen dari DAP. Dan makin senang dan mudahlah keja buat mereka di Parlimen kelak dan semakin mudahlah di mainkan isu2 perkauman nanti dalam kempen2 politik mereka terutamanya kepada orang2 Melayu. Pakatan Rakyat juga akan bercelaru dan berantakan. Inilah tujuan sebenar Gerombolan. Mereka tidak sanggup berhadapan dengan hujah2 Ketua Pembangkang di Parlimen.Mereka tidak mahu Pakatan Rakyat kukuh dan bersatu. Jadi mereka sanggup membayar dengan harga yang mahal...tambahan pula ada Ahli2 Parlimen yang memang lapaq duit untuk menjadi kaya segera. Lupa kepada amanah dan harapan rakyat agar berjuang untuk rakyat Malaysia. Mereka sanggup persetankan amanah dan tanggung jawab yang diberi semata mata harta dunia. Tambahan pula mereka juga sedar ini lah peluang terakhir mereka unyuk menjadi jutawan segera kerana mereka tahu mereka tidak akan dipilih semula untuk pilihanraya yang akan datang......Akhir kalam kami sebagai rakyat yang memilih hampa sebagai wakil kami dan kamu mekompat dan tidak memikul amanah yang diberi maka kami tidak akan halalkan duit yang kamu dapat di DUNIA dan AKHIRAT.....Amiin....


SUARA RAKYAT SUARA KERAMAT

Noh Omar Kantoi... Rakyat Merana...

Pada 24 Oktober 2009, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar mengumumkan penggunaannya dilaksanakan mulai hari ini selepas dibantah sebelum ini.

Yusoff juga membantah syarat mewajibkan pembelian kotak berinsulasi itu hanya daripada KF Marketing Sdn Bhd (KFM) yang ditaja Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM). Katanya, monopoli KFM itu bersifat menindas rakyat kerana semua kos tambahan akan disalur kepada mereka, walhal lima kilang lain bersetuju menjual kotak sama pada harga lebih murah.

Ahli jawatankuasa Persatuan Import dan Eksport Malaysia, Tan Chee Meng, berkata sebahagian besar pengimport ikan dari Johor, Selangor, Kedah dan Perak nekad menghentikan import ikan mulai hari ini.

Rujuk sumber di sini.


Bukannya nak cari jalan mengurangkan beban rakyat... tetapi menambahkan beban lagi..., mangkuk hayun punya menteri... ada muslihat di sebalik penguatkuasaan penggunaan tong ikan ini rupanya..., pusing sana... pusing sini... diorang jugak... yang masyukkkkk...

Jahanamkan barisan nasional dan umno dalam PRU-13 nanti..., dah makin menyampah gua tengok...

Ali Rustam Puja Shah Rukh Khan, Ahmad Said Suka Rani Mukherjee

Dulu Ali Rustam yang meminati pelakon bollywood. Pelakon yang diminati Ali Rustam adalah Shah Rukh Khan. Namun virus filem bollywood sampai ke negeri pantai timur iaitu Terengganu.

Lain pula ceritanya di Terengganu. Menteri Besar Terenganu, Ahmad Said pula meminati heroin bollywood iaitu Rani Mukherjee.

Memang sah Ketua Menteri atau pun Menteri Besar dari kalangan UMNO meminati pelakon bollywood. Bukankah UMNO itu memperjuangkan hak melayu? Konon-kononnya membela melayu tetapi pelakon hindi jugalah yang dipujanya.

Setahu rakyat, UMNO ini suka main isu perkauman tetapi kenapa bollywod itu di angkat ke sana sini? Pelakon bollywood itu melayu ke? Alahai Pemimpin UMNO. Bolehlah dikatakan orang UMNO ini suka pelakon bollywood cuma seorang sahaja yang meminati orang Mongolia iaitu Najib.

Antara yang diketahui umum pemimpin UMNO meminati pelakon bollywood ialah Rosmah Mansor pernah bercium pipi dengan Arjun Rampal, Ali Rustam memberi darjah kebesaran kepada Shah Rukh Khan (nasib baik Ali Rustam tidak gay) dan terkini Ahmad Said membawa Rani sebagai lokasi penggambaran filem bollywood.

Cuba kita susun Menteri Besar dan Ketua Menteri yang masih belum membawa masuk pelakon bollywood. MB Perlis kemungkinan akan membawa masuk Preity Zinta, MB Johor akan membawa masuk Mahima Chaudary, MB Pahang akan membawa masuk Juhi Chawla, MB Negeri Sembilan akan membawa masuk Priyank Chopra dan MB Perak akan membawa masuk katak dari Mumbai.

Kerajaan negeri menyambut baik cadangan sebuah syarikat perfileman Bollywood yang merancang menjadikan negeri itu sebagai sebahagian daripada lokasi penggambaran filem terbaru mereka.

