Rabu, 24 Februari 2010

Kelantan Tak Iktiraf MPPP

Kerajaan Kelantan tidak mengiktiraf penubuhan Majlis Pembangunan Pertanian Parlimen (MPPP) oleh Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani kerana menganggap ia boleh memecahbelahkan perpaduan masyarakat di negeri itu.

Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Desa dan Bioteknologi Negeri, Che Abdullah Mat Nawi (gambar), berkata kerajaan negeri melarang kakitangannya menjadi anggota jawatankuasa majlis itu atau berurusan dengannya.

MPPP bertujuan mengukuhkan pelaksanaan pembangunan industri pertanian negara hingga ke akar umbi dan meningkatkan pendapatan petani serta mengurangkan kadar kemiskinan.

Ia akan mendapatkan idea berhubung pelaksanaan projek pertanian di kawasan Parlimen dengan mengambil kira sumber sedia ada, di samping mengenal pasti permasalahan mengenai pertanian yang berlaku di peringkat itu.

Che Abdullah berkata kerajaan negeri tidak tahu matlamat penubuhan MPPP tetapi yang jelas ia boleh menjejas perpaduan masyarakat yang sedia terjalin. -Bernama Video : TVS


Saifuddin : Umno “Tipu” Rakyat Kelantan, Putar Belit Akta Petroleum

Kerajaan Persekutuan Umno-BN harus berhenti memutarbelitkan Akta Pembangunan Petroleum 1974 semata-mata untuk menafikan rakyat Kelantan hak royalti minyak, kata Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution.

Sebaliknya, parti pemerintah sepatutnya bertindak atas usul Pakatan Rakyat di Parlimen yang menuntut kesamaran terma "luar pesisir pantai" di bawah akta itu di atasi dan hak negeri-negeri mendapatkan royalti diperakui dengan jelas.

Saifudin berkata, Umno-BN sengaja menggunakan definisi samar “luar pesisir pantai” untuk menafikan royalti minyak kepada mana-mana negeri yang jatuh ke tangan pembangkang, seperti Terengganu pada tahun 1999 dan Kelantan, sejak 1990.

Beliau berkata, tindakan Umno-BN menggunakan duit rakyat untuk menyiarkan iklan-iklan di media arus perdana bagi menyokong dakwaannya bahawa Kelantan hanya layak mendapatkan wang ehsan adalah tidak bermoral.

"BN menafikan hak rakyat Kelantan mendapatkan royalti atas alasan terma "luar pesisir" pantai yang kabur dalam APP. Maksud APP adalah jelas terutamanya apabila negara kita tidak mempunyai telaga minyak dalam lingkungan 3-batu nautika," tegas Saifuddin.

"APP tidak dirangka dalam tahun 1974 dengan merujuk kepada telaga minyak yang tidak wujud; ia merujuk kepada realiti operasi yang wujud dalam industri minyak dan gas negara pada ketika itu - maknanya semua telaga minyak berada jauh dari pantai," jelas beliau.

Saifuddin menjelaskan usul yang dibawa oleh Pakatan ke Dewan Rakyat pada Disember 2009 berupaya memastikan APP dikemaskini selari dengan keadaan semasa.

"Semasa APP 1974 di rangka, Malaysia hanya mempunyai beberapa telaga minyak di luar pesisir pantai seperti carigali Tapis di Terengganu dan Temungo di Sabah," kata Saifuddin menjelaskan rujukan akta tersebut.

"Telaga-telaga minyak inilah yang menjadi rujukan utama kepada mereka yang merangka APP, apabila mereka memperkenalkan istilah "luar pesisir pantai" di dalam APP," tegas Saifuddin.

Kenapa tak siasat Nasir Safar?

Oleh Dzulkarnain Taib

Sikap polis yang membisu terhadap dakwaan terbaru bahawa bekas pegawai khas Perdana Menteri, Datuk Nasir Safar terbabit dalam penculikan warga Mongolia, Altantuya Shaariibuu menguatkan rumusan bahawa Datuk Seri Najib Razak mempunyai kaitan langsung dengan kes itu.

Dua minggu lalu, pegawai penyiasat persendirian Balasubramaniam mengenal pasti Nasir Safar sebagai lelaki "misteri" yang berada di dalam sebuah kereta Proton biru ketika Altantuya diculik oleh dua anggota polis di hadapan rumah penasihat Najib, Abdul Razak
Baginda pada tahun 2006.

Altantuya dilaporkan dibawa oleh Cif Inspektor Azilah Hadri, Koperal Sirul Azhar Umar dan Lans Koperal Rohaniza Roslan dalam sebuah kereta Proton Aeroback berwarna merah pada 19 Oktober 2006.

Altantuya di jumpai mati dibom 17 hari kemudian.

Bala berkata pada hari Altantuya diculik, beliau nampak seorang lelaki dalam kereta Proton berwarna biru berlalu dengan tingkap diturunkan.

Bala hanya mengenal pasti lelaki itu sebagai Nasir beberapa minggu lalu apabila gambarnya disiarkan dalam internet dan akhbar setelah beliau membuat kenyataan menghina kaum Cina dan India di Melaka awal Februari lalu.

Dalam emel terbaru kepada Suara Keadilan, peguam Bala, Americk Singh Sidhu, berkata Nasir dipercayai dihantar untuk memastikan tiga anggota polis berkenaan tidak tersilap identiti apabila menculik Altantuya.

Americk berkata adalah pelik Nasir masih keberatan menjawab tuduhan dakwaan Bala itu kecuali berjanji untuk mengadakan sidang akhbar dalam tempoh terdekat.

"Mengapa membisu dan hanya berkata akan membuat sidang akhbar? Adakah ini disebabkan ada sesuatu yang sedang dirancang?," tanya Americk lagi.

Lebih membimbangkan apabila Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan juga dilaporkan enggan mengulas mengenai dakwaan terhadap Nasir itu.

Malaysiakini memetik beliau sebagai berkata beliau tidak mahu mengulas kerana "perkara itu telah (pun) dibicarakan di mahkamah".

Ahli Parlimen Pokok Sena Datuk Mahfuz Omar berkata persepsi rakyat bahawa Najib terlibat dalam kes Altantuya semakin kuat disebabkan pihak yang dituduh hanya berdiam diri.

"Sudah tentu tanggapan rakyat bahawa Najib terlibat secara langsung atau tidak langsung bertambah kuat. Banyak dakwaan dalam media antarabangsa tidak diendahkan.

Malahan desakan Dr Mahathir Mohamad dan cabaran Tengku Razaleigh Hamzah supaya beliau (Najib) membersihkan namanya juga tidak memberi kesan kepada Najib," kata beliau.

Azilah, 34, dan Sirul, 38, dihukum mati oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 9 April 2009 sementara Abdul Razak pula dibebaskan daripada tuduhan bersubahat membunuh Altantuya.

Kedua-dua mereka telah memfailkan notis rayuan di Mahkamah Tinggi sehari selepas hukuman dijatuhkan tetapi sehingga kini mahkamah belum menetapkan tarikh untuk rayuan tersebut didengar.

Sikap membisu pihak mahkamah juga menimbulkan tanda tanya mengapa kes yang begini penting dan melibatkan kepentingan awam seolah-olah mahu disenyapkan begitu sahaja.

Peguam kanan Karpal Singh berasa pelik atas kelewatan mahkamah menetapkan tarikh rayuan.

"Sepatutnya proses rayuan sudah lama bermula. Ketua Hakim pernah berkata beliau mahu semua kes rayuan tertunggak disegerakan tapi dalam kes ini, seolah-olah kenyataan belaiu itu tidak membawa apa-apa makna," kata Ahli Parlimen Bukit Gelugor itu.

Kerjasama dengan PR: Zambry serlah sikap hipokrit

nizar n zambry IPOH: Pakatan Rakyat Perak marah dan kecewa dengan keputusan kerajaan negeri pimpinan Umno-Barisan Nasional (BN) tidak menjemput ahli-ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dari gagasan itu menyertai mesyuarat bulanan jawatankuasa bertindak.

Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin, bekas menteri besar Perak yang digulingkan, mengutuk sikap hipokrit BN selepas Menteri Besar Zambry Abdul Kadir menyuarakan hasrat untuk bekerjasama baru-baru ini.

Berikutan keputusan Mahkamah Persekutuan menolak rayuan Nizar untuk mengisytihar beliau sebagai menteri besar yang sah pada 9 Februari lalu, Zambry menyeru PR bekerjasama dengan kerajaan negeri untuk faedah rakyat dan negeri itu.

Dalam satu sidang akhbar di ibu pejabat PAS di sini semalam Nizar berkata, "pengumuman Zambry di khalayak ramai meminta kami bekerjasama hanya mainan kata-kata di bibir mulut sahaja."

Mesyuarat jawatankuasa bertindak dihadiri oleh pegawai-pegawai daerah, pegawai-pegawai kerajaan dan wakil-wakil rakyat bagi menangani masalah yang dihadapi oleh rakyat.

Kata Nizar, sejak bertahun-tahun lamanya, rakyat di kawasan-kawasan yang dikuasai oleh parti-parti pembangkang tidak ada wakil mereka dalam mesyuarat-mesyuarat seperti itu.

Beliau mendakwa langkah ini merupakan satu percubaan untuk menghina PR," katanya, dipetik Malaysiakini.

"Mereka tidak menjemput kami ke mesyuarat peringkat daerah sejak mereka memerintah dalam tempuh setahun ini, jadi kamu tidak boleh mengharap kami merempuh masuk ke dalam mesyuarat-mesyuarat itu tanpa adanya jemputan rasmi," jelas beliau.

Sebaliknya kata Nizar, ADUN-ADUN BN telah dijemput menghadiri mesyuarat-mesyuarat jawatankuasa bertindak di peringkat daerah ketika 10 bulan diperintah oleh PR, dari Mac 2008 hingga Februari 2009.

"mereka bukan sahaja gagal menghadiri mesyuarat tetapi mereka juga gagal menghantar wakil-wakil ke mesyuarat-mesyuarat itu," terang Nizar.

V Sivakumar, yang juga Speaker DUN yang digulingkan, kemudiannya menunjukkan rekod kedatangan mesyuarat wakil-wakil rakyat BN yang gagal hadir mesyuarat.

Mohd Zainudin Mohd Yusof, bekas ahli exco Perak menyoal tentang pendekatan ‘confrontation’ BN memandangkan PR mampu memberi khidmat mereka.

Beliau mendakwa, BN mempolitikkan kerja-kerja ini dengan harapan supaya para pengundi membenci mereka dan sebab itu BN bimbang untuk menjemput mereka menghadiri mesyuarat-mesyuarat itu.

Skandal PKFZ: Saman malu Ong terhadap Tiong 27 April

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini akan mendengar permohonan Menteri Pengangkutan Datuk Seri Ong Tee Keat untuk mendapat perintah injunksi terhadap Ketua Pegawai Eksekutif Kuala Dimensi Sdn Bhd, Datuk Seri Tiong King Sing pada 27 April depan.

Ong memohon perintah injunksi itu bagi menghalang Tiong dari terus mengeluarkan kenyataan yang berunsur fitnah terhadap beliau (Ong) berhubung kes saman sebanyak RM500 juta ke atas Tiong.

Permohonan itu akan didengar di Mahkamah Tinggi Sivil 2 di hadapan Pesuruhjaya Kehakiman Dr Prasad Sandosham Abraham. Tarikh itu ditetapkan oleh Timbalan Pendaftar Mahkamah Tinggi Hartini Abdul Hamid hari ini.

Peguam Ronnie Tan mewakili Ong manakala peguam Prem Ramachandran mewakili Tiong.

Ong dalam permohonan bagi perintah injunksi itu berkata antara alasan beliau membuat permohonan itu ialah kerana beliau adalah seorang pemimpin negara dan Barisan Nasional yang memegang jawatan Presiden MCA dan juga ahli parlimen.

Beliau berkata pernyataan fitnah itu berniat jahat oleh Tiong bertujuan menghalang penyiasatan yang adil dan saksama terhadap penyalahgunaan kewangan projek Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ).

Ong mendakwa pernyataan fitnah itu yang merujuk kepadanya adalah tidak berasas, tidak benar dan bersifat fitnah yang memudaratkan dan merosakkan reputasi, imej dan nama baiknya.