Menteri Besar, Datuk Ahmad Said berkata, filem lakonan Rani Murkherjee itu dijangka memulakan penggambaran di beberapa tempat menarik seperti Tanjung Jara, Tasik Kenyir, Muzium Negeri, Pulau Redang dan Lapangan Terbang Sultan Mahmud mulai Mei ini.

"Kita yakin apabila filem itu mengadakan penggambaran di negeri ini, ia memberi kelebihan kepada Terengganu apabila tempat-tempat menarik dalam filem itu akan ditonton oleh peminat filem hindi yang berada di seluruh dunia,” katanya.

Beliau berkata, selepas menyaksikan majlis menandatangani perjanjian persefahaman antara Primula Beach Hotel Sdn. Bhd. dan Taman Tamadun Islam (TTI) Management Sdn. Bhd. di sini petang ini. - Dipetik dari Bernama

Le Tour De Langkawi: Kisah Disebalik Kisah

Malaysiakini lapor begini:
Seorang anggota EXCO Kerajaan Kelantan melahirkan rasa kecewanya dengan Penganjur perlumbaan berbasikal Le Tour de Langkawi kerana membelakangkan Menteri Besar Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat pada upacara melepaskan peserta hari ini.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Belia, Sukan dan NGO Negeri, Abdul Fatah Mahmood berkata apa yang berlaku di majlis pelepasan itu di hadapan Istana Balai Besar pagi tadi adalah sesuatu memalukan.

"Ia tidak menghormati tok guru selaku menteri besar dan tuan rumah yang sepatutnya melakukan pelepasan itu," katanya kepada pemberita di Kota Bharu hari ini.

Majlis pelepasan disempurnakan oleh Timbalan Menteri Kewangan Datuk Dr Awang Adek Hussin.
Kisah sebelumnya yang tak ramai orang tahu:
Pada 28hb. Februari, 2010 (Ahad) ada Majlis Pelancaran TMPoint TM Authorized Dealer (TAD) Kubang Kerian. Dealer bagi cawangan TAD Kubang Kerian ini adalah Azmi Ali, adik kepada Ibrahim Ali.

Azmi Ali sendiri telah menjemput YB Senator Datuk Dr. Awang Adek untuk merasmikan majlis ini. Azmi Ali ni memang rapat dengan Awang Adek, siap boleh call hp Awang Adek bila-bila masa dia nak (jangan terperanjat kalau lepas ni Ibrahim Ali isytihar masuk UMNO).

CEO TM, Dato' Zamzairani tidak dapat hadir ke majlis perasmian TAD tersebut dan telah menghantar surat memohon maaf kepada Awang Adek kerana tidak dapat hadir. Ini perkara biasa, kerana sebagai Timbalan Menteri Kewangan, secara logiknya, Awang Adek adalah orang yang bertanggungjawab menandatangi penyambungan kontrak perkhidmatan CEO TM ini dan juga pemberian peruntukan kepada TM dan sebagainya.
Jadi tidak hairanlah kalau Tuan Guru MB Dato' Nik Abdul Aziz diketepikan sewenang-wenangnya untuk memberi penghormatan kepada Awang Adek.

Ini tidak lain tidak bukan hanya untuk memastikan kedudukan CEO TM, Dato' Zamzairani dan TM sendiri terjamin di bawah YB Senator ini, sebab itulah mungkin segala permintaan Awang Adek dipenuhi, ataupun selagi ada peluang nak bodek YB Senator ini, peluang itu akan digunakan sepenuhnya hatta membelakangkan Tuan Guru MB Kelantan Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Bajingan masuk umno - umpama dubuk kembali ke kumpulannya

"Dengan lafaz 'bismillahirrahmanirrahim,' saya dengan ini atas dasar mempertahankan prinsip memperjuangkan agama, bangsa, tanah air serta kepentingan rakyat Malaysia, saya mengumumkan penyertaan dalam UMNO dan Barisan Nasional (BN).

"Dengan sendirinya (saya) keluar PKR atas dasar hilang kepercayaan terhadap parti tersebut. Insya-Allah saya berdoa agar diberi kekuatan serta bimbingan dalam urusan perjuangan menggunakan wadah baru ini,"

Demikian deklarasi Mohammad Fairus Khairuddin, Bekas Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang, ketika mengumumkan keluar parti itu dan menyertai UMNO.Beliau membuat pengumuman itu sewaktu berucap di hadapan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada majlis perjumpaan kepimpinan tertinggi Pertubuhan Silat Seni Gayong Malaysia (PSSGM) di sini malam ini.(lihat gambar bahah)

Benarkah kemasukan Fairus ke dalam UMNO menggembirakan kalangan Umno? Fairus, 33, yang pernah dikaitkan dengan siasatan rasuah membabitkan projek kuari di Pulau Pinang, meletakkan jawatan timbalan Ketua Menteri 1 pada 8 April lalu.Beliau juga melepaskan jawatan ADUN Penanti pada 16 April lepas atas alasan budak sekolah : ingin melanjutkan pelajaran ke peringkat pascaijazah.