Pada 24 Ogos tahun lepas, Ong memfailkan saman itu terhadap Tiong, yang juga Anggota Parlimen Bintulu dan Pengerusi Kelab Anggota Parlimen Barisan Nasional. Beliau mendakwa Tiong telah mengeluarkan kenyataan memfitnah kononnya Tiong memberi RM10 juta kepadanya, yang telah disiarkan dalam laman web Malaysiakini pada 12 Ogos tahun lepas.

Dalam pernyataan tuntutannya, Ong berkata kenyataan itu tidak benar dan beliau mahu Tiong menarik balik kenyataan itu dan memohon maaf kepadanya dengan permohonan maaf itu disiarkan dalam semua akhbar utama.

Beliau juga memohon ganti rugi teruk dan teladan dan injunksi untuk menghalang Tiong atau ejennya daripada terus mengeluarkan sebarang kenyataan berunsur fitnah terhadapnya berhubung isu itu.

Ong mendakwa kenyataan itu dibuat dengan niat jahat untuk menghalang penyiasatan yang adil dan betul terhadap penyelewengan dana oleh PKFZ dan peranan KDSB dalam perkara itu.

KDSB ialah kontraktor pasang siap bagi projek PKFZ yang turut disiasat oleh Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara.

Ong berkata melalui surat bertarikh 13 Ogos 2009, beliau menuntut Tiong, untuk menarik balik kenyataan itu dan memohon maaf tetapi sehingga kini Tiong enggan berbuat demikian. – Bernama

Ekonomi Malaysia "terperangkap" dalam kategori pendapatan pertengahan

Oleh Zainal Abidin Nor

Ekonomi Malaysia dewasa ini "terperangkap" dalam kategori pendapatan pertengahan (middle-income economy) dan menghadapi bahaya terjerumus ke jurang ekonomi berpendapatan rendah jika kerajaan tidak melaksanakan langkah-langkah pemulihan dengan segera.

"Sejak sekian lama, pendapatan sebenar (real wage) rakyat Malaysia agak statik," kata Ahli Parlimen Kuala Selangor, Dr Dzulkefly Ahmad kepada Free Malaysia Today ketika dihubungi hari ini.

Katanya, pendapatan sebenar bermaksud sekiranya pendapatan meningkat sebanyak 4% setahun dan kadar inflasi ialah 3% setahun bermakna peningkatan pendapatan hanya 1% setahun.

Dr Dzulkefly berkata, "menurut Bank Dunia, di antara tahun 1994 hingga 2007, dalam sektor ekonomi domestik, pertumbuhan pendapatan sebenar rakyat Malaysia hanya mencatat sebanyak 2.6%.

"Jika keadaan ini berterusan dan sekiranya Malaysia tidak mampu melonjak ekonomi supaya dapat berkembang di antara 5% hingga 8%, kita bimbang Malaysia akan terjerumus ke lembah ekonomi berpendapatan rendah," ujar beliau.

Beliau berkata demikian ketika mengulas kenyataan Ketua Pengarah, Unit Perancang Ekonomi, Datuk Noriyah Ahmad yang mengakui ketidakmampuan Malaysia menyaingi negara-negara jiran dari segi ekonomi.

Dalam kenyataannya semalam, Noriyah berkata negara ini masih tidak dapat melonjak pertumbuhan ekonominya dan jika trend ini berterusan, kita akan dipintas oleh ekonomi-ekonomi lain yang berkembang dengan lebih pesat.

"ini akan menjejaskan usaha kerajaan untuk keluar dari "perangkap" ekonomi berpendapatan pertengahan dan tidak dapat menyertai kategori ekonomi berpendapatan tinggi," terang beliau.

Menurut definasi Bank Dunia, ekonomi berpendapatan tinggi bermaksud pendapatan per kapita rakyat mencecah AS$12,000 (RM42,000) atau lebih setahun.

Dr Noriyah juga mengakui bahawa 80% dari jumlah tenaga buruh kita mempunyai pendidikan hanya setakat Sijil Pelajaran Malaysia atau setaraf dengannya.

"Hanya 25% sahaja tenaga buruh kita termasuk dari golongan pekerja berasaskan ilmu dan berkemahiran berbanding Singapura, Thailand dan Taiwan, yang mempunyai peratusan tenaga kerja mahir yang jauh lebih tinggi.

Menurut Dr Dulkefly, oleh sebab kekurangan tenaga kerja mahir inilah yang menyebabkan Malaysia hilang daya saing kerana rendah produktiviti, tidak berinovasi dan tiada nilai ditambah.

Siar iklan royalti: Kerajaan bazir wang rakyat


Oleh Rusnizam Mahat

Kerajaan pimpinan Umno-Barisan Nasional (BN) kini semakin terdesak apabila terpaksa menggunakan pelbagai cara untuk memberi penerangan kepada rakyat, dalam usaha menafikan hak royalti minyak rakyat Kelantan.

Pengerusi Perhubungan Umno Kelantan, Datuk Mustafa Mohamed baru-baru ini mengumumkan pihaknya akan menyiarkan iklan penerangan ini dengan tujuan menjelaskan perkara sebenar berkenaan royalti yang menafikan hak negeri yang dikuasai Pakatan Rakyat itu.

Menurut Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah, tindakan kerajaan menyiarkan iklan satu muka penuh di media massa pro kerajaan berhubung royalti minyak, tidak menjelaskan fakta sebenar dan hanya membazirkan wang rakyat.

"Kempen ini, sama ada melalui risalah kempen di sekolah-sekolah atau melalui iklan akhbar berbayar, ia dilakukan dengan wang pembayar cukai, menandakan salah satu bentuk kebodohan atau pembohongan kerajaan pusat," tulis Ku Li dalam blog beliau.

Namun menurutnya, iklan itu gagal menjelaskan realiti dan fakta sebenar sepertimana pembohongan fakta terhadap telaga minyak yang berada tiga batu nautika dari persisiran pantai.

Dalam iklan yang dinyatakan, Terengganu, Sabah dan Sarawak juga dikatakan tidak layak mendapat bayaran tunai sebanyak 5 peratus dari hasil minyak. Semua keputusan adalah tertakluk kepada kerajaan pusat.

Namun, Ku Li yang juga bekas Pengerusi Petronas berkata, kerajaan tidak menjelaskan atas asas apa pembayaran dilakukan sebanyak RM3 bilion kepada Terengganu, RM2.3 bilion kepada Sarawak dan RM900 juta kepada Sabah, berdasarkan laporan tahunan yang
dikeluarkan Petronas tahun lalu.

"Apa asas bayaran ini dibuat sedangkan tidak ada satu pun telaga minyak yang dijumpai di negeri berkenaan dalam lingkungan 3 batu nautika dari persisiran pantai negeri-negeri terbabit," tulisnya.

Sementara itu, Pengerusi Bersama Gerakan Bertindak kembalikan Royalti Rakyat (Gegar), Mohammad Fauzi Abu samah berkata, kerajaan kini terdesak sehingga terpaksa menggunakan pelbagai saluran termasuk media massa.

"Mereka menyiarkan fakta untuk tegakkan benang yang basah dan apa yang dijelaskan sebenarnya sudah pun di terangkan oleh Tengku Razaleigh Hamzah," ujarnya ketika dihubungi Suara Keadilan.

Menurutnya, kerajaan memanipulasikan fakta sebenar berhubung Akta Kemajuan Petroleum 1974 dan perjanjian yang dimeterai antara kerajaan Kelantan dan Petronas, yang secacara jelas menyatakan Kelantan berhak menerima bayaran royalti secara tunai sebanyak 5%.

Hubungan Parasit: Semenanjung menumpang Malaysia Timur

Saya melihat dengan sendiri bagaimana media Sarawak "mengurut" bosnya (termasuk kerajaan negeri, Barisan Nasional dan syarikat pembalakan) ketika lawatan saya ke Sarawak, malah "kebolehan" sedemikian tidak kurang daripada akhbar Cina di Malaysia Barat. Misalnya, akhbar terbesar Sarawak, Borneo Post pada 15 November 2009 melaporkan bahawa kadar kemiskinan negeri Sarawak kurang daripada 6%" di muka surat depannya.

Malah, Abdul Taib Mahmud (gambar kanan) yang menyandang jawatan Ketua Menteri Sarawak sejak tahun 1981 mendakwa bahawa hanya 1,000 keluarga miskin di Kuching. Penyiaran dusta sedemikian mendedahkan betapa rendahnya etika media arus perdana di Sarawak.

Apa yang melucukan lagi memilukan, Borneo Post, See Hua Daily News, Oriental Daily dan Kumpulan Media Sin Chew yang dikuasai penuh oleh orang Sarawak (atau lebih tepat, orang Hock Chew), yang seharusnya memainkan peranan proaktif untuk memupuk pemahaman rakyat antara kedua-dua Timur dan Malaysia Barat, tidak mengendahkan isu kaum asli di Sarawak.

Lebih-lebih lagi, dalam akhbar bahasa Cina yang dimiliki oleh orang Hock Chew (suku kaum Cina) Sarawak, liputan yang diperuntukkan kepada isu pemeliharaan alam, pencabulan terhadap tanah adat orang asli, jauh lebih kurang daripada liputan yang diberikan kepada isu komuniti Cina di Semenanjung Malaysia.

Jadi, seandainya kita meneliti sumbangan media atau idealisme media yang diperjuangkan itu, maka kita boleh menyimpulkan bahawa mereka telah mengkhianati peranan bersejarahnya yang diamanahkan oleh masyarakat dan negara terhadap mereka.

Rampasan sumber secara halal

Sepanjang puluhan tahun yang lalu, kita terperangkap dalam minda yang menganggap bahawa Malaysia Barat lebih maju, cemerlang, terbuka dan lebih terdedah kepada infomasi, malah lebih demokrasi jikalau berbanding dengan Malaysia Timur. Tetapi, persepsi ini wujud lantaran daripada salah faham dan ilusi yang terjelma kerana orang Malaysia Barat tidak memahami Malaysia Timur.

Realiti yang kita lupa adalah, kekayaan dan kemakmuran yang dikecapi Malaysia Barat sebenarnya hasil rampasan sumber secara halal daripada Malaysia Timur oleh kerajaan persekutuan. Berasaskan salah faham ini, Malaysia Barat menggunakan model pembangunan yang salah, merampas tanah mereka atas nama "membasmi kemiskinan", malah menyalurkan politik perkauman ke Timur tanpa membeza dan mengira akibatnya.

Ramai antara mereka yang terlibat dalam gerakan masyarakat sivil di Malaysia Barat menganggap Malaysia Timur perlu menjadikan "tsunami politik" PRU ke-12 sebagai teladan. Malah, ada pula yang mempersoalkan mengapa penduduk di Malaysia Timur tidak memikirkan perubahan.

Namun, jangan pula kita lupa bahawa Malaysia Barat mampu menikmati pembangunan dan kelancaran informasi, dua dekad lebih maju ke depan berbanding Malaysia Timur kerana sumber daripada Malaysia Timur. Tanpa pengorbanan orang Malaysia Timur, bagaimana kita mampu mengangkat martabat "tiga kaum terbesar" kepada kelas menengah, malah membentuk masyarakat sivil yang agak matang?

Maka, saya amat bersetuju dengan apa yang digambarkan oleh aktivis NGO, Ong Boon Keong, bahawa "sudah tiba masanya kami menamatkan hubungan parasit Malaysia Barat yang menumpang di atas sumber Malaysia Timur".

Hubungan parasit Barat terhadap Timur

Oleh itu, apabila kita mengkaji semula hubungan antara Barat dengan Malaysia Timur, orang Malaysia Barat yang gelojoh dan tidak sabar menghambat kemewahan perlu mengenang budi. Politik Malaysia Timur kini masih belum menandingi kekuatan masyarakat sivil yang dimiliki Malaysia Barat. Masyarakat mereka dipecahkan, diagih dan dimonopoli politikus dan parti politik.

Apa yang harus kita lakukan bukan menanti-nantikan "lompat parti" daripada wakil rakyat Malaysia Timur, tetapi mengembalikan politik kepada massa, kepada kaum asli yang memperjuangkan hak tanah, hak kerakyatan, dan hak pembangunan.

Juga, jangan kita lupa bahawa kontrovesi penggunaan kalimah Allah memperlihatkan kematangan penduduk Malaysia Timur yang tidak terpengaruh dengan sentimen perkauman. Pada hakikatnya, kekayaan Malaysia Timur bukan sekadar sumber semula yang tidak kontang diperas kerajaan persekutuan, dan pertunjukan budaya yang dipromosikan dalam iklan pelancongan...

Kekayaan mereka lebih daripada itu. Kepercayaan mereka kepada alam semulajadi, ketaatan mereka terhadap tanah, hubungan etnik yang sepuluh kali ganda lebih harmoni daripada Malaysia Barat, dan keadilan kehakiman yang dicemburui Malaysia Barat. Keempat-empat ciri-ciri ini cukup untuk mereka mendabik dada di depan penduduk Malaysia Barat.

Ketika bekas PM, Mahathir Mohamad (gambar kanan) mengutarakan "Dasar Pandang ke Timur", beliau sebenarnya memandang terlalu jauh sehingga terlepas pandang benda yang terdekat. Malah beliau tidak memahami bahawa jiran lebih dekat daripada saudara yang jauh. Betapa cemerlang dan gemilang sekalipun "Timur" (yang jauh dari Malaysia), gagal menandingi "Malaysia Timur" yang kaya dengan sumber semulajadi, hubungan etnik yang harmoni dan budaya yang berbilang.

Politik yang demokrasi adalah seni untuk penyatuan, pada masa yang sama sebagai ilmu yang memerlukan imaginasi kolektif. Ciri-ciri moden dan postmoden di Malaysia Barat harus digaulkan dengan ciri-ciri yang ada pada Malaysia Timur, untuk mencetuskan politik seluruh rakyat, barulah ia memberi pengertian yang bermakna untuk "1Malaysia".

Kita menanti-nantikan penyatuan antara Timur dengan Malaysia Barat, di mana apabila ianya tercapai, tiada tempat lagi untuk rasisme. Tiada lagi perbezaan antara tiga kaum terbesar, malah tiada perbezaan antara kaum asli dengan bukan bumiputera.

Namun, segala-gala ini bermula dari kerakyatan dan kelayakan mengundi. Hanya apabila warga Malaysia Barat menghulurkan tangan kepada penduduk Timur untuk mendapatkan kerakyatan dan hak mengundi, barulah reformasi dan demokrasi yang sebenarnya menjelma.

Sekiranya PRU ke-12 menandakan kesedaran politik rakyat untuk reformasi, maka pilihan raya Sarawak dan pilihan raya umum yang akan datang adalah kayu ukur kepada kematangan politik dan kuasa rakyat. Kita berharap satu Malaysia bersiap sedia dan menumpu kepada reformasi politik yang sebenar, dan jangan lagi menari mengikut rentak rasisme yang didendangkan UMNO. (Bahagian ketiga, tamat)

Hentikan manipulasi BN: Pinda Akta Pembangunan Petroleum

PKR memandang serius cubaan berterusan Kerajaan Pusat (di bawah Barisan Nasional) untuk mengelirukan rakyat mengenai hak setiap negeri di dalam Persekutuan Malaysia untuk mendapatkan bayaran tunai royalti minyak secara langsung kepada kerajaan negeri di bawah Akta Pembangunan Petroleum 1974 (APP).

Iklan terbaru oleh Kerajaan Pusat (yang dibayar dengan duit rakyat) cuba untuk mengelirukan rakyat dengan mendakwa cadangan pindaan APP oleh Pakatan Rakyat adalah tanda-tanda bahawa Pakatan Rakyat mengakui negeri-negeri tidak mempunyai hak di bawah APP.

Anwar Ibrahim (gambar kanan), Ketua Pembangkang mencadangkan usul tersebut di dalam sesi terakhir Dewan Rakyat pada Disember 2009 yang lalu dengan niat menghalang BN dari terus memanipulasi kepercayaan yang diberikan oleh kerajaan-kerajaan negeri kepada Kerajaan Pusat di masa pentadbiran Abdul Razak untuk menghukum rakyat Kelantan.

Semasa APP 1974 dirangka, Malaysia hanya mempunyai beberapa telaga minyak di luar pesisir pantai (contohnya telaga minyak carigali Tapis di luar pesisir pantai Terengganu dan Temungo di luar pesisir pantai Sabah). Semua telaga minyak ini berada jauh di tengah lautan dan jauh dari garisan 3-batu nautika setiap negeri (yang kini ditimbulkan sebagai sempadan negeri apabila merujuk kepada APP). Telaga-telaga minyak inilah yang menjadi rujukan utama kepada mereka yang merangka APP, apabila mereka memperkenalkan istilah "luar pesisir pantai" di dalam APP.

Niat dan tujuan APP (apabila merujuk kepada telaga minyak luar pesisir pantai) adalah cukup jelas, sehinggakan dimensi sempadan dan jarak jauh dari pantai untuk menentukan sempadan negeri tidak ditimbulkan di dalam APP langsung. Pendirian dan pendapat Kerajaan Pusat dan kerajaan-kerajaan negeri pada ketika itu adalah sangat jelas, iaitu apa-apa perolehan dari carigali hidrokarbon di atas darat atau di luar pesisir pandai di dalam wilayah negeri perlu dibayar dengan bayaran tunai (kemudian dipanggil royalti). Pendirian ini dikukuhkan lagi dengan rasa hormat dan tanggungjawab Kerajaan Pusat dan kerajaan-kerajaan negeri kepada semangat persekutuan, di samping mengambil kira kebajikan rakyat di setiap negeri.

Tiga dekad kemudian, BN mencabul kepercayaan dan budi bicara di antara Kerajaan Pusat dan kerajaan-kerajaan negeri yang tercapai dalam tahun 1974, dengan menafikan hak rakyat Kelantan mendapatkan royalti atas alasan terma "luar pesisir pantai" yang kabur di dalam APP.

Maksud dan niat yang termaktub di dalam APP adalah jelas, terutamanya apabila negara kita tidak mempunyai telaga minyak yang berada dalam lingkungan 3-batu nautika sejak petroleum dijumpai di negara ini. APP tidak dirangka dalam tahun 1974 dengan merujuk kepada telaga minyak yang tidak wujud; ia merujuk kepada realiti operasi yang wujud dalam industri minyak dan gas negara pada ketika itu - maknanya semua telaga minyak luar pesisir pantai berada jauh dari pantai.

Sebenarnya, apa yang juga jelas ialah niat BN untuk mengkhianati semangat perjanjian yang menjulang kebajikan rakyat, dengan menggunakan persoalan remeh-temeh mengenai istilah di dalam APP. Ini terus dilakukan, walaupun telah berkali-kali mereka yang merangka APP, termasuklah Pengerusi PETRONAS yang pertama Tengku Razaleigh Hamzah, menjelaskan bahawa niat dan maksud istilah "luar pesisir pantai" di dalam APP merujuk kepada mana-mana telaga minyak di luar pantai sesebuah negeri.

Oleh itu, cadangan pindaan oleh Anwar Ibrahim bertujuan untuk menegakkan dan membawa kembali niat dan semangat perjanjian ke dalam APP (dengan memberikan definisi yang nyata mengenai istilah "luar pesisir pantai" yang melambangkan niat dan semangat perjanjian dalam tahun 1974); supaya kita dapat menghalang sesetengah pihak yang berniat buruk dari terus memanipulasi APP untuk menganiayai rakyat Kelantan.

*Kenyataan media oleh Saifuddin Nasution Ismail selaku Setiausaha Agung PKR dan Ahli Parlimen Machang.

Dari "Mahathir vs Abdullah" ke "Muhyiddin vs Najib"

Khabar mula tersebar bahawa Timbalan Perdana Menteri, Muhyiddn Yassin sudah tidak sabar-sabar lagi untuk melawan ketuanya, Najib Razak. Malah, analisis ahli akademik Greg Lopez menjangkakan bahawa "Najib yang baru memegang tampuk kuasa mulai April 2009, kini dalam bahaya gagal menyempurnakan tempoh satu penggal sebagai Perdana Menteri". 【Baca: Is Najib on his way out?

Pemimpin DAP, Lim Kit Siang menghangatkan "bahang" apabila mencabar dan mendesak Muhyiddin (gambar kanan) untuk menyatakan pendirian sama ada mendukung gagasan "1Malaysia" oleh Najib, ataupun mewarisi legasi Mahathir Mohamad. Lantas Muhyiddin Yassin menjadi tumpuan media, malah setiap gerak-gerinya bakal diteliti di bawah kanta pembesar, termasuk berapa kali beliau menyebut "1Malaysia" dalam ucapan selepas ini.

Kisah tikam-menikam antara ketua dengan timbalannya bukanlah sesuatu yang baru dalam politik. Ketua akan sentiasa mengawasi dan menyekat pengaruh timbalannya, di samping timbalannya pula akan menunggu dan mencari kesempatan untuk mengorak satu lagi langkah ke depan...

Persepsi terhadap Najib terlalu negatif

Sebelum Najib menjangkau kemuncak kuasa, tidak kurang desas-desus yang mengatakan bahawa beliau tidak akan dilantik sebagai PM Malaysia. Dari perhitungan politik Abdullah Ahmad Badawi, beliau tidak yakin bahawa Najib akan melindungi kepentingannya. Untuk sesetengah anggota UMNO pula, mereka khuatir bahawa Najib yang terjerat dengan pelbagai tuduhan dan persepsi negatif mudah terdedah kepada serangan pembangkang. Dari segi moral, Najib dikaitkan oleh pembangkang dengan isu pembunuhan Altantuya Shaariibuu; dari segi integriti pula, beliau tercalit dengan isu komisen pembelian kapal selam Scorpene dan jet Sukhoi.

Sekali imbas, zaman "reformasi" menjadikan Mahathir Mohamad sebagai ikon "zalim", "rasuah"; dan Abdullah Badawi pula disifatkan sebagai "lemah", "lambat" sebelum PRU ke-12. Pemimpin akar umbi mendapati diri mereka sukar untuk menangkis serangan sedemikian yang dilontarkan oleh pembangkang dalam ceramah politik. Maka, Najib yang sudah terpaut dengan persepsi negatif sebelum menjadi PM ini sebenarnya adalah beban dari kaca mata mereka.

Muhyiddin puas sekadar TPM?

Dalam situasi sedemikian, Muhyiddin Yassin menjadi calon PM yang boleh "dipertimbangkan." Lebih-lebih lagi, apabila Mahathir Mohamad sudah tidak sabar dengan Najib yang masih keraguan untuk mencabar Abdullah Badawi seketika dahulu, nama Muhyiddin pula digilap berkali-kali olehnya.

Gandingan pimpinan "Najib-Muhyiddin" hari ini sebenarnya terhasil daripada keberanian Muhyiddin Yassin untuk mendesak agar Abdullah Badawi berundur. Dari sudut ini, Najib boleh dikatakan mengecapi hasil daripada "risiko" yang ditanggung Muhyiddin setahun yang lalu.

Ironinya, jikalau dihitung dari segi umur pula, Najib menjadi tanda noktah kepada riwayat politik Muhyiddin Yassin di sebaliknya. Muhyiddin Yassin, 63, enam tahun lebih tua daripada Najib Razak. Dengan kata lain, semakin lama Najib kekal sebagai PM, semakin tipis peluang Muhyiddin menjadi penggantinya.

Seandainya Muhyiddin tidak puas sekadar menjadi TPM, maka beliau perlu bertindak untuk menyekat Najib, sekurang-kurangnya dalam tempoh tidak melebihi dua penggal. Dalam sistem politik Malaysia (buat setakat ini), sesiapa yang bertekad untuk menjadi PM wajib meraih sokongan UMNO terlebih dahulu.

Gelanggang silat politik di UMNO

Dan di situlah gelanggang silat politik antara Muhyiddin dengan Najib. Muhyiddin memiliki kelebihan dalam UMNO apabila tampil dengan imej pemimpin yang lantang bersuara dalam isu kepentingan Melayu dan Islam. Sebaliknya, Najib berada dalam gelanggang politik yang lebih luas, perlu mengambil kira tuntutan dan keperluan semua pihak.

Bertitik tolak daripada itu, "1Malaysia" dilaungkan untuk memikat undi semua kaum. Najib memainkan peranan untuk menunjukkan kepada masyarakat bukan Melayu-Islam dan pengundi bandar bahawa UMNO sedia berubah. Muhyiddin pula, sebaliknya memainkan peranan untuk meyakinkan masyarakat Melayu-Islam dan penyokong UMNO bahawa kepentingan Melayu dan Islam tidak terjejas berikutan "perubahan UMNO".

Pendekatan yang digunakan kedua-dua mereka sebenarnya tidak selari dan saling bercanggah. Dan di celah-celah inilah Lim Kit Siang menusuk jarumnya. Persoalannya mudah, apakah Muhyiddin sudah bersedia untuk menggulingkan Najib?