Fairuz ini sudah memiliki Ijazah Sarjana Strategik dan Pertahanan, Ijazah Sarjana Pengurusan dan Perniagaan (MBA), Ijazah Sarjana Muda Sains Politik - Hubungan Antarabangsa dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dan Sijil Pengajian Syariah, Universiti Malaya.

Berdasarkan bukti SPRM P.Pinang , Fairus sepatutnya boleh didakwa.Namun SPRM Pulau Pinang, yang bertanggungjawab melengkapkan siasatan kes Fairus masih bingung dan terkejut dengan keputusan ibu pejabatnya di Kuala Lumpur yang telah membebaskan Fairus daripada tuduhan kononnya kes Fairus tidak cukup bukti.

Ketika Fairus meletakkan jawatannya dulu sebagai TKM 1 dan Adun Penanti ; Umno telah begitu gembira dan menyambut baik dengan kenyataan berikut :

PULAU PINANG: Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang, Datuk Azhar Ibrahim berkata, keputusan yang dibuat oleh Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang, Mohammad Fairus Khairuddin meletakkan jawatan adalah wajar kerana beliau tidak menjalankan tugasnya dengan baik terutama dalam membantu orang Melayu.

Beliau yang dihubungi Bernama berkata, sebagai Timbalan Ketua Menteri I yang mewakili orang Malayu, beliau sepatutnya membantu masyarakat Melayu di negeri ini."Memang wajar beliau letak jawatan kerana selama pegang jawatan pun beliau tidak buat apaapa terutama untuk masyarakat Melayu dan pembangunan di kawasannya.Lihat
di sini

Komen : Umpama seekor lagi dubuk yang sesat dan kini kembali semula kepada kumpulannya yang sekufu dengan dirinya.Fairuz juga memberi alasan keluar PKR atas isu penggunaan kalimah Allah oleh non- muslim. Ada lagi seekor bajingan dalam PKR yang juga menentang penggunaan kalimah oleh oleh non-muslim; kita menunggu bila pula bajingan ini akan mengikuti jejak Fairuz ..../ end

Tahniah Pemuda Pas Kuala Krai Atas Usaha Kuat!

Pada hari Sabtu, 13 Febuari 2010 yang baru-baru ini, Dewan Pemuda PAS Kawasan Kuala Krai & wakil Gerakan Rakyat Kelantan Kembalikan Royalti Rakyat (GEGAR), sama -sama turun padang di Simpang 3 Traffic Light Guchil untuk memberikan CD ceramah Ku Li dan Buku Fakta Royalti secara percuma kepada anak-anak Kelantan dari perantauan yang pulang ke Tanah Serendah Sekebun Bunga sempena cuti Tahun Baru Cina.

Kelihatan YB Ustaz Abd Latif Abd Rahman, Ketua DPPNK, Ust Mahadi Mat Zain, KP DPPK K. Krai, Sdr Nazman Che Iberahim (Ketua Penerangan DPPK K. Krai,) Sdr Ismail Mohamad (Exco DPPNK), Sdr Rosdi (Wakil GEGAR), Ust Zaki (Timb KP DPPK K. Krai), Sdr Rosli (Bendahari DPPK K. Krai), Sdr Din anak Jali Roti Tempayan (Setiausaha MTD Guchil), dan sahabat-sahabat Unit Amal Kuala Krai.

Adik Unit Amal yang paling hujung sempat menoleh ke belakang, risau juga ditabrak kereta dari belakang. Berikut merupakan rangkuman gambar-gambar peristiwa yang sempat dirakamkan lensa kamera saya.


Ust Hashim, Komandan Unit Amal Kuala Krai datang membawa 'bala tenteranya' dari Mengkebang.

Kereta yang bersusun-susun sepanjang jalan menuju Kota Bharu

YB Ust Latif sempat bertanya khabar kepada anak perantau yang baru pulang

Dan, mereka diberikan buku royalti percuma sambil diperhatikan Sdr ISmail



Ust Mahadi sedang membebel tentang sesuatu, yang hanya difahami oleh Matju.



Sdr Nazman bersama Ust Latif

YB turun padang jumpa anak perantau



Ni gambar apa ni...?



Jem teruk sehingga ke Peria


Para anggota Unit Amal penuh semangat bertugas

Bisik sesuatu?



Hati-hati dik, sampai ke tengah jalan tu...


Abang Azizan, kiri sekali (Ketua Cawangan Khas Daerah, PDRM) turut serta memantau keadaan gerak kerja kami bersama dengan AJK Pemuda PAS Kuala Krai, Sdr Raja Jurrey


Apa tu Din sampai tersenyum?

Ust Hashim sibuk mengarahkan anak-anak buahnya bertugas

Dan, jem lagi...








http://pemudakrai.blogspot.com/

Teman guh dedulu ....