Proses menggulingkan Pak Lah

Persoalan ini semestinya mencungkil minat orang ramai jikalau dilontarkan. Tetapi, seandainya diimbas kembali proses menggulingkan PM kelima, Abdullah Badawi yang berakhir belum genap setahun, kita akan mendapati bahawa syarat yang ada pada Muhyiddin sebenarnya belum matang.

Mahathir (gambar kiri) melemparkan kritikan terbukanya terhadap Abdullah buat kali pertama pada 7 Jun 2006. Sekiranya dikira dari tarikh tersebut, proses penggulingan Abdullah Badawi sebenarnya mengambil masa lebih daripada dua tahun. Malah, mustahil Abdullah mengundur diri seandainya tidak berlaku tsunami politik pada 8 Mac 2008.

Dalam tempoh lebih daripada dua tahun ini, Mahathir menggunakan segala kritikan tajamnya, sindiran sinisnya, malah mengambil langkah drastik untuk keluar parti sebagai desakan terhadap Abdullah. Bahkan, rombakan semula puak-puak berkepentingan dalam UMNO, misalnya beberapa puak "anti-Pak Lah" bersatu untuk menyerang bersama Abdullah-Khairy, menjurus kepada pencapaian matlamat itu.

Kedudukan Abdullah tidak goyah seandainya hanya tekanan dari dalam parti. Pendedahan demi pendedahan yang dilakukan melalui media internet terhadap saham dan harta yang dimiliki keluarganya, serangan Mahathir sehabis-habisnya gagal menjatuhkan Abdullah dari tempatnya, sebelum PRU ke-12.

Hanya apabila tsunami politik mengombak pada 8 Mac 2008, barulah arus tekanan dalam parti semakin menderas. Biarpun begitu, Abdullah (gambar kanan) masih mampu bertahan pada tempatnya, sehingga kekalahan besar UMNO-BN dalam PRK Permatang Pauh pada Ogos 2008.

Natijah pergelutan UMNO

Melaga-lagakan musuh politik bukanlah taktik baru, malah sudah berkali-kali pemimpin PAS dilagakan apabila pemimpin PKR mahupun DAP mengambil pendekatan yang kelihatan tidak selari dengan apa yang dihujahkan PAS secara tradisionalnya. Jelas, Muhyiddin belum memiliki syarat-syarat seperti di atas untuk menamatkan riwayat politik Najib.

Namun, persoalan yang lebih penting, apakah natijahnya daripada pergelutan kuasa dalam UMNO? Apakah masyarakat Malaysia perlu mengulangi satu proses yang sama, kembali kepada titik asal setelah habisnya satu putaran di bulatan politik?

Ketika Mahathir melawan Abdullah Badawi melalui Najib, Abdullah ditampilkan oleh pembangkang sebagai pemimpin yang cuba membawa perubahan kepada UMNO, sementara Najib ditonjolkan pula sebagai pendukung Mahathirisme.

Tetapi, apabila Najib mengambil alih tampuk kuasa, beliau pula ditonjolkan sebagai pemimpin yang bertekad membawa perubahan kepada UMNO, di samping Muhyiddin Yassin memainkan peranan sebagai batu penghalang perubahan, kini dituduh sebagai pewaris legasi Mahathir.

Mungkin ada yang mendakwa bahawa "perubahan" yang dibawa oleh Abdullah Badawi, walaupun tidak mendatangkan hasil yang jelas, tetapi setidak-tidaknya membuka sedikit ruang, yang akhirnya menjurus kepada tsunami politik. Pertarungan antara Mahathir dengan Abdullah, walaupun berkisarkan perebutan kuasa dan kepentingan, tetapi membuka ruang kebebasan bersuara secara tidak sengaja. Pertarungan itu memperlihatkan bagaimana Mahathir yang mencabul kebebasan bersuara semasa pemerintahannya, akhirnya memilih media internet untuk membalas serangan daripada media arus perdana yang dikuasai Abdullah.

Namun demikian, jika dilihat kepada "pergelutan" yang ada sekarang, masyarakat kita sebenarnya tidak dimanfaatkan. Menjuarai isu perkauman dan agama telah memberi laluan kepada pencerobohan rumah ibadat, peristiwa yang tidak pernah berlaku dalam tempoh puluhan tahun kebelakangan.

Malah, apakah ruang kebebasan dan demokrasi terbuka luas kerana "pergelutan", atau "ketidak-selarian" antara orang nombor pertama dan kedua dalam negara ini? Apakah "rasuah", "kebebasan", "demokrasi", "keadilan" dibangkitkan sebagai isu, untuk menyelesaikan masalah Malaysia pada hari ini?

Jawapannya amatlah jelas. Cuma, mengapa ghairah sangat untuk berputar-putar di bulatan politik yang sama?

*Lim Hong Siang ialah Editor MerdekaReview, edisi bahasa Melayu.

Rais Tidak Layak Mempersoal Jawatan Saya – Anwar.

Oleh Fazilah Sahir

SHAH ALAM: Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim membidas kenyataan Datuk Seri Utama Dr Rais Yatim yang mempersoalkan statusnya sebagai Ketua Pembangkang di Parlimen ekoran konspirasi II yang dihadapinya.

"Menteri itu (Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan) tidak berhak mempersoalkannya. Kedudukan saya sebagai Ketua Pembangkang hanya boleh diputuskan oleh para pemimpin Pakatan Rakyat (PR)," jelas Anwar.

Beliau berkata demikian ketika mengulas kenyataan Rais semalam, yang memberi tekanan kepada dirinya agar melepaskan jawatan itu.

Kata Anwar, tugas dan bidang kuasa Rais hanyalah menjaga stesyen Radio Televisyen Malaysia (RTM) milik kerajaan pusat, bukannya mengambil peranan menentukan jawatan politik individu lain.

"Dia tanya saya, saya tanya dia pula. Layak atau tidak dia jadi Menteri Penerangan? Ingat semua kuasa dia nak aturkan, dia aturkan RTM adalah," soal Anwar.

"Tidak penting bagi Rais memperkatakan soal itu. Apa-apa biar tanya pemimpin pembangkang lain. Biar mereka pertimbang dan putuskan." katanya kepada Suara Keadilan selepas merasmikan pelancaran Majlis Semarak Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES) di Seksyen 19, Shah Alam malam tadi.

Anwar yang juga merupakan Penasihat Ekonomi Negeri Selangor hadir bersama-sama Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim bagi menyampaikan sumbangan kepada lebih 300 orang.

Mereka adalah penerima di bawah skim Tabung Anak Warisan Selangor (TAWAS), Skim Mesra Usia Emas (SMUE), Hadiah Anak Masuk Universiti dan Tabung Pendidikan Anak-anak Pekerja Ladang yang mula diperkenalkan PR sejak mengambil alih tampuk kerajaan
negeri.

Majlis dianjurkan untuk meraikan dan mengimbas kembali usaha-usaha Kerajaan Negeri membela nasib rakyat melalui program-program kebajikan, yang menjadi teras kepada dasar MES.

Sejak dilancarkan pada Jun 2008, seramai 111,397 warga emas yang layak telah mendaftar dibawah dasar SMUE untuk menerima bantuan dalam bentuk khairat kematian dengan jumlah peruntukkan Kerajaan Negeri sebanyak RM20 juta.

Konspirasi II: PR Akan Lawan Habisan Pembohongan Umno

Pakatan Rakyat akan menghantar perwakilan ke Australia dan Amerika Syarikat dalam masa terdekat bagi menjelaskan kedudukan sebenar berhubung perbicaraan Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Perwakilan yang diwakili oleh pimpinan KEADILAN, PAS dan DAP dijangka menemui 50 Ahli Parlimen Australia yang menghantar petisyen kepada Pesuruhjaya Tinggi Malaysia di Canberra bagi mendesak supaya kes datuk Seri Anwar digugurkan manakala di Amerika perwakilan itu akan bertemu Senator John Kerry, Pengerusi Jawatankuasa Perhubungan Luar Senat Amerika. Pengerusi Kebangsaan DAP, Karpal Singh berkata tindakan itu wajar dilakukan memandangkan Pakatan Rakyat tidak mahu pihak kerajaan Malaysia memberikan persepsi yang berat sebelah dan salah kepada dunia luar.

Timbalan Menteri Luar Senator A. Kohilan Pillay berkata baru-baru ini Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Canberra akan mengadakan sesi penerangan minggu depan kepada 50 Ahli Parlimen Australia berhubung perbicaraan kes Datuk Seri Anwar.

"Kemungkinan saya sendiri akan menyertai rombongan Pakatan Rakyat ke luar negara bagi memantau kenyataan dan penjelasan yang diberikan oleh pihak Kementerian Luar dan kami juga akan memberi penjelasan yang sebenarnya.

"Kita mesti pastikan Kementerian Luar tidak berbohong kepada wakil kerajaan asing dalam kes Datuk Seri Anwar dan kita akan sedaya upaya patahkan segala hujah palsu dan pembohongan Umno dan Barisan Nasional," kata Ahli Parlimen Bukit Gelugor itu ketika dihubungi Suara Keadilan.

Jelas beliau pada masa sama Pakatan Rakyat juga akan berusaha meraih sokongan dunia luar dalam usaha mendesak kerajaan bagi memastikan kes yang dihadapi Datuk Seri Anwar dilaksanakan dengan adil dan mengikut lunas perundangan negara.

Ahli politik veteran itu juga berkata tuntutan negara asing seperti Australia dan Amerika Syarikat yang mendesak pentadbiran Datuk Seri Najib Razak memastikan sistem perundangan berjalan yang adil berkaitan kes Datuk Seri Anwar sewajarnya membuka mata pemimpin negara ini bahawa segala tindak tanduk mereka diperhatikan dunia luar.

Menurutnya lagi tumpuan masyarakat antarabangsa bukan sahaja terhadap perjalanan perbicaraan malahan sistem kehakiman negara juga turut diletakkan di bawah teropong negara luar.

"Kini seluruh dunia sedang memerhatikan kes Datuk Seri Anwar dan juga sistem kehakiman negara kita sama ada benar-benar adil dalam membuat keputusan atau masih mengamalkan "double standard" seperti dahulu," tegas Karpal. -SK

Mengenali Politik Sarawak Bahagian 1

Oleh Masdar Wahid

KUALA LUMPUR : Walaupun negeri Sarawak adalah salah sebuah negeri yang berada di dalam Persekutuan Malaysia, tetapi tidak semua khalayak umum tahu struktur politiknya apatah lagi dengan kepelbagaian kaum yang rencam kewujudannya di negeri terbesar di negara ini.

Seringkali orang politik termasuk mereka yang bergelar wakil rakyat tidak tahu keadaan politik dan suku kaum di Sarawak.
Itulah senario keadaan negara 1Malaysia ini yang kini sedang menuju kemerdekaan kali ke-53 pada Ogos depan.

Tapi, jika diimbas kembali sejarah dan dunia pendidikan negara, bukanlah sesuatu yang mengejutkan jika berlaku keadaan itu. Dasar pendidikan yang selama ini diterapkan BN adalah antara punca kenapa perkara itu berlaku.

Gagasan 1Malaysia umpamanya bercanggah dengan amalan parti kerana parti-parti komponen dalam BN kekal dengan semangat perkaumannya manakala setiap kaum di negara ini pecah-pecahkan seperti Melayu untuk Umno, Cina untuk MCA dan Gerakan manakala MIC dan PPP untuk kaum India.

Keadaan politik BN di Sarawak

Kembali kepada politik Sarawak, terdapat empat sekutu BN di negeri itu, masing-masing ialah Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP), Parti Parti Demokratik Progresif Sarawak (SPDP) dan Parti Rakyat Sarawak (PRS).

Ramai yang melihat Sarawak adalah antara kubu BN terutamanya apabila negeri itu menjadi penyumbang terbesar undi BN dalam Pilihan Raya Umum (PRU) sebelum ini.

Namun, keadaan kini berbeza apabila lanskap politik negara berubah sejurus tarikh keramat 8 Mac 2008 melanda Malaysia yang kini terus menyerap di bumi Kenyalang.

Walaupun Pengerusi BN, Najib Razak menolak andaian itu, namun sesuatu yang pasti, keempat-empat sekutu BN di Sarawak kini sedang dilanda krisis dalaman yang kronik. Hanya, perkara ini tidak dihebohkan kerana media arus perdana telah menutup isu ini.

Nantikan bahagian kedua analisis ini yang akan menghuraikan satu demi satu krisis sekutu-sekutu BN di Bumi Kenyalang.

SELENA TAY: Awas, Najib dekat masyarakat Cina

Pada masa perayaan Tahun Baru Cina ini, Perdana Menteri Najib Razak asyik sahaja membuat lawatan ke rumah terbuka di sana sini. Beliau sendiri pun telah menganjurkan satu rumah terbuka secara besar-besaran di Pandamaran di mana kebanyakan penduduknya adalah berbangsa Cina dan telah dilaporkan bahawa rumah terbuka ini mendapat sambutan hangat dari rakyat berbilang kaum.

Beliau telah mengambil kesempatan masa Tahun Baru Cina ini untuk cuba meraih kembali sokongan orang Cina. Oleh itu, pada masa inilah beliau telah bertubi-tubi melaung slogan 1Malaysia setiap hari.

Pada masa yang sama pula kelihatan Pakatan Rakyat macam diam sahaja, tidak banyak publisiti yang diberikan mengenai rumah terbuka yang dianjurkan oleh pihak Pakatan Rakyat ataupun lawatan ke rumah terbuka yang dibuat oleh anggota Parlimen dan Adun Pakatan. Penulis rasa ini adalah tidak berapa baik memandangkan bahawa pihak BN sekarang secara besar-besaran sedang mempromosikan imej Perdana Menteri Malaysia yang sedang melawat ke sana sini. Tidak ketinggalan juga ialah lawatan ke Sarawak yang baru sahaja dibuat oleh beliau dengan bertaburan janji-janji wang dan pembangunan yang akan diberi untuk membangun negeri tersebut serta ceramah terbuka mengutuk Pakatan Rakyat sebagai satu pakatan yang rapuh dan tidak mempunyai kebolehan mentadbir.

Promosi imej Najib ini bukanlah satu perkara yang patut dipandang remeh oleh pakar strategi Pakatan Rakyat. Ini adalah kerana apabila rakyat nampak bahawa Perdana Menteri Malaysia sanggup melawat rumah individu, maka mereka pun akan rasa terpegun dengan sikap beliau yang peramah dan sanggup merendahkan diri untuk bercampur-gaul dengan rakyat jelata.

Penulis berharap anggota Parlimen dan Adun Pakatan Rakyat pun akan mengambil kesempatan perayaan Tahun Baru Cina ini untuk bercampur-gaul dan melawat rumah Cina dalam kawasan Parlimen atau kawasan DUN mereka. Jangan melepaskan peluang ini untuk bersembang dengan para penduduk yang telah mengundi mereka pada masa pilihanraya yang lalu dan bercampur-gaul dengan penduduk yang mungkin akan mengundi mereka pada pilihanraya yang akan datang.

Dijangka Pilihanraya Umum yang ke-13 akan diadakan pada hujung tahun ini ataupun selewat-lewatnya sebelum pertengahan tahun 2011 (iaitu sebelum perlancaran sistem cukai GST). Walaupun ini adalah satu jangkaan sahaja, Pakatan Rakyat mesti sudah mula mengorak langkah dan merancang strategi untuk Pilihanraya Umum tersebut. Dapat dilihat dari situasi politik yang berlaku pada masa kini, mungkin jangkaan diatas adalah tepat.

Penulis berharap pakar strategi Pakatan Rakyat telahpun mengadakan perjumpaan untuk membuat perancangan strategi dan jika belum berbuat demikian, harap-harap akan diadakan perjumpaan dalam masa yang terdekat. Jangan berlengah-lengah lagi. Masa telah suntuk!

Berikut adalah majlis Tahun Baru Cina yang dianjurkan para pemimpin Pakatan Rakyat khas Adun di Selangor.


Dun : Bangi, Dr Shafie Abdu Bakar (PAS)

Tarikh : 20 Februari 2010(Sabtu)
Masa : 3.00 petang – 6.00 petang
Tempat : Pusat Komuniti Taman Sri Langat, Jalan Reko, Kajang
Acara yang menarik : Tarian Singa, Sumbangan warga emas, Angpau untuk kanak, Hamper misteri
Nota : Majlis adalah anjuran bersama ADUN Bangi (PAS), Ahli Parlimen Serdang, (DAP),Ahli Majlis Zon 22 MPKj dengan kerjasama Persatuan Penduduk Taman Sri Langat.

Ahli Parlimen : Batu, Tian Chua (PKR)

Tarikh : 21 Februari 2010(Ahad)
Masa : 11.00 pagi – 1.00 petang
Tempat : 1090, Jln Sentul, Kuala Lumpur (dekat Sentul Pasar)
Acara yang menarik : Tarian Singa, Sumbangan warga emas, Angpau untuk kanak

Dun : Sri Kembangan, Ean Yong Hian Wah (DAP)
Tarikh : 21 Februari 2010(Ahad)
Masa : 7.00 petang
Tempat : Dewan Serbaguna Sri Kembangan

Dun : Batu Tiga, Rodziah Ismail (PAS)
Tarikh : 27 Februari 2010(Sabtu)
Masa : 11 pagi – 3.00 petang
Tempat : Pusat Khidmat DUN Bukit Kuda, Jalan landasan

Dun : Chempaka, Iskandar Samad (PAS)

Tarikh : 27 Februari 2010(Sabtu)
Masa : 7.00 petang - 10.30 malam
Tempat : Gelangang Bola Keranjang, Jalan Youth/Jalan Merdeka Kg. Baru Ampang.

Dun : Teratai dgn Lembah Jaya, Jenice Lee (DAP) dgn Khasim Aziz (PAS)
Tarikh : 27 Februari 2010 (Ahad)
Masa :11.00 pagi - 2.00 petang
Tempat :Dewan Tasek Tambahan, Ampang
Acara yang menarik : Pertunjukkan tarian singa

Dun : Sri Andalas, Dr Xavier Jayakumar (PKR)
Tarikh : 28 Februari 2010(Ahad)
Masa : 12.00 tengahri - 3.00 petang
Tempat : Padang Permainan, Jalan Gambus 10, Taman Desawan
Acara yang menarik : Tarian Singa, pelbagai jenis makanan, tarian tradisional cina, makan 'yee sang'.

Dun : Subang Jaya, Hannah Yeoh (DAP)
Tarikh : 21 Mac 2010(Ahad)
Masa : 7.30 malam – 10.00 malam
Tempat : Kompleks Sukan MPSJ
Acara yang menarik : Persembahan oleh Juwita Suwita dan HT Long (Golden Voice of Elvis Pressley in Malaysia), pertunjukan tarian singa, bunga api dan sebagainya oleh para penduduk.

Isu tanah: 30 Orang Asli berdemo di Gombak

Sekumpulan 30 Orang Asli menyertai perhimpunan di depan Hospital Orang Asli Gombak tengah hari ini kerana membantah apa yang mereka dakwa salah guna kuasa oleh Jabatan Hal Ehwal Orang Asli (JHEOA), melibatkan layanan hospital seliaan jabatan itu.

Dalam satu petisyen berkaitan perkara itu, hospital di bawah seliaan jabatan berkenaan didakwa melakukan penganiayaan kepada masyarakat berkenaan.

Perhimpunan itu diketuai Sokyen Man, 40, yang mendakwa mewakili penduduk kampung tersebut. Mereka sebelum itu mengutip tandatangan penduduk kawasan penempatan Orang Asli di situ bagi menyokong petisyen tersebut.

Mereka turut membawa poster yang antaranya berbunyi "Akta 134 kami dicabul," "Mana ubat kami di kampung?," dan "Kami orang miskin di bumi sendiri tapi kami ada maruah dan bukan bodoh."

Kumpulan itu juga turut melaungkan slogan "Jangan rampas hak kami" dan juga "Bunuh kami dulu jika mahu tanah kami" ketika berdemonstrasi di hadapan hospital seliaan bahagian kesihatan dan perubatan JHEOA.

Menurut Sokyen, petisyen itu akan diserahkan kepada Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin, Sultan Pahang Sultan Ahmad Shah dan juga kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Ia juga akan dihantar kepada Pesuruhjaya Hak Asasi Orang Asli di Geneva, Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Shafie Apdal dan Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai.

Enam laporan polis

Dalam petisyen yang ditandatangani lebih 90 orang itu, mereka mendakwa berlaku penganiayaan terhadap kakitangan Orang Asli yang berkhidmat dengan jabatan tersebut.

Sokyen berkata, mereka membuat petisyen itu berdasarkan enam laporan polis yang dibuat sebelum ini oleh penduduk kampung terlibat.

Menurutnya, dua laporan polis yang dibuat pada Mac 2009 itu melibatkan kematian dua pesakit yang menerima rawatan di hospital Orang Asli di Gombak.

Selain itu, katanya, dua laporan lagi ialah mengenai dakwaan berlakunya ugutan terhadap pesakit yang membuat laporan polis mengenai kematian tersebut.

Turut ditimbulkan dalam petisyen berkenaan berhubung penjawatan oleh Orang Asli dalam JHEOA di bahagian kesihatan dan perubatan.

"Satu ketika dulu jawatan Orang Asli di bahagian kesihatan hampir 80 peratus, kini didominasi orang Melayu iaitu sebanyak 90 peratus, manakala Orang Asli hanya (tinggal) 10 peratus sahaja.

“Banyak syarat yang dikenakan untuk Orang Asli diterima masuk," petisyen setebal enam halaman itu dipetik.

Digelar 'hitam, jijik, kotor'

Petisyen itu turut mempertikaikan tindakan hospital itu memberi “layanan lebih baik” kepada masyarakat lain, sedangkan hospital itu dibina khas untuk keperluan Orang Asli.

"Walaupun Klinik 1Malaysia wujud, tetapi masyarakat bukan Orang Asli masih ramai yang datang dengan alasan senang letak kereta, selesa serta murah.

"Ada di antara kami yang terpaksa tinggal (ditempatkan) di hospital kerajaan lain (kerana) menerima cemuhan daripada kakitangan hospital (yang dikhaskan kepada Orang Asli). Ada yang memanggil kami 'asli', 'hitam', 'busuk', 'kotor', semasa di wad hospital.

"Ada yang seolah jijik memegang kami sewaktu mengambil suhu badan atau tekanan darah. Kami berasa asing di tanah bumi sendiri," menurut petisyen itu lagi.

Menurut Sokyen, kira-kira 2,000 Orang Asli mendiami kawasan sekitar Gombak. Masyarakat tersebut, tambahnya, bergantung kepada hospital berkenaan untuk mendapatkan rawatan.

Bercakap kepada media, Sokyen turut menimbulkan pemilikan tanah mereka - tanah kategori saka dan rayau - yang dikatakan tidak akan diberi milik kepada mereka selepas ini.

"Kami dapat maklumat ada dasar tanah baru yang akan digubal di parlimen. Dasar ini digubal dengan tidak mengambil kira Orang Asli dan dibantah oleh Orang Asli pada keseluruhannya.

"Apabila ia dikuatkuasakan kami akan hilang hak ke atas tanah saka dan juga tanah rayau kami," tambahnya.

Kak Midah Yang Bangang

OLEH: JJ (http://www.joharapat.blogspot.com)

Kelmarin Exco Kanan Kerajaan BN Perak, Datuk Hamidah Osman merapu lagi, minta Dato' Seri Ir Mohamad Nizar Jamnaludin bersama ADUN ADUN Pakatan Rakyat Negeri Perak menerima Datuk R. Ganesan sebagai Speaker Dewan Undangan Negeri Perak.

Permintaan Hamidah itu bolehlah disamakan dengan menerima yang `haram' untuk dijadikan yang halal, dengan itu yang halal itu boleh digunakan walaupun asalnya sudah `haram'.

Bolehkah kita terima yang haram dalam masa yang sama kita sudah ada yang halal?. Bagi pemimpin pemimpin Umno tidak ada masalah kerana bagi mereka halal dan haram sama sahaja. Pemimpin pemimpin Umno/BN diketahui umum menghalakan cara demi matlanat tercapai. Boleh guna sogokkan wang dalam pilihanraya, boleh memperalatkan jentera kerajaan, yang penting BN mesti menang.