Teman sayangkan perjuangan ini .... REFORMASI

Teman telah mengundi calon PAS dan Semangat 46 dalam dua atau tiga PRU sebelum PRU 1999 walaupun pada ketika itu teman adalah ahli UMNO. Teman didaftarkan tanpa teman sedari. Teman tak tahu macam mana teman didaftarkan. Teman tak pernah sain borang keahlian. Teman tak pernah bayar yuran. UMNO lama teman ahli, UMNO barupun teman ahli. Teman adalah bekas Bendahari Pemuda UMNO Cawangan Lempor Hilir semasa teman berumur 19 tahun. Ada surat lantikan. Tapi teman tak pernah kutip duit atau terima duit. Sekali sekala Li Zahari akan bawak teman makan mee soto di Manong. Tak pernah teman buatpun penyata akaun. Masa deme buat mesyuarat agung, teman takde di kampung, teman di u.

Semasa di u, teman aktif berpersatuan. Teman adalah YDP anak Perak. Dua kali teman jadi pengarah projek HEP di Kedah. Teman masih simpan surat penghargaan Kerajaan Kedah atas kejayaan teman yang dikatakan telah berjaya memesrakan kembali penduduk Rasau dan Asam Pagi. Man Bedul sebagai YB Pendangpun gagal memulihkan keadaan tidak mesra di kampung berkenaan. Bahkan Man Bedul pernah offer teman untuk jadi ADO di Kedah. Oleh kerana jawatan ADO dan DO khas untuk anak Kedah jer, maka teman dikehendaki nikah dulu dengan anak Kedah. Sayangnya girl friend teman bukan anak Kedah. Girl friend teman orang Parit. Abih ngaji, keme kawin dan anak udah lima.

Semasa pilihanraya kampus teman bertanding. Kehadiran teman mengejutkan puak2 yang bertanding. Puak PMI yang macam PAS dan puak PBM yang macam UMNO. Walaupun sebelum itu ada juga kedua2 pihak ini datang melamar teman untuk jadi calon deme, tapi teman tak sior. Selepas penamaan calon, kedua2 puak pujuk teman supaya tarik diri. Takde pulak deme magi duit. Kalo idak pak cik kayo weh ...

Masa berkempen deme udah naikkan poster gambor calon deme. Banyak duit deme. Teman tak beduit. Rupa2nya baruler teman tahu kalo nak bertanding kena ada penaja atau duit. Nasib baik teman ada kojer masa ngaji. Jadi caddy golf. Hari takde kuliah atau hari cuti teman jadi caddy. Kekadang sari boleh dapat RM50. Banyak tu. Bolehler juga teman bagi duit tu pada tok teman di Lempor.

Teman potostet gambor teman. Potostet bagi besor. Teman senaraikan projek2 persatuan dan u yang teman pernah jadi pengarah atau AJKnya. Banyak rupanya yob. Lebih 20 projek di sepanjang dua tahun teman ngaji di u. Masa teman bertanding tu, teman baru tahun tiga. Teman masukkan gambor teman di bawah pintu bilik. Terima kasih teman kepada beberapa orang kengkawan yang menolong memperkenalkan teman.

Teman bertanding kerusi umum. Ada 13 calon termasuk teman. Hanya enam calon yang mendapat undi tertinggi sahaja yang akan dilantik sebagai MPP. Teman dapat 2022 undi. Nombor enam tertinggi. Huh, ramai juga yang ngundi teman. Tima kasih kepada deme yang telah ngundi teman. Nombor satu hingga lima dimenangi oleh puak PMI. Nombor tujuh oleh PMI. Yang selebihnya adalah puak dan geng PBM.

Sebaik teman diumumkan sebagai anggota MPP, teman mula nyesai bertanding. Teman sengsorang dalam keluarga PMI. Teman tak gheti buat kojer dengan deme. Deme sembang baguih punya. Deme banyak sembang agama. Deme banyak buat program agama. Teman deme suruh buat Seminar Kepimpinan Pelajar ASEAN. Kulu keloler teman berurusan dengan Dr. Fadhil Che Wan. Kalo bab ngadap menteri, puak PMI memang lemah.

Itu dulu, kisah teman dedulu ..

La ni perjuangan yang teman rasa serasi dengan jiwa teman ialah reformasi. Oleh kerana reformasi dimulakan oleh DSAI, maka teman menyokong PR. Teman kurang yakin dengan PAS. Tetapi lagi tak yakin pada UMNO. PKR pulak masih baru dan masih banyak lemahnya. Dalam lemah2nya tetap ada kekuatan yang PAS takde. Kekuatannya ialah reformasi. Berani berubah dan berani mencuba perubahan. Penyokong reformasi tidak mahu melihat wakil rakyat deme sama kelaku macam UMNO!

Bini teman udah masuk bilik. Teman nak ke kedai mamak. Perak kan ker negeri mamak ...

2010 : TAHUN UMNO/BN KUTIP SAMPAH....uwekkkk...busuk!!!



ar_rawa

Nazir Razak 40 terkaya di Malaysia, CIMB siapa punya?


Baru-baru ini majalah Malaysian bisnes menyenaraikan 40 orang rakyat Malaysia terkaya.Penyeneraian ini dibuat berdasarkan kaji selidik nilai pegangan saham mereka dalam syarikat yang tersenarai dipasaran saham pada 15 januari 2010.

Apa yg menarik ialah adanya muka baru dari 40 orang rakyat Malaysia yg terkaya. Antara muka baru yang disenaraikan ialah Datuk Nazir Razak adik kepada Perdana Menteri Malaysia Datuk Najib Razak.

Kekayaan Datuk Nazir Razak dikaitkan dengan CIMB Group dimana beliau sebagai ketua pegawai eksekutif. Seperti yg dinyatakan kekayaan Datuk Nazir dinilai dari jumlah pegangan beliau didalam syarikat yg tersenarai dibursa saham Kuala Lumpur. Syarikat yang dimaksudkan sudah tentu lah CIMB Group.

Setahu saya CIMB adalah syarikat kaitan kerajaan(GLC). Datuk Nazir ialah ketua pegawai executif CIMB group.

Persoalannya sekarang ialah adakah Datuk Nazir juga memiliki pegangan syer dalam CIMB. kalau mengikut kaedah yg diguna untuk mengenal pasti kekayaan sesaorang berdasarkan pegangan syer didalam syarikat yg tersenarai ini bermakna Datuk Nazir memilikki sejumlah pegangan didalam CIMB group.

Isunya apa status CIMB sekarang. Adakah masih sebagai syarikat kaitan kerajaan.Berapa jumlah pegangan kerajaan dalam CIMB yang asalnya ialah Bank Bumiputra.

Apakah kerajaan masih memiliki pegangan majorati atau sekadar golden syer.Perdana Menteri perlu menjelaskan semua ini termasuk berapa pegangan yg dimiliki olih adiknya Nazir dan bila pegangan itu diperolihi serta darimana pegangan itu diperolihi.

Adakah pegangan itu diperolihi dari pegangan kerajaan.Rakyat perlu diberikan penjelasan bagaimana Nazir Razak adik kepada Perdana Menteri yang bekerja makan gaji dengan syarikat kaitan kerajaan tiba tiba menjadi orang yang ke 40 terkaya diMalaysia dengan jumlah kekayaan rm385 juta.pelik bin ajaib.

Dato,Mahfuz Omar,
Naib Presiden PAS,

Keputusan Tee Beng Keluar Parti Eratkan Kerjasama Pakatan Rakyat

Keputusan Ahli Parlimen Nibong Tebal Tan Tee Beng untuk keluar daripada KEADILAN tidak memberi sebarang kesan dan impak kepada Pakatan Rakyat Pulau Pinang.

Malahan bagi penyokong akar umbi Pakatan Rakyat di Jelutong keputusan yang diambil beliau itu merupakan berita gembira kata ahli jawatankuasa KEADILAN Cabang Jelutong Khairil Anuar Kamarudin.

"Tan Tee Beng yang merupakan Ketua Cabang KEADILAN di Jelutong tidak pernah sekali pun turun padang mahupun menghadiri sebarang program yang dianjurkan oleh parti termasuk program anjuran rakan dalam Pakatan Rakyat," jelasnya.

Beliau juga menegaskan malah ada rakan dalam Pakatan Rakyat tidak pernah berjumpa dengan Tee Beng tetapi sebaliknya mengetahui namanya melalui media massa sahaja.

Sehubungan dengan itu tindakan beliau keluar KEADILAN dianggap satu langkah yang baik dan memberi ruang yang luas kepada calon yang lebih layak untuk menyandang jawatan Ketua Cabang kawasan itu.

"Selama menyandang jawatan ketua cabang beliau gagal mengangkat martabat parti di kawasan itu dan juga gagal menjalinkan kerjasama baik dengan rakan PAS dan DAP di Jelutong.

"Saya percaya dengan keluarnya beberapa pemimpin dan ahli yang mempunyai kepentingan peribadi ini sedikit pun tidak mengugat kestabilan dan kekuatan Pakatan Rakyat di kawasan ini kerana rakyat yang cerdik mampu menilai kredibiliti pemimpin seperti ini," kata beliau yang jugs Exco Angkatan Muda KEADILAN Pulau Pinang.

Pada sidang media bersama rakan Pakatan Rakyat yang diadakan di markas PAS kawasan Jelutong hari ini beliau secara sinis mengucapkan terima kasih kepada Tee Beng kerana memberi laluan dan ruang untuk kerjasama yang lebih erat di kalangan penyokong Pakatan Rakyat. -SK

Fairus, Tee Beng Keluar, Pembersihan Dalaman PKR

PUTRAJAYA, 1 MAC - Anwar yang juga ketua umum PKR menyifatkan tindakan bekas Adun Penanti, Mohamad Fairus Khairuddin dan Ahli Parlimen Nibong Tebal, Tan Tee Beng yang keluar parti kerana termakan janji pihak lain sebagai pembersihan dalaman.

Anwar berkata parti itu akan terus memberikan tumpuan utama kepada permasalahan Negara dan tidak akan melayan gelagat pemimpin yang tidak tahan dengan dugaan perjuangan.