Ini samalah dengan matlamat menghalalkan cara, sogokan wang adalah `haram' tetapi untuk kemenangan BN, tidak ada salahnya. Bagaimana ADUN ADUN Pakatan Rakyat boleh menerima Ganesan sebagai Speaker DUN yang sah sedangkan beliau seorang yang tidak mempunyai etika dan jati diri kerana mengaku sebagai Tuan Yang Di Pertua Dewan Negeri Perak, malah Ganesan sanggup membohongi rakyat Perak dalam masa yang sama beliau tidak layak menjadi Speaker mengikut Peruntukan Perlembagaan Negeri Perak.

KIta minta Hamidah melihat dan memahami laporan Majlis Peguam Malaysia pada 24 Ogos2009 melalui Setiausahanya, George Varughes yang telah mengesahkan bahawa Ganesan hanya mengemukakan surat akuan sumpah meletakkan jawatan pada 17 Ogos 2009. Tarikh tersebut telahpun melepasi tempoh tiga bulan sebagaimana yang ditetapkan oleh Undang-undang Tubuh kerajaan Negeri Perak.

Ini jelas menunjukkan Ganesan merupakan seorang yang tidak mematuhi undang-undang tubuh kerajaan Negeri Perak.

Hamidah dan Ganesan Ganesan perlu faham dan jelas bahawa perkara 36A(5) Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Perak menyebut bahawa sesiapa yang menjawat jawatan Speaker mesti melucutkan atau meletakkan jawatan profession dalam tempoh tiga bulan dari tarikh memegang jawatan.

Ganesan sebelum ini mendakwa beliau dipilih sebagai Speaker dalam persidangan Dewan pada 7 Mei 2009. Berdasarkan peruntukan undang-undang tersebut, beliau wajib meletakan jawatan pada atau sebelum 7 Ogos 2009.

Hamidah tidak tahukah Undang Undang Tubuh Kerajaan Negeri Perak? Kalau tidak tahu malu kat oranglah, jadi Exco kanan tak tahu Undang Undang Tubuh Kerajaan Negeri. Atau Midah buat buat tak tahu saja.

Hamidah mahu ADUN ADUN Pakatan Rakyat menerima Ganesan sebagai Speaker DUN sedangkan jelas menunjukkan bahwa Ganesan adalah speaker yang tidak sah, dan lebih buruk lagi Ganesan sanggup menipu rakyat Perak untuk kepentingan peribadi beliau.

Dalam rekod rasmi Majlis Peguam Malaysia pada 11 Ogos 2009 menunjukkan Ganesan telah gagal meletakkan jawatan dan masih aktif sebagai pengamal undang-undang, perkara ini jelas menunjukkan bahawa ganesan sendiri tidak yakin dirinya adalah spakar yang sah.

KIta mahu Ganesan menjawab hujah yang menyatakan bahawa Ganesan cuba menyembunyikan fakta tersebut menghantar notis kepada Majlis Peguam hanya pada 13 Ogos 2009 dan mendakwa telah letak jawatan sebagai peguam pada 6 Ogos 2009, iaitu sehari sebelum habis tempoh 3 bulan yang ditetapkan oleh Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri. Bagaimana seorang boleh letak jawatan pada 13 Ogos 2009 tetapi berkesan mulai 6 Ogos 2009.

Masih ingatkah Hamidah tragedi sidang DUN pada Mei tahun lalu, Ganesan bukan seorang Ahli Dewan Negeri, beliau didapati menceroboh masuk ke dalam bangunan Dewan Negeri pada 7 Mei 2009.

Sebelum DYTM Raja Muda Perak merasmikan persidangan Dewan Negeri pada hari tersebut Ganesan juga telah mengisytiharkan diri sebagai Yang Dipertua Dewan menggantikan Yang Dipertua Dewan yang sah, Sivakumar yang ketika itu masih berada di tempat duduk Speaker dalam Dewan.

Pada hari dan waktu yang sama, Sivakumar selaku Speaker yang sah telah diheret keluar dengan kasar dan biadab oleh segerombolan lelaki yang tidak dikenali, bahkan yang lebih membahayakan lagi sebahagiannya didapati bersenjata pistol. Bukankah Sivakumar diseret keluar dan dikurung dalam stor lebih dari satu jam. Pada ketika itulah Ganesan mengisytiharkan dirinya sebagai Speaker Dewan. Adakah Midah masih ingat, atau Midah sudah lupa saperti kata Tun Dr. Mahathir Melayu Mudah Lupa.

Tahu tak ke Hamidah bahawa Ganesan bukan Speaker DUN Perak yang sah dan beliau tidak layak memanggil sebarang sidang DUN Perak . Kalau sidang tersebut tetap dijalankan ianya juga akan menjadikan sidang tersebut sebagai persidangan yang tidak sah.

Permintaan ataupun paksaan Hamidah kepada ADUN ADUN Pakatan Rakyat supaya menerima Ganesan sebagai Speaker DUN yang sama samalah dengan meminta ADUN ADUN PR menerima atau memakan ayam yang tidak sembelih mengikut hukum Islam sedangkan ayam yang halal sudah ada kerana ia disembelih mengikuti aturan Islam.

Pastinya ADUN ADUN Pakatan Raskyat tidak akan memakan ayam yang haram kerana tidak disembelih secara Islam, tetapi ADUN ADUN BN terutamanya Umno bagaimana?

Dalam hubungan itu Hamidah perlu faham mana satu Speaker DUN yang sah mengikut undang undang, bukannya dengan memakai baju yang bertanda SAH Speaker, maka Ganesan pun diktiraf sebagasi Speaker dan meminta Pakatan Rakyat menerima yang tidah sah dari kacamata Pakatan Rakyat.

Yang halal tetap halal. haram tetap haram, tidak boleh campur, dan tidak boleh paksa orang lain supaya menerima yang haram.



Akta Hasutan: Naib Presiden PAS, PKR disoal siasat

KUALA LUMPUR, 24 Feb: Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub mengaku disoal siasat oleh polis atas dakwaan mengeluarkan kenyataan berunsur hasutan dalam suatu perhimpunan aman di Pulau Pinang pada 7 Februari lalu.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Kubang Kerian memberitahu Harakahdaily bahawa polis turut menyoal siasat Naib Presiden PKR, Sivarasa Rasiah petang tadi selepas menyertai suatu wacana anjuran Sekretariat Pakatan Rakyat di Parlimen.

“Kedua-dua kami disiasat di bawah Akta Hasutan,” kata Salahuddin sebagaimana dipetik dari suatu akhbar elektronik.

Ditanya motif di sebalik tindak tanduk polis menyiasat kedua-dua mereka, Salahuddin menganggap siasatan tersebut amalan lazim pihak polis.

“Ia kelihatan seperti skrip yang sudah pun disediakan,” ujarnya.

Tambahnya lagi, dalam siasatan selama setengah jam, polis bertanya beberapa soalan berkaitan isu kalimah ‘Allah’ dan beberapa isu politik tanah air.

Pun begitu, beliau enggan menjawab beberapa soalan polis atas alasan Seksyen 112 Kanun Prosedur Jenayah membolehkan seseorang saksi untuk menjawab soalan pegawai penyiasat (IO) atau sebaliknya.

Sivarasa, Ahli Parlimen Subang pula berkata, polis tidak bertanya beliau berkaitan isu kalimah ‘Allah’ sebagaimana Salahuddin.

Sebaliknya, beliau diminta menjawab beberapa soalan yang menyentuh kes liwat Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang sedang berlangsung sekarang.

Sehubungan itu, beliau turut menafikan siasatan polis bahawa beliau ada mengeluarkan kenyataan berunsur hasutan pada awal bulan ini.

Beliau yang juga pengamal undang-undang berkata, kenyataannya yang menyentuh kes Anwar tersebut merupakan suatu analisis politik biasa masyarakat awam.

“Saya tidak melihat apa-apa masalah bagi saya menjelaskan pandangan saya kepada orang ramai dan memberikan analisis politik agar rakyat boleh membuat rumusan mereka,” ujarnya.

Tambahnya lagi, kenyataan di Pulau Pinang itu merupakan kenyataan sulung beliau berkaitan peribadi Anwar.

Dalam pada itu, beliau turut mempersoalkan motif polis menyiasat beliau dan Salahuddin petang tadi.

“Saya melihat ini sebagai usaha untuk menakut-nakutkan pemimpin Pakatan dan untuk menghalang kami daripada bercakap tetapi tugas kami ialah untuk menjelaskan kepada publik tentang isu-isu penting,” katanya.

Selain Sivarasa dan Salahuddin, dilaporkan Polis turut menyoal siasat disoal Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng, Ahli Parlimen Teluk Intan, M. Manogaran dan Adun Kota Alam Shah, M. Manoharan, Pegawai Ahli Parlimen PAS, Wan Jo sejak tiga bulan lalu atas dakwaan mengeluarkan kenyataan berunsur hasutan yang pelbagai.

Dalam perkembangan yang sama, Sivarasa berkata, dakwaan mengeluarkan kenyataan berunsur hasutan itu dibuat oleh Inspektor Irwandi Khirrudin Mohamad Rejal pada 8 Februari lalu.

Ekoran itu, beliau mencabar pihak polis sendiri supaya mengenakan tuduhan hasutan terhadap Ahli-ahli Parlimen Pakatan Rakyat terbabit sekiranya pihak berkuasa merasakan mereka benar-benar telah melanggar undang-undang.

Untuk menghadapi siasatan polis, Sivarasa dan Salahuddin diwakili oleh peguam N. Surendran.

Manakala, siasatan mereka tadi direkodkan oleh dua orang pegawai polis dari Ibu Pejabat Polis Seberang Jaya.

Najibcomics melompat ke bulan!!

Dalam berita bertajuk "Ekonomi Malaysia kuncup 1.7 peratus", Malaysiakini hari ini melaporkan:
Ekonomi negara mencatatkan penguncupan tiga suku berturut-turut iaitu 6.2 peratus pada suku pertama, 3.9 peratus pada suku kedua dan 1.2 peratus pada suku ke tiga tahun lalu.
Pada suku keempat, iaitu dari Oktober hingga Disember 2009, dilaporkan bahawa ekonomi Malaysia mencatat pertumbuhan sebanyak 4.5 peratus. Wow!! Lompat jauh tu. Kawan saya mungkin kata barangkali ada big leap to the moon kot.

Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah kata keyakinan pelabur asing terhadap Malaysia terjejas. Tapi pertumbuhan tetap mencanak jugak sampai 4.5 peratus. Kalau lagu tu, tak perlu pelabur asing dah tu.

Barangkali, itulah kehebatan Najibcomics.
PB.

MP Nibong Tebal Mohon Maaf Kepada Syed Husin Tetapi Tidak Kepada Lim Guan Eng

Anggota Parlimen Nibong Tebal Tan Tee Beng tidak akan memohon maaf kepada Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng berhubung tindakannya mengecam pentadbiran Lim baru-baru ini.

Tan yang juga Ketua Parti Keadilan Rakyat (PKR) Bahagian Jelutong berkata masalah beliau dengan Lim akan diselesaikan oleh pucuk pimpinan parti.

"Saya tidak akan tarik balik kenyataan terhadap Lim. Saya menyerahkan kepada Lembaga Disiplin PKR menentukan perkara itu," katanya kepada pemberita selepas sesi pendengaran kesnya di Ibu pejabat PKR di Damansara hari ini.

Sebelum ini, Tan mendakwa pentadbiran Lim yang juga Setiausaha Agung DAP meminggirkan wakil rakyat PKR dan menganggapnya sebagai sampah.

Bagaimanapun Tan bersetuju memohon maaf kepada Syed Husin Ali dan menarik bidasan yang dibuatnya itu kepada timbalan presidennya.

Tan membuat permohonan maaf selepas sesi dua jam bersama jawatankuasa disiplin PKR di Kuala Lumpur yang berakhir jam 5 petang tadi.

Jawatankuasa disipilin bermesyuarat sejak tengah hari tadi bagi mendengar penjelasan Tan berhubung kritikannya terhadap dua pemimpin Pakatan Rakyat.

Tan diberikan surat tunjuk sebab minggu lalu kerana beberapa kenyataannya yang dianggap celupar dan keterlaluan.

Pada sidang medianya 3 Feb lalu, Tan mencadangkan Syed Husin supaya meletakkan jawatan berikutan kenyataan timbalan presidennya itu di Malaysiakini yang membidasnya. -malaysiakini


Tan Tee Beng Tetap Setia Dengan PKR
Oleh Rusnizam Mahat

PETALING JAYA 24 Feb - Ahli Parlimen Nibong Tebal Tan Tee Beng tetap setia dengan perjuangan KEADILAN dan menganggap desas desus menyatakan beliau akan meninggalkan parti itu sebagai spekulasi semata-mata.

Menganggap isu itu telah selesai, Tee Beng turut membuat permohonan maaf secara terbuka kepada Timbalan Presiden KEADILAN Senator Dr Syed Husin Ali berhubung kenyataan yang dikeluarkan sebelum ini yang disifatkan membelakangi parti.

"Saya mohon maaf kepada Dr Syed Husin sebab kenyataan yang saya keluarkan melalui media. Saya masih dalam PKR dan saya harap tidak ada sebarang spekulasi lagi.

(Media) Jangan menekan saya terlalu banyak dan saya anggap kes ini sudah selesai," ujarnya ketika mengadakan sidang media selepas dipanggil mengadap Jawatankuasa Disiplin KEADILAN di Ibu Pejabat KEADILAN di Tropicana, Petaling Jaya petang tadi.

Turut serta dalam sidang media itu ialah Ahli Parlimen Ampang Zuraida Kamaruddin, Ahli Parlimen Kelana Jaya Loh Gwo Burne dan Ahli Parlimen Kapar S.Manikavasagam.\

Tee Beng dihadapkan kepada lembaga disiplin tersebut selepas menerima surat daripada lembaga itu berhubung beberapa kritikannya terhadap parti yang dibuat tanpa melalui saluran yang betul.

Bagaimanapun identiti anggota Lembaga disipilin yang membincangkan dan mendengar penjelasan Tee Beng tidak didedahkan kepada media.

Menurut Tee Beng beliau berpuas hati dengan perjumpaan bersama ahli lembaga displin itu dan menyerahkan kepada jawatankuasa terbabit untuk membuat keputusan sebelum dibawa kepada pimpinan tertinggi.

"Saya sangat berpuas hati dengan suasana perbincangan dan soalan-soalan yang diterima dari lembaga dispilin. Selepas perbincangan ini, saya serahkan kepada mereka untuk membuat keputusan dan beri keputusan kepada majlis pimpinan tertinggi," ujarnya.- SK




Potong bajet pelajaran, lebihkan Permata Negara : Bukti cinta Najib terhadap Rosmah?

Tahun 2010 dianggap sebagai tahun paling malang buat warga pendidik di negara ini apabila pelbagai peruntukan dipotong oleh Menteri Kewangan merangkap Pengerusi Umno dan Barisan Nasional; Mohd Najib Abdul Razak.

Ramai pihak melihat alasan Perdana Menteri seperti pengurusan berhemah, perbelanjaan jimat dan pelbagai lagi ungkapan beliau perlu dinilai semula.

"Semua slogan dalam institusi pendidikan negara ini disebutkan bertujuan mengabui mata rakyat," kata seorang guru yang enggan dikenali.

Tambah beliau, antara langkah perbelanjaan yang dikatakan berhemah oleh kerajaan BN ialah membatalkan beberapa program di peringkat Majlis Sukan Sekolah-sekolah Malaysia (MSSM) dan lain-lain.

"Termasuk antara 'perbelanjaan berhemah' itu ialah pengurangan kursus untuk guru, tidak boleh menuntut elaun, dan beberapa lagi pemotongan yang melibatkan hampir semua institusi pendidikan di seluruh negara.

Namun, tambah beliau, pada masa yang sama, isteri kedua Najib, Rosmah Mansor menerima peruntukan RM100 juta dalam bajet 2010 selain kemudahan lain.

Baru-baru ini, akhbar arus perdana melaporkan Rosmah bersama program 'Permata Negara' anjurannya telah mengadakan Kursus Pengenalan Permata untuk Jemaah Nazir Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) di salah sebuah hotel, di Bangi, Selangor.

Era Pakatan difahamkan, Permata Negara ini akan diambilalih oleh KPM bermula tahun depan.

"Belanjawan peruntukan untuk program Permata Negara boleh diadakan pula dan ia diadakan di hotel pula, namun, daripada di suatu segi lain, kursus untuk para guru dikurangkan atas alasan berjimat cermat," tambah beliau.

Sumber yang bekerja sebagai guru itu berkata, peruntukan untuk para guru yang berkursus itu telah dibekalkan sepotong kuih dan secawan kopi atau teh untuk minum pagi dan petang,

"Kami dapat nasi bungkus satu lauk dan sayur dengan air kosong untuk makan tengah hari, semua itu atas alasan berjimat cermat, tetapi bagaimana pula dengan isteri Najib?"
soal beliau lagi. -erapakatan

Nasihat Kepada Najib, Ambillah "Setopa'

SUDAH terang lagi bersuluh NGO yang bernama Peribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) yang berusia setahun jagung dan ditubuhkan atas aspriasi bekas PM, Mahathir Mohamad akan diserap ke dalam Umno atau Barisan Nasional bagi membolehkan NGO itu menjadi satu lagi komponen BN.

Cadangan untuk memindah perlembagaan BN seperti mana disebut Pengerusi BN, Najib Razak memberi isyarat ke arah itu. Kata Najib perlembagaan BN akan dipinda untuk memberi pengikhtirafan (sebut penerimaan) kepada parti-parti politik, NGO dan orang perseorangan yang cenderong untuk menyertai BN.

Alasan untuk meminda perlembagaan BN itu tentulah atas semangat untuk menyuburkan komponen berkenaan bagi menjamin ianya relevan dan diterima umum. Bagaimana pun kalau dibaca makrifatnya tujuan pindaan itu tidak lain dan tidak bukan untuk menghalalkan BN (sebut Umno) menerima mana-mana mereka yang menderhaka kepada komponen itu atau Umno sebelum ini.

Apakah pindaan itu dibuat semata-mata membolehkan Presiden Perkasa dalam penajaan itu menyertai BN bagi menyokong Umno semula? Kalau itu tujuannya Najib tidak payah bersusah payah dan banyak berhelah untuk meminda perlembagaan BN, terima saja Ibrahim sebagai ahli Umno, selesai.
Lagipun sudah lama Ibrahim buat-buat tersalah SMS ke Rosmah Mansor dan dibalas oleh Rosmah dengan mesra sekali. Satu masa Rosmah terus call dan bercakap langsung dengan Ibrahim. Kejadian ini Ibrahim yang bagi tahu. Juga, Umno sebagai parti yang tidak mementingkan soal intergiri boleh menerima apa saja menjadi ahli hatta orang yang menderhaka kepada Melayu dan anti agama. Penerimaan Ibrahim macamlah gayung dengan geluk, kata orang Kelantan.

Penerimaan Ibrahim sebagai ahli Umno tidak menjadi isu dan dipertikaikan lagi. Kalau pun perlembagaan Umno menghalang mana-mana ahlinya yang derhaka dari menyertainya semula, ia tidak menjadi masalah kalau Umno bersedia menerima Ibrahim. Tidak ada siapa hendak menghalang dan mempersoalkannya. Malah orang, khusunya pihak pembangkang merasa mujur dengan keputusan itu. Penerimaan Ibrahim sebagai ahli BN dan Umno menyembuhkan satu penyakit dalam politik negara.

Lagipun kesungguhan Ibrahim menghentam dan melanyak pembangkang hari ini lebih hebat daripada orang Umno sendiri. Tenguk di Kelantan perjuangannya untuk menyekat pembayaran tunai hasil minyak dan gas di Kelantan lebih hebat daripada Mustapa Mohamed dan Awang Adek Hussein. Orang lain tidak pernah terfikir untuk membawa isu itu ke mahkamah, tetapi Ibrahim telah bersedia berbuat demikian.
Beliau juga sudah dijadikan burung ketut oleh Umno Kelantan untuk dijadikan umpan ceramah. Malangnya si burung ketut bernama Ibrahim kini sudah tidak dianggap ganjil dan pelik lagi oleh orang Kelantan maka ceramah yang dihosnya tidak mendapat sambutan. Sebab apa, sebab orang sudah cukup kenal dengan si ketut ini serta lagu-lagu dan siulan sialnya.

Katanya kalau kerajaan Kelantan tidak membawa ke mahkamah kes tuntutan royalti minyak, beliau sendiri akan membawanya bagi mahkamah menentukan apakah Kelantan berhak atau tidak menerima wang tunai berkenaan. Begitulah serius ala-ala tololnya Ibrahim untuk merangkul dan menjilat semula Umno sanggup meludah ke sejadah Nik Aziz, orang yang mengsyadahkan semula politiknya yang terpesong dulu itu.

Dalam hasrat Najib dan BN untuk menerima orang-orang yang telah memberi libaliti kepada partinya itu, BN atau Najib boleh merangkul sekali menerima ahli Parlimen Kulim - Bandar Baru, Zulkefli Nordin, ahli Parlimen Bayan Baru, Zahrain Mohd Hashim, atau sesiapa yang sewaktu dengan mereka itu.
Kewujudan mereka ini di laman politik pembangkang yang memberi ruang kepadanya menjadi MP itu menyerabutkan. Kalau orang ini sudah diterima Umno ia boleh menenangkan keadaan pembangkang.

Sekali lagi ditegaskan kalau itu agenda Najib di sebalik hasrat hendak pindaan perlembagaan BN itu tidak usahlah dilakukan kerana ia mungkin akan memberi kesan lain dan menghabiskan boreh saja.
Parti-parti komponen lain yang redikal dan sukar untuk menerima sikap ultra Melayu seperti Ibrahim mungkin akan membantahkan. Presiden MCA, Ong Tee Kiat telah pun menyuarakan rasa hati kecil di mana cadangan itu akan dikaji secara mendalam terlebih dulu.
Jadi lebih baik bagi Najib menerima Ibrahim ke dalam Umno diam-diam, agar tidak mengusik hati komponen lain yang tidak dapat menerima perangai Ibrahim yang rencam itu. Jangan pula mengharap untung seguni rugi berkarung-karung.

Atau kalau Umno sendiri sukar untuk menerima nama Ibrahim Ali dengan pendirian politik munafiknya itu tukar sahaja Ibrahim kepada nama lain. Atau nama asalnya semasa budak-budak dulu iaitu Mustapa (Setopa) boleh diguna pakai. Ramai orang tak tahu bahawa nama lain bagi Ibrahim di kampung ialah Setopa. Kalau pergi ke Pasir Pekan, Bunuhan atau pun Tumpat sesetengah orang tua tidak kenal kalau sebut Ibrahim Ali, tapi kalau sebut Setopa anak Tok Gawa Ali baru mereka kenal.
Rasanya nama Setopa elok kebetulan ketua Umno Kelantan juga bernama Mustapa. Biarlah Setopa anak Tok Gawa Ali menolong Setopa anak Setawa di Kelantan.
MSO.

Anak minta Suhakam siasat dakwaan Felda tindas peneroka

KUALA LUMPUR, 24 Feb: Persatuan Anak-Anak Peneroka Felda SeMalaysia (Anak) meminta Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) mengadakan siasatan awam terhadap Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) kerana didakwa melakukan penindasan berterusan kepada peneroka.

Cadangan itu dikemukakan oleh Pengerusi Anak, Mazlan Aliman dalam dalam satu pertemuan dan penyerahan memorandum kepada Suhakam di pejabat suruhanjaya berkenaan, petang tadi.

"Untuk lebih adil, saya minta satu public inquiry (siasatan awam) dibuat untuk mendengar sendiri aduan peneroka dan perkara ini dipanjangkan untuk tindakan yang lebih lanjut," katanya.

Mazlan mengetuai kira-kira 200 peneroka tanah rancangan Felda dari Pahang, Perak, Negeri Sembilan dan Johor untuk menyerahkan memorandum kepada Suhakam berkenaan beberapa perlanggaran hak asasi dan ketidakadilan pengerusan Felda ke atas peneroka setelah lebih 50 tahun ia diwujudkan.

Memorandum tersebut mengandungi empat aduan daripada peneroka termasuk mengenai Akta Kawasan Tanah Berkelompok (Group Settlement Act 1960) yang didakwa digunakan oleh kerajaan Umno/BN untuk mengongkong kebebasan para peneroka.

Anak juga membuat aduan mengenai wang tanam semula yang dicarum peneroka yang sehingga ke hari ini tidak diserahkan kepada peneroka.

Selain itu, aduan dibuat juga berkaitan isu ladang Felda apabila pihak pengurusan Felda bertindak menindas peneroka selain mengenai kegagalan peneroka menguruskan sendiri kebun mereka walaupun telah melangsaikn hutang kepada Felda.