Anwar berkata tindakan Fairus dan Tee Beng keluar dari PKR tidak memberi kesan kepada perjuangan parti itu sendiri.

"Fairus dia tidak terlibat dengan parti sudah hendak dekat setahun setengah sudah dan banyak-banyak masalah berbangkit selepas itu dan sepertimana yang kita tahu, Pilihan Raya Kecil Penanti pun dia tidak turun dan Pilihan Raya Permatang Pasir pun dia tidak datang, hendak kata terkejut tidaklah juga.

“Maknanya dia tidak langsung melibatkan diri dalam parti sejak dia meletakkan jawatan sebagai Timbalan Ketua Menteri,"katanya.

Anwar berkata apa yang penting ialah Fairus digantikan oleh Dr mansor Othman untuk memantapkan kerajaan negeri Pakatan Rakyat di Pulau Pinang.

“Kes bekas Ketua Menteri I Pulau Pinang itu lebih dari setahun sudah kita minta dia letak jawatan kerana prestasi dia dan kita perlu seorang pemimpin Melayu yang lebih berwibawa di Pulau Pinang bekerjasama dengan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng,"katanya.

Anwar turut tegas dalam tindakan Tee Beng mengecam guan eng secara melulu tanpa melalui saluran parti.

“Soal Tan Tee Beng, kenyataan beliau terhadap Lim Guan Eng itu, jadi kita putuskan untuk bersama dengan semanat Pakatan Rakyat dan kerjasama dengan kerajaan negeri Pulau Pinang bawah pimpinan Lim Guan Eng dan dalam kes lain kita akan jelaskan kemudian,"katanya.

Anwar berkata beliau juga mengambil pendirian bahawa parti tidak akan tersasar dari hala tuju perjuangan akibat tindakan segelintir pemimpin mahupun pegawai yang tidak mahu lagi bersamanya.

“Begitu juga dengan Setiausaha Agung yang telah menunjukkan hasrat untuk meletakkan jawatan daripada tahun lalu, kita minta tangguh, ada apa-apa masalah lain, tiada jadi kita terima baik dan mungkin ini adalah proses untuk memantapkan parti kerana kerenah-kerenah begini telah dibangkitkan,"katanya.

Anwar: Wujud Trend Najib Berusaha Sogok Wakil Rakyat

PUTRAJAYA 1 MAC: Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata wujud trend jelas Perdana Menteri Najib Razak berusaha untuk menyogok seberapa ramai wakil rakyat Pakatan Rakyat secepat mungkin.

Beliau sekali lagi mendesak institusi-institusi seperti Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk melaksanakan tanggungjawab sebagaimana yang di amanahkan, tanpa menutup mata kepada kecurangan pemimpin Umno.

“Saya tidak faham kenapa mereka melakukannya dan ia agak sukar untuk saya memahaminya kerana tiada alasan, kami tahu Najib dan Rosmah cuba membeli orang secepat yang mungkin.

“Yang Berhormat Azam dari Indera Mahkota ada menyatakan pemimpin Umno ada membuat pertemuaan diantara mereka dan menawarkan wang dan kedudukan, apa juga yang mereka mahu dan segalannya. Jadi kami mengingatkan anggota kami bahawa kita tidak boleh jadi seperti itu,"katanya.

Namun Anwar berkata parti parti politik seperti PKR dan rakan-rakan akan sentiasa terdedah kepada pemimpin yang sanggup menjual maruah diri dan membelakangkan rakyat demi kepentingan peribadi.

"Lihat DUN Perak, mereka takut kepada SPRM, mereka dibawa ke rumah Najib dan kini mereka hidup dengan mewah. Jadi kalau dalam perjuangan sudah tentu ada masalah dan secara kebetulan orang yang meninggalkan parti ini hidup lebih mewah, sepatutnya SPRM harus perhatikan,"katanya.

Hakikatnya pakatan rakyat malah seluruh negara kini terdedah kepada pemerintahan sebuah parti yang di tunjangi oleh pemimpin rasuah yang sanggup memperalatkan institusi-institusi awam demi mengekalkan kuasa politik yang masih ada pada mereka.

"Sebab asas dalam Umno dan Barisan Nasional adalah teruk. Tidak bolehkah mereka nampak korupsi besar dalam Umno? Adakah mereka lupa perbicaraan? Adakah mereka lupa suruhanjaya yang mereka katakan? Adakah mereka lupa prinsipal urus tabdir baik?,"katanya.

Pemegang saham arak perlu dihukum - Dr Mohd Asri

Oleh Mohd Ali Bakri

KUALA LUMPUR : Bekas Mufti Perlis Dr Mohd Asri Zainul Abidin berkata hukuman sebatan ke atas peminum arak bersifat berat kerana taukeh-taukeh arak dan pemegang saham arak dalam industri itu tidak dihukum sama.

"Hukuman bukan sahaja perlu adil, tetapi juga perlu kelihatan adil kerana masyarakat akan memandang serong terhadap setiap hukuman yang hanya menghukum 'ikan bilis', lalu membiarkan 'ikan jerung'.

"Maka, bukan sahaja peminum arak patut dihukum, tetapi taukeh-taukeh atau mereka yang terlibat dalam pengedaran arak dalam kalangan umat Islam patut di bawa ke pengadilan.

"Ini termasuklah individu Muslim yang memegang saham-saham arak dalam negara ini. Tuan punya pusat-pusat hiburan yang menggalakkan aktiviti tidak bermoral ini mestilah dibawa ke pengadilan," tambah beliau lagi.

Dr Mohd Asri berkata demikian menerusi laman sesawang rasminya, drmaza.com ketika mengulas hukuman sebat ke atas kaum wanita di penjara Kajang baru-baru ini.

Pihak berkuasa agama mesti berani bertindak ke atas pemegang saham arak, judi

Maka, tambahnya, pihak berkuasa agama hendaklah jujur dengan rakyat, dan berani membawa empunya, atau pemegang-pemegang saham arak dan judi yang membabitkan individu Muslim sekali pun mereka adalah dalam 'kelompok yang dianggap kebal' dalam negara ini.

Selain itu, ketika menyentuh polemik orang-ramai ke atas pelaksanaan hukum tersebut, Dr Mohd Asri berkata, beberapa buah NGO yang telah mengkritik hal itu mestilah berhati-hati dengan kenyataan mereka.

"Jika mereka Muslim, mereka hendaklah memastikan dalam diri mereka; apakah mereka membantah hukuman Islam yang asal, atau perlaksanaan semasa? Jika mereka membantah hukuman asal, maka itu memberi implikasi akidah mereka.

"Jika mereka bantah pelaksanaan hukuman semasa, mereka hendaklah tumpu kepada proses perlaksanaan semasa sahaja, jangan dipertikai hukuman Islam asal yang adil yang ada dalam al-Quran dan al-Sunnah.

"Begitu juga bukan Muslim, jangan pertikaikan al-Quran dan nabi orang Islam, itu boleh menimbulkan ketegangan dan huru-hara dalam negara yang harmoni ini," kata beliau.

Sebelum ini, beberapa pihak telah mengulas mengenai hukuman sebat yang dikenakan oleh pihak berkuasa agama ke atas beberapa wanita Muslimah. Isu itu mengundang pelbagai polemik dan kekeliruan dalam beberapa aspek tertentu.

Ketika menjelaskan isu sebatan terhadap wanita Muslimah itu, Dr Mohd Asri berkata, sebatan hukuman syariah dalam kes-kes maksiat peribadi seperti zina dan meminum arak, hukuman sebatannya mestilah tidak mencederakan mereka.

"Ini hendaklah dibuat dalam keadaan yang tidak bertujuan memberikan kesakitan yang melampau, sebaliknya sekadar pengajaran. Bahkan dalam hadis, ada yang hanya dipukul dengan kain atau tangan sahaja," tambah beliau.

Dalam perkembangan berkaitan, ketika menyentuh pelaksanaan hukuman syariah Islam yang keras, beliau berkata, negara antokratik agama akan mengundang ketakutan ke atas masyarakat awam jika pelaksanaan hukuman disalahertikan dan disalahgunakan.

"Beberapa pengalaman di Pakistan dan di Afghanistan sebelum ini patut diteliti. Maka, badan pemantau kepada perkembangan ini yang terdiri daripada cendekiawan-cendekiawan Muslim yang terbuka dan tidak bersifat ortodoks perlu diwujudkan untuk memberi maklum balas terhadap kerajaan," tambah beliau lagi.

Teoh Mungkin Dicekik, Hampir Mengesahkan Penemuan Dr Pornthip

Ketua patologi Hospital Sungai Buloh Dr Shahidan Md Noor hari ini bersetuju dengan hujah peguam Gobind Singh Deo dan Malik Imtiaz Sarwar ada kemungkinan kecederaan di bahagian leher dialami Teoh Beng Hock kemungkinan disebabkan akibat cekikan, penemuan yang yang pernah dikemukakan oleh ahli patologi Thailand, Dr. Pornthip Rojanasunand.

Bagaimanapun beliau menegaskan di mahkamah bukan cekikan yang kemungkinan menyebabkan kematian tetapi jatuh dari bangunan tinggi yang menjadi punca mendiang meninggal dunia.

“Dia (Dr Shahidan) bersetuju bahawa kecederaan kepada bahagian depan leher kemungkinan tidak berkaitan dengan kejadian jatuh. Ia terbuka kepada hujah bahawa ia kemungkinan wujud kecederaan sebelum jatuh,” kata Malik, peguam yang bertindak bagi kerajaan Selangor.

Teoh, setiausaha politik kepada kerajaan Selangor ditemui mati pada 16 Julai lalu selepas ditemu siasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia sepanjang malam.

Malik menjelaskan kepada wartawan bahawa kecederaan kemungkinan oleh tercekik ataupun berlaku pergelutan.