Aduan itu didengar dua Pesuruhjaya Suhakam, Datuk N. Subramaniam dan Datuk Khalid Ibrahim di tingkat 29 Bangunan Suhakam, sebelum menerima memorandum daripada Mazlan.

Mazlan dalam aduannya kepada Suhakam juga berkata, semua jawatankuasa yang ditubuhkan pengusan Felda tidak berpihak kepada golongan peneroka yang tidak bersetuju dengan perjanjian yang ditetapkan Felda itu menyebabkan peneroka tida tempat untuk mengadu masalah mereka.

"Sebutlah jawatankuasa apa pun di bawah Felda, semuanya tidak berpihak kepada peneroka. Kewujudan Gabungan Persatuan Wanita (GPW) di tanah-tanah rancangan menjadi mata dan telinga kepada Felda," katanya.

Turut hadir dalam pertemuan tersebut ialah peguam yang mewakili Anak iaitu Ahmad Nizam Afendi dan Suhaimi Said.

Ahmad Nizam mendakwa, perjanjian yang dibuat di antara Felda dan peneroka adalah berat sebelah dan keterlaluan.

"Perjanjian itu tidak ada tarikh tamat. Kalau ikut perjanjian tersebut, peneroka akan terikat dengan Felda dan bila sebut peneroka, ada terma yang mengikat waris, anak, cucu dan sebagainya akan terikat juga dengan Felda," katanya.

Khalid dalam responsnya dalam pertemuan itu mengakui tidak pernah mendengar sebarang aduan buruk berkaiatan Felda dan tidak menyangka terdapat banyak masalah yang membelenggu para peneroka di seluruh negara.

Pengerusi Kumpulan Kerja Aduan dan Siasatan Suhakam itu berjanji akan membincangkan aduan itu ke mesyuarat suruhanjaya pada 8 Mac depan dan akan turut mendapatkan penjelasan daripada Felda berhubung aduan itu.

Beliau juga berkata, pihaknya akan mengkaji keperluan untuk mengadakan siasatan awam seperti yang dicadangkan Anak.

"Kami menerima memorandum yangakan diserahkan pada hari ini adn akan mengkaji seluruh aduan yang dibuat sebelum membuat keputusan samaada akan mengadakan siasatan awam atau tidak. Ini bukan lagi public inquiry, tapi national inquiry kerana melibatkan seluruh Malaysia," ujarnya.

Dalam pada itu, bercakap kepada media sebelum pertemuan dengan Suhakam, Ahli Parlimen Kubang Kerian, Salahudin Ayub yang juga Naib Presiden PAS berjanji akan terus membawa isu penindasan peneroka dalam perbahasan Dewan Rakyat yang akan berlangsung pada 15 Mac depan.

"Kami di pihak Ahli Parlimen tidak pernah putus asa berdebat mengenai isu peneroka di Dewan Rakyat.

"Saya berjanji di atas nama ahli Parlimen bahawa kita akan tetap membahaskan mengenai akta GSA ini dan ia merupakan satu topik yang penting kerana GSA cukup menindas dan mencengkam peneroka," katanya.

Nada yang sama turut disuarakan Ahli Parlimen Batu, Tian Chua yang mahukan nasib golongan peneroka dibela.

"Kita akui sumbangan Felda kepada perkembangan ekonomi negara. Tapi peneroka masih menghadapi banyak masalah di bawah Felda. Sebab itu kita setuju bersama gabungan ini untuk mengambil isu ini secara serius dan mengkaji dasar sekarang supaya kita benar-benar menghargai sumbangan para peneroka," katanya.

Peguam Anak, Suhaimi pula berkata, pihaknya bersedia untuk mengendalikan semua kes melibatkan tuntutan peneroka tanpa sebarang bayaran.

"Kami telah barjanji dengan anak bahawa kami akan mengambil semua kes melibatkan generasi felda. Di konvensyen peneroka baru-baru ini pun kami berjanji akan membela nasib peneroka tanpa mengenakan bayaran," katanya.

Tak da angin pokok tak bergoyang!!


Al-kisah dua negeri dalam negara 1Malaysia. Sebuah negeri, lokasinya di tengah, manakala yang satu lagi di utara.

Yang hat di tengah... diperintah oleh kerajaan Pakatan Rakyat. Tetapi, nuuun... yang hat di utara pula, di perintah oleh puak geng 1Malaysia.

Kata sang angin yang bertiup kencang, wrestling sedang berlaku di kedua-dua buah negeri. Ya.... wrestling, berebut untuk menjadi MB.

Yang syiuknya wrestling ini berlaku dalam kem UMNO/BN. Demer sesama demer bergelut nak rebut jawatan!! Itulah budaya UMNO. Selagi tak dapat pegang jawatan yang top.. mereka tak akan berpuas hati.

Jeng... jeng... jeng... di Selangor 'angin' berkata.... Si Noh dan mantan MB anak Pak Toyo kononnya sedang berentap mahu mengisi kekosongan jawatan MB sekiranya mereka berjaya merampas kerajaan yang kini dikuasai oleh Pakatan Rakyat!! Mak oi.... belum dapat lagi tapi konfrantasi dah bermula.Pelahap betoi ler puak-puak ni. Tapi, as usual ler..... mereka menafikannya.

Eleh.... mana ada??? Pembangkang saja buat cerita untuk alihkan pandangan rakyat daripada masalah yang sedang mereka hadapi!! Ermmm... yer ler tu!! Whatever ler.... Kata ler apa komer nak kata. Tak jadi kudis pun....

Pelik... depa dok asyik refer kerajaan Pakatan Rakyat Selangor sebagai pembangkang. Tak sedor yang mereka... kini adalah pembangkang!! Weh... aku dah kata, depa ni masih lagi living in denial!!! Bila nak sedor nyer tak tahu ler.

Di Perlis angin turut mengkhabarkan berita tentang pergelutan merebut jawatan MB antara Shahidan Kassin dan Isa Sabu. Ini lagi kes giler... Apakah rampsan kuasa akan berlaku di sana??Di Terengganu apa khabar?? Wrestling masih on lagi ka?? Mat Said jaga-jaga... nanti kerusi MB dirampas oleh puak-puak UMNO sebelah sana, kamu ternganga??

Nampak gayanya, gejala rampasan kuasa bukan saja berlaku di Perak tetapi sudah merebak ke Perlis pulak. Ini budaya baru dalam UMNO!! Dia sesama dia pulak ber-rampas-rampas kuasa!! Itu petanda UMNO sudah nak sampai ke penghunjung hayatnya!!

Yahoooo!! Mampuuusss UMNO!!!

Hakmilik: Peneroka Felda mengadu pada Suhakam

Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (ANAK) hari ini menyerahkan memorandum kepada Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) berhubung dakwaan pelanggaran hak asasi, diskriminasi dan dakwaan berlakunya penipuan oleh Felda.

Memorandum tersebut diserahkan oleh presidennya Mazlan Aliman (kiri) kepada pesuruhjaya suruhanjaya tersebut Datuk Khalid Ibrahim (kanan) di pejabatnya kira-kira jam 3.30 petang ini.

Turut hadir ialah barisan peguam yang ketuai oleh Ahmad Nizam Hamid serta beberapa pemimpin Pakatan Rakyat, antaranya ahli parlimen Batu Tian Chua dan ADUN Port Dickson M Ravi.

Kira-kira 100 peneroka hadir dalam majlis penyerahan memorandum tersebut kepada Suhakam.

Dalam memorandum tersebut, persatuan itu menyenaraikan beberapa aduan termasuk dakwaan diskriminasi terhadap 25,000 peneroka yang mengendalikan sendiri kebun mereka selepas melangsaikan bayaran hutang.

"Tanah mereka itu, sudah selesai bayaran hutangnya, tetapi sampai hari ini, mereka tidak dapat hak milik," kata Mazlan dalam aduannya kepada Khalid.

Beliau yang juga ahli jawatankuasa pusat PAS juga mendakwa terdapat peneroka menerima ugutan daripada Felda, termasuk dakwaan akan disingkirkan dari tanah rancangan.

Menurutnya, terdapat sesetengah peneroka Felda telah menggunakan pelbagai cara untuk mendapatkan hak milik tanah mereka itu, termasuk membuat laporan polis, berjumpa dengan menteri dan membawa perkara tersebut ke mahkamah.

Dalam memorandum tersebut, peneroka juga menuntut hak mereka yang telah dinafikan oleh agensi kerajaan itu selama ini, antaranya wang tanam semula sebanyak RM17,000 yang tidak diterima mereka sehingga hari ini.

Selain itu, mereka juga mendakwa dinafikan hak, antaranya, untuk mendapat bantuan tanam semula Risda bagi tanaman getah, lesen menjual hasil sawit dari Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) serta bantuan pendidikan dan pinjaman usahawan.

Dalam aduannya juga, Mazlan turut mendakwa Akta Penempatan Beramai-ramai (GSA) 1960 telah menjadi "senjata" agensi kerajaan itu untuk mengawal selia keseluruhan aktiviti dan kegiatan peneroka.

"Mereka akan menyebut akta ini termasuklah berhubung pengurusan ladang, dan kegiatan aktiviti peneroka mengikut tafsiran felda. Dan peneroka tidak boleh buat apa-apa," kata Mazlan.

Memorandum itu juga mendakwa akta tersebut membolehkan penguasaan tanah rancangan secara langsung dalam bentuk syarat nyata yang tertulis dalam surat hak milik peneroka, sama ada secara tersirat atau tidak nyata.

Akta itu, menurut memorandum tersebut, tidak membenarkan tanah mereka digadai, dipecah-pecahkan atau dibahagikan dan diserahkan kepada seorang penama sahaja.

Akta ini, kata peneroka terbabit, telah menimbulkan konflik dalam keluarga dari sudut pembahagian pusaka, hak peneroka terhadap tanah dan masa depan generasi kedua.

Memorandum itujuga mendakwa, peneroka terpaksa menandatangani beberapa perjanjian untuk mendapat hak milik tanah, termasuk perjanjian penanaman semula yang diperkenalkan beberapa tahun dahulu.

Peneroka juga didakwa tidak mendapat salinan surat perjanjian tersebut dan felda juga boleh bertindak hingga ke tahap mendapatkan 'kaveat' tanah peneroka.

Dalam majlis tersebut juga lima wakil peneroka felda dari pelbagai negeri turut mengemukakan aduan lisan mereka kepada Khalid, yang rata-ratanya berkisar mengenai masalah yang dibangkit itu.

Sementara itu, Khalid berkata bagi pihaknya tidak pernah menerima aduan berhubung masalah yang dihadapi oleh peneroka.

"Kami hanya mendengar yang elok-elok sahaja, yang tidak ada masalah. Oleh sebab itu, kita mahu mendengar sendiri dari peneroka sebagai langkah pertama untuk menyelesaikan masalah ini," katanya.

Beliau berkata, pihaknya juga akan mendapatkan penjelasan daripada Felda sendiri berhubung aduan yang dikemukakan oleh persatuan tersebut.

Sehubungan itu, para pesuruhjaya Suhakam akan bermesyuarat pada 8 Mac depan untuk mengkaji dan menentukan tindakan mereka berhubung aduan yang diterima itu, termasuklah membuat siasatan nasional sekiranya sukar untuk mendapatkan maklumat.

"Kita tidak ada kuasa untuk memaksa kerajaan mesti buat itu, mesti buat ini. Kita hanya menyampaikan kepada kerajaan, maklumat yang tidak menyebelahi mana-mana pihak," katanya.

Manakala Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub pula memberitahu pemberita sebelum penyerahan memorandum tersebut bahawa sebagai ahli parlimen, akan membahaskan akta Akta Penempatan Berkelompok 1960 (GSA) dan masa depan Felda dalam sidang parlimen yang akan bermula 15 Mac ini.

Beliau yang juga ahli parlimen Kubang Kerian berkata, akta tersebut menindas peneroka dan sudah tiba masanya akta tersebut di semak semula.

Terdapat 112,635 peneroka di Malaysia di 317 tanah rancangan Felda di seluruh negara. Daripada jumlah tersebut, tiga buah negeri yang mempunyai jumlah peneroka yang ramai iaitu Pahang (43,123); Johor (27,641) dan Negeri Sembilan (16,429) orang.

Felda Lurah Bilut di Bentong yang dibuka pada 1958 adalah rancangan Felda yang terawal dengan projek penanaman getah, manakala Felda Taib Andak di Kulai Johor dibuka pada 1961 untuk penanaman kelapa sawit.