Beliau berkata terdapat tiga jenis kecederaan utama pada bahagian leher dan punca kepada dua kecederaan adalah berbeza daripada kecederaan ketiga, di sekitar bahagian leher.

“Kini diterima bahawa dua kecederaan di bahagian saraf leher ada berbeza daripada saraf yang di bahagian mendalam,” katanya.

Terdahulu peguam keluarga Teoh, Gobind mengemukakan persoalan untuk menimbulkan keraguan berhubung penemuan pada hasil laporan pertama yang dikendalikan oleh Dr Khairul Azman Ibrahim dan Dr Prashant Naresh Samberkar.

Peguam berhujah bahawa laporan itu tidak cukup kerana tiada ujian dijalankan untuk memeriksa tanda di sekeliling leher.

Tiada pembedahan dilakukan ke atas bahagian-bahagian utama, yang paling penting kecederaan di bahagian leher. Dua perkara penting yang perlu diteliti tidak terdapat dalam laporan pertama.

“Pembedahan tidak dilakukan dalam laporan pertama sebagaimana dijalankan dalam bedah siasat kedua,” kata Gobind.

Sambil Dr. Shahidan bersetuju bahawa laporan itu kekurangan beberapa butiran dalam penelitian terhadap bahagian leher mendiang dan seiring dengan hujah Gobind bahawa adalah sesuatu yang janggal apabila kesan pada leher Teoh tiada dalam laporan bedah siasat pertama, beliau bersetuju dengan syor Gobind bahawa laporan itu tidak cukup dan tidak lengkap.

Dr. Shahidan seterusnya mempertahankan penemuan laporan pertama walaupun bersetuju dengan cadangan kemungkinan ada elemen dicekik.

“Kesan pada bahagian hanya akan jelas selepas 24 jam kejadian. Itu sebabnya mereka tidak dapat melihat kesan itu. Kesan cekikan tidak kelihatan pada leher Teoh Beng Hock,” kata pakar itu.


Inkues TBH: Beng Hock Mungkin Dicekik

SHAH ALAM, 1 MAC - Adakah Teoh Beng Hock dicampak atau terjun sendiri?

Jawapan Ketua Bahagian Patologi Hospital Sungai Buloh, Dr Shahidan Mohd Noor ketika disoal balas Malik Imtiaz Sarwar perbicaraan pada Inkues Menyiasat Kematian Teoh Beng Hock, hampir mengesahkan teori Dr Prontip.

Menjawab soalan peguam keluarga Beng Hock itu, Dr Shahidan, saksi ke-31 kes itu menyatakan beliau bersetuju wujud kemungkinan Beng Hock tidak sedarkan diri akibat dicekik atau dijerut sebelum dicampak dari pejabat SPRM.

"Doktor(Shahidan) seakan bersetuju yang kita boleh melihat kecederaan di bahagian depan leher adalah disebabkan perkara berbeza dengan kecederaan di kolum spinal. Kecederaan di kolum spinal adalah disebabkan terjatuh (dari tempat tinggi) tetapi dia tak sanggup mengatakan itu adalah sebab kecederaan di bahagian depan leher,"katanya.

Perkembangan ini membuka kembali teori bahawa Teoh telah diseksa sehingga pengsan semasa disoal siasat dan bukannya terjun dengan kerelaannya sendiri sebagaimana dakwaan sesetengah pihak.

"Sebagai contoh, (keadaan) matanya dan arteri karotid mendiang semuanya menunjukkan persoalan kekurangan darah ke otak. Dan doktor telah menerima yang jika otak kekurangan oksigen, kemungkinan yang berlaku ialah tidak sedarkan diri dan pengsan," katanya. -TVS

Adakah petanda tak cukup duit rasuah?

Dalam posting bertajuk "Hentikan mainan api perkauman demi pencapaian...", Pengerusi Biro Pertubuhan-Pertubuhan Bukan Kerajaan MCA, Datuk Tee Lian Ker menulis:
Bagi MCA, kenyataan Ibrahim itu merupakan cerminan kukuh bahawa masih ada segelintir kumpulan-kumpulan berkepentingan tertentu di luar sana yang masih mengamalkan mentality zero-sum serta tidak mahu melihat kejayaan kontraktor dari kaum lain.

Kenyataan tersebut yang dilihat menggambarkan bahawa kebanyakan syarikat-syarikat korporat Cina di negara ini sebagai tidak tahu mengenang budi adalah tidak berasas dan hanyalah merupakan tuduhan yang didorong oleh perasaan emosi.
Adakah kemarahan kepada kontraktor-kontraktor Cina yang "tidak tahu berterima kasih" itu hakikatnya adalah petanda tak cukup lambakan rasuah kepada parti perasuah dan bajingan-bajingan tengiknya? Kalau Altantuya Shaariibuu masih hidup, barangkali wanita yang diletupkan mayatnya dengan C4 itu boleh memberikan jawapannya.

Woi tauke! Lu olang kasi dia makan kenyang-kenyang la! Kita mesti perpaduang!

PB.